Tip Peperiksaan

KOLEKSI TIP-TIP PEPERIKSAAN

Post sebelum : TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN

  1. KESILAPAN YANG TIDAK DISEDARI KETIKA SEDANG MENJAWAB SOALAN

    1. Over Confident
    2. Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan
    3. Tulisan yang tidak kemas
    4. Tergesa-gesa
    5. Soalan belum habis dibaca tetapi telah memilih jawapan
    6. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
    7. Panik yang tidak terkawal
    8. Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap kegagalan
    9. Tidak urus masa dengan betul
    10. Memindahkan pilihan jawapan yang tidak betul : jawapan yang dipilih B tetapi menandakan jawapan di kertas jawapan D : akibat cuai
    11. Menukar pilihan jawapan di saat akhir.
    12. Keluar ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tanpa sebab yang munasabah.

    Sumber : Laman Aspirasidiri

  2. STRATEGI MENGULANGKAJI DI HARI PEPERIKSAAN

    1. Beritahu Ibu / Ayah
    2. Pohon restu
    3. Ambil Wuduk
    4. Mengadab kiblat
    5. Niat dan lafaz doa
    6. Ambil masa tidak terlalu lama kerana otak perlu rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya.
    7. Konsentrasi
    8. Mengamalkan teknik bacaan scanning (menyemak / melihat setiap muka surat secara sambil lalu dan hanya memberikan tumpuan kepada seuatu topik secara bersantai). Lihat tajuk kemudian lihat jawapan sepintas lalu.
    Jika perlu lihat tajuk, cth : cuba tuliskan nilai murni / formula / unit / dll
    9. Rehat dan tarik nafas yang panjang setiap 15 minit
    10. Tamatkan mengulangkaji dengan doa : Mohon kepada Allah agar diberi ketenangan.
    11. Sudahkan dengan membaca Tasbih Kafarrah dan surah Al-asr
    12. Simpan semula buku yang digunakan di tempatnya yang asal.

    Sumber : Laman Aspirasidiri

  3. CARA MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF

    1. Tunggu sehingga soalan diberikan.
    2. Jangan buka soalan sehingga dibenarkan untuk berbuat demikian.
    3. Dengar dengan teliti arahan ketua pengawas.

    Apabila masa menjawab telah bermula

    1. Baca kalimah Basmallah.
    2. Buka buku soalan. Baca soalan dengan teliti
    3. Tandakan kata kunci bagi soalan tersbut
    4. Buat pengiraan (jika berkaitan), rujuk petikan (jika berkaitan),
    5. Buat pilihan jawapan yang paling tepat
    6. Hitamkan jawapan yang telah dipilih di kertas jawapan (JOB) dengan sempurna
    7. Jika tersalah PASTIKAN padam betul-betul jawapan terdahulu, hitamkan yang baru.
    8. Elakkan kesilapan yang tidak disengajakan iaitu kesilapan ketika menghitamkan jawapan di kertas JOB. Jika pilihan jawapan A, pastikan hitamkan A di kertas JOB.
    9. Semak semula jika telah selesai menjawab.
    10. Jika terdapat keraguan pilihan jawapan semasa menyemak kekalkan dengan pilihan ASAL.
    11. Tawakal kepada Allah jika masa menjawab telah tamat.

    TIPS PENTING

    1. Tinggalkan soalan yang tidak dapat difahami /susah. (ingat, bulatkan dahulu soalan tersebut sebagai penanda dan bagi memudahkan anda untuk kembali semula kepada soalan tersebut)
    2. Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu / senang
    3. Langkah ini dapat menjimatkan masa.
    4. Kembali semula ke soalan-soalan yang belum dijawab
    5. Setiap kali timbul keraguan, bertenang adalah langkah terbaik.

    PESANAN PENTING

    1. Sentiasa peka dengan MASA.
    2. Pastikan kamu menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya.
    3. Jangan lakukan aktiviti lain selain dari memberikan tumpuan kepada menjawab soalan seperti, MELUKIS, TIDUR, Ke tandas tanpa tujuan..
    4. Hargailah peluang yang diberikan kepada kamu….

    Sumber : Laman Aspirasidiri

  4. TIPS KECEMERLANGAN

    Persediaan dan perancangan yang rapi akan memastikan kecemerlanagan dalam peperiksaan nanti. Anda dinasihatkankan mengikut garis panduan berikut terutamanya bagi dua bulan sebelum tarikh peperiksaan.

    a. Solat hajat.
    b. Menyediakan satu jadual ulang kaji.
    c. Mengadakan sesi kumpulan permbelajaran dan perbincangan.
    d. Membuat ulang kaji semua tajuk.
    e. Menjawab kertas peperiksaan percubaan negeri lain.
    f. Malam sebelum peperiksaan.

    Solat hajat.

    Anda hendaklah sentiasa sembayang hajat dan berdoa kehadrat Allah s.a.w. agar semua kerja kita dirahmati dan diberkati NYA serta membuahkan kejayaan sebagaimana yang diimpikan. Insya Allah.

    Menyediakan satu jadual ulang kaji.

    Anda mestilah menyediakan satu jadual harian bagi mengulangkaji mata pelajaran dengan teratur dan sempurna. Lebihkan masa diperuntukkan untuk mata pelajaran yang memberi masalah kepada anda.

    Kesihatan juga mesti dijaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Anda tidak seharusnya belajar hingga lewat malam kerana ia menjejaskan konsentrasi disebabkan oleh keletihan. Fikiran hendaklah tenang dan temteram dengan bersiar-siar di taman selepas belajar beberapa jam, jika keadaan mengizinkan.

    Anda hendaklah mengelakkan diri daripada aktiviti yang boleh membawa kecederaan. Tidur mesti awal supay badan segar dan cergas pada pagi yang berikut. Waktu subuh ialah masa paling sesuai untuk belajar kerana suasana sunyi dan nyaman.

    Mengadakan sesi kumpulan permbelajaran dan perbincangan.

    Anda boleh mengadakan kumpulan pembelajaran dan perbincangan (study group) bersama-sama dua atau tiga orang kawan yang menghadapi peperiksaan yang sama. Kumpulan ini boleh mengadakan sesi pembelajaran dan perbincangan sekali-sekala di rumah atau di sekolah. Dalam sesi ini anda boleh berbincang tajuk-tajuk yang dianggap susah,dalam sesi itu juga anda boleh mendapat lebih banyak idea serta mengatasi segala masalah dengan cepat dan berkesan.
    Membuat ulang kaji semua tajuk.

    Anda mestilah mengulang kaji semua tajuk dalam sukatan pelajaran. Jangan mengabaikan mana-mana tajuk walaupun tajuk berkenaan telahpun dikemukakan dalam kertas peperiksaan tahun sebelumnya. Anda hendaklah melihat kembali semua kerja latihan yang pernah dijawab. Buku latihan hendaklah disimpan dan diuruskan dengan kemas, proses ulangkaji akan menjadu mudah dan sistematik.

    Anda juga seharusnya mengulangkaji tentang konsep catatan bergu, prosedur mencatat data dalam Buku Catatan Pertama, dan proses pembukuan ke lejar. Selain itu, anda mesti memberi perhatian kepada pelarasan pada hari imbangan dan juga menghafal format akaun penamat, penyata dan juga lembaran kerja.

    Menjawab kertas peperiksaan percubaan negeri lain.

    Setiap negeri di malaysia kini mengadakan peperiksaan percubaan bersama yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Anda seharusnya cuba mendapatkan, memungut salinan kertas soalan tersebut dan cuba menjawabnya semasa mengadakan sesi perbincangan kumpulan. Menerusi cara ini, anda boleh mendapat lebih banyak pengalaman menjawab soalan dan mendapat pendedahan kepada pelbagai tajuk dan teknik soalan.

    Malam sebelum peperiksaan.

    Anda mesti membuat persediaan dengan rapi pada malam sebelum peperiksaan. Secara umumnya, anda mestilah memastikan perkara berikut :

    • Membawa kad pengenalan
    • Menyediakan semua jenis alat tulis yang diperlukan.
    • Memastikan kalkulator anda dalam keadaan baik dan diisikan dengan bateri yang baik.
    • Membuat ulangkaji sepintas lalu topik yang difikirkan penting.
    •Tidur awal supaya berasa segar, cergas dan tenang pada hari berikut.

    ~ Semoga Berjaya ~

  5. TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN
    Written by JS

    Menjelang peperiksaan, pelbagai permasalahan disuarakan oleh bukan pelajar tetapi juga ibu bapa. Diharapkan tips dan panduan ini dapat membantu anda untuk menghadapi senario peperiksaan.

    Bagi pelajar, masalah² seperti cara membahagikan masa, strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulang kaji yang tebaik sering ditanya.

    Bagi ibu bapa pula, petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular.

    Artikel ini cuba menjawab secara umum,akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri, dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa, guru dan pihak lain yang prihatin.

    Pertama

    Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.

    Kedua

    Ppastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.

    Ketiga

    Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok. Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

    Keempat

    Ssanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.

    Kelima

    Mmematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.

    Di samping membaca.memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

    Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan.

    Keenam

    Sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.

    Ketujuh

    Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.

  6. as’k0m,,cg

    Lps raye sy ad trial spm akaun,,
    So,leh x cg kasi tip2 bab yg perlu sy study lbh kuat lagi?..

    Tq,,cg =)

  7. Waalaikumussalam,

    Dengan andaian Syafiq telah cover semua topik, bab2 yang perlu diberikan lebih tumpuan (study lebih kuat) ialah topik2 Anchor Item kerana soalannya agak mencabar dan menguji kemahiran perakaunan pelajar.

