Analisis Titik Pulang Modal
Standard Kandungan
16.3 Analisis Titik Pulang Modal
Standard Prestasi
TP2 Mentafsir Kos Tetap, Kos Berubah dan Margin Caruman
TP3 Menggunakan maklumat Kos Tetap dan Margin Caruman untuk mengira Titik Pulang Modal dan melakar graf Titik Pulang Modal
TP4 Menganalisis graf Titik Pulang Modal yang dilakar dan melorek kawasan untung dan rugi serta menandakan Titik Pulang Modal dalam unit dan ringgit
TP5 Mentaksir Titik Pulang Modal dengan mengambil kira perubahan pada salah satu komponen kos atau harga jualan
TP6 Menjana keuntungan berdasarkan kuantiti yang disasarkan dengan menggunakan Kaedah Margin Caruman dan Kaedah Graf.
Cikgu,
Soalan TPM 2009 dirujuk, utk cari TPM , Kos tetap bahagi margin caruman seunit. Mengapa mesin pembancuh RM5000 dianggap sebagai Kos tetap, bukankan susutnilai mesin saja overhed dianggap sebagai Kos tetap. Mesin pembancuh itu adalah aset bukan semasa?
Fatimah,
Jika tidak dinyatakan adanya susut nilai serta nilai yang kecil –> maka ianya dianggap tempoh gunanya setahun sahaja –> kos tetap.
Assalam cikgu, jika diberikan susut nilai mesin dan juga mesin , kos tetap kedua² nya tambah or tolak?
Anis, waalaikumussalam.
SN –> kos tetap
assalam cikgu,
Kenapa kos tetap ataupun kos berubah meningkat,TPM juga akan meningkat.Tapi,
apabila harga jualan seunit meningkat maka TPM akan menurun?
Sofia, waalaikumussalam.
Rujuk pada formula TPM.. kita boleh lihat perhubungannya.
TPM = Kos Tetap / (HJS – KBS)
KT naik –> TPM naik
HJ naik –> HJS –> naik –> TPM turun
Cikgu , mesin dan peralatan perlu dikira sebagai kos tetap?
Eusebius Lau,
Dalam soalan tersebut … tidak dinyatakan SN mesin & peralatan… maka mesin & peralatan dalam soalan tersebut telah dinyatakan sebagai KOS yang dijangka —> maka boleh dikelas sebagai Kos Tetap.
Sebaliknya jika ada SN –> SN = Kos Tetap
terima kasih cikgu
Cikgu , jika situati ini berlaku dalam soalan yang perlu buka Akaun pengeluaran , mesin dan peralatan boleh disenaraikan dlm kos overhed? I think tidak boleh betulkah ?
Eusebius Lau,
Jika soalan minta sediakan Ak Pengeluaran…. maklumat yang diberi dalam soalan ialah senarai baki2 akaun @ ID –> iaitu baki Ak Mesin dan Peralatan .. merujuk kepada ABS.
Dalam soalan TPM yg dibincangkan maklumat yang diberi jelas menyatakan senarai KOS yang terlibat dengan pengeluaran.. spt: kos sewa mesin & peralatan dan sebagainya…. Bukannya senarai baki Ak Mesin & Peralatan
ok thx
cikgu,pengiklanan adalah kos tetap?
Janet Lim,
Secara asasnya…. Kos Overhed –> Kos Tetap
pengiklanan adalah kos overhed?
Janet,
Pengiklanan, promosi… diuruskan oleh kedai/pejabat… maka ianya bukan belanja kilang @ kos overhed kilang. Sebaliknya ianya adalah perbelanjaan kedai.
Mesin dan alatan adalah kos tetap apabila soalan tersebut tiada SN
Jika soalan tersebut ada SN,maka mesin dan alatan bukan kos tetap
Jika soalan ada SN, mesin dan alatan ada tulis “mesin dan alatan setahun”
maka kedua-dua adalah kos tetap
Cikgu, betulkah?
Janet,
Jika ada SN… maka SN = Kos Tetap
jika ada mesin dan SN??
Janet,
SN = kos tetap
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan dibwh:
a) adakah kos pengubahsuaian kilang merupakan kos tetap?
b) soalan menyediakan maklumat seperti berikut : jumlah kos adalah rm174000 manakala jumlah hasil adalah rm345600 dan unit pengeluaran adalah 72000 bg thn kewangan 2016 manakala jumlah kos adalah rm176400 dan jumlah hasil adalah rm353280 dan unit pengeluaran adalah 73600 pd thn kewangan 2017. berdasarkan maklumat yg diberi soalan mengkehendaki kita menghitung kos jualan seunit. bagaimana
caranya?
c) adakah kos pengeluaran seunit bersamaan dgn kos jualan seunit?
terima kasih cikgu
Ricky,
Pada pandangan saya,
1. Kos pengubahsuaian –> perbelanjaan modal.. iaitu akan direkodkan ke Ak Bangunan kilang tersebut.
2. Cuba semak soalan… daripada maklumat yang diberi.. kemungkinan dikehendaki kira KOS BERUBAH SEUNIT… bukannya Kos Jualan Seunit.
