TPM : Analisis Kos Volum Untung

  1. BOleh ke pos nota mengenai analisis kos volum untung ckg?
    ???

  2. Ling,

    Anda boleh MUAT TURUN nota yang disediakan oleh Cg Sila.

  3. TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Cara menghitung titik pulang modal dengan menggunakan kaedah margin caruman dan kaedah graf.
    2. Penentuan jumlah pengeluaran untuk memperolehi untung yang dikehendaki.

  4. cikgu,

    soalan berikut mengenai topik titik pulangan modal.

    maklumat diberi adalah:
    mesin RM 30000
    sewa kilang RM 5000
    kos pengubahsuaian kilang RM 10000
    kos berubah seunit RM 3
    Harga jualan Rm 12

    soalannya adalah berapakah jumlah kos tetap bagi soalan tersebut?
    terimakasih..

  5. Murid,

    Walaupun sebenarnya soalan ini boleh dipertikaikan, namun untuk soalan ini andaikanlah :
    Mesin dan Kos Pengubahsuaian kilang sebagai kos tetap yang perlu dibelanjakan setiap tahun.

    Jika tidak mengandaikan sedemikian, maka
    1. Mesin merupakan ASET, ianya bukan belanja/kos yang tetap dikeluarkan pada setiap tahun. Tetapi jika soalan menyatakan Susutnilai Mesin, maka jelas menunjukkan ianya kos tetap.
    2. Kos pengubahsuaian kilang, tidak semestinya dilakukan setiap tahun, maka ianya bukan kos tetap.

    Maka. Kos Tetap = RM45,000

  6. terima kasih cikgu,
    tetapi dalam percubaan , cikgu sekolah mengatakan jumlah kos tetap adalah RM 5000 sahaja, iaitu sewa kilang sahaja…mesin dan kos pengubahsuaian adalah aset bukan semasa…
    kalau soalan ini keluar dalam spm..apa yang perlu kita buat?

  7. murid,

    Itu sebabnya Cg kata soalan ini boleh dipertikaikan kerana maklumat yang diberikan tidak jelas. Pembuat soalan ini asalnya mengandaikan kos mesin dan kos pengubahsuaian kilang sebagai Kos Tetap. Maka Kos tetap = 45,000.
    dan TPM = 45,000 / 9 = 5,000

    Jika kita tidak mengandaikan sedemikian, maka jawapannya seperti yang telah Cg terangkan diatas, iaitu kedua-duanya adalah ASET bukannya kos tetap.
    Maka Kos Tetap = 5000. dan
    TPM = 5000 / 9 = 555.56 (pada kebiasaannya jawapan SPM tiada perpuluhan)

    [Namun begitu ianya masih boleh dipertikaikan, bila ada MESIN sudah semestinya akan ada SUSUTNILAI MESIN iaitu kos tetap. Tetapi tidak dinyatakan dalam soalan.]

    Oleh itu untuk soalan ini, boleh ikut jawapan cikgu anda dengan alasan diatas.

    Dalam soalan SPM, salah satu syarat utama pembinaan sesuatu soalan ialah maklumat yang diberikan dan kehendak soalan hendaklah JELAS dan tidak mengelirukan pelajar. Masalah ini tidak akan timbul dalam SPM nanti.

    Jika keluar soalan sedemikian, maka kita kena tentukan maklumat tersebut adakah ASET atau BELANJA/KOS yang berlaku setiap tahun. Baru kita boleh tentukan ianya Kos Tetap atau TIDAK.

  8. soalan berikut mengenai topik titik pulangan modal, cikgu.

    Sewa kilang Rm 5000
    Mesin RM 20000
    Kos pengubahsuaian kilang RM 10000
    kos berubah RM 5
    Harga jualan Rm 12
    dalam butir di atas , berapakah jumlah kos tetap?
    terima kasih…

  9. murid,

    Soalan ini sama kesnya dengan soalan sebelum ini, SOALAN YANG TIDAK JELAS. Untuk menjadikan ianya lebih baik dan jelas, maka ianya perlu diubah menjadi begini :

    Sewa kilang 5000 setahun
    Mesin 20000 setahun
    Kos pengubahsuaian kilang 10000 setahun

    Baru ianya menjadi lebih JELAS, kos-kos tersebut adalah untuk setahun dan boleh dianggap sebagai KOS TETAP.

  10. saya suka tajuk nie..

  11. Alwanie,

    Baguslah jika begitu, jadi pastikan dapat markah penuh untuk topik ini nanti.

  12. apa batasan-batasan penggunaan analisis kos volum untung (kvu)?

  13. Nurul syahida,

    Untuk menggunakan analisis KVU, terdapat beberapa batasan yang perlu dipatuhi /diandaikan, iaitu :

    1. Jumlah kos terdiri daripada kos tetap dan kos berubah sahaja.
    2. Perubahan dalam hasil dan kos hanya berlaku disebabkan perubahan dalam bilangan unit produk yang dijual.
    3. Harga jualan seunit, kos berubah seunit dan kos tetap adalah malar.
    4. Hanya sejenis produk dikeluarkan dan kesemuanya dijual.

    Sekiranya andaian/batasan tersebut tidak dipatuhi, maka analisis KVU tidak boleh digunapakai.

  14. salam sejahtera,

    adakah gaji pentadbiran dikira sebagai kos tetap?

