Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan

2.1 Aset
2.2 Liabiliti
2.3 Ekuiti Pemilik
2.4 Hasil
2.5 Belanja
2.6 Akaun Kontra
2.7 Carta Akaun
2.8 Persamaan Perakaunan
2.9 Sistem Catatan Bergu

KUIZ : Klasifikasi Akaun

Congratulations - you have completed KUIZ : Klasifikasi Akaun. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Kumpulan manakah yang dikelaskan sebagai ASET SEMASA ?
A
A. Bank, Tunai, Penghutang
B
B. Modal, Pemiutang, Perabot
C
C. Kenderaan, Penghutang, Stok
D
D. Penghutang, Pemiutang, Premis
Question 2
LIABILITI BUKAN SEMASA sebuah perniagaan ialah .......
A
Overdraf bank
B
Pinjaman bercagar
C
Faedah atas pinjaman
D
Kadar bayaran terakru
Question 3
Antara berikut yang manakah akan mengurangkan modal sebuah perniagaan ?
A
Untung bersih
B
Ambilan oleh pemilik
C
Wang tunai dibawa masuk oleh pemilik
D
Pemilik membawa masuk aset bukan semasa
Question 4
Pemilik Kedai Buku dan Alat tulis Farahan, mengambil alat tulis bernilai RM 120 dari stok untuk kegunaan perniagaan.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah catatan bergu untuk urus niaga tersebut ?
A
Debit Akaun Ambilan, kredit Akaun Alat tulis
B
Debit Akaun Ambilan, kredit Akaun Belian
C
Debit Akaun Alat tulis, kredit Akaun Belian
D
Debit Akaun Alat tulis, kredit Akaun Stok
Question 5
Berdasarkan butiran berikut, manakah belanja kendalian ?

I Insurans

II Duti Belian

III Angkutan Keluar

IV Susut nilai perabot
A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 6
Antara yang berikut, yang manakah akan menambahkan dan mengurangkan aset?
A
Bayar hutang pembekal dengan cek
B
Ambilan stok untuk kegunaan peribadi
C
Jual perabot terpakai kepada Encik Amran secara kredit
D
Tunai dibawa masuk sebagai modal tambahan
Question 7
Puan Judy, pemilik Gedung Fesyen Anggun, menjelaskan pinjaman bank sebanyak RM20 000 dengan cek.

Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas Kunci Kira-Kira?
A
Aset dan liabiliti bertambah
B
Aset dan liabiliti berkurang
C
Aset bertambah dan liabiliti berkurang
D
Aset berkurang dan liabiliti bertambah
Question 8
Antara berikut, yang manakah hasil kendalian bagi sebuah perniagaan menjual alat ganti jentera?
A
Jualan alat ganti
B
Komisen jurujual
C
Dividen pelaburan
D
Susut nilai kenderaan
Question 9
Antara berikut manakah liabiliti?
A
Stok alat tulis
B
Gaji terdahulu
C
Sewa diterima terdahulu
D
Pinjaman kepada pekerja
Question 10
Antara berikut, manakah Akaun Nominal?

I Gaji

II Bank

III Gadai janji

IV Kadar bayaran
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 11
Butiran manakah yang merupakan belanja kendalian perniagaan ?  [SPM2011]
A
Rugi atas jualan aset bukan semasa
B
Faedah pinjaman bank
C
Insurans peribadi
D
Promosi
Question 12
Situasi di bawah merujuk kepada satu konsep perakaunan:

"Encik Darus, seorang peruncit, tidak merekodkan bayaran bil elektrik rumah kediamannya di dalam buku-buku perakaunan perniagaannya."

Nyatakan konsep perakaunan yang berkaitan dengannya.
A
Badan berterusan
B
Tempoh perakaunan
C
Wang sebagai ukuran
D
Entiti berasingan
Question 13
Antara berikut, yang manakah merupakan Liabiliti Bukan Semasa bagi sesebuah perniagaan?
A
Pemiutang
B
Gaji belum dibayar
C
Pinjaman bercagar
D
Overdraf bank
Question 14
Maklumat di bawah ialah urus niaga Perniagaan Suria:

"Beli komputer berharga RM 4,200 daripada Syarikat Komputer Prima Berhad secara kredit."

Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas aset dan liabiliti?
A
Aset berkurang Liabiliti bertambah
B
Aset bertambah Liabiliti bertambah
C
Aset bertambah Liabiliti berkurang
D
Aset berkurang Liabiliti berkurang
Question 15
Aset  -  Liabiliti = ?
A
Overdraft
B
Aset tetap
C
Ekuiti pemilik
D
Pendapatan tertahan
Question 16
Antara berikut aset semasa yang manakah mempunyai kecairan yang paling rendah?
A
Tunai
B
Stok
C
Penghutang
D
Bank
Question 17
Azman membeli kenderaan secara kredit untuk kegunaan sendiri. Apakah kesan tindakan Azman itu pada catatan perakaunannya?
A
Akaun Kenderaan dan Pemiutang meningkat
B
Akaun Ambilan dan Pemiutang meningkat.
C
Akaun Kenderaan dan Penghutang meningkat.
D
Akaun Ambilan dan Penghutang meningkat.
Question 18
Antara transaksi perakaunan berikut, yang manakah TIADA kesan ke atas Ekuiti Pemilik?
A
Penghutang membayar RM3,400 untuk menjelaskan hutangnya yang berjumlah RM3,600.
B
Membeli lengkapan secara kredit.
C
Membayar sewa untuk kediaman sendiri.
D
Menjelaskan hutang RM5,500 kepada pemiutang. Diskaun diterima RM200.
Question 19
Antara butir-butir berikut, yang manakah dikelaskan sebagai aset? I Tunai, Penghutang II Overdraf Bank, Modal III Pemiutang, Pinjaman IV Kenderaan, Stok

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 5 SPM 2004]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
II dan IV
Question 20
ALEHB1

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 - Soalan 6 SPM 2004]

A
RM28 830
B
RM34 270
C
RM34 370
D
RM35 170
Question 21
Aset Bukan Semasa mempunyai ciri-ciri berikut kecuali 

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 4 SPM 2005]

A
dimiliki bukan bertujuan untuk dijual
B
sukar ditukar menjadi tunai
C
boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang
D
boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek
Question 22
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang peraturan merekod urus niaga ke dalam lejar?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 62 - Soalan 3 SPM 2006]

A
Aset didebitkan apabila berkurang
B
Hasil dikreditkan apabila bertambah
C
Liabiliti didebitkan apabila bertambah
D
Ekuiti Pemilik dikreditkan apabila berkurang
Question 23
Antara berikut, yang manakah liabiliti semasa?

I Gaji terdahulu

II Overdraf bank

III Insurans terakru

IV Sewa diterima terdahulu

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 43 - Soalan 5 SPM 2005]

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 24
ALEHB002    

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 – 46 - Soalan 2 SPM 2006]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 25
ALEHB003

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 4 SPM 2006]

A
Tunai, Stok dan Kenderaan
B
Stok, Pemiutang dan Tunai
C
Stok, Overdraf Bank dan Tunai
D
Tunai, Penghutang dan Hasil Terakru
Question 26
Kumpulan item yang manakah aset bukan semasa?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 3 SPM 2007]

A
Sewa premis terdahulu, gaji terdahulu, lengkapan
B
Bangunan, tanah, sewa diterima terakru
C
Perabot, tunai, penghutang
D
Mesin, kenderaan, premis
Question 27
Antara yang berikut, yang manakah rumus persamaan perakaunan yang betul?

I Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

II Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik

III Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih

IV Aset = Liabiliti - Modal - Hasil + Belanja

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 & 59 - Soalan 8 SPM 2006]

A
I dan III
B
I dan IV
C
II dan III
D
II dan IV
Question 28

Pada akhir tempoh perakaunan, buku Perniagaan Ikram Enterprise menunjukkan baki-baki berikut:

Aset       RM50 000 Liabiliti   RM17 590 Berapakah modal awal perniagaan jika Perniagaan Ikram Enterprise mengalami kerugian sebanyak RM5 950?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 44 & 54 - Soalan 4 SPM 2007]

A
RM23 540
B
RM26 460
C
RM32 410
D
RM38 360
Question 29
ALEHB004

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 58 - Soalan 6 SPM 2007]

A
Berkurang - Berkurang - Tiada kesan
B
Bertambah - Bertambah - Tiada kesan
C
Berkurang - Tiada kesan - Berkurang
D
Bertambah - Tiada kesan - Bertambah
Question 30
Manakah merupakan aset semasa perniagaan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 3 SPM 2008]

A
Sewa dibayar terakru
B
Insurans terdahulu
C
Kadar bayaran terakru
D
Komisen diterima terdahulu
Question 31
Stok pada harga kos RM2 560 dijual secara kredit sebanyak RM5 460. Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas aset dan ekuiti pemilik? ALEHB005

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 60 - Soalan 6 SPM 2008]

A
Berkurang - Bertambah - Bertambah
B
Berkurang - Bertambah - Berkurang
C
Bertambah - Berkurang - Berkurang
D
Bertambah - Bertambah - Berkurang
Question 32
Berikut adalah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik bagi Perniagan Sri Medan pada 31 Disember 2007. ALEHB006 Berapakah aset bukan semasa bagi perniagaan tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 4 SPM 2008]

A
RM7 600
B
RM8 400
C
RM23 000
D
RM30 600
Question 33
Pada 1 Jun 2007, Karina Lim telah memulakan perniagaan runcit dengan memasukkan tunai ke bank sebanyak RM18 000. Apakah catatan bergu bagi urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 63 - Soalan 7 SPM 2008]

A
Debit : Akaun Tunai - Kredit :Akaun Modal
B
Debit : Akaun Bank - Kredit : Akaun Modal
C
Debit : Akaun Bank - Kredit : Akaun Tunai
D
Debit : Akaun Modal - Kredit : Akaun Bank
Question 34
Puan Rohani pemilik Kedai Buku Jaya telah memulangkan enam buah buku matematik kepada pembekal kerana rosak. Apakah kesan urus niaga ke atas aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan Puan Rohani? Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 – 58 - Soalan 5 SPM 2009]

A
Aset : Bertambah, Liabiliti : Bertambah, Ekuiti : Tiada kesan
B
Aset : Berkurang, Liabiliti : Berkurang, Ekuiti : Tiada kesan
C
Aset : Bertambah, Liabiliti : Tiada kesan, Ekuiti : Bertambah
D
Aset : Berkurang, Liabiliti : Tiada kesan, Ekuiti : Berkurang
Question 35

Kumpulan item manakah yang merupakan aset semasa?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 2 SPM 2010]

A
Komisen diterima terdahulu, stok, tunai
B
Kadar bayaran terakru, bank, penghutang
C
Sewa diterima terakru, pemiutang, gaji terdahulu
D
Insurans terdahulu, penghutang, komisen diterima terakru
Question 36
Maklumat berikut diperoleh daripada buku sebuah perniagaan. Kedai Perabot Ceria menjual almari bernilai RM2 800 dengan harga RM3 500 secara kredit kepada pelanggan. Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan? ALEHB007  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 60 - Soalan 6 SPM 2009]

A
A
B
B
C
c
D
D
Question 37
Apakah hasil kendalian bagi sebuah kedai menjual perabot?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 45 - Soalan 3 SPM 2010]

A
Faedah atas simpanan
B
Penerimaan wang sewa ruang niaga
C
Untung jualan alat pendingin hawa
D
Jualan set bilik tidur pengantin
Question 38
Urus niaga berikut telah berlaku dalam perniagaan Kedai Buku Amal. Encik Amal membayar kepada Pembekal Buku Nikmat RM8 500 dengan cek. Beliau menerima diskaun tunai sebanyak RM200. Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan? ALEHB008

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 57, 60 - Soalan 5 SPM 2010]

A
A
B
B
C
C
D
D
Question 39
Pernyataan manakah yang menunjukkan ciri aset bukan semasa?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 6 SPM 2010]

A
Mudah ditukar menjadi tunai
B
Dimiliki untuk tujuan dijual semula
C
Boleh digunakan untuk jangka masa panjang
D
Boleh digunakan untuk tempoh masa yang pendek
Question 40
Butiran manakah yang merupakan belanja kendalian perniagaan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 46 - Soalan 5 SPM 2011]

A
Rugi atas jualan aset bukan semasa
B
Faedah pinjaman bank
C
Insurans peribadi
D
Promosi
Question 41
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Kerisik. ALEHB009 Berapakah ekuiti pemilik perniagaan berkenaan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 - Soalan 3 SPM 2011]

A
RM10 400
B
RM11 560
C
RM22 400
D
RM23 560
Question 42
Tahun kewangan Kedai Runcit Amiruddin berakhir pada 31 Mei 2011. Data berikut diperoleh daripada buku perniagaannya. ALEHB010 Berapakah modal pada tarikh 31 Mei 2011?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 - Soalan 4 SPM 2011]

A
RM16 250
B
RM19 250
C
RM19 750
D
RM22 750
Question 43
ALEHB011
A
A
B
B
C
C
D
D
Question 44
Urus niaga berikut berlaku dalam perniagaan kepunyaan Encik Ali.

Encik Ali mengambil barang niaga bernilai RM100 daripada perniagaannya untuk kegunaan peribadi.

Apakah catatan bergu yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 47, 62 - Soalan 12 SPM 2011]

A
Debit Akaun Tunai Kredit Akaun Stok
B
Debit Akaun Ambilan Kredit Akaun Belian
C
Debit Akaun Ambilan Kredit Akaun Tunai
D
Debit Akaun Tunai Kredit Akaun Belian
Question 45
Pasangan manakah yang betul bagi pengelasan aset dan liabiliti?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42, 43 - Soalan 3 SPM 2012 ]

A
Aset : Hasil terakru Liabiliti : Hasil terdahulu
B
Aset : Belanja terakru Liabiliti : Belanja terdahulu
C
Aset : Hasil terdahulu Liabiliti : Belanja terdahulu
D
Aset : Belanja terakru Liabiliti : Hasil terakru
Question 46
Urus niaga manakah yang akan menambahkan jumlah ekuiti pemilik?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 44, 60 - Soalan 4 SPM 2012]

A
Menerima diskaun RM400
B
Membayar sewa kedai RM700
C
Membeli perabot secara kredit RM500
D
Mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga RM150
Question 47
Padanan manakah yang betul?

Akaun Kontra ---> Akaun Induk

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 47 - Soalan 2 SPM 2013]

A
Peruntukan Hutang Ragu --- >Pemiutang
B
Diskaun Diterima ---> Jualan
C
Diskaun Diberi ---> Belian
D
Ambilan ---> Modal
Question 48
ALEHB012
A
A
B
B
C
C
D
D
Question 49
Kedai Runcit Maju membeli perabot secara tunai daripada Kedai Perabot Jaya untuk kegunaan perniagaan.  Catatan manakah yang betul?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 62 - Soalan 8 SPM 2013]

A
Debit Akaun Belian Kredit Akaun Tunai
B
Debit Akaun Perabot Kredit Akaun Tunai
C
Debit Akaun Belian Kredit Kedai Perabot Jaya
D
Debit Akaun Perabot Kredit Kedai Perabot Jaya
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 49 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
2122232425
2627282930
3132333435
3637383940
4142434445
46474849End
Return

  1. Nak tanya, saya keliru dengan simpanan tetap. Nak masukkan dalam aset semasa atau aset bukan semasa dan kenapa..

  2. Aida, awak ni pelajar SPM ke? Anyway, simpanan tetap atau deposit tetap atau akaun simpanan tetap adalah dalam kelas aset semasa. Kenapa? Ini kerana ia masih boleh diubah kembali kepada tunai dengan mudah, seperti juga akaun simpanan di dalam bank yang lain-lain spt akaun simpanan biasa dan akaun simpanan semasa (usually lebih kerap di panggil akaun semasa sahaja, current account- bahasa jurubank).

    Ringkasnya, mana-mana akaun simpanan di dalam bank, selagi ia boleh ditukar kembali kepada tunai dalam tahun semasa/tahun perakaunan, maka ia mesti dilaporkan di dalam Akaun semasa.

    Harap ini dapat membantu Aida.

  3. SIMPANAN TETAP
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    Simpanan tetap merujuk kepada simpanan wang yang dibuat untuk tempoh yang tetap seperti 1, 3, 6 dan dalam gandaan 3 bulan dan biasanya maksimum sehingga 15 bulan di institusi perbankan. Untuk simpanan tetap perbankan konvesional kadar faedah telah ditetapkan semasa penyimpan mula membuat simpanan itu, dan biasanya ia lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa.

    Terdapat had pelaburan minimum untuk simpanan tetap. Sebagai contoh, di Malaysia had ini untuk simpanan sebulan biasanya RM5,000 dan untuk 3 bulan dan ke atas cuma RM500, tetapi jumlah sebenar bergantung kepada bank berkenaan. Simpanan tetap tidak boleh dikeluarkan sebelum tempohnya.

    Simpanan tetap hanya boleh dilakukan di institusi kewangan yang berdaftar dan disahkan oleh bank pusat negara di mana institusi kewangan itu beroperasi.

  4. actually saya tanya untuk anak buah saya sbb cikgu dia ajar masukkan dalam aset bukan semasa. Masa belajar dulu saya rasa aset semasa. sama macam pandangan sifu. tapi bila cgu tu cakap dia rujuk buku, saya pun confuse jua. terima kasih atas confirmation sifu.saya suka laman sifu ni, boleh belajar balik dan dok berangan nak buat tuisyen kat anak-anak buah.

  5. Simpanan Tetap boleh dikelaskan sebagai Aset Semasa ataupun Aset Bukan Semasa bergantung kepada tempoh matang skim simpanan tetap yang ambil. Sekiranya tempoh matangnya kurang daripada 1 tahun maka ianya akan dikelaskan sebagai Aset Semasa, jika melebihi tempoh setahun maka dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa.

    Pada kebiasaannya, syarikat kecil akan melabur dalam Skim Simpanan Tetap yang kurang daripada 1 tahun bagi mendapatkan bayaran faedah dalam jangka pendek. Manakala syarikat besar pula memilih skim simpanan tetap yang lebih daripada setahun bagi mendapat hasil daripada faedah untuk jangka panjang.

    Oleh itu dalam menentukan samada Aset Semasa atau Aset Bukan Semasa, haruslah dikenalpastikan terlebih dahulu tempoh matang skim simpanan tetap yang diambil.

  6. Cg Narzuki sekiranya tidak dinyatakan tentang tempoh simpanan tetap tersebut maka adakah ia boleh diletakkan sama ada sebagai aset semasa atau aset bukan semasa? sebenarnya apa yang mengelirukan pelajar ialah perkataan “tetap” itu kerana aset bukan semasa juga dianggap sebagai aset tetap yang nilainya tidak mudah berubah. betulkan saya jika saya silap Sfu or cikgu Narzuki. thanks.

  7. Kepada semua,

    Akaun Simpanan tetap hendaklah dilaporkan di dalam Akaun Semasa mengikut amalan pelaporan kunci kira-kira standard. Walaupun tempoh masa melebih setahun, ia tetap dianggap akaun semasa sama seperti instrument asal-tunai. Ia diterimapakai sekian lama di Malaysia dan di luar negara juga. Di Amerika contohnya, Akaun simpanan tetap dikenali sbg CD atau Certificates of Deposits. CD termasuk dalam kategori Deposit Bertempoh atau Time Deposit. Mengikut amalan, CD atau Time Deposit ini dilaporkan sbg AKaun Semasa.

    Kpd pelajar SPM mahupun STPM, kita harus mengajar mrk pengkelasan standard spt ini. Pemahaman bahawa simpanan tetap bagi tempoh lebih 12 bulan sbg aset tetap/aset bukan-semasa tidak disesuai dalam kes ini, krn dari segi perbankan pun, walaupun syarikat menyimpan dlm Ak. Simp. Tetap bagi tmph 24 bln/36bln/ hingga maks. 60 bln, penyimpan tetap berhak menukarkan sijil tsbt kpd tunai bila-bila masa dlm tahun perakaunan, tanpa halangan. Apa yg hilang hanyalah hasil dari faedah simpanan tetap yang tidak akan dibayar krn pengeluaran pra-matang.

    So, mengikut MASB (SPM tak perlu kisah benda ni, STPM mgkn perlu tahu), panduan penyediaan kunci kira-kira, syarikat dibenarkan melaporkan tunai di dalam bank, tunai dlm simpanan tetap, dll di bawah satu heading, Deposits with Licensed Bank, dan ia dipanggil juga ‘Cash and Cash Equivalent’.

    Masalahnya dlm silibus SPM pula, tidak ada kejelasan yang meyakinkan, apatah lagi bab khusus ttg perkara sebegini. Oleh itu, nasihat Cg narzuki hendaklah terpakai. Sifu sendiri mengajar pelajar disimpan dlm Akaun Semasa. Tetapi sejujurnya apabila mrk di T5, jika ada mana-mana pelajar yang membawa perkara sebegini dlm perbincangan, sifu akan mengambil langkah selamat, dan menyebut sptmana pernyataan Cg Narzuki. Itulah kami guru, tak nak pelajar terganggu fikiran, maka kami akan bagi penyelesaian sebegini, dgn harapan pemeriksa mengambil kira faktor kepelbagaian ini.

    Sehinggalah silibus SPM disemak semula (2009? betulke?), sifu berpendapat kedua-duanya betul. Terserah kpd pelajar mengguna pakai mana satu. Wallahualam.

  8. TQ Sifu2b atas info tersebut, sebenarnya isu ini telah diperbincangkan dan masing-masing mengeluarkan pendapat dan alasan masing2 … dan kedua2nya betul. Maka terserahlah kepada syarikat dalam menentukan dasar kewangan mana yang hendak diikuti.

    Oleh kerana keadaan tersebut, maka silibus SPM (sehingga kini) tidak mengemukakan isu tersebut dan ianya tidak pernah dikeluarkan dalam soalan SPM tahun2 lepas terutamanya dalam soalan 2 – Penyediaan Penyata Kewangan. SPM skopnya kecil sahaja, jadi kita permudahkannya untuk kefahaman pelajar. Wassalam.

  9. Terima kasih atas respon yang Sifu dan Cg Narzuki berikan. maka sekarang saya lebih yakin bahawa simpanan tetap adalah aset semasa dengan penjelasan yang panjang lebar daripada cikgu berdua. Jika ada yang bertanya maka saya juga dapat memberikan jawapan dengan yakin berdasarkan keterangan yang cikgu2 berikan. Thanks.

  10. Pandangan daripada seorang Dr. dalam bidang perakaunan berhubung dengan kenyataan saya di bawah :

    “Simpanan Tetap boleh dikelaskan sebagai Aset Semasa ataupun Aset Bukan Semasa bergantung kepada tempoh matang skim simpanan tetap yang ambil. Sekiranya tempoh matangnya kurang daripada 1 tahun maka ianya akan dikelaskan sebagai Aset Semasa, jika melebihi tempoh setahun maka dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa.

    Pada kebiasaannya, syarikat kecil akan melabur dalam Skim Simpanan Tetap yang kurang daripada 1 tahun bagi mendapatkan bayaran faedah dalam jangka pendek. Manakala syarikat besar pula memilih skim simpanan tetap yang lebih daripada setahun bagi mendapat hasil daripada faedah untuk jangka panjang.

    Oleh itu dalam menentukan samada Aset Semasa atau Aset Bukan Semasa, haruslah dikenalpastikan terlebih dahulu tempoh matang skim simpanan tetap yang diambil.”

    Beliau memberikan pandangan seperti berikut :

    Salam.

    Pandangan awak boleh diterima, insyaAllah. Sekiranya ingin maklumat lanjut, boleh semak Financial Reporting Standard (FRS) 139 Financial Instruments: Recognition and Measurement dan FRS 132 Financial Instruments: Disclosure and Presentation.

    Memang ada jawapan yg lebih terperinci jika utk tujuan perbincangan. Cuma sebagaimana awak kata, utk tahap SPM, jawapan awak mencukupi, insyaAllah.

    Pandangan saya, item yg awak sebut itu dalam kategori ‘Pelaburan jangkapendek’. Satu masa dulu kita ada piawai perakaunan utk pelaburan j/pendek. Tapi kini semua item yg boleh masuk kateogri ‘financial instruments’ perlu rujuk FRS 139 dan 132.

    Good luck. Salam.


    Dr. Zaleha Abdul Shukor
    Senior Lecturer
    School of Accounting
    Faculty of Economics and Business
    Universiti Kebangsaan Malaysia

  11. Terima kasih atas pandangan Cg Narzuki dan untuk sifu juga. Hari ni baru buka balik laman ni. Tak sangka Cg Narzuki pun bagi respon. Saya ada juga tanya kawan yang jadi akauntan, dia pun berpendapat perkara ni fleksibel jika dinyatakan tempoh simpanan tetap tersebut. Tapi betullah, memang jarang keluar dalam spm.

  12. Terima kasih Cg Narzuki krn berusaha mendapatkan respons dari pakar.

    Ilmu pengetahuan telah dikemaskini. Sedang membaca FRS139 dn FRS132.

  13. SOALAN LATIHAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

    Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan soalan ini, bolehlah klik di sini.
    https://smkdmpr2.kelantan.edu.my/m-persamaan.pdf

  14. Cg,

    Nota Belum Bayar nak dikelaskan sebagai apa ?

  15. Dayah,

    NOTA BELUM BAYAR dikelaskan sebagai Liabiliti Jangka Panjang / Liabiliti Bukan Semasa. Ini kerana ianya merupakan tangunggan yang biasanya tidak akan dapat dibayar dalam tempoh setahun. Contoh lain seperti pinjaman antara syarikat dan pinjaman bercagar.

    Dan sekiranya Nota Belum Bayar akan dijelaskan/ dibayar balik dalam tempoh satu tahun, maka ianya boleh dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa.

  16. saya ada permasalahan tentangn membuka akaun ini. Bolehkan cg membantu saya menjawab soalan ini?

    Jerry Thong, the owner of PEST BUSTER ENTERPRISE started his business in October 2007. On 1 January 2008, the total assets of the business reported at RM15,000 (including cash of RM9,800), and total liability of RM2,400.

    The followings are transactions performed by the business for the month of January 2008:

    5. Purchased equipment for RM5,000 on credit.
    10. Paid RM600 for shop rental.
    11. Received cash RM3,400 for service rendered.
    20. Paid RM190 for utility service.
    25. Provided repair service to customer on account for RM1,600.
    30. Paid salaries for employees RM1,000.
    30. Jerry brought in his own car worth RM10,000 for business use.
    31. Jerry took cash of RM1,300 to pay for his personal loan.

    REQUIRED:

    (a) Show the effect of each transaction on individual items of the accounting equation.

    (b) Calculate the equity amount as at 31 January 2008.

  17. August,

    Cg akan bantu anda memahami cara menjawab soalan ini tetapi anda yang perlu menyelesaikannya.

    Perkara asas yang perlu diketahui ialah PERSAMAAN PERAKAUNAN, iaitu:

    ASET = EKUITI + LIABILITI,
    EKUITI = MODAL + UNTUNG (UNTUNG = HASIL – BELANJA)
    EKUITI = MODAL + HASIL – BELANJA

    1. Kenalpasti BAKI AWAL berdasarkan maklumat yang diberikan.

    ASET = EKUITI + LIABILITI
    15,000 = EKUITI + 2,400

    EKUITI = 15,000 – 2,400 = 12,600

    BAKI AWAL :
    ASET = 15,000
    LIABILITI = 2,400
    EKUITI = 12,600

    2. Kenalpasti AKAUN-AKAUN yang terlibat dalam setiap urusniaga, seterusnya kenalpasti KESAN ke atas akaun samada BERTAMBAH atau BERKURANG.

    Urusniaga Jan 5 : Apakah 2 akaun yang terlibat ? dan kesannya ?
    Kelengkapan (Aset)— TAMBAH 5,000
    Pemiutang (Liabiliti) —— TAMBAH 5,000

    Maka kesan kepada persamaan perakaunan :
    ASET = 15,000 + 5,000
    LIABILITI = 2,400 + 5,000
    EKUITI = 12,600

    Urusniaga Jan 10 : Apakah 2 akaun yang terlibat ? dan kesannya ?
    Tunai (Aset) — KURANG 600
    Sewa (Belanja) —— KURANG 600 pada EKUITI

    Maka kesan kepada persamaan perakaunan :
    ASET = 15,000 + 5,000 – 600
    LIABILITI = 2,400 + 5,000
    EKUITI = 12,600 – 600

    Begitulah seterusnya dengan urusniaga yang lain.
    Bagi menjawab soalan (a) August boleh juga menggunakan bentuk jadual / lajur, iaitu lajur ASET, LIABILITI dan EKUITI.. Dan kesan pertambahan atau pengurangan bagi setiap urusniaga boleh ditunjukkan dibawah setiap lajur-lajur yang terlibat. Apabila semua urusniaga diambilkira, maka soalan (b) dapat diselesaikan.

