Syarikat Berhad

Syarikat : Jenis-jenis Saham, Bon & Debentur

Definisi:
Seksyen 4 Akta Syarikat definisikan saham sebagai..’saham dalam saham modal sesebuah perbadanan dan termasuk stok kecuali di mana perbezaan di antara stock dan saham dinyatakan atau disiratkan.

Ciri Saham:
Seksyen 98 Akta Syarikat…’saham atau lain2 kepentingan mana2 ahli di dalam Syarikat hendaklah merupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan cara yg diperuntukkan oleh Artikel2 Persatuan da tidak boleh merupakan sifat harta tak alih.

Jenis-jenis Saham:
1. Saham Biasa (Ordinary Share)
2. Saham Keutamaan (Preference Shares)
3. Debentur.

Saham Biasa (Ordinary Shares):
Juga dikenali sebagai Saham Ekuiti. Pemegang saham diiktiraf sebagai pemilik perniagaan. Ia merupakan saham yg paling lazim dikeluarkan oleh sesebuah Syarikat. Saham yg diterbitkan tanpa mempunyai tempoh matang dan pemilik boleh menjual sahamnya bila-bila masa.

Hak-hak Pemegang Saham Biasa:
1. Hak-hak mengundi termasuk dalam memilih dan menentukan Ahli Lembaga Pengarah
2. Hak Preemtif – iaitu mendapat keistimewaan untuk membeli saham tambahan Syarikat terlebih dahulu sebelum
dijual oleh kepada orang luar. Ini dapat mengekalkan peratus pemilikannya dalam Syarikat.

Kebaikan Saham Biasa:
1. Bayaran dividen bukannya satu kemestian
2. Tidak mempunyai tempoh matang
3. Meningkat kebolehupayaan kredit Syarikat
4. Meningkat kepercayaan dalam permohonan kemudahan, pinjaman & fasilities dsb

Saham Keutamaan(Preference Shares):
Saham yg menggabungkan sebahagian ciri-ciri Saham Biasa dan sebahagian ciriS-ciri Bon . Seksyen 4 Akta Syarikat definisikan Saham Keutamaan sebagai ‘saham dengan apa-apa pun namanya dipanggil, yang tidak memberik hak kepada pemegangnya kepada hak untuk mengundi di Mesyuarat Agung atau kepada apa-apa hak untuk menyertai melebihi amaun yg ditetapkan dalam apa-apa pembahagian samada secara dividen atau ke atas penebusan, dalam sesuatu penggulungan atau selainnya’.

Hak-hak Pemegang Saham Keutamaan:
1. Keutaman tuntutan terhadap pembahagian dividen. Pemegang saham keutamaan berhak menerima kadar dividen yg tetap dan tidak bergantung kepada jumlah keuntungan yg diperolehi. Dividen yg diterima adalah tetap dan terjamin.
2. Dividen saham keutamaan akan dibayar dahulu sebelum pembayaran dividen kepada pemegang saham biasa.
3. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang saham keutamaan mempunyai keutamaan tuntutan ke atas pembahagian aset syarikat. Saham keutamaan akan dilunaskan selepas tuntutan Pemiutang (Creditors) selesai.
4. Pemegang saham keutamaan bukan pemilik Syarikat dan tidak berhak untuk mengundi atau campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran.

BON dan DEBENTUR
Merupakan satu sekuriti jangka panjang yg diterbitkan oleh sesuatu entiti seperti Syarikat, Firma atau Kerajaan untuk mendapatkan pembiayaan jangka panjang yg besar. Bon menjanjikan bayaran semula prinsipal (modal asal) pada tarikh matang disamping bayaran faedah yg tetap secara berkala untuk sesuatu tempoh tertentu.Seksyen 4 Akta Syarikat definisikan…’Debentur termasuklah stok debentur, bon, nota & lain2 sekuriti perbadanan samada merupakan cagaran ke atas aset-aset perbadanan atau tidak.

Kos pinjaman terhad kepada bayaran bunga sahaja sahaja dan bayaran faedah bon boleh ditolak cukai pendapatan dan peminjam dapat mengurangkan jumlah cukai yg perlu dibayar. Debentur digunakan oleh sesuatu Syarikat untuk mendapatkan modal bagi pembesaran Syarikat. Ianya merupakan satu cara tambahan untuk mendapatkan modal tanpa mengadaikan aset syarikat seperti tanah untuk mendapat pinjaman daripada bank.

Sumber : https://ca2on9-biz.blogspot.com/2009/01/syarikat-saham-dan-dividen.html

KUIZ : Syarikat Berhad

Congratulations - you have completed KUIZ : Syarikat Berhad. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
"Syarikat Mercury Bhd. didaftarkan dengan 750 000 saham biasa RM 0.50 setiap saham. Syarikat itu telah menerbitkan 450 000 saham biasa pada nilai tara pada 1 Februari 2003. Semua saham dipohon beli dan dibayar penuh semasa permohonan. Syarikat itu telah membayar dividen interim 7% atas saham tersebut pada 1 Julai 2003. Tahun kewangan syarikat tersebut berakhir pada 31 Disember 2003."

Berdasarkan maklumat di atas, hitung dividen interim yang dibayar oleh syarikat
A
RM 15 750
B
RM 26 250
C
RM 31 500
D
RM 52 500
Question 2
Butir berikut dipetik daripada buku-buku Syarikat Faris Berhad pada 1 Januari 2004.

Modal diterbitkan : 10 000 7% saham keutamaan RM 1.00 sesaham.

Apakah yang dimaksudkan dengan 7% saham keutamaan ?
A
Rezab 7% dibayar kepada pemegang saham keutamaan
B
Bonus 7% dibayar kepada pemegang saham keutamaan
C
Faedah 7% dibayar kepada pemegang saham keutamaan
D
Dividen 7% dibayar kepada pemegang saham keutamaan
Question 3
Apakah yang dimaksudkan dengan modal dibenarkan bagi sesebuah syarikat berhad ?
A
Modal yang belum dikeluarkan untuk dijual kepada orang ramai
B
Modal yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C
Modal yang dikeluarkan untuk dijual kepada orang ramai
D
Modal sebenar yang dibayar oleh pemegang saham
Question 4
Antara berikut, manakah menerangkan ciri syarikat sendirian berhad ?
A
Saham disenaraikan di bursa saham.
B
Saham boleh dipindah milik dengan bebas.
C
Penyata kewangan perlu dibentangkan kepada orang awam.
D
Bilangan pemegang saham terdiri di antara 2 hingga 50 orang ahli.
Question 5
Antara berikut, manakah menerangkan ciri syarikat sendirian berhad ?
A
Saham disenaraikan di bursa saham.
B
Saham boleh dipindah milik dengan bebas
C
Penyata kewangan perlu dibentangkan kepada orang awam.
D
Bilangan pemegang saham terdiri di antara 2 hingga 50 orang ahli.
Question 6
Manakah di antara berikut tidak benar mengenai pemegang saham keutamaan?
A
Mempunyai hak mengundi
B
Menerima kadar dividen tetap
C
Menerima dividen terlebih dahulu
D
Berhak menerima tunggakan dividen
Question 7
Syarikat Setiawangsa Berhad mempunyai modal diterbitkan dan berbayar RM500 000 yang terdiri daripada 1 000 000 unit saham biasa RM0.50 sesaham. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2004 syarikat telah membayar dividen interim pada kadar 5 sen sesaham dan mengisytiharkan pembayaran dividen akhir 8 sen sesaham selepas untung bersih sebenar tahun kewangan diketahui.

Hitungkan jumlah dividen interim dan dividen akhir yang dibayar.
A
RM 40 000
B
RM 65 000
C
RM 80 000
D
RM 130 000
Question 8
Syarikat Santalia Berhad mempunyai modal dibenarkan terdiri daripada 2 000 000 saham keutamaan 6% RM1.00 sesaham dan 5 000 000 saham biasa RM0.50 sesaham. Syarikat ini telah menerbitkan kesemua saham keutamaannya dan 3 000 000 saham biasa pada nilai par. Semua saham itu telah dilanggan dan dibayar penuh.

Hitungkan modal diterbitkan
A
RM 1 620 000
B
RM 2 620 000
C
RM 3 500 000
D
RM 4 500 000
Question 9
Butir-butir yang termaktub dalam Tataurus Syarikat termasuklah

I Cara pembayaran dividen

II Jumlah modal dibenarkan

III Jenis perniagaan yang dijalankan

IV Prosedur perlantikan ahli lembaga pengarah

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 10
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang dapat menerangkan maksud modal dibenarkan?
A
Modal yang dibayar penuh oleh pemegang saham
B
Modal yang menjadi tanggungan pemegang saham
C
Modal maksimum yang boleh diterbitkan kepada orang ramai
D
Modal yang dinyatakan dalam Kunci Kira-kira syarikat berhad
Question 11
Modal dibenarkan bagi Syarikat Prima Berhad ialah 4 000 000 saham biasa berharga RM0.80 sesaham.Syarikat ini telah menerbitkan 2 500 000 saham biasa kepada orang ramai.

Hitung modal yang belum diterbitkan.
A
RM1 200 000
B
RM2 000 000
C
RM2 500 000
D
RM3 200 000
Question 12
Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Bima Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2006.

800 000 unit saham biasa bernilai RM1 sesaham

500 000 unit 7% saham keutamaan bernilai RM1 sesaham

Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen saham biasa sebanyak 30 sen sesaham.

Hitung jumlah dividen atas saham biasa.
A
RM150 000
B
RM240 000
C
RM500 000
D
RM800 000
Question 13
Antara berikut, pernyataan manakah benar mengenai pemegang saham keutamaan?

I. Menerima kadar dividen yang tetap

II. Berhak menerima tunggakan dividen

III. Berhak mengundi dalam mesyuarat agung tahunan

IV. Pembayaran balik modal dibuat selepas tuntutan pemegang saham biasa
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 14
Lembaga pengarah Syarikat Emastulen Berhad telah memutuskan perkara-perkara berikut:

i. membayar dividen interim 3% kepada pemegang saham keutamaan dan saham biasa pada pertengahan tahun.

ii. mengisytihar dividen akhir atas saham keutamaan dan 12 % sesaham untuk pemegang saham biasa.

Salleh memiliki 5 000 unit 8% saham keutamaan RM1 sesaham dan 10 000 unit saham biasa RM0.50 sesaham dalam Syarikat Emastulen Berhad.

