Koleksi Doa dan Motivasi Belajar

[dm]333[/dm][dm]334[/dm]

850319816_9389

  1. DOA KECEMERLANGAN PELAJAR

    1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

    “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

    2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

    “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

    3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

    “Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

    4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

    “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

    5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

    “Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

    6) Doa ketika menerima kertas soalan :

    “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

    7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

    “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

    Sumber : https://ibnunaeem.blogspot.com/2009/09/doa-kecemerlangan-pelajar.html

  2. PETUA UNTUK ANAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

    Sudah pasti ramai ibubapa turut merasa debaran jika anak-anak beliau yang sedang belajar bakal menduduki peperiksaan. Ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, blog azuan ingin berkongsi petua untuk anak-anak serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

    Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.

    Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
    1. Al-Fatihah 7 kali
    2. Selawat 7 kali
    3. Subhanallah 44 kali
    4. Alhamdulillah 44 kali
    5. Allah hu Akbar 44 kali
    6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
    7. Teruskan dengan bacaan doa..

    ” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

    Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.

    Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..

  3. MENGHADAPI PEPERIKSAAN

    Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal. Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan

    Mulakan setiap usaha dengan Basmallah

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

    Doa penerang hati

    Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

    – Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. –

    Doa apabila terlupa

    Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

    – Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa –

    Doa minta tambah ilmu

    Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau kurniakan kepadaku, Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahilah daku ilmu pengetahuan

    – Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan –

    Doa mendapat petunjuk

    Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi

    -Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. –

    Doa mudahkan hafalan

    Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    – Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. –

  4. TIPS UNTUK IBUBAPA KETIKA ANAK MENJALANI PEPERIKSAAN

    Ketika anak-anak sedang menjawab soalan di dewan peperiksaan.
    Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

    1. Ambil Wudhuk.
    2. Mengadap kiblat.
    3. Baca Syahadah – 3x
    4. Al- Fatihah – 1x
    5. 3 Qul- 1x
    6. Surah Insyirah – 1x
    7. Selawat Atas Nabi – 10x
    8. Baca Surah Yassin – 1x
    9. Baca Surah Insyirah 100x.
    10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

  5. DOA MEMOHON KEJAYAAN DI DALAM PEPERIKSAAN

    Peperiksaan SPM akan bermula awal November nanti. Tentunya murid-murid sudah membuat persiapan yang rapi bermula dari awal tahun lagi. Perasaan berdebar dan takut tentunya bermain di fikiran murid-murid. Sebab itu walaupun kita rasa sudah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM jangan lupa untuk memanjatkan doa, memohon kepada Allah semoga murid-murid akan dipermudahkan dalam semua urusan peperiksaan, disihatkan tubuh badan serta dijauhkan dari sebarang musibah. Berikut antara doa yang boleh murid-murid baca memohon ke hadrat Allah S.W.T semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM ini.

    Doa ini dipetik dari laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darus Salam

    “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

    Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

    Ya Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.

    Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.

    Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta’wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

    Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

    Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

    Ya Allah, Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

    Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam”.

    Sumber: https://retibahasa.blogspot.com/2011/11/doa-memohon-kejayaan-di-dalam.html

  6. DOA-DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SEMASA PEPERIKSAAN

    Antara doa-doa yang boleh diamalkan semasa menghadapi peperiksaan adalah

    1. Doa kecergasan.

    2. Doa hilangkan darah gemuruh

    3. Doa ketika memasuki dewan peperiksaan

    4. Doa minta dapat petunjuk

    5. Doa mendapat idea yang baik

    6. Doa minta tambah ilmu

    7. Doa Penerang Hati

    8. Doa ketika menghadapi kesukaran

    9. Doa bila terlupa

    10. Doa mudah hafal/faham

  7. Terima kasih share…insyallah makbul jika dibaca dengan penuh yakin dan ikhlas.

  8. TIPS BELAJAR

    1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
    Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

    2) Disiplinkan diri.
    Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

    3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
    Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

    4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
    Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:”Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya.”Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

    5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
    Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat

    ……………………………………………………..
    Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

    Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

    Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas 

  9. PRINSIP ITIK BERENANG BAGI PELAJAR CEMERLANG

    Mari kita lihat prinsip ini pada pelajar cemerlang. Pernahkah adik-adik semua tertanya-tanya mengapa pelajar cemerlang kelihatan tenang sahaja. Walaupun mereka cemerlang dalam peperiksaan, mereka masih ada masa untuk masuk pelbagai persatuan, bertanding dalam aktiviti sukan dan mewakili sekolah dalam banyak perkara. Adakah mereka tenang kerana semua perkara ini MUDAH sahaja buat mereka?

    SUDAH TENTU TIDAK!

    Sama seperti prinsip itik berenang tadi, pelajar cemerlang juga bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan. Walaupun mereka nampak tenang, fikiran mereka sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencari jalan ke arah kejayaan. Jika pelajar KURANG CEMERLANG rasa belajar itu susah dan memeningkan kepala, pelajar CEMERLANG juga rasakan perkara yang SAMA. Bezanya, pelajar cemerlang teruskan belajar dan bekerja keras kerana mereka tahu, usaha mereka akan membawa mereka ke arah kejayaan. Mereka tidak merungut tentang susah belajar kerana ia adalah sebahagian daripada proses mencapai kecemerlangan. Bayangkan bagaimana kalau itik merungut setiap hari, “Ishhh…susahlah nak kayuh-kayuh air ni…tenggelam sajalah senang!” 🙂

    Jadi adik-adik semua, ada satu perkara penting perlu kita ingat hari ini.

    Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha untuk belajar.

    Saya ucapkan Selamat Berjaya buat adik-adik semua dan Selamat Berenang!!

    Sumber : https://www.osmanaffan.com/prinsip-itik-berenang-bagi-pelajar-cemerlang/

  10. SERIBU JALAN, SEJUTA ALASAN
    Oleh Muliyadi Guliling

    “Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan. Tetapi sekiranya kita tak hendak sesuatu, kita ada sejuta alasan.”

    Bayangkan situasi ini. Anda didatangi seorang jurujual. Dia memperkenalkan diri secara ringkas kemudian menawarkan anda suatu produk yang sememang anda sangat-sangat berminat. Anda pun tanpa berfikir dua kali bersetuju untuk membeli. Malangnya, semasa nak bayar anda seluk poket seluar ataupun tas tangan. Keluarkan dompet. Buka. Tiada duit. Otak anda secara automatik akan ligat berfikir. Antara soalan dan jawapan yang mungkin bermain di dalam kepala ketika itu ialah :
    Apa nak buat nie?
    Di mana aku letak duit aku tadi?
    Boleh bayar guna kad kredit tak?
    Pinjam duit kawanlah dulu. Esok aku ganti.
    Hutang dululah. Kemudian baru bayar.

    Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Seterusnya kita akan bertindak dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai.
    Sekarang bayangkan anda berada dalam situasi begini. Nama anda dicadangkan sebagai ketua bagi mengendalikan majlis perasmian suatu acara di tempat anda bekerja. Anda mungkin tersentak. Pada masa yang sama, anda sebenarnya tidak mahu menerima cadangan rakan sekerja tersebut. Tentunya, anda akan memberikan alasan-alasan. Antaranya mungkin seperti di bawah:
    Saya cadangkan A jadi ketua bukannya saya. A lebih senior. A lebih berkebolehan. A lebih hebat. A lebih cekap. A pandai berkata-kata. A lebih ramai kenalan. A lebih popular. A lebih…A lebih….
    Pelbagai alasan lagi akan anda senaraikan untuk menguatkan penolakan cadangan tersebut.

    Pada pendapat saya, kita selalunya lebih mudah memberikan alasan daripada mencari jalan penyelesaian.
    Terima kasih.

  11. PENAT BELAJAR, PENAT LAGI JIKA TIDAK BELAJAR
    Oleh: Osman Affan

    Kerap kali saya mendengar rungutan pelajar mahupun orang dewasa tentang betapa penatnya mahu belajar sesuatu. Pelajar di peringkat sekolah mengadu betapa penatnya belajar 8 hingga 10 subjek. Pelajar di peringkat universiti mengadu betapa penatnya membuat 5-8 assignments dalam satu semester. Orang dewasa yang sudah bekerja pula merungut betapa penatnya mahu belajar teori-teori baru atau cara baru melakukan sesuatu kerja.

    Satu perkara yang pasti, merungut memang seronok dilakukan. Ia membuat kita rasa lega. Ia membuat kita rasa puas. Terasa kita patut diberi simpati dan belas kasihan. Terasa semua orang perlu faham situasi kita dan mungkin cuba kurangkan sedikit beban yang kita rasa kita tanggung selama ini. Namun, perlu difikirkan, apabila kita merungut, adakah beban belajar itu menjadi semakin ringan?

    Sebagai contoh, apabila kita sedang beratur di pejabat pos untuk membayar sesuatu dan barisannya terlalu panjang dan bergerak terlalu perlahan, adakah ia akan berubah jika terus-menerus merungut?

    Sudah tentu tidak bukan?

    Satu perkara yang perlu kita ingat (jika sudah lupa) dan sedar (jika masih juga tidak sedar 🙂 ) ialah merungut tidak menyelesaikan masalah. Malah ia membuat sesuatu masalah kelihatan lebih besar daripada keadaan asalnya. Cara mudah untuk tidak merungut ialah jangan beri apa-apa komen dan fokuskan minda kepada perkara-perkara lain yang boleh menarik perhatian dan menenangkan hati kita.

    Sebagai contoh, semasa beratur panjang di pejabat pos tadi, alternatif kepada merungut ialah fokuskan mata kepada apa yang ada di sekeliling. Lihat pada sesuatu yang boleh menarik perhatian kita seperti hiasan di tempat itu, banner iklan, gelagat orang berbual-bual, perangai kanak-kanak yang berlari-lari dan sebagainya. Timbulkan rasa seronok dalam diri semasa melihat perkara-perkara tersebut. Cuba lakukan tips ini dan lihat apa yang berlaku kepada barisan yang panjang tadi? Setidak-tidaknya, apa yang berlaku kepada rasa hendak merungut yang tidak mendatangkan faedah tadi?

    Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah jika kita terasa belajar itu penat, tahukah kita bahawa tidak belajar itu jauh lebih memenatkan?