  15. Lina,

    Kos Berubah merujuk kepada Kos Bahan Mentah dan Kos Buruh Langsung.
    Kos Tetap merujuk kepada Kos Overhed.

    Jadi Gaji pentadbiran boleh dikira sebagai kos tetap bagi soalan tersebut.

  16. Ada orang cakap tahun ini marking scheme SPM prinsip akaun telah berubah . Betulkah cikgu ?

  17. Jen,

    Betul, ada sedikit perubahan dalam skema pemerkahan berbanding tahun2 lepas.

  18. Assalamualaikum cikgu

    Saya ingin bertanya bagaimana analisis kos volum untung dapat membantu sesebuah syarikat untuk merancang dan membuat keputusan strategik dalam usaha menentukan keuntungan bagi produk keluaran baru…

    Harap mendapat maklum balas dari cikgu

  19. Pure,

    Selain menentukan tahap pulang modal (TPM), analisis TPM juga boleh digunakan untuk merancang pengeluaran.

    PERTAMA : Syarikat dapat menunjukkan kesan ke atas TPM sekiranya berlaku perubahan ke atas kos tetap, kos berubah dan harga jualan. Dengan itu syarikat dapat mengawal tahap pengeluarannya supaya sentiasa melebih tahap TPM supaya syarikat tidak mengalami sebarang kerugian ataupun sentiasa memperolehi keuntungan.

    Rumus : TPM = Kos tetap / Margin caruman seunit

    KEDUA : Syarikat boleh membuat perancangan bagi menentukan berapakan KUANTITI JUALAN yang sepatutnya dikeluarkan bagi mencapai SASARAN UNTUNG yang dikehendaki.

    Rumus : Kuantiti Jualan = (kos tetap + untung sasaran) / margin caruman seunit

  20. Assalamualaikum Cikgu

    Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Cikgu saya ingin memohon bantuan cikgu untuk menyemak jawapan assignment saya, bagaimana cara untuk upload assignment saya supaya cikgu dapat menyemak dan memberikan pendapat berhubung perkara ini. Terima kasih

  21. Waalaikumsalam, sama-sama. Sila emailkan ke narzuki@gmail.com. Sekiranya saya ada kelapangan InsyaAllah akan saya semak.

  22. salam cikgu,

    Bagaimana pula tentang kaedah pengekosan dikatakan tidak sesuai digunakan oleh pejngilang bagi pelaporan kewangan pihak luar dan tujuan percukaian?

  23. salam cikgu…. maaf ralat pada soalan….. (saya ulangi soalan saya)

    Bagaimana pula tentang kaedah pengekosan merginal yang dikatakan tidak sesuai digunakan oleh pengilang bagi pelaporan kewangan pihak luar dan bagi tujuan percukaian?

    Tarima kasih.

  24. Nilam,

    Maaf, Cg tidak dapat menjawab sekarang kerana diluar Sukatan SPM. Nanti Cg semak mana2 nota/buku/rujukan kemudian akan kemukakan pandangan Cg disini.

  25. salam cg….

    yer, maafkan saya… mmg topik ni di luar sukatan SPM…. but if u may, sedikit komen mengenainya pun cukup utk saya siapkan asigment pengurusan perakaunan saya.

    terima kasih sekali lagi

  26. Nilam,

    1. Kita bandingkan Kaedah Pengkosan Serapan dan Kaedah Pengkosan Marginal.

    PENGKOSAN SERAPAN (PS) :
    – Mengambil kira semua kos perkilangan yang terlibat sebagai kos produk. Iaitu Kos Bahan, Kos Buruh dan Kos Overhed.
    – Untuk tujuan pelaporan luaran
    – Mematuhi GAAP

    PENGKOSAN MARGINAL (PM) :
    – hanya mengambil kira kos perkilangan berubah sahaja dalam pengiraan kos produk. Di mana KOS OVERHED dianggap sebagai belanja di dalam tempoh perakaunan semasa.
    – Untuk tujuan pelaporan dalaman.

    2. Daripada perbandingan di atas, jelas menunjukkan Kaedah PM tidak mengambarkan perolehan / untung bersih yang sebenar kerana telah mengambilkira KOS OVERHED sebagai sebahagian daripada belanja. Sepatutnya kos overhed dimasukkan dalam kos produk/pengeluaran sebagaimana kaedah PS. Ianya lebih kepada tujuan pelaporan dalaman sahaja dan tidak mematuhi GAAP. Oleh itu pelaporan kewangan mengunakan kaedah PM adalah tidak sesuai untuk diberikan kepada pihak luar ataupun untuk tujuan percukaian.

    Ok, itu saja sedikit pandangan daripada Cg.

  27. terima kasih cg, ianya amat membantu…..

    Boleh tak saya dapatkan mana-mana artikel atau jurnal mengenainya?

  28. Nilam,

    Cg dapatkan maklumat tersebut daripada Nota Perakaunan Matrikulasi Bab 17 : PSPM

    Notanya agak ringkas saja, jadi Cg cadangkan GOOGLE diinternet untuk mendapatkan lain2 artikel atau jurnal mengenainya.

  29. bagaimana nak menentukan tahap jualan apabila mencari TPM dengan mengunakan kaedah graf?

  30. butch,

    Plotkan graf dengan menggunakan skala yang sesuai mengikut soalan bagi paksi x (unit pengeluaran) dan paksi y (Kos / Hasil). Lukiskan garis Jumlah Kos dan Jumlah Jualan, di mana titik persilangannya merupakan TPM. Pada titik TPM tersebut, kita akan dapat tentukan berapakah tahap pengeluaran yang diperlukan.

