TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 – SPM 2014

Lembaga Peperiksaan telah menetapkan tarikh bagi bahan kerja kursus mula dipaparkan di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan (https://www.moe.gov.my/lp) adalah seperti berikut :

PRINSIP PERAKAUNAN 3 (3756/3)

25 MAC 2014

[Dm]305[/dm] [dm]306[/dm][dm]290[/dm]

Posted on March 5, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 876 Comments.

  1. abdulmurad_mmz

    Assalamualaikum Cigku,
    Saya minta tolong cikgu dapat beri saya satu contoh jawapan folio 2014

  2. Abdulmurad..waalaikumussalam.

    Maaf, saya tiada contoh tersebut… sebagai panduan, boleh rujuk Blog Cikgu Lan (klik)

  3. Saya nak tanya, apakah implikasi gred kepada calon spm di sekolah kerajaan yang menawarkan subjek ini, jika dia :
    (a) memilih untuk menjawab dan siapkan kertas 3 kedua-duanya.
    (b) memilih untuk menjawab kertas 3 tetapi hanya hantar 1 projek sahaja
    (c) memilih untuk tidak menjawab kertas 3.

    Adakah calon kes (b) & (c), masih mampu mendapat gred A atau A+.
    Adakah calon kes (a), lebih baik daripada calon kes (b) dan (c), atau ketiga-tiga kes diberi gredding yang sama.

    Mohon pencerahan.

  4. Sifu2b,

    Penggredan SPM hanya LPM sahaja yang tahu. Cuma pada pandangan saya pilihan (a) adalah yang TERBAIK… dalam ketiga2 pilihan tersebut perbezaannya pada WAJARAN.
    (a) K1 : K2 : K3 = 20% : 60% : 20% —> max 100%
    (b) K1 : K2 : K3 = 20% : 60% : 10% —> max 90%
    (c) K1 : K2 = (40/140) 29% : (100/140) 71% —> pelajar perlu menguasai K2 untuk skor.

  5. Adakah agihan wajaran untuk kes (c) itu memang benar atau jangkaan Cg Narzuki.
    Adakah ini bermakna kes (c), pelajar masih boleh mendapat gred A+ tanpa ada kertas 3 kerana wajaran berubah.

  6. Sifu2b,

    Benar atau tidak .. kena tanya LPM, hanya mereka yang tahu.
    Tidak kira pilihan (a) atau (c).. asalkan skor semua kertas yang diambil, peluang dapat A+ tetap ada. Cuma sekarang, aras soalan K2 tinggi sedikit berbanding soalan2 tahun sebelumnya. Manakala K1 + K3, pelajar lebih mudah untuk skor 35% – 40% berbanding pilihan (c) maksimum K1 29%.

    Pada padangan saya kelebihan diberikan kepada pilihan (a)… sekiranya pilihan (c) menggunakan wajaran k1=40% k2=60%, maka sudah pasti usaha LPM memperkenalkan K3 akan gagal, kerana sebahagian besar sekolah akan ambil pilihan (c).

  7. Ok. Terima kasih.

  8. as salam..
    tahun ni ada 2 org pelajar saya yang degil dan tidak mahu siapkan kertas 3 tingkatan 4. ni dah nak keluar pula soalan kertas 3 tingkatan 5.. pening kepala dibuatnya..

    S/U pperiksaan sekolah saya ada bgtau sekiranya pelajar tidak mengambil salah satu drpd 3 kertas peperiksaan bg suatu subjek, maka dikira tidak hadir..

    apa pendapat cg?

  9. Annursufi,

    Sila rujuk SURAT SIARAN : PENDAFTARAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM (klik)

    Prinsip Perakaunan tidak sama dengan subjek lain. Sebaik2nya pelajar tersebut buat tugasan bagi membantu mendapatkan keputusan yang lebih baik.

  10. Nampaknya siapa yang tak buat Kertas 3, memang rugi. Ada pelajar saya dah gagal, kerana 1) memang lemah/kurang menguasai PAK, dan 2) memang tak hantar K3.
    Pelajar yang lemah tapi hantar juga K3 dan digredkan tinggi A atau B, dapat juga gred lulus E. So memanglah pemberatan 20 % untuk K3 amat membantu pelajar dapat gred lulus.
    Apa-apapun, ia masih rahsia LPM. Kita tidak pasti benarkah kenyataan saya ini. Saya berkongsi berlandaskan pengamatan sendiri.

  11. Sifu2b,

    Ya saya setuju dengan penyataan tersebut, sangat rugi pelajar yang tidak hantar K3….. ianya sangat membantu, sama ada untuk LULUS atau skor A+.

  12. AZLINA ABDULLAH

    Salam cg..

    saya nk tanya ttg tugasan projek tg5…utk pelarasan yg perlu dibuat, bagi pembetulan kesilapan, adakah 2(i) merupakan kesilapan ketara atau ketinggalan catatan tersebut bermakna tertinggal rekod?
    klu 2(i) merupakan kesilapan tertinggal rekod ini bermakna ianya merupakan kesilapan tidak ketara.
    mohon pencerahan…tq.

  13. Azlina,

    Pada pandangan saya.. 2(i) juga merujuk kepada kesilapan tidak ketara khusus untuk ketinggalan catatan.. manakala 2(h) pelajar boleh pilih salah salah satu daripada jenis kesilapan tidak ketara yang lain.

  14. salam cg,
    minta penerangan cikgu tentang bayaran pinjaman RM1666 adakah ia merupakan ansuran pinjaman atau faedah pinjaman yang perlu pembetulan?

  15. Salam cikgu…
    Saya nak tanya… Macam mana nak cari baki awal bg belian dan jualan? adakah ia cuma perlu ambik baki akhir penghutang dan pemiutang pada bulan sebelumnya?

  16. Lee,
    Pada pandangan saya, ianya boleh dijadikan item pelarasan kerana setiap kali bayaran balik pinjaman .. NILAI yang dibayar merupakan bayaran balik bagi POKOK dan FAEDAH.

    Alib,
    Semua akaun HASIL dan BELANJA (termasuklah Jualan dan Belian) … TIADA baki awal.

  17. cg,
    boleh tak saya anggap pembetulan kesilapan tidak ketara iaitu
    bayaran faedah pinjaman tersilap rekod sebagai bayaran pinjaman? Maka Dt Faedah Pinjaman RM1666 Kt. Pinjaman RM1666

  18. Lee,

    Jika 1666 sebagai bayaran faedah pinjaman…. mana bayaran pokok ?
    Cadangan sejumlah kecil daripada bayaran tersebut adalah bayaran untuk faedah tetapi tersilap rekod sebagai bayaran pinjaman… misalnya RM1000 pokok/pinjaman.. RM666 faedah atas pinjaman.

  19. Cikgu, bagaimana dgn pengiraan kadar susut nilai bagi kenderaan tu? 20% untuk kadar setahun… jadi bagaimana pengiraan untuk 1 bulan?

  20. Alib.

    Untuk SEBULAN, x 1/12.

  21. salam sifu…
    boleh tak tolong semakkan bahagian debit imbangan duga saya….saya kekurangan RM 10000.
    saya dah cuba mengesan kesilapan banyak kali tetapi tidak dijumpai. jawapan saya sebelah debit ialah:
    premis 350000,
    kenderaan 150000,
    perabot 90000,
    alatan pejabat 60000,
    stok 60000,
    stok alat tulis 2500,
    derma 3800,
    belian 51400,
    pulangan jualan 1680
    insurans 3000,
    alat tulis 800,
    promosi 500,
    duti belian 4700,
    kadar bayaran 2500,
    gaji 4500,
    belanja kenderaan 3720,
    diskaun diberi 4813,
    tunai 5780,
    bank 100281,
    penghutang 36140 (6600+7620+15220+6700).

  22. maaf sifu….saya telah dapat mengesan kesilapan saya…saya telah melakukan kesilapan di stok…..terima kasih .

  23. AZLINA ABDULLAH

    Salam cg..
    Berkenaan dgn gaji 4 org pekerja yg dibayar RM1500 sebulan, adakah RM1500 x 4orang=RM6000?Kalau begitu, bermakna gaji yg telah dibayar RM4500 masih ada yg terakru RM1500..

  24. Azlina,

    Pada pandangan saya, ianya boleh dijadikan salah satu item belanja terakru.

  25. salam. boleh sesiapa bantu saya yang dah dapat imbangan duga. brapa jumlah imbangan duga ya? saya masih dalam proses. tapi x dapat imbang. tolong…tq

  26. SOFIAH BINTI CHE MAI

    salam….ssesiapa yang sudah dapat imbangan duga..brape jumlah imbangan…

  27. Sakinah & Sofiah,

    Cadangan jawapan saya, ID = RM946 114.

  28. cg narzuki, apa item sebelah kredit ya. sebelah debit saya dah dpt jawapan 946114. tp sebelah kredit x dpt. kurang 20466

  29. alhamdulillah. dah dapat seimbang rm 946 114. tq cg narzuki

  30. Cikgu,
    Semasa pengimbangan akaun bagi 6 (c), mestikah kita imbang akaun yang bakinya tidak berubah (pada 1/4) tetapi akan terlibat dalam pelarasan? Atau kita biarkannya terbuka pada peringkat 6(c)?
    Akaun-akaun yang saya maksudkan adalah seperti akaun semasa, akaun susut nilai terkumpul.
    Terima kasih.

  31. Cikgu,
    Maafnya, satu soalan lagi.
    Bagi stok alat tulis (iaitu alat tulis terdahulu) pada 1/4, patutkah kita buat “reversal entry” (catatan terbalik) dengan akaun alat tulis pada 1/4?
    Jika tidak, macam mana kita nak hantar RM2500 ke akaun alat tulis?
    Tolang terangkan.
    Terima kasih.

  32. Martina,

    Pada pandangan saya,
    1) Kita uji dan nilai kemahiran pelajar ikut peringkat demi peringkat, 6(c) pelajar mampu poskan BCP ke LEJAR.. lejar yang disedikan lengkap… iaitu imbangkan 30/4 Baki h/b .. 1/5 Baki b/b… untuk SEMUA AKAUN.

    2) Tidak wujud “Ak Alat tulis terdahulu”…. ianya TIDAK SAMA dengan akaun hasil / belanja terdahulu / terakru yang lain. Maka TIDAK PERLU dilakukan Catatan Pembalikan. Berdasarkan maklumat Baki awal stok alat tulis & BAKI AKHIR Stok alat tulis (alat tulis belum digunakan).. kita boleh tentukan BELANJA ALAT TULIS untuk bulan tersebut. Catatannya Dt Alat tulis RM500, Kt Stok Alat tulis RM500.

  33. SOFIAH BINTI CHE MAI

    Alhamdulillah da dpt…pelarasan pn da seimbang..tq..

  34. AZLINA ABDULLAH

    Salam cg…
    sekiranya ambilan barang niaga oleh pekongsi dibuat, catatan jurnal:
    DT Ak Semasa Pekongsi
    KT Ak Pengasingan Untung Rugi

    Adakah Ak Pengasingan Untung Rugi perlu diwujudkan folio LA yg baru?

  35. Azlina,

    Dt: Ambilan Kt: Belian

  36. macam mana nak buat pelarasan untuk alat tulis tu? Mohon penerangan tentang akaun-akaun apa yang perlu didebitkan dan dikreditkan…

  37. Ajib,

    Cadangan jawapan saya,
    Dt: Alat tulis RM500
    Kt: Stok Alat tulis RM500

  38. SOFIAH BINTI CHE MAI

    salam…cg narzuki…sy nk tnye ttg ikatan perjanjian perkongsian..jika diwujudkan faedah atas ambilan, jum ambilan boleh ke diwujudkan dlm pelarasan pd item pembetulan kesilapan ketinggalan catatan utk salah sorg pekongsi..?

  39. SOFIAH BINTI CHE MAI

    jikalau ade yg sudah dpt untung kasar…boleh x share bpe jumnye…

  40. Sofiah,

    Ya, saya setuju dengan cadangan tersebut.
    Untung Kasar .. bergantung kepada item pelarasan masing2… mungkin ada yang menjadikan Duti atas belian sebagi salah satu item pelarasan.

  41. SOFIAH BINTI CHE MAI

    ok tq…duti atas belian sebagai item pelarasan.?boleh jelaskan…

  42. Terima kasih untuk jawapan di atas.
    Saya ingin pastikan adakah tempoh perakaunan projek ini untuk satu tahun?
    Jika betul, ini bermakna kita cuma sediakan penyata kewangan untuk sebulan (April) sahaja?
    Jadi, semua akaun hasil dan belanja tidak boleh ditutup pada 30/4 dan bakinya dihantar ke bawah pada 1/5?

  43. SOFIAH BINTI CHE MAI

    mksd cg adakah item belanja terakru@terdahulu?..

  44. Martina,
    Pada pandangan saya,
    Tempoh perakaunan .. SETAHUN … nyatakan tarikhnya.
    Tempoh rekod … SEBULAN…. 1/4/2014 – 30/4/2014 … Penyata Kewangan untuk SEBULAN…. semua akaun kita IMBANGKAN Baki h/b dan Baki b/b.

    Sofiah,
    Ya sekiranya ada pelajar yang menjadikan item2 dalam KOS BELIAN (seperti Upah atas belian, Duti atas belian, Angkutan masuk, Insurans atas belian) sebagai item pelarasan mereka.. sama ada terakru, terdahulu ataupun sebagai item pembetulan kesilapan…. maka UK sudah tentu tidak sama.

  45. cg,
    stok akhir perlu ambil angka mana? ada 3 nilai . ikut nilai di kkk Rm70000? konsep pelaporan berasaskan nilai saksama?

  46. Yee,

    RM70,000 – STOK AWAL
    STOK AKHIR dinyatakan 2 nilai … Harga Kos dan Harga Pasaran —> Pilih menggunakan konsep “TAKAP” iaitu pilih TERENDAH antara kos atau pasaran.

  47. cikgu, bagaimana dengan peruntukan hutang ragu? adakah ia perlu didarab lagi dengan 1/ 12? Kaedah mana satu yang betul?

    Kaedah 1: RM 36 140 x 5%

    atau

    Kaedah 2: RM 36 140 x 5% x 1/12

    Satu lagi, boleh tak cikgu tolong cdgkan keterangan untuk alat tulis dlm jurnal pelarasan…

    Mohon pencerahannya…

  48. Alib,

    Kadar PHR ditetapan peratus atas BAKI PENGHUTANG …… bukannya SETAHUN sepertimana susut nilai, maka KAEDAH 1 yang sepatutnya digunakan.

    Keterangan hendaklah mengambarkan urus niaga tersebut… contohnya : “Merekodkan belanja alat tulis untuk bulan April”

  49. Cikgu,
    Apa yang dimaksudkan dgn ‘menyatakan Ikatan Perjanjian Perkongsian di dalam profil perniagaan’?Adakah perlu dinyatakan nisbah untung rugi, FAA, FAM dan FAP? Boleh tak cikgu berikan contoh dan apa maklumat lain yg perlu dimasukkan?

  50. Nea,

    Pada pandangan saya,
    Dalam PROFAIL PERNIAGAAN perlu ada jadual Profail Pernigaan (seperti yang dilampirkan dalam Buku Panduan) kemudian ditambah dengan IKATAN PERJANJIAN PERKONGSIAN seperti biasa… iaitu : FAA, FAM, FAP, Gaji pekongsi, cara agihan kongsi U/R

  51. Salam cikgu . Bagaimana nk buka lejar am ? LA 1 akaun kodal pekongsi atau akaun modal ? Butir pekongsi a , b dan c . Bagaimana pula nk buka LA 2 ? Butirnya nk tulis apa cikgu ? Tolongg

  52. Khairul,

    Lejar disediakan berdasarkan item2 dalam Buku Catatan Pertama (JA, JJ, JB, JPJ, JPB dan BT) yang diposkan ke lejar.
    Merujuk kepada penggunaan FOLIO dalam JA, Modal Pekongsi A, B & C menggunakan LA1…. begitu juga dengan Akaun Semasa A, B & C menggunakan LA8.
    Ini bermaksud ketiga2 akaun tersebut disediakan dalam SATU AKAUN BERLAJUR…. bukannya secara berasingan.

  53. Bagaimana nak buat pelarasan stok akhir?

  54. Apa yang perlu didebitkan dan dikreditkan apabila hendak menyelaras nilai stok?

  55. salam cg. nak tanya, susutnilai ansuran tetap tu macam mana? Atas kos tu sama rumusnya dengan garis lurus ke?

  56. Contoh . Ketika hendak membuka akaun LA2 (premis) . Bhagian debit baki h/b bagaimana pula butir di bahagian kredit ? Nk tulis butir apa cikgu ? Sya lemah sngt2

  57. Alib,
    Pada pandangan saya, STOK AKHIR tidak dikelaskan sebagai item pelarasan. Yang diDt dan di KT ke Ak Perdagangan .. itu dipanggil CATATAN PENUTUP (iaitu selepas penyediaan Penyata Kewangan dalam Kitaran Perakaunan).

    Sakinah,
    Kaedah ANSURAN TETAP = kaedah GARIS LURUS = kaedah ATAS KOS.

    Khairul,
    Untuk buka AKAUN LEJAR.. kita bukan buka dan catat begitu sahaja…. kita kena bermula dengan BCP.. JA poskan ke Lejar / Akaun masing.
    Oleh kerana perniagaan telah lama ditubuhkan, maka butir bagi urus niaga pada 1 April merupakan BAKI B/B .

  58. salam,,cg…
    sy dh try download soaln tugsn krja kursus tp bila open dlm microsoft x leh..
    mcm mne eh???

  59. Zara.

    Sila guna adobe reader utk buka fail tersebut.

  60. Cikgu… ada soalan lagi ni…

    Macam mana nak cari jualan kredit, belian kredit dan stok purata untuk bulan Mac? Saya tak tau lah… Baki awal bulan mac untuk penghutang, pemiutang dan stok tidak dinyatakan… apa perlu saya membuat andaian sahaja bagi setiap item itu?

  61. Alib,

    Item2 tersebut memang TIDAK diberikan…. maka TIDAK PERLU dibuat sebarang andaian… Analisis Nisbah yang dibuat mesti berdasarkan DATA yang TEPAT.

    Merujuk kepada maklumat 6(k) PENGIRAAN NISBAH, pelajar hanya diminta sediakan sekurang2nya SATU bagi setiap nibah keberuntungan, kecairan dan kecekapan…. dengan kata lain sekurang2nya TIGA analisis nisbah sahaja. Walau bagaimanapun untuk BULAN APRIL semua jenis analisis nisbah boleh disediakan kerana semua maklumat boleh diperolehi, manakala untuk BULAN MAC analisis kecekapan TIDAK dapat disediakan kerana tiada data.

    # Untung Kasar = Jualan Bersih – Kos Jualan.

  62. Pandangan saya, untuk item (h) – kesilapan yang sesuai ialah kesilapan amaun. Kesilapan tak ketara itu ada dicipta di dalam soalan.
    Fokuskan kepada Buku Tunai, item 18hb. pembayaran RM11 020 tu adalah kesilapan amaun. Kenapa? Adalah agak janggal RM20 ada disitu memandangkan nilai belian kepada Syarikat Mei Wah S/B bila dibandingkan dengan nilai bank dan diskaun diterima lain-lain.

  63. Sifu2b,

    Ya, saya setuju dengan pandangan tersebut.

  64. cikgu, jadi macam mana lah dgn nisbah kecekapan tu? maksudnya, nisbah kecekapan untuk bulan mac tidak perlu dibuat? jadi, cuma perlu buat nisbah kecekapan untuk bulan april… Begitu?

    Tapi di kertas tugasan di muka surat 4 point 6.(k), ia menyatakan pengiraan nisbah bagi bulan semasa dan bulan sebelumnya…. jika nisbah kecekapan bagi bulan mac tak ada, macam mana pula kita hendak buat perbandingan analisis nisbah dan tafsirannya?

  65. Satu lagi, dalam panduan kerja kursus muka surat 14, terdapat 2 bhgian bg 2.10 iaitu menghitung nisbah dalam penyata kewangan… Satu bhgian tak minta titik pulang modal. Satu lagi, ia minta hitung titik pulang modal… Nak buat mana satu? Kat ruangan catatan, tercatat perakaunan pengurusan… Macam mana kita nak tahu kita nie perakaunan pengurusan atau tak?

  66. Alib,

    Pada pandangan saya,
    Kita masih lagi boleh menyediakan analisis nisbah keberuntungan dan nisbah kecaian untuk bulan MAC, dan berdasarkan analisis tersebut pelajar sudah boleh lakukan perbandingan PRESTASI yang lebih baik antara 2 bulan tersebut dengan mengemukakan ALASAN.

    Oleh kerana soalan tahun ini tidak minta sediakan TPM, maka guna panduan yang tiada TPM. Perakaunan Pengurusan merujuk kepada penyediaan Analisis nisbah, Belanjawan Tunai, perancangan peningkatan prestasi.

  67. untuk ikatan perjanjian, berapakah syarat perjanjian yang perlu dibuat?
    adakah perlu buat catatan penutup untuk belanja, hasil dan ambilan?
    catatan jurnal dalam jurnal am untuk ganjaran kepada pekongsi seperti faedah atas modal, gaji pekongsi perlu dibuat atau tidak?
    adakah akaun semasa dibuat sebagai nota kepada kunci kira-kira?

  68. Siew,

    Pada pandangan saya,
    Bilangan syarat perjanjian bergantung kepada pelajar, dan catatan penutup (dalam jurnal am) tidak perlu ditunjukkan kerana soalan tidak mengkehendakinya serta tiada peruntukan markah untuk perkara tersebut. Catatan jurnal untuk FAA, FAM, Gaji, Kongsi untung juga dikelaskan sebagai catatan penutup….maka tak perlu tunjukkan tetapi Ak Semasa perlu disediakan selengkapnya.

    Walau bagaimanapun, kita perlu rujuk penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2..

  69. cg,
    dlm ja1,pemiutang: sykt maju sb, tetapi jb1 :elektrik maju sb, adakah kedua-dua sama atau berbeza semasa mengepos ke lejar ?

  70. hi cikgu, adakah butir bagi semua Lejar Am baki b/b, diikuti baki h/b dan baki b/b.
    manakala semua akaun pekongsi menggunakan akaun beruangan?

  71. Yee,
    Pada pandangan saya, Kedua2nya merujuk kepada pemiutang yang sama iaitu Elektrik Maju sdn bhd. Jika tiada”LB2″ kita boleh jadikan item pembetulan kesilapan – kesilapan komisen.

    Kalai,
    Pada pandangan saya, YA.

  72. Cikgu , untuk senarai pelarasan . Belanja terakru saya buat kadar bayaran dan gaji . Belanja terdahulu saya buat insurans . Hasil terakru saya tak ada idea . Boleh bg cadangan ? Kesilapan tidak ketara dan kesilapan ketinggalan catatan saya tk ada idea dan kurang faham . Boleh tlg bantu bgi idea tak cikgu atau cadangan mungkin ?

  73. salam sifu….
    saya nak minta padangan dari sifu mengenai maklumat perlarasan.
    a) untuk belanja terakru saya buat gaji terakru RM 1500 dan kadar bayaran terakru RM 500.
    b) untuk hasil terakru, saya buat sewa premis belum diterima sebanyak Rm 400
    c) untuk belanja terdahulu saya buat insurans terdahulu RM 2750
    d) untuk pembetulan kesilapan tidak ketara, saya buat belanja membaiki premis sebanyak RM 1000 tersalah debit ke akaun belanja kenderaan.
    e) untuk pembetulan ketinggalan catatan, saya buat barang yang dikeluarkan oleh perniagaan tidak direkodkan di mana-mana buku.
    adakah contoh perlarasan saya diatas betul.

  74. Khairul,
    Boleh rujuk cadangan Gurchan Kaur diatas.

    Gurchan Kaur,
    Pandangan saya, (a) – (d) sudak Ok.
    Cuma (e) perlu dinyatakan Nama Pekongsi yang membuat AMBILAN tersebut, supaya Faedah atas ambilan pekongsi tersebut boleh dikira nanti.

  75. AZLINA ABDULLAH

    salam cg..
    sekiranya ikatan perkongsian menyebut tentang faedah atas ambilan, ambilan brg niaga oleh pekongsi boleh dibuat sebagai kesilapan ketinggalan rekod. apakah catatan bergu yang terlibat?

  76. Azlina,

    YA BOLEH.. catatan bergunya Dt: AMBILAN Kt: BELIAN

  77. Cikgu,

    Untuk mengira nisbah pulangan atas modal, patutkah kita ambil jumlah ekuiti pemilik (akaun modal + akaun semasa) sebagai gantian bagi modal awal dalam rumusan?

    Jika betul, maklumat itu bagi bulan Mac tidak diberi. Bagaimana kita nak cari?

  78. Martina,

    Pada pandangan saya,
    MODAL AWAL hanya merujuk kepada Jumlah Ak Modal Pekongsi sahaja.
    Nilai MODAL AWAL untuk bulan Mac dan April.. sudah semestinya SAMA… kerana tiada sebarang penambahan modal oleh pekongsi.

  79. Terima kasih, Cikgu.
    Saya ada soalan berkenaan dengan belanjawan tunai.

    Sebahagian daripada jualan kredit bulan April (RM86 080) telah dibayar dalam April. Cuma penghutang sebanyak RM36 140 yang berhutang pada 30/4.

    Adakah ini bermakna nilai penghutang RM36 140 yang kita jangkan akan terima pada bulan Mei?

    Terima kasih.

  80. AZLINA ABDULLAH

    salam cg…
    soalan msh lg ttg ambilan..utk pelarasan dt ambilan kt belian..so, faedah atas ambilan bg pekongsi kita buat pd ak penamat iaitu Ak/Penyata Pengasingan Untg Rugi. Sblm sediakan Kunci kira-kira, kite tnjukkn jln kerja utk Ak Semasa pekongsi bg FAM, FAA n gaji (sekiranya ada)..betul x, cg?

  81. AZLINA ABDULLAH

    satu lagi soalan cg….utk FAM, FAA,FAP dan gaji pekongsi adakah kita kena kira utk satu bulan ikut tempoh rekod kita?

  82. Azlina,

    FAA, FAM dibuat seperti biasa.. iaitu catat di Penyata Pengasingan Untung Rugi… kemudian sediakan Ak Semasa (baru/penutup).. seterusnya KKK.

    Ya, tempoh rekod adalah SEBULAN, maka pengiraan adalah untuk SEBULAN.

  83. Cikgu . Pelarasan (b) alat tulis belum digunakan ialah rm 2000 tu alat tulis terakru kan ?

  84. Khairul,

    TIDAK WUJUD … “Alat tulis terakru”…. alat tulis belum digunakan .. maksudnya Stok Akhir alat tulis. Daripada BAKI AWAL dan BAKI AKHIR, kita boleh kenal pasti BELANJA ALAT TULIS…. iaitu alat tulis yang habis digunakan.

    Baki awal = RM2500
    Baki akhir = RM2000
    Berapa alat tulis yang habis digunakan = ? …….. 2500 – 2000 = RM500.. inilah belanja alat tulis
    Maka, catatan bergunya Dt Alat Tulis RM500 dan Kt Stok alat tulis RM500 …… (Ak Stok Alat tulis nanti akan berbaki RM2000)

  85. AZLINA ABDULLAH

    terima kasih cikgu..saya dh faham..perkongsian ini mmg byk membantu saya utk siapkan tugasan ini…

  86. Azlina,

    Walau bagaimanapun, sila rujuk penyelarasan yang dilakukan diperingkat negeri masing2…. saya hanya sekadar memberi pandangan peribadi sahaja.

  87. cikgu,
    Sila rujuk kepada soalan saya semula berkenaan dengan belanjawan tunai jualan kredit dan penghutang.

    Terima kasih.

  88. Martina,

    Pada pandangan saya,
    Jumalah Jualan (tunai + kredit) = RM112,080
    Jualan kredit = RM86,080 —-> Bayar RM49940, Penghutang RM36,140… tempoh kredit SEBULAN

    Maka Jualan (Mei) = (112,080-36,140) = RM75,940
    dan Penghutang (Jun) = RM36,140…. manakala Penghutang (Mei) = RM48,000 … baki awal Penghutang

    Seterusnya untuk bulan Jun dan Julai…. pelajar tingkatkan 10% daripada bulan sebelumnya.

  89. Apa khabar cikgu, apakah nama yang sesuai utuk jenis perniagaan perkongsian punya nama yang mempunayi empat orang perkongsi… adakah nama ini sesuai ali,abu,aqil dan ahamad. boleh tak cikgu bagi contoh?

  90. Voon,

    Untuk tugasan ini bilangan pekongsi hanya TIGA orang sahaja. Sebarang nama boleh digunakan… saya cadangankan guna nama kawan2 sekelas.

  91. Salam cgu,dlm tugasan ni ak modal perlu dibuka ke n adakah semua item dlm jurnal am perlu di masukkan dlm ak modal..sya masih tidak faham..

    Trima kasih cgu

  92. Nurul,

    Ak Modal (LA1)…. buka bentuk lajur untuk 3 pekongsi
    1/4/14 merupakan BAKI B/B … hanya ambil Baki untuk Modal Pekongsi sahaja.

  93. Cikgu . Akaun kawalan penghutang dan pemiutang saya tk dpt . Baki b/b penghutang 36 140 . Baki b/b pemiutang 26 180 . Betul ke nilai tu cikgu ? Kenapa nilai bank(91 447) dlm ak. Kawalan penghutang melebihi nilai jualan(86 080) ? Harap dpt membantu cikgu .

  94. Saya dot kesan kesalahan saya . Cikgu ada lagi satu soalan . A aun penamat nk buat mcm mna cikgu ?

  95. Khairul,

    Ya, saya setuju dengan jawapan Baki akhir Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang. Nilai BANK lebih besar, bermaksud bayaran tersebut termasuk bayaran untuk sebahagian BAKI hutang bulan sebelumnya (.. iaitu RM48,000).

    Akaun Penamat adalah merujuk kepada Penyata Pendapatan dan Penyata Pengasingan Untung Rugi serta KKK.

  96. Apa khabar, cikgu dalam tugasan ini ianya berkaitan dengan BAB-BAB yang mana yang terdapat dalam buku tesk Prinsip Perakaunan? Boleh cikgu beritahu tak sebab saya ingin membuat rujukan. Terima kasih 🙂

  97. Poh, khabar baik.

    Bab 4 – Jurnal sebagai BCP
    Bab 5 – Lejar
    Bab 6 – Imbangan Duga
    Bab 8 – Belanjawan tunai
    Bab 10 – Pengasingan Untung Rugi
    Bab 15 – Analisis PK dan mentafsir Nisbah.

  98. salam cikgu,
    ckgu mcm mna hendak buat lejar modal pekongsi dan akaun semasa dalm jurnal am…saya kurg faham..hrp ckgu dpt bntu saya..

  99. boleh cikgu tnjukkan saya contoh untuk buat akaun modal pekongsi dan akaun semasa..

  100. Eirah97,

    Cadangan Cg,

  101. salam cikgu, nak tanya catatan lajar tu diambil dari jurnal, buku tunai yg telah disediakan ke? tak termasuk urus niaga yg akan dijalankan? bermaksud catatan lejar itu dijawab seperti kita menjawab peperiksaan? maksudnya kita sediakan lejar kemudian barulah dimasukkan urus niaga urs niaga? tolong ye cikgu..

