BAHAN PERAKAUNAN STPM

Cg Narzuki Online menyediakan menyediakan post ini khas untuk membantu rakan-rakan guru Perakaunan STPM berkongsi-kongsi maklumat, bahan-bahan seperti soalan-soalan tahun lepas, soalan percubaan dan sebagainya.

Sekalung Penghargaan kepada Cg Fadzlina (Melaka), Cg Siti Azzira, Cg Sevaramann, Cg Wong, Kevin dan Cg Shairul di atas kesudian menyumbangkan bahan2 STPM masing2 untuk dikongsikan bersama rakan2 guru yang lain.

Memandangkan koleksi bahan yang terkumpul sudah banyak, maka Cg Narzuki Online memutuskan untuk dikongsikan bahan2 tersebut kepada SEMUA guru dan pelajar STPM sekalian.

MUAT TURUN : Klik pada menu  MUAT TURUN BAHAN –> BAHAN PERAKAUNAN STPM : Nota Matrikulasi / Koleksi Trial / Koleksi Bahan STPM

Posted on January 1, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 163 Comments.

  1. Bagi membantu rakan guru Perakaunan STPM, Cg Narzuki Online akan cuba membantu mengumpulkan bahan-bahan tersebut.  Diharapkan rakan guru sama-sama bantu menjayakannya bagi kegunaan rakan guru semua.

    Bahan-bahan yang terdapat dalam simpanan Cg Narzuki Online pada masa ini untuk dikongsikan terdiri daripada :

    Sukatan Pelajaran Perakaunan STPM

    Nota:
    1. Topik Pembetulan Kesilapan.
    2. Topik Pendapatan dan Perbelanjaan

    Bahan Matrikulasi
    1. Perakaunan Kewangan (Bab 1 – 10 :Nota dan Latihan)
    2. Perakaunan Pengurusan (Bab 1 – 10 :Nota dan Latihan)

    Bahan Cg Fadzlina

    Bahan Cg Siti Azzira

    Bahan Cg Sevaramann:
    1. Bab 2 Prinsip Perakaunan (Nota)
    2. Bab 6 Pembetulan Kesilapan (Nota)
    3. Bab 9 Ekuiti Pemilik (Nota)
    4. Bab 17 Konsep Kos (Nota)
    5. Bab 18 Pengurusan Kos Bahan (Nota)

    Bahan Cg Wong:
    1. Bab 1 : Perakaunan (Nota & Latihan)
    2. Bab 2 : Prinsip Perakaunan (Nota & Latihan)
    3. Bab 3-4 : Pelarasan (Latihan)
    4. Bab 6 : Penyata Kewangan (Latihan)
    5. Bab 7 : Pembetulan Kesilapan (Latihan)
    6. Bab 8.2 : Sewa Beli (Latihan)
    7. Bab 9 : Penyata Penyesuaian Bank (Latihan)
    8. Bab 10 : Akaun Kawalan (Latihan)
    9. Bab 11 : Inventori (Latihan)
    10. Bab 12 : Kelab (Latihan)
    11. Bab 13 : Rekod Tak Lengkap (Latihan)
    12. Bab 14 – 16 : Perkongsian (Latihan)
    13. Bab 17 : Koperasi (Latihan)
    14. Bab 19 – 21 : Syarikat Berhad (Latihan)
    15. Bab 22 : Penyata Sumber (Latihan)
    16. Bab 23 : Tafsiran (Nota & Latihan)
    17. Soalan Ulangkaji Kertas 1
    18. Soalan Ulangkaji Kertas 2

    Bahan Kevin:
    1. Konsep Asas Perakaunan (Nota)
    2. Pengenalan kepada Perakaunan (Nota)
    3. Konsep dan Klasifikasi Kos (Nota)
    4. Kitaran Perakaunan (Contoh Soalan & Jawapan)

    Soalan Percubaan 2009
    1. Kertas 1 & Jawapan – WP Kuala Lumpur
    2. Kertas 2 & Jawapan – WP Kuala Lumpur
    3. Kertas 2 – Pahang

    Soalan Sebenar STPM :
    1. Kertas 1 : STPM 2003 – 2007 (Softcopy)
    2. Cg Lisa – Kertas 2 : STPM 1995 – 2008 (Hardcopy)
    3. Cg Lisa – Cadangan Jawapan Kertas 2 : STPM 1997 – 2004 (Hardcopy)

    Bahan-bahan tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada kerjasama dan kesanggupan rakan guru kongsikan bahan dalam simpanan masing-masing.

    Semoga usaha Cg Narzuki Online untuk membantu rakan guru Perakaunan STPM yang agak sukar untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut akan berjaya. InsyaAllah.

  2. hi, Cg NArzuki:
    Saya seorang cikgu tuition bagi perakaunan untuk spm and stpm.Saya memang dapat banyak manfaat daripada website ini.Cg memang seorang yang mulia, sanggup berkongsi apa yang ada pada cg sendiri…
    Saya setuju dengan kata cikgu mengenai maklumat atau nota bahkan latihan bagi Stpm…Saya mula ajar stpm sejak beberapa tahun lepas.Saya memang sukar cari maklumat mengenai maklmut ini.AKhirnya, tahun lepas, saya mengambil keputusan untuk membuat latihan saya sendiri.
    Tapi, saya hanya dapat siapkan untuk kertas 1, iaitu Perakaunan sahaja.Tapi kertas 2, saya akan mula pada tahun ini.Maka, saya berharap saya dapa menyertai ‘misi’ ini….sekian sahaja…
    ps:syaya hanya ada latihan sahaja, notanya saya ‘cut and paste’ daripada buku – buku latihan..

    Selamat tahun baru..

    Wong

  3. Hai Wong,

    Terima kasih kerana sudi menyertai misi pertama Cg Narzuki Online untuk tahun 2010 ini. Sebenarnya saya sendiri tidak pernah mengajar Perakaunan STPM, jadi saya tidak berapa arif sangat tentangnya. Saya disini hanya sekadar membantu mengumpulkan bahan-bahan tersebut untuk kegunaan rakan guru perakaunan STPM sahaja.

