KERTAS 3 – KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010

Kertas 3 (3756/3)

– Tugasan Projek
– Tugasan 1 – semasa Tingkatan 4 (Ogos-Sept)
– Tugasan 2 – semasa Tingkatan 5 (April – Mei)
– Gred Elemen – 20%

 

TUGASAN KERJA KURSUS 3765/3

1. Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011 (klik)

2. Panduan  Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos-September 2010) (klik)

3. Tugasan  Projek (klik)

4. Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Projek Tingkatan 4 Bagi Prinsip Perakaunan Kertas 3 (klik)

 

Posted on July 26, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1,587 Comments.

  1. cg narzuki, saya ingin bertanya berkenaan dengan kertas 3..sabtu lepas baru kami diberi taklimat bahawa kertas 3 perlu dibuat 2 kali..iaitu d tingktan 4 dan lima.saya bimbang pelajr2 saya memang tidak mampu menyediakan dokumen tersebut..soalan kertas 3 tu dimaklumkan hari ini akan keluar tapi saya cek tiada pula dlm laman web LPM..

  2. Pada peringkat permulaan, memang tidak dinafikan agak sukar sedikit. Pada pandangan saya, bagi mengatasi masalah tersebut cikgu perlu memainkan peranan untuk membimbing pelajar2 secara berperingkat-peringkat, jangan dibiarkan pelajar buat semuanya 100% hingga siap. Contohnya, Minggu 1: pelajar dibimbing untuk menyediakan profail perniagaan, senarai nama penghutang, pemiutang. Minggu 2 : Bimbing pelajar kenalpasti dokumen2 yang perlu disediakan berdasarkan kehendak soalan mengikut komponen2nya, peracangan urus niaga, Minggu 3, 4, 5, 6, 7 dan 8. Kita kena rancang dan bimbing dan pastikan pelajar siapkan dalam minggu2 yang ditetapkan.

    Soalan masih belum dikeluarkan, kemungkinan akhir Julai baru keluar, mungkin bagi mengelakkan daripada setengah2 sekolah / pelajar mula AWAL daripada tarikh 1 Ogos… apa2 pun kita sama2 tunggu.

  3. askum..
    saya ada sedikit masalah ;
    1. makmal komputer sekolah tidak mempunyai kemdhn komputer yang mengcukupi menyukarkan pelaksanaan tugasan projek.
    2. sekolah tiada bekalan elektrik dan hanya bergantung kepada tenaga generator sepenuhnya. Ini menyebabkan masalah kekangan waktu utk melaksana dan menyiapkan projek tersebut.
    3. Bolehkan tugasan projek dilaksanakan tanpa perisian komputer berkaitan tugasan tersebut.

    saya ingin meminta pandangan cikgu berkenaan masalah tersebut. Harap dibantu….

  4. Pada pandangan saya, tugasan UTAMA adalah pelajar dapat menyediakan satu set lengkap rekod perakaunan bermula dari profail perniagaan hinggalah kepada penyediaan penyata kewangan. Pemberian markah adalah berdasarkan 17 kriteria semasa penyediaan tugasan tersebut, manakala penyediaan pelaporan secara bertaip komputer hanyalah salah satu kriteria daripada 17 kriteria lain yang dinilai.

    Oleh kerana masalah tersebut adalah diluar kawalan, maka jangan bimbang, perkara tersebut boleh diatasi. Saya mencadangkan cikgu hubungi Ketua Pentaksir Kawasan tempat cikgu bagi mendapat penyelesaiannya.

  5. Membeli lengkapan kedai dengan cek,apakah dokumen yang terilbat?Dalam contoh yang diberikan,ada yang guna bil tunai dan ada yang guna keratan cek.

  6. Kedua-duanya boleh digunakan sebagai BUKTI urus niaga tersebut berlaku bagi tujuan perekodan dalam buku rekod perakaunan perniagaan. Maka, boleh pilih salah satu daripadanya.

  7. Terima kasih di atas link LPM dan link contoh di atas.
    Mungkin betul juga kata Cg Narzuki, nak elakkan sekolah buat awal.
    Saya mengharapkan dapat soalan awal untuk mudah berbincang dengan guru-guru akaun Daerah Penampang, kerana plan kami ialah buat perjumpaan sesama guru pada Ahad ini di sekolah saya bertugas. Tapi jika soalan tak keluar lagi, tak taulah nak bincang apa. harapan adalah soalan keluar pada hari itu juga, 1/8/2010.

  8. Terima kasih cikgu narzuki…
    semua sedang menanti kan.. hari2 dok tgk web lpm tp takde gak.. insyaallah minggu ni.. harapan semuanya berjalan dengan lancar…

  9. Sifu2b,
    Pada pandangan saya, Item Contoh tersebut boleh digunakan sebagai panduan bentuk arahan tugasan yang akan dikeluarkan nanti. InsyaAllah, pada 1 Ogos nanti soalan tersebut sudah sedia untuk dimuat turun.

    Cikgu Sila,
    Sama2, ya memang itu yang bermain dalam kotak fikiran guru2 prinsip perakaunan ting4 sekarang ini. Semoga semuanya berjalan lancar.

  10. Cikgu Narzuki,
    Apakah aplikasi yang boleh kami gunakan untuk membuat dokumen??

  11. Boleh gunakan perisian asas seperti Ms Excel, Ms Word ataupun Assetbase (jika ada).

  12. Adakah 8 minggu yang diperuntukkan termasuk cuti raya dan sekolah pada bulan september?

  13. Maaf, saya tak pasti, ada khabar2 yang menyatakan tidak termasuk cuti. Walau bagaimanapun kena tunggu Manual Pentaksiran yang akan dikeluarkan bersama2 Arahan Tugasan nanti, mungkin ada dinyatakan mengenai perkara tersebut.

  14. cikgu…saya masih tak faham nak buat kerja kursus..boleh tak cikgu tunjukkan contoh??

  15. Sebagai panduan awal boleh muat turun Item Contoh DIATAS.

    MUAT TURUN : ITEM CONTOH KERTAS 3

  16. please show us a guide line how to do kertas 3 -kerja khusus tingkatan 4 cos many schol ticer also dont have material, juz simply ask std do without any guidline

  17. Ms Wong,
    Pada masa ini, hanya Item Contoh Kertas 3 sahaja yang dikeluarkan oleh LPM sebagai contoh dan panduan untuk guru2. Manakala manual perlaksanaan, pentaksiran, perisian skor dan sebagainya yang berkaitan, akan diedarkan kepada guru2 bersama2 dengan Arahan Tugasan / Soalan melalui Laman Rasmi LPM tak lama lagi.

    Ismail,
    Sila muat turun juga CONTOH LAMPIRAN (di ATAS) sebagai panduan pengisian borang lampiran.

  18. ckg,dh ada tjuk nya kh?…untk kertas 3 akaun?..

  19. Belum lagi, kemungkinan pada 30, 31 Julai atau 1 Ogos baru dikeluarkan. Walau bagaimanapun sentiasalah semak di laman LPM (rujuk di ATAS) dari semasa ke semasa.

  20. SALAM

    Saya dapati soalan tu dah ada, boleh didownload sekarang.

    saya dah review secara ringkas, saya nak minta pandangan cikgu… di bahagian ii Komponen Kos Jualan, terdapat Ringkasan Urus Niaga iaitu ;

    Angkutan masuk, duti import,
    upah belian, insurans belian

    Adakah pelajar perlu mewujudkan ke-empat-empat urusniaga tersebut? atau hanya mewujudkan satu sahaja memadai?

  21. Salam,

    Pada pandangan saya, Bilangan Dokumen yang perlu disediakan bagi Komponen Kos Jualan ialah 9 dokumen. Jadi terserah kepada pelajar merancang dokumen2 yang bersesuaian dengan urus niaga perniagaan yang dibentuk, asalkan memenuhi syarat iaitu 9 urus niaga disediakan.

  22. Cg,
    saya ingin bertanya adakah 40 urusniaga hendaklah ditulis dlm bentuk pernyataan sblm dokumen disediakan?bolehkah cth dokumen scan dr buku?

  23. Lengkapkan Borang Senarai Keperluan Dokumen Berdasarkan Urusniaga yang disertakan dalam “Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek” diatas. Cara2 menyediakannya boleh rujuk CONTOH LAMPIRAN yang saya sertakan DIATAS.

    Dokumen boleh discan atau fotostat, tetapi ianya tidak akan diambilkira dalam pemberian skor untuk Elemen 4.1 Penggunaan Komputer nanti.

  24. ckg, perancangan urus niaga maksudnya kena buatkan dalam jadual 40 urus niaga tersebut secara ringkas sebelum menghasilkan dokumen?

  25. Ya, sila rujuk LAMPIRAN2 yang disertakan dalam Panduan Pelaksanaan & Penilaian yang dibekalkan oleh LPM.

  26. mujur saya ada kemudahan.
    senang sikit nak wak kerja kursus PA ni

  27. saya pernah membuat kerja kursus ini sbg satu prtndingan kpd pel t4. yg mnjadi masalah dlm senarai urusniaga. cth cg beri urusniaga tdk dinyatakan kdp siapa kita beli atau jual, dan kpd siapa kita bayar atau terima bayaran. jika hanya tulis penghutang/ pemiutang shj tanpa nama yg ada (dlm senarai penghutang/ pemiutang) agk sukar utk disemak senarai urus niaga dgn dokumennya nanti. saya kena semak balik semua dokumen sbb ada pel yg tdk tulis nama.jika pel beri 4 nama susah nk tau sbb ada pelajar yg agk cuai mereka hanya reka dok dan akhirnya ada yg terlebih bayar. penghutang akn jadi pemiutang dan sebaliknya. ada pula perniagaan dpt rugi sbb masa beli dan jual tdk dirancang. ada yg lbh beli tapi jual sikit. akhirnya stok akhir jadi besar .itu sbb dpt rugi. saya juga ingin brtanya adakah pelajar kena pastikan mereka mesti dpt untung?

  28. salam…..
    cikgu…sy adalah masalah di sini…..sy rujuk di ruangan lpm mengatakan bhwa projek ni hny lapan minggu….sedangkan tarikh yg diberi ogos-september….sy x phm mksd 2….sy tkt sy x smpat buat…

  29. emm kalau kita salah buat ada apa apa impak tak ?

  30. Cg Ciknon,
    Saya setuju dengan cadangan supaya dinyatakan nama pembekal/pelanggan dalam Lajur URUS NIAGA. Contohnya, Belian kredit daripada Pembekal A. Jualan kredit kepada Pelanggan Z, Pulangan Belian kepada Pembekal A. Ianya memudahkan pelajar menyediakan dokumen2 yang terlibat dan dapat mengelakkan sebarang kesilapan. Terima kasih atas perkongsian pengalaman tersebut. Berdasarkan Soalan Tugasan, tidak dinyatakan perniagaan mesti mendapat keuntungan, maka terserah kepada perancangan urusniaga pelajar.

    Afidah,
    Masa yang diperuntukkan hanyalah 8 minggu (4 minggu – Ogos dan 4 minggu – September). Jadi pelajar MESTI menyiapkannya dalam tempoh masa tersebut.

    Hidayah,
    Kalau buat salah, maka impaknya markah/skor yang diperolehi rendah. Jadi sentiasalah hantar kepada guru anda secara berperingkat2 untuk tujuan semakan, ditegur untuk dibaiki – bagi memastikan anda memperolehi markah/skor yang tinggi.

  31. cg, ada kawan menyatakan kerja kursus ini dibuat pada masa P&P dan penilaian dibuat oleh guru semasa proses membuat kerja kursus ini di kelas. tugasan ini tidak boleh dibuat di rumah dimana semua dibuat di sekolah. betulke?

  32. Cara perlaksanaannya bergantung kepada perancangan guru masing2, jadi pelajar perlu mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh guru bagi memastikan ianya berjalan lancar dan dapat disiapkan dalam tempoh 8 minggu yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

  33. di mana saya boleh dapatkn soalan k.kursus kertas 3?

  34. Rujuk post DIATAS:

    TUGASAN KERJA KURSUS 3765/3
    1. Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011
    2. Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011 Untuk Tingkatan 4 (Ogos-September 2010)
    3. Tugasan Projek
    4. Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Projek Tingkatan 4 Bagi Prinsip Perakaunan Kertas 3

  35. ckg, yg bahagian lampiran itu ikut kepada kitakan. contohnya, jika ikutkan buku panduan pelaksanaan projek oleh LPM, senarai keperluan dokumen berdasarkan urus niaga tiada butiran nom. siri dokumen dan sama ada salinan atau asal. jika tiada yg itu boleh jugake? Persoalan saya kita ikut pada yg LPM? atau kita boleh ubah ikut pada kita?

  36. Cikgu Narzuki….seribu penghargaan utk cikgu kerana telah banyak membantu kami..kalau nak tunggu soalan sampai sekolah alamatnye xsiap kerja kursus.

  37. untuk urusniaga, kene buat dalam ayat panjang ke..ataupun boleh buat seringkas-ringkas..contohnya..jualan tunai, belian kredit…ataupun kene buat ayat panjang…membeli dua buah katil dari Perniagaan Sivam secara kredit?

  38. Confius,
    Apa yang diberikan hanyalah panduan kepada guru, sekiranya dirasakan perlu dibuat pengubahsuaian, maka teruskan asalkan ianya lebih memudahkan dan membantu pelajar dalam penyediaan tugasan tersebut. Serta memenuhi semua arahan tugasan yang diberikan.

    Mp,
    Sememangnya bahan2 dan soalan tugasan tidak akan dihantar ke sekolah, sebaliknya kena muat turun sendiri daripada laman Lembaga Peperiksaan.
    Pada pendapat saya, pada peringkat perancangan : penyataan urus niaga tidak perlu terlalu detail, memadai “Jualan kredit daripada Perniagaan Sivam”. Dan saya mencadangkan satu lagi borang yang perlu disediakan oleh pelajar sebelum penyediaan dokumen ialah SENARAI BARANG NIAGA, yang mengandungi HARGA BELI dan HARGA JUAL bagi setiap item tersebut.

  39. Salam. Tq atas maklumat drp cg narzuki online. Soalan saya : boleh tak kita masukkan diskaun diterima/ diberi supaya mudahkan pelajar utk 1 dokumen dapat 2 u/niaga. Cth: Resit bayaran termasuk diskauan diterima/ diberi

  40. Salam,
    Pada pandangan saya, arahan tugasan ialah menyediakan 40 URUS NIAGA dan setiap urus niaga yang terlibat mestilah disokong dengan dokumen yang lengkap. Jadi perkara tersebut boleh dikira 2 urus niaga dalam 1 dokumen. Apa yang penting setiap urus niaga yang disediakan memenuhi bilangan urus niaga yang telah ditetapkan bagi setiap komponen.

  41. salam
    ckgu bleh tlong saya ka untuk selesaikan kerja khursus nie

  42. saya sdh membuat latihan ni brsama pelajar. sbnrnya tidaklah susah sgt kalau pelajar mula membuat secara beransur-ansur. guru msti memainkan pranan pnting utk sntiasa igtkan pelajar dan yg pnting mesti bimbing pelajar terutama yg lemah. jgn biarkan pelajar buat sndiri. masalahnya nnti kpd guru ialah masa menyemak. so, lebih baik guru sntiasa luangkan masa check krja pelajar dgn cara sntiasa brtanya mereka, jika tdk guru akn menghadapi masalah menyemak saat akhir sbb ada byk bnda kena tgk. jgn galakkan pelajar menjual byk jenis brg nnti mereka tdk dpt maintain kad stok. utk pelajar saya, saya hanya cdgkan mereka jual dan beli 3, 4 brg saja. keluar n terima invois belian dan jualan terus masuk dlm kad stok. klu tdk, mngkin trlupa dan salah catat. semua guru jgn risau, krja kursus ini tdklah sesusah yg disangkakan melainkan pada pelajar lemah mmg ada masalah.

  43. Cg,
    Dlm panduan K3 ada menyatakan ttg kad stok. kalau kita jual barang niaga secara kredit kita perlu debit penghutang dan kt jualan. apakah catatan untuk stok? dan pada nilai apa (nilai kos/nilai jualan)?

    harap bantu….

  44. Cg Ciknon,
    Terima kasih atas perkongsian tersebut, semoga dapat dijadikan panduan oleh rakan guru sekalian.

    K3,
    Kad Stok hanya digunakan untuk merekod keluar-masuk stok secara fizikal bagi memudahkan penilaian terhadap STOK AKHIR nanti, ianya tidak dikaitkan dalam sistem catatan bergu. Di mana semua urus niaga JUALAN dan BELIAN akan ditandakan dalam KAD STOK tersebut bagi mengetahui kuantiti stok yang masih tinggal.

  45. Cg,

    Merujuk kepada kertas 3:
    Apakah yg perlu direkod dalam Lampiran 4 di mana saya tidak faham tentang perkara spt Urusniaga dan Komponen

    TQ…

  46. Cg,
    saya telah baca format pentaksiran PA dari website Lembaga Peperiksaan.tapi yg i tak faham ialah arahan tugasan projek Tg5.Adakah tugasan projek Tg5 sambungan tugasan projek Tg4?Jurnal- jurnal Lampiran A tu ambil daripada projek pelajar masa Tg4?

    Harap bantu. Thanks!!

  47. Cikgu, mengenai harga senarai barang beli dan jual tu, perlu ke kita asingkan pulak harga beli secara tunai dan harga beli hutang, harga jualan tunai dan jualan hutang? Perlu ke atau menyusah dan mengelirukan pelajar saje?

  48. thanks ckg. so maksudnya ikut pada kitalah. jadi lampiran itu yg LPM berikan hanya panduan, namun jika kita nak ubahsuai boleh juga. seperti kata cikgu, buat satu senarai brg niaga yg menunjukkan harga beli dan harga jual. pada pendpt ckg agak2 berapa brg niaga sesuai untuk dipilh oleh pelajar? jika 4@5 boleh?

  49. hmm saya dah baca dah cara cara menjawab kerja kursus ini. panduann yang diberikan itu – adakah kiter hanya nyatakan nama syarikat dan alaamat atau harus dibuat dalam bentuk dokumen…itu yang agak mengelirukan saya skunk nih…kalau dah direka dokumen dalam 40 urusniaga. kemudian barulah dibuat di dalam pengeposan dokumen -jurnal – lejar…kalau betul lah apa yang difikirkan ..saya mohon pendapat cikgu sebab quite confuse

  50. saya setuju dengan pendapat saudara mp di atas. mcm mengelirukan pelajar jika harga kredit dan tunai berubah. bolehke utk memudahkan pelajar kita andaikan harga belian dan harga jualan sama. senang utk pelajar klu buat seperti itu. apa pendapat ckg?

  51. Confius..student saya buat 3 barang je sorang..4 orang untuk setiap kedai dan barang berbeza-beza sikit

  52. K3,
    Sila muat turun CONTOH LAMPIRAN diatas terlebih dahulu sebagai panduan awal, dan ianya boleh diubahsuai mengikut kesesuaian. Komponen kena rujuk Arahan Tugasan, contohnya KOMPONEN KOS JUALAN – mesti ada 9 urus niaga dan salah satu URUS NIAGA ialah BELIAN KREDIT daripada PEMBEKAL XYZ.

    Ian,
    Tugasan T5 masih belum dikeluarkan lagi, cuma apa yang diberikan dalam Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011 adalah ITEM CONTOH arahan tugasan sahaja. Soalan / Arahan Tugasan yang sebenar akan dikeluarkan pada tahun hadapan. Di mana pelajar dikehendaki menyediakan satu set akaun lengkap berdasarkan BCP yang diberikan dalam soalan nanti.

    Mp,
    Pada pandangan saya, hanya gunakan SATU HARGA sahaja untuk tunai atau kredit dalam senarai tersebut. Cuma untuk jualan secara tunai kita boleh berikan diskaun dalam dokumen nanti. Tetapi HARGA JUAL dan HARGA BELI mesti BERLAINAN, kalau sama macam mana nak dapat UNTUNG ?

    Confius,
    Pada pandangan saya, bilangan barang niaga jangan terlalu sedikit atau terlalu banyak mungkin 4, 5 @ 6 sudah memadai. Pastikan setiap barang niaga tersebut berlakunya keluar-masuk, supaya pelajar dapat BELAJAR sesuatu daripada penggunaan KAD STOK bagi menilai stok akhir.

  53. tq cgu narzuki sbb banyak bagi idea utk settlekan first projek ni..cuma soalan saya : hasil kerja pelajar mesti berkomputer, jadi mcm mana guru mau menilai pelaksanaan tugasan pelajar ketika p&p sekiranya di sekolah mempunyai masalah komputer?Maksud saya, tugasan itu diselesaikan di luar waktu sekolah.

  54. Cgu Nor,

    ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

    Elemen 1.0 Pengetahuan dan Kefahaman
    1.1 Pengenalan Kepada Perniagaan
    1.2 Profil Perniagaan

    Elemen 2.0 Kemahiran Mengaplikasi
    2.1 Perancangan Urus Niaga
    2.2 Dokumen Perniagaan
    2.3 Buku Catatan Pertama
    2.4 Lejar (tunjukkan baki h/b dan baki b/b)
    2.5 Imbangan Duga
    2.6 Penilaian Stok Akhir
    2.7 Penyata Pendapatan
    2.8 Kunci Kira-kira

    Elemen 3.0 Kemahiran Menganalisis
    3.1 Rumusan Aplikasi Konsep dan Prinsip Perakaunan

    Elemen 4.0 Kemahiran Menggunakan TMK
    4.1 Penggunaan Komputer
    4.2 Komunikasi

    Elemen 5.0 Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
    5.1 Sistematik
    5.2 Akauntabiliti
    5.3 Rasional
    5.4 Ketepatan

    Sila rujuk Buku Panduan Pelaksanan Projek : KRITERIA PENILAIAN bagi pemberian markah /skor terhadap hasil kerja pelajar mengikut KRETIRIA dalam elemen yang dinilai.

    Penilaian boleh dibuat secara mingguan, di mana pelajar di minta menghantar hasil kerja mereka setiap minggu secara berperingkat2. Contohnya minggu 1 pelajar diminta sediakan pengenalan, profail perniagaan, maka pada akhir minggu hantar dan guru semak dan berikan penilaian mengikut kriteria yang ditetapkan. Sekiranya Eleman 1.1 Pengenalan perniagaan memenuhi 4 kriteria yang ditetapkan, maka diberkan gred skor A. Jadi tidak timbul masalah penggunaan komputer. Penggunaan komputer hanya dinilai pada Elemen 4.1 sahaja di mana kriterianya :

    Gred A – Berkebolehan menyediakan semua aspek daripada hasil tugasan dengan berbantukan komputer.
    Gred B – Berkebolehan menyediakan sekurang-
    kurangnya 10 aspek daripada hasil tugasan dengan berbantukan komputer.
    Gred C – Berkebolehan menyediakan sekurang-kurangnya 5 aspek daripada hasil tugasan dengan berbantukan komputer.
    Gred D – Berkebolehan menyediakan sekurang-kurangnya 1 aspek daripada hasil tugasan berbantukan komputer.
    Gred TE – Tiada eviden dikemukakan. (semua hasil tugasan secara manual)

    Manakala Elemen2 yang lain boleh dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan. Penggunaan komputer bukannya penilaian mutlak terhadap kerja kursus. Setiap Elemen diberikan penilaiannya yang tersendiri, dan penggunaan komputer hanyalah 1/17 elemen yang dinilai. Kemahiran pelajar menyediakan satu set akaun lengkap yang dinilai, bukannya penggunaan komputer sahaja.

  55. Cuma saya risau pelajar keliru jika harga brg niga secara kredit dan tunai berubah. cthnya, lampiran ckg sertakan bila jual jika invois harga lain dan jualan tunai harga lain. so, bolehkah kalau harga belian dan jualan sama untuk memudahkan pelajar? ada ia memberi apa2 kesan kepada penyata pendptn atau KKK?

  56. Confius,

    Jangan tersilap faham, CONTOH LAMPIRAN yang dikongsikan itu saya perolehi daripada orang lain, bukan saya yang sediakan. Manakala komen2 yang saya berikan adalah berdasarkan pandangan saya, bukannya berdasarkan apa yang tertulis dalam contoh lampiran tersebut. Saya takut Confius jadi lagi confius, kerana tulis lain, cakap lain.

    Telah saya katakan, HARGA TUNAI dan HARGA KREDIT boleh SAMA bagi mengelakkan pelajar keliru. Tetapi HARGA JUAL dan HARGA BELI mesti berlainan kerana itu adalah ASAS orang berniaga Harga Jual > Harga Beli = Untung. Jika harga SAMA maka jelas perniagaan akan mengalami KERUGIAN nanti.

    Bagi penggunaan KAD STOK, MASUK adalah merujuk kepada Harga Beli, KELUAR kepada Harga Jual. Tetapi BAKI STOK adalah merujuk kepada HARGA BELI. Ini dipanggil PENILAIAN ATAS HARGA KOS. Maka kita boleh jelaskan kepada pelajar apakah dimaksudkan “Stok akhir dinilai pada HARGA KOS RM1000 dan pada harga pasaran RM1200.” Dan bagaimana stok akhir pada HARGA KOS dinilai.

  57. cikgu saya plajar skolah lain.saya nk tanya tentang folio untuk form 4.bleh cikgu upload contoh x?

  58. salam…ckgu sy x bpe fhm la mcm mna nk buat folio akaun…boleh ckgu terangkn x…

  59. Kerja kursus ini bukan kerja yang perlu disiapkan sendiri dari awal hingga akhir. Ianya perlu dibuat secara berperingkat2, dan setiap peringkat hendaklah dihantar kepada guru anda untuk disemak, ditegur untuk penambahbaikan serta dinilai dan diberikan markah / gred. Jadi Nurul perlu selalu bertanyakan guru disekolah apakah yang perlu dilakukan diperingkat pertama, kedua dan seterusnya. Perjumpaan Nurul dengan guru untuk persembahkan hasil kerja juga akan dinilai dan diberikan markah/gred dalam Elemen 4.2 – Komunikasi.

  60. salam…berdasarkan contoh lampiran 3, pada pendapat saya jenis perniagaan lebih sesuai diletakkan sebagai milikan tunggal manakala status perniagaan : baru beroperasi. apa pendapat cikgu…sekadar berkongsi….

  61. Pilihan yang diberikan dalam soalan tugasan ialah :
    1. Kedai perabot
    2. Kedai alatan elektrik
    3. Kedai komputer
    4. Kedai pinggan mangkuk

    Kesemuanya sesuai, pelajar hanya perlu pilih yang mana satu sahaja.

  62. tq Cg…
    berkenaan ttg senarai keperluan dokumen berdasarkan urus niaga, apakah yg perlu diisi dlm column komponen??tdk begitu faham….terima kasih

  63. Sebagai gambaran kasar, sila muat turun CONTOH LAMPIRAN (diATAS).

  64. SORY CKG BANYAK SOALAN PULA. DAHLAH TAK DAPAT PERGI KURSUS HR ITU, LAMBAT SAMPAI SURAT. SO, TERPAKSA TANYA UNTUK MENDAPAT KEPASTIAN SEBELUM MEMINTA PELAJAR BUAT. DAN DLM CONTOH YG SAYA DAPAT HARGA BELI DAN JUAL SAMA, SEBAB ITU SAYA TANYA. ANYWAY TQ CKG SEBAB MEMBERI BANYAK PANDANGAN. OK, CKG. DI ATAS CKG MENYATAKAN PEL BOLEH SEDIAKAN SATU LAGI BORANG( SENARAI BRG NIAGA) YG MENGANDUNGI HARGA BELI DAN HARGA JUAL. SO DLM SENARAI ITU HARGA BELI DAN HARGA JUAL ADALAH BERBEZAKAN. UNTUK DPT UNTUNG. DAN DLM KAD STOK BRG MASUK IKUT HARGA BELI TERSEBUT, KELUAR IKUT HARGA JUALAN DAN BAKI IKUT HARGA BELI. BETULKE CKG?

  65. Ya, senarai tersebut disediakan bagi memudahkan pelajar menyediakan dokumen invois jualan dan invois belian atau bil jualan/belian tunai serta Kad Stok nanti. Apa yang saya sampaikan hanyalah pandangan peribadi saya, jika dirasakan sesuai, maka boleh digunakan. Jika tidak, boleh kita bincangkan bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

  66. Salam. Jutaan terima kasih kepada cg narzuki atas semua bahan yg telah saya download.

  67. Salam dan sama2, gunakan sebaik mungkin demi kecemerlangan Prinsip Perakaunan.

  68. saya rasa confius agk’confius’ tntg kad stok. kad stok kena maintain harga beli (harga kos). keluar masuk stok kena ikut hrg kos. tk boleh ikut harga jual bila stok keluar. klu lain hrg, susah nk kira nilai stok akhir yg sbnrnya terutama bila nk dibawa ke bhg baki. nk ikut hrga beli ke hrg jual. tetapi bila nk jual msti hrg jual lbh dr hrg jual spt yg cg narzuki ckp sbb nk dpt untung. markup lebih sikit supaya nnti boleh cover belanja.cth klu harga beli RM20, markup lah jadi RM25 atau RM30. pulangan juga msti direkodkan. sbnrnya kalau pelajar tk rekod, tkde masalah sgt sbb stok akhir tu mcm ‘plug in numbers’ saja tetapi dr segi kerja akaun sdh salah. pelajar saya hnya rekodkan stok yg dijual n dibeli secara kt saja. tunai dan pulangan dia tk rekod tetapi kkknya imbang juga. stok akhir itu boleh menentukan sam ada untung kasar jadi besar atau kecil je.i

  69. Ok, sekarang saya faham kenapa Confius ingin menyamakan Harga Beli dan Harga Jual, ianya berpunca daripada KAD STOK.

    Kegunaan KAD STOK adalah merekod SEMUA aktiviti keluar-masuk stok, sama ada akibat Jualan (tunai / kredit), Belian (tunai / kredit) ataupun Pulangan Jualan dan Pulangan Belian dan juga Ambilan barang niaga. Tujuan adalah untuk mengetahui berapakan KUANTITI Stok yang tinggal dan untuk mendapatkan nilai stok tersebut ianya perlulah didarabkan dengan NILAI KOS iaitu HARGA BELI.

    Secara ringkasnya, HARGA JUAL dan AMAUN JUALAN dalam KAD STOK hanya sebagai CATATAN sahaja. TIDAK terlibat dalam pengiraan AMAUN BAKI tersebut.

    Bagi pengiraan BAKI dalam kad stok :
    1. Kita rujuk kepada KUANTITI sahaja, iaitu KUANTITI MASUK – KUANTITI KELUAR = KUANTITI BAKI STOK

    2. HARGA SEUNIT bagi BAKI adalah merujuk kepada HARGA KOS (Harga Beli).

    3. AMAUN atau NILAI bagi BAKI STOK adalah KUANTITI BAKI STOK X HARGA KOS.

    Maka, tidak timbul masalah Harga Jual mesti sama dengan Harga Beli. Semoga Confius tidak confius lagi.

  70. saya agk keliru dgn maksud jenis perniagaan dan status perniagaan. klu kita mndftrkan perniagaan yg sbnr, jenis perniagaan kita akan nyatakan perniagaan tersebut jual apa, cth restoran makanan dan status kita akn nytakan jenis pemilikan.cth milikan tunggal. tapi dlm soalan diberi jenis perniagaan ialah milikan tunggal dan status memulakan perniagaan. mcm agk mengelirukan dan kurang betul. cth lampiran cg tu saya rasa lebih betul. adakah kita kena suruh pelajar ikut arahan soalan atau ikut yg sebenarnya?