  102. Salam cikgu.dalam akaun modal dan ak semasa ni perlu letak A,B,C je ke atau letak nama2 rakan kongsi.

  103. Yeoh, nama rakan rakan pekongi. hari ni baru dengar penerangan dari cikgu saya, 🙂

  104. cikgu narzuki,
    1. untuk sediakan penyata pengasingan untung rugi, perlu tunjuk jalan kira FAM, FAA? Tunjuk kat mana? Perlu buat catatan bergu dalam bentuk lejar(akaun)?
    2. belanjawan tunai,
    Mei Jun Julai
    Jualan 75940 ? ?
    penghutang 48000 36140 ?
    Jualan tambah 10%, tetapi berapa % ialah kredit 1 bln

  105. setting di atas lari sedikit;
    jualan 75940 (mei), ? (jun) ? (julai)
    penghutang 48000 (mei), 36140 (jun) ? (julai)

  106. Foong,

    Sila rujuk komen saya SEBELUM ini .. DISINI (klik)

  107. Salam cgu,
    Sya da cuba id, tapi bhagian kt sya xdapat.
    Cgu@ rakan boleh tunjuk x item n nilai dibhgian kt.

    Terima kasih.

  108. Nurul,

    Sila semak catatan bergu dalam Lejar.. ataupun ada akaun yang masih belum dimasukkan dalam ID misalnya Penghutang dan pemiutang dll.

  109. Cikgu,
    Adakah dt alat tulis RM500 dan kt stok alat tulis RM500 adalah sebahagian daripada jurnal pelarasan? bolehkah faedah atas pinjaman kita tak jadikan salah satu pelarasan? Bolehkah kita siapakan dahulu penyata pendapatan, kemudian baru senaraikan ikatan perjanjian dan sediakan penyata pengasingan untung rugi, akaun semasa dan kunci kira-kira. Maksudnya akaun semasa tidak disediakan dalam lejar pelarasan dan hanya dibuat setelah siapnya penyata pendapatan?
    terima kasih

  110. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Daripada maklumat stok awal dan stok akhir, kita dapat kenalpasti belanja alat tulis, kemudian kita selaraskan ke Ak Alat tulis – ITEM PELARASAN.
    Item pelarasan bergantung kepada pelajar (asalkan memenuhi kehendak soalan)…. faedah atas pinjaman juga BOLEH dijadikan item pelarasan.

    Pelajar buat ikut Kitaran Perakaunan, peringkat awal .. poskan semua item dalam BCP ke Lejar yang terlibat… ID … Pelarasan … PPdpt & PPengasingan UR … Ak Semasa (sediakan Ak Semasa (baru) untuk catatan penutup .. masukkan baki b/b, FAA, FAM, KU).. KKK.

    # Rujuk penyelarasan peringkat Negeri / Kawasan masing2.

  111. Cikgu . Derma tu aset semasa ke ? Stok alat tulis mcm mna pulak ? Saya buat penyata pendapatan tapi rugi . Mcm mna saya nk bg dptkan untung ? Harap membantu

  112. Khairul,

    DERMA —> Belanja
    STOK ALAT TULIS –> Aset Semasa
    Untuk dapat UNTUNG.. pastikan HASIL > BELANJA…. cuba buat semakan terhadap Penyata Pendapatan, mungkin ada kesilapan dalam klasifikasi akaun.. seperti item Aset dicatat sebagai Belanja.

  113. Cikgu , Nilai gaji pekongsi kita nak tentukan mcm mana ? Ataupun kita letakkan nilainya sendiri ?

  114. Khairul,

    Pelajar yang tetapkan apakan yang terdapat dalam Ikatan Perjanjian Perkongsian …. dan berapakan kadar peratus yang digunakan termasuklah berapakan nilai gaji bulanan pekongsi dan pekongsi mana yang dibayar gaji … semua atau pekongsi tertentu. Walau bagaimanapun kadar dan nilai yang dinyatakan mestilah munasabah/rasional.

  115. Cikgu gaji dikira untuk sebulan or setahun ? Contoh la saya letak gaji pekongsi A RM 3000 , pekongsi B RM4000 . Maknanya kena darab dengan 1/12 la kan untuk sebulan ? Harap dapat membantu

  116. hi cikgu, bagi profil perniagaan nama pemilik adalah nama sendiri atau nama ketiga-tiga pekongsi. manalaka bagi ikatan perjanjian kita perlu tambah satu lagi butir?

    bagi akaun semasa dan akaun modal bolehkah kita masukkan dalam muka surat yang sama. sedangkan akaun-akaun yang lain kita masukkan sekali?

  117. Pelajar mesti pastikan salah satu nama pekongsi adalah diri anda sendiri. Maka gunakan nama sendiri sebagai nama pekongsi. Terserahlah anda pekongsi A atau B atau C (jumlah modal terbesar atau terkecil spt dalam KKK).

  118. cg, soalan 4a, baki awal tunai pd 1/5/14 ambil ruangan bank + tunai =RM158082 , betul tak ?

  119. cikgu saya baru siapkan Lejar dan Imbangan Duga tapi jumlah akhir Imbangan Duga sy tak seimbang .. Cikgu boleh agak tak apa yg sy salah ? tq

  120. Amirul,

    Sila rujuk BukuTeks m/s 194 iaitu berkaitan dengan Kaedah Mengesan Kesilapan.

  121. lejar am ak modal a baki kredit butir ialah baki bb betul tak cikgu?

  122. cikgu,ak modal A kredit baki bb RM120000,sebelah debit nak tulis baki hb tak?

    ak premis butirnya juga ialah baki bb ke?

  123. Yong,

    Ya… butir baki awal …. BAKI B/B

    Untuk urus niaga 1 April daripada JURNAL AM merupakan baki2 setiap akaun tersebut, maka butirnya BAKI B/B.

  124. Cikgu.unt belanjawan tunai bagaimana nk kira penghutang bln julai? Sbb bln jun dan mei ambil dr baki ak kawalan april.so bln julai kita tiada maklumat berapa jualan kredit bln jun.

  125. Cikgu gaji pekongsi dalam penyata pengasingan kena kira setahun atau sebulan ? Harap dpt mmbantu

  126. Yeoh,
    Pada pandangan saya,
    JUALAN dan PENGHUTANG (jualan kredit) …. adalah seiringan, jika jualan meningkat 10%, maka PENGHUTANG juga meningkat 10%.

    Khairul,
    Penyata Pendapatan & Pengasingan UR dan KKK disediakan untuk tempoh SEBULAN.

  127. cikgu bagi profil perniagaan nama pemilik: nama sendirikah?bagaimana pula dengan ikatan perjanjian perlu tambahkan satu lagi butir ke?

  128. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    Oleh kerana perniagaan PERKONGSIAN, maka nama pemilik adalah nama KETIGA2 rakan kongsi. Dan IKATAN PERJANJIAN PERKONGSIAN telah dinyatakan dalam soalan supaya diletakkan bersama2 Profail Perniagaan… sama ada sambung jadual profail tersebut, atau buat di halaman ke-2… sebelum LEJAR.

  129. Salam cikgu..
    Nak tanya utk pelarasan PHR….catatan jurnal am adalah
    Dt hutang ragu….Kt Phr.. adakah betul???

  130. Nik,

    YA, betul.

  131. cikgu…cikgu tidak letak contoh pengenalan ke cikgu ?

  132. Syah,

    Dalam buku panduan ada dinyatakan, ianya mesti ada :
    1. Latar belakang
    2. Sebab pilih perniagaan tersebut
    3. Kelebihan
    4. Risiko yang mungkin dihadapi

  133. cg, dlm belanjawan tunai bagaimana nak kira belian ?, adakah polisi 30 h masih pakai di sini?

  134. jualan bulan mei bolehkan letak RM112080, kemudian tambah 10% jadi RM123288 dan RM135617 bagi bulan jun dan julai?

  135. Yee,

    Pada pandangan saya,
    Jangkaan Jualan bulan MEI… adalah BEBAS, tetapi hendaklah munasabah berbanding jualan pada bulan April.
    Dan TEMPOH KREDIT 30 hari… adalah terpakai untuk JUALAN/PENGHUTANG dan juga BELIAN/PEMIUTANG.

  136. Ckgu.untuk lejar pelarasan susunan mesti ikut no LA yg kecil dulu atau boleh kita susun sepasang2 mengikut catatan bergu dlm pelarasan unt mudahkn nk semak.

  137. Dlm bhgn 3 (e) penerimaan n pmbyran berdasarkn rekod sedia ada.adakh maksudnya kita letak angka yg sama dgn angka yg asal tk perlu buat naik atau turun ikut %

  138. Yeoh,

    Cadangan saya, lebih baik susun ikut pasangan catatan bergu, kerana apa yang hendak diuji dan dinilai disini adalah kemahiran pelajar memindahan catatan pelarasan ke lejar yang berkaitan mengikut sistem catatan bergu yang betul.

    Ya… tanpa sebarang pertambahan / pengurangan

  139. Salam ckgu saya dah dapat seimbang I’d tp angkanya xsama dgn jwpn ckgu…saya dpt 952514. Boleh tak ckgu senaraikan baki di imbngn duga…puas saya cari tp xdpt

  140. cikgu,,,status perniagaan ni apa ya?

  141. Cikgu?bagi a/k Kawalan Penghutang dan Pemiutang, jumlah seperti
    jualan
    amaun yg telah dibayar
    belian
    adalah didapati daripada menambah semua jumlah dari Lejar Belian dan Lejar Jualan,
    betulkah Cikgu?

  142. Qistina,
    Cuba semak catatan kontra dalam Buku Tunai bertarikh 15 April … apa yang anda buat dengan itemn tersebut ?

    Liza,
    Status perniagaan, berdasarkan penyelarasan tahun lepas adalah merujuk kepada Baru memulakan perniagaan atau Meneruskan perniagaan.

    Chee,
    Cara yang sebenarnya adalah merujuk kepada BCP.. sila rujuk Buku Teks m/s 166 – 167.

  143. cg ada ke akaun belanja stok dan akaun belanja alat tulis ??

  144. Nur Fatiha,

    “Akaun Belanja Stok”….. TIDAK WUJUD.
    “Akaun Belanja Alat Tulis / Akaun Alat Tulis” …. WUJUD

  145. Salam cikgu…dekat pelarasan saya ada melibatkan ambilan tunai oleh pekongsi Ahmad…saya nak tanya adakah saya perlu buat buku tunai slps pelarasan….bolehkah saya buat akaun tunai sahaja…dan baki b/b saya ambil dr id sblm pelarasan

  146. Nik,

    Pada pandangan saya,
    Apabila sesebuah perniagaan/organisasi mengamalkan penggunaan BUKU TUNAI, maka sebarang pelarasan yang dilakukan adalah pada Buku Tunai tersebut bukannya dengan menwujudkan Ak Bank @ Ak Tunai secara berasingan.

    Cadangan saya, Ambilan BARANG NIAGA oleh pekongsi Ahmad…. tanpa melibatkan Buku Tunai.

  147. cikgu,
    jika nama pemilik ialah 3orang pekongsi termasuk kita jadi Ak. semasa A, B, C kena tukar nama pekongsi, betultak… dalam profil, modal perniagaan ambil dari jumlah modal setiap pekongsi JA1. (untuk semakan)

  148. JJ,

    A, B dan C hanya sebagai simbol sahaja …. gantikan dengan NAMA PEKONGSI yang anda tetapkan dalam Profail Perniagaan… dan salah seorang mestilah NAMA ANDA.

  149. Cikgu,
    bagi item alat tulis,

    Baki b/b =2500 Baki h/b 2000 .terdapat belian tunai sebanyak 800 pada 6/4/2014.

    adakah betul jika jawapan saya saya ialah RM 1300
    baki b/b +belian-baki h/b

  150. Chee,

    Item pelarasan adalah pada Stok awal alat tulis RM2500 dan stok akhir alat tulis (belum digunakan) RM2000 …. berapakan BELANJA ALAT TULIS (atau Alat tulis yang telah digunakan) ???? ……… Iaitu (2500 – 2000) = RM500 , maka pelarasannya ialah :

    Dt Alat tulis RM500
    Kt Stok Alat tulis RM500

  151. Saya tak buat sebarang catatan…ada catatan ker di situ dan kenapa yer mst ada catatan

  152. Qistina,

    YA betul… TIDAK perlu buat sebarang pindahan ke lejar… catatan kontra.
    Sila tunjukkan ID disini, nanti saya semak.

  153. Berbalik kpd soalan ambilan tunai di atas…apabila saya buat buku tunai bermakna saya perlu mengambil baki b/b tunai ..bank…dlm id ….

  154. Nik,

    Kita ikut seperti menyediakan Buku Tunai (Kemaskini) dalam topik Penyata Penyesuaian Bank.
    Iaitu Sediakan BukuTunai… dengan mengambil BAKI B/B (baki akhir) BT1 … sebagai BAKI B/B (awal) BT2 Kemaskini.
    untuk kedua2 baki Tunai dan Bank

  155. Salam cikgu,
    saya x blh imbangkan imbangan duga saye…..
    Jumlah kredit ialah RM 949339,
    terlebih RM3225

  156. DISKAUN DITERIMA 2920
    SYARIKAT MEI WAH SDN BHD 15680
    ELEKTRIK MAJU SDN BHD 10500
    PULANGAN BELIAN 1200
    JUALAN 112080
    AKAUN SEMASA A 86201
    AKAUN SEMASA B 57466
    AKAUN SEMASA C 28733
    PINJAMAN 298334
    SUSUT NILAI TERKUMPUL KENDERAAN 55600
    SUSUT NILAI TERKUMPUL PERABOT 28125
    SUSUT NILAI TERKUMPUL ALATAN PEJABAT 12500
    MODAL PEKONGSI A 120000
    MODAL PEKONGSI B 80000
    MODAL PEKONGSI C 40000

  157. Schax…awak salah dekat susut nilai…ketiga2 salah

  158. Nik bole bagi tak jwpn imbngn duga awak…saya punya seimbang td xdpt 946114…xtau apa yg silap…plssss

  159. sudah dapat betul. tapi knp xprlu tambah susut nilai bg April? ku x faham.

  160. Schax,

    Betul seperti kata Cg Nik, kesilapannya pada ketiga2 Ak Susut Nilai Terkumpul…. nilai2 tersebut merupakan nilai2 SELEPAS PELARASAN… masuk dalam ID Terselaras nanti.

    Sila gantikan A, B, C kepada nama2 pekongsi yang anda tetapkan dalam PROFAIL PERNIAGAAN.

  161. alright, get it. thanks

  162. Id sblm pelarasan hanya ambil dr jurnal n buku tunai yg diberi sahaja. .

  163. Cikgu,

    Bagaimanakah penyediaan A/k Kawalan Penghutang?

    Baki b/b- JA 1
    Jualan pada bulan Apr-JJ 1
    Pulangan Jualan -JPJ 1
    Jumlah penerimaan-BT
    Jumlah Diskaun diberi- BT

  164. Chee,

    Sila rujuk Buku Teks m/s 166.

  165. krdit :
    modal 120000 80000 40000 ak sms 86201 57466 28733 syt maju 16900 syt mei wah 15680 dis diterima 2920 jualan 112080 pul belian 1200 snt a.pej 12000 snt prbot 27000 snt kendraan 54000 pnjmn 298334

    debit :
    tunai 5780 bank 100281 premis 350000 kndraan 150000 prbot 90000 a.pej 60000 stok 70000 atok alat tulis 2500 drma 3800 belian 51400 pul jualan 1680 insrns 3000 promosi 500 duti atas belian 4700 kdr byran 2500 gaji 4500 blnja kndraan 3720 dis diberi 4813 elektrik maju 6400 alfian elektrik 6600 pn bersatu 7620 mahawangsa 15220 kdai chya 6700 alat tulis 800

  166. Qistina,

    Rujuk JA1 : Syarikat Maju Sdn Bhd …. LB2
    dan JB1 : Elektrik Maju Sdn Bha …. LB2

    Berdasarkan FOLIO (LB2).. ini menunjukkan berlakunya kesilapan catatan kerana kedua2nya merujuk kepada akaun yang SAMA.
    Soalan ini sengaja dibuat sedemikian supaya pelajar dapat kesan kesilapan tersebut dan buat pembetulan seperti yang diajar dalam Buku Teks… iaitu POTONG perkataan SYARIKAT kemudian tulis “Elektrik”.

    Jadi Baki b/b dalam Ak Syarikat Maju Sdn Bhd 16900 perlu diperbetulkan sebagai Baki b/b dalam Ak Elektrik Maju sdn bhd.

  167. lepas dapat imb.duga kena buat pelarasankan. pelarasan ambil dari no.2(a)-(i) bersama apa yang ada dlm ikatan perkongsian spt FAA, FAM dan lain2. Kunci Kira2 yang diberi tu kena ambil kira tak ataupun pelarasan semua dari angka Imb.duga yang dapat tadi.
    untuk gaji terakru RM1500, itu jumlah utk seorang atau ketiga-tiga pekongsi. kena masukkan tak dalam ikatan perkongsian gaji ni…. mohon penjelasan. Tq

  168. saya buat gaji terakru pekerja RM1500. Gaji pekongsi baharu masuk dlm ikatan perkongsian.

  169. Jj,

    Pada pandangan saya,
    PELARASAN item 2(a) – (i) … Penyediaan Penyata Pengasingan Untung Rugi & Ak Semasa tidak dikelaskan sebagai PELARASAN.
    Pelajar buat ikut KITARAN PERAKAUNAN….. BCP – Lejar – ID – Pelarasan – IDT – Penyata Pendapatan, Pengasingan UR & Ak Semasa, KKK.

    Ya, Gaji pekerja terakru RM1500 .. sepatutnya pelajar boleh kesan daripada soalan dan boleh dijadikan Item Pelarasan. Manakala GAJI PEKONGSI BULANAN boleh dinyatakan dalam Ikatan Perjanjian bersama2 FAA, FAM, KUtg ..dll.

  170. apakah penjelasan untuk stok alat tulis dan alat tulis dalam jurnal am? bagaimana dengan folio itu?

  171. Schax.

    Berkaitan Stok alat tulis & Alat tulis telah dinyatakan dalam komen sebelum ini.

    FOLIO wajib dikemukakan dalam LEJAR… iaitu sebagai rujukan SUMBER catatan tersebut diperolehi. Contohnya dalam AK Premis:
    1 April : Baki b/b (JA1) 350,000

  172. Cgu..ape pelarasan yg sesuai untuk pembetulan kesilapan tidak ketara?

  173. Atie,

    Antara jenis kesilapan tidak ketara:
    1, kesilapan komisen
    2. Kesilapan prinsip
    3. Kesilapan amaun
    4. Kesilapan saling mengimbangi
    5. Kedilapan ketinggalan catatan urus niaga…dah minta.

    cadangan saya… kesilapan prinsip dan kesilapan amaun .. lebih mudah untuk pelajar.

  174. Cg?
    bolehkah kita tambah pelarasan yang lain selain daripada yang diminta of soalan.
    mislnya:

    A. Stok alat tulis
    Pinjaman untuk mengelskan pokok and faedah

    Cg,
    bolehkah kita memasukkan pelarasan tambahan seperti:

    1. pinjaman (asingkan pokok dan faedah)
    2. stok alat tulis( mengurangkan amaun dari RM2500 ke RM2000)
    3. Stok dinilaikan kepada RM 60000

  175. Chee,

    Dalam soalan sebanyak 11 pelarasan perlu disediakan, kenapa nak tambah lagi. Memadai apa yang diminta oleh soalan.

  176. cikgu selepas pelarasan lejar?imbangan duga saya tidak seimbang kerana susut nilai abs dan peruntukan hutang ragu. Jadi mcm mane transfer belanja sn dan hutang ragu ke imbangan duga? Sbb tiada baki h/b

  177. baki baki dalam petikan penyata pendapatan bulan mac tuh,. kena masukkan juga tak dalam pengenalan?.

  178. Ahaker,
    Kenapa tiada baki….. sepatutnya masing ada baki.

    Balqis,
    Tak perlu masukkan.

  179. Hi . Saya baru dapat tugasan . Saya nak tanya, berapa semua lejar yang ada semua ?

  180. bagi soalan belanjawan , bagaimana hendak menentukan jumlah jualan bagi bulan Mei?

    adakah kita aggap seperti bulan April?

  181. Chee,

    Anggaran yang munasabah berdasarkan jualan bulan April.

  182. salam, cikgu narzuki . Saya nak tanya diskaun diberi dengan diskaun diterima nombor Lejar Am nya berapa ??

  183. Syahirah,

    Nombor/halaman adalah berturutan daripada yang sedia ada … LA25 & LA26

  184. Chee,
    can give me your answer for Akaun kawalan?
    i dunno where to get the baki b/b, jualan, bank from.

  185. salam, cg narzuki. saya nak tanya akaun stok alat tulis di JA dengan alat tulis di BT boleh di gabung kan ke dlm satu akaun yang sama atau ianya berbeza .. ???

  186. Syahirah,

    Ianya adalah 2 akaun yang berasingan…. sama juga Ak Belian dan Ak Stok… adakah ianya digabungkan?

  187. Salam… dalam ID terselaras, Stok awal alat tulis RM2 000 masih wujud @ tak… coz sy tgok kwn sy buat tiada Stok Awal Alat Tulis dalam ID n PP (selepas pelarasan dibuat). Sy x nak peningkan kepala, dlm ikatan saya x buat pun gaji atau ambilan….. boleh kan…hihihihi… just buat faedah atas modal n kongsi untung je…………

  188. Eskay,

    Stok alat tulis masih berbaki RM2000, maka mestilah wujud dalam IDT. Tiada sebarang ketetapan apa yang perlu ada dalam Ikatan Perjanjian, tujuan tugasan projek ini diperkenalkan supaya pelajar LEBIH MEMAHAMI apa yang dipelajari secara lebih praktikal. Saya cadangkan kepada pelajar saya supaya masukkan semua perkara yang kebiasaannya ada dalam Ikatan Pejanjian sebenar… sebagaimana dinyatakan dalam Buku Teks.

  189. Ckg minta penjelasan lagi ttg jualan mei.dr penerangan ckgu yg atas2 tu kurang faham mcm mana ckgu buat pengiraan.jualan-jualan kt bln april 112080-36140=75940.jd jualan tunai mei.

  190. Yeoh,

    Pada pandangan saya,
    Pengiraan tersebut merujuk kepada penerimaan daripada jualan pada bulan April, manakala anggaran jualan bulan Mei agak bebas asalkan munasabah, samaa da nak andaikan SAMA dengan bulan April ataupun angka RASIONALberdasarkan nilai bulan April.

    Jumlah JUALAN = RM112080 – terdiri daripada jualan tunai dan jualan kredit bagi bulan April.
    Manakala JUALAN KREDIT pada bulan April ada juga yang dijelaskan pada bulan April.. maka ia juga dikelaskan sebagai Jualan tunai pada bulan April.. manakala jualan kredit yang belum dibayar = baki penghutang RM36,140. Maka jumlah PENERIMAAN daripada JUALAN = 112080-36140.

  191. (orang pekongsi: Thines,logan,mervin)
    Cikgu, pelaras ini boleh ke?
    e) 1) gaji mervin RM200 belum dibayar
    2) faedah atas pinjaman sebanyak RM60 masih
    belum dijelaskan.
    f) 1) insurans terdahulu sebanyak RM70
    2) gaji logan terdahulu sebanyak RM50
    g) komisen terakru sebanyak RM200

  192. Thines,

    Pada pandangan saya,
    e) BELANJA TERAKRU
    1) gaji mervin RM200 belum dibayar …….TIDAK SESUAI, adalah lebih tepat GAJI PEKERJA dijadikan GAJI TERAKRU.
    2) faedah atas pinjaman sebanyak RM60 masih belum dijelaskan… TIDAK SESUAI kerana telah ada bayaran balik Pinjaman RM1666, cadangan saya Kadar bayaran, belanja kenderaan, promosi – lebih sesuai.

    f) BELANJA TERDAHULU
    1) insurans terdahulu sebanyak RM70 ….. SESUAI
    2) gaji logan terdahulu sebanyak RM50….. TIDAK SESUAI kerana tiada sebarang bayaran gaji logan sebelum ini, macam mana boleh wujud TERDAHULU

    g) komisen diterima terakru sebanyak RM200 …. SESUAI.

  193. cikgu akaun stok wujud ker

  194. Wana,

    Wujud .. ianya merujuk kepada stok barang niaga dalam kedai.

  195. Cg,
    semua item yang berkaitan dengan pekongsi-pekongsi seperti faedah atas modal, gaji pekongsi TIDAK termasuk dalam pelarasan untuk mendapatkan IDTerlaras, , betul kah Cg

  196. Bagi soalan Belanjawan, tempoh kredit bagi Belian ialah 1 bulan juga ?

    Item -item dalam pembayaran dalam Belanjawan, betulkah kalau saya masuk item berikut:

    Promosi
    Gaji pekerja
    Insurans
    Ansuran pinjaman
    Belanja kenderaan

  197. Chee,

    Pada pandangan saya. Ya tak masuk.. Kerana ianya bukan item pelarasan.

    Ada lagi item pembayaran yang perlu dibawa masuk.. seperti.. kadar bayaran, duti atas belian

  198. salam cikgu ssye nk mntk tlg boleh x bagi senarai butiran dalam imbangan duga untuk sebalah debit sebab saya sudah buat tapi tidak imabng…harap ckgu boleh tlg sye..

  199. Ashraf,

    Sila rujuk komen2 sebelum ini.. telah ada disenaraikan dan dibetulkan mana yang silap.

  200. Cikgu,pelaras ini boleh ke?
    h) kesilapan tidak ketara
    duti atas belian sebanyak rm4,200 telah direkodkan sebagai rm4,700,manakala promosi sebanyak rm1000 telah direkodkan sebagai rm 500.

    i) kesilapan ketinggalan
    Saya telah ambil barang niaga untuk peribadi
    Dt- ambilan
    Kt- peribadi…

  201. Cikgu,
    dalam pengenalan perniagaan saya nak masuk nisbah pembahagian untung ke?

  202. Thines,

    Pada pandangan saya,
    (h) sesuai
    (i) Ambilan barang niaga oleh “nama pekongsi” RMxxxx tertinggal catat dalam mana2 buku.
    Dt Ambilan “nama pekongsi”
    Kt Belian

    Ikatan Perjanjian perlu dinyatakan bersama2 profail perniagaan dalam bahagian Pengenalan.

  203. Cg, berapa jumlah susut nilai kenderaan, perabot dan alatan pejabat mengikut kaedah yang disuruh?

  204. Cikgu,
    Bagaimana wujud PHR..

  205. Cg Narzuki,

    Dalam ikatan perkongsian, murid hanya tunjuk FAM, Gaji Pekongsi dan Kongsi UR sahaja, ada ini wajar? T. Kasih.

    ( tiada FAA dan FAP )….

  206. salam cikgu mcm mana nk kira susutnilai kenderaan,perabot dgn alat pejabat ni untuk imbangan duga?

  207. Syida,
    Cadangan jawapan saya,
    SN Kenderaan = RM1600
    SN Perabot = RM1125
    SN Alatan pejabat = RM500

    Thines,
    Dt Hutang Ragu
    Kt Peruntukan hutang ragu

    Loi,
    Ikatan Perjanjian disediakan pada masa penubuhan dan digunapakai sampai bila-bila, bukan dibuat untuk bulan April sahaja. Cadangan saya, kemuakan semua syarat2 yang biasanya ada dalam sesuatu ikatan perjanjian yang lengkap.

    Ashraf,
    Pengiraan SN merupakan item pelarasan yang dibuat SELEPAS penyediaan ID. Maka dalam ID sebelum pelarasan akaun2 tersebut belum lagi wujud.

  208. salam ckgu boleh tlg check x imbangan duga sebelah debit saya ini yang mana yang slh nilai atau salah catat and klau ada yg tertinggal harap ckgu blh bgi tahu..

    Debit
    Premis 350000
    Kenderaan 150000
    Perabot 90000
    Alatan pejabat 60000
    Stok 70000
    Stok alat tulis 2000
    Alfian Enterprise 74100
    Perniagaan Bersatu 7620
    Derma 3800
    Belian 51400
    Pul.Jualan 1680
    Kedai Cahaya Suria 6700
    Mahawangsa Enterprise 15220
    Promosi 500
    Kadar Bayaran 2500
    Gaji 4500
    Belanja kenderaan 3720
    Duti atas belian 4700
    Bank 100281
    Tunai 5780
    Diskaun diberi 4813
    Alat tulis 1300

    Sye rse ade yg slh sbb lebih bnyk sgt hope ckgu boleh btl kan mane yg slh…trima kasih

  209. Ashraf,

    ID yang disediakan adalah SEBELUM sebarang pelarasan. Antara item yang silap:
    Stok alat tulis – nilai silap
    Insurans – tertinggal
    Alfian Elektrik – nilai silap
    Alat tulis – nilai silap

  210. Assalamualaikum ada sesiapa boleh tunjukkan imbangan duga sebelah kredit?. sya rasa ada kesalahan di imbangan duga sy.

  211. Cg. Narzuki … saya nak tanya kalau (g) item hasil terakru itu kalau sewa premis belum diterima perlu ke ada premis dahulu …? saya tak faham perlu atau tidak premis perniagaan ..
    Mohon cikgu jelaskan ..

  212. Syahirah,

    Pelarasan Sewa premis/diterima terakru boleh diterima sebagoi Item Hasil Terakru.
    Jika TIADA Premis… macam mana nak bagi sewa kepada orang lain..?

  213. lejar untuk folio tahun ni memang ada 31 mcm tahun lepas ker atau lebih lagi?.

  214. cikgu boleh tunjukkan contoh pengenalan dan profil perniagaan x

  215. Okay dah dapat, terima kasih cg.

  216. Cgu narzuki,
    adakah faedah ats pinjaman blh diambil utk item kesilapan ketinggalan catatan?

  217. Atie,
    Dalam kes ini faedah atas pinjaman sebagai kesilapan ketinggalan catatan TIDAK SESUAI, tetapi jika nak dibuat sebagai kesilapan prinsip lebih SESUAI.

    Azhan,
    Apa yang perlu ada dalam Pengenalan dan Prifail perniagaan telah dibincngkan sebelum ini.

  218. salam ckgu sye nk tnye adakah nilai untuk alat tulis 800 dan stok alat tulis 2500?

  219. ckgu adalah gaji pekerja belum dijelaskan dan sewa premis belum dijelaskan boleh dijadikan belanja terkaru?

  220. Ashraf, cikgu menyampuk ya.
    Gaji pekerja boleh dan ada gaji pekerja.
    Tetapi belanja sewa premis tidak sepatutnya ada, kerana perkongsian ini mempunyai bangunan premis sendiri. Dikhuatiri andaian anda bahawa perniagaan menyewa untuk operasi perniagaan tidak diterima dan tidak betul.
    Ceritakan lagi apakah pula senario dan andaian anda sehinggakan walaupun ada premis bernilai ratusan ribu itu, tetapi mereka masih menyewa premis untuk operasi perniagaan. Kalau andaian anda munasabah, rasional dan dianggap benar, barulah patut ada sewa premis terakru.

  221. cg, akaun stok alat tulis dan akau alat tulis tu sama ke?? boleh letak dalam satu lejar ataupun lejar laen2??

  222. Cikgu, yang akaun stok tu kan, kalau sebelum membuat pelarasan, macam mana tutup/pindah?

    Baki b/b 70000, seterusnya?