Hitungkan jumlah dividen akhir yang akan diterima oleh Salleh.
A
RM 750
B
RM 850
C
RM1 000
D
RM2 000
Question 15
Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad?
A
Saham tidak boleh dipindah milik secara bebas. Pemegang saham yang ingin menjual saham mesti mendapat persetujuan daripada pemegang saham yang lain
B
Saham tidak boleh disenaraikan atau diurusniagakan di bursa saham
C
Bilangan pemegang saham yang minimum ialah 2 orang dan bilangan maksimim ialah 50 orang
D
Semua ahli lembaga pengarah mesti terdiri daripada pemegang sahamnya
Question 16
Modal dibenarkan bagi Syarikat Nilam Sari Berhad terdiri daripada 2 000 000 saham biasa bernilai RM1 setiap unit. Syarikat ini telah menerbitkan 1 500 000 saham biasa kepada orang awam pada nilai tara. Semua saham yang diterbitkan telah dipohon beli dan berbayar.

Hitungkan modal berbayar Syarikat Nilam Sari Berhad.

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 395, 396 - Soalan 30 SPM 2004]

A
RM500 000
B
RM1 500 000
C
RM2 000 000
D
RM4 500 000
Question 17

Antara pernyataan berikut, yang manakah bukan ciri-ciri syarikat awam berhad?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 390 - Soalan 31 SPM 2004]

A
Modal terdiri daripada saham yang dipegang oleh pemiliknya
B
Ditubuhkan sebagai satu badan yang berasingan daripada pemiliknya
C
Keuntungan diagihkan di antara pemegang saham dalam bentuk dividen
D
Bilangan pemegang saham adalah di antara 2 hingga 50 orang
Question 18
Pada 1 April 2003, Anand telah membeli 2 000 unit 6% syer keutamaan RM2 seunit daripada Syarikat Maya Berhad. Lembaga Pengarah syarikat telah memutuskan perkara-perkara berikut:

(i)  membayar dividen interim 2% pada 1 Oktober 2003

(ii) mengisytiharkan dividen akhir pada 31 Mac 2004

Hitungkan jumlah dividen akhir yang akan diterima oleh Anand.

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 406 - Soalan 32 SPM 2004]

A
RM80
B
RM120
C
RM160
D
RM240
Question 19
Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang syarikat awam berhad?

I Saham disenaraikan di bursa saham

II Saham diterbitkan kepada orang ramai

III Saham tidak boleh dipindah milik dengan bebas

IV Bilangan pemegang saham antara 2 hingga 50 orang

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 390 - Soalan 29 SPM 2005]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 20
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Jaya Berhad.

Modal Berdaftar:

35 000 unit 10% saham keutamaan RM2 sesaham

50 000 unit saham biasa RM1 sesaham

Lembaga Pengarah membuat keputusan untuk menerbitkan separuh saham keutamaannya dan 30 000 unit saham biasa.

Hitungkan modal belum diterbitkan.

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 395 - Soalan 30 SPM 2005]

A
RM50 000
B
RM55 000
C
RM65 000
D
RM70 000
Question 21
Antara berikut, jenis modal yang manakah disenaraikan di bawah Ekuiti Pemilik?

I Modal belum diterbitkan

II Modal dibenarkan

III Modal diterbitkan

IV Modal berbayar

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 409 - Soalan 31 SPM 2005]

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 22
Data 8 diperoleh daripada Syarikat Teratai Berhad pada 31 Mei 2005. sb001  

Nyatakan P?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 409 - Soalan 32 SPM 2005]

A
1 500 000 unit saham biasa RM1 sesaham
B
3 000 000 unit saham biasa RM0.50 sesaham
C
1 500 000 unit 10% saham keutamaan RM1 sesaham
D
3 000 000 unit 10% saham keutamaan RM0.50 sesaham
Question 23
Modal yang dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat ialah

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 391 - Soalan 31 SPM 2006]

A
modal berbayar
B
modal diterbitkan
C
modal dibenarkan
D
modal belum diterbitkan
Question 24
Berikut ialah petikan Kunci Kira-kira Syarikat Harmoni Berhad pada 31 Disember 2005. sb002  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 409 - Soalan 32 SPM 2006]

A
X = Modal dibenar Y = Modal belum diterbitkan
B
X = Modal berbayar Y = Modal dibenarkan
C
X = Modal dibenar Y = Modal diterbitkan dan berbayar penuh
D
X = Modal diterbitkan dan berbayar penuh Y = Modal diterbitkan
Question 25
Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Perkasa Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2005.

700 000 unit saham biasa bernilai RM1.00 sesaham.

300 000 unit 6% saham keutamaan bernilai RM1.00 sesaham.

Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen saham biasa sebanyak 25 sen sesaham.

Berapakah jumlah dividen saham biasa?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 405 - Soalan 33 SPM 2006]

A
RM1 000 000
B
RM700 000
C
RM400 000
D
RM175 000
Question 26
Apakah bentuk keuntungan syarikat berhad yang akan diagihkan kepada pemegang sahamnya?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 403 - Soalan 29 SPM 2008]

A
Bonus
B
Faedah
C
Komisen
D
Dividen
Question 27
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan modal berdaftar?

I Modal yang dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat

II Jumlah modal maksimum boleh diterbitkan

III Modal dibenarkan

IV Modal berbayar

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 394 - Soalan 28 SPM 2007]

A
I, II, dan III
B
I, II, dan IV
C
I, III, dan IV
D
II, III dan IV
Question 28
Modal dibenarkan bagi Syarikat Jaya Berhad terdiri daripada 2 500 000 unit saham biasa bernilai RM0.80 sesaham. Syarikat telah menerbitkan 1 800 000 unit saham biasa kepada orang awam pada nilai tara dan berbayar penuh.

Berapakah modal belum diterbitkan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 395 - Soalan 29 SPM 2007]

A
RM560 000
B
RM1 440 000
C
RM2 000 000
D
RM3 440 000
Question 29
Rajah 1 menunjukkan jenis modal syarikat berhad. sb003   Apakah X dan Y?  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 394 - Soalan 28 SPM 2008]

A
X = Modal Diterbitkan Y = Modal Belum Diterbitkan
B
X = Modal Diterbitkan Y = Modal Berdaftar
C
X = Modal Belum Diterbitkan Y = Modal Diterbitkan
D
X = Modal Berdaftar Y = Modal Belum Diterbitkan
Question 30
Apakah jenis keuntungan yang diagihkan kepada pemegang saham syarikat?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 403 - Soalan 28 SPM 2009]

A
Faedah
B
Debentur
C
Dividen
D
Bonus
Question 31
Pada 13 Mac 2007, Syarikat Cermin Berhad menerbitkan 1 000 000 saham biasa RM1.00 sesaham kepada orang ramai pada nilai tara. Pemohon dikehendaki membayar penuh semasa permohonan. Pada tarikh tutup permohonan 27 Mac 2007, jumlah wang yang diterima RM1 000 000.

Pilih catatan yang tepat untuk merekod urus niaga pada 27 Mac 2007.

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 398 - Soalan 30 SPM 2008]

A
Debit : Modal Saham Biasa Kredit : Bank
B
Debit : Modal Saham Biasa Kredit : Permohonan
C
Debit : Permohonan Kredit : Bank
D
Debit : Bank Kredit : Permohonan
Question 32
Apakah jenis modal yang dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 391 - Soalan 26 SPM 2010 ]

A
Modal Berdaftar
B
Modal Berbayar
C
Modal Diterbitkan
D
Modal Belum Diterbitkan
Question 33
Pernyataan manakah yang menerangkan ciri saham biasa?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 397 - Soalan 27 SPM 2010]

A
Kadar dividen tidak tetap
B
Dividen dibayar terlebih dahulu
C
Berhak menerima tunggakan dividen
D
Kadar dividen dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat
Question 34
Maklumat berikut berkaitan dengan modal saham biasa Syarikat Wawasan Berhad. sb004   Berapakah jumlah modal berbayar?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 395, 396 - Soalan 28 SPM 2010]

A
RM125 000
B
RM375 000
C
RM500 000
D
RM875 000
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 34 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
2122232425
2627282930
31323334End
Return

  1. TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Pengiraan modal-modal syarikat.
    2. Cara merekod terbitan saham dalam jurnal dan lejar.
    3. Pengiraan dividen.

  2. saya pelajar tingkatan lima sekerang sila beri tunjuk ajar tentang bab syarikat berhad , saya tidak memahaminya sekali amat susah .
    sekian
    Terima kasih….. Ramajeya@ ajey….

  3. Ramajeyamurgam,

    Sila kemukakan satu soalan topik tersebut, kemudian Cg berikan tunjukajar untuk menyelesaikannya. Atau Rama berikan jawapannya dan Cg semak dan berikan komennya. Cara tersebut lebih baik dan berkesan.

    Secara umumnya, pastikan dapat mengira :
    1. Modal dibenarkan / Berdaftar = Unit dibenarkan X Nilai par/Nilai Tara.
    2. Modal diterbitkan = Unit diterbitkan X Nilai Par / Nilai Tara.

    Kemudian tahu cara merekodkan terbitan saham tersebut :
    1. Kt : Ak Modal Saham …… Dt: Ak Permohonan
    2. Kt : Ak Permohonan ……. Dt: Bank

    Seterusnya tahu mengira Dividen Interim dan Dividen Akhir :
    = Modal diterbitkan X kadar dividen

  4. Pada 1 mei 2006, syarikat sinar suria berhad telah memulakan perniagaan dengan modal berdaftar sebanyak Rm15,000,000 yang terdiri daripada 3,000,000 8% saham keutamaan bernilai Rm2.00 sesaham dan 9,000,000 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham. Pada tarikh yang sama, separuh daripada saham keutamaan dan 4,000,000 saham biasa telah diterbitkan pada nilai tara kepada orang ramai. Semua saham yang diterbitkan telah dipohon beli dan dibayar penuh dengan semasa permohonan.Wang permohonan itu dibankkan pada tarikh yang sama.

    Lembaga pengarah syarikat telah memutuskan untuk mengisytiharkan pembayaran dividen mengikut kadar berikut:
    1 membayar dividen interim 5% atas saham keutamaan dan saham biasa pada 1 november 2006
    2 mengisytiharkan dividen akhir atas saham keutamaan dan 12% atas saham biasa pada 30 April 2007

    menghitung?
    dividen interim
    dividen akhir

    kirakan jumlah dividen bagi tahun berakhir 30 april 2007 sekiranya Rahimah memiliki 2000 saham keutamaan dan 5000 saham biasa dalam syarikat itu…..

    cikgu soalan2 diatas bagaimana buat ?? boleh tunjuk ajak sikit??? terutamanya soalan2 diatas??? boleh beri jalan kerja??? TQ cikgu!!!

  5. Tam,

    Dividen interim :
    Saham keutamaan = 5% x 1,500,000 x RM2 = ……?……
    Saham biasa = 5% x 4,000,000 x RM1 = ……..?…….
    Jumlah Dividen interim = ……?…….

    Dividen akhir :
    Saham keutamaan = ………………… = ………..
    Saham biasa = …………………….. = ……………
    Jumlah Dividen akhir = ……………..

