Akaun Pengeluaran
Standard Kandungan
16.1 Jenis kos dan Kerja Dalam Proses
16.2 Akaun Pengeluaran
Standard Prestasi
TP1 Menyatakan konsep dan jenis kos.
TP1 Menyenaraikan komponen kos pengeluaran.
TP2 Menerangkan maksud Kerja Dalam Proses Awal, Kerja Dalam Proses Akhir
TP3 Mengklasifikasikan kos kepada Kos Bahan Langsung, Buruh Langsung, Belanja Langsung dan Overhed
TP4 Mengenal pasti Kerja Dalam Proses Awal dan Akhir bagi setiap komponen kos pengeluaran.
TP6 Menghasilkan Akaun Pengeluaran dengan mengambil kira Kerja Dalam Proses dan memindahkan Kos Pengeluaran ke dalam Akaun Perdagangan dalam bentuk ’T’ dan format penyata.
Cikgu,
Dalam menyediakan akaun alat alat kecil, kita akan tulis akaun Pengeluaran dan dalam overhed nanti kita nak tulis alat alat kecil atau belanja alat alat kecil? Kalau ikut catatan bergu sepatutnya alat alat kecil.
Terima kasih
Fatimah,
Ikut catatan bergu. –> Alat-alat kecil
Salam Cikgu,
Dalam menyediakan Akaun Pengeluaran:
1) Perlukah kita menulis Kos Bahan Langsung atau Bahan Langsung sahaja
2) setelah kita menulis tajuk kecil Bahan Langsung, bolehkah kita hanya menulis Belian sahaja atau Belian Bahan Langsung (seperti dlm buku teks.
Terima Kasih Cikgu.
Salina,
1. Kos Bahan Langsung
2. Bila ada tajuk… maka boleh tulis Belian sahaja @ tulis penuh Belian bahan langsung
Cikgu,
Diskaun diterima bahan Lansung nak masuk dalam Kos bahan Lansung atau Kos overhed?
Fatimah,
Diskaun diterima –> Hasil dalam Ak Perdangan dan Untung Rugi.
Cikgu,
Tapi diskaun itu diterima semasa membeli bahan langsung, Bolehkah kita tolak dalam bahan langsung?
Fatimah,
Diskaun diterima BUKAN lagi dikelaskan sebagai kontra..
–> Hasil
Assalam cikgu, ini dari soalan Cabaran abad ke 21 m/s 276.soalan (vi)
Lengkapan kilang bernilai 15000 dibeli pd 31 Dis 2016….
Adakan pengiraan penilaian Susut nilai?
-(90000+15000×6/12) ?
(vii) lengkapan kilang 20% setahun ikut Ansuran tetap….
(20% x 52500 x6/12) ?
Pengiraan macamtu ke Cikgu?
Assalam Cikgu,
Saya merujuk soalan SPM 2016 yg mana Kita diberi inventori awal Dan akhir alat tulis Dan Belian alat tulis.
Perlukah Kita rekodnya di bawah overhed atau rekod di dalam Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi…
Terima Kasih Cikgu
Salina, waalaikumussalam.
Kena rujuk kepada jenis2 perusahaan… jika perusahaan batik : alat tulis –> Kos Overhed (jika dinyatakan peratus agihan –> baru kita agihkan)
Cikgu , gaji pekerja membungkus baju ialah kos buruh langsung atau kos overhed ? Bagi kilang baju
Eusebius Lau
Kos overhed
Ok thanks cikgu
Assalam cg,
Sewa bangunan – 6050
Insurans – 4160
Maklumat tam:
– sewa bulan jun belum dijelaskan
– insurans prabayar 320
– insurans dan sewa hndaklah diagihkan antara kilang dn pjabat mngikut nisbah 2:1
Pengiraan dia mcm ni ke:
2/3 darab 6050 = 4033.3
2/3 dadab 4160 = 2773.3
Lepastu nak buat apa cg ?
Nina,
Salah.
