Penyata Penyesuaian Bank

Standard Kandungan

12.2 Penyata Penyesuaian Bank
Standard Prestasi


TP4 Menganalisis item yang terdapat dalam Buku Tunai tetapi tidak terdapat dalam Penyata Bank dan sebaliknya.


TP5 Memilih kaedah bermula dengan baki kredit atau debit Penyata Bank atau baki debit atau kredit Buku Tunai dan sediakan Penyata Penyesuaian Bank tanpa mengemaskini Buku Tunai


TP6 Menghasilkan Buku Tunai yang dikemas kini dan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank bermula dengan baki kredit atau debit Penyata Bank atau baki Buku Tunai yang dikemas kini.

  1. Cikgu,
    Penyata bank menunjukkan baki kt 21500. Baki ini berbeza dgn BT disebabkan oleh pkr2 berikut:
    Cek berjumlah 2800 belum dikreditkan oleh pihak bank
    Dividen pelaburan 380 belum direkod di BT

    Soalan: Berapakah baki BT?
    Baki BT= 21500 + 2800 – 380 = 23920
    Adakah pengiraan ini betul?

  2. Mika,

    Ya.. betul

  3. Cg,
    Dalam penyata penyesuaian bank dengan mengemas kini buku tunai, apa yg patut di tambah dalam penyata penyesuaian bank dan apa yg patut ditolak?

  4. Ain,

    Baki debit di buku tunai
    (+) Cek belum dikemukan
    (-) Deposit belum dikreditkan
    Baki debit/kredit di penyata bank

    # sila rujuk buku teks.

  5. Bagaimana buat maklumat tambahan (iii)?
    Terima kasih

  6. Paris,

    Kes tersebut dipanggil “Kesilapan songsang / terbalik”… bayar jepada Kelly sepatutnya dicatat di sebelah KREDIT dalam Buku Tunai tetapi tersilap catat di sebelah DEBIT–> maka pembetulannya mesti dicatat disebelah Kredit dengan nilai 2X ganda… (baki kes kemaskini buku tunai).. manakala bagi kes tanpa kemaskini buku tunai.. catat di bahagian TOLAK dalam PPB.

  7. cikgu,kalau yg ada diberi diskaun tu ,kena tulis yg asal atau yg dah ditolak diskaun?

  8. Nurul,

    Hanya rujuk nilai di lajur BANK sahaja

  9. Cikgu bolehkah saya tanya kesilapan dalam buku tunai catat sekali atau boleh ulang sekali bagi kesilapan kedua dalam penyata penyesuaian bank

  10. Xfriend,

    Hanya SEKALI sahaja.

  11. Cikgu,
    Diberi baki buku tunai 18700.
    Perbezaan baki disbbkan:
    PB:
    Caj bank 100
    Hibah 170
    Penghutang Sykt Jannah 3500
    BT:
    Sykt Jannah didebitkan sbyk 3005
    Cek 900 yg diterima drpd pelanggan masih belum dikreditkan oleh pihak bank.

    Soalan: Berdasarkan kaedah mengemaskini BT, berapakah baki BT sebenar?

    Pengiraan saya:
    18700 – 100 + 170 + 495 (kesilapan terkurang terima)
    900 tidak diambil kira dlm kaedah kemaskini BT.
    Adakah pengiraan sebegini betul?

  12. Mika,

    Betul.. –> sebaik2nya jawapan dalam bentuk Ak Buku Tunai (Bank)

  13. Salam cg.tlg selesaikan. Pening sy tq

  14. Mr. T

    Buat jawapan dahulu.. kemudian Cgu semak. Cgu bagi formula :

    Baki Penyata Bank
    (+) item DEBIT dlm BT & PB
    (-) item KREDIT dalam BT & PB
    = Baki BT

  15. Hakimah Latif

    Salam Cikgu,

    bagi soalan Paris di atas, utuk maklumat i kita perlu buat pelarasan di Ak buku tunai atau penyata penyesuaian bank?

  16. Hakimah,

    Kesilapan dalam Buku Tunai –> pembetulan dalam Buku Tunai kemaskini.

    PPB –> hanya Cek Belum Dikemukakan & Deposit Belum Dikreditkan sahaja.

