Belanjawan Tunai & Varian

Belanjawan Tunai

– Satu perancangan berangka (kuantitatif) yang menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai yang dijangka serta baki tunai di sepanjang tempoh tertentu.

Ø Belanjawan tunai digunakan oleh perniagaan untuk menguruskan tunai iaitu sebagai alat kawalan dan perancangan tunai.

Ø Belanjawan tunai salah satu cara untuk merancang dan mengawal tunai bagi ;

1. membantu pihak pengurusan mencari sumber tunai sekiranya berlaku kekurangan tunai perniagaan.

2. membolehkan pihak pengurusan merancang penggunaan tunai jika berlaku lebihan tunai perniagaan.

3. membuat perbandingan amaun sebenar dengan amaun belanjawan.

 

Kepentingan Belanjawan Tunai

1. Menunjukkan keupayaan tunai perniagaan bagi menjalankan operasi perniagaan pada masa akan datang.

2. Merancang dan mengawal pembayaran dan penerimaan tunai.

3. Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian kredit yg tepat dapat dilaksanakan.

4. Merancang pembelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika terdapat lebihan tunai.

5. Membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai.

6. Membolehkan pihak bank mendapat panduan untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman.

7. Menunjukkan jangkaan punca penerimaan dan jenis pembayaran tunai.

Langkah-langkah bagi penyediaan Belanjawan Tunai

1. Fahamkan soalan dengan jelas.

2. Tentukan bilangan lajur bagi Belanjawan Tunai dengan mengikut kehendak soalan.

3. Mulakan dengan Baki Awal.

4. Tambah semua anggaran penerimaan. (hasil jualan, penerimaan daripada penghutang, pinjaman, modal, hasil yuran, caj perkhidmatan)

5. Tolak semua anggaran perbelanjaan. (kadar bayaran, sewa, gaji, belian barang niaga, belian aset, pemiutang, kos pengangkutan, belanja2 lain)

6. Cari lebihan/kurangan

7. Cari Baki Akhir.

8. Baki Akhir bulan semasa dipindah ke awal bulan berikut.

 

NOTA!!

Ø Baki akhir bulan semasa akan menjadi baki awal bulan berikutnya dan seterusnya.

Ø Butir-butir seperti hutang lapuk, diskaun diberi, susut nilai aset bukan semasa, diskaun diterima, belian kredit dan peruntukan hutang ragu TIDAK DIREKOD ke dalam Belanjawan Tunai. ~ kerana butir-butir tersebut tidak menyebabkan aliran keluar tunai.

Ø Hanya urusniaga yang melibatkan tunai sahaja diambilkira.

Ø Jualan/Belian kredit setiap bulan bukanlah rekod yang perlu dicatatkan dalam belanjawan tunai manakala jumlah penerimaan daripada penghutang/pembayaran kepada pemiutang barulah merupakan rekod yang perlu dicatatkan dalam belanjawan tunai.

KUIZ : Belanjawan Tunai dan Varian

Congratulations - you have completed KUIZ : Belanjawan Tunai dan Varian. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Antara maklumat berikut yang manakah menerangkan kegunaan belanjawan tunai?

I Membantu peniaga menganggarkan perbelanjaan dan penerimaan tunai

II Menentukan kedudukan kewangan perniagaan

III Menjadi panduan untuk tujuan pinjaman

IV Merekod urusniaga kredit

A
I dan II
B
I dan III
C
II dan III
D
II dan IV
Question 2
Maklumat berikut diperoleh daripada Penyata Belanjawan Tunai Perniagaan Fadli bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2007.

Jualan bulan Januari adalah RM10 000. Hasil jualan dijangka meningkat sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya.

Hitungkan jumlah jualan pada bulan Mac?
A
RM10 000
B
RM11 000
C
RM12 000
D
RM12 100
Question 3
Belanjawan Tunai adalah satu anggaran penerimaan dan pembayaran tunai bagi sesuatu tempoh tertentu.

Antara berikut, butiran manakah yang tidak diambil kira dalam penyediaan Belanjawan Tunai?
A
Pinjaman bank
B
Kadar bayaran
C
Sewa ruang pejabat
D
Susut nilai alatan pejabat
Question 4
Maklumat di bawah menunjukkan anggaran jualan Perniagaan Murad dari bulan Mac hingga Mei 2006.

Anggaran Jualan :

Mac = RM20 000

April = RM22 000

Mei = RM18 000

Jualan adalah 70% secara tunai dan 30% secara kredit . Jualan kredit akan dibayar pada bulan berikutnya.

Hitung anggaran tunai yang akan diterima pada bulan April.
A
RM21 400
B
RM22 000
C
RM28 000
D
RM29 400
Question 5
Jadual berikut menunjukkan anggaran jualan Perniagaan Arif.

Januari = RM20 000

Februari = RM22 000

Mac = RM18 000

Jualan adalah 70% secara tunai dan 30% secara kredit . Tempoh kredit ialah satu bulan.

Berapakah anggaran tunai yang akan diterima pada bulan Februari?
A
RM18 320
B
RM21 400
C
RM22 000
D
RM28 000
Question 6
Butiran manakah yang diambil kira dalam penyediaan belanjawan tunai?

I  - Pinjaman bank

II -  Kadar bayaran

III -   Peruntukan hutang ragu

IV -   Susut nilai alatan pejabat

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 7
Apakah fungsi belanjawan tunai kepada peniaga?
A
Menunjukkan keadaan sebenar kewangan perniagaan
B
Menunjukkan kedudukan anggaran tunai pada masa hadapan
C
Menjadi panduan kepada pemiutang untuk menuntut hutang
D
Membantu peniaga menghadkan perbelanjaan semasa
Question 8
Apakah maksud varian?
A
Perbezaan antara hasil dan belanja di dalam belanjawan
B
Perbezaan antara hasil dan belanja sebenar yang berlaku
C
Perbezaan antara hasil dengan baki awal di dalam belanjawan
D
Perbezaan antara belanjawan dengan hasil dan belanja sebenar yang berlaku
Question 9
Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan?  

[SPM 2009]

A
Satu sistem yang mengandungi prosedur untuk mengawal penerimaan dan pembayaran tunai
B
Satu penyata yang digunakan untuk merekod urus niaga penerimaan dan pembayaran tunai
C
Satu penyata yang disediakan untuk memastikan tunai perniagaan sentiasa mencukupi
D
Satu anggaran penerimaan dan pembayaran tunai dalam sesuatu tempoh tertentu
Question 10
Butiran manakah yang diambil kira dalam penyediaan belanjawan tunai?

I    Pinjaman bank

II   Kadar bayaran

III  Peruntukan hutang ragu

IV  Susut nilai alatan pejabat

[SPM2009]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 11
Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.

Zaman ingin menyediakan Belanjawan Tunai perniagannya untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2008. Jualan dianggarkan berjumlah RM20 000 setiap bulan di mana 40% daripadanya diberi tempoh kredit.

Berapakah anggaran jualan tunai pada bulan November?

[SPM2008]

A
RM28 000
B
RM20 000
C
RM12 000
D
RM8 000
Question 12
Butir manakah direkodkan sebagai perbelanjaan dalam belanjawan tunai?

[SPM 2011]

A
Susut nilai
B
Jualan tunai
C
Hutang lapuk
D
Bayar sewa kedai
Question 13
bt01  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 295 - Soalan 24 SPM 2004]

A
Lebihan RM1 470
B
Lebihan RM10 590
C
Kurangan RM1 470
D
Kurangan RM13 530
Question 14
Berikut merupakan situasi dalam Perniagaan Encik Daud.

“Encik Daud menggaji dua orang kerani, seorang ditugaskan untuk merekod Buku Tunai dan seorang lagi untuk mengendalikan tunai”

Apakah tujuan Encik Daud berbuat demikian?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 280 - Soalan 24 SPM 2005]

 
A
Mengelak berlaku pembaziran
B
Mengelak penyalahgunaan tunai
C
Memastikan tunai tidak dipegang terlalu banyak
D
Memastikan perniagaan mempunyai tunai mencukupi
Question 15
Encik Rafi bercadang hendak memulakan perniagaan Bengkel Basikal Alang di Kuantan pada 1 Julai 2006. bt002 Berapakah nilai X?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 295 - Soalan 27 SPM 2006]

A
RM4 910
B
RM5 387
C
RM26 800
D
RM31 710
Question 16
Anggaran belian berikut dimiliki oleh Perniagaan Wawasan. bt003

[Soalan 20 SPM 2010]

A
RM2 280
B
RM2 000
C
RM1 920
D
RM1 200
Question 17
bt004

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 295 - Soalan 21 SPM 2010]

A
RM3 500
B
RM5 000
C
RM6 500
D
RM8 500
Question 18
Antara yang berikut, yang manakah butir pembayaran dalam Belanjawan Tunai Kedai Buku Lestari?  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 294 - Soalan 20 SPM 2013]

A
Modal tambahan
B
Susut nilai mesin fotostat
C
Faedah atas pinjaman bank
D
Kutipan daripada penghutang
Question 19
A
15.79%
B
18.75%
C
84.21%
D
118.75%
Question 20
bt006

[Percubaan SPM Kedah 2011 ]

A
Lebihan RM3 000
B
Lebihan RM2 430
C
Kurangan RM670
D
Kurangan RM3 570
Question 21

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Kasmah.

Puan Kasmah ingin menyediakan Belanjawan Tunai perniagaannya untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2012. Jualan dianggarkan berjumlah RM30 000 setiap bulan di mana 60% daripadanya diberi tempoh kredit sebulan.

Berapakah anggaran jualan tunai pada bulan November?

[Percubaan SPM Melaka 2011 ]

A
RM12 000
B
RM18 000
C
RM30 000
D
RM48 000
Question 22
bt007  

[Percubaan SPM Melaka 2011 ]

A
Varian gaji +9.40% Varian sewa -7.89%
B
Varian gaji -9.40% Varian sewa -7.89%
C
Varian gaji +9.40% Varian sewa +7.89%
D
Varian gaji +9.40% Varian sewa +7.89%
Question 23
Maklumat berikut diambil daripada belanjawan tunai Maju Holding bagi bulan Mei 2011. bt008  

[Percubaan SPM MRSM 2011]

A
RM15 000
B
RM25 000
C
RM29 000
D
RM44 000
Question 24
Dalam Belanjawan Tunai, varian positif diperoleh apabila

[Percubaan SPM Negeri Sembilan 2011 ]

A
penerimaan sebenar melebihi belanjawan
B
belanjawan melebihi penerimaan sebenar
C
perbelanjaan sebenar melebihi belanjawan
D
belanjawan kurang daripada perbelanjaan sebenar
Question 25
Apakah maksud varian?

[Percubaan SPM Perak 2011 ]

A
Perbezaan antara hasil dan belanja di dalam belanjawan
B
Perbezaan antara hasil dan belanja sebenar yang berlaku
C
Perbezaan antara hasil dengan baki awal di dalam belanjawan
D
Perbezaan antara belanjawan dengan hasil dan belanja sebenar yang berlaku
Question 26
Butiran manakah yang tidak diambil kira dalam penyediaan belanjawan tunai?

I Pinjaman bank

II Kadar bayaran

III Hutang lapuk

IV Susut nilai aset

 

[Percubaan SPM Selangor 2011 ]

A
I dan ll
B
I dan IV
C
II dan lll
D
III dan lV
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 26 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
2122232425
26End
Return

  1. Anyone know what is belanjawan tunai ?

  2. Satu akaun di mana rancangan sesuatu perniagaan untuk satu tempoh tertentu. 4 example:

    Perniagaan Ria plan untuk januari, februari dan mac

    jadi baki awal bagi bulan Januari ialah baki b/b kemudian ada column penerimaan dimana semua hasil yang bakal diterima pada buln tue mesti dicatat dan ditambah dengan baki awal tadi. seterusnya mesti ditolak dengan perbelanjaan. the most important thing is SUSUT NILAI tidak termasuk dan modal akan diklasifikasikan sebagai PENERIMAAN begitu juga dgn pinjaman. selepAS u tolak penerimaan dengan perbelanjaan u akan dapat BAKI AKHIR yang seterusnya akan jadi baki awal bagi bulan berikutnya iaiatu bulan FEbruari. actually, belnjawan tunai sng nak score.but u must be careful.coz silap ckit u bleh khilngan a lot of mark.tapi benda nie paling senang dpt full mark.

  3. Basically, it’s the same as ‘CASH FLOW BUDGET’

    Dalam SPM, belanjawan tunai agak mudah, dimana pelajar hanya dikehendaki memahami, menggunakan format piawai (ada 2 format, mana-mana boleh digunakan), dan menyediakan belanjawan aliran wang masuk dan wang keluar dalam bentuk tunai.

    Selalunya, anda hanya diminta menyediakan tiga bulan.

    Tips ingat BT: baki awal + Jumlah penerimaan – jumlah pembayaran = baki akhir
    Kemudian Baki akhir bulan 1 menjadi baki awal bulan 2, dan begitulah seterusnya.

  4. KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR

    1. Pelajar tidak menulis TAJUK, atau penulisan tajuk yang tidak betul.

    2. Penggunaan BUTIRAN yang salah / tidak tepat.

    3. Pelajar keliru dan tidak dapat membezakan antara item-item PENERIMAAN dan PEMBAYARAN.

    4. Pelajar melakukan kesilapan dalam PENGIRAAN yang melibatkan peratus kenaikan @ penurunan.

    5. Pelajar tidak mengingati FORMAT Penyata Belanjawan Tunai dengan baik.

  5. Assalamualaikum,
    Saya ingin meminta pertolongan untuk mendapatkan jurnal berhubung Akaun Belanjawan
    Dari Definisi, jenis-jenis belanjawan dan fungsi belanjawan dalam akaun.
    Secara online melalui laman web yang sedia ada dalam Bahasa Malaysia.

    Kerjasama pihak tuan amatlah diharapkan.

    Terima kasih.

  6. Ahmad,

    Nota Matrikulasi berkaitan dengan topik Belanjawan boleh di MUAT TURUN sebagai rujukan. Semoga ianya membantu.

  7. salam cg…
    sy ada ptyaan..
    baru2 ne kami sklas ada wat blnjawan tunai…(sy amik dr buku tex form5)
    kami anya dpt tuk blan Jun..tP Julai n Ogos langsung xdpt…
    Pada 1 Jun 20X8,Perniagaan Teen memulakan perniagaannya dengan memasukkan Rm90000 ke dalam bank sebgai modal.Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi 3 bulan pertama adalah seperti berikut:
    a)Pada 4 Jun, belaiu membeli lengkapan rm4000 dan kenderaan Rm35000 dgn cek.
    b) Sbhgian premisnya disewakan kpd Kwan Rm3000 sebulan mulai ogos..
    c) Pada Julai, Teen mndpt pinjaman bank Rm50000 dgn faedah 8% stahum utk mmbeli premis Rm70000. Pinjaman n faedah dbyar blik scr ansuran mulai bln ogos.Tmpoh pinjaman ialah stahun.
    D)Pada 15 Jun,beliau mmbuat belian tunai rm20000. Bg bulan brikutnya, semua belian adlh scra kredit. Belian untuk Bulan Julai ialah rm24000 dan btmbh 20% bg bulan berikutnya. Tempoh kredit ialah 3 bulan.
    e) Pada Jun,anggaran jualan ialah rm16000. Bg bulan berikutnya, jualan ialah rm24000 sebulan.
    f)Gaji bulanan pmbantu kedai ialah rm1300 dan dbyr pd akhir stp bulan..

    tu soalannya..sy anya dpt tuk bulan Jun…iaitu rm45700…
    bg bulan Julai,rm48400 n Ogos rm69600..
    tp Julai n Ogos xdpt..jwpn dbrikan sj..
    sy xfhm…
    cmne??
    sy da msukkn item2 yg ptt msuk..
    xdpt gak..
    Help me!!!

  8. Ela,

    Jawapan yang Cg dapat bagi Baki h/b setiap bulan ialah :
    Jun = RM45,700; Julai = RM48,400; Ogos = RM69,600

    Kesilapan yang MUNGKIN dilakukan daripada maklumat :

    d) Pada 15 Jun,beliau mmbuat belian tunai rm20000. Bg bulan brikutnya, semua belian adlh scra kredit. Belian untuk Bulan Julai ialah rm24000 dan btmbh 20% bg bulan berikutnya. Tempoh kredit ialah 3 bulan.

    Dimana catatan yang perlu dibuat hanyalah:
    Pembayaran : ….JUN …..JULAI …..OGOS
    BELIAN …………20,000 …..0…………..0

    Belian untuk Julai dan Ogos TIDAK PERLU dimasukkan kerana BELIAN KREDIT dan ianya dibayar 3 bulan kemudian. Oleh itu, Belian bulan Julai & Ogos akan dibayar pada bulan September & Oktober nanti.

    Cuba semak jawapan anda, selepas mengambilkira penerangan diatas.

  9. jd cg ksilapan dmna cg??
    sy xfhm sgt…

  10. Ela,

    Sila hantarkan/tuliskan saja jawapan anda disini, kemudian Cg semak dan berikan komen di mana berlakunya kesilapan.

  11. komen untuk soalan ela:

    Item (c ) mengenai pinjaman bank RM50000. Ia dimasukkan dalam penerimaan untuk bulan Julai. Kita anggap kita terima duit dari bank untuk bayar duit premis.
    Baki RM20000 diletakkan di pembayaran. Angka RM70000 tidak akan ada dalam belanjawan tunai sebab bukan RM70000 tunai yang dikeluarkan untuk pembelian.

    Bayaran pinjaman bulanan terbahagi kepada dua
    a) Pinjaman pokok = RM50000 /12
    = RM4166.67
    b) Faedah = RM50000 x 8%/12
    = RM333.33

    Jadi jumlah bayaran ansuran pinjaman bulanan …RM4166.67 + RM333.33 = RM4500.

    Yg lain2 rasanya ela boleh figure it out.

