KEPUTUSAN SPM 2018 : 14 MAC 2019 (KHAMIS)

Kepada anak didik dan anak pelajar sekalian

SEMOGA BERJAYA  DENGAN CEMERLANG

dalam SPM, terutamanya bagi subjek Prinsip Perakaunan 


PANDUAN PERMOHONAN SIJIL LCCI

Posted on March 6, 2019, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 53 Comments.

  1. assalamualaikum cikgu. saya dapat C+ dalam subjek Prinsip Akaun tapi bawah slip keputusan tu takde tertulis 3756/LCCI atau prinsip akaun (Fa1 exception paper) punya note. itu normal ke cikgu?

  2. Nini, Waalaikumussalam.

    Jika TIADA.. maksudnya markah yang diperolehi tidak mencapai gred lulus LCCI… maka TIDAK LAYAK memohon sijil LCCI.

  3. Salam cg ,

    Ape maksud pass with distintion and pass with merit ?

  4. Aiman,

    Ada 3 kelas gred LCCI :
    1. Lulus dengan cemerlang (distintion)
    2. Lulus dengan kepujian (merit)
    3. Lulus

  5. Cg saya nak tanya no pin boleh dok beli
    Dua kali sbb saya kemaskini doh tapi saya nak baiki semula pilihan program yg saya pilih

  6. Nadzirah,

    Tidak perlu beli ni pin baru… login dengan no pin lama….. cari KEMASKINI saja.

  7. Klau ambik diploma perakaunan di politeknik boleh dok sambung degree kat umt

  8. Nadzirah,

    Cuba rujuk disini;

    Siri VI : Senarai Keseluruhan Program Pengajian Berserta Syarat Kelayakan Mengikut Program yang Ditawarkan Oleh UTHM dan UMT
    https://afterschool.my/bm/berita/siri-vi-senarai-keseluruhan-program-pengajian-berserta-syarat-kelayakan-mengikut-program-yang-ditawarkan-oleh-uthm-dan-umt

  9. assalamualaikum cg, saya tak faham la. sijil LCCI ni kita boleh perolehi sekiranya LAYAK kan ?

  10. Fai,

    Hanya pelahar yang LULUS sahaja LAYAK nemohon.
    Jika ada gred LCCI dalam slip keputusan –> LAYAK memohon
    Jika TIADA –> Tidak lulus dan tidak layak

  11. Assalam cg.
    Klau acc dpt A tp bi bwh pada b syarat am
    Bleh lepas ke ? Untuk diploma perakaunan.

  12. Shahir,

    Setahu Cg,
    Jika UiTM… BI mesti A… baru dipertimbangkan.. U lain masih dipertimbangkan.

  13. Salam cikgu, saya nak tanya, saya baru dapat slip, saya calon persendirian. Keputusan saya c.

    Bawah slip dia hanya tulis perkataan layak mendapat sijil. Sijil yang dimaksud kan adakah LCCI atau hanya dari pihak kementerian sahaja?

    Diharapkan cikgu dapat membantu.

    Sekian, terima kasih

  14. Noor,

    Itu layak dapat Sijil SPM… bukan Sijil LCCI.

  15. Salam cg saya nk tanya STPM perakaunan di Terengganu ade x

  16. Assalam cg. Kalau dekat slip dia tulis pass with merit layak ke dpt sijil

  17. Nadzirah, waalaikumussalam.

    1. Maaf saya tidak pasti di Terengganu ada tawar Perakaunsn STPM @ tiada.. kena rujuk guru akaun dari Terengganu.
    2. Sudah jelas Lulus… maka layak mohon sijil LCCI.

  18. Cg, sijil lcci sekarang hanya boleh mohon online sahaja tapi mcm mana nk muat naik salinan kad pengenalan dan salinan keputusan spm…dan jika kawan saya spm 2017 mcm mana nk mohon? Adakah hanya boleh mohon online sahaja ataupon masih boleh mohon secara manual utk spm 2017?

