Pembubaran Perkongsian
Standard Kandungan
13.4 Pembubaran Perkongsian
Standard Prestasi
TP1 Menerangkan tujuan perniagaan perkongsian ditubuhkan dan sebab berlaku pembubaran perkongsian.
TP4 Merekod pembubaran perkongsian dalam Jurnal Am.
TP5 Mentaksir untung atau rugi realisasi
TP6 Menyediakan Akaun Realisasi, Akaun Bank, Akaun Modal pekongsi dan akaun-akaun berkaitan serta merumuskan penyelesaian bagi akaun modal pekongsi berbaki debit di akhir proses pembubaran.
Cikgu kalau buat akaun realisasi kena ambil nilai yg asal ke ataupun kena tolak dengan susut nilai dulu
Syaza,
Baki akhir selepas semua pelarasan.. ditutup dan dipindahkan ke Ak Realisasi.
Jika ada Perabot dan SNT–> tutup kedua2 dan pibdahkan ke Ak Realisasi.
1. Dt Realisasi Kt Perabot
2. Dt SNT perabot Kt Realisasi
Cikgu ,dalam Imbangan duga:
Pelaburan:500000
Kenderaan (3 buah):45000
Penghutang:59700
Pemiutang:26600
Maklumat tambahan:
(1)aset yang diambil alih oleh Naina dan Julia:
Naina Julia
Kenderaan (1 buah) 16000 14000
Penghutang 59250
Sebuah kenderaan telah dijual pada harga 13000.
Naina bertanggungjawab menjelaskan semua Pemiutang pada nilai buku.
pelaburan telah dijual pada harga75000.
Akaun modal perkongsian dijelaskan dengan cek.
Cikut,bagaimana buat dalam akuan realisasi,akaun modal,akaun bank
Jiahui,
1. Ambil alih:
Dt Modal pekongsi Kt Realisasi
2. Jual aset:
Dt Bank Kt Realisasi
3. Pekongsi ambil alih pemiutang:
Dt Pemiutang Kt Modal pekongsi
4. Pelaburan dijual:
Dt Bank Kt Realisasi.
5. Modal pekongsi dijelaskan:
Dt Modal Pekongsi Kt Bank
Maklumat tambahan : sewa belum bayar dijelaskan sepenuhnya.Di pkk ada sewa belum bayar rm1200. Dimana saya nak rekod?
Hazim,
Bank –> Kt Sewa belum bayar
Selamat petang,
Saya keliru dengan item liabiti (belum bayar). Selepas meneliti contoh2 buku saya dapati ada 2 cara merekod item belum bayar. Berikut adalah pemahaman saya:
1. Sekiranya ada sesuatu item belum bayar dlm PKK (soalan): Dt Item Belum Bayar tersebut & Kredit Bank.
2. Sekiranya ada item belum bayar dlm maklumat tambahan (baru dijumpai): Dt Realisasi & Kredit Bank.
Betulkah pemahaman saya seperti di atas, cikgu?
Sekiranya betul, mengapa ianya berbeza?
Thank you.
Letchumanan,
Ya.. betul.
1. Ak Belanja Belum Bayar –> TELAH WUJUD… maka bila bayar : Dt Belanja BB Kt Bank.
2. Ak tersebut BELUM WUJUD…semasa proses PEMBUBARAN..kita tidak akan BUKA AKAUN baru.. kerana SEMUA AKAUN yang SEDIA ADA perlu DITUTUP.
Maka mana2 item BARU yang melibat HASIL & BELANJA.. kita akan Dt @ Kt di Ak REALISASI… ini kerana item Hasil & Belanja –> beri kesan kepada UNTUNG @ RUGI REALISASI.
Terima kasih.
Sekarang saya faham dengan jelas.
Thank you.
Cg,
Premis telah di ambil alih oleh Arman dengan nilai 100,000.dia bersetuju memasukkan wang tunai untuk menampung kurangan dalam akaun modalnya. Apa maksudnya?
Dan,
Dalam soalan ada sediakan pkk dan butir itu ada tunai, saya kena letak dalam akaun realisasi je ke?
Ain,
Katakan modal arman hanya 80000… dia ambil alih premis 100000…maka kurang 20000… arman perlu bayar kepada perniagaan.
Tunai –> Ak Bank
Cikgu,
Kalau kaedah tak langsung.kos pembubaran nak tulis belanja realisasi atau kos pembubaran?
