KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2013

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Cg Narzuki Online meneruskan usaha mengumpulkan soalan-soalan percubaan setiap negeri bagi tahun 2013. Kejayaan pada tahun lepas menyediakan KOLEKSI TRIAL amat memberangsangkan, Cg Narzuki Online ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan2 guru yang telah sudi bekerjasama menyumbangkan soalan percubaan masing2 untuk dikongsikan bersama. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun ini dan tahun2 seterusnya.

Set soalan yang hendak disumbangkan boleh dihantar melalui :

1. Email : narzuki@gmail.com

~ MUAT TURUN (AHLI SAHAJA) ~
Koleksi Trial Prinsip Perakaunan SPM 2013 

[dm]273[/dm] [dm]274[/dm] [dm]279[/dm][dm]271[/dm][dm]272[/dm][dm]276[/dm][dm]280[/dm][dm]277[/dm][dm]284[/dm][dm]285[/dm][dm]281[/dm][dm]282[/dm][dm]278[/dm][dm]286[/dm][dm]288[/dm][dm]283[/dm][dm]289[/dm][dm]291[/dm][dm]292[/dm][dm]293[/dm][dm]275[/dm][dm]294[/DM]

Posted on August 23, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 140 Comments.

  1. Slm cg Narzuki,
    Boleh tak senaraikan tajuk-tajuk yang cg target tahun ini ?
    TQ

    CgKay

  2. CgKay,

    Maaf, saya tidak buat senarai topik target… saya minta pelajar cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.
    Walau bagaimanapun, cuba rujuk analisis soalan2 trial tahun ini dan tahun lepas serta analisis soalan2 SPM sebagai panduan.

  3. Sorry, nak tanya mengapa soalan percubaan tidak dapat download?

  4. Kok Gc,

    Sekarang masih dalam Fasa pengumpulan, pada peringkat ini, soalan2 yang berjaya dikumpulkan HANYA diedarkan kepada PENYUMBANG soalan sahaja terlebih dahulu. Apabila semua terkumpul, baru soalan2 tersebut akan diedarkan kepada ahli2 yang lain. Semoga dengan cara ini akan lebih ramai rakan2 guru akan menyumbangkan set soalan masing2 dengan kadar yang segera….. dan seterusnya dapat diedarkan kepada ahli dengan kadar yang segera juga.

    # Sesiapa yang sumbangkan set soalan awal, maka beliau akan menerima LEBIH AWAL Koleksi Trial 2013 berbanding orang lain.

  5. CIKGU SOALAN PERCUBAAN UNTUK SEKOLAH SAYA, SAYA YANG BUAT SENDIRI SO SAYA TAK BERANI NAK SHARE…

  6. Ieta,

    Tiada masalah, soalan SEKOLAH sendiripun saya terima, kita cuba kumpulkan sebanyak mungkin set soalan, memandangkan peringkat negeri tidak lagi mengeluarkan soalan selaras.

    Tiada apa yang perlu ditakutkan, sekiranya ada kelemahan dalam soalan tersebut, akan ada rakan guru yang memberi komen nanti,… secara tidak langsung kita sendiri dapat BELAJAR daripada kesilapan, dan meningkatkan kemahiran dalam penyediaan sesuatu soalan.

  7. salam..minta tunjuk ajar sifu..boleh berikan 1 contoh soalan apa-apa topik di bawah konteks aplikasi, analisis dan sintesis..saya tidak pakar dalam membina soalan..baru nak belajar buat soalan…tq..

  8. Sheila,

    Pada pandangan saya, topik2 seperti Akaun Kelab dan Persatuan, Rekod Tak Lengkap, Tafsiran penyata kewangan, Titik pulang modal….. boleh memenuhi aspek2 tersebut.

    ARAS DALAM PEMBINAAN SOALAN

    Terdapat dua model yang biasanya digunakan dalam pembinaan soalan dan juga pembelajaran iaitu Taksonomi Bloom dan Taksonomi Solo (Structure of Observed Learning Outcomes). Di Malaysia kita menggunakan Taksonomi Bloom dalam membina aras-aras dalam ujian. Berikut adalah kata kunci yang boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dalam pembinaan soalan berdasarkan Taksonomi Bloom.

    1. Pengetahuan
    Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran. Contohnya Bacakan, Catatkan, Daftarkan, Kenal pasti, Labelkan, Namakan, Nyatakan, Padankan,Pasangkan, Perihalkan, Pilihkan, Sebutkan, Senaraikan, Tandakan

    2. Kefahaman
    Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Contohnya Anggarkan, Bandingkan, Bezakan, Hitungkan, Huraikan, Jelaskan, Kategorikan, Kemukakan, Parafrasa, Perluaskan, Ramalkan, Rangkumkan, Simpulkan, Terangkan, Terjemahkan

    3. Aplikasi
    Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Contohnya Binakan, Carikan, Gambarkan, Gunakan, Kaitkan, Kemukakan, Kirakan, Laksanakan, Organisasi, Ramalkan, Selesaikan, Simulasikan, Suaikan, Tentukan, Terapkan, Tunjukkan

