KSSM MULAI 2017
- DSKP MPEI PPA KSSM 2017
- Modul 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan
- Modul 2 : Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan
- Modul 3 : Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat
- Modul 4 : Buku Catatan Pertama
- Modul 5 : Lejar
- Modul 6 : Imbangan Duga
- Modul 7 : Penyata Kewangan Milikan Tunggal Tanpa Pelarasan
- Modul 8 : Pelarasan Pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal
- Modul 9 : Pembetulan Kesilapan
- Modul 10 : Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan
- Modul 11: Rekod Tak Lengkap
- Modul 12: Perakaunan Untuk Kawalan Dalaman
- Modul 13: Perakaunan Untuk Perkongsian
- Modul 14: Perakaunan Untuk Syarikat
- Modul 15: Perakaunan Untuk Kelab dan Persatuan
- Modul 16: Perakaunan Kos
KBSM 2011-2017
- Pengenalan Kepada Perakaunan
- Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan
- Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat
- Pelarasan Pada Tarikh Imbangan
- Penyata Kewangan
- Akaun Kawalan
- Pembetulan Kesilapan
- Penyata Penyesuaian Bank
- Belanjawan Tunai & Varian
- Perakaunan Untuk Penggajian
- Perkongsian – Pengasingan U/Rugi
- Perkongsian – Pembubaran
- Syarikat Berhad
- Kelab dan Persatuan
- Rekod Tak Lengkap
- Akaun Pengeluaran
- Analisis Kos Volum Untung
- Tafsiran Penyata Kewangan
- PERAKAUNAN STPM
- LUAR SUKATAN SPM
A-Info Perakaunan
B-Muat Turun Bahan
D-Blog Prinsip Perakaunan
E-Link Perakaunan
F-Sumber Rujukan Bidang Perakaunan
G-Link Pendidikan
I-Maklumat ICT
J-Sumber Soalan
K-Motivasi & Kemahiran Belajar
L-Link Lain-lain
PENCAPAIAN
Pelawat tertinggi SEHARI :
3356 orang (03/12/2020)
3190 orang (05/09/2019)
7688 orang (25/11/2018)
5030 orang (14/11/2017)
5704 orang (15/11/2016)
5325 orang (18/11/2015)
3850 orang (16/11/2014)
2055 orang (12/11/2013)
1549 orang (27/11/2012)
3144 orang (26/09/2011)
2056 orang (8/12/2010)
TEMPAT KE-2 (2012)
TEMPAT KE-2 (2011)
TEMPAT KE-8 (2010)

USER LOGIN
PENDAFTARAN BARU
;.
December 9, 2023;.
December 7, 2023;.
December 7, 2023;.
December 7, 2023;.
December 7, 2023;.
December 6, 2023;.
December 5, 2023;.
December 5, 2023;.
December 3, 2023;.
