Pembetulan Kesilapan

# Pada akhir tahun kewangan, sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan, satu Imbangan Duga (ID) perlu disediakan dengan tujuan untuk menentukan ketepatan sistem catatan bergu dalam lejar am.

# Imbangan duga yang tidak seimbang menunjukkan kesilapan telah berlaku dan perlu diingatkan juga Imbangan Duga yang seimbang TIDAK semestinya menunjukkan TIADA kesilapan.

# Kesilapan apabila berlaku perlu dibetulkan dengan melalui catatan jurnal.

# Pembetulan mesti dilakukan sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan.

# Pembetulan tidak akan melibatkan Akaun Tergantung dan Pelarasan Untung Bersih.

# Terbahagi kepada dua jenis iaitu Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.

 

KESILAPAN KETARA

o Imbangan Duga TIDAK seimbang

o Jumlah debit TIDAK SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Salah Satu Catatan

Ø Catatan bergu tidak lengkap disebabkan ketinggalan catatan debit atau kreditt. Ini bermakna sesuatu urus niaga hanya dicatat sekali sahaja.

2) Kesilapan Catatan Di Sebelah Yang Sama

Ø Dalam sesuatu urus niaga, kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan di sebelah yang sama.

3) Kesilapan Catatan Amaun

Ø Walaupun prinsip catatan bergu betul, tetapi angka atau jumlah dari jurnal telah salah dicatatkan ke lejar kerana salah kiraan.

4) Kesilapan Pengiraan

Ø Pengiraan yang salah semasa penyediaan jurnal, lejar atau ID.

5) Kesilapan Dalam Imbangan Duga

Ø Jumlah dalam ID tersalah tambah.

Ø Tersilap menyenaraikan baki sama ada sebelah debit atau kredit.

CARA PEMBETULAN;

# Dibetulkan dengan membatalkan angka yang salah dan kemudian menurunkan tandatangan ringkas di tepinya.

 

KESILAPAN TIDAK KETARA

o Imbangan Duga tetap seimbang

o Jumlah debit MASIH SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga

Ø Sesuatu urus niaga tertinggal terus daripada catatan, di mana tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

2) Kesilapan Amaun

Ø Satu urus niaga telah direkodkan di sebelah debit dan kredit dengan amaun yang salah. Ia boleh berlaku semasa catatan dibuat dalam buku catatan pertama.

3) Kesilapan Terbalik

Ø Catatan bergu dibuat dalam akaun yang betul tetapi di sebelah yang salah.

4) Kesilapan Prinsip

Ø Pembukuan dibuat mengikut prinsip bergu yang betul tetapi catatan debit atau kredit direkodkan dalam akaun yang salah.

5) Kesilapan Komisen

Ø Ikut prinsip catatan bergu dalam amaun yang betul tetapi catatan debit dan kredit direkodkan dalam akaun perorangan yang salah.

6) Kesilapan Saling Mengimbangi

Ø Suatu kesilapan urus niaga yang salah direkodkan telah dimbangi oleh kesilapan yang lain.

Ø Ia diperbetulkan melalui cara pembetulan sahaja (tandatangan).

Ø Kesilapan sebelah debit sahaja, kesilapan sebelah kredit sahaja dan kesilapan sebelah kredit dan debit.

CARA PEMBETULAN;

# Dibetulkan melalui Jurnal Am dan diposkan ke lejar berkaitan.

 

 

CARTA ALIRAN KAEDAH MENGESAN KESILAPAN

Langkah 1 : Adakah semua catatan debit dan kredit telah dimasukkan dlm ID.

Langkah 2 : Kira selisih antara jumlah debit dengan kredit dlm ID. Semak semula akaun lejar bagi mengesan jumlah yang sama yang mungkin tertinggal.

Langkah 3 : Bahagikan selisih tadi dengan 2. Cari hasil bahagi tadi sama ada tersalah catat dalam lejar yang sama. Jika ada, betulkan.

Langkah 4 : Semak semula pengiraan dalam lejar dan pastikan bakinya diposkan ke ID. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan ditepinya.

Langkah 5 : Semak pengeposan Buku Catatan Pertama ke lejar. Jika ada kesilapan, betulkan.

Langkah 6 : Semak semua pengiraan di Buku Catatan Pertama. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan.

——————————– IMBANGAN DUGA TERSELARAS (Jika ID SEIMBANG terus ke ID Terselaras, jika ID TIDAK SEIMBANG ulangi langkah-langkah di atas satu per satu)

KUIZ : Pembetulan Kesilapan

Congratulations - you have completed KUIZ : Pembetulan Kesilapan. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Di manakah catatan pembetulan kesilapan dibuat?
A
Jurnal Khas
B
Jurnal Am
C
Pelarasan
D
Lejar Belian
Question 2
Kesilapan berikut akan menyebabkan Imbangan Duga tidak seimbang
A
Tertinggal satu catatan bergu
B
Kesalahan amaun satu sahaja
C
Kesilapan terbalik
D
Kesilapan pengiraan
Question 3
Antara berikut, yang manakah kesilapan ketara?
A
Tertinggal satu catatan bergu
B
Kesilapan amaun satu sahaja
C
Kesilapan pengiraan
D
Terlupa rekod urusniaga
Question 4
"Belanja membaiki kenderaan telah dicatat di dalam Akaun Kenderaan."

Apakah jenis kesilapan ini?
A
Kesilapan prinsip
B
Kesilapan terbalik
C
Kesilapan komisen
D
Kesilapan keseimbangan
Question 5
"Belanja membaiki premis RM 1 200 dengan cek didebitkan dalam Akaun Premis dan dikreditkan dalam Akaun Bank."

Berdasarkan pernyataan di atas apakah jenis kesilapan catatan urus niaga tersebut ?
A
Kesilapan Prinsip
B
Kesilapan Komisen
C
Kesilapan Ketinggalan
D
Kesilapan Saling Mengimbangi
Question 6
Antara berikut, yang manakah kesilapan ketara dalam Imbangan Duga?
A
Belian alat tulis RM185 telah direkodkan ke Akaun Alatan Pejabat.
B
Penerimaan komisen RM360 tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
C
Bayaran insurans RM 280 telah didebitkan ke Buku Tunai dan dikreditkan ke Akaun Insurans.
D
Bayaran sewa RM 450 telah direkodkan dengan betul dalam Buku Tunai tetapi direkodkan RM 540 dalam Akaun Sewa.
Question 7
Pulangan Belian RM48 telah direkodkan ke Akaun Pulangan Jualan

Apakah kesan kesilapan di atas pada Imbangan Duga?
A
Jumlah debit melebihi jumlah kredit sebanyak RM48
B
Jumlah kredit melebihi jumlah debit sebanyak RM48
C
Jumlah debit melebihi jumlah kredit sebanyak RM96
D
Jumlah kredit melebihi jumlah debit sebanyak RM96
Question 8
Jual barang niaga secara kredit kepada Maniam didebitkan ke Akaun Mariam.

Apakah jenis kesilapan di atas?
A
Kesilapan prinsip
B
Kesilapan komisen
C
Kesilapan terbalik
D
Kesilapan amaun
Question 9
Maklumat berikut dipetik daripada buku Perniagaan Anthony.

Cek yang diterima daripada penghutang Uma bernilai RM450 dikredit ke akaun Ema.

Apakah jenis kesilapan bagi catatan di atas?
A
Kesilapan prinsip
B
Kesilapan terbalik
C
Kesilapan komisen
D
Kesilapan saling mengimbangi
Question 10
Manakah antara berikut menunjukkan kesilapan ketara ?
A
Belian alat tulis RM80 telah direkodkan ke Akaun Alatan Pejabat.
B
Penerimaan diskaun RM200 tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
C
Bayaran insurans RM170 telah didebitkan ke Buku Tunai dan dikreditkan ke Akaun Insurans.
D
Bayaran sewa RM320 telah direkodkan dengan betul dalam Buku Tunai tetapi direkodkan RM230 dalam Akaun Sewa.
Question 11
"Diskaun Diterima RM 350 telah didebitkan dalam Akaun Diskaun dan dikreditkan dalam Akaun Pemiutang."

Antara berikut, yang manakah adalah catatan jurnal yang dapat menyelaraskan kesilapan tersebut?
A
Debit Akaun Pemiutang RM 350 Kredit Akaun Diskaun RM 350
B
Debit Akaun Diskaun RM 700 Kredit Akaun Pemiutang RM 350 Kredit Akaun Bank RM 350
C
Debit Akaun Pemiutang RM 350 Debit Akaun Bank RM 350 Kredit Akaun Diskaun RM 700
D
Debit Akaun Pemiutang RM 700 Kredit Akaun Diskaun RM 700
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 11 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
11End
Return

  1. A’kum cikgu…saya baru lagi kat site ni tapi nak tanya psl pembetulan kesilapan dalam akaun form 5. x phm kita kena letakkan butir ikut susunan yg dikehendaki dlm Imbangan Duga ataupun letak ikut akaun nominal pnya kedudukan…TQ kalau dpt membantu:)

  2. Pembetulan kesilapan. Bab ini dalam SPM terbuka (mulai 2002) lebih menekankan kepada penyediaan catatan jurnal am dan catatan lejar. Susunan tidak ada ketetapan memandangkan ianya disediakan pada tarikh yang sama iaitu di akhir tempoh perakaunan perniagaan tersebut.
    Bab ini lebih menekankan kepada kemahiran mengenal pasti bentuk-bentuk kesilapan yang mungkin, ketara atau tidak ketara. Pastikan sarah mengetahui bahawa ada sesetengah pembetulan memerlukan catatan seperti biasa (tertinggal catatan) dan catatan pembetulan sebenar (penambahan atau pengurangan nilai ataupun pemindahan nilai ke akaun yang lain.