    Cg harapkan panduan ringkas ini dapat membantu August dalam menyelesaikan masalah ini.

  18. cg, saya masih tidak faham persamaan ini lagi. Berikut merupakan pengiraan saya yang telah dibuat. Cg, bolehkan cg menolong saya mengubah dan menerangkan kesilapan yang saya dibuat ini?
    aset= 15000+5000-600+3400-190-1600-1000+10000-1300=28710
    ekuiti=12600-600+3400-190-1600+1000-10000+1300=5910
    liabiliti=2400+5000=7400

  19. August, bagus kerana mencuba, jawapan Cg ialah :

    aset = 15000+5000-600+3400-190+1600-1000+10000-1300
    ekuiti=12600-600+3400-190+1600-1000+10000-1300
    liabiliti=2400+5000

    Jan 25 : Aset (penghutang) + 1600 dan Ekuiti (hasil) +1600
    Jan 30 : Aset (tunai) -1000 dan Ekuiti (belanja) -1000
    Jan 30 : Aset (kenderaan) +10000 dan Ekuiti (modal) +10000
    Jan 31 : Aset (tunai) -1300 dan Ekuiti (ambilan) -1300

    Ok, cuba August semak jawapan Cg berikan.

  20. terima kasih atas bantuan cg..
    yang soalan ke2, saya akan cuba membuat dan fahamkan. Lepas itu, saya akan mengeposkan jawapan saya kepada cg membuat semakan.

  21. Ok August, semoga BERJAYA.

    Satu Cg nak tanya, August sekarang ni belajar di mana ?

  22. najah farahin

    Apakah maksud overdraf bank & ia aset @ liabiliti?

  23. Najah farahin,

    Secara ringkasnya :

    BANK bermaksud wang simpanan di dalam Akaun Semasa di bank ianya merupakan ASET SEMASA. Manakala OVERDRAF BANK pula bermaksud kita TERHUTANG dengan bank maka ianya menjadi LIABILITI SEMASA.

    Najah, BANK dan OVERDRAF BANK adalah merujuk kepada satu akaun yang sama iaitu AKAUN BANK, cuma bila Akaun Bank berbaki KREDIT, maka ianya dipanggil OVERDRAF BANK (terhutang dengan bank).

    Secara lebih detailnya :

    KEMUDAHAN OVERDRAF

    OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di ’standby’ kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.

    Ciri-ciri Over Draft (OD) :-

    1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (Guna cek)

    2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit (FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB)

    3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.

    Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000 kemudahan OD.

    4. OD boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat.

    5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.

    Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-

    Kadar faedah OD = BLR + 3
    kalau BLR semasa ialah 12% maka
    Kadar faedah OD anda = 12% + 3% = 15%
    Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18% (15% +3%)

    Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-

    1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
    2. Monthly rate
    3. Daily rate

    Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza. Walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Yang paling mahal ialah Flat rate.

    6. OD juga boleh digabungkan dengan Housing Loan – Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda dah bayar RM40,000 dan baki pinjaman tinggal RM60,000 maka bank akan bagi anda OD sebanyak RM40,000 tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu. Ini bergantung kepada bank sebab bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.

    7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda. Jika anda gunakan tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda dah guna sepenuhnya OD anda maka anda kena selesaikan perbezaannya.

    Contoh:
    1. Amount OD diluluskan – RM100,000
    2. Nilai pasaran cagaran – RM90,000
    3. Jumlah OD yang anda dah dan sedang guna – RM100,000
    4. Jumlah kena bayar serta merta kepada bank – Jumlah OD dah guna – Nilai cagaran
    = RM100,000 – RM90,000

    Jika anda tak gunakan OD anda hingga maksima maka bank akan turunkan amount OD yang boleh anda gunakan itu.

    8. Permohonan untuk OD agak sama dengan loan-loan lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau ASB anda maka permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda tu tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada bank.

    Untuk kemudahan OD yang dipakej bersama pinjaman perumahan anda mungkin tak perlu apply kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

    9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika tak digunakan tak ada feadah yang dikenakan.

    10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tak guna lansung OD tu tapi bank telah pun ’standby’ kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.

    11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.

    12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang tak cukup tu akan secara otomatik diambil dari klemudahan OD anda itu.

    Kemudahan OD amat berguna jika kita manfaatkanya tapi jangan salah guna sebab sama seperti penggunaan kad kredit ianya boleh membebankan jika terlebih atau tersalah guna.

    Kelebihan OD ni ialah ianya satu standby facility dan jika anda tak guna maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fee untuk maintain the facility dan jika anda sesak nak pakai duit maka anda tak perlu pening-pening nak pakai kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along.

    Nukilan Oleh : Mohd Yusoff
    Sumber : https://rancangkewangan.blogdrive.com/comments?id=9

  24. QUESTION 1

    Ring Trading owned by Encik Azahan started its business on 1 June 2005. The following transaction relate to Ring Trading for the month of June 2005.

    DATE TRANSACTIONS
    1 June 2005 Encik Azahan invested RM5,000 of his
    money to the business and deposited
    the money into the business bank
    account
    3 June 2005 Purchased goods from Selesa Trading
    cost RM3,700 on credit
    6 June 2005 Bought second hand delivery van at a
    cost of RM30,000 from Mewah
    Automobile and paid a downpayment of
    RM10,000 by cheque, the remainder to
    be paid by monthly installment
    10 June 2005 Sold goods on credit to Pn Ramlah
    RM1,250
    13 June 2005 Encik Azahan withdrawn business
    money from bank RM500 and took
    goods worth RM150 both for his
    personal use
    18 June 2005 Issued cheque to Selesa Trading
    RM2,500
    20 June 2005 Pn Ramlah returned defected goods
    amount RM250
    25 June 2005 Received cheque from Maybank Finance
    RM20,000 for loan
    29 June 2005 Pn Ramlah paid the amount owes after
    deducting goods returned by cheque

    Required:

    For each of the above transaction, show the effects of transactions on the accounting equation as shown in the example below:

    Transaction ASSET EXPENSES CAPITAL LIABILTY REVENUE

    ex:Paid salary RM200 cash Cash – Salary exp +

    jaw question 1

    01/06
    asset: bank+
    capital: capital+

    03/06
    exp: purchase exp+
    liability: selesa trading+

    06/06
    asset: cash-
    expenses: purchase van+
    liability: mewah auto+

    10/06
    liability: pn ramlah+
    revenue: sales revenue+

    13/06
    asset: cash+
    exp:drawing+
    capital: capital-

    18/06
    asset: bank-
    liability: selesa trad+

    20/06
    liability: pn ramlah-
    reve: sales revenue-

    25/06
    asset: cek+
    capital: loan fr Maybank Finance+

    29/06
    capital: bank+
    liability: pn ramlah-

    Cg betul ke ni?
    question 2 x taula mcm mana ? tolong sy?

  25. Cinda,

    Jawapan soalan 1 perlu disemak semula kerana terdapat beberapa kesilapan.

    NOTA : Bagi TOPIK INI, sekiranya urusniaga melibatkan jualan/belian/pulangan BARANG NIAGA, maka kesan pertambahan dan pengurangannya pada STOK.

    Cadangan jawapan Cg :

    01/06
    asset: bank+
    capital: capital+

    03/06
    asset: stock+
    liability: Selesa Trading+

    06/06
    asset: Van+
    asset: Bank-
    liability: Mewah Auto+

    10/06
    asset: Pn Ramlah+
    asset: stock-

    13/06
    asset: bank-
    asset:stock-
    capital: capital- (drawing)

    18/06
    asset: bank-
    liability: Selesa Trading-

    20/06
    asset: Pn Ramlah-
    asset: stock+

    25/06
    asset: bank+
    liability: loan+

    29/06
    asset: bank+
    lasset: Pn Ramlah-

  26. cinda,
    Jawapan soalan 1
    01/06 Aset : Bank + 5000
    Ekuiti : Modal +5000
    03/06 Aset : Stok + 3700
    Liability : Creditor Selesa Trading 3700
    06/06 Aset : Bank – 10000
    : Van + 30000
    Liabiliti: Mewah Automobile + 20000
    10/06 Aset : Debtor Pn Ramlah + 1250
    Aset : Stok – 1250 ( tidak dinyatakan kos barang yang dijual bermakna untung tidak diketahui)
    13/06 Aset : Bank – 500
    Stok – 150
    Ekuiti : Modal -650
    18/06 Aset : Bank – 2500
    Liabiliti : Creditor Selesa Trading – 2500
    20/06 Aset : Stok + 250
    Aset : Debtor Pn. Ramlah – 250
    25/06 Aset : Bank + 20000
    Liabiliti : Loan +20000
    29/06 Aset : Bank + 1000
    Aset : Debtor Pn. Ramlah – 1000

    cuba semak jawapan tersebut. T/Q

  27. terima kasih Cg atas bimbingan..saya akan cuba memahaminya..

  28. tq jgk pd sabri kerana membantu.. saya amat2 hargai..

  29. saya ada belajar pengurusan kewangan FAB-UTM.secara asasnya.
    apakah dimaksudkan dengan bond?
    ekuiti?
    liabiliti?

  30. Abdah,

    Untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail dan lebih jelas, sila rujuk kepada url berikut :

    Bond : https://en.wikipedia.org/wiki/Bond

    Ownership equity : https://en.wikipedia.org/wiki/Ownership_equity

    Liability : https://en.wikipedia.org/wiki/Liability

  31. i very confuse on this topic.i dont know which want to put.i cant memories as all.i try many time but cant

  32. Grace,

    Kemahiran yang perlu dikuasai bagi topik ini :
    1. Mengetahui dan dapat membezakan antara Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja.
    2. Dapat menegenalpasti akaun2 yang dikelaskan sebagai A,L,E,H dan B.
    3. Dapat menentukan kesan daripada sesuatu urus niaga, pertambahan atau pengurangan kepada akaun terlibat.

    Apa yang penting, kita perlu FAHAM terlebih dahulu, baru mudah kita MENGINGATINYA. Ianya tidak perlu dihafal, hanya kaitkan dengan apa yang ada dipersekitaran kita atau kegiatan seharian , serta LOGIK AKAL sahaja.

  33. cg,apa perbezaan antara stok awal dan stok akhir?

  34. Farah,

    Sebenarnya STOK AWAL dan STOK AKHIR serta BELIAN merujuk kepada perkara yang sama iaitu BARANG NIAGA perniagaan. Yang membezakannya ialah bila ianya digunakan :

    1) Awal tempoh perakaunan – STOK AWAL
    (barang niaga yang tidak habis dijual pada tempoh perakaunan sebelumnya dan dibawa ke tempoh perakaunan semasa)

    2) Semasa tempoh perakaunan – BELIAN
    (belian barang niaga dalam tempoh perakaunan semasa)

    3) Akhir tempoh perakaunan – STOK AKHIR
    (barang niaga yang tidak habis dijual pada akhir tempoh perakaunan semasa)

    Nilai bagi stok akhir diperolehi dengan cara mengira secara fizikal stok yang ada. Dan ianya dinilai mengikut harga pasaran atau harga kos (pilih yang TERENDAH). Stok akhir akan menjadi stok awal pada tempoh perakaunan berikutnya.

  35. TERIMA KASIH,CIKGU NARZUKI.

  36. hai ckgu,,saya adalah pelajar prinsip akaun jugak,,bleh x saya nk jd rakan tok web niyh??

  37. sha2,

    Blog ini terbuka kepada SEMUA, siapa saja yang berminat boleh join sama.

  38. Noor Zatul 'Iffah

    Salam…
    Saya inigin mendapat penjelasan berkenaan dengan MASB 31: Perakaunan Untuk Geran Kerajaaan.

  39. Salam,

    Minta maaf kerana Cg kurang arif tentang perkara tersebut. Cg cadangkan supaya Noor berhubung dan bertanyakan orang yang betul2 arif tentangnya melalui email dibawah. InsyaAllah beliau akan membantu.

    email: zbas@pkrisc.cc.ukm.my
    Dr. Zaleha Abdul Shukor
    Senior Lecturer
    School of Accounting
    Faculty of Economics and Business
    Universiti Kebangsaan Malaysia

  40. Boleh saya tahu apa itu ekuiti pemilik?tq..

  41. Jess,

    Secara ringkasnya Ekuiti Pemilik merupakan pegangan pemilik dalam perniagaan ataupun MODAL yang telah dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaannya. Jumlah tersebut akan bertambah jika perniagaan memperolehi KEUNTUNGAN dan akan berkurang jika mengalami KERUGIAN atau pemilik mengambil keluar (wang atau barang niaga) untuk kegunaan peribadi.

  42. terima kasih ya..^^

  43. salam
    saya nak tanya adakah item pelaburan juga perlu dikelaskan seperti simpanan tetap iaitu boleh jadi aset semasa dan aset bukan semasa?

  44. cikgu,prinsip perakaunan wajibkah belajar add math?tak boleh tolakkah mata pelajaran tu dan klau belajar kat universiti,belajar add math @ math?

  45. Fazri,

    Item Pelaburan juga merupakan Aset. Di mana Simpanan Tetap bagi kebanyakan amalan dikelaskan sebagai item Aset Semasa.

    Farah,

    Syarat kelayakan permohonan ke Matrikulasi Perakaunan mewajibkan pelajar mangambil add math. Walaubagaimanapun syarat2 untuk ke IPT ada yang tidak mewajibkan mengambil subjek add math. Di IPT nanti ada yang akan belajar add math dan math ada yang tidak, ianya bergantung kepada kursus/program/bidang yang diikuti.

  46. sya lepasan ijazah,dlm major tourism..after graduate sya diterima msk sbg lect di sebuah institusi swasta..sya diminta utk mengajar tourism in same time terpaksa mengajar principle of account,sbb kekurangan lect..sya ingin bertanyalah buku yg mane sesuai ukt dirujuk bagi subjek prinsip akaun ni agar mudah student sya faham,sekarang sya mengunakn bku dari penulis frank wood.tapi ada term yang masih tak faham terutamanya part trading profit and loss dan balance sheet.

  47. assalamualaikum.. saya pelajar uni.. saya ingin bertanya tentang hasil faedah diiktiraf.. bagaimanakah konsep ini di gunakan.. dan saya ingin tahu maksud konsep ini secara terperinci.. terima kasih..

  48. Atul,

    Pada pandangan saya buku tersebut memang sesuai digunakan untuk peringkat kolej dan IPT. Sila kemukakan apa masalahnya, boleh kita bincangkan.

    Eila,

    Berhubung dengan konsep “hasil faedah diiktiraf” buat masa ini saya kena study dahulu supaya penerangan saya nanti lebih terperinci dan tepat. Kemungkinan ianya berkaitan dengan Konsep Akruan. Kalau boleh berikan apa-apa maklumat yang Eila ada / faham berkaitan dengannya. InsyaAllah, bila saya jelas akan konsepnya nanti saya kemukakan disini.

  49. salam cg…
    sy nk tya..
    cmna nk taw hasil n blanja trakru??
    trutamanya dlm soklan sjektif n objktif…
    n apa item yg perlu dmsukkan dlm lejar??
    tu je..tanx

  50. Ela,

    Hasil Terakru ~ hasil yang kita sepatutnya terima tetapi masih BELUM TERIMA, ianya dikelaskan sebagai Aset Semasa (Dt).
    Catatan Bergu :
    Dt: HASIL TERAKRU
    Kt: HASIL (berkenaan, spt: Sewa)

    Belanja Terakru ~ belanja/bayaran yang sepatutnya kita BAYAR tetapi masih BELUM BAYAR. ianya dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa (Kt).
    Catatan Bergu:
    Dt: BELANJA (berkenaan spt: Gaji)
    Kt: BELANJA TERAKRU

    Dalam Lejar, kedua2 akaun tersebut terlibat dan catatan butirannya merujuk kepada pasangan catatan bergu masing2.

  51. tanx cg…
    cg..
    bley bg sy soalan yg brkaitan hasil terakru ne??
    yg trakru la..
    apa itu insurans tdhlu??
    cmna nk kira susut nilai n hutang ragu??

  52. tanx a lot sir…

  53. Salam. Boleh berikan perbezaan liabiliti tetap & liabiliti bukan semasa?

  54. Ariff,

    Sukatan Pelajaran SPM lama menggunakan istilah Aset Tetap & Liabiliti Jangka Panjang / Tetap, manakala Sukatan Pelajaran Baru (Mulai 2004) menggunakan istilah Aset Bukan Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa. Kedua2nya merujuk kepada perkara yang sama.

    ASET TETAP = ASET BUKAN SEMASA

    LIABILITI TETAP/ JANGKA PANJANG = LIABILITI BUKAN SEMASA

  55. Salam.

    Nak sambung sikit pasal overdraft tu. Saya ex-banker sekarang cikgu. Nak sambung sikit pasal OVERDRAFT.

    Overdraft ni kiranya macam On Demand gak. Pelanggan kena bayar hutang tu bila-bila masa jer bila bank tuntut. Dia tak der bayaran ansuran macam pinjaman berjangka, gadai janji dan lain-lain.

    Ada juga pelanggan yang tidak mepunyai kemudahan OD tetapi telah terlebih guna duit dalam akaun semasa di bank . Selalunya kita akan call customer dan dia akan bayar next day . Jadi secara tak langsung macam customer pinjam duit dari bank satu malam saja. Tapi sejak adanya perbankan internet, customer boleh memeriksa baki terkini sebelum mengeluarkan cek.

    Kalau ikut tajuk Penyata Penyesuaian Bank , ada baki debit di Penyata Bank. Situasi ini sebenarnya merujuk pada overdraft yang dimaksudkan di atas.

    Maaf ,sekiranya susunan ayat kurang teratur.

  56. Cg Mai,

    Segala perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman sebenar amat2 dihargai. Sumbangan pandangan, komen dll saudara dari semasa ke semasa sangat dialu-alukan. Terlebih dahulu saya ucapakan ribuan terima kasih.

  57. Cikgu, kenapa pelaburan amanah saham dianggap sebagai aset bukan semasa. Pelaburan bukan menambah ekuiti pemilik ke?

  58. Wong,

    Secara mudahnya, EKUITI PEMILIK hanya urusniaga yang terlibat secara langsung dengan pemilik, iaitu:

    1. Akaun Modal – pemilik membawa masuk aset (seperti tunai, perabot, kenderaan, dll.) kepunyaan sendiri kedalam perniagaan. (MENAMBAHKAN EKUITI PEMILIK)

    2. Untung Bersih (TAMBAH EKUITI), Rugi Bersih (KURANGKAN EKUITI)

    3. Akaun Ambilan – pemilik mengambil aset perniagaan (seperti tunai di tangan, tunai di bank, perabot, barang niaga dll) untuk kegunaan peribadi. (MENGURANGKAN EKUITI PEMILIK).

    Manakala PELABURAN, menggunakan WANG PERNIAGAAN untuk dilaburkan bagi mendapatkan pulangan sama ada dalam bentuk faedah, dividen dan sebagainya. Ianya adalah merupakan ASET kepada perniagaan, bukannya Ekuiti Pemilik.

  59. Selamat sejahtera cikgu,
    saya tak pasti pengelasan di bawah sama ada betul atau tidak…cikgu boleh menyemak untuk saya?

    Belanja Bukan Kendalian
    1. Belanja pembaikan
    2. Belanja pencucian
    3. Belanja utiliti
    4. Hutang lapuk
    5. Belanja susut nilai
    6. Penambahan peruntukan hutang ragu
    7. Lesen
    8. Cukai pintu
    9. Diskaun diberi

    Hasil Bukan Kendalian
    1. Hutang lapuk terpulih
    2. Pengurangan peruntukan hutang ragu

    Liabliliti Bukan Semasa
    1. Pinjaman bercagar (apa beza dengan pinjaman bank?)

    Aset Semasa
    1. Deposit telefon

    akhir sekali, saya nak tanya cikgu pulangan belian dan pulangan jualan boleh juga dikelaskan sebagai belanja kendalian dan hasil kendalian ke?

  60. Wong, berikut adalah pandangan daripada Cg.

    Belanja Kendalian
    1. Belanja pembaikan
    2. Belanja pencucian
    3. Belanja utiliti
    7. Lesen
    8. Cukai pintu
    9. Diskaun diberi

    Belanja Bukan Kendalian
    4. Hutang lapuk
    5. Belanja susut nilai
    6. Penambahan peruntukan hutang ragu

    Hasil Kendalian, hanya :
    1. Jualan
    2. Hasil Perkhidmatan
    Selain dari di atas, merupakan Hasil Bukan Kendalian.

    Liabliliti Bukan Semasa
    1. Pinjaman bercagar
    2. Pinjaman bank

    Semua pinjaman adalah sama ada bercagar atau tidak bercagar. Ini merujuk kepada sama ada pemberi pinjaman menghendaki anda mencagarkan aset, biasanya dirujuk sebagai cagaran, untuk menjamin pinjaman anda.

    Pinjaman bercagar, bermakna pemberi pinjaman anda boleh merampas aset jika anda mungkir menjelaskan hutang pinjaman. Oleh kerana terdapat cara alternatif pembayaran balik, faedah dalam pinjaman bercagar adalah lebih rendah berbanding dengan faedah pinjaman tidak bercagar.

    Pinjaman tidak bercagar, tiada aset yang boleh dirampas oleh bank jika mungkir membayar balik pinjaman. Bersama dengan risiko ini, pinjaman tidak bercagar selalunya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman bercagar. Untuk mengurangkan risiko, institusi Pemberian Pinjaman kadang kala menghendaki orang ketiga menandatangani perjanjian bagi pinjaman tidak bercagar atau menjamin jumlah pinjaman.

    Aset Semasa
    1. Deposit telefon

    Pandangan Cg, pulangan belian dan pulangan jualan tidak sesuai dikelaskan sebagai belanja kendalian dan hasil kendalian. Ini kerana kedua2 akaun tersebut merupakan Akaun Kontra, iaitu suatu pengurangan kepada Belanja dan juga Hasil.

  61. cg,sy menghadapi masalah dalam persamaan perakaunan.
    macam mner sy nk mengatasi masalah tersebut??

  62. Lin,

    Caranya mudah sahaja, pertama dapatkan satu soalan persamaan perakaunan, kemudian dapatkan tunjuk ajar daripada kawan ataupun guru anda. Seterusnya jawab satu lagi soalan hantarkan kepada guru anda untuk disemak dan berikan teguran terhadap kesilapan yang anda lakukan. Begitulah seterusnya sehinggalah anda betul2 penguasainya.

    Nasihat Cg, selalulah JUMPA dan BERTANYA guru anda jika ada apa-apa masalah, dapatkan bimbingan secara berterusan dan jangan tunggu disaat akhir baru nak bertanya.

  63. cg narzuki..
    sy student form4..
    sy amik prinsip akaun…
    tp sy krang pham dgn subjek ni…
    sy tak bleh ingt knsep dye sperti imbagan duga…
    mksu aset,liabiliti dan lain2…
    tlg bagi tips…

    ckgu,,,

    tolong bagi tips bagaimana untuk memahami mksud aset,liabiliti dan lain-lain…
    dan juga bagaimana nak cara untuk memahami membuat imbangan duga,lejar jurnal dan lain-lain…
    exam just around the corner…

  64. peri-peri,

    Subjek akaun kena faham seboleh-bolehnya SEMASA cikgu ajar, selagi tak faham selagi itu anda kena TANYA, TANYA, TANYA cikgu / kawan.

    Semasa belajar cuba kaitkan dengan benda-benda disekitar atau suasana semasa anda di kedai untuk membeli sesuatu barang. Atau bayangkan anda adalah PEMILIK KEDAI tersebut.

    ASET = HARTA, kita sebagai pemilik kedai apakah harta2 yang ada dalam kedai kita ?
    Iaitu Stok (barang niaga), Bangunan kedai, Perabot, Alatan Kedai, Wang tunai, Wang di bank dan juga orang yang berhutang dengan kita iaitu Penghutang.

    ASET BUKAN SEMASA = aset yang kita gunakan untuk tempoh lebih 1 tahun (bukan semasa) bagi membantu kita menjalankan perniagaan. Dan ianya nampak secara fizikal seperti : Bangunan, Kenderaan, Perabot, Alatan Kedai.

    ASET SEMASA = aset yang kita gunakan semasa / nilainya berubah-ubah dalam tempoh 1 tahun, seperti, Tunai, Bank, Stok dan Penghutang.

    LIABILITI = TANGGUNGAN, suatu beban kewangan yang kita mesti bayar kepada pihak-pihak tertentu seperti Pinjaman Bank (Liabiliti Bukan Semasa – bayaran balik lebih 1 tahun), Pemiutang (Liabiliti Semasa – kita beli barang secara hutang daripada pembekal dan perlu dijelaskan dalam masa terdekat, kurang 1 tahun).

    Cara-cara untuk merekod dalam Buku Catatan Pertama, Lejar dan Imbangan Duga boleh baca di
    DOKUEMN PERNIAGAAN yang telah dibincangkan secara panjang lebar.

    Semoga ianya dapat membantu anda.

  65. Saya tengok kertas spm thn2 lepas, persamaan akn tidak akn keluar dlm kertas 2 iaitu yang subjektif. maksudnya hanya dlm objektif lah?
    boleh tak cikgu bagitau apa yg penting utk thn 2009 & apa yang tak begitu penting?

  66. adake dlm spm pernah keluar amanah saham sbg aset sms sesebuah perniagaan?
    seingat saya, individu yg melabur dlm amanah saham biasanya guna nama sdiri?

  67. cikgu,dulu saya ingat ‘debit’ bmaksud penambahan ke dlm suatu akn,mnkl ‘kredit’ bmaksud pengurangan. tanggapan ini salah kan? ( ajaran sesat guru sekolah pmr – KH keusahawanan )
    blh tak cikgu bagitau kenapa yang di sebelah kiri ‘debit’, yang kanan ‘kredit’?

  68. Pening,

    Soalan persamaan perakaunan pernah dikeluarkan pada tahun 1995, 1997 dan 2004 dalam kertas 2, soalan ini sudah lama tidak keluar, ada kemungkinan ianya akan keluar dalam spm 2009 nanti. Sekiranya anda menjadikan 1A sebagai target anda, maka semua topik adalah penting dan perlu dikuasai sebaik mungkin.

    Amanah saham tidak pernah keluar dalam SPM. Mungkin tidak sesuai untuk pelaburan bagi perniagaan.

    Pada asasnya : Aset dan Belanja berbaki DEBIT, manakala Liabiliti, Ekuiti dan Hasil berbaki KREDIT. Setengah cikgu menggunakan singkatan (Debit) AB = LEH (Kredit).

    Pertambahan disebelah Debit dan pengurangan di sebelah Kredit yang diterangkan oleh guru KH dahulu adalah merujuk kepada ASET seperti Tunai, Bank Kenderaan, dll.

    DEBIT dan KREDIT adalah istilah yang digunapakai dalam sistem perakaunan semenjak wujudnya Sistem Catatan Bergu lagi, ianya hanya mengambarkan 2 belah yang bertentangan seperti kiri-kanan, atas-bawah, depan-belakang.

  69. mcm mane nak tingkatkan dlm bidang prinsip akaun??ckgu ade tips??

  70. budaK_4C_tAtAU

    Ckgu,saya kurang fhm ngan buku tunai???mcm mana nak fhm??bg tips ckgu..

  71. Budak_srwak,

    Fahamkan konsep, ingatkan format, banyakkan latihan, selalu bertanya dan dapatkan bimbingan guru secara berterusan.

    budak_4c_tatau,

    Sila baca nota ringkas, panduan2, soal-jawab dipos BUKU CATATAN PERTAMA.

  72. syazwani(anje)

    salam..ckgu..sy nk mx nasihat ckgu ..hmm stiap kli sy wat lthn akaun smada smasa ckgu mgajar mhupun diluar..sy msti blh bt n blh score..tp ble kuar result..msti result sy truk..hmm sy dh hmpir ptus smgt..

  73. Syazwani,

    Boleh buat latihan dengan baik merupakan satu petanda yang anda telah menguasai isi pelajaran dan format2 terlibat yang telah diajar oleh guru. Manakala keputusan kurang memuaskan yang diperolehi, mungkin disebabkan kesilapan2 tertentu yang perlu diberikan perhatian.