December 3, 2023SOAL-JAWAB AKAUN
Cg Narzuki on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2023 : PRINSIP PERAKAUNAN Nurul anis on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2023 : PRINSIP PERAKAUNAN Cg Narzuki on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2023 : PRINSIP PERAKAUNAN mzrbidara on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2023 : PRINSIP PERAKAUNAN Tiang Li Yuan on PERAK - 3756 PERCUBAAN SPM 2023 Cg Narzuki on KELANTAN (YIK) - 3756 PERCUBAAN SPM 2022 Afifah bt Muhammad Rivai on KELANTAN (YIK) - 3756 PERCUBAAN SPM 2022 Afifah bt Muhammad Rivai on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2023 : PRINSIP PERAKAUNAN Cg Narzuki on KELANTAN (YIK) - 3756 PERCUBAAN SPM 2022 Afifah bt Muhammad Rivai on KELANTAN (YIK) - 3756 PERCUBAAN SPM 2022 Cg Narzuki on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2023 : PRINSIP PERAKAUNAN aqillia on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2023 : PRINSIP PERAKAUNAN Cg Narzuki on Buku Tunai Runcit husna on Buku Tunai Runcit Cg Narzuki on Buku Tunai Runcit husna on Buku Tunai Runcit Cg Narzuki on Modul 15: Perakaunan Untuk Kelab dan Persatuan CHANXINYI on Modul 15: Perakaunan Untuk Kelab dan Persatuan Cg Narzuki on Kaedah Analisis Najwa on Kaedah Analisis Cg Narzuki on Kaedah Analisis Danish on Kaedah Analisis Cg Narzuki on KEDAH - 3756 PERCUBAAN SPM 2022 fyra on KEDAH - 3756 PERCUBAAN SPM 2022 Cg Narzuki on JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2023 Cg Narzuki on KEDAH - 3756 PERCUBAAN SPM 2022 Janelpang on JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2023 Fyra3108 on KEDAH - 3756 PERCUBAAN SPM 2022 Cg Narzuki on KEDAH - 3756 PERCUBAAN SPM 2022 Airisz on KEDAH - 3756 PERCUBAAN SPM 2022
POST TERDAHULU
- KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2023 : PRINSIP PERAKAUNAN
- JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2023
- JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2022
- KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2022 : PRINSIP PERAKAUNAN
- TAKWIN PENTAKSIRAN 3756/3 KERJA KURSUS SPM 2022
- PEPERIKSAAN SPM 2021 SESI KEDUA
- KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2021 : PRINSIP PERAKAUNAN
- JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2021 (PINDAAN 11/12/2021)
- DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0
- KOLEKSI KUIZ 3756-1 PERCUBAAN SPM 2020
- KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2020 : PRINSIP PERAKAUNAN
- JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2020
- KOLEKSI BAHAN PEMBELAJARAN SECARA ONLINE SEMASA PKP
- DRAF JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2020
- TUGASAN KERJA KURSUS 3756/3 PRINSIP PERAKAUNAN SPM2020
- KOLEKSI PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2019
- SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1440H
- Perisian Kemasukkan Markah ePBS3756 Versi 7.0 (SPM 2019)
- LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2018
- JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2019
KOLEKSI TRIAL
Pembelajaran Abad Ke-21
Pengenalan
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan danpembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
• kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
• kemahiran berkomunikasi secara berkesan
• kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
• kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
• kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
• kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
• kemahiran kepimpinan dan pengurusan
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti :
Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling.
Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah.
Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
Mempunyai perasaan ingin tahu.
Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
Tidak pernah berputus asa.
Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P dijalankan.
Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.
Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan berusaha untuk membuat perubahan.
Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.
Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad ke 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:
Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan terhadap kandungan kurikulum.
Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”.
Memiliki kemahiran kaunseling.
Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya multimedia seperti ‘internet’ perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.
(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
(c) Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut:
• Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)
• Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
• Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar
• Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
• Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular
• Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.
(d) Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.
(e) Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.
(f) ‘Tracking’ dan ‘Banding’
Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu ‘vertical’ dan ‘horizontal’. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2.
(g) Sistem Kredit
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.
PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut
a) Penilaian Berasaskan Sekolah
b) Penilaian Berterusan
c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
d) Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil
e) Authentic Assessment
f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
g) Bench Marking
h) Ujian/ Peperiksaan Secara Online
PENUTUP
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.
6 CIRI-CIRI GURU ABAD KE 21
Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran pada abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.
6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21
Saya kongsikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21. Selamat beramal!
1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.
2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.
3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.
4. Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.
5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.
6. Penggunaan Teknologi Terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.
Sumber : https://www.cikguhailmi.com/2016/01/6-ciri-ciri-guru-abad-ke-21.html?m=1
10 CIRI PEMBELAJARAN KELAS ABAD KE 21
Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.