    Bayangkan kali pertama kita dihadiahkan sebuah basikal. Dengannya, kita boleh pergi ke sekolah sendiri dengan lebih cepat. Malah kita boleh pergi ke mana-mana menggunakan basikal tersebut. Masalahnya, kita perlu belajar dahulu bagaimana hendak menunggangnya. Bukan sahaja ia susah pada mulanya malah menyakitkan. Berapa banyak luka di kaki dan tangan kita akibat terjatuh? Berapa kali agaknya kita menangis atau menyumpah-seranah kerana basikal itu tidak mahu mendengar kata? Susah bukan?

    Namun, apa akan jadi kalau kita tidak mahu penat belajar menunggang basikal? Adakah berjalan kaki ke sekolah kurang memenatkan?

    Pelajar yang merungut belajar itu memenatkan barangkali tidak pernah terfikir apa akan jadi beberapa tahun akan datang. Bayangkan kita rasa penat dan mahu berhenti belajar. 20 tahun akan datang kita akan terjumpa semula rakan-rakan sekelas atau satu sekolah. Mereka semua meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka semua sama ada berkerjaya professional atau menjadi usahawan yang sangat berjaya.

    Mereka mengumpul kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan dalam masa yang cepat dan singkat. Tidakkah ia memenatkan hati dan perasaan kita melihat ini semua sedangkan kita terkial-kial untuk membayar bil setiap bulan? Tidakkah ia memenatkan semangat dan azam dalam diri kita apabila kita tahu yang usaha kita (tanpa pendidikan) sukar membawa kita ke mana-mana?

    Bagi orang dewasa yang terasa penat mempelajari ilmu baru pula, tidakkah ia memenatkan apabila kita asyik gagal dalam apa yang kita lakukan? Bukankah ia semakin memenatkan apabila kita tersedar bahawa kita asyik melakukan kesilapan yang sama sejak 20 tahun yang lalu?

    Jadi, pesan saya buat diri saya sendiri, adik-adik pelajar dan rakan-rakan seperjuangan, lebih baik penat kerana belajar sekarang daripada penat menyesal di kemudian hari. Penat belajar mungkin hanya beberapa gram sahaja dibandingkan dengan penat menyesal beberapa tan.

    Saya ucapkan, selamat belajar ilmu yang baru. Selamat berhenti merungut dan fokus minda kepada sesuatu yang menarik minat kita dan akhir sekali, selamat menempuh cabaran demi mencapai kejayaan!

    Sumber : https://www.osmanaffan.com/penat-belajar-penat-lagi-jika-tidak-belajar/

  12. MENIRU UNTUK BERJAYA
    Oleh Osman Affan

    Semua orang nak berjaya tetapi tak semua orang tahu bagaimana cara terbaik untuk berjaya. Jalan paling mudah untuk berjaya adalah dengan meniru cara orang yang telah berjaya.

    Bayangkan, kalau kita lihat seorang tukang masak berjaya memasak seperiuk pengat durian, kita juga tentu boleh memasak pengat durian yang sama kalau kita tiru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh tukang masak itu. Kalau dia letak 250g gula, kita letak 250g gula juga. Kalau dia guna 2 biji durian, kita guna 2 biji durian juga. Jadi, agak mustahil kalau kita tidak mendapat hasil yang sama.

    Nak berjaya dalam pelajaran begitu juga. Tiru cara pelajar cemerlang belajar. Jangan tiru jawapan mereka semasa peperiksaan pula! 🙂

    Tiru cara mereka fokus kepada pelajaran. Tiru azam mereka. Tiru semangat mereka untuk berjaya. Kalau semua perkara itu anda sudah tiru, adakah mustahil untuk mencapai kejayaan?

    Sumber : https://www.osmanaffan.com/meniru-untuk-berjaya/

  13. APA AKAN JADI KALAU SAYA TIDAK SANGGUP MENGUBAH CARA SAYA BELAJAR ?
    Oleh Osman Affan

    Setiap pelajar mempunyai cara-cara belajar yang tersendiri. Ada yang suka belajar dalam jangka masa yang lama, ada yang suka belajar sambil menonton television dan ada juga yang suka belajar bersendirian di tempat yang sunyi dan terpencil.

    Walau apa pun cara belajar yang anda pilih, satu soalan yang wajib anda tanya kepada diri anda sendiri, ?adakah cara aku belajar ini berkesan dan membawa aku menuju ke arah matlamat yang aku tuju, matlamat mendapat keputusan yang cemerlang??

    Bagaimana anda hendak tahu yang cara anda belajar itu berkesan atau tidak? Mudah sahaja. Lihat kepada keputusan peperiksaan anda. Jika keputusan itu bukan keputusan yang anda kehendaki, anda perlu mengubah sesuatu dalam cara anda belajar.

    Namun, apa akan jadi kalau anda tidak mahu mengubah cara anda belajar? Ada pelajar yang mengadu, ?cikgu, saya memang mahukan keputusan cemerlang, tetapi saya dah tak boleh ubah cara saya belajar. Saya mesti belajar depan television, kalau tidak, saya akan cepat rasa bosan.?

    Penulis teringat akan satu baris perkataan, dipetik dari buku ?Unlimited Power by Anthony Robbins?, yang dapat dikaitkan dengan situasi ini. Petikan itu berkata, ?Insanity is doing the same thing over and over again but expecting a different result? (Gila itu ialah membuat satu perkara yang sama berulang-ulang kali tetapi mengharapkan keputusan atau hasil yang berlainan).

