Modul 2 : Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan
2.2 Item setiap komponen Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan
2.3 Persamaan Perakaunan
2.4 Catatan Kontra dan Carta Akaun
TP2 Menjelaskan maksud hasil, belanja, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
TP3 Menyediakan jadual Carta Akaun.
TP4 Mengenal pasti komponen Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan.
Membezakan item hasil operasi, hasil bukan operasi, belanja operasi dan belanja bukan operasi antara perniagaan yang berorientasikan barang dan perkhidmatan.
TP5 Menentukan sebab sesuatu Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Liabiliti Semasa.
Menentukan dan menunjukkan kesan setiap urus niaga terhadap Persamaan Perakaunan dengan mengambil kira hasil dan belanja.
Membincangkan kesan sekiranya tidak dibuat Catatan Kontra terhadap akaun yang berkaitan.
TP6 Menyediakan Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan dalam bentuk “T” dan format penyata berdasarkan item yang diberikan.
Merumuskan dan menunjukkan kesan ambilan barang niaga dan ambilan aset oleh pemilik terhadap Persamaan Perakaunan.
Komisen diterima, sewa diterima dan dividen dianggap sebagai hasil operasi atau hasil bukan operasi?
jadi, sewa diterima, faedah diterima dan dividen dianggap sebagai hasil operasi atau bukan operasi?
Hoong,
Hasil Operasi.
Maksud Hasil Kendalian (buku teks lama) tidak sama dengan Hasil Operasi (buku teks baru).
Hasil Bukan Operasi..secara mudahnya ialah hasil yang diperolehi daripada bukan aktiviti biasa perniagaan dan ianya urus niaga yang diluar kawalan peniaga.. contohnya.. Hutang lapuk terpulih, Untung atas pelupusan ABS.
Konsepnya sama antara Belanja Operasi dan Belanja Bukan Operasi.
adakah diskaun diberi merupakan akaun kontra? mengikut buku teks lama, diskaun diberi merupakan akaun kontra dan akan ditolak dengan jualan. tapi, menurut buku teks baru, ia dikatagori sebagai belanja di bahagian akaun untung rugi.
Jason,
Untuk sukatan KSSM kita ikut Buku Teks baru… Diskaun dilaporkan sebagai item Hasil dan Belanja dalam Penyata Pendapatan / Ak Untung Rugi.
terima kasih
Nurhuda,
Tujuan soalan terarah kepada AMBILAN… tetapi penyataan yang digunakan tidak tepat kerana pengarah tidak semestinya pemilik.
apa yg boleh di masukkan dalam ruang tambah hasil selain diskaun diterima dan komisen?
Naim,
Sewa diterima
Faedah atas simpanan
Hutang lapuk terpulih
Dividen diterima
menerima pinjaman bank RM 10 000.Wang sebanyak RM2000 telah digunakan untuk membeli perabot dan bakinya dibankkan.So untk soalan ni tmbh 10k untk pinjaman bank dan tmbh 2k dekat aset perabot kan ? baki tu tambah dekat bank ?
komisen diterima sebanyak 480 telah digunakan untuk perbelanjaan keluarganya.komisen tu nk letak dekat mana dlm persamaan akaun ?
Alep,
1. Ya.. betul
2. Hasil –> + Untung Bersih, kegunaan keluarga –> Ambilan
cikgu apakah kesan sekiranya tidak membuat catatan kontra
Vummesh,
Cuba fahami tujuan catatan kontra tersebut dibuat terlebih… apabila sudah faham, baru anda dapat nyatakan kesannya jika perkara tersebut tidak dilakukan.
salam cikgu.. ada tak nota yang dah ditukar kepada istilah-istilah baru ?
Asyikin,
Buat masa ini… sebaik2nya rujuk Buku Teks.
Cg,
Merujuk kepada buke teks m/s 40,
diberi contoh hasil operasi ialah komisen diterima dan dividen diterima
tetapi
di bawah Hasil bukan operasi, juga diberi contoh
Dividen daripada palaburan dan keuntugan jualan ABS
Keliru?? Dividen dianggap sebagai Hasil Operasi atau Bukan Operasi?
terima kasih
Chee,
Dividen diterima … lebih kepada Hasil Bukan Operasi… sebagaimana Dividen daripada pelaburan, dimana kadar dividen atau dividen yang diperolehi diluar kawalan kita. Kecualilah dividen saham keutamaan, kerana kita dapat mengetahuinya dengan tepat berapa dividen yang bakal diperolehi setiap tahun.
Cikgu,
Komisen diterima juga diluar kawalan Kita jadi adakah itu hasil bukan kendalian juga? Bagaimana pula dengan cukai import?
Jj,
Pertama kita berpegang kepada aktiviti utama dan aktiviti biasa perniagaan… kemudian baru rujuk dalam kawalan atau bukan.. komisen diterima adalah aktiviti biasa perniagaan dan kadar komisennya telah ditetapkan dari awal contohnya 3% atas seunit… selepas kita bersetuju dengan kadar tersebut.. barulah kita mangambil tugasan tersebut, jika tidak setuju, kita boleh tolak awal2-> hasil operasi.
Cg,
bagaimana dengan faedah atas simpanan tetap?
Kadar dalam jangkaan kita
Chee,
Ianya adalah aktiviti biasa sesebuah perniagaan dan kadar faedah Simpanan Tetap telah ditetapkan dari awal bagi setiap tempoh matang simpanan tersebut.
Cg,
Sebagai kesimpulan
1)Faedah atas simpanan tetap- Hasil operasi
2)Sewa Diterima- Hasil operasi
3)Dividen- Hasil Bukan operasi
Betul, cikgu?
Salam nak tanya, untuk soalan muka surat 66 no 7 , apa maksud buat penyata diluar penyata ya ?
Pika,
Maksudnya … sediakan jadual persamaan seperti dalam soalan 6 sebagai langkah kerja… baki akhir dari jadual tersebut digunakan untuk menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan.
Cg,
Secara kesimpulan,
Dividen-hasil bukan operasi
Faedah simpanan tetap-hasil operasi
Sewa Diterima- hasil operasi
Betul cg
Chee,
Ya.. berdasarkan kefahaman saya daripada apa yang disampaikan dalam buku teks tersebut.
Terima kasih ,Cg
Kalau pulangan jualan rm380 nak letak dimana?
Alya,
Barang niaga (Inventori) (+)
ABT (-)
CG,
apakah maksud persamaan perakaunan dan macam mana buat persamaan perakaunan???
Cg,
apakah maksud barang niaga dan barang niaga perlu letak di mana?
seperti:
Pada 3 Mac 2013, belian barang niaga berjumlah RM3500 daripada Pembekal Setia.
Pada 10 Mac 2013 , Kedai Buku Bestari membayar hutang Pembekal Setia dengan cek bernilai RM2000.
Kenapa pemiutang berkurang dan bukan pemiutang bertambah ke?
apakah maksud modal?
Hehe,
1. Maksud persamaan perakaunan dan cara menyediakannya –> boleh rujuk contoh2 dalam buku teks.
2. Barang niaga –> barang2 yang kita jual, ianya dipanggil INVENTORI/STOK.
Bila beli secara kredit–> Inventori (+). ABB/Pemiutang (+).
3. Bila kita bayar hutang… adakah jumlah hutang kita akan bertambah @ berkurang ?
Assalam cg,sya nak tnya apa bezanya akaun belum terima dgn akaun belum bayar?
Thiana, waalaikumussalam.
ABT –> kita jual kepada pelanggan secara kredit… dia berhutang dengan kita, maka kita BELUM TERIMA bayaran. –> Aset Semasa
ABB –> kita beli secara kredit daripada pembekal, kita BELUM BAYAR –> Liabiliti Semasa.
Hi, may i confirm with you whether the form 4 students of 2017, still need to do their folio as well?
Cathryn Chong,
Mulai tingkatan 4 tahun 2017.. tugasan kerja kursus hanya 1 sahaja… iaitu semasa di tingkatan 5 (2018).
ASSALAMUALAIKUM, saya nak tanya… apa persamaan akaun utk soalan mcm ni membayar dengan cek untuk menjelaskan hutang rm 4450 dan menerima diskaun rm150. diskaun tu kena masukkan dlm akaun modal ke atau untung bersih??
Aqilah, waalaikumussalam.
ABB -4450
Bank – 4300
UB +150 … sebaik2nya kita asingkan Modal dan UB.
Cikgu, saya komfius nak buat penyata pendapatan . Bole cikgu bagi tips tak cemana nk mudh faham
Apa maksud invois cikgu
Kira,
Fahami format penyata pendapatan… tahu klasifikasi akaun.
Invois ialah dokumen yang dikeluarkan apabila berlaku urus niaga secara kredit (secara hutang)
asalamualaikum cikgu kos jualan tu macam mana ye
Nailah, waalaikumussalam.
Kos Jualan = Stok awal + Kos Belian – Stok akhir
Kos Belian = Belian – Pulangan belian + Angkutan masuk + Duti import + Upah atas belian + Insurans atas belian
assalamualaikum cgu narzuki,merujuk soalan buku teks kssm ting 4 m/s 66 topik persamaan perakaunan:
soalan : sebuah alat penyaman udara RM2000 telah dibeli secara kredit pada 31 Januari 2017 tetapi akan dipasang di kedai pada bulan Februari 2017.
*boleh tak jelaskan maksud ayat di atas dan kesan dia ke atas persamaan perakaunan
Afizah, waalaikumussalam.
Beli alat penyaman udara –> kelengkapan + 2000
Secara kredit –> ABB (bukan dagangan) + 2000
Cg.. Klau cek daripada Akaun Belum Terima tidak dilayan oleh bank.. Saya kena msukkan dlm bhgian ape bg persamaan perakaunan
Aieshaa
Bank -,Akaun belum terima +
tak ada nota ke?cikgu
Ngazuwen,
Maaf.. tiada nota. Prinsip Perakaunan adalah ilmu kemahiran… tidak memadai baca nota… yang penting FAHAMI konsep2nya…banyakkan LATIHAN.. terus BERTANYA apabila ada masalah… penguasaan kemahiran sedikit demi sedikit.. dapatkan BIMBINGAN BERTERUSAN daripada guru sekolah.
cikgu,
apa perbezaan diantara format Kunci kira-kira yang lama dengan format penyata kedudukan kewangan yang terdapat dalam syllabus baru ini?
Sinjuku,
Formatnya sama sahaja.
Assalamualaikum ckg narzuki..saye nk tanya,apa prsmaan prakaunan utk:
1) Menjual 10% drpd inventori scara kredit pda harga rm13200.
2)Pulangan belian rm560
Inventorinya rm51600
Nur, waalaikumussalam.
1) Inventori (-), ABT (+), UB (+)
2) Inventori (-), ABB (-)
terima kasih cikgu
Assalamualaikum ckg. Kalau menjual satu per tiga stok kpd Shanti dgn harga Rm2140 ..ini mcm mnei ye?
Cidot,waalaikumussalam.
1. Kira nilai stok yang dijual.. 1/3 × nilai inventori yang ada.. Inventori (-)
2. ABT (+) 2140
3. UB (+)
Cek tak laku perlu ke masuk ke dalam perasamaan perakaunan?
cg bole ajar saya tentang persamaan perakaunan ?
Assalamualaikum ckg,ape prsmaan perakaunan bagi;
1)mengubah suai premis dengan tunai peribadi berjumlah rm27000
2)terima cek drpd ABT rm8700 dan beri
diskaun rm900
3)menjual satu perlima drpd inventori scara kredit pda hrga rm34800. [inventori=rm138900]
4)terima sewa dgn cek rm1200
Maisarah, waalaikumussalam.
Cuba jawab dahulu.. kemudian Cg semak dan betulkan jawapan tersebut.
Cikgu apa itu kos overhed ,acc semasa, dis.tunai dan dis.niaga?
Nur,
Kos Overhed (klik)
Akaun Semasa
(klik)
Diskaun niaga dan Diskaun tunai (klik)
Assalamualaikum ckg..bleh semak jwapan saye ni?;
1)Belian kredit barang niaga bernilai
rm1800
Jwapan=inventori(+),ABB(+)
2)Mngeluarkn tunai dri bank rm1600 utk kgunaan prniagaan
Jwapan=Bank(-),Modal(+)
3)Seorang pnghutang,Encik Raja,tlah diisytiharkn muflis & hutangnya yg brjumlah rm1040 dhapuskn sbagai hutang lapuk
Jwapan=ABT(-),UB(-)
4)Pmilik mmbawa msuk prabot kpunyaan sndiri rm4800 ke dlm prniagaan
Jwapan=Perabot(+),Modal(+)
5)Bayar ABB dgn cek rm2000 & terima diskaun rm150
Jwapan=Bank(-2000),ABB(-2000),UB(+150)
Nadhrah, waalaikumussalam.
1. Betul
2. Salah. Tunai(+), Bank(-)
3. Betul
4. Betul
5. Salah.. ABB (-)2150
Ok ckg..Ni jwapan sye utk soalan tdi,btul x?
1)Premis(+),Tunai(-)
2)ABT(-9600),Bank(+8700),UB(+900)
3)Invntori(-27780),ABB(+34800),UB(+7020)
4)Bank(+),UB(+)
Maisarah,
1. Tunai salah –> Modal(+)
2. UB salah –> UB(-900)
3. ABB salah –> ABT(+34800)
4. Betul
Cikgu,jika mengambil inventori untuk kegunaan peribadi,di jadual persamaan perakaunan ada modal dan untung bersih,nak tolak untung bersih dan inventori atau tolak modal dan inventori?
Stella,
Inventori (-)
Modal (-)… ambilan mengurangkan modal/ekuiti pemilik.
UB –> hanya melibatkan HASIL & BELANJA
Nik Noraini Abdul Rahman:
Cikgu mana cara yg betul yer..utk soalan jadual persamaan dengan penyata kedudukan kewangan.
Utk ruangan bank..katakan jumlah baki akhir nnt dpt (3000)
Dlm pkk di masukkan bawah bank dan letak (3000)
@ letak dlm liabiliti semasa
Sbg overdraf bank 3000
Nik,
Oleh kerana pelajar diajar tentang klasifikasi akaun… maka kita ajar ikut klasifikasi tersebut… Overdraf bank –> Liabiliti Semasa, maka dalam PPK dipersembahkan sebagai Liabiliti Semasa.
