TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4 2013 (SPM2014)

TEMPOH PELAKSANAAN : OGOS – SEPTEMBER 2013

[DM]268[/DM] [DM]269[/DM][dm]290[/dm]

Posted on July 24, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 636 Comments.

  1. panduan pelaksanaan ni merujuk pada spm 2013 ke?

  2. Intansazrin,

    Maaf, saya tersilap UPLOAD fail panduan tahun lepas. … kesilapan tersebut telah diperbetulkan…. sila muat turun semula yang sepatutnya DIATAS.

  3. salam cikgu nak tanya.. komponen kos jualan dalam soalan dicadangkan 6 jenis urusniaga dan pelajar perlu buat bilangan urusniaga 6..kalau pelajar hanya pilih beberapa jenis urusniaga seperti belian kredit, tunai, pulagan belian dan angkutan masuk boleh kan? yang penting mesti ada 6 urus niaga..betul tak sifu?

    pada maklumat tambahan ada upah pekerja yang dibayar setiap 2 minggu..adakah upah itu akan direkod dalam perdagangan sebagai kos belian atau boleh dianggap sebagai belanja dalam untung rugi..

    upah atas belian mean upah yang dibayar kepada pekerja yang angkat barang mase peniaga beli barang..betul tak sifu?

  4. Sheila,

    Pada pandangan saya,
    6 urus niaga tersebut tidak semestinya ambil setiap satu yang dinyatakan… bergantung kepada PERANCANGAN pelajar… dan disitu juga dapat menguji RASIONAL atau tidak perancangan yang dibuat. Contohnya adakah rasional urus niaga Insurans atas belian berdasarkan barang niaga yang dipilih serta dengan lokasi pembekal ?

    Manakala upah perkerja tersebut adalah untuk membantu menjalankan perniagaan harian… maka tidak sesuai dikelaskan sebagai UPAH ATAS BELIAN.. dan saya setuju dengan pandangan Sheila berhubung Upah atas belian tersebut…. iaitu upah yang dibayar KHAS semasa proses urus niaga pembelian sedang berlaku.

  5. Tq sifu

  6. assalamualaikum cg narzuki

    untuk tempoh rekod, mestikah dibuat dari 1 hingga 31 Ogos?
    utk pentaksiran tahun ni, beberapa pelajar saya telah diberi B kerana tempoh rekod yg tidak dibuat dalam bulan Ogos. saya dimaklumkan oleh pentaksir kawasan bahawa sepatutnya guru2 maklum walaupun tidak dinyatakan dalam soalan. sedangkan yg saya baca dalam soalan, tempoh rekod adalah sebulan dalam tahun semasa, tanpa mewajibkan Ogos. Harap cikgu dapat beri pencerahan, Terima kasih,

  7. Cg Amani. Waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya.. soalan tersebut TIDAK menyatakan BULAN mana… asalkan dalam TAHUN SEMASA.
    Walau bagaimanapun.. bergantung kepada PENYELARASAN yang dibuat diperingkat negeri masing2… dan perkara tersebut TELAH dimaklumkan kepada semua guru terlebih dahulu… adalah TIDAK WAJAR pelajar didenda atas kesilapan yang mereka tidak buat. Kita sebagai pentaksir sepatutnya menilai hasil kerja pelajar atas apa yang telah mereka pelajari… itu yang dimaksudkan Penilaian Berasaskan Sekokah (PBS).

  8. assalamualaikum ckg..

    caj angkutan @ angkutan masuk perlu direkod dalam jurnal am atau jurnal belian? ade sesetengah buku rekod dlm JA dan ade yang rekod dlm JB… harap ckg dpt berikan penjelasan… terima kasih

  9. Intansazrin, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, JURNAL BELIAN digunakan untuk merekodkan belian barang niaga secara kredit daripada pemiutang sahaja. Dengan kata lain khusus / berkaitan secara langsung dengan BARANG NIAGA, di mana JUMLAH pada JURNAL BELIAN merupakan JUMLAH BELIAN KREDIT… …. manakala ANGKUTAN MASUK merupakan suatu item belanja. Maka catatan dalam JURNAL AM adalah lebih tepat.

  10. assalamualaikum cg narzuki.

    A) utk pinjaman bagi membiayai aset bukan semasa,
    adakah :
    1. aset tesebut dibeli selepas pinjaman diperoleh atau
    2. beli aset dulu secara kredit, barulah buat pinjaman

    B) dalam maklumat tmbhn utk pinjaman ada dinyatakan
    keperluan menyediakan memo. adakah memo itu
    untuk perincian pinjaman itu sahaja Atau ia turut
    menjadi dokumen untuk pinjaman?

    C) upah, gaji, upah dan gaji, adakah ketiga-tiganya
    direkod dalam akaun untung rugi?

    Mohon pencerahan, cg. Terima kasih. :)

  11. Cg Amani, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,

    A) Pembeliannya secara sewa beli….. contohnya kita beli kereta melalui agen, di mana semua urusan pinjaman dan pembelian kereta tersebut mereka yang uruskan, pembeli hanya tandatangan surat perjanjian sahaja….. kemudian tiap2 bulan bayaran ansuran dibuat.

    B) Maka dokumen MEMO adalah dicadangkan dalam soalan, nyatakan semua perkara yang berkaitan tersebut….. Kemudian catatan dalam JURNAL AM… Dt: Kenderaan Kt: Pinjaman. Sekiranya bayaran balik bermula bulan tersebut, maka satu ITEM PEMBAYARAN boleh diwujudkan pada akhir bulan.

    C) Ya, ketiga2 dikelaskan sebagai BELANJA LAIN dan dicatatkan dalam AUR. Kecuali dinyatakan dengan JELAS … Upah atas BELIAN….. baru dikelaskan sebagai item dalam Kos Belian (Akaun Perdagangan).

  12. Assalamualaikum, cg.
    Berkenaan upah yang dibayar 2 minggu sekali.. Ertinya dua kali urus niaganya perlu diwujudkan ke? Dibayar pada minggu ke 2 dan ke 4…

    Mohon penjelasan…Terima kasih

  13. Hafizah, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    YA... ianya boleh dikira sebagai 2 urus niaga bagi ITEM PEMBAYARAN.

  14. assalamualaikum ckg..

    sekiranya pelajar ingin merekodkan urusniaga upah atas belian n angkutan masuk, apakah dokumen yang sesuai untuk catatan ini? pd pandangan sy ianya tidak sesuai menggunakan nota debit..

  15. Intansazrin, waalaikumussalam.

    Ianya bergantung kepada situasi urus niaga tersebut.

    1. Sekiranya semasa urusan pembelian, pihak pembekal TELAH menguruskan/telah bayar upah atas belian serta angkutan masuk bagi pihak peniaga, maka pembekal akan mengenalkan caj tersebut kepada pembeli dengan menghantarkan NOTA DEBIT.

    2. Sekiranya peniaga SENDIRI yang menguruskan pembayaran Upah atas belian dan tambang Angkutan tersebut, maka NOTA DEBIT tidak sesuai digunakan, sebaliknya dokumen seperti baucer pembayaran, resit, keratan cek dll.

  16. Ckg ttg pinjaman tu kena catat dlm memo.maksudnya bhgn (d) komponen pembayaran tu ke? Atau unt komp pembayaran tu kita blh buat keratan cek unt byr blk pinjaman.tp logik ke pinjam bln ogos baru mula berniaga tu then kena byr blk mula bkn yg sama? Minta penjelasan.

  17. Yeoh,

    Pada pandangan saya,
    (f) Pinjaman / Perolehan ABS – MEMO
    (d) Pembayaran – Pinjaman – merujuk kepada BAYARAN BALIK PINJAMAN – keratan cek, resit dll.

    # Dalam MEMO, nyatakan bila bayaanan balik pinjaman bermula.. jika mula bulan Ogos, maka wujud item pembayaran pinjaman tersebut, jika bermula bulan September, maka tiadalah item tersebut.

  18. Ckg.say masih keliru ttg pinjaman ni.rujuk bhgn f pinjmn/perolehan ABS.urusniaganya belian ABS.jadi unt bhgn ini dokumennya kita buat memo bkn bukan invois unt belian ABS tu.

  19. Yeoh..

    Sila rujuk komen saya sebelum ini ….DIATAS.

  20. akum cikgu,
    saya agak keliru tentang:
    1. kalau pembayaran upah 2 kali maka ia akan dikira 2 urusniaga atau 1 urusniaga kerana ia urusniaga yang sama?
    2. dalam 3(d) pembayaran pinjaman itu adakah untuk pembayaran pinjaman aset bukan semasa yang dibeli jika pembayaran dibuat pada bulan yang sama. Atau jika pembayaran bermula bulan yang berikutnya, ia boleh dibuat pembayaran pinjaman perkara yang lain.
    tq cikgu.

  21. Nizasyarina… waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya.
    1. Dikira 2 urus niaga.
    2. Jika tiada bayaran balik pinjaman bulan tersebut…. maka cukupkan item pembayaran dengan urus niaga yang lain.

  22. hi cikgu, selamat hari raya adilfitri. cikgu bagi tempoh perakaunan dan tempoh rekod kita tulis setahun dan sebulan ke atau tarikh?

  23. Kalai,

    Pada pandangan saya, pelajar perlu nyatakan dengan tepat TARIKH bagi Tempoh Perakaunan (Setahun) dan Tempoh Rekod (sebulan).

  24. cikgu bolehkah saya mencadangkan murid saya menyediakan catatan permulaan bagi perancangan urus niaga? dokumennya adalah memo.
    – cikgu bagi catatan kontra kita perlu sediakan urusniaga memindahkan wang tunai ke dalam akaun bank ke atau sebaliknya? sebab soalan menyatakan deposit tunai
    bagi urusniaga pinjaman adakah kita masukkan perolehan aset dan pinjaman sebagai satu urusniaga?

  25. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    1. YA, saya setuju dengan cadangan tersebut.
    2. Deposit Tunai bermaksud SIMPANAN / masukkan tunai ke bank .
    3. YA.. ianya sepertimana urus niaga SEWA BELI kenderaan. … peniaga beli kenderaan melalui pinjaman bank… dokumen MEMO (rujuk maklumat 4.3)

  26. contoh urus niaga perolehan aset: beli sebuah van terpakai bernilai RM44700 dibiayai daripada pinjaman bank CIMB. tempoh pinjaman selama 5 tahun dan bayaran balik pinjaman RM745 bermula dari bulan september. Adakah u/niaga ini betul?

  27. Kalai,

    Pada pandangan saya, ianya boleh DITERIMA.

  28. macam mana buat urusniaga bagi hasil?

    Betulkah kalau saya tulis urusniaga- Memasukkan wang tunai RM500 ke dalam akaun perniagaan.

    Adakah urusniaga tersebut di dalam komponen catatan kontra

  29. Cahaya Kejayaan,

    1. Urus niaga HASIL – Komisen diterima, Sewa diterima, Faedah atas simpanan

    2. YA boleh diterima, ianya dikelaskan sebagai CATATAN KONTRA….. perlu diingatkan “WANG TUNAI” tersebut merujuk kepada wang tunai perniagaan, BUKAN wang peribadi.

  30. Cikgu,
    kalau saya tulis urusniaga- Menerima sewa RM 20 kerana menyewakan basikal.
    betulkah urusniaga tersebut?
    dan adakah urusniaga tersebut dalam komponen penerimaan dan adalah urusniaga bagi hasil?

  31. assalamualaikum,
    cikgu,
    macam mana mahu buat urusniaga bagi angkutan masuk?

    tolong penjelasan daripada cikgu……

  32. CK, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg,
    1. Kedai yang menjual basikal kebiasaanya TIDAK menjalankan perkhidmatan memberi sewa basikal…. mungkin sewa sebahagian kecil RUANG KEDAI kepada peniaga TopUP Telefon dan sebagainya adalah lebih sesuai.

    2. ANGKUTKAN MASUK – ada dua situasi yang boleh digunakan :
    (i) Peniaga membayar sendiri kos angkutan kepada syarikat pengangkutan( atau secara kredit) semasa proses pembelian barang niaga dari kedai pembekal.
    (ii) Pembekal tolong menguruskan urusan pengangkutan, kemudian kos tersebut dicajkan kepada pembeli dengan menghantarkan NOTA DEBIT.

  33. slmt hari raya…
    cikgu, saya nak tanya:
    1. kalau ikut kepada urus niaga Cikgu Kalai iaitu buat pembelian van terpakai menggunakan pembiayaan CIMB selama 5 tahun…(dokumen :memo) pertanyaan: apakah catatan permulaan yg perlu?

  34. Ac,

    Catatan Permulaan yang dimaksudkan oleh Cg Kalai adalah merujuk kepada maklumat 3 (a) dalam soalan… iaitu “Peniaga memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM99 000 yang terdiri daripada … Tunai ditangan, Tunai dibank dan Perabot.”.

    Manakala urus niaga pinjaman merujuk kepada maklumat 3 (f) dan 4.3.

  35. terima kasih cikgu…
    beli sebuah van terpakai bernilai RM44700 dibiayai oleh pinjaman bank CIMB dan pembayaran dilakukan selama 5 tahun.
    adakah urusniaga ini dicatatkan dlm jurnal am?
    Kenderaan Dt Rm44700
    Modal Kt RM44700

    atau

    Kenderaan Dt Rm44700
    Pinjaman Kt RM44700

  36. Ac,

    Cadangan yang ke2 lebih tepat.

  37. kalau saya tulis -Membawa masuk kenderaan RM 50000 ke dalam perniagaan.

    adakah urusniaga tersebut dikategorikan sebagai angkutan masuk?

  38. assalamualaikum cikgu,

    kalau saya buat urusniaga-Membayar caj angkutan RM 35.

    adakah urusniaga tersebut adalah angkutan masuk?

  39. CK, waalaikumussalam.

    ANGKUTAN MASUK merujuk kepada BELANJA tambang pengangkutan untuk bawa barang niaga yang dibeli daripada pembekal untuk dihantarkan ke kedai peniaga/pembeli.

  40. ASSALAMUALAIKUM, CIKGU

    KALAU SAYA MEMINJAM DARIPADA KELUARGA BOLEHKAH?

  41. CK, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, kehendak soalan tersebut lebih merujuk kepada pembelian / perolehan ASB melalui pinjaman / kaedah sewa beli.
    Jika pinjam daripada keluarga.. akan wujud 2 urus niaga dengan 2 dokumen yang berbeza….. 1. Pinjaman… 2. Pembelian Aset Bukan Semasa

  42. cikgu, kalau saya bagi diskaun niaga dengan jualan tunai bolehkah?

  43. CK,

    BOLEH.. diskaun niaga diberikan apabila barang niaga dibeli dalam kuantiti yang BANYAK / PUKAL….. sama ada belian secara tunai ataupun secara kredit.

  44. ckg, bg projek form 4 tahun ni, adakah upah sama dengan gaji? saya tidak faham macam mana nak buat, upah diberi dua kali dalam sebulan. tapi gaji macam mana? pekerja nak dikira dari org yg diupah atau org yg dbyar gaji?

  45. Tiara,

    GAJI dan UPAH adalah BERBEZA…. cuba fahami maksud kedua2nya dengan merujuk buku teks m/s 329…. kemudian baru fikirkan urus niaga yang perlu disediakan berkaitan upah pekerja tersebut.

  46. salam cikgu , boleyy saya tanye taa ? hurmm kerja kursus tahun 2013 nyy saya ta faham nak buat macam mana , boleyy cikgu bagi penjelasan :)

  47. Aen Ismue,

    Sila rujuk arahan dalam Soalan Tugasan dan juga Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek... terutamanya bahagian ELEMEN PENILAIAN. … kenalpasti apa item2 / isi kandungan yang perlu disediakan serta apa syaratnya untuk layak skor A bagi setiap elemen tersebut.

    Sebelum melaksanakan tugasan tersebut, terlebih dahulu guru sekolah akan memberikan taklimat tentang pelaksanaan tugasan projek tersebut.

  48. ASSALAMUALAIKUM,CKIGU

    KALAU SAYA MENGELUARKAN TUNAI DI TANGAN DAN MEMASUKKAN KE DALAM BANK, DIKIRA CATATAN KONTRA JUGAKAH?

  49. Salam,,,cg..
    Nk tnye klau sy nk buat catatn urusniaga dn.sy ambil cuti hri jumaat,,,adakh sy kne buat catatn stiap hri selain hri jumaat??

  50. Meeea,

    Jika hari Jumaat perniagaan cuti, maka tiadalah urus niaga pada hari tersebut.

  51. Cahaya Kejayaan
    Merujuk kehendak soalan,catatan kontra merujuk deposit tunai,iaitu memasukkan tunai di kedai Ke dalam bank.

  52. CK, waalaikumussalam,
    Ada 2 keadaan CATATAN KONTRA ;
    1. Wang TUNAI perniagaan disimpan ke BANK…..( DEPOSIT TUNAI)
    2. Keluarkan wang daripada BANK untuk kegunaan perniagaan.

    Cyc,
    Terima kasih.

  53. bwa msuk modal 99000.
    tunai d tgn 1500
    d bank 89000
    perabot 8500
    dokumen apa yg dprlukan ?
    slip wang masuk?
    memo?
    kalau tunai di tangan tu dokumen apa?

    upah termasuk belanja ke?
    dokumen yg dperlukan baucar pembayaran ?

  54. Tiara.

    Dalam kes ini.. catatan permulaan.. memadai guna MEMO sahaja.

    UPAH dikelaskan sebagai BELANJA dan dokumen BAUCAR PEMBAYARAN sesuai digunakan.

  55. selamat petang cikgu…
    saya ada pertanyaan lagi utk pinjaman pembiayaan:
    boleh kah kalau sa buat seperti ini?

    ‘membuat pinjaman bank sebanyak RM10,000 untuk membiayai premis dan bayaran dlm tempoh 3 tahun..

    pertanyaan:
    1.saya tidk tahu dokumen apa yg perlu digunakan
    2. catatan yg perlu?adakah:

    Jurnal Am
    Premis Dt RM10 000
    Pinjaman KT Rm10 00

  56. Ac.

    Dokumennya MEMO.
    Saya setuju dengan Catatan Jurnal Am tersebut.

  57. cikgu minta tanya tentang pembayaran gaji anak saudara dan pekerja tetap pada akhir bulan boleh gabung tak ? ataupun harus asing ?

  58. Sandy,

    Berdasarkan soalan, perniagaan hanya dibantu oleh anak saudaranya yang di bayar UPAH RM150 seminggu.

  59. evening teacher , would like to ask A question .
    is it okay if i have only one pekerja(anak saudara) for my perniagaan (kedai lampu ) .

    tq

  60. teacher , hello again . sorry for bothering can i know if we buy kenderaan untuk syarikat dengan pinjaman what is the dokumen ??
    tq

  61. Alice,

    Ya, itulah yang dinyatakan dalam soalan… hanya dibantu oleh anak saudaranya sahaja, tiada pekerja yang lain.

    Sila rujuk komen2 sebelum ini / diatas berkaitan pinjaman tersebut.

  62. selamat sejahtera cikgu , minta tanya untuk membeli kereta syarikat dengan wang pinjaman bank document ape?

  63. Yo,

    Telah dinyatakan dalam soalan guna MEMO.

  64. cikgu minta tanya lagi boleh kah kita letakkan
    1)”membuat pinjaman dengan bank untuk membeli kereta syarikat ” dalam SATU kotak ketika menyenaraikan senarai semak keperluan dokumen perniagaan atau pun
    2) membuat pinjaman dengan bank (satu kotak)
    3) menggunakan wang pinjaman untuk membeli kereta syarikat (satu kotak )

  65. Yo,

    Pada pandangan saya,,
    Dibuat sebagai satu urus niaga sahaja…. iaitu dalam 1 kotak. Dan penyataan urus niaga yang lebih sesuai ialah membeli kereta syarikat melalui pinjaman…..

  66. ckgu nk rekod aset bkn semasa tu mcm mne dlm jurnal?