    Tidak kira apa bentuk bahan sekalipun bolehlah kita sama-sama kumpul dan kongsikan, kerana dengan perkongsian ini kita tidak rugi kita, sebaliknya kita akan memperolehi lebih banyak bahan nanti.

    Ok, selepas Cg Wong hantarkan bahan-bahan tersebut, saya akan berikan LINK untuk dimuat turun SEMUA bahan-bahan yang ada dalam simpanan saya.

    Sekarang ini saya sedang menunggu bahan-bahan yang telah diposkan kepada saya oleh seorang rakan guru, apabila saya terima, saya scan dan upload untuk dikongsikan kepada rakan guru yang sama-sama menyumbangkan bahan terlebih dahulu.

    ~ Selamat Tahu Baru.

  4. hi, Narzuki,

    macam mana saya hantar semua latihan saya?jawapan saya hanya dalam bentuk tulisan dalam buku nota saya….
    terima kasih …

  5. Hi, wong.

    Terima kasih atas kesudian tersebut. Ada dua cara :
    1. scan semua dan hantarkan melalui email.
    2. fotostat dan hantarkan melalui pos.

    Cara 1 agak cerewek sedikit, jadi saya cadangkan cara 2 lebih mudah dan cepat, segala kos yang terlibat akan saya tanggung.

  6. Bahan-bahan yang telah disumbangkan oleh Cg Juliza Johari :

    1. Kertas 2 : STPM 1995 – 2008 (Hardcopy)
    2. Cadangan Jawapan Kertas 2 : STPM 1997 – 2004 (Hardcopy)

    Terima kasih diucapkan.

  7. cikgu tolong saya… leh x terang kan saya tentang MODAL, AKAUN UNTUNG RUGI, UNTUNG BERSIH DAN RUGI BERSIH.. DAH PUAS CARI TAPI X DAPAT MAKLUMAT LANGSUNG

  8. Ok, miera boleh cuba dapatkan maklumat tersebut DISINI.

    Dan juga daripada E-Link Perakaunan yang telah Cg sediakan.

  9. Cg,

    Saya ada soft copy untuk soalan STPM 2003 – 2007. macam mana nak post dekat sini supaya kita kongsi bersama.

    TQ.
    Seva

  10. Terima kasih, Kertas 1 Soalan STPM 2003 – 2007 telah ada dalam simpanan. Sila rujuk bahan-bahan yang telah berjaya dikumpul di atas.

  11. Cg,
    Di mana saya boleh rujuk bahan2 STPM yang teah berjaya dikumpul.

    TQ.

  12. Pada peringkat awal, saya hanya kongsikan kepada sesiapa yang sudi sumbangkan bahan2 yang mereka ada sahaja. Apabila telah telah banyak terkumpul baru saya berikan LINK untuk semua guru dan pelajar.

  13. salam,,cikgu narzuki,,terima kasih atas bantuan ini,,dan tahun 2010,,dah banyak perubahan yg berlaku dlm blog STPM perakaunan,,syabas diucapkan,,’___’

  14. Sama-sama, sekadar membantu rakan guru perakaunan STPM setakat yang termampu.

  15. Cikgu,
    Saya seorang guru tiusyen sedang mencari jawapan untuk soalan STPM 1995 – 2003. Cikgu boleh tolong saya, tak? Saya amat memerlukannya untuk membantu anak murid mengulangkaji. Bagaimanakah saya boleh memperolehi jawapan – jawapan tersebut.

    Jika Cikgu memerlukan bantuan topik SPM Prinsip Akaun, saya sudi menolong cikgu.

    Terima Kasih, Cikgu!

  16. PERAKAUNAN KEWANGAN (Jilid 1)
    Prinsip dan Amalan di Malaysia

  17. saya ada koleksi cadangan jawapan kertas 2 STPM 1996-2006, tapi soalan 2008 ada beberapa soalan yang saya telah dapat berdasarkan buku Garisson n Noreen Management Accounting. Ada 2 soalan yang agak mirip soalan dalam contoh buku tersebut.
    Kalau cikgu ada buku tersebut ia amat berguna kerana mudah difahami..jadi bagai mana saya nak pos bahan2 tersebut.
    Boleh tak cikgu bagi pandangan soalan akaun 2 STPM 2009 terutama untuk soalan Nilai kini bersih dan TBB, nampak agak mengelirukan kerana ada cukai..

  18. Terima kasih saya ucapkan atas kesudian kongsikan bahan2 tersebut. Nanti saya email alamat untuk tujuan penghantaran.

    Berhubung dengan pandangan terhadap soalan tersebut, saya minta maaf kerana saya tidak pernah mengajar perakaunan STPM, jadi tak dapat memberikan sebarang komen. InsyaAllah dengan bahan2 tersebut saya akan study dan tingkatkan pengetahuan saya tentang skop sukatan dan format soalan2 perakaunan STPM.

  19. Cg,

    Saya ada nota beberapa nota kertas 1 dan 2 yang saya sediakan berdasarkan beberapa buku teks STPM dan buku rujukan universiti. Tolong berikan alamat email cikgu supaya saya boleh hantar bahan tersebut.

  20. Terima kasih atas sumbangan anda, apa-apa bahan yang ingin dikongsikan bersama bolehlah emailkan kepada…. narzuki@gmail.com

  21. Kepada Cg Lisa, Cg Wong dan Cg Seva,

    Terima kasih diucapkan kerana sudi memberikan sumbangan nota, soalan latihan dlll. Semoga bahan2 STPM yang berjaya dikumpulkan ini memberikan manafaat kepada cikgu bertiga. Cikgu2 boleh muat turun bahan2 tersebut melalui LINK yang telah diberikan melalui email masing2.

    Diharapkan selepas ini cikgu2 akan meneruskan usaha pengumpulan dan perkongsian bahan STPM tersebut. Semoga akan lebih ramai lagi guru-guru perakaunan STPM di luar sana sudi berkongsikan bahan2 yang mereka ada demi kebaikan bersama.

