FORMAT PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009 -> DITANGGUHKAN PADA 2011

Format Pentaksiran Sebenar akan diedarkan selepas mendapat kelulusan pihak2 tertentu terlebih dahulu, Harap maklum.

[01.07.2009]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MUAT TURUN : BAHAN PENATARAN SPM 2009

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Posted on November 12, 2008, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 94 Comments.

  1. Bagaimanakah pelajar Tg 4 (2008), iaitu calon SPM 2009 menyiapkan Kertas 3? Buat semasa Tingkatan 5?

    Sudah ada pihak yang terlibat dalam pembinaan modul untuk tajuk-tajuk baharu? Boleh kita dapatkan?

    AssetBase dalam bahasa Malaysia atau English? Jika dlm English, pelajar akan rasa tak selesa kerana istilah perakaunan yg digunakan.

  2. Patrick Tan,

    Kertas 3 : Tugasan Projek perlu disiapkan dalam tempoh 14 minggu semasa di tingkatan 5. Penilaian dilakukan secara berperingkat-peringkat. Saya dimaklumkan LPM akan mengedarkan satu contoh format soalan dan contoh tugasan projek kepada sekolah2 pada awal tahun depan.

    Pihak yang terlibat dengan pembinaan modul dan bila akan diedarkan saya tidak pasti, mungkin tahun depan.

    AssetBase disediakan dalam BM. AssetBase bukannya suatu perisian perakaunan spt MYOB, UBS, ianya lebih kepada perisian pendidikan perakaunan. Sebagai pendedahan awal pelajar kepada perisian perakaunan yang sebenar di pasaran.

  3. Saya sangat risau akan pelaksanaan format Prinsip Perakauanan yang terbaru ini kerana pentaksiran itu diumumkan secara tiba-tiba dan secara tanpa dapat dijangkaan oleh semua pihak, bukan hanya pelajar tetapi juga guru-guru sekolah. Sehubungan dengan itu, Saya mengharapkan pihak Lembaga Peperiksaan mempertimbangkan semula untuk memperkenalkan pentaksiran baru ini pada tahun depan (2009) hanya kepada pelajar Tingkatan 4. Perlaksanaan suatu “sistem” yang baru secara terburu-buru sememangnya tidak mendatangkan mananfaat kepada mana-mana pihak.
    Sekian saja, harap maklum.

  4. Aaron,

    Projek Persijilan Berganda ini telah dirancang mulai 2006 lagi, di mana perlaksanaan Fasa 1 bermula pada SPM 2007 dan SPM 2008, manakala Fasa 2 bermula SPM 2009. Apa yang dilakukan oleh LPM adalah mengikuti perancangan asal yang telah dipersetujui oleh semua pihak2 yang terlibat.

    Jadi sudah 3 tahun perancangan tersebut telah dibuat, oleh itu tindakan yang diambil bukan suatu yang terburu-buru tetapi mengikuti perancangan yang telah dibuat demi untuk kebaikan pelajar-pelajar sekalian.

    Berikut adalah perjalanan perlaksanaan Projek Dua Persijilan :

    1. Projek Dua Pensijilan atau International Benchmarking di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan badan kelayakan antarabangsa dan badan profesional perakaunan telah di mulakan pada bulan Jun 2006.

    2. Pada 17 Oktober 2006, mesyuarat pemetaan kurikulum telah dilaksanakan bersama dengan LCCI, ACCA dan MICPA (Malaysian Institute Chartered Public Accountants) di Putrajaya.

    3. Pada 25 Jun 2007, Memorandum Persefahaman (MOU) di antara KPM dengan LCCI, ACCA dan CBL (Computer Based Learning) telah dilaksanakan.

    4. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia telah membuat pengumuman dalam majlis tersebut bahawa Projek Dua Pensijilan ini akan dilaksanakan pada 2008 dan SPM 2009.Pengumuman ini telah dilaporkan dalam akhbar utama iaitu The Star, NST dan Berita Harian bertarikh 26Jun 2007.

  5. cg saya nk tnye soalan no 4,5 n 6 spm 2008 apa yg cikgu taget boleh keluar????

  6. cg soalan target spm 2008 untuk soalan 4,5 dan 6??
    tlog mmberi thu sy….
    segera…

  7. Iftitah dan Ihsan,

    Minta maaf kerana Cg tidak ada soalan target / ramalan, Cg nasihatkan cover sebanyak mungkin topik2 yang ada, kalau boleh kesemuanya sekali, InsyaAllah 1A dalam tangan. Semoga Berjaya !!!

  8. ape soalan selain soalan achor 2 ek???