    4. Analisis
    Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Contohnya Bandingkan, Beri sebab, Bezakan, Buat analisis, Inferensi, Buktikan, Cerakinkan, Diagnosis, Diskriminasi, Ilustrasi, Kategorikan, Kesan, Kritik, Modelkan, Perincikan

    5. Sintesis
    Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Contohnya Bentukkan, Buktikan, Cadangkan, Ciptakan, Gabungkan, Gubal, Jana, Perincikan, Perjelaskan, Putuskan, Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Simpulkan, Tafsirkan

    6. Penilaian
    Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Contohnya Bahaskan, Pertahankan , Bandingkan, Beri hujah, Justifikasi, Pendapat, Bincangkan, Anggarkan, Menghakim, Meramal, Buat Rumusan, Buat Verifikasi, Buktikan, Nilaikan

    Sumber: https://www.smkdms.com/index.php/artikel/akademik/62-aras-aras-dalam-pembinaan-soalan

  9. Assalamualaikum Cg Narzuki,
    Saya ingin bertanya. Adakah topik2 ‘anchor item’ masih diaplikasikan dlm soalan 2 & 3 bagi kertas 2? Saya lihat ada soalan2 yg bukan dari topik2 ‘anchor item’ disoal dlm soalan 2 & 3. Setahu saya ‘anchor item’ adalah terdiri daripada topik 1) Akaun Kawalan, 2) Perkongsian, 3) Rekod Tak Lengkap, 4) Kelab/Persatuan, dan 5) Akaun Penamat. Saya lihat topik Pengeluaran juga telah diletakkan dlm soalan 3 dlm SPM 2012. Mohon bantuan dan penjelasan. Terima kasih.

  10. Arif Azrin, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Program Persijilan Berganda (Sijil LCCI) bermula SPM 2008, di mana Format Pentaksiran (Format soalan SPM) telah diubah dan Anchor Item bagi beberapa topik tertentu diperkenalkan untuk soalan 2 dan 3.

    Kemudian mulai SPM 2011, Format Pentaksiran diubah sekali lagi serta diperkenalkan Kertas 3, Pada saya, Anchor Item tersebut masih diaplikasikan lagi cuma tidak tertakluk pada soalan 2 dan 3 sahaja.. sebaliknya boleh berada pada mana2 soalan dan mana2 topik.

  11. TQ cikgu…
    Mhd Hamdee Azlan.

  12. Cg Mhd Hamdee Azlan. @ delanz

    Sama2… ini semua hasil kerjasama rakan2 guru yang menyumbangkan set soalan masing2.. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

  13. Terima kasih cg narzuki atas perkongsian, usaha murni anda untuk mambantu anak2 murid kita. moga anda sentiasa dalam keberkatan Allah.

  14. Cg Mohidin,

    Sama2.. Ini semua hasil kerjasama rakan2 guru sekalian.

  15. hai cgu saya tidak dapat pula analisis ….

  16. aslkm, soalan percubaan Kelantan tak ada ke?

  17. Hamad, waalaikumussalam.

    Pada tahun ini, Kelantan tidak menyediakan soalan selaras peringkat negeri, setiap sekolah menyediakan soalan percubaan masing2.

  18. Terima kasih cikgu kerana membantu. Semoga usaha cikgu diberkati Allah ….amin

  19. salam…ada tak soalan trial akaun dari negeri perak,perlis dan wilayah persekutuan serta sabah sarawak?soalan trial negeri kedah yang dipaparkan di atas tak boleh buka. begitu juga soalan kertas satu negeri pahang juga tidak boleh dibuka.

  20. Zar5wazir,
    Terima kasih, amin.

    Hilda Ali,
    Negeri2 tersebut tidak mengadakan soalan selaras peringkat negeri, setiap sekolah sediakan soalan sendiri. Fail yang tidak boleh dibuka mungkin disebabkan Adobe Reader yang cikgu gunakan version lama. Ataupun mungkin proses download tidak sempurna / berlaku kerosakan …. cuba download sekali lagi.

  21. salam…
    sy dh email set soalan percubaan 2013 bagi daerah kami kat email ckgu…

  22. Ckgu Fifi,

    Terima kasih diucapkan atas perkongsian set soalan tersebut.

  23. Assalamualaikum,
    Cg. Narzuki, amat berbesar hati dan berharap ada guru dari Kelantan yang akan menyumbang soalan, walaupun soalan tidak selaras …

  24. Almy, waalaikumussalam.

    Semoga akan ada lagi guru2 yang sudi menyumbang soalan masing2.

  25. Slm cg, rasanya tahun ni penyata milikan tunggal atau perkongsian yang menjadi target ?

    Tq
    CgKay

  26. CgKay,

    Kedua-dua ada potensi untuk keluar dalam SPM 2013.

  27. Salam cgu..saya nak tanya..ada x cara lain tuk saya dptkan password..saya nk download soalan2 trial..saya terlupa password saya..

  28. Cgu ct,
    Sila reset password.(klik pada lupa password).. kemudian buat password baru… sendiri.
    Maklumat tentang username dan password telahpun dihantar ke email cikgu sebagai peringatan semasa daftar dahulu.. boleh juga cuba semak dalam email terdahulu. Jika masih bermasalah, hubungi saya melalui email.