    Topik2 Anchor Item ialah:
    1. Penyediaan Penyata Kewangan samada bagi Milikan Tunggal, Perkongsian, Rekod Tak Lengkap (kaedah analisis) dan juga Kelab dan Persatuan.
    2. Perkongsian – Ak Pengasingan Untung Rugi dan Pembubaran.
    3. Rekod Tak Lengkap – kaedah perbandingan
    4. Ak Kelab dan Persatuan
    5. Akaun kawalan

    Tips seterusnya cuba jawab sebanyak mungkin soalan2 trial dari negeri2 lain serta soalan tahun lepas.

    ~ Semoga Berjaya dalam Trial dan SPM.

  8. hi cikgu.
    cikgu tahun ini spm akaun penamat akan keluar atau tidak?
    cikgu tahun ini akan keluar soalan apa?

  9. Jenicetan,

    Akaun Penamat akan dikeluarkan dalam soalan 2, sama ada bagi Milikan tunggal, Perkongsian, Kelab dan Persatua ataupun Rekod Tak Lengkap.

    Maaf, Cg tak tahu topik apa yang akan dikeluarkan pada tahun ini, cuba kuasai topik sebanyak mungkin sementara masa masih ada. Semoga Berjaya.

  10. terima kasih cikgu.
    tips yang cikgu beritahu saya amat berguna dan saya akan cuba kuasai.cikgu,soalan objektif tahun yang lepas akan keluar lagi?

  11. cg….rif lemah dalam mata pljran prinsip akaun….pe yang rif bleh lakukan…..rif dah buntu

  12. salam cikgu,
    cikgu tahu x topik mana yg harus dberikan lebih perhatian for spm 09?

    saya nak ulangkaji tapi x tau nak start dari mana~~

    harap cg dpt tolong saya,
    tq

  13. Habeeba,

    Salam, sebagai panduan topik2 yang perlu diberikan keutamaan bolehlah rujuk kepada Analisis Soalan2 Trial 2009 yang disediakan oleh Cg Mohammad Said melalui Blog beliau DISINI. (klik)

    Seterusnya cuba kuasai topik2 yang lain juga. Semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir anda dengan A+.

    Semoga Berjaya.

  14. salam……
    sy nk tye,,bley x sy nk peruncingan soalan perinsip akaun hok pertengahan tahun ini????

  15. lpee nk bgtau,,,,sye nowp peruncingan soalan p.akaun di terengganu……bley x???????

  16. cikgu saya lemah dalam menyediakan kunci kira-kira..boleh bagi tips x???peruncingan untuk pertengahan tahun ngeri trg ada x???

  17. Azman,
    Kena tanya cikgu anda disekolah, kerana beliau lebih mengetahuinya.

    Ismail,
    Fahami apa itu Aset Bukan semasa, aset semasa, liabiliti semasa, liabiliti bukan semasa dan ekuiti pemilik. Fahami kedudukannya dalam KKK mengikut format yang betul.
    Cuba dapatkan tips2 dan panduan daripada komen diSINI (klik).

  18. assAlamualaikum cikgu..ape kabar..
    wah ni mmg cikgu akaun betul ni ek..well done..sy terjumpa site ni ms tgh google nk cari cmne nk face my exam next month. it is ACCA but since less than 1 month to go now it become so hard to understand + nervous..klau cikgu ada petua jugak untuk saya ni…anyway tips2 yg ada kt sini amat berguna especially for spm candidate.good luck all..

  19. ada x perunciingan pmr pertengahan tahun yang sains kertas 2..esk da exm..

  20. di terngganu..

  21. Maaf, Cg hanya mengajar Prinsip Perakaunan SPM sahaja.

  22. salam,,,
    ckgu tau x peruncingan percubaan p.akaun 2010??
    bab ane kne bg pehatian lbh skt???

  23. Salam,
    Maaf, diluar pengetahuan Cg. Cuba kuasai sebanyak mungkin topik yang ada.

    ~ SEMAKIN BANYAK TOPIK YANG DIKUASAI, SEMAKIN HAMPIR DENGAN A+

  24. assalamuaalaikum
    trm kasih ckgu atas segala tips yang ckgu berikan…di sini, sy ingin memohon kebenaran ckgu utk berkongsi tips berguna ini dgn pelajar sy…

  25. Liza, waalaikumussalam.
    Dipersilakan ambil mana2 yang berkenang dan edarkan kepada pelajar.

  26. selamat maju jaya buat cg. Semoga segala usaha diberkati Allah.

  27. Terima kasih, Semoga usaha kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

  28. Assalamualaikum Cikgu Narzuki.
    Tahniah cikgu kerana telah berjaya menghasilkan blog yang sangat berguna dan berinformasi. Saya mohon izin untuk linkkan tips peperiksaan ini di dalam blog sekolah kami. Blog cikgu juga telah saya linkkan. Terima kasih atas perkongsian. Semoga usaha yang cikgu lakukan ini berberkati Allah hendaknya.

  29. Waalaikumussalam,
    Amin. Dipersilakan ambil mana2 yang berkenan dan difikirkan sesuai untuk kegunaan cikgu dan anak2 pelajar sekalian.

  30. Terima kasih banyak. blog cikgu telah banyak membantu saya, semoga tuhan membalas segala kebaikan cikgu. Koleksi soalan cikgu banyak membantu. Tak sabar nak tunggu koleksi soalan trial spm tahun ni. Terima kasih sekali lagi

  31. Cg Saina,

    Sudah boleh MUAT TURUN, sila ke post Koleksi Trial Prinsip Perakaunan SPM dan Perakaunan STPM 2010. (klik)

  32. terima kasih cikgu atas perkongsian. ia sangat membantu!

  33. cikgu, saya rasa saya sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan…cuma,saya ragu2 pada persediaan saya..saya sendiri kadang2 tak yakin yang saya dah bersedia atau tidak…lebih2 lagi prinsip akaun ni…saya mahu bertanya tajuk apakah yang perlu saya beri perhatian yang lebih? cikgu saya pun menyuruh saya bertanya dengan cikgu…saya harap cikgu dapat membantu…berilah seberapa banyak tajuk yang perlu saya kuasai dengan lebih mendalam lagi…barulah saya tak kan ragu pada persediaan saya menghadapi peperiksaan tahun ni…

  34. Tahniah, kerana sudah bersedia, cuma perlu pupuk keyakinan diri sahaja. Maaf, Cg tiada topik2 yang perlu diberikan lebih tumpuan, bagi Cg semuanya berkemungkinan akan disoal dalam SPM nanti. Cadangan Cg bagi meningkatkan keyakinan diri, jawab semua soalan daripada Koleksi Trial 2010 Cg Narzuki Online. Jika sudah, buat SEMAKAN SEMULA terhadap setiap SOALAN dan JAWAPAN ANDA. Imbas kembali cara2/langkah2 untuk menjawab soalan tersebut, maklumat yang diberikan serta pelarasan yang perlu dilakukan, juga format2 yang terlibat.

    Pada pandangan Cg, dengan cara tersebut PERSEDIAAN dan KEYAKINAN DIRI akan lebih meningkat.

  35. macam mana kita nak pilih aliran selepas pmr? tolong lah saya betul2 tengah buntu sekarang nie…..

  36. Perkara tersebut sebaik2nya rujuk kepada kaunselor sekolah.

  37. cg..bagaimanakah caranya saya boleh dpt kertas soalan percubaan dr ngeri lain..?

  38. salam cikgu…mohon izin untuk berkongsi tips ini dengan pelajar saya…thanks

  39. ckg sye nie lmah sangat-sangat dlm subject prinsip akaun…dah tak tau nak wat cam ne lagi dah ckg Dah la taun nie nak SPM T^T sye dah cuba tumpukan perhatian dlm kelas tpi tak berhasil gak la ckg.. ape yang ckg sye ajar kbanyakannye x masuk dlm ingatan langsung dan sye tak faham apa yang diajar…apa yang perlu sya buat? boleh tak ckg tolong sya mcm tajuk apa yang paling penting dlm SPM yang slalunye akan kluar bab nie dan perlu untuk diberi perhatian 🙁

  40. Wani,

    Cadangan Cg, terus jumpa guru anda untuk bertanya secara langsung apabila ada yang tidak faham. Pada kebiasaannya guru2 akan memberikan latihan mengikut topik2 penting, maka pastikan semua latihan tersebut disiapkan dan dihantar untuk semakan guru. Serta jawab soalan2 percubaan SPM 2011 dari negeri2 lain nanti sebagai persediaan menduduki kertas prinsip perakaunan pada 5 Disember 2011 nanti.

  41. thanks cikgu utk tips peperiksaan. doakan saya berjaya untuk spm 2011, amin 🙂

  42. Cr,

    Cg doakan semoga, berjaya dengan cemerlang.

  43. Assalamualaikum Cikgu,

    Terima kasih dgn tip2 yg cikgu beri itu..Semoga dgn tip2 itu saye berjaya dlm peperiksaan…Amin 🙂

  44. Himak, waalaikumussalam.

    Cg doakan semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti. InsyaAllah.

  45. EMPAT UNSUR KECEMERLANGAN DIRI

    1. Jasad
    Jasa ialah bentuk fizikal manusia. Amalan hidup yang sihat amatlah penting untuk merangsang jasad. Kita tahu akan kewujudan jasad apabila kita berasa sakit akibat terluka dan sebagainya. Dorongan emosi negative yang berlebihan akan membuatkan kita tertekan dan mewujudkan pelbagai jenis penyakit seperti migraine, sakit jantung dan darah tinggi. Kajian menunjukkan orang yang tidak memperolehi ketenangan diri dari segi rohani, mental dan emosi mempunyai jasad yang tidak sihat dan mudah terdedah kepada penyakit.

    2. Emosi
    Emosi merupakan aspek perasaan yang berhubung rapat dengan minda dan rohani. Emosi wujud daripada pemikiran yang mencetuskan perasaan dan kemudian membentuk perilaku. Emosi mampu dirangsang dengan adanya sifat- sifat positif iaitu sabar, tabah, tiggi daya tahan, dan sebagainya.

