Pos ke Lejar
LEJAR
Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.
Lajur tarikh – Mencatat tarikh urus niaga
Lajur butir – mencatat nama akaun
Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)
Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.
Akaun terbahagi DUA iaitu;
1. Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modal
2. Akaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
MENGIMBANG DAN MENUTUP AKAUN
1. Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.
2. Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.
3. Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.
4. Tujuan menutup akaun untuk ;
a. memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.
b. mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti pemilik dan belanja mengurangkan ekuiti pemilik.
FOLIO
1. Rujukan untuk mengesan sumber catatan pertama atau pasangan catatan bergu – rujukan muka surat akaun dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.
2. Mengurangkan kesilapan merekod atau terlupa melengkapkan catatan bergu.
3. Diisi jika pengeposan telah dilakukan iaitu memindahkan catatan dam Buku Catatan Pertama ke lejar.
PEMBAHAGIAN LEJAR
1. Dua bahagian iaitu Lejar am dan Lejar subsidiari.
Lejar Am meliputi :
(a) Akaun Nominal (akaun hasil dan belanja)
(b) Akaun Nyata (akaun aset semasa dan aset bukan semasa)
(c) Akaun penghutang dan pemiutang aset bukan semasa (akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang)
(d) Akaun Modal
(e) Akaun Ambilan
Lejar Subsidiari (lejar kecil) meliputi :
(a) Lejar Belian / Lejar Pemiutang
(b) Lejar Jualan / Lejar Penghutang
2. Tujuan pembahagian lejar;
a. Dapat menjalankan pengkhususan dan pembahagian kerja
b. Dapat menugaskan seorang eksekutif akaun untuk mengendalikan satu bahagian lejar sahaja.
c. Mudah untuk menguruskan pengurusan dan pengawalan.
d. Dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan merekod.
e. Dapat mengurangkan bilangan akaun dalam lejar yang terlalu banyak dalam lejar am.

KUIZ : Lejar
Question 1 |
Buku akaun utama yang merekodkan urus niaga perniagaan. | |
Buku akaun utama yang menyenaraikan aset dan liabiliti sesebuah perniagaan. | |
Buku akaun utama yang menyenaraikan kos jualan bagi satu tempoh perakaunan. | |
Buku akaun utama yang merekodkan hasil dan belanja untuk mengira keuntungan perniagaan. |
Question 2 |
menyenaraikan kos jualan bagi satu tempoh perakaunan. | |
merekodkan hasil dan belanja untuk mengira keuntungan perniagaan. | |
merekodkan semua perbelanjaan perniagaan dalam tempoh perakaunan. | |
mengandungi pelbagai jenis akaun yang digunakan untuk merekod urus niaga. |
Question 3 |
Akaun Aset dan Akaun Hasil | |
Akaun Aset dan Akaun Penghutang | |
Akaun Hasil dan Akaun Penghutang | |
Akaun Penghutang dan Akaun Pemiutang |
Question 4 |
Akaun Modal dan Akaun Ambilan direkod ke dalam lejar am | |
Lejar Subsidiari terdiri daripada Lejar Jualan dan Lejar Belian | |
Lejar Belian digunakan untuk merekod semua pemiutang | |
Lejar Pemiutang dikenali juga sebagai Lejar Jualan |
Question 5 |
Akaun Aset – Syarikat Tong | |
Akaun Nominal – Akaun Gaji | |
Akaun Nyata – Akaun Pinjaman | |
Akaun Modal – Akaun Penghutang |
Question 6 |
Akaun Penghutang | |
Akaun Ambilan | |
Akaun Modal | |
Akaun Pemilik |
Question 7 |
Lejar Am dan Lejar Utama | |
Lejar Am dan Lejar Subsidiari | |
Lejar Khas dan Lejar Utama | |
Lejar Subsidiari dan Lejar Utama |
Question 8 |
(I) Jumlahkan semua catatan di sebelah debit dan kredit akaun.
(II) Cari perbezaan antara jumlah yang lebih kecil dengan yang lebih besar.
(III) Tuliskan jumlah yang lebih besar di kedua-dua belah debit dan kredit akaun.
(IV) Tuliskan perbezaan di sebelah yang lebih kecil dan baki yang sama dibawa ke bawah.
I, II, III dan IV | |
I, III, II dan IV | |
I, II, IV dan III | |
II, I, III dan IV |
Question 9 |
Dt:Bank Kt:Tunai | |
Dt:Tunai Kt:Bank | |
Dt:Bank Kt:Modal | |
Dt:Tunai Kt:Modal |
Question 10 |
Modal | |
Pemiutang | |
Pulangan Keluar | |
Angkutan Keluar |
Question 11 |
I dan II | |
I dan IV | |
II dan III | |
III dan IV |
Question 12 |
Debit : Akaun Ambilan, Kredit : Akaun Perabot | |
Debit : Akaun Ambilan, Kredit : Akaun Belian | |
Debit : Akaun Belian, Kredit : Akaun Perabot | |
Debit : Akaun Perabot, Kredit : Akaun Belian |
Question 13 |
Liabiliti didebitkan apabila bertambah | |
Modal didebitkan apabila bertambah | |
Aset dikreditkan apabila bertambah | |
Aset didebitkan apabila bertambah |
Question 14 |
Membeli alat tulis pejabat | |
Belanja memperluaskan ruang niaga pejabat | |
Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi | |
Pulangkan barang niaga yang salah saiz kepada pembekal. |
Question 15 |
I dan II | |
I dan IV | |
II dan III | |
III dan IV |
Question 16 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 133, 134 - Soalan 13 SPM 2004]
Merancang aliran wang tunai | |
Merekod semua urus niaga tunai | |
Mengetahui jenis-jenis sumber dan penggunaan tunai | |
Mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran tunai |
Question 17 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 132 - Soalan 14 SPM 2004]
menyenaraikan kos jualan bagi satu tempoh perakaunan | |
merekodkan hasil dan belanja untuk mengira keuntungan perniagaan | |
merekodkan semua perbelanjaan perniagaan dalam tempoh perakaunan | |
mengandungi pelbagai jenis akaun yang digunakan untuk merekod urus niaga |
Question 18 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 62, 110, 112, 140, 151 - Soalan 15 SPM 2004]
I dan II | |
I dan III | |
II dan IV | |
III dan IV |
Question 19 |
Tunai (RM930) Bank (RM120)
| |
Tunai RM930 Bank RM120 | |
Tunai (RM930) Bank RM120 | |
Tunai RM930 Bank (RM120) |
Question 20 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 144 - Soalan 14 SPM 2005]
Tunai di tangan dibankkan. | |
Tunai daripada jualan stok dibankkan. | |
Tunai dikeluarkan dari bank untuk kegunaan peribadi. | |
Tunai peribadi pemilik dimasukkan ke dalam bank perniagaan. |
Question 22 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 133 - Soalan 18 SPM 2005]
I, II dan III | |
I, II dan IV | |
I, III dan IV | |
II, III dan IV |
Question 23 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 132, 133 - Soalan 17 SPM 2005]
I dan II | |
I dan IV | |
II dan III | |
III dan IV |
Question 24 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 139 - Soalan 14 SPM 2006]
Beli alat tulis secara kredit daripada Kedai Alat Tulis Adibah | |
Perniagaan Berjasa menjelaskan hutang kepada Kedai Tulis Adibah | |
Beli barang niaga secara tunai daripada Kedai Alat Tulis Adibah dengan cek | |
Kedai Alat Tulis Adibah menjelaskan hutang kepada Perniagaan Berjasa dengan cek |
Question 25 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 62, 135 - Soalan 15 SPM 2006]
Debit - Belian
Kredit -Kenderaan | |
Debit - Kenderaan
Kredit - Motor Din | |
Debit - Motor Din
Kredit - Kenderaan | |
Debit - Belian
Kredit - Motor Din |
Question 26 |
Antara yang berikut, akaun yang manakah direkodkan dalam Lejar Subsidiari?
I Akaun Aset II Akaun Hasil III Akaun Pemiutang IV Akaun Penghutang[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 133 - Soalan 16 SPM 2006]
I dan II | |
I dan IV | |
II dan III | |
III dan IV |
Question 27 |
I dan II | |
I dan III | |
II dan IV | |
III dan IV |
Question 28 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 137, 139, 140, 141, 143 - Soalan 10 SPM 2008]
I dan II | |
I dan IV | |
II dan III | |
III dan IV |
Question 29 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 145 - Soalan 12 SPM 2008 ]
Debit Akaun Bank
Kredit Akaun Pemiutang | |
Debit Akaun Pemiutang
Kredit Akaun Bank | |
Debit Akaun Bank
Kredit Akaun Penghutang | |
Debit Akaun Penghutang
Kredit Akaun Bank |
Question 30 |
Kedai Ahmat mengeluarkan cek RM1 500 kepada Datai Trading dan menerima diskaun tunai RM200.
Catatan yang manakah betul untuk merekod urus niaga tersebut?[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 146, 147, 148 - Soalan 13 SPM 2007 ]
Question 32 |
Puan Murni telah mengambil barang niaga bernilai RM65 untuk tujuan promosi. Apakah akaun yang dikreditkan?
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 110 - Soalan 15 SPM 2008]
Stok | |
Belian | |
Ambilan | |
Promosi |
Question 33 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 151 - Soalan 14 SPM 2008]
Question 34 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 137 - Soalan 11 SPM 2009]
Debit Akaun Sewa
Kredit Akaun Tunai | |
Debit Akaun Tunai
Kredit Akaun Sewa | |
Debit Akaun Ambilan
Kredit Akaun Tunai | |
Debit Akaun Sewa
Kredit Akaun Modal |
Question 35 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 141 - Soalan 9 SPM 2009]
Modal | |
Jualan | |
Belian | |
Dividen |
Question 36 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 133 - Soalan 12 SPM 2009]
I dan II | |
I dan IV | |
II dan III | |
III dan IV |
Question 37 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 134 - Soalan 9 SPM 2010]
I dan II | |
I dan III | |
II dan IV | |
III dan IV |
Question 38 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 138 - Soalan 11 SPM 2010 ]
Belian barang niaga daripada Syarikat Mawar RM320
| |
Terima cek daripada Syarikat Mawar RM320 | |
Jualan barang niaga kepada Syarikat Mawar RM320 | |
Cek yang diterima daripada Syarikat Mawar RM320 adalah cek tak laku |
Question 39 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 147, 148 - Soalan 12 SPM 2010]
Question 40 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 132 - Soalan 13 SPM 2010 ]
X = Akaun Perorangan
Y = Akaun Bukan Perorangan | |
X = Akaun Bukan Perorangan
Y = Akaun Perorangan | |
X = Lejar Am
Y = Lejar Subsidiari | |
X = Lejar Subsidiari
Y = Lejar Am |
Question 41 |
[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 145 - Soalan 16 SPM 2010 ]
Debit Bank
Kredit Kedai Molly | |
Debit Kedai Molly
Kredit Bank | |
Debit Bank
Kredit Perniagaan Aslam | |
Debit Perniagaan Aslam
Kredit Kedai Molly |
Question 42 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 135 - Soalan 9 SPM 2011]
Kedai Saleha berhutang RM1 500 daripada Maziah | |
Maziah membayar RM1 500 kepada Kedai Saleha | |
Kedai Saleha membayar RM1 500 kepada Maziah | |
Maziah berhutang RM1 500 daripada Kedai Saleha |
Question 43 |

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 152 - Soalan 11 SPM 2011]
List |
sy pelajar form5 dan ambil subjek p.akaun.
masalah yg sering sy hadapi masa exam p.akaun ialah masa pindahkan jurnal ke dlm lejar.proses ni membuatkan sy pening.dan sy sering letakkan butir akaun d tempat yg slh.hal ni juga berlaku kpd rakan2 sy lain.boleh dikatakan satu klas.kami juga mempunyai masalah dgn cikgu yg mengajar kami.cikgu sy tidak bersemangat ketika mengajar topik ini.ini menyebabkan rkn2 sy yg lain boring ketika belajar subjek ni.bolehkah beri sy tips utk menyelesaikan masalah ini.dan masih sempatkah utk sy score A utk subjek ni? bantulah saya
Miya, awak kena berusaha untuk membezakan Jurnal Am dengan Jurnal Khas. Mulakan dgn Jurnal Am. JA perlu dipos dgan langkah2 berikut (dgn syarat awak dah buat dgn betul semua dlm JA):
a. Apa-apa item yang amaun di dlm lajur DT, maka pos ke lejar dgn mencari nama akaun yg sama dan MESTI ctt disblh DT. Begiut jug sebaliknya.
Contoh: Dlm JA ada ctn bikut:
Trkh Butiran Debit Kredit
Jan 3 Ambilan 100
Belian 100
Makan dlm Lejar Am (LA) nanti awk mesti buat macam ni,
Cari atau bina Akaun Ambilan, dan pastikan di sblh DT, awk tulis dlm Amaun 100, dan butiran pula nama akaun satu lagi, iaitu Belian.
b. Jurnal Khas awk kena sentiasa INGAT bhw Jurnal Jualan MESTI AKAN MENGKREDITKAN AKAUN JUALAN DI dlm Lejar Am. Tak boleh tidak, dah memang standard sedunia macam tu
cikgu,
Adakah markah akan diberi jika kita tidak menulis tarikh semasa penyediaan lejar?
Fatihah,
Dalam Buku Catatan Pertama (JA, JK dan BT), TARIKH, BUTIR, JUMLAH mesti betul baru diberikan markah. (Jika tiada tarikh atau tarikhnya tersalah, maka dikira SALAH). Ini kerana kemahiran yang diuji ialah kemahiran merekod sesuatu urusniaga dengan tepat dan betul, jadi tarikh adalah penting bagi mengambarkan bila urusniaga itu yang berlaku.
Dalam LEJAR, TARIKH diabaikan (ini bermaksud hanya BUTIR dan JUMLAH yang betul sudah mendapat markah, w/pun tiada tarikh). Ini kerana kemahiran yang diuji disini ialah kemahiran mengepos ke lejar dan juga catatan bergu yang betul.
Walau bagaimanapun, cikgu galakkan pelajar menulis tarikh pada lejar, ini bertujuan memudahkan pelajar membuat semakan jika berlaku sebarang kesilapan.
Dalam akaun belian, adakah betul jika saya menulis nama pemiutang(e.g.Syarikat ABS Sdn Bhd)di bahagian debit?
Atau adakah mesti ditulis dengan pelbagai pemiutang?
Ash07, sepatutnya perkataan pelbagai pemiutang sahaja. Catatan dalam Akaun Belian sebenarnya diposkan dari Jurnal Belian, betul tak. Jurnal Belian menyenaraikan semua pemiutang, oleh itu ash07 mesti menggunakan pelbagai pemiutang, walaupun dlm soalan hanya 1 org pembekal/pemiutang.
I nak tanya soalan dokumen.Akaun diskaun diberi butiran tulis nama syarikat atau pelbagai penghutang?Buku rujukan biasanya akan tulis pelbagai penghutang,tapi i lihat contoh jawapan soalan tahun lepas,ia tulis nama syarikat.
Man,
Tulis perkataan ‘pelbagai penghutang’. Itu yang betul. Buku rujukan itu salah. Mungkin krn tidak disemak dgn teliti.
cg, adakah baki akhir (baki h/b, baki b/b) dalam lejar akan diberikan markah ?
Mila,
Dalam lejar bagi SOALAN 1, tiada markah diberikan bagi catatan penutupan (Baki h/b & Baki b/b) kerana baki-baki tersebut akan diberikan markah dalam Imbangan Duga (elak pemberiakan markah 2 kali bagi perkara yang sama).
Dalam Imbangan Duga markah akan diberikan 1/2 markah setiap satu baki akaun. Pemberian markah tidak bergantung kepada nilainya semata-mata, walaupun nilainya tidak sama dengan skema tetapi markah juga akan diberikan sekiranya nilai tersebut diambil daripada Baki h/b @ Baki b/b dalam akaun tersebut (memenuhi konsep Imbangan duga sebagai senarai baki-baki akaun, markah diberi bagi kemahiran konsep tersebut).
Jadi adalah penting bagi pelajar menunjukkan Baki h/b dan Baki b/b (walaupun akaun nominal) dalam lejar bagi mendapatkan markah ANGKA SENDIRI dalam Imbangan Duga nanti.
Adakah wajib untuk pelajar mengimbangkan SEMUA AKAUN dalam lejar, walaupun ia hanya mengandungi 1 item ? Adakah ia akan menjejaskan markah pelajar ?
Cg Fatin,
Jawapan yang lengkap hendaklah diimbang dan tutup semua akaun walaupun hanya ada 1 item.
Cuma bagi tujuan teknik menjawab soalan SPM, jika hanya ada 1 item tidak perlu diimbang untuk menjimatkan masa (tidak menjejaskan markah).
TETAPI jika ada lebih dari 1 item MESTI diimbangkan, bagi mendapat markah ANGKA SENDIRI dalam Imbangan Duga nanti.
Baki h/b dan baki b/b – baki imbangan TIDAK diberi markah, kerana ianya akan diberikan markah dalam Imbangan Duga.
Cikgu Narzuki,
Saya pelajar persendirian dan ini kali pertama saya mengambil P.A tanpa bimbingan sesiapa. Saya hanya merujuk kepada buku NExus keluaran Sasbadi. Saya cepat memahami semua pengimbangan itu dan ini. Cuma satu perkara saya tidak faham dan cepat keliru adalah baki b/b dan baki h/b.
Berikut adalah yang saya faham mengenainya;-
1) Kawan memberitahu baki b/b itu bawa ke bawah dan baki h/b itu hantar ke bawah
2) Apabila dalam Buku Tunai, b/b dan h/b dicatat dalam ruangan folio
3) Baki h/b terhasil daripada tunai di debit tolak tunai di kredit
Berikut yang saya tidak faham;-
Apakah kegunaannya?
Adakah ia bersifat positif / negetif?
Apabila saya melihat contoh, saya faham jika b/b di debit dan h/b di kredit. Tetapi saya menjadi keliru jika b/b atau h/b pada kedua2nya dan keadaan terbalik.
Maaflah, saya ni nampak bodoh sangat
Tahniah ! kerana mempunyai keinginan dan kesanggupkan mengambil PA. PA merupakan ilmu yang melibatkan kemahiran, dan setiap ILMU KEMAHIRAN memerlukan tunjukajar / tunjukcara daripada seorang GURU kerana banyak kemahiran perakaunan yang perlu dipelajari dan dikuasai tidak dinyatakan dalam buku. Setiap ilmu perakaunan yang dipelajari sebenarnya saling berkaitan antara satu sama lain, dengan adanya bimbingan guru ianya akan menjadi lebih mudah untuk difahami.
Perkara asas yang perlu diketahui ialah 5 pengkelasan akaun iaitu :
ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA.
Ada akaun yang berbaki DEBIT dan ada yang berbaki KREDIT, iaitu :
AB = LEH
Aset dan Belanja merupakan akaun yang berbaki DEBIT
Liabiliti, Ekuiti dan Hasil akaun berbaki KREDIT.
Jadi tidak semua akaun mempunyai BAKI B/B disebelah debit, kerana ada juga BAKI B/B di sebelah kredit. Ianya bergantung kepada jenis akaun diatas. AB = Debit, LEH = Kredit.