  3. KESILAPAN UMUM PELAJAR

    Antara kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut :

    1. Lemah dalam memahami konsep hasil dan belanja dan tidak boleh menjawab soalan kesan pembetulan ke atas untung bersih dengan baik.

    2. Tidak dapat membezakan butiran yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi dengan butiran dalam Kunci Kira-kira untuk mengira untung bersih yang baru.

    3. Tidak menunjukkan jalan pengiraan dengan baik apabila menghitung untung bersih, digalakkan dalam bentuk penyata.

    4. Tidak dapat mengesan jenis kesilapan dengan betul, menyebabkan catatan pembetulan yang dilakukan salah.

    5. Tidak mengandakan amaun pembetulan bagi kesilapan songsang atau kesilapan terbalik.

  4. TIP SPM !

    Penekanan harus diberikan kepada :

    1. Jenis-jenis kesilapan dalam Imbangan Duga.
    2. Cara membetulkan kesilapan melalui catatan jurnal.

  5. salam.. cikgu, ada ke ” akaun tergantung ” ? sy xpnh dgr pun..

  6. Mish Anish,

    Pembetulan kesilapan menggunakan Akaun Tergantung terdapat dalam Bab Pembetulan Kesilapan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Lama. Topik tersebut telah digugurkan daripada Huraian Sukatan Pelajaran Bermula 2004 sehingga sekarang.

  7. kalau skarang guna akaun tergantung tu boleh lg ke?

  8. Mish Anish,

    Tiada soalan yang akan dikeluarkan berkaitan Akaun Tergantung lagi, kerana ianya diluar sukatan. Penggunaan Akaun Tergantung bermaksud terdapat kesilapan yang tidak dapat dikenalpasti dan diperbetulkan pada masa tersebut. Jika anda membuka Akaun Tergantung, maka tiada markah untuk diberikan.

  9. salam…sy nak tny cmne cara untuk sediakan penyata untung bersih dalam topik pembetulan kesilapan

  10. Fareeda,

    Sukatan Pelajaran bagi Topik Pembetulan Kesilapan ialah pelajar dapat :
    1. Menerangkan kesilapan dalam Imbangan Duga.
    2. Menganalisis kesilapan.
    3. Membetulkan kesilapan melalui jurnal dan lejar.
    4. Mengesan kesilapan ketara dan tidak ketara.

    Tiadak ada soalan dikehendaki menyediakan “Penyata Untung Bersih”.
    Walaubagaimanapun, untuk menyediakan Penyata Penyelarasan Untung Bersih boleh dilakukan dengan mengenalpasti item2 pembetulan kesilapan yang berkaitan dengan item HASIL dan BELANJA sahaja kerana item2 tersebut memberi kesan ke atas Untung Bersih.

  11. Selamat sejahtera, cikgu.
    ”Pulangan masuk RM125 tersalah catat ke dalam pulangan keluar.” Apakah jenis kesilapan tersebut? Adakah ia merupakan kesilapan dalam Imbangan Duga kerana kesilapan ini menyebabkan Imbangan Duga tidak seimbang ataupun ia jenis kesilapan prinsip iaitu salah dari jenis akaun?
    Diharapkan bantuan daripada cikgu. Terima kasih.

  12. Wong,

    Bagi CG, ianya adalah kesilapan prinsip kerana merekod dalam akaun yang salah.

  13. cikgu..
    lau jumlah dalam jurnal jualan menunjukkan rm 22800 yang terlebih catat rm 1200.ape name akaun yang salah??

  14. Shika,

    Bagi merekod jualan secara kredit (Jumlah dalam Jurnal Jualan), catatannya ialah :
    Dt: PENGHUTANG
    Kt: JUALAN

    Jika kesilapannya TERLEBIH RM1200, ini bermaksud kedua2 akaun tersebut telah terlebih catat amaunnya. Maka catatan pembetulannya ialah :

    Dt: JUALAN RM1200
    Kt: PENGHUTANG RM1200

    Petua Catatan Pembetulan :
    1. Jika TERLEBIH, maka Dt-Kt TERBALIK daripada catatan asal.
    2. Jika TERKURANG, maka Dt-Kt IKUT catatan asal.

  15. Bayaran cek RM200 kepada John telah dikreditkan ke dalam akaun Johan. Cikgu, bagaimana cara pembetulannya?

  16. Wong,

    Dt: Johan RM200
    Kt: John RM200
    (Kesilapan komisen)

  17. Tapi cikgu, cuba perhatikan akaun John merupakan pemiutang, liabiliti sepatutnya berkurang…bukankah kita patut debitkan akaun John?

  18. Maaf Wong, Cg terlepas pandang. Pada pandangan Cg, soalan tersebut cuba menguji kesilapan komisen bukannya kesilapan terbalik, maka sepatutnya soalan tersebut dinyatakan seperti berikut :

    “Bayaran cek RM200 kepada John telah DIDEBITKAN ke dalam akaun Johan. “

    Maka, penyelesaiananya :
    Dt: John RM200
    Kt: Johan RM200
    (Kesilapan Komisen)

  19. Susah banget soalan pembetulan kesilapan nie…!!!

  20. Farah,

    Sebenarnya tidaklah susah sangat topik ini, anda hanya dikehendaki menyediakan catatan pembetulan dalam jurnal am. Pastikan anda dapat mengenalpasti jenis2 kesilapan, iaitu kesilapan ketara dan tidak ketara. Hanya kesilapan ketara sahaja diminta melakukan pembetulan melalui jurnal am.

  21. Selamat sejahtera, cg
    saya nak tanya apa perbezaan antara kesilapan komisen da kesilapan prinsip?
    tq

  22. Teh,

    Jenis kesilapannya hampir sama, perbezaannya pada akaun yang silap, iaitu melibatkan Ak Perorangan dan Ak bukan perorangan.

    KESILAPAN PRINSIP – Pembukuan dibuat mengikut prinsip bergu yang betul tetapi catatan debit atau kredit direkodkan dalam AKAUN yang salah.
    Contoh: Sepatutnya, Dt BELANJA MEMBAIKI tetapi dicatat sebagai Dt KENDERAAN.

    KESILAPAN KOMISEN – Ikut prinsip catatan bergu dalam amaun yang betul tetapi catatan debit dan kredit direkodkan dalam AKAUN PERORANGAN yang salah.
    Contoh: Sepatutnya, Dt KEDAI ROSLI tetapi dicatat sebagai Dt KEDAI RAMLI.

  23. salam
    saya ingin bertanya..

    di dalam buku teks ada menunjukkan contoh soalan berjawapan..

    selepas menyediakan jurnal am.. iaitu ketika pengeposan ke lejar.. jawapan yang diberi menunjukkan adanya catatan asal (kesilapan). Adakah perlu mencatat catatan asal (kesilapan) atau ia hanya untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar?

    Jika perlu… adakah maklumat di dalam kurungan perlu ditulis?

    cth: untuk membetulkan catatan dalam akaun pulangan masuk bahagian debit butiran ditulis seperti berikut;

    Kedai Seri Kosta (pembetulan) xxx

    atau memadai dengan menulis butiran sebagai ‘kedai seri kosta’ sahaja?

  24. Dalam catatan kurungan hanyalah sebagai CATATAN/NOTA kepada pelajar sahaja. Ianya ditulis bagi memudahkan pelajar memahami apa yang hendak disampaikan. Serta catatan tersebut sangat membantu pelajar semasa melakukan ULANGKAJI disaat-saat akhir nanti.

  25. terima kasih cg..

  26. salam,
    ckgu leh bg latihan bab pembetulan kesilapan tak??
    thanks ckgu…….

  27. Maaf, Cg guna soalan latihan dalam buku teks dan fotostat daripada buku kerja.

  28. cikgu saya nak tanya :
    Bayar gaji dengan tunai telah debit ke Akaun Kadar bayar dan kredit ke dalam Akaun tunai .
    Ini adalah kesilapan komisen atau keslipan prinsip ?

  29. salam cikgu,

    jumlah ape yg nak di ambil utk letak dalam jurnal am??

  30. Yee,

    KESILAPAN PRINSIP ~ silap catat dalam akaun yang salah dan tidak melibatkan akaun perorangan seperti pemiutang dan penghutang.

    Sekiranya melibatkan akaun perorangan, maka itu dipanggil KESILAPAN KOMISEN, seperti sepatutnya dicatat dalam Ak Ramli tetapi tersilap catat dalam Ak Ramlah.