    Jumlah dividen Rahimah :
    Dividen SK = ……………………… = ……………..
    Dividen SB = ……………………… = ……………..
    JUmlah = ……………………

    Sila lengkapkan diruangan tersebut, kemudian Cg semak. Pengiraan Dividen berdasarkan modal saham yang diterbitkan/dimiliki. Jumlah dividen = dividen interim + dividen akhir

  6. Dividen interim :
    Saham keutamaan = 5% x 1,500,000 x RM2 = RM150,000
    Saham biasa = 5% x 4,000,000 x RM1 = RM200,000
    Jumlah Dividen interim = Rm350,000

    Dividen akhir :
    Saham keutamaan = 3% x 1,500,000 x RM2 = RM90,000
    Saham biasa = 12% x 4,000,000 x RM1 = RM480,000
    Jumlah Dividen akhir = RM570,000

    Jumlah dividen Rahimah :
    Dividen SK = 3% x 2000 x RM2 = RM120
    Dividen SB = 12% x 5000 = RM600
    JUmlah = RM720

    Adakah jawapan betul? tolong cikgu semak untuk saya plz…jika salah tolong cikgu tunjuk ajak sikit plz….TQ

  7. Tam,

    Jawapan bagi Dividen interim dan Dividen akhir sudah BETUL.
    Jumlah Dividen Rahimah SALAH.

    Jumlah dividen = dividen interim + dividen akhir
    Div SK = 8% (3% + 5%)
    Div SB = 17% (5% + 12%)

    Jumlah dividen Rahimah :
    Dividen SK = 8% x 2000 x RM2 = RM320
    Dividen SB = 17% x 5000 x RM1 = RM850
    Jumlah = RM1170

  8. Terima kasih cikgu…. selepas saya lihat jalan kerja cikgu buat… i dapat bagaimana buat dahh…

    dalam topik ini saya mesti diingati bahawa jumlah dividen = dividen interim + dividen akhir .. betul?

  9. Tam,

    Disitulah biasanya calon2 selalu melakukan kesilapan. Sekiranya tiada dividen interim, maka jumlah dividen yang diterima = dividen akhir.

  10. Apa yang dimaksudkan modal dipanggil?

  11. Alex,

    Suatu masa dahulu, proses pembelian saham melalui PERMOHONAN dahulu, jika berjaya baru diminta membuat bayaran. Maka wujudlah jenis2 modal berikut :
    1. Modal Dipanggil = Bahagian modal diterbitkan yang telah diminta pembayarannya.
    2. Modal Belum Dipanggil = Modal diterbitkan yang belum diminta pembayarannya.

    Tetapi pada masa kini, di negara kita, pemohon yang ingin melanggan atau membeli saham yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat perlu MEMBAYAR SEPENUHNYA harga terbitan SEMASA permohonan dibuat. Maka dengan itu TIDAK wujud lagi jenis Modal Dipanggil atau Modal Belum Dipanggil.

  12. a’kum
    saham keutamaan untuk siapa?

  13. Syahirah,

    Secara ringkasnya, siapa saja boleh memohon untuk membelinya sama seperti saham biasa.

  14. salam cikgu,
    saya ingin tahu pasal merekod terbitan saham.
    asas untuk merekod adalah :
    Dt Bank
    Kt Permohonan
    saya nak tanya sekiranya kedua2 saham diterbitkan dan kita merekodnya :
    Dt Bank
    Kt. Permohonan Saham Keutamaan
    Kt. Permohonan Saham Biasa
    adakah cara ini betul?
    TQ

  15. faeqah farhana

    assalamualaikum cikgu…soalan topikal tingkatan 5 ada ke disediakan di blog cikgu?

  16. faeqah farhana

    cikgu..saya tidak fahamlah lebihan langganan dan kurang langganan..macammana nak rekod dalam akaun bank,akaun permohonan???can you help me?..

  17. Zai,

    Ya, cara tersebut adalah BETUL dan diterima.

    Faeqah,

    Soalan2 SPM 1993-2006 mengikut topikal ada disediakan dibahagian Muat Turun Soalan.
    Cg cadangkan dapatkan juga daripada buku-buku yang terdapat dipasaran.

    Konsep lebihan langganan ialah syarikat bayar balik wang lebihan yang diterima daripada pemohonan. Contohnya, modal saham diterbit RM1000 tetapi jumlah permohonan telah membuat bayaran RM1200, maka sudah berlaku lebihan sebanyak RM200. Oleh itu RM200 itu hendaklah dibayar balik kepada permohonan.
    Catatannya:
    Dt: Ak Permohonan RM200
    Kt: Bank RM200

    Masalah kurangan langganan tidak timbul, syarikat boleh rekod setakat yang diterbitkan sahaja.

  18. faeqah farhana

    terima kasih atas bantuan cikgu..

  19. oh.terima kasih

  20. saya ada masalah..
    saya ada tejumpa soalan latihan di dalam buku teks bab syarikat berhad ni..soalan num 16.(maaf sekiranya saya silap)
    dalam soalan ini kenapa untuk mendapatkan div akhir mesti di tolak div interim???
    bantu saya..

  21. Cikgu Azliza,

    Sekiranya dividen yang hendak dikira adalah dividen Saham Keutamaan, sudah sewajarnya ditolak dengan kadar dividen interim untuk mendapatkan kadar dividen akhir. Ini kerana ciri kadar dividen bagi Saham Keutamaan adalah TETAP, sebagai contohnya bagi pemegang saham keutamaan 8% telah persetujui/diistiharkan pembayaran dividen interim sebanyak 5%. Oleh kerana ciri dividennya yang TETAP iaitu terhad kepada 8% sahaja, maka mereka hanya layak menerima dividen akhir hanya 3% sahaja (8%-5%).

  22. salam cikgu,
    bila saya baca nota cikgu tentang terbitan saham, langkah 1 ialah debit akaun permohonan saham kredit modal saham biasa langkah kedua ialah debit bank kredit permohonan saham. tetapi dalam buku teks langkah 1 ialah debit bank kredit akaun permohonan kemudian langkah 2 debit akaun pemohonan dan kredit akaun modal saham biasa….yang mana satu betul? terima kasih

  23. Gayathri,

    Kita merekod sesuatu urus niaga mengikut URUTAN TARIKH.

    Pada kebiasannya,
    1. saham diterbitkan terlebih dahulu – jadi kita merekodkan terbitan saham (Dt: Permohonan Kt: Modal Saham)
    2. dalam tempoh tertentu, semua saham yang diterbit dilanggan dan dibayar penuh – jadi kita rekodkan penerimaan tersebut (Dt: Bank Kt: Permohonan)
    > Cuba perhatikan TARIKH2 dalam soalan latihan no. 6 dan 9 (Buku Teks ms124-125).

    Tetapi dalam CONTOH Buku Teks ms 116-117, soalan menyatakan TARIKH MEREKOD terbitan saham SAMA dengan TARIKH pembayaran oleh permohonan, iaitu pada 1 Mac 20X3. Oleh itu kedua2nya direkodkan SERENTAK (tarikh sama) tiada yang mana dahulu, mana kemudian, Cuma penerimaan wang diletakkan diatas, dan terbitan saham diletakkan dibawah pada tarikh yang SAMA.

    Sebaik2nya rekodkan terbitan saham dahulu, baru rekod penerimaan wang. (Rekod Jual dahulu , bila bayar baru rekod terima wang).

    Kesimpulannya, kedua2 betul mengikut TARIKH ianya direkodkan dalam soalan. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam menjawab soalan SPM nanti amalkan cara yang Cg sarankan. Kerana dalam soalan nanti maklumat tentang terbitan saham akan diberi dahulu kemudian baru maklumat tentang pembayaran.

  24. terima kasih cikgu

  25. macam manakira modal berdaftar? modal yang wujud atau belum wujud?

  26. Sedar,

    Modal berdaftar = Modal Dibenarkan, iaitu Modal yang dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat dan merupakan had maksimum modal yang boleh diterbitkan.

    Pengiraannya,
    Modal berdaftar/dibenarkan = Bilangan unit saham yang berdaftar/dibenarkan X harga sesaham.

    Maaf, Cg tak pernah dengar pun “modal yang wujud atau modal belum wujud” jadi tak boleh bagi komen mengenainya.

  27. salam cikgu, saya tak faham macam mana nak kira dividen interim , etc .. tolong cikgu?

  28. Ya,

    Sila rujuk komen Cg berkaitan pengiraan dividen interim dan dividen akhir di ATAS. (klik)

  29. salam,
    cikgu soalan ini saya tidak faham cara mengira saham keutamaan dan biasa.
    soalan:-
    1)modal berbayar syarikt mesra terdiri 600,000 unit saham biasa bernilai RM1 sesaham dan 200,000 unit 6% shm keutamaan bernilaiu RM2 sesaham.
    TAHUN KEUNTUNGAN DIAGIHKAN UTK DIVIDEN
    20X2 36,000
    20X3 24,000
    20X4 16,000
    20X5 40,000

    Berdasarkan mklmt diatas,lengkapkan jadual berikut:-
    TAHUN KEUNTGAN DIVIDEN SHM BIASA KADAR
    DIAGIHKAN SAHAM DIVIDEN

    KEUTAMAAN BIASA
    UTK DIVIDEN

    20X2 RM36,000
    20X3 24,000
    20X4 16,000
    20X5 40,000

    SOALANNYA, KIRA SAHAM KEUTAMAAN DAN SAHAM BIASA MENGIKUT SETIAP TAHUN DAN KADAR DIVIDEN???

    TOLONG CIKGU SAYA TAK FAHAM

  30. SATU LGI SOALAN..

    1) APA MAKSUD MODAL DITERBITKAN DAN MODAL BERBAYAR??

    2) MAKSUD SAHAM KEUTAMAAN DAN SAHAM BIASA??

  31. Asas pengiraannya DIVIDEN = kadar dividen X unit saham diterbit X nilai taranya.
    Daripada jumlah keuntungan setiap tahun hendaklah dibayar Dividen Saham Keutamaan DAHULU, bakinya baru diberikan kepada SAHAM BIASA.
    Dan pengiraan KADAR DIVIDEN Saham Biasa pula JUMLAH DIVIDEN / MODAL DITERBITKAN SB X 100.

    Sila rujuk contoh yang telah diberikan dalam Buku Teks anda, begitu juga dengan maksud2 tersebut.