  29. Slmt tengahari, cikgu nak tanya soalan pembubaran perkongsian……

    Soalan percubaan terengganu 2013:
    1. Belanja-belanja yang terlibat dgn pembubaran RM520 dibayar oleh Airel (Dt. Realisasi, Kt Modal Airel)

    2. Belanja pengiklanan terakru RM320 yang tertinggal rekod dapat dikesan dan dipersetujui dijelaskan oleh Harith (Dt. Realisasi, Kt Modal Harith)

    ***Cikgu boleh bagi penerangan ckit x ya? x faham……Tq

  30. Situasi di atas hampir sama dengan soalan 3 (SPM 2009)
    (iii) Ming bertanggungjawab menjelaskan semua pemiutang pada nilai buku.

    Jwpn di belakang buku koleksi SPM: (Dt. Realisasi RM13,296, Kt. Modal Ming RM13 296) & (Dt. Pemiutang RM13,296, Kt. Realisasi RM13,296)

  31. Cikgu saya x faham kenapa kena Kt. Modal pekongsi? Kalau dikreditkan akan menambahkan modal pekongsi, bukan ke sepatutnya modal pekongsi berkurang untuk 2 situasi di atas?

  32. Yyy,

    Konsepnya sama dengan AMBILALIH, jika ambilalih ASET … Dt Modal Pekongsi Kt Realisasi.
    Maka jika ambilalih LIABILITI….. Dt Realisasi Kt Modal Pekongsi.

    Ada 2 kaedah untuk merekod PEMIUTANG:
    1. Tutup Ak Pemiutang dengan pindahkan ke Ak Realisasi (Dt Pemiutang Kt Realisasi)… kemudian bila bayar / ambilalih catatannya Dt Realisasi Kt Bank / Modal Pekongsi…… jika diperhatikan TIADA KESAN terhadap Ak Realisasi (Dt RM13296 kemudian Kt RM13296). Kesannya hanya Dt Pemiutang dan Kt Bank / Modal Pekongsi

    2. Terus dengan catatan …..Dt Pemiutang dan Kt Bank (jika bayar) / Modal Pekongsi (jika ambilalih)
    # boleh pilih kaedah mana yang hendak digunakan.

    Ak Modal Pekongsi catat disebelah Kredit bermaksud pekongsi akan mengunakan WANG PERIBADI beliau untuk membayar pemiutang/belanja tersebut…… ianya seolah2 membawa masuk MODAL TAMBAHAN.

  33. salam cikgu narzuki…
    saya nk tnya…tahun ni apa agak2 tajuk yg panas dan perlu ditekankan ?

  34. Ainmakhtar,

    Pada saya, semua topik perlu diberikan perhatian….. semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir dengan A+.

  35. Assalam, cikgu soalan kelab SMk subang utama tu saya tak dapat carilah nilai Bank Rm36822 tu datang dari mana

  36. Cikgu, tajuk perkongsian, faedah atas pinjaman pekongsi terakru masuk tak dalm KKK? kenapa ye??

  37. Azira,

    Baki akhir BANK = Baki awal + Penerimaan – Pembayaran

    Faedah atas pinjaman terakru pekongsi .. kita terus masukkan dalam Ak Semasa Pekongsi berkenaan, maka tidak perlu lagi masukkan dalam KKK.

  38. k. trima kasih cikgu

  39. Cikgu,
    Dalam soalan percubaan pahang soalan 4 rekod tak lengkap, 4(iv) komputer peribadi bernilai RM2200 telah dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan, Jawapan RM2200 telah ditambah dengan RM26400, bagaimana kita tahu bahawa RM26400 masih belum ambil kira RM2200? mungkinkah RM26400 sudah termasuk RM2200?

  40. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    maklumat 4(iv) tersebut agak mengelirukan pelajar … sama ada TELAH DIAMBIL KIRA / BELUM ? … kedua2 ada kemungkinan.

    Cadangan saya, cikgu ubah sedikit maklumat tersebut kepada :
    “4(iv) komputer peribadi bernilai RM2200 telah dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan belum direkodkan dalam mana-mana buku.”

  41. salam sifu..saya nak tanya tentang realisasi jika ada peruntukan hutang ragu…kita akan ttup penghutang dengan baki penghutang or baki setelah ditolak peruntukan hutang ragu..

  42. Sheila,

    Cadangan saya kita ikut cara penutupkan akaun yang sepatutnya.. di mana kedua2 akaun tersebut ditutup dan dipindahkan ke Ak Realisasi… iaitu Dt: Penghutang dan Kt: PHR (dalam Ak Realisasi)

  43. cikgu..soalan perkongsian negeri kedah
    Stok pada 31 Julai 2013 dinilai pada harga RM7 425.
    soalan minta kita buat penyata pada 31 dis 2012..macam mana dengan stok akhir?

  44. Siti,

    Pada pandangan saya, ada sedikit kesilapan disitu…. sila betulkan kepada 31 DISEMBER 2012.

  45. terima kasih cikgu

  46. ckg , kami para pelajar ingin mendapatkan soalan trial spm akaun 2013 .

  47. Nurul,

    Koleksi soalan telahpun cikgu sediakan, dan kemungkinan besar cikgu sekolah anda telahpun memilikinya, sila dapatkan daripada beliau.

