KOLEKSI PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2018

KOLEKSI PERCUBAAN SPM TAHUN-TAHUN LEPAS

Posted on September 16, 2018, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 173 Comments.

  1. Puteri Noor Shahana

    ASSALAMMUALAIKUM Cg. NARZUKI. Sy Cg Puteri mengajar di Maahad Integrasi Karimiyah Rawang. Sy ingin minta jasa baik dr cg unt mendapatkan soalan beserta skema jawapan yg cg kumpulkan dr negeri2 lain. Sekolah seperti kami agar sukar unt mendaptkan soalan sebenar kerana pihak SMK ingin Menjaga privasi soalan. Apabila tamat percubaan di SMK maka barulah guru di SMK Berikan kepada soalan tersebut kpd kami. Ianya sedikit sebanyk memakan masa buat kami. Jdi di sini saya ingin me minta jasa baik Dr cg Narzuki untuk berkongsi soalan trial yg tersebut bersama kami di Maahad. Buat pengetahuan cg, calon SPM kami pada tahun 2018 hanya seorg sahja berbanding pada tahun lepas seramai 3 org. Saya dahulukan dengan ucapa ribuan terima kasih buat cg Narzuki.

  2. Puteri Noor Shahana

    Sy dah buat pembayaran ?

  3. Waalaikumussalam.

    Nama Puan telahpun berjaya didaftarkan.. saya mewakili Cg Narzuki mengucapkan terima kasih.
    Buat masa sekarang Cg Narzuki masih bercuti.. insyaAllah pada 26 September 2018 beliau akan muat naik mana2 soalan yang ada dalam simpanan beliau.
    Jadi buat masa sekarang Puan boleh Muat turun koleksi trial tahun 2017 dan sebelum terlebih dahulu.

  4. Alhamdulillah.. Terima kasih bayk admin..

  5. Hi,

    I already make payment.

  6. rosdiana@ Juliana

    assalamualaikum….cikgu saya baru jer buat bayaran…Pembayaran melalui maybank2u..dan dah emel semua yang dikehendaki.terima kasih.

  7. Mohamad Zulkarnain bin Mohamad Sarbian

    Salam dan hi. Saya baru saja membuat pembayaran melalui pindahan IBG tadi serta saya attach sekali dgn bukti pembayaran ke e-mel cikgu Narzuki. Terima kasih.

  8. Nama cikgu2 telah berjaya didaftarkan.
    Terima kasih.

  9. Nur Ammiera Binti Zolkefli

    Assalamualaikum ckg,saya merupakan seorg pelajar dan baru sahaja membuat pembayaran melalui maybank2u dan saya juga telah email kepada ckg.Untuk log in tu mengambil masa brapa hri utk saya boleh log in? Sebab saya masih x boleh log in lg.?

  10. Waalaikumussalam.

    Rujuk email..

  11. Assalamualaikum cikgu

    saya pernah mendaftar dengan Cikgu dulu.
    bila saya masukkan username dan password, web cakap invalid username. kenapa Cikgu?

  12. Waalaikumussalam.

    Pendaftaran setiap tahun bagi mendapatkan koleksi percubaan tahun semasa dan tahun2 sebelum2nya.

  13. Assalamualaikum….
    Terima kasih kpd cg kerana mengumpul soalan2 percubaan negeri. Tiap2 tahun sy jd ahli hanya utk dptkan soalan percubaan. Sy sgt berhàrap cg dapat awalkan tarikh upload soalan percubaan… sy sgt memerlukannya utk latih tubi pelajar…

  14. Waalaikumussalam.

    Maaf puan, Cg Narzuki akan pulang ke Malaysia pada 24 hb dari Kota Mekah. Rehat 1 hari… InsyaAllah beliau akan muat naik koleksi yang telah dikumpulkan pada 26 hb nanti.

  15. Salam sejahtera Cikgu Narzuki. Bayaran telah dibuat kelmarin tapi masih tidak dapat login.

  16. Karen

    Sila emailkan maklumat yang diminta untuk didaftarkan…

    # ikut langkah2 yang telah dinyatakan.

  17. cikgu, ada koleksi soalan kbat ? Atau mana website yang ada soalan kbat?

  18. Jonathan,

    Maaf.. tiada.
    Dalam soalan2 percubaan tersebut terdapat item2 KBAT.

  19. Assalamualaikum
    cg narzuki kenapa skema soalan perak kinta kertas 1 tidak lengkap

  20. Afizah, waalaikumussalam.

    Terima kasih.. nanti saya cuba dapatkan skema kertas 1.