Apa itu BAKI ?
Katakan pada 1/1/08 anda mendapat wang sebanyak RM100 daripada bapa anda. Kemudian wang tersebut dibelanjakan RM30 untuk beli buku. Berapakan baki wang anda ?
Sudah tentu RM70.
Pada 2/1/08 berapakah baki wang yang anda ada ? Pasti RM70, dalam akaun RM70 merupakan BAKI B/B iaitu baki yang dibawa daripada 1/1/08 ataupun dipanggil BAKI BAWA BAWAH atau BAKI AWAL. Katakan anda belanjakan pada hari ini sebanyak RM20. Berapakan baki yang tinggal ? Iaitu RM50, maka BAKI AKHIR wang anda pada hari ini tinggal RM50, dalam akaun ianya dipanggil BAKI H/B (Baki hantar bawah) iaitu baki yang akan dihantar ke hari esoknya iaitu 3/1/08.
Apa KEGUNAAN BAKI B/B dan BAKI H/B ?
Baki menunjukkan KEDUDUKAN KEWANGAN kita pada AWAL (iaitu BAKI B/B) dan baki pada AKHIR (iaitu BAKI H/B). Dan Baki h/b pada hari ini menjadi Baki b/b pada esok hari … begitulah seterusnya.
Dalam Buku Tunai “b/b” atau “h/b” boleh ditulis dalam ruangan FOLIO ataupun terus tulis “Baki b/b” atau “Baki h/b” dalam ruangan BUTIR.
Cg harapkan keterangan ini dapat membantu Dayang, Cg nasihatkan dapatkan khidmat seorang GURU. Seseorang itu tidak dipanggil BODOH jika selalu bertanya apabila tidak tahu, sebaliknya seseorang itu akan dianggap BODOH jika ianya TIDAK TAHU tetapi TIDAK MAHU BERTANYA.
TIP SPM !
Pelajar harus memberi penekanan terhadap :
1. Cara mengeposkan catatan dari Buku Catatan Pertama ke lejar yang sesuai.
2. Pastikan catatan disebelah yang betul debit dan kredit.
Salam..cg,sy ingin cg trgkn mgnai lejar ni..sy mmg xfhmla..kawan2 yg lain pun tdk mmhaminya…jd,sy arap cg dpt bantu sy ttg lejar kseluruhannya..jd sy bley berikan ilmu ne kt kwn2 sy..terima kasih…
Ela,
Lejar merupakan BUKU AKAUN yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan yang diposkan (dipindahkan) daripada Buku Catatan Pertama (iaitu JA, JK dan BT). Dan setiap satunya mempunyai caranya yang tersendiri. Untuk Cg terangkan perkara tersebut di sini adalah tidak sesuai kerana ianya memerlukan TUNJUKAJAR secara praktikal.
Cg cadangkan Ela dan kawan2 dapatkan BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR GURU berhubung dengan kemahiran poskan BCP ke Lejar seperti berikut :
1. Poskan Jurnal Am ke Lejar
2. Poskan Jurnal Khas ke Lejar
3. Poskan Buku Tunai ke Lejar
Kuasai kemahiran tersebut SATU PERSATU, pastikan Ela dapat membezakan ketiga-tiga cara tersebut. Dan sebagai panduan, sila rujuk kepada nota berikut :
Cg Awang : Teknik Menjawab Soalan Dokumen
Cikgu
Bila pos ke lejar perlu ikut urutan tarikh tak ataupun Buku Catatan Pertama?
Resah,
Untuk mudah dan tidak tertinggal mana-mana item, adalah lebih baik pos ke lejar mengikut BCP (JA, JK dan BT) satu per satu. Urutan tarikh tidak penting sama ada dalam BCP ataupun Lejar, asalkan catatannya ada sudah DITERIMA dan diberikan markah.
Saya baru menduduki Peperiksaan Percubaan SPM untuk Prinsip Perakaunan..
Namun, masalah saya sekarang ialah soalan nombor 1.. iaitu tentang dokumen perniagaan..
Walaubagaimana saya cuba untuk menulis secepat mungkin namun saya masih mengambil kira-kira 1 jam…
Saya hairan kerana cikgu saya kata kena siap soalan 1 dalam masa tidak lebih 50 minit..
Saya rasa teknik menjawab saya adalah salah,..
Adakah cikgu ada apa-apa tip..
SPM dah dekat..
Harap cikgu boleh bagi panduan..
Terima kasih..
Victorian91,
Teknik menjawab Soalan 1 : Dokumen telah Cg bincangkan sebelum ini. Sila rujuk post DOKUMEN PERNIAGAAN.
Cikgu
Di lejar bagi akaun diterima / akaun diberi apakah tarikh yang perlu diletakkan? Adakah ikut tarikh dalam buku tunai contohnya 2008 Julai 5 ataupun pada akhir bulan tersebut 2008 Julai 31?
Terima kasih.
Resah,
Apa maksud “Akaun diterima / Akaun diberi” ?
Tarikh ikut tarikh urusniaga berlaku. Tetapi jika JUMLAH kena ikut tarikh akhir bulan. Contohnya :
JURNAL JUALAN
Jan 5 Mamat 200 …. dalam Ak Mamat : Butir Jualan
Jan 7 Dolah 300 …. dalam Ak Dolah : Butir Jualan
Jan 31 Ak. Jualan 500 …. dalam Ak Jualan : Butir Pelbagai Penghutang
BUKU TUNAI
Jan 20 Mamat (Dis) 20 (Bank)180 …… dalam AK Mamat
…………… Jumlah (dis) 20 ….. dalam AK Diskaun : Butir Pelbagai Penghutang
Cikgu
Pembahagian Lejar penting untuk peperiksaan Prinsip Perakaunan peringkat SPM?
Terima kasih.
Resah,
Bagi skop SPM, apa yang hendak diuji ialah kemahiran asas pelajar postkan dari JA, JK dan BT ke Lejar. Menyediakan Lejar yang terlibat, Imbang dan tutup setiap akaun. Seterusnya menyediakan Imbangan Duga.
Oleh itu, samada pengkelasan lejar dibuat atau tidak, ianya tidak akan menjejaskan pemberian markah. Bagi tujuan menjawab peperiksaan SPM, Cg cadangkan abaikan pembahagian lejar tersebut. Buka setiap akaun mengikut urutan butir daripada JA, JK dan BT supaya tidak tertinggal mana-mana catatan, yang menyebabkan kehilangan markah.
Teknik menjawab biarlah teratur dan bersistematik bagi mengelakan ketinggalan catatan.
Cikgu, kalau buat soalan dokumen semasa tutup jurnal,kita akan tulis contoh
31 Akaun belian DT 10000
DT itu tulis dekat dgn akaun belian atau di lajur folio
Shihan,
Syarat untuk menulis catatan “DT” adalah TIDAK GANGGU BUTIR. Maksud Cg jika ditulis dekat seperti berikut :
31 Akaun Belian Dt 10000 …. ini dikira menggangu butir, mana ada butir “Akaun Belian Dt“.
31 Akaun Belian ……………. Dt 10000 … ini dikira tidak menggangu butir kerana ianya terpisah.
Cara yang paling selamat ialah menggunakan “(DT)“, kerana “( )” adalah bermaksud nota/catatan walaupun ditulis dekat atau jauh ianya dianggap sebagai nota sahaja dan tidak menggangu buitr.
cg,
saya mmg ambil masa yg lama untuk siapkan soalan dokumen.
berdasarkan komen2 di atas. tidak salahkan saya tidak letakkan tarikh ketika membuat lejar?.
dan lejar dibuat bermula daripada buku tunai, jurnal am dan akhit sekali jurnal khas.adakah saya betul?
Fared,
Tidak salah jika dalam LEJAR tidak diletakkan tarikh. Tetapi Cg cadangkan diletakkan tarikh tersebut supaya memudahkan lakukan semakan jika berlaku ID tidak seimbang.
Untuk pos ke lejar Cg cadangkan mulakan dengan Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai. Ini kerana anda kemungkinan akan hilang markah untuk 1 hb. Baki b/b dalam lejar jika jurnal am dipindahkan kemudian.
Syarat untuk Baki b/b MESTI berada pada baris pertama sebelum item2 lain. Jika berada selepas item2 lain maka dikira SALAH. Ini salah satu sebab kenapa Cg cadangkan TARIKH dalam lejar perlu ditulis, supaya kita akan menyedarinya jika tarikh 1 hb. berada dibawah.
cikgu. kalau Pelbagai Pemiutang dlm lejar mesti bertarikh akhir bulan ke? sy x paham yg tu..
Mish Anish,
Kita pos setiap item mengikut tarikh masing2- satu persatu, contohnya.
Jurnal Jualan
Jan 2 Sykt A ……. 100 … pos ke Ak Sykt A – Dt : Jan 2 Jualan
Jan 15 Sykt B…… 200… pos ke Ak Sykt B – Dt : Jan 15 Jualan
Jan 31 Ak Jualan (Kt) 300… pos ke AkJualan – Kt : Jan 31 Pelbagai Penghutang
cg,
adakah markah akan ditolak jika saya tak imbangkan buku tunai dan lejar?
Fared,
Tiada tolakan markah dalam soalan 1. Baki bagi setiap akaun TIDAK diberikan markah dalam LEJAR. Markah untuk baki2 tersebut akan diberikan markah dalam Imbangan Duga nanti.
SALAM CG..
sy sbnrnya sgt lemah sgt dlm lejar ne…
baru2 ne sy dpt markah 58 in p.a xam tu…
2 yg plg tgi…
sy anya dpt stgh mrkh dlm lejar…
cg…bley trgkan n gtw crnya cmna nk nak wat lejar??
car pndah..
apa yg prlu di msukkan dlm lejar..
cg sy da byk kli ajar..
fhm mmg fhm tp dlm kls dlm xam…fuh kntoi…
tlg sy cg…plzzz
Ela,
Soalan tersebut telah Cg terangkan dalam post diatas.
Sila muat turun Bahan Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
Dengan berpandukan nota tersebut, cuba jawab beberapa set soalan dokumen. Jika masih ada masalah sila kemukakan kepada cg.
baiklah cg..trima kaseh…
salam cg…
ada x latihan2 tbaru tuk form4 n 5???
i mean 4 spm 2009???
ada x???
Ela,
Sekarang Cg sedang berusaha menyediakan dan mengumpul bahan2 tersebut. InsyaAllah Cg akan edarkan nanti.
Jika Ela mahu bimbingan Cg, Sila beritahu bagaimana cara-cara untuk postkan Jurnal AM ke Lejar mengikut kefahaman Ela. Nanti Cg perbetulkan jika ada kesilapan.
OK cG…
jANluPA K aNTA bHAN2 tUE..
inSyALLAH sy tRY dLu..HeHe..Lmah CkiT Ne…Nnti Sy aNTA kAT cg…
n MMg sY perLu BmbGN cg SgT!!tAnX…..
salam cg…
bley ka sy taw mcmna cra blajar??sbb sy agak klru ckit r..
mana sbjek yg kna dlu stdy…huhu…
n cg..slen blog prnsip ne..dmna bley sy cari nota2 or lthn tuk sbjek yg len???
cg…
jadi btul la nex yer p.a ada 3 krtas???
jd yg krtas ke 3 tu apa cg???projek ka???assignmen???
xjd beban ka cg law ada 3 krtas ne??
arap2 sy dptla hdpi……
Ela,
Semua subjek kena study awal jangan tunggu saat akhir baru nak study. Untuk dapatkan apa-apa maklumat di internet, gunakan engin pencari seperti Google atau Yahoo.
Format Pentaksiran Baru seperti yang diwar-warkan sebelum ini telah ditangguhkan perlaksanaanya ke tahun 2011. Jadi tahun 2009 dan 2010 formatnya sama seperti SPM 2008. Sila rujuk DISINI untuk maklumat lebih lanjut.
LAr…
Sy Ngt JAd…
HuHu…
Ok cG..
tANX
Salam…
Cg…
sy ingin tya cg ttg lejar…
ok…
sy dpt knal pasti akaun..
contohnya jualan secara kredit kepada Mahendran rm2500…
n akaun trsbut ialah
akaun penghutang
akaun jualan…
tp maslh yg sy hdpi..
tuk ltk dmna dt n kt…
sy klru…
n sy mac xdpt fhm ttg pgposan jurnal ke lejar…
tlg sy cg…
Ela,
Bagi menentukan Dt atau Kt, kita rujuk kepada asas berikut :
AB :: LEH
DEBIT – Aset & Belanja
KREDIT – Liabiliti, Ekuiti dan Hasil.
Nota : Asas ini untuk PENAMBAHAN, jika PENGURANGAN sebaliknya.
Merujuk contoh yang diberikan, iaitu
DEBIT : Akaun Penghutang …. kerana Aset BERTAMBAH
KREDIT : Akaun Jualan……. kerana HASIL BERTAMBAH
Bagi menjawab soalan Dokumen, kemahiran berikut perlu dikuasai satu persatu mengikut Kitaran Perakaunan :
Dokumen – Buku Catatan Pertama – Lejar – Imbangan Duga
1. Pengecaman dokumen – perlu dicatat dalam JA, JJ, JB, JPJ, JPB atau BT.
2. BCP – tahu cara2 mencatat dalam JA, JJ, JB, JPJ, JPB atau BT.
3. Pos ke LEJAR – tahu cara2 pos bagi setiap jenis BCP.
4. Sediakan Imbangan DUga – tahu cara2 imbang dan tutup setiap AKAUN dan baki2nya dipindahkan ke Imbangan Duga.
Cg nak bertanya, adakah Ela telah mengusai kemahiran 1 diatas, iaitu pengecaman dokumen ? Jika sudah ok, baru kita bincangan kemahiran 2, 3 dan 4 di atas.
OK cg…
Its Mean kna ikut hukum perakaunan la..
yg dbt brtmbh hasil..
cmtu kan???
baru sy trngt
ok..
sy suda pun mguasai kemahiran 1 itu…
n mmg slalu dpt mrkh pnuh d pgecaman dokumen…
tp yg slalu sy brmslah ialah bcp,lejar n imbangan…
sy kurg fhm…
help me
tanx cg
Ela,
Baiklah,
Kemahiran 2 – menyediakan BCP dengan BETUL. Boleh rujuk DISINI.
Kemahiran 3 – poskan setiap BCP ke Lejar :
1. Jurnal Am ke Lejar
2. Jurnal Khas ke Lejar
3. Buku Tunai ke Lejar.
Poskan Jurnal Am ke Lejar :
Jurnal Am
Jan 5 Dt: Angkutan Masuk …. 50
……… Kt : Syarikat Z ………….…. 50
– Buka Ak Angkutan Masuk .. catat sebelah DEBIT Syarikat Z 50
– Buka Ak Syarikat Z …… catat sebelah KREDIT Angkutan Masuk 50
Poskan Jurnal Khas ke Lejar :
– Kita pos setiap item mengikut tarikh masing2- satu persatu, contohnya.
Jurnal Jualan
Jan 2 Sykt A ……. 100 … pos ke Ak Sykt A – Dt : Jan 2 Jualan 100
Jan 15 Sykt B…… 200… pos ke Ak Sykt B – Dt : Jan 15 Jualan 200
Jan 31 Ak Jualan (Kt) 300… pos ke AkJualan – Kt : Jan 31 Pelbagai Penghutang 300
Ok, ada masalah tak dengan pengeposan JA dan JJ di atas ?
sy fhm tp kurg ckit..
sy nk tya..
klu masa xam lejar n bcp mmg sy xckup masa nk wat…
sy nk tw apa item yg prlu d masukkan d bcp n lejar…
cz itu yg sy xtw….huhu..
mmg sy xfhmla..
maaf cg..
myusahkan..
huh
Ela,
Bagi menduduki exam, kita kena bersedia AWAL, bukannya masa exam baru nak ingatkan apa yang telah cikgu ajar. Persedian awal sangat penting, baru masa exam nanti CUKUP masa.
Cg rasa Ela perlu menguasai Kemahiran 2 dahulu – mecatat dalam BCP dengan betul. Bagi memudahkan pembelajaran Ela dapatkan 1 set soalan dokumen, kemudian Ela nyatakan apakah urusniaga yang terlibat (satu per satu) kemudian kita bincang dalam BCP mana ianya perlu dicatat dan bagaimana hendah mencatatnya.
Oleh kerana Ela sudah menguasai Kemahiran 1 – Pengecaman, Ela kemukakan urusniaga2 yang berkaitan dengan Jurnal Am sahaja dahulu, kita bincangkan bagaimana cara merekodnya satu per satu.
Bila sudah mahir JA, baru kita beralih ke Jurnal khas dan seterusnya Buku Tunai.
insyallah sy akan cuba…
tanx cg..
i have to work hard this yer…..
wah
Ok, Good Luck.
cg..
mcm mna spya sng score p.akaun nie..
bleh cg ajr kan ka..
coz ckgu yg ajr kmi skrg pun mcm syok sendiri..
dia jak yg fhm2 sendiri..
smpai rsa mcm mau drop jak subjek nie…
tp rsa mcm rugi plak..
coz sdh 1 thn blajar…
Shera,
Dalam apa-apa subjek sekalipun, tiada cara mudah untuk skor melainkan berusaha bersungguh2. Buat masa ini cuba fahami dan kuasai topik yang diajar oleh guru dengan perbanyaklah latihan dan bertanyakan guru atau rakan. Jika perlu, ikuti kelas tuisyen, disamping dapatkan bimbingan Cg di sini.
cikgu
apa khabar?
saya agak keliru dengan penutupan pada akaun-akaun di lejar.
Misalnya akaun belanja, semasa penutupan adakah baki h/b atau akaun untung rugi ; akaun jualan dan belian, penutupannya sepatutnya baki h/b atau akaun perdagangan. Semasa SPM yang mana satu saya perlu praktiskan.
2. Dalam soalan SPM 1, misalnya bahagian c, penyediaan Imbangan Duga, sekiranya ID saya tidak seimbang, tetapi sesetengah entry saya adalah betul. Adakah saya akan diberi sedikit markah atau 0
tq
Cal,
Kedua2nya betul. Semua akaun2 hasil dan belanja akan diimbang, tutup dan pindahkan ke Akaun Perdagangan & Untung Rugi untuk mendapatkan Untung Bersih. Akaun2 tersebut sebenarnya TIADA Baki h/b dan Baki b/b kerana ianya TIDAK akan dipindahkan ke tahun kewangan hadapan sebaliknya terus pindah ke AUR untuk mendapatkan Untung Bersih tahun kewangan tersebut.
Walau bagaimanapun untuk peringkat SPM, pelajar TIDAK dikehendaki menyediakan sehingga ke Penyata Kewangan, tetapi hanya setakat Imbangan Duga sahaja. Penekanan diberikan kepada konsep Imbangan Duga, iaitu himpunan senarai baki semua akaun yang telah diimbang dalam lejar am. Fungsi bagi menyemak ketepatan catatan bergu yang telah dibuat dalam akaun2 di lejar, di mana jumlah baki debit sama dengan jumlah baki kredit.
Jadi, cadangan Cg untuk peringkat SPM, terutamanya bagi menjawab soalan 1, penutupan semua akaun tersebut menggunakan Baki h/b dan Baki b/b, bagi memudahkan pelajar menyediakan Imbangan Duga.