3. Kos Pengeluaran … tidak sama.. kos jualan
salam sejahtera cikgu, mmg soalan mengkehendaki kita mencari kos jualan seunit
Ricky,
Kos Jualan berkaitan dengan Ak Perdagangan.. sedangkan maklumat hanya berkaitan Kos Pengeluaran
cikgu nak tanya apakah perbezaan soalan a dan b
SOALAN
Syarikat Spritzer menjual satu jenis produk. Jumlah kos berubah ialah RM 414,000, jumlah
kos tetap ialah RM 240,000 dan jualan tahun lalu ialah 4 600 unit bernilai RM 690,000.
a. Margin sumbangan seunit dan nisbah margin sumbangan
b. Jumlah jualan pada titik pulang modal dalam RM dan unit
c. Berapa banyak perlu dijual untuk mendapat keuntungan RM120,000 tahun hadapan.
d. Margin keselamatan (unit)
e. Berapakah jumlah margin sumbangan syarikat pada titik pulang modal?
Goh,
a) MSS = Harga jual seunit – kos berubah seunit
b) kira TPM.. dalam unit dan dalam RM
Cikgu,
Sewa pejabat dan lain lain belanja pejabat perlukah dicampur dengan kos tetap utk cari TPM?
Fatimah,
Kos Tetap merujuk kepada KOS OVERHED.
Kos Berubah –> KOS PRIMA
Cikgu,
Mengapa jentera kadang kadang rm50000 dikira dalam pengiraan kos tetap utk soalan TPM tetapi bukan susutnilainya?
Fatimah,
Kena rujuk penyataan dalam soalan berkenaan…
Cikgu,
Dalam soalan TPM? jika Jualan RM80000, pulangan Jualan RM10000. Unit jualan 1000 unit. Until mencari harga jualan seunit perlukah jualan tolak pulangan jualan baru bahagi atau tidak? Begitu juga nak cari utg rugi, guna jumlah jualan tolak jumlah kos atau jumlah jualan tolak pulangan jualan dahulu?
Fatimah,
Pada pandangan saya.. Unit jualan 1000 unit merujuk kepada unit yang berjaya dijual selepas ambilkira unit yang dipulangkan..
Maka Harga jualan seunit = (J – PJ) / 1000
Untuk cari Untung / Rugi –> terus guna harga jualan seunit yang telah diperolehi seperti biasa.
Assalam cikgu,
Kos pengiklanan tu kategori kos tetap atau kos berubah. Sbb kalau ikutkan, kos tu tak terlibat dalam pemprosesan barang.
Norain, waalaikumussalam.
TPM… tidak melibatkan proses/kos pengeluaran sahaja.. (dalamnya ada hasil dan ada belanja ada untung).. ianya bermula dari proses buat –> hingga barang tersebut berjaya dijual.
# Kos Overhed –> hanyalah sebahagian daripada Kos Tetap.
selamat sejahtera cikgu
cikgu
margin untung kasar
=untung kasar/jualan bersih
jika soalan ada diskaun diberi ,nak tolak daripada jualan tak? soalan tak ada pulangan jualan
Siew ling, selamat sejahtera.
JB = J – PJ
Jika tiada PJ –> JB = J
Cg,
Soalan 40 SBP 2019,jawapan C
mengapakah unit pengeluaran bertambah akan meningkatkan TPM ?
tolong jelaskan
Chee,
Jawapannya D… tiada kesan keatas TPM.
Perkara yang akan memberikan keatas TPM.. hanyalah perubahan pada Harga Jualan Seunit, Kos Berubah Seunit ataupun Kos Tetap SAHAJA.
Cikgu, saya nak tanya susut nilai merupakan kos tetap tak?
li,
Dalam Ak Kos Pengeluaran…. SN dicatat sebagai item Kos Overhed… dan KO dikelaskan sebagai Kos Tetap
Cikgu, selamat sejahtera.
Saya nak tanya, belanja langsung seperti royalti/paten dikira sebagai kos berubah?
YSJ,
Ya.. item Kos Prima –> Kos Berubah.
assalamualaikum cikgu saya nk tanya adakah penyelenggaraan mesin masuk dalam akaun kos tetap?
sya.
Penyelengaraan mesin –> Kos Tetap.
# bukan Akaun Kos Tetap
Assalamulaikum Cikgu…. cikgu kenapa kos tetap dia 50,000 cikgu?…
Ammar, waalaikumussalam..
Lihat nilai pada GARIS KOS TETAP pada graf tersebut.
Assalamulaikum Cikgu,
Cikgu macam mana nak dapat titik pulangan modal cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Hanya guna formula
TPM = Kos tetap / (hg jual seunit – kos berubah seunit)…. dalam UNIT.
jika dalam RM… UNIT X HG JUAL SEUNIT
Ooo…baik cikgu terima kasih cikgu
Assalamulaikum macam mana kira Cikgu?
Soalan ini cikgu……
Ammar, waalaikumussalam..
guna jaa formula :
Kuantiti = (Kos Tetap + Untung Sasaran) / (Hg Jual Seunit – Kos berubah seunit)
Assalamualaikum cikgu. Margin keselamatan itu apa ya?
Waalaikumussalam.
Margin keselamatan = Jualan sebenar – Jualan pada titik pulang modal
Margin Keselamatan dapat menunjukkan sejauhmana jumlah jualan boleh menurun atau berkurang sebelum berlaku kerugian. Lebih tinggi nilai MK, lebih selesa perniagaan.