SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2008

SIJIL LONDON CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY (LCCI) BAGI CALON PRINSIP PERAKAUNAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Penganugerahan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini bukanlah wajib kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM tetapi sebagai nilai tambah atau value added kepada sijil SPM yang akan dianugerahkan.

Calon yang layak memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ;

1. Calon yang mencapai sekurang-kurangnya gred 6C bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

2. Calon yang mencapai gred 6C ke atas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts terbuka. Calon yang mencapai gred 7C ke bawah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts dengan pernyataan Bahasa Melayu diterakan pada sijil berkenaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini juga bertujuan untuk memaklumkan mengenai bayaran sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts bagi calon Prinsip Perakaunan SPM seperti ketetapan berikut;

a) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang tidak berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts tidak dikenakan sebarang bayaran selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2007: Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam.

b) Calon Prinsip Perakaunan SPM yang berhasrat memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (Ringgit Dua Puluh Lima sahaja).

c) Calon yang berhasrat boleh membuat bayaran tersebut kepada pihak sekolah masing-masing hanya dalam masa sebulan selepas keputusan peperiksaan SPM tahun semasa diumumkan. Pihak Lembaga Peperiksaan akan mengedarkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts kepada pihak sekolah.

~ APAKAH KOMEN ANDA ~

Posted on September 19, 2008, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 27 Comments.

  1. cikgu, saya kurang setuju jika 6C pun boleh dapat pelepasan LCCI level 2 kerana pelajar yang dapat 6C pengetahuan tentang book keeping dan accounts pun masih kurang memuaskan. saya pernah bertanya seorang pensyarah kolej swasta yang ada menawarkan kursus LCCI. dia beritahu mereka yang dpt sijil level 2 ini akan naik ke level 3 di mana mereka akan belajar sama spt sukatan ting. 5. hanya bezanya ialah dalam bahasa inggeris sahaja. saya juga sudah lihat soalan LCCI tersebut. memang agak susah juga. pelajar yang dapat 6C sebenarnya pengetahuan tntg perakaunan masih lemah. kalau mereka naik ke level 3 mungkin mereka akan menghadapi masalah kerana biasanya di sekolah saya, pelajar begini selalunya tidak pernah lulus exam peringkat sekolah tetapi dalam spm mereka biasanya lulus. mereka hanya jawab soalan 1 dan 2 sahaja k2. tidakkah cikgu rasa, pelajar begini akan menghadapi masalah jika mereka dapat pelepasan ke level 3 LCCI?

  2. Shafiq,

    Kita harus ingat Subjek Prinsip Perakaunan sekarang dalam proses perubahan untuk menaikkan taraf ke peringkat antarabangsa melalui gabungan dua persijilan kebangsaan SPM dan badan profesional LCCI dan ACCA. Perubahan tersebut tidak boleh dilakukan serta merta, ianya mesti melalui peringkat2 tertentu. Pada tahun 2007 & 2008 merupakan perubahan FASA 1, di mana perubahan soalan SPM dilaksanakan. FASA 2 pula akan bermula pada tahun 2009 dengan perubahan dalam Format Soalan SPM dan juga pelaksanaan Sukatan Pelajaran Semakan 2009. Daripada apa yang telah dirancangkan oleh LPM, 6C pada tahun ini dan tahun2 sebelumnya TIDAK SAMA dengan 6C pada tahun 2009 nanti.

    Pada pandangan Cg, pelajar-pelajar pada tahun ini sangat BERTUAH kerana walaupun perubahan yang dihadapi dalam SPM 2008 tidak sepenuhnya seperti SPM 2009 nanti, tapi Penganugerahan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts sudah boleh diperolehi sekiranya memenuhi syarat sekurang-kurangnya 6C dalam Prinsip Perakaunan dan Bahasa Inggeris 1119. Maka, pelajar-pelajar SPM 2008 sekalian, rebutlah PELUANG yang diperolehi ini dengan sebaik mungkin.

