BUKU SUMBER P&P PRINSIP PERAKAUNAN

BERITA TERKINI 12 JANUARI 2010

Modul (Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran) yang telah diperkatakan sebelum ini telah siap dan masih dalam proses cetakan.

Dijangkakan akan siap pada minggu ini atau hadapan. Buku ini akan diedarkan ke JPN untuk diedarkan ke sekolah-sekolah yang menawarkan mp ini.

Oleh kerana buku sumber ini diperlukan segera, maka Cg Narzuki Online akan bantu sebarluaskan kepada rakan guru sekalian.

MUAT TURUN :

MODUL PRINSIP PERAKAUNAN 2010

( Bagi mengelakkan sebarang masalah sila gunakan Adobe Reader  9)

~ Sehingga 21/06/2010 : Bilangan muat turun : 3587 orang.

Posted on January 12, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 118 Comments.

  1. salam…
    kenapa sy x bleh downlod modul pa ckg?
    dah puas cuba tp x dpt

  2. Salam, cuba lagi kerana ramai guru telah muat turun tanpa sebarang masalah.

  3. Terima Kasih byk2.

  4. tq ckg..dah dpt downlod

  5. salam, tq cikgu atas usaha cikgu memudahkan saya download modul 2010.

  6. Sama-sama, saya hanya membantu rakan guru sekadar yang termampu saja.

  7. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak ckgu narzuki. Hanya tuhan saja yang dapat membalasnya. moga ckgu akan terus dimurahkan rezeki.amin

  8. Banyak-banyak terima kasih cikgu Narzuki. Modul ini khas untuk pelajar tingkatan 4 2010 sahaja? Bukan untuk pelajar tingkatan 5 2010?

  9. Sama-sama, ya untuk pelajar Tingkatan 4 tahun 2010. Pelajar Tingkatan 5 tahun 2010 masih menggunakan HSP lama.

  10. as salam ckgu, trima kasih kerana usaha ckgu memudahkan dan melicinkn proses P&P guru-guru di luar sna..info n bahan P&P yg di sebarkn oleh ckgu sgt mbantu pelajar.smoga usaha murni ckgu dapat diteruskan untuk mbantu guru-guru..

  11. terima kasih cgu narzuki… amat membantu… moga usaha cg diberkati selalu… amin

  12. salam. saya ingin kepastian tntg calon spm 2010. KP akaun saya beritahu tahun ini ting 5 sudah mula guna sukatan baru (beliau telah pergi berkursus pada bln 11 dahulu). oleh sbb itu, kami telah menggunakan RP yang baru utk t5 tahun ini. untuk kepastian, adakah betul apa yang diberitahu oleh KP saya ini? tq

  13. Salam, daripada apa yang saya faham, perlaksanaan sesuatu HSP baru akan bermula dari tingkatan 4 dan diteruskan ke tingkatan 5 pada tahun berikutnya.

    Pada pandangan saya, mana mungkin seorang calon mengikut dua HSP yang berbeza, dimana semasa ting4 HSP Lama dan ting5 HSP Baru, itu sudah dikira calon DUA ALAM. Habis macam mana pula dengan soalan SPM tahun ini, nak ikut HSP baru atau HSP Lama ??? … cuba kita sama-sama fikirkan rasionalnya.

  14. Terima kasih atas usaha murni cikgu.
    Buku sumber ini akan membantu memudahkan proses p&p di sekolah.

    Bagaimana pula dengan pentaksiran Kertas 3 – Kerja Kursus? Adakah akan ada taklimat khas dalam masa terdekat?

  15. Sama-sama, buat masa ini tiada sebarang berita lagi, sama-sama kita tunggu perkembangannya dari semasa ke semasa.

  16. Syabas cikgu Narzuki.. Teruskan usaha murni anda menyebarkan Ilmu. Saya nak jadi macam cikgu juga tapi masa tak mengizinkan. :)….

    Cikgu boleh tak saya dapatkan Rancangan Pelajaran Tahunan 2010 untuk Prinsip Akaun. Terima kasih

  17. YA ALLAH…Panjanglahkan umur, murahkan rezeki, berkati dan rahmatilah cikgu Narzuki, orang yg tidak kupik ilmu ini.

  18. Amin. RPT Prinsip Perakaunan Ting 4 dan 5 boleh di muat turun melalui Blog Unit Votek JPN Kelantan (klik).

  19. tq atas jawapan cg. walaupun begitu kp saya masih beritahu beliau terima maklumat semasa berkursus pelaksananan HSP baru utk t5 tahun ini. adakah beliau menerima maklumat yang salah atau mungkin beliau keliru?

  20. Cg Ciknon, ingin saya menegaskan disini bahawa HSP Baru mula dilaksanakan kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2010 dan diteruskan ke tingkatan 5 tahun 2011. Ini bermakna peperiksaan pertama menggunakan HSP Baru ini akan bermula tahun SPM 2011 dengan Format Pentaksiran Baru SPM yang akan diperkenalkan nanti. Manakala pelajar tingkatan 5 pada tahun 2010 masih lagi tertakluk kepada HSP Lama.

    Maklumat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai daripada Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Jurulatih Utama Negeri semasa KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN UNTUK JURULATIH UTAMA yang telah diadakan pada 14 hingga 16 Julai 2009 bertempat di Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur.

    Kemudian JU Negeri diminta mengadakan kursus kepada guru-guru diperingkat negeri masing-masing. Pada pandangan saya, kemungkinan berlaku salah faham/kekeliruan oleh orang yang mendengar ataupun orang yang menyampaikan maklumat tersebut.

  21. alhamdullilah,,saya dapat meng’download’ modul Prinsip perakaunan dengan jaya nya,,hehe,,thankss

  22. Hi cg,
    Saya telah membaca bab 2 tentang akaun kontra. Dlm contoh yang dikemukakan, diskaun diberi perlu ditolak daripada jualan untuk mendapat jualan bersih; diskaun diterima juga perlu ditolak daripada belian untuk mendapat belian bersih. Adakah dalam bab 1 komponen dalam Penyata Kewangan juga mengikut format baru ini? Sila beri petunjuk.
    Terima kasih cg.

