KEPUTUSAN SPM 2009 ~ 11 MAC 2010

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

“Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 orang. Sebanyak 3,569 pusat peperiksaan dengan 23,864 petugas peperiksaan disediakan untuk mengendalikan peperiksaan berkenaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online 07/03/2010

PERMOHONAN SIJIL LCCI – SPM 2009

1. BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI

2. PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SIJIL LCCI

3. BORANG ANALISIS PERMOHONAN SIJIL LCCI

Posted on March 7, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 57 Comments.

  1. salam..
    huhu…
    takut berbaur macam2la..
    aduui….
    semoga mendapat keputusan yg cemerlang..
    aminn…
    doakan kami cg narzuki….

  2. Semoga anak didik cg dan pengunjung setia blog ini beroleh kejayaan cemerlang dalam SPM 2009 yang akan diumumkan nanti, insyaAllah.

  3. sy sekarang betul2…bimbang…harapan sy utk keputusan spm sy ialah semoga sy peroleh kejayaan yang cemrlang dan membanggakan….n semoga cita2 sy tercapai….berdebar2 jantung sy tunggu result keluar KHAMIS nie….huhuhu….takut gila nie………….semoga saya dpt keputusan yg sy harapkan…..doa2kanlah saya ya…..AMIN………kpd pelajar lain yg menduduki spm spt sy jg sy berharap agar anda peroleh kejayaan yg cemerlang….AMIN…….

  4. esok spm keluar??harap cemerlang..

  5. assalamualaikum………cg sy pon student prinsip akaun jga tp ht sy sngat2 berdbar menanti hari esok…sy dah berusha sdaya yg sy manpu untuk faham subjek akaun nie…tp setiap kali exam hnya kekecewaan datng…..masalahnya time cg ajar sy kurang faham walaupun bg spnuh tumpuan…..sy rase mcm x de chmistry r…harapn sy hnya nk lulus je…wat kawa2 doakanlah kejayaan…..n semoga korang mendapat kptusan ya terbaik………insyaALLAH kejayaan pasti menanti sekiranya usaha d sertakan doa &tawakal……….muuah gud luck……….
    p/s:sebarang mklum blas blehlah hntar kpd sy………[email protected]

  6. Waalaikumussalam,

    Bukan saja pelajar yang berdebar2 …. cikgu2 juga turut berdebar2 untuk menerima keputusan anak didik masing2 esok. Semoga semuanya beroleh kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.

  7. Sekolah saya pun alhamdulillah…. 100% lulus P Perakaunan.

  8. alhamdulillah ary yg saya tgu da tiba..syukur alhamdulillah…xsangka prinsip boleh lulus dan kt..alhamdulillah….

  9. cg,kalu kat slip kptsan ada tulis lcci – 6

  10. TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH !!!

    Syukur alhamdulillah di atas kejayaan yang cemerlang kepada semua pelajar dan juga guru2 yang telah berusaha bersungguh2 demi kejayaan anak2 didik sekalian.

    Cg juga sangat2 berpuas hati dengan kejayaan anak didik cikgu tahun ini, di mana pencapaiannya lulus 100%, Gred Purata 1.62 dan 84.6% mendapat gred A bagi subjek Prinsip Perakaunan.

    Ela, maklumat berkaitan gred LCCI yang terdapat pada slip peperiksaan tersebut, bolehlah rujuk komen pada tahun lepas DISINI. (klik)

  11. tahniah cg…sy harap cg akan sentiasa memberi tips dan panduan yg dpt membantu untuk mencapai keputusan yg baik.tahun ni anak didik saya bakal menduduki spm…harap mereka semua akan berjaya.

  12. Terima kasih, InsyaAllah saya bantu setakat yang termampu.

  13. hai cikgu..saya x puas hatilah dengan kptsan bi spm saya. bknnya saya x bersyukur tp slma kat sklah saya sentiasa dpt A dan x pernah dpt A-.tapi bla spm kuar, tup2 saya dpt A- pla. bleh cikgu beritahu cara utk saya semak semula kptsan susbjek itu kat lembaga pprksaan?