    [img]https://cgnarzuki.com/wp-content/upload/tpm.jpg[/img]

  31. tetapi cikgu, bagaimanakah hendak mencari jumlah hasil dan jumlah kos? Untuk melukis jumlah kos, sekurang-kurangnya 2 tahap jualan perlu ditentukan terlebih dahulu. bagaimanakah hendak menentukan? begitu juga dengan jumlah hasil. terima kasih cikgu…

  32. bucth,

    Memang betul, untuk melukis 2 garis tersebut mesti tentukan 2 tahap terlebih dahulu. Dengan menggunakan maklumat Harga Jualan Seunit, Kos Berubah Seunit dan Kos Tetap kita dapat tentukan 2 tahap tersebut.

    Jumlah Hasil :
    1. (0,0) – bila unit jualan 0, maka hasil jualan 0.
    2. (a, a x HJS) – ambil sebarang unit jualan, kemudian darab dengan Harja Jualan Seunit.

    Jumlah Kos :
    1. (0, Kos tetap)
    2. (b, kos tetap + b X KBS) – ambil sebarang unit yang sesuai, kemudian hitungkan jumlah kos.

  33. cikgu, saya masih tak faham. 🙁 Bolehkah cikgu terangkan dengan contoh sekali lagi?

    bagaimana nak ambil sebarang unit yang sesuai?

  34. butch,

    Kalau nak mudah faham, ambil satu soalan dan buat ikut panduan yang Cg bagi, agak susah untuk faham hanya melalui bacaan semata2.

    Dalam soalan biasanya akan diberikan julat/skala bagi setiap paksi. Ataupun maklumat sebagai panduan untuk menentukan skala tersebut.

    Unit yang sesuai yang dimaksudkan ialah jika julat untuk paksi-y (jumlah pengeluaran) antara 0 hingga 5000. Maka unit yang sesuai ialah diantara julat tersebut. Samada 2000, 3000, 4000 asalkan kurang daripada 5000.

    Katakan HJS = RM20, maka untuk dapatkan 2 tahap pengeluaran untuk bina graf.
    Tahap 1 ialah pada (0,0) : Unit = 0 dan Jumlah Hasil =0
    Tahap 2, (4000, 4000X20=80000) : Unit = 2000 dan Jumlah Hasil RM80000.
    Bila dapat 2 titik tersebut, maka bina satu GARIS LURUS melalui kedua2 titik tersebut.

  35. tetapi dalam buku teks Prinsip perakaunan KBSM tingkatan 5 (muka surat 224 , soalan 3), julat/skala bagi setiap paksi tidak diberikan. bolehkah cikgu menggunakan soalan 3 di buku teks tersebut dan mengajar saya setiap langkah cara mencari TPM dengan menggunakan kaedah graf?

  36. Cg minta maaf kerana tidak dapat rujuk soalan tersebut kerana buku teks kita tidak sama. Sekiranya tidak diberikan skala yang patut digunakan, maka disini memerlukan kebijaksanaan dalam menentukan skala yang sesuai digunakan berdasarkan maklumat2 yang terdapat dalam soalan tersebut. Ataupun gunakan kaedah Cuba-Jaya, sehingga TPM dapat diperolehi.

    Langkah2 tersebut kalau tak silap telah dinyatakan dalam buku teks dengan detail (berdasarkan buku teks Cg).
    1. lukis paksi x dan paksi y – gunakan skala yang sesuai
    2. lukis garisan Kos Tetap
    3. lukis garisan Jumlah Kos – dapat 2 tahap jualan dan jumlah kos.
    4. lukis garisan Jumlah Hasil – tentukan 2 tahap seperti yang telah Cg katakan sebelum ini.
    5. Tentukan TPM (titik persilangan garis Jumlah Hasil dan Jumlah Kos)

  37. CTH: Kos tetap 5250
    Kos berubah sekampit beras 10.50
    Kos jualan sekampit beras 18.00

    Kirakan margin caruman dan untung pada tahap jualan 1000 kampit beras…. bagaimana hendak jawab, cikgu?

  38. Gunakan formula yang ada, iaitu :

    MCS = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit.

    Untung = MCS X unit jualan – Kos tetap
    (Tukar tajuk rumus daripada formula mencari kuantiti jualan apabila Untung Sasaran diberikan). Sekiranya nilai negatif diperolehi, ini bermaksud pada tahap 1000 kampit akan mendapat RUGI.

    Gantikan nilai2 yang diberikan dalam formula di atas bagi mendapatkan jawapan bagi soalan2 tersebut.

  39. terima kasih cikgu….

  40. cikgu ada jawapan untuk SPM 1986-1992 tak?

  41. Maaf tiada dalam simpanan.

  42. cg,
    adakah kadar byran ialah kos x langsung?

  43. Teh,

    Ya, kadar bayaran kilang merupakan kos tidak langsung dan dicatat sebagai salah satu item Kos Overhed.

  44. salam cg,
    kos pengubahsuaian kilang bkn kos tetap, jadi ialah kos apa?

  45. Teh,

    Maaf soalan tidak jelas, tetapi sekiranya soalan anda adalah merujuk kepada soalan TPM dan diberikan kos pengubahsuaian kilang untuk setahun, maka ianya perlu dianggap sebagai Kos Tetap.