    Madu,

    JUMLAH yang perlu dimasukkan dalam jurnal am ialah JUMLAH KESILAPAN yang perlu diperbetulkan. Cuma berhati-hati dengan KESILAPAN SONGSANG, kerana JUMLAH yang perlu diperbetulkan dalam jurnal am perlu diGANDAKAN (2X) daripada nilai kesilapan asal.

    Kedua-dua kesilapan tersebut hampir sama, cuma yang membezakanya ialah akaun perorangan atau tidak.

  31. saalam… cgku bley x bgkan contoh untk pmbtula ksilpn

  32. salam,

    kesilapan ada beberapa jenis, begitu juga dengan pembetulan kesilapan. Beberapa contoh telah cg bincangkan di atas.

  33. bagaimana cara nak memahamkan pelajar-pelajar ttg pembetulan kesilapan

  34. Pertama, pastikan pelajar faham setiap jenis kesilapan tersebut, supaya pelajar lebih jelas, tunjukkan kesilapan2 tersebut dalam lejar, – akaun mana yang silap dan akaun apa yang sepatutnya, seterusnya bagaimana nak perbetulkannya dalam lejar, kemudian tunjukkan catatan jurnal amnya.

    Apabila pelajar faham setiap kesilapan dan cara hendak membetulkannya, barulah kita ajarkan cara menjawab terus menggunakan jurnal am, tanpa ditunjukkan lejarnya.

  35. salam cg…..
    kt skolah sy dh msuk tjuk ni….sy phm la jgk ckit2…tp sy cba jwb soalan tjuk ni….xreti r nk jwb….bg tips ckit cg…time kasih

  36. cg sy xphm lgsung tjuk nie….bg komen ckit

  37. Nurul dan Eyla,

    Dalam kelas, 2 perkara penting yang perlu diberikan perhatian semasa cikgu sedang mengajar :
    1. Faham apa yang cikgu ajar/sampaikan.
    2. Ingat LANGKAH2 dalam menjawab sesuatu soalan.

    Kalau kita sekadar faham sahaja tetapi tidak tahu LANGKAH2 menjawab sesuatu soalan, maka kita tidak akan dapat menjawab dengan baik dan lancar.

    Contohnya, sekiranya kamu belajar membuat kek. Apabila cikgu menerangkan tentang cara2 penyediaan kek tersebut, kamu HANYA dengar dan fahamkan apa yang cikgu sampaikan. Kemudian cikgu berikan semua bahan2 keperluan untuk kamu sediakan sebiji kek, adakah kamu akan dapat melakukannya dengan baik dan lancar ?

    Mungkin dapat, tetapi dalam keadaan kelam kabut, tidak lancar dan mungkin hasilnya tidak sedap / jadi seperti yang diharapkan oleh cikgu.

    Apa yang Cg hendak sampaikan disini, kamu seharusnya ambil perhatian terhadap LANGKAH2 dalam penyediaan kek tersebut. … Apakah langkah 1, 2, 3, 4, …….. Siap. Jadi sekiranya kamu TULIS/INGAT LANGKAH2 tersebut, maka kamu akan dapat menyediakan dengan baik dan lancar.

    Begitulah juga dalam belajar akaun, setelah FAHAM dan tahu/ingat LANGKAH2 penyelesaiannya, maka apabila diberikan soalan kamu sudah tahu apa langkah yang perlu diambil satu per satu sehinggalah selesai…. dan langkah2 tersebutlah yang dipanggil TEKNIK MENJAWAB.

  38. askum cg,
    jumlah jurnal jualan & belian terlebih rm 420 tlh ddebitkan d akaun belian…
    apakah urus niaga yg terlibat????

  39. Salam,
    Terlebih dahulu cg minta lengkapkan soalan tersebut, samada telah didebitkan akaun belian dan dikreditkan akaun jualan atau bagaimana maklumat lengkapnya ?

    Ini kerana untuk melakukan pembetulan kesilapan, kita kena kenalpasti apakah jenis kesilapan tersebut terlebih dahulu..

  40. salam,
    cg kenapa bab pembetulan kesilapan ini agak sukar untuk dibezakan…

  41. Kalau kita betul2 faham dan kena caranya, sebenarnya tidaklah terlalu sukar .. untuk menyelesaikannya.

  42. salam cikgu,
    pulangan jualan sbnyak rm23 drpd en.rizal seorg pelanggan telah d catatkan sebagai belian drpd nya..
    cikgu,apakah kesilapan yang berlaku dlm lejar ini dan apakah kesilapan yg telah d ksn sblom imbgn duga??

  43. Kesilapan tersebut adalah kesilapan tidak ketara – KESILAPAN PRINSIP, di mana ianya tidak dapat dikesan dalam ID.

    Kesilapannya :
    Dt: BELIAN……………….RM23 ….. (KESILAPAN)
    Kt: En Rizal ………………….RM23

    Catatan yang sepatutnya ialah :
    Dt: PULANGAN JUALAN…RM23 …. (SEPATUTNYA)
    Kt: En Rizal ………………….RM23

    Maka, catatan pembetulannya :
    Dt: PULANGAN JUALAN…RM23….. (wujud akaun sepatutnya)
    Kt: BELIAN………………….RM23 ….(batalkan kesilapan)

  44. saya juga mengajar cara yg sama spt cg tunjukkan di atas. masalah timbul ialah ada pelajar tdk dpt menyatakan catatan sepatutnya berdasarkan urus niaga yg diberi. itu sbb mereka sukar utk tunjukkan yg sebenar, kesilapan dan yg sepatutnya. walaupun cara ini mungkin agk lambat, tetapi saya rasa ini yg paling senang utk ajar pelajar yg lemah.

  45. Bagi topik ini, kemahiran asas catatan bergu adalah penting, baru mereka tahu apa yang SALAH dan apa yang BETUL, kemudian baru boleh diperbetulkan.

    Bagi pelajar lemah, memang ada masalah sikit, tapi bila dah mahir, pelajar boleh terus sediakan catatan pembetulan dalam jurnal am tanpa sebarang masalah.

  46. Terima kasih atas nota ringkas berkaitan topik ini. Setelah membaca saya rasa mungkin cikgu tersilap taip pada nota berkaitan Kesilapan Tidak Ketara. Penerangan yang telah ditaip di situ ialah “Imbangan Duga tidak akan seimbang”, sama seperti penerangan pada Kesilapan Ketara. Kesilapan menaip agaknya….betul tak cikgu?

  47. Terima kasih atas teguran tersebut, memang berlaku kesilapan dan ianya telah diperbetulkan.

  48. salam cg narzuki,
    soalan: cik junaida telah membeli sebuah komputer rm1300 dengan cek untuk kegunaan perniagaan.perkara ini dicatatkn dalam akaun peralatan pejabat sahaja.

    saya nak tahu akaun mana yang perlu dicatat kat dt dan kt dan adakah soalan ini termasuk dalam akaun tergantung?

  49. Perhatian : ini bukan sukatan SPM.

    Apabila kesilapan jenis ketara berlaku, kebiasaannya akan melibatkan Ak Tergantung. Secara mudahnya, jika hanya SATU AKAUN sahaja yang silap, maka Ak TERGANTUNG perlu digunakan.

    Apa kesilapannya ? …… TIDAK catat dalam Ak BANK.
    Disebelah mana ? …. bila BELI, maka mesti disebelah KREDIT.

    Maka, catatan pembetulannya :
    DT: Ak TERGANTUNG
    KT: AK. BANK

  50. Terima kasih cikgu kerana menjawab soalan saya.Untuk pengetahuan cikgu soalan yang saya tanya semalam bukan soalan spm tetapi soalan ipt.Sebenarnya, saya tidak berapa faham tentang soalan yang berkaitan dengan akaun tergantung.Ia tidak sama seperti yang saya belajar dalam spm dulu.

  51. Sama-sama, Cg memang tahu ianya bukan soalan SPM, cuma nak bagi PERINGATAN kepada pelajar2 SPM yang mengikuti blog ini sahaja, supaya tidak keliru apabila membaca komen yang Cg diberikan.

  52. helo . saya nak bertanya mcm mna nak mengetahui jikalau pembetulan kesilapan untuk kesilapan saling mengimbangi?? blh tlg ajar sikit x ..
    :))

  53. Kesilapan saling mengimbang – terdapat 2 kesilapan yang tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi amaun kesilapan yang SAMA. Contohnya 1 Akaun terlebih RM50 sebelah DEBIT dan 1 Akaun Lain terlebih sebelah KREDIT RM50, maka kedua-dua kesilapan tersebut saling mengimbangi, di mana IDnya tetap seimbang. Cara pembetulanya bergantung kepada kesilapan yang berlaku, sama ada kedua2nya terlebih ataupun terkurang catat.

  54. salam,
    nk tanya..pembetulan kesilapan..
    dskaun diterima rm40 telah dibukukan ke akaun diskaun diberi.nk buat cmne cikgu?

  55. salam,

    pertama, kita kenal pasti apakah jenis kesilapan tersebut ? … kalau tak silap Cg itu kesilapan prinsip betul tak ?

