PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI PELAJAR PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

1. Permohonan Sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yang mempunyai kod kelayakan memohon sijil LCCI pada slip keputusan SPM.

2. Calon sekolah hendaklah mempuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

3. Lengkapkan 4 SALINAN Borang Permohonan Sijil LCCI.
Salinan 1 – Rekod Sekolah
Salinan 2 – Rekod Pegawai Peperiksaan Daerah
Salinan 3 – Rekod Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN
Salinan 4 – KPP Unit Pengurusan Maklumat dan Pemprosesan Data, LPM.

4. Borang Permohonan tersebut hendaklah disertakan bersama :

(i) 4 salinan SLIP SPM yang memaparkan kod kelayakan memohon sijil LCCI.
(ii) 4 salinan KAD PENGENALAN.
(iii) Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf bernilai RM25.00 ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN.
[Nota : Setiap salinan hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.]

5. Calon dikehendaki mengemukakan permohonan ke sekolah pada atau sebelum 9 April 2009.

6. Pihak sekolah hendaklah melengkapkan DUA SALINAN Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI.

7. Pengetua hantar 3 SALINAN borang permohonan bersama-sama 1 SALINAN Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Sekolah ke PPD pada atau sebelum 13 April 2009.

8. PPD hantar 2 SALINAN borang permohonan bersama-sama 1 SALINAN Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Daerah kepada SPP pada atau sebelum 17 April 2009.

MUAT TURUN :

1. Panduan dan Borang Permohonan Sijil LCCI

2.  Borang Permohonan Terus ke  LCCI (Tutup 31 Oktober 2009)

Posted on April 6, 2009, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 62 Comments.

  1. saya merupakan seorang pelajar spm yang mengambil kertas prinsip perakaunan yang memperoleh 5c,bahasa melayu 3b& bahasa inggeris 8e. saya inginkan kepastian & ingin membuat pemohonan sijil lcci dari pihak tuan/puan. di samping itu, saya ingin bertanya kenapa saya tidak layak mendapatkan sijil lcci tersebut.berdasarkan keputusan spm saya .saya harap pihak lcci mempertimbangkan pemohonan saya ini. harap maklum.. sekian terima kasih.

  2. saya inginkan kepastian kenapa saya tidak layak mendapatkan sijil lcci berdasarkan keputusan spm saya iaitu prinsip perakaunan 5c, bahasa melayu 4b & bahasa inggeris 8e.

  3. Norzariyah,

    Prinsip Perakaunan diberikan 2 penilaian mengikut gred LPM dan gred LCCI. Markah LULUS bagi gred LCCI lebih tinggi berbanding gred LPM, oleh kerana markah yang diperolehi (5C gred LPM) adalah dibawah markah lulus mengikut gred LCCI, maka anda dikira gagal dan tidak layak untuk mendapatkan sijil tersebut walaupun BM dan BI dapat 1A sekalipun.

    Cg harap norzariyah tidak berputus asa, tingkatkan usaha supaya mencapai kejayaan di masa hadapan.

  4. sekolah saya tidak menerima 4 salinan borang tersebut.adakah ini bermakna tiada pelajar yang layak? 10 orang pelajar saya mendapat A. tapi saya tak jumpa kod lcci pada slip mereka

  5. Cg Fazri,

    Borang dan panduan boleh Muat Turun di atas, sepatutnya semua sekolah dihantar borang dan panduan tersebut untuk panduan dan tindakan SU peperiksaan.

    Pada pemerhatian saya jika dapat A kemungkinan besar akan layak menerima Sijil LCCI. Untuk makluman Cg Fazri, pada tahun ini pihak LPM mengeluarkan 2 slip keputusan pelajar (1 slip tiada LCCI dan 1 slip ada tercatat gred LCCI). Sila pastikan SU peperiksaan sekolah anda mengambil slip keputusan kedua yang ada gred LCCI, yang dikeluarkan pada hari yang sama. Sila rujuk PPD jika slip keputusan tersebut masih belum diambil.

    Oleh kerana tarikh permohonan melalui sekolah telah tamat, maka pelajar perlu memohon terus ke LCCI menggunakan borang yang telah saya sediakan diatas, atau dapatkan daripada laman LCCI. Di mana tarikh tutup permohonan ialah 31 OKTOBER 2009.

  6. pada sijil spm terdapat kod di tepi sekali bagi yg mengambil subject akaun…apa bezanya kod 1 dan kod 2?

  7. Shazarina,

    Jika Bahasa Inggeris 1119C mencapai 6C keatas :
    Kod gred LCCI 1 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 2 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 3 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun”

    Jika Bahasa Inggeris 1119C tidak mencapai 6C / kebawah :
    Kod gred LCCI 4 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 5 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 6 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)”.

