Blog Archives

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011.

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 akan mula dibuka pada 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009. Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara iaitu :

1. Permohonan Secara Manual (PSM)
2. Permohonan Melalui Internet (PMI) (Sila Klik)

Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
2009-06-30

SEMAKAN TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI AMBILAN KEDUA DAN CALON RAYUAN AKAN DIBUKA MULAI 22 MEI 2009

KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KPM AMBILAN KEDUA DAN CALON RAYUAN.

SEMAKAN TAWARAN KOLEJ MATRIKULASI

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :

Program Satu Tahun:
Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 760704085973

Calon Rayuan:
Taipkan MOEMARNO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAR 960704085973

~ SEMOGA BERJAYA ~

SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2009/2010 BAGI LEPASAN SPM 2008

MAKLUMAN KEPADA PEMOHON PROGRAM MATRIKULASI SESI 2009/2010 BAGI LEPASAN SPM 2008

Keputusan boleh disemak mulai 17 April 2009 melalui tiga cara :

1) Layari laman sesawang – www.moe.gov.my

2) Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip MOE (jarak-space) MAT (jarak-space) No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888.

3) Telefon ke nombor 03 8884 4100

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia

NOTA LENGKAP MATRIKULASI PERAKAUNAN

Kepada guru, pelajar SPM, pelajar Matrikulasi atau sesiapa saja yang berminat untuk dapatkan nota-nota tersebut, boleh dapatkan di sini.

MUAT TURUN NOTA

08-08-08

KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI 22 MEI

Rayuan matrikulasi boleh disemak 22 Mei

KEPUTUSAN permohonan rayuan memasuki Program Matrikulasi Satu Tahun, Kementerian Pelajaran, tahun ini boleh disemak pada 22 Mei ini.

Pengarah Bahagian Matrikulasi, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata calon berjaya akan mendaftar di kolej matrikulasi ditetapkan, pada 26 Mei.

Bagaimanapun, katanya, jumlah tempat ditawarkan untuk permohonan rayuan hanya dapat ditentukan selepas calon ditawarkan mendaftar pada 12 Mei ini.

“Permohonan rayuan dibuka mulai 16 hingga 30 April lalu. Kita hanya dapat memastikan jumlah kekosongan selepas pendaftaran pelajar 12 Mei,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, katanya, pengumuman pengambilan calon memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun akan dibuat pada 26 Mei ini dan pendaftaran pula 16 Jun depan.

“Semakan keputusan permohonan boleh dibuat menerusi laman web: http://www.moe.edu.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM.

………………………………SEMAKAN TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI …………………………….
KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KPM AMBILAN KEDUA
DAN CALON RAYUAN

…………………………………………………………………………………………………………………………………

“Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi Bantuan Bahagian Matrikulasi di talian 03-88844100 pada hari bekerja, mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang,” katanya.

Sebelum ini, laporan akhbar memetik Zainal sebagai berkata, sejumlah 26,000 tempat ditawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran, iaitu 23,000 satu tahun, manakala 3,000 lagi dua tahun.

Katanya, pelajar terpilih akan ditempatkan di sembilan kolej matrikulasi di Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Johor, Perak, Kedah dan Pahang serta Kolej Mara Kulim dan Kolej Mara Kuala Nerang, di Kedah.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.