BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI CALON SPM 2017

  • Version
  • Download 2240
  • File Size 280.02 KB
  • File Count 1
  • Create Date March 17, 2017
  • Last Updated March 14, 2018

BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI CALON SPM 2017

Posted on March 17, 2017. Bookmark the permalink. 234 Comments.

  1. Assalamualaikum cg. Sy pelajar lepasan spm 2016. Boleh lagi tak kalau sy mohon sijil lcci ? Sbb sy tgk dekat website lain, dia kata buat permohonan setelah 30 hari keputusan spm diumumkan.

  2. Asyikin, waalaikumussalam.

    Masih boleh sehingga Oktober 2017.
    Jika lebih dari tarikh tersebut.. bayaran yang dikenakan lebih tinggi.

  3. Okey terima kasih cg. Cg sy nak tanya, apa kegunaan sijil lcci sebenarnya ? Dan apa kelebihan bila kita layak dapat sijil lcci ?

  4. Asyikin,

    Sijil tersebut sebagai nilai tambah untuk kita mohon kerja nanti.. berbanding mereka yang tiada.

  5. Nur syamimi izzati bt md mazli

    Assalamualaikum cg.sya plajar lepasan spm 2016.saya ada membuat pembayaran secara online menggunakan maybank2u. Selepas bank in duit dan duit itu tlah ditolak dari akaun bank saya adakah permohonan saya diluluskan.

  6. Nur Syamimi, waalaikumussalam.

    Cuba hubungi pihak LCCI .. bertanyakan perkara tersebut.

  7. Assalamualaikum cikgu, saya pelajar lepasan spm 2015. Saya nak tanya cikgu boleh lagikah saya memohon sijil lcci tu cikgu? Kalau boleh prosedur dia macam mana cikgu?

  8. Najihah, waalaikumussalam..

    Sila download borang SPM 2011-2015.
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2016-16-mac-2017/

  9. Assalamualaikum cikgu, saya lepasan SPM 2011. Masih boleh mohon lagi tak sijil LCCI?

  10. Cikgu,
    cuba tanya SPM 2017 ada qualify untuk LCCI? perlu apply?

    Thank you.

  11. Hasni, waalaikumussalam.
    Masih boleh.. cuma bayaran RM1xx.

    Sweekung,
    Biasa result C+ keatas.. layak mohon Sijil LCCI.

  12. Cikgu,

    Cuba tanya kalau pass account, pergi CAT boleh skip berapa paper?

    Terima kasih

  13. Swee Kung,

    Tak silap Cgu hanya 1 paper. FA1

  14. Nur Asyikin Binti Che Hassan

    Assalamualaikum cg. Sy nak tanya, jika lepasan spm ada sijil lcci, boleh terus mohon kerja tanpa ambil diploma ke ?

  15. Asyikin, waalaikumussalam.

    Sijil LCCI tersebut baru level 2… Sijil LCCI yang setaraf diploma perlu sambung ke level 3… baru lebih berpeluang mohon kerja.

  16. Nur Asyikin Binti Che Hassan

    Saya dapat sijil lcci level 2. Jadi kalau saya nak mohon kerja, kena sambung ke level 3 ke cg ?

  17. Nur Asyikin Binti Che Hassan

    Pastu cg, sy nak tanya, lcci ni dia pembelajaran dia macam mana ya ? Belajar subjek berkaitan akaun sahaja ye ?

  18. Nur Asyikin,

    Ya.. tangga gaji pun lebih tinggi.
    Semua berkaitan akaun..
    Sila layari laman lcci.. untuk maklumat lanjut.
    https://www.lcciasia.com/

  19. Nur Asyikin Binti Che Hassan

    Okay terima kasih cg.
    Lcci dia setaraf dengan diploma atau tak ya ? ?

  20. Nur Asyikin,

    Ya.. serataf Diploma.

  21. Nur Asyikin Binti Che Hassan

    Pada pendapat cg,

    Yang mana lebih baik antara sambung LCCI atau Diploma perakaunan bagi lepasan SPM ?

  22. Nur Asyikin,

    Bergantung kepada pelajar itu sendiri.. dari segi kecemerlangan dalan pelajaran dan faktor kewangan.
    Program profesional seperti LCCI.. CAT-ACCA.. tahapnya lebih tinggi dan kos pengajian juga lebih tinggi.
    Jika kedua2 perkara tersebut tiada masalah.. Cg lebih kepada program CAT-ACCA.. kerana kemudian lebih mudah untuk teruskan pelajaran dengan ACCA.

  23. Slmt ptg cgu.. sy pelajar lepasan spm 2016.. boleh lgi mohon sijil lcci kh.. sbb sy bru tau klu mau sijil lcci msti memohon.. klu lcci sy ialah 4.. boleh mohon kh tu.. atau mesti 1,2 dn 3..

  24. Sy dpt sijil lcci level 4.. jdi layak mohon kh tu.. mcm mna mau mohon tu..

  25. Tze yan,

    Masih boleh mohon.. guna borang permohonan lewat…. atau secara online..

    Jika ada gred LCCI dalam slip… kira lulus dan layak mohon sijil.