  19. Cg jika saya akaun A- dan bi saya D, saya lulus with merit ataupon lulus with merit(bahasa melayu)?

  20. Intan,

    Semua secara online.(hanya pilih tahun SPM)…. scan KP dan Slip keputusan SPM.. dalam 2 fail berbeza… pasti fail tersebut dalam format pdf / jpeg dan bersaiz kurang 1M terlebih dahulu. Bila isi online nanti ada butang MuatNaik.

    Rujuk pada slip keputusan spm tersebut ada dinyatakan dengan jelas.

  21. Assalamualaikum.

    Saya adalah pelajar lepasan SPM 2017 dan telah memohon Sijil LCCI pada tahun tersebut. Tetapi sampai sekarang, sijil LCCI saya masih belum sampai ke sekolah atau di rumah saya. Bagaimana?

  22. Muhd Zulhusni, waalaikumussalam.

    Sepatutnya telah sampai disekolah.. cuba hubungi pegawai LCCI… rujuk portal https://www.lcciasia.con

  23. PERUBAHAN PADA SIJIL DAN PROSES PERMOHONAN PENSIJILAN BERKEMBAR SPM-LCCI 2018/2019

    Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

    Pihak Pearson Malaysia ingin merakamkan ucapanjutaan terima kasih kepada pihak tuan/puan yangsentiasa membantu para pelajar lepasan SPMdalam permohonan Pensijilan Berkembar SPM-LCCI.

    Pihak kami ingin memaklumkan terdapat beberapaperubahan pada pensijilan SPM-LCCI bermula bagipelajar lepasan SPM 2018. Perubahan-perubahan ini adalah hasil daripada perbincangan bersama pihak Lembaga Peperiksaan dan melibatkan sijil dan proses permohonan sijil itu sendiri.

    Perubahan-perubahan tersebut adalah seperti yang berikut:

    i) Nama Sijil

    Mulai untuk tempoh permohonan bagi pelajarlepasan SPM 2018, nama pensijilan LCCI diubah kepada Pearson LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts (assessed in BahasaMelayu).

    ii) Kelayakkan Memohon
    Kelayakan pelajar untuk memohon dinyatakan dibahagian bawah slip keputusan SPM, dalam bentuk gred keputusan LCCI. Hanya pelajar yang mempunyai gred keputusan LCCI ini sahaja yang dibenarkan untuk memohon pensijilan ini.

    iii) Cara Memohon
    Mulai tempoh permohonan bagi pelajar lepasan SPM 2018, semua permohonan perlu dibuat melalui permohonan atas talian (Online Application) sahaja. Permohonan ini boleh dibuat melalui lamansesawang http://www.lcciasia.com. Permohonan secara manual atau melalui pos tidak lagi diterima.

    Pelajar yang memohon perlu memuat naik salinan kad pengenalan dan salinan slip keputusan SPM sebelum memulakan permohonan. Pembayaran perlu dibuat melalui perbankan atas talian (online banking) sejurus selepas mengisi maklumat permohonan di laman berkenaan. Hanya permohonan yang lengkap berserta pembayaran sahaja yang akan diproses.

    iv) Tempoh Permohonan
    Tempoh permohonan bagi pelajar lepasan SPM2018 akan dibuka pada 14 Mac 2019 sehingga 31O ktober 2019. Permohonan yang dibuat dalam tempoh 14 Mac 2019 sehingga 30 April 2019 akan diproses sebagai kumpulan pertama dan sijil-sijil akan mula diedarkan ke sekolah masing-masing bermula dari bulan Disember 2019. Permohonan yang dibuat dalam tempoh 1 Mei 2019 sehingga 31 Oktober 2019 pula akan diproses sebagai kumpulan kedua dan sijil-sijil akan mula diedarkan ke sekolah masing-masing bermula dari bulan Febuari 2020.

