Modul 15: Perakaunan Untuk Kelab dan Persatuan
15.1 Kelab dan Persatuan
15.2 Akaun Penerimaan dan Pembayaran
15.3. Akaun Yuran Ahli
15.4 Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
15.5 Penyata Kedudukan Kewangan Kelab dan Persatuan
TP1 Menyenaraikan item penerimaan dan pembayaran serta item hasil dan belanja bagi Kelab dan Persatuan.
TP2 Menerangkan maksud Pendapatan Hasil dan Pendapatan Modal, Perbelanjaan Hasil dan Perbelanjaan Modal, lebihan dan kurangan pendapatan. Serta Dana Terkumpul.
TP3 Menyediakan Akaun Penerimaan dan Pembayaran dalam bentuk ’T’ dan format penyata dan Akaun Yuran Ahli.
TP4 Menganalisis jumlah jualan dan belian, belanja berkaitan dan menlengkapkan Akaun Perdagangan dalam bentuk ’T’ dan format penyata.
TP5 Mentaksir untung atau rugi aktiviti berkala dan Dana Terkumpul
TP5 Menentukan perbelanjaan hasil dan pendapatan hasil dan melengkapkan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan dalam bentuk ’T’ dan penyata.
TP6 Menghasilkan Penyata Kewangan Kelab dan Persatuan dalam bentuk ’T’ dan format penyata.
Cikgu,jika nak cari untung atau rugi pertandingan,saguhati jurulatih nak mengambil kira?sebab soalan tak ada tulis saguhati jurulatih adalah untuk pertandingan atau kelab. So kita nak ambil kira tak jika nak cari untung atau rugi pertandingan
Stella,
Tidak perlu.
Cikgu, manakah ialah belanja pengendalian ?
Eusebius Lau
Cuba fahami apakah maksud belanja pengendalian terlebih dahulu –> baru mudah untuk kita kenal pasti item2nya.
Saya faham. Tapi saya tidak pasti belanja pengendalian dalam soalan ini
hanya upah pekerja kantin betulkah?
Selain itu, susut nilai alatan pejabat merupakan belanja pengendalian ?
Eusebius Lau,
Cuba nyatakan apa yang anda faham tentang belanja tersebut ?
Apa yang awak nak sediakan ?
Saya nak sediakan Akaun perdagangan kantin
-pembayaran utk perolehi hasil
Eusebius Lau,
Jika nak sediakan Ak Perdagangan Kantin…. awak tidak perlu fikirkan “belanja pengendalian”.
–> hanya fikiran apakah belanja yang berkaitan dengan KANTIN.
–> hanya Upah pekerja kantin.
Manakala SN Alatan Pejabat –> tidak terlibat dengan kantin.. kerana Alatan Pejabat berada dalam Pejabat Kelab.. bukan dalam Kantin.
Ok thanks cikgu
cikgu dalam akaun ahli macam mana dapat pendapatan dan perbelanjaan
Rudtren,
Ak Yuran Ahli… biasanya diberi baki awal dan baki akhir –> kita imbangkan –> Ak P & P.
# sama seperti cari JUALAN (Kredit) dalam Ak Kawalan Belum Terima… diberi baki awal & baki akhir.
Cikgu,
Dalam akaun yuran bolehkah kita tulis baki b/b dan baki h/b Dan tidak mengikut buku teks yang guna yuran belum terima dan yuran belum terperoleh?
Fatimah,
Ikut buku teks..
Sebab akaun2nya telah wujud… maka baki akaun tersebut dipindahkan ikut catatan bergu ke Ak Yuran Ahli –> maka butirnya nama akaun tersebut.
Cikgu,
Kalau pelajar masih guna baki b/b dianggap salah?
Fatimah,
Dari segi catatan bergunya –> salah.
Salam cikgu.dalam format perlu bezakan pendapatan hasil & pendapatan modal ke? (&perbelanjaan hasil & modal). Sbb buku teks tak bagi format yg ada dua2 hasil & modal?
Maksud saya format Akaun Pendapatan & Perbelanjaan. Perlu asingkan dua jenis tu ke?
Naimah,
Cuba fahami perbezaan perbelanjaan hasil & perbelanjaan modal betul2.
Hanya perbelanjaan hasil –> Ak Pendapatan & Perbelanjaan.