  26. Nur Asyikin Binti Che Hassan

    LCCI dan CAT-ACCA tu sama ke cg ?

  27. Nur Asyikin..

    Program profesional yang ditawarkan oleh 2 badan profesional yang berbeza.

  28. Ohh.. jdi klu lcci sy level 4 pn layak mohon lh kn.. d mna mau dpt tu borang prmohonan lewat

  29. Nur Asyikin Binti Che Hassan

    Cg, antara diploma dan lcci, kelulusan yang manakah akan diambil kira dahulu ?

  30. Nur Asyikin,

    Tak tentu juga.. cuma ada sedikit kelebihan bagi lulusan LCCI.
    Walau bagaimanapun semasa temuduga, bukan sahaja kelulusan yang dinilai. tapi terdapat juga kriteria2 lain yang ..
    https://adneehjahmad.blogspot.my/2012/08/lulus-tips-temuduga-kerajaan.html?m=1

  31. Nur Asyikin Binti Che Hassan

    Cg, lcci ni pembelajaran dia senang atau susah ya ?

  32. Nur Asyikin,

    Peringkat yang lebih tinggi.. sudah semestinya aras lebih tinggi.. tambah2 lagi ianya sijil profesional yang diiktiraf diperingkat antarabangsa.

  33. cikgu narzuki,
    saya pelajar lepasan spm 2016, adakah saya layak ambil sijil lcci jika p.akaun saya b+ ? dan adakah saya masih boleh ambil sijil lcci pada waktu skrg?

  34. Syuhada,

    Biasa C+ keatas sudah layak… nak pasti.. lihat dalam slip keputusan spm.. di bahagian bawah ada / tiada dinyatakan gred LCCI.. jika ada dikira telah layak.. dan perlu buat permohonan untuk mendapatkan dengan bayaran RM26.50 sebaik sahaja keputusan spm diperolehi tahun lepas.
    Jika belum buat permohonan.. boleh buat sekarang dengan borang permohonan lewat dengan bayaran RM120.

  35. saya lepasan spm 2016 .sekiranya saya ingin mohon semula.boleh kan cg?

  36. saya lepasan spm 2016,saya nak ambik borang lcci tu ,kira2 bayaran die berapa??

  37. Najwaa,

    Masih boleh… guna borang permohonan lewat dengan bayaran RM120.

  38. Assalamu’alaikum ckgu. Nak tnya? Klau sijil LCCI sya sbelum hilang/tcicir. Bleh kah saya cuba untuk mohon smula sijil trsebut?

  39. Sofuan, waalaikumussalam.

    Masih boleh dengan borang permohonan lewat dengan bayaran RM120.

  40. Cikgu..jika saya nak sambung ambil akaun kat universiti…adakah sijil LCCI perlu saya mohon selepas keluar result spm…adakah Wajib ada.. apa kesan jika saya tidak mohon

  41. Hanna,

    Permohonan ke U… tidak mensyaratkan ada sijil tersebut. Tidak WAJIB.
    Jika anda lulus mengikut gred LCCI.. maka anda layak dapat sijil tersebut.. cuma perlu bayar RM26.50 untuk mendapatkannya. Jika tidak lulus –> tidak layak memohon pun.
    Tetapi jika layak, kemudian tahun hadapan baru nak pohon bayarannya RM120.

  42. Cikgu, sy mendapat lcci- 1 …apa maksud itu? Adakah sy layak dpt sijil lcci itu? Bagaimana hendak mendapatkannya?

  43. Shahima,

    Jika tertera gred LCCI –> Lulus dan layak mohon Sijil LCCI.
    Hantar borang secara manual @ mohon secara online.

  44. Assalamualaikum cikgu, bagaimana nak mohon lcci ni melalui pos? Boleh cikgu terangkan caranya?

  45. Seok, waalaikumussalam.

    Panduan ada dinyatakan dalam borang permohonan tersebut.. sila download borang tersebut dan baca cara2nya.

  46. Assalamualaikum cikgu. LCCI ini hanya untuk pelajar acc sahaja ke?

  47. Adriana Adel,

    Waalaikumussalam.
    Ya.. yang ambil akaun.

  48. assalamualaikum cg..saya pelajar lepasan spm 2017..macam mana nak beli sijil lcci? laman web mana yang perlu saya layari.

  49. Cikgu, duit RM26.50 tu nak kepilkan sekali bersama dokumen2 lain di dalam sampul surat ke?

  50. Ummie, waalaikumussalam.
    Boleh beli secara manual @ online.
    https://www.lcciasia.com/content.php?id=10

    Hobie,
    Rujuk panduan dalam borang tersebut.. ada dinayatakan.

  51. Assalammualaikum cikgu , saya pelajar lepasan spm 2016. Nak mohon sijil lcci. Prosedurnya macam mana?

  52. Umi, waalaikumussalam.

    Boleh mohon secara manual @ online
    Bayaran yang dikenakan RM120 untuk permohonan lewat.

    1. Manual –> guna borang permohonan lewat.
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2017-15-mac-2018/

    2. Online
    https://www.lcciasia.com/content.php?id=10

  53. Assalamualaikum cikgu,
    Saya dah beli postal order RM25 tapi yang lagi RM 1.50 tu boleh ke dapatkan di pej pos? Ataupun beli yg RM3 & kongsi utk 2 calon spm?