1. Buat pelarasan terhadap akaun2 tersebut dahulu.
2. Agihkan antara kilang dan pejabat
Sewa bangunan
6050/12 = 504
6050 + 504 = 6554
Insurans
4160 – 320 = 3840
Agihan
2/3 darab 6554 = 4369
2/3 darab 3840 = 2560
Macam tu ke cg?
Loji dan mesin – 14000
Susut nilai terkumpul loji dan mesin – 5600
Maklumat tam:
– Loji dan mesin disusutnilaikan 10% setahun mngikut kaedah baki berkurangan.
Pengiraan:
14000-5600 = 8400
8400 darab 10/100 = 840
Masuk kan 840 ke dlm ak.pngeluaran
Betul ke?
Nina,
Insurans –> betul
Sewa –> X kerana 6050 hanya utk 11 bulan –> kira sewa utk sebulan –> 6050 + …..
SN –> betul.
Cg, kalau belian alat-alat kecil nak letak kt mane dlm ak.pengeluaran ? Nak gabungkan dgn belian bhn langsung ke?
Nina,
Kebiasanya kita tidak guna”Ak belian alat2 kecil” –> guna “Ak Alat2 kecil” … bagi mengambarkan BELANJA/SN Alat2 kecil –> Kos Overhed.
Cikgu, apa yg saya kena buat jika diberi ini?
Pada 1 april 2018, lengkapan kilang bernilai 120000 dibeli secara kredit. Urus niaga ini masig belum direkodkan di mana mana buku.
Soalan ini berakhir 30 jun dan lengkapan kilang di imbangan duga bernilai 1400000
Apa yg perlu saya buat?
Anis,
Lengkapan kilang (+) 120000
ABB (+) 120000
Apabila kira Susutnilai nanti.. kira untuk 140000 dan 120000 berasingan kerana tempohnya tidak sama.
Cikgu, gaji jurujual adalah kos overhed ke?
Nis,
Bukan… gaji juru jual dalam Akaun Untung Rugi.
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan berikut :
a) sekiranya dlm soalan terdapat belian brg siap dan insurans barang siap, perlukah ia ditmbh kepada inventori awal brg siap dan kos pengeluaran bg mendapatkan nilai kos brg siap utk dijual?
b) sekiranya soalan mengkehendaki kita sediakan akaun pengeluaran dan akaun perdagangan dalam bentuk penyata, adakah tajuk akan berubah menjadi penyata pengeluaran dan jg penyata perdagangan instead of akaun pengeluaran dan akaun perdagangan?
terima kasih cikgu
Ricky,
1. Ya sama seperti Ak Perdagangan biasa.. cuma perlu tambah Kos Pengeluaran.. bagi barang niaga yang dikeluarkan sendiri.
2. Nak tukar boleh.. tak nak tukarpun boleh.
salam sejahtera cikgu,mohon penjelasan ttg kekeliruan dibwh
a)adakah upah pekerja kilang dan gaji pekerja kilang membawa maksud yg sama?
b)uapah pekerja kilang dan gaji pekerja kilang diklasifikasikan sbg kos buruh langsung atau kos overhead kilang?
terima kasih cikgu
Ricky,
1. Ya.. sama
2. Kos buruh langsung
Cikgu,, dlam macam mana nak buat akaun alat-alat kecil? Klau ikut catatan bergu mcm mana nak bwt?
Maksud saya,, akaun alat-alat kecil tu ada akaun khas yg tersendiri ke?
Husna,
Caranya :
1. Pindahkan inventori alat2 kecil awal –> Dt
2. Rekod belian alat2 kecil –> Dt
3. Wujudkan Ak inventori alat2 kecil akhir –> Kt
4. Imbangkan –> butirnya Untung Rugi –> Kt
Agihan perbelanjaan antara kilang dan pejabat adalah mengikut nisbah 3:1
Semua belanja ke saya perlu mengira nisbahnya?
Hey,
Kena rujuk kepada soalan.. kadang2 soalan nyatakan belanja2 tertentu yang disenaraikan sahaja.
Cg, adakah susut nilai ABS sejenis kos tetap?