    Pelik bukan? Kita mengharapkan hasil yang berlainan atau lebih baik tetapi kita masih membuat perkara-perkara yang sama. Kalau kita menanam benih pokok kacang, tentulah pokok kacang yang tumbuh bukan? Tetapi kalau pokok rambutan yang kita inginkan, dapatkah kita hasil tersebut jika kita terus-menerus menanam benih pokok kacang?

    ?Kegilaan? yang diamalkan oleh segelintir pelajar ini kadangkala mencuit hati penulis. Ia seolah penulis melihat sendiri di alam realiti kisah sang lalat yang mati terperangkap di dalam rumah. Apa terjadi apabila lalat terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat mencari jalan keluar?

    Lalat itu akan segera mencari tingkap yang terdekat di mana terdapat sumber cahaya. Kemudian lalat itu akan terus melanggar tingkap berkali-kali dengan harapan ia akan dapat melepaskan diri. Bukankah ini gila namanya? Jika lalat itu berundur sedikit dan menuju ke arah lain, mungkin ia dapat melepaskan diri dari pintu atau tingkap yang sedang terbuka.

    Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang?

    Pertama, kaji dengan teliti, apa yang telah anda lakukan selama ini hingga anda mendapat keputusan peperiksaan yang anda dapat sekarang? Bagaimana anda menumpukan perhatian di dalam kelas? Bagaimana anda membuat nota?

    Waktu bila anda mengulangkaji pelajaran? Dengan siapa anda belajar? Berapa banyak soalan latihan yang telah anda sempurnakan? Adakah anda telah tetapkan, berapa ?A? yang ingin anda capai?

    Apabila anda sudah mengkaji semua faktor di atas, mungkin anda boleh meneka di mana kesilapan atau kelemahan cara belajar anda. Namun penulis menasihatkan anda berjumpa dengan guru sekolah atau guru kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih baik mengenai cara belajar yang sesuai untuk matlamat anda.

    Kesimpulannya, perubahan adalah sesuatu yang tidak menyelesakan buat pelajar atau buat sesiapa sahaja. Namun, tanpa perubahan, anda hanya boleh mengharapkan hasil sebagaimana yang telah anda kecapi selama ini sahaja.

    Sumber: https://www.osmanaffan.com/apa-akan-jadi-kalau-saya-tidak-sanggup-mengubah-cara-saya-belajar/

  14. 7 PETUA SKOR A
    Oleh Osman Affan

    Seperti pelajar cemerlang yang mampu skor A juga, kita boleh jadi seperti mereka jika kita amalkan apa yang mereka amalkan. Antara apa yang mereka amalkan ialah 7 petua yang saya kongsikan di sini.

    1. Tulis gred yang kita mahu capai.
    2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan.
    3. Uruskan masa berpandukan matlamat.
    4. Latih tubi.
    5. Tingkatkan kepantasan dan ketepatan.
    6. Jaga kesihatan fizikal dan mental.
    7. Dapatkan sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