Walaubagaimanapun, dari segi format pelaporan.. kedua-dua cara boleh digunakan. Jika kita menggunakan sistem perakaunan berkomputer.. overdraf bank dilaporkan sebagai Aset Semasa dengan tanda (3000).
Jadi utk peringkat spm ni…jika baki akhir bank negatif perlu dimasukkan dlm pkk sbg overdrafkan…
Ya… overdraf bank –> Liabiliti Semasa.
Assalamualaikum cikgu.
Mengambil inventori untuk kegunaan sendiri.
Cikgu sy kata…
(-) Inventori
(-) Untung bersih
Betul ke, cikgu?
Ali, waalaikumussalam.
(-) UB –> X
Ada 2 cara :
1. (-) Modal…. atau
2. Ambilan.
maaf,nak tanya kalau soalan tanya terima cek daripada penghutang ? nak letak kat colum mana saya masih keliru. explain kan boleh ?
Fazirah,
“Cek” –> BANK
Terima cek –> Bank (+)
Bayar cek –> Bank (-)
Penghutang –> ABT
Dia bayar –> hutangnya berkurang (-)ABT
Kita jual secara kredit –> hutangnya bertambah (+)ABT
Asalamualaikum,cikgu sy nk tnya apa persamaan perakaunan utk soalan ni.
:Membawa masuk tunai peribadi RM 10500 ke dalam perniagaan. Sebanyak RM 10000 dibankkan. Bakinya disimpan di pejabat.
Amirul, waalaikumussalam.
Cuba bagi jawapan Amirul… kemudian baru Cg bagi komen betul atau tidak dan dimana silapnya..
Tunai(+500)
Bank(+10000)
Amirul..
Apabila ada 2 nilai dalam soalan… maka mesti ada 3 akaun yang terlibat… baru jadi seimbang.
BAWA MASUK –> mesti melibatkan MODAL (+)
Dibankkan –> BANK (+)
Baki disimpan di pejabat –> TUNAI (+)
Ok.. cuba tentukan nilai2nya.
saya ada soalan Cg..
kolum Liabiliti (Gaji blum byr RM1100)&(overdraf bank)
soalannya mcm ni..
Gaji Belum Bayar telah dibayar dengan cek
ada lagi..
Membawa masuk tunai perbadi RM10500 ke dlm perniagaan.Sebanyak RM10000 dibankkan.Bakinya disimpan di pejabat.
dlm situasi ini.. overdraf bank
Firdaus,
Cadangan saya. Overdaraf bank… letak BANK bawah ASET dan nilainya negatif… ini kerana tiada “Ak Overdraf Bank”.. ianya adalah “Ak Bank” yang berbaki kredit.
Gaji belum bayar (-)
Bank (-)
Soalan 2.. sila rujuk perbincangan sebelum ini.
Assalamualaikum cikgu, terima kasih atas jwpn cikgu untuk soalan sy sebelum ini. Sy ada satu soalan lagi nak tanya cikgu.
Kedai runcit A memulangkan 10% barang yang dibeli kerana rosak.
Betul tak cikgu kalau sy buat
ABT (-); Modal (-)
Terima kasih, cikgu
Ali, waalaikumussalam.
Apabila barang niaga dipulangkan –> Inventori akan bertambah.
Maka, Inventori (+) ABT (-)
Terima kasih, cikgu. Saya tak tambah dalam inventori sebab ingat barang tu rosak.. 🙂
Assalamualaikum cikgu. Apa yang melibatkan ABB selain daripada beli secara kredit.
Ikhmal,
Belian kredit –> ABB (+)
Terima bayaran drp ABB –> ABB (-)
Pulangan belian –> ABB (-)
Salam cg.
Soalan 3 m/s 54 dlm buku teks;
i. perabot+2800 bank-2800
ii. abt-1969 bank+1960
iii. abt+410 bank-410
iv. bank-600 ambilan+600
v. bank-800 abb-800
vi. inventori+780 abb+780
vii. inventori-1050 bank+2050. UB+1000
Cg,btl ke apa yg saya jawab?
Siti,
Tahniah.. semua betul.
terima kasih cg.
Assalamualaikum cikgu,
alatan pejabat, perabut dan kelengkapan pejabat apa bezanya, cikgu. Contohnya komputer, alat penyaman udara.. boleh tak masuk di bawah perabut?
Sambungan soalan: Dalam soalan, penyata kedudukan kewangan ada ‘perabut’ sahaja, jadi saya letakkan komputer dibawah ‘perabut’. Boleh tak, cikgu? t.ksh.
Ali, waalaikumussalam.
Cuba fahaminya melalui contoh2 itemnya… rujuk buku teks m/s 43.
Cikgu saye nak tanya.
Jualan kredit sebanyak 1600(kos 960)
Nak letak kat item mane yerr dlm prsmaan akaun
Sayetak faham soalan ttg
Jualan kredit sbnyak 1600(kos960)
Macm mane nak selesaikan??
Syah,
Jualan kredit –> ABT (+)
Barang niaga dijual –> Inventori (-)
Beza jualan – kos = untung –> UB (+)
Cikgu,
Soalan 5 SPM 2015 dirujuk. (v) Menerima cek bernilai RM1900 daripada penghutang untuk menjelaskan semua hutangnya.Adakah ini merujuk kepada semua hutang sebelum ini RM2000+RM1520 dan memberi diskaun sebanyak RM1620?
Fatimah,
(v) Penghutang (-)2000, Bank (+)1900, Diskaun diberi (+)100
Maklumat (ii) tidak melibatkan penghutang.
Cikgu,
Mengapa maklumat (ii) tak diambil Kira. Soalan tidak nyatakan, sedangkan bayaran dibayar setelah urusniaga tersebut?
Fatimah,
Urus niaga tunai… tidak terlibat dengan penghutang.
Cikgu,
Untuk soalan spm 2015, Baki awal sudah ada penghutang RM2000. dalam maklumat (ii) menjual barang niaga berkos RM1270 dengan harga harga RM1520(bukan urusniaga tunai), bermaksud penghutang sudah menjadi RM3520. dalam maklumat (v) menerima cek bernilai RM1900 daripada penghutang untuk menjelaskan semua hutangnya, Semua hutang bukankah merujuk kepada RM3520 yang terkini?
Fatimah,
Maklumat (ii) adalah urusniaga secara tunai…. bukan secara kredit.
# baca betul2.. tiada disebut secara kredit / penghutang.
Cikgu,
Urusniaga (ii) bukankah secara kredit sebab soalan tidak sebut cek atau tunai? Maka kita akan tolak stok rm1270, tambah penghutang rm1520 dan tambah untung bersih rm250? Kalau dalam lejar soalan katakan menjual barang kepada Ali rm500 dan soalan tak nyatakan cek atau tunai maka kita anggap secara kredit, debit Ali dan kredit jualan.
Fatimah,
Jika soalan tidak sebut “secara kredit” / “nama penghutang” –> urus niaga tersebut dikira urus niaga tunai.
Contoh yang diberi.. ada disebut ALI sebagai PENGHUTANG.
Cikgu,
Jadi soalan spm 2015, rm1520 dimasukkan dalam bank?
Fatimah,
Ya.
Cikgu,
Terima kasih
Cikgu,silibus baru:jika dalam jadual persamaan perakaunan dia x ada tulis untung bersih tapi ada tulis hasil dan belanja,jika membayar gaji pekerja nak tambah belanja atau tolak belanja?
Stella Lai,
Ikut buku teks –> (+) di lajur BELANJA
Cikgu,buku teks baru muka surat berapa?saya x dapat cari
Buku teks pg66
Akaun belum terima:olleary 1300
Olleary membayar cek rm1200 utk menjelaskan kesemua hutangnya.
Kadar bayaran rm 150 dibayar dgn cek
Terima komisen jualan rm400 dengan cek
Nak macam mana letak?
Qiqi,
Cuba jawab dulu.. kemudian Cg semak dan betulkan..
Dah cuba tetapi tak tau buat
Qiqi,
Maksudnya.. kemahiran asaspun xda.. maka sila jumpa guru sekolah –> untuk tunjukajar satu persatu.
cikgu, bagaimana mengisi “membayaar hutang pernigaan RMx kepada pemiutang dengan cek.” dalam persamaan perakaunan?
Elizabeth,
Bank (-)… ABB (-)
Apakah maklumat berguna yang sedia ada daripada tiga item (aset, liabiliti dan ekuiti) ini tetapi tidak ditunjukkan secara langsung di dalam persamaan perakaunan
Nessa,
Maklumat sedia ada daripada PKK atau dalam bentuk senarai ID. Dimasukkan sebagai Baki awal dalam jadual persamaan bagi setiap item tersebut.
Cikgu,sewa diterima,dividen diterima,komisen diterima,faedah atas simpanan,hutang lapuk terpulih ialah hasil operasi atau hasil bukan operasi?
Stella lai,
Pada pandangan saya,
Jangan samakan Hasil Kendalian (BT lama) dengan Hasil Operasi (BT baru).
HO – dijana daripada aktiviti harian perniagaan / berkaitan secara langsung. : sewa, komisen, faedah
HBO – dijana daripada aktiviti tidak langsung. : HLT
assalamualaikum cikgu, saya nak bertanya adakah silibus tingkatan 4 2017 bertukar kepada silibus baru. adakah silibus baru ada dimasukkan pengiraan gst?
Tasha, waalaikumussalam.
Ya, tingkatan 4 sekarang menggunakan DSKP. Tiada dinyatakan tentang pengiraan GST.
Cikgu, Selamat Petang.
Tolong minta penjelasan tentang Bab 2.
1.Kalau soalan suruh sediakan Kunci Kira-kira TANPA menyatakan kaedah mana. Boleh tak saya buat Bentuk Penyata?
2. Dalam soalan sekiranya tiada item Untung Bersih, boleh tak saya masukkan semua hasil dan belanja dalam ruangan Modal.
Minta pandangan Cikgu.
Terima Kasih.
Syarifah,
1. Format pelaporan tidak menjadi masalah.. sama ada bentuk T @ Penyata.. untuk jawab peperiksaan saya cadangkan sediakan dalam bentuk PENYATA kerana ada Modal Kerja.
2. Untung Bersih.. biasanya tidak diberikan… kerana ianya bukan baki daripada akaun dalam lejar.. maka tiada dalam ID. Maka perlu kira @ sediakan Ak Untung Rugi untuk mendapatkan UB. Menyenaraikan semua item hasil dan belanja dalam PKK adalah tidak sesuai.
Selamat petang cikgu. Saya sangat lemah dalam prinsip perakaunan. Mohon penjelasan untuk soalan ini. Bolehkah sekiranya saya menulis format akaun untung rugi dengan belanja di sebelah kanan dan pendapatan di sebelah kiri?adakah format ini diterima sekiranya saya menulisnya semasa peperiksaan?ini disebabkan saya sering gagal untuk mengingat format yang betul.
Minta penjelasan daripada cikgu. Terima kasih.
Fiza,
Format mesti TEPAT… sama ada guna format penyata @ bentuk T.
Kedudukannya adalah mengikut asas catatan bergu.
Debit –> Belanja & Aset
Kredit –> Hasil, Luabiliti & Ekuiti.
Sewa terakru (Aset atau liabiliti cg
Izzat,
Pertama –> kenal pasti.. SEWA tersebut HASIL @ BELANJA –> baru boleh kita kenal pasti ianya AS @ LS
Sewa diterima terakru –> AS
Sewa dibayar terakru –> LS
assalamualaikum cg,
saya nk tnya, kalau die ckp
“sekeping cek drpd ABT brnilai RM410 tidak dilyn oleh bank” ?
nk taruk dlm columm mna ?
Zuri
ABT (+)
Bank (-)
Assalamualaikum,
Bayar belanja membaiki kenderaan 450 dgn cek.
Akaun yg terlibat,blnja mmbaiki dan bank kan?ke ade kne mngena dgn akaun kenderaan?
Husna, waalaikumussalam.
Ya betul…. dan kenderaan tidak terlibat.
soalannya:
1.pemilik membeli mesin daftar tunai rm400
untuk perniagaan dng menggunakan wang
peribadinya
2.seorang penghutang disahkan muflis dan
baki hutangnya rm136 dihapuskira sebagai
hutang lapuk
cikgu klau ia tanya macam ni nk letak columm mana
Nadzir,
Cuba nyatakan 2 akaun yang terlibat bagi setiap urusniaga tersebut.. kemudian baru boleh kita tentukan lajur mana yang terlibat.
Ambilan dalam prsamaan perakaunan debit atau kredit ?
Iqbal,
Ambilan berbaki debit.
bayaran yuran pengajian anak pengarah. rekod macamana ya?
Nurhuda,
Tujuan soalan terarah kepada AMBILAN… tetapi penyataan yang digunakan tidak tepat kerana pengarah tidak semestinya pemilik.
Salam cikgu, bagaimana pemarkahan persamaan perakaunan? markah akan diberi untuk butiran atau baki h/b jika soalan itu tidak meminta untuk membuat KKK
Lin,
Butiran dan juga Baki akhir.
assalamualaikum..cg apa persamaan penyata kewangan akaun perdagangan dan penyata kedudukan kewangan dan persamaanya jgk..saya konfiuss sikit
Nursyahira, waalaikumussalam.
Cuba fahami struktur Penyata Kewangan terlebih dahulu serta kaitan dengan klasifikasi akaun (A,L,E,H & B).
Penyata Kewangan:
1. Ak Perdagangan & UR (dikenali juga sebagai Penyata Pendapatan)
2. Penyata Kedudukan Kewangan
H & B –> Ak P & UR –> Utg Bersih–> Ekuiti
A, L & E –> PKK
Cuba kaji.. hubungan tersebut.
pelaburan tambahan oleh pemilik
Ialah aset atau ekuiti pemilik
Goh,
Pelaburan –> Aset
Jika pemilik buat pelaburan tambahan perniagaan dengan wang peribadi..
Pelaburan -> Aset (+) & Modal (+)
Cikgu, cuba tanya sewa prabayar adalah aset semasa, betul?