  9. Ihsan,

    Boleh rujuk Jadual Analisis Soalan Percubaan SPM 2008 yang disediakan oleh Cg Rithuwan sebagai panduan. Soalan Percubaan boleh dikatakan sebagai soalan ramalan yang disediakan bagi setiap negeri. Jadi gunakan analisis tersebut sebagai panduan, semoga ianya dapat membantu.

    Muat turun DISINI.

  10. akum
    Sek sy baru buka subjek PA dan saya jga baru mengajar subjek ini. Jadi banyak yg kami tertinggal terutama penggunaan ASSETBASE. Dari mana boleh saya dapatkan perisian tu? Adakah wajib menggunakannya dalam PnP?

  11. Salam,

    Tahniah kepada sekolah anda kerana mula menawarkan subjek PA kepada pelajar. Pada tahun 2007 Perisian AssetBase telah diagihkan ke semua sekolah2 yang menawarkan subjek PA mengikut bilangan pada masa itu. Buat masa sekarang saya tidak pasti dimana boleh dapatkan perisian tersebut secara “SAH”, Cg Mar cuba hubungi PPD atau JPN bertanyakan perkara tersebut.

    Ketinggalan berkaitan penggunaan AssetBase, tidak menjadi masalah besar kerana ianya bukannya wajib digunakan (buktinya tiada disebut dalam HSP).

    Pada pandangan saya, HSP hanya menekankan kepada kemahiran penggunaan ICT secara umum dan berkaitan perakaunan sedikit sebagai pendedahan awal. Bukannya diminta mengajarkan perisian perakaunan kepada pelajar. Pada peringkat awal, saya rasa tumpukan kepada kemahiran merekod secara manual terlebih dahulu, kerana itu adalah kemahiran sebenar yang perlu dikuasai oleh pelajar, kemudian baru diserapkan kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat mengikut keupayaan cikgu.

  12. Terima kasih kerana menjawab.
    Alhamdulillah semenjak membuka blog cikgu pengetahuan tentang PA lebih banyak saya perolehi setelah 4 tahun tidak mengajar subjek ini.

  13. Sama-sama, oleh kerana Cg Mar pernah mengajar PA, maka tidak menjadi masalah sangat, cuma berikan perhatian kepada perubahan Format SPM 2009. Semoga kita dapat sama-sama berkongsikan maklumat, bahan, pengalaman mengajar dan sebagainya berkaitan PA di sini.

  14. salam…
    jd benarla cg sy katakan ada 3 kertas nex yer…Wah….btul2 pla jd…mcmna sy sbg pljar nk cover smnya…sdgkn krts 2 pun xbrapa pas sgt….sy rsula cg…tlg anta kt emel sy k…tanx

  15. Ela,

    Kertas 3 adalah berbentuk tugasan projek / kerja kursus. Kalau tak silap Cg Add mate sudah ada kerja kursus, cuma tahun ini PA pula. Sebenarnya anda beruntung kerana tugasan projek PA memberikan 20% untuk SPM, asalkan siap tugasan tersebut dalam tempoh 14 minggu anda sudah dapat 20%, jadi LULUS sudah pasti.

    ~ UNTUK MENDAPAT SESUATU YANG LEBIH BERHARGA, USAHA JUGA KENA LEBIH DARIPADA BIASA ~

  16. Cikgu, apakah perbezaan diantara format peperiksaan PA pada tahun hadapan dengan format yang peperiksaan yang digunakan sekarang??

    Bagaimanakah pula dengan sistem permarkahan untuk tahun hadapan??

    Terima Kasih..

  17. Syafeeqa,

    Format SPM 2008 :
    Kertas 1 – 40 markah (33.3%)
    Kertas 2 – 80 markah (66.7%) – Jawab 5 drp 6 soalan.

    Format SPM 2009 :
    Kertas 1 – 40 markah (20%)
    Kertas 2 – 100 markah (60%) – Jawab 4 drp 5 soalan.
    Kertas 3 – 100 markah (20%)

  18. saya mengajar pa di SMK ayer tawar,saya agar keliru dengan kertas 3.Boleh jelaskan n dimana saya boleh dapatkan contoh tugasan tersebut.terima kasih

  19. Ngu Kee Shing,

    Satu kursus penataran khas untuk Kertas 3 akan diadakan pada awal tahun hadapan, di mana bahan2, contoh laporan tugasan dan cara-cara penilaian akan disampaikan. Pastikan cikgu tidak ketinggalan dan mendapat bahan2 dan maklumat berkaitan perkara tersebut.

