TUGASAN KERJA KURSUS TING 5 TAHUN 2011

TEMPOH UJIAN :   APRIL – MEI 2011

~ MUAT TURUN ~

[dm]72[/dm][DM]74[/DM][dm]75[/dm]

[dm]87[/dm]

 

Posted on March 31, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1,418 Comments.

  1. selamat petang, Cik Narzuki.saya telah membaca soalan yang dikeluarkan dari LPM. selepas membaca soalan, memang ada beberapa perkara yang tidak faham. Pertama, soalan tersebut tidak menyebut tentang tarikh perakaunan. tarikh perakaunan yang perlu kita buat adalah 31 Jan 2011 atau 31 Dis 2011?

  2. Panduan pelaksanaan tu rasanya bukan untuk PA.

  3. Ada kesilapan pada Panduan Pelaksanaan dan Perisian Kemasukan Markah yang dikeluarkan oleh LPM dalam laman mereka, mungkin akan diperbetulkan selepas ini.

  4. cg narzuki,

    saya ada beberapa soalan tentang kerja kursus ini,
    1) adakah semua lejar hanya perlu sedia dalam bulan jan sahaja?
    2) pelarasan dalam tahun ke bulan? seperti susut nilai biasanya kita mengajar pelajar dalam tahun, begitu juga dengan peruntukan hutang ragu?
    3) dalam soalan perlu sediakan belanjawan untuk empat tahun, oleh itu kita perlu mula dari tahun 2011 kan, tetapi transaksi hanya bulan jan sahaja, oleh itu , kita perlu ambil maklumat mana sebagai panduan?

    harap cg dapat membantu… terima kasih

  5. CC dan tnj4055,

    Memang ada kekaburan dalam arahan tugasan yang diberikan kerana tidak dinyatakan dengan JELAS tarikh Penyata Kewangan yang perlu disediakan, sama ada 31 Jan 2011 atau 31 Dis 2011 ?

    Pada pandangan saya, maklumat dalam BCP yang diberikan hanya merujuk kepada tempoh 1 BULAN sahaja, maka apa yang boleh pelajar sediakan ialah Penyata Kewangan berakhir pada 31 Januari 2011.

    Ekoran daripada itu, saya berpendapat bahawa Pelarasan Susut nilai, PHR dan Faedah atas Pinjaman perlu dilaraskan hanya untuk tempoh SEBULAN sahaja.

    Merujuk kepada penyediaan Belanjawan Tunai untuk EMPAT TAHUN, maklumat yang pelajar ada hanyalah BAKI AWAL TUNAI pada 1 Februari 2011 iaitu (RM450 + RM18181). Pada pandangan saya lagi, apa yang pelajar boleh buat untuk tempoh 4 tahun tersebut ialah bermula : 1/2/2011 – 1/2/2012 – 1/2/2013 – 1/2/2014.

    Ataupun pandangan kedua : Oleh kerana Belanjawan Tunai hanyalah anggaran penerimaan dan perbelanjaan, pelajar boleh sediakan ikut tempoh kewangan iaitu bermula 1/1 – 31/12 untuk 1 tahun. Di mana BAKI AWAL merujuk kepada BAKI PADA 1/1/2011 iaitu (RM28000 + RM2200). Maka 4 TAHUN tersebut boleh merujuk kepada 2011 – 2012 – 2013 – 2014.

    Itu sahaja pandangan daripada saya, walau bagaimanapun rakan2 guru perlu merujuk kepada Ketua Pentaksir Ngeri / JU Negeri masing2 bagi tujuan penyelarasan di peringkat negeri.

  6. Cikgu… projek tingkatan 5 itu guna yg muat turun dari sini bukan?
    kenapa ada pelajar dari sekolah lain kata gunakan projek tingkatan 4?

  7. Soalan tersebut dikeluarkan oleh LPM pada hari ini untuk dilaksanakan dari bulan April – Mei 2011. Maklumat mengatakan guna projek tingkatan 4 adalah TIDAK BENAR sama sekali.

  8. Cikgu soalan dah keluar ke??

  9. Cikgu,
    Berkenaan dengan Tugasan Tingkatan 5, haruskah kita membuat belanjawan tunai untuk 4 tahun dalam satu set, iaitu satu belanjawan tunai dan setiap lajur digunakan untuk setahun? Ataupun, kita kena buat 4 set belanjawan tunai, dan setiap satu bagi satu tahun, iaitu 12 bulan??
    Perkara ini amatlah keliru..

  10. salam….cikgu ada buat contoh ke untuk projek ting 5 ni?

  11. Martina,
    Pada pandangan saya, kita hanya sediakan mengikut TAHUN sahaja, iaitu dengan menggunakan 4 lajur. Berdasarkan Buku Tunai bulan Januari yang diberikan, kita boleh jadikan panduan untuk sediakan item2 ANGGARAN PENERIMAAN dan ANGGARAN PEMBAYARAN untuk tahun 2011, iaitu darab 12 untuk setahun.

    Yoeh,
    Buat masa ini tiada contoh tugasan ting5 disediakan, kerana soalan baru saja keluar.

  12. azlinaabdullah

    Terima kasih cikgu…saya dh dapat gambarannya…nanti kalau ada apa2 masalah saya rujuk cikgu semula, ok…tq!!

  13. assalamualaikum…saya mendapat kabaran dari cikgu di kuala lumpur bahawa kertas tiga tidak diambil kira dalam peperiksaan hanya untuk mereka yang mengambil extra paper. hanya kertas 1&2. yang mengambil pure account pula…diberi pilihan sama ada menjawab kertas 3 atau pun tidak perlu…mintak tolong dari guru2 lain tentang info..sebab mmg perlukan kepastian tentang berita yang didengari ini

  14. Waalaikumussalam,
    Sayapun ada lihat salinan surat dariapda LPM berhubung perkara tersebut, tetapi apa yang telah ditaklimat sebelum ini sebaliknya. Ok, nanti kita sama2 dapatkan kepastian daripada rakan2 guru yang lain, ataupun pegawai2 yang berkaitan.

  15. cg narzuki,

    bagi belanjawan maksudnya kita hanya perlu ambil baki tunai dan bank bagi januari, lepas itu bagi perbelanjaannya dan hasil jualan semua darab dengan 12 bulan?

  16. Salam…Apa pandangan cikgu ….sediakan belanjawan tunai untuk 4 tahun ?

  17. Cg Kay,
    Rujuk komen saya sebelum ini (di ATAS) berkaitan Belanjawan Tunai.

  18. soalan ini dapat dari mana? cikgu ada contoh jawapan?thx..

  19. Soalan yang dikeluarkan melalui laman rasmi LPM pada 31/3/2011. Buat masa ini tiada contoh jawapan, sama2lah kita buat bersama2 pelajar nanti.

  20. Hello kepada semua rakan guru,
    Adakah sesiapa boleh confirm kabaran yang didapati oleh Cik Shadyiela80 bahawa pelarja Pure Science yang mengambil Prinsip Perakaunan tak perlu mengambil Kertas 3? Jika ini adalah benar, pelajar ini tak perlulah memulakan Tugasan T5 yang baru dikeluarkan ini. Ribuan Terima Kasih kepada siapa yang menolong!

  21. Cg Narzuki benarkah ada surat LPM yang berkait rapat dengan apa yang dibangkitkan oleh Cik Shadyiela80 tu? . Adakah surat itu sahih? Mohon gambaran tentang isu tersebut. Kebetulan sekolah kami ada pelajar aliran sains yang mengambil PAK juga.

  22. Sifu2b,
    Apa yang dikatakan oleh Cik Shadyiela80 itu TIDAK merujuk kepada pelajar aliran sains sahaja. Buat masa ini saya tidak berani komen apa2 sehinggalah perkara tersebut SAHIH dan JELAS kedudukan sebenarnya.

    Sehingga itu saya cadangkan kita teruskan sebagaimana maklumat yang diterima semasa taklimat penataran kerja kursus yang disampaikan oleh pegawai LPM baru2 ini.

  23. selepas lihat soalan, i masih tak faham apa yang kena mulakan. i tak faham macam mana buat…

  24. Bagi menyempurnakan projek tersebut pelajar hendaklah merujuk kepada ELEMAN, ASPEK dan KRETIRIA yang telah ditetapkan dalam PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN yang disertakan bersama2 soalan.

    Serta ARAHAN TUGASAN 1 (dalam Soalan),Berdasarkan catatan dalam Jurnal dan Buku Tunai pelajar dikehendaki menyediakan perkara (a) hingga (o).

  25. salam ckgu,
    saya tak faham pelarasan item (i) iaitu untuk upgrade komputer, boleh ckgu cadangkan cara untuk memuat catatan dalam jurnal am, terima kasih

  26. Kalsom,
    Pada pandangan Cg, maklumat (h) – (j) bukan untuk dilakukan pelarasan, tetapi untuk penyediaan Belanjawan Tunai bagi empat tahun berikutnya.

  27. macam pening je kerja kursus f5ni…

  28. cikgu, folio form 5 dh kuar…makin pening.. mcm mna nk bntu student kalo cikgu sndiri pun blurrrrr…. =(

  29. Anita & Aminah,
    Sila rujuk komen2 di atas sebagai gambaran secara kasar.

  30. Cg,
    K3-PP
    Berkenaan dgn pelarasan item (d), (e) dan (f)….
    adakah kita perlu membuat “Andaian” utk urusniaga ini? ATAU
    utk (d) = faedah atas pinjaman (4%) – RM40 & gaji terakru RM200……ini semua boleh dikira drpd soalan
    utk (e) = belanja insurans (RM600/12) = insurans terdahulu RM550…..diandaikan Insurans bulanan ialah RM50
    utk (f) sewa ruangan niaga diterima = RM300…andaian

    Dan bagaimana pula dgn:
    Pembetulan Kesilapan:
    1) Kesilapan Catatan:
    Saya andaikan catatan ambilan barang niaga sebyk RM200 tidak direkod
    2) Kesilapan prinsio
    Saya andaikan Belanja Membaiki Kenderaan dicatatkan ke dlm Ak. Kenderaan….

    TOLONG jelaskan kekeliruan saya…..

  31. Az,
    Pada pandangan saya, pelarasan bagi (d), (e) dan (f) pelajar boleh reka sendiri pelarasan tersebut berdasarkan maklumat2 yang telah diberikan, seperti gaji terakru, faedah pinjaman terakru, kadar bayaran terakru, insurans terdahulu, komisen diterima terakru, sewa diterima terakru dll.

    Begitu juga dengan (g) Pembetulan Kesilapan, macam2 kesilapan ketinggalan catatan dan kesilapan prisnsip boleh direka sendiri oleh pelajar. Maka, disinilah bermulanya kelainan hasil kerja di antara setiap pelajar.

    Tiada apa yang mengelirukan, anda sudah berada dilaluan yang betul.

  32. salam Cg,
    adakah no invois dan folio perlu ditunjukkan dlm lejar?

  33. Pada pandangan saya, penggunaan FOLIO perlu didedahkan kepada pelajar dalam menyediakan LEJAR yang LENGKAP. Manakala No Invois tidak perlu ditunjukkan dalam Lejar.

  34. saya pun tak tahu macam mana nak mulakan penerangan kat pelajar2.kalau terangkan semua rasanya pelajar saya tak faham.Rasanya mcm banyak sangat.Cikgu2 pun ramai yg kurang faham kot.

  35. Yeoh,
    Pada pandangan saya, kita tidak perlu terangkan secara detail semua sekali apa yang perlu dibuat oleh pelajar. Kita boleh terangkan secara berperingkat2. Misalnya Lejar, kita terangkan dan tunjukkan cara2 poskan ke lejar kemudian pelajar buat. Dan begitulah seterusnya untuk peringkat2 berikutnya. Cuma pastikan Lejar (LEJAR AM dan LEJAR SUBSIDIARI) disediakan LENGKAP, ada tarikh (ikut urutan tarikh), butir, FOLIO, no rujukan Lejar seperti (LA1, LA2,…).

  36. Saya nak minta pandangan ttg catatan pelarasan dalam jurnal. Rasanya, dalam buku teks tidak ada contoh yg diberi. Trdpt 2 kaedah merekod pelarasan dalam lejar.

    contoh: jika komisen belum terima ialah RM250.

    maka, jurnal pelarasan ialah:
    Komisen RM250
    Untung Rugi RM250

    Boleh beri pandangan?

  37. Catatan pelarasan ada 2 :
    1. Sebelum Penyata Kewangan disediakan.
    2. Selepas Penyata Kewangan disediakan.

    Dalam kes 1, catatan pelarasannya :
    Dt: Komisen belum terima Rm250
    Kt: Komisen RM250

  38. Cg,
    adakah lejar hanya mencatatkann smua item dari jurnal dan BT sahaja dan direct ke imbangan duga?tanpa sebarang pelarasan?
    bagi bhgn senarai pelarasan pd tarikh imbangan, adakah ialah maklumat tambahan dari (a) ke (g)?cuma buat rekaan sendiri sahaja?

  39. Woo,
    Sila rujuk Elemen yang dinilai atau Arahan No 1.
    Lejar – ID – senarai Pelarasan (tunjukkan pengiraan) – JA utk Pelarasan – Lejar Pelarasan – Ak Kawalan – ID Terselaras

    Pelarasan direka (hendaklah rasional) oleh pelajar mengikut Arahan No 2: maklumat yang perlu diambilkira dengan merujuk kepada item2 yang terdapat dalam BCP yang diberikan.

  40. soalan keje kursus ni mudah sebenarnye…is jadi sukar apabila penjelasan tidak diberikan secara terperinci lebih2 lagi berkaitan dengan tarikh…nk buat sebulan @ setahun….sy nk tanye….adakah tempoh perakaunan setahun?tempoh rekod 4 tahun ke?

  41. Saya setuju, sebenarnya tidak lah susah sangat, cuma arahan tugasan yang diberikan agak kabur. Pada pandangan saya, Tempoh Perakaunan adalah satu tahun 1/1/2011 – 31/12/2011… tempoh rekod sahaja sebulan Janurai 2011. Daripada penyata kewangan bulan Januari, pelajar boleh buat Angaran Penerimaan dan Anggaran Pembayaran untuk tahun 2011 bagi tujuan penyediaan BELANJAWAN TUNAI. Seterusnya sediakan Belanjawan Tunai lengkap untuk 4 tahun, iaitu 2011, 2012, 2013 dan 2014 dengan mengambilkira maklumat 2(h), (i) dan (j). Manakala item2 yang lain bergantung kepada perancangan pelajar, sama ada akan meningkat, menurun ataupun kekal di tahun2 hadapan.

  42. Salam cikgu,
    Terima kasih atas maklum balas dari cikgu, ia sangat membantu saya

  43. cg, boleh tak belanja am direkod sebagai belian dianggap sebagai kesilapan prinsip? tq

  44. Cg Jee, Ya boleh.

  45. Cg Narzuki, nak minta pandangan…berkenaan dengan Lejar, Adakah pelajar perlu menutup dan mengimbangi semua lejar…maksudnya baki h/b? TQ.

  46. Ya, catatan Lejar yang lengkap adalah sehingga ke BAKI H/B.

  47. jadi bagi bhgn (e) senarai pelarasan iallah item dari a hingga g dlm arahan 2?selepas tunjukkan pengiraan barulah buat bhgn (f),rite?tq…

  48. Woo,
    Ya, itulah pandangan saya, penggiraan hendaklah ditunjukkan supaya memudahkan guru membuat semakan terhadap pelarasan tersebut. Sekiranya pelajar tidak tunjukkan pengiraan, maka terpaksalah guru yang mentaksir membuat pengiraan terlebih dahulu bagi memastikan pelarasan yang dibuat oleh pelajar adalah betul dan tepat.

  49. cikgu,

    macam mana nak kira

    Pinjaman 6 % (Tarikh matang 30 Jun 2015)
    Pinjaman 4 % (Tarikh matang 31 Mac 2011) ???? sampai 2015 tu -.-

    Kadar bayaran terakru
    Peruntukan Hutang Ragu
    Susut nilai terkumpul kenderaan
    Susut nilai terkumpul lengkapan

    4 perkara ni kena masuk dalam imbangan duga ke cikgu?

  50. Matabiru,

    Semua akaun hendaklah diimbang dan dimasukkan dalam Imbangan Duga, jika tidak ID akan jadi tidak seimbang.

    Pinjaman tersebut seperti pinjaman biasa iaitu LIABILITI, cuma dinyatakan tempoh matangnya sahaja. Tujuan tempoh matang tersebut dinyatakan hanyalah untuk menentukan ianya perlu dikelaskan sebagai Liabiliti Bukan Semasa atau Liabiliti Semasa.

  51. cg
    saya dah buat satu set kk tetapi utk kite sama-sam kongsi…mcm saya nak upload cg

  52. Tnj4055,

    Terima kasih, Sila emailkan ke narzuki@gmail.com.

  53. askum cikgu…
    saya ada soalan berkaitan ak kawalan penghutang dan kawalan pemiutang.
    Adakah kita perlu merekod lagi akaun2 penghutang & pemiutang dalam lejer jualan dan lejer belian ?

  54. Waalaikumussalam,
    Semua Penghutang dan Pemiutang perlu direkodkan dalam Lejer Jualan dan Lejar Belian masing2. Kemudian sebagai rumusan kepada Lejar Jualan dan Lejar Belian tersebut disediakan Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang dalam LEJAR AM. Hanya baki2 daripada LEJAR AM sahaja dipindahkan ke Imbangan Duga.

  55. cikgu, saya tidak dapat preview Panduan perlaksanaan yang cikgu uploadkan tu..
    blh cikgu hantar ke email saya?
    kheng_jin@yahoo.com

    terima kasih

  56. Edvin,
    Cuba muat turun sekali lagi, kemungkinan ada gangguan semasa proses tersebut yang menyebab fail tidak dapat dibuka.

  57. ok…
    ingin bertanya adakah arahan 1 kena masuk ke lejar dan ID sblm pelarasan?spt pinjaman 6%,pinjaman 4%….jadi ID yg dibuat adalah tidak seimbang..
    adakah deposit sewa ialah sewa ruang niaga?

  58. Woo,
    Item2 yang terdapat dalam BCP tersebut adalah merujuk kepada AKAUN2 yang telah dibuka dalam LEJAR, maka semua Akaun perlu diimbang dan dipindahkan ke ID. Sewa ruang niaga … ada HASIL kepada perniagaan, manakala Deposit sewa adalah LIABILITI, ianya 2 perkara yang berbeza tetapi berkaitan. Katakan, A hendak sewa ruang niaga daripada kita, maka terlebih dahulu beliau kena bayar DEPOSIT terlebih dahulu sebagai cagaran dan akan dikembalikan apabila beliau berhenti dari menyewa ruang niaga tersebut. Kemudian setiap bulan belian kena bayar Sewa bulanan.

  59. cikgu,
    pinjaman tu macam biasa la?
    macam mana dengan modal cikgu?
    adakah rm60000[modal sendiri] + rm217 600[modal di jurnal am] ? atau rm60000 itu ialah stok awal?

  60. Matabiru,
    Pinjaman macan biasa aje.
    Modal Rm60,000 adalah modal permulaan perniagaan pada 1/1/2009 sebagai makluman sahaja. Nilai modal tersebut telah bertambah dari setahun ke setahun dan Nilai Modal pada 1/1/2011 sudah mencecah RM217,600. Manakala STOK adalah merujuk kepada barang niaga.

  61. terima kasih

  62. Cikgu,bolehkah saya tanya perkara berikut?

    (1) Adakah tempoh perakaunan dianggap sebagai SATU BULAN, iaitu 1/1/2011-31/1/2011?
    (2) Kalau begitu, Pinjaman 1 (4%) harus dianggap sebagai LIABILITI BUKAN SEMASA kerana ia akan dijelaskan lebih daripada satu tempoh perakaunan (menepati definisi LBS). Betul?
    (3) Pelarasan seperti susut nilai akan dipuratakan untuk mendapat sebulan sahaja?
    (4) Kadar susut nilai tidak diberikan. Maka, haruskah kita andaikan sesuatu kadar sendiri atau cari kadar berdasarkan susut nilai terkumpul pada tahun lepas?
    (5) Terdapat kadar bayaran terakru pada 1/1/2011. Adakah perekodan “CATATAN PEMBALIKAN” (tiada dalam sillibus) harus dilakukan? Kalau tidak, macam mana nak jelaskannya dalam bulan Jan?
    Ribuan terima kasih.

  63. Martina,

    Pada pandangan saya,
    1. Tempoh perakaunan 1 tahun 1/1/2011 – 31/12/2011, cuma tempoh merekod 1 Bulan (1/1/2011-31/1/2011).
    2. Pinjaman 1 (matang 31/3/2011 – kurang setahun) – LIABILITI SEMASA, Manakala Pinjaman 2 (matang 30/6/2015) – LIABILITI BUKAN SEMASA.
    3. Ya, SN hanya untuk sebulan sahaja.
    4. Kadar susut nilai tidak diberikan, tetapi berdasarkan baki SNT dan tarikh ianya dibeli, pelajar boleh cari kadar susut nilai setiap aset tersebut. Selaras dengan KONSEP KETEKALAN, adalah dicadangkan menggunakan kadar yang telah digunakan tahun sebelumnya.
    5. Oleh kerana tiada dalam sukatan SPM, dicadangkan catatan pembalikan tersebut tidak perlu dilakukan. Sebenarnya ada 2 kaedah untuk merekod perkara tersebut. Sekiranya tidak dilakukan catatan pembalikan, apabila syarikat bayar kadar barayan terakru tersebut baru direkodkan Dt Kadar Bayaran Terakru dan Kt: Bank / Tunai.

  64. Salam 1Malaysia,

    Cg narzuki sy setuju dgn cgu.. soalan tugasan kira ok dan perlukan penelitian semasa membuatnya..

    Juz nk share dgn apa yg saya faham untuk penyediaan kerja kursus ni..

    bagi aspek lejar hingga ID jawapan daripada pelajar semua sama. jawapan akan berbeza bermula pada pelarasan hingga akhir..

    untuk pelarasan,
    (a) penilaian stok akhir pilih yg terendah
    (b) susutnilai terkumpul kenderaan/lengkapan (ini pun jawapan semua pelajar sama)
    (c) kadar PHR reka sendiri.. sama ada berlaku pertambahan atau pengurangan PHR.
    (d) – (g) reka sendiri tetapi butiran item merujuk daripada BCP yg diberi
    (h) – (j) : utk tujuan belanjawan tunai

    😉

  65. Cikgu Sila,
    Kalau diamati betul2, terdapat satu KESILAPAN PRINSIP dalam catatan Jurnal Am. Maka kesilapan tersebut boleh diperbetulkan bagi memenuhi arahan 2(g)(ii).

  66. Salam. cg…..
    1. Boleh tak kita satukan kadar bayaran terakru dengan kadar bayaran …jadi kadar bayaran rm280 ? dlm saolan direkod dlm 2 lejar ?
    2. Gaji yg telah dibayar 1000… so 200 yg blum bayar itu gaji terakru? so dlm pelarasan buat lagi satu sahaja ? Tq

  67. Cg Kay,
    1. Kadar Bayaran (BELANJA) dan Kadar Bayaran Terakru (LIABILITI) adalah 2 akaun yang berbeza. Atas alasan apa 2 akaun tersebut hendak disatukan ?
    2. Pelajar boleh buat pelarasan terhadap gaji yang belum dibayar sebagai Gaji Terakru.

  68. cikgu,
    (1) adakah semua lejar dalam bahagian pelarasan perlu ditutup dengan baki h/b atau belanja kena tutup dengan pindahan ke akaun untung rugi?
    (2) kadar bayaran terakru pada awal bulan tu kena campur masuk ke dalam akaun kadar bayaran pada bulan akhir ke?
    tq.

  69. Helen.,
    1. Oleh kerana pelajar akan sediakan ID Terselaras, saya cadangkan akaun tersebut DIIMBANG (baki h/b – baki b/b) dan dipindahkan ke ID Terselaras. Daripada situ disediakan Penyata Kewangan. Sekiranya tidak disediakan IDT, barulah akaun hasil dan belanja DITUTUP dan dipindah terus ke AUR.
    2. Kaedah pelarasan yang menggunakan catatan pembalikan adalah diluar sukatan SPM. Maka guna kaedah biasa sahaja, tidak perlu campur kepada baki AK Kadar bayaran, kecuali terdapat maklumat tambahan bahawa kadar bayaran terkru (yang baru) dikenalpasti, barulah dilakukan pelasaran baru.

  70. cikgu,
    utk soalan 1 e dan d kena ambil butiran dari bcp sahajake atau dari maklumat tambahan?

  71. Reka,
    Mestilah merujuk kepada akaun2 yang telah sedia ada dalam BCP.

  72. Cikgu,

    Perlukah kita masukkan kipas dan komputer dalam Akaun lengkapan?
    Bagaimana kalau kita dapat nilai ringgit dan sen untuk s/n lengkapan bagi sebulan. adakah perlu dibulatkan atau dibiar macam itu sahaja.
    terima kasih.

  73. Jothee,
    Kipas dan Komputer tidak sesuai dikelaskan sebagai Lengkapan.
    Memandangkan nilai2 dalam akaun2 yang ada dalam RM sahaja, saya rasa baik dibundarkan sahaja kepada RM yang hampir.

  74. bukankah susutnilai kena reka sendiri?

  75. Hi Woo!
    Pada pendapat saya, tidak. Oleh sebab arahan mengikut kaedah garis lurus dan dengan maklumat yang lengkap, kita boleh mencari kadar susut nilai yang telah digunakan pada tahun lepas. Jadi, kita sepatutnya mengikut kadar tersebut. Apakah pendapat rakan sekalian?

  76. Oleh kerana telah diberikan maklumat tarikah aset2 tersebut dibeli serta SNT setiap satunya, maka kadar susut nilai tersebut boleh dicari. Berdasarkan KONSEP KETEKALAN, sebaik2nya dikekalkan kadar susut nilai tersebut.

  77. Salam cg……Berapa org pekerja kita kena buat ? Gaji yg dinaikkan terlibat atau tidak untuk pelarasan ? Upah pembantu kedai tu bukan gaji ke ? So gaji untuk kerani ? tq

  78. Cg Kay,
    Memandangkan gaji bulanan RM1200 dan gaji yang dibayar (dalam BT) sebanyak RM1000, pada pandangan saya hanya seorang pekerja sahaja yang diambil. Upah pembantu kedai berbeza dengan gaji (tetap).

  79. salam cg..adakah lejar kadar bayaran dengan kadar bayaran terakru perlu disatukan atau diasingkan?adakah tajuk bagi imbangan duga “pada 31 Januari 2011′?kadar susut nilai adalah sama bagi setiap pelajar kan?

  80. hi woo n martina…sy berpendapat sm dengan martina.kadar susut nilai adalah berdasarkan susut nilai terkumpul bagi tahun sebelumnya…

  81. Cikgu Zai,
    Pada pandangan saya, asingkan kedua2 akaun tersebut. ID pada 31/1/2011. Kadar SN diteruskan kadar yang sedia digunakan sebelum ini, maka kadarnya sama.

  82. terima kasih semua….

  83. ingin bertanya adakah gaji merupakan ketinggalan catatan?tertinggal cattat di jurnal am?kesilapan prinsip ada dlm jurnal am?

  84. Salam cg…
    1. Maksud saya kita buka akaun kadarbayaran dan rekod kadar bayaran terakru(280) sebelah kt dan bila bayar 560 sebelah dt so belanja sebenar bulan jan 280 so dlm ID hanya muncul belanja kadar bayaran. Salah ke kalau buat macam tu ?
    2. Cg kata kipas tidak boleh masuk lengkapan kenapa ? tq

  85. Salam cg… lagi satu apa yang salah dalam JA ? saya dah amati tp tak nampak ? tq

  86. Cg Kay,

    Bagi item2 seperti kipas, penghawa dingin, lampu hendaklah dikelaskan sebagai LEKAPAN. Manakala LENGKAPAN merujuk kepada perabot seperti rak pameran, kabinet, kerusi, meja dll.

  87. adesss dah 4 kali try tapi ID masih belum seimbang …… saya stuck dekat pinjaman la cikgu, macam mana nak letak dalam lejar?

  88. Pinjaman 6% dan Pinjaman 4% hendaklah disediakan dalam Akaun yang berasingan (rujuk FOLIO, LA6 dan LA4) dan kedua2nya berbaki kredit. Pastikan Ak Diskaun diberi dan Ak Diskaun diterima disediakan serta baki Tunai dan Bank dimasukkan dalam ID. Selain daripada betul sistem catatan bergunya.

  89. Helen, Martina, Cikgu Zai, Cg Kay,

    Berhubung dengan Baki pada 1/1/2011 Ak Kadar bayaran Terakru RM280. Sebaik2nya dilakukan CATATAN PEMBALIKAN pada permulaan tempoh perakaunan yang baru sebelum akaun digunakan untuk merekod urus niaga bagi tempoh tersebut. Tetapi perkara tersebut tidak ada dalam buku teks / HSP.

    Walau bagaimanapun, jika kita dapat ajar / terangkan kepada pelajar perkara tersebut sebaik mungkin, rasanya tidak salah. Sekiranya kita ingin pelajar mengaplikasikan perkara tersebut, maka pada pandangan saya, kita boleh anggapkan ianya sebagai KETINGGALAN CATATAN dan masukkan dalam bahagian pelarasan.

  90. Cikgu,
    Terima kasih kerana sudi mambantu.Ya, catatan pembalikan harus diajar jika ikut logik. Cikgu, saya masih tidak begitu setuju tentang TEMPOH PERAKAUNN, pada pendapat saya, ia adalah SEBULAN, dan bukannya setahun. Ini adalah kerana penyata kewangan diminta pada 31/1. Maka penentuan untung rugi dikira hanya pada AKHIR TEMPOH PERAKAUNN. Seterusnya, dengan applikasi konsep ketekalan, kita sepatuhnya menganggap Pinjaman 4% sebagai LS. Hal ini sebab LS didefinisikan sebagai “hutang yang perlu dijelaskan dalam SATU TEMPOH PERAKAUNN”. Jadi, jika tujuan soalan adalah untuk mengelaskan Pinjaman 4% sebagai LS, tarikh matangnya seharusnya pada Feb dan bukannya Mac (berdasarkan tempoh perakaunan berakhir pada 31/1). Macam mana ini, cikgu?

  91. Pada pandangan saya, Tempoh Perakaunan adalah merujuk kepada amalan rekod perakaunan 1 TAHUN sekali. Manakala dengan kemudahan ICT sekarang Penyata Kewangan boleh disediakan pada bila2 masa atau sebulan sekali, ianya hanya untuk kegunaan DALAMAN, iaitu pihak pengurusan sahaja dalam membuat perancangan. Penyata Kewangan yang RASMI untuk dibentangkan atau dihantarkan kepada pendaftar syarikat atau pengauditan adalah bagi tempoh perakaunan 1 tahun.

    Manakala Penyata Kewangan berakhir 31/1/2011 adalah untuk tujuan dalaman sahaja, maka pada pandangan saya ianya dinamakan sebagai TEMPOH REKOD sebagaimana dalam contoh Borang Profail Perniagaan yang disertakan dalam buku panduan.

    Saya setuju dengan pandangan cikgu Martina, soalan tersebut berhasrat untuk mengelaskannya sebagai LS, cuma tarikh matang yang digunakan masih lagi melebihi 1 tahun pada tarikh 31/1/2011. Nampaknya masih lagi LBS. Ini kerana tempohnya hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk matang.

  92. salam cg,
    Dalam buku tunai (kt) tak ada butir pinjaman (matang 2011) dan faedahnya. Adakah itu kita boleh anggap sebagai kesilapan ketinggalan catatan dalam pelarasan.

  93. Cgbun,
    Pada pandangan saya, pelajar boleh anggapnya sebagai KETINGGALAN CATATAN, cuma jika dikaitkan dengan Buku Tunai, maka pelajar terpaksa menyediakan BT yang baru untuk mengambilkira pelarasan tersebut … jadi fikir2 lah.

  94. Salam, beberapa maklumat telah saya teliti untuk dijadikan panduan kepada rakan2. Minta maklum balas jika ada penambahbaikan….

    Pelarasan
    (a) Stok akhir RM46800
    (b) Kenderaan 20% garis lurus (ketekalan)
    (c) Lengkapan 10% baki berkurangan (ketekalan)
    (d) Gaji terakru RM200
    F.A.Pinjaman terakru RM40
    (e) Insurans terdahulu RM550
    (f) Sewa diterima terakru RM500 (berpandukan deposit RM2400 untuk 3 bulan)
    (g) tertinggal catat, saya tak jumpa???
    kesilapan prinsip, saya tak jumpa???

    Bersama-sama kita berkongsi maklumat bagi melengkapkan soalan yang kurang maklumat yang jelas… semua pelarasan tersebut saya berpandukan BCP.. Minta respons rakan2

  95. selepas saya membaca semua kekeilruan dan kesulitan yg dikemukaan oleh guru-guru, saya memang telah mempelajari sesuatu drpd semua guru, terima kasih kerana sanggup kongsi bersama………………memang tidak dpt menafikan bhw, folio ini memang masalah kpd guru dan pelajar sekali gus…..

  96. continue…

    (g) Bayaran balik pinjaman 4% tertinggal catat RM1000 (Baki RM3000/3 bulan sehingga tarikh matang)
    Kesalahan prinsip, saya masih tak jumpa???

    Camana dgn pandangan cg narzuki dan rakan2

  97. Salam, berkenaan dengan pinjaman, mcm mane nak menentukan LS atau LBS? tarikh dikira dari tarikh pinjaman atau tarikh kita menyediakan ID?

  98. Cg Narzuki, kenapa kami tak jumpa kesalahan prinsip di Jurnal Am? Sila bantu…..thanks

  99. Kita boleh rujuk kepada tempoh matangnya tinggal berapa tahun, Jika KURANG 1 tahun maka dikelaskan sebagai LS, manakala jika LEBIH 1 tahun, maka dikelaskan sebagai LBS.

    Item kipas lebih sesuai dikelaskan sebagai LEKAPAN berbanding LENGKAPAN.

  100. salam..cikgu’boleh tak saya nyatakan jumlah imbangan duga setelah merekod semua item dari BCP?tujuan untuk semakan dan kepastian…adakah benar kalau saya namakan lejar pinjaman sebagai AKAUN PINJAMAN 1 DAN AKAUN PINJAMAN 2?

  101. Cikgu Zai,
    BUTIR yang dinyatakan dalam BCP adalah merujuk kepada NAMA AKAUN yang telah dibuka, maka Akaun Pinjaman 6% dan Ak Pinjaman 4% adalah lebih tepat digunakan.

  102. Salam, cikgu

    Dlm jurnal am, ada dnytkn pghntg cnthnya restoran aneka rsa di sebelah debit dan dlm jurnal belian jga bgitu, cma yg mmbezakn ialah nilai shja. Adakah btul cttn ini

    akaun restoran…..sebelah debit (baki b/b) dgn nilai 1300 mnakala sblh debit jga ( jualan) dan nilainya 6200?

    untuk soalan pelarasan itu, adkh kita perlu reka sndiri?? Dan mksudnya kadar byrn terakru yg sedia ada dlm jurnal am adlh baki thun lepas?? Mka, kita prlu mwujudkan sndiri item terakru??? Blhkah guna item insurans terdahulu/terakru??? Bagaimana pla dgn susut nilai, adkh prlu diwujudkan semula???

    Terima Kasih Cikgu

  103. Qien,
    Pada pandangan saya, tiada masalah dengan catatan tersebut.

    Manakala PELARASAN ada yang perlu direka sendiri, dan ada juga yang boleh dikesan daripada maklumat yang diberikan dalam soalan.

  104. sifu hadi…
    kipas yang di bawa masuk sepatutnya di anggap lekapan tetapi dalam soalan dianggap sebagai lengkapan…ini juga merupakan kesilapan gak

  105. terima ksih semua….khususnya kpd ckgu narzuki..pelajar sy sudah mule bergerak buat keje kursus ni…dan dah ader yg antar kpd sy untuk semakan….sy go on je dulu smpai imbangan duga sementara sy fikir kan untuk buat pelarasan…..ckgu2 yg lain…sy nasihatkan…buat dulu catatn lejar sampai imbangan duga…kalau tak nnti pelajar2 kite tak sempat siap kan keje kursus ni pd mse yg di tetap kan…

  106. Salam cikgu,
    saya keliru dengan urusniaga Pemiutang Lim Furniture. Pada 13 Jan ada belian, bayaran RM4389 dibuat pada 20 Jan dan dapat DDT RM231. Pulangan belian hanya berlaku pada 29 jan. Camne nak bincang dengan pelajar…
    Saya dapat jumlah ID sebelum pelarasan RM 330 826. Betul ke angka ni?

  107. Laili,
    Ya saya setuju ada sedikit masalah dengan TARIKH bagi item Pulangan belian dalam Ak Lim Furniture.

    Sekiranya dilakukan Catatan Pembalikan bagi AK Kadar bayaran terakru terlebih dahulu, maka jumlah ID = 330 826. Cuma pastikan disediakan juga Jurnal Am bagi catatan pembalikan tersebut, sebelum ianya diposkan ke Lejar.

  108. salam….nak tanya psl pinjaman 4% (LS) dan pinjaman 6%(LBS) buat dlm lejar yg berasingan ke? lg satu nama bagi kedua2 lejar t’sbt nak tulis camner?

    Akaun Pinjaman 4% @ Akaun Pinjaman Jangka Pendek
    Akaun Pinjaman 6% @ Akaun Pinjaman Jangka Panjang

    atau nama lain?

    maaf…sy ni cg baru, tak berapa mahir lg. harap bantuan drpd cg lain yg lbh berpengalaman..Tq

  109. Cg Hasliza,
    Pada pandangan saya, BUTIR yang digunakan dalam BCP adalah merujuk kepada NAMA AKAUN yang telah digunakan sebelum ini, maka kita sepatutnya meneruskan penggunaan nama akaun tersebut, iaitu Ak Pinjaman 6% dan Ak Pinjaman 4% sebagai 2 akaun yang berasingan.

  110. Salam…..saya ingin respon tentang pinjaman 4%, pd pandangan saya kita boleh kelaskan sbg LS…alasanya:
    1) 1/4/2010-31/3/2011= 12 bulan=1 tahun-tempoh bayaran blk tidak melebihi setahun jd reliven dng difinisi LS iaitu tanggungan jangka pendek (1 tahun)
    2) untuk projek ini tempoh perakaunan ialah 1/1/2011-31/12/11-baki bayaran blik tinggal 3 bulan lg bermula januari 2011-31 mac 2011 bermakna dlm tempoh perakuanan (1/1/11-31/12/11)

    Sy setuju dengan saifuhadi bayaran balik pinjaman 4% iaitu rm1000 sebulan sabagai ketinggalan catatan…sy rs kita boleh anggap juga sebagai belanja terakru selain gaji dah faedah brdasarkan maklumat di BCP

    bagi kesilapan prinsip…berdasarkan pandangan cikgu narzuki kta boleh kesan dalam JA…sy juga setuju…iaitu untuk urusniaga membawa masuk 2 unit kipas untk kegunaan perniagaan…saya letak andaian baha kipas tersebut sebagai lekapan (kipas dinding, melakat kat dinding) walaubagaimanapun mungkin ada andaian kipas tersebut adalah kipas meja/kipas berdiri….jd boleh dianggap lengkpan… jd kita kena cari yg lain untuk dijadikan kesalahan prinsip….skadar pandangan salah perbetulkan

  111. Mazlan,

    Ya, saya setuju Pinjaman 4% dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA sahaja kerana tempohnya pada 31/1/2011 – 31/3/2011 hanya tinggal 2 bulan sahaja. (Maaf, komen sebelum ini saya tersilap hitung tempoh tersebut).

    Bayaran balik bagi Pinjaman 4% juga boleh dijadikan KETINGALAN CATATAN manakala faedah atas pinjamannya dikelaskan sebagai TERAKRU. Tetapi Bayaran Balik Pinjaman tidak boleh dikelaskan sebagai TERAKRU, kerana pinjaman adalah item Liabiliti… Tidak wujud “PINJAMAN TERAKRU”.

  112. susutnilai kenderaan 30%,
    sustnilai lengkapan 25.5%
    phr 1.86%—– ini jawapan yg saya dapat, diharap dpt berkongsi sama ada betulka tidak…..

  113. Woo,
    Cuba semak kembali pengiraan kedua-dua susut nilai tersebut.

  114. Terima kasih kpd cg narzuki,sifu hadi dan rakan2 yang byk membantu… saya mmg pening sgt2 tak tau mcm mna nak bg penerangan pada pelajar agar mudah bg mereka nak selesaikan K3 ini…. apa pun harap ada cth dr rakan2 utk kita kongsi n bincang sama2…

  115. Salam cg…
    1. Boleh tak diskaun diberi dan diskaun diterima dianggap sebagai kesilapan tertinggal catat.
    2. Bayaran balik pinjaman 1040 telah tersalah rekod dalam akaun upah pembantu kedai (boleh tak dianggap kesilapan prinsip? sebab dua-dua belanja ……??

  116. Cg Kay,
    Pada pandangan saya,
    1. Tidak boleh dianggap sebagai kesilapan tertinggal catatan.
    2. Kesilapan prinsip boleh pelbagai keadaan, cuma kebiasaannya berkaitan dengan kesilapan dari segi pengkelasan. Contohnya Belanja membaiki kenderaan direkodkan sebagai dalam Ak Kenderaan, Upah pekerja direkodkan dalam Ak Gaji, Angkutan masuk direkodkan dalam AK Angkutan keluar, bayar sewa kediaman direkodkan dalam Ak Sewa. Maka, bayaran balik pinjaman tersilap rekod dalam Ak Upah pembantu kedai … rasanya tidak berapa sesuai dikelaskan sebagai kesilapan prinsip.

  117. hi cikgu

    saya masih kurang pasti dengan pinjaman ini ,

    Pinjaman 1 1 April 2010 4 % setahun RM12 000 31 Mac 2011
    Pinjaman 2 1 Julai 2010 6 % setahun RM24 000 30 Jun 2015

    dgn

    Pinjaman 6 % (Tarikh matang 30 Jun 2015)
    Pinjaman 4 % (Tarikh matang 31 Mac 2011)

    ini bermakna saya kena bukak 4 akaun pinjaman yang berlainan?

  118. Matabiru,
    Pada pandangan saya hanya ada 2, iaitu Ak Pinjaman 6% dan AK Pinjaman 4%. Manakala maklumat pinjaman 1 dan pinjaman 2 adalah merujuk kepada 2 akaun tersebut.

  119. Cikgu,
    Bagi (d) imbangan duga, semua akaun harus diimbang saja dengan “Baki h/b” pada 31/1. Tapi, bagi “Baki b/b” apakah tarikh sepatutnya? Jika kita hantar ke bawah bertarikh 1/2, kita akan menghadapi masalah nanti bagi akaun yang terlibat dalam pelarasan (masih pada 31/1). Satu lagi, akaun hasil dan belanja juga tidak boleh ditutup pada peringkat ini. Jadi, kita cuma buat “Baki h/b” pada 31/1 dan hantar ke bawah juga “Baki b/b” pada 31/1, dan bukannya 1/2. Harap cikgu boleh terangkan. Terima kasih.

  120. Martina,
    Cadangan saya pelajar buat ikut urutan format pelaporan yang dinyatakan dalam soalan, bagi memudahkan penyemakan dan pentaksiran secara berperingkat2.

    1. Pengenalan perniagaan
    2. Profail perniagaan
    3. Catatan dalam LEJAR (Semua akaun diimbang 31/1 Baki h/b dan 1/2 Baki b/b)
    4. Imbangan Duga
    5. Senarai Pelarasan
    6. JURNAL AM (untuk catatan PELARASAN)
    7. LEJAR (Hanya AKAUN2 yang terlibat dengan pelarasan sahaja – pelajar salin AKAUN ASAL + PELARASAN, kemudian baru imbang)
    8. Akaun kawalan
    9. Imbangan Duga Terselaras
    10. dan seterusnya….

  121. cikgu,
    1)macam mana kategori itu upah pembantu pekerja? sebab ia bernilai RM 1040 manakala gaji ialah RM 1200. bukan cakap kalau ada kedua-dua akaun berkenaan timbul bersama, upah masuk akaun perdagangan dan gaji masuk akaun untung rugi.
    2) bagi belanjawan nilai kena ambil kira selepas pelarasan atau tak? contoh gaji masuk RM 1000 sebulan ikut buku tunai yang diberi atau selepas pelarasan RM 1200 sebulan.

  122. Helen,
    1. Kenyataan jika ada GAJI dan UPAH, maka UPAH dimasukkan dalam Ak Perdagangan adalah TIDAK TEPAT. Hanya UPAH ATAS BELIAN sahaja yang perlu dimasukan dalam Ak Perdagangan, kerana ianya merupakan KOS BELIAN. Manakala lain2 upah dimasukkan sebagai Belanja dalam AUR.
    2. Pada pandangan saya, ANGGARAN PEMBAYARAN bagi GAJI setahun RM1200 X 12 = RM14400

  123. saya masih tidak faham dgn pinjaman sebagai ketinggalan catatan dann faedah pinjaman terakru…..
    imbangan duga yg saya dapat ialah 331106…

  124. Woo,
    Yang dimaksudkan oleh Cg Mazlan ialah bayaran balik bagi Pinjaman 4% dan Faedah atas pinjaman belum dibayar lagi sedangkan bayaran balik Pinjaman 6% dan Faedahnya telahpun dibayar.
    Jumlah ID 331106 (tanpa catatan pembalikan Ak Kadar bayaran terakru).

  125. azianhanimamat

    salam…
    cikgu kenapa para guru tidak diberikan cadangan skema jawapan bagi soalan kerja kursus tingkatan 5, barulah jelas untuk kita memberikan markah kepada para pelajar…

    terima kasih..

  126. Cg Azian,
    Pada pandangan saya, jawapan pelajar ada pelbagai tidak semuanya sama. Apa yang hendak dinilai disini bukan kepada jawapan akhir pelajar semata2, tetapi elemen2 tertentu seperti E1.-Pengetahuan dan Kefahaman, E2-Kemahiran mengaplikasi, E3-Kemahiran membuat keputusan, E4-Kemahiran menggunakan TMK dan E6-Nilai2 murni. Maka pemberian markah/gred bagi setiap elemen hendaklah merujuk kepada KRITERIA PENILAIAN yang telah diberikan.

  127. Hai Semua, ada beberapa kemusykilan…
    1. Kalau ID disediakan tanpa Catatan Pembalikan,
    diterima tak?

    2. Memandangkan sebahagian pelarasan boleh dikesan
    melalui catatan di BCP, maka majoriti pelajar akan
    mendapat pelarasan yang sama, boleh diterima ke?

    3. Boleh tak pelajar membuat catatan pelarasan REKAAN
    SENDIRI tanpa mengambil kira maklumat yang dikesan
    dalam BCP?

    4. Setelah Akaun Kawalan disediakan, maksudnya dalam
    Imbangan Duga cuma tertera Penghutang dan
    Pemiutang saje tanpa nama syarikat yang
    detail….betulke?

    Harap rakan2 dan Cg narzuki boleh berkongsi pandangan…TQ

  128. Pendidik1,
    1. Catatan pembalikan sepatutnya disediakan pada 1/1/2011, tetapi tidak dikemukan dalam JA. Maka pada pandangan saya, tidak salah sekiranya pelajar tidak merekodkan catatan pembalikan tersebut. Dan sekiranya pelajar ingin mengelaskan perkara tersebut sebagai Ketinggalan Catatan, maka pelajar boleh kemukakan dalam bahagian PELARASAN dengan menyediakan JA dan LEJAR yang terlibat.

    2. Mengesan pelarasan daripada maklumat yang diberikan adalah merupakan kemahiran menganalisis (sebagaimana topik RTL-Kaedah Analisis). Maka sudah tentu, terdapat beberapa pelarasan yang sama.

    Pada pandangan saya, apa yang hendak dinilai adalah KEMAHIRAN pelajar bukannya jawapan atas kertas semata2. Contohnya Elemen 2.1 LEJAR – boleh dikatakan semuanya akan sama, Adakah kita boleh beri GRED A untuk semua pelajar ?

    Merujuk kepada Kriteria Gred A – “Berkeupayaan mengeposkan catatan dari Buku Catatan Pertama ke akaun berkaitan dengan lengkap dan tepat.”

    Persoalannya : Sekiranya jawapan pelajar – Lejar disediakan dengan lengkap dan tepat, tetapi apabila ditanya / minta diceritakan bagaimana cara untuk poskan JA ke Lejar (ELEMEN 5.2), beliau TIDAK DAPAT JAWAB ….. ini menunjukkan beliau TIDAK BERKEUPAYAAN melakukannya … dengan kata lain TIRU…. adakah wajar untuk kita berikan GRED A kepada beliau ?

    3. Pelajar boleh juga REKA sendiri, tetapi mesti RASIONAL (ELEMEN 6.3) dan munasabah. Contohnya GAJI TERAKRU RM500, sedangkan gaji bulanan RM1200 dan telah dibayar RM1000.

    4. Ya, saya setuju.

  129. bagi pinjaman 4%, adakah soalan memberitahu ada bayaran balik?dan dimanakah faedah atas pinjaman terakru?masih keliru dgn pinjaman sebagai ketinggalan cattatan…..

  130. cg,
    1. alatan pejabat dikelaskan sebagai aset
    bukan semasa kah? perlukah sn untuknya?
    2. kipas dilaraskan dpd lengkapan kpd lekapan, so kena buat juga sn lekapan, kan?
    3. derma – kesilapan prinsip (entiti berasingan)?
    4. diskaun diberi/diterima – kontra kpd jualan/belian @
    sbg belanja/hasil
    (bebas @ ikut spt format buku teks iaitu sbg ak. kontra)
    tq

  131. Cikgu, Boleh tunjukkan JALAN KERJA untuk mengira kadar susut nilai lengkapan (jawapan 10%)? Terima kasih.

  132. Terima Kasih Cg Narzuki atas pandangan dan komen. Di sini ada beberapa persoalan untuk direnung bersama:
    1. Jika kipas tidak dikategorikan sebagai Lengkapan, maka berapa peratuskah kadar susut nilai yang sesuai untuk LEKAPAN? (Boleh buat andaian?)

  133. Pendidik & Cff,

    Memandangkan soalan hanya minta susut nilai Kederaan dan Lengkapan sahaja yang perlu diambilkira dalam penyediaan tugasan, maka aset bukan semasa yang lain kita abaikan dengan andaian akan disusutnilaikan pada akhir tempoh perakaunan nanti.

  134. CgNarzuki, Saya amat setuju bahawa jawapan akhir bukan tujuan utama, tetapi ironinya bagi kelas yang bilangan pelajar yang kecil luar bandar (<20) dan di bawah Control Assessment, rata-rata jawapan pelajar akan serupa kerana perbincangan dibuat dalam kumpulan yang kecil dan dibimbing oleh guru yang sama………..persoalannya, apa pandangan Pentaksir apabila mengunjungi sekolah dan tidak menerima jawapan pelajar kerana jawapan dan penyelesaian pelajar adalah sama.

  135. Pendidik,
    Pada pandangan saya, sekiranya pentaksir ingin melihat hasil kerja pelajar adalah ASLI dan pelajar betul2 MENGUASAI kemahiran2 yang ditunjukkan dalam kerja kursus. Pentaksir bukan hanya perlu melihat kepada jawapan / hasil kerja pelajar sahaja tetapi pelajar berkenaan perlu membentang hasil kerja kursus mereka serta menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh pentaksir bagi memastikan pelajar FAHAM, TAHU dan MENGUASAI kemahiran apa yang mereka sediakan.

    Walaupun jawapan pelajar hampir SAMA tetapi semua pelajar dapat MEMAHAMI dan MENGUASAI kemahiran2 yang ditunjukkan dalam hasil kerja kursus mereka, itu sudah merupakan KEJAYAAN / MEMCAPAI MATLAMAT kerja kursus dilaksanakan.

    Sekiranya jawapan pelajar semuanya BERBEZA, tetapi tidak menunjukkan mereka FAHAM dan MENGUASAI KEMAHIRAN yang dikemukakan, pada pandangan saya MATLAMAT pelaksanaan kerja kursus tersebut GAGAL.

  136. Cg Narzuki,
    tempoh perakaunan, tempoh rekod dan status perniagaan tulis apa??

  137. cg,
    Minta komen cg tentang maklumat tambahan ini yg berkaitan dgn kadar bayaran terakru rm 280 itu.
    Adakah sesuai kita andaikan kadar bayaran dlm buku tunai rm 560 itu sebenarnya adalah termasuk sebahagian penjelasan liabiliti tersebut, Maka maklumat tambahan kita adalah;’ Belanja kadar bayaran RM 560 adalah termasuk penjelasan baki 1/1/2011.
    Ini juga kesilapan ketinggalan dan akan menghilangkan butiran kadar bayaran terakru dalam imbangan duga terselaras nanti.

  138. Cg Bun,
    Apa yang diperkatakan itu adalah berkaitan dengan CATATAN PEMBALIKAN, yang sepatutnya dilakukan pada 1/1/2011. Jadi ianya boleh dijadikan salah satu item KETINGGALAN CATATAN, dan diperbetulkan dalam PELARASAN nanti dan akhirnya tidak timbul lagi dalam ID Terselaras.


  139. woo:

    saya masih tidak faham dgn pinjaman sebagai ketinggalan catatan dann faedah pinjaman terakru…..
    imbangan duga yg saya dapat ialah 331106…

    woo , kamu punya imbangan duga seimbang? kalau seimbang saya harap kamu dapat share dgn saya , sebab ID saya belum seimbang -.- , dah cuba 4-5kali

  140. saya menggunakan semua arahan yg diberi dan maklumat dari blog utk menyiapkan….sure dapat buat~~

  141. cg,
    saya terbaca komen di atas ( Helen )..bagi Upah dan gaji . kalau nilai upah RM 200, gaji RM 500,dalam buku rujukan memang upah akan dicatat ke dalam ak perdagangan ,dan gaji masuk ke ak untung rugi ..walaupun ia gunakan istilah upah..bukannya upah atas belian . jadi sekarang macam mana nak terangkan kepada pelajar.??

  142. Phangyap,
    Terangkan yang sebenar, hanya UPAH ATAS BELIAN sahaja dikelaskan sebagai KOS BELIAN dalam Ak Perdagangan, Manakala UPAH sahaja boleh membawa pelbagai maksud, mungkin upah memcuci, upah pembantu kedai dan sebagainya… maka ianya perlu dimasukkan dalam AUR sebagai BELANJA.

    Ianya menyamai kes INSURANS ATAS BELIAN dan INSURANS.

    Terang kepada pelajar apa yang dimaksudkan dengan konsep KOS BELIAN (B – PB + AM + Duti atas belian + Upah atas belian + Insuran atas belian)

  143. bagi kenaikan gaji macam mana ya… ikut sekolah di kawasan mana ke? atau terpulang kepada pelajar nak buat andaian perniagaan mereka di kawasan bandar, luar bandar atau pedalaman

  144. Eidali,
    Pada pandangan saya, ianya terpulang kepada perancangan perniagaan pelajar.


  145. woo:

    saya menggunakan semua arahan yg diberi dan maklumat dari blog utk menyiapkan….sure dapat buat~~

    saya harap kamu dapat share dengan saya, kalau tidak keberatan , kalau tidak mahu, pun tidak ape tetapi saya memerlukannya, terima kasih

  146. cikgu, saya masih tidak dapat preview contoh perlaksanaan yang cikgu sediakan lagi.

    harap, cikgu dapat hantar kepada saya…
    kheng_jin@yahoo.com.. sekian terima kasih.


  147. Cg Narzuki:

    Helen,
    1. Kenyataan jika ada GAJI dan UPAH, maka UPAH dimasukkan dalam Ak Perdagangan adalah TIDAK TEPAT. Hanya UPAH ATAS BELIAN sahaja yang perlu dimasukan dalam Ak Perdagangan, kerana ianya merupakan KOS BELIAN. Manakala lain2 upah dimasukkan sebagai Belanja dalam AUR.
    2. Pada pandangan saya, ANGGARAN PEMBAYARAN bagi GAJI setahun RM1200 X 12 = RM14400

    1) maka upah pembantu kedai tu masuk akaun untung rugi.
    2) jadi semua item yang masuk belanjawan tunai mesti termasuk kira selepas pelarasan. betul ke?

  148. Helen,
    Pada pandangan saya,
    1. Ya.
    2. Ya.

  149. salam…

    1) Bolehkah sewa ruang niaga @ komisen diterima dipilih sbg salah satu item hasil terakru?

    2) Faedah atas pinjaman yg dibayar RM 120 (rujuk BT)utk pinjaman 4% @ 6% @ kedua2nya sekali? ini disebabkan mengikut pengiraan saya, faedah pinjaman 4% adalah RM40 sebln manakala bg pinjaman 6% adalah RM24 sebln…jika dijumlahkan kedua2nya RM64..sedangkan mengikut komen2 sebelum ini ada dinyatakan bhw faedah atas pinjaman blh dipilih sbg item belanja terakru…atau lbh sesuai dpilih sbg item belanja t’dahulu?

