Modul 7 : Penyata Kewangan Milikan Tunggal Tanpa Pelarasan
7.2 Penyata Kedudukan Kewangan.
7.3 Penutupan akaun hasil, akaun belanja dan akaun inventori pada akhir tempoh kewangan.
TP2 Menerangkan keperluan dan tata cara penutupan akaun hasil dan belanja dengan betul.
TP3 Menutup akaun hasil dan akaun belanja untuk dipindahkan ke Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi.
TP4 Menerangkan sebab-sebab akaun nyata tidak ditutup pada akhir tempoh perakaunan.
Menutup Akaun Inventori dengan menghubung kaitkan dengan Sistem Catatan Bergu pada akhir tempoh kewangan.
TP5 Menyediakan Penyata Kewangan dalam bentuk ‘T’ dan format penyata secara manual dan Akaun Modal dengan mengambil kira ambilan dan untung bersih atau rugi bersih serta bahagian ekuiti pemilik dengan menunjukkan modal akhir.
TP6 Menghasilkan Penyata Kewangan dalam bentuk ‘T’ dan format penyata dengan menggunakan aplikasi TMK.
MACAM MANA NK FAHAM KIRA-KIRA DLM PENYATA PENDAPATAN ????SAYA KADANG-KADANG TAK FAHAM APA CIKGU AJAR DAN ITU MEMBUATKAN SAYA PENING …MACAM MANA ..BOLEH BANTU SAYA TAK???
Nurasyikin,
Cadangan Cg,
1. Cuba buat beberapa soalan bersama/dihadapan seorang kawan yang telah menguasai topik tersebut. Jika ada sebarang masalah SEMASA menjawab terus BERTANYA.
2. Terus berjumpa dengan guru sekolah minta beliau terangkan satu2 persatu langkah2 penyediaan penyata tersebut.
cikgu , diskaun diterima mesti masuk dlm hasil ke? dlm format baharu.
Thines,
Ya… ikut DSKP
Diskaun diberi –> Belanja
Diskaun diterima –> Hasil
Cikgu, kalau dapat rugi kasar, adakah kita perlu menolak hasil dan menambah belanja? Kurungan x boleh digunakan kan?
Amira,
Salah cara tersebut. Ikut format biasa.
UK / RK
(+) Hasil
(-) Belanja
# kurungan boleh digunakan.
Cikgu,jika soalan suruh menyediakan akaun perdagangan dan untung rugi dan penyata kedudukan kewangan tapi dia x tulis nak menyediakan format t atau penyata,kita nak buat bentuk t atau penyata?atau dua dua pun boleh?
Stella Lai,
Format tidak menjadi masalah..kedua2 boleh digunakan.. cuma saya galakkan guna bentuk penyata.
Ok thanks u cikgu
Cikgu . sy ingin bertanya soalan pp & kk milikan tunggal .
Sewa dibayar – RM4950
Maklumat tambahan yang diberikan :
ii) sewa untuk bulan mei masih belum dijelaskan .
bagaimana ingin selesaikan?
Aishah,
Soalan yang diberi tidak lengjap.. maka cgu andaikan tempoh perakaunan berakhir 31 mei XXXX.
Cari sewa bulanan… 4950/11 = 450
Maka sewa belum bayar bulan mei RM450
Catatan pelarasan :
Dt sewa dibayar 450
Kt sewa dibayar twrakru 450
Hello cg, saya igin bertanya d imbangan duga terdapat overdraf bank sebanyak rm3500. Lalu di maklumat tmbhan ada, (faedah atas overdraf bank sebanyak 10% yang dikenakan belum dibayar lagi). Bagaimana untuk selesaikan soalan trsbut ? Adakah 3500 × 10% = rm350. Lalu rm350 tersebut adakah dikira sebagai faedah atas OB lalu dimasukkn ke bahagian belanja. Dan lagi 1 dibahagiaan liabliti semasa ?
Soalan kedua saya ialan, dibahgian maklumat + (jualan kredit pada 31 ogos 2014 sebanyak rm1060 yang dijual kpd pelanggsn xdirekodkan, dan wang ini dgnakan o pemilik utk mmbyar cukai jalan sediri) d imbagan duga terdapat;
Tunai rm1293
ambilan rm3303
penghutang rm11260
jualan rm61888,
pelbagai belanja rm2650.
Manakah yg terlibat cg ? Mohon bantuan dri cg utk tunjuk ajar 🙂 terima kasih.
Maaf saya teritinggal stok akhir pada 31 ogos 2014 sebnayak rm8372 untuk soalan ke dua. Saya harap cg dapat bantu saya.
