TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4 2014 (SPM2015)

TEMPOH PELAKSANAAN : OGOS – SEPTEMBER 2014

[DM]307[/DM] [DM]308[/DM]

Posted on November 1, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 644 Comments.

  1. Selamat sejahtera,
    Boleh saya tanya pasal sistem inventori yg digunakan dalam Tugasan ini? Kenapa Kad Stok digunakan sedangakan sistem inventori berkala digunakan?
    Terima Kasih

  2. GLS,

    1. Ianya merupakan kaedah ASAS dalam penilaian stok / inventori berdasarkan NILAI KOS…. dengan menggunakan KAD STOK.
    2. Bilangan barang niaganya yang SEDIKIT (bagi tugasan ini).. maka penggunaan Kaedah Berterusan sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran.

  3. macam mana nak buat catatan permulaan dalam jurnal am?
    jumlah aset + ambilan tidak sama dengan jumlah liabiliti + modal awal.
    Ada perbezaan nilai untung bersih. Macam mana nak masukkan nilai untung bersih ini untuk mengimbangkan catatan permulaan?

  4. Lee,

    Baki Ak Modal pada 1 Ogos 2014….. adalah merujuk kepada MODAL AKHIR RM143 000.
    Ambilan dan UB tidak dibawa ke tempoh perakaunan berikutnya sebaliknya ditutup/dipindahkan ke Ak Modal sahaja…. konsepnya sama dengan CATATAN PENUTUP bagi Stok awal dan Stok akhir dalam Ak STOK.

  5. ok, faham, terima kasih

  6. Cg Narzuki,
    Selamat sejahtera, jika kaedah berterusan digunakan, maka Dt. Inventori Kt Tunai (jika barang niaga dibeli secara tunai), tetapi apa yg biasa kita buat ialah
    Dt. Belian Kt. tunai (kaedah berkala). jadi saya agak keliru.
    Terima Kasih

  7. GLS,

    Pada pandangan saya,
    Kaedah penilaian inventori dan sistem rekod perakaunan adalah dua perkara yang berbeza. Bukan kaedah penilaian inventori yang menentukan sistem perekodan yang mana perlu digunakan, tetapi sebaliknya.

    Untuk Tingkatan 4 dan tujuan kerja kursus ini, .. pelajar perlu menguasai penyediaan rekod perakauan yang biasa sepertimana yang diajar dalam sukatan. Penggunaan kaedah berterusan bersesuaian kerana pelajar boleh menentukan bilangan stok semasa yang ada dan boleh dijual…. jika tidak akan timbul kes dimana pelajar menjual stok terlebih daripada apa yang ada dalam kedai…. jadi dengan pengunaan KAD STOK, pelajar dapat membuat perancangan pembelian dan penjualan stok dengan lebih tepat. Dan cadangan saya, penyediaan KAD STOK hendaklah dibuat setiap kali urusniaga stok berlaku…. JANGAN sediakan KAD STOK pada akhir bulan… nanti pelajar tidak nampak penggunaan Kad Stok dalam urus niaga seharian mereka.

  8. Cg, saya baru je mengajar setahun prinsip perakaunan…kerja kursus saya tak pandai….lagi saya bukan opsyen akaun…harap2 cg marzuki dan kawan2 lain boleh mambantu buat kerja kursus tingkatan 4 ni…tq

  9. Sh,

    Saya cadangkan join group FB Guru Perakaunan. Dan orang yang perlu dirujuk jika menghadapi masalah ialah Ketua Pentaksir Kawasan masing2.

  10. cikgu, macam mana mula dengan perancangan perniagaan berdasarkan Kunci kira-kira. Perlukah saya sediakan memo untuk catatan di kunci kira-kira?

  11. Cgu Narzuki,
    harga stok dalam kkk ialah rm80 000, adaka ini bermaksud pelajar bebas untuk memilih apa-apa saja item yang berkenaan dengan handphone asalkan jumlah harga kos bagi stok adalah rm80 000.
    TQ

  12. HL,
    Baki2 dalam KKK, merupakan Catatan Permulaan dan sebaik2nya sediakan MEMO sebagai dokumen sumber untuk merekod ke Jurnal Am.

    AJ,
    Barang niaga/stok awal ….. pelajar yang tentukan sendiri dari segi : bilangan barang niaga, kuantiti yang ada serta harga beli setiap satunya…… dengan SYARAT… jumlah keseluruhannya = RM80,000.

  13. akum cikgu,
    saya nak tanya dalam profil perniagaan dibahagian modal perniagaan nak tulis apa ye? Adakah ia semua yang ada dalam Aset Bukan Semasa di Kunci Kira-kira.

  14. maaf cikgu saya masih tidak faham tentang catatan permulaan…harap cikgu terangkan dengan lebih lanjut. tq

  15. Nizasyarina,

    Pada pandangan saya,
    Profail Perniagaan : Modal – hanya tulis JUMLAH MODAL sahaja… tidak perlu senaraikan.
    Catatan permulaan : dalam JURNAL AM… boleh rujuk buku teks m/s 120.

  16. Cikgu, bagi catatan permulaan di memo, modal di memo diambilkira modal awal atau modal akhir?

  17. cikgu…dalam soalan kertas 3 ting.4 (spm 2015) … pekerja adalah seramai 5 orang….adakah perlu menyediakan baucar pembayaran bagi setiap seorang pekerja tersebut…..jika begitu dokumen untuk pembyrn yg ditetapkan adalah lima shj (seperti dlm soalan)…..mcm mn pula dgn lain-lain pembyrn…..boleh tak bagi sedikit komen

  18. HL,
    Nilai MODAL dalam catatan permulaan di Jurnal Am adalah merujuk kepada MODAL AKHIR daripada KKK yang diberikan… maka UB dan Ambilan tidak wujud lagi untuk bulan Ogos.

    Aniza,
    Kebiasaannya pembayaran gaji pekerja dibayar pada tarikh yang sama, maka cadangan saya untuk tujuan kerja kursus ini… memadai dikeluarkan satu dokumen BAUCER PEMBAYARAN sahaja… di mana tersenarai semua nama pekerja.

  19. Cg,
    sudah banyak kali saya hantar email saya utk didaftarkan sebagai ahli, tapi tiada respon sehingga kini.
    Terima kasih

  20. GLS,

    Maaf, sehingga hari ini saya belum terima sebarang maklumat yang diminta untuk tujuan pendaftaran. Sila ikut langkah2 yang telah dinyatakan dalam email…

    Langkah 2 :
    Sila lengkapkan BORANG PENDAFTARAN (klik pada link dibawah).
    https://docs.google.com/forms/d/10XAoJ9ZddWHy3digy9KpXTwdlea5Lu3MhYcFNRe12wk/viewform

  21. Cikgu……jika kita menggunakan memo untuk catatan permulaan……bilangan dokumen yg di tetapkan dlm soalan akan lebih menjadi 27…..(dlm soalan 26 shj)……….kalau tak tunjuk dlm memo boleh ke ?

  22. Aniza,

    Dokumen disediakan 27 …. tidak menjadi masalah, asalkan jangan kurang daripada 26. Lagipun dalam soalan hanya tetapkan bilangan URUSNIAGA… bukannya bilangan DOKUMEN. Catatan permulaan tidak dianggap sebagai urusniaga… itu sebab dalam soalan ianya tidak dikira.

    Kalau tak sediakan MEMO boleh ke?
    Cuba kita fahami apa maksud Dokumen sumber rekod perakaunan…. maksudnya setiap catatan/rekod perakaunan dalam BCP sebaik2nya berdasarkan DOKUMEN sebagai BUKTI/SUMBER maklumat tersebut.

  23. cg, boleh minta no akaun dan nama bank utk tujuan pendaftaran ahli, terima kasih

  24. assalam cikgu narzuki…

    1. Di dalam catatan kontra terdapat urus niaga deposit tunai (dari Penerimaan)- boleh cikgu huraikan dan beri contoh.

    2. Masih di dalam catatan kontra urus niaga Pengeluaran tunai untuk kegunaan sendiri – ini bermaksud ambilan…adakah terdapat kesalahan dalam soalan ini.

  25. Nea, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,

    1. “dari penerimaan” maksudnya wang yang kita terima daripada hasil atau penerimaan daripada penghutang.. atau dengan kata lain WANG TUNAI PERNIAGAAN.… bukan WANG TUNAI PERIBADI. Jika mendepositkan wang tunai peribadi… ianya tidak lagi dipanggil CATATAN KONTRA, sebaliknya sebagai MODAL TAMBAHAN.

    2. Oleh kerana ianya merujuk kepada komponen CATATAN KONTRA,maka saya cadangan tukarkan/perbetulkan “untuk kegunaan SENDIRI” kepada “untuk kegunaan PERNIAGAAN”.

  26. Slm. Cgu nak tanya bhagian belian ada 5 item urusniaga. Bboleh ke kt buat 2 belian kt, 2 belian tunai dan 1 duti atas belian. Atau kt perlu buat semua dan buang 1 yg mana jumlahnya jadi 5

  27. Siti,

    Pada pandangan saya,
    Syaratnya hanya sediakan 5 urusniaga daripada komponen Kos Jualan yang dicadangkan.. maka pelajar boleh menentukan sendiri kombinasi yang dikehendaki asalkan RASIONAL… Misalnya, item Duti atas belian dan Insurans atas belian…. adakah sesuai bagi barang niaga seperti telefon ? .. kecualilah pembekalnya dari luar negara.

  28. Slm. Cgu nak tanya komponen penerimaan modal tambahan, adakah maksudnya penerimaan tunai tambahan? Jadi, dokumen MEMO sesuai tak?

  29. Salam cikgu,
    Baki penghutang dan pemiutang bila pos dari JA ke lejar… Kena reka nama penghutang dan pemiutang ke atau macam mana. Pos ke L Khas ke atau buat semua dlm L Am….. Ak. Kawalan kena buat ke atau tak… Sebab phtg n pmtg tak ramai….

  30. CT,
    Ya, Modal tambahan – MEMO sesuai digunakan.

    Anis,
    Pada pandangan saya, memandangkan KKK menggunakan butir “Penghutang” dan “Pemiutang“, maksudnya rekod perakaunan sebelum ini menggunakan Akaun Kawalan, maka kita teruskan amalan tersebut. Sediakan senarai penghutang dan senarai pemiutang serta nyatakan BAKI AWAL setiap seorang … dan pastikan JUMLAHNYA menyamai baki dalam KKK .. Penghutang = RM5,000, Pemiutang = RM38,000. Maka, sediakan Ak Kawalan Penghutang dan AK Kawalan Pemiutang dalam LEJAR AM, dan sediakan juga LEJAR PENGHUTANG dan LEJAR PEMIUTANG.

  31. Terima kasih atas penjelasan yang jelas tu cikgu.

  32. Kalau nak buat kerja kursus ni
    1. Siapkan semua dokumen lepastu baru buat semua jurnal lepastu baru pos ke lejar atau
    2. Buat satu-satu…….untuk satu urusniaga..buat dokumen..catatan jurnal..pos ke lejar… Pastu baru buat urusniaga yang seterusnya…mengikut hari..
    Rasanya mana yang lebih mudah dan dapat kurangkan silap.

  33. Anis,

    Pada pandangan saya, kedua-dua cara boleh digunakan, masing2 ada kelebihan dan kelemahan serta bergantung kepada tahap pelajar (sederhana / cemerlang).

    Saya memilih Cara 1… lebih sesuai untuk pelajar saya yang SEDERHANA. Saya tidak lihat dari segi cara mana lebih mudah atau kurang kesilapan tetapi cara mana yang LEBIH membantu pelajar saya MEMAHAMI apa yang mereka sedang buat dan menguasai setiap KEMAHIRAN secara berfokus. …. Kemahiran Pengecaman Dokumen, Kemahiran BCP, Kemahiran pengeposkan ke Lejar dan seterusnya ikut Kitaran Perakaunan.

    Misalnya.DOKUMEN : pelajar dapat mengenalpasti DOKUMEN yang perlu digunakan bagi sesuatu URUS NIAGA, dapat membezakan kegunaan setiap dokumen secara perbandingan (contohnya : Invois dan Bil Tunai…. Nota Debit dan Nota Kredit.. Asal dan Salinan.. penentuan No Dokumen berturutan atau tidak.. dll) … KEMAHIRAN PENGECAMAN diperlukan.

    Jika guna Cara 2.. mungkin LEBIH CEPAT, tetapi banyak perkara yang terlepas pandang atau tidak diberikan perhatian khusus… dan tahap penguasaan sesuatu KEMAHIRAN agak kurang kukuh… kerana beberapa kemahiran berbeza perlu dilakukan SERENTAK bagi satu urus niaga.

  34. Cikgu macam mana nk buat ayat urus niaga angkutan masuk dan duti atas belian ?

  35. Ani,

    Ada 2 keadaan :
    1) Peniaga yang membuat bayaran terus kepada pihak berkenaan.
    …..”Membayar ___________ sebanyak RM_______ dengan tunai/cek”

    2) Pembekal/Pemiutang telah membuat bayaran kepada pihak berkenaan, kemudian mengenakan caj tersebut kepada peniaga.
    …..:”Pembekal / Pemiutang A mengenakan caj _________________ sebanyak RM________ sebagai caj tambahan ke atas Invois 1004 yang bertarikh _________.”

  36. Cg, dalam pengenalan perniagaan perenggan pertama, saya ada maklumkan perniagaan telah ditubuhkan pada 1 januari 2014, dan modal yang digunakan untuk memulakan perniagaan RM 100,000. Saya ambil modal awal di kunci kira-kira. betul ke?

  37. Wanie,

    Berdasarkan tempoh perakaunan adalah setahun, saya cadangkan ianya ditubuhkan pada 1 Ogos 2013. Manakala MODAL PERNIAGAAN dalam PROFAIL, ada 2 keadaan dimana modal tersebut merujuk kepada (i) MODAL PERMULAAN – maka nilai RM100,000, (ii) MODAL SEMASA – maka nilai RM143,000 digunakan.

  38. Terima kasih cg, modal dalam profil perniagaan sy letak rm143 000 tetapi di dalam pengenalan perniagaan saya ada juga maklumkan perniagaan memulakan perniagaan rm100 000. Boleh ke?

  39. Wanie,

    Pada saya, ok.. asalkan kita jelas dan faham tentang perkara tersebut.

  40. cikgu apakah dokumen yang digunakan untuk duti atas belian?

  41. Faiz,

    Ada 2 keadaan :
    1) Peniaga yang membuat bayaran terus kepada pihak berkenaan. –> KERATAN CEK, BAUCAR PEMBAYARAN
    2) Pembekal/Pemiutang telah membuat bayaran kepada pihak berkenaan, kemudian mengenakan caj tersebut kepada peniaga. –> NOTA DEBIT

  42. aiyooooo….banyak pening a kerja khrusus ni

  43. Slm, cgu nak tanya dlm kkk ada dnyatakan pinjaman jangka pjg rm70k. Adakah kt perlu buat byrn ke atas pinjaman tersbt

  44. So 2) dlm cdgn urusniaga komponen penerimaan utk pinjaman. Adakah perlu kt buat pinjaman bru sdangkan kt dah ada pinjaman 70000

  45. Siti,

    Pada pandangan saya,

    1) Tiada sebarang ketetapan dalam soalan.. maka pemilihan/perancangan urus niaga bergantung kepada pelajar, asalkan mematuhi bilangan urus niaga bagi setiap komponen. Jika nak jadikan barayan balik pinjaman sebagai salah satu item dalam komponen pembayaran juga boleh…. rasionalnya setiap pinjaman, sudah semestinya akan ada bayaran balik pinjaman.

    2) Terserah, nak buat pinjaman baru pun boleh…. baki pinjaman 70,000 meruapakan pinjaman yang lepas… wangnya mungkin TELAHPUN digunakan untuk sesuatu tujuan tertentu. Maka, pelajar boleh buat pinjaman yang baru (item penerimaan – pinjaman) … dan wang tersebut boleh digunakan untuk membeli aset yang lain sebagai item Perelehan Aset Bukan semasa pula.

  46. Salam cg, betulkah dokumen nota debit digunakan untuk rekod angkutan masuk dan ia boleh dimasukkan dalam salah satu item untuk campur dgn belian dalam penyata pendapatan?

  47. DS,

    Ianya bergantung kepada penyataan urus niaga tersebut :
    1. Angkutan masuk dikenakan caj oleh pembekal …. maka dokumen NOTA DEBIT digunakan
    2. Jika kos angkutan masuk dibayar sendiri oleh peniaga… maka dokumen keratan cek, resit, baucer pembayaran boleh digunakan.

    Untuk kedua2 kes tersebut.. ANGKUTAN MASUK memang merupakan item dalam KOS JUALAN … iaitu Belian – PB – Diskaun diterima (+) Angkutan masuk, Duti atas belian, Upah atas belian, Insurans atas belian.

  48. Slm cg narzuki..minta kepastian..dlm perancangan urus niaga…pulangan masuk direkod pd harga jualan….tkasih

  49. Cg Kay,

    Semasa jualan kita guna Harga Jual, maka bila dipulangkan Harga Jual juga akan diginakan.

  50. salam cg narzuki,
    cg mcm mn nk sediakan kad stok .. saya x faham adakah baki akhir stok di KKK perlu diambil dan dicatat baki akhirnya pada kt kad stok .. Mohon cg jelaskan

  51. cg narzuki, sy xprnh buat kerja kursus tingkatan 4 coz br ambil alih form4..tp pernah buat yg form5 punya kerja kursus..jadi apa langkah pertama sy perlu buat sekarang ni?sy br nk start kerja kursus coz sibuk menyiapkan kerja kursus tingkatan 6..

