Modul 14: Perakaunan Untuk Syarikat
Standard Kandungan
14.1 Pengenalan kepada Syarikat
14.2 Jenis modal dan terbitan saham
14.3 Ekuiti Pemilik Syarikat Berhad
14.4 Dividen tunai
Standard Prestasi
TP1 Menerangkan jenis modal saham, ciri saham biasa dan saham keutamaan bersifat kumulatif.
TP2 Menjelaskan jenis dividen.
TP3 Melaksanakan pengiraan modal dibenarkan, modal diterbitkan dan berbayar penuh dan modal belum diterbitkan untuk saham biasa atau saham keutamaan.
TP3 Melaksanakan pengiraan dividen interim dan dividen akhir.
TP4 Merekod terbitan saham dalam Jurnal Am dan Lejar.
TP5 Membincang sebab berlakunya dividen tertunggak dan menilai tunggakan dividen bagi pemegang saham keutamaan bersifat kumulatif
TP6 Menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan dengan menunjukkan komponen Ekuiti Pemilik.
TP6 Mengusulkan tindakan sekiranya modal diterbitkan tidak habis dilanggan atau terlebih langganan dalam tempoh yang ditetapkan.
AKTA SYARIKAT 2016
1 file(s) 925.10 KB
Bolehkah cikgu memberikan tiga faktor tunggakan dividen ?
Cikgu, jika mengira dividen tertunggak bagi satu tahun, perlu tambah dividen biasa ?
Eusebius Lau,
1. Sebab utama keuntungan tidak mencukupi untuk bayar dividen tersebut.
2. Dividen tahun semasa + tunggakkan dividen
Dividen tahun semasa termasuk dividen biasa ?
Eusebius Lau,
Bergantung kepada keuntungan yang diperolehi pada tahun tersebut… jika mencukupi –> semuanya akan dibayar.. jika tidak nencukupi –> bayar setakat mana yang mampu saja… tertunggak untuk tahun berikutnya pula.
cg, nak tanya tentang cara pengiraan dividen syer keutamaan,
di buku teks muka surat 178, contoh 9,
syer diterbitkan pada 16 Jan 2017, dividen interim dibayar pada 31 Jul 2017.
pegiraan dividen interim syer keutamaan didarab dengan 6/12 (6 bulan)
soalan saya ialah:
1. adakah pengiraan dividen tidak mengambil kira hari? sebab tempoh penerbitan syer hingga pembayaran dividen ialah 6.5 bulan
2. jika soalan bertukar kepada penerbitan syer pada 2 Jan 2017, adakah cara pengiraan masih sama iaitu darab 6/12?
Lee,
Pengiraan bermula pada tarikh tutup permohonan.
Salam Cikgu,
Berdasarkan buku teks muka surat 162
Perbandingan di antara ciri sykt persendirian & sykt awam
Bilangan ahli minuman seorang sahaja atau 2 orang dan juga bilangan pengarah adakah ini perubahan baru dlm syallbus KSSM….
Adela liew,
Buku Teks KSSM –> ikut Akta terbaru Akta Syarikat 2016.
Cikgu,
kalau tarikh tutup permohonan dan berbayar penuh pada 18 Julai. adakah dividen untuk bulan Julai diambil kira?
Cikgu,
Dalam akta syarikat baru masih adakah modal dibenarkan? Buku teks tidak sebutkan lagi modal dibenarkan tetapi dalam huraian sukatan masih ada? terima kasih
Fatimah,
1. Bergantung kepada ketetapan / dasar pengiraan dividen syarikat itu sendiri.
2. Sudah tiada Modal berdaftar / dibenarkan.
Cikgu, soalan bagi modal diterbitkan, keuntungan , dividen saham biasa dan dividen saham keutamaan. Bagaimana menghitung kadar dividen saham biasa ?
Rujuk formula dalam buku teks dan contoh yang diberikan…
Assalamualaikum, cikgu. Soalan saya, apakah tindakan syarikat sekiranya modal diterbitkan terlebih langganan?
Waalaikumussalam.
Bayar balik kepada pemohon
Cikgu, boleh saya tahu apakah tindakan syarikat sekiranya modal diterbitkan terlebih langganan?
Syarikat akan bayar balik kepada pemohon
Cikgu, soalan hanya bagi jumlah modal diterbitkan tidak nyata semua berbayar penuh, jadi semasa catat dalam jurnal yang berkaitan , perlu Akaun bank ?
Jonathan,
Sekarang semua terbitan syer berbayar penuh… tidak wujud lagi syer yang belum bayar..seperti suatu ketika dahulu.
