PdPc Berkesan dan Berkualiti

BULETIN CNO : PdPc BERKESAN
  1. GURU BERKUALITI – KUASAI KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN

    TARIKH 16 Mei setiap tahun merupakan hari bersejarah yang memberikan pengiktirafan buat warga pendidik bagi memperingati jasa-jasa dan pengorbanan mereka dalam dunia pendidikan.

    Tema perayaan Hari Guru tahun ini ialah `Guru berkualiti aspirasi negara’ merupakan rentetan tema-tema lalu yang menjadi pendorong dan motivasi bagi setiap warga pendidik dalam meneruskan agenda Falsafah Pendidikan Negara.

    Apakah yang dimaksudkan dengan guru berkualiti? Apakah penekanan yang patut dilakukan dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dan berdaya saing?

    Kenyataan yang dibuat oleh Holmes Group mengatakan kita tidak boleh meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah tanpa memperbaiki kualiti guru, membuktikan betapa beratnya tugas dan tanggungjawab seseorang guru bagi meningkatkan kualiti dan prestasi sesebuah sekolah.

    Guru adalah arkitek sosial yang mempunyai agenda melaksanakan proses pendidikan secara berkesan bagi melahirkan pelajar yang memiliki jati diri, berilmu dan bertakwa.

    Dalam proses membina agenda negara ini, guru seharusnya berjiwa besar dan mampan kerana tugas ini adalah sangat kompleks dan mencabar warga guru.

    Tanpa guru yang berkualiti, adalah sukar untuk menjayakan sebarang pembangunan dan pembentukan disiplin seperti yang dirancangkan.

    Guru-guru juga mesti sedar betapa pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.

    Jadi, hasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti mestilah dilakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh seperti menghantar guru menyertai seminar, forum, pembentangan kertas kerja dan lain-lain program baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

    Kementerian Pendidikan juga seharusnya mempunyai wawasan dan berkeupayaan tinggi dalam menghasilkan produk-produk guru yang berkemampuan dan berkualiti.

    Dengan adanya guru-guru yang berkualiti, ia merupakan aset yang penting kepada sesebuah negara dan menjadi aspirasi ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang, menepati hasrat negara bagi mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang 2020.

    Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta mereaisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Salah satu strategi untuk melahirkan guru yang berkualiti ialah dengan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan teknik-teknik pengajaran dan terkini yang berkesan serta menarik minat pelajar. Dengan ini, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif serta manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani.

    Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.

    Ini bermakna, guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan negara.

    Kajian diperlukan bagi meninjau kompetensi guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar serta meningkatkan keupayaan mereka menangani cabaran serta perubahan yang pesat dalam dunia pendidikan negara.

    Untuk melahirkan guru berkualiti, mereka mestilah diberikan peluang seluas-luasnya untuk meningkat dan mengubah dir mereka ke arah yang lebih positif terhadap kualiti kerja seperti melanjutkan pelajaran dalam bidang yang menjadi kepakaran mereka.

    Sikap positif terhadap kualiti kerja ini perlu dibentuk semoga usaha meningkatkan kualiti akan menjadi budaya kerja.

    Dewasa ini, kejutan dan ancaman perubahan bukan lagi merupakan satu kemungkinan yang masih jauh. Sebaiknya, ia adalah satu realiti yang nyata.

    Semakin hari, kejutan perubahan mencabar kejituan masyarakat dan negara.

    Oleh itu, keperluan kepada guru berkualiti adalah merupakan pembentukan penting bagi melahirkan pelajar cemerlang yang menjadi aspirasi negara kita.

    Kiriman:
    Mohd. Noor Mohd. Zain
    SMK Sultan Yahya Petra 1,
    Kuala Krai, Kelantan.

    Sumber : Pendidik Bil.96/2002

  2. 6 KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN

    1. Memberi bantuan klinikal
    Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.

    2. Merancang pengajaran
    Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.

    3. Melaksanakan pengajaran
    Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.

    4. Pengurusan bilik darjah
    Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.

    5. Memantau kemajuan
    Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.

    6. Menyayangi pelajar
    Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.

    Sumber : Petikan daripada Majalah Pendidik.

  3. CIRI-CIRI GURU YANG BAIK PADA PANDANGAN PELAJAR

    “…bukan saja boleh menyampaikan isi pelajaran dengan baik tetapi juga dapat memahami kami sebagai individu, sentiasa disenangi dan mudah dibawa berbincang”

    “ …mereka mestilah boleh kami dekati tanpa rasa takut dan segan”

    “…mestilah seorang yang berdedikasi dan tidak kedekut ilmu, tidak terlalu serius dan boleh menyelitkan unsur-unsur humor”

    “ …kreatif ketika menyampaikan pelajaran. Menyampaikan sesuatu yang sukar dengan cara yang menarik dan mudah difahami”

    “ …ikhlas dan sabar ketika mengajar terutamanya kepada murid-murid yang lemah”

    “…mengkritik dan menyindir dengan tujuan memberi kesedaran dan motivasi”

    “…sentiasa berusaha menambah ilmu, memperbaharui diri mengikut peredaran masa”

    “…tidak harus putus asa. Segera menegur dan membetulkan kesalahan”

    “…tidak berat sebelah (pilih kasih) dan prihatin terhadap kebolehan dan kemampuan pelajar”

  4. PERWATAKAN GURU YANG BERKUALITI

    1. Menunjukkan minat
    2. Mahir dalam bidangnya
    3. Bijak mengurus
    4. Mengajar dengan berkesan
    5. Menunjukkan sikap yang baik
    6. Wujudkan pengurusan kelas yang berjaya
    7. Merancang waktu mengajar
    8. Mengekalkan hubungan yang baik
    9. Komunikasi yang berkesan
    10. Memiliki kemahiran untuk bertanya
    11. Memiliki pelbagai teknik mengajar
    12. Membina kejayaan pelajar
    13. Memiliki harapan yang tinggi
    14. Mewujudkan suasana yang selesa
    15. Mengamalkan kelonggaran

    Terjemahan daripada: Admirable Teaching Trait (Robert E.Glenn)

  5. cg, semua ciri di atas ada pada guru akaun saya tetapi masih ada lagi pelajar yg tak mau belajar dan beri tumpuan dgn serius semasa guru mengajar. mereka fhm semasa guru saya mengajar di kelas tetapi bila masa exm mereka tk boleh jwb dgn baik. kesannya ialah pelajar yg memang sudah bagus yg dpt banyak manfaat kerana mereka selalu fokus dlm kelas. walaupun guru saya hanya ajar mereka tajuk dokumen berkali2, mereka masih tk fhm2 sbb tk buat byk latihan di rumah. kesian guru saya.

  6. Shafiq,

    Tahniah kepada Guru Shafiq kerana memiliki ciri-ciri Guru Bekualiti. Prinsip Perakaunan ialah ilmu kemahiran yang memerlukan banyak latihan. Dengan melakukan banyak latihan sahaja, ianya baru BETUL2 faham.

    Pelajar seharusnya mempunyai MINAT dan MATLAMAT untuk belajar, jika tiada kedua2nya maka pencapaiannya tidak seberapa. Selain faktor GURU, faktor PELAJAR dan faktor IBU BAPA juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seorang pelajar.

  7. GURU BERKESAN

    Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

    1. Bersikap profesional.
    2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
    3. Kaya ilmu.
    4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
    5. Bermoral teguh.
    6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
    7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
    8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
    9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
    10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
    11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
    12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
    13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
    14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
    15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
    16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
    17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

  8. PENGURUSAN BILIK DARJAH UNTUK PENGAJARAN BERKESAN
    Ditulis oleh ALIMUDDIN MOHD DOM

    BILIK darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sini, warga pendidikan menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran.

    Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan pelajar mengikuti pengajaran dengan mudah dan berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di bilik darjah iaitu menangani karenah sejumlah pelajar yang ramai bilangannya, memastikan matlamat pengajarannya tercapai selain hambatan masa yang terhad.

    Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan pelajar yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka tidak boleh terlalu banyak memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dan sederhana saja sehingga mengabaikan pelajar yang cerdas.

    Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pelajar yang cerdas sehingga pelajar lain terabai.
    Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan elektrik atau cuaca yang tidak menentu.

    Sumber : Pendidik Nov 2008

  9. P&P LUAR KELAS PUPUK MINAT PELAJAR
    Ditulis oleh KAMDI KAMIL

    PELAJAR akan cepat bosan apabila sentiasa berada dalam kelas dan ia adalah cabaran kepada guru dan sekolah untuk mengekalkan minat pelajar supaya setia berada dalam kelas hingga tamat sesi persekolahan setiap hari.

    Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Megah Ria, Johor Bahru, warga pengurusan sekolah mempunyai idea tersendiri untuk mengelak rasa bosan pelajar dalam bilik darjah.

    Guru sekolah itu kemudian tampil dengan konsep Pendidikan Luar Bilik Darjah Secara Bermodul yang menggunakan pedagogi lebih aktif yang memerlukan pembabitan pelajar.

    Konsep ini memenangi Anugerah Guru Inovatif Berkumpulan Hari Guru 2005.

    Pendidikan Luar Bilik Darjah Secara Bermodul adalah satu usaha pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran menggunakan bahan sebenar atau alam sekitar. Program ini dilaksanakan melalui pendekatan pengurusan alam sekitar yang akan diterapkan melalui kaedah pengurusan alam sekitar.

    Program ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan dengan pelajar, guru dan warga sekolah boleh melakukan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul yang disediakan.
    Stesen pembelajaran di luar bilik darjah alam sekitar diwujudkan bagi mencapai beberapa objektif dan antaranya ialah menghilangkan kebosanan pelajar sepanjang hari duduk di bilik darjah selain meningkatkan keceriaan sekolah sebagai satu tempat yang kondusif.

    Sumber : Pendidik Nov 2008

  10. P&P BERJAYA BENTUK GENERASI MAHIR, TERAMPIL
    Oleh Rosniza Mohd Taha

    TEKNIK pengajaran dan pembelajaran (P&P) berfokus murid seperti diamalkan negara maju termasuk Amerika Syarikat terbukti berjaya menghasilkan pelajar berkemahiran dan berketerampilan.

    Antaranya Project Based Learning (PBL) yang memberi peluang murid menyediakan bahan P&P berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran termasuk aplikasinya dalam kehidupan harian serta menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pendidikan Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran, Rosland Hussein, menyifatkan PBL sebagai teknik P&P wajar diperluaskan penggunaannya di negara ini kerana ia mampu mengubah budaya menyalin nota kepada penganalisaan maklumat.

    Usaha di peringkat kementerian bagi merealisasikan hasrat itu, katanya, dilaksanakan dengan menghantar sepasukan pegawai dari BTP mendalami tatacara pelaksanaan PBL di High Tech High, San Diego, California, Amerika Syarikat pada Jun tahun lalu.

    Susulan itu, katanya, teknik PBL diperkenalkan secara rintis di enam sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mulai Julai lalu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Selatan, SK Setiawangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria, SMK Seri Permaisuri dan SMK Lelaki (L) Methodist.

    “Selama ini guru bersusah payah menyediakan bahan P&P dan apabila sesi pembelajaran murid sekadar menyalin atau mendapatkan salinan nota yang disediakan.

    “Menerusi PBL, pelajar diberi peluang mengambil alih peranan guru ini apabila mereka dikehendaki menyediakan P&P menggunakan kemahiran dan program ICT sebelum membentangkannya dalam kelas.

    “Projek yang membabitkan banyak proses dan aplikasi kemahiran ini harus dikembangkan kepada sekolah lain kerana ia memberi faedah kepada pelajar termasuk menerusi proses carian Internet, membangunkan nota multimedia serta menggunakan perisian grafik,” katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan PBL peringkat WPKL 2008, baru-baru ini.

    SK Seri Bintang Selatan menjuarai kategori Sekolah Rendah menerusi projek berjudul Water Cycle (Sains), manakala SMK (L) Methodist kategori Sekolah Menengah menerusi topik Forces and Motion (Fizik).

    Sementara itu, Penolong Pengarah BTP Negeri WPKL, Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah, berkata hasil pemantauan di enam sekolah rintis berkenaan menunjukkan ia memberi manfaat dalam menyediakan pelajar menghadapi abad ke-21.

    Katanya, antaranya meningkatkan kemahiran komunikasi, memberi keyakinan membuat pengucapan awam, semangat kerjasama kumpulan, mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa Inggeris serta memahami sesuatu perkara secara pengalaman dan bukan sekadar teori saja.

    “PBL berupaya menyediakan pelajar menghadapi masa depan berasaskan maklumat dan teknologi menerusi kemahiran asas dan digital diperoleh menerusinya termasuk kemahiran perancangan, berfikiran kritikal, penaakulan, kreativiti, pemahaman visual dan membuat keputusan serta mengenal pasti teknologi sesuai untuk sesuatu tugasan,” katanya.

    Sumber : Berita Harian 20/11/2008

  11. GABUNGAN ICT DAN P&P GIAT MINAT PELAJAR
    Ditulis oleh DR RUMINI KU AHMAD

    Sekolah tidak ada pilihan melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan keterampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Maka, pembabitan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Penggabungan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terbabit dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P.

    Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.

    Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabung jalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.

    Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

    Sumber : Majalah Pendidik Dis.2008

  12. KELAS KONDUSIF TAMBAH KEBERKESANAN PEDAGOGI
    Ditulis oleh ALIMUDDIN MOHD DOM

    BILIK darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di bilik inilah mereka menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan pelajar mengikuti pengajaran guru dengan mudah dan berkesan.

    Guru biasanya berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di bilik darjah iaitu untuk menangani kerenah pelajar yang ramai bilangannya, memastikan matlamat pengajarannya tercapai dan masa yang terhad.

    Selain itu, guru perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan pelajar yang berbeza minat dan tahap kebolehan. Mereka tidak boleh terlalu banyak memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dan sederhana sahaja sehingga mengabaikan pelajar yang cerdas. Demikian juga sebaliknya tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pelajar yang cerdas sehingga pelajar lain terabai.

    Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan elektrik atau cuaca yang tidak menentu.
    Gangguan di bilik darjah boleh berlaku pada bila-bila masa. Misalnya, kebisingan yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, pelajar yang kerap keluar masuk kelas tanpa keperluan dan pelaksanaan aktiviti sekolah yang mendadak dan tidak dirancang sehingga menjejaskan pengajaran guru.

    Sumber : Majalah Pendidik Jan 2009

  13. PEMANTAUAN BERKESAN TINGKAT PRESTASI SEKOLAH
    Ditulis oleh BADRUNHISHAM DAHALAN

    MODAL insan adalah komponen utama dan terpenting dalam menentukan keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Bagi organisasi dan institusi pendidikan seperti sekolah, modal insannya ialah pengetua atau guru besar, guru, kakitangan dan pelajar.

    Di sekolah, pengetua atau guru besar diamanahkan untuk menguruskan modal insan. Ini adalah satu bidang yang amat kompleks kerana setiap manusia dianggap sebagai individu yang berlainan. Namun, kehebatan pengurusan modal insan akan memungkinkan perbezaan individu dapat diminimumkan dan diselaraskan melalui kehebatan pengurusan pengetua atau guru besar sebagai pentadbir dan pemimpin di sekolah masing-masing.
    Dalam hal ini, setiap warga sekolah, sama ada pengetua, guru besar, guru, kakitangan, pelajar mahu pun ibu bapa pelajar, wajar mengetahui, memahami, beriltizam, dan bekerjasama ke arah pencapaian wawasan dan misi sekolah. Misalnya, wawasan dan misi sekolah ialah Kecemerlangan 100 Peratus Akademik – Kokurikulum-Disiplin. Kehebatan pengurusan pengetua atau guru besar ialah untuk menggerakkan tindakan ke arah pencapaian itu secara kolektif.

    Oleh itu, antara aspek pengurusan yang dianggap penting dan perlu diberi fokus oleh pengetua dan guru besar ialah pemantauan yang berkesan pada peringkat sekolah. Sehubungan itu, beberapa perkara berkaitan seperti takrifan dan konsep pemantauan berkesan harus difahami pengurus sekolah untuk merancang tindakan ke arah pencapaian kecemerlangan yang disasarkan dalam wawasan dan misi sekolah.

    Sumber : Majalah Pendidik Jan. 2008

  14. Berikan artikel mengenai persekitaran bilik darjah mesra budaya.

  15. Dinesh C,

    Maaf kerana saya tiada artikel tersebut.

  16. ANIMASI BANTU CERAPAN INGATAN PELAJAR
    Ditulis oleh Syahrul Nizam Junaini

    SEJAK beberapa dekad lalu, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengubah kehidupan manusia. Aspek pendidikan turut merasa tempias perkembangan ICT dan ini termasuk teknologi animasi. Kehebatan teknologi animasi membolehkan proses interaksi dalam bilik darjah dilakukan dalam bentuk yang lebih efisien, efektif dan interaktif.

    Di dalam proses pembelajaran dan pembelajaran (P&P), penggunaan gambar, rajah atau imej yang tepat adalah sangat penting. Hal ini bagi memastikan pelajar benar-benar dapat ‘melihat’ satusatu teori. Penggunaan animasi dalam menyampaikan maklumat menepati pendekatan belajar melalui melihat. Ia menggabungkan grafik dan teks yang mampu mengukuhkan ingatan pelajar.

    Proses memahami sesuatu konsep sukar akan dapat dimudahkan dengan bantuan animasi. Ia bertindak sebagai peranti ingatan untuk membantu proses mengingat sesuatu prinsip, sistem atau teori. Dengan mengaplikasikan animasi dalam pembelajaran, pelajar dihidangkan dengan senario pembelajaran yang lebih menarik dan memberangsangkan.

    Dalam bidang berkaitan teknologi pengajaran dan pedagogi, animasi turut digunakan untuk menghasilkan ilustrasi bagi topik tertentu. Ia berperanan memperkukuh proses pengajaran di mana pensel dan kertas tidak mampu memberikan kesan yang sama. Dalam kes ini, animasi boleh digunakan untuk menghasilkan visual tertentu terutama dalam memperkenalkan konsep baru.

    Sumber : Majalah Pendidik Mac 2009.

  17. TRANSFORMASI P&P
    Oleh Rosniza Mohd Taha

    Guru perlu ubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi tingkat kreativiti, perkembangan minda pelajar

    PRESIDEN Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Must) merangkap Presiden Persekutuan Akademi dan Persatuan Saintifik Asia (AASA), Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman, memberi pandangan mengenai transformasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang wajar dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar dalam bidang sains. Ikuti pandangan beliau seperti yang disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Rosniza Mohd Taha.

    SEORANG rakan pernah menceritakan kepada saya mengenai anaknya dimarahi guru kerana menghasilkan lukisan daun berwarna merah sedangkan sebenarnya anak itu mendapat inspirasi berbuat demikian setelah melihat pokok puding di luar kelasnya yang mempunyai ciri fizikal itu.

    Kisah ini adalah contoh mudah bagaimana kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara hafalan yang masih diamalkan secara meluas di negara ini boleh membantutkan kreativiti dan perkembangan minda pelajar kerana mereka tidak diberi peluang menjelas atau membincangkan pendapat mereka mengenai sesuatu pengetahuan.

    Ini kerana kaedah P&P secara hafalan ini hanya memerlukan pelajar mengingati sebanyak mungkin pengetahuan atau maklumat yang dicurahkan guru tanpa menekankan aspek kefahaman pelajar mengenai teori atau idea yang diketengahkan.

    Kaedah P&P yang kurang merangsang daya pemikiran pelajar inilah antara punca bidang sains dianggap susah dan tidak menarik minat masyarakat negara ini khususnya di kalangan pelajar.

    Jika masalah asas ini tidak ditangani segera, pasti ia menyukarkan usaha kerajaan mencapai sasaran nisbah 100 penyelidik, saintis dan jurutera dengan 10,000 tenaga kerja tempatan menjelang 2020.

    Antara penyelesaian boleh dilaksana bagi mengatasi masalah ini ialah melatih guru mengamalkan kaedah P&P secara pertanyaan dan percubaan atau Inquiry Based Learning (IBL) yang kini menjadi amalan di kebanyakan negara termasuk Singapura, Turki dan Amerika Syarikat.

    Saya berpeluang menyaksikan bagaimana kaedah P&P ini dilaksanakan ketika ia dibentangkan sempena Perhimpunan Agung Kelapan AASA dan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Sains Asia Pasifik di Ankara, Turki, tahun lalu.

    Menerusi IBL, guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan pemangkin bagi pelajar membina kefahaman mengenai sesuatu teori sains berdasarkan contoh kehidupan sebenar ditunjukkan kepada mereka.

    Pendekatannya mudah, iaitu guru menunjukkan objek atau fenomena sebenar yang wujud untuk dijadikan bahan eksperimen pelajar secara berkumpulan.

    Sewaktu melakukan eksperimen, pelajar digalak mengetengahkan pendapat dan berbincang mengenai pemahaman masing-masing sebelum guru menjelaskan konsep sebenar.

    Sebagai contoh, jika topik berkaitan kadar air diperlukan tumbuhan, guru boleh membawa pelajar melawat kebun sayur terlebih dulu dan apabila pulang ke kelas, diadakan perbincangan dengan pelajar mengenai isu itu.

    Setiap pelajar diberi peluang mengemukakan pendapat masing-masing dengan menyatakan rasional mereka berpendapat demikian dan tiada jawapan dianggap salah atau betul.

    Kemudian pelajar diberi peluang menjalankan eksperimen berkaitan topik itu dengan bimbingan guru bagi membolehkan mereka mencari sendiri jawapan sebenar kepada isu yang dibincangkan.

    Amalan P&P seumpama ini lebih berkesan bagi membina kemahiran pemerhatian dan analisis pelajar kerana mereka didedahkan contoh sedia ada dan diberi galakan untuk menyuarakan pendapat.