  52. Rasyidah,
    Baki akhir stok daripada KKK merupakan BAKI AWAL pada 1 Ogos. Maka senarai STOK AWAL yang disediakan yang mengandungi sekurang2nya…. nama barang niaga, kuantiti, harga beli dimana jumlah keseluruhannya RM80,000. Maka stok/baki awal setiap barang niaga tersebut perlulah dimasukkan dalam KAD STOK masing2.

    Aifirana,
    1. Sediakan senarai stok awal barang niaga… jumlahnya mesti RM80,000
    2. Sediakan senarai nama penghutang serta baki masing2…. jumlahnya mesti RM5,000.
    3. Sediakan senarai nama pemiutang serta baki masing2….. jumlahnya mesti RM38,000.
    4. Sediakan senarai perancangan urusniaga…. ikut ketetapan dalam soalan.
    # Cadangan saya, sila rujuk Ketua Pentaksir Kawasan / Negeri masing2.. kemungkinan ada bahan2 yang diedarkan sebagai panduan ataupun ada penyelarasan2 tertentu tang ditetapkan di peringkat kawasan masing2.

  53. Tq cg narzuki..sy dah faham..

  54. salam…cg narzuki. saya ingin kenalpasti istilah kononnya dalam bahasa inggeris( power bank) boleh timbul sebagai nama item?

  55. Ds,

    Cara mudah.. minta pelajar perhatikan barang niaga yang ada dalam sebuah kedai telefon berdekatan dengan tempat mereka.. apa yang ada dalam tersebut boleh dijadikan item/barang niaga mereka.

  56. cikgu, boleh saya tanya pasal komponan catatan kontra dimana “pengeluaran tunai untuk kegunaan sendiri” saya rasa ia sepatutnya kegunaan pejabat kan?

  57. Kt,

    Ya.. saya cadangkan ditukarkan “untuk kegunaan SENDIRI” kepada “untuk kegunaan PERNIAGAAN“.

  58. Salam, cgu narzuki…
    Sy ingin bertanyakan pendapat cgu mengenai pemarkahan kerja kursus utk SPM. Apakah perbezaan peratus markah SPM sekiranya a) pelajar tidak melaksanakan kedua2 tugasan b) pelajar hanya melaksanakan 1 tugasan shj..bagaimana pengiraan markah SPM?

  59. Cgu Suzana,

    Saya dimaklumkan…
    a) K1 = 40/140 x 100% = 28.6%
    K2 = 100/140 X 100% = 71.4%
    b) K1 = 20%
    K2 = 60%
    K3 = 20% … 10% jika hanya buat Ting4

  60. tq diatas perkongsian maklumat..so dlm situasi a dan b yg mana lebih baik utk pentaksir rekodkan markah utk dihantar pd lpm terutamanya bg pljr yg lemah n tidak melaksanakan kerja kursus ini..

  61. Cgu Suzana,

    Pada pandangan saya, situasi b lebih baik … kerana K1+K3 = max 30%, berbanding situasi a…. hanya 28.6%

  62. how to do the pengenalan perniagaan

  63. Bryan,

    Untuk melayakkan dapat A bagi Elemen 1.1 Pengenalan Perniagaan, mesti mengandungi :
    (i) Menyatakan dengan jelas pengenalan perniagaan.
    (ii) Menyatakan sebab memilih perniagaan.
    (iii) Menyatakan kelebihan menjalankan perniagaan tersebut.
    (iv) Menyatakan risiko yang bakal dihadapi.

  64. Untuk Baucar Pembayaran bg gaji, kena buat berapa kali dokumen?

  65. Kad stok kene buat dua ke ? Atau campur Sekali dua2 jenama tu ?

  66. Girl,
    Pada pandangan saya,
    Boleh sediakan 1 baucar pembayaran sahaja cuma tambahkan lajur untuk tunai/no cek serta ruangan tandatangan bagi setiap pekerja.

    Izzati,
    Setaip satu barang niaga, 1 Kad Stok….. jika ada 10 jenis baeang niaga, maka mesti ada 10 Kad Stok.

  67. cg, sekiranya komponen kos jualan hanya rancang belinan tunai, kredit dan pulangan saja bolehkah? atau mesti rancang juga belanja atas belian?

  68. Nicole,

    Cadangan saya, masukkan sekurang2nya satu item belanja atas belian.

  69. assalam cg…utk pemiutang dan penghutang…data yang kita beli tu kena isi tak dekat kad stok..

  70. adakah jumlah stak awal 80000 termasuk nilai drpd penghutang dan pemiutang…atau sya yg silap faham
    ???

  71. Azira,

    Baki awal stok ….. perlu dimasukkan dalam KAD STOK,… tak perlu kaitan dengan baki penghutang dan pemiutang. Hanya sediakan senarai nama penghutang dan pemiutang disertakan dengan baki, dimana JUMLAHNYA sama dengan nilai dalam KKK.

  72. macam mana nak buat urus niaga? tak paham lahh .

  73. saya keliru antara penghutang dan pemiutang , boleh tolong terangkan . terima kasih

  74. dekat urus niaga tu , macam mne nk buat ayat pasal urus niaga tu ?

  75. kenapa tak update yang kerja kursus 2014? harga aksesori telefon. terimakasih

  76. cikgu cikgu jawab lah

  77. Atina,
    Penyataan urus niaga tersebut boleh rujuk guru sekolah anda, sepatutnya beliau akan bimbing dan berikan tunjuk ajar sepanjang anda melaksanakan tugasan ini.
    Banyak sangat untuk Cg nyatakan disini, kecuali anda tanya satu persatu jenis urus niaga, baru mudah untuk Cg nyatakan.

    Hayati,
    PENGHUTANG – pelanggan yang membeli barang niaga secara kredit (hutang).. ianya dikelaskan sebagai ASET SEMASA.
    PEMIUTANG – pembekal yang membekalkan barang niaga kepada peniaga secara kredit…. LIABILITI SEMASA.
    Harga setiap barang niaga boleh ikut harga sebenar di pasaran.

  78. Okay, terima kasih. Cikgu, untuk buku tunai, macam mana nak kelaskan dalam dt and kt yg belian and jualan tunai? Tak perlu sertakan nama syarikat kan? Bagi belian atau jualan dengan menggunakan cek, perlu sertakan nama syarikat dalam butir, right?

  79. Bagi yg kontra tu macam mana pulak ya? Minta cikgu terangkan. Thanks.

  80. Dalam Baucar Pembayaran tu sertakan sekali kelima-lima no. cek kalau ada untuk bayar gaji lima orang pekerja? So dalam untuk menghasilkan dokumen perniagaan, perlu buat juga keratan cek tu atau terus buat baucar pembayaran?

  81. Girl,

    BUKU TUNAI : Debit = WANG MASUK / TERIMA, Kredit = WANG KELUAR / BAYAR
    Jika urus niaga tunai/cek.. butirnya sama ada JUALAN / BELIAN
    Jika Penghutang / Pemiutang membayar hutang, maka butirnya barulah “Nama Syarikat”
    KONTRA.. boleh rujuk contoh dalam Buku Teks m/s 144… bagi urus niaga “Memasukkan wang tunai dalam bank”.. manakala bagi urus niaga “mengeluarkan wang daripada bank untuk kegunaan perniagaan”.. cara catatan sebaliknya.

    Memadai sediakan BAUCAR PEMBAYARAN sahaja …. Keratan Cek tidak perlu.
    Bil. Nama No.cek Jumlah Tandatangan
    1. Mamat 1234000 RM1000
    2. Salleh 1234001 RM1000
    3. Leha 1234002 RM1000
    4. Zayid 1234003 RM1000
    5. Joyah 1234004 RM1000

  82. macam mana nak buat kad stok?

  83. Syaf,

    Borang KAD STOK ada ditunjukkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek yang diedarkan bersama-sama soalan oleh LPM.

  84. Kalau kita yg memulangkan sesuatu barang rosak kepada syarikat tertentu, di dalam dokumen Nota Kredit, kita akan menyimpan yg ASAL atau SALINAN?

  85. Girl,

    Cara mudah…kenalpasti… kita yang keluarkan dokumen @ kita terima dokumen.

    Keluar – kita penjual – SALINAN
    Terima – kita pembelu – ASAL

  86. apakah butir yg kena ada dalam nota kredit tu? contoh ayat?

  87. Macam mana nak tahu sama ada kita adalam pemegang baucar pembayaran yg ASAL atau SALINAN?

  88. Girl,

    Sila rujuk buku teks m/s 89….. Nota Kredit
    Baucar pembayaran yang disediakan akan dikepilkan bersama dengan bil2 sebagai dokumen sokongan….. peniaga akan simpan ASAL (setengah peniaga tidak membuat salinan, hanya ada ASAL sahaja)

  89. AMBILAN TUNAI DALAM BUKU TUNAI DALAM LAJUR KT ATAU DT?

  90. Girl,

    Bila AMBILAN….. tunai keluar / terima ? …. baru kita bokeh tentukan Dt / Kt


  91. Cg Narzuki:

    Cgu Suzana,
    Saya dimaklumkan…
    a) K1 = 40/140 x 100% = 28.6%
    K2 = 100/140 X 100% = 71.4%
    b) K1 = 20%
    K2 = 60%
    K3 = 20% … 10% jika hanya buat Ting4

    Salam Cg Narzuki.

    Apakah perkara di atas memang telah disahkan. Adakah bermakna pelajar tak buat K3 masih boleh dapat A+? Mohon pencerahan.

  92. adakah kita perlu memasukkan nilai stok pada awal berdasarkan RM 80 0000 didalam stok card dan diikuti urusniaga semasa..TQ:-)

  93. Betul Aida. Pastikan dalam kad stok ada baki awal pada 1 Ogos. Tetapi tak wajib semua kad stok. Bergantung kepada perancangan Aida.

  94. perlukan pinjaman yang baru dibuat dimasukkan sekali didalam akaun pinjaman lama.tQ:-)

  95. masa menyediakan penyata pendapatan adakah stok awal RM 80 000 perlu dicatat di bawah item kos jualan.TQ:-)

  96. Saudara Rithuwan,
    Saya sudah dapatkan pengesahan bahawa pelajar yang tidak membuat K3, masih berpeluang mendapat A+.

    Aida,
    Pinjaman yang baru…. BOLEH dimasukkan ke Ak Pinjaman sedia ada.
    Ya. Stok Awal RM80,000 … masukkan dalam item KJ.

  97. Cgu perlu tak buka akaun stok

  98. Siti,

    Perlu buka AKAUN STOK

  99. salam Cg Narzuki, faedah bank akaun semasa boleh dianggap sebagai satu hasil?Dokumen makluman kredit digunakan untuk perekodan?

  100. Ds,

    Ianya diklasifikasikan HASIL dan MAKLUMAN KREDIT sesuai digunakan sebagai dokumen sumber rekod perakaunan.

  101. cikgu,
    kalau penghutang pulangkan barang kerana rosak, kita perlu masukkan ke dlm kat stok?

  102. Fina,

    Pada pandangan saya, TIDAK direkodkan dalam Kad Stok bagi barangan ROSAK. Dengan itu KAD STOK hanya mengambarkan kuantiti dan nilai2 stok semasa yang sedia untuk dijual. Di mana jumlah baki akhir setiap Kad Stok tersebut sudah mengambarkan NILAI STOK AKHIR perniagaan.

  103. Salam Cg Narzuki, jika nota debit dikeluarkan oleh pembekal kepada kita maka kita akan rekod dalam jurnal belian,dalam penyata pendapatan wujud sebagai satu item dlm kompenen (+) atas belian?

  104. Ds,

    NOTA DEBIT tidak semestinya direkod dalam Jurnal Belian… ada juga dalam Jurnal Am.
    1. Barang niaga terkurang caj —> JB
    2. Caj angkutan dikenakan oleh pembekal —> JA

  105. Salam cgu.. Pd kad stok baki awal setiap item stok yg kita buat direkodkan tarikh, 1 hb, dokumen pe yg terlibat utk direkodkan pd no. Dokumen? Arap beri penjelasan.. Tq

  106. Hasni,

    Dalam kad stok untuk BAKI AWAL, tidak melibatkan dokumen… begitu juga dengan BAKI AKHIR nanti. Ianya hanya pindahan baki akhir bulan lepas… jadi baki awal bulan ini.

  107. 1)Cikgu, jika sebuah syarikat hanya membayar separuh sahaja hutangnya kepada saya, dokumen apa yg perlu dibuka? Adakah resit rasmi atau hanyalah keratan cek?

    2)Dokumen Slip Bank kita akan pegang yg ASAL atau SALINAN jika kita memindahkan wang tunai ke dalam bank?

  108. Girl,

    1) Resit Rasmi.
    2) Salinan.

  109. Cg, katakan saya berhutang dgn syarikat apple sebanyak 12 ribu, bleh tak saya byr 6 ribu dulu dan byr 6 ribu lg kemudian. Apple adalah pemiutang.

  110. Maidia,

    Boleh bayar sebahagian dahulu… bakinya dibayar kemudian.

  111. Komponen penerimaan bg hasil . Macam mana nak buat??

  112. Maidia,

    Cuba fikir dan bayangkan, apakah hasil2 lain (selain jualan barang niaga) yang mungkin diperolehi oleh sebuah perniagaan. … ataupun cuba tengok apakah item2 hasil yang terdapat dalam format penyata pendapatan dalam buku teks.

  113. Salam.. Cg narzuki.. Item barang niaga hanya jenis telefon bimbit sahaja tak masuk nama aksesori tertimbul masalah ? sebab soalan tugasan kedai telefon bimbit dan aksesori.

  114. Ds,

    Pada saya tiada masalah.. pemilihan beberapa item barang niaga hanya sebagai sampel sahaja.. KEMAHIRAN menyediakan set akaun lengkap yang perlu pelajar kuasai.

  115. Slm cg.3..klau tak buat ak kawalan penghutang dan ak kawalan pemiutang dalam lejar am…apa pendapat cg….hanys buat lejar jualan dan lejar belian…

  116. Slm cg…Klau pelajar buat pulangan masuk atau pulangan keluar dari urus niaga tunai….boleh diterima atau tidak…tkasih

  117. Cgkay,

    Memandangkan dalam KKK sudah ada baki Penghutang dan Pemiutang… dari mana datangnya baki2 tersebut ? Lejar Jualan dan Lejar Belian adalah TIDAK LENGKAP jika tiada Ak Kawalan masing2. Ak Kawalan tidak perlu dibuka jika semua Ak Pemiutang & Penghutang disediakan dalam Lejar Am. Ini kerana hanya akaun2 dalam LA sahaja dimasukkan dalam ID. (Boleh minta pelajar rujuk buku teks ms 165).. Lagipun Ak Kawalan termasuk dalam sukatan Ting 4…. dan adalah TIDAK WAJAR pelajar diajar sesuatu yang tidak tepat.

    Pulangan keluar / masuk TIDAK berlaku bagi urus niaga TUNAI…. maka TIDAK DITERIMA.
    Cuba kita kaitkan dengan dunia perniagaan sebenar, jika barang yang dibeli secara tunai kita pulangan kerana rosak.. maka kedai tersebut akan gantikan dengan barang yang baru… bukannya dikembalikan wang tunai.

  118. cikgu narzuki…
    saya nak tnya..boleh x saya buat item utk barang yg diniagakan…telefon bimbit HTC, memori kad dan power bank?
    boleh ke?

  119. Ainmakhtar,

    Cuba perhatikan apakah barang niaga yang dijual dalam sebuah kedai telefon di kawasan sekitar, jika ada dalam kedai tersebut, maka ianya boleh dijadikan item barang niaga.

  120. cikgu narzuki..jd boleh la saya berniaga hanya 3 barang itu sahaja?

    untuk kontra..betul ke saya buat mcm ni…
    memasukkan wang tunai perniagaan ke akaun bank sebanyak rm2000 ?

  121. Ainmakhtar,

    Pada pandangan saya, TIADA MASALAH kerana tidak ditetapkan dalam soalan bilangan barang niaga. (Walau bagaimanapun sila rujuk penyelarasan dikawasan masing2 – jika ada).

    Catatan Kontra – BOLEH.

  122. Salam, cgu saya nak kepastian perlu ke kita isi lajur folio dlm jurnal dan lejar. Soalan 2)dlm imbangan duga perlukah letak lajur folio. Terima kasih cikgu

  123. Siti,

    Berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek… ruangan FOLIO tidak diwajibkan bagi Tugasan Tingkatan 4. Tetapi bagi Tugasan Tingkatan 5 nanti ruangan folio mesti dilengkapkan.

  124. cikgu, kalau meneruskan perniagaan boleh ka guna memo? dan ayat yang sesuai apa?

  125. Nabihah,

    Ya.. MEMO sangat sesuai digunakan sebagai peringatan kepada kerani akaun untuk merekodkan catatan permulaan.

    Ada beberapa cara.. antaranya : merekod baki2 aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada tarikh ini.

  126. selamat sejahtera,cikgu.bil elektrik boleh guna dokumen apa?boleh x guna baucar pembayaran?kalau boleh,ruang kepada nak tulis siapa?

  127. assalamualaikum..
    cikgu boleh kongsikan dgn saya cara membuat perancangan perniagaan…

  128. Key lee,
    Boleh guna… Keratan cek, Baucar pembayaran,
    Kepada – merujuk kepada pihak yang dibayar… seperti : Tenaga Nasional Berhad.

    Syahida, waalaikumussalam.
    Perancangan urus niaga – bebas / bergantung kepada pelajar, asalkan BILANGAN URUSNIAGA bertepatan mengikut bilangan komponen yang dinyatakan dalam soalan.