    Bagi Topik TPM (Analisis Kos Volum Untung) beberapa andaian perlu dibuat (walaupun keadaan sebenarnya tidak begitu) iaitu :
    1. Jumlah kos terdiri daripada KOS TETAP dan KOS BERUBAH.
    2. Perubahan dalam hasil dan kos hanya berlaku disebabkan perubahan dalam bilangan unit produk yang dijual.
    3. Harga jualan seunit, kos berubah seunit dan kos tetap adalah malar.
    4. Hanya sejenis produk dikeluarkan dan kesemuanya dijual.

  46. salam cg,
    maksud sy ialah kos pengubahsuaian kilang ialah kos overhed atau belanja langsung?

  47. Teh,

    Sepatutnya soalan tersebut dikemukan bawah topik Kos Pengeluaran yang disediakan.

    Kos pengubahsuaian dikelaskan sebagai komponen Kos Overhead, kerana ianya tidak terlibat secara langsung dengan pengeluaran setiap unit keluaran. Sebanyak mana unit dikeluarkan, kos tersebut tetap sama.

  48. Salam sejahtera Cikgu Narzuki, bolehkah saya dapat apa- apa nota tentang cara melukis Graf TPM cikgu. Terima Kasih.

  49. Previn,

    Maaf Cg tiada notanya, dalam buku teks telah diterangkan dengan jelas cara untuk melukis graf TPM dan menentukan TPM, boleh rujuk disana.

  50. cikgu kos tetap soalan putrajaya ada masalah,kenapa mesin dan alatan tidak ditambahkan?

  51. Soh,

    Mesin dan Alatan merupakan ASET, oleh itu ianya tidak dikelaskan sebagai KOS TETAP. Hanya SUSUT NILAI Mesin dan Alatan (jika ada dalam soalan) yang perlu dikelaskan sebagai KOS TETAP.

  52. terima kasih cikgu.

  53. cikgu iklan tidak termasuk dlm kos tetap?

  54. soh,

    Kos tetap sebenarnya merujuk kepada kos overhed dalam akaun pengeluaran. Iaitu kos2 yang dilibatkan selain daripada Kos Bahan Mentah, Kos Buruh Langsung dan belanja langsung.

    Kos iklan TIDAK dikelaskan sebagai kos tetap, kerana kilang TIDAK menjalankan aktiviti promosi/iklan. Sebaliknya dijalankan oleh pihak pengurusan Kedai / Perniagaan bagi melariskan jualan dan meningkatkan keuntungan perniagaan. (Pembetulan)

  55. soalan objektif perlis tidak masuk iklan,buat saya pening.

  56. Soh,

    Kos Tetap / Kos overhed yang terlibat hanyalah kos2 / belanja2 yang berkaitan dengan KILANG sahaja, jika melibatkan belanja2 kedai / perniagaan maka ianya tidak diambilkira.

    MAAF, kenyataan Cg sebelum ini SILAP (telah diperbetulkan), ini kerana KILANG tidak menjalankan urusan PROMOSI / IKLAN. Ianya hanya menjalankan aktiviti pengeluaran barangan sahaja. Urusan promosi / iklan dilakukan oleh pihak kedai / perniagaan bagi melariskan jualan barang mereka, oleh itu IKLAN tidak terlibat dalam kos tetap kilang.

  57. cikgu kalau soalan subjektif tulis
    -pengurus jualan mencadangkan satu kempen pengiklanan,kos pengiklanan ialah rm 10000.

    kalau begitu kita perlu tambah kos pengiklanan
    dengan kos tetap?

  58. Sama seperti diatas, kos pengiklanan tersebut TIDAK melibatkan urusan/aktiviti kilang, ianya adalah aktiviti kedai / perniagaan yang akan dicatatkan sebagai belanja dalam Akaun Untung Rugi / Penyata Pendapatan untuk mendapatkan Untung Bersih. Tidak terlibat dengan kilang, maka tidak boleh dikelaskan sebagai kos tetap kilang.

    Sebenarnya terdapat soalan2 dalam buku2 latihan / buku rujukan dipasaran yang TIDAK PEKA tentang perkara tersebut dan menganggapnya sebagai Kos tetap, sedangkan ianya tidak tepat.

  59. ckgu camne nk menguasai tpm?

  60. Ingatkan formula yang terlibat, daripada soalan carikan :
    1. Kos Tetap
    2. Kos berubah Seunit
    3. Harga jualan seunit

    Perbanyakkan latihan samada kaedah pengiraan margin caruman seunit ataupun kaedag graf.

  61. cekgu,
    cmna nk lukis graf TPM?

  62. Dalam buku teks ada ditunjukkan satu persatu. Sediakan paksi x- Unit pengeluaran, paksi y – Kos. Lukiskan aris Kos Tetap. garis Jumlah Kos dan garis Jumlah Hasil. Titik persilangan antara Jumlah Kos dan Jumlah Hasil adalah TPM.

  63. cikgu, soalan TPM spm. adakah mesin pembancuh perlu ditambah dalam kos tetap ? kawan-kawan semua tambah mesin pembancuh untuk mengira kos tetap.