Chee,
Ya
Assalamualaikum cikgu,
Bolehkah cikgu senaraikan semua kos overhed berserta item bomb..
Faiz, waalaikumussalam.
Cara mudah… selain kos bahan langsung, kos buruh langsung dan belanja langsung –> Kos Overhed
Dalam Akaun pengeluaran , soalan bagi inventori awal dan akhir barang siap , belian barang siap , apa guna belian barang siap ?
Jonathan,
Untuk sediakan Ak Perdagangan..
Inventori awal
Belian
Kos pengeluaran
(-) inventori akhir
Terima kasih cikgu kerana banyak mengganggu ! THX
Cikgu saya calon spm tahun ini
Saya telah silap tolak kos overhed dalam akaun pengeluaran , saya akan hilang berapa markah.
Ken,
Jangan bimbang.. tidak banyak.
Cikgu
1) Diberi:
Baki awal tahun alat2 kilang – 6300
Baki akhir thn alat2 kilang – 6100
Belian alat2 kilang – 2250
Sediakan ak. alat2 kilang.
Jawapan:
Dt:
Baki b/b 6300
Bank 2250
Kt:
Ak. Pengeluaran (6300 + 2250 – 6100)
Baki h/b 6100
Bolehkah saya buat begini?
2) Sekiranya pengilang juga membeli brg siap utk dijual semula,
maka dlm Ak. Perdagangan, bolehkah saya tulis formatnya spt berikut?
Mika,
1. Ya boleh.
2. Saya cadangan asingkan.. komponen barang dibeli… dan barang daripada kilang.
Cikgu,
Asingkan komponen tu, mcm ini boleh tak?
Mika,
Ya.. cuma jumlahkan dahulu kedua2 kos jualan tersebut..
Jualan
(-) Kos Jualan
Cikgu. Kalau pada maklumat tambahan ada bagi nilai pasaran barangan siap . Nak rekod dekat mana ye ? Akaun perdagangan atau penyata kedudukan kewangan ?
Ayu,
1. Penilaian inventori akhir.. kita pilih nilai yang TERENDAH antara nilai KOS dan nilai PASARAN.
2. Inventori akhir –> Ak Perdagangan & PKK
Kenapa “iklan dan promosi” tidak dihitung sebagai kos overhead dalam akaun pengeluaran?
Thehotness,
Iklan dan promosi adalah perbelanjan kedai/perniagaan (masuk Ak Untung Rugi) BUKAN belanja perkilangan / pengeluaran barang niaga tersebut.
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:
a) apakah itu kos utama?
b) kenapa ABS bkn kos tetap? cthnya kilang membeli sebuah mesin bernilai RM 250k secara byrn ansuran bulanan jd perniagaan harus membyrnya setiap bln tidak kira tingkat pengeluaran bertambha atau berkurang jd knp ia tdk blh dianggap sbg kos tetap?
c) sekiranya terdapat insurans brg siap, perlukah ia ditmbh kpd kos pengeluaran bg mendapatkan nilai kos brg siap utk dijual?
terima kasih cikgu
Maaf cikgu, mohon jasa cikgu menjelaskan soalan diatas.. Terima kasih atas perhatian cikgu
Ricky,
a) Terlalu umum kena rujuk penyataannya mengenai apa.
b) Mesin –> ABS… bukan Kos Overhed.
KOS OVERHED –> merujuk kepada BELANJA.
Susut nilai mesin –> Kos Overhed
c) insurans BARANG SIAP –> Ak Perdagangan
Cikgu,
Dalam akaun pengeluaran overhead, selepas pelarasan,alat-alat kecil bolehkah tulis alat-alat kecil atau susutnilai alat-alat kecil atau belanja alat-alat kecil?
Fatimah,
Kedua2 butir boleh digunakan… sebab ada 2 kaedah cara rekod pelarasan tersebut.. samada secara langsung @ secara tidak langsung.