Pemberian markah dalam Imbangan Duga berdasarkan setiap satu item, jika ianya betul maka akan dapat markah. Tidak semestinya semua item betul baru diberikan markah.
salam cikgu..
saya nak bertanya pasal soalan dokumen.
untuk pengeposan ke lejar…
macam mana nak tulis tarikh yang betul..
kalu dalam lejar yang sebenar…adakah 07/04/09 ataupun
2009
Apr 4 ?
tq..
Zai,
Kedua2nya betul dan boleh digunakan mengikut keadaan dan kesesuaiannya. Cuma pada kebiasaannya dalam sistem manual, tarikh ditulis seperti dibawah supaya nampak lebih kemas.
2009
April 4
AB=LEH
jualan itu hasil?tapi masuk AK pdagangan bukan Untung rugi?
belian itu Belanja atau aset? (ingat macam stok. krn boleh kita kurangkan kalau ada ambilan )
alaa…pening jugak
Pening,
Pastikan anda boleh bezakan antara Ak Perdagangan dan Ak Untung Rugi terlebih dahulu, baru anda akan faham kenapa jualan dan belian dimasukkan dalam Ak Perdagangan bukannya Ak Untung Rugi.
Belian adalah Belanja bukannya aset. Semasa membeli barang niaga Ak Belian digunakan (bukannya akaun stok), jadi jika barang niaga tersebut diambil maka jumlah Belian (barang niaga yang dibeli untuk dijual semula) akan berkurang.
Selagi anda menamakan diri anda “pening”, secara tak langsung anda menyemai sifat mudah putus asa dan mengalah dalam diri anda. Sebagai pelajar sepatutnya anda menyemai sifat2 jatidiri yang tinggi.
cikgu , saya nak tanya dalam Akaun Diskaun diberi dan Akaun diskaun diterima yang pos dari Buku Tunai , “butir” ialah tulis “pelbagai penghutang & pelbagai pemiutang ” atau tulis ” nama syarikiat ” ? guru sekolah saya cakap butir mesti ialah tulis nama “syarikat” dan bukan “pelbagai penghutang dan pemiutang ” , betul kah guru saya cakap ?
Yee,
Maaf untuk Cg katakan, bahawa BUTIR dalam Akaun Diskaun Diberi dan Akaun Diskaun Diterima adalah PELBAGAI PENGHUTANG dan PELBAGAI PEMIUTANG, dan bukannya Syarikat. Ini kerana untuk poskan ke Akaun Diskaun kita hendaklah merujuk kepada JUMLAH di lajur Diskaun dalam Buku Tunai.
Konsepnya adalah sama dengan poskan Jurnal Jualan ke Lejar. JUMLAH dalam Jurnal Jualan akan diposkan ke Akaun Jualan dan butir yang digunakan ialah PELBAGAI PENGHUTANG dan bukannya Nama Syarikat.
salam…
cikgu,
saya cume ada sedikit kekeliruan..
saya bukan student akaun..
tapi skang kena wat akaun utk satu company..
dlm buku saye xtau lah nk panggil buku pe ada date, particulars debit and credit..
syarikat saye ade mengeluarkan invoice,so invoice tu harus diletakkan di debit or credit n payment yg diterima dari client pula mcm ner?
saye t’konfius..
hope dpt tlg saye
salam…
soalan kedua…
dlm buku yg sme,sgale perbelanjaan juga dicatitkan disitu.kekeliruan yg same.hendak letak di debit or credit.
soalan ketiga…
jika saya buat akaun utk client,cth inv rm1000.00 hndk diletakkn di crdit or debit..
n jika utk suplier plak,kami akan terima invoice,so mane saye ptut letak amount invoice 2..
Sha,
Maaf, Cg tak jelas bagaimana sistem perekodan company tersebut. Jadi Cg nasihatkan sha bertanyakan senior/pegawai di company tersebut supaya apa yang sha buat nanti akan memenuhi kehendak company.
salam..
mnta maaf ye cikgu..
mslhnye skang xde og yg boleh ditnye..
saye cume gunekn 1 buku untuk cttn sgale pengeluaran invoice kpd client,pembayaran pada suplier n juga payment masuk yg dibayar oleh client.jd dbhagian crdt or dbt perlu sye letak amount invoice yg sye keluarkan,payment yg sye trime
cume yg sye leh bgtau ckgu,sy rase sy gune kn akaun perorangan
salam…
maaf ye cg..
sye simpulkan pe yg sye nk tau..
payment yg sye trime n pyment yg sye kluarkn perlu sye masukkan di bhgiakn crdt or dbt…
assalamualaikum cikgu,sy masih keliru macam mana nak memindahkan buku tunai kepada lejar..lagi satu,jika hendak memindahkan jurnal jualan kepada lejar,harus buka akaun lejar,tapi butirnya adakah boleh saya menulis pelbagai penghutang dan jumlahnya saya ambil daripada jumlah jualan kredit(diambil dari jurnal jualan)??
Sha,
Oleh kerana sha tiada asas akaun dan syarikatpun tidak mengamal sistem perakaunan yang lengkap, maka sebagai permulaan, Cg cadang gunakan cara yang lebih mudah untuk difahami oleh semua. Iaitu sediakan 3 buah buku untuk merekod :
1. Penerimaan dan Pembayaran (Buku Tunai) – untuk merekod wang masuk (DEBIT) dan wang keluar (KREDIT)
2. Akaun2 Pelanggan – untuk rekod hutang (invois) dan terima bayaran.
3. Akaun2 Pembekal – untuk rekod hutang (invois) dan pembayaran.
Format yang Cg cadangkan sebagai contoh :
Pelanggan Ali
Tarikh …. Butir ………..….Invois …Bayaran…Baki
Jan1 ….Invois 1234 ………rm1200 ……..……..rm1200
Jan3….Tunai / Cek 1234 ……………rm1000…rm200
Jan5….Invois 1235……….rm600………………rm800
Jan7….Tunai/Cek 3424……………….rm800….rm0
Format tersebut juga boleh digunakan untuk akaun setiap pembekal. Dengan cara tersebut Cg rasa lebih mudah difahami. Sha boleh tahu baki hutang setiap pelanggan dan juga baki hutang dengan setiap pembekal apabila ditanya oleh boss. Semoga cara yang Cg cadangkan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Flamez,
Waalaikumussalam, Buku Tunai (item DEBIT) – pindahkan ke sebelah KREDIT dalam lejar akaun tersebut dan butirnya sama ada TUNAI / BANK. Dan begitulah sebaliknya.
Setiap item yang ada TARIKH, BUTIRdan JUMLAH dalam Jurnal Jualan (atau Jurnal Khas yang lain) perlu diposkan lejer (akaun masing2), Contohnya :
JURNAL JUALAN
Jan 2 …Ali………..rm1000 ….pindah ke Dt Ak ALI..butir JUALAN
Jan4…..Baba………rm2000 ….pindah ke Dt Ak BABA..butir JUALAN
Jan7…..Chong…….rm3000 ….pindah ke Dt Ak CHONG..butir JUALAN
Jan31…Ak.Jualan ..rm6000 ….pindah ke Kt Ak JUALAN..butir PELBAGAI PENGHUTANG
Cikgu, apakah perbezaan antara lejar khas dengan lejar subsidiari?Adakah dua jenis lejar ini adalah sama hanya nama berbeza?
Ian,
Ya, kedua-duanya adalah merujuk kepada perkara yang sama.
salam..
trime kasih kpd cg…
skang sye lbih fhm dimana sye hndak ltakkan wang kuar n wang masuk..
jika sye perlu membuat statement utk pembekal n pelanggan, macam mane plak 2…kerana perlu gunekan ruang debit n credit kn..
cg..
bleh bg sye cnth satu buku tntang perakaunan untuk dijadikn rujukn..
kalo leh in malay coz lbih mudah utk fhm…
from beginner tp complete n mudah difhmi..
Sha,
Format tersebut juga boleh digunakan untuk membuat penyata kepada pelanggan, mereka juga lebih mudah faham. Kalau nak gunakan juga debit dan kredit, maka gantikan tajuk lajur INVOIS kepada DEBIT dan BAYARAN kepada KREDIT, bagi penyata pelanggan. Kita tidak perlu keluarkan penyat kepada pembekal, kerana mereka yang akan keluarkan kepada kita.
Pada pandangan Cg belajar melalui buku untuk menyediakan rekod perakaunan agak sukar kerana anda tiada asas akaun dan tidak ada buku di pasaran yang betul2 sesuai untuk dijadikan rujukan. Cadangan Cg adalah lebih baik Sha mengikuti kelas Perisian Perakaunan (seperti UBS, MYOB dll) yang terdapat disekitar tempat anda. Kerana hasilnya lebih baik dan lebih cepat.
Cikgu,
Salam Sejahtera.
Saya pelajar STPM yg mengambil subjek perakauanan. Saya ingin meminta bantuan cikgu untuk mendapatkan soalan STPM tahun-tahun lepas.
Sekian Terima Kasih.
Ashraf
Asraf,
Maaf, Cg tidak ada maklumat/bahan berkaitan Perakaunan STPM, sila layari laman Sifu2b di https://sifu2bstpm.wordpress.com/
salam..
trima kasih cikgu…skng sy dh jelas..
just t’keliru krn clerk lme dh menterbalikkn kegunaan
debit & kredit 2..
thks a lot..
Sha,
Kegunaan DEBIT dan KREDIT bagi pelanggan dan pembekal adalah berbeza/terbalik, dimana :
Pelanggan : DEBIT untuk Invois dan KREDIT untuk bayaran.
Pembekal : KREDIT untuk Invois dan DEBIT untuk bayaran.
Ini disebabkan PELANGGAN adalah ASET, PEMBEKAL adalah LIABILITI.
Salam…
cg, sye dh wat 1 statement utk pembekal…
bank in(pembayaran) sye masukkn di bhgian dbt…
invoice sye masukkn d bhgian crdit..
bank in 01.01.09 rm1000.00 (down pymnt)
invoice 15.01.09 rm 500.00
invoice 30.01.09 rm 700.00
bank in 01.02.09 rm 500.00
so bile sye nk wat statemnt
date particular debit credit bal
01.01.09 bank in 1000.00 (1000.00)
15.01.09 inv 500.00 ( 500.00)
30.01.09 inv 700.00 200.00
01.02.09 bank in 500.00 ( 300.00)
btul ker pe yg sye wt nie????
date…………particular……….debit…………credit……….bal
01.01.09……..bank in……………………….1000.00….(1000.00)
15.01.09………inv…………….500.00……………………( 500.00)
30.01.09………inv……………..700.00……………………..200.00
01.02.09………bank in………………………..500.00….( 300.00)
btul ker cmnie cre nye klu nk wt statemnt utk pembekal?
Sha,
Kalau untuk PEMBEKAL, INVOIS di sebelah KREDIT (tambah hutang), manakala BAYARAN di sebelah DEBIT (kurangkan hutang). Jadi catatan debit-kredit sudah terbalik.
salam…
slmt pg cg…
sy nk tnye, credit note dan debit note 2 pe maksudnye?
leh trangkan…utk elakkn kekeliruan..
trime ksih…
Sha,
NOTA DEBIT – dikeluarkan bagi MENAMBAHKAN HUTANG yang disebabkan oleh :
– nilai dalam invois asal telah TERKURANG nilai.
– caj tambahan seperti Kos Angkutan yang dikenakan ke atas pelanggan.
NOTA KREDIT – dikeluarkan bagi MENGURANGKAN HUTANG, yang disebabkan oleh :
– pulangan barang niaga oleh pelanggan.
– nilai dalam invois telah TERLEBIH nilai.
salam…
cg,sy phm ape yg cg trangkn utk nota kredit dan debit.
soalan saya strusnye, adakah maksud nye masih same jika saya perlu mmbuka nota kredit/debit utk pembekal
Sha,
Tidak perlu buka untuk nota2 tersebut, gunakan akaun Pembekal atau Akaun Pelanggan sedia ada.
NOTA DEBITt catat disebelah TAMBAH HUTANG (sama dengan INVOIS), manakala NOTA KREDIT disebelah KURANG HUTANG (sebelah pembayaran).
akum..
nak penjelasan Saya kurang pasti.
kalau student saya catat butir di akaun belian nama pemiutang boleh diberi markah atau tidak?
cth: catatan akaun belian sebelah Dt
Syarikat ali Rm5000
Syarikat abu RM 250
mengikut skema : catatan tersebut ialah
akaun belian sebelah Dt
Pelbagai pemiutang Rm 5250
Adakah boleh diberi markah jika pel merekod nama perniagaan bukan pelbagai pemiutang?
tq
satu lagi, jika syarikat ada membeli almari untuk kegunaan pejabat dari sya aisyah secara kt. Pel catat belian tersebut sebagai Dt alatan pejabat kt sya aisyah. Adakah betul? Sepatutnya almari itu di catat perabot @ lengkapan… boleh diterima jawapan alatan pejabat?
Cg Mar,
Tidak diberikan markah. Jawapan mesti DT: PELBAGAI PEMIUTANG RM5250 baru diberikan markah.
Alatan pejabat lebih merujuk kepada alatan2 seperti komputer, mesin fotostat dll. Oleh itu ALMARI tidak boleh dikelaskan sebagai ALATAN PEJABAT dan jawapan pelajar tidak boleh diterima.
Terlebih dulu saya nak ucap terima kasih kepada ckg kerana banyak membantu dalam hal ehwal prinsip perakaunan, mslh saya ialah, dlm menjawab soalan 1(b) SPM, dalam akaun di lejar – adakah tarikh setiap urusniaga wajib ditulis, jika tidak ditulis, adakah memberi kesan kepada markah pelajar?
Mohd Subri,
Soalan ini Cg telah jelaskan di ATAS, atau klik DISINI.
akum…sya ni tkder basic langsung dlm akaun so bla lecturer ajr dlm kels sya menjadi blur..so sy minta cg tolong sya ajr kan sya basic of account..mcm mana nk buat akaun t dan nk balance sheet
Ajeq,
Perkara asas yang perlu anda tahu buat masa ini ialah :
1. Apa itu Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja ?
2. Apa maksud Persamaan Perakaunan (Aset = Liabilti + Ekuiti) ?
3. Apakah yang dimaksdukan AB = LEH ?
Pada pandangan Cg, untuk anda menguasai SEMUA basic akaun dalam masa yang singkat adalah tidak mungkin, kerana ianya memerlukan kefahaman, TUNJUK AJAR dan banyak LATIHAN. Jadi Cg nasihatkan, cuba fahami satu per satu apa yang SEDANG dipelajari. Banyakkan BERTANYA rakan2 atau pensyarah anda. Kemukakan soalan secara SPESIFIK apa yang anda tidak faham supaya mudah Cg, rakan2 atau pensyarah memberikan penerangan.
cg, sy mempunyai mslh dlm memindahkan maklumat dr jurnal ke lejar & dr buku tunai ke lejar.. selain itu, sy juga mempunyai mslh utk memindahkan baki dr lejar ke imbangan duga. bagaimana cra utk sy selesaikn mslh ini cg?
Muz,
Cg sarankan Muz baca komen2 Cg diatas serta muat turun panduan dan teknik menjawab soalan dokumen yang telah disediakn oleh Cg Awang, Cg Ghazali dan Cg Hamidon di bahagian berikut :
B-Muat Turun Bahan
Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
Cg Ghazali – Bahan Bengkel
Cg Hamidon – Bahan Bengkel
Bahan-bahan tersebut ada menerangkan secara lebih detail bagaimana menyediakan BCP dan postkan ke lejar serta menyediakan Imbangan Duga.
salam~
cg,,mcm mne kte nk pstikn
dokumen tu juRnal khaS / jurnal am??
Yoehanna,
JURNAL KHAS hanya melibatkan :
1. INVOIS dan NOTA DEBIT – Jurnal Jualan / Belian
2. NOTA KREDIT – Jurnal Pulangan Jualan / Belian
dan SYARAT UTAMAnya mestilah BARANG NIAGA.
Sekiranya INVOIS yang melibatkan BUKAN barang niaga, maka ianya perlulah dicatat dalam JURNAL AM.
cikgu,sy x pndai nak poskn ke lejar dan imbangan duga selalu tak seimbang…blh cikgu tnjukkn cara utk poskn ke lejar dn imbangan duga??
ah Q,
Cg sarankan baca komen2 Cg diatas serta muat turun panduan dan teknik menjawab soalan dokumen yang telah disediakn oleh Cg Awang, Cg Ghazali dan Cg Hamidon di bahagian berikut :
B-Muat Turun Bahan
Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
Cg Ghazali – Bahan Bengkel
Cg Hamidon – Bahan Bengkel
Bahan-bahan tersebut ada menerangkan secara lebih detail bagaimana menyediakan BCP dan postkan ke lejar serta menyediakan Imbangan Duga.
ok..trima ksih atas bantuan cg….
err…perlu tak kami imbangkan semua akaun dalam spm dengan nyatakan jumlah kedua2 belah kt dan dt?
dalam exam agak menyusahkan dan memakan masa kan?
lagipun macam tiada markah?
tapi ada kaitan tak dgn sijil lcci?
cadangkan supaya cikgu tubuhkan page baru bagi tips peperiksaan?
terima kasih
Sedar,
Sebaik-baik jawapan tutup dan imbangkan semua akaun yang ada. Sekiranya dirasakan makan masa yang lama untuk menyediakannya, anda boleh terus sediakan Imbangan Duga tanpa tutup akaun yang ada hanya 1 item. Dan setelah habis menjawab semua soalan lain, jika masih ada lebihan masa, maka bolehlah anda lengkapkan penutupan akaun2 tersebut.
Page untuk TIPS PEPERIKSAAN (klik) dan TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN (klik)
telah lama Cg sediakan dalam post terdahulu.
askum cg,
saye nak tnyer, kalau sy x letak tarikh dkt lejar dengan jurnal khas dikira salah k??akan menggangu markah sy k??
Miss lolyz,
Catatan dalam BUKU CATATAN PERTAMA, iaitu Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai MESTI mengandungi TARIKH, BUTIR dan JUMLAH yang betul baru diberikan markah, jika tiada / silap salah satu, maka dikira SALAH.
Dalam LEJAR tarikh biasanya DIABAIKAN (hanya BUTIR dan JUMLAH diambilkira), tetapi adalah LEBIH BAIK dalam Lejar dituliskan juga TARIKH bagi memudahkan anda membuat semakan jika berlaku kesilapan.
cikgu apa itu akaun nominal ?
Akaun Nominal adalah akaun2 hasil dan akaun2 belanja.
assalamualaikum..
boleh saya tau bila, siapa, mengapa dan bagaimana hendak menggunakan lejer?
Cuba fahami dahulu apa yang dikatakan sebagai KITARAN PERAKAUNAN dan kedudukannya dalam kitaran tersebut. Barulah nor akan nampak dengan jelas dan segala persoalan2 tersebut dapat diselesaikan.
a’kum ckgu Narzuki..
sy slalu buat silap semasa hndak mngimbangkan lejar..boleh x ckgu tunjukkn formula lejar??
Salam, sebenarnya tiada apa-apa formula untuk imbang dan tutup akaun lejar. Cuma kita kena faham apakah tujuan imbang dan tutup akaun lejar tersebut ? Jawapannya, nak cari BAKI AKHIR.