  23. salam.
    saya dah muat turun bahan PnP perakaunan(power point)
    tapi tak boleh buka pulak. boleh tolong

  24. saya dah muat turun modul prinsip perakaunan tu…
    modul tu untuk kegunaan guru sahaja atau BOLEH di beri pada pelajar semasa pnp dalam kelas

  25. Alhamdulillah.. dgn adanya modul ini memang byk membantu saya dan diharap dapat jgk membantu pelajar saya.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 cikgu… Barakallah…
    Semoga keluarga cikgu diberkati Allah dan kelantan terus maju dan berjaya dalam apa jua bidang… sekali lagi saya ucapkan terima kasih… memang saya betul2 memerlukan modul ini secepat mungkin utk saya study terlebih dahulu… Terima Kasih…

  26. Terima kasih cg Narzuki sebab bagi pinjam RPT PA Ting 4. Moga Allah murahkan rezeki cikgu. Teruskan berkongsi idea dan maklumat. Terima kasih sekali lagi.

  27. Hi wong,

    Perkara tersebut juga bermain-main difikiran saya, nanti saya akan cuba dapatkan jawapannya secepat mungkin. Samada diskaun diterima dan diskaun diberi dalam soalan nanti perlu dicatat sebagai KONTRA kepada jualan dan belian atau dicatatkan sebagai hasil dan belanja dalam Akaun Untung Rugi.

    Pada pandangan saya, diskaun dikatakan sebagai kontra itu sebenarnya tidak sama dengan diskaun diberi dan diskaun diterima yang kita ajarkan kepada pelajar sebelum ini. Ianya melibatkan Kaedah dalam merekod DISKAUN NIAGA. Di mana sebelum ini pelajar SPM diajar diskaun niaga tidak perlu diambilkira, kita terus rekod JUALAN/BELIAN BERSIH selepas tolak diskaun niaga. Tetapi terdapat juga kaedah dimana Diskaun Niaga juga perlu direkodkan, di mana saya lebih suka namakan sebagai Diskaun Jualan dan Diskaun Belian. Diskaun Jualan/Belian tersebut sememangnya merupakan Akaun Kontra kepada Jualan/Belian. Ini kerana diskaun niaga yang diberikan akan mengurangkan nilai Jualan/Belian bagi mendapatkan nilai bagi Jualan/Belian Bersih. Dalam kes ini Diskaun diberi dan Diskaun diterima telah digunakan bagi menggambarkan diskaun jualan/belian tersebut. Perkara ini mungkin akan mengelirukan pelajar dan juga guru nanti.

    Manakala Diskaun diberi dan Diskaun diterima yang kita ajarkan kepada pelajar sebelum ini adalah merujuk kepada DISKAUN TUNAI, dimana diskaun diberikan kepada Penghutang atau Pemiutang setelah pembayaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Ianya akan mengurang jumlah Penghutang/Pemiutang dan perlu dimasukkan dalam Akaun Kawalan.

    # Harap maaf, Pandangan diatas adalah TIDAK TEPAT lagi.

    Cikgu Falizs,

    Bahan power point tersebut ada yang disediakan menggunakan Ms Powerpoint 2003 dan ada juga Ms Powerpoint 2007. Jadi kalau fail 2007 sudah tentu tidak dapat dibuka dengan Ms 2003.

    Modul / Sumber Bahan tersebut merupakan pelengkap kepada Buku Teks, jadi bergantung kepada kebijaksanaan cikgu nak bagi kepada pelajar ataupun tidak. Dan tidak menjadi kesalahan jika pelajar memilikinya.

  28. saya dah agak lama mencuba download modul ni tp masih belum berjaya

  29. salam…
    cg narzuki, saya setuju dengan apa yg dibincangkan berkenaan dengan diskaun di atas… cuma satu persoalan yg bermain dlm fikiran saya tika ini… kl ikutkan silibus tingkatan 4 tahun 2010 memang semakin besar cabangnya… tetapi kalau kita lihat soalan spm tahun lepas… soalan 2 maklumat tambahan ada yang pelajar ramai tidak ketahui konsep yang diterimapakai bagi butiran ke 2 tak silap saya…
    cuma saya nak minta pandangan… kl kita kaitkan konsep terkini dengan pelajar ting 5 sekarang tidak salah rasanya kan.. saya rasa fobia pun ada gak… sekurang2nya kita dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku… minta tunjuk ajar cgu… tq

  30. Cg Lina,
    Semasa muat turun, kalau tak dapat, jangan tunggu jika tak dapat, terus batalkan dan cuba muat turun semula.

    Cg Sila,
    Berhubung dengan isu Diskaun diatas, pada pandangan saya adalah lebih baik kita ajar ikut HSP masing2 supaya pelajar tidak keliru kerana soalan SPM nanti akan mengikuti HSP masing2. Berhubung soalan tahun lepas, apa yang ditanya masih lagi mencakupi HSP Lama, cuma gaya penyoalan menggunakan aras yang lebih tinggi berbanding tahun2 sebelumnya.

  31. salam,cg,terima kasih atas bantuan cg. sy da download mudul PA t4 yang baru.tapi bila sy tengok tajuk tu macam ada yang tak cukup atau terkurang mungkin. Tajuk 7,11,12 dan 13 tiada.memang begitu atau ada pembetulan selepas ini?
    trima kasih atas perhatian.

  32. t.kasih, saya dah dpt download modul tu. adakah modul ni akan diedar ke seluruh negeri?

  33. ya saya setuju dengan pandangan cg. oleh sbb KP yg pergi kursus dan bawa maklumat tersebut, kita pun ikut tapi nasib baik bila semak semula laman web cg baru dpt maklumat sebenarnya. sekrg saya minta KP saya sentiasa semak laman web ini supaya dpt maklumat terkini. tq.