  129. Salam…cgu boleh tak ajar macam mana nak buka akaun stok. 1/8 baki bb 80000.

  130. Cikgu narzuki..
    untuk memulakan akaun bagi modal,premis,lekapan..kita mulakan pada ogos 1 2014 dgn baki b/b kan?
    utk modal kita ambil baki b/b rm143 000..betul ke ckgu narzuki?

  131. untuk stok..perlu ke kita buka lejer am utk rekod baki rm80 000 tu?

  132. Siti,
    ………..AK STOK
    1/8 Baki b/b RM80,000

    Ainmakthar,
    YA BETUL.
    Ak Stok PERLU dibuka.

  133. salam cikgu..

    bagaimana nak tulis dalam memo untuk catatan permulaan. perlukah dinyatakan semua baki2 dalam KKK pada 31 Julai.

  134. Ibnu Yunus,

    Nak nyatakan semua pun boleh …. tidak nyatakanpun boleh.
    Pada pandangan saya, memandangkan tujuan MEMO adalah sebagai peringatan kepada kerani akaun supaya memulakan catatan permulaan pada 1 hb…. maka memadai dengan memaklumkan secara RINGKAS sahaja, manakala maklumat detail boleh rujuk kepada KKK lepas.

  135. selamat petang cikgu. saya ingin bertanya mengenai kad stok. melalui pemahaman saya, jumlah stok awal adalah rm 80k. jadi bermakna, (barang niaga x kuantiti) berjumlah rm80k keseluruhan. contohnya,
    Item 1 = rm 2000 x 15 = rm 30 000
    Item 2 = rm 1900 x 15 = rm 28 500
    Item 3 = rm 1200 x 12 = rm 14 400
    Item 4 = rm 640 x 10 = rm 6400
    Item 5 = rm 70 x 10 = rm 700
    oleh itu, jumlah nya rm 80 000.
    seterusnya, jikalau berlakunya belian kredit, dalam invois belian (asal) harga seunit nya cthnya Item 1 = rm 2000, namun bakal terima diskaun niaga 10%, adakah perlu nilai kad stok ditolak 10% terlebih dahulu menjadi (rm1800, dimana kuantiti nya akan bertambah untuk mencukupi rm 80000) dan harga di invois iaitu rm 2000 kekal?

  136. Sr,

    1. Stok RM80,000 … merupakan stok awal pada 1 Ogos sahaja… bila berlaku urus niaga jualan dan belian sepanjang bulan Ogos.. maka nilai dan kuantiti setiap item barang niaga akan berubah ikut nilai masing2..

    2. Cadangan saya.. kita guna cara ASAS sahaja dalan merekod KAD STOK.. iaitu guna HARGA SENARAI (BELI).. iaitu TANPA ambilkira diskaun… kerana banyak lagi kemahiran perakaunan yang perlu diberikan penekanan.

  137. kalau kita pinjam duit dan seterusnya menggunakan duit tersebut untuk membeli rak, urusniga ini masuk jurnal am atau buku tunai??

  138. Sanji,

    Jika dianggap sebagai satu urus niaga, maka boleh terus catat di JA.

  139. Cara asas merekod kad stok? Macam mana tu, cikgu?

  140. Sr,

    Maksud saya terus catat nilai pada Harga Senarai (nilai kos asal) …. tanpa mengambilkira nilai selepas tolak diskaun niaga.

  141. salam cg narzuki:
    senarai nama penghutang dan pemiutang harus disenaraikan dalam jurnal Am sebagai catatan pembukaan dengan pecahan baki b/b yang diberi dalam soalan?

  142. Ds,

    Ada 2 keadaan :
    1. Senarai setiap satu (tanpa guna Ak Kawalan)
    2. Guna penghutang dan pemiutang (guna kaedah sediakan Ak Kawalan)

    # Sila rujuk penyelarasan diperingkat kawasan masing2

  143. Cikgu, apakah dokumen untuk membayar gaji kepada lima pekerja?

  144. cikgu , mintak tlg ajar cara buat perancangan urusniga < tidak faham nk buat macam mane . hehe ,

  145. Chan,
    Cadangan saya, guna BAUCAR PEMBAYARAN.

    Mirasya,
    Pastikan bilangan setiap komponen yang ditetapkan dalam soalan dipatuhi.
    Sukar untuk dinyatakan semuanya disini, Cadangan Cg, sila bertanyakan guru sekolah kerana beliau sepatutnya MEMBIMBING dan memberikan TUNJUKAJAR dalam setiap peringkat pelaksanaan hingga selesai.

  146. cikgu narzuki mcm mana nk buka akaun stok dalam lejer?
    start dgn baki b/b pada 1 ogos 2104 kemudian debit apa yer ?

  147. Ainmakhtar,

    Hanya ada satu catatan sahaja, iaitu
    Dt…. 1/8/14 Baki b/b 80,000

  148. assalamualaikum cg,
    saya nk tnya jumlah STOK AWAL, PENGHUTANG dan PEMIUTANG mesti sama dngn KKK ke?

  149. Nisya, waalaikumussalam.

    Ya, itu sudah semestinya.
    Baki akhir bulan lepas…. jadi BAKI AWAL bulan Ogos.

  150. akum cikgu, saya masih belum dapat buat catatan permulaan dalam perancangan urus niaga. Minta cikgu boleh tunjukkan. Adakah ia seperti ini..

    Peniaga memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM100,000 yang terdiri daripada aset berikut:

    Premis 95,000
    Lengkapan 8,000
    Perabot 15,000
    Alatan Pejabat 20,000
    Pemiutang (38,000)
    Jumlah Modal 100,000

  151. Nizasyarina, waalaikumussalam.

    Cadangan saya :

    Peniaga memulakan perniagaan dengan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemulik seperti berikut:

    Premis 95,000
    Lengkapan 8,000
    Perabot 15,000
    Alatan Pejabat 20,000
    Stok 80,000
    Penghutang 5,000
    Bank 25,000
    Tunai 3,000
    Modal 143,000
    Pemiutang 38,000
    Pinjaman bank 70,000

  152. Assalamualaikum
    Mohon kepastian
    Dokumen komisyen diterima
    Asal/salinan..
    Dan contoh pihak yg boleh beri komisen

  153. If buat dokumen asal
    Nama perniagaan kita diatas dokumen
    Diterima dari abc ent.
    Boleh ke?
    Dah post ke b.tunai lejar komisen
    Id dah imbang kkk dah imbang
    Kalau x baiki dokumen kalau yg dah buat salah
    Boleh dpt markah penuh ke?

  154. Kha, waalaikumussalam.

    Pada asasnya,
    JIka kita yang KELUARKAN dokumen – SALINAN (Nama kita ATAS)
    Jika kita yang TERIMA dokumen – ASAL (Nama kita BAWAH).

    Jika ada mana-mana elemen yang salah, maka TIDAK akan dapat markah penuh.

  155. So kalau komisen diterima
    Nak wat camana
    Dokumen asal ke salinan?
    Saya dah buat dokumen asal masalahnya
    Sebab contoh dokumen komisen yg ada dia tulis diterima dari…
    Kalau saya tulis nama perniagaan saya dibawah macam komisen diberi plak
    Mcm mana nk buat dokumen komisen diterima ni?

  156. Kha,

    Kita tentukan dokumen terlebih duhulu ….. iaitu RESIT RASMI
    Bila kita terima wang tersebut… kita akan KELUARKAN resit kepada pihak tersebut.
    Maka nama kita di ATAS …. dibawah : Diterima daripada : ……..

  157. Ok Jazzakallah
    Insyaallah faham

  158. Salam cg Narzuki, akaun stok catat Baki b/b RM80000 lepas tu perlu tutup dengan baki akhir bulan Ogos?

  159. Ds,

    YA.

  160. Tarikh akhir hantar complete kerja kursus pa f4 ni akhir sept.so kalau x baiki dan hantar pd tarikh tu x dpt markah penuh la ya.kecuali yg ada surat tunjuk sebab yg munasabah.

  161. Kha,

    YA.. jika tidak baiki atau hantar lewat… sudah tentu TIDAK AKAN dapat markah penuh..

  162. boleh x cikgu bagi contoh urus niaga?sye kurang fhm

  163. Alif,

    Urus niaga ada bermacam2 jenis ikut komponen yang dinyatakan dalam soalan..
    Contohnya Komponen Pembayaran : Pemiutang
    –> “Bayar sebahagian hutang kepada Pembekal A sebanyak RM1000 secara tunai”

  164. assalamualaikum cikgu narzuki..
    terima kasih di atas perkongsian di dalam blog ini..
    ia sangat banyak membantu saya dalam sesi PDP bersama pelajar terutamanya dalam menyiapkan kerja kursus ini..

  165. Pelajar saya berjaya hantar complete semuanya setelah beberapa kali baiki apa yg salah hari ni semuanya sbb due date yg saya beri hingga jumaat ni..diluar jangkaan saya.tak kan saya nk bagi markah penuh semuanya.sedangkan ada antaranya memang lemah pa tapi mereka rajin baiki..mcm mana ya

  166. Cg Najihah,
    Waalaikumussalam. Alhamdulillah, semoga ianya dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh rakan guru dan anak2 pelajar.

    Cg Kha,
    Sekiranya semua pelajar memenuhi semua syarat2 yang ditetapkan dalam panduan penilaian projek dan layak dapat A, maka itu adalah hak mereka… walaupun ada yang lemah tetapi rajin berusaha, menerima teguran dan membaiki kesilapan, maka A yang diterima adalah hasil usaha gigih mereka…… adalah tidak adil pula jika kita menafikannya.

  167. Assalam cikgu. saya dah daftar n nama saya pun dah ada dalam senarai ahli baru tapi saya tak boleh log in.
    harap dapat maklum balas dari cikgu
    tq.

  168. Waalaikumussalam.

    Jika sudah keluar dalam senarai.. maksudnya sudah berdaftar..dan boleh LOGIN… cuba sekali lagi.. dan pastikan username dan password tang digunakan tepat seperti yg didaftarkan.

  169. assalamualaikum cikgu, kalau bayar insurans, dekat mana dokumen dia?

  170. Afni, waalaikumussalam.

    Cuba bayangkan, jika kita buat sesuatu bayaran, apakah dokumen yang terlibat… ?
    Resit rasmi, keratan cek boleh digunakan.

  171. Jazzakallah atas pencerahan
    Saya cikgu lama yg baru mengajar..byk yg tak tahu
    Tqvm

  172. salam.cg sye masih keliru untuk membuat kunci kira2..cg tolong bri penjelasan untuk membuat kunci kira2

  173. cg, apa itu kad stok?
    dan mcm mna nk guna?

  174. Farah,
    Terlebih dahulu cuba rujuk panduan penyediaan KKK dalam buku teks m/s 258… kemudian jika masih ada masalah kemukakan persoalan disini.

    Nisya,
    KAD STOK digunakan untuk merekodkan pergerakan keluar masuk setiap barang niaga serta menunjukkan KUANTITI SEMASA setiap barang niaga tersebut.
    1. Setiap satu barang niaga mesti disediakan Kad Stok… (jika ada 4 jenis barang niaga.. maka sediakan 4 Kad Stok)
    2. Masukkan BAKI AWAL bagi setiap barang niaga yang ada baki tahun lepas … (rujuk senarai stok awal yang telah disediakan sebelum ini)
    3. Langkah seterusnya, rujuk setiap dokumen yang melibatkan belian/jualan/pulangan/ambilan barang niaga.. isikan dalam Kad Stok barang niaga yang terlibat.. samada MASUK / KELUAR… dan terus kirakan BAKInya bagi setiap urusniaga.
    4. Akhir sekali, sediakan Senarai Stok Akhir … untuk mendapatkan nilai bagi STOK AKHIR perniagaan untuk dimasukkan dalam Penyata Pendapatan dan KKK.

  175. cg,sy nk tny npe imbngn duga sy xseimbang…sy xtau mne kslhn sy..sy xtau nk check kt mne..

  176. cg,dlm akaun stok,kna tulis tak keluar masuk dlm kad stok..

  177. Zawati,

    Kaedah mengesan kesilapan ID tidak seimbang telah dinyatakan dalam buku teks m.s. 194.

    Akaun Stok dan Kad Stok adalah 2 perkara yang berbeza.. Ak Stok hanya rekod Baki b/b 80,000 sahaja. Keluar masuk barang niaga tetsebut kita telah rekodkan dalam Ak Jualan.. Ak Belian .. Ak Pul. Jualan dan Ak Pul Belian.

  178. 1)cikgu, betul tak butiran catatan permulaan untuk buku tunai tu kita guna BAKI B/B..bukan MODAL.

    2)dalam akaun modal perlu senaraikan semua aset dan liabiliti atau hanya buat kt. BAKI B/B rm143,000

  179. Akmal,

    1. Ya Baki b/b
    2. Baki b/b 143,000

  180. untuk kad stok, boleh tak jika tak masukkan stok 80 000, dengan anggapan say membeli barang niaga jenis baru

  181. Akmal,

    Tidak boleh, Kad Stok digunakan untuk merekod SEMUA barang niaga perniagaan …. sama ada yang lama ataupun yang baru… sebabnya pada akhir nanti kita akan merujuk kepada jumlah baki semua barang niaga dalam Kad Stok tersebut untuk mendapatkan nilai STOK AKHIR perniagaan.

  182. Cikgu,Saya sudah buat sampai imbangan duga tapi tak balance ada lagi 600ratus … apa kesilapan yang kemungkinan saya telah buat?

  183. Katherine,

    Kaedah mengesan kesilapan ID tidak seimbang telah dinyatakan dalam buku teks m.s. 194.

  184. cg,pemiutang n pnghutang kne buat akaun x?kne buat slpas imbngn duga ker ?

  185. baki b/b pmiutang n pnhtg kt kkk kne bhg dgn pnjual n pmbli kte ke cg?

  186. Zawati,

    Sama seperti Stok Awal..
    Sediakan senarai Penghutang serta baki hutang masing2 …. Jumlah mesti RM5,000
    Sediakan senarai Pemiutang serta baki hutang masing2 ….. Jumlah mesti RM38,000
    Kemudian baki2 tersebut diposkan ke akaun masing2 sebagai BAKI B/B pada 1 Ogos 2014.

  187. Hi Cg,
    Boleh tak kata Komisen diterima atas sebab pemilik sebagai ejen insurans selain menjalankan perniagaan pada masa yang sama?
    Satu lagi faedah diterima atas sebab bank memberi faedah atas baki tunai di bank?

  188. WSY,

    Pada pandangan saya, Ejen Insurans adalah perniagaan yang lain (entiti berbeza) TIDAK boleh direkodkan dalam rekod perakaunan Kedai telefon.

    Manakala faedah atas simpanan wang perniagaan di bank boleh dijadikan salah satu item HASIL bagi Kedai Telefon tersebut.

  189. Cikgu saya ada cakap MODAL TAMBAHAN boleh adjust jumlah dia baru boleh Imbang betul ke tak?

  190. Katherine,

    TIDAK SEIMBANG bukan disebabkan JUMLAHNYA tetapi sistem CATATAN BERGU yang tidak tepat.
    Sila semak catatan bergu bagi setiap urus niaga yang diposkan daripada BCP ke Lejar.

  191. nk mla prniagaan gne modal ke stok..

  192. Zawati,

    Nak mulakan perniagaan guna SEMUA aset, liabiliti dan modal yang ada.

  193. assalamualaikum,
    untuk komponen penerimaan, boleh tak kita buat ‘pemilik bawa masuk perabot dari rumah ke kedai’ atau kita kena buat ‘pemilik bawa masuk tunai ke dlm perniagaan’?
    TQ.

  194. klu xblnce dlm imbngn duga,ad kaitan tak dgn dkumen..prlu chek tak ?

  195. Cg,
    Rasional tak kalau jadi ejen topup handphone dan menerima komisen atas hasil pendaftaran.

  196. Rosnahmdnor, waalaikumussalam.
    Pada pandangan saya untuk Komponen Penerimaan – Modal tambahan lebih merujuk kepada BAWA MASUK TUNAI, jika BAWA MASUK ASET ianya lebih kepada Komponen Perolehan ABS.

    Zawati,
    ID tidak seimbang tiada kaitan dengan Dokumen.. ianya berkaitan ketepatan REKOD PERAKAUNAN… cuba ikuti langkah2 mengesan kesilapan yang dinyatakan dalam buku teks.

    WSY,
    Pada pandangan saya, ianya RASIONAL kerana berkaitan dengan perniagaan telefon, manakala pendaftaran sebagai ejen topup dibuat atas nama kedai tersebut, b ukan nama individu.

  197. terima kasih cikgu.

  198. cg, klu angkutan msuk wt resit rasmi..bleh tak?

  199. assalamualaikum cg, tolong terangkan langkah2 nk buat kerja kursus ni 🙁 pening sampai skrg . tq 🙂

  200. Zawati,
    Ianya bergantung kepada urus niaga, sila nyatakan urus niaganya terlebih dahulu baru kita boleh tentukan dokumen mana yang sesuai digunakan.

    Shahira, waalaikumussalam.
    Kerja kursus ini dilakukan peringkat demi peringkat melalui bimbingan dan tunjukajar daripada guru sekolah. Langkah2nya mengikut Kitaran Perakaunan.

  201. Salam, Cikgu saya Ada masalah lejar am Hanya ambil satu akaun sahaja ke untuk pos ke imbangan duga…

  202. Sarah,

    SEMUA akauan dalam Lejar Am perlu diimbangkan dan baki akhirnya disenaraikan di Imbangan Duga.

