TUGASAN KERJA KURSUS TINGKATAN 5 SPM 2017

SOALAN DAN PANDUAN PELAKSANAAN

Sumber: Portal Lembaga Peperiksaan, KPM

INFO : CARUMAN PERKESO

Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Jumlah caruman yang perlu dibayar hendaklah berpandukan kepada Kadar Caruman (Rujuk Kadar Caruman).

Kadar caruman adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan yang dibayar kepada seseorang pekerja. Caruman perlu dibayar mulai bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.

Jenis Dan Kategori Caruman:

i. Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan)

a) Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah jenis pertama kecuali bagi pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 55 tahun. (Pindaan Akta Berkuatkuasa 1 Januari 2013).
b) Kadar caruman di bawah jenis ini adalah terdiri daripada 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja

ii. Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan Sahaja)

a) Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 60 tahun dan masih bekerja
b) Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun ketika mula-mula mendaftar dan tiada caruman sebelum mencapai 55 tahun.
c) Orang berinsurans yang menerima Pencen Ilat yang masih bekerja dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap keilatan. Caruman jenis ini dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
d) Kadar caruman di bawah jenis ini adalah daripada syer majikan sahaja iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja.

Sumber : https://www.perkeso.gov.my/my/

Posted on March 24, 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1,302 Comments.

  1. Cg pengenalan perniagaan itu kena buat sama mcm pengenalan perniagaan yg buat pd t4 ke?

  2. Puvendran,

    Ya.. masih sama… boleh rujuk panduan pelaksanaan.

  3. AHMAD SYAUQI BIN ROSLI

    Salam. Cikgu ada apa2 rujukan yang boleh dijadikan panduan utk buat kerja kursus ni?

  4. Ahmad,

    Rujukannya Ketua Pentaksir Negeri / Kawasan masing2… ikut penyelarasan yang dibuat.

  5. Betul.Setuju dengan cikgu kerana kami di penang akan ada peneyalarasan bersama ketua pentaksir negeri dan pentaksir masing-masing

  6. Cikgu, perlukah kita lengkapkan, dan simpankan jadual pengiraan gaji dalam folio ? di bahagian manakah jadual ini kita lampirkan dalam folio?

  7. Kt,

    Ya, sebaik-baiknya pelajar sertakan bersama tugasan sebagai LAMPIRAN.

  8. salam. cikgu, adakah amaun gaji, caruman KWSP dan caruman PERKESO di dalam jurnal pembayaran tunai termasuk pekongsi-pekongsi punya?

  9. Norhayati,

    Pada pandangan saya hanya
    Gaji pekerja –> caruman KWSP, PERKESO.

  10. Salam cikgu, perniagaan perkongsian ni boleh buat apa shja ke, mksd sy contohnya mcm pusat kecantikan ataupn klinik.

  11. Syaf,

    Sila rujuk soalan… dinyatakan dengan jelas jenis perniagaan restoran.

  12. cikgu kan akaun bank dan tunai tidak perlu buka. kita perlu buka buku tunai ke? ke kalau imbangan duga terus ambil baki dari jurnal penerimaan dan pembayaran?

  13. Afiqah,

    BUKU TUNAI tidak perlu dibuka apabila disediakan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai. Sebaliknya AK TUNAI dan AK BANK perlu dibuka.

  14. Cikgu , kerja kursus ini senang atau susah?

  15. Kerja kursus ini semua orang sama kecuali gaji , kwsp , PERKESO shj?

  16. Abc,

    Pada peringkat awal… rekodnya sama sahaja kecuali Gaji, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO. Kemudian pada peringkat seterusnya iaitu bahagian Item Pelarasan, maka rekodnya akan berbeza antara pelajar.

  17. Tan Swee Kung

    Cikgu,

    cuba tanya polisi susut nilai yang diberikan, adalah untuk mengira susut nilai untuk april 2017?

    so SNT yang diberi perlu tambah susut nilai yang dikira, betul tak?

    so tempoh perakaunan ini ialah 1hb april 2017 – 31 mac 2017, betul tak?

    terima kasih.

  18. Tan Swee Kung

    Cikgu,

    tentang SNT yang saya tanya tadi,

    maka kita perlu cari satu bulan susut nilai atau satu tahun susut nilai?
    sebab tempoh merekod ialah satu bulan, kan?

    terima kasih.

  19. Tan Swee Kung,

    Tempoh perakaunan –> setahun 1/4/2017 – 31/3/2018
    Tempoh rekod –> sebulan 1/4/17 – 30/4/17

    Kira SN (utk bulan april)–> belanja
    SNT = baki awal + SN –> KKK

  20. Salam sejahtera Cikgu,

    berkaitan dengan gaji pekongsi..

    untuk gaji pekongsi perlu ke kita kira KWSP and PERKESO ataupun tak perlu.
    tqvm

  21. Ruttran,

    Gaji pekongsi –> tidak terlibat dengan caruman KWSP dan PERKESO.

  22. Cikgu, borang2 pengiraan perkeso bagi setiap pekerja perlu dilampirkan bersama projek?? Boleh isi tulis tangan.je??
    Atau kena.download dari website dan taip??

  23. Cikgu, jenis caruman ada dua. Boleh jenis pertama atau kedua??
    Atau kedua2???

  24. HemaMaya,

    Ya.. borang2dan semua yang berkaitan serta bersama sebagai Lampiran. Borang boleh isi manual atau bertaip (cara mudah, convert fail soalan pdf tersebut ke Word).

    Jenis caruman diberi pilihan… pilih salah satu… sebaik2nya yang pertama.

  25. TAN SWEE KUNG

    Cikgu,

    Cuba tanya imbangan duga, PP, KKK adalah tempog satu bulan juga?

    Terima kasih.

  26. Tan Swee Kung,

    Ya.. tempoh rekod sebulan… maka penyata kewangan juga untuk sebulan.

  27. Terima kasih cikgu .

  28. Assalamualaikum, cikgu akaun tunai dan akaun bank (lejar) perlu di buka ke??

  29. cg gaji pkrja 5 org tu sume amaun yg sama atau berbeza??

  30. Syarmilah, waalaikumussalam..
    Ya.. buka Ak Tunai dan Ak Bank…
    Buku Tunai yang TIDAK perlu buka.

    Anis,
    Bebas.. sama ataupun berbeza bagi setiap orang.

  31. Assalam cg.
    Adakah gaji dlm JBT, gaji yg telah dipotong kwsp.
    Caruman kwsp, bahagian pekerja + bhgian majikan. TQ..,

  32. Rosmazaila, waalaikumussalam.

    Gaji bersih.. selepas potongan.
    Cara merekod Ak Gaji.. Caruman KWSP dan PERKESO.. boleh rujuk buku teks m/s 325 – 328.

  33. Cokgu, perkeso dan kwsp perlu rekod dalam imbangan duga ke?

  34. Ketty,

    Jika ikut cara rekod yang betul… Ak Caruman KWSP dan Ak Caruman PERKESO..sudah tiada baki, maka akan tiada di ID.

  35. Cg , dlm pengenalan , nama pekerja seramai 5 org tu perlu dinyatakan beserta gaji mereka ke?

  36. Seterusnya , apa lg yang perlu dijelaskan dlm pengenalan utk jelaskan ttg perniagaan kita ? Selain nama pekongsi , alamat , jumlah modal , pekerja . Apa lg ye nak huraikan ?

  37. Nas,

    Nama pekerja, no kp dan gaji boleh dimasukan dalam Profail Perniagaan.

    Selain pengenalan perniagaan… SEBAB buka perniagaan, KELEBIHAN buka perniagaan dan RISIKO yang mungkin dihadapi oleh perniagaan.

  38. Salam,cikgu
    Kwsp dan perkeso perlu letakkan jumlah pekerja dan majikan ke di dlm Jurnal pembyran tunai ?

    Terima kasih

  39. Aishah,

    Ya jumlah caruman majikan & pekerja.
    Sila rujuk buku teks m/s 325 – 328 untuk lebih memahami.. cara2 merekod ke akaun2 tersebut.

  40. Cikgu…untuk pengiraan perkeso kan ada banyak bahagian dalam lampiran yang diberi ..Yang mana perlu diambil kira ?

  41. Pelarasan tu kena kira 3 tahun eh?

  42. Salam,cikgu
    “Deposit sewa” dengan “sewa” shj sama ke?

  43. caruman kwsp dan perkeso di bahagian pembayaran hanya pekerja atau majikan sekali?

  44. Mira,
    Lampiran C –> Jadual kadar caruman –> ada 2 pilihan Skim… pilih salah satu (Saya cadangkan pilih Skim Jenis Pertama). Kemudian lengkapkan Borang caruman di Lampiran E.

    Ketty,
    Pelarasan dikira untuk SEBULAN sahaja.

    Aishah,
    Deposit sewa –> wang cagaran –> Aset Semasa –> LA8
    Sewa –> Belanja –> LA29

    Dinah,
    Jumlah Caruman Majikan dan Pekerja.

  45. Terima kasih cikgu.. kalau begitu.. contohnya.. gaji 2000 , perkeso pekerja Rm 34.15 , perkeso majikan rm 9.75 . Jadi jumlahnya rm43.90 tu catat dalam lejar ye cikgu ?

  46. Mira,

    Ya.. catat dalam Jurnal Pembayaran Tunai… kemudian poskan ke lejar.

  47. Terima kasih cikgu.. lagi satu, kalau nak masukkan gaji ke dlm jurnal pembayaran tunai,ambil jumlah gaji bersih atau gaji pokok pekerja?

  48. Aishah,

    Gaji bersih…. kerana gaji bersih yang kita bayar kepada pekerja.

  49. assalamualaikum..apa 3 memilih restora. terkini..terima kasih

  50. *3 sebab memilih restoran terkini

  51. Athirah, waalaikumussalam.

    Boleh guna lojik akal sahaja untuk cari sebab2 kenapa kita buka perniagaan restoren berbanding dengan jenis perniagaan yang lain.

  52. Salam cg,
    Adakah gaji pekongsi, Faedah atas ambilan dan Faedah atas modal perlu dicatat dalam jurnal dan lejar?(catatan pelarasan)
    Dt gaji pekongsi Kt akaun semasa
    Dt akaun semasa Kt faedah atas ambilan
    Dt faedah atas modal Kt akaun semasa

  53. Sy,

    Untuk tujuan kerja kursus ini… tidak perlu sediakan catatan dalam JURNAL AM bagi perkata tersebut.

    Hanya tunjukkan pengiraan2 ysng terlibat di bahagian Senarai Pelarasan.. seterusnya sediakan Pengasingan Untung Rugi dan Ak Semasa

  54. Salam,cikgu
    Akaun bank dan akaun tunai tak perlu masukkn kontra ke?

  55. Aishah,

    Tidak perlu… terus ambil jumlah –> Pelbagai Penerimaan / Pelbagai Pembayaran

  56. nk tanye,bagaimana cara nak kira kwsp dan perkeso??kite kena guna kadar peratus utk majikan atau pekerja??

  57. Athirah.

    Kira kedua-dua, caruman majikan dan caruman pekerja. Kemudian jumlahkan dan rekodkan dalam JBT.

  58. Ckgu utk imbangan duga, kne buat 2 kali kan? Sebelum dan selepas pelarasan?

  59. Anis,

    Rujuk kitaran perakaunan..
    .. BCP –> Lejar –> ID –> Pelarasan –> ID Terselaras –> Penyata Kewangan

  60. hi cg..utk nama perkongsian msti ade perkataan perkongsian di depan ker?

    cth: perkongsian Qis dan Rizal atau perkongsian QisRizal

    mne satu yg sesuai cg?

  61. dlm jadual pengiraan gaji pekerja di column jumlah potongan tuh..KWSP pekerja 11% + PERKESO pekerja ker cg?

  62. Qis,

    Nama tidak semestinya ada “Perkongsian”… asalkan mengambarkan jenis perkongsian… contohnya Restoran Mamat & Ali.

    Ya.. potongan merujuk potongan daripada Gaji Kasar.

  63. Ckg, di jurnal penerimaan tunai di column bank dan tunai tu bila nk pindah ke lejar butir dia jumlah penerimaan kan dn catat di dt atau kt?

  64. assalam cikgu.

    ckgu, klu nma pekongsi kte ber binti kan ayah y sme bleh ke ? krenye adik-beradik?

    utk profil prniagaan, yg modal tu kite ltak suka hati atau mmg dh sediakn dkat soaln?
    modal die yg RM80 000 tu ke ?

  65. Kontra di jurnal pembayaran dan penerimaan tuh xperlu catat di lejar kan

  66. Fahmi,
    Butirnya “Pelbagai Penerimaan”
    Kontra tidak perlu dicatat.. kita terus ambil jumlah.

    Aiydaa, waalaikumussalam
    Tiada masalah… jika kongsi dengan adik beradik.
    Modal telah ditetapkan RM80,000 setiap pekongsi.

  67. Ckgu, di jurnal penerimaan tunai, selain jualan ada komisen dan nama penghutang, bile bukak lejar butir nk tulis bank atau jumlah penerimaan jgk

  68. Fahmi,

    Bila poskan ke Ak Komisen @ Penghutang .. kita boleh kenal pasti Tunai / Bank.–> butirnya “Tunai” / “Bank”.

  69. Salam Cikgu Narzuki,

    Kadar Caruman KWSP Pekerja dan Majikan kita kena ikut kadar carauman nilai terkini iaitu 8% Pekerja dan 13% majikan yang diumumkan oleh kerajaan pada bulan Mac 2016

    Kita perlu ikut kadar nilai terkini atau nilai di dalam Buku Teks (11% Pekerja dan 12% Majikan)?

    Jika mengikut logik, sepatutnya kita kena ikut kadar yang terkini.

    Terima kasih atas luangan masa Cikgu

  70. Minta maaf Cikgu, saya terlepas pandang di dalam Borang KWSP telah dinyatakan 11% dan 12%. Terima kasih

  71. Eza, waalaikumussalam.

    Oleh kerana kadar telah diberi dalam soalan.. maka kita ikut soalan.. kecuali soalan minta pelajar guna kadar semasa.

  72. jdi, modal perniagaan tulis RM80 000 atau RM160 000 ?

    cikgu, ada contoh pengenalan perniagaan?
    dkat pengenlan, boleh x kalau hanya beritahu nama pekerja, x beritahu IC or tmpt tnggal pekerja tu. bnde penting apa y prlu dlm pngenln prniagaan?

  73. dkt soaln , kan ade ckp yg sye jlnkn prniagaan bangunn 2 tngkat y ade dewan mini kat tngkat ats. krenyenya dewan mini tu kite dah habis bayar ke ? mksudnya, dewn mni tu kita punya? dah habis bayar kan? lpstu, prniagaan ade sewa sbuah kdai brsebelhan utk kgunaan saya kan. tapi bngunan saya yg dua tngkat ni, saya sewa atau saya dah beli? kalau dh beli, premis saya ada lagi ke ? ke saya msih beransur2 bayar bngunan dua tngkat saya? skli byar sewa kdai sebelah.

    terima kasih.

  74. boleh x cikgu bagi contoh nama utk perniagaan prkongsian untk restoran?
    dan prkataan/nama ape y msti ade dlm nama prniagaan ni.

    klu contoh dibawah ni boleh trima ke?

    1. perkongsian restoran ayda
    2. restoran ayda dan aina
    3. restoran ayda oishi

  75. Ayda,

    Modal RM80000 x 2

    Pengenalan –> olah maklumat perniagaan dalam soalan tu… + sebab pilih jenis perniagaan restoran…+ kelebihan perniagaan … + risiko yg bakal dihadapi.

    Dewan n bangunan tu kita yang punya.. dan dewan atas kita bokeh bagi sewa untuk majlis tertentu cthnya majlis perkhahwinan dsbnya. Dan untuk simpan peralatan2 lain.. kita sewa satu ruang kedai disebelah.

    Tiada ketetapan khusus untuk nama perniagaan perkongsian… asalkan jangan ada Syarikat… sdn bhd.
    Ketiga2 boleh guna…

  76. Assalammualaikum, cikgu. Untk krja kursus f5 tu, msa nak buat imbgan duga tu, prlu masukkan caruman KWSP dgn Caruman PERKESO ka?

