Modul 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

Standard Kandungan

1.1 Perakaunan, sub bidang perakaunan, kerjaya dan badan profesional .
1.2 Sejarah  perakaunan dan perkembangannya.
1.3 Penyata Kewangan
1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan dalam perakaunan
1.5 Entiti perniagaan

1.3 PENYATA KEWANGAN (Cg Ain)


1.4 ANDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN DALAM PERAKAUNAN (Cg Ain)

Standard Prestasi

TP1 Menyatakan dan menyenaraikan bentuk dan ciri-ciri setiap entiti perniagaan


TP2 Menerangkan maksud perakaunan dan sub bidang perakaunan


TP3 Melengkapkan Kitaran Perakaunan.


TP4 Menganalisis penyata kewangan dari pelbagai sumber dan membanding beza item-item yang terdapat di dalamnya.


TP5 Menentukan Andaian, Prinsip dan Batasan dalam perakaunan yang dapat dikaitkan dengan sesuatu kes.


TP6 Menghasilkan jadual perbandingan ciri-ciri dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti setiap entiti perniagaan.

  1. Kos Tanah yang dicatat di dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 2009 bernilai RM1,000,000.
    Syarikat telah membuat penilaian pada 2015 dan harga pasaran adalah RM2,500,000
    Apakah harga tanah yang patut dicatat dalam Penyata Kedudukan Kewangan?
    Apakah konsep yang digunakan?

  2. Chee,

    Ikut Prinsip Kos….. direkodkan sebagai RM1,000,000.

  3. Cg,
    Pelaporan berasaskan nilai saksama TIDAK lagi dipatuhi?

  4. Chee,

    Masih dipatuthi sebab dalam PPK kita kemukakan nilai buku semasa sesuatu aset bukan semasa… cth;

    Kenderaan 50,000 (nilau kos)
    (-) SNT 5,000 ..
    Nilai buku 45,000 .. nilai saksama

  5. Cg,
    Biasanya tanah Tidak disusutnilaikan kerana harga meningkat mengikut masa.

    Haruskah kita masih mematuhi Prisip Kos?

  6. Chee,

    Ya.. masih guna Prinsip Kos.
    Prinsip kos … kita rekod berdasarkan nilai masa ianya diperoleh.

    Penilaian semula… iaitu ikut nilai semasa/nilai saksama hanya apabila tanah tersebut hendak dijual.

  7. Cikgu,apa maksud ciri kualitatif tetingkat?

  8. Stella lai,

    Secara mudahnya:
    Kualitatif asas (Fundamental Characteristics).
    Kualitatif tetingkat (Enhancing Characteristics) : melengkapkan lagi ciri2 asas.

    Ciri2 asasnya… mesti releven n perwakilan benar….

    Manakala bagi memastikan Penyata Kewangan yg disediakan mempunyai tahap kualitatif lebih tinggi.. maka ciri2 “tetingkat” perlu dipatuhi… seperti kebolehbandingan.. kebolehfahaman.. kebolehsahan.. dan pemasaan.

  9. cikgu boleh senaraikan komponan-komponen bagi semua akaun perdagangan,akaun untung rugi dan penyata kedudukan kewangan

    saye ade sikit kekeliruan di bahagian ni..terima kasih cikgu

    selain itu,saye nak tahu tahap penguasaan pagi modul 1,2 dan 3
    terima kasih cikgu terima kasih
    saye hargai segala bantuan cikgu

  10. Faeq.

    Item2 dalam setiap komponen tersebut boleh rujuk formatnya dalam buku teks (modul 8)… atau mana2 buku rujukan.

    Tahap penguasaan… boleh rujuk dalam DSKP yang telah saya sediakan untuk di muat turun… DISINI.

  11. Assalamualaikum, cikgu.

    Boleh saya tahu,kenapa terdapat perniagaan yang menyediakan penyata kewangan pada hujung setiap suku tahun, setengah tahun, dan satu tahun?

  12. Amirul, waalaikumussalam.

    Untuk mengetahuinya.. cuba Amirul kaji dahulu apakah tujuan Penyata Kewangan disediakan….daripada situ baru Amirul akan faham kenapa terdapat pelbagai tempoh perakaunan.