  22. salam,,cgu narzuki,,terima kasih diatas segala usaha cgu dan website ini berjaya membuatkan saya berusaha untuk mendidik student saya berjaya,,dan baru2 ini result STPM telah keluar,,dan 3 org student saya telah berjaya mendapat A dalam subjek ini,,beberapa org student mendapat B dan C,,alhamdullilah,,cubaan yg pertama berjaya,,dengan adenye website ini,,saya bertambah yakin lagi untuk mendidik anak2 bangsa yg seterusnye yg sukakan bidang ini,,semoga tahun 2010 ini,akan perbanyakkan lagi info2 tentang perakaunan khususnya perakaunan STPM

  23. Cg Lisa,

    TAHNIAH saya ucapkan atas kejayaan tersebut. Seperti Cg Lisa sedia maklum saya tidak pernah mengajar Perakaunan STPM, walau bagaimanapun saya akan cuba membantu mengumpulkan bahan2 untuk kegunaan guru2 STPM. InsyaAllah.

    Saya juga berharap lebih ramai lagi guru2 STPM diluar sana sama2 membantu saya menjayakan usaha tersebut.

  24. Assalamualaikum Cg Narzuki:-

    Di mana boleh sy dptkan bhn2 utk STPM Perakaunan seperti yg dinyatakan di atas. Harap cikgu dpt membantu sy kerana sy akan mengambil peperiksaan pada tahun ini dan sy adalah pelajar persendirian. Sehingga kini sy belum mempunyai apa-apa buku rujukan. Sekian, terima kasih.

  25. Waalaikumussalam,

    Pada peringkat awal, bahan2 tersebut hanya untuk tujuan perkongsian sahaja. Sekira ada mana2 pelajar atau guru yang ingin menyumbangkan apa2 saja bahan2 STPM yang ada dalam simpanan boleh hantarkan melalui email ataupun pos. Kemudian Cg akan berikan SEMUA bahan2 yang ada dalam simpanan Cg.

  26. Cg,

    Ada pertanyaan dalam Soalan Perkongsian.
    “Rakan Kongsi A, bukan sahaja meminjam wang drpd perniagaan (Pinjaman Rakan Kongsi A ditunjuk dibhg Kredit I.duga = RM16,250), malah dia juga meminjam RM30,000 secara peribadi drpd Rakan Kongsi B. Mereka bersetuju bhw bayaran balik pinjaman dibuat melalui pelarasan akaun semasa Rakan Kongsi A dan B, dan sebarang kekurangan akan dibayar secara tunai oleh Rakan Kongsi A kepada B.

    Cg, bagaimana nak selesaikan urusniaga di atas?
    TQ.

  27. Maaf, saya ada sedikit kemuskilan dengan soalan yang dikemukakan :

    Jika “Pinjaman Rakan Kongsi A ditunjuk dibhg KREDIT I.duga = RM16,250” … ini bermaksud Rakan Kongsi A yang berikan pinjam wang KEPADA perniagaan, bukan sebaliknya.

    Sekiranya pinjaman tersebut juga dijelaskan melalui Akaun Semasa, maka PINDAHKAN Ak Pinjaman tersebut ke Ak Semasa A (Dt Ak Pinjaman, Kt Ak Semasa A).

    Manakala pinjaman antara A dan B adalah urus niaga PERIBADI tidak melibatkan akaun perniagaan. Oleh kerana masing2 telah bersetuju untuk bayaran dibuat melalui akaun semasa, maka setelah mengambilkira semua urus niga yang terlibat dengan Ak Semasa, kita perlu imbang akaun semasa masing2. Seterusnya BAKI Ak Semasa A diPINDAHKAN ke Akaun Semasa B (sebagaimana catatan kontra dalam buku tunai). KURANGAN daripada jumlah pinjaman RM30,000 akan dibayar SECARA TUNAI adalah diluar urus niaga perniagaan, maka tidak dicatat dalam mana2 rekod perakaunan perniagaan.

    Ok, itu saya pandangan saya.

  28. Cikgu,
    My warm regards to you.Boleh saya muat turun bahan Perakaunan STPM kerana saya menduduki STPM pada tahun ini.Saya telah cuba ttp tak dapat lah cikgu.Boleh tolong jelaskan.
    T.kasih

  29. Maaf, buat masa ini bahan2 tersebut hanya dikongsikan kepada sesiapa yang memberikan sumbangan bahan2 STPM seperti nota, soalan latihan, skema dan sebagainya SAHAJA.

    Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi bahan2 tersebut, bolehlah memberikan sumbangan bahan2 yang ada dalam simpanan masing2 untuk dikongsikan bersama.

  30. Cikgu, saya pelajar STPM tahun ini…saya amat memerlukan bahan-bahan cikgu terutamanya soalan-soalan tahun lepas STPM kerana ia memang sukar didapati…Saya difahamkan saya perlu menghantar bahan saya kepada cikgu sebelum saya dapat link tersebut..Saya ada sedikit bahan, harap ia berguna kepada cikgu…So apakah mail add cikgu supaya saya boleh menghantar kepada cikgu…Tq

  31. Ya memang betul, tujuan Cg berbuat demikian supaya lebih ramai yang memeberikan sumbangan, maka bahan2 yang terkumpul akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Bahan2 yang hendak disumbangkan boleh emailkan kepada cgnarzukionline@gmail.com
    Terima kasih.

  32. Cikgu, saya dah sent bahan-bahan yang saya dapati bagi cikgu, harap ia dapat membantu!!

  33. Terima kasih atas sumbangan bahan2 tersebut, seperti yang telah dijanjikan, Kevin boleh muat turun semua bahan2 yang ada dalam simpanan Cg melalui alamat LINK yang telah emailkan.