  14. Aby, boleh muat turun dan rujuk borang serta peraturan yang berkaitan dengan Semak Semula SPM.

    1. BORANG PERMOHONAN SEMAK SEMULA SPM

    2. PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA SPM

  15. salam..ckgu,nk tanya. result spm09 baru2 nie saya dapat 4A4B3C3D. Bm A-,P.Islam A-,Math A+,AddMth B+,Pdgn A-,Fiz+Kim+bio D(hanya lulus atas tanpa kepujian) adakah saya masih layak untuk memohon matrikulasi,asasi,diploma or A-Level? saya bercita-cita untuk menjadi pilot. malangnye result untuk sains saya tersangkut untuk syarat2 kemasukan ke kejuruteraan or sains. boleh cikgu beri sedikit pendapat dan pandangan ttg kelayakan sy nie? sy betul2 perlukan ptolongn ckgu..terima kasih! =)

  16. Assalamualaikum cikgu.. saya adalah lepasan spm 2009 dan berjaya mendapat keputusan yang sangat teruk dalam spm…saya ingin minta pandangan cikgu samada saya layak masuk ke ipta atau tidak layak…
    keputusan spm saya ialah
    BM : A
    PEN.ISLAM : A-
    SEJARAH : A-
    SCIENCE : A-
    BI : B
    PERD: B
    EKONOMI ASAS : D
    MATH : D
    PRINSIP AKAUN : E
    ADD MATH : G
    saya sangat sedar keputusan spm saya sangat teruk.. saya harap cikgu dapat memberikan sedikit nasihat tentang apa yang saya perlu lakukan selepas ini. Perlukah saya memohon untuk ke ipta atau ia hanya membuang masa… saya harap cikgu dapat memberikan maklum balas..
    Sekian,
    Terima Kasih.

  17. Waalaikumussalam,

    Maaf, Cg kurang arif tentang perkara tersebut, walau bagaimanapun bagi membantu anda berdua dalam membuat keputusan, Cg cadangkan baca aktikel berikut : KE MANA SELEPAS SPM? (klik)

  18. Cikgu maaf menganggu , saya nak tanya cikgu kalau add math saya gagal adakah bermakna keputusan spm saya gagal ( tidak lulus)

  19. TIDAK, anda masih boleh memohon ke program2 di IPTA/IPTS yang tidak memerlukan Add Math sebagai salah satu syarat kalayakan minimum. Cuba layari laman IPTA /IPTS dan dapatkan syarat2 kalayakan minimum, kemudian pilih yang mana2 program yang memenuhi syarat. Ataupun pilihan lain lanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 ataupun politeknik.

  20. Cg Narzuki,
    Di mana saya boleh mendapat Borang analisis permohonan sijil LCCI yang perlu disediakan oleh pihak sekolah itu?

    Terima kasih…

  21. Assalamualaikum.
    Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cg Narzuki (melalui web ini) kerana banyak membantu saya dan anak murid saya mendapat banyak maklumat melalui web ini untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam Prinsip Perakaunan tahun 2009. Ini merupakan keputusan pertama sekolah kami SMACH. GPK sekolah kami ialah 1.0

  22. Waalaikumussalam,
    Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Cg Ahmad dan pelajar sekalian di atas kejayaan cemerlang tersebut, semoga dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada tahun ini dan tahun2 seterusnya.

  23. salam..bagi permohonan sijil LCCI melalui sekolah,pelajar ke atau sekolah yg kena poskan borg+wang pos+salinan ic dan result kpd Ketua Penolong Pengarah LPM..kurang jelas di situ..harap bantuan

  24. Bagi permohonan melalui sekolah, pihak sekolah (S/U Peperiksaan) sepatutnya mengumpulkan borang2 permohonan daripada pelajar, seterusnya mengisi Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI kemudian dihantar kepada Lembaga Peperiksaan …… melalui PPD dan JPN terlebih dahulu.

  25. kepada cikgu narzuki , terima kasih atas ceramah dari cikgu semasa kem kecemerlangan akademik . . saya telah mendapat Gred 1 dlm sijil LCCI utk SPM 2009 . . ternyata nasihat cikgu banyak membantu saya . . sehinggakan kawan2 bertanya tentang rahsia saya mendapat keputusan yg begitu cemerlang dalam Prinsip Perakaunan . . utk pengetahuan cikgu , keputusan Prinsip Perakaunan semasa trial SPM adalah 6C . . alhamdulillah , SPM saya mendapat A+ . . =)

  26. Alhamdulillah,
    Tahniah dan syabas Cg ucapkan atas pencapaian yang amat cemerlang. Cg hanya sekadar memberi sedikit nasihat dan panduan sahaja, selebihnya adalah bergantung kepada kesungguhan dan usaha gigih anda sendiri.