  8. sy spm 2004 sy nak mohon sijil lcci..sy mendapat A2 dalam spm 2004..mcm mana sy nak mohon sijil perdagangan malalysia???

  9. Emma,

    Mulai pelajar SPM2008 yang tercatat gred LCCI dalam slip keputusan SPM saja yang layak untuk memohon Sijil LCCI.

    Berhubung dengan Sijil Perdagangan Malaysia, emma terlebih dahulu perlu menduduki peperiksaan tersebut, sekiranya telah berbuat demikian semasa sekolah dahulu, sila berhubung dengan sekolah lama anda untuk bertanyakan sijil tersebut.

  10. saya nak tanye,sijil perdagangan malaysia akan diterima oleh pelajar yg ambil matapelajaran Perdagangan dlm spm ke?? Saya hanya mengambil subjek prinsip perakaunan dan ekonomi asas dlm spm 2009.

  11. Tidak, Sijil Perdagangan Malaysia tersebut lain daripada mata pelajaran perdagangan yang diambil semasa SPM.

  12. asskum…
    cikgu narzuki, boleh tolng send rancangan tahunan prinsip akaun tingkatan 4 dan 5. sy cikgu hasniza dari smk dulang yan kedah. minta kerjasama cikgu.terima kasih banyak2..

  13. saya baru lepas menerima keputusan spm. saya mengambil aliran perakaunan tetapi ambil juga subjek fizik, kimia dan matematik tambahan semasa tingkatan 5. saya ingin tahu sama ada saya layak dengan keputusan BM (b), Matematik(c+), bahasa melayu(b), EST(c+), matematik tambahan(e lulus), kimia(e), fizik(e), sej(c+), bahasa inggeris(c+), perakaunan(d) untuk masuk ke ipta?

  14. Masih ada peluang, cuma kena pilih program yang memenuhi syarat2 kelayakan minimum yang telah ditetapkan. Manakala pilihan lain Tingkatan 6, Politeknik, IPTS …

  15. salam cg…saya nak tau bagaimana seseorang tu layak memohon sijil LCCI bagi pelajar akaun SPM 2009 yang diumumkan baru-baru ni…saya cuma dapat satu slip sahaja dan pada slip itu tertera LCCI -6( pada bahagian bawah slip). saya tak faham maksud tersebut. tolong terangkan pada saya…terima kasih

  16. Jika tertera pada slip peperiksaan gred LCCI, bermaksud anda LAYAK untuk memohon Sijil LCCI tersebut.

    Gred LCCI 6 – bermaksud LULUS dan Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)”.
    Anda mendapat versi “Bahasa Melayu” adalah disebabkan Gred BI 1119(GCE-O) anda tidak Kredit.

  17. sy xbrp strong dlm p.akaun but i luv to learn i got c for it in spm 2010….sy layk untuk lcci,,
    sy ingin mnta pndngn phak TUAN/PUAN bg aliran bg menyambung pljrn ke pringkt sterusnya..adakah pihk TUAN/PUAN menyokong sy untuk menymbung plajarn dlm bdg perakaunan?
    atau bidg lain bdsrkn rslt sy yg brikut:
    bm(A),MT TAMBAHAN(C),BI(C+),EKONOMI ASAS(C),P.SENI(A+),MT(B+),SAINS(B+).SJ(D)

  18. Cg cadangkan sila baca artikel dibawah bagi membantu anda dalam membuat pemilihan bidang atau kursus yang sesuai dengan anda.

    PENENTUAN KURSUS SELEPAS SPM

  19. cikgu saya nak tanya ni apa maksud perkataan yang tertera di sijil saya ni.

    1119(GCE-0) – 6C 3756(LCCI) – 3

    adakah itu bermakna saya berkelayakan menerima sijil LCCI atau saya hanya layak memohon untuk sijil LCCI? dan sekiranya saya layak mendapat sijil LCCI apakah gred sijil LCCI saya… jawapan cikgu amat saya harapkan..

  20. ada satu lagi soalan saya, saya mendapat B+ dlm matapelajaran BI dan C+ bagi Akaun. kenapa di sijil saya tertulis 1119(GCE-0) – 6C sedangkan saya mendapat B+ dlm BI…boleh cikgu tolong jelaskan…

  21. Subjek BI dan Prinsip Perakaunan semasa SPM dinilai dengan 2 Gred yang berbeza, iaitu gred mengikut LPM dan gred Cambridge bagi BI, dan gred LCCI bagi Prinsip Perakaunan. Sekiranya amir memohon belajar ke luar negara, maka gred Cambridge akan diambil kira kerana ianya diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Dengan tercatatnya 3756(LCCI) – 3, bermaksud amir telah Lulus dengan gred 3 mengikut penilaian LCCI. Bagi mendapatkan Sijil tersebut, perlu membuat permohonan dan bayaran terlebih dahulu, ini kerana Sijil tersebut dikeluarkan di London (Ibu Pejabat LCCI).

