Modul 6 : Imbangan Duga
6.2 Hubungan antara Imbangan Duga, Inventori Akhir dan Penyata Kewangan.
TP2 Menerangkan maksud inventori, sistem inventori berkala dan sistem inventori berterusan.
TP3 Menyediakan kad inventori.
TP4 Menentukan dan merekod inventori akhir dalam Jurnal Am dan lejar.
Menyatakan hubungan Imbangan Duga dan inventori akhir dalam penyediaan Penyata Kewangan.
TP5 Menyediakan Imbangan Duga dengan memindahkan baki Buku Tunai, Buku Tunai Runcit dan lejar secara manual.
Menerangkan keperluan dalam menentukan nilai inventori akhir untuk penyediaan Penyata Pendapatan.
TP6 Menyediakan Imbangan Duga mengikut proses Kitaran Perakaunan bermula daripada Dokumen Sumber menggunakan aplikasi TMK.
Memberikan contoh situasi kesilapan yang mana Imbangan Duga masih seimbang.
assalam cikgu. nak tanya, ambilan kena masukkan dalam akaun modal tak?
Ain, waalaikumussalam.
Rujuk kepada kehendak soalan.
Jika ingin menyediakan ID.. maka tidak perlu tutup Ambilan ke Ak Modal.
Cikgu mcm Mana nak mengenal pasti
1) angkutan masuk Dan keluar
2) pulangan jualan Dan belian
3) diskaun diterima Dan diberi
4) penghutang Dan pemiutang
5) jualan Dan belian
Dalam imbangan duga..
Nur zarina,
Salah satu cara ialah kita kenalpasti kedudukan baki asas sesuatu akaun.
ASET & BELANJA –> DEBIT
LIABILITI, EKUITI & HASIL –> KREDIT
# kecuali item kontra –> terbalik.. cth: Jualan –> Hasil –> Kredit
Pulangan jualan –> kontra –> Debit
Cikgu, dividen dikira sebagai debit atau credit?
Mimi,
Dividen –> Hasil –> Kredit
Cikgu kenapa inventori akhir mesti ambil yang terendah?
Goh,
Mematuhi konsep konservatisme… cuba fahami konsep tersebut.
Assalamualaikum..
Cikgu, nilai harga seunit inventori dalam kad stok ambil nilai harga seunit belian perlu tolak dgn diskaun niaga seunit ke?
Sy kurang jelas sama ada nak ambil harga belian terus atau perlu tolak diskaun niaga???
Umi Iman, waalaikumussalam.
Ambil harga senarai terus, tanpa tolak diskaun.
Tapi cikgu, dalam buku teks m/s 213 kenapa harga seunit peti sejuk jadi rm960 (1200 x 80% ke)??bukan ambil rm1200??begitu juga dgn televisyen dan kipas angin…
Umi,
Ya dalam buku teks, ianya mengambuilkira diskaun niaga… tidak salah.
Cuma untuk sukatan tingkatan hanya sebagai pengenalan dan pendedahan awal, .. kita guna harga senarai. Nanti diperingkat lebih tinggi topik ini akan diajar lebih khusus dibawah topik Perakauanan untuk Inventori.
Cg,
Sewa Dibayar telah disalah rekod ke dalam akaun Gaji Dibayar.
Adakah ini kesilapan Prinsip atau Kesilapan Komisen?
Chee,
Kesilapan prinsip.
Terima kasih cikgu..
sbb bila buat latihan2 dr buku aktiviti berbeza, ada jawapan yg tolak diskaun niaga, ada jg yg tidak tolak..tu yg sy konfius
Cg,
Kesilapan Komisen biasanya adalah melibatkan Akaun Perseorangan ?
Chee,
Ya.. contohnya : Ak Mamat tersilap rekod ke Ak Samat.
hi cikgu,kenapa imbangan duga kena ambil inventori awal bukan inventori akhir?
Ivy,
Imbangan Duga disediakan berdasarkan baki akaun2 dalam lejar.
Dalam lejar Ak Inventori masih merekodkan baki awal –> ID
Inventori akhir –> Ak Inventori apabila catatan penutup dibuat… iaitu selepas ID disediakan.
cikgu boleh tolong terangkan rent received dengan rent expenses tak?
dan kenapa rent received(cr) dan rent expenses(dt)
Azmil,
Belanja –> Debit
Hasil —-> Kredit
Rujuk contoh2 yang mudah:
1. Bayar sewa dengan cek:
Dt sewa dibayar (Belanja) Kt Bank
2. Terima komisen secara tunai
Dt Tunai Kt Komisen diterima (Hasil)
Hi,boleh nyatakan hubungan imbangan duga dan inventori akhir dalam penyediaan penyata kewangan
Tan,
Cuba jawab satu soalan yang diberi ID dan dikehendaki sediakan Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan… dari situ kita akan tahu apakah hubungan ID dan Inventori akhir dengan penyata kewangan.
cikgu, saya tidak jelas mengapa inventori akhir yang tinggi akan menyebabkan kos jualan yang rendah dan untung kasar yang tinggi… bukankah inventori akhir yang tinggi bermaksud tak ada banyak urus niaga yang sedang dijalankan?