  77. Cg, catatan dalam lejar tu ambk dari yg jurnal blakang tu ke?

  78. Syarmilah, waalaikumussalam.
    Semua akaun yang ada perlu dicatat dalam ID ..LA1-LA34, LJ1-LJ2, LB1-LB3..
    Mana2 akaun yang tiada baki.. masukkan 0.

    Aainaa,
    Buat ikut kitaran perakaunan..
    BCP –> Lejar –> ID –>

    JA,JK,JTT, JBT –> poskan ke Lejar

  79. Ckgu, di ikatan perjnjian perkongsian, faedH atas ambilan dan faedH atas modal kita nk tulis utk sebulan atau setahun?

  80. Jiha,

    Kadar faedah biasanya ditetapkan untuk SETAHUN.

  81. cikgu kena buat urusniaga ke?tolonglah cikgu

  82. Assalam cikgu,
    Nama perkongsian bebas atau kena ada kene mengena dengan nama pekongsi?

  83. cikgu, kalau saya ambil 1 perkeso jenis kedua, kira caruman pekerja 0 ke? sbb jenis kedua tu caruman majikan sahaja?

  84. cikgu, soalan kerja kursus tingkatan 5 semua daerah sama kan?

  85. assalam ckgu,

    dkat nama perniagaan, kalau x de nama pekongsi kita pun x pe kan?

    ke nama prniagaan kena ada nama saya n pekongsi?

  86. Priya,
    Sila rujuk arahan soalan, tidak perlu sediakan urus niaga.

    Farah, waalaikumussalam.
    Bebas, asalkan tidah mengambarkan perniagaan jenis Syarikat Berhad.

    Ira,
    Sila pilih jenis yang pertama, jenis kedua tidak sesuai bagi perniagaan yang baru ditubuhkan.

    Lyes,
    Soalan SPM.. mestilah sama seluruh negara.

    Ayda, waalaikumussalam.
    Tiada masalah, asal mengambarkan perniagaan jenis perkongsian.

  87. Assalamualaikum cikgu ,

    Akaun semasa rekod di imbangan duga kah atau tidak ?

    Ambilan perlu rekod ke dalam akaun semasa kah cg ?

  88. assalmualaikum cikgu , nak tanya untuk belanjawan tunai dalam pembayaran masuk ke caruman perkeso and caruman pekerja ? dan kalau insurans / kadar bayaran perlukah ditambah dgn yg terakru / terdahulu dalam jumlah pembayaran ?

  89. assalamualaikum cikgu,nk tanya pengiraan gaji,lampiran C,D,dan E kena lampirkan ke dalam folio?

    *Kalau saya buat buku tunai pastu tak buat akaun tunai dan bank boleh kan?

  90. Nina, waalaikumussalam.
    Semua akaun dalam lejar perlu diimbangkan dan baki akhir –> ID.
    Ambilan tetap masuk Ak Ambilan –> ID & IDT.

    Cute, waalaikumussalam.
    Untuk sediakan Belanjawan.. kita rujuk item2 dan nilai2 dalam Penyata Pendapatan dan KKK.
    Ak Caruman.. tiada baki kerana telah dipindahkan ke Ak Gaji.

    Hazirah, waalaikumussalam.
    Ya.. masukkan sebagai Lampiran.
    SALAH jika sediakan Buku Tunai… kerana telah dinyatakan LA1 Ak Bank.. LA2 Ak Tunai… Lagipun apabila telah disediakan JTT dan JBT.. maka BT tidak perlu disediakan.

  91. kalau begitu nk letak lepas ikatan perkongsian ye?

  92. Hazirah,

    Lampiran –> letak dibelakang.

  93. Assalamualaikum cikgu sy nk tnya kt bhgian lejar nk catat pelbagai pemiutang/penghutang ataupn nama pemiutang/penghutng kita satu2 ?

  94. Cikgu,
    Saya ingin nak pastikan, jika kaedah susut nilai ‘penilaian semula’ digunakan, bukankah susut nilai terkumpul TIDAK perlu dibuka?

  95. Cikgu, caruman kwsp dan perkeso masuk ka dalam imbangan duga?

  96. Sya, waalaikumussalam.
    Dalam Ak Belian –> 30April Pelbagai Pemiutang, Ak Jualan –>30 April Pelbagai Penghutang.

    Martina,
    Apabila ada SN, maka SNT juga ada.. jangan keliru dengan Topik Rekod Tak Lengkap.

    Syarmilah,
    Semua akaun dalam Lejar –> Imbangan Duga.

  97. Ckgu di dlm junal pembayaran tunai kan ada butir yg kita kne isi sndri mcm gaji, caruman kwsp dan perkeso, gaji ambil gji bersih kan dan kwsp dn perkeso amik jumlah majikan + pekerja atau majikan shje?

  98. Jiha,

    Gaji bersih
    Caruman majikan + pekerja.

  99. Cikgu, jika jumlah di dt dan kt sama maknanya tkda baki h/b dan baki b/b ye cikgu?

  100. Jiha,

    Ya.. tiada baki.
    Tapi minta disenaraikan juga dalam ID… dengan nilai 0.

  101. cikgu, kalau lejar baki h/b debit maka id pun debit juga ye?

  102. Dinah,

    Apabila kita tutup/imbang sesuatu akaun…mesti ada sepasang Baki h/b –> Baki b/b. Dan Baki b/b tersebut yang disenaraikan dalam ID. Dt –> Dt, Kt –> Kt.

  103. terima kasih cikgu,alhamdulillah saya dah selesai.sekali lagi terima kasih jasamu dikenang…

  104. cikgu boleh berikan jawapan untuk semua lejar

  105. Salam..cg narzuki..
    Apa yg dimaksudkan gaji kwsp dan perkeso adalah sama bagi semua sebelum pelarasan?

  106. Khairul,
    Baki2nya bergantung kepada item pelarasan masing2.

    Curiga, waalaikumussalam.
    Gaji pekerja bergantung kepada ketetapan pelajar sendiri… sepatutnya tidak sama setiap pelajar.

  107. Assalamualaikum, cg
    Bila Kita bukak akaun kawalan penghutang Dan pemiutang ( dari jurnal penerimaan Dan pembayaran tunai ) , Baki akaun kawalan perlu dipindahkan ke imbangan duga ka?

  108. Aina, waalaikumussalam.

    Untuk tugasan kerja kursus ini.. Ak Kawalan disediakan selepas pelarasan… baki2nya dipindahkan ke ID Terselaras.

  109. Assalamualaikum cikgu.
    1) Nama rakan kongsi mesti letak nama rakan sekelas ke cikgu? Sebab cikgu saya kata nama pekongsi kedua tak boleh reka sbb org tu mesti hidup.
    2) Sesuai ke letak nama; Restoran Siti dan Cheng? Disebabkan kedua2 pekongsi beragama berlainan, jadi saya andaikan makanan yg dijual ada yg halal & ada yg x?

  110. Siti, waalaikumussalam.

    1. Ikut apa yang ditetapkan oleh guru anda… sebab beliau yang akan bagi markah.
    2. Dalam perniagaan restoran sebenar… perkongsian sedemikian biasanya tidak berlaku…kerana boleh menjejaskan tarikan pelanggan.

  111. salam ckgu narzuki…
    Daripada komen2 yg sy baca di atas cikgu bgtau tak perlu buka Buku Tunai tetapi buka Ak.Bank dan Ak.Tunai….
    Tetapi di dalam panduan dan pelaksanaa penilaian projek menyatakan sebaliknya….

  112. Majidah,

    Nanti masa taklimat penataran.. beberapa perkara akan diperbetulkan dalam panduan tersebut… termasuklah mengenai Buku Tunai.

  113. ooo…ok.saya belum dipanggil utk penataran.tima kaseh cg narzuki

  114. Assalamualaikum , cg. Maaf ganggu

    1) Kita nak ambik Baki di akaun kawalan penghutang Dan pemiutang atau Baki di lejar penghutang Dan pemiutang untuk dipindahkan ke imbangan duga terselaras?

    2) susut nilai bagi peralatan yg dinilai semua nak buat mcm mna?

    Terima kasih…

  115. Baki di lejar belian Dan jualan**

  116. Aina, waalaikumussalam.

    1. IDT terus ambil baki akhir Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang.
    2. SN kaedah penilaian semula = Kos – SNT – 7880

  117. Cikgu,
    dalam pengiraan gaji,jurnal untuk merekodkan potongan gaji perlu tak?

  118. Tracy,

    Saya difahamkan.. tidak perlu.
    Jurnal Am hanya untuk item2 pelarasan sahaja.

  119. Ckgu apa yg kita nk kne letak di rumusan?

  120. Jiha,

    Rumusan
    – kaitkan dengan prestasi dan prospek perniagaan pada masa akan datang atau bagaimana menggunakan lebihan yang diperoleh.
    – Rujuk analisis yang telah disediakan

  121. Cikgu, dalam lejar akaun belian, kalau belian dr jtbt, butiran dia ‘pelbagai pemiutang’ atau ‘pelbagai pembayaran’???

  122. Ira,

    Jika jelas semua belian dibayar secara tunai.. maka butirnya boleh guna Tunai.
    Manakala jika bayar bercampur antara Tunai dan Bank.. maka butir yang sesuai ialah Pelbagai Pembayaran.

  123. Oh tapi ambil jumlah keseluruhan je kan?

  124. Ira,

    Ambil jumlah keseluruhan sahaja.. sebab detailnya kita sudah boleh rujuk JBT.

  125. cg..ape benda yg nk dipindahkn ke lejar?

    cg sy still xtau mcm mne nk pindahkn butir2 akaun ke lejar2..mcm mne cara nk pindahkn akaun tuh ke lejar?

  126. Qis,

    Saya cadangan.. rujuk contoh dalam buku teks ataupun lebih baik jumpa guru di sekolah minta tunjuk ajar beliau… cara tersebut lebih berkesan.
    Kemahiran2 tersebut agak sukar untuk saya terangkan disini.. kerana ianya perlu dibimbing dan ditunjuk ajar satu persatu.

  127. Cikgu ,caruman kwsp dan perkeso tidak perlu dicatat dalam imbangan duga ke?

  128. Aishah,

    ID ialah senarai baki akhir SEMUA akaun yang ada dalam lejar.

  129. Salam cikgu.sy nak tanya dlm jurnal am yg ambilan A dan ambilan B tu kena buka akaun lejer Ambilan A Dan Ambilan B@ akaun ambilan tapi rekod A dan B?nk tulis apa utk butiran?utk belian(ambilan utk kgunaan sendiri) cmna pla?sy agak keliru sikit.hrp cikgu dpt bantu.terima kasih.

  130. Zahra,

    Buka satu2..
    Ak Ambilan A (LA20)
    Ak Ambilan B (LA21)
    Butirnya “Belian”
    # ambilan diatas juga merupakan ambilan untuk kegunaan sendiri pekongsi.

    Manakala, Bagi perniagaan milikan tunggal…
    Dt Ambilan Kt Belian

  131. cg klau lejar buat bentuk ‘t’ boleh ke? ke kene buat yang kotak2 tu…

  132. Hazirah,

    Akaun dalam Lejar –> berbentuk T

  133. cikgu yang penilaian semula tu, dlm jurnal am kena letak 7880 ke? ataupun kena tolak dgn peralatan(kos)??

  134. Ira.

    Kira SN peralatan (kos – SNT – 7880) = A
    Rekod dalam jurnal am:
    Dt SN peralatan A
    Kt SNT peralatan A

  135. Assalamualaikum cg.
    Hutang ragu yg dlm IDT bila Kita pindah ke penyata pendapatan sbgai belanja Kan..

  136. Aina, waalaikumussalam.

    Rujuk kedudukan baki Ak Hutang Ragu dakam IDT
    Dt –> Belanja
    Kt –> Hasil

  137. cg,adakah jumlah imbangan duga sebelum dan selepas pelarasan adalah sama?

  138. Kelan,

    Mestilah lain..

  139. cg..perekodan gaji ,caruman KWSP & PERKESO ke dlm lejar kne buat jgk ker?

  140. cg akaun bank dgn akaun tunai nk amek dr mne yer?

  141. cg butir jualan dlm jurnal penerimaan tunai tuh nk rekod dlm lejar jualan cmne?

  142. Qis,

    1. Ya… JBT –> Lejar
    2. Rujuk Jurnal Am
    3. Tidak… terus ambil jumlah.. poskan ke Ak Jualan.

  143. Faedah atas modal Dan faedah atas ambilan nak darab tempoh berapa? Kn Kita rekod sebulan…

  144. Aina,

    Kadar % setahun… maka kena kira untuk sebulan.

  145. butir akaun jualan nk tulis apa

    belah kredit ka debit

  146. Qis,

    Cuba fahami cara2 pengeposan Jurnal Jualan dan Buku Tunai ke Ak Jualan.. maka kita akan tahu catatan disebelah mana dan apakah butir yang perlu digunakan

  147. Cikgu,belian secara tunai dkt jurnal pembayaran tunai butirnya pelbagai pembayaran atau tunai? Jualan secara tunai pun sama ke butir dgn belian tu?

  148. Teha,

    Jika kita boleh kenal pasti semua urus niaga hanya melibatkan tunai sahaja… kita boleh guna butir “Tunai”… atau guna butir umum “pelbagai pembayaran”.
    Jika urus niaga melibatkan bayaran tunai dan juga bank… maka butir mesti “pelbagai pembayaran”.
    # kes jualanpun sama.

  149. Nak tanya,imbangan duga jumlah kedua-dua belah Dt dan Kt semua pelajar sama ke?

  150. Ira,

    ID sebelum pelarasan.. semua sama.. walaupun pelbagai nilai gaji yang digunakan oleh pelajar.

  151. cg penilaian semuala tu bukan just
    (kos-7880)?

  152. penilaian semula= lama-baru.
    cg tolong saya,saya keliru..

  153. Hazirah,

    Tidak….penilaian semula kita bandingkan Nilai Buku dan Nilai Pasaran (7880)…untuk kira SN.

    Jika Nilai Kos – Nilai Pasaran … itu sudah dikira sebagai SNT.

    Dalam topik RTL @ Kelab.. biasanya tidak dinyatakan nilai SNT… maka yang aset yang diberi dikira sebagai Nilai buku.. kita terus tolak nilai pasaran.

  154. cikgu, stok akhir kena buat dalam jurnal am ke? utk pelarasan

  155. Ira,

    Tidak perlu… stok akhir bukannya item pelarasan.

  156. so,for this kerja kursus:

    Penilaian semula=(kos-snt-7880)?

  157. Hazirah,

    Ya..

  158. Salam..cikgu yg utk susut nilai peralatan(pnilaian smla) tu kena DT akaun peralatan KT akaun snt ke? Utk kadar faedah faedah atas ambilan,modal dan pinjaman cikgu sy bgthu yg tertggi kadar faedah ambilan.kedua pinjaman,ketiga modal.tp xblh lbih dr 10%.btul x ckgu?terima kasih..

  159. Butiran kita kna letak untung rugi utk sn peralatan,perabot dan lengkapan

  160. Zahra,

    Dt SN Peralatan
    KT SNT Peralatan

    Kadar tidak tetap.. dan bebas asalkan munasabah…. tetapi oleh kerana cikgu sekolah telah tetapkan sedemikian.. maka hebdaklah ikut ketetapan tersebut.

  161. Cg ,

    1) bila Kita buat nisbah peratus untung kasar atas jualan,
    Nak dptkan jualan bersih..
    Jualan kena tolak diskaun diberi sama ka?

    2) bila Kita nak kira nisbah untung bersih atas jualan, nak ambik untung bersih ka kongsi untung ?

  162. Cg, kalau komisen dkt pnerimaan tunai ni dt tunai kt ak komisen ke?

  163. Aina,
    1. Ya.
    2. Untung bersih

    Aainaa,
    Ak Tunai… tidak perlu catat satu persatu…sebab kita ambil jumlah terus poskan ke Ak Tunai.. sebagai pelbagai peberimaan.
    Hanya poskan ke kredit Ak Komisen diterima

  164. cg faedah atas pinjaman slalunya berapa peratus?
    *saya nk buat dekat pelarasan sebagai belanja terakru

  165. Hazirah,

    Biasanya 2%.. 3%… 4%.