    Antara kesilapan2 yang boleh menyebabkan banyak kehilangan markah ialah kesilapan terbalik, iaitu catatan Debit dicatat disebelah Kredit dan sebaliknya. BUTIR yang digunakan tidak tepat. TULISAN juga perlu diberikan perhatian.

    Nasihat Cg, kenalpasti apakan kesilapan2 yang telah dilakukan dan pastikan anda tidak lakukan dimasa akan datang. Pastikan setiap latihan yang dibuat dihantar dan disemak oleh guru dan dapatkan komen beliau tentang kelemahan dan kesilapan yang dilakukan, serta langkah2 penyelesaiannya. Sentiasa mendampingi guru untuk mendapat bimbingan yang berterusan. Jangan tunggu disaat2 akhir. Kuatkan semangat dan keazaman untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM nanti.

  74. syazwani(anje)

    salam..
    ckgu trme ksih..hmm..ckgu sy gtw sy pling lmah dlm pnyata pndptn..dlm topik lain..sy blh kuasai.sy kurg phm dgn format pnyata pndptn

  75. Syazwani,

    Setelah mengetahui apa kelemahan anda, maka ambil langkah2 tertentu bagi menyelesaikan/ mengatasi kelemahan tersebut. Cuba fahami tujuan penyata pendapatan disediakan serta item2 yang terlibat seterusnya ingat format dan penggunaan lajur yang sepatutnya digunakan semasa menjawab soalan nanti.

  76. Ang Gian Chin

    Bolehkan saya tanya dua soalan?
    Simpanan tetap adalah aset semasa?
    Pinjaman adalah liabiliti semasa ataupun liabiliti bk semasa?
    (buku teks tg4 tulis liabiliti bk semasa tetapi teks tg5 perkongsian pinjaman di liabiliti semasa?)
    Harap dapat bantuan ,Terima kasih atas tolong

  77. Ang,

    Simpanan tetap – Aset Semasa
    Pinjaman/Pinjaman Bank – Liabiliti Bukan Semasa

    Perkongsian:
    Pinjaman daripada rakan kongsi, boleh dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa. Ini kerana biasanya nilainya adalah kecil dan sifatnya yang boleh diubah. Kecuali jelas menunjukkan nilai pinjaman yang besar berbanding2 nilai2 aset yang ada, serta dinyatakan tempoh matangnya untuk beberapa tahun.

  78. Terima kasih atas tolong saya

    1)Perkongsian-pinjaman drpd rakan kongsi
    Sekiranya tidak ada catat apabila pulang ? still put inside Liabiliti Semasa or Liabiliti Bk Semasa?

    2) When opens Buku Catatan Pertama , Simpanan tetap needs write into Buku Tunai sbg Bank , Lejar?

  79. Ang,

    1) Pinjaman daripada pekongsi biasanya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA, Ini kerana pinjaman tersebut yang biasa bernilai kecil berbanding dengan nilai2 aset yang ada serta sifatnya yang boleh ubah. Walaupun tempoh matang pinjaman melebihi 1 tahun, tetapi rakan kongsi masih boleh memohon dibayar balik pinjaman tersebut lebih awal (kurang setahun), cuma faedah atas pinjaman sahaja mungkin tidak dapat. Ianya hampir menyamai ciri2 Simpanan Tetap yang dikelaskan sebagai Aset Semasa.

    2) Simpanan Tetap tidak sama dengan akaun Bank. Ianya dua akaun yang berbeza, cuma urus niaganya saling berkait. Contohnya, Keluarkan wang daripada bank untuk dimasukkan dalam Simpanan tetap. Maka, Buku Tunai (ruangan Bank) – sebelah kredit, butir – Simpanan tetap. Kemudian diposkan ke lejar Akaun Simpanan Tetap – sebelah debit, butir – Bank.

  80. Ang Gian Chin

    Terima kasih!

  81. cg boleh x terangkan apa itu aset tidak ketara dan bagaimana cara pengiraanya???plz!!!

  82. Ida,

    Maklumat berhubung dengan Aset Tidak Ketara telah Cg terang serba sedikit dalam post Cg sebelum ini. Sila rujuk post2 tersebut, iaitu :

    1. Apa yang dimaksudkan Aset Tidak Ketara dan ciri2nya.

    2. Pengiraan Pelunasan Aset Tidak Ketara

  83. salam cg,
    cg kata lengkapan ialah perabot spt kerusi, meja, rak kabinet..
    jadi, apa perbezaan perabot dgn lengkapan?
    tq

  84. Teh,

    Lengkapan dan Perabot adalah merujuk kepada perkara yang sama, ianya tiada beza. Samada mahu dibuka Akaun Lengkapan atau Akaun Perabot boleh diterima asalkan jangan dibuka kedua2 sekali, hanya salah satu sahaja. Sekiranya dalam soalan telah ada Akaun Lengkapan, maka hendaklah digunakan Akaun Lengkapan jangan pula dibuka Akaun Perabot dan sebaliknya.

  85. tq cg.
    jasa cg amat sy dihargai.

  86. Salam Cg Narzuki,

    Boleh jelaskan “ekuiti” bagi rumah yang masih mempunyai baki hutang pinjaman dengan bank kenapa berada pada kolum liabiliti?

  87. Cg Narzuki,

    Apa pula yang dimaksudkan dengan ‘Home Equity Loan’ dan kenapa ianya berada pada kolum Liabiliti?

  88. Thinkerich,

    Secara ringkasnya, oleh kerana ianya sejenis PINJAMAN, maka sudah tentulah dikelaskan sebagai LIABILITI.

    Manakala penggunaan istilah “ekuiti” disitu tidak mengambarkan EKUITI PEMILIK. Di mana Ak Modal dan Ak Ambilan dan Untung Bersih (skop SPM) sahaja dikelaskan sebagai Ekuiti Pemilik, iaitu urus niaga yang melibatkan pemilik.

    ~~~~~~
    A HOME EQUITY LOAN (sometimes abbreviated HEL) is a type of loan in which the borrower uses the equity in their home as collateral. These loans are sometimes useful to help finance major home repairs, medical bills or college education. A home equity loan creates a lien against the borrower’s house, and reduces actual home equity.

    Maklumat lanjut sila ke
    https://en.wikipedia.org/wiki/Home_equity_loan

  89. salam cg,sy pelajar ipt. sy nk bertanya :
    apakah nota belum bayar sama dgn pinjaman bank?
    2. apakah kelemahan pinjaman bank?
    3.apakah kos yg terlibat ?
    4.apakah kelemahan overdraft sebagai sumber pembiayaan?

    harap cg dpt menerangkan kepada sy…

  90. Nadia,

    Bagi menentukan apakah kebaikan dan kelemahannya, anda kena faham setiap satunya, apakah yang dimaksudkan nota belum bayar, pinjaman bank dan overdraf bank. apakah prosedur2nya perlu diikuti dan sebagainya.

  91. cikgu,boleh x sy nak mintak senrai aset(a.s n a.b.s), belanja, liabiliti(smsa n b.smsa),ekuiti, serta hasil……… tolong sy cg…

  92. Fazree,

    Pengkelasan jenis aset bergantung juga kepada jenis perniagaan, saiz dan bentuk sesebuah organisasi. Anda boleh perolehinya dengan muat turun Laporan Kewangan bentuk/jenis organisasi yang anda kehendaki, di internet.

    Manakala, bagi pengkelasan asas (skop SPM) boleh rujuk Modul Tingkanan 4 Cg Sila. (Klik untuk muat turun)

  93. salam sejahtera cikgu…

    cikgu,(persamaan perakaunan)
    i)menjual barang niaga kepada cik susan dengan harga RM1600.Kos barang tersebut adalah RM960
    ii)pulangkan barang yang rosak bernilai RM84 kepada pembekal.
    iii)cek bernilai RM600 yang diterima daripada penghutang tidak dilayan oleh bank…..

    cikgu semua yang berikut hendak diletak di mana..confused…

  94. lol saya boleh tolong jawab cikgu tolong check
    1. barang niaga bernilai rm960 stok -960
    jualan rm1600 penghutang+1600
    untung +640
    2.pulangan barang rm84
    stok (tolak) – rm 84
    pemiutang (tolak) -rm 84

    3.cek tak layan rm 600
    bank (tolak)-rm600
    penghutang(tambah)+rm600

    lol harap dapat bantu =P

  95. k …thankzzz arr….

  96. welcome,u may ask if not understand lol,maybe cikgu narzuki can explain more detail than me.

  97. Soh,

    Terima kasih, jawapan anda tepat sekali. Ini yang sebenarnya Cg mahukan. Pelajar bertanya dan pelajar lain bantu menjawabnya, jadi kedua2 pelajar akan mendapat manafaatnya.

  98. betul cikgu,saya setuju tetapi saya takut nanti silap ajar =p.

  99. Soh,

    Takpa, Cg juga akan pantau dan sekiranya ada kesilapan akan Cg perbetulkan.

  100. cikgu soalan ak PHR ada baki b/b?bukankah sudah imbang?
    soalan trial smsm

  101. soh,

    Baki b/b dalam soalan merupakan baki awal yang diimbang pada tahun sebelumnya. Semua akaun pada setiap akhir tempoh perakaunan hendaklah diimbang dan ditutup. Setelah semua akaun ditutup, baki2 tersebut akan digunakan untuk menyediakan Penyata Pendapatan dan juga KKK.

  102. semoga tuhan merahmati cg Narzuki….amat bagus web nie…masa saya dulu takde semua nie…harap anak2 dpt menggunakan dgn sepenuhnya

  103. Perabot & kelekapan bmksd
    Lekapan – alatan yang “melekat” seperti : penghawa dingin, kipas dan lampu.
    Lengkapan /Perabot: seperti kerusi meja, rak dan kabinet.

    Pekakas Pejabat Bmksd
    Komputer, printer, mesin taip, mesin faks dan mesin fotostat.

    Komputer & Perisian bermksd
    Install Perisian Sistem / Software

    Soalan Sy:
    Jika membeli Komputer dgn Perisian Sistem & Membeli Cheque Writer ( Cheque Printing Software ) ia tergolong dlm pekakas pjbt atau kmpter & perisian?

  104. Sabri,

    Terima kasih saya ucapkan… saya juga mengharapkan ianya dimanafaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada ini.

    Elia,

    Dalam membuat pengelasan terhadap sesuatu item yang terlibat, ianya bergantung juga kepada jenis, saiz, keadaan dan dasar sesebuah perniagaan tersebut. Pada pandangan Cg, jika perniagaan tersebut besar dan mempunyai banyak komputer, maka adalah lebih sesuai dikelaskan sebagai KOMPUTER. Dan jika sedikit sahaja komputer, boleh dikelaskan sebagai ALATAN PEJABAT. Jadi kesimpulannya, kedua2nya boleh digunakan (tidak menjadi kesalahan) dan ianya juga bergantung kepada beberapa faktor yang telah Cg sebutkan diatas.

  105. salam..ckgu.saya nak tnya apa kesesuaian hubungan penyata kewangan dalam membuat keputusan??

  106. Miera, cuba dapatkan maklumat tersebut daripda nota yang telah Cg sediakan DISINI. (klik)

  107. assalamualaikum…saya nak tanya mengenai stok alatulis yang masih belum digunakan dikategorikan sebagai aset semasa atau aset bukan semasa. terima kasih.

  108. Stok barang niaga dikelaskan sebagai Aset Semasa, begitu juga dengan Stok Alat Tulis.

  109. Salam.cikgu saya nak tanya.Apa itu belanja sundri? terima kasih

  110. dalam trial balance dan balance sheet adakah jumlah d bwh adalah sama

  111. bagaimna hendak mmbuat trial balance

  112. Trial balance dan balance sheet MESTI kedua-dua (debit dan kredit) jumlahnya sama.

    Maklumat tentang Trial balance boleh baca komen2 di page IMBANGAN DUGA (klik).

  113. Saya nak tanya, macam mana nak catat perubahan hasil dan belanja dalam persamaan perakaunan sekiranya ada urusniaga hasil atau belanja..apakah maksud untung tertahan..bolehkah untung tertahan atau hasil ditambah pada modal dalam persamaan perakaunan sebelah ekuiti pemilik.

  114. Secara mudahnya Untung tertahan adalah untung bersih. Sebarang urus niaga yang melibatkan HASIL dan BELANJA akan memberikan kesan ke atas UNTUNG BERSIH. Iaitu Hasil akan menambahkan UB, manakala Belanja akan mengurangkan UB. Seterusnya UB akan memberikan kesan ka atas Ekuiti Pemilik.

    Dalam kes ini ada dua cara yang boleh digunakan:

    1. Kaedah Modal Berubah : Hanya gunakan MODAL sahaja. ~ iaitu HASIL akan TAMBAH di Modal, BELANJA dan AMBILAN akan TOLAK di Modal.

    2. Kaedah Modal Tetap : Buka MODAL, UNTUNG BERSIH dan AMBILAN.
    ~ iaitu HASIL akan tambah di UB, BELANJA akan TOLAH di UB.

    Kedua-dua boleh digunakan, cuma Kaedah 2 adalah lebih baik untuk digunakan.

  115. terima kasih kerana cikgu telah menjawab pertanyaan saya. tapi saya masih kurang jelas dengan soalan ini:-
    1. Lili Catering telah menghantar alas-alas meja dan napkin makan untuk dicuci. Kee Lin mengenakan bayaran untuk kerja-kerja membasuh dan menggosok sebanyak RM10,000. Setelah kerja-kerja tersebut siap, tunai diterima. Kesan urus niaga ini terhadap persamaan perakaunan.

    2. Bagi perkhidmatan cucian dalam Contoh 6 di atas, Perniagaan Mencuci Pakaian Kee Lin telah menggunakan bahan cucian dan pelembut bernilai RM1,500 yang dibekalkan secara kredit oleh Pembekal Sop. Kee Lin juga telah menerima bil telefon daripada Time Telekom Bhd sebanyak RM200 dan elektrik dari Tenaga Nasional sebanyak RM300 bagi tempoh perniagaannya beroperasi. Bil telefon telah dibayar manakala elektrik belum. Kesan urus niaga ini ke atas persamaan perakaunan . Untuk pengetahuan cikgu soalan 1 dan 2 berkait. Minta tolong cikgu berikan jawapan dan jelaskan jawapannya.

  116. Maklumat tambahan bagi soalan 1 di atas ialah, modal RM90,000 manakala tunai (aset) RM210,000.

  117. Berdasarkan maklumat yang diberi, pada pandangan cg persamaan perakaunan yang dikehendaki adalah secara umum sahaja.

    Ekuiti Pemilik = Modal + Hasil – Belanja

    Persamaan Baki Awal : (A = E + L)
    Aset = 210,000
    Ekuiti = 90,000
    Liabiliti = 120,000 (L=A – E)

    Soalan 1
    Aset = 210,000 + 10,000 (Tunai/Bank)
    Ekuiti = 90,000 + 10,000 (Hasil Perkhidmatan)
    Liabiliti = 120,000

    Soalan 2
    Aset = 210,000 + 10,000 + 1,500 (Stok)
    Ekuiti = 90,000 + 10,000
    Liabiliti = 120,000 + 1,500 (Pemiutang)

    Aset = 210,000 + 10,000 + 1,500 – 200 (Tunai)
    Ekuiti = 90,000 + 10,000 – 200 (Belanja : telefon)
    Liabiliti = 120,000 + 1,500

    Aset = 210,000 + 10,000 + 1,500 – 200
    Ekuiti = 90,000 + 10,000 – 200 – 300 (Belanja : Elektrik)
    Liabiliti = 120,000 + 1,500 + 300 (Elektrik Terakru)

    Persamaan Baki Akhir : (A = E + L)
    Aset = 210,000 + 10,000 + 1,500 – 200 = 221,300
    Ekuiti = 90,000 + 10,000 – 200 – 300 ……= 99,500
    Liabiliti = 120,000 + 1,500 + 300 ………… = 121,800

    Ok, itu saja cadangan daripada cg, cuma bentuk penulisan jawapan boleh disediakan dalam bentuk lajur (bentuk diatas hanya untuk penerangan langkah demi langkah saja).

  118. terima kasih cikgu keranan sudi beri jawapan yang lengkap.

  119. macam mana kaedah yang mudah untuk memahamkan pelajar membezakan item2 antara aset,liabiliti,ekuiti pemilik, hasil dan belanja…..sedangkan sudah diterangkan mksd2nya….

  120. Jangan sekadar terangkan maksdunya sahaja, kita harus berikan banyak contoh2 yang biasa jumpa / ada dipersekitaran pelajar bagi setiap item tersebut.

    Serta nyatakan/gambarkan perbezaan secara perbandingan antara item2, seperti aset – liabiliti, liabiliti – ekuiti pemilik, hasil – belanja, aset semasa – aset bukan semasa, liabiliti semasa – liabiliti bukan semasa.

  121. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya macam mana catat pada persamaan akaun sekiranya soalan:-
    1. beli alat tulis dengan tunai RM150
    2. Jual komputer lama bernilai RM540 secara hutang kepada Aliyah.
    3. Jualan barang niaga RM650 secara tunai. Kos barang niaga RN350.

    jawapan saya:
    1. Aset: tunai – RM150
    E.P: belanja alat tulis +RM150
    2. Aset : Komputer -RM450
    Aset : Penghutang +RM450
    3. Aset: Stok -RM350
    Aset: Tunai +RM650
    E.P : Hasil +RM300
    Betul tak jawapan saya dia atas!

  122. Cadangan jawapan Cg:

    1. Aset: tunai – RM150
    E.P: belanja alat tulis – RM150

    No 2 dan 3, bagi Cg sudah betul.

  123. terima kasih cikgu..

  124. salam,
    cgu mcm mane nak tau bhawa urusniaga yang perlu direkod nak buka akaun stok atau akaun belian/ akaun jualan?
    contohnya:
    Mei 2 Belian barang niaga bernilai RM2000 secara tunai
    4 Menjual barang-barang secara tunai bernilai RM340
    7 membeli alatan pejabat secara tunai bernilai RM900
    9 membeli barang niaga dari syarikat Nasa bernilai
    RM750.
    10 Menjual barang niaga kepada Wong bernilai RM300
    saya confused sama ada nak buka akaun stok atau akaun belian/akaun jualan. bila nak buka akaun stok? bila pula nak buka akaun belian/akaun jualan? apa beza kedua-dua akaun tersebut?

  125. Salam Azlina,

    Bagi topik PERSAMAAM PERAKAUNAN, kita hendah lihat KESAN sesuatu urus niaga terhadap persamaan perakaunan tersebut, iaitu perubahan dalam aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Di mana setelah mengambil kira semua urus niaga yang terlibat, pelajar diminta menyediakan KKK bagi menunjukkan keseimbangan dalam persamaan perakaunan tersebut.

    Jadi urus niaga yang melibatkan JUALAN / BELIAN barang niaga, maka kita lihat kesannya pada STOK bertambah ataupun berkurang. Oleh itu Ak Jualan dan Ak Belian TIDAK DIBUKA bagi topik ini.

    TETAPI bagi soalan topik2 lain, AKAUN JUALAN dan AKAUN BELIAN mesti digunakan kerana kita hendak lihat kesan urus niaga terhadap rekod perakaunan perniagaan keseluruhannya.

    Maka, sebagai contoh :
    Mei 2 …. STOK +2000, TUNAI -2000

    Bagi soalan lain, sila Azlina berikan jawapan anda, kemudian Cg semak.

  126. salam cgu..
    maksud saya psl soalan di atas:
    a) dt akaun stok – RM2000
    kt akaun tunai – RM2000
    ATAU
    b) dt akaun belian – RM 2000
    kt akaun tunai – RM2000
    yang mana satu betul (a) ATAU (b)

  127. salam cgu…
    jwpn:
    mei 2 …dt belian 2000, kt tunai 2000
    mei 4 …dt tunai 340 , kt jualan 340
    mei 7 ….dt alatan pejabat 900, kt tunai 900
    mei 9 ….dt belian 750 , kt pemiutang 750
    mei10….dt Wong 300, kt jualan 300
    kalau begitu, saya perlu rekod seperti ini dalam akaun T bagi tajuk sistem catatan bergu la. adakah jawapan penyelesaian saya ni btul cgu…
    klu btul trima kasih

  128. Maaf, apa yang Cg beritahu diatas berkaitan Persamaan Peakaunan, manakala apa yang Azlina inginkan sistem catatan bergu.

    Ok, untuk Sistem Catatan Bergu kita akan gunakan AK JUALAN bagi jualan barang niaga dan AK BELIAN bagi belian barang niaga. AK STOK tidak digunakan kerana penilaian Stok dilakukan pada akhir tempoh perakaunan iaitu STOK AKHIR.

    Komen Cg :
    mei 2 …dt belian 2000, kt tunai 2000 ………… BETUL
    mei 4 …dt tunai 340 , kt jualan 340 ……………. BETUL
    mei 7 ….dt alatan pejabat 900, kt tunai 900 … BETUL
    mei 9 ….dt belian 750 , kt SYARIKAT NASA / PEMIUTANG 750
    mei10….dt WONG / PENGHUTANG 300, kt jualan 300

  129. salam….cgu trima kasih atas jwpn cgu tu.
    1 lg soalan kalau u/niaga spt di bawah pula( sistm cttan bergu):
    mei 12 bayar belanja elektrik berjumlah RM65 dgn tunai.
    mei 15 bayar upah pekerja sbyk Rm150 dengan tunai.
    mei 18 membyr sebahagian daripada hutang kpd sykt Nasa b’jumlah RM375 dgn tunai.
    mei 20 Wong memulangkan brg yg rosak bernilai RM30.

    jwpn,
    mei 12 dt belanja elektrik 65, kt tunai 65
    mei 15 dt upah dibayar 150, kt tunai 150.
    mei 18 dt sykt Nasa 375, kt tunai 375.
    mei 20 dt A/k pulangan masuk 30, kt Wong 30.
    btul x jwpn saya ni. tp u/niaga bayar upah pekerja klu saya buka akaun gaji, adakah sama juga dengan akaun upah dibayar dan btuk ke untuk u/niaga bayar belanja elektrik kena buka akaun kadar bayaran. tlg ye cgu….

  130. cikgu…kalau beli van scara tunai RM8000.
    dalam sistem cttn bergu kene buka akaun van ke atau akaun kenderaan?
    kalau ada u/niaga bayar gaji pekerja secara tunai 500.
    manakala u/niaga lain bayar upah pekerja secara tunai 150.
    ke2-2 u/niaga dalam akaun yg sama ke? mksud saya buka akaun gaji dibayar ke?
    saya mmg confius ttg u/niaga ini dlm bab catatan bergu

  131. Pada pandangan Cg, semua jawapan anda adalah BETUL.
    Upah dan Gaji adalah 2 perkara yang berbeza, berdasarkan soalan tersebut adalah lebih tepat digunakan Ak Upah Dibayar/Upah Pekerja berbanding Ak Gaji.

    Manakala Ak Kadar Bayaran adalah merujuk kepada belanja2 seperti belanja elektrik, telefon dan air. Jadi kedua-dua Ak Belanja Elektrik atau Ak Kadar Bayaran boleh digunakan, tetapi penggunaannya mestilah KONSISTEN. Begitu juga kesnya dengan Ak Kenderaan dan Ak Van kedua-duanya boleh digunakan.

    Pada pandangan Cg, sekira terdapat Upah pekerja dan Gaji pekerja, ada dua cara yang boleh digunakan, samada buka kedua-dua Ak Upah dibayar/ Upah Pekerja dan Ak Gaji dibayar / Gaji Pekerja ataupun disatukan dalam Ak Gaji dan Upah sahaja.

  132. cikgu mcm mna nk membezakan A.B.S,A.S,hasil,belanja,L.S,L.B.S dan ekuiti.

  133. Cikgu sya ada soalan pasal persamaan perakaunan.
    Urus niaga:bayar gaji dengan cek RM900.
    Cikgu ini aset atau liabiliti atau ekuiti.
    Tolong beri jawapannya dan beri alasannya.

  134. Untuk membezakan ABS, AS, LBS, LS, EP, H dan B sila rujuk buku teks atau buku rujukan. Fahamkan maksudnya berpandukan contoh2 yang diberikan. Kalau ada apa2 yang tak faham baru kemukakan disini.

    Dalam urus niaga tersebut, 2 akaun terlibat :
    1. Bank TOLAK RM900 ….. Aset Berkurang.
    2. Belanja Gaji …. beri kesan kepada UB dalam Ekuiti Pemilik.. .. UB TOLAK RM900 …. Ekuiti Pemilik Berkurang.

  135. salam…cikgu…saya nk tanya…
    apew yang cikgu target untuk tahun 2010 nie..
    maksud saya,apew yang cikgu target akan masuk dalam peperiksaan prinsip akaun untuk SPM tahun nie???

  136. cikgu…saya ada satu persoalan lagi..
    apa pendapat cikgu,,saya amik aliran akaun..
    dan saya berniat untuk melanjutkan pelajaran saya ke jordan dalam bidang perbankan islam…
    adakah masih banyak peluang pekerjaan yang akan saya dapat kalau saya amik bidang perbankan islam nie???
    atau cikgu ada cadangan lain yang boleh saya fikirkan…

  137. Maaf, Cg tidak target soalan, kuasai semua topik adalah lebih terjamin dapat kejayaan cemerlang.

    Peluang pekerjaan di masa hadapan juga adalah diluar kawalan kita, kerana ianya bergantung kepada perkembangan dan keadaan ekonomi semasa. Jadi nasihat Cg, apa2 saja bidang yang ambil, pastikan kita memperolehi keputusan yang CEMERLANG. Kerana orang2 yang cemerlang sahaja akan memperolehi PELUANG kerjaya yang lebih cerah.

  138. hmmm…terima kasih cikgu..
    banyak mende yang saya pelajari dan saya dapati di dalam laman cikgu nie yang dapat membantu saya…
    insya allah saya akan cuba setiap perkara yang cikgu sampaikan…saya mohon doa dari cikgu agar saya dapat jawab dengan baik dalam setiap peperiksaan saya…

  139. Sama-sama, untuk berjaya, PERANCANGAN dan PERSEDIAAN AWAL adalah faktor penting. Cg doakan Balqis diberikan ketenangan dan dapat menjawab dengan baik dalam setiap kali peperiksaan, seterusnya beroleh kejayaan cemerlang. Amin.

  140. cikgu, saya nk tnya 1 soalan…sbnrnya saya confuse psl penghutang n pemiutang….if nk buat knci kira2 tu, saya selalu trtkr mskkn nilai ke dlm kedua-dua akaun….macam mana ni??????

  141. PENGHUTANG adalah PELANGGAN perniagaan, di mana urus niaga JUALAN barang niaga secara kredit terlibat.

    PEMIUTANG adalah PEMBEKAL perniagaan, di mana urus niaga BELIAN barang niaga secara kredit terlibat.

  142. 1) nyatakan sama ada butir-butir yg berikut merupakan aset,liabiliti,ekuiti pemilik,hasil atau belanja.

    a) Aset yg dibawa masuk ke dalam perniagaan. jawapan yg dberi ialah aset. kenapa bukan ekuiti pemilik ckgu? boleh ckgu tolong jelaskan?

    dan 1 lagi soalan ckgu,apakah maksud cek tdak dilayan? contohnya, Cek bernilai RM 240 yg diterima daripada penghutang tidak dilayan oleh bank. adakah bank bertambah atau berkurang? dan pnghutang brtambah atau berkurang? tq cikgu.

  143. 1 lagi ckgu,iklan terakru ialah aset atau liabiliti? dan apa maksud iklan terakru cikgu? tq.

  144. Setiap urus niaga akan melibatkan sekurang2nya 2 akaun, itu yang dikenali sebagai sistem catatan bergu. Merujuk kepada soalan “Aset yang dibawa masuk ke dalam perniagaan”, pada pandangan Cg ianya boleh dikelaskan sebagai ASET dan juga EKUITI (iaitu modal).

    Apabila terima cek daripada penghutang, maka :
    1. BANK – TAMBAH dan
    2. PENGHUTANG – TOLAK.

    Tetapai setelah diketahui bahawa CEK TAK LAYAN, maka kita akan membatalkan pembayaran tersebut, dengan cara :
    1. BANK ~ diKURANGkan kerana tidak berlaku penerimaan.
    2. PENGHUTANG ~ diTAMBAHkan kembali jumlah hutangnya kepada jumlah asal.