Tan yixin,
Rujuk format Ak Perdagangan.
Kos jualan = Inv awal + Belian – Inv akhir
Jika Inv akhir TINGGI –> KJ RENDAH
Jualan bersih
(-) Kos jualan –> RENDAH
= Untung kasar –> TINGGI
Assalamualaikum cikgu,saya nk tanya format imbangan duga, macamna ya kalau rujuk buku teks sya tak berapa faham..
Fikri, waalaikumussalam..
Rujuk buku teks m/s 193 & 194
assalamualaikum cg…
bandingkan hubungan antara nilai inventori kos jualan dan untungkasar nk kire macam mana ye?latihan minda 6.1 soalan c
Azza, waalaikumussalam.
Rujuk Format Ak Perdagangan… buku teks m/s 206.
Perhatikan dari segi operasinya (+/-) bagi mendapat nilai Kos Jualan, Untung Kasar.
dan cuba lihat apakah kesannya jika Inventori bertambah / berkurang terhadap Kos Julan –> seterusnya kean keatas Untung kasar.
Kenepa akauns susah?
Jj,
Sesuatu yang bernilai tinggi, sudah tentu susah untuk memperolehinya.. ianya memerlukan kesungguhan dan usaha yang berterusan tanpa mudah berputus asa.
Hai,macam mana nak tahu yg tu duduk kredit atau debit?saya peninglah
Macam mana nk bezakan :
-tunai
-bank
-tunai di bank
Adakah yg ats tu semua sama?
-van
-dividen
-tunai di bank
Semua yg ats tu letak dekat kredit or debit?
Aishah,
1. Aset & Belanja –> Dt
Liabiliti, Ekuiti & Hasil –> Kt
2. Tunai ditangan –> Ak Tunai
Tunai dibank –> Ak Bank
Cikgu,
Cuba tanya soalan:
Catatan bergu manakah yang merekod jualan barang niaga secara tunai dalam sistem inventori berterusan?
Jawapan:
Dt tunai
Kt inventori
Mengapakah?
Cikgu,
Satu soalan lagi,
Sazali Ent. mempunyai 4 jenis barang niaga yg belum dijual pada 30 Apr 20×7. Maklumat berikut merupakan nilai kos & harga pasaran bagi setiap jenia barang niaga.
E:kosRM200 ; harga pasaran RM177
F: kos RM700. ; harga pasaran RM2000
G: kos RM720. ; harga pasaran RM120
H: kos RM162. ; harga pasaran. RM241
Berapakah nilai inventori akhir?
A. RM1159
B. RN1782
C. RM2538
D. rm3161
Mengapakah jawapan ialah RM 1159? Bukanlah RM1782?
Terima kasih.
Swee Kung,
1. Cuba fahami perbezaan antara sistem inventori berterusan dan inventori berkala –> akan dapat sebabnya kenapa catatan sedemikian.
2. Pilih nilai terendah antara kos atau pasaran –> bagi setiap satu barang niaga .. kemudian baru jumlahkan.
BUKANNYA jumlahkan dahulu ..baru pilih .
Cikgu,
Inventori berterusan:
Dt. Tunai
Kt jualan
Dt kos barang untuk dijual
Kt inventori
Betul?
So jadi,
Dt. Tunai
Kt inventori
Swee Kung,
PROSEDUR MEREKOD (INVENTORI BERTERUSAN)
1. Belian
Dt Inventori
Kt Tunai / ABB
2. Jualan
Dt Tunai/ABT
Kt Jualan
Dt KBDJ
Kt Inventori
3. Pulangan belian
Dt ABB/Tunai
Kt Pulangan belian
4. Pulangan jualan
Dt Pulangan jualan
Kt ABT/ Tunai
Dt Inventori
Kt KBDJ
# DILUAR SUKATAN SPM.
salam cg.. saya x brpa paham la tajuk imbngan duga ni..