# Semasa permohonan mesti sertakan bayarannya sekali.. jika tidak permohonan tidak akan dilayan.
Cikgu, berdasarkan formula mengira divden syer keutamaan iaitu (modal diterbitkan dan berbayar penuh × peratus × tempoh), bilakah kita perlu × tempoh sebenarnya? Ini sebab contoh soalan buku teks ada × tempoh nya, tetapi soalan peperiksaan percubaan spm negeri semblan (kertas 2 soalan ke 4(b)tidak × dgn tempoh. Oleh itu, bagaimanakah untuk tentukan bila kita dikehendaki mendarab tempoh nya?
Chong.
Jika hanya diberi TARIKH dividen dan tiada kadar %. –> x tempoh.
Jika telah diberi % dividen interim –> terys darab
Cikgu, kalau syer 12/3/2018 , jadi semasa mengira dividen perlu kira masuk bulan March ?
Jonathan,
Ya…. dalam amalan perinagaan.. biasanya akan memilih tarikh 1hb… bagi mengelakkan kekeliruan dan rasa tidak puashati para pelabur terhadap pemberian dividen tersebut.
Jadi, dalam soalan biasanya pun pada 1 atau 31 ?
Kalau ada 12 macam mana ?
Jonathan,
Ikut bilangan hari… jika lebih 15 hari –> kita 1 bulan.
Salam Cg,
Nk tanya soalan bkaitan syer
Jika syarikat telah menerbitkan 20000 unit syer biasa kpd orang ramai pd harga Rm3 sesyer. 80% drpd syer diterbitkan telah dipohon dan dilanggan penuh. Kurangan langganan ditanggung oleh penaja jamin. Berapakah Modal diterbitkn dan berbayar penuh oleh syarikat?
Adakah nk kira semua unit? RM 60000
Atau 80% RM 48000?
Shak,
Kira SEMUA.
Jika soalan minta kita menghitung kadar dividen saham biasa bagi tahun berakhir 31 Disember 20XX. Bagaimanakah menjawab soalan seperti itu?
Vividly,
Kadar dividen = Dividen yang diperolehi / modal berbayar x 100 %
Selamat sejahtera, cikgu
Soalan ini adalah percubaan spm2019 (yayasan pahang 1)
Pada 30 Mei 2018,Syarikat Pelanduk Berhad telah menerbitkan 500 000 unit Syer Keutamaan 9% pada RM2.00 sesyer dan 2 000 000 unit Syer Biasa pada harga RM1.00 sesyer kepada orang awam.
Pada tarikh tutup permohonan iaitu 15 Jun 2018,kesemua Syer Keutamaan telah dilanggan dan dibayar penuh semasa permohonan manakala jumlah wang yang diterima untuk Syer Biasa berjumlah RM 2100 000.
Permohonan yang tidak berjaya akan mendapat semula wangnya selepas 5 hari dari tarikh tutup permohonan.
Pada 31 Oktober 2018,syarikat telah menerbitkan 450 000 unit Syer Keutamaan 6% pada harga RM2.00 sesyer. Kesemua syer telah dilanggan dan dibayar penuh semasa permohonan pada 30 November 2018.
Anda dikehendaki:
a) Hitung terbitan syer pertama dan kedua
Cikgu, soalan saya adalah Modal diterbitkan dan berbayar penuh Syer Biasa nak ambil kira 2000 000 unit atau 2100 000 unit
2000 000 unit ialah jumlah unit yang diterbitkan
2100 000 unit ialah jumlah wang yang diterima
Terima kasih cikgu^^
Siew ling,
Modal diterbit SB.. tetap 2,000,000
kerana LEBIHAN LANGGANGAN tersebut akan dipulangkan semula kepada pemohonan SB.
Terima kasih cikgu.^^
Cikgu , jawapan yayasan pahang 1
ambil kira 2100 000 unit
sebagai Modal diterbitkan dan berbayar penuh ,maka jawapannya dah salah
Salam sejahtera cikgu,boleh saya tanya tentang soalan menerbitkan syer pada nilai tara (nilai sama)
1.kena ambil nilai besar atau nilai kecil atau nilai utk syer biasa atau nilai utk syer keutamaan
…harap cikgu boleh jawab soalan saya secekap mungkin ye,terima kasih cikgu?
Lim Karen,
Akta Syarikat baru.. sudah tiada lagi nilai tara @ nilai par.
Pilih nilai harga yang ditetapkan… tiada nilai besar @ nilai kecil.
