Kelab dan Persatuan

AKTA PERTUBUHAN 1966

– Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

– Bukan bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.

– Memperuntukkan semua kelab dan persatuan supaya;

1. menyimpan rekod kewangan.

2. melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

3. memilih dan melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

4. menghantar laporan kewangan dan senarai nama ahli jawatankuasa kepada Pendaftar Pertubuhan.

SUMBER HASIL

1. Yuran tahunan ahli

2. Yuran pertandingan

3. Kutipan pesta ria

4. Sewa laci almari

5. Derma dari agensi swasta

6. Faedah dari simpanan tetap

7. Sewa alatan sukan

8. Jualan bola tenis terpakai

JENIS BELANJA

1. Sewa rumah kelab

2. Belian surat khabar dan majalah

3. Belian alatan sukan

4. Pembinaan gelanggang tenis

5. Elaun kehormat

6. Belanja mesyuarat

7. Latihan dan kursus

8. Lawatan

PERBELANJAAN HASIL DAN PERBELANJAAN MODAL

Perbelanjaan Hasil

– Bayaran untuk membeli aset semasa atau belanja pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab atau persatuan.

– Contoh;

a. Belian barang niaga untuk dijual semula.

b. Belian alat tulis, setem, akhbar dan majalah untuk kegunaan kelab.

c. Susut nilai aset bukan semasa.

d. Elaun kehormat (honorarium) kepada pengerusi atau ahli jawatan kuasa kelab dan persatuan.

e. Belanja untuk menjalankan urusan pentadbiran kelab dan bayaran perkhidmatan seperti gaji, insurans, belanja am, sewa rumah kelab dan kadar bayaran.

Perbelanjaan Modal

– Perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan semasa.

– Contoh;
Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab
Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
Pembelian aset bukan semasa
Bayaran guaman dan duti setem pembelian aset bukan semasa
Kos pemasangan sistem hawa dingin

PENDAPATAN HASIL DAN PENDAPATAN MODAL

Pendapatan Hasil

– Pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.

– Contoh;
Yuran tahunan ahli / yuran bulanan
Yuran pertandingan
Kutipan jualan pesta ria
Sewa diterima kerana penyewaan kemudahan kelab.
Faedah atas pelaburan.
Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan itu sendiri.
Wang yang diperuntukkan oleh badan induk atau agensi tertentu.
Penerimaan lain yang tidak dianggap sebagai pendapatan modal.
Derma yang bukan bertujuan untuk membiayai sesuatu projek

Pendapatan Modal

– Wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan.

– Contoh;
Jualan aset bukan semasa
Derma khas bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa
Yuran masuk atau pendaftaran
Peruntukkan daripada agensi kerajaan

AKAUN YURAN

· Yuran kelab terdiri daripada;

o Yuran masuk – boleh dianggap sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil.

o Yuran bulanan/tahunan – pendapatan hasil

o Yuran pertandingan – pendapatan hasil

Pendapatan Modal – Kunci Kira-kira ; Dana Terkumpul

Pendapatan Hasil – Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (kredit)

AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

· Ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai pada akhir tempoh perakaunan.

· Perbelanjaan hasil dan perbelanjaan modal dicatat sebelah kredit manakala pendapatan hasil dan pendapatan modal dicatat sebelah debit.

· Baki debit menunjukkan terdapat lebihan tunai – aset semasa.

· Baki kredit menunjukkan terdapat kurangan tunai – liabiliti semasa.

AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

· Untuk mencari lebihan atau kurangan antara pendapatan dengan perbelanjaan hasil.

· Lebihan – ditambah kepada dana terkumpul.

· Kurangan – ditolak daripada dana terkumpul.

AKAUN PERDAGANGAN BAGI AKTIVITI DAGANGAN KELAB

· Untuk mengira untung atau rugi operasi perniagaan (perniagaan yang dijalankan bertujuan untuk menambah tabungan kelab dan persatuan).

· Untung atau rugi dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.

· Untung operasi – kredit.

· Rugi operasi – debit.

KUNCI KIRA-KIRA

· Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan dana terkumpul.

· Dana Terkumpul = Jumlah Aset – Jumlah Liabiliti

· Dana Terkumpul Awal = Jumlah Aset Awal – Jumlah Liabiliti Awal

· Dana Terkumpul Akhir = Jumlah Aset Akhir – Jumlah Liabiliti Akhir

· Dana Terkumpul Akhir = Dana Terkumpul Awal + Lebihan (Kurangan) + Pendapatan Modal

KUIZ : Kelab dan Persatuan

Congratulations - you have completed KUIZ : Kelab dan Persatuan. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang kelab dan persatuan?

I Didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

II Kelab dan persatuan bermotifkan keuntungan.

III Tidak perlu menghantar laporan kewangan kepada pendaftar pertubuhan.

IV Kelab dan persatuan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada ahli-ahlinya.
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 2
Maklumat berikut diberikan oleh Kelab Golf Saujana.

Bilangan ahli : 50 orang

Yuran tahunan : RM 1 500 seorang

Yuran yang telah diterima bagi tahun berakhir 31 Disember 2004 ialah RM 67 500 termasuk yuran untuk 3 orang ahli bagi tahun 2005

Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan yuran tertunggak pada 31 Disember 2004.
A
RM 3 000
B
RM 4 500
C
RM 7 500
D
RM 12 000
Question 3
Berikut ialah maklumat yuran dari Kelab Belia Jaya :

Yuran terdahulu 1 Januari 2005 = RM35

Yuran terdahulu 31 Disember 2005 = RM25

Yuran belum terima 31 Disember 2005 = RM55

Yuran diterima sepanjang tahun 2005 = RM560

Nyatakan jumlah yuran bagi tahun berakhir 31 Disember 2005
A
RM560
B
RM625
C
RM650
D
RM675
Question 4
Maklumat yuran yang berikut diperoleh daripada bendahari Kelab Rekreasi Taman Jati.

Yuran tertunggak pada 1 Januari 2006 = RM600

Yuran tertunggak pada 31 Disember 2006 = RM350

Yuran terdahulu pada 31 Disember 2006 = RM400

Jumlah yuran diterima sepanjang tahun 2006 = RM14 800

Hitung yuran yang akan direkod dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006.
A
RM15 450
B
RM15 350
C
RM14 250
D
RM14 150
Question 5
Antara yang berikut, yang manakah akan dikredit dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan sesebuah kelab?

I Honorarium

II Insurans kelab

III Kutipan derma

IV Yuran pertandingan

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 6
Antara berikut, manakah merupakan perbelanjaan modal Kelab Sepak takraw Taman Sri Lambak?
A
Sewa gelanggang
B
Membaiki bumbung kelab
C
Susut nilai peralatan kelab
D
Membina gelanggang tambahan
Question 7
Maklumat berikut diperoleh daripada buku akaun Kelab Angsana bagi tahun berakhir 28 Februari 2006.

Yuran tertunggak pada 1 Mac 2005 = RM140

Yuran terdahulu pada 1 Mac 2005 = RM190

Yuran terdahulu pada 28 Februari 2006 = RM80

Maklumat tambahan :

Jumlah yuran diterima ialah RM10 800 untuk tahun tersebut.

Hitungkan jumlah yuran yang dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
A
RM10 670
B
RM10 770
C
RM10 830
D
RM10 930
Question 8
Antara berikut, pilih butiran yang dicatat dalam Kunci Kira-kira Kelab Memancing Muar pada 31 Mac 2006.

I Honorarium

II Dana terkumpul

III Yuran tertunggak akhir tahun

IV Kadar bayaran terakru awal tahun
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
II dan IV
Question 9
Manakah antara berikut merupakan pendapatan modal Kelab Remaja Kluang?
A
Yuran ahli
B
Jualan minuman
C
Sewa gelanggang kelab
D
Derma untuk pembinaan bangunan kelab
Question 10
Apakah aset semasa bagi sebuah kelab dan persatuan?
A
Yuran tertunggak
B
Yuran terdahulu
C
Yuran masuk
D
Yuran ahli
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 10 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
End
Return

  1. alop… plezz help me bout tajuk kelab & persatuan… langsung x faham…

    hellpp…

  2. apa yang awak tak faham?? camna nak tolong

  3. sume.. especially bout penyediaan akaun penerimaan & pembayaran…

  4. senang je……..

    biasanya soalan akan memberi ak penerimaan & pembayaran

    jadi kamu cuma menurunkannya ke ak pendapatan & penbelanjaan

    INGAT

    dari DEBIT pindah ke kredit

    dari KREDIT pindah ke debit

    cuma silangkan

    dan juga paling penting

    BELANJA MODAL & PENDAPATAN MODAL

    TAK BOLEH dimasukkan….

    jgn lupa buat susut nilai alatan{jika ada}

    dan juga peyelarsan bagi {cth:sewa,insuran,belanja am…}

    semasa kira penyelarsan

    ={akhir -awal + baru}

    ak yuran juga perlu dimasukkan

    lebihan juga….

    harap2 faham lar….

  5. wow.. thanks syamil …

    skarang paham la jugak cara nak wat.. hehe..

  6. Hello…
    Sebenarnya, saya tak faham tentang dana terkumpul..
    Pertama, kena kirakan dana terkumpul dengan menggunakan aset tolak liabiliti untuk kirakan dana terkumpul awal betul??
    Lepas itu, masukkannya ke dalam kunci kira-kira bahagian dana terkumpul dan menambahkan lebihan atau kurangan dari Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan betul??
    Lepas itu, saya tak faham kene masuk pendapatan modal atau perbelanjaan modal.. yang itu tolong huraikan

    Terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu..

  7. Victorian91,

    DANA TERKUMPUL merupakan SUMBER KEWANGAN bagi menjalankan aktiviti sesebuah kelab atau persatuan. Ianya adalah sama seperti MODAL dalam entiti perniagaan. Bezanya hanya dari segi istilah sahaja.

    Apakah PENDAPATAN MODAL ?

    Iaitu wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan. Iaitu satu SUMBER KEWANGAN yang diperolehi oleh kelab dan persatuan bagi membolehkan kelab dan persatuan menjalankan aktiviti yang telah dirancang atau menyediakan kemudahan kepada ahli.

    Contohnya :
    1. Wang yang diterima daripada JUALAN ASET BUKAN SEMASA. (bukan operasi biasa).
    2. Terima DERMA KHAS bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa. (dapat sumbangan kewangan daripada pihak luar).

    Jelas disini bahawa PENDAPATAN MODAL merupakan sumber kewangan kepada kelab dan persatuan, Oleh itu ianya akan meningkatkan jumlah Dana Terkumpul. Maka,

    DANA TERKUMPUL AKHIR
    = Dana Terkumpul Awal + Lebihan (Kurangan) + PENDAPATAN MODAL

    Apakah PERBELANJAAN MODAL ?

    Iaitu perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan semasa. Ianya BUKAN SUMBER KEWANGAN kepada kelab dan persatuan, sebaliknya menggunakan sumber kewangan yang ada untuk tujuan tertentu seperti :
    1. Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab.
    2. Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
    3. Pembelian aset bukan semasa

    Maka, ianya TIDAK dimasukkan dalam DANA TERKUMPUL, sebaliknya melibatkan ASET seperti Bangunan, Gelanggan, Alatan Sukan. Oleh itu ianya akan direkodkan sebagai ASET BUKAN SEMASA dalam Kunci Kira-kira.

  8. Saya sedang membuat latihan tentang bab Kelab dan Persatuan..

    Seperti yang saya tahu pebelanjaan hasil perlu diletakkan ke dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan.
    Namun, kenapa upah kantin dalam soalan tidak diletakkan ke dalan akaun pendapatan dan perbelanjaan??
    Apakah beza gaji dengan upah??
    Buku saya meletakkan gaji sebagai perbelanjaan hasil namun, upah tidak disenaraikan…

    Oleh itu, tolong jelaskan kenapa upah tidak diletakkan ke dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan??

    Upah kantin diletakkan di dalam akaun perdagangan Minuman…

    Terima kasih byk-byk..

  9. Victorian91,

    Kelab dan persatuan merupakan organisasi sosial yang ditubuhkan BUKAN untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada ahlinya. Walau bagaumanapun, terdapat juga kelab dan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti kantin, kedai menjual cendemata, kedai menjual alatan sukan untuk menambahkan TABUNGAN kelab.

    Perniagaan tujuannya adalah untuk mencari KEUNTUNGAN dan keuntungan perniagaan tersebut pula merupakan PENDAPATAN kepada kelab dan persatuan.

    Kita sediakan AKAUN PERDAGANGAN bagi perniagaan tersebut untuk mengira KEUNTUNGAN. Jadi segala hasil / belanja yang berkaitan dengan urusniaga perniagaan akan dimasukkan dalam Akaun Perdagangan. Misalnya UPAH KANTIN, merupakan perbelanjaan bagi Kantin maka ianya akan dimasukan dalam Akaun Perdagangan untuk mencari UNTUNG kantin. Kemudian UNTUNG KANTIN akan dipindahkan ke AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN kerana untung kantin tersebut merupakan PENDAPATAN bagi kelab dan persatuan.

    Manakla lain-lain hasil / belanja yang melibatkan urus niaga kelab dan persatuan, seperti GAJI PEKERJA merupakan PERBELANJAAN kepada kelab dan persatuan. Maka ianya akan dimasukkan dalam AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN untuk mencari LEBIHAN / KURANGAN kelab dan persatuan.

  10. Butir dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran adalah silangan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan kecuali:-
    1. baki akaun penerimaan
    2. nama aset (alatan pejabat, alatan sukan dll)
    3. penerimaan modal (disebut dlm mak tambh soalan)
    4. Butir dan angka yang dimasukkan dlm ak. yuran, kawalan, ak dagangan.
    5. Derma bertujuan

  11. TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Cara membuat pelarasan bagi Akaun Yuran untuk menghitung yuran sebenar bagi suatu tempoh perakaunan.
    2. Penyediaan Akaun Penerimaan dan Pembayaran, Akaun Perdagangan, Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira.
    3. Pengiraan dana terkumpul.

  12. cikgu, boleh tak cikgu tolong terangkan tentang akaun kelab dan persatuan??bab ni ssh sgt…..

    macam mane nak ingat pendapatan hasil dan pendapatan modal @ belanja modal dan belanja hasil……….

  13. Amirah,

    Nota lengkap yang telah diberikan diatas, sila rujuk penerangan dan contoh yang diberikan, serta komen-komen sebelum ini.

    Secara ringkasnya, Pendapatan Modal dan Perbelanjaan Modal ialah urus niaga yang melibatkan ASET BUKAN SEMASA.

    Contoh Perbelanjaan Modal :
    1. Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab
    2. Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
    3. Pembelian aset bukan semasa
    4. Bayaran guaman dan duti setem pembelian aset bukan semasa
    5. Kos pemasangan sistem hawa dingin

    Contoh Pendapatan Modal :
    1. Jualan aset bukan semasa
    2. Derma khas bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa
    3. Yuran masuk atau pendaftaran jika dinyatakan dalam maklumat tambahan.
    4. Peruntukkan daripada agensi kerajaan

    Manakala Pendapatan Hasil merupakan pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.

    Perbelanjaan Hasil merupakan bayaran untuk membeli aset semasa atau belanja pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab atau persatuan.

    PERHATIAN !!! Butir dan angka yang telah dimasukkan dlm Ak. Yuran, Ak. Kawalan, Ak Perdagangan. TIDAK perlu dimasukkan dalam Ak. Pendapatan dan Perbelanjaan.

  14. terima kasih ckg. nota ckg. memng snang utk difahmi…. DoAkN sAyA SukSes dlM SPM 08.

  15. bleh ckg trngkn ke mna jaln yg sy patut prgi lpas SPM.. sy amik AKAUN tpi xde addmath..tpi sy minat utk smbng blajar dlm bidng perakaunan..

  16. Fikri @ Abu Hassan Fikri

    Sama-sama, Semoga Berjaya dengan Cemerlang dalam SPM 2008 nanti.

    Syabas kerana berminat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perakaunan. Oleh kerana tidak ada add math, maka Fikri terlepas peluang untuk ke Matrikulasi Akaun. Walau bagaimanapun peluang2 ke IPT masih terbuka luas. Untuk itu Fikri harus semak syarat minimum kelayakan yang dikeluarkan oleh setiap IPT berkenaan, biasanya 2 minggu sebelum keputusan SPM dikeluarkan.

    Sekarang ini tumpukan sepenuhnya pada pelajaran, serta persediaan menghadapi SPM tak lama lagi.

  17. aslamkm..
    cgu blh x tnjk kan saya format penuh akaun kelab dan persatuan??
    terima kasih~

  18. Hani,

    Sila Muat Turun Cg Sila – Modul Ting 5, rujuk pada mukasurat 17 – 20.

  19. boleh tlg terangkan tentng pengurusan kewangan sebuah organisasi dan kaedah2nya?

  20. Nadia,

    Sila muat turun bahan yang Cg sediakan berkaitan dengan PENGURUSAN KEWANGAN. Ianya mengandungi 12 muka surat, jadi adalah tidak praktikal untuk Cg terangkan disini.

  21. Cikgu, alat tulis dikira sebagai aset bukan semasa atau aset semasa?
    Saya rasa alat tulis merupakan aset semasa kerana alat tulis diletakkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan…
    Lepas itu, saya baru buat satu soalan..

    1 April 2005 = Tunai = RM 1920
    31 Mac 2006 = Tunai = RM 9020

    Cuma saya nak tahu kenapa tunai pada 31 Mac 2006 tidak dimasukkan ke dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan?? Saya fikir bahawa tunai diterima pada 31 Mac 2006…
    Kerana Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan untuk pendapatan hasil…

    Terima kasih byk-byk..

  22. Victorian91,

    STOK ALAT TULIS adalah ASET SEMASA.
    (Rujuk baki awal & baki akhir .adalah merujuk kepada stok alat tulis)

    ALAT TULIS adalah BELANJA, maka perlu dimasukkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan. Cuma untuk mendapat jumlah belanja tersebut perlu melakukan pelarasan.

    Contohnya,
    Maklumat baki :
    Alat tulis (1 Jan) 50 (31 Dis) 20 … ini adalah stok A/T.

    Dalam Buku Tunai :
    Kredit : Alat tulis 130 …. maksudnya beli A/T baru.

    Berapakah BELANJA ALAT TULIS ?
    = stok awal + baru beli – stok akhir
    = 50 + 130 – 20
    = 160 …………………(masuk dlm Ak. Pdpt & Pbjn)

    Soalan kedua, maaf Cg tak jelas apa soalannya ?

    Ingat dalam Ak. Pdpt & Pbljn … hanya melibatkan akaun HASIL dan BELANJA sahaja. Cuma terdapat beberapa item yang memerlukan pengiraan/pelarasan dilakukan terlebih dahulu, seperti :
    1. Alat tulis …… kena cari belanja alat tulis
    2. kadar bayaran Terakru / Terdahulu …. kena cari belanja kadar bayaran.
    3. Aset Bukan Semasa … kena cari SUSUT NILAI

  23. Soalan kedua ( Maaf kerana saya tak begitu jelas )

    Soalan : Berikut ialah maklumat berhubungan dengan aktiviti-aktiviti Kelab Suka-suka bagi tahun barakhir 31 Mac 2006 :

    Penerimaan
    Yuran 4740
    Bayaran masuk 560
    Bayaran pertandingan 890
    Jualan alatan sukan lama 620
    Derma dana kolom renang 2200
    Sewa gelanggang 1330

    Pembayaran
    Alatan sukan 1780
    Surat khabar dan majalah 230
    Hadiah pertandingan 670
    Kadar bayaran 520
    Belanja am 40

    Maklumat tambahan :
    1 April 2005 31 Mac 2006
    Yuran terdahulu 90 120
    Yuran tertunggak 60 80
    Alatan sukan 3700 4300
    Kelengkapan 2400 2100
    Tunai 1920 9020

    Sediakan akaun pendapatan dan perbelanjaan
    Saya agak confuse sikit tentang butir tunai di maklumat tambahan..
    kenapa jawapan dalam buku mengabaikan tunai pada 31 Mac 2006?
    Baki tunai RM1920 kena diletakkan dalam akaun penerimaan dan pembayaran..
    Tapi kenapa tunai akhir bukan hasil?
    Perlu dimasukkan ke dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan??