adakah nk cari inventori akhir: (kuantiti × harga kos) knpa x didarab dengan harga pasaran dan macam mana kalau soalan berbunyi macam ni…-Bandingkan hubungan antara nilai inventori,kos jalan dan untung kasar perniagaan? buku teks m/s 214
saya perlukan nota lagi la cg supaya saya dpt pastikan saya betul2 paham bab ini
Aiman,
Pada asasnya.. penilaian inventori akhir ada 2 cara;
1. Nilai pasaran –> kuantiti x harga pasaran
2. Nilai kos –> kuantiti x harga kos
# kemudian kita pilih NILAI TERENDAH antara Kos atau Pasaran –> untuk direkodkan dalam Penyata Kewangan.
Perbandingan –> rujuk kepada kaitan antara ketiga2 item tersebut dalam Ak Perdagangan:
Jualan Bersih
(-) Kos jualan
= Untung kasar
# jika KJ tinggi –> UK rendah … dan sebaliknya.
Inventori awal
Belian
(-) Inventori akhir
= Kos Jualan
# jika inventori akhir tinggi –> KJ rendah .. dan sebaliknya
Kaitan ketiga2:
Inv akhir tinggi –> KJ rendah –> UK tinggi
# dan sebaliknya.
Cikgu,
Cuba tanya:
1. Mengapakah inventori akhir dinilai berdasarkan harga kos bukannya harga pasaran?
2. Semasa inventori akhir ada banyak, maksud kita jual kurang, maka untung kasar akan turun, betul?
Mengapakah ia (untung kasar) akan jadi tinggi?
Terima kasih
Swee kung,
1. Inventori dinilai dalam kedua2 cara… cuma untuk pelaporan dalam penyata kewangan kita pilih nilai terendah antara nilai kos dan pasaran. –> ianya berkaitan prinsip asas konservertisme
2. Rujuk rumus yg diberi… inventori akhir berkasar songsang dengan KJ… inventori tinggi –> KJ rendah.
KJ juga berkadar songsang dengan UK.. KJ rendah –> UK tinggi.
# Jualan –> merujuk kepada hasil jualan.. bukan kuantiti yg dijual.
okay…thanks cg narzuki..
assalamualaikum cg …
dalam buku teks m/s 221&222
saya x faham macam mana nak buat kad inventori dia…
actually esok saya kena present yg tu dan kena explain jawapan dia dapat macam mana…
tapi saya x faham and macam mana saya nak explain… cg tolong saya cg..
tambahan …dia x bagi pun baki b/b..kalau ada senang la saya nk buat
Aiman, waalaikumussalam.
Boleh rujuk.. contok buku teks..
Jika dalam soalan tidak diberi baki awal… maksudnya perniagaan baru mula… maka tiadalah baki awal.
Baki awal datangnya daripada baki akhir bulan sebelumnya.
Hanya terus rekod barang yang masuk dan keluar.
Cikgu,
Tak berapa faham apa tu hasil jualan? Maksud…?
Bukan ke kuantiti yang kita jual ialah jualan?
Terima kasih.
Cikgu,
Cuba tanya imbangan duga boleh disediakan pada bila-bila masa? Betul?
Terima kasih.
Swee Kuang,
Hasil jualan = unit jual x harga jual
Kuantiti rendah –> jualan tetap boleh meningkat… bergantung kepada harga jualan.
Cth:
1. Jualan = 20 unit x RM100 = RM2000
2. Jualan = 10 unit x RM200 = RM2000
# kuantiti jualan –> tidak mempengaruhi Hasil Jualan sepenuhnya.
kenapa dalam bk teks page 209 penilaian akhir dia yg rak dia darab kuantiti ngan harga kos tapi yg kerusi kuantiti darab dgn harga pasaran
berbalik soalan saya di page 221buku teks…kan x dk baki awal so teruskan saja kan cg…so..saya mulakan dgn kad inventori 1: kertas lpas tu terus ke Jan 2
Jan 2 tu bil tunai Asal so bahagian masuk kan..so saya tulih camni ..
MASUK
kuantiti. Harga. Amaun.
20. 25. 500
lpas tu ke Jan 12 yg dokumen dia bil tunai Salinan so..bahgian keluar kan and saya dapat camni:
KELUAR
kuantiti. Harga. Amaun.
3. 75. 225
cg saya kata harga x boleh lain kalau RM 25 kena semua RM 25 saya x faham la yg RM 75 camna ni soalan buku teks tu
esok nk kena present cgg 🙁 🙁
Aiman,
Kad inventori –> penilaian inventori berdasarkan nilai kos
Penilaian untuk pelaporan dalam penyata kewangan kita ikut TAKAP (pilih Terendah Antara Kos Atau Pasaran).
Setiap Kad inventori –> kita bandingkan Harga mana LEBIH RENDAH. kemudian darab dengan harga tersebut –> baru dijumlahkan.
Tiada baki awal –> terus ke urusniaga 1.. 2..3…
Kad inventori kita nak nilai ikut HARGA KOS…maka semua urus niaga Keluar / Masuk –> guna harga kos (harga beli) sahaja.
Semoga perbentangan berjalan lancar..
Cikgu,
Cuba tanya kad inventori perlu ada satu column untuk”jumlah pada akhir bulan tak?