  71. Ya, saya setuju dengan Cg Ciknon. Pada pandangan saya, kita ikut yang sepatutnya iaitu JENIS PERNIAGAAN : menjual dan membeli perabot dan sebagainya. Manakala STATUS PERNIAGAAN : MILIKAN TUNGGAL. Tetapi entahlah, soalan keluar sedemikian.

  72. SALAM…CG..SY TAK BERAPA FAHAMLAH TENTANG PERANCANGAN URUS NIAGA..BOLEH CG TERANGKAN SECARA TERPERINCI KPD SY……

  73. Perancangan urus niaga maksudnya pelajar menyenaraikan semua urus niaga dengan lengkap (LAMPIRAN 4) mengikut garis panduan urus niaga yang ditetapkan. Dan menyatakan dokumen yang terlibat bagi setiap urus niaga. Contohnya,

    Tarikh – Urus niaga – Komponen – Dokumen
    Jan 1 2010 – memasukkan wang ke bank sebagai modal permulaan. – Catatan permulaan – Slip wang masuk.
    Jan 2 2010 – belian secara kredit daripada Pembekal XXX – Kos Jualan – Invois

    Dan begitulah seterusnya sehingga 40 urus niaga. Perancangan hendaklah munasabah, Contohnya Belian dahulu baru ada Jualan. Kemudian baru ada pulangan dan pastikan Stok mencukupi apabila hendak jual, katakan belian stok 100 unit tetapi jualan 120 unit … disinilah salah satu peranan KAD STOK boleh digunakan. Sebaik2nya KAD STOK diisi sebaik sahaja ada urus niaga berkaitan dengannya. Jadi pelajar boleh rancang kuantiti yang hendak dijual, apabila stok berkurang/kehabisan, maka pembelian stok pula haruslah dirancang..

  74. Cg,
    adakah kad stok itu bermaksud kita boleh buat 4 kad stok sekiranya barang niaga kita ada 4??cthnya kedai perabot, saya ada beli dn jual meja,lepas tu buat dlm 1 kad stok. dan saya ada jual beli kerusi juga perlu dibuat dlm kad stok yg lain.lepas tu baru campurkan jumlah baki stok akhir bagi setiap kad stok?terima kasih…

  75. PUSAKAK BANGSA

    Salam ckg2 skalian….pel saya majoriti adalah kategori lemah..sampai ini hari, posting to lejar pun belum clear…apa tidaknya, akhir bulan april 2010 baru sekolah muktamadkan ambil prinsip akaun.. jd bolehka minta cg bagi tips dan teknik membuat perancangan urusniaga ni..tQ

  76. Boleh tak untuk perniagaan komputer hanya menyediakan 2 kad stok iaitu komputer dan printer saja?

  77. Woo,
    Setiap satu barang niaga mesti mempunyai KAD STOK masing2. Contohnya : Kad Stok Meja, Kad Stok Kerusi dsb.
    Kad Stok KHAS untuk setiap barang niaga, supaya pada akhirnya pelajar akan mengetahui KUANTITI baki stok yang tinggal bagi setiap barang niaga dan seterusnya mengira nilai stok akhir perniagaan keseluruhannya.

    Pusakak Bangsa,
    Sila rujuk komen saya berkaitan perancangan urus niaga dalam post sebelum ini. (diATAS)

    Cg Jee,
    Salah satu elemen yang dinilai ialah Elemen 5.3 : Rasional. Adakah rasional sebuah kedai yang baru dibuka hanya menjual sejenis komputer dan sejenis printer sahaja. Cadangan saya supaya diperbanyakan sedikit item barang niaga seperti Notebook Acer, Notebook HP, Printer Canon, Printer HP. Ataupun mengikut jenis model, Contohnya Notebook Acer Aspire 4920, Aspire 4520 dll.

  78. sekarang da 2 ogos tapi belum ada soalah kertas 3 sedangkan jadual pelaksanaan bermula pada 1 Ogas. bila lagi ????

  79. c me,
    Soalan dan Panduan pelaksanaan TELAHpun dikeluarkan pada 30 Julai 2010 lagi. Ianya telah dimaklumkan tidak dihantar ke sekolah, sebaliknya kena muat turun sendiri daripada Laman Lembaga Peperiksaan. Sila rujuk di ATAS.

  80. salam, terima kasih banyak2 atas segala budi dan ilmu cikgu… semoga cikgu terus dilimpahkan keberkatan dunia dan akhirat… saya ada satu persoalan, apakah maksud komponen pinjaman, adakah pinjaman dari bank / sanak saudara / rakan… dan apakah dokumen yang sesuai untuk komponen tersebut.. terima kasih cikgu.

  81. Salam, terima kasih kerana mendoakan saya.
    Pada pendapat saya, pinjaman dari bak lebih sesuai dan dokumen Maklumat Kredit boleh digunakan.

  82. cg saya ada kemuskilan, harga stok di kad stok merujuk kepada harga belian ke? adakah ia perlu ambil harga yang sebelum tolak diskaun niaga atau selepas diskaun niaga?

  83. Ya, ikut HARGA BELI (Harga Kos). Hanya rujuk pada harga seunitnya sahaja, tanpa mengambil kira diskaun.

  84. ckg, katakan kita terima duit dari pelanggan dan ada diberi diskaun. soalan saya
    a) bolehkah kita buat dlm satu resit 2 urus niaga tersebut?

    b) jika begitu maka ia dianggap 2 urus niagakan. satu penerimaan dr penghutang dan satu lagi komponen belanja (diakaun diberi). betulkah ckg?

  85. oh..mcm 2…trma ksih ats penerangan cg…

  86. Girl,
    Ya, dalam RESIT yang sama, dan ianya dianggap 2 urus niaga.

    ~ Sila muat turun CONTOH TUGASAN T4 yang baru Cg diterima untuk dijadikan panduan ~

  87. Cg,

    Terima kasih banyak atas bantuan cg memberikan contoh tugasan T4.
    Saya nak tanya:
    1) Dlm soalan tugasan, ada dinyatakan bilangan urusniaga contohnya untuk komponen kos jualan perlu ada 9 urusniaga, komponen jualan bersih ada 7 urusniaga dsb.

    saya lihat dlm cth tugasan t4, ianya tidak mengikut apa yg dinyatakan dlm soalan. boleh ke kita buat begitu?

    TQ….

  88. K3,
    Contoh tersebut HANYA sebagai panduan penyediaan kerja kursus semata-mata. Maka, ianya perlu diubahsuai mengikut kehendak dan ARAHAN TUGASAN yang diberikan.

  89. salam….

    pada soalan tugasan kerja kurus, tidak dinyatakan syarat diskaun tunai…. jd, pelajar tidak perlu menyatakan syarat tersebut dlm invois atau kita perlu menetapkan sendiri syarat diskaun tunai tersebut??
    TQ

  90. Sebaik-baiknya pelajar tentukan sendiri syarat2 tersebut dan nyatakan dalam invois atau dokumen2 yang terlibat. Jadi pelajar akan BELAJAR sesuatu tentang diskaun niaga / diskaun tunai, cara2 menentukannya, dan pengiraannya…. Kerja kursus adalah untuk membantu/membimbing pelajar supaya betul2 menguasai semua kemahairan2 yang terlibat.

  91. salam..

    setuju dan sependapat dengan cikgu narzuki berkaitan diskaun niaga/tunai… 😉

  92. cikgu boleh terangkan macam mana nak buat perancangan urus niaga?? please.. i don’t know how to do it .

  93. Sila rujuk komen Cg mengenai Perancangan Urus Niaga di ATAS (kilk).

  94. cg,
    Saya tak faham tentang bilangan urusniaga yg dinyatakan dlm soalan tugasan.
    40 urusniaga bermaksud 40 dokumen ke?
    Dan setiap satu dokumen perlu sekurang-kurangnya 2 urusniaga.
    Ini bermaksud 80 urusniaga bagi 40 dokumen.
    Tolong betulkan pemahaman saya kalau silap.
    Ribuan Terima Kasih.

  95. K3,

    Bilangan urus niaga 40 tidak semestinya 40 dokumen, mungkin kurang. Ini Kerana :
    ~ Ada dokumen hanya mengambarkan hanya 1 urus niaga.
    ~ Ada dokumen mengambarkan 2 urus niaga. Contohnya : Resit Rasmi, iaitu menjelaskan hutang RM1000 dan terima diskaun RM200. Maka dalam 1 Dokumen Resit Rasmi sudah mengambarkan 2 urus niaga, iaitu :
    1. Bayaran hutang kepada Pemiutang RM1000 – Komponen Pembayaran (Pemiutang)
    2. Diskaun diterima RM200 – Komponen Penerimaan (Hasil)

  96. tma ksih cg….contoh tugasan t4 sangat membantu sy untuk menyiapkn kerjua kursus ini……….tma ksih byk2

  97. cikgu saya nk mintak tolong…..saya nak tnya,macamana nk buat folio akaun cikgu…saya form 4 so ni bru first time la buat saya yew..tolong yew

  98. salam…
    sye kurng fhm la..
    ckgu sye kate tmpoh 8 mnggu,,
    tp skrg buln 8..
    pas 2 nak antr akhir buln 9..
    so..4 mnggu jela kje nie nak ciap an..
    lg 4 mnggu 2????
    pas 2 sye kurng fham nak wat projek nie
    mcm ane??

  99. ckg, yg kad stok itu klu beli masuk n jual keluar. bila ada pul belian stok keluarkan n jika pulangan jualan stok masuk. betulke?

  100. Girl, Ya, memang betul.

  101. cikgu saya da pening mcm mne nk buat folio f4…. saya da plh apa bahan jualan saya…. tpi still pening…

  102. cikgu tolong saya… saya kena buat 40 urusniaga. tapi saya x faham. saya dah pilih perniagaan gula. tapi masih confuse macam mana nak buat.??? boleh cikgu tolong saya..???

  103. Fatin,

    Sila baca Arahan Tugasan dengan TELITI, pilihan perniagaan yang dibenarkan hanyalah :
    1. Kedai perabot
    2. Kedai alatan elektrik
    3. Kedai komputer
    4. Kedai pinggan mangkuk

    Kalau PERNIAGAAN GULA yang dipilih, maka itu sudah TIDAK MENGIKUT ARAHAN TUGASAN.

  104. Sriveni Selvaraj

    cikgu tlg saya ajar macam mana buat kerja kursus akaun t4…….
    saya tak tau buat…….

  105. PANDUAN JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK

    Jadual Pelaksanaan

    Rujuk : Buku Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek

  106. syazwana zakhir

    mcm mne hndak mmbuat tugasan projek nih?ia btul2 di luar kefahaman saya….

  107. Mohammad, Anna, Fatin & Syazwana,

    Anda hanya perlu mengikuti Panduan Jadual Pelaksanaan Projek (rujuk atas) yang dicadangkan oleh LPM, peringkat demi peringkat bagi memastikan ianya dapat disiapkan dalam tempoh 8 minggu yang ditetapkan.

    Hasil kerja pada setiap peringkat hendaklah dihantar/dibentangkan kepada guru anda untuk semakan dan penilaian. Sentiasa dapatkan bimbingan dan tunjukajar daripada guru anda dari semasa ke semasa.

  108. cikgu, saya tak tahu guna perisian yang untuk key in markah..itu untuk form 5 kah?sebab pelajar form 4 belum ada lagi angka giliran lagi…

  109. oh ya, cikgu tambahan lagi, sebab diskaun diterima dan diberi, pelajar sangat keliru, boleh tak saya suruh pelajar tak payah masukkan diskaun ini?

  110. cikgu saya nak tanya kerja kursus ini mesti dibuat dalam sekolah atau boleh bawah balik rumah buat ?

  111. Ms goh,

    Perisian dibina bagi membantu guru2 memasukan markah, jika tidak menggunakannya guru2 terpaksa mengira markah/skor bagi setiap pelajar, mengisi borang2 markah bagi setiap pelajar, membuat rumusan… banyak masa diperlukan. Perisian tersebut sangat2 membantu guru, di mana guru hanya masukkan nama dan k/p (angka giliran semasa ting 5 nanti), kemudian masukkan GRED bagi setiap elemen yang dinilai. Dan selebihnya akan dilakukan oleh perisian, guru2 hanya perlu cetak sahaja.

    Sangat2 tidak digalakkan, kerana perkara2 tersebut yang perlu kita ajarkan kepada pelajar. Di mana pada tahun2 sebelum ini kebanyakkan kita tidak berikan penekanan, begitu juga dengan penggunaan lajur FOLIO, inilah masanya untuk kita dedahkan dan ajarkan penggunaannya kepada pelajar.

    Yee,
    Tiada sebarang syarat yang menetapkan mesti dibuat disekolah sahaja. Pada pandangan saya, tiada masalah jika pelajar bawa balik buat dirumah, malah membantu mempercepatkan proses penyediaan tugasan tersebut.

  112. a’salam..
    ckgu,sy calon spm y bkal mnduduki spm 2011..
    sy ingin tahu mklumat lbih lnjut tntg kertas 3(cara2 dn isi2 serta mklumt2) y wajb ada dlm folio tsebut.
    hrp ckgu dpt mmbntu sy..sy btl plukn ptolongn ckgu..
    hrp prmohonn sy dberi prtimbgan..
    trima ksih..

  113. Salam,
    Semua maklumat yang berkaitan boleh di muat turun melalui LINK2 yang Cg sediakan DIATAS.

  114. Cikgu, boleh cikgu bagi link untuk downlod software assetbases?
    Saya Tak dpt cari dlm laman web…
    Terima kasih!

  115. Cikgu Narzuki,
    Mcmane nak download jadual pelaksanaan tu ye?

  116. semasa taklimt di beri oleh JU ada dinyatakan kesemua kerja pelajar kena dihantar dalam bentuk buku yg dibindingkan. adakah cara lain pelajar boleh hntr selaian dibinding. contohnya mereka masukkan dlm ring fail.

  117. Darren,
    Software tersebut kena beli …. memang tiada dilaman web.

    Mp,
    Jadual tersebut ada dalam Buku Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek. (di ATAS).

    Ciknon,
    Sekiranya JU telah nyatakan sedemikian, maka saya rasa lebih baik ikut saja. Hasil kerja pelajar tersebut hendaklah disimpan oleh sekolah dengan selamat sehingga 6 bulan selepas keputusan SPM dikeluarkan. Pada pendapat saya, dalam bentuk buku adalah lebih mudah untuk diurus, dikumpul dan disimpan bagi jangka masa yang lama berbanding dalam bentuk ring fail.

  118. ckgu saya nak contoh folio prinsip perakaunan ting.4???
    susah la ckgu nk bt….
    saya nak panduan….
    saya harap ckgu akn bantu saya….

  119. Mala,
    Sila muat turun bahan2 tersebut diATAS.

  120. nak tanya..nape lampiran x leh download????lau xleh download x yah letak la….

  121. adakah segala butiran yang perlu di isi kan dlm profil perniagan adalah yg betul @ rekaan termasuk nama pemilik n no ic

  122. Mirul,
    Tidak semestinya betul, hanya rekaan semata2. Seolah2 ANDA yang membuka perniagaan, dan menyediakan satu set akaun yang lengkap bagi perniagaan anda.

  123. haikal. lampiran apa yang awak tidak boleh muat turun?

  124. CIKGU,
    cikgu akaun di sekolah saya tidak menyatakan sepenuhnya apa yg perlu kami lakukan untk projek ini.Saya memilih utk memulakan perniagaan komputer.Bolehkah cikgu nyatakan di mana utk merujuk bagi saya utk membuat kerja ini?
    tq

  125. Kerja kursus ini perlu dibuat secara berperingkat2 mengikut jadual pelaksanaan. Setiap peringkat akan disemak dan dinilai oleh guru anda bagi tujuan pemberian markah. Bahan2 berkaitan kerja kursus boleh muat turun daripada LINK yang disediakan diATAS.

  126. macammane nak sediakan 40 dokumen perakaunan

  127. Kalau nak sediakan dokumen, kena rancang apakah urusniaganya terlebih dahulu, baru boleh tentukan apakah dokumen yang terlibat.

  128. salam cikgu…nak tanya..hasil n catatan kontra nak masukkan kat dokuman apa?????

  129. salam cikgu..macam mana nk susun tarikh perniagaan??boleh ke 40 dokumen dimuatkn dlm 30 hari atau 31 hari sahaja??

  130. cikgu..angkutan masuk perlukan dokumen yg khas ke???tau kite letakkan kat mane

  131. ckgu, knapa x bleh buat urusniaga gula sedangkan cikgu akaun saya suruh buat apa2 urusniaga jew.

  132. haikal,
    Hasil .. boleh gunakan Resit Rasmi,
    Catatan kontra boleh gunakan Borang Wang Masuk dan Keratan Cek.
    Angkutan masuk boleh gunakan Nota Debit.

    Evil,
    100 urus niagapun boleh dilakukan dalam masa sebulan. Cuba fikir secara rasional, adakah 1 hari hanya boleh buat 1 urus niaga sahaja ?

    Fatin,
    Sila rujuk Soalan / Arahan Tugasan… hanya 4 JENIS PERNIAGAAN saja yang dicadangkan. Perniagaan GULA tidak termasuk dalam senarai tersebut. URUS NIAGA memang boleh buat macam2 asalkan berkaitan dengan jenis perniagaan yang anda pilih.

  133. cg.. bukan kah perniagaan tidak semestinya kedai perabot, kedai alatan elektrik, kedai komputer, atau kedai pinggan mangkuk sahaja. Selagi tidak lari tema perniagaan menjual peralatan rumah tangga/pejabat.

  134. Memang tidak dinafikan, arahannya agak umum, tetapi mestilah berasaskan “perniagaan menjual PERALATAN rumah tangga/pejabat”. Manakala PERNIAGAAN GULA (merujuk kepada soalan Fatin di atas) sudah jelas tidak boleh dikelaskan sebagai perniagaan menjual “PERALATAN” rumah tangga/pejabat.

  135. Hi, cg
    Bagaimana pelajar OKU mendapat surat pengeculian daripada membuat tugasan?

  136. Surat pengecualian…

  137. Kalau tidak silap saya, pihak sekolah hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada JPN (Sektor Peperiksaan dan Penilaian). Pegawai daripada JPN akan datang ke sekolah untuk tujuan pengesahan. Kemudian permohonan tersebut akan dipanjang kepada LPM untuk mendapat kelulusan dan surat pengecualian akan dikeluarkan.
    * Walau bagaimanapun sila hubungi pegawai di JPN (SPP) bagi mendapat kepastian.

  138. saya ada bercadang, angkutan masuk itu… menggunakan dokumen : resit. Iaitu dalam situasi… kos pengangkutan ketika membuat pembelian dibayar oleh peniaga kepada sebuah syarikat pengangkutan. Jadi syarikat pengangkutan tersebut akan memberi resit apabila peniaga membayar kos pengangkutan tersebut. Apa pandangan cikgu?

  139. Jika keadaan demikian boleh digunakan Resit / Baucar Pembayaran. Setengah keadaan pihak pembekal tolong menguruskan pengangkutan kemudian caj angkutan tersebut dikenakan ke atas pembeli, maka Nota Debit akan digunakan. Kalau boleh, kita galakkan pelajar pelbagaikan penggunaan jenis dokumen supaya mereka lebih memahami fungsi2 setiap dokumen tersebut.

  140. Saya ada sediakan beberapa bahan di blog saya. boleh lah melawat dan muat turun di sana..
    https://mhdazlan.wordpress.com/

  141. Cg Azlan,
    Terima kasih atas maklumat dan bahan2 tersebut.

  142. salam,
    cmna nk pengenalan perniagaan?adakah ini tajuk nye]

  143. salam, cg..
    kalau nk buat catatan kontra secara milikan tunggal mcm mne yek??

  144. Ahmad,
    Sila muat turun CONTOH TUGASAN T4 diATAS sebagai panduan, contoh tersebut perlu diubahsuai mengikut keperluan dan kehendak ARAHAN TUGASAN tahun ini.

    Pyka,
    Salam. ada 2 jenis catatan kontra:
    1. masukkan tunai ke dalam bank – Borang Wang Masuk
    2. keluarkan bank ke tunai – keratan cek : kegunaan perniagaan/tunai

  145. saya rasa pelajar boleh mulakan senarai catatan urus niaga menggunakan planner (kalendar). ini utk memastikan pelajar tdk trpilih hari minggu sebagai hari pegi ke bank utk urus niaga catatan kontra- masukkan wang tunai ke bank.planner itu hanya sbg panduan tarikh2 utk kita rncg urus niaga ikut kesesuaian tarikh. prkara ini telah dibincangkan semasa taklimat oleh JU n semua guru setuju. saya juga sdh cuba dgn pelajar saya sebelum ini n ia amat membantu sbb pelajar dpt rancang dgn baik urus niaga mereka. satu soalan saya ialah adakah pelajar kena pilih bulan ogos sahaja utk urus niaga atau boleh pilih bln2 lain?tq

  146. Terima kasih, satu cadangan yang baik bagi membantu pelajar membuat perancangan urus niaga yang “terpijak di alam nyata”.

    Pada pandangan saya, TEMPOH URUS NIAGA (1 bulan tahun semasa) tidak semestinya bulan OGOS. Ianya bergantung kepada TEMPOH PERAKAUNAN pelajar, sekiranya 1 Julai 2010 – 30 Jun 2011, maka TEMPOH URUS NIAGA mestilah BULAN JULAI 2010 kerana ianya BARU MEMULAKAN perniagaan. Tetapi mesti dalam TAHUN SEMASA.

  147. cg,sy kurang fham bgaimana nk buat urusniaga bg kertas 3…….

  148. Bilangan urus niaga 40 semuanya, dan setiap urus niaga mesti disokong dengan dokumen yang lengkap. Manakala bilangan urus niaga mengikut KOMPONEN juga telah ditetapkan. Contohnya, Komponen Kos Jualan mesti ada 9 urus niaga. Pelajar boleh rancang Belian Kredit – 4, Belian tunai – 2, Pulangan belian – 2 dan angkutan masuk – 1…. asalkan jumlahnya cukup 9 urus niaga.

    Rubiey boleh muat turun CONTOH TUGASAN T4 (di ATAS) sebagai panduan, dan ianya hendaklah diubahsuai mengikut perancangan, kehendak dan ARAHAN TUGASAN tahun ini.

  149. Hi Cikgu,
    bagi komponen penerimaan, macam mana kita catat hasil dalam urus niaga kita?

  150. cg, adakah senarai keperluan dokumen berdasarkan urusniaga kena buat jgk n diletakkan dalam lampiran 4?perancangan urusniaga diletakkan di hadapan selepas profil perniagaan?maknanya dua2 elemen ni kna buat ke?

  151. assalamualikum cikgu
    saya telah mengarahkan pelajar saya menetapka jenis perniagaan mereka. Kemudian sy minta mereka berurusniaga sesama sendiri. Contohnya A kedai perabot dan B kedai lektrik. A beli alat elktrik dari kedai B..B beri inviois kepada A dan begitulah sebaliknya. Boleh ke? Sy cuba cara termudah dan fun utk buat tugasan ini

  152. hai cikgu narzuki, terima kasih atas keterangan yang diberi. sya dapat idea untuk menyiapkan projek tersebut. soalan saya sekarang apakah borang-borang yang perlu kita sediakan untuk pelajar bagi memudahkan mereka menyiapkan projek mereka dengan mudah.

  153. Darren,
    Komponen penerimaan – Hasi adalah seperti:
    – Sewa diterima
    – Dividen diterima
    – Komisen diterima
    – Hutang lapuk terpulih
    – Faedah simpanan tetap
    – Untung atas jualan aset bukan semasa
    Gunakan ayat yang jelas, ringkas dan mudah difahami bagi menyatakan URUS NIAGA tersebut.

    Ct,
    Pada pandangan saya, “Senarai Keperluan Dokumen Berdasarkan Urus niaga” dan “Perancangan Urus niaga” adalah merujuk kepada perkara yang sama.

    Cg Siti,
    Boleh tetapi ianya sesuai untuk urus niaga jualan / belian aset dan bukannya BARANG NIAGA, di mana kuantiti yang dijual / dibeli dalam bilangan yang sedikit – hanya untuk kegunaan perniagaan sahaja.

    Sepatutnya pelajar kena bayangkan bahawa perniagaan mereka adalah diperingkat PEMBORONG (orang tengah), di mana belian pukal secara kredit daripada PEMBEKAL dan menjual pukal secara kredit kepada PENIAGA lain. Kemudian berlakunya pulangan jualan dan pulangan belian. Pembayaran hutang, diskaun dan sebagainya.

    Kalai,
    Pada pendapat saya, peringkat awal kita latih/bimbing pelajar untuk MERANCANG, MENGURUS dan MEREKOD REKOD PERAKAUNAN dengan betul dan bersistematik. Memandangkan KEKANGAN MASA yang dihadapi oleh pelajar, maka eloklah guru yang membantu menyiapkan borang2, frame2 dokumen, jurnal, lejar, ID dan penyata kewangan terlebih dahulu. Ini kerana kita bukan nak menguji kemahiran penggunaan komputer tetapi kemahiran menyediakan satu set akaun yang lengkap bagi sebuah perniagaan.

  154. askom,saya nak tnya mengenai kerja kursus form 4 2010 negeri perak.krna saya tak berapa fham lgkh2 nk wat cam ne??????

  155. ckgu plezz cpt blas coz saya nek bas nie!!!!! urgent!!!!

  156. cikgu nak tanya…contoh lampiran yang cikgu bagi tu betul tak???

  157. ke pelajar kena ubah balik???

  158. saya sbena nyew xphm sgt pasal kej kursus ni..ckgu boley terangkan dgn lbih t’princi x??

  159. Cikgu,
    Tolong bantu saya.
    Caj angkutan yang dikenakan oleh pembekal terhadap peniaga perlu dicatatkan ke mana ?
    Jurnal Beluan atau Jurnal Am.
    TQ.

  160. Amy liana,
    Rujuk ATAS.

    Ismail,
    CONTOH LAMPIRAN tu berdasar format borang yang dikeluarkan oleh LPM sebelum ini, manakala FORMAT BARU telah dikeluarkan oleh LPM bersama2 soalan. Walaupun formatnya tidak sama, kita masih boleh ambilnya sebagai panduan, daripada tiada rujukan langsung.

    Pada pendapat saya, Kedua2nya boleh digunakan, borang2 yang disediakan sebagai PANDUAN sahaja, cikgu boleh buat pengubahsuaian jika dirasakan perlu dan dapat membantu serta memudahkan kerja pelajar. Jadi pada saya ianya tidak perlu ubah jika pelajar telah siap dengan format tersebut. Walau bagaimanapun kena rujuk Ketua Pentaksir Kawasan masing2 bagi tujuan penyelarasan.

    Nadia,
    Kalau nak diterangkan, mungkin panjang sangat, cuba baca perbincangan dalam komen2 diATAS.

    Jane wong,
    Catat dalam Jurnal Am.

  161. Ok TQ Cikgu, tapi kita x boleh gunakan hasil seperti sewa diterima kerana kita ialah penyewa kan?

  162. pada pendapat saya caj angkutan yang dikenakan oleh pembekal perlu guna nota debit dan dipindah ke Jurnal belian

  163. Darren, sewa diterima boleh digunakan jika sebahagian premis kita, kita sewakan kpd peniaga lain. maka, sewa itu dianggap sbg sewa diterima.

  164. Darren,
    Betul seperti kata Girl.

    Cg Jee,
    Caj angkutan tersebut memang menggunakan Nota Debit, tetapi direkodkan dalam Jurnal Belian adalah tidak tepat. Ini kerana caj angkutan tersebut adalah BELANJA yang terhutang kepada pembekal. Dan ianya BUKAN melibatkan HUTANG BARANG NIAGA, maka perlu direkodkan dalam JURNAL AM.

    Inilah salah satu kesilapan yang biasanya dilakukan oleh pelajar/calon SPM. Kes ini, menyamai urus niaga terima Invois kerana belian aset (bukan barang niaga) secara kredit. Di mana perlu dicatat dalam Jurnal Am dan bukannya dalam Jurnal Belian.

  165. mcm manew nk wt ni ckguuuuuuuuu x reti laa

  166. salam cikgu….cner nk buat nie….sye dah pning ple cam dah nk pecah pale otak nie……!!!!pleaz sir tlg la sye…….

  167. Mazni & Syahmi,

    Kerja kursus ni kena buat peringkat demi peringkat, dan peringkat2 tersebut mungkin telah dirangcang oleh guru anda atau ikut Jadual Pelaksanaan Projek yang dikeluarkan oleh LPM. Nasihat Cg sila sentiasa berhubung dengan guru anda untuk dapatkan bimbingan, kerana beliau yang akan menyemak, menilai semua hasil kerja anda.

  168. bagaimana nk wat profil perniagaan?
    apakah antara maklumatnye?
    adakah dalam esei?

  169. Boleh muat turun Contoh Tugasan T4 diATAS, untuk dijadikan panduan penulisan pengenalan dan profail perniagaan.

  170. Tuan,

    saya nak tanya tentang bagaimana nak mencatatkan urus niaga jika komponen kos jualan itu bertanya dng Angkutan masuk, duti import upah belian dan insurans belian?? boleh tak tuan tolong menjelaskannya? terima kasih….

  171. Tuan, sama sekali saya nak ucapkan selamat bulan Ramadan kepadamu ya….

  172. ckg, harga beli n harga jual mesti lain, untuk dapat untungkan. manakala harga beli atau jual secara tunai dan kredit boleh samakah atau berbeza juga?
    cth: meja makan beli rm 180 n jual rm 220.
    so, jika beli secara tunai kita dapat 180. manakala katakan masa beli kita beli secara kredit dan dpt diskaun niaga 10%, so harga dis kurangkan harga beli itukan iaitu rm 162. bolehkah buat mcm ini?

  173. Meera,

    Setiap item barang niaga ada beberapa harga yang terlibat :
    1. Harga Beli (ikut senarai harga)
    2. Jumlah yang dibayar selepas tolak diskaun – Belian Tunai / kredit
    3. Harga Jual (ikut senarai harga)
    4. Jumlah yang diterima selepas tolak diskaun – Jualan Tunai / kredit

    Dalam dokumen (beli / jual) setiap item diletakkan HARGA SEUNIT mengikut HARGA SENARAI, kemudian jumlah keseluruhannya baru ditolak DISKAUN.

    Semasa mengisi Kad Stok, saya mencadangkan supaya menggunakan Harga Beli ikut Harga Senarai, sama ada belian tunai / belian kredit. Ini bagi mengelakkan wujud 2 harga beli bagi satu item. Jika tidak, cikgu terpaksa ajar pula kaedah2 penilaian stok, sama ada : LIFO, FIFO atau Weighted Average bagi penentuan HARGA SEUNIT bagi BAKI STOK.

  174. Assalamualaikum.Cikgu Narzuki, dalam Contoh Lampiran tu, ada Lampiran 1,3,4,5,6 ,dan 7 .Lampiran 2 untuk apa? Kalau kita memilih Komisyen diterima, apakah dokumen yang sesuai?