Itsme,
1. Faedah atas OB 350 –> Belanja
Feadah atas OB Terakru/Belum Bayar –> LS.
2. Ada yang tidak kena dengan soalan tersebut…. jualan kredit –> TIDAK terima duit.. macam mana duit tersebut boleh digunakan. ==> Cuba semak balik soalan.
# jika jualan tunai –> baru munasabah. Dan catatan pelarasannya.. Dt Ambilan Kt Jualan
Soalan sperti begitu cg. Terima kasih cg kerna membantu saya. Saya sgt berterima kasih. ?????
Cikgu.
Pelaburan Saham di anggap sebagai aset jenis apa?
Intangible assets? Aset Bukan Semasa atau aset semasa?
Terima kasih.
Ec,
Pelaburan kebiasaanya untuk tempoh lebih dari 1 tahun –> ABS.
Cg,tunai di bank, macam mana untuk masukkan ke dalam penyata kedudukan kewangan ye?
Syafiqa,
Tunai di bank = Bank –> AS
Tunai di tangan = Tunai –> AS
assalam cikgu,
apa sebab2 akaun nyata tdk ditutup pada akhir tempoh perakaunan?
Irdina, waalaikumussalam.
Ini soalan tugasan cgu sekolah.. jadi Cg tidak dapat bagi jawapannya… tetapi Cg bantu cara2 untuk mendapatkan jawapan tersebut.
1. Cuba kenal pasti akaun2 yang dikelaskan sebagai Akaun Nyata… dan tentukan ianya akan dipindahkan ke AP&UR @ PKK ?
2. Cuba kenalpasti akaun2 yang dikelaskan sebagai Akaun tidak nyata…dan tentukan ianya akan dipindahkan ke AP&UR @ PKK ?
3. Cuba bandingkan pula AP&UR dengan PKK… apa tujuan ianya disediakan… serta bilakah ianya berakhir @ adakah ianya akan bawa ke tempoh perakaunan berikutnya.
4. Cuba cari maksud & beza antara Akaun DITUTUP dan Akaun DIIMBANGKAN.
5. Daripada situ.. kita akan dapat nyatakan kenapa akaun nyata TIDAK DITUTUP tetapi hanya DIIMBANGKAN sahaja.
# boleh rujuk jawapan dalam buku teks.
Cikgu,saya nak bertanya. Mcm mana kita nak buat akaun peruntukan hutang ragu bagi tiga tahun? Perlu ke nak buat akaun tu berasingan ataupun sekaligus utk ketiga2 tahun itu?
Athirah,
Satu akaun sahaja.. untuk tiga tahun tersebut.
Assalamualaikum cikgu,
deposit air dan letrik nak masuk penyata untung rugi atau penyata kedudukan kewangan, cikgu?
Amalia, waalaikumussalam.
Deposit kadar bayaran –> Aset Semasa
Slm cg.seorang penghutang telah meninggal dunia dan baki hutangnya rm 160 dianggap lapuk.apakah akaun yg terlibat?
Kenderaan trmsk van terpakai yg dibeli 1 januari 2013 brharga rm 40000.semua kenderaan disusutnilaikan 10% setahun atas kos.akaun berakhir 30 jun 2013.mcm mane ye cg?
Nurul,
1. Hutang Lapuk & ABT
2. Kira SN –> kenderaan lama & kenderaan baru.
SN = (10% x lama) + (10% x 40000 x 6/12)
Cikgu boleh tunjuk jalan kerja latihan bab7 no.4
cikgu mcm mana nak rekod inventori akhir dalam lejar?
Irdina,
Sila rujuk contoh dalam buku teks.
cikgu apa maksud duti import?
cikgu dekat mana nk dptkan format income statment in english?
Azmil..
1. Sila Google… akan jumpa.
2. Cukai/duti yang dikenakan keatas barang2 yang diimport.
cikgu
jika imbangan duga menunjukkan baki
Penghutang RM 12000
Hutang Lapuk RM 240
Maklumat Tambahan
i) Seorang penghutang telah meninggal dunia dan baki hutangnya RM 300 dihapus kira sebagai lapuk
ii) Perutukan Hutang Ragu diwujudkan pada kadar 5% daripada penghutang bersih.
Saya x faham kenapa penghutang bersih dikira dengan menggunakan RM 12000 -RM 300?
kenapa Penghutang bersih tidak boleh menggunakan RM 12000-RM 540 ?
Dalam perakaunan, bolehkah cikgu tolong jelaskan. Terima kasih!