  20. saya ingin tahu adakah asset base akan digunakan utk kerja kursus thn hdpn?tq

  21. Cg Ciknon,

    Dalam Kerja kursus nanti, pelajar dikehendaki menyediakan antara 25 – 30 dokumen, catatan dalam buku catatan pertama, poskan ke lejar, Imbangan Duga, Penyata Kewangan dan analisis terhadap penyata kewangan tersebut. Untuk menyediakannya pelajar tidak semestinya menggunakan AssetBase, menggunakan perisian asas yang lain seperti Ms Word, Ms Excel dll juga dibenarkan, asalkan menggunakan kemudahan komputer.

  22. terima kasih atas penjelasan cikgu.
    di samping itu, saya berharap cikgu dapat jelaskan soalan berikut:

    1) apakah jenis soalan dalam kertas 2 bagi bahagian A, di mana murid perlu jawab 2 soalan daripada 3 soalan?adakah BCP ( dokumen ) telah digugurkan daripada kertas ini?adakah lembaran kerja masih dalam sukatan ?

    2) mengenai kertas 3.siapakah yang menilaikan kertas ini bagi murid ( pure science) yang mengambil PA sebagai subjek lebihan?dan siapakah yang akan memberi taklimat kepada mereka?

    selain daripada itu, apakah pesanan cikgu ?
    terima kasih.

  23. Wong,

    Dalam Kertas 2 nanti soalan dokumen tidak lagi dimasukkan kerana topik tersebut dijadikan tugasan projek bagi Kertas 3. Manakala Lembaran Kerja masih lagi terdapat dalam HSP baru.

    Kertas 3 akan dinilai oleh guru masing2 dan akan dipantau oleh pihak2 tertentu nanti, perlaksanaannya hampir sama dengan subjek2 lain yang melaksanakan tugasan kerja kursus.

    Pihak LPM akan turun padang membuat penerangan melalui kursus penataran Kertas 3 kepada guru2 mengikut zon di seluruh negara. Biasanya tidak semua guru perakaunan yang terlibat. Ekoran daripada itu pihak JPN masing2 akan melaksanakan kursus untuk semua guru2 bagi negeri masing2.

    Tiada apa yang perlu dirungsingkan, cuma laksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.

  24. Askum..
    Cikgu, apakah tajuk yang ada dalam sukatan Pa Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, yang perlu diberikan perhatian atau ditekankan untuk peperiksaan PA bagi tahun 2009??

    Bagaimanakah pula bentuk soalan yang akan dikeluarkan?? Adakah sama seperti tahun sebelumnya..

  25. W’salam, Bagi Cg semua tajuk perlu diberikan perhatian, selagi ianya ada dalam Huraian Sukatan Pelajaran maka ada kemungkinan akan disoal dalam SPM nanti.

    Bentuk soalan Kertas 2 untuk SPM 2009 berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Cg nasihatkan supaya kuasai isi kandungan bagi setiap topik yang dipelajari supaya dapat menjawab soalan dengan baik walaupun format/bentuk soalan yang berbeza digunakan.

  26. Lanjutan daripada soalan yang dikemukakan oleh Wong.
    Bagaimanakah penilaian Kertas 3 bagi calon persendirian?

  27. Patrick Tan,

    Maaf, saya tidak pasti bagaimana perlaksanaan Kertas 3 bagi calon2 persedirian. Perkara ini kena rujuk LPM nanti ataupun rujuk bagaimana perlaksanaan kerja kursus bagi subjek lain yang telah lama dijalankan.

  28. cikgu saya nak tahu ,apakah laman web yg mempamerkan tengtang nota prinsip perakaunan tingkatan 4 dan 5 spt nota dlm asset base .Adakah ia dikira sebagai sesuatu yg sulit atau ia tidak boleh didedahkan kpd mana2 pihak.

  29. Azrian,

    Nota2 dan bahan bagi Tingkatan 4 & 5, boleh muat turun di bahagian B-MUAT TURUN BAHAN.

    Manakala nota ringkas berkaitan dengan AssetBase boleh muat turun disini.

  30. CG…
    sY sbnrnya masi knfius..
    cg kta pntksiran 2009 ditangguhkan tuk 2011
    tp krtas 3 ada x??
    n format 2009 ada 3 krtas ka cg??
    saya ckup kliru cg..
    plz help…

  31. Ela,

    Untuk mengetahui perkembangan semasa, bacalah post terbaru. Post ini ditulis pada 12 November 2008 lalu berdasarkan maklumat yang diperolehi pada masa itu sebelum keputusan penangguhan dibuat.

    Maklumat terbaru tentang penangguhan dimaklumkan pada 15 Disember 2008. Di mana format pada tahun 2009 adalah seperti berikut :
    Kertas 1 (40 markah)
    Kertas 2 (80 markah)

    Kertas 3 akan mula diperkenalkan pada calon SPM 2011 nanti.