  21. cikgu.bole bantu saya bagi soalan perkongsian no 2 (soalan mrsm ) jawapan pkk. tentang susutnilai terkumpul perabot macam mana dapat angka 4750. tq

  22. yg saya tanya tu soalan trial 2018

  23. Cikgu,
    Mengapa saya tidak dapat must turun trial 2018?

  24. Martina,

    Mungkin belum daftar lagi untuk tahun 2018.

  25. Cikgu,
    Mengapa saya tidak dapat muat turun trial 2018? Saya sudah cuba banyak kali..

  26. Cikgu,
    Saya sangat pasti telah daftar beberapa bulan lalu (tapi tak ingat tarikh), bayaran melalui Maybank online. Boleh cigku tolong check? Terima kasih.

  27. Martina,

    Maaf, setelah saya semak… Berdasarkan email yang dihantar untuk pendaftaran.. yang ada hanyalah pada;
    3/1/2014, 29/3/2015, 11/1/2016 & 11/3/2017.

    Biasanya apabila pendaftaran dibuat.. saya akan terus daftar dlm masa 1 @ 2 hari.

    Cuba puan semak dalam penyata maybank2u.. mungkin saya yang tidak terima email pendaftaran puan.

  28. Cg Narzuki,

    E-mail telah dihantar ketika pembayaran dibuat dan semua langkah telah dipatuhi tetapi masih tidak dapat login.

  29. Karen,

    Cuba baca LANGKAH 3 dalam panduan pendaftaran.

  30. Cg Narzuki,

    Apa maksud Cikgu. Semua langkah telah saya patuhi. Tolong e-mel saya. Ada tak Cikgu menerima e-mel saya?

  31. Karen,

    Cuba lihat nama di senarai pendaftaran baru… jika ada maksudnya telahpun didaftarkan.

  32. Cg Narzuki,

    Telah disenaraikan tetapi masih tidak dapat login.

  33. Cg Narzuki,

    Berjaya login dah, terima kasih.

  34. Ok sama2..

  35. okay cikgu, saya akan semak sekali lagi. Terima kasih

  36. Cikgu,
    Saya baharu buat pendaftaran. Tolong semak dan approve ya…
    Terima kasih

  37. Ok telah berjaya didaftarkan.. terima kasih.

  38. cg narzuki dah update ke skema kertas 1 perak kinta? takut sy terlepas pandang pulak

  39. Afizah,

    Maaf.. masih belum dapat..

  40. suraya sulaiman

    cikgu .sebelum ji sy bole guna password. tp sekarang bila nk log in tak bole. sy cuba buat psword baru pun tk bole

  41. Sila guna password asal… pastikan guna huruf kecil…(seperti yang didaftarkan)
    Sebelum ini tidak dapat masuk sebab taip guna HURUF BESAR.

  42. raihan bt ahmad

    salam cikgu..sy nak tanya soalan pelarasan APUR dan PKK..

    dalam imbangan duga ade maklumat berikut:
    Pinjaman usahawan RM25000
    (Tarikh pinjaman: 1 Januari 2018 berjumlah RM30000)
    Faedah pinjaman usahawan RM1200

    Maklumat tambahan:
    Kadar faedah bagi pinjaman usahawan adalah 6% setahun dan bayaran balik secara ansuran bulanan selama 48 bulan mulai bulan Januari 2018.

    Tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2018.

    Boleh saya tau pelarasan ape yg sy perlu buat? sbb sy kurang faham penerangan cikgu sekolah.

  43. Raihan,

    Pelarasannya :
    1. Faedah atas pinjaman –> kira Faedah Atas Pinjaman .. dan tentukan berapa Faedah Belum Bayar.
    2. Agihkan Pinjaman 25000 kepada LS dan LBS berdasarkan jumlah bayaran balik.

    # Sila jumpa dan tanya guru sekolah jika tidak faham apa yang beliau terangkan.

  44. salam cikgu,
    soalan percubaan SBP tiada ker?

  45. Cikgu,mana nak Cari nilai kos perabot? Kertas MRSM 2018

  46. Kalai,

    Nilai buku bersih dalam ID RM22500 –> nilai selepas tolak susut nilai 10% tahun pertama.
    Maka, secara matematik.
    Nilai kos = 22500 x 100/90 = 25000

  47. Assalamualaikum Cikgu. Kertas peperiksaan utk Selangor takde lagi ye

  48. Tiranuar, waalaikumussalam.

    Saya tunggu set soalan yang telah dikemaskini.. baru saya muat naik disini.

  49. nak tanya cikgu:

    Kos Tetap = Kos Overheds

    atau

    Kos Tetap = Kos Overheds + Kerja proses awal – kerja proses akhir

    manakah ayang betul

  50. Dophline,

    Sekiranya KDP diasingkan antara KDP Bahan Langsung, KDP Buruh Langsung & KDP Overhead.