  34. Cg Nurhani,
    Buku Sumber/ Modul tersebut adalah pelengkap kepada Buku Teks, kedua-duanya perlu digunakan bersama-sama. Ini kerana modul tersebut hanya mengandungi topik/sub topik baru yang tidak terdapat dalam buku teks sahaja sebagaimana kehendak HSP baru.

    Cg Lina,
    Ya, ianya sedang dicetak dan akan diedarkan ke seluruh negeri melalui JPN masing2 nanti.

    Cg Ciknon,
    Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan tersebut. InsyaAllah saya akan sebarkan sebarang maklumat/bahan yang saya terima secepat mungkin kepada rakan guru semua.

  35. salam, thanx cikgu krn selesaikan masalah sya. dh byk kdai buku sy cari utk ajar silibus baru form 4 ni. at least, dgn adanya silibus yg leh di download, lega skit…

  36. Hi cg,
    Tentang diskaun, saya masih tidak pasti cara merekodnya setelah membaca keterangan yang ditujukan kepada cgsila.
    Dalam bab 1, kita masuk diskaun diberi/ diterima dalam kategori belanja dan hasil. Manakala dalam bab 2, diskaun pula dianggap sebagai akaun kontra? Bagaimana pula dengan soalan peperiksaan yang dikemukakan kepada pelajar sekalian?
    Pandangan cg amat dihargai.
    Terima kasih cg.

  37. Itu yang saya maksudkan, untuk ajar tingkatan 4 2010 kita gunakan HSP baru, manakala untuk tingkatan 5 2010 kita gunakan HSP Lama, JANGAN dicampuradukkan, ini kerana soalan SPM 2010 akan menggunakan HSP Lama, manakala SPM 2011 nanti akan mengunapakai HSP Baru.

    ~ Kalau tak silap saya, Dalam Bab 1 tiada disebutpun diskaun diberi /diterima sebagai hasil/belanja.

  38. thanks,semg Allah jua membalasnya

  39. hi, cg,
    terima kasih banyak mengenai maklumat yang terkini ini…
    soalan saya :
    1)adakah 2011, spm akan menggunakan format yang terbaru ?
    2) apakah perbezaan yang paling besar antara hsp lama dengan baru ini?bolehkah kita ajar seperti hsp lama dengan beberapa tajuk yang baru?maksud saya, kita ajar buku catatan pertama dan penyata kewangan untuk tingkatan 4 seperti dulu?
    3) terdapat sikit masalah dengan ‘modul’ yang dbekal oleh cikgu….selepas tajuk6 imbangan duga, terus ‘lompat’ ke tajuk 8…tidak ada tajuk 7.selain daripada ini,selepas tajuk 10 perkongsian, then terus kepada tajuk 14, tidak ada tajuk 11 hingga 13…harap bukan saya sahaja menghadapi masalah ini.

    terima kasih cikgu…

  40. Wong,

    1) Ya.
    2) Antara perubahan yang dilakukan ialah : pertambahan dan pengurangan topik dan subtopik, Sub2 topik di susunatur semula, pertukaran istilah yang digunakan.
    3) Modul tersebut adalah PELENGKAP kepada buku teks yang sedia ada bagi memenuhi HSP Baru. Jadi hanya topik / subtopik yang tiada dalam buku teks sahaja dikemukakan dalam modul tersebut.

    Pada pandangan saya, untuk mengajar : pertama sekali kita kena rujuk HSP Baru – kenalpasti apa yang kita hendak ajar, sekira ada dalam buku teks kita gunakannya, jika tiada baru kita gunakan Modul tersebut.

    Kedua-duanya perlu digunakan bersama, sementara menunggu buku teks mengikut HSP Baru yang dijangkakan siap tahun hadapan.

  41. oh..i faham sekarang..terima kasih…
    i masih sibuk sikit, nota stpm belum email lagi..maaf cikgu…

  42. terima kasih..sy pn dh download modul…sy juga tgk kt pasaran hanya Longman Pearson yang dh keluarkan buku rujukan menggunakan silibus baru…belum ada lagi dr penerbit lain…ok la boleh membantu juga..

  43. Terima kasih di atas Modul di atas. usaha dan kerjasama tuan sememangnya amat bermakna kepada kami.

    Saya ingin berkongsi sedikit tentang hal AKAUN KONTRA yang dibicarakan di atas. Sebenarnya akaun kontra itu adalah merujuk kepada SIFAT AKAUN semata-mata. Semua aspek pengelasan masih seperti biasa. Contohnya, Akaun diskaun diberi adalah belanja tetapi akaun tersebut boleh mengurangkan hasil jualan. Maka sifatnya BERTENTANGAN dengan sifat akaun Jualan. Saya kerap menggunakan perkataan contra ini sejak dahulu, terutamanya bila menerangkan Akaun Ambilan dan kaitannya dengan Akaun Modal.

    Mungkin perkataan ini ‘CONTRADICT’ boleh digunakan untuk merujuk kepada CONTRA. Jika Akaun Jualan bermakna NILAI POSITIF kepada Akaun Modal (kesan kepada Untung Bersih), maka Akaun diskaun diberi membawa NILAI NEGATIF kepada Akaun Jualan, yang bermakna mengurangkan lagi Untung Bersih.

    Begitulah wacana singkat saya. Semoga ia membantu.

  44. Sama-sama, lama tak dengar berita, semoga saudara dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

    Berhubung dengan Diskaun dalam bab Akaun Kontra, minta saudara rujuk contoh yang ditunjukkan dalam modul tersebut ms 20.

  45. Saya sudah merujuk ms 20 tersebut dan sebelum membuat respons di atas saya juga telah membacanya.

    Alhamdulillah, perubahan yang diperkenalkan amat kena dengan apa yang diamalkan masa kini. Jika ada dikalangan pengunjung blog ini terkeliru dengan kenyataan saya, perkataan BERTENTANGAN (Contradict) itu bukanlah bermaksud saya membantah, sebaliknya menyatakan bahawa Akaun Kontra (Contra Accounts) itu adalah bersifat berlawanan dengan Akaun Induk.
    Apa yang ditunjukkan dalam contoh PP dan KK (ms20) sememangnya juga benar, dan format yang diajar terdahulu juga benar. Bezanya contoh format di ms20 mengandaikan Diskaun diberi ia sebagai belanja kendalian.
    Apa-apapun wacana sebegini harap diteruskan.