  166. Cikgu saya nak contoh jawapan kerja kursus 2017

  167. Salam.cikgu utk psn lgkapan dan perabot btul x cmni DT untung rugi perabot n lgkapan.KT psn perabot n lengkapan. Untuk akaun semasa perlu masukkan dlm ID x cikgu?

  168. faedah atas pinjaman bank =( % x 108000 x 1/12)

  169. cam tu ke? (% x 108000 x 1/12)

  170. Thevarrani,
    Maaf, tiada contoh jawapan.. jawapan itulah jawapannya.. cikgu2 hanya semak ketepatan sistem perekodannya sahaja.

    Zahra,
    1. Catatan pelarasan SN:
    Dt SN perabot
    Kt SNT perabot
    2. Semua akaun… perlu dimasukkan ke ID.

    Hazirah,
    Ya.. betul.

  171. Salam.cikgu utk faedah atas ambilan=% x 1000(ambilan) x 9 bln.
    Faedah ats pinjaman=% x 108000= jmlh faedah÷2.
    Faedah ats modal=? x 80000=jmlh faedah.betul x cikgu..harap dpt beri sdkit pnjelasan.terima kasih..

  172. Zahra,

    Kadar faedah adalah untuk setahun… tapi rekod kita hanya untuk sebulan… maka % x nilai x 1/12

  173. cg.. kat jurnal pembayaran tunai yg ade bintang tuh kene isi kn cg?

    pstuh pulak kene jumlahkan dr awal smpi hbis letak kat ruang kosong tuh kn?

  174. Qis,

    Ya.. lengkapkan jadual pengiraan gaji.. caruman kwsp.. caruman perkeso.. kemudian baru lengkapkan JBT tersebut.. dan jumlahkan..

  175. cth: 1730+1200+608=3538

    btol x cmnih cg utk column diskaun diterima?

  176. Qis,

    Jumlahkan sahaja semua lajur tersebut.

  177. Cg imbangan duga terselaras ada berapa item

  178. Kiranya utk ketiga-tiga faedah tu kita rekod utk sbln aje la cikgu.sy ingat kna utk sthn.jd semua % x nilai x 1/12 kn? terima kasih cikgu.

  179. Adeeb,
    Bergantung kepada item pelarasan masing2.

    Zahra,
    Ya.

  180. cg..LA25 xde ke cg?

  181. Salam.cikgu saya bgthu ada pembetulan utk jurnal pembayaran tunai bhgn pemiutang semasa mesyuarat dia hdiri aritu.jd kna buat pembetulan utk bhgn tsebutkn?cikgu utk catatan kontra yg ada huruf k bhgn folio dlm journal terima tunai n journal bayar tunai tu kena rekod ikut tarikh satu persatu @ xpyh dlm akaun bank n tunai?ke kna buka buku tunai utk catatan kontra tu?tlg cikgu bgthu nk wat cmna.

  182. Qis,
    Ada… cari betul2.

    Zahra,
    Ikut penyelarasan diperingkat negeri masing2..
    Catatan kontra.. tidak perlu buat apa2

  183. Salam Cikgu,
    1. Gaji dalam JBT hanya untuk pekerja sahaja kan? Gaji pekongsi tidak termasuk di JBT, betul ke?

    2. Bolehkah jumlah gaji keseluruhan dibundarkan utk rekod di JBT? Jumlah dalam borang pengiraan gaji setiap pekerja saya kira termasuk sen.

    3. Utk kiraan Belian kredit semasa buat tafsiran, perlukah saya kira Belian di JB – Pulangan Belian di JPB . Atau Belian kredit hanya jumlah di JB?

    Terima kasih banyak banyak Cikgu

  184. Eza,

    1. Ya.
    2. Jangan bundarkan.
    3. JB –> jumlah belian kredit.

  185. cikgu, lejar pelarasan kena ikut turutan no folio ke?cth:
    *susut nilai lengkapan LA35
    *susut nilai peralatan LA36

    atau ikut pelarasan? cth:
    susut nilai lengkapan LA35
    susut nilai terkumpul lengkapan LA10

  186. Ira,

    Ikut pelarasan.. supaya mudah untuk cikgu menyemak ketepatan catatan bergunya.
    # walaubagaimanapun rujuk kehendak cikgu sekolah.

  187. cikgu, perlu sediakan akaun bank dan akaun tunai?

  188. Syyy,

    Mesti buka Ak Bank (LA1)…. Ak Tunai (LA2)… buku tunai yang tidak perlu buka.

  189. Cikgu, nilai akaun gaji, Kwsp dan perkeso perlu letak brp?

  190. Cikgu , jika kita ada menetapkan faedah dikenakan atas pinjaman pekongsi , adakah pengiraan perlu juga diambil kira sebagai 1/12 dan diandai sebagai terakru dan terus dikredit terus ke Ak Semasa ?

  191. Cg
    Susut nilai peralatan
    [RM10 000 – RM2 000] – RM7 800= RM120
    tak perlu bahagi 12bu ke?

  192. Assalamualaikum, cg narzuki..
    Maaf ganggu lagi…

    Bila Kita nak kira nisbah tempoh kutipan hutang… Amaun penghutang nak ambik akaun penghutang atau amaun penghutang tolak peruntukan hutang ragu?

  193. Assalam cikgu ,sy nak tanya cg ada buka kelas tusyen akaun online ke ?

  194. cikgu, dkat pengenalan kena masukkn risiko perniagaan ke?

  195. Syyy,
    Rujuk jadual pengiraan gaji, kwsp, perkeso dan Jurnal Pembayaran Tunai.

    May,
    Ya.. betul.

    Lela,
    Tidak perlu.

    Nur Aina, waalaikumussalam.
    Ak Penghutang.

    Nur, waalaikumussalam.
    Setakat ni tidak mula lagi.

    Inaa,
    Ya.
    1. Latar belakang.
    2. Sebab
    3. Kelebihan
    4. Risiko

  196. Cikgu..
    Akaun2 yg diposkan ke lejar dari jurnal am…nak letak apa di bahagian folio nya???

  197. Assalamualaikum.
    Cikgu, belanjawan tunai ni macam mana nak sediakan sdgkan kita hnya buat 1 bulan utk kerja kursus ni?

  198. HemaMaya,
    Folio dalam Jurnal Am –> LAx
    Folio dalam Lejar –> JA1

    Ains, waalaikumussalam.
    Tiada masalah.. buat seperti biasa.. malah lebih mudah kerana sumber maklumat sebulan (tidak perlu bahagi 12)…. boleh terus guna untuk belanjawan bulan Mei, Jun dan Julai

  199. salam ckg,

    berkenaan dgn kerja kursus ting 5 spm 2017. ttg susut nilai perabot. pelarasan utk soalan ini ialah mengikut kaedah 5% atas kos. jadinya saya buat

    RM 30 000 × 5% = RM 1500
    tempoh rekod ialah 1 month maknanya kena kali 12 bulan
    = RM 125

    tapi bila saya nk buat pelarasan yg terakhir iaitu kesilapan tidak ketara, saya telah buat kesilapan di mana urusniaga “membawa masuk perabot ke dlm perniagaan” belum dicatat dimana2 buku.

    saya telah menambah RM 900 ke dalam Ak Perabot (Dt)
    dan
    menambah RM 900 ke dalam Ak Modal(Kt)

    ini bermakna nilai perabot saya telah bertambah menjadi RM 30 900.

    adakah saya perlu mengira semula susut nilai perabot itu setelah menambah amaun perabot menjadi

    RM 30 900 × 5% = RM 1 545
    1 545 ÷ 12 bulan = RM 128.75

    tq

  200. Jadi, maknanya tak perlu buat lejar, Imbangan duga, pp dan kkk utk bulan seterusnya?

  201. Jadi, maknanya tak perlu buat lejar, Imbangan duga, pp dan kkk utk bulan seterusnya? Terus buat belanjawan tunai?

  202. Ckgu bila kita dh senaraikan semua pelarasan, lpstu kite kena catat di jurnal am eh utk item pelarasan yg kita buat?ke ada separuh catat kt lejar? Mcm akaun gaji yg terselaras

  203. Cikgu, gaji utk 5 pekerja semua sama kah?

  204. cg..ID jwpnnye 492080 kn cg?

    btol x?

  205. Cikgu, utk akaun perkeso ambil caruman syer pekerja je ke?

  206. Ckgu, mcm mna pelarasan utk blnja terakru,blnja trdhulu dn hasil trakru nk catat di jurnal am dan lejar?lgy satu klu pmbtuln tidk ketara tu, kita kna wujudkan jgk eh akaun tu, so mknanya kita xboleh kacau dkt lejar yg kita dh buat sebelum ni?

  207. ckg,

    belian ABS scra kredit masuk jurnal Am kan? tapi pemiutang tu kita kena masukkan dlm Ak Kawalan Pemiutang ke? sbb dia beli scra kredit, cuma dia bukan brg niaga je.

    kalau nak kena masuk ak kawalan pemiutang, kena letak butir apa? dt atau kt?

    kalau tak kena masuk ak kawalan, kita terus je letak kat ID, adakah kita kena nyatakan bahawa ianya “pemiutang”

  208. cikgu, kita tiada pinjaman drpd pekongsi kan? jadi kiranya tiada faedah atas pinjaman la kan?

  209. Cikgu… No folio bagi baki b/b di akaun kawalan nak letak yang mana ye??

  210. Arissa,
    Cth: kadar bayaran terakru RM100.
    JA –> Dt Kadar bayaran 100
    Kt Kadar bayaran terakru 100
    Poskan ke lejar masing2.
    Jika akaun belum wujud.. kita wujudkan.

    Hazziq,
    Pemiutang bukan barang niaga TIDAK masuk Ak Kawalan. Kita buka akaunnya sendiri… bakinya masuk ID.

    Ira,
    Ya. Betul.

    HemaMaya,
    Baki awal… kita rujuk JA1

  211. Ohh jadi, bila kita bua imbgn duga terselaras, kita just amik yg imbgn duga kita yg sblom ni tpi just campur plarasan je eh cikgu?

  212. Cikgu, semua faedah yg dinyatakan dalam ikatan prjanjian perkongsian tu, perlu dimasukkan dlm senarai pelarasan ke? Atau terus masukkan daripada polisi susut nilai tu, ke dalam senarai pelarasan ?

  213. Abistu ckgu, akaun2 kt lejar yg sblum nie kita dh ttup tu cmner ? Kalau kita kacau utk pelarasan

  214. Dalam penyata pendapatan kwsp Dan perkeso dI rekodkan sebagai belanja ke?

  215. Arissa,
    ID –> JA Pelarasan –> sediakan LEJAR PELARASAN (mana2 akaun yang terlibat dalam pelarasan) –> IDT (ambilkira semua akaun yang ada, mana2 akaun yang terlibat dengan pelarasan.. perlu ambil baki akhir selepas pelarasan) –> Penyata Kewangan.
    Akaun2 sebelum pelarasan.. JANGAN diusik, untuk LEJAR PELARASAN, ambil baki akhir lejar sebelum ID dan buat catatan pelarasan.

    Aishah,
    Item dalam Ikatan Perjanjian tidak perlu dimasukkan dalam Item Pelarasan.
    Item Pelarasan hanya merujuk kepada : Susut Nilai, Peruntukan hutang ragu, Belanja terakru, belanja terdahulu, hasil terakru dan Item pembetulan kesilapan tidak ketara.

    Kalai,
    Berhubung kes Gaji, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO.. sila rujuk penyelarasan yuang dibuat diperingkat negeri masing2.
    Caruman KWSP Majikan merupakan satu skim simpanan atas nama pekerja.. faedah/dividen atas simpanan tersebut akan diberikan kepada pekerja. Manakala caruman majikan akan dituntut balik oleh majikan apabila pekerja tersebut sudah berhenti daripada mencarum… Manakala caruman PERKESO lebih kepada skim insurans ke atas pekerja, dimana bayaran tersebut dikira hangus jika tiada sebarang tuntutan dibuat.

  216. Cikgu, kalau faedah atas pinjmn bank terakru , akaun apa yang perlu dibuka dalam jurnal am?

  217. jika tidak diberi baki pinjaman dalam soalan,adakah logik firma kena bayar faedah kepada pekongsi ?

  218. syarikat faiba tu kena masuk akaun kawalan pemiutang ke? kenderaan dikira sbg ABS dan masuk dalam kunci kira-kira ke?

  219. cikgu..berapa ye jawapan baki h/b bagi akaun syarikat namuza, perniagaan rezqi dan nadi enterprise. saya confuse sama ada perlu rekodkan semua diskaun atau tidak dalam lejar

  220. cg,
    1.kalau catatan dlm lejar butirnya bl tulis sbg jurnalpembayaran tunai tak?

    2.stok akhir perlu catat dlm jurnal am tak?

    3.kaedah penilaian semula tak perlu ÷12?

  221. cg,lejar pelarasan perlu diasingkan dgn lejar sbl pelarasan tak?

  222. cg
    kenapa sn peralatan tak payah ÷12?

  223. Aishah,
    Faedah atas pinjaman dan Faedah atas pinjaman terakru.

    May,
    Jika tiada pinjamn pekongsi, maka TIADA faedah pinjaman yang dibayar. Dalam Ikatan Perjanjian perlu dinyatakan kerana perjanjian tersebut digunapakai sampai bila2… maka apabila tahun2 hadapan ada pinjaman pekongsi, maka faedah atas pinjaman akan diberikan berdasarkan kadar yang telah dipersetujuia dalam perjanjian.

    Ira,
    Syarikat Faiba Sdn Bhd adalah penghutang BUKAN barang niaga, maka TIDAK masuk Ak Kawalan Pemiutang.
    Kenderaan –> ABS –> KKK.

    Siti,
    Ya, semua diskaun perlu dicatat dalam akaun2 tersebut.
    Cth: Ak Pemiutang XXX
    Dt Bank 1000
    Dt Diskaun diterima 100

    Kelan,
    1. SALAH butir “jurnal Pembayaran Tunai”… sepatutnya Tunai / Bank / Pembagai Pembayaran
    2. Stok akhir bukan item pelarasan. (walau bagaimanapun rujuk kehendak guru sekolah).
    3. TIDAK PERLU bahagi 12.

    Kik,
    Ya ASINGKAN.
    1. LEJAR (semua akaun sebelum pelarasan)
    2. ID
    3. Senarai Pelarasan
    4. JA Pelarasan
    5. Lejar Pelarasan (akaun2 yang terlibat dengan npelarasan sahaja, mula dengan BAKI AKHIR Lejar sebelum pelarasan)
    6. ID Terselaras

    SN Peralatan tidak perlu dibahagi 12 kerana nilai RM7880 nilai pada 30 April 2017.

  224. cg..tajuk utk imbangan duga nk tulis cmne?

    kne letak nama perniagaan x?

  225. Qis,

    Nama Perniagaan
    Imbangan Duga pada 30 April 2017

    # rujuk buku teks.

  226. mcm mna nk susun semua akaun2 dlm lejar tuh ke ID?

    start dgn akaun aset dlu kn?

  227. Cikgu…saya dah masukkan diskaun dlm akaun nadi,namuza dan rezqi tapi masih x dpt jawapan. Boleh tolong cek apa yg salah.

    Akaun nadi
    Dt baki bb 3475
    Jualan 3800
    Jualan 9600
    Jualan 21700

    Kt diskaun diberi 480
    Bank 3475
    Bank 10850
    Bank 13400

    Akaun namuza
    Dt diskaun diterima 1200
    Pulangan belian 759
    Pulangan belian 755
    Bank 5043
    Bank 11992

    Kt baki bb 5043
    Belian 12751
    Belian 13042

    Akaun perniagaan rezqi
    Dt bank 2420
    Bank 17227
    Bank 7408
    Dskaun diterima 1730
    Dskaun diterima 608

    Kt baki bb 2420
    Belian 8974
    Belian 8253
    Belian 7408

    Cikgu saya mintak tlong sangat2 cek jawapan saya.