  32. ZAHARIYAH OSMAN

    akum.. saya nak tanya cikgu… jika dividen saham keuatamaan tidak dapat dibayar pada tahun semasa, ia akan dibawa ke tahun hadapan (sebagai dividen tertunggak). contoh – jika div itu tak dapat dibayar pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008, adakah div itu akan tetap dibayar pada tahun 2009 ( terdapat untung pada tahun tersebut – 2009). selama manakah tempoh tertunggak itu akan diambil kira…

  33. Asasnya pemegang saham keutamaan akan dapat Dividen pada setiap tahun, jika berlaku kerugian, maka dividen tersebut akan dibayar kemudian bila mendapat keuntungan (dividen tertunggak). Semua jumlah dividen yang tertunggak tersebut akan dibayar pada tahun2 berikutnya.

  34. salam..ckgu..macam mana nk rekod akaun permohonan saham,,akaun modal saham dan akaun bank..

  35. Ada 2 langkah saja :

    1. merekod terbitan saham:
    Dt: Permohonan saham
    Kt: Modal Saham

    2. merekod penerimaan wang daripada terbitan saham tersebut
    Dt: Bank
    Kt: Permohonan saham

  36. ok..thnx ckgu..

  37. salam..ckgu..

    kenderaan
    stok awl
    stok akhir
    bank
    penghutang
    pemiutang
    untung kasar

    yang mana satu perlu ambil kira untuk hitung jumlah modal diterbitkan?

  38. Semua item yang diberikan itu tidak terlibat dalam pengiraan modal diterbitkan.

    Modal diterbitkan = Bilangan unit saham yang diterbit X harga sesaham.

  39. ooo..ok..thnx ckgu..

    boleh x ckgu bagi formula untuk cari dividen interim dan dividen akhir?

  40. Perkara tersebut telah Cg kemukakan diatas, sila baca2 pos2 sebelum ini.

  41. terima kasih cikgu..assalamu’alaikum..

  42. Maaf, pihak Geocities telah halang untuk akses fail tersebut kerana laman web tersebut sudah lama tidak digunakan (tidak aktif) setelah kelahiran Blog Cg Narzuki Online.

  43. Oohhhkay. Jd dmana bleh dptkn nota n ltihan bab ni???

    Sy ada satu soalan,

    Syrkt abc berhad didaftarkn dgn modal yg trdiri drpd 5000000
    Unit SB, brnilai Rm1 sesaham & 2000000 unit 5% SK Rm1 sesaham. Semua SK dan separuh drpd SB diterbitkan. Smua shm tlh dlnggn n dbyar pnuh.

    Kira modal diterbitkn:

    (nk tnye Soalan bhgn SK je.)
    SK: 2000000x rm1= 2000000…….. Mcm ni ke????
    Dah yg 5% tuh nk gune time bile cg????

  44. Nota dan latihan boleh diperolehi daripada buku2 dipasaran. Di mana nota lebih lengkap berbanding hanya nota ringkas (lebih baik buat sendiri) serta latihannya siap berjawapan sebagai panduan dan rujukan.

    5% merupakan KADAR DIVIDEN TETAP yang akan digunakan semasa mengira dividen yang dibayar kepada pemegang saham keutamaan nanti.

  45. salam,

    cg sy nk tanye soalan dlm buku teks m/s: 124, no.8

    knape jwpn utk dividen interim dan dividen akhir tk perlu
    drb 0.50 sesaham???

  46. Sekiranya kadar dividen diberikan dalam bentuk peratus, maka DIVIDEN = kadar dividen X unit saham diterbitkan X harga sesaham = RM ……..

    Tetapi jika dividen dinyatakan dalam bentuk 3 sen sesaham, maka DIVIDEN = unit saham X dividen seunit = RM….

  47. terima kasih

  48. Salam, cg…

    Nk tnye, klo cth nye:

    Modal dbnarkan;
    SK: 1500,000 6%
    SB: 2200,000

    Modal ditrbitkan;
    SK: semua
    SB: separuh

    Soaln: buat jurnal & lejar.

    Jd ak permohonan nnti sy kene bukak 2 atau bukak
    1 dn gabungkn Sk & SB. Klo kne bukak 2 ape tjuk akaunnye?
    Tq

  49. Buka berpasangan :
    1. Ak Modal Saham Keutamaan – Ak Permohonan Saham Keutamaan
    2. Ak Modal Saham Biasa – Ak Permohonan Saham Biasa
    3. Ak Bank

  50. cikgu, sy nk yanya pasal penubuhan syrkt brhd dn semua mklumat modal… sbb kat skolah sy ada buat perbentangan… so, sy xthu nk ulas yg mne sbb sy x blaja lagi bab ni… so, boleh x cikgu tlg sy…??

  51. Pada pandangan Cg,
    1. Pengenalan – cerita mengenai ciri2 syarikat berhad & syarikat sendirian berhad.
    2. Penubuhan Syarikat – akta yang terlibat, dokumen2 terlibat seperti – Tatawujud dan Tataurus.
    3. Modal dan jenis2 modal

    Semua maklumat tersebut boleh diperolehi dalam buku teks atau buku rujukan.

  52. terima kasih

  53. cikgu boleh x terangkan pada saya secara kasar tntang syarikat berhad???kerana saya tidak begitu faham

  54. Atikah,
    Sila baca nota Syarikat Berhad yang disediakan oleh Cikgu Sila dalam blog beliau DISINI (klik)

  55. Cikgu Narzuki,
    Dalam soalan syarikat Berhad, persembahan ekuiti pemilik di kunci kira-kira,
    Modal dibenarkan
    saham biasa RM20 000
    Saham keutamaan 30 000
    ——-
    50 000
    ====
    atau Modal dibenarkan
    saham keutamaan RM30 000
    Saham biasa 20 000
    ———-
    50 000
    ======
    dalam buku rujukan saham biasa di tulis di atas tetapi dalam buku teks saham keutamaan di tulis di atas. cikgu, yang mana betul?

    terima kasih

  56. Tidak menjadi kesalahan tulis yang mana dahulu, keuda-dua BETUL, cuma adalah lebih baik ditulis Saham Keutamaan dahulu.

  57. terima kasih

  58. sri pantal construction

    slmt cg…
    sy seorang kontraktor…sy ingin kan kepastian…jika syarikat adalah persendirian..adakah wujud modal bebayar,modal dibenarkan??..tq

  59. Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sepatutnya ada perkara tersebut.

  60. askum cgu,
    saya ada sikit pertanyaan:
    Bila sykt terbitkan saham, cttnnya dt ak permohonan kt ak modal saham.
    dan apb sykt terima byrn & dibankkan, cttnnya dt ak bank kt ak permohonan.

    modal kt krn EP bertambah dan bank dt krn aset bertambah.soalannya:
    Kenapa dt ak permohonan(terbit shm) dan kt ak permohonan(terima byrn)?
    harap dibantu,TQ…..

  61. Ak Permohonan merupakan Ak Perorangan SEMENTARA, konsepnya sama dengan Ak Penghutang (ASET).

    1. Bila terbitkan saham:
    Dt: Permohonan …. seolah2 wujudnya penghutang
    Kt: Modal Saham

    2. Terima bayaran:
    Dt: Bank
    Kt: Permohonan …… seolah2 penghutang bayar.

  62. ada ka nota yg lengkap d cni?

  63. Maaf tiada, Nota yang lengkap boleh rujuk buku teks atau buku rujukan di pasaran.

  64. cg,
    bagi bab syarikat berhad tingkatan 5 , perlu ajar lebihan langganan dan kurangan langganan??dalam silibus spm?

  65. Phang,
    Sukatan SPM hanya terbitan pada nilai tara sahaja… tentang lebihan / kurangan langganan tidak dinyatakan dengan jelas dalam sukatan tetapi berdasarkan buku teks lebihan langganan juga ada dikemukakan. Maka pada pandangan saya, adalah lebih baik perkara tersebut juga diajarkan kepada pelajar.

  66. cikgu..sy xfaham bile soalan mintak suruh cari dividen interi n dividen akhir..

  67. salam,,cikgu apa maksud saham biasa dengan saham keutamaan ?

  68. SAHAM bermaksud syer dalam sesuatu syarikat perniagaan yang melayakkan pemiliknya menerima dividen, mengundi dan mempunyai hak milik yang berkadar dengan jumlah syer yang dimilikinya.

    Saham ada 2 jenis iaitu: Saham Biasa dan Saham Keutamaan. Yang membezakannya hanyalah dari segi CIRI-CIRI seperti kadar dividen, hak mengundi, keutamaan bayaran dividen, tunggakan dividen serta keutamaan tuntutan.

  69. assalamualaikum cg, blh cikgu terangkan beza modal dibenar dengan modal berbayar?

    adakah;

    modal dibenar = modal berdaftar?
    modal berbayar = modal terbitan?

    lagi satu, apa beza rosotnilai dengan susutnilai?

  70. Waalaikumussalam,

    MODAL DIBENARKAN adalah SAMA maksudnya dengan MODAL BERDAFTAR.
    Manakala, MODAL BERBAYAR dan MODAL DITERBITKAN memepunyai maksud yang BERLAINAN, tetapi dari segi NILAINYA kemungkinan SAMA, jika semua saham yang diterbitkan dibayar penuh semasa permohonan.

    Pada pandangan Cg, ROSOTNILAI dan SUSUTNILAI mempunyai konsep yang hampir sama tetapi digunakan kepada 2 aspek yang berbeza.
    1. ROSOTNILAI – aspek EKUITI / PELABURAN (luar sukatan SPM)
    2. SUSUTNILAI – aspek ASET BUKAN SEMASA

  71. nurhamirajidin

    cikgu saham 2 sbnrnya aper?sy kurang faham

  72. Cuba baca dan fahami apa yang disampaikan dalam buku teks, atau :

    https://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=23284

    https://www.chayo.my-php.net/artikel_view.php?page_detil=Apa%20itu%20saham%20%5B08-Mar-2009%5D

    Kemudian tanya apa yang kurang faham.

  73. Selamat sejahtera cikgu . Harap cikgu benarkan saya tanya beberapa soalan yang saya kurang faham .

    1 April 2006 , Starikat XX telah memulakan perniagaan dengan modal berdaftar sebanyak 900,000 saham biasa Rm2 seunit . Pada tarikh yang sama , syarikat XX telah menerbitkan 750,000 saham biasa pada nilai tara kepada orang ramai . Semua saham laku .

    Lembaga pengarah syarikat memutuskan perkara berikut ;
    i) membayar dividen interim 5% pada 1 Okt 2006 .
    ii) mengisytiharkan dividen akhir 10% 31 Mac 2007 .

    Menghitung :
    i) Dividen Interim
    ii) Dividen Akhir

    Jadi , adakah saya sepatutnya ambil Modal Diterbitkan X 15%(5% + 10%) ?

    Terima Kasih .

  74. Maafkan saya cikgu kerana tertinggal beberapa perkara iaitu :

    ” Jadi , adakah saya sepatutnya ambil Modal Diterbitkan X 15%(5% + 10%) untuk dividen Akhir ? Terima Kasih .