Bagaimana nak cari BAKI AKHIR ? ….. Mestilah JUMLAH BESAR – JUMLAH KECIL. Dan BAKI AKHIR mestilah berada di sebelah JUMLAH BESAR. … Itu saja secara konsepnya.
Contohnya,
……………………..Ak Penghutang
Baki b/b ………… 300 … Bank ……… 200
Jualan …………… 500 … Pulangan …100
Sebelah mana yang BESAR ? …….. Debit 800, Kredit 300
Berapa BAKI AKHIR nanti ? ……….. 800 – 300 = 500,
Baki akhirnya disebelah mana ? …. DEBIT
Jadi Ak Penghutang mesti berbaki DEBIT sebanyak RM500. Cuma Fara perlu kuasai cara untuk mencatat secara sistem perakaunan.
Langkahnya :
1. Masukkan Jumlah BESAR dalam baris JUMLAH.
2. Cari beza 800 – (200+100)=500 …. BAKI H/B
3. Pindahkan Baki h/b kesebelah Debit sebagai BAKI B/B.
……………………..Ak Penghutang
Baki b/b ………… 300 … Bank ……… 200
Jualan …………… 500 … Pulangan …100
………………………………. Baki h/b … 500 (Langkah 2)
……………………..800 ……………………800 (Langkah 1)
Baki b/b …………500 (Langkah 3)
Ok, itu saja, semoga penegangan Cg dapat membantu fara mengimbang dan menutup akaun dengan betul.
salam…cikgu…
saya x mahir nak tutup lejar lah…so,sye x leh nk wat imbangan duga…mcm mne nieh??
then bnyk topik2 yg saya x leh nk kuasai lgi….
lgi stu,saya minat akaun ni…tp,sye x tau lar knape sye x leh nk jwab soaln akaun dgn baik…
Salam,
Dalam akaun, banyak kemahiran2 yang perlu dikuasai. Ilmu perakaunan tidak boleh dikuasai SEKALI GUS semua sekali, kita kena kuasai SATU PER SATU kemahiran2 tersebut, seperti rekod dalam BCP, pos ke Lejar, imbang dan tutup akaun lejar, sediakan ID dan sebagainya. Untuk menguasai kemahiran2 tersebut kita tidak boleh TUNGGU2 untuk bertanya. Sebaik saja ada masalah terus TANYA kawan ataupun sebaik2nya tanya cikgu anda.
salam sejahtera. bolehkah cgu tolong dapatkan bentuk soalan asas perakauanan?
perlukah ajar kepada pelajar BCP dulu baru ajar lejar, kerana saya skip dulu topik BCP dan teruskan dengan bab lejar.. sebab ada cikgu senior di sekolah saya minta saya ajar bab lejar dulu..
Pada pandangan saya, sepatutnya kita ajarkan mengikut kitaran perakaunan sebenar, supaya pelajar betul2 faham akan proses/kitaran tersebut. Walau bagaimanapun bergantung kepada perancangan yang dibuat oleh cikgu masing2 asalkan memenuhi semua kehendak HSP.
cg… saya pelajar dari SMKSYP1 dan saya mempunyai masalh untuk mengepos ke lejar dari buku tunai dan jurnal.. apakah tips2/ formula untk mengepos butir2 dlm buku tunai dan jurnal??? sila terangkan secara trperinci…
Perkara tersebut telah Cg terangkan dalam post diatas.
Sila muat turun Bahan Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
Dengan berpandukan nota tersebut, cuba jawab beberapa set soalan dokumen. Jika masih ada masalah sila kemukakan kepada cg.
Saya bukan pelajar tetapi tengah belajar berniaga dan belajar tentang akaun perniagaan. Saya ingin bertanya CG :
1. Saya keliru tentang Lejar Am dan Jurnal Am. Perkara apa yang perlu saya rekodkan ke dlm Lejar Am dan Jurnal Am. Adakah ada persamaan fungsi kedua2 dokumen ini atau ia adalah sama hanya berbeza penggunaan istilahnya.
2. Perbelajaan tunai oleh pemilik perlu direkodkan dibahagian mana sebagai contoh Makan tengahari untuk diri sendiri bukan meraikan seseorang atau pelanggan.
3. Apa perlu saya buat jika sesuatu perbelanjaan oleh pemilik itu kehilangan resit dan pemilik tidak ingat apa yang dibelanjakan. Apa yg perlu direkodkan dan bahagian mana?
4. Apa itu aliran wang tunai, adakah ia sama dengan buku tunai?
Diharap CG dapat membantu. Terima Kasih
Assalamualaikum CG.
1. Apa yang dimaksudkan dengan Pulangan Jualan atau belian. Boleh CG berikan contoh.
Terima kasih
assalamualaikum,cikgu.saya nie lemah sikit nak buat buku tunai dan lejar.macammane yew nk buat????bg saya tips boleh tak.???terima kasih..
Waalaikumussalam,
Cg cadangkan muat turun nota berikut :
Cg Awang : Teknik Menjawab Soalan Dokumen sebagai panduan
salam cg..
sy guru baru mngjar prinsip akaun…sy mmg blur nak ajar sbjek ni sbb sy kurang arif format pemarkahan terbaru..sy hrp cg boleh bantu sy dari segi tips format & pemarkahan sbjek ini.
tqs cg…
cg sya nk tanya markah untuk lejar berapa?
sya bab dokumen…jurnal..buku tunai..semua dah ok..dh boleh ingt tapi yg lejar…susah nk ingt..then confius yg mana nk letak kt lejar…disebabkan sya x buat lejar ujian dianogstik gagal… dlam kelas kita org ada 32..yg lulus 11 org jer … pling tinggi pun 48…
Fuad,
Markahnya bagi poskan ke lejar biasanya dalam 10 markah (ada dinyatakan dalam soalan).
Secara mudahnya, apa yang ada TARIKH, NAMA AKAUN dan JUMLAH dalam setiap item dalam BCP perlu diposkan ke LEJAR masing2. Kena kuasai cara2 untuk pos ke lejar bagi setiap Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai, kerana ketiga2 ada caranya yang tersendiri…. cuba kuasainya satu persatu.
salam alaik ckgu .
sye stdent form 4 and skrg tngh stuck bhgian mcmana nk pos dri bku tunai ke lejar .
cth :Jualan dan bank kat bku tunai.
so dats mean bank tu debit dan jualan kredit . so kalau kat lejar saya kena buka acc. jualan lah kan ? dan letak bank dlm akaun jualan dekat bahgian kredit ? mcm tu ?
Jika dalam BT disebelah DEBIT, maka item tersebut diposkan ke lejarnya di sebelah KREDIT. dan begitulah sebaliknya.
Item JUALAN dalam BT sebelah Debit lajur Bank, maka dalam AKAUN JUALAN catat disebelah KREDIT dan butirnya BANK.
assalammualaikum cikgu..
saya mempunyai masalah dlam pengeposan ke lejar,,
kadangkala saya keliru adakah ianya debit atau kredit..
bagaimana harus saya atasi masalah ini??
Waalaikumussalam,
Cara paling BERKESAN bagi menyelesaikan masalah ini, ialah dapatkan TUNJUKAJAR daripada guru anda di sekolah. Cuba kuasai satu persatu kemahiran pengeposan tersebut :
1. Jurnal Am ke Lejar
2. Jurnal Khas ke Lejar
3. Buku Tunai ke Lejar
Ini kerana setiap satunya mempunyai cara yang tersendiri.
Sebagai panduan, boleh juga baca komen2 yang telah Cg kemukakan di ATAS.
cikgu nk tanya sikit, cyew x faham lorh apa maksud belanja am???? and soalan saya ialah,
Dis 13 terima resit untuk belanja servis alat penghawa dingin daripada syarikat teong hin RM75
+SO CYEW KNEW BUKAK AKAUN BELANJA AM, LEKAPAN & lengkapan, syarikat teong hin kew??
Dis 26 Membayar bil telefon dengan tunai Rm265
+ so cyew knew bukak akaun tunai nan belanja am kew???
tolong help meh… (hrp bls secepat mungkin)
Aishah,
Maaf, sila gunakan bahasa yang betul dalam mengemukakan soalan supaya rakan2 yang lain tidak keliru dan dapat memahaminya dengan mudah.
salam cikgu narzuki,
fatin nak tanya satu soalan jika beli barangan secara kredit daripada syarikat ABC, maka saya akan debit akaun belian dan kredit Akaun syarikat ABC…..dalam tajuk lejar akaun syarikat ABC, perlukah saya tulis akaun syarikat ABC atau Syarikat ABC sahaja tanpa nama akaun.
Bagaimana pula Akaun Belian, jika tajuk lejar saya hanya tulis Belian sahaja tanpa nama akaun, adakah ini akan menjejaskan markah yang diperolehi.
terima kasih
Salam,
Bagi skop SPM, perkataan “Akaun” pada tajuk sesuatu akaun dalam Lejar, sama ada ditulis atau tidak adalah diterima. Ini kerana buku Lejar itu sendiri adalah khas untuk penyediaan akaun.
terima kasih cikgu. bagaimana pula jika dalam spm, suruh kita sedia akaun pengasingan untung rugi tetapi saya sediakan dalam bentuk penyata, bolehkah?
terima kasih
Akaun Pengasingan UR bukan akaun2 biasa yang disedaikan dalam Lejar. Ianya tergolong dalam kumpulan Akaun Penamat, yang mana boleh disediakan dalam bentuk “T” @ Akaun ataupun bentuk Penyata. Pada masa ini penyediaan akaun penamat dalam bentuk Penyata adalah digalakkan, walaupun dalam soalan menyatakan sediakan Akaun PUR.
terima cikgu…selamat hari guru
assalammualaikum,cikgu..
saya amat berterima kasih dengan nasihat yang cikgu berikan..
saya amat gembira dengan pencapaian terbaru saya..
SELAMAT HARI GURU,CIKGU!!!!
Fatin & Abel,
Terima kasih atas ucapan tersebut. Semoga anda berdua beroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti, InsyaAllah.
assalamualaikum cikgu..
1stly saya nk ucap selamat hari guru..
cikgu, saya ada satu masalah dalam merekod maklumat dalam catatn pertama..saya konfius nk msukkn butir dalam buku catatn pertama..saya selalu tersalah msukkn butir ke dalam akaun..
terima kasih cikgu..
Waalaikumussalam,
Jika catatan butir dalam BCP silap, maka kemungkinan besar pos ke lejar juga akan silap. Cadangan Cg, cuba kuasai SATU PERSATU kemahiran2 berikut:
1. Pengecaman dokumen – BCP yang mana satu.
2. Merekod dalam BCP bagi setiap JA, JK dan BT.
3. Poskan ke Lejar satu persatu – JA, JK dan BT
4. Imbang dan tutup setiap akaun
5. Sediakan Imbangan Duga.
‘beli perabot dgn tunai’ nak letak akaun mana? akaun tunai or akaun perabot ?
Setiap urus niaga akan memberi kesan kepada sekurang2nya 2 akaun, satu didebitkan dan satu lagi dikreditkan.
Dalam kes ini:
Debit – Akaun Perabot (… kerana Perabot bertambah)
Kredit – Akaun Tunai (… kerana Tunai berkurang)
hai cikgu, dalam menjawab soalan dokumen bahagian lejar. kalau pelajar membuka akaun yang salah tetapi butirnya betul adakah markah akan diberikan. akaun angka dan taraikh yangbetul tapi butir yang salah adakahmarkah akan diberikan.
contoh:
bayar insurans dengan cek
kalau pelajar buka akaun syarikat insurans tersebut adakah markah akan diberikan,
Kalai,
Jika AKAUN nya salah, maka semua dikira SALAH, walaupun isinya betul. Ini kerana konsep asas catatan bergunya sudah salah.
ckgu .. sya bru blajar tntng akaun2 nie . sya x brapa faham tntang mcm mna dari urus niaga moe post p jurnal ..
Cincin, akaun adalah ilmu kemahiran yang perlu diajar secara langsung, melalui TUNJUKAJAR dan BIMBINGAN yang berterusan.
Jadi anda perlu menguasai satu persatu kemahiran2 berikut :
1. Pengecaman BCP yang terlibat bagi setiap urus niaga.
2. Penyediaan BCP
3. Postkan ke Lejar
4. Imbang dan Tutup setiap akan dalam Lejar.
5. Penyediaan Imbangan Duga.
cikgu saya ingin tahu sedikit tentang baki..
menurut buku, baki aset bulan lepas dibawa ke bulan hadapan, bakinya harus Baki b/b disebelah debit pada bulan semasa..
saya agak ragu apabila saya membaca buku rujukan slybus baru, saya mendapati aset pada bulan lepas yang dibawa ke bulan semasa ialah Balance b/f yang mengunakan sistem UBS… jadi saya ingin tahu, baki aset yang dibawa ke bulan semasa harus berbaki b/b atau baki b/f?
Kedua2nya merujuk kepada perkara yang sama.
Balance c/f = BAKI H/B
Balance b/f = BAKI B/B
mcm mn nie projek nak d hntr da !!!!!
tp projek msh kat lejar bru
Siapkan satu persatu, dapatkan bimbingan dan tunjukajar daripada guru anda.
Sir apa itu Baki b/h?
Saya punya cikgu tuition cakap, baki aset bulan lepas when bawa ke bulan sterusnya must be Baki b/h..
May I know why?
Sam,
BAKI H/B merujuk kepada baki pada akhir bulan dan akan dibawa ke bulan berikutnya. Contohnya, Akaun Tunai, 1 Ogos Baki ada ditangan RM10, wang tunai masuk/penerimaan RM20 dan wang keluar/pembayaran RM25. Maka pada akhir bulan baki yang tinggal ialah RM5 (10+20-25). Oleh itu BAKI H/B =RM5, iaitu baki akhir bulan Ogos dan akan dibawa ke bulan Setember sebagai BAKI B/B RM5.
Cikgu , saya ingin bertanya mengenai “pindah songsang” apabila pindah ke lejar . Setahu saya , pindah songsang hanya berlaku kepada Buku Tunai . Boleh cikgu terangkan dengan lebih lanjut . Saya kurang faham .
Cikgu,
saya ingin bertanya apakah kita perlu memasukkan jualan tunai ke dalam lejar. Contohnya,
“Menjual kerusi kayu secara tunai kepada perniagaan khamis berharga, RM2000.”? Ke dalam akaun apa yang patut saya masukkan?
Laila,
Dalam Buku Tunai (TUNAI) dan dalam Lejar – AKAUN JUALAN
salam.cg,macam mana nak pindahkan jurnal dan buku tunai ke dalam lejar?
Yusri,
Cg cadangkan muat turun Teknik Jawab Dokumen (klik) yang disediakan oleh Cg Awang sebagai panduan mengeposkan BCP ke Lejar.
Cg,
Semasa menjawab soalan pertama iaitu bahagian (b) Pengeposan dari buku catatan pertama ke lejar, adakah tarikh urus niaga perlu ditulis dengan jelas untuk mendapatkan markah?
Dalam Lejar, biasanya tarikh diabaikan dalam pemberian markah. Walau bagaimanapun saya galakkan pelajar jawab lengkap dengan tarikh.
SAYA MAU TANYA LEJAR AKAUN DEBIT DAN KREDIT MACam mana letak
Niko,
Maaf, Cg tak faham apa yang ditanya ?
Cikgu,saya bljr akaun dalam bahasa inggeris.Nak tanya akaun jualan(sales) dan belian(purchases),di dalam lejar2 tu kena letak ape? pelbagai penghutang dan pemiutang(account receivable & payable) ke? ataupun nama2 syarikat seperti yg dinyata dlm soalan.. Contoh soalan: Bought goods on credit from Alex rm 200, Kelly rm 100.. jawapan saya di akaun purchases(sebab dia beli brg) adalah butiran:account payable(pelbagai pemiutang) harga tambah jadi rm 300..betul x? ataupun butir letak nama Alex dan Kelly dan harganya pula berasingan mengikut nama..
Maaf cikgu saya terlupa..Perniagaan tersebut berlaku di bawah tarikh yang sama..apakah saya perlu tambah kedua duanya dan menjadikan ia sebagai pelbagai pemiutang(account payable) ataupun mengasingkan akaun alex dan kelly tersebut dan menulis dua kali tarikh yang sama dalam lejar belian tersebut?
Pada pandangan Cg, anda telah didedahkan dengan penggunaan Account Payble & Account Receivable iaitu merujuk kepada Ak Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang (bagi sukatan SPM) yang disediakan dalam LEJAR AM. Maka cadangan Cg, dalam Account Purchases sebelah Dt butirnya “Account Payble” RM300.
salam.cg,sy confuse ckt ni..misalnye,kite buka akaun stok,dy dah ad baki b/b,pstu kite wat jgk baki h/b..pastu kite msh kene wat lg ke baki b/b?
Baki b/b yang pertama tu merujuk kepada BAKI AWAL bagi bulan/ tempoh perakaunan tersebut, bila kita tutup… cari BAKI H/B dan BAKI B/B .. itu pula merujuk kepada BAKI AKHIR dan BAKI AWAL pada bulan berikutnya.
Jawapan yang lengkap, apabila ada BAKI H/B maka sediakan juga BAKI B/B. Sebab setengah2 soalan (topik lain) markah hanya diberikan jika ada kedua2 baki tersebut.
salam cikgu nk tanya pihak LCCI buat soalan no berapa dlm kertas SPM akaun? cikgu kalau imbangan duga harga salah x pe kan yg penting butir dia yg nk tgk kan? terima kasih
As Salam, bukan LCCI yang buat soalan, pihak LPM yang buat menggunakan gaya dan format soalan LCCI iaitu soalan 2 dan 3.
Dalam ID markah akan diberikan jika BUTIR dan AMAUN betul, kecuali beberapa akaun sahaja.. walaupun amaun tidak sama dengan jawapan tetapi masih boleh diterima asalkan amaun tersebut diambil daripada BAKI B/B dalam lejar berkenaan.
apa beza lejar am dengan lejar subsidiari ?
Lejar Am – lejar yang digunakan untuk merekodkan SEMUA URUS NIAGA AKAUN, kecuali PENGHUTANG dan PEMIUTANG barang niaga.
Lejar Subsidiari – lejar yang digunakan untuk mencatat semua urus niaga barang niaga secara KREDIT. Ianya terdiri daripada Lejar Penghutang dan Lejar Pemiutang.
kenapa jualan berada sebelah kredit?
salam…
saya dalam kebuntuan..harap cikgu dapat membantu saya.kenapa jualan berada di sebelah kredit?
hai cikgu,
contoh soalan:
perniagaan abu membeli brg RM500 dri kedai ali.kedai ali memberi diskaun 5% jika bayar dlm 7 hari.perniagaan abu memulangkan RM100 brg kerana rosak,.perniagaan abu membyr dlm tempoh 7 hri dan mnerima diskaun 5%.
perniagaan abu menbayar RM380 kpd kedai ali.
boleh x cikgu tlong tunjukan cara nak buat lejar akaun perniagaan abu
terima kasih
——————Akaun Ali (Pemiutang)
Pulangan belian–100 Belian——-500
Bank—————-380
Diskaun diterima—20
———————-500—————–500
Salam cikgu..sye nak tnye ckit..mcm mne nak uruskan sgala urusn p’niagaan syarikat? apakah perkara yg perlu dlakukan t’lebih dahulu? perlukah mmbuka segla lejar @ akaun? dn kemudiannya buku catatan pertama? bgaimne..tq..