  54. Nurul, waalaikumussalam.

    Jika kongsi… pastikan hantar kedua2 borang tersebut dalam satu sampul surat yang sama… dengan jumlah bayaran yang betul.

  55. assalamualaikum, cikgu. macam mana nak mohon sijil lcci spm2016 ? nk kena bukak link ape erk?

  56. Athirah, waalaikumussalam.

    Boleh mohon secara manual (muat turun borang permohonan lewat)
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2017-15-mac-2018/
    Atau permohonan secara online di laman Lcci
    https://www.lcciasia.com/content.php?id=10

  57. Cikgu macam mana nk buat pembayaran secara yg manual tu.

  58. Syakirin,

    Ada dinayatakan dalam borang tersebut

  59. Bila boleh hantar borang tu secara manual?

  60. Boleh ke saya nk hantar esok?

  61. Syakirin,

    Boleh.

  62. Alamat dia apa?

  63. Syakirin,

    Rujuk borang…
    Permohonan spm 2017 –>bahagian atas.
    Permohonan lewat –> bahagian bawah.

  64. siti haslyina binti hata

    assalamualaikum,kalau result saya lcci-2 bukan lcci-1 layak lagi tak nak mohon sijil tuh ?

  65. Siti,

    Jika ada gred LCCI.. dikira lulus dan LAYAK.
    Jika tiada –> TIDAK LAYAK.

  66. assalam cg bagaimanakah saya nak dapatkan sijil ni?

  67. Hani,

    Hantar borang permohonan dan dokumen yang diminta serta bayaran RM26.50.
    # rujuk arahan dalam borang tersebut.

  68. Assalamualaikum cg…
    Cam mne nak isi borang sijil LCCi online..

  69. Juniyu & Athea waalaikumussalam.

    LCCI International Qualifications
    https://www.lcciasia.com/spmdc/

    Isi maklumat ikut langkah2 yang dinyatakan… upload salinan KP dan Salinan Slip SPM –> bayaran secara online.
    Biasanya sijil tetsebut dihantar ke Sekolah

  70. Muhammad aizad

    Assalammualaikum cg….
    Saya lepasan spm ‘17
    Saya dpt C dlm akaun….. tapi saya tak dapat LCCI kat result spm….jadi macam mana saya nak dapatkn LCCI?

  71. Muhammad Aizad, waalaikumussalam.

    Tiada dalam slip –> tidak lulus LCCI –> tidak layak mohon Sijil LCCI.

  72. Assalamualaikum cikgu,
    Apa beza tahap gred lcci ni cikgu , Ade yg lcci-1 ,
    Mcm saya lcci-5 , apa maksudnya And ape beza dia?

  73. Postal address tu Nak bagi alamat sekolah ke atau alamat rumah?? Borang online ni..

  74. Suhailah, waalaikumussalam.

    Jika Bahasa Inggeris 1119C mencapai 6C keatas :
    Kod gred LCCI 1 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 2 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 3 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun”

    Jika Bahasa Inggeris 1119C tidak mencapai 6C / kebawah :
    Kod gred LCCI 4 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 5 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 6 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)”.

    Postal address –> terserah : rumah / sekolah.

  75. Cikgu,
    B/b 1Jun 2016
    H/b 31 Mei 2017
    Lengkapan kilang (kos) 90000
    Susut nilai terkumpul lengkapan kilang 30000

    Kalau, lengkapan kilang bernilai 15000 dibeli pd 31 disember 2016
    Pengiraan (90000+15000×6/12)

    Lengkapan kilang 20%setahun ?

  76. Nur,

    SN –> kaedah apa ?
    SN 90000 –> kira utk setahun
    SN 15000 –> kira untuk 5 bulan
    –> jumlahkan

  77. salam sejahtera cikgu, maaf saya ingin bertanya bolehkah jika saya membuat pemohonan secara online tetapi pembayarannye secara “bank in” duitnye kat bank?

  78. Nor Aliah,

    Permiohonan online biasa perlu bayar secara online.. semasa isi borang permohonan.. tidak boleh bank-in begitu.

  79. Assalamualaikum cikgu,
    Utk memohon secara online. Kite prlu scan ic dan result spm. So, mmg memerlukan pengesahsn terlebih dahulu ke?? Kalau tiada pengesahan mcm mane tu cikgu??? Mohon explain pls. ??

  80. Nurin, waalaikumussalam.

    Saya pernah bertanya perkara tersebut kepada pegawai LCCI –> katanya tidak perlu pengesahan, kerena mereka akan semak dengan data LPM nanti untuk pengesahan.

  81. Assalam…cikgu.. Klu saya buat permohonan sendiri (bkn secara online) salinan mykad dgn salinan slip peperiksaan perlu pengesahan ke.. Sbb sekolah jauh dr rumah (masa sekolah dulu tinggal di asrama)

  82. Nabilah, waalaikumussalam.

    Tidak perlu pengesahan.