  67. Ashraf,

    Penyataan urus niaga mesti jelas… baru kita boleh tentukan catatannya dalam buku catatan pertama

  68. cikgu , tempoh perniagaan boleh ditetapkan ikut suka murid ke ?

  69. ok terima kasih cikgu

  70. Yo,
    Pada pandangan saya,
    Kena rujuk TEMPOH REKOD yang pelajar tetapkan…. katakan bulan Ogos 2013 (iaitu sebulan dalam tahun semasa… sebaik2nya bulan semasa Ogos / September 2013). Oleh kerana perniagaan baru memulakan perniagaan, maka TEMPOH PERAKAUNAN ialah 01 Ogos 2013 – 31 Julai 2014.

  71. cikgu , soalan cakap tentang tempoh pinjaman harus melebih setahun .so perniagaan kita harus lebih dari setahun ke atau setahun sahaja pun boleh ?
    P.s- tq banyak banyak kerana cikgu sudi menjawab saya

  72. Yo,

    Konsep USAHA BERTERUSAN.… perniagaan yang ditubuhkan akan diteruskan sampai bila2 / berterusan… manakala untuk tujuan penilaian prestasi perniagaan .. maka wujudlah TEMPOH PERAKAUNAN, biasanya setahun,, untuk disediakan Penyata Pendapatan & KKK. Ianya akan berterusan untuk tahun ke dua…. ke tiga… dan seterusnya.

  73. Cikgu, bolehtak saya buat
    – catatan permulaan mulakan perniagaan dgn tunai dlm bank RM89000 dlm borang wang tunai masuk
    – tunai di tangan RM1500 dan bawa masuk perabot RM8500 dlm memo
    Macam mana pula dengan deposit tunai / simpanan sebagai catatan kontra. adakah ambil dr maklumat atas atau cipta yang baru sedangkan duit ditangan cuma Rm1500.

  74. salam cg.
    saya masih kurang faham tentng pinjaman. Selepas tetapkan jumlah pinjaman cth RM10000 dengan tempoh 5 tahun, bayaran baliktu ada cara pengiraan atau boleh letakjer amaun berapapun. tq.

  75. Junarisa,

    Boleh, jika sediakan hanya memo untuk catatan permulaan pun boleh.

    Baki awal … RM1500.. maka perlu difikirkan bilakah masa yang sesuai untuk masuk wang tunai di tangan ke bank .? Dan berapa wang tunai yang ada ditangan pada masa tersebut…. kena rujuk perancangan urus niaga yang dibuat… bukankah ada item2 penerimaan, maka sudah tentu wang tunai di tangan akan bertambah.

    Jumlah bayaran balik setiap bulan = jumlah pinjaman ÷ (5×12 bulan)

  76. ckg, ambilan brg niaga ,kita boleh pilih sama ada utk kegunaan sendiri, kegunaan perniagaan, tujuan derma atau promosikan? dokumen memo dan direkod dlm jurnal am. betultak ckg?

  77. Swetha,

    AMBILAN digunakan khas untuk KEGUNAAN SENDIRI sahaja. Manakala ambil untuk tujuan promosi / derma TIDAK dikelaskan sebagai “AMBILAN”.

    YA..Dokumen yang sesuai MEMO, dan catat dalam JURNAL AM

  78. cikgu bagi urus niaga perancangan, kita rekodkan nilai jumlah sebelum diskaun niaga atau selepas diskaun niaga?
    saya meminta pelaar sebelum diskaun niaga.

  79. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    Berdasarkan panduan elemen penilaian PERANCANGAN URUS NIAGA yang diberikan, untuk layak dapat A, pelajar :
    1. Berkeupayaan menyenaraikan urus niaga dengan lengkap mengikut garis panduan urus niaga yang ditetapkan, iaitu CUKUP bilangan urus niaga bagi setiap kategori yang ditetapkan.
    2. Berkeupayaan menentukan DOKUMEN bagi setiap urus niaga yang dikenal pasti dengan betul.

    Maka saya fokuskan pelajar kepada 2 perkara tersebut terlebih dahulu . Saya tidak minta pelajar nyatakan NILAI bagi urus niaga yang melibatkan BARANG NIAGA, kerana nilai tersebut akan diperolehi SELEPAS menyediakan DOKUMEN.. dengan mengambilkira jenis barang niaga, harga seunit, kuantiti serta diskaun niaga terlebih dahulu, sedangkan pelajar sedang berada di peringkat PERANCANGAN. Maka memadai, pelajar tulis : “Jual barang niaga kepada Syarikat ABC secara kredit”

  80. salam cikgu…
    1)sye nk tnye selepas sye membuat dokumen sye telah memasukkan maklumat2 ke dlm jurnel..
    bagi jurnal am sye memasukkan maklumat :
    modal = 99,000 ( kredit)
    tunai= 1500 (debit)
    bank= 89000 (debit)
    perabot=8500
    adakah saya harus membuka keempat2 akaun atau pun sye hanye perlu membuka 2 akaun sahaja iaitu modal dan perabot dan adakah tunai dan bank sya hanya perlu rekod dalam buku tunai?

    2) bahagian (f) perolehan aset bkn semasa dan pinjaman tu adakah saya boleh membuat ayat urusniaga seperti ini ” trima pinjmam sebanyak RM 100,000 dari maybank. Tempoh pinjaman selama 3 thn dan digunakan untuk membeli Kenderaan secara kredit dri pada Syarikat Nissan.. Bayar balik pinjaman bermula bulan september”
    adakah betul urusniaga saya ini?
    dan adakah saya perlu merekod kenderaan dan syarikat tersebut dlm jurnal am??
    harap cikgu dapat memberi penjelasan dengan lebih mendalam.. terima kasih.

  81. Ashraf,

    1) Buku Tunai merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang telah digabungkan… maka TIDAK PERLU lagi buka akaun2 tersebut.

    2) Cara tersebut seolah2 ada 2 urus niaga – pinjaman daripada bank …. beli kenderaan secara kredit. Maka 2 Dokumen yang perlu disediakan
    Cadangan Cg “Beli kenderaan melalui pinjaman bank RM100,000, … nyatakan tempoh dan bayaran balik.” – dokumen hanya MEMO.

    Dan catatan jurnal am…. Dt Kenderaan Rm100000…. Kt Pinjaman bank RM100000.

  82. cg,
    upah pekerja diambil kira utk dapatkan kos belian ?

  83. Iyee,

    Pada pandangan saya,
    Upah pekerja tersebut TIDAK berkaitan secara khusus atas urusan belian barang niaga, maka tidak boleh dikelaskan sebagai kos belian. Pekerja tersebut membantu menjalankan urusan harian perniagaan…. maka ianya perlu dikelaskan sebagai BELANJA dalam Penyata Pendapatan.

  84. cikgu bagi komponen pembayaran bahagian (d) jika pembayaran untuk pinjaman sayae bermula bulan september adakah saya perlu membuat item pembayaran tersebut ataupun sye hanya perlu mencukupkan senarai urusniaga saya dengan urusniaga pemiutang dan belanja sahaja?

  85. Ashraf,

    Pada pandangan Cg,
    Jika demikian keadaannya, maka TIDAK PERLU wujudkan item pembayaran – pinjaman tersebut.

  86. Jadi mengikutkan skema, kita tidak perlu menulis nilai jumlah. Kalau pelajar merekod nilai selepas diskaun niga juga boleh diterima kan.

  87. Kalai,

    Pada pandangan saya, jika nak buat juga terserah… walau bagaimanapun kena rujuk Ketua Penyelaras Kawasan masing2 terlebih dahulu.
    Sekira minta pelajar nyata nilai, maka pelajar terpaksa tentukan dahulu kuantiti, harga seunit dan diskaun… dan perlu diingatkan dalam penentuan kuantiti kena rujuk kad stok/ baki semasa stok yang ada.. takut2 terjadi kes stok -ve…. misalnya stok tinggal 50 unit tetapi jual 60 unit.

    Perkara tersebut saya ajar kepada pelajar semasa penyediaan dokumen bersama2 Kad Stok…… bila ada urus niaga belian … terus rekod dalam Kad Stok masing2…. bila nak buat dokumen bagi urus niaga jualan, mesti rujuk baki semasa stok dalam Kad Stok…. kemudian untuk urus niaga belian nanti, pelajar juga akan rujuk Kad Stok terlebih dahulu… bagi mengenalpasti barang niaga yang telah kekurangan.. baru pelajar dapat gambaran  keadaan sebenar menjalankan urusan perniagaan.

    # Ada perbezaan antara PERANCANGAN URUSNIAGA dengan PENYATAAN URUSNIAGA.

  88. Cikgu,
    Bolehkah catatan permulaan hanya sediakan memo sahaja dan tidak sedia slip wang masuk bank?

  89. Fatimah,

    Pada pandangan saya, BOLEH dan nak buat kedua2nya pun BOLEH.
    Ini kerana pada kebiasaanya wang yang dimasukkan ke dalam Bank dilakukan lebih awal misalnya pada bulan Julai lagi. maka tarikh pada dokumen tersebut bulan Julai.. sedangkan TEMPOH REKOD untuk bulan Ogos. Walau bagaimanapun jika nak andaikan pada pagi 1 hb … semua urusan pembukaan akaun bank dan simpanan wang tersebut, maka bolehlah disertakan juga Slip Wang masuk tersebut.

  90. cg,
    jika buat pinjaman untuk membiayai pembelian abs dan pembayaran dibuat bulan ogos, adakah ia melibatkan akaun ansuran pinjaman atau ak pinjaman ?

  91. Iyee,

    Tidak wujud “Akaun Ansuran Pinjaman”……. apabila bayaran balik, maka Ak Pinjaman akan berkurang……. Dt Pinjaman … Kt Tunai/Bank.

  92. terima kasih cikgu.

  93. cikgu, upah dibayar seminggu RM150 dibayar dua minggu sekali. bolehtak dalam urusniaga saya nyatakan bayaran upah kepada pembantu kedai RM 300 pada 15 Ogos dan 30 Ogos sebagai item pembayaran? tq

  94. Ji,

    Pada pandangan saya,
    YA, kedua-dua bayaran tersebut boleh dikelaskan sebagai Item Pembayaran.

  95. Cikgu,
    katakan pinjaman rm60000 utk tempoh 5 tahun dan telah dibuat pada 1 ogos dan ansuran pertama rm1200 telah dibayar pada 31 ogos. Dalam kunci kira kira pinjaman perlukah di asingkan iaitu (1200×11) masuk dalam liabiliti semasa dan yg baki masuk dalam liabiliti bukan semasa?

  96. Fatimah.

    Pinjaman hanya ada satu akaun sahaja.. kenapa nak asingkan..?

    Ak Pinjaman nanti akan berbaki (60000 – 1200) RM58 800 …. terus masuk KKK sebagai LBS.

  97. Cikgu,
    pinjaman yg perlu dibayar dalam tempoh 12 bulan masuk dalam liabiliti semasa, pinjaman yg perlu dibayar lebih 12 bulan masuk liabiliti bukan semasa. Kebanyakkan laporan tahunan sykt didedahkan dalam format begitu dlm kkk. Perlukah SPM juga ikut format seperti itu?

  98. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Kes tersebut sekiranya terdapat 2 PINJAMAN yang mempunyai TEMPOH MATANG yang berbeza.. satu kurang 1 tahun (LS).. dan lebih daripada setahun (LBS).
    Dalam kes kerja kursus peniaga hanya buat 1 PINJAMAN di mana tempoh matangnya 5 TAHUN… maka ianya dikelaskan sebagai LBS.
    Apabila bayaran bulan pertama dibuat… tinggal 4 tahun 11 bulan lagi ….. masihnya lagi dikelaskan sebagai LBS… tidak wujud “pinjaman yang perlu dijelaskan dalam tempoh 12 bulan”.

  99. Ok, terima kasih.

  100. salam cikgu sye nk tnye untuk bahagian perolehan aset bukn semasa dgn pinjaman tu saya buat pinjaman utk membeli lengkapan bernilai RM 50,000 jadi sye telah menjadikan :

    lengkapan : debit
    pinjaman : kredit

    jadi apabila saya membuka kedua2 akaun adakah hanya jumlah 50,000 yg harus saya gunakan dalam kedua2 akaun atau pun sye harus memasukkan jumlah pinjaman yang saya dpt tersebut dalam salah satu akaun tersebut?

  101. Ashraf,

    Dt Lengkapan RM50000
    Kt Pinjaman RM50000 .<—– ini sudah mengambarkan jumlah pinjaman tersebut.

  102. jadi apabila membuat imbangan duga adakah saya perlu mencacat jumlah pinjaman yg sebenar atau pun 50,000 shj?

  103. Ashraf..
    Fahami dahulu apa itu ID serta Kitaran Perakaunan.
    ID merupakan senarai SEMUA BAKI-BAKI AKAUN yang ada dalam Lejar Am… maka nilai yang perlu digunakan rujuk kepada BAKI AKHIR Ak Pinjaman tersebut.

  104. Cikgu

    ckgu bleh bg contoh apa yg prlu d tulis dlm memo utk catatan permulaan tu? sy xtau lah nak tulis cm ne.

  105. Ajib..

    Boleh tulis seperti dalam soalan…. “Memulakan perniagaan dengan modal permulaan RM……… yang terdiri daripada ………..”

  106. cikgu, angkutan masuk tu kita tulis terkurang caj ke dalamnota debit ?

  107. insurans atas belian tu dalam dokumen resit rasmi ke?

  108. Mcna,

    1. Jika ANGKUTAN MASUK tersebut merupakan caj tambahan yang tertinggal catat dalam INVOIS, maka dokumen NOTA DEBIT akan dikeluarkan.

    2. Bagi urus niaga INSURANS ATAS BELIAN terdapat beberapa dokumen yang sesuai digunakan, bergantung kepada situasi urus niaga tersebut….. termasuklah RESIT RASMI.

  109. cikgu, catatan permulaan tu tidak termasuk dalam 25 dokumen yang diperlukan, kalau saya tak buat memo untuk catatan permulaan pun boleh juga kan. saya terus mula dengan pembelian barang niaga. boleh tak cikgu ?

  110. Liza,

    Pada pandangan saya,
    Dokumen tersebut TIDAK termasuk dalam 25 urus niaga yang diminta….. jika pelajar sediakan LEBIH dari yang diminta tidak menjadi masalah.

    Cuma adalah LEBIH BAIK pelajar sediakan dokumen tersebut, ini kerana pelajar telah diajar tentang KITARAN PERAKAUNAN, di mana SUMBER RUJUKAN sesuatu urus niaga untuk dicatat dalam BUKU CATATAN PERTAMA adalah berdasarkan DOKUMEN… sebagai BUKTI yang mengesahkan catatan tersebut.

  111. tq cikgu, saya tak masukkan dalam perancangan tp still buat catatan di bahagian atas page page dokumen 1 or sblm page dokumen

  112. Salam aildifitri cikgu.

    Saya telah gunakan nota dt untuk tambahan caj angkutan. Jadi saya perlu rekdokan dalam Jurnal Belian.
    Betulkan? Dalam JB nama pemiutang akan dicatatkan. Bagaimana nanti bila saya nak buat penyata pendapatan, adakah saya perlu masukkan angkutan dalam kiraan kos belian?

  113. Suriani,

    Nota Debit tersebut perlu dicatat dalam JURNAL AM, bukannya JURNAL BELIAN yang disediakan khas untuk BARANG NIAGA sahaja.
    Dt: Angkutan masuk … Kt Nama Pemiutang.

  114. apabila angkutan masuk, upah atas belian dan insurans atas belian d masukkan dlm stu nota debit, adakah ia dikira sbg 3 urus niaga? sbb ia melibatkan 3 item. atau ia hanya d kira sbg 1 urusniaga?

  115. Ajib,

    Pada pandangan saya,
    Dalam kes ini, dianggap sebagai 1 URUS NIAGA sahaja, kerana SUMBER RUJUKAN / DOKUMEN hanya satu.. pada TARIKH yang sama dan berurusan dengan PEMIUTANG yang sama. Cuma catatannya dipanggil catatan majmuk, iaitu :
    Dt: Angkutan masuk
    Dt: Upah atas belian
    Dt Insurans atas belian
    Kt Nama Pemiutang.

    # Sama juga dengan kes CATATAN PERMULAAN.

  116. Merujuk pd jwpn d atas, dt dan kt tu kna ctat kat jurnal am ea?

  117. assalamualaikum , boleh saya tanya ? modal yg diberikan kepada kita kena guna bagi habis ke dalam 1 bulan ?

  118. Ajib,
    Ya.. ianya dicatat dalam JURNAL AM.

    Farisya, waalaikumussalam.
    Cuba FIKIR, kita baru saja memulakan perniagaan dengan MODAL tersebut……. adakah kita perlu HABISKAN semua modal tersebut dalam masa SEBULAN ?, sedangkan hasrat kita berniaga kalau boleh sampai bila2 (KONSEP USAHA BERTERUSAN)

  119. cikgu,kan maklumat tambahan pasal gaji yg dibayar dua minggu sekali tu sudah ada kan , adakah dia boleh dletakkan di dalam komponen pmbyaran’belanja’ ?? lepas tu pinjaman tu kena bpandukan no f ke ?

  120. Farisya… YA untuk kedua2 soalan tersebut.

  121. ckg, jika angkutan masuk telah dibayar secara tunai dengan resit. so, nanti dlm buku tunai butirannya tulis nama pembekal atau angkutan masuk?

  122. Swetha.

    Butirnya ANGKUTAN MASUK.

  123. situasi

    1) membeli 20 bsikal d kdai A brnilai Rm 415 stiap stu.

    2) membli 10 bsikal d kdai B brnilai rm 410 stiap stu..

    mcm mna nak buat ctatan d harga seunit (baki) dlm kad stok klw hrga asalnya brbeza?

  124. Ajib,

    Salah satu tujuan KAD STOK adalah untuk menilai STOK AKHIR pada NILAI KOS….. maka HARGA SEUNIT yang perlu dicatatkan dalam KAD STOK adalah merujuk kepada HARGA KOS / HARGA BELI.. Dan terdapat beberapa kaedah dalam penilaian stok tersebut…. tetapi tidak diajar diperingkat SPM.

    Cadangan saya, wujudkan 2 JENAMA BASIKAL yang berbeza. …. RASIONALNYA kenapa kita beli daripada Kedai A, jika harganya lebih tinggi berbanding Kedai B.
    Contohnya:
    1) membeli 20 unit basikal berjenama BMX Catbike ……..
    2) membeli 20 unit basikal berjenama BMX Oscar ….
    dan setiap satunya akan direkodkan dalam KAD STOK masing2.

  125. Cikgu,

    mcm mna plak ctatan pda harga seunit dlm kad stok klo brlaku pulangan jualan? bknkah harga seunitnya sdah brubah sbb kta dh jual bnda tu dgn hrga lebih tinggi sbb nak dpt untung.

    mohon penjelasan ckgu.

  126. Ajib,

    Pada pandangan saya,
    KAD STOK digunakan untuk menilai stok pada NILAI KOS… maka semua nilai seunit dalam Kad Stok mestilah merujuk kepada HARGA BELI SEUNIT….. kad stok bukan untuk kira untung / rugi. Tetapi kira berapa stok semasa yang ada dalam kedai dan berapa nilainya dalam KOS. Jadi tidak boleh dicampur adukkan antara nilai KOS dan nilai PASARAN.

  127. Assalamualaikum cg…

    nak tanya pendapat cg, jika saya buat pinjaman bank pd awal bulan & digunakan untuk membeli ABS (dokumen memo). pd hujung bulan, bayaran balik pinjaman kali pertama telah dibuat. Adakah sesuai makluman debit digunakan @ dokumen lain yg lebih sesuai?

  128. Wan, waalaikumussalam.

    YA, dokumen MAKLUMAN DEBIT juga sesuai digunakan sekiranya bayaran balik tersebut dilakukan melalui ARAHAN TETAP kepada pihak bank supaya dibuat pembayaran pada setiap bulan kepada pihak yang terlibat.