  203. Cikgu,kalau saya ade belian dalam lejar am dan lejar belian nak ambil mane satu

  204. Sarah,

    Ak BELIAN hanya ada dalam LEJAR AM sahaja… dalam LEJAR BELIAN hanya ada Akaun2 PEMIUTANG sahaja.

  205. Cikgu sekiranya terdpt perniagaan yg sama ada dlm lejar AM dan lejar belian…yg mana satu saya kena masukkan dlm imbangan duga?

  206. Sarah,

    Dalam rekod perakauan.. TIDAK BOLEH wujud 2 AKAUN yang sama…. jika ianya wujud, ini bermaksud anda telah melakukan KESILAPAN .. sepatutnya semua catatan dalam kedua2 akaun tersebut perlu digabung dalam 1 AKAUN sahaja.

  207. cg,nota kredit nk tulis kt mane? cg,ad kta nta kredit tak perlu catat di kad stok ..

  208. Zawati,

    Nota Kredit… merujuk kepada pulangan jualan / belian… maka memberi kesan ke atas bilangan stok dalam kedai.. maka kad stok perlu direkodkan… kecuali satu kes sahaja PULANGAN JUALAN disebabkan barang ROSAK. Jika sebab lain… seperti salah jenama ianya perlu direkodkan. Manakala PULANGAN BELIAN atas apa alasan sekalipun MESTI direkodkan dalam Kad Stok.

  209. tq cg,tapi sy buat PULAnGAN JUALAN sebab barang yg djual ROSAK..cg kta x perlu catat pd kad stok..soalnnya sy perlu catat nota kredit tu dimana?

  210. Zawati,

    Jika pulangan jualan, maka rekod di JURNAL PULANGAN JUALAN.

  211. Cikgu,
    Dlam kad stok dan urus niaga sya letakkan semua harga pkai harga beli, tapi dlam dokumen , harga apa yang patut sya letakkan

  212. Falyn,

    Dalam dokumen, ikut harga urus niaga,…. jika jual, Harga Jual…. jika beli, Harga Beli.

  213. Ouh,, terima kasih cg 🙂

  214. cikgu mcm mana nak rekod kad stok? mula dri masuk ke baki. saya keliru

  215. mcm mna nak rekod pinjaman bank?

  216. Sofea,
    KAD STOK disediakan untuk setiap barang niaga. Katakan Kad Stok TELEFON A, maka semua urus niaga jual / beli TELEFON A perlu direkodkan dalam KAD STOK TELEFON A.
    Ikut urutan tarikh… 1/8 Baki b/b (jika ada baki awal)…. 2/8 Beli, rekod lajur MASUK…. 4/8 Jual, rekod lajur KELUAR …. dan begitulah seterusnya dengan merujuk DOKUMEN yang telah disediakan satu per satu….. peringatan HARGA SEUNIT sama ada lajur MASUK / KELUAR / BAKI semua menggunakan HARGA BELI.

    Izzul,
    NAk rekod dimana ? …. Perancangan Urus niaga / Dokumen / BCP / Lejar ?

  217. Buku tunai dan lejar…

  218. Izzul,

    Jika urus niaganya terima pinjaman bank, maka dalam BUKU TUNAI sebelah DEBIT lajur BANK, butirnya “PINJAMAN BANK”.
    Manakala dalam AK PINJAMAN BANK catat di sebelkah KREDIT, butirnya “BANK”.

  219. assalamualaikum cg..
    macam mana nk bt lejar am dari jurnal am.
    cth:1 ogos(dalam jurnal am)
    Debit:premis,stok,penghutang,perabot……
    Kredit:pemiutang,modal,pinjaman…
    mcm mana nk bt lejar???

  220. assalamualaikum,cg..
    ada ka AKAUN stok dan AKAUN pemiutang dlm lejar am?

  221. Assalam Cikgu..kalau kita terima pinjaman drpd bank…dokumen apa yg perlu digunakan..?

  222. Siti waalaikumussalam.
    Poskan ke akaun masing2 dalam Lejar Am dengan butirnya BAKI B/B.

    Muhamad, waalaikumussalam.
    Dokumen yang seduai ialah MAKLUMAN KREDIT.

  223. JIKA 1 OGOS ADA STOK BERJUMLAH 80000, MCM MANA PINDAH KE LEJAR? KENA BUKA AKUAN STOK?

  224. assalamualaikum cg skrg ada penghutang dan pemiutang pada 1 ogos,kena buka akaun penghutang dan pemiutang?

  225. Tina,
    Ya…. AK Stok… butirnya “Baki b/b 80,000”.

    Fariha, waalaikumussalam.
    Ya, masukkan BAKI AWAL masing2 dengan merujuk KKK bulan lepas.

  226. Klau beli lengkapan msk damage resit.resit salinn or asal

  227. Dash,

    Jika kita BELI …. kita akan dapat resit ASAL daripada penjual.
    Jika kita JUAL … kita yang keluarkan resit kepada pembeli… maka kita ada SALINAN.

  228. cikgu,
    Macam mana nak buat jurnal am????

  229. Selain daripada merujuk buku teks atau buku rujukan (TOLONG AJAR SAYA)

  230. Zaki..

    Disini tidak sesuai untuk Cg ajarkan semua sekali berkaitan dengan Jurnal Am… Adalah lebih baik kemukakan soalan yang khusus.. misalnya bagaimana nak rekodkan catatan permulaan… atau merekodkan sesuatu urus niaga…

    Jika tanya umum begitu.. maka apa yg boleh Cg bagitau… Jurnal Am ada lajur Tarikh.. Butir.. Folio.. Debit .. Kredit.
    Cara rekod.. mesti ada catatan sebelah Debit… dan catatan disebelah kredit serta mesti dinyatakan keterangan berkaitan urus niaga tersebut.

  231. salam,
    slip wang masuk tu ape

  232. cikgu…tambahan modal ni macam mane ye….

  233. catatan kontra pula boleh saye buat mendepositkan tunai ke dalam akaun bank… ikut hrge salah satu penerimaan?

  234. Amin,
    SLIP WANG MASUK… juga dipanggil SLIP SIMPANAN… yang perlu diisi semasa kita SIMPAN wang tunai ke BANK.

    Lin,
    TAMBAHAN MODAL maksudnya pemilik memasukan harta peribadi kedalam perniagaan… contohnya pemilik memasukkan wang tunai RM10,000 ke dalam akaun bank perniagaan sebagai modal tambahan.
    CATATAN KONTRA ….. nilai yang dimasukkan BEBAS… mungkin duit daripada penerimaan daripada penghutang + duit jualan tunai + duit item hasil yang lain.

  235. cikgu, klau dlm buku tunai, nk letk baki awal ke?

  236. perlu ke kita buat diskaun niaga dkat dokumen

  237. Salam, nak Tanya sekiranya menggunakan kaedah Akaun Kawalan untuk merekodkan penghutang dan pemiutang dalam Lejar Am. Cikgu boleh tunjuk macamn nak rekod? Masih Ada kekliruan untuk bahagian ni. Minta pencerahan daripada cikgu. Thksss.

  238. sir..macam mana nak tahu akaun nak tutup atau nak diimbang??

  239. boleh cikgu senaraikan akaun yg perlu ditutup dan diimbang??

  240. Jeha,
    YA… masukkan BAKI B/B untuk TUNAI dan BANK.

    LIn,
    TERSERAH… sebaik-baiknya buat, ianya dapat membantu anda lebih memahami mengenainya… lagipun soalan SPM selalu bertanyakan mengenai pengiraan diskaun niaga, diskaun tunai.

    Kitty,
    Cara sama seperti menyediakan Akaun Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang biasa (boleh rujuk buku teks m/s 166 & 167).. manakala akaun2 penghutang dan pemiutang dalam Lejar Jualan dan Lejar Belian.. kita rekodkan ikut sistem catatan bergu biasa.

    Karim,
    SEMUA akaun perlu DIIMBANGKAN… tidak lagi DITUTUP, ini kerana kita sudah menggunakan IMBANGAN DUGA, di mana semua baki2 akaun disenaraikan dalam ID untuk tujuan penyemakan ketepatan catatan bergu yang dibuat. Sistem LAMA, semua akaua2 HASIL dan BELANJA diTUTUP dan dipindahkan TERUS ke Ak Perdagangan atau Akaun Untung Rugi mengikut sistem catatan bergu dan semuanya dalam BENTUK “T”. Setelah ID diperkenalkan dan akaun penamat disediakan dalam bentuk PENYATA maka sistem tersebut tidak diguna pakai lagi.

  241. Cikgu, maksudnya baki b/b pemiutang dan penghutang utk awal bulan ogos Kita akan masuk masing2 dalam ak.kawalan pemiutang dan penghutang? Dan x perlu Ada rekod dalam Lejar belian dan Jualan? Betul x ya tafsiran sy cikgu?

  242. Kitty,

    Sepatutnya awal2 lagi kita sediakan :
    1. Senarai stok awal ….. jumlah RM80,000
    2. Senarai Penghutang dan baki hutang masing2…. jumlah RM5,000
    3. Senarai Pemiutang dan baki hutang masing2… jumlah RM38,000

    LEJAR AM
    Ak Kawalan Penghutang / Ak Penghutang –> Baki b/b 5000
    Ak Kawalan Pemiutang / Ak Pemiutang —> Baki b/b 38,000

    LEJAR JUALAN & BELIAN
    Setiap Ak Penghutang —-> Baki b/b … nilai masing2 seperti dalam senarai yg disediakan.
    Setiap Ak Pemiutang —-> Baki b/b … nilai masing2 seperti dalam senarai yg disediakan.

  243. cikgu, tunai dan bank di ats 1 butir atau butir yg lain?

  244. Jeha,

    SATU BUTIR sahaja … 1/8 Baki b/b 3,000 25,000

  245. Assalamualaikum, cikgu. Saya nak tahu susunan dari yang pertama hingga akhir. Terima kasih cikgu.

  246. Nurul,

    Isi kandungan:
    Perakuan Calon
    Penghargaan
    Pengenalan Perniagaan
    Profil Perniagaan
    Perancangan Urusniaga
    Dokumen Perniagaan
    Buku Catatan Pertama
    Lejar
    Imbangan Duga
    Kad Stok
    Penyata Pendapatan
    Kunci Kira-kira
    Rumusan

  247. kalaiyarasi a/p krishnan

    cikgu, bolehkah pelajar menyediakan dokumen slip daftar tunai dan resit rasmi bagi komponen jualan bersih?
    manakala bil tunai dan slip daftar tunai salinan bagi penerimaan daripada penghutang?

  248. kalaiyarasi a/p krishnan

    cikgu bagi lejar belian dan jualan kita disediakan mengikut nama penghutang dan pemiutang kan? bagaimana pula dengan ak kawalan? perlu tak pelajar sediakan akaun kawalan?

  249. Kalaiyasari,

    Pada pandangan saya,
    Untuk bagi item jualan tunai… boleh guna Slip Daftar Tunai, Resit Rasmi, bil tunai.
    Manakala bagi penerinaan daripada penghutang.. penggunaan Slip Daftar Tunai kurang sesuai.

    Ya.. jika sediakan Lejar Jualan dan Lejar Belian.. mesti sediakan Ak Kawalan dalam Lejar Am (rujuk buku teks ms 165).. lagipun berdasarkan kkk yg diberikan jelas perniagaan mengamalkan penyediaan Ak Kawalan Penghutang dan Pemiutang.

  250. Assalamualaikum, cikgu. NOTA DEBIT (SALINAN) SAYA DAH REKOD DALAM JURNAL JUALAN. INI KENA REKOD DALAM BUKU TUNAI ?

  251. Fariha, waalaikumussalam.

    Tidak perlu lagi…
    perlu diingatkan Nota Debit yang dikeluarkan kerana caj angkutan dikenakan … perlu dicatat dalam JURNAL AM… bukan dalam Jurnal Jualan.

  252. URUS NIAGA : MENJELASKAN KOS ANGKUTAN MASUK KERANA JUALAN KREDIT PADA TARIKH INI
    INI BUKA DOKUMEN NOTA DEBIT SALINAN?

  253. Tina,

    Jika MENJELASKAN kos angkutam masuk …. dokumennya resit.. bil tunai … keratan cek (jika guna cek).

    Jika caj angkutan dikenakan oleh pembekal / keatas pelanggan… baru dokumen NOTA DEBIT digunakan.

    #sila betulkan dahulu penyataan urusniaga anda.

  254. cikgu modal perniagaan pada tahun ni bereapa ringgit…cuba nak pastikan??

  255. cikgu pemiutang dan penghutang,modal awal bulan lepas perlu diambil kira???

  256. cikgu, butiran kat buku tunai nk buka gi lejar ke?

  257. cikgu, mcm mne nk buka lejar utk modal klau butir debit jurnal am bnyk???

  258. Karim,
    Modal RM143,000
    Baki akhir bulan lepas… jadi BAKI AWAL bulan ini.

    Jeha,
    Ya.. semua catatan dalm Buku Tunai perlulah diposkan ke akaun mading2 di lejar, kecuali Baki b/b dan catatan kontra.
    AK MODAL…. catat sebelah kredit BAKI B/B RM143,000

  259. saya dah daftar,tapi mengapa sy tak boleh dowmload soalan trial 2014.

  260. Nazairo,

    Nak download, kena LOGIN terlebih dahulu… masukkan usename dan password di bahagian USER LOGIN.

  261. Cikgu macam mana nak bukak LEjar, saya dah blank da

  262. sprti ckgu ckp baucar bayaran gaji pkrja tu, galakkn tmbah lajur untuk tunai/no cek dgn ruangan tndatgn. tetapi kalau ruang baucar tidak menucukupi ?

  263. cikgu, mcm mne nk bukak akaun jualan sedngkn kt buku tunai jualan (debit) banyak…

  264. cikgu pemiutang dan penghutang bulan lepas kena abil kira juga ke????

  265. cikgu, mcm mne nk buat imbangan duga???

  266. Adriana,
    1. Poskan satu per satu … JA — > Lejar, JB –>, JPB –>, JJ –>, JPJ –>, BT —> (masa taip nanti susun ikut urutan tarikh dalam setiap lejar)
    2. Jika tidak cukup … lajur PERKARA boleh tulis … Nama pekerja (no cek)

    Jeha,
    1. Poskan satu per satu ikut tarikh masing2… jika banyak dalam BT, maka dalam Ak Jualan juga banyak (ikut catatan bergu masing2).
    2. Imbangan Duga ialah senarai BAKI AKHIR (iaitu Baki b/b pada 1 Sept) semua akaun2 dalam Lejar Am.

    Karim,
    YA… maklumat tersebut merupakan BAKI B/B pada 1 Ogos …. iaitu BAKI AWAL.

  267. terima kasih cikgu

  268. contoh lejar am pe ye cikgu?

  269. Jeha,

    SEMUA akaun-akaun yang ada (lejar Am) kecuali Ak Penghutang2 (Lejar Jualan) dan Ak Pemiutang2 (Lejar Belian)

  270. so, nk dpt nilai smua tu dlm lejar lh ye cikgu???

  271. Jeha,

    Semua akaun perlu diIMBANGKAN dan baki akhirnya disenaraikan dalam ID.

  272. CIKGU..Selamat sejahtera…saya nak tanya kalau untung bersih 7000++ tak apa kan??

  273. Yaiho,

    Dapat Untung / Rugi … tidak menjadi masalah, memang adab berniaga…. apa yang hendak diuji dan dinilai adalah dari segi penyediaan set rekod perakaunan yang lengkap dan tepat.

  274. cikgu, lejar bank dan tunai kne bukak ke???? klau x bukak cm mne nk dpt bki b/b

  275. Jeha,

    Buku Tunai juga dipanggil lejar… iaitu gabungan Ak Tunai dan Ak Bank… dengan menimbangkan kedua2nya kita akan dapat Baki masing2.

  276. cikgu, pinjaman bank msuk x dlm ID?

  277. Jeha,

    SEMUA akaun dalam Lejar Am.. masuk ID.

  278. cikgu, angkutan masuk debit or kredit?

  279. Jeha,

    BELANJA …. berbaki DEBIT.

  280. thanks.cikgu boleh tolong bagi pencerahan untuk catatan permulaan jurnal am berdasarkan kerja kursus akaun tahun ini??

  281. adakah modal di jurnal am RM143000??

  282. Musthapa,

    Catatan Permulaan :
    JURNAL AM
    Debit:
    Lekapan 8,000
    Premis 95,000
    Akatan pej 20,000
    Perabot 15,000
    Stok 80,000
    Tunai 3,000
    Bank 25,000
    Penghutang 5,000
    Kredit:
    Pemiutang 38,000
    Pinjaman bank 70,000
    Modal 143,000

  283. Jika angkutan masuk dibayar secara tunai. Angkutan masuk ini masih perlu diposkan ke akaun kawalan ke?

  284. Angie,

    Catatan bergunya.. Dt Angkutan masuk Kt Tunai
    Oleh kerana TIDAK melibatkan penghutang / pemiutang, maka Ak Kawalan juga TIDAK terlibat.

  285. Salam cikgu,
    Tambahan modal untuk penerimaan dokumen sumber dy ap? Dan nak kene tulis ap?

  286. Lia,

    Jika melibatkan pemilik, maka dokumen MEMO digunakan.
    Contohnya, pemilik membawa masuk tunai RMxxxx kedalam Ak Bank perniagaan sebagai modal tambahan.

  287. terima kasih cikgu—cikgu lejar saya buat ada 20 akaun. betul ke??

  288. cikgu buku tunai ni smua urus niaga secara tunai je ke msok dlm buku tunai ? buku tunai tu sama ngn lejar am ? urus niaga kredit msok Lejar khas?