  228. Ckgu mcm mna nk pindhkn baki dri akaun kwsp gn perkeso ke akaun gaji(trselaras) supaya kwsp gn perkeso kita tkda masa wt ID trselaras,,, kne catat kt jurnal am tak

  229. syarikat faiba nak masuk dekat kkk sebagai apa cikgu? Liabiliti atau aset

  230. cikgu,
    gaji pekerja sudah ditetapkan atau kite boleh letak saja nilainya sendiri??

  231. gaji seorang mesti berapa ribu??..semua sama atau…????

  232. Qis,
    Susun ikut urutan LA1..LA2 ….seterusnya… LJ1,… LB1..

    Siti,
    Nadi –> 10850
    Pelangi –> tiada baki
    Namuza –> 12287
    Rezqi –> tiada baki
    Seeda –> 8865

    Zikri,
    Dt gaji
    Kt caruman kwsp
    Kt caruman perkeso
    # catat dalam JA –> sila rujuk ketetapan cikgu sekolah.

    Ira,
    LBS

    Jasmine,
    Gaji bebas antara RM1000 – RM2500
    Boleh sama… boleh tidak sama.

  233. Bila kita buka Ak Gaji(selepas pelarasan)perlu kah kreditkan Ak Gaji dan tulis pindah ke Penyata Pendapatan jumlah gaji bersih+caruman KWSP + perkeso atau bawa perlu tutup akaun gaji dan bawa baki ke debit

  234. Nisbah pembahagian untung rugi boleh apa-apa nisbah atau sama rata saja?

  235. Ckgu yg pembetulan kesilapan tidak ketara tu nk catat dlm jurnal am dan lejar mcm mna?

  236. Julia,
    1. Ak Gaji dan Caruman –> rujuk ketetapan cikgu sekolah.
    2. Bebas.. ikut munasabah.

    Zikri,
    Catat dalam JA pelarasan –> Lejar pelarasan.
    Akaunnya bergantung kepada jenis pembetulan kesalahan yang dipilih.

  237. Cikgu, dalam soalan kata perniagaan restoran di sebuah bangunan 2 tingkat Maksudnya bangunan rumah kedai la kan? Tapi biasanya rumah kedai atas nombor lot lain bawah nombor lain. Jadi alamat nak tulis 1 je nombor lot dia?
    Terima kasih.

  238. Siti,

    Satu bangunan tu hak milik kita.. guna satu alamat saja.

  239. cikgu..baki nadi, namuza dan rezqi saya dapat sama seperti cikgu. tapi saya dpt sama sekiranya saya tidak masukkan diskaun.
    bila saya masukkan diskaun nilai sudah tidak sama. mana silap saya ye cikgu?

  240. Siti,

    Mungkin silap di nilai BANK..ambil nilai pada lajur BANK… bukan pada lajur PENGHUTANG / PEMIUTANG.

  241. deposit sewa & deposit kadar bayaran masuk PP sebagai belanja ke?

  242. Ira,

    Deposit –> Aset Semasa.

  243. cg, blh tolong check susut nilai?
    sn lengkapan-178.13
    sn peralatan 200
    sn perabot -125

  244. Cikgu..
    Belian kenderaan drpd syrkt faiba secara kredit…
    Syrkt itu Perlu dimasukkan dalam akaun kawalan pemiutang…???
    Kalau ye… Tapi ianya bukan Belian barang niaga…
    Kalau tidak… Perlu dimasukkan Di KKk nama syarikat??

  245. cg
    adakah faedah atas ambilan dikira atas ambilan termasuk baki b/b?

  246. Hemamaya,
    Tidak perlu…
    Ya –> KKK.

    Kelan,
    Ya.

  247. Cikgu, dalam pengenalan perniagaan, ayat ini betulkah?”Perniagaan kami adalah perniagaan perkongsian yang menawarkan perkhidmatan menjawab pertanyaan pelanggan dengan bertanggungjawab dan serius”???

  248. 1.cg di jurnal pembayaran tunai pd tarikh 1 april 2017 akaun ambilan A dan akaun ambilan B tuh nk msuk dlm lejar mne?

    2.lg stu..jumlah di bhgian bwh skli di jurnal penerimaan tunai tuh nk kne pindahkn ke akaun yg terlibat kn? belah debit ke kredit?

    3.kes di no.2 tuh sama jgk ke dgn jurnal pembayaran tunai? cuma terbalikn je debit ke kredit

  249. cikgu,
    lepas sy dpt amaun ak kawalan phtg dan pmtg, butir apa yg perlu sy tulis dlm ID? dan mcm mana nak letak dlm PP/ KKK???
    TQ.

  250. tambahan pada no.1

    butir akaun ambilan A dan akaun ambilan B belah debit ke kredit?

  251. Jumlah kadr bayaran tersilap rekod dlm akaun deposit kadar byrn, cmne nk catat dlm jurnal am eh cikgu?

  252. Ng Xin Jie,
    Tidak sesuai –> mesti perniagaan jenis restoran.

    Qis,
    1. Ambilan A dan Ambilan B.
    2. Diskaun, Tunai, Bank –> Debit
    3. Ya… pembayaran –> Kredit
    4. Debit.

    Lai,
    Boleh tulis Penghutang / Pemiutang

    Zikri,
    Dt Kadar bayaran
    Kt Deposit kadar bayaran

  253. cg apa folio yg digunakan utk penyata pendapatan dan pengasingan .cth juranal am ialah ja

  254. Butiran dalam KKK utk syarikat faiba, kita letak syarikat faiba ke apa?

  255. cikgu, untuk perkeso majikan ambil yg mna stu? Jenis pertama or kedua ?

  256. cg
    kan kalau kita veli kenderaan 85000 then syarikat faiba kena kredit. kalau tulis kat liabiliti semasa then dapat modal kerja yang negatif.
    so boleh tulis kat liabiliti bukan semasa tak?

  257. cg..akaun belian bertarikh 5 april di jurnal pembayaran tunai tuh nk kne msuk gak ke?

    butir kt lejar belian nk tulis ape? tunai sje kn..butir belian xpyh ke?

  258. Cikgu, Cmn nak cari caruman perkeso pekerja?
    Syer pekerja bahagi syer majikan dan darab dgn jum caruman kah?

  259. Kelan,
    1.Tiada folio…. folio hanya di BCP dan Lejar…. sama seperti Baki hb Baki bb –> tiada folio.

    Hana,
    Ya… nama penuh.

    Syyy,
    Guna jenis pertama.. Jenis kedua tidak berapa sesuai.

    Kalen,
    RM85,000.. adalah jumlah yang besar, maka rasionalnya ianya akan dilunaskan dalam tempoh masa lebih setahun –> LBS.

  260. jdi cikgu utk perkeso majikan ambil yg syer majikan & pekerja ambil syer pekerja ?

  261. Salam.cikgu blh tlg semak jwpn sy.bhgn debit..
    Belian 61283
    Ambilan A:4250
    B:3260
    Kdr byrn:1700
    Plangi resort:0
    Rezki:0
    Deposit kdr byran:2000
    Deposit sewa:1800
    Nadi:10850
    Sn lgkpn:178.13
    Sn prabot:125
    Sn peralatan:125

  262. Bhgn KT
    Jualan:101356
    Pul.belian:1514
    Snt lgkpn:3803.25
    Snt prabot:3125
    Sent peralatan:2120
    Sykt Faiba:85000
    Diskaun diterima:3538
    Sykt Nmuza:13287
    Seeda:8865
    Sy dh wt id tp xseimbang.mnta tlg ckgu utk semak.akaun bank n tunai sy dh check sama dgn jwpn cikgu sy.terima kasih.

  263. Sy dh cuba semak tp kliru xkna kt bhgn mana.agaknya kt mna sy silap?cikgu sy ada bgthu jwpn id sblm plarasan tp xseimbang pn dgn jwpn sy.mohon cikgu bantu kt mana sy buat silap.terima ksih

  264. Zahra,

    Saya dapati senarai yang disediakan tidak cukup 39 akaun untuk ID sebelum pelarasan… maksudnya ada akaun yang tertinggal.
    Jika untuk ID Terselaras.. juga masih ada akaun2 yang terlibat dengan pelarasan belum dimasukkan.

  265. salam cikgu saya nak tanya dalam topik kelab dan persatuan ada dalam item perbelanjaan iaitu honorarium.macam mana nak jelaskan kepada pelajaar apa itu honorarium.terima kasih cikgu

  266. Zam76,

    Honorarium = Bayaran sagu hati

  267. salam..sblm plarasan rasanya dh cukup 39 akaun.ni list sblm plarasan
    bhgn dt baki bb:
    bank-67684.95
    tunai-926
    stok-4056
    premis-170000
    lengkapan-25000
    perabot-30000
    peralatan-10000
    deposit sewa-1800
    deposit kdr byran-2000

  268. kenderaan-850000
    ambilan A-4250
    B-3260
    belian-61283
    komisen-350
    promosi-250
    insuran-270
    kdr bayaran-1700
    sewa-1800
    gaji*caruman kwsp n perkeso-10240.05

  269. caruman kwsp-2070
    caruman perkeso-205.80
    diskaun diberi-480
    nadi-10850
    pelangi-0
    rezqi-0
    kt-
    snt lengkapan-3625
    snt perabot-3000
    snt peralatan-2000
    pinjaman-108000
    akaun modal-A*80000
    B*80000
    akaun semasa-A*1500
    B*1045
    Faiba-85000
    jualan-101356
    pul. belian-1514
    diskaun diterima-3538
    namuza-12287
    seeda- 8865

  270. Zahra,

    Belian X –> sepatutnya 62513
    Komisen 350 –> disebelah KREDIT
    Ada masalah dengan akaun Gaji dan Caruman KWSP & PERKESO –> sila rujuk guru sekolah untuk semak.

  271. cikgu, adakah gaji, perkeso dan kwsp perlu dimasukkan dalam senarai pelarasan?

    apakah maksud deposit sewa

  272. Siti,

    Sila rujuk penyelarasan di peringkat negeri masing2.. ada yang buat sebagai pelarasan ada yang tidak.

    Deposit sewa.. seolah2 wang cagaran yang dibayar pada mula2 kita sewa… apabila kita berhenti daripada menyewa.. wang tersebut akan dipulangkan kembali –> maka dikelaskan sebagai Aset Semasa.

  273. cg..butir utk diskaun diberi,tunai,bank dan jualan di jurnal penerimaan tunai nk tulis ape?

    utk pembayaran tunai pulak nk tulis ape?

  274. Qis,

    Apabila diposkan JUMLAH daripada JTT ke lejar :
    Ak Diskaun diberi –> Akaun Belum Terima
    Ak Tunai –> Pelbagai penerimaan
    Ak Bank –> Pelbagai penerimaan
    Ak Jualan –>Tunai / Pelbagai penerimaan

  275. salam.yang ikatan perjanjian perkongsian yg no 4) nisbah pembahagiaan untung dan rugi antara pekongsi tu macam mane ye?

  276. Ali,
    Tentukan sendiri… boleh rujuk soalan2 topik perkongsian.. antaranya:
    1. Sama rata
    2. Ikut nisbah modal
    3. Ikut nisbah yang dipersetujui.. cthnya: 1:1.. 2:1… 3:2

  277. cikgu macam mane nkconvert fail soalan pdf ke word?

  278. Muya,

    Boleh guna perisian tertentu ataupun secara online –> https://pdf2doc.com

  279. cikgu, akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang perlu disediakan sebelum atau selepas pelarasan?

  280. ouh jadi yg
    kongsi untung A =8/16 x 8oooo
    kongsi untung B =8/16 x 8oooo
    yg bahagi 16 tu hasil tambah kedua2 modal macam tu ke?

  281. assalamualaikum..ikatan perjanjian no 5 yg gaji pekongsi tu hanya senaraikan nama pekerja dengan gaji je kan?

    nanti dekat lejar baru masukkan kan gaji setiap pekerja?

  282. faedah atas ambilan , modal , faedah ats pinjaman dari pekongsi kepada perniagaan macam mane? nk amik angka dari mane

  283. Siti,
    Ak Kawalan –> selepas pelarasan.

    Ali,
    Jika tetapkan ikut nisbah modal.. 80:80 = 1:1…… = sama rata
    Maka kongsi untung = 1/2 × UNTUNG

    Adam, waalaikumussalam.
    Nama & Gaji pekongsi –> bukan gaji pekerja.

    Ati,
    Faedah –> kadar % dalam ikatan perjanjian X Ambilan/Modal
    # Faedah atas pinjaman –> tiada sebab tiada pinjaman pekongsi.

  284. Cg narzuki. Saya nak tanya . Saya sekrg ni tengah buat projek acc 2017 (form5). Skrg ni saya sampai penyata pendapatan. Persoalannya mcm mana kita nk dpt stok akhir ? Sbb imbangan saya takda stok akhir.

  285. Ckgu deposit sewa gn deposit kadar bayaran masok dlm pp jadi belanja ke? Lgy satu masa kita dh jumpa untung bersih kt pp masa nk kira faedah atas ambilan, faedah atas modal, gaji pekerja tu kire utk satu taahun atau kna darab dgn bulan?

  286. Hutang ragu masuk dlm pp atau kkk?

  287. Ckgu bila kita buat akaun yg terlaras, bila kita amik baki b/b akaun yg sblom plarasan, kita nk buat trikh kt akaun selaras tu 1 mei atau 30 april??

  288. Assalamualaikum cikgu
    Kawan saya dapat SN lengkapan = RM208.33 Saya dapat SN lengkapan = RM178.13
    Mana satu yang betul?

  289. Ina,
    Nilai STOK AKHIR ada diberi dalam soalan.

    Zikri,
    Deposit2 –> Aset Semasa.
    Kira untuk 1 BULAN.

    Luqman,
    Hutang Ragu –> PP
    PHR –> KKK

    Afiq,
    30 April 2017

    Salam, waalaikumussalam.
    Kawan tu, lupa tolak SNT.

  290. cikgu macam mana nak dowload borang kwsp dgn perkeso sebab nak taip payah ? lepastu cikgu ada tak contoh pengenalan untuk kerja kursus ni ? dan selepas buat lejar banyak lagi tak kerja?

  291. lepastu dekat borang kwsp NK tu nak tulis apa ? tak ada ke contoh borang ni yang telah di isi

  292. Nor Syuhada,

    Selepas guru sekolah menghadiri taklimat… beliau akan ajarkan cara mengisi borang2 dan pelaksanaan tugasan kerja kursus tersebut.
    # borang2 tersebut boleh ditulis tangan.

  293. Assalamualaikum cg

    Selepas pelarasan nanti angka imbanagan semua pelajar akan sama atau tidak?

  294. Salam cikgu.trima ksih sbb semak jwpn sy.dh dpt id.sy nk tanya stock akhir perlu msuk dlm pelarasan ke x sbb cikgu sy ada msukkn stok akhir dlm plarasan.faedah ats pnjman nk ikut xadakn tp cikgu sy suruh msukkn jgk?jd cmna nk buat.blh ckgu bg pnrangan x?

  295. Aisyah, waalaokumussalam.
    Selepas pelarasan ID –> TIDAK SAMA.

    Zahra,
    Ikut arahan guru sekolah masing2.

  296. Assalamualaikum….cikgu untuk faedah atas ambilan …..
    Ambilan yang dibuat pada 30 April perlu ke diambil kira untuk faedah atas ambilan…..sbb tarikhnya diakhir bulan

  297. Aniza, waalaikumussalam.

    Jika akhir bulan –> tidak cukup 1 bulan –> tiada faedah.

  298. Salam.cikgu utk deposit sewa mcmna nk catat dlm jurnal am.pastu utk catatan diterbalikkan kadar byrn mcmna kita nk catat.jmlh kna bganda ke cikgu dr jmlh yg mula2 kita rekod?trima kasih

  299. Zahra,

    Maaf Cgu tidak faham apa persoalannya..
    Adakah item tersebut dijadikan item pembetulan kesilapan ?… jika ya, sila nyatakan dengan lengkap apakah kesilapannya.. baru mudah cgu tentukan catatan pembetulannya.