  48. Selamat sejahtera En Narzuki.
    Pada pendapat cikgu apakah topik ynag mungkin akan keluar tahun ini untuk SPM ?

  49. Saras,

    Semua topik ada kemungkinan masuk, maka guna masa yang seadanya iuni untuk cuba menguasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.

  50. Terima kasih cikgu.

  51. Assalam..tak boleh bukak file ni.
    Kena download software ape nk bukak file ni?

  52. Nuralinfazlina, waalaikumussalam.

    Fail tersebut dalam format ZIP…. sila gunakan perisian WinZIP,, atau 7-Zip ataupun ke laman berikut
    https://www.wikihow.com/Open-a-.Zip-File-Without-Winzip

    Kebanyakakan komputer sudah ada perisian tersebut…. ataupun cuba ikuti langkah berikut:
    1. letakkan cursor atas fail Zip, klik kanan butan tetikus
    2. pilih “Extract ……… “

  53. Memang tak boleh bukak guna smartfon la ye?

  54. Assalamualaikum cikgu . saya nak tanya ni .

    saya tengah buat soalan percubaan sbp 2013 .
    dekat soalan nombor 2 tu , dia ada minta buat penyata pendapatan , saya dah buat smpai untung bersih , lepas tu bila sampai dekat faedah atas ambilan . saya dah xtahu mcm mana nk buat .
    Bila saya kira xdapat . saya tengok skema , jawapan untuk faedah ambilan param , Qaseh & ruby , 90 , 60 , 40 .

    macam mane nk dapat jawapan tu ye cikgu ?
    mohon penjelasan dari cikgu .

  55. Alin, walaikumussalam.

    Faedah atas ambilan ditetapkan 2% setahun.
    Param (2% x 6000 x 9/12) = 90 ……… ambilannya baru 9 bulan
    Qaseh (2% x 6000 x 6/12) = 60 ……. baru 6 bulan
    Ruby (2% x 2000) = 40 ……………….. untuk setahun.

  56. oh ye . patutlah saya kira xdapat -_-
    Saya kira untuk param ( 6000 x 2% x 4/12 ) = 40
    sebab tgk dia kata setahun dan dia bagi tarikh pun pada 1 april .
    so saya terus darab dgn 4 . Rupenya salah .
    terima kasih ye cikgu ! 🙂

  57. asslamulaikum cikgu, kenapa tak boleh nak buka fail ni ? kena jadi ahli dulu baru boleh buka ka ? saya nak tahun jawapan untuk soalan percubaan

  58. cikgu ! nak tanya lagi boleh ? hehe
    saya masih buat soalan percubaan sbp 2013 .
    tapi soalan lain pulak .

    soalan nombor 3 (b) , dia ada minta buat akaun perdagangan kan ?
    saya try buat berpandukan buku teks tapi untung kasar tu mana nak dapat ye ?
    saya dah pening dah ni -_-

  59. Alin,

    UNTUNG KASAR adalah hasil opersi JUALAN BERSIH – KOS JUALAN, manakala UNTUNG BERSIH = Untung Kasar + Hasil – Belanja

  60. salam cikgu narzuki…
    untuk baki2 masa yang ada ni,,cikgu narzuki fokuskan tajuk apa dgn pelajar cikgu narzuki skrang? harap sudi lah kiranya cikgu narzuki share…

  61. Ainmakhtar,

    Pada pandangan saya, pelajar jawab beberapa set soalan percubaan yang ada, kemudian bagi soalan topik2 lain yang tiada dalam soalan percubaan yang telah dijawab….. seboleh2nya cover semua topik.

  62. cikgu : saya nak tanya tentang Kertas soalan 2 (pontian) soalan 4 : Penyata Penyesuaian Bank . Dalam soalan itu terdapat cek belum dikemukakan kepada pihak bank pada bulan mei 2013, sedangkan penyata penyesuaian bank adalah buat bulan Jun 2013, adakah cek belum dikemukan pada bulan Mei 2013 akan masuk ke dalam PPB ? dalam jawapan yang diberi ialah tidak perlu dimasukkan
    , tetapi sebelum saya menjadi guru tuition PA, saya adalah seorang Kerani Akaun yang bekerja di Bank, apa yang saya tahu , ialah selagi cek yang masih belum kemukakan kepada bank, atau deposit yang masih belum dikredit oleh bank (tak kira bulan , ia mesti dimasuk dalam buat Penyata Penyesuaian bank . ) , so manakah satu yang betul ? saya amat keliru tentang soalan itu ?

  63. YMC,

    Saya SETUJU dengan pandanganYMC, sepatutnya perkara tersebut masih lagi perlu diambilkira dalam PPB selagi perkara tersebut belum selesai. Ianya berbeza dengan kes CEK BULAN LEPAS yang diterima pada bulan ini yang dicatat dalm Penyata Bank.