  32. ok TANX cg..
    Baru sy fhm..Tnx a lot

  33. cikgu, maksudnya, tahun ini masih guna format yang lama seperti tahun 2008?kertas 1 = 40 objektif,
    kertas2 bahagian A – soalan 1 hingga 4 ( wajib jawab)
    bahagian B – soalan 5 atau 6 , pilih satu?

    terima kasih

  34. Wong,

    Ya, sama seperti format SPM 2008.

  35. cikgu, maksudnya, tahun ini (2009) dalam kertas 2, soalan 1 , masih ialah dokumen atau tidak ?

  36. Yee,

    Format SPM 2009 dan 2010 sama dengan SPM 2008, maka soalan 1 masih kekal soalan dokumen. Ianya akan dikeluarkan sebagai tugasan dalam kertas 3 pada SPM 2011 nanti.

  37. Cikgu, adakah kerja kursus spm 2009 bagi pelajar sabah & sarawak adalah berlainan tajuk dengan kerja kursus pelajar semenanjung?

  38. Nadz,

    SPM 2009 tidak ada kerja kursus. Formatnya sama seperti SPM 2008, iaitu Kertas 1 (Objektif) dan Kertas 2 (Subjektif).

    Perlaksanaan Format Pentaksiran Baru (Kertas 3 : Kerja kursus) telah ditangguhkan sehingga SPM 2011. Harap maklum.

  39. sek saya masih belum terima HSP tetapi saya sudah download dr lmn web cg. adakah saya perlu ikut HSP baru t ersebut utk T5 kerana ada dua tajuk awal ak kawalan dan pembetulan kesilapan telah dimasukkan dlm sukatan T4. buat masa ini sy ikut buku teks dahulu sbb mereka belum belajar semasa T4 2 tajuk tersebut.

  40. a’kum.. ckgu, format baru dah ditangguhkan ke 2011, maknanya tajuk Penggajian belum masuk dalam sukatan tahun ini dan tahun depan la..kalau masuk,di mana saya boleh dapat nota tersebut… terima kasih

  41. Cg Mat & Cg Ciknon,

    Format Pentaksiran Baru sahaja ditangguhkan ke tahun 2011. HSP baru tetap mula dilaksanakan pada tahun ini.

    Namun begitu tajuk pembetulan kesilapan dan akaun kawalan (tingkatan 4 – HSP baru) terpaksalah kita ajar pada tahun ini bagi pelajar tingkatan 5.

    Nota2 berkaitan dengan topik2 baru mungkin akan dihantar ke sekolah kemudian nanti. Sama2 kita tunggu.

  42. Beberapa topik subjek ini juga ada rumus atau formula, contohnya bab Maklumat Untuk Membuat Keputusan.
    Rumus atau formula dilampirkan dalam kertas soalan Matematik SPM, tetapi tidak dalam Prinsip Perakaunan. Jika rumus atau formula dapat dilampirkan bersama dalam kertas soalan, ia mampu membantu pelajar menjawab soalan. Apa komen Cikgu?
    Azif Fahmi
    Guru PA
    SMK Tebakang

  43. Cg Azif,

    Rumus/formula yang terdapat dalam tajuk tersebut adalah terlalu mudah (peratus dan nisbah saja) berbanding dengan rumus2 matematik. Dalam kertas soalan matematik pun (kalau tak silap) tidak dimasukkan rumus mudah seperti peratus.

    Pada pandangan saya jika diberikan rumus2 tersebut maka tiada apa lagi yang hendak diuji dan disoal. Lagipun rumus2 tersebut boleh dikelaskan sebagai rumus2 mudah sahaja. Jadi pelajar perlu FAHAM apa yang hendah dikira, INGAT rumusnya dan tahu akan TAFSIRANnya.

  44. siti nor sarah ain aqilah

    betol ke tangguh..???
    tp, skolah sy xdpt ape2 pemberitahuan tntg penangguhn ini..
    rmi peljr mule nk buat paper 3 tu..
    cmne nie..

  45. Semua sekolah tidak dapat apa2 makluman berkaitan dengannya, begitu juga tentang perlaksanaan format pentaksiran baru pada 2009 dahulu juga tidak dimaklumkan ke sekolah.

    Daripada maklumat yang disampaikan oleh pegawai LPM sendiri, bahawa ianya ditangguhkan. Lagipun untuk memulakan kertas projek kena tunggu SOALAN dan arahannya dahulu, bukan buat ikut suka2. Oleh kerana pelajar ting 5 sekarang tidak mengikuti HSP baru semasa ting 4, di mana kemahiran penggunaan komputer tidak diajar. Sedangkan penyediaan laporan kertas projek tersebut adalah untuk menguji kemahiran2 yang diajar dalam HSP baru di ting 4.