    3. Minda
    Minda berkait rapat dengan keseluruhan diri, emosi, dan jasad kita. Walaupun kita mengenali otak sebagai organ yang mencetuskan idea dan pemikiran, tetapi ia sebenarnya tidak terhad kepada fungsi itu semata- mata. Para penyelidik Barat tidak dapat mendefinisikan dengan sebenar- benarnya maksud minda. Tetapi kita boleh definisikan minda sebagai pembentuk diri dan ingatan yang diasaskan oleh otak ( hardware ) dan minda separa sedar ( subconscious ) yang berfungsi secara total.

    4. Rohani
    Rohani ialah unsur yang paling penting dalam diri manusia. Tuhan telah menghidupkan kita dengan meniupkan roh ke dalam jasad kita. Apabila manusia menemui ajalnya, asa akan hancur tetapi roh akan kekal selama- lamanya.

    Sumber : https://batch13smih.blogspot.com/2011/09/empat-unsur-kecemerlangan-diri.html

  46. PENDEKATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK BIJAK BELAJAR

    1. Bijak menentukan pendiriran:-
    Berapa pun A yang diperolehi ( semua A beberapa Aataupun tiada A dalam SPM saya sendiri yang menentukannya bukan orang lain.

    2. Bijak menguasai pelajaran:-
    Bagi menguasai sesuatu subjek, saya mesti mengamalkan sepenuhnya strategi S.A.T.U.

    3. Bijak menetapkan matlamat peperiksaan:-
    Seperti pelajar yang lain, saya perlu ada matlamat SPM yang khusus dan mencabar.

    4. Bijak mengurus masa yang terhad:-
    Dahulukan atau utamakan aktiviti yang memberi sumbangan terbesar kepada matlamat. Manfaatkan 100 % masa belajar di sekolah dan selepas sekolah.

    5. Bijak mempupuk semangat kemenangan:-
    Saya mesti sentiasa meyakini bahawa selagi saya berusaha saya tetap berpeluang untuk meraih kejayaan.

    6. Bijak bertindak sehinggah berjaya:-
    Usaha yang bersungguh- sungguh dan segera secara konsisten ( berterusan ) dari awal yang boleh menjamin kejayaan seseorang pelajar.

    LIMA PERKARA YANG MESTI DIBUAT SETIAP HARI

    1. Ibu kunci kejayaan akademik ialah faham, untuk kuasai setiap subjek mesti faham

    2. Guna hujung minggu:-
    Hari sabtu:- gunakan untuk ulang kaji semua tajuk yang telah diajar oleh guru
    seminggu yang lalu
    Hari ahad:- Gunakan untuk buat persedian awal.

    3. Bagi memotivasikan diri untuk belajar bersungguh- sungguh mesti ada matlamat
    belajar yang khusus dan mencabar. Maklumat berkenaan mensti dirujuk tiap- tiap
    hari.

    4. Put First Thing First, saya mesti utamakan aktiviti penting ( memberi sumbangan
    terbesar kepada matlamat ) dan hentikan pembazairan masa.

    5. Sebelum saya boleh mendapat A salam setiap subjek, saya mesti nampak A dalam
    subjek berkenaan dalam fikiran saya terlebih dahulu.

    Sumber : https://batch13smih.blogspot.com/2011/09/pendekatan-kecemerlangan-akedamik-bijak.html

  47. TIPS CARA BELAJAR DI SAAT-SAAT AKHIR

    1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk

    2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.

    3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.

    4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.

    5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.

    6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.

    7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.

    8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

    Sumber : https://www.churpchurp.com/afiza/share/PetronasMotoGP

  48. Tips menghadapi EXAM!!

    1. Tidur awal

    Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.

    2. Bangun awal

    Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan. Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.

    3. Baca surah Yaasin

    Abah saya kata, Surah Yaasin adalah ‘surah yang memudahkan’. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan.

    Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.

    4. Telefon ibu

    Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita. InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.

    5. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal

    Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk
    mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.

    Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia
    termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik??

    Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan.

    6. Senyum dan Sapa

    Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain. Macammana nak bertegur sapa?

    Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan hulur tangan untuk bersalaman. Kemudian, perkenalkan diri dan tanya nama dia, dari mana dia datang dan apa-apa sajalah.

    Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.

    7. Kunyah gula-gula getah (/chewing gum/)

    Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan mengunyah /chewing gum/. Mengunyah /chewing gum/ bukan saja dapat mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak mengunyah /chewing gum/ semasa/meeting/.

    Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli /chewing gum/ dan meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya lebih /pick-up /daripada biasa.

    Jadi, kepada yang tak pernah mencuba tips ini. Cubalah kunyah ‘/chewing gum/‘ semasa anda menduduki sebarang peperiksaan.

    8. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar

    Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin.

    9. Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah

    Selepas habis menjawab semua soalan. Ucapkanlah Alhamdulillah dan bertawakal lah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha yang kita telah lakukan.

    10. Muhasabah diri

    Selepas peperiksaan telah selesai semuanya, muhasabah lah diri. Catatkan kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang kita telah lakukan dalam menghadapi peperiksaan. Catatan ini penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat
    mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.

    Sumber : https://pakarhowto.com

  49. salam cg….klo kiter nk skor A dalm exm p.a ….kertas 1 kiter sekurng kurangnyer kna skor berape???dan kertas dua???

  50. Kiko,

    Untuk skor sekurang2nya A …….. Cg cadangkan letak target untuk capai 80%
    Kertas 1 .. sekurang2nya 18% ….. iaitu betul 35 / 40
    Kertas 3 ,, sekurang2nya 18 %
    Kertas 2 .. sekurang2nya 44 % ….. iaitu 73 / 100 markah.

  51. x lame lagi sy nk trial.boleh x ckg bg tips soalan ape yg d’jangka keluar?

  52. Siti Aisyah,

    Nasihat Cg, cuma kuasai sebanyak mungkin topik yang ada, “Semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir dengan A+”. Sediakan SENARAI SEMAK dengan menyenaraikan semua topik2 tersebut, kemudian tanda mana2 topik yang sudah dikuasai, … seterusnya gunakan masa yang seadanya untuk menguasai topik2 yang lain. Jika itu yang dilakukan, insyaAllah kejayan (A+) akan jadi milik anda.

    Semoga berjaya dalam trial dan SPM nanti.

  53. PANTANG LARANG PELAJAR UNTUK MENUJU KECEMERLANGAN

    Semua orang ingin menjadi pelajar cemerlang. Untuk menuju kecemerlangan, pelajar perlu mengamalkan beberapa pantang larang. Pantang larang ini bukanlah untuk menyekat kebebasan pelajar tetapi bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan juga ingatan, juga sebagai satu usaha untuk meningkatkan kecerdasan akal fikiran. Berikut antara beberapa pantang yang perlu pelajar ikuti untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Insya-Allah.

    1. Makan Terlalu Kenyang.

    Makan terlalu kenyang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pelajar. Terlampau kenyang akan menggangu tumpuan pelajar untuk mentelaah pelajaran serta mengurangkan mutu pembelajaran. Makan terlalu kenyang boleh menyebabkan pelajar menjadi mengantuk yang mengakibatkan kelembapan akal fikiran serta menegah pelajar dari memberi tumpuan sepenuhnya terhadapa pelajaran.

    Makan terlalu kenyang juga menyebabkan hati jadi keras, juga satu sikap yang keji yang boleh membunuh akal fikiran. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Jangan kamu matikan hati (akal fikiran) dengan banyak makan dan minum, maka sesungguhnya hati seperti tanaman, sesungguhnya mati tanaman apabila berlebihan air ke atasnya.”

    2. Tidur Berlebihan

    Tidur yang berlebihan akan mempusakai keras hati, malas belajar dan lemah ingatan. Sebagai seorang pelajar jauhi dari sikap ini agar pelajar mudah menerima pelajaran dan sentiasa tingkatkan daya ingatan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Tiga perkara mempusakai keras hati, suka tidur, suka melepak dan suka makan”.

    3. Makan makanan yang masam.

    Asaam yang berlebihan seperti pauh masam, epal masam, cuka dan sebagainya boleh menyebabkan akal menjadi tumpul. Memakan banyak asam boleh menyebabkan banyak lendir terkumpul di bahagian tengkuk yang dikenali sebagai balgham yang boleh menyebabkan lambatnya proses mengingatkan pelajaran.

    4. Membaca Nama di batu nesan.

    Membaca nama di batu nesan di kubur boleh menyebabkan hati keras dan lembabnya fikiran.

    5. Bau busuk.

    Jauhi dari terlalu kerap menghidu bau busuk kerana selain dari makruh, ia juga boleh menyebabkan akal menjadi lemah dan ingatan menjadi kurang menyebabkan akal jadi mati dari terus cergas untuk menaakul.

    6. Menatapi pada najis serta aurat, terutamanya kemaluan.

    Melihat dengan pandangan yang memerhati kepada kekotoran, najis serta kemaluan adalah antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang itu pelupa atau lemah ingatan.

    7. Tidur selepas subuh dan asar.

    Pelajar perlu membuang tabiat suka tidur selepas subuh dan asar kerana kesanya badan jadi lemah dan akal juga jadi lemah. Badan lemah juga memudahkan dihinggapi penyakit.

    8. Belajar secara memenatkan.

    Pelajar hendaklah menghindari dari belajar secara memaksa atau memenatkan fikiran seperti belajar terburu-buru di saat-saat akhir untuk mengejar pelajaran yang tertinggal. Ini akan hanya menjadikan fikiran pelajar lebih berkecamuk menyebabkan pelajar susah untuk mengingatkan fakta.

    Urusan belajar adalah satu urusan yang besar yang tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Gopoh gapah daripada syaitan,an beransur-ansur daripada Allah Taala.”

    9. Malu bertanya.

    Malu bertanya sesat jalan. Hindarkan dari sikap malu bertanya terutamanya bertanya mengenai pelajaran yang tidak difahami.