Ciri pembelajaran abad ke 21
1. Berpusatkan pelajar
– pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
– meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
– alat penting untuk kelas abad ke 21
– sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
– penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
– kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
– tidak terlalu sesak
– peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
– pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
– peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
– perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
– guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
– pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
– sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
– guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
– pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran
Sumber: https://www.cikguhailmi.com/2015/01/10-ciri-pembelajaran-kelas-abad-ke-21.html?m=1
Contoh RPH Pembelajaran Abad 21
Pembelajaran abad 21 merupakan satu keperluan untuk pendidikan masa kini. Secara tak langsung, guru dan pelajar harus berubah cara mengajar dan belajar seiring dengan perkembangan teknologi yang sedia ada. Beberapa kemahiran penting dalam pembelajaran abad 21 perlulah dikuasai oleh guru dan murid. Saya kongsikan contoh rancangan mengajar harian bagi pdp abad 21 sebagai rujukan. Semoga bermanfaat.
Contoh RPH
Harus juga difahami bahawa rph ini bukanlah suatu kewajipan yang perlu diikuti oleh setiap guru akan formatnya. Sebaliknya sebagai rujukan kepada guru-guru yang sedang merancang untuk pdp abad 21. Perlu diingat, konsep pembelajaran abad 21 yang terdiri daripada Creativity, Critical Thinking, Collaboration dan Communication.
Sumber : https://www.cikguhailmi.com/2016/01/contoh-rph-pdp-pembelajaran-abad-21.html?m=1
PdP Abad Ke 21 : PANDUAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. KAEDAH SHARE N TURN
1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
– A ke B
– B ke C
– C ke D.
– D ke A atau
– Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semuala yang mengandungi 4 isi atau idea
2. KAEDAH THINK PAIR SHARE
1. Berfikir sendirian
2. Bercakap dengan rakan berdua
3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru)
3. KAEDAH GALLERY WALK
1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.
4. KAEDAH RALLAY ROBIN
1. Guru menyoal atau bertanya pelajar.
2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan.
5. KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING
1. Meminta pelajar menulis soalan dikad
2. Jawapan ditulis dibelakang.
3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
4. Menyerahkan kepada pelajar
5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan.
6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab.
6. KAEDAH IDEA RUSH
1. Fikir apa yang guru soal
2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
3. Pelajar laian tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik
7. KAEDAH FAN N PICK
1. Duduk dalam kumpulan.
2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri
– Cth 1-2-3-4
3. Tunggu guru memberi kad
4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan
menjawab soalan.
No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
No.2: menjawab solan
No.3 : menilai jawapan betul atau salah
No.4. Merumus jawapan tersebut
Semoga bermanfaat dan menjadi jariah utk semua. Aamin
Amat bermakna dan penting dalam menyusun strategi pdp. Jazakumullah cikgu atas perkongsian ilmu di atas.
agak banyak tugasan yang perlu dilakukan…semoga para guru dapat menjalankannya dengan baikk…insyaallahhh
Terima kasih..sungguh bermakna
Terima kasih cikgu, perkongsian yang sanagt bermakna. Saya download toolkit PA21 CNO. terima kasih sekali lagi.
assalamualaikum cikgu. sy dari SK Felda Bukit Puchomh Triang Pahang.boleh saya download pembelajaran abad 21 CNO sebagai panduan .
Mayam, waalaikumussalam.
Boleh sahaja… dipersilakan..
Assalamualaikum cikgu.
Bagaimana PAK 21 boleh diaplikasikan dalam setiap PDPc Prinsip Perakaunan, sedangkan pada pandangan saya, subjek ini lebih memerlukan tunjukcara guru kepada pelajar untuk pemahaman yang lebih jelas dan terang?
Mohon sumbangan idea dan pendapat cikgu untuk memantapkan lagi PDPc sy bagi subjek ini. Sekian, terima kasih. Moga cikgu diberi kesihatan yang baik untuk terus mendidik dan mencurahkan ilmu, inshaAllah.
Cgu Najigha, waalaikumussalam.
Pada pandangan saya,
PA21 boleh diaplikasikan dalam berbagai cara.. bergantung kepada tahap pelajar masing2.