  13. asslamualaikum cg,apakah maksud sub bidang perakaunan?

  14. Puteri, waalaikumussalam.

    Secara mudahnya… pecahan kepada bidang perakaunan.

  15. assalamualaikum,maaf bertanya lagi cg,mengapa sesuatu aset bukan semasa boleh dikategorikan sebagai aset semasa?

  16. hi,
    aset merupakan salah satu komponen utama.
    dalam aset boleh dibahagikan kepada 2 iaitu aset bukan semasa (untuk jangka masa panjang) dan aset semasa (untuk jangka pendek). ckg, jika salah tolong betulkan. terima kasih

  17. Sinjuku,

    Ya.. betul.

  18. salam..sy kurang faham mengenai kos manfaat..boleh cikgu tolong jelaskan..tq

  19. Fatin,

    Kita bandingkan antara KOS dan MANFAAT bagi sesuatu tindakan/rancangan –> kemudian baru buat keputusan yang menguntungkan perniagaan.
    Cth
    Projek A:
    Kos RM300 Hasil RM400 –> Utg RM100
    Projek B:
    Kos RM700 Hasil RM900 –> Utg RM200

    Maka kita akan pilih Projek B.. walaupun kosnya lebih tinggi , tetapi pulangannya juga lebih tinggi RM200 berbanding Projek A walaupun kosnya lebih rendah.

  20. Puteri, waalaikumussalam.

    Beli barang niaga secara kredit –> Jurnal Belian

  21. Assalam .. Adakah konsep materiliti sama dgn kos manfaat? Tq.

  22. Fatin, waalaikumussalam.

    Tidak sama..

  23. assalamualaikum, saya perlukan emel cikgu utk berhubung berkenaan perakaunan. utk makluman saya pelajar PJJ UUM dan saya keliru tentang beberapa bahagian. bagaimana saya boleh berhubung dgn cikgu ye?

  24. Ayu, waalaikumussalam.

    narzuki@gmail.com

  25. Salam.. cgu. Saya nak Tanya pasal andaian berterusan. Yg saya faham daripada buku teks .andaian tersebut tidak bagus SBB dia tiada titik noktah. Betul ke cikgu.

  26. Siti,

    Jika perniagaan kita hanya seketika sahaja… maka tiada guna kita bersusah payah menyediakan penyata kewangan yang lengkap dan baik.

    Dengan Andaian Berterusan –> barulah kita perlu menyediakan rekod perakaunan yang lengkap.. supaya kita dapat menilai pencapaian prestasi semasa perniagaan… seterusnya dapat merancang supaya prestasi perniagaan terus meningkat dari setahun ke setahun.

  27. Cikgu Yang kedua Kos Manfaat ni bukan maksudnya minimakan Kos maksimakan untung. Yang saya faham berdasarkan diskusi Di atas x kisah kalau Kos tinggi asal dapat untung Yang banyak.dan maksud Kos Manfaat adakah kita perlu membuat perbandingan 2 perancangan.terima kasih cikgu

  28. Siti,

    Ya.. tidak bermaksud meminimakan kos.. sebagai contoh :
    1. Kos RM100 Manfaat RM150
    2. Kos RM1000 Manfaat RM1800
    Yang mana satu pilihan kita ?

  29. Saya pilih yg ke2. SBB manfaatnya banyak

  30. Siti,

    Ya…kos manfaat lebih baik.

  31. Secara ringkas apa itu kos manfaat

  32. Ally,

    Rujuk komen Cg di atas.

  33. apakah andaian perakaunan?

  34. Yusof,

    Dalam perakaunan terdapat beberapa andaian dan prinsip yang menjadi ASAS kepada cara perakaunan diamalkan. Andaian dan prinsip tersebut menjadi PANDUAN kepada bagaimana penyata perakaunan disediakan.