  175. opps satu lagi cikgu, untuk Borang Semakan Dan Penilaian Guru, adakah kita menggunakan format borang seperti yang diedarkan oleh Ketua Pentaksir Negeri Kelantan tu

  176. Cg Izli,

    Nombor2 Lampiran dalam CONTOH LAMPIRAN tidak sama dengan Nombor2 Lampiran yang diedarkan semasa Taklimat hari tersebut. Kita telah membuat sedikit pengubahsuaian. Dan saya mecadangkan guna Borang Semakan Dan Penilaian Guru yang diedarkan semasa taklimat. Manakala bagi Komisen diterima, dokumen yang sesuai digunakan ialah RESIT RASMI.

  177. cikgu.kad stok diisi cam mane

  178. how to do tis folio……..

  179. can gv any tips…….

  180. Haikal & wathy,

    Sila rujuk komen2 sebelum ini di ATAS.

  181. Cikgu, untuk komponen pinjaman, saya bercadang menggunakan dokumen ‘surat rasmi’ iaitu merujuk kepada surat perjanjian pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak bank yang mengatakan bahawa permohonan pinjaman telah diluluskan dan di dalam surat itu menyatakan bahawa wang tersebut telah dikreditkan ke dalam akaun peniaga. Apa pandangan cikgu?

  182. Surat Rasmi merupakan dokumen rujukan sahaja. Ianya tidak boleh dikelaskan sebagai DOKUMEN SUMBER bagi tujuan rekod perakaunan. Ini kerana surat tersebut hanya memaklumkan sahaja tentang pinjaman tersebut, ianya tidak dapat membuktikan bahawa URUS NIAGA tersebut TELAH berlaku. Sebagai BUKTI urus niaga tersebut betul2 TELAH berlaku, maka MAKLUMAN KREDIT daripada pihak bank lebih sesuai digunakan.

  183. terma kasih cikgu

  184. ckg, yg kad stok saya faham ikut harga senarai masa beli.
    cth: printe canon ikut harga senarai, harga beli rm 150 n harga jual rm 230. so, kad stok ikut harga rm 150. kan?

    ok, sekarang bila saya jual secara tunai bolehkah saya jual jika scr tunai rm 210 n jika scr kredit rm 230 juga.

    Ataupun ikut harga asal juga jual rm 230 bagi tunai dan kredit, dimana kedua-dua sama?klu mcm itu, harga kredit kurang coz ada diskaun niaga n harga tunai masih sama rm 230.tolong jelaskan ikut contoh yg i bagi ckg. kad stok saya tiada masalah, faham. cuma bila beli n jual saya mahu pendapat cikgu.

  185. Cadangan saya,
    Dalam dokumen kita guna HARGA SEUNIT ikut harga senarai, bagi membezakan antara jualan tunai dan jualan kredit kita tetapkan KADAR DISKUAN, contohnya jualan tunai 15%, dan jualan kredit 10%.

  186. ckg, apa dokumen yang bersesuaian untuk urus niaga : angkutan masuk, duti import, upah belian dan insurans belian?

  187. Joan,
    Dokumen Keratan cek, resit rasmi atau baucar pembayaran boleh digunakan.
    Angkutan masuk boleh juga menggunakan Nota Debit, Bil Tunai, Keratan cek, resit rasmi – ikut keadaan urusan angkutan itu dibuat.

  188. hi, cikgu…
    simpanan sendiri rm 50000 di bank ,apa maksud ini?
    maksudnya bank kita rm 50 000 atau jumlah modal ialah rm 50 000…

  189. Maksudnya pemilik mambawa masuk wang peribadi ke dalam perniagaan sebagai MODAL, dan wang tersebut dibankkan. Catatan bergunya :
    Dt : BANK 50,000
    Kt: MODAL 50,000

  190. Komponen kos jualan tu ada 7 jenis dan perlu ada 9 urusniaga. Semua 7 jenis tu perlu ada dalam urusniaga ataupun boleh pilih mana-mana sahaja dari 7 untuk 9 urusniaga contohnya 7 belian kredit dan tunai, 1 pul. belian, dan 1 ang. masuk sahaja

  191. Jamalul,
    Tidak semestinya ketujuh2 jenis tersebut perlu ada, kena ikut kesesuaian dan perancangan urus niaga pelajar. Contohnya lokasi perniagaan di KL, pembekal di Johor, maka tidak mungkin wujudnya DUTI IMPORT. Manakala Belian daripada pembekal, tidak mungkin hanya 1 urusniaga sahaja dalam 1 bulan sedangkan perniagaan baru saja dibuka.

    Asalkan jumlah urus niaga cukup 9, contohnya :
    – belian kredit 4
    – belian tunai 2
    – pulangan belian 2
    – angkutan masuk 1
    Semuanya terserah kepada perancangan pelajar, tetapi biarlah rasional.

  192. NadhirahNorsalim

    Assalamualaikum Cikgu Narzuki ..
    Kita kena buat 40 dokumen ka ? Saya mengalami masalah
    sikit sebab sekolah saya baru dapat soalan esok !! Saya
    risau takut tak sempat la cikgu .. Pastu dokumen tu kena
    buat sendiri kan dengan komputer ? Risaunya saya .. 🙁

  193. Waalaikumussalam,
    Pelajar kena buat 40 URUS NIAGA, tidak semestinya 40 dokumen. Contohnya Resit Rasmi pembayaran kepada pemiutang dan terima DISKAUN. maka itu sudah dikira 2 urus niaga.

    Ya, sebaik2nya buat dengan komputer. Template dokumen telah disediakan oleh Cg Azlan untuk dikongsikan bersama2 rakan guru dan pelajar, sila dapatkan dari Blog beliau :
    https://mhdazlan.wordpress.com/

  194. askom,,saya nk penerangn dr ckg mengenai folio ting 4,saye tak berapa fhm walaupun cikgu saya d sek tlh menerngkan.

  195. so maksudnya, kita ikut harga senarai beli dan jual. spt yg ckg kata buat satu senarai hargakan harga beli n harga jual. then bila beli dan jual, kita bezakan harga beli n jual tunai dan kredit dengan menetapkan diskaun. klu beli tunai 10% n beli kredit 5%. begitu juga klu jual tunai 15% n jika jual kredit 10%. betulkah ckg?

  196. dan satu lagi klu jual tunai 15% n kredit 10% kita tentukan utk setiap brg yg dijualke. atau kita berikan diskaun selepas pelanggan membeli semua brg dan pada akhir kita bagi diskaun tunai 15% dan kalau kredit kita bagi diskaun niaga 10%?

  197. Amy,
    Cg cadangkan bertanya terus kepada cikgu anda, kerana beliau yang merancang langkah2 pelaksanaan kerja kursus sekolah anda.

    Meera,
    Begitulah cadangan saya, kalau rasa sesuai boleh ikut kalau tidak, sebaliknya. Biasanya perniagaan menetapkan dasar jualan kredit atau pemberian diskaun untuk semua barang niaga. Jadi dalam dokumen disenaraikan setiap item mengikut harga senarainya, kemudian dijumlahkan dan baru ditolakkan diskaun ikut kadar yang ditetapkan.

  198. cg,,
    sye na tnye..na buat keratan cek untok perolehan aset macam mne? dan na tulis ape dekat keratan cek tu??

  199. Pada keratan cek – tulis saja aset yang dibeli. Contohnya,

    Tarikh : 01.08.2010
    Penerima : Kedai komputer
    Kerana : Beli Komputer untuk perniagaan.

  200. maksudnya, kita ikut harga senarai asal utk jual n beli. bila beli semua brg, baru ditolak jika tetapkan tunai 15% n klu kredit (dis niaga) 10% ? betulkan ckg? tq

  201. Sila rujuk contoh invois berikut :

    Invois

  202. ok, ckg. katakan yg ini invois jualan. so, harga seunit ikut harga senarai jualkan. cuba kita andaikan yg ini jualan tunai,cthje. so, harga seunit masih sama utk semua brg. n lepas jumlahkan semua tolak diskaun, katakan utk jualan tunai 30%, so bayar rm 7105.(10150 – 3045). dokumennya bil tunai. bolehkah bg cth dokumen jika jualan tunai utk jenis brg yg sama? bantuan ckg amat saya hargai.

  203. Kalau BIL TUNAI, sama saja caranya, cuma tukarkan kadar diskaun niaga yang diberikan kepada 30%, seperti pengiraan yang anda buat.

  204. ok, tq ckg. nw i faham.

  205. ckg,

    catatan permulaan ialah peniaga menggunakan duit simpanan peribadi untuk menjalankan perniagaan…

    oleh sebab itu, kita perlu guna dokumen memo atau apa?

  206. Dokumen merupakan bahan BUKTI berlakunya usus niaga.. terutamanay bagi tujuan pengauditan. Dokumen yang lebih sesuai bagi catatan permulaan membawa masuk wang simpanan peribadi ke dalam akaun bank perniagaan sebagai modal permulaan ialah SLIP WANG MASUK.

  207. AKOM…cikgu saya nk tnye berapa markah keje khusus

  208. Kertas 1 – 20%
    Kertas 2 – 60%
    Kertas 3 – 20% (Kerja Kursus)

  209. cikgu km nak contoh untuk kedai alatan elektrik….

  210. cikgu, saya nak contoh dokumen lengkap projek t4 (alatan elektrik)………….

  211. nani & alien,

    Contoh untuk perniagaan perabot telah ada untuk dijadikan paduan, cuma anda perlu tukar beberapa perkara seperti BARANG NIAGA, NAMA PEMBEKAL dan PELANGGAN supaya memenuhi ARAHAN TUGASAN 2010 yang diberikan.

  212. bolehkah cikgu rekomen apa-apa software untuk membuat tugasan ini

  213. Gunakan perisian asas seperti Ms Word atau Ms Excel.

  214. tiada apa-apa lagi perisian selain itu??

  215. Itu yang paling cepat dan mudah digunakan. Kerja kurus ini bukan untuk menilai penggunaan komputer semata2, sebaliknya memastikan anda menguasai KEMAHIRAN2 asas dalam penyediaan satu Set Akaun yang lengkap. Seperti :
    – Perancangan urus niaga
    – penyediaan dokumen, BCP, Lejar, ID, PP dan KKK
    – Pengiraan Stok AKhir menggunakan KAD STOK
    – Rumusan

    Markah diberikan mengikut ELEMEN 2 yang telah Cg nyatakan DIATAS.

  216. aSsalamualiakum.. Saya nak tanya en.. bagaimana kita nak beri markah pada pelajar untuk Tugasan Projek… Saya merujuk pada muka surat 42 di Modul.. Contohnya:
    Aspek: Gred: Nilai (n) : Wajaran (w) : (n x w)

    Apakah yang dimasudkan dengan nilai dan wajaran?
    TQ

  217. Waalaikumussalam,
    Satu Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Projek Tingkatan 4 Bagi Prinsip Perakaunan Kertas 3 telah disediakan oleh LPM (sila muat turun di ATAS), perisian tersebut akan dikemaskini/ubahsuai dari semasa ke semasa untuk tujuan penambahbaikkan. Ianya adalah sumbangan ikhsan daripada seorang rakan guru dari SMK Tg Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, terima kasih diucapkan kepada beliau.

    Guru dikehendaki memasukkan maklumat pelajar seperti nama, no. k/p dan angka giliran dll, kemudian guru hanya memasukkan GRED setiap Elemen bagi setiap calon, perisian akan melakukan semua pengiraan yang terlibat dan menyediakan laporan untuk dicetak.

    Jadi Cikgu Selamat tidak perlu runsing soal pengiraan markah tersebut, cuma cadangan saya muat turun perisian tersebut dan cuba menggunakannya kerana ianya sangat membantu dan memudahkan urusan pentaksiran / pemberian markah kepada setiap pelajar.

  218. Thanks for your help cikgu,

    Tapi, saya hendak minta tolong skali lagi..
    Minta maaf ye..
    Boleh cikgu nyatakan dokumen dan menjelaskan kenapa salinan / asal bagi urus niaga berikut?

    1.Memulangkan pen bernilai RM 600 kepada Ali kerana ink rosak.

    2.Membayar untuk sewa kedai bernilai RM 1000 menggunakan cek

    3. Menerima sewa secara kredit kedai daripada John bernilai RM 500

    4.Memulangkan pen bernilai RM 600 kepada Ali kerana ink rosak.

    5. Menerima pinjaman daripada bank sebanyak RM 10000 – Makluman Kredit , Asal.. Betul tak cikgu?

    6.Tan menjelaskan sebahagian hutangnya bernilai RM 600 dengan tunai.

    7. Mengambil barang niaga bernilai RM 300 untuk kegunaan sendiri

    8. Mengambil wang daripada bank sebanyak RM 250 untuk kegunaan sendiri

    9. Menerima cek sebanyak RM 800 daripada Tan

    10. Menerima tunai sebanyak RM 600 daripada Tan

    11.Memulangkan pen bernilai RM 600 kepada Ali kerana rosak

    12. Membeli kertas daripada Boo Hoong bernilai RM 2500 menggunakan tunai

    13. Membayar kadar bayaran bernilai RM 250 menggunakan tunai – Bil Tunai , Asal ??

    14. Membayar Ali dan menjelaskan sebahagian daripada hutang sebanyak RM 300 menggunakan tunai

    15. Membayar Seng Wong sebanyak RM 300 untuk menjelaskan hutangnya menggunakan cek

    16. Zalil memulangkan kalkulator yang rosak – Nota kredit , Asal??

    17. Membayar gaji pekerja sebanyak RM 800 – Baucar Pembayaran , Salinan?

    18. Membeli pensil daripada Laila secara kredit bernilai RM 400

    19. Membayar kepada Boo Hoong menggunakan cek bernilai RM 2500

    20. Membayar RM 600 kepada Seng Wong untuk menjelaskan hutang menggunakan tunai

    21. Menerima cek daripada Zalil sebanyak RM 5000

    22. Menerima wang tunai daripada Suria bernilai RM 400

    23. Membayar tunai kepada Ali bernilai RM 1500 untuk menjelaskan sebahagian hutang , Bil Tunai , Asal ??

  219. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cikgu Narzuki .
    Maafkan saya kerana ganggu cikgu sekejap ya .
    Bolehkah cikgu jelaskan beberapa soalan/masalah yang saya hadapi seperti berikut :

    1) [Catatan Permulaan] – Pemilik memasukkan duit simpanan peribadi di bank Rm 50,000 untuk menjalankan perniagaan . ( Cikgu , adakah betul jika saya menggunakan dokumen Slip wang masuk untuk urus niaga tersebut ? )

    2) [Komponen Pembayaran] – Menjelaskan hutang sebanyak Rm 7,000 untuk invois N1234 dengan cek ( Cikgu , adakah ayat urusa niaga saya betul ? Seterusnya , apakah dokumen yang sesuai digunakan untuk urus niaga tersebut ? )

    Terima kasih Cikgu Narzuki atas “thread” yang disediakan oleh cikgu . Pertolongan yang dibagi oleh cikgu amat saya hargai . Thank you ^_^

  220. Darren,

    Sila kemukakan dahulu cadangan dokumen dan asal/salinan, kemudian baru Cg semak dan berikan komen.

    Arahan Tugasan : Calon dikehendaki menyediakan Satu Set Akaun yang lengkap berdasarkan dokumen sumber bagi sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual PERALATAN rumah tangga/pejabat.

    Adakah perniagaan menjual ALAT TULIS memenuhi arahan tersebut ??

    Gary,

    1. Ya, betul.
    2. Cg cadangkan dimasukkan NAMA PEMIUTANG. Terdapat beberapa Dokumen yang boleh digunakan iaitu Resit Rasmi dan keratan cek. Tetapi Resit Rasmi adalah lebih sesuai sebagai BUKTI pembayaran dan telah diakui penerimaannya oleh pemiutang

  221. Hmm , okaylah ~
    Terima kasih cikgu kerana sanggup mengorbankan masa cikgu untuk menolong saya . Terima kasih !

  222. cikgu 40 urusniaga itu bagaimana nak buat..memeningkan…saya da lewat nak buat….saya menjual pakaian…ap cadangan yang mudah boleh saya buat.

  223. Hmm, Maksud cikgu ialah saya uplodkan dokumen kepada cikgu?

  224. Mai,

    Arahan Tugasan : Calon dikehendaki menyediakan Satu Set Akaun yang lengkap berdasarkan dokumen sumber bagi sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual PERALATAN rumah tangga/pejabat.

    Adakah perniagaan menjual PAKAIAN memenuhi arahan tersebut ??

    Darren,

    Tidak perlu, hanya tulis saja DOKUMEN terlibat dan ASAL / SALINAN di akhir setiap urus niaga tersebut.

  225. Nak tanya lagi cikgu,

    Komponen pembayaran kepada pemiutang, bayar guna cek – dokumen keratan cek, pemiutang bagi resit resmi sebagai bukti pembayaran telah dibuat, dokumen resit resmi ASAL, so dokumennya perlu ada kedua-duanya ke atau boleh salah satu atau yang terakhir sahaja boleh iaitu resit resmi je…. confius le….

  226. cikgu ada x cnth mcm mana buat folio ini……..

  227. catatan permulaan, dokumen kalau ikut faham saya ialah MEMO sebab ada penerangan jelas urusniaga, kalau slip wang masuk cuma bukti wang dah dimasukkan ke bank tapi tujuan/sebabnya tiada, jadi dokumennya yang mana satu?… confius lagi….

  228. Jamalul,
    1. RESIT RASMI saja sudah memadai.
    2. Memo boleh digunakan TETAPI slip wang masuk adalah LEBIH BAIK. Memo memang jelas tetapi ianya BELUM dapat mengesahkan bahawa wang tersebut telahpun dimasukkan ke dalam bank atau urus niaga tersebut BETUL2 telah berlaku. Mana BUKTI urus niaga tersebut TELAH berlaku ? Bagi tujuan AUDIT slip wang masuk adalah lebih menyakinkan.

    Kala,
    Sudah ada contohnya diatas untuk dijadikan panduan, tetapi ianya perlu diubahsuai mengikut keperluan Arahan Tugasan 2010.

  229. salam…cikgu boleh bagi cadangan tak kat saya?apa perniagaan yang patut saya pilih?saya pening.tak tau nak mula macam mana folio ni.

  230. maksudnya,,menjual pakaian tidak sesuai..?

  231. PERALATAN rumah tangga/pejabat..apa maksud nya…..pakaian bukan keperluan harian ke?????

  232. salam ckgu,kalau pulangan jualan atau belian,di ambil kira x dalam kad stok???

  233. Leey,
    Arahan Tugasan : Calon dikehendaki menyediakan Satu Set Akaun yang lengkap berdasarkan dokumen sumber bagi sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual PERALATAN rumah tangga/pejabat. Seperti :
    1. Kedai perabot
    2. Kedai alatan elektrik
    3. Kedai komputer
    4. Kedai pinggan mangkuk

    Bagi mengelak daripada sebarang kesilapan, Cg cadangkan pilih perniagaan PERALATAN yang dicadangkan diatas.

    Mai,
    Barang KEPERLUAN HARIAN (seperti makanan, pakaian) tidak sama dengan PERALATAN (seperti perabot, alatan elektrik, komputer, pinggang magkuk).

    Achik,
    KAD STOK merekod semua keluar masuk stok bagi menentukan BAKI STOK AKHIR yang tinggal. Ianya disebabkan urusan belian, jualan, pulangan jualan, pulangan belian dan ambilan.

  234. salam..cgnarzuki saya ingin bertanya, bagi tugasan kertas 3, untuk pengiraan stok boleh tak kami menyediakan jadual pergerakan stok sendiri untuk kemudahan pelajar?.

  235. satu lagi ttg pinjaman; boleh tak buat dokumen memo untuk pinjaman yang dibuat oleh pemilik drpd individu untuk kegunaan perniagaan?

  236. Adakah “jadual pergerakan stok” tersebut boleh digunakan dengan pelbagai kaedah penilaian stok : LIFO, FIFO dan Nilai Purata sebagaimana KAD STOK ?

    Kalau boleh, kemukakan format jadual tersebut untuk sama-sama kita bincangkan. Ataupun emailkan kepada cgnarzukionline@gmail.com

    Kerja kursus ini bukan semata2 tugasan yang perlu disiapkan dalam masa 8 minggu. Tetapi memastikan pelajar betul2 menguasai kemahiran2 dalam kitaran perakaunan yang diajar secara praktikal, termasuklah pendedahan penggunaan Kad Stok.

    MEMO adalah lebih kepada kegunaan dalaman. Kalau terima wang pinjaman daripada pihak luar / orang perorangan. Pihak tersebut juga memerlukan dokumen yang membuktikan berlakunya urus niaga tersebut untuk buat tuntutan nanti. Pada pandangan saya, RESIT RASMI lebih sesuai sebagai BUKTI penerimaan wang pinjaman tersebut berbanding MEMO.

  237. salam cikgu. can you please tell me jenis jenis dokumen untuk komponen pembayaran dan komponen penerimaan? terima kasih.

  238. ap yang sesuai untuk dijual????pakaian tak sesuai….kalo jual pinggan mangkuk….ap urusniaga yang boleh dibuat kalo kita jual pinggan mangkuk???macam mana dengan modal kita boleh guna premis,van tak???

  239. terlupa…cikgu online selalu nya waktu bile?pukul berapa??tlg beritahu ye bab lebih mudah untuk saya mencari maklumat dari cikgu…tq….selamat berbuka…asalammualaikum

  240. Bazla,
    Dokumen yang sesuai digunakan bergantung kepada URUS NIAGA yang terlibat. Antaranya Resit Rasmi, Ketaran cek, Baucar pembayaran, makluman debit, makluman kredit.

    Mai,
    Urus niaganya sama saja, yang membezakannya hanyalah BARANG NIAGA, NAMA PEMBEKAL dan PELANGGAN (sesuai dengan jenis perniagaan).

    Modal mesti ikut ARAHAN TUGASAN, perniagaan baru memulakan perniagaan dengan membawa masuk duit simpanan peribadi sebanyak RM50,000 sebagai modal permulaan.

    Cg online boleh dikatakan setiap hari, tapi tidak tentu masanya, seawal 8 pg – 12 mlm. Selamat berbuka dan waalaikumussalam.

  241. Okey Cikgu 🙂

    Menerima cek bernilai RM 600 daripada Zaleha
    Resit Rasmi , Tiada Asal / Salinan

    Menerima sewa secara kredit kedai daripada John bernilai RM 500
    Invois , Asal

    Menerima cek sebanyak RM 800 daripada Tan
    Resit Rasmi

    Menerima tunai sebanyak RM 600 daripada Tan
    Keratan Cek , Tiada Asal / Salinan

    Membayar untuk sewa kedai kepada Johnny bernilai RM 1000 menggunakan cek
    Baucar Pembayaran / Cek ? , Tidak perlu tulis Salinan/Asal

    Tan menjelaskan sebahagian hutangnya bernilai RM 600 dengan tunai.
    [Rujuk kepada INV011]
    -Bil Tunai, Salinan

    Menjelaskan hutang sebanyak RM 300 kepada Seng Wong menggunakan tunai
    -Keratan Cek

    Membayar kepada Boo Hoong menggunakan cek bernilai RM 2500
    -Keratan Cek

    Membayar Seng Wong sebanyak RM 300 untuk menjelaskan hutangnya menggunakan cek
    -Resit Rasmi

    Membayar RM 600 kepada Seng Wong untuk menjelaskan hutang menggunakan tunai
    -Keratan Cek?

    Itu sahaja cikgu, yang lain semua sudah saya dapat carikan dalam buku.
    TQ 🙂

  242. Pandangan & Komen Cg,

    Menerima cek bernilai RM 600 daripada Zaleha
    Resit Rasmi ,
    Komen Cg: Salinan – kita mengeluarkan resit tersebut, Asal bagi Zaleha, Salinan untuk simpanan/rekod kita.

    “Menerima sewa secara kredit kedai” daripada John bernilai RM 500, Invois , Asal
    Komen Cg: Apa maksud urus niaga tersebut ?

    Menerima cek sebanyak RM 800 daripada Tan
    Resit Rasmi
    Komen Cg: SALINAN – rujuk kes Zaleha.

    Menerima tunai sebanyak RM 600 daripada Tan
    Keratan Cek , Tiada Asal / Salinan
    Komen Cg: tidak melibatkan cek, keratan cek SALAH. Resit Rasmi SALINAN – rujuk kes Zaleha.

    Membayar untuk sewa kedai kepada Johnny bernilai RM 1000 menggunakan cek, Baucar Pembayaran / Cek ? , Tidak perlu tulis Salinan/Asal
    Komen Cg: BAUCAR PEMBAYARAN- SALINAN, jika kita yang mengeluarkan dokumen, maka SALINAN.

    Tan menjelaskan sebahagian hutangnya bernilai RM 600 dengan tunai. [Rujuk kepada INV011] -Bil Tunai, Salinan
    Komen Cg: Penerimaan / Pembayaran Tunai/Cek boleh menggunakan RESIT RASMI. Bil Tunai hanya untuk JUAL/BELI secara TUNAI/CEK.

    Menjelaskan hutang sebanyak RM 300 kepada Seng Wong menggunakan tunai -Keratan Cek
    Komen Cg: tidak wujud cek, macam mana ada keratan cek ? RESIT RASMI, ASAL, kita bayar akan terima resit bukti pembayaran.

    Membayar kepada Boo Hoong menggunakan cek bernilai RM 2500 – Keratan Cek
    Komen Cg: KERATAN CEK / RESIT RASMI – ASAL.

    Membayar Seng Wong sebanyak RM 300 untuk menjelaskan hutangnya menggunakan cek -Resit Rasmi
    Komen Cg: ASAL

    Membayar RM 600 kepada Seng Wong untuk menjelaskan hutang menggunakan tunai -Keratan Cek?
    Komen Cg: RESIT RASMI, ASAL.

    Sila rujuk buku apa itu KERATAN CEK.

  243. hm,
    Minta maaf ye, tersilap tulis..
    1. menerima sewa kedai secara kredit daripada John bernilai RM 500?
    Itu merujuk kepada komponen penerimaan iaitu hasil,

    Maksud saya ialah dia gunakan bank untuk transaksi urus niaga tersebut apabila dia menghantar sewa kedai kepada kita?

    2. Ohh, keratan cek sepatutnya digunakan apabila memasukkan wang ke dalam perniagaan / mengeluarkan, betul cikgu?
    So, keratan cek tidak boleh digunakan dalam urus niaga yang ada ” tunai ” .. betul cikgu?

    Cikgu, saya amat terhutang budi kepada cikgu atas pertolongan yang cikgu telah bagi.
    Terima kasih Cikgu!

  244. bolehkah saya sediakan perniagaan kedai buku??
    kerana berdasarkan pendapat saya, kedai buku akan menjual buku buku akaun yang merupakan alatan pejabat..

  245. Cikgu, nak tanya satu lagi soalan,
    Jika kita membeli daripada seseorang tetapi tidak membayarnya dalam perniagaan kita,
    bolehkah itu berlaku?

  246. 1. Sepatutnya urus niaga tersebut berbunyi : “menerima sewa kedai daripada John bernilai RM 500 dibayar dengan cek”. Maka dokumen yang sesuai ialah Resit Rasmi (Salinan).

    “secara kredit” bermaksud secara hutang, bukannya bermaksud dibayar dengan cek.

    2. KERATAN CEK merupakan SALINAN kepada CEK. Keratan cek hanya boleh digunakan apabila BAYAR DENGAN CEK kepada pihak lain. CEK diberikan kepada pihak lain, maka salinannya (KERATAN CEK) kita simpan sebagai rekod pembayaran telah dibuat. Jika dibayar dengan WANG TUNAI, maka tidak wujudlah keratan cek.

    Kedai BUKU tidak boleh dikelaskan sebagai perniagaan PERALATAN pejabat, kerana BUKU2 bukan sejenis ALATAN PEJABAT, ianya boleh dikelaskan sebagai ALAT TULIS. Kenapa tidak pilih saja daripada senarai yang diberikan iaitu: Kedai Perabot, Komputer, Alatan Elektrik, Pinggan Mangkuk ???

    Jika kita beli dan tidak bayar, adakah mereka akan berdiam diri saja ??

  247. salam..
    Cikgu..
    Dalam kerja kursus akaun T4 2010..
    saya memilih untuk melakukan urusniaga kedai perabot..
    saya mempunya sedikit masalah dalam membina dokumen seperti contoh invois asal dan invois salinan.. saya masih confuse lg untuk menentukan bagaimana yang asal dan bagaimana yang salinan.. bolehkak cikgu bantu saya??

  248. ASAL – kita sebagai PEMBELI, contohnya bila kita pergi ke kedai perabot, kita beli sebuah perabot, siapa yang akan mengeluarkan dokumen ? sudah tentu PENJUAL. Dia akan tulis BIL dan dia akan bagi kita DOKUMEN ASAL, salinan dia simpan untuk rekod perniagaan dia.

    SALINAN – kita sebagai PENJUAL, yang mengeluarkan dokumen tersebut, maka kita akan simpan SALINAN, dan dokumen ASAL kita bagi kepada PEMBELI.

    Sama kesnya dengan RESIT RASMI:
    ASAL – Kita BAYAR
    SALINAN – Kita TERIMA

  249. um, kerana cikgu akauns sy cadangkan saya pilih luar daripada contoh-contoh itu..

    hmm, tidak juga, dia akan memberi memo kepada kita?
    Atau hutang itu boleh dihapuskan sebagai hutang lapuk ??

  250. Pilih selain yang dicadangkan boleh, tetapi biarlah BETUL.

    MEMO hanya dokumen kegunaan dalaman sahaja.

    Cuba cari apa maksud HUTANG LAPUK ? Dan ceritakan kepada Cg apa yang anda faham mengenainya ..

  251. salam
    cg boleh terangkan pada saya tentang komponen pembayaran dan komponen penerimaan?Saya kurang jelas tentang itu.

  252. Komponen Pembayaran:
    1. Bayar kepada Pemiutang
    2. Perbelanjaan – sewa dibayar, gaji, insurans, kadar bayaran, faedah pinjaman dll.

    Komponen Penerimaan:
    1. Terima daripada Penghutang
    2. Hasil – sewa diterima, faedah simpanan, komisen diterima, diskaun diterima, dividen dll.

  253. assalamualaikum…ckgu
    saya form 4 nk mntak tunjuk ajar cara2 nak wat kerja kursus?
    ade x cara2 lg mudah untuk nk buat kerja kursus??!

  254. Waalaikumussalam,
    Kerja kursus ni, kena buat secara berperingkat2 dengan BIMBINGAN guru anda. Ianya bukan sekadar tugasan semata2, tujuannya diadakan kerja kursus terbimbing ini supaya semua pelajar betul2 menguasai kemahiran2 dalam menyediakan satu set akaun yang lengkap. Jadi tiada jalan mudah, kerana ianya merupakan satu proses pembelajaran secara latihan praktikal. Nasihat Cg, sentiasa berjumpa guru disekolah untuk mendapat bimbingan, kerana usaha anda bertanya dan berkomunikasi dengan guru anda juga akan dinilai dan diberikan markah.

  255. salam…cikgu….jika kita membeli barang niaga secara kredit,cek, atau tunai…adakah dokumen untuknya sama sahaja??komponen pun adakah sama???bagi modal permulaan 50000 ke bukan 20000….cikgu…apakah konsep komponen pembayaran???

  256. Mai,
    Satu urus niaga kadang2 ada ada beberapa dokumen yang boleh digunakan, cuma kita kena pilih salah satu dan yang paling sesuai.