    Ia juga secara tidak langsung menyuntik semangat kerjasama dalam kumpulan serta membiasakan pelajar dengan kemahiran menjalankan eksperimen.

    Bagi memperluas IBL di negara ini, guru subjek sains di seluruh negara perlu diberi latihan sewajarnya dan kepakaran ahli saintis juga boleh diguna pakai bagi tujuan ini.

    Pembabitan ahli saintis pula bukan untuk mengajar, sebaliknya membimbing guru menjalankan eksperimen menggunakan objek, hidupan atau fenomena bagi menyuntik minat pelajar dalam subjek itu.

    Sumber : Berita Harian Online 07/04/2009

  18. 5 RAHSIA PowerPoint BERKESAN DALAM PEDAGOGI
    Ditulis oleh SYAHRUL NIZAM JUNAINI

    DUNIA pendidikan hari ini semakin kompetetif. Bagi pendidik, kelainan yang ditonjolkan ketika mengajar pasti mampu menarik perhatian pelajar. Bagi saya yang mempunyai latar belakang dalam bidang reka bentuk multimedia, perkara ini dilihat sebagai sangat signifikan.

    Maka, setiap guru harus serius memikirkan perkara ini. Guru harus mencari teknik dan kaedah terbaik bagi menghasilkan slaid yang bukan sekadar persembahan biasa. Saya yakin anda memang menguasai bidang subjek masing-masing. Dengan pengalaman mengajar, anda juga sudah hafal setiap butiran bagi apa yang hendak diajar kepada murid. Namun, kelemahan menguasai teknik penyediaan dan penyampaian slaid boleh menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

    Lima rahsia untuk memantapkan prestasi guru di bilik darjah akan saya kongsikan. Perkara ini sangat mustahak bagi memasikan proses P&P lebih ceria dan berkesan.

    1. Tentukan kesesuaian fon
    2. Fahami fungsi elemen grafik
    3. Slaid ceria pelajar gembira
    4. Kuasai teknik mengurus bilik darjah
    5. Pelajari seni pidato

    Sumber : Majalah Pendidik April 2009

  19. HAPUSKAN MITOS LAMA PENGAJARAN BERKESAN
    Ditulis oleh Anuar Ahmad

    TAHUKAH anda terdapat tujuh mitos pengajaran berkesan yang sangat dipercayai oleh kebanyakan guru. Malah di dalam latihan perguruan pun mitos ini diajarkan sebagai ciri-ciri pengajaran yang berkesan. Tujuh mitos itu ialah:

    Mitos Satu: Hanya dendaan akan berjaya mengubah tingkah laku negatif pelajar
    Mitos Dua: Sentiasa memberi peringatan dan amaran akan mengubah tingkah laku pelajar menjadi semakin baik.
    Mitos Tiga: Dengan menerangkan kepada pelajar mengapa sesuatu tingkah laku itu buruk maka pelajar akan berhenti melakukan perbuatan itu.
    Mitos Empat: Sentiasa memberi pujian hanya akan merosakkan sikap pelajar
    Mitos Lima: Bila pelajar berjaya melakukan sesuatu buat pertama kalinya maka mereka sudah boleh melakukan sendiri pada masa depan.
    Mitos Enam: Semua pelajar adalah sama. Jika seseorang pelajar boleh berjaya, maka pelajar lain juga sepatutnya boleh berjaya.
    Mitos Tujuh: Pelajar yang gagal disebabkan mereka terlalu manja.

    Bermula bulan ini, ruangan Bila Loceng Berbunyi akan menghuraikan setiap mitos itu dengan harapan menjadi panduan tambahan kepada guru supaya pengajaran kita menjadi lebih berkualiti dan memenuhi harapan pelajar. Sebagai guru, kita sentiasa bercita-cita untuk melihat semua pelajar di bawah tanggungjawab kita menjadi pelajar cemerlang. Sama ada kita sudah lama menjadi seorang guru atau baru berkhidmat, cita-cita ini wujud di dalam hati semua guru.
    Semasa latihan perguruan di maktab dan universiti dulu kita pernah didedahkan dengan pelbagai petua untuk melaksanakan pengajaran yang cemerlang. Bagaimanapun, perubahan di dalam kehidupan menyebabkan banyak perkara perlu berubah khususnya mengenai cara kita untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Sebagai guru memang sukar untuk kita mengubah apa yang kita amalkan selama ini. Sekurang-kurangnya itulah yang dilaporkan di dalam beberapa jurnal penyelidikan berkaitan sikap pendidik yang sukar untuk mengubah amalan pengajaran selepas lama berkhidmat. Malah semua orang sebenarnya sukar untuk merubah rutin yang dilakukan dalan kehidupan harian mereka. Tanyalah doktor, jurutera, ahli politik atau sesiapa sahaja, jawapannya tentu akan sama sahaja, sukarnya untuk berubah.

    Sumber : Majalah Pendidik April 2009

  20. P&P ONLINE ALTERNATIF TERBAIK GURU KERAP OUT-STATION
    Ditulis oleh Zahri Ramlan

    PENGGUNAAN yang semakin meluas terhadap teknologi akses secara online yang diperkenalkan di internet adalah berita baik yang perlu diterima setiap lapisan pendidik terutama guru yang mengajar di sekolah.

    Cerratto and Belisle mengatakan: “With the functionalities afforded by new networked technologies, there is now the potential for students to share their learning experiences with each other and also interact more dynamically with their tutors”.

    Selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan melalui Teras 2: Membangunkan Modal Insan, guru diminta untuk bertindak secara proaktif dan aktif dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada pelajarnya dengan pelbagai kaedah berdasarkan kecerdasan pelbagai (multiple intelligences) yang dimiliki pelajar. Ia bertujuan melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran pada masa hadapan sesuai dengan kehendak pasaran semasa.

    Bagi memartabatkan profesion perguruan, guru sentiasa didedahkan dengan input terkini dari semasa ke semasa. Pelbagai kursus dan peningkatan keilmuan diberikan kepada guru untuk memastikan ilmu yang diberi akan disampaikan kembali kepada pelajar demi mencapai matlamat membangunkan modal insan yang cemerlang dan terbilang pada masa depan.

    Bagaimanapun, pembabitan guru dalam kursus peningkatan keilmuan profesionalisme, aktiviti luar kurikulum, aktiviti kokurikulum dan pelbagai aktiviti rencam menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan sekolah dan bilik darjah dalam satu jangka waktu tertentu.

    Sumber : Majalah Pendidik Mei 2009

  21. nadira rashid

    salam…nk minta pandangan ttg soalan ni..BAGAIMANA SEORG GURU BLH MENJALANKAN AKTIVITI P&P UTK MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA IAITU YG MENEKANKAN ASPEK PTUMBUHAN MURID2 YG SEIMBANG DARI SEGI JERIS..tlg yer…

  22. hi cikgu. saya seorang pelajar dari IPGM. saya ada sedikit masalah dalam tugasan saya yang bertajuk…..

    BAGAIMANAKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA YANG KONDUSIF BAGI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?

    tolong bantu saya cikgu…..reply pada email saya….secepat mungkin……..terima kasih

  23. Kugan,

    Sila rujuk 2 artikel di ATAS sebagai panduan, iaitu :

    1. PENGURUSAN BILIK DARJAH UNTUK PENGAJARAN BERKESAN
    Ditulis oleh ALIMUDDIN MOHD DOM

    2. KELAS KONDUSIF TAMBAH KEBERKESANAN PEDAGOGI
    Ditulis oleh ALIMUDDIN MOHD DOM

  24. GURU YANG BAIK DARI KACA MATA IBU BAPA

    1. Guru yang benar-benar mengajar anak mereka
    Guru yang dianggap baik oleh ibu bapa ialah guru yang benar-benar mengajar anak mereka, bukannya guru yang mengajar mata pelajaran atau sesuatu subjek semata-mata. Dengan perkataan lain, guru perlu mengutamakan tugas untuk mengajar anak muridnya, kemudian barulah mengajar subjek yang diperlukan oleh anak muridnya itu. Seseorang guru tidak akan mengajar anak muridnya sekiranya dia tidak mengenali mereka iaitu sikap, latarbelakang keluarga, kegemaran, cita-cita, kelemahannya, potensinya dan sebagainya. Mengajar sesuatu subjek dalam bidang kepakaran guru memang senang, tetapi untuk menjadi guru bagi pelajar yang ingin pelajar yang ingin belajar subjek yang kita ajar, tidak semudah itu.

    Ibu bapa menganggap bahawa guru yang baik itu tentu dapat mengenal pasti keupayaan seseorang anak muridnya. Dia juga perlu tahu had keupayaan itu dan tidak membuat sesuatu yang kurang atau melebihi had keupayaan tersebut. Guru mengambil berat dan perihatin terhadap anak-anak muridnya sebagai seseorang manusia, dan turut mengambil berat tentang masa depan mereka.Kebanyakan ibu bapa menganggap guru yang bersikap sedemikian sebagai super teacher.

    2. Guru mengenali anak mereka
    Sesetengah sekolah megadakan majlis jamuan terbuka pada hari pendaftaran dan menganjurkan pelbagai program untuk pelajar baru dan lama dengan menjemput ibu bapa. Sekiranya pihak sekolah dapat mengambil kesempatan ini untuk menjalinkan hubungan yang mesra antara guru dengan ibu bapa, maka mereka akan membuat tanggapan awal bahawa guru-guru di sekolah tersebut sebagai guru yang cemerlang dan akan membimbing anak-anak mereka dengan baik. Ibu bapa akan memandang tinggi guru-guru yang mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidangnya. Di samping itu, mereka juga sering membuat andaian bahawa sekiranya anda tidak mengenali anak mereka, anda sebenarnya lebih banyak temberang!

    Ibu bapa juga menganggap seseorang guru itu berwibawa sekiranya dia dapat berkongsi pendapat mengenai maklumat berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan akademik, sosial dan perkembangan emosi kanak-kanak. Guru yang baik akan sentiasa mengemaskinikan ilmunya tentang perkara-perkara tersebut.

    3. Maklumat daripada pelajar
    Perasaan da tanggapan ibu bapa apabila berinteraksi dengan guru bagi pertama kali adalah sangat penting. Ibu bapa akan bercakap dengan rakan ibu bapa yang lain tentang guru itu. Malahan, terdapat ramai ibu bapa yang mendapat tanggapan mengenai seseorang guru hanya melalui gambaran yang diberikan oleh kanak-kanak mereka. Oleh itu, sikap guru ketika berinteraksi dengan para pelajar di dalam kelas juga mungkin akan dinilai oleh ibu bapa, iaitu sama ada sebagai guru yang garang, membosankan, bersopan, bijak, dan sebagainya, menurut gambaran yang diberikan oleh anaknya. Antara soalan yang sering diajukan oelh ibu bapa kepada kanak-kanak mereka untuk mengesan sikap seseorang guru adalah seperti berikut:
    Kamu belajar apa di sekolah hari ini?
    Guru buat apa sekiranya pelajar bising?
    Apakah tindakan guru terhadap pelajar yang tidak memberikan perhatian?
    Ada guru beri kerja rumah hari ini?

    Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa tanggapan awal atau tanggapan pertama itu tidak semestinya menggambarkan keadaan yang sebenar mengenai seseorang. Guru yang baik juga ada kalanya menonjolkan beberapa kelemahan pada masa-masa tertentu kerana sifat manusia yang tidak sempurna. Namun, guru yang bijak akan dapat mengesan kelemahannya sendiri dan tidak menunjukkan kelemahan itu kepada pelajar-pelajarnya atau lebih baik lagi, dia tahu bagaimana hendak menggunakan kelemahannya itu untuk kebaikan pelajar pula! Di samping itu, dia perlu sedar bahawa pelajar juga ada kelemahan diri masing-masing dan tidak bersifat sempurna.

    4. Guru bukan faktor utama
    Ibu bapa perlu mendapat penjelasan bahawa guru bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan kejayaan anaknya dalam hidup. Misalnya, faktor ibu bapa, rakan sebaya, dan persekitarannya juga memainkan peranan yang penting. Sekiranya faktor guru yang baik sahaja yang menentukan kejayaan seseorang, maka semua pelajar yang diajar oleh seseorang guru yang baik itu akan menjadi manusia yang berjaya dan semua ibu bapa akan berebut-rebut untuk meletakkan anak-anak mereka sebagai anak murid guru itu. Tetapi keadaan yang sebenarnya tidak sedemikian. oleh itu, apabila mempunyai peluang untuk memberi pandangan, guru perlu menjelaskan kepada ibu bapa tentang keadaan ini. Sekiranya guru dapat memberikan penjelasan ini dengan sempurna, ibu bapa akan menganggap guru itu sebagai guru yang baik.

    5. Komunikasi
    Guru yang dianggap baik oleh ibu bapa ialah guru yang dapat menerangkan apa-apa yang berlaku di dalam kelas anak-anak mereka. Misalnya tentang apa-apa program atau projek yang sedang akan dijalankan, tentang keadaan pelajar di dalam kelas, dan sebagainya. Penerangan itu mungkin dalam bentuk perbualan melalui telefon atau melalui surat, dan sebagainya. Namun, kebanyakan ibu bapa akan menganggap bahawa guru yang sentiasa berhubungan dengan mereka itu sebagai guru yang baik. Misalnya, terdapat guru yang meminta ibu bapa menandatangi kertas latihan pelajar yang mendapat markah yang rendah, untuk memastikan bahawa ibu bapa pelajar itu tahu akan keadaan anaknya.

    6. Kerja rumah dan buku latihan
    Ibu bapa yang mengambil berat tentang anak-anak mereka akan menilai keupayaan guru dengan melihat buku latihan anak-anak mereka. Buku latihan yang hampir tidak digunakan atau tidak diperiksa dalam jangka masa yang lama menggambarkan anda sebagai guru yang malas dan tidak boleh diharap. Kerja rumah yang terlalu banyak juga dianggap sebagai sesuatu yang membebankan pelajar. Oleh itu, guru perlu bijak mengimbangkan keadaan ini untuk memberikan keyakinan kepada ibu bapa. Misalnya, kerja rumah yang diberikan hendaklah berkualiti, iaitu sesuatu yang dapat mendorong pelajar untuk berdikari bagi sesuatu yang dilakukan sekadar untuk menunjukkan bahawa anda ada memeberikan kerja rumah. Sekiranya pelajar dapat berbual dengan ibu bapa mereka mengenai sesuatu yang menarik tentang kerja rumah yang anda berikan, anda akan dianggap sebagai guru yang baik!

    7. Kerjasama
    Guru perlu berfikiran positif dan membuat tanggapan bahawa memang ramai ibu bapa yang ingin melibatkan diri dan memberikan kerjasama demi kemajuan diri anak-anak mereka tetapi mereka tidak tahu begaimana kerjasama itu dapat diberikan.Sekirannya anda dapat menunjukkan cara bagaimana ibu bapa dapat membantu anda dan anak-anak mereka menurut keupayaan mereka, anda akan dianggap sebagai guru yang baik.

    8. Mengajar itu merupakan satu seni
    Terdapat ibu bapa yang menganggap sikap guru yang pandai menjaga hati anak-anak mereka dengan kerap menegur sapa, berbual-bual, dan sebagainya itu sebagai tindakan guru yang baik. Di samping itu, ada pula ibu bapa yang menilai guru melalui kemajuan akaemik anak-anak mereka semata-mata, dan ada pula yang menilai guru dari kedua-dua aspek yang disebutkan tadi. Oleh itu, mengajar itu sebenarnya satu kombinasi seni dengan sains. Seni dalam kehalusannya menjaga perasaan pelajar dan sains dalam tugasnya untuk menyampaikan isi-isi ilmunya. Denga perkataan lain, guru perlu melakukan apa-apa yang terbaik seperti yang diharapkan oleh ibu bapa, atau lebih cepat lagi, guru hendaklah menganggap anak-anak muridnya itu sebagai anak-anaknya sendiri. Dan, satu-satunya cara yang paing biasa yang paling mudah bagi ibu bapa mengesan guru yang baik atau sebaliknya ialah dengan melihat sama ada anak-anak mereka berminat atau tidak untuk pergi ke sekolah. Apabila anak-anak mereka seronok pergi ke sekolah, ibu bapa juga demikian.

    Walaupun ibu bapa mungkin membuat pelbagai tanggapan mengenai seseorang guru, mereka harus sedar bahawa tanggapan mereka itu tidak semestinya benar, terutamanya tanggapan negatif. Bagi pihak guru pula, kita perlu sedar bahawa tingkah laku dan perwatakan kita sentiasa diperhatikan dan mungkin menjadi tajuk utama di meja makan anak-anak murid kita. Dengan perkataan lain,guru tidak ubahnya seperti artist atau selebriti juga. Oleh itu, komunikasi yang kerap dan berterusan dengan ibu bapa adalah penting untuk memberikan tanggapan yang sebenar walaupun kita mungkin akan menghadapi kekangan yang banyak kerana beberapa masalah seperti jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas, ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kemajuan anak-anak mereka, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak, dan ibu bapa yang terlupa bahawa seseorang guru itu bukan hanya mengajar anak mereka sahaja.

    Sumber: Majalah Pendidik/Bil.10/Nov-Dis 2004
    Dipetik daripada : https://cikgumohammadsaid.blogspot.com

  25. SIFAT DAN CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG PERKASA

    1. Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan

    – punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
    – hubungkan ‘mata plajaran’ dengan kehidupan murid-murid kenal, hormati dan percayai murid-murid
    – mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis
    – menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
    – menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
    – hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzikal dn kebudayaan.

    2. Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa

    – melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
    – berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
    – adil dalam menilai dan menggred
    – fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
    – bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
    – seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya
    – sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
    – merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
    – secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa ‘baru dan segar’ serta relevan
    – menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

    3. Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa

    – seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
    – seorang yang ‘dahagakan’ ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
    – juga seorang yang suka ‘belajar’ perkara-perkara di luar bidangnya
    – aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya
    – menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
    – bina dan mengekalkan perhubungan profesional
    – bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

    Sumber : Hamzah B. Mohamed

  26. PENGAJARAN BERKUALITI

    Pengajaran Berkualiti bergantung kepada kewujudan suatu suasana pembelajaran yang menggalakkan dan menyokong pembelajaran semua pelajar.

    Pengajaran berkualiti bercirikan guru yang:

    1. Boleh mengaplikasikan pelbagai strategi pengelolaan dan pengajaran yang sesuai dengan stail pembelajaran pelajar serta keperluan pendidikan, mata pelajaran yang diajar, dan keadaan/konteks sekolah dalam sebuah bilik darjah yang berdisiplin dan bertujuan,

    2. Memantau pembelajaran setiap pelajar, memberi maklumbalas yang relevan dan merancang mengikut keperluan individu, kumpulan dan keseluruhan kelas,

    3. Memupuk pembelajaran sendiri, mengupayakan pelajar membincangkannya, dan mengharapkan pelajar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri,

    4. Membentuk perhubungan beretika berasaskan kemahiran berkomunikasi yang baik serta rasa hormat terhadap semua pelajar sebagai individu dan mengharapkan penghormatan diberikan sebagai balasan,

    5. Mempunyai pengetahuan yang terkini/mutakhir serta penyokong kuat kandungan kurikulum,

    6. Merenung secara kritis amalan sendiri dan menunjukkan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat dengan mendapatkan sokongan rakan sejawat disamping memajukan perkembangan professional diri sendiri,

    7. Boleh menyatakan kepercayaan yang dipegang mengenai pembelajaran serta prinsip-prinsip yang menjadi asas pengajarannya,

    8. Percaya bahawa semua pelajar berkebolehan untuk belajar, berharap semua pelajar akan belajar, serta menyampaikan ekspektasi/harapan itu kepada individu, kelas dan komuniti,

    9. Melibatkan pelajar secara aktif dalam pengalaman pembelajaran berkaitan isu-isu yang dianggap penting oleh para pelajar kepada kehidupan mereka, dan

    10. Membantu pelajar membina pertalian, memahami perhubungan/perkaitan di dalam dan antara bidang isi kandungan, serta menangani prinsip-prinsip umum dan juga fakta-fakta berasingan.

