Tafsiran Penyata Kewangan
1. Bermaksud menganalisa Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
2. Bertujuan untuk mengukur prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan antara tempoh perakaunan atau antara perniagaan yang sama jenis.
3. Dapat merancang dan mengawal aktiviti yang dijalankan.
4. Pihak pengurusan dapat mengetahui;
a. Kadar keuntungan atas jualan.
b. Kadar pulangan atas modal yang etlah dilaburkan.
c. Kedudukan aset berbanding liabiliti yang perlu dilangsaikan.
d. Kecekapan pengurusan dalam mengendalikan perniagaan.
5. Pihak pemiutang / pemberi pinjaman dapat ;
a. Mengetahui kemampuan perniagaan menjelaskan hutang atau pinjamannya.
b. Membantu membuat keputusan untuk memberi kredit atau pinjaman.
6. Pihak pelabur / bakal pelabur dapat ;
a. Membuat keputusan melabur.
b. Menambah pelaburan atau menjual pelaburan.
c. Mengetahui kedudukan sesebuah perniagaan sama ada kukuh atau sebaliknya.
d. Mengetahui kadar pulangan atas setiap ringgit yang dilaburkan.
ANALISIS NISBAH
Ø Proses mengira dan mentafsir nisbah-nisbah yang telah dikenal pasti untuk mendapatkan petunjuk berkenaan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.
Ø Menilai kaitan antara satu angka perakaunan dengan satu angka perakaunan yang lain.
1. Nisbah Untung
Menunjukkan kadar untung /pulangan yang diperoleh.
a. Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan (Tokokan)
– Mengira peratus penambahan kepada kos jualan dalam menentukan harga jualan.
– Dinyatakan dalam bentuk peratus.
– Tokokan = (Untung Kasar / Kos Jualan ) x 100
b. Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar)
– Mengukur untung kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.
– Mengukur keuntungan daripada jualan barang sebelum mengambil kira lain-lain belanja.
– Peratus untung kasar kepada jualan bersih.
– Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus.
– Margin Untung Kasar = (Untung Kasar / Jualan ) x 100
c. Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih)
– Mengukur untung bersih yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.
– Mengukur keuntungan keseluruhan perniagaan.
– Peratus untung bersih kepada jualan bersih.
– Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus
– Margin Untung Bersih = ( Untung Bersih / Jualan ) x 100
d. Pulangan atas Modal (Pulangan atas Pelaburan)
– Mengukur kadar pulangan atas setiap ringgit modal yang dilaburkan.
– Mengukur pulangan pada pelaburan modal untuk satu tempoh tertentu.
– Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus (perniagaan berupaya menguruskan modal dengan lebih cekap).
– Pulangan atas Modal = ( Untung Bersih / Modal awal ) x 100
2. Nisbah Kecairan
Mengukur kemampuan perniagaan dalam membiayai tuntutan hutang jangka pendek dan menyediakan tunai apabila diperlukan.
a. Nisbah Semasa
– Membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.
– Mengukur kemampuan firma menjelaskan hutang jangka pendek (liabiiti semasa)
– Dinyatakan dalam bentuk pecahan atau nisbah; lebih dari 1 bagus (bermakna pemiutang bagi menilai kemampuan bayar balik hutang sesebuah perniagaan).
– Nisbah Semasa = Aset Semasa / Liabiliti Semasa
3. Nisbah Kecekapan
Menunjukkan kecekapan pihak pengurusan dari segi pengurusan stok.
a. Kadar Pusing Ganti Stok
– Mengukur kecekapan pihak pengurusan mengendalikan stok iaitu berapa kali stok digantikan setelah habis dijual dalam sesuatu tempoh.
– Kiraan kali, bulan dan hari; nilai yang tinggi lebih bagus (apabila pusing ganti stok tinggi, tempoh simpanan stok berkurang dan sebaliknya).
– Jika stok awal tiada, maka stok akhir menjadi stok purata.
– Stok Purata = (Stok Awal + Stok Akhir) / 2
– Kadar Pusing Ganti Stok = Kos Jualan / Stok Purata (bilangan kali)

KUIZ : Tafsiran Penyata Kewangan
Question 1 |
2.5 kali | |
5.0 kali | |
5.1 kali | |
5.3 kali |
Question 2 |
RM1 300 | |
RM3 500 | |
RM4 100 | |
RM4 200 |
Question 3 |
RM19 050 | |
RM20 625 | |
RM23 250 | |
RM38 100 |
Question 4 |
RM 102 170 | |
RM 124 512 | |
RM 124 760 | |
RM 155 640 |
Question 5 |
I dan II | |
I dan III | |
II dan IV | |
III dan IV |
Question 6 |
Margin | |
Tokokan | |
Pulangan atas modal | |
Peratus untung bersih atas jualan |
Question 7 |
Stok ditukar sebanyak 2 kali sebulan. | |
Stok ditukar sebanyak 6 kali sebulan. | |
Stok ditukar ganti setiap 2 bulan sekali. | |
Stok ditukar ganti setiap 6 bulan sekali. |
Question 8 |
RM19 050 | |
RM21 150 | |
RM23 250 | |
RM38 100 |
List |
NOTA TAFSIRAN AKAUN DAN PENYATA KEWANGAN
Boleh klik di disni,
https://www.geocities.com/narzuki/pa-taf.htm
Perhatian : NOTA LAMA.
Salam CKG..
Slmt Hari Guru…
Sy ingin bertanya…ada beberapa nota yg tidak dpt syg peroleh di sini spt:
1. Perkongsian Pengasingan Untung Rugi
2. Analisis Kos Volum Untung
3. Pembetulan Kesilapan
Diharap ckg dpt menyemak kembali tajuk2 di Laman Utama.
Sekian T.Kasih.
Lyna,
Terima kasih kerana sudi melawat Blog Cg, nanti Cg upload kan nota bagi tajuk-tajuk tersebut. Lyna juga boleh dapatkan nota-nota bagi semua topik daripada Modul yang disediakan oleh Cg Sila.
Sila ke menu MUAT TURUN, pilih
Cg Sila – Modul Tingkatan 5
Cg Sila – Modul Tingkatan 4
Diharapkan dapat membantu Lyna.
salam CKG.
Boleh berikan nota tentang nisbah kewangan?
terima kasih
Izan,
Nota-nota tersebut telah pun dinyatakan diatas, dan sebagai tambahan boleh DOWNLOAD nota daripada Blog Saleha Salleh. Dan juga DISINI. Atau DISINI.
TAHUKAH ANDA ?
Modal kerja ialah jumlah modal yang boleh digunakan untuk perbelanjaan kendalian harian dalam perniagaan. Ia menunjukkan kecairan suatu perniagaan, iaitu kemampuan perniagaan menjelaskan hutang dalam jangka masa yang pendek, umpamanya pemiutang, overdraf bank dan belanja terakru. Kemampuan membayar liabiliti semasa bergantung kepada aset semasa yang digunakan oleh perniagaan itu.
Modal Kerja > 0 (positif) — Aset semasa > Liabiliti semasa — MAMPU BAYAR.
Modak kerja < 0 (negatif) — Aset semasa < Liabiliti semasa — MASALAH KECAIRAN.
TIP SPM !
Pelajar harus memberi penekanan terhadap :
1. Rumus-rumus untuk tafsiran Akaun Penamat.
2. Rumus-rumus untuk tafsiran Kunci Kira-kira.
Assalamualaikum Cg Narzuki,
Saya adalah pesara bank. Sekarang saya sedang menulis mengenai bagaimana bank menilai rancangan perniagaan atau permohonan pinjaman. Saya banyak membaca web Cg untuk mengambil istilah-istilah perakaunan. Setakat ini saya tidak jumpa satu buku khas mengenai istilah-istilah perakaunan, ekonomi dan perbankan.
Sasaran buku saya ialah IKS. Cuma saya ingin tahu adakah buku saya boleh digunakan oleh pelajar perniagaan dimana-mana kolej atau universiti? Jika boleh bagaimana sukatan pelajarannya? Mungkin saya boleh membantu.
Semasa bertugas dibank saya pernah diberi kuasa membuat keputusan keatas sesuatu RP atau permohonan. Jadi saya tahu apa yang bank perlukan dan bagaimana mereka memproses RP yang diberikan.
Terima kasih.
Waalaikumsalam,
Satu usaha yang baik, tahniah saya ucapkan. Pada pandangan saya buku tersebut boleh digunakan oleh pelajar2 perniagaan samada di IPT, Kolej, Politeknik ataupun Istitut Kemahiran dan juga pengusaha IKS. Dari segi sukatan yang mereka ikuti, maaf saya tidak dapat membantu.
saya nak tau apakah isu-isu utama di dalam risiko maklumat pada penyata kewangan?
assalammualaikum
saya nak mintak tunjuk ajar
bagaimana mengira KADAR PULANGAN PELABURAN PENDIDIKAN TINGGI?