Swee kung,
Ya. Betul.
cikgu saya nak tanya soalan buku teks tingkatan 4 mpei m/s66
MJ Berhad membayar tunai RM 2000 untuk menjelaskan penuh hutangnya sebanyak RM2100
Norhidayah,
ABB –> (-)2100
Tunai –> (-)2000
Beza = 100 –> Diskaun diterima –> Hasil –> (+)UB
cikgu kalau syarikat Mei mempamerkan Penyata Kedudukan Kewangan
selepas itu syarikat Super Daily membayar tunai RM3000 untuk menjelaskan penuh hutangnya sebanyak RM 3200
penyata kedudukan kewangan sayrikat Mei:
ABT-RM4150
tunai-150
ABB-4450
Norhidayah,
ABT (-)3200
Tunai (+)3000
Diskaun diberi –> UB (-)200
Cikgu, bagaimana hendak membezakan hasil/belanja operasi dan bukan operasi antara perniagaan yang berorientasikan barang dan perkhidmatan?
Good morning… Dividen ialah hasil operasi atau bukan operasi?? Saya rasa ia bukan operasi tapi dalam buku teks ianya hasil operasi….
Cikgu,
Cuba tanya mengapakah faedah atas simpanan tetap adalah hasil operasi? Fixed deposit tidak sangkut dengan activiti harian kan?
Cuba tanya, sekarang tidak ada kunci kira-kira. So, macam mana kita tahu bila buat bentuk T, bila buat bentuk lajur?
Terima kasih.
James,
Secara mudah.. OPERASI – hasil/belanja tersebut dalam kawalan kita. Manakala BUKAN OPERASI – diluar kawalan kita.
Henamaya,
Dividen ada 2 situasi.. 1. Dividen yang telah ditetapkan kadar dividen.. dan perniagaan menjadikannya salah satu sumber hasil… seperti Dividen koperasi. –> HASIL OPERASI
2. Dividen daripada pelaburan yang belum tentu kadar % nya bergantung kepada untung/rugi syarikat tersebut ataupun pasaran saham –> BUKAN OPERASI.
SweeKung,
1. Faedah simpanan tetap – kadar faedah sudah ditetapkan awal.. bergantung kepada kita nak simpan untuk tempoh 3 bln, 6 bln, 1 thn… dengan kadar yang telah ditetapkan.–> OPERASI.
2. KKK masih ada.. cuma namanya ditukarkan kepada Penyata Kedudukan Kewangan… dari segi format T @ penyata tetap sama.
cg,apakah klasiikasi antara hasil operasi,hasil bukan operasi,belanja operasi dan belanja bukan operasi?
Assalam cikgu
Utk soalan persamaan perakaunan
Diberi penyata kedudukan kewangan
Perniagaan abc
Penyata kedudukan kewangan pada 30 jun 2017
Diberi nilai nilai aset..liabiliti..dan modal
Berikut merupakan urusniaga sepanjang bulan jun 2017
Cth..membeli barang niaga rm3000 secara tunai
Soalan saya adakah penyata 30 jun 2017 tu merujuk baki awal dlm kotak persamaan atau baki akhir…
Sebab setahu saya semua yg diberi adalah baki awal…cuma sbb tarikh 30 jun saya confius..kalu dia bagi tarikh 31 mei 2017 tahu baki awal
Hanna, waalaikumussalam.
Soalan daripada mana? Apa kehendak soalan ?
Jika berdasarkan TARIKH yang diberi.. ianya merujuk baki akhir selepas urus niaga tersebut..
Adakah soalan minta sediakan PKK pada 31 Mei 2017 ?
Jika diminta sediakan PKK 30 Jun 2017 –> maksudnya ada kesilapan pada tarikh tersebut.
Salam…cg..ada x jawapan lengkap UTK buku teks pp tingkatan 4?
Norzia,
Maaf, tiada jawapan lengkap disediakan oleh penerbit buku teks.
# Cuba rujuk rakan guru prinsip perakaunan di kawasan masing2.
# Tidak sesuai untuk dedahkan jawapan disini.
merujuk buku teks prinsip perakaunan tingkatan 4 m/s 54, soalan no 1, boleh terangkan macam mana nk buat?
ni soalan:
pada 30 april 2016, baki aset perniagaan zaleha adalah sebanyak rm12450. liabiliti rm7800. ambilan rm4000 dan mengalami rugi bersih rm1500. hitung baki modal pada tarikh ini
Shaaa,
Guna rumus persamaan perakaunan..
Aset = Liabiliti + Modal – Ambilan – Rugi Bersih
nak tanya apa kesan sekiranya tdk dibuat catatan kontra terhadap akaun
apakah kesan ambilan barang niaga dan ambilan aset oleh pemilik terhadap persamaan perakaunan
Assalamualaikum cg , saya nak tanya kalau soalan macamni
(membayar belanja am dengam tunai 180) lorong mana eh ?
Hadah,
1. Fahami dahulu maksud dan tujuan catatan kontra tersebut.. kemudian baru dapat tentukan kesan jika tidak buat catatan kontra.
2. Kenalpasti 2 akaun yang terlibat bagi setiap ambilan tersebut. —> jenal pasti apa yang akan berkurang.
Faeah, waalaikumussalam.
Hasil dan Belanja kesannya keatas Untung Bersih.
“Membeli barang rm560 secara kredit”
invetori (+) abb (+)
betul ke cg ?
Farah,
Ya.. betul.
Assalam cg klau dia kata tunai di bank dan dia bagi baki sebanyak 5100 so nnti dlm persamaan akaun saya nak msukkn dlm bank atau tunai?
Siti, waalaikumussalam.
Tunai di bank –> BANK
Cg,
Duti atas import hasil operasi atau belanja atas operasi
Izzah,
Duti import –> Belanja…. bukannya Hasil.
Good evening
Nak tanya
Mengapakah sesuatu aset bukan semasa boleh dikategorikan sebagai aset semasa?
Lagi satu
Kalau sesuatu cek daripada a/k belum terima tak laku.
Ini perlu masukkan dlm jadual persamaan akaun ke ??
One more
How to differentiate perniagaan berorientasikan brg &
Perniagaan berorientasikan perkhitmatan..
Tharsini,
1. Cuba bandingkan Perabot bagi kedai runcit… dan perabot bagi kedai perabot.
2. Cek tak laku –> masuk persamaan.
3. Cuba bandingkan kedai runcit dan klinik.
Cikgu,
cuba tanya soalan ini,
membayar hutang kepada Pembekal Buku Suria RM6800 dengan cek dan menerima diskaun RM200.
Jawapan ialah Aset berkurang RM6800, Liabiliti berkurang RM7000, Hasil Bertambah RM200
betul?
terima kasih.
Sherine,
Ya.. betul
Cikgu,
cuba tanya kalau soalan bagi overdraf bank, kita mesti letak overdraft bank di sebelah liabiliti dalam jadual persamaan perakaunan dan dalam bentuk “+”?
so kalau membayar sewa dengan cek RM1000, kita perlu “+ RM1000”, betul? sebab kita masih owe bank. betul?
terima kasih.
Sherine,
Bank –> Masuk bawah ASET
Jika OVERDRAF… nilai -ve.
Cikgu,
maksudnya kalau overdraf bank, saya masih masuk bawah aset dengan nilai -ve, other transaction still do the same way, betul>?
terima kasih.
Sherine,
Ya.. betul.
Tidak wujud “Ak Overdraf Bank”.
Overdaraf maksudnya “Ak Bank” berbaki kredit @ nilai -ve.
Cikgu,
cuba tanya, “mengubah suai premis dengan tunai peribadi berjumlah RM27000”
urus niaga ini ialah +RM27000 di bawah premis, mengapa?
sebab ia berkos tinggi?
terima kasih.
Sheeine,
Sebab kos tersebut akan menaikkan nilai premis tersebut..
Cth:
Beli premis 100,000
Ubah suai 27,000
Maka nilai premis tersebut 127,000… jika kita nak jual nanti mesti rujuk nilai kos tersebut.
Berbeza dengan belanja membaiki premis –> baiki kerosakan premis sedia ada..tidak menaikkan nilai premis tersebut –> dikelaskan sebagai BELANJA.
Cikgu,
cuba tanya:
(1) penerimaan wang daripada pelanggan – item ini ialah aset
(2) komputer persendirian dibawa masuk untuk kegunaan pejabat – item ini ialah ekuiti pemilik
betul?
terima kasih.
Cikgu,
cuba tanya “menerima nota kredit daripada pembekal untuk barang yang dipulangkan bernilai RM250”
kesan urus niaga ialah:
-inventori RM250, -Ak Belum Bayar RM250
Betul?
Cikgu,
cuba tanya:
Situasi A:
tempoh matang pinjaman – 30/11/2021
Tempoh perakaunan: 1/7/16 – 30/6/17
Ini ialah LBS
Situasi B:
Tempoh matang pinjaman – 30/11/2017
Tempoh perakaunan: 1/7/16 – 30/6/17
ini ialah LS
betul?
Sherine,
Ya.. betul.
Adakah belanja kenderaan dianggap belanja?
Apa perbezaan gaji dan upah?adakah keduanya belanja?
Simpanan tetap merupakan aset semasa ker?
Jika inventori akhir dinilaikan pada harga kos rm10,000 dan harga pasaran rm11,600.nilai yang mana satu patut digunakan dalam inventori akhir?
Izzah,
Ya
Ya
Ya
Nilai yang terendah.
Saya ada dapat soalan akaun tetapi bila saya kira semula bahagian aset nilai yang saya dapat dengan soalan berbeza?adakah ini bermaksud soalannya yang sala
Izzah,
Kadang2.. jawapan PKK untuk bentuk T… tetapi anda jawab bentuk penyata @ sebaliknya –> maka sudah tentu nilainya tidak sama.
Tetapi cg soalan diberi dlm bentuk T imbangan duga
Izzah,
Cg kena lihat soalan lengkap dan jawapan anda… baru boleh komen dimana silapnya… jawapan daripada soalan @ jawapan anda.
Cg blh x berurusan melalui Whatsapp .senang untuk saya menghantar gambar soalan
Izzah,
Cg sudah tambah kemudahaan untuk upload gambar bersama2 komen anda.
ini soalannya cg.
Izzah,
Sila sediakan Penyata Pendapatan dan PKK… baru boleh tentukan betul atau tidak…. tidak boleh hanya kira jumlah aset begitu sahaja… mesti jawab ikut format yang betul.
Saya sudah buat cg,Tp tidak seimbang
Izzah,
Sila semak semula:
1. Kedudukan item dalam komponen yang betul.. termasuk item kontranya.
2. Operasi + dan – adalah tepat.
3. Semak nilai yang dipindahkan dari ID adalah tepat.
Cikgu,
cuba tanya:
Soalan 1:
(a) penerimaan wang daripada pelangan –
item ini ialah aset
(b) komputer persendirian dibawa masuk untuk kegunaan pejabat – item ini ialah ekuiti pemilik
betul?
Soalan 2:
“menerima nota kredit daripada pembekal untuk barang yang dipulangkan bernilai RM250”
kesan urus niaga ialah:
-inventori RM250, – ak belum bayar RM250
betul?
terima kasih.
Sherine,
Soalan 1 – betul
Soalan 2 – betul
cikgu,kalau discount,kena letak kat mana ye? bahgian untung bersih ke?
cikgu,
soalannya:
bayar akaun belum bayar dengan cek RM5200 dan terima diskaun RM400 jadinya,
bank=(5200)
akaun belum bayar=?
untung bersih=RM400
betul ke cikgu?
Reiko,
1. Hasil (+) dan Belanja (-) –> Untung Bersih
2. ABB (5600)
cikgu,
soalnnya;
perniaga meminjam daripadabank sebanyak RM15000.wang tersebut dimasukkan dalam Akaun Bank Prniagaan,jadinya?
Reiko,
Apa jawapan reiko ?
jawapan saya;
bank=+15000
pinjaman=+15000
Reiko,
Ya, betul
Cg contoh untuk liabiliti bukan semasa selain pinjaman bank apa yer?
Faedah dibayar dan komisen dibayar nk letak dimana?
Izzah,
1. LbS –> Gadai Janji
2. “Dibayar” –> Belanja
cikgu,
3 buah alat penyaman udara bernilai RM7500 telah dibeli di kedai fat seacra kredit tetapi belum lgi dipasang di dalam premis
jadinya
RM7500 darab 3
inventori betambah hasil nombor yg telah didarab
ABB turut bertambah dengan hasil nombor yg telah didarab?
betul ke cikgu?
cikgu,
kalau;bayar dgn cek untuk jelaskan hutang RM4450 dan terima diskaun RM150 jadinya,,
bank;(4450)
untung bersih;+150
betul ke cikgu?
Reiko,
1. RM7500 –> utk 3 buah. Tidak perlu lagi X 3.
Alat penyaman –> bukan barang niaga … Inventori tidak terlibat. –> ABS yang bertambah, ABB juga bertambah.
2. ABB (4450).. UB +150… kira BANK ( ? )
Cikgu,
cuba tanya soalan minta kita hasilkan peta buih berganda seperti berikut dan bentangkan kerja anda di dalam kelas.
antara penyata akaun dan penyata bank
apa soalan minta?
terima kasih.
Sherine,
Kenal pasti persamaan dan perbezaan antara Penyata Bank dan Ak Bank.. kemudian sediakan dalam bentuk peta pemikiran buih berganda.
Rujuk nota dan contoh dibawah :
Cikgu,
Cuba tanya kalau soalan tanya
“Penerimaan wang daripada pelanggan” sama ada aset atau hasil.
Bolehtak jawab hasil?sebab hasil maksud wang yang diterima. Kan?
Terima kasih
Swee Kung,
Jika Hasil –> mesti jelas hasil apa.. hasil jualan… hasil sewa.. hasil komisen .. dan sebagainya.
Deposit Telefon Ialah hasil atau aset semasa?
Goh,
Aset Semasa
Cikgu,apa maksud premis?
Alia,
Secara mudahnya –> ruang kedai perniagaan..
Cikgu kalau soalan persamaan perakaunan
Membayar gaji pekerja 1600 dengan cek
Nak buat cam ne ye?