    PEMBELAJARAN BERKUALITI

    Pembelajaran Berkualiti berkemungkinan besar akan berlaku apabila para pelajar:

    1. Terlibat secara aktif dan bertujuan dalam isu-isu dan aktiviti-aktiviti yang mereka anggap penting;

    2. Sanggup mencuba perkara baru serta mengambil risiko mengaplikasikan strategi menyelesaikan masalah secara konvensional dan kreatif;

    3. Terlibat dalam merancang kerja masing-masing serta mengambil tanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri;

    4. Percaya terhadap keupayaan diri untuk belajar dan mampu membincang serta membuat renungan mengenai pembelajaran masing-masing;

    5. Mempunyai keinginan untuk belajar secara individu dan berkumpulan dan mereka diberi sokongan untuk melakukannya;

    6. Komited, mempunyai motivasi diri serta mampu mencari sumber dan bantuan dari pelbagai punca;

    7. Menghargai, menghormati serta mengambil berat mengenai pandangan, perasaan serta perkara-perkara yang dianggap penting oleh orang lain;

    8. Mengetahui bahawa ahli keluarga dan komuniti mereka sentiasa dialu-alukan di sekolah;

    9. Berkebolehan membincang isu-isu yang menjadi asas masyarakat seperti demokrasi, keadilan, kesaksamaan serta mengaitkannya dengan kehidupan masing-masing; dan

    10. Berkebolehan membentuk perhubungan yang positif dengan guru, pelajar serta orang dewasa yang lain.

    Sumber: Petikan daripada Perbentangan oleh Norziah Shah bt Ibrahim, Jemaah Nazir Sekolah

  27. Salam..boleh tak terangkan ciri-ciri pengajaran berkualiti

  28. Sila rujuk artikel/petikan2 yang telah dikemukakan diATAS. Semoga ianya dapat membantu nurul.

  29. Menjadi seorang pendidik merupakan satu anugerah. Ramai yang boleh menjadi guru tapi menjadi seorang pendidik bukan semua guru yang mampu. Pendidik perlu mendekati pelajar dengan seni yang tersendiri. Abad ini bukan lagi zaman Hang Tuah, kekerasan dan garang. pelbagai pendekatan perlu dicari bagi mendapat jalan untuk mendekati pelajar. Untuk menyuruh pelajar menghormati kita tidak semestinya kita perlu garang dan membawa imej yang gerun. Ya,mungkin kalau itu yang kita bawa, pelajar akan menghormati kita sekadar di depan mata tetapi belum pun sempat 5 langkah, pelajar sudah mula membuat mimik muka yang menyampah kepada kita. apakah itu yang kita mahu? Juga kita tidak boleh terlalu lembut kerana pelajar-pelajar di alaf baru ni, pandai ‘BERTEATER’. Begitu juga dengan pedagogi. Guru perlukan anjakan paradigma. Cuba lahirkan suasana seronok dalam kelas. P&P yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang ‘long-life memory’. Saya masih ingat bagaimana sewaktu persekolahan saya dulu, seorang guru yang tidak ada komitmen dalam pengajarannya menyebabkan saya gagal dalam subjek itu dan sebaliknya seorang guru yang berbangsa cina mengajar BIOLOGI dengan menerapkan kaedah ‘KAJIAN LAPANGAN’ (waktu itu zaman 80an, belum popular lagi kaedah ini), ia melahirkan minat yang mendalam terhadap subjek itu. Sehingga sekarang, saya bawa pendekatan dan jiwa pendidik yang ada pada guru itu. Saya terapkan untuk pelajar-pelajar saya. As a result, it is AMAZING……
    Jadi kepada bakal pendidik, berusaha lah dan cubalah menangi hati pelajar-pelajar dan percaya lah pelajar pasti akan tunduk pada kita. Jika kita mahu pelajar menghormati kita, terkadang-kadang kita perlu juga menghormati prinsip mereka. Kerana pelajar-pelajar (sekolah Menengah) adalah remaja-remaja yang masih tercari-cari identiti diri. Dorongi mereka dengan berhemah……. SALAM.

  30. Saya sangat-sangat bersetuju dengan pandangan Cg Umie, semoga kita semua dapat meningkatkan kemahiran diri bagi mewujudkan suasana yang menyeronokkan, seterusnya menarik minat pelajar untuk belajar. Akhirnya menjadikan P&P kita lebih berkesan dan berkualiti.

  31. Salam cgu…mgenai asset base adakah ianya benar2 akan mula dipraktikkan bagi pelajar ting4 2010 mengikut modul HSP baru yg mash blum diterima lg hingga saat ini..dan kalau benar asst base perlu diajar mulai tahun depan…bgaimana dgn sek yg tidak menerima CD dr syarikat tersebut spti sek sy krn sek sy bkn bwh KPM ttapi bwh krjn negeri dan jabatn agama. yg ada hanya yg di instal dlm laptop sy,itupun sy gna cd sek lain yg dah drop sbjek ni.tp cd tu sy tak bole ambil terus…kena pulangkan semula kpd pihak berkenaan. so..mcm mana sy nk ajar asset base memandangkan sek sy tk dpt cd tu

  32. Yat,

    Dalam SP atau HSP tidak dinyatakan mesti menggunakan AssetBase. Jadi penggunaan perisian asas komputer seperti Ms Excel dll boleh digunakan. Ataupun mana-mana perisian perakaunan yang lain. Skop SPM lebih kepada pendedahan penggunaan ICT dalam menjana dan mempersembahkan maklumat perakaunan. Bukannya pelajar mesti mengaplikasikan sepenuhnya sesuatu perisian perakaunan tersebut. Sebenarnya AssetBase itu sendiri bukannya suatu perisian perakaunan sepenuhnya, sebaliknya hanya sebuah Perisian Pendidikan Perakaunan yang dibangunkan sebagai alat p&p bagi subjek prinsip perakaunan.

  33. Terima kasih atas jawapan yang diberi. Baru-baru ini saya telah menghubungi pegawai yg berkenaan di JPN dan mengemukakan masalah ini dan beliau sendiri telah bersetuju untuk dtg ke sekolah untuk install perisian trsebut di makmal kmputer mgunakan cd yg ada pd beliau. Skiranya ianya telah di install nanti,adakah baik untuk saya melakukan hands on dengan pelajar mggunakan perisian tersebut bg tajuk2 yang tertentu???atau sekadar memperkenalkan shaja sudah mencukupi???saya agak keliru dgn perisian tersebut. sekiranya ia tidak terlalu penting,knapa pihak tertentu sanggup membelanjakan berpuluh2 ribu untuk perkara ini. Jadi sy berharap biarlah ianya benar2 berguna sejajar dengan kepentingannya dan wang yang telah dibelanjakan itu. kalau tidak,ianya hanya satu pembaziran.

  34. Baguslah jika perisian tersebut dapat diperolehi daripada JPN. Terlebih dahulu study perisian tersebut, apa kekuatan dan kelemahannya, apa isi kandungannya yang boleh digunakan bagi membantu PnP kita nanti.

    Pada pandangan saya, yang penting, kita tahu dan faham apa yang hendak kita sampaikan kepada pelajar berdasarkan HSP yang ada. Sekiranya perkara tersebut terdapat dalam perisian dan sesuai digunakan, maka kita gunakan sebaik mungkin bagi membantu PnP kita. Jika tidak sesuai, maka kita gunakan KREATIVITI dan INOVATIF kita sendiri bagi memenuhi apa yang terkandung dalam HSP.

    Perkara yang selebihnya, saya tidak dapat berikan apa-apa komen.

  35. salam…
    maaf, blh sy minta pendapat dr en. berkaitan : “kesan dan kelebihan bagi penggunaan internet dan web dalam pengajaran dan pembelajaran”

  36. tq ats pandangan dan guidance. hanya sekadar ingin meleraikan kekusutan dan kekeliruan yg ade…

  37. salam…
    sebetulnya saya merupakan guru baru (2 tahun mengajar). macam2 cara saya cuba, untuk tarik minat pelajar untuk belajar, namun nampaknya semua macam tak berhasil. sebagai guru, kekadang saya rasa macam seolah-olah saya nie, “hidung tak mancung, pipi tersorong2” dalam mengajar. saya dah cuba guna bilik ict (power point) dlm megar, bagi nota yang menarik untuk konsep2 (saya taip siap2, then baru bagi mereka) mengadakan kelas tambahan (tiada sambutan) dan banyak lagi. kekadang saya rasa macam give up. mereka lebih tumpukan kepada latihan2 dari guru tuesyen mereka kerana sekolah yang saya mengajar nie, mmg area bandar raya. cikgu ada apa2 cdgan tak untuk saya?

  38. Salam,

    Sesungguhnya cikgu seorang yang dedikasi, tahniah saya ucapkan. Sebenarnya pelajar cikgu memang berminat untuk belajar akaun, itu sebabnya mereka mengikuti kelas tuisyen. Cuma masalah timbul, mungkin disebabkan pendekatan, kaedah atau cara penyampaian yang cikgu gunakan berbeza dengan guru tuisyen mereka. Kadang2 menyebabkan mereka jadi keliru dalam memahami sesuatu topik, jadi mereka akan membuat pilihan siapa yang harus diikuti.

    Pendekatan yang kita gunakan disekolah lebih kepada menguasai ilmu perakaunan itu sendiri, manakala di tempat tuisyen lebih menggunakan pendekatan peperiksaan semata2….. itu yang lebih menarik minat pelajar.

    Pada pandangan saya, untuk mengubah arah tumpuan pelajar tersebut agak sukar. Jika mereka tidak mahu ikut kita, apa kata kita ikut rentak mereka. Kalau sebelum ini cikgu cuba untuk MENGAJAR mereka, tetapi mereka tak nak ikut. Apa kata cikgu MENDEKATI mereka dengan pendekatan MEMBANTU mereka.

    Cadangan saya, cikgu sediakan senarai semak penguasaan topik bagi setiap pelajar, cikgu kenal pasti sejauh mana penguasaan mereka sama ada Lemah, Sederhana ataupun Mahir. Bagi setiap topik cuba kenalpasti apa kelemahan mereka, kemudian cikgu BANTU mereka mengatasi kelemahan tersebut satu persatu. Cikgu gunakan kaedah LATIH TUBI, banyakkan aktiviti PERBINCANGAN, SOAL-JAWAB dalam kumpulan atau secara individu. Pada pandangan saya, secara tidak langsung akan menarik MINAT terhadap kelas cikgu, kerana cikgu bukan lagi MENGAJAR tetapi memberikan RUANG dan MASA untuk mereka meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka.

    Ok, itu saja pandangan daripada saya, semoga sedikit sebanyak dapat membantu Cg Ct Khaty.

  39. salam…..
    terima kasih banyak2 atas pandangan cikgu tersebut…
    moga diiri cikgu dan keluarga sentiasa dirahmatiNYA…
    Insya ALLAH, saya akan try pula pendekatan yg cikgu cdgkn tue…
    terima kasih banyak2….

  40. salam cg…
    saya ckgu prinsip akaun…tapi saya baru shj posting dan megajar PA.. masalah saya skang ialah macam mana hendak membuat pelajar2 saya minat PA dan mereka boleh belajar dgn cara mudah untuk memahami subjek ini….
    apa topik yang patut saya tekan kan dekat mereka

  41. Salam,
    Kita sebagai guru seharusnya mensasarkan untuk menjadikan PnP kita berkesan dan berkualiti. Jika pelajar kita BERMINAT tetapi PnP kita TIDAK BERKESAN, maka hasilnya tidak kemana. Sebaliknya jika PnP BERKESAN dan BERKUALITI, maka secara tidak langsung pelajar akan BERMINAT untuk mempelajari prinsip perakaunan. Untuk itu Cg Hanim boleh baca petikan artikel2 berhubung perkara tersebut DIATAS.

    Pada pandangan saya, pelajar akan mudah faham sekirannya guru dapat menyediakan perancangan yang baik, BBM yang sesuai, latihan yang mencukupi serta pnp yang berkesan dan menyeronokkan pelajar.

    Rujukan paling baik tentang apa yang perlu diajar dan ditekankan adalah berdasarkan SP dan HSP.

  42. KAJIAN TINDAKAN KAEDAH PERBAIKI P&P
    Ditulis oleh SYED ISMAIL SYED MUSTAPA

    SESEORANG pendidik akan berdepan pelbagai masalah dan isu berkaitan pelajar, sama ada daripada segi masalah sosial, pengajaran dan pembelajaran atau tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

    Pendidik yang prihatin dengan permasalahan yang dihadapi pelajar mereka perlu melakukan refleksi bagi membuat penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran demi peningkatan pencapaian pelajar dan mengatasi setiap masalah yang timbul. Satu daripada aktiviti penting seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang dilalui, memikir-mikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian dinamakan refleksi. Selepas refleksi dilaksanakan, pendidik perlu melakukan Kajian Tindakan bagi mengatasi permasalahan berbangkit.

    Menurut (Jamil 2002), budaya penyelidikan dalam kalangan guru yang cuba dipupuk melalui projek Kajian Tindakan adalah kepercayaan dan nilai yang mementingkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, akauntabiliti serta berpegang kepada konsep penambahbaikan berterusan dalam suasana kerja kolaboratif. Guru yang mempunyai budaya penyelidikan adalah guru yang bersikap positif terhadap penyelidikan, celik penyelidikan (research literacy) iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan Kajian Tindakan sama ada secara individu atau kolaboratif, bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, melakukan penilaian kendiri serta membabitkan diri dalam penyelesaian masalah dan peningkatan profesionalisme.

    Sumber : Majalah Pendidik Mac 2010

  43. Komunikasi berkesan guru-murid tingkat keberkesanan P&P
    Ditulis oleh SYED ISMAIL SYED MUSTAPA

    GURU memainkan peranan penting bagi memastikan isi kandungan pelajaran disampaikan secara jelas dan efektif. Keberkesanan menyampaikan sesuatu pelajaran dapat diukur dengan melihat kebolehan murid memahami dan mentafsir mesej yang disampaikan guru.

    Berdasarkan model Komunikasi Wilbur Schramm, proses komunikasi bermula dengan rangsangan dikenali sebagai sumber (guru), kemudian dienkod, iaitu mentafsir sumber yang hendak disampaikan secara lisan atau bukan lisan (isi pelajaran) kepada destinasinya (murid). Apabila murid memahami sesuatu pelajaran, maka berlakulah komunikasi dan interaksi berkesan.

    Pengajaran Berkesan Pelbagai cara dan kaedah yang bersesuaian bagi seorang guru mempraktikan interaksi dan komunikasi yang berkesan dalam membantu meningkatkan perkembangan murid secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pertama, guru menguruskan aktiviti berkumpulan kepada murid. Melalui aktiviti berkumpulan, pendekatan interaksi pelbagai hala akan wujud. Guru akan memberi arahan kepada murid akan perkara yang perlu dilakukan kemudian murid akan melakukan aktiviti seperti yang diarahkan di dalam kumpulan dan wujud interaksi antara murid dan murid. Pendekatan ini membantu murid untuk proses pertukaran idea sesama mereka, disamping memupuk sikap bekerjasama, bertolak ansur dan bersosial.

    Sumber : Majalah Pendidik Mac 2010

  44. salam cikgu,saya ada sedikt masalah dengan tugasan yang bertajuk
    CABARAN PROFESION PERGURUAN – Menilai rakan sekerja (secara mutual) dalam aspek berikut :
    mengajar adalah satu seni.
    saya harap cikgu dapat membantu saya menghuraiakan apa i2 mengajar adalah satu seni.

  45. Nur,

    Semoga atrikel dibawah dapat membantu.

    SENI MENGAJAR
    Oleh: Amanda Putri Witdarmono

    Mengapa orang ingin pergi ke sekolah? Jawaban paling populer adalah karena di sekolah orang akan memperoleh pengetahuan dan dengan itu menjadi pintar.

    Saya pergi ke sekolah juga dengan alasan serupa, ingin memperoleh pengetahuan dan menjadi pintar. Namun, perspektif itu mulai berubah saat saya mencapai pendidikan lebih tinggi. Pengetahuan yang saya peroleh tidak lagi menjadi obyek yang bisa saya genggam untuk karier masa depan. Pengetahuan menjadi pembentuk pribadi; pengetahuan telah menantang pikiran saya dan menjadikannya strategi untuk kehidupan dan pengambilan sikap. Pengetahuan tidak statis; pengetahuan memiliki jiwa dan kehidupan yang memberi dampak bagi kehidupan manusia.

    Guru

    Dalam lingkup pendidikan, guru menjadi perantara pengetahuan. Guru menerjemahkan ilmu pengetahuan menjadi sebuah paket informasi yang menyenangkan sehingga siswa mudah menyerapnya. Guru menciptakan pelajaran yang kreatif dengan pengetahuan menjadi sesuatu yang menarik.

    Mengajar bukanlah sebuah kegiatan yang ada hubungan pasti antara subyek dan obyek. Mengajar adalah sebuah seni dengan guru menjadi senimannya. Melalui mengajar, ia mengekspresikan kepribadiannya. Dan para siswa adalah “hasil karya seni manusiawi” yang sifatnya tidak statis. Sama seperti kesenian, mengajar juga memberi kesempatan kepada guru untuk menjadi jujur kepada dirinya.

    Ketika di depan kelas, guru menempatkan dirinya sebagai pusat perhatian sekaligus obyek penyidikan. Para murid melihat guru dari atas sampai bawah. Karena itu, mengajar merupakan sesuatu yang pribadi, yang tidak dapat digantikan begitu saja. Mengajar itu melibatkan guru sebagai sosok yang menyeluruh, bukan hanya sebagai seseorang yang mencoba menyampaikan sepotong pengetahuan.

    Mengajar merupakan sebuah seni karena untuk menjadi guru dibutuhkan keahlian khusus. Aspek paling penting dan utama menjadi guru ialah kecintaan dan semangat yang terus-menerus (passion) pada bidang pendidikan. Artinya, selalu ada keinginan untuk membuat siswa belajar dengan senang dan mencapai keberhasilan. Kecintaan pada pendidikan juga berarti tekad untuk belajar sepanjang hayat.

    Mengajar itu menyita waktu. Di sini seorang guru harus mampu membuat keseimbangan antara kerja dan kehidupan keluarga. Guru juga harus meluangkan waktu untuk membuat rancangan pelajaran. Dibandingkan dengan profesi lain, jam kerja guru mulai lebih awal.

    Menjadi guru juga menghabiskan energi. Setelah menangani murid yang tidak mengerjakan PR dengan baik, ia harus menemui orangtua dan kepala sekolah. Ketika ada gagasan yang sulit dimengerti siswa, guru harus segera mencari cara paling menarik dan cocok untuk menjelaskannya. Berbagai tantangan ini tidak akan menjadi beban bila guru memiliki kecintaan dan tekad mendidik generasi muda.

    Teori pendidikan

    Selain syarat-syarat itu, ada banyak teori pendidikan yang harus dikuasai para guru agar dapat mengimbangi tuntutan global. Teori-teori itu selalu berkembang dan perlu pelatihan praktis agar dapat diterapkan secara benar.

    Ribuan kali berdiri di depan murid merupakan kesempatan bagi guru untuk menemukan kekuatan ataupun kelemahan. Bila ini disadari, ia akan dapat menemukan cara mengajar yang paling efektif. Pribadi yang baik dibangun melalui keberanian untuk melihat apa yang ada di dalam dirinya. Hal ini juga berlaku untuk seorang guru yang baik.

    Dalam pendidikan, seluruh pribadi dibentuk. Melalui interaksi dengan rekan sejawat, keterampilan guru di bidang hubungan antarpribadi dipoles. Pekerjaan sekolah yang membutuhkan manajemen diri dan tenggat biasanya membentuk pribadi menjadi pekerja keras dan gigih.

    Tujuan mata pelajaran sekolah adalah untuk membimbing dan mengilhami siswa guna menekuni bidang yang akan dipelajari kelak. Tujuan pendidikan adalah membangun generasi warga negara yang mampu memberi sumbangan bagi perkembangan bangsanya. Generasi muda inilah yang bakal memberi dampak pada lingkaran sosialnya. Mungkin mereka akan mengilhami orang lain. Mungkin pula—ini harapannya—suatu saat mereka akan menjadi guru dan perantara ilmu pengetahuan. Melalui pengajaran dan pembelajaran, siswa disiapkan menjadi pribadi yang kritis.

    Pada dasarnya, pendidikan dirancang untuk menghasilkan manusia komprehensif, yang memiliki watak baik, pengetahuan yang cukup, dan keterampilan yang memadai guna menghadapi kehidupan dunia.

    Pendidikan guru

    Mengajar itu seni. Ia membutuhkan beberapa keterampilan dan persiapan dalam bentuk pendidikan bermutu. Dalam pendidikan, para guru dilatih agar dapat menyesuaikan diri dengan berbagai macam lingkungan sekolah dan siswa. Pendidikan bagi guru dirancang untuk memenuhi harapan tertinggi profesinya. Guru harus menguasai ilmu pengetahuan di mana mereka akan menjadi perantaranya sehingga siswa tidak hanya mempelajari pengetahuan mentah, tetapi juga belajar bagaimana menerapkan dan menghubungkan pengetahuan itu dalam kehidupannya.

    Yang terpenting—mungkin sering dilupakan—ialah seorang guru juga harus akrab dengan berbagai falsafah mengenai pendidikan. Socrates, John Dewey, dan Howard Gardner memberi teori dan falsafah yang dapat dipelajari dan digunakan untuk membangun falsafah pendidikan.

    Penghargaan

    Dengan pengabdiannya yang all-out, dengan jumlah pekerjaan dan sumbangan abadi mereka untuk masyarakat, para guru juga membutuhkan penghargaan.

    Guru membutuhkan lebih dari sekadar Himne Guru atau tepuk tangan pada Hari Guru. Mereka membutuhkan imbalan nyata yang berguna untuk kemajuan sebagai pendidik ataupun untuk kehidupan sehari-hari.

    Guru membutuhkan fasilitas. Keamanan finansial merupakan salah satu yang mutlak diharapkan guru. Keamanan politis juga penting. Demikian pula, guru memerlukan akses informasi dalam kancah global agar ia dapat memoles keterampilan mengajarnya. Akses global menghubungkan para guru lokal dengan para pendidik dari berbagai budaya dan pengalaman yang berbeda.

    Kepuasan

    Akhirnya, apa sebenarnya kepuasan yang paling berharga bagi guru? Kemajuan para murid!

    Saya baru tiga tahun berada dalam dunia pendidikan. Pengalaman saya mungkin belum luas. Namun, saya merasa puas saat murid-murid saya bertanya saat pelajaran, atau saat mereka mengungkap keraguannya mengenai mata pelajaran yang sedang dibahas. Saya senang melihat mereka menerapkan apa yang saya ajarkan menjadi sebuah masalah dalam buku ajar.

    Di sini saya melihat gambaran guru pada murid-murid, sama seperti bagaimana kepribadian seorang seniman muncul dan tampak dalam karya seninya. Siswa meniru keutamaan guru dan bermimpi untuk menjadi seperti gurunya. Siswa menjadi pribadi yang makin baik dan makin dewasa karena gurunya. Bagi seorang guru, ini sudah cukup menjadi kehormatannya.

    Guru memang “pahlawan tanpa tanda jasa”. Mereka tidak membutuhkan pengakuan. Kemajuan individu, yang mendorong kemajuan masyarakat secara menyeluruh, telah membuktikan nilai sumbangan para guru bagi bangsa.