  34. Terima kasih banyak2 cikgu, saya dah download semua file itu… Harap saya dapat skor dengan bantuan cikgu ini..

  35. Semoga kevin berjaya cemerlang dalam STPM nanti. Itulah konsep perkongsian yang Cg gunakan, sumbangkan SEDIKIT bahan tetapi akan dapat SEMUA bahan yang ada dalam simpanan Cg.

  36. ya, setuju..terima kasih cikgu

  37. Salam 1Malaysia. Saya lama mengajar Perakaunan hampir 13 tahun di sekolah kerajaan. Saya boleh membantu Cg Narzuki atau sesiapa jika perlu bahan atau soalan atau jawapan . Saya ada kumpulan koleksi soalan STPM dari 1993 hingga 2009 bersama jawapan dan soalan percubaan beberapa negeri.

  38. Boleh email saya di ram.rao27@yahoo.com atau telefon saya 014-6638169 jika ada sebarang kemusykilan. T.Kasih.

  39. Salam Cikgu Rao,

    Berbanyak2 terima kasih saya ucapkan di atas kesudian cikgu berkongsi maklumat dan bahan2 tersebut dengan guru2 perakaunan yang lain. Diharapkan mana2 guru yang memerlukan bahan2 dan bantuan berhubung Perakaunan STPM sila hubungi Cikgu Rao.

  40. Memandangkan koleksi bahan yang terkumpul sudah banyak, maka Cg Narzuki Online memutuskan untuk dikongsikan bahan2 tersebut kepada SEMUA guru dan pelajar STPM sekalian. Walau bagaimanapun sumbangan bahan2 daripada rakan guru masih lagi diharapkan.

    Semoga bahan2 tersebut dapat dimanafaatkan sebaik mungkin oleh para guru dan pelajar STPM.

  41. cikgu, pelajar stpm dan saya diberi kerja khusus akaun yang bertajuk “bagaimanakah ihsan dicatatkan dalam buku akaun”.Jadi sekarang saya amat memerlukan maklumat bantuan cikgu.Semakin banyak maklumat cikgu bekalkan,semakin baguslah bagi kegunaan saya.
    terima kasih saya ucapkan terdahulu atas pertolongan cikgu….

  42. Kalau tak silap Cg, Ihsan=Muhibbah=Goodwill, sila rujuk :
    https://en.wikipedia.org/wiki/Goodwill_(accounting)

  43. Salam cikgu,
    terima kasih atas pertolongan cikgu…
    tetapi ada malay translate dalam wedsite tersebut,cikgu?

  44. Cuba gunakan kemudahan Google Translate pada url tersebut. Walaupun translate yang dibuat tidak tepat, tapi sedikit sebanyak dapat juga membantu untuk memahaminya.

  45. salam cikgu,tetapi cikgu ada maklumat yang lain mengenai muhibbah tak?

  46. Salam cikgu, saya seorang guru yang menghadapi masalah kekurangan bahan2 STPM. Boleh tanya bagaimana untuk dapatkan bahan-bahan ini? Sekian , terima kasih banyak.

  47. Salam,
    Klik saja pada MUAT TURUN : KOLEKSI BAHAN STPM CG NARZUKI ONLINE dalam post diATAS.

  48. Salam, terima kasih

  49. terima kasih cikgu…

  50. Nor Hidayah Mohamad

    Salam, Cikgu. saya berminat untuk mengajar sambilan prinsip akaun di Johor Bahru. Cikgu ada keluarkan notes or buku yang boleh membantu students2 saya belajar.Saya ingin membantu anak2 kitA. TERIMA KASIH.

  51. Salam,
    Maaf, Cg tidak keluarkan sebarang nota, cuba dapatkan eNota yang disediakan oleh Cg Sila melalui blog beliau.
    https://cikgusila.blogspot.com/

  52. Salam, cikgu apa ialah kuantiti tempahan ekonomi & saya tak mau hafal formular yg cikgu ajar di sekolah. Saya lebih faham jika cg guna kaedah lain yg senang ingat. Saya tak faham apa ialah tingkat/ paras tempahan semula & minuman bahan. Form6 lebih susah daripada form5. Dulu SPM boleh score A, tapi Form6 tak tau boleh ke tak.

  53. Maaf, Cg kurang arif kerana tidak mengajar perakaunan STPM, Cg hanya mengajar pelajar SPM sahaja. Cadangan Cg, sentiasa bertanya guru anda disekolah agar dapat meningkatkan kefahaman anda mengenai sesuatu topik yang diajar.

  54. Salam cg,
    Terima kasih atas usaha cg selama ini. Ingin sangat saya utk mendapatkan koleksi soalan2 STPM sebenar utk kertas 1 & kertas 2 Perakaunan berserta dgn jawapannya. Saya sudi menanggung segala kos percetakan dan kos angkutan. Diharapkan sangat cg dapat menolong saya dlm hal ini. sekian, terima kasih.
    Debbie

  55. salam,
    cikgu..saya nak bertanya..
    saya pelajar lepasan spm 2009. say apelajar aliran sains. keputusan spm saya sederhana sahaja. saya tidak mempunyai asas akaun. namun begitu, saya bercadang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat stpm. saya bercadang untuk mengambil paper akaun stpm. memandang semua cikgu berpendapat bahawa saya akan cemerlang stpm sekiranya saya mengambil kelas akaun. tetapi..saya baru mendapat tawaran matrikulasi sains program dua tahun. pada pendapat cikgu, mana yang patut saya teruskan memandang saya tidak mempunyai basic perakaunan dan subjek sains saya sederhana iaitu:
    biology: C+
    chemistry: D
    physics: B
    add math: B
    math: A

  56. Cg Narzuki,

    Nak tumpang tanya saya ada kertas Perakaunan STPM Kertas 1 Dari Tahun 2000 hingga 2002. Saya hendak bertukar dengan Cg Kertas 2 STPM Dari Tahun 1995 to 2008. Macam mana boleh berhubung dengan Cg

    Sekian, terima kasih

  57. so EXcited when i found tat have a ticer is available to share all the note and exe for perakaunan expecialy for STPM. i have a suggestion tat if all the ticer and tutor may group and have a meeting every year, for sharing knowledge, some more can exchange the quetion before exam cos, i m a tutor in JB but is VERY VERY difficult for me and all the std cos we are shortage of material, exchange Q@A is a VERY good idea………………

  58. salam cg,

    cg di mana saya harus mendapatkan sumber bagi topik belanjawan dalam STPM..