    Maka Kos Tetap = Kos Overhed + KDP overhed awal – KDP overhed akhir

  51. Cikgu,

    Soalan: Menerima cek bernilai RM8700 drpd pelanggan utk menjelaskan hutang yg berjumlah RM9300.
    Nyatakan kesan urus niaga thdp EP.

    Maksudnya,
    Aset: bank (+8700), ABT (-9300)
    EP: untung bersih (-600)
    Jawapan: EP berkurang sbyk RM600. Adakah ini betul?

  52. Mika,

    Ya betul

  53. Cikgu,

    Mengapa dlm skema jwpn utk soalan K2 5(b) Percubaan N.S, yuran lapuk tidak dimasukkan ke dalam senarai item belanja dlm Penyata Pdptn & Perbelanjaan?

  54. Mika,

    Masukkan Yuran Lapuk tersebut..sebagai salah satu item Perbelanjaan.

  55. Cikgu

    Saya ada 1 lg soalan dr kertas yg sama. Soalan 6(a) mengenai melakar graf TPM.
    Diberi
    Kos tetap 12000
    Kos berubah 10000
    Jualan (RM4 seunit) 24000

    Bukankah sepatutnya pd titik TPM, jumlah kos tetap + kos berubah = jumlah jualan
    12000 + 10000 = 22000, x cukup lagi 2000.
    Macam mana ni, Cikgu?

  56. Mika,

    TPM = Kos tetap / (HJS – KBS)
    Daripada jualan.. kita boleh kira UNIT –> Kemudian kira Kos Berubah Seunit –> TPM

  57. Ok
    Bil unit: 24000/4 = 6000 unit
    Kos berubah seunit = 10000/6000 = 1.67 (slps dibundar kpd 2t.p)
    Margin caruman seunit = 4 – 1.67 = 2.33
    TPM= 12000/2.33 = 5150.2

    Tp, kl Cikgu tgk skema, graf menunjukkan TPM ialah genap 6000 unit, bermaksud kos berubah sepatutnya 12000. Sebab tu saya tanya Cikgu.

  58. Mika,

    Ya jika ikutkan skema.. sepatutnya KB = 12000.

  59. Assalamuailaikum cg.. saya ingin bertanya.. dalam urus niaga ada Dt. BSN kenderaan dan Kt. SNT kenderaan. Sekirannya urusniaga ini ingin dimasukkan ke jurnal. Jurnal apa ya? Buku tunai, buku bank atau jurnal am? terima kasih..

  60. Kiki, waalaikumussalam.

    Catatan pelarasan –> Jurnal Am.
    # Buku Tunai –> hanya urus niaga melibatkan Tunai @ Bank sahaja.

  61. ckg,macam mana dapatkan borang pendaftaran

  62. Wendy,

    Klik pada LANGKAH PENDAFTARAN disebelah kanan. —>

  63. hello saya ingin bertanya lagi. Sekiranya dalam urusniaga pada 1 januari terdapat:
    Dt. Bank / Kt. Pinjaman. dan setiap bulan premis akan mmebyar pinjaman seperti:
    30 Jan: Dt. Pinjaman / Kt. Bank..

    soalannya saya, perluka saya memasukkan seperti (belanja pinjaman) ke dalam carta akaun belanja?

  64. Kiki,

    Tidak wujud “belanja pinjaman”
    Apabila bayar pinjaman –> baki Ak Pinjaman akan berkurang.

  65. cikgu soalan saya yang terakhir. dalam urusniaga terdapat
    Dt. sewa premis dan Kt. bank
    (merekod pembayaran sewa bulanan premis) dan dockumen sumber adalah baucar pembayaran.

    Soalannya saya, apa jurnal yang sesuai, buku bank atau buku tunai? TQ 🙂

  66. Kiki,

    Buku Tunai.
    Tiada “Buku Bank”
    Cuba rujuk buku teks… apa yang fungsi Buku Tunai

  67. Hai Cikgu
    Soalan 2 – K2 / Perak Kinta 2018 : Imbangan Duga yang saya cross check tak balance.
    Dt: RM 347,900 Kt: 352,900. Adakah saya buat kesilapan. Thank you.

  68. Pchin,

    Apabila ID tidak seimbang sudah tentu ada yang silap..
    Cuba semak dengan skema jawapan.

  69. Salam cikgu,
    saya nak tanya kenapa jawapan kertas 1 negeri Perak Kinta (soalan percubaan 2018) tiada jawapan untuk soalan 21-40?
    Terima kasih.

  70. Spdian,

    Kemungkinan cikgunya belum kemaskini lagi fail tersebut. Jawapannya cikgu sekolah boleh sediakan sendiri.. tanpa sebarang masalah.