  83. Assalamualaikum..cikgu..sya nak tnya tutup prmohonan sjil lcci x silap sya 14. 4.. Lpstu kwn sya nk mohon skrg tpi trikh dh lps drpda 30 hari.. Pmbyrn die sma or hrga lebih tggi..

  84. Nurhafizah, waalaikumussalam.

    Tutup bulan Oktober.
    Masih boleh pohon dengan bayaran yang sama.

  85. Terima kasih cikgu

  86. english saya 2a lcci saya 3 jadi dekat borang tu saya nak tick dekat 1 ,2 atau 3?

  87. Balqis,

    Rujuk gred LCCI dalam slip keputusan.

  88. cikgu saya lepasan spm 2017. Saya ada mohon sijil lcci tapi belum dapat lagi. Saya takut saya salah isi borang dan sebagainyaa. Memang lambat dapat ke cikgu?

  89. Syaza,

    Permohonan tahun ini akan dapat sijil pada awal tahun hadapan.

  90. Assalamualaikum cg
    Saya lepasan spm 2017,tarikh tutup pemohonan sijil lcc tu 30 April atau 31 october

  91. Unii, waalaikumussalam

    Tutup –> OKTOBER 2018

  92. Ruby addawiyah

    NRIC tu ape cg?

  93. Ruby Addawiyah,

    NRIC –> No Kad Pengenalan

  94. assalamualaikum cikgu ,

    Kalau print borang lcci yg tidak berwarna tidak apa kan ?

  95. Arif, waalaikumussalam.

    Boleh..

  96. Ruby addawiyah

    Cikgu, untuk hantar borang tu kne gne setem yg betapa ringgit?

  97. Ruby,

    RM1.. dah cukup.

  98. Ruby addawiyah

    Terima kasih cikgu..

  99. Boleh ke saya dan rakan saya pos dalam satu sampul

  100. Arif,

    Boleh… sebaik2nya satu kelas dihantar dalam satu sampul sahaja.. bagi mengelakkan keciciran.

  101. Cikgu boleh ke pos guna pos expres ? Pos yang seperti membeli barang online dan tidak perlu membeli setem ? Boleh ke cikgu ?

  102. Arif,

    Pos Laju pun boleh… lebih terjamin.

  103. Selamat malam ckgu..kalau kita dah buat permohonan sijil LCCI biasanya dia akan hantar bila.

  104. Nurin,

    Sijil biasanya dihantar ke sekolah pada awal tahun hadapan.

  105. Assalamualaikum cg sya peljar spm 2016..thun lepas sya dh mhon sjil lcci dlm tempoh 30 hri slepas kputusan spm diumumkan…smpai skrg sya blum ambl lgi sijil lcci…nk ambl dmna ye cg sjil lcci tu?

  106. Shima, waalaikumussalam.

    Sijil biasanya dihantar ke sekolah asal.
    Cuba ke pejabat sekolah bertanyakan perkara tersebut.

  107. Assalamualaikum cg, kalau nk mohon secara manual nk pos ke alamat mana ye cg?

  108. Zaza,

    Waalaikumussalam.
    Rujuk alamat pada borang permohonan tersebut.

  109. Terima kasih cg

  110. Assalamualaikum cikgu.
    Saya lepasan spm 2016
    Maaf nk brtanya..cam mana nk sijil lcci tu hantar ke rumah saya sbb sekolah saya jauh dr rumah..bole tak cikgu

  111. Wanie, waalaikumussalam.

    Cuba hubungi pihak LCCI sendiri… rujuk di portal LCCI (klik)

  112. terima kaseh cikgu

  113. Salam cikgu. Saya lepasan spm 2017. Saya dah mohon sijil lcci. Tapi tadi saya pergi sekolah. Sijil tu tak ada lagi. Saya nak tanya. Sijil tu dihantar ke rumah atau sekolah?

  114. Biasanya awal tahun hadapan baru dihantar ke sekolah2.

  115. Asslmualaikum, sy pelajar spm 2016, sy dh mohon sijil lcci awl mse sy dpt result spm.. TetapI sehingga sekarang msih tk dpt lgi. Perlu ke sy mohon semula?

  116. Waalaikumussalam.

    Jika telah mohon.. maka tidak perly mohon lagi… sila rujuk sekolah anda.. kerana sijil dihantar ke sekolah.
    Jika masih tiada.. sila hubungi terus pegawai LCCI bertanyakan kedudukan permohonan anda.. rujuk portal LCCI.

  117. Cikgu saya nk bertnya bila sijil lcci tu kluar sbab saya dh beli sijil tu tp cikgu skolah saya kata pihak skolah masih tidak menerima lagi sebarang sijil lcci.. X silap saya katanya bulan oktober kluar sijil tersebut

  118. Nabil..

    Oktober… bulan terakhir permohonanan.
    Biasanya awal tahun depan baru sampai ke sekolah.

  119. Assalamualaikum cikgu, saya pelajar spm tahun 2011.Kalau saya nak mohon sijil lcci perlu mohon kat mana cikgu?
    Sijil ni boleh pos ke alamat rumah ke cikgu?

  120. Fadzil, waalaikumussalam.

    Boleh mohon secara manual (muat turun borang permohonan lewat) atau secara online.. nyatakan alamat untuk penghantaran..