  46. siti nor sarah ain aqilah

    baiklah, sy lbih fhm, skrg.
    jadi spm 2009 masih menggunekn format lame spt spm 2008.
    oleh itu, semua peljr yg mengmbil spm pada 2009 x perlu runsing memikirkn tntang paper3 kerane akn ditangguhkn pd 2011 nnti..begitu ke?? adekah benar kesimpuln saye ni..?

  47. Saya baru saja mendapat maklumat bahawa surat penanguhan perlaksanaan HSP dan Format Pentaksiran Baru telah mula diedarkan ke semua sekolah2. Nampaknya HSP baru juga ditangguhkan kerana penyediaan buku teks / modul seperti yang diperkatakan sebelum ini hanya dapat disiap sehingga akhir tahun 2009. Oleh itu perlaksanaan HSP baru juga ditangguhkan, iaitu bermula pelajar tingkatan 4 pada 2010 dan format pentaksiran baru SPM 2011.

  48. I am a form 4 student of your 2009. I would like to take Accounts as my additional subject. But the pure science students in my school are prohibited from taking the subject. This is due to the existence of the project. Our Accounts teacher isnt willing to mark the project for us. She said it is troublesome. Do i stand any chance to take this subject? without this project, there is no possibility that i can get A1 in SPM, is it true?
    Thanks.

  49. Chanel,

    Perlaksanaan Format Pentaksiran Baru telah ditunda ke tahun 2011. Jadi untuk SPM 2009 Kertas 3 : Tugasan Projek tidak dilaksanakan lagi. Anda masih berpeluang untuk mengambil dan skor 1A dalam Prinsip Perakaunan.

    Format Pentaksiran SPM 2009 sama dengan tahun lepas iaitu mengandungi Kertas 1 (Objektif) dan Kertas 2 (Subjektif) – Tiada Kertas 3. Walaubagaimanapun sila berbincang dengan guru anda.

  50. hi cikgu
    a) sistem pemarkahan dalam kertas 2? Misalnya dalam soalan 1, markah yang diagihkan ialah 25%. sekiranya saya belum habis soalan ini ataupun sudah menyelesaikan soalan ini tetapi bukan semua pengelasan atau jawapan adalah betul. Adakah saya diberikan markah pada step yang betul atau diberikan 0?

    b) bolehkah cikgu huraikan apakah yang akan terangkum dalam kertas 3?

    tq

  51. Alcal,

    Markah bagi soalan 1 kebiasaannya 29 markah, di mana penyediaan BCP 12 markah, Lejar 10 markah dan ID 7 markah. Sekiranya hanya BCP dan Lejar saja sempat disiapkan maka markah akan diberikan berdasarkan peruntukan markah yang ditetapan iaitu (12 + 10=22 markah), bukannya mendapat 0 markah.

    Pada tahun 2009 dan 2010 formatnya masih sama dengan SPM 2008 iaitu tiada Kertas 3. Perlaksanaan Kertas 3 akan bermula bagi pelajar SPM 2011 nanti.

    Kertas 3 merangkumi tugasan projek dimana SOALAN/ARAHAN akan dikeluarkan kepada pelajar setiap tahun. Ianya meliputi proses dalam KITARAN PERAKAUNAN. Di mana pelajar diminta menyediakan antara 25 – 30 dokumen – bergantung keada arahan tugasan, seterusnya sediakan catatan dalam BCP, Lejar, ID, PP, KKK dan membuat analisis / tafsiran terhadap penyata kewangan tersebut. Pelajar diberi tempoh 14 minggu untuk menyiapkannya. Penyediaan laporan hendaklah menggunakan komputer berdasarkan kemahiran ICT yang diajar dalam HSP baru di tingkatan 4 pada tahun 2010 nanti.

  52. Terima kasih di atas pandangan cikgu

    Penundaan kertas 3 ke SPM 2011 ada baiknya. Cikgu-cikgu dan para pelajar masih berpeluang mengukuhkan ilmu ICT sebelum diguna pakai dalam kertas 3 nanti. Penggunaan makmal komputer di sekolah amat terhad disebabkan keutamaan diberi pada subjek ICTL. Kementerian perlu juga beri sokongan pada subjek PA dari segi peruntukan masa di makmal komputer jika ingin lihat kertas 3 berjaya dilaksanakan nanti. Pelajar luar bandar seperti di Sarawak tak mampu punyai komputer sendiri dan amat bergantung dengan apa yang ada disekolah sahaja.

  53. Sama-sama.

    Penundaan tersebut merupakan suatu langkah yang tepat. Saya juga bersetuju dengan pandangan Cg Azif, supaya ditambahkan peruntukan masa dalam seminggu kepada 5 waktu, di mana 1 waktu khas untuk pengajaran kemahiran ICT di makmal komputer bagi memenuhi keperluan HSP baru.