    Cikgu doakan semoga pelajar-pelajar semua diberkati dan dirahmati Allah serta dipermudahkan dalam urusan pembelajaran serta menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

    Sumber : https://retibahasa.blogspot.com/2012/07/pantang-larang-pelajar-untuk-menuju.html

  54. PERSIAPAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

    Peperiksaan merupakan salah satu cara bagi mengukur tahap kemampuan minda dan kesungguhan para pelajar dalam mendalami ilmu yang diajar di sekolah.Cemerlang dalam peperiksaan bererti anda seorang yang bersemangat tinggi dan tahu hala tuju untuk mencapai kejayaan.Tidak semua pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang bijak.Sebenarnya untuk menjadi bijak anda perlu rajin berusaha.Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang persiapan yang perlu dilakukan bagi menghadapi peperiksaan.

    Langkah yang pertama :
    Anda harus korbankan perkara yang tidak penting seperti menonton televisyen,membaca novel dan bermain permainan video.Anda harus meninggalkan perkara tersebut bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran.Untuk mencapai sesuatu kejayaan,perlu ada pengorbanan yang besar.

    Langkah yang kedua :
    Mulakan sesi pembelajaran atau ulang kaji dengan niat untuk berjaya dan niat tersebut perlulah ke arah kebaikan dan disertai dengan keikhlasan.Setiap niat yang baik pasti akan mendapat pertolongan daripada Tuhan.

    Langkah yang ketiga :
    Hilangkan rasa stress dan tenangkan fikiran dengan sentiasa berfikiran positif.Apabila peperiksaan sudah hampir tiba, anda hanya perlu membaca nota-nota ringkas sahaja.Elakkan membaca buku-buku yang tebal kerana ini akan menyebabkan otak menjadi terbeban dengan maklumat yang banyak.Selain itu,anda juga akan merasa tertekan,mudah marah dan mudah merasa lesu.

    Langkah yang keempat :
    Banyakkan minum air kosong kerana air kosong akan membekalkan oksigen kepada otak dan tubuh anda.Air kosong juga dapat mengekalkan suhu badan anda.Anda juga perlu mengambil makanan yang dapat merangsang otak seperti kismis,kurma,madu lebah.Jangan makan makanan yang pedas dan masam.Hal ini kerana ia dapat melemahkan daya pemikiran anda.

    Langkah yang kelima :
    Lakukan sesi ulang kaji pada waktu pagi iaitu antara pukul 2-4 pagi.Pada waktu ini, suasana amat tenang dan udara masih segar.Suasana seperti ini dapat memudahkan anda memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.Otak juga masih segar dan tidak terbeban dengan hal yang lain.

    Langkah yang keenam :
    Sentiasa melakukan muhasabah diri sebelum tidur.Tekadkan semangat dan cita-cita anda sebelum tidur.Apabila anda bangun pada esok hari,InsyaAllah anda akan berfikiran positif dan keinginan untuk mencapai kejayaan itu semakin meningkat.

    Ini sahaja langkah-langkah yang dapat saya kongsikan kepada anda semua pada kali ini.Semoga apa yang saya kongsikan ini akan menjadi amalan anda yang bergelar seorang pelajar.Pesanan akhir daripada saya, hormatilah guru anda kerana mereka andalah insan yang murni.Tanpa mereka,siapalah kita..Sekian,terima kasih.

    Sumber : Persiapan Menghadapi Peperiksaan

  55. TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

    Belajar Untuk Belajar
    Jangan Takut Pada Peperiksaan
    Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
    Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.

    Kenal Pasti Cara Belajar
    Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
    Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
    Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.

    Teknik Belajar
    Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
    Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.

    Sikap Di Dalam Kelas
    Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
    Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.

    Masa Dalam Kelas Sangat Penting
    Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
    Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
    Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham

    Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas
    Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
    Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.

    Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
    Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
    Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
    Jangan Lupa Bawa Buku Teks
    Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
    Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda

    Mendengar Secara Berkesan
    Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
    Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
    Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.

    Belajar Merancang Masa
    Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
    Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
    Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.

    Buat Jadual Waktu Belajar
    Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
    Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan

    Bosan,Bosan Apa Ubat Nya
    Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
    Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
    Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
    Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.

    Strategi Ulangkaji
    Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
    Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
    Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
    Bincang Dengan Rakan-Rakan

    Teknik Membaca
    Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
    Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.

    Buat Nota Dengan Baik
    Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
    Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
    Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
    Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.

    Manfaatkan Bahan Rujukan
    Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
    Kamus Inggeris-Melayu Dewan

    Persediaan Pada Hari Peperiksaan
    Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
    Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
    Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
    Tidur Dengan Cukup

    Menjelang Hari Peperiksaan
    Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
    Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
    Pastikan Anda Tiba Awal
    Elakkan Dari Berbual Kosong
    Pastikan Semua Keperluan Cukup

    Persediaan Emosi
    Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
    Menjaga Hati Ibu Bapa
    Tidak Bercinta
    Terlalu Yakin
    Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

    Persediaan Fizikal
    Mengutamakan Kesihatan Badan
    Tidak Tidur Larut Malam
    Menjaga Keselamatan Diri
    Makan Makanan Secukupnya
    Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

    Persediaan Mental
    Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
    Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
    Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

    ~ SELAMAT BERJAYA ~

  56. cikgu,macam mana mau tingkatkan gred subjek akaun ini,sekarang markah saya hanya 45 saja..tolong sya,,mau spm sudah..

  57. Vera,

    Cuba baca tip-tip peperiksaan yang telah Cg kemukakan DIATAS. Semoga ianya dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

  58. Assamualaikum Cg Narzuki, saya ni ada masalah SPM , saya menduduki SPM pada Tahun 2003, subject penuh yg saya duduki semasa peperiksaan di sekolah menengah kawasan Kuching sarawak. masalah saya pada waktu itu tidak hadir menduduki 2 subject tetapi ianya bukan subject BM,BI,MATH. cuma ada lain subject saya tidak duduki. persoalannya sampai sekarang saya tidak mendapat Sijil SPM, Mahupun keputusan yg lain menjadi secara Langsung gagal.. adakah saya boleh meminta keputusan2 yg sudah saya duduki peperiksaan itu?

  59. FIedarus, waalaikumussalam.

    Pada kebiasaannya bagi calon SPM2003, keputusan dikeluarkan pada 2004 dan sijil SPM biasanya dihantar ke sekolah selewat2nya 2005. Cuba bertanyakan sijil tersebut disekolah terlebih dahulu. Sekiranya memang tiada disekolah, boleh hubungi terus LPM untuk mendapatkan salinan keputusan… cara2nya boleh rujuk di laman rasmi Lembaga Peoeriksaan (klik)

  60. Assalamualaikum ckgu, nk tye pendpat ckgu… Kalo kita tidak hadir peperiksaan percubaaan SPM subjek BM, akn mmberi kesan x ckgu? Atas alasan trtntu, mgkin bngun trlewat? Time kaseh cikgu.

  61. Aneesa, waalaikumussalam.

    Markah percubaan juga penting kerana markah2 tersebut perlu juga dihantarkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia. Setahu Cg, markah percubaan tersebut akan digunapakai sekiranya terjadi sesuatu keatas skip jawapan SPM calon.

    Cadangan Cg, sila berjumpa guru BM / SU peperiksaan sekolah anda untuk menduduki peperiksaan mata pelajar tersebut pada hari lain.

  62. Trima kasih ckgu…. Soalan yg bakal diambil nanti x sama la kan ckgu..

  63. Aneesa,

    Bergantung kepada guru BM anda.

  64. OK cikgu…. Trima kasih byk2 ….. (:

  65. thank for tips2 ni .ape pun sye akn try ekt tip2 ni 🙂

  66. Menghadapi Tekanan Peperiksaan

    Anda sedang dalam musim peperiksaan? Apa perasaan anda? Apa yang bergolak dalam diri jiwa anda sekarang memikirkan bakal tibanya tarikh peperiksaan anda? Bagaimana pula kiranya peperiksaan ini bakal menentukan sebahagian besar masa depan anda? Pastinya, anda merasakan tekanan yang sangat berat.

    Tiada siapa yang akan tenang dalam situasi ini. Namun biasakah anda melihat, rakan-rakan anda yang hakikatnya mempunyai peperiksaan yang sama seperti anda tetapi dia kelihatan tenang sahaja sepanjang hari? Dan biasakh anda melihat rakan yang lain pula begitu tertekan dengan situasi ini? Apakah yang membezakan mereka atau anda sendiri?

    Jawapannya adalah cara seseorang itu menangani tekanan dalam keadaan ini.

    Bagaimana caranya menghadapi tekanan dalam keadaan ini? Tekanan pada saat-saat akhir amat berbeza berbanding tekanan belajar yang lain. Mengapa? Kerana tekanan pada masa ini, memerlukan kita terus mengulang kaji kerana kita mempunyai peperiksaan yang bakal tiba. Makanya kita tiada masa untuk meninggalkan sumber tekanan kita iaitu pelajaran. Sekiranya kita meninggalkannya maka kita menghadapi risiko untuk gagal. Jadi bagaimana caranya untuk menangani tekanan tersebut? Jujur saya katakan disini kita tidak mampu menangani tekanan ini secara sepenuhnya tapi cukup sekadar untuk mengurangkan tekanan yang ada agar kita boleh terus belajar dan fokuskan diri kita. Makanya disini saya ingin berkongsikan beberapa cara yang pastinya berkesan untuk membantu anda kerana ia juga banyak membantu saya.

    1) Dekatkan diri pada Tuhan
    Ini bukan lah bermakna jika tidak perlu anda menjauhkan diri dari Tuhan. Namun apabila sebelum anda sudah dekat, maka dekatkanlah lagi. Mendekatkan diri pada Tuhan tidak bermakna anda perlu berada di atas tikar sejadah 24 jam sehari. Tapi dengan memenuhi sagala tuntutanNya dengan sempurna, tambahkan amalan sunat seperti solat hajat yang tidak sampai 5 minit pun untuk dilakukan. Banyakkan berdoa. Ingatlah kajayaan anada bukan ditentukan dengan berapa banyak buku yang anda baca tetapi adalah takdir Tuhan ditambah usaha anda. Jika Allah katakan jadi maka jadilah ia.