  223. salam cikgu..
    akaun susut nilai tu sebelah kredit dengan sebelah debit nak tulis ape?

  224. cg, saya nak tanya bagaimana pengiraan susutnilai mengikut kaedah atas kos ? Mohon bantuan ..

  225. Nur Fatiha,
    DUA akaun yang BERBEZA tetapi saling berkaitan…. masing2 telah ada no folio masing.

    Lim,
    Imbangkan akaun seperti biasa ………… cari jumlah 70,000, BAKI H/B 70,000 dan BAKI B/B 70000.

    Daus,
    Ak Susut Niali diimbangkan dengan BAKI H/B dan BAKI B/B

    Syahirah,
    SN kaedah atas kos = k% x nilai kos aset tersebut.

  226. Cg,
    kalau jualan diaggap tidak berubah pada bulan Mei, sama seperti bulan Apr, RM 112080,dan seterusnya meningkat 10% daripada bulan beikutnya ( Jun dan Julai )
    baki hutang pada bulan Jun (RM36140*1.1) kerana hutang juga meningkat 10%

    Jualan tunai – mei(RM75940) Jun (RM75940) Julai (RM91888)
    Penghutang mei (RM48000) Jun (36140) Julai (RM39754)
    betul kah kiraan saya.

  227. Chee,

    Jualan bulan Jun juga meningkat 10% daripada jualan Mei,
    Penghutang mei = RM36,140 …. iaitu baki akhir penghutang bulan April yang dibayar pada bulan Mei.

  228. Salam cikgu…bagi kesilapan komisen macam maner nak rekod dalm jurnal kerana bila saya buat LB 2 sebelum pelarasan, saya dah combined sumer amaun LB2 dalam satu akaun… wujud ker LB 3?

  229. Ruksarisa,

    Jika Pemiutang tersebut BELUM WUJUD lagi, maka perlulah buka akaun untuk beliau sebagai LB3.

  230. Cg?
    kalau saya letak Sewa diterima terakru dalam pelarasan, adakah wajib saya juga letak dalam belanjawan dalam colum penerimaan mulai bulan Jun?

  231. Cg,
    terdapat 2 jenis stok dalam IDuga, bagaimanakah kita mengelaskan stok ini dalam A/k Penamat?

  232. Cg,
    bagaimanakah kita melaraskan stok akhir dari RM70k kpd RM60k

  233. Chee,

    Jika wujud Sewa diterima, maka ianya juga boleh dijadikan item penerimaan dalam Belanjawan Tunai.
    Stok Alat tulis tidak sama dengan Stok barang niaga.
    Stok alat tulis – kita nak kenal pasti berapa BELANJA ALAT TULIS untuk bulan tersebut, maka Stok alat tulis akhir – masukkan dalam Aset Semasa.
    Manakala STOK AKHIR barang niaga juga dikelaskan sebagai Aset Semasa… kita masukkan dalam Penyata Pendapatan BUKAN atas sifatnya sebagai AS tetapi hanya sebagai item pengiraan untuk mendapatkan KOS JUALAN.

  234. salam..
    ckgu klau komisen belum diberi boleh x dijadikan sebagai hasil terakru?

  235. Cg,
    selepas pelarasan, stok akhir dinilai pada harga kos RM 60 000.. macam mn buat lejar am selepas pelarasan untuk stok akhir itu … Mohon cg. jelaskn saya x paham …

  236. cg.. nk tanya kalau lejar am pelarasan perlu bawa ke baki b/b akaun yang sebelum pelarasan ni… Mohon cg. bantu..

  237. Ashraf,
    Komisen belum diberi” merupakan item BELANJA, maka TIDAK boleh dijadikan item HASIL TERAKRU.
    Sebaliknya “Komisen belum terima / Komisen diterima terakru“,… sesuai sebagai item Hasil Terakru.

    Syahirah,
    Item stok akhir TIDAK dikelaskan sebagai item pelarasan… tidak perlu catatan pelarasan, hanya sekadar Tulis nilai pada kos dan pada pasaran seterusnya tentukan nilai mana yang akan digunakan sebagai nilai STOK AKHIR.
    Ada sentengah pelajar jadikan item pelarasan dan TUTUP Ak Stok dengan catatan bergunya dengan AK Perdagangan… dan akhirnya AK Stok akan berbaki RM60,000 … sedangkan dalam IDT nilai STOK masih lagi RM75000 … bermaksud nilai STOK AWAL. Apa yang pelajar tersbut buat itu sebenarnya dipanggil sebagai CATATAN PENUTUP … didilakukan SELEPAS Akaun Penamat dan KKK disediakan.. bukannya SEMASA Pelarasan..

    Cuba hayati Kitaran Perakaunan : Dokumen – BCP – Lejar – ID – Pelarasan – Akaun Penamat – Catatan Penutup
    Begitu juga dengan CATATAN PEMBALIKAN, ianya juga salah satu daripada Catatan Penutup. Untuk Kerja kursus dan Suakatan Pelajaran CATATAN PENUTUP tidak diajar.

    LEJAR PELARASAN .. bermaksud kita ingin menyelaraskan BAKI AKAUN terdahulu, maka dalam Lejar Pelarasan kita ambil BAKI AKHIR (sebelum pelarasan) kemudian tambahan catatan untuk pelarasan, kemudian imbangkan dapatkan Baki h/b dan Baki b/b .. seterusnya masukkan dalam ID Terselaras. Konsepnya sama dengan topik Penyata Penyesuaian Bank kemaskini buku tunai.

  238. Salam. Saya nak tanya sekiranya sudah buat senarai pelarasan , item-item tersebut perlu dipindahkan ke jurnal am untuk pembetulan kesilapan. Adakah semua pembetulan perlu dibuat di jurnal ? Bagaimana hendak wujudkan PHR ?

  239. Eida,

    Sekiranya pelarasan melibatkan catatan bergu, maka sudah semestinya disediakan Catatan pelarasan dalam Jurnal Am (JA2).

    Dt Hutang ragu
    Kt Peruntukan Hutang Ragu

  240. cikgu bagi bahagian lejar selepas pelarasan adakah kita perlu sediakan semua akaun bermula dari LA1 atau hanya yang ada pelarasan sahaja?

    dalam imbangan duga bagi akaun modal dan semasa kita perlu merekod nilai jumlah atau mengasingkan mengikut nama pekongsi?

  241. assalamualaikum ,
    cikgu , untuk
    (h) boleh ke kalau buat kesilapan komisen ? sy buat sya. maju dan elekt.maju .
    kemudian
    (i) boleh ke sy buat jualan tunai sebanyak rm2000 tidak dicatat dalam mana2 buku perniagaan .

  242. Kalai,
    Pada pandangan saya, Lejar pelarasan, kita hanya tunjukkan akaun yang terlibat dengan pelarasan tersebut sahaja, dan jika akaun tersebut belum wujud, maka kita buka baru dengan LA yang berturutan.
    Senaraikan setiap satu Akaun Modal Pekongsi A, B, C dan Akaun Semasa A, B, C dengan nilai baki masing2.

    Fatiyyah, waalaikumussalam.
    Pada pandangan saya (h) TIDAK SESUAI kerana kesilapan tersebut bukan berlaku semasa mencatat sesuatu urusniaga. Pelajar dapat kesan kesilapn tersebut apabila poskan JA1 ke lejar LB2 dan poskan JB1 ke lejar LB2… didapti nama Akaun berbeza.. maksudnya berlaku kesilapan nama akaun di JA1… maka kita ajarkan kepada pelajar CARA PEMBETULAN yang sebenar bial perkara tersebut sepertimana dalam buku teks… dengan POTONG perkataan “Syarikat”… tandatangan ringkas dan gantikan dengan “Elektrik”.
    (i) TIDAK SALAH, cuma cadangan saya.. kita buat ambilan barang niaga oleh pekongsi tertinggal catat.. supaya wujud FAA dalam Penyata Pengasingan UR nanti.. secara tidak langsung dapat membantu pelajar lebih memahami topik tersebut serta ingat format yang lengkap… supaya sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menjawab soalan dalam Kertas 2 nanti.

  243. salam cikgu saya nk tnya apa lagi yg boleh dijadikan belanja terkaru selain gaji pekerja belum dibayar?

  244. satu lagi ckgu saya nk tnya senarai pelarasan dhn tarikh imbangan itu apa mksud nya dan boleh ckgu bagi satu contoh?

  245. Ashraf,

    Belanja terakru …. antaranya Gaji terakru, Kadar bayaran terakru, belanja kenderaan terakru, promosi terakru.

    Boleh rujuk maklumat tambahan dalam soalan Penyata Pendapatan ….. contohnya dalam Buku Teks m/s 261, 277, 278.

  246. saya punya imbangan duga belah kredit :
    M. Pekongsi A -120 000
    M. Pekongsi B – 80 000
    M. Pekongsi C – 40 000
    A. Semasa A – 86201
    A. Semasa B -57466
    A. Semasa C – 28733
    Pinjaman – 298334
    S.N.T. Kenderaan -54000
    S.N.T Perabot – 27 000
    S.N.T Alatan Pejabat – 12 000
    Pulangan Belian – 1200
    Jualan -112080
    D.Diterima – 2920
    S. MEI WAH Sdn. bhd -15680
    S/E Maju Sdn. bhd – 10896

    sebelah debit saya betul tetapi belah kredit saya salah . Jumlahnya berbeza. Apakah kesilapan saya?

  247. Cg,
    bagi nisbah ujian mampu,

    jumlah liabiliti
    —————
    jumlah aset

    adakah ia termasuk aset bukan semasa dan liabiliti jangka panjang?

  248. Marissa Ally,
    Kesilapannya pada : Elektrik Maju Sdn. bhd – 10896… sepatutnya RM10,500

    Chee,
    JUMLAH ASET = Aset Semasa + Aset Bukan Semasa
    JUMLAH LIABILITI = Liabiliti Semasa + Liabiliti Bukan Semasa

  249. Salam cikgu.. saya mahu tnya pasal LA9… dalam JA dan BT… Kenapa nilainya berbeza?? apakah yang perlu saya buat untuk memindahkannya ke LA… begitu juga dengan .. LA14…

  250. Welsie,

    LA9 adalah merujuk kepada AKAUN PINJAMAN, LA14 = AKAUN BELIAN …. nilai sudah pasti berbeza kerana urus niaga yang berbeza pada tarikh berbeza yang melibat akaun tersebut… Apa yang perlu dibuat ialah Poskan ke Lejar satu persatu….. JA pos ke Lejar : Ak Pinjaman (1/4 Kt Baki b/b 300000) manakala daripada BT poskan ke Lejar : Ak Pinjaman (30/4 Kt Bank 1666)

  251. Bagaimana dengan S.N.T ? adakah nilainya akan tetap setelah diposkan ke LA?

  252. Welsie,

    Sebelum pelarasan – TETAP sama
    Selepas pelarasn – BERTAMBAH ( + Susut nilai bulan semasa)

  253. Salam cikgu…nak tanya kat mana kita boleh dptkn nilai stok awal bln mac..utk pengiraaan nisbah….kerana kita kena buat utk bln mac dan april…

  254. Salam, cikgu berapakah nilai imbangan duga.

  255. salam cg, nk tanya kalau pelarasan melibatkan tunai perlu buat ke BT selepas pelarasan atau cuma buka akaun tunai sahaja .. mohon cg jelaskn

  256. Nik,
    Analisis untuk bulan MAC kita hanya berdasarkan maklumat yang ada sahaja… hanya 2 jenis analisis nisbah sahaja yang boleh disediakan (1) Nisbah Keberuntungan dan (2) Nisbah Kecairan.

    Apit,
    ID = RM946,114

    Syahirah,
    Oleh kerana perniagaan mengamalkan penggunaan BT, maka semua pelarasan yang melibatkan Tunai / Bank perlu diselaraskan dalam BT juga.

  257. Salam ckgu, boleh cikgu bg saya formula utk imbangan duga terselaras? Saya tak faham macam mana nak pindahkan daripada pelarasan ke imbangan duga terselaras.. Really need your help for my account project!!! 🙂

  258. Delaila,

    IDTerselaras = ID …. penyediaan ID / IDT adalah merujuk kepada BAKI2 AKAUN yang ada, serta mengambilkira akaun2 yang terlibat dengan pelarasan untuk penyediaan IDT.

  259. salam ckgu..
    saya nk tnya baku dari akaun kawalan penghutang dengan pemiutang harus dicatat di mana ya?

  260. Cg, saya punya IDT tak imbang. Untuk stok tu kita kena masukkan rm60 000 atau kekalkan rm70 000 mcm dalam ID lama? Seterusnya berkenaan dengan item pelarasan tu kalau kesilapan ketinggalan kecatatan tu saya buat ambilan tunai sebanyak rm600 untuk membayar komisen, akaun apa yang perlu di buka?

  261. Ashraf,
    Baki2nya dimasukkan dalam ID Terselaras ….. akaun2 penghutang dan pemiutang tidak perlu lagi dimasukkan dalam IDT.

    Syida,
    Cuba faham KITARAN PERAKAUAN …. penyediaan IDT adalah berdasarkan BAKI2 Akaun yang ada, termasuk Akaun yang baru wujud dalam Lejar pelarasan serta Akaun lama yang telah diselaraskan.
    Semua AKAUN hendaklah DIIMBANGKAN dengan BAKI H/B dan BAKI B/B…. bukannya dengan AUR.

  262. Salam.. cikgu, kenapa imbangan duga saya yg belah debit 946114.. yg belah kredit tak dpt, kurang 52000..

  263. saya dah jumpe kesilapan saya.. jualan saya tersalah catat dlm lejar

  264. Syida id lama guna stok drpd jurnal am …

  265. cikgu narzuki,
    nak tanya tentang pelarasan alat tulis yang belum habis digunakan Dt Alatulis 1300, kt stok alatulis 1300..betul tak?

  266. baki awal stok alatulis rm2500,dlm buku tunai ada beli alatulis 800..stok alatulis dgn alatulis akaun yang lain ye??

  267. Nik,
    ID disediakan berdasarkan BAKI AKAUN setelah semua item dalam BCP diposkan ke Lejar masing2.

    Umie,
    Dt Alat tulis RM500
    Kt Stok Alat tulis RM500

    Ak Alat tulis (LA19) dan Ak Stok Alat Tulis (LA19)….. 2 akaun yang berbeza.

  268. terima kasih banyak2 cikgu…. kalau ada yang saya x faham… saya akan tanya lagi… hehehe 🙂

  269. Salam cikgu . macam mna nk buat pengiraan nisbah ?

  270. Salam cikgu….berkaitan dengan belanjawan tunai….apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan
    E..lain lain anggaran penerimaan dan pembayaran berdasarkan rekod sedia ada?…adakah jika kadar bayaran bulan april rm 1000..jadi bulan mei jun julai..juga rm1000…. ataupun saya boleh buat kenaikan cthnya 5%…bulan sebelumnya…..

  271. Cikgu ,
    bagaimana buat stok akhir, alat tulis, dan sebagainya dlm lejar am?

  272. Oh baiklah. Tapi IDT saya tetap tak imbang, saya tak tahu kat bahagian mana yang salah.

  273. Syida,
    ID tidak seimbang, bermaksud catatan bergu yang dilakukan tidak betul. Cuba rujuk Kaedah mengesan kesilapan dalam Buku Teks m/s 194.

    Thines,
    Poskan semua item2 dalam Buku Catatan Pertama satu persatu seperti biasa.

  274. betulkah cara saya menyediakan akaun modal slps tolak ambilan pekongsi?
    akaun belian
    apr 30 baki b/b 51 400 apr 30 ambilan A 1200
    baki h/b 50 200
    51 400 51 400

  275. cikgu dari mana kita dapatkan baki awal belanjawan tunai? baki akhir tunai dan bank bulan april ke?
    cikgu saya agak kurang jelas dengan jualan bagi bulan mei? tolong jelaskan. terima kasih

  276. Kalai,

    Ak Modal dan AK Ambilan …. 2 akaun yang berbeza.
    Baki Awal Mei = Baki akhir April (Tunai + Bank)
    Jualan Mei DIJANGKA RM……… , maksudnya BEBAS kepada pelajar untuk tentukan, tetapi mestilah RASIONAL berdasarkan jualan bulan April… tidak terlalu berbeza….contonnya jualan april RM15 …. maka jangkaan Mei mungkin dalam julat RM10 – RM30… asalkan nilai munasabah.

  277. Assalamualaikum cg narzuki.

    Maaf cg, saya cuma ingin kepastian tentang lejar Alat Tulis yg cg sediakan dalam komen ke 150 di atas. Amaun RM800 tersebut ditulis sebagai Tunai atau Baki b/b pada Apr 30? Apa yg saya faham, amaun RM800 tu diambil dr ID sebelum pelarasan, maka ia akan direkod sebagai Baki b/b dalam lejar pelarasan alat tulis.

  278. Cg Amani, waalaikumussalam.

    Ya, butir yang sepatutnya ialah BAKI B/B iaitu kita rujuk kepada baki akhir sebelum pelarasan (atau dari ID)…. komen pada MASA tersebut saya hanya fokuskan kepada catatan bergu item pelarasan RM500… dan menunjukkan angka RM800 tersebut BUKANNYA item pelarasan tetapi catatan bergu/diposkan seperti biasa daripada buku tunai. Ok terima kasih.

  279. Cikgu,
    Saya agar keliru dengan kehendak soalan (k) pengiraan nisbah (bulan semasa dan bulan sebelum), (l) Tafsiran nisbah (m) Perbandingan analisis nisbah. Apakah kehendak antara k, l dan M? bolehkah (k) itu untuk bulan semasa mengira nisbah lebih banyak daripada bulan sebelum sebab bulan sebelum maklumat tidak mencukupi? untuk (L), adakah tafsiran untuk kedua-dua bulan? untuk (M), apakah yang dikehendaki? terima kasih.

  280. Cikgu,
    Perlukah mencari TPM seperti dalam panduan perlaksanaan, nampaknya kehendak gred dalam panduan perlaksanaan adalah sedikit berbeza dengan soalan tugasan terutamanya dalam bahagian nisbah.

  281. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Untuk (k) dan (l)… saya buat jadual sepertimana dalam buku teks m/s 535.
    Untuk bulan APRIL.. semua jenis analisis boleh dilakukan kerana mempunyai maklumat yang mencukupi,
    manakala bulan MAC… hanya jenis analisis nisbah keberuntungan dan nisbah kecairan sahaja yang boleh dibuat.

    Untuk (m), berdasarkan perbandingkan analisis antara kedua-dua bulan tersebut.. kemudian pelajar menjawab soalan 3(c) BULAN mana yang mempunyai prestasi lebih baik ? kemudian nyatakan ALASAN … dengan merujuk perbandingan antara dua bulan tersebut…… sama seperti soalan yang ditanya dalam kertas 2.

    TPM tidak perlu disediakan… dalam buku panduan tersebut diberikan PILIHAN… maka kita pilih berdasarkan tugasan projek tahun ini.

  282. Saya nk tanya penghutang alfian eletrik dlm jurnal am ke lejar jualan kena tulis penghutang atau baki b/b

  283. ppp,

    dalam Ak Alfian Elektrik (di Lejar Jualan)… butirnya BAKI B/B.

  284. Cikgu,
    utk Penyata Pendapatan, dbawah Belian Bersih ade tak bende lain yg perlu ditambah selain Duti Atas Belian?

  285. Haziq,

    Itu sahaja… kecuali ada buat item pelarasan yang lain seperti Upah atas belian, Insuran atas belian, Angkutan masuk.

  286. Cikgu,
    Terima kasih atas jawapan diatas. Dalam soalan perbandingan prestasi syarikat mana yang lebih baik, jika dalam peperiksaan terdapat semua nisbah keberuntungan, kecairan, kecekapan, adakah prestasi merujuk kepada semua nisbah ini atau hanya merujuk kepada nisbah tertentu dalam nisbah keberuntungan sahaja?

  287. Cikgu,
    Untuk Belanjawan tunai kan, pada bulan Mei baki tunai tu ramal sendiri? Ataupun guna baki bank+tunai bulan April?

    Kalau diramal, ramal dekat dengan baki bank+tunai atau baki tunai sahaja?

  288. Fatihah,
    Dalam menilai PRESTASI perniagaan, biasanya dilihat dari segi nisbah keberuntungannya…. manakala nisbah kecairan dan kecekapan digunakan dalam menilai kecekapan PENGURUSAN perniagaan tersebut.

    Lim,
    Baki akhir April = Baki awal Mei… soalan minta rujuk BT (tunai + bank), nilai sebenar sudah ada, maka tidak perlu kepada ramalan/andaian lagi.

  289. Cikgu,
    saya buat pelarasan yg item pembetulan silap x ketara , saya buat kesilapan saling mengimbangi
    > duti atas belian sebanyak rm4200 telah direkodkan sebagai rm4700 manakala promosi sebanyak rm1000 telah direkodkan sebagai rm500
    So dalam jurnal am, mana debit dan kredit
    Bagaimana nak buat cikgu.

  290. Apa khabar, Cikgu berapakah TEMPOH PERAKAUNAN (profil Perniagaa)?

  291. Cikgu ,
    Dalam pelarasan saya buat lejar pelarasan
    Alat tulis. Tapi alat tulis ada baki b/b itu nak masuk dalam lejar alat tulis pelaras sebelah debit/kredit?

  292. Hi cikgu harap maaf, akaun di atas bukan ak modal.itu adalah ak belian. Betul ke cara saya sdiakan ak belian. Ter

  293. markah kerja kursus akaun akan ditambahkan dengan kertas spm ka??

  294. Thines,
    Kedua2 penyataan tersebut merupakan jenis kesilapan amaun, kerana kedua2 catatan bergunya menggunakan nilai yang sama, maka pembetulan perlu dilakukan dengan pasangan bergu masing2.
    Penentuan Dt / Kt kita lihat kepada kedudukan BAKI B/B dalam akaun tersebut.

    Poh,
    Setahun…..cadangan saya, 1 april 2014 – 31 mac 2015

    Welsie,
    Kertas 3 / Kerja kursus = 20%
    Kertas 1 = 20%
    Kertas 2 = 60%


  295. Cg Narzuki:

    Chee,
    Item pelarasan adalah pada Stok awal alat tulis RM2500 dan stok akhir alat tulis (belum digunakan) RM2000 …. berapakan BELANJA ALAT TULIS (atau Alat tulis yang telah digunakan) ???? ……… Iaitu (2500 – 2000) = RM500 , maka pelarasannya ialah :
    Dt Alat tulis RM500
    Kt Stok Alat tulis RM500

    saya tidak setuju. katakan sekarang stok alat tulis awal RM2000 , belian alat tulis RM8000 dam stok alat tulis akhir RM30000. jadi pelarasannya pula dt stok alat tulis dan kt alat tulis pula ?

  296. Wongguehling,

    Saya tidak nafikan, memang ramai pelajar yang masih tidak dapat membezakan antara CATATAN PELARASAN dalam kitaran perakaunan (yang mematuhi sistem catatan bergu) dengan ANALISIS BELANJA & HASIL dalam topik Rekod Tak Lengkap / Ak Kelab dan persatuan (dimana tidak mengikuti sistem catatan bergu) serta perbezaan dengan CATATAN PENUTUP.

  297. dekat jurnal am, apakah keterangan bagi butir kadar bayaran terakru rm110?

  298. Marissa Ally,

    Keterangan hendaklah mengambarkan urus niaga tersebut secara ringkas…. seperti “Merekod kadar bayaran terakru”

  299. cg .. boleh tak jelaskan pada saya mengenai pengiraan susut nilai abs mengikut kaedah atas kos dan ansuran tetap..

  300. Apa khabar, cikgu boleh terang tak kenapa BUKU TUNAI mempunyai diskaun dan diskaun itu datang dari mana?

  301. salam ckgu boleh tlg bagi cara untuk mengira bagi akaun kawalan penghutang dgn pemiutang x?

  302. Fiqah,
    Kaedah ansuran tetap = kaedah garis lurus = kaedah atas kos
    SN = k% X Nilia Kos Aset

    Poh,
    Diskaun diberi dan Diskaun diterima hanya wujud SEMASA urus niaga pembayaran / penerimaan bagi menjelaskan hutang, iaitu melibatkan Buku Tunai.
    Jadi bagi memudahkan merekod / mengelakkan ketinggalan catatan diskaun tersebut, maka disediakan satu lajur khas untuk diskaun tersebut sebagai CATATAN / NOTA peringatan.. Di mana, pada akhir bulan JUMLAH kedua-dua diskaun tersebut akan diposkan ke Akaun masing2 dalam Lejar Am.

    Ashraf,
    Tiada apa yang perlu dikira, hanya rujuk kepada SUMBERNYA iaitu buku catatan pertama… cara ada ditunjukkan dengan jelas dalam buku teks.

  303. cikgu betul kah cara saya sediakan akaun belian?

    akaun belian
    apr 30 baki b/b 51 400 apr 30 ambilan 1200
    mei 1 baki b/b 50 200

    akaun penamat boleh tak kita sediakan dalam bentuk penyata?

  304. apa khabar, cikgu dalam akaun alfian elektrik dan perniagaan bersatu perlu juga mengira diskaun ke dalam akaun ini iaitu LEJAR.?

  305. CIKGU, apakah butir yang harus di tulis di DIKAUN DITERIMA DAN DIBERI (LEJAR)?

  306. Kalai,
    Butir “AMBILAN Nama Pekongsi” 1200
    Sekarang ini semua Akaun Penamat digalakkan sediakan dalam bentuk PENYATA

    Poh,
    Ya, poskan Bank dan Diskaun diberi ke Lejar masing2.
    Dalam Ak Diskaun diberi – butirnya PELBAGAI PENGHUTANG, manakala Ak Diskaun diterima – butirnya PELBAGAI PEMIUTANG

  307. Apa khabar, cikgu kita juga perlu mebuka Buku Tunai (LEJAR)? DAN dalam akaun PINJAMAN SAYA dapat jumlah MEI 1 BAKI B/B di kredit RM 300 000…… TAPI sebenarnya ialah RM 298334 macam mana nak dapat rm 298334…? Cikgu boleh terangkan tak sebab saya x berapa faham?

  308. cikgu dalam akaun modal perkongsi yang fol. kena tulis LA1 KE ATAU JA1?

  309. Poh,

    Ak Pinjaman
    Kt 1/4 Baki b/b 300,000
    Dt 30/4 Bank 1666

    Dalam BCP – Folio merujuk kepada Lejar… LA, LB, LJ
    Dalam Lejar – Folio merujuk kepada BCP…. JA, JB, JJ, BT

  310. cg, klo ikatan perjanjian perkongsian tu boleh tak buat kat kertas lain (x disekalikn dengan profil perniagaan)(wat kt muka surat lagi 1)

  311. cikgu 6.e) Senarai Pelarasan Pada Tarikh Imbangan macam mana nak buat, CIKGU boleh terang sikit x? cikgu tahu muka surat buku teks yg berkaitan dgn ini x? terima kasih dan maaf mengganggu :)….

  312. hutang ragu nak letak mana yea kat penyata pendapatan atau kunci kira2?

  313. Pemudi Islam,
    Ikatan Perjanjian mesti bersama-sama Profail Perniagaan.. sama ada pada halaman yang sama ataupun dihalaman ke dua.

    Poh,
    Boleh rujuk maklumat tambahan dalam soalan2 berkaitan Penyata Pendapatan dan KKK bagi milikan tunggal.

    Marissa Ally,
    HUTANG RAGU dikelasifikasikan sebagai BELANJA, maka dalam Penyata Pendapatan.

  314. slam ckgu sye nk tnye adkah btl pelarasan yg saya buat ni:-

    a) stok akhir barang niaga dinilai pada harga

    Harga kos RM 60 000
    Harga pasaran RM 75,000

    b) alat tulis terdahhulu RM 2000
    c) Susutnilai aset bulan semasa :-

    i) kenderaan bernilai RM 150 000 disusutnilaikan 20% menggunakan kaedah baki berkurangan.
    II) Perabot Rm 90 000 disusutnilai 15% atas kos.
    iii) Alatan pejabat bernilai RM 60 000 disusutnilai 10% mengikut kaedah ansurran tetap/garis lurus.

    d) Peniaga mewujudkan peruntukan hutang ragu 5% atas baki penghutang.
    e) kadar bayaran terakru RM 1000 dan Gaji terakru bernilai RM 1500.

    f) Insuran terdahulu RM 500.
    g)Komisen diterima terakru RM 400
    h) Pembetulan kesilapan tidak ketara.
    i) Kesilapan prinsip
    Belanja membaiki kenderaan direkod dalam Akaun Kenderaan RM 1200.

    ii) Kesilapan ketinggalan satu catatan.
    Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi terlupa rekod berjumlah RM 500.

  315. Cikgu , kalau saya buat nama perniagaan tu nama saya dan kawan2 then last sekali elektronik , boleh tak ? Okey ke bubuh elektronik tu ? humm

  316. Nha , lagi satu . Nama pemilik tu , nama 3 penuh termasuk binti tiga orang pekongsi ehh ?

  317. Ashraf,
    Pada pandangan saya, sudah boleh diterima, kecuali (b) “Alat tulis terdahulu” .. adalah tidak tepat, kerana TIDAK WUJUD istilah “Alat tulis terdahulu”.. cadangan saya, ikut saja penyataan dalam soalan tersebut… iaitu alat tulis yang belum digunakan RM2000.

    Eykqa,
    Nama perniagaan adalah bebas asalkan jangan ada “Sdn Bhd” atau “Bhd” yang mengambarkan perniagaan bentuk Syarikat Berhad.
    Nama Pemilik hendaklah ditulis lengkap.

  318. oh begitu . terima kasih banyak cikgu . =)

  319. assalamualaikum cg,, akaun kawalan jawapannya berapa?? saya keliru baki b/b nye… saya dah buat id terselaras,, tapi tak imbang.. mohon cg sudi membantu…

  320. Cikgu, boleh cikgu bagi pengenalan perniagaan ? saya dah perah otak buat tapi asyik salah je. harap cikgu dapat bantu

  321. Aliya, waalaikumussalam.
    Ak Kawalan Penghutang = RM36,140
    Ak Kawalan Pemiutang – RM26,180
    # dengan syarat pemiutang / penghutang tidak terlibat dengan item pelarasan.

    Anna,
    PENGENALAN PERNIAGAAN telah saya terangakn dalam komen sebelum ini… sila rujuk diatas.

  322. cikgu, dalam ikatan pkgsian saya hanya melibatkan FAM dan nisbah pbhgn untung rugi shj. yg lain hanya dinyatakan tetapi x trlibatlgsung dgn pelarasan. betultak imbgn duga terselaras saya akan mgndungi FAM dan Akaun Semasa ( nilai baru ). kemudian saya akan sediakan pula akaun semasa sekali lagi yang akhir utk tunjukkan kongsi untung atau kongsi rugi ?

  323. cikgu, macam mana nak kira nisbah, nak buat tafsiran nisbah dan perbandingan analisis nibah …

  324. Idaman,
    Inilah masalah yang timbul, apabila CATATAN PENUTUP (FAM) dicatat sebagai CATATAN PELARASAN.. dalam IDT, Ak Semasa masih merujuk baki awal, FAM tidak termasuk kerana ianya wujud SELEPAS IDT, Penyata Pendapatan & Pengasingan UR disediakan.