DAN apakah formula yg boleh digunakan?
tq
Wani,
Maaf, terlewat balas pertanyaan anda. Sebenarnya Cg tidak pasti apakah skop yang hendak diperbincangkan.
Jika RISIKO MAKLUMAT dibincang dalam skop pengauditan, maka tumpuan haruslah diberikan kepada SISTEM KAWALAN DALAMAN sebagai suatu perisai yang melindungi aset-aset firma daripada pelbagai kejadian yang tidak dijangkakan melanda organisasi.
Antara RISIKO MAKLUMAT pada penyata kewangan iaitu :
1. Cubaan untuk membuat capaian yang tidak dibenarkan ke atas aset-aset firma (termasuk maklumat),
2. Penipuan yang dibuat oleh orang di dalam dan di luar organisasi,
3. Kesilapan yang berlaku disebabkan oleh ketidakcekapan pekerja,
4. Ralat yang berlaku di dalam program komputer,
5. Input data yang rosak,
6. Perkara yang merosakkan seperti capaian tidak dibenarkan yang dilakukan oleh penggodam.
7. Ancaman daripada virus komputer yang merosakkan program dan juga pangkalan data.
Secara ringkasnya kelemahan dalam sistem kawalan dalaman boleh mendedahkan atau mendatangkan satu atau lebih jenis RISIKO:
1. Kemusnahan aset (maklumat dan aset fizikal )
2. Kecurian Aset
3. Kerosakkan terhadap maklumat dan sistem maklumat
4. Pemintasan terhadap sistem maklumat.
Semoga maklumat tersebut dapat membantu Wani.
Puan Siti, Waalaikumsalam.
Maaf, perkara tersebut diluar pengetahuan saya. Walau bagaimanapun terdapat sebuah buku yang bertajuk Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia (166 m/s). Buku tersebut membincangkan secara khusus bekaitan perkara tersebut.
Buku tersebut boleh juga dibaca DISINI.
Semoga ianya dapat membantu Pn Siti.
cg sya da soalan, Butik Menawan mempunyai beberapa cawangan di Bandar Kenanga. Bagi tahun 2009, pihak pengurusan butik merancang untuk memperkenalkan koleksi terbaru pakaian wanita. Bincangkan bagaimana analisis kos-volum-untung dapat membantu pihak pengurusan perniagaan tersebut merancang dan membuat keputusan strategik dalam usahanya meningkatkan keuntungan syarikat
cg knapa kaedah pengekosan marginal tidak sesuai digunakan oleh pengilang bagi pelaporan kewangan pihak luar dan tujuan percukaian. Cg ada jurnal atau artikel yang berkaitan tak?
salam cg, knapa firma menggunakan kadar overhed pratentu bagi memperuntukkan overhed kepada sesuatu kerja atau produk..
cg, adakah kaedah pengekosan pesanan kerja sesuai diaplikasi dalam sesebuah perniagaan yang menghasilkan kek
Faizah ni pelajar SPM ke pelajar IPT?
pelajar ipt..maaflah kalu soalan xmsuk sylibus..
Faizah,
1. Kita bandingkan Kaedah Pengkosan Serapan dan Kaedah Pengkosan Marginal.
PENGKOSAN SERAPAN (PS) :
– Mengambil kira semua kos perkilangan yang terlibat sebagai kos produk. Iaitu Kos Bahan, Kos Buruh dan Kos Overhed.
– Untuk tujuan pelaporan luaran
– Mematuhi GAAP
PENGKOSAN MARGINAL (PM) :
– hanya mengambil kira kos perkilangan berubah sahaja dalam pengiraan kos produk. Di mana KOS OVERHED dianggap sebagai belanja di dalam tempoh perakaunan semasa.
– Untuk tujuan pelaporan dalaman.
2. Daripada perbandingan di atas, jelas menunjukkan Kaedah PM tidak mengambarkan perolehan / untung bersih yang sebenar kerana tidak mengambilkira KOS OVERHED sebagai sebahagian daripada belanja. Sepatutnya kos overhed dimasukkan dalam kos produk/pengeluaran sebagaimana kaedah PS. Ianya lebih kepada tujuan pelaporan dalaman sahaja dan tidak mematuhi GAAP. Oleh itu pelaporan kewangan mengunakan kaedah PM adalah tidak sesuai untuk diberikan kepada pihak luar ataupun untuk tujuan percukaian.
Ok, itu saja sedikit pandangan daripada Cg semoga dapat dijadikan panduan untuk menyelesaikan masalah anda..
terima kasih byk yer cg…ats kemusykilan t’sbt & respon..
Faizah,
Sebenarnya Cg kurang arif tentang perkara ini, namun Cg akan cuba sampaikan sedikit sebanyak apa yang Cg ketahui tentangnya.
CIRI – CIRI PENGEKOSAN KERJA
1. Produk yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada tempahan pelanggan.
2. Kos – kos yang terlibat dapat dikesan dan dikenalpasti bagi sesuatu pengeluaran. ( Kos yang terlibat dikumpul dan direkod secara berasingan untuk setiap kerja sehingga kerja siap )
3. Produk yang dihasilkan biasanya lebih daripada satu jenis dan boleh dibezakan antara satu sama lain mengikut spesifikasi pelanggan.
Berdasarkan ciri-ciri tersebut Cg berpendapat bahawa Kaedah Pengkosan Kerja sangat sesuai diaplikasikan dalam sesebuah perniagaan kek.
KAEDAH PENGIRAAN KOS SEUNIT : KAEDAH PENGKOSAN KERJA
Terdapat 2 sistem yang boleh digunakan :
1. SISTEM KOS SEBENAR – mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan KOS OVERHED KILANG SEBENAR.
2. SISTEM KOS NORMAL – mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan KOS OVERHED KILANG DISERAP.
# KOS OVERHED KILANG DISERAP kepada produk menggunakan KADAR OVERHED PRATENTU.
Jadi pada pandangan Cg kenapa firma/kilang mengunakan KADAR OVERHED PRATENTU bagi memperuntukan overhed kepada sesuatu kerja / produk kerana KOS OVERHED SEBENAR tidak dapat ditentukan, maka terpaksalah menggunakan suatu kaedah bagi menganggarkan kos overhed tersebut, iaitu dikenali sebagai Kadar Overhed Pratentu.
Setakat itu saja yang termampu Cg sampaikan. Semoga ianya membantu anda.
trma ksih cg..ats info psal PENGKOSAN KERJA..sdit sbyk dpt jga mmbntu sya..
cg, Menggunakan kaedah pengekosan marginal dan kaedah pengekosan serapan, kirakan:
i) kos tempoh; dan
ii) pendapatan bersih
mcmna formula pengiraan i & ii?
Faizah,
Maaf, Cg kurang arif, cuma sekadar membantu, kemudian Faizah rujuk kepada sesiapa yang lebih arif untuk pengesahannya.
(i) Formula KOS TEMPOH, diluar pengetahuan Cg.
(ii) Format untuk mendapatkan untung bersih bagi menggunakan pengkosan serapan adalah seperti berikut :
Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir………..
Jualan ………………………………………………………..xxx
Tolak : Kos jualan
………. Inventori awal (kos penuh) ………..xx
……….(+) Kos keluaran (kos penuh)………xx
……………………………………………………….xxx
……….(-) Inventori akhir (kos penuh)…….xx
…………………………………………………………………xxx
Untung kasar …………………………………………….xxx
Tolak : Belanja pentadbiran (tetap dan
………..berubah) ……………………………….. xx
………..Belanja jualan dan pengedaran
………..(tetap dan berubah) ………………… xx
………………………………………………………………..xxx
Untung bersih …………………………………………..xxxx
thanks cg, jwpn no ii sma ja pengiraan yg sya bt sblm ini.. yg no i adakah dari
(+) Kos Jualan dan Pentadbiran Berubah
(4000 unit x RM5) 20,000.00
200,000.00
Margin Sumbangan 200,000.00
Kos Tetap:
Overhead Perkilangan 67,500.00
Jualan dan Pentadbiran 3,000.00
smpai jualan dan pentdbiran shja utk marginal..
dan serapan dri
Belanja Jualan dan Pentadbiran:
Tetap 3,000.00
Berubah (4000 unit x RM5) 20,000.00 23,000.00
sampai berubah ats nie?
Faizah,
Maaf, soalan ini diluar pengetahuan Cg, jadi tak dapat nak bantu.
okay terima kasih..
salam sejahtera, cg.
formula kadar pusing ganti stok dalan hari iala 365 hari/ bil kali pusing stok.
saya nk tanya kalau bg tahun yg ada 366 hari macam mana?
adakah dalam exam kita juga nk ambil perhatian ttg perkara ini?
Teh,
Kalau tahun ada 366 hari, maka guna 366 hari / bilangan kali pusing ganti stok. Dalam soalan SPM, biasanya Kadar Pusing Ganti Stok diminta hanya dalam bilangan kali sahaja.
terima kasih!
cg,
dalam pelajaran ada mentafsir nisbah. Setelah baca buku teks, sy dapati ialah menerang sesebuah firma.