  71. Cikgu kertas Soalan BPTV,Soalan 3

    Kedua-dua AK jualan dan pul jualan terkurang rekod 680
    Nota kredit 415 yg diterima drp sykt kafi terlupa rekod
    Kesan ke atas untg bersih

    Jualan bertambah -utg bertambah
    Pul jualan bertambah -utg bersih berkurang
    Pul belian bertambah -ia akan mengurangkan belian maka utg bertambah.
    Betul ke Cikgu?

  72. Kalai,

    Ya betul… seperti Skema jawapannya.

  73. Hi Cikgu, saya nak Tanya
    Imbangan duga pd 30jun2018
    Perabot (nilai buku bersih) 22500

    Perabot dibeli pd 1julai 2016 dgn kadar sn 10% setahun mengikut kaedah Baki berkurangan.
    Bagaimana nak Kira nilai awal perabot??

  74. Hemamaya,

    Nilai 22500 adalah nilai buku pada 1hb 1 Julai 2017… kerana SN untuk 30 Jun 2018 belum lagi dikira.
    Nilai tersebut selepas (-) SNT tahun pertama –> bermaksud 22500 = 90%
    Maka Nilai Kos = 22500 x 100/90 = 25000

  75. CG Narzuki,
    Good morning. Nak tanya trial N9 soalan 6a, ada ralat pada kos berubah ke?

  76. Foong,

    Saya tidak pasti ada @ tiada pembetulan pada soalan tersebut.. kena rujuk guru2 dari N9.

    # Makkumat dari guru N9… ada Ralat pada soalan… KOS BERUBAH RM12000

  77. Cikgu,macam mne nak daftar sbg ahli

  78. Amber,

    Rujuk LANGKAH PENDAFTARAN —->

  79. Cikgu, kertas selangor Soalan 2..
    Tarikh pinjaman 1januari 2018 jumlah 30000. Baki dalam imbangan duga RM25000

    Maklumat tambahan
    Kadar Faedah bagi pinjaman adalah 6% sethn Dan bayaran balik secara ansuran bulanan Selama 48 bulanan mulai January 2018.tempoh perakaunan berakhir 30 Jun 2018.

    Mengapa liabiliti semasa direkod sebagai 6250 (625×10) dan liabiliti Bukan semasa direkod 18750?
    Tolong jelaskan cikgu

  80. Kalai,

    Saya dimaklumkan terdapat beberapa ralat dalam soalan tersebut.

  81. Cikgu,

    Tak ada kertas percubaan SBP?

  82. Karencwl,

    Nampaknya pihak SBP tidak benarkan soalan2 mereka disebarkan kepada umum.

  83. Cikgu,

    Saya ada beberapa kemusykilan dgn beberapa jawapan skema soalan K1 PP2018 Pahang. Boleh Cikgu tolong check sama ada jawapan berikut betul atau salah?

    3) Pilih psgn catatan kontra dan ak. berkaitan
    Ct kontra – Ak. berkaitan
    A. ABT – Ak. PHR
    B. Ak perabot – Ak SNT
    C. Ak Belian – ABB
    D. Ak Ambilan – Ak Modal

    Jwpn saya: D (Skema: B)

    8) Mbyr sewa kediaman dgn cek perniagaan bernilai RM600.
    Atr berikut, manakah catatan lejar yg menerangkan u/niaga di atas?
    C. Kt Ambilan, Dt Bank
    D. Dt Ambikan, Kt Bank

    Jwpn saya: D (Skema: C)

    9) P terletak di bhgn kredit Ak Kawalan Blm Byr. Apakah P?
    A. Belian
    B. Kontra
    C. Jumlah belian
    D. Pul. belian

    Jwpn saya: A (Skema: C)

    12) Butir mana dicatat dlm Penyata Pdptn serta PKK?
    A. Inventori akhir
    B. Inventori awal
    C. Gaji blm byr
    D. Insurans prabyr

    Jwpn saya: A (Skema: B)

    15) Yg mana benar ttg pelarasan pd tarikh imbangan?
    i belum terperoleh ialah aset sms
    ii ABB ialah liabiliti sms
    ii mengikut perakaunan asas tunai hasil diiktiraf apb tunai diterima
    C ii dan iii
    B i dan iii

    Jwpn saya: C (Skema: B)

    17) Hutang lapuk terpulih dikategori sbg
    A Hasil operasi
    C Hasil bukan operasi

    Jwpn saya: A (Skema: A)

    26) Baki kredit BT 5400
    Cek blm kemuka 950
    Deposit blm kredit 900
    Berapakah baki akhir penyata bank?
    A 5350 dt
    B 5350 kt

    Jwpn saya: A (skema: B)

  84. Mika,

    Saya setuju dengan semua jawapan anda kecuali no 15 dan 17.
    Jawapan saya 15 D 17 C

    No 15 : penyataan (iii) betul.. tetapi perakaunan asas tunai TIDAk melibatkan pelarasan seperti kehendak soalan.. ia hanya rekod berdasarkan apa yang diterima.