Delima,
Sepatutnya ikut kitaran perakaunan: Dokumen – Buku Catatan Pertama – Lejar …..
salam cikgu .
saya ingin bertanya . kenapa item2 yg ada dalam buku tunai bila di poskan ke dlm lejar perlu di kontrakan ? seperti JA . item tak boleh di kontrakan ? mengapa dlm buku tunai perlu di kontrakan ?
Sharifah,
Setiap BCP ada caranya yang tersendiri untuk poskan ke Lejar.
BT juga merupakan Lejar iaitu Ak Tunai dan AK Bank yang digabungkan. Contohnya Jan 5: Jualan 3000 (Bank) …. maksudnya TELAH direkodkan sebelah DEBIT dalam Ak BANK, catatan bergunya mestilah disebelah KREDIT dalam Ak Jualan…. barulah, catatan bergunya lengkap dan ID nanti akan jadi seimbang.
TO B FRANK TIS IS D FIRST YEAR M TRYG ACCOUNTS..I AVE LOats OF UNSOLVED DOUBTS..
MY QUESTION IS:DO V NEED TO CLOSE d acc wt ”baki h/b in lejar..??
Hi cikgu, ikut bab 4, dokumen diposkan ke Jurnal Penerimaan & Pembayaran Tunai. Manakala dalam Bab 5, mereka guna Buku Tunai untuk poskan ke lejar.
Adakah kita perlu bergantung kepada soalan dalam exam atau kita hanya ikut format lama guna BT shj untuk soalan Pengeposan Dokumen sehingga ID (walaupun difahamkan tiada soalan dokumen dalam soalan 1 SPM tahun ini) sebab cikgu sekolah guna JP&PT untuk bab 4.
TQ
Wong,
Pada pandangan saya,
Apa yang perlu diajar adalah mengikut sebagaimana sukatan, iaitu menggunakan Jurnal penerimaan tunai dan Jurnal pembayaran tunai. Manakala untuk menjawab soalan sama ada menggunkan JPT&JPT ataupun BT adalah bergantung kepada kehendak soalan tersebut jika ada dinyatakan.
salam cikgu,
saya mempunyai masalah dlam pengeposan ke lejar,,
jika dlm BT bhgian kredit (butirnya : gaji , diskaunnya: 50)
so,nak buat camner??
( membayar gaji kepada pekerja secara bank dengan diskaun sebanyak RM50 )
mcm mner sye kna buat? apa yg sye faham, dlm akaun gaji dicatat dgn nme bank disblh dbt..btul kerr?? mcm mner plak dgn diskaun?? kna buka a/k dis ke?? then nk buat mcm mner??
Nursyifa,
Maaf, sila semak soalan tersebut, kemungkinan besar ada kesilapan pada soalan ataupun anda yang tersilap pandang. TIDAK WUJUD gaji pekerja yang diberikan diskaun. Diskaun diberi hanya apabila penghutang menjelaskan hutangnya.
Cikgu,
Akaun dibahagikan kepada akaun perorangan dan akaun bukan perorangan. Akaun bukan perorangan terbahagi pula kepada Akaun Nyata dan Akaun Nominal. akaun nyata adalah akaun aset dan akaun nominal adalah hasil dan belanja. Liabiliti contohnya kadar bayaran terakru, pinjaman bank nak masuk dalam kumpulan mana? Adakah akaun kontra seperti akaun pulangan jualan di bawah akaun nominal?
Fatimah,
Pada pandangan Cg,
Penjenamaan Jenis2 Akaun tersebut adalah berdasarkan CIRI2 KHAS pada sesuatu kelompok akaun yang dilihat dalam beberapa sudut yang berbeza.. Jadi ianya tidak berapa tepat jika disatukan dalam satu CARTA (sebagaimana setengah2 buku rujukan).
Sudut Peroarangan :
1. Akaun Perorangan – merujuk kepada MANUSIA iaitu Penghutang, Pemiutang, Modal dan Ambilan (Pemilik)
2. SEMUA akaun SELAIN daripada akaun2 diatas adalah Ak Bukan Perorangan.
Sudut Nyata :
1. Akaun Nyata – merujuk kepada akaun yang wujud secara FIZIKAL iaitu Aset Bukan Semasa, Stok
2. SEMUA akaun SELAIN daripada akaun2 diatas adalah Akaun Tidak Nyata.
Sudut Nominal :
1. Akaun Nominal – merujuk kepada akaun2 SEMENTARA yang akan ditutup akaunnya pada akhir tempoh perakaunan, iaitu Ak HASIL dan Ak BELANJA.
2. SEMUA akaun SELAIN daripada akaun2 diatas adalah Bukan Ak Nominal.
Sudut Kontra :
1. Akaun Kontra – merujuka kepada akaun dalam klasifikasi akaun yang sama tetapi ianya bersifat PENGURANGAN, seperti PJ, PB, PHR, SNT, Ambilan.
2. SEMUA akaun SELAIN Akaun2 diatas adalah Bukan Akaun Kontra.
Manakala Akaun2 seperti Pinjaman, Kadar bayaran terakru dll ….. tiada penjenamaan khas untuk akaun2 tersebut. .. di mana ianya : Ak Bukan Perorangan, Ak Bukan Nyata, Bukan AK Nominal dan Bukan Ak Kontra.
Cikgu,
Terima kasih cikgu kerana memberi penerangan yang sangat terperinci yg tidak dapat di mana-mana buku rujukan. Ini bermakna buku teks m/s132 yg masih kategorikan akaun pulangan belian dan akaun pulangan jualan dalam akaun nominal adalah kurang tepat.
Fatimah,
Pulangan Jualan dan Pulangan Belian juga diklasifikasikan sebagai HASIL dan BELANJA, iaitu PENGURANGAN HASIL dan PENGURANGAN BELANJA yang juga dikenali sebagai AKAUN KONTRA. Jadi BUKU TEKS tersebut adalah BETUL, kerana ianya juga merupakan AKAUN NOMINAL, iaitu akaun semantara yang akan ditutup pada akhir tempoh perakaunan dan tiada BAKI pada tempoh perakaunan berikutnya. …. dengan kata lain semua item2 dalam Penyata Pendapatan adalah merupakan Akaun Nominal kecuali Sotk awal dan Stok akhir.
terima kasih cikgu
Cikgu,
Salam, Dalam soalan lejar, jika belanja membersih tingkap RM50, setem dan sampul surat RM20, Derma kepada surau RM50. Bolehkah semua ini dimasukkan ke dalam akaun belanja am atau perlu membuka akaun belanja membersih tingkap, akan derma dan akaun belanja pos secara berasingan?
Fatimah,
Pada pandangan saya, ianya boleh diasingkan atapun digabungkan bergantung kepada saiz perniagaan, amalan perekodan, kekerapan urus niaga tersebut. Dalam kes ini kena lihat soalan keseluruhannya baru boleh tentukan cara mana yang lebih sesuai digunakan.
cikgu,
jika ada catatan kontra dalam buku tunai…..bagaimana nak poskan ke lejar????
Muhd Kassim,
Catatan Kontra dalam BT, tidak perlu diposkan ke mana lejar, kerana catatan bergunya telah lengkap iaitu Tunai dan Bank.
kalau caj bank dalam buku tunai…..nak buka akaun apa dalam lejar???
Farid,
Butir dalam Buku Tunai adalah merujuk kepada NAMA AKAUN yang dibuka. Jika dalam BT butirnya CAJ BANK, maka poskan ke Ak Caj Bank dalam lejar.
cikgu, macam mne nak tahu kena debit dan kredit ?
mengapa dari jurnal belian ke lejar….akaun belian mesti nak tulis pelbagai pemiutang?
Lolo,
Daripada JUMLAH dalam Jurnal Belian, iaitu merujuk kepada jumlah daripada semua pemiutang, maka bagi mewakili pemiutang yang ramai tersebut.. maka butir PELBAGAI PEMIUTANG digunakan.
salam cikgu… nak tanya berkaitan buku tunai runcit….
lajur analisis yang diberi ialah ALAT TULIS, BELANJA POS, TAMBANG, BELANJA AM, MINUMAN, PELBAGAI.
ada beberapa item yang saya tak berapa sure nak masuk mana….
1. sampul surat -masuk ALAT TULIS
2. sampul surat dan setem- masuk BELANJA POS
3. derma – masuk BELANJA AM…jika tiada lajur belanja am akan masuk pelbagai.
4. katrij komputer-masuk ALAT TULIS
HARAP CIKGU DAPAT KOMEN…KELIRU.
Nick,
Cadangan Cg,
3. DERMA …. dikelaskan sebagai PELBAGAI
1.,2 dan 4 .. Cg setuju dengan jawapan tersebut.
cikgu..contoh lah kan..soalan die mcm ni..
>> Memulakan perniagaan dgn wang tunai di bank RM 30000 dan di tgn RM 5000..
so ape yg nk debit and ape yg nk kredit ??
Aisya,
Dt BANK 30000
Dt TUNAI 5000
Kt MODAL 35000
Salam. Cikgu sy ingin bertanya berkenaan dengan caj bank bagi cek tendang yg dikeluarkan oleh bank.apakah catatan bergu bagi perkara tersebut.. Terima kasih.
Yati,
Cadangan Cg,
Dt: Caj Bank
Kt: Bank
Cikgu , format baru P.A , kenapa tiada soalan Lejar dan penyediaan Imbangan Duga bagi soalan 1 ? Tak best la macam ini …
Maxis,
Mulai SPM 2011, Format Pentaksiran Baru digunakan, soalan 1 tersebut (format lama) telah diserapkan ke Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4.
salm…cikgu klo dalm soalan ,membeli barang dengan tunai ataupn kredit kiter nak debitkan dalm akaun belian ke stok,???dan yng lebih afdal yg mne??? TQ
Iqa,
Apabila membuat rekod perakaunan, kita ikut sistem catatan bergu …. iaiatu Dt : BELIAN dan Kt: Tunai/Bank/Pemiutang.
Hanya dalam soalan Persamaan Perakaunan sahaja kita gunakan STOK… kerana kita nak lihat perubahan terhadap Aset, Liabiliti & Ekuiti kesan daripada sesuatu urusniaga yang diberikan.
Ying,
Ak Modal ialah Akaun Perorangan, manakala Akaun Nominal adalah akaun HASIL dan BELANJA.
cikgu, Akaun modal adalah Akaun Perorangan atau Akaun Nominal? apakah pula maksud Akaun Nominal? tq…
salam. cg saya nk tanyer ape beza lejar jualan dengan akaun kawalan penghutang dan lejar belian dengan akaun kawlan pemiutang…..
Kaka,
LEJAR JUALAN merupakan sebuah BUKU LEJAR yang disediakan KHAS untuk SEMUA Akaun PENGHUTANG… Katakan Ak Penghutang A, Ak Penghutang B, Ak Penghutang C …….. Manakala AKAUN KAWALAN PENGHUTANG (disediakan dalam LEJAR AM) merupakan RINGKASAN / RUMUSAN / GABUNGAN kesemua AK PENGHUTANG dalam LJ tersebut. Contohnya:
AK Penghutang A
Baki b/b 100
Ak Penghutang B
Baki b/b 200
Ak Penghutang C
Baki b/b 300
Maka,
AK KAWALAN PENGHUTANG
Baki b/b (100+200+300) 600
# Begitu juga hubungan LEJAR BELIAN dengan AK KAWALAN PEMIUTANG.
Cikgu,
Dalam soalan lejar jika tidak dinyata secara tunai atau kredit maka perlukah kita anggap sebagai secara kredit? Contoh membeli barangan daripada syarikat zecon RM1500. maka kita debit belian dan kredit sykt zecon.
terima kasih
Nizam,
Pada pandangan saya,
Sekiranya tidak dinyatakan secara “tunai / dibayar dengan cek” … sebaliknya dinyatakan nama pembekal, maka urusnniaga tersebut adalah secara KREDIT.
Salam cikgu,
Dalam bab lejar, ada buku tunai 3 lajur dan dalamnya ada bank, tunai dan diskaun. Ada pula Akaun Tunai dan Akaun Bank yang berasingan… saya lihat dalam buku teks dan buku rujukan tu kejap catat dalam buku tunai, ada pula catat dalam Akaun Bank dan Akaun Tunai….. jadi yang mana nak ikut. Adakah setiap kali ada urusniaga tunai mesti guna buku tunai atau Akaun Bank dan Akaun tunai berasingan…..
Jam,
BUKU TUNAI merupakan gabungan AK TUNAI dan AK BANK. Sekiranya kita menggunakan BUKU TUNAI, maka Ak Tunai dan AK Bank TIDAK PERLU lagi dibuka kerana ianya merujuk kepada akaun yang sama.
Begitulah sebaliknya, jika telah sediakan Ak Tunai dan Ak Bank, maka Buku Tunai tidak perlu lagi disediakan….
Kedua-duanya boleh digunakan…… bergantung kepada kehendak soalan / topik yang diajar.
Terima kasih cikgu, jadinya kalau dalam peperiksaan lee, kita boleh gunakan buku tunai 3 lajur atau ak bank dan tunai berasinganle kalau ianya tidak dinyatakan dalam soalan.
Jam,
Pada pandangan saya… YA..kerana ianya tidak menjadi kesalahan dari segi rekod perakaunannya.
Salam Cikgu,
Apabila peniaga menerima bayaran dari penghutang cth RM1000 dan peniaga memberikan diskaun kepada penghutang RM200, diskaun diberi tu bolehke direkod terus ke dalam akaun penghutang atau rekod berasingan ke dalam akaun diskaun diberi.
Jam,
Cadangan saya :
Catatan JA :
Dt: Bank 1000
Dt: Diskaun diberi 200
Kt: Penghutang 1200
Catatan dalam Lejar:
Ak Bank
Dt: Penghutang 1000
Ak Diskaun diberi
Dt: Penghutang 200
Ak Penghutang
Kt: Bank 1000
Kt: Diskaun diberi 200
Terima kasih,
Jurnal tu boleh ke gunakan jurnal penerimaan tunai. Jurnal am tu kan hanya untuk 8 perkara yg tak boleh rekod dalam jurnal2 lain.
Catatan lejar tu kalau buat pada buku tunai 3 lajur dan akaun penghutang je boleh ke. Ak diskaun diberi tak payah buka sebab dah ada dalam BT3L.
Jam,
Saya tunjukkan catatan JA.. bagi menunjukkan sistem catatan bergunya dengan lebih jelas catatan debit – kreditnya. .. (kemahiran asas perakaunan)
Apabila menggunakan Jurnal Penerimaan Tunai, maka Buku Tunai sudah TIDAK SESUAI lagi digunakan, kerana daripada JPT akan terus diposkan ke lejar masing2… iaitu AK Tunai, Ak Bank, Ak Diskaun dll yang terlibat. (rujuk buku teks m/s 153).
Cuba kenalpasti perbezaan penggunaan (1) Jurnal Penerimaan Tunai & Jurnal Pembayaran Tunai dan (2) Buku Tunai sebagai BUKU CATATAN PERTAMA.
Dalam contoh ms153 buku teks, proses mengepos ke lejar iaitu ak tunai, ak bank ak diskaun ak jualan & ak kwln phutg hanya dibuat pada hujung bulan jee(iaitu baki bagi setiap ak)
Cuma yang ada kemusykilan sedikit… ada tak sebarang perkaitan (apabila mengepos) antara j penerimaan & pembayaran tunai dengan bk tunai….
a) Situasi yang macam mana peniaga perlu/boleh gunakan buku tunai
b) Kalau peniaga gunakan Buku Tunai sebagai BUKU CATATAN PERTAMA, j penerimaan &pembayaran tunai tidak perlu disediakan, terus rekod urusniaga dalam BT
Jam,
Ianya merupakan 2 kaedah yang boleh digunakan bagi merekod urusniaga tunai .. sebagai Buku Catatan Pertama, sama ada menggunakan :
1. Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai
2. Buku Tunai
Seorang peniaga perlu TETAPKAN kaedah mana yang hendak digunakan………. tidak boleh dicampur adukkan penggunaan kaedah2 tersebut…. Ini selaras dengan konsep dan prinsip asas perakaunan iaitu KONSEP KETEKALAN
terima kasih cikgu, penjelasan yang cikgu berikan telah dapat menjawab kemusykilan yang saya hadapi.
Salam sejahtera cikgu,
Saya nak tanya mengenai mengepos dari jurnal penerimaan/pembayaran tunai ke dalam lejar.
1. Contoh dalam buku teks ms 153 – 155, ditunjukkan bila mengepos dibuat dalam LEJAR AM & LEJAR BELIAN/JUALAN.
Kalau kita terus mengepos ke dalam akaun-akaun tanpa menyatakan L.AM, L.BELIAN, L.JUALAN… adakah markah akan ditolak atau tiada kesan.
2. Bolehke kalau kita rekodkan kedalam akaun-akaun itu berdasarkan turutan tarikh urus niaga. Dalam contoh tu dia rekod dalam akaun-akaun tidak ikut turutan…
3. Mungkin cikgu ada cara yang lebih mudah dan berkesan untuk merekod ke dalam akaun-akaun dari j penerimaan/pembayaran tunai
Jam,
Pada pandangan saya,
1. Folio .. (LAxxx, LBxx, LJxx) .. kebiasaannya diabaikan (tak jejaskan markah).. lagipun perkara tersebut tidak dinyatakan dalam SOALAN.
2. Kedudukan Akaun dalam lejar .. tidak menjadi masalah .. mana yang dulu, mana yang kemudian.. asalkan TARIKH, BUTIR, AMAUN betul.
3. Kita kena fahamkan pelajar tentang tatacara pengeposkan J.Penerimaan Tunai (m/s 153). Akaun : Diskaun diberi, Tunai, Bank, Jualan, Penghutang… hanya diposkan ke LEJAR masing2 dalam LEJAR AM pada AKHIR BULAN (31 Mac) tersebut, iaitu merujuk kepada JUMLAH. Manakala bagi Akaun2 dalam lajur LAIN-LAIN… akan diposkan ke Akaun masing2 berdasarkan tarikh urus niaga itu berlaku….. contohnya Komisen diterima diposkan Ak Komisen diterima pada 18 Mac… dan dalam LAJUR PENGHUTANG… setiap urus niaga berkaitan dengan penghutnag perlu diposkan juga ke akaun masing2 dalam LEJAR JUALAN berdasarkan tarikh urus niaga.
Cadangan saya ikut langkah2 dalam buku teks :
(1) poskan JUMLAH (diskaun, tunai, bank, jualan, penghutang) pada 31 Mac ke akaun2 masing2 dalam LA…
(2) poskan item dalam lajur LAIN-LAIN dan lajur PENGHUTANG.
# Walau bagaimanapun, jika lakukan (2) dahulu kemudian (1)… juga boleh, tidak menjadi masalah.
Salam cikgu,
Seorang peniaga membeli barang niaga secara kredit, harga setelah tolak diskaun niaga = RM3000, syarat 10% 14 hari. Peniaga membuat pulangan belian RM120(setelah tolak diskaun niaga). Pada hari yang ke 10, peniaga membuat pembayaran untuk selesaikan hutangnya.
