SOALAN PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2008

1. KELANTAN (Kertas 1 dan 2, Skema)
2. KEDAH (Kertas 1 dan 2, Skema)
3. SBP-SAS Putrajaya. (Kertas 1 dan 2, Skema)
4. TERENGGANU (Kertas1 dan 2)
5. TIMES GUIDES SDN BHD (Kertas 1 dan 2)
6. PERAK (Kertas 1 dan 2)
7. NEGERI 9 (Kertas 1 dan 2, Skema)
8. JOHOR (Kertas 1 dan 2, Skema)
9. PAHANG (Kertas 1 dan 2, Skema)
10. SELANGOR – SMKDamansara Utama (Kertas 1 dan 2)
11. SABAH-SMKPutatan (Kertas 2 dan Jawapan)
12. PERLIS (Kertas 1 dan 2, Skema)
13. MELAKA (Kertas 1 dan 2, Skema)
14. MRSM (Kertas 1, Kertas 2, Skema)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JADUAL ANALISIS SOALAN PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008
Disediakan oleh : Cg Rithuwan (Sifu Anda Menulis)

Muatturun Jadual Analisis versi 3 DISINI.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ SEKALUNG PENGHARGAAN ~

Sekalung penghargaan diucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian, kerana telah sama-sama menjayakan usaha pengumpulan Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan bagi tahun 2008.

Cg Ghazali – Kedah
Cg Mohammad – Negeri Sembilan
Cg Ambia – Johor
Cg Sila – Putrajaya
Cg Rithuwan – Sabah
Cg Shamsol – Perak
Cg Norzita – MRSM Pontian
Cg Zakiah – Gombak
Cg Loi Thiam Fatt
Adelyne – Damansara

Semoga usaha yang kita lakukan ini akan membawa kebaikan kepada semua guru dan pelajar Prinsip Perakaunan SPM 2008.

Posted on August 15, 2008, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 80 Comments.

  1. Soalan Percubaan SPM 1 2008 SMK Baru Miri – Kertas 2

    Cg Hamidon dari SMK Baru Miri, Sarawak menyumbangkan soalan tersebut melalui Blog Sifu2b di https://sifu2b.wordpress.com

    Sesiapa yang berminat, boleh muat turun soalan tersebut di sini.

  2. wahhh bagus la cikgu ni. hehe 🙂

  3. TARIKH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2008

    KELANTAN : 01/09/2008 hingga 18/09/2008.
    MRSM : 02/09/2008 hingga 18/09/2008.
    SM TEKNIK : 08/09/2008 hingga 24/09/2008.
    KEDAH : 07/09/2008 hingga 25/09/2008.

    Kepada semua guru dan pelajar, sila kemukakan tarikh peperiksaan percubaan negeri masing2 supaya proses pengumpulan soalan2 tersebut dapat dilakukan secepat mungkin. Kerjasama kalian semua terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

  4. Negeri Sabah dah lepas percubaan Excel 2 minggu lepas, tetapi subjek Prinsip Perakaunan tidak tersenarai didalamnya kerana ia fokuskan kepada subjek teras. Guru-guru subjek elektif sekadar siapkan soalan ujian dan dibina soalan sendiri. So, tak dapat nak kongsi soalan dari Sabah.

  5. Sifu2b,

    Kalau Sabah tiada soalan Trial PAK, sifu2b boleh hantarkan soalan trial sekolah ataupun soalan trial 2008 negeri lain yang ada dalam simpanan sifu2b.

  6. Okay, akan diusahakan.

  7. SOALAN PERCUBAAN SBP 2008
    Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

    Soalan tersebut yang terdiri daripada Kertas 1, Kertas 2 dan Skema Pemarkahan sudah ada dalam simpanan.

    Seperti yang telah dijanjikan set soalan tersebut akan dihantarkan melalui email kepada penyumbang2 soalan sahaja terlebih dahulu.