  289. Musthapa,
    Bilangan akaun tidak semestinya sama, ianya bergantung kepada perancangan urus niaga masing2.

    Adriana,
    Buku Tunai untuk urus niaga secara tunai sahaja, sama ada melibatkan wang tunai ataupun cek.

  290. makna nye yang jual/beli secara kredit tkya masok buku tunai, tpi masuk mana?

  291. Adriana,

    Jualan / Belian BARANG NIAGA secara KREDIT —> Jurnal Jualan / Jurnal Belian
    Jualan / Belian BUKAN BARANG NIAGA secara KREDIT —> Jurnal Am

  292. cikgu,adakah baki pemiutang dan penghutang bulan lepas perlu dimasukkan ke dalam lejar..??

  293. cikgu,sekiranya perabot dibeli secara tunai haruskah dicatat di dalam lejar??

  294. so apa je nak masuk dalam lejar ni ????

  295. Dollah,
    1. SEMUA akaun dalam KKK (baki akhir bulan lepas) perlu dimasukkan sebagai BAKI AWAL pada bulan Ogos… kecuali Ambilan kerana telah dimasukkan dalam Modal Akhir bulan lepas.
    2. SEMUA urus niaga mesti dicatat dalam BCP dan diposkan ke LEJAR masing2.

    Adriana,
    SEMUA catatan dalam BCP (JA, JJ, JPJ, JB, JPB, BT) diposkan ke LEJAR masing2…
    Cuba fahami apa yang dimaksudkan dengan KITARAN PERAKAUNAN.

  296. CIKGU ADA TAK TEMPLATE DOKUMEN MAKLUMAN KREDIT (EXCEL)???

  297. Dollah,

    Sila rujuk post terdahulu TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4 2012 (SPM2013).

  298. If there’s baki b/b ( Aug )
    do we have to write baki h/b
    after that write another baki b/b ( Sept ) again ?

  299. cikgu baki awal penghutang dan pemiutang kita perlukan masukkkan dalam lejar am atau lejar jualan dan lejar belian?

  300. Pamela,
    Ya, itu dipanggil menutup / menimbangkan akaun tersebut untuk dibawa bakinya ke bulan hadapan.

    Akmal,
    Dalam Lejar Am – ada Ak Penghutang (Kawalan) dan Ak Pemiutang (Kawalan) manakala dalam Lejar Jualan dan Lejar Pemiutang ada akaun setiap penghutang dan pemiutang.
    Ak Penghutang & Pemiutang (LA) merupakan RINGKASAN kepada Lejar Penghutang & Lejar Pemiutang. Maka kedua2nya perlu dimasukkan kerana ianya perkara yang sama.. satu ringkasan & satu lagi detail.
    # Walau bagaimanapun RUJUK guru sekolah anda, sama ada beliau mengarahkan pelajar menyediakan Ak Kawalan ataupun tidak.

  301. untuk lejar belian dan lejar jualan ada baki b/b atau tidak?

    saya tidak menyediakan akaun kawalan, jadi untuk jumlah penghtang dalam imbangan duga saya perlu campurkan nilai dalam lejar jualan dan akaun penghutang..betul tak cikgu?

  302. Akmal,

    Pada peringkat awal, pelajar perlu sediakan :
    1. Senarai stok awal berjumlah RM80,000 —-> 1/8/14 BAKI B/B dalam KAD STOK
    2. Senarai nama penghutang dengan baki hutang masing2 berjumlah RM5,000 —> 1/8/14 BAKI B/B dalam LEJAR JUALAN
    3. Senarai nama pemiutang dengan baki hutang masing2 berjumlah 38,000 —> 1/8/14 BAKI B/B dalam LEJAR BELIAN

    Jika TIDAK menyediakan Ak Kawalan sepatutnya dalam ID perlu senarai SEMUA Ak Penghutang dan Ak Pemiutang… ini kerana ASAS kepada penyediaan ID adalah dengan menyenaraikan SEMUA baki akaun yang ada.

  303. Salam
    cgu kita wat kad stok tu nanti dapat stok akhir kan? ? So macam mana nak post ke lejar utk akaun stok… katakan saya dapat rm84300 utk stok akhir…. baki tersebut saya akan guna utk kkk kan…. mcm mana plak nak post ke lejar

  304. Linda.

    Nilai stok akhir tersebut tidak perlu poskan ke lejar lagi.

  305. barang apa yang perlu masukkan ke lejar?
    dari jurnal ataupun bukutunai?

  306. cikgu saya bagi kami lejar baki bulan lepas
    sesetengah akaun ada yang cuma ada baki b/b bulan lepas x ada lainlain
    perlu saya tutup akaun itu dengan baki b/b bulan baru ?
    ataupun cuma tulis baki b/b bulan lepas sahaja

  307. Lejar perlu buka akaun kadar bayaran x ?

  308. Cgu… maksudnya dlm IDT stok berjumpa rm80000 la yer

  309. cikgu nak tanya….semua maklumat kena ambil daripada kkk ke?

  310. Sh,

    Semua maklumat dlm KKK kita catat dalm JA sebagai catatan permulaan kemudian poskan ke lejar masing2.. mska akan wujud Baki b/b (baki awal) bagi semua akaun tersebut.

  311. assalamualaikum…..cikgu nak tanya adakah akaun stok mesti dibuka pada lejar am

  312. Assalamualaikum cg, kalau saya nak buat hasil (komisen diterima) saya harus menjual hasil bukan kendalian seperti kad prabayar kan? Adakah saya harus menulis butirnya di dalam jualan tunai atau jualan kredit?

  313. Siti Rasyidah, waalaikumussalam.
    YA… Ak Stok perlu dibuka.

    Fatihah, waalaikumussalam.
    TIDAK perlu, ini kerana jualan kad tersebut BUKAN hasil daripada jualan barang niaga perniagaan anda… dan apa yang anda terima dan perlu direkodkan sebagai hasil adalah KOMISEN itu sendiri.

  314. Jadi kita tak perlu menjual kad prabayar untk mendapat komisen diterima? Begitu?

  315. Fatihah,

    pada pandangan Cg,
    Untuk urus niaga tersebut memadai tuliskan penyataannya sebagai ” Menerima komisen daripada jualan kad prabayar sebanyak RMxxx secara tunai”
    Dan tidak perlu jadikan Kad Prabayar tersebut sebagai stok barang niaga kita.

    Manakala sekiranya kita jadikan Kad Prabayar tersebut sebagai stok BARANG NIAGA, maka item hasil Komisen daripada jualan Kad Prabayar tidak sesuai lagi. dan perlu tukarkan kepada item hasil yang lain seperti Sewa diterima… dan sebagainya.

  316. Terima kasih cg! Assalamualaikum

  317. SALAM.. perlukah semua jenis pulangan perlu dicatat didalam stok kad. tq..:-)

  318. Aida,

    Hanya PULANGAN JUALAN kerana ROSAK sahaja yang tidak perlu masukkan dalam KAD STOK.

  319. Assalamualaikum cikgu. Kalau kita beli brg menggunakan bil tunai adakah kita harus membayarnya menggunakan resit rasmi di komponen pembayaran? Adakah kita harus membayar penuh atau sebahagiannya sahaja?

  320. Laila, waalaikumussalam.

    1. sila nyatakan beli barang apa ?….. barang niaga @ aset.

    2. Bila urus niaga telah menggunakan dokumen BIL TUNAI, maka RESIT tidak perlu lahi disediakan.

    3. Bila urus niaga TUNAI, semuanya dibayar PENUH,

    4. Komponen pembayaran merujuk kepada bayar kepada pemiutang ataupun belanja… beli barang tidak dikelaskan srbagai item pembayaran.

  321. Saya membeli barang niaga. Sekiranya ada 1 keratan cek dan 1 resit rasmi untuk urus niaga pemiutang bagi komponen pembayaran adakah saya harus rujuk invois sblm ini yang saya membeli barang niaga drpada pemiutang?

  322. Laila,

    Maaf, saya tidak faham apa persoalan sebenarnya….

    jika beli barang niaga secara tunai.. guna Bil Tunai.
    jika urus niaga pembayaran.. maka bayaran tersebut hendaklah merujuk kepada baki hutang sebelum ini.(rujuk invois)

  323. Assalamualaikum cikgu, berdasarkan soalan bank-25000 tunaii-3000 adakah saya harus membeli brg niaga di bwh 28000?

  324. Hai cikgu, lepas perancangan perniagaan kena buat dokumen-dokumen. Tapi berdasarkan butir 1 dalam perancangan perniagaan- meneruskan perniagaan menggunakan dokumen- memo. Nak tanya macam mana nak catat dlm memo bagi butir ini?

  325. Dania, waalaikumussalam.
    Boleh lebih daripada nilai tersebut, kerana kita boleh buat belian secara kredit.

    Wen,
    Banyak cara penulisannya, antaranya :
    Merekodkan baki2 aset, liabiliti dan ekuiti pemilil sebagaimana berikut, premis xxxxx, lekapan xxxx, alatan pejabat xxx, …… pemiutang xxxx, modal 143000

  326. cikgu untuk kad stok macam mana nak tulis baki b/b tu .adakah saya perlu nyatakan nama dokumen.no dokumen, kuantiti dan harga???
    atau terus tulis rm80000 pada baki tersebut

  327. Akmal,
    1/8 Baki b/b……. Kuantiti, harga, baki

  328. cikgu ,penambahan modal dan pinjaman bank perlu ke ditulis dalam buku tunai ? kalau perlu ,apakah butir yg perlu ditulis

  329. Cikgu untuk kad stok adakah membeli menggunakan kos seunit atau kos jualan,begitu juga dgn menjual

  330. Aeina,
    Ya, sebelah Debit butirnya ….. MODAL , PINJAMAN BANK

    Sam,
    Pelajar saya menggunakan kos seunit.

  331. Cikgu adakah saya perlu membuka sekali lagi akaun penghutang saya dalam lejar penghutang

  332. Sam,

    Dalam Lejar Penghutang… hanya akaun2 setiap penghutang sahaja… manakala Ak Penghutang / Kawalan Penghutang .. dalam Lejar Am.

  333. Cikgu kalau kad stok seunit yg berlainan adakah ini memberi kesan

  334. Sam,

    Maaf saya tidak faham apa yang dimaksudkan “kad stok seunit yang berlainan”.
    Setiap satu barang niaga mengikut nilai kos masing2.

  335. Maksud saya untuk satu barang.jika mempunyai kos seunit yg berlainan adakah memberi kesan

  336. Sam,

    Kenapa boleh jadi begitu ? …. sepatutnya SAMA.
    Jika keadaan sedemikian, maka kesannya keatas penilaian stok akhir… kena tentukan kaedah penilaian mana yang hendak digunakan …. sama ada FIFO, LIFO, Purata (tidak sesuai lagi untuk pelajar Tingkatan 4).

  337. assalamualaikum….cikgu pulangan jualan dan belian harus dicatat di kad stok atau tidak??

  338. Karim, waalaikumussalam.

    Semua yang melibatkan perubahan kuantiti stok dalam kedai perlu direkodkan dalam Kad Stok masing2.

  339. Ckgu,
    KAlau imbangan duga kita dah imbang, then buat lah penyata pendapatan and KKK kan. Tpi bila dekat KKK jawapan tak sama. Mean jawapan KKK kan ada yg kena sama tu, haaa dia tk smaa. Lepastu kita nak cek kesalahan kita dekat mana ?

  340. Adriana,

    Semak kedua2 PP dan KKK.. mungkin kesilapan operasi, format, kedudukan ditempat yang salah (aset —> belanja, dan sebagainya)

  341. kerja pengeposan ke lejar agak susah lah…

  342. Iqhmal,

    Sila jumpa guru sekolah untuk dapatkan tunjukajar dan bimbingan daripada beliau.

  343. salam cikgu….masa sya buat tak ada penghutang….penghutang semua da dibayar….imbangan duga saya tak ada penghutang boleh tak?

  344. Sh,

    BOLEH tiada masalah, ID merupakan senarai baki2 akaun, jika akaun tiada baki, maka tidak perlu disenaraikan dalam ID.

  345. salamm…cikgu nrzuki..sy nk dload item tp xlh..sy da dftar da

  346. Nadia,

    Sila LOGIN terlebih dahulu sebagai ahli menggunakan usernama dan password yang didaftarkan, kemudian baru muat turun bahan2 tersebut.

  347. Cikgu, Catatan kontra perlu pengeposan ke lejar tak? Contohnya, mengeluarkan tunai dari bank untuk kegunaan pejabat , setelah catat di buku tunai, perlu pengeposan akaun alatan pejabat?

  348. Lina,

    TIDAK perlu kerana catatan bergunya telah lengkap.
    Jika keluarkan tunai dari bank untuk kegunaan pejabat.. catatanya Debit TUNAI dan Kredit BANK….. TIDAK melibatkan Ak Alatan Pejabat.

  349. Izinkan saya bertanya, kenapa imbangan duga saya tak sama. selisih sikit je. dah dua kali saya check dari lejar sehingga ke imbangan duga lagi,, hmm

  350. Khusnul,

    ID tidak seimbang, maksudnya ada kesilapan.. Sila hantarkan kepada guru di sekolah untuk disemak dan diperbetulkan.

  351. Boleh tolong saya. Saya tidak berapa faham mengenai lejar,buku tunai,dan jurnal. Serta kerja khusus prinsip akaun ni.

  352. Haiqal,

    Bagi pelaksanaan tugasan kerja kursus ini, guru sekolah akan memberikan bimbingan, teguran dan tunjuk ajar secara peringkat demi peringkat… sila berhubung dengan beliau dari semasa ke semasa.

  353. assalamualaikum cikgu, sekarang ni saya tengah buat penyata pendapatan. macam mana kalau jualan bersih saya tu harganya kurang daripada kos jualan? nanti dapat rugi kasar ke??

  354. Afni,

    Ya, jika JB – KJ = -ve… maka RUGI KASAR.

  355. cikgu…rumusan untuk tahun ni sama dengan tahun tahun lepas ka??

  356. Karim,

    Rumusan.. sama… menyatakan sekurang2nya 3 konsep, prinsip atau andaian perakaunan yang digunakan/diamalkan oleh perniagaan pelajar.

  357. THANK YOU CIKGU…..

  358. cikgu saya tiada guru perakaunan di sekolah,saya mengambil subjek ini secara bersendirian dan mendaftar spm untuk subjek ini di sekolah berdekatan….saya nak tny bagaimana hendak membuat penghargaan kalau macam ni??

  359. Karim,

    Penghargaan … adalah bebas.. bergantung kepada anda sendiri mengucapkan penghargaan kepada pihak2 yang membantu anda dalam menyiapkan tugasan kerja kursus tersebut.

  360. Cg kalau Kita membeli Mersin secara kredit untuk perniagaan in melibatkan journal am kan…tapi Guna document apa..??

  361. assalamualaikum cikgu, diskaun diterima dengan diskaun diberi masuk dlm imbangan duga x??

  362. San,
    Urus niaga secara kredit…. dokumen INVOIS sesuai digunakan… catat dalam JA.

    Afnie, waalaikumussalam.
    SEMUA akaun dalam Lejar Am perlu disenaraikan baki akhir dalm ID

  363. Cikgu kalau says guna..memo boleh x Dan kalau Belian sebelah debit Dan mesin disebelah kredit

  364. Cg tolong jwb soalan saya..dia atas

  365. Sam,

    MEMO… tidak sesuai.. dokumen tersebut untuk kegunaan dalaman sahaja.
    Dt MESIN
    Kt NAMA SYARIKAT … yang jual secara kredit.

  366. Cg kalau tanpa syarikat boleh x tukar kpd belian

  367. Sam.

    Tidak boleh.. BELIAN hanya digunakan untuk BARANG NIAGA sahaja.

    Bila beli secara kredit… nama pemiutang tersebut mesti direkodkan

  368. Cg…kalau Kita mengambil barang Niaga tujuan promosi adakah promosi debit dan ambilan kredit

  369. Cikgu kkk saya beza 6000 ID DA seimbang dan pp saya betul apa perlu sy lakukan

  370. Ali,

    1. Salah……. Dt PROMOSI… Kt BELIAN

    2. Cuba semak kududukan dalam komponen yang betul…. mungkin aset termasuk dalam belanja..@ item aset semasa ternasuk dalam liabiliti semasa dan sebagainya.
    Satu lg cuba kenalpati apakah item yang bernilai 6000… / … 3000

  371. cikgu, boleh tak dalam perniagaan saya takde pemiutang??

  372. Afnie,

    Dari segi rekod perakaunan, tiada masalah.. kerana kita rekod berdasarkan baki-baki setiap akaun… Jika Ak Pemiutang tiada baki.. maka tidak wujudlah pemiutang pada tarikh tersebut.

    Cuma dari segi pengurusan kewangan dan kawalan kredit sesebuah perniagaan.. adalah TIDAK BIJAK jika semua pemiutang dijelaskan sedangkan baki penghutang masih banyak tidak dapat dikutip.

  373. Cg kalau kedua kedua debit kredit sama apa perlu buat

  374. Ali,

    Jika akaun seimbang.. TIADA BAKI.. maka akaun tersebut TIDAK PERLU lagi disenaraikan dalam ID….. jika tiada dalam ID, maka tiada juga dalam PP @ KKK.

  375. boleh tak kalau saya buat promosi untuk komponen pembayaran? promosi bukan dikira ambilan kan?

  376. kalau dekat komponen pembayaran, saya bayar hutang pada bulan lepas boleh x? yg bulan ni punya saya bayar separuh je pemiutang tu. maknanya nanti boleh ada baki untuk pemiutang tu.