  85. Cikgu saya sudah buat pembayaran..bila ye boleh log in

  86. Nur Fatihah,

    Sila ikuti langkah2 pendaftaran yang telah dinyatakan.

  87. Salam cikgu. Ada x soalan sebenar spm akaun tahun 2017? Nak buat sebagai latihan.

  88. Wudek,

    Maaf..Soalan sebenar tidak boleh diedarkan tanpa kebenaran LPM… biasanya ada dalam simpanan cikgu sekolah.

  89. K H Zurizal Jaman

    AsAsalam. Mohon check member sy. kebab sy pernah jadi member cuma x ingat sdh username & password.

  90. Waalaikumussalam.

    Pernah pada tahun 2015.
    Tetapi 2016.. 2017.. 2018 –> sudah tidak jadi ahli lagi.

  91. Cikgu,

    Skema jawapan K1 soalan percubaan Kinta nampaknya tidak lengkap, ada sampai soalan 20 shj.
    Boleh tak cikgu tolong semakkan jawapan saya dr soalan 21-40?
    21.D 22.D 23.C 24.D 25.C 26.A 27.D 28.A 29.B 30.D 31.B 32.C 33.C 34.B 35.B 36.B 37.A 38.C 39.B 40.D

    Satu lg, bg soalan 12, mengapakah jwapannya A dan bukan B?
    Bukankah belian alat tulis pejabat termasuk dalam belanja? Boleh cikgu jelaskan?

    Terima kasih.

  92. Mika,

    No 12… cadangan jawapan saya juga B.

  93. Cikgu,
    Oh, ok, terima kasih.
    Soalan 21-40 tu, jwpn saya betul ke?

  94. Mika,

    Maaf.. saya tak sempat semak lagi.

  95. Cikgu Soalan k1 Mara Soalan 21
    Kos jualan 27740
    Margin utg Kasar 20%
    Macam mana Cari jualan..?

  96. Kalai

    20% —> UK
    80% –> KJ = 27740
    Maka Jualan 100% = 27740/80 x100

  97. Cikgu,

    Saya ingin membuat pertanyaan tentang soalan 15 bagi K1 PP2018 Pahang.

    15) Pernyataan yang mana tentang pelarasan pada tarikh imbangan?

    IV Belanja prabayar mesti ditambah daripada belanja yang telah dibayar.

    Adakah pernyataan ini benar? Bukankah belanja prabayar perlu ditolak daripada belanja yang telah dibayar?

    Terima Kasih.

  98. Celine,

    Prabayar –> belanja perlu TOLAK

  99. Cikgu,

    Apakah jawapan yang betul bagi soalan 15 K! PP2018 Pahang?

    15? Pernyataan yang mana tentang pelarasan pada tarikh imbangan?

    i? Belum terperoleh ialah aset semasa
    ii) ABB is liabiliti semasa
    iii) Mengikut perakaunan tunai hasil diiktiraf apabila tunai diterima
    iv) Belanja prabayar mesti ditambah daripada belanja yang dibayar

    Adakah jawapan: ii dan iii ?

    Terima Kasih.

  100. Celine,

    Berdasarkan pilihan soalan tersebut.
    (I) & (IV) –> penyataannya salah.
    Maka pilih yang ada (II) & (III)

  101. Cikgu, bagaimana betulkan kesilapan tersebut.
    Sebuah komputer yg bernilai RM3550 dibeli secara kredit daripda sun may komputer telah di debitkan dlm akaun may sun komputer Dan dikreditkan dalam AK alatan pejabat.

    Perniagaan ini menjual komputer dan peralatan komputer

    Jawapan:
    debit belian 3550
    Debit alatan pejabat 3550
    Kredit may sun komputer 7100

    Adakah Jawapan ini Betul?

  102. Kalai,

    Saya setuju dengan jawapan tersebut.

  103. Cg,
    Perlu tak kita buka akaun tunai runcit semasa poskan buku tunai dan buku tunai runcit ke lejar?

  104. Jun,

    Tidak perlu.. Buku Tunai Runcit = Ak Tunai Runcit

  105. Baik terima kasih cikgu.:-)

  106. cikgu, saya mendapati sekolah cina persendirian dengan sekolah kerajaan format penyata kedudukan kewangan tidak sama, di mana sekolah persendirian tidak menunjukkan modal kerja, tetapi dengan menunjukkan Jumlah Aset. Adakah format mereka betul ?