Fatimah,
Rujuk pada soalan –> guna kos @ belanja realisasi.
Cikgu,
soalan nyatakan nama kos pembubaran. Untuk kaedah tak langsung, dalam akaun realisasi nak tulis kos pembubaran atau belanja realisasi? Terima kasih.
Fatimah,
Saya cadangkan –> “kos pembubaran”
# KSSM menekankan kaedah langsung supaya pelajar nampak sistem catatan bergunya.
Cikgu,
Dalam akaun realisasi, jika soalan ABT 5000, PHR 1000. ABT pindah debit akaun realisasi Dan PHR pindah Kredit Akaun realisasi? Jika terdapat hutang lapuk rm500, jumlah dapat dikutip ialah rm4500 atau rm3500? Hutang lapuk tolak dgn ABT rm5000 atau tolak dgn nilai selepas PHR?
Terima kasih
Fatimah,
Ya.. pindahkan kedua2 ke Ak Realisasi ikut catatan bergu.
Berjaya dikutip 5000 – 500 = 4500
Assalam , buku teks ting 5 m/s 154, soalan 8(b).
Nak buat ak bank kena buat ak modal dulu kan?
Ak modal tu btul ke belah debit mac 31 realisasi, bank.
Belah kredit baki b/b, ABB. Tq
Nina, waalaikumussalam.
Caranya.. kita buka serentak ketiga2 akaun tersebut.. masukkan semua urus niaga –> tutup Ak Realisasi (untung/rugi realisasi) –> pindahkan ke Ak Modal –> imbangkan Ak Modal –> pindahkan ke Ak Bank –> tutup Ak Bank (tiada lagi baki akhir).
kenderaan direalisasi pada RM2700
letak akaun mana
Nazirah,
Dt Bank Kt Realisasi
# jika tidak melibatkan nama pekongsi –> Ak Modal TIDAK akan terlibat.
Saya nak tanya Kalau soalan
1)Peruntukkan hutang ragu diselaraskan pada kadar 6% atas Akaun Belum Terima
(akaun Belum Terima-43000
Peruntukkan hutangragu-1350)
Macam mana nk dpt jwp?
Looi,
1. Kira PHR baru = 6% x 43000 = 2580 –> AS
2. Hutang Ragu = PHR baru – PHR lama –> 2580 – 1350 = 1230 –> Belanja
Cikgu, kalau ada hutang lapuk di mana saya nak letaknya
dan
“belanja pembuubaran berjumlah 250 dan dijelaskan dengan cek.
Apa yang saya perlu buat?
Ak Realisasi – kredit : Bank (ABT – HL).
Ak Bank – debit Realisasi
Ak Realisasi – debit : Bank 250
Ak Bank – kredit : Realisasi 250
Soalannya
-hutang sebanyak RM1600 tidak dpt dikutip kerana seorang penghutang didpti muflis. Semua hutang yg lain telah dpt dikutip dgn mengambilkira diskaun sebanyak RM1100.
Klau soalan mcm ni akaun nape yg terlibat
Kesan hanya pada ABT…. kira berapa yang berjaya dikutip.. kemudian
Dt Bank
Kt Realisasi
Soalannya ni saya tak fhm
Mana2 rakan kongsi yg mengalami kekurangan modal hendaklah membawa masuk wang ke bank utk menampunh kekurangan tersebut
Tiada apa yang perlu dibuat… ianya terjadi apabila kita tutup AK MODAL.. akan ada pekongsi yang berbaki DEBIT dan KREDIT.
Semasa perkonsian dibubarkan
Maklumat tambahan: seorang pelanggan tidak dapat di kesan dan hutangnya 350 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
Jadi, maksudnya baki ABT selepas ditolak hutang lapuk itu ada dikutip balik?
Ya.
Cikgu,
Soalan: Pd 1/1/16, Perniagaan Kim membeli sebuah kenderaan berharga RM60 000. Kdr s/n kenderaan ialah 20% sethn mengikut kaedah baki berkurangan. Pd 31/12/18, kenderaan ini tlh dijual pd harga RM32 000.
Berapakah untung/rugi atas pelupusan?