  75. GK,

    Dividen Akhir hanya 10% sahaja, maka
    Dividen Akhir = Modal diterbitkan X 10%

    JUMLAH DIVIDEN = Modal diterbitkan X 15%

  76. Terima Kasih cikgu untuk meluangkan masa untuk menjawap soalan saya .

  77. Cikgu,
    Langkah catatan untuk merekodkan terbitan saham telah berubah dalam Buku Teks baru berbanding dengan Buku Teks lama. Langkah pertama dalam Teks baru ialah:

    Dt Ak Permohonan Saham Biasa
    Kt Ak Modal Saham Biasa

    Langkah ini adalah langkah terakhir dalam Buku Teks lama. Saya tidak berapa setuju dengan cara ini dalam Buku Teks baru ini. Ini adalah kerana Permohonan masih belum diterima, kenapa Ak Modal dikreditkan? Apabila Ak Modal dikreditkan, ini bermakna ekuiti syarikat meningkat, tetapi sebenarnya tidak.

    Apakah pandangan cikgu?

  78. Cg Martina,
    Maaf untuk saya katakan saya bersetuju dengan buku teks baru.

    Contoh mudah, sebagai perbandingan :
    Jualan barang niaga secara kredit, kemudian penghutang bayar dengan cek.

    Kita akan rekod:

    Dt: Penghutang
    Kt: Jualan ……….. kenapa kita rekod jualan sedangkan duit belum terima ?

    Dt: Bank
    Kt: Penghutang

    Cuba bandingkan :

    Dt: Permohonan Saham Biasa
    Kt: Modal Saham Biasa ……………. saham telah diterbitkan, duit belum terima.

    Dt: Bank
    Kt: Permohonan Saham Biasa

  79. Terima kasih kerana sudi menjawab, Cikgu.
    Saya boleh faham dari segi jualan kredit itu. Tapi apakah rationale Buku Teks baru buat begitu sedangkan banyak sumber buku yang saya rujuk mengikut Buku Teks lama. Berikut adalah satu rujukan yang saya dapati:

    (B) Issue of Shares for cash
    In general, shares are issued for cash.
    The company may receive the share money in one instalment along with application. In this case the following journal entries are made in the books of the company
    1. On Receipt of Application Money
    Bank A/c Dr
    Share Application A/c Cr
    (Application money received on ….shares of Rs…each)
    2. On transferring the Application Money
    Share Application A/c Dr
    Share Capital A/c Cr
    (Application money transferred to share capital A/c)

    Ini cuma pandangan saya sahaja. Harap cikgu lain juga bpleh berikan pandangan masing-masing untuk berkongsi…

  80. Cg Martina,
    Pada pandangan saya,
    Perbezaan tersebut berlaku disebabkan asas perakaunan yang digunakan :
    1. Asas Tunai – direkod apabila tunai diterima.
    2. Asas Akruan – modal yang diterbit sudah boleh direkodkan, walaupun semua wang belum dibankkan.
    Walaupun modal yang diterbit dibayar penuh, tetapi semua penerimaan cek2 / bayaran – tidak diterima / dibankkan SERENTAK. Ianya dikumpulkan sehingga tempoh permohonan tamat, kemudian dibankkan. Ataupun dibankkan secara berperingkat2.

    Katakan:
    1/5/2011 – modal saham biasa diterbitkan kepada umum.
    31/5/2011 – tarikh tamat permohonan, semua penerimaan dibankkan.

    Isunya, bila tarikh terbitan saham tersebut direkodkan oleh syarikat ?
    Jika pada 1/5/2011 – maka cara buku teks baru akan digunakan.
    Jika pada 31/5/2011 – maka cara buku teks lama boleh digunakan.

    Pada saya, kedua2nya betul dan boleh digunakan bergantung kepada amalan perakaunan yang digunakan.

  81. Cigku,
    Saya akan ikut sahajalah apa yang ada dalam Teks baru. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana sudi berkongsi pandangan cikgu…

  82. cikgu saya nak tanya…
    kenapa kalau ada dividen interim bagi saham keutamaan bila pengiraan dividen akhir kadarnya perlu ditolak. Adakah pemegang saham keutamaan tidak layak menerima ganjaran?

  83. Nizasyarina,
    Dividen kepada pemegang Saham Keutamaan adalah TETAP. Jika namanya “8% Saham Keutamaan”, maksudnya kadar dividen yang akan diperolehinya adalah 8% sahaja. Sekiranya diistiharkan dividen interim 3%, maka dividen akhir nanti pemegang saham keutamaan hanya layak 5% sahaja. Ianya berbeza dengan pemegang saham biasa.

  84. cikgu apa yang dimaksudkan tentang saham biasa dan saham keutamaan???….

  85. Syakirin,

    Apa yang perlu difahami dahulu ialah apa itu SAHAM ?
    SAHAM bermaksud syer dalam sesuatu syarikat perniagaan yang melayakkan pemiliknya menerima DIVIDEN, MENGUNDI dan mempunyai HAK MILIK yang berkadar dengan jumlah syer yang dimilikinya.

    SAHAM tersebut ada 2 jenis, iaitu SAHAM BIASA dan SAHAM KEUTAMAAN. Maksud kedua2nya adalah sama, cuma yang membezakannya hanya dari segi CIRI-CIRI setiap saham tersebut ….. sila rujuk buku teks m/s 397.

  86. assalamulaikum cikgu , macam kita nak faham saham

  87. MODAL DIBENARKAN
    * 300000 unt 10% saham k.,1.00 sesaham
    *200000 unt saham b,0.50 sesaham

    MODAL DITERBITKAN
    *100000 unt10% saham k………………………rm 100 000
    *100000 unt saham b………………………………rm 50 000

    keuntungan………rm 15 000
    SOALAN……bagaimana hendak hitung dividen bagi kedua-dua saham???

  88. Intansuhana,

    Cadangan jawapan saya,
    Dividen SK = 10% x RM100,000 = RM10,000
    Dividen SB = Untung – Dividen SK = RM15,000 – RM10,000 = RM5,000.

  89. adakah pengiraan ini sama seperti mengira sk dan sb jika tiada keuntungan dinyatakan dalam soalan ?

  90. Intansuhana,

    Jika tiada keuntungan diberikan, maka kadar dividen bagi SB akan diberikan dalam maklumat tambahan.
    Dividen SB = k% x modal SB diterbitkan
    Dividen SK = k% x modal SK diterbitkan

  91. untung……rm52000
    dividen sk…….rm 32000
    dividen sb………..rm 20000
    kadar dividen sb…………rm?

    bagaimana cg?

  92. Intansuhana,

    Pada pandangan Cg,
    Maklumat tidak lengkap, perlu ada maklumat modal SB diterbitkan / berbayar … baru dapat cari kadar dividen SB tersebut.

  93. modal diterbitkan sb…rm 2 500 000

  94. Intansuhana,

    Kadar dividen SB = Dividen SB / Modal diterbitan SB X 100%

  95. apakah maksud sebenar modal berbayar? dan penerangan jelas ttg modal berbayar… jika baik ada contoh…

  96. Siew peng,

    MODAL BERBAYAR merupakan jumlah MODAL SEBENAR yang dibayar oleh pemegang saham. Biasanya semua saham yang diterbitkan (dijual) akan DIPOHON BELI dan DIBAYAR PENUH semasa permohonan.
    Maka : JUMLAH MODAL BERBAYAR = JUMLAH MODAL DITERBITKAN

    Perbandingan secara mudah:
    Jual saham = Modal diterbitkan
    Berapa dibayar = Modal berbayar

  97. salam cikgu…nak tye ttg pengiraan called up capital dan uncalled capital….

    authorised capital : 45 000 000 @ rm 1
    issued capital : 25 000 000 @ rm0.60
    all the shared were fully subscribed and paid for when the call was made accept the for 10 shareholder who hold 2 000 000 ordinary share did not pay the call money……

    cam na nak jawab utk paid up capital & unpaid up capital

  98. Fazlyana,

    Cadangan jawapan Cg,
    PAID UP CAPITAL = 23 000 000 X rm0.60) = ………………
    UNPAID UP CAPITAL = 2 000 000 X RM0.60 = ………………

  99. cg, nk tnya lg…apa maksud dividend atas saham?

  100. Ashikin,

    Sedikit Nota berkaitan DIVIDEN

    Definisi dividen

    Definisi dividen secara teknikal adalah merujuk kepada syer dan ianya adalah sejumlah amaun yang diterima olh pemegang2 syer sesebuah syarikat apabila sesebuah syarikat itu memperolehi keuntungan yang secara sahnya wujud untuk pembahagian dividen.

    Menurut Sek 365 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa tiada dividen boleh dibayar kepada pemegang2 syer mana2 syarikat kecuali dari keuntungan/

    Menurut Sek 60 Akta Syarikat Dividen hendaklah dibezakan dengan faedah (interest) iaitu faedah adalah merupakan hutang yang mana ianya seperti hutang2 yang lain iaitu dibayar dengan menggunakan asset syarikat. Dividen pula bukanlah merupakan hutang syarikat sehinggalah ia diisytiharkan oleh pihak syraikat. Di samping itu, dividen tidaklah boleh dibayar dengan menggunakan asset syarikat secara amnya, hanya di dalam keadaan tertentu sahaja prinsip pembayaran dividen dibenarkan

  101. assalamualaikum, kenapa saham keutamaan tidak berhak mengundi?

  102. Rina, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Perkara tersebut telah termaktub dalam Seksyen 4 Akta Syarikat 1965 definisikan Saham Keutamaan sebagai “saham dengan apa-apa pun namanya dipanggil, yang tidak memberik hak kepada pemegangnya kepada hak untuk mengundi di Mesyuarat Agung atau kepada apa-apa hak untuk menyertai melebihi amaun yg ditetapkan dalam apa-apa pembahagian samada secara dividen atau ke atas penebusan, dalam sesuatu penggulungan atau selainnya”.

    Dan Pemegang saham keutamaan juga bukan sebagai pemilik Syarikat, maka tidak berhak untuk mengundi atau campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran…. ianya lebih kepada pelabur semata2…. yang telah diberikan hak2 dan keistemewaan tertentu.

  103. Bagaimana cara untuk mengira perolehan sesaham dan dividen sesaham ?

  104. Nurul,

    Perolehan sesaham (earning per share) adalah untung setiap unit saham yang dimiliki oleh pemegang saham.
    Perolehan sesaham = (Untung Bersih-Dividen Saham Keutamaan) / Bilangan Purata Saham Biasa
    Contoh : U. Bersih = RM 832000     Saham = 455 250 unit    EPS = RM 1.83

    Dividen Sesaham (DPS) = Jumlah Dividen (D) / Bilangan saham biasa

  105. Salam, apakah rekod transaksi bagi dividen dibayar?

    Dt. ?
    Ct. Bank

  106. Apa 5 aspek perbezaan diantra saham biasa dan saham keutamaan…

    Apa antra perbezaan di antra sumber kwgn jgka pndk dgn smber kwgn jgka pnjg?