Zaza,
1. Kenalpasti 2 akaun yang terlibat.
2. Kenalpasti ianya bertambah @ berkurang.
3. Bagi item Aset, Liabiliti & Ekuiti –> boleh terus +/- diakaun tersebut.
4. Bagi akaun HASIL –> (+) UB, BELANJA –> (-) UB
Cikgu,
Soalannya:
Pemilik membawa masuk tunai rm10,000 sebagai modal tambahan perniagaan.
Klu sya buat- tunai (-10,000)
Modal (+ 10,000)
Betul ke?
Annisa,
Bila bawa masuk tunai –> TUNAI +10000
MODAL + 10000
Tunai pemilik yang berkurang .. tapi tunai perniagaan bertambah…kita rekod untuk perniagaan.
cikgu jika pemilik memasukkan tunai ke dalam bank sebanyak rm6000 sebagai modal tambahan jadi dalam jadual kita kena tulis +rm6000 dekat bank dan modal ke cikgu?
cikgu gaji belum bayar nak letak kat aset atau ekuiti+liabiliti kat dalam jadual persamaan perakaunan
Harith,
1. Ya betul
2. Gaji belum bayar –> Liabiliti Semasa
assalamualaikum.. cg , kalau pulangan belian letak dlm akaun mana ya ?
Waalaikumussalam.
Inventori (-)
ABB (-)
Assalam cikgu
macam mana nak cari modal dalam persamaan perakaunan?
Atiqah, waalaikumussalam.
Ekuiti Pemilik = Aset – Liabiliti
Cikgu
Kalau soalan dia macam ni sekeping cek daripada akaun belum terima bernilai 410 tidak dilayan oleh Bank
Camna tuu ?
Ainnizam,
Cek tak layan:
ABT (+)
Bank (-)
cikgu
kalau pekerja buat pinjaman dari syarikat, pinjaman tu nak masuk mana ye?
cikgu.
mcm mana nak buat penyata penyesuaian bank?
Aina,
1. Pinjaman pekerja –> Aset
2. Penyata Penyesuaian Bank –> rujuk formatnya dalam buku teks T5 Modul 3.
Cikgu,
Cuba tanya macam mana bezakan perabot, alatan pejabat, lengkapan dan lekapan?
boleh tak juga beri contoh?
terima kasih
Sherine,
Perabot –> Kerusi, Meja, Almari dll.
Lengkapan –> Perabot, Rak dll
# hampir sama, cuma lengkapan skopnya lebih luas berbanding perabot.
Lekapan –> Kipas, Lampu, Penghawa Dingin dll.
Alatan pejabat –> Komputer, Mesin Fax, Mesin Fotostat.
Salam cg, saya nk tnye, Kelengkapan Kedai kategori apa ya.. Aset bukan semasa / Belanja?
Omey,
ABS
cikgu,
kalau belanja penyelenggaraan bangunan
RM 134 600 termasuk mengubah suai bangunan RM 85000…
Kesannya adalah
1. Belanja penyelenggaraan kenderaan RM134600 – RM85000= RM49600
2. Bangunan = + 85 000
Betul ke ?
Omey,
Ya betul..
salam sejahtera cikgu, minta penjelasan ttg soalan dibawah:
a)adakah setiap urusniaga melibatkan ambilan perlu letaktanda kurungan atau hanya letak tanda kurungan pada bhgn jumlah sahaja?
b)soalan mengkehendaki kita melakukan persamaan perakaunan bg bln apr 2017 dan pkk pd 31 mac 2017 disediakan. persoalannya nilai modal yg mana satu perlu diambil apabila melakuakn persamaan perakaunan bg bln apr 2017.nilai modalakhir pada 31 mac 2017 atau nilai modal awal yg tdpt dlmpkk pada 31 mac 2017??
terima kasih cikgu
Ricky,
a. Ada 2 situasi:
# Jika TIADA lajur Ambilan –> dalam lajur MODAL : ambilan –> ( )
# Jika ADA lajur Ambilan –> dalam lajur AMBILAN : ambilan +ve –> dalam PKK nanti (-)
b. Persamaan kita buat hanya untuk sebulan sahaja.. BUKANNYA untuk TEMPOH PERAKAUNAN baru –> pada 1 April –> masukkan Modal, Ambilan dan Untung Bersih (jika ada).
Selamat pagi,
Sekiranya Belian = belanja
Jualan = Hasil
Bagaimana pula dengan Pulangan Belian dan Pulangan belian? Adakah pulangan belian = hasil & Pulangan Jualan =belanja?
Thank you.
Letchumanan,
Dikenali sebagai kontra.
Pulangan jualan –> pengurangan Hasil
Pulangan belian –> pengurangan Belanja
salam cikgu,saya tak faham apa tu tarikh matang pinjaman ….saya tak tau macam mana bezakan liabilti semasa dan liabiliti bukan semasa….
cikgu,kenapa penyata kedudukan kewangan tu ,dalam column aset bukan semasa dan aset semasa, ada contoh yang bagi dua baris RM dan ada cth yang bagi satu shj?
cikgu, kalau soalan hanya tulis menjual 10% dps inventori kpd Lam Trading dgn hargaRM 18000, nak rekod dalam akaun belum terima atau tunai?
cikgu , jika akaun belum terima dah dijelaskan semua ,baki akhirnya tulis 0 atau –
Huiyi,
1. Tempoh matang pinjaman –> tempoh pinjaman habis dibayar.
LS –> 1 tahun @ kurang
LBS –> lebih 1 tahun
2. Itu hanya format pelaporan –> bergantung kepada item2 yang ada… cuba fahami cara penggunaan lajur tersebut.
3. Itu maksudnya jual secara kredit –> ABT, Inventori & UB
4. Tiada baki –> hanya jumlahkan kedua2 belah.
salam cikgu,saya tak faham apa tu angkutan masuk?
cikgu,bagaimana rekod dlm jadual aset,ekuiti ,liabiliti jika saya memulangkan barang niaga berharga RM 100,betulke kurangkan inventori dan akaun belum bayar?
Zurah,
1. Bayar tambang / kos penggankutan untuk bawa barang niaga dari kedai pembekal ke kedai peniaga (kita)
2. Ya..Betul
terima kasih cikgu
cikgu,saya tak faham buku teks halaman 45..liabiliti bukan semasa dikategorikan sbg liabiliti semasa?bolehkah cikgu terangkan dgn jelas terima kasih cikgu
Chanfatt,
LBS –> perlu dijelaskan lebih 1 tahun
LS –> perlu dijelaskan kurang 1 tahun
Katakan Pinjaman RM50000 utk tempoh 5 tahun.
Maka 10000 –> perlu dijelaskan 1 tahun pertama. –> LS
Manakala 40000 –> LBS
Cikgu saya masih tk faham mcmana nk bezalan belanja dan hasil . Deti dan kredit . Mcm mne nk bezakan cikgu
Fathin,
Belanja –> kita keluarkan wang untuk BAYAR.. cth: bayar Sewa dibayar, Kadar bayaran, Gaji.. dll.
Hasil –> kita TERIMA wang.. cth: komisen diterima, Sewa diterima.. dll
Debit –> Aset & Belanja
Kredit –> Liabiliti, Ekuiti & Hasil.
Cikgu,
Cuba tanya sewa diterima dan hutang lapuk terpulih ialah hasil bukan operasi. Betul tak? Terima kasih
Swee Kung,
Sewa diterima –> hasil operasi
HLT –> hasil bukan operasi
Cikgu,kadar bayaran prabayar dan belum bayar mana satu kredit dan debit
Alif,
Hasil belum terperoleh –> LS –> Kt
Hasil belum terima –> AS –> Dt
Belanja belum bayar –> LS –> Kt
Belanja prabayar –> AS –> Dt
salam cikgu,
mohon penerangan lebih lanjut tentang belanja/hasil operasi dan bukan operasi.
terima kasih
Atiqah,
Secara ringkas..
Hasil/Belanja operasi –> merujuk operasi biasa sesebuah perniagaan dan hasil/belanja tersebut dalam nilai dalam kawalan peniaga.
Hasil operasi –> jualan, sewa diterima, komisen diterima.
Hasil bukan operasi –> untung pelupusan, hutang lapuk terpulih.
Belanja operasi –> belian, sewa dibayar, gaji
Belanja bukan operasi –> hutang lapuk, rugi pelupusan
Salam cikgu,
urus niaga dlm soalan persamaan perakaunan:
En Ali telah mengeluarkan barang niaga bernilai RM300. ¾ dihantar ke rumah anaknya. Bakinya disumbangkan kpd mangsa bencana
kesan
Inventori (-300)
Ambilan (-225)
Untung (-75)
apa yg saya fhm knp untung berkurang 75 adalah kerana sumbangan kpd mangsa bencana dianggap belanja perniagaan. kira mcm CSR la.
tapi apa yg buat saya ragu2 adalah En Ali sbg pemilik bole jugak buat sumbangan atas nama beliau sendiri.
soalan tak cakap sumbangan atas nama perniagaan atau pemilik.
mohon pencerahan dari cikgu.
terima kasih
Atiqah,
Ya. Betul.
Berdasarkan penyataan tersebut jelas 3/4 –> kegunaan peribadi (Ambilan)
1/4 –> didermakan atas nama perniagaan (belanja)
Assalamualaikum cgnarzuki,
Mohon semak jawapan dan jalan kira saya
Soalan buku teks m/s 54
1. Modal : Aset – Liabiliti
: 280,500 + 57,930 + 2,400 + 1,250 – 800 – 8,900
: RM 332, 380
2. Modal : Aset – Liabiliti + Ambilan + Rugi bersih
: 12,450 – 7,800 + 400 + 1,500
: RM 6,550
Kalau saya jawab macam nh dlm peperiksaan sebenar bole ke cg?
Terima kasih cg.
Iera, waalaikumussalam.
Rumus sudah betul.
Boleh jawab dalam peperiksaan sebenar.
1. Tulis rumus
2. Ganti nilai2
3. Jawapan akhir.
salam cg,
merujuk post cg pada mar 28.
apabila ambilan mempunyai lajur sendiri dlm persamaan perakaunan, ambilan adalah (+ve).
dalam buku teks T4 m/s 53 juga letakkan ambilan dlm nilai (+ve).
saya mohon lagi kepastian kerana apabila saya buat soalan peperiksaan percubaan lepas apabila melibatkan ambilan.
kesan dlm urusniaga itu sendiri nilai ambilan adalah (-ve). manakala pada hujung bulan ataupun nilai jumlah persamaan perakaunan baru diletakkan ambilan dlm nilai (+ve).
adakah cara jawab seperti peperiksaan thn lepas masih boleh digunapakai utk thn ini?
mohon pencerahan dari cg
terima kasih
Atiqah,
Konsep Ambilan –> ianya berbaki DEBIT.. sama dengan kedudukan Aset… dan Ak Ambilan sentiasa BERTAMBAH.. tidak wujud Ambilan BERKURANG… cuma bila penyediaan PKK… Ambilan kita kelompokkan dalam komponen Ekuiti Pemilik –> Modal (-) Ambilan
Manakala jika tiada lajur Ambilan –> maka kita terus (-) di Modal.. kerana ianya mengurangkan Modal.
salam cg,
merujuk soalan percubaan 2017 perlis no 6(a).
iii. Menjual alatan pejabat lama yang mempunyai nilai buku RM1 500 dengan
harga RM850.
skema jwpn:
alatan pejabat -1500
bank +850
untung bersih -650
mengikut kefahaman saya,abt yg bertambah +850 bukan bank sbb soalan tidak sebut cek atau bank.
bole cikgu bagi pencerahan ttg urusniaga ini.
terima kasih
Atiqah,
Tidak dinyatakan secara KREDIT –> maka ABB tidak terlibat.
Sebaliknya dikira sebagai urusniaga TUNAI.
Cikgu kalau cthnya Ali menjalankan perniagaan yg menawarkan servis penghantaran (seperti PosLaju &Gdex) setiap kali dia terima tunai dari pelanggan kerana memberi perkhidmatan, jadi catatan bergunya debit tunai kredit jualan ke? Satu lagi kalau Ali beli gas untuk van penghantaran jadi gas diklasifikasi sebagai belanja ke? 3. Kalau setiap kali dia bayar sesuatu tapi soalan tak nyatakan sama ada bayar secara tunai atau cek, kita anggap dia bayar secara tunai kan?
Wani,
1. Jika perniagaan jenis perkhidmatan… “jualan” tidak sesuai digunakan.. biasanya guna “Hasil Perkhidmatan”.
Dt Tunai
Kt Hasil Perkhidmatan
2. Ya.. belanja.
3. Kita anggap cek.. kerana amalan biasa perniagaan setiap bayaran menggunakan cek.
salam cikgu,cuba tanya jika bayar gaji dengan cek,kenapa dt gaji(belanja) dan kredit bank ? dt belanja bukan maksud belanja bertambah ?
amanda,
debit gaji maksud belanja gaji bertambah,kredit bank maksud aset berkurang
terima kasih cyc,tapi bayar gaji bukan belanja berkurang ke?
Amanda,
Bayar gaji = belanja bertambah
Cikgu mana satu yang betul membayar ABB dngn cek 2750 dan trima diskaun 230
:-tolak bank 2520,tmbah untng brsih 230,tolak ABB 2750
ATAU
:-tolak bank 2520,tmbh untung brsih 230,tolak ABB 2980
Mohan penerangan… Trima kasih ckgu
Holahup,
Bank – 2750,untung bersih + 230,ABB – 2980
Salam,cikgu ada tak nota untk akaun tingkatan 4 yg baru punya.kalau ada tlong kongsi
Loli,
Nota yang lengkap ialah Buku Teks.
Assalammualaikum cg…
Kerts 4 mcmmane soalan die??
Mcm kerts 2 ke?..
Waalaikumussalam.
Kertas 4 – Projek Mini
3 Soalan –> jawab menggunakan komputer sepenuhnya.
Kemungkinan besar seperti Soalan kertas 2 tetapi diubahsuai sedikit seperti soalan tugasan kerja kursus.
Trima kasih cg..
Assalamualaikum cikgu..
1)Adakah belanja penyelenggaraan premis perlu dimasukkan ke dalam akaun untung rugi?
2)cikgu.. tunai dan bank yg hendak direkodkan ke dalam pkk perlu ada di belah kt atau dt ?