Persoalannya, bayaran yang perlu dijelaskan adakah
1. RM3000 – 10% diskaun tunai atau
2. (RM3000 – RM120) – 10% diskaun tunai.
Mana yang betul cikgu dan penjelasannya sekali.
Terima kasih dahulu
Muni.. waalaikumussalam.
Pada pandangan saya.
Baki hutang semasa = 3000 – 120 = 2880
Bayaran dibuat dalam tempoh < 14 hari.. maka dapat diskaun 10% = rm288
Jumlah yang perlu dibayar = 2880 – 288 = rm2592.
assalamualaikum cikgu.
berkaitan buku tunai runcit.
cth :dana tunai runcit adalah RM300
terdapat urusniaga belian aset bukan semasa @ belian
barangniaga yang dibawah daripada R300
bolehkan ia direkod sebagai pembayaran dalam buku tunai runcit?
terima kasih cikgu.
Cg Amani, waalaikumussalam.
Walaupun nilainya KURANG daripada peruntukan Dana Tunai Runcit, tetap TIDAK boleh menggunakan wang dana tersebut, kerana sebarang pembelian ASET mesti melalui pihak pengurusan atasan.
Salam, cikgu kalau nak buat lejar ni kita tengok dekat jurnal dengan buku tunai je kan?
Siti,
YA, Cuba fahami urutan dalam KITARAN PERAKAUNAN.
Dokumen – Buku Catatan Pertama (iaitu Jurnal Am, Jurnal Khas & Buku Tunai) – LEJAR – ID – ……..
assalamuailaikum. Sy ingin bertanya. Bagaimana nkbuat lejar jualan dn belian ni? Sy tk faham.
contoh soalan nya
Jualan kredit kepada carmen rm1230, afizan rm2650 dan Normala rm1050 ? Bagaimana sy nk buat lejar cikgu
Ani, waalaikumussalam.
Maaf, Cg kurang jelas maksud soalan tersebut.
Adakah nak sediakan AKAUN JUALAN atau LEJAR JUALAN ?
Peniaga membayar sewa kediamannya dengan menggunakan wang perniagaan.
Jawapan: DT Ak Ambilan, KT Ak Tunai
Cikgu, tolong jelaskan kenapa jawapannya debit Ak Ambilan, kredit Ak Tunai. Terima kasih.
Vun,
1. Bayar dengan WANG perniagaan, maka TUNAI berkurang —> KREDIT
2. “Bayar sewa kediamaan dengan wang perniagaan”… ini bermaksud pemilik mengambil wang perniagaan…. untuk KEGUNAAN SENDIRI.. maka AK AMBILAN terlibat.
Mengambil stok bernilai RM200 untuk didermakan.
Dt: Ak Derma Kt: Ak Belian
Betul tak, Cikgu?
Vun.
YA.. betul.
salam cikgu saya tak reti la bila nak pos ke lejar catatan dia meneruskan perniagaan
Balqis,
Dalam buku teks ada ditunjukkan caea2 poskan Jurnal am, jurnal khas dan buku tunai ke lejar
salam cg, sy nk tanya mengenai soalan ini :
urusniaga : mengeluarkan cek RM300 untuk servis kenderaan dan cek RM500 untuk tunai di kedai.
soalan saya : betul ke urusniaga ini melibatkan jurnal am..? jd apa yg patut sy senaraikan dalam kolum butiran jurnal tersebut..?
dan jika nk pindahkan pada lejar, akaun apa yg terlibat..?
harap cg dapat bantu sy..trma kasih..
Nadia,
Jika melibatkan CEK / TUNAI, maka BUKU TUNAI atau Jurnal Pembayaran Tunai dan Jurnal Penerimaan Tunai perlu digunakan.
Dalam Buku Tunai
KREDIT (lajur BANK)
Belanja membaiki 500
Tunai (k) 300
DEBIT (lajur TUNAI)
Bank (k) 300
ok cg sy dah faham yg jurnal tu.
persoalan yang kedua adakah akaun bank dan akaun tunai perlu disediakan dalam catatan lejar..?
macam mana pula dengan servis kenderaan..adakah ianya perlu di namakan sebagai akaun juga..?
Nadia,
Jika sudah sediakan BUKU TUNAI, maka Ak Bank dan Ak Tunai TIDAK PERLU disediakan lagi… ini kerana Buku Tunai juga dikelaskan sebagai LEJAR.
Belanja Membaiki kenderaan merupakan AK BELANJA yang perlu disediakan.
Adakah buku tunai dengan jurnal pembayaran tunai serta jurnal penerimaan tunai sama cikgu
Saybah,
YA, SAMA sahaja fungsinya, jika sudah disediakan Buku Tunai, maka jurnal2 tersebut tidak perlu disediakan lagi.
Assalam, cikgu. Kalaulah urusniaga kata: membawa masuk komputer peribadi bernilai rm1000 ke dalam perniagaan. Ini melibatkan jurnal am kan? Jadi, butirannya adalah apa? Kemudian akaun apa yang terlibat semasa pengeposan ke lejar?
Terima kasih cikgu
assalamualaikum cikgu .. Saya baru je sambung belajar dlm dip perakaunan .. Sebelum ni sy xpernah ada basic akaun . So bila lect ajar memang blur .. sy dah paham sikit .. tp sy masih blur bila kita nak pos ke lejar ..
Akma, waalaikumussalam.
Sila rujuk perbincangan yang terdapat komen2 diatas, dan banyakkan bertanya, insyaAllah boleh menguasainya.
cikgu?jurnal am ada butiran penghutang?pemiutang?pinjaman bank mcm mana nak pos ke lejar?
Nadia.
poskan ke akaun masing2… dimana butirnya… sama ada BAKI B/B (jika meneruskan perniagaan) atau MODAL (jika baru memulakan perniagaan).
cg kalau meneruskan perniagaan ,sy pos permiutang dan pinjaman bank ke lejar butiran nak tulis apa? sy buat permiutang dan pinjaman bank pada jurnal am di sebelah kredit.butiran nak tulis modal juga ke?
Nadia,
Jika menruskan perniagaan, maksudnya item2 tersebut merupakan BAKI dari tahun lepas.. maka butirnya ialah “BAKI B/B”
Butir “MODAL”.. sekiranya BARU memulalan perniagaan.
cikgu ,
akaun susutnilai terkumpul, akaun Peruntukan hutang ragu ialah kumpulan akaun nyata atau akaun norminal ?
Ngl,
Yang jelas, kedua-dua akaun tersebut merupakan AKAUN KONTRA…. dan dikelaskan sebagai Akaun Nyata.
Terima kasih , cikgu
Saya dah buat lejar dan mengimbang dan menutup lejar. Contoh lejar akaun belian saya di debit dan kredit jumlahnya sama. Jadi tidak ada h/b dan b/b. Masalahnya, saya nak poskan ke imbangan duga. Macam mana tu, nak ambik yang kredit ke debit
Shida,
Bila sesuatu akaun TIADA BAKI, maka tiadalah lagi dalam ID.
Tetapi bagi AK Belian dan Ak Jualan adalah TIDAK MUNGKIN sama sekali TIADA baki.
Cikgu ,
bagaimana selesaikan soalan ini :
Junlah tunai runcit yg diperuntuk pada awal bulan 250
jumlah tunai runcit yg telah dibelanjakan 127
baki tunai runcit 123
TK
Nglct,
Tiada apa yang hendak diselasaikan, itu bukannya soalan hanya penyataan sahaja.
Cikgu ,
sorry , soalan ialah
Hitung pembayaran berdasarkan sistem panjar runcit.
TQ
Nglctk,
Jumalah pembayaran balik… adalah merujuk kepada Jumlah Perbelanjaan yang telah digunakan.
cikgu, kalau nak masukan jurnal pembayaran tunai ke lejar macam mne ya? saya tak tahu nak letak di mana kredit mana debit.
Sizuka,
Dalam buku teks ada tunjuk cara pengeposan ke lejar.
cikgu,
bagaimana selesai soalan ini,
1. menjual barang niaga RM4000 kepada Ah Chong secara kredit dan kos asal barang yang dijual ialah RM3000
2.menerima bayaran hutang secara cek RM1000 daripada Ah Chong dan diskaun diberi RM100
akaun apa yang terlibat semasa pengeposan ke lejar?
TQ
cg,
minta tanya–
Perniagaan Ali memulakan perniagaan dengan tunai di tangan RM500 dan overdraf RM3000.
Apakah catatan bergu dengan Modal dan Overdraf?
Chee,
Penyataan soalan tersebut.. tidak munasabah sama sekali.
Saya pun berpendapat demikian.
Perlu dapat pengesahan daripada Cg.
Minta tanya Cikgu.
Dalam Buku Tunai, disebabkan Buku Tunai merupakan gabungan Ak Bank dan Ak Tunai, kedua dua akaun ini tidak perlu dibuka lagi. Tetapi dalam BT tiga lajur yang melibatkan Ak Diskaun, mengapa akaun diskaun diterima/diskaun diberi perlu dibuka? Kalau ikut catatan bergu,
Diskaun diberi
Dt Bank
Dt Diskaun diberi
Kt Penghutang
Kalau Ak Bank dan Ak Diskaun Diberi sudah dibuka dalam BT, hanya tinggal Ak Penghutang perlu dibuka kan? Minta pertolongan cikgu untuk penjelasan. Terima kasih.
Chia.
Diskaun dalam BT hanyalah catatan sahaja… dimana Dt Diskaun diberi dan Kt Diskaun diterima…. itu sebabnya kita tidak imbang dan tunjukkan Baki b/b dan Baki h/b.. kerana 2 akaun yang berbeza. Berbeza dengan Tunai dan Bank.. dt dan kt adalah merujuk kepada Ak Tunai dan Ak Bank.. catatannya sudah lengkap sebagai satu akaun serta boleh ditentukan baki h/b dan Baki b/b masing2.
Itulah sebabnya perlu dibuka Ak Diskaun Diberi dan Ak Diskaun Diterima.. catatan dalam BT hanya untuk memudahkan lagi penyediaan akaun2 tersebut.
Oh. Terima kasih Cikgu. Ini memang byk membantu.
Akaun apa yg perlu saya buka jika
membayar belanja runcit tunai rm100 ?
kena buka buku tunai dan apa lagi satu????
Afika,
Dt Belanja runcit
Kt Tunai
Cikgu , kalau membeli setem , pada buku tunai runcit pada analysis bayaran , setem under alat tulis atau belanja pos? Bagaimana pula dgn sampul Surat? Alat tulis atau belanja pejabat?
Afika,
Setem…………. Pos
Sampul………….Alat tulis
Sampul dan setem… Pos
Cg,
pos ke Lejar ada akuan ambilan x ?
kalau ada simbol+ nak letak di debit atau kredit?
Yee,
Dalam lejar semua akaun ada.
Maaf cg tak faham …. Simbol + kat mana ?
Asasnya :
Debit – Aset dan Belanja
Kredit – Liabiliti.. Ekuiti dan Hasil.
Ok,terima kasih cg.
cg, nak tanya pindahkan catatan daripada buku catatan pertama ke lejar.maksudnya nak buat apa
Yee,
Maksudnya nak rekodkan semua urus niaga yang terlibat dalam akaun masing2… dengan itu kita akan dapat tahu baki bagi setiap akaun yang ada…. daripada baki2 tersebut akan disediakan Imbangan Duga… dan akhirnya Penyata Pendapatan dan KKK.
Sila rujuk KITARAN PERAKAUNAN.
cikgu kalau lejar sebelah debit dan kredit adalah sama..macam mana nak tentutukan baki hb/bb nye
maksud saye kalau jumlah lejar sebelah kredit dan debit adalah sama macam sye nk tentutukan baki bb/hb nye
Aiman,
Jika jumlah debit dan ktedit sama… maka tiada baki untuk akaun tersebut.
Salam…
Macam mana nk betulkan lejar penghutang yg terlebih rekod n ia berlaku 3 tahun lepas? Ledger ape yg perlu di debit dan dikreditkan….
Zarina,
Pembetulan dibuat berdasarkan kesilapan catatan yang berlaku.. katakan jualan kredit terlebih catat RM100… dulu catat sebagai:
Dt Penghutang Kt Jualan … maka catatan pembetulannya ialah:
Dt Jualan 100 Kt Penghutang 100
Cg, dlm akaun belian kan ,kena catat jgk ke pulangan belian ? .
Della,
Tidak.. Ak Belian lain… Ak Pulangan Belian lain.
Salam cikgu di dalam akaun jualan atau akaun mne2 kena letaknke diskaun diberi
Najihah,
Diskaun diberi… catatan bergunya ialah Dt Ak Diskaun Diberi dan Kt Ak Penghutang.
Cikgu,
-Ada x ak overdraf bank?
-Kenapa angkutan di sebelah kredit lejar?
-pulangan jualan di sebelah dt atau kt dan sebabnya.
Adelina,
Overdraf bank…. adalah merujuk kepada AKAUN BANK berbaki kredit…. tidak wujud “Ak Overdraf Bank”
Angkutan merupakan BELANJA, maka mesti berbaki DEBIT
Pulangan Jualan adalah kontra kepada Jualan,,, berbaki DEBIT.
cikgu,adakah bahagian pegeposan ke lejar dapat kira harga yang sama ? saya telah buka sesuatu akaun dan dapat kira harga yang sama ,dengan ini,saya tidak tahu letak baki h/b dan baki b/b ke mana.adakah saya buat salah?
Joanne,
Jika akaun tersebut SAMA jumlah antara debit dan kredit, maksudnya TIADA BAKI, maka hanya JUMLAHKAN sahaja tanpa ada Baki h/b dan Baki b/b…. dan TIDAK perlu dimasukkan ke ID.
Assalamualaikum
Cikgu nak tanya…
Utk tajuk buku tunai runcit
Dakwat pencetak
Kertas A
Belanja pejabat atau alat tulis
Analisis bayaran ada kedua duanya
Nik Noraini,
Alat tulis lebih sesuai digunakan.
AsSalamualaikum ckg, kalau kita terima sewa kenderaan, akaun ape yg nak buka ?
contoh soalan : Menerima sewa kenderaan dariapada Syarikat Sarah sebanyak RM 500 secara tunai.
Mahirah, waalaikumussalam.
Dt Tunai
Kt Sewa diterima/Sewa kenderaan
Okay terima kasih ckg 🙂
Assalamualaikum Cikgu,
Saya ada emel Cikgu untuk semak kan latihan yg saya buat…saya tiada basic dlm perakaunan…minta jasa baik cikgu utk beri tunjuk ajar…
terima kasih…
Assalamualaikum cikgu,
Sekarang saya sedang dalam proses menutup akaun jualan, belian, pemiutang dan penghutang. Bagaimanakah saya hendak mendapat pelbagai penghutang/pemiutang tersebut ?
Elda, waalaikumussalam.
Dalam Ak Jualan .. sebelah kredit.
Tunai/Bank xxx .. drp Buku Tunai
Pel. penghutang xxx … drp Jurnal jualan.
Cikgu,
soalan:
apakah butiran yang dicatat dalam lajur belanja am di buku tunai runcit?
I Baiki Lampu
II sampul surat
III Kertas mahjong
IV upah cuci pejabat
jawapan: baiki lampu dan upah cuci pejabat.
mengapakah sampul surat dan kertas majong bukan?
terima kasih.
Cikgu,
is it because sampul surat dan kertas mahjong is categories as alat tulis?
Cikgu,
soalan:
Akaun kawalan penghutang
Dt Kt
Jan 1 baki b/b 1688 Jan 31 Tuani 6991
Diskaun 200
baki h/b 3168
berapakah jualan kredit?
jawapan = RM 8671
mengapa jualan = RM6991 + diskaun + baki h/b?
Sherine,
Ya.. Alat Tulis.
Sediakan Ak Penghutang…. kemudian tentukan nilai Jualan yang berada disebelah debit… maka anda akan dapat jawapannya.
Cikgu,
untuk buku tunai runcit,
dalam buku tunai runcit,
1hb butiran, kita tulis bank,
itu kerana tunai terima daripada bank.
is it?
Terima kasih.
Cikgu,
untuk previous question,
jualan kredit mean not involve tunai.
tapi dalam akaun kawalan penghutang, tunai, diskaun, baki h/b di sebelah kredit.
mengapakah total up akan dapat jualan secara kredit?
Terima kasih
Sherine,
Ya, 1hb BANK….. pindahkan wang BANK ke Buku Tunai Runcit.
Merujuk kepada Ak Kawalan Penghutang. Contoh:
Debit JUALAN (jualanh kredit)…RM2000
Kredit TUNAI RM1000 ……. penghutang bayar sebahagian hutang
Kredit DISKAUN RM100 ……. diskaun diberi
Kredit BAKI H/B RM900 …..maka JUMLAH KREDIT RM2000 = JUALAN KREDIT
Cikgu,
mengapakan jualan tunai, dalam jawapan, akaun kawalan penghutang, tulis “bank”
bolehtak tulis ‘tunai’?
Cikgu,
hutang lapuk perlu kredit di sebelah akaun kawalan penghutang.
tapi peruntukan hutang ragu perlu kredit di sebelah akaun kawalan penghutang tak?
Cikgu,
pindahan baki kredit lejar belian
jawapan: dt akaun kawalan pemiutang,
kt akaun kawalan penghutang
mengapa bukan dt akaun kawalan pemiutang
kt akaun kawalan penghutang?
sorry….
mengapakah bukan dt akaun kawalan penghutang
kt akaun kawalan pemiutang?
terima kasih
Sherine,
Dalam AK Kawalan Penghutang … tiada “JUALAN TUNAI”…. butir TUNAI/BANK di sebelah kredit adalah bayaran yang dibuat oleh penghutang untuk menjelaskan hutangnya. Dalam urus niaga perniagaan, biasanya menggunakan CEK, itu sebab butirnya “BANK”.
Catatan bergu untuk HUTANG LAPUK… ialah Dt Hutang lapuk Kt Penghutang… maka AK Kawalan Penghutang terlibat.
Manakala catatan bergu PHR … ialah Dt Hutang ragu Kt PHR…. tidak melibatkan Ak Penghutang.
PINDAHAN/KONTRA…. ialah catatan MENGURANG kedua-dua Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang,
Maka Dt Ak Kawalan Pemiutang dan Kt Ak Kawalan Penghutang.
Assalamualaikum cg, saya mempunyai masalah dlm merekodkan urusniaga ke dlm lejar. Apakah dua akaun yg perlu ada berdasarkan soalan ini, “Memindahkn wang tunai ke dlm bank”
Rafiemy, waalailumussalam.
Cuba berikan jawapan.. nanti Cg semak.
Cikgu,saya nak tanya kalau dalam exam soalannya minta untuk pengeposan jurnal belian dan jurnal jualan ke lejar, adakah kedua-dua jurnal tersebut perlu diposkan dengan menggunakan kertas yang berbeza? Contohnya jurnal jualan dipos ke dalam kertas 1 dan jurnal belian ke kertas 2
Nana,
Lejar hanya dalam satu buku yang sahaja (Lejar Am)… maka boleh digabungkan.
Kecualilah diminta sediakan Lejar Jualan dan Lejar Belian.. baru kita asingkan.