  107. Nur Aisyah,
    Sila ke SINI (klik) untuk nota berkaitan Syarikat Berhad (SPM).

    Miza,
    Secara asasnya Dt Dividen Kt Bank.

  108. salam cikgu…saya mohon pertolongan cikgu…
    cikgu mcm mana catatan jurnal untuk transaksi ini…
    menerbitkan 25,000 unit saham keutamaan kumulatif 8% untuk mendapatkan sebidang tanah yang mempunyai nilai pasaran rm135,000.

  109. Kina,

    Berdasarkan meklumat yang diberikan, cadangan jawapan Cg ialah:
    Dt: Tanah RM135 000
    Kt: Modal Saham Keutamaan RM135 000

  110. cikgu, modal berdaftar dan modal dibenarkan tuh sama ke??

  111. Nur Fatiha,

    Ya, sama.

  112. cikgu boleh terangkan tentang akaun permohonan??
    akaun permohonan hanya ada untuk akaun permohonan saham biasa je kea??
    ada tak akaun permohonan saham keutamaan ??

  113. Nur fatiha,

    Akaun Permohonan adalah akaun sementara yang merujuk kepada pemegang saham.
    Sebagai panduan, ianya mesti sepasang ;
    Ak Modal Saham Biasa – Ak Permohonan Saham Biasa
    Ak Modal Saham Keutamaan – Ak Permohonan Saham Keutamaan

  114. Assalamualaikum cikgu,
    Saya tidak faham pada tajuk tingkatan 5 syarikat berhad.
    Apakah maksud modal dibenarkan, diterbitkan, berbayar dan belum diterbitkan?
    Dan juga saham keutamaan dan biasa?

  115. Aida, waalaikumussalam.

    Nota lengkap boleh rujuk buku teks m/s 394-397.
    Gambaran secara kasar :
    Modal dibenarkan …….. jumlah maksimum SAHAM yang boleh dijual, katakan 1000 unit.
    Modal diterbit ……. SAHAM yang dijual, katakan 200 unit … bila jual, pelabur BAYAR = Modal Berbayar
    Modal belum diterbitkan ….. SAHAM yang belum dijual, iaitu (1000-200) 800 unit.

  116. Cikgu, saya pelajar stpm , boleh tanya cikgu tentang terbitan saham ? sebab kat sukatan pelajaran 2014 dalam tulis (bayar penuh sahaja dan secara tunai), maksudnya tidak termasuk panggilan saham ? ia bayar secara penuh semasa permohonan?

  117. Lim,

    Sukatan baru ditukar sedemikian rupa adalah mengikut amalan sekarang, dimana setiap permohonan perlu dibayar penuh semasa permohonan… jika permohonan tidak berjaya wang tersebut akan dibayar balik kepada pemohon.

    Tidak seperti beberapa tahun dahulu, dimana pemohon hanya kemukakan permohonan sahaja, jika berjaya baru bayaran dibuat (dikenali sebagai panggilan) sama ada sebahagian dahulu ataupun sepenuhnya.

    Sukatan SPM sudah lama ditukarkan perkara tersebut …. kalau tidak silap Sukatan SPM 2003 lagi.

  118. Cg,
    merujuk kepada Trial Spm MRSM 2011, Q29

    jumlah dividen akhir :
    saham keutamaan = 2,000,000xRM1 x8%=RM160,000
    saham biasa = 4,000,000xRM0.05 =RM200,000

    jumlah = RM360,000

    betulkah Cg?

  119. Chee,

    Ya betul.

  120. cikgu, apakah maksud syer ?

  121. Mirul,

    Syer = Saham

  122. assalam..sya nk tnya…sya sebuah syrikat ada buat perjanjian/usahama dengan sebuah syrkt sdn. bhd.. dlm perjanjian itu, syrikat sya memegang 5% ekuiti dlm syrkt sdn. bhd tersebut..dlm perjanjian itu juga mnytakan sebarang risiko yg berlaku tidak akan ditanggung oleh syarikat sya..apa boleh sebegitu? bukankah pembahagian ekuiti.. bergantung kpd keuntungn dan sekiranya rugi..syarikat sya juga akan rugi..

    soalan ke 2.. maksud memegang 5% ekuiti tu mcm mna? kalau syrikt sy xnk pegang 5% ekuiti tapi nk 5% sbg keuntungan saja mcm mna?

  123. Noralina, waalaikumussalam.

    Memegang 5% ekuiti, maksudnya 5% daripada MODAL perniagaan tersebut adalah hak milik syarikat puan. Katakan jumlah modal RM100,000, maka RM5,000 adalah hakmilik syarikat puan. Sekiranya syarikat tersebut mendapat keuntungan dan diistiharkan pemberian dividen sebanyak 10%, maka syarikat puan akan mendapat dividen (pembahagian untung) sebanyak =10% x RM5000 = RM500. Pembahagian keuntungan adalah berdasarkan pegangan modal dalam syarikat. Sekiranya syarikat puan tidak mahu ekuiti 5% tersebut bermaksud syarikat puan tidak mempunyai sebarang pegangan modal dan tidak layak untuk mendapat sebarang agihan keuntungan.

    Sebarang risiko TIDAK ditanggung oleh syarikat puan, maksudnya sebarang masalah/kerugian hanya ditanggung oleh syarikat tersebut sahaja… syarikat puan tidak terlibat dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut.

  124. terima ksh… mcm ni..sya baru tgk balik perjanjian sykt sya dgn sykt tersebut…dlm perjnjian.. mmperuntukan 5% ekuti inrerest sykrt tersebut kpd sykt sya..secara percuma..mksudnya kat sini..sykt sya xde pegangan syer cuma kongsi utg sahaja dgn sykt tu..sbb tu la sbrg risiko..sykt sya xtggung..

    soalan sya kat sini..mksud perjnjian tu..sykt sy mmg xpegang syer..cuma share profit saja kan?

    soalan kedua..keuntungan tu diklasifikasi sbg apa? aset semasa@ apa?

  125. Noralina,

    Cadangan saya adalah lebih baik dapatkan pencerahan daripada syarikat tersebut berkaitan isi perjanjian yang telah ditandatangani.. kerana mereka lebih tahu isi perjanjian tersebut.

  126. cikgu kira dividen interim dan dividen akhir mahu darab nilai tara tak?

  127. Irene,

    Dividen = unit saham diterbitkan X nilai tara X kadar dividen
    atau
    Dividen = kadar dividen X MODAL DITERBITKAN

  128. selamat sejahtera

    menerbitkan 500 000 saham keutmaan. 8? pada nilai tara. RM 2
    lembaga pengarah mengistiharkan dividen interim 5?

    kira dividen interim?

    modal diterbitkan saham keutmaan
    =500?000× RM 2
    =RM 1000,000

    cikgu cara yang mana betul untuk kira dividen?
    500,000 ×RM 2×5? =RM 50,000

    atau

    RM 1000,000 × 5? =RM 50,000

  129. okok saya sudah faham terima kasih cikgu *^_^* ribuan terima kasih

  130. Salam cikgu

    Kalau soalan tanya dividen saham biasa ? Dia tak cakap pun dividen interim atau dividen akhir? Dlm soalan saya ni dia tak bagi peratus apa pun untuk div sbiasa. Dia bagi div akhir shmbiasa 10 % ja

  131. Muhaimin,

    Itu maksudnya tiada dividen interim… terus kira Dividen akhir.

  132. salam cg
    mcm mn mengira kadar dividen shm biasa?

  133. Lili,

    Kadar dividen = dividen / modal diterbitkan X 100%

  134. Assalam cikgu, macam mana nak kira modal dibenarkan dan modal diterbitkan ye

  135. cikgu, apakah yang dimaksudkan dengan dividen interim?

  136. Anra, waalaikumussalam.
    Pengiraan modal = unit saham X harganya seunit.
    Jika modal dibenarkan… guna unit saham dibenarkan.
    Jika modal diterbitkan .. guna unit saham diterbitkan.

    Amza,
    Dividen interim… dividen yang dibayar dalam tempoh perakaunan.. sebelum keuntungan perniagaan diketahui lagi.

  137. Cikgu mohon tunjuk ajar.
    Kalau soalan ni dia dah bagi keuntungan untuk pembayaran dividen pastu macam mana nak kira dividen yang diterima ye

  138. Fir,

    Kira dividen SK dahulu.. ikut %
    Kira dividen SB = keuntungan – SK

  139. apakah perbezaan antara saham keutamaan dengan saham biasa?

  140. Im,

    Sila rujuk buku teks m/s 397.

  141. Cikgu,

    Tajuk ni untuk trial berapa negeri ye yang ada?

  142. Koyaki,

    Lebih kurang 7.. 8 negeri.

  143. assalamualaikum cg.. saya nk tnya tntang faktor pemilihan bagi syarikat berhad.. saya dh search dlm google, tpi x jumpa

  144. Amir Syafiq,

    Jawapannya sudah ada dalam buku teks… cuba bandingkan ciri2 entiti perniagaan… apa beza, kelebihan memilih Syarikat Berhad berbanding entiti perniagaan yang lain… berdasarkan ciri2 : pemilikan, sumber modal, tanggungan liabiliti, pengurusan dan FAKTOR PEMILIHAN… pada m/s 27 buku teks.

  145. salam cikgu,7% saham keutamaan yg dibenarkan adalah sbyk 500,000 unit rm1 sesaham dan sudah habis diterbitkan pada tahun semasa kewangan, adakah perlu saham keutamaan yang diterbitkan itu masuk ke dalam pkk?

  146. Maria,

    Sudah semestinya… perkara tersebut direkodkan dalam PKK… itulah sumber utama modal perniagaan.

    Ekuiti Pemilik:
    Modal dibenarkan:
    500,000 unit 7% SK @ RM1 sesaham RM500,000

    Modal diterbitkan dan berbayar penuh:
    500,000 unit 7% SK @ RM1 sesaham RM500,000

  147. OK…TQ cikgu.

  148. Cikgu says tak Tahu macam mana Kira …..

  149. Sss,

    Sebarang pengiraan… mesti ingat formulanya.

  150. saya ada ikut formula tapi tak dapat jawapan

  151. Sss,

    Cuba baca soalan betul2… apa maklumat yang diberi dan apa kehendak soalan.

  152. Cikgu,

    cuba tanya 2 dokumen (tatawujud syarikat dan tataurus syarikat) yang perlu disediakan kepada SSM ialah untuk Syarikat Awam berhad sahaja? atau untuk Syarikat sendirian berhad juga?

    terima kasih.