  300. Ckgu ambilan kan ada 2 kali, abistu bila nk kira faedah ats ambilan kira jumlah dua dua kli tu atau amik ambilan yg bukn hujung bulan tu?

  301. Ckg masa kira faedah ambilan ,modal sume sume tu mmg kne kira pastu darab dgn 1per12 eh?

  302. cg,kalau soalan ada jurnal pembayaran tunai+jurnal penerimaan tunai,jadi,post ke lejar kena buka tak akaun bank /akaun tunai?

  303. Afiq,
    Ambil kira yang cukup sebulan..
    Semua faedah x 1/12.

    Canddy,
    Mesti buka Ak Tunai dan Ak Bank.

  304. assalamualaikum ckg,

    baki awal utk belanjawan tunai tu, perlu ke kita tambah (baki b/b ak tunai + baki b/b ak bank)

  305. Hazziq, waalaikumussalam.

    Ya..
    Baki Tunai = Tunai ditangan + Tunai dibank.

  306. terima kasih ckg.

  307. Salam ya.pmbtulan kslpn.kadar Byran tsalah rekod dlm akaun deposit kdr byrn RM 100.klu pruntukan hutang ragu btul x cmni ckgu.3% ats pghutang bersih.phr dulu:0 phr kini=108.50×3%=325.50.jd pertmbhn 325.50. Kira DT utg rugi KT phr.btul x ckgu?

  308. Zahra,

    Itu namanya kesilapan prinsip. Catatan pembetulannya:
    Dt Kadar bayaran 100
    Kt Deposit kadar bayaran 100

    Dt Hutang ragu (pertambahan phr)
    Kt PHR

  309. 1. Assalam cg dekat profil perniagaan perlu ada apa….. & dekat ikatan perkongsian disekalikan dgn profil perniagaan ke?

    2.Apakah tarikh di baki b/b dan h/b di dalm lejar?

    terima kasih cg

  310. Cg bila time buat pelarasan…apaje yg akan terlibat imbangan duga&lejar&kkk je kan

  311. Ahamad, waalaikumussalam.

    1. Profail –> rujuk Lampiran 3 (Buku Panduan).. dan asingkan Ikatan Perjanjian.. boleh sediakan di bawah profail atau dihalaman sebelah. (Rujuk guru sekolah).

    2. 30/4 Baki h/b –> 1/5 Baki b/b

    3. Pelarasan –> JA pelarasan –> Lejar pelarasan –> ID Terselaras.

  312. 1.apa perbezaan tempoh perakaunan dan tempoh rekod….2.dan modal pekongsi 80000 atau gabung 160000..3.dan apakah status perniagaan?? terima kasih

  313. Ahmad,

    1. Tempoh perakaunan –> 1/4/17 – 31/3/18
    Tempoh rekod –> 1/4/17 – 30/4/17

    2. Modal nyatakan satu2…
    Modal A 80000
    Modal B 80000

    3. Meneruskan perniagaan.

  314. cg maksud cg borang kwsp dgn perkeso boleh tulis tangan makna tak taip dlm microsoft takpe ke ? lepastu pengenalan yang ayat jenis barang niaga nak buat ayat macam
    mana ?

  315. Nor Syuhada,

    Borang2 tersebut hanyalah dimasukkan sebagai lampiran sahaja… jadi dibenarkan tulis tangan / bertaip.

    Jenis barang niaga… boleh nyatakan jenis perniagaan serta aktiviti perniagaan.. seperti menerima tempahan makanan serta menyewakan dewan untuk majlis tertentu.

  316. makna kita print yang kosong kertas tu lepastu tulis dekat dalam dia tulisan tangan boelh ?

  317. Cikgu saya kira semuanya ade 39 akaun (lejar) nk kena buat termasuk 5 lejar khas iaitu lejar (belian+jualan)=5 Betul ya?

  318. Nor Syuhada,
    Ya.. dan buat 2 salinan…. 1 masukkan dalam draf dan 1 lagi dalam laporan final.
    # walaubagaimanapun rujuk kehendak guru sekolah.

    Siti,
    Ya.. betul.

  319. ok2 thanks cg, tapi nak tanya dalam lejar akaun modal kalau tak tulis akaun modal A dan B takpe ke kalau tulis Akaun Modal Nor Syuhada ? sama juga dgn akaun mambilan dan akaun semasa tulis nama nor syuhada takpe tak ke kena tulis A dan B jugak ? #sorry banyak tanya cg#

  320. Nor Syuhada,

    A dan B –> MESTI digantikan dengan nama2 PEKONGSI.

    Banyak BERTANYA –> akan tingkatkan KEFAHAMAN.

  321. 1.stok akhir yg dkt soalan tu harga kos atau pasaran

    2.apa maksud penialaian semula dan bagaimana nk buat

  322. cg..betul ke nilai imbangan di imbangan duga sblum pelarasan adalah 492080???

  323. Ahmad,
    1. Tidak dinyatakan…guna saja nilai tersebut.
    2. Kaedah pengiraan SN.
    SN = kos – SNT – 7880

    Fatin,
    Ya. Betul.

  324. Cikgu gaji pekongsi, pembahagian untung, peratus faedah bagi ambilan, modal dan pinjaman boleh reka sendiri ke cikgu?

  325. Cg cmne nk wujudkan kesalahan tidak ketara…mmg kene buat kesilapan ke…boleh x nk dptkan contoh…tq cg

  326. Salam cikgu.utk jurnal am yg item pelarasan tu kt bhgn folio tu kena lgkapkn x?kiranya smbung dr lejer yg sblm plarasan atau cmna?terima ksih cikgu sbb tlg sy..

  327. Ckgu apa tajuk utk pp dan kkk bgy topik nih

  328. Cikgu, dalam senarai pelarasan pada tarikh imbangan punya (c)Susut Nilai Aset Bukan Semasa, susut nilai terkumpul tulis angka Jurnal Am(mls1)betulkah???

  329. Siti,
    Ya.. tentukan sendiri.

    Ahmad,
    Cth kesilapan prinsip : bayaran sewa rm200 tersilap catat ke ak deposit sewa.
    Cth kesilapan ketinggalan catatan : sewa diterima terakru rm500 terlupa rekos dalam mana2 buku.

    Zahra,
    Ya. Ruangan folio mesti lengkap. Bagi akaun yang sedia ada… guna LA masing2… bagi akaun yang baru wujud.. wujud LA baru secara berturutan… sambung LA yang sedia ada.

    Afiq,
    Penyata Pendapatan bagi bulan berakhir 30 April 2017
    Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi bulan berakhir 30 April 2017
    Kunci Kira-Kira pada 30 April 2017

    Xin jie,
    Dalam senarai pelarasan.. tulis penyataan susut nilai ABS tersebut… tunjukkan pengiraan SN.
    # selebihnya rujuk arahan guru sekolah.

  330. Cikgu jika gaji perkerja:
    a 2500
    b 2500
    c 1500
    d 1500
    e 1000
    Maka
    KWSP(pekerja) a,b 275 c,d 165 e 110
    (majikan) a,b 300 c,d 180 e 120
    PERKESO(pekerja) a,b 12.25 c,d 7.25 e 4.75
    (majikan) a,b 42.85 c,d 25.35 e 16.65
    JUMLAH GAJI BERSIH =7966.25
    JUMLAH KWSP = 2070
    JUMLAH PERKESO = 196.80
    jumlah gaji bersih ,kwsp,perkeso ditulis dalam jbt1(bank)(jumlah 61805.05) dan la 30,31,33
    Cikgu boleh tolong check tak

  331. Yang akaun bank baki debitnya 67691.95 betul x?

  332. Terima kasih cikgu sbb jawab.
    Saya nk tanya lagi..kalau dalam lejar/imbangan duga kalau butir akaun untuk Ambilan Pekongsi A&B saya letak nama pendek boleh? Nama kedua2 pekongsi agak panjang…contoh nya nama saya Siti …..binti …… Kalau saya letak “Ambilan Siti” shj boleh?

  333. Salam, cikgu. Cikgu, boleh tak cikgu tlg bagi saya angka baki bb for setiap akaun? Sya masih tidak dapat balance..imbangan duga sya masih kurang rm 153000..

  334. Gaji pekerja sya, rm 2000 (bagi 4 orang pekerja)dan rm 2500 (bagi pekerja yg kelima)

  335. And satu lagi cikgu..dekat lejar bank..kena tulis satu2 butir jualan ke cikgu? Sbb setiap jualan pd tarikh yg berbeza…n pada belah kredit lejar bank nk letak butir apa ya cikgu berdasarkan jurnal penerimaan tunai? Tulis belian? Saya ada jumlahnya cuma tak tahu nk tulis butir dia

  336. Kyx,
    Maaf, tak sempat semak…. sila minta guru sekolah semak.

    Siti,
    Boleh.. guna Pelongsi Siti.
    Ak Bank –> terus ambil jumlah ..butirnya Dt Pelbagai penerimaan Kt Pelbagai pembayaran.

    Xmek,
    Bagi memastikan tiada yang tertinggal.. senaraikan ikut LA1..34, LJ1,2.. LB1,2,3.

  337. Assalamualaikum cikgu nak tanya Kenderaan yg dibeli secara kredit tu kira dh dibayar penuh ke? Kalau ya kena debit syarikat faiba sdn bhd dn tulis bank?

  338. Salam Cikgu,

    Berkaitan belanjawan tunai,

    1. Jualan dan belian bulan Mei meningkat 15% dan 10% daripada nilai Jualan Bersih/Belian Bersih atau Jualan dan Belian sahaja bagi bulan April?

    2. Kutipan hutang daripada penghutang dan bayaran pemiutang pada bulan Mei adakah mengikut nilai baki hutang penghutang dan pemiutang bulan April?

    Terima kasih cikgu.

  339. cg yg sn perabot tu just kali 5% pastu kene tolak ngn snt kan??

  340. cgu.. yg nisbah kecairan utk kutipan hutang… formula pghutang / jualan kredit x 365 hari

    * amaun pghutang nak amik amaun pghutg bersih ke selepas tolak phr

  341. cg kalau sewa diterima terlupa catat akan masuk dekat mana dlm jurnal pelarasan?

  342. mcammana nk kira hutang ragu

  343. Cikgu kalau deposit sewa dikira sebagai aset semasa atau tidak semasa

  344. cikgu, di penyata pendapatan, faedah atas ambilan dan faedah atas modal perlu ke dibagi 12 bulan?

  345. Salam ckgu.akaun untung rugi nk kna buat x utk tugasan ni?terima ksih.

  346. baki b/b akaun kawalan penghutang & pemiutang ambik dari mana

  347. Cikgu ?saya punya kongsi dpt cari kongsi rugi selepas tolak faedah atas modal dan gaji?bolehkah?

  348. Ana, Waalaikumussalam.
    Beli secara kredit –> kita belum bayar… berhutang.
    Dt kenderaan Kt sykt Faiba sdn bhd.

    Eza,
    1. Jualan & Belian daripada IDT.
    2. Ya.

    Ahmad,
    1. SN perabot = 5% x nilai kos x 1/12
    # tidak perlu tolak SNT.
    2. Ya.. item pembetulan kesilapan –> JA pelarasan.
    3. Hutang ragu = pertambahan PHR.
    4. Baki awal 1hb –> rujuk JA1.

    Zakiah,
    Deposit sewa –> Aset Semasa.

    As,
    Ya…untuk sebulan X 1/12

    Zahra,
    Akaun Untung Rugi… tidak perlu kerana kita telah sediakan Penyata Pendapatan.

    Kelly,
    Tiada masalah kongsi untung / rugi..
    Cuba pastikan Faedah atas ambilan.. atas modal.. X 1/12 –> untuk sebulan.
    Begitu juga dengan GAJI..pastikan untuk sebulan.

  349. Petang cikgu
    Sya mau tanya, cikgu sya ckp boleh round off amaun tuk memudahkan pengiraan yg seterusnya. Jadi, boleh tak masa sya bawa masuk baki b/b dari akaun gaji ke imbangan duga, sya terus round off amaun itu? Bwgitu jua dgn akaun bank..time bawab baki b/b, baru sya round off kan dia …bolehkah?

  350. Selamat sejahtera cikgu.
    Saya sudah siap lejar&imbangan duga (belum terlaras). Saya tak tahu macam mana nak start pelarasan..start dari mana ya cikgu?

  351. Xmek,
    Saya ditaklimatkan.. supaya JANGAN dibundarkan nilai2 tersebut.

    Nor,
    Rujuk maklumat dalam soalan.. berkaitan item2 pelarasan.
    Antaranya.. nyatakan nilai stok akhir, susut nilai ketiga2 aset, 2 belanja terakru, 1 belanja terdahulu, 1 hasil terakru, 1 item pembetulan kesilapan.
    # sepatutnya diterangkan terlebih dahulu perkara2 tersebut oleh guru sekolah mengikut penyelarasan yang dibuat diperingkat negeri masing2.

  352. Salam.cikgu stock akhir perlu msuk dlm item plarasan jgk@ x?kwn sy ckp kna msukkn stok akhir dlm plarasan.

  353. cg adakah kita nesti wujud kan faedah atas pinjaman?

  354. Assalamualaikum cikgu
    Kalau dah buka akaun kawalan penghutang and pemiutang
    Nanti masa create ID terselaras
    Kita just ambil baki akaun kawalan kan?
    Nadi ent,perniagaan rezqi,samuza, dll tak payah masuk dalam ID terselaras kan?

  355. Stok dalam ID terselaras ambil stok RM4056 or stok RM5720

  356. Salam,cikgu..
    1)Syarikat Faiba tu,dikira sebagai apa dlm KKK?
    2)Dalam PPP,faedah ats pinjama tak perlu masuk kn?

  357. Zahra,
    Stok akhir –> bukan pelarasan.. masukkan dalam senarai.. tapi tidak perlu catatan JA. (Walau bagaimanapun rujuk kehendak guru sekolah)

    Kelan,
    Ya. Telah ditetapkan dalam penyelarasan peringkat tertinggi.. mesti wujudkan faedah atas pinjaman… mana mungkin pinjaman bank tidak dikenakan faedah.

    Salam, waalaikumussalam.
    Ya.. hanya Penghutang dan Pemiutang daripada ak kawalan.
    Dalam IDT… nilai stok masih ambil stok awal daripada ID sebelum pelarasan. Nilai stok akhir hanya tulis sebagai NOTA dibawah IDT.
    # itu sebab kita tidak perlu buat catatan JA untuk stok akhir.

  358. Cikgu
    tetapi guru saya di sekolah suruh saya darab shj x perlu bahagi 12bulan utk cari faedah atas modal dan ambilan

  359. assalam.cikgu dalam ikatan perjanjian gaji pekongsi ditulis untuk setahun atau sebulan??

  360. cikgu, gaji pekerja tu sukahati ke nk letak brp?

  361. Kelly,
    Kadar % biasanya ditetapkan untuk setahun.. manakala tempoh rekod kita sebulan.. maka perlu X 1/12…. sama seperti SN.

    Alin, waalaikumussalam.
    Biasanya gaji ditetap untuk sebulan.

    Naddy,
    Bebas asalkan diantara RM1000 – RM2500

  362. akaun kontra tidak perlu masuk dlm akaun bank dan tunai. kenapa ye?

  363. Naddy,

    Ya. Tidak perlu.
    Untuk poskan tunai dan bank, kita hanya rujuk JUMLAH dalam JTT dan JBT.

  364. Salam,cikgu.. saya nak tny,
    1)Syarikat Faiba tu,dikira sebagai apa dlm KKK?
    2)Dalam PP,faedah ats pinjama tak perlu masuk kn?

  365. Cg..deposit sewa dan deposit kadar bayaran kena letak di mana??aset semasa or aset bukan semasa??

  366. Aishah,
    1. LBS
    2. Jika ada.. Faedah atas pinjaman bank –> BELANJA dalam PP

    Hami,
    Deposiy Sewa & Deposit Kadar bayaran –> Aset Semasa

  367. Assalamualaikum….cikgu butiran Ambilan oleh pekongsi perlu ada ke dalam IDT atau kita perlu tunjuk dalam akaun semasa ….