  8. Negeri Kedah – Percubaan SPM – 7 Sept – 25 Sept 2008

  9. Terima kasih Cg Ghazali, kebanyakkannya negeri mengadakan Percubaan pada bulan September. Nampaknya usaha pengumpulan soalan ini akan bermula seawal-awalnya pada akhir bulan September ini.

  10. baguslah aku belajar akaun tak tahu apa pun setakat ni dulu aku tak ambik akaun

  11. trial sekolah kami SMK Pekan KBelud terpaksa di tunda ke 6 Oktober. Jadi saya tidak dapat berkongsi soalan itu dengan semua, namun saya sangat perlukan soalan dr negeri2 lain.Boleh tak Cg Narzuki tol kirimkan?

  12. Cg Zuraidah,

    Insyaallah, apabila dapat kumpul soalan setiap negeri nanti, saya akan edarkan kepada semua guru yang memerlukannya, kemungkinan pada awal Oktober 2008.

    Diharapkan kepada cikgu-cikgu yang berminat dapat hantarkan soalan negeri masing-masing untuk dikumpulkan secepat mungkin.

  13. salam,cikgu
    sekolah cikgu dah buat trial pendidikan ke? boleh tak saya nak soalan trial negeri mana2?

  14. Tqa,

    Kebanyakan Peperiksaan Percubaan SPM bagi setiap negeri dijalankan pada September, jadi kemungkinan pada awal Oktober baru Cg dapat kumpulkan soalan2 tersebut, diharapkan Tqa sama-sama membantu Cg mengumpulkan soalan2 tersebut.

  15. Salam. Bagus usaha cikgu. Sekolah di negeri Perak exam prinsip akaun pada 16 Oktober…lepas exam nanti saya emelkan. Terima kasih.

  16. Fisalina,

    Terima kasih di atas kesudian menjayakan usahasama pengumpulan soalan2 percubaan 2008 ini.

  17. cg,

    selepas percubaan spm sye akan cube untuk e-mel kan
    soalan percubaan spm di kawasan daerah klang ..
    selepas percubaan sye akan cube ..

  18. AmirAkmal,

    Cg mengalu-alukan sumbangan anda, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih dan Cg doakan Amir mendapat keputusan yang CEMERLANG dalam trial dan SPM nanti.

  19. Peperiksaan percubaan negeri Johor pada 8 – 26 September 2008..

  20. Cikgu Wanie,

    Terima kasih, atas maklumat yang diberikan, diharapkan cikgu sudi menghantarkan 1 set soalan (dan skema jika ada) tersebut dan saya akan balasnya dengan SEMUA set soalan percubaan negeri lain yang berjaya saya kumpulkan.

  21. Sekolah SMK V.I peperiksaan percubaan dari 11 sept-29SEpt..

  22. salam,cikgu
    saya dari kelantan, bolehkah saya dapat soalan trial negeri yang cikgu kumpul?

  23. S.chin,

    Soalan-soalan tersebut akan mula dikumpulkan pada awal Oktober 2008. Anda juga boleh menyumbangkan soalan trial negeri lain jika ada dalam simpanan anda.

  24. askum, cikgu ada x soalan percubaan spm 2008 utk negeri kedah..?

  25. Hazmin,

    Maaf masih belum ada dalam simpanan lagi.

  26. askum,ckgu ade x soalan percubaan spm sbp 2008??

  27. Lisa,

    SBP tidak mengeluarkan soalan selaras bagi Prinsip Perakaunan SPM 2008, hanya beberapa buah sekolah saja terlibat dan masing2 buat sendiri di peringkat sekolah.

    Salah satunya SAS Putrajaya, pada peringkat awal Cg hanya edarkan soalan2 yang Cg kumpulkan HANYA kepada penyumbang2 soalan sahaja dahulu, sebagai pertukaran SATU dengan BANYAK (iaitu semua soalan yang berjaya Cg kumpulkan).

    Jika berminat sila hantarkan soalan trial sekolah / negeri masing2 untuk ditukarkan dengan BANYAK.