    Hrp blh bg komen segera jika saya t’silap faham..terima kasih

  150. Hasliza,
    Pada pandangan saya,
    1. Boleh.
    2. Hanya untuk Pinjaman 6% sahaja. Faedah atas pinjaman 4% = RM40 sebulan, Faedah atas pinjaman 6% = RM120 sebulan. Bayaran balik pinjaman dibayar SERENTAK antara bayaran pokok dan faedahnya. Bayaran balik Pinjaman 4% (RM1000) dan faedahnya (RM40) masih BELUM dibayar.

  151. askum cikgu…
    saya ada satu soalan:
    untuk pelarasan cthnya SN kenderaan, perlukah catatn dalam lejar bermula pada awal tempoh perakaunan atau hanya tunjukkan pelarasan pada 31/1/11 sahaja?

    harap dijelaskan, terima kasih….

  152. Ila,
    Pelarasan dilakukan pada 31/1/2011, maka dalam Lejar perlu dicatatkan pada tarikh tersebut.

  153. Salam cg, bagaimana dgn penentuan kadar peruntukan hutang ragu? Biasanya PHR setahun..tapi kali ni sebulan pulak. Kena kira macam susut nilai ke?

  154. Zulita,
    Kadar PHR tidak sama dengan kadar susut nilai.
    Kadar SN setahun, maka X 1/12 untuk dapatkan nilai SEBULAN.
    Kadar PHR atasbaki penghutang bersih, maka X sahaja dengan NILAI PENGHUTANG BERSIH pada tarikh tersebut.

  155. ID saya RM331106…Betul tak?

  156. sambungan drpd persoalan #146

    Boleh ke buat…..

    1) Faedah atas pinjaman 4% (belanja terdahulu sebyk RM80)…RM120 – RM40

    2) Faedah atas pinjaman 6%(belanja terakru sebyk RM24)…RM288/12

  157. 1. Faedah atas pinjaman 4% ialah RM40.

    RM12000 x 4% 1/12 = RM40.

    2. Faedah atas pinjaman 6% ialah RM120.

    RM24000 x 6% x1/12 = RM120.

    Harap dapat membantu.

  158. Jothee….terima kasih kerana membantu ttpi masih keliru..

    1) memang faedah atas pinjaman 4% = RM40 bg sebulan, tetapi tarikh matang ia kan tamat pd 31 mac 2011. bermaksud RM40 x 3 bln = RM 120..blh ke kita anggap byrn di BT RM 120 adalah utk bln Jan 2011 = RM 40, manakala baki RM80 adalah utk bln feb & Mac 2011 (belanja terdahulu)

    2) Pinjaman 6% utk dijelaskan dlm masa 5 thn kan?

    1/7/2010 – 30/6/2015
    RM24 000/5thn * 6% = RM288 utk setahun
    RM288/12 = RM 24 utk sebulan

    kalau kita anggap byrn utk faedah atas pinjaman 6% sbg belanja terakru, betul tak?

  159. adakah sesiapa yang boleh beritahu kolum “status perniagaan” dalam “profil perniagaan” kena isi apa??

  160. helen,
    setahu saya status perniagaan merujuk kepada cara memulakan perniagaan samaada memulakan sendiri perniagaan, ambil alih, warisan dsb…. dalam projek ini berdasarkan latar belakang perniagaan yang diberi status perniagaannya ialah memulakan perniagaan

  161. saya dah cuba jugakk….tapi masih tak seimbang…ikut satu persatu dah nih…

  162. betulkan jika saya silap..
    i. kesilapan prinsip merupakan kesilapan catatan dalam akaun yang tidak sama jenis. contohnya aset dicatat dalam akaun belanja. jadi boleh ke sekiranya lengkapan bagi kipas dikira sebagai kesilapan prinsip kerana akaun lekapan juga merupakan akaun aset. kalau bagi kesilapan bagi akaun yang sama ia merupakan kesilapan komisen.

    ii dalam soalan dinyatakan bahawa menggajikan seorang pekerja. jadi saya andaikan bahawa upah pembatu kedai RM1040 merupakan kesilapan prinsip kerana jika dibuat pengiraan RM1000 merupakan bayaran balik pinjaman 4% dan Rm40 merupakan faedah atas pinjaman dan ia merupkan kesilapan dalam akaun yang tidak sama jenis. iaitu upah pekerja(belanja) pinjaman(liabiliti) dan jika diamati dari no cek. iaitu 899065 untuk upah dan 899066 utk pinjaman matang 2015 dan 899067 untuk untuk faedah pinjaman. seoolah olah 899065-899067 utk membayar pinjaman kerana gaji akhir dibayar iaitu no cek 899068.

  163. satu lagi cg.. boleh tak jelaskan kepada saya maksud catatan pembalikan.. macam mana buat yer… dah lama tinggal jadi lupa… 🙂

  164. salam…
    hasliza..
    bagi menjawab soalan belanja terakru kamu boleh andaikan dalam buku tunai RM120 tu sebagai faedah atas pinjaman 4% atau pinjaman 6%. tapi bagi pendapat saya lebih baik kamu ambil kira faedah atas pinjaman itu adalah itu adalah daripada pinjaman 6%. jika 4 % maka akan terjadinya faedah terdahulu RM80..saya rasa pelajar akan keliru di situ..jika anggap faedah atas pinjaman dari 6%, bayaran untuk faedah bulan 1 sudah dibayar..tetapi faedah 4% belum dibayar lagi pada bulan 1.. maka akan wujudnya faedah terakru sebanyak rm40 daripada pinjaman 4% yang belum dibayar.bagi pendapat sayala…

  165. pengiraan kamu macam ada sedikit kesilapan saya rasa…
    1/7/2010-30/6/2015 tempoh 5 tahun

    RM24000 x 6%= RM1440 setahun
    RM 1 440 x 1/12bulan = RM120 sebulan

    jadi sebulan faedah bagi pinjaman 6% adalah RM120 sebulan bukan RM24 sebulan..harap diperbetulkan jika salah..

  166. sekadar berkongsi:
    untuk peruntukan hutang ragu, saya bahagikan baki peruntukan hutang ragu tahun lepas dgn baki penghutang jadi dapat 1.8…% jadi saya selaraskan peruntukan hutang ragu semasa pada kadar 2% atas penghutang bersih..

  167. Cikgu,
    Soalan tidak meminta “Catatan Penutupan” (pindahan). Pada pendapat saya, jika kita ikut kitaran perakaunan, ini adalah satu peringkat yang harus di buat. Jadi, bolehkah kita buatkan saja? Ini juga bermakna AKAUN PERDAGANGAN & UNTUNG RUGI kena disiap (supaya pindahan boleh dilakukan). Kemudian baru kita buat PENYATA PENDAPATAN seperti yang diminta. Apakah pendapat cikgu? Oh ya, satu lagi, cikgu, boleh saya tanya apakah jalan kerja yang paling ringkas untuk mengira kadar susut nilai lengkapan (iaitu 10%)? Terima kasih..

  168. Cikgu,
    Pembayaran kadar bayaran RM560 termasuk juga kadar bayaran terakru sebanyak RM280. Bolehkah ini dianggap sebagai kesilapan prinsip, sebab pembayaran RM280 sepatutnya debit liabiliti iaitu kadar bayaran terakru tetapi telah termasuk dalam akaun belanja iaitu akaun yang salah. Jadi pelarasan jurnal debit kadar bayaran terakru dan kredit kadar bayaran.

  169. salam cikgu,
    saya dah meneliti soalan kerja kursus(ting 5) terbabit namun saya agak keliru tentang tempoh perakaunan perniagaan tersebut? untuk menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira pula….berakhir bila?minta penjelasan dari cikgu.tq

  170. terima kasih pada ckg narzuki kerana menyediakan laman utk ckigu2 akaun berbincang…saya dapat banyak sgt info…minda pun baru jelas sikit

  171. Rozila,
    Sila rujuk komen saya sebelum ini berkaitan TEMPOH PERAKAUNAN dan TEMPOH REKOD.

  172. cikgu Narzuki,
    Salam, Jika pinjaman 6% sebanyak RM400 belum dibayar pada bulan januari, perlukah buat terakru, sedangkan tidak wujud akaun pinjaman terakru dalam bidang perakaunan. Bagaimana nak merekodnya? Bolehkah kesilapan pembayaran RM280 terhadap kadar bayaran terakru dimasuk dalam akaun kadar bayaran itu dianggap sebagai kesilapan prinsip?
    terima kasih

  173. Hasna & Nizam,
    Mana ada “PINJAMAN TERAKRU”. Pelarasan terakru dan terdahulu hanya merujuk kepada item Hasil dan Belanja.

    “Ak Kadar bayaran terakru perlu dimasukkan dalam AK Kadar bayaran” adalah merujuk kepada Catatan Pembalikan yang sepatutnya dilakukan pada 1/1/2011. Cuma perkara tersebut tidak dilakukan, maka bolehlah dianggap sebagai Ketinggalan Catatan.

  174. Cg,
    saya rasa kesilapan prinsip boleh merujuk kpd upah kpd pembantu kedai 1040 di mana amaun tsb tepat dengan jlh byarn pinj.1000 n faedah atas pinj.40. spt mana pendapat eidali, manakala utk bel. terakru, mungkin boleh andaikan belanja am terakru
    tq

  175. tambahan, pengenalan perniagaan telah dimaklumkan hanya seorang pekerja diambil wp kita boleh buat andaian diambil pekerja baru

  176. Cff,
    Tidak menjadi masalah sekiranya buat andaian sedemikian. Cuma ada tak kemungkinan berlaku kesilapan bayaran balik pinjaman dan faedah atas pinjaman kepada pihak bank boleh tersilap rekod sebagai bayaran untuk upah pekerja ?

    Sekiranya dirasakan ada kemungkinan berlaku, maka boleh teruskan dengan andaian tersebut.

  177. tempoh rekod bila sampai bila??

  178. boleh tak cikgu terangkan sikit tentang catatan pembalikan, saya kurang jelas

  179. Suryantie.

    Nota mengenai CATATAN PEMBALIKAN (klik)

  180. hi siapakah yang sudah dapat meimbangkan IMBANGAN DUGA ?saya harap dia boleh menunjukkan contoh , saya sudah buat lebih kurang 3-4 kali tapi masih belum seimbang , baki debit saya dpt rm 315 235 dan kredit lebih kurang rm 340k =.= saya harap sesiapa dapat memberi contoh kepada saya …. hantarkan ke royal_saber94@yahoo.com

  181. TERIMA KASIH CIKGU.. SAYA SUDAH DAPAT JAWAPAN TERSEBUT DENGAN BERDASARKAN COMMENT CIKGU SEBELUM INI..
    BOLEHKAH CIKGU MEMBERI BEBERAPA MAKLUMAT TENTANG PELARASAN DAN PEREKODAN??
    MACAM MANA MULA??

  182. salam cg..deposit sewa tu aset kan…

  183. Arni,
    Perniagaan yang terima DEPOSIT SEWA tersebut, kena bayar balik apabila penyewa berhenti,… lagipun ianya berbaki KREDIT. Adakah ianya boleh dikelaskan sebagai ASET ?

  184. imbang macam woo…thank god..peh…anyway…tuk guru2 negeri sembilan…pekeliling tentang pilihan option tuk buat kerja kursus atau tidak….akan diberitahu kelak oleh LPM ..selepas mereka selesai ngan pendaftaran pelajar 2011…baru lah mereka akan buat perjumpaan dengan guru2 tentang perkara tersebut…

  185. Apakah item yang sesuai dalam Anggaran Penerimaan dalam Belanjawan Tunai?

  186. dapat cam jawapan woo…

  187. salam Cg,
    bolehkah kita anggap RM120 dibuku tunai merupakan faedah atas pinjaman 4% dan berlakunya faedah atas pinjaman terdahulu sebanyak RM80?
    Manakala bagi faedah atas pinjaman 6% sebanyak RM120 adalah terakru di buku tunai?jadi semua pelarasan telah dapt….
    bagi item (h) iaitu gaji dinaikkan berdasarkan wilayah, bilakah ia dinaikkan gaji tersebut dan boleh pilih antara bandar, luar bandar dan pedalaman?


  188. MAZLAN:

    Salam…..saya ingin respon tentang pinjaman 4%, pd pandangan saya kita boleh kelaskan sbg LS…alasanya:
    1) 1/4/2010-31/3/2011= 12 bulan=1 tahun-tempoh bayaran blk tidak melebihi setahun jd reliven dng difinisi LS iaitu tanggungan jangka pendek (1 tahun)
    2) untuk projek ini tempoh perakaunan ialah 1/1/2011-31/12/11-baki bayaran blik tinggal 3 bulan lg bermula januari 2011-31 mac 2011 bermakna dlm tempoh perakuanan (1/1/11-31/12/11)
    Sy setuju dengan saifuhadi bayaran balik pinjaman 4% iaitu rm1000 sebulan sabagai ketinggalan catatan…sy rs kita boleh anggap juga sebagai belanja terakru selain gaji dah faedah brdasarkan maklumat di BCP
    bagi kesilapan prinsip…berdasarkan pandangan cikgu narzuki kta boleh kesan dalam JA…sy juga setuju…iaitu untuk urusniaga membawa masuk 2 unit kipas untk kegunaan perniagaan…saya letak andaian baha kipas tersebut sebagai lekapan (kipas dinding, melakat kat dinding) walaubagaimanapun mungkin ada andaian kipas tersebut adalah kipas meja/kipas berdiri….jd boleh dianggap lengkpan… jd kita kena cari yg lain untuk dijadikan kesalahan prinsip….skadar pandangan salah perbetulkan

    salam 1Malaysia,
    baru dapat duduk depan pc ni dan membaca semua komen yg ada dlm ni.. saya ambil dari sudut yg positif.. tak nak pening2 kepala..

    setuju dgn beberapa pandangan yg diberi oleh cgu narzuki dan rakan2 guru yg lain..

    sy nk respon gak berkaitan dengan beberapa perkara:

    1. Pinjaman 4% dianggap sebagai LS .. mmg sy setuju kerana tempoh pinjaman hanya setahun. dan pinjaman ini masih belum dijelaskan wpun dah berlalu beberapa bulan..

    2. saya setuju kipas angin dalam JA yang dikategorikan sbg Lengkapan kerana kipas angin ada beberapa jenis sekarang ni.. dan ianya tidak menjadi satu kesalahan rasanya jika kita tetap menerima jawapan tersebut tanpa membuat apa2 pembetulan.. cuma apa yg saya nak kongsikan untuk kiraan susutnilai bagi lengkapan jangan lupa ditambah dengan nilai kipas ini (10%xRM720x1/12).. jika kita anggap kipas angin sebagai Lengkapan pun betul juga.. Jadi kedua2nya boleh diterima kan…

    3. Pelarasan yang akan dibina oleh pelajar sebenarnya tak kira apa jua pelarasan yg boleh dibina yang penting pelajar faham apa yg dimaksudkan dengan pelarasan2 yang mereka buat… 😉

    4. Gaji pekerja dalam maklumat 3 ada dikaitkan dengan bandar, luar bandar dan wilayah…. , ini diambilkira dlm menentukan nilai gaji pekerja yang minimum rm1200 sebulan. amaun gaji terakru ada kaitan dengan maklumat berikut..

    Pesan cgu kepada semua pelajar, jadikan kerja kursus ini satu platform untuk mengulangkaji daripada silibus tingkatan 4 hingga tingkatan 5.. buat sendiri.. fahamkan dengan baik dan tepat.. cgu percaya ianya dapat membantu pelajar dalam menguasai ilmu perakaunan dengan baik. ingat pelarasan adalah markah jadi belajar memahaminya dengan baik.. 😉

    all the best!!!

  189. salam cg..faedah atas pinjaman dalam buku tunai merujuk kepada pinjaman 4%@5%?saya dapat imbangan sama seperti woo..apakah kesan kalau tidak buat catatan pembalikan untuk kadar bayaran terakru?

    salam sifuhadi#94
    1. adakah insurans rm550 adalah andaian anda sahaja atau dari mana anda kenalpasti?
    2. bagaimana sifuhadi dapat maklumat deposit sewa ruang niaga adalah untuk 3bulan?
    3. bayaran pinjaman 4% RM1000 boleh dianggap kesilapan catatan?
    terima kasih

  190. cg Sila,
    sayay tidak berapa faham dgn sustnilai lengkapan (720×10%x1/12)…..720 datang dari mana?

  191. sayay dah dapat….terima kasih.

  192. woo,
    720 tu untuk kipas yang dibeli pada 1 jan 2011, jd untuk susut nilai mestilah dikira sekali sebab ia merupakan sebahagian daripada lengkapan


  193. woo:

    sayay dah dapat….terima kasih.

    eidali : pandai.. betul tu.. faham dah… 😉

    woo : cgu puji kamu sebab bersungguh2 dalam menyelesaikan tugasan ini dengan cepat. 😉


    cikguzai:

    salam cg..faedah atas pinjaman dalam buku tunai merujuk kepada pinjaman 4%@5%?saya dapat imbangan sama seperti woo..apakah kesan kalau tidak buat catatan pembalikan untuk kadar bayaran terakru?
    salam sifuhadi#94
    1. adakah insurans rm550 adalah andaian anda sahaja atau dari mana anda kenalpasti?
    2. bagaimana sifuhadi dapat maklumat deposit sewa ruang niaga adalah untuk 3bulan?
    3. bayaran pinjaman 4% RM1000 boleh dianggap kesilapan catatan?
    terima kasih

    cguzai,
    nk respon skit.. kl tak buat catatan pembalikan kadar bayaran terakru rasanya tak menjadi kesalahan..

    faedah atas pinjaman dalam buku tunai merujuk kepada faedah yg dibayar oleh kedua2 pinjaman (sebab tak highlight utk pinjaman yg mana jadi andaian dibuat ianya untuk kedua2 pinjaman). ikut soalan wujud faedah atas pinjaman terakru.

    kl teliti betul2 soalan macam2 jawapan yg boleh dibuat… 😉

  194. terima kasih Cg Sila…
    boleh Cg Sila memberi sedikit pandangan tentang soalan yg saya tanya di atas?tq…

  195. thankx cg sila…

  196. salam…

    nak kepastian..maklumat 2(a) hingga 2(g) adalah pelarasan yang wajib buat…
    manakala 2(h) hingga 2(j) adalah maklumat yg akan digunakan utk menyediakan belanjawan tunai…

  197. cg. izzah,
    jawapannya, ya…

  198. cg. narzuki,
    dalam panduan pelaksanaan untuk penyata pendapatan, dinyatakan dapat menyediakan penyata pendapatan sehingga untung kasar dengan betul dan tepat…
    untung kasar ja ker? tak perlu sampai untung bersih ker?

  199. Eidali,
    Pada pandangan saya, sepatutnya sehingga pengiraan Untung Bersih bagi membolehkan pelajar dapat Gred A / B.

  200. Salam, nak kongsi perkara berkaitan LENGKAPAN.

    Dari segi praktikal atau amalan perakaunan sebenar, Akaun Lengkapan adalah akaun yang besar terdiri daripada pelbagai jenis ABS, termasuk perabot, perkakasan, peralatan elektrik, lekapan dan lengkapan (fixture and fittings), dan sebagainya.

    Akaun Lengkapan digunakan untuk melaporkan aset-aset yang nilai perunit kecil dan pelbagai guna.

    Mungkin sebab kita dah diminta mengajar perakaunan yang sebenar, maka sebab itulah perkataan LENGKAPAN digunakan untuk Tugasan 2 ini,

    Sebab itulah pembelian Kipas Angin didebitkan ke Akaun Lengkapan, dan tidak perlu membuka akaun lain. Malahan jikalau ada soalan yang menyatakan beli air-cond pun, ia boleh dimasukkan ke dalam Akaun Lengkapan.

    PS. Syarikat besar umumnya guna kaedah ini, perniagaan bermodal kecil, atau yang mengamalkan pengiraan susut nilai mengikut jenis aset lebih terperinci akan pecah-pecahkan aset tersebut, seperti AKaun Perabot, Akaun Peralatan, Akaun Kelengkapan Kedai, dan sebagainya.

    Sekadar berwacana ringan di sini.

  201. cg izzah,
    untuk item h, gaji pekerja saya pun dah kompius sama ada buat pelarasan atau sekadar belanjawan, lepas buka blog cg sila.

    cg,sila @ cg narzuki tolong membantu…
    gaji tu maksudnya kena buat pelarasan juga ker? iaitu kena buat kenaikan gaji pada bulan januari ni, contohnya 20% bagi kaw bandar, jd gaji bulan januari yg sepatutnya adalah RM1440. Bermakna jika buat pelarasan gaji terakru adalah RM440… betul ke macam tu?

  202. Eidali,
    Pada pandangan saya, Gaji boleh juga dibuat pelarasan sebagai gaji terakru RM200. Manakala maklumat (h) “Gaji pekerja AKAN dinaikkan” …. ini bermaksud perkara tersebut BELUM BERLAKU lagi. Maka tidak sesuai kenaikan tersebut diambilkira dalam bulan Januari 2011. Pandangan saya, maklumat (h) – (j) khas untuk penyediaan Belanjawan Tunai nanti.

  203. sy ada dapat surat pelajar boleh memilih nak buat atau tidak kerja kursus pa ni .. betul ke?

  204. Salam cg Narzuki,tlg bantu saya
    Saya ingin bertanya adakah boleh saya membuat belanja terakru
    1.faedah atas pinjaman 2 terakru (6%) RM120
    2.Gaji terakru adalah berdasarkan perbezaan antara upah pembantu kedai dlm BT dengan gaji terakhir pekerja selepas kenaikan gaji berdasarkan maklumat (h).Ini krn pekerja telah bekerja pada 1 Januari 2009 so terdapat dua kali kenaikan gaji.

    Belanja terdahulu pula adalah Faedah atas pinjaman 1 (4%) terdahulu RM80

    Untuk Kesilapan ketinggalan pula,bolehkah saya buat apa2 urusniaga yang releven dan bersesuaian dengan BT dan BCP yg diberi.?
    Untuk kesilapan prinsip pula ,boleh ke saya buat gaji RM1000 tu sebgai kesilapan prinsip kerana pada pandangan saya bayaran utk gaji pekerja telah pun dibuat pada ‘Upah pembantu Kedai’.
    Bayaran yang belum dibuat adalah bayaran pinjaman 1 (4%) tu sahaja.Ada kemungkinan RM1000 utk bayaran pinjaman tetapi tersilap direkodkan sebagai bayaran gaji

  205. RizYus,

    Cuba kita fikir, apabila kita buat pinjaman daripada Bank, kemudian kita buat bayaran balik pinjaman …. adakah kita boleh bayar Pinjaman POKOK sahaja, faedah dibayar kemudian ?

    Setiap bayaran balik, kita bayar POKOK dan FAEDAH serentak. Merujuk kepada BT :
    31 Jan : Pinjaman (matang 2015) RM400 …. sudah JELAS merujuk kepada Pinjaman 6%.
    31 Jan : Faedah atas pinjaman RM120 …. sudah semestinya merujuk Pinjaman 6% (6% x RM24000 x 1/12)

    GAJI dan UPAH PEMBANTU KEDAI merujuk kepada 2 perkara yang berbeza. Manakala (h) Gaji pekerja AKAN dinaikkan … perkara tersebut BELUM BERLAKU lagi, kenapa nak diselaraskan ? …. maklumat tersebut sesuai untuk penyediaan Belanjawan Tunai sahaja.

    Sama2 kita fikir, adakah berlaku kita bayar Faedah atas pinjaman kepada pihak bank TERDAHULU ?

    Ketinggalan Catatan, macam2 boleh buat … sama ada item yang terdapat dalam BCP ataupun tiada.

    Gaji dan Upah pembantu kedai TIDAK sesuai dijadikan Kesilapan Prinsip, kerana kedua2nya telah pun direkodkan. Sekiranya hanya ada bayaran Upah pembantu sahaja tiada bayaran Gaji…. baru boleh dikatakan “Bayaran Gaji tersilap catat dalam Ak Upah Pembantu Kedai … sebagai Kesilapan Prinsip.


  206. liza:

    sy ada dapat surat pelajar boleh memilih nak buat atau tidak kerja kursus pa ni .. betul ke?

    Liza, saya ingin sangat membaca isi kandungan surat seperti itu, boleh tak emelkan salinan surat itu kepada saya?


  207. Cg Narzuki:

    Eidali,
    Pada pandangan saya, Gaji boleh juga dibuat pelarasan sebagai gaji terakru RM200. Manakala maklumat (h) “Gaji pekerja AKAN dinaikkan” …. ini bermaksud perkara tersebut BELUM BERLAKU lagi. Maka tidak sesuai kenaikan tersebut diambilkira dalam bulan Januari 2011. Pandangan saya, maklumat (h) – (j) khas untuk penyediaan Belanjawan Tunai nanti.

    Saya amat menyokong kenyataan Cg Narzuki.

  208. hasnirosmahidi

    cg. narzuki,
    Nak kepastian….apa maksud gaji minimum RM1200. tak salah kan kalau kita bayar gaji melebihi RM1200??? Jadi pelarasan gaji terakru boleh melebihi 200 . Macamana? logik tak?

  209. Cg Hasni,

    Pada saya, apa yang penting perkara itu hendaklah JELAS, berapa gaji yang sepatutnya dibayar dan berapa yang telah dibayar ? Ianya bergantung kepada PENYATAAN yang diberikan dalam pelarasan. Contohnya :

    1. “Terdapat gaji terakru RM500”, …… adakah ianya JELAS ?, di mana sandarannya dapat RM500 ?

    2. “Gaji pekerja pada bulan Januari 2011 telah dinaikan kepada RM1500”. … maka perkara tersebut nampak lebih JELAS, RM500 adalah terakru kerana bayaran dalam BT hanya RM1000 sahaja.

    Pemahaman pelajar terhadap konsep BELANJA TERAKRU itu adalah penting.

  210. salam..blh x cg narzuki bg th sdkit sebyak mengenai folio prinsip perakauanan f5 nie..x phm sgtlah..

  211. salam..cikgu,sy nak tahu mcm mana nak mula buat projek paper 3.tingkatan 5 2011.saya ni guru baru…tolonglah saya cikgu..

  212. Cg Fieda,
    Sila ikut urutan yang telah dicadangkan dalam Panduan Jadual Pelaksanaan Tugas Projek Tingkatan 5 2011.

  213. Cikgu narzuki,
    Saya masih keliru dengan kesilapan komisen dan kesilapan prinsip, berikut ialah beberapa kesilapan bolehkah cikgu bagi tahu yg mana kesilapan prinsip dan kesilapan komisen, (a) angkutan masuk tersilap rekod sebagai angkutan keluar. (b) Gaji tersilap masuk dalam upah (c) Bayaran pinjaman tersilap rekod dalam upah (d) Lengkapan tersilap masuk dalam lekapan (e) bayaran kadar bayaran tersilap masuk dalam pemiutang. terima kasih

  214. Nizam,
    Semuanya yang dinyatakan adalah Kesilapan Prinsip, Kesilapan Komisen hampir sama dengan Kesilapan prinsip, iaitu tersilap catat dalam akaun yang salah. Perbezaannya KESILAPAN KOMISEN merujuk kepada Akaun Perorangan seperti Sykt HALIM direkodkan ke Ak Sykt HAMID, bayaran kepada ROSLI direkodkan ke Ak ROSDI.

  215. cikgu,
    Haruskah kita buat catatan penutupan?

  216. Cg Martina,
    Oleh kerana diminta sediakan ID terlebih dahulu, maka pada pandangan saya semua Lejar diIMBANG (Baki h/b – Baki b/b) kemudian bakinya pindahkan ke ID. Daripada ID Terselaras disediakan Penyata Kewangan.

  217. cikgu Narzuki,
    boleh beri sedikit pandangan bagi belanja terdahulu?adakah boleh mana- mana item dari BCP asal rasional?berkenaan dengan gaji dinaikkan, bilakah ia dinaikkan ?dan pilih daripada bandar, luar bandar atau pedalaman salah satu?

  218. Cg Woo,
    Antara item2 belanja dariapda BT sesuai dijadikan belanja terdahulu ialah Insurans dan Promosi. Berhubung dengan maklumat (h) Gaji AKAN dinaikkan …. saya cadangkan mula dinaikkan pada tahun 2012 dan seterusnya … kadar kenaikan kenalah rujuk kepada Alamat/Lokasi Perniagaan sebagaimana maklumat dalam Profail Perniagaan pelajar.

  219. cikgu narzuki,
    boleh beri pandangan tentang catatan pelarasan? guna catatan pelarasan melalui kaedah membuka akaun belanja terakru lebih baik atau dengan menggunakan cara membuat pelarasan pada akaun belanja sahaja ?thank u

  220. Cg Steph,
    Dalam kes ini saya cadangkan guna kaedah membuka akaun belanja terakru, bagi memudahkan pelajar mengesan item2 yang perlu dimasukkan dalam KKK nanti.

  221. mn contoh kerja kursus tingkatan 5?

  222. penim kepala sy ng kerja kursus ni….

  223. Salam,

    Cikgu, bolehkah angkutan masuk direkod dalam buku tunai bhagian pmbyrn??? Bknkah ia sptutnya direkod dalam jurnal am?

    Terima kasih cikgu

  224. Qien,
    Sekiranya angkutan masuk tersebut dibayar secara tunai / cek, maka ianya perlu dicatat dalam Buku Tunai. Ianya dicatat dalam Jurnal Am sekiranya caj angkutan dikenakan oleh pembekal iaitu akan menambahkan baki hutang. Ataupun caj angkutan masuk daripada syarikat pengangkutan masih belum dibayar.

  225. selamat sejahtera cikgu
    Perlukah diwujudkan akaun belanja susut nilai dan akaun hutang ragu kah ? thank u

  226. Oleh kerana akaun tersebut terlibat dengan pelarasan, maka pelajar sediakan catatan pelarasan dalam JA kemudian poskan ke Lejar yang terlibat, sekiranya belum ada seperti susut nilai kenderaan, maka akaun tersebut perlulah dibuka.

  227. Status perniagaan nak tulis apa? Terima kasih…

  228. Oliver,
    Cadangan saya :
    Status Perniagaan : Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Berhad
    Jenis Perniagaan : Menjalankan perniagaan menjual dan membeli perabot

  229. cikgu narzuki,

    1. tq byk kerana saya mndpt input2 yg bermanfaat dr perkongsian ilmu ini.

    2. persoalan saya, adakah catatan pelarasan bagi bayar balik pinjaman 4% melibatkan Buku Tunai dan Akaun Pinjaman 4%?

  230. Ainoth,
    1. Sama2, saya juga banyak belajar dari rakan2 guru sekalian, terima kasih.
    2. Ianya bergantung kepada PENYATAAN yang dibuat untuk pelarasan tersebut. Sekiranya dianggap sebagai Ketinggalan Catatan, maka sudah semestinya pelarasan akan melibatkan Buku Tunai, iaitu Dt: Pinjaman 4% Kt: Bank

  231. ckgu…setiap lejar mmpunyai no folio kecuali diskaun…apakah folio bg diskaun diberi dan diskaun diterima?

  232. Fidzah,
    Kedua akaun tersebut dicatat dalam LEJAR AM, maka ikut urutan folio yang sedia ada, seperti LA32 dan LA33.
    Pastikan pelajar faham maksud dan cara2 penggunaan FOLIO tersebut serta pembahagian Lejar Am dan Lejar Subsidiari.

  233. cg narzuki,
    sy tak tau mcm mana hendak buat catatan kadar bayaran terakru bg catatan PEMBALIKAN… di dalam Jurnal AM…

    blh tunjukkan contoh.. untuk sy sediakan jawapan.. tq

  234. Syifa,
    Dt: Kadar bayaran terakru RM280
    Kt: Kadar bayaran RM280

  235. salam sejahtera cikgu narzuki,
    1 )boleh cikgu berikan nilai peruntukan susut nilai kenderaan dan lengkapan dalam imbangan duga terselaras ?
    2 ) Adakah jika tidak membuat catatan pembalikan untuk kadar bayaran terakru akan menyebabkan imbangan duga terselaras tidak imbang ?
    thank u

  236. Steph,
    1. Bergantung kepada andaian pelarasan yang dilakukan terhadap susut nilai tersebut.
    2. Walaupun tidak dilakukan catatan pembalikan ID tetap seimbang asalkan catatan bergunya betul dan tiada kesilapan2 ketara yang lain.

  237. Salam,Cikgu.

    Boleh tak cikgu postkan contoh untuk folio ini?Saya buntu.Dan kurang faham dengan cara guru sekolah saya mengajar.Terima kasih.

  238. cikgu : saya hampir siap kerja krusus tingkata 5 , hanya tinggal (l) tafsiran nisbah sahaja , bolehkah cikgu beri contoh macam mana nak buat bahagian (i) ?

  239. Cikgu,
    Terima kasih. Tentang catatan penutupan (peringkat terakhir kitaran), jika kita tak buat, macam mana nak tunjuk penutupan dalam akaun hasil, akaun belanja, akaun ambilan dan seterusnya kemas kini akaun modal? Pada pendapat saya, jika kita buatkan ‘catatan penutupan’, maka kita boleh tunjukkan akaun-akaun tersebut ditutup dan berbaki sifar pada permulaan bulan Feb. Adakah ini lebih baik?

  240. Cg Martina,
    Saya setuju dengan perkara tersebut, cuma catatan penutup dilakukan pada akhir tempoh perakaunan 31/12/2011 dan diawal tempoh perakaunan berikutnya dilakukan catatan pembalikan. Apa yang pelajar patut buat ialah menyediaan hanya untuk bulan Januari sahaja.. di mana baki2 akaun hasil dan belanja masih perlu dibawa ke bulan Feb …. Disember.

  241. bole ke pelarasan : belanja terakru, belanja terdahulu, hasil terakru dan kesilapan – pelajar reka pelarasan sndiri bukan yang dah berlaku dalam urus niaga. cth belanja am terakru, pengiklanan terdahulu, komisyen diterima terakru, etc? atau kena cari yang sebebarnya berlaku dalam urusniaga. somebody pls reply…

  242. cgnarzuki…
    kalau buat catatan pembalikan’bermaksud kadar bayaran hanya tinggal RM280 kan?kadar bayaran terakru dah tak wujud lagi dalam imbangan duga?

  243. Cikgu Zai,

    Ya. Apakah rasional catatan pembalikan ini ?
    Baki pada 1/1 Kadar bayaran terakru RM280, pada 12/1 Bayar Kadar bayaran RM560 … bayaran tersebut sudah tentu untuk menjelaskan baki hutang bulan lepas RM280 dan bayaran bulan semasa. Maka belanja kadar bayaran untuk bulan semasa RM560 – RM280 = RM280.

  244. Cikgu,
    Maafkan saya jika saya tersilap. Saya masih berpendapat bahawa jika catatan penutup tidak dibuat, maka penyediaan akaun perdagangan dan untung rugi tidak boleh dilakukan (jika mengikut urutan kitaran perakaunan). Jadi, walaupun tempoh perakaunan berakhir pada 31/12/2011, kita boleh buat andaian bahawa perniagaan ingin menyediakan penyata kewangan bertujuan untuk mengetahui prestasi untuk sebulan. Semua akaun hasil dan belanja terpaksa ditutup. Kalau tidak, untung-rugi bulan Feb tidak boleh dipastikan kerana baki Jan masih berada dalam akaun belanja dan hasil masing-masing. Harap cikgu boleh berikan cadangan lagi. Terima kasih.

  245. Cg Martina,

    Ak Perdagangan dan Ak Untung Rugi dan Penyata Pendapatan adalah sama yang disediakan dalam format yang berbeza, tidak perlu disediakan kedua2 sekali. Penyediaan Penyata Kewangan boleh disediakan berdasarkan maklumat dalam ID Terselaras.

    Cuba kita lihat pada Kitaran Perakaunan :
    ….. ID Terselaras – Penyata Kewangan – Catatan Penutup.

    Kenapa tidak disusun :
    …… ID Terselaras – Catatan Penutup – Penyata Kewangan ?

    Nota CATATAN PENUTUP

  246. cikgu adakah ”Anda menggaji seorang pekerja dengan gaji minimum bulanan RM1 200”
    gaji bulanan ini adakah kite perlu darab dengan 12 bulan?

  247. Loke,
    Hanya untuk penyediaan Belanjawan Tunai : Anggaran Pembayaran – Gaji bulanan X 12… utk setahun.

  248. terima kasih Cikgu Narzuki,
    ingin bertanya semasa buka akaun diskaun diberi, adakah saya kena catat nama setiap penghutang atau jumlah semua penghutang sahaja?
    dan bagi faedah atas pinjaman di buku tunai, bolehkah saya anggap sebagai faedah pinjaman 4%terdahulu, manakala bagi faedah atas pinjaman 6%, saya anggap sebagai terakru?tq….

  249. Cg Woo,
    Jan 31 Pelbagai Penghutang RM1055.

    Bayaran balik Pinjaman 6%, maka faedah tersebut juga merujuk faedah atas pinjaman 6%. Bayaran balik pinjaman dan faedah dibayar SERENTAK.

  250. selamat sejahtera cikgu,
    1) kalau diandaikan kadar susut nilai bagi kenderaan adalah 20%, adakah benar pengiraan saya iaitu hanya mengambil kira pengiraan sebulan.
    RM 40000X 20% X 1/12 = RM 666.67
    2 ) Diandaikan kadar susut nilai bagi lengkapan adalah 10% baki berkurangan.betulkah susut nilai bagi perabot adalah
    RM 12150 X 10% X 1/12 = RM 101.25 + dengan susut nilai kipas RM 6 = RM 107.25
    3 ) Inikah amaun yang dicatat dalam imbangan duga Terselaras ?
    thank u

  251. Cikgu,
    Ribuan terima kasih kerana sudi membantu. Saya memang bersetuju bahawa catatan penutup sepatutnya dilakukan selepas ID (T). Jadi, boleh saya tekankan semula, adakah lebih baik jika kita buat catatan penutup sebaik sahaja ID (T) dengan menutup akaun yang berkenaan saja, tanpa menunjukkan ak Pdg & ak UR? Selepas langkah ini dibuat, barulah ak belanja, hasil, ambilan dapat ditutup dan ak modal dikemaskinikan untuk Feb. Apakah pendapat cikgu?

  252. ADA CONTOH KERJA KURSUS T5 AKAUN YANG LENGAKAP.


  253. KUMARESAN:

    ADA CONTOH KERJA KURSUS T5 AKAUN YANG LENGAKAP.

  254. terima kasih cikgu,

    Pinjaman 1 1 April 2010 4 % setahun RM12 000 31 Mac 2011
    Pinjaman 2 1 Julai 2010 6 % setahun RM24 000 30 Jun 2015

    cikgu adakah pinjaman ini kita perlu darab?? rm12000 X 4 % kemudian x 12 bulan?

    atau dibiarkan jumlah asal sahaja dalam lejar??

    dah sama juga dgn pinjaman yang ada di jurnal am

    Pinjaman 6 % (Tarikh matang 30 Jun 2015) LA 6 21 600
    Pinjaman 4 % (Tarikh matang 31 Mac 2011) LA 7 3 000

    kita perlu darab dgn peratus tu atau biarkan jumlah tersebut dalam lejar?

  255. Loke,

    Jangan terkeliru antara Pinjaman dan faedah atas pinjman.

  256. cg,
    kita kena reka sendri kadar PHR kan…so mcmane nak buat pelarasan, utk tempoh setahun @ kena kira sebulan?

    kl buat pelarasan sebulan mcm x logik je…harap cg dpt membantu…tq

  257. Cg,
    stok akhir dinilaikan pada harga kos RM48600 dan harga pasaran RM46800..
    Macam mana buku jurnal am?? dan lejar??
    dt-stok akhir
    kt-modal??

  258. Cly,
    Penutupan Ak Stok, akaun2 Hasil dan Belanja, Ambilan dan Modal adalah termasuk dalam catatan penutupan selepas penyediaan penyata kewangan. Oleh kerana soalan hanya memerlukan pelajar sediakan sehingga Penyata Kewangan sahaja, maka pada pandangan saya catatan penutupan tidak perlu dilakukan.

  259. askum cikgu,
    Bagi pelarasan SN kenderaan, Bilakah tempoh perakaunan bermula untuk merekod pelarasan dalam lejar? adakah bermula dari awal tempoh pembelian kenderaan iaitu 2009,iaitu untuk 2 tahun perakaunan.Boleh cikgu tolong jelaskan. saya kurang faham berkaitan catatan pelarasan dalam jurnal dan lejar bagi SN kenderaan dan lengkapan.

  260. Man,
    Pelarasan susut nilai telah dibuat setiap akhir tempoh perakaunan 31/12/2009, 31/12/2010, … sekarang pelajar perlu buat pelarasan untuk tempoh rekod semasa 1/1/2011 – 31/1/2011 sahaja.
    Catatan pelarasan bagi susut nilai :
    Dt: Susut nilai kenderaan / lengkapan
    Kt: Susut nilai Terkumpul kenderaan / lengkapan.

  261. assalamualaikum.
    cikgu, saya seorg guru p.akaun di sabah..hari ini saya baru dapat surat daripada Lembaga Peperiksaan M’sia melalui JPN Sabah..isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa calon sekolah wajib melaksanakan Kertas 1 dan Kertas 2. Calon boleh memilih untuk dikecualikan daripada Kertas 3.
    saya agak bingung sekarang ni sama ada meminta pelajar memilih atau meminta pelajar teruskan buat kertas 3 seperti yg sdh dilaksanakn..bagaimana pula dengan 20% markah yang diperuntukkan untuk kertas 3 bagi pelajar yang memilih untuk mengecualikan kertas ini?
    harap cikgu boleh jelaskan hal ini..
    terima kasih..

  262. cikgu, pembalikan catatan kadar bayaran terakru dengan akaun kadar bayaran , kita kena buat di lejar soalan 1c atau 1f? apa maksud senarai pelarasan di tarikh imbangan? apa yang kena tulis tempoh rekod?
    terima kasih!

  263. salam..
    ckgu sy nk tye..
    dlm bku tunai..yg dkat butir folio tu..adkh “K” mrujuk kpd ksilapan???

  264. DAHLIA ,

    ITU BKN KSILAPAN ITU KONTRA

  265. dahlia ‘k’ tu kontra!

  266. cg narzuki,
    sy sudah siapakan ID (tanpa catatan pembalikan ) jawapannya RM 331106. Jika dengan catatan pembalikan ID RM 330826.
    Knp tidak rekodkan dis diberi dan diterima??? dalam ID???

  267. Syifa,
    Sepatutnya Diskaun diberi RM1055 dan Diskaun diterima RM556 daripada BT perlu diposkan ke Ak Diskaun Diberi dan Ak Diskaun Diterima.

  268. salam…
    catatan pembalikan termasuk pelarasan?adakah jurnal catatan pembalikan perlu ditunjukkan sebelum lejar disediakan?

  269. Cikgu Zai,
    Catatan Pembalikan sepatutnya dilakukan pada 1/1/2011, tetapi Jurnal Am yang diberikan tidak menunjukkan perkara tersebut dilakukan. … Pada pandangan saya, pelajar boleh anggapnya sebagai kesilapan ketinggalan catatan jika mereka mahu. Maka pembetulan kesilapan tersebut boleh dimasukkan sebagai pelarasan.

  270. cikgu annursufi,
    Betulkah cikgu dapat surat tersebut? Bolehkah cikgu upload bagi kita sama-sama memahami isinya dan memilih sama ada melaksanakan kerja kursus?
    Terima kasih banyak-banyak.


  271. syifa.asmi:

    cg narzuki,
    sy sudah siapakan ID (tanpa catatan pembalikan ) jawapannya RM 331106. Jika dengan catatan pembalikan ID RM 330826.
    Knp tidak rekodkan dis diberi dan diterima??? dalam ID???

    hi macam mana cg dapat rm331106? dan mcm mana cikgu pindahkan pinjaman ke lejar? adakah perlu darab peratus tu?

  272. cg ..
    ID tnpa plrasan cg brpa ?? sy dpt 330826 tp ada yg dpt 331106 ..
    kadar byran terakru perlu dhpuskan ke tidak ?

  273. Sis,
    Apa yang ada dalam BCP perlu diposkan ke Lejar, kita tidak boleh buat apa2 terhadap Lejar sekiranya tiada dalam BCP. Ikut Kitaran Perakaunan : …. BCP – Lejar…. ID (tanpa pelarasan) RM331106.

  274. cg narzuki & rakan2..boleh tak untuk kadar bayaran terakru (JA1) & kadar bayaran (BT1) sy mengandaikan sebagai kesilapan prinsip.

    contoh: kadar bayaran yang telah dibayar pada 12/1/11 adalah termasuk bayaran untuk menjelaskan kadar bayaran terakru.

    catatan pelarasan:
    dt kadar bayaran terakru 280
    kt kadar bayaran 280

  275. Cg Fatimah,
    Perkara tersebut bukannya suatu kesilapan, ianya terjadi kesan pelarasan yang dilakukan pada tempoh perakaunan sebelumnya.

    Cuba fahami apa yang dimaksudkan dengan CATATAN PEMBALIKAN (klik)


  276. Cg Narzuki:

    Loke,
    Jangan terkeliru antara Pinjaman dan faedah atas pinjman.

    So,
    maksudnya kita perlu ambil jumlah yang asal yang diberi dan terus masuk ke dalam lejar? [kt]

  277. cg,
    untuk belanjawan, hasil dan belanja yg perlu direkod, hanya diterima/dibayar @ selepas diambil kira terakru & terdahulu

  278. Eidali,
    Selepas ambilkira pelarasan.

  279. terima kasih kpd guru2 yg sudi berkongsi pendapat di sini. pada mulanya amat sukar utk memahami kehendak soalan ini. alhamdullilah dapat diselesaikan satu persatu.

  280. Cikgu,
    Untuk membuat belanjawan tunai, selain daripada butir 2 h, i, dan j, betulkah kita harus dapatkan butir lain daripada Buku Tunai seperti sewa, jualan tunai, kadar bayaran…? Apakah pendapat cikgu jika saya mengambil nilai berdasarkan nilai sebenar (iaitu setelah pelarasan) dan darab 12 bulan untuk nilai setahun. Seterusnya, reka sendiri jangkaan untuk 4 tahun seperti meningkat atau menurun. Contohnya, untuk sewa, saya jangkakan akan meningkat 10% pada setiap 1 Feb. Maka nilai sewa dalam belanjawan bagi setiap tahun ialah 10560, 11616, 12778,14056. Betulkah?

  281. Maklumat 2(h, i dan j) perlu diambil kira kerana itu adalah arahan tugasan, manakala item2 lain bergantung kepada perancangan pelajar dan perkara tersebut sebaik2nya disenaraikan perubahan2 yang berlaku atau kekal sebelum Belanjawan Tunai disediakan. Item2 penerimaan dan pembayaran boleh berdasarkan BT selepas pelarasan, cuma perlu X 12 untuk setahun.

  282. cikgu, saya dah dapat jumlah 331 106 di sebelah kredit ID. tapi sebelah debit dpt 332926. ada lebihan 1820. semua item dlm BCP perlu dpos ke lejar kan?
    .. dah kira banyak kali sama juga.harap cikgu dpt beri pandangan.thanks

  283. Cg ada kemusykilan…

    1) Bayaran balik pinjaman 4% = 12000 x 1/12 bln = rm1,000.Cg ada nyatakan rm500. macam mana pgiraanya?
    2) Komputer perlu buka Ak. Komputer atau Ak. Alatan Pejabat?
    3) SN Lgkpn 19%.
    4) PHR saya dapat 2.1%.
    Adakah jawapn diatas betul? harap dijelaskan. terima kasih.
    Diharap dapat betulkan

  284. Cg Fadzlina,
    1) Bayaran balik Pinjaman 4% = RM1000. (Maaf RM500 tu saya yang tersilap).
    2) Butir dalam BT adalah merujuk kepada NAMA AKAUN yang telah dibuka, maka kita ikut nama tersebut.
    3) SN Lengkapan = 10%
    4) PHR berdasarkan baki awal Penghutang dan PHR dapat 1.86%. …. jika ingin diselaraskan dengan kadar yang lain pun boleh asalkan sesuai.

  285. terima kasih Cikgu Narzuki….jadi apa sahaja item dari BCP boleh saya buat utk belanja terdahulu dengan hanya buat andaian?

  286. Woo,
    Tidak semua, kena pilih juga yang bersesuaian dan ianya munasabah, … cuba kaitkan dengan dunia sebenar.

  287. cikgu, susunilai & PHR kena buat untuk sebulan saja? jadi kita kena bahagi 12 bulan? rm17500x1.86% bahagi 12? atau terus ambil rm 17500 X 1.86%sahaja?

  288. Jennygoh,
    SN untuk sebulan kena / 12.
    PHR hanya X baki penghutang bersih pada 31/1/2011.

  289. cikgu, imbangan duga saya dah setel. Sekarang saya sangkut bab nak buat pelarasan. Boleh tak cikgu bantu….saya dah baca semua komen, tapi masih tak berapa faham. Harap dapat membantu!

  290. bolehkah saya buat adaian bahawa promosi yang dibayar terlebih RM100?

  291. Woo,
    Boleh. Andaiannya kita bayar kos promosi untuk tempoh 2 bulan (atau lebih), maka pelarasan perlu dilakukan untuk ambil kira belanja promosi untuk bulan januari sahaja. (konsep pemadanan)

  292. cikgu, macam ni susutnilai ada sen…macammana? bundarkan jadi nombor bulat?

    bolehkah saya tahu berapa baki penghutang bersih yang cikgu dapat?sebab saya dapat rm17500

  293. puas hati menjawab setelah pening kepala…korang nak senang…elok wat style lembaran keje…baru nampakkk…

  294. ok.terima kasih Cikgu.
    ingin bertanya apakah catatan pelarasan bagi PHR?DT HUTANG RAGU, KT PHR??

  295. tolong lar cgu bg cara cara nak laksanakan tugas nie??

  296. Salam
    nak tanya tentang “angkutan” dalam Akaun Kawalan Pemiutang. Kenapa ang. masuk tidak perlu masuk dalam A/k Kaw Pemiutang. Dalam format A/K Kaw. Pemiutang buku teks yg lalu ang. masuk dimasukkan pd sblh Kt. A/k Kaw. Pemiutang tapi tidak pada buku teks sekarang. Klau sy masukkan ang masuk tu dlm A/k Kaw. Pemiutang sy tak dapat sama utk nilai pemiutang bersih.

    Apakah sebenarnya Dokumen sumber ang. masuk ? N. Debit atau JA. Pada buku teks m/s 88 ang. masuk dokumen sumbernya N. Debit tapi pada m/s 167 buku teks dinyatakan dok. sumber ang. masuk ialah JA. Sy confuse…..

  297. Cikgu Wawa,
    Ak Kawalan Pemiutang adalah ringkasan daripada Semua Akaun Pemiutang. Apa2 yang melibatkan akaun pemiutang akan masuk dalam Ak Kawalan Pemiutang. Cuba fahami urus niaga yang berlaku.

    Buku tunai Kt : Angkutan masuk RM450 ….. adakah melibatkan akaun pemiutang ? (ianya urus niaga tunai)
    Jika : Angkutan masuk dikenakan oleh pemiutang (belum bayar) …. maksudnya hutang kita bertambah, maka perlulah catat dalam akaun pemiutang.

    Nota Debit …. adalah DOKUMEN, manakala Jurnal Am adalah BUKU CATATAN PERTAMA. Dokumen yang terlibat bergantung kepada jenis urus niaga tersebut.

  298. cg, saya belum start lagi projek ni jadi saya nak tanya,semua projek ni berdasarkan lampiran A yang diberi ke? atau pun lampiran A tu contoh je?….cg ada buat contoh kerja kursus ni x? mcm tingkatan 4 tahun lepas sebab saya tak boleh nak bayangkan nak buat mcm mana….contoh yang tak lengkap pun saya x kisah….TERIMA KASIH cg

  299. Sophie,
    Rujuk soalan yang diberikan, arahan (1) Berdasarkan catatan dalam Jurnal dan Buku Tunai dalam LAMPIRAN A, anda dikehendaki menyediakan : (a) – (o).

    Buat satu persatu ikut urutan apa yang dikehendaki.

  300. cikgu ,saya seoarang pelajar dan ada beberapa soalan

    1. cikgu diskaun diterima dan diberi dalam buku tunai berada di sebelah debit atau kredit? dan bila diposkan ke lejar die berada die sebelah mana plak?

    2.cikgu bank dalam buku tunai bila diposkan ke lejar ia akan berada di sebelah kredit kan?

    3. cikgu pinjaman tu kita perlu darab dengan peratus tersebut atau dibiarkan begitu saja apabila dipos ke lejar?

  301. Syukran,
    1. Dalam BT lajur Dt = Diskaun diberi, lajur Kt: Diskaun diterima. Bila pos ke akaun penghutang / pemiutang ianya SILANG.
    2. Bank dalam BT merujuk kepada catatan kontra, tidak perlu pos kemana2 kerana telah ada catatan bergunya disebelah satu lagi.
    3. Cuba kenalpasti apa perbezaan antara Pinjaman dan Faedah atas pinjaman.

  302. Salam cgNarzuki..
    Untuk Penyediaan Belanjawan Tunai 4 tahun…
    Apa pandangan cikgu mengenai ?
    1. Kenaikan gaji ikut kawasan alamat kedai ke ?
    2. Beli lori 1 Sept 2012 bayar 10% deposit dan ansuran okt 2012 juga jadi macammana nak buat 4 tahun sedangkan ia melibatkan bulan ?
    3. Komputer upgrade setiap 2 tahun maksudnya 2012 dan 2014 ?
    tq

  303. Cg Kay,
    Pada pandangan saya,
    1. Ikut Lokasi/Alamat Perniagaan dalam Profail Perniagaan.
    2. Maksudnya dalam tahun tersebut ada pendahuluan lori dan ansuran lori (utk okt,nov,dis)
    3. Ya saya setuju.

  304. salam cikgu…saya masih x faham pe sebenarny maksud peruntukan hutang ragu y ada kat dalam kerja kursus

  305. Ain,
    1. Tentukan / Kenalpasti kadar PHR yang perlu diselaraskan. Dan kira PHR utk 31/1/2011
    2. Bandingkan dengan Baki PHR tahun lepas (rujuk 1/1/2011)
    3. Kenalpasti Pertambahan PRH atau Pengurangan PHR untuk tujuan pelarasan.

  306. salam cikgu,,b0le sye tahu,,bntuk f0lio akaun f5 nie??
    sbb ia bbeza dgn f0lio f4..ape yg sye prasan..soalan nya b0le la susah..b0le x cikgu bg c0nt0h f0lio nie??
    bgtu byk elemen ..buat sye pning..
    mase 2 bln mmg x ckop bg kami pelajar asrama..
    krana..kmi kkurgn komputr di mkmal kmputr..
    distu skrg mkin sesak disbbkn smua plaja tingktn lain buat f0lio juge..kmi mmg jarang dpt blk ke rumh utk mnyiapkn nya..hndk mmbwa lapt0p ke skola mmg ssh hndk dpt kbnran..sye harap ckgu dpt jwb..tq..

  307. Dyba,
    Sekiranya anda menghadapi masalah komputer, Cg cadangkan buat secara MANUAL sahaja dan jika ada kesempatan baru taip komputer (sebahagian ataupun penuh). Jangan jadikan masalah komputer sebagai sebab kerja kursus tidak dapat dilakukan. Lagipun penilaian dibuat mengikut Elemen2 tertentu penggunaan ICT hanya 1 / 21 daripada elemen tersebut. Jika hanya buat sebahagian sahaja bertaip komputer, anda masih lagi berpeluang mendapat A untuk markah keseluruhannya.

  308. assalamualaikum, terima kasih cikgu. Alhamdulillah setelah diamati soalan dan respons saya fahami kehendak tugasan.
    Seperkara yg saya nak kongsi, apabila sebut tentang pembetulan kesilapan, kita boleh beri penekanan bahwa kesilapan yang berlaku adalah kesilapan jenis tidak ketara kerana ID kita seimbang.

    maknanya, kita fokus kepada item yg ada dlm id dan kemudian cipta pelarasan berdasarkan maklumat yg kita ada.
    terima kasih kpd semua


  309. Cg Narzuki:

    Syukran,
    1. Dalam BT lajur Dt = Diskaun diberi, lajur Kt: Diskaun diterima. Bila pos ke akaun penghutang / pemiutang ianya SILANG.
    2. Bank dalam BT merujuk kepada catatan kontra, tidak perlu pos kemana2 kerana telah ada catatan bergunya disebelah satu lagi.
    3. Cuba kenalpasti apa perbezaan antara Pinjaman dan Faedah atas pinjaman.

    Cikgu ,
    diskaun diberi dan diterima di buku tunai apabila diposkan ke lejar, kita perlu silangkan die jugak ke?contohnya akaun diberi di sebelah debit so maknenya apabila diposkan ke lejar dia akan berada di sebelah kredit??
    BANK di buku tunai tu terus pergi ke IMBANGAN DUGA di sebelah kredit??
    yang pasal pinjaman tu , saya perlu amik yang sudah diberikan dan terus pos ke lejar seterusnya ke imbangan duga? macam itu?