Salam cikgu. Kalau hasil dari kedai atau koperasi kelab (cth: sewa diterima utk kafetaria bagi kelab fotografi), tak perlu letak dalam akaun perdagangan ke? Dari soalan saya tgk dlm buku praktis, jawapan dia tak letak hasil sewa tu. Kenape ye.
Naimah,
Sewaan tersebut merupakan pendapatan kepada KELAB…bukannya kepada kafetaria.
Cg,
Saya dikehendaki menyediakan akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Saya keliru dgn pengiraan susut nilai peralatan sukan.
Baki awal peralatan sukan: RM24700
Penerimaan peralatan sukan: RM1000
Pembayaran peralatan sukan: RM2800
Maklumat tambahan menyatakan bahawa Peralatan SUkan disusut nilai pada 31 Disember 2017 berjumlah RM23850.
Berapakah susut nilai peralatan sukan yg perlu saya tulis dalam bahagian perbelanjaan hasil?
SN = baki awal + beli – jual – baki akhir
Cg,
Terima kasih.:-)
cg saya tak faham maklumat tambahan ni
1)kenderaan yg dibeli mempunyai tempoh usia guna 5 tahun dan nilai skrap RM500
2)pulangan jualan oleh pelanggan berjumlah RM500 belum direkod dalam buku perniagaan
3)ambilan barang niaga sepanjang tahun berjumlah RM150 sebulan
kalau yuran lapuk letak kat mana?
1. Kira SN kaedah garis lurus –> rujuk formula dalam buku teks.
2. Selaraskan Pulangan jualan & ABT
3. Selaraskan Ambilan & belian
salam,
apa derma (khas) ?
macam mana nak bezakan derma untuk pendapatan hasil atau ekuiti pemilik ?
bab kelab dan persatuan
Derma semata2 –> pendapatan hasil
Derma khas untuk beli sesuatu Aset –> EP
Cikgu, soalan kata ahli kelab membayar yuran untuk tempoh sepuluh tahun. Lepas tu, maklumat berkenaan ialah kadar yuran untuk tempoh 10 tahun, jadi kadar yuran itu ialah untuk sebulan atau setahun atau sepuluh tahun ?
Jonathan..
Akaun kita sediakan untuk tempoh setahun.
Sebab soalan menyatakan berikut ialah kadar yuran untuk tempoh 10 tahun, jadi kadar yuran yang dinyatakan itu ialah untuk setahun ?
Jonathan..
Untuk dapatan yuran setahun … /10
Assalam cikgu
Mohon kepastian utk soalan kelab persatuan
Jika didalam penyata penerimaan dan pembayaran ada dinyatakan
Yuran pertandingan rm3800
Piala dan hadiah pertandingan rm 3300
Bagaimana cara merekod yg tepat dlm akaun pendapatan dan perbelanjaan
Cara A
Pendapatan
Yuran pertandingan rm3800
Perbelanjaan
Piala dan hadiah pertandingan rm3300
Atau
Cara B
Pendapatan
Untung pertandingan rm500
Sbb saya terjumpa skema ada cara A dan ada cara B
Hanna, waalaikumussalam
Kedua2 cara boleh digunakan..
salam sejahtera cikgu, yuran lapuk merupakan perbelanjaan hasil bg sesebuah kelab right??
thanks…
Ricky,
Ya
Cikgu, soalan perlu membuat pelarasan untung bersih , jadi kita perlu tambah masuk faedah atas pinjaman ? Atau buat pelarasan setakat apa apa yang dinyatakan??
Jonathan,
Jika ianya BELUM diselaraskan lagi –> selaras di UB
# cuma fahami maklumat yang diberi bagi menentukan ianya telah / belum diselaskan lagi.
Soalan hanya bagi faedah 5% sahaja, jadi macam ini perlu tak ?
Jonathan,
Kena rujuk soalan keseluruhan.. untuk tentukan UB perlu diselaraskan atau tidak.
Tidak bagi lain yang berkaitan , hanya nyata untung bersih dalam maklumat tambahan
Jonathan,
Jika tiada penyataan bahawa Faedah tersebut belum diselaraskan.. maka faedah tersebut telahpun diambilkira dalam UB.
# walaubagaimanapun kena rujuk soalan keseluruhan bagi menentukan dengan tepat ..ianya telah / belum diselaraskan.
Dalam PKK , tambah derma khas dulu atau lebihan dulu ?
Jonathan,
Tiada masalah yang mana dahulu
cikgu,boleh bagi jawapan obj hari ini tak ?