    URL Sumber: https://www.kompas.com/kompas-cetak/0711/24/opini/4015331.htm

  46. assalamualaikum…apakah peranan guru sebagai contoh modal insan dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran dalam proses p&p?tq….

  47. Waalaikumussalam,
    Bahan berikut mungkin sedikit sebanyak boleh membantu menjawab persoalan tersebut.
    tanggungjawab dan peranan guru

  48. Salam, saya ingin memeinta bantuan cikgu sekiranya ada instrumens untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri kita sebagai seorang guru.

  49. Salam, boleh rujuk borang e-Cakna (rujuk guru data/emis disekolah) yang digunakan untuk menilai prestasi guru dalam PnP.

  50. slm cikgu…saya ada maslah utk mencari tajuk yang berkaitan aktivti dalam bilik darjah sama ada aktiviti secara berkumpulan atau individu.

  51. assalamualaikum..apakah amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam bilik drjah yang mesra budaya? boleh cikgu terangkan..trima kasih..

  52. Waalaikumussalam,

    Cuba baca dan dapatkan jawapannya daripada : BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya) (klik).

  53. assalamualaikum… cikgu saya seorang guru pelatih KPM. saya nak minta pendapat tentang persekitaran mesra budaya. Di dalam sebuah kelas terdapat pelajar melayu, Cina, India dan sebagainya (kepelbagai kaum dan etnik). jadi bagaimana kita sebagai seorang guru ni hendak mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Al-maklumlah, jika satu kelas terdapat pelajar yang pelbagai kaun, banyak isu-isu yang mungkin timbul dari persekitaran bilik darjah yang pelbagai budaya ini… boleh cikgu beri pandangan? terima kasih

  54. saya nak tanye, macam mane nak buat set induksi mengenai tajuk keluarga dan komuniti?boleh cikgu bagi cadangan tak?

  55. Ana,
    Sedikit nota sebagai panduan.

    Set induksi yang mengambil masa lebih kurang 5 minit ni sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses pengajaran dan pengajaran seorang cikgu. Dari sinilah seorang guru itu dapat mengawal disiplin muridnya, memastikan murid2nya bersedia untuk pelajaran hari ini dan menarik minat muridnya untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.

    Set induksi yang dilakukan selalunya berkaitan dengan topik yang ingin di ajar oleh seseorang guru pada hari itu. Set induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, puzzle dan sebarang cara yang mengambil masa yang pendek. Percayalah.. dengan set induksi juga, kita dapat menjadi guru yang sentiasa di tunggu oleh murid2 untuk masuk ke kelas.

  56. assalamualaikum.. terima kasih atas mklumat ckgu yg terdahulu. untuk kali ni, boleh ckgu bncangkan tntang sejauh manakah perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan dan kurikulum memberi penekanan terhadap kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia.. trima kasih..

  57. Syakinah,
    Cuba dapatkan jawapannya daripada artikel berikut :
    https://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf

  58. asalamualaikum..cikgu ble tk bgi pendapat sikit mengenai senario pengajaran&pembelajaran pd masa kini?

  59. Waalaikumussalam,
    Pada pandangan Cg, yang paling ketara ialah penggunaan kemudahan ICT dalam PnP.

  60. salam ckgu.. xsgka t’jumpa blog ckgu.. trma ksh.. byk mklumat sy dpt dr blog ckgu tuk siapkn asgment.. blh sy tanya pndpt ckgu tntg pengurusan bilik darjah yg berkesan dan penggunaan model pengurusan disiplin yang sesuai menyumbang kepada pencapaian akademik yg lebih tinggi,..

  61. Rozawati,
    Banyak artikel berkaitan perkara tersebut yang boleh dirujuk sebagai panduan diinternet, hanya perlu SEARCH sahaja.

  62. salam.cikgu nak tanye niih.harap respon k. ade x pape artikel pasal peraturan da rutin dalam bilik darjah?

  63. salam cikgu…sy nak tnya sikit….macam mana nak menggalakkan lagi kaum lelaki untuk menjadi seorang guru sebab kajian menunjukkan lebih ramai kaum wanita yang memilih bidang ini selain daripada kaum lelaki???? ok..terima kasih

  64. salam cikgu,boleh tak eri pandangan..model pengajaran mana yang sesuai untuk ulasan guru brkualiti beri kesan kpd komitmen belajar pelajar dan isu pelajar perempuan lebih komitmen belajar dpd pelajar lelaki.tma kasih

  65. bolehkah cikgu memberi penjelasan tentang penggunaan BBM berkesan dalam P&P.

  66. Terdapat banyak bahan2 di internet berhubung perkara tersebut yang boleh dijadikan panduan.

  67. Salam, apa pandangan cikgu tentang isu yang sering dihujani para guru berkaitan perlanggaran etika profesionalisme hari ini.

  68. salam cikgu, bolehkah cikgu memberikan sedikit matlumat tentang implikasi persekitaran kondusif kpd pembelajaran guru, dan cara guru meningkatkan kompetensi dalam P&P BBM dan komunikasi??terima kasih

  69. Sila dapatkan maklumat tersebut di Pengurusan Bilik Darjah (klik)

  70. slm cikgu,,
    sya nak minta bantuan cikgu utk mndptkn bahan utk tugsn sy yg bertajuk : maksud teknologi sebagai produk dlm melaksanakan proses Pnp dlm bilik darjah… TQ

  71. Salam,

    bolehkah cg berikan 5 ciri guru berkesan dalam P&P yang utama yang boleh dikaitkan dengan nilai unggul guru spt kreatif, profesional, itegriti, semangat berpasukan

  72. Ct,

    Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan

    Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:
    1. Bersikap profesional.
    2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
    3. Kaya ilmu.
    4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
    5. Bermoral teguh.
    6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
    7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
    8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
    9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
    10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
    11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
    12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
    13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
    14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
    15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
    16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
    17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

  73. MENDIDIK DENGAN KASIH SAYANG

    Antara peranan penting seorang pendidik ialah menjadi ayah atau ibu kepada pelajar-pelajarnya, laksana seorang ayah ketika memandang anak-anaknya begitulah seharusnya seorang guru atau pendidik melihat pelajar-pelajarnya dengan pandangan kasih sayang. Seorang ayah (seperti mana seorang ibu juga) tidak akan membenarkan hatta seekor nyamuk atau seekor semut untuk mengigit anak kecilnya, ia akan berusaha melindungi anaknya. Ibu bapa kebiasaannya akan hilang pertimbangan apabila melihat anaknya diancam oleh bahaya, justeru ia sanggup mempertaruhkan nyawa dan keselamatan dirinya untuk menyelamatkan mereka demi kasih sayangnya. Telah banyak kita baca dan diperdengarkan kisah-kisah ayah dan ibu yang berkorban harta dan nyawa menyelamatkan anaknya.

    Seorang ayah yang mempunyai anak yang rendah pencapaian akademik masih menaruh harapan tinggi kepada anaknya dan menyakini bahawa kebolehan anaknya masih belum diterokai, senakal mana pun anaknya ia masih meyakini bahawa anaknya adalah seorang anak istimewa. Kenapa seorang ayah mempunyai pandangan tersebut? Ya, kerana ia memandang dengan penuh kasih sayang. Begitulah sewajarnya pandangan seorang pendidik terhadap pelajar-pelajarnya. Kasih-sayang menjadi ubat dan tonik untuk menghilangkan rasa jemu dan letih dalam mendidik.

    Kasih sayang memberikan pengaruh timbal balik dalam hubungan antara guru dan pelajar. Jika seseorang guru, tidak mempunyai perasaan kasih terhadap anak didiknya maka bagaimana mungkin ia mampu membentuk dan membimbing mereka. Karena itu, kasih sayang memiliki peranan penting dalam dunia pendidikan, dan ia boleh dikategorikan sebagai salah satu faktor utama dalam pendidikan dan dalam membangun hubungan/interaksi yang harmonis antara pendidik dan anak didiknya.

    Pendidikan yang menggunakan pendekatan kasih sayang merupakan kaedah pendidikan terbaik kerana sistem hubungan ini merupakan fitrah dan serasi dengan jiwa manusia. Bila Kasih sayang tidak ada maka tidak akan terwujud persaudaraan di antara manusia; tak seorang pun yang merasa memiliki tanggung jawab terhadap orang lain; keadilan dan pengorbanan akan menjadi hal yang utopia (mustahil). Perasaan kasih sayang terhadap pelajar-pelajar khususnya dalam dunia pengajaran dan pendidikan, adalah satu keperluan. Kasih sayang juga menjadi alat yang baik dalam memperbaiki perilaku akhlak dan mengharmoniskan hubungan manusia.

    Allah Swt melukiskan konsep cinta dalam ayat Al-Quran dengan firman-Nya: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang bertakwa.” (Al Imran: 76). “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Al Imran: 138). Jadi, hubungan antara sesama manusia, khususnya pelajar-pelajar harus dibangun berdasarkan bahasa cinta dan kasih sayang.

    Kasih sayang begitu penting karena ia memicu ketaatan dan kebersamaan. Dalam hal ini Nabi saw bersabda: “Seseorang akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya.” Antara kasih sayang dan ketaatan memiliki ikatan kebersamaan. Yakni, kasih sayang akan mewujudkan ketaatan dan kebersamaan. Ketika kasih sayang orang guru tertanam dalam sanubari pelajar-pelajar maka mereka akan menjadi penurut dan pengikut gurunya. Buah dari kasih sayang guru ini akan membuat pelajar-pelajar tidak mudah mengabaikan tanggung jawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

    Begitu penting peranan kasih sayang dalam pengembangan ruh dan keseimbangan jiwa pelajar-pelajar. Teguh tidaknya pendirian dan kebaikan perilaku seorang pelajar bergantung banyak sejauh mana kasih sayang yang diterimanya selama masa pendidikan. Kondisi keluarga yang penuh dengan kasih sayang menyebabkan kelembutan sikap pelajar-pelajar. Anak yang tumbuh dalam lingkungan keluarga yang penuh kasih sayang dan perhatian akan memiliki kepribadian yang mulia, suka mencintai orang lain dan berperilaku baik dalam masyarakat. Kehangatan cinta dan kasih sayang yang diterima pelajar-pelajar akan menjadikan kehidupan mereka bermakna, membangkitkan semangat, melejitkan potensi dan bakat yang terpendam, serta mendorong untuk bekerja/berusaha secara kreatif.

    Kasih sayang merupakan sumber pendidikan jiwa. Bukanlah perkara mudah mengubah hati yang keras menjadi lembut, namun kasih sayang telah terbukti menjadi resep yang manjur dalam mengarahkan hati seseorang dan mengawalnya serta mampu mencegahnya dari perbuatan-perbuatan tercela dan hina. Bahkan kasih sayang dapat menyulap manusia yang semula tampak sederhana dan kurang diperhitungkan menjadi insan seutuhnya, jujur dan benar.

    Pencipta alam semesta begitu luar biasa dalam mencintai hamba-Nya, bahkan cinta-Nya melebihi cinta ibu terhadap naknya. Cinta Allah menjadi faktor pendidikan dan penyempurnaan bagi para hamba-Nya, sehingga jiwa-jiwa mereka jauh dari segalah kotoran dan kemaksiatan. Al-Quran banyak menyebutkan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah sebagai Pendidik yang baik berfirman kepada Nabi Musa: “Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku; dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku.” (QS: Thaha 39).

    Imam Ja’far ash-Shadiq berkata: “Kasih sayang Allah begitu mengakar dan berbekas dalam diri manusia. Ketika Allah mencintai hamba-Nya maka Ia mengilhamkan ketaatan, menamkan sifaf kanaah (rela dengan segala pemberian Allah dan selalu merasa cukup) dan menjadikannya alim dalam urusan agama.” Guru yang mampu menjalin persahabatan dengan pelajarnya secara baik dan membangun komunikasi timbal balik dengan sehat adalah guru yang berkesan. Guru seperti ini biasanya mudah mengarahkan dan mendidik pelajar-pelajarnya.

    Imam Shadiq as berkata: “Nabi Musa as berkata wahai Tuhan amalan apa yang paling utama disisimu? Ia berfirman: mencintai anak-anak; karena meraka saya ciptakan dengan fitrah keesaan-Ku”.

    Nabi Muhammad saw bersabda: “Bukanlah termasuk golongan kami seseorang yang tidak menyayangi anak-anak kecil dan tidak menghormati yang lebih tua.”
    Tidak ragu lagi kaedah yang paling berpengaruh dan efektif dalam pendidikan adalah pendekatan kasih sayang. Sebab kasih sayang memiliki daya tarikan dan pendorong akhlak yang baik serta memberikan ketenangan kepada pelajar yang bermasalah sekalipun.

    Sumber : Kajian Hakikat Tauhid

  74. assalamualaikum cikgu.boleh tak cikgu bantu saya?saya tengah mencari jurnal yg berkaitan pengajaran kreatif..Dan apa pandangan cikgu bagi tajuk ini?

  75. salam perpaduan…..saya nak tnya apakah kebaikan pengaplikasian teknik hubung kait(teknik mengingat)?
    dan adakah teknik ini sama dengan teknik rantaian @ teknik asosiasi?
    terima kasih….

  76. Salam….

    cikgu, saya ada masalah dengan tugasan yang bertajuk “Sekolah Berwatak dapat Meningkatkan Imej Sekolah”….adakah jurnal atau artikel yang boleh membantu?

  77. salam…
    ckgu,sy nk tnya. mcamana kaedah penekanan yg berkesan di saat akhir pelajar nk spm ni.baru2 ni result trial pelajar sy sgt teruk. ramai yg x lulus..smpai sy dipanggil pengetua

    cmana strategi yg pling berkesan utk sy buat dgn pelajar pd masa skrg

  78. Noorliza,

    Pada pandangan saya, jika setakat mahu Lulus atau Kedit…. perbanyakkan latihtubi menggunakan koleksi soalan trial Kertas 1 dan Kertas 2 soalan 1. ….. seterusnya soalan2 kertas 2 yang lain.

    3 PERKARA UTAMA yang perlu pelajar kuasai sebelum menduduki peperiksan SPM nanti:
    1. Kemahiran PELARASAN
    2. Mengingati FORMAT2 yang terlibat
    3. Pengurusan MASA semasa menjawab………hanya 2 jam 30 minit.

  79. salam,,boleh bagi rujukan atau link yg berkaitan tentang keberkesanan proses p n p dalam kalangan pelajar pintar cerdas?terima kasih…harap dapat membantu kajian tesis sy..

  80. Salam 1 Malaysia Cikgu,
    Boleh minta pandangan Cikgu. Apa Isu-isu@ Masalah-masalah yang sering Timbul dalam P&P di sekolah masa kini yang menyebabkan pelajar menjadi kurang minat terhadap subjek tsebut?dan Cara mengatasi isu@ Masalah tersbut,Terima Kasih

  81. Bakal Cikgu,

    Bahan berikut mungkin dapat membantu anda.
    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMEROSOTAN .PELAJAR MASA KINI

  82. Salam,
    Saya guru yg baru mengajar PA (Thn ni thn pertama).
    Saya mengajar ting 4 n 5
    Masalah saya ialah bila nak buat soalan.
    Saya ada merujuk buku2 rujukan tetapi skema yang diberi, tidak dinyatakan pemberian markah.
    Saya mmg kurang arif
    Boleh Cg Narzuki tunjuk ajar.

  83. Cg Soriana,

    Peruntukan markah dan di mana perlu diberikan markah adalah bergantung kepada apa yang hendak diuji oleh sesuatu soalan yang dibina tersebut. Sebagai panduan, saya cadangkan muat turun koleksi soalan percubaan 2011 dan jadikan skema2 tersebut sebagai salah satu panduan… dan jika masih ada masalah.. nanti kita sama2 bincangkan, InsyaAllah.

  84. TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOL

    Taksonomi Bloom (domain kognitif)
    -Penilaian berdasarkan pemikiran (kognitif)
    -Menekankan domain kognitif

    Aspek pengetahuan:Fakta, Teori, Hukum

    Tujuan:Membina kebolehan, pemikiran dan pemahaman

    Contoh soalan: Beri pendapat……/ menjawab soalan berdasarkan petikan yang telah diberi.

    6 peringkat dalam Taksonomi Bloom:
    1.Pengetahuan
    2.Kefahaman
    3.Aplikasi
    4.Analisa
    5.Sintesis
    6.Penilaian

    Perhatian: Peringkat-peringkat dalam Taksonomi Bloom tidak semestinya diaplikasikan/diterjemahkan dalam bentuk soalan secara kesemuanya sekaligus tidak kira untuk mana-mana tahap.

    PERINGKAT

    1.PENGETAHUAN
    Tujuan:mengingat semula perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku sebarang perubahan.

    Objektif am: mengetahui

    Objektif khusus/spesifik: melabelkan, menyatakan, menuliskan, menamakan

    Aras pengetahuan:Apa, siapa, bilakah, nyatakan, terangkan

    Perhatian: soalan berbentuk negatif (mengandungi perkataan kecuali) tidak boleh melebihi 20% dalam pembinaan soalan.

    2.KEFAHAMAN
    -Kebolehan memberi penjelasan/ makna sesuatu perkara
    -Aras tinggi sedikit daripada peringkat pengetahuan.

    Aras:
    1.Menterjemahkan isi kepada huraian
    2.Memberi tafsiran/ makan sesuatu maklumat.
    3.Aras ektrapolasi (tafsiran yang dibuat lebih panjang daripada aras memberi tafsiran)
    4.Tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.

    Tujuan:
    1.Memahami sesuatu
    2.Menjelaskan/ menjangka kemungkinan

    Objektif am:-Memahami, menjelaskan, menterjemahkan, menelaah

    Objektif khusus/spesifik:-Menjelaskan, menerangkan, membezakan, merumuskan, menulis, meringkaskan,

    Jenis:Jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakanContoh: meringkaskan cerita karangan/ perkataan berlawan atau perkataan seerti.

    *Apabila kita faham, kita boleh jelaskan

    contoh soalan membezakan: kebaikan tinggal di kampung daripada di bandar..

    3.APLIKASI
    -Penggunaan maklumat

    Tujuan:
    1. Untuk pengetahuan mujarat (abstrak)
    2.Untuk menyelesaikan masalah/ situasi yang abstrak kepada konkrit(maujud)

    Objektif am:-Menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan.

    Objektif khusus/spesifik:-Menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.

    Jenis: Bagaimana../Berikan..

    Aras aplikasi juga menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori.

    Contoh soalan: Bagaimanakah pemburu selamat daripada dimakan harimau?

    Perbincangan mengenai perkaitan di antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian dengan Taksonomi Bloom serta Domain Krahtwol…..

    -membantu bagaimana untuk mendapatkan tahap/kemajuan mengikut p&p yang dirancang.
    -membina soalan berdasarkan panduan mengikut aras yang telah ditetapkan.

    4.ANALISA/ANALISIS
    -kebolehan menceritakan dan meyusun perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.

    Tujuan:
    -menaakul sebab
    -meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

    Contoh soalan= Berikan sebab atau faktor…….

    Objektif am
    -menjelaskan, menilai kerelevenan data, mencerakinkan, menaakul..

    Objektif spesifik
    -mencerakinkan,mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi

    Contoh soalan= yang manakah tidak menggunakan kata kerja dengan betul

    Kosa kata popular
    -Bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan, klasifikasikan
    -sebab,mengapa, huraikan
    -menaakul
    -mencerakinkan

    5.SINTESIS
    -mencantumkan. menghubungkan,mengintegrasikan fakta-fakta atau idea yang berkaitan.

    Tujuan
    -membentuk sesuatu yang baharu

    Objektif am
    -menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan,menghasilkan karya

    Objektif spesifik
    -menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta

    Contoh= diberi perkataan “inisiatif”..maka pelajar hendaklah membuat ayat berdasarkan perkatan tersebut.

    Kosa kata popular
    -gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan, karangkan

    Contoh
    -Senaraikan beberapa cara kamu untuk mengatasi masalah itu…
    -Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan…

    6.PENILAIAN
    -menguji kebolehan calon
    -membuktikan, menilai, mengesahkan, memberi pendapat sesuatu penyataan dll..

    Tujuan
    -membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.

    Objektif am
    -menimbang nilai, ketekalan dan kecukupan data.

    Objektif spesifik
    -menilai, membuat pertimbangan.

    Jenis
    -sejauh mana, nilaikan, apa pendapat kamu.

    Contoh= Berikan pendapat…

    Kosa kata popular
    -nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan

    Contoh soalan
    -Pada pendapat kamu…
    -Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program .Bincangkan.

    DOMAIN AFEKTIF KRATHWOL (1964)

    5 Peringkat
    1. Penerimaan
    2.Bertindak balas
    3.Menilai
    4.Organisasi
    5.Perwatakan.

    PENERIMAAN

    1.1.Keinginan dan kesanggupan menerima
    -kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang, menghormati kebudayaan berlainan.

    1.2. Kesedaran
    -Faktor estetik, reka bentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.

    1.3. Perhatian terkawal
    -Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan seperti menghayati orang mendeklamasi sajak.

    Objektif am
    -mendengar dengan berhati-hati
    -menunjukkan kesedaran dalamkepentingan pembelajaran
    -menunjukkan sensitiviti dalammasalah sosial
    -menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
    -mengambil bahagian dalam aktiviti kelas

    H.pembelajaran spesifik
    -menyoal, memilih,menghuraikan,mengikut,mengenal pasti, menamakan, menggunakan

    2. BERTINDAK BALAS
    -kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara/ rangsangan
    -mengambil bahagian secara aktif
    -pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas

    3 kategori.
    1.Persetujuan membalas
    -kemahuan dan kesedaran mematuhi peraturan
    -kesediaan belajar bersama orang lain.