  35. 1?encik silva mambayar sewa kediaman dengan tunai daripada kedainya .namun ,beliau merekodkan bayaran sewa kediaman itu sebagai sewa premis kedai.
    nyatakan satu andaian perakaunan yg tidak dipatuhi oleh encik silva

    2?encik sim memiliki hotel riang yg tahun kewangan berakhir pd 31 disember setiap tahun .pada 15 september 2016 ,seorang pelancong encik puvan telah membuat tempahan bilik berharga rm450 bagi percutian pada bulan februari 2017.tempahan ini telah dibayar penuh oleh encik puvan dengan menggunakan kad kredit.
    di bawah prinsip pengiktirafkan hasil dan belanja,adakah encik sim patut mengiktiraf,tempahan encik puvan sebagai hasil bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2016?
    berikan alasan anda

  36. Wong,

    Sila kemukan jawapan anda.. Cg bantu semak dan komen mana yang tidak tepat… bukan Cg yang jawab.

  37. cg
    saya nak minta bantuan cg untuk tahap penguasaan tingkatan 4 , modul 1 yang mana minta murid menjawab kes. Kes tu apa dia. adakah situasi?

  38. Valle,

    Diberikan situasi… pelajar tentukan andaian, prinsip @ batasan yang dipatuhi @ tidak dipatuhi.

  39. Cikgu,

    Cuba tanya kesilapan material maksud apa?
    Pewakilan benar maksud apa?

  40. Cikgu,

    cost manfaat adalah satu management accounting?

    Terima kasih.

  41. Cikgu,

    Cuba tanya nilai saham untuk koperasi dan syarikat berhad adalah tetap? Mengapa?

    Dan Tujuan untuk koperasi adalah apa?
    Tujuan syarikat operasi adalah mencari keuntungan.betul?

    Terima kasih

  42. 1. NYATAKAN KEPENTNGAN MENYEMAK BAKI AKAUN DI BANK SEBELUM MENYEDIAKAN SENARAI BYARAN?

    2. SIAPAKAH YANG MEMBUAT PENGESAHAN KEPADA PENYATA PENYESUAIAN AKAUN BELUM BAYAR??

    saya x fham soalan ini cikgu

  43. Ashini,

    Rujuk buku teks.. kenalpasti tujuan melakukan semakan… baru kita boleh tentukan kepentingannya.

  44. Cikgu,

    cuba tanya nilai saham untuk korperasi dan syarikat berhad adalah tetap? mengapa?

    dan tujuan untuk koperasi ialah apa? tujuannya ialah mencari untung, betul?

    cikgu, boleh tak jelas sikit untuk Sistem Maklumat Perakaunan?

    terima kasih.

  45. Cikgu,

    cuba tanya ciri kualitatif asas, ada satu ialah perwakilan benar. may i know what does it mean?

    thank you.

  46. Swee Kung,

    Boleh rujuk buku teks.

  47. Cikgu, Saya nak Tanya konsep yang lama tak pakai lagi? Sudah tukar baru syllabus?Materialiti dan nilai saksama tak ada lagi?
    Lagi Saya mau tanya kitaran perakaunan peringkat yang terakhir Catalan Penutupan atau penyata kewangan?

  48. Wong,

    Ikut DSKP terbaru…dan Buku Teks.

  49. Assalamualaikum cikgu..

    Diskaun niaga dengan diskaun tunai tu apa ya?

  50. Syaa, walaikumussalam.

    Dalam buku teks ada menerangkan perkara tersebut, serta ditunjukkan contoh dan cara pengiraannya sekali.

  51. Cikgu ada tak senarai istilah dalam akaun dalam BI

  52. Zahuri,

    Boleh cuba disini :
    https://mymemory.translated.net/

  53. Cg saya nak contoh bagi kos manfaat

  54. Ashvinee,

    Dalam buku teks ada contohnya.

  55. salam cikgu nk tanya kalau peralatan berkos Rm 2800 dibeli dari kedai asi telah direkodkan sebagai belian barang niaga

    apa dia punya debit dan kredit?

  56. Fauzul,

    Adakah peralatan tersebut adalah barang niaga ?
    Adakah persoalan ini berkaitan topik pembetulan kesilapan ?

  57. cikgu nak tanya apakah bezanya antara Andaian dan Prinsip?

  58. Dophline,

    ANDAIAN adalah amalan UMUM yang biasa yang diikuti oleh SEMUA organisasi.
    PRINSIP adalah DASAR2 perakaunan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi dan perlu dinyatakan dalam laporan kewangannya.. dan jadi berbeza antara organisasi.. Cth.. Prinsip Kos: A mengamalkan perekodan kos sejarah…. B mungkin berasaskan nilai semasa / buku… Ketekalan : A menetapkan SN guna kaedag baki berkurangan… B pun kaedah garis lurus. Pengiktirafan H&B :.. A menggunakan perakaunan asas akruan… B pula asas tunai.