Sie,
HL 240 –> maksudnya kita telahpun rekod sebelum ini.. Dt HL Kt Penghutang.
Maka baki Penghutang 12000 telahpun ambilkira HL 240 tersebut.
HL 300 baru sahaja dilupuskan.. maka pelarasan perlu dibuat iaitu Dt HL 300 Kt Penghutang 300 (–> Penghutang -300)
cikgu, ikut soalan atas juga, maksudnya jika hutang lapuk.nak rekod sebagai belanja dlm akaun utg rugi, hutang lapuk kena tulis sebagai RM 540?
Sie,
Ya.. HL (240 + 300) –> AUR
Penghutang (12000 – 300) –> AS
pada imbangan duga terselaras akaun insurans ditutup pada 31 Mac 2017.Melalui soalan maklumat tambahan insurans diambil untuk setahun dan akan berakhir 31 Mei 2017
hutang lapuk terpulih disertakan di dalam imbangan duga terselaras…tetapi dalam maklumat tambahan pulak mengatakan hutang lapuk dihapuskan 6850
Nur Alya,
Pelarasan —> Insurans Prabayar(Terdahulu) 2 bulan.
Sebahagian sahaja HL –> HLT, kerana penghutang yang dihapuskan sebagai HL tidak senestinya seorang sahaja.
kalau pengurangan hutang ragu kena letak dekat hasilkn dlm APUR
Nur Alya,
Ya..pengurangan –> Hasil.. pertambahan –> Belanja
Butirnya kedua2 “Hutang Ragu”
cikgu,macam mana nak kira susut nilai aset. soalan bagi kos untuk loji dan jentera sebanyak RM 340000. Susut nilai terkumpul dia sebanyak RM 83000.lepas itu dia bagi kadar 10% setahun dengan kaedah garis lurus.
Wani,
SN = 10% x RM340,000
Cikgu,di imbangan duga ada peruntukan hutang ragu,hutang lapuk,susut nilai terkumpul lengkapan,susut nilai terkumpul perabot,dividen dan faedah atas pinjaman. Yang tu semua nak masuk kat penyata pendapatan atau penyata kedudukan kewangan?
Shahira,
Ada yang PP.. ada yang PKK.
Hasil & Belanja –> PP
Aset, Liabiliti & Ekuiti –> PKK
Cuba perhatikan item2 yang ada dalam format PP dan PKK.
Cikgu,dividen dan faedah atas pinjaman nk masuk account mne ye?
Shahira,
Antara Hasil & Belanja.. kita boleh tentukan dengan merujuk dalam ID ianya berbaki Debit @ Kredit.
Debit –> Belanja
Kredit –> Hasil.
Dividen diterima –> Hasil
Faedah pinjaman –> Belanja
Cikgu,komisen jualan kupon letak kereta belum diterima rm250 belum direkodkan dalam mana-mana buku. So,ni letak kt mne cg?
Sharira,
Komisen jualan –> Hasil
Komisen Belum Terima –> Aset Semasa
Cikgu,pinjaman berkadar 5% setahun (matang 2021) di imbangan duga yg bernilai 5000 dibelah kredit nk letak di mana ye cg?
Shahira,
Pinjaman –> LBS
Item pelarasannya ialah:
1. Faedah atas pinjaman –> Belanja
2. Faedah pinjaman belum bayar –> LS
Cikgu kenapa pkk saya tidak balance ye?
Shahira,
Sila semak item pelarasan…. serta kududukan dalam komponen yang betul.
cikgu, Adakah angkutan keluar sama dengan angkutan jualan dan ditambah pada jualan atau belanja ? Terima kasih
Yixan,
Ya SAMA –> item BELANJA.
assalamualaikum cg…
arahan- berikut adalah imbngan duga drpd Kedai Bunga Flora
saya nak tahu butiran2 berikut di Bahagian mana:
– belanja runcit
– pinjaman
– Angkutan atas jualan
– faedah dibayar
– faedah simpanan tetap
– upah dan gaji ( disekalikan )
– simpanan tetap
saya harap sngt cg dpt membantu saya dlm mengelaskan semua butiran itu sama ada dlm Akaun prdangan untung rugi ataupun penyata kedudukan kewangan sebab saya x jumpa DLM semua note yg saya baca…. 🙂 terima kasih
Aiman, waalaikumussalam.
