KOLEKSI PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2019

KOLEKSI PERCUBAAN SPM TAHUN-TAHUN LEPAS

Posted on August 29, 2019, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 52 Comments.

  1. Cikgu, bila boleh dpt kertas percubaan spm akaun 2019?

  2. Praveen,

    Apabila.. peperiksaan percubaan selesai, bagi mengelakkan kebocoran dan perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku.

  3. Assalamualaikum Cikgu.
    Takpe. Kami sabar menunggu…hehehe

  4. assalamualaiakum cikgu. soalan trial 2019 pulau pinang ada tak cikgu

  5. Suraya, waalaikumussalam.

    Saya dimaklumkan.. kertas akaun masih belum exam.

  6. Cikgu Saya telah buat bayaran pada
    10 September 2019 . Tetapi masih belum dapat
    Log Masuk Sebagai Ahli.
    Telah malumkan melalui Email Selama 2 kali
    Minta Tolong Semak . TQVM

  7. Tan poh huat,

    Maaf.. setelah saya semak… didapati email tersebut masuk ke folder SPAN..
    Nanti saya daftarkan..

  8. Cikgu, bila boleh dapat kertas trial MRSM dan SBP???

  9. Cikgu, saya tanya pasal soalan kelab.

    Sbg cth: Kalau dalam soalan diberi kutipan pertandingan memancing (di bhg Penerimaan) dan belanja memancing (di bhg Pembayaran), perlukah saya kena kira untung atau rugi pertandingan memancing WALAUPUN tiada soalan yg menyuruh kita berbuat demikian.
    Dan, adakah salah jika saya hanya menulis kutipan pertandingan memancing di bhg Pendapatan hasil dan Belanja memancing di bhg belanja dlm Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. Terima Kasih.

  10. Kerta,

    Jika soalan tidak minta… maka tidak perlu kira untung / rugi pertandingan… terus rekod sebagai item pendapatan dan item perbelanjaan

  11. Hi cikgu, saya baru sahaja mendaftar untuk keahlian baru. Terima kasih.

  12. Assalamualaikum cg. Sy baru sahaja email kepada cg details pendaftaran ahli. Terima kasih.

  13. salam cikgu. saya dah bankin bila saya boleh login??

  14. Firza,

    Maklumat yang dikehendaki tidak lengkap… sila rujuk email anda.

  15. Cikgu, kenapa membaiki premis menggunakan wang simpanan peribadi jika perkara tersebut belum direkodkan perlu menambahkan modal tambahan?

  16. Garywcw,

    “Guna wang peribadi” … maksudnya pemilik vawa masuk wang sendiri untuk kegunaan pernuagaan = bawa masuk modal tambahan utk kegunaan perniagaan.

  17. Cikgu macam mana nak buat pelarasan untuk pinjaman bagi Kertas Percubaan Pulau Pinang 2019(soalan 2)?

  18. Garywcw,

    2 perkara yang perlu diberi perhatian.. berkaitan Pinjaman.
    1. Fardah atas pinjaman —-> Faedah belum bayar
    2. Pengkelasan baki akhir Pinjaman kepada LS dan LBS.

  19. cikgu, saya tidak faham untuk membuat pelarasan ini. Berkat Alin Enterprise mendapat pinjaman sebanyak RM36000 dengan kadar faedah sebanyak 10% setahun pada bulan Oktober dengan tempoh bayar balik selama setahun( Belanjawan Tunai)

  20. Gary,

    1. Bayaran balik pinjaman setaip bulan = 36000/12
    2. Faedah pinjaman setiap bulan = 10% x 36000 x 1/12

  21. Cikgu,terangkan butiran ini: pinjaman akan matang pada 31Mac 2022 telah dibuat pada 1 April 2016 berjumlah RM96000. Bank industri menawarkan kadar faedah serendah 4% setahun atas nilai asal pinjaman.

  22. Gary,

    Utk pinjaman :
    1. Kira tempoh pinjaman berapa tahun ?.. T
    2. Kira bayaran balik setiap tahun ? 96000/T= B
    3. Semak baki pinjaman dlm ID… ada tunggakan bayaran pinjaman @ tiada –> tunggakan pinjaman –> LS
    4. Lapor dlm PPK:
    LS –> tunggakan(jika ada) + B
    LBS –> baki dlm ID – LS

    # faedah atas pinjaman.. kira seperti biasa… dan tentukan faedah pinjaman belum bayar –> LS

  23. hai cikgu, nama saya jenifer….bole saya tahu bagaimana mahu menjadi ahli berdaftar?

    Thank you cikgu.

  24. Jeniffer nogo,

    Klik pada LANGKAH PENDAFTARAN —>

  25. Assalamualaikum cgu . Nk tnya apa maksud ( kenderaan dijangka digunakan dalam tempoh 6 tahun dengan nilai skrap RM 7200 )

  26. Kael, waalaikumussalam.

    Tempoh hayatnya 6 tahun… kemudian kenderaan tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi.. dan jika dijual sebagai besi buruk dengan harga RM7200.
    Daripada maklumat tersebut kita boleh kira SN kaedah garis lurus..

  27. Boleh cgu tunjukkan cara nak cari sn nilai skrap tu

  28. Kael,

    Dalam buku teks.. ada formulanya.

    SN = (Kos – nilai skrap) / usia guna

  29. Salam cikgu,
    Saya kurang faham tentang pengiraan dividen saham. Setahu saya, pengiraan dividen untuk s.keutamaan perlu mengambil kira tempoh.(jika ada). Adakah dividen saham biasa perlu juga mengambilkira tempoh?