  107. Dophiline,

    Format.. tidak salah.. cums hilang markah untuk MODAL KERJA.

  108. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam akaun perdagangan, utg rugi dan PKK, dalam butir tolak seperti pulangan jualan, sn terkumpul wajibkah pelajar buat kurungan seperti buku teks?
    Dalam peperiksaan kertas 2 soalan satu, nak galakkan pelajar jawab dalam kertas soalan kemudian koyak atau jawab dalam kertas jawapan (test pad) yg dibekalkan?
    Terima kasih

  109. Fatimah,

    Tiada masalah kurung @ tidak… yang penting operasinya betul.

    Terus jawab dalam dalam kertas jawapan.

  110. Selamat petang,

    Soalan berkaitan percubaan Pahang (K2-soalan 2).

    Dalam penyediaan Ak. Semasa, mengapa faedah pinjaman Sharil tidak ditunjukkan?

    Dalam soalan tiada maklumat yang menyatakan samada faedah tersebut telah dibayar atau belum dibayar!

    Terima kasih.

  111. Mletchu,

    Tiada penyataan menunjukkan faedah tersebut belum dibayar…. lagipun UB sudahpun diperolehi.

  112. cikgu ?
    pemilik membuat ambilan inventori rm240 setiap hujung bulan ?

  113. Sha

    Maksudnya.. dia ambil setiap bulan selama setahun..

  114. Cikgu,
    Saya ada beberapa kemusykilan tentang soalan2 K1 peperiksaan percubaan Perlis.
    Boleh cikgu tolong semakkan.

    13) Berikut kedudukan baki akaun dlm ID
    I-ABB Dt II-Pinjaman Kt III-Overdraf Dt IV-Hutang lapuk terpulih Kt

    Jawapan saya: II dan IV (skema: II dan III)

    24) Ak Modal pekongsi mungkin mpy baki dt pd tarikh pembubaran kna…
    I-kerugian realisasi yg didebit dlm Ak Modal
    II-keuntungan realisasi yg didebit dlm Ak Modal
    III-nilai aset yg diambil alih melebihi baki kt Ak Modal
    IV-nilai liabiliti yg diambil alih melebihi baki kt Ak Modal

    Jawapan saya: I dan III (skema: III dan IV)

    36) Diberi
    Unit pengeluaran: 8000, Jum.kos: 44000
    Unit pengeluaran: 15000, Jum.kos: 65000
    Hitung kos tetap.

    Jawapan saya: 20000 (skema: 50000)

    39) Diberi
    Inv akhir: 4950
    Modal awal: 30500
    Modal akhir: 36600
    Untung kasar: 8200
    Komisen diterima: 900
    Belanja operasi: 3610
    Hitung pulangan atas modal.

    Jawapan saya: (8200 + 900 – 3610)/30500*100% = 18% (skema: 15%)

  115. Mika,

    Saya setuju dengan semua jawapan anda.

  116. hi i am josie lee. saya sudah transher 10 melalui Maybank2u untuk pendaftaran baru.

  117. Cikgu,
    Berikut adalah soalan K2 PP Yik

    Diberi belian pd blm Mei dan Jun adalah 24000 setiap bln berakhir dan akan bertambah sbyk 10% pd bulan berikutnya.

    Jawapan saya:
    Belian julai= 24000 x 110% = 26400.
    Tapi, mengapa jwpn skema ialah 36000?
    Saya tak faham.

  118. Mika..

    Saya setuju dengan jawapan anda RM26,400

  119. Assalamualaikum cikgu. Mcm Mana nak jadi ahli.

  120. Misliyana, waalaikumussalam.

    Klik LANGKAH PENDAFTARAN —->

  121. Cikgu saya dah bayar tapi usernama saya tak muncul lagi

  122. Armandanial,

    Nama sudah muncul.. dah boleh login

  123. Hello cikgu, boleh tak saya mendapatkan akaun untuk membuat bayaran bagi menjadi seorang ahli?

  124. Rujuk LANGKAH PENDAFTARAN —>

  125. cikgu ada tak SPM soalan dan jawapan 2017 sebab koleksi di kedai buku tak jual

  126. Dopline,

    Maaf,

  127. Cikgu,
    Soalan melaka milikan tunggal dirujuk, pinjaman 60000 dibuat pada tahun 2016, bayar balik 12000 setahun. Jika tahun 2016 sudah bayar 12000.Pada tahun 2017, peratus faedah pinjaman nak darab dgn Baki 48000 atau asal 60000.
    Terima kasih

  128. Fatimah,

    Rujuk penyataan dalam soalan… faedah dikira atas nilai asal pinjaman..