  17. hi cikgu, saya ada sedikit kekeliruan. mohon bantuan. pada pernyataan awal diberi 4 cek tidak lagi dihantar pada bulan jun. tapi rajah beri buku tunai dan penyata bank pada bula julai, dimana di penyata bank telah tertulis 4 cek yang belum lagi dihantar pada jun sebagai telah terima. macam mana untuk selesaikan?

  18. Adlan,

    Maaf.. saya tidak jelas gambaran solan yang dikemukakan..

  19. assalam cikgu
    dalam penyata bank ada butir
    pindahan kredit-delima enterprise

    utk butir dlm penyata penyesuaian bank
    kita tulis apa

    a) delima enterprise( pindahan kredit)
    @
    b) pindahan kredit-delima enterprise

  20. cikgu jika ada kesilapan dlm buku tunai..macam mana kita nak tentukan sama ada kita perlu tambah atau tolak dalam PPB tanpa kemaskini buku tunai..

  21. Hanna, waalaikumussalam.

    1. –> (a)

    2. Bergantung kepada PPB.. mula dengan Baki dr Buku Tunai @ Baki dr Penyata Bank.

    # Kes PPB mula dengan Baki debit di BT:
    Jika BT/PB terlebih sblh DT –> PPB (-)
    Jika BT/PB terlebih sblh KT –> PPB (+)

  22. 1.cikgu macam mana kalau baki penyata bank dan
    baki buku tunai tak tally
    2.boleh sy tahu biasanya dimana salahnya
    3.sya dah ikut secara urutan step tersebut

  23. macam mana kalau di buku tunai 28 april kedai husna dan 29 april kedai laila tetapi di maklumat tambahan dia kata cek daripada kedai husna yang didepositkan pada 29 april dikembalikan oleh bank kerana tak laku

  24. Kolabako,

    1. Memang kebiasaanya baki di Buku Tunai dan Penyata Bank tidak sama…. itu sebabnya disediakan Penyata Penyesuaian Bank.. untuk mengenai pasti apa item2 tang menyebabkan perbezaan tersebut.
    2. Banyak kemungkinan kesilapan boleh berlaku… salah satunya item kesilapan nilai yang berbeza dalam BT dan PB.. silap letak di (+) @ (-).
    3. Cek tak laku… kita kreditkan di BT (jika soalan minta kemaskini BT).

  25. Assalam,

    Cikgu boleh saya tahu..
    1) cthnya baki akhir buku tunai bulan 12 mestilar jadi baki awal bulan 1 kan cikgu ? Macam mana keadaan sekalipun kan cikgu

  26. Nzs, waalaikumussalam.

    Ya. Sudah semestinya..

  27. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Kalau ada sekeping cek belum dikemukakan bil telefon rm500. Kemaskini buku tunai nak tulis bil telefon atau kadar bayaran?

  28. Fatimah,

    Dua2 boleh diterima….Ikut nama akaun yang digunakan… ikut catatan bergu.

  29. Assalam..cikgu..saya nk tnya.. cmne nak deal dgn discount dalam PPB ye? Catatan untuk discount?

  30. Afiqah, waalaikumussalam.

    Diskaun tidak melibatkan Ak Bank… maka PPB pun tidak terlibat.

  31. Assalamualaikum cikgu .. macamana nak tahu baki akhir utk buku tunai tu ?

  32. Hani, waalaikumussalam.

    Ada diberi baki lejar yang berbaki kredit dalam soalan..

  33. cikgu?apa yang dimaksudkan oleh perintah sedia ada

  34. Hassin,

    Kita telah mengarahkan pihak bank supaya buat potangan/pembayaran kepada pihak lain setiap bulan.

    # Perintah Sedia Ada = Arahan Tetap

  35. Assalam cg kalau penyata penyesuaian bank x sama dgn penyata bank nk buat camne yerr???

  36. Warahyani, waalaikumussalam.

    Jika tidak sama.. sudah pasti ada kesilapan dimana2… mungkin tertinggal @ tersilap masuk.
    Cara nak kesan kesilapan tersebut :
    1. Kira berapa beza jawapan anda, katakan RM1000…maka cari dalam soalan .. ada tak item yang bernilai RM1000.. juka ada maka kemungkinan berlaku kedilapan pada item tersebut.
    2. Jika tiada nilai RM1000 dalam soalan… bahagikan dengan 2.. maka RM1000/2 = RM500…. lakukan seperti langkah 1 diatas.