    v) Yuran Pemprosesan
    Yuran pemprosesan bagi pensijilan SPM-LCCI bermula bagi tempoh permohonan tahun 2019, termasuk caj bagi perkhidmatan permohonan atas talian, adalah seperti yang berikut:

    RM 35.00 (Yuran Pemprosesan) + RM 2.25 (Caj E-Service) = RM 37.25

    Sekali lagi kami ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dari pihak kami diatas sokongan yang telah diberikan oleh pihak tuan/puan selama ini. Diharapkan maklumat mengenai perubahan-perubahan pada pensijilan ini dapat disampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi memudahkan urusan permohonan pelajar bagi mendapatkan pensijilan ini.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pengumuman ini, sila hubungi pihak Pearson Malaysia di talian 03-2289 7000 atau terus kepadasaya di talian 012-6927469. Tuan/Puan juga boleh menghubungi saya melalui emel dihisyam.suhaimi@pearson.com atau melalui Pn.Norfaiza di noorfaiza.mohdsafawi@pearson.com.

    Sekian, terima kasih.

  24. Assalamualaikum cg,
    Saya nk tanya STPM perakaunan susah sangat ke
    Biasanya STPM perakaunan ni dgn subjek nape

  25. Nadzirah, waalaikumussalam.

    Maaf saya tidak mengajar STPM… jadi tidak tahun subjek2 lain yang ditawarkan.
    Dari segi susah… tidaklah susah sangat… asasnya sama dengan SPM… cuma STPM lebih detail lagi.

  26. hii, cikgu, apa kegunaan sijil lcci?

  27. Xuannn.
    Masa minta kerja nanti sijil tersebut jadi nilai tambahan berbandingan orang lsin yang tiada sijil.

    Apakah kebaikan memperolehi sijil LCCI?
    Sijil LCCI memberikan beberapa kebaikan seperti berikut:

    PENGIKTIRAFAN – LCCI dikenali oleh semua syarikat di Malaysia, tidak kira syarikat yang kecil mahupun yang besar, disebabkan ciri-ciri praktikalnya yang berkaitan dengan kehendak pasaran.

    ANTARABANGSA – Kualiti LCCI adalah konsisten di seluruh dunia serta member jaminan kepada para pelajar bahawa ia boleh digunakan di peringkat antarabangsa.

    FLEKSIBEL – LCCI bersesuaian bagi pelajar sepenuh masa mahupun orang dewasa yang sibuk dengan kerjaya kerana ia merupakan kelulusan yang boleh dilakukan dalam modul jangka pendek untuk digabungkan sebagai ijazah Diploma dalam tempoh masa yang diberi.

  28. Assalamualaikum cg boleh dok cg terangkan apa itu institut akauntan Malaysia (MIA)

  29. Tuan, jika nak jadi juruaudit.. Apakah subjek yang mesti diambil? Addmath perlu x? ?

  30. Hema,

    Sebaik2nya ambil prindip perakaunan..
    Add math adalah syarat untuk masuk Matrikulasi.
    Jika tidak ambil addmath… boleh ke laluan lain.. stpm, diploma, –> Ijazah @ laluan sijil profesional CAT, LCCI.

  31. Cg saya nk tanya kalau sambung diploma teknologi maklumat boleh ke degree nk sambung perakaunan

  32. Nadzirah,

    Jika Diploma Sitem Maklumat Perakaunan… ada peluang sambung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

  33. Saya nk sambung diploma teknologi maklumat ade peluang dok degree saya nk sambung perakaunan ke dok leh

    Klau sambung tingkatan 6 kos geografi, ekonomi, pengajian am dan bahasa melayu boleh dok nk sambung ijazah sarjana muda perakaunan

  34. Faiqah,

    STPM –> masih berpeluang
    Dip. TM –> susah sikit.