  59. assalam cikgu.
    boleh cikgu terangkan kat saya mengenai ciri kualitatif dengan lebih terperinci or in a simple way?
    Terima kasih cikgu.

  60. Dini, waalaikumussalam.

    Pertama, kita lihat tujuan Penyata Kewangan disediakan… untuk laporkan maklumat kedudukan kewangan sesebuah organisasi..
    Kedua, laporan yang bagaimana… mesti yang berkualiti.
    Ketiga, apakah kualiti2 yang perlu ada.. ?
    –> rujuk ciri2 kualitatif asas dan tetingkat.
    # jika tidak mempunyai ciri2 tersebut, maka laporan yang disediakan –> tidak berguna.

  61. cikgu, saya nak tanya… ada beza ke antara akaun lekapan dan akaun lengkapan??

  62. Cikgu nak tanya bgmn bezakan andaian dan prinsip? sebab saya keliru dgn kedua-dua

  63. Dopline,

    Cuba rujuk komen saya diatas..berhubung perkara tersebut.

  64. saya ni bukan opsyen prinsip akaun ttp diberi amanah untuk mengajar subjek ini. ada la sedikit pengalaman masa sekolah dulu aliran akaun dkt U pernah gak blaja tp tu lah..keja pun penah gak dlm bidang ni tp 16 tahun dulu..kena kayuh pelan2..cuba nk memahami sbb dh lama tk bukak buku pasal akaun ni. tu sbb join cg narzuki utk bimbingan.

  65. InsyaAllah.. saya bantu mana yang termampu.
    Cg bagi no HP.. nanti saya minta admin group telegram guru Akaun add cgu.

  66. assalamualaikum,cg apa beza modal dengan untung bersih?

  67. Tashya, waalaikumussalam.

    Kedua2 adalah item dalam EKUITI PEMILIK.
    MODAL –> Pemilik bawa masuk aset peribadi ke dalam perniagaan.
    UNTUNG BERSIH –> Keuntungan yang diperolehi daripada operasi perniagaan.

  68. akaun stpm susah ke

  69. cg ankat tuisyen tak personaly

  70. Nithya,

    Semua bergantung pada diri sendiri… jika kita kata SUSAH… ianya akan jadi SUSAH.

    USAHA tangga KEJAYAAN.

  71. salam,

    Tuan ada buat kelas persendirian untuk orang yang dah bekerja?

  72. Fikri,

    Maaf… saya tidak buat kelas.
    Nanti saya email seseorang untuk dihubungi..

  73. Cg Narzuki,
    Setiap butiran akaun dalam Penyata kewangan dapat dibuktikan dengan sokongan dokumen sumber.

    Situasi di atas lebih kepada relevan atau kebolehsahan?

    Cg Narzuki sila beri penjelasan.

  74. Gigisg,

    KEBOLEHSAHAN
    Dokumen sumber –> BUKTI berlakunya urusniaga.. juru audit akan rujuk dokumen2 tersebut terlebih dahulu..

  75. Terima kasih atas penjelasan Cg Narzuki.

  76. Cikgu memandangkan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 sudah dekat

    Bagaimana hendak score A dalam Subjek Prinsip perakaunan

    1.Kertas 1
    Tajuk apa perlu Saya Kuasai Untuk mendapatkan lebih markah

    2.Kertas 2 Tajuk apa perlu Saya Kuasai Untuk mendapatkan markah lebih

    3.Serta cikgu Kertas 2 bahagian B Boleh pilih soalan

    Jikalau Saya menjawab semua soalan tetapi tidak lengkap

    Bagaimana pengiraannya cikgu akan Dibuat

  77. Ooi,

    1. K1: SEMUA tajuk… pastikan betul sekurang2 30/40
    2. K2 : Penyata Kewangan, Persamaan, Buku Tunai Runcit, Akaun Kawalan, kitaran perakaunan (Dokumen –> BCP –> Lejar –> ID), pelarasan pada tarikh imbangan, Pembetulan Kesilapan..
    3. Bahagian B : Pilih 2 daripasa 3 soalan.
    Jika jawab semua… cikgu akan pilih 2 markah yang terbaik.