  37. Cg,
    Merujuk kepada Soalan 5 Trial Johor 2020 Modul 1 , mengapakah
    cek #52384 RM 890 tidak dimasukkan sebagai Cek Belum Dikemukakan dalam Jawapan ?

  38. Chee,

    Kalau tak silap Cg, ada ralat dalam soalan tersebut..

  39. Terima kasih Cg

  40. hi cikgu, jika deposit sudah dicatatkan di penyata bank tetapi Buku Tunai tak ada jumpa amaun itu, perlukah kita tambah amaun itu dalam Buku Tunai?

  41. Evan,

    Tidak perlu.. itu adalah deposit yang belum dikteditkan pada bulan lepas.

  42. Assalamulaikum cikgu…saya nak tanya, apa maksud dividen cikgu? Dalam penyata Penyesuaian Bank

  43. Cikgu Kalau tu cakap telah dikreditkan oleh pihak bank @ telah didebitkan pihak bank apa maksud tu cikgu?

  44. Cikgu????

  45. Ammar,

    Asasnya dalam PENYATA BANK.
    DEBIT –> wang keluar drp akaun kita
    KREDIT –> wang masuk ke akaun kita

    maka rujuk item Dividen tersebut dicatat disebelah mana.. jika KREDIT.. bermaksud kita telah terima Dividen yang telah dimasukkan terus ke dalam Akaun Bank kita.
    Makanya… Penyata Bank ada rekod, Buku Tunai kita tidak rekod.

    Oleh itu item tersebut perlu dinasukkan dalam Penyata Penyesuaian Bank.

  46. Oo…baik cikgu terima kasih cikgu…
    Cikgu Kalau ayat tu cakap telah dikreditkan oleh pihak bank tu maksudnya apa cikgu?
    Dan didebitkan oleh pihak bank tu apa maksudnya cikgu?…mohon penjelasan

  47. Ammar,
    Dt –> duit keluar
    Kt –> duit masuk

    Telah dikredit oleh pihak bank –> pihak bank telah rekod wang masuk ke dlm akaun kita.

    Telah didebitkan oleh pihak bank –> pihak bank telah merekod wang telah dikeluar drp akan bank kita atas sebab2 tertentu.

  48. Ooo… alhamdulillah ?? cikgu saya dah faham cikgu…. Terima kasih cikgu.

  49. Assalamulaikum Cikgu… cikgu kalau pihak telah dikreditkan tu kena letak di mana cikgu untuk nk buka penyata penyesuaian bank?
    Kalau pihak bank telah didebitkan tu pun nak letak di mana cikgu kalau nk buka penyata penyesuaian bank?…mohon penjelasan cikgu

  50. Ammar,

    Secara mudah..
    jika PPB mula dengan Baki BT..
    Baki debit/kredit BT
    (+) C –> item2 Credit di BT & Penyata Bank
    (-) D –> item Debit di BT & PB
    Baki debit/kredit di PB

  51. Maaf cikgu saya tak faham cikgu… boleh cikgu jelaskan cikgu?

  52. Sbb soalan bentuk ayat tu cikgu?…boleh cikgu terangkan…mohon penjelasan cikgu

  53. Ammar,

    Baki dt/kt di BT
    (+) Cek belum dikemukakan
    (+) item2 TERIMA/WANG MASUK

    (-) Deposit belum dikreditkan
    (-) item2 BAYAR/WANG KELUAR

    Baki dt/kt di PB

    # untuk soalan BENTUK AYAT

  54. Terima kasih cikgu… alhamdulillah ?? dah faham cikgu

  55. Assalamulaikum Cikgu… cikgu soalan ini macm mana cikgu?

  56. Ammar, waalaikumussalam.

    Baki Dt di Penaya Bank –> maksudnya Overdraf… (300)
    Terima dividen (Kt).. 500
    maka Baki akhir (Kt).. 200

  57. Ooo…baik cikgu terima kasih cikgu

  58. Assalamulaikum Cikgu… cikgu soalan ini Cek tak laku ke cikgu?… maksudnya Kredit di buku tunai ke cikgu?

  59. Ammar, waalaikumussalam.

    Cek tak laku.. kita keluarkan semula daripada Ak Bank..

    maka Ak Bank –> sebelah Kredit.. butirnya nama ABT

  60. Ooo….baik cikgu terima kasih cikgu.. cikgu, pindahan kredit tu maksudnya apa cikgu?

  61. Ammar,

    Pihak lain @ ABT transfer ke akaun kita.