  54. saya setuju jika masa ditambah tetapi tidak setuju jika satu waktu utk kemahiran ICT kerana bukan semua guru PAK adalah guru ICT. mereka tiada kemahiran komputer ditambah lagi tiada technician spt sekolah bestari. jika guru menghadapi masalah, bagaimana guru yg bukan guru ict atau yg kemahiran komputernya sgt terhad dapt mengatasi masalah berkaitan dgn komputer semasa mengajar pelajar?jika ada perisian yg sudah siap di mana pelajar mungkin boleh guna utk reka sendiri dokumen , pada saya adalah lebih baik. mereka juga dibenarkan download dan boleh buat di rumah guna komputer sendiri. pada saya kertas 3 nanti akan menjadi kertas dua dalam satu iaitu ICT dan PAK.

  55. Guru Akaun bukannya mengajar kemahiran tersebut sebagaimana subjek ICT, hanya mengajar kemahiran asas yang berkaitan dengan perakaunan sebagaimana kehendak HSP baru seperti menggunakan Ms Excel untuk membuat Buku Catatan Pertama, Lejar, ID, Penyata Kewangan dan sebagainya. Manakala, bagi pelajar menyediakan dokumen2 dengan lebih mudah, perisian AssetBase sangat sesuai digunakan.

    Kemahiran2 tersebut adalah asas sahaja yang sepatutnya guru2 akaun menguasainya, sebelum diajarkan kepada pelajar2 bagi memenuhi kehendak HSP baru nanti. Kemahiran ICT bagi guru2 juga adalah suatu keperluan buat masa ini, dan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

    Dengan adanya peruntukan masa tambahan (1 waktu) seperti cadangan Cg Azif, bolehlah digunakan untuk mengajar penggunaan komputer (seperti HSP) ataupun menyiapkan tugasan projek bagi pelajar tingkatan 5 di makmal komputer. Dengan itu proses p&p dapat dijalankan dengan lancar seperti tahun2 lepas di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.

    Penangguhan 1 tahun ini dapatlah kita sama-sama buat persiapan dan tingkatkan kemahiran2 asas ICT masing2 supaya perlaksanaan HSP baru pada 2010 nanti dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

  56. assalamualaikum…
    Ini cadangan saya lah, saya rasa ramai cikgu2 pun setuju dengan cadangan saya ni.. apa kata, kami guru-guru akaun diperuntukan juga dengan dengan Laptop seperti cikgu2 Sains & matematik.. ini akan memudahkan kerja kami.. rasa macam tak adil ajer… kami terpaksa guna laptop kami sendiri.. ok.terima kasih

  57. Waalaikumussalam,

    Saya juga bersetuju jika SEMUA guru diperuntukan laptop, baru ianya betul2 adil kepada semua guru tidak kira subjek apa sekalipun. Boleh dikatakan ianya sebagai barang keperluan buat masa ini terutamanya guru. Tetapi jika nak mengharapkan peruntukan kerajaan, tidak tahu bila agaknya kita akan dapat menggunakannya.

    Apa kata, kita gunakan kemudahan Pinjaman Komputer yang telah diperuntukan kepada kita untuk membeli laptop sendiri. Ini kerana laptop tersebut kita boleh gunakan untuk semua urusan : P&P di sekolah, peribadi, kemudahan pembelajaran anak2 dan banyak lagi. Jika kita menggunakan laptop kerajaan, adalah tidak wajar jika digunakan untuk urusan selain daripada P&P dan urusan sekolah.

  58. Salam..

    Saya Cg Amri.. Mulai 2009 ni saya telah ditugaskan untuk mengajar PA.. Alhamdulillah.. setelah 6 tahun mengajar barulah diberi peluang mengajar opsyen sendiri…
    Apapun, input dalam web ni sangat berguna.. Tq untuk penyediaan maklumat didalamnya. Say juga berharap agar semua maklumat mengenai PA ini dapat dikemaskinikan selalu agar para pelajar dan guru yg mengajar dpt mengikuti dgn berkesan akhirnya.

    Banyak cadangan dan soalan dikemukakan oleh semua.. ianya bagus untuk kebaikan semua…terutamanya untuk saya yang baru mula mengajar PA….

    Ada banyak persoalan yg timbul sewaktu mula hendak mengajar tapi sebilangannya telah hilang bila membaca post di dalam web ni..

    Cuma, jika ada kepada cg or kepada cg2 yg lain, bahan2 or nota2 or powerpoint bahan mengajar PA tingkatan 4 dan 5..harap semua boleh membantu..tq

  59. Cg Amri,

    Terima kasih, sama-samalah kita kongsikan bahan2 untuk faedah bersama. Cikgu2 boleh dapatkan bahan2 berkaitan dengan p&p di bahagian B-MUAT TURUN BAHAN.