    Saya harap soalan ini jelas ..

    Terima ksh

  24. Victorian91,

    Ak Penerimaan dan Pembayaran = Buku Tunai / Ak Tunai

    Tunai 1920 …. merupakan BAKI AWAL Ak. Penerimaan dan Pembayaran.
    Manakala 9020 … merupakan BAKI AKHIRnya.
    Bila sediakan
    ……….Ak. Penerimaan dan Pembayaraan
    Baki B/B ………….. 1920 | PEMBAYARAN 3240
    PENERIMAAN ….. 10340 | BAKI H/B …….. 9020

    Masukan baki awal + PENERIMAAN – PEMBAYARAAN = baki akhir 9020.

    Ak. Pendapatan dan Perbelanjaan hanya melibatkan akaun HASIL dan BELANJA sahaja, manakala TUNAI merupakan ASET SEMASA .

  25. cg sy nk contoh cara pengiraan kelab dan persatuan

  26. lulu,

    Contoh pengiraan belanja alat tulis ada dinyatakan dalam komen di atas.

    Bagi mendapatkan maklumat lebih detail bersama contoh2nya sekali sila Muat Turun Cg Sila – Modul Ting 5, rujuk pada mukasurat 17 – 20.

  27. Salam Cikgu,
    Saya terjumpa satu latihan di internet mengenai akaun kelab dan persatuan. Saya ingin mendapat pendapat cikgu mengenai jawapan untuk akaun yuran pada soalan nombor 2 kerana ia agak mengelirukan. Sekian, terima kasih.
    https://websekolah.bharian.com.my/Skor/FokusSPM/Jun5

  28. Hamizah,

    Itulah cara yang BETUL dalam penyediaan Akaun Yuran. Menggunakan Baki b/b dan Baki h/b bukannya “Yuran tertunggak b/b”, “Yuran terdahulu b/b” dan sbgnya. Jadikan BUKU TEKS sebagai rujukan utama kerana terdapat buku2 rujukan dipasaran yang menggunakan istilah2 yang tidak tepat dan kadang2 SALAH mengikut kehendak skema pemarkahan.

  29. Assalamualaikum…..
    Saya nak minta tolong dari cikgu dan rakan-rakan. boleh saya tahu apa perbezaan di antara kelab dan persatuan.

  30. Waalaikumussalam.

    Cuba Nadia fikirkan apakah persamaan dan perbezaan antara Kelab Badminton dan Persatuan Matematik di sekolah anda.

  31. cikgu tolong la sy…sye rse susah sgt nk blajar prinsip akaun nie…

  32. Balqis,

    Semua subjek SUSAH untuk dipelajari jika kita tiada MINAT, KEMAHUAN dan USAHA. Prinsip Perakaunan merupakan ilmu kemahiran / teknikal, jadi ianya tidak boleh dipelajari / difahami hanya melalui proses pembacaan semata-mata. Cara paling berkesan ialah melalui proses BIMBINGAN BERTERUSAN daripada seorang guru, perbanyakkan LATIHAN serta SELALU BERJUMPA dan BERTANYA sama ada rakan ataupun guru anda.

    “TIADA KEJAYAAN, TANPA USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH”

  33. thanks ckg…sye cube nk download nota yg ckg ade bg link kt comment2 d ats…tp x boleh la…ape kate ckg dtg skolah sy bg teknik2 lebih berkesan….

  34. Balqis,

    Bahan2 tersebut boleh dimuat turun tanpa masalah, cuba sekali lagi, insyaAllah boleh. Cara yang berkesan bukan pada tekniknya saja tetapi mengamalkan teknik2 tersebut secara berterusan dengan bimbingan guru, latihan dan banyakkan bertanya.

    Nasihat Cg buat masa ini, cuba kuasai satu per satu topik yang sedang dipelajari di sekolah – banyakkan LATIHAN dan BERTANYA jika ada sebarang masalah berkaitan denganya, Cg di sini sedia membantu.

  35. insyaallah ckg…mayb mslh sy skrang x dpt bimbingan sgt dr guru….sy try cri tsyen prinsip akaun tp x rmai yg wat… trime kasih la ckg…sy try ikut nsihat ckg..yg psl download td 2 da boley da..

  36. Balqis,

    Sebaik2 guru untuk memdapatkan bimbingan ialah guru di sekolah balqis, kerana peluang untuk berjumpa dan bertanya lebih banyak. Dan sebagai tambahan gunakan Blog ini untuk mendapatkan sedikit bimbingan daripada Cg.

  37. salam. cg saya hendak tanya kenapa dalam akaun yuran kita tulis bank/tunai di bhg kt bagi yuran yg kita ambil dr ak penerimaan dan pembayaran. bukankah kita tk perlu buka ak tunai atau bank? dlm buku tulis bank. kenapa tidak tulis penerimaan dan pembayaran? tq

  38. Apek,

    Untuk makluman apek, setiap aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai akan direkodkan dalam Buku Tunai (iaitu Akaun Bank dan Akaun Tunai). Cuma untuk tujuan pelaporkan kepada ahli2 kelab semua urus niaga yang tercatat dalam Buku Tunai tersebut diringkaskan dan dicatatkan dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran.

    Ak P&P sebenarnya bukan suatu Akaun sebagaimana akaun dalam Lejar, ianya hanya RINGKASAN kepada Buku Tunai. Kalau apek perhatikan Akaun Penerimaan dan Pembayaran tiada tarikh sebagaimana akaun biasa dalam lejar.

    Oleh itu segala penerimaan dan pembayaran yang terdapat dalam Ak P&P adalah merujuk kepada Buku Tunai, maka butiran yang perlu digunakan dalam Akaun Yuran adalah BANK / TUNAI. Dalam KKK juga nanti akan menggunakan butir BANK dan TUNAI dann bukannya Penerimaan dan Pembayaran.

    Apa yang dimaksudkan dengan RINGKASAN ?
    Cuba perhatikan catatan dalam Buku Tunai dan Ak P&P dibawah :

    BUKU TUNAI (sebelah Debit)
    Jan 1 Yuran ahli RM100
    Mac5 Yuran ahli RM250
    Jun27 Yuran ahli RM150

    Catatan dalam Ak P&P diringkaskan menjadi :
    Penerimaan :
    Yuran Ahli RM500

    Semoga apek faham apa yang cuba disampaikan oleh Cg.

  39. salam…. cg boleh bagi saya nota ringkas utk tjuk ini,? supaya sy lebih fhm.

  40. Noey,

    Sila muat turun Modul Cg Sila – Tingkatan 5 sebagai panduan.

  41. cg,
    soalan no 10(c) dlm buku teks m/s154 sy x dpt kira dye punye lebihan.
    lebihan yg sy dpt adalah sebyk 11020.
    dkt mana salah sy?

  42. Hanna,

    Sila kemukakan jawapan anda, baru Cg dapat semak dimana silapnya.

  43. salam…
    blh sy tau step utk wat ak. kelab n persatuan?

  44. Hanna,

    Dalam topik ini, anda perlu tahu menyediakan beberapa akaun, iaitu :
    1. Ak Yuran (perlu dibuka walaupun soalan tidak minta).
    2. Ak Penerimaan dan Pembayaran (sama spt Ak tunai/bank)
    3. Ak Perdagangan …. bagi kelab yang menjalankan perniagaan kecil spt: kedai minuman (jika ada).
    4. Ak Pendapatan dan Perbelanjaan (mesti diminta dalam soalan)
    5. Kunci Kira-kira.
    Cuba kuasai satu persatu-satu akaun2 tersebut.

  45. Hi Cg Narzuki,

    Salam sejahtera.

    Boleh tak saya tahu apakah jawapan (Ak. Pendapatan & Perbelanjaan & KKK) utk Soalan 2 SPM 2008.
    Terima Kasih.

  46. Seva,

    Ak. Pendapatan dan Perbelanjaan – LEBIHAN =RM4,419

    KKK – Modal Kerja =RM17,537 dan Jumlah (penyata) =RM88,457

  47. cikgu, bley x bagi saya soalan akaun kelab dan akaun pengeluaran beserta jawapan?

  48. Ashikin,

    Cg telah sediakan Koleksi Soalan Trial 2007 & 2008, soalan beserta skemanya sekali. Jadi Cg cadangkan muat turun saja di sana, bukan saja topik ak. kelab dan ak pengeluaran, malah topik2 lain juga ada. Dan juga dapatkan buku Koleksi soalan tahun2 lepas keluaran CERDIK.

  49. cg,

    Jika pada 1 Januari 2008 mencatatkan, yuran tertunggak bagi tahun 2007 adalah sebanyak RM 35.
    Maklumat tambahan di bawahnya menyatakan bahawa yuran yang masih tertunggak pada 2007 hendaklah dihapus kira sebagai lapuk.

    Apa yang saya patut saya catatkan di baki b/b yuran tertunggak?

  50. Hanna,

    Debit – Baki b/b (yuran tertunggak) RM35.

    Cuba cari berapakan jumlah yuran 2007 yang masih tertunggak untuk dihapuskan sebagai yuran lapuk. Caranya – rujuk Buku Tunai / Bank, berapa yuran ahli yang diterima untuk tahun 2007 ? Katakan RM30. Maka Yuran Lapuknya ialah RM5.

    Maka rekodkan :
    Kredit – Yuran lapuk RM 5

  51. Cg,
    Berikut ialah Akaun Yuran Kelab Kancil yang tidak lengkap.
    ……………………………………Akaun Yuran
    2005……………………………..RM…2005……………………….RM
    Feb.29…Baki h/b…………….100…Feb.29…Tunai……….8200
    …………Baki h/b…………….300
    Hitungkan yuran bagi tahun berakhir 29 Februari 2005.

    Adakah silap ke soalan ini? Ia merupakan soalan spm tahun 2005. Jawapan yang diberi adalah RM8 400. Tetapi di sebelah debit akan yuran terdapat 2 baki h/b…

  52. Wong,

    Tidak mungkin ada 2 BAKI H/B di sebelah yang sama. Kemungkinan buku soalan tersebut tersilap taip. Sepatutnya begini :

    ……………………………………Akaun Yuran
    2005……………………………..RM…2005……………………….RM
    Feb.29…Baki h/b…………….100…Feb.29…Tunai……….8200
    …………………………………………………………Baki h/b……….300

  53. selamat sejaterah, cg.
    yuran masuk ialah pendapatan modal atau hasil?
    TQ.

  54. Teh,

    Yuran Masuk boleh dianggap pendapatan modal atau pendapatan hasil, ianya bergantung kepada dasar atau pelembagaan sesebuah kelab dan persatuan.

    Dalam menjawab soalan, Yuran masuk akan dianggap sebagai Pendapatan Hasil sekiranya tiada maklumat tambahan yang menyatakan sebaliknya.

  55. salam cg..
    di mana saya boleh dapatkan contoh soalan untuk akaun kelab dan persatuan?
    saya tak jumpa.. 🙂
    kalau boleh, saya nak secepat mungkin ye cg..
    tq..

  56. Nadhirah,

    Soalan2 bagi topik Kelab dan Persatuan serta topik2 lain boleh diperolehi dalam :

    1. Soalan Gerak Gempur SPM 2009 oleh Cg Sila.

    2. Contoh Anchor Item oleh LPM.

    3. Soalan SPM 1993 – 2006 Topikal.

  57. PENERIMAAN ialah yuran rm4850 dan jualan perabot lama rm210 manakala PEMBAYARAN ialah belian perabot baru ialah rm450

    Maklumat tambahan
    1) perabot …..3810
    2) semua perabot disusutnilai 10%
    3) yuran tahunan…5100

    cg…nak minta tolong sikit..
    bagaimanakah nak kira susut nilai perabot dan hendak mencari jumlah yuran…..

  58. Zeewoon,

    Maklumat tambahan perlu dinyatakan dengan jelas kerana disitulah trik soalan. Oleh itu Cg andaikan maklumat tambahan adalah seperti berikut :
    1) nilai perabot pada awal tempoh perakaunan / baki awal.
    2) perabot disusutnilaikan 10% atas nilai baki akhir.
    3) Yuran tahunan 5100.

    Susut nilai perabot = 10% X Baki akhir perabot

    Baki akhir perabot
    = Baki awal + beli – jual
    = 3810+450-210
    =4050
    Oleh itu, susut nilai perabot = 10% X 4050 = RM405

    Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, Cg rasa soalan minta menyediakan akaun yuran bukannya kira jumlah yuran. Ini kerana jumlah yuran adalah merujuk kepada yuran tahunan iaitu RM5100, tak perlu kirapun. Oleh itu sila nyatakan soalan dengan jelas supaya keterangan Cg nanti tidak tersilap sebagaimana kehendak soalan.

  59. salam cg,
    kalau tadika, yuran msk dlm ak u/r atau ak penerimaan & perbelanjaan?

  60. Teh,

    Dalam topik Kelab dan Persatuan akaun2 yang terlibat antaranya ialah :

    Ak Penerimaan dan Pembayaran = Buku Tunai
    Ak Pendapatan dan Perbelanjaan = Ak Untung Rugi.

    Bagi TADIKA, ianya bukan dikelaskan sebagi Kelab atau Persatuan, ianya adalah suatu perniagaan perkhidmatan yang mencari keuntungan. Oleh itu YURAN MASUK adalah merupakan hasil kepada tadika tersebut dan perlu dimasukkan dalam Ak Untung Rugi.

  61. salam cikgu..
    selamat hari raya..
    cikgu sy nak copy nota tentang kelab dan persatuan cikgu boleh tak??
    cikgu izinkan yer..
    sebab cikgu saya suruh sy ajar tntg kelab dan persatuan ni di kelas nanti..
    boleh yer cikgu..

  62. Nur Caseyh,

    Ok, dibenarkan. Semoga Nur dapat melakukan perbentangan dengan baik.

  63. terima kasih cikgu..

  64. PENERIMAAN: PEMBAYARAN:
    baki 1 jan 2009—-230 belian cenderamata——-260
    yuran ahli ———-1470 alat tulis———————120
    yuran masuk——-30 kadar bayaran————180
    derma am———-280 sewa dewan—————1400
    jualan mesin——-330 khairat kematian———-600

    berapakah baki tunai kelab tersebut pada 31 dis.2009? kenapa?

  65. Butch,

    Ak Penerimaan dan Pembayaran adalah bersamaan dengan Buku Tunai/AK Tunai. Jadi untuk mendapatkan baki akhirnya imbang dan tutup akaun tersebut, dapatkan Baki h/b dan Baki b/b.

  66. cikgu, x de jawapan la! A RM50(dt)
    B RM50(kt)
    C RM 180(dt)
    D RM180(kt)

  67. Mungkin ada kesilapan menaip pada soalan tersebut. Pada pandangan Cg Yuran Masuk adalah RM300, bukannya RM30.

  68. cikgu, selasa akn dtg ni sdh nk exm prinsip akaun,
    masalahnya skrg, ckgu d sekolah kmi x ajr cmana nk uat akaun yuran & berkaitan dlm bab ni..
    sya hrp ckgu bntu sya cmana nk sedia kan akaun dalam bab ini..sya risau sekiranya spm tahun ni msuk soalan akaun yuran..

  69. Fara,

    Untuk ajar satu bab memerlukan masa yang lama dan tidak sesuai dilakukan disini. Cg cadangkan baca Nota dan Soal-Jawab di atas sebagai panduan awal. serta dapatkan tunjukajar daripada cikgu / rakan anda. Sekiranya dirasakan masa yang ada tidak sempat untuk kuasai topik tersebut, maka adalah lebih baik tumpukan kepada topik2 yang telah dipelajari.

  70. tempoh pnerimaan dan pmbayaran berakhir 31 dis 06 yuran 05,= 270 yuran 06=25800 yuran 07=320 cikgu sy nk tnye sdkit sy xbrpe pasti yuran 06 jumlah tersebut kte msuk kn dlm bank yuyan 07 adlah yuran terdahulu awal adakah yuran 05 yuran terdahulu akhir?????ke yuran 05+06 dan msuk ke dlm bank???blh cikgu pasti kn…

  71. Penerimaan :
    Yuran 05 ……..270
    Yuran 06 ….25800
    Yuran 07 ……..320 … Yuran Terdahulu akhir … dlm KKK (LS)

    Dalam Ak Yuran :
    …. Kt: BANK (270+25800+320)… 26390

    Dalam KKK :
    Liabiliti Semasa :
    Yuran Terdahulu …………. RM320

  72. dlm a/k yuran adakah kte perlu rekod yuran 05 sblah dbit(terdahulu awal) dan yuran 07 sblah kt(terdahulu akhir) apabila kte sdah tambah smua ke dlm bank?????

  73. ………………………. Ak Yuran
    Dt: Baki b/b ….. 270 … Kt:BANK (270+25800+320)… 26390
    Dt: P&P……….25800
    Dt: Baki h/b ……320

    #sekiranya tiada maklumat lain spt Yuran Lapok.

  74. mf kn sy cikgu sy msih keliru………… bkn kah dt baki b/b 270 ltak sblah kt???? ni cikgu matlumat………yuran tertungak 1jan06 330….yuran tertungak 31jan06 280…….yuran05 =270,yuran06=25800,yuran07=320….buku tunai berakhir 31 dis 06…..blh cikgu tlg rekod…..

  75. Ok, sekarang baru jelas soalannya.

    Yuran 05 ..RM270 adalah merujuk kepada YURAN TERTUNGGAK AWAL RM330. Ini bermaksud Yuran Tertunggak Awal RM330 telahpun diterima sebanyak RM270. Maka, terdapat baki yang TIDAK BERJAYA DIKUTIP (330 – 270) sebanyak RM60 yang dipanggil sebagai YURAN LAPOK.

    Oleh itu,
    ………………………. Ak Yuran
    Dt: Baki b/b ….. 330 … Kt:BANK (270+25800+320)… 26390
    Dt: P&P………..26080….Kt: YURAN LAPOK ……………………60
    Dt: Baki h/b ……320 … Kt: Baki h/b ………………………….280
    …………………..===== ………………………………………….=====
    Dt: Baki b/b …..280 …. Kt: Baki b/b………………………….320

  76. Cikgu, Akaun Perdagangan sudah tidak ada di dalam bab Kelab dan Persatuan berdasarkan Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan yang terbaharu?Apakah maksud aktiviti berkala kelab? Adakah aktiviti berkala kelab sama seperti aktiviti dagangan kelab?

  77. Memang penyediaan Akaun Perdagangan bagi aktiviti dagangan kelab (HSP lama) telah ditiadakan dalam HSP baru.

    Pada pandangan saya, kita kena ajar juga kepada pelajar sebagai langkah bersedia / berjaga-jaga. Kerana mencari untung atau rugi aktiviti dagangan kelab boleh juga termasuk dalam “Menghitung untung atau rugi aktiviti berkala kelab dan persatuan” dalam HSP baru.

    Antara aktiviti berkala kelab yang perlu dihitungkan untung / rugi ialah :
    1. Jualan cenderamata
    2. Pertandingan, dll.

    Di mana dalam Buku Tunai / Ak Penerimaan dan Pembayaran ada dinyatakan Jualan/Hasil daripada sesuatu aktiviti berkala, Belian / belanja2 berkaitan aktiviti tersebut, maka perlulah dihitung terlebih dahulu (samada bentuk pengiraan / bentuk penyata menghitung) untung atau rugi yang diperolehi daripada aktiviti tersebut, kemudian baru dimasukkan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Kelab sebagai Untung Cenderamata, Untung Pertandingan dan sebagainya.

  78. cikgu..adakah pembukaan kantin dan restoran tergolong dalam aktiviti berkala kelab?Adakah lebihan dan kurangan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan merupakan untung dan rugi kelab dan persatuan?

  79. Pembukaan kantin / restoran sebenarnya sudah menjadi aktiviti dagangan kelab bukan lagi hanya aktiviti berkala. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga untuk tahun hadapan kita ajarkan juga kepada pelajar, kerana soalan SPM sekarang agak sukar untuk dijangkakan.

    Lebihan / Kurangan bagi kelab dan persatuan adalah bersamaan Untung / Rugi bagi kelab tersebut. Oleh kerana tujuan utama kelab dan persatuan ditubuhkan bukannya untuk mencari keuntungan, maka Lebihan / Kurangan telah digunakan.