Natsha,
Maaf.. tidak sesuai saya bagi cadangan jawapan tersebut sekarang.. kerana peperiksaan belum lagi tamat.
Salam cikgu, nk tnya, utk akaun kelab dan persatuan, perlu ada kunci kira kira dan trial balance ke? Dn bagaimana cara merekod dan menyediakan penyata? Sbb sy biasanya buat utk business oriented, dh lama tinggalkan akaun kelab
Syasya,
Sama juga ada KKK.
ID.. terserah kepada kita nak buat atau tidak… buat adalah lebih baik bagi mengesan kesilapan catatan dan memudahkan penyediaan penyata kewangan.
ok t.ksh cikgu
Cikgu apa beza penyata pendapatan dan perbelanjaan dgn penyata penerimaan dan pembayaran?
Syasya,
Ak Pendapatan & Perbelanjaan = Ak Perdagangan UR (bagi milikan tunggal)
Ak Penerimaan dan Pembayaran = Ak Bank / Tunai (bagi milikan tunggal)
tumpang tanya, kelab/persatuan tidak perlu sediakan akaun balance sheet kan? tetapi kenapa dalam sistem ROS memerlukan kelab/persatuan isi maklumat akaun di akaun penerimaan dan perbelanjaan serta balance sheet?
Ijleen,
Perlu juga sediakan Balance Sheet.
assalam cikgu ni utk bab akaun kelab persatuan
cikgu tolong betulkan saya jika salah…kos jualan adalah kos-kos yg terlibat semasa proses jualan…
contoh jika kita buat akaun perdagangan utk jualan minuman…apa apa saja belanja minuman kita akan tambah …cth kadar bayaran minumab
berbeza jika kita buat akaun perdagangan milikan tunggal..kadar bayaran kita tolak…
Hannan,
Format sebenar SAMA dengan milikan tunggal..
Saya sarangkan ikut format biasa milikan tunggal.
# kadar bayaran –> bukan item kos jualan.
dlm soalan tu diberi kadar bayaran 15800
40% kadar bayaran minuman….yg ni diletakkan dlm akaun perdagangan
jadi 60% kadar bayaran diletakkan dlm akaun pendapatan dan perbelanjaan
Hanna,
Jualan
(-) kos jualan
Untung kasar
(-) kadar bayaran
Untung minuman
ohhh maksudnya ikut akaun perdagangan biasa….sebab skema ditunjukkan kadar bayaran itu termasuk dlm kos jualan
jualan
(-)kos jualan
inventori awal
+belian
– inventori akhir
+kadar bayaran minuman
baru untung ….
maksudnya
upah saja ditambah dlm kos jualan
gaji pekerja minuman
kadar bayaran minuman…
semua ditolak kerana dia adalah belanja..betulkan cikgu
Hanna,
Ikut format biasa..
Jika guna format tersebut… katakan soalan ada item hasil : komisen diterima bagi kedai minuman… nak masukkan dimana. ?
tambah hasil komiseb selepas untung kasar..betul tak?
cikgu gaji pekerja minuman dan upah pekerja minuman adalah sama kan?
Hannan,
Ya.. ikut format milikan tunggal seperti biasa.
Sama2 item belanja.
cikgu bukan ker upah itu item kos jualan…kalau dlm buku teks upah ditambah
Hanna,
Upah pekerja –> bukan kos jualan.
Upah atas belian –> upah yg dibayarSEMASA proses belian.. baru item KJ.
Upah pekerja seperti upah jurujual –> belanja
ohh ok cikgu terimA kasih
cikgu, utk sedia Akaun Yuran, baki b/b kredit blm terperoleh kan tapi kalau tak diberi yuran blm terperoleh dan diberi yuran prabayar, baki b/b sebelah kredit guna yuran prabayar ka?
so baki akhir yuran prabayar pun akan diletakkan di bhgian LS di akaun perdagangan?
saya tak faham…
Ana,
YURAN AHLI –> HASIL
Maka hanya wujud Yuran Belum Terperoleh & Yuran Belum Terima sahaja.
Tidak wujud “Yuran Prabayar @ Yurab Belum Bayar”
tapi soalan tu yg beri yuran prabayar dan yuran blm terima
Ana,
Betulkan soalan tersebut terlebih dahulu. “Yuran Prabayar” –> “Yuran Belum Terperoleh”…kemudian baru jawab.
Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2018.