  129. terima kasih cg…

  130. Salam cikgu.. bleh tak cg bg contoh urus niaga berkaitan dengan upah atas belian dan insurans atas belian. Tq cg.

  131. Azah,

    Pada pandangan saya,
    Item insuran atas belian tidak sesuai dengan jenis barang niaga seperti ..basikal, lampu, aksesori wanita atau kraftangan.
    Urus niaganya bergantung kepada 2 keadaan :
    1. Peniaga sendiri yang bayar belanja tersebut – “Bayar …………………………….. RM…. secara tunai / dengan cek. ”
    2. Pembekal telah bayar perkara tersebut, kemudian dicajkan kepada peniaga – “Pembekal A mengenakkan caj …………………………. sebanyak RM…… yang tertinggal catat dalam Invois.”

  132. Cikgu, deposit tunai dalam catatan kontranya mana nak rekod cikgu !!! :)

  133. Thines,

    Catatan Kontra – Deposit Tunai bermaksud peniaga memasukkan wang TUNAI perniagaan ke dalam akaun BANK.
    Dokumen yang sesuai ialah SLIP WANG MASUK, dan perlu dicatatkan dalam BUKU TUNAI.

  134. Ohh terima kasih cikgu. Tetapi wang masuk dlm akaun bank tu perlu catat dlm urusniaga cikgu ?

  135. Thines.

    YA, urus niaga bagi item catatan kontra… iaitu salah satu daripada 25 urus niaga yang dikehendai dalam soalan.

  136. Cikgu barang apa boleh beli aset bkn semasa utk kedai basikal ?

  137. cikgu,
    saya derma 5 buah basikal kpd anak yatim.. tetapi nak rekod dlm kad stok ke ?

  138. Thines,

    ABS – Kenderaan, lengkapan, alatan, premis dll…..
    Kad Stok digunakan untuk merekod semua KELUAR-MASUK stok… bagi mengetahui berapakah kuantiti stok semasa dalam kedai.

  139. Terima kasih cikgu ..

  140. salam…cg…utk komponen pembayaran, perlukah kte buat dokumen untuk pinjaman sekiranya pembayaran pinjaman dibuat pada bulan berkutnya atau cme buat dokumen utk pembyran pemiutang dan belanja sehaja???

    terima kasih

  141. Buibui,

    Jika bayatan balik pinjaman bermula bulan berikutnya, maka tiadalah item pembayaran pinjaman…. cukupkan bilangannya dengan item pembayaran yang lain seperti sewa dan sebagainya.

  142. apa itu slip bank ?

  143. Mun,

    SLIP BANK = Slip Wang Masuk / Slip Simpanan – digunakan apabila kita masukkan wang tunai ke akaun di bank.

  144. urus niaga – membeli sebuah van terpakai bernilai RM 55700 dibayai daripada pinjaman CIMB bank , tempoh pinjaman 5 tahun . komponen – pinjaman aset bukan semasa . dokumen – memo . betul ke ciikgu kalau saya buat macam ni ?

  145. Ucena,

    Pada pandangan cg,
    YA.. boleh diterima

  146. apa itu slip bank ?

  147. Joey,

    Sudah dijawab ……. rujuk ATAS.

  148. akhir bulan kene bayar ke pinjaman tu ?

  149. Ucena,

    Bergantung kepada perancangan urus niaga anda …. sama ada dinyatakan dalam MEMO pinjaman/perolehan ABS … mula bayar balik bulan semasa atau bulan hadapan.

  150. Cikgu, apa itu aliran urusniaga?
    Dalam contoh lampiran projek akaun 2010 yang cikgu bagi itu, pada bahagian senarai dokumen ada dinyatakan calon perlu menyediakan aliran urusniaga ?
    Saya tak faham.
    Terima kasih.

  151. Mirza,

    Senarai tersebut adalah merujuk kepada senarai PERANCANGAN URUS NIAGA.
    # itu contoh lama, ada sedikit penambahbaikan dari semasa ke semasa… sila rujuk Pentaksir Kawasan masing2 untuk maklumat mutakhir.

  152. Cikgu,

    Elemen keempat (kemahiran menggunakan TMK) dalam projek akaun ting 4 spm 2014.
    Ada satu aspek dalam elemen ini iaitu komunikasi.
    Calon diminta menerangkan sekurang-kurangnya dua aspek daripada hasil tugasan dengan jelas dan meyakinkan untuk mendapat A dalam aspek ini.
    Saya tak faham apa yang saya perlu buat sebenarnya.
    Tolong jelaskan cikgu.
    Terima kasih.

  153. Mirza,

    Pada pandangan saya,
    Semasa/sepanjang proses melaksanakan tugasan tersebut, guru boleh minta pelajar terangkan mana2 elemen yang mereka sedang/telah siapkan …. bagi memastikan mereka TAHU, FAHAM apa yang mereka buat.

  154. pinjaman 100 % tanpa faedah untuk membiayai aset bukan semasa tu macam ye cikgu narzuki ?

  155. Ucena,

    Sila rujuk komen2 sebelum ini, berkaitan perkara tersebut….. DIATAS.

  156. assalamualaikum cikgu ,

    1. “membayar bil elektrik berjumlah RM 200 kepada tenaga Nasional Berhad meggunakan cek” . perlu ke buat 2 dokumen , keratan cek dengan bauncar pembayaran ?

    2.”mengeluarkan wang dari bank untuk kegunaan perniagaan” . adakah dokumen yang diperlukan ialah keratan cek ?

  157. Ucena,
    Waalaikumussalam.
    1. Pada praktikalnya kedua2 dokumen tersebut terlibat.. cuma untuk tujuan kerja kursus, memadai kemukakan SALAH SATU dokumen sahaja.
    2. Ya, KERETAN CEK paling sesuai.

    Suzie,
    Perkara tersebut telahpun dibincangakan, sila baca komen2 sebelum ini.

  158. assalamualaikum,..
    ckgu,.blh tak bgi contoh ayat utk PEMBAYARAN melalui pinjaman,..?

  159. Saifuddin, waalaikumussalam,.

    Banyak cara boleh ditulis, antaranya :
    “Bayaran balik pinjaman RM……. kepada ……………………………………… secara tunai / dibayar dengan cek / melalui pindahan kredit.”

  160. cikgu nak tanya,

    contoh la urusniaga ini:

    8/8/2013
    Menjual brgniaga BMX bernilai RM300 dalam 2 unit secara tunai kepada A.
    maka rekodnya: TUnai DT….Jualan Kt

    10/8/2013
    A mengembalikan BMX tersebut disebabkan oleh kerosakkan sebanyak seunit bernilai RM150…

    Rekod lejar : tidak dapat dikesan>>minta pertolongan cikgu..trima kasih..

  161. dlm andaian saya…pulangan belian atau pulangan jualan hanya utk belian kredit atau jualan kredit….

    bingungla cikgu…

  162. Ac,

    Sememangnya PULANGAN JUALAN & PULANGAN BELIAN hanya untuk jualan & belian secara KREDIT sahaja.

    Cadangan saya, tukarkan urus niaga 10/8/2013 – supaya pulangan tersebut merujuk kepada urus niaga jualan kredit sebelumnya. Ataupun tukarkan urus niaga 8/8/2013 – jual secara kredit.

  163. trima kasih cikgu..

  164. berkaitan dengan urusniaga:

    cth:
    mengeluarkan wang sejumlah rm2500 utnk kegunaan perniagaan..

    Dokumen: pendapat saya: Slip keluar bank..
    Persoalan: keNapa kebanyakkan dari rakan saya menuliskan cek?adakah dokumen cek bertepatan dengan urusniaga..sebab ianya adalah catatan kontra dan memerlukan tunai ditangan.

  165. Ac,

    KERATAN CEK lebih sesuai… manakala CEK sangat2 tidak sesuai.

  166. Salam ckg..

    Adakah bayaran pinjaman itu wajib di buat?

  167. Intansazrin.

    Pada pandangan saya.. bergantung kepada penyataan dalam MEMO pinjaman sebelumnya.. bila bayaran balik bermula.
    Dalam soalan TIADA dinyatakan wajib ada… maka terserah kepada perancangan pelajar. Walau bagaimanapun. saya minta pelajar saya buat bayaran balik pinjaman tersebut.. supaya mereka dapat belajar macam mana urus niaga tersebut direkodkan… apa BCP dan Akaun2 yang terlibat…. maka mereka boleh belajar sesuatu yang baru.. kerana perkara tersebut tidak pernah diajar kepada pelajar2 sebelum ini.

  168. catatan kontra pada soalan menyatakan deposit tunai. jadi pelajar hanya buat memasukkan wang ke dalam bank sahaja. mengeluarkan wang utk kegunaan perniagaan tidak tepat. betol ke cikgu?

  169. Suraya.

    Pada pandangan saya..
    Soalan telah jelas menyatakan DEPOSIT TUNAI. maka jika pelajar buat mengeluarkan wang untuk kegunaan perniagaan adalah TIDAK TEPAT sebagaimana kehendak soalan.

  170. cikgu, tak ade contoh yang dah siap ke??

  171. Shazwin.

    Maaf. Tiada.. pelajar masih dalam proses penyediaan tugasan masing2 secara berperingkat2.

  172. Para pelajar sekalian,

    Sedar atau tidak ? …. terdapat item2 pembayaran (BELANJA) secara RASIONALNYA mesti ada dalam PERANCANGAN URUS NIAGA seperti : SEWA PREMIS dan KADAR BAYARAN.

  173. salam…cg…sya pening dengan snarai stok dan kad stok…kan perniagaan baru shaje bermula…so, kte xspatutnya ad baki stok…mcm mane nk isi kat dalam ruangan baki kat dalam kat stok???
    terima kasih…

  174. Eon,

    SENARAI STOK disediakan bagi memudahkan penyediaan dokumen dan kad stok nanti
    KAD STOK digunakan untuk merekodkan KELUAR-MASUK stok …. bagi mengetahui kuantiti stok semasa yang ada dalam kedai. Pada 1 hb memang tiada BAKI AWAL, sebaik sahaja ada utus niaga belian, maka kuantiti/baki stok akan bertambah. Dan bila ada jualan, baki stok pada tarikh tersebut akan berkurang.. BAKI dalam kad stok menunjukkan baki selepas setiap urus niaga.

    Contohnya,….. (bahagian kuantiti sahaja)
    Tarikh ——— Masuk ——–Keluar ——–BAKI
    1hb baki ———————————————0
    2hb beli——-100—————————– 100
    3hb pul belian —————–10—————90
    5hb jual—————————–50—————40

  175. cikgu , dokumen apa guna utk deposit tunai :)

  176. Thines,

    SLIP WANG MASUK / SLIP SIMPANAN yang perlu kita isi semasa menyimpan wang dikaunter bank.

  177. Cikgu, kalau kita menerima Nota debit daripada pemiutang kerana kos angkutan masuk dikenakan atas belian…

    catatan buku pertama terlibat ialah Jurnal Am
    Dt. Angkutan Masuk (belanja) kt. Pemiutang
    atau
    Dt Belian (tambahan atas belian ) kt Pemiutang

  178. Chee,

    Dt Angkutan masuk Kt Nama Pemiutang

  179. Apakah maksud upah atas belian

  180. John,

    Upah yang dibayar kepada pihak tertentu SEMASA proses BELIAN BARANG NIAGA... seperti upah orang angkut barang ke dalam lori atai lain2 upah yang berkaitan.. bukan semua proses pembelian terlibat dengan upah tersebut… bergantung kepada situasi urus niaga tersebut.

  181. salam cikgu,
    di sini saya ada sedikit kurang fhm.
    Cthnya:
    saya ingin mewujudkan komisen diterima daripada pemiutang berjumlah RM250 secara tunai.

    persoalan:
    1. saya tidak fhm maksud komisen itu sendiri.
    2. Catatan yang perlu dalam BCP.

    Tq cikgu.

  182. Ac,

    Komisen biasanya diterima daripada peniaga lain (bukan pemiutang)… dimana kita tolong jualkan barang mereka dan sebagai balasan kita diberikan komisen dengan kadar / peratusan tertentu daripada hasil jualan tersebut.

    BCP yang terlibat, sekiranya dibayar tunai / cek, maka BUKU TUNAI perlu digunakan.

  183. Assalamualaikum cikgu, mahu cikgu terangkan mengenai pinjama 100% tanpa faedah boleh? saya kurang faham ‘dalam tempoh lebih satu tahun’ urus niaga direkod dalam tempoh sebulan kan?

  184. Fatin, waalaikumussalam.

    Sudah menjadi kebiasaan sesuatu pinjaman yang dibuat akan dibayar balik dalam tempoh yang lebih daripada setahun. Dan PINJAMAN tersebut akan dikelaskan sebagai Liabiliti Bukan Semasa dalam KKK nanti. Sama juga dengan Lengkapan, kita beli untuk digunakan melebihi dari setahun, maka ianya akan dikelaskan sebagai Aset Buksn Semasa.

  185. Urus niaga pinjaman guna dokumen mana

  186. John,

    Ikut arahan dalam soalan…. guna MEMO.

  187. Kalau kita tak buat pinjaman boleh tak?

  188. John..

    Ianya telah tersenarai sebagai salah satu item dalam SENARAI URUSNIAGA yang perlu disediakan.

  189. Kos pembayaran urus niaga pemiutang boleh guna dokumen kerantan cek dan resit rasmi?

  190. Cute,

    YA, dokumen RESIT RASMI dan KERATAN CEK boleh digunakan.

  191. apa khabar cikgu Narzuki, saya ada masalah dalam menrekod kan (Terima komisen dripada pembekal Ali secara tunai sebanyak RM900) saya tahu ini kena rekod kat buku tunai tapi saya ada masalah dengan pengespotan ke lejar, saya tak tahu nak rekod kat Akaun Komisen diterima atau Akaun Ali?
    Harap dapat tolong. Terima kasih

  192. Cikgu adakah Jurnal belian punya baki b/b kena sama dengan dengan Akaun belian punya Pelbagai pemiutang tak atau ada pengecualian ? Terima kasih.

  193. khabar cikgu, tentang malumat tambahan : perniaga memulakan perniagaan dengan modal sebayak RM99000 yang terdiri daripada asek berikut:

    Tunai di tangan RM1500
    Tunai di bank RM 89000
    Perabot RM850

    nak tanya tentang perabot kena tak rekod ke Akaun Perabot (Lejar am)?

  194. Ken Poh, khabar baik.

    1. Terima komisen secara tunai – Buku Tunai sebelah Debit : Butirnya “Komisenn diterima” …. kemudian poskan ke AKAUN KOMISEN DITERIMA.

    2. JURNAL BELIAN ….. mana ada BAKI ? … yang ada ialah JUMLAH dan butirnya ialah “Akaun Belian”…. kemudian diposkan ke AKAUN BELIAN sebelah Debit : butirnya “Pelbagai Pemiutang” … nilainya mestilah SAMA.

    3.. YA…. dalam AKAUN PERABOT sebelah Debit: butirnya “MODAL” RM850

  195. Khabar cikgu, (Dikenakan bayaran angkutan masuk Oleh Pembekal Ali RM360) yang ini kena rekod kat Akaun Angkutan masuk dan Akaun Ali kan? atau ad juga rekod kat akaun belian? Terima kasih tadi cikgu telah membantu :) .

  196. Cikgu kalau berlaku pesamaaan dalam Lejar Pemiutang
    contoh sebelah debit : butir bank RM100 dan Kredit :butir tunai RM100 juga…jadi kena tak masuk ke dalam imbangan duga atau tak payah?

  197. Ken Poh,

    Dalam JURNAL AM : Dt ANGKUTAN MASUK ….Kt “ALI” (…”ALI” sahaja TIDAK SESUAI….sila guna nama Syarikat pembekal Ali tersebut)….. AK BELIAN .. TIDAK TERLIBAT.

    Oleh kerana akaun tersebut TIADA BAKI… maka TIDAK PERLU ditunjukkan dalam ID.

  198. Hello pembayaran pinjaman bank boleh bayar dalam 15 ogos 2013?

  199. Cute,

    Cadangan saya, bayaran balik dibuat pada akhir bulan.

  200. cikgu boleh tak kat buku tunai punya sebelah kredit lebih daripada sebalah debit sebelum mendapat baki b/b nya? Terima kasih

  201. Ken Poh,

    Dalam BUKU TUNAI ada 2 akaun iaitu TUNAI dan BANK.

    TUNAI – MESTI berbaki DEBIT….. iaitu jumlah DEBIT > KREDIT….. jika sebaliknya, maka SALAH.
    BANK – Boleh berbaki DEBIT dan KREDIT.

  202. Tunai di tangan tunai di bank dan perabot tu kena letak dalam perancangan urus niaga juga ke? Biasa nya untuk pembayaran balik pinjaman tu kena buat macam mana?

  203. Fatin,

    Sebaik2nya buat urus niaga tambahan (walaupun soalan tidak minta) untuk CATATAN PERMULAAN.

    Bayaran balik boleh dibuat melalui bayaran TUNAI, CEK ataupun PINDAHAN KREDIT.

  204. Apa khabar cikgu, (Jualan lampu hiasan secara tunai kepada pelanggan Saufi Enterprise sebanyak Rm 1800) jadi adakah komponen ialah Jualan bersih kan?

  205. Cikgu, Akaun Pengiklanan atau Akaun iklan,yg mana lebih sesuai?

  206. Ken Poh,

    1. Ya ..item Jualan Bersih.
    2. Akaun Pengiklanan

  207. Cikgu, bayaran ansuran pertama untuk van sebanyak RM 750 kepada syarikat kewangan. (harga van – RM50 000, bayaran balik 5 tahun tanpa faedah) yang ini macam mana nak rekod ke Buku tunai dan Akaun kenderaan .saya ada masa dengan meletakan nilai (RM)?

  208. Oh ya cikgu tentang tadi saya tanya punya Bayaran ansuran….. ini punya komponen ialah pinjaman atau pembayaran? tq

  209. maaf kalau telah menggangu cikgu,memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM99000

    Tunai di tangan RM1500
    Tunai di bank RM 89000
    Perabot RM 8500

    nak tanya bagaimanakah ini dapat merekodkan dalam KUNCI KIRA-KIRA terutama dalam perabot di aset bukan semasa dan Tunai di tangan dan di bank (Modol awal)di modal kerja? tentang nilai (RM)

  210. Ken Poh,

    Bayaran balik pinjaman merupakan Item Pembayaran (pinjaman)… rekodkan dalam BUKU TUNAI : Kredit butirnya “PINJAMAN” …. Akaun Pinajman yang terlibat, manakala Akaun Kenderaan TIDAK terlibat.

    Semua akaun diimbangkan dan BAKI AKHIR disenaraikan dalam IMBANGAN DUGA…. daripada ID, baru sediakan Penyata Pendapatan dan KKK.

  211. Pembayaran pinjaman boleh guna malumat debit?butirnya bayar pinjaman bank.catat dalam buku tunai debit pinjaman kredit banke

  212. keratan cek dan cek adakah ia sama ? sebab dalam urusniaga saya tulis dkat dokumen keratan cek . kalau saya lukis bentuk cek boleh tak ?

  213. Cute,
    BOLEH, dengan keluarkan Arahan tetap kepada pihak bank supaya buat pembayaran balik pinjaman pada tarikh tertentu setiap bulan.
    Catat dalam BUKU TUNAI, disebelah KREDIT dan butirnya “PINJAMAN

    Farisya,
    TIDAK SAMA, tapi saling berkaitan… keratan cek seolah2 salinan kepada cek yang dikeluarkan. CEK tidak boleh dijadikan DOKUMEN SEMBER REKOD PERAKAUNAN. Ianya tidak boleh disimpan sebagai BUKTI sesuatu urus niaga.

  214. Apa khabar cikgu, bayaran ansuran pertama untuk van sebanyak RM750 DENGAN CEK kepada syarikat kwangan (dokumennya ialah memo) perlu tak saya tulis NO. CEK KAT DOKUMENPERNIAGAAN?