    Nur fatiha,
    Boleh rujuk jadual pengiraan & tafsiran dalam buku teks, sediakan untuk bulan April & Mac (perbandingan), kemudian tentukan bulan mana yang menunjukkan PRESTAI yang lebih baik serta alasan pilihan tersebut.

  325. slam ckgu boleh tgl semakkan ID terselaras saya tak…
    sya gune pelarasan yg sya mnta ckgu tlg semakkan pada komen sye yg sebelum ini..

    Debit

    premis 350 000
    kenderaan 150 000
    perabot 90 000
    alatan pejabat 60 000
    stok 70 000
    alat tulis terdahulu 2000
    pemiutang 11420
    derma 3800
    belian 50 900
    pul.jualan 1680
    promosi 1000
    kadar bayaran 3500
    gaji 6000
    belanja kenderaan 4920
    duti atas belian 4700
    bank 100281
    tunai 5780
    diskaun diberi 4813
    insuran 2500
    hutang ragu 593
    komisen terakru 400
    Blanja S.N knderaan 1600
    Blanja S.N prabot 1125
    Blanja S.N alt pjbt 500

  326. kredit

    modal pekongsi A 120 000
    modal pekongsi B 80 000
    modal pekongsi C 40 000
    akaun semasa A 86201
    akaun semasa B 57466
    akaun semasa C 28733
    S.N trkmpul kenderaan 55600
    S.N trkumpul prabot 28125
    S.N trkmpul alt pjbt 12500
    pul.belian 1200
    jualan 112080
    diskaun diterima 2920
    komisen diterima 400
    insuran trdahulu 500
    gaji terkaru 1500
    peruntukan hutang ragu 593
    kadar bayaran trakru 1000
    alat tulis 1300

    harap ckgu blh btlkan klau sye trsilap catat dlm debit atau kredit and klau trslah nilai

  327. Asraf,

    Sila semak semula catatan jurnal am pelarasan & lejar pelarasan…. ada yang silap.
    Berdasarkan IDT yang diberikan terdapat beberapa kesilapan yang dapat dikesan,
    Sebelah Debit:
    1, Stok alat tulis 2000 – BUKAN Alatulis terdahulu
    2, Pemiutang – disebelah kredit & nilai mungkin silap
    3, Ambilan pekongsi 500 – tertinggal
    4, Penghutang – tertinggal
    Sebelah Kredit:
    1, Insurans terdahulu – sepatutnya Debit
    2, Alat tulis 1300 – sepatutnya Debit

  328. cikgu kena bagi sampel ikatan perjanjian perkongsian x

  329. margin yang tinggi -boleh x dibuat sbgai klbihn perniagaan

  330. Cikgu,
    jika pulangan belian tertinggal catat maka pelarasan buat dalam jurnal am. Dalam akaun kawalan pemiutang, pulangan belian ada dua butiran iaitu satu dari JPJ dan satu lagi dari JA atau jumlah kedua-dua butir jadi satu dalam akaun kawalan.

  331. Cikgu,
    dalam menilai prestasi hanya dua nisbah terlibat iaitu peratus untung bersih atas jualan dan pulangan atas modal. bagaimana nak nilai jika dalam bulan mac Peratus untung bersih atas jualan ialah 21.05% pulangan atas modal 8.2% sedangkan dalam bulan April peratus untung bersih atas jualan ialah 20.95% dan pulangan atas modal 9.3%. iaitu satu nisbah lebih tinggi dan satu nisbah lebeh rendah.

  332. Cikgu,
    Dalam soalan belanjawan tunai 3%-7%.Maksud soalan ialah bulan jun meningkat 3% dan bulan julai meningkat 7%. atau peningkatan bulan jun dan julai antara 3% hingga 7%?

  333. Pemudi Islam,
    Ya margin yang tinggi LEBIH BAIK, Ikatan perjanjian boleh rujuk dalam buku teks dan soalan2 berkaitan topik penyata pengasingan UR.

    Fatimah,
    Jika pulangan belian tertinggal catat, maka Ak Pulangan Belian, Ak Pemiutang berkenaan serta Ak Kawalan Pemiutang terlibat. Kita rekod berdasarkan sumber rujukannya, 1 drpd JPB1 dan 1 drpd JA2.
    Jika itu keadaannya, kita pilih berdasarkan pulangan atas modal.
    Pelajar tetapkan 1 Kadar peningkatan sahaja, julatnya antara 3% -7%

  334. assalamualaikum cg , id terselaras saya masih tak imbang , saya berharap cg dpt betulkan mana silapnya .

    debit

    premis 350,000
    kenderaan 150,000
    perabot 90,000
    alatan pejabat 60,000
    stok 70,000
    stok alat tulis 2,000
    B.S.N kenderaan 1,600
    alat tulis 1,300
    B.S.N perabot 1,125
    B.S.N altn pejabat 500
    derma 3,800
    belian 51,400
    hutang ragu 3,614
    insurans 4,000
    promosi 500
    duti atas ambilan 4,700
    kadar bayaran 2,500
    gaji pekerja 6,000
    komisen dtrima trakru 1,300
    blnja promosi 250
    ambilan 3,000
    a.kawalan 36,140
    tunai 5,780
    bank 100,281

  335. kredit
    modal pekongsi
    auni 120,000
    aliya 80,000
    atiyyah 40,000

    akaun semasa
    auni 86,201
    aliya 57,466
    atiyyah 28,733

    pinjaman 298,334
    SNT kenderaan 55,600
    SNT perabot 28,125
    SNT altn pjbt 12,500
    jualan 112,080
    peruntukan hR 3,614
    Insurans terakru 1,000
    duti ats ambln terdhulu 700
    gaji p. terakru 1,500
    blnja derma 250
    belian 3,000
    a.k kawalan 26,180

    harap cg sudi membantu

  336. Aliya, waalaikumussalam.

    Ada kesilapan di catatan jurnal am pelarasan dan lejar pelarasan.
    Antara kesilapan yang dapat dikesan,
    Debit:
    1, Pulangan jualan – tertinggal
    2, duti atas belian – bukannya atas ambilan
    3, duti atas beluan terdahulu – berbaki dt
    Kredit:
    1, Komisen diterima – tertinggal

    Kesilapan lain:
    Derma dan Belanja derma – akaun yang sama
    Promosi dan Belanja promosi – akaun yang sama

  337. cikgu,klo x sediakan faedah atas modal pon x pe kn dlm ikatn perjnjian perkongsian

  338. As salam , ada tips terbaru x utk Kerja kursus tg 5 SPM 2014.

  339. Pemudi Islam,
    Ikatan Perjanjian disediakan semasa penubuhan perniagaan lagi, dan akan digunapakai sampai bila2.. bukan untuk buylan April sahaja. maka sebaik2 Ikatan Perjanjian hendaklah lengkap.

    Anita,
    Tiada apa-apa tips, buat ikut kehendak soalan.

  340. Cikgu,
    Nisbah ujian asid tolak stok akhir, adakah termasuk stok akhir alat tulis?

  341. Cikgu , apa maksud senarai pelarasan pada tarikh imbangan tu ? Saya tak faham . Saya buat maklumat pelarasan , jurnal dengan lejar sekaligus . Dalam satu kertas . humm agak kurang mengerti

  342. Ni contohnya :
    d) Peruntukan hutang ragu diwujudkan pada kadar 5% atas penghutang . Then dekat bawah tu terus saya buat jurnal dengan lejar

  343. Fatimah,
    Pada pandangan saya, termasuk stok alat tulis (tidak perlu ditolak) kerana stok alat tulis lebih mudah dicairkan berbanding stok barang niaga.

    Eykqa,
    Sila asingkan ikut kehendak soalan… Senarai pelarasan, Catatan Pelarasan dalam Jurnal Am dan Lejar pelarasan. Sila rujuk juga Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek yang dikeluarkan bersama soalan.

  344. cikgu,

    kalau ketinggalan catatan bergu dgn buku tunai,
    and tarikhnya pula sebelum 30 apr,
    saya perlu buat apa dlm buku tunai selepas itu?
    perlu mewujudkan BT2? tapi bagaimana pula dgn tarikh sebelum 30 apr tu?

    maaf cikgu ayat berbelit, saya tak tau macam mana nak terangkan.

  345. Aff,

    Ketinggala hanya disedari pada 30 April.. maka pelarasan dilakukan pada tarikh tersebut.
    Maka BT2 perlu disediakan

  346. assalamualaikum cikgu ,
    maaf mengganggu .
    saya nak minta tolong cikgu semakkan ID TERSELARAS sy ..

    debit
    premis 350000
    kenderaan 150000
    perabot 90000
    altn pejabat 60000
    stok 70000
    stok alat tulis 2000
    belanja susut nilai knderaan 1600
    BSN perabot 1125
    BSN alatan pejabat 500
    alat tulis 1300
    derma 3800
    belian 49400
    hutang ragu 3614
    insurans 3500
    promosi 500
    duti atas belian 4700
    kadar bayaran 2500
    kadar bayaran terdahulu 500
    gaji pekerja 6000
    sewa diterima terakru 2500
    blnja baiki premis 1000
    ambilan 2000
    ak kawalan 36140
    tunai 5780
    bank 100281

  347. cikgu, kalau saya buat ketinggalan catatan gaji pekongsi dan bergu dgn BT, adakah saya perlu buat BT2? atau sambung BT1?

  348. kredit
    modal A 120000
    modal B 80000
    modal C 40000

    akaun semasa
    A 86201
    B 57466
    C 28733

    pinjaman 298334
    snt kenderaan 55600
    snt perabot 28125
    snt alatan pjbt 12500
    insurans terakru 500
    gaji pkrja terakru 1500
    swa diterima 2500
    blnja baiki knderaan 2720
    ak kawalan pemiutang 26180
    jualan 112080
    peruntukn htg ragu 3614

  349. Fatiyyah,

    Cg tidak dapat semak nilainya kerana bergantung kepada nilai pelarasan yang dibuat. Komen Cg, kedudukan item2 debit dan kredit sudah betul.. A, B dan C perlu digantikan dengan NAMA PEKONGSI, serta AMBILAN juga perlu dinyatakan ambilan oleh pekongsi mana.

  350. Cikgu,
    bolehkah dalam lejar pelarasan, kita gabungkan akaun stok awal alat tulis dan akaun alat tulis jadi akaun alat tulis baki b/b 3300 kemudian baru kita buat pelarasan dt stok alat tulis 2000 dan. Kt alat tulis 2000.

  351. slam ckgu …
    adakah semasa membuat akaun kawalan penghutang dan pemiutang harus dimasukkan catatan kontra yg ade dlm buku tunai tu ke dlm kedua2 akaun tersebut?
    mohon penjelasan..

  352. dan boleh x ckgu bagi cadangan cara saya hndk mngira akaun kawalan penghutang dan pemiutang untuk imbangan duga saya..

  353. Fatimah,
    TIDAK BOLEH, Ak Stok Alat Tulis dan Ak Alat Tulis adalah 2 akaun yang berbeza… jangan keliru dengan Analisis Belanja & Hasil dalam topik RTL / Ak Kelab.

    Ashraf,
    Catatan kontra dalam BT tidak melibatkan Penghutang / Pemiutang. Dan Ak Kawalan tidak perlu dikira.. hanya sediakan Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang, kemudian BAKI AKHIR dipindahkan ke IDT.

  354. hmm..
    baiklah , saya akan semak semula nilainya . mungkin tersilap dilejar . ape2 pon terima kasih cikgu .

  355. cikgu, macam mane nk buat catatan pelarasan dalam jurnal am dan lejar

  356. Cikgu, boleh x ckgu bagitau saya mcm mana nk dpt jualan tunai dan belian tunai untk belajawan tunai.

  357. Ain,
    Sila rujuk guru sekolah, beliau akan terangkan satu persatu.

    Fan,
    Nilainya BEBAS sekadar ANGGARAN, tetapi biarlah munasabah berbanding bulan April.

  358. stok alat tulis kelas mana ye?

  359. Dan juga baki b/b utk belanjawan tunai nk ambil kt mana. Terima kasih.

  360. Aff,
    Stok Alat Tulis diklasifikasikan sebagai ASET SEMASA.

    Fan,
    Baki AWAL MEI = Baki AKHIR April (Tunai + Bank)

  361. cikgu, adakah semua item seperti
    a) peruntukan hutang ragu
    b) Faedah atas ambilan
    c) Faedah atas modal
    perlu dibahagikan dengan 12 sebelum mengeposkan ke Akaun Penamat kerana penyediaan akaun ini hanya sebulan?
    ex: a)Ambilan = RM 600
    Ikatan Perjanjian = 4 % setahun
    Faedah atas ambilan = RM 24 / RM 2 ?
    b)Penghutang= RM36140
    Syarat Peruntukan Hutang Ragu=2%
    Peruntukan Hutang Ragu = RM 723/ RM 60 ?
    Terima kasih!

  362. G6,

    Hanya (b) dan (c) sahaja perlu dibahagikan dengan 12, kerana kadarnya k% SETAHUN.
    Manakala PHR adalah 2% atas PENGHUTANG…. maka TIDAK PERLU dibahagikan dengan 12… sebab baki penghutang tersebut adalah untuk sebulan

  363. Terima kasih berbanyak-banyak!!!!!

  364. Terima kasih cikgu kerana menjawab soalan saya tapi saya tak faham . Macam mana nak buat senarai pelarasan tu ? Kita tulis je ke ?
    d) Peruntukan hutang ragu 5% atas penghutang .
    e)
    f)
    dan seterusnya . Macam tu ?

  365. Cikgu, satu lagi, adakah stok awal alat tulis dan stok akhir alat tulis perlu direkodkan dalam penyata pendapatan?

  366. cg peruntukan hutang ragu nak darabkan dgn
    RM 48 000 ataupun RM 36 140??

  367. Eykqa,
    Kena rujuk guru sekolah masing2, kerana ada guru minta disediakan hanya senarai pelarasan semata-mata, dan ada guru yang minta sediakan senarai pelarasan dan ditunjukkan pengiraannya setiap satunya.

    G6,
    Tidak perlu, hanya dalam KKK Aset Semasa : Stok alat tulis RM2,000

    Nur Fatiha,
    PHR didarabkan dengan BAKI AKHIR PENGHUTANG (rujuk Ak Kawalan Penghutang – RM36,140).


  368. Cg Narzuki:

    Chee,
    Item pelarasan adalah pada Stok awal alat tulis RM2500 dan stok akhir alat tulis (belum digunakan) RM2000 …. berapakan BELANJA ALAT TULIS (atau Alat tulis yang telah digunakan) ???? ……… Iaitu (2500 – 2000) = RM500 , maka pelarasannya ialah :
    Dt Alat tulis RM500
    Kt Stok Alat tulis RM500

    Cikgu,
    Dalam lejar pelarasan akaun alat tulis bolehkah tulis dt baki b/b di atas RM800 sebab ia diambil dari lejar sebelum ini kemudian baru tulis stok alat tulis RM500?

  369. Fatimah,

    Dalam kes LEJAR PELARASAN terdapat 2 pendekatan yang digunakan: ( # kene rujuk penyelarasan peringkat kawasan masing2)
    1. Salin semua urus niaga sedia ada kemudian sambung dengan item pelarasan.
    2. Lejar pelarasan hanya ambil BAKI AKHIR akaun sebelum pelarasan, kemudian masukkan item pelarasan.

    Jika menggunakan pendekatan (2), maka BAKI B/B RM800 kemudian STOK ALAT TULIS RM500.

  370. Cg.. Di IDT…stok alat tulis di bhgn db atau kt?alat tulis plak di bhgn mane?

  371. Mieza,

    STOK ALAT TULIS … Aset Semasa … DEBIT
    ALAT TULIS ………. Belanja ….. DEBIT

    Debit @ Kredit dalam IDT adalah merujuk kepada BAKI AKHIR (1 Mei Baki b/b) setiap akaun.

  372. Dlm PHR harus didarabkn x% dgn penghutang…sblm tu kene wat akaun kawalan penghutang ke?

  373. Mieza,

    Jumlah penghutang boleh juga diperolehi dengan MENJUMLAHKAN BAKI AKHIR setiap penghutang yang ada dalam LEJAR JUALAN.


  374. Cg Narzuki:

    Wongguehling,
    Saya tidak nafikan, memang ramai pelajar yang masih tidak dapat membezakan antara CATATAN PELARASAN dalam kitaran perakaunan (yang mematuhi sistem catatan bergu) dengan ANALISIS BELANJA & HASIL dalam topik Rekod Tak Lengkap / Ak Kelab dan persatuan (dimana tidak mengikuti sistem catatan bergu) serta perbezaan dengan CATATAN PENUTUP.

  375. Cg,
    Apa pandangan cikgu jika saya buat pelarasan itu pada 30 Apr di mana saya pindahkan stok alat tulis 2500 ke akaun alat tulis (dt alat tulis: kt stok alat tulis2500) dan soalan menyatakan stok alat tulis belum digunakan(dt stok alat tulis; kt Alat tulis 2000)

  376. Koosengkian,

    Atas ALASAN APA ?… 2 akaun yang sedia ada, Ak Stok Alat Tulis (Aset) tiba2 diTUTUP dengan pindahkan Ke Ak Alat Tulis (Belanja)…. ini TIDAK dipanggil “Pelarasan”.

    Maklumat asal : “Alat tulis belum digunakan ialah RM2,000” – merujuk kepada pelarasan terhadap Ak Stok Alat Tulis.
    Jika saya permudahkan : “Stok Alat tulis telah digunakan sebanyak RM500” ….. apakah CATATAN PELARASANNYA ?

    Catatan Pelarasan hanya melibatkan 1 CATATAN dengan 2 akaun sahaja, 1 didebitkan dan 1 dikreditkan… apa yang diselaraskan terus SELESAI.

  377. salam,maaf sy nak jadi ahli bagaimana,banyak kali cuba tak dpt

  378. Cg…IDT saya sudh seimbang dan truskn dgn akaun kawalan pghtg/pmtg…bagaimana ingin memastikn baki ak kwln itu betul?

  379. Mieza,

    Baki AK Kawalan Penghutang BETUL, jika nilainya SAMA dengan JUMLAH BAKI AKHIR semua Penghutang. Begitu juga dengan Ak Kawalan Pemiutang.
    Dalam IDT tidak wujud lagi nama2 penghutang dan nama2 pemiutang…. yang wujud hanya “Penghutang” dan Pemiutang” , iaitu baki daripada AK Kawalan.

  380. Salam cikgu,,

    saya perlukan bantuan cikgu dalam menyiapkan tugasan ini,,

    mohon cikgu email saya..

    Terima kasih.

  381. Cg…boleh cg bg jwpn macam mane nk masukkan stok alat tulis dlm jurnal am?

  382. Mieza,

    Apa yang perlu diselaraskan ialah Ak Stok Alat Tulis.
    “Alat tulis belum digunakan ialah RM2,000” bermaksud “Stok alat tulis telah digunakan sebanyak RM500” (2500 – 2000)
    Maka catatan pelarasannya ialah mengeluarkan RM500 daripada AK Stok Alat Tulis sebagai BELANJA ALAT TULIS..
    iaitu Dt: Alat tulis RM500 dan Kt Stok Alat Tulis RM500

  383. Terima kasih cikgu atas penerangannya

  384. Salam Cikgu. macam mane nak buat senarai pelarasan pada tarikh imbangan duga? saya tak faham. boleh cikgu tunjukkan cara2nya.

  385. 1) Cikgu, ‘Kontra’ dekat buku tunai tu nak buat mcm mane? Kena buka akaun kontra ke?

    2) ape butiran untuk lejar-lejar bagi jurnal am? contoh: stok alat tulis

  386. Fatin,
    Sila rujuk komen2 sebelum ini.

    Chacha,
    1. Tidak perlu buat apa2.. kerana catatan bergunya telah lengkap.
    2. Urus niaga 1 April… merekod baki2 aset, liabiliti dan ekuiti… maka butirnya BAKI B/B.

  387. Cikgu,, untuk Syarikat Maju Sdn Bhd dan Eletrik Maju Sdn Bhd boleh dianggap pembetulan kesilapan atau memang dua akaun yang berlainan?

  388. cikgu boleh tak beri jumlah imbangan duga sebelum pelarasan?

  389. Cikgu,apakah jualan kredit bagi bulan Mac?

  390. Cikgu,jika pelarasan saya tersentuh akaun tunai,maka apakah jumlah yang patut saya catat dalam belanjawan tunai? Jumlah tunai asal- 5780,jumlah tunai saya selepas pelarasan-4780,jadi saya kena catat 5780atau4780?

  391. Ryan,
    Dengan merujuk kepada folio LB2.. jelas menunjukkan kedua2nya sepatutnya akaun yang SAMA, maka berlaku kesilapan. Kesilapan tersebut tidak melibat kesilapan semasa catatan bergu, maka pembetulannya TIDAK melibatkan Jurnal Am sebagai pelarasan. Pelajar hanya perlu membetulkan kesilapan tersebut dengan memotong dan membetulkan SYARIKAT kepada ELEKTRIK sepertimana yang diajarkan dalam Buku Teks.

    Chacha,
    ID sebelum pelarasan RM946,114

    G6,
    Tiada maklumat yang diberikan berkaitan Jualan kredit.
    Rujuk kepada baki akhir SELEPAS pelarasan.

  392. Cg,
    Jika soalan memeberi akaun insurans terdahulu mempunyai baki awal tahun RM2500 , jumlah bayaran insurans adalah RM800 dengan cek,, dan akhir tahun terdapat insurans terdahulu RM2000.Biasanya tiada masalah timbul jika kita buka Akaun Insurans sahaja dan meletakan insurans terdahulu sebagai baki b/b sebelah debit dan insurans terdahulu akhir tahun baki h/b, tetapi jika soalan dikehendaki membuka akaun insurans terdahulu dan akaun insurans,, adakah keadaannya sama dengan stok alat tulis?

  393. Koosengkian,

    Pada pandangan saya,
    Ianya bergantung kepada KAEDAH yang diamalkan dalam sesebuah organisasi, sekiranya SEBELUM ini mengamalkan hanya membuka Ak Insurans sahaja.. di mana Insurans terdahulu / terakru… direkodkan sebagai BAKI B/B (catatan pembalikan) …. maka teruskan kaedah tersebut (Konsep KETEKALAN).
    Tetapi jika organisasi mengamalkan kaedah buka kedua2 akaun tersebut, maka pelarasan perlu dilakukan terhadap Ak Insurans Terdahulu (seperti kes Stok Alat Tulis) untuk mengenalpasti belanja insurans yang terlibat.

    # perlu diberikan perhatian oleh pelajar TIDAK WUJUD … “Alat Tulis Terdahulu” @ “Alat Tulis Terakru”

    Dan cuba perhatikan Kitaran Perakuanan.. dimana kedudukan Pelarasan dan Catatan Pembalikan.
    DOKUMEN – BCP – Lejar – ID – PELARASAN – IDT – Ak Penamat – CATATAN PENUTUP (termasuk penutupan ak semasa dgn Pengasingan UR, Ak stok, dll, CATATAN PEMBALIKAN)

  394. macam mana nak buat Belanjawan?
    jualan tu kredit ke tunai ?

  395. Haikal,

    Buat ikut format biasa .. buku teks m/s 296.
    JUALAN = Jualan Tunai + Jualan kredit

  396. Selamat sejahtera Cikgu,
    1) dalam Imbangan Duga Terselaras adakah kita masuk Akaun Semasa Pekongsi dengan nilai asal atau nilai selepas pembahagian untung rugi?
    2) Adakah catatan Dt. Akaun Pengasingan Untung Rugi Kt. akaun Semasa Pekongsi perlu ditunjukkan di Jurnal Am?
    Terima kasih

  397. Debbie, selamat sejahtera.

    1. IDT disediakan SELEPAS PELARASAN….. Penyediaan Pengasingan UR & Ak Semasa dilakukan SELEPAS Penyata Pendapatan disediakan… dan ianya BUKANNYA item pelarasan… maka dalam IDT hanya merujuk Ak Semasa (Baki b/b) sahaja.
    2. Itu bukan catatan pelarasan … tetapi catatan penutup yang disediakan selepas Penyata Pendapatan.

  398. cikgu, Ikatan perjanjian perkongsian kita buat selepas pelarasa? Perlukah kita buat catatan ikatan perjanjian perkongsian dalam jurnal am dan lejar?
    dalam imbangan duga terlaras itu termasuk faedah atas ambilan, kongsi untung, gaji pekongsi?
    kalau perlu, maksudnya kita perlu sediakan akaun semasa pekongsi untuk mendapatkan baki akaun semasa terkini

  399. Ana,

    Ikatan Perjanjian disediakan semasa penubuhan perniagaan lagi dan perlu disertakan bersama-sama Profail Perniagaan.
    Pengasingan UR dan Ak Semasa … tidak perlu sediakan Jurnal Am, tetapi AK SEMASA perlu dibuka untuk kemaskini… Baki akhirnya ke KKK.
    IDT … TIDAK termasuk FAA, FAM, KU dan Gaji pekongsi…. kerana pengasingan UR dilakukan SELEPAS IDT.

  400. Diskaun diterima masih terakru sebanyak 250 drpd sy. Mei wah sdn bhd…lejar apakah yg perlu dibuka?

  401. Apa khabar, cikgu adakah AKAUN DISKAUN DITERIMA DAN DIBERI adalah dalam lejar am/jualan/belian/tidak berkaitan?

  402. Mieza,
    Diskaun TIDAK sesuai dijadikan item hasil/belanja terdahulu/terakru……. kerana TIDAK WUJUD diskaun terdahulu / terakru.

    Poh,
    Diskaun diberi LA25….. Diskaun diterima LA26

  403. Cg, apa yang kena ada kat abs, as dgn ls kat kunci kira kira?

  404. Syida,

    Cuba hayati format Penyata Pendapatan dan KKK.

  405. cikgu boleh saya tahu bagaimana cara nak membuat maklumat tambahan? terima kasih

  406. salam cikgu narzuki.. saya ingin bertanya .. nisbah apa yang sesuai untuk KECAIRAN?

  407. Lim,
    Rujuk komen2 sebelum ini.

    Elin,
    Semua sesuai…. Saya cadangkan buat SEMUA analisis nisbah yang ada….. walaupun pelajar hanya dikehendaki menyediakan sekurang2nya 1 bagi setiap nisbah….. itu lebih baik bagi tujuan pembelajaran.

  408. Apa khabar, cikgu Akaun Diskaun Diberi iaitu pada sebelaH dt butir PELBAGAI PENGHUTANG dan TARIKH IALAH APRIL 30 atau MEI 1?

  409. Poh,

    Kita poskan ke Ak Diskaun diberi pada akhir bulan… 30 April dan butirnya Pelbagai Penghutang


  410. Cg Narzuki:

    Koosengkian,
    Pada pandangan saya,
    Ianya bergantung kepada KAEDAH yang diamalkan dalam sesebuah organisasi, sekiranya SEBELUM ini mengamalkan hanya membuka Ak Insurans sahaja.. di mana Insurans terdahulu / terakru… direkodkan sebagai BAKI B/B (catatan pembalikan) …. maka teruskan kaedah tersebut (Konsep KETEKALAN).
    Tetapi jika organisasi mengamalkan kaedah buka kedua2 akaun tersebut, maka pelarasan perlu dilakukan terhadap Ak Insurans Terdahulu (seperti kes Stok Alat Tulis) untuk mengenalpasti belanja insurans yang terlibat.
    # perlu diberikan perhatian oleh pelajar TIDAK WUJUD … “Alat Tulis Terdahulu” @ “Alat Tulis Terakru”
    Dan cuba perhatikan Kitaran Perakuanan.. dimana kedudukan Pelarasan dan Catatan Pembalikan.
    DOKUMEN – BCP – Lejar – ID – PELARASAN – IDT – Ak Penamat – CATATAN PENUTUP (termasuk penutupan ak semasa dgn Pengasingan UR, Ak stok, dll, CATATAN PEMBALIKAN)

  411. Cg,
    Terima kasih atas penjelasan di atas, saya masih keliru ke atas catatan pembalikan ini, adakah bila kita buat catatan mendebitkankan akaun alat tulis 2500 dan kreditkan stok alat tulis 2500 semasa catatan penutupan, dan ini merupakan catatan pembalikan? dan jika ya, maka tidak akan wujud stok alat tulis semasa catatan pembukaan tahun akan dating seperti soalan tugasan. atau tidak perlu catatan pembalikan untuk stok alat tulis dan ia hanya sesuai untuk terakru dan terdahulu yang lain?

  412. Koosengkian,

    Pada pandangan saya, tidak perlu catatan pembalikan kerana ianya bukan suatu pelarasan.
    Cuba buat pelarasan seperti yang saya cadangkan dan tengok hasil keatas Ak Alat tulis dan Ak Stok Alat Tulis dalam IDT.

    Poskan Baki b/b daripada JA1 ke Ak Stok Alat Tulis….. dan belian Alat Tulis daripada BT1 ke Ak Alat Tulis, kemudian baru buat catatan pelarasan seperti berikut;
    Dt Alat tulis RM500
    KT STOK Alat Tulis RM500

  413. cikgu, saya buat lejar pelarasan macam ni;

    akaun komisen diterima
    belah debit untung
    belah kredit komisen diterima terakru

    betul ke saya punya butir? dan kena tulis untung rugi atau salah satu?

  414. Haikal,

    Dalam catatan pelarasan sepatutnya tidak melibatkan Ak Untung Rugi.
    Catatan pelarasan dicadangkan :
    Dt Komisen diterima terakru
    KT Komisen diterima

  415. Cg..lejar pelarasan perlu tulis baki h/b atau uunting/rugi?

  416. Apa khabar, cikgu semasa ingin typing IMBANGAN DUGA dalam komputer saya mengguna bentuk T boleh tak? DAN perlukah menulis tarikhnya?

  417. Mieza,
    Semua akaun diimbangkan dengan Baki h/b dan Baki b/b.

    Poh,
    Saya cadangkan bentuk lajur dan TARIKH hanya ditulis pada tajuknya sahaja
    Imbangan Duga pada 31 April 2014.

  418. cikgu jika segala syarat dalam ikatan perjanjian perkongsian yg berkaitan dengan faedah tidak dibuat,markah tidak akan ditolak kan?

  419. Bd,

    Bergantung kepada penyelarasan diperingkat kawasan masing2. Sepatutnya Ikatan Perkongsian disediakan dengan lengkap, jika tidak apa guna topik perkongsian dimasukkan dalam tugasan.

  420. cikgu, perlu tak nak typing BUKU TUNAI ke dalam komputer?

  421. Poh,

    Sekiranya, tiada pelarasan yang melibat TUNAI/BANK.. maka tidak perlu disediakan Buku Tunai tersebut.

  422. salam cikgu..

    nak tanya mengenai tempoh perakaunan…ianya adalah setahun kan?ianya bermula pada 1 jan 2014-31 disember 2014 ATAU 30 April 2014-28 feb 2015….

    mohon pendapat…

  423. Simah Ima,

    Cadangan saya 1 April 2014 – 30 Mac 2015

  424. Pd cdgn cg…item ape yg sesuai utk hasil terakru di buku tunai?

  425. cikgu..semasa pelarasan semua item a-i tu perlu buat lejar ke?contohnya a/c stok perlu buat lejar ke?