  64. saya try buat untung kasar mcm apa yg cikgu cakap jualan bersih – kos jualan

    tapi nilai kos jualan yg saya dapat melebihi drpd jualan bersih . mcm mana ?
    bila saya tgk skema percubaan sbp 2013 , saya dapat cam kesalahan dalam skema .
    dia salah kira dekat penyata kos pengeluaran dalam nilai yg ditambah pada kerja dalam proses awal .

    cuba cikgu kira . saya rasa saya xsalah kira 🙁

  65. Alin,

    Ya, ada sedikit kesilapan dalam skema tersebut.. Kos Pengeluaran = RM66 070
    Jika Jualan Bersih < Kos Jualan = RUGI KASAR RM1820

  66. Assalam cg… boleh share sikit skop untuk prinsip perakaunan tuk spm 13 ? memandang kan lagi 2 minggu lagi sebelum spm bermula .

  67. Danial, walaikumussalam,

    Masa yang seadanya ini saya cuba ulangkaji semua topik yang ada disamping pelajar jawab set soalan percubaan. Semua topik ada potensi untuk keluar termasuklah topik2 yang sudah keluar tahun lepas.

  68. Salam Cikgu,
    Terima kasih cg narzuki atas perkongsian dalam blog terutamanya soalan-soalan Tial Exam SPM dengan jawapan yang amat jelas dan senang difahami . Bolehkah cikgu recommend blog cikgu physics, chemistry, biology dan Add Maths untuk saya?
    Sekian, terima kash.

  69. Catherine,

    Sama-sama. Cuba buat carian di GOOGLE untuk blog subjek2 tersebut.

  70. hi cikgu,soalan kertas percubaan melaka: soalan rekod tak lengkap: adakah kita perlu masukkan pulangan jualan dlm ak kawalan penghutang? berapkah jualan bersih?

  71. kertas percubaan terengganu:bagi menyediakan penyata modal akhir (lengkapan 5200-520)
    mengapa nilai susut nilai terkumpul 395

  72. Kalai,

    Trial Melaka 2013
    Rujuk maklumat tambahan : (i) ” Pulangan jualan berjumlah RM260 BELUM direkod dalam mana-mana buku perniagaan”.”
    Maka tidak wujud dalam Ak Kawalan kerana Ak Kawalan disediakan sebelum ID disediakan lagi, kemudian baru dibuat pelarasan. Jualan bersih seperti skema jawapan.

    Trial Terengganu 2013
    Lengkapan RM5200 .. terdapat lengkapan yang baru RM2500 dibawa masuk pada 31/12/2012, iaitu baru 6 BULAN, maka pengiraan susut nilai:
    i) Lengkapan lama (5200 – 2500) = 2700, maka SN = 10% x 2700 = RM270
    ii) Lengkapan baru 2500, maka SN = 10% x 2500 x 6/12 = RM125

    Maka SN dan SNT pada tahun tersebut = 270+125 = RM395

  73. terima kasih

  74. Assalam cikgu,kelantan dan mrsm soalan realisasi, belanja akru sebenarnya dimasukkan atau tidak dalam akaun realisasi? dalasoalan mrsm masuk realisasi, tp soalan kelantan hanya ada dlm akaun bank, confuselh…

  75. Azira, waalaikumussalam.

    Cuba perhati betul2, ada perbezaan antara kedua2 soalan tersebut.
    1) Kelantan .. terdapat baki Kadar bayaran terakru RM550 dalam KKK… ini menunjukkan akaunnya telah wujud, apabila dibayar sepenuhnya maka akaun yang terlibat ialah Ak BANK dan Ak Kadar bayaran terakru tersebut (tak perlu tunjukkan)…. di mana Ak Realisasi TIDAK terlibat.

    2) MRSM – Sewa Terakru BARU dikesan (tak wujud lagi), maka apabila pembayaran dibuat, maka catatan bergunya ialah antara Ak Realisasi dan Ak Bank.

  76. Cikgu,klau dlm BT trlbh nilai, mksudnye nnti tls di cek blum dkmukakn ke dposit blum dktkn? (tnpa mgemaskini BT)

  77. Qila,

    Pertama, kena kenalpasti BT terlebih sebelah Debit atau Kredit terlebih dahulu ?

    Kedua, kesilapan catatan TIDAK boleh diletakkan dibawah Cek Belum dikemukakan / Deposit belum dikreditkan tetapi SEBARIS dengannya… kerana ianya BUKAN item kedua2 perkara tersebut… cara penulisan item adalah penting dalam soalan PPB Tanpa Kemaskini BT.

  78. cikgu almari di kelaskan sebagai perabot atau lengkapan? soalan terengganu 1(c) gaji kasar adalah gaji pokok + semua elaun. jadi gaji bersih= 2565-282-210= 2073.betulkah cikgu

  79. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    Almari boleh dikelaskan sebagai Ak PERABOT dan juga LENGKAPAN (salah satu) …. ikut amalan rekod perakaunan yang digunakan.
    Terengganu : Saya setuju jawapan anda, GAJI BERSIH = GAJI KASAR – POTONGAN = RM2073.

  80. Cikgu, klau BT trlbh di sblh kredit, nnti msuk dkt mana eh? (tnpa mgemskini BT)

  81. Qila,

    Jika guna format PPB mula dengan Baki Buku Tunai, maka dibahagian TAMBAH

  82. Cikgu,kenapa saya tak dapat download soalan trial 2013???

  83. Theresa,

    Sila LOGIN terlebih dahulu, kemudian baru boleh muat turun koleksi tersebut.