    2.Kesediaan membalas-sifat sukarela

    3.Kepuasan membalas-suka/senang apabila jalankan sesuatu p&p

    Objektif am/umum
    -suruh murid lengkapkan kerja rumah
    -mengambil bahagian dalam perbincangan-seronok membantu rakan-lakukan tugas sukarela

    Objektif spesifik/khusus
    -murid boleh menulsi isi pelajaran (buat karanagn berdasarkan tajuk)
    -suruh menjawab soalan
    -melafazkan sesuatu, laporkan, nyatakan-main peranan

    3.MENILAI
    -kebolehan membuat penilaian dan penghargaan terhadap sesuatu benda/t.laku
    -menilai berdasarkan penghayatan/1 set nilai spesifik

    3 kategori
    1. Penerimaan/ keinginan tulis isei yang bernas.
    2.Pilihan-usaha memperoleh sesuatu telah dipilih
    3.Penglibatan-melibatkan diri dalam perbincangan/ arahan ketua kelas.

    Objektif am
    -meningkatkan kerjasama

    Objketif spesifik
    -dapat berbincang dengan rakan
    -dapat melaporkan
    -dapat mencadangkan nilai-nilai murni.

    4.ORGANISASI
    Nilai yang diterapkan
    -Pelajar boleh aplikasikan nilai dalam kelompok kesan daripada p&p
    -Pelajar dapat membezakan nilai penting dan kurang penting

    Objektif am:
    -Pelajar mampu mereka cipta (baju bergaya yang mempunyai nilai estetika/tradisional)

    Objektif spesifik:
    -mencipta, membina

    Kategori:
    -Penanggapan (cipta konsep yang abstrak)
    -Organisasi (kebolehan menyatupadukan/ aplikasi nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem).

    5 PERWATAKAN
    -Perubahan tingkah laku yang positif

    Objektif am:
    -Mengekalkan nilai-nilai dalam perwatakan

    Objektif khusus:
    -Disiplin dan mengekalkan nlai-nilai

    Tugasan:

    Bina soalan bahasa melayu berdasarkan aras Taksonomi bloom.

    Peringkat pengetahuan.

    1. Apakah nama ibu Negara Malaysia?

    a. Kuala Lumpur
    b. Jakarta
    c. Melbourne
    d. New Delhi

    2. Di manakah letaknya Tasik Bera?

    a. Negeri Kedah
    b. Negeri Pahang
    c. Negeri Selangor
    d. Negeri Terengganu

    Peringkat kefahaman.
    1. Perkataan seerti bagi gigih ialah

    a. Tegap
    b. Tekun
    c. Tekad
    d. Tegas

    2. Nyatakan kesan akibat merokok.

    a. Merosakkan paru-paru
    b. Kencing manis
    c. Darah tinggi
    d. Demam denggi

    Peringkat Aplikasi

    1. Bagaimanakah pemburu itu selamat daripada dibaham oleh harimau?

    a. Pemburu itu baring di atas tanah dan berpura-pura mati
    b. Pemburu itu menembak dengan pantas harimau tersebut
    c. Pemburu itu memanjat pokok yang terdapat di situ.

    2.
    Ani dan Ida ialah kawan yang rapat. Mereka saling mengenali antara satu sama lain sejak dibangku sekolah rendah lagi. Setiap hari, mereka akan sentiasa bersama-sama untuk pergi ke kelas atau ke perpustakaan . Mereka juga saling bantu membantu antara satu sama lain terutamanya dalam pelajaran.

    Berikan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan di atas.

    a. Bagai kacang lupakan kulit
    b. Seperti si buta mendapat tongkat
    c. Bagai api dalam sekam
    d. Seperti aur dengan tebing

    Peringkat Analisis

    1. Pemuda itu bertungkus lumus ___________air yang memasuki perahunya akibat hujan lebat.

    a. Menimba
    b. Menuang
    c. Mengepam
    d. Menyimbah

    2.
    Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui pemilik dompet tersebut . Di dalam dompet tersebut terdapat wang yang banyak dan dokumen yang penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari dompetnya.
    Tiba – tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.
    Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cikgu Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.

    Berikan lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di atas

    Peringkat sintesis
    1. Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil berbua-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat…

    Mulakan cerita kamu dengan:
    Aku melihat…

    2.

    Bina lima ayat berdasarkan urutan gambar di atas.

    Peringkat penilaian.
    1. Pada pendapat kamu, adakah tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah?Jelaskan.

    2. Berbagai faktor yang menyebabkan gejala vandalisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja pada masa kini. Bincangkan.

    Sumber : https://deela-bmm3103pbmsk.blogspot.com/2009/07/taksonomi-bloom-dan-domain-krathwol.html

  85. Assalamualaikum cg Narzuki.

    Insya Allah, saya berhasrat untuk memohon menjadi guru cemerlang prinsip perakaunan pada 2014. Persoalaannya:

    Adakah RPH disediakan sebagaimana semasa menjalani praktikum? sekarang ini, saya hanya sediakan mengikut format yang disediakan dalam buku rekod mengajar ; yg simple, tanpa set induksi dan langkah-langkah pengajaran.

    Harap cikgu dapat membantu. Terima kasih.

  86. Cg Amani, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, tidak perlu ditulis seperti praktikum dahulu…. apa yang penting memenuhi kehendak dan arahan dalam Surat Pekeliling Penulisan Buku Rekod Mengajar. serta Laporan Isu Buku Rekod Mengajar (klik) yang dikeluarkan oleh pihak nazir sebagai panduan.

    Semoga Berjaya.

  87. assalam cg.
    Mohon bantuan sekiranya cg ada bahan:
    apakah isu2 yang terpaksa ditempuhi dan cara menanganinya dalam menghasilkan guru yang cemerlang.

  88. Imah,

    Maaf, saya tiada bahan2 tersebut, cuba buat carian di internet.. insya Allah ada.

  89. ARAS DALAM PEMBINAAN SOALAN

    Terdapat dua model yang biasanya digunakan dalam pembinaan soalan dan juga pembelajaran iaitu Taksonomi Bloom dan Taksonomi Solo (Structure of Observed Learning Outcomes). Di Malaysia kita menggunakan Taksonomi Bloom dalam membina aras-aras dalam ujian. Berikut adalah kata kunci yang boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dalam pembinaan soalan berdasarkan Taksonomi Bloom.

    1. Pengetahuan
    Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran. Contohnya Bacakan, Catatkan, Daftarkan, Kenal pasti, Labelkan, Namakan, Nyatakan, Padankan,Pasangkan, Perihalkan, Pilihkan, Sebutkan, Senaraikan, Tandakan

    2. Kefahaman
    Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Contohnya Anggarkan, Bandingkan, Bezakan, Hitungkan, Huraikan, Jelaskan, Kategorikan, Kemukakan, Parafrasa, Perluaskan, Ramalkan, Rangkumkan, Simpulkan, Terangkan, Terjemahkan

    3. Aplikasi
    Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Contohnya Binakan, Carikan, Gambarkan, Gunakan, Kaitkan, Kemukakan, Kirakan, Laksanakan, Organisasi, Ramalkan, Selesaikan, Simulasikan, Suaikan, Tentukan, Terapkan, Tunjukkan

    4. Analisis
    Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Contohnya Bandingkan, Beri sebab, Bezakan, Buat analisis, Inferensi, Buktikan, Cerakinkan, Diagnosis, Diskriminasi, Ilustrasi, Kategorikan, Kesan, Kritik, Modelkan, Perincikan

    5. Sintesis
    Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Contohnya Bentukkan, Buktikan, Cadangkan, Ciptakan, Gabungkan, Gubal, Jana, Perincikan, Perjelaskan, Putuskan, Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Simpulkan, Tafsirkan

    6. Penilaian
    Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Contohnya Bahaskan, Pertahankan , Bandingkan, Beri hujah, Justifikasi, Pendapat, Bincangkan, Anggarkan, Menghakim, Meramal, Buat Rumusan, Buat Verifikasi, Buktikan, Nilaikan

    Sumber: https://www.smkdms.com/index.php/artikel/akademik/62-aras-aras-dalam-pembinaan-soalan

  90. ada sapa2 blh tolong saya…
    saya kena buat latihan mengajar nie tapi lecturer nak ajar iku staregy cth pemerolehan konsep,inkuiri,jigsaw,kbkk..saya ni tgh fikir student adalah kwn2(rakan2 guru) yg xde basic perakaunan dan mcmane saye nk ajar konsep2 d atas..bab mana yg sesuai..hrp ade pertolongan…terima kasih

    saya ni pljr DPLI….kls cmpur2..majoriti kwn2 klas guru agama

  91. 114 TIPS PENDIDIK BERJAYA

    Bahagian I : TIPS PERSIAPAN ASAS PENDIDIK
    1. Luruskan niat Anda
    2. Jangan lupa mempersiapkan bahan
    3. Catat apa yang akan Anda bicarakan dengan pelajar
    4. Persiapkan fizikal Anda
    5. Tingkatkan keyakinan diri Anda
    6. Belajarlah jadi Pendidik yang merendahkan hatinya
    7. Siapkan bahan cadangan
    8. Simpan persediaan bahan seperti dokumen berharga
    9. Sabarlah terhadap proses perkembangan pelajar
    10. Beri skor angka 10 terhadap pelajar (optimis)
    11. Yakin akan sukses membina

    Bahagian II : TIPS MENINGKATKAN KREDIBILITI DAN WIBAWA PENDIDIK
    12. Tambah pengetahuan Anda
    13. Tambah pengalaman Anda
    14. Katakan tidak tahu, jika memang tidak tahu
    15. Jangan terlalu banyak bercanda
    16. Hafal beberapa ayat/hadits “favorite”
    17. Berikan informasi eksklusif (istimewa)
    18. Jauhi ganjaran duniawi (pujian dsbnya)
    19. Berikan keteladanan dengan kesederhanaan
    20. Hati-¬hati dalam berpendapat
    21. Manfaatkan keterampilan khusus Anda
    22. Jaga bau badan Anda
    23. Hati-hati dengan bau mulut Anda
    24. Jangan mengeluh di depan pelajar (selalu terlihat optimis)
    25. Penuhilah janji Anda
    26. Jangan mengata kelemahan pelajar di depan pelajar lain
    27. Jangan suka mengumbar kemarahan
    28. Jangan menegur kesalahan pelajar di depan umum

    Bahagian III : TIPS MENARIK SIMPATI PELAJAR
    29. Senyumlah!
    30. Hindari perdebatan
    31. Sering-¬seringlah memuji pelajar
    32. Jika diundang pelajar, hadirlah
    33. Jenguk pelajar jika tertimpa musibah
    34. Jangan enggan meminta maaf, jika salah
    35. Sempatkan untuk “say hello” melalui telefon atau email
    36. Katakan sesering mungkin, “Saya mengasihi anda”
    37. Berikan hadiah kepada pelajar
    38. Berkunjung ke rumah pelajar
    39. Buatlah “kebaikan” sebanyak mungkin
    40. Tempatkan diri Anda sebagai sahabat pelajar
    41. Pandanglah wajah pelajar
    42. Bantu kesulitan keuangan pelajar, walau sedikit “Tangan di atas (membantu) lebih baik daripada tangan di
    43. Biasakan berjabat tangan dan memeluk pelajar
    44. Jangan menggunakan telefon atau SMS untuk menegur pelajar
    45. Jangan memotong pembicaraan pelajar

    Bahagian IV : TIPS MEMAHAMI PELAJAR
    46. Luangkan waktu untuk bersembang sebelum atau setelah halaqah
    47. Tanyai perkembangan pelajar melalui temannya
    48. Biarkan pelajar mengetahui diri Anda
    49. Miliki kemampuan mendengar
    50. “Kencan” di luar circle
    51. Lakukan program perkenalan acap kali
    52. Penuhi keperluan pelajar

    Bahagian V : TIPS MENUMBUHKAN SOLIDARITAS
    53. Libatkan pelajar dalam pemecahan masalah
    54. Ajak pelajar dalam kegiatan Anda
    55. Buat atribut bersama
    56. Terbukalah terhadap ide-ide baru pelajar
    57. Jangan biarkan ada pelajar yang terlalu mendominasi
    58. Beri pelajar kesempatan untuk menyatakan kritik
    59. Lakukan program makan bersama

    Bahagian VI : TIPS MENINGKATKAN DISIPLIN
    60. Jangan sesekali ponteng kuliah, kecuali jika uzur syar’i
    61. Jika tidak hadir, beri tugas kepada pelajar
    62. Buat aturan sangsi dan jalankan secara konsisten
    63. Cegah kesalahan pelajar sedapat mungkin
    64. Maafkan kesalahan pelajar
    65. Jangan sering terlambat (kedatangan) kuliah
    66. Buat mereka agar taat kepada Anda
    67. Jangan pilih kasih!
    68. Jangan bosan menasihati kedisiplinan
    69. Jangan enggan menegur kesalahan pelajar
    70. Tanyakan peserta yang tidak hadir secara terbuka
    71. Jangan merasa terlalu berhutang budi dengan pelajar

    Bahagian VII : TIPS MEMBERIKAN TUGAS
    72. Berikan tugas secara beransur
    73. Jangan memberikan tugas terlalu banyak
    74. Jangan terlalu sedikit memberikan tugas
    75. Beri tugas secara adil, termasuk kepada pelajar yang pernah gagal melaksanakan tugas

    Bahagian VIII : TIPS MENINGKATKAN RUHIYAH
    76. Buat muhasabah (penilaian) harian
    77. Dekatkan diri Anda kepada Allah
    78. Berwudhulah sebelum mengisi halaqah
    79. Lakukan solat fardhu berjama’ah
    80. Lakukan doa bersama

    Bahagian IX : TIPS MENDINAMISKAN SISTEM HALAQAH
    81. Miliki kemampuan komunikasi
    82. Buat “rekod” pelajar
    83. Buat agenda program khusus untuk infaq
    84. Buat jaringan komunikasi (jarkom)
    85. Buat berita program halaqah (sekaligus catat bahan yang telah diberikan)
    86. Lakukan pusingan (rotation) pelajar
    87. Berikan bahan sesuai keperluan
    88. Lakukan program khas bersama pelajar
    89. Jangan adakan pertemuan halaqah di tempat yang berisik (bising)
    90. Buat agenda program dan jalankan dengan konsisten
    91. Buat program kerja untuk periode tertentu
    92. Delegasikan sebagian tugas Anda di halaqah
    93. Jangan tinggalkan solat malam!
    94. Luangkan waktu untuk rehlah bersama pelajar
    95. Sesekali adakan program perkhemahan
    96. Berikan tugas yang memberikan kesempatan berkreasi
    97. Lakukan variasi agenda program
    98. Lakukan variasi kaedah belajar
    99. Lakukan variasi media belajar
    100. Ubah tempat pertemuan
    101. Ubah waktu pertemuan

    Bahagian X : TIPS LAIN-LAIN
    102. Miliki kemampuan diplomasi
    103. Temui dan kembangkan potensi pelajar
    104. Jangan menunda memecahkan masalah
    105. Tumbuhkan kemandirian pelajar
    106. Pindahkan pelajar ke kumpulan lain, jika Anda tidak sesuai dengannya
    107. Jangan biarkan pelajar mengidolakan Anda
    108. Tumbuhkan keyakinan diri pelajar
    109. Jangan terpengaruh dengan jumlah kehadiran pelajar
    110. Jangan merasa memiliki pelajar
    111. Berilah harapan surgawi dan duniawi
    112. Ingatkan pelajar agar selalu ikhlas
    113. Rangsang pelajar untuk berbakti dan mendidik
    114. Latih terus kreativiti Anda

    “Kencan” adalah bertemu pelajar secara pribadi dengan pembicaraan yang santai dan informal.

    Rujukan:
    114 TIPS PENDIDIK SUKSES, Satria Hadi Lubis

    Sumber : https://ilyasak.blogspot.com/2008/05/114-tips-pendidik-berjaya.html

  92. Salam Cikgu,
    Boleh cikgu tolong saya, apakah kaedah/teknik/ pendekatan pengajaran TERKINI yang terbaik dalam pengajaran Bahasa Melayu? Setahu saya, hanya penggunaan i-Think…. saya amat memerlukannya untuk menjawab tugasan tentang pengajaran terkini. Terima kasih, cikgu.

  93. salam cg narzuki…terima kasih untuk panduan dan ti untk jadi cikgu cemerlang dunia dan akhirat..aminnn
    insya allah tak dpt semua d amalkan sye akn pastikan digunakan sebahgian…janji istiqamah….
    cikgu hasmaliza….. sye rase blh guna pendekatan jigsaw dan inkuiri untuk bhs melayu..kwn sye guna ia berkesan…student enjoy

  94. lupa nak cakap…cg narzuki..saye mohon share ye maklumat itu td ye

  95. Salam cg. Narzuki..
    Saya ingin tanya, macam mana lagi nk gunakan kaedah pengajaran dalam kelas tentang subjek pendidikan moral untuk menengah atas dan menengah rendah selain daripada penerangan, perbincangan , lakonan.Apakah aktiviti pelajar yang sesuai digunakan?

  96. salam semua,sye sgt terkesan dan seronok membaca petikan-petikan dr cikgu-cikgu terutama admin(cgnarzuki).Byk ilmu yg dpt sme belajar..Terima kasih..semoga sentiasa diredhai-Nya..amin

  97. Cg Praktikal,

    Amin, saya juga mengharapkan sama-sama kita masukkan petikan2 yang berkaitan ke dalam post ini .. semoga dapat dikongsi bersama rakan2 guru yang lain.


  98. Cg Narzuki:

    6 KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN
    1. Memberi bantuan klinikal
    Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.
    2. Merancang pengajaran
    Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.
    3. Melaksanakan pengajaran
    Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.
    4. Pengurusan bilik darjah
    Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.
    5. Memantau kemajuan
    Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.
    6. Menyayangi pelajar
    Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.
    Sumber : Petikan daripada Majalah Pendidik.

  99. INSTRUMEN Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010
    Standard 4 : PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

    Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru haruslah memastikan :
    1) penglibatan murid dalam aktiviti p&p bagi membolehkan pengajaran berkesan
    2) penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat
    3) hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran
    4) perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
    5) kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran
    6) komunikasi yang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan pembelajaran murid
    7) penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid
    8) penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan p&p
    9) kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid
    10) penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat
    11) pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan p&p
    12) pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru

    Aspek 4.1 Penglibatan Murid
    – hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan / memberi respons kepada guru / membuat catatan / membuat gerakan fizikal atau arahan guru
    – hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru, atau murid dengan bahan
    – hampir keseluruhan murid memberi tumpuan kepada pelajaran pada sepanjang waktu pembelajaran

    Aspek 4.2 Penguasaan Pembelajaran Murid
    – Murid dapat memberi respon dengan tepat kepada arahan / soalan guru
    – Murid memberi pandangan atau idea yang sesuai dan berkaitan dengan pelajaran
    – Murid berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri, terarah kendiri atau kadar kendiri
    – Hampir keseluruhan murid mencapai objektif pembelajaran

    Aspek 4.3 Hasil Kerja Murid
    – Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas serta mematuhi prosedur dan format
    – Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan atau latihan yang diberikan
    – Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan secara berterusan
    – Jumlah dan kekerapan tugasan atau latihan yang dibuat sesuai dengan keupayaan murid

    Aspek 4.4 Perancangan dan Persediaan Guru
    – Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan meliputi sepanjang tahun pembelajaran berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan
    – Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan bersesuaian dengan Rancangan Pelajaran Tahunan. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.
    – Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran
    – Refleksi p&p digunakan sebagai panduan untuk merancang Rancangan Pelajaran Harian yang seterusnya

    Aspek 4.5 Kaedah Penyampaian
    – Guru mewujudkan kesediaan kepada pelajar untuk belajar
    – Kaedah pengajaran adalah sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid
    – Aktiviti yang dilaksanakan berkait rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid
    – Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak)
    – Aktiviti yang dijalankan menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif pelajaran
    – Aktiviti pembelajaran merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam kalangan murid
    – Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilaksanakan dengan terancang
    – Guru menyampaikan pelajaran dengan fleksibel mengikut situasi
    – Masa pelajaran digunakan dengan optimum

    Aspek 4.6 Kemahiran Komunikasi
    – Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat dan nada suara yang sesuai
    – Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan
    – Guru berjaya memotivasikan murid dengan memberi galakan dan pujian

    Aspek 4.7 Penggunaan Sumber Pendidikan
    – Guru memilih / menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid
    – Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran
    – Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan

    Aspek 4.8 Penilaian
    – Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat penilaian formatif semasa p&p untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid serta memastikan objektif / hasil pembelajaran tercapai
    – Guru menggunakan maklum balas penilaian formatif untuk membentuk tindakan pembetulan / penambahbaikan segera dalam p&p
    – Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten

    Aspek 4.9 Teknik Penyoalan
    – Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai aras kognitif dan disebarkan ke seluruh kelas
    – Guru memberi respons yang sesuai kepada soalan murid
    – Soalan yang dikemukakan berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat dengan p&p
    – Soalan yang dikemukakan dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid

    Aspek 4.10 Penguasaan Isi Kandungan
    – Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran
    – Guru dapat menjelaskan konsep / fakta atau memberi jawapan dengan jelas, yakin dan tepat
    – Guru menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkannya dengan isu semasa / pengalaman murid
    – Guru berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran mengikut tahap potensi murid

    Aspek 4.11 Pengurusan Kelas
    – Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses p&p
    – Guru berjaya mengawal tingkahlaku murid dengan menegaskan pematuhan kepada peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran
    – Guru menegur salah laku murid (jika berlaku) dengan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka
    – Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran

    Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan
    – Guru menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam menyampaikan pelajaran
    – Guru prihatin terhadap pelajaran murid dan bersikap adil serta bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelasnya
    – Guru menepati masa
    – Guru bersikap mesra, sabar dan mudah didekati
    – Guru memperlihatkan perwatakan positif dan mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi murid

  100. baguslah cikgu saya harap blog ini membantu saya

  101. saya nk tnya artikal tntang matematik pra sekolah khas tuk 4-6 thn dalam konsep nombor sekian trima kasih kepada yg sudi menolong sy dlm siapkn tugasan exsimen ini tqvm 🙂

  102. Fa,

    Sila rujuk / layari mana2 blog cikgu matematik, kerana mereka lebih arif daripada saya.