  153. Tan Swee Kung,

    Kedua-dua tertakluk Akta Syarikat yang sama. Pendaftaran pun cara yang sama.

  154. Tan Swee Kung

    Cikgu,

    cuba tanya satu soalan.
    soalan bagi modal berdaftar termasuk:
    20,000,000 unit saham biasa RM1 sesaham dan 10,000,000 unit 5% saham keutamaan RM2 sesaham.

    apakah maksud untuk “10,000,000 unit 5% saham keutamaan RM2 sesaham”?
    apakah itu 5% saham?

    terima kasih.

  155. Tan Swee Kung,

    5% –> kadar dividen saham keutamaan.. apabila nak kira dividen baru kita guna.

  156. Tan Swee Kung

    Cikugu,

    cuba tanya apa bezanya nilai tara, nilai nominal, nilai par, nilai premium dan nilai diskaun?

    semasa syarikat terbitkan saham, bagaimana mereka decide which harga saham itu untuk diguna?

    terima kasih.

  157. Tan Swee Kung,

    Nilai par = nilai tara = nilsi nominal
    Nilai premium –> nilai yg lebih tinggi drp nilsi par
    Nilai diskaun –> nilai yg lebih rendah drp nilsi par.

    Untuk sukatan SPM.. kita hanya guna terbitan pada nilai par sahaja.

  158. apa maksud nilai tara/nilai nominal,nilai par??

  159. Fatin,

    Secara mudah… nilai harga seunit saham.

  160. salam..sy nk tny..
    dividen adalah keuntungan sykt yg akan dibyr kpd pemegang saham..terbahagi kpd dua..dividen interim dan akhir..
    D.interim byr sbelum untung sbenar diketahui..
    D.akhir byr slepas untung diketahui..

    jika pemegang saham telah dbyr dividen interim..adakah pemegang saham masih akan dpt dividen akhir?

  161. 25 sen dividen atas setiap unit saham yang terdiri daripada 2 500 000 unit saham biasa berharga rm0.50 sesaham..

    jwpn. 2500000 x 25 sen= rm625000
    kenapa rm0.50 tak darab sekali?

  162. Mimi,

    Ya.. masih dapat.. jika diistiharkan dibayar dividen akhir.

    RM0.25 x RM0.50 = RM kuasa dua… ?

    1 unit saham –> dividen 25 sen
    Jika 2 500 000 unit –> 25 sen x 2 500 000
    # perlu tak ? X RM0.50

  163. Cikgu,

    cuba tanya jenis saham yang kita belajar adalah untuk syarikat awam.

    betul tak?

    terima kasih

  164. Tan Swee Kung,

    Ya.. lebih kepada Syarikat Awam Berhad.

  165. Cg ,sy tk berapa fhm soalan ni , soalan ini mempunyai pembayaran dividen utk dividen interim dan akhir . Bagaimana mahu merekodkan dlm jurnal pembayaran dividen kpd pemegang² saham?

  166. Nas,

    Rekod seperti biasa ikut tarikh ianya dibayar.
    01/06/17 Dividen xxx
    31/12/17 Dididen xxx

  167. Cikgu,

    cuba tanya Butiran yang perlu ditunjukkan di dalam Kunci Kira-kira terdiri daripada modal dibenarkan dan modal diterbitkan sahaja, betul tak?

    terima kasih.

  168. Tan Swee Kung,

    Jika soalan minta tunjukkan bahagian Ekuiti Pemilik sahaja..
    Modal dibenarkan
    Modal diterbit dan berbayar penuh

    Jika soalan minta sediakan KKK.. maka kena lengkap.. Aset.. Liabiliti & EkuitiPemilik.

  169. Cg utk buat jurnal yang merekodkan terbitan saham kena masukkan butir cthnya permohonan saham dan modal saham.Kalau catatan jurnal pembayaran dividen,apa butir yg patut ditulis?

  170. Hajar,

    Apabila dividen diistiharkan:
    Dt Dividen xxx
    Kt Pemegang saham xxx

    Apabila pembayaran dibuat:
    Dt Pemegang saham xxx
    Kt Bank xxx

  171. Cikgu,

    cuba tanya kalau soalan minta sedia KKK,
    maka
    = modal dibenarkan + modal diterbit dan berbayar penuh + LBS

    betul tak?

    terima kasih.

  172. Tan Swee KKK.

    Format lengkap KKK.
    ABS
    AS
    (-) LS
    =======
    EP –> Modal dibenarkan & Modal diterbit dan berbayar penuh
    LBS
    =======

  173. Cikgu,

    cuba tanya apa tu akaun permohonan?
    Ia ialah belanja atau?

    satu soalan lagi ialah catatan jurnal untuk merekod terbitan saham:
    apabila bayaran wang diterima dan dibankkan, catatan bergunya ialah:
    Dt Akaun Bank
    Kt Akaun modal Saham biasa

    atau

    Dt AKaun Bank
    Kt Akaun Permohonan?

    terima kasih.

  174. Tan Swee Kung,

    Terbit saham biasa :
    Dt Permohonan
    Kt Modal Saham Biasa

    Terima bayaran:
    Dt Bank
    Kt Permohonan

    #Permohonan –> pelabur yang mohon beli saham.

  175. Cikgu,berdasarkan yg cg jawab tadi,soalan sye ade mnyatakan dividen interim dan dividen akhir.Perlu kira dan masukkan ke dalam jurnal ke?dan bagaimana?adakah sama dgn butir yg cikgu bagi tadi?

  176. Hajar,

    Setiap urus niaga… kita catat dalam BCP kemudian diposkan ke Lejar.
    Dividen ada 2 cara:
    1. Buka Ak Dividen Interim & Ak Dividen Akhir
    2. Hanya buka Ak Dividen.

    Manakala catatan jurnal juga ada 2 … langsung @ tidak langsung.
    1. Istihar dividen:
    Dt Dividen Kt Pemegang saham
    Bayar dividen:
    Dt Penegang sahan. Kt Bank

    2. Dt Dividen. Kt Bank

  177. Cikgu,

    cuba tanya Akaun dividen interim saham keutamaan dan Akaun dividen interim saham biasa ialah belanja. betul?

    terima kasih.

  178. Tan Swee Kung,

    Kita yang bayar dividen –> Belanja

  179. Cikgu,

    maka di bahagian ekuiti pemilik,

    modal dibenarkan
    + modal diterbitkan dan berbayar
    + liabiliti bukan semasa.

    betul?

    terima kasih.

  180. Tan Swee Kung,

    Ya… cuma.. modal dibenarkan… hanya catatan sahaja. Tidak dijumlahkan.

  181. Cikgu,

    cuba tanya kadar dividen adalah dinyatakan dalam tatawujud syarikat?

    terima kasih.

  182. Tan Swee Kung,

    Tidak.
    Kadar dividen ditentukan setiap tahun selepas keuntungan perniagaan diketahui.

  183. Cikgu,

    cuba tanya dividen tertunggak untuk pemegang saham keutamaan. Contoh, kalau tahun 2015 tiada bagi dividen, tapi masih kira dividen untuk mereka, then pada tahun 2016, baru memberi dividen tahun 2015 bersama dengan tahun 2016 untuk pemegang saham keutamaan, betul?

    terima kasih.

  184. Tan Swee Kung,

    Ya.. betul.

  185. Cikgu, macam mana nak kira modal diterbitkan dan dividen?

  186. Ira,

    Modal diterbitkan = unit saham diterbit X nilai tara

    Dividen = k% X modal diterbitkan

  187. cikgu, saya nak tanya macam mana sediakan jurnal am jika soalan tanya :syarikat telah menerbitkan semua saham keutamaan dn separuh saham biasa kepada orang pada nilai taranya. semua bayaran telah diterima pada tarikh tersebut. Butir di jurnal am kena tulis apa? bank, permohonan saham keutamaan, permohonan saham biasa kan?? terima kasih..

  188. Lily,

    1. Kira modal diterbitkan untuk SB dan SK… kerana nilai tersebut akan direkodkan.

    2. Setiap jenis saham ada 2 catatan:
    a) merekod terbitan saham.
    Dt permohonan SB kt Modal SB
    Dt Permohonan SK Kt Modal SK

    b) merekod bayaran yang diterima.
    Dt Bank Kt Permohonan SB
    Dt Bank Kt Permihonan SK

    atau
    Dt Bank
    Kt Permohonan SB
    Kt Permohonan SK

  189. okay?terima kasih cikgu.

  190. Cikgu.. ini tentang sykt sdn. bhd.:

    – modal sb rm 50,002 ..
    – untung bersih rm 390,000
    – mahu bayar dividen sebanyak rm 250,000
    …….boleh atau tidak?
    kalau tak boleh, berapa nilai maksimum dividen yang boleh dibayar?
    terima kasih, cikgu.

  191. Saiful,

    Boleh… cuma tidak praktikal… cuba kira berapa % dividen jika Dividen 250,000 modal saham 50,000
    Dividen = (250,000/50,000) x 100% = 500% –> terlalu tinggi, sedangkan wang keuntungan tersebut diperlukan untuk memperkembangkan lagi perniagaan.
    Kadar dividen biasanya sekitar 10% sahaja.

  192. Cikgu.. apakah
    1.maksud kadar cukai(28%) dalam pengiraan dividen saham?
    2.bagaimana pengiraan untuk dividen belum bayar dan cukai belum bayar secara ringkas?

  193. Cc,

    Jika persoalan diluar sukatan SPM, sila kemukakan di SINI (klik).. nanti jika ada guru2 STPM yang datang.. mereka akan bantu anda.
    Supaya pelajar SPM tidak keliru dengan soalan yang dibincangkan. Sebab blog ini khas untuk SPM.

  194. Ok.. terima kasih cikgu..

  195. MA'ROP MOHAD JAIS

    cikgu
    soalan syarikat berhad keluar tak spm 2016 kertas 2?

  196. Ma’rop,

    Tahun lepas keluar soalan 5(a).

  197. Salam cikgu. Bagaimana pula catatan utk syarikat a membeli saham syarikat b

  198. Siti Hamizah,

    Kena lihat dari sudut syarikat itu sendiri.
    # Bagi Syarikat A –> pembelian saham tersebut direkodkan sebagai PELABURAN.
    # Bagi Syarikat B –> penjualan saham tersebut direkodkan sebagai MODAL SAHAM.