  368. cikgu.boleh bagi 1 contoh kesilapan tidak ketara.

    Boleh tak saya buat pulangan barang kepada SEEDA MAKANAN SEJUK BEKU tidak dicatatkan dalam mana2 buku.

  369. Assalamualaikum cikgu ,

    saya kurang faham bagaimana untuk membuka lejar dari jurnal pembayaran tunai dan jurnal penerimaan tunai.

  370. Assalamualaikum cikgu , belanjawan tunai kena ke masuk yang hasil/ belanja terakru/terdahulu ? Atau hanya masukkan yg kadar bayaran sahaja tidak perlu terakru dan sebagainya ? Saya kurang jelas .sebb kalau masuk amaun yg ditambah terakru , kiranya tiga bulan itu wang yg ditambah dgn amaun terakru ?
    Semoga Allah memberkati hidup cikgu , syukran.

  371. cikgu.akaun kawalan mesti sama ke baki bagi semua orang?

  372. Aniza, waalaikumussalam.
    Semua akaun yang wujud sebelum IDT… mesti ada dalam IDT… cuma akaun2 nama penghutang dan pemiutang kita gantikan dengan baki dari akaun kawalan.

    Siti,
    1. Boleh –> kesilapan ketinggalan catatan.
    2. Jika item pelarasan TIDAK melibatkan akaun penghutang dan pemiutang.. maka baki akan SAMA.

    Nur, waalaikumussalam.
    Boleh rujuk buku teks m/s 153 – 155.

    Qal, waalaikumussalam.
    Rujuk item2 hasil dan belanja daripada IDT….. terakru dan terdahulu –> aset/ liabiiti semasa.

  373. Selamat petang cikgu,
    Saya sudah sediakan Imbangan Duga terselaras. Tetapi lajur dt kurang daripada lajur kt dengan nilai kongsi untung dalam pengasingan. Saya sudah kredit nilai kongsi untung dalam akaun semasa setiap pekongsi tetapi apakah akaun lejar yang perlu saya debitkan supaya boleh imbangkan imbangan duga?

  374. Selamat petang, cikgu.
    Cikgu, sya mau tanya, dalam pengasingan untung rugi, gaji pekongsi sepatutnya rekod berdasarkan tahunan. Tapi memandangkan folio ni hanya buat for 1 bulan, adakah gaji pekongsi dlm pengasingan untung rugi, rekod 1 bulan sahaja?
    Terima kasih banyak2 atas ajaran cikgu.

  375. Nak pastikan, bila sediakan imbangan duga terselaras, akaun ambilan pekongsi akan ditutup dan pindah ke akaun semasa. Imbangan duga terselaras tidak ada lagi akaun ambilan pekongsi. Betulkah cara saya?

    Akaun-akaun lejar yang baru contoh akaun faedah atas ambilan, faedah atas modal dan gaji pekongsi perlu disediakan dalam lejar dan masukkan dalam imbangan duga terselaras. Betulkah?

    Terima kasih cikgu.

  376. cikgu,untuk pelarasan perkongsian
    faedah atas ambilan,modal,pinjaman dan gaji pekongsi perlu ke sumenye di darab dengan 1/12?

  377. cikgu bagaimana untuk mengira kongsi untung atau rugi dalam pelarasan perkongsian jika nisbah untung rugi adalah sama rata?

  378. Elaine,
    Sediakan ikut kitaran perakaunan.
    ID –> Pelarasan –> IDT –> PP –> PPUR + Ak Semasa –> KKK.
    # PPUR dan Ak Semasa disediakan SELEPAS IDT.
    # akaun2 berkaitan PPUR seperti faedah atas ambilan/modal dan gaji pekongsi tidak perlu ditunjukkan.. kerana ianya BUKAN item pelarasan.

    Xmek,
    Untuk 1 bulan.

    Dayana,
    Ya… untuk sebulan –> X 1/12
    Sama rata –> x 1/2

  379. Adakah peruntukan hutang ragu juga perlu didarab 1/ 12?

    Adakah akaun perkeso dan kwsp dimasukkan dlm penyata pendapatan bawah belanja?jika ye, caruman pekerja+majikan. Bagaimanakah itu boleh berlaku

  380. PPUR dan akaun semasa disediakan selepas IDT bermakna baki akaun semasa dalam kedua-dua ID dan IDT akan menunjukkan baki yang sama iaitu 1500 dan 1045. Betul?

  381. Gaji pekerja adalah item pelarasan atau ditunjukkan dalam ID sebelum pelarasan?

  382. Ct,
    PHR… dikira atas baki penghutang pada 30 April. Maka tidak perlu X 1/12.

    Elaine,
    1. Ya… sama.
    2. Pembayaran gaji, caruman kwsp & perkeso… kita lengkapkan JBT sebelum ID lagi.. dan poskan ke lejar.
    Manakala merekod pemotongan gaji untuk caruman.. kena rujuk penyelarasan di negeri masing2… buat sebelum / selepas ID.

  383. Salam Cikgu,
    1. Perlarasan SN & PHR kena guna sen atau bundarkan.?
    2. Belanjawan tunai boleh bundarkan atau kena guna sen ?

    Terima kasih cikgu

  384. Assalamualaikum
    Faedah atas modal for Penyata Pendapatan kena bahagi 12 ke?

  385. Eza,
    1. Oleh kerana gaji dan caruman kita guna sen… maka SN dan PHR.. pun guna sen.
    2. Belanjawan tunai hanyalah nilai anggaran… maka dibolehkan bundar / guna sen.

    Salam, waalaikumussalam.
    Kadar % biasanya ditetapkan untuk setahun…. maka perlu X 1/12.

  386. Assalamu’alaikum, cg. Saya nk tanya.
    Kalu imbangan duga terselaras kena masukkan semua maklumat dalam ID sebelum ke cuma masukkan maklumat pelarasan tu?
    Terima kasih, cg 🙂

  387. Akaun kawalan penghutang dan pemiutang…belanja susut nilai semua ni masuk kat KKK ke cikgu ?

  388. Raihan, waalaikumussalam.
    Semua lejar sebelum pelarasan dan selepas pelarasan.
    # mana akaun yang terlibat dengan pelarasan.. ambil nilai selepas pelarasan.

    Diya,
    HR –> PP
    PHR –> KKK
    .. terakru & terdahulu –> KKK
    Belanja & Hasil –> PP
    Aset & Liabiliti –> KKK

  389. Salam, cikgu..,
    Untuk KKK,
    Aset semasa dan liabiliti semasa,penghutang dan pemiutang kena ambil drpd akaun kawalan ke?

  390. Salam cikgu , gaji pekongsi terakru letak dekat mana ? Ada ke dalam akaun semasa ?

  391. Aishah 1234,
    Ak Kawalan –> IDT –> KKK

    Aishah,
    Gaji pekongsi terus kreditkan ke Ak Semasa Pekongsi.

  392. Cikgu,lagi satu, saya nak pastikan…
    Untuk kira faedah ats ambilan,saya perlu ambil amaun ambilan dari JA1 atau drpd imbangn duga?

    Terima kasih

  393. Aishah,

    Faedah atas ambilan… kita kira untuk sebulan. Rujuk dalam Ak Ambilan nilai mana yang layak dikenakan faedah:
    1hb. –> cukup 1 bulan
    30hb –> tidak cukup, maka tidak diambilkira.

  394. assalamualaikum cikgu,
    berkenaan mewujudkan peruntukan hutang ragu:
    1. adakah kita perlu mengambil jumlah keseluruhan penghutang atau pun satu urusniaga sahaja.

    contoh: saya mengambil 4% sebagai kadar. jadi saya perlu ambil total ( rm42225 x 4%) atau satu transaksi (nadi int – 26 April – rm10850 x 4%)

  395. Salam cikgu.Nk ikut faedah ats pinjaman xada.tp cikgu sy suruh msukkn jgk faedah ats pinjaman sbyk 6%.bgmana cara nk kira faedah ats pinjman tsbut.ckgu blh bg pnrangan x?trima ksih..

  396. cikgu.. dah dapat jawapan tq

  397. Zahra,

    Faedah pinjaman = 6% X Pinjaman X 1/12
    Catatan bergu:
    Dt Faedah atas pinjaman
    Kt Faedah pinjaman terakru

  398. cikgu yg akaun gaji dekat lejar am amik dari gaji bersih ke????

  399. Ckgu masa nk kira faedah ats ambilan kan utk kira bulan tu je so kene darab tak dgn per 12? Kalau ya darab dgn brapa per 12?

  400. Tkpe ckgu saya dh tahu terima kasih

  401. Hutang ragu kt pp msok hasil ke blnja?

  402. Ckgu pinjaman bank kt jurnal am tu kne kira faedah ke yg kat ikatan perjanjian perkongsian?

  403. Ati,
    Ya.. gaji bersih.

    Afiq,
    1. Untuk 1 bulan –> X 1/12
    2. Ok.
    3. Hutang ragu –> Belanja
    4. Tidak… ikatan perjanjian faedah atas pinjaman prkongsi –> dalam soalan ini tiada pinjaman pekongsi.. maka tiada perekodan mengenainya. Manakala item PINJAMAN BANK.. sudah senestinya dikenakan faedah oleh pihak bank –> maka tentukan sendiri kadar % –> catat sebagai item pelarasan.

  404. cikgu,
    lejar asal perlu ditambah /diubah selepas pelarasan?

    contoh:
    lejar kadar bayaran selepas pelaras ada kada bayaran terakru.. jadi kena ubah/atau tmbah di lejar asal tu ke?

  405. dekat imbangan duga letak gaji yg dalam jumlah gaji bersih kan?

  406. Nur’Iman,
    Ya betul..

    Ati,
    ID –> senarai BAKI AKHIR semua AKAUN dalam lejar.

  407. Hi cikgu,
    Cadangan macam mana tulis ? Tulis Macam tahun lepas ?

  408. Salam cikgu.utk pp nk dptkn jualan bersih kna jualan – plgn jualan.tp plgn jualan xada jd kna ambl jmlh jualan aje ke utk jualan bersih.trima ksih.

  409. Jw,
    Tidak sama dengan tahun lepas.
    –> kaitkan prestasi & prospek perniagaan masa depan.
    –> bagaimana nak guna lebihan kewangan
    –> rujuk analisis nisbah.

    Zahra,
    Jualan – diskaun diberi.
    # rujuk jualan bersih dalam PP.

  410. Dalam kkk syarikat faiba masuk liability separate atau bukan semasa?? Sebab urusniaga ini beli kenderaan, tak pasti nak masuk mana
    Tq

  411. Sorry, salah ejaan atas. Syarikat faiba masuk liability semasa atau bukan semasa?

  412. Hai CIkgu. Sy nak tanya, bila tugasan perniagaan start?

  413. Salam cikgu..utk faedah ats ambilan,faedah ats modal,faedah ats pnjman n gaji pkongsi nk kna buat jurnal am n buka akaun lejer utk semua tu @ xperlu.trims ksih..

  414. Kavitha,
    LBS

    Ae,
    Tempoh pelaksanaan APRIL –> MEI

    Zahra,
    Tidak perlu.

  415. Assalamualaikum. Nak tanya berkenaan dgn Akaun Semasa untuk kerja kursus ini. Ambilan kita kena ambil yang baki akhir kan? Faedah atas ambilan pun darab dgn baki akhir ambilan juga?

  416. Megazul987, waalaikumussalam.

    Baki akhir Ambilan –> Ak Semasa.

    Faedah atas ambilan … kira atas nilai ambilan yang cukup sebulan.
    1hb –> cukup 1 bulan
    30hb –> Tak Cukup 1 bulan

  417. Cikgu, belanjawan tu kena buag macam mana? Masukkan semua belian tunai /kt & belanja sbg pembayaran dan jualan tunai/kt & hasil sbg penerimaan ke? Nilai boleh buat apa saja?

  418. Hana,

    Ikut maklumat/arahan dalam soalan… nilai2nya berasaskan nilai bulan April daripada Penyata Pendapatan dan KKK.

  419. cg,penyata pendapatan yg jualan tu kena ambik kat kertas soalan / lejar tunai kita??

  420. BH,

    Ikut kitaran perakaunan.

    –> IDT –> Penyata Kewangan.
    # terus rujuk nilai2 dalam IDT.

  421. mana nak dapat stok awal n stok akhir…yg dkt IDT tu stok apa

  422. Salam.cikgu utk pp kita dpt untung bersih.pastu utk item faedah atas ambilan,faedah atas modal,faedah ats pnjman,gji pkongsi ,bhgn untung n utg bersih kna buat ppur kn?@ blh msukkn slps untung bersih item2 tsebut dlm pp jgk?kiranya pp,ppur n a.semasa,kunci kira2.sy kliru sbb kt kertas soalan nyatakn cma pp perkongsian aje.blh ckgu bg pjlasan sbb kwn sy xwat ppur.hya pp aje.terima ksih

  423. Salam..deposit sewa n deposit kdr Byran kna msukkn dlm kkk kn ckgu bwh aset smasa?btul x?

  424. Salam cg.. bleh cg bgi beberapa ayat untk pngenalan dkat bhgn risiko2 yg bakal dihadapi… sya x tahu nk buat ayat yg lain dri persaingan antara restoran dan risiko kerugian yg bkal sya hadapi… mohon respon cg..

  425. tempoh kutipan hutang ambil 30 hari ke 365 hari?mohon respon cg.

  426. Cikgu mcm mana nk buat pelarasan. Tulis sahaja mcm ayat ikut a) b) c) ke atau ada format dia

  427. Kita kan takde pinjaman dari pekongsi, so kita tak perlu buat apa2 lah kan dari faedah atas pinjaman drpd pekongsi tu. Ianya hanya sekadar dinyatakn dlm ikatan perjanjian sahaja kn?

  428. Mcm mana nk buat akaun kawalan penghutang/pemiutang ?

  429. cg, saya buat utk pelarasan hasil terakru tu kan komisen terakru..pastu utk PP kena tambah ke komisen dgn komisen terakru/ x payah..just letak harga komisen yg dh buat kat IDT ?

  430. cikgu,macam mana nak buat ayat pembetulan kesilapan tidak ketara?

  431. cikgu, yang pelarasan semua tu kena tulis di jurnal am terlaras kan? stok nak tulis tak?
    contoh:
    Sewa terakru
    Sewa
    ( )
    kurungan tu nak tulis apa?

  432. Bh,
    Stok awal.. baki daripada Ak Stok.
    Stok akhir telah diberi dalam soalan.

    Zahra,
    1. PP Perkongsian –> PP, PUR, –> Ak Semasa –> KKK
    2. Ya. Betul –> AS

    Atiqah,
    Cuba bincang dengan kawan2.

    May,
    30 hari.

    Sara,
    1. Tulis ayatnya dan tunjukkan pengiraannya.
    2. Ya.

    Mia,
    Cuba rujuk cara2nya dalam buku teks.

    I,
    Ikut nilai dalam IDT.

    Lily,
    1. Pilih jenis kesilapan tidak ketara dahulu.. baru boleh bina ayatnya.
    2. Ya.. JA Pelarasan –> Lejar Pelarasan. Stok tidak perlu.
    Dalam () –> keterangan tentang urus niaga tersebut.. cth: (merekod sewa terakru)

  433. 1.Utk pelarasan dkt jurnal am debit stok kredit apa? dan keterangannya apa

    2.Dt belanja susut nilai perabot
    Kt snt perabot
    (merekodkan pelarasan belanja susut nilai terkumpul bagi perabot)
    Betul tak mcm ni? Atau kena lebih detail lagi?

  434. Assalamualaikum cikgu,saya dah buat jurnal am terselaras tapi saya tak tahu nk pos kan ke lejar.
    Saya tak tahu nk kena ambik ke nilai baki akhir jurnal am sebelum pelarasan kalua ade.