Pengiraan saya:
2016: 60000 x 20% = 12000
2017: (60000-12000) x 20% = 9600
2018: (60000-21600) x 20% = 7680
Jum. snt = 29280
Nilai buku = 60000-29280 = 30720
Harga jual – nilai buku
= 32000 – 30720
= 1280 (untung)
Tapi mengapa jawapan skema ialah rugi atas pelupusan RM1280.
Saya salah atau skema yg salah?
Mika,
Apabila Harga Jual > Nilai Buku –> Untung
Jadi, saya boleh anggap skema jawapan yg diberikan ada kesilapan?
cikgu, jika di akaun realisasi , bagaimana kita hendak merekodkan baki akaun belum bayar yang mempunyai diskaun tetapi tidak dinyatakan siapa pekongsi yang membayarnya .
mohon penjelasan dengan segera ya cikgu . 🙂
Farahizzy,
Jika tidak dinyatakan siapa pekongsi yang mejelaskan ABB tersebut… maka tidak boleh rekod.. sebab mesti Kreditkan ke Ak Modal Pekongsi tersebut.
Kecuali pekongsi membayar menggunakan wang perniagaan… baru kredit Bank
salam sejahtera cikgu,mohon penjelasan tentang perkara beikut:
maklumat berikut diperolehi drpd PKK perkongsian Z&C pada 1 Mac 2017. perkongsian dibubarkan atas sebeb tertentu. ABS- Premis (harga kos) RM 90000 tolak SNT RM 18000 = RM72000, setahu saya semua akaun aset perlu ditutup dan pindah ke ak realisasi, persoalannya apakah nilai yg harus dicatatkan dlm akauan realisasi? RM 90000 atau RM 72000?
terima kasih cikgu
Ricky,
Ak Realisasi
Dt Premis 90000 … Kt SNT 18000
# tutup dan pindahkan kedua2 akaun ke Ak Realisasi
Maksudnya Dt ak realisasi Kt ak premis dan Dt ak snt Kt ak realisasi?
Kenapa ak snt perlu dipindahkan jg ke ak realisasi? Adakah kerana ia merupakan kontra kpd abs?
Terima kasih cikgu
Ricky,
SEMUA akaun perlu ditutup –> Ak Realisasi.. jika ASB pindah ke Ak Realisasai.. maka SNT juga mesti ke Ak Realisasi… sebab ianya kontra kepada ABS…. barulah dalam Ak Realisasi mengambarkan Nilai Buku Premis tersebut.
Semua aset direalis dengan jumlah rm43200 trmasuk hutang lapuk dan diskaun diberi berjumlah rm400 . Letak kat mana ni cikgu
Akaun belum bayar bersetuju mmberi diskaun sbyk 15% semasa hutang perkongsian diselesaikan . ??
Roty oi,
1. Ak Realisasi –> Kt
2. Ak Realisasi –> Kt Bank ( nilai selepas tolak diskaun)
# hanya rekod nilai wang yang diperolehi –> masukkan ke Bank
cikgu jika ambil alih aset oleh pekongsi..kenapa debit modal ..bukan kredit…..boleh terangkan tak cikgu
Nuur,
Dt Modal Kt Aset
Bila ambil aset.. seolah2 dia bayar dengan wang modal dia.. maka modal berkurang –> Debit.
Katakan modal 40000… bila ambil aset bernilai 10000… maka wang modal tinggal 30000
terima kasih cikgu..saya faham
cikgu?
maklumat tambahan?
semasa pembubaran terdapat sewa belum bayar yang masih belum dijelaskan sebanyak rm750 dan tidak dijelaskan.
yang atas ni macam mane nak buat? buat kat akaun realisasi/modal/bank ?
Terima Kasih.
Kim,
Sewa belum bayar –> Semua Liabiliti MESTI dijelaskan.
Kemungkinan soalan itu silap… sepatutnya Sewa belum terima.
Cikgu,
Mengapa banyak skema soalan negeri, dalam soalan realisasi susutnilai terkumpul tidak dipindah ke akaun realisasi tetapi nilai buku aaet sahaja yang dipindahkan. Adakah ini mematuhi sistem catatan bergu?
Fatimah,
Tidak patuh sistem catatan bergu..
Nilai buku BUKANnya baki mana2 akaun ABS.
Cikgu,
Mengapa soalan STPM dan ACCA, aset yg dipindah ke akaun realisasi hanya nilai buku dan susutnilai terkumpul tidak pindah ke akaun realisasi. Dalam SPM nanti, nak suruh pelajar masuk atau tidak sebab skema johor baru pun tak masuk?