Hasil & Belanja –> Ak P&UR
Aset, Liabiliti & Ekuiti –> PKK
# fahami klasifikasi akaun ALEHB
salam cg..
saya dah try buat and Akaun prdgangan saya x dpt dan PKK saya x seimbng..maybe because this butir:
– belanja runcit ( belanja )
– pinjaman (aset )
– Angkutan atas jualan ( belanja )
– faedah dibayar ( belanja)
– faedah simpanan tetap ( hasil )
– upah dan gaji ( disekalikan ) means = upah
atas belian
– simpanan tetap ( hasil )
saya dah kelas kan …saya nak tahu betul dak perkelasan ITU…terima kasih 🙂
Aiman,
Ada beberapa yang salah.
1. Pinjaman
2. Upah dan gaji
3. Simpanan tetap.
Debit –> Aset & Belanja
Kredit –> Liabiliti, Ekuiti & Hasil
yg pinjaman dalam ( liabiliti )
upah dan gaji ( belanja )
simpnan tetap( aset semasa ). betui dak perubahan yg saya buat
adakah duti atas belian sama dgn duti import
Aiman,
Ya.. betul.
Duti import = duti atas belian
terima kasih cg
maklumat tamnbahan
a) semua alat tulis telah diguna pakai dalam tahun kewangan semasa
Apa yang saya perlu buat?
Hazim,
Selaraskan Alat Tulis –> + inventori alat tulis awal (jika ada)
Cikgu,
Cuba tanya:
Semasa buka PenyataPendapatan, tulis:
(-) inventory akhir (2000)
Atau tulis:
Tolak inventory akhir (2000)?
Terima kasih
Cikgu, mengapakah untung bersih akan menambahkan modal perniagaan?
Terima kasih
Swee Kung,
1. Salah… inventori alat tulis akhir perlu diselaraskan dengan alat tulis –> untuk tentukan belanja Alat Tulis.
2. Rujuk Ekuiti Pemilik… modal awal + UB – Ambilan = Modal akhir
Cikgu, kalau maklumat tambahan itu cakap “nota debit daripada pembekal berjumlah rm300 belum dicatat dalam mana mana buku” apa yg perlu saya buat?
Nak cari susut nilai mcm mana dgn soalan ni
Alatan pejabat- 15%setahun atas kos (alatan pejabat rm2000 dibeli pada 1 okt 2017) dekat imbangan duga alatan pejabat ialah rm8000. Macam mana nak kiranya cikgu
Hazim,
Catatan pelarasan –> Belian dan ABB
Anis,
Alatan 8000 terdiri daripada:
1. 6000 –> dah tahan sebelumnya –> SN kira untuk setahun.
2. 2000 –> baru beli.. kira SN ikut tempoh berapa bulan ianya dibeli
# kemudian jumlahkan SN tersebut.
Cikgu,
Maksud saya semasa buka penyata kewangan,
Kalau kita letak simbol “(-)” masuk tolak. Semasa dekat amaun itu kita perly letak “()” lagi ke?
Contoh: (-) inventori (1000)
Atau (-) inventori 1000 ?
Cikgu, satu soalan lagi, kalau bisusines ialah perkhidmatan maka hanya akaun untung rugi sahaja, betul?
Swee Kung,
1. Kedua2 cara boleh digunakan… asal operasinya Tolak.
2. Ya.
Cikgi, cuba tanya kalau dalam bentuk T, rugikasar perlu dalam kurungan?
Swee Kung,
Jika bentuk T…. ikut konsep imbangan… Rugi Kasar –> kredit.
So kalau rugi kasar disebelah kredit, maka tidak perlu letak “()” betul?
Cikgu,
Cuba tanya kalau soalam bagi upah, maka ia ialah belanja.
Kalau upah atas belian, barulah belanja belian.betul?
Swee Kung,
1. Jika format T –> ikut cara imbangan.
2. Ya.
Cikgu,
Cuba tanya kalau soalan minta tutupkan akaun hasil/belanja/kos jualan/jualan dan catatkan di jurnal
Contoh: akaun jualan
Keterangan boleh tulis:
Menutup akaun jualan
Tulis macam tu, boleh tak?
Terima kasih
Swee kung,
Boleh.
Cikgu,
Sekarang penyata pendapatan tidak digunakan, betul?
Dalam bentuk T dan bentuk penyata, tajuk juga tulis “akaun perdagangan dan untung rugi bagi tahun berakhir….”
Betul?
Swee Kung,
Tajuk tiada masalah… masih boleh nenggunakan Penyata Pendapatan ….. seperti sebelum ini.
Cikgu,
So bentuk penyata masih boleh guna “penyata pendapatan” betul?
Swee kung,
Ya boleh..
Salam cikgu. Saya nak tanya. Gaji ialah belanja. Kalau upah belanja atau hasil. Saya ingat upah ialah belanja tapi dalam jawapan buku latihan upah ialah hasil.