  12. salam. Tumpang tanya, dlm buku teks ada item ‘lebihan/kurangan’ . Item ini tak perlu ya? Terima kasih

  13. Cikgu Muda,

    Terdapat 2 format yang digunakan dalam buku teks, iaitu :
    1. menggunakan item “Lebihan/Kurangan”
    2. tanpa item tersebut.

    Kedua2 format tersebut boleh digunakan. Terlebih dahulu saya dedahkan kedua2 format tersebut kepada pelajar secara perbandingan. Kemudian saya minta pelajar menggunakan format kedua, iaitu : Baki awal + Penerimaan – Pembayaran = Baki akhir. Kerana ianya lebih menjimatkan masa dalam menjawab soalan.

  14. for cg mai n cg narzuki
    tanx 4 de komen n bantuan cg berdua..
    cg mai,sy dpt jmlah tuk blan ogos.tp bla kira balik tuk bln jlai,bla tmbh 50000 jd len pla jwpanya…napa tue??

  15. Ela,

    minta maaf ya. Untuk bulan Julai ada pembayaran RM70000 berlaku untuk beli premis bukannnya RM20000 seperti yg saya beritahu sebelum ini.

    Kalau tak bayar RM70000 sapa nak bagi premis tu kan?.

    Sekali lagi maaf atas kekeliruan.

  16. oooo..baru sy fhm..coz td cg sy pun da bgtaw jwpannya…
    okla tue cg..sy da fhm pun..
    hehe..
    tanx cg mai!!!

  17. cikgu saya nak tanya dalam ajar bab : Belanjawan Tunai , nak kena ajar “Varian Belanjawan Tunai ” kepada murid atau tidak ?

  18. Yee,

    TIDAK PERLU, tahun 2009 masih menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran tahun lepas. HSP Baru akan mula dilaksanakan kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2010 selepas Buku Teks (sukatan baru) dikeluarkan nanti. Harap maklum.

  19. cikgu,apakah maksud 70% drpd belian setiap bulan akan dibayar tunai,manakala bakinya akan dibayar pd bulan berikutnya & apakah maksud jualan setiap bulan adalah secara krdit yg akan dibayar pd bulan berikutnya.

  20. Farahim,

    Soalan 1 :

    Belian jan=100, feb=200, mac=300 … bayar tunai 70% dan baki bayar bulan berikutnya.

    Maka,
    Jan=70 bayar/belian tunai, 30 dibayar pada Feb
    Feb=140 bayar/belian tunai, 60 dibayar pada Mac
    Mac=210 bayar/belian tunai, 90 dibayar pada April

    Dalam Belanjawan Tunai :
    Pembayaran :……… Jan …….. Feb …….. Mac
    BELIAN………………… 70………..140……..210
    PEMIUTANG ………………………….30………60………90 (April-tak perlu)

    Soalan 2:

    Jualan kredit sebulan, contoh Jan=500, Feb=600, Mac=700

    Dalam Belanjawan tunai:
    Penerimaan: …………..Jan…….Feb ……….Mac
    PENGHUTANG ……………………500 ……….600……700 (april)

    Cg harapkan dengan contoh2 dan cara menjawabnya dapat membantu Farahim memahaminya.

  21. cikgu,baki akaun tunai & baki akaun pemiutang nak letak di mana?

  22. ramai guru beritahu pelajar tajuk belanjawan tunai adalah tajuk senang. masalahnya ia jadi senang jika soalannya ‘straight forward’ tetapi pelajar akan jadi keliru menyediakan belanjawan tunai jika tidak faham maksud soalan. sebagai cth spt yg ditanya farahin dia atas. ada pelajar tidak fhm maksud ayat-ayat tersebut. setakat masukkan dalam kolum yang ada memang sgt sng tetapi kena pastikan pelajar fhm dan tahu apa dan bagaimana hendak masukkan maklumat dalam kolum/ lajur bulanan atau tahunan. guru perlu ajar pelajar cara memahami kehendak soalan. alhamdullilah setakat soalan yang pernah keluar dalam SPM mudah difahami, tetapi kalau ada ‘trick’ , pelajar mesti tahu aya yang perlu dibuat.

  23. Ciknon, saya setuju dengan pandangan anda.
    Pengalaman mengajar memang ada pelajar terkeliru.
    Malangnya ia berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu.

    Contoh perkataan yang pelajar keliru:
    a. Belian bulan Ogos ialah RM1000. Mulai bulan September, belian akan bertambah sebanyak 10% dari bulan sebelumnya.
    b. Belanja am ialah RM500 sebulan. Mulai November, belanja am meningkat kepada RM600.

    Cth a – masalah akaun atau masalah bahasa?
    Cth b – masalah akaun atau masalah bahasa?
    Sebenarnya pelajar juga mengalami masalah bahasa. dari struktur ayat itu, ia menepati penggunaan bahasa melayu/malaysia yang standard/baku.

    namun, pelajar mudah terkeliru mungkin tidak dapat menterjemah maksud ayat dari ‘sebelumnya’ atau perkataan ‘mulai’. Di sini guru mesti main peranan dengan menerangkan bukan sahaja mekanikal matematik, tetapi juga mengingatkan pelajar tentang konteks ayat yang dipakai.

    seperti juga soalan Farahin di atas, pelajar terkeliru kerana arahan soalan bukannya kerana tak pandai mengira. Ada pelajar faham, tetapi kurang yakin dengan tindakan mereka.

    Maka guru kenalah pula berusaha yakinkan pelajar dari jenis ini bahawa mereka mesti yakin dan percaya kepada diri sendiri juga.

    Sebenarnya topik ini memang senang, tapi penguasaan bahasa melayu pelajar menjadi dilema guru juga, selain kebiasaan sikap remaja yang kurang peka dan suka terburu-buru utk dapatkan jawapan dari mulut guru sendiri sehinggakan kurang biasa berfikir panjang menilai arahan-arahan dalam soalan perakaunan.

    Apa-apapun bab ini majoriti pelajar akan suka sebab senang, setelah mengetahui tricknya, seperti kata ciknon.

  24. Terima kasih di atas pandangan saudara berdua.

  25. cikgu, apa itu premis?

  26. Sht,

    Katakan kita menjalankan perniagaan di sebuah pasaraya, maka ruang kedai tempat kita menjalankan perniagaan tersebut dipanggil PREMIS. Manakala sekiranya seluruh bangunan tersebut adalah milik kita maka akaun BANGUNAN akan digunakan.

  27. Terima kasih, cikgu.

  28. salam.
    cg.
    baru2 ne sy n kwn2 ada ujian setara.
    yg kuar blnjawan tunai.
    tp sy xfhm smda nk ltk jmlah len atau yg da d bri.
    cntoh.
    pd 3 mei,jualan tunai pd septmber ialah rm20000 tp btmbh pd bulan strusnya sbyk 20%.tp pd bulan disember jualan ialah rm3500.
    jd prlu kha dtmbh untuk bulan disember??

  29. Ela,

    Sila tulis dengan lengkap maklumat tersebut, kerana soalan belanjawan tunai adalah penting untuk memahami maksud soalan yang diberikan sama ada ianya bermaksud “bertambah sebanyak RM3500” ataupun bermaksud “jualan pada bulan tersebut adalah sebanyak RM3500”. Baca soalan dan fahami betul2 maksudnya.

  30. maklumat tsebut ialah jualan pada bulan disember sebayak rm3500.bukan brtambah.

  31. Ela,

    Jika maklumat jelas menyatakan jualan RM3500 adalah pada bulan Disember, maka perlu catat pada bulan disember sebanyak RM3500 sebagai jualan.

    Pada pandangan Cg kemungkinan soalan perlu diperbaiki seperti berikut :
    Jualan tunai pada september ialah RM20000 tetapi pertambahan pada bulan seterusnya 20% tetapi pada bulan disember BERTAMBAH sebanyak RM3500. Maka, dalam kes ini jualan pada bulan disember perlu ditambah (20000+3500) RM23500.

  32. oooo…
    baru sy fhm..
    tanx cg ya!!

  33. ..slam..rmadan/// cikgu rasa.. la kan..

    taun neyh…masuk tak blanjawan tunai??

  34. Zamir,

    Semua topik yang ada dalam sukatan pelajaran, ada kemungkinan akan masuk dalam SPM nanti.

  35. salam…hai sy br masuk dlm bidang akaun…
    tp xde asas yg kukuh sbb ms sek men sy ambik bidang lain
    sambung stdy sy ambik dip akaun…
    skrng ni sy kene buah cashflow untuk projek…
    boleh x bantu sy…
    saya harap sangt…
    klu boleh sy nak note dalam bahasa melayu…
    n contoh dia…..
    thanx pada yg sudi menghulurkan pertolongan..
    moga dapat blsan baik…

  36. Kenanga,

    Adalah lebih baik dapatkan daripada buku rujukan kerana ianya lebih lengkap.

  37. terima kasih cg
    buku rujukan keluran ape yg sennag untuk rujukan sy…

  38. Cg tak pasti buku mana satu, sebaik-baiknya buku yang sama level dengan tahap pembelajaran sekarang…. boleh rujuk pensyarah buku apa yang mereka gunakan.

  39. emmm..klu sy nak mantapkan asas perakaunan sy?
    sy dah abis buat dip…tp sy rs bnyk bende yg sy xtau pasal asas2 akaun ni…pe pendapat cikgu?

  40. Kenanga,

    Cg ada Nota Matrikulasi Perakaunan dalam BM, semoga ianya dapat membantu dalam memahami asas2 perakaunan. Sekiranya ada apa2 masalah boleh tanya Cg, jika mampu Cg akan jawab. samada disini atau melalui email.

    NOTA MATRIKULASI

  41. thanx cg..moge dapat blsan baik…
    sy akan manfaatkan sumber ni…insyaallah
    n klu de ape2 nanti sy rujuk cikgu k
    tahnx…

  42. cg, apa beza penyata aliran tunai kaedah langsung / kaedah tidak langsung?

  43. lg satu soalan sy, maksud yg tepat istilah dlm penyata aliran tunai utk :
    1) aktiviti kendalian/operasi
    2) Aktiviti Pelaburan
    3)Aktiviti pembiayaan

  44. Arwen,

    Terdapat dua (2) cara untuk menyediakan penyata aliran tunai iaitu kaedah langsung dan kaedah tidak langsung. Kedua-dua cara menghasilkan subtotal yang sama bagi aktiviti operasi, pelaburan, pembiayaan dan perubahan tunai bersih. Perbezaan kedua-dua kaedah adalah senarai item di dalam bahagian aktiviti operasi sahaja.

    AKTIVITI KENDALIAN / OPERASI
    – Merujuk kepada aliran tunai daripada urusniaga yang
    memberi kesan kepada pendapatan bersih

    AKTIVITI PELABURAN
    -Merujuk kepada aliran tunai daripada urusniaga yang
    memberi kesan kepada aset bukan semasa dan
    pelaburan.

    AKTIVITI PEMBIAYAAN
    – Merujuk kepada aliran tunai daripada urusniaga yang
    memberi kesan kepada ekuiti dan hutang perniagaan.

  45. nk tnya la.. tajuk baru ada belanjawan tunai dan varian… varian tu yg mana ek?

  46. Oumie ms,

    Belanjawan berfungsi sebagai kayu pengukur atau standard (benchmark) di mana ia dibandingkan dengan keputusan sebenar.

    Perbezaan antara belanjawan dan keputusan sebenar dikenali sebagai VARIAN.

  47. DAH INGAT DAH… HARI TU DAH SEMAK SEMULA BUKU MASA STUDY DULU…

  48. Ok, baguslah kalau dah ingat.

  49. salam Cg Narzuki, apa yg dimaksudkan dgn Slack Budget ya…dalam istilah bahasa melayu

  50. salam cg,
    belanjawan tunai selalu kuar di kertas1 or krtas 2 dlm exam ek? antara tjuk pnting ke blanjawan tunai ni?

  51. Dalam kertas 1, SEMUA topik akan ditanya dalam soalan. Topik Belanjawan tunai juga penting dan perlu diberikan perhatian serta pernah dikeluarkan dalam kertas 2 SPM.

  52. Cikgu Narzuki,
    Nak tanya satu soalan kepada cikgu. Dalam Penyata Belanjawan Tunai bolehkah saya tidak menunjukkan ruangan Lebihan/Kurangan setiap bulan dan hanya tunjuk baki akhir setiap bulan saja. Dalam SPM sebenar, lebihan/kurangan ada markahkah?
    terima kasih

  53. Dalam penyediaan Penyata Belanjawan Tunai terdapat 2 format yang boleh digunakan,
    Format 1 – ada baris Lebihan / kurangan.
    Format 2 – tiada baris Lebihan/Kurangan.

    Pada pandangan saya tiada markah diberikan untuk baris “Lebihan dan Kurangan” tersebut, ini kerana apa yang hendak diuji adalah pengiraan baki akhir pada setiap bulan. Lagipun adalah tidak adil kepada calon yang jawab ikut format 2 sekirannya ada markah diperuntukkan, sedangkan jawapan mereka betul.

  54. Cikgu narzuki,
    Tajuk Benjawan Tunai perlukah tulis (Penyata Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 2008) atau (Belajawan Tunai bagi 3 bulan beakhir 2008)….perkataan penyata itu perlukah ditulis? Bila sediakan belanjawan tunai lajur jumlah perlukah disediakan selepas sediakan belanjawan tunai 3 bulan? adakah peruntukan markah untuk lajur Jumlah bagi 3 bulan itu?
    Terima kasih

  55. Cara mudah rujuk saja kepada kehendak soalan, samada dikehendaki menyediakan : Penyata Belanjawan tunai ….. atau Belanjawan Tunai ……

    Pada kebiasaannya markah diperuntukan pada tempat di mana sesuatu kemahiran2 hendak diuji. Pada pandangan Cg, tiada kemahiran yang hendak diuji pada lajur jumlah tersebut, apa yang ada hanya penjumlahan sahaja.

  56. jd, klo lajur jumlah x buat x mengapa kan??

    satu lg… klo kt stiap kolum kt atas tu sy
    tk tulis “RM” x pe tak???
    hal ni juga same dlm penyata pndapatan…
    x pe tak, x tulis “RM” kt ats skali tu..?

  57. terima kasih cikgu narzuki

  58. Berdasarkan pengalaman yang lepas2, tidak menjadi masalah tentang perkara tersebut. Cuma jawapan yang sebaik2nya disediakan dengan selengkapnya.

  59. Salam ckg narzuki,

    saya pelajar tgktn 5 dan bkal m’hadapi spm tahun nie .
    saya ign bertanya ttg jualan tunai & juanlan kredit , belian tunai & belian kredit .
    yg tedapat dlm belanjawan tunai .
    saya msh keliru walaupun telah diterangkan oleh ckg di sekolah.

    berikut adalah contoh latihan yg ckg saya beri :-

    Laila memulakan perniagaan menjual pakaian pd 1 Julai.
    beliau membuat anggaran wang masuk & wang keluar seperti berikut :

    a) Laila mbawa masuk tunai sbyk rm16k sbgai modal pd 1 Julai
    b) anggaran jualan bg 3bln pertama ialah
    Julai – rm1200
    Ogos – rm 1300
    Sept – rm 1400
    c) dijangka 60% drpd jualan adala secara kredit utk sebulan dan bakinya secara tunai utk setiap bln .
    d) harga belian ialah 50% drpd harga jualan dan semua belian dibuat secare kredit utk tempoh 30hari
    e) stok tambahan sbyk rm700 akn dismpn dlm kedai pd setiap masa.ia dibeli pd bulan pertama setiap bulan perniagaan .
    f) Laila merancang utk membeli sebuah mesin pelbagai guna pd bln kedua dgn hrga rm5000.
    g) anggaran pebelanjaan bulanan ialah :
    kdr byrn – rm90
    upah pkerja – rm240
    sewa kedai rm350
    susut nilai mesin – rm500

    blh ckg bantu saya mengenai soalan ini dan menjelas kan ttg pertanyaan saya pd awal td ?

  60. Belanjawan tunai hanya merekodkan wang tunai masuk dan keluar sahaja. Bagi kes Jualan, Jumlah jualan perlu dipecahkan kepada 2 :
    1. Jualan tunai (40%) …. direkod pada bulan berkenaan.
    2. Jualan kredit (60%) … dibayar bulan berikutnya. (butirnya PENGHUTANG).
    Contohnya :
    Jualan
    Julai = RM1200…. Jualan tunai RM480, Penghutang RM720.
    Ogos=RM1300… JT RM520, Penghutang RM780
    Sept=RM1400….JT RM560, Penghutang RM840 (x rekod)
    Maka, catatan dalam PENERIMAAN:
    —————— Julai —— Ogos—– Sept
    Jualan———- 480 ——-520——–560
    Penghutang —————-720——–780

  61. salam cikgu.. byk informasi saya dpt dari blog cikgu.. saya mohon keizinan utk digunakan semasa mengajar kerana saya masih terlalu baru mengajar dan terpaksa mengajar pelajar yang bakal menduduki spm tahun ini..

  62. ckgu.. jika tidak keberatan boleh tak cikgu terangkan pada saya pemberatan yang harus diberikan kepada pelajar semasa mengajar tajuk ni

  63. Salam, sila ambil dan gunakan apa2 yang dirasakan sesuai untuk kebaikan pelajar2 sekalian. Maaf, saya tidak letakkan sebarang pemberat pada mana topik2, bagi saya semua topik adalah penting dan perlu diajar sebaik mungkin.

  64. cikgu, bab ni susah. saya takfaham pun. tolong.

  65. Wany,
    Sebenarnya Belanjawan Tunai adalah salah satu topik yang MUDAH berbanding dengan topik2 yang lain. Nasihat Cg, sila jumpa guru anda disekolah untuk lebih memahami konsep2 asas dalam Belanjawan Tunai serta dapatkan TUNJUKAJAR dalam penyediaannya. Ini kerana cara tersebut adalah paling BERKESAN.