    Oh ya, pertanyaan cikgu narzuki. Adakah cetakan modul ini akan diedarkan bercetak kepada semua pelajar (seperti edaran buku teks/modul MPV) atau sememangnya pihak sekolah menanggung kos mencetak dipihak masing-masing. Jika kita tanggung, maka tak perlulah saya tunggu salinan bercetak untuk difotostat, cukup mencetak fail PDF ini dan hantar ke bahagian cetakan minggu depan.

  46. Daripada maklumat yang saya terima, Buku Sumber ini akan diedarkan ke JPN untuk diedarkan ke sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran prinsip perakaunan sahaja.

    Pada pandangan saya, kemungkinan hanya 1 atau 2 buah buku sahaja akan diedarkan ke sekolah untuk kegunaan guru.. Walau bagaimanapun nanti saya cuba dapatkan kepastian daripada pegawai yang terlibat.

  47. mengenai soalan diskaun (kontra), maksudnya, sekarang kita hanya tolak daripada jualan bersih dan bukan lagi dalam akaun untung rugi sebagai belanja?begitu juga dengan diskaun diterima.betul tak?lagi satu soalan, jika terdapat angkutan masuk,kita perlu guna belian bersih campur angkutan masuk dulu, baru tolak diskaun diterima?

    terima kasih banyak.

  48. Wong,

    Berdasarkan Sumber Bahan yang diedarkan, nampaknya itulah yang kita perlu ajarkan kepada pelajar tingkatan 4 tahun ini.

    Belian
    – Pulangan Belian
    – Diskaun diterima
    = Belian Bersih
    + Angkutan masuk
    + Duti atas belian
    = Kos Belian

    Sifu2b,

    Terima kasih atas respons yang diberikan berhubung akaun kontra terutamanya diskaun. Nampaknya saya sendiri masih kurang jelas / betul2 faham berhubung perkara tersebut. Namun saya akan cuba GALI lagi sehingga saya betul2 memahami dengan jelas apakah RASIONAL disebaliknya.

  49. Hi cikgu
    Adakah sudah pasti bahawa tahun 2011 SPM ada kertas 3 iaitu Folio & mempunyai markah dalam SPM.
    Ini disebabkan sekolah di kawasan saya tidak membenarkan pelajar aliran sains tulen mengambil PA dalam SPM (tidak ada slot PA untuk pelajar sains di sekolah) dengan hanya mengambil tuisyen di luar kerana isu folio. TQ

  50. Sehingga hari ini belum ada sebarang makluman rasmi yang dikeluarkan oleh LP berhubung perkara tersebut.

  51. Sifu2b,

    Buku Sumber tersebut akan diedarkan 1 naskhah sahaja untuk setiap sekolah untuk kegunaan semua guru akaun sekolah berkenaan.

    Sila ambil perhatian bahawa nota dalam buku sumber tersebut hanya memuatkan penerangan untuk 1 tajuk baru (Penggajian) dan tajuk-tajuk yang mengalami perubahan sahaja.

    Itu sebabnya setiap sekolah hanya diberi 1 naskah sahaja. Ini bukan buku teks tapi buku sumber tambahan pada tajuk yang memerlukan penerangan lanjut atas perubahan sukatan yang berlaku. Buku teks sedia ada masih perlu untuk digunakan bersama dengan buku sumber ini.

    Guru & pelajar boleh download sendiri Bahan Sumber tersebut di laman web BPK ataupun di blog ini jika mahukan personal copy.

    Buku teks baru yang memuatkan semua tajuk akan keluar pada DISEMBER tahun ini.

  52. Baiklah. terima kasih di atas informasi tersebut. Akan menunggu link terkini.

  53. terima kasih byk2 ckg…byk info yg saya dpt..sy msh setahun jagung menjd guru pa…xde senior d skul nk d rujuk…meraba2 nk mengajar…upe2nye…silibus bru dguna kan utk studs f4 sj….sbb masa saya ikuti kursus yg d anjur olh JPN Sabah…die kata mula dr f4 n f5….

  54. Maaf untuk saya katakan, bahawa maklumat tersebut adalah tidak tepat. HSP Baru mula digunapakai kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2010 dan diteruskan ke tingkatan 5 tahun 2011, manakala pelajar tingkatan 5 tahun 2010 masih lagi menggunakan HSP Lama.

  55. Cg Syud, kalau kursus JPN Sabah yg dimaksudkan ialah kursus semakan Bulan ogos 2009 tu (Hotel Tang), maka Cg Syud telah benar-benar salah faham dan salah dengar. Saya juga ada hadir dalam kursus tersebut dan jelas dinyatakan silibus 2010 untuk F4 2010 dan F5 2011, seperti kata Cg narzuki.
    Apa-apapun kami guru di sabah boleh membantu Cg Suud. Hubungi juga JU kita (ada dlm senarai guru akaun 1Malaysia). Setahun jagung tak apa, tetap tumbuh dan berhasil jua.

  56. cg, merujuk kepada soalan wong diskaun diterima ditolak dari belian, pada pandangan saya adakah itu diskaun niaga yang selama ini hanya didedahkan kepada pelajar tetapi tidak ditujukkan dalam akaun? diskaun diterima ialah diskaun yang terima oleh peniaga semasa membuat pembayaran hutang, dan diskaun niaga adalah diskaun yang diterima kerana beli dalam kuantiti yang banyak… minta pandangan cg. terima kasih

  57. Setelah membuat rujukan, saya dapati Diskaun diberi dan Diskaun diterima yang dikatakan sebagai Akaun Kontra kepada Jualan dan Belian adalah merujuk kepada DISKAUN TUNAI, iaitu sama dengan Diskaun diberi dan Diskaun diterima yang telah kita ajarkan kepada pelajar sebelum ini. Cuma perbezaannya dari segi tatacara pelaporan dalam penyata pendapatan sahaja. Di mana sebelum ini kita ajarkan kepada pelajar ianya sebagai HASIL dan BELANJA dalam Penyata Pendapatan.