Fatimah,
SPM… menekankan kepada ASAS perakaunan.
Dagi segi pemarkahan, sama sahaja.
sebab itu sukatan SPM dan STPM ada sedikit perbezaan.
Cikgu,
Soalan percubaan kelantan 2019 dirujuk. Dalam soalan realisasi, soalan suruh sediakan ABB, mengapa tulis diskaun diterima dalam Akaun ABB tetapi dalam Akaun realisasi tidak tulis diskaun diterima Manakala jawapan ABT pula, ABT tidak pindah ke akaun realisasi tetapi Akaun Realisasi ada ABT, kalau ikut lejar ABT, sepatutnya hutang lapuk rm1000 yang pindah ke debit akaun realisasi? Skema ada ralat?
Fatimah,
Soalan tersebut ialah soalan YIK (Yayasan Islam Kelantan) – untuk sekolah kerajaan negeri… bukan soalan Kelantan.
Maka saya tidak pasti ada pembetulan pada skema atau tidak.
Pada pandangan saya :
Sepatutnya ikut catatan bergu… dalam ABB butirnya “Realisasi” untuk diskaun.
ABT telah ditutup dengan pindahkan ke Ak Realisasi… sepatutnya Kt: Realisasi 5300.
Terima kasih cikgu yang banyak membantu.
Cikgu,
Soalan penang dirujuk, dalam skema, simpanan tetap tidak dipindah ke akaun realisasi tetapi dipindah ke akaun bank seperti soalan LCCI dan ACCA. Apa pendapat cikgu?
Fatimah,
Dalam perakaunan biasanya terdapat lebih daripada satu pendekatan yang boleh digunakan. Untuk sukatan SPM.. penekanan lebih kepada asas perakaunan supaya pelajar mudah nampak catatan bergunya… iaitu catat sepertimana aset2 yang lain.
Cikgu,
Jadi simpanan tetap perlu didebit ke akaun realisasi kemudian apabila tebus balik principal dan faedah maka kredit realisasi dan debit bank?
Fatimah,
Ya.. guna pendekatan sama dengan aset2 yang lain.. sebab cara tersebut pelajar sudah sedia maklum.
Cikgu,
Soalan ini diambil drpd kertas percubaan Terengganu.
Diberi: Pinjaman Syikin – 10000
Pinjaman drpd Syikin dibayar balik sepenuhnya dan faedah atas pinjaman 10% setahun masih belum dijelaskan.
Soalan:
1) Bagaimana hendak merekod bayaran balik pinjaman pekongsi sms pembubaran? Dt-Pinjaman Syikin 10000, Kt-Bank 10000?
2) Faedah pinjaman adalah liabiliti. Dt-Realisasi 1000, Kt-Bank 1000, adakah ini betul?
Mika,
1. Ya.. betul
2. Soalan tersebut sepatutnya menyatakan tempoh perakaunan berakhir 31 Disember setiap tahun.. maka pengiraan Faedah atas pinjaman.. hanya untuk 6 bulan sahaja.
FAP = 10000 x 10% x 6/12
FAP –> Belanja –> Dt Realisasi Kt Modal Syakirin
# belum bayar –> dikreditkan ke Ak Modal
Cikgu,
Diberi PKK pd tarikh pembubaran:
Kenderaan – 28000
SNT kenderaan – 7500
Gaji blm byr – 2000 (dijelaskan oleh pekongsi pd tarikh pembubaran)
1) Boleh Cikgu terangkan mengapa nilai kenderaan yg direkodkan dalam Ak Realisasi adalah nilai buku, bukannya nilai kos asal?
2) Mengapa gaji belum bayar tidak direkod ke dalam Ak. Realisasi? Adakah kerana Ak. Gaji belum byr itu perlu ditutup dgn Dt-Gaji Blm Byr, Kt-Modal Pekongsi?
Mika,
1. Ada 2 pendekatan…. saya cadangkan guna cara biasa.. iaitu tutup semua akaun aset dan pindahkan ke Ak Realisasi.. maka
Ak Realisasi
Dt kenderaan 28000 Kt SNT 7500
2. Ak Gaji Belum Bayar.. masih wujud berbaki kredit… maka untuk menutupnya dengan dijelaskan oleh pekongsi.. maka
Dt Gaji belum bayar
Kt Modal Pekongsi.