Rin,
upah adalah belanja
cigku , bagaimana buat m.t ini ?
Sejumlah RM15 000 yang termasuk dalam nilai jualan kredit perniagaan merupakan jualan barangan kepada ejen atas dasar konsainan (barangan yang tidak habis dijual boleh dipulangkan). Pada 31 Disember 2015, separuh daripada barangan tersebut telah dijual. Wawasan Berhad telah mengenakan harga jualan pada harga kos + 20% tokokan.
cikgu, adakah promosi hanya berada di dalam PUR sahaja?
Cikgu,”insurans rm300 dibayar utk setengah tahun berakhir 30 apr 2018″
di imbangan duga 31 dis 2017 terdapat insurans bernilai rm720.
Macam mana nak kiranya?
Nis,
Kira berapa bulan bayar terdahulu @ prabayar –> baru boleh kira Insurans Prabayar berapa.. kemudian selaraskan dengan nilai daripada ID.
Kenderaan 48000
Ssn kenderaan 29600
Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun dengan nilai skrap rm1000 mengikut kaedah ansurans tetap.
Macammana nak buatnye cigu
Binie
Kira nilai kos kenderaan selepas tolak nilai skrap… x 10% = SN
Lengkapan 12000
Ssn lengkapan 4260
i)Lengkapan disusutnilaikan 10% setahun atas nilai buku pada awal tahun
ii)Lengkapan berjumlah rm2500 telah dibeli menggunakan hasil jualan bulan okt 2017. Perkara ini belum direkodkan dalam manamana buku.
Hey,
1. Kira SN kaedah baki berkurangan
2. Lengkapan (+).. jualan (+)
Cikgu
Nota kredit yg dihantar kpd pelanggan sebanyak rm525 belum direkodkan.
Macammana nak buatnya
Hey,
Pelarasan terhadap akaun Pulangan Jualan dan ABT
Apa perbezaan antara penyata kewangan dengan pelarasan dan penyata kewnagan tanpa pelarasan
Tanpa pelarasan –> hanya nak uji pelajar ingat format AP&UR dan PKK.
Dengan pelarasan –> uji item2 pelarasan terlebih dahulu –> baru uji penyediaan AP&UR dan PKK.
macam mana nak tahu ianya belanja atau hasil?
Siti,
Jika daripada senarai ID… kita kena tahu kedudukan asas baki akaun iaitu:
Aset & Belanja –> Debit
Liabiliti, Ekuiti & Hasil –> Kredit
cikguuu, kalau dekat maklumat tambahan dia tulis ‘pulangan belian tertinggal catat RM145’dan pulangan belian di dalam imbangan duga RM280, apa perlu saya buat?
Aqilah,
Oleh kerana terlupa rekod… maka kita rekod lah seperti biasa..
Dt ABB
Kt Pulangan belian
@
ABB (-)
PB (+)
Cikgu,
Mengikut buku teks, penyata kedudukan kewangan disediakan dalam format 4 lajur, iaitu kos, SNT, nilai buku Dan jumlah nilai buku aset. Ini agak mengelirukan pelajar. Bolehkah kita sediakan dalam format 3 lajur sahaja iaitu, kos, SNT dan nilai buku, aset yg tiada SNT seperti premis terus masuk dalam nilai buku.
Fatimah,
Tiada masalah guna format mana2… tidak menjadi kesalahan… buku teks hanya mendedahkan salah satu format yang boleh juga digunakan pakai.. guna format sebelum inipun tidak menjadi kesalahan.
cg,
ambilan letak dekat pkk atau akaun untung rugi sebagai belanja?
Anna.
Ambilan kontra kepada Modal –> Ekuiti Pemilik
Modal awal
+ UB
– Ambilan
= Modal akhir
akaun untung rugi jumlah kena seimbang atau tidak perlu?
angkutan atas jualan sama dengan angkutan keluar ke?
belanja runcit akaun untung rugi sebagai belanja kan cg?
Anna,
1. AUR –> Untung Bersih. (Penyata yang ada Debit & Kredit sahaja perlu seimbang : cth ID, PKK)
2. Jual… kita hantar barang –> KELUAR
3. Namanya dah jelas BELANJA.
imbangan duga pd 31 mei 2012.
sewa dibayar setiap suku tahun. sewa dibayar termasuk 600 bg suku tahun berakhir 30 jun 2012.(dlm imbangan duga ada sewa 2600)
sepanjang tahun kewangan brg niaga tlh diambil utk tujuan berikut
promosi 750
kegunaan peribadi 500
(dlm i.duga ada promosi 2460 dan ambilan 6000)
blh cikgu tlg tunjuk jalan kira dan berikan penerangan
Lin,
Suku tahun = 3 bulan. (RM600 /3)
Berakhir 30 jun –> April.. Mei.. Jun.