1. Drp Ak Alat2 kecil –> terus pibdah ke Ak Pengeluaran => butirnya ” Alat2 kecil”
2. Drp Ak Alat2 kecil –> Ak Belanja Alat2 kecil –> Ak Pengeluaran => butirnya “Belanja Alat2 kecil”
# penggunaan “SN” tidak sesuai untuk alat2 kecil.
Cikgu,
Kalau dalam soalan milikan tunggal ada alat alat kecil. Dalam belanja, tak sesuai juga tulis susutnilai alat alat kecil?
Fatimah,
Alat2 kecil –> TIDAK dikelaskan sebagai ABS.. ianya lebih kepada inventori alat2 kecil –> AS
Cikgu,
Jika sediakan akaun alatan dalam topik pengeluaran, Dalam akaun alatan boleh tulis susutnilai alatan atau belanja alatan? Akaun alatan ini boleh guna kaedah langsung? iaitu dalam akaun alatan tulis akaun pengeluaran dan dalam overhed tulis alatan?
Cikgu,
Adakah alat alat kecil sama dgn alat alat kilang?
Fatimah,
Alatan –> ABS –> SN
Alatan dan Alat Tulis… tidak sama..
Alatan –> peralatan kilang –> ABS
Alat tulis –> Belanja
Alat2 kecil = Alat2 kilang
Assalam cg, wujud ke penyata kedudukan kewangan yang perlu kita sediakan setelah selesai akaun pengeluaran dan akaun perdagangan untung rugi? Kalau ada,macam mana ye format untuk pkk tu?
Qistina,
Apabila sebut Penyata Kewangan….. ianya akan termasuk PKK…. formatnya sama seperti PKK biasa.
Cuma soalan tidak akan minta sediakan sampai PKK.
Salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut
A) adakah Angkutan keluar kilang merupakan kos overhead kilang?
B)sekiranya dlm soalan cuma tulis angkutan keluar Sahaja maka item ini direkodkan dlm untung rugi sebagai belanja. Am I right?
Terima kasih
Ricky,
A) Angkutan keluar kilang –> bukan belanja/kos semasa proses pengeluaran lagi.
Keluar dari kilang –> MASUK ke kedai –> Angkutan Masuk –> Ak Perdagangan
B) Ya
Mksdnya,angkutan keluar kilang merupakan AngkutaHn masuk?
Ricky..
Angkutan masuk –> Ak Perdagangan
Sebab bawa barang siap dari Kilang ke Kedai.
Kesimpulannya,Angkutan keluar kilang bkn kos overhead kilang Dan sebaliknya direkodkan dlm akaun perdagangan sbg Angkutan masuk..Am I right?terima kasih cikgu..Maaf Krn byk Tanya kerana kurang jelas
Ricky,
Ya..
Adakah angkutan keluar perlu dimasukkan ke dalam kos overhed?
Step,
Kos Pengeluaran … kos yang terlibat dalam proses BAHAN MENTAH —> BARANG SIAP sahaja.
Salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg pekara berikut:
A) merujuk kpd soalan percubaan negeri selangor 2019 soalan 3b.
B) sebelum ni keterangan cikgu menyatakan bhw ang. Keluar direkodkan dlm ak perdaganan sbg ang. Masuk ttp skema jawapan tidak mengambil kira item ini.. Kenapa?
Terima kasih cikgu
Ricky,
Dalam soalan tersebut JELAS dinyatakan sebagai ANGKUTAN KELUAR sahaja… iaitu merujuk kepada kos penghantaran barang niaga dari KEDAI kepada PELANGGAN. –> Ak Untung Rugi
Penerangan saya sebelum ini… merujuk kepada kos angkutan keluar dari KILANG ke KEDAI kita sendiri… –> kita rekod sebagai ANGKUTAN MASUK bagi KEDAI –> Ak Perdagangan.
Jd mksdnya kalau dalam soalan hanya wujud perkataan angkutan keluar sahaja maka Ia akan direkodkan dlm ak u/rugi dan sebaliknya sekira dlm soalan wujud perkataan angkutan keluar kilang maka kita rekodkan dlm ak perdagangan sebagai angkutan masuk.. Betulkah pemahaman sy?