    Beli secara KREDIT – Invois
    Beli dibayar dengan TUNAI – Bil Tunai, Resit
    Beli dibayar dengan Cek – Bil Tunai, Resit, Keratan cek

    KOMPONEN KOS JUALAN – Belian kredit, Belian Tunai, Pulangan Belian, ANgkutan masuk, DUti import, Upah belian, Insurans belian.

    MODAL PERMULAAN mesti RM50,000 ikut Arahan Tugasan (Rujuk Soalan).

    KOMPONEN PEMBAYARAN:
    1. Bayar kepada Pemiutang
    2. Perbelanjaan – sewa dibayar, gaji, insurans, kadar bayaran, faedah pinjaman dll.

  257. lagi satu cikgu….bagaimana nak buat urusniaga jika syarikat kita menjual barang dengan diskaun….adakah kita terus tolak diskaun dan tulis harga yang sudah ditolak dekat urusniaga….begitu jugak jika kita membeli barang niaga jika syarikat laen memberi diskaun pada kita????kita kene tulis diskaun jugak ke????

  258. okla cikgu…harap cikgu dapat membalas lebih cepat….tq atas segala maklumat ye….maaf bab saya banyak tanya…jika ada yang saya tidak faham boleh ye saya tanya cikgu lagi….tq….(+_+)

  259. Setiap guru ada cara/arahan yang tersendiri dalam penyediaan Perancangan Urus niaga, ada yang minta pelajar :
    1. tulis lengkap dengan NILAI,
    2. tulis urus niaga sahaja TANPA nilai.

    Bagi kes 1 – Cg cadangkan tulis harga asal, kemudian nyatakan Diskaun 10% (atau sebagainya).

  260. okey….thankz cikgu…

  261. salam ckgu…..saya nak tanya ada x contoh atau cara2 nak buat kerja kursus dengan lebih senang…..?????

  262. Shasha,

    Contoh Tugasan boleh muat turun DIATAS sebagai panduan kasar, walau bagaimanapun ianya perlu diubahsuai mengikut arahan guru anda disekolah serta kehendak Arahan Tugasan 2010.

    Cara yang mudah ialah selalu berjumpa dengan guru anda untuk mendapatkan bimbingan serta fahami apa langkah2 yang perlu anda lakukan.

  263. cikgu ada x fb…..nanti senang nak tanya…

  264. Ada.

  265. cikgu jika kita membeli barag niaga secara kredit…bolehkah kita membayar nya dengan tunai….

  266. Tiada masalah, PEMBAYARAN boleh dilakukan dengan wang tunai ataupun Cek.

  267. penerimaan boleh tulis apa..???kalau semua penghutang saya sudah jelaskan hutang…apa yang boleh saya tulis lagi..???

  268. kalau beli barang niaga dengan tunai…dokumen yang patut digunakan ialah apa..??

  269. Di Hui,

    Komponen Penerimaan:
    1. Terima daripada Penghutang
    2. Hasil – sewa diterima, faedah simpanan, komisen diterima, diskaun diterima, dividen dll.

    Cadangan Cg, jangan semua penghutang jelaskan baki hutangnya, nanti tidak wujud Akaun Penghutang untuk sediakan Imbangan Duga dan KKK.

    “Beli barang niaga dengan tunai” boleh gunakan BIL TUNAI.

  270. whr cn i get contoh kerja kursus AK cikgu?

  271. Shi hi,

    Contoh Tugasan boleh muat turun DIATAS sebagai panduan kasar, walau bagaimanapun ianya perlu diubahsuai mengikut arahan guru anda disekolah serta kehendak Arahan Tugasan 2010.

  272. assalamualaikum…cikgu dalam urusniaga kene ada 40 dokumen tepat2 ke?apa contoh perolehan aset,catatan kontra,pinjaman dan stok akhir….bagaimana pulak dengan catatan permulaan???adakah hanya untuk modal di bank sahaja….ap ayat yang boleh dibuat dengan modal di tangan dan apa dokumen dan komponen nya…????cikgu jika membawa masuk kenderaaan peribadi,komponennya ambilan ke???harap cikgu dapat balas cepat sikit….maaf ggu…

  273. Mai,

    Waalaikumussalam, MESTI cukup 40 URUS NIAGA, tetapi tidak semestinya 40 DOKUMEN, ada 1 dokumen mengandungi 2 urus niaga, contohnya RESIT RASMI pembayaran kepada pemiutang dan TERIMA DISKAUN dikira 2 urus niaga.

    PEROLEHAN ASET – beli ASET secara tunai atau kredit.
    CATATAN KONTRA – 1.Simpan wang tunai ke bank, 2. keluarkan duit bank untuk kegunaan perniagaan.
    PINJAMAN – pinjam duit daripada bank
    STOK AKHIR – TIADA urus niaga, hanya kira nilai stok akhir berdasarkan KAD STOK.

    AMBILAN – BAWA KELUAR untuk kegunaan peribadi / perniagaan. Bawa masuk bukan komponen Ambilan.

  274. cikgu.kalau saya bwat invois asal tk da diskaun niaga tk pe x?
    cg tlong trangkn pd sya tntang nota kredit asal dan salinan?
    dan baucar pmbyaran srta slip daftar tunai.
    maaf,,banyak tanya.

  275. Leey,

    Sebaik2nya Perniagaan yang kita buka adalah berstatus PEMBORONG, beli dari PEMBEKAL dan jual kepada PENIAGAAN lain. Maka, secara praktikalnya DISKAUN NIAGA tersebut akan terlibat. Cadangan Cg, wujudkan Diskaun Niaga tersebut.

    SALINAN – jika kita yang keluarkan dokumen tersebut kepada pihak lain. Sama ada kita TERIMA wang atau PENJUAL.
    ASAL – jika kita terima dokumen daripada pihak lain. Sama ada kita BAYAR atau PEMBELI.

  276. lpe pulak….cikgu ap fungsi modal(premis)….perlu ke tulis dalam urusniaga….cikgu kalo jenis urusniaga macam ni “memasukkan tunai perniagaan ke bank”…dalam contoh yang saya download kat cikgu….ap maksud nya???duit tunai 2 berfungsi daripada ap???

  277. Mai,
    Cg tak faham soalan “ap fungsi modal(premis)” ? sila gunakan ayat/ejaan yang lengkap bagi mengelakkan kekeliruan.

    Urus niaga “memasukkan tunai perniagaan ke bank” ialah CATATAN KONTRA.

    TUNAI maksudnya wang tunai ditangan / dalam perniagaan.
    BANK maksudnya wang yang disimpan dalam Akaun di BANK.

  278. Saya dah dapat wat separuh urusniaganya…..time kasih kat cikgu ye…kalo membawa masuk kenderaan bukan ambilan…habis 2 ap??

  279. lepas berbuka atau terwihh nanti kalo cikgu tak busy…cikgu online ye….ada sikit yang tak paham tapi skrang biar saya cari pemasalahannya dulu k…selamat berbuka…lmbt ag la…ucap je dulu…hehehe…time kasih bab membantu…assalamualaikum…..

  280. Mai,

    Pada pandangan Cg, “membawa masuk kenderaan” boleh dikelaskan dalam KOMPONEN PEROLEHAN ASET, kerana melibatkan pertambahan ASET perniagaan.

    InsyaAllah, selamat berbuka, waalaikumussalam.

  281. cikgu, angkutan masuk, duti import, upah belian dan insurans belian nak masuk dalam dokumen ap??

  282. Miuz,

    Tentukan URUS NIAGA terlebih dahulu, baru boleh tentukan DOKUMEN yang sesuai digunakan.

  283. cikgu tlng bagi id…….senang untuk saya nanti……………

  284. cikgu,,pe nma fb cg..

  285. Kala & leey

    Search “Narzuki“… pasti jumpa.

  286. cikgu saya dah siap buat urusniga sebanyak 40…boleh tak bg ym cikgu sebab saya nak suruh cikgu check..

  287. Ismail,

    Maaf, Cg tiada YM. Setiap peringkat kerja kursus hendaklah dihantar kepada guru anda untuk disemak, diperbetulkan, dinilai dan pemberian markah. Perjumpaan anda dengan guru juga akan diberikan markah mengikut Elemen 4.2 : Komunikasi, Elemen 5.2 : Akauntabilti dan Elemen 5.4 : Ketepatan.

  288. KALO KITA MEMBUAT PINJAMAN BANK APA DOKUMENNYA????

  289. Mai,

    Boleh gunakan MAKLUMAN KREDIT.

  290. macam ni cikgu…dekat sekolah saya…cikgu saya cakap dekat bahagian lampiran 3,bahagian modal perniagaan kita boleh letak seperti “RM15000(premis)”…lagi satu yang mcm ni”RM10000(VAN)”…apa fungsi premis dan van sebenarnya??adakah saja je nak letak…lagi satu…jika dalam urusniaga tu kita ltk memberi bonus kepada pekerja”boleh tak…

  291. Mai,

    Pandangan dan kefahaman cikgu2 mungkin berbeza-beza.
    Pada pandangan Cg, merujuk kepada ARAHAN TUGASAN, Status perniagaan ialah BARU MEMULAKAN PERNIAGAAN dan maklumat tambahan “Peniaga menggunakan duit simpanan peribadi di bank RM50 000 untuk menjalankan perniagaan.” Secara ringkasnya, peniaga memulakan perniagaan dengan wang peribadi RM50,000 yang dibankkan sebagai modal permulaan. Maka, LAMPIRAN 3 (vii) MODAL PERNIAGAAN = “Bank RM50,000”

    Sekiranya maklumat tambahan menyatakan “Peniaga membawa masuk Van RM10000, Premis RM150000 dan wang simpanan peribadi RM50000 dibankkan sebagai modal permulaan”. Baru Cg bersetuju dimasukkan dalam LAMPIRAN 3 (vii) MODAL PERNIAGAAN sebagai “Bank RM50,000, Premis RM150000, Van RM10000”.

    Merujuk kepada maklumat tambahan : “Seorang pekerja diambil bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji bulanan RM800.” Maka, Pekerja MESTI seorang dan dibayar gaji bulanan RM800 (tidak boleh ubah). Manakala jika perniagaan ingin memberikan bonos kepada pekerja, pada pandangan Cg, BOLEH dan dikelaskan dalam Komponen Pembayaran.

  292. makluman kredit tu macam mana pula…

  293. MAKLUMAN KREDIT dikeluarkan oleh pihak bank kepada Peniaga bagi memaklumkan bahawa wang dalam akaun di bank telah BERTAMBAH. Manakala MAKLUMAT DEBIT adalah sebaliknya.

    Contoh Makluman Kredit :
    Makluman Kredit

  294. mizzz aizaaa...

    salam cikgu saya nak tanya tentang 40 dokumen urusniaga yg harus dibuat boleh cikgu berikan contoh???? tq

  295. Mizzz aizaaa,

    Sila baca komen2 DIATAS …. berkaitan 40 URUS NIAGA.
    Contohpun ada disediakan untuk muat turun, cuma ianya hanya sebagai panduan sahaja, sebarang pengubahsuaian boleh dilakukan mengikut arahan guru anda disekolah dan Arahan Tugasan 2010.

  296. Cikgu…
    format ni mesti guna 1.5 lines spacing?
    mesti guna microsoft excel?
    kalau guna microsoft excel, saya memang tak tau buat lines spacing…
    boleh ajar saya kah?

  297. Tugasan projek hendaklah dicetak dengan mematuhi perkara berikut:
    1. Saiz kertas : A4
    2. Saiz font : 12
    3. Jenis font : Times New Roman
    4. Dokumen perniagaan: Saiz font, jenis font dan jarak antara baris adalah mengikut kesesuaian.

    Pada pandangan Cg, Bahagian Pengenalan, Profail perniagaan dan Rumusan sesuai menggunakan 1.5 lines spacing. Dan tidak semestinya guna Ms Excel, guna Ms Word pun boleh.

  298. salam ckg,sye confuse la…Kalo nk buat komisen diterima,kite kne wujudkan dokumen resit rasmi…
    tp,siape yg keluarkan resit tersebut???
    dan apakah butir yg perlu ditulis???
    harap ckg sudi membantu saya….

  299. Shikin,
    Salam, boleh gunakan RESIT (Salinan).. kita TERIMA duit komisen, maka kita yang keluarkan resit tersebut. Butir dalam resit “komisen”.

  300. assalamualaikum ckgu, sy ta phm la, yg dlm butiran komponen pembayaran tu, ad pemiutang n belanja. so,
    kte prlu ltk dokumen ap ek???
    yg komponen penerimaan pun sme.
    konfius nak ltk dokumen ap.
    hrp dibalas.

  301. Fariq,

    Waalaikumussalam,
    KOMPONEN PEMBAYARAN – kita bayar kepada pihak lain kerana :
    1. Pemiutang – bayar hutang.
    2. BELANJA – bayar gaji, komisen, promosi, upah, angkutan dll

    KOMPONEN PENERIMAAN :
    1. Penghutang – terima bayaran hurang.
    2. HASIL – komisen diterima, sewa diterima, dividen, faedah dll

    DOKUMEN yang terlibat bergantung kepada URUS NIAGA yang berlaku.

  302. ok…cikgu jika dalam urusniaga kita letak pinjaman di bank RM20000 adakah kita perlu ltk dekat modal perniagaan sekali…..

  303. Mai,
    Tidak perlu.

  304. cg…
    tentang kad stok..macammana nak cari baki dalam kad stok terutama harga/unit dan amaun sebab kita buat belian pada pembekal yang berbeza dan harga yang ditawarkan juga berbeza. Cth Syrkt A bekalkan 1 unit komputer rm1000. Sykt B bekalkan 1unit komputer rm950. dgn andaian kedua2nya bagi jenis dan jenama yang sama..

    berapa harga/unit dan amaun yng perlu catatkan…

    tq

  305. lg 1 cg,
    kalau stok yg sama keluar…kita perlu rekod harga semasa belian atau harga jualan (yg kita dah mark up)?

    tq

  306. Anne,
    Bagi memudahkan pengiraan stok, setiap item barang niaga hanya menggunakan 1 HARGA BELI sahaja walaupun dari pembekal yang berbeza. Jika menggunakan 2 atau lebih HARGA BELI, maka dalam KAD STOK anda mesti menentukan penggunakan KAEDAH PENILAIAN STOK : FIFO, LIFO atau Harga Purata … dan penggiraannya agak rumik sedikit bagi pelajar.

    Kad Stok : KELUAR, kita boleh gunakan Harga Jualan ini kerana dalam pengiraan Baki Stok AKhir nilai HARGA BELI sahaja yang akan digunakan.

  307. CIKGU JIKA DA SIAP 40 URUSNIAGA TU….KITA KENE WAT PE????MCAM MNE NAK BUAT…

  308. Mai,

    Jika sudah siap, sila hantar kepada guru anda untuk disemak, dinilai dan diberikan markah serta menerima arahan tugasan seterusnya.

    Peringkat seterusnya selepas siap Urus niaga ialah penyediaan DOKUMEN PERNIAGAAN.

  309. catatan permulaan perlukah apa-apa dokumen sumber?macam slip wang masuk?

  310. Ting,

    YA, Slip Wang Masuk boleh digunakan. Setiap urus niaga MESTI disokong dengan dokumen perniagaan yang bersesuaian.

  311. oke, kalo kte bayar pd pemiutang,
    dokumen ap yg kte prlu utk bhan bukti??
    cek or resit???
    kalo kte terime bayaran dr pnghutang lak,
    nk gne dokumen pewh sbgai bukti??
    cek, baucar, resil asal n slainan or kaki cek???
    konpius btoi…><

  312. Maaf, sila gunakan ejaan yang lengkap ….

  313. Macam mana buat maklumat kredit untuk diskaun diterima??
    Boleh beri contoh??

  314. & bagaimana taip di Perancangan urus niaga??

  315. Mary,

    Salah satu cara menulis Perancangan Urus niaga sila muat turun CONTOH TUGASAN T4 (diatas), cara tersebut boleh diubahsuai ikut pendekatan yang digunakan oleh guru sekolah masing2 asalkan memenuhi kehendak ARAHAN TUGASAN 2010.

    Pada pandangan Cg, DISKAUN DITERIMA tidak sesuai menggunakan Makluman Kredit, dokumen yang sesuai ialah RESIT RASMI, ianya boleh dimasukkan bersama2 pembayaran, Sila rujuk contoh Resit Rasmi di bawah :
    Resit Rasmi

  316. Slmt Sejahtera Cikgu,

    Jika urus niaga bertulis :
    Menerima wang tunai daripada Suria bernilai RM 400

    Dalam resit rasmi,
    Kolum ” diterima daripada ” patutkah saya meletakkan nama Perniagaan Saya atau Perniagaan Suria?

    contoh :
    Diterima daripada : suria

  317. Jika TERIMA wang daripada SURIA, maka dalam Resit Rasmi:

    TERIMA DARIPADA : “SURIA” …. (guna nama perniagaan yang LENGKAP)

  318. cikgu…
    tetapi cikgu saya cakap hanya boleh guna microsoft excel…
    dalam microsoft excel, saya tidak tahu macam mana guna lines spacing~

  319. Yumi,
    Jika cikgu sekolah tidak benarkan guna perisian lain, maka kena tanya cikgu Yumi macam mana nak buat lines spacing dalam Ms Excel. Salah satu cara ialah setting pada ROW HEIGHT.

  320. tanx ckg..
    sy ade 1 lg persoalan.
    kerja kursus ini memerlukan 40 urusniaga..
    adakah ini bermakne kite memerlukan 40 dokumen??
    ,sy tlh meletakkan diskaun diterima setelah menjelaskan invois belian sy sbgai hasil sy..
    ini bermakna sy tlh mempunyai 40urusniaga..tetapi sy hanye ade 39dokumen sahaje…adakah sy salah???

  321. Shikin,
    Pada pandangan Cg, Tidak semestinya 40 DOKUMEN, yang dikehendaki oleh Arahan Tugasan ialah 40 URUS NIAGA, jadi apa yang shikin buat adalah BETUL.

  322. cg , maybe ni agak keterlaluan kot permintaannye 🙂
    harap maaf .

    cg ade ta contoh kerja ni da siap full ?
    sgt2 ta paam la cg buat keje kursus ni . pening sangat .
    kalo bole , na try tgok yg da siap . maybe bole dapat siket panduan kan 🙂

  323. Miera,
    Sila muat turun CONTOH TUGASAN T4 (di atas) untuk dijadikan panduan secara kasar, beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan mengikut pendekatan/arahan guru disekolah serta ARAHAN TUGASAN 2010.

  324. cg..

    sy nak mntak cntoh suma dokumen boleh ?maaf..sy agak pening dan kurang faham nak buat kerja khusus ni.. 🙁

  325. Smiley,
    Contoh semua dokumen, boleh rujuk buku teks atau buku rujukan. Kalau tidak faham, sila berjumpa cikgu disekolah, beliau akan bimbing anda menyediakannya secara berperingkat2.

  326. assalamualaikum….selamat malam…maaf ggu….cikgu dalam semua urusniaga adakah semua nya lebih kurang je…membeli barang niaga dan jual barang niaga…pas tu dapat diskaun dan beri diskaun…boleh ke ulang2…tapi dengan orang laen la….lagi satu cikgu kalo kita menerima cek kita dapat cek asal kan…kalo kita memberi diskaun kita dapat salinan atau asal????lagi satu macam mne nak buat dokumen perniagaan tu???macam contoh lampiran yang cikgu bagi tu ke???

  327. cikgu jika kita nak buat kad,stok kan perlu ke kita tulis barang yang kita beli untuk lengkapan pejabat???adakah kita just tulis barang niaga dan jualan sahaja.

  328. cikgu nie mai….tukar nama bab gambar untuk saya tak ok…hehehe…cikgu jika kita kad stok kan…jika kita membeli satu set komputer tetapi kita membuat pulangan belian bahawa monitor ada yang rosak…adakah kad stok untuk monitor sekali dengan komputer????tg…gnite…salam

  329. Siti mai,

    Waalaikumussalam,
    KAD STOK disediakan bagi setiap ITEM barang niaga, jika kita jual 1 set PC Acer, maka Kad Stok PC Acer perlu disediakan. Bila ada pulangan, maka pulangannya juga dalam 1 set. Tetapi jika kita secara berasingan : Monitor, CPU, keyboard Dll. Maka Kad Stok kita mengikut setiap item tersebut.

    Kad Stok HANYA untuk STOK / BARANG NIAGA sahaja, tidak termasuk belian aset bukan semasa.

    JANGAN lebih kurang saja. MESTI memenuhi Arahan Tugasan, di mana 40 URUS NIAGA telah diagih2kan mengikut KOMPONEN2 tertentu, dan setiap Komponen MESTI CUKUP bilangan URUS NIAGA yang diperuntukan.

    Kalau kita TERIMA CEK, maka satu RESIT RASMI akan dikeluarkan sebagai BUKTI penerimaan tersebut, dan dalam Resit Rasmi (Salinan) tersebut juga boleh dinyatakan DISKAUN DIBERI (sila rujuk contoh Resit Rasmi – di atas).

    Contoh DOKUMEN boleh juga dirujuk dari buku teks, buku rujukan atau daripada kertas2 soalan tahun2 lepas.

  330. sama aje gambar nya….

  331. sama aje gambarnya….ish3…harap cikgu dapt reply apa yang saya tanya cepat sikit ye…

  332. Mai,
    Maaf pasal gambar tu, komputer yang bagi, Cg tak boleh buat apa.

  333. salam…cikgu, komponen penerimaan nie mcm mne..?sy x fham la…slaen drpd menerima hutang,insurans n faedah ap lg ckgu…?
    1 ag insurans 2 nk wat cmne ckgu….hope sgt ckgu reply….

  334. Mazniey,

    KOMPONEN PENERIMAAN (kita terima wang tunai / cek) :
    1. Penghutang – terima bayaran hutang.
    2. HASIL – komisen diterima, sewa diterima, dividen, faedah simpanan dll

    INSURANS – dikelaskan sebagai BELANJA dalam KOMPONEN PEMBAYARAN.

  335. hehehe…xpe..ohh…jadi menerima cek kita dapat salinan…kalo kita memberi cek macam mne pulak….sori ye banyak tanya,,,keliru….

  336. lagi satu…jika kita membuat dokumen ambilan kita kene ltk salinan atau asal

  337. Mai,
    Kalau AMBILAN biasanya dokumen MEMO digunakan. MEMO berfungsi sebagai dokumen dalaman, biasanya tiada salinan, jadi pada Cg kita tanda sebagai ASAL.

    Terima Cek – Kita akan keluarkan RESIT, Asal bagi kepada pembayar, SALINAN kita yang simpan. (Bukannya terima salinan).

    Kita Bayar dengan Cek – kita akan TERIMA Resit bukti pembayaran, maka dapat ASAL.

  338. ” 1. RESIT RASMI saja sudah memadai.
    2. Memo boleh digunakan TETAPI slip wang masuk adalah LEBIH BAIK. Memo memang jelas tetapi ianya BELUM dapat mengesahkan bahawa wang tersebut telahpun dimasukkan ke dalam bank atau urus niaga tersebut BETUL2 telah berlaku. Mana BUKTI urus niaga tersebut TELAH berlaku ? Bagi tujuan AUDIT slip wang masuk adalah lebih menyakinkan.”

    Terima kasih atas penjelasan cikgu, maknanya kita ambil kira dokumen yang terakhir le macamtu

  339. Jamalul,
    Sebaik2 dokumen/pengesahan dari PIHAK LUAR, baru buktinya lebih kukuh.

  340. Cikgu, skrg saya mesti buat kad stok,
    harap cikgu boleh tolong lagi sekali
    bagi kad stok, kita mestilah menulis apa yang kita menjual dan membeli kan?
    Tetapi misalnya, saya membeli komputer pada tarikh 1 januari, dan menjualnya pada 31januari, mestikah saya mengikut urutan dan catat ke dalam kad stok??

    Terima kasih!!

  341. Darren,
    Sila baca komen2 Cg mengenai KAD STOK sebelum ini.
    Penyediaan Kad Stok, MESTI mengikuti URUTAN TARIKH setiap urus niaga. Ianya digunakan untuk mengesan keluar-masuk setiap stok dan menilai baki akhir nanti.

    Pada pandangan Cg, Kad Stok disediakan bersama2 penyediaan setiap DOKUMEN, supaya kita tahu jumlah KUANTITI STOK SEMASA dalam kedai sebelum kita lakukan urus niaga JUALAN. Melalui Kad Stok kita boleh kenal pasti kesilapan atau ketepatan urus niaga yang dibuat, terutamanya dari segi KUANTITI barang niaga yang DIJUAL. Contohnya, pada 1hb. MASUK 100 unit kemudian pada 3hb. KELUAR 250 unit… perkara begini tidak mungkin berlaku.

    Di mana, perkara tersebut akan dinilai oleh guru anda dalam pemberikan markah pada ELEMEN 5.2 : RASIONAL

  342. terima kasih, cikgu….
    kad stok itu untuk merekod apa????

  343. Alien,
    Untuk merekod KELUAR-MASUK setiap stok bagi mengetahui KUANTITI SEMASA STOK di kedai dan juga pengiraan NILAI BAKI STOK AKHIR pada akhir tahun kewangan. Ianya juga boleh digunakan untuk merancang PEMBELIAN stok, supaya bekalan stok di kedai sentiasa mencukupi.

  344. cikgu…
    saya tidak faham adakah kita perlu membuat 40 urusniaga atau 40 dokumen??

  345. cikgu perlukah kita perlu menyiapkan 40 dokumen atau kurang daripada itu???

  346. Budak & Ting,
    Mesti memenuhi Arahan Tugasan 2010 iaitu 40 URUS NIAGA tidak bermaksud 40 dokumen.

  347. bagaimana hendak merekod dalam kad stok????
    saya kurang faham…..
    boleh cikgu terangkan dengan lebih mendalam….

  348. betul2 saya pun x faham jugak tentang kad stok…..

  349. Adam & Alien,
    Pastikan anda berdua baca komen2 Cg sebelum ini tentang KAD STOK.
    Ok, Cg cuba permudahkan :
    1. Sediakan SENARAI STOK, siap dengan Harga Beli dan Harga Jual.

    2. Satu item / jenis stok mesti ada 1 Kad Stok untuknya, Jika ada 6 barang niaga, maka kena ada 6 Kad Stok.

    3. Contoh perniagaan perabot – stok : Almari (Harga Seunit BAKI = Harga Seunit MASUK/Beli)
    – Apabila dibeli 10 unit @ RM100 …. maka isi Kad Stok : Masuk 10 unit @ RM100 – BAKI 10 unit @ RM100
    – Apabila dijual 5 unit @ RM130 ….. maka isi Kad Stok : Keluar 5 unit @ RM130 – BAKI 5 unit @ RM100
    – Pulangan jualan 2 unit @ RM130 …maka Isi Kad Stok : Masuk 2 unit @ RM130 – BAKI 7 unit @ RM100
    – Ambilan promosi 1 unit @ RM100 … maka isi Kad Stok : Keluar 1 unit @ RM100 – BAKI 6 unit @ RM100

    4. Begitu juga dengan setiap item/stok2 yang lain.

  350. cikgu,,
    saya kurang faham tentang keja kursus tingkatan 4 ini
    bolehkah cikgu menerangkan serba sedikit tentang perkara ini? harap maklum 🙂

  351. Zara,
    Sila baca bahan2 yang disediakan untuk di muat turun, serta komen2 Cg sebelum ini. Pastikan anda mendapat taklimat, penjelasan dan bimbingan dari guru anda dalam melakukan kerja kursus ini.

    Kerja kursus ini bukan sekadar tugasan semata2, sebaliknya ianya adalah satu proses pembelajaran secara praktikal bagi menguasai kemahiran2 asas dalam ilmu perakaunan yang sepatutnya dikuasai oleh pelajar2 prinsip perakaunan lepasan SPM.

  352. cikgu,,sy nak tnye”??
    xde ke cnt0h foli0 akaun utk paper 3??
    sy xtaw nk wt,n,mule kn cm ne’,,

  353. salam,,saya ingin bertanya,ruangan manakah kalau nak tengok contoh kerja kursus prinsip perakaunan t4 seperti diwarwarkan oelh rakan saya,,sebagaimana yg sedia maklum,saya guru prinsip perakaunan t4,juz nak tgk contoh kerja kurusus shj,

  354. Mira & Lisa,

    Sila muat turun CONTOH TUGASAN T4 2010 di ATAS.

  355. Sudah saya baca komen2 cg di atas..
    Tapi masih ada beberapa pertanyaan..

    Belian aset bukan semasa adalah seperti meja , alatan pejabatan dan aset yang digunakan oleh perniagaan kita kan?

    Kad stok tidak mahu tahu apa yang kita jual dan beli tetapi hanya mahu tahu apa yang keluar dan masuk ke dalam perniagaan kita,betul??

    Kalau saya menjual komputer, CD ROM dan meja, dan beli ketiga tiga benda itu, saya mesti sediakan kad stok berasingan bagi setiap benda komputer,cd rom dan meja.. Betul cakap saya ke tidak cikgu?

    Terima kasih!!

  356. Darren,
    Setelah baca, cuba tengok contoh pengisian KAD STOK dalam Contoh Tuagasan T4 atau Contoh Lampiran.

    Aset Bukan Semasa, memang betul… kita beli untuk kegunaan perniagaan, bukan untuk dijual.

    Kita KENA tahu apa yang dijual / dibeli, baru boleh isi KAD STOK item tersebut, jika beli/jual CD, maka kena isi dalam Kad Stok : CD, jika jual komputer – isi kad stok komputer.

    Betul, Setiap item/stok mesti ada Kad Stok masing2. Tidak boleh dalam 1 Kad Stok ada banyak item.

  357. halo teacher,may i ask the diskaun diterima is RM300,and i own ppl money 5000 ,therefore my resit there is write RM5000? or RM4700(after i minus diskaun diterima)?

  358. Weiping,
    Jumlah pada RESIT ialah JUMLAH WANG/CEK yang diterima / dibayar, iaitu jumlah selepas TOLAK Diskaun.

  359. Kalau membawa masuk kenderaan peribadi bernilai RM50000 ke dalam perniagaan:Komponen Penerimaan:Dokumen MEMO. Betul ke cg Narzuki?

  360. Mynia,
    Komponen Penerimaan – merujuk kepada TERIMA WANG, samada daripada :
    1- Penghutang – mereka bayar hutang dengan tunai / cek.
    2- HASIL – terima tunai/cek.

    Bawa masuk Kenderaan TIDAK boleh dikelaskan sebagai Komponen Penerimaan. Ianya lebih kepada Komponen Perolehan Aset, kerana Aset perniagaan bertambah.

  361. assalamualaikum…selamat bersahur ye cikgu…makan banyak2…ape2 pun say nak cakap time kasih bab membantu saya….saya dah hantar urus niaga yang saya buat kat cikgu saya…jadi kalo ada yang salah lagi nanti saya rujuk kat cikgu lagi ek..time kasih banyak2….

  362. salam…cikgu, saya nk tanya pasal duti@insurans atas belian yg merupakan salah satu komponen kos jualan tu….adakah kena masukkan semasa nk sediakan dalam kad stok barang tersebut?atau dengan kata lain, adakah ia memberi kesan?di bahagian barang masuk ke?
    dan 1 lagi berkenaan dengan urusniaga tu, kalau sediakan urusniaga dalam lingkungan 38-40 bleh x?sbb ms pjumpaan ngn guru2 ng mlk ada dinyatakan blh, asalkan x kurang dari 38 urusniaga..tq..