  15. KATA-KATA HIKMAH PEMBAKAR SEMANGAT

    “Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya” ~ Hamba Allah
    “Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur” ~ Hamba Allah
    “Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.”
    “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”
    “Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.” ~ Albert Camus
    “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
    “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
    “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”
    “Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.”
    “Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” ~ Cecil B. DeMille
    “Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.”
    “Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.” ~ Aflatun
    “Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.”
    “Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”
    “Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”
    “Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.”
    “Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.”
    “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.”
    “Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”
    “Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”
    “Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.”
    “Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.”
    “Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.”
    “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”
    “Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.” ~ Wahab B. Munabin
    “Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan.” ~ Andre Colin
    “Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka.” ~ Soekarno
    “Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti” ~ Hukama
    “Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya” ~ Confucius
    “Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.” ~ Abraham Lincoln
    “Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh.” ~ Albert Einstein
    “Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.” ~ La Roche
    “Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.”
    “Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.”
    “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.”
    “Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.” ~ Marcus Aurelius
    “Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya.” ~ Stahl P.J
    “Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.”
    “Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.”
    “Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.”
    “Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.”
    “Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.” ~ Richard Brinsley Sheridan
    “Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.” ~ Confucius
    “Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.”
    “Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.”
    “Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu.” ~ Pepatah Arab
    “Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” ~ Lao Tze
    “Awal mula pohon ialah benih..”
    “Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.”
    “Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.”
    “Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”
    “Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.”
    “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”
    “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.”
    “Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.”
    “Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.”
    “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
    “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”
    “Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
    “Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.”
    “Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”
    “Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”
    “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”
    “Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.”
    “Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda.” ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
    “Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.” ~ T.S Matthews
    “Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.”
    “Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.”
    “Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.”
    “Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.”
    “Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.”
    “Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.”
    “Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.”
    “Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.”
    “Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.”
    “Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.”
    “Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.”
    “Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.” ~ Khong Hu Cu
    “Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.”
    “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”
    “Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.”
    “Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.”
    “Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.”
    “Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”
    “Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.”
    “Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik Marwan
    “Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.” ~ Voltaire
    “Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.”
    “Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.”
    “Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.”
    “Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.”
    “Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya.” ~ Voltaire
    “Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.”
    “Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.” ~ Anonim
    “Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.” ~ Pepatah Arab
    “Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.”
    “Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.”
    “Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela.” ~ Napoleon Bonaparte
    “Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.”
    “Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.”
    “Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.”
    “Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.”
    “Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.”
    “Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.” ~ Samuel Johnson
    “Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.”
    “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.”
    “Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.”
    “Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.” ~ Abdullah Mansur M.H
    “Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.”
    “Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.”
    “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.”
    “Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.”
    “Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..”
    “Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.”
    “Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.”
    “Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”
    “Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.” ~ Whittier
    “Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.”
    “Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.”
    “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”
    “Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.”
    “Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.” ~ Flower A. Newhouse
    “Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.”
    “Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”
    “Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.”
    “Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”
    “Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”
    “Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.”
    “Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.”
    “Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali..”
    “Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.”
    “Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga.”
    “Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.” ~ William J. Siegel
    “Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.”
    “Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.”
    “Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai..”
    “Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.”
    “Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.”
    “Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.”
    “Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.”
    “Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.”
    “Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.”
    “Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.” ~ Horatius
    “Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.” ~ Mognon Me Lauhlin
    “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain..”
    “Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.” ~ Peribahasa Arab
    “Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.”
    “Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.” ~ Charles Cahier
    “Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.”
    “Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri.” ~ Said Mustafa
    “Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi..”
    “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.”
    “Menyimpang seinci, rugi seribu batu.” ~ Peribahasa Cina
    “Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.”
    “Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”
    “Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.”
    “Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.” ~ John Petitsenn
    “Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.” ~ Joseph Conrad
    “Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.”
    “Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.”
    “Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.”
    “Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket.”
    “Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.”
    “Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.”
    “Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.”
    “Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.”
    “Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.”
    “Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.”
    “Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar.” ~ Barbara Hall
    “Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang.” ~ Whitney W Young
    “Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga.” ~ Dr. Mahathir Mohamad
    “Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.” ~ Allen Tate
    “Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.”
    “Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan.”
    “Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.”
    “Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.”
    “Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.”
    “Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.”
    “Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.”
    “Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.”
    “Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.”
    “Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”
    “Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.”
    “Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.”
    “Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.”
    “Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.”
    “Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.”
    “Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.”
    “Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan……… ”
    Semoga kata-kata hikmah ini bermanfaat untuk kita semua.

    Sumber : https://notamengajarbelajar.blogspot.com/2013/02/kata-kata-hikmah-pembakar-semangat.html

  16. subhanAllah,walhamdulillah…dapat juga layari laman web tntg motivasi…ni…best la jgak…

  17. terima kasih….

    alhamdulillah…syukur kepada allah saya terjumpa blog ni yang terdapat segala yang saya
    maukan… sebagai pelajar yang hampir melepasi waktu pencen.. saya benar2 berharap akan berjaya sebagai pelajar cemerlang…

  18. Latipah,

    Cg doakan semoga apa yang diimpikan akan tercapai.

  19. assalamualaikum…

    maaf sy tegur,cikgu kene edit semula doa penerang hati dan doa seterusnya tu…sebab tidak tersusun…sepatutnya Allahumma berada disebelah kanan…

  20. Zaidah, waalaikumussalam.

    Terima kasih atas teguran …. Saya mohon maaf atas kesilapan tersebut…… nanti saya betulkan.

  21. assalamualaikum cg..sya ada nk bertnya sy merupakan pelajar ipt dlm pengajian akaun..smakin lama sya mnunutut ilmu mnybabkan sya rsa kurang mnat ngn course trsbut n trdetik dhati untuk berhenti..rsult sem pn x la seteruk mna..blh cg bg pndapat?

  22. Alhamdulillah..banyak juga ilmu yg saya dapat dlm blog ni.

  23. terima kasih,,,sya akan cuba buat apa yg cg sarankan to..

  24. Miela,

    Semoga berjaya.

  25. Salam Alaik.. minta share ilmu ini kepada anak murid.. tq

  26. Mohd Fadzly,

    Dipersilakan, saya hanya sekadar mengumpul bahan2 tersebut untuk dikongsikan bersama rakan guru dan anak didik sekalian.

  27. hap makin pa song samangat ku…untuk spm tahun diya tu…Terima kasih….:)

  28. cikgu boleh tak bagi tip untuk saye mahir dalam prinsip perakaunan dan bab ape yang paling penting dalam prinsip perakaunan


  29. Cg Narzuki:

    PETUA UNTUK ANAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
    Sudah pasti ramai ibubapa turut merasa debaran jika anak-anak beliau yang sedang belajar bakal menduduki peperiksaan. Ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, blog azuan ingin berkongsi petua untuk anak-anak serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
    Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
    Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
    1. Al-Fatihah 7 kali
    2. Selawat 7 kali
    3. Subhanallah 44 kali
    4. Alhamdulillah 44 kali
    5. Allah hu Akbar 44 kali
    6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
    7. Teruskan dengan bacaan doa..
    ” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
    Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
    Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..

  30. blog niy bagi saya motivation ,,selama niy saya bnyk baca quotes org putih je ..alhamdulillah jumpa blog niy ,,rasa kecil nya diri ..

  31. terima kasih cikgu kerana beri panduan ….. x lama lagi sya dan rakan2 akan menduduki PT3 yang pertama di malaysia …. mohon cikgu doakan kami berjaya … INSYA ALLAH

  32. Firdaus,

    Cg doakan semoga Firdaus dan kawan2 berjaya dengan cemerlang dalam PT3 nanti.