  3. Assalamulalaikum cikgu,
    Saya tak tahu lagi berkenaan pekeliling tersebut dan masih belum memahami sepenuhnya maksud pekeliling tersebut. Kalau boleh cikgu bekalkan kepada saya. Saya amat hargai./
    Terima Kasih

  4. Waalaikumsalam,

    Sebenarnya sayapun sendiri belum menerima surat pekeliling tersebut. Maklumat tersebut diperolehi daripada Cg Sila – Putrajaya, beliau juga baru menerimanya. Mungkin sekarang dalam proses penghantaran ke sekolah-sekolah, nanti semua sekolah akan menerimanya.

  5. 6C dalam Prinsip Akaun dan Bahasa Inggeris? Senang saja. Tapi kalau masa depan bukan nak jadi accountant tak perlu dapat sijil ni kan?

  6. Chris,

    Sekiranya pelajar layak boleh mendapatkannya jika mahu, Sijil tersebut mungkin berguna dikemudian hari nanti walaupun tidak bercadang menjadi akauntan.

    Cg dimaklumkan kemungkinan besar bayaran RM25 tersebut akan dimansuhkan, KPM akan tanggung semua kos tersebut.

  7. kami diberitahu bayaran akan ditanggung oleh kpm dalam mesyuarat baru-baru ini.

  8. saya, tak tahu apa2 pun tentang pekeliling tu…
    terima kasih menghebahkannya.

  9. Assalammualaikum,

    Ty Cg atas info ni….

  10. Selamat sejahtera cikgu. Saya telah membaca Surat pekeliling di atas dan didapati pelajar yang mempunyai gred sekurang-kurangnya 6C ke atas layak memohon sijil LCCI tetapi cikgu di sekolah saya mengatakan 4B ke atas baru layak mendapat sijil… Cikgu mana satu yang tepat?

  11. Wong,

    Pada pandangan Cg pemberian sijil dan gred LCCI adalah berdasarkan markah yang diperolehi daripada soalan Anchor Item iaitu Soalan 2 dan Soalan 3. Yang dimaksudkan 6C dalam surat pekeliling tersebut adalah merujuk kepada gred LCCI.

    Ini kerana 2 orang daripada pelajar Cg yang mendapat 4B gred LPM juga tidak layak mendapat sijil tersebut.

  12. Salam cikgu

    Sebelum ini saya dah pernah tanya cikgu bagaimana hendak dapatkan sijil LCCI bagi mereka yang telah berjaya dalam Prinsip Perakaunan SPM. Cikgu cakap belum ada maklumat pada waktu itu. Mungkin sekarang cikgu dah ada.

    Bayar RM25 ke? Hantar melalui sekolah ke? Sekolah lama saya tidak dapat berikan maklumat. Harap cikgu dapat bantu sbb ikut surat perkeliling ikhtisas bil 5/2008 seperti di atas masa diberi cuma hanya satu bulan dari tarikh keputusan SPM. Sekarang dah masuk 2 minggu. Saya khuatir terlepas pula peluang hendak dapat sijil LCCI ini. TQ

  13. Abma,

    Cg baru saja dapat maklumat yang lebih sahih (hitam putih) berhubung perkara tersebut, sila muat turun Panduan untuk Permohonan Sijil LCCI di SINI.

    Sebenarnya panduan tersebut telah dihantar bersama-sama Surat Pekeliling yang telah diedarkan ke sekolah2, tetapi kebanyakkan sekolah hanya menerima surat pekeliling saja tanpa panduan permohonan tersebut, termasuklah sekolah Cg sendiri. Dan buat masa ini masih terdapat cikgu2 dan pengetua di sekolah serta pegawai2 di PPD atau JPN yang masih tidak mengetahui/menerima panduan tersebut.

    Jadi Cg cadangkan Amba, bawa bersama panduan ini ke sekolah lama anda untuk diambil tindakan selanjutnya.

  14. su peperiksaan spm telah diberikan borang tersebut semasa mereka pergi mengambil result spm dan telah mengedarkan kpd calon yang dpt 1a-6c pada hari tersebut kerana result pelajar2 tersebut telah diasingkan asal dan salinan. diberitahu juga kertas result tersebut juga berlainan warna (iaitu lebih putih). pelajar juga diminta menyediakan wang pos RM25 setiap seorang, su akn hntr ke ppd ikut jumlah dan bil wang pos tersebut. jika ada 25 pelajar perlu ada 25 wang pos. itu mklumat drp su spm sek saya. kalau salah hrp betulkan.