    Contoh soalan yang saya jumpa,
    700000 unit saham keutamaan 10% rm 2 sesaham dan 2000000 unit saham biasa rm 1 sesaham telah diterbitkan dan berbayar pada 31.1.2018. Dividen interim diisytiharkan sbyk 6% untuk saham biasa pada 30.6.2018. Keuntungan syarikat rm300 000. Kirakan dividen akhir untuk saham biasa.

  30. Xmek,

    Dividen SB tidak perlu kira tempoh.
    Dividen akhir SB –> lebihan keuntungan selepas bayar Dividen SK & dividen interim SB.

  31. cikgu ,minta maaf
    boleh saya tanya inventori awal dan inventori akhir yang mana satu nak catat dalam imbangan duga

    terima kasih cikgu

  32. Sudah jawab di sini–> Modul 9 : Pembetulan Kesilapan
    https://www.facebook.com/mohd.helmi.148116/videos/1042073442631227/

  33. mcm mane nk daftar jdi ahli cg

  34. Akmal.

    Klik LANGKAH PENDAFTARAN —->
    @ klik disini :
    https://cgnarzuki.com/daftar-muat-turun-koleksi-trial/

  35. Cikgu, saya tidak faham butiran ini. ‘Sejumlah jualan kafeteria telah digunakan untuk membayar belanja alat tulis RM80, Belanja am RM 25 dan belum direkodkan dalam buku kelab’. Kenapa kena tambah untuk jualan dan bukan tolak?

  36. Gary,

    Hasil jualan RM105.. diterima tetapi BELUM REKOD lagi… wang tersebut terus digunakan untuk beli alat tulis & belanja am..
    Maka hasil jualan 105 –> perlu ditambah untuk dapat jumlah sebenar JUALAN.

  37. Cikgu kertas melaka B, soalan 6.
    Kesilapan syarikat muhibbah pembetulan catatan nilainya perlukan digandakan right?
    Jadi Baki buku tunai dikemaskini adakah 18710. Betul ke cikgu?

  38. Kalai,

    Ya. Ssya setuju X2.. sebab kesilapan songsang.

  39. Salam Cikgu,

    Bolehkah saya tahu bilakah DIVIDEN INTERIM untuk Syer Keutamaan mula dihitung, mula dari tarikh permohonan atau tarikh wang diterima & diterbitkan ?

    Katakan, Sila rujuk soalan yang saya lampirkan.

    Div Interim= 5,000,000 syer x 6 % x 5/12

    5/12 = 5 bulan bermula dari Feb hingga Jun, betul ?

    Bagaimana pula kalau tarikh penerbitan syer bukan pada 18 Jan
    Katakan 6 Jan, adakah pengiraan Dividen Interim tetap 5/12

    Saya tidak dapat apa-apa maklumat daripada pengiraan dividen interim daripada Akta Syarikat yang cikgu lampirkan. Maka, saya minta tunjuk ajr drpd cikgu.

  40. Saya berpendapat bahawa 30 Jun 2019 itu sepatutnya, 30 Jun 2018. Mungkin kesilapan. Soalan ini soalan percubaan SPM.

  41. Kctech,

    Pengiraan dividen bermula tarikh TUTUP PERMOHONAN… soalan sepatutnya menyatakan tarikh tutup permohonan tersebut.. misalnya pada 31 Januari 2018.

    Ya.. betulkan 2019 —> 2018.

    Biasanya kita kira sebagai 1 bulan jika > 15 hari.

  42. Cikgu, Salam.

    Adakah Hutang Lapuk dalam maklumat tambahan perlu ditolak drpd Akaun Belum Terima ?

    Mengapa soalan SPM 2014 tidak ditolak drpd ABT ? Adakah perkataan “telah dihapuskan” menunjukkan bahawa tidak perlu ditolak lagi ?

  43. Kcteoh,

    Bergantung kepada penyataan dalam maklumat tambahan tersebut…. samada telah diambilkira @ belum..
    Bukan kerana perkataan “telah dihapuskan”

  44. Cikgu narzuki,

    Saya dah Cuba beberapa banyak Kali untuk dptkan soalan 3 spm2019 kertas 2 untuk dapatkan imbang tapi tak imbang…boleh tak cikgu share jawapan cadangan cikgu Di blog cikgu ini.

  45. Cikgu,

    Adakah skema jawapan K1 percubaan 2019 MRSM mempunyai kesilapan? Sbb jawapan saya dgn skema banyak yg tak sama. Buat pengetahuan Cikgu saya dapatkan salinan soalan dan jawapan drpd website Bumi Gemilang.

  46. Thehotness,
    Maaf, saya tidak sempat lagi menyediakan jawapan bagi soalan2 tersebut… tidak seimbang mungkin disebabkan nilai pelarasan yang berbeza… silap pengiraan.. diletakkan dalam komponen item yang salah.. kesilapan dalam format… # cuba semak perkara2 tersebut.

    Mika,
    Terdapat juga solan trial yang dikeluarkan awal silap dalam dkema yang disediakan.. kemudian mereka keluar skema baru selepas pembetulan dibuat.

  47. saya dah emailkn pasal pendaftaran ahli.tpi tkda fedback

  48. Nora,

    Telah dinyatakan dalam panduan pendaftaran… sebaik sahaja berjaya didaftarkan.. akan segera dimaklumkan melalui email dan nama akan tersenarai dalam senarai Pendaftaran Baharu.

  49. Cikgu nak tanya mengenai Akaun Pengeluaran:

    Inv awal bahan langsung +
    belian bhn langsg – inv akhir bhn langsg + kdp awal bhn langsg – kdp akhir bhn lgsg = Kos bahan lgsg digunakan.

  50. Dophline,

    kedua-dua pendekatan boleh digunakan.

  51. cg, bila soalan percubaan 2020 boleh diperolehi?

  52. Koo Seng Kian,

    Selepas peperiksaan dijalankan.. saya akan cuba kumpulkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.