    Walau bagaimanapun, untuk tidak menghampakan lisa, sila dapatkan SOALAN SBP SPM 2008 bagi subjek2 lain disini.

  28. ckgu ade x soalan spm 2006??

  29. Lisa,

    Soalan tahun-tahun lepas boleh didapati di pasaran, iaitu Buku Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM terbitan CERDIK PUBLICATIONS. Ianya mengandungi soalan Kertas 1 dan Kertas 2 serta cadangan jawapan sebagai panduan.

    Soalan SPM 1986 – 2005 boleh diperolehi melalui B-MUAT TURUN BAHAN.

  30. saya cikgu mrsm,boleh berkongsi soalan jika berminat

  31. Cg Ita,

    Perkongsian soalan sangat dialu-alukan, cg boleh hantarkan set soalan tersebut melalui email : narzuki@gmail.com. Nanti saya akan balas dengan semua soalan trial yang berjaya saya kumpulkan.

  32. hi…cikgu blh saya bertanya pada anda mengatakan bahawa bagaimana hendak menjawab soalan dokumen dgn cepat sbb saya tdk mencukupi masa dgn tepat dan tidak dpt habis dgn tepat……..dan apa yg penting pd thn ini adakah dokumen ,,penyata pendapatan ,,akaun realisasi ,, perkongsian dan lain -lain yg penting …blh saya tahu dgn cepat …atau hantar dkt e-mail saya …saya harap kamu bekerjasama dgn saya …Tlg bagi saya soalan-soalan thn lepas sbp sbb itu adalah salah satu soalan yg blh keluar …SEKIAN TERIMA KASIH …DARIPADA THILAKAWADZHI SEK MEN TMN MELAWATI…..

  33. Thilakawadzhi A/P Selapan,

    Semua persoalan tersebut telah Cg terangkan sebelum ini. Sila rujuk komen Cg dalam post-post berikut :

    1. Teknik menjawab soalan dokumen

    2. Topik-topik yang akan disoal

    3. Koleksi Soalan Percubaan 2007

    Semoga ianya dapat membantu anda.

  34. SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 DALAM SIMPANAN UNTUK DIHANTARKAN KEPADA PENYUMBANG SOALAN.

    1. KELANTAN (Kertas 1 & 2, Skema)
    2. KEDAH (Kertas 2, Skema)
    3. SBP-SAS Putrajaya. (Kertas 1 & 2, Skema)

    PERHATIAN !!! Soalan-soalan ini dan seterusnya HANYA akan dihantarkan kepada PEYUMBANG SOALAN terlebih dahulu. Selain daripada peyumbang soalan, anda akan dapat MUAT TURUN setelah semua soalan terkumpul.

  35. cikgu, saya seorang pelajar dari smdmpr 1…science stream~~saya akan menduduki peperiksaan akaun dlm spm nanti~~ saya nak tanya,dlm peperiksaan sebenar spm, akaun kena berapa markah baru blh dapat A1??terima kasih~~

  36. Lim hooi wen,

    Penentuan gred SPM adalah bergantung kepada graf pencapaian keseluruhan calon. Pada pandangan Cg markah 75% berpotensi dapat 1A, namun Cg nasihatkan agar anda mensasarkan target 80% keatas.

  37. Khor,

    Soalan Perak masih belum ada dalam simpanan lagi.

  38. SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 DALAM SIMPANAN UNTUK DIHANTARKAN KEPADA PENYUMBANG SOALAN.

    1. KELANTAN (Kertas 1 dan 2, Skema)
    2. KEDAH (Kertas 2, Skema)
    3. SBP-SAS Putrajaya. (Kertas 1 dan 2, Skema)
    4. TERENGGANU (Kertas1 dan 2)
    5. TIMES GUIDES SDN BHD (Kertas 1 dan 2)
    6. PERAK (Kertas 2)

    PERHATIAN !!! Soalan-soalan ini dan seterusnya HANYA akan dihantarkan kepada PEYUMBANG SOALAN terlebih dahulu. Selain daripada peyumbang soalan, anda akan dapat MUAT TURUN setelah semua soalan terkumpul.