  310. Syurkran,
    Bagi JUMLAH Diskaun diberi diposkan ke Ak Diskaun Diberi sebelah DEBIT, manakala JUMLAH Diskaun diterima diposkan ke AK Diskaun diterima sebelah KREDIT.

    BAKI AKHIR bagi Ak Tunai dan AK Bank daripada Buku Tunai yang perlu dipindahkan ke ID. Manakala butir Bank dan Tunai yang bertanda “K” bermaksud KONTRA tidak perlu diapa2kan kerana catatan bergunya telah lengkap dalam BT.

  311. Cikgu, terima kasih di atas penerangan yg jelas.


  312. Cg Narzuki:

    Syurkran,
    Bagi JUMLAH Diskaun diberi diposkan ke Ak Diskaun Diberi sebelah DEBIT, manakala JUMLAH Diskaun diterima diposkan ke AK Diskaun diterima sebelah KREDIT.
    BAKI AKHIR bagi Ak Tunai dan AK Bank daripada Buku Tunai yang perlu dipindahkan ke ID. Manakala butir Bank dan Tunai yang bertanda “K” bermaksud KONTRA tidak perlu diapa2kan kerana catatan bergunya telah lengkap dalam BT.

    TERIMA KASIH CIKGU , memang bagus penerangan itu
    untuk pelajar seperti saya 🙂

    bagaimana pula dengan pinjaman cikgu?? kita perlu amik jumlah asal tu dan terus poskan ke lejar seterusnya imbangan duga ataupun kita perlu mendarabkan dahulu?? saya stuck dekat situ je skarang ni yang lain dah ok 🙂

  313. Syukran,
    DARAB hanya untuk kira FAEDAH ATAS PINJAMAN.

  314. salam semua,
    1) ingin bertanya apakah item yg dikenali sebagai kesilapan prinsip sekiranya bukan akaun lengkapan?adakahakaun komputer yg sepatutnya pos ke akaun alatan pejabat?
    2)PHR melibatkan akaun hutang ragu?
    terima kasih

  315. Salam cg,

    Saya guru yg mempunyai 75 calon SPM2011, berkenaan dgn ketulenan kerja kursus, adakah wujud kerana soalan pljr adalah sama. Soalan adalah mudah berbanding Form 4 cuma terdapat kekaburan dari segi arahan tugasan. Adakah jwpn yg menggunakan ‘reversing entry’ diterima? RM 330 826

  316. Cg Ancha,
    Ada tempat sama dan ada tempat berbeza… apa yang hendak diberikan markah/gred adalah PENGUASAAN KEMAHIRAN pelajar bagi setiap elemen yang dinilai… untuk tujuan tersebut kita tidak boleh nilai pada kertas jawapan sahaja kerana jawapan hampir sama / sama.. contohnya Elemen 2.1 Lejar : Untuk bagi GRED A – “pelajar BERKEUPAYAAN mengeposkan catatan …….. dengan lengkap dan tepat.” Pada pandangan saya, untuk menilai kita boleh minta pelajar yang dinilai beritahu cara2 untuk poskan JA, JK dan BT ke Lejar… jika dapat ceritakan dengan betul, maksudnya beliau menguasai kemahiran tersebut, tetapi jika tidak dapat ceritakan cara2nya maka pelajar tersebut masih TIDAK BERKEUPAYAAN mengeposkan ke lejar walaupun pada jawapannya betul.

    Diterima atau tidak bergantung kepada andaian, pendekatan dan kefahaman guru.

  317. hi cikgu yang berada di sini ,

    1.adakah gaji rm1200 sebulan itu perlu dimasukkan dalam lejar Akaun Gaji dan jumlahnya rm2200?????

    2. macam mana nak kira pinjaman 4% dengan pinjaman 6% tu ??? x faham la

  318. Syukran,
    1. Kita poskan apa yang ada dalam BCP pertama sahaja, gaji bulanan RM1200 tersebut adalah makluman sahaja.
    2. Pinjaman tidak perlu kira, hanya faedah atas pinjaman sahaja perlu kira, jika ingin dijadikan item pelarasan.

  319. hmmm…stuck kat bahagian tafsiran nisbah….sebab perbezaan tuk 2 tahun…malangnyer…pengiraan nisbah untuk 2011..tiada masalah…yg bermasalah tuk tafsiran thn sebelumnyer sebab maklumat tak mencukupi…cikgu any ideas? give a hint camner nak wat tafsiran nisbah….

  320. Dua pertanyaan
    1) Bolehkan kita anggap angka upah pembantu kedai RM 1,040 sebagai tersalah prinsip .Sebenarnya adalah bayaran ansuran pinjaman 4% (RM 1,000) dan faedah atas pinjaman RM 40
    2) Gaji RM 1,200 sebulan utk 3 tahun berturut-turut tidak munsabah.Kalau kita andaikan pekerja lama berhenti pada 31.12.2010 dan pekerja baru diambil pada 1.1.2011

  321. ya another one is…memandangkan kiter takder info untuk jualan dan belian(tunai) pada tahun 2009 dan 2010….leh tak wat apa apa angka…termasuk jugak 2012…buat andaian ajer lerrr….hmmm sebab…tak tau angka apa nak pakai based on questions….

  322. Shadyiela,
    Hanya kira untuk 31/1/2011 sahaja, tahun sebelumnya tiada penyata kewangan yang disertakan, jadi macam mana nak kira.
    Cuma perlu tafsirkan sahaja apa yang diperolehi setiap satu… bukannya diminta buat perbandingan.

    Cuba fahami apa yang dimaksudkan dengan Belanjawan Tunai.

  323. cikgu,

    saya dah dapat rm331 106 jumlah ID sebelum pelarasan , so macam mana nak mula buat pelarasan?

  324. cikgu..selesai lejar dan imbangan duga…kene buat ape???pelarasan ke????lau pelarasan..nak buat cam ane???

  325. Syukran & Izal,
    Ya, ikut saja urutan dalam arahan 1 dalam soalan.
    Pelarasan yang hendak dilakukan mestilah rujuk kepada arahan 2 dalam soalan, buat satu persatu. Contoh2 pelarasan boleh rujuk pada soalan2 penyediaan Penyata Kewangan (Topik Tingkatan 4).

  326. Cikgu Narzuki,
    bolehkah saya anggap AK komputer sebagai kesilapan prinsip?yg sepatutnya ke akaun alatan pejabat….
    pelarasan PHR melibatkan akaun PHR dgn akaun hutang ragu atau akaun untung rugi?

  327. Woo,
    Bagi beli komputer, kita boleh guna Ak Komputer ataupun Ak Alatan Pejabat bergantung kepada amalan syarikat. Maka ianya tidak boleh dikatakan KESILAPAN PRINSIP, kerana ianya betul dari segi prinsipnya. Kesilapan Prinsip biasanya dikaitkan dengan kesilapan dalam pengkelasan akaun.

    Dalam kes ini, pelarasan PHR melibatkan AK Hutang Ragu dan Ak PHR..

  328. hmm…oicc…okey okey….got the point about tafsiran…..tapi still blur about belanjawan sebab 4 thn…dalam buku lain…hmm….

  329. Shadyiela,
    Konsepnya sama saja, dalam buku guna BULAN, sekarang guna TAHUN.

  330. cikgu, saya kurang jelas tentang Pinjaman didalam Jurnal am dengan keterangan yang diberi di m/s 2..

    berdasarkan m/s 2

    Pinjaman 1 (4%) = RM12 000
    Pinjaman 2 (6%) = RM24 000

    tetapi di Jurnal Am
    Pinjaman 6% = RM 21600
    Pinjaman 4% = RM 3000

    adakah ia merupakan kesilapan terkurang catat?

  331. Edvin,
    Itu BUKAN kesilapan. Jumlah Pinjaman 4% = RM12,000 telah dibayar RM9000 (9bulan: 1 April – 31 Dis 2010) Maka baki Pinjaman 4% pada 1/1/2011 ialah RM3000….. begitu juga dengan Pinjaman 6%.

  332. cikgu, adakah stok akhir RM 46 800 perlu dibuat pelarasan dalam jurnal am dan lejar?

  333. Man,
    Stok akhir tidak perlu diselaraskan untuk penyediaan Penyata Kewangan.. Ianya termasuk dalam CATATAN PENUTUP nanti. Oleh kerana tugasan hanya minta sediakan sampai Penyata Kewangan untuk 1 bulan sahaja, maka pada pandangan Cg catatan penutup tersebut tidak perlu disediakan. Lagipun catatan penutup hanya disediakan pada akhir tempoh perakaunan (31/12/2011).

  334. Cg Narzuki,
    Saya ingin kepastian bagaimana merekod diskaun-diskaun. Adakah kita perlu wujudkan 2 akaun baru iaitu akaun dis. diberi dan dis. diterima atau kita hanya kontar sahaja di akaun belian atau jualan.
    T. Kasih

  335. Yat,
    Mesti buka Ak Diskaun Diberi dan Ak Diskaun Diterima. Akaun Kontra adalah merujuk kepada format pelaporan dalam penyata kewangan sahaja, sama seperti Ak Pulangan Jualan dan Ak Pulangan Belian, kita buka akaun2 tersebut.

  336. Cg Narzuki,
    Ok, terima kasih. So sekarang ni bila saya dah dapat imbang ID saya perlu sediakan catatan pelarasan lah ya. Bagaimana dengan Kadar Bayaran Terakru pada 31/12/2010 perlukah kita lakukan catatan pembalikan atau biarkan saja?

  337. Yat,
    Sepatutnya catatan pembalikan dilakukan pada 1/1/2011, oleh kerana perkara tersebut tidak dilakukan pada tarikh tersebut, saya andaikan ianya sebagai Ketinggalan Catatan, maka saya perbetulkan dalam pelarasan. Perkara tersebut tidak boleh dibiarkan.

  338. terima kasih Cikgu …tapi apakah kesilapan prinsip yg boleh didapat?

  339. Kadar PHR perlu direka sendiri atau ada diberi? mcm x jmpa pn kadarnya.

  340. Cg Zie,
    Baki Penghutang dan PHR tahun lepas (1/1/2011) telah diberikan, maka pelajar boleh cari kadar PHR yang digunakan pada tahun lepas.

  341. bagi susut nilai, berapa tahun harus saya buat?
    buat hingga tahun 2011 ?

  342. Edvin,
    Cari susut nilai untuk bulan Januari 2011 sahaja. Cuma kena tentukan berapa kadar susut nilai yang perlu digunakan.

  343. senarai pelarasan 2 mcm mna mhu buat???
    senraikn shja???

  344. Eqa,
    Cadangan saya, senaraikan ikut arahan 2 dalam soalan (a) – (g), kemudian SETIAP pelarasan kemukakan penyataan pelarasan, kemudian tunjukkan pengiraan yang terlibat.

  345. Edvin,
    Saya cuba jawab soalan awk berkaitan SN ya. Betul atau salah cikgu lain boleh tolong.
    SN Kenderaan (kaedah garis lurus)
    Telah digunakan 1.5 tahun. SNT Rm 12000. Oleh itu 12000/1.5 = 8000 setahun. Nak tahu kadarnya 8000 bahagi 40000 so 20% setahun. Untuk sebulan 8000/ 12…..
    SN Lengkapan (kaedah baki berkurang)
    Telah diguna 2 tahun. Boleh cuba konsep try n error. mulakan dgn 10%. Tahun pertama SNnya 1500 dan tahun kedua 10% (15000-1500) dapat 1350. So untuk SNT tambah kedua-dua tahun rn1500+1350=2850. Kesimpulannya Kadar SN lengkapan ialah 10% setahun. Kalau sebulan pandai-pandailah kira…
    Semoga memahaminya ya.

  346. cikgu, saya berpendapat bahawa Deposit Sewa tersebut seharusnya menjadi aset semasa… Apa pendapat cikgu?

  347. Edvin,
    Cuba kemukakan apa rasional/alasan berpendapat demikian.

  348. sebab sebelum ini, saya pernah menjawab satu soalan,

    soalan tersebut mempunyai “Deposit Telefon”
    apabila saya rujuk kpd jawapan, Deposit tersebut disenaraikan dibawah aset dlm KKK..
    Cth : Kita subscribe internet drpd tmnet… Kita perlu membayar deposit terlebih dahulu. Apabila kita terminate internet connection, tmnet akan bayar balik deposit tersebut..

    Itu yang menyebabkan saya berpendapat bahawa Deposit sewa juga merupakan satu aset

  349. yang pasal bulan ke tahun tuh mmg saya faham…cuma info tuk belian dan jualan tunai 4 thn tuh….kiter nak main agak ker? gaji tuh mmg saya faham lerr kene up sikit berdasarkan peratus yang diberikan…cuma jualan tunai dan belian tunai tuh jer… penerimaan serta anggaran tetap yg boleh dibayar cash…itu yg membinggungkan saya…

  350. Shadyiela,
    Lain2 item penerimaan dan pembayaran bergantung kepada perancangan pelajar sama ada nak naik, turun atau tidak berubah. Cadangan saya, pelajar tulis sebagai NOTA/ CATATAN bagi setiap perubahan2 tersebut termasuklan apa yang diminta oleh arahan 2 sebagai lampiran kepada Belanwan Tunai yang disediakan.

  351. Hi Edvin,
    Sila pastikan siapa yang buat bayaran deposit itu, kita yang bayar kepada pihak lain atau pihak lain yang bayar kepada kita?…Pasti Edvin dapat jawapannya…

  352. salam, cg narzuki….
    em, saya nak tnya, brapa kah ktinggalan catatan yg boleh plajar buat dalam kerja kursus ting.5 2011 ini????

    sekian terima kasih.

  353. Ema,
    Pada pandangan saya, sekurang2 1 Kesilapan ketinggalan catatan dan 1 kesilapan prinsip, jika pelajar buat lebih tiada masalah.

  354. cikgu.. satu ape pun sy xpandai buat.. dari lejar smpai imbangan duga.. mklumlah ttgktn4 xblaja… taun nie bru dpt ckgu yg bgus.. tp sy xtau nk wt sume.. lbeh2 lg akaun pemiutang la ape la.. imbangan duga pun xtau ape jd..

  355. Zuren
    Kerja kursus bukan kena buat sendiri2, ianya dibuat dengan bimbingan guru secara berperingkat2. Cg cadangkan sentiasalah merujuk kepada guru anda disekolah.

  356. apakah pandangan semua guru berkenaan kesilapan prinsip?
    bolehkah saya anggap belanja am sebanyak RM500 sepatutnya masuk ke akaun belanja membaiki kenderaan?

  357. ade sesape tak boleh email kan lejar dan imbangan duga kepada norhaizuren@gmail.com.. saya amat memerlukan sebagai contoh dan rujukan.. bukan niat nak meniru tetapi imbangan duga saya tidak tentu arah.. cikgu pun suruh anta hari rabu.. tapi lejar pun salah..

  358. cg macam mana dengan kesilapan prinsip? yang pinjaman matang mac 2011 itu boleh tak hanya ambil kira faedah sahaja?

  359. Tnj,
    Macam2 kesilapan prinsip boleh direka, asalkan ada rasionalnya. Faedah atas pinjaman 4% boleh juga dijadikan item pelarasan belanja terakru, kerana ianya sepatutnya dibayar pada setiap bulan.

  360. salam. .satu lg cg. .
    yang ketinggalan catatan 2. . brapakah ketinggalan catatan tersebut? ? dan adakah kita perlu perbetulkan buku tunai tersebut? ?

    >kerja kursus ting.5 2011<

  361. Ema,
    Pada pandangan Cg, memadai hanya 1 kesilapan catatan sahaja. Buku Tunai perlu diperbetulkan / tidak bergantung kepada pelarasan yang disediakan.

  362. salam..
    cg narzuki..
    ingin bertanya beberapa perkara:
    1. PHR;boleh tak kita anggarkan 2% atas penghutang untuk bulan januari?contoh;2%x17500=350.mksud saya 2% bkn untuk setahun…
    2.kadar bayaran;boleh ke kalau kita buat catatan pembalikan n tidak termasuk dalam pelarasan?maksud saya DT kadar bayaran terakru KT kadar bayaran?adakah perlu ditunjukkan catatan jurnal?
    3.faedah atas pinjaman;adakah faedah dikira atas baki pinjaman atau pinjaman asal?
    4.kesilapan prinsip;insurans peribadi telah direkod ke akaun insurans,angkutan keluar telah direkod ke akaun angkutan masuk?
    terima kasih …

  363. Cikgu Zai,
    1. Kadar PHR adalah atas penghutang bersih pada tarikh tersebut, bukan kadar untuk setahun.
    2. Apa2 yang dengan dilakukan ke atas LEJAR mestilah merujuk kepada BCP terlebih dahulu, mana boleh LEJAR diubah2 begitu sahaja.
    3. Saya cadangkan guna pengiraan asas faedah atas pinjaman, iaitu dikira atas Jumlah Pinjaman Asal.
    4. Saya setuju kedua2nya sebagai kesilapan prinsip.

  364. salam cg..saya nk tnya
    lpas mmbuat ID terselaras
    kita kna buat Penyata Pndpatan bg tahun berakhir bila?
    terima kasih

  365. Shasa,
    Cadangan Cg, Penyata Pendapatan bagi BULAN berakhir 31 Januari 2011.

  366. assalamualaikum cikgu,
    saya baru sahaja mendapat soalan dan penerangan brkaitan kerja kursus ini di sekolaha tadi.
    tetapi saya tidak faham langsung dgn penerangan tersebut dan tidak tahu nak mula kerja kursus ini dari mana.
    adakah perkara pertama yg saya perlu buat adalah pengeposan ke lejar?kemudian? terima kasih.

  367. Anna, waalaikumussalam.
    Salah satu tujuan kerja kursus ini adalah supaya pelajar memdapat bimbingan/tunjuk ajar secara langsung daripada guru anda. Selalulah berjumpa guru untuk bertanya dan mendapat panduan. Apa yang perlu buat ialah ikut satu persatu arahan 1 dalam soalan.

  368. azianhanimamat

    salam, saya dah buat sehingga imbangan duaga dan dah balance…pelarasan tu boleh ke saya rahkan murid reka sendiri dgn bimbingan saya…dan buat pelarasan pada imbangan duga seperti selalu..cuma agak payah anak murid nak tunjukkan pelarasan dalam lejar dan jurnal..agak merunsingkan saya sbg guru..akaun kawalan pulak adakah tujuannya untuk mencari jumlah belian dan jualan kredit selpas pelarasan ke? itu agak mengelirukan? harap sgt dpat bantuan cikgu…

  369. Cg Azian,
    Pada kebiasaannya pelarasan dilakukan berdasarkan maklumat2 yang telah ada dalam rekod perniagaan. Minta pelajar reka sendiri pun boleh asalkan ada rasionalnya dan berkaitan dengan rekod sedia ada. Apa yang lebih penting pelajar FAHAM setiap item pelarasan yang dibuat, akaun2 yang terlibat serta cara2 merekodkannya.

    Pelajar perlu menyediakan Lejar Am dan Lejar Subsidiari (Lejar Jualan dan Lejar Belian) dan sebagai rumusan / kawalan kepada LJ dan LB maka disediakan AK Kawalan Penghutang dan AK Kawalan Pemiutang dalam LEJAR AM. Hanya Akaun2 dalam Lejar AM sahaja dipindahkan ke ID Terselaras. Cuba SEMAK apakah tujuan AK Kawalan disediakan dan apakah sumber maklumat perlu digunakan untuk menyediakannya. Tujuannya BUKAN untuk cari Jualan kredit atau Belian Kredit.

  370. salam…cg sy ingin bertanya berkaitan pengiraan nisbah.

    1. pengiraan bg jualan bersih = (jualan – pulangan jualan- diskaun diberi) @ (jualan – pulangan jualan) seperti dlm buku teks.. ?

    2. modal awal kita nak ambil nilai 60 000 @ 217600 (spt dlm JA)?

    3. nilai Aset Semasa untuk pengiraan nisbah ujian asid = aset semasa – stok akhir (spt dlm buku teks) adakah termasuk belanja terdahulu dan hasil terakru? setahu saya ujian asid tujuannya adalah utk mengukur kecairan aset (mudah ditukarkan kepada tunai) tersebut dalam menampung liabiliti perniagaan..

    4. tempoh kutipan daripada penghutang =penghutang/jualan kredit x 30 hari ke?

    harap cg dpt membantu..terima kasih

  371. cikgu,

    adakah saya perlu salin semua lejar kemudian tambah akaun yang perlu dilaraskan untuk membuat pelarasan?? seterusnya imbangan duga?

  372. Syukran,
    Cg cadangkan akaun yang terlibat dengan pelarasan sahaja disalin semula dan ditambah dengan akaun baru bagi melihat kesan pelarasan terhadap akaun2 tersebut… imbang kedua2 akaun tersebut dan bakinya dipindahkan ke ID Terselaras.

  373. adakah contoh jawapan? cikgu!

  374. Xiah,
    Maaf, tiada lagi buat masa ini.

  375. salam,
    perlukah kita buka lejar utk kadar bayaran terakru (LA5) dan kadar bayaran (LA22) berasingan?
    adakah wajar buat catatan pembalikan?
    Saya agak keliru

  376. Cg Noor,
    LA 5 dan LA22 merujuk kepada akaun yang telah dibuka sebelum ini. Catatan pembalikan wajar dilakukan kerana kadar bayaran terakru pada akhir tahun lepas, akan jadi belanja kadar bayaran tahun semasa..
    Rasionalnya : Baki hutang tahun lepas ada RM280… pada tahun ini kita bayar RM580…. sudah tentu bayaran RM580 perlu menjelaskan baki hutang tahun lepas dahulu (580 – 280) dan belanja kadar bayaran untuk tahun ini hanyalah RM280 dan tidak wujud lagi hutang tahun lepas.

    Cuma untuk membuat catatan pembalikan terlebih dahulu dicatatkan dalam Jurnal Am kemudian baru boleh poskan ke Lejar. Catatan pembalikan sepatutnya dilakukan pada 1/1/2011. Oleh kerana dalan JA (soalan) menunjukkan perkara tersebut belum dilakukan, maka saya anggapnya sebagai ketinggalan catatan dan saya masukkan sebagai salah satu item pelarasan.

  377. Salam Cg Narzuki,
    Kawan saya ada bagi tahu yang seknya telah memperolehi pekeliling yang menyatakan pelajar diberi pilihan sama ada untuk membuat kerja kursus ini atau tidak.Beliau juga memberitahu saya bahawa beliau juga telah menelefon ke Lembaga peperiksaan berkaitan dengan perkara ini.Pihak lembaga mengesahkan perkara itu.tetapi tiada kata putus tentang kaedah penilaiannya. So minta pandangan

  378. Riz Yus,
    Kalau macam tu, kita kena tunggu makluman daripada LPM berhubung kaedah penilaian yang akan digunakan nanti, baru boleh kita buat keputusan untuk memilih mana yang terbaik untuk pelajar kita.

  379. salam…
    saya dah buat imbangan duga,tp xseimbang…cuma sebelah kredit dapat rm331106..tetapi sebelah debit dapat rm335506..terlebih rm4400…sy dh beberapa kali check tp still xdapat mengesan kesalahannya…kepada sesiapa yang dapat imbangan duga seimbang boleh tolong emel kan x???nak buat rujukan…nie emailnya zackzariff@gmail.com…terima kasih…

  380. Zack,
    Cuba semak catatan pengeposkan dari BT: Jan 8 Belian RM4400 …. adakah telah diposkan ke Ak Belian dengan betul, ataupun pengiraan baki akhir Ak Belian betul ?.

  381. Cikgu Narzuki,
    Salam…Bolehkah dalam pelarasan pertambahan peruntukan hutang ragu saya buat Debit Pertambahan peruntukan hutang ragu, kredit peruntukan hutang ragu. Dalam nisbah tempoh kutip hutang, jualan kredit ialah jualan daripada jurnal jualan, Jualan kredit itu perlukah ditolak dengan pulangan jualan?

  382. Nizam,
    Pada pandangan saya,
    1. PHR – Boleh. Dt: Pertambahan PHR dan Kt: PHR
    2. Jualan Kredit hanya merujuk kepada jumlah Jurnal Jualan….. jika ditolak itu lebih kepada mancari jualan bersih.

  383. dalam profil perniagaan
    jenis perniagaan nak tulis perniagaan perabot ke milikan tunggal.Status perniagaan pula nak tulis apa?tak boleh tulis memulakan perniagaan kan…sebab kita dah mulakan perniagaan pada tahun 2009..

  384. Profail Perniagaan adalah maklumat mengenai syarikat kita, dalam perniagaan sebenar profail perniagaan akan diberikan kepada PIHAK LUAR sama ada bagi tujuan pemohonan projek, pinjaman dan sebagainya. Ianya bukan untuk kegunaan dalaman sahaja. Begitu juga dengan pengisian BORANG PENDAFTARAN PERNIAGAAN adalah betul jika diisi:

    Jenis perniagaan : Milikan Tunggal
    Status perniagaan : Memulakan perniagaan…… ATAU

    Jenis perniagaan : Menjalankan urus niaga menjual dan membeli perabot.
    Status perniagaan : Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Berhad

    Sama2lah kita fikir mana satu yang lebih tepat.

  385. cikgu . boleh ada contoh folio perakaunan form 5 2011 x ? semua daa bingung daa . please help us (:

  386. Sila rujuk arahan 1 dalam soalan, kemudian buat satu persatu .. jika ada masalah, selesaikan satu persatu.

  387. ckg,
    jika sy tak betulkan catatan untuk kadar bayaran terakru dan kadar bayaran pada 1 jan, blhkah sy buat selepas menyediakan imbangan duga dan diletakkan di bawah ietm pelarasan?
    tq

  388. Syifa,
    Pada pandangan Cg, itu yang sepatutnya. Akaun dalam Lejar tidak boleh diubah begitu sahaja, ianya mesti merujuk kepada catatan daripada BCP terlebih dahulu. Berdasarkan JA yang diberikan dalam soalan menunjukkan perkara tersebut (catatan pembalikan) masih BELUM dilakukan, maka dalam PELARASAN kita perbetulkan kesilapan ketinggalan catatan tersebut, dengan menyediakan JA pelarasan kemudian poskan ke lejar yang berkaitan.

  389. salam…
    cikgu narzuki..
    1.kalau kadar bayaran terakru’kt kelaskan sebagai pelarasan iaitu ketinggalan catatan, bagaimana pula dengan ansuran pinjaman 4% RM1000 yang tidak direkodkan dalam mana2 buku?bolehkan kita buat 2 pelarasan untuk ketinggalan catatan’sedangkan soalan mintak pelajar 1 je?
    2..mengikut taklimat yang diberikan oleh JU perak semalam;faedah atas pinjaman dikira berdasarkan baki pinjaman bukan pinjaman asal.iaitu 4% x RM2000 x 1/12=7 dan 6% x RM21200 x 1/12=106.RM7 + RM106 = RM113…merujuk pada buku tunai 31 Jan faedah atas pinjman RM120/maka di sini wujud belanja terdahulu iaitu RM7..apa pandangan cikgu?adakah wajar dikira begini?

  390. Cikgu Zai, pada pandangan saya.
    1. Pelajar buat lebih tidak menjadi masalah, malah lagi baik – menunjukkan pelajar betul2 faham.
    2. Kaedah pengiraan faedah atas pinjaman ada beberapa kaedah yang diamalkan oleh institusi kewangan, sama ada atas nilai asal ataupun atas baki pinjaman …. kes ini sama dengan kaedah susut nilai … ada keedah garis lurus / atas kos ataupun kaedah baki berkurangan …. kedua2 boleh digunakan, bergantung kepada pilihan pelajar kaedah mana yang hendah digunakan. Apa yang penting pelajar FAHAM apa yang mereka buat dan menguasai KEMAHIRAN MEREKOD perkara tersebut.

  391. salam cg,
    sy nak tahu bagaimana menyediakan ID terselaras, adakah kita perlu salin semula semua akaun yg ada dlm ID sblm pelarasan atau cuma ambil jumlah akhir ID sblm pelarasan dan tambah akaun2 pelarasan?kalau ambi jumlah akhir sahaja apa nak tulis di bhg butir?

  392. Lin,
    Cadangan saya,
    1. Siapkan ID.
    2. sediakan senarai pelarasan dan tunjukkan pengiraan setiap satu.
    3. Sediakan JURNAL AM (JA2) bagi mencatat pelarasan2 tersebut.
    4. Sediakan Akaun2 yang terlibat dengan pelarasan, contohnya pelarasan gaji terakru :
    – Salin kembali Ak Gaji (sebelum ID – tapi jangan imbang)
    – Buka Ak Gaji Terakru
    – Poskan catatan pelarasan (JA2) ke kedua2 Akaun tersebut (supaya pelajar nampak kesan catatan pelarasan tersebut)
    – Imbang akaun2 tersebut dan bakinya pindahkan ke ID Terselaras.
    – Mana2 akaun yang tidak terlibat dengan pelarasan boleh rujuk kepada ID sebelum pelarasan.

  393. zackzariff : kalau ikut kan dlam ID saya, seimbang. .iaitu 331106. . saya rsa mgkin kmu tlebih dkat bhgian debit. . krana kemungkinan kmu mngambil baki tunai dan bank di JURNAL AM. . namun, yang sebenarnya kita ambil baki tunai dan bank di BUKU TUNAI. . harap maklum. .saya cuma dapat membantu disini sj. . tq

  394. salam ckgu .
    saya dah siap bhgian lejar seterusnya ke imbangan duga . semuanya balance . masalah nya , saya agak kurg fhm bagaimana nak buat pelarasan . ade contoh utk itu ? minta diterangkan .

  395. pelarasan nak buat catatannya macamana? blh tak berikan 1 contoh

  396. apa maksud perisian yg sesuai 2? cnth?

  397. Nanako,
    Memadai dengan perisian Ms Excel dan Ms Word.

  398. cg senarai pelarasan pada tarikh imbangan mcm mana nak buat? boleh bagi contoh ringkas x? saye mmg betul2 x paham

  399. Syarifah, Nanako dan Sophie,

    Sila muat turun Cadangan Penulisan Senarai Pelarasan di ATAS.

  400. bagaimana nak buat pengenalan, cikgu??

  401. Xiah,
    Sama dengan tugasan Tingkatan 4 dahulu, iaitu :

    PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
    (i) Menyatakan dengan jelas pengenalan perniagaan.
    (ii) Menyatakan sebab-sebab memilih perniagaan.
    (iii) Menyatakan kelebihan menjalankan perniagaan tersebut.
    (iv) Menyatakan risiko-risiko yang bakal dihadapi.

  402. Cikgu,
    Bagi Belanjawan Tunai, apakh sepatutnya kita gunakan jualan kredit dari JJ atau jualan bersih selepas ditolak kedua-dua pulangan jualan dan diskaun diberi?

  403. Cg Martina,
    Cadangan saya, kita rujuk kepada penyata kewangan yang telah disediakan. Ambil JUALAN sahaja, kerana jumlah tersebut mengambarkan KEUPAYAAN kita menjual barang niaga. PJ adalah disebabkan kesilapan kita memberi barang yang rosak/salah jenama, manakala Diskaun diberi adalah strategi perniagaan untuk menggalakkan penghutang bayar cepat.

  404. salam cikgu…bagaimana nak mengira susut nilai kenderaan mngikut kaedah garis lurus dan lengkapan mengikut kaedah baki brkurangan????

    msih dlm kekeliruan….harap ckgu bleh tolong terangkan….

  405. Nur,
    1. Kaedah garis lurus:
    SN = k% X Aset …………….. untuk setahun
    SN = k% X Aset X 1/12 ….. untuk sebulan

    2. Kaedah baki berkurangan:
    SN = k% X (Aset – SNT) …………….. untuk setahun
    SN = k% X (Aset – SNT) X 1/12 ….. untuk sebulan

  406. cikgu. skrg imbgn duga tnpa selaras dah imbg.. skrg kna buat imbgn duga terselaras.. lepas tu ape yg kite perlu buat pd akaun lejar.. yg mane je yg trlibat.. pas tu ap kte patut buat dgn jurnal plak.. kurg phm ape yg cikgu sy explain td…

  407. Zuren,

    Cadangan Cg,
    1. Siapkan ID.
    2. sediakan senarai pelarasan dan tunjukkan pengiraan setiap satu.
    3. Sediakan JURNAL AM (JA2) bagi mencatat pelarasan2 tersebut.
    4. Sediakan Akaun2 yang terlibat dengan pelarasan, contohnya pelarasan gaji terakru :
    – Salin kembali Ak Gaji (sebelum ID – tapi jangan imbang)
    – Buka Ak Gaji Terakru
    – Poskan catatan pelarasan (JA2) ke kedua2 Akaun tersebut (supaya pelajar nampak kesan catatan pelarasan tersebut)
    – Imbang akaun2 tersebut dan bakinya pindahkan ke ID Terselaras.
    – Mana2 akaun yang tidak terlibat dengan pelarasan boleh rujuk kepada ID sebelum pelarasan.

  408. Salam cikgu, berkenaan dengan tempoh kutip hutang, pada pandangan saya, Jika Jualan kredit tidak ditolak dengan pulangan jualan(sebab semua pulangan jualan ada drpd penghutang) maka jumlah jualan sebenar kredit tidak dapat dicari maka jawapan tempoh kutip hutang adalah jadi tidak tepat sebab Jualan kredit daripada jurnal jualan itu bukan Jualan kredit sebenar bulan itu.

  409. cikgu, betulkah tempoh kutip hutang itu saya darab dengan 31 hari sebab jualan itu hanya untuk sebulan sahaja.
    terima kasih

  410. Cg Nizam,
    Saya setuju dengan kedua-dua pandangan tersebut kerana ada rasionalnya. Oleh kerana penyata kewangan untuk sebulan kita darab dengan 31 hari sahaja. Jumlah Jualan Kredit Sebenar pada bulan tersebut, kita tolak dengan jumlah pulangan jualan terlebih dahulu… Terima kasih.

  411. cg,
    adakah kerja kursus pelajar perlu menggunakan perisian komputer perakaunan jenama dalam pasaran atau melalui excel sahaja, sebab ada tawaran percuma perisian komputer untuk penyiapan kerja kursus dan sekiranya terima, perlu komitted untuk mengaplikasikannya dalam p&p. yang dirisaukan ialah kesuntukan masa untuk habiskan sukatan dan kemampuan untuk menjalankannya terhad. adakah sekolah lain mengajar dengan perisian jenama pasaran dalam p&p? sila berikan pendapat cg.
    tq

  412. Cff,
    Penggunaan perisian biasa seperti Ms Excel atau Ms Word sahaja. Apa yang penting pelajar menguasai kemahiran asas perakaunan.

  413. Anioth,
    Kita boleh rujuk kepada item penerimaan dalam BT sebagai panduan, sepeti Sewa ruang niaga, komisen.

  414. cikgu,

    ada 2 nilai stok satu di bcp dan di pelarasan. bagaimana saya harus masukkan dlm imbangan duga terlaras dan juga kuci kira-kira.

  415. Watson,

    ID Terselaras – ikut ID (baki akhir daripada Lejar : Ak Stok)

    Stok dalam ID … Stok Awal
    Stok maklumat pelarasan – Stok Akhir

  416. salam,
    1 ) kalau membuat pengiraan nisbah kecairan, nilai aset yang diambil perlu ditolak dengan peruntukan susut nilai dan peruntukan hutang ragu kah ?

    2 ) pengiraan nisbah kecekapan, nilai jualan kredit ambil terus dalam jurnal jualan dan nilai belian kredit ambil dari jurnal belian kah ?

    3 ) bolehkan tafsiran nisbah dibuat dengan membandingkan akaun seorang pelajar dengan pelajar yang lain ?

    thank u

  417. Steph, pada pandangan saya,
    1. Kita rujuk kepada PP, KKK dan formula. Jumlah Aset = Aset BS + Aset Semasa … termasuklah tolak SNT dan PHR (rujuk jumlah dalam KKK).
    2. Jumlah Jualan Kredit = Jumlah JJ – Jumlah JPJ …. begitu juga dengan Jumlah Belian Kredit.
    3. TAFSIRAN hanyalah mentafsirkan nisbah yang pelajar dapat. Contohnya : Nisbah semasa = 2.15:1, maka TAFSIRANnya : “Bagi setiap RM1 libiliti semasa perniagaan mempunyai RM2.15 untuk menjelaskannya.” …. Soalan bukan minta untuk buat perbandingan.

  418. Salam, cikgu…

    1. Cikgu, sy sdh mgira kdr peratusan htg ragu brdsrkn nilai phr sebelumnya dgn pghntg brsih drpd jurnal am, ttpi jwpn yg sy dpt adlh 1.85….adakh nilainya btul?? Bknkh utk mncri PHR kita prlu mgtahui kadar peratusannya??? Apkh yg dmksudkn cikgu apabila PHR hnya drb dgn kdr pghntg brsih?

    Terima Kasih Cikgu

  419. salam..
    cgnarzuki..
    1.bagi kesilapan prinsip’bolehkah dibuat begini?dlm BT sblh KT=insurans 600..
    “insurans peribadi RM125 tersilap direkod dalam insurans,..maksud saya sebahagian daripada amaun..
    2..kalau pelarasan melibatkan akaun bank atau tunai perlukah disediakan BT atau hanya membuka akaun bank atau tunai sahaja?

  420. Cikgu Zai,
    pada pandangan saya,
    1. Boleh.
    2. Oleh kerana BT telah disediakan dan TIADA Ak Tunai / Ak Bank dalam Lejar Am, maka segala pelarasan yang melibatkan tunai / bank akan diperbetulkan dalam BT tersebut. Maka cadangan saya buka BT supaya pelajar faham bahawa pelarasan tersebut perlu dilakukan terhadap BT yang telah sedia ada.

  421. Cikgu,
    utk pelarasan PSN dan PHR , blh tak wujud ak BSN kenderaan dan psn kenderaan, dan Ak belanja PHR dan
    Ak PHR? Perlu tak mengambil kira kenaikkan gaji kerana gaji RM1200 merupakan gaji tahun 2009. TQ

  422. Jea,
    PSN = Susut Nilai Terkumpul
    Mana2 akaun yang belum ada, maka perlulah dibuka akaun tersebut dalam Lejar Am.

    Gaji – bergantung kepada andaian pelajar, sama ada pada 2011 masih kekal RM1200 ataupun telah dinaikkan dengan peratus tertentu.

  423. cikgu,
    boleh terangkan secara ringkas macam mana nak buat ketinggalan catatan dan kesilapan prinsip?

  424. Syukran,
    Macam2 boleh buat, asalkan FAHAM terlebih dahulu maksud KESILAPAN KETINGGALAN CATATAN dan KESILAPAN PRINSIP.

  425. salam cg,
    di mana kita nk ltak item2 berikut slpas ID terselaras :
    faedah atas pinjaman
    faedah atas pinjaman terakru
    gaji terakru
    insurans terdahulu
    komisen terakru
    harap cg dpat membantu saya..terima kasih 🙂

  426. Shasha,
    faedah atas pinjaman…….. Belanja > PP
    faedah atas pinjaman terakru …… LS > KKK
    gaji terakru ……………………….. LS > KKK
    insurans terdahulu ………… AS > KKK
    komisen terakru ………… AS > KKK

  427. salam cgu narzuki…saya kurang jelas dengan pelarasan yang melibatkan buku tunai. Adakah perlu disalin semula buku tunai untuk menunjukkan pelarasan ataupun salin baki akhir dan buat pelarasan. Bagaimana pula dengan catatan jurnal amnya? dt/kt Buku Tunai atau dt/kt bank/tunai? TQ.

  428. Nasfendi,
    Pada pandangan saya, bagi BT kita buat pelarasan terhadap BAKI AKHIR. Manakala catatan pelarasan dalam JA hendaklah merujuk kepada AK Tunai / Ak Bank.

  429. Cikgu,

    Ada beberapa kemusykilan dari pihak saya:

    1. Tajuk bagi penyata pendapatan, adakah bagi bulan berakhir 31 Januari 2011 dan bagi kunci kira-kira pula pada 31 Januari 2011?

    2. Kadar pusing ganti stok dikira dalam bilangan kali sahaja atau bilangan kali dan hari?

    Sila beri tunjuk ajar. TQVM.

  430. Anioth,

    Pada pandangan saya,
    1. Saya setuju dengan tajuk tersebut.
    2. Kedua-dua lagi baik.

  431. Salam,

    Adkh brlkunya prtmbhn/pgrgn PHR kita reka sndiri?

    adkh btul untk mcri kdr phr sthun nilai PHR thun lps iaitu 370 ddrb trus dgn 19900 dn dibhgi dgn 100. Maka, adkh hsil pgiraan itu ddrb dgn pghntg brsih thun ini iaitu 17500?

  432. Qien,

    Pertambahan / Pengurangan adalah bergantung kepada kadar PHR yang ditetapkan oleh pelajar. Kemudian kira dan bandingkan dengan baki PHR pada 1/1/2011 iaitu RM370, jika PHR yang dikira (31/1/2011) LEBIH BESAR nilainya, maka PERTAMBAHAN PHR….. dan sebaliknya.

  433. cikgu…
    boleh ke kalau kita buat senarai pelarasan tidak mengikut urutan seperti yang dinyatakan dalam soalan..contoh buat ketinggalan catatan dahulu baru buat belanja terdahulu…

  434. catatan jurnal untuk pelarasan perlu buat catatan ringkas gak ke?

  435. Cikgu Zai,
    Sebaik2nya ikut urutan, supaya mudah guru pentaksir atau Ketua Pentaksir Kawasan yang membuat pemantauan lakukan semakan semua kategori yang diminta dalam soalan telah dipenuhi.

    Sebaik2nya disediakan dengan selengkapnya, termasuklah Folio, catatan/keterangan dalam Jurnal Am.

  436. Salam

    -saya setuju dengan kesilapan prinsip : kipas sebagai lekapan dan bukan lengkapan.

    -Jika ini diambil kira, Susut nilai lengkapan mesti mengambil kira lengkapan yang belum diselaraskan (blm dibetulkan kesilapan) atau selepas diselaraskan? (telah dibetulkan kesilapan) Nilai lengkapan akan berbeza dalam dua keadaan ini.

    -Jika mengambil kira lengkapan yg belum diselaraskan, sebenarnya kita mengira berdasarkan nilai yang mengalami kesilapan prinsip.

    -Jika mengambil kira lengkapan yg telah diselaraskan, adakah perlu menulis pelarasan pembetulan kesilapan terlebih dahulu baru mengira susut nilai lengkapan itu? sedangkan jika mengikut turutan soalan mengira susut nilai lengkapan dan kemudian baru membuat pembetulan kesilapan.

    Betulkan saya jika salah.

  437. *apa pendapat cikgu?

  438. Cg Imah,

    – SN dikira berdasarkan baki selepas pelarasan, iaitu nilai sebenar lengkapan tersebut.
    – Semua pelarasan dilakukan pada tarikh yang sama iaitu pada 31/1/2011. Saya setuju pelarasan terhadap pembetulan kesilapan perlu dilakukan dahulu kerana melibatkan Ak Lengkapan, kemudian baru pelarasan susut nilai. Cuma pastikan ditulis dengan jelas kategori pelarasan bagi memudahkan semakan dilakukan.

  439. Cikgu,

    Tq atas jwpn sebelum ini. Nak minta pendapat, item yang sesuai dimasukkan di bahagian penerimaan dalam belanjawan tunai selain jualan. Tq once again.

  440. Anioth,
    Item2 penerimaan boleh dirujuk kepada BT sebelah debit, iaitu sewa ruang niaga, komisen.

  441. ok…tetapi adakah timbul kemusykilan sekiranya faedah atas pinjaman berdasarkan baki pinjaman tuk 4% dikira seperti #390 (4%x2000)..sedangkan ansuran pinjaman 4% dikelaskan sebagai ketinggalan catatan dan masih belum direkodkan?bagaimana tindakan sekiranya timbul persoalan kenapa faedah atas pinjaman 4%x3000-1000) sedangkan pelarasan bagi ketinggalan catatan dibuat selepas belanja terdahulu..harap cikgu faham dengan soalan saya..


  442. Cg Narzuki:

    Cg Imah,
    – SN dikira berdasarkan baki selepas pelarasan, iaitu nilai sebenar lengkapan tersebut.
    – Semua pelarasan dilakukan pada tarikh yang sama iaitu pada 31/1/2011. Saya setuju pelarasan terhadap pembetulan kesilapan perlu dilakukan dahulu kerana melibatkan Ak Lengkapan, kemudian baru pelarasan susut nilai. Cuma pastikan ditulis dengan jelas kategori pelarasan bagi memudahkan semakan dilakukan.

    terima kasih


  443. imah2010:

    adakah ‘pinjaman 6%’ di JA dan ‘pinjaman (matang 2015)’ di BT adalah akaun yang sama?
    saya faham konsep pinjaman dan bayaran balik, tetapi adakah merekod bayaran balik di BT itu akan dimasukkan ke akaun yang sama dengan ‘pinjaman 6%’ di JA? jika ya, kenapa di BT tidak menggunakan nama akaun yg sama dengan di JA?

    *kenapa di BT tidak ditulis butir ‘Pinjaman 6%’? sebaliknya ditulis butir ‘pinjaman (matang 2015)?

  444. Entahlah, sepatutnya butirnya merujuk kepada nama Akaun, iaitu Pinjaman 6%.

  445. terima kasih ckgu….

  446. salam, sy ada emailkan kerja kursus sampai kunci kira2.. minta cikgu semak ya & bg pandangn berkenaan belanjawan tunai…

  447. salam cg. .

    cg thu, sya suda blank! ! sya xtahu mcmna nak buat plarasan. . sya bru dpat gaji terakru, kslahan prinsip,lengkapan-lekapan,ktingglan catatan-1,000, yg sya musykil, blanja terdhulu tu, buat sndri ke ataupun mmg dah ada dkat soalan? ? emm. .

  448. Ema,
    Pelarasan tersebut boleh direka sendiri bardasarkan akaun belanja yang sedia ada.

  449. salam…cikgu..
    jika ambil kira faedah pinjaman atas baki pinjaman, adakah perlu menulis pelarasan pembetulan kesilapan dahulu baru kira faedah atas pinjaman4%?jika ikut turutan soalan perlu kira belanja terdahulu dan kemudian baru buat pembetulan kesilapan..
    terima kasih

  450. komputer dikelaskan sebagai alatan pejabat kan?

  451. Cikgu Zai,
    Oleh kerana ianya saling bekaitan, maka cadangan saya kita susun ikut mana yang sepatutnya dilakukan dahulu. Cuma perlu tulis dengan jelas setiap jenis kategori pelarasan yang dibuat, bagi memudahkan penyemakan.

    Jika beli komputer, kita boleh rekodkan sebagai Ak Komputer ataupun Ak Alatan Pejabat bergantung kepada amalan sebelum ini.

  452. salam cikgu narzuki,
    1 ) ingin tanya tentang peruntukan hutang ragu. Kalau nilai peruntukan hutang ragu yg saya dapat untuk tahun 2011 adalah RM 350. sebulan adalah RM29.16. nilai yang sepatutnya diambil adalah nilai setahun atau sebulan ?
    2 ) kalau berlaku pengurangan hutang ragu, betul kah catatannya : Dt : Peruntukan hutang ragu
    KT : akaun untung rugi

    tq

  453. Steph,

    1. PHR diselaraskan ATAS PENGHUTANG, iaitu hanya X Penghutang…. tidak perlu bahagi 12 untuk cari sebulan.
    2. Dt: PHR dan Kt: Pengurangan PHR

  454. terima kasih cikgu, semoga Allah membalas jasa baik cikgu membantu ramai kawan dan pelajar di sini. Amin

  455. trma kasih cikgu2 akaun area pendang..harini kami bersidang bincang soalan d pkg tokai..cg2 akaun semalaysia mmg best sbb sudi kongsi maklumat..!macehhhhh..

  456. Cikgu,
    Itu catatan pembalikan bagi kadar bayaran terakru, ia punya folio di lejar nak tulis apa?

    Dan bagi itu PHR, kalau kurangnya, di IMBANGAN DUGA TERSELARAS macam mana catat? ada dua butir PERUNTUKAN HUTANG RAGU yang berbeza amaun…Saya ikut cara dalam buku teks PA baru tu…

    Stok akhir perlu catat dalam SENARAI PELARASAN dan membuat pelarasan?

    Terima Kasih…

  457. Oliver,
    1. Bagi JURNAL AM untuk pelarasan, saya cadangkan sebagai JA2, maka dalam Lejar yang terlibat dengan pelarasan FOLIOnya ialah JA2.
    2. Saya cadangkan, guna PHR dan Pengurangan PHR.
    3. Stok akhir tidak perlu catatan pelarasan, cuma tentukan nilai mana yang akan digunakan nilai kos atau nilai pasaran.

  458. thanks cg. . sya akn buat sbaik mgkin untuk SPM 2011 ini. . amin. . .

  459. Ema,
    Semoga berjaya dengan cemerlang, Amin.

  460. salam..ckgu krja khusus prinsip akaun f.5 yg ke (e) nk buat mcm mne ek….tlong jlskn

  461. Syahirah,
    Cuba fahami apa yang dimaksudkan dengan BELANJA TERDAHULU baru mudah untuk reka item pelarasan untuknya.

  462. cikgu,
    saya ade buat pelarasan…tolong semak

    1. sn kenderaan 20% = 667
    2. sn lengkapan 10% = 101
    3. phr 7% = 855
    4. f.a.pinjaman= 40 terakru
    saya baru dpt jwpn ni lps beberapa kali buat pelarasan…harap cikgu dpt semak dan tlg betulkan jika salah..tq

  463. Watson,
    Saya setuju dengan jawapan2 tersebut.

  464. salam cg narzuki n all…

    beberapa kemusykilan..
    i) kaitan antara kadar bayaran terakru pd catatan pembukaan dan kadar bayaran pd BT..adakah ia kesilapan prinsip @ perlu lejar berasingan utk keduanya..

    ii)semua pelarasan (sn,phr,belanja,hasil terakru@terdahulu),boleh reka sendiri atau terikat dengan situasi perniagaan dlm soalan ni…
    ataupun sebahagian pelarasan terikat, sebahagian lg blh reka yg rasional??

    iii)blh tlg announce nilai ID sblm pelarasan cz rasanya sepatutnya semua dpt jawapan yg sama kan..tp klu dpt nilai sama,xpst lg klu ada ksilapan tak ketara…..hmm.. mencabar jg…

    iv)jika ada pelarasan yg sepatutunya dibuat spt gaji terakru n faedah atas pinjaman 4% terakru..tp tidak diselaraskan oleh pelajar..adakah akan menjejaskan penilaian markah tugasan?

    v)bolehkah pelajar selaraskan phr ikt rasional msg2 samada slps plarasan phr sbg hasil@belanja..mn2 pun blh??

    pjgnya musykil…terima kasih atas perhatian jiwa2 yg prihatin…

  465. Cg Izzah,
    Pada pandangan saya,
    i) Ianya bukan kesilapan, ianya kesann pelarasan pada akhir tempoh perakauan lepas. Masing2 telah dibuka dalam lejar berasingan iaitu LA8 dan LA22. Sepatutnya ianya perlu dilakukan CATATAN PEMBALIKAN pada 1/1/2011 tetapi catatan tersebut masih belum dilakukan / ketinggalan.

    ii) Ada yang terikat dengan maklumat dalam soalan dan ada yang boleh reka sendiri asalkan rasional.

    iii) 331106

    iv) Kretiria 2.5 – pelajar “berkeupayaan MEREKODKAN semua pelarasan ke dalam akaun yang berkaitan dengan tepat.” Markah dinilai berdasarkan kemahiran pelajar dalam MEREKODKAN pelarasan, bukannya mengesan pelarasan yang sepatutnya ada.

    v) boleh, asalkan pelajar FAHAM maksud pelarasan PHR yang mereka buat dan tahu cara merekodkannya.

  466. salam syahirah..

    rasanya kmu blh rujuk cth senarai pelarasan yg telah dimasukkan dlm ruangan ni..

  467. salam cgu narzuki,
    1. sebaiknya jawapan pengiraan yang kita dapat contohnya susutnilai jika ada titik perpuluhan perlu bundar atau tidak?
    2. Jika kita mengambil faedah atas pinjaman (4%) sebagai pelarasan belanja terakru bagaimana dengan bayaran ansuran pinjaman tersebut yang memang tidak dicatat langsung dalam BT?
    3. Nilai penghutang bersih adalah nilai baki akhir kawalan penghutangkan? TQ

  468. Nasfendi,
    Pada pandangan saya,
    1. Kita bundarkan sahaja.
    2. Tidak apa yang boleh dibuat dengan Pinjaman 4% tersebut kerana belum bayar lagi.
    3. Ya.

  469. Salam Cg Narzuki..

    Kalau tak silap saya, penilaian untuk belanjawan tunai tidak dinyatakan dalam panduan penilaian.. minta pandangan rakan2, betul tak..

  470. cg , catatan pelarasan dalam jurnal dan lejar perlu ditambahkan dengan akaun sebelum pelarasan ke? maksud saya bagi akaun yang telah wujud sblm ni…
    saya harap cg faham apa yg saya maksudkan…

  471. Sophie,
    Cg cadangkan jangan usik lejer sebelum pelarasan, salin akaun2 yang terlibat dengan pelarasan dan buka akaun baru yang terlibat dengan pelarasan. … Asingkan Lejar sebelum Pelarasan dan Lejar selepas pelarasan.

  472. salam sejahtera cikgu narzuki,
    terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar yg diberikan.

  473. salam,
    nak tanya mengenai diskaun diterima dan diberi. dalam PP ianya ditolak dari jualan dan belian ke atau dimasukkan dalam bahagian hasil dan belanja. confuse….

  474. Munir,
    Saya cadangkan, ikut format dalam buku teks, dicatat sebagai kontra kepada Jualan dan Belian.

  475. salam,cikgu cm na nk bt pelarasan???

  476. Siti,
    Sila rujuk perbincangan diATAS.

  477. Cikgu,
    Tempoh kutipan hutang, Jualan kredit perlukah ditolak dengan pulangan jualan dan diskaun diberi?

  478. cikgu..kalau kenderaan disususutnilaikan mengikut kaedah garis lurus dan lengkapan mengikut kaedah baki berkurangan.. cam mana kte nak buat erk?

  479. salam ckgu
    saya just np tnyew baki b/b kt akaun kwalan pemuitang brpew????….sy trsekat c2 jew….nk ktew tmbah gk kew kt imbangan duga trselaras????

  480. cikgu ,
    dlm penyata pendapatan angkutan keluar kena masukkan dlm belnja atau hasil? harap cikgu dpt tlg saya.

  481. cikgu ,
    dlm pp deposit sewa kena masukkan dlm apa?

  482. Shafikah,
    Baki Penghutang ..RM17500
    Kenalpasti dahulu berapa peratus kadar susut nilai kenderaan dan lengkapan untuk setahun.
    SN (k.garis lurus) = K% x Aset … untuk setahun ….. x 1/2 … untuk sebulan
    SN (k. baki berjurangan) = K% x (Aset-SNT) … untuk setahun … x 1/12 … untuk sebulan.

    Watson,
    Deposit sewa .. dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa.
    Angkutan keluar … Belanja.

  483. salam cgu narzuki,
    1.saya musykil dengan cara membuat pelarasan di dalam lejar.adakah kita menyalin akaun2 yang hendak diselaras mengikut catatan asal seperti sebelumnya ataupun sebagai catatan baki b/b pada 31 Jan 2011?
    2. adakah perlu diasingkan akaun faedah atas pinjaman(4%) dengan faedah atas pinjaman (6%), jika saya memilih utk menjadikan faedah atas pinjaman (4%) sbg salah satu pelarasan saya? TQ.

  484. Nasfendi,
    Pada pandangan saya,
    1. Pelajar salin semula catatan asal, supaya pelajar nampak kesan catatan pelarasan terhadap akaun2 yang terlibat.
    2. berdasarkan BT – Ak Faedah atas pinjaman (LA29), maka tidak perlu diasingkan.

  485. cikgu,
    dalam pengiraan tempoh kutip hutang, perlukah jualan kredit ditolak juga dengan diskaun diberi?
    terima kasih

  486. Fatimah,
    Setelah berbincang dengan beberapa orang guru, saya berpendapat untuk mendapatkan NILAI BERSIH Jualan Kredit = Jualan kredit (Jurnal Jualan) – Pulangan Jualan (JPJ). Manakala tolak Diskaun Diberi hanyalah merujuk kepada KUTIPAN yang diterima daripada jualan kredit tersebut, maka JUALAN KREDIT = Jumlah Jualan Kredit – Jumlah Pulangan Jualan.

  487. Cg,

    PHR setelah tolak PHR tahun lepas (RM370) wujud pertambahan sebanyak RM500. Perlukah saya membahagikan RM500 ini kpd 12 bulan kerana kita hanya merekod utk bulan Jan 2011 sahaja?

    Dan, perlukan saya mencatat tambahan PHR sebyk RM500 dlm JA sebagai Dt. PHR (AUR) & Kt. PHR (KKK)?