    Cara paling cepat ialah apakah catatan yang sepatutnya ?
    …. Diskaun diterima, disebelah mana ? …… hasil mesti kredit, maka catatannya ialah:

    Dt: ………………..?…………..
    Kt : Diskaun diterima …RM40

    Apakah catatan disebelah debit ? ….. iaitu akaun yang telah tersilap catat tadi iaitu Diskaun diberi, bagi pembetulan terhadap akaun tersebut maka ianya perlu didebitkan. Oleh itu cadangan catatan pembetulannya ialah :

    Dt : Diskaun diberi …RM40
    Kt : Diskaun diterima …..RM40

  56. salam.ade 1 lg soaln..
    pulangan barang rm50 kepada pemiutang telah dikreditkan ke akaun perorangan.maksudnyer ape cg?

  57. Soalan tersebut tak JELAS maksud kesilapannya, pada pandangan Cg, ianya mungkin bermaksud urus niaga pulangan belian kepada pemiutang tersebut telah tersilap catat seperti berikut :
    Dt: Pulangan Belian…RM50
    Kt : Pemiutang…. RM50

    Iaitu kesilapan jenis Kesilapan Terbalik, jika kesilapan terbalik, caranya amaun yang tersilap perlu DIGANDAKAN bagi tujuan pembetulan.

    Caranya, Apakah catatan yang sepatutnya ?
    Dt: Pemiutang …. RM100 (iaitu RM50X2)
    Kt : Pulangan Belian ….RM100 (iaitu RM50X2)

  58. cg, nk tanyer
    byrn insurans rm340 tlh didebitkan dlm akaun insurans sbg rm430.so, juz blaku penolakan dlm akaun insurans je kan?

  59. Dalam soalan pembetulan kesilapan, kita kena kenal pasti dahulu jenis kesilapan tersebut. Baru kita boleh membuat catatan pembetulannya.

    Jika kesilapan catatan hanya melibatkan satu akaun saja (abaikan Akaun Tergantung – diluar sukatan SPM), maka pembetulannya kita POTONG kesilapan dan tanda tangan ringkas dan buat pembetulan. Manakala jika kesilapan yang melibatkan 2 akaun, maka catatan pembetulannya memerlukan catatan bergu.

  60. salam.cg..
    saya nak tanya tentang imbangan duga dalam bab ni..
    saya ada buat latihan tentang imbangan ni..tapi.jawapan akhir sebelah menyebelah saya x seimbang..ia memang tak seimbang ke jawapannya?
    syukran:)

  61. Imbangan Duga sepatutnya seimbang, jika tidak seimbang menunjukkan masih terdapat kesilapan yang berlaku.

    Cuba ikuti langkah2 mengesan kesilapan yang telah Cg kemukakan dalam nota CARTA ALIRAN KAEDAH MENGESAN KESILAPAN diatas.

  62. hye cgu..
    cm na nak wjudkan akaun trgantung??

  63. Definisi Akaun Tergantung

    – Satu amaun sengaja diwujudkan semata-semata untuk mengimbangakan imbangan duganya
    – akaun tergantung adalah satu petunjuk atau amaran bahawa kesilapan-kesilapan telah berlaku pada rekod-rekod urusniaga
    – Syarikat perlu menyemak dan memeriksa semua urusniaga untuk mengesan ralat dan seterusnya menyelaraskan atau membetulkan ralat tersebut.
    – Kemudian syarikat perlu menyelaraskan untung rugi, untung bersih dan kunci kira-kira

  64. Salam cikgu,

    1. Blh ckgu trgkn bgaimna hndk mmbuat pmbtulan bgi kesilapan ini iaitu:
    ‘angkutan msuk berjumlah rm 360 tlh direkodkn sbgai angkutn keluar,’
    dn bgaimna hndk mmulkan cttnnya dlm lejar jka imbgan duga tlh diberikan( yg belum trlaras) cth:
    angkutan masuk….600
    angkutan keluar…520

    adkh mlbtkn pemiutang sprti dlm cttn utk membuat angkutan msuk, d mana angkutn msuk sblh dt, manakala pemiutang sblh kt..??

    2. jika diberikan imbgn duga yg belum trlrs cthnya,
    belian….32 000
    jualan…23 000

    soalannya ialah : jualan dan belian trlbih rekod sbnyk rm 500, mka cttnnya ialah:

    dt jualan 500
    kt belian 500..??

    Terima kasih, cikgu.

  65. Qien,
    Pembetulan kesilapan bermaksud kita hanya betul Akaun2 yang tersilap sahaja.

    1. Kesilapannya Angkutan masuk TERKURANG RM360 dan Angkutan Keluar TERLEBIH RM360, maka catatan pembetulannya ialah : Dt: Angkutan masuk RM360, Kt: Angkutan keluar RM360
    Secara pengiraannya: Angkutan masuk 600 + 360, Angkutan keluar 520 – 360

    2. Kesilapannya Jualan TERLEBIH dan Belian juga TERLEBIH, maka pembetulannya kita KURANGKAN jumlah yang terlebih tersebut. Iaitu terbalikkan catatan bergunya : Dt Jualan RM500, Kt Belian RM500

  66. Salam cikgu,

    1. Jikalau soalan tadi iaitu jualan dan belian terkurang amaun sbnyk 500, cthnya…maka catatan bergunya ialah dt. belian
    kt jualan…??
    Adkh mksudnya jika terlebih amaun, maka kita prlu trbalikan cttn brgunya spya nilai tadi dpt ditolak? Dan kita prlu kklkan cttn asl jika amaun terkrang ctt spya nilai td dpt ditmbh?

    2. Bgaimana pla hndk mmbuat cttn jrnal am utk soalan ini, iaitu :-
    ‘byrn RM 100 untuk kadar bayaran telah didebitkan dalam akaun belanja am..?’
    bknkah kedudukan belanja mmg sblh dt?

    adkh mksudnya cttn pmbetulan sprti soalan di atas hnya melibatkan akaun belanja am dan kadar byrn? Akaun tunai tidak terlibat?

    Terima Kasih, Cikgu…

  67. Qien,
    1. Ya.
    2. Akaun belanja sahaja yang SALAH, maka kita kena batalkan dalam Akaun Belanja am dan catat dalam Akaun yang betul iaitu Kadar bayaran. Maka catatan pembetulannya : Dt Kadar bayaran dan Kt: Belanja am. Ak Tunai sudah betul catatannya disebelah kredit, maka tidak perlu dilakukan pembetulan lagi.

  68. cg,sy still xfaham akaun ni,mcm mne nk thu kesilapan ketara dan xketara,sy still xdpt nk kesan kesalahn ayat..bntu sy cg

  69. Sila baca nota Cg di ATAS berkaitan Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara. Cuba kenalpasti apakah perbezaan antara kedua2 kesilapan tersebut serta jenis2 kesilapan masing2.

  70. cikgu, saya ada baca post no #54 daripada nazirah yang mangatakan “diskaun diterima RM40 telah dibukukan ke akaun diskaun diberi”

    Pada pandangan saya, jika ianya telah dibukukan ke akaun diskaun diberi bermakna catatan di Akaun Diskaun diberi yang telah dicatitkan ialah Dt sebanyak RM40. betul tak cikgu.

    Catatan yang sepatutnya ialah Kt Akaun Diskaun diterima sebanyak RM40

    Saya rasa terdapat 2 cara pembetulan yang boleh dilakukan.

    Pertama:
    Dt Ak Tergantung RM80
    Kt Ak Diskaun diberi RM40
    Kt Ak Diskaun diterima RM40

    Kedua:
    Dt Ak Tergantung RM80
    Kt Ak Diskaun diterima RM80

    Saya tahu bahawa Ak Tergantung sudah tiada di dalam silibus SPM, Tapi ini adalah pandangan saya sahaja. Harap cikgu boleh beri komen. Andainya saya salah, just ignore saja lah post saya ni 🙂

  71. Salam,
    Cikgu boleh beri komen tak pasal pandangan saya diatas. Saya cuma nak saya sama ada saya betul atau salah. Terima kasih

  72. Kangta,
    Cg setuju dengan jawapan pertama.
    Dt: Ak Tergantung RM80
    Kt: Diskaun diberi RM40 …… membatalkan catatan sebelum ini
    Kt: Diskaun diterima RM40 … catatan yang sepatutnya.

    Jawapan kedua, tidakboleh diterima kerana tiada langkah membetulkan kesilapan dalam Ak Diskaun diberi.

  73. ok, tq cg sebab sudi bagi komen 🙂

  74. macam mana untuk mengira akaun untuk kasar sebenar selepas membuat pengiraan.

  75. cikgu,macam mana nak kenal pasti maklumat dalam imbangan duga tu kredit atau debit tapi tak ada lejar.. Dia nak suruh betulkan imbangan duga tu saja.

  76. Shazwani,
    Kemahiran mengklasifikasi akaun diperlukan dan asasnya AB = LEH di mana
    Akaun berbaki DEBIT = Aset dan Belanja
    Akaun berbaki KREDIT = Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Hasil

    Manakala AKAUN KONTRA adalah terbalik daripada AKAUN ASASnya, contohnya :
    JUALAN = HASIL berbaki KREDIT
    PULANGAN JUALAN = Pengurangan Hasil / Akaun Kontra kepada Jualan, maka berbaki DEBIT.

  77. cikgu ,
    saya terdengar cikgu yang lain kata bahawa bab pembetulan kesilapan tidak akan keluar dalam SPM kertas 2 , adakah berita ini benar ?