  80. elaun untuk ajk persatuan ditentukan dalam mesyuarat agong atau ditetapkan ajk yang telah dipilih.

  81. Pada pandangan Cg, memadai diputuskan dalam mesyuarat AJK sahaja.

  82. apa maksud petikan buku tunai ni
    yuran 2006 RM 45
    yuran 2007 RM 2870
    yuran 2008 RM 110
    ini adalah petikan buku tunai bagi 31 disember 2007

  83. Ok, maksudnya pada tahun semasa (2007) Kelab telah menerima wang daripada kutipan yuran ahli sejumlah (45+2870+110). Di mana jumlah kutipan tersebut terdiri daripada Yuran Tertunggak RM45 tahun lepas (2006) yang baru dibayar pada tahun semasa (2007). Yuran untuk tahun semasa RM2870 serta Yuran Terdahulu RM110 untuk tahun 2008 yang dibayar pada tahun 2007.

  84. nak note tentg akaun kelab dan persatuan

  85. Notanya ada dalam post di ATAS.

  86. dalam maklumat tambahan ni di tulis 1jan 2007 yuran tertunggak RM70. yuran masih tertunggak 2006 dianggap yuran lapuk. pas2 31 dis 2007 yuran tertunggak RM 88… saya jadi pening lah nak buat akaun yuran..boleh ckgu tunjukkan n jelaskan dengan details supaya saya lebih faham konsepnya…..

  87. Salam Cikgu,

    Saya merupakan Bendahari sebuah kelab sukan dan baru memegang jawatan tersebut. Sebelum ini, akaun tidak disediakan dengan sempurna. Saya ingin meminta bantuan daripada Cikgu berkenaan apakah akaun-akaun yang perlu ada di dalam sebuah kelab. Saya hanya mempunyai butiran mengenai terimaan dan bayaran sehingga Mac, 2010 sahaja. Saya ada sedikit asas perakaunan. Diharap cikgu dapat membantu. Terima kasih.

  88. Salam,

    Akaun2 asas yang patut ada ialah :
    1. Akaun Yuran Ahli
    2. Akaun Penerimaan dan Pembayaran
    3. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
    4. Kunci Kira-kira

  89. blaja tentang bab kelab dan persatuan…..mengelirukan..saya harap ckgu dpt bantu saya tentangnya..

  90. Kena banyak bertanya, kerana ilmu ada dalam buku tetapi KEMAHIRANnya ada pada guru2. Maka selalulah bertanyakan kepada guru.

  91. Cg nak tanya tentang Kelab. Di mana Yuran Masuk perlu direkod kalau soalan menyatakan apa-apa tentang yuran masuk? KKK atau Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.

  92. YURAN MASUK – boleh dianggap sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil, ianya bergantung kepada dasar yang ditetapkan oleh kelab dan persatuan tersebut.

    Sekiranya soalan TIDAK menyatakan apa-apa tentang Yuran Masuk, maka ianya dianggap sebagai PENDAPATAN HASIL dan perlu dimasukkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.

  93. cikgu Narzuki,
    Bolehkah dalam Akaun Yuran Baki b/b(debit) ganti dengan perkataan yuran tertunggak dan baki b/b(kredit) ganti dengan perkataan yuran terdahulu? kalau mengikut catatan bergu, baki tahun lepas yuran tertunggak, kita pindah masuk akaun yuran tahun ini jadi…Debit Akaun yuran dan Kredit Akaun yuran tertunggak…jadi baki b/b debit dalam akaun yuran kita tulis yuran tertunggak, tak salahkah?

    terima kasih

  94. cikgu Narzuki,
    Dalam menyediakan akaun penerimaan dan pembayaran serta akaun pendapatan dan perbelanjaan. Jika soalan memberikan yuran pertandingan RM2000 dan belanja pertandingan RM1500. Bolehkah saya debit yuran pertandingan RM2000 dalam akaun penerimaan dan pembayaran dan kredit belanja pertandingan dalam akaun penerimaan dan pembayaran. manakala kredit yuran pertandingan RM2000 dalam akaun pendapatan & perbelanjaan dan debit belanja pertandingan.
    Atau pun saya boleh debit untung pertandingan RM500 dalam akaun penerimaan dan pembayaran dan kredit untung pertandingan RM 500 dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan?
    terima kasih

  95. Cikgu narzuki,
    sorry cikgu, hari itu banyak soalan yang fatin terpaksa tanya tentang kelab persatuan ini sebab bab ini agar keliru sedikit. jika dalam akaun penerimaan dan pembayaran terdapat butir beli meja. dalam kunci kira-kira aset bukan semasa, fatin perlu tuliskan sebagai meja atau perabot atau lengkapan?
    terima kasih

  96. Fatin,

    1. Tak salah, kerana dalam merekodkan pelarasan terakru/tertunggak dan terdahulu terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan:

    Kaedah 1 – Hanya menggunakan Ak Yuran sahaja TANPA menyediakan Ak Yuran Tertunggak / Yuran Terdahulu. Maka BUTIR yang digunakan bagai yuran tertunggak / terdahulu awal ialah BAKI B/B.

    Kaedah 2 – Menyediakan Ak Yuran dan juga Ak Yuran Tertunggak serta Ak Yuran Terdahulu. Maka BUTIR dalam Ak Yuran ialah Yuran Tertungak dan Yuran Terdahulu, di mana pada awal tempoh perakaunan akan dilakukan catatan pembalikan terhadap pelarasan yang dilakukan pada akhir tempoh perakaunan yang lepas.
    Walau bagaimanapun, Cg lebih galakkan penggunaan Kaedah 1 bagi menjawab soalan peperiksaan kerana ianya lebih mudah dan ringkas.

    2. Cadangan Cg, dalam Ak Penerimaan dan Pembayaran – debit yuran pertandingan RM2000 dan kredit yuran pertandingan RM2000. Manakala dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan – kredit untung pertandingan RM 500.

    3. Meja boleh dikelaskan sebagai PERABOT ataupun LENGKAPAN, penggunaan “MEJA” untuk dilaporkan dalam KKK adalah tidak sesuai.

  97. terima kasih cikgu….penjelasan yang sangat teliti dan mudah di fahami

  98. Cikgu,
    Saya agar keliru dengan akaun kelengkapan, bolehkah komputer dan mesin taip masuk dalam kelengkapan. Dalam kunci kira-kira aset bukan semasa, bolehkah terdapat akaun perabot, akaun alatan pejabat dan akaun kelengkapan dalam masa yang sama? bukankah semua alatan pejabat dan perabot masuk dalam akaun kelengkapan?
    terima kasih

  99. Sebenarnya “Kelengkapan” tidak ada dalam istilah perakaunan, perkataan yang sepatutnya ialah LENGKAPAN. Ianya merujuk kepada aset2 seperti perabot. Ak LENGKAPAN dan Ak PERABOT adalah merujuk kepada perkara yang sama, maka ianya TIDAK boleh wujud serentak, mesti salah satu sahaja.

    ALATAN PEJABAT hanyalah merujuk kepada alat2 yang digunakan seperti komputer, mesin taip, mesin fotostat dll. Dan ianya TIDAK boleh dikelaskan sebagai LENGKAPAN.

    Manakala aset2 seperti kipas, lampu, penghawa dingin boleh dikelaskan sebagai LEKAPAN, bukannya LENGKAPAN.
    Bagi mengabungkan item2 tersebut biasanya AK LENGKAPAN DAN LEKAPAN akan digunakan.

  100. terima kasih

  101. Cikgu Narzuki,
    Dalam akaun kelab dan persatuan. contohnya dalam penyediaan penyata perdagangan minuman. bolehkah gaji di tambah dalam belian seperti di bawah.
    penyata perdangangan
    Jualan 500
    stok awal 100
    Belian 100
    gaji pelayan 100 200
    —— ——
    300
    – stok akhir 20
    ……….
    kos jualan 280
    ——
    untung minuman 220
    ——
    atau

    Jualan 500
    stok awal 100
    + belian 100
    ——
    200
    – stok akhir 20
    —–
    kos jualan 180
    ——
    untung kasar 320
    tolak gaji 100
    —–
    untung bersih 220
    ===
    terima kasih

  102. Memandangkan Kedai Minuman bagi kelab adalah kecil tidak banyak item hasil dan belanja yang terlibat, maka kedua-dua format tersebut boleh diterimapakai. Tujuan utama menyediakan Penyata Perdagangan Minuman adalah untuk mencari UNTUNG/RUGI kedai minuman untuk dimasukkan sebagai PENDAPATAN/PERBELANJAAN kepada kelab.

  103. salam cikgu narzuki , sy nk tanya akaun yuran ni sebenarnya akaun hasil yang berbaki kredit ke ? dan , jika dia akaun hasil yg berbaki kredit . kenapa yuran lapuk yg dianggap belanja dikreditkan di sebelah kredit akaun yuran ?

  104. Salam,
    Yuran Ahli merupakan HASIL UTAMA kepada Kelab dan Persatuan. Tetapi AKAUN YURAN yang disediakan (mengikut kaedah perekodan yang diajar oleh guru / buku teks) bukan saja mengambarkan HASIL, malah ASET SEMASA dan juga LIABILITI SEMASA. Di mana baki b/b sebelah Debit mengambarkan Yuran Tertunggak – Aset Semasa kepada Kelab. Manakala Baki b/b sebelah Kredit mengambarkan Liabilti Semasa kepada Kelab. Dan Jumlah YURAN yang dianggap HASIL adalah jumlah yang dipindahkan ke Ak Pendapatan dan Perbelanjaan sahaja, bukannya merujuk kepada baki akhir.

    Manakala YURAN LAPUK yang direkodkan adalah merujuk kepada YURAN TERTUNGGAK awal yang berbaki DEBIT dalam Ak Yuran. Disebabkan sebahagian drp jumlah tersebut memang sah tidak dapat dikutip, maka ianya akan dihapuskan sebagai YURAN LAPUK. Jadi bagi mengurangkan jumlah Aset : Yuran Tertunggak, maka Yuran Lapuk tersebut perlulah dicatat disebelah KREDIT.

  105. salam..
    sy nak tahu..
    nak cri jmlah belian dan jualan cam ne?
    belian=baki hutng pmbekal akhir +byrn kpd pmbekal – baki pemiutng awl + belian tunai…tp…
    byrn kpd pmbekal 2 cari kat mane? n belian tunai 2 nak cri kat mane n kalu x de dlm maklumat cam ne?

  106. salam,
    cikgu kalu soaln bg:
    dlm ak pnerima&pmbyrn,
    belian alat sukan baru 1832
    mklmt +,
    altn skan awl, 3258 akhir,4326

    knp jwpn di ak pndptn&pmblanjaan, dia tulis belian s/n altn skan n tulis 764, knp x 1832? n knp di kkk x de psn?

  107. BAYARAN kepada pembekal dan BELIAN TUNAI boleh diperolehi daripada BUKU TUNAI atau AK Penerimaan dan Pembayaran yang diberikan dalam soalan.

    AK Pendapatan dan Perbelanjan hanya mengambilkira akaun2 HASIL dan BELANJA sahaja. ALAT SUKAN merupakan Aset Bukan Semasa, tetapi SUSUT NILAInya merupakan BELANJA, maka perlu dimasukkan dalam AK P&P. Cuma persoalannya berapakan susut nilai alat sukan tersebut. Terdapat 3 kaedah mengira susut nilai, iaitu garis lurus / atas kos, baki berkurangan dan juga penilaian semula. Dalam soalan ini tiada kadar susut nilai diberikan, maka Kaedah Penilaian Semula perlu digunakan.
    Iaitu, SN = baki awal A/S + belian A/S – baki akhir A/S.

    Belian A/S merupakan perbelanjaan modal, tidak boleh dimasukkan dalam AK P&P, ianya merupakan pertambahan kepada nilai A/S…. dengan kata lain, BELI ASET … bukannya belanja.

    Oleh kerana menggunakan kaedah penilaian semula, di mana BAKI AKHIR Alat Sukan sudah mengambarkan Nilai Buku/Saksama aset tersebut pada akhir tahun, maka dalam KKK tidak perlu dimasukkan PSN lagi.

  108. salam cg..
    – pemiutang minuman d akaun penerimaan dan pembayaran sama ke dgan bayaran kepada pembekal??…tq,,tu saje…

  109. Ya. sama maksudnya.

  110. salam cikgu , kalau ada yuran lapuk , perlu ker yuran lapuk tersebut didebitkan di akaun pendapatan dan perbelanjaaan ?

  111. Ya, YURAN LAPUK merupakan sebahagian daripada PERBELANJAAN kepada Kelab, maka perlu diDEBITkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.

  112. salm , cikgu , kalau pada awal bulan alatan sukan bernilai 2420 , belian alatan sukan ialah 1100 ,pada akhir bulan pula bernilai 3300 , kenapa di kunci kira kira alatan sukan dinilai 3520 ? bukan kah bernilai 3300 sama seperti alat tulis dimana nilainya diambil pada akhir bulan ?

  113. cikgu , apakah itu yuran lapuk? kenapa yuran lapuk dikreditkan dalam Ak yuran ? jika yuran lapuk dikreditkan dlm ak yuran bukankah itu akan menambahkan hasil?

  114. Sky123,
    Alatan Sukan adalah ASET, maka dalam KKK nilai pada baki akhir diambilkira. Tetapi dalam pengiraan SUSUT NILAI, kita kena lakukan pengiraan/pelarasan terhadap baki2 tersebut.
    SN = baki awal A/S + belian A/S – baki akhir A/S.
    Dan SUSUT NILAI tersebut dicatatkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.

    Sabarina,
    YURAN LAPUK adalah BELANJA. Cuba ikuti catatan bergunya, iaitu:
    Dt: YURAN LAPUK
    Kt: YURAN
    Dalam Ak Yuran dicatatkan disebelah Kredit mengambarkan AK YURAN perlu dikurangkan/dihapuskan sebagai Yuran Lapuk. Manakala dalam Ak Yuran Lapuk (kita tidak sediakan) merupakan akaun belanja yang perlu dipindahkan ke Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.

  115. bermakna alatan sukan nilai 3520 atau 3300 yang diletakkan di kkk ?

  116. KKK disediakan pada akhir tempoh perakaunan, maka nilai Alatan Sukan mestilah NILAI BAKI AKHIR nya .. rujuk soalan.

  117. Cg
    Yuran masuk ialah pendapatan hasil atau pendapatan modal?
    ….Jika pendapatan hasil direkod dlm a/k pendapatan & perbelanjaan
    …..Jika pendapatan modal direkod di mana?

  118. YURAN MASUK boleh dikelaskan sebagai Pendapatan Hasil dan Pendapatan Modal bergantung kepada dasar syarikat. Dalam soalan, Yuran Masuk dianggap sebagai Pendapatan Hasil sekiranya tidak dinyatakan sebaliknya dalam maklumat tambahan.

    Pendapatan Hasil – Ak Pendapatan dan Perbelanjaan
    Pendapatan Modal – KKK

  119. salam cikgu . sya ingin bertanya . dalam akaun penerimaan dan pembayaran bahagian debit : yuran pertandingan sukaneka , jualan baju sukan . manakala di bahagian kredit : pemiutang , belanja sukaneka , upah pekerja kedai . disini kita kena buat akaun perdagangan dua kali ke ? untuk sukaneka dan perniagaan baju sukan ? kenapa jawapan buku sya yuran sukaneka ditolak dgn belanja sukaneka ? bagaimana nak kenal pasti ianya kena tolak ?

  120. Salam, dalam kes ini tidak perlu buka 2 akaun perdagangan. Ini kerana “sukaneka” tersebut hanyalah salah satu AKTIVITI Kelab, dan KEUNTUNGAN daripada AKTIVITI tersebut boleh dikira dengan mudah, iaitu PENDAPATAN – PERBELANJAAN.

    Untung Sukaneka = yuran pertandingan – belanja sukaneka.

    Maka, UNTUNG SUKANEKA tersebut dimasukkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan Kelab sebagai PENDAPATAN kepada kelab.

    Bagi mengenalpasti perkara tersebut, kita lihat kepada suatu AKTIVITI KELAB yang memberikan KEUNTUNGAN kepada kelab, maka kita perlu TOLAK bagi mengika keuntungan tersebut.

  121. askum…
    cikgu bleh terangkan step untuk membuka akaun yuran (tanpa yuran tertunggak ). Maksud saya yang melibatkan catatan debit dan kredit iaitu apa akaun yg didebitkan dan yg dikreditkan.

  122. Secara ringkasnya, menyediakan Ak Yuran:
    1. Masukkan Baki Awal (Yuran tertunggak, Yuran Terdahulu) – Jika ada.
    2. Penerimaan Yuran (Dt: Buku Tunai) – catat disebelah Kt Ak Yuran.
    3. Yuran Lapuk – catat di belah Kt Ak Yuran (jika ada)
    4. Catatkan BAKI AKHIR (Yuran tertunggak, Yuran Terdahulu) – Jika ada
    5. Imbang Ak Yuran – Angka Pengimbang tersebut Butir : Ak Pendapatan dan Perbelanjaan

  123. Cikgu,
    Dalam soalan 6 SPM 2005 kelab persatuan. Jawapan menunjukkan Kutipan pertandingan RM1030 dan sewa gelanggan 880 di masukkan dalam Pendapatan. Hadiah pertandingan 858 dan penyelenggaran gelanggang 360 dalam perbelanjaan. Bolehkah fatin hanya masukkan untung pertandingan 172 dan untung sewa gelanggang 520 dalam pendapatan sahaja. terima kasih

  124. Pada pandangan Cg,

    1. UNTUNG PERTANDINGAN RM172 , (iaitu Kutipan Pertandingan RM1030 – Hadiah pertandingan RM858) BOLEH DITERIMA kerana ianya boleh dikelaskan sebagai Keuntungan daripada AKTIVITI BERKALA Kelab tersebut.

    2. Tetapi hasil sewa gelanggang dan belanja penyelenggaraan gelanggan, TIDAK BOLEH DISATUKAN kerana ianya BUKAN merupakan AKTIVITI BERKALA bagi kelab sebagaimana Aktiviti Pertandingan, Aktiviti Sukaneka. Masing2 merupakan suatu PENDAPATAN dan PERBELANJAAN bagi kelab yang perlu dinyatakan secara BERASINGAN.

  125. terima kasih cikgu, apa maksud aktiviti berkala?

  126. Cikgu,
    Adakah salah jika kita masukkan yuran pertandingan dalam pendapatan dan Hadiah pertandingan dalam perbelanjaan jika bahagian soalan tidak menyuruh kita cari untung pertandingan. terima kasih.

  127. Aktiviti Bekala = Aktiviti Bermusim, seperti menganjurkan Pertandingan, Pesta sukan, Sukaneka dll yang seumpamanya.

    Pada pendapat Cg, TIDAK SALAH sekiranya soalan tidak minta berbuat demikian. Seperti soalan 2008, soalan jelas minta sediakan pengiraan untuk mencari keuntungan atau kerugian bagi pertandingan membaca.

  128. cikgu,
    adakah salah jika soalan tidak suruh kita cari untung pertandingan tetapi kita cari untung pertandingan dan masukkan dalam pendapatan. terima kasih

  129. Tidak Salah, malah mengikut huraian sukatan baru ianya adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Iaitu mencari keuntungan / kerugian daripada sesuatu aktivit berkala kelab, walaupun tidak diminta.

  130. cikgu,
    Dalam penyediaan akaun yuran. jika kita tidak guna baki b/b dan baki h/b, maka kita akan gunakah yuran tunggak dan yuran terdahulu untuk ganti baki b/b dan baki h/b. Perlukah saya guna yuran tunggak awal untuk baki b/b dan yuran tunggak akhir untuk baki h/b? maksud fatin perlukah tulis perkataan awal dan akhir? terima kasih

  131. Dalam menyediakan rekod berkaitan YURAN terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan, dan memberi kesan kepada penggunaan BUTIR dalam Ak Yuran, iaitu :

    1. Membuka Ak. Yuran, Ak. Yuran Terdahulu dan Ak Yuran Tetunggak. Dimana pada awal tempoh kewangan dilakukan catatan pembalikan bagi Yuran Tertunggak dan Yuran Terdahulu bagi tempoh kewangan sebelumnya. Itu sebabnya wujudnya catatan AKAUN YURAN – Dt: Yuran Tertunggak dan Kt: Yuran Terdahulu.