    Harap tolong jelaskan…

    TQ…

    TOla

  488. Az,

    PHR yang telah dikira itu adalah merujuk kepada baki penghutang pada 31/1/2011, maka kenapa nak dibahagikan dengan 12 ?

    Catatanya ialah Dt: Pertambahan PHR RM500 dan Kt: Peruntukan Hutang Ragu RM500.

  489. cikgu kaedah garis lurus macam mana? dan peratus tu kita kena reka ke atau sudah diberikan?

    dan begitu juga dengan baki berkurangan?
    boleh terangkan secara ringkas x cikgu

  490. Syukran,
    Kaedah garis lurus = atas kos, iaitu K% X ASET, kadar susut nilai kena rujuk kadar yang telah digunakan sebelum ini (Konsep Ketekalan). Guna maklumat Kenderaan dan SNT Kenderaan serta tarikh ianya dibeli, kita boleh tentukan berapa kadar susut nilai yang digunakan. …. (boleh rujuk komen2 sebelum ini berkaitan pengiraan SN dan kadar SN)

  491. salam cikgu,
    saya nak pastikan jawapan untuk imbangan duga sblm pelarasan RM330826 ke?

    tq

  492. Aishah,
    Sekiranya anda telah melakukan catatan pembalikan terhadap kadar bayaran terakru (tanpa merujuk catatan Jurnal Am), maka itulah jumlah ID yang akan dapat. Tetapi jika pengeposkan dilakukan berdasarkan BCP yang diberikan, jumlah ID ialah 331106.

  493. cikgu, saya dapat dua2 jawapan itu…jadi saya perlu ambil yg mana?

    terima kasih byk2

  494. Aisah,
    Cg cadangkan ambil yang ID=331106.

  495. salam cikgu ,
    saya masih tak berapa nak faham mengenai pelarasan dalam kerje kursus ke 2 ni.

    Minta cikgu terangkan dengan lebih lanjut , tq.

  496. afiqah,

    blh rujuk post terbaru blog cikgu… http://www.cikgusila.com

    cg narzuki dan rakan2 guru yg lain, betulkan jika ada yg salah… 😉

    tq

  497. salam..
    Ckgu..mohon respon
    Kadar bayaran rm560 adalah termasuk kadar bayaran terakru rm280.
    Betul ke klu kt klskan sbg kesilapan prinsip?

  498. Cikgu Zai,
    Pada pandangan saya tidak betul. Sepatutnya ianya dilakukan catatan pembalikan pada 1/1/2011, tetapi berdasarkan BCP yang diberikan dalm soalan, ianya belum dilakukan lagi. Maka bolehlah dikelaskan sebagai Kesilapan Ketinggalan Catatan, bukannya Kesilapan Prinsip.

  499. Cikgu, saya nak tanya. Bolehkah akaun derma dan belanja am wujud pada masa yang sama?

  500. Ning Jie, Boleh.

  501. Terima kasih penjelasan cg narzuki..

    ok, sekarang ni,pelajar saya da buat sampai pelarasan jurnal dan lejar..cumanya keliru, adakah dalam ID TERSELARAS nnt, akan wujudnya akaun2 SN,PSN,HR,PHR, GAJI, GAJI TERAKRU,FAEDAH ATAS PINJAMAN TERAKRU dll… cz smua pelarasan dalam lejar akan diimbangkan utu cari baki b/b then baki b/b itu akan dipos ke ID..kan byk akaun lejar yg terlibat dalam pelarasan tu..

    atau ada cara lain ???

    tqs..

  502. cg btul ke mcm ni?
    Peruntukan hutang ragu 505
    Hutang ragu 505

    Lepas 2, btul ke catatn plarasan dalam lejar mcm ni?

    _________________Akaun KadarBayaran_____________________
    2011 2011
    Jan 12 Bank 560 Jan 31 Baki h/b 660
    31 Kadar bayaran 100
    terakru

    Feb 1 baki b/b 660

    ____________Akaun Kadar bayaran terakru______________
    2011 2011
    Jan 31 Baki h/b 380 Jan 1 Baki b/b 280
    31 Kadar bayaran 100

    Feb 1 Baki b/b 380

    Dalam imbangan duga:

    __________Imbangan Duga pada 31 Januari 2011______
    Kadar bayaran 660
    Kadarbayaran terakru 380

  503. saya harap cg paham ape yang saya tulis di atas…..

  504. Sophie,
    Pada pandangan Cg,
    Kadar bayaran terakru pada 1/1/2011 sepatutnya dilakukan catatan pembalikan (ketinggalan catatan) terlebih dahulu, kemudian baru dilakukan pelarasan kadar bayaran terakru pada 31/1/2011.

  505. hmmm..mksd saya..

    i)kita akan selaraskan akaun2 sedia ada,cthnya akaun gaji,baki b/b yg akan dibawa ke ID Terselaras ialah rm1200, manakala rm200 bg catatn bergu di akaun gaji terakru,letak mana?cz kalau salah satuntya tertinggal, mesti ID baru ximbang nanti….

    smalah mcm akaun sn kenderaan n lengkapan, pertambahan/pengurangan HR????

  506. Cg Izzah,
    Semua akaun perlu diimbangkan dan disenaraikan dalam ID Terselaras. Itulah FUNGSI ID iaitu senarai baki debit dan kredit akaun yang diambil daripada akaun2 dalam lejar pada suatu tarikh tertentu.

  507. saya kurang faham cg…… 🙁

  508. Sophie,
    Ianya jadi “pening” kerana ada 2 pelarasan perlu dilakukan pada akaun yang sama. Cg cadangkan pelarasan untuk Item Belanja Terakru, pilih belanja yang lain.

  509. cg, mcm ni betul ke?

    susut nilai kenderaan 8000
    ……Susut nilai terkumpul kenderaan 800
    (kenderaan disusut nilaikan)

  510. Sophie,
    Kira susut nilai untuk SEBULAN = RMXXX

    Catatan pelarasan:
    Dt: SUsut nilai kenderaan RMxxx
    Kt: Susut nilai Terkumpul kenderaan RMxxx

  511. Slm Cg, nk tnyer n sbb x brapa pasti…Kl amik nilai ID 331 106 t, jd ID sblm pelarasan kita:
    Dt KT
    Kadar Bayaran 560
    Kadar Bayaran Terakaru 280

    jadi, pembetulan t kite buat slps t ker?slps pmbetulan t, ak kdr bayaran terakru telah tiada kn..dan kdr bayaran akan jd 280(dlm ID terselaras kn..)itu dikira kesilapan jugak ker?dan kena buat catatan jurnal am gak ker?

    Kl bole, cg tunjukkan catatan dlm jurnal dan lejar sepatutnyer..takut yg sy wt nie x btul..sbb cg ckp ari t trus buat pembetulan kdr bayaran t ke dlm ak kdr nyrn terakru. sbb tu dpt ID 330 826..trima ksh..

  512. Wan,
    Pelarasan dibuat selepas penyediaan ID. Ya, itu dikira ketinggalan catatan. Setiap catatan dalam LEJAR mesti merujuk kepada catatan dalam Jurnal Am (BCP) terlebih dahulu (ikut Kitaran Perakaunan).

    Catatan pelarasan dalm JA bergantung kepada pelarasan yang dibuat.

  513. salam..cikgu narzuki..
    ada pertanyaan..
    adakah akaun diskaun diberi dan diskaun diterima di bawah kategori lejar am.tq..untuk imbangan duga terselaras.. yang tidak terlibat dengan pelarasan perlu dimasukkan sahaja dalam ID terselaras..betul x?

  514. Sheila,
    Ya. Hanya akaun penghutang dan pemiutang perdagangan sahaja dimasukkan dalam Lejar Jualan atau Lejar Belian.
    SEMUA AKAUN (terlibat dengan pelarasan atau tidak) perlu diimbang dan disenaraikan dalam ID Terselaras.

  515. SUSUT NILAI LENGKAPAN = RM107
    Betul tak? {Termasuk lengkapan yang bawa masuk pada 1 Jan 2011}

    MODAL AWAL ialah RM217600 atau RM218320 ( tambah juga itu lengkapan yang bawa masuk pada 1 Jan 2011)

  516. Oliver,
    1. Ya.
    2. Modal awal boleh rujuk KKK:
    Ekuiti Pemilik :
    Modal awal
    (+) Untung Bersih
    (-) Ambilan
    = Modal akhir

  517. sekarang nie science student boleh ambil akaun ke tak ? sekolah saye nie banyak masalah betul kejap tak boleh kejap boleh . kalau pihak sek. sudi terima kami utk ambil pa sekarang , naanti macam mana dgn kerja kursus t4 kami . pihak sek saya pun beritahu bahawa kami tidak perlu buat kerja kursus tersebut . tak tahu mana satu yg saya nak percaya nie . saya minta bantuan cg mengenai procedur ini . adakah kerja kursus ini tidak lagi diambil kira dlm exam spm sebagai kertas 3 nie .
    harap dapat tindak balas daripada cg . . . . .. . .. . .. . ..

  518. Carol,
    Saya difahamkan setakat hari ini, pelajar yang tidak menyiapkan/hantar kerja kursus tidak akan digredkan sebagai “T” iaitu tidak hadir. Tetapi dari segi penilaian masih diambilkira sebagai 20% (rujuk Format Pentaksiran). Jika pelajar tidak hantar markah kerja kursus dikira “0” bukannya “T”.

    Jadi sebagai langkah berjaga2, saya cadangkan pelajar buat kerja kursus tersebut.

  519. Ohhh…Modal awal ialah RM218320…Tq

  520. keje account 2011 spm memeningkan la ….

  521. cg narzuki,

    bgmn dengan penyediaan belanjawan tunai? kl ikutkan soalan disediakan utk 4 tahun… sedangkan dalam buku teks untuk bulanan sahaja.

    mohon pandangan cgu perbetulkan pandangan sy ni..

    belanjawan tunai boleh dibuat berdasarkan kepada buku tunai yg mana pelajar boleh pilih (tambah / kurangkan butiran) daripada dt (terima) dan kt (bayaran)..

    dalam masa yg sama pelajar juga terpaksa tentukan sendiri kenaikan atau penurunan bg item belanja dan hasil… perlu tak pelajar buat jalan kerja utk memudahkan pentaksir melihat daripada mana jawapan yg diperoleh… (seperti maklumat tambahan)

    pandangan sy jika pelajar tak buat urusniaga utk menyediakan belanjawan tunai seolah2 mereka tidak ada panduan dlm menyediakan belanjawan tunai.

    dan satu lagi.. apa yg dimaklumkan kepada sy.. pelajar boleh buat apa sekali pun dalam belanjawan tunai (ikut tahun atau bulan) yg penting pelajar buat walaupun di dalam elemen yang dinilai tidak dinyatakan.. tq

  522. Cg Sila,

    Pada pandangan saya:
    – Ikut TAHUN sebagaimana kehendak soalan.

    – Bagi item anggaran penerimaan dan pembayaran boleh rujuk BT dan Penyata Pendapatan, nak kurangkan rasanya tidak sesuai, nak tambah tiada masalah bergantung kepada perancangan pelajar.

    – Setiap item pelajar tentukan sendiri kenaikan / penurunan dan sebaik2nya sediakan Catatan / Nota bagi setiap item :
    1. Pengiraan untuk setahun bagi 2011
    2. Peratus kenaikan / penurunan
    # Kecuali item Gaji, pembelian lori, penyelenggaraan komputer – mesti ikut arahan dalam soalan.

    – Pada saya sebaik2nya ikut tahun, di mana pelajar boleh gunakan Belanjawan tersebut bagi merangka perancangan jangka panjangnya untuk meningkatkan prestasi perniagaan.

  523. Cikgu,
    Saya sokong pandangan CikguSila. Belanjawan Tunai harus dibuat berdasarkan kepada Buku Tunai sebab perkara melibatkan tunai hanya boleh didapati dari situ.

    Namun, perkara seperti jualan/belian kredit terpaksa kita ambil daripada JJ/JB untuk menjangkakan nilai penghutang/pemiutang. Betulkan?

    Saya sudah siap Belanjawan Tunai (belum edit lagi). Saya terkecut apabila hasil nilai agaknya besar (bernilai ratus ribuan dan juta juga). Adakah ini normal atas sebab kita telah darab setiap item dengan 12 bulan bagi setiap tahun?

    Apa yang saya nak pastikan juga:
    1) kita ambil Jualan/belian kredit atau Jualan/belian bersih untuk jangkaan penghutang/pemiutang?
    2) mestikah semua item dalam Buku Tunai digunakan dalam rekaan kita? atau kita boleh abaikan sesetengah item seperti pengiklanan, dengan andaian perniagaan tidak lagi perlukan belanja tersebut?
    3) bolehkah item baru dimasukkan?

    Harap cikgu dan rakan sekalian berikan pandangan.
    Terima kasih.

  524. Cg Martina,

    Cadangan saya,
    – Rujuk BT dan Penyata Pendapatan.

    – Oleh kerana belanjawan disediakan untuk SETAHUN, ambil Jualan dan Belian daripada Penyata Pendapatan sahaja. Jualan kredit (Penghutang) dan belian kredit (pemiutang) merupakan AS dan LS yang biasanya dilunaskan dalam tempoh setahun.

    – Hanya melibatkan ratusan ribu, rasanya tidak sampai juta.

    – Apa yang ada dalam BT dan Penyata Pendapatan, adalah item penerimaan dan pembayaran yang telah berlaku / sedia wujud dalam perniagaan … sudah semestinya akan wujud juga dalam tahun2 berikutnya. (Berbeza sedikit dengan Belanjawan ikut BULAN).

    – Pelajar nak tambah item, lagi baik .. menunjukkan pelajar ada perancangan untuk masa hadapan (perancangan jangka panjang).

  525. Bagi NISBAH KECEKAPAN, 365 hari (setahun) atau 31 hari (sebulan) patut digunakan?

    Sekiranya guna sebulan, tafsiran macam mana tulis kerana buku teks guna satu tempoh perakaunan iaitu setahun…

  526. Oliver,
    Pada pandangan saya, guna 31 hari (SEBULAN) lebih sesuai dan tafsirannya juga perlu dikaitkan dengan sebulan.

  527. salam sejahtera cikgu,
    belanjawan tunai yang dibuat perlu menggunakan semua butir yang ada pada buku tunai kah ? atau boleh ambil mana2 sahaja ? thank u

  528. Salam sejahtera cikgu
    1 )nilai yng dimasukkan dalam belanjawan tunai perlukah didarab dgn 12 bulan? conthnya modal RM 218320 jika didarab dgn 12, nilainya tidakkah terlalu besar?
    2 ) atau nilai yang dimasukkn boleh direka ?

    tq

  529. Steph,
    1) Untuk dapatkan anggaran setahun, darabkan dengan 12 bulan. Cuba fahami apa itu Belanjawan Tunai ? Adakah Modal tersebut perlu dimasukkan ?
    2) Kenapa nak direka sedangkan nilai untuk sebulan telah ada untuk dijadikan asas anggaran untuk setahun.

  530. salam Cikgu Narzuki,
    ingin bertanya sekiranya dalam imbangan duga terselaras mempunyai item sewa diterima sebanyak RM800, sewa diterima terakru RM500, jadi semasa catat ke penyata pendapatan hanya masuk ke bahagian hasil sebanyak RM1300, ATAU sewa diterima terakru dimasuk ke belanja, manakala sewa diterima ialah hasil?

  531. Woo,

    Sewa diterima ————— HASIL—> Penyata Pendapatan
    Sewa diterima terakru —– ASET SEMASA —-> KKK

  532. azlinaabdullah

    Salam,cikgu….
    saya ada beberapa kemusykilan:
    i) utk pelarasan,sekiranya akaun yang terlibat merupakan akaun sedia ada (ID), adakah kite perlu tuliskan baki b/b?atau rekod ikut lejar sebelum pelarasan?contoh:
    (dt) ____Ak. Gaji_______(kt) atau (dt) ___Ak Gaji____(kt)_
    Baki b/b 1000 Bank 1000
    Gaji terakru 200 Gaji terakru 200

    ii) sekiranya ditulis dgn baki b/b, adakah tarikh perlu direkod pada 31 Januari?sbb pelarasan adalah pada 31 jan.

    iii)ini pelarasan yg saya perolehi drp soalan:
    i. stok akhir rm46800
    ii. SN kenderaan 20% (bahagi 12 bln),SN lengkapan 10% (bahagi 12 bulan)
    iii. PHR 2%
    iv. Belanja terakru :
    a. Gaji terakru RM 200
    b. Faedah pinjaman (4%) terakru RM 40
    v. belanja terdahulu (reka sendiri berdasarkan belanja di dlm BT)
    vi. hasil terakru (sama spt v)
    vii. pembetulan kesilapan:
    a. ketinggalan catatan boleh buat catatan pembalikan kadar bayaran terakru
    b. kesilapan prinsip (ak lekapan salah rekod sebagai ak lengkapan)
    …sekiranya betul,bermakna semua pelajar akan dapat pelarasan yang sama kecuali belanja dahulu dn hasil akru

    iv)pinjaman 4% yg belum dibayar, bole tak dianggap sebagai belanja akru?

    diharap cikgu betulkan saya sekiranya salah….terima kasih

  533. Cg Azlina,
    Cadangan saya.
    i) Untuk Lejar yang terlibat dengan pelarasan :
    …………… Ak Gaji ……………. (salin sedia ada … tanpa imbang)

    …………AK Gaji Terakru …….. (buka akaun baru)

    # kemudian tunjukan catatan pelarasan terhadap kedua2 akaun tersebut. Imbangkan dan masukkan dalam ID Terselaras nanti.

    b) ada pelarasan yang sama dan ada yang tidak sama… apa yang penting pelajar faham pelarasan yang dibuat, cara merekodkan dalam JA dan poskan ke lejar.

    iv) Pinjaman 4% … TIDAK boleh dianggap sebagai Belanja Terakru …. kerana ianya Liabiliti, contoh lain : hutang pemiutang yang masih belum dibayar … Boleh tak kita anggap sebagai “Pemiutang Terakru” ?

  534. salam… untuk peruntukan hutang ragu. perlu peruntukan semua penghutang atau salah satu penghutang?TQ

  535. Srul85,
    PHR berdasarkan jumlah Penghutang (boleh rujuk Ak Kawalan Penghutang)

  536. azlinaabdullah

    cikgu,
    bg pelarasan PHR, 2% atas phtg,nilainya RM 350 (pengurangan)
    catatan jurnal; dt PHR 20
    kt HR 20
    so, dlm ID terlaras nnt adakah PHR (kredit) RM 350, pengurangan HR (kredit) RM 20

    dan sekiranya kita dpt pertambahan, dlm ID terlaras, PHR(kt) dan pertambahan HR(dt)-nilai pertambahan

    …betul tak cikgu??

  537. Cg Azlina,
    Cadangan saya,
    1. Pengurangan – Dt: PHR Kt: Pengurangan PHR (….Hasil)
    2. Pertambahan – Dt: Pertambahan PHR (….Belanja) Kt: PHR

  538. salam Cikgu Narzuki ,
    berkenaan dgn soalan faedah atas pinjaman 4% terakru RM40 ADAKAH catatan pelarasan ialah DT BELANJA FAEDAH ATAS PINJAMAN , KT BANK?

  539. Woo,
    Dt: Faedah atas pinjaman
    Kt: Faedah atas pinjaman terakru

  540. Salam, saya tak faham mengenai 2 (h) (i) dan (j) tu. Apa yang perlu dibuat.

  541. Munir,
    Maklumat tersebut untuk penyediaan Belanjawan Tunai.

  542. sekiranya saya mengekalkan 1040 sebagai upah, ini bermaksud bahawa saya telah menggaji dua orang pekerja dan ini bukankah macam tidak memenuhi kehendak soalan yang menyatakan bahawa 1 orang pekerja sahaja diambil? macam mana saya tulis dalam profil nanti? untuk belanjawan nanti, bolehkah upah dilaraskan kenaikan ikut kehendak sendiri? tq

  543. Cff,
    Upah dan Gaji tidak sama.
    Upah – pekerja tidak tetap
    Gaji – pekerja tetap.
    Belanjawan tu adalah perancangan pelajar untuk 4 tahun, mana2 item yang tidak ditentukan oleh soalan, maka pelajar boleh rancang kenaikan / penurunan sendiri.

  544. cikgu, adakah imbangan duga sblm pelarasan 331106?

  545. Mei Mei, Ya.

  546. Cg Narzuki,

    Saya dah siapkan lejar hingga imbangan duga yang belum selaras dalam bentuk MS word. Boleh ke saya kongsikan bersama dengan semua melalui blog tuan. “Sharing Is Caring”

  547. Hang Tuah,
    Terima kasih atas kesudian tersebut, cuma saya tidak galakkan perkongsian jawapan yang telah siap bagi mengelakkan pelajar ambil jalan mudah tanpa memahami dan menguasai kemahiran yang sepatutnya.

  548. cg,
    Butir ang. masuk (BT-kt) RM 450 perlu tak masukkan dalam Ak. Kawalan Pemiutang.

  549. Cgbun,

    Angktan masuk tersebut adalah urus niaga TUNAI, tidak melibatkan Pemiutang, maka tidak perlu dimasukkan dalam AK Kawalan Pemiutang.

  550. Terima kasih di atas komen cg tentang ID terselaras tu, sekarang pelajar2 sy sudah sampai belanjawan.
    Tapi masih kurang faham tentang gaji mengikut kawasan?

    Pada pandangan sy, sekiranya setiap tahun gaji pekerja dinaikkan ikut kawasan, nampak macam pekerja tu sering bertukar setiap tahun….adakah ia boleh diterima?

  551. Cg Lin,
    Tahniah kepada pelajar cikgu.
    Pada pandangan saya, kenaikkan ikut kawasan boleh rujuk kepada lokasi /alamat perniagaan pelajar, sama ada bandar, luar bandar atau pendalaman. Bukannya bemaksud pekerja bertukar-tukar tempat kerja. Gaji pekerja biasanya akan dinaikkan pada setiap tahun, cuma kadar kenaikan bergantung kepada lokasi perniagaan. Jika lokasinya dibandar, maka setiap tahun pekerja tersebut akan menerima kenaikan 20% setahun.

  552. Salam cikgu,
    Berkenaan dengan kadar bayaran terakru Rm280 dan kadaran bayaran RM560, adakah merupakan pembetulan kesilapan – ketinggalan catatan?

    Catatan pelarasan
    Dt Akaun kadar bayaran terakru 280
    kt Akaun kadar bayaran 280

  553. Wendy,
    Pada pandangan saya,
    Ya, iaitu Pembetulan kesilapan : Ketinggalan catatan pembalikan yang sepatutnya dilakukan pada 1/1/2011.

  554. Salam
    Cikgu,
    Saya nk tanya & minta pandangan cikgu tentang surat siaran yang dipanjangkan oleh JPN ke sekolaha2 (surat dar Lembaga Peperiksaan) berkaitan dgn kerja kursus kertas 3 ni:
    Dalam surat ada menyatakan calon boleh pilih s/ada nak buat atau tidak buat kertas 3 ni. Maksudnya dari segi pemberatan markah tak ada effect utk calon dapat cemerlang (atau lulus) kalau mereka pilih tak mahu buat kertas 3?
    Lagi satu,kenapalah agaknya LPM sengaja bg pilihan macam tu, bukan ke senang kalau mereka kata wajib buat sahaja.. tak perlu suruh calon pilih, sbb kalau di sekolah saya tu, mmg kebanyakan calon (ntah2 semua) akan memilih untuk tidak buat.. Tp sy tak pasti dari segi markah/ gred SPM nnti, tak jejaskan apa2 ke?
    Cikgu rasa, pelajar perlu buat atau tak buat? (kalau dari segi pemberatan markah tak jejaskan apa2 la).
    Tqvm

  555. Cikgu Aishah,

    Saya difahamkan, surat tersebut dikeluarkan ekoran ramai ibu bapa merungut anak2 mereka yang mengambil Prinsip Perakauan secara persendirian kerana tidak ditawarkan disekolah dan sebagainya terpaksa membatalkan niat mereka kerana tidak dapat menduduki Kertas 3. Jadi bagi memberikan PELUANG kepada mereka, maka surat tersebut menyatakan pelajar boleh membuat pilihan buat atau tidak kerana tidak akan dikelaskan sebagai “T” iaitu TIDAK HADIR.

    Tetapi format pentaksiran masih lagi sama, tiada sebarang perubahan iaitu K1 – 20%, K2-60% dan K3-20%. Maka pada fahaman saya, jika pelajar tidak buat K3, maka markahnya SIFAR (bukannya T) untuk kertas 3 dan markah tertinggi yang boleh dicapai hanyalah 80% sahaja. Manakala bagi pelajar yang menduduki K3, maka markah tertinggi yang boleh dicapai ialah 100%.

    ok, itu saja fahaman saya, demi keadilan untuk semua pihak.


  556. Cg Narzuki:

    Munir,
    Maklumat tersebut untuk penyediaan Belanjawan Tunai.

    Jadinya ianya tidak terlibat dalam pelarasan. Hanya (a) hingga (g) sahaja yang perlu buat untuk pelarasan.

  557. cg, blh tolong terang kan cara buat catatan pembalikan

  558. Sophie,
    Baki pada 1/1/2011 Kadar bayaran terakru RM280 … adalah kadar bayaran yang masih belum bayar pada akhir tempoh perakaunan lepas. Baki tersebut wujud kesan daripada catatan pelarasan pada 31/12/2010, iaitu:
    Dt: Kadar bayaran
    Kt: kadar bayaran terakru ….. ianya akan dibayar pada 2011, maka sepatutnya tidak wujud pada 1/1/2011.

    Untuk itu CATATAN PEMBALIKAN perlu dilakukan pada 31/1/2011, sebagai KETINGGALAN CATATAN iaitu:
    Dt: Kadar bayaran terakru RM280
    Kt: kadar bayaran RM280

    RASIONALnya, Bayaran (BT:Kt) pada 12 Jan Kadar bayaran RM560, sudah semestinya akan menjelaskan baki kadar bayaran terakru pada 1/1/2011 terlebih dahulu dan bakinya adalah bayaran untuk tempoh semasa.

  559. Salam cikgu,
    Berkenaan dengan kadar bayaran terakru RM280 dan kadar bayaran RM560 ,apa yang kena buat pada 31-01-11 ?

  560. Wendy,

    Untuk itu CATATAN PEMBALIKAN perlu dilakukan pada 31/1/2011, sebagai Item Pembetulan Kesilapan – KETINGGALAN CATATAN iaitu:
    Dt: Kadar bayaran terakru RM280
    Kt: kadar bayaran RM280

  561. Oh begitu, sekarang baru jelas, terima kasih banyak2 di atas bantuan dan komen2 yg cg kongsi bersama, sy jadikan komen2 cg tu sbg panduan dari awal tugasan lagi dan sebenarnya kalau dah faham mudah untuk melaksanakannya.

    Terima kasih sekali lagi, cg.

  562. azianhanimamat

    Salam Cgu,
    kesilapan prinsip yang mana? boleh jelaskan…terima kasih

  563. Cg Azian,
    Pastikan pelajar faham maksud kesilapan prinsip terlebih dahulu, kemudian baru mudah untuk pelajar kesan atau reka kesilapan tersebut. Contohnya : Lekapan direkodkan dalam Ak Lengkapan, Angkutan keluar direkodkan sebagai Angkutan masuk, beli mesin daftar tunai telah direkodkan sebagai Belian, ….. dan sebagainya

  564. salam..cikgu..saya masih tertunggu-tunggu u be member club u ni..dah banyak kali email tapi takde apa pun til hari ni..harap cikgu pertimbangkan ya

  565. Cg Irah,
    Sudah berkali2 email dihantar, kemungkinan termasuk dalam folder SPAM dalam email cikgu. Ataupun cuba gunakan alamat email yang lain.

  566. salam ckg…nak minta tolong sikit…saya nak tanya macam mana nak buat senarai pelarasan (tugasan Ting. 5 2011)…sekolah saya baru mula buat…jadi kalau boleh saya nak siapkan secepat mungkin(peperiksaan tak lama ja lagi)

  567. Husna,
    Contoh cadangan penulisan senarai pelarasan ada disediakan DIATAS untuk dimuat turun.

  568. salam Cikgu Narzuk,
    semasa penyediaan belanjawan tunai, sekiranya saya ambil item jumlah jualan sama ada dari BT ATAU dari penyata pendapatan?item yang diperlu bergantung kepada pelajar?

  569. Woo,
    Cadangan saya ambil Jualan daripada Penyata Pendapatan. Item2 anggaran penerimaan dan anggaran pembayaran boleh rujuk daripada Penyata Pendapatan serta tambah item2 yang dirasakan perlu mengikut perancangan jangka panjang pelajar.

  570. Cg,
    Stok akhir perlu tunjuk pelarasan tak?

    Dt Stok Akhir (KKK) – RM46,800
    Kt Stok Akhir (PP) – RM46,800

  571. Az,
    Tiada pelarasan untuk stok akhir.

  572. Salam. angkutan masuk dlm BT kena masuk dlm ak kawalan pemiutang?
    Baki b/b ak kawalan pemiutang rm 6980 ? tk

  573. Noor,
    Angkutan masuk dalam BT tidak perlu masuk dalam Ak Kawalan Pemiutang, kerana ianya urus niaga tunai… tidak melibatkan pemiutang. Sekirannya tiada pelarasan yang melibatkan Pemiutang…. baki akhirnya bukan 6980.

  574. Cg,
    Utk pembetulan kesilapan tertinggal catat:
    Kalau saya catat pinjaman 4% dan faedah atas pinjaman sebagai catatan tertinggal sbg satu catatan urusniaga, bolek tak.
    dan
    kesilapan prinsip pula:
    Belian mesin pencetak salah catat sebagai alat tulis?

    tolong bagi cdgan cikgu?

    Terima Kasih.

  575. Famira,
    Pada pandangan saya, BOLEH kerana memenuhi ciri2 kesilapan ketinggalan catatan dan kesilapan prinsip.

  576. Saya nak tanya tentang perisian k3 Foo. Kenapa dia minta password dan ada siapa tahu tak apa passwordnya. TK.

  577. Shah,
    Perisian tersebut hanya untuk kegunaan tahun lepas, tidak sesuai digunakan untuk tahun ini. Sila guna perisian yang telah ditambahbaik dan disediakan khas untuk kegunaan pengisian markah tahun ini.

  578. Cikgu Narzuki,
    bukankah item jualan dari penyata pendapatan termasuk jualan kredit?sedangakan belanjawan tunai bukan hanya minta item yg secara tunai?
    bagi maklumat tambahan (j), harga lori kena reka sendiri?terima kasih

  579. Woo,
    Pada pandangan saya,
    Jualan kredit biasanya diberikan tempoh sebulan, dan untuk SETAHUN sebahagian besarnya hutang akan dijelaskan semua.. Jadi sebagai ANGGARAN penerimaan daripada JUALAN untuk setahun bolehlah diambil jumlah tersebut.
    Oleh kerana niali lori tidak ditentukan dalam soalan, maka pelajar boleh tentukan sendiri harga lori tersebut.

  580. cg,
    ansuran loriperlukah ditambah dengan faedah?
    % faedah dan kos lori direka sendiri?
    tq

  581. Cff,
    Pada pandangan saya,
    Oleh kerana tidak disebutkan dalam soalan berkaitan faedah tersebut, maka terpulang kepada pelajar sama ada mahu wujudkan item faedah tersebut ataupun tidak. Jika dikenakan faedah tersebut, maka pelajar hendaklah nyatakan perkara tersebut serta tunjukkan pengiraan yang terlibat bagi setiap tahun.

  582. cg,
    sekiranya saya merancang utk membuat renovation pada bangunan premis perniagaan, adakah kos tsb akan menambah nilai pada bangunan @ sebagai belanja tahun semasa? apakah akaun yg terlibat?

  583. Cff,
    Dari segi rekod perakaunan, belanja tersebut boleh dikelaskan sebagai perbelanjaan modal yang mana akan menambahkan nilai bangunan tersebut. Manakala belanja2 seperti membaiki, penyelenggaraan, baru dikelaskan sebagai belanja pada tahun semasa.

  584. cikgu,dep0sit sewa, hasil @ liabiliti semasa??

  585. Mimi,
    Deposit sewa – Liabiliti Semasa.

  586. salam cikgu..
    mcm mane contoh cadangan nak naikkan prestasi perniagaan?

  587. Amra,
    Boleh rujuk perancangan dalam Belanjawan Tunai yang disediakan, contohnya usaha Promosi akan ditingkatkan 10% setiap tahun sebagai salah satu usaha memperkenalkan syarikat seterusnya meningkatkan hasil jualan serta menandingi pesaing2 dimasa hadapan.

    Secara umumnya, prestasi perniagaan boleh ditingkatkan dimasa hadapan dengan cara :
    1. tingkatan jumlah hasil
    2. kurangkan jumlah belanja

  588. salam cikgu,
    Item dalam bahagian penerimaan belanjawan tunai, adakah hanya jualan sahaja?

  589. Tan,
    lain2 hasil dalam penyata pendapatan juga boleh dijadikan penerimaan… atau tambah item lain seperti modal tambahan, pinjaman dll.

  590. Cikgu,

    Adakah kesilapan yang terdapat dalam Jurnal Am ialah, Ekuiti Pemilik yang ditulis sebagai ‘Modal’ ?

  591. Raiisya,
    Cuba semak apa itu Ekuiti Pemilik dan Modal ?

  592. salam cikkgu…
    deposit sewa tu liabiliti semasa @ liabiliti bukan semasa?
    deposit sewa msk x dlm penyata?? bahagian mana?

    baki b/b dlm belanjawan tunai bg tahun 2011 berape ek?
    temp0h utk belanjawan tunai tu,, sy start pd 1 jan 2011..btul ke??


  593. mimi:

    cikgu,dep0sit sewa, hasil @ liabiliti semasa??

    cikgu,,dep0sit sewa xperlu dimasukkan ke dlm penyata?
    knapa dep0sit sewa liabiliti semasa?,, dan bukan liabiliti bukan semasa..???

  594. Mimi,
    Deposit sewa – Liabiliti Semasa —> KKK.
    Ianya dikelaskan sebagi LS kerana sifatnya yang tidak tetap dan boleh dituntut pada bila2 masa.

    Belanjawan tunai : Baki awal tunai = tunai + bank pada 1/1/2011.

  595. ckgu,
    betol ke folio ni x wajib?

  596. Aminah,
    Ya, kerja kursus tidak wajib, cuma jika tidak buat hilang markah 20%. Manakala pelajar yang buat, dengan MUDAH berpeluang untuk dapat 20% sebelum menduduki Kertas 1 dan Kertas 2.

  597. hii…… cikgu saya pelajar smk staj …… saya tidak ketahuan bagai mana membuat projek pa ting5…………………. harap cikgu akan tolong saya

  598. Kerijah,
    Kerja kursus ini perlu dibuat dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru anda disekolah secara berperingkat2. Ianya adalah sebahagian daripada proses PnP dalam kelas. Pemberian markah adalah sepanjang tempoh penyediaan tugasan tersebut.

  599. azlinaabdullah

    Terima kasih cikgu,saya dah faham..maknanya skrg pinjaman 4% yg belum dibayar tu kite bole buat sbg ketinggalan catatan kan??

  600. Cg Azlina,
    Boleh, cuma perlu diingat bayaran balik Pinjaman dan Faedah atas pinjaman dibayar SERENTAK. Jika mahu dijadikan ketinggalan catatan, maka kedua2nya dikira ketinggalan catatan dan faedah atas pinjaman tersebut TIDAK boleh lagi dianggap sebagai item belanja terakru.

  601. Salam, cikgu. Saya salah seorang pelajar yang ambil kerja kursus PA ni. Saya dah buat sampai nisbah kecekapan keberuntungan & kecairan. Sekarang saya ene buat belanjawan tunai. Saya taberapa faham nak buat sebab modal diberikan pada tahun 2009 bukan 2011. Macam mane nak letak kat modal? Atau kita ambil baki b/b di buku tunai je?

  602. Nur,
    Tahniah Cg ucapkan.
    Cuba fahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan Belanjawan Tunai. Tujuan disediakan ? Bila ianya disediakan ? Apakah item2 yang terlibat ? Adakah Modal awal perniagaan perlu dibawa masuk ? …. Cadangan Cg, cuba lihat dahulu soalan2 berkaitan topik belanjawan tunai sebagai panduan.

  603. rosmahkamaruddin

    assalamualaikum…sy dan rakan agk kurang faham cara untuk melakukan pelarasan…boleh cikgu beri tahu contoh mana yang boleh yang rujuk dalam internet mahupun buku teks / buku rujukan????

  604. Waalaikumussalam.
    Sila layari blog Cikgu Sila (klik)

  605. salam.. saya kurang pasti, baki lejar bagi akaun hasil/belanja kita pindahkan ke untung rugi atau b/b?

  606. C.Ieza,
    Cadangan saya imbangkan dengan Baki h/b dan Baki b/b sahaja… …. pindah ke AUR itu sebenarnya sebahagian daripada Catatan Penutup yang dilakukan selepas Penyata Kewangan, di mana perlu menyediakan catatan penutupan dalam JA terlebih dahulu. Akaun2 hasil, belanja, Modal ,stok ditutup sebelum dipindahkan ke tempoh perakaunan berikutnya.
    Sekiranya akaun2 tersebut ditutup, maka baki sudah tiada – macam mana nak sediakan ID : iaitu senarai semua baki2 akaun dalam lejar.

  607. pinjaman(matang 2015) ltk bwh aset semasa ke?
    pinjaman 6% dan 4% dlm kkk ltk dkk ls/lbs?
    faedah atas pinjaman bwh pp dkt belanjakn?

  608. Yana,
    Pinjaman (matang 2015) = Pinjaman 6% —> Liabiliti Bukan Semasa
    Pinjaman 4% —-> Liabiliti Semasa
    Faedah atas pinjaman —> Belanja

  609. ASALAMUALAIKUM CIGKU, SORRY KLO MENGGANGU MLM2 NI, HUTANG RAGU, BELANJA AM TERAKRU, PROMOSI TERAKRU, GAJI TEDAHULU, DAN KOMISEN TERAKRU. TU X DE PAPE AMAUN KE DEKAT ID BIASA , N ID TERLARAS (ONLY ADA TAT id PELARASAN JE) SO KITA KENA MASUKAN APA YG ADA JE TAT ID TERLARAS untuk dijadikan pp n kk =)

  610. cikgu hutang ragu. belanja am terakru, promosi terakru, gaji terdahulu dan komisen TERAKRU mmng x de amaun tat debit n kredit (klo x de amaun, saya kena tambah sendiri ke) tat ID TERLARAS KE????
    hanya ada tat pelarasan je……
    bab saya ingin buat PP N KKK BERDASARKAN ID TERLARAS.

  611. N SAYA YG TANYA YANG PINJAMAN 6 % N 4% TU MASUK DLM KKK bawah mana yep LIABILITI BUKAN SEMASA KE???

    PINJAMAN MATANG (2015) ASET SEMASA KE?????

    KURNG FHM MAHU MASUKKANG DLM PP N KKK berdasrkan ID terlaras.

    n lastly HUTANG RAGU ada ke dlm pp or KKK????? or hanya ambik peruntukan hutang ragu berdasarkan ID TERLARAS JE

    MAU BIKIN PP N KK (PENING SIKIT ) HEHEHEHEH

  612. SOrry klo ngangu cikgu lagi, ni soalan last saya untuk ari ni, bab saya nk terus buat pp n kk. HUTANG RAGU TU (MMNG X YAH MSUK DLM PP N KK KE)????? WALAUPUN HR MMNG ADA DLM ID TERLARAS.. ?? SEBAB SAYA MAHU BUAT PP N KK BERDASARKAN ID TERLARAS

    (N PINJAMAN 4 % DAN 6%) (LETAK DI KKK DIBAWAH MANA?? LIABILITI BUKAN SEMASA KE)??????

    (PINJAMAN MATANG 2015) CIKGU SAYA KATA DI KKK DI BAWA ASET SEMASA KE

    HRP CIGU DPT MEMBANTU

  613. SO KESIMPULANNYA IALAH, HUTANG RAGU MMNG X DE DLM ID TERLARAS N PP N KK??????

    N PINJAMAN 6% N 4% LETAK TAT LBS DLM KKK KE??????

    N (PINJAMAN MATANG 2015) TU ASET SEMASA KE?????????

  614. Isyaa, Lala dan Bobby.
    Semua akaun yang ada dalam ID Terselaras akan dimasukkan dalam PP ataupun KKK, tiada yang terkecuali. Apa yang perlu dilakukan, cuba kenal pasti yang mana item Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik …. (KKK), Hasil dan Belanja …. (PP).


  615. Cg Narzuki:

    Mimi,
    Deposit sewa – Liabiliti Semasa —> KKK.
    Ianya dikelaskan sebagi LS kerana sifatnya yang tidak tetap dan boleh dituntut pada bila2 masa.
    Belanjawan tunai : Baki awal tunai = tunai + bank pada 1/1/2011.

    cikgu,, tunai+bank tu kna ambil di jurnal am ke??
    bukan di imbangan duga sblm plarasan??
    nilai penghutang tu,,kna ambil penghutang bersih ke??slps ditolak phr..?
    jumlah penghutang tu kna darab ngan 12 ke tak??

    terima kasih byk2 cikgu…=0

  616. Mimi,
    Pada pandangan Cg,
    Belanjawan tunai kita buat bermula 1/1/2011 untuk cukupkan setahun (2011), maka kita ambil baki awal pada tarikh tersebut. … Adakah penghutang perlu dimasukkan dalam Belanjawan Tunai ?

  617. salam.. jualan kredit dan belian kredit ambil kat kkk ke???

  618. Zara,
    Maklumat tersebut tiada dalam PP dan KKK… hanya boleh dirujuk dalam JJ dan JB.

  619. Cg,
    Selepas pelarasan,

    Apabila Akaun ditutup kena catat Baki h/b atau pindah ke AUR/AP/KKK???

    Tolong komen, TQ…

  620. Azmin,
    Cg cadangkan akaun diIMBANGkan dengan Baki h/b dan Baki b/b kemudian disenaraikan dalam ID Terselaras, seterusnya disediakan Penyata Kewangan.


  621. Cg Narzuki:

    Mimi,
    Pada pandangan Cg,
    Belanjawan tunai kita buat bermula 1/1/2011 untuk cukupkan setahun (2011), maka kita ambil baki awal pada tarikh tersebut. … Adakah penghutang perlu dimasukkan dalam Belanjawan Tunai ?

    ya cikgu..penghutang kna masukkan dlm belanjawan…sbbnya,, xkan ph tu tak bayar langsung dlm masa beberapa tahun tu….. tp,,sy tak sure laa.. bagi cikgu,,mcm mana????

  622. Mimi,
    Belanjawan tersebut disediakan untuk setahun, Penghutang ialah Aset Semasa di mana hutangnya akan diselesaikan dalam tempoh perakaunan tersebut. Jika ada item penghutang dalam belanjawan bermaksud hutang tahun lepas baru dijelaskan pada tahun ini (dah lebih setahun). Sekiranya masih ingin dimasukkan juga item penghutang, beberapa perkara perlu dikemukakan, seperti apakah tempoh kredit yang diamalkan (spt: tempoh kredit sebulan). Maka jumlah penerimaan daripada penghutang hanyalah merujuk kepada baki hutang pada bulan DISEMBER sahaja yang dibayar pada bulan JANUARI tahun berikutnya….. bukannya baki penghutang X 12. …. untuk tahun berikutnya juga perlu dianggarkan berapakan baki penghutang pada bulan DISEMBER yang akan dibayar pada bulan JANUARI tahun seterusnya. … Ianya agak merumikkan sedikit, Jadi adalah lebih mudah perniagaan menetapkan semua hutang (penghutang) perlu dikutip dalam tahun semasa.

  623. askm cikgu..
    berkenaan dengan catatan lejar selepas pelarasan, sekiranya kita tutup lejar tersebut dengan baki hb dan bb, bermakna dalam imbangan duga terselaras akan ada item terdahulu dan terakru..

    saya meminta pelajar saya membuat catatan dlm jurnal am, tutup akaun dengan memindahkan ke akaun u/r..adakah tindakan saya ni betul?

    minta pandangan cikgu..terima kasih.

  624. Annursufi,
    Kita ajar ikut Kitaran Perakaunan :
    — ID – Pelarasan – ID Terselaras – Penyata Kewangan – Catatanb Penutup.
    ID merupaka senarai SEMUA baki2 akaun yang wujud pada tarikh tersebut. Jika tiada baki / tiada dalam ID Terselaras, macam mana nak sediakan Penyata Kewangan ?

    Catatan Penutup dilakukan selepas Penyata Kewangan, akaun ditutup bukan untuk sediakan Penyata Kewangan tetapi untuk ditutup akaun tersebut supaya tiada berbaki / kemaskini akaun tersebut untuk dibawa ke tempoh perakaunan baru. Akaun2 yang terlibat dengan catatan penutup ini antaranya Akaun Hasil, Belanja, Stok, Modal, Ambilan, Untung Bersih. Dan untuk catatan penutupan tersebut terlebih dahulu perlu disediakan catatan penutupan dalam Jurnal Am.

    Untuk kerja kurus ini, kita buat sehingga Penyediaan Penyata Kewangan sahaja.

  625. Saya ingin bertanya jika saya anggap bayaran balik pinjaman sbg ketinggalan catatan, maka perlu tak faedah atas pinjaman juga turut dianggap sebagai ketinggalan catatan. Soalan kedua, bagaimanakah untuk menulis catatan pembalikan kadarbayaran terakru sebagai senarai pelarasan.

  626. Cg Shah,
    Oleh kerana bayaran tersebut dilakukan SERENTAK, jika mahu dijadikan sebagai Kesilapan ketinggalan catatan.. maka kedua2 perlu dianggap tertinggal.

    Pada saya, ianya merupakan item ketinggalan catatan – “Catatan pembalikan bagi Ak Kadar bayaran terakru pada 1/1/2011 tertinggal catat.” … atau seumpamanya.

  627. salam Cikgu Narzuki,
    piinjaman 4% bukan dikira sebagai liabiliti bukan semasa?kalau begitu, kkk tidak akan seimbang

  628. Cg,
    Apakah jumlah imbangan ID terselaras??

  629. Cly,
    Jumlahnya tidak sama bergantung kepada pelarasan2 yang telah dibuat.

  630. SALAM….
    Pinjaman (matang 2015) = Pinjaman 6% Liabiliti Bukan Semasa
    Pinjaman 4% — Liabiliti Semasa
    Faedah atas pinjaman — Belanja
    semua yg ada kat atas nih sy dh ltk dlm kkk…
    tetap x imbang..tp kenapa kwn saya dpt imbang ble pinjaman die ad satu je kat kkk…ay KELIRU!!!!!
    HELP ME CIKGU!!!!!

  631. SEMUA YG ADE KAT ATS NIH SY DH LTK KAT PP N KKK…

  632. Shahirah,
    Cuba semak catatan bergu bagi pelarasan yang dibuat, mungkin ada kesilapan disana.
    Bagaimana dengan belanja terakru, belanja terdahulu, dan hasil terakru adalah telah dimasukkan dalam KKK ?

  633. Cikgu,
    Dalam belanjawan tunai, katakan jika membeli kenderaan dengan harga RM12000 dan perlu di bayar dalam tempoh 12 bulan dengan faedah 10% setahun. ini bermakna jumlah perlu dibayar ialah (12000+1200=13200), Ini bermakna ansuran kenderaan ialah 13200/12= RM1100 setiap bulan. Dalam pembayaran belanjawan tunai bulanan bolehkah kita tulis ansuran kenderaan RM1100 setiap bulan atau asingkan prinsipal dengan faedah ialah ansuran kenderaan RM1000 setiap bulan dan ansuran faedah RM100 setiap bulan…Dalam SPM nanti perlukah diasingkan?

  634. Fatimah,
    Mesti ikut arahan soalan,
    “Peniaga bercadang untuk membeli sebuah lori pada 1 September 2012 dengan
    bayaran deposit sebanyak 10 % dari harga lori berkenaan. Ansuran akan bermula
    pada bulan Oktober 2012 dengan tempoh bayaran balik selama 5 tahun.”

    Jika harga lori RM12,000 … bayaran pendahuluan RM1,200, maka baki yang terhutang 12000-1200 = 10800 dan perlu dibayar secara ansuran selama 5 tahun (60 bulan)… jika mahu dikenakan faedah 10% setahun, maka faedah = 10% X10800 x 5 tahun =5400. Jumlah yang perlu dibayar = 10800+5400 = RM16200.
    Ansuran bulanan = 11880 / 60 = RM270 (pokok+faedah-dibayar SERENTAK : peringkat SPM rasanya tidak perlu diasingkan).

    Maka pada 2012
    Anggaran pembayaran : —- 2012———————–2013
    Pendahuluan lori ———–RM1200
    Ansuran lori —————-RM810 (3bln x 210) —- RM2520 (1thn)

    Cadangan saya : TIDAK perlu dikenakan FAEDAH atas ansuran tersebut – agak rumit untuk pelajar SPM memahami pengiraannya. Apa yang penting dalam tugasan ini, pelajar memahami konsep2 asas dalam penyediaan Belanjawan tunai sahaja.


  635. woo:

    salam Cikgu Narzuki,
    piinjaman 4% bukan dikira sebagai liabiliti bukan semasa?kalau begitu, kkk tidak akan seimbang

    woo,,bg pandangan sy,,klau pinjaman tidak lebih 5000, ianya akn jadi liabiliti semasa..klau lbih 5000,, ianya akn jadi liabiliti bukan semasa…pinjaman 4% tu tak lebih 5000 kan..???
    cikgu,macam mana?

  636. Mickey & Woo,

    Bagi menentukan Pinjaman dikelaskan sebagai LS atau LBS bukan dilihat pada nilainya tetapi pada TEMPOH MATANG.
    Pinjaman 6% — matang 2015 —> tempohnya MELEBIHI 1 tahun –> LBS
    Pinjaman 4% —-matang Mac2011 –> KURANG setahun –> Liabiliti Semasa.

  637. cgu law yg pelarasan 2 kne wat brape pratus???plizz,,kasi thu cikgu,..

  638. Kama,
    Sila baca komen2 dan perbincangan sebelum ini.

  639. mohon pendapat: untuk nisbah keberuntungan, jualan bersih ialah jualan -pulangan jualan-diskaun diberi, @ tolak pulangan jualan shj. nisbah ujian asid: aset semasa-stok akhir -belanja terdahulu? tq


  640. Cg Narzuki:

    Annursufi,
    Kita ajar ikut Kitaran Perakaunan :
    — ID – Pelarasan – ID Terselaras – Penyata Kewangan – Catatanb Penutup.
    ID merupaka senarai SEMUA baki2 akaun yang wujud pada tarikh tersebut. Jika tiada baki / tiada dalam ID Terselaras, macam mana nak sediakan Penyata Kewangan ?
    Catatan Penutup dilakukan selepas Penyata Kewangan, akaun ditutup bukan untuk sediakan Penyata Kewangan tetapi untuk ditutup akaun tersebut supaya tiada berbaki / kemaskini akaun tersebut untuk dibawa ke tempoh perakaunan baru. Akaun2 yang terlibat dengan catatan penutup ini antaranya Akaun Hasil, Belanja, Stok, Modal, Ambilan, Untung Bersih. Dan untuk catatan penutupan tersebut terlebih dahulu perlu disediakan catatan penutupan dalam Jurnal Am.
    Untuk kerja kurus ini, kita buat sehingga Penyediaan Penyata Kewangan sahaja.

    ok, saya dah faham..
    contohnya bagi belanja iklan terakru, catatan jurnal adalah:

    dt belanja iklan
    kt belanja iklan terakru

    kemudian kita pos ke lejar, tutup dgn baki hb dan bb..
    bermakna dlm ID terselaras, mmg ada butiran belanja iklan (dt) dan juga belanja iklan terakru (kt)?

    selepas tu baru la kita sediakan penyata kewangan, belanja iklan diletak bhg belnja dlm PP, manakala belanja iklan terakru diletak bhg liabiliti semasa dlm KK..

    minta kepastian cikgu, xmau la saya salah ajar kat pelajr2 nnt..

  641. Terima kasih cikgu

  642. Cikgu,
    Merujuk kepada jawapan cikgu kepada c.ieza (#606), apakah tarikh untuk Baki h/b Baki b/b? Jan 31 atau Feb 1? Jika hasil dan belanja, ambilan, stok, sepatutnya ditutup (cuma tidak diminta dalam tugasan), dan masih dibawa ke Feb 1, bukankah ini tiada logik? Apakah pendapat cikgu?

  643. Cg Martina,
    Sebagai perbandingan,
    Kes ini sama juga dengan penggunaan Tutup akaun hasil dan belanja ke AUR, di mana logiknya ?

    Sebelum pelarasan : Pada 31/1/2011 Ak Gaji ditutup dan dipindahkan ke AUR, maka tiada baki. (Bagaimana nak terangkan kepada pelajar konsep penyediaan ID ?)
    Kemudian terdapat maklumat menyatakan ianya perlu diselaraskan kerana ada Gaji Terakru ….. Bagaimana AK Gaji yang telah ditutup dan tiada berbaki itu perlu dibuka semula ? atau dipindahkan semula dari AUR ke Ak Gaji untuk dilakukan pelarasan ? kemudian ditutup semula dan dipindahkan kembali ke AUR ?

    Apa pula pendapat cikgu ?

    Jika menggunakan Baki, pelajar nampak lebih jelas… baki tersebut perlu diselaraskan terlebih dahulu kerana belum mengambilkira pelarasan gaji terakru, masalah tarikh tidak timbul kerana pelarasan dilakukan pada 31/1 bukannya pada 1/2… lagipun nilai pada 31/1 dan 1/2 adalah sama. Kemudian disediakan ID Terselaras – Penyata Kewangan.

    Begitu juga dengan Perisian Perakaunan, selepas semua Penyata Kewangan dan lain2 laporan dikeluarkan / dicetak, barulah dilakukan Catatan Penutupan di mana semua baki akaun2 tertentu dipindahkan ke tempoh perakaunan berikutnya.

  644. Cikgu,
    Bagi bahagian (c), catatan lejar memang tidak diakhirkan dengan penutupan akaun. Jadi, apa yang saya buat cuma mengimbangkan akaun dan membawa ke bawah SEMUA baki akaun pada 31 Jan.

    Kemudian dalam bahagian (f), selepas catatan pelarasan dalam lejar, saya bawa ke bawah baki akaun belanja, hasil, stok, ambilan, dan modal, pada JAN 31. Baki akaun lain seperti aset dan liabiliti pula dibawa ke bawah ke FEB 1.

    Oleh sebab catatan penutupan tidak diminta dalam tugasan, saya hanya (secara tak rasmi saya buatkan dalam bahagian (f) ) menutupkan semua akaun belanja, hasil, stok, dan ambilan pada Jan 31. Selepas itu akaun ini tidak ada baki dibawa ke bawah lagi ke Feb 1.

    Bagi akaun modal, saya hanya buat kemas kinikan untuk dibawa ke bawah ke Feb 1 dengan mengambil kira untung bersih sekali.

    Kesimpulannya, akaun belanja dan hasil sepatutnya tidak lagi berbaki kerana kita sudah pindahkan baki-baki ke Ak Pdgn atau Ak UR.

  645. Selamat pagi…

    Cikgu ada apa-apa cadangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan? Saya hanya dapat memikir tentang prestasi semasa kerana perlu merujuk kepada Penyata Kewangan…Tapi susahlah bagi jangka panjang tu…

    Kalau saya tanya murid yang ada mengambil subjek PERDAGANGAN, mungkinkah saya dapat maklumat dari situ kerana saya murid aliran sains, langsung tak tau selok-belok perniagaan…

    Terima kasih…

  646. salam cgu narzuki,
    saya musykil tentang tempoh masa untuk kita buat belanjawan tunai. Pada pendapat saya, tahun 2011 tu kita tak boleh kira setahun kerana kita dah mula perniagaan untuk bulan januari tu.sedangkan belanjawan adalah perancangn masa depan..tak boleh ambil kira perkara yang dah terjadi..macamana ye?

  647. Cg Nasfendi,
    Belanjawan untuk tahun 2011 yang disediakan juga merupakan anggaran / perancangan. Belanjawan hendaklah bermula dengan BAKI AWAL yang sebenarnya wujud, iaitu baki Tunai dan bank pada 1/1/2011.
    Kenapa tidak bermula dengan baki 1/2/2011 ?

    Perniagaan mula ditubuhkan pada 1 Januari 2009, ini bermaksud tempoh perakaunannya berakhir pada 31 Disember. setiap tahun. Setiap belanjawan hendaklah disediakan mengikut TEMPOH PERAKAUNAN tersebut iaitu 1 Jan – 31 Dis. …. barulah Belanjawan yang disediakan boleh digunakan untuk melakukan Analisis Varian, iaitu perbandingan Belanjawan dengan yang SEBENAR.