  377. Afnie,

    Komponen Pembayaran….. maksudnya melibatkan pembayaran dengan wang tunai/cek sama ada untuk bayar hutang…. bayar sesuatu belanja.
    Jika “ambil barang niaga untuk tujuan promosi”….. adakah melibatkan pembayaran ?

    Maka untuk menjadikan promosi tersebut sebagai item komponen pembayaran, Cg cadangkan tukarkan penyataan urus niaga tersebut kepada….. “Membayar belanja promosi sebanyak RMxxxxx dengan tunai/cek”

    Berkaitan dengan pemiutang tu…. ok.

  378. maknanya saya kena tulis camni ke? “mejelaskan semua hutang pada bulan julai kepada ……. sebanyak RMxxxxx dengan tunai” kalau saya guna nama perniagaan yg sama macam urusniaga boleh x?

  379. Afnie,

    Bila bayar hutang kepada pemiutang, maka nama pemiutang tersebut mestilah berdasar nama pemiutang yang telah wujud sebelum ini.

  380. Dalam kunci kira-kira pemiutang nak tulis nama syarikat atau tulis pemiutang. Jika nak tulis pemiutang …….Tapi pemiutang ada 2: trade creditors dan other creditor. Perlu asingkan ke tidak di dalam kunci kira-kira.

  381. Rohana,

    Pada pandangan saya, dalam KKK .. pemiutang (rujuk akauan kawalan pemiutang), manakala Pemiutang bukan barang niaga perlu diasingkan daripada pemiutang barang niaga.

  382. Ooo kalau macam tu dalam liabiliti semasa perlu tu
    Is pemiutang dagangan dan pemiutang lain. ?.. betul tak cikgu (translation utk trade creditors dan other creditors).

  383. Rohana,

    YA…….Sebaik2nya asingkan antara keduanya..

  384. Cikgu, di manakah saya boleh download kotak untuk buat jurnal dll?

  385. Cikgu narzuki..utk urusniaga pulangan jualan..kita nk amik harga mana yer nk tulis di nota kredit?harga jual atau harga kos?

  386. Ainmakhtar,

    Pulangan jualan ….. mesti HARGA JUALAN

  387. assalamualaikum cikgu, kalau saya buat tambahan modal, kena tambah dekat akaun modal jugak ke? ataupun dekat akaun modal saya, cuma letak baki b/b?

  388. Afnie, waalaikumussalam.

    BAKI B/B 143,000.. merupakan baki awal….MODAL TAMBAHAN… merupakan modal yang BARU dibawa masuk…. maka sudah tentu jumlah MODAL akan bertambah dalam Ak Modal.
    Misalnya.. 3/8 modal tambahan 50,000 masukkan ke bank:

    Kredit Ak Modal
    1/8 Baki b/b 143,000
    3/8 Bank 50,000

  389. ok. terima kasih cikguu..

  390. mcm mana nak buat imbangan duga??

  391. Yana,

    ID ialah senarai SEMUA baki akaun dalam Lejar Am.

  392. Assalamulaikum Cg alatan pejabat masuk jugak ke dlm buku tunai? Sblh kredit ke debit?

  393. Dania, waalaikumussalam.

    Ianya bergantung kepada urus niaga…. jika beli alatan pejabat secara tunai…. maka catat sebelah KREDIT dalam BUKU TUNAI. Tetapi jika beli secara kredit, ianya perlu dicatat dalam JURNAL AM.

  394. kalau kita menjelaskan hutang kepada pemiutang, dalam buku tunai nak letak sebelah debit ke kredit?tolong…

  395. Fika,

    Bayar kepada pemiutang… wang keluar.. maka KREDIT dalam Buku Tunai.

  396. Assalamualaikum
    Cikgu.. Angkutan masuk atas belian… dokumen Nota debit asal…. rekod ke dalam jurnal belian.
    Nanti bila pos ke dalam lejar… adakah kita kena buka akaun Angkutan masuk atau tidak perlu….
    Cara saya ni betul ke cikgu.. tolong betulkan kalau salah
    Dalam Jurnal Belian tu kita hanya catatkan nama Pemiutang yang mengenakan caj angkutan masuk jadinya bila pos ke lejar…. rekod ke dalam Akaun Pemiutang tersebut dan butirannya Angkutan Masuk dan buka akaun Angkutan Masuk, butirannya Pemiutang tersebut…

  397. Muni, waalaikumusssalam.

    Angkutan masuk –> Nota Debit —> JURNAL AM ….. sebab bukan barang niaga. (BUKAN Jurnal Belian).
    JA : Dt Angkutan masuk Kt Nama Pemiutang….. Kemudian pos JA ke Lejar seperti biasa.

  398. Terima kasih cikgu
    Saya tengok contoh dalam buku teks tu.. nota debit kerana terkurang caj bagi belian barang niaga direkod dalam jurnal belian. Penerangan cikgu tu jelas… terima kasih.

  399. Muni,

    Contoh dalam buku teks adalah betul.. berkaitan dengan kes terkurang caj.
    TERKURANG CAJ dan CAJ ANGKUTAN MASUK.….dua perkara yang BERBEZA.

    Terkurang caj melibatkan KOS BELIAN BARANG NIAGA, maka perlu dicatatkan dalam JURNAL BELIAN
    Manakala caj ANGKUTAN.. merupakan belanja lain …. JURNAL AM.

  400. Salam cikgu . macam mana nak kira nilai baki akhir dalam keratan cek ? saya buat catatan kontra guna keratan cek . nilai cek RM 1000 . Tapi saya tak tahu nak kira nilai akhir dalam keratan cek . harap cikgu dapat membantu

  401. Siti,

    Nilai BAKI AKHIR setiap keratan cek adalah merujuk kepada BAKI pada keratan cek SEBELUM …. sama konsep Baki h/b …. Baki b/b.

    Keratan cek (B):
    Baki akhir …… rujuk BAKI pada keratan cek sebelum (A)
    Dimasukkan ……. rujuk BUKU TUNAI jumlah BANK MASUK (Debit) selepas TARIKH keratan cek (A).
    Jumlah …… = Baki akhir + Dimasukkan
    Cek ini ……. nilai cek ini
    Baki …….. = Jumlah – cek ini, dan ianya akan jadi BAKI AKHIR keratan cek (C)

  402. Salam cikgu, kalau terima komisen dalam penerimaan saya kena masukkan dalam resit rasmi dan alamat mana saya kena letak kalau saya tidak memaklumkan nama pemberi komisen dan saya kene guna resit asal atau salinan

  403. Ira,

    Jika kita terima komisen… maka kita yang akan keluarkan resit (nama kita diatas) dan SALINAN ada dengan kita.

  404. sya nk tanya ,mcm mna kita nk tahu apa yg salah bila imbangan duga tak imbang…

  405. Syira,

    Sila rujuk panduan mengesan kesilapan ID yang tidak seimbang dalam buku teks m/s 194.

  406. SALAM.. SYA NK TANYA..MACAM MANA NK TUTUP AKAUN STOK.. TQ

  407. Aida,

    Hanya imbangkan seperti biasa dengan Baki h/b dan Baki b/b.
    ………………Akaun Stok
    1/8 Baki b/b 80,000 31/8 Baki h/b 80,000
    1/9 Baki b/b 80,000

  408. tq cikgu narzuki..:-)

  409. x tahu nak mula perancangan urus niaga

  410. cikgu,,tolong bg sy panduan mcm mna nk buat kunci kira-kira dgn penyata pendapatan untuk kerja kursus tingkatan 4 2015

  411. Ct Nuralya,

    Boleh rujuk Kaedah Penyediaan PP dan KKK dalam buku teks m/s205 dan 210 sebagai panduan.

  412. contoh kerja kursus ting 4 spm 2015

  413. Norimah,

    Maaf tiada contoh.

  414. jika saye membuat pinjaman bank dokumen yg saye perlukan ialah makluman kredit

  415. Wang,

    Ya, Maklumat Kredit paling sesuai.

  416. salam. saya nak tanya kalau angkutan masuk dibayar secara tunai, apakah jenis dokumen yang sesuai

  417. Yati,

    Dokumen yang sesuai… Resit rasmi, Bil Tunai (daripada Syarikat Pengankutan tersebut)

  418. adakah saya perlu letak baki aset liabiliti ke dalam buku tunai ekuiti pemilik

  419. Wang,

    Maaf saya tidak faham apa yang ditanya…

    BAKI B/B dalam Buku Tunai HANYALAH merujuk kepada Baki awal TUNAI dan BANK dalam KKK yang lepas.

  420. adakah saya perlu masukkan premis 95 000, lekapan 8 000, perabot 15 000, alatan pejabat 20 000 ke dalam buku tunai atau cuma masukkan pinjaman 70 000 , bank 25 000, tunai 3 000 ke dalam buku tunai

  421. Wang,

    BUKU TUNAI adalah gabungan Ak TUNAI dan Ak BANK, maka hanya BAKI TUNAI dan BAKI BANK sahaja dimasukkan dalam Buku Tunai.

    Manakala item2 yang lain perlu dimasukkan sebagai BAKI B/B bagi akaun masing. Di mana baki2 tersebut perlu dimasukkan dalam akaun masing2.
    Misalnya,
    Ak PREMIS : Dt 1/8/14 Baki b/b 95,000
    Ak Lekapan : Dt 1/8/14 Baki b/b 8,000
    Ak Pinjaman : Kt 1/8/14 Baki b/b 70,000.

  422. Boleh tak saya masukkan pinjaman 70 000, modal 143 000, tunai 3 000, bank 25 000 kedalam buku tunai

  423. Wang,

    Jika masukkan Pinjaman 70,000, Modal 143,000 ke dalam Buku Tunai, maka jawapannya adalah SALAH

  424. salam. kalau utk ak kawalan penghutang dan pemiutang. ada butir diskaun diterima dan diberi. perlu tak kita masukkan ke dalam ak kawalan. apabila kita buat penyata pendapatan utk jualan perlu tak kita tolak diskaun tersebut.

  425. salam. ttg angkutan masuk yg dibayar secara kredit. kita akan keluarkan nota debit. butiran tersebut kita masukkan dlm jurnal belian. maksudnya tak perlu buka ak angkutan masuk. blh tak ckg jelaskan bagaimana wujudkan butir angkutan masuk dalam imbangan duga jika kita tak buka ak angkutan masuk. saya keliru.

  426. Yati,

    Ya, setiap catatan bergu melibatkan 2 akaun, dalam kes ini,
    Ak Penghutang/ Pemiutang —-> KKK
    Ak Diskaun diberi/diterima—> PP

    SALAH, urus niaga tersebut perlu dicatat dalam JURNAL AM…. bukannya Jurnal Belian. Maka akan wujud Ak Angkutan masuk nanti.

  427. Jadi kalau saya buat akaun perdagangan dan untung rugi bleh la?

    kalau sya menerima cek, dokumen sumber saya apa?

    kalau saya menerima faedah dari bank, dokumen sumber saya apa?

  428. Nisya,

    Sekarang ini digalakkan sedia dalam bentuk PENYATA, bentuk Akaun / “T” sudah jarang digunakan.

    Terima cek, maka dokumen RESIT RASMI paling sesuai digunakan. Manakala Faedah dari bank… dokumen MAKLUMAN KREDIT.

  429. kalau saya menjual/membeli secara cek, dokumen sya apa?

    kalau penghutang mengenakan duti atas belian, dokumen sumber saya apa?

  430. Nisya,

    Boleh dokumen BIL TUNAI.
    Urus niaga tersebut tidak tepat…. penghutang tidak mengenakan duti keatas peniaga. Cuma pemiutang yang mengenaikan caj tambahan (seperti angkutan masuk, duti, faedah dsb) keatas peniaga.

  431. kalau saya letak resit rasmi bleh ke?

    klau pemiutang mengenakan duti ats belian, dokumen saya apa?

  432. Nisya,

    Resit Rasmi pun boleh….. cuma, Resit lebih sesuai digunakan untuk urusan pembayaran / penerimaan. Manakala urus niaga jual / beli secara tunai … Bil Tunai lebih sesuai digunakan.
    Jika pemiutang kenakan caj tambahan.. maka NOTA DEBIT perlu digunakan.

  433. IMBANGAN DUGA SAYA TAK IMBANG :(((((

  434. Aliah,

    Sila rujuk buku teks m/s 194… KAEDAH MENGESAN KESILAPAN bagi Imbangan Duga yang tidak seimbang.

  435. cikgu…kalau utk tujuan promosi…resit digunakan rite?..so tittle dia kene buat apa?..let say membeli barang niaga secara tunai dari perniagaan sue…so perniagaan sue menjadi title utk resit…kalau utk promosi?

  436. Leesha,

    Resit TIDAK sesuai digunakan. Jika ambil barang niaga untuk tujuan promosi.. dokumen MEMO lebih sesuai.
    Jika beli barang niaga secara tunai… dokumen BIL TUNAI paling sesuai digunakan.

    Dalam dokumen nama PENJUAL terletak DIATAS… nama PEMBELI terletak DIBAWAH.

  437. Cg… masih boleh ke buat kerja kursus ni bagi yang belum siap walaupun ikut soalan tempoh kerja tu sampai september je…

  438. Muni,

    Sila rujuk Pentaksir Kawasan masing2..

  439. salam,
    cikgu, kalau imbangan duga saya tetap tidak seimbang walaupun saya sudah semak kembali perancangan urus niaga dan lejar. macam mana saya seimbangkannya?

  440. dekat folio akaun kna ada borang perakuan guru ke? bukan borang perakuan pelajar ke?

  441. Adam,
    Perancangan tiada masalah…. kemungkinan kesilapan berlaku semasa poskan BCP ke Lejar… cuba semak.

    Nisya,
    Borang perakuan pelajar.

  442. macam mana nak buat akaun modal dan lejar

  443. Wang,

    Penyediaan LEJAR adalah berdasarkan pengeposan daripada BCP.. sila rujuk dalam buku teks.. contoh/cara2 poskan setiap BCP ke Lejar.

  444. kita jual secara tunai tetapi dibayar dengan cek , nak tulis dalam buku tunai bahagian tunai ke bank?

  445. Ain,

    BUKU TUNAI…. sebelah DEBIT… butirnya JUALAN.. di lajur BANK

  446. Cikgu macam mana nak mula untuk merekod untuk hari pertama di buku tunai?

  447. Rubbhan,

    1 Ogos Baki b/b xxxx (tunai) xxxx (bank)

  448. ok terima kasih 🙂

  449. cikgu..
    1.saya tak faham tentang modal tambahan dalam perancangan urusniaga contohnya macam mana?
    2. komisen diterima boleh dikira sbg modal tambahan tak?

  450. dan juga apa maksud pemiutang dan penghutang?
    cth; terima bayaran daripada Syarikat Any dengan cek -dikira pemiutang atau penghutang?

  451. Min,

    1. MODAL TAMBAHAN.. bermaksud pemilik MEMBAWA MASUK harta peribadi ke dalam perniagaan… contohnya bawa masuk wang TUNAI atau bawa masuk ASET (misalnya perabot, kenderaan dll).
    2. KOMISEN DITERIMA merupakan HASIL.
    3. PEMIUTANG merupakan PEMBEKAL .. kita BELI secara KREDIT daripada perniagaan tersebut… dengan kata lain Kita BERHUTANG dengan perniagaan tersebut.
    4. PENGHUTANG merupakan PELANGGAN… kita JUAL secara KREDIT kepada perniagaan tersebut… mereka BERHUTANG dengan kita.

    Jika Syarikat Any BAYAR kepada kita.. maksudnya dia BAYAR HUTANG, maka dikelaskan sebagai PENGHUTANG.

  452. Cikgu, dalam section Penerimaan, yg Tambahan Modal tu dicatat dlm buku tunai, betul? Tapi klau catat dlm buku tunai, cthnya: Membawa masuk van yang berkos RM43 000 untuk kegunaan pejabat.
    Rm43000 tu masuk dlm tunai atau bank?

  453. Angel,

    Hanya bawa masuk TUNAI sahaja guna Buku Tunai. Jika bawa masuk Van.. perlu dicatat dalam JURNAL AM.

  454. cikgu,mcm mane sy nk wat dokumen utk kerja kursus f.4??

  455. mcm mane sy nk wat dokumen kerje kursus f.4 tnpa download yg sedia ade??

  456. Izzy,

    Jika tak mahu guna yang sedia ada.. boleh buat sendiri.. sama ada guna Ms Word @ Ms Excel..

  457. Terima kasih cikgu. Tapi dalam kertas soalan, tambahan modal merupakan salah satu penerimaan. Bukankah semua penerimaan masuk ke dalam buku tunai?

  458. Cikgu, kalau tambahan modal direkod dalam jurnal am,
    DT kenderaan (RM30 000)
    KT modal (RM30 000)

    Betul tak?
    Kalau betul, jumlah modal (RM143 000) ada tambahan tak?

  459. Angel,

    HANYA penerima TUNAI / CEK sahaja masuk Buku Tunai.

    Ya.. namanya TAMBAHAN MODAL, maka sudah tentu jumlah modalnya akan bertambah nanti.

  460. Okay, cikgu. Terima kasih! Dalam Jurnal Am pula, perlukah saya merekod semua aset, liabiliti dan ekuiti pemilik? Ataupun hanya merekod bank, tunai, stok, perabot dan alatan pejabat sahaja yg mempunyai jumlah RM143 000?

  461. Ckigu, patutkah kami buat Jurnal penerimaan/pembayaran tunai?

  462. Cikgu, dalam kertas soalan telah diberikan Penghutang (RM5000), oleh itu dalam imbangan duga saya, jumlah penghutang saya (RM45900) perlu TAMBAH dengan RM5000 atau tidak? Maaf, cikgu. Kerana telah banyak tanya.