    Implikasinya – Butir dalam Ak Yuran adalah merujuk kepada nama akaun, iaitu YURAN TERTUNGGAK dan YURAN TERDAHULU sahaja JANGAN ditambah “AWAL” dan “AKHIR”. Itu dikira SALAH. Kerana tidak wujud “Yuran tertunggak h/b” dan “Yuran tertunggak b/b”.

    2. Hanya membuka AKAUN YURAN sahaja, maka catatan bagi Yuran tertunggak dan Yuran terdahulu (awal dan akhir) adalah merujuk kepada BAKI B/B : Baki Dt- Yuran Tertunggak (Aset), manakala Baki Kt:- Yuran Terdahulu (Liabiliti)

  132. cikgu,
    Saya agar keliru kupasan mutu jawapan yang dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan malaysia seperti berikut.
    1. Penulisan baki untuk yuran tertunggak tidak konsisten…
    Butir yang digunakan untuk merekod baki awal yuran tertunggak ialah ‘baki b/b’ manakala baki akhir pula menggunakan butir ‘yuran tertunggak’. Calon seharusnya merekod ‘baki h/b’ untuk baki akhir tersebut. Penggunaan butir yang konsisten perlu di amalkan. Jika baki awal ialah ‘yuran tertunggak awal’ maka baki akhir perlu ditulis ‘yuran tertunggak akhir’. sila rujuk https://apps2.moe.gov.my/lpm terima kasih

  133. kupusan jawapan spm tahun 2005..soalan 6

  134. Seperti saya nyatakan diatas, terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan. Penggunaan kaedah tersebut hendaklah secara KONSISTEN, tidak boleh bercampur aduk.
    – Jika guna Baki b/b pada baki awal, maka pada baki akhirnya mesti menggunakan kaedah Baki b/b dan Baki h/b.
    – Jika menggunakan kaedah Yuran Tertunggak dan Yuran Terdahulu pada baki awalnya, maka baki akhirnya juga mesti menggunakan Yuran Tertunggak dan Yuran Terdahulu.

  135. cikgu,
    saya faham maksud cikgu tetapi saya keliru dengan kupasan lembaga yang menggunakan perkataan yuran tertunggak awal dan akhir. seperti yang cikgu bagi tahun perkataan awal dan akhir tidak boleh tulis dan hanya tuliskan perkataan yuran tertunggak atau yuran terdahulu dalam akaun yuran. terima kasih cikgu yang sudah banyak membantu saya. Hanya Allah yang dapat balaskan budi baik cikgu.

  136. cg nak tanya sikit ade x tips nak memudahkan untuk buat akaun kelab & persatuan?

  137. Semua topik adalah sama,
    1. Fahami konsep2 yang terlibat dalam sesuatu topik.
    2. Tahu dan ingat format akaun2 / Penyata2 yang terlibat.
    3. Dapat kenal pasti item2 daripada maklumat yang diberikan.
    4. Perbanyaklan latihan.
    5. Selalu berjumpa dan bertanyakan guru, kerana KEMAHIRAN menjawab soalan tidak ada dalam mana2 buku tetapi hanya ada pada guru anda.

  138. berikut ialah petikan akaun penerimaan dan pembayaran bagi tahun berakhir 31 Dis 2009

    Yuran 2008 150
    Yuran 2009 7940
    Yuran 2010 260

    soalan objektif: Yuran tertunggak bagi 1 jan 2009 ialah RM180. Pada 31 Dis 2009, yuran yg belum diterima ialah RM 50. Berapakah yuran yg akan dikreditkan dlm A/k Pendapatan dan perbelanjaan bagi thn 2009?

  139. Cuba semak soalan, Kalau tidak silap Cg, yuran yang belum diterima ialah RM30, dan BUKANNYA RM50. … ianya dipanggil YURAN LAPUK. Apakah jawapan Sabrina, kemudian Cg berikan komen.

  140. salam cikgu ,saya keliru lagi laa soalan akaun kelab. soalan yg saya buat maklumat tambahan kata 10% susut nilai untuk alatan pejabat, untuk mengira dana terkumpul awal susut nilai ini diambil kira ker ? lagi satu , upah untuk perniagaan minuman ditambah atau ditolak dalam akaun perdagangan ?

  141. Dana terkumpul AWAL = Aset AWAL tahun – Liabiliti AWAL tahun,
    Pelarasan biasanya melibatkan BAKI AKHIR tahun.

    Upah minuman merupakan BELANJA, jika buat bentuk penyata kena TOLAK. Jika buat bentuk “T” catat disebelah Debit.

  142. cikgu , jawapan ialah RM7990. Yuran yang belum diterima ialah RM 50.

  143. Sabrina,
    Daripada maklumat tersebut, Cg dapati jawapannya ialah RM7990.

    Baki Yuran Tertunggak RM180, tetapi YURAN 2008 yang diterima HANYA RM150… maka wujudnya jumlah yang tidak berjaya dikutip iaitu RM30 yang dipanggil YURAN LAPUK.

    YURAN LAPUK RM30 yang perlu dicatat disebelah Kt Ak Yuran.

  144. bagaimana cg dapat RM 7990. Bolehkah cg tunjukkan pengiraannya?

  145. Sabrina,

    …………………………..Ak Yuran
    Baki b/b…………..180… Bank (150+7940+260)…. 8350
    Pend & Perb…….7990… Yuran Lapuk (180-150)…….30
    Baki h/b…………..260… Baki h/b…………………………50
    ………………………8430………………………………..8430

  146. i m really appreciate that ur imformation and material have help me a lot.

  147. hye cgu.. sy ada mslh nk faham topik nie.. mcm mana cara sy nak master topik ini dgn mudah memandangkan soalan ini kerap keluar dlm spm.
    tq.

  148. Bgail,
    Kena FAHAM konsep2 yang terlibat dengan Kelab dan Persatuan, apakah bezanya dengan entiti perniagaan ? Apakah akaun2 yang terlibat ? Sebenarnya ianya sama sahaja dengan entiti perniagaan milikan tunggul, cuma berbeza dari segi istilah yang digunakan sahaja.

  149. salam, cg.

    (merujuk solan trial terengganu ’10, no.3)

    baki perabot 1 jullai 09: –
    baki perabot 30 jun 09: 29 000

    pembayaran sepanjang tahun:
    perabot: 29 000

    maklumat tambahan:
    SN perabot 10% setahun

    1) mcm mana nk kira SN?
    2) dlm penyata dana terkumpul mcm mana nk catat?

  150. Lamka,

    1. SN Perabot = 10% X 29,000 = 2900.
    2. Penyata Dana Terkumpul = Penyata Menghitung Modal Awal ( ASET – LIABILITI)
    Bagi Kelab dan Persatuan, sumber kewangannya tidak dipanggil MODAL kerana bukan untuk tujuan mencari keuntungan. Sebaliknya dipanggil DANA TERKUMPUL…

  151. Cg knape jwpn dia xde pun butir perabot dlm dana terkumpul?

  152. Lamka,

    DANA TERKUMPUL awal = ASET awal – LIABILITI awal
    Oleh kerana PERABOT tiada baki awal, maka tidak perlu dimasukkan.

  153. salam.

    sy nk bertanye ttg soalan selangor trial ’10.
    (soalan no.3)

    kt situ dinyatakan simpanan tetap mulai 1 sept 09 : 13 200
    faedah ats simpanan ttp pula 10% setahun.

    jalan kira saya:
    4/12 x 0.1 x 13200= 440

    tp jwpn yg diberi:
    6/12 x 0.1 x 13200= 660

    knape 6/12?? bukan kira start dr 1 sept ke??

  154. Lamka,

    Ya saya setuju dengan jawapan anda, iaitu 4/12 x 10% x 13200 = 440

  155. cg saye nak tanye pasal soalan anchor 09-10, no.2

    1)sewa kedai dlm tu sama maksud kah dgn sewa kelab???
    2) kenapa dlm ak, pndapatan & perbelanjaan tiada butir yuran pertandingan gubahan dan belanja pertandingan gubahan??? perlu buat pelarasan ke antara dua butir ni??
    dan mcm mane nk bezakan bile kena buat pelarasan dn x perlu seperti soalan ni????

    itu sahaja..time kaseh

  156. Pada pandangan Cg,
    1. Ada kesilapan menaip disitu.. ianya merujuk kepada sewa yang sama.
    2. Sekiranya ada AKTIVITI BERKALA seperti anjurkan sesuatu pertandingan, maka kita kena kira KEUNTUNGAN/KERUGIAN daripada aktiviti tersebut dan dimasukkan sebagai Pendapatan/Perbelanjaan kedapa kelab.
    Jika ada Hasil dan Belanja bagi sesuatu aktiviti, maka kena kira untung/rugi terlebih dahulu.

  157. salam…saya nak bertanya…adakah yuran masuk dalam tajuk kelab dan persatuan dianggap sebagai pendapatan hasil?mohon penjelasan cikgu sebab saya keliru sekarang ni..terima kasih..boleh cikgu hantar jawapan terus ke email saya..zaidsabri_85@yahoo.com

  158. YURAN MASUK dapat dikategorikan sebagai PENDAPATAN HASIL atau PENDAPATAN MODAL bergantung kepada DASAR atau PERLEMBAGAAN sesebuah Kelab dan Persatuan.

  159. salam , cikgu . sy nak bertanya tentang soalan akaun kelab dalam soalan wilayah 2010 . (1) dana terkumpul awal tuh nak cari dia kena tolak susut nilai perabot ke ?
    (2) susut nilai perabot yang akan ditulis dalam akaun pendapatan ialah 240 atau 480(240×2 , untuk susut nilai 08 dan 09) ?
    (3) dlam akaun pendapatan tak perlu tulis kat perbelanjaan hasil ke belian alatan ?

  160. Salam,
    Pada pandangan Cg, tarikh 1 MAC 2009 perlu ditukarkan kepada 1 MEI 2009… supaya tempoh perakaunannya genap 1 TAHUN.

    Dana Terkumpul Awal = Aset – Liabiliti … pada 1 Mei 2009.
    Oleh kerana Perabot telah dibeli pada 1 Mei 2008 – 30 April 2009.. cukup 1 tahun, maka Susut nilainya RM420. Oleh itu Nilai buku PERABOT pada 1 Mei 2009 = 4200 – 420 = 3780
    Manakala bagi tempoh berakhir 30 April 2010, susut nilai = RM420, dan PSN Perabot = 420 + 420 = RM840 … dalam KKK nanti.

    BELIAN ALATAN adalah Perbelanjaan Modal (beli aset bukan semasa), maka ianya tidak boleh dimasukkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan sebagai PERBELANJAAN. Ianya akan menambahkan nilai ALATAN = 3100 + 400 = RM3500…. dlm KKK.

  161. maka , dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan letak susut nilai yang semasa punye laa ya ? iaitu 420 untuk 1 mei 09 – 30 april 10 , yg lama punya tuh tambahkan kemudian letak di kkk ? begitu yaa ?

  162. Ya..
    SN = 420
    PSN = 840

  163. em ckgu mcm mna teknik yg paling sesuai menjawab klb dn persatuan?? n pa soalan ramalan yg cikgu ramalkan akan kluar tahun ni???cikgu hntr kat email saya d.dean44@yahoo.com

  164. Untuk menjawab soalan ini, beberapa kemahiran perlu dikuasai, iaitu menyediakan :
    1. Ak Yuran Ahli
    2. Ak Perdagangan
    3. Pelarasan terhadap baki awal dan baki akhir serta buku tunai bagi mendapatkan Perbelanjaan dan Pendapatan.
    4. Ak Pendapatan dan Perbelanjaan
    5. KKK.

  165. em yg tentang ramalan tjuk2 yg akan kluar spm ckgu pa mcm??setahu sa akhr2 ni akan ada ramalan yg akan kluar…..

  166. tulung2 la sa ckgu..ni permohanan bdk dr sabah…

  167. Maaf, Cg tak buat ramalan… cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.

  168. bagaimana mahu menbezakan item dalam akaun yuran.??

  169. Ak Yuran … hanya merujuk kepada YURAN AHLI sahaja, lain2 yuran tidak terlibat.
    Item2 yang terlibat biasanya Baki2 Yuran terdahulu awal & akhir , Baki2 Yuran tertunggak awal & akhir, penerimaan yuran daripada ahli ( dalam buku tunai)…. Yuran lapuk (jika ada)

  170. Cikgu, bolehkah saya jawap dalam bentuk penyata pendapatan dan perbelanjaan jika soalan minta Akaun pendapatan dan perbelanjaan?
    tq

  171. Cikgu, bagaimana pula jika di minta akaun pengeluaran tetapi saya jawap dalam bentuk Penyata Kos Pengeluaran? Bolehkah?

  172. Kedua-dua BOLEH tidak menjadi masalah, lagipun sekarang ini digalakkan menjawab dalam bentuk penyata.

  173. salam , cikgu , saya nak taya , mcam mana nak fham kan soalan berkaitan dgn akaun yuran?

  174. Salam, oleh kerana soalan secara umum, maka jawapan Cg juga secara umum. Iaitu kita kena kenalpasti item2 yang berkaitan dengan AKAUN YURAN AHLI, iaitu :
    1. Baki awal – Yuran tertunggak & Yuran terdahulu (awal)
    2. Baki akhir – Yuran tertunggak & Yuran terdahulu (akhir)
    3. Penerimaan YURAN (dlm BT) – ahli bayar
    4. Kenalpasti YURAN LAPUK .. jika ada.

    Kemudian sediakan Ak Yuran Ahli berdasarkan maklumat2 tersebut.

  175. Harap cikgu dapat menerangkan soalan No. 33 SPM 2005 dibawah:-

    Berikut ialah Akaun Yuran Kelab Kancil yang tidak lengkap

    Akaun Yuran 2005
    Catatan bahagian DEBIT = Feb 29 Baki h/b 100 & Baki h/b 300
    Catatan bahagian KREDIT = Feb 29 Tunai 8,200

    Adakah jawapan pilihan dibawah betul dan pada pendapat saya, jawapan sebenar ialah RM 7,800 (Catatan di bahagian DEBIT, butirnya ialah Pendapatan dan Perbelanjaan?

    Hitungkan yuran bagi tahun berakhir 29 Febuari 2005
    A RM 8 200 B RM 8 400
    C RM 8 500 D RM 8 600

  176. Saya telah rujuk soalan tersebut, pada pandangan saya kemungkinan ada kesilapan. Mana mungkin pada tarikh yang sama terdapat 2 BAKI H/B disebelah yang sama (DEBIT). Kemungkinan ralat / pembetulan telah dibuat semasa peperiksaan tersebut dijalankan. Pada saya, BAKI H/B 300 sepatutnya berada disebelah KREDIT.

  177. saya kurang nak faham, yuran masuk kadang ada letak dkat akaun penerimaan, kadang akaun perbelanjaan, kadang dkat kunci kira kira. sebenarnya mcmana?
    lepastu dengan derma?

  178. salam…
    cikgu, boleh cikgu senaraikan akaun2 yang terlibat didalam soalan kelab dan persatuan ini…?

  179. 1. Akaun Yuran
    2. Akaun Penerimaan dan Pembayaran
    3. Akaun Perdagangan
    4. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
    5. KKK
    6. Penyata mengira Dana Terkumpul

    # Penggunaan bentuk PENYATA adalah digalakkan.

  180. Selamat Petang Cikgu,
    saya agak keliru tentang penyediaan akaun perdagangan.

    Kadang kala, mereka masukkan SEMUA butir belanja dalam penyata perdagangan

    Tetapi, saya pernah jumpa soalan bahawa saja Lesen dan upah pekerja kafeteria dimasukkan… yang lain belanja dimasukkan ke dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan..

    Bolehkah cikgu tolong terangkan sikit..
    Terima kasih!

  181. Darren,

    1. Kena faham perbezaan antara perakaunan untuk Kelab dan perakaunan untuk Perniagaan.
    2. Dapat kenalpasti antara urus niaga dari aktiviti Kelab dengan urus niaga Perniagaan Kelab.

    Tujuan utama Kelab BUKAN untuk mencari untung. Tetapi bagi menambahkan sedikit sumber kewangan/pendapatan kepada Kelab, Kelab membuka sebuah Kedai (Perniagaan-nak Untung). Maka, segala urus niaga (hasil dan belanja) yang berkaitan dengan Kedai tersebut akan dimasukkan dalam Ak Perdagangan KEDAI, bila dapat UNTUNG KEDAI ianya akan dimasukkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan KELAB sebagai pendapatan. Manakala lain2 perbelanjaan dan pendapatan bagi aktiviti Kelab akan terus dimasukkan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.

  182. Ohhh okey dah faham Cikgu!
    Dalam pendapatan & perbelanjaan,
    saya tidak faham macam mana nak dapat angkanya..
    Misalnya , soalan bagi stok alat tulis ,

    Maklumat Tambahan
    Jan 1 = 40 , 31 Dis = 80 ..
    Pembayaran – Alat Tulis = 140

    Kenapa dalam Pendapatan dan Perbelanjaan, kita mesti tambah 140 dengan 140 dan tolak dengan 80 ??

    Kes yang sama,
    Pembayaran surat khabar dan majalah = 230
    Maklumat Tambahan
    Surat khabar & majalah terakru
    Jan 1 – 30
    Dis 31 – 40

    Dalam kes itu, kita mesti tambahkan 230 dengan 40 selepas tu, tolak dengan 30…

    Adakah ia disebabkan kerana Pendapatan dan Perbelanjaan berakhir pada 31Dis???

    Terima kasih Cikgu!

  183. Darren,

    1. Stok Alat Tulis adalah Aset Semasa masuk dalam KKK. Dalam Ak P&P hanya ambilkira Hasil dan Belanja sahaja, daripada maklumat tersebut kita kena cari BELANJA ALAT TULIS

    Stok awal (40) + Alat tulis baru (140) = Alat Tulis yang sedia digunakan (180) – Stok akhir yang tidak digunakan (80) = Alat Tulis yang digunakan (100) … itulah belanja Alat Tulis masuk dalam Ak P&P.

    2. Kes Surat khabar dan majalah juga sama, nak cari BELANJA SURAT KHABAR dan MAJALAH untuk tempoh perakaunan tersebut.
    Bayar (230) – hutang tahun lepas (30) = Bayar untuk tahun semasa (200) + Baki semasa belum bayar (40) = Jumlah BELANJA sepatutnya untuk tahun semasa (240)…. masuk dalam Ak P&P.

  184. kalau akaun pendapatan dan perbelanjaan,
    yang ada aset bukan semasa (contoh:perabot), dengan belanja susut nilai aset bukan semasa (contoh:belanja susut nilai perabot), nak masuk kan yang mana pada perbelanjaan?

  185. Aiza,

    PERABOT = Aset Bukan Semasa, masukkan dalam KKK.
    Susut nilai perabot = BELANJA, masukkan dalam Pendapatan dan Perbelanjaan.

  186. salam cg…ttg ak perdagangan..adakah semua blnja termasuk susut nilai klgkapan berkaitan perniagaan kantin contohnya’ perlu diambil kira dalam kos jualan…cth…belian+lesen+upah+susutnilai klgkapan kantin..terima kasih

  187. Cikgu Zai,

    Sekiranya terdapat bebrapa item bagi perniagaan kantin, saya cadangkan sediakan dalam bentuk Penyata Pendapatan biasa. Di mana lesen kantin, upah pekerja kantin, susutnilai lengkapan kantin … masukkan sebagai BELANJA, bukannya dalam Kos Jualan.

  188. salam……….
    cg,kadar bayaran terakru masuk liabiliti kan dalam penyata dana terkumpul??

  189. Intansuhana,

    Kadar bayaran terakru = Liabiliti Semasa.