  215. Ken Poh,

    Jika bayar dengan CEK, dokumen yang sesuai ialah KERATAN CEK ataupun RESIT RASMI. Manakala MEMO tidak sesuai digunakan.

  216. Assalamualaikum..cgu.

    Catatan memulakan perniagaan dengan modal rm99 000 terdiri daripada tunai di tangan rm1500, tunai di bank rm89 000, perabot rm8 500..

    Soalan : apakah yg perlu dicatat pada pengeposan ke lejar?

  217. Farhana, waalaikumussalam.

    BUKU TUNAI
    Dt: MODAL ………..1500 (Tunai)… 89000 (Bank)

    AK PERABOT
    Dt: MODAL 8500

    Ak MODAL
    Kt: Tunai 1500
    Kt: Bank 89000
    Kt: Perabot 8500

  218. Encik Narzuki, selamat sejahtera.
    Pentaksir kws memberitahu walaupun kehendak soalan untuk SPM 2013 ialah menyediakan akaun perdagangan dan akaun untung rugi tetapi bentuk persembahan patut dijawab dalam bentuk penyata. Adakah penyataan ini benar ?

  219. Saras.. selamat sejahtera.

    Ya.. benar. Sekarang ini format penyata diberi keutamakan.

  220. assalamualaikum,cgu.

    Penyata Kewangan & Kunci Kira-Kira kena buat dlm bentuk penyata ka?

  221. Farhana,

    YA, dalam bentuk PENYATA

  222. Apa khabar cikgu, cikgu bagaimanakah nak buat RUMUSAN? tQ.

  223. Cikgu, adakah ID, KUNCI KIRA2 dalam bentuk penyata?

  224. Ken Poh,

    Ya. Bentuk penyata….. RUMUSAN,.. boleh rujuk buku panduan pelaksanaan dan penilaian projek… ada dinyatakan apa yang perlu ada.

  225. As salam Cgu Narzuki,
    Pertama kali sy log in stlh mnjadi ahli.
    Sy ada 2 soalan:

    1. Merujuk kpd kprluan soalan 3(f), sy keliru apakah yg perlu ditulis , adakah spt ini: “membeli kelengkapan pejabat bernilai rm10,000 dengan pinjaman selama 3 thn”

    Dan dokumennya adalah memo.
    2..perlukah dinyatakan jenis kelengkpan tersebut.
    3.catatan jurnalnye mcm ni ke:
    Dt. Kelengkapan
    Kt.pinjaman
    Tq very much

  226. Ctnaziha, waalaikumussalam.

    Terima kasih.
    1. Ya, boleh diterima dan dokumennya MEMO.
    2. “Kelengkapan” tiada dalam istilah perakaunan, yang sebetulnya ialah LENGKAPAN. Pada saya, nak nyatakan / tidak nyatakan jenisnya… terserah pada pelajar.
    3. Catatannya : Dt Lengkapan .. Kt Pinjaman

  227. pinjaman tanpa faedah, contohnya Skim Pembiayaan Mikro atau TEKUN.

  228. cgu,

    Menerima cek daripada Kedai … bernilai RM1 000 untuk bayaran sebahagian hutangnya.

    Soalan : apakah dokumen yang terlibat?

  229. Farhana.

    Bila dia bayar.. kita akan keluarkan RESIT RASMI sebagai bukti pembayaran tersebut telah diterima.

  230. cikgu, ogos 15 (membeli sebuah van dengan pembayaran pendahuluan sebanyak RM5000 dengan cek) komponen perolehan aset
    dan
    ogos 22 (bayaran ansuran pertama untuk van sebanyak RM750 kepada syarikat kewangan dengan cek. [harga van – RM 50000, bayaran balik 5 tahun tanpa faedah])komponen pinjaman

    yang ini nak masuk ke buku catatan pertama yang mana dan lejar yang mana.

  231. Ken Poh,

    Pada pandangan saya,
    Urus niaga 15 Ogos – sepatutnya Komponen Pinjaman/Perolehan ABS (rujuk maklumat 4.3) – perlu nyatakan jumlah & tempoh pinjaman dll.
    Urus niaga 22 Ogos – sepatutnya Komponen Pembayaran (pinjaman) iaitu bayaran balik pinjaman.

  232. cgu,tapi dia bayar menggunakan cek bukan secara tunai

  233. Farhana,

    Pembayaran dengan TUNAI / CEK …. kedua2nya boleh menggunakan RESIT RASMI …. hanya perlu nyatakan dibahagian bawah Resit Rasmi tersebut pembayaran melalui ” Tunai / Cek” … sila rujuk Contoh Resit Rasmi dalam buku teks m/s 79.

  234. Cikgu apa beza lengkapan dan lekapan? saya kurang faham dengan maksud lekapan

  235. Ajib.

    LENGKAPAN .. seperti perabot, rak, kabinet
    LEKAPAN … seperti lampu, kipas, penghawa dingin .

  236. Ckg, soalan sye seperti berikut :

    1) ape dokumen dan jurnal utk insuran atas jualan?
    2) jurnal untk upah atas belian?
    3) bleh x sye buat pinjaman untuk menanggung perniagaan sahaja dan ape jurnalnya?
    4) mcm mne nk tulis urus niaga utk angkutan masuk?

    itu saje, hrap ckg dpat menjawab soalan sye scepat mungkin… terima kasih.. :)

  237. Gabriel,

    pada pandangan saya,
    1) bergantung kepada penyataan urus niaga, baru boleh tentutkan dokumen dan catatan jurnal.
    2) sama diatas.
    3) rujuk kepada maklumat dalam soalan maklumat 4.3 … Pinjaman untuk pembelian aset bukan semasa
    4) boleh buat bayar terus kepada syarikat pengangkutan …. ataupun….. caj angkutan dikenakan oleh pembekal ..

    # Sila baca komen2 sebelum ini.

  238. Cikgu, kalau yg memulakan prniagaan RM 99000
    tunai di tgn, di bank, perabot ,
    dekat jurnal am nak tulis mcm mana?
    yg kredit modal kan?
    debit?

  239. Tiara,

    Jurnal Am
    Dt: Tunai 1500
    Dt: Bank 89000
    Dt: Perabot 8500
    Kt: Modal 99000

  240. kalau bayaran pinjaman nak pakai dokumen ape eh?

  241. Ika,

    Bergantung kepada penyataan urus niaga…. jika bayaran secara tunai / cek, maka resit rasmi / keratan cek boleh digunakan.

  242. cgu,
    1.untuk catatan kontra (deposit tunai) urusniaga dibwh ni yg mna satu btul?

    a.Memindahkan tunai dari akaun bank untuk perniagaan
    b.Memindahkan tunai ke dalam akaun bank untuk perniagaan.

    2.urusniaga di atas,,apa yg perlu dicatat dlm pengeposan ke lejar?

  243. Farhana,

    Pada pandangan saya,
    1) ….. (b) MEMASUKKAN tunai perniagaan ke dalam akaun bank.

    2) Catatan Kontra dalam BUKU TUNAI.

  244. sya pernh bca komen2 sblum ni..cgu ad mngatakn jika nk bt imbangan duga kna lihat baki b/b brada disbelah mna brulah thu kdudukn item2 tu dlm imbgan duga..tapi skrg ni sya ad msalah dgn projek akaun dlm imbangan duga.
    pos ke lejar sya kebykn nma2 pembekal n pmbeli..so,skrg ni adakh sya perlu menulis nma pembekal n pmbeli dlm imbangan duga? sedgkn format imbgan duga xad trtulis nma kedai..

  245. Farhana,

    Ada 2 keadaan :
    1) dalam Lejar ADA disediakan Ak Kawalan Penghutang & Ak Kawalan Pemiutang. – maka dalam ID hanya item PENGHUTANG dan PEMIUTANG sahaja digunakan.
    2) dalam Lejaer TIDAK disediakan Ak Kawalan, – maka SEMUA Ak Penghutang dan Ak Pemiutang perlu disenaraikan satu persatu dalam ID.

  246. Salam Sejahtera Cg Narzuki

    Terima kasih kerana menyediakan ruang ini, byk info terkini yg amat berguna utk guru & pelajar.
    Ada beberapa soalan perlu tanya Cg ~

    1) dlm kad stok, di ruang masuk & ruang baki, nilai Harga Beli ditulis utk brg niaga dibeli & pulangan jualan ; di ruang keluar ( nilai Harga Jual ditulis utk brg jualan, tapi nilai Harga Beli ditulis utk barang pulangan belian & Ambilan ), betul tak ?

    2) setiap belian tunai ( bil tunai ) , belian kredit ( invois ), jualan tunai ( bil tunai ) , jualan kredit ( invois ) , terdapat
    ruang diskaun niaga ,maka plj tulis nilai selepas – 10% diskaun niaga, betul tak ?

    3) utk ambilan brg niaga, contoh mengambil basikal kanak-kanak sbg hadiah anak. Dt Ambilan , Kt Belian. Dlm kad stok, catat di ruang keluar dgn nilai Harga Beli , betul tak ? katakan nilai Harga Beli sebuah basikal kanak-kanak = RM 200, perlu tolak 10% diskaun niaga tak utk nilainya dicatat sebagai Dt Ambilan RM 180, kt Belian RM 180? ataupun Dt Ambilan RM 200, Kt Belian RM 200?

    Ribuan terima kasih …..

    2)

  247. Phei Nee, salam sejahtera.

    Pada pandangan saya,
    1) KAD STOK digunakan untuk menilai stok akhir pada NILAI KOS, maka semua Harga Masuk / Keluar boleh menggunakan HARGA KOS / BELI.

    2) YA, iaitu jumlah selepas tolak Diskaun Niaga.

    3) YA, … NILAI KOS barang niaga tersebut semasa ambilan juga kita rujuk kepada nilai dalam KAD STOK…. itulah guna adanya Kad Stok.

  248. Terima Kasih, Cg Narzuki.

    Maaf cikgu, ada beberapa soalan lagi perlu tanya Cikgu

    sorry , utk double comfirm,
    1) utk soalan ambilan brg niaga, nilainya catat harga beli,
    tak perlu – 10% diskaun niaga , betul?

    2) tarikh bagi tajuk IMBANGAN DUGA PADA 31 OGOS 2013 ?

    3 ) tarikh bagi tajuk PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2013?

    4) tarikh bagi tajuk KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 OGOS 2013?

    Jutaan terima kasih atas tunjuk ajar Cikgu 😉

  249. Phei Nee,

    Pada pandangan saya,
    Saya setuju dengan 1, 2 dan 4.
    3) Oleh kerana tempoh rekod sebulan, maka tajuknya PENYATA PENDAPATAN BAGI BULAN BERAKHIR 31 OGOS 2013.

  250. Salam cikgu . Saya ada dua soalan .
    1. Dalam soalan , upah pekerja dibayar dua minggu sekali . Kalau saya buat dokumen baucer pembayaran pada hujung bulan , maknanya nilainya diganda sebanyak 2 kali (RM300) sebab 4 minggu kan ?
    2. Bagaimana dengan catatan kontra ? Deposit tunai . Dokumen :keratan cek
    Dalam buku tunai dicatat bahagian debit ? Dalam lejar akaun deposit tunai ? Betul ?
    Nilai baki akhir dalam keratan cek , nak dapat mcm mna ?
    Harap cikgu dpt membantu

  251. Faiz,

    Pada pandangan saya,
    1. Soalan jelas menyatakan DIBAYAR DUA MINGGU SEKALI... maka dibayar minggu ke 2 RM300….. minggu ke4 RM300.

    2. Deposit tunai maksudnya peniaga masukkan wang tunai perniagaan ke dalam bank. Dokumen yang sesuai ialah SLIP WANG MASUK. Catatan kontra perlu dicatat dikedua2 belah Debit dan Kredit dalam BUKU TUNAI. Dt di lajur BANK butirnya TUNAI, manakala Kt di lajur TUNAI butirnya BANK. ….. Sila rujuk buku teks ms 144

  252. Assalamualaikum cg…
    urusniaga beli kenderaan/alatan kedai dengan pinjaman bank, kita perlu rekod dalam jurnal am @ buku tunai?

  253. Wan, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Jika kita beli kenderaan melalui pinjaman… duit tersebut terus dibayar kepada syarikat kenderaan, kemudian kita bawa balik kenderaan.
    Catatannya dalam Jurnal Am….. Dt Kenderaan Kt Pinjaman

  254. macam mana nak seimbang kan imbangan duga?saya dah cuba banyak kali dah tapi tetap tak simbang

  255. prinsipakaun2013

    salam.
    dokumen yang sesuai bagi komisen diterima ?
    tq

  256. Ika,
    Kemungkinan catatan dalam LEJAR anda ada kesilapan.

    Prinsipakaun2013,
    Bergantung kepada penyataan usur niaga anda… jika terima tunai / cek.. maka dokumen RESIT RASMI boleh digunakan.

  257. Cikgu, Pinjaman 100% tanpa faedah yg ada dalam maklumat tambahan tu merupakan pinjaman untuk pembelian aset bukan semasa jadi adakah ia berkait dengan urusniag perolehan asset yg pita masukkan dalam urus niaga

  258. Shal,

    Ianya berkaitan dengan Urus niaga 3(f).

  259. salam cikgu . nk tanya yg diskaun niaga 10% tu wajib buat ke ? atau terpulang ?

  260. Aida.

    Tidak dinyatakan wajib buat. Tetapi adalah digalakkan pelajar buat.. supaya lebih memahaminya kerana kebiasaanya perkara tersebut disoal dalam soalan SPM kertas 1 atau SOALAN 1 kertas 2 nanti.

  261. komisen diterima sbb menjual barang orang lain. dokumen resit rasmi asal atau salinan

  262. Jika kita terima wang tersebut, maka kita yang akan keluarkan Resit Rasmi, maka SALINAN yang ada dengan kita.

  263. Cikgu,
    Dalam tugasan f4 ini, Tajuk penyata pendapatan perlu ditulis penyata pendapatan bagi tahun berakhir atau penyata pendapatan bagi bulan berakhir? terima kasih.

  264. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Tempoh Rekod adalah SEBULAN, maka penyata tersebut dibuat untuk bulan tersebut sahaja…bukannya diakhir tempoh perakaunan….. maka .tajuk yang sesuai “Penyata Pendapatan bagi bulan berakhir ………”

  265. Salam ckgu,

    Adakah gaji ank saudara bayar dua kali dlm sebulan ? sbb gaji rm150 seminggu dibayar setiap dua minggu, mknanya rm300 , jdi lagi dua minggu kena bayar gaji juga ka ckgu??

  266. Haziq,

    UPAH bayar pada akhir minggu ke-2 sebanyak RM300 dan akhir minggu ke-4 sebanyak RM300. ….. penggunaan “GAJI” tidak sesuai.

  267. selamat mlm…
    nak tanya…pulangan jualan dan pulangan jualan perlu dicatatkan dalm kad stok?

  268. upah atas belian dan upah pekerja sama ka dak ckgu ?

  269. Ac,
    YA.. asalkan melibatkan KELUAR-MASUK STOK perlu direkodkan dalam Kad Stok.

    Haziq,
    Upah pekerja dan Upah atas Belian … 2 perkara yang berlainan.

  270. HI
    Lejar Jualan baki b/b mesti di sebelah debit?

  271. Ppp,

    Akaun Jualan merupakan item Hasil, maka ianya mesti berbaki KREDIT.

  272. hmm saya tanya Lejar Penghutang bukan akaun jualan

  273. Ppp,

    Maaf saya tersilap. Lejar Jualan/Penghutang merujuk kepada akaun Penghutang.. iaitu item ASET. pada asasnya berbaki DEBIT. Walau bagaimanapun boleh terjadi kes di mana salah seorang penghutang berbaki KREDIT, seperti yang dinystakan dalam buku teks m.s 168.

  274. salam,
    boleh saya buat macam ni?

    12 jan:
    Menerima pinjaman tanpa faedah sebanyak RM 10000 dengan tempoh pinjaman 4 tahun. Bayaran balik bermula pada bulan Januari 2013.

    14jan:
    Membeli 5 buah komputer bernilai RM2000 sebuah dengan pinjaman.

  275. maaf…nak minta bantuan lagi…

    1)Membayar insurans atas belian sebanyak RM 310 dengan cek.

    2)Membayar upah atas belian sebanyak RM 150 kepada pekerja secara tunai.

    ada apa salah?

  276. Daphne,

    Sepatutnya urus niaga beli aset bukan semasa melalui pinjaman dalam 1 URUS NIAGA sahaja, sebagaimana kehendak maklumat 4(c). Bukannya 2 urus niaga seperti yang dibuat di atas.

    Kedua2 urus niaga tersebut sepatutnya berlaku SEMASA urus niaga BELIAN …. iaitu pada tarikh yang sama, dan upah atas belian bukannya dibayar kepada pekerja kedai….. tetapi kepada pihak lain.

  277. jiki membeli dengan tunai/cek dengan Kedai upah atas belian sesuai guna dokumen mana?

  278. Ppp,

    Kena tengok kepada urus niaga upah atas belian tersebut bagai mana, baru boleh tentukan dokumen yang terlibat.

  279. resit rasmi boleh menjelaskan nota debit?

  280. saya buat dokumen bil tunai Beli barang niaga daripada Kedai Lampu E-Fox secara tunai dan dibayar dengan cek berjumlah RM9520 Upah atas belian boleh buat dalam dokumen nota debit?

  281. Ppp,

    Nota Debit digunakan untuk urus niaga secara kredit, jika belian secara TUNAI, maka penggunaan Nota Debit adalah TIDAK SESUAI.
    Cuba fahami apakah TUJUAN dikeluarkan Nota Debit dengan menrujuk Buku Teks m/s 87.

  282. upah atas belian dan angkutan masuk sama?

  283. Ppp,

    TIDAK SAMA.

  284. 1)
    ((A))10 jan:
    Membeli 10 buah lampu siling bernilai RM 60 sebuah secara tunai daripada Kedai Leanna dan membayar insurans atas belian sebanyak RM300.

    ((B))10jan:
    Membeli 10 buah lampu siling bernilai RM 60 sebuah secara tunai daripada Kedai Leanna.
    10jan:
    Membayar insurans atas belian sebanyak RM300.

    ((A)) atau ((B)) , mana betul?

    2)
    Bagaimana untuk buat pinjaman tu?? Boleh beri contoh yang lengkap?

    3)
    Upah atas belian dibayar kepada pihak lain bermaksud apa?kepada pemiutang? dan upah atas belian nak dibuat dalam satu urus niaga??

    terima kasih, cikgu…

  285. Daphne,

    Pada pandangan saya,
    1) Kedua-dua mengambarkan terdapat 2 URUS NIAGA yang perlu disediakan dokumen masing2.. maka cadangan saya adalah lebih baik ASINGKAN kedua-duanya (sperti B) supaya memudahkan untuk pelajar kenal pasti bilangan urus niaga mengikut komponen yang ditetapkan dalam soalan.

    2) Apa yang perlu ditekankan disitu ialah “Belian Aset Bukan Semasa” …. rujuk maklumat 3(f)
    Contohnya, penyataan urus niaga “Membeli kenderaan RM50,000 melalui pinjaman”… manakala maklumat detail seperti kehendak maklumat 4.3 perlu dinyatakan dalam dokumen MEMO nanti.

    3) Upah atas belian merupakan 1 urus niaga..

  286. slmt tghari cikgu,
    pertanyaan:
    berkenaan kad stok: –
    1. sekiranya pelanggan memulangkan brgniaga disebabkan rosak…adakah kad stok akan berubah?adakah kuantiti bertambah setelah pulangan jualan brg rosak dilakukan?

    2. ambilan – adakah ambilan brg niaga mempengaruhi terhadap kad stok?