  33. Asalamualaikum cikgu,
    Saya amira,sebenarnya saya sangat takut untuk menghadapi SPM yang bakal menjelma kelak.saya ambil sains stream tolong doakan kejayaan saya ye cikgu.alhamdulilah dapat jumpa blog ini.tapi saya rasa agak putus asa kerana apa yang sekolah target berlainan daripada apa yang saya mahukan.tolonglah doakan kejayaan saya ya cikgu.

  34. Amira, waalaikumussalam.

    Banyakkan berselawat, solat hajat, berdoa semoga diberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dalam persediaan menghadapi peperiksan SPM nanti.
    Abaikan target pihak sekolah, JANGAN mudah berputus asa…. apa yang penting TARGET yang Amira tetapkan…. dan berusaha bersungguh2 untuk mencapainya. Cg doakan semoga Amira berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti.. InsyaAllah.

  35. Terima kasih banyak banyak cikgu di atas semangat yang telah diberikan insallah dan terima kasih atas doa yang dititipkan.insallah saya akan buat yang terbaik dan mengambil tindakan selanjutnya di atas segala nasihat yang diberikan.saya mesti banggakan umi dan papa serta menjadi contoh yg terbaik untuk adik adik saya………….insallah cikgu sekali lagi syukran.

  36. terima kasih atas sharenya. doakan saya agar berjaya menduduki perperiksaan o level pada isnin ini.

  37. Brunein,

    Cg doakan semoga diberikan ketenangan semasa menjawab dan berjaya dengan cemerlang.

  38. amin amin amin. terima kasih cikgu.

  39. Assalamualaikum cikgu..
    Terima kasih atas segala motivasi dan doa yang telah cikgu kongsikan. Saya bakal menduduki peperiksaan spm tahun ini. Mohon cikgu doakan saya agar berjaya mendapat 11A . Terima kasih.

  40. Mursyida, waalaikumussalam.

    Cg doakan semoga Mursyida dipermudahkan segala urusan, mengingati apa yang telah dibaca dan dipelajari, dapat menjawab dengan betul dan tepat, dijauhkan daripada sebarang kecuaian dan kesilapan, seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil.. InsyaAllah.


  41. Cg Narzuki:

    DOA MEMOHON KEJAYAAN DI DALAM PEPERIKSAAN
    Peperiksaan SPM akan bermula awal November nanti. Tentunya murid-murid sudah membuat persiapan yang rapi bermula dari awal tahun lagi. Perasaan berdebar dan takut tentunya bermain di fikiran murid-murid. Sebab itu walaupun kita rasa sudah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM jangan lupa untuk memanjatkan doa, memohon kepada Allah semoga murid-murid akan dipermudahkan dalam semua urusan peperiksaan, disihatkan tubuh badan serta dijauhkan dari sebarang musibah. Berikut antara doa yang boleh murid-murid baca memohon ke hadrat Allah S.W.T semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM ini.
    Doa ini dipetik dari laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darus Salam

    “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
    Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
    Ya Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.
    Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.
    Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta’wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.
    Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.
    Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
    Ya Allah, Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.
    Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam”.

    Sumber: https://retibahasa.blogspot.com/2011/11/doa-memohon-kejayaan-di-dalam.html

  42. makasih cg mudah-mudahan amal yang kita perbuat semoga di ridhai Allah aaamiiin,, makasi udah menjadi penyemangatku,,

  43. ASSALAMUALAIKUM cikgu,
    saya sangat takut bila nak masuk dewan peperiksaan . debaran sangat kuat sampai otak jammed. cikgu share tips doa dan nak cool down balik diri.Lagi satu, waktu nak ambil result meman berdebar cikgu share dekat saya doa.

  44. Assalamualaikum Cikgu.Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat atas tips yang berguna daripada cikgu.Terima kasih.

  45. Hesti Mohd Sidek

    Salam cikgu. Alhamdullillah saya bertemu dengan blog cikgu. Sebenarnya saya tengah buntu untuk menghadapi anak saya yang disleksia ini. Namanya Ammar Bin Afandi. Dia bakal mengambil peperiksaan PSLE bulan Oct15 di Singapura tapi dia tak mahu belajar padahal dia belum lagi mengulangkaji. Bila disuruh untuk membuat kertas past years papers banyak salahnya. Saya akan cuba apa yg cikgu sarankan. Terimakasih cikgu.

  46. Pn Hesti,

    Saya doakan semoga anak puan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksan yang bakal dihadapi nanti.

  47. Salam cikgu. Doakan kejayaan sy utk spm..inshaAllah

  48. Nur Aliyah,

    Cg doakan semoga Nur Aliyah diberikan kefahaman dalam apa yang dipelajari, mengingati apa yang dibaca, menduduki peperiksaan nanti dengan tenang, dapat menjawab dengan baik dan betul, seterusnya diberikan kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti.. insyaAllah.

  49. As’salam cg terima kasih atas tips yg sgt berguna dan sy harap cg doakan sy dan rakan2 berjaya dalam PT3.

  50. Ain Natasha, waalaikumussalam.

    Cg doakan semoga Ain dan kawan2 diberikan kefahaman dalam apa yang dipelajari, mengingati apa yang dibaca, menduduki peperiksaan nanti dengan tenang, dapat menjawab dengan baik dan betul, seterusnya diberikan kejayaan yang cemerlang dalam PT3 nanti.. insyaAllah.