Cikgu,
Saya masih pening dengan simpanan tetap, sebab ramai guru berpendapat seperti percubaan negeri penang iaitu masuk dalam akaun bank tetapi bukan akaun realisasi. Saya masih sukar untuk menjelaskan kepada pelajar saya.Apa pandangan cikgu untuk saat-saat akhir ini?
Fafimah,
Pandangan saya, rekod seperti aset2 yang lain.. tutup dan pindahkan ke Ak Realisasi.. sebab ada hasil Faedah Simpanan Tetap yang perlu diambilkira..dalam untung/rugi realisasi.
Cth: ST 10000 dan FST 1000
Ak Realisasi
Dt ST 10000 Kt Bank 11000
Ak Bank
Dt Realisasi 11000
# kita ajar guna pendekatan yang sama (konsisten).
Cikgu,
soalan SPM 1(e) dirujuk. bolehkah R ialah Realisasi/untung realisas dan S ialah Afiq membawa masuk wang untuk menampung kekurangan modal?
Fatimah,
Boleh
Cikgu kalau baki dri bulan sebelumnya,kena tambah dekat bulan seterusnya ke??
Nurul,
pindahkan ke Ak Realisasi.. Ak Modal dan Ak Bank.
Cikgu,
Soalan SPM 2019 1e, bolehkah R itu tulis akaun semasa?
Fatimah,
Ak Semasa tidak sesuai kerana kedudukannya dibawah ABB.
Pindahan Ak Semasa ke Ak Modal berlaku sebelum rekod urusniaga lain..
Untuk tajuk pembubaran realisasi jika pinjam an dijelaskan sepenuhnya kena masuk DT? Kt?
2. Jika pekongsi bayar abb guna cek peribadi kena masuk ke ak mana DT? Kt?
Minta penjelasan.
Ain,
1. Pinjaman dijelaskan sepenuhnya:
Ak Bank –> Kt:Pinjaman
2. Ak Modal Pekongsi –> Kt: ABB
cikgu , saya ingin tanya —
1. Satu bil kadar bayaran bulan Julai sebanyak RM350 telah dikemukakan untuk
pembayaran, kenapa kadar bayaran hendak masuk ak realisasi dt ?
2. Kadar bayaran belum bayar dijelaskan sepenuhnya pada tarikh
pembubaran, kenapa kadar bayaran tidak perlu masuk ke ak realisasi dt ?
Eesther,
1. Semasa proses pembubaran SEMUA akaun hasil dan belanja sudah tidak wujud lagi … dimana semuanya akan direkodkan dalam Ak Realisasi.. bagu menentukan UNTUNG / RUGI REALISASI.
Ak Realisasi :
Dt –> Belanja
Kt –> Hasil
2. Kadar Bayaran BELUM BAYAR adalah LIABILITI…. masih wujud akaunnya sendiri sehingga ianya dijelaskan.
Dt Kadar Bayaran Belum Bayar
Kt Bank
# tidak melibatkan Ak Realisasi
Cikgu, nilai pelaburan macam mana ya?
Anna,
Pelaburan –> Aset.
Semua Aset (kecuali Tunai & Bank) –> Ak Realisasi
Cg,kalu kos pembubaran macamana cg
Siti,
belanja kepada perkongsian.. maka
Ak Realisasi –> Dt
Ak Bank –> Kt
Cikgu, maafkan saya tulis lagi sekali di sini sebab saya tulis di modul yang salah.
Dalam modul 4 buku teks tingkatan 5 mls 156
soalan cabaran abad ke-21 itu,saya gagal untuk mendapat jawapannya . Bolehkah minta tolong cikgu tunjukkan cara untuk membuatnya?
Dalam soalan ini saya juga tak faham bahawa (dalam maklumat tambahan)
(i) bersetuju memasukkan wang tunai untuk menampung kurangan dalam Akaun Modalnya
> cikgu saya hendak masukkan wang yang ditampung olehnya di mana akaun?