  15. Ciknon,

    Terima kasih atas maklumat tersebut. Pelajar yang layak hanyalah yang tercatat GRED LCCI pada slip keputusan mereka, bukannya berdasarkan GRED 1A-6C LPM. Sekiranya tidak tercatat GRED LCCI, maka pelayar tersebut dikira tidak layak untuk memohon sijil tersebut.

  16. ya, betul spt yg cg beritahu. tapi agak mengewakan sbb tidak spt maklumat yg diberitahu sebelum ini. ramai pelajar tidak tahu tntg ini. mereka berhrp akan dpt sijil tersebut tetapi tidak. kami guru juga tidak tahu, bagaimana hendak beritahu pelajar2 tersebut? saya pernah menyuarakan pendapat tntg pemberian sijil ini kpd pelajar yg dpt 6C dlm laman web cg sebelum ini. mereka sepatutnya tidak boleh dpt sijil ini kerana kebanyakan pelajar yg dpt gred tersebut lemah dlm menjawab soalan 2 dan 3 kalau mkh dr soalan tersebut diambil kira sebagai syarat utk dpt kelayakan memohon sijil LCCI. saya berharap agr cg boleh dptkan maklumat sebenar tntg kelayakan memohon sijil kpd kami guru sebab dikhuatiri kami akan menyampaikan maklumat yg samar2 lagi kpd pelajar.tq

  17. Cg Ciknon,

    Berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas 5/2008 pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya gred 6C bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM layak mendapatkan sijil tersebut. Pada pandangan saya mungkin berlaku SALAH FAHAM antara LPM dan pihak LCCI, pihak LCCI menyatakan gred 6 mengikut gred LCCI tetapi disalah-fahamkan 6C gred kebangsaan oleh LPM.

    Sedikit maklumat berkaitan pemberian gred LCCI dan syarat layak mendapat sijil boleh muat turun di SINI.

  18. kemungkinan salah faham itu ada sbb dua org pelajar saya dapat 1A dan gred LCCI di slip ialah 1. ada juga yg dapat 1A tapi tidak ditulis 1 pada slip dan ada pelajar dpt 4B tapi dislip ditulis 6 utk LCCI. skrg kita mungkin ingin tahu kedudukan gred tersebut iaitu cara pemberian gred diberi kpd pelajar.hrp cg dpt maklumat tersebut.tq

  19. Cg Ciknon,

    Daripada pemerhatian terhadap keputusan pelajar2 saya dan panduan permohonan sijil LCCI, saya dapati pemberian gred LCCI adalah berdasarkan subjek Bahasa Inggeris 1119C dan Prinsip Perakaunan.

    Jika Bahasa Inggeris 1119C mencapai 6C keatas :
    Kod gred LCCI 1 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 2 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 3 – Lulus
    # Layak menerima Sijil “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun

    Jika Bahasa Inggeris 1119C tidak mencapai 6C / kebawah :
    Kod gred LCCI 4 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 5 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 6 – Lulus
    # Layak menerima Sijil “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)

    Pada pandangan saya, penentuan sama ada Lulus dengan Cemerlang, Lulus dengan Kepujian atau Lulus adalah berdasarkan markah yang diperolehi daripada 2 soalan “Anchor Item” iaitu soalan 2 dan 3. Ini kerana 2 soalan tersebut menggunakan gaya penyoalan dan skema pemarkahan LCCI. Dan ada kemungkinan juga berdasarkan markah yang diperolehi daripada KERTAS 2.