  64. Tidak,mesin pembancuh adalah aset.

  65. Cuba baca dan faham maksud soalan :

    ANGGARAN KOS dan hasil untuk pengeluaran spt berikut :
    Sewa kedai ………….1000
    Mesin pembancuh …5000

    RM5000 itu bukannya NILAI Mesin tetapi KOS untuk aktiviti pengeluaran. Kos Mesin pembancuh boleh jadi kos penyelengaraan / susut nilai mesin tersebut. Lagi pun sudah JELAS dalam soalan ianya dinyatakan sebagai ANGGARAN KOS. Maka pada pandangan Cg, Kos Mesin Pembancuh dalam soalan tersebut boleh dikelaskan sebagai Kos Tetap.

  66. agree with cgu narzuki..

  67. nasib baik nk masukkan, kalau tidak soalan ini sy salah semua.. thks cg kerana bawa berita baik.

  68. Cikgu, saya nak tanya, apa maksud titik pulang modal?

  69. Titik Pulang Modal

    • Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos.
    • Volum pengeluaran yang tidak memberi sebarang untung atau rugi (Untung adalah SIFAR)
    • Jumlah hasil hanya cukup untuk menampung kos.

  70. Cikgu..apa maksud margin keselamatan?

  71. Margin Keselamatan
    – Perbezaan di antara jualan sebenar (atau jualan jangkaan) dengan jualan pada titik pulang modal.
    – Dapat menunjukkan sejauhmana jumlah jualan boleh menurun atau berkurang sebelum berlaku kerugian.
    – Lebih tinggi nilai MK, lebih selesa perniagaan.
    – Boleh dinyatakan dalam bentuk ringgit dan peratus.

  72. boleh tak cikgu bagi rumus margin keselamatan dalam RM, unit dan peratus?

  73. Margin Keselamatan (RM)
    = Jualan Sebenar/Jangkaan Jualan – Jualan pada TPM

    Margin Keselamatan (Unit)
    = Unit Jualan Sebenar/Jangkaan Jualan – Unit Jualan pada TPM

    Margin Keselamatan (%)
    = Margin Keselamatan (RM) / Jualan Sebenar/Jangkaan Jualan (RM)

  74. NOR AZMAH BINTI NORDIN

    Dlm hsp baru bagi hasil pembelajaran no. 4 dlm tajuk 1.2 (c) (i) iaitu membezakan falsafah perakaunan Islam dan konvensional berasaskan konsep pendedahan dan konsep penemuan.
    Dlm nota buku sumber kalau dibaca boleh cari perbezaan antara dua itu dan boleh faham juga nota konsep pendedahan dan penemuan tu cuma nak kaitkan dalam perbezaan tu kurang faham sikit.
    Kalau ada nota perbandingan yg dibuat dlm bentuk jadual alangkah baiknya.

  75. asslamualikum ,

    cg , ada tak perbincangan / tajuk untuk pengiraan seperti kos menggunakan kaedah pengekosan serapan dan pengekosan marginal.

    terima kasih.

  76. Perbezaan antara 2 kaedah tersebut, Sila rujuk ATAS.

  77. Baik,terima kasih cg.

  78. Asslmmualaikum,

    Firma mensasarkan angka keuntungan sebanyak RM 20,000 pada tahun ini. Kos berubah seunit ialah RM 2. Semua unit pengeluaran dijangka dapat dijual iaitu sebanyak 60,000 unit. Jumlah kos tetap dianggarkan pula pada RM 40,000. Berapakah harga jualan kereta mainan yang patut diletakkan oleh firma untuk mencapai objektif keuntungan tersebut.

    Jawapan : RM 3 = Y

    bagaimana harga jualan ditentukan ?adakah jumlah jualan /unit jualan ,tp sy dpt 0.3333 mcm mana tu?atau sebaliknya..

    tqsm,cg.

  79. Gunakan formula berikut :

    Untung Sasaran = Margin Sumbangan Seuit X Unit keluaran – Kos tetap

    Maka, MSU
    = (Untung + Kos tetap) / Unit keluaran
    = (20000 + 40000) / 60000
    = RM1

    Di mana MSU = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit
    maka, Harga jualan seunit = MSU + KBS = 1 + 2 = RM3

  80. Ooo mcm tu,terima kasih cg.

  81. jumlah kos= apa + apa
    i sudah lupa ==

  82. Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah

  83. Cikgu, saya ingin dapat penerangan berkenaan dengan soalan TPM SPM 2001 b (iv).

    Jawapan seperti di dalam buku:
    Untung= Jumlah Jualan – TPM
    Untung = (20,000 unit X RM 1.70) – (10,200 unit X RM 1.70)
    Untung = RM 34,000 – RM 17,340
    Untung = RM 16,660

    Jawapan saya:
    Untung = Jumlah jualan – Jumlah kos
    Untung = Jumlah jualan – (Kos tetap + Kos berubah)
    Untung = (20,000 unit X RM 1.70) – (RM 5100 + RM 24,000)
    Untung = RM 34,000 – RM 29,100
    Untung = RM 4,900

    Cikgu- jawapan yang mana betul. Please help.

    Thanks in advance.