Hanya ikut nilai syer masing2
Hi Cikgu, bolehkah cikgu menerangkan soalan 2a & 2b dan juga soalan 3? Saya tidak faham untuk mengira dividen tertunggak.
Vivian,
Konsepnya…. hanya pemegang SYER KEUTAMAAN sahaja yang layak mendapat tunggakan dividen.
Maka 2(a) … kira berapa DIVIDEN SYER KEUTAMAAN untuk tahun tersebut –> itulah jumlah DIVIDEN TERTUNGGAK
2(b)…. jika 3 tahun .. maka Dividen SK tersebut X 3 tahun
3. Sediakan jawapan dalam bentuk jadual
Tahun Keuntungan Div SK Div SB
Konsepnya :
1. Keuntungan tersebut perlu dibayar kepada SK terlebih dahulu… bakinya baru dibayar kepada SB
2. Jika jumlah keuntungan TIDAK CUKUP untuk membayar SK.. maka bakinya akan dibayar pada TAHUN HADAPAN (TERTUNGGAK) bersama dengan DIVIDEN TAHUN SEMASA
CTH : Div SK = RM7 (tetap setiap tahun)
Tahun Keuntungan Div SK Div SB
2001 10 —–> 7 —> 3
2002 6 —–> 6 (tertunggak 1)
2003 11 —-> (7+1) —> 3
Selamat sejahtera cikgu,
Pada 1 September 2013,Syarikat A telah membuat pinjaman sebanyak RM50000. Pinjaman berkadar faedah 10% dan akan matang dalam masa 6 bulan. Faedah tersebut akan dibayar pada tarikh matang.
Sediakan catatan jurnal bagi kadar faedah jika penutupan akaunnya pada 31 Disember 2013.
Saya nak tanya
(i) bagaimana nak kira faedahnya?
(ii) Semasa darab dengan tempohnya, adakah tempohnya 4/6 ataupun 4/12 dan kenapa?
(iii) Apa maksud matang dalam masa 6 bulan?
Terima kasih cikgu.
May,
1. Faedah = kadar X Pinjaman X tempoh
2. kadar 10% untuk SETAHUN .. maka untuk tempoh 4 bulan —> 10% X 4/12
3. Pinjaman tersebut akan dijelaskan dlm tempoh 6 bulan.. @ tempoh pinjaman hanya 6 bulan.
Cg,
Bera Trial 2020,Soalan4(iii), dividen syer keutamaan harus dipuratakan mengikut bulan
30/7-31/12 ( 5 bulan )
400,000*RM2 *10%*5/12
Betul Cg?
Chee,
Soalan minta kirakan Dividen SK.. maksud jumlah dividen daripada SK tersebut… bukannya hanya Dividen Interim..
Cg ,
Dividen SK dikirakan dari tarikh syer itu dibayar penuh hingga tempoh perakaunan hanya 5 bulan
Chee,
Ya..
Dividen akhir = kadar dividen X modal berbayar X tempoh
Cikgu,
Kalau syer keutamaan di terbit dan bayar penuh pada 15 Januari, adakah Januari masih layak dapat dividen atau darab dengan 11/12? Bagaimana pula 14 JANUARI dan 16 Januari?
Fatimah,
1 – 15hb –> dikira sebulan
16 – 31 –> tidak dikira.
Walau bagamanapun.. ianya bergantung ketetapan dan dasar perakaunan sesebuah syarikat tersebut.
selamat sejahtera cikgu saya mau tanya yang mana kiraan betul?soalan ini total 11 bulan
soalan ini jumlah 12 bulan
tapi soalan sama
Janelpang,
Pengiraan dividen bagi Syer Keutamaan… perlu ambilkira Tempoh.
# Soalan tersebut masih ikut sukatan lama… Sukatan baru Modal berdaftar/nominal sudah tidak wujud lagi –> rujuk Akta Syarikat 2016.
selamat malam cikgu,saya nak tanya buku teks punya latihan pengukuhan (soalan objektif)m/s185
soalan 13.
Syarikat jaya berhad menawarkan perkhidmatan kurier di sekitar Kota Kinabalu,Sabah.
Pada 2 Januari 2017,Syarikat Jaya Berhad telah menerbitkan 2000 000 unit 8% Syer Keutamaan pada harga RM1.00 sesyer dan 4000 000 unit Syer Biasa pada harga RM0.50 sesyer.Kesemua syer telah dilanggan dan dibayar penuh pada 13 januari 2017.
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2017, syarikat telah memperoleh Untung Bersih sebanyak 500 000.Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen atas Syer Biasa pada kadar RM0.05 sen sesyer.
Berapakah jumlah Dividen Akhir?