    IKLAN dikelaskan sebagai BELANJA.
    IKLAN TERAKRU bermaksud Belanja Iklan yang belum dibayar (masih terhutang), maka ianya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.

  145. salam cg..
    apa maksud premisis dnilaikan semula dgn harga 70ooo??

  146. Nilai Premis mengikut harga pasaran semasa mengikut Kaedah Penilaian Semula. iaitu salah satu daripada kaedah untuk mengira susut nilai sesuatu aset bukan semasa. Perbezaan nilai tersebut dengan nilai kos / nilai sebelum ini dikira sebagai SUSUT NILAI.

  147. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya macam mana catat pada persamaan akaun sekiranya soalan:-
    1.premises dnilaikan smula dgn harga rm70000
    2.terima cek drpd penghutang rm8000.beri diskaun
    rm400.cek yg dtrma dgunakan utk m’jelaskan sbhagian
    pinjaman.. (pinjaman:rm40000)

  148. Waalaikumussalam,

    Kes 1 :
    Kena kira susut nilai dahulu. Berapa nilai asal/kos premis tersebut (rujuk baki awal/KKK yg diberi) ? Katakan RM80000. Maka Susut nilai = 80000-70000 = 10000
    1. SUSUT NILAI adalah BELANJA RM10000 (atau TOLAK di Utg Bersih atau MODAL ikau kaedah mana yg digunakan)
    2. PREMIS pula TOLAK RM10000.

    Kes 2:
    Ada 2 cara, boleh dibuat satu per satu atau secara terus.
    Cara 1:
    Penerimaan daripada Penghutang :
    Bank TAMBAH RM8000
    Diskaun diberi BELANJA / TOLAK di Utg Bersih RM400
    Penghutang TOLAK RM8400 (8000+400)

    Bayaran balik pinjaman :
    Bank TOLAK RM8000
    Pinjaman TOLAK RM8000

    Cara 2:
    Pinjaman TOLAK RM8000
    Diskaun diberi BELANJA / TOLAK di Utg Bersih RM400
    Penghutang TOLAK RM8400 (8000+400)

  149. salam..cikgu..
    kes 1: boleh tak cikgu terangkan maksud susut nilai yg ckgu mksudkan di atas..
    kes 2: dalam persamaan akaun nie,akaun bank tidak wujud,,tetapi overdraf bank ada. Adakah overdraf bank telibat dalam kes nie ckgu??

  150. tq cg..
    cg.. boleh x bgi jwapan bg soklan no. 8… persamaan perakaunan.. m/s 7.. mohd narzuki bin yaacob 2003..

  151. Mimie ,

    Merujuk kepada soalan tersebut:

    Kes 1 :
    Premis bernilai 66,800 telah dilakukan penilaian semula sebagai 70,000. Keadaan ini menunjukkan perniagaan mendapat laba / untung atas penilaian semula dan bukannya susut nilai. Maka kesannya :
    Premis = 66800 + 3200 = 70,000
    Untung Bersih = …… + 3200

    Kes 2:
    Bank dan Overdraf Bank adalah merujuk kepada akaun yang sama iaitu BANK. Cuma Ovedraf bank menunjukkan BANK berbaki negatif, iaitu:
    BANK = – 2000
    Dalam kes ini, Cg cadangkan gunakan Cara 2 (rujuk atas) iaitu secara terus tanpa melibatkan BANK kerana ianya lebih cepat.

    Ashe,

    ABS = 82200
    AS = 22030
    Bank = 10000
    Untung Bersih = 17380
    Jumlah KKK (bentuk T) = 104230.

  152. terima kasih cg..

  153. salam ckgu..

    1) Tunjukkan kesan setiap urus niaga yang berlaku terhadap aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

    a) Van peribadi bernilai RM 48 000 digunakan sebagai van serahan perniagaan. Untuk soalan ini, adakah ekuiti pemilik yg bertambah ckgu? dan apa berlaku kepada aset?

    b) Mengambil tunai perniagaan RM 450 untuk membayar belanja am peribadi. Untuk soalan ini, ekuiti pemilik berkurang kan ckgu? dan apa kah yg berlaku kepada aset dan liabiliti ? Saya kurang faham cikgu.

  154. Sistem Catatn Bergu – setiap urus niaga akan melibatkan sekurang2nya 2 akaun, satu didebitkan dan satu dikreditkan.

    Cadangan jawapan Cg:

    a) ASET (Kenderaan) + 48000, EKUITI (Modal) + 48000

    b) ASET (Tunai) – 450, EKUITI (Ambilan) – 450

  155. salam..
    esok sy akan menjalani makroteaching dan sy perlu mengajar bab belanja sahaja..sy ingin bertanya belanja bukan kendalian perlu diiktiraf kan??

    lg satu soalan kenapa faedah pinjaman, belanja susut nilai, peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk serta rugi atas pelupusan aset tetap diletakkan di bawah kategori belanja bukan kendalian?bukankah ia terlibat dengan urusniaga perniagaan harian juga…

  156. Pertama, biar pelajar jelas apakah perbezaan antara belanja kendalian dan belanja bukan kendalian.

    Antara contoh2 Belanja bukan kendalian ialah :
    Rugi atas jualan aset bukan semasa, Faedah atas pinjaman, Faedah atas overdraf, Hutang lapuk. Bukankah semua itu kita iktirafkan sebagai belanja dalam penyata pendapatan.

    Apa yang saya faham, BUKAN KENDALIAN di sini bermaksud DILUAR KAWALAN peniaga dan diluar aktiviti biasa perniagaan, contohnya Hutang Lapuk, peniaga tidak dapat kawal ianya akan berlaku atau tidak, begitu juga faedah atas pinjaman, peniaga tidak boleh tentukan berapa kadar faedah yang harus dikenakan, semuanya ditentukan oleh pihak lain. Begitu juga dengan Overdraf bank adalah ianya aktiviti biasa perniagaan …. berlaku pada setiap bulan ?

  157. terima kasih atas penjelasan..
    bolehkah sy mengaitkan sedikit tajuk ini dengan konsep pemadanan dan persamaan perakaunan?

  158. sangat2lah baik, kita selalu kaitan dengan konsep2 asas perakaunan. Sebab masa kita ajar konsep awal2 dulu, mungkin pelajar tak nampak jelas kegunaan konsep2 tersebut. Ini kerana ilmu perakaunan ni saling kait mengait antara satu sama lain, jika pelajar nampak kaitannya baru mudah untuk faham.

  159. salam..cikgu

    apa maksud aset semasa dan aset simpanan tetap

  160. Salam,
    Perkara tersebut telahpun dinyatakan,sila baca nota dan komen2 Cg di ATAS.

  161. Askum cikgu sy nak tye soalan sket…

    kalo nak tentukan same ade loss or not dr maklumat diberi ini bagaimana ye? bgaimana pengiraan nye?

    Total Assets: $590,000
    Total Liabilities : $300,000
    made an additional investment :$15,000
    drawings :$40,000

  162. Aset = Liabiliti + Modal + Untung – Ambilan

    Maka,
    Untung = Aset – Liabiliti – Modal + Ambilan

  163. Askum cikgu, btul x langkah yg sy buat ni:

    a).Purchased 400 of office supplies on credit.

    Supplies 400
    Accounts payable 400

    b).Paid 200 cash on account for office supplies purchased in transaction above.

    Cash 200
    Supplies 200
    Account payable 200

  164. cikgu soalan ini suruh journalize kan…so kalau soalannye:
    a).Real estate commissions billed to clients amount to $4,000.

    Revenue 4000
    Expenses 4000

    (betul ke?) then…

    b). Received a check for $3,000 from a client in payment on account for commissions billed in transaction (a). (saya x faham and x tahu nak journalize…harap cikgu bantu…terima kasih..

  165. Cadangan jawapan Cg,

    b).Paid 200 cash on account for office supplies purchased in transaction above.
    Account payable 200
    Cash 200

    a).Real estate commissions billed to clients amount to $4,000.

    Account Receivable 4000
    commissions 4000

    b). Received a check for $3,000 from a client in payment on account for commissions billed in transaction (a)

    Bank 3000
    Account Receivable 3000

  166. Then this, i just want cikgu check my answer. correct or not…

    1.Received a bill for $600 for advertising for the current month.
    Revenue 600
    Expenses 600

    2.Lu withdrew $1,200 from the business for living expenses
    Withdrew 1200
    expenses 1200

    i hope u help me plz….thanks very much cikgu…

  167. 1.Received a bill for $600 for advertising for the current month.

    advertising Expenses 600
    advertising payable 600

    2.Lu withdrew $1,200 from the business for living expenses
    Withdrew 1200
    cash 1200

  168. salam cikgu…saya mngalami sdkit kkeliruan dalam mmsukkn maklumat tmbhan dalam PP & KKK….. sya harap cikgu dapat mmbntu sye dalam mnyelesaikan msalh brkut……
    *…blanja pngiklanan tdak luput…
    *…komisen jurujual tertunggak… pda akhir kewangan lpas…
    *…blnja insurans untuk tmpoh kwngan sterusnya
    *…pembaikan mesin pjbat….
    *…laian2 blnja yg msih blum dgunakan
    *…faedah gadai janji..msh blum dbyar?
    *…faedah atas pnjaman bank msh blum dbyar….
    *…hasil faedah bank telah dperoleh tetapi msih blum dterima…
    bleh cikgu trngkan mcm mne kite nak msukkn mklumat diatas kdalm knci kira2 n pnyata pndptn?????

  169. salam cikgu adakah ctatan pelarasan n penyata pndapatn sme??????

  170. Cg bagi asasnya :

    BELANJA & Hasil …………….. Penyata Pendapatan

    Belanja & Hasil … Terakru & Terdahulu … dikelaskan sebagai Aset semasa dan Liabiliti Semasa – dicatat dalam KKK.

    BELANJA TERAKRU ……. Liabiliti Semasa
    BELANJA TERDAHULU ….Aset Semasa

    HASIL TERKARU …………. Aset Semasa
    HASIL TERDAHULU …….. Liabiliti Semasa

    Catatan Pelarasan dan Penyata Pendapatan 2 perkara yang berlainan tetapi saling berkaitan.

  171. Askum cikgu…di bawah ini ada soalan dan saya telah menjawab nye…so, when i submit my homework, my teacher said ade yg x btul…cthnye pd tahun 2009, owner equity akan menjadi baki b/b dibawa ke tahun hadapan…saya masih keliru..apa yg perlu ditambah…harap cikgu dapat membantu saya…thank very much.

    December 31 Total Assets Total Liabilities

    2008 $480,000 $250,000
    2009 $460,000 $210,000
    2010 $590,000 $300,000

    Lim began business on January 1, 2008, with an investment of $100,000.

    Instructions

    From an analysis of the change in owner’s equity during the year, compute the net income (or loss) for:

    (a) 2008, assuming Lim’s drawings were $25,000 for the year.

    Assets= liabilities + capital + net income – drawings
    Net income = Assets – liabilities – capital + drawings
    Net income = 480,000 – 250,000 – 100,000 + 25,000
    Net income = $ 155,000

    (b) 2009, assuming Lim made an additional investment of $60,000 and had no drawings in 2009.

    Assets= liabilities + capital + net income
    Net income = Assets – liabilities – capital
    Net income = 460,000 – 210,000 – 60,000
    Net income = $ 190,000

    (c) 2010, assuming Lim made an additional investment of $15,000 and had drawings of $40,000 in 2010.

    Assets= liabilities + capital + net income – drawings
    Net income = Assets – liabilities – capital + drawings
    Net income = 590,000 – 300,000 – 15,000 + 40,000
    Net income = $ 315,000

  172. Apa yang dimaksudkan oleh cikgu anda ialah Baki modal akhir 2008 akan menjadi Modal awal 2009, Baki modal akhir 2009 akan jadi Modal awal 2010.

    Pada tahun 2008 :
    Modal awal …………..100,000
    (+) Untung Besih…… 155,000
    ………………………………255,000
    (-) Ambilan ……………..25,000
    Modal akhir ……………230,000

    Pada tahun 2009 :
    Modal awal …………….230,000
    (+) Modal tambahan …60,000
    (+) Untung bersih …… ?
    Modal akhir …………… ?

    Jadi dalam pengiraan Untung bersih pada tahun 2009 perlulah mengambilkira Modal awal 230,000. Kes yang sama juga bagi tahun 2010.

  173. askum cikgu…betul ke…

    Aset = liabiliti + modal + untung + modal akhir – ambilan
    untung = aset -liabiliti – modal – modal akhir + ambilan

  174. Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
    Ekuiti Pemilik = Modal awal + Modal tambahan (jika ada) + Untung bersih – Ambilan = Modal Akhir.

    Maka,
    Aset = Liabiliti + Modal awal + Modal tambahan (jika ada) + Untung bersih – Ambilan

    Untung bersih = Aset – Liabiliti – Modal awal – Modal tambahan + Ambilan

  175. i want 2 ask the new format for form4…where can buy the buku rujukan?

  176. Sila baca komen BERIKUT (klik).

  177. Hi..I m the first time to visit this website…Can u help me??I face the problem in finding the maklumat that about the account such as: MIA,Akaun Kontra,Carta Akaun,Hasil n Belanja,MICPA….what meaning??what fungsi??can give contoh??I dunno where can find it…all maklumat wants in bahasa malaysia..this is kursus of account of this year…i want to pass up on monday..no time…never find it..can u help me??pls..TQ

  178. Hi, Cg cadangkan muat turun daripada nota matrikulasi dibawah. Kalau tak silap Cg, dalam Bab1 dan Bab 2 ada maklumat2 tersebut.

    NOTA MATRIKULASI

  179. salam…. sy org baru lg dlm akaun…. plajar tingkatan 4… bru nk amik akaun… bleh sy tahu nama-nama akaun yang ada? ni kerja yg cikgu sy bg…. cikgu sy suruh try tanya cikgu narzuki… tq

  180. Semua akaun boleh diklasifikasikan kepada 5 jenis akaun :
    Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja.

    Cuba bayangkan anda berada dalam sebuah kedai, dan senaraikan apakah :
    1. aset2 dalam kedai tersebut
    2. liabiliti2nya …
    3. hasil2 yang diperolehi oleh kedai tersebut
    4. belanja2 yang dibayar
    5. ekuiti pemilik ….. hanya Modal dan Ambilan.

    Cg percaya rashal mampu menyenaraikan lebih daripada 20 jenis akaun.

  181. cg sy x bpe phm tntng nk buat persamaan prakuanan
    ….kunci kra2 lh lagi….
    tp persamaan prakunan x bpe pham la…
    tlg bg taw mcm mne ckgu….

  182. Ilmu perakaunan merupakan ilmu kemahiran yang memerlukan tunjukajar secara langsung. Sekiranya masih tidak memahami / menguasai topik tersebut, sebaik2nya BERJUMPA dan BERTANYA dengan GURU anda untuk dapatkan bimbingan. Kerana Cg tidak tahu apa yang sebenarnya anda tidak faham, jadi agak sukar untuk Cg hulurkan bantu.

  183. salam, boleh tolong tunjukkancara nak jawab kunci kira-kira yang baik and bleh dapat markah penuh/

  184. Salam,
    Bagi mendapat markah penuh: Pertama, klasifikasi akaun mesti betul iaitu Aset bukan semasa, Aset semasa, Liabiliti semasa, Liabiliti bukan semasa dan Ekuiti pemilik. Kedua, menggunakan FORMAT KKK yang betul.

    Manakala TEKNIK menjawab pula bergantung kepada bentuk soalan yang dikemukakan. Sila jumpa guru anda minta beliau TUNJUKKAN langkah2 penyediaan satu per satu, kerana cara tersebut LEBIH BERKESAN.

  185. salam…kami dr smk seri bhg,temerloh pahang..
    nak tanya tentang bab 2,prinsip perakaunan tingkatan 4…
    ckgu ade n0ta ringkas x tentang bab 2????
    kami susah sikit nak fhm bab 2..

  186. Maaf Cg tiada nota tersebut. Pada pendapat Cg kalau baca nota ringkas lagilah tidak faham. Bab tersebut tertumpu kepada klasifikasi akaun, iaitu : aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan belanja dan Persamaan Perakaunan. Penerangan daripada cikgu dalam kelas sangat2 penting, kenal pasti apakah perbezaan2 bagi setiap satunya dan kaitkan dengan contoh2 yang terdapat dipersekitaran anda.

    Topik tersebut merupakan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai sebaik mungkin.

  187. cgu stok akhir tu ape?

  188. cgu ap maksud hutang pihak perniagaan kepada pemilikny…pihak perniagaan tu siapa.dan pemilikny siapa??

  189. 0ooo..time kasih ckgu..kami dah try bace mcm2 bku rujukan n bku teks..tp susah juga nak catch up..maybe kami kene buat banyak latihan…

  190. salam…..hai cikgu sye student bru dlm akaun,cikgu tlng bg cre2 nak catch up akaun….so far x leh ekut pe ckgu ajar kt skula

  191. Leen,
    1. Stok Akhir merupakan nilai barang niaga (stok) yang tidak habis dijual pada akhir tempoh perakaunan.
    2. Cuba fahami KONSEP ENTITI BERASINGAN untuk memahami maksud tersebut.

    Miazati & Sulaiza,
    Bagus, selepas baca sila TANYA GURU bahagian2 yang masih tidak faham. Ini kerana ilmu perakaunan merupakan ilmu kemahiran, yang tidak akan faham hanya dengan membaca sahaja, ianya mesti BERGURU dan buat LATIHAN, dapatkan tunjukajar dan bimbingan daripada GURU. Sama seperti kita belajar SILAT adalah kita akan pandai hanya dengan baca nota/buku sahaja …? sebenarnya terdapat kemahiran2 yang tidak terdapat dalam buku tetapi hanya dapat diperolehi daripada GURU, maka selalulah berjumpa dan bertanya guru anda.

  192. thanz……sye akn try buat yg cikgu bg tip 2….cikgu bleh x ckgu trangkn sebe sdkt ttg bak 2…..tllu ssh bg sye

  193. Cuba kenal pasti apa masalah / tak faham, dan tanya satu per satu…. baru Cg tahu apa masalahnya dan apa yang perlu cg terangkan, tetapi jika tanya secara umum begitu, maka jawabnya … sila baca buku dahulu kerana dalam buku dinyatakan semuanya.

  194. saya ada sedikit kekeliruan tentang soalan latihan saya begi penyataan berikut:
    1. menerima tiga keping cek berjumlah RM 1 400 daripada penghutang.
    saya telah menyediakan kkk tetapi masih belum lengkap kerana saya keliru adakah saya perlu;
    – darab RM1400 dengan 3 /
    – ambil RM1400 terus?
    nilai keduanya jika dimasukkan ke dalam kkk saya akan dapat angka pengimbang bagi kedua2 aset dan ep+ls.
    saya harap sifu/cg faham pertanyaan saya dan dapat memberikan penjelasan.

  195. “Menerima tiga keping cek BERJUMLAH RM 1 400 daripada penghutang.”

    BERJUMLAH bermaksud hasil tambah ketiga-tiga cek tersebut berjumlah RM1400.

    Dan kesan kepada persamaan perakaunan ialah:
    1. Penghutang TOLAK RM1400
    2. Bank TAMBAH RM1400

  196. saya nak tanya ape perbezaan hutang dan ekuiti (debt and equity)??

  197. Oleh kerana diluar skop SPM, Cg cadangkan rujuk :

    1. difference between debt and equity financing

    2. difference between debt and equity securities

    3. difference between debt equity capital

  198. stok=RM 10200
    soalan
    menjual 1/4 drpd stok secara KREDIT dengan harga RM 3400.
    boleh cg berikan penerangan dengan lebih lanjut.
    tq cg.

  199. nilai stok yang dijual = 1/4 X 10200 = 2550
    stok tersebut dijual secara kredit dengan harga = 3400
    Maka, UNTUNG = 3400 – 2550 = 850

    Kesan kepada persamaan perakaunan :
    Stok – 2550
    Penghutang + 3400
    Untung Bersih/Modal + 850

  200. cikgu,
    lagi satu soalan, simpanan tetap masuk dalam aset bukan semasa atau aset semasa? pelaburan saham amanah masuk dalam aset bukan semasa atau aset semasa? terima kasih

  201. Sila baca mengenai simpanan tetap dalam komen2 di atas. Pelaburan saham amanah juga boleh dikelaskan bersama-sama simpanan tetap.

  202. terima kasih cikgu narzuki yang banyak membantu saya. Soalan peperiksaan sekarang lebih kepada soalan berbentuk LCCI. Buku soalan LCCI yang manakah sesuai digunakan untuk rujukan? di manakah saya dapat beli buku tersebut?
    terima kasih

  203. Maaf, Cg tidak dapat mencadangkan buku mana yang sesuai digunakan sebagai rujukan. Buku soalan LCCI dapat diperolehi di kedai2 buku di bandar2 besar ataupun hubungi terus ibu pejabat LCCI KL bagi mendapat maklumat mengenainya.

  204. cikgu bleh x trngkn mksd ekuiti pmlk scre detail…..ape kaitn ekuiti pmlik dgn aset

  205. cikgu, saya ada satu soalan yang tidak dapat mencari jawapan. ‘menerima barang niaga yang bernilai RM1000 dengan harga RM1500.Macam mana saya nak masukkan dalam aset,liabiliti dan equiti pemilik?Sekian,Terima kasih.

  206. Sulaiza,
    EKUITI PEMILIK boleh dianggap sebagai hutang perniagaan kepada pemiliknya, kerana pemilik meminjamkan wangnya kepada perniagaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Sila rujuk Konsep Entiti Berasingan untuk memahami maksudnya. Akaun2 yang terlibat secara langsung dengan pemilik dikelaskan sebagai EP, iaitu MODAL, UNTUNG / RUGI BERSIH dan AMBILAN.

    Kylie,
    Kemungkinan berlaku kesilapan dalam soalan tersebut, pada pandangan Cg sepatutnya soalan tersebut berbunyi “MENJUAL barang niaga yang bernilai RM1000 dengan harga RM1500.” Maka : STOK -1000, TUNAI +1500, UNTUNG/MODAL +500.

  207. ckg, saya ingin tanya mengenai tajuk sistem catatan bergu dalam bab 2. klu ikutkan sukatan lama pelajar hanya didedahkan secara ringkas dan selebihnya akaun dan cara merekod diajar dalam bab lejar.dlm sukatan baru, hasil pembelajaran ialah menunjukkan bahagian debit dan kt akaun, mengenal pasti akaun-akaun yang terlibat dlm stp urus niaga dan menerangkan peraturan merekod menggunakan sistem catatn bergu. persoalannya, kita ajar lebih detailke ckg berbanding sukatan lama? pendapat saya skop tajuk ini meliputi
    a) ajar format akaun T
    b) kesan urus niaga secara umum, cth aset bertambah di sebelah dt, berkurang sebelah kt.
    c)peraturan merekod scr detail bg akaun aset, akaun nominal (belian, jualan, belanja,hasil,pul jua/pul belian), akaun perorangan (ak penghtg, pemiutang, ak ambilan, ak modal)

    * ikut seperti yang ada dlm buku rujukan fokus goal pelangi?

  208. Kita ikut apa yang telah dinyatakan dalam SP dan HSP bukannya mengikut mana-mana buku rujukan. Buku2 rujukan dipasaran ada yang terlalu detail dan ada yang tidak memenuhi kehendak HSP sepenuhnya.

  209. dlm sukatan baru, hasil pembelajaran ialah menunjukkan bahagian debit dan kt akaun, mengenal pasti akaun-akaun yang terlibat dlm stp urus niaga dan menerangkan peraturan merekod menggunakan sistem catatn bergu. persoalannya, kita ajar lebih detailke ckg berbanding sukatan lama? pendapat saya skop tajuk ini meliputi
    a) ajar format akaun T
    b) kesan urus niaga secara umum, cth aset bertambah di sebelah dt, berkurang sebelah kt.
    c)peraturan merekod scr detail bg akaun aset, akaun nominal (belian, jualan, belanja,hasil,pul jua/pul belian), akaun perorangan (ak penghtg, pemiutang, ak ambilan, ak modal)
    yg buku rujukan itu saya tanyaje. tapi pendapat saya mengenai skop tajuk mcm mn ckg? terlalu detail or perlu diringkaskan lg?

  210. Berdasarkan HSP 2010, iaitu bagi :
    TAJUK 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA DAN AKAUN KONTRA

    Hasil Pembelajarannya hanyalah melibatkan:
    1. Definisi … A,L,E,H dan B
    2. Pengkelasan ….. ABS,AS, LBS,LSm HK,HBK,BK,BBK.
    3. Ciri-ciri setiap jenis pengkelasan
    4. Senarai contoh2 bagi setiap jenis pengkelasan.
    5. Akaun Kontra – definisi, senarai akaun2 kontra dan akaun induknya.
    6. Carta Akaun – definisi, kegunaan dan jadual carta akaun, bandingan sistem Inventori.
    7. Persamaan Perakaunan – sama HSP lama
    8. Sistem Catatan Bergu :
    – Menunjukkan bahagian debit dan kredit akaun,
    – Mengenal pasti akaun-akaun yang telibat dalam setiap urusniaga.
    – Menerangkan peraturan merekod menggunakan sistem catatan bergu

    Pada pandangan saya, berdasarkan HASIL PEMBELAJARAN dinyatakan dalam HSP 2010 seperti diatas, tidak memerlukan kita ajar terlalu detail (ikut saja HSP). Ini kerana perkara tersebut akan diajar secara lebih detail pada Bab 5 : LEJAR nanti.

  211. ok, yg lain i jelas. cuma sistem catatan bergu je confuse.
    a) menunjukkan bhgn dt dan kt akaun
    cth: format akaun T
    b) mengenal pasti akaun2 yg terrlibat dlm stp urus niaga
    cth; kenal pasti ikut pernyataan
    c)menerangkan peraturan merekod
    cth; klu aset bertambah (dt), klu aset berkrg (kt)
    klu liabiliti bertambah (kt) , klu berkurang (dt)

    mcm nike ckg kandungan sylabusnya? apa pendapat ckg? cuba bg pendapat bg stp satu pemahaman saya betul atau tidak.tq

  212. Saya setuju dengan ketiga2 pandangan tersebut.

  213. saya nk tau jugaa.. kan kalu macam nak inagt formula p.pndatan 2 cmne

  214. Formula penyata pendapatan adalah seperti berikut :
    Jualan Bersih
    (-) Kos Jualan
    = Untung kasar
    (+) Hasil
    (-) Belanja
    = Untung bersih

    Hanya perlu kenal pasti akaun2 yang diklasifikasikan sebagai hasil dan belanja serta item2 dalam Kos jualan. Dan untuk mengingatinya kenalah FAHAM dan HAFAL formatnya berulangkali.

  215. Cikgu narzuki,
    Dalam soalan persamaan perakaunan, bila nak draf semula kunci kira-kira, bentuk T atau bentuk penyata kunci kira-kira yang patut di sediakan? jika kita sediakan jawapan dalam bentuk kunci kira-kira bentuk T, bukankah kita telah hilang markah dalam item modal kerja?
    terima kasih.

  216. Sekiranya ada peruntukan markah untuk MODAL KERJA, maka kita akan hilang markah tersebut jika disediakan dalam bentuk “T”. Pada pandangan Cg, buat masa ini sediakan dalam bentuk PENYATA adalah digalakkan.

  217. Askum…cikgu boleh saya tye ttg incremental analisys??

  218. Salam,
    Maaf, Cg kurang arif tentangnya. Kalau nak tanya juga boleh, tak jadi masalah, Cg akan cuba bantu setakat yang termampu untuk menyelesaikannya, disamping Cg juga dapat belajar sesuatu yang diluar daripada skop SPM.

    Disini Cg sediakan bahan (klik) yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

  219. apa itu aset tetap dan aset separa tetap?..bagaimana hendak saya membezakan..tolong terangkan..terima kasih

  220. Odit,

    Pada pandangan Cg, secara ringkasnya, ASET SEPARA TETAP tidak bebentuk fizikal sebagai mana aset tetap (Bagunan, Kenderaan) tetapi jangka masanya yang melebihi 1 tahun boleh manyamai ciri-ciri aset tetap. Contohnya ialah PELABURAN DALAM SIMPANAN TETAP untuk tempoh 5 tahun, walaupun belum sampai tempoh matangnya 5 tahun, perniagaan masih boleh mengeluarkan pelaburan tersebut pada bila2 masa sahaja, cuma faedah daripada pelaburan tersebut sahaja yang mungkin tidak dapat.

  221. thanz…..cikgu pe pbzaan antra hasil dan blanja?