  199. Salam..cg ada tak nota utk tajuk syarikat berhad stpm pnye format??mntak cg ajarkan..terima kasih

  200. Maaf Cg tidak mengajar STPM..
    Cuba rujuk bahan/nota lama disini :
    https://cgnarzuki.com/muat-turun-bahan/koleksi-bahan-stpm/

  201. coffee princess

    salam.cg macam nak kira rizab modal dan rizab hasil utk tajuk syarikat berhad stpm??
    dan cg formula yg mudah utk buat catatn jurnal tak?? boleh kongsikan sdikit formula tersebut..yeme kasih cg

  202. Maaf, Cg tidak mengajar STPM… sila bertanyakan kepada guru STPM @ guru sekolah anda.

  203. Cikgu Macam mana nak buat jurnal untuk pengiraan dividen ? Sedikit contoh please

  204. modal dibenarkan saham biasa bernilai rm500000.saham biasa diterbitkan 100000 unit per par rm2.00.berapakah unit saham biasa yang belum diterbitkan? boleh cikgu tunjukkan tak jln kerja dia? thank you

  205. Ina,

    Modal dibenarkan = Modal diterbit + Modal belum terbit
    –> Modal belum terbit
    = Modal dibenar – Modal diterbit
    = 500000 – 100000(2)
    = RM300000
    –> unit belum terbit = RM300000 / RM2

  206. Salam Cikgu…

    ini ttg Sykt Sdn. Bhd…. mcmana catatan untuk tambahan saham dengan meminjam dari pihak ketiga..
    katakan Saham asalnya adalah 50,000 kemudian dipinjam dr pihak ketiga sebanyak 50,000 untuk menambahkan saham berbayar menjadi 100,000.
    bagaimanakah catatan jurnal utk transaksi tersebut? t.kasih..

  207. Saiful,

    Maaf, persoalannya tidak jelas.
    Sama ada nak rekod bagi pihak syarikat yang menerbitkan saham @ rekod bagi pihak yang melabur / beli saham tersebut.

  208. Maaf cikgu… kalau boleh utk kedua-dua pihak..t.kasih

  209. Saiful,

    Jika dilihat dari sudut syarikat yang terbitkan saham tersebut… penyataannya tidak betul kerana saham yang diterbit akan dibeli/dibayar oleh pelabur/pemegang saham –> tidak boleh syarikat itu sendiri tambahkan saham melalui pinjaman.

    Jika dari sudut pihah yang beli saham –> beliau akan rekod sebagai Pelaburan..bukannya Modal Saham.
    Dt Pelaburan kt Pinjaman

  210. T.Kasih cikgu…

  211. Assalamualaikum cikgu,
    Bagaimana ingin merekodkan interim dividend dan premium di dalam SOFP, SOCI dan SOCHAQ ?

  212. Lidya, waalaikumussalam.

    Sebelum itu cuba kenalpasti urusniaga2 yang terlibat dengan dividen (cth: masa istihar dividen, masa pembayaran) serta akaun2 yang terlibat dalam catatan bergunya…. daripada akaun2 tersebut baru mudah untuk kita faham apakah catatan dalam penyata2 tersebut.

  213. Cikgu,
    Kalau nak kira dividen interim syee keutamaan kena darab tempoh (cthnya: 7/12 ) betul?

    Tp kenapa soalan di bwh ni tak darab tempoh?
    Soalan: penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2017 menunjukkan modal diterbitkan =1000 000 6% unit Syer keutamaan ,RM 2 sesyer. 3200 000unit syer biasa,RM 1 sesyer.
    Pada 30 Jun 2017, dividen interim diisytiharkan 4% Kpd syer keutamaan dan 2% kpd pemegang syer biasa. Dividen akhir dicadangkan 6% bagi syer biasa.
    Menghitung dividen interim dan dividen akhir bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
    Cikgu,blh tak tunjukkan cara nak kira dan knp buku teks mengatakan formula dividen interim syer keutamaan harus darab tempoh tapi kebanyakan soalan latihan tak darab tempoh???

  214. Cikgu,
    Kalau nak kira dividen interim syee keutamaan kena darab tempoh (cthnya: 7/12 ) betul?

    Tp kenapa soalan di bwh ni tak darab tempoh?
    Soalan: penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2017 menunjukkan modal diterbitkan =1000 000 6% unit Syer keutamaan ,RM 2 sesyer. 3200 000unit syer biasa,RM 1 sesyer.
    Pada 30 Jun 2017, dividen interim diisytiharkan 4% Kpd syer

  215. Cikgu Narzuki,

    I would like to ask why the interim dividend has to be apportion in months (ikut tempoh bulan) ? Kalau ikut buku teks dulu, tiada kiraan tempoh?

  216. Irene,

    Apabila tidak ditetapkan berapa % dividen interim yang diistiharkan.. maka kita kira tempoh X % dividen penuh.

  217. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Kalau ikut buku teks contohnya syer keutamaan 6%, pada bulan mei dividen interim, modal x 6% x 5/12, dan dividen akhir, modal x 6% x 7/12. Tetapi baru ini ada sebuah buku rujukan baru…. jika syarikat ini istiyharkan dividen interim 4% maka modal x 4% x 5/12.. dan dividen akhir , modal x 2% x 7/12… bukankah syer keutamaan peratus dividend sudah tetap yg hanya berubah tempoh? Kalau ikut buku rujukan jumlah dividen bersih tidak akan dapat 6% setahun.

  218. Fatimah,

    Ikut buku teks,

    Konsepnya mudah sahaja:
    1. Jika TELAH dinyatakan dividen interim 4%… maka dividen akhir mesti 2%. (KBSM)
    2. Jika TIDAK dinyatakan kadar dividen interim, maka baru kita tentukan dengan X TEMPOH. (KSSM)

  219. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Cuma keliru sebab ia telah campur aduk kbsm Dan kssm iaitu dividen interim 4% darab pula dgn tempoh

  220. Cikgu
    3000000 unit 5% syer keutamaan rm6000000
    4000000unit syer biasa rm4000000
    syarikat tlh membayar dividen interim utk syer keutamaan dan 3 sen sesyer untuk syer biasa pd 30 jun 2017

    blh cikgu tlg selesaikan sbb sy nk buat rujukan

  221. Lin,

    Dividen interim :
    SK = 3000000 x 5% x 6/12 = ……
    SB = 4000000 x 0.03 = ……
    Jumlah = …….

  222. Cikgu,
    Pada 1 julai 2014,Bendahara Trading Berhad telah menerbitkan 12,000,000 unit 6% syer keutamaan pada harga RM2 sesyer dan 26,000,000 unit syer biasa pada harga RM1 sesyer kepada orang ramai. Semua syer dilanggan dan dibayar penuh pada tarikh tutup permohonan. Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015 , syarikat telah memperoleh untung bersih sebanyak RM2,160,00. Lembaga Pengarah telah memutuskan perkara-perkara berikut.
    i. Membayar dividen atas syer keutamaan.
    ii. Membayar 10% dividen aas syer biasa.

    Hitung dividen syer keutamaan dan dividen syer biasa

  223. Nurina,

    Kira ikut formula :
    Dividen = unit diterbit X harga sesyer X %

  224. Cikgu yang page 188 tu cabaran abab ke 21macam mana buat?

  225. Soalan ini agak susah terutamanya dividen interim dan dividen akhir bagi syer keutamaan dan syer biasa

  226. Chong,

    Dividen interim:
    SK = 9% x 800000 x RM2 x 3/12 = ….
    SB = 4% × 1000000 × RM1 = …

  227. Dividen akhir? Cikgu ini saya tak dapat kira amount tak sama

  228. Adakah lebihan dan untung bersih itu yang affect dia punya dividen

  229. Chong,

    Pengiraan Dividen akhir :
    SK = 9% x 800000 x RM2 x 7/12
    SB = 2000000 x RM1 x 3% =

    Dividen dibayar berdasarkan UB yang diperolehi… jika Rugi –> tiada dividen untuk SB… jika UB sedikit–> dibayar kepada SK dahulu… baki bayar SB (drp nilai baki tersebut baru dikira % dividen yang layak diberi).

    Duit lebihan langganan –> akan dikembalikan kepada pembeli.

  230. Okay terima kasih atas bantuan dan penjelasan cikgu!

  231. Assalamualaikum cikgu, mintak tolong check jawapan saya betul ke tidak boleh?

    Syarikat keko berhad mempunyai modal berdaftar yang terdiri daripada 1000000 unit 6% syer keutamaan bernilai RM1.00 sesyer dan 1000000 unit syer biasa bernilai RM0.50 sesyer telah diterbitkan dan berbayar penuh. Pada 1 Julai 2018, lembaga pengarah syarikat telah mengisytiharkan dividen interim pada kadar 4% kepada syer keutamaan dan syer biasa. Bagi tahun berakhir 31 disember 2018, syarikat telah mendapat keuntungan RM96000. Lembaga pengarah telah mengisytiharkan dividen akhir bagi syer keutamaan dan 8% bagi syer biasa.

    Anda dikehendaki menghitung
    i) dividen interim syer keutamaan
    ii) dividen interim syer biasa
    iii) dividen akhir syer keutamaan
    iv) dividen akhir syer biasa

    Jawapan saya:
    i) dividen interim syer keutamaan
    1000000 unit x RM1 X 4% X 6/12
    =RM 20000

    ii) dividen interim syer biasa
    1000000 unit x RM0.50 X 4%
    =RM20000

    iii) dividen akhir syer keutamaan
    1000000 x RM1.00 X 2%
    =RM20000

    iv) dividen akhir syer biasa
    Rm96000 – Rm60000
    =Rm36000

    Mintak tolong cikgu checkkan betul tak. Terima kasih cikgu

  232. Izzati,

    (i) tidak perlu X 6/12….. soalan sukatan lama.
    (iv) kira semula.

  233. i) dividen interim syer keutamaan
    1000000 x rm1 x 4%
    =rm40000
    ii)dividen interim syer biasa
    1000000 x rm0. 50 x 4%
    =rm20000

    iii) dividen akhir syer keutamaan
    1000000 x rm1 x 2%
    = 20000

    iv) dividen akhir syer biasa
    96000 – 80000
    =16000
    Macam ni ke cikgu?

  234. Iv) 1000000 x rm0. 50 x 8%
    =rm40000

    Maaf yang no iv td lupa edit. Ni jawapan dia btul ke?

  235. Izzati,

    Sebenarnya ada yang tidak kena dengan soalan tersebut…. jika diberi UB.. maka dividen akhir untuk SB –> UB (-) dividen interim (-) dividen akhir SK…. tidak boleh lagi diistiharkan 8% untuk SB kerana lebihan UBnya tidak cukup.

  236. Jadi jawapan untuk iv sepatutnya begini la ye cikgu?
    96000- 40000 – 20000 – 20000
    = 16000

  237. Izzati,

    Ya.. dan jika syarikat nak tentukan kadar dividen akhir yang perlu diistiharkan :
    = (16000 / modal SB diterbitkan) X 100%
    = 16000/500000 X 100%
    = 3.2 %……… bukannya 8%.

  238. Ok cikgu saya faham. Terima kasih banyak..

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.