    Kita sedia maklum bahawa ilmu perakaunan sentiasa berkembang mengikut perubahan masa dan teknologi. Bagi menyediakan laporan penyata kewangan yang memenuhi teori perakaunan dan lebih mengambarkan keadaan sebenar, maka diskaun tersebut dilaporkan sebagai kontra kepada jualan dan belian. Begitu juga dengan penyediaan HSP Baru, iaitu mengambil kira perkembangan ilmu perakaunan semasa dalam sukatan pelajaran SPM.

    Cuba kita fikirkan adakah TEPAT, kita kelaskan DISKAUN DIBERI sebagai BELANJA ?

    BELANJA boleh didefinisikan sebagai urus niaga yang harus ditanggung oleh perniagaan untuk menjanakan hasil. Ataupun merupakan kos perkhidmatan atau barang yang digunakan untuk membantu organisasi perniagaan memperolehi hasil.
    Contoh belanja seperti kadar bayaran, gaji, sewa dan sebagainya yang perlu diBAYAR kepada pihak tertentu.

    Adakah DISKAUN DIBERI memenuhi definisi atau maksud BELANJA tersebut ? Adakah perniagaan mengeluarkan wang / BAYAR kepada pihak tertentu ?
    Jadi jelas ianya tidak memenuhi definisi dan maksud BELANJA.

    Apakah KESANnya Diskaun diberi keatas perniagaan ?
    Bukankah dengan pemberian DISKAUN DIBERI tersebut kepada penghutang akan menyebabkan jumlah JUALAN BERSIH yang diperolehi akan BERKURANG. Oleh kerana DISKAUN DIBERI akan menyebabkan PENGURANGAN dalam JUALAN BERSIH, maka ianya dikelaskan sebagai AKAUN KONTRA.

    Kesimpulan yang dapat kita ambil disini, DISKAUN DIBERI bukan lagi dikelaskan sebagai BELANJA, sebaliknya dikelaskan sebagaimana PULANGAN JUALAN iaitu PENGURANGAN HASIL. Ini memenuhi teori asas perkaunan HASIL berbaki KREDIT, PENGURANGAN HASIL berbaki DEBIT.

    Sebaliknya, DISKAUN DITERIMA pula sebagaimana PULANGAN BELIAN perlu dikelaskan sebagai PENGURANGAN BELANJA.

    Ok, itu saja pandangan daripada saya.

  58. terima kasih cikgu.Modul ini sangat membantu dalan p & p saya.

  59. tenteng diskaun diberi dan diterima .

    maknanya, dalam penyata pendapatan kedua2 diskaun perlu tunjuk di bahagian sebelum untung kasar ?? mean di bahagian belanja dan hasil tidak boleh masukkan diskaun2 ini ??? betul tak??? saya nk ajar format penyata pendapatan ini pun takut..takut salah.. so cuma nak dapat kepastian tentang diskaun ini ..

  60. Ya, untuk pelajar tingkatan 4 tahun 2010, kita ikut HSP baru sebagai mana ditunjukkan dalam Modul.

  61. Cg,
    Di mana saya boleh mendapatkan perisian ASSET BASE?
    Saya sudi membeli jika cg menjualnya.

    TQ.

  62. Cuba hubungi syarikat yang membangun perisian tersebut
    Computer-Based Learning Sdn. Bhd.

  63. salam…saya nak tahu tentang format spm prinsip perakaunan. benarkah ada kertas 3? kalu ada, bagaimana formatnya. sekolah saya baru tahun ini ambil spm prinsip perakaunan. amlumat dari rakan satu daerah , kurang membantu.

  64. format peperiksaan spm prinsip perakaunan tahun 2010.

  65. Format Pentaksiran bagi tahun 2010 masih lagi SAMA dengan format pentaksiran pada tahun 2009, iaitu ada Kertas 1 dan Kertas 2.

    Manakala Format Pentaksiran SPM untuk tahun 2011 masih belum dikeluarkan secara rasmi lagi. Cuma maklumat awal yang saya terima kemungkinan ada 3 kertas. Dan Kertas 3 merupakan kerja kursus. Walau bagaimanapun adalah lebih baik kita tunggu makluman rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan nanti.

  66. hannysmkmethodist

    slm….
    terima kaseh pd semua yg memberi maklumat berkaitan prinsip perakaunan sukatan baru… terutama sekali cikgu narzuki…..
    semuga forum sebegini di teruskan sampai bila2……
    saya sudahpun mengajar format penyata kewangan di kelas akaun ting 4…. nampak gayanya terpaksalah saya membuat pembetulan semula kepada anak didik berkaitan format baru di mana, diskaun diberi dan diskaun diterima perlu di tolak dlm akaun perdagangan….. moga anak didik tidak mengeluh apb saya membuat perubahan format ini….
    t.kaseh pd semua…. info sebegini amat di perlukan dr masa ke semasa…
    cuma saya nk tanya, perlu ke di ajar juga asset base tu? lg2 dgn sek saya yg tiada bekalan makmal komputer…. dan lg2 dgn format baru yg memerlukan lebih masa utk mengajar mereka? berikan pandangan…. t.kaseh…..

  67. tq so much ckgu…..
    akhrnya b’jya jgk sy tlg dwnloadkn utk adk sy….
    dia rsau sgt ngn forma dpt bru ni…
    hrp2 msa akn dtg ckgu dpt sdiakn soklan2 p.a plak…
    lh la sy beri pd adk sy….
    tq ye ckgu…
    salam….

  68. Sebenarnya sudah banyak soalan2 yang sedia untuk dimuat turun di bahagian B-MUAT TURUN SOALAN dan di Blog2 Guru Perakaunan.