  62. Ooo…sbb tu dia jadi tambah kan cikgu?…sbb dia kredit di penyata bank Kan cikgu?

  63. Ammar,

    Ya,
    Tips mudah PPB:
    Baki dt/kt di BT
    (+) item KREDIT dlm BT & PB
    (-) item DEBIT dlm BT & PB
    Baki dt/kt di PB

  64. Assalamulaikum Cikgu, cikgu macam mana dapat B cikgu sbb saya tak faham cikgu? Bukan jawapan dia 2000 ka cikgu?

  65. Ammar, waalaikumussalam.

    BT sepatutnya Rm2000 disebelah DEBIT … maka untuk membetulkannya
    dt 4000…. (4000 – 2000) Baki akan tinggal 2000.

  66. Assalamualaikum cikgu..boleh terangkan kepada saya kenapa cek tak laku tambah jika kita mula dengan baki kredit di penyata bank…kurang faham yang ni

  67. Muiz, waalaikumussalam.

    PPB disediakan bagi menunjukkan kenapa baki antara Buku Tunai dan Penyata Bank tidak sama.

    Kes : Cek Tak Layan …
    Semasa terima cek.. kita akan Dt (tambah) dalam BT .. manakala PB tidak rekod.
    Maka untuk samakan baki di PB dengan BT –> PB kena + CTL = BT

  68. Hello sir,
    Saya dapat jawapan (baki kredit di penyata bank RM18410) tetapi di penyata bank Rm20490

    Persoalannya adakah saya perlu tambah Cek Cawangan Sendiri pada 7 hari bulan ke dalam Penyata penyesuaian bank saya untuk mendapatkan jawapan yang sama iaitu 20490?

    Kalau ya, adakah perlu isi itu sebagai Modal?

  69. Ya.. masukkan dan butirnya boleh tulis
    Cek 135687 RM2080

  70. Assalamualaikum Cikgu,
    Maaf ganggu cikgu
    Saya nak tanya ni soalan yg kena potong jumlah yg sama kan cikgu? Kemudian yg tk sama nilai tu akan dimasukkan dalam penyata penyuasaian bank kan cikgu?… terima kasih cikgu

  71. Waalaikumussalam.

    Ya.. kita nak kenalpasti.. item2 yang telah rekod dlm BT tetapi belum rekod dlm PB dan sebaliknya… kerana item2 tersebut yang menyebabkan baki BT dan baki PB tidak sama… seterusnya kita sediakan PPB.

  72. Ayuni Athirah

    Assalamuaikum cikgu.

    Untuk buat buku tunai yang dikemas kini, baki h/b yang mana kita perlu amik dan untuk semak angka pengimbang yang mana satu ye ? Maaf cikgu saya tak faham soalan ni.

    Tq

  73. Waalaikumussalam..

    Baki akhir (Kt:Baki b/b) drp Buku Tunai RM1333.

    Buku Tunai (kemaskini)
    …. Kt Baki b/b 1333

  74. Assalamualaikum

    cikgu boleh semakkan jawapan saya ?
    Tq

  75. Waalaikumussalam.

    Baki akhir PPB.. mesti sama dengan baki drp Penyata Bank RM8820

  76. Cikgu saya dah send email utk pendaftaran.. Tolong semak terima kasih

  77. ok.. saya sudah daftarkan.. tq.
    email masuk spam..

  78. Salam Cg ,
    mengenai SPM 2017 Q2(a)
    Viknes RM3267 , bagaimana kita hendak tentukan patut masuk ke dalam ruangan Tunai atau ruangan Bank sebelah debit ?

    Soalan tidak nyata penerimaan ini dalam bentuk cek ?

  79. Ada dinyatakan dalam soalan…
    “Viknes (diskaun RM233 – cek diterima)

  80. Terima kasih Cg.
    saya dapat soalan dari Kertas asal SPM 2017 di situ tiada ternyata .CEK DITERIMA

  81. To the cgnarzuki.com Webmaster

    Learn How to Make $100 – $1500 per Day

    You can get your hands on the method that I’ve mastered over the last 12 years of building and monetizing…

    See Here => https://cutt.ly/TwFzZam9

    Best regards
    Henry

    Netherlands, GE, Bergharen, 6617 Bp, Burgemeester Van Elkstraat 177
    To stop any further communication with cgnarzuki.com, please reply to this email.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.