  66. assalamualaikum ckg???
    camna nak uat pnyelesaian bg blanjawan tunai..tentang jualan n belian bg november n disember???
    sila bg tunjuk ajar??

  67. Waalaikumussalam,
    Maaf, Cg tak faham apa masalahnya, jadi tak dapat bantu cari penyelesaiannya.

  68. salam cikgu narzuki . sy ingin bertanya tentang soalan ini iaitu ;
    pada i oktober 2010 beliau membawa masuk tunai ke bank rm40000 dan lengkapan kedai rm12000 sebagai modal perniagaan . perkara ini direkodkan dalam penerimaan pada oktober kan ? tetapi kenapa hanya tunai shj direkodkan dan abaikan lengkapan ?

  69. Sky123,
    BELANJAWAN TUNAI hanya merekodkan WANG TUNAI – MASUK dan KELUAR sahaja. LENGKAPAN adalah ASET BUKAN SEMASA, maka tidak boleh dianggap sebagai PENERIMAAN WANG TUNAI. Begitu juga dengan BELANJA SUSUT NILAI dan HUTANG LAPUK tidak boleh dimasukkan dalam sebagi PEMBAYARAN kerana tiada sebarang WANG YANG KELUAR, walaupun ianya dikelaskan sebagai BELANJA.

  70. ok , terima kasih yaa cikgu .

  71. salam.
    (merujuk soalan trial pahang ’10, no. 6)

    maklumat yg diberi, no 6 roman.

    mcm mana nk catat cg?

  72. Lamka,

    PEMBAYARAN :
    Pendahuluan kenderaan RM10,000 (Feb)
    Ansuran kenderaan RM1,200 (Mac)

  73. salam . cikgu dalam soalan MRSM , baki pemiutang kenapa diletakkkan di pembayaran sedangkan dia tak beritahu dia bayar ?

  74. Merujuk kepada maklumat (ii) 40% belian tunai, manakala 60% belian kredit (PEMIUTANG) akan dibayar pada bulan berikutnya.

    Maka baki PEMIUTANG pada bagi bulan September (iaitu baki awal bulan Oktober) perlulah dijelaskan pada bulan OKTOBER.

  75. Cikgu,

    Saya ada satu soalan berkenaan pengiraan varian dalam bab belanjawan tunai.

    Contoh yang diberikan dlm buku teks adalah untuk perniagaan yang baru. Oleh yang demikian tiada baki tunai awal pada bulan pertama dan tidak perlu mengira jumlah baki dan juga varian. Memandangkan tiada baki awal, jumlah lebihan/kurangan adalah sama dengan jumlah varian bagi kedua-kedua angka sebenar dan belanjawan.

    Sekiranya soalan mempunyai baki awal, lebihan/kurangan akan berbeza dengan baki akhir. Jadi bagaimana kita hendak menunjukkan varian bagi baki awal & baki akhir untuk kedua-dua angka belanjawan & sebenar.

  76. Cikgu,

    Harap cikgu dapat memberi pandangan/pendapat berkenaan dengan soalan di atas.

    Tq

  77. CVA,
    Dalam Buku Teks BAKI AWAL adalah SIFAR, maka kesannya nilai LEBIHAN dan BAKI AKHIR adalah sama.

    Sekiranya soalan diberikan nilai BAKI AWAL, maka sudah tentu akan nilai bagi LEBIHAN dan BAKI AKHIR akan jadi berbeza. Pada pandangan saya, tidak menjadi masalah kerana ANALISIS VARIAN dilakukan secara berasingan terhadap LEBIHAN dan BAKI AKHIR.

    Kenapa Analisis Varian terhadap BAKI AWAL tidak dinyatakan dalam Buku Teks. ?… Pada Pandangan saya, ini kerana BAKI AWAL adalah merujuk kepada WANG SEBENAR yang ada ditangan, maka dengan kata lain nilai BAKI AWAL bagi BELANJAWAN dan juga SEBENAR adalah SAMA, maka tidak perlu kepada analisis varian.

  78. Tan,
    Maaf, saya tidak faham apa maksud soalan tersebut. Kaedah untuk apa ?

  79. salam..cg’sy nak comfirmkan ngan ckgu tntang analisis varian..cnfius’hakikatnya nak kira varian+penerimaan/pmbayaran sbnar-penerimaan/pmbayran dlm blnjawan.tuk penerimaan klu penerimaan sbnar > blnjawan=+ve.klu pmbyaran sbnr<blnjawan=+ve…sy faham pnrangan dr buku teks..cm student jd cnfius dan sy pun cnfius..bl berbalik pd formula nak kire varian (sebenar – blnjawan).yg penerimaan xde mslh..cm pmbyaran,'cth: belian sbnar RM35000,blnjwan RM40000…pengiraan (RM35000 – RM40000)= -RM5000. .knape catatan tulis +ve?adakah bhgian catatan merujuk pd hasil dr pengiraan@sbliknya…hrp ckgu dpt respon as soonn as possible..satu lg'tuk standard soalan exam,adakah kn buat analisis@kesimpulan spt cth dlm bku teks?adakah sprt soalan no 9 ms 309?tuk soalan 9(b)'adakah pljar kn tunjukkan spt cth ms 300?hrp ckgu faham apa yang saya kemukakan…koleksi soalan tuk topik ni, ada x ckgu?

  80. Zai,
    Kenapa tidak ditulis elok2, supaya mudah dibaca dan difahami apa isu yang ditanya. Pada pandangan peribadi saya, bagi mengelakkan KEKELIRUAN dikalangan pelajar adalah lebih baik kita terus gunakan MEMUASKAN / KURANG MEMUASKAN di ruangan CATATAN berbanding penggunaan simbol + / –.

    Padangan saya, soalan peperiksaan boleh dikemukakan dalam pelbagai bentuk dan gaya penyoalan. Salah satunya seperti Soalan 9 m/s 309 dalam Buku Teks. Iaitu sediakan Penyata Belanjawan Tunai dan Analisis Varian seperti m/s 300. Ataupun soalan boleh juga minta pelajar memberikan ULASAN tentang Belanjawan berbanding dengan SEBENAR dan gunakan Analisis Varian sebagai ALASAN kepada jawapan pelajar.

    Buat masa ini koleksi soalan bagi Analisis Varian masih belum ada dalam simpanan.

  81. cikgu soalan saya, bagi sediakan varian kita perlu tolak nilai sebenar dengan belanjawan atau belanjawaan dengan sebenar.
    kita perlu cari varian bagi setiap butir penerimaan dan pembayan kan. adakah kita perlu cari varian bagi lebihan dan baki akhir

  82. Ikut pada formulanya
    VARIAN = penerimaan dan pembayaran SEBENAR – penerimaan dan pembayaran BELANJAWAN.

    Sepertimana yang ditunjukkan dalam Buku Teks, Lebihan dan Baki akhir juga dilakukan analisis varian. Pada pandangan saya, kedua-dua maklumat tersebut juga boleh digunakan untuk mentafsir kedudukan Belanjawan berbanding Sebenar secara keseluruhannya.

  83. cikgu,bagaimanakah hendak mengira peratus dalam belanjawan tunai.

  84. Maaf, Cg tidak jelas peratus apa yang dimaksudkan ? Adakah Peratus Varian ?

  85. Salam Cikgu,
    Sya ingin bertanya tentang format belanjawan tunai dan varian. Tk.

  86. Cikgu Shah,
    Kenapa dengan format tersebut, ada apa2 yang boleh kita bincangkan.

  87. Cikgu Narzuki,

    1) Dalam soalan Varian perbandingan antara belanjawan dengan sebenar, tajuk nak tulis seperti buku teks iaitu Belanjawan Tunai dan Varian bagi 3 bulan berakhir atau pun Penyata Varian bagi 3 bulan berakhir?

    2)Jika peperiksaan meminta kita sediakan penyata varian, perlukah kita sediakan varian dalam bentuk RM, % dan +,- ataupun hanya perlu tunjukkan varian nilai RM sahaja?

    3)Soalan dari buku rujukan hanya tunjukkan nilai RM sahaja tetapi saya agar keliru sebab buku itu guna formula varian iaitu pembayaran sebenar-pembayaran belanjawan. jika belajawan kadar bayaran RM30000 dan sebenar RM20000 maka jawapan buku rujukan varian ialah (RM10000) tetapi belanjawan kadar bayaran kurang daripada sebenar sepatutnya memuaskan dan jawapan patut RM10000 iaitu positif.

    Apakah pandangan cikgu terhadap 3 soalan di atas? terima kasih

  88. Aiman,

    1. Kita ikut sahaja Tajuk yang dikemukakan dalam soalan.

    2. Pada pandangan Cg, soalan kemungkinan juga akan minta KESIMPULAN daripada analisis varian yang dibuat, bukan setakat kiraan sahaja. Maka adalah sangat baik, jika kita sediakan juga ruangan CATATAN.

    3. Oleh kerana penggunaan simbol “+” dan “-” dalam ruangan CATATAN agak mengelirukan. Cg cadangkan mengantikan dengan penggunaan MEMUASKAN / KURANG MEMUASKAN. Di mana :

    Bagi PENERIMAAN :
    Jika Sebenar > Belanjawan, maka MEMUASKAN
    Jika Sebenar < Belanjawan, maka KURANG MEMUASKAN Bagi PEMBAYARAN : Jika Sebenar > Belanjawan, maka KURANG MEMUASKAN
    Jika Sebenar < Belanjawan, maka MEMUASKAN. Itu saja cadangan daripada Cg.

  89. Cikgu,
    terima kasih. Bagaimana pula jika soalan hanya meminta penyata varian dan tidak meminta analisis, bolehkah aiman hanya bagi jumlah varian dalam RM dan tidak mencari peratus dan varian itu aiman guna simbol (RM10000) jika kadar bayaran belanjawan lebih daripada sebenar?

  90. Pada pandangan Cg, Penyata Varian hanya ada jumlah varian dalam RM sahaja TIDAK membawa apa2 makna kepada perniagaan. Ini kerana TUJUAN Penyata Varian disediakan adalah untuk membandingkan antara Belanjawan dengan urus niaga sebenar. Dan apakah DAPATAN daripada perbandingan tersebut bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan, merancang dan mengawal perniagaan. Jadi pada Cg, adalah lebih baik kita disediakan penyata tersebut selengkapnya.

  91. Bagi topik ini perlukah saya ikut format seperti yang terdapat dalam buku teks. iaitu yang menunjukkan lajur varian untuk RM, % dan atatan ataupun sekadar lajur RM sahaja.

  92. Cikgu Narzuki,
    Jika soalan meminta penyata varian maka aiman sediakan dalam bentuk ruangan nilai RM dan ruangan catatan memuaskan dan tidak memuaskan sahaja. Bolehkah tidak sediakan ruangan peratus sebab soalan tidak minta? lagi pun ruangan peratus mengambil masa untuk mengira maka kita dapat jimatkan masa untuk membuat soalan tersebut jika tidak mencari peratus.

  93. Cikgu Shah dan Aiman,
    Saya cadangkan pelajar jawab selengkapnya, barulah Penyata Varian tersebut berguna dan sesuai dengan tujuan ianya disediakan. Nilai peratusan tersebut sangat berguna untuk kita buat ULASAN daripada hasil perbandingan tersebut.

  94. Cikgu,
    Semasa sediakan penyata belanjawan tunai dan varian, adakah lebih baik guna format belanjawan yang ada lebihan atau tidak? Jika guna kaedah format yg tiada lebihan maka perbandingan varian bagi lebihan tidak dapat dilakukan, adakah ini akan menjejaskan markah? Dalam pengiraan peratus, bolehkah jawap dalam satu titik perpuluhan? dalam soalan bukan teks muka surat 309. 9(b)menghitung varian dengan membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar. Tajuk yang sesuai adalah Penyata varian bagi 3 bulan berakhir atau Belanjawan tunai dan varian bagi 3 bulan berakhir?
    Terima kasih

  95. Aiman,
    Kedua-dua format boleh digunakan, kecuali soalan minta ditunjukkan Lebihan/Kurangan tersebut. Jadi jika soalan tidak minta maksudnya tiada markah yang diperuntukkan. Pada kebiasaannya, kita sediakan jawapan dalam 2 tempat perpuluhan. Oleh kerana soalan 9(b) dikehendaki MENGHITUNG VARIAN, maka pada pandangan Cg, kedua2 tajuk tersebut boleh digunakan tanpa masalah. Cuma Cg lebih suka kepada jawapan yang lengkap iaitu Belanjawan Tunai dan Varian ….

  96. salam…cikgu.soalan dalam buku latihan minta sediakan laporan prestasi belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir 31 mac 2009.adakah kita perlu tulis tajuk mengikut kehendak soalan atau wajib tulis Belanjawan Tunai Dan Varian Bagi Tiga Bulan Berakhir…?dalam skema jawapan tulis tajuk mengikut kehendak soalan.

  97. Cikgu Zai,
    Ini masalahnya jika buku2 latihan / rujukan tidak menggunakan istilah yang sama seperti dalam SP, HSP / Buku Teks, ianya akan menimbulkan KEKELIRUAN dikalangan pelajar. Pada pendapat saya, adalah lebih baik guru2 semak dan betulkan terlebih dahulu mana2 soalan yang hendak diedarkan kepada pelajar supaya selaras dengan SP/HSP/ Buku Teks.

    Ini kerana Analisis Varian boleh disediakan bukan untuk Belanjawan Tunai sahaja, boleh juga disediakan Analisis Varian bagi Bahan Mentah, Buruh Langsung dan Overhed dalam Topik Kos Pengeluaran (Luar sukatan SPM).

  98. assalamualaikum…
    saya ada beberapa soalan:

    1. Untuk menyediakan penyata varian adakah perlu kita mengira varian dalam peratus dan catatan +/- atau sekadar menunjukkan varian dalam amaun sahaja.

    2. Sekiranya amaun sebenar lebih kecil drp amaun belanjawan, adakah kita perlu meletakkan tanda kurungana bagi amaun varian tersebut?

    3. Kenapa baki b/b tidak perlu dimasukkan dalam penyediaan penyata varian?

    harap dibantu. terima kasih…..

  99. Waalaikumussalam,

    1. Kenapa tidak disediakan jawapan dengan lengkap ? Adakah dengan hanya varian dalam amaun akan mencapai maksud / tujuan sebenar Penyata Varian tersebut disediakan ?

    2. Bagi saya, saya akan kekal menggunakan formula Varian = penerimaan dan pembayaran SEBENAR – penerimaan dan pembayaran BELANJAWAN, sekiranya SEBENAR kecil daripada BELANJAWAN, maka amaun negatif / ( ). Kemudian CATATAN menyatakan MEMUASKAN / KURANG MEMUASKAN.

    3. BAKI B/B ….. merujuk kepada BAKI YANG ADA pada permulaan, dan Belanjawan dirancang bermula dengan BAKI AWAL tersebut…. dengan kata lain BAKI B/B (baki awal) adalah SAMA antara Belanjawan dan Sebenar.

    Itu saja pandangan daripada saya.

  100. Cikgu,
    Dalam sediakan belanjawan tunai, lajur bulan bolehkah tulis singkatan Jan. Feb. Mac…atau mesti tulis penuh Januari, Februari, Mac?
    terima kasih.

  101. Pada pandangan Cg, boleh kerana ringkasan tersebut telah diterima pakai oleh umum dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.

  102. Cikgu,
    dalam menyediakan blanjawan tunai dan varian, sekiranya belanjawan mempunyai angka tetapi urusniaga sebenar tiada angka, adakah perbezaan varian perlu ditunjukkan?seperti buku teks m/s 309…
    terima kasih

  103. Woo,
    BUKAN angka SEBENAR tidak ada, baca baris terakhir yang berbunyi :
    “Item2 yang tidak disebut menunjukkan item2 yang jumlah sebenarnya SAMA dengan jumlah yang dibelanjawankan.”
    Maka, kita tunjukkan dengan lengkap, supaya BAKI AKHIR juga kita boleh nyatakan keduduakan Analisis Variannya, Memuaskan ataupun Kurang memuaskan.

  104. Cikgu,
    Dalam soalan belanjawan tunai, jika kita beli komputer dalam butir kita perlu tulis komputer atau alatan pejabat? begitu juga dengan van, kita perlu tulis van atau kenderaan?

    terima kasih

  105. Cikgu,
    Dalam belanjawan tunai, jika syarikat membeli alatan pejabat dengan deposit RM1000 pada bulan Jan dan baki dibayar secara ansuran RM500 Mac dan April. Dalam butir bolehkah hanya tulis alatan pejabat Jan RM1000, Feb RM500 dan Mac RM500. atau pun asingkan butir tersebut iaitu Deposit alatan pejabat Jan RM1000 dan ansuran alatan pejabat feb RM500 dan Mac RM500.
    terima kasih

  106. ASINGKAN, supaya butir yang ditulis mengambarkan tujuan pembayaran yang dibuat.

    Jika, ditulis “Alatan pejabat – Jan 1000, Feb 500 – Mac 500”
    Itu sudah mengambarkan syarikat BELI alatan pada Jan 1000, BELI pada Feb 500 dan BELI Mac 500 – adakah ianya mengambarkan keadaan sebenar pembayaran tersebut dibuat ?

  107. Cikgu,
    Adakah salah jika kita tidak asingkan? bagaimana pula dengan soalan di atas iaitu jika kita beli komputer…butir nak tulis komputer atau alatan pejabat?

  108. Jika tidak diasingkan, ianya TIDAK mengambarkan keadaan sebenar pembayaran yang dibuat dan boleh membawa maksud lain. Maka pada pandangan Cg ia adalah SALAH.

    Kedua-dua butir Komputer / Alatan pejabat boleh diterima salah satunya.

  109. Cikgu,
    (a) beli sebuah komputer berharga RM4000, RM2000 dibayar pada bulan Jan dan RM1000 untuk bulan feb dan mac. Soalan ini perlukah diasingkan kapada 2 butiran iaitu pendahuluan untuk bulan Jan dan ansuran untuk feb dan mac? sedangkan soalan tidak sebut yang Jan itu adalah pendahuluan cuma beli komputer dibayar 3 kali bayaran.