  84. Tak dapat tengok.

  85. Theresa,

    Fail tersebut dalam format ZIP…. sila gunakan perisian WinZIP,, atau 7-Zip ataupun ke laman berikut
    https://www.wikihow.com/Open-a-.Zip-File-Without-Winzip

    Kebanyakakan komputer sudah ada perisian tersebut…. ataupun cuba ikuti langkah berikut:
    1. letakkan cursor atas fail Zip, klik kanan butan tetikus
    2. pilih “Extract ……… “

  86. Assalam, cikgu, terima kasih, saya dah faham perbezaannya.

  87. Salam ….saya ingin tahu dalam penyata pendapatan di ruangan penerimaan sepatutnya letakkan amaun yg diterima @ untung sekiranya penyata perdagangan tidak dibuka

  88. Azah,

    Maaf, saya tidak faham apa yang dimaksudkan.,,,,, dalam Penyata Pendapatan…..tiada ruangan “penerimaan”.
    Sebaik2nya nyatakan TOPIK APA serta SOALAN mana yang dirujuk.

  89. salam cikgu,saya nak dowload soalan .tpi xboleh.

  90. Salam cikgu, kalau soalan beri PHR dalam soalan pembubaran, adakah kita perlu ambil kira, atau sebenarnya PHR tu diberi sebagai ‘penganggu’?

  91. Ain,

    Pada pandangan saya,
    Akaun PHR juga dikelaskan sebagai ASET (sebagaimana Ak Penghutang), semua akaun aset perlu DITUTUP dan DIPINDAHKAN ke Ak Realisasi…. maka Penghutang – Dt di Ak Realisasi dan PHR – Kt di Ak Realisasi.

  92. Terima kasih atas penjelasan tersebut cikgu 🙂

  93. Ermm… cikgu, ada jg yg berpendapat bahawa PHR ini tidak melibatkan aliran duit. Oleh itu dalam pembubaran, PHR patut diabaikan saja.

    Malah dalam penyediaan Akaun Kawalan Penghutang sendiri PHR tidak dimasukkan. Macam mana tu cikgu..

  94. Mcm mana dgn susutnilai cgu?

  95. Ain,

    Itu sebab kita tidak boleh ambil penghutang bersih (penghutang – phr), kedua2nya ada akaun yang tersendiri, semasa pembubaran SEMUA akaun yang wujud perlu DITUTUP, jika diabaikan maka dalam rekod perakaunan syarikat tersebut masih lagi wujud Ak PHR.. perkara tersebut menyalahi konsep pembubaran itu sendiri. Begitu juga kesnya dengan SNT perlu ditutup.

    Kenapa dalam Ak Kawalan Pemiutang tidak masukkan PHR, adalah disebabkan catatan bergunya ialah Dt Hutang ragu dan Kt PHR,,, tidak melibatkan Ak Penghutang. Begitu juga dengan kes Hutang Lapuk Terpulih, kenapa tak masuk,,,, ini kerana catatan bergunya Dt Tunai/Bank dan Kt HLP.

  96. Assalamualaikum cikgu,
    saya nak tanya trial penang yg cari susut nilai tu macam mana? dan hutang ragu RM78 tu masuk penyata pendapatan ke atau kunci kira-kira?

  97. Aina, waalaikumussalam.

    Sebaik2nya, nyatakan no soalan supaya mudah untuk dirujuk.
    SN lengkapan = Baki awal + Belian – Baki akhir (iaitu kaedah penilaian semula)

    Setiap pelarasan melibatkan 2 akaun, untuk kes PHR diwujudkan catatan bergunya ialah ;
    Dt Hutang ragu 78 ….. Belanja dalam Penyata Pendapatan
    Kt PHR 78 ……… Aset Semasa ( Penghutang – PHR).

  98. Cikgu, saya nak tanya dalam perkongsiaan gaji terakru tidak direkodkan dalam kunci Kira-kira liabiliti semasa?faedah atas pinjaman pekongsi nak rekod dalam belanja?ambilan pekongsi juga tidak perlu direkodkan dalam kunci Kira-Kira?

  99. Theresa,

    Gaji pekongsi terakru, faedah pinjaman pekongsi terakru dan Ambilan…. kita masukkan dalam Akaun Semasa Pekongsi, dan baki Ak Semasa nanti akan dimasukkan dalam KKK. Manakala Faedah pinjaman dikelaskan sebagai BELANJA dalam Penyata Pendapatan.

  100. Apakah yang dimaksudkan Kenderaan disusutnilai Sebanyak 10% mengikut nilai buku?adakah serupa dengan mengikut baki berkurangan?