  39. Salam,
    Trial akaun negeri johor ialah pada 22 September, br 2 hari lps, so saya dlm proses utk hantar soalan+skema pd cikgu hari ini, InsyaAllah

  40. Cikgu Ambia,

    Terima kasih kerana sudi menyumbangkan soalan tersebut. Seperti yang dijanjikan saya akan hantarkan kesemua koleksi soalan trial yang berjaya saya kumpulkan kepada saudara secepat mungkin.

  41. Cg Narzuki,
    Cikgu sekolah memberi tahu saya, marking skim bagi SPM prinsip perakaunan 2008 sudah ditukar, adakah ini betul?
    Jika jawapan salah , kita tidak akan dapat markah.
    Cg Narzuki boleh minta cikgu hantar Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan yang cikgu ada,
    Harap cikgu boleh menolong saya. terima kasih

  42. Joanne,

    Memang ada sedikit perubahan pada soalan SPM 2008, perkara ini telah Cg bincangkan di post PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

    Pada peringkat awal, soalan2 tersebut HANYA akan dihantarkan kepada penyumbang2 soalan terlebih dahulu, apabila Cg berjaya kumpulkan kesemua soalan trial setiap negeri, baru Cg akan edarkan kepada SEMUA.

  43. ingin mendapat soalan percubaan terbaru dari setiap negeri..

  44. Singkiu,

    Diharapkan dapat bersabar, esok 01.10.2008 adalah tarikh yang telah Cg dijanjikan.

  45. Cg Narzuki, terima kasih di atas semua link itu. Walau bagaimanapun, soalan SMKP tu ada 2, bolehlah buang satu darinya. Kemudian soalan N9 belum ada. Sekadar memaklumkan.

  46. Sifu2b,

    Terima kasih atas makluman tersebut.

  47. cikgu ade skema jawapan negeri kedah paper 1 x ?

  48. pecubaan SPM negeri kedah…

  49. Puteri Farah,

    Itu sahaja soalan-soalan dan skema yang Cg berjaya kumpulkan.

  50. salam…
    Cg Narzuki, tahniah atas penubuhan website ni…sangat memberi manfaat kepada saya dan pastinya pelajar2 akaun kat luar sana. Teruskan usaha murni cikgu. Insyaallah, jika ada bahan yang boleh dikongsi bersama, saya akan berikan untuk manfaat bersama.

  51. Cg Zubaidah,

    Terima kasih atas sokongan dan kesanggupan untuk berkongsikan bahan. Semoga perkongsian ini memberikan kebaikan untuk semua.

  52. Cikgu,
    Tahniah atas usaha murni berkongsi bahan-bahan ilmu di sini. Jika saya guru Prinsip akaun, saya pasti akan dapat banyak menfaat dari laman cikgu ini. Malangnya saya ajar subjek lain. Semoga sumbangan cikgu ini diberkati Allah.

  53. Cg Jaja,

    Terima kasih atas sokongan anda. Kalau begitu, boleh sebarkan kepada rakan guru dan anak2 didik yang mengambil prinsip perakaunan supaya memanafaatkan sepenuhnya Blog yang disediakan ini.

  54. cikgu,
    utk dptkn sijil lcci,adakah permohonannya sblum pendaftaran spm atau slps kputusan dikeluarkan? sy hrp cikgu blh terangkn..sbb sy msih tdk phm tntg ini..terima kasih..

  55. Nizam,

    Berdasarkan Surat Pekeliling Iktisah 5/2008 (kebanyakkan sekolah belum terima lagi)

    Permohonan untuk mendapatkan sijil LCCI boleh dibuat selepas mendapat keputusan SPM nanti. Sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan, maka bolehlah memohon sijil tersebut. dan dikenakan bayaran RM25. Itu saja maklumat yang saya perolehi.