    Semoga kejayaan tersebut akan menjadi perangsang untuk terus berjaya dengan cemerlang di masa2 akan datang.

    ~ DIMANA ADA USAHA, DISITU ADA KEJAYAAN ~

  27. terima kasih.. cg Narzurki bantuan anda!

  28. cikgu.,klau saya menyemak blik keputusan b.i. saya .,bila saya boleh tahu keputuannya.,kerana saya hanya sangkut b.i. b+ n saya sgt 2 terkejut.,
    saya harap proses semak semula dpt dipercepatkan spy saya sempat memohon bisiswa.,keputusan saya.,7a+.,2a.,1a-.,1b+.,

  29. Berdasarkan Peraturan Pentadbiran Permohonan Semak Semula, keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam masa 2 bulan dari tarikh tutup permohonan. Di mana tarikh tutup permohonan adalah 30 hari daripada tarikh keputusan dikeluarkan. Dengan kata lain lebih kurang 3 bulan keputusan semak semula akan diketahui.

  30. salam cg..sama x borang permohonan yg terdapat di sekolah dan yg cg bagi untuk semak semula tu???sy skul kt sabah…manala taw xsama….huh…..saya perlukan bantuan cg…terima kasih..

  31. Salam,
    Pada pendapat Cg, ianya SAMA kerana Borang tersebut dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM sendiri untuk kegunaan permohonan semak semula SPM2009.

  32. Cikgu boleh jelas secara ringkas apa yang patut saya buat untuk permohonan sijil lcci , sekolah saya tidak jelaskan caranya kepada kami.

  33. Muat turun borang2 dan peraturan berkiut (rujuk DIATAS):
    1. BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI
    2. PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SIJIL LCCI
    3. BORANG ANALISIS PERMOHONAN SIJIL LCCI

    Pelajar (yang layak sahaja) isi borang permohonan dengan lengkap. Dan hantarkan kepada sekolah bersama2 satu salinan kad pengenalan dan Slip Peperiksaan (salinan2 tersebut hendaklah yang disahkan) serta Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf.

    Pihak sekolah hendaklah melengkapkan tiga (3) salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI. Dua (2) salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI beserta Borang2 permohonan pelajar hendaklah dihantar kepada Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Maklumat dan Prosesan Data, Lembaga Peperiksaan sebelum atau pada 15 April 2010. Satu (1) salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI disimpan oleh pihak sekolah. – Rujuk PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SIJIL LCCI.

    # Berhubung cara penghantarkan hendaklah RUJUK PPD atau JPN masing2. Kalau ditempat saya borang2 tersebut hanya dihantarkan kepada PPD, PPD akan hantarkan ke JPN dan seterusnya JPN ke Lembaga Peperiksaan.

  34. ok..tanx cg..

  35. Cikgu, nak tanye, saye tengah isi borang semak semula SPM… tapi tersangkut bila ade ruang “nombor rujukan”… SS_ _ _ _ … nombor ape yg nak diisi?

  36. Kalau tak silap Cg … itu no rujukkan permohonan semak semula …..(tak perlu isi) … untuk kegunaan pihak Lembaga Peperiksaan sahaja.

  37. salam.,terima kasih cikgu atas jawapan cikgu sebelum ini.,cikgu klau saya ade satu b+,b.i.,x ckup syarat tuk biasiswa.,adakah mara msih akn pggl saya tuk temuduga.,

  38. Maaf, Cg tak pasti … kena rujuk pihak MARA berhubung perkara tersebut.

  39. cikgu kalau begitu,apa yang saya perlu buat ialah isi borang permohonan sijil lcci bersama dengan satu salinan kad pengenalan ,Slip Peperiksaan dan kiriman wang sahaja?

    Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI akan diuruskan oleh pihak sekolah?

  40. Ya, pelajar hanya lengkapkan borang bersama2 salinan kad pengenalan dan slip peperiksaan yang disahkan, serta wang pos/kiriman wang/Bank Draf dan hantarkan ke sekolah (tindakan S/U Peperiksaan). Selebihnya akan diuruskan oleh pihak sekolah.