Waalaikumussalam.
1. Ya
2. Rujuk baki akhir Buku Tunai… @ kedudukan dalam ID : Tunai (mesti Dt Aset) manakala Bank Dt (Aset) @ Kt (Liabiliti)
Salam cikgu. Apa beza akaun peruntukan hutang ragu dengan akaun hutang ragu? Kalau ade belanja hutang lapuk kena letak dalam akaun PHR ke
PHR –> item kontra kepada ABT dalam PKK
ABT (-) PHR
Manakala Hutang Ragu adalah perbezaan antara PHR akhir (yang baru kira) dengan PHR awal (baki dalam ID). Dimana dahulunya dikenali sebagai Pertambahan/Pengurangan PHR
Untuk sukatan SPM… Hutang Lapuk tidak masuk dalam Ak PHR.
# sistem perekodan HL ada 2.. iaitu diselaraskan kepada ABT (SPM)… dan diselaraskan kepada PHR
Assamualaikum,
Soalan dlm persammaan perakaunan
Terima cek RM1710 drpd pelanggan Dan diskaun tunai diberi RM90
Macamane nk selesaikan?
Irdiinaa, waalaikumussalam.
Tips : jika ada 2 nilai dalam soalan –> mesti 3 akaun terlibat.
Bank (+) 1710 ABT (-) (1710+90) UB (-)90
Bayar belanja membaiki kenderaan RM650 dengan tunai.
Tolong saya cikgu.
Arinah,
Apa masalahnya ?
Kenalpasti 2 akaun yang terlibat terlebih dahulu..
salam sejahtera cikgu, soalan menyatakan perniagaan menerima sekeping cek bernilai RM8700 daripada pelanggan untuk menjelaskan hutangnya yang berjumlah RM9300..maka kesan urusniaga diatas terhadap ekuiti pemilik ialah ekuiti pemilik (u.bersih) berkurang sebanyak RM600..am i right? thanks..
Ricky,
Ya.. betul
Salam cikgu. Sy spm student thn ni. Kalau i dah buat dan hantar projek acc, tapi tak hadir utk kertas 1&2 p.akaun spm, slip keputusan spm takkan wujud subjek akaun dan markahnya atau akan ditulis G sebab ada markah projek shj?
Shelly,
Jika tidak hadir –> dikira TIDAK HADIR.. walaupun ada markah kerja kursus.
Akan ditulis TH dlm slip SPM?
Shelly,
Dalam slip –> dia tulis “X”
Dalam sijil sebenar nanti -> Takda.
Sijil sebenar tu apa? Sijil keputusan SPM?
Shelly,
Pada bulan Mac nanti hanya dikeluarkan Slip Keputusan Peperiksaan SPM shj.
Manakala Sijil SPM sebenar akan dikeluarkan biasanya pada bulan Disember / Januari nanti.
membuat pinjaman rm50000 pada kadar faedah 12 peratus. Akaun ape yang terlibat?
Adakah merekod penerimaan yuran daripada pelanggan melibatkan urusniaga? Akaun tunai dan hasil?
Iesya,
1. Bank (+)…Pinjaman (+)
2. Tunai/Bank (+) … Hasil/UB (+)
cikgu
Faedah simpanan ialah hasil operasi atau hasil bukan operasi?
Yap,
Hasil Operasi.
cikgu bagaimana untuk mengelaskan dividen diterima dengan dividen pelaburan?
Yap,
Dividen simpanan tetap… kita telah ketahui kadar dividen yang bakal diterima –> Hasil Operasi
Dividen pelaburan –> kadar dividen tidak tentu… mungkin dapat… mungkin tidak
Cikgu,dividen pelaburan apakah dikelaskan dengan hasil bukan operasi?
Yap,
Ya… diluar kawalan kita.. belum tentu pelaburan tersebut menguntungkan @ tidak.
Sama juga seperti pelupusan ABS.. belum tentu dapat untung @ rugi daripada pelupusan tersebut..
asslamualaikum cg,
saya nak tnya maklumat tmbahan:
Kalau pemilik tu dia membaiki premis guna simpan peribadi dia , membaiki premis (+) dan modal (+)sama kah?
Tyrah,
Membaiki premis –> Belanja –> UB(-) Modal(+)
Cikgu,
Almari boleh masuk dalam akaun lengkapan dan lekapan?
Fatimah,
Boleh.
Selamat tengahari cikgu.
Apakah akaun kontra bagi Akaun Perdagangan dan akaun kontra bagi Penyata Kedudukan Kewangan?
Lagi satu soalan, cikgu.
Sekiranya soalan adalah “Dokumen yang digunakan apabila penjual terkurang cah atas jualan tersebut”, apakah jawapannya?
Saya letak jawapan Nota Debit tetapi telah dipangkah oleh cikgu saya.
Saezen,
1. Cari dalam format kedua2nya item yang DITOLAK.
2. NOTA DEBIT.
Cikgu,
1. Maaf, saya tak faham.
2. Maksudnya saya menjawab dengan betul? Terima kasih cikgu
Saezan,
1. Cari item yg ditolak.. cth: Pulangan jualan.
2. Ya dah betul.
Okay, terima kasih cikgu. Cikgu telah banyak membantu.
1)cg kalau jual barang niaga secara kredit RM3500 pada harga RM4200 ?
2) terima cek drpda akaun belum terima sebanyak RM2500 dan beri diskaun RM150 ?
harap direspon **
cikgu kalau nk kira modal untuk letak kat persamaan perakaunan kena kira termasuk yang maklumat tambahan ke tak cikgu ?
Persamaan Perakaunan:
1. Inventori (-)3500, ABT (+)4200, UB (+)700
2. Bank (+)2500, UB (-)150, ABT (-)2650
Modal Awal –> hanya rujuk Aset awal – Liabiliti awal
Cg kalau nak kira modal macamana? Soalan 1 ms 54
Safiyyah,
Guna persamaan perakaunan..
Aset – Liabiliti = modal – ambilan – rugi bersih
# tukar tajuk rumus :
Modal = ……..
Cikgu kalau pemilik membawa masuk komputer peribadi bernilai 2300 untuk kegunaan peribadi …..kena letak dalam item mana
Khairul,
Cuba semak balik soalan… ada yang tidak betul dengan soalan tersebut.
Assalamualaikum cikgu, macammana nak cari modal bagi soalan m/s 66 soalan 7 .. Saya dah Cuba tapi takdapat jawapan
Maaf cikgu salah gmbr
Syira,
Formula asas cari modal awal..
Modal = Aset – Liabiliti
Terima kasih cikgu, Btw jawapan dalam buku teks untuk soalan no 7 salah.. Sebab itu saya takjumpa jawapan?
Salam cikgu,soalan yg mcm ni ape persamaan perakaunan ya:
1.bekalan pejabat yang tidak digunakan bernilai RM 1100
Salam cikgu nk tanya ape beza:
1.account payable dgn notes payable dlm liability
2.account payable dgn notes payable dlm asset
Nabihah,
1. Inventori bekalan pejabat (Aset) (+)
Belanja bekalan (UB) (-)
2. account payable dgn notes payable TIADA dalam asset
Cg kalau dlm liability ape beza account payable dgn notes payable ye?
Maaaf cg yg dlm asset tu ialah account Receivable dgn notes Receivable, apa beza keduanya2 ia cg?
Nabihah,
Sila rujuk nota ABB & Nota BB dibawah..
# ABT & Nota BT .. sebaliknya.
ABB & NOTA BELUM BAYAR (KLIK)
Terima kasih cikgu
Cg belanja terakru di persamaan perakaunan ltk di liabiliti dibawah belanja terakru dan nak letak di bahagian mana lagi?
Nabihah,
Liabiliti –> belanja terakru
UB –> belanja (-)
Cg,
Apakah kasifikasi bagi :
Pelaburan oleh pemilik
– adakah ini bermaksud pelaburan dibuat oleh pemilik ke dalam perniagaan sendiri?
Chee,
Penyataannya tidah jelas… pelaburan dalam perniagaan atau pelaburan peribadi pemilik.
Cuma Cgu percaya maksud penulis buku tersebut merujuk kepada pemilik melabur dalam perniagaan sendiri… cuma penyataannya tidak jelas.
terima kasih
salam cg,
barang niaga yang berharga 32.50 dipulangkan kerana rosak
kesan:
inventori +
akaun belum bayar –
betul ke macam ni?
Anna,
Siapa pulangkan kepada siapa ?
Kita yang pulangkan kepada pembekal …. atau … pelanggan pulangkan kepada kita
pelanggan pulangkan kepada kita
Anna,
Itu maksudnya pulangan jualan..
Inventori (+)
ABT (-)
Cikgu,
Dalam soalan persamaan perakaunan, buku teks lama guna tanda positif dan negatif, buku teks baru guna kurungan dan tanpa kurungan. Dalam peperiksaan SPM nanti, cikgu rasa kaedah mana lebih mudah utk pelajar fahami. Terima Kasih
Fatimah,
Kedua2 cara boleh digunakan… cuma guna tanda “( )”.. pelajar lebih jelas berbanding guna “+/-“.
Menjual satu perlima daripada inventori secara kredit pada harga RM34800?
Wawa,
3 akaun terlibat:
1. Inventori (-) …..
2. ABT (+) …..
3. Untung (+) ……
# cuba cari nilai2nya..
Macam mana nak cari gaji pekerja yang tidak dinyatakan?
Wawa,
Topik apa ?
Rujuk maklumat yang diberi dalam soalan.
assalamualaikum cikgu, nk tanya
1. pemilik byr bil rumah guna tunai pej rm150
Ambilan (+150) pastu nk letak kt column ape utk seimbangkan?
2. ape je jenis urus niaga yg melibatkan column modal?
tq cikgu
Chizu, waalaikumussalam.
Tunai berkurang…(-)150
Assalamualaikum cg nk tnya
1)pemilik memasukkan almari peribadi sebanyak rm 5200 ke dalam perniagaan dan rm1300 ke dalam akaun semasa di bank perniagaan
2)separuh daripada inventori dijual secara kredit pada kai xin dengan harga rm1200
3)membeli kenderaan bernilai rm 40000 dengan bayaran pendahuluan 20% dengan cek dan bakinya menerusi pinjaman bank
4)pemilik menjual perabot peribadinya dengan tunai RM800. Separuh daripada wang tersebut dibawa masuk ke dalam perniagaan.
Tcg tlg jwbb ape jepn nye
Alieya, waalaikumussalam.
Sila kemukakan jawapan anda… nanti Cg komen dan betulkan mana2 yang silap.
Tq?..
1.sekeping cek daripada akaun belum terima bernilai rm410 tidak dilayan oleh bank?
Wawa,
1. Cuba kenalpasti 2 akaun yang terlibat..
2. Tentukan akaun2 tersebut bertambah @ berkurang
Cg saya x fhm soalan ni
Pemilik membayar bil elektrik kediamannya menggunakan tunai pejabat 150
Ada brape kesan
Bank k tunai berkurang
Akaun blum byr + k
Btul x jwpn
Alieya,
Jika melibatkan 1 nilai –> 2 akaun terlibat
Jika ada 2 nilai –> 3 akaun yang terlibat.
Ambil tunai –> TUNAI (-)150
Kegunaan peribadi –> AMBILAN (+)150
Terima kasih cg
Boleh x cek jwpn cg
1)alatan pjbt +5000
Overdraf bank +1600
Modal +6600
2)inventori -2650
Akaun blum terima +3200
Untung bersih -550
3)kenderaan +30000
Overdraf bank +6000
Pinjaman +24000
4)tunai -150
Ambilan +150
5)inventori +600
Akaun blum byr +600
6)tunai +500
Akaun blum terima -470
Untung bersih +30
Cg tlg semak jwpn saya
Alieya,
2. UB (+)
3. Bank (-)
6. Bank (+).. UB (-).. ABT(-)
Tq cg
Assalamualaikum Cikgu
untuk calon pensendirian spm kertas 4 mana boleh dapatkan contoh contoh soalan untuk latihan ? Apakah persediaan yang paling wajar untuk calon kertas 4 ini.tq
Dyan, waalaikumussalam.
Apa yang saya tahu…
Tiada contoh soalan (soalan tertutup)… ianya berbentuk mini projek… jawab 3 soalan menggunakan komputer.
Kemungkinan soalannya seperti… sediakan Ak Perdagangan dan UR serta PKK seperti biasa.. cuma jawab menggunakan komputer.
ook .terima kasih byk2 cikgu.
Cikgu , Ada sebarang group Whatsapp tak untuk memudahkan pertanyaan mengenai akaun ?
Saya masih keliru bagaimana nak cari modal ..
Chahyani,
Cg dapati ada beberapa group Whatsaps untuk prinsip perakunan … cuba tanya kawan2 yg lain.
Asas cari modal.. rujuk persamaan perakaunan.
Modal = Aset – Liabiliti
1) MJ Berhad membayar tunai RM2000 untuk menjelaskan penuh hutangnya sebanyak RM2100
Tunai (-)
Modal(+)
ABB(-)
2) Membayar dngn cek utk menjelaskan hutang RM4450 Dan menerima diskaun RM150
Tunai(+)
Modal(-)
Aina,
Hasil & Belanja.. biasanya guna Untung Bersih.
1. Siapa MJ Berhad ? … Peniaga, Pembekal @ pelanggan
2. Bank (-)4300, ABB (-)4450, UB (+)150
Assalamualaikum cikgu, nak tanya membayar belanja ubah suai premis kepada “nama syarikat” dengan RM15000 dengan cek ni, apa yang debit apa yang kredit?
Syameera, waalaikumussalam.
Bila bayar cek –> BANK kredit
Bayar utk ubah suai premis –> nilai premis bertambah –> PREMIS debit.
salam sejahtera, mohon penjelasan ttg soalan berikut:
a) sekiranya dalam soalan tidak menyediakan lajur ambilan tetapi dalam maklumat tambahan terdapat urusniaga berkaitan dengan ambilan jadi adakah kita perlu menyediakan lajur ambilan atau tolak terus daripada lajur modal?
terima kasih
Ricky,
Ada 2 pilihan… jika jadual yang disediakan tiada lajur AMBILAN –> tolak di lajur MODAL.