  51. Assalamualaikum cikgu..trima ksih atas tips yg diberikan..sy harap cg doakan sy brjaya dlm upsr pd 8/9 ni yer..:)

  52. Najwajoehan, walaikumussalam.

    Cg doakan semoga Najwa diberikan kefahaman dalam apa yang dipelajari, mengingati apa yang dibaca, menduduki peperiksaan nanti dengan tenang, dapat menjawab dengan baik dan betul, seterusnya diberikan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR pada 8 September 2015 nanti.. insyaAllah.

  53. Assalamualaikum cikgu,terima kasih sangat sangat atas segala doa/motivasi & tips yg diberikan! saya akan menduduki peperiksaan pt3 tahun ini ! Mohon jasa baik cikgu doakan saya agar semuanya berjalan lancar & mendapat keputusan yg cemerlang ! TERIMA KASIH CIKGU!

  54. Nadhirah, walaikumussalam.

    Cg doakan semoga Nadhirah diberikan kefahaman dalam apa yang dipelajari, mengingati apa yang dibaca, menduduki peperiksaan nanti dengan tenang, dapat menjawab dengan baik dan betul, berjalan lancar seperti yang dirancang seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam PT3 nanti.. insyaAllah.

  55. Salam Cikgu. Mohon jasa baik cikgu untuk berkongsi doa atau tips supaya anak yg baru memasuki alam universiti sentiasa tenang dan bersemangat. Anak dah mula homesick.

  56. Assalam cg. Harini saya dah dapat result pt3 utk thn 2015. Tapi saya dapat 1A shj. Rasa kecewa menyelubungi saya cg ?

  57. Nur Aisyah,

    Jadikan ia sebagai suatu pengajaran, tanamkan azam untuk cemerlang dalam SPM nanti. Belajar bersungguh-sungguh bermula di Tingkatan 4 lagi.

  58. Saya dah usaha tpi bila nak exam saya selalu terlupa ap yg dipelajari, adakah ia disebabkan dosa saya. sehingga saya jadi putus asa utk belajar lagi. tolong naikkan semangat saya cikgu.

  59. Masturah,

    Tingkatkan lagi usaha. Musuh utama KEJAYAAN ialah PUTUS ASA.
    Orang yang BERJAYA biasanya lahir daripada orang yang pernah GAGAL sebelumnya.

  60. Terima kasih cikgu…Semoga Allah merahmati cikgu~~Doakan sy cikgu…

  61. Najla,

    Cg doakan semoga Najla dikurniakan kesihatan yang baik dan kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

  62. Terima kasih cikgu sbb buat blog ni yg boleh bangkitkn smngat saya untuk capai kjayaan dlm spm . Saya dah terasa give up lpas exam mid year 2016. Sbb result kurng mmberangsngkn . Sbb wktu form 4 result memberangsangkn . Jadi saya harap cikgu doakn kjayaan saya dlm spm 2016 thun ni ya.

  63. Aiman,

    Asalkan kita tanam azam untuk berjaya..dan terus berusaha untuk mencapainya.. insaAllah akan berjaya.

    Cg doakan semoga Aiman berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti.

  64. Batrisya Badrul

    Cikgu , saya sudah berusaha tapi selalu tidak mendapat markah yang memuaskan . Kadang 2 rasa takut yang amat sangat apabila mendapat kertas peperiksaan . Macam mana cikgu , saya mahu tinggikatkn lgi usaha saya ?

  65. saya boleh faham ketika belajar…tapi bila nk jawab soalan exam susahlh cikgu..saya mohonkan bantuan

  66. Asslamualaikum cikgu,saya seronok mbaca blog cikgu krana pelbagai doa dan tips yng dikongsikan dan pd tahun ini 2016 saya akn mndudulki spm. saya harap cikgu mndoakn kejayan saya dgn mndapt semua A dlm setiap subjek.Amin

  67. Ardila, waalaikumussalam.

    Alhamdulillah, semoga ianya bermanafaat kepada semua.
    Cg doakan Ardila berjaya dengan cemerlang dan mendapat A dalam semua subjek.

  68. assalamualaikum cikgu narzuki.
    saya amat berminat dengan post cikgu pada page yg ada doa kecemerlangan pelajar hingga kata2 hikmah pembakar semangat.
    boleh tak cikgu emelkan kpd saya semua bahan tu utk tatapan murid2 saya.
    terima kasih.

  69. Cikgu Ina, waalaikumussalam.

    Maaf, semua bahan hanya diblog, tiada dalam simpanan saya. Dan kebanyakan bahan2 tersebut saya nyatakan sumbernya, maka boleh c&p dari sana.

  70. i am a student of university of malaya and i am so inspired after reading this blog . thank u . now , i have new spirit to pursue my study . please pray for me too and inshaAllah i’ll do my best

  71. Hidayah,

    Cg doakan semoga Hidayah termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan dari golongan hamba-hambaMu yang soleh. Aamiin..

  72. Assalamualaikum cikgu,, sya nak tanya yg tntg genggam alat tulis tu, kalau pelajar tu sendiri yang buat boleh ke .? Terma kasih cikgu !