  129. Kalaiyarasi Krishnan

    Cikgu,saya Kurang tentang pinjaman… Kalau pinjaman diperoleh pada 1januari 2018 Dan bayaran balik secara ansuran bulanan selama 48 bulan.

    Tempoh perakaunan berakhir 30 Jun 2018..
    Liabiliti semasa 6250
    Liabiliti Bukan semasa 18750
    Cikgu Tolong jelaskan…

  130. Kalaiyarasi,

    Konsepnya:
    Katakan Pinjaman pada 31/12/18 = RM30000
    Bayaran balik setiap tahun RM5000

    Maka pada 31/12/18.. pinjamnan RM30000 tersebut perlu dilaporkan sebagai
    LS : Pinjaman 5000 (kerana perlu bayar dlm masa 1 tahun)
    LBS : Pinjaman 25000

  131. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Jika soalan tidak dinyatakan faedah dikira ikut pinjaman awal atau baki semasa, bagaimana mengira faedah pinjaman, nak ikut awal atau semasa?

  132. Fatimah,

    Baki awal..
    Cuba fikir…
    1/1/18 Pinjaman RM100,000
    Setelah bayar balik RM10,000
    31/12/18 Baki Pinjaman RM90,000

    Faedah pinjaman X RM100,000 @ RM90,000 ?
    Jika X RM90,000… maksudnya RM10,000 tidak dikenakan sebarang faedah..

  133. Cikgu, bolehkah saya tanya untung atas pelupusan ABS merupakan pendapatan modal atau pendapatan hasil bagi satu kelab dan persatuan?

  134. Pendapatan hasil..

  135. Cg, adakah *salah satu* pekongsi muflis/ mati/ x siuman, maka perkongsian dibubarkan?

  136. Eveline,

    Jika ikut sukatan lama… salah seorang sahaja.
    Tetapi sukatan baru… perkongsian masih boleh diteruskan dengan mengantikan dengan orang lain sebagai pekongsi baru.

  137. Cikgu kertas Negeri sembilan Soalan 2

    Utg bersih 83160
    -faeadah pinjaman blm bayar 500
    -gaji blm bayar 1000
    Utg bersih terselaras=81660

    Bayaran oleh penghutang terlebih carat tidak perlu diselaraskan cikgu

  138. Kalai,

    Perlu diselaras juga… cuma ianya tidak memberikan kesan kepada Untung Bersih.
    Kerana akaun yang terlibat ABT dan Bank.

  139. Negeri sembilan k2 Soalan 6

    Kos tetap. 12000
    Kos berubah. 10000
    Jualan (seunitRM4) 24000
    Berapa kos berubah seunit?
    Skema RM2, bagaimana dapat?

  140. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    Ada ralat pada skema tersebut… sepatutnya RM1.66 …… mungkin telah tersilap bundar kepada RM2.

    Ataupun ralat pada soalannya.. kos berubah sepatutnya RM12000

  141. Jadi Jawapan untung bersih terselaras adalah 81660. Skema Jawapan utg bersih terselaras 82160..yang mana Betul?

  142. Kalai,

    Pandangan saya.. RM82160

  143. Kenapa Cikgu? 82160
    Faedah pinjaman tidak perlu diambil Kira

  144. Kalai,

    Sori silap taip…. perlu ambil kira sebab jelas faedah tersebut belum diselaraskan lagi… RM81660.

  145. Jadi,kalau exam tanya, perkongsian akan dibubarkan apbl salah seorang pekongsi muflis, salah la kan?(ikut sukatan baru)

  146. Cg, knp buku teks rekod angkutan keluar di bhg kos overhed(ak. Pengeluaran)???

    Ang. Keluar Bukan belanja kah?

  147. Eveline,

    1. Ya.. tidak tepat.
    2. Semua item dalam kos overhed adalah BELANJA…. yang berkaitan dengan kilang/pengeluaran.
    Cuma Angkutan keluar –> adalah kos angkutan untuk hantar barang siap kepada pelanggan –> tidak terlibat dengan kos pengeluaran.
    Sepatutnya dicatat dalam Ak Untung Rugi.

  148. Pinjaman atas pekongsi belum bayar perlu direkod dlm PKK tak? Atau direkod dlm PKK shj?

  149. Tidak wujud “Ak Pinjaman Belum Bayar”

  150. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Mengapa soalan 5b mrsm, faedah pinjaman didarab dgn baki pinjaman akhir tahun?

  151. Fatimah,

    Contoh mudah.

    Awal 10000
    Akhir 8000
    Adakah munasabah pihak bank kenakan faedah atas 8000.. ?
    RM2000… tidak dikenakan sebarang faedah.

