Selamat Menghadapi SPM 2014

spm2014

Posted on November 2, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 46 Comments.

  1. cikgu saya kata semasa menduduki peperiksaan spm untuk subjek prinsip akaun, semua jawapan hendak ditulis pada kertas jurnal dan lejar sahaja dan tak boleh jawab pada buku jawapan yang diberi. betul keh tak boleh jawab pada buku jawapan(test pad)?

  2. Chan,

    Penyataan tersebut TIDAK TEPAT, calon masih boleh menjawab dalam BUKU JAWAPAN bersama2 kertas lejar atau jurnal ikut kesesuaian calon.

  3. cikgu,nak tanya tahun ni nak focus mana satu bab?
    tq..cikgu

  4. 200213,

    Cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.

  5. Terima kasih cikgu

  6. Cikgu,saya ada 2 soalan nak tanya

    1 Banyak soalan ada hasil dan belanja terdahulu/terakru awal/akhir,macam mana kita tau bila nak tambah atau kurang pada hasil dan belanja?

    2 Dalam penyata pengeluaran,faedah atas pinjaman dan angkutan keluar tidak catat?

    Terima kasih.

  7. 1. Notanya:
    TERDAHULU —-> Buku Tunai (+) Baki Awal (-) Baki akhir
    TERAKRU ——> Buku Tunai (-) Baki awal (+) Baki akhir

    2. YA, hanya belanja yang terlibat dengan perjalanan kilang sahaja dimasukkan dalam Kos Pengeluaran.

  8. Ada soalan lain lupa tanya

    3 Dalam spm, jika soalan minta akaun, bolehkah kita buat penyata?
    Contoh: akaun pendapatan dan perbelanjaan

  9. 4 Mengapa peruntukan hutang ragu terletak di sebelah kredit dalam imbangan duga ?

    5 Jika soalan dan maklumat tambahan ada hutang lapuk, bagaimana kita catat dalam penyata pendapatan?

    Thank you.

  10. Cikgu, nota terdahulu dan terakru itu tak kira belanja atau hasil?

  11. 4. Ianya akaun kontra kepada Penghutang (debit).. PHR (kredit)… sama seperti Aset dan SNT… Jualan dan Pulanjan Jualan.
    5. HL dalam ID perlu diselaraskan dengan HL dalam maklumat tambahan … (+)

    Nota tersebut terpakai untuk HASIL dan BELANJA.

  12. cikgu sudah tengok spm kertas 2 baru tadi saja?
    saya masih tak dapat imbang kunci kira-kira soalan kedua.
    jika cikgu adajawapan, bolehkah kongsi beri kepada saya. terima kasih

  13. Lee,

    Cadangan jawapan saya :
    Jualan 152442 … pembetulan
    Belian 70591
    UK 91501
    UB 63706
    MK 32806
    KKK 99606

  14. cikgu nak tanya akaun hari ni dah cikgu buat? soalan 2 blh dpt jawapan ke?

  15. yumei,

    Cadangan jawapan saya :
    Jualan 152442 ..pembetulan
    Belian 70591
    UK 91501
    UB 63706
    MK 32806
    KKK 99606

  16. Cikgu,
    soalan 3 spm 2014, gaji kilang itu adalah gaji langsung atau tak langsung? Nak masuk kos prima atau overhed?

  17. fatimah,

    Gaji kilang –> tak langsung –> Kos Overhed

  18. ada silap dalam soalan 2 kan? Tulis “tunai dibankkkan” sepatutnya ialah jualan dibankkan.

  19. yumei,

    Sudah betul… itu merupakan catatan kontra.. antara TUNAI dan BANK. Daripada Ak TUNAI kita akan dapat JUALAN TUNAI.

  20. cikgu, kalau tidak garis (cthnya: tidak garis selepas pengiraan Jualan-pulangan Jualan dalam penyata pendapatan) ditolak markah? Kalau tidak tutup akaun ditolak markah?

  21. Priscilla,

    TIADA PENOLAKAN markah.

  22. assalam cikgu….

    1. boleh tolong terangkan macamana dapat jualan 15244

    2.brp amaun yg cikgu dapat utk baki akhir ak bank dan ak tunai

  23. saya still tak dapat jawab soalan 2
    boleh cikgu terangkan lebih terperinci

  24. Eryarif,

    Jumlah jualan
    = jualan kredit + jualan tunai
    = 56031 + 96411
    = 152,442 ………. maaf silap taip “15244”.