  69. kenapa modul ni mcm x lengkap?penggunaannya gabung dgn teks lama ke? bab 3 mana dokumen-dokumen lain.tq

  70. sorry.sy dah baca komen cikgu lain.modul cuma pelengkap.tapi pening juga ajar bdk2.ada tak sesiapa tahu buku rujukan yg dah silibus baru ni.

  71. Assalamualaikum,
    Cikgu Narzuki,
    Saya ingin memohon jasa baik cikgu agar dapat membantu saya download SP dan HSP 2010. Saya telah mencubanya beberapa kali tetapi tidak berjaya. Terima kasih.

  72. Cuba lagi, kerana sudah beratus2 orang dapat melakukan tanpa sebarang masalah.

  73. assalamualaikum,
    perubahan yang sedang dibuat dalam subjek ini amat sesuai dengan dunia perakaunan kini. Tetapi saya merasa agak hairan kenapa perubahan ini tidak dibuat persediaan yang secukupnya sebelum ianya dilaksanakan. contohnya, seperti modul dan buku teks disediakan terlebih dahulu. kesannya timbul masalah dikalangan guru dan pelajar2 yang terlibat. apatah lagi guru baru posting yg mengajar subjek ini. Cg Narzuki, secara rumusan peribadi, saya melihat perubahan ini tidak sepatutnya dimulakan pada tahun ini, sepatutnya ianya dilaksanakan setelah semuanya disediakan dengan selengkapnya barulah perubahan ini mencapai matlamatnya.

  74. Waalaikumussalam,

    Pada asalnya SP baru hendak dimulakan pada 2009 lagi, tetapi disebabkan masalah teknikal terutamanya berkaitan dengan penyediaan buku teks, maka perlaksanaanya ditangguhkan ke 2010.

    Jika dilihat dari sudut pandangan guru memang tidak patut dilaksanakan lagi pada tahun ini. Tetapi dari sudut KPM lain pula, ianya perlu disegerakan demi kebaikan para pelajar sekalian. Dan segala masalah2 yang timbul telah cuba diatasi dengan sebaik mungkin. Contohnya penyediaan Bahan Sumber yang telah diedarkan sementara buku teks baru disiapkan. Kita juga harus sedar apa2 tindakkan yang diambil oleh KPM adalah untuk kebaikan para pelajar semata-mata. jadi kita kena akur dan laksanakan sebaik mungkin terhadap perubahan2 yang dibuat demi kebaikan anak2 didik semua.

    ~ RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

  75. Assalamualaikum,
    Buat rakan-rakan guru, buku rujukan tg4 yang sesuai digunakan ialah focus goal prinsip perakaunan keluaran pelangi kerana ia menepati sukatan baru. Buku kedua adalah buku longman keluaran 2010. Tapi buku longman ada yang tak cover sukatan contohnya tak ada tentang sejarah islam perakaunan, akaun kontra dan pengurusan inventori. Apa komen ckgu narzuki tentang buku pelangi khusus untuk tg 4 ni. SPM 2009 dijangka akan keluar pada 11/03/2010. Sama-sama kita berdoa agar pelajar-pelajar kita lulus dengan cemerlang.

  76. Waalaikumussalam,
    Terima kasih Cg Su atas maklumat tersebut. Maaf saya tidak dapat berikan apa2 komen tentang buku berkenaan kerana saya tidak memilikinya.

    Semoga semua anak2 didik kita beroleh kejayaan cemerlang, InsyaAllah.

  77. saya nk tanya, selain dr asset base, boleh tk cg cdgkan perisian lain utk diajar tntg kerja kursus pada pelajar. saya baru terima maklumat bahawa assetbase amat ditekan penggunaannya utk kerja kursus pelajar.

  78. Pada pandangan saya, penggunaan Ms Excel lebih mudah dan sangat sesuai untuk tujuan tersebut. Kita perlu ingat tidak semua sekolah ada kemudahan komputer yang sesuai dan mencukupi untuk kegunaan pelajar terutamanya sekolah2 harian biasa di luar bandar. Dengan menggunakan Ms Excel, pelajar2 boleh menyiapkan tugasan mereka di mana2 saja seperti di sekolah, rumah, CC dan sebagainya kerana perisian tersebut ada dimana2 komputer. Sebaliknya jika menggunakan perisian tertentu, maka pelajar2 akan menghadapi masalah, seperti tempat merujuk selain guru, tidak semua komputer ada perisian tersebut diluar daripada sekolah dan sebagainya, sedangkan MASA yang diperuntukan untuk menyiapkannya agak pendek. Serta kekangan untuk persiapan diri pelajar dalam menghadapi peperiksaan nanti.

    Dan kalu tak silap saya, tiada satu perkataan “assetbase” pun disebut dalam SP dan HSP.

  79. ciknon, dengar kabo rakan guru yang terlibat dengan penggubalan kertas 3, pelajar tidak semestinya menggunakan komputer untuk penyediaannya tetapi digalakkan menggunakan komputer untuk memudahkan penyediaan jadi kita bebas untuk menggunakan perisian yang mudah seperti excel atau word tak semestinya assetbase. Assetbase version terbaru perlu secara online jadi sukar bagi sekolah yang tiada line internat. Tapi perkara yang tak pasti ni sukar diramal. Untuk pengetahuan ciknon saya guna assetbase hanya untuk nota saja. Janji kita ada menggunakannya. jadi bila nazir datang observe, sekurang-kurangnya taklah terkial-kial nak menggunakannya.

  80. Hi cg,
    Tentang diskaun memang saya bersetuju dengan pandangan cg bahawa ia kontra kepada akaun induknya seperti akaun belian dan akaun jualan.
    Tetapi… cg di sekolah saya masih berpegang prinsip bahawa diskaun tu adalah belanja dan hasil…dengan alasan dia telah menyemak semula kandungan dalam buku dan komputernya…
    Bagaimana saya convince my teacher?
    Sebab cg di sekolah tidak menerima pandangan pelajar sekalian.