A.rm100 000
B.rm160 000
C.rm200 000
D.rm360 000
Cikgu soalan ini saya tidak dapat mengira jawapannya dan
saya juga tidak faham apa kegunaannya untung bersih yang terdapat dalam soalan itu.(Adakah kena tambah di mana-mana????)
Saya memang tak dapat jawapannya! Harap cikgu dapat menolong saya !Terima kasih cikgu.
Wei,
Jawapan saya.. D RM360 000
hi cikgu saya nak tanya soalan ini hitung dividen bagi saham keutamaan perlu times 6/12 (tempoh) kah?
evan,
Terbitan 1 Jan –> X 10%
Terbitan 1 Julai –> x 10% x 6/12
Kemudian jumlahkan.
cikgu how to solve this soalan ?
Saya buat macam ini
DIVIDEN AKHIR = 2000 unit x RM2 X 6% X 6/12
= RM120
evan,
Itu soalan sukatan lama (SPM2004)… tidak ambil kira tempoh..
Dividen akhir = (6%-2%) x 2000 x Rm2 = RM160
# sukatan baru KSSM mulai 2017.
Saya sarankan jawab soalan Kuiz KSSM 2017
https://cgnarzuki.com/kuiz-kssm-2017/
OK TERIMA KASIH CIKGU~
Assalamualaikum cikgu, Saya nak tanya , Bab 5 ni susah sikit cikgu, cikgu ada tak nota utk mudah kuasai?
Shafi, waalaikumussalam.
Memadai nota daripada Buku Teks dan selalu bertanyakan Guru.
Ilmu perakaunan –> ilmu kemahiran.. yang perlu dikuasai melalui bimbingan dan tunjukajar daripada Guru..
Assalamulaikum Cikgu… cikgu Bab 5 ini susah cikgu…boleh cikgu ajar kepada saya kenapa JAWAPAN dia macm itu cikgu?…
Soalan ini juga cikgu…saya tak tahu nak kira macm mana cikgu?… susah cikgu
Ammar, waalaikumussalam..
1. duit diterima daripada pemohonan syer..
Dt Bank
Kt Permohonan Syer
2. jumlah dividen = 6% x RM200000 = RM12000
Dividen Interim utk 7 bulan telah dibayar… RM7000
Maka baki RM5000 akan fibayar sebagai Dividen akhir.
Assalamulaikum Cikgu… cikgu soalan ini nak kira macm mana cikgu?
Soalan ini saya tak faham cikgu?… maksudnya macm mana cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
1. Kadar dividen = (Keuntungan / Modal diterbitkan dan berbayar) X 100%
2. Hanya kenalpasti ciri2 syer biasa & syer keutamaan.
Hanya A – syer biasa
# sila rujuk buku teks m/s 165.
Oo..baik cikgu… terima kasih cikgu… cikgu, Bab 5 ni saya lemah sikit cikgu… boleh cikgu share tips atau rumus2 yang saya perlu ingat cikgu… terima kasih cikgu
Ammar,
Beberapa perkara yang perlu dikuasai:
1. kira modal diterbit dan berbayar penuh.
2. rekod dalam jurnal Am dan Lejar
3. PKK bahagian Ekuiti Pemilik
4. kira dividen interim & dividen akhir
Baik cikgu terima kasih cikgu
Assalamulaikum Cikgu… cikgu soalan A yang ii macm mana cikgu?…saya tak faham cikgu
Ammar, waalaikumussalam.
1. kira dividen SK… tetap dapat setiap tahun jumlah tersebut… jika keuntungan tidak cukup.. baki akan dibayar tahun berikutnya.
2. pemegang SB.. hanya terima lebihan keuntung yang dibayar kepada pemegang SK.
Cth: Div SK 2000.
2020 Untung 3000
Dividen SK 2000… SB 1000
2021 Untung 1500
Diveden SK 1500.. SB 0
# tak cukup 500 –> bayar tahun hadapan
2022 Untung 4000
Div SK (2000 + 500).. SB 1500
Maksudnya cikgu,
Modal diterbitkan dan berbayar penuh syer keutamaan: 400,000×2.50
=RM 1,000,000
Dividen : 1,000,000× 6%
=60,000
Maksudnya setiap tahun SK tetap dapat keuntungan 60,000 ke cikgu?
ya… cuma tahun 2019.. dia tidak dapat penuh…sebab untung tidak cukup… maka bakinya akan diterima pada 2020
2020…. (BAKI + 60000)
Cikgu saya nak tanya satu lagi soalan cikgu… cikgu mana nak kira tempoh kiraan bulan untuk kira dividen akhir dan dividen interim cikgu? Saya lemah dan tak tahu nk tengok mcm mna untuk kira tempoh kiraan bulan tu cikgu?… cikgu ada kaedah atau mcm mana nk cari tempoh kiraan bulan tu cikgu?