Adakah SPM juga akan tanya mcm ini?
Teh,
Dalam soalan SPM bagi topik ini, pelajar bukan saja diminta menghitung nisbah2 tertentu, tetapi juga pandai mentafsir nisbah2 yang diperolehi serta boleh membuat perbandingan antara dua firma yang mana satu lebih baik.
Selamat pagi cikgu.
Cikgu..
Tolong berikan saya maklumat mengenai akaun Penyata kewangan dan item-itennya sekali. saya pening la cikgu..
Sila muat turun Modul Tingkatan 4 Cg Sila (klik).
salam..nak tanya sal perkara apa yang perlu ada untuk merancang kewangan untuk perniagaan butik pengantin????pinjaman dan lain-lain,, pe lagi????
Cg cadangan sila layari laman Rancangan Perniagaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KOLEKSI KERTAS KERJA PINJAMAN DAN RANCANGAN PERNIAGAAN.
salam Cikgu,
saya adalah pelajar jarak jauh bagi sebuah universiti tempatan di malaysia
saya sedang mengambil subjek financial management 2
tapi mempunyai masalah untuk memahami subjek ini, apatah lagi untuk menyiapkan tugasan dan menduduki peperiksaan dalam bulan ogos ini.
saya mengharapkan seorang personal tutor yg boleh membantu saya.
jika tak keberatan bolehkah cikgu membantu saya.
InsyaAllah setakat yang termampu.
Cikgu,
macamana nak cari kos jualan,jualan dan moda kerja?
Cara untuk menghitung perkara2 tersebut bergantung kepada maklumat yang diberikan. Apa yang penting formula2nya perlu diingati, antaranya :
Modal Kerja = Aset Semasa – Liabiliti Semasa
Jualan Bersih – Kos Jualan = Untung Kasar
Maka, Kos Jualan = Jualan Bersih – Untung kasar
dan, Jualan = Kos Jualan + Untung Kasar
Kos Jualan juga boleh diperolehi daripada formula TOKOKAN, sekiranya tokokan dan Untung kasar diberikan.
Kos Jualan juga diperolehi daripada formula Pusing Ganti Stok, jika stok awal, stok akhir dan kadar pusing ganti stok diberikan.
Ataupun Kos Jualan = Stok awal + Belian – Pul. Belian, + Angkutan masuk – Stok akhir (sebagaimana format penyata pendapatan)
# Semuanya bergantung kepada maklumat yang diberikan, bagi menentukan cara mana yang boleh digunakan.
Terima kasih cikgu untuk maklumat.
salam cikgu , tokokan untuk soalan spm 2009 macam mana ?
Sila rujuk komen Cg DISINI.
apa makna tokokan di soalan 2009 , cikgu ? saya masih tak paham .
Apa yang masih tidak faham ?
Makna TOKOKAN 100%, atau pelarasan Nilai Stok Akhir ?
makna tokokan 100% ..
Formula Tokokan = Untung Kasar / Kos Jualan X 100%
Jika Tokokan = 100%, maksudnya Untung Kasar = Kos Jualan
Kos Jualan = 125 …. nilai kos
Untung kasar = 125
Maka, Jualan = 250
cikgu kalau soalan itu menetapkan 20|% tokokan atas barang yang dijual. apa maksudnya dan berapa untung kasar?
Kalai,
Jika Tokokan = 20% dan Jualan = RM250
Mana, Kos Jualan = RM208.33 dan Untung Kasar = RM41.67
salam cg..boleh cikgu tlg jelaskan apa itu ‘kos siling’ dan ‘kos lantai’?
Siti,
Secara ringkasnya Kos Maksimum dan Kos Minimum.
stok awal rm10200
stok akhir rm12140
belian rm15780
jualan rm23640
untung kasar rm9800
Berapa peratuskah untung kasar atas kos jualan?
macam mana nak kira yer cikgu?
sambungan :- Maklumat berikut diperoleh daripda buku perniagaan hamid bagi tahun berakhir 31 Disember 2006
soalan SPM 2006 no 39
maaf cikgu bukan SPM 2006 tapi 2007
Faud,
Sila guna formula berikut :
1. Peratus untung kasar atas kos jualan / TOKOKAN = Untung kasar / Kos Jualan X 100%
2. Kos Jualan = stok awal + belian – stok akhir
terima kasih cikgu … cikgu tau x trial SPM start bila? coz kawan2 sya semua confuse ngan tarikh trial spm bila
Faud,
Bergantung kepada jadual peperiksaan negeri masing2. Setengah2 negeri telah siap dijalankan minggu lepas lagi, setengah2 negeri lepas raya baru peperiksaan percubaan mula dijalankan… Jadi tanya guru anda disekolah untuk dapatkan kepastian.
Cikgu,
Berdasarkan maklumat di bawah, apakah cara untuk mengira Untung Kasar dan Kos Jualan?
Stok awal pada harga kos = RM2000
Belian = RM14000
Jualan = RM20345 (Jualan pada harga kos = RM15650)
Pulangan Jualan = RM195 (Pulangan Jualan pada harga kos= RM 150)
Terima kasih.
Pada pandangan Cg,
Jualan pada harga kos adalah merujuk kepada KOS JUALAN.
Kos Jualan = 15650 – 150 = 15500
Jualan Bersih = 20345 – 195 = 20150
Maka UK= JB – KJ = 20150 – 15500 = 4650.
askum…cg sy nk soaln latih tubi akaun perkongsian n tafsiran,,klau boleh cara pengiraannya skali..mntak sgt22..n emailkn kt email sy pluffiesmiey@yahoo.com
salam cg…sy nk cara pengiraan tfsiran n perkogsian penyata pengasigan untung rgi,,,,..
Salam,
Sila rujuk BUKU TEKS/RUJUKAN kerana nota dan penerangannya lebih LENGKAP. Untuk LATIH TUBI, Cg cadangkan dapatkan Buku Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar tahun2 lepas terbitan CERDIK, soalan2 percubaan tahun2 lepas.
mcm mana download soalan ni?
cgu, sy nk tnye…
klo soalan tnye tntg p’niagaan yg akn kte plh….
cth: margin untg ksr p’nigaan indah seri- 28%
margin untg ksr p’nigaan indah ceria- 20%
yg mne akn kte plh?? adkh p’niagaan indah seri….
dan solan tny…cmne kte nk tgktkn untg ksr p’niagaan t’sbot(yg d’plh)..
Kita pilih perniagaan yang memberikan peratusan yang lebih tinggi. Dalam kes, ini kita pilih Perniagaan Indah Seri kerana margin untung kasarnya lebih baik berbanding Perniagaan Indah Ceria.
Untung Kasar = Jualan bersih – Kos Jualan.
Kalau nak tingkatkan Untung Kasar :
1. Tingkatkan Harga Jualan …. Jualan bersih akan meningkat, maka – untung kasar meningkat.
2. Belian secara pukal…. dapat kurangkan kos jualan, maka – untung kasar meningkat.
owh,ok..
tme ksh cgu…
salam.
sy nak tanye berkaitan dgn soalan selangor trial ’10
(no. 6)
mcm mana nk kira (a) tu??
sy igt guna rumus ni:
modal akhir = aset akhir – liabiliti akhir
salah ya???
Ya. memang betul. MODAL = ASET – LIABILITI
tp knape jwpn ade masuk kn sekali jualan, belian????
Asas persamaan perakaunan ialah :
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik,
EP = Modal + Untung Bersih ….. UB = Hasil – Belanja
Maka,
Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja… atau
Modal = Aset – Liabiliti – Hasil + Belanja
Bagi soalan tersebut, cara mudahnya.. kita cari angka Imbangan sahaja dimana DEBIT = KREDIT, di mana ANGKA IMBANGAN tersebut adalah MODAL.
cg,
biasanya kita tuliskan jawapan untuk nisbah semasa XXX : 1..bolehkah kita tuliskan jawapan dengan terbalik kan ia..maksud saya 1 : 2@1:3????ada satu soalan dimana nisbah semasanya kurang daripada 1, dia tulis kan dengan cara ini ……… 1:3??
Thank you ,cg!
NISBAH SEMASA = ASET SEMASA : LIABILITI SEMASA,
jika diterbalikan jawapan, ianya bermaksud Liabiliti Semasa : Aset Semasa… maka dikira SALAH.
Cg, saya nak tanya pasal Jualan bersih dlm bab 15 – Maklumat utk Menbuat Keputusan (dulunya Tafsiran Kewangan)
ADAKAH Jualan Bersih = Jualan – Pulangan Jualan – Diskaun Diberi
ATAU (seperti yg dinyatakan dlm Buku Teks Baru)
Jualan Bersih = Jualan – Pulangan Jualan
Cg Sevaramann,
Pada pandangan saya, kita kena konsisten jika format penyata ikut sukatan baru menggunakan Jualan Bersih = Jualan – Pulangan jualan – Diskaun diberi, maka dalam bab tafsiran pun sepatutnya mematuhi perkara tersebut. Mungkin perkara tersebut terlepas pandang, walau bagaimanapun nanti saya cuba dapatkan pandangan daripada penulis buku tersebut.
soalan- jualan bersih>RM 126 900
stok purata>RM 8 460
modal awal>35 250
maklumat tambahan -> belanja ialah 15% drpd jualan bersih
>syrkt menambahkan harga kos
semua barang sebanyak 20% utk
mendapat harga jualan.
hitung untung kasar.
bantu sy jwb soalan ini cg..