  426. Apa khabar, cikgu kalau untuk SENARAI PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN saya tulis macam ini boleh tak untuk….e)belanja terakru…>i_)bayaran gaji rm1500 yang belum dibayar. ii)belanja kadar bayaran untuk bulan april rm 420 masih belum dibayar. f)belanja terdahulu… i)rm 200 daripada insurans adalah bayaran untuk bulan mei 2014. g)hasil terakru…. i) sewa yang sepatutnya diterima dalam bulan april ialah rm 300. cikgu tolong semakan ayat yang saya gunakan betul ke tak?

  427. cikgu, untuk lejar am selepas pelarasan iaitu AKAUAN SUSUT NILAI TERKUMPUL KENDERAAN punya baki b/b punya tarikh ialah april 30 atau jun 1? keliru di pelarasan ini… cikgu tolong terang sikit…

  428. Mieza,
    Tiada hasil daripada BT yang boleh dijadikan item hasil terakru. Antara item yang sesuai….. komisen diterima terakru, faedah simpanan terakru,

    Hafizah,
    Pelarasan – jurnal pelarasan – lejar pelarasan (hanya sediakan akaun2 yang terlibat dengan pelarasan sahaja).

    Poh,
    Pada pandangan saya, ianya sudah betul.
    Oleh kerana pelarasan dilakukan pada 30 April, maka Baki b/b 1 Mei dalam Ak SNT sebelum pelarasan, kita jadikan Baki B/b pada 30 April dalam lejar pelarasan.

  429. jadi cikgu perluka buat lejar bagi akaun stok?macam mana nak buat cikgu?

  430. cikgu, 2d) Peruntukan hutang ragu megikut kadar 2% atas penghutang bersih.. macam mana nak kira?

  431. as’salam…. ape kah butir yang perlu di letak di IMBANGAN DUGA TERLARAS?

  432. cikgu, bagaimanakah hendak mencari faedah atas pinjaman, faedah atas pinjaman terakru, kawalan pemiutang dan kawalan penghutang dalam imbangan duga terselaras? terima kasih

  433. Hafizah,
    Padan pandangan saya, stok akhir tidak perlu diselaraskan, hanya pilih nilai mana yang perlu digunakan.

    Poh,
    Phr = 2% x jumlah baki akhir penghutang

    Aishah, waalaikumussalam.
    Semua baki2 akaun yang sedia ada serta akaun yang baru wujud selepas plarasan.

    Lim,
    Faedah atas pinjaman memang tiada dalam soalan, dan pada pandangan saya ianya tidak sesuai dijadikan item belanja terakru kerana bayaran pinjaman RM1666 telahpun dibuat…. dimana faedah pinjaman tidak dibayar secara berasingan.

  434. Cikgu, macam mana nak tukarkan JURNAL dan BUKU TUNAI ke dalam LEJAR?

  435. Cikgu , tolong tunjukkan contoh lejar pelarasan …
    Apa risiko yang perlu dihadapi dengan menjual barangan elektrik ???

  436. Cg..saya buat Sewa diterima masih terakru sbyk RM500..adakah ini sesuai utk hasil terakru?dan lejar apa yg perlu dibuka?apakah pula nilai baki b/b nya?

  437. apa khabar, cikgu boleh bagi tahu tak yang SELEPAS PELARASAN PUNYA JURNAL AM ada berapa yang perlu diisi ke dalam jurnal am (JA 2) ?

  438. Gina,
    Bukan “tukarkan” tetapi poskan Jurnal dan Buku Tunai ke Lejar… boleh rujuk buku teks atau lbih berkesan kagi rujuk guru akauan sekokah, beliau akan tunjukkan satu persatu.

    Danny,
    Contoh pelarasan boleh rujuk komen2 yang ada disini.

    Mieza,
    Ya, bokeh dijadikan item hasil terakru….. Dt sewa diterima terakru 500, Kt sewa diterima 500….. kedua2nya akaun yang baru dibuka, maka tiada Baki b/b.

    Poh,
    Bermula dengan pelarasan atat tulis….. hingga kesilapan ketinggalan catatan (rujuk soalan)

  439. Assalamualaikum cikgu,
    bagi pelarasan kesilapan tidak ketara: kalau saya buat SYARIKAT MEI WAH TERSALAH CATAT. dt apa kt apa ye? masukkan baki b/b utk syarikat mei wah sekali ke?

    kesilapan tinggal catat: kalau saya buat ambilan dt belian kt. ok tak? and ada kaitan dgn pekongsi tak?

  440. Cikgu .. untuk buat lejar pelarasan saya nak tulis baki b/b daripada lejar yang pertama ke?
    Kalau nak tulis imbangan duga saya tak seimbang?
    🙁

  441. Imbangan duga terselaras ada format tak,cikgu???

  442. Cikgu , sebenarnya yang yang pengiraan nisbah , tafsiran nisbah dengan perbandingan nisbah , sekali je kan ? Semuanya dibuat sekaligus je kan ? Bukannya asing2 ?

  443. cikgu, akaun belanja susut nilai kenderaan lebih sesuai ATAU akaun susut nilai kenderaan lebih sesuai?

  444. Aina, waalaikumussalam.
    1, saya cadangkan pembetulan kesilapan tersebut digantikan dengan yang tidak melibatkan penghutang / pemiutang, ini kerana jika melibatkan penghutang/pemiutang akan melibatkan 3 akaun yang perlu diselaraska….. iaitu ak penghutang/pemiutang, ak yang diselaras dan juga Ak Kawalan Penghutang / pemiutang.

    Thines,
    Ya, dari baki akhir lejar pertama (jika ada). Jika ID tidak seimbang, menunjukkan ada jasilapan… kena buat semakan.

    Fikah,
    IDT formatnya = ID, cuna akaun2 yang terlibat lebih banyak.

    Eykqa,
    Ya boleh digabungkan sekali.

    Poh,
    Ak Susut Nilai Kendaraan…. adalah BETUL.

  445. Assalamualaikum cikgu .
    Saya nak tahu pelarasan yg saya buat ni betul atau pun tidak.

    Belanja Alat Tulis (2500-2000=500)
    Dt Alat Tulis RM500 KT Stok Alat Tulis RM 500

    Belanja Susut Nilai
    Kenderaan=20% X RM 96000 = 19200/12 bulan = 1600
    Dt BSN Kenderaan RM 1600 Kt Kenderaan RM1600

    Perabot=15% X RM 90000= 13500/12 bulan = 1125
    Dt BSN Perabot RM 1125 Kt Perabot 1125

    Alatan Pejabat=10% X RM 60000= 6000/12 bulan= 500
    Dt BSN Alatan Pejabat RM 500 Kt Alatan Pejabat RM 500

    PHR = 5 % X 36140 = RM 1807
    Dt Hutang Ragu RM 1807 Kt PHR RM 1807

    Gaji Terakru = RM 6000 – RM 4500= RM 1500
    Dt Gaji RM 1500 Kt Gaji Terakru RM 1500

    Kadar Bayaran Terakru= RM 3000- RM 2500= RM 500
    Dt Kadar Bayaran RM 500 Kt Kadar Bayaran Terakru RM 500

    Insurans terdahulu = RM 3000- RM 250 = RM 2750
    DT Insurans terdahulu RM 2750 KT insuarans RM 2750

    Sewa diterima terakru RM 400
    Dt Sewa Diterima terakru RM 400 Kt sewa diterima RM 400

    Ketinggalan tidak ketara
    Belanja membaiki kenderaan RM 2000 tersalah debit ke akaun Kenderaan
    Dt Belanja Membaiki Kenderaan RM 2000 Kt Kenderaan RM 2000

    Kesilapan ketinggalan catatan
    Ambilan barang niaga daripada pekongsi B RM 100
    Dt Ambilan RM100 Kt Akaun Pekongsi B RM 100

    Faedah atas modal
    Pekongsi A 5% X RM 120 000 = RM 6000
    Dt Akaun Modal RM 6000 Kt Akaun Pekongsi A RM6000

    Pekongsi B 5 % X RM 80 000= RM 4000
    DT Modal RM 4000 Kt Ak Pekongsi RM 4000

    Pekongsi C 5% X RM 40 000 = RM 2000
    Dt modal RM 2000 Kt Ak Pekongsi RM 2000

    Faedah Atas Ambilan
    Pekongsi B 3% X RM 100 = RM 3
    Dt Faedah Atas Ambilan RM 3 Kt Ak Pekongsi B RM 3

    Gaji pekongsi bagi pekongsi C RM 1500
    Dt Gaji Pekongsi RM 1500 Kt Ak Pekongsi C RM 1500

    Adakah pelarasan ini betul ? Apakah item-item yg perlu dipindahkan ke IDT ? Gaji pekongsi perlu dibayar gunakan cek / tunai ? Apabila kita DT BSN Kenderaan , apakah yg patut ditulis di bahagian butir ? Baki b/b atau bank atau tunai ? Apakah item-item di atas yg terlibat dlm ak kawalan penghutang / pemiutang ?

    Harap cikgu boleh tolong . Terima kasih .

  446. Salam cikgu , saya nak contoh pelarasan .. Saya tak pandai nak buat .. Apakah risiko menjual peralatan elektrik ?

  447. Adakah cara ini betul untuk mengira nisbah kecekapan ?

    Kadar Pusing GantiStok

    =Stok Purata/ kos jualan X 31 hari bagi bulan Mac 2014
    = RM 70000 / RM 62100 X 31 hari
    = 35 hari

    Mohon penjelasan .

  448. Eida,
    Item2 pelarasan hanya bermula alat tulis hingga kesilapan ketinggalan catatan sahaja… yang selebihnya itu tidak dipanggil catatan pelarasan.

    Semua akaun perlu dipindahkan ke IDT (hanya ambil kira catatan pelarasan yg cg nyatakan sahaja). Gaji pekongsi tidak dibayar, ianya dikreditkan ke Ak Semasa pekongsi. Butir dalam catatan bergu ialah pasangan bergunya. Ak kawalan terlibat sekirangnya pelarasan melibatkan penghutang / pemiutang sahaja.

    Danny,
    Contoh catatan pelarasan bokeh rujuk komen2 sebelum ini.

  449. cg belanjawan tunai … ape yang dimaksudkan perniagaan mengamalkan polisi kredit 30 hari .. merujuk kpd belian dan jualan ataupun jualan atau belian???

  450. Nur fatiha,

    Merujuk kepada kedua2nya sekali,
    30 hari kredit maksudnya semua baki penghutang / pemiutang akan dijelaskan pada bulan berikutnya.

  451. ID bhgian debit saya tak dpt RM946 114. Sesiapa yg dah seimbang bhgian debit, bleh bantu?

    Premis – RM350 000
    Pulangan jualan – RM1 680
    Belian – RM51 400
    Stok – RM70 000
    Kenderaan – RM150 000
    Perabot – RM90 000
    Alatan pejabat – RM60 000
    Stok alat tulis – RM2 500
    Derma – RM3 800
    Insurans – RM3 000
    Kadar bayaran – RM2 500
    Belanja kenderaan – RM3 720
    Duti atas belian – RM4 700
    Promosi – RM500
    Alat tulis – RM800
    Diskaun diberi – RM4 813
    Gaji – RM4 500
    Alfian Elektrik – RM57 580
    Perniagaan Bersatu – RM34 700
    Mahawangsa Ent. – RM15 820
    Kedai Cahaya Suria – RM17 500
    Tunai – RM3 000
    Bank – RM69 500

  452. Vum
    Tunai-RM5780
    Bank-RM100281
    Alfian Elektrik-RM6600
    Perniagaan Bersatu-RM7620
    Mahawangsa Ent-RM15220
    kedai Cahaya Suri-RM6700

  453. Cikgu kalau nak buat gaji pekongsi,FAA,FAM.. itu nak masuk ke mana cikgu … nak sambung kat jurnal am dan lejar pelarasan ke ?

  454. Cg..akaun semasa(beruangan) slps buat penyata pendapatan perlu buat folio ke?

  455. Thines,

    Oleh kerana ianya bukan item pelarasan… tidak perlu masuk di JA dan Lejar pelarasan serta tiada dalam IDT…. ini kerana perkara tersebut dibuat SELEPAS Penyata Pendapatan disediakan… boleh terus buat Penyata Pengasingan UR dan As Semasa, seterusnya KKK.

    Mieza,
    Olek kerana soalan tidak minta sediakan catatan penutup, maka tiada folio untuk dirujuk.

    ## sekiranya cikgu sekolah minta sediakan JA bg catatan penutup tersebut, maka saya sarankan diasingkan dengan catatan pelarasan.. dimana kedudukannya selepas Penyata Pendapatan.

  456. baki hb mmg xde folio kan?

  457. mf ckg..nk tanya..yuran untuk administration fee LCCI skrg rm25@ RM 105 ..nk hantar wang pos…borang lama rm 25,,borang bru rm 107..

  458. Anis,
    Baki h/b… tiada folio.

    liza,
    Bayaran permohonan sijil LCCI untuk pelajar SPM2013 hanya RM25… untuk permohonan lewat (lepasan spm sebelum 2013) baru RM107.

  459. Cikgu saya buat pelarasan …
    h) duti atas belian sebanyak rm4200 telah direkodkan sebagai rm4700, manakala promosi sebanyak rm1000 telah direkodkan sebagai rm500.

    i) ambilan oleh mervin sebanyak rm100 belum dicatat dlm buku ke mana-mana.

    Kedua-dua pelarasan ni nak masuk kat jurnal am.
    Tapi apa nak kat dt dan kt , cikgu

  460. Cikgu bila saya buat akaun kawalan penghutang…. saya dapAt bakib/b rm 36140.
    Selepas tu ..
    peruntukan hutang ragu = kdr phr x pengutung
    5% x rm 36140 = 1807
    Betul ke

  461. Thines,

    h) tidak sesuai dijadikan kesilapan saling mengimbangi kerana ada 4 akaun yang silap… promosi & tunai, duti atas belian & bank….. jika sama2 melibatkan Ak tunai @ Ak Bank, maka ianya boleh dipertimbangkan.

    i) Dt Ambilan Mervin, Kt Belian (jika ambil barang niaga)

    PHR ….. betul.

  462. boleh sesiapa tolong saya
    imbangan duga sebelah kredit saya tak imbang
    pekongsi A 120000
    pekongsi B 80000
    pekongsi C 40000
    akaun semasa A 86201
    B 57466
    C 28733
    pinjaman 298334
    susut nilai terkumpul kenderaan 54000
    susut nilai terkumpul perabot 27000
    susut nilai terkumpul alatan pejabat 12000
    pulangan belian 1200
    jualan 112080
    diskaun diterima 2920
    syarikat meiwah 15680
    elektrik maju sdn.bhd 10500

    harap ditolong

  463. Cikgu,jika saya hendak buka lejar premis, stok alat tulis dan sebagainya, di butir lejar tersebut apa yang saya harus tulis? Adakah saya harus tulis bank?

  464. Rass,
    Sila rujuk jawapan yang telah dikemukakan oleh pelajar sebelum ini (diatas).

    Amy,
    Catatan permulaan pada 1 April 2014 ialah BAKI B/B.

  465. ckg…. yg ni pelarasan sye…. sye nak ckg tgk yg ni…

    pelarasan untk blnj terrakru:
    – gaji terakru rm 1500
    -faedh ats pnjmn 8% sthun blum di jlskan

    plrsn untk blnja terdhulu:
    -kadar byrn trdhulu sbnyk rm 2000

    plrsn untk hsil terakru:
    -komisen blum ditrma sbnyk rm 200

    pmbntuln kslipn tdk ketare :
    -angkutn masuk sbnk 500 tlh drekodkan sbg duti belian

    pmbtln kslpan ketggln catatan :
    -blian brg niaga rm 2500 scara tunai blm drekdkan dlm mane -mane bku..

    BLH X CKG TUNJK MCM MANE NAK KIRE UNTK DILETAKKN DLM IMBGN DUGE TERLARAS….. ? TQ 🙂

  466. Aishah,

    Daripada senarai pelarasan – sediakan JA – poskan ke lejar yang terlibat – baki2 terkini bagi semua akaun dimasukkan dalam IDT.

  467. Cikgu untuk lejar pelarasan…
    snt kenderaan,perabot dan alt pejabat nak masuk baki b/b ke

  468. cikgu, saya dah siap kunci kira-kira .. mcm mne nak buat tafsiran nsbah ???

  469. Thines,
    Ya, masukkan Baki b/b, kemudian masukkan catatan pelarasan SN.

    Fatinsyah,
    Boleh rujuk buku teks m/s 535… buat untuk bulan April dan Mac (setakat maklumat yang ada)

  470. Cikgu, untuk bhagian Belanjawan Tunai, pinjaman punye nilai dri bulan Mei – Julai akan kekal 298,344 ke? dan saye punye Belanjawan tunai dpt nilai negatif…

  471. HaziqAziz,

    Pinjaman TIDAK dilakukan setiap bulan, maka ianya TIDAK SESUAI……
    Item yang sepatutnya ialah BAYARAN BALIK PINJAMAN RM1666 setiap bulan… lebih sesuai dijadikan Item Pembayaran.

  472. Assalammualaikum cikgu . Humm untuk nisbah kan , cikgu saya cakap kalau untuk bulan Mac tak ada , tak payah buat . Buat untuk bulan April je . Contoh nisbah kecekapan , Kos Jualan bahagi Stok Purata . Kan nak kira stok purata , stok awal + stok akhir tapi stok awal untuk bulan mac tak ada cikgu . Dan kalau ye buat untuk April je , macam mana nak buat perbandingan ?

  473. Eykqa,

    Nisbah ada 3 jenis : Nisbah Keberuntungan, Nisbah Kecairan, Nisbah Kecekapan
    Untuk bulan April …. kesemua nisbah perlu dibuat kerana MAKLUMAT yang diperlukan telah lengkap.
    Untuk bulan MAC.. Analisis Nisbah Keberuntungan dan Nisbah Kecairan masih boleh dikira kerana MAKLUMAT telah diberikan.

    Seterusnya soalan minta pelajar membuat perbandingan antara BULAN APRIL dan MAC bagi menentukan PRESTASI bulan mana yang lebih baik. Jadi untuk menentukan PRESTASI, kita masih boleh menggunakan analisis nisbah keberuntungan dan nisbah kecairan sebagai perbandingan.

    Sekiranya soalan minta PENGURUSAN BULAN MANA LEBIH CEKAP… baru analisis kecekapan perlu diperbandingkan.

  474. assalam cikgu,,,,,,,saye x brape nk faham care nk buat pelarasan…

  475. salam cikgu, macam mana saya nak buat pelarasan ?

  476. Nani & Min,

    Jika itu masalahnya, Cg cadangkan jumpa guru akaun sekolah…. sepatutnya beliau akan BIMBING pelajar satu per satu dalam penyediaan tugasan projek ini.

  477. Okey . Nak tanya Syarikat Maju ni nak tulis sebagai Syarikat Maju atau Elektrik Maju ye ?

  478. cikgu untuk belanjawan tunai (belian tunai) cara nak kira macam mana ?

  479. Untuk nisbah kecekapan yang kira stok purata tuu untuk bulan mac stok akhir ada tapi stok awal takda nak buat macam mana ???

  480. Eykqa,
    Berdasarkan catatan dalam Jurnal Belian.. LB2 adalah merujuk kepada Elektrik Maju Sdn Bhd

    Nana Eddy,
    ANGGARAN belian tunai bulan Mei boleh berpandukan belian tunai bulan April.
    Belian (april) = Jumlah Belian (..rujuk baki AK Belian) – Baki akhir Pemiutang (..belian kredit yang masih belum dibayar)

    Untuk bulan MAC, nisbah kecekapan tidak dapat disediakan kerana ketiadaan maklumat yang diperluakan… Hanya Nisbah Keberuntungan dan Nisbah Kecairan sahaja yang boleh disediakan..

  481. Cikgu , kalau nisbah kecekapan tak buat , boleh ke dapat A sebab kalau nak dapat A untuk nisbah kan setiap nisbah tu kena ada satu . Nisbah Keberuntungan satu , Nisbah Kecairan satu dan Nisbah Kecekapan satu .
    Lagi satu , penghutang dan pemiutang untuk bulan Jun dan Julai dalam belanjawan tunai , mana nak dapat ?

  482. Eykqa,

    Untuk bulan April, ketiga2 nisbah tersebut boleh disediakan kerana maklumat ada… sudah cukup syarat dapat A, manakala untuk tentukan bulan mana prestasi lebih baik… maka perbandingan nisbah antara bulan April dan Mac perlu dilakukan.. serta nyatakan ALASAN atas pilihan tersebut, dengan merujuk mana2 nisbah yang boleh dibandingkan.

    Rujuk kepada peratus kenaikkan jualan dan belian.

  483. mcm mna nak buat pengiraan analisis?untuk bulan semasa dan blulan sebelumnya..?perlu buat jadual?

    tafsiran nisbah dan perbandingan nisbah tu nak buat satu kali dengan pengiraan nisbah ke?

    #harap cikgu dapat bantu saya..huhuhu

  484. Hafizah,

    Tiada sebarang ketetapan dalam soalan, jadi ianya bebas…. buat dalam jadual / tidak … boleh diterima.

  485. Salam cikgu…nak tanya, klu ketinggalan catatan spt belian perabot dr perniagaan jati sdn.bhd sebyk rm5000 belum direkodkan dlm mana2 buku, pemiutang perniagaan jati perlu dimasukkan dlm akaun kawalan ke? Satu lg, klu kesilapan komisen plgn belian, perlu ditelodkan dlm akaun kawalan jgk ke?

  486. Sakinah,

    Hanya pemiutang BARANG NIAGA sahaja yang terlibat dengan Ak Kawalan Pemiutang.
    Kesilapan komisen pulangan belian dengan apa ?? Jika catatan pembetulan kesilapan tersebut melibatkan ak pemiutang, maka Ak Kawalan Pemiutang juga terlibat.
    # pulangan belian tidak sesuai dijadikan kesilapan komisen… lebih baik guna akaun belanja yang lain.

  487. assalamualikum cikgu…bole ke sy buat pelarasan mcm ni..
    kesilapan tidak ketara – pulangan jualan tersalah RM50 tersalah catat sebagai pulangan belian..
    kesilapan ketinggalan – faedah atas pinjaman tidak dicatat dlm mna2 buku..
    bila nk bukak lejar pelarasan..cth akaun alat tulis, apa butiran sy kna tulis utk Apr 6 Tunai RM800 @ sy kna rekod butiran sbg Apr 30, baki b/b 800. yg mna stu betul..mntak cgu jelaskan..terima kasih ^_*

  488. Mia amira,waalaikumussalam.

    Kesilapan tidak ketara tersebut adalah TIDAK SESUAI, kerana satu berbaki debit dan satu berbaki kredit….. cadangan saya guna akaun belanja yang lain.

    Antara kedua2 cara tersebut, saya lebih kepada 30 April Baki b/b 800
    Ini kerana Ak Alat Tulis telahpun diimbangkan, kemudian terdapat pelarasan, maka BAKI AKHIR tersebut perlu diselaraskan…… sepertimana kita jawab soalan PPBank kemaskini Buku Tunai.

  489. Maksud saya pulangan belian mei wah rm400 telah tersalah catat ke dlm akaun sykt bersatu. Jd pelarasannya dt sykt mei wah kt: sykt bersatu? So akaun pulangan xda perubahan apa2 ke?

  490. Catatan dlm lejar Alfian Elektrik saya tak dapat RM6 600. Mcmana nak dapatkan jumlah tu?
    Bhgian debit – Baki b/b RM37 000, Apr. 2 Jualan RM7 500, Apr. 4 Jualan RM6 780, Apr. 22 Jualan RM6 600.
    Bhgian kredit – Pulangan jualan RM300, Baki h/b RM57 580.

  491. Sakinah,
    Ak Pulangan Belian tidak terlibat dengan pelarasan tersebut.

    Vun,
    Item Alfian Elektrik dalam BUKU TUNAI belum dimasukkan lagi disebelah kredit.

  492. askum cikgu.

    Saya nak tanya ttg belanjawan tunai.

    1) Jualan tunai bln Mei 75940 (112080-36140), Jun 10% 83534 dan Julai 10% meningkat 91887.. Manakala Penhutng Mei 48000, Jun 36140 dan Julai 83534? Betul ke>

  493. Sy juga muskil tentang belian dan pemiutang di beljwn tunai. Adakah tempoh belian juga terikat dengan tempoh kredit 30 hari?

  494. Suriani. waalaikumussalam.

    Cadangan saya, Baki akhir penghutang bulan April (36140) dibayar pada MEI (tempoh kredit 30 hari).. JUN +10% … JULAI +10%
    peningkatan JUALAN (tunai) selari dengan peningkatan PENGHUTANG (jualan kredit).

    Pada pandangan saya, Belian & Pemiutang juga terikat dengan tempoh kredit 30 hari.

  495. bagaimana nak buat belanjawan , belian dan jualan perlu mengikut bulan april ataupun tidak? ke ikut suka hati ?

  496. saya muskil tentang belian dan jualan . perlu ke masukkan kutipan penghutang dalam belanjawan . perlu ke masukkan bayaran daripada pemiutang ?

  497. Apek,
    Pada pandangan Cg, Belanjawan lebih kepada ANGGARAN untuk masa hadapan, maka nilai adalah bebas, walau bagaimanapun nilai bulan April perlu dijadikan panduan… supaya nilainya munasabah.

    Luqman,
    Syarat yang diberikan TEMPOH KREDIT 30 hari mengambarkan mesti wujud item kutipan daripada PENGHUTANG dan bayaran kepada PEMIUTANG.

  498. Apa khabar, cikgu dalam syarat ikatan perjanjian iaitu A)FAEDAH ATAS MODAL 8% SETAHUN.
    B) FAEDAH ATAS PINJAMAN 8% SETAHUN.
    yang disediakan oleh guru saya…. adakah perlu diselaraskan tak dalam jurnal am dan lejar?

    Saya ingin menanya perlu kah kita susun secara sisitematik ( iaitu mengikut aturan) untuk jurnal am?
    Sebab dalam senarai pelarasan saya iaitu 2h)pulangan barang dari kedai cahaya suria sebanyak rm 140 terlupa rekod.
    2h ini akan menyebabkan saya perlu merekodkannya dulu baru saya boleh membuat 2d iaitu peruntukan hutang ragu. jadi bagaima dengan susunannya?

    saya punya pelarasan 2i) belanja kenderaan sebanyak RM3270 direkod sebagai RM3720. iaitu dalam juranal am ======> dt tunai rm 450 kt belanja kenderaan rm 450
    adakah saya perlu type buku tunai ke dalam komputer sebab ini adala soalan pelarasa saya.


  499. Cg Narzuki:

    Eirah97,
    Cadangan Cg,

    Cikgu, akaun modal pekongsi dan semasa a,b,c perlu ditukarkan nama x? kalau perlu jadi cukup ke tempat untuk type ke dalam komputer sebab nama saya panjang atau pendekkan?

  500. betulkan cg ID saya?
    Bank 5 780(dt)
    Tunai 100 281(dt)
    Modal Pekongsi A 120 000
    Modal Pekongsi B 80 000
    Modal Pekongsi C 40 000
    Premis350 000 (dt)
    Kenderaan150 000(dt)
    Perabot90 000(dt)
    Alatan pejabat60 000 (dt)
    Stok 70 000 (dt)
    Stok alat tulis 2 500 (dt)
    Akaun semasa Pekongsi A 86 201
    Akaun semasa Pekongsi B 57 466
    Akaun semasa Pekongsi C 28 733
    Pinjaman298 334
    Susut nilai terkumpul kenderaan54 000
    Susut nilai terkumpul perabot 27 000
    Susut nilai terkumpul alatan pejabat 12 000
    Derma3 800 (dt)
    Belian 51 400(dt)
    Pulangan belian1 200
    Jualan 112 080
    Pulangan jualan1 680(dt)
    Insurans 3 000(dt)
    Alat tulis 800 (dt)
    Promosi 500(dt)
    Duti atas belian4 700(dt)
    Kadar bayaran2 500(dt)
    Gaji 4 500(dt)
    Belanja kenderaan3 720(dt)
    Diskaun diberi4 813(dt)
    Diskaun diterima2 920
    Syarikat Mei Wah Sdn. Bhd.15 680
    Elektrik Maju Sdn. Bhd.10 500
    Alfian Elektrik6 600(dt)
    Perniagaan Bersatu7 620(dt)
    Mahawangsa Ent 15 220(dt)
    Kedai Cahaya Suria6 700(dt)

  501. Poh,

    Sebaik2nya rujuk guru sekolah masing2, kerana ada 1 ..2 perkara yang tidak sama dengan cadangan saya kemukakan.
    Pada pandangan Cg, ianya BUKAN catatan pelarasan, maka tidak terlibat dengan JA & Lejar pelarasan.

    Dalam Lejar Pelarasan.. saya mencadangkan supaya akaun2 yang terlibat dalam setiap pelarasan diletakkan BERSAMA supaya mudah bagi cikgu2 menyemak perekodan catatan bergu yang dilakukan oleh pelajar. dalam dunia sebenar, pelarasan tersebut dilakukan pada akaun yang sama di halaman yang sedia ada (Lejar sebelum pelarasan).

    Pada saya susunan tiada menjadi masalah kerana semua pelarasan dilakukan pada 30 APRIL… saya cadangkan susun ikut urutan dalam soalan… cuma semasa pengiraan PHR perlulah mengambilkira pelarasan pulangan belian tersebut.

    Oleh kerana perniagaan mengamalkan penggunaan Buku Tunai, maka sebarang pelarasan yang melibatkan TUNAI/BANK perlulah dilakukan pada BUKU TUNAI juga.

    Nama pekongsi A, B dan C .. perlulah ditukarkan kepada nama2 pekongsi yang telah ditetapkan dalam PROFAIL PERNIAGAAN anda.

    Jun,
    Jumlah ID = RM946 114

  502. Cikgu, boleh cikgu bagi idea kesalahan yang mungkin berlaku dalam akaun pengasigan utg rugi dan akaun semasa yang myebabkan kunci kira2 saya tidak imbang?

  503. Cikgu,

    Benarkah projek ini mesti dibuat dengan tulisan tangan dahulu, baru boleh guna komputer?

    Mohon komen/panduan daripada para guru langkah2 utk menyiapkan projek ini.

  504. cikgu dalam analisis nisbah…mcm mana nak kira nisbah uian asid?(Aset semasa -stok akhir) saja ke?stok alat tulis mcm mana?

  505. JR,
    Sekirannya perbezaan adalah sebanyak RM1, kemunkinan besar kesilapannya pada KONGSI UNTUNG.. setelah dibundarkan JUMLAHNYA berbeza RM1.
    Jika nilainya besar, kemungkinan besar berlaku kesilapan BAKI AKHIR Ak Semasa yang dipindahkan ke KKK.

    Hafizah,
    Pada pandangan saya, Stok Alat Tulis TIDAK perlu ditolak kerana aset tersebut boleh dicairkan dengan cepat (dijual) berbanding STOK BARANG NIAGA seperti peralatan elektrik.

  506. Ouhh terima kasih cikgu . Maksudnya bulan Mei penghutang dalam belanjawan tunai amik imbangan duga lama lah kan ? Then jualan dan belian bulan Mei amik dekat imbangan duga lama ke ? Sebab cikgu sekolah cakap dalam imbangan duga lama . Cikgu tuisyen cakap reka sebab dalam soalan dia tu jangkaan sebab tu kena jangka sendiri .