Maklumat tambahan:
Untung Bersih ialah RM 83160 dan belum mengambil kira perkara-perkara berikut:
(i) Gaji pekerja belum bayar RM 1000.
(ii) Bayaran oleh penghutang terlebih catat RM 300.
Berdasarkan maklumat berikut, untuk mendapat Untung Bersih baru, adkah kita tambah gaji belum byr RM 1000 dan tolak RM 300 terlebih dahulu?? sebab saya keliru dgn (ii) tu
(ii) tidak melibatkan akaun hasil dan belanja –> maka tiada kesan ke atas UB
Cikgu,
Soalan percubaan negeri sembilan dirujuk. Skemanya yuran pertandingan masuk dalam pendapatan dan perbelanjaan pertandingan masuk dalam perbelanjaan. Bolehkah kita tolak dan dapat untung pertandingan dan masuk dalam pendapatan?
Fatimah,
Dari segi pentaksiran… bergantung kepada apa yang hendah diuji serta syarat2 yang ditetapan tahun samasa… boleh jadi diterima / tidak.
Jika dari segi Teknik Menjawab … saya sarankan pelajar HANYA guna cara pengiraan untung pertandingan.. apabila DIMINTA oleh soalan sahaja… jika TIDAK diminta terus masukkan sebagai item Pendapatan dan juga item Perbelanjaan.
Cikgu penyata pendapat an Dan perbelanjaan jika saya ada prabayar awal Dan akhir. Di perbelanjaan hasil saya nak tambah prabayar shj? Kenapa?
Tan Seng Weyy,
Belanja (BT) + Prabayar Awal – Prabayar Akhir.
cikgu , kalau dia xbagi jumlah jualan dia macam mana nk cari , sbb dia suruh buat akaun perdagangan . Kalau nk buat Ak kawalan belum terima , abt dia pulak xde , so canne ?
Nur Suhaili,
Jualan = Jualan tunai + Jualan kredit
Jika tiada baki2 ABT –> tiada jualan kredit
Jualan tunai –> boleh cari di Buku Tunai… jika baki akhir BT telah diberi –> maka sediakan BT.. di mana ANGKA IMBANGAN = Jualan tunai.
jaring tenis ialah aset ?
(Juj set 1 2019)
jaring tenis bukan belanja?
Huisze,
Ya… Aset.
Hasil & Belanja –> akaun nominal –> secara mudah tidak nampak secara zahirnya (Akaun Tak Nyata)… cth: sewa, upah, kadar bayaran, komisen … dll
Jika nampak secara zahir (Akaun Nyata) –> kenderaan, alatan —> Aset
Cikgu nak tanya kalau soalan dia tak suruh buat akaun prdgn tp suruh buat akaun pndptn dn prblnjaan
Mcmna nak cari untung kasar means untung kelab tu utk tmbh dgn hasil dkt ak pndptn dn prblnjaan tu
Dkt soalan dia just bg jualan tiket karnival dn belian alatan sukan shja
Naufal,
Jika tiada… maka tidak perlu sediakan Ak Perdagangan… terus sediakan Ak Pendapatan & Perbelanjaan.
Pendapatan
(-) Perbelanjaan
= Lebihan / (Kurangan)
Jualan tiket –> hasil –> Pendapatan
Alat kecil dikira sebagai aset semasa atau aset bukan semasa ?
Aemiera,
Inventori Alat2 kecil –> AS
Assalam cg
Sewa laci masuk dlm pendapatan?
Wawa, waalaikumussalam.
Jika terima wang sewa laci tersebut –> pendapatan
Salam cg,
Soalan 2 SPM 2019
Penerimaan
Derma untuk pembinaan Studio Seni 300000
Pembayaran
Kontraktor untuk pembinaan Studio Seni 350000
Maklumat tambahan
Pada 1 Januari 2019, seorang ahli telah menderma sebidang tanah yang bernilai RM75000 untuk pembinaan Studio Seni yang baharu.
Cg, kalau saya rekod Derma pembinaan Studio Seni 300000+75000 sebagai Pendapatan Modal dalam Dana Terkumpul, betul tak cg?
Bahagian ABS pula saya rekod Studio Seni 350000+75000, betul ke?
Sanyin,
Ya.. betul.
Cikgu,
Soalan 2 SPM dirujuk, dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan, bolehkah tulis Untung seminar di pendapatan dengan menolak yuran masuk seminar tolak dengan penceramah jemputan atau yuran masuk seminar masuk dalam pendapatan dan penceramah jemputan masuk dalam perbelanjaan?