  190. salam…soalan mintak sediakan ak perdagangan,bkn penyata pendapatan…dlm buku teks lain plak cranya…cm yg membezakan soalan ini dgn buku teks ialah ada susut nilai…confius…

  191. Cikgu Zai,

    Sekarang ini format tidak menjadi masalah, kerana kemahiran akaun yang diuji, walaupun soalan minta dalam bentuk AKAUN, jawapan dalam bentuk PENYATA adalah digalakkan…. tidak ada sebarang penolakan markah seperti tahun2 sebelum ini. Lagi pun susutnilai, upah pekerja kantin perlu dimasukkan dalam AUR bukannya dalam Ak Perdagangan.

  192. Assalamualaikum Cikgu,

    Saya inginkan kepastian, tentang pengiraan Dana Terkumpul Awal. Adakah bahagian Aset Bukan Semasa perlu ditolak dengan susut nilai ABS berkenaan Cikgu?

    Terima kasih atas pertolongan cikgu

  193. Err… cikgu… terima kasih ya… Sekarang saya dah tahu jwapan untuk soalah saya sendiri di atas ni, untuk kira dana terkumpul awal, bahagian ABS tu kena tolak dengan PSN ABS berkenaan. Tq cikgu

  194. cikgu..sy nk tanya..hutang tertunggak sama ke dengan yuran tertunggak.apakah maksudnya

  195. Wani,

    Pada pandangan Cg, penggunaan “hutang tertunggak” tidak sesuai digunakan dalam soalan tersebut. Cg kena lihat soalan lengkap, baru boleh tentukan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh soalan tersebut.

  196. Cikgu narzuki,
    jika dalam soalan kelab dan persatuan, diberi kutipan pesta ialah pendapatan modal. dan maklumat soalan kutipan pesta RM2000 dan pembayaran belanja pesta RM500. Betulkah masukkan RM1500 sebagai untung pesta dalam dana terkumpul..terima kasih

  197. Cg Fatimah,

    Ya saya setuju dengan jawapan tersebut.

  198. salam.
    cg,boleh beri panduan atau step awal nak wat kajian kes di bk teks ms454?
    tq cg!

  199. Intansuhana,

    Berdasarkan maklumat2 yang diberikan, kenal pasti baki-baki aset dan liabiliti pada 1 Januari 20X1, kemudian sediakan Penyata mengira dana terkumpul pada 1 Januari 20X1. Tentukan yuran tahunan ahli, keuntungan daripada pertandingan, lakukan pelarasan terhadap akaun elektrik, telefon, serta susut nilai premis, dan juga faedah atas simpanan tetap … Kemudian sediakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Kenal pasti baki-baki aset dan liabiliti pada 31 Disember 20X1, seterusnya sediakan KKK.

  200. cg,simpanan tetap ada pelarasan atau tidak?digunakan utk cari faedah shj betul??

  201. Intansuhana,

    Simpanan tetap tidak perlu pelarasan, tetapi Faedah atas Simpanan perlu diselaraskan.

  202. boleh cg beri jawapan bg jumlah dana terkumpul dan lebihan?sy juga ada masalah dgn ak yuran,keliru dgn nilai yuran trtunggk dan ll.


  203. intansuhana:

    boleh cg beri jawapan bg jumlah dana terkumpul dan lebihan?sy juga ada masalah nk cari nilai ak yuran utk masukkn dlm pend dn prblanjaan.kalau boleh cg beri jwpn kkk juga ya..maaf cg sy banyak tnye..tqvm

  204. Cikgu,
    Sepatutnya Dana terkumpul akhir = Dana terkumpul awal + lebihan + Derma (jika pendapatan modal) tetapi banyak jawapan negeri-negeri dan termasuk jawapan soalan 2008. Dana terkumpul awal + Lebihan = Dana terkumpul akhir + Derma.
    Contoh jawapan soalan 2008, Dana terkumpul awal (76038) + Lebihan (4419) = Dana terkumpul akhir (80457) + Dana komputer (8000)=RM88457.
    Bukankah sepatutnya Dana terkumpul awal + Lebihan + Dana komputer = Dana terkumpul akhir

  205. Cg Fatimah,

    Saya setuju dengan pandangan tersebut:
    Dana terkumpul akhir = Dana terkumpul awal + Lebihan + Dana komputer

  206. cg,
    bagi akaun perdagangan minuman ( contoh ) , boleh tak saya catatkan upah pelayan selepas tolak stok akhir ..selepas kos jualan ?

  207. Phangyap,

    Oleh kerana item dalam Ak Perdangan tersebut sedikit, biasanya hanya ada 1 item belanja sahaja, maka boleh guna cara tersebut, iaitu terus mencari UNTUNG BERSIH. Kemudian dipindahkan ke Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.

  208. Cgu

    Boleh muatkan soalan berkaitan dengan AKAUN YURAN di blog ini??? saya memerlukan latihan yg bnyk….TQ

  209. Robby LIm,

    Sebenarnya telah banyak set2 soalan yang boleh dijadikan latihan… bukan saja topik Kelab dan Persatuan, malah semua topik. Antaranya bahan2 di bahagian C-MUAT TURUN SOALAN, Koleksi soalan2 percubaan 2008, 2009, 2010, 2011 serta Modul Pembelajaran Teknikal.

  210. terima kasih cg…

  211. Cgu

    Saya kurang faham dlam soalan ini………..

    Persatuan Budaya mempunyai 450 ahli dengan yuran tahunan RM 30 seorang.

    Baki pada 1 JANUARI 20X6 :
    Yuran terdahulu RM 120

    Baki di Akaun Bank :
    DT : Yuran Ahli RM12 000

    Maklumat Tambahan :

    a) Jumlah yuran termasuk RM 150 yang dibayar oleh ahli bagi tahun 20X7

    Soalan : Sediakan Akaun Yuran

  212. Robby Lim,

    Rujuk kepada BUTIR dalam AKAUN YURAN,

    Kt: Baki b/b RM120 …… yuran terdahulu awal
    Kt: Bank RM12000 …. penerimaan daripada ahli
    Dt: Pendapatan dan perbelanjaan RM13500 (450X30) …….. jumlah Yuhan Ahli setahun yang perlu dipindahkan ke Ak P&P.
    Dt: 31/12/x6 Baki h/b RM150 …dan Kt: 1/1/x7 Baki b/b RM150……………. yuran terdahulu akhir.

    Imbangkan Akaun Yuran…. cari 31/12/x6 BAKI H/B (sebelah kredit) dan 1/1/x7 BAKI B/B (sebelah debit) …. iaitu JUMLAH YURAN TERTUNGGAK bagi tempoh kewangan tersebut.

  213. Cgu

    yang termsuk RM 150 tu simpan kat mana??

  214. Robby Lim,

    RM150 merupakan Yuran Terdahulu akhir ….
    31/12/x6 Dt: Baki h/b RM150 …. dan 1/1/x7 Kt: Baki b/b RM150

  215. Slmt Sejahtera cikgu.
    Jika pembayaran akhbar dan majalah sahaja?
    Tanpa hutang tahun lepas dan tahun semasa?
    Mesti kita letak dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan sebagai perbelanjaan atau dalam KKK sahaja?

  216. Darren,

    Pembayaran…… maksudnya BELANJA… dalam Pendapatan & Perbelanjaan.

  217. thnksss cgu…nota cgu sgt berguna tuk sy bwt assgnment..hehe..:))

  218. Ammaliena,

    Sama2… Cg doakan semoga terus berjaya dalam pengajian yang sedang diikuti sekarang.

  219. cgu..ape beza bku tunai dgn akaun pnerimaan dan pembayaran??

  220. Ammaliena,

    Sama saja fungsi dan kegunaannya… hanya berbeza dari segi nama saja.

  221. die smua rekod urusniaga tunai je kan cgu?? kalo sme cemane sy nk jwb soalan ni? hahah

  222. Ammaliena,

    Sama seperti AKAUN BANK …. Debit.. wang masuk, Kredit.. wang keluar….cuma tajuknya.. Ak Penerimaan dan Pembayaran

  223. Salam sejahtera cikgu.
    Dalam penyata mengira dana terkumpul awal, adakah Yuran Tertunggak awal dikira aset juga cikgu?

  224. Tan,

    Senarai baki2 awal dan akhir yang diberikan adalah merujuk kepada akaun2 Aset dan Liabiliti, maka semuanya perlu diambilkira, termasuklah baki BANK dalam buku tunai.

  225. Cikgu,
    Soalan Percubaan N9 2011 dirujuk, dalam soalan tersebut dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan Kutipan majlis makan malam RM5540 telah dimasukkan ke dalam pendapatan dan Belanja majlis makan malam RM4300 dimasukkan dalam perbelanjaan. Bolehkah Untung majlis makan malam (RM5540-RM4300) dimasukkan terus dalam pendapatan. Adakah diterima sebab ini adalah majlis kutipan tetapi bukan pertandingan? terima kasih

  226. Nizam,

    Merujuk kepada soalan tersebut, Majlis Makan Malam tersebut juga boleh dikelaskan sebagai AKTIVITI BERKALA yang boleh ditentukan KEUNTUNGAN / KERUGIAN atas aktiviti yang dianjurkan.. maka ianya BOLEH dimasukkan sebagai UNTUNG MAJLIS MAKAM MALAM ke bahagian PENDAPATAN.

    Jika soalan minta kira keuntungan tersebut… akan ada peruntukan markah untuknya, tetapi jika tidak diminta, maka tiada peruntukan markah yang diberikan.

  227. Cikgu,
    (1) Majlis tarian, majlis makan malam dan pesta ria yang diadakan untuk tujuan dapatkan wang untuk menambahkan aset bukan semasa adakah dianggap sebagai pendapatan modal? (2) Jualan aset bukan semasa dianggap sebagai pendapatan modal maka ia perlu ditambah dalam dana terkumpul, nilai jualan aset itu ditambah atau untung atas jualan aset? (3) bayaran yuran perkhidmatan guaman dan duti setem bagi pembelian aset bukan semasa adalah belanja modal, maksudnya ia akan ditambah kepada kos aset bukan semasa yang dibeli di KKK?
    terima kasih

  228. Nizam,

    Solan2 ini lebih kepada Sukatan STPM, guru-guru Perakaunan STPM lebih arif mengenainya. Walau bagaimanapun saya cuba berikan pandangan, dan jika ada yang tidak tepat , minta guru2 STPM tolong perbetulkan.
    1) Apa-apa dapatan/ kutipan di mana tujuannya KHAS untuk menambahkan Aset Bukan Semasa, maka boleh dikelaskan sebagai PENDAPATAN MODAL.
    2) Dalam kes ini, UNTUNG PELUPUSAN tersebut yang perlu ditambah dalam DANA TERKUMPUL.
    3) Mana-mana KOS yang dilakukan untuk mendaptkan Aset Bukan Semasa tersebut diperolehi, boleh DITAMBAH pada nilai Kos ABS tersebut … contohnya: yuran guaman & duti setam, kos pemasangan mesin.

  229. blh tak sy nk tahu mcm mane nk selesikan soalan ini?

    Lejar akaun yuran=dt:baki h/b 100
    baki h/b 300
    kt:tunai 8200
    soalannya ialah hitungkan yuran bagi tahun berakhir 29 feb 20×1?
    A)8200
    B)8400
    C)8500
    D)8600
    sy dah cuba kira tp x sama dgn jawapan.

  230. Siti Aisyah,

    Maaf, saya tidak jelas dengan kedudukan item2 dalam AK Yuran tersebut …. yang mana berbaki Debit & Kredit ?

  231. baki dt ialah 100 dan 300.baki kt pula ialah 8200.

  232. Siti Aisyah,

    Adakah ini maksud anda.. ?

    …………………..Ak Yuran
    Baki h/b 100…… Tunai 8200
    Baki h/b 300

    Jika itu maksud anda.. kemungkilan ada kesilapan dengan soalan tersebut… kerana kedua2 BAKI H/B tidak boleh berada disebelah yang SAMA.
    Kemungkinan soalan tersebut sepatutnya begini :

    ……………….Ak Yuran
    ………………….. Tunai 8200
    .Baki h/b 100………Baki h/b 300

  233. tapi ini adalah berdasarkan soaln SPM 2005 iaitu soalan no 33.

  234. Siti Aisyah,

    Kemungkinan berlaku kesilapan menaip …… tak kira soalan SPM ataupun bukan…. kesilapan tetap boleh berlaku. Ini Kerana tidak mungkin ada 2 BAKI H/B disebelah yang sama.

  235. Cikgu,
    Contoh soalan Kelab, diberi senarai semua baki awal dan akhir aset dan liabiliti kecuali Alatan sukan awal diberi RM10000 dan baki akhir tidak diberi(?). Dalam akaun penerimaan dan pembayaran diberi belian alatan sukan RM5000. Maklumat tambahan susut nilai alatan 10% atas kos, sediakan akaun alatan sukan. Mengapa jawapan dalam akaun alatan sukan diberi debit baki b/b RM10000 dan bank RM5000, tetapi kredit ditulis susut nilai alatan sukan RM1500, jadi baki akhir alatan sukan ialah RM13500. Ini bukan kaedah penilaian semula tetapi kaedah garis lurus. bukankah sepatutnya debit susut nilai alatan dan kredit susut nilai terkumpul alatan dan akaun alatan sukan masih RM15000?

  236. Nizam,

    Sukatan SPM, – pelajar hanya didedahkan dengan KAEDAH2 MENGIRA S/N tetapi tidak didedahkan dengan KAEDAH2 DALAM MEREKOD SN tersebut. Iaitu :
    1. Kaedah LANGSUNG (…. ABS Berubah) di mana catatan bergunya Dt: Susutnilai Kt: Aset Bukan Semasa.
    2. Kaedah PERUNTUKAN (… ABS Tetap) di mana catatan bergunya Dt: Susunilai Kt: PSN @ SNT …………………… SKOP SPM (selaras dengan Konsep Kos Sejarah)

    Pada pandangan saya, jawapan tersebut merujuk kepada KAEDAH LANGSUNG… jadi bagi SKOP SPM, saya setuju dengan pandangan saudara… jawapan tersebut sepatutnya menggunakan kaedah yang telah dipelajari oleh pelajar …. dimana SUSUT NILAI tidak dicatat dalam Ak Alatan Sukan.

  237. ada soalan sikit tentang yuran masuk
    yuran masuk dlm soalan ialah pendapatan modal, jadi kita masuk kat dana terkumpul kan? tapi ada org yg masuk aset semasa
    pastu, yg cikgu kata, pendapatan modal di dana terkumpul, perbelanjaan modal yg libatkan aset bkn semasa tersbut ditambah di aset bkn semasa kan?
    jika derma membina gelanggang? ini pendapatan modal kan? ditambah pada aset bukan semasa(gelanggang) atau dana terkumpul?

  238. Sc,

    Jika YURAN MASUK dikelaskan sebagai Pendapatan Modal , maka ianya perlu dicatatkan dalam DANA TERKUMPUL …. lagipun ianya BERBAKI KREDIT mana boleh dicatatkan disebelah DEBIT sebagai ASET SEMASA. Manakala Perbelanjaan Modal merujuk kepada beli ABS… maka tambah saja pada nilai ABS tersebut.

    DERMA BINA GELANGGANG dikelaskan sebagai PENDAPATAN MODAL…. bila WANG MASUK DARI LUAR, maka DANA akan BERTAMBAH …. gelanggang tersebut BELUM WUJUD lagi baru dapat DUIT (Bank dah Bertambah)… maka ASET belum wujud lagi.

  239. cikgu, Stok Alat tulis awal dan stok Alat Tulis Akhir sebanyak RM20 dan RM38 adalah Aset Semasa atau Belanja dalam Kelab dan Persatuan?
    tq…

  240. Ying,

    Stok Alat Tulis AKHIR RM38 dikelaskan sebagai ASET SEMASA.
    Manakala BELANJA ALAT TULIS boleh diperolehi dengan pengiraan berikut : Stok alat tulis awal + Belian Alat tulis – Stok akhir alat tulis

  241. ok… faham dah… terima kasih cikgu… 🙂

  242. Salam cg Narzuki… di sini saya ingin membuat kepastian berkenaan yuran masuk. sekiranya dalam maklumat tambahan, dinyatakan bahawa yuran masuk adalah pendapatan hasil, maka yuran masuk tersebut akan direkod sebagai pendapatan hasil (Rekod dalam Akaun pendapatan dan perbelanjaan).. tetapi sekiranya dalam soalan tidak dinyatakan status yuran masuk, maka yuran masuk tersebut dikelaskan sebagai pendapatan modal… adakah ia betul?

  243. Haizam,

    Pada pandangan saya,

    Yuran masuk – jika dinyatakan sebagai PENDAPATAN HASIL, maka ianya perlu direkodkan dalam AK PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN (Butirannya ialah YURAN MASUK).

    Dan sekiranya TIADA sebarang maklumat tentang YURAN MASUK tersebut, maka ianya dianggap sebagai PENDAPATAN HASIL, kecuali dinyatakan dengan jelas ianya dianggap sebagai PENDAPATAN MODAL.

  244. ok.. saya sudah faham dengan jelas. terima kasih….

  245. cikgu, saya tak faham soalan ini dan saya tak rEti buka akaun yuran.

    Soalan: kelab mempunyai 600 orang ahli yang membayar yuran tahunan sebanyak RM 30 seorang pada tiga bulan pertama setiap tahun. Pada 31 Disember 2009, sebanyak 10 orang ahli telah membayar yuran tahunan mereka untuk tahun 2010 dan 2011. Terdapat 2 orang ahli yang tidak aktif sejak bulan ogos 2009 dan tidak menjelaskan yuran tahunan 2010. Jawantankuasa bersetuju menghapuskan jumlah yang terhutang oleh mereka dan mengeluarkan nama mereka dari senarai keahlian.

  246. Chris,

    Soalan tersebut masih KABUR… adakah dikehendaki menyediakan AKAUN YURAN untuk 3 tahun … 2009, 2010 dan 2011 atau hanya untuk tahun 2009 ?

  247. hanya untuk tahun 2010

  248. Chris,

    Pada pandangan Cg… berdasarkan maklumat yang diberikan:

    “kelab mempunyai 600 orang ahli yang membayar yuran tahunan sebanyak RM 30 seorang pada tiga bulan pertama setiap tahun” = Jumlah Penerimaan iaitu BANK (600X30) rm18000

    “Pada 31 Disember 2009, sebanyak 10 orang ahli telah membayar yuran tahunan mereka untuk tahun 2010 dan 2011.” = Baki YURAN TERDAHULU Awal RM300 dan YURAN TERDAHULU Akhir RM300.

    “Terdapat 2 orang ahli yang tidak aktif sejak bulan ogos 2009 dan tidak menjelaskan yuran tahunan 2010. Jawantankuasa bersetuju menghapuskan jumlah yang terhutang oleh mereka dan mengeluarkan nama mereka dari senarai keahlian.” = YURAN LAPUK RM60

  249. terima kasih cikgu.

  250. Cikgu,
    Dalam lejar akaun yuran, akaun kawalan penghutang, penyata pendapatan dan KKK, kalau pelajar terlupa tulis unit RM di atas lejar dan penyata tersebut, tak ada masalah kan?

  251. Cg Fatimah,

    Pada pandangan saya, perkara tersebut TIADA masalah, kerana apa yang hendak diuji kepada calon lebih kepada penguasaan kemahiran perakaunan.

  252. salam ckgu..adkah bab ni di trget utk kluar??

  253. Sara,

    Ramai yang menjangkakan topik akan keluar… maka cuba kuasainya sebaik mungkin.

  254. trima ksih cikgu..insyallah sra akn kuasai dgn baik lg..

  255. Sara,

    Cg doakan semoga Sara berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti, terutamanya subjek Prinsip Perakaunan.

  256. cikgu ,soalan kelab dan persatuan dalam PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2012
    BATU PAHAT ,JOHOR ,NO 3 .
    skema jawapannya semua betul ?gaji terakru kira dalam upah pekerja minuman ?

  257. Buffett,

    Pada pandangan saya, “Upah pekerja minuman” di Buku Tunai dalam SOALAN perlu ditukarkan kepada “Gaji pekerja minuman“.

  258. jadi jawapan dalam akaun yuran sebenarnya P&P ialah 4593 ?
    maka jumlah jualan yang patut ditulis dalam akuan perdagangan 10325 tolak pulangan jualan 120 ,JUALAN BERSIH =10205. BETULKAH PANDANGAN SAYA?