  110. Jika demikian, butirnya ANSURAN KOMPUTER lebih sesuai. Ianya mengambarkan bayaran secara ansuran selama 3 bulan iaitu 2000 – 1000 – 1000.

  111. Cikgu,
    Kalau membeli van, bolehkah butir tulis Van?

  112. YA, ianya jelas mengambarkan pembayaran tersebut adalah untuk membeli VAN.

  113. jika tulis kenderaan, tak salah juga kan?

  114. Pada pandangan Cg, boleh diterima.

  115. cikgu saya ingin dapatakan jawapan bagi soalan ini, apakah maksud varian item pembayaran atau kos adalah positif?
    jawpan saya : item pembayaran yang dibayar oleh perniagaan lebih kurang daripada apa yang telah dibelanjawankan.

    ikutkan buku kerja: item pembayaran sebenar dibayar oleh perniagaan telah melebihi apa yang telah dibelanjawankan.

    mana yang betul.

  116. Pada pandangan saya, penggunaan POSITIF dan NEGATIF menimbulkan kekeliruan kerana dilihat dari perspektif yang berbeza.
    1. Buku Teks : POSITIF bermaksud MEMUASKAN, NEGATIF bermaksud KURANG MEMUASKAN.
    2. Buku kerja : POSITIF / NEGATIF berdasarkan formula VARIAN = penerimaan dan pembayaran SEBENAR – penerimaan dan pembayaran BELANJAWAN.

    Bagi mengelakkan KEKELIRUAN dikalangan pelajar, saya cadangkan guna MEMUASKAN / KURANG MEMUASKAN dibahagian CATATAN.

  117. maklumat berikut diperoleh daripada peniagaan cepat.
    item kos belanjawan sebenar
    gaji 23 400 25 600
    sewa 19 000 17 500
    apakah varian dalam bentuk peratus bagi gaji dan sewa?
    jawapan saya: gaji -9.40% sewa +7.89%
    jawapan ikut buku : gaji + 9.40% sewa -7.89%

  118. Pada pandangan saya, apa yang perlu DITEKANKAN kepada pelajar bukan pada + / –, tetapi memuaskan / kurang memuaskan, iaitu PENILAIAN pelajar terhadap varian / perbandingan antara sebenar dan belanjawan.

  119. cikgu boleh tak, cikgu tolong berikan jawapan bagi soalan saya diatas. terima kasih

  120. Bagi menyelesaikan masalah/kekeliruan tersebut.
    Jawapan saya: gaji 9.40%, sewa 7.89%
    Sekiranya soalan minta sediakan Penyata Belanjawan dan Varian, maka saya akan sediakan ruangan Catatan samada Memuaskan / Kurang Memuaskan.

  121. Cg, saya adalah guru akaun spm dan stpm. Pada pandangan saya, varian adalah perbezaan antara sebenar dengan belanjawan (sama ada belanjawan tolak sebenar atau sebenar tolak belanjawan) tanda positif atau negatif sangat penting kerana positif bermaksud varian memuaskan manakala negatif adalah tiak memuaskan. Maka buku teks lebih tepat.

  122. Terima kasih atas pandangan tersebut.
    Cuma Sebenar – Belanjawan atau Belanjawan – Sebenar akan memberikan kesan positif dan negatif yang berbeza.

    Contohnya, Sebenar RM1000, Belanjawan RM800
    i) Sebenar – Belanjawan = 1000-800 = +200
    ii) Belanjawan – Sebenar = 800-1000 = -200

    Jika guna formula (i) = MEMUASKAN, (ii) = KURANG MEMUASKAN, oleh itu pada pandangan saya, kita tidak boleh bersandarkan kepada + dan – untuk menentukan memuaskan / kurang memuaskan…. boleh mengelirukan pelajar jika tidak konsisten dalam penggunaan formula tersebut.

    Pada saya mana2 cara boleh digunakan, TETAPI apa yang PENTING kefahaman yang perlu diterapkan kepada pelajar ialah :
    1. Item Penerimaan & Baki:
    Jika Sebenar > Belanjawan = MEMUASKAN
    Jika Sebenar < Belanjawan = KURANG MEMUASKAN 2. Item Pembayaran : Jika Sebenar < Belanjawan = MEMUASKAN Jika Sebenar > Belanjawan = KURANG MEMUASKAN

    Jangan dibiarkan pelajar hanya menghafal POSITIF = MEMUASKAN, NEGATIF = KURANG MEMUASKAN, kerana formula berlainan digunakan akan memberi kesan + / – yang berlainan.

  123. Cikgu,
    dalam penyediaan belanjawan tunai mengikut buku teks muka surat 296 kaedah pertama, mengapa mac Jumlah penerimaan ialah RM94800 iaitu telah ditambah dengan baki awal tetapi buku teks lama jumlah penerimaan tidak ditambah dengan baki awal iaitu RM50000…yang mana betul?

  124. Faiz,
    Pada pandangan Cg, kedua-dua format tersebut boleh digunakan, sama dan jumlah penerimaan tambah dengan Baki awal atau tidak. Dengan syarat penggunaanya hendaklah KONSISTEN. Ini kerana kesan pada Baki akhir tetap sama.

  125. cikgu,
    tetapi ia memberi kesan kepada varian dan peratus varian bahagian Jumlah penerimaan sebab kita sudah tambah baki awal. Varian adalah berlainan jika jumlah penerimaan ditambah dengan baki awal dan tanpa tambah baki awal. Faiz jumpa 2 buah buku latihan di pasaran, sebuah cari vairan jumlah penerimaan tanpa tambah baki awal, sebuah lagi cari varian jumlah penerimaan tambah baki awal. Apa pandangan cikgu, yang mana betul?
    terima kasih

  126. Faiz,
    Seperti yang telah Cg katakan kedua2 format tersebut BETUL dan boleh digunakan. Cuba Faiz buat dengan kedua2 format tersebut, jawapan TETAP SAMA. Ini kerana BAKI AWAL bagi Belanjawan dan Sebenar adalah SAMA, maka kedua2 format tersebut akan memberikan VARIAN JUMLAH PENERIMAAN yang SAMA.

    Format 1:—–(Bel)———–(Sebenar)—–VARIAN
    Baki awal——10—————–10
    Penerimaan—30——————40———10

    Format 2:—–(Bel)———–(Sebenar)—–VARIAN
    Baki awal——10—————–10
    Penerimaan—30——————40
    ——————-40——————50———10

  127. Cikgu,
    Varian sama tetapi peratus varian berlainan, format 1, % varian 33.33%. format 2, varian 25%..jadi faiz tidak tahu yang mana satu betul.

  128. Ok, kalau nak pilih mana satu yang hendak digunakan, Cg cadangkan pilih yang TIDAK dicampur dengan Baki awal.

  129. terima kasih cikgu

  130. cg,
    kalau dlm exam,nilai baki akhir perlu cari variannya juga ke?
    baki awal tdk kn?

  131. Baki awal tiada varian kerana nilainya SAMA, Cg cadangkan cari juga varian untuk Baki Akhir.

  132. Salam…

    Nak tanya….

    Dalam menyediakan penyata belanjawan tunai dan varian, perlu atau tidak baki awal di tambah dengan penerimaan tunai?

  133. Pada pandangan saya, kita asingkan antara BAKI AWAL dengan PENERIMAAN, supaya JUMLAH PENERIMAAN yang dikira hanya mengambarkan PENERIMAAN sahaja. Baki awal merupakan Baki yang dibawa dari bulan lepas, jadi tidak sesuai dikelaskan sebagai PENERIMAAN bulan semasa.

  134. Cikgu,
    Bagaimanakah jualan tunai direkodkan dalam Belanjawan Tunai, sebagai “Jualan tunai” atau “Jualan” sebagai satu penerimaan? Satu lagi, cikgu boleh comment adakah salah seperti yang dicatatkan dalam buku teks, catatan “+” iaitu memuaskan, dan “-” tidak memuaskan? Bolehkah saya ikut tanda “+/-” seperti dalam buku teks jika tiada kesalahan? Terima kasih.

  135. Saya cadangkan JUALAN sahaja, kerana Belanjawan tunai sememangnya untuk penerimaan dan pembayaran TUNAI sahaja.

    Cara Buku Teks betul, cuma perlu diberikan penegasan kepada pelajar bahawa + bermaksud MEMUASKAN dan – bermaksud KURANG MEMUASKAN dan simbol +/- tersebut bukannya hasil daripada formula VARIAN = SEBENAR – BELANJAWAN.

    Contohnya,
    Pembayaran:
    Belian 3000 (Bel) 2000 (Sebenar) -1000 (Varian) + (Catatan)

  136. Cikgu,
    Dalam ujian bulanan baru ini, soalan dikehendaki menyediakan penyata varian, dalam ruangan catatan, faiz tulis perkataan memuaskan dan tidak memuaskan, cikgu tidak memberi markah kepada faiz kerana cikgu kata dalam mesyuarat bersama jurulatih negeri dimaklumkan semua format mesti ikut buku teks iaitu catatan mesti tulis + atau -. Selain daripada itu jurulatih negeri juga memaklumkan format belanjawan tunai mesti format yang ada Lebihan dan kurangan, format yg tiada lebihan itu tidak diterima. Apa pandangan cikgu?
    terima kasih

  137. Faiz,
    Ilmu perakaunan adalah luas, dalam merekod dan melaporkan sesuatu ada berbagai cara dan kaedah. Jadi Cg tidak boleh menyatakan cara ini betul dan cara itu salah, kerana semuanya betul dan diguna pakai di dalam amalan sebenar. Cg bercakap disini adalah berdasarkan ILMU PERAKAUNAN itu sendiri disamping mematuhi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dikeluarkan oleh LPM, di mana tidak dinyatakan kaedah mana yang MESTI diajar dan diikuti oleh guru dan pelajar.

    Pada pandangan Cg, oleh kerana terdapat beberapa cara dan kaedah dalam amalan perakaunan sebenar, maka pihak penulis mengambil pendekatan untuk mendedahkan satu cara/kaedah/format sahaja dalam Buku Teks untuk peringkat awal, supaya pelajar tidak terkeliru nanti. Manakala Jurulatih Utama Negeri menetapkan semua format mesti ikut seperti dalam Buku Teks adalah untuk tujuan memudahkan pengajaran serta PENYELARASAN di peringkat negeri masing2, supaya guru2 mengajar dan pelajar2 menjawab dengan satu cara/kaedah yang sama sahaja. TETAPI bukan bermakna cara/kaedah/format lain adalah salah.

    Sebenarnya terdapat juga Jurulatih Utama di Negeri lain, yang memutuskan akan menerima kedua-dua jawapan pelajar dalam format tersebut KECUALI dengan jelas disebut dalam soalan bahawa pelajar MESTI menjawab menggunakan format Lebihan/Kurangan dalam menyediakan Belanjawan Tunai, barulah format tersebut sahaja diterima. Begitu juga dengan penggunaan +/- dan Memuaskan/Kurang Memuaskan, kerana kedua2nya mempunyai maksud yang sama. Malah dalam buku teks sendiri ada menggunakan +/Memuaskan dan -/Kurang Memuaskan dalam jadual analisis.

    Nasihat Cg untuk Faiz, sila ikuti arahan dan panduan yang diberikan oleh guru anda disekolah.

  138. terima kasih cikgu atas penjelasan yang terperinci.

  139. Cg,

    dlm Varian,

    1)Kalau Belanja Belanjawan = RM5000 dan Belanja Sebenar = RM5000 variannya adalah 0? betul tak??? dan apakah catatannya? “memuaskan” ke….

    2) perlukan kita peratus varian utk :
    i) baki awal dan akhir,
    ii) jumlah penerimaan dan Pembayaran,
    iii) lebihan /(kurangan)

    tolong komen

    TQ….

  140. 1. Pada pandangan saya, VARIAN bermaksud mencari PERBEZAAN antara belanjawan dan urus niaga sebenar bagi tujuan kegunaan pihak pengurusan dalam membuat keputusan, merancang dan mengawal perniagaan. Sekiranya tiada perbezaan, maka tiadalah varianya.

    2. Merujuk kepada TUJUAN penyata varian disediakan, maka pada pandangan saya adalah lebih baik disediakan dengan lengkap termasuk (i), (ii) dan (iii) yang dinyatakan.

  141. Cikgu,
    Format belanjawan tunai yang tanpa lebihan mengikut buku teks baru baki b/b tambah penerimaan tetapi buku teks lama baki b/b tidak ditambah dengan penerimaan…Adakah kaedah yang digunakan oleh buku teks baru itu adalah format terbaru dalam dunia perakaunan dan kaedah lama seperti buku teks lama tidak digunakan lagi dalam dunia perakaunan. Kalau dalam peperiksaan spm, adakah akan menjejaskan pemarkahan jika guna format buku teks lama?

  142. Seperti yang telah Cg katakan sebelum ini, ilmu perakaunan ini luas terdapat pelbagai kaedah, cara atau format yang digunakan dengan alasan dan rasional masing2. Sebagai pendedahan awal kepada pelajar di peringkat SPM, hanya beberapa format sahaja dikemukan dalam Buku Teks.

    Pada pandangan Cg, soalan hendak menguji KEMAHIRAN PERAKAUNAN pelajar bukannya format yang digunakan, di mana pada kebiasaannya tiada markah diperuntukan unutk JUMLAH PENERIMAAN tersebut.

  143. Cikgu,
    Saya rasa sedih kerana hari ini semua latihan yang faiz buat di sekolah yang ikut format ikut buku teks lama adalah salah mengikut cikgu. Faiz buat ikut format lama supaya jika soalan tanya varian nanti, % varian jumlah penerimaan adalah betul. Mengikut cikgu, Jurulatih negeri telah arahkah semua guru-guru mesti ikut format buku teks yang terbaru dan kaedah lain adalah dianggap salah. Faiz sangat tidak setuju dengan arahan itu kerana ini telah menyekat faiz daripada membaca buku-buku yang lain untuk menambah pengetahuan dan lebih kreatif. Seperti ujian baru ini, catatan varian yang faiz buat itu tidak dapat markah langsung kerana guna perkataan memuaskan dan tidak memuaskan. Sedangkan faiz telah banyak buat kajian tentang perkara itu, modul yg dikeluarkan oleh kementerian tahun lepas dan buku rujukan pelangi guna simbol negatif dalam pembayaran adalah baik kerana bayaran sebenar kurang daripada belanjawan tetapi buku teks baru guna simbol positif. ini semua mengelirukan, jadi faiz ikut buku Matrikulasi yang ditulis oleh Wan Madznah terbitan fajar bakti yg menggunakan catatan memuaskan dan tidak memuaskan dalam varian seperti juga pendapat cikgu Narzuki. Saya sangat suka Cikgu Narzuki online kerana tempat yang membolehkan saya keluarkan pendapat untuk dibincangkan tetapi di sekolah faiz langsung tidak ada tempat untuk bersuara kerana buku teks dianggap sebagai kitab yang mesti diikuti…ini telah menyekat pelajar daripada menimba ilmu pengetahuan yang luas…disebab itu faiz semakin benci kepada prinsip perakaunan..

  144. Faiz,
    Tahniah Cg ucapkan kerana usaha dan kesungguhan Faiz dalam mempelajari dan menguasai ilmu perakaunan, itulah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang. Usah bersedih tentang latihan tersebut, kerana Cg yakin jawapan Faiz juga betul dan boleh diterima. Cikgu disekolah berbuat demikian mungkin ada sebab dan alasannya sendiri. Jadi Faiz kena jaga hubungan baik dengan guru, selalu bertanya dan berbincang, jangan timbulkan sebarang konflik dengan guru, hormati beliau kerana keredhaan daripada guru sangat penting untuk kita berjaya dengan cemerlang. Jangan sekali-kali BENCI pada Prinsip Perakaunan, kerana kebencian itu akan melunturkan semangat untuk belajar bersungguh2.

  145. cikgu,
    boleh saya minta tunjuk ajar dari cikgu tentang bab belanjawan tunai dan varian?saya kurang faham tentang bab ini.

  146. Alice,
    Sila baca komen2 diatas.

  147. askum…
    pertanyaan berkenaan dengan Varian (RM)
    Perbezaan antara Belanjawan dengan Sebenar perlukah diletak + atau -…contoh:
    Belanjawan Sebenar Varian
    Jualan 10,000 12,000 2,000

    * adakah perlu letak – 2,000 atau 2,000 saje..setahu saya (dlm buku teks) tiada simbol -/+ dalam varian RM…
    terima kasih.

  148. Pada pandangan saya, ianya bergantung kepada pendekatan yang hendak digunakan :

    1. Simbol + / – adalah daripada HASIL TOLAK Sebenar – Belanjawan
    Contoh: Varian penerimaan = 1500 – 2000 = -500, maka CATATAN = “Kurang Memuaskan”… bagi mengelakkan kekeliruan.

    2. Simbol + = Memuaskan dan – = Kurang Memuaskan dalam ruangan CATATAN. (spt Buku Teks)
    Contoh: Varian penerimaan = 1500 – 2000 = 500, maka CATATAN = ” – “

  149. macam mana nak buat perbandingan bagi 2 syarikat untuk untuk nisbah kecairan (nisbah semasa)?
    syarikat mega: 6.2:1
    syarikat setia : 5:1

  150. NISBAH SEMASA digunakan untuk mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk menjelaskan semua liabiliti semasa (hutang jangka pendek). Di mana nisbah semasa yang ideal ialah 2:1.

    Kedua2 syarikat tersebut menpunyai nisbah semasa yang terlalu tinggi berbanding dengan nisbah ideal. Walau bagaimanapun bagi tujuan perbandingan Syarikat Mega mempunyai kemampuan membayar hutang dalam jangka pendek (liabiliti semasa) yang lebih baik berbanding Syarikat Setia.