  101. Theresa,

    YA, sama, Nilai buku= kos – snt

  102. Salam cikgu..waktu exam boleh jawab guna pensel tidak?

  103. Fiza,

    Penggunan pensel adalah tidak digalakkan,

  104. ala cekgu , kalau xboleh guna pensel , kalau salah tulis cemane ? 🙁

  105. Alin,

    Jika salah, POTONG dan tulis nilai yang betul, semasa exam nanti kita tak perasanpun mana yang salah, mana yang betul janji siap ,,,, kerana kekangan masa, Sekirannya guna pencil, jawapan betul, tapi kabur / tidak boleh dibaca oleh pemeriksa tiada guna juga,

  106. cikgu saye nak tanye,
    kalau buat REKOD TAK LENGKAP kalau soalan kate
    1. Membawa masuk kenderaan bernilai 10000
    tapi soalan dah bagi nilai akhir die
    1 Julai 31 Jun
    Kenderaan 10000 50000
    Perlukah kite tambah 10000 tersebut

    2. SOalan kedua macam mane nak tahu (perlu tambah atau perlu tolak ) nilai akhir aset/liabiliti saoaln RTL berdasarkan maklumat tambahan seperti Tunai dan Stok, kite tak perlu tambah atau tolak sebab dah dinilaikan, betul ke konsep ni cikgu?
    Terima kasih.

  107. Vvdanial..

    1) Ada yang tidak kena dengan nilai2 yang dinyatakan.. sila nyatakan soalan mana bagi memudahkan cg rujuk.

    2) TUNAI.. BANK … STOK .. tidak perlu ditambah/ditolak kerana ianya merupakan baki terakhir selepas ambil kira semya urus niaga sebelumnya…KECUALI dinyatakan perkara tersebut BELUM diambilkira lagi.

  108. Cikgu, dalam buku tunai runcit derma dalam kategor pelbagai belanja atau belanja pejabat?

  109. Treresa,

    Pandangan Cg, PELBAGAI lebih sesuai.

  110. assalamualaikum cikgu.
    saya nak mintak skema trial terengganu, boleh x?

  111. ckgu ?
    boleh saya tahu . soalan ape yang keluar dalam percubaan terengganu ?

  112. Fahmi, waalaikumussalam.

    Topik soalan Terengganu.:
    1. Pelbagai topik
    2, Kelab dan Persatuan
    3. Pembubaran Perkongsian
    4. Penyata Penyesuaian Bank
    5. Titik Pulang Modal
    6. Rekod Tak Lengkap

  113. ok . terima kasih cikgu .
    cikgu ada tak soalan2 target spm tahun ini ??

  114. Saya suka dgn blog ckgu

  115. Stok akhir alat tulis perlu disimpan sebagai aset semasa?

  116. Fahmi,
    Maaf, Cg tiada soalan target…. pasanan cg: guna masa yang seadanya ini untuk kuasai sebanyak mungkin topik yang ada, semakin banyak yang dikuasai, semakin hampir dengan A+.

    Suhaila,
    Terima kasih, semoga ianya dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan guru, demi kejayaan anak2 pelajar semua,

    Wendelllwy,
    Ya, Aset Semasa,

  117. Cg,

    Dlm exam nanti kami diberi booklet ke atau kertas kajang asing?

    Kalau booklet, di mana kami nak tulis jalan kerja….sebab utk soalan 2 cthnya, mungkin ada 2-3 muka surat jawapan…so di mana nak tulis jalan kerja….

    Tolong Cg

  118. Nabilah,

    Bergantung kepada pengawas peperiksaan.. sama ada diberi booklet / kertas kajang.
    Sebaik2nya jalan kerja ditunjukkan dalam jawapan, contohnya

    Kadar bayaran (3000 + 500 – 200) 3300
    Susutnilai (10%x 50000) 5000

  119. Cg, kalau soalan suruh kita buat akaun perdagangan, tapi kami buat bentuk penyata sebab dah biasa dgn penyata…boleh tak? Dan ada kesan dlm permarkahan tak?

    TQ Cg

  120. Nabilah..

    BOLEH.. malah Cg sangat galakkan buat bentuk penyata.

  121. Cg, Dalam Akaun Realisasi, bayaran diterima drpd pelbagai jualan aset.
    Maka, untuk nak bezakan setiap penerimaan, bolehkah kami tulis dalam kurungan di Akaun Realisasi utk apa wang tersebut diterima.
    Cth spt. penerimaan wang hasil drpd jualan stok, maka kami rekod dalam akaun realiasasi di sebelah kredit & dlm kurungan tulis Stok.

  122. Nabilah,

    Catatan dalam kurungan itu hanya sebagai NOTA sahaja, untuk menjawab soalan peperiksaan TIDAK BUAT catatan tersebut tidak mengapa… tiada apa yang perlu dibezakan, memadai dengan butir BANK .
    Semasa buat soalan LATIHAN sebelum ini digalakan tulis nota tersebut bagi memudahkan pelajar ulangkaji disaat2 akhir sebelum masuk dewan peperiksaan.

  123. Cikgu,ada satu soalan yg saya tak faham..Trial Melaka ..soalan penyata pendapatan..yg kunci kira-kira,Aset semasa-penghutang..kenapa penghutang tolak 260(pulangan jualan) ,bukan tolak hutang lapuk ke (500)?

  124. Vampire,

    Hutang lapuk yang diberikan bukanya item pelarasan… cuma maklumat yang perlu dimasukkan dalam Ak Kawalan Penghutang…. maka Baki AKhir Penghutang RM2000 TELAH mengambil kira HL (tidak perlu TOLAK lagi).