  507. Cikgu perlu tak masuk akaun kawalan penhutang& pemiutang kedam imbangan duga pelarasan?

  508. Eykqa,
    Ya, Cg cadangan ikut GURU SEKOLAH kerana beliau yang akan menyemak dan memberikan skor/markah untuk tugasan projek anda.

    Poh,
    Ya, dalam IDT tiada lagi nama2 penghutang dan pemiutang sebaliknya hanya ada PENGHUTANG dan PEMIUTANG yang dipindahkan daripada Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang.

  509. cikgu saya ingin menayankan susut nilai kenderaaan (pelarasan Lejar) yang dalam folio tu ke tulis JA 2 Atau LA10?

  510. Poh,

    Butir dalam lajur FOLIO… dalam BCP – tulis LAx, dalam Lejar – tulis JAx

  511. Bagi pengiraan susut nilai kenderaan mengikut kaedah baki berkurangan, 20% X (RM150 000 – RM54 000) X 4/12 = RM6 400.

    Adakah betul yang saya buat ni?

  512. Vun: 20% X (RM 150 000-RM 54 000) X 1/12 = RM 1 600

  513. Salam.
    Kesilapan tidak ketara
    Belanja kenderaan RM 1550 tersalah debit ke akaun kenderaan

    DT Belanja Kenderaan KT Kenderaan
    Bagaimanakah nak diposkan ke lejar ?

    Di akaun belanja kenderaan , ada baki b/b 3720.

    Harapa dapat bantu.

  514. Cikgu perlu ke tak buat LEJAR JUALAN DAN LEJAR BELIAN SEMASA PELARASAN?

  515. Eida,
    Ak Belanja kenderaan
    Baki b/b 3720
    Kenderaan 1550

    Ak kenderaan
    Baki b/b 150000
    ………… Kt Belanja kenderaan 1550

    Poh,
    Cadangan saya, hanya akaun2 yang terlibat dengan pelarasan sahaja masuk dalam Lejar Pelarasan

  516. salam.cg ,boleh bg contoh untuk senarai pelarasan?

  517. Salam cikgu,
    Macamana nak cari untung bersih, jualan bersih, kos jualan bulan mac utk nisbah?

  518. Lynn,
    Boleh rujuk komen2 sebelum ini, ada pelajar yang tunjukkan contoh senaeai pelarasan yang mereka buat.

    Aina,
    Ketiga2 maklumat tersebut telah diberikan dalam soalan, dan daripadanya boleh cari Untung Kasar…. Jualan bersih – Kos jualan

  519. Bagi imbangan duga terselaras, perlukah saya menyatakan “Imbangan Duga Terselaras pada 30 April 2014” atau “Imbangan Duga pada 30 April 2014”?

  520. Sye buat belian debit …derma kredt…. Pastu sye keliru nak bkak akaunnye…. Mcm ne ckg?

  521. Vun,
    Adalah lebih baik nyatakan IDT pada 30 April 2014, bagi membezakan antara ID sebelum pelarasan.

    Aishah,
    Cara lebih jelas boleh rujuk dalam buku teks.
    Ak Belian
    Dt Derma xxx

    Ak Derma
    ……. Kt Belian xxx

  522. Cikgu nak buat akaun kawalan ke… dan nak masuk b/b dlm imbangan duga kah ?

  523. ckg…dlm keje kursus ni kalu item folio penting ke ?

  524. Cikgu dlm imbangan dg , hutang ragu dan peruntukan hutang ragu nak buat apa ?

  525. Thines,
    Mesti buat Ak Kawalan…. kehendak soalan.
    Hutang ragu – Belanja dalam Penyata Pendapatan
    PHR – dalam Aset semasa KKK

    Aishah,
    FOLIO mesti ada dalam Jurnal dan Lejar, jika tiada dianggap TIDAK LENGKAP dan tidak layak dapat gred skor A.

  526. Cik gu dlm lejar …. Ekuiti Pemilik
    Selepas tambah akaun modal dan semasa nak tolak dengan ambilan ke?

  527. Thines,

    Ambilan sudah masuk dalam Ak Semasa, jadi EP hanya ada Ak modal pekongsi dan Ak Semasa pekongsi sahaja.

  528. SEVARAMAN SASIDARAN

    Cg,

    Untuk Gaji Pekongsi, FAA dan FAM bulan April 2014, perlukah kita rekod dlm JA dahulu???

    TQ

  529. Sevaramann,

    Catatan tersebut dipanggil CATATAN PENUTUP yang disediakan selepas Penyata Pendapatan… oleh kerana soalan TIDAK minta sediakan catatan penutup, maka ada guru yang tidak minta pelajar mereka buat. Walau bagaimanapun jika pelajar buat juga tiada masalah.

  530. Salam cgu, sy nk ty bkaitan kunci kira2 dlm ikatan perjanjian cgu sy hya masukkan fam, gaji n kongsi untung.jadi dlm kunci kira2 perlu ke sy bukak lejar ak semasa untk dptkan nilai ak semasa pekongsi

  531. Assalammualaikum . Cikgu , nisbah kecairan yang penghutang divide jualan kredit tu , mana nak dapatkan jualan kredit untuk bulan Mac ?

  532. Ouhh ya . Contohnya nisbah keberuntungan bulan April banyak , nisbah kecairan bulan Mac pula banyak . Macam mana ? Dia tak tetap so macam mana nak buat perbandingan ?

  533. CKG… SYE WAT PELARASAN UNTUK BELANJA TERAKRU…

    – FAEDAH ATAS PINJAMAN SEBANYAK 8% SETAHUN BELUM DIJELASKAN …

    MCM MANE ?

  534. Cikgu, stok akhir berapa jumlahnya dalam Penyata Pendapatan?

  535. Nurul,
    Dalam KKK kita hanya tunjukkan baki Ak Semasa Pekongsi sahaja. Maka kena buka Ak Semasa baru …. sama caranya buka akaun dalam lejar pelarasan.

    Eykqa, waalaikumussalam.
    Itu BUKAN nisbah kecairan …. tetapi NISBAH KECEKAPAN.. untuk bulan MAC kita tidak dapat sediakan nisbah kecekapan kerana tiada maklumat yang diperlukan, maka untuk bulan MAC hanya nisbah kberuntungan dan nisbah Kecairan sahaja yang dapat disediakan.
    Untuk membandingkan prestasi perniagaan, nisbah keberuntungan lebih sesuai dijadikan asas perbandingan… dan perbandingan BUKAN dibuat antara NISBAH tetapi dalam nisbah yang sama bagi bulan April dan Mac…. misalnya kita bandingkan Peratus Untung Bersih atas Jualan antara bulan April dan Mac.. mana yang lebih baik/tinggi.

    Aishah,
    Pada saya, faedah pinjaman terakru TIDAK SESUAI dalam soalan ini kerana bayaran PINJAMAN telah dibuat dan kebiasaannya bayaran pinjaman telah termasuk faedah atas pinjaman…. dalam dunia sebenar kita TIDAK bayar faedah pinjaman secara berasingan dengan bayaran pinjaman… Cg cadangkan guna item BELANJA yang lain untuk dijadikan BELANJA TERAKRU.

    Vun,
    STOK AKHIR.. nilainya sudah dinyatakan dalam soalan nilai pada Harga Kos dan Harga Pasaran…. kita pilih nilai TERENDAH sebagai nilai STOK AKHIR untuk dimasukkan dalam Penyata Pendapatan dan KKK.

  536. Terima kasih cgu, dan 1lg soalan nisbah keberuntungan n kecairan bulan mac kita nk amik nilai dr mn cgu..

    Terima kasih cgu.

  537. adakah derma belanja kenderaan masuk dalam belanjawan?

  538. Nurul,
    Ada maklumat dalam soalan… diberi Jualan bersih, kos jualan, untung bersih.. UK boleh dicari dengan JB – KJ, manakala untuk nisbah kecairan ada maklumat daripada KKK bulan Mac.

    Capik,
    Asalkan melibatkan ALIRAN MASUK & KELUAR wang tunai…. masuk dalam Belanjawan tunai.

  539. Cikgu, baki-baki diberikan JB, KJ, dan UB itu takde kaitan dengan Penyata Pendapatan yang kita buat kan?

  540. Cgu,dlm belanjawan tunai sy hy masukkan nilai belian kredit adakah jumlah pemiutang tu belian kredit cgu?
    Terima kasih.

  541. Vun,
    Itu adalah maklumat daripada penyata pendapatan bulan MAC yang perlu digunakan untuk membuat analisis nisbah beberuntungan.. kemudian akan dibandingkan dengan dapatan bulan April.. bagi menentukan prestasi bulan mana yang lebih baik.

    Nurul,
    Dalam Belanjawan tunai… istilah yang sesuai digunakan ialah PEMIUTANG / BAYARAN KEPADA PEMIUTANG… jangan guna “Belian kredit” kerana ianya akan keliru dengan belian kredit daripada Jurnal Belian. Maka nilainya adalah merujuk kepada BAKI PEMIUTANG dalam KKK bulan April… yang dibayar pada bulan MEI.

  542. assalamualaikum cikgu..
    saya nak tanya mengenai IDT
    saya keliru : stok alat tulis perlu x dimasukkan dalam IDT (Rm2000)

  543. cikgu saya dah baca diatas..stok alat tulis perlu ada dalam IDT
    ..sya nak tnya satu lagi soalan:
    … semua pelarasan yang dilakukan mesti dimasukkan dalam IDT kan?
    ada x baki b/b yang tidak perlu dimasukkan…
    saya sgt lemah dalm akaun cg..
    harp cikgu dlam menolong..terima kasig cg

  544. Aini,

    IDT adalah senarai SEMUA akaun yang ada termasuk akaun yang terlibat dengan pelarasan.

  545. Apa khabar, cikgu NAMA2 pekongsi ABC sekurang-kurangnya kena berapa perkataan… sebab kalau nama nya panjang susuh nak type ke dalam komputer sebab tak cukup tempat….

  546. cikgu,nak tanya sat…saya telah menyediakan kunci kira kira,tetapi jumlah dalam kkk berbeza[sama angka dengan untung bersih],sedangkan saya sudh tambah di akaun semasa dan ekuti[untung bersih],mengapa ye?

  547. Poh,
    Nama2 pekongsi dalam Profail Perniagaan … nama penuh.
    Manakala dalam dalam lejar, kita guna nama singkatan sahaja.

    Soo,
    Dalam KKK perkongsian TIADA lagi dimasukkan UB…. sebab sudah diagihkan ke ak semasa masing2. Yang ada hanyalah adalah Modal setaip pekongsi dan Ak semasa setiap pekongsi….. sila rujuk buku teks m/s 360.

  548. Terima kasih cikgu . Humm nak tanya . Cikgu saya cakap yang untuk kecekapan tu , Jualan bersih tolah penghutang untuk dapatkan jualan kredit . Betul ke ? ==’

  549. Eykqa,

    Pada pandangan Cg, JUMLAH dalam Jurnal Jualan merupakan jumlah JUALAN KREDIT.

  550. Nope . I mean for bulan Mac tu . Cikgu sekolah suruh buat yang macam saya bagitahu tu . Lagi satu cikgu , jurnal pelarasan tu kan kena buat sekaligus . Macam mana nak buat ye ? Buat satu satu jurnal ke buat semua butiran tu sekali dalam satu jurnal tu ?

  551. Ouhh ye cikgu . Akaun penamat , ada ke akaun modal disediakan ?

  552. Eykqa,

    1. Maaf untuk saya katakan pengiraan tersebut tidak tepat.

    2. Buat satu persatu bagi setiap pelarasan…contohnya :
    JURNAL AM (JA2)
    Dt SN Kenderaan xxx
    Kt SNT kenderaan xxx
    (keterangan)
    Dt SN Perabot xxx
    Kt SNT Perabot xxx
    (keterangan)
    Dt SN Alatan pejabat xxx
    Kt SNT Alatan pejabat xxx
    (keterangan)
    Dt Hutang ragu xxx
    Kt Peruntukan Hutang ragu xxx
    (keterangan)

    3. Ak Modal tidak terlibat.

  553. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK CIKGU

  554. Cikgu,nak minta tanya satu soalan lagi…hak nisbah tu kena buat 2 bulan punya ke???tafsiran kena banding?

  555. cikgu,minta tanya…bolehkah saya letak angka susutnilai tu dalam angka 1 bulan??? CTH:6000/12=500???

  556. Soo,
    Buat untuk bulan April (lengkap 3 jenis nisbah) dan untuk bulan Mac (setakat maklumat yang ada) kemudian tentukan bulan mana PRESTASI lebih baik berdasarkan perbandingan yang dibuat.

    Lim,
    Ya, SN untuk SEBULAN

  557. F. CATATAN PELARASAN DALAM JURNAL AM

    TARIKH BUTIR DEBIT (RM) KREDIT (RM)
    2014
    April 30

    Kredit Akaun Stok Alat Tulis 500
    (Memindahkan alat tulis digunakan)
    30 Debit Akaun Susut Nilai Kenderaan 1600
    Kredit Akaun Kenderaan 1600
    (Merekod susut nilai kenderaan menggunakan kaedah baki berkurangan)
    30 Debit Akaun Susut Nilai Perabot 1125
    Kredit Akaun Perabot 1125
    (Merekod susut nilai perabot menggunakan kaedah atas kos)
    30 Debit Akaun Susut Nilai Alatan Pejabat 500
    Kredit Akaun Alatan Pejabat 500
    (Merekod susut nilai alatan pejabat menggunakan kaedah ansuran tetap)
    30 Debit Akaun Hutang Ragu 1807
    Kredit Akaun Peruntukan Hutang Ragu 1807
    (Mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak 5% atas jumlah penghutang iaitu RM 36140)
    30 Debit Akaun Gaji 1500
    Kredit Akaun Gaji Terakru 1500
    (Merekod gaji terakru sebanyak RM 1500)
    30 Debit Akaun Kadar Bayaran 500
    Kredit Akaun Kadar Bayaran Terakru 500
    (Merekod kadar bayaran terakru)
    30 Debit Akaun Gaji Terdahulu 1500
    Kredit Akaun Gaji 1500
    (Merekod gaji terdahulu)
    30 Debit Akaun Sewa Terakru 1650
    Kredit Akaun Sewa 1650
    (Merekod sewa terakru)
    30 Debit Akaun Belian 200
    Kredit Akaun Belanja 200
    (Pembelian barang niaga sebanyak RM 200 secara tunai tersilap catat sebagai belanja)
    30 Debit Akaun Ambilan 1000
    Kredit Akaun Belian 1000
    (Ambilan barang niaga sebanyak RM 1000 untuk diderma tetapi terlupa dicatat)

    LAMPIRAN: CATATAN PENUTUP

    TARIKH BUTIR DEBIT
    (RM) KREDIT (RM)
    2014
    April 30
    Debit Akaun Perdagangan

    Kredit Akaun Stok 70000
    (memindahkan stok awal ke akaun perdagangan)
    30 Debit Akaun Stok 60000
    Kredit Akaun Perdagangan 60000
    (Memindahkan stok akhir ke akaun perdagangan)
    30 Debit Akaun Faedah Atas Modal 1200
    Kredit Akaun Semasa Pekongsi James 600
    Akaun Semasa Pekongsi Alison 400
    Akaun Semasa Pekongsi Daniel 200
    (Merekod faedah atas modal pekongsi sebanyak 6% setahun)
    30 Debit Akaun Gaji Pekongsi James 2000
    Kredit Akaun Semasa Pekongsi James 2000
    (Merekod gaji pekongsi)

    Cikgu, boleh tak tolong semak sama ada catatan bergu saya betul tak? >.<

  558. Nee,
    Cg hanya semak CATATAN PELARASAN sahaja.
    1, Dt Alat tulis 500 ….. tertinggal.
    2, ketiga2 SN silap… Dt SN kenderaan Kt susut nilai terkumpul kenderaan… bukannya Kt Kenderaan…. begitu juga dgn perabot dan alatan pejabat.
    3, Gaji terdahulu … tidak sesuai kerana GAJI telah dijadikan sebagai Belanja TERAKRU… gantikan dengan item belanja yang lain.
    4, item pembetulan kesilapan tidak sesuai kerana tidak wujud Akaun BELANJA.
    5, Ambilan mesti dinyatakan nama pekongsi.

  559. Salam. Cikgu dalam KKK nilai stok yang perlu dimasukkan ialah RM70000 kan?

  560. Syukri,

    Pilih nilai TERENDAH antara harga kos atau harga pasaran.

  561. slmt mlm cgu .. bagaimana format penyata pendaptan untuk perkongsian ?

  562. CKG…MCM MANE NAK KIRE KONGSI UNTUNG?

  563. salam , cikgu ..kunci kira kira sy xdpt imbang pun , sy dah tak tau kat mna slah sy ? satu lg..mcm mna nk buat nisbah tu ?

  564. cgu , apa nilai ID selepas pelarsan ?

  565. Bdxbljr,
    Formatnya boleh rujuk buku teks, namun ada 2 cara boleh digunakan… (i) Gabungkan Penyata Pendapatan dengan Penyata Pengasingan UR, seperti dalam buku teks, @ (ii) Asingkan antara kedua2nya.
    Jumlah IDT tiada sama, bergantung kepada pelarasan masing2.

    Aishah,
    Berdasarkan nisbah agihan untung dan rugi yang dinyatakan dalam Ikatan Perjanjian (seperti kehendak soalan).

    Nadh,
    Pestikan IDT seimbang terlebih dahulu, jika sudah seimbang.. kemungkinan kesilapan pada bahagian Ekuiti Pemilik – Ak semasa

  566. terima Kasih Cikgu

  567. Thanks a lot~~teacher!!!

  568. salam cg, untuk kesilapan tertinggal catatan. Saya buat ambilan pekongsi tertinggal catat, kenapa x boleh buat dt akaun semasa kt belian . klau buat dt ambilan kt belian , jadi semasa pindah ke lejar untuk akaun semasa takde la nilai ambilan dan faedah atas ambilansebagai pelarasn dlm lejar ak semasa?

  569. Izzati,

    Pernah tak jumpa butir “Ak Semasa” dalam Ak Belian…. ataupun butir “Belian” dalam Ak Semasa ?

    Dt Ambilan pekongsi
    KT Belian …… barulah wujud “Ak Ambilan pekongsi”, kemudian baru boleh tutup/pindahkan ke Ak Semasa.

    Penyediaan Ak Semasa selepas Penyata Pengasingan UR disediakan … itu dipanggil CATATAN PENUTUP, bukannya CATATAN PELARASAN.

  570. ohhhh….terima kasih, cikgu!! saya akan cuba ubah sekarang =D =D

  571. Cikgu,saya lagi…mintak tunjuk ajar,untuk nisbah…bolehkah saya buat hak april dulu baru buat march punya??Saya kena buat satu perenggan untuk membandingkan bulan mana mempunyai prestasi lebih baek?dan untuk belanjawan,saya ?belian?kena letak harga asal atau tidak payah letak??kerana ia tuis meningkat 3-7% untuk bulan jun dan julai…?Segan kerana sering membazir masa cikgu,sekali lagi saya ucapkan terima kasih…

  572. cikgu, nak tanya…stok selepas pelarasan masih menggunakan amaun stok awal iaitu RM 70000 ke? dan amaun RM 60000 itu dimasukkan ke KKK?

  573. trima kasih cgu..

  574. assalam cgu…sya dah siap sehingga ke penyata pendapatan dan pengasingan untung rugi…tp sya dapat rugi bersih…so ape yg perlu sya buat utk daptkn untung bersih..puas sya adjust tp still dpt rugi gak…keje kursus tingkatan 5…mohon pencerahan dr cgu….

  575. Lim,
    Boleh… asalkan ada untuk bulan April dan Mac.
    Ada kedua2 bulan tersebut sudah mengambarkan perbandingan. Seterusnya tentukan bulan mana yang menunjukkan PRESTASI lebaih baik dan berikan ALASAN anda dengan merujuk nisbah yang dibandingkan. Anggarkan belian tunai untuk bulan Mei dengan berpandukan bulan April kemudian tentukan berapakah kenaikannya sama ada 3%, 4%, 5%, 6% @ 7%
    Untuk bulan jun & Julai.

    Nee,
    Stok awal tetap Rm70,000… manakala stok akhir perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan dan KKK (ambil nilai terendah antara kos atau pasaran)

    Amirul,
    Kemungkinan anda silap di susut nilai, ketiga2 susut nilai tersebut hendaklah X 1/12… untuk dapatkan nilai susut nilai unyuk SEBULAN.

  576. salam cikgu klu saya punya nisbah kecekapan dan keberuntungn bulan mac lebih baik manakala bulan april nisbah kecairan lebih baik jadi nk buat macam mana ye?

  577. CKG…UNTUK KIRE NISBAH BULAN MAC NAK AMIK KAT NE?

  578. cikgu,untuk pengenalan, apakah contoh risiko perniagaan?

  579. Abc,
    Untuk menilai PRESTASI, biasanya kita rujuk kepada nisbah keberuntungan.

    Aishah,
    Ada maklumat telah diberikan dalam soalan termasuk KKK bulan Mac.

    Ritha,
    Antaranya, pesaingan atau apa2 yang boleh menjejaskan perjalanan perniagaan anda di masa2 hadapan.

  580. salam cgu,
    1. kenapa saya buat penyata pendapatan termasuk pengasingan kn … kongsi untung saya untuk pekongsi A dan pekongsi C dapat 11896.5 dan 3965.5 apabila saya bundarkan number tu angkanya tak sama dengan untung bersih + FAA – ( FAM+Gaji pekongsi )

    2. Kenapa Kunci Kira-Kira saya tak imbang ?
    3. Gaji terakru dan Kadar bayaran terakru kena bawa masuk dalam KKK tak ?

    Harap cikgu jelaskan semua soalan saya diatas

  581. Farhana,

    1. Masalah ini terjadi ekoran pembundaran, menyebabkan beza RM1… cadangan Cg, pekongsi A bundarkan kepada 11897, manakala pekongsi C sebagai 3965.
    2. Ada kesilapan dimana2, mungkin di Ak Semasa, tertinggal mana2 akaun … cuba buat semakan.
    3. Ya, kedua2nya merupakan Liabiliti semasa.

  582. Assalamualaikum cikgu,

    Boleh tlg cek kan kkk saya? saya punya masih ximbang, xtahu apa yg salahnya.

    ASET BUKAN SEMASA RM RM
    kenderaan 150 000
    (-)susut nilai terkumpul 55 600 = 94 400

    Perabot 90 000
    (-)susut nilai terkumpul 28 125 = 61 875

    Alatan pejabat 60 000
    (-)susut nilai terkumpul 12 500 = 47 500

    Premis 350 000
    =553 775
    ASET SEMASA
    Penghutang 36 140
    (-)Peruntukan hutang ragu 1 807 = 34 333
    Stok akhir 75 000
    Tunai 5 580
    Bank 100 281
    Stok alat tulis 2 000
    Insurans terdahulu 150
    Komisen diterima terakru 800
    =218 144
    (-)LIABILITI SEMASA
    Pemiutang 26 230
    gaji terakru 150
    kadar bayaran terakru 80 = 26 460
    MODAL KERJA =745 459

    EKUITI PEMILIK
    Akaun modal:
    A 120 000
    B 80 000
    C 40 000 =240 000

    Akaun semasa:
    A 86 201
    B 57 466
    C 28 733 =172 400
    MODAL AKHIR =412 400

    LIABILITI BUKAN SEMASA
    Pijaman 292 334
    =704 734

  583. Terima Kasih Cikgu~

  584. cikgu,rumusan kena buat dalam bentuk perenggan???

  585. Waalaikumussalam,
    Kesilapannya pada Ak Semasa pekongsi, selepas sediakan penyata pengasingan untung rugi… sediakan Ak Semasa, baki akhirnya baru dimasukkan dalam KKK.

    Soo,
    Ya buat dalam bentuk perenggan.

  586. Terima kasih,cikgu~

  587. Cikgu, dalam Belanjawan Tunai baki b/b bulan Mei brapa?

  588. salam cikgu lg satu camna nk tulis kesimpulan eh?

  589. Vun,
    Baki awal Mei = Baki akhir April…. tunai+bank

    Abc,
    Bukan “kesimpulan” tetapi RUMUSAN, cadangan Cg, tulis secara ringkas kedudukan perniagaan, rancangan jangka pendek dan jangka panjang serta harapan masa depan perniagaan.

  590. Cikgu,baki awal belanjawan tunai =100281+5580???

  591. Kk,

    Cuba tengok TARIKH baki tersebut dalam Buku Tunai yang dikemukakan dalam soalan.

  592. salam cikgu dlm profil perniagaan nama pekongsi kena buat bin/binti ke? yg ke2 dlm profil jgk status perniagaaan apa ye? tq

  593. maksud saya kesimpulan utk nisbah 🙂

  594. Abc,

    Nama pemilik / pekongsi mestilah lengkap …. pekara sebegini lebih baik rujuk guru sekolah.
    Soalan minta nyatakan PRESTASI bulan mana yang lebih baik, maka berdasarkan perbandingan nisbah keberuntungan bulan April dan Mac… nyatakan bulan tersebut serta berikan ALASAN atas pilihan yang dibuat.
    Sebagai contoh, prestasi bulan April lebih baik kerana Pulangan atas modal bulan April 9% lebih tinggi berbanding bulan Mac hanya 7%.

  595. Terima kasih, Cikgu atas segala bantuan. Saya dah berjaya siapkan kerja kursus. Semua ni berkat blog Cikgu =)

  596. Terima Kasih CIKGU

  597. cgu , stok awal yg RM 70000 ??

  598. Bdxbljt,

    Ya STOK AWAL = RM70000

  599. SOFIAH BINTI CHE MAI

    salam boleh beri pencerahan item penerimaan dalam belanjawan tunai selain yg tdpt dlm maklumat tambahan..tq

  600. Sofian,

    Pastikan pelajar faham MAKSUD item PENERIMAAN dan item PEMBAYARAN dalam BELANJAWAN TUNAI, jika tidak kemungkinan pelajar akan KELIRU dengan menganggapkan “item PENERIMAAN = HASIL, manakala item PEMBAYARAN = BELANJA”. Maka pelajar sepatutnya merujuk kepada kedua2 Item HASIL dan BELANJA dalam Penyata Pendapatan serta item2 dalam BUKU TUNAI…. dan perlu diterangkan TIDAK semua item BELANJA merupakan item PEMBAYARAN seperti hutang lapuk, susut nilai, diskaun diberi, hutang ragu.

    Antara item penerimaan : Jualan, kutipan daripada penghutang, pinjaman, komisen/faedah diterima ..(merujuk item pelarasan hasil terdahulu masing2)
    Antara item pembayaran : gaji, kadar bayaran, promosi, bayaran balik pinjaman …. dll.

  601. cgu , faedah atas modal wajib buat ke ?

  602. BdxBljr,

    Tidah dinyatakan dalam soalan, tetapi untuk tujuan pembelajaran sebaik2nya masukkan semua FAA, FAM, FAP, Gaji prkongsi, nisbah kongsi UR dalam Ikatan Perjanjian… inilah masanya untuk pelajar LEBIH MEMAHAMI perkara2 tersebut secara lebih praktikal… serta dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan topik tersebut dalam Kertas 2 nanti.

  603. assalamualaikum cikgu.. saya masih tidak dapat menjawab bahagian imbangan duga terselaras.. macam mana mahu buat.. saya tidak tahu apa yang perlu d selaraskan

  604. Mohammad Iman, waalaikumussalam.

    Cadangan Cg, sila hantar kepada guru sekolah untuk disemak dan kenal pasti dimana silapnya, kekerapan berjumpa guru juga akan diberikan markah untuk KOMUNIKASI.

  605. cikgu.. berapakah jumlah imbangan duga yang telah diselaraskan?

  606. Mohammad Iman,

    Jumlah IDT tidak sama, kerana ianya bergantung kepada pelarasan masing2.

  607. tpi.. mesti seimbang juga kan cikgu… balik2 sdah saya buat.. belum juga seimbang.. hahah..

  608. sapa blh bantu saya bagi soft copy utk makluman kepada ibu bapa yang pelajar akan amik PBS ?

  609. cikgu, akaun semasa perlu buat 2 kali ke?

  610. Nur,

    YA.

  611. 1.kalau ada ambilan, faedah atas ambilan kena buat juga ke?
    2. Akaun semasa yg kedua tu buat selepas penyata pendapatan? sekali dgn akaun faedah atas modal?

  612. Nur,

    1. Jika ada ditetapkan faedah atas ambilan dalam Ikatan Perjanjian.
    2. Ya, selepas Penyata Pengasinagn UR disediakan…. terdapat 2 kaedah (kaedah langsung dan kaedah tidak langsung).. saya cadangkan guna kaedah tidak langsung, di mana catatan terus daripada Penyata Pengasingan UR ke Ak Semasa Pekongsi…. TANPA menyediakan AK faedah atas ambilan, Ak faedah atas modal

  613. Cikgu,

    Saya ada 2 soalan yg perlu bantuan cikgu

    1, utk tempoh kutipan hutang, nilai penghutang yang digunakan adalah selepas ditolak PHR atau sebelum?
    2. untuk jualan kredit, mana satu nilai yang yang digunakan: nilai jualan kredit dlm ak kawalan penghutang, atau nilai jualan kredit selepas tolak pulangan jualan, atau nilai jualan kredit selepas tolak pulangan jualan dan diskaun diberi?

  614. Yen,
    Pada pandangan saya, kita ikut saja formula dalam BUKU TEKS.
    1. Penghutang ambil nilai penghutang dlm IDT/KKK.
    2. Jualan kredit … kita bokeh rujuk dlm Ak Kawalan …. @ terus daripada Jurnal Jualan

  615. Cikgu ,Dlm imbangan duga terselaras kena letak stok aw atau stok akhir

  616. Nur,

    Rujuk baki pada Ak Stok….. iaitu masih lagi nilai stok awal.

  617. Stok akhir kena buat jurnal?

  618. poisi kredit 30 hari utk belanjawan tu maksudnya penghutang dgn pemiutang diberi tempoh 30 hari utk bayar ye?

  619. utk item penerimaan dlm belanjawan jualan bersih kena tambah dgn jualan kredit ke?

  620. Salam. cikgu boleh bagi satu contoh cadangan dan rumusan ?

  621. salam, cikgu .. saya xpaham mcm mana nk buat perbandingan nisbah kecairan..cm ne nak decide bulan mana better..

    nisbah kecekapan xperlu kira kan?
    sebab tok bulan mac x diberi stok awal..so xleh nk kira purata stok..

  622. Nur,
    STOK AKHIR tidak perlu sebarang pelarasan dan soalanpun tidak minta… walau bagaimanapun rujuk guru sekolah masing2, kerana ada setengah2 sekolah guru minta pelajar sediakan juga jurnal tersebut.

    Kbob,
    Tempoh 30 hari kredit adalah untuk PENGHUTANG dan PEMIUTANG.
    TIDAK.

    Lynn,
    Cadangan kena ada 2 jenis : Cadangan jangka pendek dan Cadangan jangka panjang.
    Rumusan.. adalah bebas, cerita serba sedikit perancangan, cadangan, harapan.

    Aini,
    Secara kasarnya Nilai yang LEBIH BESAR.. LEBIH BAIK
    YA.

  623. buat titik pulang modal dulu atau buat nisbah2 dulu?

  624. Lia,

    Soalan tahun lepas yang minta TPM, tahun tiada.

  625. tp knp dlm panduan ada?