  222. Cikgu,
    Fatin sudah biasa buat latihan dengan menggunakan pensil. Bolehkah peperiksaan spm nanti fatin guna pensil?
    terima kasih

  223. Fatin,
    Tidak salah, tetapi adalah TIDAK digalakkan. Jadi adalah lebih baik mulai sekarang berlatihlah menggunakan pen bagi menjawab mana2 soalan latihan yang diberikan oleh cikgu … ianya bukan setakat itu sahaja, sebaliknya ianya melatih KEYAKINAN DIRI dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.

  224. terima kasih

  225. cg sy nak tanya..knpa dlm buku teks x sama dengan dengan buku rjukan bagi cara merekod persamaan perakaunan dlm bab 2 ting-4 bagi contoh urusniaga jualan stok yang bernilai RM 350 yang dijual dengan harga RM 780 secara kredit. dlm buku rujukan cara merekod dlm persamaan adlh stok kurang(350), penghutang bertambah 780 dan hasil bertambah 430 tetapi dlm buku teks cara merekod nya stok kurang (350), belanja kurang (350), hasil bertambah 780 dan penghutang bertambah 780….sy harap cikgu boleh terangkan pada sy….

  226. Kedua-duanya betul, dalam buku teks cuba menunjukkan kesan urus niaga tersebut ke atas HASIL dan BELANJA satu persatu, iaitu :
    1. STOK – RM350, BELANJA -RM350
    2. PENGHUTANG +RM780, HASIL +RM780
    Maka, Untung = Hasil – Belanja = 780-350 = RM430

    Manakala, dalam buku rujukan terus menunjukkan kesan urus niaga tersebut terhadap UNTUNG (iaitu Hasil – Belanja), maka kesan yang ditunjukkan dalam persamaan perakaunan adalah seperti berikut :
    1. STOK -RM350
    2. PENGHUTANG +780
    3. UNTUNG +RM430

  227. cikgu Narzuki,
    Dalam soalan persamaan perakaunan jika kunci kira-kira yang diberikan sebelum pelarasan tidak ada untung bersih dan hanya mempunyai modal sahaja. maka jual stok RM100 dengan harga RM150, angka RM50 itu perlu masuk dalam modal +RM50 atau Untung bersih +RM50? adakah salah jika saya masuk dalam modal +RM50?
    terima kasih

  228. Tidak salah, tapi Cg syorkan buka Untung Bersih, jika Hasil TAMBAH, jika Belanja TOLAK.

  229. CIKgu .. cikgu ada senarai butir2..aset,liabiliti,ekuiti pemilik,belanja dan hasil…

  230. tasha,
    Maaf tiada, Boleh rujuk dalam buku teks atau buku rujukan.

  231. Salam

    Saya nak kepastian,

    1. adakah benar ‘caj bank’ atau ‘buku cek’ merupakan sejenis belanja?

    2. dokumen yang terlibat ialah Makluman Debit

    3. apakah butir yang akan ditulis dalam Akaun Untung Rugi nanti untuk kedua-duanya jika ia dicatat berasingan.
    Kalau ‘caj bank’ saya rasa kita akan tulis butiran sebagai caj bank. Tapi kalau ‘buku cek’ saya tak pasti.

  232. Salam,

    1. Ya
    2. Ya
    3. Pada pendapat saya, tidak salah jika ditulis butirnya “Buku Cek”. Walau bagaimanapun akaun2 yang bernilai kecil kebiasaannya digabung dalam satu akaun sahaja, seperti Akaun Caj bank. Kes ini sama dengan item belanja2 yang kecil bagi perniagaan, biasanya dikelaskan sebagai Belanja Runcit / Belanja Am sahaja.

  233. salam,,
    nak tnye …,,
    -diskaun dtrima
    -angkutan keluar
    -belian
    -angkutan masuk
    -kadar bayaran
    -stok awal
    -jualan
    masuk dlm kategori ape yerk..aset,liabiliti,hasil or else..

  234. Syahirah, cuba tulis jawapan anda, kemudian Cg semak dan terangkan jawapan tersebut.

  235. terima kasih untuk jawapan tempoh hari.

  236. nk tnya skit ley x..?bagaimanakah asa akruan dapat dikaitkan dengan pemadanan hasl dan belanja..?

  237. askum…sy nak tnya..untuk menghadiri interview pen.akaun…kebiasaanya soalan apekah yang akan diajukan oleh sesebuah syarikat…harap ader yang menjawabnye.tq

  238. Yusliana

    Sila rujuk komen Cg mengenai Perakaunan Asas Tunai dan Asas Akruan di post BERIKUT. (klik)

    Nurul,

    Beberapa panduan yang boleh digunakan. Semoga Berjaya.

    1. Tatacara menghadiri temuduga.

    2. Tips menghadiri temuduga kerja

  239. askum.. saya nk tanya, kalu tak dinyatakan diterima @ diberi, item di bawah dikategorikan hasil @ belanja:
    1. komisen
    2. diskaun
    3. dividen

  240. Jika demikian, kita kena rujuk kepada baki DEBIT atau KREDIT.
    DEBIT – Belanja : Komisen diberi, Diskaun diberi
    KREDIT – Hasil : KOmisen diterima, Diskaun diterima.

  241. askum, saya nk tnya lagi… mcm jika soalan hanya menyatakan baki sahaja tanpa menyatakan baki debit @ kredit?

  242. Sekiranya soalan hanya menyenaraikan baki2 sahaja, maka soalan tersebut akan menyatakan dengan jelas, samada diskaun diberi / diskaun diterima, komisen diberi / komisen diterima.

  243. salam…
    sbnr nya sy baru sebulan masuk kls akaun walau pun dah p’tghn thn….
    sy nak tanya ckg bab mana yg perlu d titik berat kan supaya dpt p’cptkan bljr n mdh faham??
    dan saya mohon utk meminta definisi bg belanja terdahulu, hasil diterima terdahulu, hutang lapuk dan peruntukan hutang ragu n penggunaan nya dr ckg…terima kasih.

  244. ay nk tnye..ap yg d`maksukan dengan belanja utiliti…dan ia akn d`rekod ke akaun mne???

  245. Fika,
    Salam, ilmu perakaunan adalah saling berkaitan antara satu sama lain, jadi tiada topik yang boleh ditinggalkan. Jika ditinggalkan salah satunya, maka akan lebih susah untuk memahaminya. Contohnya, jika ingin memahami perkara berkaitan dengan pelarasan belanja terdahulu/terakru, hasil terdahulu/terakru, PHR, susut nilai, anda perlu menguasai kemahiran sistem catatan bergu, klasifikasi akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja. Sekiranya kemahiran asas tersebut tidak dikuasai dan difahami, maka anda akan mengahadpi kesukaran untuk memahami pelarasan2 tersebut. Sila dapat guru bimbingan bagi membantu anda menguasai kembali topik2 yang telah ketinggalan.

    Ain Sham,
    Pada pandangan Cg, Belanja Utiliti menyamai belanja Kadar Bayaran, iaitu melibatkan bil2 elektrik, telefon, air, gas dan sebagainya. Sekiranya soalan menggunakan istilah belanja utiliti, maka ain boleh juga menggunakan AK BELANJA UTILITI.

  246. macam mana nak bezakan antara perabot dengan lekapan dan lengkapan dan juga belanja am….

  247. salam…nk tye ni,sy seorg yg bru mpelaji prinsip perakaunan pd thun ni..coz tpkse tkr kos yg sy ambik..sy msih xdpat bzekn yg mne liabiliti,ekuiti pmilik,aset,belanje, dan hasil..bleh bagi tips spye sy mdah utk fham..coz,pd thun ni sy akn mghadapi pperiksaan spm…

  248. Salam, tiada cara mudah untuk cepat faham, kecuali banyakkan membaca, jawab latihan dan sentiasa bertanya guru apabila ada sebarang masalah.

  249. 3 persamaan antara penyata pendapayan dan kunci kira-kira

  250. askom,ckg boleh tak bg saye teknik nak ingat dlm Pa cntoh aset,ape yg kene ad……liabiliti…….saya tk bleh hafal!!!!!!

  251. Amy,
    Sebelum nak hafal, kita kena faham betul2 dahulu. Ok Cg akan bantu Amy untuk faham dan ingat satu persatu. Tetapi Amy kena cuba jawab soalan2 yang Cg tanya, baru Cg dapat kesan apa yang Amy tidak faham sebenarnya.

    Soalannya: Apakah beza antara ASET dengan LIABILITI ?

  252. salam..macam mana prosedur untuk merekod urusniaga? apa yang perlu diterangkan dalam cara-cara merekod urusniaga?
    saya tak tau, sbb tak pernah ada basic akaun..

  253. Salam,
    Adakah anda seorang guru ?
    Adakah ianya berkaitan Kerja Kursus T4 ?
    Nak terangkan kepada siapa ?

  254. cikgu, apa maksud belanja modal dan belanja hasil??
    item ape yg diketogorikan sebagai belanjamodal dan belanja hasil?

  255. Aliya,
    Mesti dapat bezakan maksud BELANJA dari segi ISTILAH dan dari segi KLASIFIKASI AKAUN (Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan BELANJA).

    1. Dari segi ISTILAH
    – Belanja Modal : Pembayaran bagi membeli ASET BUKAN SEMASA, contohnya beli kenderaan, beli perabot dll.
    – Belanja Hasil : Pembayaran bagi membeli barang niaga/stok, pembayaran perkhidmatan seperti bayar sewa, bayar gaji, bayar kadar bayaran dll.

    2. Dari segi KLASIFIKASI AKAUN :
    – Belanja Modal : merujuk kepada Akaun ASET BUKAN SEMASA
    – Belanja Hasil : merujuk kepada Akaun BELANJA

  256. helo , saya nak tnya cikgu , apakah maksud bagi ekuiti pemilik , pemadanan, konsevatisma , isi pokok melewati bentuk ( subtance over form ) ? saya masih tidak faham tentang semua itu .
    terima kasih 🙂

  257. salam. cikgu,boleh terangkan kepada sy maksud belanja terakru,belanja prabayar,hasil terakru,hasil terdahulu,dab belanja susut nilai.

  258. Eda dan ahem92,
    Cuba terangkan apa yang anda faham satu per satu, nanti Cg perbetulkan dan berikan komen mengenainya.

  259. salam cikgu,
    saya nk bertanya..klu sebuah sykt nk buat akaun utk kenderaan yg disewa beli(hp),bgmana utk merekodkan akaunnya..
    cthnya..harga van rm80k, downpayment rm8k dan bulanan sbyk rm800..harap cikgu dpt membantu..
    tq

  260. Cikgu,
    i) Angkutan atas jualan ialah belanja atau hasil?
    ii) Komisen atas jualan ialah belanja atau hasil?

    Terima kasih.

  261. i) Angkutan atas jualan = BELANJA
    ii) Komisen atas jualan = HASIL

  262. Salam,
    Just nak tanya confius dgn fixed deposit and saham yg kita labur dlm unit trust..kita nak treat dlm mn? CA ke FA….??

  263. Pada pandangan Cg, sifatnya yang mudah ditukarkan kepada tunai dalam jangka masa pendek tanpa sebarang sekatan / halangan, maka ianya boleh dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

  264. Cikgu,
    Fatin nak meminta tolong cikgu memberi cadangan jawapan untuk soalan dibawah.
    maklumat diberi: Aset RM19000, Liabiliti RM7200, Hasil RM5400, Belanja RM2 600
    Berapakah modal perniagaan tersebut berdasarkan maklumat di atas?
    A RM 11 800
    B RM 14 600
    C RM 26 200
    D Rm 29 000
    Terima kasih

  265. Fatin,
    Cadangan Cg, (A) RM11800, iaitu Aset – Liabiliti (19000-7200).
    Merujuk kepada soalan, Modal Perniagaan adalah merujuk kepada MODAL AWAL (A-L=E),

  266. Cikgu,
    Apakah pandangan cikgu, jika fatin rasa aset dan liabiliti yang diberi itu adalah untuk akhir tahun iaitu modal akhir RM11800. untuk mencari modal awal = modal akhir – untung bersih iaitu jawapan modal akhir RM11800 tolak untung bersih RM2800=RM9000.
    terima kasih

  267. cikgu,
    gadai janji dikelaskan sebagai apa?

  268. Isma,

    Gadai Janji dikelaskan sebagaimana Pinjaman bank, asasnya sebagai Liabiliti Bukan Semasa.


  269. Cg Narzuki:

    Dayah,
    NOTA BELUM BAYAR dikelaskan sebagai Liabiliti Jangka Panjang / Liabiliti Bukan Semasa. Ini kerana ianya merupakan tangunggan yang biasanya tidak akan dapat dibayar dalam tempoh setahun. Contoh lain seperti pinjaman antara syarikat dan pinjaman bercagar.
    Dan sekiranya Nota Belum Bayar akan dijelaskan/ dibayar balik dalam tempoh satu tahun, maka ianya boleh dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa.

  270. salam satu malaysia…
    cg saya nak buat satu power point presentation tentang belanja terakru /nota belum bayar..boleh tak cg menolong saya menerangkan lebih lanjut berkenaan tentang topik ini….dan apakah perkara2 yg penting saya menyatakan dalam power point nanti dan saya mengharapkan bantuan cg dan tq..

  271. Cg cadangkan Guna sediakan rangka / isi yang hendak disampaikan, kemudian bagi untuk Cg semak dan berikan komen tentang apa yang perlu ditambah atau dikurangkan.

  272. Nak tahu..jika pemilik syarikat telah mengunakan fixed deposit (fixed deposit atas nama pemilik syarikat) sebagai cagaran utk OD bank syarikat..apa kan double entry dlm account syarikat..?

  273. Jane,
    Pada pandangan Cg, catatan bergunya:
    Dt: Cagaran utk OD …….. ataupun nama lain yang lebih sesuai.
    Kt: Modal ………. sebab bawa masuk harta peribadi ke dalam perniagaan.

  274. cg i tak tau langsung tentang isi untuk belanja terakru n sebab itu i tanya pada cg…

  275. cg saya tidak ada sebarang isi berkenaan belanja terakru dan saya nak isi daripada cg..tq

  276. Ok, kalau begitu, sila muat turun Nota Matrikulasi, Bab 6 – Perakaunan Liabiliti (klik) sebagai panduan.

  277. Cikgu,
    Dalam soalan persamaan perakaunan Putra Jaya soalan no.5, Baki awal alatan Pejabat RM7300. pemilik mengambil mesin pencetek bernilai RM400 dari pejabat untuk kegunaan di rumah. Peruntukan susut nilai alatan 1% atas kos dibuat pada bulan ini.
    Susut nilai sepatutnya dikira berdasarkan kos asal iaitu RM7300 x 1% =RM73 atau setelah tolak ambilan (RM7300-RM400)x1%=RM69.
    Terima kasih

  278. Pada pandangan Cg,
    Susut nilai dikira atas baki akhir setelah ditolak ambilan, iaitu (7300-400) X 1% = RM69

  279. Cikgu Narzuki,
    Dalam kaedah merekodkan susut nilai, Debit susut nilai kenderaan dan kredit susut nilai terkumpul kemudian debit akaun untung rugi dan kredit akaun susut nilai kenderaan. Kaedah yang satu lagi ialah debit akaun untung rugi dan terus kredit akaun susut nilai terkumpul. Mengapa buku teks hanya menunjukkan satu kaedah sahaja? bolehkah kaedah yang kedua itu dijawap dalam soalan SPM?
    terima kasih

  280. Kedua2 kaedah tersebut betul dan boleh diterima, walau bagaimanapun bagi menjawab soalan, pelajar hendaklah merujuk kepada akaun2 yang diminta bagi menentukan kaedah mana yang perlu digunakan.

  281. salam..
    cikgu sy nk tnye kalau pinjaman kpda pekerja knpe di kelaskan sbgai aset semasa??

  282. PINJAMAN KEPADA PEKERJA pada kebiasaannya bersifat sementara / jangka masa pendek sahaja (tidak lebih daripada 1 tahun) dan dalam jumlah yang kecil, maka ianya dikelaskan sebagai Liabilit Semasa.

  283. salam cg, saya masih tidak jelas maksud aset, liabiliti dan equiti..dan adakah ia berhubung antara satu sama lain.?

  284. Ia dihubungkan dalam sistem rekod perakaunan melalui Persamaan Perakaunan, iaitu :
    ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

  285. salam cikgu . sya nak tanya soalan berkaitan soalan wilayah , no 4 . soalan nya penghutang memulangkan barang niaga bernilai RM 90. barang tersebut telah dijual pada harga +50% tokokan . macam ni ?

  286. Salam, pada pandangan saya, kita selesaikan satu per satu.

    1. penghutang memulangkan barang niaga bernilai RM 90
    Penghutang – 90
    Stok + 90

    2. barang tersebut (RM90) telah dijual pada harga +50% tokokan
    Harga jual = 90 + 90X50% = 90 + 45 = 135
    Stok – 90
    Bank + 135
    Untung Bersih + 45

  287. salam . apa maksud +50%tokokan ? sama macam spm 2009 ke ?

  288. Tokokan 50% tu maksudnya nak UNTUNG 50% daripada Harga Kos .
    Jika Harga kos RM90
    Tokokan / Nak Untung 50% = RM90 X50% = RM45
    Maka, HARGA JUAL mestilah = 90 + 45 = RM135

  289. salam cikgu, mcm nak kelas kan aset semasa n bukan semasa, liabiliti semasa n x semasa, ekuiti pemilik.. ble cikgu tolong jelaskan?? 🙂

  290. ASET = HARTA

    ASET SEMASA = Harta yang dapat ditukarkan ke bentuk tunai dalam jangka masa pendek, iaitu KURANG daripada 1 TAHUN. Contohnya : Tunai di tangan, tunai di bank, stok barang niaga, penghutang.

    ASET BUKAN SEMASA = aset yang dibeli BUKAN untuk dijual semula tetapi digunakan untuk membantu menjalankan perniagaan. Contohnya : Bangunan, Kenderaan, Lengkapan, Alatan Pejabat.

    LIABILITI = TANGGUNGAN/ HUTANG kepada pihak luar.

    LIABILITI SEMASA = hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dalam jangka masa pendek, iaitu KURANG daripada 1 TAHUN. Contohnya : Pemiutang, belanja terakru, hasil terdahulu.

    LIABILITI BUKAN SEMASA = hutang perniagaan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa pangjang ( > 1 tahun). Contohnya : Pinjaman bank, Gadai Janji.

    EKUITI PEMILIK = hutang perniagaan kepada PEMILIKNYA kerana meminjamkan wang sebagai MODAL untuk memulakan perniagaan (rujuk Konsep Entiti Berasingan).

  291. cikgu, apakah tajuk yang akan keluar pada tahun ini???

  292. Entahlah, sama2 kita tunggu pada 9 Disember 2010 nanti untuk mengetahuinya.

  293. Cikgu, sy nak ty..kalau director ada masukkan duit sbyk rm20k let say dlm akaun bank bagi syarikat sdn bhd….kita debit nak credit ape? bole ke nak credit share capital? bukakkah share capital tu adalah shares…is it credit amount owing to director? tlg cikgu saya pelajar lepasan uni br start buat akaun company baru…keje sendiri

  294. blh tanya rizab am adalah?ekuiti?liabiliti?>

  295. Dikelaskan dibawah Ekuti Pemilik.

  296. salm cikgu saya tak faham soalan 4 wilayah dimana soalan nya penghutang memulangkan brg niaga bernilai rm90. barang tersebut telah dijual pada harga kos + 50% tokokan ..

  297. salam cikgu.. definisi hasil apa yerk?

  298. Saya nak tau..saya baru sahaja mendapat pekerjaan..basic bg akaun sya tau..cuma takda pengalaman dalam membuat akaun.. saya nak tanya..
    1.bolehkah akaun tunai, kunci kira2 dan akaun untung rugi digunakan untuk merekod urus niaga harian.. atau digunakan jika pada setiap hujung bulan.
    2. APAKAH akaun perdagangan? dan kegunaan dia..
    3. Bagamanakah kita mengaudit pendapatan syarikat kita…

    itu sahaja tq

  299. En. Roslie,
    Berdasarkan kepada soalan2 yang ditanya, maaf saya katakan pengetahuan tentang asas perakaunan masih perlu ditingkatkan lagi. Dengan ruangan yang terbatas ini adalah agak sukar untuk faham walaupun diterangkan. Cadangan saya cuba dapat mana2 buku rujukan SPM dipasaran sebagai permulaan / bagi menjawab persoalan tersebut, serta mendapat gambaran kasar tentang sistem rekod perakaunan itu sendiri.

  300. nak tnya..,
    apa definisi belanja terdahulu??

  301. cikgu, sye nak sambung belajar untuk CAT, tapi sye tak ada asas akaun. sebab spm dulu sye amik sains tulen. so, macam mane care bole saya buat untuk tahu dan boleh buat akaun?

  302. cikgu yang dirahmati ALLAH, saya nak tanya suatu soalan. soalannya ASET, BELANJA, LIABILITI, EKUITI, HASIL itu termaksud dalam kategori apa?

  303. A,B,L,E,H merupakan KLASIFIKASI AKAUN
    Dalam dunia perniagaan, terdapat pelbagai jenis akaun yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Maka akaun2 tersebut perlu diklasifikasikan untuk memudahkan kerja-kerja merekodkan urus niaga dalam penyediaan rekod perakaunan.

  304. salam blh cikgu berikn maksud ekuiti?..apa benda tu?…tq

  305. EKUITI PEMILIK merupakan HUTANG pihak perniagaan kepada PEMILIKNYA kerana meminjamkan wang sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Ianya selaras dengan prinsip ENTITI BERASINGAN, di mana urus niaga peribadi pemilik diasingkan daripada urus niaga perniagaan. Dengan kata lain, seolah-olah PEMILIK dan PERNIAGAAN adalah 2 pihak yang berbeza.

  306. cikgu..ape beza belanja terakru dengan belanja terdahulu?

  307. Umi,
    BELANJA TERAKRU = Belanja yang masih belum dibayar / masih terhutang = LIABILITI SEMASA.
    BELANJA TERDAHULU = Belanja yang telah dibuat pembayaran untuk tempoh akan datang = ASET SEMASA.

  308. Salam cikgu,Jika sekiranya pinjaman bank dibuat dan pihak bank mengenakan faedah,adakah faedah tersebut termasuk dalam katogeri liabiliti.Contoh.pinjamn diberi RM 70000.00,faedahnya RM 800 sebulan selama tiga tahun.Jadi pada kunci kira-kira pinjaman jangkamasa panjang adlah RM 70,000.00 sahaja atau RM 98800.00(800 x 36bulan+70,000.00) dan sekiranya terlewat bayar dan dikenakan caj adakan perlu dimasukkan juga dalam Pinjaman jangkamasa panjang ini.

  309. Balkis,
    Salah satu cara yang boleh digunakan.
    Pinjaman RM70,000 …. Liabiliti Bukan Semasa / Jangka Panjang
    Faedah pinjaman RM800 …… dicatat sebagai Belanja pada setiap bulan
    Caj faedah kerana lewat bayar …. dicatat sebagai Belanja

  310. Terima kasih cikgu,tapi boleh ke jika pinjaman jangkamasa panjang= RM 98800.00 ,iaitu semuanya dicatat sebagai liabiliti bukan semasa

  311. Balkis,
    Dari segi prinsip sistem catatan bergunya mungkin tidak salah kerana ianya akan seimbang. Tetapi dari segi pelaporannya, kita tidak melaporkan keadaan sebenar kedudukan kewangan kita, di mana Liabiliti jangka panjang hanya RM70,000 sahaja, manakala belanja faedah pinjaman RM800 sebulan. Kesannya UNTUNG BERSIH yang kita perolehi akan TERLEBIH kerana tidak ditolak dengan belanja tersebut.

  312. Ok,tqvm cikgu,hanya Allah saja dapat balas jasa baik cikgu bagi tunjuk ajar kat saya.

  313. assalamualaikum cg….nk tny,jika sesuatu cek dri penghutg ditolak oleh pihak bank..adkah urusniaga msih ad??

  314. Waalaikumussalam.
    Urus niaganya masih ada, di mana penghutang tersebut masih mempunyai baki hutang yang masih belum dijelaskan. Maka Penghutang perlu didebitkan dan Bank dikreditkan bagi membatalkan pembayaran hutang yang diterima sebelum ini.

  315. owh,terima kasih cg….

  316. Askum, saya nak tanya adakah gajai janji itu merujuk kepada pinjaman bercagaran. Terima kasih

  317. Ila,
    Konsepnya hampir sama, cuma situasinya berbeza.

  318. sry~~saya nak tanya kedudukan dlm belanja bukan kendalian perniagaan ada ape??

  319. BELANJA BUKAN KENDALIAN merujuk kepada belanja yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan. Contohnya, rugi atas jualan aset bukan semasa dan rugi luar biasa (rugi akibat bencana alam – banjir, kebakaran, kecurian, gempa bumi).

  320. salam cikgu,
    1)untuk menyediakan akaun perdaganagn tanpa diberi stok awal, mcmana nak buat?tak perlu masukkan ke nilai tersebut?
    2)jualan kredit @ belian kredit termasuk jumlah jualan/belian ke dalam akaun perdagangan?kalau tidak, mana kita nak letak value ini?di AUR ke atau di KKK selain dr akaun perdagangan?
    terima kasih.

  321. Salam,
    1. Bagi tidak memeningkan kepala, buat ikut format biasa, cuma nilai bagi Stok Awal adalah sifar.
    2. Jualan dan Belian dalam AK Perdagangan adalah merujuk kepada JUMLAH JUALAN dan JUMLAH BELIAN, di mana :
    JUALAN = Jualan tunai + Jualan kredit
    BELIAN = Belian tunai + Belian kredit

  322. Salam cikgu,
    terima kasih….

  323. salam cikgu,

    sy ada beberapa set soalan untuk dijawab…soalan agak panjang utk ditulis di sini, bolehkah kalau sy attachkan soft copy soalan tersebut supaya mudah utk cikgu menerangkan jalan kerja?jika boleh, mcm mana saya hendak attachkan soalan2 tersebut?
    Terima kasih

  324. Salwa,
    Berdasarkan soalan2 yang dikemukakan, Saya percaya Salwa sedang mengikut Program PJJ atau seumpamanya. Walau bagaimanapun saya cuba bantu setakat yang termampu. Ok, sila emailkan soalan tersebut ke cgnarzukionline@gmail.com

  325. askum…

    Saya ada beberapa pertanyaan.

    1. Apakah klasifikasi bagi akaun di bawah ( samaada aset semasa @ aset bukan semasa ) :
    (i) Deposit telefon
    (ii) Pelaburan saham

    2. Peruntukan Hutang Ragu merupakan akaun kontra. Sekiranya berlakunya penambahan PHR, adakah ia dikira sebagai Belanja @ dikira sebagai akaun kontra kerana ia mengurangkan lagi nilai akaun penghutang.

    3. Adakah hutang lapuk sebagai satu belanja kendalian @ bukan kendalian?

  326. Ila,
    1. Pada pandangan Cg, bagi skop SPM:
    Deposit telefon – Aset semasa
    Pelaburan saham – kita lihat jangka masa, jika lebih dari setahun – ABS, jika kurang daripada 1 tahun – AS.

    2. Pertambahan PHR dikelaskan sebagai BELANJA, Pengurangan PHR sebagai HASIL, ianya tidak dikira sebagai AKAUN KONTRA. Akaun Kontra bagi PENGHUTANG hanyalah PHR sahaja.

    3. Berdasarkan maksud BELANJA KENDALIAN perniagaan merujuk kepada belanja yang terlibat semasa menjalankan aktiviti utama perniagaan. BELANJA BUKAN KENDALIAN perniagaan pula merujuk kepada belanja yang TIDAK berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan. Maka, pada pandangan Cg, HUTANG LAPUK boleh dianggap sebagai BELANJA KENDALIAN kerana ianya terlibat semasa menjalankan AKTIVITI UTAMA perniagaan iaitu jualan barang niaga secara kredit dan wujudnya penghutang seterusnya hutang lapuk.

  327. Cg, adakah lekapan dan lengkapan , lekapan , Kelengkapan?? Ketiga-tiga sama?? Saya telah rujuk comment kepada orang lain bahawa lekapan Sama dengan Perabot. Tapi bagaimana dengan contoh seperti kipas, lampu dan hawa dingin dikategorikan dalam aset atas nama apa?