Maka JUN –> Sewa Prabayar RM200
Sewa (2600 – 200)
Ambil barang niaga –> BELIAN (-)750(-)500
Promosi (+) 750
Ambilan (+) 500
cikgu,saya tak faham..
Saya tak tau camner nak bahagikan yang mana kena masuk yang mana?Lepastu,kalau pulangan belian tidak diberi macam mana nak kira?
Banana,
Kena kuasai kemahiran… klasifikasi akaun —> Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil & Belanja.
# Hasil & Belanja –> APUR
# ALE –> PKK
Jika tiada Pulangan belian –> tidak perlu masukkan
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:
a) apakah perbezaan antara gaji dan upah?
b) sekiranya dlm ID terdapat gaji dan upah masing-masing bernilai RM 6600 dan RM2000 maka gaji direkodkan dlm u/rugi sebagai operating expenses manakala upah direkodkan dlm ak perdagangan sebagai purchases expenses..am i right?
c) sekiranya dlm ID cuma diberi gaji dan upah RM 9800,jd ke manakah item tersebut perlu di rekod?
terima kasih cikgu
Ricky,
a. Gaji – pekerja tetap bayar bulanan. Upah – bayar ikut kadar tertentu (ikut jam, hari, ikut kuantiti kerja yang dibuat)
b. SALAH…. hanya “upah atas belian” sahaja –> Ak Perdagangan. UPAH –> terlalu umum.. boleh jadi upah membaiki dll.
c. Belanja –> Ak UR
Cikgu, kenapa inventory akhir tinggi untung kasar tinggi? Tolong jelaskan
Kalai,
Inventori akhir berkadar terus dengan UK.
Jika nak pelajar nampak. Sediakan Ak Perdagangan… kemudian minta pelajar TAMBAH nilai Inventoti Akhir.. kira semula UK –> lihat apa kesan keatas UK.
Cikgu Saya hendak Tanya
Yang nak buat akaun perdagangan Dan untung rugi bentuk T
Mcm mana nak bagi Dua Dua seimbang
Cikgu ada formula Tak?
Kelvin,
Imbangkan seperti tutup akaun….. nilai BEZA itulah Untung Bersih / Rugi Bersih.
Maklumat di bawah diambil drpd bu k u perniagaan rosa pada 31 ogos 2017
P.keluar 276
Inventori pada 1 september 2017 7209
Inventori pada 31 ogos 2017. 5584
Gaji pekerja. 4800
Angkutan keluar. 360
Jualan. 39400
Belian. 23093
Berapakh kos jualan perniagaan rosa?
A 22817
B 24442
C 24802
D 30026
Knpe soalan ni x pulangn jualan mcm mne nak tolak nnti
Boleh cg jelaskan step nak kira
Liya,
Rujuk Ak Perdagangan…. apa item2 yang terlibat dalam mengira Kos Jualan.
Mana inventori awal dgn akhir cg
Angkutan keluar dgn angkutqn masuk x sama kan cg
Jwpn dia B k cg
Inventori awal 7209
Belian 23093
-p.belian (276)
B.bersih 22817
Kbud 7209+22817=30026
-inventori akhir 5584
Kos jualan =24442
Liya,
Ya.. betul.
Cikgu,
Kalau kenderaan dibeli pada tahun 2015 dengan harga RM30000. Pada tahun 2017 nilai pasaran ialah RM20000. Berapakah yang perlu dicatat pada penyata kewangan tahun 2017?
Fatimah,
Rekod nilai RM30000 –> patuhi Konsep Kos Sejarah.
Cikgu,
Mengapa dalam rekod tak lengkap, kaedah penilaian semula, kenderaan kita catat dalam PKK nilai terbaru yg kita nilai?
Fatimah,
RTL –> maksudnya rekod2 perakaunan sebelum ini hilang @ tidak lengkap @ rosak (tiada rekod terdahulu) …. maka bagi menentukan nilai aset2 tersebut… diupah penilai bertauliah untuk menilai aset tersebut.
Cikgu,
Tapi biasanya kita tak rekod PKK dalam harga kos tetapi rekod nilai selepas tolak sisutnilai terkumpul dalam PKK?