    2) Hubungi ibu bapa anda
    Kerapkanlah menelefon ibu bapa anda sekiranya anda tinggal jauh dari mereka. Lebih untung bagi yang tinggal bersama orang tuanya. Banyakkan berbuat baik pada mereka. Sesungguhnya doa mereka untuk anda adalah yang paling makbul. Anda juga dapat mengurangkan tekanan dengan bercerita masalah dengan ahli keluarga anda.

    3) Jika terlalu penat, berhenti!
    Sekiranya anda terlalu memaksa diri untuk belajar pasti anda akan lebih tertekan. Tapi jangan sehingga terlalu leka. Rehatkan diri 5 ke 10 minit sudah cukup untuk mengembalikan fokus anda semula.

    4) Senaman
    Senaman penting dan seharusnya dilakukan dengan kerap. Jika terlalu tertekan jangan lepaskan pada makanan atau apa-apa yang tidak bermanfaat sebalikya beralih pada senaman. Bersenamlah sekurang-kurangnya 20 minit sehari atau 3 kali seminggu. Senaman membantu meningkatkan oksigen yang pergi ke otak anda maka anda menjadi lebih cerdas dan dapat lebih fokus dalam pelajaran.

    5) Jaga pemakanan
    Walaupun anda sibuk, anda perlu menjaga pemakanan yang seimbang. Jangan terlalu sibuk belajar dan meninggalkan waktu makan. Badan anda akan cepat letih kerana kurang tenaga maka bagaimana anda ingin terus belajar.

    6) Tidur secukupnya
    Saya tidak mengatakan tidur cukup memerlukan anda tidur dari 10 malam ke 6 pagi. Saya pasti ramai yang suka berjaga malam untuk belajar. Bagi saya itu tidak menjadi masalah sekiranya anda sudah biasa dengan cara itu tetapi pastikan anda tidak terlalu memaksa lalu menyusahkan diri anda. Tidur cukup mungkin berbeza bagi setiap orang, ada yang tidur 3 jam pun sudah cukup namun ada yang tidur 8 jam masih belum cukup. Jadi sesuaikan dengan fisiologi anda. Hanya anda yang tahu mengenai diri anda sendiri.

    7) Lepaskan dengan segera
    Sekiranya merasakan tertekan yang amat sangat, lepaskan dengan segera. Jeritlah, atau ketawalah sepuasnya. Lepaskan segalanya dengan segera tetapi jangan dengan cara yang salah. Anda boleh juga melepaskan tekanan itu dengan menyanyi atau lain-lain yang anda suka.Harapnya semua ini dapat membantu anda menghapi tekanan dan selamat berjaya saya ucapkan bagi yang bakal menghadapi peperiksaan.

    Sekian. Wallahualam. 

    Sumber : Menghadapi Tekanan Peperiksaan 

  67. untungnya dpt baca blog ni 😀

  68. tips untuk dapat kuputusan cemerlang dalam perakaunan spm

  69. Nur Azrin,

    Keputusan cemerlang hanya diperolehi dengan menyediakan jawapan dengan lengkap dan tepat.

    Maka berlatihlah kearah itu, jawablah setiap latihan yang diberi oleh guru.. seolah2 anda sedang menjawab soalan SPM.

  70. Adoidoi perasaan takut susah nak hilang lah cikgu

  71. Assalamualaikum cikgu ;
    spot soalan thn 2015 ada tak ? Nk fokus tajuk mana ? N cg boleh tak bg bab yg mudah Dapat markah ?

  72. Mujahidah, waalaikumussalam.

    Maaf, saya tiada soalan spot. Nasihat saya, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada… dana dalam setiap topik ada ARAS mudah, sederhana dan susah… pastikan anda kuasai aras MUDAH dan SEDERHANA dahulu.

  73. Cikgu nak list topik yg mudah dan sederhana 🙂

  74. Mujahidah,

    Dalam setiap topik.. ada aras mudah, sederhana dan tinggi.
    Aras mudah – ingat format dan langkah2 menyediakannya.
    Aras sederhana – kuasai item pelarasan yang biasa dan mudah..
    Aras tinggi – item pelarasan aras tinggi …KBAT.

    Aras kesukaran dlm kertas 2… 4:3:3… M:S:T
    maka jika kuasai atas M dan S…sudah dapat 70%.

  75. Apakah akan jadi kepada keputusan spmsaya kalau tidak hadir salah satu daripada subjek peperiksaan spm kerana kelewatan membuat keputusan untuk drop

  76. Harith,

    Jika tidak hadir.. maka dalam slip peperiksaan nanti akan keluar gred X.. untuk tidak hadir bagi subjek itu sahaja. Manakala dalam Sijil SPM sebenar nanti subjek tersebut tidak akan dinyatakan/disenaraikan.

  77. berapakah orang boleh belajar secara berkumpulan?

  78. kenapa aktiviti belajar secara berkumpulan sangat berfaedah?

  79. Wan Nur Aliyah,

    9 TIPS BELAJAR BERKUMPULAN
    Hari ini kita berbicara tentang cara belajar. 9 Tips Belajar Berkumpulan Tidak dinafikan bahawa belajar berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang efektif selain belajar bersendirian. Ia membolehkan perkongsian matlamat dengan lebih pantas kerana komunikasi 2 hala dapat dijalankan dengan segera jika terdapat sebarang persoalan. Berbanding belajar secara individu, seseorang mungkin terpaksa mengambil masa yang agak panjang jika soalan itu sukar dijawab.

    Selain itu, belajar berkumpulan sangat sesuai dijalankan untuk mempercepatkan proses pemahaman terhadap sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, jika anda merasakan bahawa anda agak mengambil masa untuk memahami sesuatu subjek, maka jalan terbaik adalah dengan belajar berkumpulan.

    Dibawah disenaraikan 9 tips belajar berkumpulan.
    1. Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.
    2. Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan.
    3. Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.
    4. Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.
    5. Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli.
    6. Bentangkan tajuk dengan serius.
    7. Buka sesi soal jawab selepas tamatnya pembentangan.
    8. Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.
    9. Saling memberi dorongan antara satu sama lain. Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.

    Sumber: https://www.drinspirasi.com/blog/9-tips-belajar-berkumpulan/

  80. Cikgu Narzuki,

    saya darjah 4.cg boleh x bagi saya tips untuk dpt tepat pertama dalam peperiksaan?
    supaya saya tidak takut untuk menjawab peperiksaan akhir tahun.

  81. Putera,

    Tips untuk berjaya / tempat pertama.. tingkatkan keyakinan .. boleh rujuk Tips2 yang telah Cg kemukakan diatas. Dan Cg doakan semoga Putera berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun nanti.

  82. terima kasih cikgu saya berasa sangat gembira apabila melihat keputusan BAHASA INGGERIS saya bagus

  83. cikgu saya tak ambil add math dan saya ambil matematik biasa sahaja…. kalau nak score berapa markah yang saya patut saya dapat?? contoh kertas 1 kena dapat berapa betul dan kertas 2 kena dapat berapa?? dan saya nak beberapa tips kalau nak dapatkan A dalam matematik…..

  84. Radiga,

    Sila rujuk guru matematik.
    Disini blog Prinsip Perakaunan.

  85. Assalamualaikum Cgu..

    Sy ade daftar utk subjek biology dn sy tidak ingin ambil periksa spm bio nnty .. maksudnye sy tidak hadir pada exam biology spm .. adakah slip keputusan spm sy akn tergantung? Ataupun ditulis tidak hadir pada subjek bio tersebut? Ataupun slip spm tidak menyatakan subjek bio tersebut?

  86. Iysa, waalaikumussalam.

    Dalam slip keputusan ada ditanda gred X.. manakala dalam Sijil SPM tidak akan dinyatakan.

  87. kalau failed dalam subjek tambahan,dalam slip and sijil spm dye tulis tak?

  88. Nadhrah,

    Dalam slip keputusan akan dinyatakan subjek yang gagal.. cuma dalam Sijil SPM nanti tidak dikemukakan.

  89. TIPS EXAM
    Oleh Dr. Mohd Istajib Mokhtar

    Tips ini adalah pengalaman peribadi sepanjang bergelar pelajar. Boleh la disesuaikan ikut cara anda.

    1. Tetapkan matlamat. Contoh: sem ni cgpa 4.00. Sem ni nak 3.7. Sem ni nak try atas 3.0.

    2. Susun subjek2 mengikut keutamaan. Susunan keutamaan diberikan kepada subjek yang paling susah/perlu diberi perhatian serius sehinggalah subjek yang dah mantop.

    3. Jadual study. Tetapkan jumlah jam study bg setiap subjek. Study 50 minit. Rest 10. Then sambung subjek tu or tukar subjek lain ikut jadual. Subjek susah lebihkan masa. Jadual jangan padat sampai x sempat nak makan.

    4. Kenalpasti masa aktif anda. Klu jenis lepas subuh tidur balik, jangan letak subjek berat anda waktu pagi. Letak subjek susah pada waktu aktif.

    5. Tidur 5 jam dah memadai. Tidur kena jaga. Sebelum tidur study subjek paling susah. Bangun tidur sambung subjek paling susah tu jugak.