Ammar,
Dividen Interim.. kira bermula TARIKH terbitan ditutup hingga TARIKH Dividen Interim diistihar.
Dividen Akhir… kira bermula bulan selepas Dividen Interim hingga TARIKH akhir Tempoh Perakaunan
Ooo.. cikgu Kalau soalan mcm ni cikgu…. Macm mana dia DAPAT 5/12 untuk SK dan 2/12 cikgu?
Jawapan yang ini cikgu…macam mana dia DAPAT 5/12 SYER KEUTAMAAN cikgu?
Ammar,
SK : 1 Mac –> 31 Julai = 5 bulan
Dan YANG INI cikgu macm mana dapat 2/12 STER KEUTAMAAN CIKGU?…saya tak faham cikgu… maaf susahkan cikgu
Ammar,
31 Okt –> 31 Dis = 2 bulan
Oo..baik cikgu…saya agak pening Bab ini cikgu…tapi saya akan usaha juga cikgu… cikgu ada tips dak nak fahamkan kiraan tempoh bulan tu cikgu…sbb saya lemah kat situ ja cikgu…
Cikgu????
Ammar,
Hanya perlu kenalpasti TARIKH.. bila bermula…dan TARIKH bila ianya berakhir..
Cikgu tarikh mula Dan akhir tu biasanya ayat macm mana cikgu?…yg menunjukkan mula Dan akhir dividen interim dan dividen akhir cikgu?
Boleh cikgu jelaskan?
… maaf susahkan cikgu…
Ammar,
Tarikh mula –> Tarikh dilanggan dan berbayar penuh.
Tarikh akhir –> Tarikh Dividen tersebut diistihar bayar
Baik cikgu terima kasih cikgu…. cikgu banyak bantu saya… semoga cikgu dilimpahkan rezeki selalu.. Amin ya rabbal a’lamin ?? … terima kasih cikgu
Ammar,
Aamiin, semoga Ammar berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti.
Rajin2lah bertanyakan guru jika ada sebarang kemuskilan..
Amin ya rabbal a’lamin…. Terima kasih cikgu…baik cikgu… cikgu,kalau tak keberatan boleh tak cikgu kongsi link kertas 2 untuk soalan Bab syer untuk saya latih Tubi Dan skema jawapan?… Kalau tak ada , takpa cikgu… Terima kasih cikgu
Cikgu?…….
Ammar,
Soalan Syarikat Berhad.. berserta jawapan ringkas dibawah setiap soalan.
# Tiada skema jawapan yang lengkap.
https://drive.google.com/file/d/1LdfJPPLPNPDhvRRuvtkMgTwCCS9l74lW/view?usp=drivesdk
Baik cikgu… terima kasih banyak2 cikgu… semoga Allah permudahkan urusan cikgu… Amin ya rabbal a’lamin
Assalamualaikum Cikgu,
Cikgu saya nak tanya macam mana nak kira soalan 13 & 9 cikgu?…saya kurang faham cikgu… boleh cikgu tunjukkan?.. terima kasih cikgu
2.Soalan 9 cikgu ..
Maaf saya banyak bertanya cikgu…
3.Saya nak tanya, Kalau soalan tu tanya apakah maksud ‘berhad’ dalam bab syer th maksudnya apa cikgu?
Waalaikumussalam.
13.
Dividen SK = 2j x RM1 x 8%
Dividen SB = 4j x RM0.05
Jumlahkan..
9.
Dividen SK = 8% X RM450 000
maksud “berhad” … bergantung kepada penyataan dalam soalan tersebut.. berkaitan dengan apa.
Oooo… Baik cikgu…. terima kasih cikgu…
Cikgu yang maksud berhad tu soalan dia macam ini cikgu…
Nombor 9 & 13 tu cikgu, guna rumus ja ka cikgu?
Cuba rujuk perbezaan ciri2 Syarikat Berhad & Syarikat Sendirian Berhad.. dalam buku teks T4 m/s 26 .. akan jumpa jawapannya.
Buku Teks T4
https://online.anyflip.com/fwzd/hkxm/mobile/index.html
Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya kenapa jawapan dia B cikgu? Macam mana dapat b cikgu? Saya tak faham cikgu
Div SK = RM1800000 x 9%
Div SB = 500000 unit x 0.25
–> B