  81. Sila maklumkan kepada beliau agar semak Huraian Sukatan Pelajaran SPM 2010 serta Modul Prinsip Perakaunan 2010 yang disediakan oleh PPK di atas. Kemungkinan besar buku dan bahan dalam komputer yang dirujuk oleh beliau masih lagi mengunapakai Sukatan Pelajaran Lama.

  82. salam….??cGu..bLeY sEnD tRiAl QuEsTiOn kAt EmAiL sYa??Tq

  83. hi, cikgu.
    selepas baca bahan yang dimuatkan,terdapat soalan nak tanya pendapat cikgu,
    1) dokumen m/s 24 mengenai baucar pembayaran – gaji
    soalan saya ialah,jumlah penerimaan adalah 2400.
    jumlah potongan adalah 250, maka jumlah bersih adalah 2150.dalam buku tunai kita rekod gaji adalah 2150, betul tak?
    bagaimana dengan 250 potongan itu?kan itu untuk kwsp dan perkeso.perlukah kita rekod amaun itu dalam buku tunai juga sebagai satu belanja?
    lagi satu soalan mengenai tajuk ini,m/s 25…apakah butir kita masuk caj daripada hotel?
    begitu juga dengan slip pindahan wang,komisen yang dikenakan perlu rekod juga?jumlah kiriman 3200, komisen 2,dalam buku tunai, kita rekod 3202?atau 3200 untuk nama penerima, 2 sebagai komisen?atau hanya nama penerima sahaja dengan amaun 3202?

    2.dalam bab buku tunai runcit, belanja am yang kita guna dulu telah diganti dengan belanja pejabat?bagaimana pelbagai(sebelum ini,kita masuk belian dan pinjaman kepada pekerja dalam butir)?adakah butir ini tidak lagi wujud dalam BTR?

    3.mengenai diskaun diberi dan diskaun diterima, maksudnya, untuk semua bab yang seterusnya, kita mesti told diskaun 2 ini daripada jualan dan belian masing – masing?seperti tajuk, rekod tak lengkap dan sebagainya…
    dan adakah perubahan ini memberi ‘impact’ kepada stpm juga ah?maksudnya, stpm juga perlu berubah mengikut perubahan ini dalam tingkatan 4?

    terima kasih cikgu..
    harap dapat pandangan daripada cikgu.

  84. Hi, setelah membuat penelitian tehadap modul tersebut, saya berpendapat :

    1) Penyata Gaji tersebut adalah gantian kepada Baucer Pembayaran Gaji. Penyata Gaji tersebut telah menjadi dokumen sumber untuk merekodkan urus niaga pembayaran gaji kepada pekerja yang dibayar terus ke akaun pekerja, iaitu sebanyak RM2,150. Jadi apa yang perlu dicatat adalah dalam Buku Tunai / Jurnal Pembayaran Tunai ialah keluar / bayar RM2,150 dan butirnya gaji pekerja.

    Manakala potongan RM250 (KWSP,PERKESO dan Cukai) dalam Penyata Gaji hanya MAKLUMAN kepada pekerja kenapa gaji yang dibayar pada bulan tersebut hanya RM2,150. Pembayaran RM250 tersebut, hanya akan direkod apabila urus niga pembayaran kepada KWSP, PERKESO dan Cukai sebenarnya dibuat. Di mana satu dokumen seperti Baucar Pembayaran ataupun Keratan cek telah dikeluarkan.

    Bagi Dokumen Folio Pelanggan pula, pada pendapat saya BUTIR yang sesuai digunakan adalah PENGINAPAN HOTEL / PENGINAPAN, di mana semua caj2 hotel kita kelaskan dalam satu akaun belanja penginapan sahaja.

    Bagi Slip Pindahan Wang pula, bayaran pindahan wang dan komisen yang dibayar adalah kepada 2 pihak yang berlainan. Pindahan wang RM3200 dibayar kepada Syarikat Komputech Sdn Bhd. Manakala Komisen RM2 dibayar kepada pihak BANK. Maka, pada pendapat saya ianya haruslah diasingkan butirnya.

    2) Lajur analisis belanja dalam Buku Tunai Runcit adalah tidak tetap, ianya bergantung kepada jenis2 belanja runcit yang dibuat. Ataupun untuk lebih mudah, kita rujuk sahaja kepada lajur analisis yang dikehendaki oleh soalan. Sekiranya soalan minta disediakan lajur Pelbagai, maka kita sediakan lajur Pelbagai dan jika tidak diminta maka tidak perlu disediakan lajur tersebut. Cuma dalam amalan sebenar, biasanya lajur pelbagai akan disediakan sebagaimana yang ditunjukkan dalam buku teks.

    3) Kalau dilihat pada Modul tersebut, Diskaun diberi dan Diskaun diterima hendaklah dicatat sebagai akaun kontra kepada Jualan dan Belian di dalam Penyata Pendapatan yang disediakan nanti. Pada pandangan saya, penggunaan kaedah tersebut hendaklah digunakan secara KONSISTEN dalam tajuk2 yang lain seperti RTL, Perkongsian. Walau bagaimanapun kita tunggu BUKU TEKS BARU yang dijangkakan akan dikeluarkan pada akhir tahun nanti.

    Berhubung dengan sukatan STPM saya tidak pasti, kemungkinan ianya juga akan turut berubah (kena tunggu perubahan sukatan STPM dahulu). Daripada maklumat yang saya dapat, kaedah tersebut telahpun lama digunakan dalam sukatan matrikulasi.