  78. Gary,

    Pada padangan saya, kata-kata tersebut tidak benar.. berdasarkan perubahan format pentaksiran yang lebih menguji kepada kemahiran2 dalam ilmu perakaunan, maka topik tersebut adalah penting dan perlu diberikan perhatian.

  79. Salam cikgu, sy pelajar matrikulasi n9. sy nak tanya soalan kat sini ‘diskaun belian sebanyak rm200 telah direkodkan dalam akaun pulangan belian’. saya keliru dimana nak didebitkan dan dikreditkan? TQ

  80. Nabila,

    Catatan yang sepatutnya …. Kt: Diskaun belian
    Kesilapan yang dilakukan ….. Kt: Pulangan Belian, maka catatan pembetulannya :

    Dt: Pulangan belian
    Kt: Diskaun belian

  81. Cg Narzuki,
    Boleh tolong jelaskan kenapa kalau kesilapan saling mengimbangi yang melibatkan satu bahagian sahaja seperti bahagian debit atau satu bahagian kredit sahaja tidak memerlukan catatan jurnal?

    Contohnya soalan dalam buku teks m/s198..
    Apa rasionalnya di sini?

  82. Eidali,

    KESILAPAN KETARA di mana ID tidak seimbang, maka pembetulannya hanya dilakukan dengan potong, betulkan dan tanda tangan ringkas…. tanpa catatan pembetulan dalam Jurnal Am. Melainkan ianya KESILAPAN TIDAK KETARA di mana ID seimbang, iaitu 2 akaun yang perlu diperbetulkan,…. Catatan pebetulan perlu dilakukan melalui Jurnal Am kemudian poskan ke Lejar yang terlibat.

  83. Cg,

    Kesilapan saling mengimbangi merupakan kesilapan tidak ketara. tapi kenapa dalam buku teks tidak membuat catatan jurnal m/s198

  84. Eidali,

    Cara dalam buku tersebut menggunakan kaedah KESILAPAN AMAUN (kesilapan tak ketara) yang diperbetulkan 2 akaun secara berasingan.
    Pada pandangan saya, jika ianya jelas dikenalpasti sebagai KESILAPAN SALING MENGIMBANGI, maka catatan pembetulan menggunakan JURNAL AM boleh digunakan, iaitu : Dt: Gaji RM50, Kt: Insurans RM50.

  85. cikgu,
    ‘invois bernilai RM670 yang dihantar kepada Perniagaan Abu kerana jualan barang niaga telah didebitkan dalam Akaun Jualan dan dikreditkan dalam Akaun Perniagaan Abu’
    mcm mana bila kita betulkan dlm jurnal, jumlah dekat dua2 butiran jadi RM1340 ?

  86. Aman,

    Itu dinamakan KESILAPAN TERBALIK / SONGSANG, maka cara pembetulannya kita terbalikkannya dengan nilai 2 X GANDA :
    Dt: Perniagaan Abu RM1340
    Kt: Jualan RM1340

    2X GANDA :
    1- untuk membatalkan catatan yang silap.
    2- untuk membetulkan jumlah yang sepatutnya didebitkan/dikreditkan.

  87. Cikgu,
    Buku teks baru dan buku teks lama serta nota cikgu di atas kesilapan saling mengimbangi di perbetulkan dengan cara pembetulan sahaja (tandatangan) seperti contoh buku teks baru m/s 198…Jika dalam peperiksaan spm kita perbetulkan dengan jurnal am, adakah diterima seperti cadangan cikgu di atas debit gaji RM50 dan kredit insurans RM50…pandangan saya jurnal am lebih baik daripada tandatangan untuk kes ini. Apakah pandangan cikgu?

  88. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Pembetulan dalam buku teks baru lebih kepada pembetulan bagi 2 kesilapan ketara ….. di mana ianya diperbetulkan secara BERASINGAN… 2 kesilapan tersebut dilihat sebagai 2 kesilapan yang tidak saling berkaitan.

    Jika kedua-dua kesilapan tersebut dilihat sebagai KESILAPAN SALING MENGIMBANGI (Kesilapan tidak ketara), maka Saya cadangkan pembetulannya dilakukan menggunakan JURNAL AM sebagaimana pembetulan kesilapan tidak ketara yang lain.

  89. Cikgu,
    Bolehkah 2 kesilapan yang tidak saling berkaitan seperti buku teks ms 198 kita perbetulkan dengan jurnal am ?

  90. Fatimah,

    Pada pandangan saya, Jika 2 kesilapan tersebut TIDAK SALING MENGIMBANGI, maka tidak boleh dilakukan pembetulan melalui JURNAL AM.

  91. Cikgu,
    dalam buku teks m/s198, 2 kesilapan yg tidak berkaitan tetapi saling mengimbangi iaitu gaji kurang RM50 tetapi insurans lebih RM50..jadi boleh juga perbetulkan dengan Jurnal am atau kaedah tandatangan kan?

  92. Fatimah,

    Pada saya, kes tersebut lebih sesuai dikelaskan sebagai KESILAPAN SALING MENGIMBANGI ….. memang 2 kesilapan yang tiada kaitan, tetapi ianya SALING MENIMBANGI, iaitu .. (1) Ak Gaji TERKURANG sebelah DEBIT (2) Ak Insuran TERLEBIH sebelah DEBIT … kesannya ID SEIMBANG. Maka memang sesuai diperbetulkan dengan SEKALI pembetulan melalui JURNAL AM iaitu Dt: AK GAJI dan Kt: AK INSURANS.

    Jika guna kaedah tandatangan.. maksudnya kita perbetulkan 2 kesilapan tersebut sebagai mana 2 KESILAPAN KETARA …. bukan lagi dikelaskan sebagai “Kesilapan Saling Mengimbangi.”

  93. Assalamualaikum dan selamat malam cikgu ..
    Nak tany cikgu ..

    Belian membaiki kenderaan RM500 tersilap rekod sebagai belian kenderaan dengan mendebitkan Akaun Kenderaan .. ini soalannya,,

    Boleh saya tahu :
    1. apakah jenis kesilapannya
    2. cara penyelesaiannya ..

    maaf cikgu, saya agak lemah dgn tajuk ini,, terutama smasa nk betulkan guna Jurnal Am .. terus blurrr,,

    Terima Kasih cikgu .. maaf jika soalan tak lengkap

  94. Hadi, waalaikumussalam.

    1. Kesilapan Prinsip.
    2. Catatan pembetulan : Dt Belanja Membaiki RM500, Kt: Kenderaan RM500

  95. cikgu,kalau soalan macam Akaun Gaji dan Akaun Diskaun Diterima masing-masing terkurang catat sebanyak RM180.

    pembetulan kesilapan ialah apa dan catatan pembetulan macam mana?

  96. Eunijea,

    Jika TERKURANG, maka kita perlu TAMBAH.
    Gaji (belanja-berbaki Debit) TERKURANG RM180….. maka DEBITkan AkGaji
    Diskaun diterima (hasil-berbaki Kredit) TERKURANG RM180…. maka KREDITkan Ak Diskaun diterima

    Catatan pelarasannya:
    Dt: Gaji RM180
    Kt: Diskaun diterima RM180

  97. dengan soalan lain…

    1)Jualan kredit RM1350 kepada S.H.Lim telah tersalah catat dalam Akaun C.K.Lim tetapi Akaun Jualan direkodkan dengan betul.

    2)Pulangan barang niaga bernilai RM430 kepada Perniagaan Gaafar Ali telah didebitkan ke dalam Akaun Pulangan Belian dan dikreditkan ke dalam Akaun Perorangan.

    dua soalan ini pembetulan kesilapan ialah apa dan catatan pembetulan macam mana…

    thank you cikgu…:)

  98. Eunjae,

    Sila kemukakan jawapan anda, kemudian baru Cg betulkan jika ada kesilapan.

  99. cikgu,yang akaun gaji dan diskaun diterima tu soalan ,ialah kesilapan saling mengimbangi kan???betul keh…??

    cikgu ,yg atas pertama soalan saya buat dt S.H.Lim kt C.k.Lim.

    kedua saya buat dt Perniagaan Gaafar Ali kt Pulangan Belian.pembetulan kesilapan saya buat kesilapan songsang.cikgu,Akaun Perorangan perlu catat juga ke???

    cikgu yang saya buat tu,betul keh???

  100. Eunjae,

    !. KESILAPAN KOMISEN. … Dt S.H. Lim RM1350, Kt: C.K.Lim RM1350

    2. KESILAPAN TERBALIK / SONGSANG……. Dt Perniagaan Gaafar Ali RM860, Kt Pulangan Belian RM860

    Ak Perorangan adalah merujuk kepada Ak Perniagaan Gaafar Ali.

  101. cikgu,

    maka ini yang soalan dua Akaun Perorangan tak payah catat keh?

    cikgu,dengan tu,Akaun Gaji dan Akaun Diskaun Diterima masing-masing terkurang catat sebanyak RM180,
    saya buat kesilapan saling mengimbangi,jawapan ni betul atau salah?

  102. Eunjae,

    Ak Perniagaan Gaafar Ali … itulah AKAUN PERORANGAN.