  328. Teh,

    Lengkapan = Perabot
    Lekapan – aset2 seperti kipas, lampu, penghawa dingin.
    Kadang2 kedua-duanya digabungkan dalam satu akaun sebagai Lekapan dan Lengkapan.

    “Kelengkapan” sebenarnya TIDAK diterima pakai dalam ISTILAH PERAKAUNAN tetapi kebanyakan buku2 soalan menggunakannya, harap diperbetulkan kepada pelajar.

  329. apa mksud akaun kontra??

  330. Cuba baca Buku Teks m/s 47-49 terlebih dahulu. Anda akan LEBIH FAHAM apabila diajar menyediakan Penyata Pendapatan dan KKK nanti.

  331. nak tana,kalau akaun belanja,,baki awal adalah belanja terdahulu atau belanja terakru? kalau baki akhir,akaun belanja Dt belanja terdahulu atau terakru?

  332. Baki adalah merujuk kepada BAKI B/B.
    Belanja terakru = Liabiliti, maka berbaki KREDIT
    Belanja terdahulu = Aset, maka berbaki DEBIT.

    Baki awal (Baki b/b) … baris pertama.
    Baki akhir (Baki b/b) … dibawah jumlah, maka BAKI H/B sebaliknya (atas jumlah)

  333. askum cikgu,

    Saya ada satu pertanyaan berdasarkan soalan no.5 ,m/s 72, buku teks.

    (f) Menjual mesin faks terpakai berharga RM 360 kepada En. Niza. Nilai buku mesin faks itu ialah RM 620.

    Berdasarkan urusniaga tersebut, kesannya terhadap kedudukan aset, lia, EP adalah:
    Alatan pejabat – 620
    tunai + 360
    Belanja -260

    Betulkah tunai yang bertambah sebanyak RM 360 @ bank +360 @ penghutang ( En. Niza ) + 360.

    Untuk pengetahuan cikgu, saya kurang pasti sama ada urusniaga ini secara kredit @ tunai.

    Harap dijelaskan, Terima kasih….

  334. Pada pandangan Cg, urus niaga tersebut secara tunai, jika secara kredit ianya akan disebut secara kredit. Cg setuju dengan jawapan Ila, cuma HASIL dan BELANJA kita boleh juga menggunakan UNTUNG BERSIH, Hasil +, Belanja -.

  335. Cikgu,
    Apa perbezaan di antara premis dengan tanah dan bangunan?

  336. Dalam 1 bangunan ada banyak ruang kedai/pejabat, salah satu ruang kedai/pejabat tersebut adalah hakmilik kita, maka ianya dipanggil PREMIS.

    Sekiranya seluruh bangunan tersebut adalah hakmilik kita, maka ianya dinamakan BANGUNAN. Kadang-kadang TANAH tapak BANGUNAN dan BANGUNAN disatukan dalam Ak Tanah dan Bangunan.

  337. cikgu,
    Maksudnya permis hanya nilai kedai itu sahaja dan tanah kedai itu bukan hak milik kita. betul?

  338. Ya, itulah pada pandangan Cg.

  339. SALAm..
    cikgu saya adalah pelajar tingkatan 4 yg sedang belajar prinsip perakuannan dan sekarang ini saya sedang mencari nota prinsip perakaunan yg terbaru dan mengikut format.Malangnya saya tidak menjumpainya.Oleh itu, saya ingit meminta tolong cikgu utk memberi laman web tertentu yg mengikut format prinsip perakaunan yg terbaru..
    HARAP CIKGU DAN yang LAIN -LAIN@ DAPAT MEMBANTU!!!
    terima kasih..

  340. Ramei, Rujuk saja nota2 dalam Buku Teks.

  341. apa contoh-contoh liabiliti dan ekuiti? terima kasih Profesor

  342. Salam
    TIdak perlu jelaskan Profesor, saya dah baca contoh yang telah diberi di laman ini.
    Terima kasih!

  343. cekgu..
    sye keliru la..
    bila saya buat persamaan perakaunan,susah saya nk seimbang kan..
    kenape eak??
    bile saye tengok buku jwpn,saya hanya tersilap dekat
    + ngan – jea..
    kolu mule2 da x dpt..mungkin pembelajaran akan datang x akan dapat kan??

  344. salam..
    dalam persamaan p’akaunan…

    -menerima cek b’nilai rm100 drpd syrkat murni..
    nak ltkkn di bhgian mana???

  345. Nana,
    Kalau itulah kesilapannya, ini menunjukkan Nana kurang faham tentang konsep Aset / Liabiliti samada bertambah/berkurang.
    Cth:
    1. Stok – JUAL stok berkurang, BELI stok bertambah.
    2. Bank – BAYAR dengan cek Bank berkurang, Terima cek Bank bertambah.
    3. Pemiutang – Beli secara kredit Pemiutang bertambah, bayar hutang pemiutang berkurang.

    Sha,
    Urus niaga : Menerima cek bernilai rm100 drpd Syarikat Murni (..Penghutang)
    Maka, BANK bertambah, PENGHUTANG berkurang.

  346. -mmulakan perniagaan dgn rm 8000 dlm bank dan altn pjbt b’nlai 2500 sbgai mdal…

    -m’beli sbuah lori kcil b’hrga rm 7500 mlalui pnjman bank sebnyk rm 7000.bkinya d’byar dgn cek…

    -mmulangkan sbhagian lgkpn b’nilai rm80 yg rosak kpd syrkt mawar…

  347. Sha,
    Cuba tulis jawab anda disini, kemudian Cg bagi komen yang mana betul, yang mana silap.

  348. Salam..
    sekarang saya da ting.4 dan baru je blajar prinsip akaun..saya kurang faham mcm mana nk bezakan akaun debit dan kredit..

  349. Nike,
    1. Kuasai kemahiran klasifikasi akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja.
    2. Cuba fahami maksud persamaan AB (Debit) = LEH (Kredit)
    3. Kemudian baru kuasai konsep catatan bergu.

  350. -bnk b’tmbh,altn pjbt b’tmbh,mdal b’tmbh
    -bnk b’krng,kndraan b’tmbh,pnjmn b’tmbh
    -lgkpan b’krng,pmiutg b’krng

  351. sye dh tlis,tpi knpe tak ade pun dkt kmen??

  352. Sha,
    Sila guna EJAAN yang LENGKAP, kalau tidak ianya akan dikesan sebagai SPAM dan akan disekat.
    1. Betul
    2. Betul
    3. Betul

    # Selepas ini sebarang pertanyaan menggunaan EJAAN RINGKAS, tidak akan dilayan.

  353. ok,,begitu…tq ckgu.
    .smge drhmti Allah selalu..

  354. nak tanya kalau kita dapat invois dari pemiutang…pada persamaan perakaunan mesti letak di mana?

  355. 1. Kita kena fikir apakah maksud urus niaga “kita dapat invois dari pemiutang” ?
    – iaitu kita beli barang niaga daripada pemiutang secara kredit.

    2. Apakah kesan kepada persamaan ?
    – bila beli barang niaga, maka STOK akan BERTAMBAH.
    – beli secara kredit / hutang, maka PEMIUTANG juga BERTAMBAH.

  356. cikgu…”mengeluarkan cek rm 1850 untuk membayar hutang kepada pemiutang.dan diskaun diterima rm 240.”…..catatan dalam persamaan perakaunan ….- bank(rm 1850)…modal +rm240…pemiutang (2090)…….betultak? kenapa pemiutang tolak rm2090 sedangkan kita hutang dia rm 1850

  357. Sara,
    Baki hutang dengan PEMIUTANG ialah RM2090, kita bayar dengan cek RM1850 dan dapat diskaun RM240, maka jumlah hutang sebanyak RM2090 (iaitu RM1850 + RM240) dikira JELAS.

    Ataupun:

    Bayar RM1850 ……………. maka Pemiutang BERKURANG RM1850
    Terima diskaun RM240 … maka Pemiutang BERKURANG RM240
    Maka PEMIUTANG berkurang sebanyak RM2090

  358. terima kasih cikgu kerna dapt membantu saya…:)

  359. em…apapun terima kasih cikgu …agak faham

  360. assalamualaikum cikgu..

    cikgu soalan saya perniagaan baru dimulakan kan pada bulan januari 20X1 dan pemilik telah membayar Deposit untuk premis barunya berjumlah rm7,500 dan rm2,500 lagi untuk sewa bulan March oleh itu jumlah keseluruhan yang dibayar kepada Developer adalh rm10,000 dan di bayar mengunakan cek…pada pendapat cikgu akaun apakah yang terlibat? adakah…

    Debit : Akaun Premis rm 10,000
    Kredit : Akaun Modal rm 10,000

    Atau

    Dedit : Akaun Premis rm 7,500
    Kredit : Akaun Modal rm 7,500
    Debit : Akaun Sewa rm 2,500
    Kredit : Akaun Bank rm 2,500

    diharap cikgu dapat memberikan penjelasan….

  361. Waalaikumussalam,
    Pada pandangan Cg, oleh kerana pembayaran menggunakan wang perniagaan, maka Ak Modal tidak terlibat. Cadangan Cg ialah:

    Dt: Deposit Premis 7,500
    Dt: Sewa 2,500
    Kt: Bank 10,000

  362. salam..
    cikgu dalam penyediaan kunci kira-kira bagi persamaan perakaunan dengan hasil dan belanja, item ambilan perlukah ditunjukkan dalam kunci kira-kira? modal + untung bersih – ambilan.
    jika ambilan tidak ditunjukkan dan hanya diambil kira dalam modal adakah boleh diterima? modal + untung bersih

  363. Boleh diterima, tetapi sebaik2nya kita sediakan sebagaimana format KKK yang biasa digunakan, iaitu Modal awal + Untung Bersih – Ambilan.

  364. assalamualaikum..

    Terima kasih cg atas jawapan yang diberikan..tetapi sy masih keliru berkenaan dengan akaun Modal…boleh cg jelaskan kan sedikit berkenaan akaun Modal ini?apa yg sy faham akaun Modal dibuka bila sesebuah perniagaan memulakan perniagaannya cth membeli perabot utk kegunaan perniagaan atau membeli mesin atau peralatan lain bagi memulakan perniagaan..so akaun yg di buka adalah kt akaun Modal dan dt akaun aset kan cg?

    merujuk kepada soalan sy sebelum ini cg adakah Deposit premis itu dianggap sebagai belanja dan bukannya aset kepada perniagaan?

    diharap cg dapat la membantu sy dalam permasalahan sy ni…

  365. Waalaikumussalam,

    Ak MODAL adalah merujuk kepada PEMILIK membawa masuk harta peribadi ke dalam PERNIAGAAN. Terutamanya pada permulaan perniagaan, contohnya :
    1. pemilik membawa masuk tunai PERIBADI kemudian dibankkan ke akaun Perniagaan, maka :
    Dt: BANK…. Kt: MODAL
    2. Pemilik membawa masuk Kenderaan PERIBADI ke dalam perniagaan (jadi harta perniagaan), maka :
    Dt: KENDERAAN….. Kt: MODAL

    Tetapi jika Perniagaan BELI kenderaan dengan WANG PERNIAGAAN, maka : Dt: KENDERAAN …. Kt: BANK (bukannya MODAL).

    DEPOSIT PREMIS dikelaskan sebagai Aset Semasa, bukannya belanja.

  366. Terima kasih banyak cikgu..

    Sekarang sy sudah memahami kegunaan AK Modal..
    Lagi sy nak tanya cg berkenaan DEPOSIT PREMIS..bila akaun premis sudah di wujudkan maka pada penghujung perakaunan iaitu dalam KKK DEPOSIT PREMIS dinyatakan di bahagian aset semasa kan seperti yg cikgu nyatakan sebelum ini…,adakah jumlah yang sama akan di bawa masuk (direkodkan) untuk tahun perakaunan berikutnya dalam KKK? contoh pada tahun ini DEPOSIT PREMIS RM 7,500 dan pada tahun berikutnya iaitu 2012 amaun yg sama juga direkodkan dalam KKK?

    Lagi berkenaan dengan Buku Tunai Runcit…adakah buku tunai runcit ini mempunyai baki h/b dan b/b? jikalau ada di manakah sepatutnya di rekodkan pada penghujung perakaunan?

    Cikgu,bolehkah akaun penutup (iaitu IB,AK PERDAGANGAN dan KKK) di buat pada setiap bulan?

  367. Shuada,

    Berhubung DEPOSIT PREMIS tersebut terlebih dahulu kena KENALPASTI, sama ada:
    1. Beli premis baru dibayar bayaran pendahuluan RM7500, kemudian dibuat bayaran ansuran bulanan. atau
    2. Sewa premis dibayar deposit RM7500, kemudian bayar sewa bulanan.
    # Ini kerana kedua kes tersebut mempunyai cara merekod yang berbeza.

    BTR cara sama dengan Ak Tunai, baki akhirnya akan dimasukkan dalam KKK sebagai Aset Semasa.

    Boleh dilakukan setiap bulan, sekiranya menggunakan perekodan perakaunan berkomputer. Sekiranya rekod perakaunan secara manual adalah tidak praktikal untuk menyediakan Akaun Penamat pada setiap bulan.

  368. tolong terangkan dengan lebih jelas tentang akaun deposit…secara general n detail….. saya confuse…

  369. sebelum terlupa….contoh situasi untuk akaun deposit….

  370. Hani,
    Deposit apa yang dimaksudkan ? Adalah lebih baik ceritakan apa yang Hani faham tentang deposit tersebut, barulah Cg tahu apa masalah yang mengelirukan itu.

  371. oh macam tu…boleh ka cg berikan contoh bagaimana untuk merekodkan kedua-dua kes yang cg nyatakan tu…

    Terima kasih cg..

  372. Salam cg..
    saya nak tanya dua soalan berkaitan P.A ting. 4

    Soalan 1:
    Ali membayar RM 500 dengan cek utk barang yg di belinya bernilai RM 1,500. Kos barang ialah RM 1,250.

    Jawapan 1: Akaun di debitkan :
    Bank (RM 500)
    Penghutang (RM 1,000)

    : Akaun di kreditkan:
    Stok (RM 1,250)
    Untung rugi (RM 250)

    Ini adalah jawapan yg diberi dalam buku rujukan. Saya kurang faham mengapa jawapan nya sedemikian?

    Manakala jwpn saya;
    Akaun di kreditkan : Bank (RM 500)
    Pemiutang (RM 1,000)
    Akaun di debitkan: Belian (RM 1,500)

    Yg mana satu kah jawapan yang benar?
    ——————————————————–

    Soalan 2:
    Terima invois bernilai RM 2,000 drp sykt Ali, seorang pembekal barang-barang.

    Jawapan 2:
    Akaun didebitkan : Stok (RM 2,000)
    Akaun di kreditkan: Sykt. Ali (RM 2,000)

    Ini adalh jwpn yg di berikan dlm buku tetapi saya menjawab

    Akaun di debitkan : Belian (RM 2,000)
    Akaun di kreditkan : sykt Ali (Rm 2,000)

    Saya keliru untuk mengunakan “stok” atau “belian”.

    Harap cg boleh membantu saya. Terima kasih

  373. Niza,

    Pertama sekali kena kenal pasti soalan tersebut merujuk kepada PERSAMAAN PERAKAUNAN atau SISTEM CATATAN BERGU ? Ada sedikit perbezaan antara kedua2nya terutama bagi item HASIL dan BELANJA. Apa yang dikemukakan dalam buku rujukan tersebut adalah merujuk kepada Persamaan Perakaunan, iaitu untuk melihat KESAN urus niaga ke atas Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik. Di mana jualan / belian barang niaga memberikan kesan ke atas STOK, manakala Hasil dan Belanja memberi kesan ke atas Untung Bersih (Untung Rugi).

    Manakala SISTEM CATATAN BERGU adalah merujuk kepada sistem perekodan bagi sesuatu urus niaga. Di mana belian barang niaga akan merujuk kepada AKAUN BELIAN, manakala jualan barang niaga akan merujuk kepada AKAUN JUALAN. Jawapan yang dikemukakan oleh Nisa adalah merujuk kepada Sistem Catatan Bergu.
    Soalan 1 : Dt: Bank 500, Dt: Penghutang 1000 Kt: Jualan 1500
    Soalan 2 : BETUL Dt: Belian 2000 Kt: Syarikat Ali 2000.

  374. Salam cg,
    Terima kasih atas penerangan yang di berikan. Sekarang baru saya faham cara memahami kehendak soalan dan cara menjawab nya.

  375. Salam,
    deposit telefon diklasifikasikan sebagai apa? tk

  376. Deposit telefon adalah wang cagaran yang masih hakmilik kita, sekirannya kita berhenti dari menggunakan perkhidmatan telefon, wang tersebut akan dikembalikan. Maka ianya dikelaskan sebagai Aset Semasa.

  377. assalamualaikum cikgu…nk tny…
    apakah kesan untung dan rugi kpd akaun modal???
    dan dlm persamaan perakaunan,jika ada urusan membayar sewa,patut dimsukkan dlm kolum yg mana??
    aset atau liabiliti+ekuiti pemilik???

  378. Waalaikumussalam,

    Ekuiti Pemilik
    = Modal awal + Untung Bersih – Ambilan
    = Modal awal + (Hasil – Belanja) – Ambilan

  379. salam cg, boleh x jelaskan maksud
    aset bebas
    aset bercagar penuh
    aset bercagar separa
    liabiliti bercagar penuh
    liabiliti berkeutamaan
    *macam mana kita nak bezakan??

  380. Salam

    Saya nak tanya cikgu jika deposit yang dibayar oleh pelanggan dikira sebagai liabiliti semasa manakala deposit yang dibayar dikira sbg aset semasa.Bagaimana jika deposit tersebut tidak dipulangkan?bplehkah kita rekodkan sbg lain-lain pendapatan(utk deposit daripada pelanggan) dan lain-lain perbelanjaan(untuk deposit yg dibayar)

  381. Balkis,
    Kena lihat kepada kesnya, contohnya Deposit sewa (LS) yang kita terima daripada penyewa. Jika beliau berhenti dari menyewa dan semua bayaran sewa bulan dijelaskan, maka deposit tersebut perlu dikembalikan. Tetapi jika masih ada baki sewa bulanan yang belum dijelaskan, dan beliau tidak bercadang untuk membayarnya, maka kita boleh ambil/guna deposit tersebut sebagai bayaran penjelasan. Kita tutup AK Deposit Sewa dan pindahkan ke Ak Sewa diterima.

  382. cikgu,
    mengikut buku teks baru halaman 48, jualan tolak diskaun diberi manakala belian tolak diskaun diterima, adakah ini betul ? bukankah diskaun diberi dijadikan belanja dan diskaun diterima dijadikan hasil?

  383. Jery,
    Terdapat 2 format pelaporan penyata kewangan, suakatan lama kelaskan diskaun diberi dan diskaun diterima sebagai belanja dan hasil dalam Penyata Pendapatan. Manakala sukatan baru (buku teks) kelaskan diskaun sebagai AKAUN KONTRA kepada Jualan dan Belian. Kedua-dua betul, oleh kerana kita guna sukatan baru, maka Cg cadangkan guna format baru seperti dalam buku teks.

  384. NBB tu ape yea..? boleh huraikan x cikgu..?

  385. Zul.
    Sila rujuk perbincangan diatas berhubung NBB.

  386. nak format baru account spm 2011 plisssssss !

  387. apa kesan ke atas persamaan perakaunan bagi urusniaga:
    1. membeli komputer secara kredit
    2.membayar RM300 sewa untuk bulan semasa
    3.membayar pinjaman berjumlah RM5000
    4. Terima tunai daripada pelanggan sebagai bayaran hutang.
    5. membayar gaji pekerja.

    saya bingung apa yg dimaksudkan persamaan perakaunan

  388. Mai,
    Persamaan Perakaunan: Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik

    1. Aset (komputer) – TAMBAH, Liabiliti (Pemiutang) – TAMBAH
    2.
    3.
    4.
    5.

    untuk 2 – 5, cuba Mai berikan jawapannya, kemudian Cg perbetulkan mana yang salah.

  389. xde catatan bergu ke??

  390. Shula,
    Tengok pada soalan, nak persamaan perakaunan atau sistem catatan bergu ?

  391. Cg,

    Dlm menjawab soalan persamaan perakaunan dgn membuat jadual
    kalau ada belanja tetapi dlm soalan hanya diberi modal dan tiada UB diberi. Bolehkah kita merekod belanja sbg (-) dlm kolum modal? atau perlu membuka kolum baru untuk UB?

    Begitu juga utk pinjaman….dlm soalan baki tiada pinjaman tetapi diberi dlm urusniaga di mana perniagaan memperoleh pinjaman bank…bolehkah kita rekod pinjaman ini dlm pemiutang?

    Tolong jelaskan.

    Terima Kasih.

  392. Kamal,

    Ada 2 pendekatan yang boleh digunakan :
    1. Hanya guna MODAL sahaja untuk Hasil (+) , Belanja (-) dan juga Ambilan (-).
    2. Kekalkan MODAL dan buka UB untuk item2 Hasil (+) dan Belanja (-), jika ada Ambilan – buka AMBILAN.
    # Cg sarankan penggunaan Cara ke 2 berbanding Cara 1.

    Pinjaman tidak boleh dimasukkan dalam Pemiutang, jika belum ada, maka bukakan ak Pinjaman tersebut.

  393. cikgu,
    dalam persamaan perakaunan cara 2. iaitu buka akaun ambilan, ambil barang utk kegunaan peribadi maka – stok dan + ambilan atau -stok dan -ambilan? Bagaimana pula jika bangunan dinilaikan semula dari RM20000 kepada RM25000, kita harus +modal RM500 atau +UB RM5000 bagi cara 2? terima kasih

  394. Fatimah,
    Cadangan Cg,
    1. – Stok , + Ambilan ……. cuma dalam KKK nanti, (-) Ambilan.
    2. + Bangunan, + UB

  395. cikgu,,
    pulangan belian dan pulangan jualan di bawah kategori apa??
    belanja or hasil??? atau lain?? terima kasih.

  396. AgnesLTY,

    Pulangan Belian – Pengurangan Belanja dikelaskan sebagai BELANJA
    Pulangan Jualan – Pengurangan Hasil dikelaskan sebagai HASIL.

    Kes ini sama dengan AMBILAN yang dikelaskan sebagai EKUITI PEMILIH, di mana ianya adalah Pengurangan Modal.

  397. assalamualaiku cg……. saya nak tanya akaun kedai itu aset ke belanja ke atau lain2?

  398. Azizi, waalaikumussalam.

    Adakah “Kedai” itu merujuk kepada bangunan kedai ? …. jika ya, maka ianya dikelaskan sebagai ASET.

  399. cikgu,
    pulangan jualan dan pulangan belian dikategorikan dalam kumpulan ?? belanja ??? hasil?? atau lain-lain??

    terima kasih

  400. Rujuk jawapan di ATAS.

  401. Askum, cikgu…
    saya agak keliru berkenaan dengan klasifikasi untuk diskaun diterima & diskaun diberi.
    1. adakah ia dikategorikan sbg akaun kontra( akaun yang mengurangkan akaun belian & ak jualan) @ sbg hasil & belanja ?
    2. sekiranya ia dianggap sebagai akaun kontra, maka ianya ditolak daripada akaun belian & ak jualan untuk mendapatkan belian bersih dan jualan bersih.
    3. boleh kah kita klasifikasikan ia sbg ak hasil dan belanja dalam mendapatkan untung @ rugi bersih?

    Tolong dijelaskan..

  402. Man, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg,
    1. Kita klasifikasikan sebagaimana dalam buku teks, iaitu sebagai AKAUN KONTRA supaya selaras dengan Sukatan Pelajaran Baru.
    2. Ya, ditolak daripada Jualan dan juga Belian.
    3. Dari segi perakaunan adalah tidak salah, tetapi bagi tujuan PnP, hendaklah mematuhi sukatan pelajaran dan buku teks yang telah disediakan.

  403. terima kasih cikgu.

  404. Cikgu,
    Pelaburan dimasukkan dalam aset bukan semasa atau aset semasa?
    terima kasih

  405. salam,cikgu,saya nak tanye,saya keliru dengan deposit sewa dan sewa ruang niaga,belanja susutnilai serta hutang ragu . item ini diklasifikasikan dalam belanja atau hasil?
    terima kasih 🙂

  406. Zyra,

    Berkenaan Deposit sewa dan sewa ruang niaga telah Cg terangkan sebelum ini, SUSUT NILAI = Belanja, manakala HUTANG RAGU perlu kenalpasti adalah ianya Pertambahan PHR (Belanja) atau Pengurangan PHR (Hasil). Itu sebabnya Cg lebih mengalakkan penggunaan “Pertambahan PHR / Pengurangan PHR” berbanding “Hutang Ragu”… ianya akan mengelirukan pelajar dalam mengklasifikasikan item tersebut sebagai Hasil / Belanja.

  407. as-salam, cg saya nak tanya apa bezanya hutang lapuk dihapuskan dengan hutang lapuk terpulih? ada soalan ‘Kedai Kasut Berkhlip menerima tunai RM500 daripada seorang penghutang yang hutangnya telah dihapuskan’.adakah kita perlu catat debit tunai n kdt hutang lapuk or kdt. penghutang ? terima kasih.

  408. Fiza,

    Hutang lapuk dihapuskira = HUTANG LAPUK ianya dikelaskan sebagai BELANJA.
    Manakala HUTANG LAPUK TERPULIH pula dikelaskan sebagai HASIL.

    Bagi kes tersebut, penerimaan wang sebanyak RM500 merupakan HUTANG LAPUK TERPULIH. DI mana catatan bergunya ialah : Dt: Tunai RM500, Kt: Hutang Lapuk Terpulih RM500.

  409. salam…cikgu…boleh tolong saya selasaikan masalah saya….berkaitan untung rugi…. belian(barang niaga)rm35,000.00,kos elektrik 1,000.00,belanja am rm260.00,bayaran HP kereta rm1,230.00,jualan tunai rm43,230.00,susut nilai rm6,000.00,elaun pemilik rm10,000.00,gaji pekerja rm8,000.00,bayaran kepada pemiutang rm15,000.00,kos perbutan pekerja rm760.00…..bagaimana nak menyediakan akaun untung rugi dan seterusnya mencari untung utk syarikat?

  410. Kamalrudin,

    Pada pandangan saya,
    Beberapa maklumat masih diperlukan seperti stok awal, stok akhir untuk mendapatkan Untung Kasar. Seterusnya dapat bezakan antara item belanja dan hasil… Misalnya Bayaran kepada pemiutang, bayaran HP kereta … tidak dikelaskan sebagai belanja. Format asas Penyata Pendapatan :
    Jualan (jualan tunai + jualan kredit)
    (-) kos Jualan:
    Stok awal
    Belian (belian tunai+belian kredit)
    (-) Stok akhir
    UNTUNG KASAR
    (+) HASIL
    (-) BELANJA
    UNTUNG BERSIH

  411. Assalamualaikum…cikgu

    sy berkerja akaun di syarikat swasta…dn ada beberapa kemusykilan ttg FD dn OD…
    OD = -RM30,000
    FD = RM 30,814.99
    Sekiranya Syarikat A mempunyai OD dan FD…dn cukup tempoh matang setahun syarikat A ingin liquid OD via FD…faedah pada FD RM814.99 dikelaskan sbg apa?

  412. Deemi,

    Pada pandangan saya,
    Faedah yang diterima tersebut dikelaskan sebagai HASIL.

  413. assalam ..
    saya aina form4
    cikgu ,saya baru belajar tentang persamaan akaun .
    tapi saya masih tidak faham .
    bagaimanakah caranya untuk menguasai bab ini?
    tolong berikan saya tips .

  414. Aina,

    Untuk betul2 menguasai mana2 topik sekalipun… mesti banyakkan LATIHAN dan BERTANYA, … terus tanya apabila ada yang tidak faham.

  415. salam,

    sy ita, sy bekerja bhgian akaun di sykt. swasta.
    sy amat minat dlm bidang ni pgetahuan sy dlm bidang ni masih cetek lg. Bos plak serah 100% pd sy utk handle sbb dia pn xtau sgt bab2 a/c. Sy tringin nk belajar n tambah ilmu lg tp sy xtau kat mane leh sy blajar. Sy hrp cikgu dpt mbantu sy

  416. cikgu, apakah yang dimaksudkan pelaburan? pelaburan akan dimasukkan di dalm KKK dalam penyata pendapatan. pelaburan adlah contoh bagi komponen yang mana? adalah aset, liabiliti, hasil, belanja dan ekuiti pemilik.
    bagaimana pula dengan simpanan tetap adalah ia aset semasa atau bukan semasa? dan sebab

  417. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    Pelaburan = ASET (bergantung kepada jangka pendek / jangka panjang), manakala Faedah daripada pelaburan tersebut = HASIL
    Sila rujuk nota berikut : PELABURAN

    SIMPANAN TETAP boleh dikelaskan sebagai ASET SEMASA, kerana simpanan tersebut boleh dikeluarkan pada bila2 masa yang dikehendaki. Cuma Faedah atas simpanan tidak akan diperolehi jika dikeluarkan sebelum tempoh matangnya.