  259. Buffett,

    Pada pandangan saya.. Ak Yuran sama seperti skema jawapan P&P = RM4548. …. camna dapat RM4593 ?

    Manakala JUALAN (kredit) dalam Ak Kawalan Penghutang = RM7955 … ini kerana pulangan jualan RM120 masih belum direkodkan dalam mana2 buku, maka pelarasannya wujudkan Ak Pulangan Jualan RM120 dan Baki Akhir Penghutang (RM3955-120) =RM3835.

    Seterusnya dalam Ak Perdagangan sama seperti skema… JUALAN (2250+7955)=RM10205 (-) PJ RM120 = Jualan bersih RM10085.

  260. (i) bank dalam soalan ialah 4550 ,tapi dalam skema ialah 4505 sebabnya perbezaan 4545 dengan 4593. mana pergi RM 45 ?

  261. Buffett,

    Maaf, saya terlepas pandang… memang berlaku kesilapan disitu.

  262. Cikgu ,

    Jika dalam soaln dh beri baki awal dan baki akhir utk aset ,sperti rumah kelab ,alat muzik dn stok restoran .amaun mane yg perlu diambil utk dicatat dlm pnyta dana terkumpul bahagian aset ?

  263. Nurill,

    Dana Terkumpul awal = Aset – Liabiliti ……. rujuk baki2 AWAL semua aset dan liabiliti yang ada.

  264. hi cikgu, bagi soalan kelab dan persatuan jika diberi kutipan pertandingan dan belanja pertandingan. maka perlu tak kita selaraskan dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan sebagai untung atau rugi pertandingan?

  265. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    Bergantung kepada kehendak soalan, jika dinyatakan dengan JELAS pelajar dikehendaki menghitung Untung / Rugi Pertandingan, maka perkara tersebut MESTI ditunjukkan. Manakala jika TIDAK dinyatakan kehendak tersebut, memadai masukkan setiap satunya sebagai item Pendapatan dan item Perbelanjaan.

  266. cikgu mengikut kertas SPM 2005, soalan berkenaan mempunyai kutipan pertandingan RM1030 dan hadiah pertandingan RM858.
    mengikut jawapan yang diberi : dlm ak pendapatan dan perbelanjaan utg pertandingan RM172
    tetapi bila saya membicang soalan ini: saya meminta pelajar rekodkan kutipan di bahagian pendapatan manakala hadiah pertandingan di sebelah perbelanjaan. saya memberitahu pelajar jika soalan meminta selaras baru perlu selaraskan.
    cara mana yang betul cikgu.

  267. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    Bukankah jawapan Lebihannya masih SAMA.. saya setuju dengan apa yang telah cikgu beritahu pelajar.. jika soalan minta hitungkan untung / rugi daripada pertandingan tersebut, barulah pelajar hitung dan masukkan untung / rugi ke Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Jika tidak minta, maka tidak perlu…. terus masukkan satu per satu di bahagian pendapatan dan perbelanjaan.

    Biasanya soalan akan minta hitung untung / rugi daripada suatu program yang KHUSUS, misalnya “Pertandingan Membaca”(Soalan SPM2008), “Pertandingan Gambar Bayi Comel” dan sebagainya…… manakala “pertandingan” sahaja … adalah terlalu umum.

  268. I got 6 out of 10. tq cg…not bad riht.hii

  269. Sara.

    Cuba ulangi jawab soalan kuiz tersebut….. hingga dapat markah penuh.

  270. Assalam cikgu, saya lemah tajuk ni, kelab dan persatuan. Mohon cikgu jelaskan supaya mudah untuk saya faham. Terima kasih cikgu…….

  271. Gdah, waalaikumussalam.

    Kenal pasti apa MASALAHNYA satu persatu terlebih dahulu, baru tanyakan apakah PENYELESAIANNYA.

  272. Bolehkah kita meletakkan ansuran pinjaman dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan?

  273. Tou,

    Tidak wujud “Ak Ansuran Pinjaman”…. sepatutnya, bila bayar balik pinjaman, maka catatannya
    Dt Pinjaman Kt Tunai/Bank

  274. Cikgu kenapa yuran masuk tidak letak dekat akaun yuran?

  275. Finas,

    Akaun Yuran adakah nerujuk kepada YURAN AHLI yang perlu dibayar setiap bulan atau tahun, manakala YURAN MASUK merujuk kepada yuran pendaftaran semasa menjadi ahli kelab yang dibayar hanya SEKALI sahaja, dan ianya boleh dikelaskan sebagai pendapatan hasil atau pendapatan modal bergantung kepada dasar yang diamalkan oleh kelab tersebut.

  276. cikgu macam mane saye nak dowload nota cikgu ?

  277. Tiha,

    Bahan-bahan pada menu MUAT TURUN BAHAN

  278. As salam tuan,
    Bolehkan ajk kerja sesuatu program bagi kelab mengambil peratusan keuntungan program tersebut (cthnya: 10%) sebagai insentif atau ganjaran terhadap usaha yang dilakukan ajk kerja yang menjayakan program tersebut. Baki 90% keuntungan lagi barulah dimasukkan ke akaun kelab untuk kegunaan bersama ahli2 lain.

    Mohon pencerahan tuan.
    Terima kasih

  279. Rosli, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, ianya bergantung kepada ketetapan atau persetujuan yang diputuskan bersama.

  280. Salam cg, mohon pencerahan
    kursus dan motivasi,belian buku
    Termasuk dalam perbelanjaan hasil?

  281. Nurul,

    YA… Perbelanjaan MODAL lebih kepada membeli ASET

  282. Salam cikgu, perlu ke kita mencari untung dlm ak perdagangn bila tiada maklumat stok, pemiutang @ hanya guna jualan n belian?
    Lagi cgu belanja topi = belian topi ke?
    Saya masih keliru.trima kasih cgu.

  283. Nurul,

    Secara mudahnya, apabila soalan MINTA sediakan Ak Perdagangan / Mengira keuntungan sesuatu program/projek/pertandingan.. baru kita sediakan, jika TIADA, maka kita masukkan item2 tersebut dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.

    Soal “Belanja topi = Belian topi”… Cg kena lihat soalan baru boleh beri komen… perkara tersebut tiada masalah sebenarnya.. masukkan saja sebagai item Perbelanjaan dalam Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.

  284. Cg,

    Merujuk kepada Soalan 2 SPM 2008, bagaimanakah kita hendak menentukan susut nilai terkumpul bagi perabot,pada 1 Oktober 2007 ?

  285. Chee,

    Kos perabot pd 1 okt 2006 = RM7400
    Maka SN & SNT = 10% x 7400 = RM740

  286. cikgu, boleh minta tolong
    buku teks m/s453
    c. kunci kira kira saya tak dapat kira
    cikgu boleh ajar tak?

  287. kunci kira kira
    yang bank sana tak dapat kira

  288. Carol,

    Penyediaan KKK:
    – Rujuk kepada baki2 akhir (31/12/20×0) sahaja.
    – Alatan sukan kena ambil kira Susut nilai terkumpul
    – Baki akhir BANK = Baki AWAL Bank + Jumlah Penerimaan – Jumnlah Pembayaran
    – Jangan lupa INSURANS TERDAHULU dan LEBIHAN.

  289. tetapi akhir bank tidak dapat kira kkk tak seimbang

  290. Diberi baki awal simpanan tetap sbanyak RM5 000, begitu jga dgn baki akihirnya.
    Maklumat tambahan: Faedah atas simpanan tetap ialah 8% setahun.
    Saya tdk tahu apa yg perlu saya buat. Mohon pertolongan cikgu. Terima kasih.

  291. Vun,

    Ada 2 perkara yang boleh dikenalpasti:
    1, Faedah simpanan 8%x5000 – sebagai item Pendapatan
    2, Dengan merujuk buku tunai, kenalpasti berapakah Faedah simpanan terakru – sebagai item Aset Semasa

  292. Cikgu, mcmana bleh dpt faedah atas simpanan tetap terakru?

  293. Vun,

    Faedah simpanan 400.. (yang sepatutnya diterima).. cuba tengok dalam Buku Tunai, ada tak penerimaan Faedah simpanan ? Jika ada berapa nilainya ? Ok, katakan nilainya 300.. maka terakru 100. Dan jiks tiada dalam BT.. maka 400 tersebut madih belum terima, maka terakru 400.

  294. Cikgu,
    Dalam soalan spm 2013, kelab persatuan, sebahagian belanja am adalah bayaran minuman merujuk kepada bayaran pemiutang minuman atau belanja am minuman? Terima kasih.

  295. Fatimah,

    Pada pandangan saya, penyataan soalan agak umum dan boleh ditafsirkan untuk kedua2 keadaan tersebut.

    Untuk latihan pelajar saya, saya ubah “bayaran minuman” kepada “belanja am minuman”.

  296. Cikgu,
    terima kasih atas penerangan di atas. Dalam soalan spm 2008 kelab persatuan berkenaan dengan Penyata perdagangan kedai buku, bolehkah kita tunjukkan untung kasar dan kemudian tolak belanja kedai buku untuk mendapat rugi bersih untuk situasi pertama. situasi kedua pula kita guna cara yang sama dengan situasi pertama tetapi tidak tulis untung kasar dan rugi bersih diganti dengan rugi kedai buku? situasi ketiga pula kita tambah belanja kedai buku dengan kos jualan selepas itu baru ditolak oleh Jualan dan mendapat rugi kedai buku. situasi keempat pula sama dengan situasi ketiga tetapi rugi kedai buku ditulis dengan rugi bersih? Situasi yang mana adalah terbaik?
    terima kasih.

  297. Fatihah,

    Cadangan saya, pelajar ikut format yang biasa mereka sediakan, iaitu :
    JB
    – KJ
    UK
    + H
    – B
    Untung / Rugi kedai buku…. kerana butir ini yang perlu dinyatakan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan nanti.

  298. cikgu akaun honorarium itu merupakan pbelanjaan modal.. dalam kunci kira-kira dia kena masuk dalam ekuti ke?

  299. Eila haliez,

    Honorarium sama dengan bayaran elaun kepada Ahli Lembaga Pengarah…. maka ianya dikelaskan sebagai PERBELANJAAN HASIL.

  300. Cikgu, saya nak tanya soalan percubaan SPM 2012 Negeri Sembilan no. 2(c). Telah diberikan belanja pertandingan futsal dan yuran pertandingan futsal. Mindset saya sekiranya terjumpa soalan yg mempunyai perkataan berulang seperti “pertandingan futsal” / “kedai buku” / “kraftangan” adalah kena cari untung / rugi. Tetapi kenapa soalan ini tdk perlu cari untung / rugi bagi pertandingan futsal?

    Terima kasih.

  301. Vun,

    Maaf untuk saya katakan.. penyataan tersebut adakah tidak tepat. Tidak semua yang ada perkataan yang berulang mesti cari untung / rugi. Kita cari untung / rugi hanya bagi sesuatu program khas sahaja.. bukan program berkala / aktiviti biasa kelab.

    Panduan paling mudah.. apabila diminta oleh soalan, baru kita sediakan.

  302. Cikgu, saya nak tanya soalan no. 2 Peperiksaan Percubaan MARA (SPM 2012). Kenapa kita perlu selaraskan belian kostum dgn baki awal dan baki akhir pemiutang kostum? Mulanya saya ambil bulat2 jumlah belian kostum tersebut tetapi jawapan menyatakan perlu selaraskan dgn baki awal dan baki akhir pemiutang kostum, iaitu:
    RM52 800 + (RM14 800 – RM700). Dan satu lagi, bukankah maklumat pemiutang slalunya mengkehendaki pelajar membuat ak. kawalan? Maaf cikgu, saya masih belum cukup mahir dlm bab ini sebenarnya. Harap cikgu dapat fahamkan saya mengenai hal ini. Terima kasih.

  303. Vun,

    BELIAN = Belian tunai (dari BT) + Belian Kredit (dikira dari baki2 pemiutang/Ak kawalan pemiutang)

    Pengiraan BELIAN KREDIT, boleh dibuat melalui sediakan Ak Kawalan Pemiutang ATAU melalui pengiraan Bayaran kpd pemiutang – Baki awal pemiutang + Baki akhir pemiutang.
    Jika soalan tidak minta sediakan Ak Kawalan, maka cara pengiraan boleh digunakan.

  304. Maklumat dalam soalan:
    Yuran tertunggak ( 1 Jan 2013)-2630, (31 Dis 2013)-3760,

    penerimaan spjg thn,
    yuran pertandingan memancing 3270,
    yuran ahli 33800.

    maklumat tambahan:
    kelab mempunyai 250 org ahli yg dikenakan yuran tahunan sebanyak RM150 seorang.
    yuran tertunggak bagi thn 2012 yg masih gagal dikutip dlm thn 2013 hendaklah dihapuskan sbg yuran lapuk.

    cg, macam mana nak cari yuran lapuk? Jawapannya 370

  305. Jjj,

    Berdasarkan soalan tersebut, Yuran Lapuk sepatutnya = RM2570.

  306. Blhkah cg tunjukkan cara mendapat jawapan RM2570 itu, terima kasih

  307. Jjj,

    Caranya dengan menyediakan Ak Yuran.
    Debit:
    Baki b/b 2630
    P&p (150×250) 37500
    Jumlah 40130
    Kredit:
    Bank 33800
    Yuran lapuk ?
    Baki h/b 3760
    jumlah 40130

  308. Maklumat tambahan :
    (i) Sebanyak RM 3000 daripada gaji pekerja adalah untuk bahagian minuman.

    Mengapa RM 3000 tersebut ditambah dengan untung kasar yang terdapat dalam Akaun Perdagangan Minuman? Selalu kita menolak gaji pekerja dalam penyata pendapatan kerana gaji ialah belanja. Kenapa dalam akaun perdagangan minuman, gaji pekerja ditambah?

  309. Shasha,

    Ya, sepatutnya TOLAK daripada UK…. tapi ada setengah jawapan DITAMBAH dalam komponen KJ… hasil jawapan UK tetap SAMA cuma guna format yang berbeza.
    Mungkin jawapan yang anda lihat menggunakan cara kedua…. Cadangan saya, kita jawab sepertimana format biasa… JB-KJ=UK+H-B=UB

  310. bole minta nama penuh x? utk rujkan asgmen..

  311. Mimi,

    Boleh ……. MOHD NARZUKI BIN YAACOB

  312. terima kasih. info yang sgt berguna.cuma dibawah info yng diberikan, blh x ltk tarkh di post.sng utk bt rujukan. mohon utk copy. 🙂

  313. Cikgu,
    Sekiranya akaun perdagangan restoran berbaki debit, jumlah tersebut harus dedibitkan ke akaun pendapatan dan perbelanjaan kan?

  314. Wong,

    Ak Perdagangan Restoran dapat menentukan UNTUNG / RUGI RESTORAN tersebut…
    Jika UNTUNG —-> KREDIT dalam Ak Pendapatan & Perbelanjaan
    Jika RUGI —-> DEBIT dalam Ak Pendapatan & Perbelanjaan

  315. Cg,
    Kalau kelab itu mempunyai kantin untuk menjual minuman,

    Soalan minta kita menyediakan A/k Perdagangan Kedai minuman, perlukah kita sedia sampai Untung Kasar atau perlu tolak belanja kendalian seperti gaji pekerja, kadar bayaran?

  316. Chee,

    Sediakan sampai UNTUNG BERSIH.

  317. Salam Cg Narzuki,

    Saya ingin bertanya , bagaimanakah cara ingin menbayar elaun AJK secara tahunan.
    Masalah saya adalah, ending period pada Disember, tetapi AGM sekaligus lantikan Jawatankuasa baru dilakukan pada bulan March. Jadi tempoh perlu saya bayar, adakah dari JAN-DEC mengikut tarikh perakaunan ataupun dari Mac-Feb ?
    Mohon pencerahan cikgu. Terima Kasih.

  318. Fadli,

    Pada pandangan saya,
    Rekod perakaunan mesti berdasarkan TEMPOH PERAKAUNAN. Cara perekodkan pula bergantung kepada bila ianya dibayar.. Katakan semua Elaun AJK tersebut dibayar pada bulan MAC 2015.. maka catatan pelarasan perlu dilakukan pada 31 Disember 2014.. iaitu Dt Elaun AJK dan Kt Elaun AJK Terakru (belum bayar – liabiliti)… seterusnya catatan bila bayaran dibuat (Mac) Dt Elaun Terakru Kt Bank.

    Dan satu lagi cara rekod yang lebih terperinci.. dengan mengambil kira bulanan … iaitu Elaun Jan – Feb (AJK lama) … dan Elaun Mac – Dis (AJK baru).

  319. Terima kasih cg atas maklumbalas. Oh, saya lebih faham, tetapi malangnya bendahari terdahulu tidak melakukan akruan akaun. Jadi saya terpaksa record elaun mereka pada tahun kewangan yang baru.

    Kemudian cg, mengikut perlembagaan kelab, hanya dinyatakan yang AJK akan dibayar secara tahunan & mensyuarat memutuskan elaun sebanyak RM250. Jadi, jika jawatankuasa hanya bermula selepas MAC, dan kemudian AGM baru dilakukan pada JAN tahun berikut contohnya, patutkah saya hanya membayar untuk tempoh 11 bulan(Mar-Jan) sahaja iaitu kurang dari RM250 kerana kurang dari setahun? sekiranya lebih setahun pula mereka berkhidmat (melewatkan AGM), patutkah saya membayar lebih mengikut pecahan kadar bulan ?

    Apa pendapat cg mengenai hal saya ini? ini pertama kali saya membuat akaun kelab, tambahan kecetekan pengalaman dan pendidikan. Harap Cg bantu beri nasihat,

  320. Fadli,

    Dalam sistem perekodan ada yang menggunakan asas akruan dan ada yang masih menggunakan asas tunai.. iaitu rekod bilamana ianya dibayar.
    Oleh kerana bayaran elaun tersebut tetap RM250, saya cadangankan terus rekodkan sepertimana amalan sebelum ini, iaitu direkodkan bilamana ianya dibayar. Cara tersebut lebih mudah difahami oleh ahli2 biasa… lagipun sekiranya direkodkan mengikut asas akruan… nilai Elaun AJK masih tetap RM250 juga untuk tempoh perakaunan tersebut.

  321. cikgu, saya kurang faham tentang yuran lapuk. Kenapa yuran lapuk diletak pada bahagian kredit akaun yuran?

  322. Kasyfi Alif,

    Konsepnya sama dengan HUTANG LAPUK dan PENGHUTANG, Hutang lapuk akan mengurangkan Penghutang, maka kita kreditkannya dalam AK Penghutang.
    Manakala, YURAN LAPUK akan mengurangkan Ak YURAN, maka kita kreditkannya dalam AK Yuran.

  323. Cikgu,

    Bagaimanakah cara untuk mengira yuran lapuk? Adakah yuran tertunggak awal ditolak dengan yuran tahun sebelumnya?

  324. Aida.

    Ya betul..
    Yuran lapuk… maksudnya yuran tertunggak (awal).. yang tidak dapat dikutip. Maka Yuran lapuk = yuran tertunggak awal – bayaran yuran untuk tahun lepas.

  325. Salam sejahtera, bolehtak saya tahu macam mana untuk mengelaskan pendapatan Modal (utk parking di KKK) dan pendapatan hasil (utk parking di Ak pendptan dan perbelanjaan)?

    Contohnya, Derma dewan tarian.

  326. Kc,

    Derma …. menunjukkan kelab menerima wang derma, wang tersebut BOLEH digunakan untuk apa sahaja. Dikelaskan sebagai Pendapatan Hasil

    Derma dewan tarian… kelab terima wang KHAS untuk bina dewan tarian, TIDAK BOLEH digunakan untuk tujuan lain.. seolah-olah kelaB telah menerima sebuah dewan tarian (Aset).. maka dikelaskan sebagai Pendapatan Modal.

  327. Salam sejahtera, saya kuranq memahami maksud derma am dan derma khas !! Boleh cikgu tolonq jelaskan !! Yang aku tau, derma am ialah pendapatan hasil manakala derma khas ialah pendapatan modal . !! Harapkan bantuan cikgu !!