1. Pelajar cemerlang –> dapatan dari aktiviti pelajar sepenuhnya … kemudian guru buat peneguhan.
2. Pelajar biasa –> guru terangkan konsep2 dan tunjukcara terlebih dahulu … aktiviti pelajar lebih pada menyelesaikan masalah berdasarkan apa yg telah diajar oleh guru… dalam kumpulan.. perbentangan ..rumusan… akhirnya guru buat peneguhan.
Q & A PA ke-21
==============
1. Adakah kriteria kejayaan perlu ditulis dalam RPH?
Kriteria kejayaan disarankan untuk ditulis dalam RPH agar guru jelas cara murid menguasai objektif pembelajaran. Penulisan kriteria kejayaan juga sangat membantu guru merancang aktiviti yang sesuai dan penyediaan BBM atau BBB dalam PdPc yang ingin dijalankan di bilik darjah.
2. Selain isyarat give me five, apakah cara lain yang boleh digunakan untuk mengawal kelas abad ke-21?
Untuk mengawal tingkah laku murid, guru boleh menyediakan carta sikap murid. Murid yang berbuat bising, namanya dilekatkan pada carta sikap negatif yang diwakili oleh gambar awan mendung. Apabila murid tersebut telah berubah sikap, namanya dilekatkan pada carta ceria yang diwakili oleh gambar matahari bersinar bersama dengan nama rakan lain.
3. Selain traffic light digunakan untuk mengetahui tahap pemahaman murid, bolehkah traffic light digunakan untuk mengawal murid berkomunikasi?
Boleh. Traffic light boleh digunakan untuk mengawal murid daripada bercakap apabila ingin melontarkan pertanyaan. Murid yang ingin bertanya, boleh diarahkan untuk mengangkat traffic light berwarna merah atau kuning dan guru akan bergerak ke arah murid tersebut.
4. Selain traffic light, adakah cara lain untuk mengawal murid daripada berbuat bising?
Selain traffic light, guru juga boleh menggunakan talking chips untuk mengawal murid daripada berbuat bising. Murid yang ingin bercakap perlu meletakkan cip di tengah meja terlebih dahulu. Penggunaan cip ini juga dapat mengawal daripada murid yang sama menjawab atau menguasai sesi perbincangan.
5. Benarkah susunan kelas abad ke-21 menyebabkan murid sakit leher?
Tidak. Sebenarnya susunan kelas abad ke-21 tidak menyebabkan murid sakit leher. Jika guru berada di hadapan kelas dan meminta murid menyalin nota, bermakna kelas sahaja yang abad ke-21 tetapi pengajaran guru masih abad yang lampau. Kelas abad ke-21 perlu seiring dengan pelaksanaan PdPC abad ke-21, iaitu guru harus bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan murid aktif berbincang sesama mereka untuk melaksanakan tugasan dan membuat pembentangan atau melaksanakan sesi perkongsian.
6. Apakah matlamat utama PA ke-21 diperkenalkan?
Untuk menghasilkan lebih ramai pembelajar sepanjang hayat, iaitu mereka yang mempunyai kemahiran pelbagai untuk memastikan kesinambungan kehidupan dalam zaman yang sentiasa berubah.
7. Apakah aplikasi yang tersedia untuk digunakan dalam PA ke-21?
Aplikasi yang tersedia selain VLE-frog, terdapat juga Kahoot (kuiz), schoology (seperti Facebook), Edmodo (seperti VLE-frog), Cmap (bina peta minda) dan sebagainya.
8. Apakah itu sudut OPEM?
Sudut OPEM bermaksud sudut untuk guru menulis objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
9. Adakah objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan perlu dibincangkan dengan murid?
Objektif dan kriteria kejayaan ini bukan sahaja ditulis tetapi juga perlu diterangkan oleh guru kepada murid. Setiap kali mencapai objektif, cikgu perlu bertanya apa yang telah berjaya dicapai oleh murid dan murid membaca kriteria kejayaan yang dicatat oleh guru.
Ayat objektif:
Pada akhir pelajaran murid akan dapat:
i.
ii.