  418. salam cikgu..

    saya mempunyai masalah dalam pengiraan faedah deposit tetap..

    yang mana tarikh matang deposit tetap itu adalah pada 14 Julai 2011..

    dan tarikh kewangan berakhir adalah pada 30 Jun 2011..

    persoalannya, adakah saya boleh mengira faedah untuk setahun terus atau mengikut hari yang matang dalam tempoh tahun kewangan sahaja..

    atau mungkin akan ade faedah deposit terakru…?

    saya keliru la untuk membuat pengiraan faedah deposit tetap ini jikalau tarikh matang nya tidak sama dgn tarikh tahun kewangan…

    harap cikgu boleh membantu..

    sekian terima kasih

  419. Zul,

    Pelarasan dilakukan bagi menentukan hasil / belanja sehingga atau pada akhir tempoh perakaunan, iaitu pada 30 Jun 2011. Oleh kerana Simpanan tetap tersebut matang pada 14 Julai 2011 … ini bermaksud simpanan tetap bagi tempoh perakaunan semasa genap setahun ( 1 Julai 2010 – 30 Jun 2011), maka faedah atas simpanan tetap dikira untuk tempoh SETAHUN. Sekiranya ianya belum dibayar, maka pelarasannya Dt: Faedah simpanan tetap terakru RMxxx , Kt Faedah atas simpanan tetap RMxxx.

  420. salam cikgu. sy ingin bertanya soalan : seorang pelanggan telah membuat belian rm5000 secara hutang.. apakah catatan persamaan perakaunannya? dan, cikgu boleh suggest kan di mana boleh dapatkan latihan untuk perakaunan matrikulasi?

  421. Sky123, salam.

    Catatan persamaan perakaunan adalah berbeza dengan sistem catatan bergu.
    Dalam kes ini: PENGHUTANG – BERTAMBAH dan STOK – BERKURANG.

    Manakala Nota dan soalan latihan untuk matrikulasi boleh dimuat turun dai bahagian B-MUAT TURUN BAHAN : Nota Matrikulasi – FA dan Nota Matrikulasi-MA.

  422. Dalam persamaan perakaunan utk soalan ini:

    Melibatkan belanja sewa sebanyak RM4,500 separuh daripadanya dibayar secara tunai dan baki secara hutang.

    Bagaimana caranya untuk meletakkan item2 tersebut.

    Terima kasih.

  423. Ina,

    Mana-mana urus niaga yang melibatkan HASIL dan BELANJA, kita tunjukkan kesannya pada UNTUNG BERSIH di mana Hasil akan menambahkan UB, manakala Belanja akan mengurangkan UB.

    Cadangan Cg,
    Belanja Sewa ………………… (EP) : UB – TOLAK RM4500
    Bayaran tunai ………………… (A) :TUNAI – TOLAK RM2250
    Sewa belum bayar ………… (L) : SEWA TERAKRU – TAMBAH rm2250

  424. ckgu,bleh bgi contoh2 aset semasa,aset bkn semasa,liabilitisemasa n bkn semasa,dan ekuiti pemilik.dan tmptnye skli,sme ade debit or kedit

  425. cg. Boleh tak terangkan tentang istilah debentur? boleh tak huraikan dengan lebih detail? bagaimana catatan debentur di dalam bentuk akaun?

  426. 3 sekawan,

    Maaf, Cg kurang arif, Sila rujuk :

    1. Wikipedia Bahasa Melayu : Debentur (klik)

    2. Syarikat : Jenis-jenis Saham, Bon & Debentur (klik)

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan pinjaman / debentur? (klik)

    4. Nota : Debentur dan Caj (Gadaian) (klik)

    5. Debentur dan Pinjaman Modal (klik)

    6. Bonds Paybale (klik)

    Semoga ianya dapat membantu anda.

  427. Salam. Cikgu, terima kasih atas jawapan yang cikgu berikan sebelum ini. Bagaimana saya boleh dapatkan buku rujukan yang lengkap untuk dijadikan panduan. Buku terbitan siapa? Pelangi, Sasbadi or Longman or ada lagi yang lain. Tp pada pandangan saya Pelangi adalah buku yang lengkap untuk dijadikan panduan. Dukacitanya saya telah pergi ke MPH pada Ahad yang lepas tiada buku keluaran Pelangi untuk dijadikan rujukan hanya yang ada buku utk exercise. Setahu saya buku utk exercise kalau hendak dijadikan rujukan mmg tidak sesuai. Saya ingin mencari buku utk dijadikan rujukan dan panduan. Harap cikgu dapat membantu. Terima kasih.

  428. Ina,

    Pada pandangan Cg, masing2 ada kelebihan dan kelemahan masing2. Setiap buku disediakan berdasarkan kefahaman dan pendekatan penulis itu sendiri terhadap skop Sukatan Pelajaran baru, maka wujud perbezaan dalam sesetengah topik (terutamanya topik yang baru diperkenalkan). Dalam kes ini BUKU TEKS hendaklah dijadikan rujukan utama, GURU rujukan kedua dan ketiga lain2 BUKU RUJUKAN dipasaran.

  429. Cg,

    Saya ini merupakan pelajar Ijazah (PJJ) tetapi bukan dalam bidang perakaunan. Tetapi untuk semester ini saya erlu megnambil subjek ini. Jadi saya tidak tahu buku ape perlu dijadikan rujukan. dulu ketika sekolah saya mengambil bidang perakaunan. Bole cg bantu saya buku ape yg bole sy gunekan untuk dijadikan rujukan lengkap dan panduan serta mudah didapati buku-buku tersebut.

    Terima kasih Cg.

  430. Ina,

    Jika mengikuti program PJJ, buku rujukan SPM mungkin tidak sesuai digunakan. Saya cadangkan dapatkan buku PERAKAUNAN KEWANGAN 1, PERAKAUNAN KEWANGAN 2 yang terdapat dipasaran untuk peringkat STPM ke atas.

  431. apakah kesan ke atas P&L n kunci kira – kira jika sesebuah syarikat menaikkan nilai pelaburan ?

  432. Shidah,

    Jika naik pelaburan dengan keluarkan dari bank, maka Pelaburan BERTAMBAH dan Bank BERKURANG, … tiada kesan keatas P&L.

  433. cikgu, cagaran air dan elektrik ialah aset semasa atau belanja perniagaan?

  434. Aman,

    Pada pandangan Cg,
    Cagaran/Deposit Air dan Elektrik perlu dikelaskan sebagai ASET SEMASA kerana ianya masih hak milik kita yang boleh diambil balik jika kita berhenti dari menggunakan perkhidmatan mereka.

  435. terima kasih cikgu !!!

  436. cg..
    boleh tak terangkan beza nota belum terima dan nota belum bayar…

  437. Nadirah,

    Perbezaan yang ketara ialah Nota Belum Terima = ASET, Nota Belum bayar = LIABILITI

  438. Salam cg narzuki,

    Nak tanya berkenaan dengan akaun penamat. mohon cg terangkan. terima kasih.

  439. Riniey

    AKAUN PENAMAT merujuk kepada :
    1. Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi (Fotmat “T”) = Penyata Pendapatan (Format Penyata)
    2. Kunci Kira-Kira ( Format “T” atau Format Penyata)

  440. Cg narzuki

    Terima kasih cg atas penerangan tersebut.

  441. salam,cg,bgaimana nk tentukn pinjaman dr bank itu liabiliti semasa atau bukn semasa jk tdk dberi tempoh matang pinjaman?

  442. Intansuhana,

    Jika tidak dinyatakan tempoh matang PINJAMAN BANK tersebut, maka kita kelaskan sebagai Liabiliti Bukan Semasa sahaja.

  443. Salam,cg adakah aset tetap itu aset bukan semasa?

  444. Intansuhana,

    ASET TETAP = ASET BUKAN SEMASA

    LIABILITI JANGKA PANJANG = LIABILITI BUKAN SEMASA

  445. Assalamualaikum,

    Cikgu, dalam kunci kira-kira macam mana kita nak tahu/kira penghutang dan pemiutang? dan ambilan & alatan pejabat masuk belanja bukan, cikgu?

  446. Nisaa, waalaikumussan.

    Penyata Pendapatan dan KKK disediakan berdasarkan baki2 akaun daripada Imbangan Duga. Dimana aKuan HASIL dan BELANJA —> PP, manakala ASET, LIABILITI dan EKUITI —> KKK.

  447. Cikgu, saya pening tentang klasifikasi komponen dalam akaun kelengkapan, akaun alatan pejabat, lekapan. saya tak tahu di mana hendak mengelaskan komputer, perabot dan macam2 lagi. cikgu ada x sediakan nota2 ringkas untuk menyenaraikan jenis2 komponen tersebut.

  448. Humaira,

    Ak Lengkapan – item2 seperti perabot, almari…
    Ak Lekapan – item2 seperti kipas, lampu, penghawa dingin
    Ak Alatan Pejabat – item2 peralatan seperti komputer, mesin fotocopy, mesin taip.

  449. As salam cikgu,

    bagaimana saya nak padankan akaun yang ada. Cthnya akaun tunai, akaun jualan, akaun aset tetap dsb..

    harap cikgu dpt membantu

  450. Norita,

    Cuba latihan daridapda pautan dibawah. ….. jawab berulang2 kali sehingga betul SEMUA soalan tersebut.
    https://www.sabah.edu.my/csm07003/bab02/latihan/b02-pilihsoalan.htm
    Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda memahaminya.

  451. salam . ckgu , kalau belanja belian kelas mana ? sewa ? diskaun? simpanan tetap?angkutan atas belian?tunai runcit?belanja membaiki?faedah ?

  452. Intan,

    Cuba Intan berikan cadangan jawapan bagi setiap item tersebut, kemudian baru Cg berikan komen terhadap jawapan tersebut.

  453. sewa = belanja *cth

  454. Intan,

    Sewa boleh jadi HASIL dan juga BELANJA, bergantung kepada jenis sewa tersebut.
    1. SEWA DITERIMA = HASIL
    2. SEWA DIBAYAR = BELANJA

  455. ckgu , kalau belanja belian ?
    angkutan atas belian ?

  456. Intan,

    Jika melibatkan PEMBAYARAN bagi mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang digunakan dalam proses memperolehi hasil, ianya dikelasifikasikan sebagai BELANJA. Contohnya Angkutan Masuk (Angkutan atas belian), Angkutan keluar, Sewa dibayar, Komisen dibayar, Gaji pekerja, Belian barang niaga, Kadar bayaran

  457. ckgu , belanja belian bukan kategori ak.perdagangan ke ? atau ak untg rugi ?

  458. Intan,

    KOS BELIAN merupakan kos2 yang terlibat (dibayar) bagi mendapatkan BARANG NIAGA seperti : Belian, Angkutan masuk, Duti atas belian, Upah atas belian, Insurans atas belian…. dicatatkan / dilaporkan dalam AKAUN PERDAGANGAN. Manakala LAIN-LAIN BELANJA (seperti : sewa dibayar, kadar bayaran, gaji pekerja) dicatatkan dalam AKAUN UNTUNG RUGI.

  459. Cikgu,
    Dalam soalan persamaan perakaunan, adakah digalakkan menjawab kunci kira-kira dalam bentuk penyata atau bentuk T, soalan percubaan negeri tahun lepas kebanyakkan jawapan dalam bentuk T.

  460. Fatimah,

    Pada pandangan saya, tiada masalah format mana yang digunakan… cuma sekiranya pelajar kita sudah dibiasakan dengan format penyata dalam topik2 lain, maka saya cadangkan terus dengan format tersebut.

  461. Cikgu , untuk topik ini , apakah bentuk soalan yang akan keluar dalam kertas 2 ?

  462. Maxis,

    Berdasarkan soalan tahun2 lepas, soalan PERSAMAAN PERAKAUNAN biasanya dikeluarkan.

  463. Cikgu , saya pelajar sains tulen mengambil akaun dan ekonomi sebagai mata pelajaran tambahan . Pengetua sekolah saya merupakan guru cemerlang ekonomi dan telah bersetuju untuk membimbing saya . Tapi , untuk prinsip akaun , tiada cikgu yang membimbing saya sekarang ini [ tapi pada masa terluang, seperti pada waktu bahasa cina , saya akan ke bilik guru untuk belajar atau tanya guru akaun ] .

    Saya belajar sendiri subjek ini . Jadi , maafkan saya jika saya tanya perkara2 yang mudah . Saya telah menghabiskan bab 1 dan 2 sekarang ini tanpa bimbingan cikgu . Tapi untuk bab 2 , ada kemusyikilan .

    Untuk soalan kunci-kira2 , apakah modal kerja yang perlu ditunjukkan ? adakah modal kerja merupakan jadual yang menunjukkan perubahan yang berlaku pada persamaan perakaunan , dengan aset , liabiliti dan ekuiti pemilik seperti dalam buku teks yang terbaharu ?

    Adakah wajib untuk kita menunjukkan modal kerja tersebut sebelum menyediakan kunci kira-kira? Bagaimanakah kita mengenal pasti apa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam modal kerja seperti lengkapan , stok , tunai , bank , dan sbg ? Ataupun kita terus masukkan segala aset,liabiliti dan ekuiti pemilik tanpa melihat pada soalan terlebih dahulu ?

    Dan , apakah kesan penerimaan cek tak laku daripada penghutang RM 200 pada persamaan perakaunan ? Pada pendapat saya , bank [ aset ] berkurang , iaitu -RM200 dan penghutang [ aset ] bertambah semula kerana hutangnya bertambah semula , iaitu +200 ? Jadi , tiada perubahan pada persamaan perakaunan kan ….

    Untuk format kunci kira-kira , apakah format yang boleh digunakan ? T atau penyata ? Jika penyata , saya tidak begitu jelas dengan format tersebut kerana terdapat 3 column RM . Dulu belajar KHB kalau tak silap saya ada 2 column kan , yang lebih mudah ? Ataupun saya tersilap …

    Terima kasih .

  464. Maxis,

    Cg cadangkan selalulah bertanya Guru Akaun di sekolah…ini kerana KEMAHIRAN MENJAWAB tidak ada dalam Buku dan tidak akan diperolehi melalui bacaan semata2 sebaliknya melalui TUNJUKAJAR dan BIMBINGAN GURU secara BERSEMUKA.

    MODAL KERJA = Jumlah ASET SEMASA – Jumlah LIABILITI SEMASA..(sila rujuk Format Penyata KKK).. TIDAK PERLUdi rujuk kepada Persamaan Perakaunan ataupun buat pengiraan diluar KKK.

    Kesan penerimaan Cek Tak Laku… Cg setuju dengan jawapan tersebut.

    Format KKK… kedua-dua format T atau Penyata boleh digunakan, cuma bentuk PENYATA adalah digalakkan kerana ianya adalah amalan masa kini. Format sekarang ini ada sampai 4 LAJUR ikut kepada butiran / item2 yang ada. Penggunaan lajur tersebut hanyalah untuk tujuan PENJUMLAHAN (SUBTOTAL) bagi setiap komponen2 tertentu sahaja… cuba fahami keperluan menggunakan Penyata 2, 3 atau 4 lajur tersebut ..(sila rujuk guru di sekolah anda).

  465. Salam Cg Narzuki,
    Satu kemuskilan Akaun Kontra iaitu Pulangan Jualan(Dt) dan Pulangan Belian(Kt). Kedua-dua akaun ini di bawah kategori mana ASET, LIABILITI, EP, HASIL dan BELANJA ?

    TQ
    CgKay

  466. CgKay,

    PULANGAN JUALAN dikalasifikasikan sebagai HASIL ~ iaitu PENGURANGAN HASIL (ataupun KONTRA kepada hasil)
    PULANGAN BELIAN ~ BELANJA iaitu PENGURANGAN BELANJA (Kontra)
    AMBILAN ~ EKUITI PEMILIK iaitu PENGURANGAN EP (Kontra)

    Untuk NAMPAK LEBIH JELAS lagi, sila rujuk topik CARTA AKAUN (m/s51 Buku Teks)

  467. Salam cikgu

    Belanja terdahulu/terakru tu nak kira sebagai belanja ke atau aset/liabiliti.
    Sama juga bagi hasil terdahulu/terakru, kira sebagai hasil ke atau liabiliti/aset?… keliru…
    terima kasih

  468. Jam,

    BELANJA TERAKRU merupakan Belanja yang kita BELUM BAYAR / TERHUTANG, maka ianya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.
    BELANJA TERDAHULU, kita bayar dahulu untuk bayaran bulan hadapan, masih hakmilik kita lagi, masih boleh minta balik.. maka dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

    Untuk HASIL TERDAHULU dan HASIL TERAKRU … cuba fikir2kan apakah jawapannya……….. ?


  469. Cg Narzuki:

    Jam,
    BELANJA TERAKRU merupakan Belanja yang kita BELUM BAYAR / TERHUTANG, maka ianya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.
    BELANJA TERDAHULU, kita bayar dahulu untuk bayaran bulan hadapan, masih hakmilik kita lagi, masih boleh minta balik.. maka dikelaskan sebagai ASET SEMASA.
    Untuk HASIL TERDAHULU dan HASIL TERAKRU … cuba fikir2kan apakah jawapannya……….. ?

    Kalau begitu. belanja terakru contohnya sewa dibayar terakru tidak bolehlah di campurkan dengan item-item belanja lain dalam penyata pendapatan… sebab sewa dibayar terakru tu ialah liabiliti, bukannya belanja.., betul ke cikgu? Jadinya belanja terakru tu bukannye sejenis belanja, tetapi liabiliti.

  470. Jam,

    YA, item2 tersebut TIDAK BOLEH dimasukkan dalam PP sebaliknya dimasukkan dalam KKK.

  471. Salam, apakah kesan apabila stok akhir terlebih nilai dlm persamaan perakaunan? Adakah stok berkurang, dan modal/ub berkurang ? mohon cikgu jelaskan. tk

  472. Noor Hayati,

    Pada pandangan saya, akibat daripada Stok Akhir TERLEBIH NILAI, maka KOS JUALAN akan TERKURANG….. kesannya UNTUNG BERSIH akan TERLEBIH NILAI.

    Maka bagi membetulkan perkara tersebut, STOK perlu TOLAK dan UNTUNG BERSIH/MODAL juga perlu TOLAK.

  473. salam cikgu..saya pelajar form 4 2012…. sya bru blajar bab 2..sya x faham apa itu gaji terakru..bleh cikgu jelaskan dan apakah akaun yg terlibat dengan gaji terakru…

  474. satu lagi soalan sya…apakah kata kunci untuk gaji terakru??…
    sya cuma thu jika ada perkataan CEK automatik kita letak pada kolum BANK…tp apa pula kata kunci bagi GAJI TERAKRU??

  475. Nur Mahfuzah,

    GAJI TERAKRU bermaksud gaji pekerja yang kita BELUM BAYAR, contohnya gaji bulan Januari 2012 MASIH BELUM BAYAR kepada pekerja, maka kita akan rekodkan dalam AKAUN GAJI TERAKRU. Dan ianya diklasifikasikan sebagai LIABILITI SEMASA kerana kita (Perniagaan) masih lagi TERHUTANG dengan pekerja.

    Kata kuncinya …… BELUM BAYAR….. = TERAKRU

  476. terima kasih cikgu atas penerangan cikgu… 🙂 soalan seterusnya…

    Urus niaga Impian Jadi Enterprise dalam bulan Disember 20X2 adalah seperti berikut.

    a)…………..
    b)………….
    c)…………..
    d) cek bernilai RM440 yang diterima daripada penghutang tidak dilayan oleh bank..
    e)Menerima nota kredit daripada pembekal untuk barang yang dipulangkan bernilai RM120..
    f)Bayar kadar bayaran dengan tunai RM280…

    boleh cikgu bgi jwapan untuk soalan ini?? kerana soalan ini amat mengeliru bagi saya….terima ksih

  477. Nur Mahfuzah,

    Cuba berikan jawapan anda terlebih dahulu, kemudian baru Cg berikan komen terhadap jawapan tersebut …….. cara tersebut LEBIH BAIK dan BERKESAN.

  478. soalan d…
    jwapan sye..penghutang membri cek sebnyak RM440 tetapi tidk dilayn oleh bank..
    maka kesannya.. penghutang(aset) bertambah dan bank(aset) ??..
    soaln e….
    jwapan:brangan dipulangkan pada perniagaan kita kesannya..PENGHUTANG(aset) -120 dan STOK(aset) +120…adakah betul jwapan sye…bley cgu btulkan…terima ksih..

  479. Nur Mahfuzah,

    Pada pandangan Cg,

    d) Apabila CEK TAK LAYAN, kesannya PENGHUTANG (+) RM440 …… kita TAMBAH kembali jumlah hutang kerana cek yang dibayar tidak laku. Manakala BANK (-) RM440 … kerana sebenarnya tiada pertambahan dalam Bank.

    e) Apabila melibatkan PULANGAN BARANG NIAGA dan PEMBEKAL … maka akaun yang terlibat ialah PEMIUTANG (-) RM120… kerana jumlah hutang kita berkurang. Manakala STOK (-) RM120… kerana stok dalam kedai berkurang kerana dipulangkan kepada pembekal.

  480. cikgu, dalam sistem catatan bergu, pertambahan & pengurangan dalam stok akan di rekodkan dalam ak belian dan jualan ataupun ak stok. saya cuba beberapa latihan drp buku yg berbeza di mana ada yg ditambah terus kpd ak stok & ada yg kena buka ak jualan. tlg terangkan cg.

  481. Ram,

    Ada 2 perkara yang berbeza yang perlu diberikan perhatian :

    1. SISTEM CATATAN BERGU : merujuk kepada sistem rekod perakaunan (catatan Debit dan Kredit), bermula dari Buku Catatan Pertama – Lejar …. hingga ke Penyata Kewangan.
    Dalam kes ini semua urus niaga yang melibatkan PERTAMBAHAN atau PENGURANGAN kepada BARANG NIAGA / STOK kita akan gunakan AKAUN BELIAN dan AKAUN JUALAN.

    2. PERSAMAAN PERAKAUNAN : merujuk kepada kesan daripada sesuatu urusniaga terhadap ASET, LIABILITI dan EKUITI PEMILIK.
    Dalam kes ini semua urusniaga yang melibatkan BARANG NIAGA / STOK, kita tunjukkan kesan PERTAMBAHAN atau PENGURANGAN pada ASET iaitu STOK.

    Maka, cuba kenalpasti soalan tersebut……… adakah merujuk kepada Sistem Catatan Bergu ataupun Persamaan Perakaunan.

  482. Cikgu,
    Jika pinjaman matang kurang dari setahun maka ia masuk dalam liabiliti semasa dan lebih dari setahun maka liabiliti bukan semasa. Jika pinjaman dalam masa tepat setahun, maka dianggap LS atu LBS?

  483. Nizam,

    Pada pandangan saya,
    Liabiliti Semasa ~ dijelaskan dalam TEMPOH PERAKAUNAN ( 1 tahun) …. BUKANNYA “kurang dari satu tahun”.
    Liabiliti Bukan Semasa ~ dijelaskan LEBIH daripada TEMPOH PERAKAUNAN…… iaitu LEBIH 1 tahun.

    Maka, jika ianya TEPAT 1 TAHUN , maka dikelaskan LIABILITI SEMASA.

  484. cikgu,
    terima cek daripada penghutang RM1100 dan beri diskaun RM100, maksudnya jumlah hutang penghutang tersebut adalah RM1200 atau RM 1100? terima kasih.

  485. Ying,

    Bayaran = RM1100
    Diskaun diberi = RM100
    Jumlah Hutang = RM1200 ….. jumlah yang dikira telah dijelaskan.

  486. terima kasih cikgu… 🙂

  487. Cikgu,
    Dalam soalan persamaan perakaunan, kadang-kadang kKK sebelum pelarasan ada butir modal sahaja dan kadang-kadang ada butir modal dan untung bersih. Jika soalan menjual stok RM700 dengan harga RM800. Untung dari jualan stok itu masuk dalam untung bersih jika soalan ada untung bersih dan masuk dalam modal jika KKK ada modal sahaja. ataupun kedua-dua situasi masuk dalam untung bersih iaitu membuka satu lajur untuk untung bersih.

  488. Nizam,

    Cadangan saya, kita guna kaedah secara KONSISTEN… sekiranya KKK sebelum ini hanya menggunakan MODAL, maka kita gunakan MODAL sekiranya melibatkan hasil, belanja, untung, rugi dan ambilan. Manakala sekiranya sebelumnya menggunakan MODAL dan UNTUNG BERSIH, maka kita teruskan dengan kaedah tersebut.

  489. Cikgu,
    jika dalam peperiksaan, soalan KKK hanya ada modal sahaja tanpa untung bersih tetapi kita tersalah catat semua hasil dan belanja dalam untung bersih dengan buka satu column baru, adakah ini akan diambil salah dan tak dapat markah?

  490. Fatimah,

    Pada pandangan saya, masih boleh diterima…. kerana keadaan tersebut boleh terjadi sekiranya KKK yang hendak disediakan adalah untuk BULAN PERTAMA bagi TEMPOH PERAKAUNAN baru.

    Maksud saya baki KKK yang diberikan dalam soalan adalah KKK akhir tempoh perakaunan lepas……. selepas Penyata Kewangan disediakan ……CATATAN PENUTUP akan dilakukan (tiada dalam sukatan SPM) di mana Untung Bersih dan Ambilan DITUTUP dan dipindahkan ke AK MODAL (iaitu Modal akhir jadi Modal awal untuk tempoh berikutnya)…… maka pada awal tempoh perakaunan baru … hanya wujud Ak MODAL sahaja… seterusnya pada tempoh perakaunan semasa …apabila ada item2 hasil & belanja, maka Untung Bersih boleh dibuka.

  491. deposit kadar bayaran termasuk dalam belanja ke?

  492. Mira,

    Deposit Kadar Bayaran .. dikelaskan sebagai ASET SEMASA.
    Kadar Bayaran .. dikelaskan sebagai BELANJA.

  493. salam cikgu,,saya nak tnya ,,macam mana nak bt transaksi untuk gadai janji??

  494. Khairul,

    Cuba fahami dahulu maksud NOTA GADAI JANJI terlebih dahulu. Dokumennya lebih kepada SURAT PERJANJIAN.

    Di Amerika Syarikat nota gadai janji (juga dikenali sebagai nota lien hartanah) adalah nota janji hutang yang berkaitan dengan pinjaman gadai janji yang diberikan, ia adalah satu janji bertulis untuk membayar balik jumlah wang yang dinyatakan wang ditambah dengan faedah pada kadar yang dinyatakan dan panjang masa untuk menunaikan janji. Manakala gadai janji sendiri menyandarkan tajuk yang kepada harta tanah sebagai cagaran untuk pinjaman, nota gadai janji menyatakan jumlah hutang dan kadar faedah, dan mewajibkan peminjam, yang menandatangani nota, secara peribadi bertanggungjawab untuk membayar balik. Dalam prosiding perampasan dalam bidang kuasa tertentu, peminjam boleh menghendaki parti foreclosing untuk menghasilkan nota sebagai bukti bahawa mereka adalah pemilik sebenar hutang itu.

  495. Cikgu,
    Dalam soalan persamaan perakaunan…baki awal Feb Penghutang RM5000 dan aset dan liabiliti yang lain diberi.
    Maklumat tambahan: sepanjang feb, berlaku urusniaga berikut:
    (i) penghutang membayar RM2000 dengan cek.
    (ii) Peruntukan Hutang ragu sebanyak 5%.
    PHR 5% perlu dikira RM5000 x 5% atau Penghutang RM3000 x 5%?

  496. Cikgu,
    Begitu juga stok, jika stok awal dibeli RM500,
    maklumat tambahan
    (i) mengambil barang RM100 untuk kegunaan sendiri.
    (ii) 1/2 dari stok telah dijual dengan harga RM300.
    separuh dari stok tersebut perlu ditolak ambilan atau tidak?
    Saya agak keliru dengan jawapan untuk kedua-dua kes tersebut sebab jawapan ambil sebelum penghutang dan ambilan. Saya rasa PHR patut RM3000x5% dan Stok harga kos ialah RM200 iaitu setelah tolak ambilan. Apa pendapat cikgu?