  73. SAYA NAK COPY UNTUK STUDY BOLEH HANTAR EMAIL SAYA . TERIMAKASIH SANGAT

  74. Aisyah Zakiyyah

    Terima kasih atas tips ini. Doakan saya mendapat keputusan yang cemerlang 🙂

  75. Aisyah,

    Cg doakan semoga Aisyah berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti.

  76. Assalamualaikum cikgu,saya amirul yang belajar di SMTT ingin minta tip-tips daripada cikgu untuk memudahkan diri saya bangun awal pada waktu pagi. Kerana saya nak solat tahajjud untuk peperiksaan spm saya pada tahun ini.Terima kasih cikgu.

  77. Amirul, waalaikumussalam.

    Memudahkan Bangun Solat Malam

    1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
    2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
    3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
    4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

    Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

  78. Syukur..alhmdulillah..info yg sangat baik..moga saya dapat praktikkan pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya..aminn

  79. Abdu. saifezan saiwon

    Sangat baik.. Sekalung terima kasih. Semoga Allah memberi balasan dunia&akhirat yang baik

  80. Abdu. Saifezan,

    Aamiin. Saya sekadar kumpul dan kongsikan dengan orang lain yang berminat sebagai panduan sahaja.

  81. Abdul. saifezan saiwon

    Cikgu kenapa x boleh nk copy paste?

  82. Abdul Saifezan,

    Maaf atas sebab2 keselamatan blog yang sering cuba dicerobohi.. terpaksa saya block aktiviti2 tertentu.
    Namun begitu bahan2 / petikan2 tersebut saya ada kemukakan sumber rujukan yang boleh dlayari dan copy dari sana..

  83. Assalam cg…doakan saya semoga saya dn rkn ii mndpt kputusn cemerlng dlm PT3..mdh mdhn allah memberi ptunjuk kpada saya

  84. Ain Asyilah, waalaikumussalam.

    Cgu doakan ain dan rakan2 beroleh kejayaan yang cemerlang dalam PT3 nanti.. insyaAllah.

  85. Ikhtiar Zikir Untuk Anak Yang Ambil Peperiksaan

    Kepada ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan
    (Rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, program di Tanjung Karang). kekuatan Asmaul husna.

    Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

    Allahumma 1x
    Ya Alim Ya Hakim Ya Rasyid. 40x

    Bicara hati (baca didalam hati)
    Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

    Allahumma 1x
    Ya zohir 40x
    Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan 1x

    Allahumma 1x
    Ya Fatah 40x

    Bicara hati (baca didalam hati)
    Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

    Allahumma 1x
    Ya Baari’. 40x

    Bicara hati (baca didalam hati)
    Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu

    Ya Hadi.40X

    Bicara hati (baca didalam hati)
    Aku yakin hanya kuasaMu sahaja
    Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

    Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena beristighfar sepanjang exam ini juga ya..

    Mudah-mudahan perkongsian ini dirahmati Allah.

    Dalam Al-Quran surah Al A’ Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna…

    #Cnp

  86. Saya pelajar menduduki sijil menengah agama [SMA] terima kasih atas perkongsian cikgu.. Semakin bersemangat walaupon berdebar laa jugak periksa tinggal lebih kurang 2minggu!sy ambil yer tips2 cikgu share.

  87. Faridah,

    Cgu doakankan Faridah beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

  88. Assalamualaikum cikgu. Saya pelajar PT3. Doakan saya mendapat result yang cemerlang dalam peperiksaan nanti,cikgu. Terima kasih atas tips dan info yang cikgu kongsikan.

  89. Amira, waalaikumussalam.

    Cg doakan semoga Amira diberikan ketenangan, ingat apa yang telah dipelajari, dapat menjawab dengan baik dan memperoleh keputusan cemerlang dalam PT3 nanti. InsyaAllah.

  90. assalammualaikum cikgu catatan cikgu amat menberikan manafaat kepada saya. terima kasih cikgu tahun ni saya bakal menduduki pentafsiran tingkatan 3 dan saya berdoa bahawa semua calon dapat menjawab soalan-soalan dengan cemerlang amin

  91. Auni, waalaikumussalam.

    Alhamdulillah.
    Cg doakan Auni berjaya dengan cemerlang dalam PT3 nanti.

  92. Assalamualaikum, Cikgu. Saya Najihah, pelajar SPM tahun 2018. Blog cikgu amat Bermanfaat. minta cikgu doakan kejayaan saya dalam SPM dan masa hadapan saya. Semoga Allah sentiasa memberkati cikgu.

  93. Terima kasih banyak-banyak cikgu ye..doakan supaya saya lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR yang akan mendatang ye cikgu.Terima kasih cikgu.

  94. Assalamualaikum cg ,terima kasih untuk segala ilmu yang bermanfaat ini….doakan saya agar berjaya di dunia dan di akhirat….saya akan menghadapi peperiksaan pt3 tahun hadapan

  95. Anis, waalaikumussalam..

    Cgu doakan.. semoga Anis berjaya di dunia dan di akhirat.. Aamiin.

  1. Pingback: 10 Cara Belajar Paling Efektif Menjelang Ujian | Traveling IndonesiaTraveling Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.