  41. Ok,terima kasih cikgu.

  42. Percubaan saya dapat– 8A dan 2B.
    Actual – Keputusan SPM 2009 seperti berikut:
    1.BM-A.
    2.BI-B+.
    3.SEJ-A.
    4.PI-A.
    5.MM-A.
    6.AM-B.
    7.FIZ-B+.
    8.KIM-B+.
    9.BIO-B.
    10.IT-B+.
    Saya meminati bidang Farmasi, yang mana harus saya pilih?. Diploma Farmasi di Uitm atau laluan matrik ke Ijazah Farmasi di IPTA. Tapi saya bimbang tidak memperolehi tempat kerana bidang ini adalah favorite untuk student cemerlang. Sifu, tolong bagi pandangan.

  43. slmt pagi cikgu..saya tengah mengisi borang biasiswa. bleh cikgu britahu saya maksud no. sijil warganegara? dan bgaimna saya nak dptkannya? tolonglah bantu saya…

  44. Pada pandangan Cg, ruangan untuk no sijil warganegaraan hanya perlu diisi oleh orang yang pada asalnya bukan warganegara malaysia, setelah bermastautin beberapa tahun dan telah mendapat kerakyatan/warganegara Malayasia baru mempunyai no sijil tersebut.

  45. thanks cikgu..

  46. assalammualaikum cikgu….sebenarnya saya kurang faham apa itu lcci dan acca…boleh tak cikgu tolong jelaskan, dan apakah kelebihannya…..terima kasih…

  47. Lepasan SPM Boleh Terus Ikuti ACCA, LCCI

    Maklumat tentang CAT-ACCA juga boleh diperolehi melalui ruangan Forum berikut : Forum Lowyat

  48. akum,cikgu.saya nak tanya kalau boleh pohon sijil lcci tu kite kena buat bagaimana?

    tq

  49. Sila muat turun Borang Permohonan Sijil LCCI dan juga Peraturan Pentadbiran Permohonan Sijil LCCI yang telah Cg sediakan di ATAS. Baca arahan permohonan yang terdapat dalam Peraturan Pentadbiran Permohonan tersebut. Serta cuba hubungi S/U Peperiksaan atau guru akaun anda di sekolah berhubung dengan cara2 penghantaran.

  50. Mohd Saad bin Harun

    Assalamualaikum
    Semuga Allah memberi kesihatan yang baik dan rezeki yang murah kepada cgu dan keluarga . Dan usaha murni ini dapat taufik dan hidayah dari Allah. InsyaAllah

  51. Waalaikumussalam,
    Amin. Semoga segala kerja buat kita semua diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

  52. salam cg.

    saya ada pertanyaan berkenaan biasiswa mara.saya ada memohom PILN(program ijazah luar negara) dlm bidang perakaunan dan telah dipanggil untuk interview pada 13 april.
    pertanyaan saya ialah di manakan tmpt program persediaan ke luar negara itu akan diadakan sekiranya saya berjaya memperoleh biasiswa?selain itu,apa kegunaan sijil LCCI tu?sy teramat runsing sekarang kerana sy masih belum tentukan perjalanan saya slpas SPM.harap cg dapat tolong.

  53. cg sy nak tnye…smase nak isi borang kiriman wang,nama penerima ditulis LCCI INTERNATINAL QUALIFICATIONS (MALAYSIA) SDN. BHD…..pastu alamatnye kat mne cg?????

  54. Alamat lengkapnya :

    LCCI International Qualifications (Malaysia) Sdn Bhd
    Suite 11.01, 11th Floor, Menara Yayasan Selangor
    18A Persiaran Barat
    46000 Petaling Jaya, Selangor
    Malaysia

  55. Ckg mcm mane ye nk dpt sjil lcci tu hah? Sume slnan b0rg,slip n ic bg kt pengetua ke? Pas2 p’hntrn b0rg ke lmbg pngarh, sek y uruskn ke?
    ckg sye xda bg mklmt y detail.

  56. Pelajar serahkan borang dan salinan kp dan slip peperiksaan kepada sekolah, dan pihak sekolah akan mengisi Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI kemudian akan hantarkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan.

    Untuk maklumat lanjut sila rujuk PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SIJIL LCCI (KILK).

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.