Terima kasih cikgu
Ricky
Ya.
Cikgu,
Di bawah maklumat tambahan, dinyatakan bahawa terdapat pulangan belian bahan langsung RMx tertinggal catat dalam buku perniagaan.
Maksudnya, utk pelarasan, belian bhn langsung perlu ditolak RMx manakala pulangan belian pula ditambah RMx, betulkan Cikgu?
Mika,… Salah
Dt ABB
Kt Pulangan Belian
@
Pulangan belian –> (+)
ABB —> (-)
Salam sejahtera cikgu , saya nak tanya gaji operator pengeluaran dikira sebagai KOS BURUH LANGSUNG atau KOS OVERHED?
Terima kasih.
KOS BURUH LANGSUNG
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg pekara berikut:
a) apakah itu angkutan keluar kilang?
b) adakah angkutan keluar kilang merupakan kos overhed kilang?
terima kasih cikgu
ricky,
a) kos angkutan hantar barang yang dah siap ke KEDAI.
b) jika kilang yang mengeluarkan kos tersebut –> kos overhed.
berbeza dengan ANGKUTAN KELUAR… kos hantar BARANG SIAP ke kedai PELANGGAN.
Salam sejahtera cikgu,
A) apakah itu insurans brg siap?
B) sekiranya tdpt butir insurans brg siap dlm soalan. Perlukah kita tmbh dgn kos pengeluaran dlm ak perdagangan?
Terima kasih..
ricky,
1. google “insurans aset perniagaan”
2. insuran BARANG SIAP… belanja yang dikeluarkan oleh PEJABAT/KEDAI.. tiada kaitan dengan kos pengeluaran lagi.
cikgu macam mana mahu buat kalau soalan begini “pada 31 ogos 2016 alat alat kecil dinilaikan RM600 000 ” tetapi soalan penyata pengeluarannya pada tahun 31 ogos 2019
alat alat kecil – RM 700
Belian alat alat kecil – 250
Yana,
1. Tukarkan tahun 2016 –> 2019.. iaitu merujuk kepada Inventori akhir alat2 kecil RM600 000.
2. Cuba perhatikan pada soalan.. pada ID ada tak –> RM’000
# jika ada .. ini bermaksud
Inventori alat2 kecil RM700 000
Belian alat2 kecil RM250 000
maka Belanja alat2 kecil = Inv awal + Belian – Inv akhir
ok cg terima kasih
Cikgu kalau belanja alat alat kecil ada baki awalnya and beliannya tapi tiada baki akhirnya, jadi mau catat kah dalam akaun pengeluaran
Cath,
Perlu.. belanja alat2 kecil = baki awal + belian
Sorry cikgu, boleh tau kenapa mau catat kah
Cath,
belanja alat2 kecil –> Kos overhed.
formula = baki awal + belian – baki akhir.
Baki akhir –> tiada… maka Baki akhir = 0.
ini bermaksud SEMUA ALAT2 KECIL tersebut TELAH HABIS digunakan.
Salam sejahtera Cikgu,
“Faedah atas pinjaman bank” perlu dicatatkan di Akaun Pengeluaran sebagai Kos Overhed atau Akaun Untung Rugi sebagai Belanja?
(Tertulis dengan jelas di maklumat tambahan: Pinjaman bank diluluskan untuk tujuan pembelian mesin kilang)
Terima Kasih Cikgu.
Akif,
Yang membuat pinjaman dan bayar faedah ialah pejabat/kedai.. bukannya kilang.
Hi Cikgu,
Maksudnya walaupun tu satu-satunya pinjaman dlm soalan hanya khusus utk tujuan pembelian ABS kilang, tapi faedahnya kita tetap perlu rekodkan sbg item belanja di Akaun UR?
Sebab sy ingat faedah pinjaman tu wujud hanya disebabkan pembelian mesin tu, so ingat nak caj sbg kos overhed.
Tq Cikgu.
Akif,
Faedah dikenakan atas Pinjaman.. dan ianya ditanggung oleh pejabat.. bukannya kilang.