  121. Cikgu,dalam borang ada nyatakan untuk tanda award claimed, code dan lcci grade… yang mana satu yg prlu ditanda?

  122. Kim

    LCCI Gred…. rujuk slip keputusan (bahagian bawah)

  123. Assalamualaikum cg.
    Saya nak tanya. Saya lepasan spm tahun 2016. Kami dah mohon untuk lcci lepas keluar results. Tapi sampai sekrang belum dapat lagi sijil tu. Macam mana ye cikgu?

  124. Izzati,

    Sijil2 tersebut dihantar ke sekolah.. cuba dapatkan di sekolah anda.

  125. Cikgu , nak tanya dimana saya boleh mendapat jawapan lengkapa untuk SPM 2017 dan 2018. Sebab tak ada terbitan jualan bagi Prinsip Perakaunan soalan jawapan di kedai buku seluruh negara.

  126. Dophline,

    Jawapan tersebut dikelaskan sebagai SULIT.. jawapan yang ada dalam buku dipasaran sebelum ini adalah cadangan jawapan oleh penulis buku tersebut.. bukan daripada LPN.

  127. Saya spm 2017 , dan saya dah mohon secara manual dan saya sudah pos serta buat bayaran . Tapi saya dan kawan saya masih lagi tidak dapat sijil tu sehingga sekarang . Jadi macam mana ya ?

  128. Zarif,

    Biasanya sijil tersebut dihantar ke sekolah… cuba hubungi sekolah anda.

  129. assalamualaikum cigu, saya pelajar spm 2017
    masih boleh ke mohon sijil ni and berapa kena bayar sebab macam dah lewat?

  130. saya pelajar spm 2017, dia tulis kat borang tu 31 october cikgu boleh lagi ke?? sbb saya nak mohon secara manual

  131. Khairul, waalaikumussalam.

    Masih boleh… guna borang permohonan lewat… bayarannya RM109.50.

    Guna Borang berikut:
    https://lcciasia.com/file/LCCI-SPMDC%20LATE%20APPLICATION%20FORM%20(Rev_%20190124).pdf

  132. zahidah bahari

    assalam cikgu. dia suruh masukkan ic dan slip spm dan maximum file 1mb. saya punya 1mb tepat tp asyik error je. saya mohon pki fon . apa masalah eh

  133. Zahidah,

    Cuba kecilkan lagi saiz fail tetsebut.. dan pastikan format fail tersebut betul.

  134. assalam cikgu.
    if saya apply sijil lcci secara online, sekolah ada bagi jugak ke sijil lcci? ataupun sijil dari sekolah itu sama dengan sijil yang kita apply secara online? saya kurang faham

  135. Syazrya, waalaikumussalam.

    Permohonan secara online tersebut… sijilnya nanti akan dihantar ke sekolah… anda amnil disana nanti..

  136. Salam cikgu..sy nk bertanye la..dkt slip spm sy punya dia tulis LCCI je..itu maksudnya sy LCCI 1 ke?

    Dan sy nk tanye..lepas kita dpt sijil tersebut..ape langkah strusnya kita perlu buat?terima kasih

  137. Md Azam,

    Selepas LCCI… dia ada tulis PASS @ PASS WITH MERIT @ PASS WITH DISTINCTION.
    Sijil sama dgn sijil SPM yang akan diperolehi pada awal tahun hadapan.. simpan untuk temuduga @ permohonan kerja dan sebagainya.

  138. Salam. Nak Tanya thn ni utk permohonan lcci boleh manual iaitu guna borang

  139. Yati,

    Permohonnan calon SPM2018 hanya secara ONLINE … rujuk panduan disini :
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2018-14-mac-2019-khamis/

  140. Cikgu, saya dah apply sijil LCCI tapi saya nak tau, validity sijil nie dan adakah perlu yearly renewal?

  141. Heskay,

    Sijil ini tiada tempoh tamat..

  142. Cikgu, saya lepasan spm 2018 boleh ke saya terus mohon sijil LCCI walaupun terlampau awal?

  143. Intan,

    Untuk permohonan calon SPM 2018… caranya hanya secara ONLINE sahaja..
    Rujuk panduan permohonan disini.
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2018-14-mac-2019-khamis/

  144. Salam cikgu..maaf lari topik sikit..kalau sambung dip/asasi perakaunan memang dlm bahasa inggeris ke mcm mane ckgu?

  145. Azam,

    Kebanyakkannya dalam BI..

  146. Assalamualaikum Cikgu, saya dah lepas spm dan keputusan saya tidak ada Lcci. Prinsip akaun saya grade C layak dpt ke.

  147. Rick, waalaikumussalam.

    Jika tiada LCCI dibawah slip… maksudnya tidak lulus… maka tidak layak memohon sijil LCCI.

  148. Assalamualaikum ckg, ada tarikh last ke nak mohon sijil lcci ni kalau kita nak harga dia RM37. 25?

  149. Jua, waalaikumussalam.

    Sehingga Oktober 2019.