  85. Muhd Hisyamuddin

    terima kasih bebanyak…..sangat membantu

  86. Akyun SMKA Kedah

    marvellous……gorgeous

  87. Assalamualaikum….
    Saya Nadia dari CBL. Mungkin ada cikgu2 di dalam page ini yang pernah call CBL untuk menanyakan cd-key. Mengenai ASSETBase, saya rasa ada pihak yang masih belum faham penggunaannya….
    Saya telah membaca feedback dr guru2 di sini. dan saya petik satu ayat dari seorang guru di atas “Assetbase version terbaru perlu secara online jadi sukar bagi sekolah yang tiada line internat.” Di sini saya perlu jelaskan bahawa ASSETBase version 3.0 boleh digunapakai tanpa internet. Cuma semasa permulaan sahaja. Itupun pihak CBL memberi 2 opsyen mengaktifkan system. Jika di sekolah mempunyai talian internet, guru2 tidak perlu menelefon pihak CBL. System akan diaktifkan melalui internet. Maksudnya di sini, guru2 tidak perlu memasuki cd-key. tetapi jika sekolah tiada talian internet, guru2 boleh menghubungi pihak CBL untuk mendapatkan cd-key. Pengaktifan ini hanya sekali sahaja. Maksudnya, pada permulaan penggunaan. penggunaan seterusnya sudah tidak perlu mengaktifkannya.Itu sahaja yang saya ingin terangkan. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai ASSETBase, guru2 boleh menelefon saya di talian 03-27157920/31/32 atau boleh email kepada saya najdiah_zainalabidin@yahoo.com.

  88. SALAM CIKGU, SAYA NAK TANYA TENTANG FORMAT PENTAKSIRAN SPM 2011.ADA BERITA TERKINI KE?TQ

  89. Salam, setakat hari ini, masih belum ada apa-apa berita lagi….

  90. thanks a lot sir..

  91. saya hrp…module ni dpt mmbantu saya dlm PA..

  92. ZAHARIYAH OSMAN

    terima kasih banyak2 cikgu…

  93. salam,
    sy org baru kat sini, baru jumpa…….boleh la berkongsi maklumat dgn cikgu2 semua…

  94. salam ,
    terima kasih ats modul ini ..

  95. cikgu, adakah buku sumber p&p yg cg sediakan utk download merupakan sukatan utk form 4 2010 sahaja atau merangkap sukatan utk form 5 2011???

  96. Bahan tersebut mengandungi topik2 bagi sukatan baru (tingkatan 4 – 2010 dan tingkatan 5 – 2011) yang mana tidak terdapat dalam buku teks sedia ada. Ianya boleh dijadikan panduan dan rujukan guru dan pelajar sementara buku teks baru disiapkan pada akhir tahun nanti.

  97. assalamualaikum,

    cg, sy student f4. dengar kata ada format baru SPM 2011 betul ka? klu gitu tlg siarkan nota terbaru.
    tq
    wassalam….

  98. Waalaikumussalam,

    Sila baca komen2 di atas berhubung sukatan baru dan bahan sumber – modul prinsip perakaunan 2010 bagi kegunaan pelajar tingkatan 4.

  99. modul cigku sangat membantu saya dalam p&p. Terima kasih cigku

  100. Modul tersebut disediakan oleh Unit Perdagangan, Bidang Pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Cg hanya membantu menyebarluaskan bahan sumber tersebut kepada para guru dan pelajar sekalian sahaja.

  101. tq saya telah cetak modul PP utk kegunaan pelajar saya

  102. salam cg marzuki,
    nak tanya..sayer mengajar di sekolah yg baru dibuka pd awal tahun ini..dan di sekolah masih tiada kelengkapan komputer yg secukupnya..masalah saye skrg..adakah perlu sayer mengajar bab-bab yg menggunakan kaedah secara berkomputer.?sbbnya dr awal tahun sehingga kini, saya tak tunjuk langsung cara-cara menggunakan perakaunan secara berkomputer..

  103. Salam,
    Pada pandangan saya, Kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah secara manual. Sekiranya ada kemudahan komputer bolehlah kita ajarkan penggunaanya, tetapi jika tiada maka apa yang boleh kita buat hanya dedahkan kepada pelajar dengan cara tunjukkan menggunakan LCD, atau print-out contoh penyediaannya. Manakala perakaunan berkomputer, kita boleh terangkan beberapa ciri atau perbezaannya berbanding perakaunan secara manual sebagai pendedahan kepada pelajar sahaja.

  104. LOW JUN KEAT

    di mana kah saya dpt membeli buku rujuk perakaunan ??

  105. salam cg Narzuki,

    apakah rasionalnya menggunakan prinsip akaun dalam perniaagaan?

  106. salam..xcikgu kenapa jawapan untuk paper percubaan 2009 tidak diberi sekali….bagaimana hendak tahu sama ada jawapan yang kita buat betul atau tidak…time kasih atas segala info yang diberi dalam blog ini…

  107. AIESYAH DZHAFIERA

    assalamualaikum
    cikgu, sy berjaya download tetapi apabila membuka fail, modul tidak terpapar dan “error to view”
    saya harap cikgu dapat membantu.

    sekian, terima kasih

  108. Aiesyah,
    Cuba muat turun sekali lagi. Mungkin ada sedikit masalah semasa prose muat turun.

  109. assalamualaikum cikgu modul ini hanya utk pelajar tingkatan 4 2010 sahaja kan ? terima kasih atas informasi yg memudahkan sy menyiapkan kerja krss ini.

  110. Dyna,
    Ya, sebagai bahan sumber awal sebelum buku teks dikeluarkan.

  111. saya ingin meminta tolong kerana saya tidak pernah mengambil subjek perakaunan..
    saya ingin cikgu membantu saya,bagaimana cara supaya saya dapat pikap lebih cepat tentang subject ini???

  112. InsyaAllah, Cg akan bantu setakat yang termampu… cara paling cepat ialah banyak LATIHAN dan BERTANYA.

  113. Mmg btol ape yang cikgu cakap..
    tapi masalahnya skarang lect saya sendiri x selalu berada di dalam bilik kuliah,,
    saya nak jeq drop subjek ni..
    tp saya pkan msa dpn saya.

  114. Nina,
    Cuba dapatkan bantuan kawan2 sekuliah ataupun wujudkan study group.

  115. Dimana kita bisa mwndapatkan bukunya?

  116. Sofyana,

    Download DIATAS… dan print sendiri.

  117. Tahun ini, untuk calon SPM ada tak kertas 3 Kerja Kursus. Mana soalannya

  118. Lina,

    Tunggu LPM keluarkan apabila sesuai dengan keadaan semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.