  59. salam cg Narzuki,

    i’m just newly participated in my form6 life,and i’ve been distributed to science stream(taken biology n chemistry, math T)but then i felt like i’m quite interested in accounting so i decided to get accounting as my extra subject(note:i did get prinsip akaun during my spm)…so ist it’s suitable for me to taken an accounting as my extra 5th subject?if i’m not mistaken,accounting in f6 is usually collaborated with the subjects like economics n pengajian perniagaan,if not there is also no point for you go on to accounting…i’m so chagrin n confused now…
    ist it is possible to study accounting in science stream?cg,please enlightens me…thanks 🙂

  60. Cikgu, hari itu email yang saya hantar cikgu received tak. Saya baru mula ajar STPM perakaunan saja. Memang susah nak dapat bahan-bahan untuk subjek ini. Bolehkan cikgu kirimkan cg Lisa- kertas 2 dan jawapannya kepada saya? Saya akan tanggung segala kos terlibat. Anak didik saya akan menghadapi STPM tahun ini. Saya memang tak sabar sabar nak dapat bahan ini. Terima kasih .

  61. Cg Lee,
    Saya sendiri tidak pernah mengajar Perakaunan STPM, jadi saya tidak arif sangat tentangnya. Disini saya hanya sekadar membantu mengumpulkan bahan untuk kegunaan guru2 STPM sahaja. Buka sekolah nanti saya cuba uruskan bahan2 tersebut, kos fotostat dan belanja pos nanti saya nyatakan kemudian.

  62. cikgu boleh tolong saya mendapat skema jawapan akauns stpm tahun 1988 , 1989 , 2002 dan 2003……sebelum waktu malam hari ini….terima kasih

  63. Maaf, tak dapat penuhi permintaan tersebut.

  64. cikgu,saya minta jawapan latihan bagi latihan yang disediakan oleh cg Wong dan cg Siti Azzira.

  65. Maaf, tiada dalam simpanan Cg.

  66. ok…terima kasih atas balasan

  67. Terima kasih atas bantuan cg dan bagaimana saya boleh hantarkan STPM perakauan kertas 1 tahun 2000-2002(softcopy) kepada cg?

  68. Boleh emailkan ke cgnarzukionline@gmail.com, terima kasih.

  69. salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang cara pemarkahan bagi soalan STPM. bagaimana markah diberikan? adakah sama seperti SPM?

  70. Maaf, diluar pengetahuan Cg.

  71. Cg Narzuki,
    BOleh saya tahi dimana saya boleh dapat soalan tahun lepas perakaunan (untuk STPM) kalau boleh dengan jawapannya sekai. Puas saya cari di kebanyakan kedai buku tapi tak dapat. Saya amat menghargai kalau CG NArzuki dapat tolong saya.

  72. Maaf, soalan dan jawapan tersebut tiada dalam simpanan Cg.

  73. sy mgjr perakaunan ting 6.mmg sy amat mmrlukan bahan2.harap cg dpt mmbantu…

  74. Sila ke post DIATAS dan klik pada perkataan :

    MUAT TURUN : KOLEKSI BAHAN STPM CG NARZUKI ONLINE

  75. Assalamualaikum cgu…,saya nak bertanya apakah kelebihan-kelebihan sijil lcci?

  76. Sila dapatkan jawpannya daripada artikel berikut :

    5-Lepasan SPM Boleh Terus Ikuti ACCA, LCCI

  77. Terima kasih cgu..

  78. hi, cg,
    sudahkah cg photocopy kertas 2 untuk saya? Maafkan saya kerana disturb cg lagi. Tapi kertas in memang urgent sebab Percubaan STPM sudah hampir.

  79. ckgu, boleh sy mdapatkan skema jawapan utk stpm 2003-2005?

    Terima kasih.

  80. Cg Lee,
    Maaf terlewat. Saya sudah fotostat bahan tersebut, sila emailkan alamat untuk penghantaran.

    waNee,
    Cg hanya ada bahan2 yang tersenarai diATAS sahaja.

  81. ok, terima kasih cg.

  82. terima kasih kpd cg ..bahan yang ada telah membantu saya.

  83. saya pun ada sedikit bahan …tapi pun dapat dari cikgu lain.saya ingin emailkan kepada cg.email cg..

  84. phang,
    Terima kasih kerana sudi menyumbangkan bahan untuk dikongsikan bersama guru2 perakaunan yang lain. Bahan2 tersebut boleh diemailkan kepada : cgnarzukionline@gmail.com

  85. hi cikgu,
    boleh saya dapatkan jawapan cadangan Soalan STPM 2007 soalan 4(b)

    Saya hanya tidak dapat membuat soalan tersebut.
    I really need your help.

    Thanks
    Suthan

  86. Maaf, saya tidak mengajar Perakaunan STPM.

  87. oic!
    nk tanya..
    nota belum bayar macam mana nak rekod?

  88. NOTA BELUM BAYAR – Nota belum bayar adalah obligasi dalam bentuk pemberian nota janji oleh peminjam kepada pemiutang. Nota janji yang diberikan adalah dalam bentuk janji bertulis untuk membayar jumlah asal yang dihutang bersama faedah sehingga satu tarikh tertentu di masa hadapan. Pada pandangan saya, TEMPOH bayaran balik akan menentukan ianya dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa atau Liabiliti Bukan Semasa.

  89. Syukran ya ckg narzuki kerana sudi berkongsi maklumat ini….
    skian lama saya mencari nota berkaitan perakaunan STPM…
    tahniah! saya ucapankan kerana ckg sudi membantu walaupun ckg bukanlah tenaga pengajar bagi subjek perakaunan….

