DRAF 2 JADUAL WAKTU SPM 2013

PEPERIKSAAN SPM : 06 – 29 NOVEMBER 2013 & 2 – 5 DISEMBER 2013 

PRINSIP PERAKAUNAN 3756

HARI 3 (13.11.2013) – KERTAS 2 :  2.00 – 4.30 PETANG

HARI 4 (14.11.2013) – KERTAS 1 : 2.00 – 3.15 PETANG

(Jika HARI 1 jatuh pada 06.11.2013) 

[DM]257[/DM] [DM]258[/DM]

Sumber : Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan, KPM

Posted on March 12, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 14 Comments.

  1. Wah.. awalnya periksa prinsip akaun. Biasa tahun-tahun sudah sempat buat gerak gempur 2 minggu atau seminggu sebelum periksa prinsip akaun . Nampaknya tahun ni macam tak boleh je. Harap-harap ada perubahan jadual la nanti. Cikgu Narzuki tolong pujuk orang Lembaga ya : ).

  2. Hang Tuah,

    Berdasarkan DRAF jadual tersebut, subjek PP pada hari ke 3 & 4… iaitu dalam minggu pertama. Pada tahun2 sebelum ini.. biasanya pada minggu terakhir. Mungkin LPM nak buat pusingan, bagi peluang kepada subjek2 lain pula merasakan apa yang kita rasakan sebelum ini. Jika draf tersebut dikekalkan, maka kita terpaksa membuat PERANCANGAN dan TINDAKAN AWAL bagi menyiap diri pelajar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

  3. risau juga tgk draf jadual ni sebab akaun jatuh pada hari ke 3 n 4 iaitu hari yang sama dengan subjek sejarah… sejarah subjek menghafal.. serba sedikit blh mempengaruhi concentration pelajar yang mengambil akaun…

  4. Perancangan, Tindakan dan Persediaan AWAL …. adalah jalan penyelesaiannya.

  5. Allhamdulillah dgn izin Allah dan kesungguhan program gerak gempur 2 minggu sblm periksa tahun lepas pelajar saya dapat menyumbang 2.50 gps. Terbaik dalam sejarah sekolah setakat ni. Sekolah kampung je ni. Pelajar yg bercuti hampir 5 bulan pun dapat result yg baik sbb datang masa gerak gempur ni. Nampaknya tahun ni kena fikir cara lain la pulak. Susah juga ni…

  6. Hangtuah,
    Tahniah atas pencapaian tersebut….. PERANCANGAN dan PERSEDIAAN AWAL sangat penting disertakan pula dengan PROGRAM sebelum peperiksaan. Tetapi berdasarkan DRAF yang dikeluarkan, kertas prinsip perakaunan di minggu pertama, maka program sebelum peperiksaan terpaksa dilakukan pada hari persekolahan atau pada hari minggu sahaja. Kita kena rancang betul2… supaya program dapat dilaksanakan dengan lancar.

  7. Saya kurang setuju dengan draf jadual waktu prinsip perakaunan yang diadakan bersama dengan sejarah untuk tempoh dua hari. M/p sejarah adalah wajib lulus, kenapa hendak membebankan pelajar, kenapa tidak dibuat pada hari berasingan, satu hari untuk sejarah dan satu hari lagi untuk prinsip perakaunan. Harap-harap ada cikgu sejarah dan cikgu prinsip perakaunan menyampaikan perkara ini kepada LPM

  8. Semoga draf jadual tersebut dinilai dan dimurnikan semula bagi memberi keselesaan kepada pelajar menduduki peperiksaan yang penting dalam menentukan hala tuju kerjaya mereka di masa hadapan..

  9. salam, saya setuju dengan pendapat Jane, saya pun terfikir pastinya pelajar akan beri tumpuan lebih kepada mp sejarah kerana wajib lulus. harap cikgu nazuki boleh majukan masalah ini ke pihak LPM, kesian kepada pelajar2 kita yang pastinya stress dengan MP Sejarah.

  10. Zandin,

    Saya juga setuju, kita akan menghadapi masalah dalam menyiapkan pelajar kita untuk menduduki kertas kita. sekiranya draf tersebut dilaksanakan.
    Siapalah saya untuk majukan perkara tersebut kepada LPM… walau bagaimanapun saya akan cuba bertanyakan rakan2 guru lain yang lebih mengetahui berhubung perkara tersebut.

  11. SAYA DAH JADI AHLI TETAPI KENAPA TAK DPT NAK TGK BAHAN GK TEK. KENA DAFTAR LAIN KE ?.

  12. Kak Bed,
    Tidak perlu… asalkan LOGIN terlebih dahulu…

    Kemudian pilih pada menu Muat Turun Bahan…. KoleksiBahan GKTV n KP.
    Ataupun klik DISINI

  13. Cikgu, sy ada terima khabar yang kertas Prinsip Perakaunan spm 2014 diubah tarikhnya ke 17 Nov… Betul kah tu? Kalau ya, syukur sebab x stress sgt nak fokus Sejarah lagi pada hari 3 dan 4 tu…

  14. Alib,

    InsyaAllah, ianya akan ditunda ke 17 November 2014… sama2lah kita tunggu Jadual Peperiksaan SPM 2014 yang akan dikeluarkan olej LPM nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.