  103. Cg Narzuki:

    GABUNGAN ICT DAN P&P GIAT MINAT PELAJAR
    Ditulis oleh DR RUMINI KU AHMAD
    Sekolah tidak ada pilihan melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan keterampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    Maka, pembabitan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    Penggabungan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terbabit dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P.
    Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.
    Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabung jalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.
    Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
    Sumber : Majalah Pendidik Dis.2008

  104. 11 Habits of an Effective Teacher

    I really appreciate teachers who are truly passionate about teaching. The teacher who wants to be an inspiration to others. The teacher who is happy with his/her job at all times. The teacher that every other child in the school would love to have. The teacher that kids remember for the rest of their lives. Are you that teacher? Read on and learn 11 effective habits of an effective teacher.

    1. ENJOYS TEACHING.Teaching is meant to be a very enjoyable and rewarding career field (although demanding and exhausting at times!). You cannot expect the kids to have fun if you are not having fun with them! If you only read the instructions out of a textbook, it’s ineffective. Instead, make your lessons come alive by making it as interactive and engaging as possible. Let your passion for teaching shine through each and everyday. Enjoy every teaching moment to the fullest.

    2. MAKES A DIFFERENCE.There is a saying, “With great power, comes great responsibility”. As a teacher, you need to be aware and remember the great responsibility that comes with your profession. One of your goals ought to be: Make a difference in their lives. How? Make them feel special, safe and secure when they are in your classroom. Be the positive influence in their lives. Why? You never know what your students went through before entering your classroom on a particular day or what conditions they are going home to after your class. So, just in case they are not getting enough support from home, at least you will make a difference and provide that to them.

    3. SPREADS POSITIVITY.Bring positive energy into the classroom every single day. You have a beautiful smile so don’t forget to flash it as much as possible throughout the day. I know that you face battles of your own in your personal life but once you enter that classroom, you should leave all of it behind before you step foot in the door. Your students deserve more than for you to take your frustration out on them. No matter how you are feeling, how much sleep you’ve gotten or how frustrated you are, never let that show. Even if you are having a bad day, learn to put on a mask in front of the students and let them think of you as a superhero (it will make your day too)! Be someone who is always positive, happy and smiling. Always remember that positive energy is contagious and it is up to you to spread it. Don’t let other people’s negativity bring you down with them.

    4. GETS PERSONAL.This is the fun part and absolutely important for being an effective teacher! Get to know your students and their interests so that you can find ways to connect with them. Don’t forget to also tell them about yours! Also, it is important to get to know their learning styles so that you can cater to each of them as an individual. In addition, make an effort to get to know their parents as well. Speaking to the parents should not be looked at as an obligation but rather, an honour. In the beginning of the school year, make it known that they can come to you about anything at anytime of the year. In addition, try to get to know your colleagues on a personal level as well. You will be much happier if you can find a strong support network in and outside of school.

    5. GIVES 100%.Whether you are delivering a lesson, writing report cards or offering support to a colleague – give 100%. Do your job for the love of teaching and not because you feel obligated to do it. Do it for self-growth. Do it to inspire others. Do it so that your students will get the most out of what you are teaching them. Give 100% for yourself, students, parents, school and everyone who believes in you. Never give up and try your best – that’s all that you can do. (That’s what I tell the kids anyway!)

    6. STAYS ORGANIZED.Never fall behind on the marking or filing of students’ work. Try your best to be on top of it and not let the pile grow past your head! It will save you a lot of time in the long run. It is also important to keep an organized planner and plan ahead! The likelihood of last minute lesson plans being effective are slim. Lastly, keep a journal handy and jot down your ideas as soon as an inspired idea forms in your mind. Then, make a plan to put those ideas in action.

    7. IS OPEN-MINDED.As a teacher, there are going to be times where you will be observed formally or informally (that’s also why you should give 100% at all times). You are constantly being evaluated and criticized by your boss, teachers, parents and even children. Instead of feeling bitter when somebody has something to say about your teaching, be open-minded when receiving constructive criticism and form a plan of action. Prove that you are the effective teacher that you want to be. Nobody is perfect and there is always room for improvement. Sometimes, others see what you fail to see.

    8. HAS STANDARDS.Create standards for your students and for yourself. From the beginning, make sure that they know what is acceptable versus what isn’t. For example, remind the students how you would like work to be completed. Are you the teacher who wants your students to try their best and hand in their best and neatest work? Or are you the teacher who could care less? Now remember, you can only expect a lot if you give a lot. As the saying goes, “Practice what you preach”.

    9. FINDS INSPIRATION.An effective teacher is one who is creative but that doesn’t mean that you have to create everything from scratch! Find inspiration from as many sources as you can. Whether it comes from books, education, Pinterest, YouTube, Facebook, blogs, TpT or what have you, keep finding it!

    10. EMBRACES CHANGE.In life, things don’t always go according to plan. This is particularly true when it comes to teaching. Be flexible and go with the flow when change occurs. An effective teacher does not complain about changes when a new principal arrives. They do not feel the need to mention how good they had it at their last school or with their last group of students compared to their current circumstances. Instead of stressing about change, embrace it with both hands and show that you are capable of hitting every curve ball that comes your way!

    11. CREATES REFLECTIONS.An effective teacher reflects on their teaching to evolve as a teacher. Think about what went well and what you would do differently next time. You need to remember that we all have “failed” lessons from time to time. Instead of looking at it as a failure, think about it as a lesson and learn from it. As teachers, your education and learning is ongoing. There is always more to learn and know about in order to strengthen your teaching skills. Keep reflecting on your work and educating yourself on what you find are your “weaknesses” as we all have them! The most important part is recognizing them and being able to work on them to improve your teaching skills.There are, indeed, several other habits that make an effective teacher but these are the ones that I find most important. Many other character traits can be tied into these ones as well.

    LAST WORD: There is always something positive to be found in every situation but it is up to you to find it. Keep your head up and teach happily for the love of education!

    Sumber :
    https://www.edutopia.org/discussion/11-habits-effective-teacher?utm_source=facebook&utm_medium=post&utm_campaign=discussion-11-habits-effective-teacher-image

  105. cg narzuki, anda telah lakukan perkara yang terbaik..perkongsian maklumat dll. syabas anda guru cemerlang

    from : Hj Azizol Rahman Lope Pihie
    Pegawai School Improvement Plus (SIP+)
    PPD Besut, Terengganu

  106. Tn Hj Azizol Rahman Lope Pihie,

    Terima kasih dan ucapan TAHNIAH atas jawatan yang disandang sekarang. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan sebaik dan seikhlas mungkin serta sentiasa dalam redha Allah.

  107. assalamualaikum , saya nak tanye apa maksud ” guru mengajar , murid belajar ” ?

  108. Yana, waalaikumussalam.

    Untuk lebih memahaminya…. cuba cari maksud “mengajar” dan maksud “belajar” itu sendiri.

  109. PnP yang berkesan ialah apabila pelajar dapat menguasai isi pengajaran. Seringkali kaedah untuk melibatkan pelajar akan melambatkan proses melengkapkan silibus. Guru terkejar-kejar untuk menhabiskan silibus. Akhirnya kaedah latih tubi menjadi pilihan. Boleh cikgu cadangkan bagaimanakah PnP yang berkesan itu dapat diterapkan pada setiap kali guru memasuki kelas dan tidak memfokuskan kepada latih tubi

  110. Rijal,

    Seperti yang saudara katakan, PdP yang BERKESAN ialah apabila pelajar MENGUASAI isi pengajaran… maka itulah OBJEKTIF utamanya. Manakala pemilihan kaedah yang hendak digunakan adalah bergantung kepada KEBIJAKSANAAN guru dengan mangambilkira kekangan masa, tahap pelajar, kemudahan yang ada dan sebagainya.

    Hakta, kaedah LATIH TUBI sekalipun, jika dijalankan oleh dua orang guru yang berbeza.. ada kemungkinan Guru 1 – berkesan, manakala Guru 2 – kurang berkesan, jadi apakah sebabnya ????

    Pada pandangan saya, keberkesanan sesuatu PdP itu terletak pada PENGUASAAN ISI KANDUNGAN, KEBIJAKSANAAN, KREATIVITI, PENGALAMAN serta KEMAHIRAN MENGAJAR seseorang GURU itu sendiri… bukannya terletak pada KAEDAH yang digunakan semata-mata. Apa yang penting OBJEKTIF supaya pelajar menguasi isi pengajaran TERCAPAI.


  111. Cg Narzuki:

    GURU BERKUALITI – KUASAI KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN
    TARIKH 16 Mei setiap tahun merupakan hari bersejarah yang memberikan pengiktirafan buat warga pendidik bagi memperingati jasa-jasa dan pengorbanan mereka dalam dunia pendidikan.
    Tema perayaan Hari Guru tahun ini ialah `Guru berkualiti aspirasi negara’ merupakan rentetan tema-tema lalu yang menjadi pendorong dan motivasi bagi setiap warga pendidik dalam meneruskan agenda Falsafah Pendidikan Negara.
    Apakah yang dimaksudkan dengan guru berkualiti? Apakah penekanan yang patut dilakukan dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dan berdaya saing?
    Kenyataan yang dibuat oleh Holmes Group mengatakan kita tidak boleh meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah tanpa memperbaiki kualiti guru, membuktikan betapa beratnya tugas dan tanggungjawab seseorang guru bagi meningkatkan kualiti dan prestasi sesebuah sekolah.
    Guru adalah arkitek sosial yang mempunyai agenda melaksanakan proses pendidikan secara berkesan bagi melahirkan pelajar yang memiliki jati diri, berilmu dan bertakwa.
    Dalam proses membina agenda negara ini, guru seharusnya berjiwa besar dan mampan kerana tugas ini adalah sangat kompleks dan mencabar warga guru.
    Tanpa guru yang berkualiti, adalah sukar untuk menjayakan sebarang pembangunan dan pembentukan disiplin seperti yang dirancangkan.
    Guru-guru juga mesti sedar betapa pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.
    Jadi, hasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti mestilah dilakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh seperti menghantar guru menyertai seminar, forum, pembentangan kertas kerja dan lain-lain program baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
    Kementerian Pendidikan juga seharusnya mempunyai wawasan dan berkeupayaan tinggi dalam menghasilkan produk-produk guru yang berkemampuan dan berkualiti.
    Dengan adanya guru-guru yang berkualiti, ia merupakan aset yang penting kepada sesebuah negara dan menjadi aspirasi ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang, menepati hasrat negara bagi mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang 2020.
    Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta mereaisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
    Salah satu strategi untuk melahirkan guru yang berkualiti ialah dengan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
    Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan teknik-teknik pengajaran dan terkini yang berkesan serta menarik minat pelajar. Dengan ini, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif serta manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani.
    Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.
    Ini bermakna, guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan negara.
    Kajian diperlukan bagi meninjau kompetensi guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar serta meningkatkan keupayaan mereka menangani cabaran serta perubahan yang pesat dalam dunia pendidikan negara.
    Untuk melahirkan guru berkualiti, mereka mestilah diberikan peluang seluas-luasnya untuk meningkat dan mengubah dir mereka ke arah yang lebih positif terhadap kualiti kerja seperti melanjutkan pelajaran dalam bidang yang menjadi kepakaran mereka.
    Sikap positif terhadap kualiti kerja ini perlu dibentuk semoga usaha meningkatkan kualiti akan menjadi budaya kerja.
    Dewasa ini, kejutan dan ancaman perubahan bukan lagi merupakan satu kemungkinan yang masih jauh. Sebaiknya, ia adalah satu realiti yang nyata.
    Semakin hari, kejutan perubahan mencabar kejituan masyarakat dan negara.
    Oleh itu, keperluan kepada guru berkualiti adalah merupakan pembentukan penting bagi melahirkan pelajar cemerlang yang menjadi aspirasi negara kita.
    Kiriman:
    Mohd. Noor Mohd. Zain
    SMK Sultan Yahya Petra 1,
    Kuala Krai, Kelantan.
    Sumber : Pendidik Bil.96/2002

  112. Terima kasih pada cikgu Narzuki atas perkongsian maklumat yang bermanfaat pada golongan guru.

  113. saya juga ingin tanya,
    Disposisi guru merupakan elemen yang penting dalam menentukan kualiti guru. Cuba cadangkan cara untuk memupuk disposisi guru yang positif di sekolah.

  114. Pn Kasthury,

    Mungkin … Disposisi Guru Berkesan (kilk) boleh membantu.

  115. MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Bagi seorang guru, maksud pengajaran perlu dan wajib difahami sebelum mereka masuk ke dalam bilik darjah. Pengajaran merupakan satu proses aktiviti yang khususnya disusun untuk membawa perubahan kepada pelajar.

    Sebagai seorang guru, banyak amalan perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi berkesan dan bermakna kepada pelajar. Suasana pembelajaran dan pengajaran guru akan menjadi hambar dan tidak bermakna kepada pelajar sekiranya mutu pengajaran dan pembelajaran tidak berada pada tahap yang memuaskan. Ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan. Justeru, amalan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan meyakinkan perlu disi dengan mengutamakan objektif secara jelas, tepat serta mudah difahami.

    Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan sebaik mungkin supaya matlamat pengajaran tercapai malah pelajar dan guru akan sama-sama berasakan puas setelah tamat satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran.Manakala pembelajaran pula merupakan suatu proses pengenalpastian tentang sesuatu yang boleh memberikan kefahaman kepada pelajar melalui proses mempelajari sesuatu yang berlaku samada secara formal atau tidak formal.

    Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning”. Ini menunjukkan bahawa bentuk pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan.

    Oleh itu, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang di didik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.Tindakan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guruUntuk memenuhi tujuan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran agar ia lebih berkesan beberapa pendekatan dan amalan-amalan tertentu untuk membantu guru dalam pengajarannya haruslah diberi keutamaan, antaranya;

    1. Mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan
    Sebenarnya tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.Berikut adalah sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
    1. Kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
    2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yanghendak dicapai
    3. Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaranyang diajar
    4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
    5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
    6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan
    7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang sedia ada.

    Guru juga boleh memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.

    Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
    1. Tujuan am (learning goal)
    2. Objektif pelajar (specific objective)
    3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
    4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
    5. Penilaian (sumative evaluation) untuk menguku pencapaian pelajar

    Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).

    Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Justeru sebagai pendidik atau guru, hendaklah berusaha untuk menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan pelajar yang kreatif, berani mencuba, rajin dan tekun sebagaimana yang diperlukan untuk melahirkan modal insane yang cemerlang.

    1.1. Kaedah Pemusatan Bahan
    Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Apa yang penting kaedah pengajaran yang disampaikan mempunyai arahan yang jelas, tepat dan mudah difahami oleh para pelajar. Kaedah Pemusatan Bahan melibatkan kaedah dan teknik seperti gambar, audio visual, penggunaan computer, penggunaan bahan cetak dan banyak lagi.

    1.2. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran berpusatkan Pelajar
    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar membolehkan para pelajar menumpukan sepenuh perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Setiap aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah dilaksanakan dengan penuh bersemangat dan tekun dengan harapan agar segala ilmu yang disampaikan kepada para pelajar akan dapat digunakan sebaik mungkin demi untuk melahirkan para pelajar seimbang dan harmonis seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, guru akan menggalakkan pelajar untuk berfikir dan memberikan keyakinan kepada pelajar untuk memberikan jawapan sambil membimbing pelajar untuk memberikan respons yang relevan dengan tugasan ataupun soalan yang diberikan. Setelah para pelajar dapat menjawab segala soalan yang diajukan, penumpuan kepada respons dan jawapan yang mereka berikan secara lisan dapat diberikan.

    Seterusnya guru juga dapat memberikan panduan untuk pelajar membetulkan dan membuat penambahbaikan terhadap jawapan yang ditulis di papan tulis agar keadaan kelas terkawal dan para pelajar lain tidak terdorong untuk membuat bising sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Di samping itu guru juga harus memberikan sepenuh perhatian kepada semua pelajar di dalam kelas saya tanpa mengira perbezaan tahap penerimaan mereka. Aktiviti yang berpusatkan pelajar yang dilakukan di dalam bilik darjah boleh dianggap berjaya apabila para pelajar menunjukkan prestasi yang menggalakkan dalam setiap peperiksaan yang diadakan.

    1.3. Kaedah hubungan komunikasi dua hala
    Hubungan komunikasi dua hala ini yang dimaksudkan ialah hubungan antara guru dengan pelajar. Kemahiran komunikasi merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam tatacara perhubungan guru dengan pelajar. Cronbach (1977), menyatakan kepentingan pemboleh ubah ’ketertiban’ dalam pencapaian guru, sifat peramah dan tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hubungan komunikasi di sekolah melibatkan hubungan antara guru dengan pelajar.

    Guru yang berdedikasi akan mengenali para pelajarnya kerana apabila seseorang guru itu mengetahui tentang latar belakang pelajarnya, setiap permasalahan yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dianalisis oleh guru. Sebagai contohnya, seseorang guru yang amat menitiberatkan tentang hubungan dengan para pelajar dengan sendirinya berjaya mengambil hati para pelajar sekaligus menyebabkan kelas dalam keadaan terkawal sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam proses pembelajaran, kasih sayang, persefahaman dan saling memahami antara guru dan murid amat penting.

    2. Mengurus Bilik Darjah dengan berkesan
    Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah setiap guru harus memahami peranannya sebagai pengurus bilik darjah yang baik berasaskan elemen-elemen pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Ini bermakna guru sebagai pengurus bilik darjah memainkan peranan sebagai perancang, pengelola, pengarah dan pengawal. Justeru itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, guru hendaklah memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha menguasai kemahiran-kemahirannya. Antara elemen-elemen yang termasuk dalam bidang pengurusan kelas ialah seperti berikut;

    2.1. Kawalan Kelas yang mantap
    Demi untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung juga, elemen kawalan kelas yang mantap perlu diwujudkan. Kemahiran mengawal kelas tidak datang secara semulajadi, pelbagai ilmu dan kemahiran diperlukan untuk mewujudkan kawalan kelas yang mantap. Oleh yang demikian, para guru seharusnya berusaha mencuba mencari jalan dan penyelesaian yang terbaik untuk menjadikan para pelajar terkawal semasa proses P & P. Antaranya ialah;

    2.1.1. Bilik Darjah mestilah kondusif
    Bilik darjah yang kondusif memainkan peranan yang amat penting dalam melancarkan proses P & P. Bilik darjah yang kotor dan tidak dijaga menyebabkan para pelajar merasa tidak selesa untuk belajar dan guru tidak konsisiten untuk mengajar. Oleh yang demikian, dalam usaha mewujudkan kawalan kelas yang mantap, bilik darjah yang kondusif amatlah penting.Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran para guru hendaklah terlebih dahulu memastikan persekitaran bilik darjah dalam keadaan bersih dan tersusun. Guru hendaklah memastikan para pelajar dalam keadaan bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekiranya terdapat sampah atau kotoran yang kurang menyenangkan, para guru hendaklah mengarahkan pelajar membersihkannya. Demikian juga dengan susunan meja dan kerusi di dalam bilik darjah hendaklah dalam keadaan tersusun dan teratur. Hal yang demikian mencerminkan para guru mementingkan disiplin diri setiap pelajar dan secara tidak langsung guru telah menyediakan pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

    2.1.2. Konsep Emotional Intelligence.
    Antara kaedah pengajaran lain yang dicadangkan untuk menjadikan para pelajar terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan Konsep Emotional Intelligence. Konsep ini dipopularkan oleh Danial Coleman (1995). Terdapat tiga aspek intrapersonal dalam konsep ini iaitu;

    2.1.3. Kebolehan mengendalikan emosi sendiri, atau ‘to know your emotions.’
    Penerapan aspek ini sangat penting bagi guru dan pelajar. Sebelum memasuki kelas untuk mengajar, guru hendaklah memastikan bahawa dia telah bersedia dari aspek mental dan fizikal dan berharap para pelajar juga bersedia untuk menerima ilmu dan maklumat yang ingin diajar atau disampaikan nanti. Hal ini kerana pengendalian emosi amat penting agar kita dapat mengenali emosi atau perasaan dan keperibadian sendiri. Oleh yang demikian adalah mudah untuk menentukan sasaran dan matlamat yang ingin dicapai.

    2.1.4. Kebolehan mengawal emosi
    Sebagai seorang guru, kebolehan mengawal emosi amat penting kerana untuk mewujudkan kawalan kelas yang mantap, setiap tutur kata haruslah dijaga supaya tidak menimbulkan rasa kecil hati atau kemarahan para pelajar. Apabila masalah pelajar kecil hati atau tersinggung dengan tutur kata guru, maka akan wujudlah perasaan benci atau memberontak dalam jiwa pelajar dan ini akan mendorong para pelajar terlibat dalam masalah disiplin seperti mengganggu kelas, bising, ponteng kelas dan sebagainya.

    2.1.5. Kebolehan mengawal dan mengimbang tenaga, pendirian, desakan dan kepuasan diri.
    Penerapan aspek ini dalam diri pelajar adalah penting kerana dengan mempunyai kebolehan ini, mereka dapat mengawal diri dan menetapkan pendirian walaupun terdapat desakan dan pengaruh untuk melibatkan diri dengan gejala negative. Sekiranya seseorang guru dapat memahami perbezaan tahap kebolehan pelajar, ia akan lebih memudahkan lagi guru mengawal para pelajardi dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Rumusannya, kawalan kelas yang mantap merupakan mekanisme kawalan yang sangat penting dalam memastikan para pelajar dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas dan seterusnya dapat mengelakkan mereka terlibat dalam masalah disiplin yang boleh menjatuhkan reputasi sesebuah sekolah.