    Ya, kesilapan Gaji dan Diskaun diterima tersebut… mrupakan KESILAPAN SALING MENGIMBANGI.

  103. erm…terima kasih cikgu…:)

  104. cg,
    kalau adanya stok usang yang belum diambilkira?macam mana catatannya?
    terima kasih …

  105. Cg Wong,

    Pada pandangan saya,
    Catatan pembetulannya : Dt Stok dan Kt Ak Tergantung ……………. cuma ianya diluar Sukatan SPM.

  106. cg,
    terima kasih cg…


  107. Cg Narzuki:

    Fatimah,
    Pada saya, kes tersebut lebih sesuai dikelaskan sebagai KESILAPAN SALING MENGIMBANGI ….. memang 2 kesilapan yang tiada kaitan, tetapi ianya SALING MENIMBANGI, iaitu .. (1) Ak Gaji TERKURANG sebelah DEBIT (2) Ak Insuran TERLEBIH sebelah DEBIT … kesannya ID SEIMBANG. Maka memang sesuai diperbetulkan dengan SEKALI pembetulan melalui JURNAL AM iaitu Dt: AK GAJI dan Kt: AK INSURANS.
    Jika guna kaedah tandatangan.. maksudnya kita perbetulkan 2 kesilapan tersebut sebagai mana 2 KESILAPAN KETARA …. bukan lagi dikelaskan sebagai “Kesilapan Saling Mengimbangi.”

    Cikgu,
    buku teks mls 198 guna kaedah tandatangan, tetapi lebih sesuai guna kaedah Jurnal Am kan?

  108. Cg Fatimah,

    YA, memandangkan kesilapan tersebut dikelaskan sebagai KESILAPAN TIDAK KETARA, maka catatan pembetulan dilakukan dalam JURNAL AM seperti mana cara pembetulan kesilapan tidak ketara yang lain.

  109. salam…ckgu…berkaitan pembetulan kesilapan…boleh x ckgu terangkan jenis kesilapan yg memerlukan kita menggandakan amaun semasa pembetulan kesilapan dan apakah situasi kesilapan yg menyebabkan kita perlu tolak amaun yg disediakan utk membetulkan ksilapan…

    sya masih lg keliru cara utk memahami bab ni…harap ckgu dapat berikan penerangan dan cth…terima kasih

  110. Boing,

    1. KESILAPAN TERBALIK / SONGSANG … iaitu sepatutnya dicatat sebelah DEBIT tetapi tersilap catat di sebelah KREDIT.. atau sebaliknya. Maka untuk membetulkan kita perlu catatkan disebelah yang sepatutnya iaitu DEBIT tetapi perli digandakan nilainya.

    Contohnya:

    Akaun Sewa
    ……………………. Kt: Bank 200 (kesilapan) .. sepatutnya catat di Debit…. untuk mewujudkan baki debit sebanyak 200… maka kita kena catatkan disebelah debit 400.

    Akaun Sewa
    Dt Bank 400 (pembetulan).. Kt: Bank 200 (kesilapan)

    Ok sekarang, jika diimbangkan ianya akan berbaki Debit sebanyak 200.

    2. KESILAPAN AMAUN… iaitu kita mencatatkan amaun yang salah.. sama ada TERLEBIH atau TERKURANG daripada yang sepatutnya.
    Contohnya, Gaji RM300 tetapi dicatat sebagai RM500… iaitu terlebih sebanyak RM200, maka perlu diTOLAK dalam akaun tersebut dengan cara catatkan disebelah yang berbeza.

    Ak Gaji
    Dt Bank 500 (kesilapan)… Kt Bank 200 (pembetulan)

    Maka, akhirnya Ak Gaji akan berbaki RM300 sepertinya sepatutnya.

  111. salam…ckgu…berkait dengan penerangan ckgu diatas…saya masih keliru mcm mne nk betulkan kesilapan songsang….ad sesetengah buku cme potong nilai yg salah dan tanda tangn kemudian tulis jawapn berdasarkan hasil tolak gandaan tersbut…

    sebagai contoh bayaran cek RM 400 didebitkan dalam akaun bank dan akaun pemiutang…

    pastu dalam imbangn duga ada nilai bank iaitu 3586

    kemudian pembetulan kesilapan dengan cara menggunakan akaun bank dengan baki dalam imbngn duga dan ditolak dengan rm 800…dan ditandatangani….

    adakah ini bermaksud kta x perlu betulkan kesilapan dalam jurnal am dahulu????dan adakah cara ini boleh digunakan sebab sya rase care ckgu betulkan ksilapan lebih mudah utk saya fahami dan jelas berbanding tanda tnagn….

  112. Lain,

    Pertama, kita kena kenalpasti jenis kesilapan, sama ada :
    1) Kesilapan Ketara (ID tidak seimbang), – cara pembetulan POTONG & TANDA TANGAN. (Tidak perlu Jurnal Am)

    2) Kesilapan Tidak Ketara (ID seimbang) – cara pembetulan melalui JURNAL AM kerana melibatkan 2 akaun….. kesilapan jenis ini yang biasanya dikemukan dalam soalan.

    Contoh kesilapan songsang – bayar gaji RM200 dengan cek telah dicatat Debit Ak BANK 200 dan KREDIT Ak GAJI 200
    Maka, catatan pembetulan, Dt : Gaji 400 dan Kt: Bank 400.,,,,,,,,,, untuk lebih jelas, cuba sediakan catatan dalam Lejar untuk kedua2 akaun tersebut

  113. AS’salam, saya nak tnye.. topik pembetulan kesilapan nie, bagaimana ia dapat membantu kita dalam kerjaya?

  114. Syarifah, waalaikumussalam.

    Penguasaan topik tersebut membolehkan kita mengenalpasti kesilapan2 yang berlaku semasa sesuatu rekod perakaunan disediakan, sama ada disegajakan atau tanpa disegajakan.. seteruanya kita dapat membetulkan setiap kesilapan tersebut. Akhirnya kita dapat menyediakan Penyata Kewangan yang benar dan saksama.

  115. kesilapan-kesilapan di bawah ini telah ditemukan dalam buku-buku Encik Ramli seorang peniaga:
    a) pulangan masuk terlebih kira RM130, begitu juga dengan Pulangan Keluar
    b) Kadar bayaran RM800 tersalah didebitkan dalam Akaun Belanja Am
    c) Invois dari Kedai Chua kerana belian barang-barang bernilai RM2000 terlupa untuk dicatakan di buku
    d) Jualan RM750 kepada Kasturi dicatat sebagai RM705 dalam Akaun Jualan dan Akaun Kasturi

    Anda dikehendaki membetulkan kesilapan di atas melalu jurnal am.(keterangan tidak diperlukan)

    cikgu bagaimana buat ? Boleh tolong Siti ke? 🙂

  116. Siti,

    Sepatutnya tunjukkan jawapan Siti, Cg semak dan betulkan mana yang silap.. baru Siti lebih memahaminya..
    a) Kesilapan saling mengimbangi
    Dt Pulangan keluar 130 Kt Pulangan masuk 130

    soalan seterusnya.. cuba berikan jawapan Siti…. Cg lebih suka mengajar daripada hanya berikan jawapan.

  117. b)Dt kadar bayaran 800 Kt Akaun belanja am 800
    c)Dt kedai chua2000
    d) Dt jualan 45
    cikgu betul tak?

  118. Siti,

    b) betul
    c) Dt belian 2000 Kt Kedai chua 2000
    d) Dt kasturi 45 Kt Jualan 45

    Cuba nyatakan jenis2 kesilapan setiap kes tersebut.

  119. baiklah cikgu terimakasih kerana sudi meluangkan masa cikgu dengan saya

  120. Encik Maniam telah mengesan kesilpan-kesilpan di bawah ini sebelum menyediakan Imbangan duga
    a) Nota kredit berjumlah Rm500 yang diterima daripada Pembekal Maju Jaya kerana pulangan barang lupa direkodkan
    b) Jualan sebanyak Rm1300 kepada perniagaan micheal telah dikreditkan dalam akaun perniagaan michelle
    c) Sewa dibayar bernila Rm400 telah didebitkan dalam akaun sewa diterima
    d) Belanja membaiki bangunan berjumlah Rm3200 telah didebitkan dalam akun bangunan
    e) Barngan bernilai Rm900 yang dikeluarkan oleh peniaga untuk kegunaa sendiri trlupa untuk direkodkan dalam mana-mana buku

    Jawapan
    a) Debit – Pembekal Maju Jaya sebanyak 500
    Kredit – pulangan belian sebanyak 500
    b) Debit – Perniagaan Micheal sebanyak Rm2600
    Kredit – Jualan sebanyak 1300
    c) Debit – Sewa sebnayak 400
    Kredit – Akaun sewa diterima sebnayak 400
    d) Debit – Belanja sebnayka 3200
    Kredit – Akaun Bangunan sebanyak 3200
    e) Debit – Ambilan sebanyak 900
    Kredit – Belian sebanyak 900

    Cikgu Narzuki boleh tolong semak?