Terima kasih
Swee Kung,
Tidak perlu…. lajur Baki sudah menyatakan Jumlah pada akhir sesuatu tempoh.
cikgu,
m/s 221 kita terus kepada urusniaga jadia di bahagian baki tidak perlu tulis apa2 ka?
Siti,
Tiada baki –> tiada apa yang perlu diisi.. terus dengan urus niaga.
Cikgu,
Cuba tanya semasa tutupkan akaun, semua akaun adalah letak baki h/b dan baki b/b, selepas tu baru masuk ke imbangan duga.
Tapi sampai modul 7 tat time, akaun belian, jualan, inventori baru tutp dengan pindah ke akaun perdagangan ke? Selepas baru masuk ke imbangan duga dan PP?
Terima kasih.
Swee kung,
Kena tahu perkembangan ilmu perakaunan… pada awal2 dahulu ID belum lagi digunakan.. maka semua Akaun Hasil dan Akaun Belanja ditutup dan terus dipindahkan ke Ak Perdagangan dan Ak UR… dan seterusnya sediakan PKK.
Kemudian ID diperkenalkan.. maka semua akaun diimbangkan dengan Baki hb dan Baki bb –> ID –> Penyata Kewangan…
# buku teks tunjukkan penggunaan kedua2 pendekatan tersebut.
Cikgu,
So kalau soalan minta kita buat ID dan penyata kewangan, so akaun hasil dan belanja ditutup dan akaun lain diimbangkan ke?
Kalau cuma minta buka ID, maka semua akaundiimbangkan dengan baki h/b dan b/b, betul?
Swee Kung,
Jika melibatkan ID.. mesti merujuk kepada Baki b/b (baki akhir) daripada semua akaun.
Cikgu, dalam kad inventori harga Belian perlu ditolak dengan diskaun niaga semasa rekod ke dalam kad inventori? Saya ingin kenal pasti
Karenlau,
Ikut harga senarai/asal.
Assalamualaikum cikgu,
saya ingin bertanya,bagaimana kita hendak membuat penilaian inventori akhir jika di dalam soalan tidak dinyatakan kos pasaran?
lagi satu cikgu,macam mana jika kita buat kad inventori tu kan,nak kira dia pnye baki tapi amaun baki tu lagi kecik dari amaun keluar? macam mana nak tolak ? mohon penjelasan 🙂
Adawiyah, waalaikumussalam.
1. Jika tiada nilai pasaran –> terus ambil nilai kos yang diberi.
2. Keadaan tersebut tidak mungkin berlaku… cth baki 5 unit….. nak keluar 7 unit –> tidak boleh….. mungkin ada kesilapan dalam penyediaan rekod kad inventori tersebut.
Cikgu,
Kalau untuk akaun perdagangan dan untung rugi
diberi maklumat tambahan : Inventori pada 31 Mei 2018 dinilai pada harga kos RM65 370 dan RM71240 pada harga pasaran
Yg mne satu yg prlu saya guna utk inventori akhir?
An
Inventori akhir –> pilih yang TERENDAH antara harga kos atau harga pasaran
Assalamuallaikum cikgu.. moga cikgu sihat dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Tahniah cikgu atas usaha dan effort cikgu wujudkan blog info akaun ni untuk kefahaman semua yang memerlukan.
for info saya background engineering tapi minat nk tahu pasal akaun. dalam duk baca terjumpa istilah “elaun modal” boleh cikgu explain
1. definisi n
2. hubungkait dengan laporan kewangan (untung/rugi, ekuiti, imbangan duga)
Aj, waalaikumussalam.
Aamiin.. terima kasih.
Boleh rujuk disini..
https://rundingcukai.com/index.php/forum/konsep-elaun-modal/4-elaun-modal
http://allpolyteknikmodul.blogspot.com/2012/09/elaun-modal-loji-dan-mesin.html?m=1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=639554509577458&id=362058583993720
terima kasih cikgu respon yang pantas
rujuk contoh soalan:
http://allpolyteknikmodul.blogspot.com/2012/09/elaun-modal-loji-dan-mesin.html?m=1
Pengiraan elaun modal bagi mesin adalah seperti berikut :
Syarikat Najah:
Tahun Taksiran RM
1998 Kos mesin 150,000
Elaun permulaan (20 %) 30,000
Elaun tahunan (10%) 15,000 45,000
Baki perbelanjaan 105,000
1999 Elaun tahunan (10%) 15,000
Baki perbelanjaan 90,000
2000 Harga jualan 70,000
Elaun imbangan 25,000
camana elaun imbangan 25000?
atau sepatutnya 20000
Aj,
Ya sepatutnya RM20000.
Cg, mcm mne ni ,
Nur,
Apa masalahnya… ?
Kenalpasti pelarasan satu persatu..