  648. zuraida:

    mohon pendapat: untuk nisbah keberuntungan, jualan bersih ialah jualan -pulangan jualan-diskaun diberi, @ tolak pulangan jualan shj. nisbah ujian asid: aset semasa-stok akhir -belanja terdahulu? tq

  649. Ai,
    Tafsiran Penyata Kewangan maksudnya berdasarkan data2 daripada penyata kewangan tersebut.. di mana :
    Jualan
    (-) Pulangan jualan
    (-) Diskaun diberi
    = JUALAN BERSIH

    Manakala, Nisbah Ujian Asid = (Aset semasa – Stok akhir) / Liabiliti semasa

  650. Cikgu,
    Apabila kita jawab bahagian (n), cadangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan, jawapan kita harus berdasarkan pada belanjawan tunai yang telah dibuat dalam (m) atau tafsiran nisbah dalam (l), atau penyata pendapatan bagi bulan berakhir 31/1/11 dalam (i)?

  651. Cg Martina,
    Pada pandangan saya, sebaik-baiknya pelajar menggunakan maklumat2 yang telah disediakan untuk tujuan perancangan tingkatkan prestasi perniagaan. Misalnya Analisis Nisbah dan Takfsiran Penyata Kewangan yang disediakan untuk SEBULAN boleh dijadikan asas untuk perancangan jangka pendek (SETAHUN) dan juga jangka panjang. Begitu juga dengan Belanjawan tunai untuk 4 tahun boleh digunakan untuk membantu pelajar membuat perancangan jangka panjang. Disamping strategi2 pengurusan dan pemasaran yang lain.

  652. Cg Narzuki,
    Adakah menjadi satu kesalahan jika pelajar menyediakan Akaun Tunai dan Akaun Bank dalam Lejar Am. Apakah butiran ynag perlu di tulis dalam Akaun Jualan dan seumpanya, yakni pelbagai atau nama Syarikat?

  653. Cg Shah,
    Buku Tunai merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang digabungkan dan ianya juga dikelaskan sebagai Lejar Am. Jadi pada pandangan saya, tidak perlu menyediakannya 2 kali. Kecualilah soalan mengemukakan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai, barulah Ak Tunai dan AK Bank perlu disediakan.

    Butir bagi Ak Jualan, Ak Belian, Ak Pulangan Jualan, Ak Pulangan Belian, AK Diskaun diberi dan Ak Diskaun diterima – di mana amaun JUMLAHnya yang diposkan ke Lejar, maka butirnya ialah PELBAGAI PENGHUTANG / PELBAGAI PEMIUTANG dan bukannya nama Syarikat. Ini kerana pengeposkan jumlah2 tersebut dilakukan pada akhir bulan dan mewakili semua penghutang /pemiutang yang ada.

  654. Cikgu,
    Saya hendak bertanya bagi bahagian pelarasan adakah saya perlu membuka akaun “T” di samping menumjuk perubahan dari segi debit and kredit. Terima kasih atas bantuan cikgu.

  655. Rupani,
    Setelah buat senarai pelarasan, sediakan JA bagi catatan pelarasan tersebut kemudian poskan ke lejar bagi akaun2 yang berkaitan. Imbangkan akaun2 tersebut dan sediakan ID Terselaras.

  656. Cikgu,
    bagi belanja terakru saya buat: gaji terakru dann faedah atas pinjaman 4% teraru
    belanja terdahulu: insurans terdahulu dan hasil terakru: sewa diterima terakru

  657. selamat pagi cikgu,
    saya hendak bertanya boleh tak bagi ketinggalan catatan, saya buat kadar bayaran terakru dan kadar bayaran( tida perubahan dalam BT)

    kesalahan prinsip: angkutan masuk 450( termasuk dalam angkutan keluar 200)

  658. Rupani, selamat pagi,
    Boleh dan semua pelarasan tersebut adalah sesuai digunakan.

  659. cikgu
    saya hendak bertanya bagi PHR sebulan atau setahun dan Akaun U/R dan kkk satu bulan atau 1 tahun?
    Ribuan terima kasih

  660. Cikgu,
    bagi kesilapan prisip saya hendak buat angkutan masuk dan angkutan keluar tetapi saya baru sedar bahawa yang akaun lekapan ialah kesilapan prinsip. oleh itu, haruskah saya perlu membuat satu lagi kesilapan prinsip dan adakah saya perlu membuat SN bagi lekapan?

  661. salam cgu narzuki,
    utk kesilapan ketinggalan catatan adakah ketinggalan 1 catatan shj atau ketinggalan 1 urusniaga? sekiranya ketinggalan 1 catatan bermakna tidak perlu direkod pd jurnal am….mohon pandangan cgu…terima kasih..

  662. Cgu Sue,
    Rujuk kepada kesilapan tidak ketara, iaitu kesilapan ketinggalan 1 urusniaga.

  663. cikgu,
    saya hendak bertanya adakanh jawapan bagi akaun kawalan pemiutang ialah RM6330?

  664. Rupani,
    PHR berdasarkan % atas Baki Penghutang pada 31/1/2011 bukannya mengikut tahun/bulan.
    Arahan soalan hanya minta 1 sahaja kesilapan prinsip, sekiranya buat lebih tiada masalah. Cuma berhati2 dengan pengiraan susut nilai lengkapan nanti, kenal pasti berapa baki lengkapan yang perlu disusutnilaikan.
    Baki Ak Kawalan Pemiutang RM6330.

  665. Assalamualaikum cgu narzuki,
    bolehkah di dalam belanjawan tunai bahagian penerimaan, kita letakkan item jualan tunai (dgn mengambil jumlah jualan tunai dlm buku tunai x 12 bln) dan penerimaan dari penghutang (dgn mengambil jumlah penerimaan dari penghutang dalam buku tunai x 12)?

  666. Mazamir,
    Pada saya, ianya kurang sesuai …. Sila rujuk komen sebelum ini berkaitan item penghutang dalam Belanjawan tunai.

  667. salam tuan…
    pertanyaan? adakah akaun kadar bayaran terakru boleh disatukan dengan akaun kadar bayaran? sebab kedua2nya ada lejar masing2.

  668. Rozaimanz,
    Tidak boleh disatukan begitu sahaja…. Sila rujuk catatan pembalikan yang dibincangkan sebelum ini.

  669. sy dah masukkan smue uh..tz cikgu..nt sy tgk balik…

  670. Salam Cg Narzuki,
    UPAH PEMBANTU KEDAI…. nak masuk mana belanja ni? Adakah sebagai kos belian atau lain-lain belanja?

  671. Hang Tuah,
    Upah pembantu kedai …. dikelaskan sebagai BELANJA LAIN, bukannya kos belian.

  672. hasnirosmahidi

    salam cikgu,
    logik dak kalau dpt KPGS 0.61 kali?????? kenapa lambat sangat stok bergerak?? kalau dalam hari jadi 598 hari, lamanya barang nak keluar kedai. tolong jelaskan. jadi kerja kusus bhg (f) nak jawab macamana?

  673. Hasnirosmahidi,
    KPGS yang dikira adalah untuk SEBULAN.. maka 0.61 kali dalam sebulan, lebih kurang sebulan lebih baru stok baru ditukar ganti….. ada logiknya.
    (f) catatan pelarasan dalam JURNAL AM dan poskan ke lejar bagi akaun2 yang terlibat.

  674. cikgu saya hendak bertanya komputer direkodkan sebagai akun komputer ataupun alakun alatan pejabat. sekiranya komputer drekodkan sebagai akaun alatan pejabat, adakah akaun ini perlu ke kkk sbg ABS

  675. Rupani,
    Komputer boleh direkodkan dalam Ak Komputer ataupun Ak Alatan Pejabat bergantung kepada amalan perniagaan. Oleh kerana ianya adalah ABS, maka sudah semestinya direkodkan ke KKK.

  676. Salam, bagai mana kriteria penilaian untuk Belanjawan tunai? Saya tidak dapat mengesan kriteria penilaian untuk elemen tersebut.

    Berapakah bilangan item tambahan untuk menyediakan belanjawan tunai selain mengambil kira maklumat dalam BT dan Penyata Kewangan yang telah disediakan?
    terima kasih cikgu

  677. Noor Hayati,
    Memang tiada kriteria penilaian bagi Belanjawan Tunai. Dan tiada ditetapkan bilangan item tambahan yang diperlukan, cuma pastikan ketiga2 maklumat (j), (h) dan (i) dimasukkan dalam belanjawan tunai tersebut.

  678. Cikgu… Bagaimana buat peruntukan hutang ragu??

    Kenapa hendak guna 3%
    dan 3% itu untuk apa?

  679. Xiah,
    Cg cadangkan fahami dahulu apa itu Peruntukan Hutang Ragu … pengiraan PHR, 2 akaun yang terlibat dengan pelarasan tersebut, klasifikasi akaun2 tersebut. … sila rujuk buku teks m/s 238.

  680. Assalamulalaikum,
    Dlm mrngira nisbah pulangan atas modal, modal awal tu rm 60000 atau 217 600? T kasih

  681. Noor,
    Pada pandangan saya,
    Analisis nisbah dan tafsiran keatas penyata kewangan berakhir 31/1/2011. Modal awal hendaklah dirujuk pada Ekuiti Pemilik dalam KKK.

  682. cikgu,
    saya harus buat satu pembetulan kesilatan bagi kesilapan prinsip dan catatan ataupun lebih?

  683. Rupani,
    Pada Cg, memadai 1 kesilapan prinsip dan 1 kesilapan ketinggalan catatan.

  684. cg narzuki…
    sy ada 1 kemusykilan, sekiranya lengkapan (membawa masuk 2 kipas RM720) dikatakan sebagai kesilapan prinsip dan perlu direkod sebagai lekapan, bagaimana dengan susutnilai lengkapan?adakah sy perlu rekod susutnilai lengkapan RM101.25 [(15000-2850)x10%x1/12] atau RM107.25 (jika dihitung RM15000 dan RM720) seperti yang cikgu sila kira
    ?ataupun sy perlu andaikan kipas itu sebagai lengkapan?

    Jumlah yg mana patut sy gunakan?tq

  685. cg narzuki,
    jika sy andaikan membawa masuk kipas sebagai lekapan, adakah sy perlu wujudkan susutnilai untuk lekapan?

    dalam soalan x diberikan kadar susutnilai lekapan.boleh x sy andaikan ada ketinggalan catatan?
    tq 🙂

  686. cg narzuki,

    sy kira PHR dapat pengurangan RM44.50,maknanya sy perlu rekod RM44.50 sebagai hasil( U/R) dan RM325.5 (kkk)…

    betul x?

  687. harap cikgu narzuki dapat bantu sebab sy dh buat smpai pelarasan,tapi bila baca komen sy jd confius dengan jawapan sy…

    laman web ini byk membantu…selamat berjaya

  688. Izalia,
    SN dikira berdasarkan BAKI AKHIR Lengkapan. Sekiranya kipas diselaraskan sebagai Lekapan, maka Lengkapan yang perlu disusutnilaikan ialah RM15000. Kehendak soalan aset yang perlu disusutnilaikan ialan Kenderaan dan Lengkapan, manakala bagi tujuan kerja kursus terserah kepada anda : Lekapan hendak disusutnilaikan sekarang atau pada akhir tempoh perakaunan (31/12/2011) nanti.

    Pelarasan susut nilai lekapan tersebut tidak sesuai dijadikan ketinggalan catatan.

    Ya, betul. Pengurangan PHR —-> Hasil, PHR ——-> Aset Semasa.

  689. salam ckgu…

    saya dah buat smua pelarasan..
    namun dalam ID bg pelarasan saya masih tdak seimbang..
    bhagian kdt saya trlebih rm20 dr jmlah bhgian debit..
    apa yang saya harus lakukan..

  690. Farhana,
    Cuba semak kembali:
    1. pengeposkan JA pelarasan ke Lejar.
    2. Pengiraan baki akhir
    3. pindahan baki lejar ke ID Terselaras.
    4. Pengiraan jumlah Dt dan Kt dalam IDT.

  691. Cikgu,
    S1: saya sudah memenuhi segala kriteria yang ditanya dalam soalan bahagian terakru, terdahulu dam etc, perlukan saya juga membetulkan kesilapan yang lain sekolah spt bayaran balik pinjaman 4% dan kipas sepatutnya masuk direkodkan dalam ke akaun lekapan.

    S2: utk bahagian nisbah adakah saya dikehendaki membuat semua nisbah yang terdapat pada setiap kategori ataupun satu nisbah mencukupi utk setiap kategori nisbah.

    Ribuan terima kasih

  692. Rupani,
    Pandangan Cg,
    1. Memadai memenuhi item2 pelarasan yang diminta dalam soalan sahaja. Walau bagaimanapun jika buat lebih tiada masalah, asalkan BETUL.
    2. SEMUA analisis nisbah yang ada bagi setiap kategori.

  693. Terima Kasih cikgu

  694. akum cikgu… saya nak tanya dalam buku tunai, pembayaran faedah atas pinjaman adalah untuk pembayaran faedah pinjaman yang mana satu? bukankah perlu ada dua akaun untuk faedah atas pinjaman satu untuk pinjaman 4% dan satu lagi 6%? atau bolehkan ia digabungkan?

  695. Nizasyarina,
    Faedah atas pinjaman dibayar SERENTAK dengan bayaran balik PINJAMAN, bayaran dalam BT merujuk kepada Pinjaman 6%, maka faedah tersebut juga merujuk kepada pinjaman 6%.. jika dibuat pengiraan pun akan dapat jumlah tersebut. Akaun tersebut boleh digabungkan dan boleh juga diasingkan, memandangkan dalam BT tidak mengasingkan faedah tersebut, maka cadangan saya kita gabungkan sahaja.

  696. assalam cikgu…
    saya ada sedikit pertanyaan berkenaan dengan kesilapan ketinggalan catatan.
    cth, byrn balik pinjaman 4% tertinggal catat RM 1 000.

    1. adakah betul catatan dlm jurnal iaitu dt ak pinjaman RM 1 000, kt ak. bank RM 1 000.
    2. untuk catatan di lejar perlukah kita buka akaun T iaitu akaun bank @ kita tunjukkan saja baki bank dalam buku tunai

    harap diberi penjelasan.TQ….

  697. Man, waalaikumussalam.
    Bayaran balik pinjaman dan faedah atas pinjaman dibayar serentak, tidak boleh terpisah. Jika bayaran balik ingin dijadikan ketinggalan catatan maka faedah atas pinjaman juga ketinggalan catatan, maka catatannya :
    Dt: Pinjaman 4%————1000
    Dt: Faedah atas pinjaman —40
    Kt: Bank ——————————1040

    Berkaitan dengan Lejar pelarasan…. apa yang penting pelajar faham AKAUN mana yang diselaraskan, adakah Akaun Baru atau Akaun yang sedia ada ?
    Pada saya jika pelajar buka AKAUN BANK … seolah2 wujudnya akaun baru, bukannya diselaraskan pada BT yang sedia ada.

  698. adakah salah jika saya tidak mengambil butir gaji terakru rm200 sebagai pelarasan kerana gaji minimum ialah RM1200.dan soalan ke dua adakah salah jika saya tidak mengambil butir bayaran balik pinjaman 4% berserta faedahnya sebagai belanja terakru

  699. Noor,
    Pada pandangan Cg,
    Bagi tujuan kerja kursus ini adalah tidak salah, kerana kriteria yang dinilai adalah pelajar berkeupayaan menyediakan semua pelarasan mengikut kategori yang ditetapkan dalam soalan, merekodkan dalam Jurnal Am seterusnya merekodkan semua pelarasan ke dalam akaun yang berkaitan dengan tepat.

    Laghipun ianya bukan soalan KAJIAN KES di mana pelajar terpaksa menganalisas setaip maklumat yang diberikan dan mengesan pelarasan2 yang sepatutnya dilakukan. Keupayaan anda mengesan pelarasan yang sepatutnya dilakukan menunjukkan anda sudah faham dan menguasai kemahiran pelarasan tersebut.

  700. cikgu,
    saya hendak bertanya berkenaan dengan belanjawan tunai?
    1. seluruh belanjawan tunai merupakan hanya anggaran sahaja?

    2. bagaimanakah hendak anggarkan penrimaan – jualan, komisen dan pembayaran-insurans, belian, pembelian kederaan. Ccthnya jualan mieningkat 10% setiap tahun, komisen meningkat 5% setiap tahun, belian meningkat 15% dan belanja ma meningkat 2% setiap thn.

    3. gaji dinaiikkan ikut peratus, cthnya gaji meningkat 20% setiap thn?

    4.

  701. cikgu,

    berkenaan dengan komputer pembayaran up grade komputer adalah 50% dari kos komputer
    (2800×50/100=1400).

    Adakah harga bagi komputer sekarang ialah rm 4200, dan thn keempat adakah kos up grade adalah 50% drpd 2800 ataupunn 4200?

  702. Rupani,
    1. Semua Item Penerimaan dan Pembayaran merupakan anggaran/jangkaan semata2, KECUALI BAKI AWAL mesti merujuk kepada baki tunai SEBENAR.

    2. Jangkaan peningkatan / pengurangan perlulah dinyatakan terlebih dahulu dalam satu senarai nota / catatan kepada Belanjawan, kemudian tunjukkan kesan peningkatkan/penurunan dalam Belanjawan tersebut.

    3. Kadar kenaikan gaji bergantung kepada LOKASI/ALAMAT perniagaan dalam PROFAIL PERNIAGAAN, di bandar, luar bandar atau pendalaman.

    4. “…. sebanyak 50% dari KOS KOMPUTER.” Pada Cg, nilai KOS merujuk kepada RM2800 (Kos Sejarah), … “up grade” komputer selepas 2 TAHUN merupakan belanja penyelenggaraan, bukannya perbelanjaan modal yang akan meningkatkan nilai kos komputer tersebut. Kecualilah “up grade” dilakukan SEMASA komputer tersebut baru dibeli.

  703. assalamualaikum…ckgu,,sy rasa xsmpt nk siapkan kje kusus akaun t5 dgn tarikh yg di tetapkn… sbb sy msh pening…lps itu byk pula prubahan yg dlakukan…sy mnta spaya panjangkn msa utk siapkn kje ini

  704. Ira, waalaikumussalam.
    Kerja kursus ini merupakan sebahagain daripada proses PnP, di mana guru akan mengajar, membantu dan membimbing pelajar menyiapkan secara berperingkat2 mengikut cadangan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LPM. Tujuan kerja kursus adalah supaya pelajar betul2 memahami dan menguasai kemahiran2 yang terlibat dalam tugasan tersebut.

  705. cikgu,

    1. jualan tunai atau jualan kredit masuk dalam belanjawan tunai?

    2. sekiranya jualan ialah 165000, ( 100000 akan masuk ke belanjawan tunai manakala 65000 akan bermasuk ke akauun penghutang ke?) ini bermasud penghutang akan meningkat setiap tahun?

  706. Assalamualaikum, dalam bahagian akhir tugasan, kita perlu beri cadangan untuk pertingkatkan prestasi perniagaan. Apakah perkara yg perlu kita fokus? Adaakh kita perlu bincang mcm buat SWOT analysis? Tkasih

  707. cikgu,
    sekiranya pelarasan susutnilai, PHR, gaji terakru, faedah atas pinjaman terakru, insurans terdahulu dan kadarbayaran terakru semuanya dibincang oleh saya dengan anak murid. Kemudian murid dikehendaki buat sendiri 2 pelarasan terakru, 1 bel terdahulu ,1 hasil terakru,dan 2 pembetulan kesilapan. Jadi pelajar akan mempunyai 13 pelarasan. Pelajar saya dapat membuat ini. Mereka pelajar cemerlang. Bolehkah ini diterima? Harap dapat membantu.

  708. Jothee,
    Pada pandangan saya,
    Orang yang membuat penilaian adalah guru sekolah, matlamat kerja kursus ialah pelajar memahami, menguasai kemahiran2 tertentu dan berkeupayaan menyediakannya dengan betul berdasarkan kriteria2 bagi setiap elemen yang ditetapkan.

    Kenapa tidak boleh diterima, jika pelajar dapat menerangkan dengan baik apa yang telah mereka lakukan, berkeupayaan menerangkan pelarasan yang disediakan, bagaimana catatan pelarasannya dilakukan termasuk pengiraannya, pengeposanya ke lejar yang terlibat … sehinggalah kepada perancangan peningkatan prestasi perniagaan dan rumusan.
    Kita bukan sekadar nak menilai kemampuan pelajar melalui tugasan tersebut tetapi memastikan mereka menguasainya dengan baik.

  709. cikgu, bagi pelarasan, perlukah kita buka semula lejar baru atau terus lakukan pelarasan dalam lejar am yang telah disediakan sebelum pelarasan…

  710. Edwin,
    Cadangan Cg,
    Jangan diusik Lejar yang disediakan sebelum pelarasan, untuk tujuan penyediaan lejar pelarasan hanya tunjukkan akaun2 yang terlibat dengan pelarasan sahaja, salin semula akaun yang telah ada wujud dan buka akaun baru bagi yang belum ada (tentukan no rujukannya LAxx, bagi setiap akaun baru). Kemudian tunjukkan kesan merekod pelarasan dalam akaun2 tersebut.

  711. azlinaabdullah

    Terima kasih ckgu kerana banyak membantu…

    untuk rumusan,mcmana kita nak buat? kalau ting. 4 ia mementingkan kepada konsep, prinsip dan asas perakaunan. ting. 5 pulak, kite nak tekankan kepada apa?tq,cikgu…

  712. Cg Azlina,
    Tiada sebarang panduan mengenai Rumusan yang diberikan,…. Pada saya, elok juga jika digunakan kriteria seperti tugasan tingkatan 4 tahun lepas, supaya nampak ada kesinambungannya.

  713. salam Cikgu Narzuki,
    semasa menyediakan belanjawan tunai, baki awal pada tahun 2011 ambil baki bank dan tunai?adakah perlu darab 12bulan?
    bagi bahagian (N) iaitu mengemukakan cadangan untk meningkatkan prestasi, beri komen berdasarkan belanjawan tunai?harap Cikgu boleh beri sedikit pandangan..
    terima kasih

  714. Woo,
    Apa maksud BAKI AWAL ? Kenapa nak X 12 ?
    Baki tunai merujuk kepada tunai di tangan (TUNAI) dan tunai di Bank (BANK)

    Cadangan Cg,
    Rancangan jangka pendek – boleh rujuk analisis niabah
    Rancangan jangka panjang – boleh rujuk belanjawan tunai.
    Contoh :
    Perniagaan merancang untuk tingkatkan 10% PROMOSI pada setiap tahun.
    – Apa tujuanya ?
    – Apa kesan/kebaikkan kepada perniagaan ?

  715. sy nk tanya pelarasan bg item belanja terdahulu dan item hasil terakru angka pelajar letak sendiri ke ataupun ada rujukan pada soalan jadi bila kita tengok akan dapat tahu ini item terakru atau terdahulu. tq

  716. Su koop,
    Ada yang boleh dirujuk kepada maklumat2 yang sedia ada (kemahiran analisis), dan ada juga yang perlu direka sendiri oleh pelajar.

  717. cg,
    salam.
    menurut catatan dalam soalan, hanya 1 orang pekerja sahaja diambil, namun, pembayaran BT menunjukkan 2 orang diambil iaitu 1 yang dibayar gaji dan 1 lagi yang dibayar upah. sekiranya tiada pelarasan tsb dibuat , maka dalam profil perniagaan nanti, adakah kita tulis sbg 2 orang pekerja ? tapi macam pula bercanggah dengan pernyataan soalan……
    satu lagi adakah upah pekerja adalah tidak tetap seperti pekerja gaji, jadi perlukah pelarasan upah untuk belanjawan? tq

  718. Cff,
    Pada pandangan saya, dalam soalan menyatakan menggaji seorang pekerja tetap dan tidak disebut pula pekerja2 sambilan seperti pembantu kedai yang dibayar upah. Rasanya tiada masalah jika dinyatakan dalam profail perniagaan : Bilangan pekerja : 1-Pekerja tetap, 1-Pembantu kedai sambilan.

    Belanjawan bergantung kepada perancangan pelajar, sama ada akan menambahkan bilangan pembantu kedai dimasa akan datang ataupun menambahkan bilangan pekerja tetap atau sebagainya.

  719. Cikgu,

    saya hendak bertanya bagi nisbah ujian asid, haruskah aset semasa tolak dengan stok akhir dan belanja terdahulu?

    Terima kasih

  720. Rupani,
    Aset Semasa – Stok Akhir sahaja.

  721. Cikgu,

    Saya agak keliru. Dalam belanjawan tunai, patutkah berlaku peningkatan gaji sebanyak 20% bagi SETIAP tahun atau adakah ini patut berlaku pada tahun kedua sahaja?

    Terima kasih.

  722. Maaf cikgu. Saya ada satu soalan lagi. Adakah analisis varian harus dibuat dalam belanjawan tunai bagi keempat-empat tahun?
    Terima kasih.

  723. Rupani,
    Pada kebiasaannya kenaikkan gaji dilakukan setiap tahun.

    Analisis Varian tidak perlu dilakukan, kerana belanjawan tersebut untuk 4 tahun kehadapan …. macam mana nak bandingkan / lakukan analisis varian kerana nilai sebenar belum wujud lagi.

  724. salam, sy nak tanya adakah imbagan duga akan imbang slaps pelaras dilakukan

  725. Mira,
    Kita buat secara berperingkat2… dari BCP –> Lejar –> ID (imbang) –> Pelarasan –> ID Terselaras (imbang) –> Penyata Kewangan.

  726. Terima kasih cikgu.

  727. cikgu,
    saya hendak tana bagi nisbah tempoh pembayaran hutang adakah belian kredit pelu tolak dengan diskaun diterima dan pulangan jualan.

    terima kasih.

  728. Rupani,
    Ada 2 pendapat mengenainya, sama ada analisis secara umum, atau secara lebih terperinci.
    1. Umum : Jualan kredit –> ambil daripada Jurnal Jualan sahaja.
    2. Terperinci : Jualan kredit sebenar –> ambil daripada Jurnal Jualan – Jurnal Pulangan Jualan
    # tetapi Diskaun diberi tidak terlibat.

  729. Terima kasih, cikgu.

  730. assalamualaikum cikgu..saya mahu bertanya mengenai kerja kursus T5…tugasan pertama sy sudah lakukan sehingga mendapat imbang dalam imbangan duga..menjadi masalah kepada saya skrg ini ialah bahagian pelarasan…saya kurang faham cara untuk membuatnya..tq..

  731. Haniza, waalaikumussalam.
    Sila baca komen2 diatas, serta layari Blog Cikgu Sila (klik) berhubung perkara tersebut.

  732. Akhirnya projek ini siap juga…Terima kasih Cikgu atas nasihat dan pendapat mengenai keliruan saya…

  733. Oliver,
    Tahniah Cg ucapkan kerana dapat disiapkan dalam jangka masa yang singkat.

  734. cg, utk pelarasan. saya buat kesilapan prinsip adalah lengkapan kpd lekapan. Persoalannya ialah apabila menentukan susutnilai.
    adakah kita perlu ambil kira BSN lengkapan yg termasuk pelarasan lekapan (rm15000x10%x1/12 + rm720x10%x1/12)?

    tolong cg…very confusing…

  735. Anne,

    Merujuk kepada kes anda.
    SN Lengkapan dikira berdasarkan BAKI AKHIR AK Lengkapan pada 31/1/2011, iaitu :
    SN= RM15000 x 10% x 1/12

  736. salam cgu narzuki,
    sy ingin minta pendapat cgu mengenai belanjawan tunai..adakah utk item penerimaan dan pembayaran perlu kita wujudkan maklumat tambahan bagi menunjukkan ada peningkatan atau pengurangan jumlah spt cth jualan tunai meningkat 10% utk setiap thn…..
    minta pandangan cgu….terima kasih…

  737. Cgu Sue,
    Pada pandangan saya, sebaik2 nya pelajar kemukakan catatan / nota tentang pertambahan/pengurangan setiap item tersebut. Supaya pelajar jelas dengan apa yang meraka buat serta memudahkan guru membuat semakan.

  738. salam cikgu.

    sy ada beberapa kemusykilan utk brtanye kpd ckgu. disebabkan kunci kira2 sy msih blum imbang, sy mhu tanye adkah item2 yg sy msukkan btul.

    deposit sewa – liabiliti semasa
    pinjaman 4% – lbs
    pinjaman 6% – lbs
    sewa ruang niaga – hasil
    faedah ats pnjaman – blnja
    komisen diterima terakru – ls
    faedah pnjaman 4% terakru – ls
    faedah pnjaman 4% – blnja

    sy hrp ckgu dpt bantu sy. terima ksih banyk2 cikgu. 🙂

  739. Hahazirah

    Yang lain betul kecuali :
    1. Pinjaman 4% — LS
    2. Komisen diterima terakru — AS

  740. salam Cikgu,
    adakah tempoh kutipan penghutang diubahk kepada 31 hari atau masih menggunakan 365 hari?
    terima kasih,

  741. Woo,

    Cadangan saya, 31 hari kerana nilai penghutang dan jualan kredit yang digunakan adalah nilai untuk sebulan.

  742. askum cikgu,
    saya ada bbrpa soalan.

    1. apakah tajuk untuk ID terselaras dan tarikhnya? betul ke jika ditulis “ID terselaras pada 31 Jan 2011”
    2. Adakah baki dt dan kt ID terselaras = baki dt dan kt ID sebelum pelarasan

    TQ….

  743. Man, Waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    1. Tajuk bagi ID ialah ID pada 31/1/2011 sahaja. Walau bagaimanapun tajuk ID Terselaras pada 31/1/2011 juga boleh diterima bagi membezakan antara kedua2nya.
    2. Bakinya TIDAK SAMA.

  744. cg narzuki,

    sy nak tanya tentang wajaran setiap aspek, wajaran tidak dinyatakan dalam soalan ….tq

  745. Tnj4055,

    Sila rujuk Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011.

  746. cikgu,boleh tunjukkan semua butir-butir yang ada pada imbangan duga serta kredit atau debit.

  747. Fatin,
    Butir2nya ialah semua akaun2 yang wujud dalam lejar yang disediakan termasuklah Tunai dan Bank daripada Buku Tunai.

  748. salam cg,
    Bolehkah dapat idea cara menulis bahagian rumusan?Apakah item perlu dinyatakan dalam rumusan?

    TQ………

  749. Tan,
    Cadangan saya, kita ikut kriteria Rumusan dalam Projek Tingkatan 4.

  750. cikgu,

    Jika saya membuat pelarasan ke ats lengkapan iaitu kemasukan 2 kipas RM 720 sbg kesilapan prinsip dan patut direkod sbg lekapan.

    B/m pula dgn pengiraan SN lengkapan.
    SN lengkapan dikira berdasarkan kos asal ( RM 15 000 ) @ RM 15 720

    hrp dibantu….

  751. Man,

    SN dikira atas BAKI AKHIR Ak Lengkapan tersebut RM15,000, iaitu selepas mengambilkira pelarasan yang dilakukan.

  752. Salam sejahtera ,saya guru dari Pahang.
    Saya ingin tanya Cikgu Narzuki tentang :

    1) maklumat (harga) yang diambil kira dalam penyediaan tugasan pelarasan adalah selaras dalam seluruh Malaysia keh?

    2)Cikgu ada contoh kerja khusus tingkatan 5 tak? Saya ingin mempunyai satu contoh sebagai bantuan saya mengajar pelajar saya.

    Terima kasih …

  753. WoonSoonTat,

    1. Ada nilai pelarasan yang sama dan ada yang bergantung kepada nilai yang ditetapkan pelajar.
    2. Ada contohnya, tetapi saya tidak akan edarkan disini, nanti disalahgunakan oleh pelajar. Sila baca komen/perbincangan sebelum ini sebagai panduan.

  754. Bagaimana nak kira faedah atas pinjaman?
    apa formatnya?

  755. Xiah,

    Faedah atas pinjaman = Kadar faedah % X Jumlah Pinjaman …. untuk setahun.
    Jika untuk sebulan darabkan dengan 1/12.

  756. ID sebelum pelarasan rm330 826 betul ke? ada ckgu lain tnya tp cikgu belum jawab jd sy nak tau

  757. Su koop,

    ID Sebelum pelarasan = RM331106

  758. ok tk apa sy dapat ID sebelum pelarasan rm331 106 ada dah soalan di atas dan ckgu kata ok

  759. cikgu saya keliru la , kenapa ada sesetengah jawapan RM 331 106 dan RM 330 826 , apa beza jawapan antara kedua2 ni?

  760. Syukran,
    Jawapan tersebut berbeza, disebabkan pelajar lakukan catatan pembalikan kepada Ak Kadar Bayaran Terakru pada 1/1/2011 … TANPA merujuk kepada BCP (iaitu Jurnal Am).

    Secara prinsipnya setiap catatan dalam Lejar MESTI merujuk kepada SUMBER, iaitu catatan dalam BCP terlebih dahulu… jika tiada dalam BCP maka tidak boleh dibuat sebarang catatan dalam Lejar… termasuklah catatan pembalikan dan juga catatan penutup.

  761. so, apabila saya nak buat pelarasan , saya kena ikut imbangan duga rm331 106 , atau rm 330 826?? ataupun kedua2 nya sekali boleh ??

  762. Syukran,
    Cadangan Cg, guna yang RM331106 iaitu hasil pengeposan BCP yang diberikan dalam soalan ke Lejar. Kemudian baru dilakukan pelarasan.

  763. cg,
    sy ingin bertanya adakah sy silap catat, dalam jurnal am sy begini:
    Kt. Belanja Am
    Dt. Belanja Am terdahulu

    apabila sy ingin merekodkan ke dalam imbangan duga selepas pelarasan, sy kena ikut yg lejar punya kan? tetapi dalam imbangan duga sebelum pelarasan, amaun belanja am ada di sebelah debit adakah sy silap catat dalam jurnal ?

  764. Maemae,

    Catatan dalam JA didahului dengan debit – kredit.
    Dt: Belanja Am Terdahulu
    Kt: Belanja Am

    Ya, ID adalah senarai baki2 dalam lejar. Ak Belanja Am merupakan BELANJA, sepatutnya berbaki DEBIT.

  765. salam

    cikgu,
    Adakah ruang folio wujud dalam akaun kawalan? dalam buku teks tak ditunjukkan. Jika ada, adakah menjadi kesalahan tak menulis folio dalam akaun kawalan?

  766. Imah2010,

    AK Kawalan disediakan dalam LEJAR AM, maka penggunaan FOLIO sama seperti akaun2 yang lain. Rujukannya / Folio hendaklah menunjukkan SUMBER maklumat tersebut…iaitu BCP : JA1, JJ1, JB1, JPJ1, JPB1, BT1.

    Jika tidak diisi ruangan FOLIO, maka itu sudah dikira lejar yang TIDAK LENGKAP. Kerja kursus mementingkann prosedur/ tatacara perekodan yang betul dan lengkap, tidak seperti kita mengajar pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan.

  767. cikgu,
    sy nk tye imbangan duga terselaras tu mcm mnew?

  768. Syaeera,

    ID Terselaras = ID, cuba mengambilkira baki2 akaun dan Akaun2 yang baru selepas dilakukan pelarasan.


  769. Cg Narzuki:

    Cikgu Sila,
    Kalau diamati betul2, terdapat satu KESILAPAN PRINSIP dalam catatan Jurnal Am. Maka kesilapan tersebut boleh diperbetulkan bagi memenuhi arahan 2(g)(ii).

    cikgu, apakah kesilapan prinsip tersebut?

  770. Izza,

    Kipas direkodkan sebagai Lengkapan, sepatutnya Lekapan. Maka catatan tersebut boleh dianggap sebagai Kesilapan Prinsip.

  771. assalamualaikum….
    saya tak tahu nak mula keja khursus nie….
    ade contoh jwapan ke??

  772. Ahamad, waalaikumussalam.

    Mulakan dengan poskan BCP yang diberikan dalam soalan ke Lejar.

  773. Salam cg. saya hanya minta pelajar buat t akaun je.bg pengeposan ke lejar.adakah ini dah memadai. atau saya perlu minta membuat lejar yang lengkap dengan ruang folio serta mengasing akaun dalam lejar am dan lejar subsidiari.pandangan cg cam ne

  774. RizYus,

    Pada pandangan saya,
    Ianya perlu diajar sebagaimana rekod perakaunan yang SEBENAR. Asingkan Lejar Am dan Lejar Subsidiari serta penggunaan Folio. Di mana pelajar MENGAPLIKASIKAN semua kemahiran2 sebagaimana yang sepatutnya dari segi prosedur serta tatacata perekodan.

  775. hai.. cgu narzuki.. blh saya minta naskah jawapan folio ting.5, sebagai rujukan. trime kasih

  776. ya.. kami dah sampai pelarasan tapi tak confidn nak buat belanjawan tunai 4 thn…nak rujuk dari item mane

  777. tq cikgu

  778. Nampaknya para pelajar dan guru masih keliru hendak menyelesaikan masalah terutamanya di pelarasan walaupun sudah sebulan soalan dikeluarkan.
    Saya membiarkan para pelajar membuat sendiri tanpa menolong secara langsung. Hasilnya seperti diduga kelam kabut dibuatnya. Apapun para pelajar saya akhirnya berjaya menyelesaikan sehingga penyata kewangan dengan teguran dan bantuan sedikit sebanyak.
    Kesimpulannya, banyak bertanya kepada guru anda dan lebih elok cuba membuat kerja kursus ini secara berkumpulan. Anda akan lebih cepat mengenalpasti masalah anda dan lebih pantas menyiapkan kerja anda.
    Seharusnya anda sudah mula untuk membina analisa nisbah.
    Ayuh!..

  779. Salam cikgu
    1. sy agak keliru dengan kadar bayaran terakru dan kadar bayaran yang ada dalam soalan.Pada mulanya kami anggap sebagai ketinggalan catatan..tp selepas call pentaksir kawasan dia mencadangkan tak perlu buat apa sebab tak jelas perubahan dibuat jika pelajar anggap atau faham sebagai ketinggalan catatan…
    2. upah pekerja kenapa tidak dimasukkan kedalam kos belian
    3. minta cikgu respon sebab pelajar sy dah siap sehingga KKK

  780. Ieta,
    1. Saya cadangkan cuba fahami apa yang dimaksudkan CATATAN PEMBALIKAN (klik) terlebih dahulu…
    2. KOS BELIAN adalah ialah kos2 yang terlibat SEMASA proses pembelian barang niaga seperti, angkutan masuk, insursans atas belian, duti import, UPAH ATAS BELIAN. …. iaitu kos2 yang terlibat semasa barang niaga dibeli hinggalah barang tersebut sampai ke dalam kedai.

    Manakala UPAH PEMBANTU KEDAI adalah terlalu umum, tidak khusus untuk pembelian barang niaga sahaja…. seperti susun barang dalam kedai, simpan barang dalam stor dan lain2 kerja dalam kedai….. adalah ianya boleh dikatakan sebagai KOS BELIAN ?

  781. assalamualaikum cikgu..
    adakah pinjaman 4% dan 6% kita rekodkan dalam belanjawan tunai? saya minta pelajar rekod bayaran ansuran pinjaman (matang 2015) tetapi saya agak keliru utk masukkan item pinjaman di bahagian penerimaan.
    bagaimana dengan modal awal?(pandapat saya, modal xperlu direkod lagi..)
    minta pandangan cikgu..

  782. Annursufi, waalaikukussalam.

    Belanjawan tunai = Satu perancangan berangka (kuantitatif) yang menunjukkan penerimaan dan pembayaran TUNAI yang DIJANGKA serta baki tunai di sepanjang tempoh tertentu. Apa yang perlu dimasukkan adalah jangkaan penerimaan dan jangkaan pembayaran yang akan dilakukan…. manakala pinjaman 4% … wang telah terima pada 1 April 2010, dan pinjaman 6% pada 1 Julai 2010 lagi……begitu juga dengan MODAL AWAL …. di mana wang telah lama diterima,… hanya MODAL TAMBAHAN (jika ada) yang dijuangkakan akan dibawa sahaja perlu dimasukkan. Bayaran balik pinjaman merupakan salah satu item pembayaran dalam belanjawan tunai.

  783. bagaimana nk mulakan lejar untuk pelarasan… sebelum buat id, kite kna tutup akaun dlu kn… baki b/b pada 1 feb…

  784. cikgu,
    kadar bayaran terakru bulan lepas sebanyak RM280.
    BUlan ini pula perniagaan membayar kadar bayaran sebanyak RM560.
    Macam mana nak tentukan sama ada RM560 tu termasuk juga untuk membayar kadar bayaran terakru bulan lepas ataupun murni untuk kadar bayaran bulan januari?

    terima kasih cikgu.

  785. Izza,
    Kes tersebut dipanggil Catatan Pembalikan.

  786. slam,
    setiap belnjawan tunai kadang2 tu ade baki awl…
    dlm pr0jek nie…kite nk cari dekat mane???n macm mane nk buat senarai belnjawan tunai???b0leh x cikgu t0l0ng bgi c0nt0h??

  787. Lisya,
    BAKI AWAL merujuk kepada BAKI AWAL SEBENAR yang ada ditangan. Oleh kerana Belanjawan tunai disediakan untuk tahun 2011-2014, maka baki awalnya merujuk kepada baki Tunai (Tunai ditangan + Tunai di Bank) pada 1/1/2011. Item anggaran penerimaan dan pembayaran boleh berpandukan item2 penerimaan dan pembayaran dalam BT dan juga Penyata Pendapatan.

  788. Salam Cg Narzuki,

    Pelajar saya dalam proses membuat Belanjawan Tunai, saya ingin mendapat kepastian berkaitan Item PENERIMAAN DARI PENGHUTANG dan PEMBAYARAN KEPADA PEMIUTANG. Asas apa yang hendak kita guna dan bagaimana dengan kadar peningkatan tahunan adakah kita kena reka sendiri??

  789. Cg Yat,
    Pada padangan saya, ada 2 cara boleh digunakan oleh pelajar :

    1. Tiada penerimaan daripada penghutang dan pembayaran kepada pemiutang – Di mana pelajar merancang/ mengandaikan semua penghutang / pemiutang akan dijelaskan dalam masa setahun. …. hanya wujudkan item Jualan dan Belian sahaja.

    2. Wujudkan perkara tersebut. Tetapi pastikan pelajar memahami tentang tempoh kredit terlebih dahulu…. katakan tempoh kredit 1 bulan. Maka semua jualan/belian kredit bagi Jan – Nov akan dijelaskan dalam tahun semasa. Hanya urusniaga kredit bagi bulan DISEMBER sahaja yang akan dibayar / diterima pada tahun berikutnya. Oleh itu NILAI penerimaan dari penghutang dan pembayaran kepada pemiutang hanyalah merujuk kepada NILAI SEBULAN sahaja. ASAS yang sesuai digunakan adalah berdasarkan peratusan tertentu atas JUALAN / BELIAN.

  790. cg narzuki,
    dalam panduan pelaksanaan tiada elemen pemarkahan untuk belanjawan tunai. jadi, sekiranya tidak dibuat apakah memberi kesan kepada markah?
    Untuk belanjawan saya cuma minta pelajar buat perubahan bagi setiap tahun untuk item g, h dan i sahaja, yg lain biarkan sama sahaja setiap tahun sebab tidak diminta buat apa apa. tapi baki akhir semuanya negatif(kurangan). adakah saya betul?

  791. Eidali,
    Sememangnya tiada sebarang markah diperuntukkan untuk Belanjawan tunai tersebut,
    Adalah tidak munasabah TIADA sebarang perubahan dalam masa 4 tahun. Walaupun tidak dinyatakan dalam soalan, pelajar perlu didedahkan tentang perancangan jangka panjang melalui belanjawan tunai yang dibuat, di mana pelajar merangka sendiri peningkatan / pengurangan bagi setiap item penerimaan dan item pembayaran tersebut. Manakala bagi item g, h, i … pelajar mesti mematuhi arahan soalan tersebut.

  792. saya dah cuba banyak kali untuk daftar jadi ahli, tapi nama saya tak pernah keluar sebagai ahli berdaftar. dah ikut arahan tapi masih tidak berjaya.

  793. Salam Cg Narzuki,

    Saya ingin membuat Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa. Adakah ianya berdasarkan Tafsiran-tafsiran nisbah yang kita buat? Bagaimana jika nisbah-nisbahnya adalah seperti berikut:-
    i) Peratus Tokokan = 45%
    ii) Margin Untung kasar =31%
    iii) Margin Untung Bersih = 22%
    iv) Pulangan Atas Modal = 5%
    v) Nisbah Semasa = 8.5 : 1
    vi) Nisbah Ujian Asid = 3.8 : 1
    vii) Nisbah Ujian Mampu = 0.1 : 1
    viii) Kadar Pusing Ganti Stok = 0.68 kali
    ix) Tempoh Kutipan Hutang = 12 hari
    x) Tempoh pembayaran hutang = 8 hari

  794. Cg Yat,

    Salah satu tujuan dilakukan analisis / tafsiran terhadap penyata kewangan adalah untuk membantu membuat keputusan, perancangan dan juga kawalan. Maka, adalah sangat sesuai jika pelajar menggunakan maklumat2 tersebut untuk merancangkan sesuatu untuk peningkatan prestasi jangka pendek perniagaan mereka.

    Contohnya, berdasarkan Nisbah Semasa = 8.5:1 dan Nisbah Ujian Asid = 3.8:1 menunjukkan perniagaan mempunyai STOK AKHIR yang terlalu tinggi, ianya tidak baik untuk perniagaan, mengambarkan stok/barang niaga mereka TIDAK BERAPA LAKU, ianya juga terdedah kepada kerugian seperti – rosak, kecurian, lapuk, usang. Maka cadangan untuk jangka pendek perniagaan perlu tingkatkan promosi bagi menghabiskan simpanan STOK tersebut dengan jualan penghabisan stok, jualan murah dan sebagainya.

  795. SALAM Cikgu?
    bai pengiran kadar pusing ganti stok?mana satu formula yg harus digunakan?yg didarab 31 hari atau tidak?
    apakah tajuk yg sesuai utk belanjawan tunai?belanjawan tunai bagi tahun berakhir 2014?
    terima kasih….

  796. Woo,

    Cadangan saya,
    1. Gunakan kedua2 formula tersebut.
    2. Penyata Belanjawan Tunai bagi 4 tahun berakhir 31/12/2014

  797. Salam Cg Narzuki, sahabat dan pelajar

    Terlebih dahulu minta maaf lau dah ada post tentang ini, mngkn terlepas pandang kerana terlalu banyak post…Sedikit kekeliruan tentang PHR (pelarasan):

    1- menurut cdngan soalan, diminta PHR diselaraskan atas baki penghutang bersih adakah ia bermaksud:
    a- penghutang – PHR (BCP) x % =…………,
    atau
    b- penghutang – hutang lapuk x % =……….. , tetapi
    berdasarkan BCP tiada hutang lapuk
    atau
    c- penghutang x % =………., tetapi utk kaedah ni sperti
    tidak menepati kehendak soalan

    2- adakah % PHR yang akan dibuat untuk pelarasan akan dikira sperti Susut nilai aset untuk SEBULAN atau terus kira tanpa mengambil kira tempoh peruntukan tersebut diwujudkan?

  798. Mazlan,

    Penghutang bersih disitu merujuk kepada BAKI AKHIR penghutang selepas mengambilkira pelarasan yang terlibat dengannya (jika ada)…. dengan kata lain rujuk BAKI AKHIR daripada Ak Penghutang.

    Pelarasan PHR adalah atas NILAI PENGHUTANG tersebut…. bukannya untuk setahun (seperti SN), maka nilai yang dikira adalah berdasarkan baki penghutang untuk bulan tersebut, … jadi tidak perlu BAHAGI 12.

  799. salam ckgu……sy dr g.msang ingin bertye nga ckgu…. bagaimana nk dpt A+ dlm exm spm thn ny….bleh tak ckgu bg pndpt kpd sy…selain itu,ckgu bg sy tips2 utk m’laksanakannya dan jgak ckgu bg sy krja kursus p.akuan ting 5…….plezzzz5

  800. Afiz,

    Sila baca Koleksi Cg Narzuki Online : Kemahiran Belajar dan Tips Peperiksaan. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda, bukan sahaja prinsip perakaunan, malah semua subjek boleh tercapai. InsyaAllah.

  801. Salam sejahtera Cikgu,

    Saya ingin tanya bahawa Catatan Pembalikan (Kadar bayaran terakru dan Kadar bayaran)boleh buat di ID sebelum terlaras tak?
    kerana cikgu saya kata ID sebelum terlaras ialah catat apa-apa hasil terakru /terdahulu dan belanja terakru/terdahulu tahun lepas,manakala ID selepas ialah catat hasil terakru/terdahulu dan belanja terakru /terdahulu tahun ini .

    Oleh itu,saya tidak tahu apa yang perlu saya buat .Harap tolong .

  802. sALAM, berrdasarkan post 788, adakah perlu baki didarab 12 bagi thn 2011?

  803. asalamualaikum.. saya nak tanya kalau2 cg tahu.. pelajar lepasan matrikulasi jurusan perakaunan yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di universiti.. berapakah tempoh pengajiannye..?? harap cg dapat membantu.. ada yang kata kalau nak sambung ke peringkat ijazah dalam jurusan perakaunan memerlukan tempoh 4 tahun and ada yang kata hanya 2 tahun kalau lepasan matrikulasi.. saya betul2 nak tahu.. harap cg dapat membantu.. sekian terima kasih..

  804. cikgu,nk tanya pasal belanjawna tunai.jualan tunai tahun 2011 sebanyak 697200 dan bertambah setiap tahun 10% drpd tahun seblumnya.
    jadi,2011 ialah 697200,2012? 2013?

  805. Kelly,

    Sekiranya anggaran kenaikan 10% daripada tahun sebelumnya, maka pengiraannya :
    2011 : 697200
    2012 : 697200 x 110% = 766920
    2013 : 766920 x 110% = 843612

  806. tadi cikgu ade ckp baki awal merujuk kpd baki tunai..
    (tunai dibank + tunai ditgn) pada 1/1/2011,nk cari tunai ditgn n tunai dibank tu dekat BT kew???

  807. Lisya,

    Cadangan Cg, Baki 1/1/2011 Tunai + Bank (dalam Buku Tunai).

  808. Cikgu,
    boleh tak cikgu kongsikan antara butiran – butiran rumusan…

  809. Kimie,
    RUMUSAN – Cg cadangkan ikut kriteria Rumusan dalam Projek Tingkatan 4.

  810. salam cg,
    catatan pembalikan mesti dibuat semasa menjawab bahagian c dan d? atau ada pilihan?TQ

  811. Tan,

    Saya cadangkan ianya dilakukan dalam menjawab bahagian (e) dan (f). Pada kebiasaannya bayaran yang dibayar pada bulan Januari RM560 adalah untuk menjelaskan baki tertunggak pada tahun lepas (Kadar bayaran terakru RM280) dan bayaran bulan semasa.

  812. salam sejahtera cikgu,

    saya ingin tanya cikgu catatan pembalikan (kadar bayaran dan kadar bayaran terakru) boleh catat di ID sebelum terlaras keh?
    kerana cikgu saya kata bahawa hasil terakru dan terdahulu /belanja terakru dan terdahulu tahun lepas adalah catat ke ID sebelum terlaras,manakala hasil terakru dan terdahulu /belanja terakru dan terdahulu adalah catat di ID terlaras .

    jika kadar bayaran terakru tahun lepas imbang di Akaun Kadar bayaran terakru , nilai ID sebelum terlaras ialah RM330826 .

    jika kadar bayaran terakru dibuat berasingan dengan Kadar bayaran ,nilai ID ialah RM331106,

    manakah nilai yang harus saya ambil?harap tolong cg~

    terima kasih

  813. NjxL,

    Memang betul apa yang dikatakan oleh cikgu anda. Hasil terakru/terdahulu dan belanja terakru / terdahulu TAHUN LEPAS sepatutnya dilakukan CATATAN PEMBALIKAN pada 1/1/2011. Tetapi dalam soalan yang diberikan (Rujuk JA) TIADA Catatan Pembalikan dilakukan terhadap Ak Kadar bayaran terakru, maka Cg mengkelaskannya sebagai salah satu ITEM KETINGGALAN CATATAN dan perbetulkannya dalam pelarasan.

    Cadangan Cg, ID guna 331106 dahulu…. catatan pembalikan tersebut dilakukan dalam pelarasan sebagai ketinggalan catatan. …. dan ianya akan diperbetulkan dalam ID Terselaras nanti.

    Walau bagaimanapun adalah lebih baik berbincang dengan guru anda terlebih dahulu.

  814. dlm pr0jek nie…blnjawan tunai nk buat mcm manew??????????t0l0ng larh cikgu !!!!!!!!!!!

  815. Lisya,

    Adalah lebih baik rujuk kepada cikgu anda terlebih dahulu… bagi mendapatkan gambaran/pengertian tentang Belanjawan Tunai… maka ianya akan memudahkan anda menyediakannya nanti.

  816. Salam cg,
    1. adakah salah kalau pelajar buat bayaran balik pinjaman 4% (RM1000) sbg kesilapan ketinggalan catatan dan Faedah atas pinjaman 4% (RM40) sbg belanja terakru.
    2. Dalam panduan pelaksanaan dan penilaian projek, saya seperti tidak terlihat kriteria menilai belanjawan tunai. Jadi mcm mana ya utk menilai.

  817. Cg Fazidah,

    Pada pandangan saya,
    1. Perkara tersebut tidak berlaku dalam dunia sebenar …. ini kerana setiap bayaran balik pinjaman adalah terdiri daripada bayaran pokok + faedah SERENTAK. Adalah TIDAK MUNGKIN kita bayar balik hanya bayaran pokok sahaja … dan faedah akan dibayar kemudian.
    2. Memang tidak ada kriteria tersebut, maka penilaian bergantung kepada cikgu, cuma markah untuk item tersebut tidak diperlukan dalam pengisian skor markah.

  818. terima kasih cikgu…..skrng pasal baki awal dah tahu….. emm…c0nt0hnyew 4 belanja am tu meningkat 10% pada tahun 2013…adakah nilai yg kene darab ngan 20% tu ambil dekat penyata pendapat????

  819. Lisya,
    Nilai dalam Penyata Pendapatan hanya untuk SEBULAN sahaja, anggaran untuk tahun 2011 kena X 12. Kemudian baru kira peningkatan tersebut untuk tahun 2013.

  820. Cikgu,
    adakah baki akhir bagi belanjawan tunai perlu tambahkan dengan penerimaan?

  821. Rupani,

    Terdapat 2 format Belanjawan :
    1. Baki Akhir = Baki awal + Penerimaan – Pembayaran
    2. Baki Akhir = Baki awal + Lebihan ……. (Lebihan = Penerimaan – Pembayaran)

    Dan BAKI AKHIR 2011 akan jadi BAKI AWAL 2012… dan seterusnya.

  822. salam cikgu,
    1) jumlah imbangan duga yang belum terlaras ialah RM331106 atau RM330826?

    2)deposit sewa diletakkan didalam PP(hasil) atau KKK(LS) ?

    Terima Kasih 🙂

  823. Anna94,

    Cadangan Cg,
    1. 331106
    2. Deposit sewa –> LS

  824. cikgu, dalam catatan pelarasan kat jurnal, folio bagi ak untung rugi ialah apa? atau biar kosong saja? tq.

  825. Chikhing,
    Adakah disediakan Ak Untung Rugi ? … bagi melengkapkan catatan bergu.
    Adakah disediakan Jurnal Am bagi catatan penutupan tersebut ?

  826. Salam ckgu, macam mane nak buat jualan Belanjawan tunai. Saya takfaham sebab ada bayaran kepada pemiutang & penerimaan drpd penghutang. Cikgu ade panduan tak?

  827. Nur Mai,

    Cadangan Cg,
    Gunakan sahaja JUALAN daripada Penyata Pendapatan dan X 12 sebagai Item Anggaran Penerimaan dariapda JUALAN untuk tahun 2011. …. dengan andaian semua jualan kredit akan dijelaskan/dikutip dalam tempoh perakaunan semasa.

    Ini kerana penggunaan item penerimaan daripada penghutang, agak rumit sedikit bagi pelajar kerana memerlukan beberapa syarat/andaian tambahan seperti tempoh kredit dan sebagainya.

  828. assalamualaikum cg. ,
    saya nak tnya sikit ni . . , tafsiran nisbah tu macam mana ? boleh terang lebih lanjut ?

  829. Ai’zul Nizam, waalaikumussalam.

    Bagi menyediakan Analisis Nisbah dan Tafsirannya Cg cadangkan, sila rujuk dan sediakan sebagaimana dalam buku teks pada m/s 535.

  830. Cikgu,
    Adakah formula berikut betul untuk

    A) Tempoh kutipan hutang=Penghutang/Jualan kredit x 30

    B) Tempoh Pembayaran Hutang=Pemiutang/Belian kredit x 30

    Pendek kata, haruskah saya mendarab dengan 30 hari atau 365 hari?

    Terima kasih.

  831. Rupani,

    Oleh kerana nilai penghutang/pemiutang dan jualan/belian kredit tersebut adalah nilai untuk bulan JANUARI sahaja, maka cadangan Cg, adalah lebih tepat ianya di X dengan 31 hari, iaitu bagi mengukur tempoh kutipan/pembayaran bagi bulan tersebut.