  150. assalamualaikum cg .saya ada terbaca satu iklan yg dikeluarkan oleh lcci yg menyatakan permohonanan manual tidak boleh dibuat lagi untuk tahun 2018. betul ke . sekarang ni laman web dia pun saya tak boleh bukak

  151. Luqman, waalaikumussalam.

    Ya. Mulai tahun ini semua permohonan adalah secara online sahaja.
    https://www.lcciasia.com

    # buat masa ini mungkin portalnya ada masalah.. nanti cuba lagi.

  152. cg sy pljr lpsn spm 2018…sy nkmohon sijillcci tpi sy x tahu cara nye..boleh cg explain x caranya..

  153. Shahril,

    Sila rujuk panduan permohonan sijil lcci disini.
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2018-14-mac-2019-khamis/

  154. Assalamualaikum ckgu.sjil ni hnya utk bdng acc shaja ka.klo mohon prbnkan kna bli jga ka.maaf gnggu?

  155. Naufal,

    Walau bidang apa yang diambil… adalah lebih baik mohon sijil tersebut… kerana ianya akan jadi nilai tambah bila minta kerja nanti… kita mempunyai kemahiran perakaunan yang diiktiraf diperingkat antarabangsa.

  156. Hello, blh tanye LCCI certificate utk SPM 2017 sdh release?

  157. J

    Pada awal Januari 2019 lagi.

  158. Assalammualaikum cikgu, saya calon spm 2016. Bagaimana saya nak mohon sijil lcci dan berapa harga dia?

  159. Syasya, waalaikumussalam

    Rujuk panduan disini
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2018-14-mac-2019-khamis/

  160. MOHAMAD AZANI BIN AHMADI

    Assalamualaikum cikgu,saya calon spm 2014.baru ni saya ada nak ambil sijil LCCI di sekolah tapi nama saya tiada dalam senarai kelayakan sijil LCCI sedangkan dalam slip saya menyatakan saya layak (LCCI-6).

  161. Azani, waalaikumussalam.

    Mungkin anda tidak mohon sijil berkenaan pada tahun 2015 yang lalu.
    Untuk dapatkannya masih boleh pohon secara online… rujuk panduan yang telah disertakan..disini.
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2018-14-mac-2019-khamis/

  162. Ummu azziatul

    Assalamualaikum cikgu . Saya nak tanya kenapa saya tak dapat procced pembayatan sijil lcci saya . Error katanya

  163. Ummu,

    Mungkin ada maklumat yang tidak lengkap … seperti tidak upload salinan kp dan slip spm. .. atau masalah line internet.

  164. assalam cikgu,saya calon spm 2017 dan baru memohon secara online pada 2019.selalunya bila ye tarikh dpt lcci dan selalunya hantar di rumah atau di sekolah

  165. Fadhli. Waalaikumussalam.

    Ikutkan panduan… dalam awal tahun hadapan.. biasanya dihantar ke sekolah.

  166. salam cg . sy spm tahun 2015 . sy baru shj memohon sijil LCCI . agak2 sy akan dapat sijil tu bila ye tempohnya? tq

  167. Ika,

    Biasanya pada awal tahun depan.

  168. Assalamualaikum..cikgu. Utk spm 2012. Masih balid untuk apply ataupun tidak?

  169. Fiqa, waalaikumussalam.

    Masih .. boleh mohon.
    Permohonan hanya secara Online sahaja.
    https://www.lcciasia.com/malaysia/

  170. Asslm cikgu saya lepasan SPM 2017 boleh mohon lagi sijil LCCI ke ?

  171. Atirah, waalaikulussalam.

    Masih boleh…. permohonan hanya malalui online sahaja..

    https://www.lcciasia.com/spmdc/

  172. SITI SUHAILAH BINTI RAZAK

    assalam cikgu, ape beza lcci-dia dgn cat-acca ?

  173. Siti, waalaikumussalam.

    Sila rujuk disini :
    https://forum.lowyat.net/topic/802004/all

  174. assalamualaikum cg, sy student spm 2017 dn sy telah mohon sijil lcci lepas dpt result. Tapi sampai sekarang sy belum dpt sijil tu. Sy dah pergi pejabt sekolah bertanyakn hal tersebut tetapi kerani sekolah sijil sy tiada. Apakah yang patut sy lakukan cg? Sy dh pergi ke portal untk track sijil tu tp tiada.

  175. Ruby, waalaikumussalam.

    Cuba hubungi terus pegawai Pearson LCCI tersebut… no telefon pejabat boleh rujuk pada borang permohonan.

  176. Nur Najwa Izyan

    Assalam cikgu. Saya lepasan spm 2017. Kalau saya nak hantar borang ni boleh lagi ke?

  177. Nur Najwa Izyan, waalaikumussalam.

    Masih boleh.. cuma permohonan perlu dibuat secara online sahaja.

    Sila rujuk PANDUAN PERMOHONAN disini:
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2018-14-mac-2019-khamis/

  178. NURSYUHADAH BINTI MOHAMAD SAPAWI s272985

    assalamualaim , cikgu . saya nak tanya kalo saya lepasan spm 2017 . saya layak dapat sijil lcci . tapi saya tak mohon . mcam mana ek ? bole ke kalo nak tuntut sijil tu ? kalo nak amik sijil tu kat mana ek ?