Kriteria kejayaan:
Saya dapat:
i.
ii.
10. Adakah papan ganjaran wajib disediakan di dalam kelas abad ke-21?
Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk ganjaran yang boleh dilaksanakan atau dibuat oleh guru untuk memberikan ganjaran kepada murid-murid. Papan ganjaran salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk meletakkan tanda bintang pada ruangan nama murid yang mendapat ganjaran. Namun, jika tidak ada papan ganjaran, guru-guru boleh memberikan pujian, tepukan, sorakan, lencana peneguhan atau hadiah kecil sebagai ganjaran.
11. Adakah penulisan RPH berubah dengan pelaksanaan PA ke-21?
Penulisan RPH sebenarnya masih sama. Yang perlu ditambah hanya kriteria kejayaan dan bahagian aktiviti ditulis dengan jelas menunjukkan adanya PA ke-21.
Contoh penulisan aktiviti:
i. Murid dipertontonkan video yang berkaitan dengan.. dan bersoal jawab dengan guru.
ii. Murid diminta menganalisis watak perwatakan watak utama dan watak sampingan dalam teks yang ditetapkan oleh guru dalam kumpulan. (KBAT – menganalisis)
iii. Hasil kerja murid dibentangkan secara gallery tour.
* Bagi Sekolah Amanah dan Sekolah Transformasi, terdapat format penulisan RPH yang telah ditetapkan.
12. Ada atau tidak video PdPC abad ke-21?
Banyak yang bertanyakan soalan begini kepada saya. Sebenarnya terdapat banyak video yang telah dikongsikan oleh guru-guru yang melaksanakan PdPC abad ke-21 di dalam kelas dalam YouTube. Selain itu, portal e-guru juga terdapat video PdPC abad ke-21 untuk tontonan dan panduan guru-guru. Layarilah portal untuk mendapatkan video-video terbaik sebagai rujukan dan panduan dalam melaksanakan PdPC abad ke-21.
13. Bagaimanakah cara untuk mengikuti kursus atau bengkel berkaitan dengan PdPC abad ke-21?
Kepada rakan-rakan pendidikan yang berada di sekolah, pihak sekolah sememangnya perlu mengadakan 4 kali setahun LADAP @ LDP untuk peningkatan profesionalisme guru-guru. Mohonlah pihak sekolah untuk mengadakan bengkel PA ke-21 sebagai salah satu LADAP @ LDP.
Pihak sekolah boleh menghubungi jabatan atau pejabat pendidikan di tempat masing-masing untuk mengenal pasti penceramah yang boleh melaksanakan bengkel tersebut. Sekolah yang berhampiran dengan IAB, IPG atau universiti juga boleh menghubungi tempat-tempat tersebut bagi mendapatkan penceramah yang sesuai untuk bengkel PdPC abad ke-21.
14. Adakah bilangan murid di dalam kelas abad ke-21 ada hadnya?
Secara ideal, bilangan murid di dalam kelas abad ke-21 adalah sebanyak 25 orang. Namun, ada sekolah yang jumlah murid di dalam satu kelas melebihi 25 orang. PdPC abad ke-21 masih boleh dilaksanakan dengan membuat susunan kerusi meja yang betul. Sebagai contoh, 36 orang murid di dalam satu kelas. Murid boleh dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan 6 orang ahli setiap kumpulan.
15. Adakah PA ke-21 hanya untuk murid kelas pandai?
PA ke-21 bukan semata-mata untuk murid yang berada di kelas yang pandai. Bagi kelas yang lemah, PA ke-21 turut boleh dilaksanakan. Guru perlu pandai memilih aktiviti dan bahan yang sesuai dengan tahap penguasaan murid.
16. Bagaimanakah cara untuk menggalakkan murid agar aktif di dalam kelas abad ke-21?
Untuk menggalakkan murid aktif di dalam kelas abad ke-21, guru-guru boleh menyediakan aktiviti berbentuk permainan penyelesaian masalah, di samping menyediakan ganjaran seperti lencana peneguhan, gula-gula, pembaris atau memberikan pujian kepada murid-murid.