  287. Ac,

    Pada pandangan saya,
    1. Penilaian Stok Akhir adalah merujuk kepada nilai stok yang akan dibawa ke tahun berikutnya… barang yang rosak sudah tidak mengambarkan nilai stok yang sebenar. Maka tidak perlu direkodkan dalam Kad Stok. Sekiranya ada yang merekodkan dalam Kad Stok, maka pada penialaian stok akhir nanti perlu dikeluarkan semula nilai stok yang rosak tersebut.

    2. YA… kerana bilangan stok perniagaan akan berkurang.

  288. terima kasih cikgu..
    sekiranya stok yg telah dijual telah dikurangkan kuantitinya dlm kad stok…dan apbila dikembalikan disebabkan rosak,maka tidak perlu membuat perubahan apa2 dlm kad stok?begitu cikgu?

  289. disini saya ada persoalan lagi cikgu,

    contoh urusniaga: dikenakan caj angkutan masuk dari Pembekal Abu bernilai RM250 dan telah dibayar secara tunai.

    persoalan:
    1. adakah catatan ini disebut sebagai angkutan masuk. Sekiranya ‘ya’..maka catatan bagi urusniaga ini ialah:

    DT – angkutan masuk
    KT – Tunai

    2. Perlukah urusniaga ini dicatatkan dalam Jurnal am?

    3. atau: adakah pembayaran ini sepatutnya dikira sekali dengan jumlah pembelian kredit?

    4. adakah caj angkutan ini ..hanya terlibat dlm pembelian kredit shj?

    terima kasi.

  290. Ac,

    Pada pandangan saya,
    1. Jika angkutan tersebut terus dibayar, maka saya setuju dengan catatan tersebut…. dalam Buku Tunai.
    2. Tidak perlu lagi dicatat dalam Jurnal Am.
    3. Tidak boleh .
    4. Tidak semestinya, jika peniaga urus sendiri kos angkutan tersebut.

  291. salam….cg..nak tanye…

    1) membeli rak pameran daripada syarikt john dengan tunai….adakh ini perlu direkod dalam buku tunai???ataupun jrnal am???dan adakah urusniaga ini merupakan salah satu daripada perolehan aset???

    2) klau kita kenakan caj angkutan dikenakan kepada pelanggan, adakah urusniaga ini angkutan keluar???dan mcm mane nk rekod???

  292. Bing,

    1) urus niaga tersebut perlu dicatat dalam Buku Tunai.. dan dikelaskan sebagai perolehan aset…. tetapi bagi tujuan kerja kursus ini, telah dinyatakan dalam maklumat 3f dan 4.3 bahawa urus niaga tersebut merujuk kepada pembelian aset bukan semasa melalui pinjaman sebagai 1 urus niaga.

    2) Ya, angkutan keluar…catat dalam JURNAL AM.

  293. bleh x klau sya tmbh utk perolehan aset???…krenya ad 2 perolehan aset….

    dt pelanggan
    kt angkutan keluar….adakah ini catatn dlm jurnal am????mcm mne situasi angkutan kluar brade dalm buku tunai…

  294. Bing,

    Bilangan urus niaga yang wajid disediakan mengikut bilangan komponen yang telah ditetapkan ialah 25. Walau bagaimanapun jika sediakan LEBIH ianya dibenarkan, asalkan bilangan setiap komponen mencukupi.

    Apa2 urus niaga yang melibatkan pembayaran / penerimaan tunai / cek … sahaja dicatatkan dalam Buku Tunai… seperti “bayar kos pengangkutan untuk menghantar barang niaga kepada pelanggan secara tunai / dengan cek.”

  295. Salam sejahtera, cikgu.

    Contoh urus niaga A:
    Menerima Makluman Kredit daripada Maybank untuk pinjaman sebanyak RM 10000.

    1) Adakah ini menggunakan Makluman Kredit?

    2) Makluman Kredit ini catat dalam Jurnal Am atau Buku Tunai?

    3) Jika catat dalam Jurnal Am, apa debit dan kredit?
    Jika catat dalam Buku Tunai apa butir?

    Contoh urus niaga B:
    Membayar angkutan masuk sebanyak RM300 secara kredit.

    1) Perlu tambah pemiutang dalam urus niaga ini?

    2) Jika perlu, hanya tambah pemiutang sahaja?

    3) Adakah urus niaga tinggal apa-apa yang lain?

    Contoh urus niaga C:
    Membayarkan hutang Invois Belian Inv 100
    kepada Kedai May sebanyak RM 700 secara tunai. (Diskaun tunai RM 100)

    1) Urus niaga ini boleh tulis macam ini sahaja? Ada tinggal apa-apa?

    TERIMA KASIH…

    2) Diskaun tunai ada salah?

  296. Daphne,

    Pada pandangan saya,
    Merujuk kepada kehendak soalan telah dinyatakan dalam maklumat 3f dan 4.3 bahawa urus niaga tersebut merujuk kepada pembelian aset bukan semasa melalui pinjaman sebagai 1 urus niaga….. bukannya 1 urus niaga pinjaman dan 1 lagi urus niaga perolehan aset.

    Merujuk kepada persoalan A:
    1. Ya
    2. Buku tunai
    3. Butirnya : Pinjaman

    Merujuk kepada persoalan B:
    Penyataan urus niaga tersebut TIDAK TEPAT… apa maksud BAYAR SECARA KREDIT ..? Sepatutnya Caj angkutan RM300 dikenakan oleh pembekal.
    1. Bukan main tambah2 begitu…. sediakan catatan dalam Jurnal Am…Dt Angkutan masuk Kt Nama Pembekal.
    2. Kedua2 akaun tersebut terlibat.

    Merujuk kepada persoalan C:
    1. Penyataan urus niaga tersebut boleh diterima. Cuma nilai diskaun tunai tersebut mesti merujuk kepada jumlah hutang dan syarat pembayaran yang dinyatakan dalam dokumen invois yang telah disediakan sebelum ini…(rujuk guru sekolah jika kurang jelas).
    2. Gantikan tanda kurungan dengan …….. “dan terima diskaun tunai sebanyak RM100″.

  297. slmt pagi cikgu..
    persoalan lagi:

    urusniaga:
    pemilik perniagaan membuat ambilan brgniaga berjumlah rm250.

    Catatan:
    Dt ambilan
    Kt Belian

    Persoalan:
    1. Betul kah catatan bergu ini?
    2. Perlu kah barang niaga yg diambil itu, secara spesifik dnyatakan apa brg yang diambil…sebab akan menyebabkan perubahan dlam kad stok?

    tq cikgu.

  298. satu soalan tertinggal…
    3. adakah perlu dicatatkan urusniaga ini dalam jurnal am?

  299. berkenaan dengan pulangan jualan brgniaga yg rosak…perlu kah dibuat dlm jurnal am utk pelupusan brg tersebut?

    tq cikgu

  300. Ac,

    Pada pandangan saya,
    1. Catatan berkaitan ambilan sudah betul,
    2. perlu dinyatakan dengan jelas barang niaga yang diambil bagi memudahkan rekod dalam Kad Stok.
    3. Catatan tersebut sememangnya dicatat dalam JURNAL AM.
    4. Urus niaga pulangan tersebut telahpun telah pun dicatat. …. untuk tujuan kerja kursus tidak perlu catatan dalam Jurnal Am bagi pelupusan stok tersebut.

  301. kunci kira-kira liability semasa pemiutang dok debit atau kredit

  302. kad stok masuk kuantiti 10 harga RM50 amaun RM500 keluar 5 harga RM70 amaun RM350 baki kuantiti 5 harga RM50 amaun RM250 betul ke?atau kena tulis harga keluar RM50?saya jual RM70 kepada orang

  303. Ppp,

    Pada pandangan saya,
    1. Jika KKK disediakan dalam bentuk “T”, maka Liabiliti Semasa perlu dicatat di sebelah KREDIT. Saya cadangakan KKK disediakan dalam bentuk PENYATA.

    2. Kad Stok merujuk kepada NILAI KOS,

  304. jika bentuk penyata liabiliti semasa tambah dok bawah atau tolok dok atas

  305. Ppp,

    Aset semasa – Liabiliti semasa = Modal kerja
    Sila rujuk buku teks m/s 210.

  306. salam.apa yg perlu saya betulkan jika imbangan duga saya tidak imbang..harap cikgu blh bantu saya…

  307. Hazirah,

    1. Pastikan buku catatan pertama betul.
    2. Pastikan semua item telah diposkan ke lejar masing2… dan betul catatan debit dan kreditnya.
    3. Pastikan pengiraan baki h/b betul
    4. Pastikan semua baki akaun (termasuk Tunai dan Bank) dipindahkan ke ID… disebelah debit n jredit yang betul.
    5. Pastikan pengiraan jumlah ID betul

    Sila kemukakan kepada guru sekolah untuk disemak, nanti beliau akan bimbing anda kenalpasti kesilapan dan langkah pembetulannya .. disitulah proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

  308. cikgu dlam jurnal AM ada 4catatan ke ?

    catatan permulaan , angkutan masuk , ambilan dan pinjaman kereta

    betul tak ?

  309. Aida,

    Bergantung kepada perancangan urus niaga masing2..

  310. 1. Sewa beli sebuah kancil terpakai bernilai RM36000 dibiayai daripada bank dengan tempoh pinjaman selama 4tahun dan bayaran balik pinjaman RM750 sebulan , bermula dari 31 Ogos 2013 (memo)

    2 . Mengambil 2 bentuk cincin dengan harga seunit Rm30 berjumlah RM60 untuk kegunnan sendiri (memo)

    3. Caj angkutan RM100 dikenakan oleh Zalora Enterprise (nota debit)

    tetiga tuh letak dlam jurnal am kan ? soryy cikgu banyk tnya . nk tanya cikgu sekolah tak boleh . dia cuti bersalin :( cikgu lain pulak sibuk ajar bdk kelas diaorang

  311. Aida,

    YA, semuanya dalam Jurnal Am.

  312. aida, awak tak boleh buat pinjaman dari bank. kalau pinjam dengan bank ada faedah. awak boleh buat pinjaman dari skim pembiayaan mikro atau tekun.

  313. sry tanya lagi…
    BELANJA perlu masuk Baucar bayaran…..tapi boleh buka keratan cek ke?

  314. saya sudah siap dan tidak buka upah atas belian dan insurans atas belian…….saya perlu buka semula?

  315. Goldgoh,

    Bergantung kepada penyataan urus niaga …….. baucar pembayaran, keratan cek, resit rasmi, bil tunai .. pun boleh.
    Pada saya, tak buat perkara pun tak mengapa asalkan bilangan komponen Kos Belian cukup seperti yang diminta oleh soalan. Walau bagaimanapun kena tanya guru sekolah anda, apa kehendak beliau.

  316. upah atas belian perlu diposkan ke jurnal apa? dan lejar apa yg terlibat?
    urus niaga cmni
    membyr upah atas belian brg niaga pada 18/1/2012 sebanyak rm 200 secara tunai

  317. Ezza,

    Catat dalam BUKU TUNAI sebelah kredit di lajur TUNAI, butirnya UPAH ATAS BELIAN. Kemudian diposkan ke lejar, Ak Upah atas belian catat disebelah debit dan butirnya TUNAI.

  318. cikgu, boleh tak saya hantar folio saya kepada kamu?
    Kerana saya tidak dapat imbangkan dan saya tidak tahu mana saya melakukan kesalahan…

  319. Cocaine,

    Sepatutnya dihantarkan kepada guru sekolah untuk disemak, beliau akan bantu dalam memahami apa yang anda buat dan membimbing anda untuk menyiapkan tugasan projek tersebut.

  320. Salam ,

    kos jualan saya adalah negetive….. adakah kos jualan ini diterima?

    Jualan Bersih: 16 200
    Kos Jualan: (-1100)
    Untung kasar : ?

  321. May,

    KOS JUALAN …. tidak sepatutnya negatif. … ada yang tidak kena dengan penilaian stok akhir …. (KAD STOK)

  322. Deposit untuk APA cikgu

  323. Thines,

    DEPOSIT TUNAI maksudnya masukkan wang tunai perniagaan ke akaun bank perniagaan.

  324. Cgu narzuki,

    As salam..
    ada 2 persoalan saya di sini:
    1.saya mendapat maklumat daripada sekolah lain di daerah hulu langat mengatakan bahawa belanja2 atas belian upah atas belian, caj angkutan masuk dan insuran atas belian perlu ditunjukan pada penyata pendapatan. Jadi untuk tujuan tersebut, pelajar tidak boleh menggunakan NOTA DEBIT utk ketiga-tiga transaksi tersebut. Menurut guru tersebut, pelajar perlu gunakan dokumen resit rasmi atau keratan cek bagi menunjukkan belanja (akan tertera di akaun/lejar caj angkutan masuk, insuran atas belian dan upah atas belian).
    JADI cikgu, betulkah begitu?

    2. Pelajar saya masih lagi in progres menyediakan tugasan ini, sememangnya dalam soalan ianya berakhir SEPT kan. tapi sekolah kementerian pun masih lagi dlm progres. Saya pertama kali supervise tugasan ini kerana sek ini baru shja ditubuhkan(sek swasta). Soalan saya, bilakah tarikh sebenar/deadline utk key in markah dalam perisian kemasukan markah tersebut. ADakah ia online terus dengan KPM or bagaimana?

  325. Ctnaziha, waalaikumussalam.

    1. Ada yang betul dan ada yang tak betul apa yang diperkatakan.
    BETUL – semua item2 tersebut perlu ditunjukkan dalam Penyata Pendapatan.
    TAK BETUL – tidak boleh guna NOTA DEBIT, ini kerana walaupun guna Nota Debit perkara tersebut perlu dicatatkan dalam JURNAL AM bukannya dalam Jurnal Belian seperti yang mereka sangkakan. Nota Debit disebabkan TERKURANG CAJ atas invois sebelum ini sahaja direkodkan dalam Jurnal Belian.

    2. Walaupun sepatutnya berakhir September, sedikit kelonggaran (2 minggu) diberikan memandangkan kekangan Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya… markah perlu dikey-in setelah markah Ting 4 + Ting 5 diperolehi, dimana SU Peperiksaan sekolah perlu key-in di laman LPM pada bulan Ogos tahun hadapan

  326. Cikgu..saya dapAt rugi bersih Dan ITU tolak dengan modal kan cikgu….

  327. Thines,

    Ya,
    Ekuiti Pemilik:
    Modal
    (-) Rugi Bersih
    (-) Ambilan

  328. Terima kasih cikgu .. 1 lagi soalan cikgu .. macamana nak kira stok akhi cikgu

  329. Thines,

    Jumlahkan BAKI AKHIR setiap barang niaga daripada KAD STOK anda.

  330. ooh … cikgu pulangan pun nak masuk ke ?

  331. cikgu alatan pejabat tulis dekat penyata atau kkk.

  332. Dan ansuran pinjaman tulis kat mana cikgu ?

    Maaf krn banyak soalan ….

  333. Thines,

    1. Pulangan masuk… perlu dimasukkan kecuali pulangan disebabkan barang rosak.
    2. Alatan Pejabat dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa (KKK)
    3. Tidak wujud Ak Ansuran Pinjaman …… sebarang pembayaran pinjaman, ianya perlu didebitkan ke Ak Pinjaman.

  334. tetapi cikgu .. saya buat dokumen ( alatan pejabat ) untuk belanja .. macamana cikgu ?

  335. Thines,

    Jika beli Alatan Pejabat …. ianya TIDAK dianggap item belanja, sebaliknya sebagai perolehan aset bukan semasa. Jika hendak dijadikan item belanja… tukarkan “Alatan Pejabat” kepada “Alat Tulis”.

  336. Terima kasih cikgu ..;

  337. macamane nak buat kad stok?

  338. Aqila,

    Format Kad Stok sudah diberikan, anda perlu sediakan untuk semua barang niaga yang ada.. kemudian rekodkan semua keluar masuk setiap barang niaga tersebut berdasarkan dokumen yang telah disediakan.

  339. tunai di tangan n tunai di bank tu modal ke

  340. Afifah,

    Tunai di tangan = TUNAI
    Tunai di bank = BANK

  341. assalamualaikum cikgu kalau pulangan jualan ada kah kita perlu ikut harga barang yg kita jual? dan tulis didalam akaun pulangan jualan dengan harga jualan ataupun kita ikut harga yg kita beli dri pemborong?

  342. Fiza, waalaikumussalam,

    Cuba fahami urutan dakam KITARAN PERAKAUNAN, dimulai dengan urus niaga, sediakan DOKUMEN, kemudian rekodkan dalam BCP (nilainya rujuk kepada nilai dalam dokumen), lalu setiap satu BCP (JA, JJ, JB, JPJ, JPB, BT) diposkan ke LEJAR (nilainya mesti merujuk kepada BCP).
    Sila ikut urutan tersebut dalam penyediaan rekod perakaunan.

  343. Salam cikgu..

    nak tanya,

    1-betul tak kalo insurans atas belian, upah atas belian dan angkutan masuk kita perlukan catatan dalam buku tunai kan cikgu dan dokumen nya ialah resit/ keratan cek?.

    2- kalo kita ada catatan upah atas belian bagi urusan belian, bagaimana pula untuk upah anak saudaranya? kita catatkan sebagai gaji boleh tak? ataupun perlu kita catatkan sebagai upah juga?.

    teriima kasih

  344. Pia,

    1. Jika urus niaganya dinyatakan bayar secara TUNAI / dengan CEK… maka BCP ialah BUKU TUNAI.
    2. UPAH dan GAJI adalah 2 perkara yang berbeza, (rujuk buku teks ms 329), cadangan Cg butirnya “UPAH” ataupun “UPAH PEKERJA

  345. yeyee sronok nyer akaun dah sme
    tapie kad stok x buat lagi
    kne buat ker rumusan semua 2

  346. Syiqa,
    Bilangan KAD STOK bergantung kepada bilangan BARANG NIAGA, setiap satu barang niaga .. satu Kad Stok.

    Solihan Rosli,
    Tahniah, YA perlu buat. Apa yang minta disediakan termasuklah RUMUSAN, ada peruntukan markah masing2

  347. beli alatan pejabat drpd xxx bernilai RMxxx

    (d) komponen pembayaran – pinjaman
    dokumen ape yg kena guna?
    pastu kena letak kat jurnal ape/buku tunai?

    (f) dokumen ape? jurnal ape?

  348. Chichi,

    (d) komponem pembayaran – pinjaman ,,,, merujuk kepada bayaran balik pinjaman, dokumen ditentukan berdasarkan penyataan urus niaga anda,, jika bayar secara tunai / cek, maka catat dalam BUKU TUNAI. dokumen resit rasmi, keratan cek boleh digunakan.

    (f) telah dinyatakan di maklumat 4.3, dokumen MEMO dan JURNAL AM.

  349. lagi satu nak tanya.
    pinjaman tu kena buat awal ogos and byr dlm bulan ogos jugak kan?

    terima kasih

  350. Chichi,

    Bergantung kepada perancangan urus niaga masing2..

  351. 1) soalan 4.3 yg pnjman 100% tnpa faedah dibuat untuk membayai aset bukan semasa tu camne eh?
    contohnye cam kite beli kelengkapan.

    2)gaji pekerja kan dibayar dua kali. si, kirenye kite kene buat komponen pembayaran 2 kali ke?

  352. Afifah,

    Pada pandangan cg,
    1) contohnya; beli lengkapan RM50000 melalui pinjaman.
    2) Bukan “GAJI” tetapi UPAH yang dibayar 2 kali, maka dikira sebagai 2 urus niaga. Sekiranya hendak dianggap 1urus niaga pun tiada masalah,…. bilangan urus niaga boleh LEBIH daripada yang diminta, tetapi tidak boleh KURANG.

  353. Cikgu, sy mengalami masalah ketidakseimbangan dlm kunci kira2. beza nilai sama dgn nilai stok awal. Mcm mana tu cikgu? Tq

  354. Nur nabilah.

    Sepatutnya TIADA baki awal stok.. kerana perniagaan baru ditubuhkan.

  355. Cikgu, maksud cikgu? Saya tak faham…

  356. Nujr Nabilah,

    Dalam Penyata Pendapatan .. STOK AWAL = 0 dan STOK AKHIR = jumlah baki2 stok daripada Kad Stok anda.