  435. Assalam…nak tanya?dalam jurnal penerimaan tunai mahupun jurnal pembayaran tunai terdapatnya bahagian (lain-lain)…so,adakah boleh pos ke lejar jika ya bagaimana dan jika tidak kenapa?

  436. Cikgu, saya sudah sampai rumusan . Tetapi saya tak tau macm mana tulis . Boleh cikgu terangkan ?

  437. Mira,
    1. Stok tidak perlu catatan pelarasan.
    2. Dah boleh diterima.

    Qila, waalaikumussalam.
    Jika akaun tersebut telah wujud… maka ambil baki akhir (rujuk nilai ID) sebagai Baki b/b.

    Syukri, waalaikumussalam.
    Ya.. poskan ke lejar nasing2 dengan merujuk LA (dalam folio). Cthnya komisen –> Ak Komisen –> Dt: Bank/Tunai (rujuk JTT).

    Khai Xin,
    Cuba rujuk komen cgu sebelum ini berkaitan penulisan Rumusan.

  438. cikgu, jurnal pembayaran tunai dan penerimaan tunai berdasarkan apa ye?

  439. Assalamualaikum
    Nilai penghutang(mei) dekat Belanjawan tunai ambil nilai *10850* or *101356×30%*

  440. Naddy,
    Berdasarkan urus niaga secara tunai… sama seperti Buku Tunai.

    Salam, waalaikumussalam.
    Penghutang April –> bayar Mei.

  441. Salam.cikgu blh tlg semak kkk sy.ximbang.
    * Aset tetap:
    Premis 170000
    Lengkapan 25000
    (-) Sn 178.13
    Perabot 30000
    (-) Sn 125
    Peralatan 10000
    (-) Sn. 120

    * Aset Semasa
    Penghutang 10850
    (-)phr 325.50
    Stock akhir 5720
    Bank 67684.95
    Tunai 926
    Deposit sewa 1800
    Deposit kdr byrn 2000
    Promosi tdahulu 100
    Komisen terakru 450

    * Ekuiti pmilik
    Modal A: 80000
    B:80000
    Akaun Semasa:
    A:15026.56
    B: 10028.76

    *Liabiliti semasa
    Pemiutang 21152
    Kdr byrn takru 300
    Sewa takru 200
    Komisen 800

    * Lbs
    Pinjaman 108000
    Sykt faiba 85000

    Hrp cikgu blh tlg semak.trima ksih..

  442. Cikgu untuk akaun semasa, ambilan pekongsi hanya copy paste ambilan dr id terselaras kan?

    Faedah atas ambilan perlu darab 1/12 tak?

  443. assalam.untuk faedah atas pinjaman perlu dibahagi 12 ke utk dapatkan nilai 1 bulan?

  444. Zahra,
    Komisen 800 X –> hasil dlm PP.

    Ct,
    1. Ya
    2. Ya…. faedah atas ambilan pada 1 hb sahaja.

    Alin,
    Ya.

  445. cikgu,,saya buat kesilapan ketinggalan satu urus niaga iaitu sewa rm 200 tidak direkod dalam mana mana buku.
    soalan saya:
    dalam jurnal am sewa akan debit manakala bank kredit atau bank akan debit manakala sewa pula kredit???

  446. assalamualaikum cikgu,
    kalau nk buat ID terselaras kena ambik jugak ke butir dekat ID??

  447. Dayana,
    Jika sewa tersebut belanja.. maka
    Dt Sewa Kt Bank

    Qila, waalaikumussalam.
    ID + Lejar pelarasan –> IDT

  448. cikgu,faedah atas pinjaman bank sama dengan pinjaman bank tak?

  449. Cikgu,aya tidak tahu bagaimana untuk membuuat pelarasan dgn ikatan. Ckgu aya ckp ikatan cuma tulis balik,dan letak isi yg kita buat utk kita pye urusan perniagaan.. dan pelarasan tu mcm mana nk buat..?? Plrasaan buat selepas IDuga imbang kan..?? Saya sdh imbang dh yd ID pye..lepastu apa yg patut buat..lepas ID siap..??

  450. Sy dh btulkn yg komisen tu tp msih ximbang.sy msh ada ttgal item utk msukkn dlm kkk@ cmna ckgu.perlukah utk cari modal kerja(AS – LS).blh ckgu jlaskn.terima ksih

  451. Lkm,
    Tidak sama. Contoh.. pinjaman bank RM10000…. kita kena bayar balik RM11,000…. RM1000 –> Faedah pinjaman bank.

    Fakhrul,
    Senarai pelarasan –> JA pelarasan –> Lejar pelarasan –> IDT.
    Senarai pelarasan… boleh rujuk mana2 soalan Penyata Pendapatan & KKK.. maklumat tambahan yang diberi.. itulah senarai pelarasan.

    Zahra,
    1. Cuba semak balik Semua item dalam IDT telah dimasukkan dalam PP / KKK
    2. Semak PPUR & Ak Semasa.
    3. Sebaik2nya guna format ada Modal Kerja : ABS AS-LS=MK ; EP LBS

  452. cikgu, macam mana buat pelarasan peruntukan hutang ragu dan akaun kawalan?

  453. Terima kasih cikgu,kerana tlg jwpkan soalan..aya

  454. Cikgu mcm mana nk kira susut nilai lengkapan tu? Kita kira utk brp tahun? 3tahun ke.tlg terangkan mcm mana nk kira

  455. Ikm,
    1. Nyatakan pelarasannya: PHR diselaraskan x% atas penghutang.
    Maka PHR = x% X Penghutang = Y
    PHR = Y —> KKK (Phtg – PGR)
    HR = Y —> PP (Bekanja)
    2. Ak Kawalan rujuk : JA (Baki bb), JJ,JB,JPB (Belian, Jualan, PB), JTT,JBT (Bank & Diskaun)

    Mira,
    Kira untuk sebulan (April)
    SN = k% X (kos – SNT) X 1/12 –> kaedah baki berkurangan.
    SN = k% X kos X 1/12 –> kaedah garis lurus
    SN = (kos – SNT) – nilai semasa –> kaedah penilaian semula.

  456. cg..nk buat akaun kawalan penghutang dgn akaun kawalan pemiutang mcm mne yer?

    kne ambek dri lejar sblom nih ke??

  457. assalamualaikum cg,
    faedah atas ambilan ngan faedah atas modal kene darab ngan 1/12 ke?

  458. Qis,
    Ak Kawalan –> rujuk : JA (Baki bb), JJ,JB,JPB (Belian, Jualan, PB), JTT,JBT (Bank & Diskaun) serta JA pelarasan (jika ada pelarasan yang pelibatkan penghutang $ pemiutang).

    Hazirah, waalaikumussalam.
    Ya… kiraan untuk sebulan –> X 1/12.

  459. Salam..cikgu klu kkk kita seimbang mmg betulah item yg kita msukn @ seimbang tp ada kslpn jgk.kenderaan kna msukkn dlm abs n sykt faiba lbs.btul x cikgu?

  460. Zahra,

    Walaupun seimbang… ada kemungkinan masih berlaku kesilapan –> rujuk kesilapan tidak ketara.

  461. Assalamualaikum
    Penghutang April –> bayar Mei
    Maksudnyer 10850 kan?

  462. Cikgu belanja terakru tu kena reka ke? Macam tmbah kadarbayaran terakru? Ade lagi ke yg nak kena reka selain belanja terakru

  463. Salam,
    Rujuk baki penghutang dalam IDT / KKK masing2.

    Nor,
    Ya.. tentukan sendiri. Banyak lagi…
    % PHR, 2 item belanja terakru.. 1 item belanja terdahulu.. 1 item hasil terakru.. 1 item pembetulan kesilapan.

  464. Cg ambilan masuk pp atau kkk

  465. Faedah atas pinjaman msuk pp jgk ke

  466. Faedah atas pinjaman kpd pekongsi xdekan dlm pp

  467. Ahmad,

    Ambilan –> Ak Semasa –> KKK.
    Faedah pinjaman bank –> Belanja (PP).
    Faedah pinjaman pekongsi –> Belanja (PP)
    Faedah pinjaman bank terakru –> LS (KKK)
    Faedah pinjaman pekongsi terakru—> Ak Semasa.

  468. Salam.cikgu,kkk klu bntuk t dpt seimbang tp jmlhnya mmg xkn sama ke jika kita buat dlm bntuk modal kerja.sy cuba buat 2 kaedah tsbut seimbang tp jmlhnya xsama.blh ckgu jlaskn?terima ksih.

  469. Assalam cg,

    Mcm mne nak buat belanjawan tunai? Saya faham tpi pening sikit

  470. Zahra,
    Kedua2 format betul… asalkan seimbang. Adalah digalakkan sedia dalam bentuk penyata, dengan tunjukkan Modal Kerja.

    Zul, waalaikumussalam.
    Buat seperti biasa.. cuma nilainya berasaskan nilai bulan april

  471. cikgu kalau dalam imbangan duga saya ada caruman perkeso dan kwsp, adakah dianggap salah?kalau tidak salah, apabila saya buat penyata pendapatan,perlukah saya masuk caruman ke.dalam bahagian belanja?

  472. Wendy,

    Berhubung perkara tersebut sila rujuk ketetapan guru sekolah anda.. ikut arahan beliau… kerana beliau yang akan menyemak hasil tugasan anda berdasar apa yang beliau tetapkan.

  473. Cg hutang ragu ngn phr masuk idt ke?

  474. cikgu macam mana buat pelarasan hutang ragu dalam jurnal am? dt hutang ragu kt peruntukan hutang ragu ?

  475. Salam..cikgu faedah atas pnjaman bank n faedah pinjaman pkongsi itemnya dr % x 108000 x 1/12 @ berbeza.td cikgu sy bgthu ada perubhan n dia suruh ltk faedah ats pinjman sdgkn sblm ni cikgu sy kata xada.jd sy pn kliru.dlm pp sy ada msukkn faedah ats pinjaman RM 540 n faedah pnjman terakru RM 540.Faedah pinjaman pkongsi tu cmna pla?cikgu blh tlg jelaskn x sbb sy dh kliru ni.

  476. Ahmad,
    Semua akaun masuk IDT.

    Ikm,
    Ya.. betul.

    Zahra,
    Dalam soalan.. hanya ada pinjaman bank –> maka rekod faedah pinjaman bank sahaja.
    Yang saya bagi sebelum ini adalah NOTA perbandingan antara pinjaman bank dan pinjaman pekongsi serta kedudukan faedah masing2.

  477. Cikgu saya x berapa paham..item mana yg kene masukkan dalam catatan pelarasan di jurnal am?

  478. Assalamualaikum cikgu narzuki saya nk tanya %PHR minimum berapa? Kalau saya buat 3% sikit sangat ke?

  479. And satu lagi cikgu macam mana nak catat kesilapan ketinggalan catatan urus niaga bagi sewa diterima terakru?
    Debit sewa diterima terakru
    Kredit ?? Akaun apa cikgu

  480. Cikgu kadar faedah atas modal&ambilan memang dapat jawapan dalam bentuk perpuluhan ke cikgu? Saya letak 5% cthnya utk faedah atas ambilan tapi dapat jawapan
    Pekongsi A= 4250×5%×1/12= 14.16666?

  481. Nor,
    Rujuk soalan… dari stok akhir hingga pembetulan kesilapan.

    Azi, waalaikumussalam.
    1. PHR 3%. dak ok.
    2. Dt Sewa diterima terakru Kt Sewa diterima

    Hani,
    Ya.. bundarkan kepada sen –> 2 tempat perpuluhan.

  482. Terima kasih cikgu..jd jawapan nya RM14.17 ke 14.20?

  483. cikgu,belanja terakru buat faedah ats pinjaman bank jadi pelarasan dlm jurnal am dt faedah atas pinjaman bank kt faedah atas pinjaman bank terakru? keterangan buat macam mana?

  484. cikgu baki akaun kawalan penghutang 10850 baki akaun kawalan pemiutang 21152 betul tak?

  485. Hani,
    RM14.17

    Ikm,
    1. Keterangan menerangkan tentang urus niaga tersebut.. cthnya : (merekod faedah pinjaman bank terakru)
    2. Bergantung kepada item pekarasan masing2.. jika ada pelarasan berkaitan penghutang / pemiutang.. maka bakinta berbeza. Jika tiada, maka nikai bakinya sama.

  486. siapa leh tolong sy..sy bru start buat kerja kursus ni..
    sy xdpt nilai b/b akaun bank sebelum pelarasan.. siapa leh kongsi akaun bank kt sini..jasa baik sesiapa saja..terima kasih.??..imbangan duga pon x balance lg

  487. Siti,

    Nilai baki bank tidak sama … bergantung kepada nilai gaji2 pekerja masing2.

  488. bolehkah gaji pekongsi bebas ditetapkan sendiri?

  489. syarikat faiba perlu letak di mana?LBS atau LS?

  490. Cikgu mcm ne nk rekod stok akhir dalam jurnal am
    Debit Stok
    Kredit Akaun Perdagangan?

  491. Wendy,
    1. Gaji pekongsi –> bebas, asalkan munasabah.
    2. LBS

    Hani,
    Sepatutnya, tidak perlu catatan JA untuk stok akhir.

  492. ok… terima kasih cikgu..

  493. ASSALAMUALAIKUM,CIKGU MACAM MANA NAK PINDAHKAN JURNAL AM KEPADA LEJAR?

  494. Terima kasih cikgu…saya nak tanya satu lagi..kalau nak rekod susut nilai lengkapan di jurnal am macam ni ya cikgu;

    2017
    April 30. Susut Nilai Lengkapan.
    SNT Lengkapan
    Nilai dia nak ambik mana satu cikgu? SNT (pelarasan) ke jumlah susut nilai setelah ditolak SNT yg sebelumnya?

  495. Hamba Allah, waalaikumussalam.
    Susah nak cerita disini.. Cuba rujuk contoh cara2 poskan JA ke lejar dalam buku teks.

    Hani,
    Ambil nilai SN yang telah dikira berdasarkan peratus dan kaedah yang ditetapkan.

  496. cikgu,boleh saya tanya kenapa syarikat faiba dianggap sebagai LBS?

  497. cikgu,,caruman n perkeso kene tolak ke dalam pemyatan pendaptan perkongsian,,n gaji yg kat bahagian belanja dalam pp tu gaji amek kt id atau gaji+caruman+perkeso =gaji bersih bru ltk kat belanja bahagian pp

  498. Cikgu,stok akhir nak masukkan imbangan duga terlaras tak?

  499. Ckgu nk tnya pasal blnjawan tunai, 1-baki awal tunai pada 1 mei tu amik kt baki b/b akaun bank kita gn akaun tunai kita ke? 2-polisi kredit 30 hari tu mcm mana?

  500. As’salam cikgu .
    1-Kalau saya dah ambil kira pulangan belian di dalam akaun kawalan adakah saya perlu menulisnya semula di dalam imbangan duga terselaras ?
    2-Di dalam imbangan duga terselaras saya ada butir susut nilai terkumpul dan susut nilai , adakah ini menepati skema jawapan ?

  501. Wendy,
    Berdasarkan nilai hutang tersebut berbanding kedudukan kewangan perniagaan (bandingkan dgn nilai pinjaman bank).. hutang sejumlah tersebut biasanya akan habis dibayar lebih dari 1 tahun.
    # Walau bagaimanapun, jika diandaikan akan habis dibayar dalam tempoh kurang dari 1 tahun –> boleh dikelaskan sebagai LS.

    Dayana,
    Dalam menyediakan PP, PPUR dan KKK… kita terus ambil nilai daripada IDT.

    Anis,
    1. Baki tunai –> Tunai + Bank
    2. Anggaran penghutang & pemiutang –> dibayar pada bulan berikutnya. Contoh, baki penghutang bulan April –> bayar Mei, Mei –> bayar Jun, Jun –> Julai.

    Haziqah, waalaikumussalam.
    1 & 2. IDT hanya rujuk baki akhir setiap akaun yang wujud. Semua akaun senaraikan dalam IDT.. dan masukkan baki akhirnya… kecuali akaun2 penghutang dan pemiutang tidak perlu kerana kita terus ambil baki daripada Ak Kawalan masing2.