Jika jadual dibuat sendiri –> tambah lajur AMBILAN
Assalamualaikum cikgu,
Saya tak berapa faham,macam mana nak tau akaun belum bayar dengan akaun belum terima??
Hanis, waalaikumussalam.
Ianya melibatkan urus niaga secara kredit/hutang..
Jual secara kredit kepada pelanggan –> dia hutang dengan kita –> Akaun Belum Terima. (Aset Semasa)
Beli secara kredit daripada pembekal –> kita hutang dengan dia –> Akaun Belum Bayar.(Liabiliti Semasa)
Klasifikasi akaun untuk item item ini.
1) cek tak layan
2) untung terkumpul
3) saham tersenarai
4) stok
5) pinjaman kakitangan
Sama ada aset, hasil, liabiliti atau belanja?
assalamualaikum cg, saya hendak bertanya tentang persamaan perakaunan..
i) pemilik telah mengeluarkan RM800 untuk bayar sewa kediamannya
jawapan:
bank(800)
premis(800)
betulkah cg?
assalamualaikum cg,
bolehkah untung bersih negatif?
Ariza, waalaikumussalam.
Salah…. bukan premis.
Nota:
Perniagaan –> Pemilik ==> AMBILAN
Pemilik –> Perniagaan ==> MODAL
UB –> negatif = Rugi Bersih
cikgu,
dokumen untuk belanja ubah suai premis kepada pembekal x dngn cek apa yer?
Ainul,
Beberapa dokumen boleh digunakan untuk bayaran dengan cek : Resit rasmi, Keratan cek, Baucar Bayaran.
jelaskan cek kepada pembekal bernilai RM2600 dan terima diskaun RM200?
kenapa akaun belum bayar RM(2800)??
tolong explainkan saya tidak faham.
Pak Cop,
Kita bayar dengan cek RM2600
Kita dapat diskaun/potongan RM200
Berapakah jumlah hutangnya ?
Cth mudah :
Kita bayar harga baju RM50
Telah diberi diskaun RN10
Berapakah Harga Asal baju tersebut ?
.
Yg haritu cg
Inventori -1300
Untung +200
Satu lgi akaun ape cg yg +1500
Menjual barang niaga 5500 secara kredit.HArga kos barang tersebut ialah
3750..
Akaun apa yg terlibat ni cg
Lieya,
Terima cek –> Bank +1500
Jual secara kredit:
ABT (+)
Inventori (-)
Untung bersih (+)
Contoh item lengkapan dan kelengkapan
Naiemah,
Lengkapan dan Lekapan :
–> Perabot.. rak.. almari.. meja… sofa.. kipas.. lampu …penghawa dingin.. dll
Lengkapan = Kelengkapan
lengkapan…merangkumi alatan pejabat dan perabot…
jika dlm exam pelajar tulis mesin daftar tunai…sbg lengkapan sbg butir..betul tak cikgu?… ini utk soalan penyata penyesuaian bank
Nuur,
Alatan Pejabat..TIDAK dikelaskan sebagai Lengkapan.
Salah… BUTIR… dikira SALAH.
Jika butir ALATAN PEJABAT –> diterima.
Assalamualaikum. Saya nak tnya …
1. Membeli sebuah van kecil berhrga 6200 melalui pinjaman sbanyk 5000. Bakinya dbyr dng cek.
Kenderaan (+6200) pinjaman (+5000) bank (-1200)
2. Menjual brg berkos 780 pd harga 1000 scra kredit
Inventori (-780) abt(+1000) ub (+220)
3. Mmbyr cek 1630 kpd ABB untuk mnjelaskan hutang sbnyk 1730
ABB (-1730) Bank (-1630) ub (100)
4. Jual van yg telah dibeli pda no(1) kerana selalu rosak dan menerima cek 5280
Kenderaan (-6200) bank (+5280) ub (+920)
5. Mmbyr balik pinjaman bnk dng cek
Pinjman (+10000) bank (-10000)
6. Menerima cek drpd abt bernilai 950 untuk mnjelaskan hutang bgi brg yg di beli pd no(2)
Bank (+950) abt (-220) ub (+730)
Betul ke cg??
Amirah,
1, 2, 3 –> Betul
4. UB (-920)
5. Pinjaman (-10000)
6. ABT (-1000) UB (-50)
Cikgu,
Apakah perbezaan antara akaun kelengkapan, lekapan Dan lengkapan, perabot, lengkapan, alatan kedai, alatan pejabat?
Fatimah,
Sebenarnya “Kelengkapan” tiada dalam istilah perakaunan.
Lengkapan –> perabot, rak, sofa, kerusi, almari.
Lekapan –> lampu, kipas siling, penghawa dingin..
Alatan kedai/pejabat –> komputer, mesin fotostat, ptinter, mesin daftar tunai..
Cikgu,
Alatan kedai adakah sama dgn alatan pejabat? Rak pameran kedai kasut dan rak pameran kedai kek nak masuk mana?
Fatimah,
Jika barang2 tersebut berada di kedai –> Alatan Kedai.
Jika di pejabat –> Alatan Pejabat
Rak –> Lengkapan
Cikgu,
Rak pameran kek yg ada lampu dan cermin nak masuk alatan kedai atau lengkapan?
Fatimah,
Secara mudah… mana2 yang melibat penggunaan elektrik –> Alatan
Cikgu, apa yg akan berlaku kalau perniagaan kita tk patuh pada prinsip-prinsip akaun?
Yuuya,
Cuba rujuk buku teks… ada menerangkan kesan /tujuan prinsip2 tersebut.
Maka jika tidak mematuhinya kesannya akan jafi sebaliknya.
Cikgu. nak tanya .
1.pinjaman (matang pd 29 februari 2020)
2.pinjaman berkadar 8% (mulai 1 februari
2018?
dua ayat ni ada apa perbezaan ?dan mcm mana perekodannya ? terima kasih cikgu.
Lin,
Wawa,
Isu berkaitan pinjaman ada 2 :
1. Faedah atas pinjaman belum bayar
2. Pengkelasan baki Pinjaman sebagai LS dan LBS.
Assalamualaikum cgu.
Sekiranya baki bank negatif?
Jumlah bank perlu ditolak atau tambah utk item bwh aset semasa?
Mohd Asraf, waalaikumussalam.
Bank –> negatif = OVERDRAF BANK –> catat sebagai item LIABILITI SEMASA.
Belanja runcit masuk dekat akaun apa?? Buku tunai runcit or akaun pedagangan n untung rugi
Nur Syuhada,
Setaip urusniaga –> 2 akaun terlibat (sistem catatan bergu)
Bila belanja runcit :
Dt Belanja Runcit —> Ak Perd & Untung Rugi
Kt Tunai/Tunai Runcit —> PKK
Assalam cikgu
..utk tajuk persamaan perakaunan
, Penyata kedudukan kewangan bentuk T…adakah wajib tulis
Modal awal
+Untung bersih
– ambilan
………….
Modal akhir
Adakah wajib tulis perkataan modal akhir..jika tidak tulis nilai betul..adakah dpt markah
Hanna,
Bergantung kepada skema… kadang2 ada .. kadang2 tiada markah untuk Modal Akhir… maka adalah lebih baik tulis “MODAL AKHIR”
Cikgu kalau bank dalam imbangan duga Dia duduk sebelah kredit
So dalam Kunci Kira Kira
Duduk belah mana ?
Dan nak tulis apa overdraf bank ke?
Kevin
Bank berbaki kredit –> Overdraf Bank –> LS
Butirnya “BANK”….. butir merujuk kapada nama Akaun.
Assalamualaikum ..cikgu apa beza lengkapan, lekapan Dan kelengkapan
– utk aircond, kipas , lampu itu apa?
– lengkapan adalah termasuk perabot Dan alatan pejabat , betul Tak cikgu?
Hanna, waalaikumussalam.
Lekapan –> benda2 yang melekat : aircord, kipas, lampu dll.
Alatan Pejabat –> BUKAN LENGKAPAN
Lengkapan –> perabot, rak pemeran, sofa, kerusi meja dll.
“Kelengkapan” –> sebenarnya TIADA dalan istilah perakaunan.
Cikgu apa yng kesalahan berlaku jikalau
Dalam jadual persamaan perakaunan
Jumlah saya tidak seimbang
Tetapi bila Saya buat pkk Jumlah imbang saya mendapat Sama
Khusa,
Jumlah sebelah Ekuiti & Liabiliti
= modal (+) UB (-) Ambilan (+) Liabiliti
Kerana cikgu sebelum Urus niaga berlaku dia ada beri Jumlah modal untung bersih dan sebagainya
Tetapi bila Saya buat jadual persamaan perakaunan Jumlah nya tidak imbang
Adakah ini kerana jadual persamaan perakaunan
Saya Pergi buka di sebelah kredit
Modal, UB, Ambilan
Khusa,
Ambilan disebelah kredit, dah betul… cuma bila kira jumlah sebelah kredit tersebut.. AMBILAN hendaklah (-)
Jadi cikgu, apabila kita isi amaun ambilan dalam jadual persamaan perakaunan
Kita kena letak amaun tu dalam kurungan kan?
Khusa,
Dalam lajur Ambilan…. masukkan nilai +ve.. TANPA ( )… cuma bila nak jumlahkan kita TOLAK.. sebab Ambilan sentiasa bertambah dan sebenarnya ianya berbaki DEBIT… apabila kita letak disebelah kredit.. maka opersinya jadi TOLAK.
1.Jadi cikgu kalau nak buat jadual persamaan perakaunan tu
Ambilan nak letak di sekolah debit atau kredit
2.Sebenarnya cikgu ambilan ini dia memberi kesan ape kepada E.P
3.Dan Kenapa bila ID ambilan terletak
Di sebelah debit
Bukankah ID sebelah debit belanja Dan aset?
Khusa,
Boleh letak sebalah Ekuiti (kredit).. cuma semasa jumlah … kena (-) Ambilan.
Ambilan –> berbaki Debit … sebab ianya KONTRA kepada MODAL –> maka kena TOLAK
EKUITI PEMILIK:
Modal
(+) UB
(-) Ambilan
DEBIT –> Aset, Belanja & item kontra (Ambilan, Pulangan Jualan)
KREDIT –> EP, Liabiliti, Hasil & item kontra (Pulangan Belian, PHR, SNT)
Cikgu hendak ku Tanya Kenapa
Jadi Mcm ini
Soalan beri Urus niaga
Soalan Minta
1. Buat jadual persamaan perakaunan
2. Buat PKK
saya telah buat jadual persamaan perakaunan tersebut Dan saya semak dengan jawapan di belakang
Betul Jawapannnya
Tetapi cikgu ketika Saya buat pkk
Jawapan Saya dapat 43878 ( imbang)
Format Saya guna pkk yng Ada modal kerja
Tetapi jawapan belakang buku ialah 60020
Sama seperti Jumlah imbang jadual persamaan perakaunan
Tetapi Cara format buku telah menggunakan bentuk T ( TANPA MODAL KERJA)
KENAPA JADI BEGINI CIKGU?
APA PATUT SAYA BUAT PADA MASA DEPAN AGAR TIDAK MENGULANGI KESILAPAN INI
Ooi,
Kedua2 Format adalah BETUL..asalkan SEIMBANG
Jumlah tidak sama disebabkan oleh kedudukan item LS sahaja.
Bentuk T :
ABS + AS = EP + LBS + LS
10 + 5 = 7 + 5 + 3
15 = 15
Bentuk Penyata :
ABS + AS – LS = EP + LBS
10 + 5 – 3 = 7 + 5
12 = 12
belanja membaiki premis 6000
maklumat tambahan
1/3 belanja membaiki premis dianggap sebagai perbelanjaan modal
Jj,
Perbelanjaan modal (1/3×6000) –> Tambah di Ak Premis
Cikgu,
Dalam persamaan perakaunan. Ali memulangkan barang yg rosak RM500. Nak rekod macam mana?
Fatimah,
ABT (-)… Inventori (+)
# nanti pada akhir tahun.. SEMASA penilaian inventori akhir akan ambilkira inventori yang rosak.
Cikgu,
Bolehkah tolak ABT tolak untung bersih sebab inventori sudah rosak?
Fatimah,
Inventori rosak –> Bukan Belanja.
Apabila inventori dipulangkan –> Inventori (+).
Pada akhir tahun nanti akan dibuat penilaian inventori akhir… pada masa tersebut baru dikeluarkan inventori yang rosak.
Cikgu ada Urus niaga berlaku
Syarikat Pearl enterprise
Perniagaan Tiara memulangkan barang niaga 576 kerana rosak. Barang niaga tersebut berkos 480
Dalam Jadual persamaan perakaunan
Inventori (+) 480
ABT (-) 576
Lepas tu cikgu
96 nak tambah di UB atau Modal
Khusa,
ABT(-)576 Inv (+)480 … UB (-)96
Cuba lihat dari sudut matematik..
(-)576 (+)480 = (-)96
Cikgu apa beza Catatan kontra dengan kontra
Dan Apakah Maksud diatas tersebut
Azril,
Catatan kontra… contohnya dalam buku tunai.. masukkan Tunai ke Bank.. maka kita catat Dt Bank Kt Tunai kedua2nta dalam BT.
Akaun Kontra… merujuk kepada sifatnya yang mengurangkan akaun induknya.. contoh Jualan –> akaun kontranya Pulangan Jualan.
Kenapa kita tidak tolak Dari modal cikgu
Bukankah UB berkaitan Dgn hasil Dan belanja?
Khusa,
Bukankan Jualan.. Pulangan jualan –> berkaitan dengan hasil –> maka kesannya keatas UB
Modal –> hanya melibatkan urus niaga dengan PEMILIK sahaja. Cth: pemilik bawa masuk.. duit peribadinya kedalam perniagaan.
Salam..cgu…bolehkah penghawa dingin dikategorikan sbagai lengkapan@alatan pejabat?adakah salah jika saya meletakkan penghawa dingin sebagai lengkapan@alatan pejabat?
John,
Penghawa dingin –> LEKAPAN
LENGKAPAN @ ALATAN PEJABAT –> SALAH
cikgu , macam mane nak buat persamaan perakaunan hasil dan belanja dalam bentuk jadual ?