  84. Cva,
    Jawapan ANDA yang BETUL.

  85. Terima kasih cikgu

  86. salam cg…sy nak mintk tlg laa…xpaham…ni soalannya.. :

    Due to erratic sales of its sole product-a high-capacity battery for laptop computers-PEM,Inc.,has been experiencing difficulty for some time.The company’s contribution format income statement for the most recent month is given below :
    sales (19,500 units * $30per unit) ……….. $585,000
    variable expenses ………………………………… 409,500
    ___________
    contribution margin …………………………….. 175,500
    fixed expenses ……………………………………… 180,000
    ____________
    net operating loss ………………………………… $ (4,500)

    1) the president believes that a $16,000 increases in the monthly advertising budget,combined with an intensified
    effort by the sales staff, with result in an $80,000 increase in monthly sales. If the president is right, what will be the effect on the company’s monthly net operating income or loss?(use the incremental approach in preparing your answer.)
    2) refer to the original data. The sales manager is convinced that a 10% reduction in the selling price,combined with an increase of $60,000 in the monthly advertising budget,will cause unit sales to double.What will the new contribution format income statement look like if these changes are adopted?
    3) refer to the original data. The Marketing Department thinks that a fancy new package for the laptop computer battery would help sales. The new package would increase packaging costs by 75 cents per unit. Assuming no other changes, how many would have to be sold each month to earn a profit of $9,750?
    4) refer to the original data. By automating certain operations, the company could reduce variable costs by $3 per unit. However, fixed costs would increase by $72,000 each month.
    a. Compute the new CM ratio an the new break-even-point in both units and dollars.
    b. Assume that the company expects to sell 26,000 units next month. Prepare two contribution format income statements, one assuming that oprations are not automated and one assuming that they are. (show data on a per unit and percentage basis, as well as in total, for each alternatives.)
    c. Would tou recommend that the company automate its operations?Explain….
    ok…sowi,byk sgt..hehe…xpe,cg blh reply dlm bm…tlg ea…
    xpon emel kat saya jwpnnye kat asz_slufae90@yahoo.com

  87. salam cikgu…
    kat mana saya nak cari info mengenai keputusan yang dibuat dalam titik pulang modal yer

  88. as salam..cikgu, mcmne nak kira BEP dari penyata untung rugi/kunci kira2?

  89. Oshie, waalaikumussalam.

    TPM / BEP merujuk kepada maklumat dari Penyata Kos Pengeluaran (Kos tetap dan margin caruman seunit)… bukannya dari Penyata Kewangan.

  90. tp kalau dia bagi satu set penyata untung rugi dan kunci kira-kira dari tahun 2006-2010)..diminta untuk kira BEP untuk setiap tahun..mcmne saya nak buat..cikgu, macamna nak cari harga jualan seunit ye?

  91. cg
    ape tu kos volum untung????
    sye x prnh dgr pon…
    x de la plak cg sye ajr mende ni…huhuhu
    sye hrp cg dpt berikan penjelasan kat sya agar sye dpt faham dgn baek….

    syukran/thanx cikgu…

  92. Topik tersebut terdapat dalam Bab2 akhir, nanti akan diajar oleh cikgu anda kemudian….. belum sampai masanya lagi.

  93. cikgu, selamat sejahtera

    cikgu , saya nak tanya
    jika TPM yang saya hitung ialang 36.4
    bolehkah saya bulatkan ke 37 (saya ingat lecturer dalam Uni ajar begitu)
    sebab: jika saya bulat kepada 36 , angka itu belum capai TPM lagi , masih dalam rugi ….

    saya merujuk kepada buku rujukan yang lain ,
    jawapan yang diberi ialah 36 ,
    saya harap boleh dapat jawapan dari cikgu ,
    terima kasih

  94. Gary,

    Pada pandangan saya,
    Jika dibundarkan secara matematik, iaitu 36.4 ~ 36 unit … sedangkan dengan kuantiti tersebut tahap TPM masih belum capai (masih rugi).
    Bagi tujuan kegunaan TPM itu sendiri, kita lihat kepada kuantiti yang paling MINIMUM perlu dikeluarkan supaya mencapai tahap TPM, maka pada saya nilai 37 unit lebih sesuai digunakan.

  95. ok , terima kasih banyak banyak , cikgu ^^v

  96. salam….ckgu….mcam mne nk kira margin keselamatan dalam peratus

  97. Ila,

    FORMULA;

    Margin Keselamatan (RM) = Jualan Sebenar – Jualan pada TPM

    Margin Keselamatan (%) = Margin keselamatan (RM) / Jualan sebenar X 100%

  98. Kos overhed dan kos pentadbiran di bawah kos berubah atau kos tetap?

  99. Fiera,

    Pada pandangan saya, kedua2nya adalah KOS TETAP.

  100. cg,
    lepas saya bacakan penerangan di atas , barulah saya tahu dalam bab ini ,iklan tidak diambil kira sebagai kos tetap ?kos tetap dalam formula TPM,bukankah maksud jumlah kos tetap?..termasuk kos tetap perkilangan dan bukan perkilangan ? nak dapat balik modal..bukankah perlu ambil kira semua kos ? …
    soalan kedua saya …
    dalam huraian sukatan adanya kirakan TPM dengan kaedah margin keselamatan ..maka perlu pelajar perlu diajar untuk mengira margin keselamatan ?

    terima kasih cikgu..

  101. Phangyap,

    1. Kos tetap dalam formula TPM merujuk kepada JUMLAH KOS TETAP.

    2. Kaedah Margin Keselamatan, bukannya kaedah untuk mengira TPM, tetapi kaedah untuk analsis TPM yang diperolehi berbanding dengan JUALAN SEBENAR…… sama dengan konsep Varian dalam Belanjawan Tunai. Oleh kerana ianya termasuk dalam sukatan dan ada dikemuakan dalam Buku Teks, maka semestinya diajarkan kepada pelajar… dan ada kemungkinan akan disoal dalam SPM nanti.