  151. apa kriteria(nisbah) yg perlu diambil kira utk menentukan syrkt mane yg lebih baik?

  152. Nisbah yang LEBIH BESAR tu lebih baik. Cuba FAHAMI tafsiran bagi setiap analisis nisbah tersebut dengan merujuk buku teks.

  153. jadi…
    sekiranya varian tiada simbol -/+ blh diterima la kan…yg penting adalah kesan (catatan) supaya pelajar tahu item-item yang mana memuaskan atau tidak memuaskan…

  154. Pada pandangan saya, tujuan Penyata Varian adalah untuk melihat Analisis Kesannya, iaitu ruangan CATATAN. Varian hanyalah angka BEZA antara Sebenar dan Belanjawan, manakala + / – hanya mengambarkan bertambah / berkurang sahaja. Pada saya, apa yang PENTING adalah pelajar dapat menyatakan kesan analisis tersebut sama ada MEMUASKAN atau KURANG MEMUASKAN.

  155. ok…terima kasih atas maklumat dan pandangan…

  156. Selamat Sejahtera cikgu,
    bagi gaji pekerja, jika mereka cakap

    Pada bulan Oktober, 5 orang pekerja diambil dan ditambah 3 pada bulan dis. Gaji bulanan seorang pekerja ialah RM300..
    Adakah kita kira mulai bulan Oktober atau daripada Nov ?

  157. Cikgu adakah penyata aliran tunai = belanjawan tunai??

  158. Darren,
    Sukatan lama menggunakan “Penyata Aliran Tunai”, kemudian ditukarkan kepada “Belanjawan Tunai”.

    Pada pandangan Cg, dimulai pada bulan Oktober (5XRM300), November (5xRM300), Disember (8xRM300)

  159. ahh rupa2nya begitu…
    so, saya buat belanjawan tunai atau penyata aliran tunai??

  160. Darren,
    Bagi skop SPM Belanjawan Tunai = Penyata Aliran Tunai. Tetapi untuk peringkat yang lebih tinggi format Penyata Aliran Tunai tidak sama dengan Belanjawan Tunai diperingkat SPM.

  161. CG, jika soalan menyatakan sila sediakan belanjawan tunai bg 3 bulan berakhir ………
    adakah format belanjawan tunai yg menunjukkan lebihan / kurangan dan format yg TIDAK menyatakan lebihan /kurangan juga sama ?…..atau pun yg mana satu lebih sesuai?….

  162. Pada pandangan saya, sekiranya soalan HANYA menyatakan sediakan Penyata Belanjawan Tunai ……., maka kedua2 format boleh digunakan, kecualilah JELAS dalam soalan menyatakan sediakan dalam format ada Lebihan/Kurangan, barulah pelajar mesti jawab dalam format tersebut, sekiranya tidak ikut kemungkinan akan hilang markah untuk LEBIHAN/KURANGAN.
    Bagi tidak mengelirukan pelajar, saya cadangkan ajar ikut format dalam buku teks.

  163. terima kasih CG….akan ttp, saya SANGAT menghargai semangat CG yg begitu memandang berat terhadap bidang yg dicebur dgn penuh tanggungjawab…..kerana….memang terdapat banayak cikgu di sek tidak dapat melaksanakan ‘tugas amanah’ ini dlm sek…..sering memberi maklumat dan cara tidak betul dlm pendedahan pengajaran, memnag menyedihkan dan menyusahkan pelajar kini…..

  164. askomcikgu ad tips tak nak mhr tjok varian????????

  165. cikgu ! kalau soalan diberitahu membawa masuk wang sebanyak 50000 ( iaitu modal ) . dan juga membawa masuk alatan pejabat . adakah ia memasuk ke dalam modal?

  166. Meee,
    Belanjawan tunai merujuk kepada anggaran wang TUNAI masuk dan keluar. Oleh kerana bawa masuk alatan pejabat tidak melibat WANG TUNAI, maka ianya tidak perlu diambilkira dalam Belanjawan tunai.

  167. cg , apakah maksud soalan ini :
    belian barang niaga pada bulan january dijangka rm2200. Dianggarkan jumlah ini akan bertambah sebanyak 4% pada bulan february dan 2% pada bulan march.

  168. Samatha,
    Pada Cg, soalan tersebut TIDAK JELAS MAKSUDNYA, sama ada kenaikkan 2% pada bulan Mac berdasarkan Jumlah bulan Januari ataupun berdasarkan bulan sebelumnya iaitu Februari.

  169. cikgu, saya ingin bertanya tentang belanjawan mengikut kaedah baru iaitu
    (baki awal + Penerimaan)-Jumlah Pembayaran),
    adakah kaedahnya tetap sama dengan membuat varian
    (baki awal + Jumlah penerimaan)

  170. Cikgu, nak tanya belanjawan tunai untunk pinjaman …how to do??boleh cikgu ajar ..thanks…

  171. salam..em,.cg,tumpang tanya..yg belanjawan tunai,baki awal nk dpt cmnew ??

  172. Cikgu,
    Salam, dalam soalan format pentaksiran yang dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan, soalan 4 yang berkenaan dengan belanjawan tunai yang perlu disediakan untuk 3 bulan mulai april. Maklumat yang diberikan seperti berikut ,pada bulan april, beliau bercadang untuk membeli 2 buah mesin fotostat bernilai RM6750 seunit. Bayaran pendahuluan sebanyak RM7500 dan bakinya dibayar secara ansuran dalam tempoh 1 tahun bermula dari bulan Mei. Jawapan yang dikeluarkan oleh lembaga ialah dalam butir tulis ansuran mesin fotostat April RM7500, Mei RM500 dan Jun RM500. Apa padangan cikgu, jika fatimah asingkan kepada butir yang berlainan iaitu bayaran pendahuluan mesin fotostat RM7500 dan ansuran mesin fotostat RM500, RMM500?
    terima kasih

  173. Fatimah,

    Pada pandangan saya, ASINGKAN 2 item tersebut lebih mengambarkan keadaan sebenar item pembayaran tersebut:

    PEMBAYARAN:
    Pendahuluan mesin fotostat ….. 7500 (April)
    Ansuran mesin fotostat …………………………………. 500 (Mei) … 500 (Jun)

  174. Cikgu,
    terima kasih..soalan tersebut dikehendaki menyediakan (a) Penyata belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010 {14 markah]
    (b) Penyata vairan untuk membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar.

    Jawapan Lembaga hanya sediakan Penyata belanjawan tunai dan varian tersebut di buat dalam penyata yang sama.
    Bolehkah kita asingkan seperti kehendak soalan iaitu a) sediakan Penyata belanjawan tunai b) sediakan Penyata varian. Penyata varian itu bolehkah seperti lembaga hanya tunjukkan angka varians tanpa komen positif,negatif atau memuaskan, tidak memuaskan.

  175. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Tidak menjadi masalah jika diasingkan antara Penyata Belanjawan dan Penyata Varian sepertimana kehendak soalan. Penyata Varian lebih kepada mencari perbezaan antara belanja sebenar dan belanjawan, manakala CATATAN memuaskan / kuranag memuaskan adalah merujuk kepada TAFSIRAN / KESIMPULAN / RUMUSAN daripada analisis varian tersebut.

    Sama juga dengan kes Analisis Nisbah dengan Tafsiran Analisis Nisbah adalah 2 perkara yang berbeza, sekiranya soalan minta kira Nisbah Semasa, maka adalah perlu pelajar menyatakan taksiran kepada nisbah semasa tersebut ?

  176. Cikgu,
    Apabila saya asingkan butir pendahuluan mesin fotostat dengan ansuran mesin fotostat dalam belanjawan tunai, bila saya nak buat penyata varian, perbandingan tidak dapat dibuat sebab butir yang diberi dalam sebenar hanya mesin fotostat…bagaimana nak buat perbandingan?

  177. Cg Fatimah,

    Kalau begitu kesnya, Cadangan saya dalam penyediaan Penyata Varian… jumlah bagi kedua2 item tersebut digabungkan sebagai “Mesin Fotostat” untuk tujuan perbandingan dengan nilai sebenar yang dikemukakan dalam soalan.

  178. terima kasih

  179. salam cikgu, belanjawan tunai dan varian dan pelarasan ..cara untuk mengingatinya…

  180. Alyaa,

    FAHAMI konsep Belanjawan tunai dan Penyata Varian itu sendiri adalah penting bagi memudahkan anda mengingatinya selain hanya menghafal.
    Contohnya : Belanjawan tunai – untuk mengetahui kedudukan / baki tunai pada akhir bulan.
    Maka, BAKI AWAL + PENERIMAAN – PEMBAYARAN = BAKI AKHIR
    dan BAKI AKHIR bulan Januari akan jadi BAKI AWAL bulan Ferbruari

  181. Hi Cikgu.
    Ingin tanya 2 soalan mengenai belanjawan tunai. Selalunya, buku bagi jawapan yang berkonflik..

    Sediakan belanjawan tunai bagi 3 bulan berakhir mac.

    i) Jualan tunai bagi bulan Januari berjumlah RM 17600 dan akan berkurangan 15% pada setiap bulan yang berikut.

    **Bagi soalan 1, adakah jumlahnya akan berkurang 15% daripada jumlah asalnya ATAUPUN akan berkurang dari jumlah yang ditolak.. misalnya,
    17600 X 15% = 2640
    17600 – 2640 = 14960 ( Bulan Feb )
    14960 X 15 % = 2244
    14960 – 2244 = 12716 ( Bulan Mac )***

    ATAUPUN…
    17600 – 2640 = 14960 ( Feb )
    14960 – 2640 = 12320 ( Mac )

    iI) Cadangan untuk memindahkan RM24000 daripada akaun bank kepada deposit tetap pada bulan Februari.

    Terima kasih cikgu! 🙂

  182. Darren Lee,

    Pada pandangan saya,
    i) Berdasarkan penyataan yang diberikan, saya setuju dengan jawapan yang pertama.
    ii) Pembayaran : Deposit Tetap RM24,000 bulan Februari.

  183. cg,
    kalau beli van dengan pendahuluan RM 2000, ansuran setiap bulan RM 2500.maka catatan dalam belanjawan boleh tak pelajar asingkannya kepada dua perkara ?
    contoh : Pendahuluan/ deposit van pada bulan Jan, ansuran van mula dengan bulan feb dan bulan berikutnya? ataupun dibawah 1 perkara sahaj iaitu van ….

  184. phang,

    Saya lebih kepada ASINGKAN… ianya lebih jelas mengambarkan tujuan PEMBAYARAN tersebut dibuat. Jika disatukan seperti berikut :
    VAN ——2000—2500 —2500 … seolah-olah peniaga membeli VAN setiap tahun…. (tidak mengambarkan tujuan sebenar).

  185. cg,
    pada mulanya saya berikan markah tapi kawan saya ( pemeriksa ) kata tak boleh diterima….jadi saya pun tak berikan markah …jadi dalam belanjawan tunai saya asingkannya ; tapi dalam penyata varians saya satukannya -van supaya boleh buat perbandingan (seperti yang ditanya oleh fatimah 2 bulan lalu-mesin )?
    terima kasih

  186. Phang,

    Pada pandangan saya, penilaian perlu dibuat secara berasingan antara Penyata Belanjawan Tunai dan Penyata Varian. Dan adalah TIDAK WAJAR jika jawapan pelajar disalahkan, sedangkan ianya TIDAK SALAH dari segi konsep dan prinsip perakaunannya.

  187. cikgu saya ingin bertanya, jika soalan tidak menyatakan mencari lebihan/ (kurangan) boleh kita menggunakan kaedah Baki Awal + Jumlah Penerimaan – Jumlah Penbayaran?

    2. Sekiranya soalan meminta untuk mencari varian menggunakan kaedah mempunyai Lebihan / (kurangan), bagaimana caranya.

    *Kebiasaannya menggunakan kaedah tidak mencari lebihan / (Kurangan)*

  188. Edvin,

    Pada pandangan saya,
    FORMAT Penyata Belanjawan Tunai ada 2…. jadi mana2 format boleh digunakan, kecuali dinyatakan dengan JELAS format mana yang dikehendaki atau apa yang perlu dicari seperti LEBIHAN / KURANGAN.

    VARIAN adalah perbezaan antara nilai SEBENAR dengan BELANJAWAN, pada kebiasaannya merujuk kepada item2 penerimaan dan pembayaraan, di mana dalam soalan akan diberikan nilai sebenar bagi item2 penerimaan dan pembayaran, kemudian diminta sediakan Penyata Varian. Sekiranya soalan minta dengan JELAS tunjukkan LEBIHAN / KURANGAN.. maka terpaksalah tunjukkan, caranya ialah :

    Baki awal …. (A)
    Penerimaan …. (B)
    Pembayaran … (C)
    LEBIHAN/ KURANGAN ….. (D = B-C)
    Baki akhir ……. (A + D)

  189. cikgu, saya ingin tahu jika baki awal tunai dan baki bank keluar dalam belanjawan tunai, maka kedua-dua amaun kena tambah baru tulis baki b/b atau kena asingkan kedua-dua amaun?

  190. Tan,

    TUNAI disini merujuk kepada TUNAI DI TANGAN dan TUNAI DI BANK…. Campurkan kedua-dua baki tersebut.

  191. terima kasih cikgu.

  192. cikgu, sekiranya soalan memberi Overdraf pada 1 Oktober berjumlah RM 3 000 iaitu bulan pertama belanjawan.
    Di manakah overdraf ini patut direkodkan?

  193. Baki awal tapi dibracketkan (3000).. mcm tu kot

  194. Edvin,

    Pada BAKI AWAL (3000) ….. kurangan wang tunai.

  195. Cikgu,
    Jika soalan dikehendaki kita menyediakan penyata varian bagi tahun berakhir 31 Disember 2011. Adakah tajuk kita akan tulis ikut soalan penyata varian bagi tahun berakhir atau ikut buku teks iaitu belanjawan tunai dan varian bagi tahun berakhir 31 Disember. Adakah perlu kita sediakan % varian jika soalan tidak diminta.

  196. Fatimah,

    Pada pandangan saya, kta ikut tajuk dalam soalan. dan varian memadai NILAI BEZA sahaja… % tidak perlu, kecuali dinyatakan dalam soalan kirakan % varian tersebut.

  197. cikgu, jika kita buat penyata varian,
    perlukah baki awal campur dgn Penerimaan?

    dan kemuadia Jumlah Tersebut ditolak dgn penerimaan untuk mendapatkan baki akhir. (sama kaedah dgn kaedah belanjawan 1)

  198. Edvin,

    Cg cadangkan sediakan sepertimana format belanjawan tunai yang telah disediakan sebelumnya…. bermula BAKI AWAL + PENERIMAAN – PEMBAYARAN = BAKI AKHIR (tak kira format 1 @ 2 yang digunakan)… ini kerana setiap jumlah2 tersebut juga boleh dibuat analisis variannya.

  199. JUMLAH JUALAN BAGI BULAN APRIL BERNILAI RM 10000 DAN AKAN BERTAMBAH SETIAP BULAN SEBANYAK 15% DARIPADA JUALAN BULAN SEBELUMNYA.. 80% DARIPADA JUALAN ADALAH JUALAN TUNJAI DAN BAKINYA AKAN DIBERI TEMPOH KREDIT SEBULAN

    >SOALAN TRIAL JOHOR<

    MACAM MANA NAK SELESAIKAN MAKLUMAT NIE???

  200. Ceng,

    Jumlah Jualan : April = 10,000, Mei = 115%x10000=11,500, Jun =115%x11500= 13225
    Jualan (tunai 80%) Apr = 80%x10000=8,000, Mei = 80%x11500=9200, Jun = 80%x13225=10580
    Penghutang (20%) Apr = -, Mei = 20%x10000=2000, Jun = 20%x11500=2300

  201. Jualan aset bukan semasa seperti perabot boleh diambil kira?

  202. Darren,

    Apa2 urusniaga yang melibatkan WANG TUNAI MASUK (Penerimaan) dan WANG TUNAI KELUAR (Pembayaran) perlu diambilkira dalam penyediaan Belanjawan Tunai.

  203. Cikgu,
    dalam soalan belanjawan tunai format yang tanpa ada maklumat lebihan, dalam pengiraan jumlah penerimaan, adakah lebih baik seperti buku teks tambah dengan baki awal dalam jumlah penerimaan atau tanpa tambah baki awal?
    terima kasih

  204. Fatimah,

    Pada pandangan saya, dalam kedua-dua format tersebut… adalah lebih baik diasingkan antara BAKI AWAL dan PENERIMAAN…..”Jumlah Penerimaan” jelas menunjukkan jumlah bagi item2 penerimaan sahaja.

  205. cikgu,
    soalan 4 spm 2011, perlukah membeli mesin fotostat di pecah kepada dua butir iaitu pendahuluan mesin fotostat dan ansuran fotostat atau pun disatukan mesin fotostat sahaja. Adakah kedua-dua kaedah ini diterima?

  206. Fatimah,

    Kedua-dua kaedah tersebut boleh digunakan…. ianya tidak salah, cuma satu secara umum dan satu lagi lebih detail.

  207. assalamualaikum cikgu,
    saya hendak bertanya berkenaan dengan belanja dalam belanjawan tunai..mohon cikgu dpt bantu saya..
    1) Soalannya seperti ini: belanja tetap bulanan adalah seperti berikut : sewa (RM890), kadar bayaran (RM360), belanja am (RM280). Semua perbelanjaan kecuali sewa dijangka akan bertambah sebanyak 10% dalam bulan Jun dan 20 % dari bulan sebelum-sebelumnya dalam bulan Julai.
    2) Jawapan saya:
    – Sewa Mei/jun/Julai = tetap 890
    – Kadar bayaran (RM360 Mei), (RM396 Jun), (RM432 Julai)
    – Belanja am (RM280 Mei), (RM 308 Jun), (RM336 Julai)
    3) Jawapan di buku
    – Kadar bayaran (RM360 Mei), (RM432 Jun), (RM540 Julai)
    – Belanja am (RM280 Mei), (RM336 Jun), (RM420 Julai)
    …mohon cikgu dpt bantu sy, di mn silap sy sbb jwpn sm sekali tak sama dengan jwpn di buku..terima kasih cikgu..