  35. Kalau sambung politeknik dlm bidang diploma akauntansi dan dpt pointer yg tinggi boleh dok sambung ijazah sarjana muda perakaunan di mana2 universiti

  36. Faiqah,

    InsyaAllah… boleh.

  37. Assalamualaikum..
    Saya calon spm 2018 tpi x sempat mohon lcci pada tahun lepas..adakah boleh mohon lagi?
    Sijil lcci untuk yg sambung course accountancy only ke or if dh ade sijil lcci but the student amik course selain accountancy dkt uni..

  38. Siti,

    Waalaikumussalam..
    Masih boleh mohon.. cuma bayaran lebih tinggi RM1xx.. sijil tersebut anda sudah layak dapat.. samada nak memilikinya atau tidak terserah. Bidang apapun yang anda akan ceburi.. sijil tersebut jadi NILAI TAMBAH untuk mohon pekerjaan nanti.

  39. Assalamualaikum, saya dapat A+ untuk subjek prinsip perakaunan. Tetapi saya ingin menyambung STPM dan tiada subjek akaun yang ditawarkan. Jika saya membeli sijil lcci tersebut, bolehkah saya menggunakan nya untuk mengambil ijazah dalam bidang perakaunan selepas saya tamat stpm ?

  40. Fieqa, waalaikumussalam.

    Sijil lCCI tersebut bukan dijual kepada sesiapa sahaja… tetapi hanya diberi kepada pelajar yang mendapat markah yang memenuhi gred yang ditetapkan oleh LCCI. Jika ada tertera pada slip spm.. maksudnya telah lulus dan layak dapat sijil.. maka boleh mohon.. Sijil tersebut dikeluarkan oleh ibu pejabat LCCI di London.. dan diiktiraf peringkat antarabangsa.. sijil tersebut dikira sebagai nilai tambah untuk mohon degree perakaunan @ mohon pekerjaan nanti.

  41. Cg kalau lepas mohon sijil lcci tu kena ada ambik exam apa2 ke? Atau kita terus dapat sijil?

  42. Amirah,

    Sijil tu sudah layak dapat berdasarkan markah prinsip perakaunan yang diperolehi. Kita hanya mohon untuk mendapatkannya sahaja.

  43. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya kalau nak sambung diploma perakaunan memang wajib dapat B ke untuk subjek BI? Sebab saya dapat C 🙁 akaun saya dapat A ?

  44. Izzati, waalaikumussalam.

    Hanya untuk mohon Diploma di UiTM… syaratnya sekurang2 BI B…. U lain masih boleh dipohon.

  45. Assalamuaikum cikgu, saya akuan dapat C+ spm tapi dislip spm saya tiada code lcci adakah ada syarat lain untuk layak dpt sijil lcci ni cekgu

  46. Zahidi, waalaikumussalam

    LCCI.. akan rujuk kepada markah yang diperolehi… bukannya berdasarkan gred.. sebab itu ada yg C+ dapat sijil.. dan ada yang tidak dapat.

  47. Assalamualaikum cikgu. Saya pelajar lepasan spm 2018, tapi baru mohon sijil Lcci tu tahun ni dan harganya sekarang RM 112.45 saya mohon tadi. Nak tanya kenapa harganya boleh meningkat macam tu ye cikgu? Setahu saya dulu baru RM 30 lebih kan ?

  48. Ain, waalaikumussalam.

    Itu ketetapan pihak LCCI bagi permohonan lewat, dan sijil tersebut dikeluar oleh ibu pejabat dia di London..

  49. Ouh macam tu ye cikgu. Baik Cikgu Narzuki terima kasih ye?

  50. * ^_^

  51. Salam, kalau sijil LCCI hilang boleh mohon lgi tk?

  52. Shin,

    Cuba bertanyakan terus kepada pegawai di LCCI.

    hisyam@lcciasia.com
    Hisyam Md Suhaimi
    Business Development Executive

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.