  363. Cikgu Ct,

    Salam, duti @ insurans atas belian hanya terlibat dengan nilai KOS BELIAN sahaja, tidak dengan NILAI STOK tersebut, maka tidak perlu direkodkan dalam Kad Stok. Kad Stok hanya berdasarkan Keluar-Masuk KUANTITI STOK bagi mengenalpasti baki stok semasa dan nilai stok akhir nanti.

    Pada pandangan saya, Arahan Tugasan adalah JELAS 40 URUS NIAGA, dan telah diagih2 mengikut Komponen2 tertentu. Kalau jumlahnya tidak tetap, maka itu dikira TIDAK ADIL kepada semua calon kerana beban kerja tidak sama. Pada saya untuk mencukupkan 40 urus niaga bukannya suatu yang sukar bagi pelajar, asalkan buat ikut peruntukan setiap komponen.

  364. oo…..
    terima kasih cikgu…..

  365. cg narzuki memang hebat….dan juga dasyat…

  366. Siti Aminah,

    Tiada apa yang hebatnya, hanya sekadar menyampaikan pandangan peribadi. Sekiranya dirasakan pandangan tersebut boleh diterima, maka gunakan. Jika sebaliknya, maka abaikan saja dan buang ketepi.

  367. cikgu,
    macam mne nk buat kertas 3 ..?
    please help me .. susah .. tension nk jwb ..

  368. Nor Syafiqah,

    Sila baca komen2 Cg di atas.

  369. Cg,
    spt cth di atas, kalau pulangan belian perabot 1 unit adakah kad stok perlu keluar 1unit@ RM100?
    Adakah jumlah unit masuk/keluar dlm kad stok mesti sama dgn jumlah unit dlm invois belian/invois jualan?
    Tq.

  370. Woo,

    Unit yang keluar-masuk adalah merujuk kepada unit2 dalam invois jualan, invois belian, nota kredit, memo(ambilan). Jadi semasa nak jual stok tersebut kena rujuk Kad Stok terlebih dahulu, sama ada barang tersebut ada / mencukupi – baru boleh tentukan berapa unit yang boleh dijual…. Jika tak rujuk Kad Stok, nanti berlaku Stok dibeli 10 unit tetapi dijual 15 unit … ini dah tidak RASIONAL (Elemen 5.3).

  371. ckgu..sye ingin brtanya mcm mne nk wt pengenalan??

  372. Syazwani,

    Sila muat turun Contoh Tugasan T4 (di Atas) sebagai panduan.

    Apa yang perlu ada dalam PENGENALAN ialah :
    1. Menyatakan dengan jelas pengenalan perniagaan.
    2. Menyatakan sebab-sebab memilih perniagaan.
    3. Menyatakan kelebihan menjalankan perniagaan tersebut.
    4. Menyatakan risiko-risiko yang bakal dihadapi.

  373. TQ untuk maklumat atas^^

  374. Cg,
    boleh tak saya nyatakan diskaun tunai (15%) dlm Jualan Tunai kerana harga seunit saya adalah sama bagi jualan kredit dan jualan tunai. Manakala diskaun niaga dlm jualan kredit ialah 10% shj.
    TQ…..

  375. K3,

    Pada pandangan Cg, BOLEH, bagi membezakan antara jualan tunai dan jualan kredit serta memudahkan pengiraan stok akhir dalam Kad Stok nanti.

    Satu lagi, adalah lebih baik ditetapkan Dasar Pemberian Diskaun bagi perniagaan terlebih dahulu sebelum menyediakan Dokumen Perniagaan supaya ianya JELAS dan KONSISTEN.

    Contohnya:
    1. Diskaun Niaga: Jualan Tunai – 15%, Jualan kredit – 10%
    2. Diskaun Tunai : 10% 3 hari, 5% 7 hari

  376. Saya ada soalan tentang harga dalam kad stok. Harga beli seunit tidak tolak diskaun niaga. Ini bermaksud nilai stok akhir akan menjadi besar. Bukankah ia akan mengurangkan untung kasar. Kerana amaun belian dikira setelah tolak diskaun niaga. Begitu juga dengan amaun jualan.
    Satu lagi, bolehkan harga beli seunit untuk satu item dengan satu harga untuk pembekal berlainan?

  377. Ana kui,

    Adakah kita nak ajar penggunaan Kad Stok secara DETAIL dengan mengambilkira kaedah penilaian stok/inventori seperti LIFO, FIFO, Harga Purata ? Sekiranya pelajar menggunakan harga beli yang BERLAINAN bagi satu item stok, maka pelajar TERPAKSA diajar penggunaan salah satu daripada kaedah tersebut. Sekiranya tidak diajar, pelajar tidak akan dapat mengira nilai baki akhir stok.

    Pada pandangan saya, diperingkat awal (sukatan pelajaran spm) kita hanya dedahkan kepada penggunaan KAD STOK yang paling ASAS dengan ANDAIAN Harga Kos/ Beli bagi satu item stok adalah SAMA. Manakala kaedah2 penilaian inventori/stok tersebut akan dipelajari secara detail diperingkat yang lebih tinggi nanti.

    Sebelum ini pelajar hanya DIBERI dalam soalan bahawa : “Stok Akhir bernilai RM2100 pada HARGA KOS dan RM2000 pada harga pasaran.” Dengan pendedahan penggunaan Kad Stok ini, pelajar akan pelajari bagaimana STOK AKHIR tersebut dinilai mengikut HARGA KOS.

    Dalam penyediaan Penyata Pendapatan, NILAI TERENDAH akan diambil antara Harga Kos atau Harga Pasaran. Walaupun NILAI KOS dikira dengan mengambil kira diskaun, tetapi NILAI PASARAN lebih rendah, maka NILAI PASARAN juga yang akan digunakan.

    Itu saja sedikit pandangan daripada saya.

  378. ckgu boleh bagi tahu tentang kerja khusus prinsip perakaunan?tahun2010 nie?bagi le example ke?

  379. Sholihin,

    Sila baca komen2 sebelum ini dan muat turun Bahan2 yang berkaitan kerja kursus yang TELAH disediakan di ATAS.

  380. boneka mainan94

    cg ..
    sye buntu gilew na wat projek p.a ..
    sy bwu 1 time wat …
    agy pown kiteowg PERINTIS !
    tpi cg p.a ta na ajar poiwn ..
    help me !!!

  381. CIKGU TOLONG LA……………….

  382. cikgu, saya ada 2 soalan

    a) jika ada ambilan brg niaga, jumlahnya ikut harga jualkan? cth, harga jual almari rm200. jika ambil dua maka ambilan brn niaga rm 400. betulkah?

    b) jika angkutan masuk, kita rekod dlm jurnal amkan?
    Dt. angkutan masuk
    Kt nama pemiutang
    cth: kita beli rm 2000
    (-) DN 10% 200
    rm 1800
    katakan ada angkutan masuk rm200.
    so, bila bayar rm 2000 – dis.tunai 5% 100 = byr 1900.
    betulke ckg?

  383. Meera,

    a) Cuba kita lihat catatan bergunya, bila ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi. Iaitu:
    DT: AMBILAN KT: BELIAN, kenapa dikreditkan ke Ak Belian ? …. barang niaga yang dibeli telah BERKURANG. Oleh kerana semasa BELI direkodkan dengan HARGA BELI, apabila AMBILAN berlaku maka hendaklah diKURANGKAN dengan HARGA BELI juga.

    b) Ya, dalam JURNAL AM. Dan pengiraan tersebutpun Cg bersetuju dengan jawapan anda.

  384. why taK rePLay me!!!

  385. eh2 kaw ..
    aq tnyer cikgu la ..
    tpie cikgu ta rep pown ……

  386. Jhotika & Boneka,

    Sila gunakan EJAAN yang lengkap.
    Sepatutnya guru sekolah anda memberi Taklimat tentang Pelaksanaan Kerja Kursus tersebut kepada pelajar. Guru sekolah perlu mengatur, merancang, serta membimbing pelajar menyempurnakan tugasan yang diberikan sebagaimana proses p&p kemudian baru hasil kerja pelajar dinilai dan diberikan skor/markah.

    Cg cadangkan berhubung dengan guru anda disekolah tentang pelaksanaannya, kerana ianya perlu diselaraskan diperingkat sekolah, kawasan/daerah dan negeri.. Cg sebagai orang luar tidak boleh “kacau” perancangan sekolah anda. Cg hanya boleh beri bantuan teknikal saja. Sila BINCANG dengan guru sekolah anda terlebih dahulu.

  387. as’kum,…cikgu macam mana dengan kad stok tu,,,,,,.

  388. Irfan,

    Sila baca komen2 Cg sebelum ini mengenai KAD STOK, di ATAS.

  389. assalamualaikum..cikgu nak tanya cikit…kalo kita menjual barang secara kredit….dah kira macam hutang kan….kalo penghutang membayar hutang kepada kita secara ansur2..adakah komponen penerimaan dikira sekali atau asing2…harap dibalas dengan cepat…

  390. Mai,

    Waalaikumussalam, setiap kali berlakunya urus niaga penerimaan dan disokong dengan dokumen, maka dikira satu urus niaga. Walaupun penerimaan tersebut daripada penghutang yang sama. Contohnya, urus niaga penerimaan daripada Penghutang A pada 4 Ogos dan 17 Ogos yang disokong dengan dokumen masing2, maka ianya dikira 2 Urus niaga.

  391. Assalamualaikum….
    Saya baru sahaj diberi pendedahan tentang penggunaan perisian FOO untuk mengisi markah projek. Tapi, saya dimaklumkan bahawa perisian yang ada bukan yang terkini kerana pada sheet ‘Master’, lajur BIL, tidak boleh taip nombor lain pada baris yang kedua dan seterusnya. Saya tidak tahu di mana untuk mendapat sumber yang terkini. Harap bantuan cikgu. Terima kasih

  392. Che’gu Zahran,

    Waalaikumussalam, Pada pendapat saya, perisian tersebut masih dalam proses penambahbaikkan, setelah ianya sempurna barulah diedarkan kepada semua guru. Sama-samalah kita tunggu, InsyaAllah jika saya dapat maklumat mengenainya akan saya hebahkan di sini.

  393. paham-paham…tapi ap konsep penerimaan lagi….susah nak buat dokumen penerimaan….

  394. Mai,

    Komponen Penerimaan :
    1. Terima bayaran daripada Penghutang.
    2. Hasil – sewa diterima, diskaun diterima, komisen diterima, dividen, faedah simpanan.

    Bila dah kenal pasti urus niaga baru boleh tentukan dokumen yang terlibat.

  395. Assalamualaikum cikgu, nak tanya sikit..
    Memang boleh ye 2 urus niaga dalam satu dokumen saja?
    Sebagai contoh, resit asal, kalau kita terima diskaun tunai (hasil), bermakna ada dua urus niagalah?-1 pembayaran dan 1 lagi penerimaan hasil???
    atau macam mana??

  396. Aina,

    Ya, itu dikira 2 urus niaga yang berbeza tetapi disokong oleh 1 dokumen sahaja.

  397. salam cg.bleh tlg ajr tak sal keje ksus ni?sy tak paham lgsg lar….

  398. Budak ganu,

    Sila dapatkan bimbingan pelaksanaan kerja kursus dari guru anda disekolah, selebihnya baca komen2 Cg sebelum ini (diATAS).

  399. ok.ok.ok…tapi kan adakah semua komponen yang diberi mesti dibuat????

  400. Mai,
    Ya, semua mesti disediakan mengikut peruntukan bilangan Urus Niaga yang diberikan.

  401. cikgu,
    perancangan urusniaga ni macam mana nak buat???
    lagi saya tak faham apa nak buat dgn 40 dokumen..
    kenapa dokumen yg saya dload tu tak sampai 40 pun?

  402. Itu hanyalah contoh sebagai PANDUAN sahaja, BUKAN contoh bagi Jawapan Tugasan 2010. Perancang Urus Niaga meminta disediakan sebanyak 40 URUS NIAGA, dan jumlah tersebut dipecahkan kepada KOMPONEN2 yang telah disenaraikan dalam Kertas Soalan. Sila rujuk contoh2 tersebut dan perbanyakkan bilangan urus niaganya supaya mencukupi 40 urus niaga.

  403. assalamualaikum cikgu,
    saya salah seorang cikgu PA dari Perak,

    aplikasi FOO yang diberikan oleh LPM ada sedikit masalah..tak boleh nak key in bilangan pada worksheet master…

  404. Waalaikumussalam,
    Perisian tersebut dalam proses penambahbaikan, harap bersabar. Sama-sama kita tunggu Perisian terkini yang akan dikeluarkan nanti.

  405. Assalamualaikum…
    Saya hendak tanya pendapat cikgu mengenai font dan saiz font. Pelajar saya menyediakan jurnal. buku tunai dan lejar menggunakan Microsoft Excel. Bagi jurnal, lejar, buku tunai font Times New Roman saiz 12 agak besar terutamanya Buku Tunai. Apa pendapat cikgu sekiranya saya benarkan pelajar tersebut kecilkan sedikit saiz fontnya agar muat mengikut kelebaran saiz kertas A4. Minta pandangan cikgu. Terima kasih…

  406. Waalaikumussalam,
    Pada pandangan saya, Dokumen dan Buku Tunai boleh dipertimbangkan jika saiz 12 terlalu besar untuk dimuatkan dalam Kertas A4. Tetapi terlebih dahulu cuba pelajar gunakan “Orientation – Landscape” dengan saiz 12 bagi Buku Tunai… mungkin muat.

  407. salam, cikgu…
    sy nak tnya psl angktn msuk….
    ktkn sy pilih prniagaan pinggan mangkuk…
    mcm mana sy nak buat dokumen nya??
    bley bg contoh tak urus niaga agktn msuk?
    dan dlm dokumen sumber, cth nota debit,
    apa yg sy nak tulis dlm nta debit nnti??
    adkh sy perlu msukkan juga agktn msuk dlm
    komponen pembayaran? Mksudnya nnti dlm
    kmpenen pmbyrn, sya prlu byr kah agkutan msuk itu ats
    nama caj pgangkutan????

    diharap ckgu bleh tlg sya…..terima kasih

  408. Keena,

    Butir yang boleh digunakan dalam NOTA DEBIT bagi Angkutan Masuk:
    “Caj angkutan dikenakan atas invois 12345 yang bertarikh 18.08.2010”

    Bayaran yang dibuat kepada Pemiutang adalah termasuk caj angkutan masuk tersebut, kebiasaannya tidak dibuat secara berasingan.

  409. ckg, komisen diterima wujud dlm keadaan mcm mn dlm urusan jual beli? blh terangkan dan bg cthke?

  410. Pelajar,
    Komisen diterima biasanya Kedai kita bantu mempromosikan/menjual sesuatu produk peniaga lain, apabila produk tersebut berjaya dijual, kita akan dibayar komisen dengan kadar tertentu, contohnya 10% daripada hasil jualan.

  411. slam..sy nk tnyer kt lampiran4…kt elemen tu nk tlis ape

  412. Shazirah,
    Pada pandangan Cg, ianya adalah merujuk kepada JENIS KOMPONEN. Seperti, Catatan permulaan, Kos Jualan, Jualan Bersih dll.

  413. Assalamualaikum,cikgu.bolehkah membuat pembayaran pemiutang menggunakan dokumen keratan cek?

  414. Salam, cikgu Narzuki.
    Boleh minta tolong cikgu terangkan apa itu angkutan masuk, insurans belian, dan duti import?
    Terima kasih.

  415. dan satu lagi apakah dokumen-dokumen yang sesuai dengan angkutan masuk,insurans belian, dan duti import itu?

  416. Aina,
    Waalaikumussalam, Ketaran Cek boleh digunakan, cuma RESIT RASMI daripada Pemiutang lebih meyakinkan bahawa bayaran tersebut betul2 berlaku.

    Angkutan masuk, Insurans belian dan Duti import dikelaskan sebagai KOS BELIAN, iaitu kos2 yang terlibat semasa urasan belian berlaku.

    Beberapa dokumen boleh digunakan, antaranya Resit rasmi, keratan cek, baucar pembayaran, bil tunai, nota debit.

  417. Hi Cg,

    Saya nak tanya ttg Pul belian atau Pul Jualan. Adakah kita perlu tolak (bg Pul Belian) dan tambah (bg Pul Jualan) balik kad stok?
    bagaiman mana catatannya dlm stok….
    TQ

  418. K3,
    Kad Stok digunakan untuk merekod keluar-masuk stok secara fizikal.
    Pulangan Jualan/Masuk => MASUK/TAMBAH STOK
    Pulangan Belian/Keluar => KELUAR/TOLAK STOK

    # Nota : Pulangan yang disebabkan salah jenama ianya perlu dimasukkan dalam Kad Stok, tetapi jika pulangan disebabkan barang ROSAK, maka tidak perlu dimasukkan dalam Kad Stok.

  419. Slmt Sejahtera Cikgu,
    Bolehkah cikgu terangkan sikit tentang lejar?
    Saya tidak berapa tahu macam mana hendak pos ke lejar bagi beberapa urus niaga tetapi akan saya cuba dan cikgu tolong semak boleh? .. iaitu yang berikut :

    1: Mengeluarkan tunai daripada bank untuk kegunaan perniagaan RM 15000 [ Kontra tidak perlu pos ke lejar betul ? ]

    2. Membeli meja dan komputer secara kredit bernilai RM 5000 daripada Boo Hoong [ Dt Alatan Pejabat ; Kt Boo Hoong ]

    3. Menerima pinjaman daripada bank Alagendra sebanyak RM 10000 [ Dt Akaun Bank ; Kt Akaun Pinjaman ]

    4. Membayar duti import menggunakan cek bernilai RM 800 kepada MPPJ [ Dt Akaun Belanja ; Kt Bank ]

    5. Kita Memulangkan pencetak laser kepada Boo Hoong kerana rosak bernilai RM 2500 [ ; Dt Pulangan Belian ; Kt Boo Hoong ]

    6. Membayar RM 600 kepada Alice Groups secara cek dan menerima diskaun sebanyak 10% [ Dt Alice ; Kt Bank ]

    7. Membayar gaji pekerja sebanyak RM 800 menggunakan tunai [ Kt Akaun Tunai ; Dt Belanja ]

    Ok cikgu itu sahaja buat sekarang.. Bagi jurnal am, apakah urus niaga yang hendak diletakkan?

    Pengetahuan saya ; ambilan perlu diletakkan ke dalam jurnal am, betul cakap saya, cikgu?

    1.Mengambil barang niaga bernilai RM 300 untuk kegunaan sendiri

    Selain itu, apakah lagi yang hendak ditulis di dalam jurnal am?? Boleh cikgu tolong terangkan..
    Terima kasih!

  420. Darren,
    Soalan 1 dan 5 tidak dapat komen sebelum Cg tahu apakah BARANG NIAGA ?
    1. Rekod dalam Buku Tunai sahaja.
    3. Betul
    4. Akaun Belanja terlalu UMUM, Cg cadangkan guna AKAUN DUTI IMPORT.
    6. Tidak tepat….. Cadangan Cg [Dt: Alice, Kt: Bank Kt: Diskaun diterima]
    7. Gunakan AKAUN GAJI, “Akaun Belanja” terlalu UMUM.

    Ambilan yang TIDAK melibatkan wang tunai / wang di bank perlu dicatat dalam JURNAL AM.

    Antara Kegunaan JURNAL AM:
    1. Catatan permulaan perniagaan
    2. Belian Aset Bukan Semasa secara KREDIT.
    3. Ambilan barang niaga atau Aset
    4. Masukan Aset atau wang tunai peribadi ke dalam perniagaan.

  421. Saya hendak memberitahu yang saya telah memuat turun contoh folio cikgu untuk dikongsi bersama dengan pelajar saya. Contoh tersebut telah dimuat naikkan dalam blog saya sebagai panduan. Terima kasih.

  422. Che’gu Zahran,

    Ok, Contoh tersebut BUKAN saya yang buat, saya dapat dari rakan guru yang lain, jadi saya kongsikan kepada SEMUA.

  423. tak boleh ke buat 20 dokumen je … mestikah buat 40 dokumen ..

  424. Nor Syafiqah,

    MESTI 40 URUS NIAGA, jika buat hanya 20 seolah-olah anda hanya menjawab 20 daripada 40 soalan… maka, markahnya sudah tentu dapat KURANG.

  425. cikgu..saya nak tanya…..
    kalau urus niaga

    1.bayar belanja sewa kedai rm700
    2. bayar belanja elektrik rm200

    dokumen apa??asal ke salinan??

  426. Ismail,

    Antara dokumen yang boleh digunakan Resit Rasmi, Baucar Pembayaran, Keratan cek

    ASAL – jika kita yang MENERIMA dokumen tersebut.
    SALINAN – jika kita MENGELUARKAN dokumen tersebut.

  427. erm..kt mne bleh tgk cntoh assignment p.akaun spm 2011 tu??

  428. sgala yg ckgu akaun sye ajar x msuk kpala..
    x tau knpa…bleh bntu sye?? t’utama nya untuk mlaksana kan tugasan k.kursus kertas 3 ni..

  429. Hawa,

    Boleh didapati dalam Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011 di ATAS sana.

    Sila baca komen2 Cg sebelum ini, semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda menyiapakan tugasan tersebut.

  430. Assalamualaikum,cikgu Narzuki.
    Saya ada pertanyaan. Komisen kita terima daripada pihak mana? Adakah daripada pembekal atau pelanggan ataupun daripada pihak lain?
    Terima kasih atas bantuan cikgu.

  431. Aina,

    Waalaikumussalam,
    KOMISEN DITERIMA boleh daripada PEMBEKAL ataupun peniaga/pihak lain.

  432. cg saya ada masalah dengan memebuat folio p. akaun yg cg saya baru bagi, so blh x bantu saya

  433. Ayead,

    Sila baca komen2 Cg diATAS, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda.

  434. salam cg..boleh x kalau sya besa kan tulisan nyew??
    sbb nye sya tgk size 12 di mcrosoft excel mcm kecik sgt je..
    boley ke cg??

  435. Nadia,

    Sila gunakan EJAAN yang lengkap…..
    Komen Cg : ARAHAN TUGASAN mesti dipatuhi.

  436. salam.cikgu kt sek saya cakap ada perubahan dalam pengenalan,profil dan perlu buat pegenalan+rumusan..
    cikgu ada contah x??perubahan dalam profil kene tambah kan no telefon,no faks,email n laman sesawang.

  437. Fatyn,

    Setahu Cg, tiada sebarang perubahan. Pada pandangan Cg, semuanya bergantung kepada KREATIVITI pelajar… nak TAMBAH boleh, TETAPI jangan diKURANGkan daripada apa yang telah diminta.

  438. cg, selepas pelanggan bayar sesuatu barang tu saye kena keluarkan resit rasmi kan? Tetapi masalahnye, berdasarkan buku rujukn saye dalam resit rasmi tu ade tulis BAYARAN UNTUK sebahagian invois. Kalau pelanggan saye mahu menjelaskan sebahagian lagi hutangnya pada hari yg lain bolehkah/perlukah saya mengeluarkan satu lagi resit rasmi. kalau ye UNTUK BAYARAN tu saye kene tulis ape? Saya harap cg paham ape yang saye tulis ni.

    lepas tu, KAD STOK tu ade unit keluaran….unit keluaran tu nak tulis ape?

  439. Sophie,

    Bayaran Untuk : “Sebahagian invois” bermaksud ianya tidak bayar penuh, dia bayar ansur2. RESIT RASMI dikeluarkan setiap kali terima bayaran. Jika pelanggan menjelas SEMUA baki hutang, maka Bayaran Untuk : “Menjelaskan invois bernombor 12345 / menjelaskan baki hutang”. Jika bayar sebahagian, maka “Menjelaskan sebahagian invois/hutang” boleh digunakan.

    Unit Keluaran dalam Kad Stok merujuk kepada UNIT stok itu dijual/dibeli, contohnya Almari – Unit keluaran : UNIT, Set bilik tidur – Unit Keluaran : SET. Kad Stok yang baru dikeluaran sudah tidak perlu dinyatakan Unit Keluaran lagi.

  440. ckgu…sy nk tahu mcm mne nk buat perancangan urus niaga tu…

  441. Kay,

    Sila muat turun dan rujuk Contoh Lampiran dan Contoh Tugasan T4 DIATAS untuk dijadikan panduan. Serta baca komen2 Cg mengenai Perancangan Urus Niaga dalam komen sebelum ini.

  442. cg, diskaun diterima dicatat sebagai hasil kan? dokumen die naka tulis ape? invois ke?

  443. Sophie,

    1 Dokumen – 2 Urus niaga
    RESIT RASMI bagi pembayaran kepada Pemiutang dan Terima Diskaun.
    Urus niaga 1 – Pembayaran (Pemiutang)
    Urus Niaga 2 – Penerimaan (Hasil)

  444. Salam cikgu,

    1. blehkh sy gnakan ayt yg sma dlm nota debit bg angktn msuk untk buat dlm mklmn urus niaga?

    2. bgaimnkh hndk mmbuat faedah simpanan tetap? Jika sy mmbuat faedah smpnn ttp, adkh sy prlu mwjdkan akaun simpanan ttap pd awal bln, sprti contoh ‘memasukkan wang sbnyk rm 10 000 ke dalam akaun smpnn tetap’? Jka begitu bknkah ianya akn mnmbhkan blgn urus niaga dan apkh dokumen yg sesuai untuk simpanan tetap?Adkh simpnn ttp trltk dlm kategori jurnal am dan apkh cttn yg sesuai untknya?

    TERIMA KASIH CIKGU.

  445. Keena,

    1. BOLEH.
    2. Ya, Faedah Atas Simpanan Tetap hanya wujud bila ada urus niaga SIMPANAN TETAP dilakukan. Cadangan Cg, tidak perlu gunakan Faedah simpanan tetap, memadai dengan FAEDAH ATAS SIMPANAN sahaja. Dokumen yang sesuai bagi faedah atas simpanan ialah MAKLUMAN KREDIT, dan ianya perlu dicatatkan dalam BUKU TUNAI.

  446. terima kasih cikgu…alhamdulillah..sekarang saya sudah siap buat 40 dokumen….skrg nak buat buku catatan pertama…tq…

  447. Ismail,

    Allhamdulillah, Tahniah Cg ucapkan, di samping itu cuba bantu kawan2 lain yang masih menghadapi masalah dalam penyediaan urus niaga tersebut.

  448. cikgu, pinjaman tu direkod dalam buku tunai?

  449. Imah,

    Asalkan melibatkan TUNAI/CEK/BANK, maka sudah semestinya direkodkan dalam BUKU TUNAI.

  450. Macam mana buat kad stok??
    Boleh beri contoh??

  451. Mary,

    Sila muat turun dan rujuk dalam Panduan Pelaksanaan & Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011, CONTOH LAMPIRAN atau CONTOH TUGASAN T4 di atas.

  452. sekom..
    cikgu sy x pham mcm mne nk wat projek nie..
    cos mle2 die cruh wat senarai nme n almt pelangan n pemiutang lpas 2 bru wat perncngn urusniaga??
    bkn ke perncngan urusniaga bru pelnggn n pemiutng???

  453. Tika,

    Kena kenal pasti dahulu Nama Pembekal dan Pelanggan, baru mudah untuk buat Peracangan Urus Niaga. Macam mana nak tulis URUS NIAGA jika tiada nama Pembekal. Contoh urus niaga : Belian kredit daripada …………. ? (PEMBEKAL)

  454. ckg, yg kad stok itu kalau pulangan belian @ jualan disebabkan brgn rosak tidak dimasukkan dlm kad stok?
    jadi klu begitu ia dibiarkanje tidak perlu direkod dlm kad stok? pulangan jualan atau belian yg mcm mn direkod dlm kad stok selain salah jenama?

  455. Pelajar,

    Salah satu kegunaan Kad Stok adalah untuk mengetahui KUANTITI STOK yang ada dalam kedai, iaitu yang MASIH ELOK untuk dijual. Kalau sudah ROSAK, kita tidak panggil STOK lagi.

    Pulangan STOK dalam keadaan ELOK dan masih BOLEH DIJUAL, maka perlulah direkodkan dalam Kad Stok.

  456. cikgu , blh x bg contoh folio nie yg lengkap ? ssh lah nak buat klo x de rujukan . harap sgt cikgu blh tlg .

  457. ya cikgu….i agree with student..

  458. Student & Kala

    Dalam penyediaan Kerja Kursus ini sepatutnya yang menjadi RUJUKAN anda ialah GURU DISEKOLAH. Beliau akan membantu dan membimbing anda peringkat demi peringkat dalam perlaksanaannya sehingga selesai.

    Lagipun contoh yang diberikan itu sudah lengkap untuk dijadikan panduan, cuma bilangan urus niaga dan beberapa maklumat tertentu perlu diubahsuai mengikut kehendak ARAHAN TUGASAN 2010.

  459. terima kasih cg saye dah paham, tapi saya masih kurang paham yang diskaun diterima tu. Dalam PERANCANGAN URUS NIAGA ada ruang dokumen. Kalau saye terima diskaun, dokumen ape yang saya perlu catatkan. Patutkah saya catat Invois belian dalam ruang dokumen tersebut ataupun x payah catat ape2 pun dalam ruang tu. Saya harap cg blh paham.

  460. Sophie,

    Rujuk kepada Dokumen RESIT RASMI yang sama. Di mana kedua-dua urus niaga tersebut BERLAKU SERENTAK,
    Contohnya:

    U/n 1 : 17/08/2010-Bayar kepada Pembekal A dengan cek- PEMBAYARAN – RESIT RASMI 1234
    U/n 2 : 17/08/2010-Terima diskaun daripada Pembekal A – PENERIMAAN – RESIT RASMI 1234

  461. umm cg, boleh tak cg buat contoh duti import, upah belian, dan insurans belian ( kalau ckgu rajin la….) . Lagi satu soalan, contohnya, kalau komponen jualan bersih dia suruh buat 7 urus niaga, boleh tak buat lebih? contohnya 8 atau 9

  462. Sophie,

    Pada pandangan Cg,
    Buat ikut ARAHAN TUGASAN… 40 urus niaga dan mengikut agihan setiap komponen.

    Duti Import – hanya sesuai digunakan jika PEMBEKAL kita berada di LUAR NEGARA.
    Insurans belian – kebiasaanya dikenakan ke atas barang niga yang BERNILAI.
    Upah belian – seperti kita import barang dari luar negara, kemudian kita terpaksa simpan di gudang dahulu, maka UPAH GUDANG boleh dikelaskan sebagai Upah belian. Ataupun kita mengupah beberapa orang pekerja bagi menjaga, mengurus, mengawal barangan semasa dalam proses pembelian tersebut

  463. abe mak mu ni ke..

    assalamualaikum cikgu..cikgu kito nk cikgu tulong kito wak 100% contoh kerja khusus PA tahun 2010 ko kito..kito xthu lg nok wak guano..loni pun xbuak go skaro lagi keh xpehe..harap cikgu leh tulong kito..kito duk desok loni..selok kero..pls cikgu

  464. Abe,

    Waalaikumussalam, Kerja kursus bukan kena buat sorang2 dari A-Z…. tetapi buat dengan bimbingan cikgu sekolah peringkat demi peringkat. Tujuan kerja kursus ini supaya cikgu2 dapat ajar secara praktikal tentang kitaran perakaunan dengan menyediakan satu set akaun yang lengkap. Cuba minta tolong dengan cikgu sekolah ajar, selalulah berjumpa beliau kerana beliau yang akan buat penilaian dan memberi markah kerja kursus anda. Serta memastikan semua pelajar menguasai kemahiran2 yang terlibat dengan baik. Cg disini hanya sekadar bantu apa yang mampu saja.