17. Mengapakah susunan kerusi meja murid penting di dalam kelas abad ke-21?
Susunan kerusi meja murid penting di dalam kelas abad ke-21 kerana susunan ini memudahkan guru melaksanakan aktiviti perbincangan antara murid dan murid boleh disusun mengikut tahap dan kemampuan atau memberi peluang kepada mereka yang lebih pandai menjadi pembimbing kepada rakan yang lemah ketika perbincangan atau aktiviti kumpulan diadakan.
18. Benarkah PA ke-21 menyebabkan kelas menjadi bising?
Kelas yang baik ialah kelas yang muridnya aktif ketika PdPC berlangsung. Di dalam kelas abad ke-21, pelibatan murid sangat penting. Murid akan berinteraksi sesama mereka dalam kumpulan dan kadangkala melibatkan pergerakan untuk mereka berbincang dan menyelesaikan masalah berdasarkan tugasan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kadar kebisingan itu boleh dikawal oleh guru yang bertindak sebagai fasilitator menggunakan tanda isyarat seperti traffic light dan give me five atau menggunakan peralatan seperti loceng dan wisel.
Hakcipta : Sisc Azura
Himpunan Kaedah Pembelajaran Abad 21
45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas.
Pdpc Abad 21
STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-
gilir
· Pelajar 1 : susun kad seperti kipas
· Pelajar 2 : pilih kad dan bacakan soalan
· Pelajar 3 : jawab soalan
· Pelajar 4 : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi
2. Inside-Outside Circle
§ Cari pasangan
§ Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan
§ Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
§ Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
§ Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
§ Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
§ Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan
3. Match Mine
· Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
· Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
· Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
· Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1
(Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 )
Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan olehPelajar 1
· Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
· Kemudian kedua-duanya tukar peranan
4. Same Different
· 2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
· Kemudian mereka bandingkan jawapan
· Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan
5. Rally Robin
· Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan
6. Round Robin
· Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat
7. Rally Table
· Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama
8. Round Table
· Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat
9. Simultaneous Round Table
· Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
· Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.
10. Spin-N-Think
· Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji
11 Talking Chips
· Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
· Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang
12.Jigsaw Problem Solving
· Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.
13. Mix-N-Match
· Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya
14. Trade-A-Problem
· Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian
15. Team Stand-N-Share
· Ahli pasukan berdiri
· Guru/rakan lain memberi soalan
· Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain
16. Find the Fib/Guess the Fib
· Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
· Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah
17. Line Ups
· Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
· Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
· Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju
18. Formations
· Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan
19. Window Pane
· Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
· Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut
20. Showdown
· Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
· Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
· Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan
21. Lyrical Lessons
· Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak
22.Timed Pair Share
· Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
· Kemudian tukar peranan
23.Stir- the- Class
· Pasukan duduk dalam bulatan
· Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
· Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
· Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya
24.Team Word-Web
· Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
· Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka
25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
· Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyi lagu
· Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
· Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni
26. Paraphrase Passport
· Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya
27. Mix-Freeze Group
· Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
· Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan, diletakkan dalam “Lost and Found”
28. Think-Pair-Share
· Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
· Setiap ahli diberi masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan
· Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah
29.Roam the Room
· Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
· Apabila guru beri isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan lain
30. Gallery Tour
· Seperti di atas tetapi mereka bergerak secara pasukan
· Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
· Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
· Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
· Setelah kembali semula ke pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi
31. Three Stray, One Stay
· Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
· Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
· Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
· Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
32. Rotating Review
· Pasukan bincang topic
· Buat carta/pengurusan grafik
· Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang hasil perbincangan kumpulan itu
· Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
· Begitulah seterusnya
33.The Yarn Yarn
· Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
· Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea
34. Kinesthetic Symbols
· Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran
35. Team Statements
· Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
· Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua
36. Who am I ?
· Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
· Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang identity masing-masing.
· Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
· Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya
37. Sages Share
· Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut, mencatat ‘initial” mereka
· Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya
38. Traveling File
· Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
· Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
· Setiap pasukan yang mendapat fail baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
· Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3 Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.