  22. salam..bagi pelajar yg di keputusan spm mereka tertera kelayakan memohon sijil LCCI,adakah mereka hanya layak memohon tetapi belum tentu layak mendapat sijil tersebut?adakah akan ade semakan semula paper akaun oleh pihak LCCI sblm mnentukan pelajar tersebut layak atau tidak mendapat sijil LCCI??ataupun semua yg layak memohon smemangnya akan dapat sijil tersebut.minta pjelasan…tq

  23. Bila sudah tercatat dalam slip peperiksaan, bermaksud sudah LULUS dan LAYAK dapat Sijil tersebut, cuma perlulah memohon dan membuat BAYARAN terlebih dahulu.

  24. terima kasih atas jawapan cikgu tadi… ada 1 lagi soalan saya lupa nak tanya… apakah kegunaan sijil LCCI??? adakah ia hanya digunakan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akaun atau sijil itu mempunyai lain2 kegunaan.. tolong cikgu perjelaskan..

  25. salam cikgu.. apa kegunaan sijil LCCI? N saya nak minta tips untuk temuduga progrem profesional (CAT)….. Please……………….. trima kasih. 🙂

  26. Maaf, Cg pun tak berapa arif tentangnya. Cadangan Cg, cuba dapatkan sebanyak mungkin maklumat2 berkaitan dengan CAT diinternet – tanya pakcik GOOGLE.

  27. salam cikgu..saya nak tnya..btl ke bagi pelajar yang dah dapat tawaran ke matrikulasi xkan dapat tawaran untuk ke asasi?dan apa itu lcci?apa klebihannya?

  28. Salam,

    Cg rasa tak, sebab pelajar Cg 2 tahun lepas walaupun sudah dapat tawaran matrikulasi, masih lagi mendapat tawaran untuk ke asasi.

    Bagi mendapatkan maklumat lebih lengkap berhubung dengan LCCI boleh layari laman LCCI di https://www.lcciasia.com/

  29. Hi…boleh saya tahu bagaimana untuk dapatkan sijil LCCI saya kerana saya mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2008…dan saya tidak tahu bagaimana hendak memohon skrng…~~~

  30. Tempoh permohonan melalui sekolah sebulan selepas keputusan SPM dikeluarkan, manakala permohonan terus ke pejabat LCCI KL tamat pada bulan oktober 2008. Oleh kerana tempoh permohonan tersebut telah tamat maka anda sudah tidak layak untuk memohon sijil tersebut. Sebarang permohonan yang telah tamat tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan oleh pihak LCCI.

  31. Alamak…terima kasih ya…~~~

  32. cgu..saya pelajar spm 2009 dan pada awalnya saya tidak tahu apa itu lcci…kerana cgu di sekolah saya seperti kurang tahu tentang lcci jadi saya biarkan sahaja sebenarnya saya dari sabah dan di sekolah saya, cuma saya seorang sahaja yg kredit prinsip perakaunan….selepas mengetahui tentang lcci ini saya betul-betul ingin memiliki sijil lcci ….tetapi masalahnya saya kurang tahu bagaimana nak memohon lcci kerana tempoh yang ditawarkan hanya sebulan dan saya terlewat…..tapi saya ada terbaca tarikh tutup memohon 31 okt thun ni…masalahnya sekarang saya tidak tahu bagaimana nak pohon borang tu???saya harap cgu dpt tolong saya…..

  33. Razmie,

    Sila ke pos BERIKUT, muat turun

    1. BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI
    2. PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SIJIL LCCI

    Baca cara2 permohonan 30 hari selepas keputusan SPM dikeluarkan. Nota no 10.

  34. salam.cikgu
    sy ske dgn cara ckgu ajar mse teknik mnjwb di smk pahi hari tu,sgt berksan. klu blh buat skali lg utk bg smngat sblum exam bln 12 ni…
    stdent smk pahi..

  35. salam,
    cikgu saya ingin bertanya.. saya pelajar SPM 2009.. saya sudah memohan sijil LCCI dan saya nak tahu bila sijil itu akan saya dapat..

  36. Salam,
    Sijil tersebut akan siap awal tahun hadapan bersama2 dengan sijil SPM.

  37. oh.. terima kasih atas penerangan yang cikgu berikan..

  38. saya lepasan diploma insurans
    boleh ke saya nak ambil LCCI?