    3. Aktiviti Pembelajaran
    Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran. Malah, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Seharusnya segala usaha pengajaran adalah semata-mata ditumpukan untuk merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka belajar. Oleh itu, pengajaran mempunyai dua fungsi utama iaitu merangsangkan pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Untuk mewujudkan situasi aktiviti pembelajaran yang bermutu para guru haruslah bijak mengaplikasikan perkara-perkara berikut;

    3.1. Membekalkan motivasi
    Pengurusan kelas yang konvensional atau biasa, beranggapan bahawa pelajar-pelajar mestilah dimotivasikan melalui sesuatu selain daripada kandungan pembelajaran. Ganjaran luar berupa grades/pangkat, pujian, recognition, treats/belanja, dan kebebasan/privilege adalah faktor yang dikenalpasti sebagai prime/ perangsang utama dalam pembelajaran pelajar-pelajar. Sebaliknya, pengurusan kelas yang cemerlang menganggap pelajar-pelajar haruslah dimotivasikan melalui kandungan pembelajaran itu sendiri.Sebagai contohnya, tugasan Matematik seharusnya menyeronokkan, tugasan membuat karangan seharusnya menarik perhatian, dan pembelajaran yang menggunakan bahasa asing merupakan sesuatu yang mengujakan. Bagi guru dan pelajar yang berkeadaan dalam pengurusan konvensional, matlamat seumpama ini adalah semata-mata tidak praktikal dan adakalanya mustahil.

    Manakala bagi pengurusan yang cemerlang, perkara ini adalah sebagai keperluan dan asas yang rutin dalam motivasi pelajar. Hal ini sangat berperanan pada kemajuan, perkembangan pelajar selanjutnya melalui proses belajar. Bila motivasi guru tepat mengenai sasaran akan meningkatkan kegiatan belajar. Dengan tujuan yang jelas pelajar akan belajar lebih tekun, lebih giat dan bersemangat.Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut motif atau motivasi tersebut. Oleh itu, di dalam bilik darjah tugas pengajaran ialah membekalkan motivasi tersebut sebagai rangsangan untuk menimbulkan minat dan menggerakkan mereka belajar.Disamping itu, segala aktiviti pengajaran adalah ditujukan untuk menghasilkan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Dengan perkataan lain, objektif utama pengajaran ialah membawa hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah ke suatu tahap yang lebih tinggi.

    3.2. Kaedah demostrasi
    Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Sesunguhnya segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar adalah berlandaskan kepada segala teori dan ciri pembelajaran. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, kaedah demonstrasi serta strategi pembelajaran seperti strategi pemusatan murid dan bahan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan mengurus aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

    3.3. Aktiviti Pengayaan dan Pemulihan
    Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual-beli. Disamping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul.

    4. Memahami fungsi-fungsi pembelajaran.
    Fungsi-fungsi pembelajaran boleh di huraikan menerusi beberapa prinsip antaranya ialah:-

    4.1. Perhatian
    Semasa mengajar guru perlu dapat membangkitkan perhatian pelajar kepada pelajaran yang diajarkan oleh guru. Perhatian akan memberi impak yang lebih besar apabila pelajar mempunyai minat dan bakat. Bakat merupakan suatu keperibadian yang telah dipunyai oleh seseorang pelajar sejak kecil lagi namun ianya dapat berkembang kerana pengaruh pendidikan dan persekitaran. Perhatian dapat ditimbulkan secara langsung kepada pelajar kerana mereka sudah tahu tujuan dan kegunaan mata pelajaran yang diperolehinya. Manakala perhatian secara tidak langsung yang baru dapat dirangsang menerusi kaedah pengajaran yang menarik, ransangan untuk berfikir serta menghubungkan pengetahuan yang telah dimiliki. Apabila pelajar mempunyai perhatian di dalam kelas, maka dengan mudah pelajaran yang diajarkan dapat diterima, dihayati, diolah sehingga pelajar tersebut mampu menghubungkan antara suatu pengetahuan dengan pengetahuan yang lain.Oleh yang demikian, menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan supaya guru dapat mengawal keadaan bilik darjah dengan baik dan melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberikan perhatian di dalam sesuatu perkara yang penting dalam hidup mereka khususnya pembelajaran akademik di dalam kelas.

    4.2. Aktiviti
    Dalam proses mengajar pelajar, guru perlu melakukan aktiviti samada berfikir mahupun melakukan atau melaksanakan sesuatu aktiviti. Hal ini mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar itu sendiri iaitu ilmu yang diajarkan tidak berlalu begitu sahaja tetapi dapat difikirkan, diolah kemudian dikeluarkan dalam bentuk yang berbeza. Melalui aktiviti juga membolehkan pelajar bertanya, mengajukan pendapat serta melakukan perbincangan dengan guru serta mematuhi arahan guru yang mengajar, melaksanakan tugas, membuat grafik, diagram serta maklumat yang diberikan oleh guru. Apabila pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti maka pelajar lebih mudah memiliki dan menggunakan ilmu itu dengan baik. Justeru, aktiviti perlu dilaksanakan dan diberikan perhatian dalam memastikan fungsi pembelajaran digunakan sepenuhnya agar tumpuan pelajar dapat dikumpulkan pada satu titik fokus utama. Dengan ini, akan lahirlah pelajar yang kreatif menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian.

    4.3. Integrasi
    Menghubungkan pembelajaran yang baru dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dapat menjadikan pelajar berfikir dengan kreatif dan kritis. Proses ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta membantu pelajar untuk memerhatikan pelajarannya dengan lebih baik.Hal ini sedikit sebanyak melahirkan pelajar-pelajar yang dapat mengadaptasikan pengetahuan yang mereka pelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar mereka diluar khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan mereka di masa-masa yang mendatang.

    Semua pelajaran yang diberikan kepada pelajar perlu diintegrasikan, sehingga pelajar memiliki pengetahuan bersepadu iaitu tidak terpisah-pisah. Kebiasaannya, pelajar hanya menerima proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru sahaja seandainya guru tersebut tidak menggunakan teknik dan kaedah yang bersesuaian dalam mengajar. Namun yang demikian, guru seharusnya memainkan peranan mengajar dan menghubung kaitkan diantara sesuatu topik dengan topik yang lain yang berkaitan agar para pelajar peka dan memahami serta dapat mengaplikasikannya dengan baik.

    Hal ini dapat menjamin penguasaan pelajar di dalam proses pembelajaran serta memberikan ruang untuk guru menggunakan kawalan yang minima di dalam kelas kerana pelajar itu sendiri sudah terdorong untuk fokus atau memberikan tumpuan disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, guru perlu kreatif semasa mengajar supaya proses pembelajaran dapat dikaitkan antara satu konsep dengan satu konsep yang lain yang berkaitan agar minat pelajar dapat mendorong mereka menjadi pelajar yang berkeyakinan dan berjaya di dalam kelas dengan mengintegrasikan pengetahuan yang baru dan sedia ada.

    Mata pelajaran yang diajar di sekolah seharusnya diintegrasikan berpadu menjadi suatu ilmu yang bersepadu. Pelajaran yang dipelajari bukan sekadar pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, bahkan bermanfaat di luar kelas serta dalam kehidupan seharian mereka. Pelajaran di sekolah perlu dihubungkan dengan kehidupan nyata dalam masyarakat. Pengetahuan sedia ada pelajar dapat mengukuhkan kefahaman pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Aspek kemasyarakatan tidak boleh dipandang remeh oleh guru.Dalam norma ketamadunan manusia, setiap individu pasti akan menghadapi, mendepani, berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka.Oleh itu, guru sangat berperanan di dalam menyelitkan unsur dan pendidikan yang bercorakkan masyarakat. Guru bukan semata-mata mengajarkan sesuatu mata pelajaran tetapi juga mendidik pelajar khususnya dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Namun, perlu diingat bahawa, elemen kemasyarakatan mestilah berbudaya atau bercorakkan masyarakat.Oleh itu, guru sangat berperanan di dalam menyelitkan unsur dan pendidikan yang bercorakkan masyarakat.

    Guru bukan semata-mata mengajarkan sesuatu mata pelajaran tetapi juga mendidik pelajar khususnya dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Namun, perlu diingat bahawa, elemen kemasyarakatan mestilah berbudaya atau bercorakkan masyarakat setempat agar penerapan yang dilakukan oleh guru dapat diterima oleh pelajar dan ibubapa mereka serta masyarakat di sekitarnya.Dengan mengaitkan elemen pendidikan di dalam bilik darjah dengan kehidupan nyata di dalam masyarakat, para pelajar dapat membuka ruang untuk diri mereka sendiri merasai dan menghayati pendidikan yang sedang diajarkan oleh guru mereka. Ini adalah kerana pelajar itu sendiri biasanya sudah memiliki pengetahuan asas dalam kehidupan mereka, hanya mereka kurang berkemampuan untuk mengaitkan antara proses pembelajaran atau ilmu pengetahuan yang mereka peroleh dengan kehidupan sebenar di luar sana. Justeru, perkaitan yang terbina di dalam kelas dengan menghubungkaitkan pembelajaran di dalam kelas dengan kehidupan masyarakat setempat dapat menjadikan agen kawalan bagi guru di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

    4.4. Pengulangan
    Tidak semua pelajar mempunyai tahap yang sama di dalam proses mengingati tentang sesuatu pembelajaran yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu, pembelajaran yang dibantu ulang untuk proses mengingati diperlukan untuk memberikan tanggapan yang lebih jelas dan tidak mudah dilupakan. Perkara ini boleh dinyatakan apabila kita mengulang dengan cara dan kaedah yang baik di dalam bilik darjah, semakin lama ia akan menjadi semakin jelas sehingga dapat digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

    Pengulangan secara teratur, pada waktu-waktu yang tertentu atau setelah setiap topik itu diberikan, maka ia sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal yang demikian memberikan pengetahuan kepada pelajar bahawa pengulangan merupakan suatu proses pendidikan yang mereka boleh aplikasikan dalam kehidupan mereka. Ini menjadikan bahawa proses pengulangan adalah suatu konsep bagi fungsi pembelajaran itu sendiri.

    4.5. Sosialisasi
    Dalam diri seseorang pelajar, mereka perlu terdedah kepada pergaulan sosial yang bermanfaat bagi menjadikan diri mereka satu generasi yang mampu menjadi kebanggaan bagi sesebuah masyarakat, bangsa, negara dan agama. Ini adalah kerana, pelajar merupakan individu yang mempunyai segi sosial yang perlu diperkembangkan. Dengan itu, adalah suatu kebaikan jika para pelajar diberikan ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti bersama-sama dengan rakan sekelas mereka supaya pergaulan sosial dapat dipelajari secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan bersama-sama rakan mereka di dalam kelas.

    Perkara ini dengan sendirinya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang saling bekerja sama antara satu sama lain, saling bergotong royong dan saling tolong menolong. Penerapan sosialisasi ini dapat membuka pemikiran pelajar bahawa banyak permasalahan tidak dapat diselesaikan secara bersendirian tetapi boleh diselesaikan dengan bantuan orang lain. Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga mampu meningkat cara pelajar itu berfikir sehingga dapat memecahkan masalah dengan baik dan lancar. Oleh yang demikian, sosialisasi atau pergaulan sosial dapat terbina dan menjadikan pelajar mampu untuk mengaplikasikan kewibawaan untuk menempatkan diri di dalam masyarakat kelak.

    Oleh yang demikian, melalui beberapa prinsip yang dinyatakan diatas dapat memberikan gambaran bahawa perhatian, aktiviti, integrasi, pengulangan dan sosialisasi dapat menjadi satu fungsi pembelajaran efektif yang berperanan bagi pendidik dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    5. Menghayati syarat-syarat pengajaran dan pembelajaran yang efektif
    Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif memerlukan syarat-syarat yang berikut:

    5.1. Variasi method pengajaran
    Semasa belajar, pelajar harus mengalami aktiviti mental. Misalnya pelajar dapat mengembangkan kemampuan intelektualnya, kemampuan berfikir secara kritis, kemampuan menganalisis, kemampuan mengucapkan pengetahuannya, manakala guru harus menggunakan banyak method pada waktu mengajar.Variasi method mengakibatkan penyajian bahan pelajaran lebih menarik perhatian pelajar, mudah diterima pelajar, dan kelas menjadi hidup. Kaedah persembahan yang selalu sama akan membosankan pelajar.

    5.2. Menimbangkan perbezaan individu (pelajar)
    Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu menimbangkan perbezaan individual antara pelajar. Terdapatnya perbezaan bakat dan kebolehan di antara pelajar yang perlu diuruskan dengan baik di dalam bilik darjah. Perbezaan bakat dan kebolehan antara pelajar di dalam sesebuah kelas di mana terdapat kecekapan dan ketangkasan pelajar berbeza secara individual.Ada di antaranya yang cerdik dan cerdas sehinggakan mampu untuk menerima dengan cepat ilmu pelajaran yang disampaikan kepadanya. Tahap ini merupakan tahap keboleh-penerimaan yang tinggi. Namun, perlu diingat bahawa masih ramai pelajar yang mempunyai tahap keboleh-penerimaan yang biasa dan rendah.

    Disebabkan tahap keboleh-penerimaan yang berbeza-beza ini menyebabkan guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu menyeimbangkan kaedah, skop serta aktiviti pembelajaran agar semua pelajar yang mempunyai tahap penerimaan yang berbeza dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Dengan cara ini, ianya dapat mengembangkan kemampuan-kemampuan pelajar secara individual.Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai tahap keboleh-penerimaan yang tinggi hanya perlu mendapat penerangan yang lebih ringkas kerana pengetahuan sedia ada serta kebolehan memahami yang cepat. Ini berbeza dengan pelajar yang berada pada tahap sederhana dan rendah yang memerlukan lebih penerangan dan kaedah yang lebih mudah difahami supaya mereka dapat mengikuti memahami pelajaran dengan baik. Oleh yang demikian, perbezaan individual perlu dipertimbangkan agar guru dapat menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai untuk semua pelajar dan memberi peluang sama rata kepada pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan yang diajarkan.

    5.3. Perencanaan sebelum mengajar
    Dalam memastikan sesuatu pembelajaran dapat dilakukan dengan baik, maka sebuah perencanaan perlulah dilakukan oleh guru yang mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar. Ini dapat dilihat dari sudut perencanaan yang terperinci dengan turutan perencanaan tersebut sebagai alat rujukan. Perencanaan sebelum mengajar perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah yang akan digunakan semasa, serta penanda aras kefahaman para pelajar terhadap penguasaan sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran.

    Dengan persiapan mengajar, guru akan mantap di hadapan kelas, perencanaan yang matang dapat menimbulkan banyak inisiatif dan daya kreativiti guru sewaktu mengajar serta dapat meningkatkan interaksi belajar dan mengajar antara guru dan pelajar.Dengan adanya perencanaan sebelum mengajar ini, ia bukan sahaja memberikan suatu kemudahan kepada guru untuk mengajar dan mendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran, malah pelajar turut mudah mengikuti dan memahami pembelajaran yang diajarkan oleh guru tersebut. Perkongsian pemudahcara yang dilakukan oleh guru sebelum mengajar ini mampu memberikan kesan yang lebih baik serta lancar kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

    Oleh yang demikian, perencanaan sebelum mengajar adalah penting supaya para guru mempunyai satu rujukan yang jitu mengikut kebolehan guru dan pelajar yang diajarkan supaya ilmu yang ingin disampaikan dapat diajarkan oleh guru dengan baik dan pelajar dapat menerima ilmu tersebut dengan baik juga mengikut objektif-objektif, teknik dan kaedah serta penilaian yang dilakukan terhadap pelajar. Pada penyajian bahan pelajaran pada pelajar, guru perlu memberikan masalah-masalah yang boleh merangsang pelajar untuk berfikir.

    5.4. Penyediaan bahan pengajaran
    Semasa proses pengajaran di dalam kelas, guru sememangnya perlu menyediakan kaedah-kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik serta menerimanya sebagai sebuah bentuk pengajaran yang menarik.Namun yang demikian, dalam menjadikan sesebuah kelas lebih menarik serta memberikan rangsangan minda pelajar, guru seharusnya menyediakan bahan pengajaran yang mampu memberikan permasalahan yang boleh menyebabkan pelajar berfikir serta merangsang daya kreativitinya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

    Dengan cara ini, pelajar bukan sahaja menerima pembelajaran secara pasif, tetapi juga dapat terlibat aktif secara rangsangan berfikir dalam mengikuti kelas yang dilakukan oleh guru. Semasa belajar, pelajar seharusnya mengalami aktiviti mental seperti pelajar dapat mengembangkan kemampuan intelektualnya, kemampuan berfikir secara kritis, kemampuan menganalisa dan kemampuan mengucapkan pengetahuannya disamping mengalami aktiviti jasmani seperti mengerjakan sesuatu, menyusun intisari pelajaran, membuat peta dan lain-lainnya.Hal ini secara langsung menjadikan pelajar tersebut memberikan fokus kepada proses pengajaran yang berlangsung dan guru mampu mengawal proses pembelajaran di dalam kelas dengan lebih baik dengan menjadikan permasalahan yang diberikan sebagai pokok utama pengurusan guru di dalam bilik darjah.KesimpulanPengajaran dan pembelajaran yang berkesan membawa impak yang besar kepada guru dan juga pelajar.

    Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar pasti segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru akan dapat diadaptasikan oleh para pelajar. Demi mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia, diharapkan beberapa tindakan yang dicadangkan di atas dapat membantu dalam melahirkan modal insan cemerlang, berminda kelas pertama dan bebas dari kelemahan disiplin dan gejala yang tidak sihat. 

  116. assalamualaikum cikgu. terutama sekali, TAHNIAH sy ucapkan kepada cikgu, kerana byk membantu sahabat yang mempunyai sebarang persoalan. so, sy ingin meminta jasa baik cikgu untuk membantu saya dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kaedah-kaedah pengajaran yang relevan bagi pelajar berkeperluan khas. semoga, cikgu dapat memberi respond kepada kemusykilan saya. terima kasih.

  117. Intan, waalaikumussalam.

    Maaf, saya hanya seorang guru prinsip perakaunan.. bukan orang yang selayaknya memberi nasihat atau menyelesaikan masalah orang lain. Apa yang boleh saya buat sekadar berkongsi / memberi sedikit pandangan sahaja.

    Ok apa masalahnya ? Mungkin ada yang kita boleh bincangkan dan cuba cari jalan penyelesaiannya.

  118. Cikgu, apakah dimaksudkan guru advanced beginner?

  119. Kasthury,

    Maaf, saya juga tak pasti maksudnya, kena baca artikel yang menggunakan istilah tersebut.

  120. Assalamualaikum cikgu, berkenaan dengan PPPM2013-2025, cikgu ada tak jurnal/artikel2 tentang isu kemenjadian murid? Dan ada tak contoh borang soal selidik (yang digunakan dari penyelidikan2 lepas) berkaitan isu ini? . Terima kasih.

  121. Finsyi, waalaikumussalam,

    Maaf, tidak ada. Cuba SEARCH di GOOGLE, insyaAllah akan jumpa artikel berkaitan dengannya.

  122. Tak mengapa. Terima kasih cikgu.

  123. Sejauh manakah murid harus diberi kebebasan memilih tempat duduk masing-masing di dalam darjah..wajar ka?

  124. Norhayati,

    Pada pandangan saya, penyusunan pelajar dalam kelas bergantung kepada kebijaksanaan guru tingkatan sama ada mengikut kelompok Cemerlang, Sederhana, Lemah… kumpulan lemah dihadapan, cemerlang dibelakang… ataupun dalam satu kelompok yang terdiri daripada semua aras pencapaian.

    Dan ianya juga bergantung kepada SUSUNATUR meja pelajar itu sendiri.

  125. Apakah definisi “peranan guru” pada pandangan cikgu sendiri?

  126. Fifin,

    Banyak artikel berkaitan Peranan Guru… hanya perlu GOOGLE saja.

  127. saripah rabiah

    sila berikan beberapa contoh inovasi dalam psv sek.rendah, cikgu

  128. Saripah,

    Maaf diluar pengetahuan saya.. sila rujuk guru2 PSV.

  129. Kenapa Guru Perlu Buat Analisis Item?

    Saya memang akui, memang ramai dalam kalangan kita yang cukup tak gemar bila datang kerja-kerja pendokumentasian / pengkeranian. Suruh mengajar, memang 200% kita boleh bagi. Tapi bila disuruh perkara-perkara yang macam nih, malaih sungguh nak cakap. Nak pulak kalau dapat pentadbir yang memang cukup strict tak tentu arah. Terus diwajibkan kepada semua guru, tanpa dia sendiri pun tahu apa tujuan sebenar analisis item dibuat. Maka bertambahlah tekanan untuk guru-guru di sekolah.

    Kenapa Guru Perlu Buat Analisis Item? Tujuan Analisis Item

    Jadi apa sebenarnya tujuan guru kena buat analisis item nih?. Adakah dengan buat analisis item ini boleh beri manfaat kepada guru dan juga paling penting kepada murid?. Atau buat analisis item sekadar untuk nak puaskan hati pentadbir yang asyik mendesak setiap hari selepas peperiksaan?

    Apa itu Analisis Item?
    Sebenarnya, analisis item adalah satu analisis yang dijalankan oleh guru bagi menentukan kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Sumber.

    Analisis item ini dilaksanakan untuk beberapa tujuan yang tertentu. Dan juga melalui analisis item ini, guru akan memperolehi beberapa maklumat penting mengenai banyak perkara yang berkaitan dengan item peperiksaan, dan juga pencapaian murid.