Syarikat menambahkan harga kos semua barang sebanyak 20% utk mendapat harga jualan. Bermaksud TOKOKAN (atau Untung Kasar) = 20% daripada Kos Jualan , maka :
Jualan = 120% …………….. = RM126900
Kos Jualan = 100%
Untung Kasar = 20% ……….= ?
Secara matematiknya, menggunakan kaedah kadaran :
120% = RM126900
Maka, Untung kasar 20% = (126900/120) X 20 = RM21,150
cg, jualan-110 610
pul jualan-2 610
stok awl-11 196
stok akhr-10 692
belnja-6 480
mklmt tmbhn;margin utg kasar-24% dr perolehan
brapa perolehan?
kos jualan?
Perolehan = jualan bersih = jualan – pulangan jualan
Untung kasar = 24% X Perolehan
Kos Jualan = Jualan Bersih – Untung kasar.
cg,
nisbah yang perlu dlm berapa tmpt prpuluhan?
Cg cadangkan jawapan sebaik-baiknya 2 tempat perpuluhan, kecualilah soalan menyatakan sebaliknya.
Cikgu,
Adakah perolehan sama dengan jualan bersih? kalau ikut modul Nisbah ujian asid Jumlah aset semasa tolak stok akhir dan belanja terdahulu tetapi buku teks hanya tolak stok akhir sahaja, yg mana betul? manakala dalam modul ada nisbah kadar pusing ganti penghutang tetapi buku teks tiada dan nisbah tempoh kutipan hutang jualan kredit bahagi dengan purata penghutang bersih bagi modul tetapi buku teks hanya bahagi dengan penghutang sahaja? Ada banyak perbezaan antara modul KPM tahun lepas dengan buku teks, ini bermakna modul tahun lepas sudah tidak valid lagi? Bagi jawapan tempoh kutipan hutang perlukah kita bagi jawapan dalam 2 tempat perpuluh contoh 1.25 hari? atau pun bagi jawapan mengikut hari sebab adalah kurang logik kita sebut bayaran dalam perpuluhan bagi hari.
Cikgu,
boleh tolong semak jawapan buku teks muka surat 552 soalan no.3(a)(iv) jawapan nisbah semasa ialah 2.38:1 tetapi liyana dapat 2.83:1. adakah jawapan liyana salah?
terima kasih
cikgu,
Sorry cikgu..salah taip tadi, dalam modul tempoh kutip hutang..purata penghutang bahagi dengan Jualan kredit tetapi buku teks penghutang bahagi dengan jualan kredit.
Liyana,
Maaf, kerana sekarang ini di rumah Cg tiada buku teks untuk dirujuk, kena ambil di sekolah.
Cikgu,
Mengikut buku teks lama..definisi peratus untung bersih atas jualan ialah menghitung untung bersih yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan. tetapi buku teks baru menghitung peratus untung bersih bagi setiap ringgit jualan. Contoh katakan kita dapat peratus 20%, mengikut buku teks lama, kita akan terangkan setiap RM1 yang dijual untung bersih ialah RM0.20. Kalau ikut buku teks baru setiap RM1 yang dijual peratus untung bersih ialah 20%. Liyana rasa definisi buku teks lama lebih sesuai, apa pandangan cikgu?
terima kasih
Cikgu,
soalan di atas adalah berkenaan dengan perbezaan definisi kegunaan nisbah antara 2 buku teks.
Liyana,
Pada pandangan Cg, apabila kita membuat penilaian, pentafsiran serta perbandingan penggunaan unit PERATUS adalah lebih sesuai berbanding unit RM.
Cikgu,
Liyana setuju jika nak buat perbandingan peratus lebih sesuai tetapi maksud liyana di atas adalah maksud untung bersih atas jualan itu sendiri iaitu 25% maksudnya 0.25 sen untung bersih atas setiap RM1 dijual ikut definis buku teks lama. dan 25% untung bersih atas setiap RM 1 dijual mengikut didefinisi kegunaan nisbah buku teks baru. Liyana membaca buku teks lama dan baru. Mengikut buku teks lama definisi kegunaan nisbah ini adalah mengukur untung bersih atas RM 1 yang dijual, mengikut buku teks baru definis kegunaan nisbah ini adalah mengukur peratus untung bersih atas RM1 yang dijual. Buku teks baru ada tambahan perkataan peratus…jadi Liyana keliru nak ikut ayat buku teks baru atau lama sebab liyana rasa buku teks lama lebih sesuai.
Liyana,
Cg dapati dalam buku teks baru juga menggunakan RM bagi tujuan tafsiran bagi setiap RM1 jualan. Tiada pula penambahan perkataan PERATUS seperti yang dikatakan yang Cg temui.
cikgu,
memang dalam tafsiran guna RM tetapi dalam nota ringkas buku teks ia mengatakan kegunaan nisbah ini adalah mengukur peratus untung bersih bagi setiap ringgit jualan…disebabkan buku teks taksifan guna RM maka definisi kegunaan sepatutnya nisbah ini adalah mengukur untung bersih bagi setiap ringgit jualan seperti buku teks lama. Kalau buku teks guna perkataan peratus, sepatutnya ia kena tafsir 25% untung bersih bagi setiap ringgit jualan. Sorry cikgu, soalan liyana agar sukar difahami.
ckg..ape beza pengiraan nisbah n tafsiran nisbah?
Farahiyah,
Pengiraan nisbah adalah berdasarkan formula2 tertentu, manakala tafsirannya adalah ULASAN terhadap hasil pengiraan tersebut… sila rujuk buku teks m/s 535 sebagai panduan.
salam cikgu
bagaimana nak kira perolehan??
Intansuhana,
Perolehan adalah merujuk kepada JUALAN.
selamat sejahtera cikgu,
saya mempunyai beberapa soalan tentang nisbah :
nisbah ujian acid :
biasanya kami akan guna : (aset semasa – stok) / liabiliti semasa
tetapi ada orang kata bahawa selain daripada tolak stok , belanja terdahulu dan hasil terakru juga perlu ditolakkan , adakah fomula ini diterima dalam spm ?
tempoh kutipan penghutang:
penhutang / jualan kredit
jika soalan ada peruntukkan hutang ragu ,
perlukah kami tolakkan amaun peruntukkan dari penghutang semasa membuat penghitungan ?
cikgu , kalau saya nak berbincang soalan melalui e-mel, manakah e-mel yang saya patut hantar ?
cgnarzukionline@gmail.com
ataupun
narzuki@gmail.com
terima kasih
Gary,
Pada pandangan saya, untuk sukatan SPM kita ikut dalam Buku Teks.
Nisbah Ujian Asid = (Aset Semasa – Stok Akhir) / Liabiliti Semasa ……. tidak perlu tolak Belanja Terdahulu dan Hasil Terakru.
Manakala Tempoh kutipan penghutang = penghutang / jualan kredit ……. di mana penghutang TIDAK perlu Tolak PHR.
Kedua-dua email tersebut boleh digunakan..
terima kasih banyak , cikgu
mengikuti buku teks adalah lebih selamat ,
tapi ada buku rujukan menolak belanja terdahulu dan hasil terakru ,
jika pelajar tolak item tersebut dalam SPM ,
akankah pemeriksa bagi salah untuk jawapan tersebut ?
Gary,
Pada pandangan saya, ianya dikira salah. Ini kerana antara aset semasa yang paling susah untuk dicairkan adalah STOK AKHIR. Lagipun belanja terdahulu dan hasil terakru adalah lebih mudah dicairkan walaupun dibandingkan dengan penghutang.
ok , terima kasih cikgu
kerana pandangan saya adalah sama dengan cikgu ,
tetapi cikgu yang lain sangat berkeras hendak menolak ia ,
walau bagaimanapun , saya berterima kasih kepada cikgu dan saya sokong akan pandangan cikgu
ADAKAH RUMUS kadar pusing ganti stok (bil hari) dgn bil kali berbeza dlm buku teks baru. adakah rumus ini salah?
KPGS (BIL KALI)=KJ/S.AWAL
KPGS (BIL HARI) = S.AWAL / KJ X 365 HARI
Cikgu Myra,
Bagi sukatan SPM, ikut seperti dalam buku teks baru ….. menggunakan STOK PURATA, bukannya STOK AWAL.
KPGS (kali) = Kos Jualan / Stok Purata
KPGS (hari) = (Stok Purata / Kos Jualan) x 365 hari
ckgu mcam mne nk cri kos jualan kalodie x bg jmlah belian??