Nuril,
Ada 2 cara:
1. Buka lajur HASIL.. BELANJA
2. hanya buka lajur UNTUNG BERSIH –> jika hasil (+).. jika belanja (-)
soalannya begini cikgu .
Encik Aris telah memulakan perniagaan menjual perabot dgn memasukkan modal rm30000 ke dalam Akaun Bank perniagaan sebagai modal pada 1 Januari 20×7.
Dia mintak kita buat persamaan perakaunan hasil dan belanja .
sambungan soalan ,
i) beli alatan dan lengkapan kedai berharga rm8000 dengan cek.
ii) beli perabot untuk tujuan jualan bernilai rm7000 drpd Pembekal Chan secara kredit.
iii) Keluarkan wang drpd bank sebanyak rm100 secara tunai.
iv) bayar belanja am sebanyak rm100 secara tunai .
banyak lagi soalannya , tapi saye pendekkan bnyk tu shj .
Nuril,
Guna seperti dalam Buku Teks… untuk hasil dan belanja –> lajur Untung Bersih.
Ini kerana daripada jadual persamaan tersebut.. akan diminta sediakan PKK.. dimana dalam PKK… hanya tunjukkan UB
Maka untuk urusniaga pertama:
Bank (+)30000.. Modal (+)30000..
# yang lain2 cuba jawab dahulu.. kemudian baru Cg semak dan betulkan mana2 yg salah.
Salam, Cg
Soalan macam ni.
Menerima cek daripada ABT RM900 dan beri diskaun 120
Jawapan sy
Abt -900
Bank 780
Untung bersih -120
Nur..
Tidak tepat
Terima Cek –> Bank +900
Dis diberi —> UB -120
Jumlah hutang –> ABT -1020
Salam, Cg
Soalan: Jual 20% drpd inventori secara kredit bernilai RM 6100 (Inventori diberi: RM 18400)
jwpn:
Inventori -3680
ABT +6100
Untung Bersih +2420
betul ke?
Qistina,
Ya.. betul
Cg, mcm mana nak sediakan Carta Akaun?
Fathin,
Cara menentukan kod.. bebas asalkan dapat bezakan ikut klasifikasi akaun tersebut.
selamat sejahtera cikgu
cikgu ,ambilan berlaku dalam jadual persamaan perakaunan nak catat tolak atau tambah ?
ambilan dalam skema jawapan pada tahun 2015 dicatatkan tolak dalam jadual persamaan perakauanan manakala pada tahun 2017 pula dicatatkan tambah
Siew ling,
TAMBAH.. sebab Ambilan adalah berbaki DEBIT bersama2 ASET dan ianya sentiasa BERTAMBAH…. cuma bila nak kira JUMLAH EKUITI PEMILIK..Modal + UB – Ambilan
Assalamualaikum cg.
1. Jual 1/4 daripada barang niaga secara kredit kpd Kedai Runcit Kamil pada harga RM 4550.
2. Sebuah komputer lama bernilai RM 2200 telah dijual dengan harga RM 1720. Wang yang diterima telah digunakan untuk menjelaskan sewa kedai RM 1300 dan bakinya dibankkan.
Nik, waalaikumussalam..
Apa masalahnya.. ?
Cuba jawab… nanti cgu semak dimana silapnya..
Soalan
1) Kadar bayaran RM150 dibayar dgn cek
Jwp : Bank – , ABB –
Jwpn sy btl tak cikgu?
Rosmiah,
Hasil & Belanja –> kesannya pada UB
BANK (-)
UB (-) …… belanja
Ok terima kasih..
Lg satu soalan :-
Sebuah alat penyaman udara RM2000 tlh dibeli secara kredit pd 31 Jan tp akn dipasang di kedai pd bulan Feb
Jwpn :- Bank – , Premis +
Rosmiah.
Maaf.. salah.
Secara Kredit –> tidak melibatkan Bank.
Alat Penyaman Udara–> tidak melibatkan Ak Premis
Cikgu Saya nak tnya persamaan perakaunan
Ni buat macm mna
Menjual perabot lama yng mempunyai nilai buku 540 pada harga 400 . Hasil jualan dibankkan
Debit dia apa cikgu and kredit Dia apa
Haikal..
Perabot (-)540 —> Kt
Bank (+) 400 —-> Dt
UB (-) 140 ——> Dt
pemilik memasukkan almari sendiri sebanyak RM5200 ke dalam perniagaan dan RM1300 ke dalam akaun semasa di bank perniagaan
jwp: modal +3900,overdraf bank -1300,perabot -5200
betul tak cikgu..
Kuan,
Salah.
Modal +(5200+1300)
Perabot + 5200
Bank + 1300
belian kredit daripada pembekal shannon berjumlah RM800
jwp: tunai + RM800, akaun belum bayar + RM800
betul??
satu cek berjumlah RM1200 dibayar kepada seorang pembekal kredit untuk menyelesaikan hutang. cek itu telah diterima seorang pelanggan kredit
jwp:akaun belum terima -RM1200, bank +RM1200???
Kuan,
1. Salah.
2. Salah.
1.inventori +800, ABB +800
2.ABT -1200, ABB -1200
?????
Kuan,
1. Betul
2. Betul
terima kasih cikgu
cikgu,ketika membuat persamaan perakaunan adakah kolum nilai belanja boleh menjadi negatif?
Damia.
Belanja –> tidak mungkin negatif..
Tuliskan nilainya positif…cuma bila kira jumlah keseimbangan –> modal + hasil – belanja – ambilan.
assalam cikgu, saya nak tanya betul ke saya buat ni?
Sofia,
Cg tidak dapat semak sepenuhnya.. sebab tiada soalan.
Walau bagaimanapun daripada jawapan tersebut ada beberapa yang jelas salah…. dimana item HASIL dan BELANJA … kesannya keatas UNTUNG BERSIH, dalam persamaan perakaunan,, tiada wujud HASIL dan BELANJA… seperti dalam jawapan Sofia.. ada DISKAUN DIBERI, BIL ELEKTRIK
Cikgu komisen belum terima dan insurans prabayar adalah jenis apa?Adakah aset semasa atau liabiliti semasa?
Amanda,
Tips :
BELANJA BELUM BAYAR —> LS
BELANJA PRABAYAR –> AS
HASIL BELUM TERIMA –> AS
HASIL BELUM TERPEROLEH –> LS
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:
a) membayar kpd ABB berjumlah RM560 dgn cek. menerima diskaun tunai sbyk RM 40
b) membayar kpd ABB dgn cek berjumlah RM560. menerima diskaun tunai sbyk RM40.
persoalannya, adakah ayat di atas membawa maksud yg sama?
adakah jwpn bg (a) dan (b) seperti berikut:
a) dt ABB RM560
kt Bank 520
disk diterima 40
b) dt ABB 600
kt Bank 560
disk diterima 40
adakah pemahaman sy ttg soalan diatas btl? terima kasih cikgu
Ricky,
Maaf.. jawapan (a).. saya tidak setuju..
Bila sebut MEMBAYAR… mesti dengan CEK/TUNAI.
Maka RM560.. adalah nilai CEK tersebut.
Jika soalan : MENJELASKAN hutang ABB sebanyak RM560 dengan cek dan terima diskaun RM40.. baru saya setuju dgn jawapan anda.
menerima invois 1800 daripada pembekal , apakah kesan nya , 1) abb 1800
2) ? Kurang pasti
Dini,
Untuk Persamaan peraksunan… urusniaga yang berkaitan barang niaga… kita + / – di INVENTORI.
Jika rekod Catatan Bergu… kita guna JUALAN / BELIAN
Assalamualaikum cikgu,
Soalan dia macam ni.
Terima cek daripada seorang pelanggan berjumlah 2000 dan beri diskaun rm220
Adakah ABT(-)Rm2000,Bank(+)1780?
Mohon penjelasan cikgu
Cikgu,adakah istilah penguhatang itu sama dengan ABT?
Nik, waalaikumussalam.
1. cek –> Bank +2000, ABT -2220, UB -220 (diskaun diberi=belanja)
2. Penghutang = ABT
Pemiutang = ABB
Cikgu..kalau simpanan tetap..dia under abs ke?
Julia,
Aset Semasa… kita boleh keluarkan pada bila2 masa.
Adakah wajib bagi Penyata Kedudukan Kewangan untuk baki yang seimbang antara aset dan liabiliti + ekuiti pemilik?
Nurfa,
Ya.. mesti SEIMBANG, jika tidak seimbang menunjukkan berlakunya kesilapan dalam catatan bergu.
Assalamualaikum cikgu, kalau column aset tu ada tiga kotak je, kena buat tiga je ke atau boleh tambah kotak baru?
Syazwina, waalaikumussalam.
Jika perlu.. boleh tambah.
Assalamualaikum cg, klau dividen diterima dibankkan catatan bergu dia ape
Athirah, waalaikumussalam.
Catatan bergunya:
Dt Bank
Kt Dividen diterima
Pinjaman bercagar
Kelas apa cikgu?
Irfan,
Seperti pinjaman biasa juga –> asasnya Liabiliti Bukan Semasa.
Kalau faedah gadai janji di letak dekat belanja ke hasil??
Lia,
kita yang kena bayar faedah tersebut…
apakah contoh urusniaga yang tiada catatan?
Aida,
Antaranya :
Kita menghantar pesanan belian barang niaga kepada Syarikat A.
Cg,
1)menerima cek bernilai rm1000 drpd ani,seorg pelanggan menerima diskaun rm30
2)membeli mesin fans dr syarikat Panasonic bernilai rm1500 dan bakinya dibayar kemudian
3)menjual 1/3 dr jumlah inventori kpd shila scara kredit berjumlah rm3600
Mcm mn nk buat ni??
Siti,
1. kenalpasti akaun2 yang terlibat.
2. kenalpasti akaun2 tersebut perlu ditambah @ ditolak.
# Siti kemukakan jawapan .. nanti Cg semak.
cikgu apa terjadi kepada persamaan perakaunan jika kita menerima nota kredit
Alia,
Nota Kredit –> merujuk kepada PULANGAN…
TERIMA —> kita sebagai PENBELI.
Maka terima Nota Kt –> PULANGAN BELIAN
Kesan keatas Persamaan Perakaunan :
1. INVENTORI
2. ABB
Assalamualaikum cikgu,
Kalau statement ‘menghapuskan ABT RM 1450 sebagai hutang lapuk’ nk masuk kat column mne ye cikgu
Marsya, waalaikumussalam,
HUTANG LAPUK –> BELANJA —> (-) UNTUNG BERSIH
ABT —-> (-)ABT
Salam Cikgu,
Pengubahsuian kedai bernilai RM6,000 dan telah membayar sebanyak RM2,000 kepada Syk KK dengan mengunakan cek dan selebihnya akan di bayar pada bulan hadapan
Bangunan(+)6000 Modal(-)2000 ABB(-)4000
btl ke jwpn sy
Daus,
Bangunan (+) 6000
Bank (-) 2000
ABB (+)4000
Salam sejahtera cikgu,
Jika hasil jualan disimpan dalam mesin daftar tunai…Ia mesti masuk ke dalam butir apa?
Aishvernas, salam sejahtera.
–> Tunai & Jualan
??Jika saya nak menyediakan akaun perdagangan untung dan rugi…..dengan PKK
Aishverna,
Jualan –> Ak Perdagangan
Tunai –> AS : PKK
Terima Kasih cikgu….
Cikgu sila tgk jumlah saya betul ke?
Assalamualaikum Cikgu, nak tanya komisen belum bayar masuk mana ye? Aset atau Liabiliti?
Rosmiah, waalaikumussalam.
Kita yang BELUM BAYAR kepada pihak lain… kita TERHUTANG.. TANGGUNGAN bagi kita –> LIABILITI
Cikgu, catatan kontra bagi akaun Perdagangan dan penyata Kedudukan Kewangan ape ye?
Najla,
Secara mudah, akaun2 yang DITOLAK
APUR:
Pulangan Jualan, Pulangan Belian
PKK:
SNT, PHR, Ambilan
Cikgu,
Terdapat urus niaga membeli abs secara kredit tapi belum lagi dipasang di dalam kedai. Bagaimana ia memberi kesan kpd persamaan perakaunan?
Adakah sama sj spt biasa? ABB bertambah, aset pun bertambah?
Apai,
Kita dah beli –> rekod seperti biasa.
CG,
cek yang diterima dari seorang pelanggan tidak dilayan oleh bank, mana boleh saya simpan? akaun kawalan belum terima atau akaun kawalan belum bayar. harus saya simpan di liabiliti semasa?
jeni,
Sebelun ini kita telah terima cek daripada ABT katakan RM300.
maka kita telah rekod
Bank (+)300 ABT (-)300
apabila dimaklumkan cek tersebut tidak dilayan, maka kita akan batalkan semula catatan sebelum ini dengan..
Bank (-)300 ABT (+)300
salam cg,
kalau pemilik membayar bil elektrik kediamannya menggunakan tunai pejabat rm150 ni nak letak dekat column mana ye??
Nad,
1. TUNAI
2. AMBILAN (jika tiada guna MODAL)
Salam sejahtera cikgu,
Mohon kepastian ttg perkara berikut:
a) adakah disk.diberi merupakan belanja yg x melibatkan wang dan disk.diterima merupakan hasil yg x melibatkan wang?
Terima kasih
Ricky,
Ya.. diskaun diberi.. ada potongan daripada jumlah yang sepatutnya dibayar… bukannya kita keluarkan duit bagi kepada pembeli.
kalau soalan dia tanya menghantar invois kepada Mutiara kerana perkhidmatan yang diberikan..kena letak di mana ya dalam persamaan perakaunan?
anis,
1. hasil perkhidmatan –> (+) Untung Bersih
2. (+) ABT
Cikgu nak minta tolong chek kan jawapan saya betul atau salah boleh ??
.
Izanarif,
Sebaik2nya sentiasa berhubung dengan cikgu sekolah.. minta beliau semak hasil kerja anda.. barulah beliau mengetahui sejauh mana kefahaman anda.. maka akan memudahkan beliau membantu anda dalam menguasai topik2 yang dipelajari.
Cikgu kalau bankin cash tu source document dia cheque ke? atau official receipt?