  208. Waalaikumussalam.

    Cadangan Jawapan Cg,
    – Sewa Mei/jun/Julai = tetap 890
    – Kadar bayaran (RM360 Mei), (RM396 Jun), (RM475.20 Julai)
    – Belanja am (RM280 Mei), (RM 308 Jun), (RM369.60 Julai)

    Pengiraan adalah berdasarkan BULAN SEBELUMNYA… pada bulan JUN (tambah 10% X MEI), bulan JULAI ( tambah 20% x JUN)

    Cadangan Jawapan dalam Buku tersebut, adalah SILAP kerana ianya menggunakan kenaikan kadar 20% untuk JUN dan 25% untuk JULAI… tidak seperti dalam arahan soalan. Sekiranya mahu jawapan sama seperti dalam Buku, maka sila perbetulkan SOALAN dengan tukarkan 10% kepada 20% dan 20% kepada 25%.

  209. terima kasih cikgu…

  210. Cikgu,
    merujuk kepada soalan spm 2011, belanjawan tunai, pada bulan jan, jika belian tunai 2880 dan pemiutang 8540 digabung jadi satu butir Belian RM11420, adakah dibenarkan dalam peperiksaan? terima kasih

  211. Nizam,

    Pada pandangan Cg,
    Pembayaran untuk BELIAN TUNAI dan PEMBAYARAN KEPADA PEMIUTANG adalah 2 perkara yang BERBEZA walaupun ada perkaitan antara keduanya, maka ianya TIDAK BOLEH digabungkan.

    Tujuan Belanjawan disediakan bukan hanya untuk cari BAKI AKHIR sahaja, sebaliknya untuk mengenalpasti apakah sumber2 kewangan boleh diperolehi serta kemanakah ianya akan dibelanjakan. Maka butir2 PENERIMAAN dan PEMBAYARAN mestilah jelas dan mengambarkan keadaan sebenar.

  212. Assalamualaikum cikgu narzuki.
    Saya ada sedikit masalah berkaitan belanjawan tunai iaitu belian tunai dan kredit.
    Soalan : Belanjawan Tunai (Okt,Nov,Dis)
    (a) Jangkaan belian dan jualan bagi bulan oktober
    Belian sebulan : RM25 000
    Jualan sebulan : RM 40 000
    (b) Belian dijangka meningkat 5% daripada bulan sebelumnya.
    (c) Belian tunai dijangka meningkat 50% daripada bulan sebelumnya dan Belian kredit dijangka meningkat 50% daripada bulan sebelumnya.
    Tempoh kredit 1 bulan .

    * mohon bantuan . terima kasih

  213. Jia, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg, ada yang tidak kena dengan soalan tersebut,… terutamanya maklumat (c).

  214. salam…cikgu ingin bertanya cikgu ada x buat latihan kajian kes buku teks m/s 310 untuk pelajar cg kerana saya ada kemusykilan tentang soalan iaitu soalan minta pelajar sediakan belanjawan tunai untuk 3 bulan berakhir 30 November 2010 tapi maklumat yang diberi pada anggaran jualan untuk bulan oktober, nov n disember. dan jumlah tunai tu adakah sbnarnye jualan tunai..

  215. shiela.

    Cadangan saya.. tukarkan okt.. nov…dis kpd sept..okt..nov
    dan “Jumlah Tunai” ..kpd “Jualan Tunai”.

  216. tq..cikgu…

  217. salam cg Narzuki,
    adakah ambilan tunai dimasukkan ke belajawan tunai?
    terima kasih

  218. Woo.

    Pada pandangan saya.. kita rujuk kepada konsep belanjawan itu sendiri.. apa-apa jangkaan / anggaran yang melibatkan penerimaan / pembayaran TUNAI perlu diambilkira bagi menentukan anggaran BAKI TUNAI pada akhir setiap bulan.

  219. Jadi walaupun ambilan tidak diambilkira dalam srbagai pembayaran pun dianggap keluar dari tunai?

  220. woo.

    PEMBAYARAN merujuk kepada semua aliran keluar tunai.. sama ada perbelanjaan.. ambilan … pembelian aset dan sebagainya..

  221. Cikgu,
    Dalam format belanjawan tunai yang tanpa lebihan, untuk mengajar pelajar, adakah lebih baik kita guna baki awal+ penerimaan untuk mendapat jumlah penerimaan seperti buku teks baru atau baki awal dan penerimaan diasingkan?

  222. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    1. Adalah lebih baik pelajar menggunakan format yang menunjukkan LEBIHAN / (KURANGAN) … kemungkinan ada peruntukan markah untuk item tersebut.
    2. Item BAKI AWAL dan PENERIMAAN perlu DIASINGKAN.

  223. salam cikgu ..
    cikgu , sy na tnye satu soalan bolea ?
    cm ne na buat nie ek ?
    sy konfius la cikgu .
    40% ddrpd jualan adlh jualan kredit .tempoh kredit adlh selama 2 bulan .jualan dianggarkan sprti berikut :
    januari : rm 15400
    februari: rm 26900
    mac : rm 32800

    hrp cikgu bolea tolg sy .
    esux sy kene bagi penerangan dkt dpn kelas sy ..
    trima kasih cikgu ..

  224. salam cikgu ,
    maaf ganggu ..
    sy ad prtanyaan utk ckgu .
    sy slalu buat kj skola prinsip prakaunan nie pd wktu mlm cbb ms ue pemikiran sy da tenang ..
    tpy , bile sy ad soalan yg sy tidk dpt jwb ,
    sy tak tahu na tnye dkat siape .
    cbb ms tu semua org suda tido ..
    jdik , sy na tnye ckgu ,,
    andai kate sy tanye ckgu pd wktu mlm ,
    adkah cikgu akn jwb soalan sy pd mlm itu jgak ?

    #maaf ganggu .

  225. Cuyang,
    Bulan ……………….. Jan …. Feb …. Mac
    Jumalah ……………..15400 …. 26900 …. 32800
    Jualan (tunai 60%)…….60%x15400…60%x26900..60%x32800 ….. masukkan dalam item PENERIMAAN
    Penghutang (kredit 40%)…………………….40%X15400 ….. masukkan dalam item PENERIMAAN

    Jika Cg kebetulan online masa tersebut, maka Cg akan cuba menjawabnya.

  226. Assalam.

    cikgu saya nak tanya, kalu buat belanjawan tunai dan varian (sebenar) kena bubuh baki awal ke? tq

  227. Saniah,

    Cadangan saya, masukkan juga BAKI AWAL, dimana nilai BAKI AWAL bagi belanjawan dan sebenar sepatutnya SAMA.
    Contoh dalam buku teks bukannya tidak tulis BAKI AWAL, tetapi nilainya memang SIFAR.

  228. terima kasih cikgu. cikgu nak tanya, apa kelebihan menjadi ahli yang daftar rm10 tu. dan mcmana saya nak daftar coz bila saya masukkan mail address, keluar pop up ‘leave page’. blh bantu saya? tq

  229. Saniah,

    Tiada apa yang istimewa jadi ahli, hanya dapat download bahan2 yang disumbangkan oleh guru2 seperti Koleksi Soalan Trial SPM 2014 dan tahun2 sebelumnya daripada seluruh negeri serta bahan2 yang lain… yang tertulis “UNTUK AHLI SAHAJA”.

  230. Salam cg….sy nk tye soalan dlm buku teksm/s 310…cg ade skema jwpn x? Sy ade mslh dgn mklmt die…
    1)jualan kredit dimasukkan dlm blnjwn tnai jgk ke? Bawah item ape?
    2)pd bln sept,pmilik becdg membeli sbuah kenderaan utk kgunaan pnigaan 8k scr tnai…ni masuk item ape?
    …tolong sy…ade student tusyen tye sy…

  231. Syaren,

    1) JUALAN KREDIT pada bulan Julai- tidak masuk dalam bulan Julai, tetapi jika tempoh kreditnya sebulan, maksudnya ianya dibayar pada bulan berikutnya iaitu Ogos dan butirnya ialah “Penerimaan daripada Penghutang” / “Penghutang”.
    2) Masukkan bawah PEMBAYARAN… butirnya ialah “KENDERAAN

  232. Cg…

    Sept 1 baki tunai rm9250..
    (i)Ang jualan:
    bulan jualan tunai jualan kredit belian tunai
    Sept 25800 13800 20600
    Okt 30600 15000 22000
    Dis 37000 19000 25000
    Pengutang dibri tempoh kredit 1 bulan
    (ii)pd bln sept, pmlik becdg beli kenderaan utk kgunaan pnigaan bnilai rm8000 scr tnai
    (iii)mulai nov premis akn disew dgn sewa bulanan rm1600. Sewa akn dterima pd stiap awl bulan
    (iv) blnja ttp bulanan ialah blnja angkutan rm320… Kdr byran rm280….gaji rm 500
    (vi) pd bln okt, pinjamn bank bjumlah rm30000 diterima. Byr ansurans punjamn rm500 dilakukan pd stiap bln bmula nov..

    Jwpn sy dpt: baki b/b sept rm6950, okt rm59850, nov rm86850…btul ke jwpn sy cg???

    Terima kasih ats penerangan ckgu bekrnaan soalan sy sblum ni….

  233. Syazren,

    Merujuk kepada soalan tersebut (buku teks m/s 310), Ralat pada maklumat (i) Anggaran jualan : Okt, Nov, Dis –> Sept, Okt, Nov
    Cadangan jawapan saya:
    BAKI AKHIR : RM5350 (SEPT), RM56650 (OKT), RM83650 (NOV)

  234. cg ,saya xfham soalan nie… sewa kedai dianggarkan sebanyak RM900 sebulan dan dibayar setiap 2 bulan sekali bermula bulan Jun….
    nilai sewa nak letak RM900 atau RM1800 setiap 2 bulan???

  235. Nur Fatiha,

    Jun = 1800
    Jul = 0
    Ogos = 1800

  236. Belian bulanan dilakukan pada bulan Januari sebanyak RM 40 000 dalam tempoh sebulan kredit daripada pembekal …
    macam mana yee cg ???

  237. cg ade nota untuk varian tak ???

  238. Nur fatiha,
    Belian Januari bukan tunai maka dalam belanjawan TUNAI, akan wujud PEMBAYARAN KEPADA PEMIUTANG pada bulan Februari RM40000 (kalaulah bermaksud kredit 100%).
    Awak tak nyatakan syarat-syarat seperti 60% urus niaga kredit, so diandaikan 100% urus niaga belian kredit.

    Buku teks sudah mencukupi untuk tahap SPM

  239. Minta tolong, adakah perkataan “maximum varian ” dalam topic benlanjawan variann.

  240. Ms Wong,

    Dalam sukatan SPM memang tiada….
    “maximum varian” .. saya tak pasti tetapi jika “MIX VARIENCE” memang ada dalam topik Belanjawan.
    Maklumat lanjut boleh rujuk DISINI.

  241. errr…awat payah beno akaun ni huh?

  242. Maklamjah,

    Banyakkan bertanya.

  243. salam cg.
    saya ada soalan.
    dalam soalan saya ditulis memulakan perniagaan dengan modal awal tunai 50k
    tapi, dekat transaction dia tulis modal awal tunai 40k.
    then lagi 10k tuh ke mana?

  244. Dd,

    Cuba rujuk soalan kembali, mungkin silap pandang ataupun soalan tu yang silap.

  245. salam ckgu. ada soalan menunjukkan baki tunai rm2000 dan overdraf bank rm3000.
    overdraf tu kena rekod tak dalam belanjawan tunai?

  246. Ckgu Saidi,

    Pada pandangan saya,
    Konsep asasnya semua wang yang ada pada masa tersebut (tunai + bank) merupakan BAKI AWAL perniagaan.
    Maka, dalan kes tersebut….. BAKI AWAL TUNAI = 2000 – 3000 = (1000) ….. maksudnya kekurangan wang tunai.

  247. Ok ckgu terima kasih.sudah faham.hehe

  248. Cg,
    Adakah ambilan tunai terlibat dalam belanjawan tunai?

  249. Chee,

    Adakah melibat wang tunai keluar / berkurang ?
    ……. apa2 saja urus niaga yang melibatkan WANG TUNAI / BANK … TERIMA / BAYAR… akan memberi kesan keatas BAKI AKHIR TUNAI.. maka perlulah masuk dalam Belanjawan tunai.

  250. terima kasih cikgu

  251. cikgu,kalau dia cakap jumpa penerimaan dan pembayarab sebenar untuk tempoh tiga bulan berakhir angkanya nak bahagi 3 tak?

  252. Hey,

    Tidak perlu, cuma bandingkan item tersebut dengan nilai / jumlah untuk 3 bulan daripada belanjawan.

  253. salam. merujuk soalan k2 soalan no4 belanjawan tunai afterschool 2014.

    berkaitan gaji pekerja bulan september saya dapat rm5000. tp skema rm3000.
    boleh ckg terangkan

  254. Yati,

    Sepatutnya gaji bulan September RM5 000.

  255. Salam cg..macam mana nk cri baki awal dalam belanjawan tunai ??

  256. Nur Nabilah,

    BAKI AWAL biasanya diberi dalam soalan.

  257. Salam cikgu..boleh saya minta cikgu jelaskan..saya tidak faham akan soalan berikut..
    arahan: Anggaran kewangan perniagaan untuk 3 bulan berakhir bulan 31 Mac 2014

    iii)Pada bulan Februari perniagaan menjangkakan akan memperolehi pinjaman bank sebanyak RM80 000 selama 10 tahun.Bank mengenakan faedah sebnyak 5%setahun atas pinjaman asal.Bayaran balik pinjaman bermula bulan Mac.
    iv)Belian tunai di buat setiap tiga bulan sekali.Belian bulan januari RM 42 000 dan dijangka meningkat kepada RM62 000 untuk belian berikutnya.
    vi)Perniagaan bercadang membeli kenderaan berharga RM 65 000 pada bulan Februari.Deposit sebanyak RM 15 000 di bayar pada bulan Februari.Bayaran bulanan bermula bulan April.

    saya mohon agar cikgu dapat menerangkannya..terima kasih ckgu.

  258. Nina,

    iii) Penerimaan: Feb – pinjaman RM80,000 Pembayaran: Mac – bayar balik pinjaman (80000X5% / 12)
    iv) Pembayaran: Jan – belian rm42,000 … Feb & Mac – Tiada. RM62,000 dibayar pada April, maka tidak terlibat
    v) Pembayaran: Feb – deposit kenderaan RM15,000… Mac – ansuran kenderaan (65000-15000) / bilangan bulan bayaran balik.

  259. Assalamualaikum cikgu
    1) Boleh ke kalau belanjawan tunai ni takde modal?
    2) mcm mana cara perekodan kadar bayaran .
    Cth ;
    Jan…….feb……..mac
    600 …….500…….550

    Maklumat tambahan
    Kadar bayaran bulan semasa akan dibayar pada bulan berikutnya . Kadar bayaran pada bulan disember ialah 670

  260. Anuar, waalaikumussalam.

    BELANJAWAN TUNAI merupakan suatu penyata yang merekodkan ANGGARAN PENERIMAAN dan ANGGARAN PEMBAYARAN perniagaan bagi sesuatu TEMPOH TERTENTU dimasa hadapan.

    1) sekiranya pada bulan2 tersebut tidak melibatkan kemasukan modal, maka tiadalah item penerimaan MODAL bagi bulan2 tersebut.
    2) PEMBAYARAN : Kadar bayaran 670 (jan) 670 (feb) 670 (mac)

  261. cg,kalau soalan bagi
    jualan:apr 18500
    mei 24800
    jun 25400
    jualan kredit 40%drpd jumlah jualan penghutang diberi tempoh kredit sebulan.
    mcm mn nk buatnya?

  262. soalan yang sama tu bagi baki penghutang 6500,kena buat dalam baki awal ke?

  263. Student
    Jualan kredit 40% …butir nya penghutang
    Jualan tunai 60% … Butir nya jualan
    Rasanya lah hehehe

    Tolong betulkan salah saya cikgu 🙂

  264. Anuar,

    YA, betul penyataan tersebut.

    JUALAN………. merujuk kepada 60% X jumlah jualan yang diberi bulan SEMASA.
    PENGHUTANG…… merujuk kepada 40% x jumlah jualan bulan LEPAS.

    Manakala baki PENGHUTANG (Jun) dibayar pada bulan MEI (sebulan tempoh kredit)

    PENERIMAAN
    Jualan ……60%x18500 (Mei)…60%x24800 (Jun) …..60%x25400
    Penghutang…..6500 (Mei)….. 40%x18500 (Jun) …..40%x24800

  265. Hi cikgu,
    Kalau jualan kredit Okt diberi tempoh kredit sebulan,
    Perlu tulis di bulan Nov ?
    .
    yg ke2 ,
    Pemilik bercadang membeli sebuah kenderaan pada bulan Sept,
    Perlu tak tulis di dalam belanjawan tunai?

  266. Pamela,

    Ya, perlu dicatatkan Penerimaan pada bulan NOV.. dengan butirnya “PENGHUTANG”

    Jika melibatkan anggaran WANG KELUAR pada bulan SEPT tersebut, maka perlulah dimasukkan.

  267. Mcm mana pulak ye cikgu kalau pemilik membeli mesin dgn harga 8500 dgn bayaran pendahuluan 2500 . Baki nya akan dibayar secara ansuran selama tiga bulan berikutnya.
    Soalan saya perlukah urusan ini dimasukkan dalam belanjawan tunai?

  268. Anuar,

    Apa yang perlu kita kenalpasti ialah ….. BILA dibayar ? … dan BERAPA ?