  465. insyaallah…..doakan sy cikgu…skrg nie memang ada ajar diorang skit2 setakat yg mampu…kwan saya ada yang dah siap penuh 1 folio….tq cikgu…

  466. ckg, faedah atas simpanan itu dianggap hasilkan. bolehkah saya tentukan faedah atas simpanan 10% setahun dan kira faedahnya utk sebulan katakan simpanan ikut soalan rm50000 X 10% X 1/12. mcm nike?

  467. Pelajar,

    Faedah atas simpanan dikelaskan sebagi HASIL. Kadar faedah simpanan adalah ditetapkan oleh pihak bank, jadi Cg cadangkan letak saja Amaun yang mudasabah bagi faedah atas simpanan tersebut. Kadar 10% adalah terlalu tinggi, mungkin dalam sekitar 2-3 % sahaja.

  468. Assalamualaikum, cikgu Narzuki.
    Kalau kita buat pembayaran pemiutang menggunakan cek, perlukah kita buat dokumen resit rasmi asal?
    Terima Kasih

  469. Aina,

    Cg mencadangkan RESIT RASMI digunakan sebagai dokumen yang menyokong urus niaga tersebut.

  470. cikgu krje kursus ini trlalu sukar menggunakan teknologi modern, bknkah ini mnyulitkan plajar utk mlksnekanye…..klo menulis mnggunakan tulisn tgn…..mngambil mase yang amat lme………………….teknologi skrg memerlukan wang yang byk sprt ntk print,g cc,bli lap top ke……………….bleh bri mse yang lbh lme dan bantuan dri sgi panduannye………….

  471. Oitoit,

    Penggunaan ICT hanyalah 1 daripada 18 Elemen yang dinilai, sekiranya menghadapi masalah sehingga menyebabkan anda tidak dapat menyiapkan kerja kursus tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Pastikan anda mendapat markah penuh bagi 17 Elemen yang lain. Maka adalah lebih baik disiapkan secara MANUAL terlebih dahulu, kemudian jika ada kemudahan dan masa baru ditaip dengan komputer. Terutamanya bahagian2 tertentu yang lebih mudah untuk disediakan seperti Pengenalan, Profail Perniagaan, Perancangan Urus niaga, Rumusan.

  472. salam , cikgu .
    saya kena buat kerje kursus form 4 . saya confuse lah nak baut . nak tukar mende mende dalam dokumen . macam mane eh ?

  473. Peejod,

    Sila hantarkan hasil kerja anda kepada guru anda untuk disemak dan diberikan tunjukkan ajar bagaimana untuk menyediakannya dengan lebih baik dan betul. Dapatkan bimbingan daripada beliau dari semasa ke semasa. Itulah cara yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar dalam menyiapkan kerja kursus tersebut.

  474. Semua harga seunit barang mesti sama??
    Contoh: harga seunit untuk pinggan= RM5
    semua mesti sama untuk pinggan??

  475. Xiah,

    Setiap item stok anda boleh mempunyai harga yang berlainan, tidak semestinya sama.
    Contohnya : Set Pinggan A = RM125, Set Pinggan B = RM150

  476. Assalamualaikum cikgu Narzuki.
    Saya ada pertanyaan. Apakah dokumen yang paling sesuai pada pendapat cikgu untuk membuat pembayaran bil elektrik?

  477. Aina,

    Pada pandangan Cg, beberapa dokumen yang sesuai digunakan ialah Keratan cek, Baucar Pembayaran, Resit Rasmi.

  478. so, katakan i letak kadar faedah simpanan tetap 3%, so faedah atas simpanan rm125(rm50000 X 3% X 1/12).
    dokumen dia makluman kredit bolehkah?

  479. Pelajar,

    Pada pandangan Cg, gunakan Makluman Kredit, butirnya memadai “Faedah atas simpanan” RM125. Pengiraan faedah tidak perlu ditunjukkan kerana pengiraan sebenar faedah simpanan yang dilakukan oleh pihak bank tidak semudah itu. Dan ianya berdasarkan BAKI AKAUN semasa, di mana nilainya bukan lagi RM50,000 kerana nilai akan berkurang ababila pembayaran dilakukan dengan cek.

  480. Selamat Sejahtera cikgu, merujuk kepada soalan yang ditanya oleh cikgu : –

    Soalan 5 : – memulangkan pencetak laser kepada Boo Hoong,
    Barang niaga adalah pencetak laser, cikgu.

  481. Darren,

    Jika ianya barang niaga, maka : Dt BOO HOONG, Kt PULANGAN BELIAN

  482. Cikgu boleh bagi saya contoh atau memberi tahu saya macam mana boleh saya mula dengan projek prinsip perakaunan tingkatan 4

  483. Seng CHeong,

    Sila muat turun bahan2 dan baca komen2 di ATAS.

  484. cg, kalau ambilan tunai untuk didermakan dalam jurnal am: Dt-Ambilan Kt-Derma
    kalau ambilan tunai untuk bayar sewa rumah dalam jurnal am:
    Dt-Ambilan Kt-Sewa

    pastu semua ni kena catat dalam buku tunai ke?

  485. kalau ye butiran die ape?

  486. kalau baucer pembayaran tunai tak perlu catat dalam jurnal am kan? buku tunai je kan?

  487. Sophie,

    Kedua-duanya dalam BUKU TUNAI, kerana ambil TUNAI. Dalam Jurnal Am tidak perlu dicatat lagi.
    1. Ambil tunai untuk didermakan. – BUTIRNYA : DERMA
    2. Ambil tunai untuk bayar sewa rumah. – BUTIRNYA: AMBILAN

    Asalkan melibatkan TUNAI, CEK atau BANK, maka ianya perlu dicatat dalam BUKU TUNAI.

  488. assalamualaikum cikgu…
    sy nk tanya, slepas memulakan perniagaan…adakah kita wajib beli tapak perniagaan atau menyewanya? kemudian, kita patut letakkannya dalam dokumen dan komponen yang mana? saya agak konfius ni…huhu..susah btol la nk buat folio ni…walaupun ada rujukan..tapi saya masih jugak tak faham…hrp ckgu dapat bantu saya sepanjang sy melaksanakan kerja kursus ni…

  489. Syaza, waalaikumussalam.

    Semuanya bergantung kepada perancangan kita. Secara rasionalnya dengan modal RM50,000 sebagai permulaan, adalah lebih baik kita sewa dahulu. Maka SEWA DIBAYAR – Komponen Pembayaran – Baucar Pembayaran / Resit Rasmi / Keratan cek. Cadangan Cg, selalulah berjumpa guru anda untuk mandapatkan bimbingan, supaya Syaza FAHAM apa yang perlu dibuat. InsyaAllah Cg akan bantu, tetapi sebelum itu sila baca komen2 Cg di ATAS.

  490. merujuk contoh tugasan yang diberikan.Membayar cek kepada A, terima diskaun komponen pembayaran.Apakah pandangan cikgu?

  491. Cy,

    Pada pandangan Cg, ada 2 komponen yang terlibat:
    1. Bayar dengan cek – Komponen Pembayaran
    2. Diskaun di terima – Komponen Penerimaan

  492. Slmt Sejahtera lagi cikgu,
    Bagi urus niaga pinjaman contohnya :-
    Membuat pinjaman sebanyak RM10000 daripada bank Alagendra.

    dalam lejar, kita mesti ada bank alagendra ; kt … betul??
    Dan dalam buku tunai kita mesti debitkan akaun kita sebanyak RM10000 dalam bank..

    Terima kasih cikgu!

  493. Darren,

    Akaun Bank Alagendra TIDAK perlu buka sebaliknya buka AKAUN PINJAMAN, di mana catatan bergunya :
    Dt: BANK Kt: PINJAMAN

  494. Maksud cikgu ada akaun bank dan akaun pinjaman dalam lejar?

  495. Cikgu, pada pengetahuan saya, apa-apa mengenai tunai/cek/bank tidak perlu ditulis dalam lejar.. betul??

    Urus niaga :-

    Menerima cek bernilai RM600 kerana Zaleha menjelaskan hutangnya…

    Jika dalam lejar, bolehkah cikgu ajar saya cara untuk catatkan?
    Terima kasih

  496. Darren,

    BUKU TUNAI merupakan Akaun Bank dan Akaun Tunai yang digabungkan, maka dalam LEJAR tidak perlu buka lagi Ak Bank dan Ak Tunai.

    Catat dalam Buku Tunai (lajur Bank) Dt: ZALEHA, kemudian poskan ke LEJAR dalam AKAUN ZALEHA Kt: BANK.

  497. hai cikgu…terangkan apa mcm kerja kursus PA ne sa bingug lh nk wat….. pllllllzzzzzzzzzzzzzz

  498. Liziahlyzz,

    Sila baca komen2 Cg di ATAS.

  499. cikgu , utk paper 3 accounts tu . saya dh strt smpai uruskan urusniaga .
    tapi dlm soalan kata modal 50 000 . then kalau saya tambah perolehan aset komputer dan lengkapan . then tambah juga dgn pinjaman bank , the modal would be increase for
    60 000 ++ , so is this terms will be accepted ?

  500. Farrah,

    Beli Aset Bukan Semasa dan buat Pinjaman itu TIDAK akan menambahkan MODAL, cuma fahami apakah yang dimaksudkan dengan Modal ?

  501. cg, kalau bayar sewa premis(dokumen BAUCER PEMBAYARAN) butiran dia nak tulis ape dalam buku tunai

  502. Sophie,

    Dalam BUKU TUNAI sebelah KREDIT butirnya “SEWA PREMIS” lajurnya sama ada TUNAI / BANK bergantung kepada pembayaran dibuat dengan tunai atau cek.

  503. cikgu, Perolehan aset is record in Jurnal Am or buku tunai?

  504. Weiping,

    Bergantung kepada urus niaga secara TUNAI atau secara KREDIT, jika :
    1. Secara Tunai/Cek – rekod dalam BUKU TUNAI
    2. Secara kredit – rekod dalam JURNAL AM

  505. oo thank you so much

  506. ermm.. apakah yg perlu dicatatkan pd bahagian perkara ?

    membayar sewa kedai RM 700 dengan tunai..
    dokumen resit rasmi??

  507. Aby,

    Gunakan ayat yang mudah dan jelas maksudnya, seperti “Sewa kedai bulan Ogos 2010”.

  508. Salam cikgu,
    1.Bleh ckgu trgkn smula bagaimna urus niaga faedah ats smpnn ini brlaku?
    2. btlkah urus niaga yg sya buat untk faedah atas smpn shja ini:-

    CTH:- pada awl bln: mmsukkan wang tunai sbnyk 30000 ke dlm bank (kontra)

    Pd akhir bln: Terima faedah ats smpann RM 45.00

    3. Jka pd prtghn bln sy mgluarkn wang dr simpanan ataupun mmbuat pembyrn mggnkn wang simpnn perniagaan, adkh ianya akn mmeberi ksn kepada faedah ys sy akn terima pd akhir bln?

    4. Blhkh sy ctt dlm mklmn kredit utk faedah ats smpnn ini sbgai “faedah atas smpnn bg akaun semasa”?

    Terima kasih ckgu….

  509. Keena,

    1. Bila perniagaan simpan duit dibank terutamanya Akaun Semasa (boleh guna Cek), pada akhir setiap bulan pihak bank akan masukkan ke akuan kita faedah atas simpanan.
    2. Pada catatan permulaan pemilik telah memasukkan RM50,000 ke dalam bank perniagaan sebagai modal permulaan. Maka pada akhir bulan akan dapatlah faedah simpanan tersebut, jumlahnya letak sahaja ikut munasabah.
    3. Memang memberi kesan, tetapi pihak bank ada kaedah pengiraan faedahnya sendiri yang tidak diajar disekolah.
    4. BOLEH asalkan jelas maksud urus niaganya.

  510. Nak tanya, apakah komponen bagi hasil dan belanja yang boleh digunakan untuk perniagaan perabot bagi tempoh sebulan urusniaga. Boleh ke faedah diterima dikira sebagai hasil sedangkan kalau sebulan, bank belum bagi apa-apa faedah simpanan. Diskaun tunai dikira sebagai kontra? bukan hasil? Dapat terangkan sikit.

  511. Jamalul,

    Sama dengan perniagan lain juga, cuba dapatkan format Penyata Pendapatan dari mana2 buku dan perhatikan item2 hasil dan Belanja. Beberapa contoh Cg telah berikan dalam komen sebelum ini.

  512. Nak tanya membayar kadar bayaran dengan tunia/cek perlu guna dokumen apa?

  513. cikgu nak tanya…
    markah kerja kursus pelajar-pelajar ini akan di beri kepada LPM pada bulan 9 ini or pada tahun hadapan..
    harap dapat membantu..
    guru baru

  514. Sheila,

    Daripada taklimat yang saya terima, pada akhir September guru pentaksir sekolah akan menyerahkan BORANG RUMUSAN SKOR PROJEK kepada Ketua Pentaksir Kawasan/ Ketua Pentaksir Negeri terlebih dahulu. Di mana sebarang perubahan markah tidak dibenarkan / diterima lagi. Pada tahun hadapan, apabila siap tugasan tingkatan 5, barulah markah digabungkan dihantarkan ke LPM secara online.

  515. Salam, Ramadhan al mubarak…
    Saya kurang pasti tentang diskaun diberi dan diterima. Dalam tajuk akaun kontra dis diberi dibawah komponen JUALAN BERSIH (kontra jualan) bukan pembayaran dan dis diterima dibawah komponen KOS JUALAN ( kontra belian) BUKAN penerimaan … BETUL YG MANA?
    Merujuk arahan 40 urniaga, tetang ambilan utk promosi dan kegunaan perniagaan .. kan itu BUKAN ambilan sebenarnya..
    Agak mengelirukan… Apa pandangan cikgu… TQ

  516. Cikgu deen,

    Salam Ramadhan,
    Pada pandangan saya, keleliruan berhubung Diskaun diberi dan Diskaun diterima timbul apabila Sukatan Pelajaran 2010 diperkenalkan. Iaitu dalam topik Akaun Kontra, pendedahan awal di peringkat SPM dibuat supaya diperingkat lebih tinggi seperti matrikulasi pelajar tidak akan keliru. Pada saya kedua-dua BETUL dan boleh diterima. Sekiranya kita merujuk kepada Sukatan Pelajaran Lama, kedua2 diskaun tersebut dikelaskan sebagai Hasil dan Belanja.

    Yang menjadi tanda tanya sekarang ini, Diskaun diberi dan Diskaun diterima adalah hendak dilaporkan sebagai komponen Kos Jualan dan Jualan Bersih ATAU Hasil dan Belanja dalam penyediaan PENYATA PENDAPATAN bagi sukatan pelajaran 2010. Ianya masih menjadi tanda tanya ???? Ada pendapat mengatakan hanya bagi topik AKAUN KONTRA sahaja diskaun tersebut didedahkan sebagai kontra kepada Jualan dan Belian, manakala dalam penyediaan Penyata Pendapatan ikut format lama. Dan ada juga pendapat yang menyatakan sebaliknya. …. sehingga kini perkara tersebut masih belum terjawab. Ini kerana JAWAPAN hanya dapat diketahui apabila BUKU TEKS BARU dikeluarkan nanti.

    Jadi, pada pandangan saya, buat masa ini kita ikut format pelaporan penyata pendapatan sukatan lama dahulu, sehinggalah ianya betul2 PASTI format pelaporan baru akan digunakan. Maka bagi tujuan kerja kursus, saya cadangkan dikelaskan sebagai komponen hasil dan belanja ataupun kita tiadakan terus urus niaga tersebut.

    Komponen AMBILAN di sini bukannya mengkhusus kepada KONSEP AMBILAN dalam EKUITI PEMILIK, tetapi lebih kepada perbuatan MENGAMBIL tunai/cek atau barang niaga untuk kegunaan sendiri ataupun untuk kegunaan perniagaan.

    Ok, itu saja pandangan daripada saya.

  517. cg,
    adakah dokumen pesanan belian dan nota serahan perlu dibuat ataupun termasuk dlm urusniaga?

  518. Woo,

    TIDAK PERLU, kerana ianya TIDAK dikelaskan sebagai DOKUMEN SUMBER REKOD PERAKAUNAN.

  519. terima kasih atas bantuan cikgu tentang contoh item kertas 3…..

  520. cg, ape beze baucer pembayaran tunai asal dan salinan. tolong terangkan. thanks!

  521. Sophie,

    Setiap dokumen yang dikeluarkan biasanya ada sekurang2nya 2 salinan iaitu ASAL dan SALINAN.
    Dokumen ASAL diberikan kepada pihak lain. Manakala dokumen SALINAN disimpan untuk rujukan.

    Secara ringkasnya:
    Jika kita TERIMA dokumen – dapat ASAL
    Jika kita KELUARKAN dokumen – tinggal SALINAN untuk rujukan.

  522. assalamualaikum cikgu..

    macam mana nak buat dokumen? ada app yang khas utk nya ke?

  523. Syaza,

    Pada pengetahun Cg, Perisian Assetbase ada menyediakan kemudahan menyediakan dokumen, ada guru yang mahir ICT membangunkan sendiri Perisian dengan menggunakan MS Access, ada guru telah menyediakan templet dokumen2 tersebut menggunakan Ms Word ataupun Ms Excel.

  524. cikgu : saya nak tanya setiap dokumen mesti dalam satu muka surat atau dalam satu muka surat boleh buat 2 dokumen ?

  525. Yee,

    Cg cadangkan satu dokumen dalam satu muka surat. Walau bagaimanapun terserah kepada guru sekolah anda yang memutuskannya.

  526. ckg bolehkah faedah atas simpanan saya letak rm 200. kira rasionalke faedah itu utk sebln?

  527. Pelajar,

    Pada pendapat Cg, ianya perlu dikurangkan, mungkin antara RM50 – RM150 sahaja.

  528. salam,
    terima kasih dulu krn wujudkan ruangan ini.macam mana kendalikan pelajar yg bkn pelajar kita.(bukan pelajar akaun).pelajar yg tusyen kat luar.buat kerja dgn guru berbayar.K3 ni baik utk pelajar tapi buat bisnes pd sesetengah org.

  529. Cikgu Ati,

    Penilaian kerja kursus adalah berdasarkan PROSES KERJA dan HASIL KERJA CALON. Ini kerana Penilaian PROSES KERJA calon dan pemberian skor akan dilakukan sepanjang masa tugasan projek dilaksanakan. Dan pada akhirnya calon akan mengisi Perakuan Calon Tentang Ketulenan. Dan sekiranya Pentaksir Sekolah, Ketua Pentaksir Kawasan, Ketua Pentaksir Negeri mendapati adanya unsur penipuan, maka markah calon tersebut boleh dibatalkan.

    Jadi adalah sangat penting setiap pelajar mempunyai FAIL POKET bagi menyimpan SEMUA bahan semasa PROSES KERJA dilakukan bersama2 dengan HASIL KERJA akhir. Sama ada bahan lakaran, draf tulisan tangan, bahan yang telah disemak oleh guru, Borang Semakan dan Penilaian Guru hendaklah disimpan dalam FAIL tersebut sebagai BUKTI calon melakukannya sendiri. Dan sekiranya semua bahan2 semasa proses kerja tersebut TIDAK ADA, dan hanya menghantar HASIL KERJA siap sahaja, maka KETULENAN HASIL KERJA calon tersebut boleh dipertikaikan dan boleh DIBATALKAN.

  530. cg,
    betul ker kalau kita beli satu barang niaga yang contohnya RM600 kita kna jual dgn harga RM 600 juga??
    sya terkeliru krn cg disekolah sya mngatakan bahawa untung @rugi tidak menjadi masalah…

  531. Jojie,

    Itu bukan berniaga namanya, jika HARGA JUAL = HARGA BELI. Di mana RASIONALnya kita berniaga kalau bukan untung yang dicari. Cg cadangkan baca komen2 Cg sebelum ini berkaitan dengan HARGA BELI dan HARGA JUAL.

  532. cikgu, cikgu x da format microsoft word

  533. terima kasih byk byk kepada Cg Narzuki sepanjang menolong byk pelajar , termasuk ku dgn blog ni.

  534. cikgu : saya nak tanya semasa rekod dalam kad stok nilai (RM) dalam kad stok ialah ikut nilai belian sebelum tolak diskaun niaga atau selepas diskaun niaga ? lihat contoh jawapan yang cikgu bagi , ialah ikut nilai sebelum diskaun niaga , betul tak ?

  535. Yee,

    Ikut Harga Seunit yang tersenarai, iaitu harga ASAL sebelum tolak diskaun.

  536. Salam ramadhan,

    buku tunai tu boleh ke buat sebelah debit satu m surat dan sebelah kredit m surat lain atau bolehke buat diatas A3

  537. Nak tanya membayar kadar bayaran dengan tunai / cek,guna dokumen apa?tq…

  538. Jamalul,
    Salam, Arahan Tugasan : Gunakan kertas A4.
    Cg cadangkan buku tunai dibuat dalam format Landscape.

    Cy,
    Beberapa dokumen yang boleh digunakan iaitu: Baucar Pembayaran, Keratan cek, Resit rasmi.

  539. sy nak tnyer.. modal yg d sdiakn adlh rm 50 000, if kte buat pnjman dlm RM 10 000 cm tu, kita pnyer modal akn naik sbyk RM 60 000.. adkh itu mlanggar format yg di kehendaki bhwa modal tdk boleh melebihi RM 50 000??

  540. Ayuniza,

    Cuba tanya cikgu apa yang dimaksudkan dengan MODAL ?
    PINJAMAN RM10,000 tidak boleh dikelaskan sebagai MODAL, ianya adalah LIABILITI.

  541. cikgu….saya nak tanya “PEMILIK MENGAMBIL SEBAHAGIAN STOK PADA HARGA KOS RM 430 UNTUK DISEWA OLEH GANESH”
    macam mana catatan bergu dia ek…..pening????

  542. Sara,

    Macam mana tidak pening, urus niaga itu sendiri sudah pening … macam mana nak buat catatan bergu.
    Pada pandangan Cg, URUS NIAGA itu tidak betul. Cuba ceritakan pada Cg, apa maksud urus niaga tersebut… ataupun apa yang hendak disampaikan sebenarnya.

  543. JIKA PERAKUAN CALON, PROFIL PERNIAGAAN, KAD STOK SUDAH DILETAK DI BAHAGIAN KURSUS, PERLU JUGA DILETAKKAN SEKALI LAGI DALAM LAMPIRANKE?

  544. Pelajar,

    LAMPIRAN dalam Buku Panduan Pelaksanaan Projek merupakan ISI KANDUNGAN kerja kursus/folio anda, ianya bukan lagi sebagai Lampiran.

  545. salam…
    cg narzuki,
    cam mane susunan kerja khursus dgn bagaimana cara nk buat mengikut susunan tersebut..??

  546. Haziq,

    FORMAT PENDOKUMENTASIAN

    MUKA DEPAN, terdiri daripada maklumat diri.
    i. Nama Calon
    ii. Angka Giliran
    iii. Kad Pengenalan

    KANDUNGAN
    1. Perakuan Calon
    2. Penghargaan
    3. Pengenalan Perniagaan
    4. Profil Perniagaan
    5. Perancangan Urus niaga
    6. Dokumen perniagaan
    7. Buku Catatan Pertama
    8. Lejar
    9. Imbangan Duga
    10. Pengiraan Stok Akhir
    11. Penyata Pendapatan
    12. Kunci kira-kira
    13. Rumusan aplikasi Konsep, Prinsip dan andaian perakaunan

  547. [quote]# yee Says:
    August 25th, 2010 at 1:02 am

    cikgu : saya nak tanya semasa rekod dalam kad stok nilai (RM) dalam kad stok ialah ikut nilai belian sebelum tolak diskaun niaga atau selepas diskaun niaga ? lihat contoh jawapan yang cikgu bagi , ialah ikut nilai sebelum diskaun niaga , betul tak ?
    [/quote]

    Nak komen sikit pasal hal ini. Setakat kefahaman saya, nilai atau kos yang dicatat dalam Kad Stok mestilah kos yang dibayar. Jika ada diskaun niaga, maka kos barang niaga mestilah diukur SELEPAS menolak diskaun niaga.
    Implikasi jika kita hanya ambil Harga dalam Invois Sebelum Diskaun niaga ialah :
    Nilai Stok terlebih lapor.

    Contoh kiraan :
    Beli barang niaga secara kredit dari Sykt XXX pada nilai RM950.
    Perincian Invois ialah:
    Kuantiti = 100 unit
    Hg Asal = RM10.00
    Disk. Niaga = 5%
    Jumlah Kasar = 100 unit x RM10 = RM1000
    Jumlah Bersih = RM1000 – (RM1000 x 5%) = RM1000 – RM50 = RM950

    Jika dalam Kad Stok hanya di tulis harga Asal maka jikalau penilain Stok Akhir dibuat pada tarikh itu, sudah pastilah nilainya ialah RM10 x 100 unit = RM1000. Sedangkan nilai invois hanyalah RM950.

    Kesimpulan, nilai ditulis dalam Kad Stok mestilah nilai INVOIS SELEPAS tolak Diskaun Niaga.

    Saya percaya inilah yang betul. Harap dapat respons dari pihak lain demi manfaat kita semua.

  548. Sifu2b,

    Saya tidak menolak pandangan tersebut, cuma saya terfikir adakah ianya praktikal/ diamalkan dalam perniagaan sebenar. Katakan dalam satu Invois Belian mengandungi berpuluh2 item … dan terdapat beberapa invois belian dalam sebulan ….. adakah kita akan kira setiap satu item harga kos selepas tolak diskaun ? kemudian rekodkan dalam Kad Stok. Bagaimana pula jika belian kali kedua bagi item yang sama dapat kadar diskaun yang berbeza … maka akan wujud satu item dengan 2 harga kos, tidak dapat tidak kaedah penilaian stok FIFO,LIFO, Harga Purata perlu digunakan. Sedangkan jika dirujuk kepada Senarai Harga Barang dari pembekal merujuk kepada harga seunit tanpa tolakan diskaun niaga.

    Pandangan saya hanya sekadar memudahkan pelajar memahami konsep paling asas dalam penilaian stok akhir menggunakan Kad Stok tanpa melibatkan penggunaan kaedah2 penilaian stok yang akan dipelajari diperingkat yang lebih tinggi nanti (diluar skop SPM).

    Pandangan Saudara Sifu2b juga betul dan boleh digunakan, cuma apabila wujudnya 1 item yang sama dengan 2 Harga Beli yang berbeza, maka pastikan pelajar diajar tentang FIFO, LIFO atau Harga Purata bagi tujuan penilalain stok akhir tersebut.

    Satu lagi, kesan terlebih lapor nilai STOK AKHIR sebenarnya akan diperbetulkan dengan sendirinya pada tahun hadapan / semasa.

    Contohnya:
    2009 – Stok Akhir TERLEBIH lapor RM50, Kos Jualan akan TERKURANG, Untung Kasar TERLEBIH RM50.
    2010 – Stok Akhir –> Stok AWAL TERLEBIH RM50, Kos Jualan TERLEBIH, Untung Kasar TERKURANG RM50.

    Dan jika diperhatikan dalam 1 tahun, akan wujud :
    – STOK AWAL terlebih lapor RM50
    – STOK AKHIR terlebih lapor RM50
    maka TIADA KESAN kepada UNTUNG KASAR

    Pada pandangan saya, itu juga salah satu sebab kenapa konsep TAKAP boleh diterima pakai.

    Ok, itu saja sekadar pandangan daripada saya.

  549. Cg,
    terima kasih atas info di atas….
    macam mana dgn bahan2 yg diberi oleh stdn dlm btk softcopy juga perlu di print out dan disimpan dlm fail pocket? sbb saya hanya minta stdn hantar draft stdn by email…..

  550. Woo,

    Segala bentuk bahan proses kerja calon serta Borang Semakan & Penilaian Guru sebaik-baik disimpan dalam fail poket sebagai BUKTI ketulenan HASIL KERJA calon tersebut.

  551. ckg, spt yg dibg tau di atas tiada lampiran ya. saya minta students saya buat senarai harga brg, alamat pembekal n pelanggan, senarai semak keperluan dokumen dan pengiraan mengenai setiap urus niga dan minta diletak dlm lampiran. bolehkah?

  552. Ckg Meera,

    BOLEH, maksud saya LAMPIRAN daripada LPM tidak menjadi Lampiran bagi Laporan Kerja Kursus pelajar, sebaliknya jadi KANDUNGAN. Pelajar boleh jadikan LAMPIRAN (sendiri) bagi Laporan Kerja Kursus seperti borang2 yang terlibat yang TIDAK termasuk dalam KANDUNGAN mengikut Format Pendokumentasian tersebut.

  553. “PEMILIK MENGAMBIL SEBAHAGIAN STOK PADA HARGA KOS RM 430 UNTUK DISEWAKAN KEPADA GANESH”…maksud dia macam ni….untuk komponen penerimaan hasil..perniagaan tersebut ada menyediakan penyewaan pinggan mangkuk selain menjual…boleh ker buat DT GANESH KT SEWA DITERIMA

  554. Sara,

    Kalau itu maksudnya, Cg cadangkan urus niaga tersebut ditukarkan kepada “Ganesh bayar sewa pinggan mangkuk RM500 dengan cek/tunai.”

  555. Maaf Cg Narzuki,
    Tetapi pandangan bahawa “kesilapan terlebih lapor akan dibetulkan di tahun baru” adalah tidak tepat. Ini kerana perniagaan mesti melaporkan maklumat perakaunan tahun semasa dengan tepat dan munasabah. Dalam hal ini, stok terlebih nilai mesti juga dibetulkan dalam tahun semasa, jika ada.
    Saya ada buat beberapa pembacaan tambahan dan mendapati bahawa nilai stok mesti dihitung menggunakan nilai invois (less trade discount, jika ada).

    Cadangan saya, untuk mengelakkan (dan memberi gambaran tepat nilai stok) terlebih nilai, mungkin pelajar boleh hitung dalam Kad stok seperti berikut:
    Katalah nilai RM10 seunit dan diskaun niaga di tulis dalam invois ialah 5%.
    Dalam kad stok, Kos Seunit (RM) hendaklah dicatat RM9.50 dan bukannya RM10. Sekaligus tindakan ini akan mengelakkan stok akhir (atau stok awal) terlebih nyata.

    Saya suka juga mencadangkan supaya pelajar sediakan invois tanpa diskaun niaga, mengambil kira tak semua perniagaan menetapkan diskaun niaga sentiasa dalam semua urus niaga kredit masing-masing.

    Apa-apapun, terima kasih di atas perkongsian pandangan bernas Cg Narzuki di atas.

  556. Sifu2b,

    Terima kasih atas pandangan dan maklumat tersebut. Saya juga setuju dengan pandangan tersebut. Cuma skop pandangan saya adalah menjurus kepada penyediaan Kerja Kursus bagi pelajar dengan mengambilkira Skop Sukatan Pelajaran. Di mana pelajar perlu didedahkan dengan penggunaan asas Kad Stok dalam penilaian stok akhir atas kos, serta perlajar perlu diajar dan sebaik-baiknya diaplikasikan Diskaun Niaga dan Diskaun Tunai dalam tugasan tersebut. Jadi cadangan sediakan Invois TANPA diskaun niaga, saya kurang setuju bagi tujuan pembelajaran.