Zesfer,
Slip Wang Masuk
cikgu,
kabinet besi bolehkah dimasukkan dalam akaun perabot sebab ia di buat daripada besi? Apakah beza perabot, lengkapan, kelengkapan, lekapan? terima kasih.
Fatimah,
Lengkapan = Kelengkapan
–> lebih umum, dan perabot salah satu daripada itemnya.
Lekapan –> aset yang melekat seperti Lampu, kipas, penghawa dingin.
Dalam menjawab soalan jika telah ada Ak Perabot, maka tidak perlu lagi dibuka Ak Lengkapan… guna salah satu.
Assalamulaikum Cikgu, saya nak tanya kenapa jawapan dia A cikgu?
17 ni saya tak faham cikgu…saya pun tak faham cikgu Kenapa jawapan dia D cikgu?… maaf banyak bertanya cikgu
Ammar, waalaikumussalam.
2. Sistem Inventori Berkala… kita kita stok dalam kedai setiap hujung tempoh perakaunan secara MANUAL… kira kuantiti setiap barang yang ada dalam kedai kemudian didarab dengan harga beli barang tersebut… kemudian jumlahkan untuk dapat NILAI INVENTORI AKHIR –> APUR & PKK
17. Kira SNT untuk 2 tahun 6 bulan (1/7/18 – 31/12/20) = A
Nilai buku kenderaan = 75000 – A = B
oleh kerana dapat UNTUNG RM6000… bermaksud dia jual dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai buku (B) = B + 6000
# SN setahun = 20% x 75000 = 15000
SN 6 bulan = 7500
maka SNT = 15000+15000+7500 = 37500
Cikgu, harga jualan kenderaan tu macam mana nak cari cikgu?…no.17 tu cikgu
SNT keseluhuran 37500
Maksudnya harga jualan kenderaan tu macam mana nak dapat cikgu?…saya tak faham cikgu
Ammar,
Cth Kenderaan (kos) 10000
SNT 6000
maka Nilai buku = 10000 – 6000 = 4000… = nilai aset masa tu.
jika dapat UNTUNG 1000… berapa harga jual .. ?
11000 ke cikgu harga jual tu?
Tapi dalam soalan 17 ni susah cikgu….saya tak dapat harga jual kereta tu berapa cikgu?… boleh cikgu terangkan?
Ammar,
Cth
jika nilai buku 4000
dapat untung 1000
maka harga jual = 4000 + 1000 = 5000
# nilai buku = kos – SNT
Oo… maksudnya cikgu, 75000 -37500= 37500
37500+ 6000 = 43500 ke cikgu?
Maksudnya cikgu kena ambil nilai buku baru tambah untung kan cikgu?….
Kalau rugi kita tolak ke cikgu?
Ammar,
Ya.. betul..
Hi cikgu,
Terima komisen jualan RM400 dengan cek
(+) Bank, (+) Untung Bersih
ini betul tak?
Dom.
Ya betul..
Assalammualaikum cg, urusniaga berikut hanya sebulan
Pengubahsuian kedai bernilai RM46 000 dan telah membayar sebanyak RM20 000 kepada Syk Kayu Kayan dengan mengunakan cek dan selebihnya akan di bayar pada bulan hadapan
Debit Premis 46 000
Kredit Syk Kayu 20 000
Selebihnya perlu rekod dalam akaun belum bayar ke cg?
Izzah, waalaikumussalam.
Dt Premis 46000
Kt Bank 20000
Kt Sykt Kayu Kayan 26000
Assalamualaikum cikgu…”mengambil barang niaga berkos250 untuk tujuan kempen promosi”
Inventori = (250)
Yg lagi satu apa ye cikgu?
Maisarah, waalaikumussalam.
Inventori (200)
Untung bersih (200)
# promosi –> belanja –> (-)UB
mengapakah sesuatu Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam perniagaan yang berbeza
Yaaya,
Kita ambil contoh PERABOT.
Bagi kedai runcit –> Perabot dikelaskan sebagai ABS.
Manakala bagi Kedai Perabot –> Perabot merupakan BARANG NIAGA –> dikelaskan sebagai INVENTORI –> AS
Cikgu, nak tanya
i)Bayar bil elektrik & air dengan tunai RM 1200
ii) Terima cek daripada ABT RM8700 dan beri diskaun RM 900
Jawapan:
i) Tunai (1200) Untung bersih (1200)
ii) Bank 8700 Untung bersih (900) ABT (9600)
Betul tak cikgu
Aisyah,
Ya kedua2 betul..
Macam mana but…Merumuskan dan menunjukkan kesan ambilan barang niaga dan ambilan aset oleh pemilih terhadap Persamaan Perakaunan…
Ashu,
1. ambil barang niaga : Inventori (-)… Ambilan (+)
2. anbil aset : aset tersebut (-).. Ambilan (+)
Cikgu, kalau:
Pemilik menjual perabot peribadinya dengan tunai RM800. Separuh daripada wang tersebut dibawa masuk ke dalam perniagaan.
Tunai +400
Modal +400
Betulkah? TQ
Ayif,
Ya.. betul.
Assalamualaikum cikgu,
Cikgu, overdraft bank tu maksudnya apa cikgu? Overdraft tu cikgu… terima kasih cikgu
Fazilah,
Ak Bank berbaki kredit…. kita telah keluarkan cek RM1000.. tapi duit yang ada dalam bank hanya RM500… mska kita TERHUTANG dengan bank RM500… –> Overdraf Bank… –> Liabiliti Semasa
assalamualaikum cikgu,
Maaf ganggu cikgu
Saya nak tanya, apa kesan urus niaga dalam persamaan perakaunan kalau dia kata inventori akhir terlebih nilai 1400?
Waalaikumussalam..
Inventori (-)
Untung bersih (-)
Assalamualaikum cikgu. Utk soalan 6. Persamaan perakaunan. Urusniaga yang mengurangkan aset dan ekuiti pemilik. A dan B adalah betul kan?
Ambilan brg niaga
Inventori (aset) berkurang
Ambilan (EP) berkurang
Bayar kadar bayaran
Bank (aset) berkurang
Kadar bayaran (EP-belanja) berkurang
Waalaikumussalam.
Tiada “Persamaan Perakaunan” dinyatakan salam soalan.
Cuba lihat dari sudut Catatan Bergu.. 2 akaun yang terlibat.
A Dt Ambilan Kt Belian
B Dt Kadar bayaran Kt Tunai
Belanja runcit dya masuk akaun perdagangan untung rugi ke
Ya..
Tunai runcti dya aset ke belanja
Aset Semasa
Faedah overdraf liabiliti ke
Faedah overdraf –> Belanja
Faedah belum bayar –> Liabiliti Semasa
Apa yg slh dlm dua2 tu
dua2 tu betul..
assalamualaikum cikgu, maaf ganggu cikgu
maklumat di imbangan duga:
Pinjaman Bank Industri = RM64000
Faedah atas pinjaman = RM2240
soalannya :
Perjanjian pinjaman bernilai RM96000 ditanda tangani pada 1 April 2016 dan matang pada 31 Mac 2022.Bank Industri menawarkan kadar faedah serendah 4% setahun atas nilai asal pinjaman.
jadi dia akan ganggu dekat mana cg ? dan kalau tak keberatan boleh cikgu terangkan tentang istilah matang tu ?
Waalaikumussalam..
Tidak ganggu sesiapapun..
2 perkara yang perlu dipertimbangkan :
1. Pinjaman –> perlu dikelaskan antara LS & LBS
2. Faedah atas pinjaman –> kenalpasti Faedah Pinhamsn Belum Bayar.
Kes 1.
Pinjaman RM96000 –> matang = habis bayar balik 31 Mac 2022 = selama 6 tahun.
Maka.. bayaran balik setiap tahun = 96000/6 = RM16000.
Oleh itu baki Pinjaman 64000 boleh dikelaskan dalam PKK :
Pinjaman 16000 sebagai LS
Pinjaman (64000-16000) = 48000 (LBS)
Kes 2 :
Faedah atas pinjaman = 4% x 96000 = 3840 –> Belanja
Maka Faedah Pinjaman Belum Bayar =3840 – 2240 = 1600 –> LS
cikgu?boleh tolong saya check jawapan saya ada kesalahan tak?kenapa tak dapat imbang…
cikgu boleh tolong saya semak jawapan saya tak… kenapa tak dapat imbang..
bila xseimbang.. sudah pasti ada silap dimana2.. cuba kira berapa beza yg xseimbang… kemudian cari urusniaga mana yang terkurang / terlebih nilai tersebut.
jika soalan persamaan perakaunan.. sila semak setiap baris urusniaga.. mesti seimbang.
saya dah semak beberapa kali?masih tak dapat cari mana yang salah..
semak setiap baris… mesti seimbang..
cuba lihat 4 hb
(550) = 550 –> ximbang
Cikgu help me…… ?
Cikgu adakah jawapan saya betul?
jawapan D
P = 46090 + 1500 – 38000
Assalamualaikum Cikgu.. maaf ganggu cikgu.. saya nak tanya, yg ii,iii,iv,vii tu kalau nak rekod dlm persamaan perakaunan mcm mana cikgu?
Waalaikumussalam
Ammar cuba jawab dahulu.. kemudian Cg semak jawapan tersebut.
Baik cikgu, betul tak jawapan saya cikgu?
Jawapan saya cikgu
Cuba kira semula MODAL pada 1hb.
Modal = Aset – Liabiliti – UB
ii. mesti 2 akaun terlibat –> Peralatan & SN –> UB
iii. Inventori (-)… ABB (-) … UB (+)
iv. Pulangan Jualan –> ABT & UB
v. mesti 2 akaun terlibat.
Hasil & Belanja –> UB
cikgu,
kalau menerima cek bernilai RM 2500 daripada Akaun Belum Terima dan memberi diskaun RM 250. kenapa:
1. Akaun Belum Terima -2750
2. Untung Bersih -250
terima kasih cikgu
Bank + 2500
Diskaun diberi 250 –> belanja –> UB (-)
Jumlah hutang = 2500 + 250 = 2750 –> ABT (- 2750)
salam sejahtera cikgu , cikgu boleh tolong terangkan kenapa menerima cek RM800 untuk komisen modal(bertambah) dan untung bersih(berkurang) ?
sila kemukakan ayat yang lengkap daripada soalan..
Modal terlibat apabila melibatkan wang peribadi pemilik.. UB jika melibatkan Hasil @ Belanja
maaf cikgu , ini soalan lengkapnya
Jika terima cek untuk komisen.
Bank (+)
Komisen –> Hasil –> UB (+)
Assalamualaikum cikgu, boleh bantu ??
Peralatan RM37000
i) Peralatan dinilai semula pada 30 April dengan nilai RM36880
ii) Menjual perabot peribadi RM8000, RM3000 dimasukkan ke dalam bank perniagaan
Jawapan saya:
i) Peralatan -120
ii) Bank +3000, Modal +3000
Tq
Waalaikumussalam.
i. Peralatan -120… UB -120 (Susut nilai –> Belanja)
ii. Betul
Assalamualaikum Cikgu,
Sekeping cek RM1 250 yang diterima daripada Akaun Belum Terima telah
dipulangkan oleh bank ditanda “Baki tidak mencukupi”
.
Baki tdk mencukupi tu apa maksud?
Waalaikumussalam..
Baki dalam bank pembayar hanya ada RM1000… tetapi dio nak keluarkan RM1250…. maka cek tersebut dikira CEK TAK LAKU… kerana tidak cukup duit.
setengah2 soalan menggunakan “Rujuk Penyuruh Bayar”… maksudnya sama…
maka catatannya :
Bank (1250)
ABT 1250
assalamualaikum cikgu.
saya tak faham dengan soalan ni..
1.Menerima nota kredit daripada pembekal untuk barang yang dipulangkan bernilai rm120.
Waalaikumussalam..
Terima Nota Kredit –> Pulangan Belian.
1. ABB (-)
2. Inventori (-)
Salam cikgu.
Saya takdapat jawapan kepada soalan ni. Jawapan dekat belakang buku kata 20k lebih. Tapi saya dapat jawapan modal dia amount RM 153,440. Mohon bantuan cikgu.
Pada 31 Disember 20×2, buku perniagaan Abu menunjukkan baki-baki yang berikut:
Aset RM 200,000
Liabiliti RM 70,360
Berapakah modal perniagaan pada 1 Januari 20X2 jika perniagaan Abu mengalami kerugian sebanyak RM 23,800?
Terima kasih cikgu.
Waalaiimussalam.
Aset = Lianiliti + Ekuiti Pemilik
Aset = Liabiliti + Modal – Rugi bersih
maka,
Modal = Aset – Liabiliti + Rugi bersih
Tapi saya masih takdapat jawapan seperti dalam ruangan jawapan belakang buku,
Modal = 200,000 – 70,360 + 23,800
Modal = 153,440
Ada kemungkinan ada kesilapan pada jawapan buku iaitu 20k ke? Ataupun, ada yang perlu dibahagi 12? Sebab data yang diberi akhir tahun, tetapi soalan nak modal awal tahun? Hehe saya pun dah pening, mohon bantuan cikgu huhu terima kasihh cikguu
Sudah betul Modal diperolehi itu.. RM153440.. merupakan modal Awal.
Modal Akhir = Modal awal + UB / – RB – Ambilan
Cikgu,
Soalan spm 2015 persamaan perakaunan dirujuk.(i) Pemilik membayar sewa, termasuk sewa terakru dengan cek bernilai RM3000. Soalan ini tidak sebut pemilik menggunakan wang sendiri atau syarikat. Maka nak tolak bank atau tambah modal?
Pada pandangan saya, oleh kerana soalan tidak dinyatakan guna wang peribadi pemilik… maka dikira bayar dengan wang perniagaan.
Assalamualaikum cikgu..
nak tanya interest overdraft dalam klasifikasi liabiliti kan. boleh kah dikira sebagai belanja terakru? atau perlu akaun specific atas nama interest overdraft di dalam liabiliti?
Waalaikumussalam.
Overdraf bank –> Liabiliti Semasa
Faedah atas overdraf –> Belanja.
Faedah overdraf belum bayar –> Liabiliti Semasa
menghantar sekeping nota kredit rm300 kepada penghutang letak dekat mane ye
ABT —> tolak
Pulangan Jualan –> UB tolak