Fatimah,
Dalam PKK (bukan RTL) … kita rekod
Aset (kos) …. xx
(-) SNT …….. xx
Cuma dalam praktik perniagaan sebenar… perkara tersebut ditunjukkan dibahagian NOTA AKAUN… di mana semua ABS pun dijumlahkan… dalam PKK hanya tunjukkan jumlah ASET keseluruhan sahaja.. untuk detail rujuk NOTA AKAUN.
Assalam cg
1-nota kredit drpd pembekal blum dicatat dlm mna2 buku
2-kadar bayaran termasuk lah bayaran bil elektrik rumah pemilik sebanyk RM100(yg ni tmbah dkt. Kadar bayaran jala)
Wawa, waalaikumussalam.
1. PB (+) & ABB (-)
2. Kadar bayaran (-)… Ambilan (+)
# pelarasan mesti 2 akaun terlibat
Terima kasih cg
Cikgu,
Macam mane kalau dia tulis di maklumat tambahan “inventori alat tulis pada tarikh akhir ialah rm240” mane yg prlu ditambah dan ditolak
Cikgu macammane kalau dia bagi maklumat tambahan pasal inventori alat tulis
Mane yg perlu ditambah dan ditolak
Fareedpf & Hairiwhutt,
Belian alat tulis + inventori awal – inventori akhir = Belanja Alat Tulis.
Inventori alat tulis akhir –> AS
Cikgu
Macam mane kalau soalan mcm ni ” Hasil sewa rm*** yg diterima telah digunakan untuk menjelaskan sewa rumah kediamannya. Perkara ini belum direkodkan dalam mana2 buku”
Azzeen,
Dt Ambilan
Kt Sewa diterima
cikgu
macam mana kalau soalan “inventori alat2 kecil pada (tarikh) ialah rmxxxxxx”
Lan,
Rujuk pada TARIKH tersebut… bagi menentukan ianya Inventori alat2 kecil awal @ Inventori alat2 kecil akhir.
Cikgu yg ni macam Mana apa penyelesaiannya.. (1) hasil sewa RM 500 yg diterima telah digunakan untuk menjelaskan sewa rumah kediamannya.Perkara ini belum direkodkan dalam Mana Mana buku.
(2) Pinjaman diperoleh pada 1April 2018 berjumlah RM24000.pinjaman akan dijelaskan sepenuhnya pada 31 Mac2022.Faedah atas Pinjaman adalah 4% atas nilai asal Pinjaman.
Nurul,
1. Ambilan (+)… Sewa diterima (+)
2. Pinjaman –> agihkan antara LS dan LBS
#LS = jumlah bayaran balik setahun
Tentukan Faedah atas pinjaman & Faedah pinjaman belum bayar
Cg,
Bagi pinjaman jangka masa panjang > 1 tahun,
perlukah kita mengasingkan pinjaman itu dalam 2 section ,
Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa
Atau
klasify saja dalam LBS
Terima kasih .
Chee,
Sekiranya ada maklumat yang membolehkankan kita kenalpasti nilai BAYARAN BALIK setiap tahun.. maka Pinjaman tersebut perlu dilaporkan sebagai LS & LBS.
assalamualaikum cikgu..jika dalam maklumat tambahan diberi kos jualan adalah 60% drpd jualan..adakah dlm penyata pendptn terus letak jumlah kos jualan..atau perlu letak stok awal + belian – stok akhir..
Shafiqah, waalaikumissalam.
Sebaik2nya sediakan jawapan dalam format yang lengkap..
salam cikgu..kalau dalam maklumat tambahan diberi “inventori akhir dinilaikan sebanyak rm5800 pada harga kos dan rm5080 pada harga pasaran”, nilai yang mana utk dimasukkan dalam penyata pendapatan sbg inventori akhir ye..?
Nisha, waalaikumussalam.
TAKAP –> Terendah Antara Kos Atau Pasaran.
# pilih nilai yang rendah
Cikgu,
Nak tanya kerja kursus pengenalan perniagaan bahagian kelebihan perniagaan. Kelebihan perniagaan ini merujuk kepada kelebihan berniaga burger kerana modal yang sikit dan senang diurus atau pun merujuk kelebihan syarikat kita berbanding dengan syarikat lain sebab syarikat kita menyediakan urusniaga tunai dan kredit dan juga menjual dengan harga yang berpatutan serta lokasi kita yg strategik.
Fatimah,
Kreterianya : Menyatakan satu kelebihan menjalankan perniagaan tersebut.
Pada pandangan saya, kelebihan perniagaan kita berbanding dengan perniagaan orang lain.
Cikgu,
Soalan 1: Kenapakah insurans prabayar dikategorikan sebagai Aset Semasa?