  39. Boleh jika berminat.

  40. berapa markah kredit dalam prinsip perakaunan di spm

  41. Tak tentu, ianya mengikut graf keseluruhan… walau bagaimanapun bolehlah dianggap lebih kurang 40% untuk kredit.

  42. em kalo mau ambk sijil LCCI mau ikut exam lagi ka???

  43. Tidak perlu, hanya dengan menduduki peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM sahaja. Kerana Kertas Prinsip Perakaunan SPM telahpun diiktirafkan oleh pihak LCCI dengan beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh LPM terhadap gaya penyoalan dan skema pemarkahan sebagaimana yang digunakan oleh LCCI.

  44. salam cg.penting x sijil lcci yang budak akaun akan dapat waktu ambik result nanti??

  45. Sijil itu menunjukkan pelajar mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa oleh pihak LCCI. Sijil tersebut melayakkan pelajar mendapat pengecualian level 1 & 2 dan terus menduduki Level 3 bagi program LCCI (jika berminat).

    Pada pandangan Cg adalah lebih baik dapatkan sijil tersebut, kerana ianya agat sukar untuk memperolehinya ikut laluan biasa… di mana terpaksa menduduki peperiksaan dalam Level 1 & Level 2 dan mengambil masa lebih dari 1 tahun untuk mendaptkannya.

    Bagi maklumat lanjut boleh baca komen2 di ATAS.

  46. cikgu..penting xsijil lcci yang budak akaun akan dapat nanti waktu ambik result..

  47. apa beza LCCI dalam bahasa inggeris dengan LCCI dalam bahasa melayu ?Kenapa pelajar lepasan SPM yang ambil akaun ada yang dapat sijil LCCI (inggeris) dan ada yang dapat sijil LCCI (b.melayu) ? Adakah sijil tu ada kaitan dengan soalan yang kita nak jawab masa SPM nanti ?

  48. Rujuk post2 di ATAS.

  49. em ckgu kalo mau ambl sijil LCCI mcm mna 2???

  50. Sila baca post2 di ATAS.

  51. em slmt sejahtera ckgu..

    em kalo hndk ambl sijil LCCI perlu lgi mengikuti kah exam????

  52. Tidak perlu, hanya menduduki peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM sahaja. Kertas jawapan anda akan dinilai menggunakan 2 gred, iaitu gred LPM dan gred LCCI. Jika lulus mengikut gred LCCI, maka anda layak untuk mendapatkan sijil tersebut.

  53. Assalam cg narzuki….nk tnya nie…cg xda ke cntoh slip spm yg menyatakan layak memohon sijil lcci???

  54. Waalaikumussalam,
    Maaf tiada. Pada Slip tersebut dibahagian bawah, ada ditulis:

    LCCI Gred 2 (.. maksudnya LULUS dengan Gred 2), sekiranya TIADA perkataan “LCCI”, maka itu bermaksud TIDAK LULUS.

  55. assalam cikgu narzuki, saya nk mengisi borang lcci kpd student saya, adakah boleh saya hanya print out borang yg saya download dr blog cikgu dn isi @ perlu menggunakan borang yg dihantar oleh lci ke sekolah, dan setahu saya, takde pulak dihantar borang tersebut ke sekolah.

  56. Cg Razana,
    Kalau tak silap saya, borang2 tersebut telah dihantar ke sekolah2. Borang tersebut saya muat turun daripada laman LCCI, jadi tiada masalah untuk menggunakannya.

  57. salam cikgu..murid saya yang layak mendapat sijil lcci 2009 tidak membuat permohonan pun kerana saya tidak mendapat maklumat bahawa sijil tersebut perlu dimohon.masih bolehkah mereka mendapatkan sijil LCCI mereka ?kalau boleh bagaimana ?

  58. Cg Suzilawati,
    Saya dimaklumkan bahawa, pelajar yang sudah terlepas tempoh permohonan seperti yang ditetapkan, maka peluang untuk mendapatkan sijil tersebut sudah tiada lagi.

  59. ini amatlah tidak adil bagi mereka…kerana tiada sebarang surat rasmi pun yang dikeluarkjan oleh mana-mana pihak samaada LPM atau LCCI tentang perkara ini.

  60. Panduan Pemohonan dan borang permohonan telahpun diberikan kepada SU Peperiksaan sekolah masing2 bersama-sama slip keputusan SPM2009 lagi.

    Dan saya juga telah edarkan maklumat tersebut melalui blog ini. https://cgnarzuki.com/?p=1021

  61. cg sya dapt 6 credit dlm spm .. prinsip akaun sya dapt gred C .. kenapa x ada kod lcci kt situ?

  62. Fuad,
    Pemberikan gred LCCI berdasarkan markah kertas 2 Prinsip perakaunan dan BI sahaja, tidak melibatkan subjek2 lain.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.