    6. Study sambil kunyah kismis. Minum air lebih. Jika anda jenis suka study dengar lagu, pilihlah lagu yg menenangkan (lebih baik dengar bacaan Quran). Siapa jenis suka study sunyi2…cari la tempat seperti library. Study di masjid ada keberkatannya. Rumah Allah kan…

    7. Elakkan study di bilik tidur atau mana2 tempat yang ada bantal or tilam or selimut. Tetiba je nanti dah berselubung.

    8. Penat2 study tu…rest jap call parents. Minta doakan. Dengar suara parents ni menenangkan. Doa mereka pun dimakbulkan.

    9. Siapa yang sempat balik, tatapkan muka parents tu sebelum exam. Walau nanti kwn2 perli kita rajin belajar…at least kita tahu kita nak jalankan tanggungjwb kat parents yg memberi kepercayaan pd kita.

    10. Study tu kena aktifkan semua pancaindera. Baca dengan suara perlahan bagi telinga kita dengar. Tulis nota. Warnakan. Bila guna semua pancaindera, lebih kuat ingatan.

    11. Lepas subuh baca yasin or mane2 surah. Lps solat, jangan malas doa. Solat hajat doa sungguh2. Bagi tenang baru start study.

    12. Beri masa lebih bersama Dia (jgn rush sgt solat). Dia akan beri masanya bersama kita. Bagaimana? Misalnya kita cepat faham. Jadi banyak masa jimat. Xde la asyik ulang benda sama x faham2 dan masa terbazir.

    13. Jangan bergantung pd nota kwn (dia x bg semua tu) haha. Jangan bergantung pd nota kuliah. Jangan bergantung pd soalan exam lepas. Untuk letak diri anda pada level yang berbeza dgn rakan sekelas, carilah dan tambahlah sumber berautoriti lain. Lecturer pun suka ade input tambahan.

    14. Study x faham! Tanye yang faham. X faham juga tanye yg boleh memahamkan. Baca x faham. Ulang baca. X faham juga. Baca lagi. Biar jatuh biji mata. Pasang balik dan sambung baca. Jangan putus asa.

    15. Kenalpasti cara study terbaik utk subjek anda. Jika study group itu terbaik, buat la study group. Klu rasa study sendiri terbaik, study la sendiri.

    16. Jangan asyik sebut susah. Bila selalu sebut susah. Memang la jadi susah. Kurangkan mengeluh. Mengeluh hanya tambah masalah. Mengeluh tu sendiri pun satu musibah. Rilex. Cari solusi.

    17. Cek jadual exam. Study subjek yang last dulu then baru yang awal2. Then nanti ada masa renggang ulang subjek yg last2. Utamakan juga subjek yg dekat2 harinya. Mane subjek yg ade gap tu…bole la kemudiankan.

    18. Guna sticker note utk ringkasan maklumat buku dlm muka surat tertentu. Nanti laju cket baca. Terus tgk point penting kat sticker notes je.

    19. Tolong kawan yang x faham. Bila kita ajar orang, kita akan lebih faham. Faham?

    20. Check waktu exam bebetul. Bawa semua keperluan. Masuk dewan baca la segala doa penerang hati, surah al insyirah then baru duduk. Jangan bukak kertas soalan sblm baca doa dipermudahkan (rabbi yassir wala tu’assir). Jawab dgn tenang. Klu lupa istighfar or zikir2. Sebelum hantar kertas jawapan baca doa tawakkal. Hembus cket. Fuh! Hehe.

    Sekian
    Dr Mohd Istajib Mokhtar
    APD 2008

  90. ckgu esok saya ada exam sej..mcm mna tips ingin hafal sejarah

  91. Yana,

    Cgu doakan Yana dapat jawab dengan baik dan betul dalam exam esok.

    Tips hafal sejarah lebih baik rujuk cikgu sejarah.. beliau lebih arif tentang subjek sejarah.

  92. assalamualaikum,warahmatullah hiwabrakatuh..cikgu bagaimankah hendak menarik minat dalam sesuatu mata peljaran yang paling tidak kita sukai dalam masa genting..hendak periksa..dan bagai mana jua harus menskor A dalam mata pelajaran tersebut..boleh kah kita menskor A dalam mata pelajaran tersebut.

  93. cikgu..bagaimanakah hendak menghafal tips formula sumua mata pelajaran dengan muadah..boleh kah cikgu tetang kan kepada saya..terimakasih cikgu..

  94. Shaaieyba, waalaikumussalam.

    Yang paling penting… tingkatkan motivasi untuk jadi seorang yang cemerlang. Buat perancangan awal, sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik dari sebelumnya..

    Setiap subjek ada caranya yang tersendiri… dampingi guru2 subjek di sekolah untuk dapatkan tips, panduan dan bimbingan daripada mereka dari semasa ke semasa.

  95. Assalamualaikum cg,bleh cg kongsi tips mcm mna nl score dekat p1 prinsip akaun???sebab p1 biasanya sy btul 20ebih je….p2 biasanya 75 ke ats…sy ada masalah sikit dekat p1…

  96. Farisya, waalaikumussalam.

    Untuk kuasai kertas 1… banyakkan latihan & bertanya guru jika tidak faham… fahami konsep/kemahiran yang hendak diuji dalam setiap soalan.

  97. relisya rosman

    assalamualaikum cikgu ,
    saya pelajar pt3 tahun 2016 . saya nak tnye mcm mne sy nak study smua subjek dlm stu mnggu sbelum exam trial pt3?ad tips tak?saya terlampau stress smpai sy terganggu utk belajar kerana masa yg tinggal hanya 1 mnggu sblum trial.

  98. Relisya, waalaikumussalam.

    Sediakan Jadual Belajar untuk seminggu tersebut.

  99. As salam tuan, pohon pencerahan drpd tuan apa implikasi yang bakal dihadapi sekiranya tersilap format menjawab english paper 1 .. Section A…SPM 2016…write a talk…tetapi tersilap format buat dialog… content points ok dah masuk kan cuma format nya tersilap.. pohon tuan beri pencerahan dari segi pemarkahan… terima kasih tuan

  100. Harlena, waalaikumussalam.

    Jangan runsing akan ada markahnya nanti. Adalah tidak digalakkan anda membicarakan kertas yang telah lepas… terus persiapkan diri untuk kertas2 yang akan datang.

  101. assalamualaikum cikgu, saya ingin bertanya tentang exam pendidikan islam. jika tersalah format iaitu tidak mengikut kehendak soalan contoh spt diarahkan utk buat soalan 1 dan 2 . soalan 3/4 pilih. tapi terbuat soalan 1,3 dan 4. adakah markah saya akan ditolak? hm mohon bantu

  102. Hajar, waalaikumussalam.

    Cg cadangkan jangan dibincangkan kertas2 yang lepas.. tumpukan sepenuhnya untuk kertas2 yang akan datang.

  103. Cikgu..nak tanya yang lejar masa exam esok perlukah tulis perkataan seperti tarikh, butir dan jumlah? Sekiranya tidak ditulis adakah markah akan dipotong? Sebab kat sekolah exam tak tulis.. Takut esok tak sempat pula nak tulis semua tu..harap cikgu jawab.. Tq…

  104. Fadzilah,

    Yang penting formatnya dalam bentuk lejar… tajuk2nya tidak mengapa tidak tulis.

  105. Adakah pelajar tidak layak memohon ke lpta sekiranya tidak hadir peperiksaan spm bg subjek add math sedangkan keputusan spmnya agak cemerlang.

  106. Ruby,

    Peluangnya masih terbuka luas… cuma matrikulasi saya yang tidak layak.

  107. Terima kasih diatas tips yang telah dititipkan..

  108. PELAJAR TAHFIZ 10A SPM KONGSI TIP CEMERLANG YANG SEMUA IBU WAJIB TAHU

    Seorang pelajar tahfiz yang memperoleh 10A di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkongsi cerita, dia hanya makan makanan hasil masakan ibunya.

    Dan, apa yang dapat dilihat daripada konsistensi pengambilan masakan ibu, dia mudah menghafal, mudah belajar dan hasil praktis itu juga dia kini menjadi pelajar cemerlang sama ada dari sudut disiplin diri dan juga akademik.

    Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu selain mendapat anak yang cemerlang rohani, jasmani dan juga akademik.

    Tip untuk ibu

    1. Maka ibu sekalian pastikan anak anda makan makanan atau memperoleh makanan harian yang halal kerana ini secara tidak langsung anda sebenarnya sedang membentuk diri anda menjadi seorang ibu yang hebat, penyabar dan bersungguh-sungguh dalam menyediakan makanan halal buat anak-anak yang tercinta sebab makanan terbaik adalah daripada air tangan ibu sendiri.

    2. Ibu yang cemerlang melahirkan generasi gemilang. Jika dilihat dari konteks psikologi, seorang ibu yang berilmu dapat membentuk generasi berpengetahuan.

    3. Kehebatan seorang wanita bergelar ibu dalam membentuk dan mendidik anak-anak tertulis dalam sejarah Islam.

    4. Dalam era modenisme ini, kebanyakan ibu mempunyai kerjaya dan ini merupakan cabaran bagi mereka dalam membesarkan anak-anak.

    5. Amalan penyediaan makanan oleh golongan ibu bekerja amatlah dititikberatkan kerana makanan yang baik mempunyai hubung kait dengan pertumbuhan manusia.

    6. Sebagai ibu berkerjaya, penyediaan makanan yang halal dan bersih adalah bermula dari rumah.

    7. Ibu perlu memastikan anak-anak makan makanan yang dimasak sendiri biarpun mempunyai komitmen atau kerja.

    8. Hal ini sebab makanan yang baik membentuk pertumbuhan yang baik. Seperti kata ahli falsafah Ludwig Feuerbach: “Der Mensch ist, was er ißt atau dalam bahasa Inggeris: ‘Man is what he eats’.

    9. Perkara ini membuktikan bahawa terbentuknya peribadi individu itu berdasarkan makanan yang diambil.

    10. Kini kebanyakan ibu berkerjaya menyejukbekukan makanan dimasak bagi memastikan anak-anak memperoleh makanan yang baik dan bersih.