  832. ASSALAMUALAIKUM CIKGU,MACAM MANA NAK BUAT YANG NI ,

    (n)mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan.

    macam mana,tak faham lah.bagi contoh sikit boleh cikgu??

  833. Amila,
    Prestasi dapat ditingkatkan dengan tingkatkan hasil, kurangkan kos serta tingkatkan kecekapan pengurusan dan pemasaran.

  834. tentang comment 818
    Salam, ADa logik tak, peniaga tu baru teringat pnijaman 12000, lalu ke bank bayar 1000 sahaja & lupa faedah 40 tu?(guna wg sendiri -modal) Pekerja bankpun tak tanya, terus terima dan masuk akaun… Jadi 1000 ketinggalan cat & 40 faedah terakru TQ

  835. Ida,
    Pada pandangan saya, tidak logik.. kerana jika kita buat pinjaman, pihak bank akan mengemukakan JUMLAH ANSURAN bulanan yang perlu dibayar. Dan jumlah tersebut adalah untuk bayaran pokok + faedah. Di mana kita sendiri tidak sedar berapakah bayaran pokok dan berapakah bayaran faedahnya.

  836. Salam Cg,
    Tentang faedah atas pinjaman+ bayaran balik pinjaman 4%, kalau ia disenaraikan dalam pelarasan adakah kita perlu membuat catatan jurnal bagi kedua-dua item? Atau lebih tepat satu catatan seperti berikut
    Dt faedah atas pinjaman
    Kt faedah pinjaman terakru
    Sebab akaun pinjaman 4% telah dibuka di dalam lejar am, jika ia belum dibayar, maka pelarasan tidak perlu dilakukan terhadap akaun tersebut. Adakah pendapat saya betul?
    Harap Cg dapat beri petunjuk.

  837. Wong,

    Apa yang hendah diselaraskan… pinjaman 4% ataupun faedah atas pinjaman ?
    Bayaran balik tidak dibayar pada bulan januari 2011… tetapi Faedah atas pinjamannya perlu diselaraskan, maka akaun yang terlibat dengan pelarasan hanyalah :
    Dt: Ak Faedah atas pinjaman
    Kt: Ak Faedah atas pinjaman terakru

  838. salam,cikgu..
    saya nak tanya, cikgu ada x contoh tugasan akaun spm 2011 form 5?? kalau ada boleh saya dapatkannya?

  839. salam.. tafsiran nisbah tu boleh dalam bentuk decimal ka?

  840. apa fungsi gaji pekerja berdasarkan wilayah?

  841. Rina,

    Nisbah boleh dalam bentuk perpuluhan, sebagai panduan sila rujuk buku teks m/s 535.

    Maklumat gaji akan dinaikkan berdasarkan wilayah digunakan untuk penyediaan Belanjawan Tunai untuk 4 tahun.

  842. Cikgu,faedah atas pinjaman memang terakru dalam tugasan ?kalau begitu boleh diletakkan faedah atas pinjaman terakru dalam ID terselaras.Bolehkah,cikgu?

  843. Rajah,

    SEMUA akaun yang sama ada terlibat dengan pelarasan ataupun tidak perlu dimasukkan dalam ID Terselaras.


  844. Cg Narzuki:

    Chikhing,
    Adakah disediakan Ak Untung Rugi ? … bagi melengkapkan catatan bergu.
    Adakah disediakan Jurnal Am bagi catatan penutupan tersebut ?

    ada, cuma ruangan folio kat jurnal am tu tidak dapat diisi kerana ak u/rugi tiada no. folio..

  845. Chikhing,
    Jika ada catatan penutup disediakan dalam Jurnal AM, maka FOLIO adalah merujuk kepada Jurnal Am tersebut.

  846. kurang faham cikgu, contoh:

    JURNAL AM (JA 2)
    Dt. Untung Rugi ( ? )
    Kt. Kadar Bayaran (LA 22)

    LEJAR
    _______________KADAR BAYARAN (LA 22)______________
    Bank BT 1 560 | Kadar Bayaran Terakru LA 8 280
    | Untung Rugi JA 2 280

  847. Chikhing,

    Adakah apa yang anda lakukan itu mematuhi KITARAN PERAKAUNAN (Dok-BCP-L-ID-P-IDT-PK-Catatan Penutup) ?
    Adakah anda FAHAM apa yang dimaksudkan dengan Catatan Penutup serta apakah akaun yang terlibat, bila ianya dilakukan ? Apakah Ak Ringkasan Pendapatan ? ….. Nota Catatan Penutup (klik) sebagai perkongsian ilmu.

  848. salam Cikgu Narzuki,
    ingin bertanya adakah no folio perlu ada bagi setiap item dlm akaun kawalan penhutang dan pemiutang?sekiranya perlu, ia perlu rujuk mana?terima kasih

  849. Woo,

    Sumber bagi penyediaan AK Kawalan adalah merujuk kepada BCP … JA, JJ, JPJ, JB, JPB dan BT. Sila rujuk buku teks m/s 166 sebagai panduan.

  850. akum cikgu….
    adakah dalam akaun kawalan pemiutang perlukan dimasukan sekali amaun pinjaman 4% = RM 3000 di dalam jan 1 baki b/b?

  851. Nizasyarina,
    Pinjaman tiada kaitan dengan pemiutang, maka tidak masuk…… Sila rujuk buku teks m/s 166 sebagai panduan.

  852. salam sejahtera cikgu,
    betulkah pelarasan ini ?
    Dt : Faedah atas pinjaman 4 % RM 40
    KT : faedah atas pinjaman 4% terakru RM 40

  853. Steph,

    Cadangan Cg,
    Dt: Faedah atas pinjaman RM40
    Kt: Faedah atas pinjaman terakru RM40

  854. maaf cikgu saya keliru…
    kalau amaun 3000 pinjaman 4% tidak di massukkan dalam akaun kawalan pemiutang, dia akan dimasukkan di mana? pinjaman 4%=liabiliti semasa

  855. Nizasyarina,
    Tidak perlu masuk ke mana2, hanya imbang dan pindahkan ke ID, seterusnya masukkan dalam KKK sebagai Liabiliti Semasa.

  856. selamat sejahtera cikgu..
    tadi saya dah buat sampai Imbangan Duga Terselaras
    tiba -tiba saya saya telah membuat kesalahan yang tidak ketara—Pinjaman 4% RM 1000 dan Faedah atas pinjaman RM 180 terlupa untuk membuat pelarasan…
    Adakah saya akan membuat semula pelarasan untuk bahagian belanja terakru ini?
    terima kasih…

  857. Donleng,
    Adakah bilangan item pelarasan CUKUP sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan ?
    Pada pandangan Cg, jika telah cukup .. maka teruskan dengan penyediaan Penyata Kewangan dan seterusnya..

  858. terima kasih..

  859. tq cikgu,
    emm..nie tanye pasal pinjaman n faedah atas pinjaman n membeli lori 2 nk kire mcm mane utk belanjawan tunai???

  860. Lisya,
    Belanjawan adalah ANGGARAN Penerimaan dan Pembayaran di MASA HADAPAN.
    Pinjaman TELAH terima tahun sebelum … maka TIDAK masuk dalam Belanjawan.
    Faedah atas pinjaman … boleh masuk sebagai Item Pembayaran …. kira mengikut kadar faedah yang ditetapkan..

    Belanjawan Tunai merekod BILA WANG MASUK dan BILA WANG KELUAR, apa yang boleh dicatat berkaitan dengan Lori tersebut, ialah :
    1. Pendahuluan Lori … tahun 2012 sahaja.
    2. Ansuran Lori …… Tahun 2012 (3 bulan), 2013, 2014

  861. ok…
    terima kasih cikgu…

  862. cg if nak buat belanjawan tunai utk setahun kita guna baki awal tahun ke?

  863. Tarmizi,

    Ya, Baki awal merujuk kepada BAKI AWAL TAHUN, manakala baki akhir nanti mengambarkan BAKI AKHIR TAHUN

  864. adninhannani

    salam..
    cikgu @ sesiapa yg sudi berkongsi, sy nak tahu brp nilai akan kita dapat dalam imbangan duga terselaras..?sy x balance sampai RM1000 lbh…..huhuhuhu…

  865. Adninhannani,
    Jumlah ID Terselaras bergantung kepada pelarasan masing2, apa yang penting ianya seimbang. Jika tidak seimbang menunjukkan ada kesilapan dimana2, sila semak dengan teliti catatan dan lejar, imbangan dan pindahan baki2 ke ID Terselaras.

  866. salam
    ckgu…sy nak tanye berkaitan dengan lejar di pelarasan…utk lejar yang terlibat dengan pelarasan,adakah nak salin semula butir2 lejar terdahulu atau masukkan baki b/b sahaja (ambil baki dari imbangan duga)?

  867. Fidzah,
    Cadangan saya, salin semula butir2 lejar terdahulu… supaya pelajar nampak kesan catatan pelarasan yang dilakukan pada akaun yang sama.

  868. salam. . cgu. . .
    saya nak tnya. . yg pasal nisbah 2. .
    kite msti buat sume nisbah ke? ? cthnya nisbah kbruntungan. . kan ade 3 tu. . jd, kte msti sume ke cg? ?

    TQ cgu atas pertolongan cgu. . :D:D

  869. Ema,
    Cadangan Cg, buat semua analisis nisbah dan tafsirannya sekali, sebagaimana dalam buku teks m/s 535.

  870. cikgu nazuki
    terima kasih di atas blog khusus ini….sangat berguna kepada semua guru dan pelajar. saya ada satu soalan…ID terselaras itu hanya untuk tempoh hingga 31 Jan 2011 sahaja atau hingga 31 Dis 2011. contohnya susut nilai…dan PSN perlu ke dibahagi kepada 12 bulan? ID terselaras saya telah imbang, tapi tempohnya sampai 31 Dis?…harap cikgu blh komen

  871. saya nak minta tlg cikgu review hasil kerja saya dan betulkan apa2 kesilapan yg cikgu rasa patut..saya nak email ke mana ya?

  872. Faridah,
    Tempoh Rekod adalah 1/1/2011 – 31/1/2011 (SEBULAN), pelarasan yang dibuat adalah untuk bulan Januari sahaja, maka SN kena bahagi dengan 12. IDT dan Penyata Kewangan disediakan pada 31/1/2011.

    Emailkan kepada narzuki@gmail.com

  873. cikgu,
    Dalam sy dapat rugi bersih dalam penyata pendapatan sy..jika sy ingin mengira nisbah keberuntungan , contohnya, peratus untung bersih atas jualan..haruskah sy menukarkan untung bersih ke rugi bersih?

    Jika dalam pengiraan NISBAH UJIAN ASID,terdapat amaun aset semasa tolak stok akhir adalah negatif..contohnya,
    RM35536-RM46800/ RM7010=
    -11265/7010= -1.60 : 1
    adakah ini betul atau salah?

  874. Maemae,

    Kenapa dapat rugi ? … kemungkinan Susut nilai tidak dibahagikan dengan 12, untuk dapatkan nilai SEBULAN.. atau terdapat item lain dimasukkan sebagai belanja… cuba semak.

    Berdasarkan 2 perkara tersebut, kemungkinan ada kesilapan pada item aset semasa dimasukkan sebagai belanja, ataupun kesilapan pada PHR…. cuba semak perkara tersebut… Ini kerana kedua2 perkara tersebut sepatutnya TIDAK BERLAKU.

  875. cikgu,boleh check imbangan duga aku tak?sudah lama aku buat,tapi tak imbang pun…

  876. Form5,

    Sila emailkan kepada cgnarzukionline@gmail.com

  877. salam sejahtera cikgu,
    1 )boleh tanya kalau dalam belanjawan tunai, bolehkan kita ambil terus nilai jualan tu RM 58100 x 12 utk tahun 2011 ?
    2) pembayaran ansurans lori itu, perlu juga dimasukkan faedahnya sekali ? atau diasingkan ? iaitu ansurans lori, kadar faedah pinjaman lori ?
    3 ) nilai yg dimasukkan dalam belanjawan tunai, perlu diambil dari imbangan duga terselaras betul ? contohnya, gaji, upah pembantu kedai, kadar bayaran dll

  878. C.Steph, Salam sejahtera.
    1. Boleh, sebagai anggaran item penerimaan daripada JUALAN untuk tahun tersebut.
    2. bayaran ansuran kebiasaannya termasuk bayaran pokok + faedah.
    3. IDT yang disediakan adalah untuk SEBULAN sahaja, maka ANGGARAN untuk SETAHUN hendaklah didarabkan dengan 12.

  879. Selamat Sejahtera Cikgu,
    Bagi :-
    (d) Dua item belanja terakru.
    (e) Satu item belanja terdahulu.
    (f) Satu item hasil terakru.
    (g) Pembetulan kesilapan:

    Adakah kita mesti membuat angka sendiri atau kita mesti ambil daripada soalan??
    Misalnya soalan sudah ada Faedah atas pinjaman, boleh saya buat faedah atas pinjaman terakru dan letak angka sendiri??

  880. Maksud saya, kita buat berdasarkan soalan atau kita buat sendiri dan letak angkanya sendiri..

  881. Darren,
    Ada yang perlu dirujuk kepada soalan dan ada yang perlu dibuat sendiri.
    Faedah atas pinjaman mesti berdasarkan soalan kerana maklumat tentang kadar faedahnya telah dinaytakan dengan jelas dalam soalan……begitu juga dengan gaji pekerja.

  882. salam. .
    cgu. . . mcmana nak buat belanjawan tunai 2? ? saya pning nak fkirkan nya cgu. . . saya sgt2 bingung. . . tlong sya cgu. .
    saya bngung ttg jualan tunai, pnjaman. .
    pinjman 2, ambil kdua2 pnjman yg 4% dan 6% ke atau. . . mcmana? ? n utk baki b/b thun 2011. . ada ka cgu? ? ataupun tiada? ? how 2 cgu. .

  883. Ema,

    Sila baca perbincangan dan komen2 berkaitan Belanjawan Tunai diATAS.
    Belanjawan tunai adalah ANGGARAN penerimaan dan pembayaran yang DIJANGKAKAN BERLAKU dimasa hadapan. Ianya bermula dengan BAKI AWAL tunai yang betul2 ada ditangan, iaitu Baki Tunai+Bank pada 1/1/2011.. sebagai BAKI AWAL bagi tahun 2011.

  884. assalamualaikum.. cikgu, bolehkah bagi sedikit tips bagi melakasanakan projek kertas 3 tingkatan 5? saya menghadapi kesulitan untuk membuat projek ini? boleh kha cikgu membantu saya?

  885. Nurul Asyikin, waalaikumussalam.

    Sila baca komen2 dan perbincangan di ATAS.

  886. salam cg,
    mcm maner nk buat pengiraan l0ri???dkt blnjawan tunai

  887. Lisya,

    Terdapat 2 item pembayaran :
    1. PENDAHULUAN LORI ..10% daripada harga lori (tentukan sendiri harga lori)…. pada 1 September 2012.
    2. Bakinya (90%) lagi dibayar secara ANSURAN selama 5 tahun … bermula Oktober 2012… kira untuk 3 bulan bagi 2012, setahun untuk 2013 dan 2014.

  888. cikgu,nak macam mana buat ayat kesilapan prinsp??

  889. Chan,

    Apa kesilapannya ? … baru boleh buat ayat.
    Apa yang anda faham tentang Kesilapan Prinsip ? …. bila dah faham baru mudah untuk buat pelarasannya.

  890. apa hasil balanja terakru, belanja terdahulu, hasil terakru,dan peruntukan hutang ragu???

  891. Shazrin,
    Secara ringkasnya :
    1. Hasil Terakru = Hasil bulan semasa BELUM TERIMA –> Aset Semasa
    2. Hasil Terdahulu = Hasil bulan hadapan TERIMA DAHULU –> Liabiliti Semasa
    3. Belanja Terakru = Belanja bulan semasa BELUM BAYAR –>Liabiliti Semasa
    4. Belanja Terdahulu = Belanja bulan hadapan DIBAYAR DAHULU –> Aset Semasa
    5. PHR = anggaran sejumlah daripada Penghutang yang KEMUNGKINAN tidak berjaya dikutip.
    Maklumat selengkapnya, sila rujuk buku teks.

  892. salam. . cgu. .
    dlam blanjawan tunai,
    1.jualan tunai. . . kita ambil dkat mna cgu? ? adkh dri ljar yg kita kira. . ataupun dri buku tunai? ?
    2.modal nak di darab 12 jga ka cgu? ? :D:D
    3.Pinjaman bank? ? kan ada 2, iaitu 4% dan 6%. . kita kna msukan dua2 pinjman ka cgu? ?
    4. adkah smua butir dlam IDT dimasukkan ke dlam blnjawan tunai? ?

    *HARAP CG DPAT MEMBANTU SAYA DALAM MENYIAPKAN KERJA KURSUS INI. . TQ. . :D:D

  893. Ema,
    1. Cadangan Cg, rujuk sahaja pada JUALAN daripada Penyata Pendapatan X 12.
    2. Cuba FAHAMI dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Belanjawan Tunai tersebut …. ANGGARAN MASA HADAPAN … bukannya rekod yang telah berlaku.
    3. Bila WANG pinjaman tersebut diterima ? …… perlu ke masuk Belanjawan Tunai ?
    4. Tidak semua …

    Nasihat Cg, cuba FAHAMI dahulu konsep penyediaan Belanjawan Tunai sebelum cuba menyediakannya.

  894. i x tahu apa cadangan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan ..cikgu

  895. salam Cikgu,
    Adakah kadar pusing stok boleh dalam bentuk titik perpuluhan?jawapan saya ialah 0.68 kali

  896. Woo,
    Boleh dalam perpuluhan, ianya lebih mengambarkan keadaan sebenar.

  897. terima kasih~~

  898. Askum… saya ada bbrp soalan;

    1. untuk pengiraan tempoh kutipan & pembayaran hutang, jumlah jualan & belian kredit diambil drp jurnal khas atau diambil drp akaun kawalan?

    2. adakah penyediaan belanjawan tunai dibuat hanya merujuk kpd buku tunai tanpa mengira pelarasan yang telah dibuat.

    3. untuk belanjawan tunai, adakah semua item pembayaran dan penerimaan tunai didarab 12 termasuk baki b/b ?

    TQ….

  899. Man, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg,
    1. Kedua sumber tersebut adalah merujuk kepada nilai yang SAMA.
    2. Belanjawan tunai TAHUNAN, biasanya dibuat dengan merujuk kepada Penyata Pendapatan.
    3. Untuk dapatkan anggaran TAHUN 2011, kena X 12 , KECUALI Baki b/b …. ianya hanya merujuk kepada BAKI AWAL yang betul2 ada ditangan pada 1/1/2011.

  900. cikgu macam mana mau buat soalan kertas 3 nie? saya susah mahu membuatnya..

  901. salam..ckgu sye nk tnye,cm mne nk wat jurnal am pelarasan????
    thanx,

  902. ckg mcm mne nk buat cacatan pelarasan dalam jurnal dan lejar..sy xtahu mcm mne nk buat.?????

  903. Ekin,
    Untuk membuat catatan pelarasan dalam Jurnal Am, terlebih dahulu kena tahu apa pelarasan yang dibuat. Daripada pelarasan tersebut sila kenalpasti apakah 2 akaun yang terlibat ? berapakan nilai yang perlu diselaraskan ?, kemudian baru tentukan akaun mana yang didebit dan dikreditkan. Seterusnya baru boleh poskan ke Lejar masing2.

  904. A. cikgu bolehkah saya tidak membuat catatan pembalikkan dan kekalkan dia menjadi dua akaun hingga imbangan duga terselaras. 1. akaun kadar bayaran, 2. akaun kadar bayaran terakru.

    B. Bolehkan saya tidak memasukkannya (akaun kadar bayaran) sebagai sebagai salah satu elemen pelarasan. ini kerana kesilapan ketinggalan catatan saya buat bayaran pinjaman 4%

  905. Nizasyarina,

    Pada pandangan Cg,
    A. Sepatutnya catat catatan pembalikan dilakukan pada awal tempoh perakaunan, tetapi dalam soalan menunjukkan catatan tersebut telah tertinggal. Maka ianya boleh dijadikan salah satu item pelarasan pembetulan kesilapan (ketinggalan catatan). Walau bagaimanapun pelajar masih boleh TIDAK melakukan pelarasan bagi catatan pembalikan tersebut dengan andaian kesilapan tersebut MASIH tidak dapat dikesan…. maka catatan pelarasan pembetulan akan dilakukan apabila ianya dapat dikesan nanti ….. misalnya pada bulan Februari.

    B. Tiada sebarang ketetapkan yang mewajibkan ianya perlu dijadikan item pelarasan, apa yang penting SEMUA bilangan Item pelarasan mengikut kategori mencukupi sebagaimana yang diminta dalam soalan.

  906. salam cg,
    bayaran insurans RM600 tu adakah untuk sebulan atau setahun?secara logik orang tak bayar insuran tiap-tiap bulan.atau adakah jumlah 600 itu adalah hasil bahagi 12 bulan, maknanya setahun rm7200.jadi nak masuk dalam belanjawan berapa?

  907. Syarifah,
    Pada pandangan Cg, Insurans ada banyak jenis (Insurans Perniagaan, Insurans kenderaan dll) dan ada yang dibayar secara bulanan dan juga tahunan begantung kepada polisi dan jenis insurans. Bayanran insurans dalam Buku Tunai menunjukan jumlah yang dibayar pada bulan tersebut., sama ada untuk sebulan atau untuk beberapa bulan (boleh dijadikan item pelarasan belanja terdahulu)… bergantung kepada andaian pelajar. Dari situ barulah boleh dianggarkan berapakah ANGGARAN bayaran insurans untuk setahun bagi tujuan penyediaan Belanjawan tunai.

  908. cikgu bolehkah saya emailkan senarai pelarasan saya untuk cikgu semak… saya takut salah

  909. Nizasyarina,

    Sila emailkan saja ke cgnarzukionline@gmail.com
    Jika ada kelapangan, Cg akan semak dan berikan sedikit komen.

  910. cg, ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri harus kt ak.belian @stok? terdapat sedikit kekeliruan. tq


  911. cff:

    cg, ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri harus kt ak.belian @stok? terdapat sedikit kekeliruan. tq

    pada pendapat saya, ambilan BARANGNIAGA mesti kt akaun belian sebab barang niaga yg diambil, kalau ambilan tunai/ wang di bank kita akan kt akaun tunai/ bank di buku tunai. itu saja

  912. maksud saya ialah ambilan barang niaga shaja perlu kt ak.belian @stok? kerana barang niaga juga boleh diambil daripada stok?& bukannya ambilan tunai/bank, tq

  913. salam Cikgu
    adakah no folio dalam akaun kawaln penghutang perlu ditulis?adakah jawapannya ialah dari BCP?

  914. Woo,
    Akaun Kawalan disediakan dalam LEJAR AM, dan folionya merujuk kepada BCP di mana sumber maklumat tersebut diambil.

  915. salam…ckguuu…nk tnya niee……….sy ni ting.5 thun niee..thun nie knn sy kena uat keja kursus..so sy nk tnya knp yang imbangan duga terlaras sy tdk seimbang ek………x seimbang belah debitt…………napa ek?????bntu sy ckguu…….

  916. ckguuu…cuba terang nk buat penyata pendapatan nie cm ner……..sy msih x phm laa………nk buat penyata pendapatan nie kena buat akaun perdagangan dan akaun untung rugi dlu kerr………..atw cm ner???????skrg nie sy kena buat kerja kursus utk ting.5…msih x siap lg ckgu???????

  917. cg,,cm ne kite nk wat penyata untung dan rugi??

  918. Nadhirah dan Zahir,

    ID Terselaras tidak seimbang kenana ada kesilapan dari segi catatan bergunya….. kemungkinan ada ketinggalan akaun, silap pengiraan baki, catat disebelah yang salah dan sebagainya… sila semak semula satu persatu.

    Ilmu akaun ni… susah untuk faham hanya dengan merujuk kepada buku2 semata…. BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR daripada guru anda secara berperingkat2 adalah penting untuk anda menguasainya… Ini kerana sebahagian kecil sahaja KEMAHIRAN MEREKOD ada dalam buku, selebihnya ada pada guru anda. Sila dapatkan bimbingan guru anda, kerana cara tersebut LEBIH BERKESAN.

  919. cikgu bilakah tarikh akhir untuk pelajar menghantar projek ini.

  920. Kalai,
    Pada 31 Mei 2011, walau bagaimanapun sila rujuk Ketua Pentaksir Kawasan masing2.

  921. cikgu ada tak teriman pelarasan yang telah saya hantar?

  922. Nizasyarina,
    Ya, Cg sudah terima dan berikan sedikit komen untuk penambahbaikan.

  923. tima kasih…ckguuu…..ID selaras sy sdh seimbang…….yg dlu sbp x seimbang sebab silap tulis nombor dan satu lagi kesilapan iaitu di mula2 sy tulis angka 13500..slps chek dgn guru sy,guru sy kata kena tambah lagi satu 0 iaitu 135000….cuma itu jer kesilapan kecil nyer..tu pn sy x nmpk lg..tima kasih ek ckgu….

    lg satu ckgu….penyata pendapatan hendak kna rujuk mna????

  924. Nadhirah,
    Tahniah, selalulah berjumpa dengan guru anda untuk bertanya, mendapat bimbingan dan tunjukajar secara langsung … dengan cara tersebut akan membantu anda MEMAHAMI dan MENGUASAI kemahairan2 yang dipelajari.

    Penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK hendaklah merujuk kepada ID Terselaras.

  925. salam. . cgu. .
    folio 2 wajib buat ke cgu? ?
    tq

  926. Ema,
    Berdasarkan surat yang dikeluarkan, ianya tidak wajib… cuma jika buat akan DAPAT markah, jika tidak buat TIADA markah untuk kertas 3.

  927. owh. . ok cgu. . terima kasih. . 😀

  928. cgu. . blnjawan tunai 2. . yg psal gaji. . pd thun 2011, ea kna drab juga ke dgn persen yg kna bg??

  929. Ema,
    Gaji perlu dinaikkan setiap tahun berdasarkan peratus yang ditetapkan mengikut lokasi perniagaan.

  930. terima kasih banyak cikgu kerana membantu.

    tapi saya keliru.., kalau saya buat item ketinggalan catatan sebagai catatan pembalikkan(kadar bayaran) bagaimana pula dengan hal faedah atas pinjaman? adakah saya perlu abaikan?

  931. Nizasyarina,
    Faedah atas pinjaman .. boleh dikekalkan sebagai item belanja terakru, sepertimana yang Niza telah buat.

  932. maaf cikgu saya tersilap tulis …..

    yang saya maksudkan adalah pinjaman 4%… bagaimana cikgu?

  933. Nizasyarina,
    Ya, abaikan ia dengan andaian ianya akan dibayar lewat, mungkin pada bulan Februari nanti.

  934. terima kasih cikgu… saya akan mula buat jurnal am dan imbangan duga terselaras.

  935. alhamdulillah~ suda slesai tugasan PA 2011.. cuma nk key-in n print out sj~ trima kseh ats mklumat yg ckgu kongsikn d sni..

  936. Ieyra,
    Tahniah Cg ucapkan, apa yang lebih penting anda TAHU, FAHAMI dan kuasai KEMAHIRAN yang telah diaplikasikan dalam penyediaan tugasan projek tersebut.

  937. Assalamualaikum cikgu…
    saya ada satu soalan:

    1. Untuk sediakan belanjawan tunai pada 2011, kita perlu darab dengan 12 bulan sbb kita hanya sediakan PP dalam tempoh sebulan sahaja kecuali baki awal. Cthnya jualan ( 52 400 x 12) RM 628 800. Betul ke pengiraan yang saya tunjukkan? jualan tu ambil jumlah jualan RM 58 100 @ jum jualan selepas ditolak pulangan jualan, RM 52 400.

    Minta dijelaskan. terima kasih….

  938. Man, waalaikumussalam.
    Ya, saya setuju. Jualan boleh rujuk kepada JUALAN dalam Penyata Pendapatan sebagai ANGGARAN penerimaan daripada Jualan untuk setahun.

  939. kalau tarikh akhir adalah 31/5 kita dah mula bercuti, maka kita kutip projek tersebut selepas cuti sekolah ke??

  940. Kalai,
    Itu saya saya cadangkan rujuk kepada ketua pentaksir kawasan, bilakah tarikh yang diselaraskan diperingkat kawasan/negeri masing2.

  941. cg narzuk,
    boleh bantu saya dari segi penulisan keputusan dan perancangan perniagaan….

  942. salam. . cgu. .
    1. jualan tunai sbnarnya ambil dkat mna? ?
    -dkat pp ke? ?
    -dkat pp nthen tlak ngan pul.jualan ke? ?
    -atau tmbah smua jualan dkat buku tunai? ?
    2. yg psal gaji dkat blnjawan tunai. . kan pda 2011, gaji 1, 200. . so,
    – kta msti kira 1, 200 x 12 ke? ?
    – atau kta msti darab dgn pratus yg kne bg sbg mklumat tmbhan 2? ?

    harap cgu faham. . 😀

  943. salam. . cgu. . mcmana nak buat “mngemukakan cdngan utk prestasi smsa dan jgka pnjg pniagaan” ? ?

  944. Salam cikgu,

    sya ingin tnya bbrpa soalan:-

    1. adkh nilai-nilai item sprti jualan, belian, angktn msk dsb hnya prlu dirjk dlm pp ataupun dlm bt untk mmbuat blnjwn tunai?Adkh item2 dlm BT sprti bank dan tunai prlu dimskkn dlm blnjwn hnya pd thn 2011 shj? Semua blnja sprti insurans, alt tulis, drma, uph pmbntu kdai, sewa prlu ddlm blnjwn?

    2. bgaimna dgn pmbyrn olh pghntg dn pmiutg dlm BT sprti lim furniture, dsb adkh kita prlu srtkn sekali dlm blnjwn tunai? Tapi, untk thun 2011 shj tnpa prlu anggrkn utk tnh2 akn dtg?

    3. bgaimna dgn item kmputer yg prlu upgradekn? nilai kmpter pd thn 2011 cth 2800, apabila msk dlm blnjawan tunai, kadar 50% ddrb dgn kos kmpter asl iaitu 2800 dlm masa 2 thun atau bgmna? Sy krg fhm dgn item (i), dhrp ckgu dpt mmbntu…

  945. Ema dan Qien,

    Pada pandangan Cg,
    Terdapat sedikit perbezaan dalam penyediaan Belanjawan secara BULANAN dan TAHUNAN. Di mana item anggaran penerimaan dan pembayaran tunai BULANAN lebih detail dan sesuai dirujuk kepada BT. Manakala TAHUNAN lebih umum, di mana item penerimaan dan pembayaran sesuai dirujuk kepada PP.
    1. Untuk anggaran JUALAN setahun, rujuk sahaja kepada Jualan dalam PP.
    2. Gaji untuk 2011 .. X 12 (untuk anggaran SETAHUN), kemudian diNAIKKAN ikut peratus yang ditetapkan mengikut lokasi perniagaan untuk tahun 2012, kemudian naik lagi untuk tahun 2013 dan 2014.

    Berhubung dengan upgrade komputer, dalam masa 2 tahun sekali ianya diupgrade (kos RM1400), iaitu pada 2012 dan 2014.

    Cadangan peningkatan prestasi semasa boleh merujuk kepada sebarang rancangan untuk meningkatkan hasil jualan perniagaan seperti adakan promosi dengan lebih meluas, dari rumah ke rumah, menyertai/menganjurkan pameran jualan perabot dll. Serta boleh juga merancang dari segi pengurusan perniagan yang lebih berkesan terutamanya : pengurusan stok, kawalan kredit dll. Manakala untuk jangka panjang boleh berdasarkan belanjawan tunai yang disediakan .. dimana jangkaan baki tunai yang berlebihan .. bolehlah merancang untuk besarkan perniagaan, buka cawangan, beli aset2 tertentu, pelaburan, dan sebagainya.

  946. boleh sy dptkn draf bgmn nk semak k.kursus t5 thn ni? sy masih keliru dgn khndk soaln k.kursus ni…

  947. Cikgu Mira,

    Kita rujuk kepada KRITERIA PENILAIAN yang telah dikemukan dalam Buku Panduan Pelaksanaan sebagai panduan. Sila baca komen/perbincangan2 sebelum ini.

  948. salam..
    ckgu..
    untuk penyediaan blnjawan tunai, adakah perlu buat penyataan dalam bentuk ayat seperti dalam soalan latihan buku teks?

  949. Cikgu Zai,
    Pada pandangan saya, sebaik2nya disediakan penyataan terlebih dahulu kemudian baru tunjukkan kesannya dalam Belanjawan Tunai.

  950. erm..ckgu satu lg soalan…..ckgu ada x format penyat pendapatan dan format kunci kira-kira…jika ada…..saya nak la…

  951. cikgu, ada sebarang perubahan tak pada kertas soalan projek

  952. Nadhirah,
    Format2 tersebut boleh diperolehi dalam Buku Teks.

    Kamala,
    Tiada sebarang maklumat tentang perubahan terhadap soalan tersebut.

  953. cikgu macam mana nak cari kesilapan prinsip????

  954. Syukran,
    Sebelum nak kesan kesilapan, kena fahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan KESILAPAN PRINSIP serta contoh2nya. Kemudian baru boleh kita kesan dalam soalan ataupun reka sendiri kesilapan tersebut.

  955. askum cikgu, saya ada bbrp soalan:

    1. bg tugasan projek ini, ada tak diperuntukkan markah minima bg pelajar?
    2. ada bbrp pelajar saya hanya siap sehingga 1(d) iaitu setakat ID sj. Perlukah saya memberi juga sedikit markah utk mereka dengan memasukkan markah dalam perisian E-PPK3 @ dikira tidak menyiap tugasan ini? lebih teruk lagi, sebilangan mereka ada yang tidak menyiapkan langsung tugasan projek semasa di tingkatan 4. saya khuartir mereka tidak mampu menyiapkan tugasan ini memandangkan sudah kesuntukan masa kerana pada masa sekarang berlangsungnya peperiksaan sem 1

  956. Norshuhaila, waalaikumussalam.

    Pemberian markah berdasarkan setiap elemen yang dinilai dengan merujuk kepada KRITERIA PENILAIAN yang telah ditetapkan. Dengan kata lain isikan sahaja GRED setiap elemen dalam perisian E-PPK3 tersebut, sekiranya pelajar sediakan sampai ID, maka berikan gred/markah sehingga elemen ID, manakala elemen2 lain yang tidak disediakan masukkan gred E iaitu tiada eviden (TAK BUAT).

  957. CG, sy nak tnya pasal premium insurans. Contohnya, syrkt telah membayar insurans sebanyak RM600 secara tunai. Then, ada pelarasan y menyatakan bahawa Premium insurans dibayar 4bulan sebanyak RM600. Apakah catatan yang perlu dibuat?

  958. Farah,
    Itu maksudnya Insurans Terdahulu selama 3 bulan …… 3/4 X 600 = 450, maka catatan pelarasannya :
    Dt: Insurans terdahulu 450
    Kt : Insurans 450

  959. salam cg, saya ingin tahu bagaimana perlu dapatkan borang pentaksiran individu bagi kerja kursus tingkatan 5 ini.sebab untuk tingkatan 4 dah de.dalam penilaian pun tak disertakan seperti kerja kursus ting. 4.adakah terpulang kepada guru sekolah memasing…tq..

  960. Arni,
    Boleh terus menggunakan perisian E-PPK3 yang dibekalkan, Setelah diisikan GRED bagi setiap elemen yang dinilai, perisian tersebut akan kira markah keseluruhannya… seterusnya cikgu dapat cetak borang pentaksiran individu, borang rumusan skor keseluruhan untuk diserahkan kepada SU Peperiksaan untuk dihantarkan ke LPM secara online pada bulan Ogos nanti, serta boleh cetak sijil keputusan kerja kursus kepada pelajar.

  961. lpaz buat lejar nk buat ape plak…(kerja khusus akaun t5 2011)

  962. Dienz,
    Dalam arahan soalan jelas menyatakan apa yang perlu dibuat. Buat ikut KITARAN PERAKAUNAN… lepas imbangkan Lejar … sediakan Imbangan Duga.

  963. salam… sye buntulah…
    sy amik spm thun ni… pas spm sy nk smbung amik akaun… tp ader org ckp akaun ni xder bnyk peluang pekerjaan… sy jdi takut n was was… ape yg patut sy wat??? hurmmm…
    1 lgi… lau sy xdpt tawaran msuk matrik… antara fom 6 ngan dploma… mne 1 lbih baek?? lau sy dpt matrik patut ke sy amik lau ni hnye pljar yg biase2 sje??? bantulah sy… tq…

  964. assalamualaikum.. ckgu.. mcm ane nk buat tafsiran nisbah.. sy nk buat kerja krusus pa niey..ckgu tlg bg thu sy … sy harap ckgu mmbntu sy… tq

  965. Nurul,
    Cadangan Cg, buat seperti mana dalam buku teks pada m/s 535.

  966. salam..
    sy pening la yg bab pelarasan..kena reka sendiri ke no utk item belanja terdahulu dan hasil terakru?sbb sy tgk komen2 yg sblm ni, sy masih xtau dari mana dpt no sbyk itu..tlg bantu sy cg..tq

  967. Mkna,
    Ianya bergantung kepada pelarasan yang anda buat, ada yang direka dan tentukan sendiri angka tersebut, dan ada yang berdasarkan maklumat yang telah diberikan dalam soalan. Contohnya angka bagi faedah atas pinjaman terakru adalah tetap berdasarkan peratus, jumlah pinjaman yang diberikan. Manakala promosi terakru (jika buat)… angkanya bebas, kerana tiada sebarang maklumat yang boleh dikaitkan.

  968. selamat sejahteraan cikgu saya sudah buat imbangan duga terselaras imbang tapi kunci kira kira tak imbang ,sy harap cikgu boleh tolong saya

  969. cikgu macam mana cari penghutang bersih untuk peruntukan hutang ragu ? terima kasih

  970. tambahan… macam mana buat PHR di Jurnal AM?
    dt ?
    kt ?

  971. Low,
    Oleh kerana IDT telah seimbang, ini bermaksud kesilapan berlaku dalam penyediaan PP dan KKK. Sila semak setiap item yang dimasukkan dalam PP dan KKK dari segi … angkanya, operasinya, klasifikasi akaunnya,

    Tan,
    Pada pandangan Cg,
    1. Penghutang bersih disitu bermaksud BAKI AKHIR Ak Kawalan Penghutang selepas mengambilkira pelarasan (jika ada).
    2. Jurnal Am bagi pelarasan PHR, bergantung kepada pertambahan / pengurangan PHR, sama ada :
    Dt: Pertambahan PHR, Kt: PHR ….. atau
    Dt: PHR, Kt: Pengurangan PHR

  972. salam..
    cikgu nak tanya macam mana nak buat belanjawan tunai..ikut tahun ke..start 2011 ke

  973. Nur Hawa,
    Ya, buat untuk TAHUNAN. Cadangan Cg, mulai 2011 – 2012 – 2013 – 2014.

  974. Salam, ckgu

    item2 untuk blnjwn bolehkh plh2, x prlu mskkn smua yg ada dlm BT/PP….cthnya x prlu kmisen, angktn msuk, insurans atau lain2….cma mskkn sdkit shj selain yg dmnta oleh soalan..?

  975. Qien,
    Belanjawan yang disediakan adalah untuk mencari anggaran baki tunai pada akhir setiap tahun. Untuk mendapat anggaran baki akhir yang lebih tepat, maka semua item penerimaan dan pembayaran yang dijangkakan seharusnya diambilkira.

  976. cikgu, macam mane nak buat kerja kursus format baruni?

  977. Natasha Rock

    salam, cikgu, saya masih tak dapat buat akaun kawalan. bagaimana cikgu. guru PA saya cuti bersalin. saya harap cikgu dapat bantu saya. saya baru sahaja menyiapkan perlarasan. langkah seterusnya saya tak tahu. tq

  978. Natasha Rock

    saya maksudkan projek tingkatan 5 tu.

  979. Natasha,
    Sebagai panduan menyediakan Ak Kawalan, sila rujuk dalam Buku Teks.
    Langkah2 penyediaan juga ada dalam arahan tugasan / soalan.
    – Lejar – ID – Pelarasan (senarai, catatan dalam JA, Lejar, Ak Kawalan) – Penyata Pendapatan – KKK – Analisis nisbah – Tafsiran nisbah ……….dan seterusnya.

  980. cikgu, say tidak dapat mengenal pasti kesalahan prinsip. harap ckg dpt membantu saya

  981. Kamala,
    Boleh gunakan, membawa masuk kipas ke dalam perniagaan telah dicatatkan sebagai
    Dt: Lengkapan Kt: Modal …. dalam Jurnal Am… sebagai kesilapan prinsip. Di mana sepatutnya kipas dikelaskan sebagai LEKAPAN.

  982. salam cg narzuki , bole cg terangkn soalan :
    (n) mengemukakan cadangan untk meningktkan prestasi smsa dan jngka pnjang prniagaan ??

  983. Ai’zul,
    Pada pandangan Cg,
    Peningkatan prestasi jangka pendek boleh merujuk kepada cadangan2 bagaimana untuk meningkatkan lagi hasil jualan. Manakala peningkatan prestasi jangka panjang lebih kepada cadangan2 untuk mengembangkan lagi perniagaan di masa hadapan.

  984. Askum, cikgu saya ada satu persoalan

    Berkenaan dengan belian lori dalam penyediaan belanjawan tunai,adakah ansuran lori termasuk dgn kadar faedahnya . Perlukah pelajar mereka sendiri kadar faedahnya?

    Terima kasih…. Selamat hari guru. Jasamu dikenang!!!

  985. Man, terima kasih.
    Pada kebiasaannya bayaran ansuran merujuk kepada bayaran pokok dan faedahnya sekali. Oleh kerana tiada sebarang maklumat tentang kadar tersebut, maka pelajar bolehlah tentukan sendiri kadar tersebut.

  986. salam…
    selamat hari guru cgu narzuki…

  987. Fidzah, terima kasih.

  988. PEMBETULAN KESILAPAN
    Ketinggalan catatan
    Cek bernilai RM1000 untuk membayar gaji telah dikreditkan dalam Akaun Bank tetapi belum dicatat
    dalam Akaun Gaji.
    Dt. Akaun gaji
    Puan Amira membawa masuk sebuah mesin pencetak milik peribadi bernilai RM800 ke dalam perniagaan perabotnya. Perkara ini tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
    betul xsaya buat mcm ni?

  989. Cikgu Mira,
    Pada pandangan saya,
    1. Kes gaji tersebut merujuk kepada KESILAPAN KETARA, di mana satu akaun yang tertinggal. Ianya TIDAK SESUAI untuk tugasan projek ini, kerana akan melibatkan Ak Tergantung (diluar Sukatan).
    2. Kes membawa masuk mesin pencetak .. sesuai dijadikan item ketinggalan catatan.

  990. saya reka maklumat utk belanjawan ni..betul x?
    maklumat tambahan:
    1. Sewa dinaikkan pada kadar yang baru sebulan RM400 bermula 1 Februari 2013.
    2. Anggaran jualan tunai
    2012 30000
    2013 33000
    2014 35300
    2015 40000
    3. Komisen sebanyak RM6000 akan diterima setiap hujung bulan Januari selama 4 tahun.
    4. Pada bulan februari 2012, sumbangan modal tambahan sebanyak RM4000
    diperoleh daripada keluarga
    5. Anggaran belian tunai
    2012 7000
    2013 7450
    2014 8100
    2015 8345
    6. Faedah atas pinjaman 6% sebanyak RM24000 bermula 1 Julai 2010 sehingga 30 Jun 2015.
    7. Kadar bayaran perlu dibayar setiap bulan sebanyak RM280.
    8. Gaji pekerja akan dinaikkan sebanyak 20% bermula awal Feb 2012.
    9. Komputer perniagaan akan ditingkatkan keupayaan (upgrade) sistemnya setiap dua tahun
    dengan melibatkan belanja yang dianggarkan sebanyak 50% dari kos komputer
    10. Peniaga bercadang untuk membeli sebuah lori berharga RM85000 pada 1 September 2012 dengan bayaran
    deposit sebanyak 10% dari harga berkenaan. Ansuran akan bermula pada bulan Oktober
    2012 dengan tempoh bayaran balik selama 5 tahun.

  991. Cikgu Mira,
    Pada pandangan saya,
    Oleh kerana Tempoh perakaunan 1/1/xx – 31/12/xx, maka belanjawan juga sepatutnya menggunakan tempoh yang sama. …. barulah perniagaan boleh menyediakan Penyata Varian (tidak diminta dalam soalan).

  992. saya dah buat pelarasan..dlm buku teks kite ajar budak guna 2 kaedah merekod ke lejar…contoh:
    dt. stok akhir
    kt . untung rugi..

    kenapa saya tgk yang ni x buat rekod..

    satu lagi belanja terakru..bukan ke ada dua catatan iaitu ke ak belanja dan ak untung rugi..tp kebanyakan hanya buat pelarasan pada ak belanja dan ak belanja terakru sahaja..

  993. Cikgu Mira,
    Pada pandangan saya,
    Dalam buku teks bab pelarasan hanya menunjukkan kesan sesuatu pelarasan dalam lejar dan Penyata Kewangan, bukannya tatacara perekodan yang lengkap. Apa yang perlu diajarkan kepada pelajar dalam menyediakan kerja kursus adalah tatacara perekodan yang lengkap dan mematuhi proses dalam Kitaran Perakaunan.
    Oleh kerana pelajar dikehendaki menyediakan ID dan ID Terselaras, maka kaedah langsung dengan menutup akaun ke AUR adalah tidak sesuai digunakan.

  994. salam. .cgu. . sya cma nak minta kpastian dri cgu je. . emm. . dlam blnjawan tunai. .
    baki awal
    PENERIMAAN
    modal,jualan tunai,bayaran pelbagai penghutang
    PEMBAYARAN
    belian tunai, smua blnja, n byrn kpd pmiutang. .
    emm. . . cma nak kpstian dri cgu. . btul ke smue nie? ? n ade ke yg ktingalan kat blnjawan tunai sye nie? ? tlong bntu sye cgu. . please. .
    saye nak hntar mggu nie jge. . please cgu. . 🙁

  995. Ema,

    Item Penerimaan MODAL adalah merujuk kepada modal tambahan yang AKAN dibawa masuk, bukannya modal daripada soalan. Manakala bagi item pembayaran, pastikan item Gaji, upgrade komputer, dan pembelian lori dengan bayaran pendahuluan dan bayaran ansuran lori dimasukkan sebagaimana kehednak soalan.

  996. Cikgu,
    Belanjawan tunai dalam penerimaan, bolehkah jualan tunai saya ambil dari jualan tunai di buku tunai x 12, manakala kutipan daripada penghutang saya ambil dari (jurnal jualan – pulangan jualan)x12 sebab penerimaan daripada jualan kredit adalah bayaran daripada penghutang. terima kasih

  997. Fatimah,
    Pada pandangan saya,
    Penyediaan belanjawan agak bebas dalam membuat ANGGARAN bagi sesuatu item penerimaan / pembayaran, berbagai asas dan andaian boleh dibuat asalkan ada rasionalnya. Sama ada mengandaikan semua jualan kredit tersebut akan berjaya dikutip ataupun berdasarkan kutipan daripada penghutang dalam Buku Tunai. Ataupun terus ambil JUALAN (jualan tunai + jualan kredit) daripada penyata pendapatan sahaja.

  998. Askum,
    cikgu berkenaan dgn belanjawan tunai:

    Belanja peyelenggaraan komputer iaitu 50% daripada kos komputer. Berapakah kos komputer? Adakah Rm 2 800 @ perlu didarab juga dengan 12 iaitu RM 33 600?

    Terima kasih….

  999. Man, waalaikumussalam.
    Tidak perlu didarab 12. …. x 12 bermaksud pada setiap bulan perniagaan akan membeli komputer baru.

  1000. Salam.
    Sekarang ini saya sedang menghadiri mesyuarat penataran PBS Prinsip Perakaunan Negeri Pahang 2011.
    JU memberitahu untuk negeri ada sedikit kelainan.
    Antaranya item Belanjawan Tunai. Walaupun dalam item penilaian tiada aspek pemarkahan tetapi diambil kira dalam elemen kerja kursus.
    Aspek perakuan calon dan penghargaan pula, haruslah ada penghargaan sekurangnya 3 pihak iaitu pengetua, guru mengajar dan ibubapa atau keluarga .. Ya la. Secara logiknya ketiga pihak ini membantu anda membuat kerja kursus ini.. so, tiada masalah.
    Ada juga bertanyakan tentang masalah elemen ICT. Markah boleh diberikan walaupun hanya beberapa item yang ditulis dengan komputer. So, jangan terlalu mendalam sehingga menjejaskan markah pelajar. Bukannya elemen ICT itu dibuat untuk menyusahkan pelajar hanya sekadar memastikan elemen itu pelajar juga kuasai.

  1001. Cg Am,
    Terima kasih atas perkongsian maklumat tersebut.

  1002. salam. . cgu. . nak tnye g. .
    pasal. .
    -modal buat anggran sdri ke ataupun ade kat soalan. . tp, sye rse mcm xde kan cgu? ?
    -byran pndhuluan dan byran ansuran lori 2 diskalikan ataupun di asingkan dlm blnjawantunai? ?
    2 je cgu. . TQ. . tlong jwab sgera yg mgkin. .maaf sbb mnyusahkn cgu. . :D:D

  1003. salam. . cgu. . nak tnya g. .
    yg psal modal 2 kan. . bleh tak klau sye ambil modal dlam jurnal am 2. . yg ksilpan prinsip. . yg lengkapan 720, modal 720. . . .

    boleh tak modal 2 sye ambil utk blnjawan tunai sbg modal tmbhan? ?

    TQ. . :D:D:D

  1004. Ema,
    – Modal tambahan tiada dalam soalan, boleh buat sendiri jika dirasakan perlu. Bawa masuk kipas RM720 tidak melibatkan WANG TUNAI masuk, maka tidak boleh diambilkira.
    – Sebaik2nya diasingkan.

  1005. ckg..mcm mna nak buat belanjwan bg 4 thon?

  1006. salam. . trima ksih cgu. .
    jd, modal tidak prlu untuk di bwa msuk ke dlm blnjawan tunai laa. . .

    emm. . apa mksud cgu sbaik2nya di asingkan? ?

    emm. . cadanga. . mcmane nak buat cgu? ? buat point je ke cgu? ? ataupun buat mcm esei? ? n msti ade pmulaan jge ke cgu? ?

  1007. Ema,

    Ya, modal tidak perlu dimasukkan.
    Item pembayaran bagi Pendahuluan lori dan bayaran ansuran lori sebaik2nya diasingkan bagi mengambarkan tujuan pembayaran tersebut dibuat.
    Cuba fahami dahulu fungsi belanjawan tunai, kaedah penyediaannya dengan merujuk Buku Teks pada m/s 294.

  1008. salam..cgu. .
    mcamne nak cri..

    -jualan tunai
    -byran plbgai pghutang
    -belian tunai
    -bayaran kpd pmiutang

    satu g. . dlm. .
    -PENERIMAAN : ia hnya mrngkumi 2 je ke cgu? ? jualan tunai n byran plgbai pghutang? ?
    n
    -PEMBAYARAN: belian tunai, byrn kpd pmiutang, belnja, ansuran lori, deposit lori, n yg kmputer 2. .

    *em. . yg psal kmputer 2 cgu..apa butir yg ptut dmsukkan?? n mcmne nak mcrinya? ?
    TQ di atas ptlongan cgu..:D

  1009. Ema,

    Bagi penyediaan belanjawan tahunan, fungsi berikut perlu diamati iaitu : Membolehkan perbandingan dibuat antara pendapatan dan perbelanjaan SEBENAR dan yang diANGGARkan (Penyata Varian). Maka cadangan Cg, item2 penerimaan dan pembayaran tersebut boleh dirujuk kepada item2 Pendapatan dan Perbelanjaan dalam Penyata Pendapatan.

  1010. cikgu saya nak tanya, pelarasan yang kena catat dalam jurnal tu macam:
    kalau komisen terakru
    dt komisen
    kt komisen terakru
    betul ke?
    kalau susutnilai macam mana?
    kalau nak buat akaun kawalan tu butiran ambil dari mana?
    tolong saya cikgu……

  1011. Natasha,
    Bagi pelarasan komisen diterima terakru, catatannya ialah :
    Dt: Komisen diterima terakru
    Kt: Komisen diterima

    Manakala pelarasan susut nilai :
    Dt: Susut nilai …..
    Kt: Susut nilai Terkumpul ….

    Panduan penyediaakn Ak Kawalan, sila rujuk Buku Teks pada m/s 166 – 167

  1012. selamat sejahtera cikgu ,saya nak tanya SN kenderaan bolehkan saya guna 20%dan SN lengkapan bolehkan saya guna 9.5% da?Daripada bidang itemBelanja terakru Bolehkan saya guna faedah atas pinjaman terakru RM40 dan item belanja terdahulu saya boleh guna insurans terdahulu RM55?item hasil terakru bolehkan saya guna komisen diterima terakru RM100?Belanjawan tunai mahu tulis andaian atau ayat da?

  1013. Chan,
    Pada pandangan Cg,
    SN Kenderaan 20% dan SN Lengkapan 10% sebagaimana yang telah digunakan tahun sebelumnya (bagi mematuhi konsep ketekalan). Item2 terakru dan terdahulu tersebut boleh digunakan. Belanjawan tunai disediakan mengikut format yang sepatutnya, manakala andaian2 tentang kenaikan / penurunan disediakan dalam bentuk catatan, supaya memudahkan guru anda menyemak ketepatan belanjawan tunai yang disediakan.

  1014. cikgu,,dalam belanjawan tunai
    bagaimana saya hndk mendapatkan baki akhir,,
    sy kurang pasti

  1015. Azahari,
    Terdapat 2 format, bergantung kepada format mana yang digunakan.

    Baki awal …………. a
    (+) Penerimaan …. b
    (-) Pembayaran….. c
    = BAKI AKHIR ……. a+b-c

    Baki awal …………… a
    (+)Penerimaan …… b
    (-) Pembayaran …… c
    LEBIHAN …………….. b-c = d
    Baki akhir …………… a + d

  1016. salam,,,

    cg tafsiran 2 kne wt bdasarkan pnyata kwangan or nisbah yg da d kira????

  1017. Mizie,

    Pengiraan nisbah dan tafsiran tersebut adalah berdasarkan Penyata Pendapatan dan KKK yang disediakan.

  1018. ckgu,,belanjawan pd deposit kenderaan dan ansuran mcm mne?

  1019. Azahari,

    Mula2 tentukan HARGA lori tersebut, kemudian kira depositnya 10%…..
    Maka, Pendahuluan lori ……… tahun 2012 (Sept)
    BAKI yang belum dibayar = Harga lori – deposit
    Kemudian kira ansuran tahunan = BAKI / 5 tahun …. Ansuran untuk 2013, 2014
    Ansuran bulanan = / 12 ….. tahun 2012 ….. ansuran 3 bulan (Okt – Dis), maka x 3

    # Andaian : tiada dikenakan faedah atas BAKI yang belum dibayar.

  1020. Assalamualaikum, cikgu.

    Jika sy buat pertambahan PHR.
    Sebagai contoh. sy gunakan kadar 3%.

    3% x RM17500 = RM525
    >>Pertambahan PHR berlaku sebanyak RM155(RM525-RM370)

    Pertanyaan:
    Nanti dalam ID Terlaras adakah sy perlu catat PHR
    1. sebanyak RM 525
    atau
    2. sebanyak RM155
    ????

    Dan sy perlu catatkannya sebelah DT kan? Sebab ia adalah BELANJA.

    Terima Kasih.

  1021. Faina, waalaikumussalam.

    Catatan pelarasannya :
    Dt: Pertambahan PHR RM155
    Kt: PHR RM155

    Imbangkan AK Pertambahan PHR …. dapat Baki b/b RM155…. masukkan dalam IDT (Dt)
    Imbangkan Ak PHR …. dapat Baki b/b RM525 …… masukkan dalam IDT (Kt)

  1022. terima kasih cikgu

  1023. Askum cikgu..

    Mcmn nak buat rumusan. Apa isi2 yang perlu ada?
    Harap diberi sedikit penjelasan. Terima kasih…..

  1024. Man, waalaikumussalam.

    Cadangan Cg, buat seperti Rumusan Tugasan Tingkatan 4… iaitu senarai beberapa Konsep, Prinsip Asas yang diamalkan dalam perniagaan dengan mengemukan maksud konsep/prinsip tersebut dan disertakan dengan contoh yang diamalkan dalam rekod perakaunan perniagaan anda.

  1025. salam…

    cg butiran utk d catat dlm belanjawan tnai 2…ambik yg dah selaras ke utk d darab nga 12 bulan????

  1026. Mizie,

    Ambil baki2 yang telah diselaraskan, secara mudahnya rujuk nilai dalam Penyata Pendapatan.