  121. Syeikh.

    b dan c kurang tepat.

    b – ak jualan tidak terlibat.
    c – Dt sewa dibayar

  122. bolehkah cikgu bagi jawapan bcd syeikh tidak tahu buat

  123. Syeikh,

    Pada pandangan Cg,
    Soalan (b) ada kesilapan … sepatutnya “telah didebitkan”.. bukannya “dikreditkan”.
    maka.. pembetulannya.. dt perniagaan micheal kt perniagaan michelle

    (c) dt sewa dibayar kt sewa diterima

    (d) dt belanja membaiki kt bangunan

  124. hi cikgu,
    sewa dibayar adalah rm3400
    tetapi salah rekod sebagai rm2400

    dt tunai
    kt sewa

    betul ke salah?

    terima kasih cikgu.

  125. Pamela,

    Dt Tunai (3400-2400) 1000
    Kt Sewa 1000

  126. Cg,
    Sewa dibayar sebanyak RM600 telah didebitkan dalam Akaun Sewa Diterima.

    – Kesalahan Prinsip kah, Cg?

  127. Chee,

    Rekodkan dalam akaun yang salah, kesilapan prinsip.

  128. Terima kasih

  129. Cg,
    Kesilapan saling mengimbangi
    -adakah pembetulan melalui Jurnal Am
    atau
    Batalkan angka yang salah dan gantikan dengan angka yang betul?

    Contoh:
    Promosi RM980 telah direkodkan sebagai RM890 manakala belanja am RM450 telah direkodkan sebagaiRM540

  130. Chee.

    dt Promosi 90
    kt belanja am 90

  131. terima kasih cikgu

  132. cikgu , bagaimana cara kita ” contoh soalan : anda dikehendaki menyediakan catatan jurnal untuk membetulkan kesilapan kesilapan berikut .
    saya kurang faham

  133. Azmina,

    Untuk betulkan kesilapan, kita kena tahu jenis kesilapan tersebut.. akaun apa yang silap… baru boleh kita betulkan melalui catatan bergu.

  134. macam mana buku tunai saya tak seimbang . debit lagi banyak dari kredit

  135. Nurul,

    BT memang tidak seimbang.. kita hanya perlu tentukan nilai Baki h/b dan Baki b/b.

  136. Cikgu….nk tanye klau dlm satu akaun tunai ada satu catatan disebelah debit dan kredit, iaitu butir kt debit-(Bank RM840)….dan (Jualan-RM840) kt kredit…dua butir yg berlainan tapi nilai yg sama…sye belum lgi tutup akaun…baki h/b, baki b/b…….jadi, soalan sye nih bagaimana nak tutup akaun yg sama nilai nye?…ke kne letak tanda (-) mse kt Imbangan Duga nti..

  137. Amirul,

    Apabila sesuatu akaun sudah seimbang.. maka tidak wujud lagi Baki h/b dan Baki b/b… jumlahkan kedua2 belah debit dan kredit.

    Manakala dalam ID.. ada 2 pilihan..
    (i) masukkan akaun tersebut dengan nilai 0 / – .
    (ii) tidak masukkan terus akaun tersebut dalam ID.

  138. cikgu macam mana nak tentukan baki h/b dan baki b/b dalam buku tunai?

  139. Johana,

    Guna cara imbang seperti akaun2 yang lain. Untuk buku tunai.. kita imbangkan ak tunai dan ak bank satu persatu. Langkahnya:
    1. masukkan nilai yang lebih besar antara debit dan kredit ke bahagian kedua2 jumlah.
    2. masuk “Baki h/b” disebelah yang lebih kecil.. nilainya ialah beza antara nilai jumlah dan nilai jumlah sebelah kecil tersebut.
    3. masuk “Baki b/b” dengan nilai yang sama disebelah bertentangan dengan baki h/b..

  140. salam cikgu, saya nak tanya soalan “bagaimana nak elakkan/kurangkan pelajar melakukan kesilapan dalam proses perakaunan?”

  141. Mohd Rezuan,

    Kesilapan memang tidak dapat dielakkan….. cuma semakin tinggi tahap penguasaan dan kefahamannya, maka semakin sedikit kesilapan yang mungkin dilakukan semasa menjawab.

  142. tq cikgu. saya tengah buat assignment mengenai soalan tadi tu.. saya tak tahu pulak bagaimana cara nak elakkn pelajar drpd buat kesilapan dlm perakaunan. kalau ckgu tahu kongsi lar jwapannya. hehe

  143. Mohd Rezuan,

    Pada pandangan saya,
    Kesilapan terjadi disebabkan oleh kelalaian, kurang kefahaman atau kemahiran.. Maka, tanamkan sikap berhati-hati, perbanyakkan tunjukajar, bimbingan dan latihan bagi meningkatkan kefahaman serta kemahiran pelajar.

  144. salam cikgu, jenis kesalahan dan kaedah mengesan masalah ada. ckgu boleh kongsikan langkah mengelakkan atau mengurangkan kesalahan tersebut ?

  145. Miera,

    Rujuk nota DIATAS… jenis2 kesilapan dan cara mengesan kesilapan.

  146. saya ingin bertanya , macam mana mahu mengelakkan dan memgurangkan kesilapan dalam perakaunan?

  147. Ayuni,

    Cuba rujuk DISINI (klik).

  148. Kesilapan ketinggaln catatn urus niaga akaun ape yg Akn terlibat

  149. Fatien,

    Bergantung kepada apa kesialapannya, baru kita boleh tentukan akaun apa yang tersilap dan perlu diperbetulkan.

  150. Salam cikgu. Tentang pembetulan kesilapan di jurnal am, kalau belian barang RM336 daripada Kedai Diana tersilap catat di Kedai Liana, mengapakah jawapan tertulis debit Kedai Liana dan kredit Kedai Diana?
    Bukankah sepatutnya kredit Kedai Liana ( keluar wang ) dan debit Kedai Diana ( masuk wang )?

  151. Maika,

    Dt Kedai Liana… untuk batalkan catatan sebelum ini.
    Kt Kedai Diana… catatan yang sepatutnya.

  152. Assalamualikum cg..
    Dalam pembetulan kesilapan kalau dalam imbangan duga hanya tulis “pulangan” pada sebelah kredit dan ada soalan yang ada “pulangan jualan”, bagaimanakah saya hendak menyelesaikannya? Kena buka “pulangan jualan” ke?

  153. Diyanah, waalaikumussalam.

    Pulangan (kredit) dalam ID…. menunjukkan ianya adalah PULANGAN BELIAN.
    Jika akaun belum wujud, maka kena buka baru akaun tersebut.

  154. Assalamualaikum cgu, bagaimana had penggunaan imbangan duga dapat diatasi?

  155. Fathihah, waalaikumussalam.

    Sebelum kenalpasti cara untuk mengatasinya.. kita terlebih dahulu kena tahu apakah itu had penggunaan ID.
    Cuba nyatakan had2 penggunaan ID tersebut …

  156. Cikgu, boleh cikgu tolong terangkan perbezaan kesilapan prinsip dengan kesilapan komisen.
    Mengikut Buku Financial Accounting: An intro 3rd edition McGraw Hill ( Roshayani Arshad, Laily Umar, Siti Maznah) ms146-148
    Diterangkan: kesilapan prinsip merupakan catatan sistem bergu telah dilakukan tetapi amaun yang direkodkan pada akaun berlainan kategori spt belanja membaiki mesin dengan pembelian mesin: Kesilapan komisen pula merupakan catatan sistem bergu telah dipatuhi tetapi direkodkan pada akaun yang sama kategori. spt akaun Hashim dimasukkan dalam Akaun Hisham.
    Soalan: Adakah kesilapan merekodkan angkutan masuk dalam angkutan keluar dikelaskan sebagai kesilapan komisen?
    Terima kasih

  157. Hong,

    Kesilapan komisen… melibatkan akaun penghutang / pemiutang…. contohnya Mamat silap rekod di Ak Mahmud.

    Kesilapan prinsip… tidak melibatkan penghutang / pemiutang.

  158. Cikgu,

    cuba tanya:

    angkutan masuk RM200 telah tersilap catat dalam Akaun Angkutan Keluar.
    Apakah jenis kesilapan yang dilakukan?

    jawapan ialah Kesilapan Prinsip. betul?

    terima kasih.

  159. Sherine,

    Ya.. betul.

  160. saya pelajar ipt, dan saya takda basic account. saya nak tanya cikgu mcm mana kalau keluar soalan yg pembetulan kesilapan ni? adakah perlukan jurnal am atau lejar? mohon pencerahan dari cikgu hm

  161. saya tidak faham yg kesalahan yg saling mengimbangi. tolong saya cikgu

  162. Osha,

    Ada 2 kesalahan.
    1. Terkurang sebelah debit RM100
    2. Terkurang sebelah kredit RM100

    Maka ID seimbang…. masing2 terkurang RM100

  163. salam cikgu..saya budak universiti tapi saya dapat course yang ada subjek akaun walaupun saya tak ambil akaun sewaktu sekolah menengah..saya nak bertanya kalau fixed deposit diberi pada pertangahan tahun kene adjust dekat mana?

  164. Eifaa,

    Cg kena rujuk kepada soalan tersebut, apa yang dikehendaki oleh soalan dan apakan maklumat lain yang diberikan.