HArap cikgu dapat menunjukkan jawapan akaun-akaun . Saya memang memerlukan .Terima kasih cikgu
cikgu,
macam mana cikgu nak rekod kat akaun realisasi, kalau dia minta nilai buku dan dia tak ada berikan snt ?
contoh:
lengkapan 12000 | pinjaman 12600
di maklumat tambahan
Lengkapan dan pinjaman diambil alih oleh Izat pada nilai buku
Terima kasih cikgu
Nabila,
Diambi alih pada Nilai tersebut..12000 dan 12600.
cikgu,
kalau pekongsi mengambil alih pemiutang = dt pemiutang kt akaun modal pekongsi..apa nak buat kalau ada diskaun diterima ?
Axehola,
Ak Realisasi
kt ABB (diskaun)
Ak Modal Pekongsi
kt ABB
Ak ABB
dt modal pekongsi
dt realisasi (diskaun)
Diskaun diterima –> Kt Realisasi
Cikgu, simpanan tetap perlu letak dlm akaun realisasi dt ke?
Sam,
Ada 2 pendekatan.. bergantung kepada maklumat dalam soalan.
1. Pindahkan ke Dt Ak Realisasi.. kemudian pindahkan ke Ak Bank.
2. Terus pindah ke Ak Bank.
HI cikgu
Saya nak tanya jika pekongsi membayar pinjaman bank, kita perlu rekod modal pekongsi di debit side akaun realisasi kah?
Evan,
Dt Pinjaman bank
Kt Modal Pekongsi
Ak Realisasi.. tidak terlibat.
Assalamualaikum cikgu,
Cikgu apa maksud untung bersih terselaras?
Ammar,
Nilai UB selepas dilakukan beberapa pelarasan yang diberi dalam maklumat tambahan.
buku teks ting5 pg156 maklumat tambahan (i)
modal arman : 60000
nilai aset diambil alih : 100000
kurangan : 100000-60000=40000
kurangan bernilai 40000 perlu dimasukkan ke dalam akaun modal / akaun bank? ataupun abaikan sahaja?
Abid,
Abaikan.. rekodkan urusniaga ambil alih tersebut sahaja dahulu … nanti bila tutup akaun modal… pekongsi tersebut akan bayar jumlah kurangan tersebut.
Dt Bank 40000 Kt Modal A 40000
kalau (vi) abb asal 3250 abb telah dijelaskan 3100..diskaun diterima 150 perlu rekodkan?
dan (vi) butirannya abb dan letak dalam kt ak. bank kan? sbb dalam maklumat tambahan tidak mengatakan siapa yg menjelaskan abb tersebut. tapi nilai abb kena letak 3250 atau 3100?
Abid
Ak Bank
Kt ABB 3100
Ak Realisasi
Kt ABB(diskaun) 150
dt bank kt modal a 40000 yg cg reply pd june 17 6.45pm tu perlu masukkan dlm ak modal/ ak bank ke? ataupun yg ni just untuk penerangan
Abid,
Semasa kita tutup akaun Modal nanti.. catatan tersebut akan terjadi… dimana apabila berlaku kurang dalam ak modal… pekongsi akan bawa masuk jumlah wang tersebut ke ak bank.
bank (kt) 5500 just masukkn mcm biasa ke dalam akaun bank?
cg, kurangan modal arman sya still tak boleh faham. “pekongsi akan bawa masuk wang tersebut ke ak bank” maksud nye dlam debit ak bank perlu masukkan nilai 40000 ke? lepastu dalam ak modal bagi arman nilai dia kita akan dapat 122810 ke? atau dapat nilai yang lain
kalau akaun modal arman macam ni
dt arman 100000(nilai aset diambil alih)+22810(dapat dr ak realisasi)
kt arman 60000(modal awal arman)+10000(as arman)
betul tak cg
kalau akaun modal arman macam ni
dt arman 100000(nilai aset diambil alih)+22810(dapat dr ak realisasi)
kt arman 60000(modal awal arman)+10000(as arman)
dt dan kt ak bank sya tk seimbang . brp sepatutnya dapat
Abid,
Abaikan yg 40000 tu.. rekodkan nilai yang diambil alih dalam ak realisasi –> Kt
ak Modal –> Dt
Jika Ak Bank tak seimbang –> ada silap di mana2… sila semak semula satu persatu..
Assalamualaikum Cikgu,
Kalau gaji tu cikgu yang maklumat tambahan IV tu maksudnya cikgu, gaji tu belanja dan perlu dikira di bahagian perlasan untung bersih ka cikgu?
Soalan dia cikgu
Waalaikumussalam..
Gaji pekerja –> diselaraskan pada UB