    Salah Faham yang saya maksudkan adalah dari segi syarat minima 6C dalam Surat Pekeliling diatas adalah merujuk kepada Gred 6C LCCI (bukan gred 6C LPM) bagi Prinsip Perakaunan. Manakala Bahasa Inggeris pula 6C adalah merujuk kepada gred 1119C bukannya gred 1119. Pandangan saya ini adalah berdasarkan keputusan pelajar2 perolehi, antaranya;

    1. PA=1A, BI 1119=2A, 1119C=5C ……LCCI=1
    2. PA=1A, BI 1119=4B, 1119C=6C ……LCCI=2
    3. PA=3B, BI 1119=4B, 1119C=6C ……LCCI=3
    4. PA=1A, BI 1119=5C, 1119C=7D ……LCCI=4
    5. PA=1A, BI 1119=4B, 1119C=7D ……LCCI=5
    6. PA=4B, BI 1119=6C, 1119C=7D ……LCCI=6
    7. PA=4B, BI 1119=3B, 1119C=6C ……LCCI TAK DAPAT
    8. PA=4B, BI 1119=4B, 1119C=6C ……LCCI TAK DAPAT

  20. kenapa phk sek sruh kami urskn sndri lau nk mhon sjil 2..sdgkan phk sek lah yg kena urskn..hbis 2,mcm mne ckgu..ap perlu kami buat..kena hntr sndri ke brang lcci 2..

  21. Umie,

    Cg cadangkan umie muat turun Borang dan Panduan Permohonan LCCI dan serahkan kepada guru Akaun anda, dan minta tolong beliau uruskan bagi pihak sekolah.

    Jika mereka masih tidak mahu menguruskannya, Umie boleh rujuk kepada panduan tersebut berkaitan dengan :

    Permohonan Sijil LCCI selepas 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan hendaklah dialamatkan terus kepada pusat latihan yang dilantik oleh LCCI lnternational Qualifications atau di mohon terus kepada pejabat LCCI di alamat:

    LCCI Internation Qalualifications (Malaysia) Sdn. Bhd.
    Suite 10.01, 10th Floor
    Menara Yayasan Selangor
    18A, Persiaran Barat
    46000 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
    Malaysia.

    Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Level 2 Book-keeping and Accounts Application F orm yang boleh didapati dipejabat LCCI Malaysia, pusat latihan yang d ilantik oleh LCCI atau laman web (www.lcciasia.com).

  22. cikgu narzuki
    Apa khabar?Saya dapat A1 dalam perakaunan dan saya layak memohon sijil tetapi apabila saya ingin mengisi borang wang pos,mereka menanya nama penerima dan alamat penerima apa yang patut saya tulis.Bukan itu sahaja saya ingin tahu jenis penghantarannya.Tolong saya tinggal dua hari saja untuk menghantar borang permohonan.Kalau boleh pls reply today secepat mungkin.

  23. Fanaa,

    Tahniah ucapkan. Cg cadangkan muat turun Panduan Permohonan Sijil LCCI sebagai rujukan.

    Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf hendaklah ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN , (alamatkan Lembaga Peperiksaan Malaysia-jika perlu).

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen2 yang telah disahkan (4 SALINAN) dan bayaran sebanyak RM25 hendaklah dihantar kepada pihak sekolah sebelum atau pada 9 April 2009.

    Pihak sekolah dikehendaki menghantar ke PPD (3 Salinan) pada atau sebelum 13 April 2009.
    Pihak PPD akan menghantarnya ke SPP di JPN (2 Salinan) pada atau sebelum 17 April 2009.
    Akhirnya, pihak JPN akan menghantarnya (1 Salinan) ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  24. dulu pening sekarang sedar

    cikgu,
    yg soalan anchor itu soalan 2 & 3 ya?
    Soalan itu mcm mana?
    kriteria pemarkahan berbeza macam mana?
    boleh tak bagi sikit penjelasan ….TQ

  25. Sedar,

    Soalan 2 dan 3 merujuk kepada “Anchor Item” di mana gaya penyoalan dan skema pemberian markah mengikuti LCCI. Perkara ini telah Cg bincangkan secara panjang lebar dalam post Perubahan Soalan Prinsip Perakaunan 2008.

  26. Salam cikgu. Saya mau tanya, kalau calon persendirian spm telah mendapat result at least A-, adakah dia layak memohon sijil LCCI? Atau LCCI cert hanya qualified utk mrk calon spm sekolah sahaja? Terima kasih.

  27. Nica,

    Layak atau tidak.. boleh rujuk pada slip keputusan SPM.. di bahagian bawah ada dinyatakan gred LCCI…dikira layak mohon.
    Jika tiada gred LCCI.. dikira tidak layak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.