  626. cikgu, analisis nisbah tu kena buat perbandingan utk bulan mac dan april? jika ya,untung kasar pd bulan mac berapa?

  627. Lia.
    Dalam panduan dinyatakan ATAU… ada 2 pilihan.. maka kita semak berdasarkan kehendak soalan semasa.

    Nur,
    UK = Jualan bersih – Kos jualan

  628. Analisis nisbah kena buat utk bulan april sahaje ke? Nisbah kecekapan, kadar pusing ganti stok mcmc mana nk kira?

  629. Nur,

    Analisis nisbah untukbulan April dan Mac (setakat mana maklumat yang diberi sahaja).

    KPGS = Kos Jualan / Stok Purata

  630. Cikgu APA angka untuk penghutang Dan pemiutang DLM kunci kira-kira.

  631. Salam cg. KKK saya tidak imbang. Nak check kesalahan dari mana ?

  632. sir, can you teach how to do the kk akauns….

  633. Thines,
    Nilainya boleh rujuk dalam IDT anda.

    Eida,
    Cuba semak di Ak Semasa pekongsi..

    Barathi,
    Sila berjumpa guru sekolah, beliau akan bantu dan bimbing pelajar satu per satu dalam penyediaan tugasan tersebut.

  634. cikgu..nisbah keberuntungan saya, untung kasar atas jualan dan kos jualan bulan April lg tinggi..tp utk untung bersih atas jualan dan pulangan atas modal bulan Mac lebih tinggi…ke na pilih yg mana utk buat prestasi perniagaan??

  635. keputusan perniagaan dgn perancangan perniagaan boleh gabung sekali ke?

  636. Assalammualaikum cikgu . Gaji pekerja dibayar untuk sebulan ke setahun ? If dalam PP dengan Akaun Semasa tulis Rm500 , maksudnya RM500 sebulan atau RM500 setahun ?

  637. cikgu, dlm blnjwn tunai, jualan bulan mei kena reka sendiri ke? lg satu, kalau ada komisen, itu termasuk dlm penerimaan juga? tq.

  638. Lia,
    Pada pandangan Cg, UB lebih mengambarkan prestasi sebenar berbanding UK.
    ASINGKAN Keputusan Perniagaan dan Perancangan Perniagaan kerana peruntukan markah diasingkan.

    Eykqa,
    Walaikumussalam. Dalam soalan dinyatakan dengan jelas GAJI PEKERJA RM1500 SEBULAN.
    GAJI PEKERJA tiada kaitan dengan Ak SEMASA…. dalam AK Semasa hanya GAJI PEKONGSI sahaja yang terlibat.

    Lena,
    Jualan Mei DIJANGKAKAN…. berikan nilai yang munasabah dengan berpandukan maklumat bulam APRIL.
    Asalkan melibatkan PENERIMAAN WANG.. maka boleh dijadikan Item Penerimaan… tidak semestinya item HASIL, boleh jadi juga penerimaan daripada PINJAMAN dan sebagainya.

  639. cikgu, elemen 2.0 menghitung nisbah dalam penyata kewangan dan elemen 3.0 analisis penyata kewangan dan analisis nisbah boleh gabung sekali?? buat seperti dalam buku teks?

  640. kiranya saya kena buat prestasi perniagaan yg lebih baik adalah pada bulan mac?

  641. Ouhh ya . Terima kasih cikgu . Maaf otak tengah ting tong semalam

  642. Lena,
    Pada pandangan saya, oleh kerana ianya berturutan dan saling berkaitan, maka boleh digabungkan sekali seperti contoh dalam buku teks.

    Lia,
    Nyatakan prestasi BULAN mana yang lebih baik dan nyatakan ALASAN (merujuk analisis nisbah) yang menyokong pilihan tersebut.

  643. dalam belanjawan tunai, penghutang dgn pemiutang kena masuk ke?

  644. Lia,

    YA, Kutipan daripada Penghutang dan Pembayaran kepada pemiutang mesti dimasukkan…. dengan syarat tempoh kredit 30 hari seperti yang ditetapkan dalam soalan.

  645. hi cikgu adakah belanjawan tunai ini betul?
    a) baki awal bulan Mei ialah RM106 061

    b) julan bulan Mei dijangka RM117 500. jualan bulaln Jun dan Julai dijangka meningkat 10% daripada bulan sebelumnya.
    30% daripada jualan adalah jualan tunai manakala 70% jualan kredit dengan tempoh kredit sebulan.

    c) belian bulan bulan mei dan april adalah sama.belian bulan Jun dan Julai dijangka meningkat 5% daripada bulan sebelumnya.

    d) komisen diterima RM500 dijangka meningkat 10% pada bulan Jun dan Julai.

    e) belanja promosi dan duti import dijangka meningkat 5% pada bulan Julai

    Belanja-belanja lain dianggap tidak berubah:
    gaji
    insurans
    kadarbayaran
    alat tulis
    faedah atas pinjaman

  646. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    a) Saya setuju.
    b) Jumalah jualan Mei …. bebas kerana jangkaan tapi biarlah rasional / munasabah berbanding bulan April. Manakala andaian 30% dan 70% tersebut TIDAK SESUAI digunakan kerana nilai PENGHUTANG yang perlu dikutip pada bulan Mei telahpun diketahui nilainya (iaitu baki akhir PENGHUTANG bulan April)
    c) Tempoh kredit 30 hari juga terpakai untuk BELIAN dan PEMIUTANG.
    d) Manakala lain2 penerimaan dan pembayaran berdasarkan rekod sedia ada…. sama ada nak kekalkan nilai tersebut atau berlaku peningkatan / penurunan.

    # Pastikan pelajar faham apa maksud item PENERIMAAN dan item PEMBAYARAN dalam Belanjawan Tunai… JANGAN mereka menganggap PENERIMAAN = HASIL dan PEMBAYARAN = BELANJA… contohnya PINJAMAN boleh dijadikan Item Penerimaan dan BAYARAN BALIK PINJAMAN boleh dijadikan Item Pembayaran.

  647. Assalamualaikum, ckgu..saya nak tanya tentang ikatan perjanjian perkongsian seperti ambilan..maksud saya, pekongsi tak ada buat ambilan..jadi ambilan dan faedah atas ambilan kena wujudkan ke?

  648. Shaqira, waalaikumussalam.

    Ikatan Perjanjian Perkongsian disediakan semasa penubuhan perniagaan dan ianya digunapakai sampai bila2 selagi perkongsian masih belum dibubarkan.
    Jadi sebaik2nya ikatan perjanjian tersebut disediakan dengan selengkap mungkin… terutamanya syarat kongsi untung, FAA, FAM, FAP dan Gaji pekongsi perlu dimasukkan. Dan apa yang ada dalam Ikatan Perjanjian tersebut tidak semestinya semuanya berlaku dalam bulan April… mungkin ada.. mungkin tiada bergantung kepada pelarasan yang disediakan. Contohnya jika ada pelarasan berkaitan Ambilan pekongsi, maka akan wujud FAA dalam Penyata Pengasingan UR, sebaliknya jika tiada sebarang ambilan, maka tiadalah dalam Penyata Pengasingan UR.

  649. Pelarasan saya tak ada melibatkan ambilan dan gaji pekongsi..Pinjaman? Dekat jurnal am ada pinjaman..adakah itu pinjaman pekongsi?
    Boleh tak jika saya buat diskaun diterima sebagai diskaun diterima terakru?

  650. Shaqira,

    Jika tiada semua perkara2 tersebut.. tidak mengapa, maka tiadalah perkara tersebut dalam Penyata Pengasingan UR…. Dalam Ikatan Perjanjian tetap ada, mungkin bulan2 yang hadapan akan ada perkara2 tersebut, maka barulah ianya digunakan.

    Pinjaman sedia ada dalam soalan BUKANNYA pinjaman daripada pekongsi.

    Diskaun diterima terakru TIDAK SESUAI…. kerana secara rasionalnya perkara tersebut tidak akan berlaku sedemikian.

  651. belanjawan tunai start bulan brp?

  652. peruntukan hutang ragu kalau 3% boleh ke?

  653. assalamualaikum cgu,

    1. Ak semasa kena buat satu ja ka dua ? tak fhm
    2. Rumusan mcm mna nk buat? sbb soalan minta sertakn cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang

  654. Lia,
    Bulan Mei… Jun … Julai

    Nur,
    Boleh… 3% PHR

    Farhana, waalaikumussalam.
    1. Buat 2…. sebelum ID dan selepas Penyata Pengasingan UR.. utk dapatkan Baki akhir .. masukkan dalam KKK.
    2. Cadangan saya.. susun ikut urutan elemen sepertimana dalam Buku Panduan Pelaksanaan dan penskoran projek.

  655. Assalamualaikum, ckgu..
    1. peratus untung bersih atas jualan(nisbah keberuntungan) saya berkurang..
    Mac 2014=Rm19540/Rm92800 X 100=21.06%
    April 2014=Rm21945/Rm105587 X 100=20.78%
    Jadi, prestasi saya semakin merosot ke?
    Tetapi nisbah keberuntungan saya yang lain meningkat kecuali yang ini…
    2. Stok purata=Stok awal + Stok akhir bahagi 2..tetapi untuk bulan mac 2014..tiada stok awal..jadi bagaimana?

  656. cg..dlm kira nisbah..yg mana satu bln semasa dan bln sebelum?
    adakah pengiraan dan tafsiran nisbah perlu digabung atau di asingkan?

  657. Shaqira, waalaikumussalam.
    1. memandangkan 3 lagi nisbah keberuntungan menunjukkan bulan April lebih baik… maka boleh buat KESIMPULAN Prestasi bulan April lebih baik…. kemudian kemukakan ASALAN yang menyokong pilihan tersebut.. Misalnya Peratus Pulangan atas modal, Peratus UB atas KJ dan Peratus UK atas JB menunjukkan pencapaian yang leboh baik berbanding bulan MAc.
    2. Untuk bulan MAC analisis nisbah kecepkapan tidak dapat dilakukan kerana tiada maklumat yang diperlukan.

    Mieza,
    Bulan Semasa = APRIL 2014
    Bulan Selepas = MAC 2014

  658. cikgu, saya agak kurang jelas dengan jualan. tolong jelaskan. bagaimana menyediakan belian.

  659. Assalamualaikum cikgu. Sy nk bertanya ttg kerja kursus bahagian pengiraan nisbah.
    1. Mcm mana nk cari jualan dan belian kredit bln mac?
    2. Mcm mana nk cari stok awal bln mac bg stok purata.
    Selamat hari guru untuk cikgu. Guru pencetus kreativiti penjana inovasi…….. :))

  660. assalamualaikum cikgu, mcm mane nak buat belanjawan tunai ? apa yg perlu dimasukkan ?

  661. Kalai,
    Jangan anggarkan JUALAN….. terus anggarkan JUALAN TUNAI untuk bulan Mei.. kemudian tingkatkan 10% setiap bulan.
    Manakala kutipan daripada PENGHUTANG…. ambil baki Penghutang bulan April.. dibayar pada bulan MEI… seterusnya tingkatan 10% untuk bulan berikutnya.. sepertimana jualan. Begitu juga dengan BELIAN dan bayaran kepada PEMIUTANG.

    Masithah, Walaikumussalam.
    1. TIDAK BOLEH.
    2. TIDAK BOLEH.
    # Untuk bulan MAC analisis nisbah kecekapan tidak dapat disediakan kerana tiada maklumat.

    Ain, waalaikumussalam.
    Masukkan Baki awal, item2 penerimaan, item2 pembayaran…. seperti biasa, dengan merujuk kepada arahan dalam soalan.

  662. cikgu, macamana nak kira nisbah bulan semasa dan sebelumnya!?

  663. Thines,
    Formulanya boleh rujuk dalam buku teks.. datanya daripada pp dan kkk yang telah anda sediakan untuk bulan April…serta maklumat untuk bulan Mac dalam soalan.

  664. Terima kasih cikgu saya amat menghargai jasa cikgu diatas membuat kerja kursus ini harap cikgu akan terus membimbing murid tk

  665. Cikgu,
    jika dalam ikatan perjanjian ada faedah atas modal dan gaji pekongsi, perlukah kedua-dua ini masuk dalam item pembayaran belanjawan tunai? Terima kasih.

  666. sudah 5 kali saya buat I.D terselaras.. tapi tidak juga seimbang..

  667. Fatimah,
    Pada saya tidak perlu, kerana pembayarannya TIDAK menggunakan WANG TUNAI sebaliknya diKREDITkan ke As Semasa Pekongsi.

    Mohd Iman,
    Hantarkan kepada guru sekolah untuk disemak dan kesan kesilapan yang berlaku seterusnya diberikan bimbingan dan tunjukajar.

  668. assalamualaikum cgu..hepi teachers day *.*
    sy nk tya.. kalo sy buat kesilapan ketinggalan ambilan pekongsi terlupa catat sy nk rekod dlm jurnal am mcm mna???mcm ni btul x??
    dt ambilan pekongsi
    kt akaun semasa pekongsi

    lg satu..mcm mna sy pindahkan dlm ak semasa pekongsi..sbb nk masukkan dlm pnyata pngasingan u/r
    kalo sy nk rekodkan dlm jurnal betul x mcm ni..
    dt akaun semasa pekongsi
    dt ambilan pekongsi
    dt faedah atas ambilan
    yg belanjawan tu utk baki b/b tunai, amaun yg sy kna amik ikut buku tunai yg dlm soalan @ buku tunai yg pelarasan sbb sy ada wat pelarasan buku tunai..

    bantu sy..terima kasih cg 🙂

  669. Mia amira, waalaikumussalam… dan Terima aksih.

    Jurnal Am Penlarasan
    Jika ambilan barang niaga : Dt Ambilan Nama Pekongsi Kt Belian
    Jika ambilan tunai/cek : Dt Ambilan Nama Pekongsi Kt Tunai / Bank

    Jurnal Catatan Penutup untuk Ak PUR dan Ak Semasa (jika cikgu sekolah minta sediakan).. terdapat 2 kaedah : kaedah langsung dan kaedah tidak langsung.. jadi saya cadangkan bertanyakan cikgu sekolah anda .. apakah kehendak beliau.

    Baki Buku Tunai selepas pelarasan.

  670. Assalamualaikum cikgu,sy nk ty kenapa
    Dlm kunci kira2 sy xbalance.adakah sebab akaun semasa sy hya masukkan fam,gaji seorg pkongsi shj dan kongsi untung.sy xth nk semak ksalahn dimana.
    Trima kasih cikgu.

  671. Minta tanya Cg,

    Apabila menyediakan Imbngan duga terlaras, jika ada terlibat A/k Semasa, misalnya gaji kepada pekongsi RM2000

    Dt. A/k Pengsingan U/R RM2000
    Kt. A/k Gaji pekongsi RM2000

    adakah A/k Pengasingn U/R dicatatkan di dalam ID?

  672. Nurul, waalaikumussalam.
    Susah untuk saya nyatakan disini, kena semak dari segi catatan bergu yang dibuat betul atau tidak… cadangan saya, sila hantar kepada guru sekolah untuk disemak.

    Chee,
    Catatan antara Ak Pengasingan UR dan Ak Semasa …. merupakan CATATAN PENUTUP yangh disediakan SELEPAS … IDT, Penyata Pendapatan dan Penyata Pengasingan UR disediakan.. dengan kata lain ianya TIDAK WUJUD lagi dalam IDT.
    # Jangan dicampuradukkan CATATAN PELARASAN dan CATATAN PENUTUP… sila rujuk KITARAN PERAKAUNAN untuk kenalpasti kedudukannya.

  673. apa khabar cikgu, cikgu yang tafsiran nisbah nak buat pengiraan nisbah bulan semasa ATAU bulan sebelum ATAU kedua-dua?

  674. Cikgu yang perbandingan analisis nisbah nak tunjuk pengiraan nisbah tak?

  675. cikgu apabila ingin membuka AKAUN SEMASA YANG KALI KE-2 perlu tak nak tulis folio dia tak??? dan perlu tulis lejar yang ke berapa tak?

  676. Poh,

    1. Buat untuk bulan APRIL dan MAC.
    2. Tunjukkan formula.. pengiraan… tafsiran bagi setaip satu.
    3. Jika tidak menyediakan jurnal am bagi catatan penutup tersebut, maka TIADA butir untuk ruangan FOLIO tersebut. Manakala no halaman lejer tetap sama LA8

  677. Deverani Shanmugam

    Selamat Petang Cg….saya x tahu nak buat tafsiran nisbah……bleh x cg tlg jelaskan?

  678. Deverani,

    Pada pandangan saya,
    1. Sediakan untuk bulan April dan Mac
    2. Setiap analisis nisbah mesti tunjukkan …. formula, pengiraan, tafsirannya.
    3. Kesimpulan daripada perbandingan antara 2 bulan tersebut dengan menyatakan BULAN mana yang nenunjukkan PRESTASI lebih baik kemudian nyatakan ALASAN yang menyokong pilihan tersebut.

  679. Cg..nisbah ujian asid , dan lain2 perlu buat ke?

  680. Cikgu, yang tafsiran nilai tu kena beri keterangan bagi kedua-dua bulan april dan bulan mac? atau cuma beri satu sahaja?

  681. Mieza,
    Mengikut kehendak tugasan, hanya perlu disediakan sekurang2nya satu bagi setiap analisis nisbah. Walau bagaimanapun saya menggalakkan pelajar saya menyediakan semua jenis analisis nisbah yang diajarkan dalam buku teks.

    Poh,
    Cadangan saya, tafsiran perlu dibuat bagi setaip satu kerana nilainya berbeza dan secara tidak langsung boleh juga digunakan sebagai perbandingan antara kedua2 bulan tersebut.

    # walau bagaimanapun, sila rujuk penyelarasan yang dibuat oleh guru sekolah masing2.


  682. abdulmurad_mmz:

    Assalamualaikum Cigku,
    Saya minta tolong cikgu dapat beri saya satu contoh jawapan folio 2014

  683. Cikgu kalau ada AKAUN SEMASA KALI KE-2 perlu diletatkan di mana tajuk?

  684. Cikgu kena tak buat titik pulangan modal?

  685. Siti sarah,
    Maaf tiada jawapan contoh, pelajar sedang buat tugasan tersebut.

    Poh,
    Cadangan saya, Diletak selapas Penyata Pengasingan Untung Rugi.

  686. cikgu tafsiran perlu tak tunjuk pengiraan?

  687. Cikgu, lepas buat tu akaun perdagangan dan pengasingan untung rugi tu, perlu kah buat catatan penutun sebelum buat KKK? Kalau perlu macam mana nak buat catatan penutup utk pelarasan stok akhir tu? Kalau catatan penutup berkaitan dengan akaun semasa tu saya tahu. Lagi satu cikgu… Saya ada baca satu blog ni…. blog tu kata, untuk bulan Mac, RM 70000 tu boleh dianggap sebagai stok purata memandangkan maklumat yang cuma diberi hanya stok akhir… Macam mana tu cikgu? Boleh kah buat andaian macam tu?

  688. cg, bagaimana kira jualan kredit pada bulan mac utk nisbah

  689. Poh,
    Semuanya boleh digabungkan dalam bentuk jadual, bokeh rujuk contoh dalam buku teks.

    Alib,
    Pada pandangan saya, kita buat bersandarkan sukatan SPM sahaja, CATATAN PENUTUP tiada dalam sukatan dan tidak juga diminta dalam soalan, maka tidak buatpun tidak mengapa. Walau bagaimanapun ada guru2 yang ajarkan kepada pelajar beliau dan minta mereka sediakan… juga tidak salah.
    Memang ada dalam kes2 tertentu, sekiranya tiada nilai stok awal, maka kita boleh ANDAIKAN nilai stok akhir sebagai nilai STOK PURATA (tiada dalam sukatan SPM). Pada saya, tidak sesuai jika dibandingkan nilai yang diperolehi daripada nilai ANDAIAN (Mac) dan nilai SEBENAR (April)
    # walau bagaimanapun rujuk penyelarasan yang dibuat diperingkat kawasan masing2.

    Thines,
    Jualan kredit untuk bulan Mac… tidak dapat dikira kerana tiada sebarang maklumat berkaitan dengannya dalam soalan.

  690. hi cikgu, adalah ini betul?
    jualan tunai bagi bulan mei dijangka RM75 940 . jualan bagi bulan jun dan Julai meningkat 10% daripada bulan sebelumnya.

  691. cikgu nak buat titik pulangan modal tak?

  692. Deverani Shanmugam

    cg, dlm penyata pendapatan bahagian belanja, PHR kena masukkan atau x perlu?

  693. Kalai,
    Pada pandangan saya, dalam soalan jelas menyatakan Jualan bulan Mei DIJANGKA berjumlah ___________
    Ini bemaksud pelajar letakkan apa2 nilai yang munasabah… baru ada sedikit perbezaan jawapan pelajar.

    Poh,
    Soalan TIDAK minta sediakan TPM.

    Deverani,
    Pelarasan bagi PHR melibatkan 2 akaun :
    1. PHR ……………… AS : KKK
    2. Hutang ragu / Pertambahan PHR….. Belanja : PP

  694. cikgu, ambilan tu kita dapat dari mana, saya keliru lah sbb saya lambat buat, saya stuck sampai pengasingan untung rugi

  695. Cikgu, saya telah buat pelarasan insurans RM 3000 tu. Insurans RM 250, Insurans terdahulu RM 2750.
    Soalan saya ialah perlu lagikah saya letak insurans berjumlah RM 250 dalam item pembayaran dalam belanjawan tunai sedangkan saya sudah bayar untuk tempoh 12 bulan pada bulan april? Mohon pencerahan…

  696. Su,
    Sebaik2nya rujuk kepada guru sekolah untuk dibimbing dan diberikan tunjukajar secara langsung, baru selaras dengan apa yang ditetapkan oleh beliau.
    AMBILAN dalam catatan asal tiada sebarang Ambilan oleh pekongsi, maka tidak wujud faedah atas ambilan dalam Penyata Pengasingan UR. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat maklumat pelarasan berkaitan dengan ambilan pekongsi, maka barulah ianya akan wujud.

    Alib,
    Adalah penting untuk kita fahami fungsi Belanjawan tunai tersebut…. adakah akan berlaku pembayaran untuk insurans dalam bulan Mei, Jun, Julai ? …… jika tiada, adakah perlu dimasukkan dalam belanjawan tersebut ?

  697. cikgu , jualan pada bulan Mei dijangka …. dan mengamalkan kredit 1 bulan . jualan itu perlu dicatat pada bulan Mei atau bulan Jun ?

  698. Assalammualaikum cikgu . Yang akaun kawalan penghutang dengan pemiutang pelarasan punya , nak kena bubuh folio ke ?

  699. Cikgu, untuk RUMUSAN…. saya tahu yang terlibat ialah kos sejarah, wang sebagai ukuran, konservatisme dan catatan bergu… yang terlibat…Adakah tempoh perakaunan dan ketekalan juga terlibat?

  700. cg, dlm lejar Alfian Elektrik dan Perniagaan bersatu .. no folio ialah BT1 ke?

  701. Salam cikgu. Kalau ikatan perjanjian hanya FAM, agihan U/R n gaji pekongsi, FAA dan FAP kena buat jugak ke?

  702. Cikgu, adakah jawapan lejar pelarasan dan imbangan duga terlaras satu malaysia adalah sama? atau setiap pelajar berbeza-beza?

  703. Cikgu,
    pembetulan kesilapan tak ketara – Jualan kpd Alfian Elektrik t’silap catat s’banyak 300 dlm P’niagaan B’satu.
    Pembetulan kesilapan k’tinggalan satu catatan – P. belian kpd Syarikat Mei Wah s’bnyak 300 telah t’tggal catat.

    Adakah butir diatas perlu dicatat dalam Jurnal Am Pelarasan ?

  704. salam, cikgu, utk baki belanjawan tu baki tunai + bank atau baki tunai sahaja? terima kasih

  705. salam,cikgu nisbah kecekapan utk bulan mac x der kan krn x ade maklumat pasal stok awal,jualan kt dan belian kt pd bulan mac..
    jadi? ape yg perlu dilakukan?? buat aggaran atau biarkan saja??ataupun x yah buat nisbah kecekapan?? buat cth nisbah yg lain??

    dan belanjawan tunai utk belian & jualan pd bulan mei..kita buat anggaran sahajakan??

  706. cg.. apa nak tulis nota di bawah akaun kawalan penghutang dan pemiutang

  707. Salam semua. Cg Narzuki offline. Oleh itu saya, Saya Cg Rithuwan, a.k.a. sifu2b, kawan Cg Narzuki akan tolong menjawab beberapa soalan yang saya fikir sesuai dijawab.

    Okay, saya mula.

    Apis (#701),
    Jualan tunai tetap ada di Mei, jualan kredit akan dikutip dalam bulan Jun. Apa perkataan yang sesuai? Ada dalam buku teks.

    Eykqa (#702),
    Ya. Folio bubuh juga. Sekaligus ia menunjukkan peningkatan pengetahuan dan kefahaman melalui Kertas 3.

    Poh (#703),
    Rumusan untuk April berbeza dari rumus untuk projek Ogos tahun lepas. pada hemat cikgu. Saya ada berikan contoh rumusan untuk projek ini di blog cikgu.

    Thines (#704),
    Hanya jika ia melibatkan tunai/bank maka folio BT1. tetapi jika awak ada pelarasan melibatkan tunai, maka mahu atau tidak terpaksa buka Buku tunai muka surat 2, maka dalam folio tertulis BT2. But, that is another case.

    Fatin (#705),
    FAA dan FAP tak perlu disediakan dalam kes awak sahaja. Pelajar lain bergantung kepada ikatan perjanjian mereka.

    Nadirah (#706),
    Tidak sama secare keseluruhan. Nilai, jenis, dan pilihan urus niaga pelajar berbeza-beza.

    Ikhmal (#707),
    Awak memilih jalan yang menarik! Ya catat di Jurnal Am. Walau bagaimanapun, pastikan jangan terlupa mengambil kira perkara itu untuk penyediaan Akaun Kawalan, okay.

  708. Salam semua. Cg Narzuki offline. Oleh itu saya, Saya Cg Rithuwan, a.k.a. sifu2b, kawan Cg Narzuki akan tolong menjawab beberapa soalan yang saya fikir sesuai dijawab.

    Okay, saya mula bahagian 2 jawapan saya.

    Sakinah Ismail (#708),
    Baki tunai awal ialah baki b/b tunai + bank. Benar sekali.

    Nurulnasuha (#709),
    Biarkan sahaja. Tak perlu cipta nilai. kebetulannya, pelajar hanya perlu menunjukkan pengiraan 1 nisbah bagi setiap 1 jenis.
    Dalam hal ini, awal hanya perlu bandingkan nisbah-nisbah yang ada nilai mudah untuk awak.
    Nisbah kecekapan masih boleh dihitung, tetapi perbandingan hanya untuk nisbah KPGS masih boleh dibuat untuk bulan Mac dan April. Stok purata bulan Mac ialah RM70000.
    Peringkat SPM tidak dibincangkan, tetapi diperingkat tinggi ada diajar pengubahsuaian pengiraan stok purata dalam tempoh tahun pertama tanpa stok awal. Maka samalah juga jika maklumat stok awal tiada boleh dikatakan stok awal tak wujud. Oleh itu stok purata tidak terpakai untuk keadaan sebegitu. Dengan kata lain, bukan lagi formula yang diajar dalam buku teks, tetapi hanya nilai stok akhir. HEHEHE.
    Keliru? Tak apa, ikut sahaja nilai yang cikgu beri iaitu untuk bulan mac, kiraan KPGS = Kos jualan/Stok akhir, manakala untuk bulan April KPGS = kos jualan/stok purata. Ini kerana pada bulan April, stok awal sudah diketahui. Nilai stok akhir Mac menjadi stok awal april.
    tetapi kena ingat ini nilai hanya untuk 1 bulan.
    Kalau hitung KPGS bilangan hari, maka formula diubah lagi, tak boleh ikut dengan lurus di buku teks. Jangan darab dengan 365 hari, tetapi darabkan dengan 30 hari sahaja.
    KPGS (Bilangan hari) = [(Stok Purata/Kos Jualan)x 30 hari] untuk perbandingan bulanan sahaja.

    Thines (#710),
    Nota? Saya tak tahu guru lain, tetapi dalam kertas projek ini, pelajar buka Akaun Kawalan sebagai akaun baru di LEJAR AM. Nota tidak diperlukan. Akaun Kawalan adalah ringkasan Lejar Khas.

  709. saya nak tanya bagaimana nak kira susut nilai?

  710. salam cikgu, jika kita tiada Ambilan, tiada FAA. makna nya akaun semasa pekongsi di bahagian debit cuma baki h/b sajalah kan. FAP tak perlu masuk dalam akaun semasa pekongsi ke cikgu? terima kasih

  711. cikgu adakah setiap pekongsi dibayar gaji? kalau saya nak beri pada pekongsi A saja boleh kah? gaji pekongsi dalam PENYATA PENGASINGAN perlu dikira utk setahun kan cikgu? cikgu rasa kongsi untung patut diagihkan sama rata atau cara lain? mohon pencerahan

  712. salam cikgu :))

    senarai pelarasan for kesilapan ketinggalan catatan saya buat :
    – belanja runcit RM 100 yang dibayar secara tunai terlupa dicatat.

    Dt belanja runcit
    Kt tunai

    kalau dalam lejar pelarasan nak buat macam mana? sebab tunai tu kena buat dalam buku tunai.

  713. Azhar,
    Seperti dalam buku teks. Tetapi kali ini dibahagi dengan 12 kerana ia hanya utk tempoh 1 bulan.

    Nadirah,
    Betul.

    Sasha,
    Bergantung kepada ikatan perjanjian yang awak sediakan. Kalau dalam Ikatan Perjanjian hanya sebut gaji pekongsi untuk pekongsi A sahaja, maka itulah yang diguna. Semua urus niaga utk 1 bulan. Kalau dalam Ikatan Perjanjian tidak disebut, maka Akta Perkongsian berkuatkuasa. Dalam hal itu, agihan untung-rugi ialah sama rata, nisbah 1:1:1. Kalau nak berbeza, maka mesti disebut dalam Ikatan Perjanjian.

    Netttt,
    Mesti buat catatan pelarasan di Jurnal Am. Awak juga terpaksa mencipta Buku Tunai helaian baru, BT2 untuk memastikan catatan tunai tertinggal itu dimasukkan ke dalam Buku Tunai.
    Tahniah kerana memahami keadaan itu walau belum sepenuhnya.

  714. cikgu, baki b/b akaun pekongsi
    pekongsi A 86,201
    pekongsi B 67,466
    pekongsi C 28,733

  715. baki b/b akaun semasa*
    betulkan cikgu?

  716. cikgu, hasil akru since tak ada hasil dalam buku tunai, perlu cipta yang baru ke? contoh sewa diterima akru. boleh ke? sebab tiada rekod ttg sewa sebelum ini..

  717. assalam cg…boleh x cg tolong tunjukkn mcm mne nk buat nisbah tu?????saye x brape nk faham la cg…..

  718. assalamualaikum cikgu,
    kenapa kkk saya tak sama?
    selalu nya silap kat mana?

  719. salam cikgu, saya nak tanya pasal belanjawan tunai.
    Jumlah jualan amek jualan bersih ke atau yg belum tolak d.diterima dgn p.jualan ?

    nk kira jualan kredit dgn jualan tunai pakai nisbah (70:30) boleh x ?

    penghutang dgn pemiutang ca ne nk kira ?