    Jazakallahu khairan kathira’…

  90. Terima kasih, saya sekadar menggunakan peluang dan ruang yang ada bagi mengumpulkan bahan2 tersebut. Semoga rakan2 guru perakaunan mendapat manafaat daripadanya.

  91. syer bonus tu bila wujud cg? contoh soalan
    modal diterbitkan 250 000 syer biasa berharga@rm1.00 sesyer
    baki dalam akaun rizab am rm 125000
    -lembaga pengarah syarikat telah membuat keputusan untuk menerbitkan syer-syer bonus , satu bagi setiap 5 yg dipegang, dengan mempermodalkan rizab am.

  92. cg boleh terangkan prinsip realisasi.sy masih kurang jelas?

  93. sy masih kurang jelas dengan prinsip realisasi. cg boleh terangkan?

  94. Maaf, Cg tidak mengajar Perakaunan STPM, jadi kurang arif tantangnya, takut2 tersilap berikan komen lak. Semoga ada guru2 perakaunan yang sudi membantu Asnita menyelesaian kebuntuan tersebut

  95. salam sejatera cikgu,

    nama saya kanesh, boleh cikgu membantu saya untuk memberikan keterangan mengikut beberapa topik dalam akaunting? antara topik yang saya mendapat tahu ialah,
    i) kepentingan akaunting prinsipal
    ii)prinsip-prinsip perakaunan
    iii)gambaran(description)akaunting prinsipal

    harap cikgu membatu saya dengan segera.
    terima kasih.

  96. Maaf, terlalu panjang nak disampaikan disini, Cg cadangkan muat turun NOTA MATRIKULASI daripada Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online yang telah Cg sediakan. (Rujuk ATAS)

  97. cikgu….macam nak dapat jawapan untuk soalan STPM sebenar 2003-2007(kertas 1)…tak jumpa

  98. Cuba dapatkan / bertanyakan kepada guru2 perakaunan STPM yang anda kenal, mungkin mereka ada.

    Bahan2 tersebut tiada dalam simpanan, kerana Cg tidak pernah mengajar Perakaunan STPM. Dan sehingga hari ini tiada guru yang sanggup kongsikan bahan tersebut dengan Cg. Harap maaf.

  99. cikgu..saya baru mengajar form6 akaun..nak tanye cikgu upload soalan tu dengan jawapan sekali…kerana saya betul2 memerlukannye…ini kerana form6 kekangan buku di pasaran..jadi kami terpaksa menggunakan soalan past year…

  100. cikgu saya nak tanye..sekiranye saya memberi bahan utk stpm akaun, baru saya bleh dapatkan jawapan utk soalan ye? so..macam mane caranye?

  101. Semua bahan2 STPM boleh klik pada
    MUAT TURUN : KOLEKSI BAHAN STPM CG NARZUKI ONLINE
    kecuali bahan hardcopy sahaja.

  102. kpd pelajar asnita: modal saham biasa harus dibahagi kpd 5= (250000/5) then itu merupakan syer bonus ya diterbit oleh sykt. ctt bergu ialah dt rizab am kt msb dgn nilai RM50000. u need to go through tat q c whether ABS got penilaian semula or not ..cos normaly if there is syer bonus diterbit, mostly have penilaian semula dlm aABS

  103. Ms Wong, terima kasih diucapkan. Semoga cikgu sudi menjawab mana2 soalan berkaitan dengan Perakaunan STPM yang dikemukakan oleh pelajar ataupun guru disini.

  104. dalam akaun koperasi- elaun pengarah dicatat dlm ak UR /PUR ??? menurut buku t6- dalam ak PUR . ttp pernah i buat 1 que stpm ia sepatutnya di catat dam UR . . mana satu yang benar ???

  105. Maaf, saya tidak mengajar Perakaunan STPM. Semoga ada mana-mana guru perakaunan sudi bantu menyelesaikan masalah anda.

  106. Tolong bantu saya, kenapa sesetengah buku menghapuskan overhed terlebih serap atau terkurang serap ke ak. untung rugi, tidak ke kos barang dijual?

  107. Miss Leeya. I came across ur Qs. ttg ohd terlebih atau terkurang serap ditolak dr. mana kan. Biasanya kalau Ohd terkurang serap campur dgn belanja atau tolak dr Utg Kasar
    Manakala, Ohd terlebih serap pula ditolak dgn belanja / campur dgn Utg Kasar. Jika Ohd lebih/kurang serap tidak signifikan atau nyata ataupun penting maka masuk atau dihapus kira dlm KBDJ. Jika ohd tersebut signifikan / penting
    maka diselaraskan melalui Penyata Pendapatan or A/k UR.
    . Anything email at ram.rao27@yahoo.com or call me 0146638169. I’m teaching Acct for F6 students nearly 13 yrs

  108. Cg Rao,
    Terima kasih atas jawapan tersebut.

    Leeya,
    Nota berkaitan PENGEKOSAN OVERHED. (klik) untuk dijadikan rujukan.

  109. cikgu wong, macam mane saya nak dptkan jawapan dari latihan cikgu tu? saya dah try buat tapi ada yg tak dapat..so bagaimana saya boleh menyemaknye?

  110. Cikgu Rao, terimakasih atas jawapan yang begitu cepat. Saya juga ada terlihat dalam buku Wan Madznah, kalau ia lebih signifikan, guna kaedah prorasi, adakah ini berkaitan dengan jawapan soalan Perakaunan II, 1c, STPM 2008?

  111. Kepada saudara Svinian. Elaun Pengarah kalau diberi dalam Imb.duga perlu dicatat dalam A/K UR kerana sudah dibayar dan diambilkira . Jika Elaun pengarah ini diberi dalam maklumat tambahan serta dicadangkan dalam mesy.Agong koperasi maka perlu diambilkira dalam A/k PUR kerana belum dibayar lagi hanya cadangan shj ttpi dibayar pada thn depan.Maka dicatat di A/K PUR dan KKK L.Semasa.