  497. Nizam,

    Pada pandangan saya,
    1. Konsep PHR diselaraskan berdasarkan NILAI / BAKI AKHIR PENGHUTANG.
    2. Begitu juga dengan 1/2 berdasarkan NILAI SEMASA.

    Jadi, saya SETUJU dengan padangan saudara.

  498. cikgu ada persoalan tentang perolehan aset..
    1. apa maksud perolehan aset?
    2. adakah perolehan aset ditunjukkan dalam akaun untung rugi?

  499. Sheila,

    Pada pandangan saya, PEROLEHAN ASET secara mudahnya boleh dikatakan sebagai BELI ASET…. oleh kerana ianya melibatkan item ASET, maka perlu ditunjukkan dalam Kunci Kira-kira.

  500. cg,
    bagi bahagian ekuiti pemilik,perlu tak kita tunjukkan modal tambahan ? maksud saya : dalam kunci kira-kira , ekuiti pemilik = modal awal +modal tambahan + ub – ambilan ??ke terus modal + ub-ambilan?

  501. Sasa,

    Pada pandangan Cg,
    Dalam kes biasa (penyediaan Penyata Kewangan)… adalah lebih baik menggunakan Modal (+) Untung bersih (-) Ambilan… kerana tidak wujud AK MODAL TAMBAHAN dalam sistem catatan bergu.

  502. cg,
    kalau dalam tajuk sistem catatan bergu adanya urusniaga ini :
    Bil elektrik belum bayar . catatannya , DT Kadar bayaran ,kt TNB??

  503. Sasa,

    Cadangan Cg,…. Dt: Kadar bayaran… Kt: Kadar bayaran terakru

  504. assalam
    cg,
    jika kita mnjwb soalan kunci kira- kira..salah format..mcm mana ywr..cth abs saya letak dibwh as saya letak di atas…adakah dlm spm kira slh..kerana salah format…cikgu ckp jk slh format tidak akn ditanda..

  505. Nik,, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    KKK adalah satu bentuk LAPORAN sahaja, dan ianya boleh disediakan dalam berbagai bentuk, asalkan mematuhi PERSAMAAN PERAKAUNAN dan kedudukan setiap item dalam KLASIFIKASI AKAUN yang betul…. Jika perkara ASAS tersebut tidak dipatuhi, maka ianya boleh dikatakan sebagai SALAH. … seperti bercampur aduk antara item2 dalam AS, ABS, EP, LS dan LBS.. di mana tidak menunjukkan klasifikasi akaun yang jelas.

    Dalam menyemak, kita kena JELAS apakah KEMAHIRAN yang hendah diuji dalam SOALAN tersebut…. Adakah FORMATnya ? … atau KEMAHAIRAN2 LAIN seperti Klasifikasi akaun, pelarasan dan sebagainya. Sekiranya pelarasan yang dilakukan betul, klasifikasi akaun juga betul.. cuma FORMAT PELAPORAN sahaja tidak seperti Buku Teks… tetapi masih memenuhi prinsip2 asas perakaunan… maka ianya BOLEH DITERIMA.

    Walaubagaimanpun untuk tujuan PdP, minta pelajar sediakan format KKK sepertimana dalam Buku Teks.

  506. salam cikgu…,saya nak tanya mengenai urusniaga berikut dlm persamaan perakaunan:

    1. Sekiranya pemilik mengambil stok niaga sebanayk RM150 sebagai sampel bagi melariskan jualan, adakah ia dikira sebagai ambilan ?Perlu ditolak dr Modal atau dicatat sbg ambilan?

    2. menerima komisen RM250…. tetapi tidak dinyatakan cek atau tunai. Jadi dlm Aset perlu letak dlm Tunai atau Bank..?

  507. Niza,

    Pada pandangan saya,
    i. Perkara tersebut tidak melibatkan ambilan, kerana BUKAN untuk kegunaan peribadi pemilik. Ianya ambil barang niaga untuk tujuan promosi. Maka STOK -RM150 dan UNTUNG BERSIH -RM150.

    ii. Jika TIDAK dinyatakan bayaran dengan CEK, maka kita anggap TUNAI…. kecualilah dalam KKK hanya ada BANK sahaja.

  508. Cikgu,
    Dalam soalan persamaan perakaunan, jika kunci-kunci awal hanya ada modal sahaja dan tidak ada untung bersih maka jualan barang kos RM300 dengan harga RM350, untung bersih RM50 lebih baik masuk dalam modal atau buka satu lajur untung bersih baru dan masuk dalam untung bersih? terima kasih

  509. Cikgu,
    Bolehkah alat hawa dingin masuk lengkapan?
    apakah aset-aset yang termasuk dalam lengkapan?

  510. Fatimah,

    Pada pansangan saya,
    1. Adalah lebih baik buka lajur UNTUNG BERSIH baru, kemudian kita tunjukkan dalam KKK nanti.
    2. Alat hawa dingin, lampu, kipas.. lebih sesuai dimasukan dalam LEKAPAN. Manakala LENGKAPAN merujuk kepada aset2 seperti perabot, kabinet, rak pameran dan seumpanya.

  511. Cikgu,
    Dalam persamaan perakaunan, terima cek RM500 daripada penghutang….bank + 500 dan penghutang -500 dan cara lain Bank 500 dan penghutang (500)..adakah + dan – lebih baik digunakan berbanding dgn kurungan dan tanpa kurungan?

  512. Fatimah,

    Pada pandangan saya, kedua-dua SAMA saja…… boleh gunakan salah satu, asalkan pelajar itu sendiri FAHAM maksud penggunaan simbol “+ / -” ataupun “( ) / ” tersebut.

  513. salam…cg..
    sy nk tnye..
    menjual perabot lama yg mempunyai nilai buku rm 540 dgn harga rm 440.hasil jualan dibankkan..apa persamaan perakaunannya,cg??
    dan apa maksud nilai buku??

  514. salam..cg..
    maaf ganggu..nk tnye..
    menerima pinjaman sebanyak rm30 000..5% drpd pinjamn tersebut digunakn gaji pekerja..bakinya digunakan untk membeli sebuah kenderaan trpakai.apa persamaan perakaunannya??

    terima kasih,,cg…..

  515. Umais,
    Perabot -540, Bank +440, Untung bersih -100…. nilai buku bermaksud nilai semasa aset tersebut.

    Fatin,
    Pinjaman +30000, Untung bersih -1500, Kenderaan +28500

  516. faedah simpanan tetap terakru masuk liabiliti semasa or aset semasa?

  517. Wanna,

    Ianya merupakan HASIL TERAKRU……..maka dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

  518. cigu nak Tanya , klau deposit utility . rekod Kat kkk Kat Mna ye . pinjaman sewage beli knderaan sma dgn pinjaman ke . rekod Kat kkk sma je ..

  519. Syafikah,

    Pada pandangan saya,
    DEPOSIT boleh dikelaskan sebagai Aset Semasa.. manakala PINJAMAN pada asasnya dikelaskan Liabiliti Bukan Semasa, kecuali dinyatakan tempoh matangnya tinggal KURANG 1 TAHUN.

  520. cikgu nak tanya bagaimana nak beza kelengkapan dengan alatan pejabat? kadang-kadang soalan bagi satu aset dan disuruh buka akaun, saya tak tau nak letak kategori apa. contoh mesin daftar tunai, masuk akaun kelengkapan, akaun mesin, atau alatan pejabat. kabinet masuk kelengkapan atau perabot? kalau dalam spm skima ialah kelengkapan, tapi saya buka alatan pejabat atau perabot/ mesin ,maka ada markah tidak? sebab kawan saya yang jadi akauntan kata semua boleh terima bergantung pada syarikat dan akauntan. ia subjektif dan bukan objektif, asalkan tidak tak logik sangat. terima kasih.

  521. Umai,

    “Kelangkapan” tiada dalam istilah perakaunan, sepatutnya “LENGKAPAN“.
    Lengkapan – aset2 seperti perabot, kabinet, rak dll.
    Alatan Pejabat – aset2 seperti Komputer, Mesin fotostat, Mesin daftar tunai, Mesin taip dll.

    Maaf, untuk katakan, TIDAK TEPAT apa yang dikatakan oleh kawan anda itu.

  522. Cikgu,

    Saya keliru , :((

    Baki akuan pada akhir tempoh perakaunan bukankah baki h/b ? Maksudnya aset adalah disebelah kredit, liabiliti sebelah debit?

  523. Mel,

    BAKI AKHIR adalah merujuk kepada BAKI B/B dalam sesuatu akaun, iaitu baki yang dibawa kebukan hadapan, manakala baki h/b hanyalah angka imbangan sahaja. Itusebabnya dalam mana2 akaun / soalan,,,, bila kira Baki h/b mesti buat bersama2 dengan Baki b/b.

  524. Terima kasih , cikgu 🙂

  525. perlukah faedah simpanan tetap rekod dalam buku tunai

  526. Ming,

    Faedah simpanan tetap.. yang diterima dimasukkan terus dalam akaun bank…. maka ianya perlulah dicatatkan dalam Buku Tunai kerana melibatkan pertambahan wang dalam Akaun Bank.

  527. apa itu aset semasa tunai?

  528. Atifah,

    Sedikit nota, semoga dapat membantu.

    2.0 PENGENALAN
    Aset ialah harta benda yang dimiliki oleh perniagaan dan mungkin mempunyai bentuk fizikal (seperti kenderaan, perabot dan kelengkapan) atau bentuk bukan fizikal (seperti penghutang).

    2.1 ASET SEMASA
    2.1.1 Aset semasa ialah aset yang boleh bertukar menjadi tunai dalam tempoh yang terpanjang antara setahun atau satu tempoh perakaunan.
    2.1.2 Contoh aset semasa ialah bank, tunai, stok, penghutang, belanja terdahulu/prabayar dan hasil terakru.

    2.2 ASET BUKAN SEMASA
    2.2.1 Aset bukan semasa ialah aset tahan lama yang digunakan untuk menjalankan perniagaan atau melaksanakan aktivitinya bagi jangka masa yang panjang.
    2.2.2 Contoh Aset bukan semasa ialah kenderaan, lekapan dan lengkapan, perabot, peralatan pejabat, mesin, tanah dan premis.

  529. Siti Hanizah Mahfudz 2014

    Cikgu
    1) apakah maksud Akaun Ambilan ?
    2) Menerima Rm 4100 daripada penghutang-penghutangnya dan wang ini telah dibankkan. Diskaun tunai RM 90 telah diberi
    soalanya kenapa kesan urus niaga penghutang ( – ) RM 4190, bank ( + ) RM 4100 dan tunai ( – ) RM 90 ?

  530. Hanizah,

    1) AMBILAN adalah merujuk kepada ambil Tunai di tangan / Tunai di bank / Barang niaga / Aset bukan semasa untuk KEGUNAAN SENDIRI PEMILIK.

    2) Terima daripada penghutangdan dibankkan RM4100 : TAMBAH di Bank RM4100
    Diskaun diberi RM90 merupakan BELANJA : TOLAK di UNTUNG BERSIH RM90
    Jumlah PENGHUTANG yang dikurangkan : TOLAK di PENGHUTANG RM4190 (iaitu 4100 + 90)

  531. cg bagaimana hendak menghafal format akaun dengan mudah difahami..

  532. Sietie,

    Terlebih dahulu FAHAMI klasifikasi akaun, akaun kontra serta kedudukannya dalam Penyata Pendapatan dan KKK…. kemudian baru HAFAL FORMAT.

  533. salam, cikgu 2 transaction of non current liabilities yang sesuai untuk business ENTERPRISE ape selain pinjaman dari bank??????????????????

  534. Syahada,

    Contoh Item LBS yang lain.. Gadai janji, Bond dan Debentur…
    serta boleh rujuk juga DISINI (klik)

  535. salam..cikgu saya student yang baru mula belajar semula akaun. skrg sy student pjj yg jarang utk dpt berjumpa dgn lecture.setelah belasan tahun tinggalkan subject ni. so saya mohon jasa baik cikgu untuk memberi tunjuk ajar. saya nak emelkan jawapan yang saya dah buat…macamana yer..

  536. cikgu betul tak cara saya buat pelarasan ini..

    1. Belian alat tulis RM 185 telah direkod sebagai belian barang niaga.

    Alat tulis RM 185 – PP (Belanja)
    Belian (ID) RM 75700-RM185

    2. Nota Kredit RM 340 yang diterima dari pemiutang masih belum dicatat di mana-mana buku

    Imbangan Duga
    Pemiutang : rm4615

    Pulangan Belian : RM 340
    Pemiutang : rm4615-rm340

    betul x? maaf sekiranya perekodan saya xteratur.sebab saya study sendiri melalui buku dan internet.

  537. Laili,

    Saya setuju dengan kedua-dua pelarasan yang telah dibuat. Tahniah.
    Ini email saya : narzuki@gmail.com

  538. cikgu,apakah maksud kredit dan debit dalam prinsip perkaunan ? sye pernah dgr kredit = keluar , debit = masuk

  539. Hanizah69,

    Debit dan Kredit hanya mengambarkan sebelah Kiri dan Kanan sesuatu Akaun sahaja. Penggunaan MASUK dan KELUAR tidak sesuai untuk semua jenis akaun, hanya untuk akaun2 ASET sahaja yang sesuai digunakan. Contohnya: Akaun Tunai …. Debit : mengambarkan WANG MASUK dan Kredit: mengambarkan WANGG KELUAR.

  540. Cg Narzuki,
    Berdasarkan buku teks m/s47 menyatakan Akaun Diskaun Diberi adalah akaun kontra kepada Akaun Jualan. Dalam Penyata Pendapatan diskaun diberi ditolak daripada jualan. Tetapi bagi pemahaman saya, diskaun diberi adalah Akaun Belanja. Bolehkah cikgu menjelaskan kepada saya. Ini amat mengelirukan saya. terima kasih.

  541. Chang,

    Berdasarkan sukatan pelajaran lama (topik Akaun Kontra) tidak didedahkan kepada pelajar.. Diskaun diberi hanya dikelaskan sebagai BELANJA. Manakala, berdasarkan sukatan pelajaran baru, setelah Akaun Kontra didedahkan, maka Diskaun diberi dikelaskan sebagai Akaun Kontra.

    Cuba fahami definisi BELANJA (buku teks m/s 46) terlebih dahulu.. iaitu “kos barangan atau perkhidmatan yang digunakan dalam proses memperolehi hasil sama ada YANG DIDIBAYAR atau YANG AKAN DIBAYAR“. Secara mudahnya ianya melibatkan PEMBAYARAN kepada pihak lain. Cuba hayati adakah DISKAUN DIBERI, menunjukkan PEMBAYARAN kepada pihak lain ?

    Tiada sebarang pembayaran yang dibuat, sebaliknya PENGURANGAN kepada jumalah yang sepatutnya peniaga terima daripada HASIL JUALAN. Maka pemberian Diskaun diberi tersebut secara lebih tepatnya merupakan PENGURANGAN KEPADA JUMLAH JUALAN, sepertimana PULANGAN JUALAN … iaitu dikenali sebagai AKAUN KONTRA kepada Jualan, maka dalam Penyata Pendapatan : Jualan (-) Pulangan jualan (-) Diskaun diberi.

    Untuk lebih jelas lagi, cuba bandingkan dengan PULANGAN JUALAN… kenapa TIDAK dikelaskan sebagai BELANJA sedangkan ianya berbaki DEBIT sepertimana akaun2 belanja yang lain ?

  542. Terima kasih cikgu atas penjelasan yang amat teliti.

  543. cg Narzuki,
    bagaimana untuk menjelaskan alat tulis sebagai belanja manakala alat tulis terdahulu sebagai aset semasa. deposit pun suatu pembayaran tetapi dikelaskan sebagai aset semasa.

  544. JJ,

    ALAT TULIS dikelaskan sebagai BELANJA – cuba kaitkan dengan KONSEP METERIALITI
    Tidak wujud “Alat Tulis Terdahulu”.. istilah yang sepatutnya digunakan ialah STOK ALAT TULIS dan dikelaskan sebagai ASET SEMASA.
    DEPOSIT merupakan pembayaran BERCAGAR, dimana kita boleh dapat balik wang deposit tersebut, maka dikelaskan sebagai ASET SEMASA……. maksud Deposit disini tidak sama dengan Bayaran pendahuluan. …

  545. saya nk tau dgn lbih lanjut tentang FRS 139……

  546. Shuhada,

    Boleh rujuk DISINI (klik)

  547. SALAM…
    cikgu saya nak tanya, apakah perbezaan antara faedah dengan dividen

  548. Mai,

    Secara ringkasnya;
    FAEDAH merupakan caj tambahan yang dikenakan/diterima… Contohnya: Faedah atas Pinjaman, Faedah atas Simpanan.
    DIVIDEN pula merupakan agihan keuntungan yang diterima daripada syarikat/koperasi yang kita laburkan.

  549. Salam cikgu,
    blh tak cikgu berikan sistem beregu bagi catatan akaun seperti berikut:-
    Syarikat A telah membeli sebuah unit pejabat bernilai RM120,000.00 dari si B.
    Syarikat A telah membuat pembayaran 10% kepada si B iaitu sebanyak RM 12,000.00.
    Syarikat A telah membuat pembiayaan dengan bank bagi menjelaskan baki bayaran kepada si B yang berjumlah RM 108,000.00 namun bank hanya meluluskan pembiayaan berjumlah RM 84,000.00 sahaja.
    Nilai harga jual bank adalah RM 232,135.43 dengan keuntungan bank sebanyak RM 148,135.43.
    Jumlah bayar balik kepada pihak bank adalah RM 497.00 sebulan selama 287 bulan dan RM 370.76 untuk bayaran akhir.
    Untuk makluman cikgu baki kepada si B sebanyak RM 24,000.00 selepas ditolak pembiayaan bank akan dibayar secara ansuran oleh syarikat A sehingga selesai.
    Harap dapat membantu.
    Terima kasih.

  550. Assalamualaikum, cikgu. Tumpang tanya.
    Saya tak faham dengan beberapa soalan ni dan tak tahu nak letak kat mana dalam persamaan perakaunan.

    a) Kenderaan disusutnilaikan dengan kadar 12% setahun atas kos.
    b) Bayar sewa RM1000 dengan cek.
    c) Membayar belanja pejabat dengan tunai RM35.
    d) Membayar upah pekerja dengan cek RM1300.
    e) Membayar gaji bulan Februari dengan cek bernilai RM1200.

    Harap cikgu dapat membantu. Terima kasih.

  551. Fatin Azaman,

    Ok, Cg akan bantu, tetapi bukan berikan jawapan sebaliknya, Fatin sediakan jawapan kemudian Cg semak dan perbetulkan jawapan tersebut.
    Cara tersebut lebih berkesan membantu Fatin untuk memahaminya.

  552. Salam,cikgu..
    Saya nak penjelasan dari cikgu mengenai modal dan keuntungan terkumpul..contoh modal asal perniagaan rm15000..dan keuntungan terkumpul makin bertambah..jikalau keuntungan terkumpul bertambah dan nilai aset dan liabiliti berkurang..akaun tak imbang..macam mana nak imbangkan akaun terse but

  553. Rusing,

    Sekiranya rekod mengikut CATATAN BERGU yang betul, maka akaun sudah semestinya seimbang.
    Walaupun modal dan keuntungan terkumpul bertambah… aset dan liabiliti TIDAK semesti berkurang.

    Contoh mudah. bawa masuk perabot peribadi untuk kegunaan perniagaan, maka
    ASET + dan MODAL +

  554. cikgu, saya nak Tanya akaun ini susah ke senang…………

  555. Ain,

    SENANG bagi yang RAJIN
    SUSAH bagi yang MALAS

  556. Saya nak tanya apa maksud dan dimanakah akuan induknya…
    Angkutan keluar?
    Angkutan masuk?
    Komisen diterima?
    Komisen diberi?
    Invois diterima?
    Invois diberi?
    Pulangan masuk?
    Pulangan keluar?
    Pulangan belian?
    Pulangan jualan?
    Nota kredit?
    Van serahan?
    Duti atas belian?
    Overdraf bank?
    Pinjaman bercagar?
    Belanja terakru?
    Diskaun diterima?
    Diskaun diberi?

  557. Patricia,

    Sila rujuk mana2 format Penyata Pendapatan dan KKK….. di mana ada 2 akaun yang DITOLAK.
    Contohnya:
    Jualan ……………….. INDUK
    (-) Pulangan jualan………KONTRA
    (-) Diskaun diberi……….KONTRA

    Kenderaan……………..INDUK
    (-) SNT kenderaan ………KONTRA

    Modal………………….INDUK
    (-) Ambilan…………….KONTRA

    # TIDAK semua akaun merupakan akaun induk atau akaun kontra.

  558. Bagi yang baru nak berjinak2 dgn dunia perakaunan… apakah langkah pertama yang perlu dilakukannya….?

  559. Yanimono,

    Dunia perakaunan sangat luas, jadi cuba belajar / cuba fahami apa yang hendak tahu dahulu…… satu persatu.

  560. Cikgu, saya masih bingung sbenarnya. Bukankah debit = wang keluar, kredit = wang masuk ? Kenapa ada situasi di mana debit = wang masuk, kredit = wang keluar ?

  561. Vun,

    Wang masuk / keluar HANYA merujuk kepada AKAUN TUNAI / BANK sahaja.

  562. Cikgu,
    Stok Akhir merupakan sejenis aset semasa untuk perniagaan. Namun, kenapa aset itu tidak dimasukkan dalam imbangan duga pada tarikh imbangan ?
    Tolong jelaskan.

    Terima kasih.

  563. Salam, apa akan terjadi sekiranya aset kita berkurang

  564. Nadiah,

    Dengan merujuk persamaan perakaunan : Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
    Aset BERKURANG…. Liabiliti BERKURANG, Cth: bayar pemiutang dengan cek
    Aset BERKURANG…. Ekuiti BERKURANG, Cth: ambilan barang niaga (stok) untuk kegunaan pemilik.
    Aset BERKURANG…. Aset BERTAMBAH, Cth: beli barang niaga dengan cek

  565. Salam cikgu, saye nak tanye, saye ad sedikit kekeliruan tentang komisen diberi,
    Contohnya:
    Saya letak barang saya di kedai runcit
    Dan beri komisen diatasa setiap jualan sebayak rm0.50 harga jualan adlah rm7.00
    Komisen tu saye nak letak bawah ape ye, bawah expenses ke bawah ape.

  566. Nazirul,

    Jika kita yang bayar, maka Komisen diberi – BELANJA
    Jika kita yang terima, maka Komisen diterima – HASIL

  567. cg , sewaktu spm dahulu cikgu akaun saya ada mngajar , dia telah memberikan kami formula ,

    sekiranya terakru kita mesti tambah (+) dan
    terdahulu pula mesti tolak (-) .
    tidak kira sama ada hasil ataupun belanja

    kenapa terjadinya begitu . dan memang benarkah formula ini tidak akan berubah ?

  568. Nur Athirah,

    Jangan hafal semata2….. cuba faham betul2 apa yang dipelajari…

    TERAKRU – maksudnya BELUM bayar / BELUM terima, nilai TAK CUKUP, maka pelarasannya kena CAMPUR.
    TERDAHULU – maksudnya TERLEBIH, maka pelarasannya kena TOLAK.

  569. Cg,
    soalan tentang persamaan perakaunan:

    Pulangan jualan sebanyak RM 250 telah dipulangkan daripada pelanggan. Harga kos barangan itu bernilai RM125.

    catatan bergu:
    Dt. Pulangan jualan RM250
    Kt. Penghutang RM250
    Bagaimana dengan stok RM125?

    Aset- Penghutang akn BERKURANG RM250
    Stok BERTAMBAH RM125
    LIABILITI -Untung Bersih BER????????????

    ????????????

  570. Liabiliti – UNTUNG BERSIH BERKURANG RM125,

    betulkah Cg?

  571. cheedaphne,

    ASET: Stok + RM125 ….. EP: UB + RM125

  572. Salam cikgu…. Saya nak tanya tunai runcit adalah belanja atau aset semasa?

  573. Ad,

    Tunai runcit = TUNAI…. Aset Semasa

  574. Cg,
    merujuk kepada soalan#576,

    apa terjadi kepada penghutang dalam persamaan perakaunan?

  575. Cheedaphne,

    ASET: Penghutang – RM250 ….. EP: UB – RM250
    # mana2 akaun hasil & belanja…. kesannya kepada UB

  576. alat tulis adalah kkk atau pp ?

  577. Alat tulis …. dikelaskan sebagai BELANJA.

    Stok Alat Tulis …. ASET SEMASA.

  578. salam cg,kalau ad simpanan tetap nak catat kt ne ? simpanan tetap 2 aset k ?
    faedah atas simpanan perlu catat kt ne cg ?

  579. Mila,

    Simpanan Tetap dikelaskan sebagai ASET SEMASA sahaja kecuali dinyatakan TEMPOH MATANG yang melebih 1 tahun, baru dikelaskan sebagai Aset Bukan Semasa.

    Manakala FAEDAH ATAS SIMPANAN dikelaskan sebagai HASIL.

  580. Teacher , in akaun stok we write stok awal then when we tutup akaun baki h/b must be same with stok awal right ? Then the stok akhir just ignore ?

  581. Dalam AK STOK … butirnya hanya “Baki b/b” dan “Baki h/b” sahaja. Tiada butir “Baku awal” @ “Baki akhir”.

  582. tpi nilai nya dua2 amik nilai stok awal ??

  583. Dalam ID nilai daripada Ak Stok masih menunjukkan nilai BAKI AWAL.
    Nilai Stok akhir dikira secara fizikal (melalui Kad Stok, seperti dalam kerja kursus Tingkatan 4). Kemudian nilai tersebut dinyatakan dalam maklumat tambahan (dalam kes soalan penyata pendapatan dan kkk) untuk diambilkira semasa penyediaan PP dan KKK nanti.

    Nilai baki akhir tersebut akan jadi baki awal pada tempoh perakaunan berikutnya melalui penutupan Ak Stok semasa Catatan Penutup (peringkat SPM tidak didedahkan sangat).

  584. Jdi dlm akaun stok , nilai stok akhir mmg x diambil kira la ?

  585. salam mnx tlg bleh..bleh x bagi suggestion mcm mne nk cari artikel liabiliti semasa

  586. Faerul,

    Buat carian di GOOGLE.

  587. Cikgu,
    Dalam soalan persamaan perakaunan, jika soalan tiada baki awal alat pejabat tetapi hanya ada lekapan dan lengkapan, bolehkah belian komputer masuk dalam lekapan dan lengkapan. Terima kasih.

  588. Fatimah,

    TIDAK BOLEH, jika belum ada…. maka buka Akaun Alatan Pejabat yang baru.

  589. saya gunakan cash cheque untuk ambil wang dari akaun perniagaan dan gunakan wang tersebut untuk membeli barangan secara tunai. akaun mana yang terlibat.

  590. Vimala,

    Sepatutnya terus guna cek untuk beli barangan tersebut, maka catatannya Dt Belian (jika beli barang niaga) Kt Bank
    Jika keluar dahulu kemudian baru beli secara tunai, maka ada 2 catatan : 1. Dt Tunai Kt Bank.. 2. Dt Belian (jika barang niaga) Kt Tunai

  591. Cikgu Narzuki,
    Simpanan Tetap dikategorikan di Aset Bukan Semasa atau Aset Semasa? Terima Kahish

  592. Chew,

    SIMPANAN TETAP pada asasnya dikelaskan sebagai ASET SEMASA, kecuali dinyatakan akan matang LEBIH 1 TAHUN.

  593. Soalan persamaan perakaunan. Urus niaga yang berikut berlaku pada bulan April 2012. 1.membeli kenderaan bernilai Rm20000 de gan bayaran pendahuluan 10% dengan cek. Bakinya dijelaskan menerusi pinjaman bank.

  594. Michelle,

    Kenderaan (+) 20000
    Bank (-) 2000
    Pinjaman (+) 18000

  595. if the question is faedah atas deposit tetap adalah dgn kadar 3% setahun telah dimasukkan ke dalam akaun simpanan bank belum direkodkan lagi , how to rekod ??

  596. Michelle,

    Dt bank
    Kt faedah simpanan tetap

  597. Cg,

    Pulangan jualan sebanyak RM 800. persamaan perakaunan

    Dt. Stok RM800
    Kt. Penghutang RM800