Aisyah,
Ada 4 cara/formula yang boleh digunakan mengira KOS JUALAN…. dengan berdasarkan MAKLUMAT yang diberikan dalam soalan.
1. Jualan bersih – KOS JUALAN = Untung kasar.
2. KOS JUALAN = Stok awal + Kos belian – Stok akhir
3. Tokokan = Untung kasar / KOS JUALAN x 100
4. Kadar pusing ganti stok = KOS JUALAN / Stok purata
Berdasarkan MAKLUMAT yang diberikan, kita boleh tentukan formula mana yang perlu digunakan.
cg narzuki, boleh saya minta ajar mengenai nisbah semasa cth 2:1 adalah paling baik, jika soalan mendapati sykt A dpt nisbah 4.0:1, ,manakala sykt B dpt 4.5:1 yg manakah paling baik?…atas alasan apa?….
cg,
nisbah cair tak perlu tolak belanja terdahulu ?kerana saya rasa belanja itu sudah dibayar dan tidak boleh digunakan untuk bayar hutang lagi ….boleh tak saya berpendapat begitu ?
Phangyap,
Pada pandangan saya, NISBAH CAIR dilihat dari segi kecairannya, di mana STOK AKHIR paling susah untuk dicairkan… kerana kita tidak boleh paksa orang beli barangan kita. Manakala BELANJA TERDAHULU merupakan Aset Semasa, di mana kita masih BOLEH TUNTUT wang tersebut, sama seperti mana PENGHUTANG… dan boleh digunakan untuk membayar Liabiliti Semasa.
Cg narzuki……bolehkah jawab soalan saya yg mengenai nisbah semasa?………..
Ms Wong,
Pada pandangan saya, kedua2nya kurang baik berbading Nisbah Semasa ideal 2:1. Walau bagaimanapun jika dibandingkan antara :
Syarikat A = 4.0:1 dan Syarikat B = 4.5:1.
Syarikat A lebih baik kerana modal yang terbiar sama ada dalam bentuk tunai di tangan atau tunai di bank yang mana tidak membawa sebarang keuntungan. serta modal terikat dalam stok adalah LEBIH RENDAH berbanding dengan Syarikat B.
cg narzuki,
catatan caruman PERKESO dan KWSP adakah jumlah bahagian majikan dan pekerja sekali dan catat dalam Akaun gaji ? Atau hanya bahagian pekerja saja?
Belanja pembaikan kilang sama saja penyelenggaraan kilang?
Terima kasih.
PMC
Ak Gaji merujuk kepada gaji pekerje keseluruhannya yang dibayar oleh Syarikat. Maka bagi Perkeso dan KWSP kedua2 caruman pekerja dan majikan perlu dimasukkan dalam AKAUN GAJI.
Ada sedikit perbezaan :
1. Belanja pembaikan kilang – ianya dibelanjakan apabila berlaku kerosakan dan ianya perlu dibaiki.
2. Belanja penyelenggaraan kilang – merujuk kepada belanja penyelenggaraan yang dilakukan SECARA BERKALA, contoh belanja servis mesin dan logi yang dilakukan pada setiap bulan.
cg,
kalau seperti apa yang dijelaskan, Belanja pembaikan salah sejenis kos overhed kilang ?
PMC,
Kedua2nya dikelaskan sebagai KOS OVERHEAD.
cg,
Minta maaf cikgu. Saya merupakan seorang pelajar jarak jauh. Bolehkan minta tunjuk ajar daripada cikgu tentang 1 soalan mengenai analisis penyata kewangan?
Soalan adalah seperti berikut:
1) Apakah maklumat yang akan dapat selepas hasil analisis penyata kewangan?
Harap cikgu dapat menolong.
Ribuan terima kasih.
Lim,
Analisis nisbah boleh dikelaskan kepada 3 iaitu:
1. Nisbah Keberuntungan
2, Nisbah Kecaian
3. Nisbah Kecekapan.
Dan dalam setiap satunya ada beberapa Analisis Nisbah pula.
Maka secara ringkasnya, hasil daripada analsis nisbah tersebut, maklumat berkaitan dengan Keberuntungan, Kecairan dan Kecekapan perniagaan dapat diperolehi dan dibandingkan dengan pencapaian tahun2 lepas ataupun perbandingan dengan pencapaian syarikat yang lain.
Cikgu,
contoh dalam pengiraan tokokan RM1000/RM2000 x 100= 50%, adalakah salah jika kita tulis 1000/2000×100=50% tanpa tulis RM tersebut? terima kasih
Fatimah,
Adalah lebih baik ditulis RM tersebut., … jika jawapan akhir SALAH, maka, markah untuk jalan kerja mungkin akan dipertimbangkan.
Cikgu,
RM dalam penyata pendapatan, KKK, buku catatan pertama dan lejar diabaikan? betul?
Fatimah,
Jawapan yang lengkap sebaik2nya ada RM tersebut. Cadangan saya kita ajarkan pelajar menyediakan jawapan dengan LENGKAP…. jangan sekali-kali kita abaikan sesuatu perkara yang kita anggap tidak penting @ dalam skema pemarkahan tahun2 sebelum ini ianya diabaikan. Ini kerana skema pemarkahan boleh berubah2. Setengah2 ILMU PENTAKSIRAN tidak boleh digunakan untuk tujuan PnP…. ianya 2 perkara yang berbeza.
Hi cikgu,
Berdasarkan post lepas yang berkaitan masalah jualan bersih, adakah cikgu mendapat pandangan penulis buku yang mungkin terlepas pandang?
Jualan – pulangan jualan atau
Jualan – pulangan jualan – diskaun diberi
Wong,
Pada pandangan saya,
YA mungkin terlepas pandang….. kita ikut format baru JUALAN BERSIH = Jualan – Pulangan Jualan – Diskaun diberi.
CIKGU , apakah formula sebenar bagi nisbah ujian asid ?
bagi rujuk bukuteks ,formulanya ialah aset semasa – stok akhir /liabiliti semasa , tapi adanya yang perlu tolak lagi belanja terdahulu ????
Buffett,
Memang ada formula yang (-) BELANJA TERDAHULU.
Untuk SPM saya cadangkan ikut formula dalam Buku Teks sahaja.
macam mana nak jelaskan dengan pelajar? cikgu sekolah ada guna dekat projek.bolehkeh ?
Cikgu,
Perlolehan sama dengan jualan bersih kan? iaitu jualan – pulangan jualan dan diskaun diberi?
Fatimah,
Pada pandangann saya, ianya SAMA.
cg…perkara apa yg patut ada jika kita mahu buat analisis penyata kew utk 2 syarikt yg lain tp dlm indistri yg sama..
Yunaiza,
Perkara utama yang perlu ada adalah Penyata Pendapatann dan KKK bagi kedua2 syarikat tersebut.
Salam, cikgu saya ingin bertanya bagaimana cara @ panduan untuk membuat analisis penyata kewangan? Contoh syarikat yang kita pilih dalam penyata dia ada syarikat n group.. Jadi untuk melakukan pengiraan kita patut guna syarikat atau group? Dan dalam purata industri dia lebih kepada group.. Jadi mana y kita kne guna?
Sfadzilah,
Pada pandangan saya,
Bergantung kepada analisis yang hendakh dibuat, sama ada untuk SYARIKAT atau KUMPULAN. Manakala untuk INDUSTRI ianya lebih umum dan menyeluruh, maka analisis KUMPULAN lebih mengambarkan keadaan secara keseluruhannya.
Salam.. Terima kasih cikgu 🙂
Salam Cg,
merujuk kepada K1 SPM 2011 soalan 38 berkaitan dengan % untung bersih atas jualan:
2009-16% 2010-18%
Faktor yg menyebabkan perubahan %
Jawapan tidak termasuk- Harga jualan dinaikkan.
Kenapa Cg?
Chee,
Peratus UB atas Jualan = UB / JB x 100%
Merujuk kepada formulan tersebut ….. Untuk % meningkat.. UB mesti meningkat atau JB berkurang.
Jika JB meningkat maka % tersebut sudah tentu MENURUN.
Cg,
merujuk kepda soalan diatas,
kalau volum jualan bertambah, adakah ia akan juga MENURUN juga?
Jualan bersih = volum jualan* harga jualan seunit
Chee,
Jika volum jualan BERTAMBAH, maka JUALAN BERSIH juga akan BERTAMBAH…. seterusnya % UB atas JB akan MENURUN.
Contohnya: UB/JBx100% ….. 10/100x100% = 10% .. dan 10/200x100% =5%
saya setuju dengan Cg, tetapi jawapan untuk soalan itu ialah :
1.volum jualan bertambah
2.pengendalian perniagaan bertambah cekap
saya kurang bersetuju dengan jawapan ini.
soalan 38 Kertas 1 spm 2011
apa pendapat cikgu??
Chee,
Ya, jawapan tersebut agak mengelirukan….. pada pandangan saya, sepatutnya “Volum jualan BERKURANG“.. baru boleh diterima… ATAU mungkin kena lihat dari sudut lain.