  78. Cikgu nak tanya pasal konsep perakaunan Untuk Situasi dibawah

    Situasi 1.

    Encik Lee membayar sewa rumah kediamannya dengan Wang Tunai Perniagaan Dan pemilik mencatat sebagai ambilan

    Saya jawab:Entiti Berasingan

    Situasi 2.

    Syarikat Abdul Razak telah menetapkan kaedah ansuran tetap dalam pengiraan Susut nilai tahunan alatan pejabatnya

    Saya jawab:Ketekalan

    Cikgu lepas tu ini pula pasal PHR
    Soalan suruh : Berapakah nilai PHR yang dicatat dalam:
    (I) Penyata Pendapatan
    (ii) Kunci Kira Kira

    Maklumat ID
    ABT – RM 20600 (Debit)
    PHR – RM 1509 (Kredit)

    Maklumat tambahan
    PHR diselaraskan kepada 5% atas ABT

    SAYA punya jawapan
    (I) 479
    (ii) 1030

    Betul Tak cikgu tolong semak. Terima kasih

  79. Ooi..

    Ya.. semua betul… Tahniah.

  80. Terima kasih cikgu

  81. Cikgu Apakah Maksud konsep konservatisme

  82. Khusa,

    Secara ringkasnya Konsep KONSERVATISMA :

    1. Hasil & Untung perniagaan direkodkan jika ia benar-benar berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.

    2. Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata

    Contoh: Perniagaan AA telah berkontrak dengan syarikat dari Mexico. Hasil daripada kontrak ini perniagaannya dijangka akan memperolehi keuntungan RM 1 juta. Pengarah syarikat mengarahkan akauntannya melaporkan keuntungan tersebut dalam penyata kewangan tempoh berkenaan. Wajarkah akauntan melaporkan keuntungan tersebut?

    Penyelesaian: Akauntan tidak boleh melaporkan keuntungan tersebut kerana ianya belum berlaku dan hanya satu jangkaan. Tindakan ini menyalahi konsep konservatisma di mana keuntungan tidak boleh dilaporkan selagi tidak berlaku

  83. nailiakmal mohamad

    jika saya daftar jadi ahli dlm bulan dec ini, adakah keahlian utnuk muat turun juga berahkir pada 31 dec 2019?

  84. Nailiakmal..

    Daftar sekarang… kira berakhir 31/12/2020

  85. Assalamualaikum cikgu
    Pemegang saham adakah pengguna dalaman penyata kewangan.

  86. Muiz, waalaikumussalam.

    Ya.. pemegang saham.. seolah2 pemilik perniagaan tersebut.

  87. Assalamualaikum cikgu,

    nak tnya , kalau markah kertas 3 rendah contoh dpt 16 , ada chance ke nk dpt B or A dlm paper Acc spm?

    Sekurang-kurangnya paper 2 klau nk lulus mrkh kena berapa?
    Dan kertas satu juga berapa cikgu?
    Terima kasih cikgu

  88. Fazilah, waalaikumussalam

    Permarkahan:
    K1 – 20%
    K2 – 60%
    K3 – 20%

    Jika K3 dapat 16%.. utk capai sekurang2nya B… letakkan target 70%
    K3 = 16%
    K1 = 15% (betul 30/40)
    K2 = 39% (dapat 65/100)

    Jika target A… tingkatkan lagi markah di K1 & K2.

  89. Assalamualaikum cikgu,
    Situasi macam ini dikira prinsip atau andaian cikgu ?

  90. Ammar, waalaikumussalam..

    lebih kepada Kos Batasan..

  91. Kenapa cikgu?

  92. Cuba fahami.. apa yang dimaksudkan kos batasan dalam buku teks..

  93. Assalamualaikum cikgu,
    Maaf ganggu cikgu,
    Saya nak tanya cikgu, kalau nak target acc A saya kena perlu strong dekat bab brp cikgu?

  94. Fazilah, waalaikumussalam.

    Cuba kuasai sebanyak mungkin topik yg ada… semakin banyak kuasai.. maka semakin hampir dengan A+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.