Cikgu, betulkah gaji kerani pentadbiran ialah kos overhed?
Sally,
Kerani tersebut tidak terlibat dalam pengurusan kilang…. lebih pada pengurusan pejabat.
Selamat petang cikgu, nak tanya gaji pengurus pemasaran adakah ia kos overhed?
nak tanya juga angkutan keluar ialah kos overhed ke?
Wei,
Tidak.. gaji pengurus pemasaran dan angkutan keluar berkaitan barang siap –> belanja dalam Akaun Untung Rugi..
Assalamulaikum cikgu,
Cikgu kenapa premis kilang tak masuk dalam akaun pengeluaran cikgu?…bukan masuk di kos overhead ke cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
PREMIS –> Aset –> PKK
SUSUTNILAI PREMIS –> belanja –> Kos Overhed
Assalamulaikum Cikgu…. cikgu cap dagangan tu maksudnya apa cikgu?.Dan nak kena letak di Bahagian mana cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
cap dagangan, royalti –> Belanja Langsung
Assalamulaikum Cikgu… cikgu kenapa modal tak masuk dalam kos overhead cikgu?…sbb saya tengok SKEMA tak masuk cikgu. Kenapa cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
KOS PENGELUARAN…. jumlah kos @ BELANJA yang terlibat semasa proses Bahan Mentah –> Barang Siap.
# Modal, Aset, Liabiliti & Hasil –> Bukan BELANJA berkaitan dengan kilang –> TIDAK MASUK.
Assalamulaikum Cikgu,
Cikgu saya tak dapat jawapan….
Cikgu semua item2 tu kan adalah kos overhead kan cikgu?…tapi kenapa saya tak dapat jawapan betul?
Ammar, waalaikumussalam..
Bukan semua.. dan ada yang perlu diselaraskan.
Alatan –> ASET… X KO
SN Alatan –> KO
Gaji operator –> Kos Buruh Langsung
Assalamualaikum cikgu,
Saya nak tanya , cikgu apa beza inventori barang siap dibeli dengan inventori barang siap di kilang cikgu?
Ammar,
Inv barang siap di kilang –> inventori bahan langsung –> Ak Pengeluaran
Inv barang siap dibeli –> Ak Perdagangan
Utk akaun alat-alat kecil, mcm mana utk buka akaun ni?
Lee,
masukan maklumat2 berkaitan alat2 kecil…. seperti:
Baki awal & baki akhir alat2 kecil
belian alat2 kecil… angka imbangannya –> Ak Pengeluaran
lengkapan kilang (kos) -rm90000
s/n terkumpul lengkapan kilang – rm30000
mt :
1. lengkapan kilang bernilai rm15000 dibeli pada 31 disember 2016
2. lengkapan kilang disusutnilaikan 20%setahun kaedah ansuran tetap.
berapa yg akan kita dapat..
Bila tempoh perakaunan berakhir ? .. untuk tentukan 15000 perlu dikira SN atau tidak.
Ansuran tetap = Kaedah Garis Lurus
akhir pada 31 mei ..jadi kiranya ansuran tetap sama dengan kaedah garis lurus?
kira SN utk 90000 × 20% = A
kira SN utk 15000 x 20% x 5/12 = B
Jum SN = A + B
# kaedah garis lurus = atas kos = Ansuran tetap
cikgu, kenapa stok awal barang siap tak masuk dekat penyata kos pengeluaran?
Kos Pengeluaran… merujuk kepada KILANG –> Stok Bahan Mentah.
Barang Siap –> Stok dalam Kedai yang sedia untuk dijual… –> Ak Perdagangan
Assalamualaikum cikgu, gaji operator kilang kos buruh langsung ke kos overhead?
Waalaikumussalam..
Operetor kilang –> Kos Buruh Langsung
Hi cikgu, nak tanya, perlukah susut nilai alatan pejabat direkod dalam akaun pengeluaran?
Susut nilai yang berkaitan dengan Aset Bukan Semasa – KILANG sahaja –> Ak Pengeluaran