# Kemungkinan panel lihat dari sudut graf TPM, di mana apabila VOLUM semakin meningkat, maka UNTUNG juga semakin meningkat berbanding Jumlah KOS yang semakin berkurang.
Cikgu, bagaimana hendak menghitung kos jualan sekiranya tidak diberi?
Maklumat yg diberikan:
Modal awal – RM96 000
Stok awal – RM15 480
Stok akhir – RM16 720
Kenderaan – RM18 000
Belian – RM129 492
Jualan – RM165 300
Sewa kedai terakru – RM1 200
Angkutan masuk – RM648
Penghutang – RM22 800
Insurans terdahulu – RM220
UB – RM11 520
Kadar pusing ganti stok – 10 kali
Pulangan atas modal – 15%
Terima kasih.
Vun,
Boleh guna formula KPGS = 10
Stok purata … boleh dikira.
Maka… KJ = 10 x Stok purata
Maaf Cikgu, saya silap. Maklumat kadar pusing ganti stok dan pulangan atas modal itu tidak diambil kira dalam pengiraan nisbah bagi kedai runcit yang saya sedang cari ni. Ia merupakan maklumat bagi kedai runcit yang perlu saya bandingkan nanti.
Adakah betul cara menghitung kos jualan saya ini?
Kos barang untuk dijual – Stok akhir = Kos jualan
RM145 620 – RM16 720 = RM128 900
Vun,
Ok.. guna format biasa dalam PP iaitu:
KJ = Stok awal + (belian + angkutan masuk) – stok akhir.
Cikgu, bagaimana nak tahu STOK AWAL sekiranya maklumat yg diberikan:
Stok akhir – RM6 800
Kos jualan – RM72 000
KPGS – 12 kali
Terima kasih.
Vun,
Guna formula KPGS….. boleh cari stok purata, kemudian cari stok awal.
assalamualikum… saya nak tanya soalan mengenai tajuk nisbah..
pertama, apa beza nisbah semasa dan nisbah cepat
kedua, sekiranya hasil nisbah tersebut kurang dari satu apa kesannyanya pada syarikat ..
Nor Syafiqah, waalaikumussalam.
Kedua2nya merupakan nisbah menilai kecairan perniagaan. Bezanya nisbah ujian asid tidak ambilkira stok akhir kerana ianya lebih sukar untuk dicairan dalam masa yang singkat.
Jika nisbahnya kurang darpada 1.. maksudnya perniagaan tidak mampu menjelaskan LS… contoh mudah, Tunai ada RM100 Pemiutang berbaki RM200.
asslamualaikum…tumpang tanya apakah yang di maksudkan dengan Analisis
DU PONT.
salam sejahtera cikgu , sya pljar dri vokasional mngambil bidang perakaunan jga .. sya mngucapkan terima kasih atas nota2 yg diberi .. amat mmberi manfaat d.. sepanjang sya bljar , sya kurang fham dgn apa yg di jelaskan oleh guru terutama penyata pendapatan dan kunci kira2 . ttpi mlalui nota dan ulasan yg diberi oleh cg narzuki sya dpt mnjawap dgn mudah .. terima ksih ckgu 🙂
Baguslah.. jika blog ini dapat membantu anak2 pelajar diluar sana. Semoga lebih ramai yang mendapat manafaat dengan kewujudan blog CNO ini.
Hi,Cikgu. Dalam soalan SPM2014, terdapat satu soalan tentang pengiraan nisbah semasa. Pinjaman (Matang pada 1 April 2015) dianggap sebagai LS atau LBS sekiranya tempoh perakaunanya berakhir pada 30 Jun 2014. Harap cikgu boleh beri penjelasan.
Wys,
Kita lihat tempoh 30 Jun 2014 hingga 1 April 2015… hanya tinggal 9 bulan.. maka pinjaman tersebut dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa. Jika lebih SETAHUN, baru dikelaskan sebagai LBS.
salam cikgu..
saya nak tanya, apa beza nisbah kecairan dengan nisbah leveraj? dan bagaimana pengiraan nya?
[LUAR SUKATAN SPM]
Mimi,
Nisbah hutang ekuiti
Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan berikut:
Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih
Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti bererti semakin kukuh kedudukan kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.
Nilai Bersih
Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci kira-kira. Nilai bersih diperolehi dengan:
Nilai Bersih = jumlah aset – jumlah liabiliti
Nisbah semasa
Nisbah semasa digunakan bagi menentukan kecairan perniagaan dan menunjukkan perkaitan di antara aset semasa dengan liabiliti semasa.
Nisbah Semasa = Aset Semasa/Liabiliti Semasa
Sumber: https://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/kunci-kira-kira.html
next week sy final bab ratio ni mmg akn keluar..risau sgt.. kena ingt formula dan goal..ada tak goal yg mudah dihafal cikgu..sy student ipta
tokokan 25%
margin 10%
setiap RM 1 kos jualan, untung kasar ialah 25sen
cikgu itu apa maksud? macam mana tahu?
Irene,
Rujuk formula tokokan.. baru awak faham tafsiran dan perkaitan antara Kos Jualan dan Untung Kasar.
Assalamualaikum Cikgu,
Saya ingin mengetahui dengan lebih terperinci kegunaan analisis-analisis seperti analisis nisbah semasa, nisbah ujian asid, nisbah pusing ganti akaun belum terima dan nisbah pusing ganti inventori.
trm kasih cikgu
Korie, waalaikumussalam.
Jika mahu mengetahui secara terperinci, Cg sarankan rujuk dalam buku kerana huraiannya lebih terperinci dan disertakan dengan contoh pengiraan serta tafsirannya sekali.
Sedikit bahan berkaitan perkara tersebut KLIK.
Terima kasih cikgu..
Link yang cikgu berikan dh cukup membantu…
assalammualaikum,cikgu saya nak tanya bagaimana nak cari kos jualan jika angka kadar pusing ganti stok firma telah diberikan dalam soalan?Dan dalam soalan ia hanya diberikan angka stok purata dan angka untung kasar.
Annastasya, waalaikumussalam.
Hanya rujuk kepada formula KPGS = KJ / Stok Purata
Maka, Kos Jualan = KPGS X Stok Purata
cikgu saya ingin bertanya kenapakah penyata kewangan dapat membantu penggunanya membuat keputusan?
Athira,
Cuba senaraikan siapakah pengguna penyata kewangan… daripada situ kita akan dapat kenalpasti keperluan setiap pengguna tersebut dalam membantu pembuatan keputusan masing-masing.
terima kasih cikgu !
cikgu,bagaimana mencari kos jualan?
Maksud saya bagaimana cari kos jualan jika KPGS dan stok purata tidak diberikan?
Annastasya,
Bergantung kepada maklumat yang diberikan.. antaranya kita boleh guna:
1. KJ = Stok awal + Belian – Stok akhir
2. KJ = Jualan bersih – Untung kasar
3. KJ = KPGS x Stok purata
4. KJ = UK / tokokan x 100%
Terima kasih cikgu atas maklumat tersebut. Saya berharap prinsip perakaunan saya akan lebih baik.
Annastasya,
Cg doakan semoga anda dapat menguasainya dengan baik dan beroleh kejayaan yang cemerlang.
cg, macam mana nk cari modal awal perniagaan yg mengalami kerugian?
Aleeya,
Modal akhir + Ambilan + Rugi bersih = Modal Awal
cikgu? banding 2 cawangan. a dan b.
kpgs a kurang dr b
margin untung atas jualan a kurang sedikit dpd b
tapi pulangan modal a lebih tinggi sedikit dpd b.
jadi cawangan mana yg patut dijual?
tqvm
May,
Pada pandangan saya.
Oleh kerana jenis perniagaan yang sama.. saya pilih cawagan B dikekalkan kerana KPGS yang lebih tinggi.. menunjukkan perniagaan cawagan B lebih laris dan dikenali ramai. Dengan naikkan sedikit margin untung kasar.. masalah pulangan atas modal yang rendah dapat ditingkatkan.
selamat sejahtera. berdasarkan saolan may di atas, saya rasa pelik sebab bukankah perbandingan prestasi melihat pada pulangan modal? saoalan yg saya buat selama ini ialah mana prestasi lebih baik, maka kita akan pilih yang pulangan modalnya lebih tinggi, kan?
Mimi,
Soalan May, tidak menyatakan prestasi mana yang lebih baik… tetapi cawangan mana yang patut DITUTUP/DIJUAL …
Jadi kita kena lihat MASA DEPAN perniagaan bukan prestasi SEMASA semata-mata. Sekiranya prestasi semasa baik… masa hadapan belum tentu baik sekiranya jualan tidak berapa laris, pelanggan tidak ramai. Sekiranya pelanggan ramai / perniagaan laris … keuntungan perniagaan dimasa hadapan akan bertambah dari semasa ke semasa.