  165. Cikgu,kalau soalan macam ni macam mana ya? Tak berapa faham nak buat macam mana huhu

    Setelah ID disediakan,kesilapan2 berikut telah dikean.
    i)Jualan dan belian telah terkurang rekod sebanyak RM100
    ii)Belanja membaiki kenderaan RM500 tersalah didebitkan dalam Akaun Kenderaan

  166. 1. Dt Belian 100
    Kt Jualan 100

    2. Dt Belanja membaiki 500
    Kt Kenderaan 500

  167. i) Alat tulis terlebih catat RM200 manakala belanja am terkurang catat dengan jumlah yang sama

    = Dt Belanja Am RM200
    Kt Alat tulis RM200

    ii) Invois kepada Kedai Nalim bernilai RM1300 terlupa direkodkan dalam mana-mana buku

    = Dt Kedai Nalim RM1300
    Kt Jualan RM1300

    iii) Ambil barang niaga bernilai RM300 untuk kegunaan sendiri tersilap rekod sebagai ambilan tunai.

    = Dt Tunai RM300
    Kt Ambilan RM300

    iv) Komisen diterima RM100 secara tunai tersalah didebitkan dalam Akaun Komisen diterima dan dikreditkan dalam Akaun Tunai.

    = Dt Tunai RM200
    Kt Komisen diterima RM200

    v) Jualan barang RM1260 kepada seorang penghutang telah direkodkan sebagai RM1620

    = Dt Jualan RM360
    Kt Penghutang RM360

    Mohon cikgu tolong semakkan. TQ.

  168. Amra,

    i, ii, iv & v – betul

    iii. Dt Tunai RM300
    Kt Belian RM300

  169. Fatin Nur Aisyah

    Cikgu , macam mana nak buat kesilapan dalam jurnal Am . Saya kurang fahami .

  170. Fatin,

    Jangan buat kesilapan….. sebaliknya kesan kedilapan2 yang berlaku dan perbetulkanya.

  171. Cikgu blh tolong jawab soalan ini

    Kadar bayaran yg dibayar dgn cek sebanyak RM200 pd 5julai 2011 telah dikreditkan dlm akaun kadar bayaran dan didebitkan dlm akaun bank.

    Sediakan catatan jurnal utk membetulkan kesilapan di atas.

    Terima kasih cikgu.

  172. Cikgu bila kita X2 amaun yg nak dibetulkan?
    Sy amat keliru dgn ini

  173. Amanda,

    Kesilapan songsang/terbalik –> mesti 2X ganda.

    Dt Kadar bayaran 400
    Kt Bank 400.

  174. Assalamualaikum..
    Cikgu, saya ada pertanyaan..

    “Kadar bayaran yg dibayar dgn cek sebanyak RM200 pada 5 Julai 2011 telah dikreditkan dalam Akaun Kadar Bayaran dan didebitkan dalam Akaun Bank.

    Sediakan catatan jurnal utk membetulkan kesilapan diatas.”

    Boleh cikgu terangkan. Terima kasih

  175. Farah, waalaikumussalam.

    1. Kenalpasti jenis kesilapannya… iaotu kesilapan songsang/terbalik.
    2. Catatan pembetulannya.. kita terbalikkan catatannya serta nilainya digandakan 2X. Dt.Kadar bayaran 400 Kt Bank 400

  176. Belian sebuah perabot telah direkodkan dalam Akaun Belian

    Apakah nama kesilapan ini?

  177. Chee,

    Dengan merujuk NOTA diatas.. cuba tentukan jenis kesilapannya. Kemudian baru saya komen.

  178. Cg,
    Jawapan saya ialah Kesilapan Prinsip

  179. Kesilapn Tidak Ketara

  180. Chee,

    Ya betul… kesilapan prinsip.

  181. Selamat sejahtera, cikgu.
    “Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi telah tersilap catat dalam Akaun Ambilan.”
    Adakah ini kesilapan komisen? Atau kesilapan prinsip?
    TQ

  182. Wong, selamat sejahtera.

    Kesilapan prinsip.
    Kesilapan komisen –> silap antara nama penghutang / pemiutang.. cth: belian daripada Ali silap catat ke Akaun Abu.

  183. Apa jadi pada penyata pendapatan jika ada maklumat tambahan mengenai belanja am rm123 tersilap rekod sebagai belanja elektrik perniagaan?

  184. Rabiatul.

    PP tidak mengambarkan belanja yang sebenar… maka pelarasan bagi membetulkan kesilapan tersebut perlu dilakukan.

  185. salam cikgu narzuki.
    pulangan jualan tersalah rekod dalam akaun pulangan belian rm 120.

    jawapan: kesilapan prinsip
    kalau dalam imbangan duga: + pj 120
    – pb 120

    adakah tepat cikgu? terima kasih cikgu atas respon.

  186. Ezar,

    Soalan tersebut tidak jelas… PJ (debit) adakah silap rekod di PB sebelah debit juga @ disebelah kredit ?

  187. Assalamulaikum cg Narzuki

    saya nk tnya klu puspakom nak letak belah kredit atau debit dalam ID?
    sya kurang faham..
    terima kasih..

  188. Iza, waalaikumussalam.

    ID kita ikut baki akhir (Baki b/b) setiap akaun.. jika baki Debit –> ID debit dan sebaliknya.
    Secara asasnya.. jika ianya BELANJA, ASET –> Debit.. jika HASIL, LIABILITI, EKUITI –> Kredit

  189. cikgu. mcmna kalau angkutan kluar sudah d bayar tp belum direkod . jd ang kluar tu dt kan tp apa kt nya?

  190. Marianah,

    Dt Angkutan keluar
    Kt Tunai @ Bank(jika guna cek)

  191. cikgu, nk tanye kedua2 akaun gaji & akaun diskaun diterima terlebih rekod sebyk rm25, dt apa kt apa?

  192. Shad,

    Apabila kedua2 akaun tersebut terlebih.. maka kita kurangkan dengan disebelah sebaliknya.
    Catatal asalnya:
    Gaji –>Dt Diskaun diterima –> Kt
    Maka untuk kurang nilai –> kita catatkan terbalik..
    Gaji –> Kt Diskaun diterima –> Dt

  193. cg klau soalan kata kadar bayaran bernilai rm480 yg dibyar secara tunai telah tersilap catat sebagai rm840 mcm mne nak buat

  194. Angel,

    1. Kenalpasti 2 akaun yang terlibat –> Ak Kadar Bayaran & Ak Tunai
    2. Kenalpasti kesilapan –> terlebih catat sebanyak (840-480)=360
    3. Pembetulan kesilapan –> perlu kurangkan 2 akaun tersebut.
    4. Catatan asal Dt Kadar bayaran 840 Kt Tunai 840 –> untuk kurang nilai tersebut –> Dt Tunai 360 Kt Kadar bayaran 360

  195. 1)pulangan belian rm140 kpda pembekal telah didebitkan ke dlam akaun pulangan belian & dikreditkan ke ABB

    2)pemilik terlupa merekodkan invois yg diterima drpd pembekal Lia bernilai rm1440 dlam mna2 buku perakaunan

    3) kadar byran bernilai rm480 yg dibyr secara tunai telah tersilap catat sbagai rm 840

    4) tunai sbnyak rm 100 telah digunakan utk membyr belanja pribadi, tetapi direkodkan sbagai belanja am

    5)cek drpd akaun belum terima bernilai rm800 mnjadi tak laku, tetapi blum ada catatan lagi

    6) jualan trmsuk jualan perabot trpakai bernilai rm1300

    mcm mne nak selesaikan soalan trsbut cg. apa urus niaga yg harus dilakukan? bgaimna nak buat. sye tak tahu nak buat la cg?

    bagaimana jika imbangan duga telah disediakan cuma tinggal nak betulkan jumlah dkat ID?

  196. Angel,

    Langkah2 telah Cg nyatakan diatas.

    Jika diberi ID tidak seimbangkan… semak dan betulkan kedudukan disebelah debit atau kredit.

  197. Cikgu,
    Mengikut definisi buku teks baru, kesilapan komisen ialah kesilapan merekodkan amaun yang betul dalam akaun yang salah di bawah pengelasan akaun yang sama. manakala, kesilapan prinsip ialah kesilapan merekodkan urus niaga dalam akaun yang salah di bawah pengelasan akaun yang berbeza. Contoh, jika gaji tersalah rekod dalam kadar bayaran, adakah ini di masuk dalam kesilapan komisen sebab kesalahan di bawah pengelasan akaun yang sama iaitu belanja?

  198. Fatimah,

    Ya.. setelah saya buat rujukan.. saya dapati buku teks baru lebih tepat.

  199. Assalamualaikum Cikgu,

    “Ambilan barang niaga untuk projek iklan syarikat RM180 telah didebitkan ke dalam akaun belanja iklan dan dikreditkan dalam akaun ambilan.”

    Dt – ambilan
    Kt – belian

    Betul tak cikgu?

  200. Anisah, waalaikumussalam.

    Ya. Catatan yang sepatutnya.
    Dt Belanja iklan
    Kt Belian
    Maka kesilapannya ialah telah dikreditkan ke Ak Ambilan. –> Catatan pembetulannya bagi kesilapan tersebut:
    Dt Ambilan
    Kt Belian

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.