  328. Thipen,

    Secara mudahnya, DERMA AM (pendapatan hasil)…. maksudnya kelab terima wang derma.. dan wang tersebut BOLEH digunakan untuk sebarang kegunaan kelab.
    Manakala DERMA KHAS (pendapatan modal).. maksudnya kelab terima derma tersebut KHAS untuk sesuatu tujuan dan kelab TIDAK BOLEH gunakan wang tersebut untuk tujuan lain.. sebagai contoh: DERMA BINA GELANGGANG .. di mana wang derma tersebut hanya untuk bina gelanggang sahaja, tidak boleh untuk tujuan lain…. ini seolah2 kelab menerima SEBUAH GELANGGANG daripada penderma.

  329. Cg. Saya nak tahu cara-cara nak buka buku akaun Bank untuk Kelab Sukan sekolah bagi tujuan simpanan wang kelab Sukan..tkasih

  330. Farah,

    Sila rujuk DISINI (klik) sebagai panduan.

  331. Cikgu,kalau soalan tanya
    a) akaun yuran
    b) akaun pendapatan bagi tahun berakhir
    c) penyata pendapatan dan perbelanjaan
    Kalau say buat dalam bentuk t semua akan salahkah?

  332. Kesalahan tajuk akan ditolak markah ka?
    Contohnya saya tulis penyata pendapatan dan perbelanjaan sebagai tajuk tapi buat akaun bentuk t, berapa markah akan ditolak

  333. Koay,

    Tidak dikira salah.
    Tiada penolakan markah.

  334. cg apakah cara untuk membuat akaun kawalan pemiutang dan penghutang dalam tajuk kelab dan persatuan?

  335. Shasha,

    Sama sahaja seperti Topik Ak Kawalan.. cuma dibawah topik Kelab.. item2 lebih ringkas… biasanya hanya item Baki awal… Baki akhir.. Bank.

    Jika ada item2 lain seperti Pulangan, diskaun, hutang lapuk…. masukkan juga dalam Ak Kawalan seperti biasa.

  336. cikgu,jika soalan ada kutipan pertandingan dan belanja pertandingan,kami mesti mengira untung pertandingan dulu hanya boleh memasukkan dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan ke? atau boleh terus masuk kutipan pertandingan dalam hasil dan belanja pertandingan dalam belanja..boleh asingkan??
    terima kasih….

  337. Englihken,

    Jika soalan tidak minta kira untung / rugi, maka tidak perlu kirapun tidak mengapa (masukkan sebagai item penerimaan dan item pembayaran) dan kirapun tidak mengapa.

    # Tetapi jika soalan minta MENGIRA, maka MESTI tunjukkan pengiraan untung/rugi tersebut.

  338. biasiswa dikelaskn dlm perbelanjaan/pendapatan cg?

  339. Siti,

    Bagi menentukan ianya Pendapatan / Perbelanjaan.. kita boleh kenalpasti dengan merujuk ianya item Penerimaan / Pembayaran.

  340. cikgu,

    Jika soalan ada susutnilai peralatan kafetaria,kami nak tulis dalam akaun perdagangan kafetaria atau akaun perdapatan dan perbelanjaan?
    dan baki akhir peralatan kafetaria tulis dalam kkk?

    terima kasih,cikgu.

  341. Englihken,

    Konsepnya asalkan perbelanjaan tersebut melibatkan Kafetaria, masuk dalam Ak Perdagangan Kafetaria. Manakala Peralatan tetap masuk KKK sebagai ASET KELAB.

  342. Cikgu jika pulangan belian dalam maklumat tambahan.apakah pelarasan yang sepatutnya?
    1 letak ak kawalan pemiutang
    2 letak ak perdagangan
    3 pemiutang akhir tahun tolak nilai pulangan belian?
    Adakah langkah 3 harus dibuat?
    Macam kertas percubaan kedah 2015.

  343. Yap,

    Bergantung kepada penyataan dalam soalan tersebut.
    1. Jika dimaklumkan sahaja Pulangan belian RM300…. maka tunjukkan dalam AK Kawalan Pemiutang.
    2. Jika BELUM direkodkan dalam mana2 buku… maksudnya TIADA dalam Ak Kawalan Pemiutang, maka ianya merupakan item PELARASAN.. (+) di Pulangan Belian dan (-) di Pemiutang dalam PP dan KKK.

  344. Cikgu
    Konklusinya,
    Jika soalan menulis belum direkod
    1)pemiutang akhir tahun -(kkk-)
    2)pp tambah pulangan belian
    Adakah kawalan harus tulis pulangan belian?

    Jika soalan tidak nyatakan belum direkod
    1)kawalan tambah pulangan belian
    2)pp tambah pulangan belian?

  345. Cikgu derma hendak dimasukkan ke pendapatan modal atau pendapatan hasil?

  346. Yap,

    Jika “derma” sahaja… pendapatan hasil.
    Jika derma untuk tujuan tertentu… seperti derma untuk bina gelanggang… pendapatan modal.

  347. Cikgu adakah sewa almari ialah pendapatan hasil atau modal??

  348. Kiki,

    Pendapatan hasil….. cara mudahnya jika melibatkan Aset Bukan Semasa.. barulah pendapatan/perbelanjaan Modal.

  349. Nurul Syuhaida Binti Md. Rawi

    Salam cikgu..yuran belum terima dikira sebagai yuran tertunggak ke??

  350. Nurul,

    Ya.. Yuran Tertunggak

  351. Nurul Syuhaida Binti Md. Rawi

    salam…cg, nak format kaun perdagangan boleh??huhu

  352. Nurul

    Sila muat turun nota Tingkatan 4 dan 5 daripada Cg Sila. DISINI (klik)

  353. Apakah akta yg boleh dikaitkan dengan kesalahan menjalankan aktiviti sblm persatuan didaftar Dan telah mengutip wang pendaftarann..terima kasih

  354. Khairul

    Sila rujuk portal rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (klik)

  355. assalam tuan,

    ada buat kelas ke rumah?

  356. Sahabat,

    Maaf, tak buat kelas.

  357. adakah semua knytaan dibawah perbelanjaan hasil?

    Kos makanan ringan dijual
    Hadiah pertandingan
    Belanja hari keluarga
    Akhbar dan majalah
    Alat tulis
    Derma

  358. Sahabat,

    Ya, cara mudahnya.. perbelanjaan modal hanya melibatkan pembelian/perolehan aset bukan semasa sahaja. Lain-lain sebagai Perbelanjaan Hasil.

  359. jun julai
    RM RM
    Yuran ahli terdahulu 150 490
    Yuran ahli tertunggak 280 640
    Kenderaan 25,000 25,000
    Akhb.& majalah terakru – 250

    mak.tambahan :

    (i) Yuran masuk dianggap sebagai penerimaan modal. Ahli telah bersetuju yuran masuk ini diagihkan selama 10 tahun.

    soalan saya

    (i) adakah yuran masuk dianggap pendapatan hasil? dan bagaimana pengiraan diagihkan 10 tahun

  360. Sahabat,

    Dalam soalan JELAS menyatakan YURAN MASUK dianggap sebagai PENDAPATAN MODAL. Maka ianya tidak terlibat dengan Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.

  361. Cth Soalan: sediakan (Akaun Perdagangan) Kedai Buku bagi tahun berakhir 31 Disember 20X0..

    Boleh ke saya buat dalam bentuk Penyata ?

  362. Mini Dora,

    BOLEH..tiada masalah buat dalan bentuk penyata.

  363. Assalamualaikum cikgu…saya nk tanya maksud akaun yuran dan situasi yg terlibat…

  364. Najiha, waalaukumussalam.

    AKAUN YURAN merujuk kepada kutipan YURAN AHLI bagi sesuatu kelab atau persatuan yang dibayar secara berkala… seperti setiap bulan, setiap tahun sekali.
    Yuran2 lain seperti yuran pertandingan, yuran masuk TIDAK dicatat dalam Ak Yuran.

  365. cikgu,upah pelayan nak catat di akaun perdagangan kafeteria atau akaun pendapatan dan perbelanjaan?

  366. Stella Lai,

    Upah pelayan.. pelayan bekerja di kafeteria.. maka masuk dalam Ak Perdagangan Kafeteria.

  367. Very good and becaiful

  368. soalan tak ada cakap dia kerja di mana pun mesti catat di akaun perdagangan?

  369. Stella Lai,

    Memang tidak dinyatakan…cuba fikir seorang “pelayan”.. bekerja di mana di kafeteteria atau di pejabat kelab.

  370. salam sejahtera cikgu, nak tanya dalam soalan cuma hanya ada satu ABS sahaja yakni bangunan kelab(kos)dan dalam maklumat tambahan menyatakan bahawa semua ABS disusutnilaikan sebanyak 10%. persoalannya perlukah bangunan kelab disusutnilaikan kerana setahu saya nilai bangunan akan meningkat saban tahun.

  371. Tan,

    Rujuk kepada soalan, jika dinyatakan susut nilai 10% setahun, maka terus lakukan pelarasan susut nilai.
    Nilai bangunan akan merosok disebabkan oleh beberapa perkara……(rujuk buku teks sebab2 berlakunya susut nilai)
    Nilai Tanah yang tidak akan susut… sebaliknya semakin meningkat.

  372. Salam cikgu..saya nak tanya…utk Kelab Rekreasi…dlam akaun Penerimaan dan Pembayaran..terdapat butir Jualan Bola tenis terpakai (DT) dan Bola Tenis (KT) …..adakah kedua2 butir di atas merupakan Pendapatan dan Perbelanjaan Hasil?

  373. Ana,

    Ya.

  374. Cikgu nak tanya beberapa soalan:
    1.stok awal dikira aset semasa atau tidak.jika tidak , stok awal kategori ape?

    2.dalam akaun perdagangan.debit adalah belanja, kredit adalah hasil.adakah stok akhir juga dianggap hasil sebab dalam akaun perdagangan kita tolakkan

  375. Siti,

    1. Tiada “Akaun Stok Awal” @ “Akaun Stok Akhir”… hanya ada “Akaun Stok” sahaja…. nilai baki b/b awal dipanggil stok awal… nilai baki b/b akhir dipanggil stok akhir.
    Ak Stok dikelaskan sebagai Aset Semasa.

    2. Nilai stok awal dan akhir dimasukkan dalam PP/Ak Perdagangan… hanyalah untuk mengira Kos Jualan semata2… ianya tidak boleh dikelaskan sebagai hasil / belanja.

  376. Dlm akaun perdagangan kelab dan persatuan, ada tak kos jualan

  377. Siti,

    Seperti Akaun Perdagangan perniagaan biasa… mestii ada Kos Jualan.

  378. zarifah atirah

    Mintak share ye ilmu ni. Terima kasih.

  379. Ada tak cara nak ingat format dlm tajuk ni ?

  380. Dizah,

    Hafal semasa buat latihan.

  381. As salam. Saya nak tanya tentang akaun yuran. Dlm soalan ni
    yuran tertunggak awal 480 jan 20X6
    Yuran terdahulu awal 360
    Yuran terdahulu akhir 240 dis 31 20X6
    Dlm ak penerimaan d pembayaran yuran rm17640
    Maklumat tambahan :
    I)kelab ada 150 ahli yg bayar yuran tahunan rm120
    Ii)yuran tahunan 20X5 rm120 tidak dpt dikutip akan dihapuskan.
    Jawapan yuran tertunggak rm600 mcm mn dpt tu. Adakah angka pengimbang

  382. Dlm akaun perdagangan mengapa kita perlu tambah upah pekerja. Upah pekerja ialah belanja mengapa ditambah pulak

  383. Norhayati, waalaikumussalam.

    Ya.. hanya cari angka pengimbang sahaja.

    Untuk Ak Perdagangan… dia ikut bentuk Akaun.. tapi tiada Untung Kasar. Pada pandangan saya, format tersebut tidak tepat dan akan mengelirukan pelajar…. Maka saranan saya, sediakan ikut format penyata biasa…. J – KJ = UK + H – B = UB

  384. Cikgu tumpang tanya, jika kelab ada kedai kek. Susutnilai Peralatan buat kek nak masuk ak perdagangam atau ak. pendaptan dan perbelanjaan?

  385. Hasni,

    Jika Peralatan memang digunakan oleh kedai kek tersebut.. maka belanja susut nilainya dicatat dalam Ak Perdagangan Kedai Kek.

  386. cikgu soalan percubaan muar ada bayaran ansuran pinjaman sebanyak 1500. faedah pinjaman 10%. pinjaman 10 000. Jadi bagaimana nak tunjuk dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan dan KKK liabiliti bukan semasa? terima kasih

  387. Fong,

    Bayaran ansuran pinjaman terdiri daripada bayaran balik pokok dan faedah pinjaman 5%.
    Maka perbelanjaan kelab hanyalah faedah pinjaman 500… bayaran balik bukan belanja.. jadi tak masuk dalam P&P.
    LBS pinjaman.. ambil nilai baki akhir.

  388. Assalamualaikum Cikgu…just nak tanya yuran pendaftaran masuk x dlm akaun pendapatan dan perbelanjaan?mohon Bantu says….

  389. Azim, waalaikumussalam.

    Yuran pendaftaran / Yuran masuk…. dikelaskan pendapatan hasil (masuk P&P).. kecuali ada dinyatakan sebagai pendapatan modal (× masuk P&P).

  390. cikgu, ada format terkini untuk akaun perdagangan kelab dan persatuan, yg memenuhi LPM? Sebab format akaun perdagangan kelab ada keliru sedikit. ada yang ajar upah pekerja kafe tambah selepas kos jualan, ada pulak guna format macam akaun perdagangan biasa iaitu upah pekerja kafe dianggap belanja kafe dan hy ditolak selepas jualan tolak kos jualan. saya rujuk account usa pun guna format kedua. tapi yang penting nak format ikut skima LPM. terima kasih cikgu.

  391. Fong,

    Saya cadangkan guna format penyata pendapatan biasa.

  392. Salam Cikgu,
    Saya nak pastikan sekali lagi tentang format. Kalau soalan suruh sediakan Akaun pendapatan dan perbelanjaan, boleh tak saya sediakan jawapan dalam bentuk Penyata. Terima Kasih.

  393. Sevaramann,

    Sekarang format tidak menjadi masalah…buat dalam bentuk penyata juga diterima.

  394. Selamat sejahtera,
    Saya hendak tanya tentang format ak perdagangan
    Kaedah 1
    Jualan- kos jualan dpt utg kasar – upah restaurant =utg restaurant
    Kaedah 2
    Atau jualn -kos jualan+upah = utg restoran
    Yang mana diterima oleh skema jwp?
    Terima kasin

  395. Wong,

    Saya sarankan guna format penyata pendapatan biasa…kaedah 1.

  396. Terima kasih

  397. Cg, dlm ak. Perdagangan,knp semua jenis belanja perlu ditambahkan dgn untung kasar? Kan belanja akan mengurangkan untung kite??

  398. Carol,

    Saya cadangkan.. jawab ikut format penyata pendapatan biasa.

  399. Terima kasih cg.

  400. Salam saya nak tau kenapa yuran lapuk masuk perbelanjaan hasil?

  401. Qin,

    Konsepnya mudah sahaja… sama dengan Hutang lapuk –> Belanja.

  402. Ok faham. Terima kasih cikgu

  403. Salam, cikgu. Perabot 1 Jan 5000 31 Dis ?, semua susut nilai perabot diperuntukkan 5% stahun dan di P&P dan diberi perabot baru 100. Macam mana ye?

  404. Ameera,

    Nilai perabot pada 31 Dis = 5000 + 100 –> baru kira Susut nilai.

  405. Terima kasih cikgu. Saya ada lagi 1 soalan. Peralatan 13500, di akaun p&p peralatan baru 2500, di maklumat tambahan, nilai buku peralatan RM 15350. Yang ni pula bagaimana cikgu?

  406. Ameera,

    Boleh cari SN kaedah penilaian semula..
    SN = baki awal + beli – baki akhir

  407. terima kasih cikgu

  408. cikgu , elaun kehormat tuh ape ?

  409. Dila,

    Elaun kepada ahli2 lembaga pengarah.

  410. Cikgu,

    cuba tanya Pendaftar Pertubuhan Malaysia sama dengan SSM tak?

    terima kasih.

  411. Cikgu,

    cua tanya apa bezanya yuran masuk dan yuran ahli?

    yuran masuk ialah register fee dan yuran ahli ialah member fee for monthly or annumly, correct?

    terima kasih.

  412. Tan Swee Kung,

    Pendaftaran Pertubuhan Malaysia –> ROS
    Pendaftar Syarikat Malaysia –> SSM

    Berkaitan yuran –> ya, Betul

  413. cikgu,

    cuba tanya belanja penyelenggaran aset bukan semasa ialah perbelanjaan hasil atau perbelanjaan modal?

    cuba tanya kalau pendapatan tersebut tidak mempunyai tujuan khas, maka kita letak di pendapatan hasil atau pendapatan modal?

    terima kasih.

  414. Tan Swee Kung,

    1. Perbelanjaan hasil.
    2. Cuba bagi contohnya….

  415. Cikgu,

    Cuba tanya kalau satu kelab ada beberapa department, contoh ada kedai buku, dan pertandingan melukis, THEN penyata perdagangan perlu disediakan oleh different department, betul?

    Terima kasih

  416. Cikgu,

    Cuba tanya kalau soalan beritahu kita belian alat tulis ialah rm100. Tapi rm20 belum digunakan pada hujung tahun,
    Maka penyata pendapatan dan perbelanjaan merekod rm100 until alat tulis.mengapa ya?

    Terima kasih.

  417. Tan Swee Kung,

    Ya.. untuk tentukan keuntungan masing2 –> yang merupakan item pendapatan kepada kelab.

    Belanja Alat tulis RM80
    Stok alat tulis RM20 –> Aset Semasa

  418. Cikgu,

    cuba tanya belanja penyelengaraan ialah belanja yang upkeep ABS, betul tak?

    upkeep ABS bukanlah akan menambah nilai ABS ke? mengapa ia sebagai perbelanjaan hasil?

    terima kasih.

  419. Cikgu,

    Cuba tanya mengapakah yuran masuk ialah pendapatan hasil?
    Dan kalau soalan tidak beritahu yuran masuk(pendaftaran) sama ada pendapatan modal atau pendapatan hasil, so kita letak sebagai pendapatan hasil, betul?

    Terima kasih.

  420. Tan Swee Kung

    Belanja penyelengaraan –> perbelanjaan hasil.
    Belanja pengubahsuaian –> perbelanjaan modal.

    Yuran masuk –> pada asasnya dikelaskan sebagai pendapatan hasil.. kecuali dasar kelab menetapkan sebagai pendapatan modal.

  421. Cikgu,

    Cuba tanya macam mana rekod perbelanjaan modal?

    Terima kasih.

  422. Tan Swee Kung

    Tambah pada ak ABS tersebut.

  423. cikgu..sy nk tny soalan buku teks ms 450 7b..sy x dpt lebihan rm8050..boleh x ckg tolong semakkan jawapan sy

    yuran 13050
    yuran pertandingan 3600 16655

    sewa dewan (3300+300) 3600
    hadiah pertandingan 1690
    alat tulis 325
    air dan elektrik 860
    elaun kehormat 750
    belanja mesyuarat 1080
    surat khabar dan majalah 230
    belanja am 195 8730

    lebihan 7925

  424. Mimi,

    1. Jumlah yuran + yuran Pertandingan SALAH KIRA
    2. Alat tulis = 260 – 65 = 195

  425. salam sejahtera cikgu, maaf ganggu. nak minta penjelasan bg perkara dibwh:

    a) adakah akaun yuran yg disediakan khas utk merekod kutipan yuran bulanan@tahunan dr ahli sahaja? sekiranya soalan menyatakan bahawa yuran masuk dianggap sbg pendapatan hasil perlukah yuran masuk ini ditambahkan dgn yuran bulanan yg dikutip drpd ahli dan rekodkan di sebelah kredit ak yuran? atau catatkan yuran masuk di sebelah kredit ak pendapatan dan perbelanjaan ?

    b) adakah rugi atas pelupusan abs dianggap sbg perbelanjaan modal dan perlu ditolak dgn dana terkumpul dan sebaliknya sekira wujud untung atas pelupusan abs ditambah dgn dana terkumpul?

    terima kasih

  426. Ricky, salam sejahtera.

    1. Yuran ahli –> yuran bulanan/tahunan.
    Yuran masuk / Yuran pendaftaran –> bayaran yang dikenakan 1 kali semasa daftar sahaja.
    Perlu diasingkan kedua2nya. Yuran masuk boleh dikelaskan sebagai pendapatan hasil (P&P) @ pendapatan modal (KKK) –> bergantung kepada dasar kelab.