Assalamualaikum cikgu,nk tnya
Kalau suatu soalan tuh,diberi urus niaga yang melibatkan pulangan belian..
Contoh:1.amin beli barang niaga daripada pemborong tania brnilai rm1000…
Kemudian dia bg plk urusniaga nih…
3.amin memulangkan barang tersalah jenama bernilai rm250 kepada pemborong tania…
Jd cikgu,akaun2 mana yang perlu kita beregukan?
1.Akaun belian dengan akaun pulangan belian ka?
2.atau akaun pulangan belian dengan akaun pemborong tania?
3.atau ketiga2nya sekali?(kredit akaun belian dan debit pemborong tania,seterusnya kreditkan pulangan belian)
Ahmad Syamil, waalaikumussalam.
Kira rekodkan ikut tarikh urus naiga masing2.
Urus niaga 1: Dt Belian RM1000 Kt: Pemborong Tania RM1000
Urus niaga 3: Dt Pemborong Tania RM250 Kt Pulangan belian RM250
lejar belian dgn lejar jualan ni cmne ye ? sya tak berapa faham.
Cikgu,
semasa kita buka lejar, the tajuk perlu tulis lejar am dahulu, baru tulis nama akaun?
kita boleh terus tulis nama akaun tak?
terima kasih.
Tsk,
Tidak perlu tulis untuk setiap akaun… memadai atas setiap halaman… supaya boleh bezakan dengan Lejar Jualan dan Lejar Belian (jika ada).
Cikgu,
akaun pulangan belian dan akaun pulangan jualan, kedua-dua ini adalah akaun bukan perseorangan. mengapa?
kerana semua pulangan dari different company akan rekod di dalam satu akaun pulangan belian atau akaun pulangan jualan?
Terima kasih
Tsk,
Secara mudah, AKAUN PERORANGAN ialah akaun yang melibatkan ORANG… seperti Ak Penghutang, AK Pemiutang, AK Modal…
manakala selebihnya bukan akaun perorangan.
Cikgu,
memadai atas setiap halaman, maksudnya tulis di atas setiap muka surat? jika ada lejar belian dan lejar jualan pada muka surat yang sama?
so at first, kita perlu tulis Lejar Am, selepas itu baru buka akaun-akaun yang berkenaan. betul?
terima kasih.
Tsk,
Jika disediakan Lejar Am, Lejar Belian dan Lejar Jualan… pastikan ada pengasingan.. jangan bercampur aduk.
Cikgu,
cuba tanya, dalam sukatan SPM, hanya mengiimbangkan lejar (akaun aset, liabiliti, dan ekuiti) sahaja ? ataupun tutupkan lejar (akaun hasil dan akaun belanja) juga ada dalam sukatan SPM?
Terima kasih.
Sherine,
Kedua-dua ada tutup dan imbangkan akaun2 tersebut.
cikgu,
kalau ada dua company pulang barang niaga ke perniagaan, so kita perlu buka satu akaun pulangan jualan atau buka akaun pulangan jualan asing asing?
terima kasih.
Sherine,
Setiap akaun… hanya perlu dibuka SATU sahaja.. semua urus niaga berkaitan dengannya perlu direkodkan dalam Akaun tersebut.
Cikgu,
cuba tanya Akaun belian dan Akaun Jualan ialah Akaun Nyata, tetapi adalah Lejar Am tak?
Terima Kasih.
Sherine,
Akaun Nyata merujuk kepada akaun bagi sesuatu yang nampak secara fizikal seperti aset. Manakala ak hasil dan belanja merupakan Akaun Nominal.
Semua akaun dicatat dalam Lejar Am kecuali Ak Penghutang dan Ak Pemiutang sahaja dicatat dalam Lejar Subsidiari.
Cikgu,
cuba tanya, kalau soalan ada lekapan dan juga ada lengkapan,
so, semasa kita buka lejar, bolehtak kita cuma buka satu lejar “Akaun Lekapan dan Lengkapan”? ataupun perlu asingkan “Akaun Lekapan“ dan satu “Akaun Lengkapan”?
Terima kasih
Sheerine,
Jika soalan asingkan.. maka kira kena terus asingkan.
Cikgu,
so, maksudnya, kalau dalam satu soalan bagi dua scenario, satu perabot, satu pendingin hawa, so kita boleh buka Ak Lengkapan dan Lekapan. Betultak?
soalan kedua,
cuba tanya cikgu,
kalau dalam soalan, beritahu syarikat beli aset bukan semasa (perabot), kita boleh tulis Ak Perabot tak? Ataupun kita perlu tulis Ak lengkapan?
Terima kasih.
Sherine,
1. Ya.. boleh. Asalkan sebelum ini belum wujud Ak Lengkapan. Jika sudah wujud maka kita terpaksa asingkan.
2. Kita rujuk penggunaan nama akaun sebelum ini.. jika kedua2nya belum wujud, maka kita boleh tentukan sendiri.. nak guna Ak Perabot ataupun Ak Lengkapan.
Cikgu,
minta maaf ya, ada soalan nak tanya lagi.
untuk buku tunai tiga lajur,
semasa kita mengimbangkan sebelah debit dan kredit, kita perlu lukis dua garis di bawah dua jumlah. so kita perlu lukis di lajur tunai dan bank sahaja, betul?? ataupun diskaun, tunai dan bank?
Terima kasih
Sherine,
Garis jumlah untuk ketiga-tiga.. diskaun, tunai dan bank…. cuma kedua-dua lajur diskaun jumlahkan sahaja tanpa perlu cari baki… kerana jumlah2 tersebut akan diposkan je Ak Diskaun Diberi dan Ak Diskaun Diterima.
Cikgu,
lajur bank dan lajur tunai tak perlu diposkan ke Akaun Bank dan Akaun Tunai ke?
terima kasih
Sherine,
Buku Tunai itu sendiri merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang disatukan… maka tidak perlu lagi dibuka Ak Tunai dan Ak Bank.
Cikgu,
kalau soalan tak ada minta kita imbangkan lejar, so kita tak perlu imbang. betultak?
kalau soalan mintan imbang, kita imbang baki h/b, selepas perlu tulis b/b tak?
terima kasih.
Sherine,
Kita rujuk kepada soalan jika, soalan minta sediakan sehingga Imbangan Duga, maka semua akaun dalam lejar perlulah diimbangkan dengan Baki h/b dan Baki b/b. ….. baki akhir mesti sepasang.
Cikgu,
kalau soalan cuma minta buka lejar, perlulah kita imbangkan dengan baki h/b dan bali b/b ?
Cikgu,
bagi Buku Tunai tiga lajur,
kalau kita tak cukup tempat untuk lajur folio,
contohnya soalan ada catatan kontra, boleh tak kita tulis dekat butir (maksudnya tak payah buka satu lajur folio)?
Terima kasih
Sherine,
Sebaik-baiknya kita jawab lengkap sampai Baki h/b dan Baki b/b.
Dalam BT… kontra kita boleh tulis selepas butir dalam kurungan… Tunai (K)
Cikgu,
cuba tanya,
semasa kita sediakan buku tunai tiga lajur,
dalam ada lengkapan, dan juga lekapan (asing-asing), selepas itu kita perlu sediakan lejar. so di situasi itu, kita boleh gabuangan and make it as Akaun Lengkapan dan Lekapan, kan?
terima kasih.
Cikgu,
cuba tanya lagi,
dalam soalan, ia bagi baki overdraft bank, baki pinjaman bank. soalan minta sediakan buku tunai dan lejar.
untuk overdraft bank, kita letak dalam lajur bank (Kt)
untuk pinjaman bank, kita terus letak di lejar.
so nak tanya cikgu, overdraf bank tak sama dengan pinjaman bank ke?
terima kasih.
Sherine,
Oleh kerana jelas kedua2nya diasingkan.. maka asingkan juga dalam lejar.
Overdraf bank merujuk kepada Ak Bank.. cuma bakinya sebelah kredit.. setelah kita masukkan duit ke bank.. maka Ak Bank akan berbaki debit kenbali.
Manakala Pinjaman bank adalah kita meminjam daripada bank sejumlah tertentu dan akan dibayar balik secara ansuran bulanan bagi tempoh tertentu.
Cikgu,
cuba tanya….
soalan: Jul 4 menerima cek RM 3100 daripada Kedai Dave untuk menjelaskan hutang RM3130.
Buku lejar: Diskaun diberi RM30, Bank (kt) RM3100.
Jul 10 cek yang diterima daripada Kedai Dave pada Julai 4 dipulangkan oleh bank kerana cek tak laku dan diskaun diberi ditarik balik.
buku lejar: cuma bank(kt) RM3100?, selepas itu diskaun diberi baru kreditkan di akaun diskaun diberi?
terima kasih
Sherine,
Jul 4
Dt bank 3100
Dt Diskaun diberi 30
Kt Kedai Dave 3130
Jul 10
Dt Kedai Dave 3130
Kt Bank 3100
Kt Diskaun diberi 30
Cikgu,
untuk Jul 10,
semasa kita poskan ke buku tunai,
kita perlu tulis (30) di lajur diskaun diberi?
ataupun tidak perlu masuk ke buku tunai, terus masuk ke lejar akaun diskaun diberi?
Terima kasih.
Sherine,
Dalam Buku Tunai
Kt Kedai Dave 3100 (bank) …. cek tak layan
# lajur Diskuan disebelah kredit adalah untuk DISKAUN DITERIMA
Jurnal Am
Dt Kedai Dave 30
Kt Diskaun diberi 30 —> poskan ke lejar
(merekodkan diskaun diberi dibatalkan)
Cikgu,
cuba tanya,
soalan minta kita buka buku tunai tiga lajur dan catatkan ke lejar.
so kalau ada belian barang niaga secara kredit, kita tak masuk ke buku tunai, tapi kita perlu buka lejar untuk urus niaga ini tak?
terima kasih.
Sherine,
Dalam soalan ini hanya nak uji urus niaga yang direkodkan dalam BT sahaja… maka yang mana tiada dalam BT.. akaunnya tidak perlu dibuka.
Cikgu,
cuba tanya,
kalau peperiksaan sampai bab 5,
so semasa kita imbangkan dan tutupkan akaun, semua adalah baki h/b, dan baki b/b?
Ataupun Akaun A, L, E akan baki h/b, baki b/b; akaun hasil dan belanja pindah ke akaun perdagangan dan akaun untung rugi?
terima kasih.
Sherine,
Semuanya kita imbang dan tutup dengan Baki b/b dan Baki h/b.
cikgu,
bilakah kita tutup dengan ak perdagangan dan ak untung rugi?
is it at bab 7 onwards?
terima kasih.
Cikgu,
bilakah kita tutup dengan ak perdagangan dan ak untung rugi?
is it from bab 7 onwards?
terima kasih.
Sherine,
Bergantung kepada soalan, sekirannya soalan minta kita tunjukkan kesan sesuatu pelarasan ke atas AP atau AUR seperti dalam bab 7, maka kita tunjukkan pindahan ke Ap atau AUR daripada akaun berkenaan.
Cikgu,
soalan ialah sebuah kedai jam (Kedai Jam Jim)
dokument ialah kerakan cek,
details: penerima: Kedai Kelengkapan Jaya
Kerana: membeli rak pameran
(maksudnya kita bayar kepada pemiutang kita, betul?)
Soalan minta kita buka buku tunai.
So kita masuk “Kedai Kelengkapan Jaya (pemiutang)” di sebelah kredit Buku Tunai?
atau “Kelengkapan (aset bukan semasa)” sahaja?
Terima kasih.
Sherine,
Urus niaganya ialah beli rak pameran dibayar dengan cek…. bukannya menjelaskan hutang kepada pemiutang.
cikgu,
kalau dalam lejar, akaun perdagangan dan untung rugi nak ditulis bila ada akaun apa?
Miza,
Akaun yang terlibat dengan AP dan AUR ialah akaun2 hasil dan belanja.
Cikgu,
Cuba tanya buku jurnal dan lejar, buku baucar bayaran dan resit. Can we categories as bahan cetakan (expenses)?
Terima kasih
Cikgu,
Cuba tanya, hutang lapuk dihapuskan perlu masuk ke dalam akaun kawalan penghutang tak?
Tan Swee Kung,
Boleh dikelaskan sebagai Alat Tulis.
Hutang Lapuk akan mengurangkan baki Penghutang…. maka AK Kawalan Penghutang sudah semestinya terlibat.
Cikgu,
Hutang lapuk dan hutang lapuk dihapuskan adalah sama maksud?
Hutang lapuk adalah letak di sebelah credit akaun kawalan penghutang.
Hutang lapuk dihapuskan bukan maksud tak ada hutang lapuk lagi ke?
Terima kasih.
Tan Swee Kung,
1. Ya sama maksdunya.
2. Ya.. sebelah kredit
3. BUKAN.
akaun pulangan belian dan pulangan jualan terlibat dengan akaun perdagangan & untung rugi ke cikgu?
Qhairina,
Ya,.. cuba perhatikan format Ak Perdagangan dan Ak Untung Rugi, apakah item2 yang terdapat didalamnya.
Cikgu,
Cuba tanya, kalau journal am adalah
Dt ambilan, kt belian
Dalam akaun belian, di sebelah kredit tulis ambilan.betul?
Terima Jason.
Tan Swee Kung,
Ya.. betul.
Cikgu,
dalam kerakan cek tunjuk baki akhir (8100), dan bayar untuk sewa sebayak RM800, di kerakan cek tersebut, cek ini, ia tulis (800).
those amount in kurungan, maksud apa?
is it because (8100) is the money owe to bank? then when they paid RM800, then also is the money owe to bank?
terima kasih.
Sherine,
Cek ini (800)… maksudnya keluar/bayar
Baku akhir (8100).. bank berbaki kredit .. terkurang wang dalam bank @ dipanggil overdraf bank
cikgu,
some buku rujukan tidak buat kurungan di cek ini. so juga maksud keluar / bayar, betul?
terima kasih.
Sherine,
Ya.. maksudnya.. bayar.. simbol “( )” merujuk kepada operasi TOLAK untuk dapat baki akhir.
Cikgu,
Bila masa kita nk letak penghutang and pemiutang dkt lejar ? Contoh pelbagai pemiutg.
Kalau dekat lejar , kiri ,kanan kena seimbang eh ?
Ina,
Lejar biasanya tidak seimbang, kita perlu imbangkan dengan mencari Baki h/b dan Baki b/b.
Maaf, Cg tidak faham maksud soalan yang ditanya.
Cikgu,
cuba tanya,
dalam buku tunai runcit,
belanja am dan belanja pejabat adalah sama tak?
terima kasih.
Sherine,
Bergantung kepada analisis belanja yang diminta dalam soalan..
Jika diminta kedua2 maka kita kena asingkan item2 tersebut.
Jika diminta salah satu, kita boleh gabungkan.
Cikgu,
title untuk Buku Tunai Runcit, perlu tulis nama syarikat tak?
thank you.
Keing,
Buku Tunai Runcit hanya untuk kegunaan dalaman sahaja, maka tidak perlu tulis nama syarikat.
Cikgu,
cuba tanya,
soalan untuk akaun kawalan penghuatang dan pemiutang,
dalam soalan, hujung bulan ada baki debit dalam penghutang RM130; baki kredit dalam penghutang RM200
so maksud apa?
mengapakah semasa kita jawap soalan, baki debit rm130 akan jadi baki b/b RM130 di sebelah debit? bukan baki h/b rm130 di sebelah debit?
terima kasih.
Sherine,
Bila disebut Baki awal / Baki akhir… ianya merujuk kepada BAKI B/B. Dan apabila disebut DEBIT..maka catatan disebelah Debit.. dan begitulah sebaliknya.
cikgu,
tapi, maklumat dalam soalan: 1 Jun baki debit RM 100
30 Jun baki debit RM200.
so tulis dalam lejar,
Jun 1 : (sebelah debit) tulis baki b/b RM100, so Jun 30 (sebelah kredit) baki h/b RM200 dan Jul 1 (sebelah debit) baki b/b RM200.
Mengapa maklumat beritahu kita baki debit pada hujung bulan ialah baki debit RM200, then kita tulis pada jul 1 baki b/b di sebelah debit, bukannya pada Jun 30 baki h/b di sebelah debit?
terima kasih.
Sherine,
Yang dimaksudkan 30 jun baki debit… ialah BAKI AKHIR bulan jun.. dan baki akhir adalah BAKI B/B… baki akhir Mei = Baki awal Jun.
“Baki h/b”… sebenarnya BUKAN baki akhir sesuatu akaun…. ianya adalah angka imbangan bagi menghitung nilai baki akhir sebenar sesuatu akaun… iaitu Baki b/b.
Apabila maklumat memberi baki akhir sebelah Debit… itu bermaksud Baki b/b pada 1jun disebelah debit… maka Baki h/b.. disebelah kredit.
cikgu
berdasarkan soalan yg diberi,ia suruh kita buat jurnal lejar buku tunai then imbanganduga.
soalan sye mcm ni
dekat lejar ada akaun stok.lepastu akaun stok ni nak letak dkt Buku tunai.katakanlah dia dibahagian kredit,baki b/b 3343.pastu dkt buku tunai bahagian debit.jumlah tersebut nak letak dkt mane?tunai atau bank?
macam mane nak pandai mcm cikgu.nak tips? ?
Ina,
Baki awal stok… tidak dicatat dalam Buku Tunai… Baki dalam Buku Tunai adalah baki awal tunai atau bank sahaja.
Nak pandai.. kena selalu dampingi guru.. selalu bertanya bila tak faham.
cikgu,
1.kalau dalam dokument resit tidak tunjuk sama ada bayar dengan cek atau tunai, so kami anggap ia adalah membayar dengan tunai atau bank?
2. soalan bagi: Jul 1 tunai Di tangan, tunai Di bank, stok, alatan pejabat, pemiutang, penghutang. …dan memberitahu kita buka jurnal am,
so, kita perlu susun urutan atau ikut apa yang ia bagi?
contoh yang susun semula:
alatan pejabat
stok
penghutang
tunai Di bank
tunai Di tangan
pemiutang
modal
thank you.
Kieng,
1. Jika tiada no cek… maka kita anggap secara tunai.
2. Dt Aset
Kt Liabiliti
Kt Modal
cikgu,
kalau soalan bagi dokumen contoh resit rasmi atau bil tunai, dalam dokumen akan tunjuk sama ada potong ce atau potong tunai.
kalau soalan kedua-dua pun tak potong, macam ini kita pilih cek atau tunai?
thank you
Kieng,
Ada no cek .. bayar dengan cek.
Tiada no cek… bayar tunai
Cikgu,
Apabila hendak membuat jurnal , macam mane nak tahu bahawa sesuatu dokumen debitdebit atau credit.
Ina,
Berdasarkan dokumen yang diberi… kita perlu kenalpasti apakah urus niaganya… kemudian baru boleh tentukan BCP yang sepatutnya.. seterusnya akaun2 yang terlibat serta … apa yang debit dan kredit.
Cikgu,
Cuba tanya, kalau dalam peperiksaan, soalan beritahu kita buka BCP dan poskan ke lejar. So kita perlu imbangkan akaun tak?
Terima kasih.