    Daripada mana dapat nilai Stok Awal ?

  357. Terima kasih cikgu, tapi kenapa tiada stok awal? Saya kira jumlah belian…

  358. Nur Nabilah,

    Jumlah Belian TIDAK SAMA dengan STOK AWAL.

    STOK AWAL merupakan stok barang niga TAHUN LEPAS yang tidak habis dijual, (iaitu STOK AKHIR tahun lepas… bila dibawa ke tahun ini, akan jadi STOK AWAL) … sedangkan perniagaan baru mula tahun ini, maka tiadalah stok awal tersebut.

  359. Cikgu,

    1 .Membeli kenderaan terpakai melalui pinjaman bank RM 12 000, dalam jurnal am :

    KENDERAAN
    PINJAMAN
    (Belian kenderaan terpakai melalui pinjaman bank untuk kegunaan perniagaan)

    sy nk tnya cikgu, dalam imbangan duga nak tulis pinjaman or kenderaan ?

    adakah semua belanja dicatatkan dlm imbngan duga (termasuk belian perabot utk kegunaan perniagaan) ?

    bolehkah dalam imbangan duga tak tulis ‘nama’ penghutang/pemiutang , just tulis “penghutang/pemiutang” ja ?

    tq

  360. Haziq.

    IMBANGAN DUGA adalah senarai SEMUA baki2 akaun yang ada dalam LEJAR…… sama ada Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil atau Belanja.
    Sekiranya tidak disediakan Ak Kawalan Penghutang atau Ak Kawalan Pemiutang, maka Ak Nama Penghutang / Pemiutang yang sepatutnya digunakan.

    # Cuba fahami apa itu ID dan kegunaannya.

  361. Salam cikgu.

    Imbangan duga kena catat semua dalam lejar aje ke? dari dlm jurnal am, j. belian, j.jualan, bku tunai kena catat tak?

  362. Syed,

    Cuba hayati KITARAN PERKAUNAN,
    Baki akhir daripada Lejar (termasuk Buku Tunai) perlu dipindahkan ke ID…… Jurnal am dan jurnal khas bukannya lejar.

  363. cikgu ,

    1.membeli alat tulis drp kedai buku seri bernilai RM100.
    2.membeli perabot drp kedai perabot jati bernilai 3.RM1000.
    4.membayar sewa kedai sebanyak RM200.
    5.menjelaskan bil elektrik kp syarikat tnb sebanyak RM250.

    semua kat atas ni nak catat kat mana ? jurnal am, bt ??

  364. Syed,

    Jika dibayar secara tunai / cek,,,,,. Catat dalam BUKU TUNAI
    Jika secara kredit, maka catat dalam JURNAL AM

  365. slmt mlm..
    disini ada persoalan cikgu..
    urusniaga – ambilan brg niaga utk kegunaan peribadi..

    kesan? – DT-ambilan KT belian
    soalan…perlu kah..ambilan direkodkan dalam kad stok utk pengiraan stok akhir?

    tq cikgu.

  366. Ac,

    Ya, Dt Ambilan Kt Belian
    Bila barang niaga/stok KELUAR, maka sudah tentu perlu direkodkan dalam Kad Stok

  367. cikgu …

    pinjaman boleh catat dekat buku tunai takk ???

  368. Syed,

    BUKU TUNAI digunakan untuk merekod SEMUA urus niaga yang melibatkan TUNAI dan BANK.
    Jika kita buat pinjaman dan duit masuk bank, maka BUKU TUNAI.
    Jika beli Aset melalui pinjaman, maka JURNAL AM, ini kerana wang pinjaman tersebut kita terus bayar kepada penjual aset tersebut,

  369. kan kat dokumen invois asal ada diskaun niaga…..kalau kita tukarkan kepada diskaun tunai boleh tak? terima kasih

  370. Aishah,

    Tidak boleh tukar. Diskaun tunai hanya diberikan semasa pembayaran bagi menjelaskan hutang berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

  371. Cikgu,,

    1) Saya beli kenderaan melalui pinjaman RM10 000 , dalam lejar, adakah kena catat kenderaan sekali dalam akaun modal dan jumlahnya akan jadi RM109 000 ? Adakah dalam ID modal catat RM109 000 ?

    2) Jualan secara tunai kpd Syarikat AAA, tak perlu buat akaun Syarikat AAA kan, sbb dah catat kat Bt dan akaun jualan ? Dan Syarikat AAA tak perlu catat dalam ID kan sbb jualan tunai ???

    3) Kalau penghutang habis langsaikan hutang, akaun penghutang itu perlu diwujudkan kan ? Dan akaun penghutang itu tak ada baki h/b dan b/b sbb dah imbang kan ? Dan tak perlu catat dalam ID kan ?

    4) Adakah akaun kawalan pemiutang/penghutang kena buat walaupun lejar pemiutang/penghutang dah ada ?

  372. Ammar,

    1) catatannya Dt Kenderaan dan Kt Pinjaman ….. tidak melibatkan Ak Modal.

    2) Ya, …….. ID hanya ambil BAKI AKHIR semua akaun dalam lejar.

    3) Ak Penghutang tersebut perlu dibuka, oleh kerana tiada baki akhir, maka tidak perlu dicatatkan dalam ID.

    4) Jika disediakan Lejar Pemiutang dan Lejar Penghutang, sepatutnya perlu disediakan Ak Kawalan Pemiutang dan Ak Kawalan Penghutang dalam Lejar Am. Sekiranya SEMUA akaun (termasuk penghutang dan pemiutang) disediakan dalam LEJAR AM sahaja, maka barulah Ak Kawalan tidak perlu disediakan.

  373. cikgu

    membayar upah pekerja RM300 dgn cek,(baucar pembayaran)

    menjelaskan hutang kpd ABC Ent. dgn cek RM1000 (resit)

    membeli perabot dgn cek RM800 (bil tunai)

    bila sy buat pembayaran dgn cek dgn menggunakan dokumen keratan cek, adakah jumlah baki di bank RM89 000 tolak harga dlm urusniaga di atas ?? contohnya :

    membayar insurans atas belian RM900 dgn cek (keratan cek)

    KERATAN CEK
    Tarikh : 10 ogos 2013
    Penerima : Syarikat Insurans Abc
    Tujuan : Membayar insurans atas belian

    Baki akhir : 86 900
    Deposit : –
    Cek ini : 900
    Baki : 86 000

    betul tak macam nie ??
    tq

  374. Ammar,

    Ya, betul. Sekiranya ada kemasukkan / deposit sebelum tarikh pembayaran masukkan dalam bahagian DEPOSIT, supaya baki tersebut mengambarkan baki yang ada dibank pada tarikh tersebut.

  375. Cekgu

    Sy membeli perabot dgn harga rm600 komponen pembayaran(belanja)

    pertanyaan sy, dlm akaun modal tak perlu tambah harga belian perabot rm600 dgn rm8500 kan cikgu ?
    terimakasih

  376. Zafran.

    Beli perabot TIDAK dikelaskan srbagai item pembayaran (belanja) sebalik sebagai item perolehan aset..

  377. apa khabar cg

    imbangan duga sya tk imbng la cg. dh bnyk kali dh sy check balik lejar, bku tunai, jurnal, tak dk kesalahan pun, imbngn duga sya beza rm150 cg, mcm mana sya nk buat, kwn2 ckp kna buat lain .
    tq cg

  378. Jason Tan,

    Tidak perlu buat semula, sudah tentu ada kesilapan kecil,
    1, cuba kenalpasti apakah item yang bernilai RM150, dalam ID atau LEJAR atau BCP,,,,,, jika masih tidak jumpa,
    2, cuba kenalpasti pula apakah item yang bernilai RM75,, dalam ID atau LEJAR atau BCP, jika ada beritahu cg

  379. salam ckgu,
    kirenye kite beli aset bkan semase scare krdit la?

  380. Afifah,

    Maaf, cg tak faham maksud persoalan afifah,,,, cuba jelaskan,

  381. SALAM…..NAK TANYE….KALAU SYE BUAT KERJA KURSUS NI BERDASARKAN BLOG CKG AZLAN BOLEH TAK? BLOG CKG AZLAN POWN PRINSIP AKAUN JUGA….BOLEH TAK SYE GUNEKAN?

  382. Aishah,

    Buat kerja kursus ni mesti berdasarkan arahan tugasan dalam soalan tahun semasa (calon SPM 2014), sekiranya bersesuaian, maka bolehlah digunakan. Dan selalulah berjumpa dan bertanyakan guru sekolah, kerana beliau akan membimbing, menyemak dan memberikan skor/markah hasil tugasan anda.

  383. ya ada cg rm150, terlepas pndang, terima kasih cg

  384. owh….ok …trma kash…..ckg :)

  385. salam….
    ckg….kalau item folio yang ada kat lejar ngan buku tunai tu wajib diisi ke untu kerja kursus ni…? sbb sye kurg mahir nak tentukannya….trm ksh 😀

  386. Aishah,

    Berdasarkan buku panduan, untuk tugasan tingkatan 4, ruangan FOLIO tidak diwajibkan. Penekanan diberikan kepada :
    Tarikh, Butir dan Angka .. MESTI betul

  387. owh…..kalu nsye x buat ponw….x ape la ye…..sye fham…ok trm ksh ckg :)

  388. SALAM……

    ckg,
    contoh….

    saya beli barang niaga 60 unit dengan harga RM 20 ….pastu saye jual kepada PERNIAGAAN A 45 unit dengan harga RM 28……..pastu barang niaga saye tinggal 15 unit…..pastu pulak….sye jual kepada PERNIAGAAN B 15 unit……..pastu dah habis barang niaga saye jual……pastu PERNIAGAAN B pulang 3 unit brg niaga yg die beli….. yg sye tak fhm…. ape yang perlu sye catatkan di kad stok untuk STOK AKHIR….. ? YG 3 UNIT KE ATAU YG 12 UNIT(15unit-3unit)…..? TLG JELASKAN…. 😀

    TRMA KSH….:)

  389. Aishah,

    Kad Stok digunakan untuk merekod semua urus niaga KELUAR MASUK barang niaga tersebut, bukannya baki akhir sahaja.

    KAD STOK
    Beli —- Masuk 60 ——————- Baki 60
    Jual ——————Keluar 45 —– Baki 15
    Jual ——————Keluar 15 ——Baki 0
    Pulangan -Masuk 3 ——————-Baki 3

  390. slpas siap semua dokumen .. apekah lngkah strusnye ?

  391. Wawa,

    Ikut KITARAN PERAKAUNAN.
    Urus niaga – Dokumen – Buku Catatan Pertama – Lejar – Imbangan Duga – Penyata Pendapatan & Kunci kira-kira

  392. Salam Cikgu .

    Apakah catatan untuk insurans atas belian , upah atas belian dan angkutan masuk ? Perlu dicatat di jurnal am atau pun buku tunai ? Jika di buku tunai apakah butirnya ?

  393. Salam Cikgu.
    Syarikat Y merupakan penjual barang niaga secara kredit. Saya telah membeli belian sebanyak RM 12 000 pada tarikh 5/8/13 . Pada tarikh 12/8/13 saya telah membayar angkutan masuk kepada syarikat Y sebanyak RM50 secara tunai. Bagaimanakah catatan di dalam lejar ?

  394. Adakah semua Imbangan duga akan seimbang ? Jika berlaku ketidakseimbangan apa yg perlu dilakukan ?

  395. Eida,

    1. Sekiranya urus niaga tersebut dibuat secara TUNAI / CEK... maka BCP mestilah dalam BUKU TUNAI, jika sebaliknya (tiada sebarang pembayaran/belum bayar lagi) JURNAL AM perlu digunakan.

    2. Urus niaga 1: Dt: Belian Kt Syarikat Y Urus niaga 2: D: Angkutan masuk Kt Tunai (dalam Buku tunai)

    3. ID mesti seimbang, bagi menunjukkan sistemn catatan bergu yang disediakan BETUL.

  396. salam…

    macam mane nak kira nisbah untuk kerja kursus ini? TQ

  397. Aisah,

    Maaf, saya tak faham …NISBAH apa yang hendah dikira ??? … soalan tidak mintapun…

  398. NISBAH SEPERTI…… UNTUNG KASAR BAHAGI DENGAN JUALAN BERSIH DARAB 100…

    erm….. ckg sye yg ckp.

  399. Aishah,

    Sila baca Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek yang diedarkan bersama2 kertas tugasan / soalan.
    Pengiraan NISBAH tersebut adalah untuk Tugasan / Kerja Kursus TINGKATAN 5.

  400. Membeli kenderaan RM 12 000 dengan dibiyai pinjaman RHB Bank dan pembayaran balik RM500 bermula bulan september dilakukan selama 2 tahun.
    Adakah pembelian kenderaan tersebut perlu dicata dalam buku tunai ?

  401. Eida.

    Tidak melibat wang perniagaan, maka Buku Tunai TIDAK terlibat.. catat dalam Jurnal Am : Dt Kenderaan Kt Pinjaman

  402. Angkutan masuk dibayarsecara tunai kepada Syarikat Y . Apabila di lejar syarikat Y , adakah angkutan masuk perlu didebitkan ?

  403. Eida.

    Ak Syarikat Y tidak terlibat…. hanya Buku Tunai dsn Ak Angkutan masuk.

  404. Jika bahagian KT bank lebih banyak drpda bahagian DT bank , dan tunai di bahagian DT lebih banyak daripada bahagian KT tunai , apakah penyelesaiannya ? Sepatutnya bahgian debit mesti melebihi bahagian kt kan ?

  405. Adakah pulangan jualan daripada pembeli secara tunai perlu dicatatkan dalam buku tunai atau jurnal jualan ?

  406. Eida.

    TUNAI mesti besar disebelah DEBIT.. jika sebaliknya SALAH.
    BANK boleh berbaki debit atau kredit (overdraf).

    Tidak wujud pulangan jualan untuk jualan secara tunai…

  407. Kenderaan yang dibeli dibiayai dengan pinjaman RM 12 000.
    Pada tarikh 20/9/13 ansuran pinjaman telah dibayar.
    Bagaimanakah catatan dalam lejar pinjaman ?

    Dt Bank RM 500 KT Kenderaan RM 12 000
    Maka , baki h/b RM 11 500 ?

  408. Upah RM 300 perlu dibayar setiap dua minggu . Di lejar pada tarikh 30/9/13 jumlah upah ialah RM 600. Adakah upah perlu dicatatkan dalam ID ? Jika insurans atas belian , angkutan masuk dan upah atas belian dibayar tunai perlukah di poskan ke ID ?

  409. insurans atas belian , angkutan masuk dan upah atas belian dibayar tunai perlukah di poskan ke ID ?

  410. Eida.

    Catatan bayaran balik pinjaman…
    Dt Pinjaman 500 Kt Bank 500

    Upah pekerja dibayar 2 kali…. minggu ke-2 dan minggu ke-4… maka kena ada 2 urus niaga.pada 2 tarikh berbeza.

    ID adalah senarai SEMUA baki2 akaun yang ada.

    Cuba fahami apa yang dimaksudkan dengan KITARAN PERAKAUNAN.

  411. Cikgu, boleh cikgu tunjukkan contoh butiran urusniaga untuk pinjaman dalam perancangan urusniaga? Ada berapa butiran ye? 2 ye? terima kasih.

  412. cikgu boleh ke letak upah atas belian dgn upah kpd pekerja dalam satu lejar(tajuk lejar: upah) ?

  413. Mia,
    Pada pandangan cg, dalam Perancangan Urus niaga memadai ” Membeli kenderaan RM50 000 melalui pinjaman” …. dalam MEMO nanti nyatakan dengan lebih jelas seperti yang diminta dalam maklumat 4.3. …… walau bagaimanapun rujuk guru sekolah, apa kehendak beliau.

    Chichi,
    UPAH ATAS BELIAN dan UPAH PEKERJA adalah 2 akaun yang berbeza dan TIDAK boleh disatukan.

  414. Cikgu,
    1) kalau saya ada buat ‘caj angkutan dikenakan oleh pembekal…’ pembekal tu pembekal yang kita dah berurusan (contohnya kita ada beli brg dari dia) atau pembekal lain?
    2) dlm catatan bergu, dt angkutan masuk kt tunai atau dt nama pembekal kt tunai?

  415. Oh cikgu, lagi satu soalan. Kalau kita buat tarikh mula start bayar balik pinjaman tu bulan seterusnya (maksudnya tk termasuk dlm perancangan urus niaga kita) boleh?

  416. Sara,

    1. Pada praktikalnya, bila caj angkutan dikenakan oleh pembekal yang kita berurusan, maksudnya kita masih belum bayar kos angkutan tersebut, pembekal yang bayar kemudian dicajkan kos tersebut kepada kita, jadi kita TERHUTANG dengan pembekal, lalu pembekal akan keluarkan NOTA DEBIT… kemudian kita akan catat dalam JURNAL AM. (bukanya Jurnal Belian). Dt Angkutan masuk Kt Nama Pembekal.

    2. Manakala sekiranya, kita urus sendiri pengangkutan tersebut, barulah kita bayar kepada Syarikat Pengangkutan bagi mendapat khidmat mereka, maka catatannya dalam BUKU TUNAI.... iaitu Dt Angkutan masuk Kt Tunai/Bank (dalam BT).

    3. Bergantung kepada perancangan kita, cuma Cikgu lebih galakkan dibayar pada akhir bulan tersebut. Kerana pelajar akan dapat belajar macam mana merekodkan bayaran balik pinjaman…. apakah akaun2 yang terlibat dan apakah catatan bergunya.. itulah salah satu tujuan kerja kursus, untuk pelajar dapat belajar sesuatu, bukannya mengelak dari belajar sesuatu.

  417. Ohh.. okay terima kasih cikgu.

  418. Saya punya ‘caj angkutan masuk dikenakan oleh pembekal, Perniagaan Aliya sebanyak RM 300 dan dibayar secara tunai’ maksudnya debit angkutan masuk, kredit Perniagaan Aliya? Tak payah masuk dalam buku tunai?

  419. Sara..

    Cuba fahami apa yang saya perkatakan sebelum ini… jika nak pembekal kenakan caj tersebut… maka buang “dibayar secara tunai”, Nota Debit digunakan… catat di Jurnal Am .. Dt Angkutan masuk Kt Pernuagaan Aliya

  420. bagaimana jika upah dibayar melalui baucar bayaran adakah perlu dimsukkn dlm buku tunai?

  421. bagaimana jika terjdinya pulangan belian selepas beli secara tunai?
    nk catat dkt buku tunai harga yg dah ditolak dengan harga pulangan jualan/harga yang kita dah bayar

  422. dalam buku tunai kena seimbang ke jumlahnya?

  423. Pemudi Islam,

    1. Jika melibatkan PEMBAYARAN / PENERIMAAN wang TUNAI / CEK… maka BUKU TUNAI terlibat.
    2. Pulangan Jualan / Belian hanya melibatkan urus niaga SECARA KREDIT sahaja.
    3. BUKU TUNAI merupakan gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank…… masing2 tidak semestinya seimbang, seperti akaun2 yang lain ada BAKI H/B dan BAKI B/B.

  424. betul x urus niaga ni?:(angkutan masuk)

    membayar belanja pengangkutan bagi invois No.xxx sebanyk RM 20

  425. Pemudi Islam,

    Nyatakan bayar kepada siapa ? Sepatutnya pihak lain @ syarikat yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan, bukannya kepada pembekal.

  426. Tenkks cikgu,
    lgi 1:boleh x pulangan jualan/belian tarikh yg sma dengan pembayaran cek

  427. Pemudi Islam,

    Tarikh yang sama, tiada masalah. Cuma penggunaan tarikh yang berbeza akan memudahkan penyusunan senarai urus niaga dan dokumen serta memudahkan cikgu sekolah membuat semakan hasil kerja kursus anda untuk pemberian markah.