Pandangan saya adalah berdasarkan pulangan atas modal / prestasi perniagaan yang di masa hadapan.
ok terima kasih cikgu
asalam, cikgu bagaimana nak cari jualan kredit dan belian kredit? saya nak buat tempoh kutipan hutang dengan tempoh pembayaran hutang . tapi saya tak tahu cara mencari jualan kredit dengan belian kredit. tolong saya cikguu . thanks ^_^
Aina, waalaikumussalam.
Jualan kredit – rujuk Jurnal Jualan
Belian kredit – rujuk Jurnal Belian
Assalamualaikum cikgu,bagaimana nak buat senarai pelarasan yang kerja kursus tentang peruntukan hutang ragu diselaraskan ke atas penghutang bersih? Saya kira dah tapi tak dapat pun erm tolong saya cikgu . Kalau boleh tunjukkan jalan kira satu2, saya harap cikgu dapat bantu. Masa saya banyak terhabis di situ.
Mia,
1. Tetapkan peratus PHR… antara 1% – 4%.
2. Kira penghutang bersih = jumlahkan baki akhir penghutang PQRS – hutang lapuk 300 = RM52100
3. PHR = 4% × 52100 = 2084 … katakan 4%
4. Hutang ragu = 2084 – 256 = 1828
Maka JA Pelarasan :
Dt Hutang Ragu 1828
KT Peruntukan hutang ragu 1828
cikgu saya nak nombor telefon cikgu,kerana saya nak tanya beberapa soalan pp…
Cikgu, Kalau hanya ada kos jualan Dan peratus margin untung kasar atas jualan, macam mana nak cari jualan Dan untung kasar? minta tolong.. soalan ini menyebab I kepala sakit Gila ??
Jeffrey,
Katakan KJ = RM20 000 dan MUK = 20%
Maka
Jualan = 100/(100-20) × 20000
UK = Jualan – Kos Jualan
terima kasih cikgu ! Sangat bermanfaat ! Cikgu juga membantu dalam membuat kerja kursus akaun ! Terima kasih banyak-banyak semoga diberkati Allah syukran jazilan :))
Alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa diberkati Allah dalam apa jua yang dilakukan.
cg narzuki. boleh sya tau cara untul mengira stok akhir dlm PP?
Cassey,
Bergantung kepada maklumat yang diberikan…baru boleh tentukan formula mana yang boleh digunakan.
Salam,cg peratus tokokan seragam mcm mna nak buat?
Ain,
Rumus tokokan biasa…. seragam maksudnya menggunakan % yang sama setiap tahun.
Salam cikgu .. saya xfaham macam mana nak sediakan penyatan kewangan komprehensif
Tunai
Penghutang
Stok awal
Perabot
Pemiutang
Pinjaman bank
Modal
Ambilan
Jualan
Pulangan jualan
Diskaun jualan
Belian
Pul belian
Dis belian
Angkutan masok
Gaji dibayar
Byr sewa bangunan
Belanja utiliti
Macam mana nak selesaikan .. saya stuck sampai cari jualan bersih jr .. lepas itu saya xfaham .. boleh cikgu terangkan ..
Norhani,
Sebelum nak sediakan… cuba fahamkan formatnya terlebih dahulu. Serta klasifikasi akaun… iaitu aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan belanja.
Saya sudah kelaskan kesemuanya .. saya boleh buat sampai
Jualan
-pulangan jualan
-dis jualan
Jualan bersih
Stok awal
Belian
-pul belian
-dis belian
Belian bersih
Angkutan masuk
Hah .. sampai situ saja .. lepas itu saya dah blank .. mhon bantu saya cikgu
Norhani,
Sambung….
(-) stok akhir xxx
Kos jualan xxx
Untung kasar xxx
(+) hasil
(-) belanja
Untung bersih.
Oke terima kasih cikgu
Salam Cikgu, saya ingin nak tanya cikgu soalan tafsiran nisbah ini.
Stok awal RM3200, Stok akhir RM2550, Jualan RM55320, Pulangan masuk RM920, Tokokan ialah 25% atas kos jualan.
Hitung kos jualan kedai eu ho enterprise?
A.43520 B.53750 C. RM54400 D.RM55050
(Soalan trial Muar Johor 2016)
Joanne,
Tokokan = UK = 25%
Kos Jualan = 100%
Maka, Jualan = 125%
Jika 125 % = 55320 – 920 = 54400
Maka KJ 100% = 54400/125 x 100 = 43520 (A)
salam sejahtera, cikgu.nak minta penjelasan ttg soalan berikut, thn kwgn berakhir 30 jun 2014 dan terdapat pinjaman yg akan matang pada 1 april 2015.jd pinjaman ini akan dianggap sebagai lbs atau ls apabila menyediakan kkk pd 30jun 2014?? apakah kriteria yg perlu diambil kira utk jdkan sifatnya dr lbs bertukar kpd ls?adakah bandingkan tarikh matangnya dgn tarikh thn kewangan berakhir? sekiranya less than a year jd automatik sifatnya akn berubah jd ls??terima kasih
Ricky,
Tempoh pinjaman pada 30 Jun 2014 – 1 April 2015… hanya tinggal 10 bulan.. maka dikelaskan sebagai LS.
Salam cikgu, mcm mne nk hitungkn “bilangan hari modal terikat pada stok”?
Winnie,
Cuba rujuk DISINI (klik)
Cikgu ,macam mana kira nisbah perolehan?
Stella Lai,
Cuba rujuk DISINI (klik)
Asaalamualaikum cg nak tanya macam mana kira ‘bilangan hari stok disimpan sebelum dijua’l ?
assalamualaikum cg..bolehkah cg bg rumus2 untuk mengira item2 dlm penyata pendapatan?sy agak lemah..contohnya cara untuk mencari jualan,kos jualan,dan lain2..tq
Mamat, waalaikumussalam.
Penyata Pendapatan dan KKK disediakan berdasarkan item2 / baki2 akaun dalam ID. Cuma apa yang perlu diingat ialah formatnya. Apa yang perlu dikuasai terlebih dahulu ialah klasifikasi akaun…. samada ianya aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan belanja. Seterusnya strurktur asas Penyata Pendapatan ialah Hasil – Belanja = Untung, manakala KKK terdiri daripada Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik. Kemudian baru fahami susunan / format pelaporan dalam PP dan KKK.
Cikgu,
cuba tanya apakan perkataan tokokan dalam bahasa inggeris?
terima kasih.
Tan Swee Kung
Tokokan –> Markup Percentage
aslm cikgu,
saya nak tanya soalan :
modal 1 julai 2013=70000
stok 1 julai 2013=2375
stok 30 jun 2014=2625
jualan= 25500
belanja perniagaan=3800
peratus untung kasar atas jualan ialah 40%
hitung jumlah belian perniagaan.
A)RM 6400
B)RM 10200
C)RM15550
D)RM 17925
Dayana,
Daripada maklumat yang diberi…. guna formula UK atas jualan untuk dapatkan KOS JUALAN. Daripada KJ…. kita akan dapat cari BELIAN kerana Stok Awal dan Stok Akhir telah diketahui.
Cg,
Harga kos = RM780
Harga jualan adalah tokokan 150% atas kos
Harga jualan = RM780+RM1170= RM1950
Chee,
Harga jualan = 150% x RM780
Cg,
Mengikut formula:
Tokokan =( Untung Kasar/Kos Jualan)x100
Untung Kasar= 150%x780=RM1170
Harga Jualan = RM780+RM1170?
Chee,
Soalan jelas beritahu HJ = 150% ATAS KOS. (Ini formula HJ…Tak ikut formula tokokan tersebut)
Maka. HJ = 150% × 780 = 1170
Kos = 780
Untung = 390
Jika soalan diberi:
Kos 780
Tokokan = 150%
Kira Harga Jualan = ?
Baru betul cara pengiraan yang Chee buat.
Terima kasih Cg
salam
cikgu nak tanya
limitasi penyata kewangan apa ye?
Zahrah,
Limitasi / batasan Penyata Kewangan:
Umumnya kegunaan penyata kewangan ada tiga – mengukur prestasi lepas, menilai kedudukan semasa dan meramal potensi masa depan. Ia mengambarkan betapa besar kuasa maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan. Biarpun demikian, jangan taksub terhadap maklumat penyata kewangan kerana cerminnya tidak sempurna – kegunaan yang boleh ditawarkan oleh maklumat penyata kewangan adalah terbatas. Artikel ini mengulas tiga batasan utama maklumat penyata kewangan.
Satu Titik Masa
Penyata kewangan adalah laporan akhir yang terhasil dari rekod perakaunan untuk satu tempoh tertentu (seperti satu tahun). Angka yang tercatat dalam penyata kewangan adalah angka pada satu titik masa iaitu pada tarikh kesemua buku akaun ditutup. Maka angka berkenaan tidak dapat memberi gambaran tepat tentang naik turun perniagaan untuk 360 hari. Satu contoh – angka jualan.