  102. ohh….terima kasih cg!!

  103. assalammualaikum ckgu nak tnye berapakah jualan yg harus dlakukn bgi mencapai sasaran untung selepas cukai sebanyak rm 20000(andaikan cukai tahunan 20% stahun)

    kos berubah rm 8
    kos tetap rm12000
    hrga jualn seunit rm 10

    cm ne ye ckgu sye x fham ble ada cukai

  104. Nurul, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg, kena cari dahulu UNTUNG SEBELUM CUKAI…. iaitu merujuk kepada UNTUNG SASARAN.
    Untung Sebelum Cukai = 20,000 X 100/80 = RM25,000

    Maka, Kuantiti Jualan = (Kos Tetap + Untung Sasaran) / Margin caruman seunit
    = (12000 + 25000)/(10-8) = 18,500 unit.

  105. terima kasih ckgu betul la

  106. cikgu,
    saya nak formula tpm
    semua

  107. Ash,

    Sila rujuk Buku Teks m/s 509-512 untuk dapatkan formula dan contoh penyelesaiannya.

  108. how to calculate MCS?

  109. Afiq,

    MCS = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit

  110. kalaiyarasi a/p krishnan

    hi cikgu, apakah yang dimaksudkan margin keselamatan?
    jelaskan, saya kurang faham. terima kasih

  111. MARGIN KESELAMATAN (MK)

    1-Perbezaan di antara jualan sebenar (atau jualan jangkaan) dengan jualan pada titik pulang modal.
    2-Dapat menunjukkan sejauhmana jumlah jualan boleh menurun atau berkurang sebelum berlaku kerugian.
    3-Lebih tinggi nilai MK, lebih selesa perniagaan.
    4-Boleh dinyatakan dalam bentuk ringgit dan peratus.

    FORMULA;

    Margin Keselamatan (RM) = Jualan Sebenar/Jangkaan Jualan – Jualan pada TPM

    Margin Keselamatan (%)

    = Margin keselamatan (RM)
    ——————————
    Jualan sebenar/Jangkaan Jualan

  112. Cg,

    1.upah penyelia kilang
    2.gaji pekerja pejabat
    3.susut nilai
    4.insurans
    5.Kadar bayaran

    minta tanya,
    kelima-lima di atas adalah KOS TETAP?

  113. merujuk kepda #112,

    Syarikat tersebut ialah pengilang air minuman.

    Pejabat dianggarkannmenggunakan elektrik dan air sebanyak 30% dan bakinya digunakan oleh kilang.

    Kadar bayaran =RM4240
    70%-RM2968 = KOS BERUBAH??

  114. Chee,

    Kos overhed = kos tetap ….. tetapi dari sudut subjek Ekonomi.. Kos tetap ditafsirkan lain.

    no. 2 – Bukan KO / KT kerana gaji pejabat.
    manakala no 1, 3, 4, 5 yang berkaitan dengan kilang sahaja dikelaskan sebagai KO.

    Kos berubah = Kos Prima…. iaitu kos bahan langsung.. kos buruh langsung dan belanja langsung.
    Kadar bayaran kilang –> KO

  115. Cg,

    Gaji pejabat BUKAN kos tetap?

  116. Cg,
    untuk mengumpul maklumat untuk mengira TPM :

    KOS TETAP hanya termasuk
    1,3,4,5

  117. Chee,

    Gaji Pejabat … adalah belanja KEDAI/PERNIAGAAN…. ianya dimasukkan dalam Penyata Pendapatan Perniagaan.. bukannya Penyata Kos Pengeluaran.
    1,3,4,5 untuk KILANG sahaja. Misalnya Kadar bayaran diagihkan pejabat 30% dan Kilang 70%… maka hanya ambil kira bahagian KILANG sahaja.

  118. Cg,
    Perniagaan Culture sdn bhd mengeluarkan pelbagai jenis barangan cenderamta seramik

    KOS bagi soalan ini :

    1.alatan melukis RM14000
    2.Dakwat melukis RM5000
    3.Sewa premis RM6000
    4.upah langsung RM18000
    5.Bahan mentah RM7000

    Kos tetap =1,2 &3 untuk mencari TPM

    betulkah Cg

  119. Chee,

    Ya…. KOS TETAP = KOS OVERHED

  120. #117

    cg,

    KOS TETAP untuk mengira TPM bagi sebuah kilang mengeluarkan minuman:

    1.gaji penyelia kilang
    2.gaji pekerja pejabat
    3.kadar bayaran
    4.susut nilai
    5.insurans

  121. Chee,

    Kenalpasti yang mana satu KOS OVERHED KILANG maka itulah KOS TETAP.

  122. adakah bekalan air yang termasuk dalam kadar bayaran untuk pengilang ini mengikut quantiti output yang dikeluarkan sebab ia pengilang minuman?

  123. Chee,

    Pada pandangan saya,
    Bekalan air boleh dikelaskan sebagai BAHAN MENTAH dalam pengeluaran air minuman.
    Tetapi Kadar bayaran TIDAK merujuk kepada bil air semata2…. ianya gabungan bayaran bil ….seperti bil elektrik, bil telefon, bil air. Maka kita perlu agihkan kadar bayaran tersebut antara kos bahan langsung dan kos overhed.

  124. cg,

    Dakwat melukis untuk sebuah pengilang yang mengeluarkan cenderamata berasaskan seramik diaggap sebagai KOS TETAP?