Dalam PKK, Dalam aset bukan semasa Studio seni RM425000 atau tulis pembinaan studio seni RM425000 sebab tidak pasti studio seni sudah siap atau masih dalam pembinaan?
Dalam dana terkumpul derma pembinaan studio wang dan derma tanah boleh campur sekali atau asingkan?
Terima kasih
Fatimah,
Pada pandangan saya,
1. Kedua2 cara boleh digunakan.. kira untung seminar @ masukkan sebagai item pendapatan & item perbelanjaan.
2. Terus tulis Studio Seni… “pembinaan studio seni” .. tidak sesuai
3. Item yang sama terus campur : DERMA
Terima kasih cikgu, dalam sediakan akaun yuran, masih boleh guna baki b/b untuk baki awal ataupun mesti tulis yuran belum terima dan yuran belum terperoleh?
Fatimah,
Sebaik2nya guna yuran belum terima & yuran belum terperoleh. KSSM menentingkan konsep catatan bergu.. dimana telah wujud Ak Yuran Belum Terima & Ak Yuran Belum Terperoleh pada awal tempoh perakaunan .. pada 1hb.. satu CATATAN PEMBALIKAN perlu dilakukan iaitu tutup/pindahkan ke Ak YURAN –> maka itu sebab BUTIRnya merujuk kepada catatan bergu.
Terima kasih cikgu, dalam sediakan PKK, adakah lebih baik kita guna 3 lajur sahaja iaitu lajur kos, snt, nilai buku dan campur semua nilai buku dalam lajur nilai buku atau 4 lajur seperti buku teks iaitu tambah semua nilai buku pindah ke lajur baru?
Fatimah,
Kedua2 cara boleh digunakan.. asalkan ada SUBTOTAL untuk ABS.
Dan subtotal tersebut ditambah dengan Modal Kerja… dalam satu lajur yang sama.
# saya syorkan guna 3 lajur sahaja.. supaya ruangan untuk tulis BUTIR lebih luas.
Terima kasih cikgu yang tidak jemu menjawab soalan yang banyak ditanya. Semoga Allah akan membalas jasa baik cikgu.
Salam..cgu narzuki..saya nak tanya berkaitan pkk pendapatan modal yang perlu masuk dalam pengiraan dana terkumpul akhir dan pendapatan modal yang berada di luar pengiraan dana terkumpul akhir..apakah situasinya utk tentukan kaedah mana yang perlu digunakan?
Cikgu,
Soalan kelab persatuan SPM 2019 dirujuk, Dalam ABS studio Seni nak tulis RM425000. Atau asingkan studio Seni RM350000 dan tanah RM75000?
Fatimah,
Ikut akaun yang telah sedia dibuka.. gabung Tanah & Bangunan
Selamat sejahtera,cikgu
Cikgu , jualan bola tenis terpakai ialah pendapatan modal atau pendapatan hasil ?
Terima kasih cikgu
Siew ling, salam sejahtera.
cara nak kenalpasti.. rujuk akaun yang terlibat… jika jual aset… maka akaun aset tersebut yg terlibat… dt tunai kt aset… maka BUKAN pendapatan hasil..
salam sejahtera cikgu,
a) adakah sumbangan drpd kerajaan tidak kira samada dlm bentuk tunai@cek mahupun ABS akn dianggap sebagai pendapatan modal?
terima kasih cikgu
ricky,
semua urusniaga diambil kira dan direkodkan.
Sumbangan daripada luar –> pendapatan modal.
Joey,
ya.
Salam sejahtera Cikgu,
Kos ubahsuai premis dianggap sebagai perbelanjaan modal dan akan ditambah ke atas kos premis kan?
Terima kasih Cikgu.
Joey,
ya
Cikgu, kalao tahun ini sudah jelas Belanja terkaru, So kita rekod Dr. Belanja Terakru Cr. Tunai. macam mana nak rekod dlm KKK dan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan untuk persatuan dan kelab? is it write in the P&P as dr. Belanja Terakru and KKK as Cr.Tunai?
Vinne,
Belanha Terakru adalah liabiliti…. tidak melibat P&P.
Apabila kita jelaskan/bayar Belanja Terakru… maka akaun tersebut sudah tiada baki lagi, kesannya dalam KKK hanya pada akaun Tunai berkurang.