  60. bilakah keputusan spm bagi lepasan spm 2008 akan keluar?

  61. Yeoh,

    Kena tunggu KPM umumkan, pada tahun lepas dikeluarkan pertengahan Mac (12 Mac kalau tak silap). Sama-sama kita tunggu pengumumannya nanti.

  62. terima kasih cg Narzuki ya

  63. terima kasih.Saya cikgu pa di smjk ayer tawar.tahun ini ada bab penggajian?tq.

  64. Cg Ngu Kee Shing,

    Tahun 2009 masih lagi menggunakan HSP tahun sebelum ini, tiada sebarang perubahan. Perlaksanaan HSP baru akan dilaksanakan mulai pelajar tingkatan 4 tahun 2010. Dan akan mengikuti format pentaksiran baru (3 kertas) seperti yang dinyatakan di atas pada SPM 2011.

  65. slam, skarg sy tngh mmbuat tugsn krts 3 krn skolh sy mc xthu akn pngguhn HSB ni,,jd bmkna skrg sy xprlu myiapkn tugasn ni kn???

  66. Jum,

    Sila maklumkan kepada cikgu anda tentang penangguhan tersebut, apa-apa pun sila rujuk cikgu anda tentang tugasan tersebut, sama ada diteruskan sebagai suatu latihan ataupun sebaliknya.

  67. nak taye..spm 2010 prinsip akaun susah ke soalannye??

  68. Entahlah,… Susah atau mudah sesuatu soalan itu bergantung kepada PERSEDIAAN AWAL pelajar itu sendiri. Sekiranya pelajar bersedia lebih awal dengan menguasai semua topik yang dipelajari sebaik mungkin, maka soalan itu akan jadi mudah bagi beliau. Tetapi jika di saat-saat akhir baru nak buat persediaan, maka susahlah bagi beliau.

  69. cikgu, saya nak tanya ttg cara pelaksanaan mengajar PA tingkatan 4 thn ini.misalnya bila mula buat kerja kursus,siapa sediakan soalan,format soalan.guru yg mengikuti kursus hari tu telah berpindah.jd saya masih tidak faham pelaksanaannya.kelas luar sidang pula dikhaskan utk membuat kerja kursus ke?thanks.

  70. Bagi Tingkatan 4 tahun 2010, Cg ajar ikut apa yang terkandung dalam HSP Baru dengan menggunakan buku teks sedia ada bersama-sama modul prinsip perakaunan 2010 yang diedarkan. Dan sekiranya kerja kursus (Kestas 3) jadi dilaksanakan, ianya akan dilaksanakan semasa di tingkatan 5 nanti dengan menggunakan kemahiran ICT yang telah diajar semasa di tingkatan 4 mengikut HSP baru.

  71. terima kasih cikgu.boleh jelaskan kemahiran ict yg cikgu maksudkan?saya baru mengajar akaun thn ni.thanks.

  72. Cikgu, anak saya mengambil PA secara persendirian dan didapati PA akan mempunyai Kertas 3, ini bermakna anak saya mungkin tidak dapat mengambil dengan sendirikah ?
    Kerana pihak sekolah tidak menerima permintaannya kerana pihak sekolah menyatakan dia tidak boleh menyiapkan kertas 3 itu. Boleh cikgu memberitahu sebenarnya apakah yang dikehendaki dalam kertas tersebut. Bolehkah kertas itu dibuat sendiri di rumah dengan komputer sendiri ? Terima kasih.

  73. Sehingga hari ini masih tiada sebarang maklumat rasmi berhubung dengan Kertas 3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadi saya dapat memberikan apa-apa komen berhubung masalah tersebut. Maaf.

  74. salam. saya cikgu salwani mengajar di SMK Bukit Garam 2, kinabatangan sabah. saya perlukan kepastian dari cikgu, pada tahun ini kerja kursus untuk pelajar tingkatan 4 sudah dilaksanakan atau belum.

    adakah pelajar tingkatan 4 menggunakan silibus baru atau kekal silibus lama.

  75. Pelajar Tingkatan 4 tahun 2010 telah menggunakan HSP Baru dan sekiranya ada kerja kursus (masih belum dikeluarkan kenyataan rasmi lagi) pelajar dikehendaki menyediakannya pada tahun 2011 nanti iaitu semasa di tingkatan 5.

    Jadi semasa di tingkatan 4 sekarang, pelajar hendaklah diajar / didedahkan dengan penyediaan dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan duga, penyata kewangan dll menggunakan komputer sebagaimana yang terkandung dalam HSP Baru, kemahiran2 tersebut akan diperlukan semasa menyediakan tugasan kerja kursus semasa di tingkatan 5 nanti (jika ianya dilaksanakan).