    Baki akhir bank = 19,601 tunai = 500 (telah diberi dalam soalan)

  25. tqvm cikgu…
    96411 tu baki akhir akaun tunai kan? knp ia dianggap sebagai jualan tunai?

  26. Adakah permakahan 20 folio,kertas 1 dan 2 80?
    Jadi markah kertas 1 tambah 2 ÷ 140 × 80?

    Cikgu ada jawapan kertas 1?

  27. maaf….betul la cikgu buat tu….

  28. ok cikgu…sy dah balance….tqvm

  29. Kertas 1 = 20% ( m/40 x 20%)
    Kertas 2 = 60% ( m/100 x 60%)
    Kertas 3 = 20%

    Cadangan saya : DDAAC ACDBD AAAAC BBCDD ACCCB DCBBB AAABD CABBC

  30. Cikgu
    Bagi soalan 2014 SPM kertas 2, apakah missing figure dalam akaun tunai? Adakah logical dianggap sebagai jualan tunai?
    Terima kasih.

  31. Martina,

    Ya, angka imbangan tersebut merujuk kepada JUALAN TUNAI… berdasarkan soalan tersebut tiada item hasil lain yang lebih sesuai dengan nilai RM96,411.

  32. cikgu,
    berikut ialah aset semasa dn liabiliti semasa saya, sila tengok mana yang salah sebab saya tak dapat kiramodal kerja yang cikgu beri. terima kasih.
    (aset semasa)
    penghutang 9840
    tunai 500
    belanja pentadbiran terdahulu 875
    stok akhir 9650
    bank 19061
    (liabiliti semasa)
    pemiutang 7470
    gaji terakru 190

  33. Lee,

    Cuba semak BANK RM19,601

  34. Cikgu,
    bagaimana kita boleh mengetahui gaji terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kos pengeluaran tersebut sebab soalan tidak nyatakan?

  35. Fatimah,

    Oleh kerana sudah ada UPAH LANGSUNG dalam soalan sebagai KOS BURUH LANGSUNG, maka GAJI tersebut merujuk kepada Gaji tak langsung.

  36. Cikgu,
    Dalam definisi gaji adalah berbeza dgn upah. Ada pelajar beranggapan ini merujuk kepada gaji langsung dan di masuk di bawah kos prima, adakah ini akan diterima sebab soalan tidak dinyatakan dgn jelas.

  37. Fatimah,

    Pada pandangan saya, tidak terima kerana sudah jelas dalam soalan ada UPAH LANGSUNG… Kos buruh langsung hanya ada SATU item sahaja sama ada gaji langsung / upah langsung…. oleh kerana buruh langsung telah dinyatakan dibayar UPAH LANGSUNG maka GAJI tersebut merujuk kepada gaji tak langsung seperti gaji penyelia kilang.

  38. Cikgu,
    mungkinkah dalam kos buruh langsung ada operator yg dibayar ikut gaji bulanan dan ada yg dibayar upah ikut jam bekerja, jadi dlm kos buruh lgsg ada 2 item?

  39. Fatimah,

    Biasanya bayaran berbentuk GAJI atau UPAH bergantung kepada jenis kilang itu sendiri dan kebiasaanya tidak mengamal 2 bentuk bayaran kepada BURUH LANGSUNG.
    Sekiranya soalan bermaksud sedemikian, maka akan dinyatakan dalam maklumat tambahan.

  40. Cikgu,
    Bagaimana cara utk mencari jumlah jualan kredit ?

  41. Ok dah dapat cikgu. Thank you anyway.

  42. cikgu, saya hendak bertanya . apakah syarat yang dikenakan untuk menyambung belajar dalam bidang perakaunan ? adakah syarat minimum A- untuk subjek prinsip perakaunan untuk spm ?

  43. Masyitah,

    Syarat kelayakan minimun boleh rujuk IPT pilihan anda. Kebanyakkannya tiada syarat sedemikian… jika pelajar tidak ambil prinsip perakaunan semasa SPM .. masih lagi berpeluang menceburi bidang perakaunan.

  44. cikgu , saya dapati anak buat latihan PA guna test pad sj. Dalam buku jawapan SPM ialah kertas jurnal, Buku tunai dan lejar ?
    Atau kandungan buku jawapan kertas kajang ?
    Terima kasih

  45. Tiada masalah kertas mana yang digunakan, asalkan betul format jawapan yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.