    11. Ada antara ibu ini yang sangat peka nutrisi makanan yang diambil anak-anak dan ini mendorong mereka terutama yang bekerja, bangun awal pagi demi menyediakan bekalan.

    12. Masyarakat kini juga mula sedar akan kepentingan makanan halal dan bersih untuk tumbesaran anak-anak.

    13. Makanan yang halal dan berkat ada kaitannya dengan pembentukan peribadi dan tingkah laku manusia.

    14. Makanan yang halal dapat membentuk kekuatan jiwa manusia, juga dapat mempertingkatkan produktiviti individu.

    15. Menyediakan makanan yang bersih dan halal juga merupakan satu kewajipan sebenarnya.

    16. Menjadi ibu moden pada era ini semestinya pilihan penyediaan makanan yang bersih dan halal sebolehnya ingin dipraktikkan.

    17. Selain itu, kini terdapat banyak restoran yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    18. Apabila berbicara berkaitan halal dan bersih, ia berkait rapat kerana sesebuah restoran atau premis menjual makanan tidak akan diiktiraf halal jika ia tidak bersih.

    19. Penilaian bagi pengiktirafan halal adalah sangat terperinci dan tiada keraguan.

    20. Jika melihat kepada definisi ‘halal’ itu sendiri ialah: Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan hukum syarak.

    21. Takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975 adalah seperti berikut: Apabila digunakan berhubung makanan dalam apa juga bentuk iaitu dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan ‘Halal, Ditanggung Halal atau Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang Islam adalah dibenarkan agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan itu digunakan.

    22. Selain aspek halal dan bersih, semestinya ibu akan memasak makanan dengan memenuhi cita rasa anak-anak mereka.

    23. Seorang ibu juga akan memastikan anak-anak punya waktu kebersamaan iaitu menikmati makanan hasil dari air tangan mereka sendiri.

    24. Apabila seorang ibu itu memasak dengan rasa kasih dan sayang pastinya makanan itu mendapat lebih keberkatan. Seperti kata hikmah Inggeris dari seorang pengasas, penulis blog makanan dan fesyen terkenal Camille Styles; “Nothing brings people together like good food.”

    30 August 2017 | ROSJULIANA HIDAYU ROSLI
    *Penulis ialah guru Bahasa Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan & Pengetua Kolej Kediaman 3, Universiti Malaysia Pahang

  109. Panduan Waktu Terbaik Untuk Belajar Dengan Berkesan

    Menurut pengalaman ramai pelajar atau guru/ pensyarah, biasanya pelajar yang berjaga lewat malam atau stay up belajar sampai pukul 2 atau 3 pagi jarang-jarang sangat yang jadi best student, yang gagal mungkin ramai. Kebiasaannya yang jadi best student adalah yang bangun tidur awal, seawal 5 pagi dan tidur pun awal tidak lewat dari jam 11.00 malam. Samada anda student atau bukan student, pukul 4 pagi- 6 pagi adalah waktu terbaik untuk beribadah, munajat kepada Allah, berdoa dan solat-solat sunat. Kalau nak study pun waktu itu terbaik untuk menelaah Al-Quran dan belajar dari ilmu-ilmu Allah. Belajarlah benda lain pada waktu lain.

    Panduan Dan Tips Waktu Terbaik Untuk Belajar Dengan Berkesan

    Jika anda lakukan ini secara berterusan dan istiqomah, In Sha Allah pada waktu selain itu otak anda akan KEKAL OPTIMUM untuk studi pelajaran-pelajaran lain dengan penuh keberkatan dan bantuan hikmah dari Allah SWT.

    Tumpukan waktu 4.00 – 6.00 pagi untuk beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT, bukan untuk studi akademik (melainkan studi Al-Quran dan As-Sunnah). Tetapi seperti dikata, lain orang lain cara belajar, ada yg suka stay up, ada yg suka pagi-pagi dan ada yang fokus dalam kelas sahaja dah boleh skor. Cuma yang penting anda perlu kenali diri sendiri.

    Berikut disertakan gambarajah menerangkan tentang “Masa Yang Terbaik Untuk Belajar”

    pagi hingga 5 pagi – Otak berfungsi 100%

    6 pagi hingga 730 petang – Otak berfungsi 50 %

    Malam – Otak berfungsi 20 %

    Brain Oxygen Level
    Sarapan Pagi – 60 hingga 80 %
    Makan tengahari – 10 hingga 20 %

    Makan malam – 30 hingga 40 %

    Tidur waktu malam
    Minimum – 6 jam
    Maksimum – 8 jam

    Berikut dikongsikan juga Tips-tips Belajar Dengan Berkesan dari Dr Fadhilah Kamsah
    1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

    2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    – Kita ingat 10% apa yang dibaca
    – Kita ingat 20% apa yang didengar
    – Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
    – Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    – Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

    3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

    4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.

    5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

    – Tampal nota-nota penting di dinding – Gunakan kaedah akronim
    – Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    – Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

    6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

    7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

    8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

    9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

    10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

    11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

    12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

    13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

    14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.

    #CnP

  110. Cikgu,nak tnye kalau pelajar tertinggal kod kertas ,ape yang akan jadi

  111. Nur Sufiah,

    Tak perlu runsing… yang penting No KP dan Angka Giliran..

  112. Ckg..kalau tertulis nombor Angka giliran sekolah macam mana?

  113. L,

    Biasanya angka giliran yang sekolah bagi = angka giliran SPM.

  114. Cikgu nak tanya jika pelajar tertulis kod sekolah dalam ruang Angka giliran macam mana? Kertas dibatalkan ke?

  115. *Sebab saya tidak perasan anda dua nombor.Satu kod sekolah..satu lagi kod Angka giliran.

  116. Kertas tidak dibatalkan…. jika no k/p ditulis dengan betul.. kemungkinanan besar pihak LPM dapat kesan kesilapan tersebut.

  117. Assalamualaikum.. Nk tanye klau kod sekolah salah tulis apa yg berlaku?

  118. Cikgu, mcm mana kalau terlupa menulis no kad pengenalan dan no angka giliran pada kertas soalan? Adakah kertas saya akan disemak?

  119. Azzz,

    Kertas tersebut akan disemak… cuma dikuatiri pihak LPM tidak dapat kesan kepunyaan siapa.. sebab tiada sebarang pengenalan..

    Biasanya LPM ada cara untuk kesan…. banyakkan berdoa.. dan jangan ulangai lagi kesilapan tersebut.

    # sepatutnya itulah perkara PERTAMA yang perlu diisi.

  120. assalammmualaikum cikgu…..

    saya nak Tanya hutang lapuk di hapus kira tu macam mana ye?

  121. Arman, waalaikumussalam.

    Diselaraskan sebagai Hutang Lapuk.

  122. Cikgu,add maths saya gagal setiap kali. Saya sedang fikir bahawa saya harus pergi untuk hari exam add maths dalam spm tak. Kalau TH lebih baik ke atau gagal pun taj pe? Kalau TH akan ditulis dalam slip dan sijil nanti?

  123. AHB,

    Tidak hadir akan ditulis dalam slip keputusan…. tidak dalam Sijil SPM sebenar.

    # nak pergi atau tak… rujuk guru sekolah anda.

  124. gikgu spm prinsip perakaunan objective k1 soalan is15 apakah jawapan

  125. Yong,

    15 B

  126. Cikgu nak dpt sej B dlm spm, paper 1 nak score brapa?

  127. Hev,

    Maaf, Kena rujuk guru sejarah.

  128. Assalamualaikum,cg. Sy bekas pljr SPM 2018. Sy ada masalah tntg trsalah tulis no.angka giliran SPM di mana sy telah tertinggal satu huruf dlm no.angka giliran SPM sy dlm 3 subjek pertama pepeiksaan.Tapi no kad pengenalan sy betul.Adakah sy masih selamat atau apakah yg akn berlaku kepada keputusan SPM sy? Sekiranya keputusan SPM sy terjejas, apakah yang perlu dilakukan? Mohon penjelasan dri cg.

  129. Nurin, waalaikumussalam.

    InsyaAllah… tiada masalah… pihak LPM ada cara penyelesaianya.. memandangkan no kad pengenalan betul, maka mudah bagi LPM mengesannya..

  130. Assalamualaikum , untuk spm 2019 subjek akaun harus kuasai tajuk apa cikgu ? yang harus diberi penekanan lebih ..

  131. Deli, waalaikumussalam.

    Cuba kuasai sebanyak mungkin topik yang ada…. semakin banyak dikuasai… semakin hampir kepada A+.

  132. Cemerlang setiap kali peperiksaan, guru ini gariskan tujuh panduan untuk diikuti.

    Nak  berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan, perlu usaha lebih, dengar cakap guru dan manfaatkan masa belajar di dalam kelas dengan sebaiknya. Jika anda tidak fokus dan ‘main-main’ dalam kelas, khuatir apa yang cikgu ajar itu tidak dapat dihadam dengan baik.

    Untuk menjadi seorang murid yang cemerlang dan berjaya, Guru Bahasa Melayu Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Kenering, Gerik, Perak, Cikgu Ahmad Safarman Dollah ini ada kaedahnya.

    Anda yang perlu patuhi tujuh tip berikut.

    1. Bermula dari rumah
    Mengulangkaji dan wujudkan suasana belajar dari semasa ke semasa. Gandakan usaha tekadkan semangat mengulang kaji saat peperiksaan menjelang tiba. Fokus pada kertas peperiksaan yang akan dijawab keesokan pagi. Tindakan ini membuatkan adanya kesungguhan, semangat, daya saing untuk terus memberikan yang terbaik.

    2. Kerja sekolah mesti siap
    Perkara ini yang paling membuatkan hati guru menjadi gusar dan remuk-redamu. Pagi-pagi lagi guru akan melenting, membebel, mengamuk, memekikkan malang dan terganggu emosi, andai ada murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Jadi, tekadkan dalam diri anda tidak  mahu lagi menjadi seorang ‘pencuri’. Pencuri dimaksudkan adalah pencuri masa cikgu dengan masalah yang anda bawa di dalam kelas. Jangan menjadi seperti kerbau membawa lumpur dan masalah kepada semua orang.