Tan Swee Kung,
Bengantung kepada kehendak soalan.. jika soalan nak uji pengeposan dari BCP ke lejar.. maka tidak perlu diimbangkan. Tetapi jika diminta sediakan ID, maka semua lejar mesti diimbangkan terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun sebaik2 jawapan … kita imbangkan lejar, walaupun tidak diminta.
Cikgu,
Walaupun soalan tak minta kita imbang, tapi kita imbangkan, juag betul, kan?
Tan Swee Kung,
Ya, jawapan yang lengkap adalah lebih baik.
Cikgu,
Cuba tanya,
Selepas kita buka buku tunai dan perlu poskan ke lejar.
Perlulah kita buka lejar untuk Akaun tunai dan Akaun Bank?
Terima kasih
Tan Swee Kung,
Buku Tunai merupakan Ak Tunai dan Ak Bank ysng digabungkan… maka tidak perlu lagi dibuka kedua2 akaun tersebut.
cikgu, saya keliru sama ada baki akhir akaun nominal dan akaun nyata mana satu baki akhirnya 30april/1mei. Akaun nominal terbahagi kepada berapa, serta akaun nyata pula?
Zahidah,
Sekiranya pertanyaan untuk tujuan kerja kursus… Semua akaun diimbangkan dengan 30 April BAKI H/B dan 1Mei BAKI B/B.
Akaun Nominal adalah akaun HASIL dan akaun BELANJA.
cikgu, saya nak tanya itu lejar jika akaun itu cuma ada satu catatan sahaja,sama ada debit atau kredit, apabila kita imbangkan akaun tersebut, nak tulis sekali lagi jumlah amaun tak?
Stella Lai,
Jawapan yang lengkap ialah tulis jumlah seperti biasa, walaupun hanya satu item.
cikgu, tapi saya lihat di dalam buku tex,jika satu item sahaja di lejar, jawapan buku text itu ,dia terus lukis dua garisan di angka baki h/b dan angka satu item itu,then terus tulis baki b/b di barisan seterusnya,macam ni boleh tak?
Stella Lai,
Boleh, cuma untuk tujuan pembelajaran sebaik-baiknya tulis dengan lengkap.
cikgu
sekiranya belian untuk promosi, dicatatkan di sebelah debit atau kredit dalam lejar belian?
Marsha,
Penyataan tersebut tidak jelas ….
1. Jika beli sesuatu itu barang niaga khas untuk tujuan promosi… kita terus Dt Promosi Kt Bank/Tunai
2. Jika kita ambil barang niaga untuk tujuan promosi.. baru melibatkan Akaun Belian… iaitu Dt Promosi Kt Belian (dalam AK Belian Kt butirnya “Promosi”)
cikgu jika soalan dia
a)mencatatkan urusniaga di atas dalam lejar mengikut sistem catatan bergu
b)mengimbangkan semua akaun yg berkenaan dan sediakan satu imbangan duga
soalan a) itu bermaksud kita perlu buat cttan bergu?
soalan b) pula kita perlu buka semua acc yg ada pd soalan ke ataupun hanya buka acc tunai dan bank kemudian imbangankan saja ..?
*sebenarnya saya kurang memahami soalan yg dikehendakinya
mengeluarkan cek rm8000 utk membuka ak.simpanan tetap
ak.simpanan ttp,kt bank/dt bank?
Hanna,
A) rekodkan dalam 2 akaun yang terlibat secara caatatan bergu bagi setiap urus niaga.
B) semua akaun2 yang telah dibuka hendaklah diimbangkan… cari baki hb .. baki bb… kamudian sediakan ID berdasarkan baki bb tersebut.
GOPAL MEMULANGKAN BARANG ROSAK RM50
ACC.YG TERLIBAT IALAH AKAUN PUL.JUALAN SAHAJA?
JUALAN TUNAI TIDAK DIBANKKAN
adakah acc yg terlibat ialah jualan dt, tunai kt?
Hanna,
Setiap catatan bergu mesti… dua akaun yang terlibat.
Dt Pulangan jualan
Kt Penghutang Gopal
Jika merekod jualan tunai..
Dt Tunai
Kt Jualan
1.membeli mesin pjabat dgn cek utk kegunaan pejabt …dt alatan pejabat kt bank betul ke?
2.membeli pelbgai jrnis alatan sukan scr kt drpd alatn Sukan Mari dipnggil apa?kelengkpan atau belian atau stok?
3.menjual pel.jenis alatn sukan scr kt kpd Kedai Aman dt kedai aman ,kt jualan?
4.membyr cek rm800 kpd gedung perabot sbg byran sebahagian invois bertarikh 5 januari (ayt 5 januari : membeli perabot dan almari scr kt drpd gedung perabot utk kegunaan kedai berkos rm1850 ) apa kt dan dt bagi soaln no.4 ni?
5. membyr cek kpd agensi alat solek fari dan menerima dis.tunau kt dan dt dia apa?
6.jualan tunai disimpan di kedai
Hanna,
1. Betul
2. Jika pelbagai alatan sukan adalah barang niaga… maka Dt Belian Kt Alatan Sukan Mari
3. Betul
4. Dt Gedung Perabot Kt Bank
5. Dt Agensi Alat Solek Fari
Kt Bank
Kt Diskaun diterima
6. Dt Tunai Kt Jualan
1.jualan alat tulis dan buku scr kt kpd koperasi munsi
2.jualan buku2 scr tunai kpd encik won
3.jualan buku2 scr kt kpd koperasi bat , dt koperasi bat kt jualan ?
4.membeli brg niaga scr kt drpd pembekal azam ,dt belian kt pembekal azam?
5.menjual brg niaga scr kt kpd usha damai kurang dis.niaga 10% mcm mana tu cikgu?
6.memulangkn brg niaga kpd kedai thanga
7.encik.ali mengambil wang tunai utk byr yuran ank,dt ambilan kt tunai?
8.membeli kelengkapan pej scr kt dr agensi mesin pejbt ,dt belian kt agensi mesib pejbt?
9.jualan brg scr kt kpd kedai hamid
10.membyr cek utk membeli pel.jenis alat tulis utk kegunaan pej
11.beli perabot dgn cek utk kegunaan kedai
12.menjual 30 gas kpd perniagaan a.amin scr kt pd harga senarai rm 540,kurang dis.niaga 5%
13.encik ahmad mengambil wang tunai utk kegunaan peribadi,dt ambilan kt tunai?
14.jual brg niaga kpd kedai toh scr kt , dt kedai toh kt jualan?
15.memulangkan brg niaga kpd syarikat kuda ,kt pul.belian dt syarikat kuda?
16.membeli brg niaga dr syarikat kuda scr kt
17.membyr cek kpd awang enterprise , dt awang enterprise kt bank?
18.terima cek drp perniagaan meiling dan memberinya dis.tunai ?, kt perniagaan meiling dt bank ?
19.memasukkan rm56791dlm ak.bank dan rm 500 di tangan dikekalkan sbg modal ?
20. Beli alat tulis utk kegunaan pejbat dgn tunai , dt belian kt tunai?
*maaf cikgu terlalu byk soalan yg ditanya *
Hanna,
1.
2.
3. Betul
4. Betul
5. Sama saja cuma nilainya tolak diskaun.
6.
7. Betul
8. Salah
9.
10.
11.
12.
13. Salah
14. Betul
15. Betul
16.
17. Betul
18. Salah
19.
20. Salah.
Cikgu,boleh cikgu tentukan bhgian dt dan kt bagi no.1,2,6,8,9,10,11,12,13,16,18,19 & 20 ?terima kasih cikgu…
Cikgu,mcm mana nak tahu utk menentukn sama ada urus niaga itu dt dan kt dengan lebih tepat?apakh tips tips nya?
Mcm cthnya ayat no. 20 beli alt tulis utk kegunaan pjbt dengan tunai ,jwpan yg saya berikan dt belian,kt tunai mengapa ianya salah? Atupun dt alat tulis kt tunai?ataupun dt modal kt tunai?
Cikgu,saya masih menunggu jwpan dari cikgu ,saya berharap agar diberi jwpan
Hanna,
1. Kita kena kenal pasti 2 akaun yang terlibat. Urus niaga 20… “belian/jualan” hanya digunakan untuk BARANG NIAGA sahaja. Alat tulis ..bukan barang niaga.. tetapi belanja alat tulis… maka Ak Alat Tulis.
Beli secara tunai…maka Ak Tunai terlibat.
2. Kita tentukan yang mana Dt dan Kt.
Asas baki akaun :
Aset & Belanja … Debit (bertambah)
Liabiliti, Ekuiti & Hasil… Kredit (bertambah)
# jika berkurang… jadi sebaliknya.
Alat tulis … belanja… bertambah, maka Debit
Tunai.. aset… berkurang, maka Kredit
Dt Alat Tulis
Kt Tunai
Cikgu, kalau membeli lengkapan daripada syarikat X dengan cek RM9000
Bagaimana mengepos ke lejar ?
Aun,
Dt Lengkapan 9000
Kt Syarikat X 9000
Ak Lengkapan
Dt Syarikat X 9000
Ak Syarikat X
Kt Lengkapan 9000
semua jurnal ka post ke lejar ? atau ikut urutan jurnal am – jurnal belian – buku tunai
Shazleen,
BCP (JA JJ JB JPJ JPB BT) perlu diposkan ke Lejar.
Assalamualaikum cikgu,saya pelajar ting 4 yang mengambil p akaun.Masalah saya sekarang ini ialah semasa saya hendak masukkan data dari jurnal ke lejar.Apakah perbezaan akaun belian dan akaun stok? Bagaimana saya harus pindahkan data dua akaun ini? Adakah saya harus membuat dua akaun atau sebaliknya.Mohon cikgu beri penjelasan kepada saya. Sekian terima kasih.
Iyan,
Ak Stok dan Ak Belian… adalah 2 akaun yang berbeza.
Ak Stok…. diposkan daripada JA pada 1hb… catatan permulaan @ baki awal.
Ak Belian…. diposkan daripada Jurnal Belian dan juga Buku Tunai.
Salam ckg,
Maklumat buku tunai runcit perlu pos ke lejer ke?
Di bahagian manakah yang perlu direkod maklumat buku tunai runcit setelah tutup di akhir bulan?
Boleh sertakan sekali dengan contoh sebagai rujukan.
Terima kasih.
Abdul,
Boleh rujuk contoh cara pengeposan ke lejar dalam buku teks.
Cikgu soalan dia macam ni
1 jan 2007 jumlah penerimaan 200
1jan-31 jan jumlah pembayaran 170
1 feb 2007 baki akhir 30
Soalan :berapa jumlah wang yg perlu dituntut daripada juruwang mengikut sistem panjar
Macam mana nak kira melalui sistem panjar ni?
Dan akaun apa yang dikreditkan apabila mengambil barang niaga untuk tujuan promosi ckg? Akaun stok atau akaun promosi ckg?
Macam mana nak cari jualan kredit daripada akaun kawalan penghutang ckg?
Nor Syuhada,
1. Sistem panjar secara mudahnya kita ganti balik jumlah yang telah dibelanjakan.
2. Dt Promosi Kt Belian
3. Jualan kredit diperolehi dengan melengkapkan item2 yang diberi dalam soalan ke dalam Ak Kawalan Penghutang.. kemudian cari angka imbangannya…. maka itulah juslan kredit.
Assalamualaikum ckgu..nk tnye psal buku tunai.. Bku tunai tu klau buka satu akaun cntohnye akaun bank kat bku tunai…maknanye kat krtas lain kena buka akaun bank la??
Najmi, waalaikumussalam.
Tidak perlu….. Buku Tunai merupakan Ak Tuani dan AK Bank yang digabungkan.. maka tidak perlu lagi dibuka Ak Tuani dan Ak Bank.
Cikgu akaun modal hanya berdasarkan duit sahaja ke atau penambahan aset bukan semasa juga dicatat? Dan pengurangan modal dari segi ambilan sahaja ke
Dan akaun ambilan hanya dicatat disebelah debit kenapa ye cikgu? Sebab ambilan bukan kita ambil barang dan barang niaga berkurang jadi kenapa di akaun ambilan dicatat disebelah debit?
Dan kenapa jugak akaun dibawah ni dicatat satu belah je ckg mengikut prinsip asas perekodan ke lejar ? Jadi satu belah lagi tak perlu catat apa2 ke ckg ?
Akaun jualan
Akaun hasil
Akaun belanja
Akaun pulangan belian
Akaun pulangan jualan
Dan akaun belian untk belian abs n as sahaja atau untk barang niaga secara kredit juga?
Nor Syuhada,
1. Modal tidak semestinya tunai sahaja… asalkan pemilik bawa masuk (harta peribadi) ke dalam perniagaan…. boleh jadi tunai, aset bukan semasa. Ambilan untuk kegunaan sendiri akan mengurangkan modal.
2. Modal –> Ekuiti pemilik –> berbaki KREDIT.
Ambilan –> pengurangan EP –> mestilah DEBIT.
Jika ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri…Ambilan –> DEBIT berang niaga berkurang –> Belian berkurang –> KREDIT.
3. Setaip urus niaga dicatat secara catatan bergu… pasangan bergunya kita boleh kenalpasti daripada butirnya. AK JUALAN … kt Penghutang..bermaksud cataran bergunta di AK PENGHUTANG disebelah DEBIT.
4. AK BELIAN hanya untuk belian barang niaga sahaja.. jika beli kenderaan.. maka Dt Kenderaan Kt Tunai/Bank
mcm mna nak score A+ untk P.A?? apa tujuan krja kusus akaun?? tmbh markh spm ke tu??
Lenshyana Vanes,
Pastikan kita FAHAM apa yang dipelajar.
Kuasai KEMAHIRAN yang dipelajar.
Banyakkan LATIHAN… dan terus BERTANYA jika ada masalah.
Kertas 1 – 20% (Objektif)
Kertas 2 – 60% (Subjektif)
Kertas 3 – 20% (Kerja Kursus)
Cg Narzuki,
Nak tanya, kenapa Belanja kita masukkan belah debit utk pertambahan dan Hasil kita masukkan belah kredit utk pertambahan? Sedangkan bila kita belanja, duit keluar. Bila kita dapat hasil, duit masuk.
Luqmanazari,
DUIT MASUK dan KELUAR merujuk kepada AKAUN TUNAI/BANK….
Masuk –> DEBIT
Keluar –> KREDIT
Cuba lihat catatan bergu BAYAR SEWA DENGAN TUNAI.
Dt SEWA DIBAYAR (belanja) Kt TUNAI (wang keluar)
Catatan bergu TERIMA KOMISEN secara TUNAI.
Dt TUNAI(wang masuk) Kt KOMISEN DITERIMA(hasil)
Cikgu,
Sekiranya kita dapat soalan, diberikan maklumat dan diminta pos ke lejar,
Baki2 dari bulan lepas
-kenderaan
-loji dan mesin
-tunai ditangan
-tunai di bank (overdraf bank)
Soalan saya, overdraf bank tu nak letak disebelah Kredit dalam akaun bank, dan lagi satu catatan nak letak di akaun mana? Bukan akaun modal kan? Ke kita buka akaun baru, ?
Terima kasih.
cikgu, kalau mendeposit di tgn ke bank rm 1000 ……..debit apa ? dan kredit apa?….
Eisya,
Tunai –> Bank
Maka, apa yang bertambah ? T / B ?
Apa yang berkurang ? T / B ?
Bertambah –> Debit
Berkurang –> Kredit
ASSALAMMUALAIKUM CG,
Menerima dividen drpd bank sbyk 200
betul ke kalau
debit:bank kredit:dividen diterima
Eisya, waalaikumussalam.
Ya.. betul.
Cikgu,apakah 3 perbezaan antara Akaun kawalan penghutang dalam lejar am dengan akaun penghutang dalam lejar jualan ?
Nuraisah,
Cuba lihat kaitan Ak Kawalan Penghutang (LA) dan Ak Penghutang (LJ).. daripada situ kita boleh cari apakah perbezaannya.
masa trial paper akaun saya terjumpa soalan berkenaan lejar subsidari
-akaun manakah yanh direkodkan dalam Lejar subsidari?
i-Akaun Belian
ii-Akaun Jualan
iii-Akaun Pemiutang
iv-Akaun Penghutang
mana stu jawapan yang betol?
Afiq,
iii & iv
Ak Jualan & Ak Belian –> Lejar Am.
Cg , Kalau nak pindahkan butir jurnal am ke dlm lejar . Macam ni ke yg sy cuba buat ni .
Tunai(dt)
Bank(dt)
Stok(dt)
Penghutang(dt)
Pemiutang(kt)
Modal(kt)
Buka akaun modal letak semua yg belah dt belah kt .yg pemiutang (kt) masuk belah dt . Akaun pemiutang nnti butir modal belah kt betul ke cg?
Ct,
Oleh kerana semuanya baki2 pada tarikh tersebut.. –> Baki awal.
Poskan ke semua akaun2 yang ada –> butirnya “BAKI B/B”.
Sebelah Dt @ Kt –> ikut Jurnal.
Maaf cg sy kurang faham yg pemiutang tu . Betul ke apa yg sy poskn ke lejar tu?
Ct.
Ak Pemiutang
Kt: Baki b/b xx
Ak Modal
Kt: Baki b/b xx
Hanya kes baru memulakan perniagaan sahaja baru kita masuk semua akaun ke Ak Modal.
Cth: memulakan perniagaa dengan
Tunai 500
Bank 1000
Kenderaan 5000
Modal 6500
Ak Tunai
Dt Modal 500
Ak Bank
Dt Modal 1000
Ak Kenderaan
Dt Midal 5000
Ak Modal
Kt Tunai 500
Kt Bank 1000
Kt Kenderaan 5000
Cg buku tunai nak pos ke lejar pula bagaimana? Belah dt masuk belah kt ke? Lepastu kalau butir utk bank dan tunai dlm buku tunai tu bila pindah ke lejar bly tak amik terus baki b/b bank dgn tunai
Naa,
1. Ya. BT Dt –> Kt… Kt –> Dt
2. Butir Tunai & Bank –> catatan kontra… tidak perlu pos ke lejar.
3. Pos satu persatu ikut tarikh dan nilai masing2.
cikgu sy ingin bertanya. kalu baki hujung adalah kosong, adakah perlu saya tulis jugak dalam lejer baki bawa bawah rm 0 dan baki bawa hadapan rm 0
Zul,
Jika tiada baki… terus tulis jumlah sahaja.. tanpa perlu tulis “Baki hb & Baki bb”.
hai cgu sya ingin betanya, bole kah trus pos dari akaun lejar ke penyata pendapatan .. tanpa imbangan duga
Mujira,
Boleh… ID disediakan bagi menyemak ketepatan catatan bergu serta memudahkan penyediaan Penyata Kewangan.
cikgu baki normal aset, liabiliti,ekuiti ,hasil,belanja tu apa
Ariff,
Kedudukan asas baki akaun2 tersebut.
Aset & Belanja –> berbaki Debit
Ekuiti, Liabiliti & Hasil –> berbaki Kredit
salam cikgu, kalau akaun ambilan untuk lejar, belah kt kan kita tulis belian dan baki h/b,then belah dt tak ada apa2,jadi macam mana cikgu?Ke tak perlu tutup lejar?
Aa,
Akaun Ambilan –> TIADA catatan sebelah kredit.
Sepatutnya:
Dt Belian 200 Kt Baki h/b 200
————————————–
Dt Baki b/b 200