  1027. salam..cikgu..bukan ke blnjawan tunai hanya mengambil kira penerimaan dan pembayaran tunai sahaja?knapa jualan kn ambil dari pp bukan buku tunai?kalau jualan diambil dalam pp’ini termasuk jualan kredit…

  1028. Cikgu Zai,

    Pada padangan saya, Belanjawan BULANAN menjurus kepada perancangan aliran tunai untuk jangka pendek, maka kita perlu sediakan secara DETAIL bagi setiap item penerimaan / pembayaran.. seperti jualan tunai, kutipan daripada penghutang dan sebagainya.

    Manakala bagi Belanjawan TAHUNAN, lebih kepada perancangan jangka panjang di mana ITEM JUALAN yang hendak dianggarkan adalah merujuk kepada JUALAN perniagaan untuk setahun (jualan tunai + jualan kredit ~ penghutang adalah Aset Semasa – akan dijelaskan dalam setahun). Seterusnya belanjawan tersebut akan dibandingkan dengan Hasil dan Perbelanjaan SEBENAR nanti untuk disediakan analisis VARIAN.

  1029. cikgu cadang mahu beri beberapa fakta?

  1030. salam…cikgu’ansuran pinjaman boleh dikelaskan sebagai pembayaran tak?boleh tak kalau rangkum sekali dengan faedah atas pinjaman?apa butiran yang sesuai untuk pinjaman ni dalam belanjawan tunai?

  1031. oic…thankz a lot…urm untuk penghutang adakah kita boleh ambil nilai di KKK sebagai pembayaran hutang?cth: RM17500 x 12 bulan untuk 2011..

  1032. Cikgu Zai,
    Pada pandangan saya,

    SEMUA jenis PEMBAYARAN sama ada bayaran untuk belanja, beli aset, pelaburan dan sebagainya (melibatkan wang keluar) boleh dimasukkan sebagai ITEM PEMBAYARAN.

    Bagi memudahkan perbandingan, kita asingkan ikut rekod perakaunan (1) Bayaran balik pinjaman, (2) Faedah atas pinjaman.

    Jumlah JUALAN tersebut sudah merangkumi bayaran balik daripada penghutang (iaitu jualan kredit), maka bayaran oleh penghutang tidak perlu dimasukkan lagi.

  1033. terima kasih cikgu…baru sy faham…so belian pun sama juga kan?jasamu dikenang..

  1034. cikgu macam mn nak buat cadangan pad akhir kerja kursus ini,,,,ia berdasarkan apa dan boleh x cikgu bagi contoh supaya saya faham……..?????

  1035. Aqila,

    Pada pandangan Cg,
    Keputusan Perniagaan – perancangan peningkatan prestasi untuk jangka pendek, iaitu lebih kepada bagaimana untuk tingkat prestasi perniagaan dengan meningkatkan hasil jualan perniagaan… contohnya menjalankan promosi dari rumah ke rumah, mengadakan pameran perabot, promosi jualan murah…. dan sebagainya.

    Perancangan Perniagaan – perancangan jangka panjang, iaitu lebih kepada peningkatan prestasi dengan mengembangkan perniagaan di masa2 akan datang …. seperti membuka cawangan baru di kawasan2 yang berpotensi maju…. dan sebagainya.

  1036. Natasha Rock

    cikgu, butiran belanjawan tunai nak ambil dari mana?

  1037. Natasha Rock

    macamana nak cari
    keberuntungan
    kecairan
    kecekapan
    tafsiran nisbah
    rumusan

  1038. Natasha,

    Baca komen2 sebelum ini berhubung penyediaan belanjawan, manakala Analisis Nisbah dan Tafsiran Penyata Kewangan boleh rujuk Buku Teks m/s 535.

  1039. cikgu,
    Adakah saya harus membuat buku tunai sekali lagi bagi catatan pelarasan?

    Terima kasih

  1040. Rupani,
    Biasanya pelarasan tidak melibatkan buku tunai, kerana dalam perniagaan ada sistem kawalan khas untuk buku tunai. … apakah pelarasan yang telah anda buat berkaitan dengan buku tunai tersebut ?

  1041. Salam, saya dah beri macam-macam perkara untuk memudahkan anak-anak murid ni buat tugasan ni tapi … sedihnya mereka tak berungguh-sungguh, bila minta bahan yang telah dibuat, tak siap dan ada yang belum buat…. so macam mana jalannya nak ditolong mereka ni…..kita dah all out…. dema buat dek jee…..

  1042. Cikgurudad,
    Pada pandangan saya,

    1. Kemungkinan pelajar TIDAK KUASAI KEMAHIRAN / TIDAK FAHAM apa yang hendak dibuat…….. BIMBINGAN GURU secara berperingkat2 sepanjang tempoh pelaksanaan adalah penting bagi menyemak / memantau progres kerja pelajar siap sepertimana yang dirancang.

    2. Pelajar TIDAK BERSUNGGUH2…… Guru perlu menerang tentang sumbangan MARKAH kerja kursus sebanyak 20% sangat2 membantu pelajar untuk LULUS / SKOR A+ … dan ianya boleh diperolehi dengan MUDAH. Dan sekiranya pelajar tidak menyiapkannya, maka markah tersebut hilang begitu sahaja… pelajar juga yang RUGI.

    3. Perlu ditingkatkan lagi MINAT PELAJAR terhadap sunjek Prinsip Perakaunan ……. seperti mendedahkan peluang2 / bidang2 / program di IPT yang boleh diceburi… serta peluang2 kerjaya dalam bidang perakaunan … dan sebagainya.

  1043. cikgu,

    pembetulan kesilapan saya ialah angkutan masuk yang dibayar iaitu sebanyak Rm 450 termasuk angkutan keluar sebanyak Rm 200. Maka, angkutan masuk kini ialah Rm 250 dan angkutan keluar ialah RM 200.

    Oleh itu, adakah saya harus membuat perubahan dalam buku tunai dalam bahagian butir untuk mengasingkan angkutan masuk dan keluar, walaupun tiada perubahan dalam nilai akhir bank dan tunai?

    Terima Kasih

  1044. Rupani,
    BT sudah betul dari segi bakinya, maka tidak perlu diperbetulkan/diubah….rekod perakaunan tidak boleh diubah2 begitu sahaja. Pembetulan hanya dilakukan dalam akaun yang diselaraskan sahaja iaitu Ak Angkutan Masuk dan Ak Angkutan Keluar. Iaitu :
    Dt: Angkutan Keluar 200
    Kt: Angkutan MAsuk 200

  1045. cikgu~~nak tanya belanjawan kena ambil angka mana?

  1046. cikgu ade contoh rumusan x?

  1047. contoh tafsiran nisbah ade x sekali

  1048. Fikrie,

    Cadangan Cg, Contoh RUMUSAN boleh rujuk kerja kursus Tingkatan 4 dahulu, manakala Analisis Nisbah dan Tafsiran boleh rujuk buku teks m/s 535.

  1049. cikgu…boleh x cikgu m’beri sedikit tips dlm m’buat cadangan?

  1050. KiSse,
    Sila rujuk komen Cg berkaitan perkara tersebut DIATAS.

  1051. cikgu, dalam belanjawan tunai, kutipan dari penghutang & bayaran kepada pemiutang ambik dari buku tunai ke?


  1052. Cg Narzuki:

    Cikgurudad,
    Pada pandangan saya,
    1. Kemungkinan pelajar TIDAK KUASAI KEMAHIRAN / TIDAK FAHAM apa yang hendak dibuat…….. BIMBINGAN GURU secara berperingkat2 sepanjang tempoh pelaksanaan adalah penting bagi menyemak / memantau progres kerja pelajar siap sepertimana yang dirancang.
    2. Pelajar TIDAK BERSUNGGUH2…… Guru perlu menerang tentang sumbangan MARKAH kerja kursus sebanyak 20% sangat2 membantu pelajar untuk LULUS / SKOR A+ … dan ianya boleh diperolehi dengan MUDAH. Dan sekiranya pelajar tidak menyiapkannya, maka markah tersebut hilang begitu sahaja… pelajar juga yang RUGI.
    3. Perlu ditingkatkan lagi MINAT PELAJAR terhadap sunjek Prinsip Perakaunan ……. seperti mendedahkan peluang2 / bidang2 / program di IPT yang boleh diceburi… serta peluang2 kerjaya dalam bidang perakaunan … dan sebagainya.

    Terima kasih atas pandangan CG ni.
    Ada juga kebenarannya sebahagian yang CG nyatakan tu…
    cuma kekadang saya rasa frust juga dengan anak-anak murid yang tak mau dengar nasihat tu… yang mau ikut tu biasanya takda masalah.
    Tempoh dah hampir tamat ni dan sepanjang 2 minggu lepas ni peperiksaan pertengahan tahun, harap-harap mereka buat jugalah kerja kursus ni walaupun exam…..

  1053. Cikgurudad,

    Saya cadangkan adakan kelas khas / kem selama 1 atau 2 hari bagi memastikan pelajar BUAT dan SIAP tugasan masing2….. ataupun sekurang2nya boleh diberikan markah pada sebahagian elemen2 penilaian yang telah mereka disiapkan.

  1054. terima kasih ats jawapan cikgu narzuki sblm ini..

    saya rasa masa sgt terhad..saya terpaksa menggunakan cuti 2 minggu ni utk melaksanakan kerja kursus secara berkumpulan pelajar..tp saya masih baru, silibus masih belum sampai tajuk analisis penyata kewangan..skrg sya terpaksa mengajar dan melaksanakan k.kursus serentak..
    saya rasa k.kursus thn ni agak kelam kabut bg pelajar dan guru2..
    ini pndangan saya selaku cgu akaun..sya tak tahu bgmn cgu akaun yg lain..mgkin lbh bijak mengatasi masalah ni..

  1055. Terima kasih cikgu nazuki

  1056. cikgu yg belanjawan untuk 2011,,,komisen,sewa,gaji nak kna drb ngan 12 k,klau kena tahun berikutnya nak kena drab ngan 12 jugak k

  1057. assalamualaikum,cikgu macm mane nk buat akaun kawalan pemiutang & penghutang…..dengan akau belannjawan tunai

  1058. Salam,
    Saya rasakan satu kursus untuk penataran kerja kursus untuk 2011 ini perlu diadakan memandangkan ini kali pertama PBS dilaksanakan untuk subjek ini. Penataran yang lepas hanya untuk Ting 4 oleh itu untuk ting 5 ini pun perlu dibuat pentaran supaya semua guru yang menjalankan pentaksiran tidak keliru dalam memberikan gred nanti.

  1059. Cikgurudad,

    Ianya bergantung kepada KPN, JU dan JPN masing2… setengah2 negeri telahpun mengadakan kursus penataran tersebeut di peringkat negeri masing2.

  1060. cg,
    adalah perisian E-PPK2 @ 3 diguna pakai untuk pentaksiran kerja kursus? adakah catatan pentaksiran individu dibuat terus pada folio mengikut bahagian dan baru kemudian key in masuk dalam perisian dan print borang pentaksiran individu dalam bentuk hard copy…..
    pepriksaan sekolah saya telah memakan 3 minggu dan saya bimbangpelajar tak sempat siap on time….risau betul………

  1061. Cff,

    Perisian E-PPK2 ver 2011 perlu digunakan bagi memudahkan guru memasukkan markah kerja kursus bagi tingkatan 4 (2010) dan tingkatan 5 (2011)…di mana perisian akan melakukan semua pengiraan yang terlibat. Seterusnya guru hanya perlu mencetak :
    1. Borang Pentaksiran Individu (Ting 4 & Ting 5) … untuk simpanan Fail Pentaksiran.
    2. Borang Rumusan Skor Projek …. tindakan SU Peperiksaan hantar markah kepada LPM (secara online).
    3. Sijil Pencapaian pelajar…………. diserahkan kepada pelajar.

  1062. terima kasih atas respon yang cekap n dedikasi
    tqvm

  1063. cikgu, saya tidak tahu hendak buat belanjawan tunai kerana ia melibatkan 4 tahun.. Agak keliru dengan soalannya

  1064. Edvin,

    Konsepnya hampir sama dengan Belanjawan tunai untuk bulanan, bezanya hanya pada lajur iaitu … 2011 – 2012 – 2013 – 2014.

  1065. cg, mcm mna nak buat rumusan tu?

  1066. Zulaikha,

    Tiada sebarang panduan yang diberikan tentang kriteria yang perlu ada dalam elemen Rumusan. Cadangan Cg, kita guna kriteria Rumusan tugasan projek Tingkatan 4 (2010) iaitu menyenarai sekurang2nya 3 Aplikasi konsep, prinsip atau andaian perakaunan yang releven dengan amalan perakaunan perniagaan…….. supaya ada kesinambungan antara tugasan tingkatan 4 dan tingkatan 5.

  1067. cg….INSURAN dan INSURANS TERDAHULU…..
    yg mana satu debit dan kredit..saya keliru

  1068. cg..ini plarasan saya..dlm pembetulan ksilapan…
    i) ketinggalan catatan:
    -pemilik ambil barang niaga RM 400 tlah terlupa rekod dlm mana mana buku.
    ii)kesilapan prinsip:
    -jualan satu unit komputer rm 400 secara tunai trsalah rekod ke ak.jualan

    soalan saya:m
    bgaimana saya perlu catat ke dlm jurnal dan lejar??

  1069. Ieylla,

    Dt: Insurans terdahulu …. ASET
    Kt: Insurans

    Dt: Ambilan 400
    Kt: Belian 400

    Dt: Jualan 400
    Kt: Komputer 400

    Kemudian poskan ke Lejar yang berkenaan.

  1070. cikgu saya kurang jelas dgn solaan (j)Muka surat 3. Harga kos aset tidak dinyatakan dalam soalan.. Jadi di manakah perlu saya ambil harga kos tersebut.

    bagi soalan (h) Gaji pekerja dibayar itu pilih salah satu?

  1071. Edvin,

    Pelajar tentukan sendiri nilai kos tersebut.

  1072. cg..btul tak ini ?? :: (lejar)
    ________________________komisen terakru_____________________
    dt ; komisen 50

    ________________________komisen_____________________________
    ……………………………………………………. kt; komisen terakru 50

  1073. Ieylla, Ya betul.

  1074. untuk cdgan pla bgmna?

  1075. Zulaikha,

    Sila rujuk komen Cg sebelum ini …. di ATAS.

  1076. Kepada semua yang memberikan pandangan dan cadangan penyelesaian untuk kerja kursus ini, terima kasih. Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan. Terima Kasih Cikgu Narzuki.

  1077. salam cg narzuki..
    saya ingin bertanya berkenaan dengan kerja kursus tingkatag 5.

    1. Apakah angka pengimbang bagi Imbangan Duga?
    2. Gaji pekerja itu akan diambil berdasarkan kepada kawasan / lokasi perniagaan kan. Amaun tersebut hanya dimasukkan dalam belanjawan 5tahun?(sekadar ingin kepastian)
    3. Dalam pengiraan susutnilai dan peruntukan hutang ragu bagi Jan 2011 adakah perlu direkod untuk sebulan atau setahun di dalam penyata kewangan berakhir 31 Jan 2011?
    Terima kasih cg..

  1078. Cg Donn, terima kasih atas sokongan.

    Pada pandangan saya,
    1. ID ialah 331106
    2. Gaji dinaikkan setiap tahun mengikut peratus yang ditetapkan mengikut LOKASI perniagaan. … (4 tahun).
    3. Penyata Kewangan untuk tempoh SEBULAN… maka jumlah SN tersebut perlu diselaraskan untuk SEBULAN (iaitu bahagi 12). Manakala PHR yang dikira atas baki PENGHUTANG SEBULAN… maka tidak perlu dibahagikan dengan 12 lagi.

  1079. Cikgu, anda ada tak itu SOALAN SOLAF SPM keluaran JPN PERAK? Saya tak dapat cari kertas tu tapi subjek-subjek lain semua pun ada…Terima Kasih…

  1080. Oliver,
    Maaf, buat masa ini tiada dalam simpanan Cg Narzuki Online.

  1081. tq cg…
    cg,saya punya imbangan duga terlaras tak seimbang….assigment saya tergendala…
    apa yg patut saya lakukan??

    (dalam imbangan duga trlaras)
    cg,bgaimana hendak catat susut nilai trkumpul kenderaan & lengkapan ? yang baru / yang lama / perlu kira

  1082. Ieylla,

    Pada pandangan Cg, kemungkinan Lejar pelarasan telah ditutup ke AUR… menyebabkan anda keliru dan tertinggal masukkan BAKI akaun2 tertentu ke ID Terselaras, maka ianya tidak seimbang. Cadangan Cg, SEMUA lejar IMBANGKAN dengan mencari BAKI H/B dan BAKI B/B seterusnya masukkan BAKI B/B tersebut ke ID Terselaras.

  1083. Salam cg narzuki,

    Saya ingin bertanya, bolehkah jika pelajar saya menggunakan nilai jualan (jualan-pulangan jualan-diskaun diberi) dalam belanjawan tunai?

    Tq.

  1084. ALHAMDULILLAH ……terima kasih atas sokongan semua guru-guru dalam blog ini especially for cikgu nazuki…semua pelajar saya dah siap and bolehtak cikgu nazuki berikan procedur akhir tindakan saya seterusnya….

  1085. Faridah,
    Berdasarkan Panduan Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek, guru perlu mengambil tindakan berikut :

    PENGURUSAN DAN PENILAIAN
    1. Pengumpulan dan Semakan hasil tugasan pelajar…… perlu disimpan sehingga 6 bulan selepas keputusan SPM dikeluarkan.
    2. Penilaian dan Pentaksiran ……… pemberian GRED bagi setiap ELEMEN yang dinilai berdasarkan BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU (ada disediakan diATAS).
    3. Kemasukan Markah ke E-PPK3 (digabungkan bersama markah yang telah dimasukkan di tingkatan 4)
    4. Cetak Borang Pentaksiran Individu …… simpanan Fail Pentaksiran.
    5. Cetak Borang Rumusan Skor Projek ….. diserahkan kepada SU Peperiksaan Sekolah untuk dihantar ke LPM secara online bulan Ogos nanti.
    6. Cetak Sijil Pencapaian …… diserahkan kepada pelajar.

  1086. cikgu camne nak buat “Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan”

  1087. CADANGAN tersebut perlu dipecahkan mengikut 2 ELEMEN yang dinilai, iaitu :

    1. KEPUTUSAN PERNIAGAAN …… perancangan peningkatan prestasi JANGKA PENDEK.
    (i) mengemukakan sekurang kurangnya TIGA CADANGAN yang relevan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan.
    (ii) mengemukakan KEPUTUSAN SEGERA segera berdasarkan maklumat penyata kewangan yang telah disediakan.

    2. PERANCANGAN PERNIAGAAN …. perancangan peningkatan prestasi JANGKA PANJANG.
    (i) mengemukakan sekurang kurangnya TIGA CADANGAN yang kritis dan relevan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan.

  1088. perlu tak saya tunggu pentaksir kawasan pantau dulu baru SU peperiksaan submit markah ke LPM

  1089. Faridah,

    PERLU, selepas pemantauan dan pentaksiran / penyelarasan skor dibuat oleh Pentaksir Kawasan serta pembetulan terhadap pemberian skor (jika ada) …… dan apabila semuanya SELESAI baru diserahkan kepada SU Peperiksaan Sekolah, di mana markah tersebut akan di hantar ke LPM secara online pada bulan OGOS nanti.

  1090. cikgu, saya nak tanya. bagaimana tulis rumusan dalam kerja kursus ini?

  1091. Irene,

    Cadangan Cg, ikut kriteria Rumusan Tugasan Tingkatan 4 (2010) dengan mengemukan sekurang2nya TIGA konsep, prinsip atau andaian asas perakaunan yang diamalkan oleh perniagaan. Sebagai Contohnya :

    1. KONSEP KETEKALAN
    Perniagaan Perabot XXX telah mengamalkan konsep ketekalan, di mana suatu kaedah merekodkan perakaunan yang sama diamalkan dalam penyediaan laporan kewangan bagi setiap tempoh perakaunan. Kaedah Garis Lurus telah digunakan bagi pengiraan susut nilai Kenderaan, manakala Kaedah Baki Berkurangan pula digunakan bagi pengiraan susut nilai Lengkapan.
    Kaedah merekodkan perakaunan yang konsisten penting kerana dapat mengelakkan penyelewengan dalam laporan kewangan serta dapat memberikan gambaran yang tepat tentang aktiviti perniagaan. Di samping itu, penyata kewangan bagi sesuatu tempoh perakaunan dapat juga dibandingkan dengan penyata kewangan bagi tempoh perakaunan yang lain.

    # Terangkan maksud konsep tersebut serta nyatakan di mana ianya diaplikasikan dalam rekod perakaunan perniagaan anda.

  1092. cikgu… saya dapat faedah atas pinjaman sebanyak RM160 iaitu saya tambah faedah atas pinjaman 4% dan faedah atas pinjaman 6%. tetapi saya letak faedah atas pinjaman di PP sebangai hasil, tetapi guru saya buat faedah atas pinjaman 4%=RM 120/40 dan faedah atas pinjaman 6%=RM120/40. tetapi saya buat terus faedah atas pinjaman=RM160, iaitu saya campur faedah atas pinjaman 4% dan 6%..

  1093. cikgu apa nilai di kunci kira- kira? terima kasih

  1094. Ryangordon,
    Faedah atas pinjaman adalah BELANJA dalam PP…. bukannya HASIL.
    Manakala dalam KKK perlu dimasukkan Faedah atas pinjaman terakru RM40 … iaitu LIABILITI SEMASA.

  1095. salam cg…
    sy nk tanye pasal cadangan???
    nk buat macm mane eik???
    sy dh bace yg cg 2lis dekat atas..tpi still x faham??
    sila bagi tunjuk ajar eik…

  1096. Lisya,

    Cadangan Cg,
    Rancangan jangka pendek lebih kepada usaha meningkatkan HASIL JUALAN perniagaan. Cuba bayangkan anda sebagai PEMILIK perniagaan tersebut… apa tindakan yang perlu diambil supaya kedai anda dikunjungi oleh orang ramai, ramai datang membeli perabot di kedai anda, ramai menyukai perabot anda ……… cuba perhatikan kedai2, pasaraya2, disekitar tempat anda, apa yang mereka lakukan ? … untuk menarik minat pelanggan.

  1097. salam sejahtera cg
    saya ada beberapa soalan berkaitan dengan kerja kursus prinsip perakaunan tingkatan 5.
    1. Apakah angka pengimbang dalam imbangan duga?
    2. Bagaimana dengan penyediaan akaun penamat 2011..susut nilai dan juga peruntukan hutang ragu?sebulan (jan) atau terus kira 1 tahun?kan mau buat pelarasan jurnal dan lejar lagi?
    terima kasih cg..oya sa sudah bayar RM10 dan sudah send nama ke email cg..

  1098. Cg Donn,
    Cadangan saya,
    1. ID = 331106
    2. Penyata Kewangan disediakan untuk tempoh SEBULAN sahaja, maka SN perlu diselaraskan untuk SEBULAN (kena bahagi 12). Manakala PHR yang dikira sudah merujuk kepada SEBULAN (tidak perlu bahagi 12 lagi). Sediakan catatan pelarasan dalam Jurnal Am kemudian poskan ke Lejar yang terlibat.. IMBANG dan sediakan ID Terselaras …

    Akaun TELAH diaktifkan pada 26/5/2011 lagi… sudah boleh LOGIN dan muat turun bahan2 yang diperlukan.

  1099. cg..apakah bulan yang sebenarnya bagi
    -pelarasan
    -jurnal
    -lejar
    -imbangan duga trlaras

  1100. Ieylla,

    Pelarasan dilakukan pada 31 JANUARI 2011.

  1101. maknanya..semua slepas plarasan 31 JAN 2011 kan??

    cg..guru akaun saya brtahu saiz font hanya 12..tp kalau tjuk saiz 14 tak boleh ke cg..

  1102. salam .
    cigu macam mana nak mengemukakan cadangan dan rumusan dalam projek neh ??

  1103. Ieylla,
    Ikut arahan guru anda.

    Dayah,
    Perkara2 tersebut telah dibincangakan sebelum ini, sila rujuk komen2 DIATAS.

  1104. terima kasih cg..ada sedikit masalah line internet d tempat saya ni jadi tidak nampak cg sudah beri jawapan..maaf ya cg..

    terima kasih kerana saya sudah boleh muat turun bahan-bahan.

  1105. kalo buat pelarasan mesti ada terakru dll ke??

  1106. Princecharming,

    Sila rujuk ARAHAN TUGASAN dalam kertas soalan. Ada dikemukakan item2 pelarasan yang perlu disediakan oleh pelajar dalam penyediaan tugasan projek tersebut.

  1107. salam,
    cikgu,kalau nak buat imbangan duga & imbNGn duga terlaras kena guna baki b/b tahun apa?

  1108. Princecharming,

    Semuanya pada 31 JANUARI 2011, iaitu dengan merujuk kepada BAKI B/B pada 1 Februari 2011 dalam Lejar… kerana nilainya adalah SAMA.

  1109. maknanye,erm,kalau nak msukkn dlm imbgn duga dan imbangan duga terlaras ambik baki b/b 1feb 2011 je?

  1110. Princecharming,
    Jawapannya YA.

  1111. Cikgu.. saya kurang pasti apa item item yg ada pada aset bukan semasa, aset semasa, liabiliti semasa dlm KKK. tidak seimbang kkk saya.

  1112. cikgu…masa membuat belanjawan tunai..baki b/b @ baki awal untuk tahun 2011 ambil dari mana ye?

  1113. Nik,

    Pada pandangan Cg,
    Baki awal bagi tahun 2011 adalah merujuk kepada baki tunai dan bank pada 1/1/2011 daripada Buku Tunai.

  1114. Salama,, Cg Narzuki saya ada kekeliruan tentang kadar bayaran teraku dan kadar bayaran apakah kita perlu membuka dua akaun yang berasingan atau satu akaun sahaja, begitu juga ak pinjaman dan ak feadah atas pinjaman. Ini ada dalam tugasan tingkatan 5. Tq

  1115. Sapuri,

    Pemahaman tentang penggunaan FOLIO adalah penting disini… Apa yang ditulis dalam ruangan FOLIO dalam BCP adalah merujuk kepada AKAUN2 dalam LEJAR. Berdasarkan Jurnal Am : Kadar Bayaran Terakru LA8, manakala Buku Tunai : Kadar bayaran LA22…. JELAS menunjukkan kedua2 perlu diposkan ke 2 AKAUN yang berasingan. Begitu juga dengan akaun2 : Pinjaman 4%, Pinjaman 6% dan Faedah atas pinjaman.

  1116. cg,,sayer nk tnye,,,pinjaman 6% dan 4% perluke dimasukkan ke blanjawan tunai bahagian penerimaan….selepas itu,,,sayer nk tnyer,,,apakah item2 yg sebenar nyer perlu dimasukkan didalam belanjawan tunai,,,adakah penyata penndapatan shj ataupun dimasukkan sedikit item di kunci kira2 kedalam bel. tunai……tq..wassalam

  1117. Ikmah,
    Pada pandangan Cg,
    Wang Pinjaman tersebut telah diterima sebelum ini, manakala Belanjawan merujuk kepada anggaran wang yang diterima / dibayar pada masa hadapan. ….. semua item yang melibatkan PENERIMAAN WANG / PEMBAYARAN WANG perlu dimasukkan …. antaranya jangkaan penerimaan wang daripada HASIL, modal tambahan, pinjaman yang baru (boleh diwujudkan jika mahu), manakala item pembayaran boleh merujuk kepada BELANJA yang melibatkan pengeluaran WANG (belanja susut nilai, diskaun diberi, hutang lapuk – TIDAK MASUK), pembelian ASET, pelaburan dll.

  1118. cikgu, belanjawan tunai saya baki h/b pada tahun 2014 ialah RM4,352,790. logik ke tu cikgu?
    dan lagi satu, boleh tak cikgu bagi cadangan lain untuk tingkatkan prestasi semasa selain membuat lebih banyak promosi/pameran?

  1119. Iz,
    Baki tersebut bergantung kepada item2 penerimaan dan pembayaraan yang dimasukkan. Lebihan wang tersebut boleh dikurangkan dengan merancang akan membeli bangunan baru untuk cawangan yang baru dibuka pada tahun 2012 / 2013/ 2014…. sebagai salah satu cadangan perancangan jangka panjang. Manakala cadangan jangka pendek, boleh juga tingkatkan kecekapan dari segi pengurusan stok, kawalan kredit, kualiti khidmat pelanggan, analisis kekuatan dan kelemahan pesaing dan sebagainya.

  1120. selamat sejahtera..
    sekarang saya dah buat sampai pentafsiran.
    dan belanjawan tunai saya berasa keliru sikit
    jadi jika mahu membuatnya, baki b/b pada tahun 2011 adalah ambil dari mana satu dari buku tunai?
    butir2 penerimaan dan pembayaran semuanya perlu diambil dari buku tunai, atau ambil sebahagian sahaja? jika sebahagian, sekurang-kurangnya perlu mengambil beberapa butiran? dalam pembayaran gaji pula, saya boleh menentukan tempat perniagaan untuk menaikan gaji pekerja?
    ribuan terima kasih kerana mengambil perhatian….

  1121. Don,
    Pada pandangan Cg, BAKI AWAL bagi tahun 2011 merujuk kepada baki pada 1/1/2011 iaitu BAKI B/B Tunai + Bank daripada BUKU TUNAI. Pilih mana2 yang sesuai dan arahan soalan tidak menetapkan jumlah bilangan butir yang perlu ada. Tempat perniagaan .. rujuk kepada ALAMAT / LOKASI perniagaan dalam PROFAIL PERNIAGAAN yang disediakan.

  1122. cikgu.. macam mana nak dapat jumlah peratusan peruntukan hutang ragu?

  1123. Anne,

    Kadar PHR yang digunakan pada tahun lepas boleh merujuk kepada baki Penghutang dan PHR pada 1/1/2011.
    PHR = k% x PENGHUTANG
    Maka, k% = PHR / PENGHUTANG

  1124. salam cikgu ,, saye tak faham dan tak reti laa nak buad paper 3 yg form 5 pye ni .
    mcm peningg jee .
    tolong saye ?

  1125. Fatin,

    Cuba baca komen2 yang terdahulu.

  1126. cikgu, apa 3 cara untuk meningkatkan prestasi jangka masa panjang perniagaan dan 3 cara meningkatkan prestasi semasa perniagaan? thank you.

  1127. cg,mcm mana nak buat cdgn dan rumusan? tq…

  1128. Rahmat dan RAH,

    Kedua2 perkara tersebut telahpun dibincangkan sebelum ini, Sila rujuk di ATAS.

  1129. cikgu.. dari mana sumber yang boleh kita gunakan untuk membuat belanjawan??? hanya imbangan duga, PP dan KKK sahaja? terima kasih

  1130. apa tajuk utk PP dan KKK???

  1131. Anne,
    Cadangan Cg,

    Nama Perniagaan
    Penyata Pendapatan bagi bulan berakhir 31 Januari 2011

    Nama Perniagaan
    Kunci Kira-kira pada 31 Januari 2011

  1132. cikgu..kenapa kkk sya tidak seimbang?? ada kah saya salah? saya telah sedaya upaya mengikut langkah pengeposan dari buku teks.. saya bingung..sedangakan ID saya seimbang!

  1133. Ernie,
    Kalau KKK tidak seimbang… sudah jelas ada kesilapan yang telah dilakukan. Terlebih dahulu pastikan ID TERSELARAS anda juga SEIMBANG.

  1134. salam cikgu,
    saya letakkan deposit sewa di bahagian Liabiliti Semasa (KKK) tetapi mengapa cikgu saya kata salah dan perlu letak di bahagian Hasil (PP) ?

  1135. Anna,
    DEPOSIT SEWA sememangnya diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa bukannya HASIL.

  1136. cikgu.. dalam belanjawan, utk formula yg mengunakan aset semasa, liabiliti semasa, perlu masukan masukkan PHR, SNT?

  1137. Ryan,
    Maaf Cg tidak faham apa maksud anda. …. Cuba fahami dahulu apa maksud Belanjawan tunai tersebut dengan berpandukan contoh2 soalan dalam buku teks… baru mudah bagi anda menentukan item2 penerimaan dan pembayaran yang sesuai dimasukkan dalam belanjawan tunai anda.

  1138. Jap jap…kurang faham dgn projek akaun nie! Ckgu, kte kne reka 40 urus niaga, dokumen smue mcm thn lps ker? Tp mengikut kriteria yg diberi thn nie? Mcm tuh ker? Ape plak function jurnal buku tunai Siva Enterprise Pelangi Resort smue tuh? Ade kaitan ke tak? Kte kne reka sgale mcm sndiri ker…aduih…mcm mne eh? Tak faham tak faham~ I need a clear and detailed explanation A.S.A.P. Please…help!

  1139. StudentF5,

    Sila baca arahan tugasan / soalan …. telah jelas dinyatakan apa yang perlu dilakukan oleh pelajar.
    Tugasan projek tingkatan 5 : Berdasarkan BCP yang telah diberikan, anda poskan ke LEJAR, Imbangkan lejar dan sediakan ID, sediakan senarai PELARASAN (rujuk soalan) mengikut kriteria yang ditetapkan, sediakan catatan pelarasan dalam JURNAL AM, poskan catatan tersebut ke Lejar …. ID Terselaras … Penyata Pendapatan, KKK …. dan seterusnya.

  1140. Assalamualaikum cikgu,

    1. pinjaman 4% perlu diletakkan dalam Liabiliti Semasa atau Liabiliti Bukan Semasa?

    2. belanjawan tunai bagi 4 tahun perlu masukkan semua items penerimaan dan pembayaran (seperti biasa) atau hanya perlu masukkan items pembayaran yg diminta soalan seperti gaji, komputer dan lori?

    Terima Kasih.

  1141. Anna, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg,
    1. Rujuk kepada tempoh matangnya … jika KURANG 1 tahun, maka dikelaskan sebagai LS, manakala jika LEBIH 1 tahun dikelaskan sebagai LBS.
    2. Adalah lebih baik disediakan dengan lengkap seperti biasa, barulah bermakna belanjawan yang disediakan.

  1142. anna94,leh tak nnti awk ajar sy mcm mne nk projek nie..
    pliz3…nti kite contct kt fb k..awk cri luv_cadbury94@yahoo.com

  1143. salam. . cg cmna nk wat tafsiran nisbah

  1144. Shafiqa,
    Cg cadangkan buat seperti mana dalam buku teks m/s 535.

  1145. assalamualikum cikgu..
    mcm mana nk buat cadangan utk mningkatkan prestasi smsa & jgka pjg prniagaan? saya da nk siap ni.. yg ni je blum buat..please help me!

  1146. Remy,

    Sila rujuk cadangan yang telah Cg kemukakan SEBELUM ini.

  1147. Assalamualaikum cikgu,

    1) apa perbezaan belanjawan tunai sebelum cadangan dan selepas cadangan?

  1148. Anna, waalaikumussalam.

    Belanjawan itu sendiri sudah merupakan sebahagiam daripada perancangan perniagaan.

  1149. bagaimana nak buat belanjawan…saya tak faham nak bagaimana cari amount bagi 4 tahun dan apa yang hendak isi dalam belanjawan tunai..

  1150. cg folio utk akn kawalan penghutang & pemiutang
    ambk dr BCT ke? tapi dlm BCT ada banyk folio spt LJ1,LJ2 LB1,LB2. Jadi nak pilih yg mana cg????

  1151. Fatimah,

    FOLIO adalah rujukan / sumber maklumat tersebut diambil, iaitu BCP .. bukannya dari LEJAR…. contohnya.
    BAKI B/B …… JA1
    BANK ………. BT1
    JUALAN ….. JJ1
    PULANGAN JUALAN … JPJ1
    # sila rujuk penyediaan ak kawalan dalam buku teks.

  1152. cg bilakh sstu butir disebut sbg pghutang& pmiutang?

  1153. dlm belanjawan tunai?

  1154. Safiah,

    Bila melibatkan urus niaga secara kredit… sama ada belian secara kredit atau jualan secara kredit.

  1155. cg..saya tak faham nak buat pgiraan nisbah tu macam mana

  1156. Ieylla,

    Cadangan Cg, rujuk buku teks pada m/s 535.

  1157. cgu! adakah jmlah ID sblm plrsan sma dgn jumlah ID slpas plrsan?? sya dapati jmlahnya tidak sma

  1158. Ernie,

    Sudah semestinya jumlah ID TIDAK SAMA dengan jumlah ID Terselaras.

  1159. Assalamualaikum cikgu,
    1) perlu buat 2 belanjawan tunai ke? satu sebelum pelarasan dan lagi satu selepas pelarasan.

    2) perlu atau tidak buat cadangan2 selain drpd lori, komputer, dan gaji yg diminta soalan? contohnya : belanja am dikurangkan dengan sebulan 50% dll.

    3) betulkah jika saya membeli sebuah lori berharga RM50 000 dan item lori di bhgn pembayaran saya catatkan RM14 000 pada tahun 2012 dan RM9 000 pada tahun berikutnya? ATAU perlukah saya asingkan deposit lori dan ansuran lori dengan menulis deposit lori RM5 000 pada tahun 2012 dan ansuran lori RM9 000 pada tahun 2012-2015?

  1160. Anna, waalaikumussalam.
    Cadangan Cg,
    1. Belanjawan buat SATU sahaja…. setetlah mengambilkira semua pelarasan.
    2. Pada Cg, perlu adanya catatan tentang pertambahan / pengurangan mana2 item yang dimasukkan dalam belanjawan, …. bagi menunjukkan anda betul2 faham apa yang anda buat. serta memudahkan cikgu anda menyemak ketetapan pengiraan dan penyediaan belanjawan anda.
    3. Asingkan antara kedua2 item tersebut supaya lebih jelas tujuan pembayaran tersebut dibuat. Jika ditulis sebagai :
    LORI …..14000….9000….9000 : seolah2 beberapa buah lori dibeli pada setiap tahun.

  1161. cikgu nazuki,
    saya dah emailkan jawapan paper 3 saya dan minta tolong cikgu review dan emailkan semula kepada saya untuk saya tanda paper student saya…terima kasih cikgu.

  1162. Faridah,

    Saya dah semak dan berikan sedikit cadangan, sila rujuk email.

  1163. cikgu saya x faham mcm mne nk bwat belanjawan.. mcm mne nk msukkn amaun dlm bku tunai ke setiap thun 2011..2012..2013..2014 ..??

  1164. Assalamualaikum,
    Maaf cikgu, pada komen saya yg ke 1161, saya maksudkan perlukah buat dua belanjawan iaitu SEBELUM CADANGAN dan SELEPAS CADANGAN?

    Terima Kasih.

  1165. Anna, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg, sepatutnya SATU belanjawan sahaja disediakan dan sebaik2nya telah mengambilkira semua cadangan2 yang telah dikemukakan.

  1166. cgu, brdasarkan “kmputr…akan dtingktkn….setiap 2 thun….”
    bilakah pmbyrn di buat? 2012 dan 2014 atau 2013 shja? sya keliru..

    tq

  1167. cgu pmbyran kmputer (upgrade) d byr bila? 2012 dan 2014 atau 2013? 2tahun? sye keliru dgn ayt tersbut

  1168. Ernie,
    Pada pandangan Cg, “…. setiap 2 tahun …..” bermaksud pada tahun 2012 dan 2014.

  1169. cgu,
    knpa amaun pnerimaan sya kurg dari pmbyran??

    gaji pda 2011 perlu d senaraikan x dlm blnjwan tunai sdgkan sya naikkan gaji pkerja mulai jan 2012.. tlg sya cgu!!!

    tq

  1170. Corern,

    Pada pandangan Cg,
    Kemungkinan item penerimaan anda TERKURANG. Manakala item pembayaran GAJI perlu disenaraikan dalam Belanjawan tunai dan mesti mematuhi arahan soalan dan dinaikkan mulai 2012.

  1171. belanjawan tunai adalah adalah angka anggaran aje tak perlu kaitkan dengan jumlah2 pelarasan , pp dan kkk. jadi jgn susahkan pelajar utk kira tepat2. ia cuma dibuat utk kaitkan dengam cadangan semasa dan jangka panjang. ini yang kami dapat & diterangkan semasa kursus utk folio t5.

  1172. Su koop, terima kasih atas pandangan tersebut.

    Pada pandangan saya,
    Walaupunn ianya adalah “ANGGARAN” tetapi dalam penyediaan anggaran tersebut mesti mempunyai ASAS / SUMBER nya yang boleh dirujuk.

    Sebagai contohnya, item GAJI :
    Gaji bulanan RM1200 sebulan tetapi dalam Buku Tunai hanya bayar RM1000 di mana Gaji terakru RM200. Maka dalam kita membuat anggaran terhadap bayaran Gaji untuk setahun, seharusnya RM1200 X 12. Walaupun BT menunjukkan bayaran hanya RM1000, ini kerana gaji terakru tersebut MESTI dibayar dalam tempoh terdekat … jadi jumlah GAJI yang perlu dibayar SEBULAN tetap RM1200. Maka “anggaran” gaji RM1200 sebulan adalah lebih sesuai berbanding RM1000.

    Pelajar juga telah diajar tentang Penyata Varian, di mana Belanjawan yang disediakan akan digunakan untuk membandingkan dengan NILAI SEBENAR, di mana nilai sebenar tersebut adalah merujuk kepada nilai2 daripada Penyata Kewangan yang disediakan pada akhir tempoh perakaunan. Penyediaan Belanjawan adalah sesuatu yang PENTING bagi sesebuah perniagaan/organisasi, kerana ianya merupakan perancangan masa hadapan.

    Pada saya, ILMU PERAKAUAN yang hendak disampaikan kepada pelajar itu lebih penting daripada untuk “memudahkan kerja pelajar”…… agar pelajar lebih memahami tentang Belanjawan Tunai. Walau bagaimanapun terserahkan kepada pendapat/tujuan/pendekatan masing2 terhadap tugasan tersebut, ….. adakah sekadar “tugasan projek yang perlu disiapkan oleh pelajar” ataupun sebagai suatu “bahan PnP yang boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar dalam topik2 yang berkaitan”.

    Itu hanya pendapat saya semata2, pendapat rakan guru mungkin berlainan…. yang penting apa2pun yang kita buat/pendekatan yang digunakan adalah untuk kebaikan anak2 pelajar sekalian.

  1173. cg narzuki,

    1. utk pelarasan imbangan duga perlu buat dalam bentuk lembaran kerja ke?

    2. apa jawapan untuk untung bersih dan kunci kira-kira? Saya dah semak beberapa kali tapi masih tak seimbang

    thank u…

  1174. Sophie,

    Pada pandangan Cg, penggunaan LEMBARAN KERJA untuk tujuan kerja kursus ini adalah tidak sesuai, ini kerana KEMAHIRAN yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah penyediaan CATATAN PELARASAN dalam JURNAL AM dan juga poskan ke LEJAR yang berkaitan seterusnya menyediakan ID TERSELARAS.

    Nilai Untung Bersih dan jumlah KKK tidak semestinya sama dengan pelajar lain. Tetapi mesti seimbang… Sila emailkan ke narzuki@gmail.com …. IDT dan PP & KKK.

  1175. cgu, ade x contoh nk buat cdgan utuk naikkan prestasi??

    tq

  1176. Corern,

    Memang ada banyak cadangan peningkatan prestasi dalam simpanan Cg (dihantar oleh anak2 pelajar), cuma Cg tidak akan kemukakan disini. Adalah lebih baik cuba kemukakan cadangan2 anda di sini, kemudian kita bincangkan sesuai ataupun tidak setiap cadangan tersebut….. cara tersebut adalah lebih baik.

    #beberapa contoh cadangan secara ringkas telah Cg kemukakan sebelum ini.

  1177. saya setuju dengan pendapat cikgu wp ia dikatakan anggaran tetapi saya menyuruh pelajar meyatakan angka tepat contohnya belian meningkat 20% dari thun sebelumnya . saya juga setuju ilmu perakaunan lebih penting diperolehi dr menyiapkan kerja kursus semata2. sebab itu pelajar saya ada yg tk faham utk menyediakannya. t.kasih kerana ruangan ini banyak membantu

  1178. salam,
    cg saya masih tidak jelas,saya dah buat banyak kali imbagan duga selepas pelarasan..tapi tak imbang2 juga..macam mana ni..

  1179. Nur Hawa,

    Kemungkinan, akaun2 yang terlibat dengan pelasaran (Spt: susut nilai kenderaan, susut nilai lengkapan) telah DITUTUP dengan AUR….. bukannya dengan Baki h/b dan Baki b/b….. yang menyebabkan anda TERTINGGAL masukkan baki2 akaun tersebut ke ID Terselaras, …. dan menyebabkan jumlahnya TIDAK SEIMBANG.

  1180. cikgu, boleh tak kalau saya tidak letakkan ruangan folio dalam lejar selepas pelarasan?

  1181. Anna,

    Pada pandangan Cg, jika tidak disikan ruangan FOLIO, maka ianya dianggap LEJAR yang anda sediakan TIDAK LENGKAP. dan tidak boleh diberikan GRED A…. hanya setakat GRED B sahaja boleh diberikan bagi elemen tersebut.

  1182. cg , blanjawan tunai baki h/b ..jualan ..komisen..sewa..semua tu nak ambil drpd mna ??

  1183. Sis Smiley,

    Dimanakah kita boleh dapatkan HASIL Jualan, Komisen diterima, Sewa untuk SEBULAN (kemudian x 12 untuk anggaran penerimaan untuk SETAHUN) ?

  1184. cg narzuki,

    adakah peruntukan hutang ragu dan susut nilai terkumpul sesuatu yang sama? kalau tak, apa perbezaannya? thanks

  1185. Sophie,

    Perbezaannya :
    PHR – anggaran sejumlah kecil daripada PENGHUTANG kemungkinan tidak akan menjelaskan hutangnya.
    SNT – jumlah ASET BUKAN SEMASA tersebut TELAH disusutnilai … bermula dari tarikh mula dibeli hinggalah sekarang.

    Persamaannya:
    Kedua2 dikelaskan sebagai AKAUN KONTRA.

  1186. jadi SNT perlu tambah dalam KKK ke?

  1187. pp dan kkk saya dah seimbang, yang pengiraan nisbah tu perlu didarabkan dengan 12 ke cg? thanks

  1188. salam.
    cg ID selepas pelarasan sy dah imbg,jika nak buat PP dan KK,jumlahnya ambil dari mana?Cg bagaimana cara nak buat pengiraan nisbah,maklumatnya kita perolehi daripada mana?

  1189. Sophie,

    Dalam KKK :
    Kenderaan
    (-) SNT kenderaan

    Lengkapan
    (-) SNT lengkapan

    Bagi pengiraan Nisbah tersebut …. TIDAK PERLU darab 12.

    Nur Hawa,

    Daripada ID Terselaras …. disediakan PP dan KKK. Manakala pengiraan nisbah berdasarkan PP dan KKK yang telah disediakan. Cadangan Cg buat seperti dalam buku teks m/s 535.

  1190. assalamualaikum cg…bleh x sy nk mntak cg tlg semak krja kursus y sy pnye klau cg xkberatan? sy nk bnda ni disemak dlu sblm sy print..bleh x cg?

  1191. Arifizzat, waalaikumussalam.

    Sila emailkan ke narzuki@gmail.com, InsyaAllah Cg semak bila ada kelapangan.

  1192. cg,mcmna nak kira susut nilai kenderaan dan lengkapan..mengikut pembetulan..tlg yer cg

  1193. Era,

    Maaf, Cg tidak faham apa maksud anda ……”mengikut pembetulan”…. ???

  1194. Salam,,,cikgu.terima kasih atas jawpan yg cikgu berikan pada minggu yg lps,saya nk bertanya lagi.bagaimanakah cara tuk kita membuat isi mengenai CARA UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PERNIAGAAN.selepas itu,,cg,,saya ingin bertanya mengenai RUMUSAN,,,bagaimankah cara tuk kiter membuat rumusan??minta perhatian dan pendapat bernas cikgu,,,wassalam

  1195. Ikmah,

    Sila rujuk komen2 Cg sebelum ini… perkara tersebut telahpun dibincangkan.

  1196. Ckgu,sya nk tnya klu beli alat tulis
    sebanyak RM250 tersilap didebitkan dalam
    akaun..kna bka akaun apa???

  1197. Lieya,

    Pelarasan bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan tersebut… jadi anda tentukan terlebih dahulu tersilap rekod dalam akaun apa ? … kemudian baru boleh dibuat catatan pelarasan bagi membetulkan kesilapan tersebut.

  1198. cg..dlam nisbah kecekapan..di mana hendak ambil jualan kredit dan belian kredit??

  1199. Ieylla,

    Boleh dirujuk pada Jurnal Jualan dan Jurnal Belian ataupun pada Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang.

  1200. Assalamualaikum, Cg mcm mana nak bwat jualan tahunan yg mengamalkan dasar jualan 10% scr tunai dan 5% scr kredit ??? dan belian yg mengamalkan dasar belian 10% scr tunai dn scr kredit 5%??? minta perhatian cg secpat yg mungkin,,

  1201. faedah atas pinjaman dibayar shingga tempoh matang dan ansuran bayaran balik bulanan perlu dicatat dlm pembayaran kha??

  1202. Cg,ansuran byaran lori itu bermula bulan oktober 2012 kan knape die bleh sampai 5 tahun dlm kertas belanjawan tu smpai 2014 je tak smpai 2015 pun?

  1203. Ihsan,

    Pada pandangan Cg, dalam penyediaan Belanjawan BULANAN (seperti contoh2 dalam buku teks / rujukan) ada sedikit perbezaan dari segi itemnya, berbanding Belanjawan TAHUNAN. Dalam menganggarkan item penerimaan/hasil Jualan untuk setahun, kita boleh ambil nilai jualan x 12. Walaupun nilai JUALAN tersebut termasuk jualan tunai + jualan kredit, ini kerana jualan kredit tersebut juga akan diterima wangnya dalam tahun yang sama….. ianya berbeza dengan belanjawan bulanan, di mana ianya perlu dinyatakan dengan jelas jualan tunai bulan tersebut dan jualan kredit (bayaran oleh penghutang). Sama juga dengan kes GAJI : berdasarkan BT gaji dibayar RM1000 (terakru RM200).. maka dalam kita menganggarkan berapakan bayaran untuk gaji setahun kita perlu ambil RM1200 x 12, kerana itulah jumlah GAJI yang sepatutnya dibayar untuk tahun tersebut… walaupun ada gaji terakru pada bulan tersebut.. ianya TETAP akan dibayar juga dalam tahun tersebut.

    Semua item yang dijangkakan akan dibayar atau melibatkan pembayaran, maka perlulah dimasukkan dalam belanjawan tersebut. Berhubung dengan ansuran lori… kita kira untuk 5 tahun, cuma kita rekod sehingga tahun 2014 sahaja, ikut tempoh belanjawan disediakan. Contoh lain sebagai perbandingan, Gaji pekerja kita akan bayar SETIAP TAHUN… sampai 2020 … dan seterusnya. Tetapi oleh kerana belanjawan disediakan sehingga tahun 2014, maka kita rekod setakat itu sahaja….. yang selebihnya kita akan masukkan dalam belanjawan seterusnya nanti.

  1204. Cikgu, boleh tak cg terangkan maksud belanja operasi? adakah Derma, insurans, promosi termasuk dalamnya?

  1205. Edy,

    Pada pandangan Cg,
    Belanja Operasi tersebut merujuk kepada BELANJA KENDALIAN yang terbahagi kepada belanja pentadbiran dan belanja penjualan. Seperti gaji pekerja, kadar bayaran, insurans, promosi.

    Manakala Belanja Bukan Operasi (Belanja Bukan Kendalian) seperti rugi jualan aset, faedah atas pinjaman, hutang lapuk dll.

  1206. salam… cgu mcm mna nak buat pengenalan perniagaan yang lengkap???

  1207. Syafiq,

    PENGENALAN PERNIAGAAN yang lengkap seharusnya mengandungi perkara2 berikut :
    (i) Menyatakan dengan jelas latar belakang perniagaan.
    (ii) Menyatakan sebab-sebab memilih perniagaan tersebut.
    (iii) Menyatakan kelebihan menjalankan perniagaan tersebut.
    (iv) Menyatakan risiko-risiko yang bakal dihadapi.

  1208. cg kenapa deposit sewa diklasifikasikan liabiti semasa sdgkn tiada item sewa pd tmph perakaunan seterusnya.

  1209. dan iten sewa ruang niga adalah hasil.

  1210. Safiah,

    Pada amalan biasa, apabila ada orang ingin sewa ruang niaga daripada kita, mereka akan dikenakan bayaran DEPOSIT 1@ 2 bulan nilai sewaan sebagai cagaran…. kot2 mereka keluar tanpa bayar sewa terlebih dahulu. DEPOSIT tersebut BUKAN HAK MILIK KITA, sekiranya penyewa ingin berhenti dari menyewa ruang niaga kita, maka deposit tersebut mesti dipulangkan kepada mereka… itu sebab ianya dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA. Manakala SEWA BULANAN yang kita terima adalah HASIL kepada kita.

  1211. salam,ckgu mnx tnye cket..ap mksud pinjaman matang dgn tak matang..??sy kurang phm mcm mne nak kira….

  1212. Shera,

    Tiada istilah “pinjaman matang” atau “pinjaman tidak matang”. Yang dimaksudkan TEMPOH MATANG sesuatu pinjaman ialah tempoh di mana pinjaman tersebut akan dijelaskan/dibayar balik SEPENUHNYA. Berdasarkan tempoh matang tersebut kita boleh tentukan PINJAMAN tersebut perlu dikelaskan sebagai LS (jika tinggal kurang 1 tahun) atau LBS (jika melebihi 1 tahun).

  1213. Ckgu, jumlah ID pd soalan 1(d) brape ye? Saya dapat 330 826 bg debit dan kredit tp ade beberape kwn sy yg lain dpt 331 106. So, brape ek sbnrnye jumlah die? Mne yg betul?

  1214. StudentF5,

    Pada pandangan Cg, Jawapan 331106 lebih tepat, dimana pelajar hanya poskan BCP ke Lejar kemudian Imbangkan dan sediakan ID…. anda mendapat nilai tersebut kerana anda telah tutup Ak Kadar Bayaran Terakru dengan memindahkannya ke Ak Kadar Bayaran (ianya dipanggil catatan pembalikan) terlebih dahulu kemudian sediakan ID.

    Walau bagaimanapun anda kena rujuk guru anda di sekolah, kerana beliau yang akan menilai hasil kerja anda.

  1215. Oh…Sblm tuh nk tnye, BCP tuh ape? and jawapan 331 106 adlh jwpn bg mereka yang tidak tutp akaun kadar bayaran terakru. Jwpn sy, 330 826 setelah sy tutup Ak kadar bayaran terakru. Dan nk tnye lg deposit sewa tuh adakah diletakkan pd ak sewa ruang niaga dan wujudkah akaun pinjaman bernilai 400 atau pinjaman tersebut perlu diletakkan pada akaun pinjaman 6%?

  1216. StudentF5,

    BCP = Buku catatan pertama, iaitu Jurnal Am, Jurnal khas dan Buku tunai. Sebarang catatan yang hendak dilakukan dalam LEJAR hendaklah berdasarkan catatan dalam BCP terlebih dahulu… tidak boleh tukar/tutup/pindah akaun dalam lejar begitu sahaja. Ak Deposit Sewa dan AK Sewa ruang niaga adalah akaun yang berlainan. Ak Pinjaman 6% dan Ak Pinjaman 4% telah direkodkan dalam 2 akaun yang berbeza, maka urus niaga masing2 tidak boleh digabungkan.

  1217. assalamualaikum, cg apa maksudnya sekiranya komisen dianggarkan 2% daripada jualan tunai setiap tahun dalam belanjawan? tidak mengapa ke sekiranya kita dapat lebihan negatif pada hujung tahun dalam belanjawan? terima kasih.

  1218. Fiza, waalaikumussalam.

    Komisen biasanya diberi berdasarkan jumlah jualan sesuatu barang. Jadi andaian tersebut sesuai digunakan bagi menentukan anggaran Komisen yang akan diterima pada setiap tahun. Tidak salah jika dapat nilai negatif, ianya mengambarkan berlakunya KURANGAN WANG pada tahun tersebut, maka sesuatu tindakan perlu diambil bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku dimasa hadapan. Satu perancangan perlu dicadangkan bagi menampung kurangan tersebut, seperti membawa masuk modal tambahan atau mendapatkan pinjaman dan sebagainya.

  1219. tq cgu ats jwpn yg dbrikan..ade stu hal lgi saya ingin tnyakan kps cgu… untuk i.duga and i.duga terlaras kita nak buat pada trikh bila???

  1220. Syafiqkeight,

    Pada 31 Januari 2011.

  1221. assalam ckgu narzuki,sy telah register tapi sy tak ingat la password…saya register skali dengan adelida80..mcmana sy nk dapatkan balik password sy?tq

  1222. Orchid,

    Klik pada Lost your password? kemudian anda tentukan sendiri password baru yang hendak digunakan.