    2. Rugi / Untung atas pelupusan –> Perbelanjaan / Pendapatan Hasil.

  427. maaf cikgu nak minta penjelasan kenapa untung / rugi atas pelupusan dianggap sbg pendapatan / perbelanjaan hasil?? bukankah untung / rugi atas pelupusan hanya wujud apabila terdapat jualan abs dimana ia merupakan aktiviti bukan operasi biasa sesebuah kelab (perbelanjaan/ pendapatan modal)

    terima kasih

  428. Ricky,

    Cara mudah nak tentukan.. kita rujuk catatan bergu ataupun kedudukan akaun tersebut dalam Penyata Kewangan.
    Rugi pelupusan –> Debit ( Belanja / Aset )
    1. Jika Belanja –> Ak Pendapatan & Perbelanjaan –> Perbelanjaan Hasil.
    2. Jika Aset –> KKK –> Perbelanjaan Modal.
    Maka.. boleh tentukan sendiri sama ada ianya Perbelanjaan Hasil / Perbelanjaan Modal.

    Jual/Beli ABS –> akaun terlibat ABS –> KKK –> Penerimaan / Perbelanjaan Modal.
    # Berbeza dengan Untung/Rugi pelupusan ABS.

  429. Cikgu,
    Baki drpd buku2 kelab rekreasi ni, tulis baki akhir bagi “faedah bank belum terima RM 114” .. tapi,dlm akaun penerimaan dan pembayaran xde mention faedah bank.. jadi, ia dikira sebagai apa utk akaun pndptn&prblnjaan?

    Terima kasih

  430. Aishah,

    1. Jika ada dalam penerimaan item faedah bank RMx –> kita buat pelarasan :
    Faedah bank = A + 114 –> Pendapatan.
    2. Jika tiada dalam p & p.
    Faedah bank = 0 + 114 = 114 –> Pendapatan.

    # Butirnya “Faedah bank”

  431. Jadi cikgu, kalau faedah bank x ada dlm akaun penerimaan dan pembayaran, faedah bank tu automatik jdi penerimaan?

  432. Aishah,

    Bukan jadi penerimaan.. tapi jadi pendapatan.

  433. cikgu…jika terdapat yuran lapuk. kenapa perlu direkodkan dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan. bukankah telah direkodkan dalam akaun yuran. tidakkah terjadi 2 kali rekod ?

  434. Mar,

    Setiap urus niaga 2 akaun terlibat..

    Dt Yuran lapuk –> Perbelanjaan
    Kt Yuran Ahli –> mengurangkan Ak Yuran.

  435. Cikgu ,
    dekat pembayaran dia tulis upah sahaja , tu kena masuk dekat penyata pendapatan dan perbelanjaan ke ?

    lagi satu , kat buku tunai belah pembayaran tulis alatan sukan 1600 . Pada 1 jan. Alatan sukan 8400 . Tp dia buat tanda ? Pada 31 dis.

    Maklumat tambahan
    alatan sukan disusutnilaikan 10% setahun .

    macam mana nak kira susut nilai alatan sukan untuk diletakkan di penyata pendapatan dan perbelanjaan ?

  436. Sarah,

    1. Upah –> perbelanjaan dalam P&P.
    2. Alatan sukan 1600 –> baru beli.
    Baki akhir = ? = 8400 + 1600
    Kemudian kira SN

  437. Cikgu kalau soalan dia ade surat khabar terakru..satu baki pada 1 jan rm36 dan satu lg baki pada 31 disember rm130…dan pada bahagian pembayaran surat khabar rm370
    Macam mana nak kira baki sebenar dia cikgu??

  438. Jun,

    Belanja Surat khabar = 370 – 36 + 130

  439. Sy confuse kenapa kne tolak cikgu? Bkn kalau terakru kena tambah?

  440. Jun,

    Terakru : + baki akhir – baki awal
    Terdahulu : – baki akhir + baki awal

  441. Cikgu ,this year Ada apa hotspot?for spm

  442. Goh,

    Cuba kuasai sebanyak mungkin topik yang ada..

  443. Cikgu, nak tanya yuran lapuk masuk mana ya?

  444. Lim,

    Yuran lapuk
    1) Ak Yuran Ahli –> Kt
    2) Ak Pendaptan & Perbelanjaan –> Dt

  445. Cg , kalau mklumat tambahan ada jumlah awal dgn akhir utk ,a)stok minuman b) alatan sukan c) stok alatulis d) yuran tertunggak e) sewa terakru f) bantuan kerajaan adalah utk membina gelanggang tenis . Buat akaun perdagangan utk stok minuman je ke? Mcm mana nak.Buat ye cg?

  446. Ct,

    Buat seperti format Ak Perdagangan biasa, ada Jualan – Pulangan Jualan – Kos Jualan (stok awal + belian – Stok akhir) + hasil – Belanja.
    Cuma ianya lebih ringkas… hanya item2 yang terlibat dengan kedai Minuman sahaja.

  447. Hi cg,
    Dlm spm 2016, apa yang patut ditulis bagi sumbangan cek RM 300000 dalam akaun bank? Saya rasa dana terkumpul,boleh tak cg kalau saya tulis begitu?

  448. Sy,

    Butirnya “Sumbangan” @ “Derma”
    Dana Terkumpul –> X

  449. SAYA suka account

    assalam cikgu, kalau dia, kata 2 sumbangan besar telah diterima pada 1 januari 2013, tanah dan bangunan. So dia masuk kat ABS atau sbgai modal dalam dana.terkumpul awal?

  450. Waalaikumussalam.

    Dt Tanah
    Dt Bangunan
    Kt Sumbangan –> Dana Terkumpul

  451. kalau maklumat tambahan kata kelab dikenakan denda kerana tidak membayar lesen perniagaan sebanyak 500,di mana 500 ini dicatat?dalam akaun perdagangan sebagai lesen perniagaan atau dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan sebagai belanja denda?

  452. Wendy,

    Ianya berkaitan perniagaan -> Ak Perdagangan perniagaan.

  453. Cikgu, yuran lapuk kira sebagai perbelanjaan hasil ke?
    *cikgu kalau boleh reply cepat ye esok exam~thanks

  454. Suzy,

    Ya… Yuran Lapuk –> Kt dlm Ak Yuran Ahli
    Dt dlm Ak Pendapatan & Perbelanjaan.

    Good luck.

  455. cg,elaun kehormat dan belanja pesta ria kena asuk ke dalam akaun perdagangan ke?

  456. cg,kalau tak ada stok akhir tak perlu letak di akaun perdagangan kan?

  457. Kety,

    1. Ak Pendapatan dan Perbelanjaan.
    2. Cuba cari di maklumat tambahan .. stok akhir sepatutnya ada… stok awal boleh ada @ tiada.

  458. cg, ada dua stok, stok alat tulis dan stok kraftangan. Soalannya nak buat akaun perdagangan Kedai kraftangan, tapi stok akhir kraftangab dia guna tanda sempang. cg macam mana nak buat ni?

  459. Kety,

    Jika jelas dinyatakan stok akhir tiada nilai .. maka masukkan nilai “0” sebagai nilai stok akhir kraftangan.

  460. okay,terima kasih cg…

  461. Dalam kunci kira – kira, derma tergolong dalam kumpulan yang mana ya cikgu ?

  462. Raihan,

    Rujuk kepada soalan.. jika DERMA diterima tersebut :
    1. Pendapatan modal –> KKK : Dana Terkumpul
    2. Pendapatan Hasil –> P&P : Pendapatan

  463. Salam cikgu…

    Untuk kira dana terkumpul awal=aset awal-liabiliti awal.
    Macam mana nak tahu aset awal dgn liabiliti awal?

  464. Ana,

    Rujuk tarikh yang dinyatakan pada senarai baki2 tersebut.

  465. salam sejahtera cikgu, minta penjelasan ttg soalan berikut:

    a) sejumlah jualan cafe telah digunakan utk membayar alat tulis dan belanja am tetapi blm direkodkan dlm mana2 buku kelab, persoalannnya alat tulis dan belanja am perlu didebitkan dalam penyata perdagangan cafe atau penyata pendapatan & perbelanjaan sbg perbelanjaan hasil?

    terima kasih cikgu

  466. Ricky,

    Alat tulis (+)
    Belanja am (+)
    Jualan (+)
    Ya, Alat tulis & Belanja am –> perbelanjaan hasil.

  467. kenapa alat tulis dan belanja am tdk blh didebitkan dlm a/k perdagangan sbg belanja cafe krn wang jualan cafe digunakan utk membayar perbelanjaan tsbt?? dan cafe jg memerlukan alat tulis dlm urusan harian perniagaannya dan mgkn jg terdpt belanja am bg cafe dlm tmph perakaunan semasa? terima kasih cikgu

  468. Ricky,

    Tengok kepada penyataan… adakah dinyatakan alat tulis tersebut untuk cafe ? Jika tiada cuba fikirkan antara kelab dan cafe… yang mana lebih menggunakan alat tulis.

  469. Assalam cikgu,

    Saya tak paham berkaitan soalan ini.
    Kelab Ulul Albab mempunyai ahli seramai 200 orang. Berikut adalah petikan daripada buku kewangan kelab pada 31disember 2016.

    Yuran tahunan : RM150
    yuran terdahulu pada 1 januari 2016 : RM240
    Yuran tertunggak pada 31 disember 2016: Rm720
    Yuran terdahulu pada 31 disember 2016: Rm100

    Berapakah jumlah yuran yang akan direkod dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran?

    A 28940
    B 29140
    C 30000
    D 30860

  470. Sarah, waalaikumussalam.

    Untuk menhawab soalan ini… anda perlu sediakan Ak Yuran Ahli.. dimana maklumat.. Baki awal, baki akhir dan Pendapatan dan Perbelanjaan telahpun diberikan –> maka boleh cari Bank @ Penerimaan & Pembayaran

    Jawapan : B

  471. Jualan minuman ialah pendapatan modal atau pendapatan hasil

  472. Nicole,

    Jika melibatkan akaun hasil –> pendapatan hasil.
    Jika melibatkan akaun aset –> pendapatan modal

  473. Assalamualaikum cikgu.

    Nohon bantuan macam mana nak buat akaun yuran untuk permulaan sebuah kelab atau persatuan tanpa ada baki awal? yuran kelab tu ada yang bayar tunai dan ada bayar melalui potongan gaji dan jumlah bayaran yuran adalah berbeza untuk setiap ahli.!!!!

  474. Haida, waalaikumussalam.

    Jika tiada baku awal… terus saja rekodkan penerimaan bayaran yuran tersebut.

  475. Assalamualaikum .. cikgu ..

    Untuk liabiliti semasa di kunci kira-kira .. format dia perlu tolak ke??

  476. Syahirah,

    Jika format penyata… ya.. AS – LS
    Manakala format T… AS–> Dt LS–> Kt

  477. Salam cikgu. Bagaimana jika dalam soalan aset dan liabiliti sudah bagi amaun untuk dana terkumpul. Adakah kita perlu mengira lagi?

  478. Farisya,

    Sudah ada –> tidak perlu kira.

  479. Salam cg, saya nak tnya dlam akaun perdagangan kelab dan persatuan ini, adakh alat tulis, kadar bayaran, belanja kursus termasuk dalam butiran belanja pengendalian?
    Jika tidak apakah butirn lain selain upah, cikgu?? Terima kasih

  480. Nurin,

    Hanta akaun2 yang berkaitan pernuagaan tersebut sagmhaja..
    Cht Ak Perdagangan Restoran –> cari belanja2 yg berkaitan restoran.. spt: upah pekerja restoran, sewa restoran, lesen restoran…..
    #kata kunci dia “restoran”

  481. Cg apa beza pendapatan hasil dan pendapatan modal dri segi prinsip perakaunan.mksud saya dengan lebih terprinci

  482. Asyraf,

    Nak detail.. boleh rujuk DISINI (kilk)

  483. kalau ada yuran lapuk dlm bab kelab dan persatuan, nak buat camana

  484. Nur Zarina,

    Dt Yuran Lapuk –> Perbelanjaan
    Kt Yuran Ahli

  485. Salam. Cikgu, elaun kehormat merupakan perbelanjaan hasil, bukan? Tapi kenapa ia tidak dimasukkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan?

  486. Ana,

    Ya… perbelanjaan hasil.
    Elaun kehormat = Honorarium

  487. Cikgu, Akaun Yuran ahli untuk baki b/b masih boleh digunakan atau tidak? Atau pun kena tulis Yuran belum terima?? Penyata kedudukan kewangan, boleh guna format lama, atau kena guna baru dimana kos, susut nilai terkumpul, nilai buku dalam setiap laju.

  488. Karenlau,

    Ak Yuran ikut buku teks… kssm menekan catatan ikut sistem bergu.

    Format PKK…. tidak menjadi masalah kedua2 masih boleh digunakan..

  489. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Soalan kelab persatuan spm 2016 dirujuk. Dua sumbangan besar kita terima dan dianggap akaun derma atau sumbangan.jadi dalam penyata kedudukan kewangan, tiada lagi dana terkumpul awal, hanya ada lebihan tambahan pendapatan modal iaitu derma. Betul?

  490. Fatimah Binti Ahmad,
    dana terkumpul awal = modal awal

  491. Cikgu

    Bolehkan saya mendaftar ats nama sdn bhd untuk kelab bola? Faizal

  492. Salam cikgu, kutipan pementasan dan belanja pementasan kena tolakkan cikgu??
    Tapi, dalam buku lain kutipan pementasan dalam pendapatan hasil dan belanja pementasan dalam perbelanjaan hasil. Mana satu yang betul ni cikgu? Saya confuse??

  493. Kau,

    Kedua2 betul.. sebab matlamatnya nak cadi Lebihan / Kurangan Kelab.
    Untuk mudah kita jawap ikut kehendak soalan… jika soalan minta kira untung / rugi untuk pemetasan.. kita kira dahulu kemudian masukkan untung/rugi dalam Ak P&P. Jika soalan tidak minta kira… kita boleh terus masukkan kedua2 sebagai item pendapatan dan perbelanjaan.

  494. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Mengapa soalan Negeri 9, yuran lapuk tak masuk dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan?

  495. Fatimah,

    Masukkan Yuran Lapuk tersebut..sebagai item Perbelanjaan.

  496. hi,
    Saya kurang faham tentang format akaun yuran,
    saya keliru kenapa yuran belum terima (aset semasa) dan kenapa yuran belum terperoleh (liabiliti semasa)?
    terima kasih cikgu.

  497. Aisyah.

    Yuran belum terima… kelab berhak minta –>AS
    Yuran belum terperoleh.. kelab telah terima yuran tahun depan… kelab kena bayar balik jika ahli tersebut nak keluar ahli tahun –> LS

  498. salam cikgu,nak tanya berapa kertas jurnal ,lejar dan tunai akan diberikan semasa spm?

  499. perlukah kita buat 2a pada satu helaian,2b pada helaian yang baru, atau semua soalan 2 boleh jawab dalam satu helaian?

  500. Natasha,

    Kertas2 jawapan tersebut disediakan secukupnya pada halaman belakang kertas soalan nanti.
    Bergantung kepada panjang jawapan anda.. jika 2a dan 2b muat boleh jawab dalam halaman yang sama.

  501. Assalamualaikum cg.

    Kalau soalan tu suruh hitungkan, hanya tunjuk jalan kiraan atau perlu buat penyata?

  502. Wafiy, waalaikumussalam.

    Jika HITUNG –> 2 cara boleh guna :
    1. Tunjukkan pengiraan
    2. Bentuk penyata

    Jika soakan minta PENYATA –> mesti jawab dalam PENYATA

  503. Cikgu, derma (bina gelanggang) tidak masuk dalam pendapatan dan perbelajaan (PP),betul?

    Saya lihat dalam buku latihan, derma masuk dalam PP. Derma yanh macamana masuk PP ye?

  504. Ina,

    1. Ya.. betul.
    2. “Derma”… sahaja –> Pendapatan –> PP

  505. cikgu,yuran lapuk masuk tak dalam perbelajaan hasil?

  506. Cg, macam mana nak kira yuran lapuk ?

  507. Aidil..

    Yuran Lapuk = Baki akhir Yuran belum terima (-) jumlah yuran yang diterima untuk tempoh lepas

  508. Cg,apa contoh2 belanja pengendalian selain upah?

  509. Cg. yg mne betul x perbelanjaan hasil soalan ni adalah kadar bayaran,susutnilai alatan kafe alat tulis.

    Item yg ade kt pembayaran
    •baikibangunan
    •a/b/b
    •kadarbyrn
    •belanja pengurusan
    •alatan kafe baru
    •upah
    •belian inventori kafe
    •alat tulis

    Belanja pengurusan tu perbelanjaan modal ke cg.?

  510. Nurul,

    1. Secara mudah.. belanja kendalian.. belanja2 yang dalam kawalan kita.. seperti upah, gaji, kadar bayaran…
    Bukan kendalian –> hutang lapuk, susut nilai dll.

    2. Perbelanjaan hasil –> item2 belanja yang kita catat dalam Akaun Untung Rugi.
    Manakala perbelanjaan modal –> melibatkan Aset Bukan Semasa..spt : ubahsuai bangunan

  511. Asaalamualaikum cg,
    derma yg diterima adalah untuk membina gelanggang baharu.
    dimanakah yg perlu letak sama ada pendapatan atau pembelanjaan cg?

  512. nik, waalaikumussalam.

    Ianya merupakan PENDAPATAN MODAL… tempatnya di PKK : Dana Terkumpul :
    Dana terkumpul awal
    Lebihan
    Derma

    hanya PENDAPATAN HASIL –> Ak Pendapatan dan Perbelanjaan

  513. Salam Cikgu.

    Bagi aset yang dibeli menggunakan pendapatan modal, untuk susut nilai aset tersebut, patutkah ianya direkod sebagai perbelanjaan modal/ di bahagian ekuiti pemilik?

  514. Nadira,

    SN.. rekod seperti biasa sebagai perbelanjaan hasil.

  515. Ckg.. Kenapa yuran lapuk kita letak kredit

  516. Hafiz,

    Yuran Lapuk akan mengurangkan Ak Yuran.. Kt..

    atau lihat dari segi catatan bergu

    Dt Yuran Lapuk … sbb Belanja
    Kt Ak Yuran Ahli

    maka dalam Ak Yuran Ahli
    sebelah Kt butirnya Yuran Lapuk

  517. cikgu,alatan sukan ialah aset semasa ke aset bukan semasa?

  518. Yn,

    Aset Bukan Semasa

  519. Hi cikgu, apakah langkah seterusnya jika maklumat tambahan mencatatkan bahawa pulangan belian kafe ialah RM 130. Adakah saya harus rekod dalam akaun perdagangan, akaun pendapatan dan perbelanjaan atau PKK

  520. Ianya berkaitan dengan kafe –> Ak Perdagangan Kafe

  521. Cikgu, dalam soalan kan perbelanjaan insurans RM1650 dekat pembayaran

    Pelarasan tarikh 1 Jun 2021
    Insurans belum bayar Rm330

    Maklumat tambahan
    Pada 31 mei 2022 insurans prabayar rm180

    Macam mana ye pengiraan insurans untuk dihantar ke akaun pendapatan dan perbelanjaan?

    Terima kasih cikgu

  522. Insurans 1650 – 330 – 180 —> Ak P&P

    Tips:
    Belanja Belum Bayar –> (-) Baki awal (+) Baki akhir
    Bekanja Prabayar –> (+) Baki awal (-) Baki akhir

  523. Cikgu,
    Jika pendapatan modal seperti derma utk pembelian aset bukan semasa direkod di bawah dana terkumpul dan ditambah selepas lebihan dlm pkk, bagaimana pula dgn perbelanjaan modal spt belanja menaik taraf bangunan kelab? Di mana perbelanjaan ini direkodkan?

  524. Tambah di Aset –> Bangunan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.