  56. Untuk membantu Cg Narzuki menyebarkan soalan-soalan percubaan SPM Prinsip Perakaunan dalam koleksi beliau, anda boleh cuba memuat turun soalan tersebut dari link ini yang dijadikan mirror link.

    Terima kasih Cg Narzuki di atas kebenaran anda.

  57. cikgu….
    saya minta tolong kalau ada soalan percubaan dari negeri perlis…dah merata saya surf tapi takda jg..saya pda kedah..

  58. Lukman, sila muatturun dari link yang dinyatakan di atas komen awak.

  59. assalamualaikum ckgu..
    sy nk tnye,soalan lembaran kerja msih bleh jd soalan SPM ke?mksud sy msih ade dlm format SPM sebenar?

  60. Ayu,

    Selagi ianya ada dalam sukatan pelajaran, selagi itulah ianya boleh ditanya dalam SPM. Cuma ramai guru-guru yang meramalkan ianya tidak akan dikeluarkan lagi. Sekiranya Ayu telah menguasai topik2 yang lain, apa salahnya jika gunakan sedikit masa untuk kuasai topik Lembaran Kerja sebagai persediaan.

  61. cikgu ada kertas jawapan akaun bagi percubaan spm kelantan?=(

  62. Angel,

    Sila muat turun daripada Koleksi Soalan Trial 2008 di atas.

  63. kalau tersalah format dalam jawaban. berapa markah akan ditolak? contohnya, soalan akaun pengeluaran dijawab dalam bentuk penyata pengeluaran?

  64. untuk soalan syarikat berhad, kalau diminta buat KKK. bolehkah buat dalam bentuk penyata (petikan), atau mesti buat dalam bentuk T (petikan)

  65. Jun,

    Sekiranya soalan akaun pengeluaran tetapi dijawab dalam bentuk penyata pengeluaran, TIADA PENOLAKAN MARKAH. Markah akan TOLAK MARKAH jika terdapatnya butiran modal seperti Logi dan mesin, Alatan Kilang, stok awal barang siap.

    Penyediaan KKK untuk soalan Syarikat Berhad juga BOLEH menggunakan format penyata atau format “T”, tidak menjadi kesalahan atau penolakan markah.

  66. Ini bererti tiada penolakan markah untuk mana-mana jenis soalan yang salah bentuk?

  67. Jun,

    Berdasarkan tahun-tahun lepas, penolakan markah bagi format hanya bagi soalan 2 : Penyata Kewangan. Di mana sekiranya soalan minta menyediakan dalam bentuk PENYATA tetapi pelajar sediakan dalam bentuk “T”, maka PP akan – 3 markah dan KKK – 2 markah. 5 markah akan hilang begitu sahaja.

    TETAPI jika soalan minta sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta KKK, pelajar menyediakan dalam bentuk PENYATA tiada penolakan markah dikenakan.

  68. terima kasih atas penjelasan

  69. hie cikgu…Bolehkah saya dapat skema jawapan P.A. Melaka dan Teregganu??

  70. Peggie,

    Cuba tengok di Koleksi Trial 2009, kalau tidak ada maksudnya tiada dalam simpanan Cg… Sorry.

  71. samekom cikgu…gini mo tanya…ramalan soalan SPM sains 2008, apa yar?? urgent sangat nak tahu bab apa yang kuar…pleeez?

  72. Princess Zintz,

    Minta maaf kerana Cg tidak dapat membantu, cuba search di Google. Hanya cikgu2 sains saja dapat memberikan tips2 dan panduan berkaitan dengan subjek Sains.