  557. cikgu….jika dalam kad stok terlebih nyata kerana kita rekod pada harga belian sebelum diskaun…jadi adakah pada kunci kira-kira nanti..kunci kira-kira tidak akan seimbang

  558. Sara,
    KKK akan imbang, tetapi maklumat dilapor boleh dikatakan tidak lagi tepat.

    Perakaunan ini unik, kerana keperluan melapor maklumat tepat bukan sahaja untuk kegunaan peniaga tetapi juga pihak ketiga TERMASUKLAH Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk percukaian dan pihak-pihak lain. Kesan Stok terlebih nyata ialah Untung perniagaan Terkurang lapor. Sekaligus cukai dikenakan juga kurang.

    Oleh itu, dalam amalan percukaian, ada peraturan pihak percukaian (kalau di USA dipanggil IRS) yang menetapkan bahawa Stok/Inventori perniagaan mesti dilapor SELEPAS menolak Diskaun Niaga. Arahan ini adalah serasi dengan standard perakaunan IAS02 – https://www.iasplus.com/standard/ias02.htm.

    Sekadar berkongsi ilmu tambahan.

  559. gd morning cg narzuki, terima kasih atas semua keterangan yang diberi. cikgu sekarang saya menghadapi masalah dalam kad stok dan penyediakan dokumen. cikgu kalau saya hanya pilih untuk memberi diskaun tunai sahaja boleh tak tanpa diskaun niaga.

  560. Sifu2b,
    Terima kasih atas maklumat / ilmu tambahan tersebut serta respon kepada pertanyaan pelajar.

    Kalai,
    TIADA sebarang ketetapan supaya MESTI ada Diskaun niaga dan diskaun tunai, jadi nak buat boleh tak buat pun boleh. Cuma bagi tujuan pembelajaran, sebaik-baiknya kita aplikasikan ilmu dan kemahiran tersebut. Walau bagaimanpun terserah kepada anda dalam menentu dan merancang perjalanan perniagaan anda.

  561. Mohon pandangan dari semua guru pelawat CG Narzuki Online ini.

    Adakah pelajar kita perlu sediakan Akaun Kawalan Penghutang dan Pemiutang dalam Lejar Am atau bagaimana. Maklumlah, topik itu telah diserapkan ke dalam bab lejar.

    Sekian terima kasih.

  562. cikgu…macam mana dengan merekod pada kad stok..sedikit keliru…adakah pulangan barang kerana rosak perlu direkodkan dekat “MASUK” balik selepas diterima..atau dibiarkan saja….kerana stok tersebut sudah tidak boleh dijual…atau macam mana?

  563. cikgu….dekat bahagian rumusan aplikasi tu….macam mana nak terangkan? kurang faham..adakah dari penilaian guru sendiri atau pelajar yang perlu buat ikut konsep dan prinsip perakaunan

  564. Sara,

    Pada pandangan Cg, bahagian RUMUSAN pelajar hendaklah menghubungkaitkan sekurang2nya 3 konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang berkaitan atau diamalkan oleh perniagaan anda.

    Manakala bagi barang niaga yang dipulangkan kerana ROSAK, kita tidak perlu “MASUK” dalam Kad Stok kerana ianya sudah tidak boleh dijual.

  565. terima kasih cikgu kerana sangat membantu

  566. salam ramadhan..

    ckgu,saya tak berapa faham tentang dokumen yang kerja kursus p.akaun frm 4..boleh terangkan mcm mane nk wat.contoh,invois dan resit.semua berpandukan urus niaga ke?

  567. Aishah,

    Semuanya saling berkaitan ataupun dalam satu kitaran perakaunan. Bermula dengan penyediaan Perancangan Urus Niaga – sediakan dokumen2 sokongan yang terlibat bagi setiap urus niaga – merekod dalam buku catatan pertama – postkan ke Lejar – sediakan Imbangan Duga – buat Penilaian Stok Akhir – akhirnya sediakan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

  568. salam,
    ini berkenaan dokumen perniagaan.
    kerja kursus tingkatan 4.
    keratan cek.
    baki akhir dalam column nak letak modal awal waktu mulakan perniagaan @ baki setelah urus niaga?
    tlg reply dengan segera.

  569. Keratan Cek

    BAKI AKHIR disini merujuk kepada baki wang dibank sebelum urus naiga ini berlaku. Di mana NILAInya diambil daripada BAKI dalam keratan cek sebelum ini.

  570. askum…cikgu saya kurang pastilah jika “pemilik membuat pinjaman bank sebanyak rm 10 000” dalam memo…kita nak pos kan kemana buku tunai atau jurnal am…kalau dalam buku tunai letak sebelah debit bahagian bank…dan kalau dalam jurnal am DT BANK KT PINJAMAN….yang mana yang betul ek

  571. Sara,
    Salam. Di BUKU TUNAI lajur BANK sebelah DEBIT butir PINJAMAN kemudian diposkan ke Lejar AKAUN PINJAMAN sebelah KREDIT butirnya BANK.

  572. Hi Cikgu

    Dalam ID.
    Mestikah kita letak diskaun diterima dan pinjaman?

  573. Darren,
    Cuba cari apakah yang dimaksudkan dengan Imbangan Duga ? Maka anda akan dapat jawapannya.

  574. salam..

    cikgu,saya nak tanya setelah cukup 40 urus niaga yang telah dibuat,kita mesti terus buat dokumen dahulu atau kad stok dahulu?

  575. Hawa,
    Buat Dokumen kemudian Kad Stok ataupun sebaik2nya dibuat secara serentak / selang seli.

  576. salam ckg..

    saya ada menyediakan nota debit bagi merekod caj angkutan masuk dan upah belian..
    soalan saya adalah, macam mana saya nak rekod ke dalam jurnal am??

    terima kasih ckg..

  577. Salam Ns,
    Nota Debit diterima daripada pembekal, maksudnya kita telah terhutang kos angkutan masuk dan upah atas belian dengan Pembekal/Pemiutang.
    Maka, catatan dalam Jurnal Am – Dt: Upah atas belian / Angkutan Masuk Kt: Nama Pembekal/Pemiutang

  578. salam

    ckgu sya nk tnya,sya buat urus niaga :
    belian kt drpd pmbkal 3
    *set komputer axel (10 ) RM10000
    terima diskaun 10% = RM1000.
    Saya bk tye,belian kt msuk dlm dokumen invois asal,manakala terima diskaun ini pulak dimasukkan ke dalam penerimaan?betul ke?cikgu boleh tak beri contoh dokumen yg akn dibuka jika penerimaan.

  579. Hawa,
    Salam, dalam Invois belian tersebut jumlah yang terhutang (10,000-1,000) RM9,000. Maka dalam JURNAL BELIAN nanti jumlah yang perlu direkod adalah RM9,000. DISKAUN NIAGA tersebut tidak perlu direkod dan ianya TIDAK dianggap sebagai PENERIMAAN. DISKAUN DITERIMA dan DISKAUN DIBERI adalah merujuk kepada DISKAUN TUNAI yang terdapat dalam RESIT RASMI sahaja.

    Antara item2 dalam Komponen Penerimaan ialah sewa diterima, komisen diterima, dividen, faedah atas simpanan. Dan antara dokumen yang boleh digunakan ialah Resit rasmi, Makluman Kredit.

  580. Kerja Kursus Tingkatan 4
    1.adakah saya perlu membuat kad stok dahulu sebelum membuat imbangan duga?. kerana untuk mengetahui baki akhir yang ada selepas urus niaga.
    2. dalam invois salinan, jika saya tidak memberikan diskaun niaga dan diskaun tunai kepada penghutang, perlu tak saya tulis dalam invois tersebut?

  581. Nurul,
    1. Kad Stok digunakan untuk menilai STOK AKHIR. Dan Stok Akhir perlu dinyatakan dalam Imbangan Duga sebagai maklumat tambahan. Sebaik-baiknya Kad Stok disediakan selepas penyediaan dokumen, kerana kita dapat kesan jika berlakunya kesilapan dalam KUANTITI yang dijual dan Invois Jualan. Contohnya, Baki Kuantiti Stok Semasa ada 100 unit tetapi dalam Invosi Jualan kuantiti yang dijual 120 unit, maka PEMBETULAN boleh dilakukan terhadap KUANTITI jualan tersebut.

    2. Jika TIADA diskaun yang diberikan, maka tidak perlu tulis apa2.

  582. Nurul Aysha Humaira

    Assalamualaikum,
    untuk tugasan kerja kursus tingkatan 4, perlu atau tidak buat bil tunai kerana dalam syllabus baru, bil tunai digantikan dengan jurnal penerimaan dan pembayaran?
    saya terpaksa menghantar kerja kursus ini sebelum cuti raya, harap balas:(p
    terima kasih, jasamu dikenang <3

  583. Nurul,
    Waalaikumussalam, Cg ingin membuat pembetulan disini, BIL TUNAI dan JURNAL PENERIMAAN TUNAI dan JURNAL PEMBAYARN TUNAI adalah 2 perkara yang berbeza.
    – Bil Tunai => Dokumen Perniagaan
    – Jurnal => Buku Catatan Pertama

    BIL TUNAI masih lagi perlu digunakan bagi urus niaga jualan / belian secara tunai.

  584. Salam ramadan al mubarak,
    Cikgu, saya confuse tentang penerimaan hasil.. boleh tak saya terima faedah atas simpanan? Ada tak cadangan penerimaan yg lain selain drpd terima komisen dan diskaun. Tk

  585. Noor Hayati,
    Salam Ramadhan, antara item Penerimaan Hasil ialah Faedah atas simpanan, sewa diterima, komisen diterima, *diskaun diterima.

  586. i am not sure what type of font should be use… did anyone know?please inform me.. urgen ~i am a form 4 student

    urgen to know….

  587. Lyn,

    Dalam Soalan / Arahan Tugasan no 6 jelas menyatakan,

    6. Tugasan projek hendaklah dicetak dengan mematuhi perkara berikut:
    6.1 Saiz kertas : A4
    6.2 Saiz font : 12
    6.3 Jenis font : Times New Roman
    6.4 Dokumen perniagaan: Saiz font, jenis font dan jarak antara baris adalah mengikut kesesuaian.

  588. Assalamualaikum cikgu.
    Harga barang yang kita beli secara tunai memang kena buat murah sikit ye berbanding kita beli secara kredit?
    Contohnnya:
    Sekiranya syarikat saya beli 1 Laptop ACER daripada Perniagaan Komputer Razak secara KREDIT = Harganya RM1800.
    Tetapi, sekiranya saya beli 1 Laptop ACER daripada pembekal yang sama = Harganya RM1445.
    Betul ke??
    Kalau begitu susahlah untuk rekod dalam kad stok.

  589. Aina,
    Waalaikumussalam, itulah sebabnya untuk tujuan KERJA KURSUS, Cg cadangkan menggunakan HARGA SENARAI/ASAL iaitu harga sebelum ditolak diskaun niaga.

    Invois

    Merujuk kepada Invois diatas Item Minyak Wangi Rose :
    Harga Seunit (Senarai/Asal) = RM65.
    Harga belian kredit = RM65 – (20%X65) = RM52 ……..(Diskaun 20%)
    Harga belian tunai = RM65 – (30%x65) = RM45.50 …..(Diskaun 30%)

    Seperti yang terang dikemukakan oleh Sifu2b sebelum ini, SEPATUTNYA kita kena rekod ikut HARGA KOS selepas tolak DISKAUN. Apabila timbulnya kes, 1 item yang sama dengan 2 Harga Kos yang berlainan, Maka satu kaedah penilaian stok (FIFO, LILO, Harga Purata) perlu dipilih dan digunakan. Itulah yang sepatutnya dilakukan dan diamalkan dalam perniagaan sebenar. Di mana anda akan pelajarinya secara detail diperingkat yang lebih tinggi nanti.

    Tetapi bagi tujuan KERJA KURSUS dan pendedahan awal kepada Kad Stok, Cg mencadangkan supaya HARGA SENARAI/ASAL digunakan dalam merekod Harga Seunit dalam Kad Stok. Merujuk contoh diatas iaitu RM65, maka kaedah penilaian stok tersebut tidak perlu digunakan untuk peringkat ini.

    Walau bagaimanapun bagi tujuan penyelarasan diperingkat sekolah, sila BERTANYA guru anda disekolah untuk mendapatkan kepastian.

  590. salam cg,

    saye telah siapkan 40dokumen trsebut dan telah di poskan ke lejar.
    namun semasa melakukan imbangan duga.ia tidak seimbang.adakah saya perlu memnuat dokumen itu semula ?

  591. Nurul Aysha Humaira

    oh maaf, saya tersilap
    bil tunai yang saya maksudkan itu ialah buku tunai.
    minta penerangan lagi.

  592. Nurul,

    BUKU TUNAI bukannya dikeluarkan, cuma dipindahkan ke topik LEJAR. Manakala JURNAL PENERIMAAN TUNAI dan JURNAL PEMBAYARAN TUNAI bukannya topik baru, dalam sukatan lama sudah ada perkara tersebut.

    Sebenarnya anda ada 2 pilihan dalam merekod urus niaga tunai, sama ada menggunakan :
    1. BUKU TUNAI
    2. JURNAL PENERIMAAN TUNAI dan JURNAL PEMBAYARAN TUNAI

    Bagi tujuan penyelarasan adalah lebih baik BERTANYAKAN guru anda di sekolah.

  593. keja kursus
    saya telah siapkan 40 urus niaga dan dokumen nya sekali. cikgu sk sudah pun check dan tiada masalah.
    jurnal pun dah siap.tetapi imbangan duga saya tidak imbang. di mana saya nak betulkan kesilapan supaya imbangan duga imbang.dah bnyak kali kira dan check semula.

  594. Hazirah & Puteri,

    Masalah Imbangan Duga tidak seimbang, bukannya kesilapan pada dokumen, tetapi pada catatan bergu yang dilakukan. Cuba semak sistem catatan bergu anda satu persatu, di mana setiap urus niaga memerlukan catatan DEBIT dan KREDIT dan jumlahnya adalah SAMA. Jika kesilapan masih tidak dapat dikesan, maka berjumpalah GURU anda untuk SEMAKAN dan mendapat BIMBINGAN.

  595. Cg,
    jadi semasa mencatat di kad stok, bagi 1 barang yg mempunyai 2 harga kena jumlahkan stok pada akhirnya sahaja?misalnya stok akhir
    10 unit RM100=RM1000
    5 UNIT RM50= RM250
    Jadi stok akhir yg masuk ke pp ialah RM1250?
    TQ

  596. dan satu lagi Cikgu,harga bagi pulangan barang ambil yg slp diskaun atau sblm diskaun sms catat di kad stok?

  597. Woo,
    Harga bagi pulangan mestilah sama dengan harga semasa belian.
    Stok akhir untuk masukkan dalam Penyata Pendapatan & KKK hendaklah dicampurkan semua baki2 akhir setiap item stok yang ada.

  598. 1. saya confius bila cg katakan stok akhir perlu dimasukkan ke imbangan duga…
    2. Bolehkan sekiranya cg berikan contoh untuk elemen 3.. rumusan aplikasi konsep sbb saya pun tak tahu mcm mana nak terangkan kepada pelajar…
    3. Pelajar saya adalah dalam kalangan yang lemah.. jadi dari perancangan – catatan penutup saya buat sendiri dan minta pelajar tiru semula dan ubah jenis peralatan yg dibuat atau ubah kuantiti yg dibeli/ dijual dan tukar nama2 pembekal dan pembeli sahaja….
    4. berkenaan diskaun niaga juga tidak saya aplikasikan dalam invois…takut pelajar lagi pening.. dgn 40 perancangan urusniaga… dan lain2 catatan yg mereka perlu buat serta kekangan masa serta tahap mereka yg lemah… saya rasa sekiranya mereka dapat lihat cara penyediaan satu set akaun yg lengkap bermula dgan dokumen sumber itu sudah memadai….Apa pandangan cg?

  599. Cg Shida,

    1. BUKAN masukkan dalam senarai Akaun dalam Imbangan Duga, hanya sebagai CATATAN SELEPAS Imbangan Duga sahaja. Ianya bagi memudahkan penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK, itupun jika dirasakan perlu. Cuba rujuk soalan2 penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK, biasanya diberikan Imbangan Duga dan Maklumat tambahan berkaitan dengan nilai Stok Akhir.

    2. Sila rujuk Contoh Tugasan T4 sebagai panduan. Ianya lebih kepada pelajar menerangkan konsep2 yang perniagaan mereka patuhi, seperti Konsep Kos Sejarah, Wang sebagai Ukuran, Entiti Berasingan, Usaha Berterusan dan sebagainya.

    3. Tujuan Kerja Kursus adalah untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran2 dalam kitaran perakaunan dan mengaplikasikannya dalam tugasan tersebut.

    4. Terserah pada penilaian cikgu terhadap kemampuan anak2 pelajar. Cuma yang sebaik-baiknya pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan Diskaun niaga dan Diskaun tunai tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya pelajar tidak melibatkan diskaun tersebut dalam tugasan. Cadangan saya, pastikan cikgu ajar mereka berkaitan dengan pengiraan diskaun2 tersebut serta syarat bayaran seperti “5 hari 10%, 7 hari 5%”. Ini kerana perkara tersebut ada kemungkinan akan disoal dalam Soalan 1 Kertas 2 SPM nanti.

  600. cg kalau bil tunai asal butir dia belian kan…kalau nak catat dalam lejar am kena campur dengan pelbagai pemiutang ke tak?

  601. Sophie,

    Maaf, Cg kurang jelas maksud soalan tersebut.
    Adakah selepas Urus Niaga dan Dokumen, anda terus rekod ke LEJAR tanpa menyediakan Buku Catatan Pertama terlebih dahulu ?

    Belian Tunai – catatan bergunya Ak Tunai/Bank dan Ak Belian, tidak terlibat dengan Pemiutang. Urus niaga BELIAN KREDIT sahaja yang akan melibatkan Pemiutang.

  602. salam..
    kalau terima diskaun,ia akan ke penerimaan kan?
    dimasukan ke dalam dokumen apa?
    saya kurang jelas dgn diskaun diberi dengan diterima diskaun..
    dan angkutan masuk dimasukkan ke dalam dokumen apa?
    tolong jelaskan..tq

  603. Hawa,

    Sila rujuk komen Cg di ATAS (klik).

  604. 1. akaun belanja sama @ tidak dengan belanja runcit? setahu saya belanja runcit hanya untuk belanja yang kurang drpd rm100.
    2. urusniaga – mengadakan upacara pembukaan perniagaan sebanyak rm2125 dengan cek. melibatkan urus niaga apa.?
    saya tengah buat lejar..

  605. Nur Kasih,

    1. Akaun BELANJA adalah terlalu UMUM. Belanja apa ?
    2. Pada pandangan Cg, upacara pembukaan tersebut merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan kepada orang ramai. Jadi bolehlah dikelaskan sebagai belanja PROMOSI.

  606. cg, kalau imbangan duga tak seimbang kena buat ape? saya dah semak betul2 …….tapi tak seimbang jugak

  607. Sophie,
    Adakah baki Ak TUNAI dan Ak BANK daripada BUKU TUNAI telah dimasukkan dalam Imbangan Duga ?

  608. dah… kalau tak seimbang dikira salah ke?

  609. Cuba kira berapa perbezaannya, katakan RM1000, kemudian cuba cari ada tak urus niaga yang bernilai RM1000 yang mungkin anda tertinggal catat. Jika masih tidak jumpa, BAHAGIKAN dengan 2 (RM1000/2)= RM500, kemudian cari urus niaga yang bernilai RM500 yang mungkin tersilap catat disebelah yang salah ….. ok cuba dulu.

  610. terima kasih atas pandangan cg…

  611. cg, saya tak jumpa ape2….saya dah tak tahu nak buat apa lagi…saya sangat stress…….cg ada apa2 nasihat untuk saya tak?

  612. Sophie,
    Tak payah nak stress2, kerja kursus ni satu proses pembelajaran, cadangan Cg hantarkan kepada cikgu anda disekolah untuk disemak, kemungkinan ada catatan bergu yang tidak betul atau kedudukan baki2 yang terbalik antara debit – kredit.

  613. i wan to ask teacher that rumusan how to write…can u give some example??

  614. Elaine,
    Sila muat turun CONTOH TUGASAN T4 di atas sebagai panduan.

  615. Pinjaman dalam dokumen tulis di dalam buku tunai atau jurnal am??

  616. Xiah,
    Jika melibatkan TUNAI/CEK/BANK, maka catatannya dalam BUKU TUNAI.

  617. SALAM..
    cikgu sya kurang pasti dengan harga barang
    jika harga seunit rm 65..
    harga yg akn dijual kpd pelangan kalau sama boleh ke?
    tiada diskaun yg akan diberi.
    cikgu tolong beri ketrengan lanjut dengan harga brg dan tarikh urus niaga..sya keliru,sya buat urus niada pd blan januari ttpi tarikh nya sya keliru

  618. Hawa,
    Tiada masalah jika kita TIDAK berikan diskaun kepada pelanggan. Bagi memudahkan penyediaan dokumen, Cg sarankan sediakan Senarai Harga Beli dan Harga Jualan Stok. Bagi menetapkan tarikh urus niaga, boleh berpandukan kalender bulan Januari 2010, kalau hari cuti tiada urus niaga, kemudian agihkan2 40 urus niaga tersebut.

  619. Dalam buku tunai, bolehkan belian dan jualan mengulang lebih dua kali??

  620. Diskaun diterima dalam lejar bagaimana buat??
    Boleh berikan contoh??
    tolong??

  621. Xiah,

    Catatan bergu bagi Diskaun diterima:
    Dt: Pemiutang / Nama Pembekal
    Kt: Diskaun diterima

    Dalam BUKU TUNAI, item jualan dan belian BOLEH berulang beberapa kali.

  622. Assalamualaikum, Cikgu.
    Ok, cikgu saya faham..
    Tapi cikgu saya ada pertanyaan.

    Adakah diskaun niaga untuk belian tunai perlu dicatatkan pada bil tunai?
    Jika tidak, adakah harga item yang dinyatakan pada bil tunai itu adalah harga yang sudahpun dipotong diskaunnya?

    Terima kasih!

  623. Aina,
    Pada Cg, sebaik2nya dalam Bil Tunai dinyatakan Harga Seunit, kemudian tolak Diskaun niaga , sepertimana dalam Invois.

  624. Thanks, teacher^^

  625. Cikgu,

    Dalam komponen kos jualan bolehkah tulis belian terkurang caj?

  626. Js,
    Pada Cg, BOLEH dikelaskan sebagai Komponen Kos Jualan, Nota Debit dikeluarkan bagi membetulkan invois belian kredit sebelum ini.

  627. cikgu : saya nak tanya sekiranya dalam semua urus niaga saya tidak terlibat diskaun niaga , boleh tak ?

  628. Yee,
    TIADA SYARAT yang menetapkan MESTI ada Diskaun, cuma anda tidak dapat mengaplikasikan kemahiran/pengetahuan tentang diskaun dalam tugasan anda.

  629. adrianna mayesa

    premium insurans sama atau tidak dengan insurans atas belian?
    Kalau premium insurans kedai yang dibayar oleh bank atas arahan sedia ada RM2500 melibatkan akaun apa?

  630. Adrianna,

    Premium Insurans Kedai dan Insuran atas Belian adalah TIDAK SAMA.
    Akaun BANK dan Akaun INSURANS yang terlibat.

  631. ckg folio akaun cover depan kena ada apa ye….

  632. Kala,

    MUKA DEPAN, terdiri daripada maklumat diri.
    i. Nama Calon
    ii. Angka Giliran
    iii. Kad Pengenalan

  633. cg, penilaian stok akhir tu apa? cg tahu tak?

  634. Sophie,

    Penilaian stok akhir bemaksud menghitung nilai stok akhir perniagaan menggunakan Kad Stok yang telah anda disediakan.

  635. salam…cikgu
    bagi urusniaga angkutan masuk belian barang niaga dan insurans atas belian barang niaga akan menghasilkan dokumen apa???

  636. Ika,

    Terdapat beberapa dokumen yang boleh digunakan seperti Resit rasmi, Keratan cek, Nota Debit, Bil Tunai, Invois, Baucar pembayaran…. ianya bergantung kepada macam mana urus niaga itu berlaku.

  637. cikgu saya nak tanya : tentang harga jualan mesti ialah harga kos + _____% = harga jualan ataupun harga jualan
    boleh letak mengikut suka hati sendiri tetapi janji lebih tinggi daripada harga belian ?

  638. Yee,
    Kedua-dua carapun boleh, nak tetapkan peratus tokokan ataupun letakkan harga jualan yang munasabah atau mengikut harga di pasaran. Dan sudah semestinya Harga Jualan LEBIH TINGGI daripada Harga Beli.

  639. salam cikgu . kat mana nak cari 20 contoh lampiran kat website cikgu ? nak buat rujukan .

  640. Farah,

    Lihat di ATAS sekali, dalam kotak BIRU.

  641. cikgu,
    sekiranya saya tidak ingin memberi diskaun niaga di dalam invois,dalam resit rasmi kena ada diskaun tunai ke?dan bagaimana kita dapat diskaun tunai??adakah kita tetapkan sendiri atau kena guna formula??
    thx

  642. Sunainika,

    Diskaun Tunai peniaga tetapkan dalam Syarat Pembayaran pada Invois. Contohnya,

    Invois

    Rujuk : Syarat 5% 7 hari
    Sekiranya pembayaran bagi menjelaskan semua baki hutang tersebut dalam masa 7 hari, maka diskaun tunai sebanyak 5% akan diberikan.

  643. cikgu,
    komisen diterima nak masuk dokumen apa?
    asal / salinan?

  644. Zetty,

    Jika komisen diterima dalam bentuk wang tunai / cek, maka RESIT RASMI boleh digunakan.
    Dan jika kita yang mengeluarkan Resit Rasmi tersebut, maka SALINAN.

  645. perniagaan A membeli barang niaga RM15 000 daripada kilang B secara kredit..pada masa yang sama berlaku urus niaga angkutan masuk atas belian barang niaga daripada kilang B dan insurans atas belian barang niaga daripada kilang B…..dalam situasi ini akan menghasilkan dokumen apa????klu beli secara kredit akan menghasilkan invois(A) tp bagaimana pula dengan dengan urus niaga angkutan masuk atas belian dan insurans atas belian daripada kilang B???

  646. Ika,
    Dalam kes ini, Cg cadangkan gunakan dokumen NOTA DEBIT. Di mana semua kos angkutan masuk dan insurans tersebut telah dibayar oleh pembekal terlebih dahulu, kemudian pembekal membuat tuntutan terhadap kos2 tersebut kepada pembeli.

    Tetapi sekiranya Peniaga A yang membayar semua kos angkutan dan insurans tersebut tanpa melibatkan Pembekal (Kilang B), maka dokumen seperti Resit Rasmi, Bil Tunai, Keratan cek boleh digunakan.

  647. Cg,
    harga seunit dlm nota kredit merujuk kpd harga asal atau harga jualan?

  648. Woo,
    Apabila berlaku urus niaga PULANGAN BELIAN/JUALAN maka kena rujuk harga yang telah dikenakan dalam INVOIS sebelumnya.

  649. cg mcm manew kalu buku tunai sye x seimbang???

  650. cg..kalau ambilan barang…ikowt harga jual k atau harga beli?

  651. Hanna,
    1. Ambilan barang niaga kena ikut HARGA KOS/BELI.
    2. BUKU TUNAI sememangnya tidak seimbang, kita imbang dan tutup Akaun Tunai dan Akaun Bank untuk mendapatkan BAKI AKHIR kemudian dimasukkan dalam Imbangan Duga.

  652. cikgu : semasa menyusun dokumen ialah ikut tarikh dokumen ataupun ikut jenis komponen ?

  653. Yee,

    Ikut TARIKH urus niaga, kemudian dilabelkan setiap dokumen dengan DOKUMEN 1, DOKUMEN 2 ….. DOKUMEN 40.

  654. ckg,,belian kredit kenderaan didlm inv asl,,mst mskkan alamat kedai kenderaan tersebut ke?

  655. Shiera,
    YA, Invois tersebut dikeluarkan oleh syarikat, maka Nama dan Alamat lengkap mesti ada pada dokumen tersebut.

  656. thanx ..

  657. bgaimana nk ctat memo dlm jurnal am….???? kalau bawak masok van persendirian ke dalam perniagaan, debit kena tulis pew????kredit???

  658. Fiq,

    Dalam JURNAL AM: Dt: KENDERAAN dan Kt: MODAL

  659. Assalamualaikum, Cikgu Narzuki.
    Oo..boleh ye diskaun niaga dalam bil tunai buat macam invois.
    Saya ingat tak boleh..

    hmm..cikgu, dalam invois bahagian bawah sekali tu ada tulis macam ini

    ” Serahan : Angkutan dibayar ”

    Apa maksudnya?

  660. Waalaikumussalam Aina,
    Maksudnya, segala perbelanjaan angkutan akan dibayar/ditanggung oleh pembekal. Ataupun dengan kata lain tiada Caj Angkutan akan dikenakan ke atas pembeli.

  661. jadi ini bermaksud sekiranya terdapt pulangan jualan, nota kredit kena tulis harga ikut invois jualan?
    sekiranya 1 item wujud 2harga asal sebab beli drpd 2 pembekal yg berlainan, jadi sms catat baki stok akhir ialah jumlahkan shj?
    misalnya baki akhir rice cooker ialah:
    2 unit RM50= RM100
    4unit RM35= RM140
    JADI STOK AKHIR ADALAH RM240?

  662. Woo,
    YA dan sekiranya dalam Invois ditolak Diskaun Niaga 10%, maka dalam Nota Kredit juga perlu ditolak diskaun niaga 10%.
    Jika dapat dikenalpasti bilangan unit dan harga kosnya, maka itulah nilai stok akhirnya.

  663. thanks cikgu…..(”,)

  664. cg, kalau kunci kira-kira tak seimbang perlu buat apa?

  665. upah atas belian & ang. masuk guna keratan cek/resit rasmi/baucar pembayaran?

  666. Tan,
    Rujuk komen Cg sebelum ini..

  667. ambilan barang niaga,harga seunit perlu tolak diskaun niaga atau tidak?tq…

  668. Cy,
    Kena rujuk KAD STOK anda NILAI KOS yang mana anda gunakan semasa merekod BELIAN stok tersebut.

  669. salam. berdasarkan contoh tugasan yg diberi sy ada persoalan berikut:
    1. mengapa pul belian catatan dlm kd stok direkod dbhgn masuk (jan 10)?
    2. kenapa diskaun diterima direkod sbg pembayaran dlm perancangan urusniaga tapi dlm penyata pendapatan direkod sbg hasil?
    3. menurut buku sumber (m/s 20), disk diberi dan disk diterima merupakan kontra pd jualan dan belian. sy nak ikut cara ini atau cara yg lama???
    Mohon penjelasan cikgu.