  112. Saudara Butch. Call me at 014-6638169 or email me at ram.rao27@yahoo.com abt Qs. and Ans. for STPM Perakaunan dari 2003 hingga 2009. I’ll help u if u r student sitting for STPM this year. Ok.

  113. Miss Leeya. Itu adalah jawapan skema jawapan Soalan 6 a STPM 2007 Kertas 2. Ok . Kalau ada apa-apa cll shj or email.

  114. Cikgu yang dihormati,saya adalah murid stpm tingkatan 6 rendah tahun ini.
    Saya telah gagal pada penilaian satu untuk perakaunan.Saya harap cikgu boleh tolong saya dengan muat turun stpm 1997-2008 kertas 2 jawapan yang diperuntukan sebelum ini.
    Terima kasih.harap boleh dibalas secepat mungkin.

  115. cikga,
    klu dlm sebuah sykt sdn bhd, mcmana nk mengakaunkan pembelian secara sewabeli(HP)..cth harga van 70k dan deposit yg dibayar sbyk 3k..dan mcmana nk merekodkan bayaran ansuran sbyk RM 800 sebulan..harap dpt membantu..

  116. selamat petang cikgu
    saya memerlukan latihan pengenalan perakaunan kepada kos.
    di mana boleh saya dapatkan?
    saya mencari di beberapa website tetapi tidak berjaya

  117. Sanjana,
    Bahan2 tersebut boleh di muat turun melalui BAHAN PERAKAUNAN STPM (diatas).

  118. svinia: elaun dan hanorarium pengarah harus diambil kira di PUR, ‘skema’ yg ada pd anda adalah salah, jangan pakai lagi….

  119. Cikgu-cikgu sekalian, boleh saya dapatkan soalan-soalan stpm mahupun kertas 1 dan 2 besertakan jawapan kerana saya akan menghadapi stpm tahun ini dan adik saya pula akan menghadapi peperiksaan perakaunan tahun depan..
    Bolehkah cikgu emailkan kepada saudari,Jyan???
    terima kasih.

    Email ~ fakejo92@gmail.com

  120. kepada cikgu Rao..,
    saya sudah email u…tak ingat 2 bulan lepas ke …??tapi cikgu ..saya tidak menerima jawapan cikgu..so cikgu terima tak email saya ..??

  121. cikgu, ada tak buku rujukan STPM perakaunan kewangan dan pengurusan kos- Oxford Fajar. Jika ada boleh jual kpd sye tak? Hampir 2minggu lagi sye akan menghadapi peperiksaan.

  122. Khan,
    Maaf, tidak ada. lagipun Cg tidak mengajar Perakaunan STPM.

  123. salam cikgu….
    saya tlh cuba dapatkan bahan2 perakaunan yg ckg muatkan dgn klik pd link di atas…tapi saya tak dapat muat turun bhn2 tersebut cikgu…adakah saya perlu m’hantar bhn2 perakaunan sblm m’dptkannya?? harap ckg akan bantu saya dgn menerangkan cara m’dptkannya…sekian.

  124. Ila,

    Bahan2 tersebut perlu dimuat turun satu persatu tanpa masalah, klik atas nama bahan yang hendak dimuat turun, kemudian tunggu untuk dimuat turun. Ianya tidak boleh muat turun semua sekali gus.

  125. cikgu…terima kasih ats tunjuk ajar cikgu…saya dpt muat turun bahan-bahan tersebut…bhn2 ini pasti akan bantu saya utk m’duduki peperiksaan perakaunan stpm bulan depan…kalau saya dapat apa2 bahan nanti pasti saya akan berkongsi dgn cikgu…sekian.

  126. Ok, baguslah kalau sudah dapat muat turun, semoga bahan2 tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mancapai kecemerlangan dalam STPM nanti.

  127. Salam 1Malaysia. Cg Narzuki , saya sudah email soalan percubaan Perakaunan STPM 2010 N.Sembilan Kertas 1 & 2 bersama jawapan kepada cg.
    Sekian,T.kasih.

  128. Cg Rao,
    Maaf, saya belum terima sebarang email daripada Cg Rao, boleh hantar sekali lagi. ke cgnarzukionline@gmail.com

  129. saya telah email jb soalan kpd cikgu, boleh check kalau masih gagal , contact me urgently……………i send again

  130. Cikgu…boleh saya minta jawapan bagi bahan perakaunan stpm matrikulasi-soalan tutorial…Terima Kasih…email saya:
    teohkc92@ymail.com

  131. satu lagi..
    kenapa nota matrikulasi kat laman web cikgu ni xde apa2 bahan??

  132. Kimmy,

    Cuba muat turun daripada KOLEKSI BAHAN STPM CG NARZUKI ONLINE (KILK)

  133. cikgu, boleh saya minta jawapan bagi soalan-soalan STPM 2004-2010?
    terima kasih.

  134. cg,sy nak jawapan soalan stpm akaun 2000 hingga 2010.sy blh dptkan kat mana yer cg?

  135. Maaf, jawapan tersebut tiada dalam simpanan Cg.

  136. cikgu, bolehkah saya mendapatkan skema untuk soalan-soalan tahun lepas bagi perakaunan STPM untuk Kertas 1 dan Kertas 2.


  137. Cg Narzuki:

    Bahan-bahan yang telah disumbangkan oleh Cg Juliza Johari :
    1. Kertas 2 : STPM 1995 – 2008 (Hardcopy)
    2. Cadangan Jawapan Kertas 2 : STPM 1997 – 2004 (Hardcopy)
    Terima kasih diucapkan.

  138. boleh x cg emel kn bhn2 cg juliza johari kt sy?

  139. sy pun nak bahan2 cikgu juliza lah…boleh bagi x ckg??

  140. Balqis dan Vera,

    Maaf, bahan tersebut dalam bentuk hardcopy.

  141. mcm mana nak dapat kan tu ckg?? huhu..nak sgtlah..