  720. kalau buat ambilan utk derma, maasa buat jurnal am pelarasan perlu buat macam ni ke?
    dt derma
    kt ambilan nama pekongsi
    ambilan akan terlimat dengan akaun semasa
    catatan jernal am pelarasan mcm mn

  721. Cikgu, ada sebahagian pelajar tidak menyediakan perbandingan analisis? tidak mengapakah cikgu?

  722. Cikgu,bagaimana dapat ambilan dalam ak pengasingan?

  723. cikgu….kalau kita sudah buat pelarasan untuk jurnal am yang baru.perlu ke kita nak buat folionya?

  724. Salam, cikgu macam mana nak buat akaun penamat nii? Saya dah buat penyata pendapatan tapi takde Hasil. Boleh kann?

  725. kat profil perniagaan kan kne tmbah row bru tuk iktn prjanjian ,,,tp sye x fhm nak buat gaji pekongsi tu nak kire mcm mne?

  726. Assalamualaikum, cg.
    Item pmbetulan ksilapan catatan saya ialah ambilan barang niaga oleh pekongsi A sbyk RM4000 belum direkodkan dlm mana-mana buku. Dt akaun modal pekongsi A/ ambilan?

  727. cikgu Sifu saya nak bertanya:
    1. Akaun Diskaun diberi dan Akaun diskaun diterima ada no LA tak?
    2. Jika pelarasan (h) saya buat kesilapan amaun dalam diskaun diterima RM20 terlebih catat…. maka dalam lejar kena buat Akaun Diskaun diterima ……..jadi Diskaun diterima LA berapa?

  728. Cikgu,bagaimanakah untuk membuat kesimpulan tentang prestasi bulan yang mana yang lebih baik selepas membuat tafsiran? Dalam perbandingan tafsiran saya, hanya peratus untung bersih atas jualan dan pulangan atas modal yang mempunyai prestasi yang lebih baik pada bulan Mac , yang lain pula prestasi April lebih baik.

  729. cikgu, macam mana nak buat perbandingan nisbah? boleh tak cikgu berikan formatnya? adakah kita perlu sediakan juga analisis nisbah dan tafsiran untuk bulan mac?

  730. Salam semua. Cg Narzuki masih lagi offline. Saya rakannya akan tolong jawab beberapa soalan terpilih saja.

    Yati, (#724),
    Jangan. jika ambil barang/tunai untuk tujuan derma, maka derma itu dianggap dilakukan oleh peniaga, bukannya individu pekongsi.
    Oleh itu, Dt – derma, kt-belian (barangniaga) @ kt-Tunai/bank (untuk wang)

    Kosas-ians (#725),
    Maka markah untuk nisbah mereka tak layak dapat.
    Tak buat, bererti malas atau tak tahu? Kalau tak tahu, ia ada ‘exactly’ di dalam BUku Teks di bab 15. Tiru sepenuhnya gernti siap walaupun belum faham.
    KElebihannya ialah, pelajar berlatih menghitung nisbah yang akan disoal dalam kertas 2 SPM.

    Najiha #727,
    Ya folio kena buat. Setiap akaun di lejar ada nombor rujukan LA__ dia. Begitu juga dengan Jurnal Am, da JA__ yang baru

    Nabila #728,
    Soalan kertas 3 menghendaki ada hasil. Maka hendaklah dicipta sekurang-kurangnya 1. Ada soalan hasil terakru, bukankah?

    June #729,
    Gaji pekongsi, atur/tetapkan sendiri. Awak yang tentukan dan sebenarnya tidak wajib. Ini kerana dalam bab 10 pun ada menyatakan perkara itu.

    Syarina #731,
    1. Ya. ada akaun lejar dan cipta nombor LA__ sendiri dan begitu juga akaun-akaun baru yang wujud.
    2. Tetapkan sendiri. Kalau kebetulan awak mula buka akaun itu di dalam lejar am yang ke 25, maka LA25, kalau ke-30, maka LA30.

    Sia #732,
    Senang saja. RUjuk buku teks di bab 15. Ada diajar dalam bentuk jadual.

    LINDA #733,
    Rujuk buku teks bab 15. Tiru bulat-bulat format dia, atau boleh buat satu-satu. Tapi rujuk bab 15.

  731. salam cikgu , cikgu sekolah saya menetapkan nilai untuk imbangan duga terselaras sebanyak RM 953846 . ini membuatkan saya buntu dan pening untuk selesaikan ..
    debit
    bank 100281
    tunai 5780
    premis 350000
    kenderaan 150000
    perabot 90000
    alatan pejabat 60000
    stok 70000
    derma 3800
    belian 51400
    pulangan jualan 1680
    insuran 3000
    promosi 500
    duti atas belian 4700
    belanja kenderaan 3720
    diskaun diberi4813
    penghutang 36140
    alat tulis 500
    susutnilai kenderaan 1600
    susutnilai perabot 1125
    susutnilai alatan pejabat 500
    hutang ragu 1807
    insurans 250
    gaji 6000
    kadar bayaran 2300
    komisen diterima terakru 200
    ambilan 300

  732. kredit
    modal pekongsi : A 120000
    : B 80000
    : C 40000
    pinjaman 298334
    akaun semasa : A 86201
    : B 57466
    : C 28733
    jualan 112080
    pulangan 1200
    diskaun 2920
    pemiutang 26180
    stok alat tulis 500
    susut nilai terkumpul kenderaan 56600
    susutnilai terkumpul perabot 28152
    susutnilai terkumpul alatan pejabat 12500
    phr 1807
    gaji terakru 1500
    kadar bayaran terakru 300
    komisen diterima 200

  733. ouhhh mekasih.. heee .. 😀 tapi kan macam mana nak kira susut nilai kenderaan,perabot, dan a/p … sebab nak kene catat dlm jurnal am … :;(

  734. boleh tak bagi tunjuk hasil

  735. asalamualaikum,saya nk tanya…..boleh ikgu tunjuk ontoh hasil yg perlu diletakkan dalam penyata pendapatan

  736. cikgu boleh x cikgu bagi contoh akaun kawalan sbb yang lain saya dh siap tapi kwalan je blum

  737. Alhamdulillah . saya dah siap semuanya. cuma tinggal untuk menaip dan dihantar 🙂

  738. ashu lahh ,
    boleh tak awak bagitahu saya item yg terlibat dalam imbangan duga terselaras .. ?? saya amat memerlukannya …

  739. Laila,
    Bank, Tunai, Modal, Premis, Kenderaa, Perabot, Alatan pejabat, Stok, stok alat tulis, Ak Semasa, Pinjaman, Faedah atas pinjaman, SN kenderaa, SNT kenderaan, SN perabot, SNT perabot, SN alatan pejabat, SNT alatan pejabat, derma, Belian,Pulangan belian, Jualan, Pulgn jualan, insurans, alat tulis, Promosi, Duti atas belian, Kadar bayaran, Kadar bayaran terakru, gaji, Gaji terakru, Insurans terdahulu, belanja kenderaan, Penghutang, Pemiutang, Diskaun diterima, Diskaun diberi, hutang ragu, komisen diterima, komisen diterima terakru, Ambilan oleh pekongsi .
    Sesetengah item di IMP diambilan dalam Jurnal Am Pelarasan

  740. Laila ..
    bleh tlog tnjuk contoh belanjawan tunai and akaun kawalan,,,,please,,,i really2 need,,,,
    ap2 emel saya ,,,Ikien_Shikien@yahoo.com

  741. as salam
    akaun kawalan kene buat ker?

  742. salam cikgu. modal bagi bulan mei dkt belanjawan tunai perlu anggarkan atau xpayah?

  743. pembetulan kesilapn ketinggaln catatan itu kesilapan ketara atau tidak ketara?

  744. macam mane nak buat jualan tunai tersalah catat dalam lejar?

  745. Salam, saya kurang faham dngan akaun kawalan. Boleh terangkan tak? pe yg nk dimasukkan dlm akaun kawalan tu? TQ kerana reply

  746. macam mana nak buat akaun penamat ni? someone help me! TT,TT

  747. saya nk tanya… dlm akaun untung rugi , kongsi untung kena kira jugak ke ?

  748. assalamualaikumb dan selamat tengah malam saya nak taya mcmna nak buat belanjawan tunai berakhir pada 31 julai 2014 ??
    mcmna nak dapatkan untuk bulan mei adakah ambik baki h/b bulan mei or apa ,penghutang dan pemuitang tidak perlu darab 3-7 % ??

  749. BELANJA HUTANG RAGU = HASIL……BETUL KE?

  750. Cikgu, tingkatan 5 akaun folio rumusan macan mana nak tulis?

  751. salam . nak tnya kalau bagaimana nak jdikan insuran sebagai belanja terakru ?

  752. 737# June sn kenderaan 1600
    sn perabot 1125
    sn ap 500
    738# Azhar contoh hasil komisen atau sewa diterima
    739#
    745# af akaun kawalan perlu buat akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang

  753. 746# eka boleh masukkan modal atau tidak masuk pun boleh

    747# sy kesilapan ketinggalan catatan adalah kesilapan ketara

    748# chichi dt tunai kt jualan

    749# akaun kawalan penghutang perlu masuk baki b/b dan jualan kredit di bahagian debit,bank,diskaun diberi,pulangan jualan di bahagian kredit

    750# shafiqah akaun penamat merujuk kepada penyata pendapatan,penyata pengasingan untung rugi dan kunci kira-kira,semua rujuk item imbangan duga terselaras

  754. 754# jasmine rumusan boleh nyatakan prinsip atau konsep perakaunan yang digunakan
    755# ani boleh nyatakan berapa insurans yang belum dibayar,contoh insurans bulan April RM400 masih belum dijelaskan

  755. 753# azhar belanja hutang ragu adalah belanja

  756. faedah atas ambilan tu kne darap dengan 1/12 ker?

  757. gaji perlu dimasukkan dlm akaun semasa ke?

  758. Nana
    ya,faedah atas ambilan perlu x 1/12,gaji pekongsi terakru perlu masuk akaun semasa

  759. kalau gaji pekongsi shj xperlu ltk kan?

  760. Gaji pekongsi yang dibuat dalam perjanjian perkongsian adalah gaji pekongsi terakru sebab pembayaran belum dibuat,jadi perlu rekod dalam akaun semasa.

  761. cgu,.faedah atas modal,faedah atas ambilan pkongsi perlu kaa?

  762. cg, jualan kredit dan belian kredit utk bulan Mac nak guna yg mana?

  763. Dean
    Faedah atas modal dan faedah atas ambilan perlu rujuk kepada perjanjian perkongsian yang telah dibuat dalam profil perniagaan,sekiranya ada perlu rekod.

    Fatin
    Bulan Mac atau Mei?

  764. Cikgu, bulan Mac, utk nisbah kecekapan punya.

  765. Salam cikgu,
    saya nak tanya bagaimana nak mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang serta membuat rumusan?

  766. assalamualaikum ada ssiapa boleh bgi contoh bagaimanan hendak membuat senarai pelarasan dan contoh pelarasan? 😀 Asap 🙂

  767. cikgu untuk mengira kadar pulangan modal adalah ub/modal awal X 100 kan. untuk kerja kursus perkongsian ini. bagaimana untuk mendapatkan modal awal? kerana ada tiga pekongsi

  768. Amnie,

    Cadangan Cg, jumlahkan ketiga2 modal awal pekongsi.


  769. fatin:

    Salam cikgu,
    saya nak tanya bagaimana nak mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang serta membuat rumusan?

  770. Fatin,

    Cadangan Cg, prestasi semasa merujuk kepada perancangan meningkatkan JUALAN melalui strategi pemasaran iaitu Harga, Keluaran, Tempat dan Promosi. Manakala jangka panjang, lebih kepada perancangan mengembangkan lagi perniagaan di masa hadapan seperti membuka cawangan baru, mengeluarkan barangan sendiri dan sebagainya. Seterusnya RUMUSAN lebih kepada penutup bagi laporan keseluruhannya secara ringkas, iaitu menyatakan pencapaian atau prestasi semasa perniagaan (rujuk analisis), nyatakan secara ringkas perancangan semasa dan jangka panjang, akhirnya harapan yang hendak dicapai dimasa hadapan.

  771. semua sudah siap… sya bingung2 mau buat tu projek haha!! 🙁

  772. assalamualaikum cg.

    andai kata tempoh perakaunan yg saya lakukan adalah untuk 1 bulan (1 April – 30 april), berapakah nilai yg perlu sy letak di dalam Akaun Semasa dan Akaun untung rugi bagi situasi ini?

    Ambilan : 500
    faedah atas ambilan setahun : 5%

    modal : 25000
    faedah atas modal setahun 10%

  773. sekiranyasalah satu pekongsi (pekongsi A) membuat ambilan barang niaga, adakah kaedah merekod ke dalam lejar seperti ini:

    Dt – Akaun Semasa A
    Kt – Belian

    atau

    Dt – Ambilan (pekongsi A)
    kt – Belian

  774. Zahrah, waalaikumussalam.

    Oleh kerana kadarnya untuk setahun, manakala tempoh rekodnya hanya sebulan… maka FAA dan FAM kena X 1/12

    Ambilan barang niaga oleh Pekongsi A… catatannya
    Dt Ambilan Pekongsi A
    Kt Belian

  775. Cikgu,soalan ini macam mana catat di dalam akaun kawalan penghutang?

    -Jualan kredit kepada Alfian Elektrik sebanyak RM3060 tertinggal catat.

  776. Jia,

    Ak Kawalan Penghutang
    Dt Jualan (JA2) 3060

  777. belanja hutang ragu = hasil…..betul ke

  778. Azhar,

    Bila namanya BELANJA Hutang Ragu … maka ianya adalah BELANJA

  779. Cikgu nak tanya sahaja, untuk confirmation, syllabus baru dr SPM 2011 ni, haruskah Kertas 3 dibuat secara WAJIB atau pun adakah pelajar masih boleh membuat keputusan untuk memilih sama ada untuk membuat atau tidak. Ada tak apa apa perubahan setakat ini. terima kasih cikgu

  780. Shal,

    Setahu saya,masih kekal….. tiada sebarang perubahan setakat ini.

  781. cikgu, yg nisbah tu mcm mana nak buat prbandingan?

  782. Intan,

    Bandingkan analisis antara bulan Mac dan April, kemudian tentukan bulan mana yang menunjukkan PRESTASI yang lebih baik dan nyatakan analisis mana yang menyokong pilihan tersebut sebagai alasannya.

  783. cikgu ada format akaun kawalan dan akaun semasa tak? tolong saya cikgu

  784. Nana,

    Sila rujuk buku teks..
    Ak Kawalan … m/s 166-167
    Ak Semasa … m/s 360

  785. cikgu LA ada berapa sebenarnya yg prlu dibuat

  786. cikgu,klo dlam akaun diskaun diberi butirannya pemiutang ke penghutang?

  787. Pemudi islam,

    Bilangan LA bergantung kepada pelarasan masing2.

    Diskaun diberi – Penghutang
    Diskaun diterima – Pemiutang

  788. cikgu,bgi akaun yg mrjuk kpd BT 1 yg ada no.cek perlu ditulis x dibhgian folio

  789. ckgu diskaun diberi butirannya disblh dbit/kredit

  790. cikgu,LA diskaun diberi adakah perlu dicatat sebagai LA 25?

  791. dan berapakah tarikh yh hrus dltk?

  792. Cikgu,
    nak buat buat akaun penamat kena rujuk ke imbangan duga terselaras ke apa ? Then kunci kira kira nk rujuk dimana?

  793. Pemudi islam,
    Ruangan folio – tidak perlu tulis no cek
    Diskaun diberi – DEBIT, LA25 dan tarikh akhir bulan.

    Fatin,
    Sila rujuk Kitaran Perakaunan… IDT -> Akaun Penamat (Penyata Pendapatan, Penyata Pengasingan & KKK)

  794. tarikh akhir bulan tu bile

    30 april ke?

  795. diskaun diterima di ambil dri buku tunai belah kredit/debit?

  796. ambil dri kolumn diskaun belah kredit kan?

  797. cikgu ruangan folio bgi akaun diskaun diberi/diterima tulis -BT 1 kn?

  798. cikgu di butiran akaun diterima tulis -pemiutang ke?

  799. dan nk tulis ape dekt LA bruangan?

  800. Pemudi islam,

    Jawapannya semua betul,
    Cuma soalan akhir, Cg tidak faham apa yang ditanya.

  801. Saya tak faham buad pelarasan dgn selebih nye :'(

  802. oh bagaimana cara membuat Lejar am beruangan dan apakah yg perlu diisi

  803. Azzrah,
    Sila rujuk cikgu sekolah, beliau akan bimbing dan berikan tunjukajar satu persatu.

    Pemudi islam,
    Lejar am berlajur hanya untuk Ak Modal dan Ak Semasa sahaja… boleh rujuk contoh dalam buku teks.

  804. cikgu setiap lejar harus dimulai dengan perkataan ‘akaun’ kan di bahagian tajuknya?

  805. cikgu,saya rasa di bahagian diskaun diterima-harus diambil pada kolumn diskaun belah kredit pada buku tunai,cuba beri penjelasan mengapa diskaun diterima harus diambil dri buku tunai belah debit

  806. Pemudi islam,

    Sebaik2nya ada “Akaun”.
    Seperti telah dinyatakan sebelum ini… Diskaun diberi – Debit, Diskaun diterima – Kredit.

  807. oh di butir diskaun diberi juga letak jumlahnya belah debit dan jumlah itu diambil dari kolumn diskaun di dalam buku tunai belah debit ke??

  808. Diskaun di debit Buku Tunai => Diskaun Diberi => Butiran: Pelbagai Pemiutang
    Diskaun Di kredit Buku Tunai => Diskaun Diterima => Butiran: Pelbagai Penghutang

    beginikah?saya x fhm klo cmni..

  809. lgi stu apakah butiran bagi akaun derma?

  810. Assalamualaikum cikgu,

    adakah akaun kawalan perlu dibuat?(sila rujuk kertas soalan m/s 4 soalan 6.(g))
    Jika ya,adakah saya perlu menentukan sendiri semua jumlah butiran yang terdapat dalam akaun kawalan?Adakah butiran cek tak layan perlu ada dalam akaun kawalan?

  811. Amirah,waalaikumussalam.

    Sila rujuk buku teks m.s 166 & 167..semua nilai dan item yang terlibat berdasarkan BCP dalam soalan.

  812. cikgu,dalam akaun diskaun diberi dan akaun diskaun diterima perlu x bki h/b dan bki b/b

  813. Pemudi islam,

    Berhubung masalah diskaun tersebut boleh rujuk buku teks m.s 147.
    Semua akaun perlu diimbangkan denfan baki h/b dan baki b/b.

  814. cikgu,
    jumlah nisbah pekongsi 3; 2 ; 1 … faedah atas modal 10% setahun ..faedah atas pinjaman 5% setahun …faedah atas ambilan takde ea cikgu..?
    then , Macam mana nk wujudkan faedah atas pinjaman ye cikgu ?

  815. Fatin Masijan,

    Ikatan Perjanjian Perkongsian merupakan perjanjian bertulis yang disediakan sebelum sesebuah perkongsian ditubuhkan lagi… bukan untuk bulan semasa sahaja. Maka tiada masalah jika ditetapkan juga Faedah atas Ambilan dalam perjanjian, walaupun tiada urus niaga ambilan pada bulan April. Begitu juga dengan Faedah atas pinjaman pekongsi, walaupun ada dalam Ikatan Perjanjian.. tidak semestinya mesti ada Faedah atas pinjaman untuk bulan tersebut.

    Sekiranya mahu mewujudkan Faedah atas pinjaman pekongsi, maka mesti wujudkan Pinjaman daripada pekongsi terlebih dahulu… mungkin sebagai item pembetulan kesilapan

  816. terima kasih cikgu 🙂
    saya faham sudah bahagian faedah ni..

  817. nisbah pekongsi, faedah ats modal, faedah ats ambilan kena tetapkan sendiri ke?

  818. saya masih buntu dkt KKK sebab masih belum balance lagi

  819. Sarra,

    YA tetapkan sendiri dalam Ikatan Perjanjian Perkongsian.. seperti mana diminta dalam soalan.

    KKK tidak seimbang… kemungkinan silap pada baki Ak Semasa… cuba semak disana.

  820. ada lagi soalan..mengenai belanjawan tunai…jualan tunai pada bulan mei nak ambil jumlah yg mana ye? lepas sy tau jualan tunai mei maka saya akn tau mcm mana nk buat bulan jun dan julai.. terima kasih

  821. boleh ke pelarasan saya mcm ni :
    h)pembetulan kesilapan tidak ketara
    -belanja membaiki premis RM1000 tersalah debit ke dalam akaun kenderaan

  822. Sarra,

    Sila rujuk guru sekolah.. ada guru yang menetapkan nilai tertentu, 10% drp April, ada juga guru yang pelajar anggarkan sendiri nilai bulan Mei.

    Tidak salah… tapi kesilapan antara premis dengan kenderaan tidak berapa sesuai… Cg cadangkan belanja membaiki kenderaan tersilap rekod ke Ak Kenderaan.

  823. Berapa stok awal brgniaga bulan Mac ya? Utk mengira Kdr pusing ganti stok, stok purata 9nisbah kecekapan)…

  824. Ida,

    Nilai stok awal bulan Mac tidak dinyatakan dalam soalan.

  825. Salam cikgu. Takpe ke saya tak buat faedah atas pinjaman? Adakah benda tu wajib dibuat?

  826. Yaya,

    Perkara tersebut tidak ditetapkan dalam soalan.. jadi ianya bebas…. walau bagaimanapun.. sila rujuk guru sekolah.

  827. Cikgu..
    Betul ke mcm ni belanjawan tunai saya buat?
    Jualan tunai 75940(mei), 10% peningkatan(jun dan julai)
    Belian tunai saya reka jumlahnya tapi merujuk belian pada April. Penghutang 36140(mei), betul ke penghutang akan meningkat 10% seperti jualan? Pemiutang 26180(mei) dan saya tingkatkan 3% seperti belian tunai yang telah dinyata dlm soalan. Harap cg dpt betulkan yg salah. Trima kasih

  828. Yaya,

    Pada pandangan saya, kita boleh andaikan peningkatan Jualan dan Penghutang serta Belian dan Pemiutang adalah berkadaran terus, iaitu dengan nilai kadar yang sama, kerana kedua-duanya saling berkaitan.

  829. salam . peruntukan hutang ragu tu kena kira untuk sebulan ja atau setahun ?

  830. Ani,

    PHR dikira berdasarkan baki penghutang, oleh kerana Penghutang adalah nilai pada akhir bulan April, maka PHR yang dikira juga untuk bulan April

  831. salam. contoh soalan untuk catatan pelarasan.
    satu pemeriksaan polisi insurans menunjukkan bahawa rm1085 tlh tamat tempoh sepanjang tahun.
    macam mane nak buat tu??

  832. Iyn,

    Pada pandangan Cg, penyataan tersebut perlu diubahsuai sedikit supaya lebih sesuai dengan tempoh rekod tugasan…. iaitu “sepanjang tahun” kepada “30 April 2014”
    Ianya bermaksud wujudnya Insurans terdahulu sebanyak (3000-1085) RM2915… maka catatan pelarasannya :
    Dt Insurans terdahulu 2915
    Kt Insurans 2915

  833. jika saya buat catatan penutupan :

    Akaun gaji pekongsi A
    Akaun gaji pekongsi B
    Akaun gaji pekongsi C
    Akaun Semasa A
    Akaun Semasa B
    Akaun Semasa C
    (merekod gaji pekongsi)

    faedah atas modal
    Akaun Semasa A
    Akaun Semasa B
    Akaun Semasa C
    (merekod gaji pekongsi)

    adakah perlu dimasukkan dalam imbangan duga terselaras?

    betul tak kalau buat mcm ni

    Dt Gaji Pekongsi A
    Kt Gaji Pekongsi A Terakru

    kemudian masukkan dalam imbangan duga..

  834. Mohd rahimi,

    Catatan penutup disediakan SELEPAS ID Terselaras.
    Dt Gaji pekongsi A
    Kt Ak Semasa A

  835. Cikgu nak tanya, jika dalam bahagian pelarasan, ketinggalan catatan saya telah membuat catatan berikut: Ambilan brgniaga oleh Pekongsi C terlupa rekod. Dan di dalam perjanjian perkongsian saya jika saya tidak memasukkan peratus faedah atas ambilan iaitu perkara ini tidak dimasukkan ke dalam perjanjian saya dan di dlm akaun pengasingan saya tidak membuat sebarang pengiraan untuk faedah atas ambilan, tetapi cuma mengambil kira ambilan di dalam akaun semasa pekongsi C . Adakah ianya betul?

  836. Shal,

    YA, memang betul.

  837. Cikgu lagi satu saya lupa pengiraan bagi Tempoh pembayaran dan tempoh kutipan hutang kita kena e.g. Penghutang/Jualan credit x 30 hari kan cikgu sebab yg kita buat adalah untuk satu bulan

  838. Shal,

    YA, betul.

  839. cikgu analisis nisbah kena buat semua seperti dalam buku teks ke

  840. Azhar,

    Sekurang2nya 1 bagi setiap jenis analisis nisbah. Walaubagaimanapun sila rujuk guru sekolah masing2.

    Cg minta pelajar cg buat semua analisis berdasarkan maklumat yang diberikan.

  841. assalamualaikum cikgu..bole tak tolong send format belanjawan tunai ke email sa..saya harap sangat pertolongan cikgu..

  842. Hafizah, waalaikumussalam.

    Boleh dirujuk dalam buku teks format tersebut.

  843. Cikgu narzuki…
    Utk cari jualan bersih..jualan – pul.jualan atau jualan – pulangan jualan – diskaun diberi?

  844. Ainmakhtar,

    Rujuk Penyata Pendapatan yang disediakan,
    Jualan – PJ – Diskaun diberi.

  845. Sbb saya konfius ada yg ckp utk dpt jualan bersih jualan tolak pulangan jualan sahja tnpa tolak diskaun diberi..

  846. Ainmakhtar,

    Kita ikut format penyata pendapatan semasa.. sepertimana dalam buku teks.

  847. cikgu, berapa peratus nak darab dgn faedah ats modal ? …

  848. Thines,

    Bergantung kepada syarat yang ditetapkan dalam Ikatan Perjanjian Perkongsian yang disediakan, masing2.

  849. Cikgu narzuki..di belnjwan tunai katakan andaian yg kita buat ialah belian kredit pada 1 mei 2014 berjumlah rm47800..tempoh byran pemiutang ialah satu bulan dan byran kpd pemiutang pada bln jun dan julai dijangka meningkat 5% drp bulan sebelumnya…
    Jd..utk rekod di bulan april nilainya 47800 atau kita rekod rm47800 tu di bulan mei?

  850. Ainmakhtar,

    Bayaran kepada pemiutang untuk bulan Mei… tidak perlu diandaikan… kita rujuk baki akhir pemiutang pada bulan April, tempoh kredit sebulan.. maksudnya dibayar pada bulan Mei…. seterusnya peningkatan bulan Jun dan Julai mengikut % peningkatan belian.

  851. ak alfian eletrik perlu ada baki b/b untuk bln april ke

  852. bagaimana nk letak dlm ljr jualan/belian bila ada penghutang/pemiutang dalam jurnal am

  853. Pemudi islam.

    Dalam JA itu merupakan Ak Kawalan Penghutang & Ak Kawalan Pemiutang.
    Manakala dalam lejar jualan dan lejar belian merupakan akaun setiap orang penghutang dan pemiutang.

  854. cikgu,bgaimana nk dpt 6600 ringgit dalam akaun alfian eletrik saya sampai sekarang x tau cmne blh dpt 6600 ringgit

  855. Pemudi Islam,

    Poskan semua catatan dalam BCP yang berkaitan dengan Alfian Elektrik… iaitu JA – baki awal, JJ – Jualan, JPJ – Pulangan jualan, BT – Bank dan Diskaun diberi…kemudian imbangkannya, dan akhirnya akan berbaki RM6600.

  856. Cikgu, rumusan mcmane?

  857. Julia,

    Sila rujuk komen Cg sebelum ini berkaitan RUMUSAN.

  858. imbangan duga bagi eletrik maju berapa sbnrnya?

  859. Pemudi islam,

    RM10,500

  860. cikgu bagaimana nk dptkn jumlah imbangan duga bagi akaun jualan =112080

    ambil dri bku tunai dan jurnal jualan je kan?

  861. tapi macam mana saya x dpt jumlah tu

  862. Pemudi islam,

    Ak Jualan (kredit)
    4-Apr TUNAI BT1 4,800
    5-Apr TUNAI BT1 3,200
    8-Apr TUNAI BT1 2,600
    11-Apr TUNAI BT1 1,700
    12-Apr BANK BT1 6,300
    28-Apr TUNAI BT1 3,300
    30-Apr PEL. PENGHUTANG JJ1 86,080
    30-Apr BANK BT1 4,100

    Ak Elektrik Maju Bhd – kemungkinan besar tidak masukan
    01-Apr BAKI B/B JA1 16,900 … (Dalam soalan JA “Syarikat Maju Bhd” – kesilapan catatan)

  863. Assalamualaikum… cikgu.
    Saya telah copy perisian kemasukan markah di atas..
    Saya dah buat enable macro tetapi masih tak boleh nak print…
    saya guna excel2007, dah ikut arahan utk enable macro tu, tak masih tak dapat …
    dia keluar MSg: Cannot run the macro ePBS37563…..
    kenapa ya…

  864. Cg Mohidin, waalaikumussalam.

    Selepas ikut semua langkah yang dinyatakan….. sila keluar/tutup fail tersebut terlebih dahulu, kemudian buka kembali.

  865. salam cikgu boleh tak kalau cikgu terangkan tentang tugasan akaun form 5 2015 sebab saya tidak berapa faham tentang soalan dan cara nak buat lejar dan pelarasan-pelarasan itu

  866. cgu, klu sy nak buat pelarasan mcm ni,:
    a) kesilapan prinsip- mengambil alat tulis utk kegunaan pejabat tetapi direkod kt Ak. Ambilan.
    b) ketinggalan catatan- pulangan belian berjumlah RM 127 kpd pemiutang belum direkod kt mne2 buku.
    ps2, klu sy nk buat belanja alat tulis terdahulu, baki b/b die mestilah dikira dalam tempoh setahun kan? tapi ble sy bt baki RM1060, sy x dpt amaun yg saye reka tue.. sebabnye, sya ada buat belanja alat tulis terdahulu dan sya ada buat kesilapn prinsip berkaitan alat tulis. Adakah amaun baki b/b yg direka akan berubah??

  867. Rasyidah,

    Iten pelaradan (a) dan (b)… OK.
    Cuma “Belanja Alat Tulis Terdahulu”… TIDAK sesuai dan perlu ditukarkan dengan belanha lain… ini kerana TIDAK WUJUD akaun tersebut.

  868. Cgu apa maksud baki alat tulis belum digunakan

  869. Husna,

    Belian alat tulis dalam ID – stok akhir = Belanja Alat tulis… dalam PP.
    Stok alat tulis akhir…. AS dalam KKK

  1. Pingback: 1 Oktober 2012 Start Tulis Tarikh As Tajuk Entry Kalau Takde Idea Nak Bagi Tajuk Apa | Traveling IndonesiaTraveling Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.