  428. tpi cikgu kalo cmtu insurans atas belian,upah atas belian dan angkutan masuk x boleh dicatat sekali ke dalam jurnal am (dengan catattan:caj dikenkn olh pmbekal)

  429. Pemudi Islam,

    Jika dikenakan caj tambahan oleh pembekal.. dengan mengeluarkan Nota Debit, maksudnya caj2 tersebut dikenakan kemudian (maka tarikhnya boleh berbeza dgn invois, kerana ianya dihantar kemudian)…. walaupun tarikhnya berbeza, tiada sebarang masalah dengan catatan dalam jurnal am, kerana kita catat ikut setiap tarikh urus niaga.. apabila kita poskan ke lejar nanti, semuanya akan bersatu di akaun pembekal tersebut.

    Dan sekiranya ketiga2 caj tersebut dikemukakan dalam satu Nota Debit, seterusnya dicatat dalam satu catatan, maka pada saya ianya dikira sebagai 1 URUS NIAGA sahaja,

  430. angkutan masuk tu dalam nota debit atas nama syarikat perkhidmtn pengangkutn tu ke

    mohon pencerahan..

  431. *di bahagian invois tulis:invois dibayar*

  432. Pemudi Islam,

    Cuba fahami apa yang telah saya terangkan antara dikenakan caj oleh pembekal…. dengan kita bayar sendiri kos angkutan tersebut,
    1, jika dikenakan caj oleh pembekal, maka nota debit tersebut dikeluarkan okeh PEMBEKAL,
    2, jika kita bayar terus, maka kita bayar kepada syarikat pengangkutan tersebut tanpa melibatkan pembekal.
    Dan dalam INVOIS, jangan tulis “ANGKUTAN DIBAYAR”

  433. cikgu, akaun kawalan pemiutang dgn akaun kawalan penghutang kena buat tak ?

  434. Iqbal..

    Sekiranya disediakan Lejar Am dan Lejar Subsidiari (Penghutang dan Pemiutang) maka akaun kawalan sepatutnya disediakan.. (rujuk buku teks ms 165).

    Sekiranya semua akaun (termasuk penghutang dan pemiutang) disediakan dalam Lejar Am sahaja.. maka tidsk perlu sefiakan Ak Kawalan.

  435. diskaun diberi dan diskaun diterima kena ada ke?

  436. Pemudi Islam,

    Pada pandangan saya,
    Tidak diwajibkan ada, cuma sebaik2nya ada, inilah peluang untuk pelajar belajar dan memahami dengan lebih jelas. Walau bagaimanapun bergantung kepada tahap penguasaan pelajar, jika ditahap sederhana dan lemah…. maka tidak perlu, nanti lagi memeningkan kepala mereka. Jika ditahap cemerlang, maka digalakkan buat… mereka akan dapat belajar sesuatu mengenainya.

  437. Sekiranya sudah buat lejar am perlukah buat akaun kawalan ?

  438. Jika terdapat empat barang yang diniagakan , perlu ada empat kad stok. Adakah baki akhir setiap barang tersebut perlu ditambah untuk mendapatkan stok akhir ?

  439. Eida,

    Jika disediakan Lejar Penghutang dan Lejar Pemiutang, maka Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang perlu disediakan dalam Lejar Am.

    Setaip satu barang niaga ada Kad Stok masing2, jumlah semua nilai baki akhir setaip kad stok merupakan STOK AKHIR perniagaan.

  440. prlukah buat akaun dulu sebelum lejar

  441. Pemudi Islam,

    Cuba fahami terlebih dahulu apa kaitan antara AKAUN dan LEJAR.

  442. dalam lejar ada akaun kan?

    dt-ltk ape?
    kt-ltk ape?

  443. Pemudi Islam,

    Ikut KITARAN PERAKAUNAN.
    1. Bermula dengan URUS NIAGA
    2. Sediakan DOKUMEN
    3. Catatan setiap urus niaga tersebut dalam Buku Catatan Pertama, sama ada : Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian atau Buku Tunai.
    4. Setiap satu BCP tersebut poskan ke AKAUN masing2 dalam LEJAR.
    5. Imbangkan semua akaun2 yang ada, kemudian masukan setiap baki akaun2 tersebut ke IMBANGAN DUGA. Sediakan penilaian stok akhir melalui KAD STOK.
    6. Sediakan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

    Sila rujuk buku teks :
    1. Pemindahkan catatan Jurnal Am ke Lejar ( m/s 150)
    2. Pemindahakn catatan Jurnal Khas ke Lejar ( m/s 151-151)
    3. Pemindahan catatan Buku Tunai ke Lejar ( m/s 136-148)

  444. maaf cikgu,
    boleh x cikgu tolong jelaskan di sini /bagi link yg mnrngkn psl tjuk di atas(sebb bku saya ada di asrama) :)

  445. Pemudi Islam,

    Setiap satu BCP mempunyai cara yang tersendiri, jadi nak cerita tanpa tengok contoh2nya agak sukar untuk difahami.

  446. cikgu kalau beli kenderaan dibayar oleh CIMB bank, maknanye kita tak beli kenderaan tu secara kredit kan?

  447. Chichi,

    Kita beli secara tunai, cuma melalui pinjaman.

  448. Cikgu,
    kalau akaun belian dalam lejar am amaun-nya kena tolak pulangan belian x?

  449. Pemudi Islam,

    Lejar disediakan berdasarkan catatan dalam Buku Catatan Pertama, adalah penting untuk memahami cara pemindahan BCP ke Lejar dengan merujuk buku teks atau dapatkan tunjukajar secara bersemuka dengan guru sekolah anda.

  450. cikgu, nak buat rumusan macam mane???

  451. Aiman,

    Ntayakan tiga konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang relevan dengan betul dan tepat kemudian kaitkan dengan amalan rekod perakauan yang perniagaan anda amalkan.

  452. Setelah buat lejar , baki akan dipindahkan ke ID . Jika sesuatu urusniaga telah habis dibayar , adakah ia perlu di letakkan dalam ID ? Saya tidak tahu baki yg mana harus dipindahkan .
    Apabila saya cuba pindahkan semua , ID tidak seimbang.

  453. Eida,

    Jika akaun tersebut TIADA BAKI, maka tiada apa yang perlu dipindahkan ke ID,
    BAKI B/B (baki akhir) yang perlu dipindahkan ke ID.
    ID tidak seimbang mungkin disebabkan catatan bergu silap, katinggalan catatan, catat disebelah yang salah atau kesilapan dalam pengiraan.

  454. Salam cg,
    nak tanya . bagaimana saya nak dapatkan amaun untuk stok awal ?

  455. Ana,

    Perniagaan BARU ditubuhkan, maka STOK AWAL = 0

  456. cikgu macam mana nak buat rumusan?

  457. eh takpe.. saya dah tau

  458. cikgu minta tanya untuk buku tunai kita masukkan angkutan masuk , upah atas belian dan insurans atas belian ke ? ataupun tak perlu ?

  459. Sandrachang,

    Jika urus niaga SECARA TUNAI (tunai / cek), maka perlulah dicatatkan dalam BUKU TUNAI,

  460. cikgu bolehkah sekiranya saya tidak ada diskaun niaga dalam perniagaan saya ? adalah itu sesuatu yang patut ada ?

  461. Sandrachang,

    Dari segi RASIONAL dan AMALAN perniagaan sebenar perkara tersebut TIDAK BERLAKU, ini kerana apabila belian secara pukal (dalam kuantiti yang banyak), maka Diskaun Niaga akan diberikan, KECUALI pembelian dalam kuantiti yang sedikit, ( 1 @ 2 unit)

  462. cikgu, adakah diskaun niaga perlu dimasukkan dalam imbangan duga ?

  463. adakah diskaun niaga dibawah diskaun diterima atau diskaun diberi. maaf cikgu sebab saya keliru lah

  464. maaf cikgu, saya nak tanya lagi..
    Untuk komisen diterima. dokumen yang terlibat ialah resit rasmi. betul ke ?

  465. cikgu, untuk komponen deposit ( kontra ) dokumen yang terlibat slip wang masuk atau keratan cek ?

  466. 1, Diskaun niaga tidak terlibat dengan rekod perakaunan, kerana nilai yang direkod ialah nilai selepas tolak diskaun niaga,,, dengan kata lain tak wujudpun Ak Diskaun Niaga tersebut ( ianya tidak sama dengan Diskaun diberi/diterima), maka tiada dalam ID,

    2, Komisen diterima, jika melibatkan penerimaan wang, maka dokumen RESIT RASMI sangat sesuai digunakan,

    3, DEPOSIT TUNAI maksudnya simpan wang tunai perniagaan ke akaun bank perniagaan, maka SLIP WANG MASUK perlu digunakan,

  467. maaf cikgu, saya nak tanya lagi..
    apakah penyataan yang perlu saya tulis dekat resit rasmi untuk KOMISEN ? boleh tak cikgu bagikan contoh ?

  468. Tulis saja “komisen untuk bulan ogos”

  469. contohnya :
    Diterima daripada : PEMIUTANG
    Ringgit Malaysia : xxxxxxx
    Bayaran untuk : menerima komisen ntuk bulan Ogos.

    betul tak cikgu ?

  470. Pada pandangan Cg,
    Catatan tersebut sudah memadai.

  471. Cikgu saya nak tanya lagi.. untuk megira stok akhir ada tulis dalam perancangan perniagaan pada 31 ogos kan ? ada dokumen yang terlibat ke ?

  472. STOK AKHIR dikira berdasarkan jumlah baki akhir setiap barang niaga daripada KAD STOK, berdasarkan jadual tersebut ianya tidak termasuk dalam bilangan urus niaga yang diminta, maka dokumen tidak diperlukan,

  473. cikgu, stok akhir perlu masuk dalam jurnal am ke ?

  474. Liza,

    Pada pandangan saya,
    Stok Akhir TIDAK perlu sediakan Jurnal Am kerana Tugasan Kerja Kursus tidak minta pelajar sediakan Catatan Penutup.

  475. Cikgu, nak tanya. Upah atas belian masuk lejar am ke buku tunai? Oh pinjaman pun. Pinjaman masuk lejar am kan?

  476. Na,

    Jika urus niaga tunai / cek, maka dicatatkan dalam BT,,,,, sama ada upah atas belian atau pinjaman,,,, semua akaun tersebut dalam Lejar Am,, hanya Ak Penghutang dan Ak Pemiutang sahaja dicaratkan dalam Lejar Jualan dan Lejar Belian,

  477. salam cikgu,
    saya tidak tahu bagaimana nk masukkan kt lajer daripada jurnal am
    cth:
    dt:tunai di tangan 1500
    tunai di bank 89000
    perabot 8500
    kt:modal 990000
    bagaimana kita nk mencatat ke dalam lajer?

  478. salam cikgu,
    adakah kad stok hanya untuk jualan & belian secara kredit?

  479. Najiha,

    Boleh rujuk buku teks m/s 150 cara2 poskan Jurnal Am ke Lejar……. cuma Ak Bank tidak perlu dibuka kerana Buku Tunai telahpun disediakan,

    KAD STOK digunakan untuk merekodkan Keluar Masuk setiap barang niaga, supaya peniaga mengetahui berapakah kuantiti semasa barang niaga yang ada dalam kedai, semua urus niaga yang melibatkan barang niaga / stok perlulah direkodkan,,,,, sama ada secara tunai, kredit ataupun ambilan oleh pemilik.

  480. cikgu,saya ada masalah membuat kad stok.
    cth:saya beli baju daripada pembekal RM 20.00 dan saya menjual baju kepada pelanggan dengan harga RM25.00.BOLEHKAN MEMBUAT HARGA SEUNIT BERLAINAN DAN BAGAIMANA INGIN MENCATATNYA CIKGU.Contoh yang saya lihat didalam buku rujukan, harga seunit sama .
    HARAP CIKGU MEMBERI PENJELASAN

  481. Najiha,

    Kad Stok juga bertujuan menilai stok akhir pada NILAI KOS, maka semua nilai yang digunakan merujuk kepada nilai kos / nilai belian,

  482. cikgu, kenapa untung bersih penyata pendapatan saya dapat negatif 290?

  483. Nur,

    Jika dapat negatif, maksudnya RUGI BERSIH.

  484. Jika untuk projek perakaunan boleh ke kita letak rugi bersih pada penyata pendapatan?

  485. Nur,

    Tiada masalah, memang adat perniagaan ada masa untung ada masa rugi (terutamanya diawal2 penubuhan),,,, apa yang hendak dinilai ialah rekod perakaunannya,

  486. Cikgu, kalau untuk kunci kira-kira, rugi bersih perlu ditolak atau ditambah?

  487. Nur,

    Ekuiti Pemilik:
    Modal awal
    (-) Rugi Bersih
    (-) Ambilan

  488. Cikgu, lejar belanja dan hasil kena imbangkan je atau kena tutup? Maksud saya, kena imbangkan macam biasa atau kena pindah ke akaun untung rugi?

  489. CIKGU,
    ID saya tidak seimbang. bagaimana ingin menyelesaikan masalah ini?saya sudah semak beberapa kali tapi hasilnya tetap sama.

  490. Najiha,

    Mesti ada kesilapan yang dilakukan, sebenarnya pelajar digalakkan jumpa guru sekolah untuk disemak sebarang kesilapan dan bimbingan, Ini kerana ada peruntukan markah untuk ELEMEN KOMUNIKASI bagi pelajar2 yang jumpa guru sekolah,

    Tugasan ini bukan semata2 perlu disiapkan oleh pelajar tetapi merupakan proses pengajaran dan pembelajaran dimana guru dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar secara lebih praktikal,

  491. cikgu,kalau urus niaga:

    mengambil wang di bank bernilai RM320 untuk kegunaan peribadi

    di akaun ambilan tulis (butirnya) bank ke tunai

  492. Pi,

    Jika melibatkan CEK/BANK, maka butirnya BANK, cuma berdasarkan soalan tugasan urus niaga AMBILAN adalah merujuk kepada ambilan BARANG NIAGA,

  493. dokumenya nota debit.so kalau saya letak kat jurnal belian salah lah ?

  494. haa ni u/n ( upah atas belian tertinggal catat dalam invois yang dikeluarkan oleh pemiutang)

  495. Nana,

    Pada pandangan saya,
    Jika NOTA DEBIT tersebut dikenakan atas caj tambahan Upah atas belian , maka TIDAK SESUAI dicatat dalam Jurnal Belian, sebaliknya perlu dicatatkan dalam JURNAL AM,

  496. kalau melibatkan barang niaga,tulis butirnya apa?
    n klo mlibtkan brng niaga kne x tulis kt buku tunai/bcp

  497. Pi,

    Jika melibatkan BARANG NIAGA secara umumnya butir yang digunakan JUALAN / BELIAN,
    Sila kemukakan penyataan urus niaga yang lengkap, baru Cg dapat kemukakan jawapan yang tepat berdasar urus niaga tersebut,

  498. rumusan untuk kerja khursus ni ad tak ?

  499. Zack,

    RUMUSAN – Kemukakan sekurang2nya TIGA konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang relevan dengan betul dan tepat. Kemudian hubungkaitkan dengan amalan rekod perakaunan perniagaan anda.

  500. urus niaganya:
    Pemilik mengambil lampu tidur Hike sebanyak 3 biji bernilai RM90 untuk kegunaan peribadi

    dlm jurnal am,dkt dt. tulis ape?
    dkat kt. tulis belian kan

  501. Pi,

    Jurnal Am
    Dt Ambilan 90
    Kt Belian 90

  502. Cikgu, utk kunci kira-kira dan penyata pendapatan, tarikh pada 31 Ogos 2013 atau akhir tempoh perakaunan kalau urus niaga saya bermula pada 1 Ogos 2013?

  503. Na,

    Tempoh rekod adalah SEBULAN, penyata kewangan tersebut dibuat pada akhir bulan, maka tarikhnya 31 Ogos 2013,

  504. cikgu,dlm akaun lejar baik tulis akaun… diterima/belian

    atau tulis akaun…. diterima/diberi

  505. Pi,

    Maaf, Cg tidak faham… apa persoalannya ?

  506. kne tulis dalam lejar sebagai :sewa dibayar/diterima

    atau
    sewa diberi/diterima

  507. Pi,

    Cadangan Cg,
    Sewa diterima / Sewa dibayar

  508. kita x boleh byar brng yg kita bli scra kredit pada hari yang lain secara penuh ke?

  509. maksudnye,pada 2 Ogos kite beli secara kredit rm300

    pda 4 ogos kite bayar kpda pemiutang rm300 terus

    x pe kn?

  510. Lejar pemiutang amik pembekal yang kita beli secara kredit je ke?

  511. Pi,

    1. Cuba fikirkan … adakah RASIONAL 2hb beli secara kredit….. 4hb terus bayar. …. Beli secara tunai harganya lebih murah berbanding beli secara kredit.

    2. Lejar Pemiutang – hanya untuk belian BARANG NIAGA secara kredit sahaja.

  512. cikgu,kalo sewa diterima tulis butir tunai die kt debit kN?

  513. Pi,

    Dalam Buku Tunai sepatutnya disebelah DEBIT butirnya SEWA DITERIMA …. katakan lajur TUNAI….. bila diposkan ke lejar disebelah KREDIT.
    Ak Sewa diterima
    …Kt: TUNAI

  514. camne nk wat akaun stok dlm lejar??

  515. 2.klo kt tjuk akaun tu xyh tulis akaun kan?

  516. 3.klo nk wt imbangan duga klo die urus niaga upah atas belian,kite kne tulis upah ata belian gak kr

  517. Pi,

    Pada pandangan Cg,
    1, Tiada Ak Stok, kerana perniagaan baru ditubuhkan jadi tiada STOK AWAL, manakala Stok Akhir hanya diperolehi melalui Kad Stok,(catatan penutup tidak diminta)
    2, Dalam Lejar, semuanya adalah AKAUN,,,, jadi tidak menjadi kesalahan jika tidak tulis “Akaun”,
    3, ID adalah merujuk kepada senarai baki semua AKAUN yang ada, maka item2nya kena rujuk NAMA AKAUN yang telah digunakan dalam Lejar,

  518. die tngk baki b/b kn?

  519. tjuk die imbngan duga pada 31 ogos 2013 kan?

  520. Pi,…. YA.

  521. CIKGU ,
    Barang niaga yang nk dipulangkan kepda pembekal kerana rosak perlu catat ke dalam kad stok?
    pelanggan memulangkan barang kerana rosak perlu dicatat kedalam kad stok ke?

  522. Kalo akaun pembekal x de baki(kite byr hbis htng) msuk imbangan duga x

  523. Najiha,
    Pada pandangan saya,
    Barang yang dipulangkan kerana ROSAK tidak perlu dimasukkan dalam Kad Stok, kerana ianya tidak lagi mengambarkan nilai stok yang sedia untuk dijual.. sedangkan Kad Stok akan digunakan untuk menilai STOK AKHIR perniagaan nanti.

    Pi,
    ID ialah senarai baki2 akaun…. jika akaun tersebut TIADA BAKI, maka tidak perlulah ditunjukkan dalam ID.

  524. assalam , cg , sye tak phm .

  525. assalamualaikum cikgu,macm mana nak buat pinjaman dan macm mana nak tuliskannya dekat memo?

  526. aliya_qaisara17, waalaikumussalam.

    Boleh rujuk maklumat 4.3 dalam soalan…. contohnya : “Membeli kenderaan bernilai RM90,000 melalui pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik 10 tahun bermula pada bulan Ogos / September 2013.”

  527. okay paham.terima kasih cikgu :)

  528. Salam , Cikgu .

    Dalam penyata pendapatan , tiada stok awal kan ? Sebab perniagaan baru sahaja bermula. Cuma akan ada stok akhir je kan ?

  529. Eida,

    YA.. hanya ada STOK AKHIR.

  530. salam,,cg..
    akaun pemiutang n pnghutang wajib ke buat akaun kwln dlm folio ??