    Bila Kena Buat Analisis Item?
    Analisis item nih selalunya kita buat selepas peperiksaan. Dan juga sebelum kertas jawapan diberikan semula kepada murid. Berdasarkan pengalaman, ada guru yang buat sendiri analisis sebelum diserah kepada murid. Dan ada juga guru yang buat analisis bersama-sama murid semasa dalam kelas. Bergantung kepada tahap kerajinan dan juga atas rasa tanggungjawab guru itu sendiri.

    Apa Tujuan Kena Buat Analisis Item?
    Seperti jawapan di atas, tujuan utama analisis item adalah bagi menentusahkan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Namun, analisis item juga dilaksanakan bagi tujuan berikut:
    1. untuk membezakan item yang baik dan item yang lemah.
    2. untuk menghasilkan ujian yang bermutu dan berkualiti

    Selain daripada itu, analisis item juga dapat membekalkan beberapa maklumat berikut kepada guru iaitu:
    1. Respon murid terhadap setiap item
    2. Maklumat tentang bagaimana setiap item berfungsi (senang atau sukar)
    3. Diskriminasikan murid kepada kumpulan tinggi (KT) dan kumpulan rendah (KR)

    Analisis Item Ada Format Tak?
    Tak ada. Guru boleh kreatif dalam menyediakan sendiri format analisis item mengikut keperluan subjek. Jika ada lebih kerajinan, buat lah mengikut setiap pecahan soalan. Jika kurang kerajinan, buatlah mengikut soalan. Ini kerana dalam satu soalan yang sama, kebiasaannya akan ditanya daripada topik yang sama juga.

    Namun jika mahukan maklumat yang lebih banyak, anda bolehlah teruskan dengan pengiraan Indeks Kesukaran dan Indeks Pembezaan. Boleh baca di SINI untuk maklumat lanjut.

    Apa Tindakan Guru Selepas Analisis Item?
    Jika analisis item dijalankan dengan penuh tanggungjawab, maka dari sana, guru akan lebih mula jelas dengan apa yang sebenarnya berlaku pada pembinaan soalan dan juga kesannya kepada keputusan pelajar.

    Maka untuk itu, guru perlulah:
    1. Melihat semula pembinaan soalan dengan lebih baik supaya tidak ada item yang terlalu sukar atau terlalu mudah untuk diberi kepada pelajar semasa peperiksaan.
    2. Melaporkan kekuatan dan kelemahan pelajar, terutamanya bagi perkara yang sudah atau belum dikuasai oleh pelajar.
    3. Mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula
    4. Mengenalpasti soalan yang bias terhadap sesuatu kandungan (bab yang mungkin tidak diajar)
    5. Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan (2 atau 3) bagi memudahkan tindakan susulan yang lebih berfokus

    Apa Kebaikan Jika Saya Buat Analisis Item?
    Secara peribadinya saya merasakan analisis item adalah suatu ukuran yang bagus untuk guru-guru membuat refleksi kendiri terhadap 3 perkara iaitu:

    1. Pembinaan item yang lebih berkualiti
    Analisis item mampu memberi maklumat mengenai Aras Kesukaran sesuatu item itu. Bermakna selepas ini juga kita akan lebih mampu menghasilkan item yang lebih realistik dan tidak syok sendiri. Penghasilan item yang berkualiti membolehkan guru menilai prestasi sebenar murid.

    2. Refleksi terhadap pdp
    Memang jelas, daripada analisis item ini maklumat berkaitan dengan topik dan konsep tertentu yang belum dikuasai oleh pelajar. Ada banyak kemungkinan. Mungkin kerana langsung tidak diajar, atau juga pelajar belum kuasai tajuk berkenaan. Guru boleh ajar semula bab yang berkenaan.

    3. Tindaksusul selepas peperiksaan
    Analisis item juga membolehkan guru untuk mengenalpasti pelajar dengan masalah tertentu semasa menjawab soalan. Maka guru boleh lebih spesifik dalam menjalankan program pemulihan dan juga tindaksusul yang lebih berfokus bagi memberikan hasil yang lebih berkesan. Pemulihan mungkin boleh diadakan dengan mengajar semula topik berkenaan atau pun teknik menjawab bagi soalan tertentu.

    Apa Kebaikan Jika Saya Buat Analisis Item?

    Bagi guru yang mungkin sebelum ini tidak pernah menekankan soal analisis item, maka diharapkan melalui bacaan ini memberi anda sedikit inspirasi dan motivasi untuk melakukan demikian. Tak ada paksaan kepada mana-mana pihak. Cukup sekadar usaha bagi membolehkan guru benar-benar faham dengan keperluan kepada peningkatan prestasi murid.

    Bagi guru yang sudah melakukan analisis item ini sejak sekian lama, tahniah! Teruskan misi anda bagi memberikan yang terbaik kepada dunia pendidikan, khususnya untuk kejayaan anak didik anda sendiri. Tahniah! Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa baik tuan puan.

    Sumber: https://www.cikguhailmi.com/2015/07/kenapa-guru-perlu-buat-analisis-item.html?m=1

  130. Pembelajaran Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham

    Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam ‘Children’s Learning in Science Project’ oleh Needham pada tahun 1987. Dalam model yang mempunyai 5 fasa ini, ianya menekankan kepada peranan murid dalam pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator.

    Pembelajaran Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham

    Kelebihan pendekatan ini adalah murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran dahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitannya dibina sendiri oleh murid, bukan guru. Konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru.

    Fasa 01 : Orientasi
    Guru menyediakan suasana pembelajaran bagi merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran.
    Kaedah : tayangan video, keratan akhbar, teka-teki, lakonan, simulasi

    Fasa 02 : Pencetusan Idea
    Guru merancang aktiviti dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Aktiviti perbincangan berkumpulan adalah sesuai bagi membolehkan pelajar berkongsi pengetahuan. Guru pula bertindak sebagai fasilitator.
    Kaedah : Perbincangan kumpulan, Pemetaan konsep dan laporan

    Fasa 03 : Penstrukturan Semula Idea
    Kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut turutan. Kesinambungan idea ini akan kelihatan lebih tersusun dan terancang. Guru berperanan bagi mengukuhkan konsep atau idea yang tepat pada muridnya.
    Kaedah : Perbincangan dalam kumpulan kecil, pembacaan, input guru, kerja projek, eksperimen, demonstrasi guru

    Fasa 04 : Aplikasi Idea
    Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini akan dapat mewujudkan kefahaman yang baharu kepada murid dan akan menggalakkan proses inkuiri dalam diri murid.
    Kaedah : Penulisan, Kerja projek

    Fasa 05 : Refleksi
    Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang merubah idea mereka. Murid boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.
    Kaedah : Penulisan, perbincangan kumpulan, catatan peribadi.

    Sumber: https://www.cikguhailmi.com/2015/05/pembelajaran-model-konstruktivisme-lima-fasa-needham.html?m=1

  131. Muhammad syafiq erzuan bin abd aziz

    Cikgu Narzuki saya nak biodata cikgu untuk assignment, saya guna cikgu punya kaedah dalam pembentangan saya..

  132. salam satu Malaysia, di sini saya ingin mohon pandangan cikgu tentang kualiti sebagai seorang guru yang baik…

  133. Seo Poh Choo,

    Sudah banyak bahan2 mengenainya di ATAS.

  134. salam cikgu Narzuki,

    Saya guru baharu yang mengajar bahasa Malaysia di SJKT, keterbatasan yang wujud terutamanya bahasa dan budaya menyebabkan saya sukar untuk mempraktikkan apa-apa yang telah saya pelajari sebelum ini. Adakah terdapat sebarang panduan untuk saya gunakan sebagai pendorong untuk saya didik murid – murid ini. Untuk pengetahuan cikgu saya mengajar murid tahun 1 dan tahun 5 bahasa Malaysia.

  135. Azimanguano,

    Cuba dapatkan panduan dan pandangan daripada guru BI atau mana2 guru disekolah tersebut.. kerana mereka lebih arif tentang persekitaran /sikap murid disana… serta mereka sudah semestinya telah melaluinya dan menemui cara untuk mengatasinya.

    Serta dapatkan juga pandangan daripada rakan guru BM daripada SJKT yang lain.

  136. siti zanah hj besar

    can Ishare these articles for my refrance

  137. Siti Zanah,

    Boleh saja..

  138. tahniah Cikgu, artikal yang baik..

  139. salam cg narzuki sy pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)

    sy ingin bertanyakan berkenaan tugasan yang sy perlu lakukan.Ianya berkaitan tentang kaedah penyampaian ilmu kepada pelajar. Adakah seseorang guru hanya perlu ajar kepada murid apa yang ada dalam sukatan pelajaran sahaja atau perlu ajar lebih dari itu.

  140. Faiz,

    Sekarang ini guru bukan lagi sebagai seorang pengajar….
    Sila rujuk kaedah Pembelajaran Abad ke 21. (klik)

  141. salam cikgu,

    boleh cikgu beri sedikit pandangan tentang kepelbagaian peranan guru sebagai inovator dan pengurus dalam pdp yang berkesan?

    harap cikgu dapat membantu, terima kasih 🙂

  142. Aulia,

    Guru berperanan sebagai pemudah cara
    dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

    1. Guru sebagai perancang -> untuk
    memastikan kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

    2. Guru sebagai pengawal pelaksanaan
    PdPc –> untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan.

    3. Guru sebagai pembimbing –> untuk
    membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran.

    4. Guru sebagai pendorong –> untuk
    meningkatkan motivasi murid dalam
    pembelajaran.

    5. Guru sebagai penilai –> untuk mengesan tahap penguasaan murid.

    # sila rujuk Standard 4 dalam SKPMg2

  143. assalammualaikum cikgu narzuki,

    saya student ambil course prasekolah. saya nak tnya cikgu, bagaimana seseorang guru itu mengaplikasikan kaedah pengajaran berbentuk komputer di dalam bilik darjah? boleh cikgu terangkan dekat saya?

    terima kasih cikgu.

  144. Nurazwah, waalaikumussalam.

    Macam2 boleh buat… kita boleh buat penyampaian… menggunakan animasi.. video… games…dll.
    Cgu cadangkan cuba search aktiviti PA21…

  145. ABBY STAPHENNY SULLY ANAK RUNGA

    Selamat Petang cikgu, saya student ambil kos pndidikan awal kanak-kanak. saya nak tanya cikgu, bagaimana cara seorang guru boleh mendapatkan penghormatan daripada para pelajar mereka.saya harap cikgu boleh membantu saya. sekian

  146. Abby,

    Cuba baca petikan artikel2 dibawah post diatas..

  147. ABBY STAPHENNY SULLY ANAK RUNGA

    Selamat malam cikgu, saya nak tanya ni cikgu kenapa sesetengah kanak-kanak akan berasa selesa dan memihak kepada gaya pembelajaran yang disukai oleh kebanyakkan kanak-kanak perempuan manakala beberapa kanak-kanak perempuan akan memihak kepada gaya pembelajaran yang lebih senang dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki. saya harap cikgu boleh membantu saya. sekian.

  148. Abby,

    Pada pandangan saya.. salah satu sebab mungkin situasi kehidupan harian kanak2 itu sendiri… contohnya, semua adik beradik perempuan.. maka pergaulan harian lebih kepada gaya hidup perempuan.

  149. Salam cikgu marzuki,

    Apakah contoh-contoh yang sesuai dalam PdPc?
    Apakah contoh aspek pembangunan insan perlu diterapkan dalam PdPc di bilik darjah?
    Harap cikgu boleh bantu saya

  150. TERIMA KASIH ATAS BERKONGSIAN YG AMAT BERFAEDAH

  151. Abby Staphenny Sully

    Selamat petang cikgu, saya nak bertanya kepada cikgu berkenaan dengan apakah faktor yang perlu dipertimbangkan apabila merancang untuk memberi esei sebagai soalan ujian. Sekian. ?

  152. Abby,

    Cuba google “Pembinaan Item Ujian – Cikgu Amirul“.. mungkin dapat membantu anda.

  153. “Kepentingan Kepelbagaian Motivasi Dalam Pembelajaran”
    .
    Kajian mencadangkan bahawa motivasi dalam pembelajaran berkait rapat dengan KAWALAN. Ganjaran yang diberi akan meletakkan kawalan belajar dalam tangan si pemberi (guru) berbanding pelajar. Pelajar justeru perlu ikut piawaian yang ditetapkan orang lain berbanding mengikut kemahuan dirinya.

    Tidaklah sukar untuk melihat bahawa seseorang pelajar yang hilang minat meneroka kerana kawalan belajar tidak berada dalam tangannya, jika ganjaran itu bernilai padanya, akan tetap berusaha untuk belajar. Namun, ada risiko bahawa pelajar itu akhirnya mudah kehilangan arah kerana soalan yang ditanya bukan daripada hati nuraninya dan akibat daripada minat yang hilang.

    Kepelbagaian motivasi dapat mencambahkan peluang pelajar untuk belajar menurut arahan. Jangan disangka pula bahawa motivasi jenis ekstrinsik sentiasa lemah walaupun pelajar cenderung belajar dengan menghafal berbanding memahami konsep. Jika kena caranya iaitu pujian atau ganjaran diberi kerana usaha bukannya hasil pelajar, maka pelajar tetap berpotensi maju dalam pembelajarannya.

    Guru pertamanya harus mengenalpasti situasi dan kesediaan pelajar untuk disangga ke arah pembelajaran intrinsik kerana itulah kemuncaknya. Berikut adalah keadaan-keadaan yang boleh mempromosikan motivasi intrinsik :

    1. Kepentingan komponen cabaran dalam aktiviti pembelajaran. Akan adanya insentif “ingin tahu” dan persekitaran pelajar kaya dengan peluang untuk “mendapat tahu”. Misalnya ditanyakan – Apa yang akan tenggelam? Apa yang akan timbul? Apa terjadi sewaktu air membeku? Sewaktu ia mendidih? Bagaimana menghentikan pencairan ais?

    Sudah tentulah cabaran ini hanya berkesan jika ia belum pernah dibuat oleh pelajar. Jika ya, maka peluang pelajar untuk hanya memuntahkan pengetahuan hafalan semata-mata tetap ada.

    2. Beri peluang sedikit berkenaan soalan apa yang hendak diteroka lanjut dan bantu pelajar supaya komited untuk terus meneroka hingga selesai. Jadi, guru perlu libatkan pelajar dalam menentukan aspek topik penyiasatan, dalam menentukan sasaran aktiviti, dan memilih tindakan penyiasatannya.

    3. Pengalaman mencabar sentiasa akan menghasilkan masalah. Pelajar justeru perlukan maklumbalas membina daripada guru. Guru boleh beri pandangan tetapi libatkan pelajar dalam menilai apa tindakan yang diambil dan apa jurangnya dengan permasalahan.

    4. Pembelajaran kooperatif mengajak kepada motivasi intrinsik. Maka, sediakanlah aktiviti yang memerlukan kolaborasi yang sebenar-benarnya, bukannya yang tetap dapat diselesaikan oleh pelajar secara individu. Pastikan akan himpunan tanggungjawab teragih dengan baik untuk setiap pelajar memainkan peranannya.

    5. Adalah penting untuk memberikan maklumbalas yang menyokong jangkaan tinggi serta keyakinan pelajar bahawa mereka akan berjaya. Pelajar akan berusaha lebih keras apabila sudah kelihatan sedikit hasil. Ini berupaya membina harga diri serta keyakinan mereka sebagai pelajar. Hal ini lebih mudah diwujudkan jika aktiviti yang disediakan dapat menarik minat mereka dan ada insentif berpadanan untuk mereka terus terlibat meneroka hingga akhirnya.

    #Petrosains #Educators

  154. Selamat petang cikgu, Bagaimana guru boleh melengkapkan diri untuk mencapai pemikiran KBAT dalam PdPc dan penerapan dalam kalangan murid2 sekolah

  155. Saibah,

    Pada pandangan saya, guru tersebut terlebih dahulu perlu memahami :
    1. Maksud KBAT itu sendiri
    2. DSKP (standard kandungan, standard pembelajaran & standard prestasi) yang murid perlu kuasai.
    3. Aktiviti2 PAK21 dalam pelaksanaan PdPc.

  156. assalamualaikum cg. boleh tak beri sy penjelasan dan keterangan yang cukup jelas tentang kesan kegagalan komunikasi seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.sy harap cg dpt bantu sy. terima kasih

  157. 11 TIPS MENGAJAR KELAS BELAKANG

    Mengajar kelas belakang merupakan satu cabaran buat wargapendidik. Ada yang suka, ada juga yang tak suka. Bergantung kepadaapa niat, dan tindakan kita selaku guru.

    1. Banyak Bersabar
    Mengajar kelas belakang sangat perlukan keazaman dan kesabaran yang tinggi. Mana taknya, hari nih ajar, sekejap lagi dah lupa. Itu belum kira lagi dengan pelajar yang ada masalah sikap, melawan guru dan sebagainya. Jadi jika diberi kelas belakang, sematkan dalam hati, “Aku harus sabar” 13947 kali 

    2. Kurangkan Bercakap
    Jika kita teliti betul-betul, pelajar kelas belakang ini taksuka jika dengar kita bercakap banyak-banyak. Lagi teruk kalau kita lagi banyak berleter, daripada bercakap. Maka elakkan lah daripada banyak bercakap, sebaliknya lebih banyak buat aktiviti dengan mereka. Biar mereka sibuk membuat perkara, bukan mendengar. Biarkan mereka dengan lebih banyak aktiviti.

     3. Ingat Nama Mereka
    Pelajar kelas belakang biasanya jarang diberi perhatian dan’kasih sayang’ daripada guru. Malah kadang-kadang ada sesetengah guru, nama pelajar pun tak ingat. Maka dengan sedikit usaha menghafal nama mereka, secara automatic mereka akan rasa lebih sentimental dan rasa lain. Ada juga cikgu yang ingat nama mereka.  

    4. Kenal Tahap Murid
    Bagi guru yang jarang ada pengalaman di kelas belakang, kadang-kadang jangkaan mereka kadang-kadang melebihi kebolehan murid. Mana nak sama bakat kelas A dengan bakat pelajar kelas K. Tapi kalau kita tahu tahap mereka, dan minat mereka, maka secara tak langsung dapat merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. 
    ?Kenalpasti tahap mereka bagi membolehkan kita rancang aktivitiyang sesuai.

     5. Pandai Tarik Perhatian
    Budak kelas belakang sangat mudah terpesong focus mereka. Maka guru yang baik, adalah guru yang dapat menarik perhatian mereka, melalui penampilan, aktiviti, atau apa saja.  

    6. Layan Perangai Mereka
    Pelajar kelas belakang ni biasa nya macam-macam sikit perangai. Kadang-kadang memang mintak kasih sayang betui. Jadi maka layankan ajer lah perangai mereka sekali sekala, dalam usaha merapatkan hubungan guru dengan pelajar. Tapi jangan lebih-lebih, nanti naik kepala pulak. Ingat yer, layan secukup rasa.  

    7. Banyakkan Pujian
    Jangan lupa bahawa peneguhan yang positif sangat banyak memberi impak positif kepada minda separa dalam murid. Jadilah seperti orang Korea dan Jepun, yang sentiasa ringan mulut nak memuji, walaupun halnya kecik sahaja. Puji baju mereka pakai kemas, walaupun tidak mahal. Puji hasil kerja mereka walaupun buruk, tetapi atas usaha. Puji sikap mereka bila bertindak baik.  

     8. Banyakkan Melukis
    Berkemungkinan besar pelajar kelas belakang ini ramai yang tidak boleh membaca. Maka janganlah sentiasa buat aktiviti yang memaksa mereka menulis dan menulis. Sebaliknya perbanyakkan lagi aktiviti nota melalui gambar atau lukisan.   

    9. Pdp di Luar Kelas
    Kebanyakan budak kelas belakang nih, cepat merasa bosan dengan sesuatu yang tidak dapat menarik perhatian mereka. Banyakkan pdp yang berlaku di luar kelas. Dalam masa yang sama juga ambil berat dengan isu kawalan kelas dan sebagainya. Jangan sampai macam tak terjaga.
    Ramai pelajar yang suka belajar di luar kelas

     10. Hukum dengan Kasih Sayang
    Jika terpaksa juga menghukum pelajar, nyatakan terlebih dahulu kesilapan mereka dan maklumkan juga bahawa tindakan hukum tersebut adalah bagi tujuan sayang. Bagi guru yang beragama Islam, boleh lah cuba pendekatan dengan menyebut Bismillah terlebih dahulu. Pasti cair hati mereka. Kalau tak cair pun, sekurang-kurangnya dia dapat redho dihukum guru.

    11. Pelbagaikan Strategi
    Jangan kata murid, guru pun pasti akan bosan jika melalui aktiviti yang berulang. Maka pelbagaikan strategi pembelajaran guru supaya mereka sentiasa rasa teruja dan surprise dengan aktiviti yang guru rancangkan. 

    Sumber : https://www.upevreydaycom.com/post521355/1176

  158. Hi Cikgu,

    Dari mana boleh saya download bahan untuk Prinsip Perakaunan?Apakah perkhidmatan disediakan dalam website ini?

  159. aziz bin haseng

    info yang sangat baik….saya nak info ni..boleh hantar tak ke email saya..terima kasih cikgu

  160. Aziz,

    Tiada apa yang boleh dihantar… boleh rujuk SUMBER yang dinyatakan.. untuk dapatkan bahan2 tersebut.

  161. Salam cikgu, saya bertanyakan soalan sedikit.. apa pandangan cikgu tentang aktiviti PdP yang berkesan dengan menggunakan strategi profesionalisme keguruan? Dan adakah soalan ini berkait rapat dengan PLC?

  162. Nur,

    PLC..tujuannya meningkatkan keberkesanan sesuatu perkara… termasuklah PdPc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.