  463. Angel,

    1. Pada 1 Ogos… merupakan catatan permulaan, maka SEMUA aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada tarikh tersebut perlu direkodkan dalam JA.
    2. Tidak perlu, kerana BUKU TUNAI telahpun digunakan.
    3. Penghutang RM5,000 dalam KKK (soalan) merupakan BAKI AWAL (1/8 Baki B/b) bagi Ak Penghutang, kemudian rekodkan urus niaga sepanjang bulan Ogos… imbangkan Ak Penghutang, maka BAKI AKHIR tersebut dipindahkan ke ID.

  464. Terima kasih cikgu. Insurans atas belian dan duti atas belian bagaimana rekod?

  465. Perlu dimasukkan di dalam Lejar Akaun Belian ke tak?

  466. Angle,

    Bergantung kepada penyataan urus niaga… jika kedua2 perkara tersebut dikenakan oleh pembekal dengan mengeluarkan NOTA DEBIT, maka dicatatkan dalam Jurnal Am seterusnya piskan ke Lejar pemiutang tersebut.
    Manakala jika dibayar secara tunai/cek.. maka catat di BT tanpa melibatkan Pemiutang.

  467. Cikgu, bagaimana kirakan pemantauan baki tunai? Adakah belian dan jualan secara kredit dicatat?

  468. Angel,

    Ak Tunai, hanya digunakan untuk merekodkan urus niaga SECARA TUNAI sahaja… iaitu TERIMA @ BAYAR tunai. Baki akhir diperolehi dengan imbangkan akaun tersebut …. Baki awal + penerimaan (Dt) – pembayaran (Kt)

  469. Assalam cikgu ,
    saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanyakan..

    1- selepas dokumen , adakah tinggal lejar , imbangan duga , kunci kira-kira dan penyata pendapatan sahaja ?

    2- jika panda kunci kira-kira/lejar/imbangan duga yang tidak seimbang , ada bahan rujukan yang saya boleh rujuk ? ataupon tips dari cikgu sendiri

    Terima kasih

  470. banyak ilmu yang saya dapat kat sini , Terima kasih cgnarzuki ! 😀

  471. Shaq, waalaikumussalam.

    1. Selepas Dokumen… sediakan KAD STOK, BUKU CATATAN PERTAMA (iaitu Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai)…. kemudian baru poskan ke Lejar – ID – PK.
    2. Tempat yang tidak seimbang dapat dikesan di ID, cara mengesan kesilapan boleh rujuk buku teks m/s 194.

  472. cikgu saya ingin tanyakan tentang ” no cek ”

    adakah setiap kali dalam dokumen berlaku urus niaga yang melibatkan cek , perlu ” ditukar angkanya ” ?
    contoh urus niaga 1 , no cek MB 22224
    seterusnya urus niaga 2 , no cek MB 22225
    adakah betul ? ataupon semua urus niaga yang melibatkan cek mengunakan cek yang sama nombornya ? tq

  473. Ahmad,

    NO CEK merupakan NO SIRI cek tersebut, dan setiap no siri mesti berbeza dan berturutan.

  474. cikgu kalau pengeposan ke lejar kan nak catat yg buku tunai dulu ker jurnal ?saya dah siap semua tapi tak seimbang .

    cikgu urgent ni. dalam pengeposan ke lejar kaun akaun bank dan tunai kena buat tak?

  475. Balqis,

    Boleh yang mana2 dahulu, biasanya mula dengan JA…. cuma pastikan dalam LEJER nanti semua catatan mengikut urutan TARIKH.

    Buku Tunai merupakan Ak Tunau dan Ak Bank yang digabungkan, maka tidak perlu lagi buka kedua2 akaun tersebut… dan pastikan BAKI AKHIR kedua2nya dimasukkan dalam ID nanti.

  476. Cikgu nak tanya…imbangan duga pelajar saya tak imbang…beza dia rm 27 00…so itu saya letakkan sebagai dividen pelaburan… dividen dibayar secara tunai n cek shj je ke? cara lain ada tak cikgu…saya da siapkan 26 dokumen urusniaga…minta pandangan cikgu

  477. SAlam cikgu sy nak tnya.. harap bls scept mgkn sbab sy dlm proses buat folio.. kalu makluman kredit nak letak kat mana? Borang wang tunai keluar letak kt mana?

  478. S,
    Tidak betul cara tersebut, tidak seimbang disebabkan catatan bergu yang tidak tepat, .. jika ditambah dengan urus niaga lain… ianya tetap silap kerana Dt Tunai/Bank Kt Dividen.. maka kesilapan yang asal masih lagi berlaku.

    Nik Hamizah,
    MAKLUMAT KREDIT dan BORANG WANG MASUK … perlu dicatatkan dalam BUKU TUNAI

  479. Salam sejahtera cikgu, saya nak tnya saya sudah buat imbangan duga dan jumlahnya adalah seimbang. masalah saya untuk mendapatkan stok akhir. di mana saya harus dptkan nya. terima kasih.

  480. Suee,

    Nilai stok akhir diperolehi selepas sediakan KAD STOK bagi setiap barang niaga.

  481. salam ,
    cg , kalau bayar angkutan masuk secara tunai , apakah catatan bergu utk angkutan masuk ?

  482. Nana,

    Dt Angkutan masuk
    Kt Tunai

  483. Terima kasih cg . kalau beli brg niaga secara kredit atau tunai wajib letak diskaun atau tak ?

  484. kalau jual brg niaga juga ? wajib ltak diskaun atau tak ?

  485. Nana,

    Tidak wajib masukkan diskaun, ikut kebiasaannya jika jual atau beli dalam kuantiti yang banyak akan diberikan diskaun.

  486. cikgu,adakah stok akhir perlu dletakkan dlm lejar dan imbangan duga?

  487. Suee,

    Tidak perlu, STOK AKHIR hanya dimasukkan dalam Penyata Pendapatan dan KKK sahaja.

  488. ckg , kalau stok awal cth aksesori xxx = Rm 200 . pastu bila jual harga kena lebih atau tak ? atau beli kt pemiutang harga kena kurang atau tak ? dalam urusniaga .

  489. Cikgu, kalau kita beli perabot utk kgunaan pjbt perlu beat kad stok tak?

  490. Nana,
    Cg cadangkan sediakan senarai stok awal dengan harga belu dan harga jual masing2. Maka setiap kali urus niaga beli guna Harga Beli manakala urus niaga jualan guna Harga Jual.. dan sudah tentu Harga Juala LEBIH TINGGI daripada Harga Beli.

    S,
    Kad Stok kita sediakan untuk stok barang niaga sahaja.

  491. cikgu ada tak cara lain utk rekod dividen selain melibatkan tunai n bank

  492. apa perkara lain kita boleh letakkan sebagai hasil? tanpa melibatkan tunai n bank…cuma kita rekod dlm jurnal am cikgu

  493. cikgu hasil daripada jualan telefon dan aksesori…..bagaimana kita nak rekod( selain daripada tunai n bank)

  494. S,

    Kenapa takut untuk menggunakan tunai/bank ?

    Jualan yang tidak melibatkan tunai/bank ialah jualan kredit.. ianya direkodkan dalam Jurnal Jualan.

  495. cikgu , adakah harga di stok awal itu harga beli ?

  496. cg , kalau satu penghutang/pemiutang beli/jual satu jenis barang di stok awal boleh tak ?

  497. Nana,

    Ya, nilai pada stok awal merujuk kepada Harga Beli.

    Semua item… stok.. penghutang.. pemiutang … HANYA SATU.. tidak salah.. cuma sebaik2nya lebih daripada SATU… kerana banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada perkara tersebut.

  498. kenapa kita tak perlu buat lejar tunai/bank ? mcm mna nak buat lejar kalau jurnal am Dt Modal Kt Bank ?

  499. Nana,

    BUKU TUNAI merupakan lejar bagi Ak Tunai dan AK Bank, maka tidak perlulah dibuka 2 kali.
    Ada yang tidak kena dengan catatan “Dt Modal Kt Bank”.. cuba nyatakan apakah urus niaganya ?

  500. cikgu nak tanya….jumlah stok akhir kita kena rekod dlm imbangan duga….

  501. berapa nilai dia cikgu RM 80000 atau RM 39000

  502. S,

    Dalam ID hanya Masukkan STOK AWAL (baki akhir daripada Ak Stok)…. iaitu RM80,000.
    Manakala nilai STOK AKHIR diperolehi daripada KAD STOK hanya direkodkan dalam Penyata Pendapatan dan KKK.

  503. Jurnal Am : Dt Modal Kt Bank
    (menerima pinjaman bank untuk kegunaan pejabat)

  504. Nana,

    Jika urus niaga menerima pinjaman bank untuk kegunaan pejabat, maka catatan bergunya ialah:

    Dt Bank Kt PINJAMAN BANK …. bukannya “MODAL”.

    Dan ianya perlu dicatat dalam BUKU TUNAI, bukannya Jurnal Am.

  505. Cikgu, saya dpt rugi bersih lebih 20,000… Apa yang perlu saya betulkan untuk dpt untung bersih?

  506. Lydia,

    Tidak menjadi kesalahan jika mendapat RUGI BERSIH… teruskan hingga ke KKK…. Rumusan.

  507. cg , kalau bayar hutang dkt pemiutang , adakah ia dikira sbagai belian ?

  508. Nana,

    BAYAR HUTANG merupakan item PEMBAYARAN, bukannya BELIAN.

  509. macam mana nk buka lejar untuk kontra ? ( deposit tunai ke dalam akaun bank )

  510. Nana,

    Hanya melibatkan Ak Tunai dan AK Bank dalam BUKU TUNAI sahaja.
    Dt Bank Kt Tunai

  511. tq cikgu narzuki…byk mambantu saya….banyak perkara saya belajar dari blog ni

  512. cikgu , mcm mna nak cri nilai stok akhir dalam kad stok ? adakah sya perlu tambah setiap baki di kad stok ?

  513. cg , kenapa dlm penyata pendapatan saya dapat jualan bersih lebih rendah dari kos jualan ?

  514. mcm mna sya nak buat ?

  515. Nana,

    1. Nilai STOK AKHIR = jumlahkan semua baki akhir setiap kad stok
    2. Itu maksudnya akan dapat RUGI KASAR, mungkin disebabkan harga jualan yang rendah berbanding harga belian. Tiada masalah jika dapat rugi kasar, apa yang penting rekod perakaunannya betul. Jika nak ubah, maka kena ubah bermula daripada urusniaga hinggalah ke ID.

  516. cikgu, mcm mana nk buat rumusan ?

  517. Aida,

    Boleh rujuk buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek yang dikeluarkan bersama2 soalan tugasan. Iaitu kemukakan sekurang2nya 3 konsep atau prinsip asas perakaunan yang diamalkan oleh perniagaan anda.

  518. okay . terima kasih cikgu 🙂

  519. Salam sejahtera,
    cikgu dalam imbangan duga saya letak nama pembekal dan kedai cthnya:

    -Pembekal Matahari 12 000
    -Pembekal Sunny 6000
    -Kedai Minah 10 000
    -Kedai Titu 3 400

    masalah saya adalah untuk meletak senarai tersebut ke dalam PP dan KK.

    1) adakah saya prlu tambah jumlah pembekal dan kedai tersebut di penghutang dan pemiutang.

    terima kasih cikgu.

  520. adakah saya perlu tambah semua nilai nama penghutang dan nama pemuitang untuk wujudkan akaun penghutang dan pemuitang?

  521. Suee,

    Apa yang sepatutnya dilakukan ialah membuka AK Kawalan Penghutang dan AK Kawalan Pemiutang, kemudian bakinya dipindahkan ke ID dan KKK.
    Jika tidak buka Ak Kawalan, maka jumlahkan baki2 akhir penghutang dan pemiutang.

  522. Cg , saya dah siapkan folio saya cuma dokumen ja sya sedang buat . tpi bila saya tngok balik , dkt angkutan masuk saya tak letak nma pemiutang . cth : Bayar angkutan masuk RM 500 secara tunai . macam mna saya nk tulis dkt bil tunai ?

  523. Nana,

    Apabila angkutan masuk dibayar tunai, maksudnya dibayar kepada Syarikat Pengangkutan… bukannya kepada PEMIUTANG.

  524. Cg , beli kenderaan daripada Proton XX Rm 60 000 secara kredit invois atau memo ?

  525. Nana,

    Urus niaga kredit dokumen INVOIS paling sesuai. MEMO lebih sesuai untuk kegunaan dalaman sahaja.. antara pemilik dengan perniagaan.

  526. Cikgu,

    1) kalau saya tak buka akaun kawalan penghutang dgn kwalan pemuitang tak buat tak pe ke cikgu?

    2)perlu tak ambik baki penghutang dan pemiutang yang dlm soalan untuk ditmbahkan penghutang dan pemiutang dlm imbngan duga saya cikgu. sbb dlm imbangan duga tu saya letak nama penghutang contohnya, Kedai Amin.

  527. cikgu, baki akhir2 penghutang dan pemuitang dekat mana saya boleh dapat kn? adakah di imbangan duga?

  528. Suee,

    Itulah kesannya jika tidak buat seperti yang sepatutnya…. baki awal sepatutnya dimasukan dalam setiap akaun penghutang dan pemiutang semasa penyediaan lejar lagi.. dan baki akhir diperolehi daripada Ak Kawalan masing2 yang dipondahkan ke ID.

  529. Salam cikgu, sy keliru dengan soalan bagi perniagaan yg meneruskan bukan memulakan.
    Soalan 1 berbunyi begini
    1- Meneruskan perniagaan dengan modal sebanyak 143000 yg terdiri dpd aset (premis 95000, lengkapan 8000, perabot 15000, alatan pej. 20000,stok 80000, penghutang 5000, bank 25000, tunai 3000, pinj.bank 70000 dan perniagaan 38000)

    Harap cikgu dapat bantu dengan kadar segera.
    Terima kasih

  530. Maaf skali lagi, Maksudnya sy perlu tahu cara buka akaun lejar untuk soalan 1ogos diatas.

    Terima kasih

  531. Ayazakaria,

    Poskan ke akaun masing2 sebagai BAKI B/B pada 1 ogos

  532. adakah saya perlu reka nama syarikat pengangkutan tu ? tolong bagi contoh .

  533. dan adakah saya perlu letakkan nma Proton tersebut ke dalam jurnal dan lejar ?

  534. Nana,

    Ya.. reka syarikat yang ambil upah untuk penghantaran barang yang dibeli daripada pembekal.

    ya. Catat dalam jurnal am kemudian poskan ke lejar.

  535. Assalamualaikum sy nak Tanya mcm mana nak Kira / tahu nilai penghutang dalam kunci kira2. Adalah sy perlu menambah semua nilai penghutang dalam imbangan Duga?

  536. Nana,
    Pos Laju tidak sesuai dikelaskan sebagai ANGKUTAN MASUK. Kita bayar tambang/upah lori/van untuk hantar barang dari kedai pembekal ke kedai kita.

    Aziq, waalaikumussalam.
    PENGHUTANG dalam KKK merupakan jumlah baki2 penghutang yang ada.

  537. Assalamualaikum, cikgu sy nak tanya tentang folio akaun. Urus niaga saya ada tentang membeli van bernilai rm15000 secara kredit dari Ahmad auto car. Jadi nilai tersebut akn mengurangkan ke menambahkan nilai penghutang?

  538. Aziq, waalaikumussalam.

    Bila beli BUKAN BARANG NIAGA, kita tidak boleh guna Ak Penghutang (.. hanya untuk barang niaga sahaja). Dalam kes ini kita terus guna Ak Ahmad Auto Car. Oleh kerana kita beli van, maka Ak Kenderaan akan BERTAMBAH, dan Ak Ahmad Auto Car juga BERTAMBAH.

  539. Ok terima kasih. Cikgu, akaun ahmad auto car tu sy kena letak dalam belanja(PP) ke ? Sbb ak ahmad auto car tu ada dalam imbangan duga saya no folio ak tu LA11.

  540. Aziq,

    Ahmad Auto Car merupakan LIABILITI (KKK), bukannya BELANJA.

  541. cikgu, sy kira untung bersih dpt RM780 je. jumlah untung bersih tu terlalu sikit. walaupun sikit untung bersih tu betul ke? tapi KKK sy dapat seimbang.

  542. Nur,

    Walaupun untung sedikit ataupun rugi sekalipun, tidak menjadi masalah asalkan rekod perakaunannya betul.

  543. Cikgu akaun kontra dalam buku tunai kena masukkan juga ke dalam imbangan duga?

  544. Mus,

    Catatan kontra dalam Buku Tunai tidak perlu poskan ke Lejar.. Bila sudah ada Buku Tunai, maka AK Tunai dan AK Bank TIDAK PERLU diwujudkan lagi. Hanya BAKI AKHIR (Tunai dan Bank) daripada Buku Tunai disenaraikan dalam Imbangan Duga.

  545. Assalamualaikum cikgu,

    Dalam urus niaga jualan/belian secara tunai/cek, sekiranya berlaku pulangan masuk / keluar, apakah catatannya dalam Lejar?

  546. Shahrani, waalaikumussalam.

    Bagi urusniaga tunai… tidak wujud pulangan masuk / keluar

  547. Assalamualaikum… Pinjaman dlm kkk rm70000 atau rm77000?

    Stok awal dan stok akhir dlm penyata pendapatan adakah jumlahnya sama atau berbeza?