  73. salam cg, saya ingin minta kepastain tntg cara merekod dlm jurnal khas. cth:
    Jurnal Jualan
    Tarikh Butir No Invois Jumlah
    Jun 2 Skt Abu Sdn Bhd (Dt) 2 000
    5 Ah Long Ent (Dt) 3 000
    Jun 30 Akaun Jualan (Kt) 5 000

    soalan saya ialah bolehkah saya menulis Dt /Kt di ruangan folio/no invois spt cth di atas sbb saya takut terlupa bhg mana yg akn saya catatkan dlm lejar bagi ak penghutang2 di ats. adakah mkh akn dipotong. Tq

  74. Shafiq,

    Perkataan “Dt” atau “Kt” hanyalah sebagai NOTA atau CATATAN sahaja bagi memudahkan pelajar postkan ke lejar. Oleh itu tiada ruangan khas untuknya dalam format Jurnal Khas. Dan tidak menjadi kesalahan jika tidak menulisnya, TETAPI ianya sangat membantu dalam proses pengeposan ke lejar nanti.

    Jika pelajar ingin menulisnya, maka SYARAT yang mesti dipatuhi ialah JANGAN MENGGANGGU BUTIR, sekiranya mengganggu butir maka dikira SALAH.
    Contohnya,
    Jan 2 Syarikat Abu Sdn Bhd DT…….2000 X
    Jun 30 Akaun Jualan KT……………….5000 X

    Jadi bagi mengelakkan kesalahan tersebut, pelajar hendaklah menggunakan TANDA KURUNGAN, seperti ”(Dt)” atau ”(Kt)”. Kerana apa2 yang ditulis dalam ”( )” dianggap sebagai NOTA, tidak dianggap mengganggu butir. Samada ditulis berhampiran dengan butir ataupun dalam lajur folio/no invois.

  75. tq dgn penjelasan cg. skrg saya lebih yakin utk menjawb dokumen soalan SPM. hanya satu yg saya ingin tanya iaitu bagaimana saya boleh cpt tahu dan ingt cara mengeposkan jurnal khas ke lejar. sebagai cth: jurnal jualan. bila saya buka akaun2 penghutang, saya tk pasti nk dt atau kt. boleh cg beritahu cara yg sng utk saya poskn dgn betul ke lejar penghutang.tq

  76. Shafiq,

    Ada beberapa pendekatan yang digunakan oleh cikgu2. Disini Cg akan terangkan bagaimana menggunakan catatan / nota (Dt) dan (Kt) untuk postkan ke lejar.
    Contohnya,

    Jurnal Jualan
    Jun 2 Sykt Abu Sdn Bhd (Dt) 2 000 …….(1)
    5 Ah Long Ent (Dt) 3 000 …………….. (2)
    Jun 30 Akaun Jualan (Kt) 5 000 ……… (3)

    Caranya :
    1.Kita postkan satu-persatu ikut urutan kebawah supaya tidak tertinggal. (1),(2),(3).
    2. Semasa sediakan lejar / akaun masukkan JUMLAH dahulu, kemudian BUTIR, bagi mengelakkan catat sebelah yang salah.

    (1) buka Ak. SYKT ABU SDN BHD (jika tiada)– masukkan JUMLAH sebelah Dt, BUTIRnya ”Jualan” (ikut sistem catatan bergu). – Tarikh Jun 2.

    (2) buka Ak. AH LONG ENT (jika tiada)– masukkan JUMLAH sebelah Dt, BUTIRnya ”Jualan” – Tarikh Jun 5.

    (3) buka Ak. JUALAN (jika tiada) – masukkan JUMLAH sebelah Kt, BUTIRnya ”Pelbagai Penghutang” – Tarikh Jun 30.

    Begitulah seterusnya dengan jurnal khas yang lain. Cuma pastikan catatan (Dt) dan (Kt) adalah betul. Semoga Berjaya.

  77. assalamualaikum cikgu,
    cikgu rase ape yg masuk exm esok..
    sy rse nervous sngt nk exm esok..
    klu ckgu bleh bagi2 sket2 pon xpe..
    hope ckgu dpt tlg..

  78. Ayu,

    W/salam, maaf Cg tak tahu apa yang keluar esok, jadi sama-sama kita tunggu esok.

    Malam nanti, dirikan solat hajat, doakan supaya diberikan ketenangan, ingat apa yang dipelajari, dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti. InsyaAllah.

    Esok, melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan penuh yakin dan lakukan yang terbaik. Semoga Berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.