Soalan 2: Apakah maksud kadar bayaran prabayar?
Aisyah,
PRABAYAR –> kita telah bayar untuk bulan hadapan.. maka masih jadi hak milik kita lagi –> Aset Semasa.
Cth mudah : kita telah bayar sewa untuk bulan Oktober 2021 RM500.
iaitu Sewa Prabayar.. wang RM500 masih lagi hak milik kita (ASET).. kerana kita boleh minta kembali wang tersebut sekiranya kita tidak jadi sewa kedai pada bulan oktober.
maka semua akaun BELANJA PRABAYAR –> Aset Semasa.
manakala akaun BELANJA BELUM BAYAR –> Liabiliti Semasa
Assalamualaikum cikgu.phr dalam soalan akaun perdagangan untung rugi tanpa pelarasan. PHR ada dalam imbangan duga..tiada pelarasan…phr ini rekod dimana dalam akaun perdagangan untung rugi? Hasil atau belanja
Muiz, waalaikumussalam.
PHR akhir –> yg kita kira A
(-) PHR awal…. dlm ID… B
Hutang Ragu (A – B) … C
A –> PKK (ABT – PHR)
C –> APUR (+)–> Belanja (-) Hasil
Jika tiada yg kita kira..sebab tiada dalam maklumat tambahan…jadi phr dalam imbangan duga perlu masuk tak dalam APUR
Muiz,
Jika soalan hanya nak uji format… tanpa pelarasan.
maka PHR —> PKK (AS) sahaja.
Ok terima kasih cikgu
Assalamulaikum Cikgu,
Soalan ini kenapa jawapan dia A cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Kita terima Faedah Simpanan..
Dt Bank
Kt Faedah Simpanan Tetap.
Ak Hasil –> Dt Ak UR
Assalamualaikum cikgu,
Maaf ganggu cikgu,
Cikgu untung bersih Tu sifatnya kredit kan cikgu?… kalau rugi bersih debit kan cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Untung = Hasil
Rugi = Belanja
Assalamualaikum cikgu,
terima cek daripada pelanggan termasuk hutang lapuk terpulih
kalau mcm ni msuk akbt kan cikgu?
Di imbangan duga, 26589
Ayatnya:
Terima cek daripada pelanggan termasuk hutang lapuk terpulih 2400
cikgu 26589 – 2400 ke cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
HLT +2400
ABT -2400
cg, kalau abs(kos) maksud dia apa ye? contoh la dlm imbangan duga macam ni
debit – perabot(kos) rm12000
kredit – s/n terkumpul : perabot rm5000
mt – perabot disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah garis lurus
ABS (kos) –> nilai ABS pada nilai kos… ikut Prinsip Kos.
Kira SN kaedah garis lurus = 10% x ABS (kos) tersebut.
Kaedah Garis Lurus = Kaedah atas Kos = Kaedah Ansuran Tetap
cg, macam mana nk kira belanja prabayar
Rujuk pada soalan.. berapa yang sepatutnya dibayar.. katakan 800
dan berapa yang telah dibayar (rujuk dlm ID) katakan 600..
maka prabayar = 200
cg, kalau dalam id macam ni
komisen diterima 250
sewa diterima 700
belanja am 300
kadar bayaran 500
mt komisen blm terperoleh 50
sewa belum terima 200
belanja am blm bayar 70
kadar bayaran prabayar 150
so dlm pur komisen diterima 300
sewa blm terima 500
belanja am 370
kadar bayaran 650
macam ni ke?
Hanya Belanja Am sagaja yg betul.
# hasil belum terperoleh –> terlebih terima –> (-)
# hasil belum terima –> terkurang terima –> (+)
# belanja belum bayar –> (+)
# belanja prabayar –> terlebih bayar –> (-)
Assalamualaikum cikgu,
Soalan 1
Dalam id 30 Jun 2021
Pinjaman-13500
Faedah atas pinjaman-200
Maklumat tambahan:
Pinjaman RM15000 telah diperolehi pada 1 Januari 2021. Tempoh bayar balik selama 5 tahun. Faedah atas pinjaman adalah 8% setahun.
Soalan 2
Satu nota debit RM4000 telah dihantar kepada pelanggan kerana invois terkurang caj.
Terima kasih.
Waalaikumussalam
Soalan 1:
Ada 2 perkara yg perlu diberi perhatian.
1. Pinjaman 13500 perlu diasing antara LS 3000 & LBS 13500-3000
2. Faedah pinjaman 8% x 15000 = A
Faedah pinjaman belum bayar = A – 200
Soalan 2:
Jualan + 4000
ABT + 4000