  179. Nursyuhadah, waalaikumussalam.

    Masih boleh mohon… permohonan hanya boleh dilakukan secara online.
    Bagi permohonan lewat bayaran agak tinggi sikit.. lebih kurang RN120 (rujuk dilaman lcci nanti).
    Panduan permohonan boleh download disini:
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2018-14-mac-2019-khamis/

  180. Assalamualaikum cikgu.

    Saya ada soalan nak tanya. Saya tidak lama lagi akan menamatkan pembelajaran saya sebagai pelajar dip in accounting dan di semester akhir mesti mengikuti latihan industri (praktikal). Perlukah saya sertakan sekali sijil lcci yg saya dapat masa spm untuk memohon latihan industri tu nanti cikgu ?

  181. Syikin, waalaikumussalam.

    Jika dah ada.. lebih baik sertakan bersama sijil2 lain…. ianya akan jadi NILAI TAMBAH permohonan anda.

  182. Assalamualaikum,cikgu klu sijil LCCI bleh guna dlm bidang lain tak?

  183. Najihah, waalaikumussalam.

    LCCI –> kemahiran rekod perakaunan.
    Ianya jadi nilai tambah kepada bidang2 lain… kerana semua bidang memerlukan ilmu kemahiran perakaunan.

  184. Assalam cikgu, saya pelajar spm 2013. Boleh tak saya mohon lcci lagi? Mcm mana prosedur dia ya? Relevance tak sijil lcci untuk saya cari kerja nanti?

  185. Nurul,

    Wassalam… boleh mohon secara online dilaman LCCI..
    Sijil LCCI.. adalah nilai tambah yang mengiktiraf kemahiran merekod akaun oleh badan Antarabangsa.

    Panduan boleh rujuk:
    https://cgnarzuki.com/keputusan-spm-2018-14-mac-2019-khamis/

  186. Assalamualaikum..cikgu..sya nak tnya…klau lepasan spm 2011..msh blh buat permohonan sijil lcci ka?..

  187. Sudarming, waalaikumussalam.

    Berdasarkan laman LCCI Malaysia… permohonan lepas.. hanya sehingga 2014 sahaja.

    Walau bagaimanapun.. cuba hubungi pegawai LCCI bertanyakan perkara tersebut.

  188. Assalamualaikum cikgu, sy nk tnye , mcm mne nk dptkn blik sijil LCCI sekiranya hilang.

  189. Zeti, waalaikumussalam.

    Cuba bertanyakan pengawai di LCCI.. rujuk no yang boleh dihubungi di portal https://www.Lcciasia.com

  190. Assalamualaikum cikgu,saya nak tanya saya calon spm 2019 yang ambil prinsip perakaunan,tapi saya dapat gred c. Kenapa saya tak dapat sijil lcci tu?

  191. Amisha, waalaikumussalam.

    Lcci guna gred dia sendiri untuk menentukan lulus atau gagal bagi melayakan dianugerahkan Sijil Lcci.

  192. saya lepasan SPM 2019, sy mendpt gred C+ dlm acc dan layak untuk mohon sijil tersebut tetapi apabila mengisi borg mengikut step 1-4….tetap sampai step yg ke-4 gagal

  193. Amry,

    Pastikan format fail slip spm & kp.. tersebut betul… pdf / doc / jpg…… dan saiz tidak lebih 1 MB.

  194. saya dah buat banyak kali…. check setiap ejaan… result dengan ic saya bagi mcm mcm jenis(pdf,doc,gambar biasa) n tak lebih dari 1mb…..tetapi bila sampai step ke-4 dia naik mcm ni…. ada cara lain tak nak mohon….

  195. Amry,

    Mungkin ada masalah dengan sistem tersebut… nanti saya cuba bertanyakan pegawai LCCI.

  196. Soalan nombor 1 & 2 tu kena jawab yes kan?
    Soalan nombor 2 tu saya tak faham code apa?

  197. Farisha,

    Klik pada VIEW SAMPLE

  198. saya dah isi sijil lcci dan sampai ke step 4 saya dah bayar semua….tapi mmg dia jadi mcm ni ke kalau proceed dah berjaya

  199. Amry,

    Sepatutnya.. tidak keluar sedemikian…

  200. Saya click view sample dia keluar mcm ni

  201. Farisha,

    Itu masalah sistem..
    Cuba terus isi..

  202. Memang sekarang ni website lcci tengah ada problem ke?
    Saya dah isi sampai step 3 lepastu nak buat payment tak boleh page error

  203. dia keluar macam ni

  204. Farisha,

    Ya kemungkinan website lcci bermasalah..

  205. saya lepasan spm 2017.boleh lagi ka saya mohon sijil lcci dan adakah permohonan ni boleh dibuat secara online

  206. Izzat,

    Sekarang.. semua permohonan hanya secara online sahaja… 2017.. masih boleh mohon.. cuba layari portal lcci.

  207. Cg maaf gnggu , sy nk tnya knp saya nk apply tpi dia kata xlayak? Dh tamat tempoh ke mcm mna?

  208. Qilahsya,

    SPM tahun bila.. ?
    cuba baca maklumat dalam portal tersebut..