  670. Konpius,
    Salam. Setelah saya semak contoh tersebut, saya berpendapat ada beberapa kesilapan antaranya:
    1. Kad Stok Pakaian Sukan dan Tuala Sukan – 10 Jan : Pulangan Belian sepatutnya dicatat dilajur KELUAR, bukannya Lajur MASUK.
    2. PERANCANGAN URUS NIAGA : Komponen : Urus niaga 9 – Pembayaran, Urus niaga 10 – Penerimaan
    3. PERANCANGAN URUS NIAGA : Komponen : Urus niaga 13 – Penerimaan, Urus niaga 14 – Pembayaran

    Berhubung dengan Akaun Kontra – Diskaun diterima dan Diskaun diberi, buat masa ini tidak dapat diputuskan lagi sehinggalah keluarnya BUKU TEKS BARU. Jadi pada pandangan saya, buat masa ini kita ikut CARA LAMA dahulu.

  671. cg, kalau penyata pendapatan dapat rugi yang terlalu banyak (cth : 16247.75) boleh menyebabkan kunci kira-kira tak seimbang ke cg?

  672. Sophie,
    Pastikan Imbangan Duga anda seimbang terlebih dahulu. Kalau ID tidak seimbang, maka KKK juga tidak akan seimbang. Jika ID telah seimbang, maka semak Penyata Pendapatan dan KKK, mungkin ada item yang tertinggal, catat dalam komponen yang salah ataupun kesilapan ANGKA.

    KKK tidak seimbang bukan disebabkan kerugian tersebut.

  673. Assalamualaikum, cikgu.
    Habis tu cikgu, kalau saya nak buat pembekal nak kenakan caj angkutan kepada pelanggannya, jadi macam mana?
    Dekat invois:
    “Serahan: Angkutan belum dibayar”

    Macam ini ke cikgu???Atau macam mana…

  674. Aina,
    Kalau gitu, dalam INVOIS syarat “Serahan : < tinggal kosong>“, kemudian pembekal hantar NOTA DEBIT untuk kenakan caj angkutan tersebut.

  675. Assalamualaikum, cikgu.

    Boleh ke buat ambilan tunai RM2500 untuk tujuan derma kepada Rumah Anak-anak Yatim ABC?

  676. Waalaikumussalam,
    Ianya BOLEH dikelaskan Komponen Ambilan, catat dalam Buku Tunai (Tunai) sebelah Kredit dan butirnya DERMA.

  677. wyngyeen...tolong urgent

    hai…ppl
    plsplspls tolong beritahu mana boleh dapatkan sample projek 3756/3
    terima kasih banyak banyak

  678. Sila rujuk ATAS.

  679. cikgu, klu sye nk wat lejar cmne ye?
    ckgu sye ckp wat dri journal ke lejar tp dlm cnth yg ckgu sye bg laen?
    nk ikut yg mne ea?

  680. Sepatutnya ikut kitaran perakaunan, iaitu dari DOKUMEN – BUKU CATATAN PERTAMA – LEJAR – IMBANGAN DUGA – …

  681. salam,,
    cikgu,elemen kos jualan ada angkutan masuk kan?
    pastu,angkutan masuk tu kena buat invois yg berlainan
    atau kena buat invois yg sebelum ni??

  682. Salam,
    Caj Angkutan masuk perlu menggunakan NOTA DEBIT, bukannya Invois.

  683. oh ok…nanti lepas tu dalam lejar kena masukkan dalam akaun ambilan dan akaun derma lah???

  684. Aina,
    Dalam Buku Tunai – Akaun TUNAI dan dalam Lejar Akaun DERMA, Akaun Ambilan tidak terlibat kerana bukan untuk kegunaan peribadi.

  685. oh…terima kasih cikgu..

  686. assalamualaikum, ckgu..
    cg, sy x reti nk wat lejar cmne?
    n sy x phm la cnth yg cg sy berikn?

  687. Puteri,
    Waalaikumussalam, Cg nasihatkan JUMPA guru anda untuk dapatkan PENJELASAN tentang contoh tersebut, serta dapatkan BIMBINGAN daripada beliau cara2 untuk menyediakan LEJAR. Ini kerana cara tersebut lebih berkesan.

  688. Terima kasih cg, kerja kursus saya dah siap. Tanpa bantuan cg mesti sampai sekarang tak akan siap. Thanks!

  689. Sophie,
    TAHNIAH daripada Cg kerana telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang singkat.

  690. cgku, lbh x kite ltk diskaun niaga 10% atau blh ltk bpe2 aje yg kite nk ke?
    atau hnye 20% je?
    ckgu, byran t’kurang caj ltk dlm komponen mne?

  691. Shahirah,
    Cuba fikirkan :
    1. Siapakan yang menetapkan kadar diskaun niaga tersebut ?
    2. Apakah kesan pemberian Diskaun niaga tersebut kepada perniagaan kita ?

    Maaf, Cg tidak faham apa maksud “bayaran terkurang caj”, boleh terangkan urus niaganya macam mana ?

  692. ok Cg…thanks…
    saya nak tanya sekiranya pulangan belian dan pulangan jualan disebabkan rosak juga tidk termasuk dlm kad stok?hanya SALAH JENAMA sahaja diambil kira dlm kad stok

  693. Woo,
    1. PULANGAN BELIAN atas apa sebab sekalipun MESTI dikeluarkan daripada KAD STOK.
    2. PULANGAN JUALAN akibat ROSAK sahaja TIDAK perlu dimasukkan dalam KAD STOK.

  694. ok….thanks

  695. Salam

    Dalam Lampiran 6 [senarai semak dan penilaian guru] dalam Buku Panduan Perlaksanaan Projek, ada proses Menghitung Nisbah Penyata dan Analisis Penyata Kewangan.

    sebagai guru, bahagian mana dalam projek pelajar yang perlu saya semak dan nilai merujuk kepada proses ini? Jika tidak silap, dalam Elemen penilaian 2.7 merujuk kepada penyediaan Penyata Pendapatan.

    Erti kata lain, setakat saya faham pelajar tidak diminta membuat / menghitung nisbah penyata dan menganalisis penyata kewangan. Harap cikgu dapat membantu.

  696. Cg Imah,
    Borang tersebut adalah untuk tugasan Tingkatan 5 nanti, bagi tingkatan 4 kena rujuk kepada Eleman penilaian tingkatan 4.

  697. Salam buat cg narzuki. time kasih atas bimbingan dan pandangan cg.

  698. Hi ckg,
    bagi catatan kontra, macam mana saya hendak catatkan dalam bank?

    Mengeluarkan tunai daripada bank untuk kegunaan perniagaan RM 15000

    B Tunai
    Tunai – Bank 15000 = Dt
    Bank – Tunai 15000 = Kt

    Betul cakap saya ke tidak , Cikgu?

  699. Darren,
    Ya tepat sekali.

  700. Adakah maksud cikgu narzuki elemen yang saya maksudkan itu dibiarkan kosong dan hanya perlu mengisi elemen tingkatan empat sahaja? tetapi masih menggunakan borang yang sama?

  701. Cg Imah,
    Dalam borang tersebut masih tiada Elemen2 tertentu untuk tingkatan 4, maka akan timbul masalah semasa hendak mengisi Borang Pentaksiran Individu nanti. Antara elemen yang tiada dalam borang tersebut :
    Elemen 1.1 Pengenalan perniagaan
    Elemen 2.7 Penyata Pendapatan
    Elemen 2.8 Kunci Kira-kira
    Elemen 3.1 Rumusan Aplikasi Konsep,Prinsip Dan Andaian Perakaunan

    Cadangan saya, cikgu sediakan borang baru yang mengandungi semua ELEMEN sebagai mana dalam Borang Pentaksiran Individu.

  702. pengenalan perniagaan

  703. ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

    Elemen 1.0 Pengetahuan dan Kefahaman
    1.1 Pengenalan Kepada Perniagaan
    1.2 Profil Perniagaan

    Elemen 2.0 Kemahiran Mengaplikasi
    2.1 Perancangan Urus Niaga
    2.2 Dokumen Perniagaan
    2.3 Buku Catatan Pertama
    2.4 Lejar (tunjukkan baki h/b dan baki b/b)
    2.5 Imbangan Duga
    2.6 Penilaian Stok Akhir
    2.7 Penyata Pendapatan
    2.8 Kunci Kira-kira

    Elemen 3.0 Kemahiran Menganalisis
    3.1 Rumusan Aplikasi Konsep dan Prinsip Perakaunan

    Elemen 4.0 Kemahiran Menggunakan TMK
    4.1 Penggunaan Komputer
    4.2 Komunikasi

    Elemen 5.0 Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
    5.1 Sistematik
    5.2 Akauntabiliti
    5.3 Rasional
    5.4 Ketepatan

    Sila rujuk Buku Panduan Pelaksanan Projek : KRITERIA PENILAIAN dan Borang Pentaksiran Individu bagi pemberian markah /skor terhadap hasil kerja pelajar mengikut KRETIRIA dalam elemen yang dinilai.

  704. assalamualaikum cg narzuki..
    saya nak bertanya sedikit…. kalau kita beli perabot dengan syarikat lain.. ape dokumennya??
    adakah ianya keratan cek atau bil tunai..??

  705. Waalaikumussalam,
    Kedua-dua boleh digunakan sebagai dokumen sokongan, cuma Cg lebih menyarankan menggunakan BIL TUNAI sebagai bukti urus niaga itu betul2 berlaku.

  706. cikgu narzuki:
    sy ingin tnye psal kje kusus nie..sy x phm ap yg kje nie nk sbenar.sy x buat ap2 pn lg.tpi ckgu sy nk lpas raye nie..
    tlg lh sy..pleas..

  707. Ferra,
    Sepatutnya anda mendengar taklimat daripada cikgu anda tentang pelaksanaan kerja kursus ini. Terlalu banyak untuk Cg ceritakan disini. Cadangan Cg, cubalah baca soal-jawab Cg sebelum ini, semoga ianya dapat membantu anda.

  708. Cikgu, cikgu suruh saya cari apakah itu imbangan duga..
    Berdasarkan apa yang saya faham setelah guru di sekolah ajar..
    Imbangan duga ada debit dan kredit.

    debit – Aset/Belanja
    kredit – Liabiliti , EP
    Pinjaman PERLU diletakkan dalam ID kerana dikira sebagai Liabiliti [ KT ]

    Diskaun Diterima perlu diletakkan sebagai KT dalam ID..

    Betul cakap saya ke tidak, Cikgu?

    Bagi urus niaga : – Kita membayar RM 600 kepada Alice Groups dengan menggunakan cek dan menerima diskaun sebanyak 10%..
    Macam mana catat dalam lejar??
    Kita catat nilai asal iaitu RM 600 atau nilai yang sudah ditolak iaitu 600 – (10% X 600) = 540

  709. Darren,
    Imbangan Duga ialah senarai SEMUA baki-baki akaun yang ada dalam Lejar dan Buku Tunai.
    Maka jawapan anda betul PINJAMAN – Kt (Liabiliti), DISKAUN DITERIMA – Kt (Hasil)

    Catat dalam Buku Tunai : Kredit – Alice Groups (Diskaun: RM60) (Bank: RM540)
    Cg cadangkan Urus niaga tersebut ditukarkan kepada “Menjelaskan hutang RM600 kepada Alice Groups dengan menggunakan cek dan menerima diskaun sebanyak 10%”.

    Kemudian poskan ke Lejar.
    1. Ak Alice Groups : Dt Bank 540, Dt Diskaun diterima 60
    2. Ak Diskaun diterima : Kt Pelbagai Pemiutang (jumlah diskaun diterima)

  710. Assalamulaikum, cikgu
    Wujud ke belanja iklan?? Kalau ya, apakah ayat yang sesuai dalam perancangan urus niaga ini??

  711. Aina,
    Waalaikumussalam, Memang wujud. Antara urus niaga yang boleh digunakan; “Bayar belanja iklan RM250 kepada Kedai Iklan Sinaran dengan cek/tunai”

  712. terima kasih

  713. Cikgu, kat mane sy boleh download Assetbase? Dh cari kt Google tp xjumpe.

  714. Frease,
    Perisian tersebut kena beli, tiada yang percuma.

  715. Assalamualaikum cikgu..

    Nota Debit-angkutan masuk kena masukkan dalam buku tunai ke??dalam lejar, masuk dalam akaun angkutan masuk ke???

  716. Aina,
    Jika melibatkan tunai/cek/bank sahaja masuk dalam BUKU TUNAI. Maka urus niaga tersebut masuk dalam JURNAL AM, iaitu:
    Dt ANGKUTAN MASUK dan Kt: Nama PEMBEKAL/PEMIUTANG, kemudian poskan ke LEJAR.

  717. Terima kasih atas bantuan itu Cikgu!
    Saya ada sikit keliru dengan lejar..

    Jika lejar, baki h/b – Kt ( Kerana amaun debit lebih tinggi daripada amaun kredit ) ( Oleh sebab itu, baki b/b adalah berada di debit .. Betul tak cikgu? )

    Jika baki b/b berada di debit, dalam ID, adakah ia MASIH berada di debit walaupun Alice Groups ialah PEMIUTANG kita??
    [ Kt ID ialah Hasil+EP+Liabiliti kan ? ]
    [ Dt ID ialah Belanja + Aset kan ? ]

    Lagi satu soalan cikgu,
    Dalam buku tunai,
    Dt Tunai = 14000
    Kt Tunai = 13000

    Dt Bank =2000
    Kt Bank =4000

    Kalau macam ini, adakah ia salah?
    Kerana baki h/b kedua dua bahagian tidak berada di tempat yang sama iaitu dt/kt…

    Saya amat menghargai pertolongan cikgu.
    Selamat malam.

  718. Darren,
    1. Baki h/b dan baki b/b – sudah BETUL.
    2. Jika Baki b/b sebelah debit, maka ID juga sebelah debit – BETUL.

    Kenapa Pemiutang Alice Groups boleh jadi baki debit ? Jika Alice Groups sudah jadi baki DEBIT, maka cirinya dah jadi PENGHUTANG, iaitu Aset.

    Ok, Ak TUNAI mesti berbaki DEBIT, manakala Baki Ak BANK boleh berbaki DEBIT dan berbaki KREDIT (iaitu overdraf). Maka tidak salah jika Tunai berbaki DEBIT dan Bank berbaki Kredit.

  719. Bagi membuat keadaan lebih senang.. lejar akan saya sediakan di sini.

    Alice Groups
    P. Belian 450 Belian 900
    Bank 540
    DiskaunDiterima 60
    Baki h/b 150
    1050 1050

    Baki b/b 150

  720. Darren,
    Ok ada sedikit masalah dalam AMAUN yang digunakan. DISKAUN diberi apabila MENJELASKAN SEMUA baki hutang. Dalam kes ini, Alice Groups ada baki hutang (900-450) RM450. Maka sepatutnya dalam urus niaga kita bayar (BANK) hanya RM405 dan diskaun diterima RM45, baru JELAS hutang kita RM450 (405+45). Dan dalam kes ini sepatutnya Ak Alice Groups sudah TIADA BAKI lagi, kerana semua hutang telah dijelaskan

  721. cg…untuk kerja kursus akaun,…dokumen sumber, lejar, imbangan duga patut buat dalam microsoft word ke excel…yg mna lebih baik bg pndapat cg…

  722. Ridzuan,
    Pada Cg menggunakan Ms Excel lebih mudah, walau bagaimanapun ianya bergantung kepada kemahiran masing2.

  723. macam mana buat lampiran??
    boleh berikan contoh??

  724. rumusan boleh tulis dalam point form??
    atau mesti ditulis dalam perenggan…?

  725. Xiah,
    Apa-apa borang atau bahan2 lain yang digunakan tetapi tiada dalam Senarai Format Dokumentasi / Isi Kandungan boleh dijadikan sebagai Lampiran kerja kursus anda. Contohnya Senarai Stok, Senarai nama Pembekal dan Pelanggan dll.

    Pada pandangan Cg, penulisan laporan sebaik-baiknya dalam bentuk perenggan.

  726. Cikgu saya tidak cukup isi untuk buat Penghargaan so blh x cikgu bagi saya idea sikit..Saya kena hantar pada esok di sekolah…Blh cikgu bantu saya??

  727. Danesh,
    Isinya hanya sekadar penghargaan kepada pihak2 yang terlibat dalam membantu anda menyiapkan kerja kursus tersebut seperti ibu bapa, guru anda, pihak sekolah, kedai2 dll….. boleh rujuk kerja kursus bagi subjek2 lain disekolah.

  728. Bolehkah saya tulis dalam memo seperti berikut:
    Pemilik meminjam wang sebanyak RM8 000 untuk membeli komputer perniagaan??

  729. Xiah,
    Pinjaman daripada siapa ?

  730. Assalamualaikum cikgu,bolehkah cikgu membantu saya bagaimana nak cari contoh tugasan 40 dokumen sebagai rujukan saya dalam menyiapkan tugasan ini..
    terima kasih……..

  731. Husna,
    Waalaikumussalam, sebagai panduan penyediaan dokumen boleh rujuk dalam buku teks, buku rujukan ataupun buku soalan peperiksaan khususnya soalan 1 – dokumen sumber.

  732. assalamualaikum…cikgu saya ada beberapa soalan yang kurang pasti
    1. cikgu dalam penyata kewangan format dah berubahker?
    JUALAN -PULANGAN JUALAN- DISKAUN DIBERI=JUALAN BERSIH?
    macam tu ker…atau guna format lama boleh tak…?

    2.cikgu dalam kunci kira-kira perlu tak masukkan stok?ambil stok akhir kan?

    3..cikgu bolehker dalam penyata kewangan saya tiada belanja belian..salahker kalau takder?

    4.apa akan jadi jika akhir nya saya dapati perniagaan saya rugi…cikgu saya cakap projek ini bukan nak lihat kita untung atau rugi…hanya lihat proses dan bagaimana pelajar mengaplikasi……?

  733. Sara, waalaikumussalam.
    1. Buat masa ini, Cg cadangkan guna format lama lagi sehinggalah dikeluar Buku Teks baru yang menunjukkan format mana yang akan digunakan untuk seterusnya.

    2. Stok Akhir masukkan dalam KKK sebagai Aset Semasa.

    3. Tidak salah.

    4. Memang betul cakap cikgu anda, cuma jika rugi menunjukkan anda tidak cekap dalam pengurusan dan perancangan urus niaga. Dan dalam RUMUSAN nanti anda juga boleh kemukakan sebab2 berlakunya kerugian serta perancangan anda bagi mengatasi masalah tersebut ditahun hadapan.

  734. x de contoh kerja khursus yg full ke…
    hehehehe

  735. Ady,
    Maaf tidak ada

  736. Hi cg, urus niaga ni betul tak?
    Menerima faedah simpanan tetap daripada Bank RM 450.
    Dokumen:Makluman Kredit
    Komponen:Penerimaan

  737. Alice,
    Kalau nak buat Faedah atas SIMPANAN TETAP, sebelum ini MESTI ada urus niaga perniagaan membuat pelaburan dalam SIMPANAN TETAP. Maka, Cg mencadangkan urus niaga tersebut berbunyi “Menerima faedah atas simpanan daripada bank RM450″.

    Manakala dokumen dan komponennya sudah BETUL.

  738. Assamualaikum cikgu…

    bil elektrik dan air kalau masuk lejar letak kat dalam akaun ape???

  739. Cikgu…mesin faks termasuk lengkapan kedai ke??

  740. Aina, waalaikumussalam.
    Akaun KADAR BAYARAN lebih sesuai digunakan.

    Mesin faks dikelaskan sebagai ALATAN PEJABAT.

  741. Darren,
    Ini menunjukan sistem catatan bergu anda ada berlaku kesilapan, kena buat semakan semula.

  742. Hi Cikgu,
    ID saya jurang perbezaannya terlalu BANYAK..
    Sampai
    Dt – 42500
    Kt – 155290

    Adakah apa-apa tips yang cikgu boleh bagi untuk saya merapatkan jurang perbezaan ini?

  743. Nak tanya satu soalan lagi..
    Bagi Perolehan Aset, perlukah kita masukkan ke dalam Akaun seseorang itu dan mengklasifikasikan orang itu sebagai PEMIUTANG??

    Butir Butirnya ID

    Kt
    Diskaun Diterima – 45
    Modal – 50000
    Boo Hoong – 6000
    Ali – 60
    Jualan – 8300
    Tan – 100
    P.belian – 3490
    John – 500 ==== (Kita menerima sewa daripada John)
    Sewa – 500 ( Bayar sewa kepada Johnny )
    Pinjaman – 10000
    Bank – 76295

    Dt
    Belian – 14950
    P.Jualan -1300
    Alice -150
    Ambilan – 550
    Kadar Bayaran – 250
    Gaji – 800
    Duti Import – 800
    Suria – 200
    Tunai – 23500

    Saya sudah semak semua benda tetapi masih tidak boleh imbang..Boleh Cikgu tolong pls..

  744. Darren,
    1. Jika urus niaga perolehan aset, contohnya beli KENDERAAN secara kredit daripada Syarikat Auto. Maka akan wujud dalam Lejar Ak KENDERAAN dan Ak Syarikat AUTO. Dalam soalan mesti ada 2 urus niaga perolehan aset, tetapi Cg dapati tiadapun AKAUN ASET dalam ID tersebut.

    2. Item Sewa – 500 ( Bayar sewa kepada Johnny ) sepatutnya disebelah DEBIT kerana ianya BELANJA.

    3. Kenapa Akaun BANK berbaki kredit (overdraf) terlalu banyak RM76295 ? Ini menunjukan anda membuat pembayaran dengan cek terlalu banyak sedangkan wang dibank tidak mencukupi.

  745. hi~teacher
    now i gt some problem here~
    sekarang saya sudah sampai buat itu dokumen perniagaan tetapikan, saya tak dapat copy&paste itu contoh dokumen-dokumen hanya dapat copy itu perkataan-perkataan sahaja~

    Now, i need to know that, ada cara yang lebih cepat dapat copy satu dokumenkah?

    **cikgu tahu apa yang saya katakankah?

  746. maaf ya, cikgu,
    saya ada satu lagi soalan~

    pergi ke mana punya dapat melukis itu dokumen seperti keratan cek, invois, dan sebagainya~?

    terima kasih cikgu~

  747. Elaine,
    Bagi memudahkan penyediaan dokumen tersebut, sila muat turun templet dokumen daripada blog Cikgu Azlan ataupun Blog Cikgu Sila.

  748. i’m stuck n fed up lor nk wat akaun nieh..
    hurm…

  749. Shuhada,
    Sila rujuk guru anda bagi memdapatkan bimbingan. Serta baca soal-jawab Cg sebelum ini sebagai panduan.

  750. bilakah tarikh online utk key in markah tugasan kertas 3 ting 4? online pd 2010 atau dicampurkn markah tugasan ting 4 dan 5 baru online pd thn 2011? folio ting 4 dan 5 perlu diasingkan atau digabungkan?

  751. Cg Su,
    Daripada maklumat yang saya terima, markah tugasan tingkatan 4, kita tidak perlu key-in online lagi, simpan dan hantarkan salinan kepada Ketua Pentaksir Kawasan / Ketua Pentaksir Negeri bagi mengelakkan berlaku perubahan markah. Tahun depan kita campurkan dengan markah tugasan tingkatan 5, kemudian baru SU Peperiksaan key-in online.

  752. ASSALAMUALAIKUM….
    CIKGU BOLEH TAK TERANGKAN KEPADA SAYA.INVOI BELIAN, JUALAN,NOTA KREDIT,DEBIT,KETATAN CEK,CEK RASMI SETIAP SATU NAK BUAT BERAPA.BOLEH TAK KALAU CIKGU BAGI CONTOH KERJA KURSUS YANG LENGKAP.

  753. TT, waalaikumussalam,
    Bilangan URUS NIAGA sahaja yang ditetapkan sebanyak 40, dan diagihkan mengikut KOMPONEN masing2. Jadi bilangan setiap dokumen adalah bergantung kepada URUS NIAGA masing2.

  754. salam. saya cuba print beberapa kali contoh tugasan folio ting. 4, tetapi tidak berjaya kerana perlu masukkan output file name……….saya tak faham.minta penjelasan.

  755. saya harap cg. dapat respon segera, trm ksh.

  756. Maizun,
    Itu mungkin masalah komputer, ataupun perisian adobe reader anda version lama. Cuba install Adobe Reader 9 ataupun muat turun sekali lagi fail tersebut.

  757. salam..cikgu…nak tanya..nak buat kad stok berdasarkan buku catatan pertama ataupun perancangan urusniaga……boleh tak kalau saya buat berdasarkan pengancangan urusniaga yang saya buat??

  758. Ismail,
    Kena isi KAD STOK itu berdasarkan URUTAN DOKUMEN yang terlibat dengan keluar-masuk ITEM STOK tersebut.

    Cuba fahamkan apa kegunaan kad stok, tersebut bagi perniagaan anda.

  759. hi,teacher!pls help me!!!
    i edi do 40 urus niaga,then i dont how to do now?
    can u tell me what is the next step?? thanks!!!

  760. Buat ikut langkah2 berikut:
    1. Urus niaga
    2. Dokumen
    3. Buku Catatan Pertama
    4. Lejar
    5. Imbangan Duga
    6. Pengiraan stok akhir
    7. Penyata Pendapatan
    8. Kunci Kira-kira

  761. ada apa risiko-risiko yg bakal dihadapi dalam membuat prinsip perakaunan kertas 3

  762. Kerja kursus merupakan KERTAS 3 yang menyumbangkan sebanyak 20% daripada markah keseluruhannya SPM nanti. Dan sekiranya pelajar TIDAK membuat kerja kursus, seolah2 dia tidak menduduki peperiksaan kertas 3, iaitu dianggap TIDAK HADIR dalam keputusan prinsip perakaunan SPM nanti, walaupun markah kertas 1 dan kertas 2 sangat cemerlang.

  763. Tapi Cikgu, Dalam Akaun Sewa,
    Saya dapat baki b/b dalam kredit…

  764. Kalau berbaki KREDIT itu sudah jadi HASIL (konponen penerimaan), bukan lagi akaun belanja (komponen pembayaran).

  765. Cikgu bagi perolehan aset, jika saya membeli meja dan komputer dan alatan pejabat, apakah butirnya dalam lejar??
    Akaun Aset?

  766. Darren,
    Komputer dan Alatan Pejabat adalah merujuk kepada perkara yang sama, maka tidak boleh buka Ak Komputer dan Ak Alatan Pejabat serentak, mesti salah satu sahaja…. sebaik2nya AK Alatan Pejabat.

  767. Terima Kasih Cg~

  768. Cg,
    Urus niaga perniagaan membuat pelaburan dalam simpanan tetap pula nak masuk dalam komponen mana satu? Dokumen yg mana terlibat?
    tq cg~

  769. Alice,
    Pada pendapat Cg, ianya lebih kepada komponen PELABURAN, tetapi tiada dalam arahan tugasan tersebut, maka tidak perlu urus niaga tersebut. Itu sebabnya Cg cadangkan guna “FAEDAH ATAS SIMPANAN” sahaja iaitu faedah atas duit yang ada dalam akaun dibank, tanpa melibatkan pelaburan atas simpanan tetap.

  770. ckgu,,tlong bncng kn pnmbhn masa utk buat krja kursus projek tu ek… ramai pljr yg msh mrangkak-rangkak nk buat keja… klau xda kelas,,ramai yg xtau nk buat lngsung… mklmt yg guru2 ajar ckup tapi,,pljr sendri yg kliru.. msh teragak-agak lgi…..

  771. Cg Salmiyati,
    Pihak LPM yang menetapkan semuanya, siapalah saya untuk bincang dengan mereka tentang penambahan masa …… hanya seorang guru biasa saja.

  772. cara mudah membuat buku tunai

  773. Farah,
    Tiada cara mudah atau payah, catat ikut sistem catatan bergu, wang masuk sebelah debit, wang keluar sebelah kredit.

  774. Assalamualaikum cikgu..

    -Jika buat pembayaran dan dapat diskaun kemudian kita masukkan dalam buku tunai. harganya kita nak buat lepas diskaun ke sebelum diskaun.

    -Untuk diskaun diterima akaunnya dalam lejar sebelah dt ke kt?

    -Jika saya beli barang niaga secara tunai contohnya daripada Computer DERR pada 2/7/10 (masuk dalam buku tunai), kemudian barangnya mengalami kerosakkan dan saya telah membuat pulangan belian pada 3/7/10. Saya kena buat akaun Computer DERR kan?
    Dalam akaunnya saya kena terus buat sebelah dt pulangan belian 3/7/10 ATAU kena buat dulu sebelah kt nya bank 2/7/10 and then baru buat sebelah dt pulangan belian?

  775. Aina, waalaikumussalam,

    1. Bayaran selepas tolak diskaun.
    2. Diskaun diterima adalah HASIL, maka dicatat sebelah KREDIT dalam Ak Diskaun diterima.
    3. PULANGAN BELIAN hanya untuk BELIAN SECARA KREDIT sahaja. Jadi urus niaga pulangan belian tersebut adalah tidak sesuai. Kecuali belian secara tunai itu ditukarkan kepada belian secara kredit.

  776. lagi satu cikgu, macam mane kite nak tau akaun bank kite terlalu banyak dan overdraf..macam yang cikgu cakap dekat Darren??

  777. Aina,
    Sepatutnya semasa menyediakan dokumen tersebut, kita terus rekod dalam BUKU TUNAI, supaya kita TAHU KEDUDUKAN KEWANGAN kita di tangan dan dibank. Jadi bila nak buat sebarang PEMBAYARAN kita rujuk baki / wang yang ada dalam buku tunai… baru tidak berlaku wang dibank RM1000 tetapi pembayaran RM5000.

    Semasa membuat kerja kursus, kita kena bayangkan kita betul2 sedang menjalankan perniagaan… sentiasa tahu wang di tangan dan di bank (Buku Tunai) dan juga bilangan stok yang ada (Kad Stok) supaya tidak berlaku stok dibeli 500 unit tetapi dijual 600 unit… perkara begini tidak sepatutnya berlaku.

  778. salam,ckgu sy nak tau mcm mane nak rekodkan keratan cek bukan kontra ke dalam buku tunai..tolg sertakan contoh kertan cek..tq..

  779. Keratan Cek

    Nabila,
    Contoh diatas adalah untuk CATATAN KONTRA. Jika KERANA : SEWA PREMIS, maka catatan dalam Buku Tunai (lajur BANK) sebelah KREDIT, butirnya SEWA PREMIS.

  780. pinjaman dari bank….

  781. Xiah,
    Keterangan dalam MEMO mesti tulis dengan JELAS urus niaganya, baru mudah untuk merekod:
    “Pemilik meminjam wang sebanyak RM8 000 untuk membeli komputer perniagaan”

    Satu lagi persoalan… Adakah pemilik yang membuat pinjaman peribadi ATAU perniagaan yang membuat pinjaman tersebut ? Ini kerana cara merekod dan akaun yang terlibat adalah berbeza.

  782. Imbangan duga saya boleh imbang
    tapi, kunci kira-kira tak boleh…
    kenapa??

  783. Xiah, mungkin ada item yang tertinggal catat, ATAU ada item dicatat ditempat yang salah, ATAU kesilapan dalam pengiraan. Cuba semak kedua2 Penyata Pendapatan dan KKK.

  784. oh ok2..terima kasih ye cikgu..

  785. jadi cikgu..boleh tak saya buat kad stok dahulu..sebelum buat buku catatan pertama.??

  786. Ismail,
    BOLEH, kad stok dibuat berdasarkan keluar-masuk stok daripada DOKUMEN.

  787. Assalamualaikum cikgu..

    Saya buat perolehan aset- Beli alatan pejabat secara tunai (masuk buku tunai). Kemudian dalam lejar, saya buat akaun alatan pejabat. Saya nak tanya Akaun aset kena buat juga ke?