  152. Cg,simpanan tetap -AS/ABS??

  153. Eveline,

    ST… kita boleh keluarkan bila2 masa –> AS

  154. Assalamualikum cikgu.. sy tutor untuk pelajar SPM. sy ingin menjadi ahli dlm blog ni utk refer smua soalan trial yg cikgu bekalkan. sila pm sy bagaimana sy boleh mnyertai dalam blog cikgu. no phone sy 010-8320456

  155. Safiqah, waalaikumussalam..

    Klik LANGKAH PENDAFTARAN —>

  156. Cg nak tanya la sory lari tajuk..kalau ekonomi tak hadir paper…nanti kat slip spm tulis th ke atau takde tulis apa2 ??

  157. Melvin,

    Dalam slip —> tulis “X”.. maksudnya TH
    Dalam sijil SPM nanti–> tiada ditulis apa2.

  158. Terima kasih atas informasi nya cg

  159. Cikgu,

    Soalan percubaan 2015 dan thn2 sebelumnya memang tak boleh dimuat turun lagikah?

  160. Mika,

    Semua masih boleh dimuatturun.

  161. Cikgu,

    Saya dah cuba klik link percubaan 2015 dan tahun2 sebelumnya tapi tak boleh. Saya dah cuba dengan browser berbeza tapi keputusannya masih sama.

  162. Mika,

    Saya dah cuba dengan HP.. semuanya boleh dimuatturun.. tanpa masalah.

  163. Cikgu,

    Betullah cakap cikgu, memang boleh buka dengan hp. Tapi saya tak tahu kenapa saya tak boleh buka dgn laptop. Mungkin masalah browser.
    Terima kasih, cikgu.

  164. JALIL BIN ISMAIL

    ASSALAMUALAIKUM CIKGU SAYA GURU YANG BARU MENGAJAR PA MULAI 2018. BANYAKMBAHAN PDPC YANG MEMBANTU SAYA DARI LAMAN WEB CIKGU INI. SAYA INGIN MENDAFTARKAN DIRI DENGAN CNO. MOHON CIKGU DAFTARKAN SAYA DAN KEPERLUAN YANG PERLU SAYA PATUHI DAN IKULUTI

  165. Waalaikumussalam.

    Sila klik pada LANGKAH PENDAFTARAN —>

  166. Cg saya nak tanya kaedah perbandingan.

    Soalan: akaiun perdagangn yang berbaki debit rm2110 disytiharkan muflis dan hutangnya dianggap hutang lapuk.

    Macam mne nak masukkan tu Cg?

  167. Hi Cikgu,

    1. Amir membeli beberapa stok RM15, 000 membayar dengan menggunakan cek.
    2. Keseluruhan stok yang dibeli sebanyak RM15, 000 telah dijual dengan harga RM45, 000 secara tunai.
    3. Penambahan stok telah dibeli sebanyak RM70, 000 secara kredit.
    4. 12% daripada stok dibeli RM70, 000 telah dijual dengan harga RM23, 000. Jualan tersebut adalah kredit.

    Jawapan saya adalah dalam pelarasan jurnal:

    1. Dt Stok RM15, 000
    Kt Bank RM15, 000
    (Amir telah menjual beberapa stok yang dibelinya)

    2. Dt Tunai RM45, 000
    Kt Stok RM45, 000

    3. Dt Stok RM70, 000
    Kt Bank RM70, 000

    4. Dt Jualan RM23, 000
    Kt Stok (Belian) RM23, 000

    Cikgu, boleh tak menyemak jawapan dan memberi jawapan yang betul? Sebab saya kurang faham bila stok tersebut dijual atau dibeli secara kredit dalam pelarasan jurnal.

    Terima Kasih, Cikgu

  168. Nessa,

    1. Semua urusniaga yang melibatkan jual barang niaga @ stok –> catat ke Ak Jualan
    Manakaka beli barang nuaga @ stok –> Ak Belian
    # tidak guna Ak Stok..

    2. Jika urusniaga SECARA KREDIT –> Ak Penghutang @ ABT dan Ak Pemiutang @ ABB yang terlibat….. bukannya Tunai/Bank

    # cuba jawab semula

  169. Haslina binti Mustapa

    Assalamualaikum cikgu.. Saya dh buat pendaftaran pada 7/7/2019..

  170. hi cikgu kenapa x ada koleksi percubaan spm 2019?bila akan ada?

  171. Stella,

    Ada.. cari di Koleksi 2019

  172. Cikgu,
    Kalau dalam jadual persamaan perakaunan, ada lajur hasil dan belanja dalam lajur ekuiti. Bayar Sewa dgn cek perlu – bank – belanja atau – bank + belanja?

  173. Lajur Hasil, Belanja, Ambilan –> sentiasa bertambah –> (+)

    Cuma masa penyediaan PKK : EP –> Modal + UB (H – B) – Ambilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.