  209. Assalamualaikum . saya nak tanya saya spm tahun 2018 , taoi samai sekarang saya apply , masih tak dapat sijil dia . Kenapa? bila akan dapat?

  210. Najiha, waalaikimussalam.

    Sijil dihantar ke sekolah.. sila rujuk sekolah lama anda.

  211. cikgu, saya lpsn spm 2017.. dh mohon n dah dpt sijil ni. klw sijil hilang mcm mne nk dptkn balik ye?

  212. Nur,

    Kena mohon semula dengan LCCI… secara online…

  213. Assalamualaikum cikgu, saya lepasan spm 2015 .Saya apply lcci secara manual pada tahun 2016..tapi sampai sekarang saya masih belum dapat sijil lcci saya..bagaimana saya nak tahu status sijil lcci saya itu sama ada diterima atau tidak?

  214. Nadia, waalaikumussalam.

    Sijil dihantar ke sekolah lama anda… sila rujuk sekolah lama..

  215. Salam .. nak tnya klau sijil lcci SPM 2012 hilang mcm mana? boleh apply lain ke?

  216. Nurfa,

    Sudah terlalu lama…
    cuba hubungi pegawai di LCCI, rujuk portal LCCI.

  217. Assalamualaikum cikgu, saya pelajar spm 2017. Boleh lagi ka saya mohon sijil LCCI. Gred saya 6

  218. Aina, waalaikumussalam..

    masih boleh.. cuma bayarannya agak mahal RM1xx.. (rujuk portal lcci)

  219. assalam cikgu,macamna nak dapatkan nombor keahlian lcci ni? saya nak isi bahagian kelayakan professional,atau sijil ini cuma sebagai lampiran sahaja?

  220. Lala,

    Sijil tersebut baru kelulusan Level 2 Book-keeping and Accounts Certificate …. belum lagi jadi ahli badan lcci..
    Boleh guna no siri sijil tersebut sebagai rujukan..

  221. Jika saya mohon sijil lcci pada bulan 6 thun ini, berapa lama sijil lcci tu smp ke sekolah?

  222. Zea,

    Biasanya sijil akan sampai di sekolah pada awal tahun hadapan..

  223. Selamat sejahtera

    Cikgu saya dapat di slip SPM saya letak 3756(LCCI) – 2.

    Adakah saya layak mendapat sijil LCCI?

  224. Lisa,

    Ya lulus dengan gred 2.. layak mohon sijil LCCI.

  225. Cg…..brapa lama tempoh sijil ni sampai?…. N lagi satu…kalau kita tersalah pilih gred mcm mana? … Adakah perlu buat balik n bayar balik? Tolong saya cg?

  226. Cikgu,sijil LCCI level 2 berguna untuk sambung belajar atau untuk memohon kerja?Kalau saya tak sambung belajar di LCCI adakah sijil itu masih berguna?

  227. Iffat,
    Biasanya dalam tempoh 1 tahun.. dan sijil tersebut dihantar ke sekolah.

    Khairul,
    Jika nak sambung LCCI.. anda akan dapat pengecualian … boleh terus ke level 3, untuk kerja masih lemah sebab baru level 2.
    Jika tidak sambung LCCI.. tidak masalah.. sijil tersebut jadi nilai tambah dalam apa2 permohonan nanti..

  228. Sekiranya tersalah pilih gred. Adakah perlu mengambil semula sijil lcci ni?

  229. Iffat,

    Pada pandangan Cg.. tiada masalah kerana sijil yang dikeluarkan berdasar gred yang ada dalam rekod mereka.

  230. Selamat pagi, cikgu.
    Saya merupakan calon persendirian SPM 2022 yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan.
    Saya ingin menujukan beberapa soalan dan berharap agar cikgu dapat tolong saya sebab tiada lagi sumber boleh saya refer.
    Terima kasih banyak-banyak cikgu.

    berikut merupakan soalan saya:
    1. adakah calon persendirian layak mendapat sijil LCCI jika saya dapat A dalam subjek PP?
    2. kalau saya fail dlm bahasa malaysia dan sejarah, tapi dapat A dlm PP, boleh mohon cert LCCI? calon sekolah pula macam mana?
    3. berapa jam untuk menjawab kertas 4?
    4. setahu saya, kertas 4 lebih kurang sama dengan kertas 3, adakah saya kena menjawab kertas 4 dengan berpandukan komputer on the spot?

    terima kasih cikgu.

  231. Xmek,

    1. Semua calon layak.
    2. Apabila tercatat Gred LCCI dalam slip SPM.. dikira layak mohon sijil.
    3. 2 jam 30 minit.
    4. Jawab 3 soalan secara bertulis.

  232. Fatimah azzulfa

    Salam..sy pelajar spm 2010..jika sijil lcci sy hilang masih boleh nak dpt kan? Bagaimana cara nya ya

  233. Boleh terus rujuk pegawai di LCCI di no telefon dibawah..

    Pearson Qualifications International
    Level 1, Tower 2A,
    Avenue 5, Bangsar South,
    No 8, Jalan Kerinchi,
    59200 Kuala Lumpur,
    Malaysia

    T: +603 22897026/ +603 22897000

    Website: http://www.lcciasia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.