    3. Fokus dalam kelas
    Jangan leka dan fokus apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Duduk di dalam kelas bukan macam kera kena belacan. Guru ibarat ibu dan ayah. Ini kerana keberkatan ilmu datangnya dari seorang guru. Murid yang bersahsiah tinggi, ilmu senang diserap masuk ke dada. Paling penting, jangan sesekali biadap dan tidak menghormati guru. Tanamkan dalam diri jangan sesekali sakiti hati seorang guru. Bila mana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan murid maka tunggulah saat kehancuran.

    4. Isi masa terluang
    Andai kata, ada guru lewat masuk ke kelas, murid seharusnya bersedia mengulang kaji pelajaran dan bukannya mengambil peluang untuk bersembang dan mengacau kawan lain  membabi buta. Bersedia dengan buku sepanjang masa dan menjadi ulat buku, bertanya kawan dan menghafal formula yang telah dipelajari. Ingat, waktu PDP adalah waktu hakiki anda mengutip ilmu. Lupakan segala aktiviti luar kelas yang lain.

    5. Fahami soalan dan kaedah menyelesaikannya
    Penting bagi seorang murid untuk memahami soalan yang diberikan oleh guru. Bertenang, elakkan tekanan dan cuba baca dengan betul soalan yang dinyatakan. Kemudian lapangkan fikiran dan fikir. Sesukar manapun soalan, anda pasti akan dapat menjawabnya, sekiranya anda faham kaedah untuk menyelesaikannya.

    6. Semak apa yang dijawab
    Jangan yakin dan rasa diri terlalu pandai. Selepas menjawab murid mesti semak jawapan. Pastikan imbuhan, tanda baca, ejaan, isi, fakta, huraian dan contoh yang diberikan adalah betul dan tepat. Kesalahan ejaan paling penting. Ini kerana dengan kesalahan ejaan mampu menjadikan markah murid berkurangan. Jadi semak selepas menjawab bukannya duduk berangan dan hanyut ke lautan, bulan dan bintang.

    7. Latihan berkumpulan.
    Latihan berkumpulan membantu murid menguasai formula yang dipelajari. Selain dapat bertukar pandangan murid juga dapat melatih pemikiran  untuk fokus. Ia secara tidak langsung dapat tajamkan daya ingatan  dalam pembelajaran. Ingat, latih berkumpulan bukannya ‘menggetah bawang’. Kurangkan bercakap, bukannya banyak sembang macam gajah pun boleh terbang.
    Selamat menuju kejayaan.

    Sumber : https://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/cemerlang-setiap-kali-peperiksaan-guru-ini-gariskan-tujuh-panduan-untuk-diikuti-1.928242

  133. assalamualaikum.. cikgu…
    thn ni saya pt3… lagi sebulan lbh atau w bln ja lagi tinggal untuk study dan bt revision… cg bleh tk share mcm mana nk belajar berkesan pda saat2 akhir mcm nii

  134. Afaf, waalaikumussalam.

    Boleh rujuk KEMAHIRAN BELAJAR disini :
    https://cgnarzuki.com/motivasi-kerjaya/kemahiran-belajar/

  135. RAHSIA PELAJAR CEMERLANG

    1.BETULKAN MATLAMAT ATAU SASARAN

    Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Meletakkan tujuan kenapa perlu belajar dan mengejar berapa “A” yang mereka mahukan. Perlu jelas untuk mengambil jurusan apa semasa di univerisiti serta berusaha mencapai kehidupan yang berkerjaya.

    2.PERCAYA

    Pelajar cemerlang percaya mereka akan dapat kecemerlangan. Hanya faktor masa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.Percaya bahawa hanya dengan berusaha sahaja akan dapat mencapai apa sahaja visi dan misi dalam hidup.

    3.TUMPUAN

    Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu.Fokus dan terus fokus itulah adalah intipati kejayaan cemerlang para pelajar.

    4.PERANCANGAN

    Mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka. Jadual secara sistematik akan membolehkan mereka mengikut sahaja masa untuk subjek tertentu. Ini sudah tentu akan melancarkan masa mereka dengan cara bijak lagi berkesan.

    5.STRATEGI BELAJAR

    Rahsia kejayaan mereka juga diukur dengan mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap.Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota serta belajar secara berkumpulan. Tidak hairan lah bila secara berkumpulan segala idea dapat dikongsi bersama. Ini secara langsung meransang pemikiran mereka lebih menjadi lebih proaktif berbanding belajar berseorangan.

    6.MENJAGA MASA

    Tidak membazir masa begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar. Jadual Harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan sebagainya. Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda.

    7.PERGAULAN

    Pergaulan bersama dengan semua orang tidak mengira lapisan masyarakat. Para pelajar perlu tahu memilih kawan semasa pergaulan . Ini kerana kawan yang baik akan dapat membantu kita terutamanya di dalam pembelajaran khasnya. Perkongsian maklumat dan idea akan senang diadaptasikan.

  136. asalam…
    cg saya ae exam pt3 lg 2 minggu..blh cg bg tahu mcm mn nak ulangkaji last minute ni..

    tq.cg

  137. Cikgu..Jika saya tersilap tulis kod kertas..Apa akan berlaku? Kertas 2 BM saya tulis kod 1103/1 , tetapi sepatutnya 1103/2. Apa akan berlaku? Saya rasa takut

  138. Aaron Yap,

    Tidak perlu bimbang…. teruskan tumpuan untuk subjek2 akan datang.

  139. Cikgu.. Sy tersilap tulis angka giliran. Tertingfal 1 perkataan.Aap akn berlaku?

  140. Marlina,

    Tidak mengapa… nanti LPM akan semak No KP.. bagi memastikan angka gilaran yang sepatutnya.

  141. Cikgu.. Cam ne kalau tertinggal nombor kod kertas kat buku jawapan?? Adakah dorg dapat tau tu kertas apa? Ataupun kertas yg saya jawab tu kira saya x jawab sbb x de kod kertas.. Contohnya bahasa Inggeris kertas 1.. Kan kena tulis kat buku jawapan.. Cam ne eh klau x de kod kertas? Saya rasa down klau fikir benda ni..

  142. Nazihah,

    Tidak perlu risau… kertas jawapan tersebut masih dalam bungkusan yang sama dengan jawapan rakan2 yang lain… jadi tidak jadi masalah untuk kesan perkara tersebut.. yang paling penting MESTI tulis dengan TEPAT ialah NO KP & ANGKA GILIRAN.

  143. cikgu kalau tersilap tulis satu nombor di angka girliran ?akan dibatalkan ?kertas seni

  144. Yieshen,

    TIDAK akan dibatalkan… nanti pihak Lembaga Peperiksaan.. akan buat semakan dengan no kp dan angka giliran tersebut.

  145. Ckgu saya tersilap tertulis angka giliran dimna angka giliran saya septutnya diakhiri dengan 078 tetapi saya menulisnya pada kertas 098,adakah kertas yang saya tersilap tulis akn dibatalkan.

  146. Joshua,

    Tidak… skrip tersebut akan dikelaskan sebagai salah maklumat.. nanti semakan akan dibuat oleh LP..

  147. Ada dua jenis format Penyata Kedudukan Kewangan dalam format penyata. Satu format yang ada kolum Kos, Susut Nilai Terkumpul dan Nilai Buku. Satu lagi format biasa. Patut guna format mana satu?

  148. Joanne,

    Kedua2 boleh digunakan.. cuma bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan pelajar.. saya syorkan guna format seperti dalam buku teks.

  149. Cikgu Iznan kongsi 21 kaedah belajar untuk bantu pelajar cipta kejayaan…memang terbaiklah!

    PELAJAR yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem.

    Berikut ini disenaraikan 21 kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

    1) Tidak mensia-siakan biar pun seminit
    Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulang kaji pelajaran yang telah mereka baca.

    2) Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
    Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa, tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

    3) Gunakan masa awal pagi
    Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulang kaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

    4) Buat nota ringkas
    Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulang kaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

    5) Mengikut jadual sepenuhnya
    Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaja buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

    6) Mencuba soalan tahun lalu
    Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawab contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

    7) Ulang sebanyak kali yang boleh
    Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

    8) Sentiasa menanya kalau tidak faham
    Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham, anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

    9) Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
    Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau Matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulang kaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulang kaji.

    10) Mengunjungi perpustakaan
    Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifkan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

    11) Menjadi model dalam rumah
    Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka, semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

    12) Imbangkan masa kokurikulum dan akademik
    Jika anda berada dalam tahun peperiksaan, jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokurikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulang kaji yang cukup di rumah. Masa ulang kaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

    13) Belajar mengikut rentak sendiri
    Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulang kaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan, dapatkan tuisyen.

    14) Persiapan minda sebelum ulang kaji
    Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan, anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

    15) Elakkan gangguan emosi
    Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda, “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh hal yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas. Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan muzik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

    16) Kurangkan kerja rumah tangga
    Jika anda pada tahun peperiksaan, maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

    17) Rancangkan jadual ulang kaji setahun
    Tetapkan ulang kaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan, anda perlu siap ulang kaji. Pastikan setiap muka surat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan muka surat buku dengan bilangan hari yang ada.

    Jika anda gagal mengulang kaji muka surat berkenaan pada hari yang ditetapkan pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca muka surat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca muka surat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulang kaji muka surat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

    18) Belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan
    Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulang kaji. Kadang-kadang, kita perlu belajar menyesuaikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda, semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda, “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

    19) Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
    Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

    20) Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
    Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

    21) Terokai bakat dan minat anda
    Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda.

    Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

    Kesimpulan

    Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut, anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

    Sumber: Blog Cikgu Iznan (Inovasi Matematik)

  1. Pingback: PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.