    Dalam kes tersebut,
    pendahuluan mesin …. 2500
    ansuran mesin bulanan … (8500 – 2500) /3

  269. Mulai bulan Nov, premis akan disewakan dgn sewa bulanan sebanyak RM1600. Sewa akan diterima pada setiap awal bulan.
    Bulan Nov perlu catat ?
    Thanks cikgu.

  270. Pamela,

    Cuba fahami maklumat yang dinyatakan ….. Bila ianya bermula ? dan bila bayaran diterima ?

  271. Cikgu, saya nak tanya. Kalau dalam soalan belanjawan tunai bagi dalam bentuk jadual dan tertulis “anggaran jualan” pada nombor “i” , tapi dalam setiap column tulis (jualan tunai, jualan kredit, belian tunai) adakah semua akan direkod belah penerimaan?

  272. Aida,

    Maaf, saya kurang jelas apa persoalannya….. cuba terang lebih terperinci.
    ANGGARAN PENERIMAAN adalah merujuk kepada semua urusniaga yang melibat WANG TUNAI MASUK.

  273. Cikgu , Soalan belanjawan tunai dan varian. adalah perlu sedia kolum untuk peratus varian atau sedia kolum nilai Rm utk varian shj?
    Teirma kasih

  274. Bergantung kepada kehendak soalan, jika minta peratus varian, maka perlulah dinyatakan.

  275. Cikgu, soalan latihan sy ada menyatakan nilai bil air dan elektrik serta depositnya. Tetapi tidak dinyatakan hutang yg perlu dibayar pada bulan beikutnya. Am2ujh saya perlu mewujudkan butir pemiutang?

  276. Aziq,

    perkara tersebut tidak nelibatkan pemiutang. Pemiutang hanya terlibat dengan belian barang niaga secara kredit.

  277. Cikgu kalau soalan bg baki awal overdraf bank ,Tunai ditangan, lengkapan.. jadi baki awal di belanjawan tunai tunai di tangan + overdraf ke?

  278. Aziq,

    Tunai di tangan (-) overdraf bank.

  279. cikgu mengapa overdraf bank perlu ditolak dari tunai ditangan. mengapa tidak dimasukkan sahaja ke dalam belanjawan tersebut?

  280. Fizah,

    Overdraf Bank bermaksud Ak Bank berbaki KREDIT, iaitu perniagaan berhutang dengan pihak bank.
    Katakan Baki Tunai RM1000 dan Overdraf bank RM200 (hutang).. berapakah baki tunai yang ada ditangan ?

  281. Assalam cikgu sya pelajar pjj kursus perakaunan. Sya nak minta cikgu tolong jelaskan tentang penyata aliran tunai utk format kaedah x langsung. Contoh menyediakan aliran tunai drp aktiviti operasi. Tq

  282. Shikin, waalaikumussalam.

    Sukatan SPM tidak sama dengan sukatan PJJ. Saya tidak ada modul PJJ atau format PAT tersebut, jika ada boleh saya tolong terangkan.

  283. Cikgu,

    jika terdapat soalan seperti, “jualan kredit 40% drpd jumlah jualan, penghutang diberi tempoh kredit sebulan”

    Adakah bulan pertama di belanjawan bahagian PENGHUTANG perlu dikosongkan?

    Sesetengah soalan di bahagian penghutang bulan pertama dikosongkan. Kosongkan itu untuk apa ya? Tq.

  284. Diana,

    Penghutang kosong bulan pertama.. sekiranya tiada maklumat jualan untuk bulan sebelumnya… maka tiadalah penerimaan daripada Penghutang.

  285. selamat sejahtera cikgu *^_^*
    cikgu buat belanjawan tunai kalau membeli aset bukan semasa seperti mesin… bayar pendahuluan dan ansuran . hanya masuk dalam pembayaran sahaja? tidak perlu masuk dalam pendapatan?

    cikgu kalau menerima pinjaman dan bayar ansuran nak masuk dalam pendapatan =(pinjaman) dan pembayaran =(bayaran ansuran ) ?

  286. soalan. 1
    tempoh pinjaman yang diambil adalah 4tahun dan ansuran pinjaman akan dibayar setiap bulan melalui perkhimatan perintah sedia ada.

    soalan ini tidak menulis memperoleh pinjaman pada bulan … nak masuk pendapatan tak? hanya masuk dalam pembayaran?

    soalan 2
    MS Ivy akan memohon pinjaman dari bank sebanyak RM 10000 dan wang ini akan diperoleh dalam bulan disember. ansuran pinjaman bermula pada bulan hadapannya.

    soalan ini ada menulis memperoleh dan bayaran ansuran …cikgu nak masuk dalam pendapatan dan pembayaran tak?

    pls cikgu tolong saya ^^

  287. Irene,

    1. Tidak perlu
    2. Ya.

  288. Assalamualaikum cg…mcm mne nk cari jumlah sebenar dlm belanjawan tunai

  289. Nurain, waalaikumussalam.

    Belanjawan hanyalah ANGGARAN penerimaan dan pembayaran sahaja… JUMLAH SEBENAR akan diberikan dalam soalan atau rujuk Penyata Pendapatan dan KKK.

  290. dalam belanjawan tunai jualan kredit buat mcm mn ada formula tak

  291. Aravinthan,

    Tiada apa formula… biasanya dinyatakan dalam soalan.. cth: jualan kredit 60% daripada jumlah jualan.

  292. Cikgu
    assalamualaikum cg… macam mana jalan/jawapqn bg soalan ini??
    Belanjawan adalah pada bulan okt – disember..

    Soalan:
    Mulai disember,perniagaan akan berpindah ke premis baru yg dibeli dgn harga RM150000. Pembayaran pendahuluan Rm15000 dibayar pd bulan ter sebut.

    Ini bermaksud saya haanya perlu rekodkan pendahuluan premis pd dis 15000 sahaja..yg 150000 tu tidak perlu??

  293. Rin, waalaikumussalam.

    Ya.. kita rekod Berapa dan Bila wang tersebut dibayar.

  294. Assalamualaikum cikgu.
    Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan dengan maklumat tambahan nombor 4 tu tak cikgu ? https://prntscr.com/a1cdn7
    Baki akhir jawapan saya
    Jan. : 18556
    Feb. : 30366
    Mac. : 41146

  295. Aznul, waalaikumussalam.

    Merujuk maklumat (iv) belian tunai 30%… belian kredit 70%.
    Belian tunai…. dibayar bulan semasa.
    Belian kredit … dibayar bulan selepasnya.. butirnya “pemiutang”

  296. jadi berapa baki akhir setiap bulan yang cikgu dapat ek ? hehe

  297. boleh saya tahu berapa baki akhir yang cikgu perolehi tak ?
    saya nak bandingkan dgn jawapan saya 🙂

  298. Aznul,

    Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan tersebut.

  299. saya tak faham cara membuat kajian kes m/s 310 nombor 1 dalam buku teks prinsip perakaunan ting.5

  300. Gunalan,

    Kajian kes tersebut.. jawab seperti soalan biasa saja.. sebaik2nya buat sambil bincang bersama kawan2.

  301. Cg,
    adakah diskaun diterima dan diskaun diberi dimasukakan dalam belanjawan tunai?

  302. Chee,

    Diskaun tidak melibatkan WANG TUNAI BAYAR atau TERIMA, ianya adalah POTONGAN daripada jumlah yang sepatutnya dibayar atau diterima.. Maka tidak perlu dimasukkan dalam Belanjawan Tunai.

  303. Assalammualaikum Cikgu. Saya tingkatan 5 dan bakal amik SPM tahun ni. saya nk tnya soalan .

    Jualan bulan april dianggarkan rm40000 dan dijangka akan bertambah sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya. Mcm mana nak kira ya?

  304. Alya, waalaikumussalam.

    April = 40000
    Mei = 40000 x 110% = 44000
    Jun = 44000 x 110% = 48400

  305. terima kasih cikgu 🙂

  306. Cg,, apa maksud soalan ni?

    Pada akhir bulan Mei , premium insurans kenderaan yg dibayar berjumlah RM 1300.

    Ada effect x perkataan ‘akhir’ tu?

  307. Serenity,

    Walaupun bayar pada akhir bulan MEI, pembayaran tetap direkod pada bulan MEI.

  308. Cg,Varian mcm mana buat?
    Soalan ada bagi Varian sebenar lepas tu mcm mana buat yg belanjawan tu

  309. L,

    Boleh rujuk dalam buku teks.. formulanya.

  310. 60% daripada jumlah Belian adalah secara kredit dengan tempoh kredit selama satu bulan.

    Cg,mcm mane kira,jumlah belian soalan bagi RM26580

  311. Tg,

    Belian tunai = 40% × 26580 = …. bulan semasa
    Pemiutang = 60% x 26580 = …. bulan hadapan

  312. Cikgu, nk tnya betul tak jwpn akhir akan dpt 158550? Kalau salah, hrp ckgu dpt beri jwpn yg betul.

    memulakan prniagaan dgn tunai di bank rm12000 sbg modal.

    Belian apr – 30000 unit
    Belian mei – 35000 unit
    Belian jun – 40000 unit

    Jualan apr – 28000 unit
    Jualan mei – 25000 unit
    Jualan jun – 32000 unit

    ii) hrga belian rm3 seunit. 70% drpd belian setiap bulan adalah secara tunai, baki dibyr bulan berikutnya.

    iii) hrga jualan rm6 seunit. 50% drpd jualan adalah secara tunai, baki akan diterima bulan berikutnya.

    iv) gaji 20000 sebulan dibyr akhir setiap bulan.

    v) kdr byrn 1000 setiap bulan.

    vi) sewa bulanan 1250, dibyr tiga bulan skali pda awal setiap tiga bulan

    vii) kenderaan lma brhrga rm15000, dibeli pda bulan mei. Deposit 20% dibyr pda bulan trsebut, bakinya dijelaskan dlm masa 10 bulan berikutnya.

  313. Hh,

    Maaf saya tiada jawapannya, sila emailkan jawapan anda.. nanti saya semak.

  314. Cikgu belanjawan tunai pd sep,okt & nov.Jika insurans pada bulan okt untuk setahun berjumlah 1200.Kena letak kat mana?

  315. Ming,

    Masukkan dalam bulan wang tersebut dikeluarkan (dibayar).

  316. Cikgu letak 1200 dlm bulan tersebut atau bahagikan kpd 12 bulan Dan letak?

  317. Ming,

    Belanjawan tunai.. hanya rekod bila wang tersebut dibayar / diterima… jika bayar bulan Oktober.. maka kita rekod bulan Oktober.
    Ianya tidak berkaitan dengan pelarasan atau catatan bergu.

  318. Cikgu Narzuki, Boleh tanya?

    Soalan belanjawan tunai, contoh
    Jualan tunai bagi bulan Ogos dan Sept adalah sama, iaitu RM 9500, tetapi dijangka berkurangan sebanyak RM 500 pada bulan-bulan berikutnya.

    Yang manakah jawapan berikut adalah betul cikgu..

    A) RM 9000 bulan Okt, dan RM 9000 bulan Nov.. atau
    B) RM 9000 bulan Okt, dan RM 8500 bulan Nov..
    Mohon pencerahan. Tq

  319. Pada pandangan saya,
    Berdasarkan soalan tersebut, jawapannya ialah A.

    Jawapan B, biasanya soalan berbunyi…. “berkurangan RM500 daripada bulan sebelumnya”.

  320. Juga berkenaan varian..
    Dalam buku teks tidak ditunjukkan kurungan jikalau angka sebenar tolak belanjawan adalah negatif.
    Adakah wajib kurungan?
    Dan bolehkah peratus dalam kurungan?
    Mohon penjelasan. TQ

  321. Pada pandangan saya,
    Varian, hanya merujuk kepada NILAI BEZA sahaja, tidak perlu tanda +ve atau -ve.
    Lajur CATATAN yang menentukan ianya Memuaskan atau Tidak Memuaskan.

  322. Cikgu, nak tanya lagi. Semasa mencatat variance untuk Belanjawan tunai, jika soalan tidak mengatakan bahasa kita patut tulis RM atau %, bolehkah kita hanya tulis RM sahaja?

  323. Ben,

    Jika soalan hanya minta varian, maka kita bagi nilai RM sahaja…. kecuali diminta RM dan % baru kita bagi kedua-duanya.

  324. Terima kasih Cikgu. Dalam SPM, jika tidak diminta utk buat kedua-duanya, saya hanya buat pengiraan dalam RM sahaja.

  325. Baki awal = baki tunai + baki bank ?

  326. Ky,

    Ya. Baki tunai merujuk kepada tunai di tangan dan tunai di bank.

  327. TQVM CIKGU 🙂

  328. Pagi cikgu.saya kurang faham ttg varian. Bagi bahagian jumlah penerimaan( varian dlm btk %), adakah kita guna jumlah sebenar penerimaan sebenar – jumlah penerimaan belanjawan / jumlah penerimaan belanjawan × 100%? Atau tambahkan sahaja setiap butir penerimaan ( varian %) di atasnya? Sbb sya dapati dfren buku kerja dfren jawapan. Buku pelangi laim..buku oxford lain.

  329. Xmek,

    Jika soalan minta varian Jumlah Penerimaan.. maka kita terus ambil jumlah penerimaan sebenar dan dalam belanjawan untuk pengiraannya.

  330. Cg,,
    Belanjawan tunai kena guna Jualan atau jualan bersih untuk kira penerimaan?

  331. YH,

    Guna Jualan.

  332. Cg,
    Perlukah cek x laku masuk ke dlm pembayaran belanjawan tunai?

  333. Kan tunai kita jadi kurang lepas cek x laku?

  334. Sy tengah buat kerja khusus tingkatan 5

  335. Carol,

    Sila ke Tugasan Projek Tingkatan 5 SPM 2016 (klik)
    Dan baca komen2 disitu..

    Baki akhir dalam buku tunai tersebut telahpun mengambilkira cek tak laku tersebut.

  336. adakah angkutan keluar masuk dalam pembayaran untuk belanjawan tunai

  337. A,

    Asalkan melibatkan pembayaran dan penerimaan wang / cek… boleh masuk Belanjawan tunai.

  338. ckgu,sy pelajar ting 6
    ada pertanyaan sikit…….
    Soalan:Perniagaan menetapkan baki tunai minimum pd setiap akhir bulan adlah sbyk RM15,000.Sekiranya tunai kurang drpd baki minimum, perniagaan perlu mendapatkan pinjaman jangka pendek drpd mana-mana institusiyg menawarkan kadar faedah yg paling rendah……..
    Maka, sy nak tahu perlu ke sy letak pinjaman dlm belanjawan tunai…
    sbb sy dah ada kadar faedah pinjaman sbyk 10%

  339. Ghoul,

    Pinjaman kita masukkan dalam bulan ianya diterima… kerana ianya merupakan penerimaan wang pada bulan tersebut.

  340. Cikgu,dia tak bagi tahu baki daripada belanjawan lepas atau dia baru mula kn perniagaan tetapi dekat soalan dia tulis ada tunai di tangan rm 100 dan tunai di bank rm 50000

  341. Luffy,

    Ok, jika sedemikian… kita anggap ianya sebagai Baki Awal sahaja.

  342. Sbp
    Sewa kedai adalah sebanyak rm 1500 sebulan bayaran dibuat pada awal setiap suku tahun

    Mcm mn rekod

  343. Bbb,

    Suku tahun = 3 bulan
    1500 x 3 = 4500
    Rekod di bulan pertama sahaja 4500

  344. Salam ‘alaik cikgu , nie soalan belanjawan tunai .

    iv) Pada bulan Julai , perniagaan mendapat pinjaman bank sebanyak RM60 000 dengan kadar faedah 6% setahun dengan tempoh matang selama 5 tahun . Pinjaman dibayar balik bersama dengan faedah mulai bulan Ogos .

    Soalan saya : Apa yang saya perlu buat dengan pernyataan tu ? Terima kasih

    Soalan kedua saya ,
    ii) Belian stok pada bulan Jun dan Julai RM7000 setiap bulan , manakala pada bulan Ogos bertambah sebanyak RM5000 . Tempoh kredit yang diberikan adalah untuk dua bulan .

    Soalan saya : Itu belian kredit atau tunai cikgu ?

  345. Hidayah, waalaikumussalam.

    1. Penerimaan: pinjaman RM60000 (julai)
    Pembayaran: bayaran balik pinjaman .. (ogos.. september).

    2. Belian kredit.

  346. cikgu, dalam format varian, perlukah kami isikan varian bagi baki akhir?

  347. Jayson,

    Ya, jawapan yang lengkap buat semua sekali.

  348. salam cikgu nak tanya belanjawan tunai baki b/b yg kt ats skli tambah dengan peneriman jadi jmlh penerimaan ke?

  349. Fazurah,

    JANGAN ditambah Baki b/b dengan PENERIMAAN.

    Baki b/b…………A
    Penerimaan……….B
    Pembayaran……….C
    Lebihan/kurangan…B – C = D
    Baki h/b ……..A + D

  350. salam cikgu, bila nak pindahkan butir belanjawan ke varians, pastu butir dalam belanjawan tunai sebenarnya takde dalam senarai urus niaga tunai yang disediakan, perlu ke kita letak butir belanjawan tunai tu dalam varians? contoh, dalam belanjawan ada sewa dan pinjaman tapi dalam senarai urus niaga sebenar takde. so kena ke kita include sewa + pinjaman dalam varians kita?

  351. Farah,

    Cuba rujuk soalan…. biasanya item2 yang tidak dinyatakan nilai sebenar.. akan ada dinyatakan nilainya adalah bersamaan dengan nilai dalam belanjawan.

  352. Macam mana nak dapat jumlah lebihan/(kurangan)? Adakah jumlah penerimaan (-) jumlah pembayaran?
    Baki h/b pula? Adakah Baki b/b (-) jumlah pembayaran?

  353. Ain,

    Baki b/b….. A
    Penerimaan …B
    Pembayaran….C
    Lebihan/(kurangan)… B-C=D
    Baki h/b… A + D

  354. Salam cgu,

    “Belian dilakukan pada bulan februari sebanyak RM60000 dengan tempoh sebulan kredit drpd pembekal.”
    Saya tk beberapa phm tentng ini..boleh cgu tlg..