Angka kumulatif jualan dalam penyata kewangan tidak dapat memberi gambaran secara terperinci prestasi jualan mengikut musim atau bulan. Contoh lain – baki akaun bank. Baki akaun itu hanyalah pada satu titik masa yang tidak cukup untuk memberi maklumat sama ada akaun berkenaan mempunyai baki yang semakin meningkat, konsisten atau berkurang untuk satu siri masa.
Rekod Lepas
Maklumat penyata kewangan adalah berasaskan rekod lepas – urusniaga yang telah berlaku. Hukum umum dalam perniagaan ialah rekod lepas tidak dapat mengambarkan dengan tepat keadaan masa depan. Jika perniagaan mendapat untung besar pada tahun lepas, itu bukan jaminan keadaan akan berulang untuk masa hadapan.
Dalam perniagaan, ada banyak faktor dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi prestasi. Saksikan sahaja naik turun nilai matawang, cabaran penyusutan harga bahan api dan kemerosotan permintaan terhadap komoditi seperti getah. Tiada satupun yang terjadi secara berkekalan, malah ada peristiwa yang berlaku tersasar dari ramalan biarpun oleh mereka yang bergelar bijaksana dan pakar dalam hal ehwal ekonomi dan perniagaan.
Maka jangan terlalu yakin bahawa perniagaan yang menguntungkan akan terus menikmati zaman makmur dan sebaliknya. Kisah Air Asia adalah iktibar terbaik bahawa sebuah perniagaan yang bermasalah masih mampu bangkit menjadi gergasi jika berada di tangan figura yang hebat disertai strategi dan pasukan terbaik.
Variasi Kaedah
Keseragaman adalah ciri penting untuk penyata kewangan. Keseragaman membolehkan maklumat antara penyata kewangan dibandingkan serta meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap maklumat tersebut. Namun di sebalik keseragaman, penyata kewangan juga mempunyai sifat variasi – contoh kaedah penilaian inventori, susutnilai atau pengiktirafan hasil.
Variasi ini menjadikan perbandingan maklumat antara penyata kewangan menjadi lebih sukar – analisis yang lebih mendalam diperlukan. Oleh itu, selain menilai angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan, perlu dinilai juga tatacara perakaunan yang digunakan.
Kesimpulan
Biarpun penyata kewangan mempunyai limitasi, tidak bererti penyata kewangan tidak berguna. Untuk meningkatkan kebergunaan maklumat penyata kewangan, jangan sekadar bergantung kepada maklumat yang tertera dalam penyata kewangan sahaja.
Sebaliknya, lakukan analisis ke atas maklumat penyata kewangan termasuk perbandingan penyata kewangan untuk beberapa tahun, perbandingan antara firma dan perbandingan dengan data industri. Jangan sekadar membaca penyata kewangan, sebaliknya lakukan analisis terperinci.
Kredit : Dr Zulnaidi Yaacob
Nyatakan 3 kategori rumus untuk analisis nisbah.
Terangkan kesamaan maklumat yang digunakan dalam rumus setiap kategori.
Cikgu ,macam mana mahu jawab soalan begitu?
Lim yi ting,
Cadangan Cg,
1. Kemukakan 3 kategori analisis nisbah –> nyatakan fungsinya setiap satu.
2. Nyatakan rumus2 bagi setiap kategori
3. Daripada rumus2 dlm kategori yang sama kita dapat nyatakan kaitan / kesamaan maklumat yang digunakan.
Cth: nisbah keberuntungan –> semua 4 rumusnya hanya merujuk kepada item yang sama iaitu : jualan, kos jualan, untung kasar dan untung bersih sahaja.
Terima kasih cikgu
Cikgu,tokokan,margin,dan peratus utg bersih atas jualan Ada apa beza?
Goh,
Berbeza… cuba lihat dan bandingkan formula serta tafsiran setiap satu.. kita akan nampak perbezaannya.
so camne nak kira modal kerja??
Modal Kerja = Aset semasa – Liabiliti semasa
tq….has been very helpful…fast reply???esok saya ade exam akaun
??? tu typo sorry cikgu
Ok good luck..
Cg,
Pulangan jualan daripada penghutang RM1400 belum direkod dalam buku.
Barang niaga ini telah dijual pada harga kos campur 40%tokokan.
dt Pulangan jualan 1400
kt Penghutang 1400
Pengiraan stok akhir : 60/100*1400=RM840
Betul Cg?
Chee,
Catatan bergu sudah betul.
Pengiraan nilai kos tidak tepat.
Nilai kos = 1400 x (100/140) = 1000
cikgu camne nak kira untung kasar
Ada beberapa cara … ianya bergantung kepada maklumat yang diberikan dalam soalan. Antaranya caranya, kita guna:
1. UK = Jualan bersih – Kos Jualan
2. Margin UK
3. Tokokan
Cikgu apa maksud tokokan dlm ayat yg mudah faham
Hanna,
Tokokan = Peratus UK atas Kos Jualan
Secara mudahnya.. peratus untung yang kita nak atas kos barang yang kita beli.
Cth : kos kita beli RM100.. kita nak untung RM20 –> maka kita kena jual RM120
Cikgu, sekiranya soalan tidak diberi jumlah jualan kredit .. kita perlu ambil jumlah jualan sahaja ke? Dan kenapa kita tak boleh ambil jumlah penghutang sebab penghutang kan beli barangan secara kredit?
Syahirah,
Sekiranya ada dinyatakan semya jualan dilakukan secara kredit… baru boleh Jualan Kredit = Jualan.
Penghutang tidak sama dengan jualan kredit… cth kita jualan secara kredit RM10,000.
Maka Jualan kredit RM10000.. Penghutang RM10,000.
Tetapi penghutang biasanya buat bayaran setiap bulan.. katakan telah bayar RM4,000 –> baki Penghutang = RM6,000.
Maka RM6,000 tidak lagi mengambarkan jumlah jualan kredit… kerana jumlah sebenar adalah RM10,000.
cikgu jawapan yang saya dapat berbeza dgn jawapan dalam buku.tolong bagi jawapan cikgu
Inventori awal 2450
Belian 28220
Inventori akhir 2930
Margin untung kasar 20%
Kira
Kos jualan
Jualan
Untung kasar
Kalai.
KJ = 27 740
Jualan = 34 675
UK = 6 935
Cikgu tolong tunjukkan jalan kerja
Kalai,
Saya hanya bagi tips:
UK = 20% –> ?
KJ = 80% –> 27 740
JB = 100% –> ?
Aslm cikgu, boleh saya tahu? Bagaimana utk tentukan perniagaan yang menunjukkan jualan yang lebih laris? Saya perlu rujuk pada nisbah yang mane?
Umie Aimra,
Kita boleh rujuk KPGI… cuba fahami maksud Kadar Pusing Ganti Inventori.
Cikgu,apakah maksud untung kasar atas perolehan ?(form5 maklumat untuk membuat keputusan )
Jiahui,
PEROLEHAN = JUALAN BERSIH
Terima kasih ,cikgu
soalan beri:
Inventoriawal: 7124
Inventori akhir:7976
Kos jualan:60400
Untung kasar20peratus atas perolehan
Bagaimana cari untung kasar
Jiahui,
1. PEROLEHAN = JUALAN BERSIH
Maka UK atas perolehan = UK atas jualan bersih.
2. UK = 20%
Maka KJ = 80% = RM60400
Guna cara matematik utk cari 20% = ?
Terima kasih,cikgu
Cikgu,
Soalan 4 spm 2017 dirujuk, soalan 4(a) setelah dapat untung kasar perlu kita tolak belanja kendalian yang lain dan kos pembiayaan pinjaman untuk mendapat untung bersih atau hanya tolak belanja kendalian yang lain sahaja.
Terima kasih.
Fatimah,
Kedua2 item tersebut adalah BELANJA.
UK – Belanja = UB
Cikgu,
Bukankah kos pembiayai pinjaman sudah termasuk dalam belanja kendalian yang lain? Jawapan nisbah perlu dibundarkan kepada berapa perpuluhan?
terima kasih cikgu yang tidak jemu membantu.
Cikgu,
Contoh Inventori awal yang diberi ialah inventori 1 Januari 2017, dalam penyata pendapatan kita nak tulis inventori awal atau inventori 1 Januari 2017?
Fatimah,
1. Kos pembiayaian pinjaman –> belanja bukan kendalian.
2. Bundarkan kepada 2 tempat perpuluhan.
3. Kedua2nya boleh digunakan..
Cikgu,
Kalau kadar pusing ganti inventori ialah 58.65 hari, bolehkah kita beri dalam 58.65 hari atau 59 hari?
terima kasih
Fatimah,
Cadangan saya… jawapan bundarkan kepada 2 tempat perpuluhan…. (lebih selamat).
Cikgu. Bagaimana saya hendak menyatakan tafsiran bagi margin untung bersih sekiranya saya memperolehi rugi bersih sebanyak (7.77%)
Miss Aliyah,
Gantikan tafsiran tersebut daripada “Untung Bersih” –> “Rugi Bersih”