39. Team Interview
· Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)
40. Team Project
· Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan
41. Value Lines
· Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
· Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
· Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja mereka
42. Find-Someone-Who
· Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu
43. Rotating Review
· Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
· Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan
· Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza
44. Three-Step Interview
· Empat orang pelajar dalam satu pasukan
· Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga
· Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
· Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain
45. Two-Box Induction
· Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
· Fasilitator beri ransangan
· Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
· Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut
Sumber : Pendidik2u
PELBAGAI AKTIVITI PEMBELAJARAN KOPERATIF
Antara yang dikongsi dan dijalankan ketika sesi LDP ini ialah:
1. TEAM PAIR SOLO (Berkumpulan Berpasangan Individu)
Murid BERFIKIR tentang sesuatu topik dalam KUMPULAN untuk mendapatkan idea, kemudian BERBINCANG secara BERPASANGAN berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Setelah itu, murid akan menulis perkara yang difahami atau MENJAWAB tugasan yang diberikan secara INDIVIDU.
Aktiviti ini sesuai digunakan ketika membuat ulang kaji.
2. RUSH IDEAS (Idea Pantas)
Murid diberikan satu topik dan diminta MENCATAT idea secara PANTAS.
Contoh:
Senaraikan 10 perkataan yang bermula dengan huruf A.
3. GALLERY WALK (Jelajah Galeri)
Salah satu AKTIVITI PEMBENTANGAN. Murid mendapatkan informasi daripada hasil perbincangan kumpulan lain. Setiap murid perlu membawa buku nota atau catatan atau diberikan edaran untuk dilengkapkan ketika jelajah galeri berlangsung.
Semasa jelajah galeri berlangsung, murid diminta:
i. Membaca maklumat dan mencatat dengan pantas
ii. Membuat penilaian rakan sebaya dengan memberikan *ganjaran berupa bintang atau mencatat 2 pujian dan 1 harapan
*Cadangan ganjaran sahaja
4. TABLE CLOTH (Alas Meja)
Murid BERBINCANG berdasarkan 1 topik yang ditetapkan dan dicatatkan pada kertas atau ‘alas meja’. Setiap kumpulan diminta MENCATATKAN hasil perbincangan atau jawapan secara bergilir pada ‘alas meja’ tersebut.
Aktiviti ini sesuai dilaksanakan ketika ulang kaji.
Sumber: FB Sisc Azura
perkongsian sgt berguna. terima kasih cikgu. sy mohon download ye untuk bacaan dan simpanan.
Mohon bagi cth ayat utk objektif dan kriteria kejayaan.
Norlela,
Sila rujuk cikgu2 yang telah menghadiri taklimat mengikut mata pelajaran dikawasan masing2.
Tahniah dan terima kasih kerana banyak membantu memberi maklumat semoga ilmu ini dapat diaplikasikan sepanjang pdpc saya.
cikgu..terima kasih.. amat membantu aktiviti pak21..sy download ya cikgu…moga Allah berkati usaha cikgu.
Alhamdulillah tahniah jutaan terima kasih.
Harap dapat berkongsi lagi dengan saya mengggunakan email yang saya punya.
apakah cabaran pengaplikasian pembelajaran abad ke-21 di sekolah?
Wani,
https://www.slideshare.net/mobile/hajimeTMasia/pendidikan-abadke21isudancabaran
Tahniah Cikgu, mohon kongsikan lebih banyak video pdpc cikgu supaya rakan2 guru lebih faham PAK21
Terima kasih. Perkongsian baik dan banyak manfaatnya.
Apakah fungsi set induksi?
Cuba rujuk disini..
https://wardahrohani.blogspot.com/2011/10/kepentingan-set-induksi.html?m=1
Terima kasih Cikgu Narzuki, sangat bermanafaat.
Terima kasih Cikgu Narzuki atas perkongsian yang bermanfaat
Wan Daud..
Sama2.. kita manafaatkan..