  142. Salam

    Saya nak tanya, macam mana saya boleh dapatkan nota.Dah puas saya cari, tapi tak jumpa buku Perakaunan STPM, Saya calon persendirian..Harap Cikgu Boleh Tolong. Saya kalau boleh nak beli.

    TQ

  143. Ardino,
    Maaf, Cg tiada nota atau buku2 rujukan kerana tidak mengajar Perakaunan STPM.

  144. saya nak jawapan untuk soalan tahun lepas akaun STPM.thx

  145. cikgu saya ni baru mengajar ting 6. saya memang tidak ada bahan untuk mengajar. yang ada pun semuanya yang download dari web cikgu. terima kasih cikgu. cikgu apakah prosedur kalau nak menjadi ahli perakaunan bersama cikgu. cikgu kalau boleh saya nak jawapan untuk semua latihan yang ada dalam web. kalau perlu bayar, saya sanggup bayar cikgu. cikgu tolong bantu saya

  146. A Raja Kumar,

    Maaf, saya tidak pernah mengajar Perakaunan STPM dan tiada jawapan2 tersebut, Saya hanya membantu mengumpulkan bahan2 untuk kegunaan rakan guru STPM sahaja. Di mana bahan2 tersebut disumbangkan oleh rakan2 guru STPM yang baik hati dan menyokong usaha saya tersebut.

  147. Asssalamualaikum. Saya nak minta tolong sikit Cikgu.

    How to answer this question? Help me…

    Record the following transactions in the appropriate accounts.

    Jan 1. Started business with RM900 cash.
    Jan 3. Bought goods for cash RM97.
    Jan3. Bought goods on credit from Sharif RM120
    Jan 8. Sold goods for cash RM40.
    Jan 10. Returned goods to Sharif RM25.

    Based on the question above, akaun yang bersesuaian yang macam mana perlu guna.???
    dan boleh tak tunjuk contohnya.

    Tolonglah saya Cikgu.
    Jasa Cikgu amat dihargai.
    TQ.

  148. AzmiShah, waalaikumussalam.

    Setiap urus niaga akan melibatkan sekurang2nya 2 AKAUN, maka kena kenal pasti 2 akaun tersebut, kemudian tentukan catatan disebelah DEBIT atau KREDIT. Contohnya :
    Jan 1 : Dt: TUNAI 900 ; Kt: MODAL 900
    Jan 3 : Dt: BELIAN 97 ; Kt: TUNAI 97

  149. ohhh,,, gitu… terima kasih banyak2 cikgu
    cikgu boleh tak semak jawapan yg tak seberapa ini.

    Record the following transactions in the appropriate accounts.

    Jan. 1 Started business with RM500 cash.
    Jan. 3 Bouhgt goods for cash RM75.
    Jan. 3 Bought goods on credit from Sharif RM120.
    Jan. 8 Sold goofs for cash RM40.
    Jan. 10 Returned goods to Sharif RM25.
    Jan. 14 Bought stationery by cash RM50.
    Jan. 15 Paid Sharif by cash RM95.
    Jan. 20 Bought office furniture on credit from Tam Enterprise RM200.
    Jan. 25 Sold goods on credit to John RM100.
    Jan 31. Paid salary by cash RM150.

    Ni jawapan saya, kanak2 rabina baru nak belejar akaun.

    Business Transactions in Janauary 2011, T&G Trading.
    Jan. 1 Cash RM500 Capital RM500
    Jan. 3 Purchase RM75 Cash RM75
    Jan. 3 Purchase RM120 Creditor RM120
    Jan. 8 Cash RM40 Sales RM40
    Jan. 10 Returns outward RM25 Creditor RM25
    Jan. 14 Expenses(Stationery) RM50 Cash RM50
    Jan. 15 Debtor RM95 Cash RM95
    Jan. 20 Office furniture RM200 Creditor RM200
    Jan. 25 Debtor RM100 Sales RM100
    Jan. 31 Expenses(Salaery) RM150 Cash RM150

    Tolong saya, cikgu,
    Terima kasih

  150. AzmiShah,

    Pada pandangan Cg, yang lain2 ok, kecuali :
    Jan 10 Dt Creditor RM25, Kt Returns outward RM25
    Jan. 14 Dt Stationery Expense RM50, Kt Cash RM50
    Jan. 15 Dt Creditor RM95, Kt Cash RM95
    Jan. 31 Dt Salaery Expense RM150, Kt Cash RM150

  151. Ok.. terima kasih banyak2.

  152. bolehkah cikgu bagi saya jawapan soalan STPM2005 kertas 1?

    Tolong saya, cikgu………terima kasih…….

  153. cikgu tolong bagi saya skema jawapan stpm 2009 kertas 1 dan kertas 2..

  154. Dhinagaran,

    Maaf, saya telah bagi semua bahan2 STPM yang saya ada. Saya hanya bantu mengumpul bahan2 tersebut dan edarkan kepada semua.. itu sahaja. Tanpa bantuan, kerjasama dan sumbangan rakan2 guru perakaunan STPM, saya tidak dapat berbuat apa-apa.

  155. i want the answer o past year question of stpm ,paper 1 and paper 2..from year 2000-2010

  156. cg, soalan percubaan stpm 2010 boleh saya dapat dari mana ?saya tak jumpa

  157. Phangyap,

    Sila klik pada menu MUAT TURUN BAHAN –> BAHAN PERAKAUNAN STPM : Nota Matrikulasi / Koleksi Trial / Koleksi Bahan STPM .. diATAS.

  158. adakah rugi pelupusan atau untung pelupusan masuk dalam belanjawan tunai ????

  159. rugi pelupusan aset atatu untung pelupusan aset

  160. Apa itu STPM? apakah semacam sistem pembelajaran?

  161. Sofyana,

    Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia –> Tingkatan 6

  162. Untuk koleksi soalan2 ada jawapan ke cikgu? Kalau saya daftar dapat access ke soalan dan jawapan ke?

  163. Ram,

    Koleksi trial STPM tersebut.. lengkap dengan jawapan…. cuma hanya ada koleksi sukatan lama sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.