  1223. cikgu , ap yang ditulis pada muka hadapan folio ?

  1224. Nan,

    Cadangan Cg, ada TAJUK, seperti Tugasan Projek Tingkatan 5 tahun 2011, Prinsip Perakaunan (3756/3), April – Mei 2011.

    Kemudian, maklumat diri seperti :
    i. Nama calon
    ii. Angka giliran
    iii. No. Kad pengenalan

  1225. salam.
    cg sya dah siap PP dan KK,nisbah pun saya dah buat,saya nak buat Belanjawan Tunai,start 2012,so jumlah untuk dalam belanjawan tunai dr 2012 smpai 2015,kat mne kita nak ambil jumlah ye..atau kita reka sndiri..tlong trangkan..terima kasih.

  1226. Nur,

    Dalam menyediakan Belanjawan tunai, kita bermula dengan BAKI yang sebenarnya ada DITANGAN, kemudian baru dibuat perancangan / anggaran penerimaan dan pembayaran. Jadi Cg cadangkan….. bermula dengan tahun 2011 – 2014.

  1227. cikgu saya dah siap belanjawan tunai. saya dapat 340087.
    adakah jawapan saya betul?

  1228. cikgu,dalam belanjawan tunai saya dapat 419379.adakah jawapan saya betul?

  1229. Krithi dan Yasheni,

    Baki akhirnya bergantung kepada anggaran setiap item penerimaan dan pembayaran masing2. Maka, nilainya tidak semestinya sama dengan pelajar lain.

  1230. cikgu,adakah wajib untuk membuat keseluruhan ‘lejar selepas pelarasan’ juga?tidak bolehkah saya terus memasukkan pelarasan dalam ‘lejar sebelum pelarasan’?haruskah saya membuat 2 lejar yang berbeza iaitu sebelum dan selepas pelarasan?

  1231. Yasheni,

    Ya, penilaian dan pemberian markah secara berasingan … ada markah untuk Lejar sebelum pelarasan dan juga markah untuk Lejar pelarasan. Begitu juga dengan ID akan dinilai berdasarkan baki2 daripada Lejar sebelum pelarasan. Manakala ID Terselaras akan dinilai berdasarkan baki2 daripada lejar selepas pelarasan.

  1232. Cikgu,

    Dalam Jurnal AM, sebagai contoh Kesilapan Catatan,
    bagaimana saya mahu tulis yang dalam kurungan itu ?

    (Merekod….? )

    Terima kasih cikgu.

  1233. Raii,

    Dalam kurungan hanyalah catatan/nota bagi menerangkan apakah urus niaga / kesilapan yang berlaku…. ataupun tujuan catatan tersebut disediakan. Maka, tulis berkaitan dengannya sahaja.

  1234. ckgu saya nak tanye belanja terakru saya tak tahu nak buat ape . lagi satu cikgu .. ID stand for what cikgu ? Last one cikgu , kita kene buat lejar perlarasan yang baru ke ? kalau ye , kita kene letak butir ape ?

  1235. Lyana,

    Cadangan Cg,
    Pilih mana2 item belanja yang ada dalam Buku Tunai, kemudian jadikan item pelarasan belanja terakru, seperti “promosi RM200 masih belum dijelaskan”. ID = Imbangan Duga. Cg cadangkan salin dahulu akaun yang terlibat dengan pelarasan (tanpa imbang) dan wujudkan akaun pelarasan baru (jika belum wujud), kemudian poskan catatan pelarasan dari Jurnal Am pelarasan ke lejar tersebut…. imbangkan akaun2 tersebut dan baki2nya disenaraikan dalam ID Terselaras.

  1236. aslamualaikum ….cikgu saya dh siap dh semua akaun.. tpi masalah saya kurang pasti dekat KESILAPAN PRINSIP SAHAJA… saya reka amaun perabot dan belian RM 800 UNTUK (PELARASAN)… Boleh tak kalau saya reka amaun saye RM 800.. kwn sye ckp boleh sebab harga perabot kita tentukan sendiri.. dan didalam soalan tidak nyatakan harga yg wajib bagi perabot.. Saya harap betul lah apa yg telah sye buaT ni…

    DAN cikgu mcm mne nk buat cadangan (MENGEMUKAKAN CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA DAN JANGKA PANJANG PERNIGAAN,)?????? cikgu x fhm tu je … thnx ciKGU

  1237. Isyaa, waalaikumussalam.

    Amaun tersebut boleh ditentukan sendiri asalkan munasabah. Berhubung dengan Cadangan tersebut, telah Cg bincangkan dalam komen2 sebelum ini.

  1238. Assalamualaikum. Macam mana nak kira belanja up grade komputer?

  1239. Zainab, waalaikumussalam.

    50% daripada kos komputer tersebut.

  1240. cikgu, saya keliru dengan upah pembantu kedai. adakah upah tu dikira sebagai upah atas belian dalam akaun perdagangan atau hanya upah biasa yang diletakkan pada ruangan akaun untung rugi?
    kalau boleh cikgu terangkan lah sikit istilah lain yg di gunakan bagi “upah atas belian”

  1241. Humaira,

    UPAH PEMBANTU KEDAI dikelaskan sebagai BELANJA lain dalam AUR. Upah atas belian ialah upah yang terlibat secara langsung SEMASA proses pembelian tersebut. Untuk skop SPM istilah “upah atas belian” biasanya digunakan, dan bagi jenis perniagaan biasa jarang melibatkan kos upah atas belian. Sebagai contohnya, bagi pembelian barang niaga yang BERNILAI TINGGI, perniagaan boleh mengupah pihak kawalan keselamatan bagi mengawal sepanjang perjalanan bermula dari tempat pembekal hinggalah barang2 tersebut selamat sampai ke dalam kedai.

  1242. assalamualaikum, ckgu, cmne na wat lejar n jurnal 2? adakah merujuk pada jurnal pada soalan n lejar yg kite wat or just wat kat pelarasan n merujuk pada lejar yg kite wat sblm 2..??
    harap ckgu blh bantu n blz..-_-

  1243. Shasha, waalaikumussalam.

    Berdasarkan BCP (Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai) dalam soalan, poskan ke LEJAR, imbangkan dan sediakan imbangan Duga. Wujudkan item pelarasan (ikut kategori dalam soalan).. sediakan catatan pelarasan Jurnal Am, poskan ke Lejar yang terlibat… sediakan Ak Kawalan….imbangkan lejar dan sediakan ID Terselaras dan seterusnya ……..(..rujuk kehendak soalan).

  1244. Cgu .
    dri mana nak dapat stok awl untuk pindak ke penyata pendapatn

  1245. salam cgu . .
    dari mana nak dapt stok awal tu?

  1246. Rujuk Stok awal dalam Imbangan Duga anda.

  1247. ok teme kasih cikgu ;D

  1248. cikgu cye nk tanye apa tarikh untuk ID BIASA, PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN…… , PELARASAN, ID TERSELARAS DAN PP bagi tahun berakhir….. N KK pada……. (MKSUD SYE IMBANGAN DUGA PADA 31 DISEMBER 2011….. ATAU IMBANGAN DUGA PADA 31 JANUARI 2011)?????????

  1249. Nana,

    Tempoh perekodan adalah sebulan iaitu berakhir pada 31 JANUARI 2011. Maka semuanya disediakan pada tarikh tersebut.

  1250. ok teme kasih cigku kerana banyak menbantu ;D

  1251. Cikgu kk saya tak imbang..ini kk kedua iaitu kk terselaras…tak tahu dimana silapnya…macamana nak buat cadangan??

  1252. Denie,

    PP dan KKK hanya disediakan sekali sahaja. Cuba perhatikan urutan dalam KITARAN PERAKAUNAN. Cadangan boleh rujuk komen2 sebelum ini.

  1253. Cikgu,

    1. Pengiraan kenaikan gaji di belanjawan tunai, bermula pada tahun apa?

    2. Memandangkan belanjawan tunai tersebut berbentuk tahunan, maka gaji itu perlu didarab 12 bulan selepas atau sebelum ia dinaikkan?

  1254. Humaira,

    Cadangan Cg, mula dinaikkan pada tahun kedua… 2012. Kesannya sama saja, … kira untuk setahun dahulu kemudian darab dengan kadar kenaikan yang ditetapkan ikut kawasan bagi tahun2 berikutnya.

  1255. cikgu ape tajuk untuk belanjawan tunai…… belanjawan tunai bagi empat tahun berakhir……….??????????

  1256. Zainab,

    Ya. Belanjawan tunai bagi 4 tahun berakhir 31 Disember XXXX.

  1257. Minta bantuan….
    untuk mengira tempoh kutipan hutang, jualan kredit perlu mengambi kira jumlah di jurnal jualan? Adakah perlu tolak pulangan jualan? Begitu juga dengan tempoh pembayaran hutang, adakah ia perlu jumlah belian di Jurnal belian perlu tolak pulangan belian?

  1258. Joycelyn,

    Ada 2 pendapat berhubung perkara tersebut. Jualan kredit – Pulangan Jualan = Jualan kredit bersih. Bagi skop SPM, rasanya lebih baik ikut buku teks… iaitu JUALAN KREDIT sahaja… maka kita rujuk Jumlah Jualan Kredit daripada Jurnal Jualan ataupun JUALAN dalam Ak Kawalan Penghutang (nilainya sama)…. begitu juga dengan belian kredit.

  1259. Cikgu, sy masih kurang faham. memandangkan belanjawan tunai hanyalah anggaran, maka komponen penerimaan dan pembayaran tunai patut ke saya amik bulat – bulat drpd penyata ataupun hanya reka sendiri saja?
    sudah pasti soalan (h) hingga (j) mesti diletakkan tapi sy maksudkan pembayaran dan penerimaan lain.

  1260. ok teme kasih cikgu tpi klo untuk PP, KK, ID BIASA, ID TERSELARAS, PELARASAN (BERAKHIR PADA 31 JANUARI 2011 KAN)????????

    TPI KENAPA BELANJAWAN TUNAI BERAKHIR PADA 31

    CIKGU PELARASAN KENA BUAT DLM BENTUK LEMBARAN KERJA ATAU ASINGKAN?????? ( klo asingkan msuknye kena buka page berlainan seperti asingkan ID TERSELARAS, ID BIASA, dan PELARASAN)… mslahnye cikgu sye suruh buat dlm bentuk LEMBARAN KERJA… (so klo sye nk buat dlm bntuk lembaran kerja, LEMBARAN KERJA SAYA AKAN BERAKHIR PADA???????

  1261. TPI KENAPA BELANJAWAN TUNAI BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2011??????????????????????

  1262. TAK SYE SILAP KENAPA BELANJAWAN TUNAI BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2014???????? BOLEH KASIH SEBAB CIKGU??? ;D… SYE HRP CIKGU BALAS SOALAN SYE DIATAS ;D

  1263. KENAPA BULAN DISEMBER TPI YG LAIN TU JANUARI?????????

  1264. Zainab,

    Pada pandangan Cg,
    Penyata Kewangan disediakan untuk SEBULAN iaitu bulan Januari, manakala Belanjawan disediakan untuk TAHUNAN.
    Tempoh perakaunan ialah 1/1/2011 – 31/12/2011 (setahun)… maka setiap tahun kewangan berakhir pada 31 DISEMBER, oleh kerana disediakan untuk 4 tahun, maka Tajuknya : “Belanjawan tunai bagi 4 tahun berakhir 31 disember 2014.”

    Penggunaan Lembaran Kerja sahaja adalah tidak memenuhi kehendak kerja kursus, mesti sediakan mengikut kehendak soalan kerana penilaian / pemberian markah berdasarkan elemen2 tersebut, …. penguasaan pelajar dalam mengaplikasikan SETIAP kemahiran2 tersebut yang hendak diuji dan dinilai, bukannya penyediaan Penyata Kewangan semata2.

  1265. cikgu pelarasan pada tarikh imbangan nk tulis apa dekat tajuk nye,,,,,,,, PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN 31 JANUARI 2011 KAN???????

    sye ade masalah dekat profil perniagaan……..
    TEMPOH PERAKAUNAN : nak tulis apa
    ( saya tulis 1 Bulan Tahun Semasa Betul ke )????????

    TEMPOH REKOD : nak tulis apa….
    ( saya tulis 1 Januari 2011 – 31 Januari 2011.. Betul ke)???

    dan

    Status Perniagaan : Memulakan perniagaan atau Milikan Tunggal??????

    dan PENGHARGAAN WAJIB BUAT KE CIKGU????? ;D

  1266. Hazar,

    Pada pandangan Cg,
    Tiada tajuk khas seperti Imbangan Duga dan Penyata Kewangan… memadai “Senarai Pelarasan Pada Tarikh Imbangan”.
    Cuba aplikasikan KONSEP TEMPOH PERAKAUNAN yang telah dipelajari dalam Bab 1, jika perniagaan bermula pada 1/1/2009, maka tempoh perakaunannya akan berakhir 31/12 pada setiap tahun. Maka cadangan Cg, 1/1/2011 hingga 31/12/2011. Manakala tempoh rekod adalah 1/1/2011 hingga 31/1/2011. Status Perniagaan ialah Milikan Tunggal.
    Tiada sebarang ketetapan PENGHARGAAN wajib disediakan (sama ada dalam soalan / panduan pelaksanaan yang diberikan), tetapi pada kebiasaanya sesuatu kerja kursus mengandungi perkara tersebut.

    Walau bagaimanapun adalah lebih baik rujuk guru yang akan memberi penilaian terhadap hasil kerja kursus anda disekolah.

  1267. dan, saya x faham item yg diletakkan dalam belanjawan.
    contoh:
    1. modal awal tahun itu atau modal akhir. jika modal akhir, bagaimana pengiraannya? adakah hanya mengira modal tunai shj?
    2. Kiraan kutipan penghutang dan bayaran kpd pemiutang dalam masa setahun.
    3. adakah jualan dan belian yg terlibat hanyalah tunai shj?
    4. belanja angkutan dikira angkutan masuk dan angkutan keluar sekali ke?


  1268. Cg Narzuki:

    Shasha, waalaikumussalam.
    Berdasarkan BCP (Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai) dalam soalan, poskan ke LEJAR, imbangkan dan sediakan imbangan Duga. Wujudkan item pelarasan (ikut kategori dalam soalan).. sediakan catatan pelarasan Jurnal Am, poskan ke Lejar yang terlibat… sediakan Ak Kawalan….imbangkan lejar dan sediakan ID Terselaras dan seterusnya ……..(..rujuk kehendak soalan).

    oh, maknanya sambung je la dgn lejar yg kite wat sblm ni?? cm 2 ea?

  1269. Shasha….. buat ikut KITARAN PERAKAUNAN.

  1270. Cikgu.. Perlu ada lejer am sebelum pelarasan dan lejar selepas pelarasan?

  1271. Tim,

    Cadangan Cg, ikut urutan dalam arahan soalan :

    1 Berdasarkan catatan dalam Jurnal dan Buku Tunai dalam Lampiran A, anda dikehendaki menyediakan:
    (a) Pengenalan perniagaan
    (b) Profil perniagaan
    (c) Catatan dalam LEJAR
    (d) Imbangan Duga
    (e) Senarai pelarasan pada tarikh imbangan
    (f) Catatan pelarasan dalam jurnal dan LEJAR
    (g) Akaun Kawalan
    (h) Imbangan Duga terlaras
    (i) Penyata Pendapatan
    (j) Kunci Kira-kira ….. hingga (o)…. rujuk soalan.

  1272. cg kalau dalam nisbah kecekapan dapat nombor dlm perpuluhan, cth: 0.68…jawapan dia perlu tulis 1 kali ataupun 0.68 kali? thanks…

  1273. Sophie,
    Cadangan Cg, tulis sebagai 0.68 kali adalah lebih tepat. … iaitu tidak sampai 1 kali dalam sebulan.

  1274. terima kasih, cikgu narzuki

  1275. cikgu saya nak tanya.. deposit sewa tu kira sewa diterima kan?

  1276. Atiqah,

    DEPOSIT SEWA …. Liabiliti Semasa
    SEWA RUANG NIAGA …. Hasil
    Iaitu 2 perkara yang berbeza, tetapi berkaitan antara satu sama lain.

  1277. deposit sewa 2400. habis yang 300 sewa ruang niaga tu ape pulak?

  1278. adakah sewa ruang niaga tu sewa diterimaa?

  1279. Atiqah,

    Deposit sewa …. dikelaskan Liabiliti Semasa, manakala
    Sewa ruang niaga yang diterima (rujuk BT) adalah bayaran sewa bulanan yang kita diterima, iaitu Hasil.

  1280. terima kasih cikgu kerana membantu saya ;D… cikgu ni mmng terbaik ^_^

  1281. cikgu ada facebook x??????? nk add….. thnx bab bnyk membantu sye ;D

  1282. cikgu tempoh merekod perniagan ini ada setiap 6 tahun ke???????? (ni untuk pengenalan perniagaan)

  1283. Demi,

    Tempoh Rekod hanya sebulan, 1/1/2011 – 31/1/2011 iaitu berdasarkan rekod perakaunan yang diberikan dalam soalan (BCP).

  1284. cg , belanjawan tunai yang kena buat tu ada baki awal ke?

    boleh x cg terangkan sikit mcm mana nak buat belanjawan tunai? Saya kurang faham.. ape yang perlu direka & ape yang perlu diambil dari tempat tertentu….lepas tu ape yang dimaksudkan dengan “gaji pekerja akan dinaikkan berdasarkan wilayah/kawasan”? .Thanks

  1285. cg… berapa faedah atas pinjaman 2 dalam belanjawan tunai untuk setahun? RM288 atau RM1, 440?

  1286. so gunakan lejer am yg pertama kali dibuat sebelum pelarasan untuk mengeposkan butir2 pelarasan dari jurnal am?

  1287. Sophie,

    Perniagaan telah mula lama, maka sudah tentu telah ada BAKI AWAL …. rujuk baki tunai + bank pada 1/1/2011 untuk BAKI AWAL tahun 2011. Berdasarkan PP dan KKK serta BT, cuba fikirkan apakan item2 yang akan melibatkan penerimaan dan pembayaran wang dalam tahun 2011 – 2014. Bagi tahun 2011, boleh berpandukan nilai bulan januari 2011 kemudian X 12 untuk anggaran nilai SETAHUN. Manakala bagi tahun2 berikutnya, andaikan sendiri kadar kenaikannya setiap tahun. Item kadar kenaikan gaji setiap tahun pula telah ditetapkan, iaitu berdasarkan lokasi perniagaan anda.

    Anne,

    Rekod perakaunan yang disediakan itu adalah untuk bulan januari sahaja, maka untuk anggaran setahun kena X 12.

    Tim,

    Lejar yang pertama dibuat JANGAN DIUSIK kerana guru anda akan menggunakannya untuk pemberian markah LEJAR SEBELUM PELARASAN serta pernyediaan ID anda adalah tepat. Bagi LEJAR PELARASAN, Cg cadangkan salin semula Akaun yang terlibat dengan pelarasan serta Akaun yang baru diwujudkan, kemudian baru pindahkan catatan pelarasan dari JA pelarasan ke lejar tersebut.

  1288. asalamualaikum cikgu sye nk tnye…. akaun kadar bayaran (dlm lejar biasa tu) kadaran bayaran terakru RM 280 KENA MASUKKAN SEbelah kredit or debit???? sye msukan saya msukkan sebelah kredit betul ke????? ;D

  1289. cikgu pelarasan nk tulis apa untuk tajuk nk tulis …..(pelarasan pada 31 januari 2011) ke?????????????

  1290. Cikgu,
    Bagaimana dengan PHR? Apakah peratus PHR yang harus diambil?
    1.86% atau 5% ?
    Ketinggalan Catatan – Faedah atas pinjaman?
    Dan saya tidak faham akan kesilapan prinsip.
    Minta cikgu jawab persoalan saya secepat mungkin.

  1291. Assalamualaikum cikgu, sekarang saya telah siap sepenuhnya Kerja Kursus Akaun. Terima Kasih kerana membantu saya 🙂

  1292. Kesilapan Prinsip?
    Kesilapan Catatan?
    Apakah maksud ini?
    Boleh saya reka Jumlah sendiri?

  1293. Harshana,

    Kadar PHR… boleh ikut kadar PHR lepas, ataupun tentukan sendiri kadar baru untuk tahun baru 2%, 3% atau …..

    Jenis Kesilapan tersebut, Cg cadangkan …. Lebih baik rujuk dalam buku teks, ada diberikan maksud dan penerangan mengenainya serta contohnya sekali… lebih jelas dan mudah difahami… NILAINYA boleh ditentukan sendiri oleh pelajar.

  1294. cikgu akaun kawalan penghutang .. bank cari kat mane cikgu ?satu lagi cikgu saya kurang faham tntng kontra .. boleh cikgu beri sedikit penerangan ?

  1295. Iyana,

    Berkaitan AK Kawalan Penghutang …. sila rujuk contoh dalam buku teks m/s 166… jelas ditunjukkan SUMBER2 bagi penyediaan AK Kawalan Penghutang / Pemiutang.

    Manakala KONTRA adalah merujuk kepada pindahan dari AK Kawalan Penghutang ke AK Kawalan Pemiutang atau sebaliknya… (dalam tugasan projek ini tiada perkara tersebut). Nota dan contoh lengkap boleh rujuk buku teks m/s 168.

  1296. askum cikgu…masa nak tulis dekat profile..tempoh rekod satu tahun ker satu bulan ? tempoh perniagaan satu tahun ker satu bulan? confius

  1297. Nik,

    Cadangan Cg,
    Tempoh Rekod : 1/1/2011 – 31/1/2011 (sebulan)
    Tempoh Perakaunan : 1/1/2011 – 31/12/2011 (setahun)

    # Sila rujuk guru anda disekolah.

  1298. cikgu,apakah yang terdapat dalam penerimaan dan juga pembayaran dalam belanjawan tunai? bolehkah cikgu senaraikan supaya mudah untuk saya membuat pengiraan?

  1299. cg,,nk buat cadangan ni mcm mne,,berdasarkan apa,,sy x pndai lah..bleh x cg bgi cdgn utk sy..!!

  1300. cg,adakah wajib untuk membuat cadangan dalam bentuk esei ataupun bolehkah saya membuatnya dalam bentuk ‘point form’?

  1301. gg,apakah yang harus ada dalam rumusan?

  1302. anggaran pembayaran hendak meningkat atau pun menurun??

  1303. ckgu, bagai mane nak buat rumusan?? saya tak paham. nak rumuskan ape.

  1304. Yasheni dan Hairul,

    Pada pandangan Cg,
    1. Laporan sebaik2nya disediakan dengan bentuk yang lengkap…. bukannya dalam bentuk ‘point form’.
    2. RUMUSAN buat sepertimana tugasan Tingkatan 4 dahulu… kemukakan 3 konsep, prinsip asas perakaunan yang diaplikasikan dalam amalan rekod perakaunan anda.

    Aimi,

    CADANGAN telah Cg berikan sedikit komen SEBELUM ini.. sila rujuk.

    Pei Shan,

    TERSERAH kepada kebijaksanaan anda untuk menentukan.

  1305. cikgu… dalam jurnal, pelarasan. susut nilai kenderaan ataupun belanja susut nilai kenderaan. binggung la.. RM667

  1306. Anne,

    Susut nilai Kenderaan dan Belanja Susut nilai Kenderaan … ada merujuk kepada akaun yang SAMA.

  1307. cg, belanjawan tunai kena darabkan semua dgn 12 ke? termasuk baki awal?

  1308. cg, cg saya ckp lejar sebelum pelarasan x perlu buat. Alasan dia akaun yang sama x boleh wujud 2 kali walaupun untuk memudahkan cikgu menyemak folio…. Apa pendapat cg? Kena buat @ tak?

  1309. Sophie,

    Pada pandangan Cg,
    Buat IKUT ARAHAN SOALAN…. penilaian dan pemberian markah mengikut elemen kemahiran yang diuji secara berperingkat2. ELEMEN KEMAHIRAN yang DINILAI untuk DIBERI MARKAH :
    (a), (b),
    (c) Catatan dalam Lejar : Berkeupayaan mengeposkan catatan dari Buku Catatan Pertama ke akaun berkaitan
    dengan lengkap dan tepat.
    (d) Imbangan Duga : Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga berdasarkan baki-baki dari lejar dan Buku Tunai dengan lengkap dan tepat. (Markah tidak boleh diberikan jika tiada baki2 dari LEJAR tersebut – TE)
    …. dan seterusnya.

    BAKI AWAL ialah baki PADA 1/1/2011 …. maka tidak perlu X 12.

  1310. Asalamualaikum cikgu… Akaun Kadar Bayaran dlm (lejar biasa) Kadar Bayaran terakru RM 280 letak sebelah or kredit??? N PELARASAN TULIS APA?? TAJUKNYA TULIS (PELARASAN PADA 31 JANUARI 2011 KE)???????????????????

  1311. Aisah,

    Apa yang anda buat itu dipanggil catatan pembalikan:
    Dt: Kadar bayaran terakru 280
    Kt: Kadar bayaran 280

    Cadangan Cg, Tajuk: Senarai Pelarasan Pada 31 Januari 2011.

  1312. nak tanya saya agak pening sewaktu buat susutnilai tok kerja kursus…sila tunjuk ajar

  1313. Abc,

    Sila rujuk Blog Cg Sila (klik) berkaitan dengan perkara tersebut.

  1314. how to do cadangan for prinsip perakaunan folio
    tingkatan 5 2011.

  1315. Tessie,

    Sila rujuk komen2 SEBELUM ini berkaitan perkara tersebut.

  1316. cikgu, bolehkah cikgu senaraikan apa yang terdapat dalam penerimaan dan juga pembayaran dalam belanjawan tunai supaya mudah untuk saya membuat pengiraan?

  1317. Yasheni,

    Cuba fikirkan…
    Apakah item penerimaan… iaitu item2 yang akan menyebabkan WANG MASUK ?
    Apakah item pembayaran.. iaitu item2 yang akan menyebabkan WANG KELUAR ?
    … Jawapannya telah ada dalam Penyata Kewangan yang telah anda sediakan.

  1318. assalamualaikum, cikgu narzuki..
    cmne na tau butir di lejar..cth : utk hutang ragu dan PHR, buka akaun dan adakah baki b/b pada 1 Jan 2011 2 msuk di Hutang Ragu atau PHR? sbb di jurnal pada 1 Jan tuu tulis PHR?

  1319. Shasha, waalaikumussalam.

    Berdasarkan Jurnal Am : 1 Jan 2011 PHR (LA9) RM370, maka pindahkan ke Lejar :
    AK PERUNTUKAN HUTANG RAGU
    ….. Kt: BAKI B/B RM370

  1320. Hi cikgu, boleh cikgu beritahu berapakah nilai ID selepas TERSELARAS? Harap jawapan yg sya dpt same dgn cikgu.

  1321. ok terima cikgu akaun sye dh siap sepenuhnye.. tpi sye nk nk tnye imbangan untuk pelarasan kena tunjuk ke?????? soalan x mintak pon ;D

  1322. Joe,
    Jawapan bergantung kepada nilai pelarasan masing2… tidak semestinya sama antara satu sama lain. Cuma pastikan ianya SEIMBANG.

    Aisah,
    Apa yang dimaksudkan dengan “imbangan untuk pelarasan itu” ?
    Buat ikut Kitaran Perakaunan ……. Pelarasan – ID Terselaras – Penyata Kewangan.

  1323. imbangan pelarasan saya letak dekat lembaran kerja sebab (cikgu sye suruh buat cm tu) dan id terlaras dan id biasa sye buat bab soalan mintak ;D imbangan untuk pelarasan cye x buat bab sye letak di lembaran kerja ;D

  1324. Aishah,

    Kalau itu yang anda maksudkan dengan “imbangan untuk pelarasan”, maka cadangan Cg tidak perlu buat.

  1325. ckg, saya cuma ingin tahu, adakah kita harus buat halaman lejar berdasarkan folio-folio yang telah diberikan dlm buku tunai dan jurnal….(soalan)

  1326. Kamala,

    Pada pandangan Cg, Halaman2 tersebut adalah perlu, bagi menunjukkan tatacara penyediaan/pengurusan akaun2 dalam Buku Lejar yang diamalkan dalam perniagaan sebenar. Begitu juga dengan ruangan FOLIO dalam Lejar juga perlu diisi berdasarkan halaman2 pada buku catatan pertama (JA, JJ, JB, JPJ, JPB dan BT).

  1327. asslamualaikum cikgu, blh x ckgu bgi contoh utk ketinggalan catatan dan kesilapan prinsip 2…?? saya da wat tpi ckgu saya kate x blh sbb effect byk bnd? abis 2, saya na wat ape? saya da BUNTU ni.. ~

  1328. Shasha,

    KETINGALAN CATATAN – banyak yang boleh direka, sebaik2nya JANGAN melibatkan tunai / bank ataupun akaun2 yang telah terlibat dengan pelarasan yang lain. Antaranya : catatan pembalikan bagi Ak Kadar Bayaran Terakru belum tertinggal catat, Ambilan barang niaga untuk kegunaan pemilik terlupa catat … dan sebagainya.

    KESILAPAN PRINSIP – Antaranya : Angkutan keluar tersilap catat sebagai Angkutan masuk, Bayar bil elektrik rumah pemilik telah direkodkan sebagai kadar bayaran perniagaan.. dan sebaginya.

  1329. cg,adakah faedah pinjaman 4% dan faedah pinjaman 6% termasuk dalam ‘pembayaran’ dalam belanjawan tunai? jika ya…..bagaimana hendak mengiranya?

  1330. cg,adakah hanya ‘jualan’,’kutipan penghutang’ dan ‘lain-lain hasil’ sahaja yang terdapat dalam penerimaan dalam belanjawan tunai ataupun haruskah saya menambah apa-apa lagi?

  1331. Yasheni,

    Kirakan setiap satu:
    1. Faedah atas pinjaman 4% …. hanya untuk 3 bulan dalam tahun 2011, kerana matang 31 Mac 2011.
    2. Faedah atas pinjaman 6% …genap SETAHUN untuk 2011, 2012, 2013 dan 2014

    Lain2 item penerimaan dan pembayaran yang lain boleh diwujuakan sendiri bergantung kepada perancangan yang dibuat (jika mahu). Misalnya, Item penerimaan : membawa masuk tunai sebagai modal tambahan pada tahun 2013, Menerima Pinjaman bank pada 2014 dll. Manakala ite pembayaran : membeli bangunan perniagaan baru, membuat pelaburan, dll.
    # Ianya bergantung kepada perancangan anda sama ada nak tambah item2 baru atau tidak.

  1332. ok teme kasih cikgu … jasa mu di kenang terima kasih

  1333. cikgu apa tajuk ntuk id terselaras????????? ID TERLARAS PADA 31 JANUARI KAN?????????

  1334. Rock,
    Ya tajuk tersebut boleh digunakan.
    “Imbangan Duga Terselaras pada 31 Januari 2011”

  1335. CIKGU, AKAUN DISKAUN DIBERI/DITERIMA MASUK LEJAR AM ATAU KHAS?

  1336. cikgu….apakah cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan…berdasarkan apa kita nak buat cadangan tersebut?

  1337. kalau kita bundarkan sen terus kepapa RM memberi apa2 kesan atau mcm ane?kerana terdapat rakan sekelas saya yang menyatakan bahawa SNT kenderaan ialah RM666.70 dan saya mengenapkan ia sebagai RM667….adakah benar yang saya lakukan atau rakan saya lagi benar????????

  1338. cg, betul ke ni baki awal? 450(tunai) + 18181(bank) = 18631… saya ambik dari BT

  1339. cg, nilai yang dimasukkan dalam belanjawan tunai kena ambil nilai yang dah terselaras atau belum? thanks….

  1340. Kamala,
    Ak Diskaun diberi dan Ak Diskaun diterima disediakan dalam LEJAR AM, Lejar Khas hanya untuk Akaun2 Penghutang dan Akaun2 Pemiutang sahaja…. kemudian disediakan Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang dalam LEJAR AM.

    Aldrichsensay,
    Sila rujuk cadangan Cg sebelum ini berhubung perkara tersebut.

    Abc,
    Memandangkan baki2 semua akaun dibundarkan kepada ringgit yang hampir, maka SN dan SNT juga perlu dibundarkan.

    Sophie,
    BAKI AWAL untuk tahun 2011, kita rujuk kepada BAKI PADA 1/1/2011 iaitu Tunai RM2200 + Bank RM28000.
    Oleh kerana kita sediakan belanjawan ini untuk TAHUNAN, Cg cadangkan kita ambil nilai yang terselaras.

  1341. cg, susut nilai, terakru, tedahulu, faedah, deposit sewa, aset bukan semasa , stok serta pulangan kena catat dalam belanjawan tunai ke? saya kurang pasti…

  1342. Sophie,

    Tidak perlu… mana2 yang melibatkan penerimaan atau pembayaran WANG sahaja, kerana belanjawan tunai merujuk kepada BAKI WANG TUNAI yang ada ditangan pada akhir setiap tahun. Bagi ABS, sekiranya dijangkakan akan MEMBELI sesuatu ABS, maka ianya perlu dimasukkan sebagai item pembayaran kerana melibatkan WANG KELUAR. Item2 seperti Susut nilai, Hutang lapuk, Diskaun – TIDAK melibatkan WANG KELUAR, maka tidak perlu dimasukkan.

  1343. umm…pinjaman 4% & 6% cg? kene catat ke……

  1344. Sophie,

    Belanjawan dibuat untuk MASA HADAPAN …. apa yang dijangkakan akan TERIMA atau BAYAR… Manakala Pinjaman 4% dan Pinjaman 6% tersebut TELAH TERIMA WANGNYA pada tahun SEBELUM lagi, maka tidak perlu masuk.

  1345. cg…utk soalan 2(j)….apa butir yang saya patut tulis? …..

  1346. Sophie,
    Cadangan Cg,
    1. Pendahuluan lori …….. bagi 10% X Harga lori
    2. Ansuran lori ………………. bagi bayaran balik baki tersebut.

  1347. cikgu,macam mana nak kira tempoh kutipan hutang dan tempoh pembayaran hutang?

  1348. cigu keje khusus ni boleh binding x???? sye nk binding bru kemas sikit boleh x???????????

  1349. ok….terima kasih cikgu…dah siap dah cadangan2 untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya….terima kasih sekali lagi

  1350. BOLEH BINEDING X?????? BAB sye dh bineding loh ;D

  1351. Clm,
    Formulanya ikut dalam buku teks, cuma X 31 hari. Ini kerana nilai penghutang, pemiutang, jualan kredit dan belian kredit yang digunakan adalah untuk BULAN JANUARI.

    Rock,
    Pada pandangan Cg, sebaik2nya binding… jadikan sebagai buku laporan.

  1352. Cikgu, saya sudah pun menyiapkan tugasan ini terima kasih atas info – info yang telah dibincangkan di sini. saya sudah pun menghantarnya.

    Sebenarnya, cikgu saya telah memberi salinan jawapan yang katanya daripada LPM. Setelah meneliti jawapan tersebut memang ada yang salah dan jawapan sangat tidak logik. PP dan KKK nya berakhir pada 31 Disember 2011.

    Namun begitu, saya mengambil keputusan untuk membuat sendiri tugasan itu tanpa menggunakan jawapan cikgu saya. PP dan KKK saya berakhir pada 31 januari 2011 dan saya jamin betul.

    Persoalannya ialah cikgu saya menegaskan pada bahagian rumusan sepatutnya diletakkan tentang tafsiran belanjawan tunai. Timbul kekeliruan di sini kerana saya berpendapat bahagian rumusan adalah subjektif dan terbuka serta sepatutnya terpulang kepada pelajar itu sendiri memberi rumusan yang relevan tentang SEMUA KANDUNGAN KERJA KURSUS ini, bukan belanjawan tunai. Apa pendapat cikgu?

  1353. Humaira,

    Tahniah Cg ucapkan. Setahu Cg pihak LPM tidak mengeluarkan sebarang “salinan jawapan”, mungkin cadangan jawapan tersebut disediakan oleh guru untuk pelajar mereka sahaja. Cg bersetuju PK berakhir pada tarikh 31 Januari 2011.

    Berhubung dengan RUMUSAN , tiada sebarang panduan atau kriteria yang ditetapkan untuk tugasan tingkatan 5 2011. Pada pandangan Cg ialah BEBAS, …. bergantung kepada pelajar atau ketetapkan yang dibuat oleh guru masing2. Sebaik2nya berkaitan dengan kemahiran2 perakaunan yang diaplikasikan dalam penyediaan kerja kursus tersebut. Cuma Cg menggunakan kriteria penulisan RUMUSAN projek tingkatan 4, supaya ada kesinambungan dengan tugasan tingkatan 5… itu sahaja.

  1354. cikgu berapakah baki b/b bagi akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang?…adakah “angkutan masuk” perlu dimasukkan dlm ak pemiutang.”angkutan dikenakan oleh pemiutang” perlu dimasukkan sebelah kredit ak pemiutang…apa pendapat cikgu?

  1355. Nik,

    Cadangan Cg,
    Baki Ak Kawalan Penghutang = RM17500
    Baki Ak Kawalan Pemiutang = RM6330
    “ANGKUTAN MASUK” dalam buku tunai bermaksud bayaran belanja angkutan telahpun dibayar secara tunai, maka TIDAK melibatkan PEMIUTANG.

    Kecuali terdapat urus niaga “angkutan dikenakan oleh pemiutang”….. tetapi urus niaga tersebut seharusnya dicatat dalam JURNAL AM sebagai : Dt: Angkutan masuk Kt: Nama Pemiutang …… barulah melibatkan PEMIUTANG dan AK Kawalan Pemiutang.

  1356. Salam cg Nazuki, rumusan kalau tak buat spt kerja kursus ting 4 …boleh tak? Beri kebebasan pada pelajar rumuskan hasil kerja mereka ?
    tq
    cgKay

  1357. Cg Kay,

    Pada pandangan saya,
    RUMUSAN untuk tugasan tingkatan 5 agak BEBAS kerana tiada sebarang kriteria yang ditetapkan… lagipun tiada sebarang peruntukan markah untuk Rumusan tersebut. Jadi, jika cikgu memberikan kebebasan kepada pelajar membuat rumusan sendiri berkaitan hasil kerja kursus mereka…. pada saya tidak menjadi masalah.

  1358. thank u cikgu…sangat faham dengan penerangan cikgu

  1359. SALAM…SAYA NK SEMAK KERJA KURSUS PELAJAR…FOLIO PEAJAR XISI RUJKAN DOKUMEN DIKIRA TOLAK MARKAH X?

    BELANJAWAN XDE DALAM PEMARKAHAN KE?

  1360. Cikgu Myra,

    Dari segi penyemakan, kena rujuk penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2. Bagi saya jika ruangan FOLIO dalam Lejar tidak diisi, ianya dianggap tidak lejar tersebut tidak lengkap dan tidak layak dapat Gred A bagi elemen Lejar tersebut.

    Berdasarkan buku panduan pelaksanaan, Belanjawan tidak termasuk dalam kriteria penilaian kerja kursus tingkatan 5 untuk tahun ini.

  1361. dlm belanjawan tunai…
    macam mne hndak cari nilai :-
    -kutipan dari penghutang
    -kutipan dari pemiutang?

  1362. Salam cg Nazuki,
    Apakah maksud …kriteria berkebolehan mentafsir dan merumus dgn tepat? adakah setiap analisis nisbah yang ditafsir mesti dirumus baik atau tidak ?
    Tq cgKay

  1363. CgKay,

    Pada pandangan saya, merujuk soalan tugasan ini memadai mentafsirkan nisbah2 yang diperolehi sahaja. Ini kerana kita tidak boleh membuat sebarang rumusan LEBIH BAIK / KURANG BAIK kerana tiada maklumat tahun lepas atau maklumat perniagaan yang lain untuk dibuat PERBANDINGAN.

  1364. cg,
    salam sejahtera….

    bolehkah pembetulan secara manual dibuat oleh pelajar semasa penilaian kerja kursus supaya pelajar mengetahui kesilapan dan memperbetulkannya….di samping membantu mereka utk mendapatkan penilaian yang baik? tq

  1365. Cff,

    Pada pandangan saya,
    Sekiranya pelajar buat semua elemen yang dinilai dengan komputer, maka skor untuk Elemen 5.1 : Penggunaan ICT boleh diberi A. Manakala pembetulan yang dibuat secara manual, kita denda di Elemen 6.1 : Sistematik hanya diberi B kerana penyediaan laporan yang tidak kemas.

  1366. maksud cg

    ialah skor utk kriteria kemahiran dan aplikasi boleh diberi A setelah pelajar membuat pembetulan secara manual dan dendanya hanya pada elemen sistematik kah?

    jadi skor keseluruhan pelajar dapat dipertingkatkan pada elemen-elemen kemahiran dan aplikasi dalam penyediaan akaun dan penyata kewangan dan sebagai denda hanya memberi kesan dalam satu elemen. itukah maksud cg?tq

  1367. Cff,

    Ya, itulah maksud saya, elemen penggunaan ICT hanya diberikan skor pada elemen 5.1 sahaja. Manakala elemen2 kemahiran yang lain contohnya elemen 2.1 : LEJAR, jika disediakan dengan lengkap dan tepat (ikut kriteria penilaian) memang boleh diberikan skor A, walaupun pelajar sediakan secara manual, kerana apa yang dinilai ialah kemahiran poskan ke lejar, begitu juga dengan elemen2 yang lain…. sekiranya pelajar sediakan SEMUANYA secara manual sekalipun, setiap elemen kamahiran masih boleh diberikan skor A, cuma bahagian elemen 6.1 : ICT sahaja diberikan skor TE.

  1368. cg,
    terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan…..

    sekiranya folio kerja kursus pelajar telah siap dan dihantar utk dinilai dan guru memberikan peluang lagi kpd pelajar utk membuat pembetulan secara manual pada folio supaya pelajar boleh mendapat penilaian yang lebih baik, jadi adakah ia akan timbul masalah?

  1369. Cff,

    Dalam kes tersebut, sila rujuk Ketua Pentaksir Kawasan masing2.

  1370. salam, boleh tak cikgu bagi contoh bagaimana nk buat rumusan kerja kursus akaun tingkatan 5 2011. tQ

  1371. Nadlee,

    Tiada kriteria khas ditetapkan bagi penulisan RUMUSAN, bergantung kepada ketetapan yang dibuat oleh guru sekolah anda.. Ada guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk menulis rumusan sendiri asal berkaitan rekod perakaunan / tugasan projek yang telah disediakan oleh pelajar. Ada juga guru yang menetapkan sediakan sepertimana tugasan tingkatan 4 iaitu menyenarai beberapa konsep, prinsip perakaunan yang telah diamalkan/terlibat dalam tugasan projek anda seperti … Konsep Ketekalan, Konsep Perakaunan Akruan , dan lain2 yang berkaitan.

  1372. cikgu…jualan tunai rm 200 telah digunakan untuk membayar angkutan keluar.perkara ini terlupa direkod dimana-mana buku..

    catatan jurnal

    dt angkutan keluar
    kt jualan

    atau

    dt angkutan keluar
    kt tunai

    atau macam mana catatatannya???

  1373. Nik,

    Cadangan Cg,
    Dt: Angkutan keluar
    Kt: Jualan

  1374. cg 1k bernilai bpara dlm rm??

  1375. Din,

    Kalau tak silap Cg, 1k = 1000

  1376. ok thanks cikgu

  1377. asalamualaikum,
    cikgu, macam mane nak buat nisbah dan tafsiran dgn belanjawan tunai saye pening la nak bt asyik x dapat je….

  1378. Adam, waalaikumussalam,

    Sila baca komen2 di atas berkaitan perkara tersebut.

  1379. slm..adakah mrkh kerja kursus akaun mesti direkod dlm progrm MOTTAWA? saya menghadapi masalah ketika merekod data kerja kursus ting 4 2010. bolehkah saya rekod secara manual shj markh kerja kursus ini? tq

  1380. Ckg Shikin,

    Pada pandangan saya,
    Perisian tersebut perlu digunakan, supaya RUMUSAN yang dikeluarkan nanti adalah RUMUSAN KESELURUHAN SKOR pelajar (T4 + T5), kemudian diserahkan kepada SU Peperiksaan untuk dihantar ke LPM secara Online pada bulan Ogos nanti. Serta memudahkan guru mencetak SIJIL PENCAPAIAN bagi setiap pelajar.

    Sila email (ke narzuki@gmail.com) fail perisian yang digunakan tersebut, nanti saya cuba kesan dimana silapnya dan cuba bantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. InsyaAllah.

  1381. salam sejahtera cikgu,
    nak tanya tentang penilaian kertas 3 p.perakaunan. kalau pelajar salah buat pelarasan,maka jurnal, lejar dan imbangan duga terselaras akan salah. adakah ini bermakna pelajar tidak akan dpt A dalam elemen penyata pendapatan, kunci-kira2, pengiraan nisbah dan tafsiran nisbah.?thank u

  1382. C.Steph, salam sejahtera.

    Pada pandangan saya, jika ksilapan pada pelarasan, maka markah didenda pada elemen PELARASAN, tetapi jika catatan JURNAL AMnya betul berdasarkan pelarasan yang dibuat, maka ianya dikira betul. Seterusnya disediakan LEJAR berdasarkan JURNAL AM yang disediakan dengan betul dan tepat, maka ianya dikira betul. Seterusnya disediakan IDT berdasarkan baki2 lejar tersebut, maka dikira betul. Seterusnya disediakan PP dan KKK berdasarkan IDT tersebut dengan betul dan lengkap, maka masih berpeluang mendapat A. Begitu juga pengiraan NISBAH berdasarkan PP dan KKK yang disediakan, maka dikira betul dan berpeluang dapat A. Penilaian dibuat berdasarkan setiap peringkat elemen kemahiran yang dikuasai oleh pelajar. Begitu juga dengan TAFSIRAN, walaupun NISBAH yang dikira tersilap ambil nilai daripada PP dan KKK, maka elemen nisbah akan didenda, tetapi TAFSIRANnya tepat berdasarkan NILAI yang diperolehi, maka ianya berpeluang dapat A kerana ianya menguasai kemahiran mentafsir nisbah tersebut.

  1383. terima kasih banyak2 cikgu…sebab saya agak risau tentang penilaian yang diberikan oleh saya pada awalnya.

  1384. assalamualaikum ckgu…..sy nk tnya keja kursus ting 4….ad brapa lampiran yg perlu dibuat…ckgu sek ad g tw sy….soalan peperiksaan thn lps jdi kerja kursus……format baru bla yg akan diwawarkan..

  1385. Nur, waalaikumussalam.

    Soalan Tugasan untuk Projek Tingkatan 4 tahun 2011… kemungkinan akan dikeluarkan pada 31 Julai 2011 nanti untuk dilaksanakan pada 1 Ogos – 30 September 2011. Sebagai panduan boleh rujuk soalan tugasan tahun lepas.

    Format pentaksiran mulai SPM2011 telah diwarwarkan pada tahun lepas lagi. Sila muat turun :
    Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011(klik)

  1386. salam sejahtera cikgu,
    kalau pelajar salah dalam merekod akaun diskaun diterima dan akaun diskaun diberi,, maka elemen lejar tidak akan mendapat A. bagaimana dengan imbangan duga kalau nilai yg dimasukkan adalah betul sedangkan nilai di lejar sudah salah ? adakah masih boleh dapat A? saya agak keliru dengan penilaian ni. sebab kriteria penilaian menyatakan berdasarkan baki-baki daripada lejar.thank u

  1387. C. Steph,

    Pada pandangan Saya,
    Berdasarkan Kriteria Penilaian : Elemen 2.2 : Imbangan Duga
    Gred A – Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga berdasarkan baki-baki dari lejar dan Buku Tunai dengan lengkap dan tepat.
    Kesilapan merekod diskaun diberi dan diskaun diterima dalam LEJAR akan menyebabkan Elemen Lejar tidak dapat diberikan gred A. Manakala penyediaan ID adalah merujuk kepada baki2 akaun daripada lejar, maka Elemen ID masih berpeluang mendapat gred A. TETAPI sekiranya melibatkan kesilapan dari segi prinsip …. contohnya Diskaun Diberi berbaki KREDIT dan Diskaun diterima berbaki DEBIT, maka elemen ID tidak boleh diberikan Gred A disebabkan kesilapn tersebut.

  1388. salam…cg…bila due date online markah kerja kursus form 4 n form 5 2011?

  1389. Cikgu Zai,

    Rumusan Skor Projek perlu diserahkan kepada SU Peperiksaan Sekolah masing2 untuk dihantarkan ke LPM secara online bermula 1 – 31 Ogos 2011

  1390. ok…terima kasih ckgu.

  1391. salam…saya nk tanya, soalan kerja kursus ting 4 thn ni bile nak keluar…agak2 tajuk dia same mcm thn lps ke?
    kene buat dokumen lengkap…

  1392. borang markah utk ting 5 bg individu sya xpahamla nk bagi skala dia..n9 pakai motawa..semua same ke?
    mknanye kene print la baru tau markah lepas key in kan?
    sya terus amik pelajar ting 5..ting 4 org lain isi markah..xtaula pemarkahan dikira…

  1393. Cikgu Myra,

    Pada pandangan saya, soalan Tingkatan 4 akan dikeluarkan pada 31 Julai 2011 nanti. Kemungkinan Format soalannya hampir sama, iaitu menyediakan set akaun yang lengkap bermula dari Urusniaga – Dokumen …… hingga…… Penyata Kewangan. Bezanya mungkin dari segi jenis perniagaan yang dijalankan.

    Perisian MOTAWA sangat2 membantu guru dalam penyediaan dan pengiraan markah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pelajar, seterusnya mengeluarkan RUMUSAN SKOR untuk dihantar ke LPM oleh SU Peperiksaan Sekolah pada bulan Ogos nanti. Borang Penskoran Individu (simpanan fail) dan Sijil Pencapaian Pelajar dapat disediakan/dicetak dengan mudah. Apa yang cikgu perlu buat hanya masukkan DATA MAKLUMAT SEMUA CALON SPM 2011, kemudian masukkan GRED (A,B,C,D,TE) bagi setiap Elemen yang dinilai bagi Projek Ting 4 dan Ting 5, selebihnya akan dibuat oleh perisian tersebut secara automatik…. dan cikgu hanya perlu cetak sahaja.

  1394. Azah Hussain

    Salam cikgu Narzuki …
    Saya Pn. Azah nk tanya bila saya nk key in kan markah pelajar selepas key in perlu save tak coz bila saya cuba save x boleh n bila cuba tgk dekat markah individu pun x ada apa2 maklumat yg dah di key in so apa yg perlu saya buat…..mohon bantuan

  1395. Cg Azah,

    Perisian tersebut tidak perlu SAVE, kerana ianya akan SAVE sendiri sebaik saja kita siap key in. Sekiranya Cg Azah betul2 ingin menyelesaikan masalah tersebut, sila emailkan fail Perisian MOTAWA yang digunakan tersebut kepada saya, nanti saya akan kesan apa masalahnya dan bantu menyelesaikannya.

  1396. rumusan kerja kursus tingkatan 4 2010

  1397. Berdasarkan Panduan Penilaian Tugasan Projek Tingkatan 4,

    Elemen 3.1 : Rumusan Aplikasi Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan
    Berkebolehan menghubungkaitkan 3 konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang relevan dengan betul dan tepat.

  1398. saya xtau nk tukar mklmt asa sekolah.saya minta su peperiksaan buatkan..betul ke tindakan saya?
    atau saya yg kene buat sndiri maklmat sek tu..xreti..
    byk sgt kene key in maklumat pelajar satu2

  1399. Cikgu Myra,

    Tidak menjadi masalah, siapa yang buat. Caranya mudah sahaja, hanya klik TSEK pada Menu Utama, kemudian masukkan Kod Sekolah, Nama sekolah, Alamat dan lencana sekolah. Manakala cara mudah untuk menaip maklumat pelajar ialah dengan menggunakan fail MS Excell yang disertakan bersama Perisian Motawa. Cikgu perlu taip mengikut susunan medan/tajuk yang disediakan dalam fail DATA EXCELL tersebut kemudian IMPORT ke Perisian tersebut….. semua langkah2nya ada dinyatakan dalam Manual Penggunaan yang disertakan bersama.

  1400. hi cikgu, sya ada masalah sikit. dlm projek tingkatan 5 ni, part akaun kawalan penghutang, sya ada sikit masalah sikit dgn baki b/b nya.. sepatutnya nilainya adalah 17 500 kan? kenapa ada kwn saya yang dpt 19 900? Bleh bagi tau cam mane nak dptkan baki bb nya? thanks

  1401. Joe,

    Pada pandangan saya, Baki AK Kawalan Penghutang RM17500 seperti mana jawapan anda.

  1402. Salam Cg,
    Di mana sy boleh download borang pentaksiran individu Prinsip Akaun Ting 5 yang betul kerana sebelum ini sy dapati ada kesilapan dalam borang yg sy dowload sebelum ini

  1403. Hanis,

    Borang yang saya sediakan adalah diambil daripada Perisian MOTAWA yang diedarkan oleh LPM untuk kegunaan guru2 memasukkan skor markah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 bagi tahun 2011. Dari segi wajaran yang digunakan ada perbezaan daripada borang yang diedarkan sebelum, tetapi inilah yang terbaru yang kita terima dan digunakan dalam perisian tersebut.

  1404. Cigku,

    Saya mendapat tahu bahawa sesetengah sekolah tidak perlu membuat Tugasan Tingkatan 5 tahun ini. Pelajar diberitahu markah SPM keseluruhan tidak akan terjejas, iaitu grad mereka akan dikira berdasarkan kepada Kertas 1 dan 2 sahaja pada 100%. Adakah ini benar? Jika benar, bukankah ini satu perkara yang tidak adil atau “double standard”, berbanding dengan pelajar yang kena buat?

  1405. Cg,
    Bila kerja kursus tingkatan 4 akan bermula….adakah soalan kerja kursus sama bentuk dgn tahun lepas…

    TK..

  1406. Salman,

    Tempoh pelaksanaan ialah Ogos – September. Kemungkinan besar soalannya hampir sama cuma berbeza dari segi jenis perniagaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kita sama2 tunggu soalan sebenar yang akan dikeluarkan pada 31 Julai 2011 nanti.

  1407. assalamualaikum cikgu.saya nak key in markah tp EPPK3 xdpt berfungsi sepenuhnya.saya terpaksa buat scr manual.bagaimana nak mengira Skor KK1 dan KK2 dalam bahagian borang rumusan skor projek. dan bagaimana pengiraan purata di bahagian gred keseluruhan report individu pelajar.

  1408. Nurul Ain,

    Pengiraan purata keseluruhan = (KK1 + KK2) / 2

  1409. Salam..nak tanya,,kalau pelajar tidak tulis ruangan folio semasa buat lejar sebelum pelarasan tu,,adakah pelajar itu akan terus dapat B dlm elemen 2.1??? tq

  1410. Hajar,

    Sila rujuk penyelarasan skor yang dibuat oleh KPN / KPKw di peringkat negeri masing2 berhubung perkara tersebut.
    Pada pandangan saya, pelajar masih berpeluang dapat Gred A bagi Elemen 2.1 : Lejar (iaitu Berkeupayaan mengeposkan catatan dari Buku Catatan Pertama ke akaun berkaitan dengan lengkap dan tepat.) tetapi didenda pada Elemen 6.1 : Sistematik

  1411. ok..tqvm.. =)

  1412. Salam, dalam kerja kursus T4 sy mndpt C utk kseluruhannya. T5 pula sy dpt B. Adakah sy ada ksempatan utk mndpt A utk spm nt? 🙁

  1413. Nor,

    Pada pandangan Cg,
    Markah untuk Kertas 3 (kerja kursus) anda lebih kurang B ataupun 16% daripada markah penuh 20%.
    Anda masih lagi berpeluang untuk mendapatkan markah daripada Kertas 1 = 20% dan Kertas 2 = 60%.

    Jadi tumpunkan kepada kertas 1 dan 2, sesungguhnya anda masih lagi berpeluang untuk dapat A dalam SPM nanti. Semoga berjaya.

  1414. salam cikgu, sekiranya tempoh perakaunan ialah satu tahun tetapi pelajar diminta untuk membuat transaction selama 1 bulan sahaja, perlukh belanja susut nilai disediakan mengikut bulan kerana apa yang diajarkan biasanya dalam tempoh setahun.

    Sebagai cth, tempoh perakauanan ialah setahun dan kami baru memulakan perniagaan pada 1 jan 2018, adakah pengiraan belanja susut nilai seperti yang ditunjukkan: 2400/12 bln x 3%.
    2. sekiranya perniagaan baru dimulakan adakah stok awal yang digunakan berdasarkan pembelian tunai/kredit yang pertama dalam bln tersebut?

  1415. Anon, waalaikumussalam.

    1. Oleh kerana soalan perlu sediakan Penyata Kewangan pada akhir bulan.. maka pelarasan susut nilai perlu dikira untuk sebulan..
    2. Jika baru memulaksn perniagaan.. maka tidak wujud baki awal…. Baki awal = 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.