  125. Chee,

    Dakwat melukis boleh dikelaskan sebagai Kos Overhed / kos tetap, kecualilah kita boleh tentukan kos dakwat bagi setiap satu unit keluaran.

  126. Cikgu, bagaimana nak pastikan kita guna skala yg betul dlm membuat graf? Hampir semua graf yg saya buat ruginya lebih banyak drpd untung. Saya risau.

  127. Vun,

    Caranya dengan berpandukan nilai TPM dalam unit dan RM… dalam menentukan skala.. pastikan nilai2 TPM tersebut berada ditengah paksi masing2.

  128. Cikgu, saya nak tanya soalan Program Peningkatan Akademik SPM 2013 (Kedah) – Modul A no 5. Saya tak dapat garisan jumlah hasil. Saya tak tahu mcmana nak selarikan 0 –> 60 000 –> 180 000 dgn skala yg saya guna ni:
    Kos/Hasil (RM) ~ 60 000, 80 000, 100 000, 120 000, 140 000, 160 000, 180 000.
    Pengeluaran (unit) ~ 1 000, 1 500, 2 000, 2 500, 3 000

  129. Vun,

    Hanya menggunakan 2 titik sahaja kita boleh lukis garis JUMLAH HASIL… iaitu titik (0,0) dan (3,000, 180,000)

  130. Bolehkah cikgu tolong kira berapakah kos tetap? Mesin dan alatan serta sewa bangunan boleh diambilkira sebagai kos tetapkah?

    Syarikat ABC telah membuat keputusan untuk mengeluarkan pakaian wanita. Kos yang dijangka adalah seperti berikut:
    Mesin dan alatan RM185000
    sewa bangunan RM15000
    Kos tetap lain RM5000
    kos berubah seunit RM5

    berapakah kis tetap.

  131. Chan,

    Pada pandangan saya berdasarkan soalan tersebut.. jelas menyatakan KOS yang dijangkakan… maka Kos tetap = mesin dan alatan + sewa bangunan + kos tetap lain.

  132. terima kasih cikgu

  133. Adakah belanja langsung digunakan sebagai kos berubah untuk mengira TPM? Ataupun hanya kos bahan langsung dan kos buruh langsung dianggap sebagai kos berubah untuk pengiraan TPM?

  134. Xo,

    KOS PRIMA = Kos berubah……(Kos bahan langsung + Kos buruh langsung + Belanja langsung)
    KOS OVERHED = Kos tetap

  135. Terima kasih cikgu.

  136. Klau kos tetap diandaikn malar, garisannya mcm mane ?

  137. Syaidatul,

    Kos Tetap … garisnya mengufuk… selari dengan paksi-X (paksi pengeluaran)

  138. Mesin dan alatan 100000
    Sewa bangunan 20000
    Kos tetap lain 5000
    Kos berubah seunit 3.00

    Kos tetap berapa?

  139. Farah,

    1.Sewa bangunan & kos tetap lain –> kos tetap.
    2.Jika dalam soalan ada dinyatakan tentang susut nilai mesin & alatan, maka SN –> kos tetap.
    Jika tiada sebarang maklumat SN, maka Kos mesin dan alatan –> kos tetap…. dengan andaian jumlah tersebut adalah kos terlibat dalam proses pengeluaran pada tahun tersebut.

  140. cikgu, ada tak nota untuk titik pulang modal??

  141. Bentan,

    Boleh rujuk link Nota Cg Sila.. dikomen terdahulu. Sebaik2 nota rujuk buku teks @ buku rujukan… dan buat catatan sendiri.

  142. Cikgu,
    Apa itu margin keselamatan ?
    Mcm mna bntuk soalan trsbut utk k2 ?

  143. Syazwina,

    Dalam buku teks m/s 508 … ada menjelaskan maksudnya margin keselamatan serta contoh pengiraannya..

  144. Cikgu, kos pengiklanan merupakan kos tetap atau kos berubah?

    Soalan dari SPM 2015 Bahagian B.

  145. Tan,

    Kos prima (kos bahan langsung, kos buruh langsung & belanja langsung) –> KOS BERUBAH.
    Lain2 belanja –> KOS OVERHED –> KOS TETAP

  146. cikgu macam mana nak buat soalan ini ?

    SOALAN
    Syarikat Spritzer menjual satu jenis produk. Jumlah kos berubah ialah RM 414,000, jumlah kos tetap ialah RM 240,000 dan jualan tahun lalu ialah 4 600 unit bernilai RM 690,000. Kirakan:

    a. margin sumbangan seunit dan nisbah margin sumbangan
    b. jumlah jualan pada titik pulang modal dalam RM dan unit
    c. berapa banyak perlu dijual untuk mendapat keuntungan RM120,000 tahun hadapan?
    d. margin keselamatan (unit)
    e. berapakah jumlah margin sumbangan syarikat pada titik pulang modal?

  147. Goh,

    Daripada maklumat yang diberi kita boleh:
    1. Cari kos berubah seunit
    2. Harga jualan seunit

    Kemudian baru jawab a.. b.. c.. d.. e

  148. Cikgu, dalam akaun pengeluaran, susut nilai kenderaan direkod dalam KO atau perdagangan & untung rugi?

  149. YSJ,

    Bergantung kepada soalan… sekiranya kenderaan tersebut diagih antara kilang dan pejabat/kedai… maka SN Kenderaan tersebut juga perlu diagihkan antara KO dan AUR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.