    Manakala PULANGAN JUALAN.. yang BELUM direkodkan dalam mana2 buku (tidak masuk dalam Ak Kawalan Penghutang)…. maka ianya merupakan item PELARASAN.. maka perlu dibuat pelarasan terhadap baki2 akaun yang terlibat iaitu PULANGAN JUALAN 260, dan PENGHUTANG – 260.

  125. ohhh..Faham akhirnya.Terima kasih cikgu

  126. cikgu ada soalan lagi,SNT kenderaan dikenali sebagai LS ke ?kenapa dlm skema,kira modal akhir,SNT diambil kira sebagai LS ??

  127. Vampie..

    TIDAK… SNT dikelaskan sebagai item Aset (iaitu pengurangan aset)… Cg cadangkan buat seperti biasa.. Kenderaan – SNT dibahagian ASET.. walaupun nilai jawapannya SAMA… tetapi dari segi konsepnya skema tersebut tidak tepat dan boleh mengelirukan pelajar.

  128. Ohh ptt laaa..trus saya keliru nmpk skema bt cam tuh..terima kasih sekali lagi

  129. Cikgu terdapat beberapa kertas ade typing error buat aku keliru je

  130. Dophiline,

    Sudah tentu ada sedikit kesilapan.. tidak dapat dielakkan.. apa yang perlu dibuat… jika ada kekeliruan terus bertanyakan sesorang, berbincang untuk dapatkan pencerahan… dan dari situ kita akan dapat belajar sesuatu.

  131. Cikgu bolehkah cikgu beri beberapa situasi yang boleh mengelirukan pelajar melibatkan Penyata Pendapatan/Rekod Tak Lengkap

  132. Cikgu 1 lagi soalan nilai akhir untuk penghutang dalam Rekod Tak Lengkap (boleh ke x hendak tambah atau tolak jika diberi pelarasan bukan kesilapan)
    Cikgu bole x cikgu bagitau nilai ape nilai akhir dalam REKOD TAK LENGKAP yang tak boleh diubah lagi seperti TUNAI, STOK….. kecuali kesilapan… Perkara ini sgt mengelirukan Terima kasih

  133. Cikgu 1 lagi soalan melibatkan situasi
    Dalam pelarasan ade hutang lapuk ape akaun kite tolak dan tambah.
    Dalam pelarasan ade hutang lapuk terpulih (ape akaun kite tolak dan tambah)

  134. Vvdanial,

    Pada asasnya TUNAI, BANK dan STOK tidak perlu diselaraskan kerana nilai yang diberikan adalah NILAI AKHIR iaitu setelah diambilkira urus niaga yang berlaku sebelumnya KECUALI dinyatakan BELUM DIAMBILKIRA lagi.

    Manakala item2 yang lain PERLU diselaraskan.. walau bagaimanpun fahami maklumat yang diberikan.

    Contohnya 1 :
    Perabot 3000 (baki awal) 3500 (baki akhir)
    Maklumat tambahan:
    I) Pemilik membawa masuk perabot RM500 ke dalam perniagaan. …. maka dalam kes ini Baki AKhir 3500 TELAHPUN diambilkira.

    Contohnya 2 :
    Perabot 3000 (baki awal) ? (baki akhir)
    Maklumat tambahan:
    I) Pemilik membawa masuk perabot RM500 ke dalam perniagaan. …. maka dalam kes ini Baki AKhir = 3000 + 500

    Catatan Pelarasan HUTANG LAPUK …… Hutang lapuk (+)…. Penghutang (-)
    Catatan bergu bagi HUTANG LAPUK TERPULIH ialah … Hutang Lapuk Terpulih (+) ….. Tunai / Bank (+)

  135. ooooo penerangan cikgu sangt bagus
    cikgu kalau pemiutang dibayar oleh pekongsi
    Kredit Modal Pekongsi..Debit PEMIUTANG ade kaitan x dgn akaun realisasi…Terima kasih banyak
    cikgu banyak membantu

  136. Vvdanial,

    Konsepnya SAMA dengan dibayar dengan CEK…………. iaitu Kt BANK, manakala jika dibayar oleh pekongsi (iaitu ambilalih pemiutang)… maka Kt MODAL PEKONGSI

  137. Cikgu sye nk tanye kalau pinjaman matang pada 31 dis 2014 kunci kira kira pada 31 dis 2013… Pinjaman ini masuk liabiliti semasa atau liabiliti bukan srmasa

  138. Vvdanial..

    Pada pandangan saya.. Liabiliti Semasa kerana genap setahun… tidak melebihi tempoh perakaunan yang berikutnya.

  139. Maaf Cikgu, saya ingin bertanya mengenai buku tunai runcit tapi tak tahu di bhgian mana yg sesuai. Berdasarkan soalan 3 (b) Program Peningkatan Akademik SPM 2013 – Modul A, saya telah lihat skema jawapan dan mendapati catatan pada Jul. 1 di bwh baki b/b dicatat sbg TUNAI. Saya nak tanya, sekiranya saya menjawab BANK adakah dikira betul?

  140. Vun,

    Butir yang sepatutnya ialah BANK…….. sepertimana yang tercatat dalam skema jawapan (cuba semak semula).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.