  548. Farhana, waalaikumussalam.

    Baki awal PINJAMAN RM70,000…. sekiranya tiada sebarang urus niaga berkaitan pinjaman, maka baki akhir Pinjaman tidak berubah manakala jika ada urus niaga berkaitan dengannya maka nilai akan berubah.
    Kita sediakan Penyata Pendapatan dan KKK hanya dengan merujuk kepada nilai2 daripada IMBANGAN DUGA.

    Stok Awal RM80,000.. manakala STOK AKHIR diperolehi daripada KAD STOK yang disediakan.

  549. Terima kasih….

    Cikgu.. Gaji dlm penyata pendapatan mengikut gaji sorng pekerja ataupun lima org pkrja?

    Untung bersih penyata pendpatan untung atau pun rugi? Adakah ia menjejaskan urus niaga?

    Jika ia tidak menjejaskan adakah ianya perlu ditambah ataupun ditolak dalam kkk?

  550. Farhana.

    Gaji untuk 5 orang. Rujuk baki dalm ID bagi penyediaan PP dan KKK.
    Untung / rugi tidak jadi masalah..
    Dalm KKK : Ekuiti pemilik
    modal (+) UB
    modal (-) RB

  551. cikgu

    komponen stok akhir adakah dokumen kad stok?

  552. Mazlan,

    YA. Kad Stok digunakan untuk menilai stok akhir berdasarkan harga kos.

  553. cikgu saya nak contoh dokumen perniagaan…

  554. Navin,

    Dalam buku teks ada contoh2 dokumen tersebut.

  555. macam mana nak buat kunci kira2??

  556. Hakim,

    Berdasarkan ID yang telah disediakan.. kenal pasti item2 aset, liabiliti dan ekuiti kemudian sediakan KKK mengikut format penyata dalam buku teks m/s 259

  557. Assalamualaikum cikgu Narzuki,
    adakah kad stok perlu mula dengan column ‘masuk’? sbb dlm perancangan urusniaga saya, saya jual brg pada Ogos 1…tq 🙂

  558. Tasnim, waalaikumussalam.

    KAD STOK bermula dengan 1/8 BAKI B/B (baki awal)…. kemudian baru KELUAR (merujuk kepada urus niaga JUALAN pada 1/8 dalam perancangan anda).

  559. Terima kaih cikgu.
    dan lagi satu, saya baca post no. #324, cikgu nyatakan hanya pulangan jualan kerana ROSAK tidak perlu masuk KAD STOK sedangkan ada cikgu lain yang nyatakan ” dalam ruangan MASUK boleh diisi dengan BELI BARANG atau PULANGAN JUALAN.” minta penjelasan ..tq

  560. Tasnim,

    PULANGAN JUALAN ada banyak sebab, antaranya kerana tersilap jenana, silap saiz dan sebagainya… barang yang dipulangkan tersebut masih boleh digunakan dan dijual semula kepada pelanggan lain. maka ianya masih dikira sebagai STOK dan perlu dicatatkan MASUK dalam KAD STOK.
    Manakala jika pulangan jualan disebabkan BARANG ROSAK, iaitu sudah tidak boleh dijual semula, maka ianya sudah tidak boleh dianggap sebagai STOK untuk dijual dan tidak perlu direkodkan dalam KAD STOK.

  561. Cikgu Narzuki, bagaimanakah nak kira stok akhir?

  562. Brain,

    Jumlahkan semua baki akhir setiap KAD STOK.

  563. terima kasih atas penerangan itu cikgu,
    kat BUKU TUNAI….pemilik membawa masuk tunai ke dalam perniagaan dicatat sebagai MODAL di bahagian DEBIT?

  564. Tasnim,

    Sekiranya pemilik membawa masuk TUNAI PERIBADI ke dalam perniagaan, maka BUKU TUNAI Dt MODAL

  565. Assalam cikgu, macam mana nak buat dokumen slip wang masuk? Saya menghadapi kesukaran dalam menyediakan slip wang masuk. Saya minta cikgu jelaskan secara ringkas tetapi mudah difahami oleh saya. Harap cikgu sudi membantu. Terima kasih 🙂

  566. Nini, waalaikumussalam.

    SLIP WANG MASUK merupakan Dokumen/borang yang dikeluarkan oleh pihak bank. Apabila kita ingin menyimpang wang tunai ke dalam akaun kita dibank, maka kita perlu isi borang tersebut dan serahkan bersama-sama WANG di kaunter bank. Setiap bank mempunyai format borang yang berlainan tetapi item2 yang terkandung di dalamnya adalah sama. Untuk lebih memahaminya cuba pergi ke mana2 bank berhampiran tempat Nini, dan dapatkan BORANG SIMPANAN tersebut sebagai contoh.

  567. tq cikgu,
    lejar saya imbang, jadi tak perlu baki b/b (tutup akaun)?

    Ogos 1 Baki b/b 1000 Ogos 4 Bank 755
    12 Bank 50 31 Tunai 295

    1050 1050

  568. Tasnim,

    YA, akaun yang sudah seimbang, maksudnya akaun tersebut sudah tiada baki lagi.. dan tidak perlu disenaraikan dalam ID.

  569. Cikgu , Dokumen perniagaan tu kena isi nama kita sekali dengan urusniaga ke ? atupun contoh dan jenis dokumen aje ?

  570. kalau sy banyak salah dlm mnyiapkan kerja kursus ini adakh akan membri kesan kpd keputusan spm sy cikgu? mohon penjelasan

  571. Cikgu, camne nak buat lejar?? sy confused…

  572. Assalamualaikum maaf nak tanya..catatan kontra dalam buky tunai adakah kena buat akaun lejar?

  573. cikgu macam mana nak buat kad stok? boleh tunjukkan langkah2 untuk membuatnya??

  574. Assalamualaikum,boleh tengokkan lejar saya tak.Kenapa tak seimbang langsung?tq

  575. Ikhbal, waalaikumussalam.

    Lejar tidak seimbang disebabkan catatan bergunya yang tidak tepat.. sila semak setiap catatan bergu urusniaga anda.

  576. Assalamualaikum..apabila kad stok telah ada..perlukah wujudkn buku stok pula?kad stok perlukah warna hijau?harap dapt jawab soalan sy ini

  577. Aishah, waalaikumussalam.

    Untuk tujuan kerja kursus, memadai menggunakan KAD STOK dan berawna putih atas kertas A4 biasa.. walau bagaimanapun, sila rujuk kehendak dan penyelarasan yang dibuat oleh guru sekolah anda.

  578. Assalammualaikum, cikgu. Cikgu saya menghadapi masalah dalam menyeimbangkan kunci kira kira saya. Saya telah menggunakan format yang betul seperti dalam buku tetapi kunci kira-kira saya tidak seimbang juga. Saya ingin minta tolong cikgu untuk membetulkan kesilapan saya. Boleh cikgu bantu saya?

  579. Zarwan, waalaikumussalam.

    InsyaAllah saya cuba bantu setakat mana yang boleh.

  580. cikgu saya nak tanya kalau ada lima pekerja perlu buat lima baucar pembayaran ke atau satu sahaja?

  581. Nur,

    Pada saya, memadai dengan 1 BAUCAR sahaja.. cuma perlu disenaraikan kelima2 nama pekerja tersebut.

  582. macamana nak kira kad stok ,

  583. macamana kita nak faham about akaun ??

  584. Iffah,

    KAD STOK
    ——- masuk —– keluar —– BAKI
    1/8——100———————100
    2/8——————-40———60
    3/8——-10———————70
    4/8——————-50———20 (baki akhir)

    Nak faham BANYAKKAN.. latihan.. bertanya Guru dan rakan2.

  585. ckgu tlog blh nk pos jurnal ke lejar iaitu tunai RM 3000,bank RM 25000,perabot RM 15000 stok RM 80000 a/pejabat RM 20000, aset Rm251000 dan Liabliti RM 108000

  586. Fairuz,

    Tunai dan Bank —> Buku Tunai
    Dt 1/8 Baki b/b 3000 (Tunai) 25000(Bank)

    Ak Perabot
    Dt 1/8 Baki b/b 15000

    Ak Stok
    Dt 1/8 Baki b/b 80000

    Ak Alatan pejabat
    Dt 1/8 Baki b/b 20000

  587. Ckg saya nak tanya…apa yg perlu diletakkan pada jurnal pulangan belian n jurnal pulangan jualan

  588. Afrina,

    JPB – pulangan kepada PEMBEKAL, butirnya nama2 PEMIUTANG yang terlibnat
    JPJ – pulangan daripada PELANGGAN, butirnya nama2 PENGHUTANG yang terlibnat

  589. Salam…
    Ckg,
    Saya nak tanya tentang buku tunai
    Saya x paham la pasal duit masuk n duit keluar ni…apa yg patut kita letak dlm buku tunai nih….
    Saya tengah buat kerja kursus masih sangkut kat buku tunai…harap ckg dpt bantu saya

  590. Afrina,

    Semua urus niaga yang melibatkan pembayaran @ penerimaan wang / cek… mesti dicatatkan dalam Buku Tunai.
    Dimana dokumen2 yang terlibat ialah resit rasmi, keratan cek, slip wang masuk, bil tunai, baucar pembayaran, makluman kredit, makluman debit.

  591. Baki b/b pula dari mana kita dpt utk diletakkan pada buku tunai

  592. Kalau org bayar hutang ia masuk ke duit masuk la kan…

  593. Afrina,

    BAKI B/B … merupakan BAKI AWAL, boleh rujuk maklumat tersebut dalam soalan… yang dicatat sebagai catatan permulaan dalam Jurnal Am.

    Orang BAYAR, maka kita TERIMA…wang masuk –> DEBIT.

  594. Cikgu, bagi dokumen baucer pembayaran sy utk gaji pekerja, bolehkah sy membuat 5 dokumen? Ataupun sy WAJIB buat 1 dokumen shj tapi tersenarai semua nama pekerja?

  595. assalamualaikum , saya pelajar akaun 2015 akaun nak buat macam mana . kena letak stok akhir ka dekat baki awal bulan?

  596. Cikgu, perlukah sy melibatkan pulangan masuk dlm kad stok? Jika ya, dlm penilaian stok akhir pun mesti libatkan tak?

  597. Angel,

    Kad stok untuk merekodkan semua urus niaga yang melibatkan keluar – masuk barang niaga. Ok, pulangan jualan kerana rosak … kita tidak akan simpan barang tersebut…. kerana kita juga akan pulangkan kepada pembekal. Dalam Kad Stok perlulah kita rekodkan pulangan jualan tersebut.. sebagai MASUK… kemudian bila kita pulangkan kepada pembekal.. kita rekodkan KELUAR.. Maka Kad Stok tetap mengambarkan stok barang yang elok dan sedia untuk dijual sahaja.. tidak timbul masalah terlebih/terkurang nilai stok akhir nanti.

  598. Cikgu, nak tanya sikit pasal kerja kursus akaun……macam mana nak buat urusniaga bagi komponen jualan bersih(pulangan jualan)……????

  599. Dylan,

    Pulangan jualan barang niaga ….(jenis brg niaga,unit dan harga)…. daripada Penghutang A.

  600. Cikgu saya ada beberapa soalan
    1)komisen diterima atas jualan dalam resit asal ke salinan?
    2)dalam invois asal,tandatangan penerima nama saya ke nama perniagaan?
    3)kalau jual/beli beberapa barang sahaja perlu ke diskaun niaga
    4)menjual kerusi dalam RM2 boleh ke?

  601. Sheng,

    Pihak yang terima dokumen .. ASAL
    Pihak yang keluarkan dokumen… SALINAN

    Dalam invois… penerima dan pengeluar dokumen perlu tandatangan.

    Kerusi berharga RM2.. tidak rasional.

  602. Cikgu, boleh bagi contoh urus niaga bagi konponen pembayaran (pemiutang)…..confused…..

  603. Dylan,

    Bayar RMxx kepada Pemiutang X dengan cek/tunai bagi menjelaskan sebahagian daripada hutang.

  604. salam..cikgu,apakah sebab,kelebihan dan risiko mnjlnkan perniagaan alatan pejabat ?

  605. Aina,

    Cuba fikir dan bincangkan bersama-sama rakan-rakan yang lain.. cara tersebut adalah lebih baik.

  606. Salam, nk tanya…dlm merekod kad stok kita kna rujuk dokumen perniagaan kan ?so, harga utk barang tu mstilah berpandukan pd dok perniagaan tu kn ?

  607. Haff,

    Kad Stok digunakan untuk menilai stok barang niaga berdasarkan nilai kos (harga beli), maka kita rujuk dokumen hanya untuk mengetahu KUANTITI kelua / masuk sahaja … nilai atau harga dalam Kad Stok masih menggunakan nilai HARGA BELI

  608. Cikgu,yang itu nak tulis dalam tangan tajuknya apa?

  609. Sheng,

    Maaf, Cg tak faham apa persoalannya.

  610. Assalamualaikum cikgu, Macam mana nak buat ayat bagu duti atas belian dalam urus niaga?

  611. Asy, waalaikumussalam.

    Guna penyataan yang mudah2 sahaja.. contohnya : Bayar duti atas belian sebanyak RM100 dengan cek.

  612. cikgu mcm mana nk cari stok akhir?

  613. Aisha,

    Apabila siap Kad Stok, sediakan senarai baki akhir setiap barang niaga dan jjmlahkan.. maka itulah nilai STOK AKHIR mengikut harga kos.

  614. Saya dpt banyak…..tengkiew…

  615. Salam..cgu..plangan jualan hnya brlaku utk jualan krdt sahje ke cgu?jualan tu nai xbley?knape ye?

  616. Joy,

    Cuba pergi ke kedai beli sesuatu barang secara tunai …. keesokan hari pergi ke kedai tersebut untuk pulangkan… dapat tak ?

  617. Cikgu pls reply cikgu sy nk tny di pengenalan perniagaan mcm mn nk bt sebab memilih kedai alatan pejabat, risiko dn kelebihan. Sy lgsung x ada isi utk risiko, kelebihan, dn sbb memilih . Pls cikgu bls dn tlg bgi sy isi

  618. Sha cruz,

    Sila bincang dalam kelas bersama2 rakan serta guru sekolah..

  619. jadual stok akhir nak buat macam mana

  620. Yu Xian,

    Apa yang perlu dibuat berkaitan Stok Akhir..
    1. Sediakan Kad Stok bagi setiap satu barang niaga… rekodkan keluar masuk barang niaga tersebut berdasarkan urus niaga daripada perancangan urus niaga yang telah dibuat… akhirnya akan dapat baki akhir setiap barang niaga.
    2. Sediakan senarai baki akhir setaip kad stok tersebut… dan jumlahkan.. Jumlah tersebut merupakan nilai STOK AKHIR perniagaan.

  621. cikgu..nak tnye..Kalau kita bayar bil eletrik kedai..dokumen dia baucar bayaran ke ?

  622. cikgu,sekiranya kad stok melibatkan diskaun,macam mana nak catat? COntohnya,saya membeli ketuhar berharga RM400,kemudian saya menerima diskaun niaga 20% iaitu harga selepas diskaun ialah RM320,so dlm kad stok,nilai mana yang perlu saya catat? Perlu tak buat ruang diskaun dlm kad stok?

  623. Zul,

    Ada 2 pendekatan yang boleh digunakan..
    1. Guna harga senarai (Harga Beli)
    2. Guna harga selepas diskaun.

    Bagi Cg untuk tujuan KK Tingkatan 4… memadai guna harga beli… kerana pelajar tidak lagi didedahkan dengan kaedah FIFO, LIFO atau Harga Purata dalam menikai stok akhir.
    # walau bagaimanapun sila rujuk guru sekolah.

  624. Maksudnya sekiranya saya menggunakan harga beli, saya kena catat Rm 400 dalam kad stok untuk masuk,keluar dan baki?

  625. Zun,

    Harga yang SAMA.

  626. Adakah pulangan jualan perlu disenaraikan di dalam kad stok

  627. Cikgu,
    Adakah pegawai pelajaran akan datang ke sekolah untuk memeriksa folio projek ini?

  628. Anna,

    Biasanya Ketua Pentaksir Kawasan akan dapat ke sekolah untuk pemantauan pelaksanaan dan penyemakan/ penyelarasan skor.

  629. Adakah pentaksir tersebut akan memeriksa dan melihat folio setiap pelajar?
    Atau melihat skor yg dibuat oleh guru sahaja?

  630. Anna,

    Pentaksir akan menyemak pemarkahan yang diberikan oleh guru dan dibandingkan pemarkahan yang diberikan oleh pentaksir. Jika perbezaannya ketara, kemungkinan pentaksir akan meminta guru membuat semakan semula terhadap hasil kerja calon.. supaya mematuhi syarat pemberian skor yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan dan Pemberian Skor.

  631. cikgu promosi berada dalam dokemen apa

  632. Shahid, waalaikumussalam.
    Dalam Kad Stok semua guna Harga Beli.

    Ily, waalaikumussalam.
    Semua urus niaga.. ada dokumen sebagai bukti / sumber rekod perakaunan.

    Zulzaki,
    Beberapa dokumen boleh digunakan… resit rasmi, keratan cek, bil tunai.

  633. Salam cg, jika dalam urusniaga sy tak beli kertas foto, tp ada hasil perkhidmatan mencetak foto. Boleh ke kalau sebegitu?

  634. Assalamusslaikum.. nak tanya ada tak contoh surat jika pelajar tidak mahu membuat kerja kursus?

  635. Fadzilah, waalaikumussalam.

    Sila download DISINI (klik)

  636. Salam cikgu.. ada tak contoh untuk kerja khusus berkaitan perkhidmatan bengkel ??

  637. Farisha,

    Maaf tiada contoh… bengkel sama juga dengan perkhidmatan yang lain.. cuma barang niaga saja yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.