  76. Cikgu saya pelajar tingkatan 4 tahun ini dan pelajar sains tulen.Sekarang akaun ada projek adakah ini bermakna saya tidak boleh ambil untuk spm kerana tidak boleh membuat projek kerana tidak belajar kat sekolah dan bolehkah saya ambil akaun tanpa membuat projek ?

  77. Projek tersebut merupakan KERTAS 3, di mana markahnya 20% daripada markah keseluruhan SPM nanti. jika tidak siapkan tugasan tersebut, maka hilang 20% markah. Maklumat tentang perlaksanaanya masih belum diumumkan lagi.

  78. saya tidak untuk menjawab soalan p.akaun

  79. cikgu, saya pelajar aliran sains tulen. tetapi saya add-on subjek Prinsip Perakaunan. Di sekolah, pelajar pelajar sains tulen tak diberi kelas untuk belajar akaun. means kitorg kena belajar sendiri lah di luar. since saya tak tuition, saya agak keliru dengan format apa yg nak di ikut, buku teks yang sedia ada atau buku rujukan format baru? takut takut kalau saya baca buku rujukan format baru, soalan peperiksaan keluar yang format lama.

  80. Masalah utama anda berhubung KERTAS 3 – Kerja Kursus yang perlu disiapkan semasa di tingkatan 4 ( Ogos – Sept) dan tingkatan 5. Sekiranya tidak disiapkan tugasan kerja kursus (Kertas 3) tersebut, maka anda dikira GAGAL, walaupun dapat menjawab dengan baik Kertas 1 dan 2.

  81. macam mana klau ambilan?kena mask dalam kunci kira2 ke untung rugi

  82. tapi ckgu saya kata 10 markah utk kerja kursus….jadi kalau dapat markah akaun 100 markah kalau x buat kerja kursus jadi dapat 90 markah je lah kan??

  83. Ambilan dikelasifikasikan sebagai Ekuiti Pemilik, maka perlu dicatatkan dalam KKK.

    Format Pentaksiran SPM 2011,
    Kertas 1 – 20 %
    Kertas 2 – 60%
    Kertas 3 – 20% (Kerja kursus Ting4 + Ting5)

  84. assalamualaikum…cikgu….
    bilakah soalan kertas 3 akan dikeluarkan…..sekarang dah hujung bulan julai?

  85. waalaikumussalam,
    Buat masa ini, masih belum keluar lagi, sama-sama kita tunggu beberapa hari lagi. ….. Kemungkinan 31 Julai baru dikeluarkan.

  86. salam.. ckgu.. saye still x pham cam ne nk wat dokumen smber.. ada x soalan-soalan yang boleh mmbntu saye untuk mngktkn markah prinsip prakaunan.. tingkatan 4 dan 5 saye kurang fham..

  87. ckgu form 5 thun nie cam ne.. gne format lame ke.. K1 dan K2.. K3 x de ke??..

  88. Amar,
    Salam, cara untuk cepat faham ialah jawab soalan latihan dan jika ada masalah terus BERTANYA samada kawan atau guru anda. Banyakkan BERTANYA, tetapi sebelum itu, KENAL PASTI dahulu apa MASALAH anda. Contohnya, masalah pengecaman dokumen nak catat di mana, cara nak catat dalam BCP, cara pengeposan ke lejar dan sebagainya. Begitu juga dengan topik2 yang lain.

    Koleksi soalan2 percubaan SPM 2007, 2008 dan 2009 telah Cg sediakan untuk dimuat turun, semoga ianya boleh membantu anda.

    Dan format SPM 2010, masih lagi menggunakan format lama, hanya Kertas 1 dan Kertas 2.

  89. calon persendirian 2011 boleh ambil mata pelajaran ini ?

  90. My son had moved to Form 4 Arts stream and I have advice him to take up Accounts which is important for his future career path. But the school has place him in a class that do not offer the subject. I have met up the Penolong Kanan but she refuse on reason Accounts class is full. I have suggested to my son to take Accounts for SPM but thru private tuition.

    I need your advice as per below:
    1. Can a student take individual subject for SPM on his own?
    2. Does Education Ministry allows this?
    3. If yes, will he be allowed to submit Kertas 3 on his own without the school involvement since the school will not be helping him.

    Your advice is hereby appreciated.

  91. Victor,
    Nanti saya cuba dapatkan maklumat berhubung perkara tersebut.

  92. Cg. Narzuki,
    Thank you.

  93. knapa smpi ad 3 kertas?

  94. Nur,

    Bagi memastikan pelajar betul2 menguasai kemahiran asas dalam penyediaan rekod perakaunan yang lengkap, terutamanya Kitaran Perakaunan.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.