  355. Joon.

    Maksudnya beli bulan februari.. tapi bayaran dibayar pada bulan berikutnya.. Mac. Maka kita perlu rekod pembayaran tersebut pada bulan MAC.. dan butirnya bukan lagi Belian tetapi PEMIUTANG.. kerana kita bayar hutang bulan Februari.

  356. Salam cikgu,
    Mcm mane nk buat klau soalan dia bagi mcm ni..
    maklumat tmbhn;
    1.jualan tunai bulan Jan berjumlh 30000 dn akn bertmbh pada tiap tiap bln sbnyk 10% drpd buln sblumnya.
    2.mesin daftar tunai berharga 1800 dibeli buln Feb dgn byrn pendahuluan 600 dn bakinya dibyr bln berikutnya.
    3.bln Feb,sumbangn modal tmbhn sbnyk 2000 diperoleh drpd ahli keluarga.
    4.blnja bulann yg tidk berubah:
    -gaji pembntu kedai rm400
    -belanja am rm120
    -kdr byrn rm320
    5.akhir bln mac,pemilik menerima komisen secara tunai sbnyk 1200.

    Urusniaga tunai yg sbnar spnjg 3 bln berakhir 31 mac 20X4 ialah:
    -jualan tunai RM120000
    -modal tmbhn RM5000
    -Gaji pembantu kedai RM1800
    -belanja am RM1000
    -kadar byrn RM850
    -komisen RM700

    Item2 yg tidk diberikn merupakan item2 yg jumlh sbnarnya sama dgn jumlh yg dibelanjawankan.

    Harap cikgu dpt membantu?

  357. Winnie,

    Maklumat 1 – 5… digunakan untuk sediakan Belanjawan tunai seperti biasa.

    Manakala maklumat urus niaga sebenar digunakan untuk sediakan Penyata Varian… boleh rujuk contoh dalam Buku Teks.

  358. Ouhh okay..saya confuse sbb kn urusniaga sebenar tu je..terima kasih cikgu..

  359. Kalau overdraf bank perlu direkod ke dlam belanjawan tunai?

  360. Tarabas,

    Ya perlu… bagi menunjukkan kekurangan wang tunai dibank.

  361. salam cikgu..ambilan tunai untuk kegunaan pemilik perlu masuk ke dalam Belanajawan Tunai?

  362. Raihanah,

    Asalkan melibatkan wang keluar atau masuk… maka perlu dicatat dalam Belanjawan tunai.

  363. pada 1 oktober 2014 perniagaan ini mempunyai baki berikut…
    Overdraf bank rm1200
    Tunai di tangan rm5600
    Lengkapkan Rm 28000

    Macam mane ye cikgu?

  364. tarabas..

    tunai ditangan – overdraf bank = baki awal

  365. Tarabas

    Baki awal = 5600 – 1200 = RM4400

  366. cikgu bagaimn pula dngn soalan ini –

    anggaran jualan : mei = 20 000, jun= meningkat 20% drpd buln sblmnya dan julai meningkt 10% drpd buln sblmnya.. 30% drpd jumlah jualan adalah secara kredit dengan tempoh kredit selama satu bulan.

    jawapan saya:
    penerimaan
    jualan ; mei = 20 000, jun =24 000, julai = 26 400
    penghutang ; jun = 14 000 & julai = 16 800.

    betul ke?

  367. Mab,

    Jawapan tersebut TIDAK TEPAT.
    Sepatutnya:
    Jualan (tunai: 70%) Mei: 14,000 Jun:16,800 Julai: 18,480
    Penghutang (30%) Mei : – Jun: 6,000 Julai: 7,200

  368. maaf cikgu, saya kurang faham ?

  369. CikgU & Mab.
    Terima kasih…

  370. Salam cikgu,
    Ada soalan dlm buku teks ni,dia bgi urusniaga tunai yg sebenar..dia bgi jualan,belian,kdr byrn,belnja angkutn..lpstu dia tulis..item2 yg tk disebut merupakn item2 jumlh sebenarnya sma dgn jumlh yg tk dblanjawakn..so dia tk bgi sewa diterima,pinjm dn lain2 lgi..mcm mne nk dptkn jumlh sbnar dlm varian yg dia tk bgi tu?

  371. Winnie,

    Bagi item2 yang tidak dinyatakan nilai sebenarnya.. maka nilai sebenarnya = nilai belanjawan yang telah anda disediakan. Maksudnya nilai Variannya nanti = 0

  372. Salam cikgu,
    -Belian stok pada bulan jun dn julai RM7000 stiap bln, manakala pada bln ogos brtmbh sbnyk RM5000. Tempoh kredit yg diberikn adlh utk 2 bln..
    -anggaran jualan dmana 70% drpd jmlh jualan adlh scara tunai manakala bakinya akn dterima utk buln berikut:
    JUN RM19000, JULAI RM22000, OGOS RM2400..

    Saya keliru dgn dua soalan ni..Harap cgu dpt mmbantu..

  373. Timmy,

    Urus niaga Belian 7000 jun 7000 jul 12000 ogos….. jangan direkodkan lagi..tempoh kredit 2 bulan.. maksudnya belian jun bayar pada ogos..
    Maka kita hanya rekod bila wang tersebut dibayar iaitu OGOS RM7000 (beli bulan jun)… dan butirnya bukan lagi “belian” sebaliknya “Pemiutang”.

    Jualan (70%).. 70%×19000 jun 70%×22000 jul
    Penghutang (30%) – jun 30%×19000 jul

  374. Yg belian tu saya dh faham…tpi yg jualan tu…ogos tk pyh darabkn dgn 70% ke? Lpstu pnghutang pon ogos tk pyh isikn eh cikgu?

  375. Timmy,

    Bulan Ogospun sama X70%.. utk jualan dan 30% Julai… utk Penghutang

  376. Contoh soalan: pada 1 april 2010, perniagaan maya mempunyai baki tunai sebanyak 19900 dan penghutang 6500.
    Soalan saya adalah :Adakah penghutang termasuk di dalam baki awal?

  377. Nazirah,

    Belanjawan tunai merujuk kepada baki wang tunai ditangan & tunai didibank.
    Adakah penghutang… baki wang tunai yang ada di tangan @ di bank ?

  378. cikgu, “bayaran ansuran pinjaman dilakukan pada setiap bulan bermula bulan November” pada bahagian penerimaan atau pembayaran ?

    terima kasih cikgu.

  379. Nurul,

    Kenalpasti… kita BAYAR @ kita TERIMA ?

  380. cikgu kalau dekat bahagian column varians, nak dapatkan jumlah pembayaran/ penerimaan kena tambah semua lepastu jumlah penerimaan tolak juml. pembayaran dapat lebihan/ (kurangan) atau kalau ada negatif, kena tolak utk dapatkan jumlah pembayaran/penerimaan?

  381. Ira,

    Konsepnya sama… Varian = Belanjawan – Sebenar

  382. cikgu utk belanjawan tunai macam mana nak buat soalan ini?

    1) bilangan pelajar 250 orang mulai januari dan dijangka bertambah sebanyak 20% setiap bulan dari bulan sebelumnya. yuran bulanan ialah rm30 dan mesti dibayar pada bulan yg sama. pelajar baru perlu bayar rm10 sbg yuran pendaftaran

  383. Maisarah,

    Ada 2 item penerimaan yang perlu direkodkan.
    1. Yuran pendaftaran… hanya sekali bayar setiap ahli baru.
    2. Yuran bulanan

  384. Assalamualaikum cikgu, saya tak faham soalan ini utk belanjawan tunai, cikgu boleh tolong saya?

    sediakan BT utk 3 bulan terakhir 31 mac

    1) dia ingin dapatkan pinjaman bank sebanyak rm15000 pd bln februari. pinjaman akan dibayar balik dlm masa setahun mulai tarikh pinjaman dibuat

    2) premis yg dikenakan sewa rm1200 sebulan. sewa hendaklah dibayar 3 bulan sekali pada awal setiap 3 bulan, mulai bulan januari

  385. Zyull, waalaikumussalam.

    1. Ada 2 item yang perlu dicatat…
    (1) item penerimaan – Pinjaman (feb) 15000
    (2) item pembayaran – bayaran balik pinjaman (feb & mac) 15000/12

    2. Item pembayaran – sewa (jan) 1200×3

  386. Cikgu,sy x tahu gira ini.tlg ajar sy Cikgu.
    Ching telekomunikasi trading mendapat pinjaman sebanyak RM 36 000 pada bulan okt drpd bank.pinjaman dibayar balik dlm tempoh 1 tahun.Faedah atas pinjaman adalah 10% setahun dikenakan.pinjaman dibayar balik mulai bulan Nov.

  387. Rachel,

    1. Kenalpasti item penerimaan –> Pinjaman (Oktober) 36000
    2. Kenalpasti item pembayaran –> bayaran balik pinjaman dan faedah atas pinjaman.
    Pinjaman 36000
    Faedah = 10% x 36000 = 3600
    Jumlah bayar balik = 36000 + 3600 –> setahun.
    Bayaran balik sebulan –> /12 –> Nov, Dis.

  388. Syamimi Dania

    Salam cikgu saya nak tanya apa maksud 70% daripada jumlah belian adalah secara kredit dengan tempoh kredit selama satu bulan.

    Maklumat yang dia bagi
    BELIAN
    Januari – 9600
    Febuari- 7300
    Mac- 8200

    MAKLUMAT TAMBAHAN
    Pada bulan Disember 2011 , jumlah belian RM12200

    bagaimana saya nak kira. Mohon cikgu reply secepat yang mungkin

  389. Syamimi,

    Kita kena agihkan antara Belian tunai (30%) dan Pemiutang (70%).. pemiutang dibayar sebulan kemudian.

    Belian 30%×jan 30%×feb 30%×mac
    Pemiutang 70%×dis 70%×jan 70%×feb

  390. Anggaran belian:Rm25000
    Belian sebenar:Rm20000
    Hitungkan varian.Apakah kesan varian tersebut terhadap perniagaan.

    Cikgu,jika soalan macam ini,macam mana jawap?

  391. Stella Lai,

    Varian = 25,000 – 20,000 = RM5,000
    Catatan prestasi : MEMUASKAN…. kerana dianggarkan belanja belian sebanyak RM25,000 tetapi perniagaan hanya membelanjakan RM20,000 sahaja untuk belian.

  392. Cikgu,dalam peperiksaan nak tulis semua”kerana……untuk belian”atau tulis
    Kesan varian=memuaskan
    Sudah cukup?

  393. Sttela lai,

    Berdasarkan aoalan tersebut –> huraikan sedikit.. kesannya.

  394. Salam..cgu..berkaitan dengan kajian kes utk belanjawan tunai..betul x klau saya buat jualan tunai utk blan oktober tuh mcm nih:

    Jumlah tunai=jumlah jualan tunai-jumlah belian tunai..sbb kalu ikutkan jualan tunai kita dpt duit dan belian tunai kite kluar duit..jd bulan oktober 20600+25800=46400..

    Betul xcgu?

  395. Ijolk,

    SALAH..
    Jualan tunai .. catat dibahagian PENERIMAAN.
    Belian tunai –> bahgian PEMBAYARAN
    # Bukannya terus tolak.

  396. Ooo..soalan ni sya dpt dlm buku teks muka surt 310..jualan tunai xdiberi..jd sya nk mencari jualan tunai melalui jumlah tunai yang diberi..

  397. Ijolk,

    Pada pandangan saya,
    Jadual tersebut merujuk anggaran jualan.
    “Jumlah tunai” –> tidak tepat berada disitu… sepatutnya “Jualan tunai”

  398. Cg,
    Soalan Belanjawan:

    Pada awal bulan Okt, perniagaan membeli sebuah van berharga RM50,000 daripada Syarikat Sin Kwong Sdn Bhd.

    Wang pendahuluan sebanyak 60% diberi dengan cek dan bakinya dijelaskan dengan pinjaman sewa beli dengan amaun yang sama rata bagi tempoh 4 bulan berikutnya.

    Cg,
    dalam ruangan bulan Okt, kita hanya membuat pembayaran RM30,000 sahaja, betul.
    bakinya TIDAK berkaitan dengan belanjawan kerana diselesaikan oleh pinjaman sewa beli.

    Betulkah CG?

  399. Chee,

    Bayaran pendahuluan –> Okt. 30000
    Bayaran ansuran = 20000/4 = 5000 –> Nov.. Dis… Jan.. Feb.

  400. varian = angka sebenar – angka belanjawan
    saya tak faham formula ni.

    minta tolong terangkan.

  401. Isaac,

    Belanjawan adalah suatu nilai ANGGARAN/PERANCANGAN terdahulu. Katakan, sekarang bulan Mei.. belanjawan disediakan untuk 3 bulan akan datang –> Jun, Julai, Ogos
    Cth : Jumlah Jualan 3 bln RM30000 (Belanjawan)
    Kemudian pada bulan Ogos.. kita dapat nilai yang SEBENAR kita perelehi.. katakan RM34000.
    Maka VARIAN –> Beza yang SEBENAR kita perolehi dengan nilai ANGGARAN/PERANCANGAN daripada belanjawan.
    Tujuannya Varian –> untuk kita kenalpasti adakah perolehan SEBENAR telah mencapai apa yang kita RANCANG.

  402. Cikgu apa maksud “Pada akhir bulan Mei dijangkakan perniagaan akan menerima komisen sebanyak 10% daripada jumlah jualan bulan Mac hingga Mei”

    Maksud dia komisen tu perniagaan terima pada setiap bulan atau pada bulan Mei sahaja? Kalau saya buat macam ni
    mac april.
    Komisen diterima. -. -.

    Mei
    17000
    Sori x muat tp btl ke

  403. Wan.

    Komisen = 10% × (Jualan Mac+April+Mei)
    –> terima pada bulan MEI sahaja.

  404. Terima kasih cikgu. Apa pula maksud sewa premisnya RM420 sebulan dan hendaklah dibayar terdahulu 3 bulan sekali, iaitu mulai 1 Januari 20X0?

  405. Wan,

    Bayar pada bulan JANUARI sahaja.
    Jumlahnya 420 x 3 bulan

  406. Jadi kalau 4 bulan berakhir jadi bulan April baru catat sekali lagi jumlah sewa la ya cikgu?

  407. Wan.

    Ya.. Jan –> April

  408. Cikgu, baki awal = tunai+bank ka? Atau tunai sahaja?

  409. Zhan,

    Baki tunai = Baki Tunai ditangan (TUNAI) + Tunai dibank (BANK)

  410. Hi, cikgu.
    “Kerani akaun mengatakan bahawa pembelian mesin kecil yang bernilai rm10,000 secara tunai tidak patut direkod jumlah penuh pembayaran pada bulan pembelian di belanjawan tunai kerana mesin kecil tersebut boleh guna selama 5 tahun, dengan itu menyebabkan tunai bulan semasa menjadi negative.”
    Kenapa, cikgu?

  411. Lim,

    Belanjawan tunai.. kita rekod bila wang tersebut diterima / dibayar… sekiranya RM10000 dibayar pada bulan Julai –> kita rekod RM10000 pada bulan Julai.. tak kira berapa lama usia guna… sebab wang keluar pada bulan tersebut.

  412. contoh soalan : 40% adalah belian kredit.
    tempoh kredit adalah selama dua bulan.

    cg, apa maksudnya ni?

  413. Sarah,

    Maksudnya.. belian kredit tersebut akan dibayar 2 bulan kemudian.
    Cth; Belian kredit Jan –> bayar Mac

  414. cikgu,
    “baki tunai di bank pada 1 januari 2018 dianggarkan berjumlah RM15800, manakala baki perabot berjumlah RM6500”

    baki perabot kene campur ke ?

  415. Nurul

    Baku TUNAI merujuk kepada Tunai ditangan dan Tunai di Bank.

  416. Cikgu saya nak tanya kalau kos belian dia letak bawah pembayaran ke ? Atau dia tak ada kaitan apa apa dlm belanjawan tunai ?

  417. Una,

    Asalkan melibatkan wang masuk atau wang keluar –> masuk Belanjawan Tunai.
    Belian –> Pembayaran

  418. cikgu,apa yg dimaksudkan dgn pinjaman mengenakan faedah 4% setahu.pokok dan faedah dijelaskan mulai march 2017 secara ansuran selama 48 bula?

  419. Aishah,

    Katakan pinjaman 10000 faedah 4% setahun utk tempoh 4 tahun (48 bulan)
    Maka faedah kena bayar = 4% × 10000 x 4 = 1600
    Jumlah kena bayar balik = 10000 + 1600 = 11600
    Ansuran bayaran bulanan = 11600 / 48

  420. Untuk pinjaman. FAEDAH ATAS PINJAMAN ialah pembayaran… Manakala PINJAMAN ialah penerimaan.. Btul ataupun tak?

  421. Aina,

    Ya.. betul.

  422. Cg,sy tak tahu nk selesaikan maklumat tambahan ni:
    Belanja lain adalah sama kecuali duti atas belian kerana cukai barangan 0.06% atas belian

    *soalan percubaan smk tasek utara 2017

  423. Hazirah,

    Cgu tiada soalan tersebut.
    Belanja2 lain –> ambil nilai yang sama.
    Manakala Duti atas belian –> nilainya 0.06% x BELIAN bagi setiap bulan.

  424. cikgu, spm 2018 agak2 keluar tak soalan belanjawan tunai?

  425. Nabil,

    Semua tajuk ada kemungkinan masuk… guna masa yang ada ini… untuk cuba menguasai sebanyak mungkin topik yang ada… semakin banyak topik dikuasai –> semakin hampir dengan A+.

  426. cikgu..klau baki d tgn dan baki d bnk yg mna satu perlu aambil utk baki b/b?

  427. Alia,

    Tambahkan Tunai dan Bank.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.