  531. Zara,

    Mengikut prinsipnya, sekiranya disediakan Lejar Penghutang/Jualan dan Lejar Pemiutang/Belian, maka Akaun Kawalan PERLU disediakan dalam Lejar Am.
    Manakala sekiranya SEMUA akaun disediakan dalam LEJAR AM termasuk akaun2 penghutang dan pemiutang, maka Ak Kawalan TIDAK perlu disediakan.

  532. ‘menyewakan kedai dengan sewa sebanyak RM 100 sebulan.’ Apakah komponen dan dokumen perniagaan bagi maklumat ini ?

  533. Ahasha,

    Komponen – PENERIMAAN : Hasil
    Dokumen – RESIT RASMI

  534. cikgu betul x ni:Dikenakan upah atas belian bagi invois no.3459 sebanyak RM100

  535. Pemudi Islam,

    Pandangan Cg, ianya BOLEH DITERIMA.. “invois” tersebut lebih menerangkan caj tambahan yang dikenakan atas invois yang mana satu.

  536. assalamualaikum cg, dalam k.khusus pa ni perlu ke buat faedah?
    #contoh ayat dlm prancgan urus niaga~ ( terima faedah simpanan bank RM450 daripada My Bank )

  537. Shafiqah, waalaikumussalam.

    Syarat yang ditetapkan dalam soalan .. kemukakan 3 urus niaga bagi Komponen Penerimaan (yang terdiri daripada Penghutang dan Hasil)… jadi perancangannya tersebut. MESTI cukup 3 urus niaga…. Sama ada 2 – Penghutang & 1 – hasil… atau… 1-Penghutang & 2 Hasil…. TERSERAH.

  538. cg dalam penyata pendapatan ada upah atas belian tak?

  539. Shafiqah,

    Ya ADA.

    Kos Jualan:
    Stok awal
    Belian
    (-) Pulangan belian
    (-) Diskaun diterima
    (+) Angkutan masuk
    Duti atas belian
    Upah atas belian
    Insurans atas belian
    (-) Stok akhir

  540. cg, komisen kena wat ke dlm k.khusus ni?

  541. Shafiqah,

    Terserah kepada perancangan yang anda buat,

  542. cikgu kalo ambilan barang niaga,die amik harga jualan barang tu ke harga kos barang tu

  543. contohnye: ambilan barang niaga sbanyak 5 biji rm45 (harga kos)/
    ambilan barang niaga sbnyk 5 biji rm50(harga jualan)

  544. Pemudi islam..

    Ikut harga KOS.

  545. cg, jurnal belian.. jurnal jualan.. jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan letak sbelah kredit ke debit?

  546. Shafiqah,

    Format jurnal2 tersebut tiada debit @ kredit,
    Prinsip asas dalam perakaunan,,, Belian & Pulangan jualan berbaki DEBIT, manakala Jualan & Pulangan belian berbaki KREDIT,

  547. cg,klo buat pulangan belian/pulangan jualan ubah x amaun kat kad stok??

    klo ade die ubah kt amaun keluar ke masuk??

  548. Pemudi islam..

    Kad Stok disediakan untuk merekod SEMUA urus niaga yang melibatkan barang niaga bertambah atau berkurang.. untuk mengetahui kuantiti semasa barang niaga yang ada dalam kedai.

  549. knpa saye dapt ID x imbang?

  550. bahagian sblh kiri saya kurang

  551. Pemudi islam..

    ID tidak seimbang.. kemungkinan besar kesilapan berlaku pada catatan bergu..

  552. cikgu akaun kenderaan wat x?

    klo wt ape butirankt akaun pinjaman?
    dt.kenderaan
    kt.ambilan ke?

  553. skrng blh knan pulak kurang cmneni

  554. klo sewa DITERIMA(SEWA KENDERAAN) ltk kt jurnal x?

    KLO LTK JURNAL APE YE?

  555. dkt imbngan duga belian/jualan tolak x pulangan jualan/belian??

  556. Pemudi islam.

    Akaun2 yang perlu dibuka bergantung item2 dalam JA.. JJ.. JB.. JPJ.. JPB..dan BT.
    Jika urus niaga beli kenderaan melalui pinjaman.. ianya perlu dicatat dalam JA.. Dt Kenderaan Kt Pinjaman… kemudian poskan ke Lejar…

    Ak Kenderaan
    Dt Pinjaman

    Ak Pinjaman
    …..Kt Kenderaan

    Jika SEWA TERIMA … maksudnys terima wang / cek.. maka BCP ialah Buku Tunai.

    ID ialah senarai SEMUA baki akaun yang ada dalam lejar… setelah akaun2 tersebut diimbang.. maka baki akhir (BAKI B/B) tersebut disenaraikan dslam ID.

  557. klo pinjaman mllui bank tulis bank kan(gnti pinjmn di ats)..

    2)cikgu soklan terakhir sya blum brbalas…
    3)Lejar amik dri buku tunai kan?datu klo kt buku tunai saya dah tolak pulangan jualan/belian (sbb saya wat pulangan dlu bru byr) MCM MNE? kne tolak pulangan x klo dlm akaun jualan/belian

  558. cg,akaun tunai/bank kna wat x

  559. cg,klo urus niaga lebih xpe kn

  560. Pemudi islam.

    1) Jika urus niaga buat pinjaman bank, maka Dt Bank Kt Pinjaman
    Jika urus niaga beli kenderaan dibayar dengan cek, maka Dt Kenderaan Kt Bank

    2) Cuba fahami terlebih dahulu apa itu ID, cara menyediakannya dan tujuan, Semua baki akaun masuk ID, tidak timbul belian kena tolak pilangan belian dan sabagainya,

    3) Semua akaun2 yang disediakan dipanggil lejar termasuk Ak Tunai dan Ak Bank daripada Buku Tunai, sekarang ini anda tidak fahami apa yang anda buat,,,, cuba fahami cara2 untuk poskan JA, JJ, JB, JPJ, JPB dan BT ke Lejar (akaun masing2),, boleh rujuk contoh dalam buku teks,

    4) Urus niaga terlebih tidak mengapa asalkan CUKUP bilangan setiap komponen yang diminta,

  561. kerja kursus kli ni boleh ada pemiutang x

  562. cgu klo urus niaga:dikenakan denda terakru sebnyak 1565 kerana ada tidak sengaja melanggar peraturan (boleh x) kira pmiutng kan

  563. Pemudi islam,

    Penghutang dan Pemiutang MESTI ada,
    Pemiutang adalah merujuk kepada urus niaga BELIAN barang niaga secara KREDIT,

  564. assalamualaikum cg, kalau memulangkan barang jualan/belian guna harga asal ke harga jualan?

  565. Shafiqah, waalaikumussalam.

    Dalam penyediaan KAD STOk, kita guna NILAI KOS iaitu Harga Belian barang niaga tersebut.

  566. Hi cikgu,

    Adakah ambilan termasuk dalam stok akhir ( kad stok) ?

  567. cikgu klo urus niaga:
    Mendapati terdapat invois tambahan bagi lampu yang dibeli daripada Lim Lam Suppliers yang perlu dibayar pada bulan hadapan -kira pemiutang x?

  568. salam.. cikgu… nak tanya… apa dokumen untuk insurans ats belian?

  569. salam… cikgu.. catatan permulaan urus niaga nak tulis ape? tak de contoh yg dah siap ke cikgu?

  570. Vatini,
    Jika ambil barang niaga, maka perlulah direkodkan dalam KAD STOK,

    PI,
    YA ianya melibatkan pemiutang, perlu dicatatkan dalam Jurnal Belian,

    Izzati,
    Boleh guna RESIT RASMI atau KETARAN CEK jika kita buat pembayaran terus kepada syarikat insurans,
    Catatan permulaan : “merekodkan modal permulaan sebanyak RMxxxx yang terdiri daripada Tunai di tangan RMxx, Tunai di bank RMxxx dan Perabot RMxx”

  571. klo nk ltk urus niaga tambhn kt blh kredit imbngn dga nk tlis ape?

  572. assalamualaikum.
    bayar bil masuk dalam akaun apa ye dalam lejar?

  573. kalau membeli sesuatu menggunakan cek,kira sebagai belian kredit atau belian tunai?

  574. Sy,

    BELIAN KREDIT maksudnya beli secara HUTANG, pembayaran dibuat kemudian. Manakala BELIAN TUNAI merujuk kepada pembayarn dibuat SEMASA pembelian tersebut sama ada bayar dengan WANG TUNAI atau CEK.

  575. salam sjahtra, cigu..bole tny?
    1. bole tak kita buat imbangan duga kalau cuma ada jurnal am, jurnal jualan, jurnal belian, lejar am lejar jualan serta lejar belian tanpa perlu merujuk buku tunai….?

    2. imbangan duga sy tdk seimbang, sebelah kt lbih byk dri debit…sy buat imbangn duga dgn hny merujuk lejar am, lejar jualan & lejar belian…bole cigu britahu cara nak betulkn imbngn duga ni?

    3. adakh mgkin tedpt kesilapan dlm perancngn urusniaga shingga terslah msuk ke jurnal am?? sy sdh check skali lagi kedudukn baki dt & kt dlm imbngn duga & tidak trdpt sbrang masalah cuma sy msih hairan sbb knapa imbngn duga sy tdk seimbng…

  576. Jojo97,

    1. TIDAK BOLEH….. cuba fahami proses dalam “Kitaran Perakaunan”
    2. Buku Tunai juga merupakan Lejar, maka Baki TUNAI dan BANK juga perlu dimasukkan dalam Imbangan Duga.
    3. ID tidak seimbang biasanya disebabkan oleh kesilapan Sistem Catatan Bergu dalam Lejar, pengiraan baki serta pemindahan ke ID.

  577. cikgu, stok akhir , harga keluar dangan baki tu nak dapat mana ?

  578. Raudah,

    Penilaian STOK AKHIR adalah berdasarkan HARGA KOS, maka nilai harga yang perlu digunakan dalam KAD STOK adalah merujuk kepada HARGA BELI.

  579. ASSALAMUALAIKUM CIKGU ansurans pinjaman perlu dimasukkan dalam buku tunai?

  580. Eda, waalaikumussalam.

    Sekiranya melibatkan urus niaga TUNAI / BANK, maka catatan pertamanya adalah BUKU TUNAI.

  581. bayar dengan cek melibatkan urusniaga bank ka cikgu?…terima kasih ^^

  582. akaun upah wujud ka cikgu?

  583. Eda,

    YA, Cek –> BANK –> Buku Tunai.
    Urus niaga untuk bayaran upah pekerja (dibayar 2 minggu sekali) ada dinyatakan dalam soalan, maka sepatutnya wujudnya AKAUN UPAH PEKERJA dalam Lejar.

  584. terima kasih..cikgu macam mana mau dapat pemiutang dalam imbangan duga..daripada lejar akaun pemiutang ka cikgu?..kalau saya ada banyak pemiutang semua itu perlu ditambah baru diletakkan dalam imbangan duga?

  585. Assalamualaikum cikgu kalau perancangan perniagaan mempunyai urus niaga lebih daripada 25,msh bolh dterima ka cikgu?

  586. Eda,

    Pada pandangan Cg,
    Sekiranya disediakan Lejar Am, Lejar Penghutang/Jualan dan Lejar Pemiutang/Belian, maka perlulah disediakan Ak Kawalan Penghutang dan AK Kawalan Pemiutang dalam Lejar Am… kemudian baki Ak Kawalan tersebut sahaja perlu dimasukkan dalam ID.
    Sekiranya hanya sediakan Lejar Am sahaja, maka SEMUA akaun2 diimbangkan dan baki akhir dimasukkan ke dalam ID, manakala bila nak sediakan KKK nanti barulah dijumlahkan semua baki2 Penghutang dan Pemiutang.

    Perancangan urus niaga melebih 25… BOLEH, asalkan memenuhi bilangan setiap komponen yang dinyatakan dalam soalan.

  587. assalamualaikum cikgu. faedah atas simpanan akan dimasukkan di dalam buku tunai ataupun tidak.?

  588. Farahim, waalaikumussalam.

    Cuba FAHAMI urus niaga tersebut terlebih dahulu,… faedah atas simpanan – maksudnya pihak bank memberikan faedah atas simpanan yang dibuat…. faedah tersebut TERUS dimasukkan dalam akaun kita di bank, maka sudah tentu BUKU TUNAI terlibat.

  589. Terima kasih cikgu ^^

  590. klu catatan kontra mcm mana yer nk rekod?
    Dt Tunai Kt Bank ke?

  591. Ainmaktar,

    Catatan Kontra ada 2 keadaan:
    1) Masukkan tunai ke bank -> Dt:Bank Kt:Tunai
    2) Keluarkan wang dari Bank untuk kegunaan perniagaan -> Dt:Tunai Kt: Bank

  592. untuk catatan kontra bg deposit tunai seperti dlm soalan kerja kursus 2013 ..klu buat ayat mcm ni boleh ke?
    mengeluarkn wang tunai rm2k dari bank untuk kegunaan perniagaan? jadi saya rekod di ruanagn bank kredit,butir saya tulis tunai..
    saya dh konfius ni…

  593. satu lg soalan saya..klu tajuk penyata pendpatan..nk tulis mcm mana…
    penyata pendapatan bg thn berakhir 31 Ogos 2013 ATAU penyta pendapatan bg bulan berakhir 31 ogos 2013?

  594. Aimmakhtate,

    DEPOSIT TUNAI maksudnya SIMPANAN/masukkan duit tunai perniagaan ke akaun Bank, jadi urus niaga yang anda buat itu adalah SALAH,,terbalik,
    Maka sila betulkan urus niaga tersebut, dan catatannya nanti sepatutnya Dt lajur BANK dan butirannya “TUNAI”, manakala Kt lajur TUNAI dan butirannya “BANK”,

    Oleh kerana ianya dibuat untuk tempoh sebulan, maka tajuknya Penyata Pendapatan bagi bulan berakhir 31 Ogos 2013,

  595. (menjual barang niaga secara tunai kepada Rasyiqah Collections iaitu 17 beg tangan bernilai RM120.00 seunit berjumlah RM2040.00.)

    bagaimana urusniaga ni akan dijalankan? akaun mana nak msuk?

  596. minta maaf lah ckg, tak beri salam tadi..
    assalamualaikum cikgu ,hehe

  597. Liyana, waalaikumussalam.

    Urus niaga Jualan BARANG NIAGA secara TUNAI, maka Buku Catatan Pertamanya ialah BUKU TUNAI catat disebelah DEBIT lajur TUNAI dan butirannya ialah JUALAN, kemudian nanti dipindahkan (catatan bergunya) ke Akaun Jualan catat disebelah KREDIT dan butirannya ialah TUNAI.

  598. cg klu imbangan duga x seimbang apa yg perlu diperbetulkan

  599. Liyana,

    Ada 7 langkah………. sila rujuk Buku teks m/s 194 berkaitan KAEDAH MENGESAN KESILAPAN apabila ID tidak seimbang.

  600. Salam cikgu,

    bagi urusniaga pinjaman. dokumen apa yang diperlukan?

  601. Siti,

    Ikut arahan dlm soalan….. guna MEMO, sila rujuk komen2 sebelum ini (diatas) berkaitan perkara tersebut.

  602. Salam, nk tanye macam mana nak buat makluman debit mmbayar insuran kedai sebanyak 800

  603. Farul,
    Sediakan dokumen Makluman Debit, tuliskan perkara/keterangannya bayaran insurans bulan Ogos 2013.
    # Sepatutnya tugasan ini telah siap dan dihantar untuk disemak oleh guru pada bulan Oktober 2013

  604. cikgu saya dah siap dah urus niaga cuma confuse pasal komponen pembayaran – pinjaman. nak terang camane eh? kalau tak terang urus niaga saya jadi 25 je, spatutnye 26 sebab pinjaman/perolehan aset semasa tu kira 1 je kan.

  605. cikgu tolong cek boleh?

  606. Siti,

    Item Pembayaran – pinjaman adalah merujuk kepada BAYARAN BALIK PINJAMAN yang telah dibuat dalam urus niaga perolehan aset melalui pinjaman yang disediakan sebelumnya. Dengan berdasarkan Jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman, maka kita boleh kira berapakah BAYARAN BALIK setiap bulan.

  607. cikgu cek boleh? sy dah send dekat email. sy dah bekki yg sblm ni..

  608. cg narzuki kalau dibayar CEK/TUNAI,kenapa perlu kena bagi RESIT RASMI..??adakah supaya mengelak dari membuat kesilapan..??

  609. Lan,

    Dokumen tersebut merupakan SUMBER MAKLUMAT atau sebagai BUKTI urus niaga tersebut benar-benar berlaku. Dimana RESIT RASMI dikeluarkan sebagai bukti sesuatu PEMBAYARAN/PENERIMAAN telahpun dibuat… sama ada secara TUNAI / CEK.

  610. assalamualaikum , cikgu . kalau urusniaga seperti berikut :
    1) menerima invois daripada pemiutang untuk caj pengangkutan bagi penghantaran barang niaga yang dibeli.
    2)terima invois daripada Pembekal Nur bernilai RM 700 untuk caj upah atas belian ke atas barang yang dibeli

    Akaun apa yang perlu saya bukak ?

  611. Amira.

    Bagi kedua2 kes tersebut NOTA DEBIT lebih sesuai digunakan berbanding INVOIS.
    Manakala catatan bergunya:
    1, Dt Angkutan masuk Kt Nama Pemiutang
    2. Dt Upah atas belian Kt Pembekal Nur

  612. terima kasih cg narzuki..tapi cg..apa kegunaan Invois..??sama kah dengan Nota Debit..??

  613. Lan,

    Kegunaan INVOIS dan NOTA DEBIT tidak sama.. cuba rujuk Buku Teks m/s 85 dan 88.

  614. ok cg .. terima kasih cg ….

  615. cg .. kalau kita ada perjanjian kontrak .. ada kah dokumen yg penting perlu disediakan .. ??

  616. Lan,

    Untuk memaklumkan kepada kerani akaun supaya merekodkan urus naiga tersebut, maka dokumen MEMO sesuai digunakan seperti mana yang diminta dalam soalan tersebut.

  617. ok cikgu … terima kasih ..

  618. Cikgu,ingin bertanya sedikit.Rakan saya tidak dapat seimbangkan kunci kira kira lalu dia “mengubah” beberapa nombor supaya seimbang.Soalan saya,jika dikesan,adakah dikira gagal ataupun hanya dipotong markah?

  619. Khairul,
    SIla rujuk Buku Teks m/s 535-536.

    Luqman,
    Markah untuk KKK tidak layak dapat A.

    Nik,
    Maksudnya Item2 pembayaran dan Penerimaan yang lain boleh berdasarkan rekod penerimaan dan pembayaran pada bulan APRIL (Buku Tunai dan item pelarasan yang berkaitan)…… jika buat SAMApun sudah memenuhi kehendak soalan, manakala jika buat kenaikan / penurunan… maka nyatakan syarat kenaikan/penurunan tersebut dalam NOTA.

  620. cikgu,jika insurans atas belian RM200 dibayar secara tunai,dokumen apakah yang sesuai?Baucar pembayaran atau bil tunai?

    terima kasih ,cikgu.

  621. Lisa

    Pada pandangan Cg, Kedua2 dokumen tersebut boleh digunakan… cuma untuk tujuan kerja kursus, cg lebih mensyorkan penggunaan Baucar Pembayaran bagi tujuan tersebut.

  622. kalau untuk mengeluarkan tunai dari bank cikgu?dokumen apa yang sesuai?

  623. Lisa,

    Keratan cek.

  624. terima kasih ,cikgu.^_^

  625. tlg beri yat urusniaga bagi hasil untuk draf perancangan serta dokumen

  626. Syikin,

    Sila rujuk guru sekolah anda… apa kehendak beliau… nak nyatakan secara detail dengan barang niaga atau tidak.

  627. Siti,
    Tidak wajib……. walau bagaimanapun rujuk ketetapkan guru sekolah anda.

    Dellson,
    Tunai BERTAMBAH, Bank BERKURANG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.