  502. Cikgu. Kadar faedah atas modal dan kadar faedah atas ambilan kena letak dekat lejar ke?

  503. Aqil.

    Mana2 item yang terlibat dengan Pengasingan Untung Rugi.. tidak perlu ditunjukkan JA / Lejar… hanya tunjukkan pengiraannya sahaja…. dan sediakan Ak Semasa.

  504. alhamdulillah terima kasih cikgu. semoga malam cikgu disinari bintang2 dan diterangi cahaya bulan.

  505. cg..cmne nk buat ID terselaras?

  506. Qis,

    Sediakan IDT…
    1. Tulis semua nama akaun bermula LA1…. LAxxx (LJ dan LB tidak perlu, sebab dah ada ak kawalan)
    2. Masuk baki akaun2 daripada Lejar Pelarasan dahulu… ikut LA masing2.
    3. Mana2 akaun yang masih tiada baki.. baru rujuk baki daripada ID sebelum pelarasan.
    4. Imbangkan.

  507. asslamualaikum cikgu macam mana nak imbangan duga pelarasan folio form 5 akaun

  508. 1-Ckg masa nk kira tempoh kutipan hutang, jualan kredit nk amik dkt mana? 2-bila sya kira pulangan atas modal dpt 18.39% , tafsiran : bagi setiap rm1 modal yg dilaburkan , untung bersih yg diperoleh ialah 18.39 sen/rm 18.39 . ? Ckgu?

  509. Assalamualaikum cikgu

    Cikgu , kwsp dan perkeso perlu ka ada dalam imbngan duga? sebab saya buat tak imbang” lah. ?

  510. Assalam cikgu,
    Diskaun diterima ada masuk dalam kunci kira kira ke? Sbb kunci kira kira saya tak imbang lagi rm3538. Dan tu jumlah diskaun diterima.

  511. Ibnu Hafizz, waalaikumussalam.
    Rujuk komen cgu sebelum ini.

    Haikal,
    1. Jualan kredit –> Jurnal Jualan.
    2. RM1 –> 18.39 sen

    Azlina, waalaikumussalam.
    SEMUA akaun yang berbaki –> masuk ID.

    Farah, waalaikumussalam.
    Diskaun diterima –> hasil –> PP
    Kesilapan mungkin di Ak Kawalan Pemiutang.. semak nilai Bank dan Diskaun diterima.

  512. Cikgu macam mana ya nak catat PHR dalam jurnal? PHR dalam soalan ni diwujudkan buat kali pertama atau sudah bertambah/berkurang??

    2. Kadar faedah atas ambilan/modal serta gaji terakru pekongsi perlu isi dalam jurnal am (pelarasan) ke?

  513. Hani,

    1. Baru diwujudkan. Dt Hutang Ragu Kt PHR
    2. Tidak perlu. Hanya tunjukkan pengiraannya… dalam PPUR.

  514. Ckgu kalau kkk tk imbang satu sen mcm mana?

  515. Perlukah kami buat faedah pinjaman pekongsi?

  516. Aiman,
    Perbezaan 1 sen.. disebabkan pembundaran, tidak menjadi masalah.. kerana dari segi perekodannya semuanya telah betul. Skor untuk KKK tetap layak dapat A.

    Wendy,
    Tidak perlu.. kerana tiada pinjaman daripada pekongsi.

  517. Cikgu,akaun semasa adalah akaun nyata atau akaun nominal?

  518. Salam cikgu,

    1. Faedah atas ambilan kita perlu ambil yg pada 1 April sahaja kan? Jadi jika saya telah menetapkan kadar faedah atas ambilan ialah 6%, maka adakah pengiraan untuk pekongsi A ialah (6% x 1000) / 12?
    Ambilan pekongsi A pula ialah drpd ID terselaras yg berjumlah RM4,250.

    2. Dalam ID terselaras,apakah folio bagi butir Pelbagai Penghutang dan Pelbagai Pemiutang?

    3. Nilai 0 dalam ID untuk caruman-caruman perlu dinyatakan ke?

    Terima kasih cikgu atas jawapan yg diberikan.

  519. Cikgu lejar pelarasan kesemuanya ada berapa akaun ye? Takde lejar belian dan jualan kan? Satu lagi di IDT ada butir Penghutang dan Pemiutang ke? Sebab ade akaun kawalan

  520. Assalamualaikum cikgu , lampiran gaji , perkeso dan kwsp kena letak dalam lampiran ke ? perlu diisi secara taip atau tulis tangan ?

  521. Lela,
    Akaun nyata –> Ekuiti Pemilik

    Anonymous,
    1. Ya.
    2. Dalam IDT –> Kawalan Penghutang & Pemiutang @ Penghutang & Pemiutang sahaja…. bukan “pelbagai penghutang & pemiutang”.. LA … sambung LA sedia ada secara bertututan.
    3. Ya. Boleh nyatakan.

    Wan,
    Bergantung kepada item pelarasan masing2..
    Penghutang & Pemiutang sufah mengambarkan Ak Kawalan.

    Cute, waalaikumussalam.
    Ya.. sebagai Lampiran… sama ada bertaip / tulis tangan.

  522. cikgu dalam penyata pendapatan dan kunci kira2 kalau ada point (.) kene bundarkan ke tak?

  523. cikgu dalam penyata pendapatan perkongsian dikaun diberi dan hutang ragu bahagian belanja ke? dan diskaun diterima pula bahagian hasil?

  524. Dayana,
    1. Ikut nilai seperti dalam IDT… ada SEN.
    2. Ikut format PP biasa… Jualan (-) Diskaun diberi…. Belian (-) Diskaun diterima. Hutang ragu –> Belanja.

  525. Cikgu kalau nilai dia 6.6666666667 nk tulis mcm mana? Cikgu kata tak boleh bundarkan

  526. Cikgu lajur folio pada jurnal am pelarasan perlu isi ke? Kalau akaun tu belum wujud pada lejar sebelum pelarasan kena tambah ikut urutan nombor akaun?

  527. cikgu, IDT butir dan folio bagi penghutang&pemiutang nak tulis apa? dlm lejar baki bb kadar bayaran terdahulu dan kadar bayaran saya dua2 dt side betul ke?

  528. Mira,
    Bundarkan kepada SEN… RM6.67

    Wan,
    Ya.. betul.

    Ikm,
    Penghutang… Pemiutang.. LA.sambung LA yang sedia ada.
    Ya.. betul.kedua2 debit.

  529. Cikgu saya x faham…adakah cuma item pelarasan di jurnal am shj dicatatkan dalam lejar pelarasan? Akaun Tunai, Bank x perlu? Saya ketinggalan sedikit… Imbangan Duga kena list item pelarasan dengan item yg tk terlibat dgn pelarasan juga?

  530. Man,

    Ya.. JA pelarasan –> Lejar pelarasan.
    IDT –> semua akaun dalam Lejar Am (Lejar pelarasan + tanpa pelarasan) perlu disenaraikan baki2nya.
    # rujuk langkah2 penyediaan IDT dalam komen sebelum ini.

  531. cikgu apa akaun yang kena dibuka jika kita buat faedah atas pinjaman

  532. Terima kasih cikgu..semoga Allah merahmati hidup cikgu

  533. Siti,
    Dt Faedah atas pinjaman
    Kt Faedah pinjaman terakru

    Man,
    Sama2.. Aamiin.

  534. Salam cikgu.blh ckgu tlg semak pp n kkk sy.ckgu sy sruh ubh kt angka item plarasan.bla sy ubh pp n kkk sy ximbang.pp
    Utg kasar 45079
    + komisen dterima 750
    + sewa dterima 780
    46609
    – blanja
    Promosi 250
    Insuran 135
    Kdr Byran 1970
    Sewa 1020
    Gaji 10232.65
    Bsn lgkpn 178.13
    Bsn prabot 125
    Bsn peraltn 120
    Phr 325.50
    Faedah ats pnjman 540
    Jmlh blnja 14896.280
    Utg bersih 31712.72

    + Faedah ats ambilan
    A:28.33
    B:21.73

    – Faedah ats modal
    A: 266.67
    B:266.67
    – Gaji pkongsi
    A:3500
    B:3000
    Baki utg bersih 24729.44
    Bhgn utg: A: 3/5x 24729.44= 14837.66
    B:2/5 x 25729.44= 9891.78

  535. Kkk
    *Jmlh abs 310951.87

    *A.smasa
    Phutang 10850
    – phr 325.50
    Stock akhir 5720
    Bank 67692.35
    Tunai 926
    Deposit sewa 1800
    Deposit kdr byrn 2000
    Insuran tdhulu 135
    Kmisen takru 750
    Sewa dtrima 780

    -*ls
    Pmiutang 21152
    Faedah ats pnjman takru 540
    Kdr byrn takru 270

    *E.pmilik
    Modal A: 80000
    B:80000
    A.smsa A:15529
    B:10363.72
    *Lbs
    Pnjman 108000
    Sykt faiba 85000
    Sy cuba ubh byk kali pd bhgn angka utk insuran tdahulu sbb cikgu sy bg pilih 135 n 90 shj sbb dia kata klu pilih yg lain xkn imbang.sama jgk dgn sewa dterima n kdr byrn.hrp ckgu blh tlg.terima kasih..

  536. Cikgu..lejar pelarasan kalau x susun ikut nombor akaun affect pemarkahan ke cikgu? Kalau saya susun mcm ni boleh?:CTH
    Ak. Susut Nilai Lengkapan -LA10
    Ak. SNT Lengkapan – LA35
    Ak. Susut Nilai Perabot – LA11
    Ak. SNT Perabot – LA36

  537. Zahra,
    Cuba semak nilai Komisen diterima dan komisen diterima terakru.

    Jun,
    Dah betul .. susun ikut pasangan akaun pelarasan.

  538. Cikgu, faedah atas modal, faedah atas ambilan dan gaji pekongsi kene masuk ke dlm senarai pelarasan? kalau perlu bagaimana nk tulis dlm jurnal am? Dt? Kt?

  539. Salam cikgu, bila dah sediakan Akaun Semasa pekongsi, folio untuk faedah atas ambilan,faedah atas modal dan gaji pekongsi nak tulis apa sebab kita tak ada buat akaun-akaun tersebut dalam lejar atau pun jurnal am. Perlu sambung dengan LA seterusnya juga ke? Terima kasih cikgu.

  540. Assalamualikum cikgu,apa perbezaan antara imbangan duga dengan imbangan duga terselaras ?

  541. ciikkguuu..IDT sy xbalance..mcm mne nih?

    kt mne silapnye?

  542. cikgu,.kenapa ID terselaras saya tak imbang? akaun kawalan tu macam mana buat?

  543. cikgu, berapakah baki akaun kawalan pemiutang dan kun kawalan penghutang?bolehkah cikgu terangkan,saya tak tau nak buat macam mana..

  544. Cg , syarikat faiba tu kena masokkan dalam idt kee ?

  545. cikgu, perlukah gaji pekongsi X 1/12??

  546. Mira,
    Tidak perlu.

    Anonymous,
    Tidak perlu.. sebab kita tidak sediakan caratan jurnalnya.

    Meera, waalaikumussalam.
    Rujuk kitaran perakaunan.
    –> ID –> Pelarasan –> IDT

    Qis & Liky
    Jumpa cikgu sekolah.. minta beliau semakkan dan terangkan. Ada markah Komunikasi untuk perjumpaan dengan guru.

    Atiqah,
    Semua akaun masuk IDT.. kecuali LJ & LB.. sebab kita sudah nasukan Kawalan penghutang & pemiutang.

  547. Komisen diterima terakru 400
    Komisen dterima 400
    J.am:DT komisen dterima takru
    Kt komisen dterima
    Item plarasan hasil terakru.
    Sy dh jmpa cikgu.cikgu sy kata item dh btul cma kna ubh kt jmlh item plarasan.mmg byk kali sy cuba ubh tp kt kkk x seimbang.kwn2 sy pn jd cmtu jgk kna ubh.utk insuran tdahulu ckgu sy suruh pilih 135 @ 90 utk item tsbut .jd sy ambl 135.

  548. Zahra,

    Cuba semak lejar pelarasan item berkenaan. Tukar nilai tidak menjadi masalah … asalkan catatan bergunya tepat.

  549. Salam.cikgu faedah ats pnjman perlu dmsukkan @ x dlm a.semasa pkongsi.dlm kkk faedah ats pnjaman ltak dlm ls kn?

  550. Zahra,

    Faedah pinjaman bank –> Belanja dalam PP sahaja… Ak Semasa Xmasuk.

  551. cikgu,perlukah gaji pekongsi X1/12?
    bagi pengiraan faedah atas ambilan, kita hanya perlu guna nombor pada 1 april sahaja?
    betulkah pengiraan ini?
    A:rm1000 X_% 1/12?

  552. cikgu dalam jurnal am insurans terdahulu debit ke,,lepastu insurans kredit ke?

  553. cikgu saya buat kesilapan tidak ketara saya buat sewa rm 200 tidak direkod dalam mana mana buku nnti kt jurnal am sewa debit bank pula kredit ke cikgu?

  554. Assalam cg yg
    1.analisis tempoh kutipan hutang tu atas penghutang bersih ke
    2.kat belanjawan tunai ape maksud lain2 anggaran penerimaan dn pembaran yg signifikan berdasarkn rekod

  555. Wendy,
    1. Jika dalam ikatan perjanjian dinyatakan gaji untuk setahun –> X 1/12.. manakala jika gaji sebulan –> tidak perlu X 1/12.
    2. Ya.. faedah atas ambilan pada 1hb.

    Dayana,
    1. Ya. Betul.
    2. Jika bayar sewa dengan cek tidak direkod.. ya betul –> dt Sewa kt Bank

    Ahmad, waalaikumussalam.
    1. Ikut formula –> atas penghutang.
    2. Lain2 item pembayaran dan penerimaan.. boleh rujuk hasil dan belanja @ penerimaan & pembayaran daripada rekod bulan April.

  556. cikgu insurans sepatutnya baki bb perlu di sebelah debit kan cimgu sebab ianya belanja?

  557. Dayana,

    Ya..betul.
    Insurans –> Belanja –> Dt
    Insurans terdahulu –> AS –> Dt

  558. komisen diterima tdan komisen diterima terakru sebelah kredit ke cikgu sebab dia hasil?

  559. Salam.kkk sy dh imbang.terima ksih cikgu sbb byk tlg sy.

  560. Cg jualan secara tunai je kan yg masukndlm belanjawan tunai

  561. cikgu saya buat insurans terdahulu rm 300
    insurans dekat id sebelum pelarasan rm 270 tetapi bila saya buat lejar pelarasan baki b/b akaun i nssurans terdahulu saya dpt belah debit,,manakala baki b/b akaun insurans saya dapat belah kredit,,bukankah septtnye dua2 akaun tersebut baki b/b nye adalah debit? tetapi kenapa saya dpt satu debit satu lagi kredit.

    insurans terdahulu= rm 300 -270=30

    300 baki bb debit ak insurans terdahulu
    30 baki bb kredit ak insurans

    boleh cikgu jelaskan.

  562. assalamualaikum cikgu..cikgu nak tnya ,pelarasan nak buat macam mana eh?

  563. Dayana,
    1. Komisen diterima –> Hasil –> Kt
    Komisen diterima terakru –> Aset –> Dt
    2. Jika nak buat insuran terdahulu.. nilainya MESTI kurang daripada RN270. Adalah mustahil sebelum ini kita hanya bayar RM270…. tetapi kita kata telah bayar terlebih RM300.

    Zahra,
    Tahniah… yang paling penting, kita faham proses kitaran perakaunan yang telah kita buat.

    Ahmad,
    Ambil JUALAN daripada PP (April) kemudian untuk bulan Mei… baru kita agihkan antara jualan tunai dan jualan kredit ikut peratus yang telah ditetapkan.

  564. cikgu..IDT sy dh balance..

    lpstu buat penyata pendapatan pulak kn..cikgu skolah ckp blh smbung skli dgn penyata pengasingan untung rugi?

    blh ke mcm tuh cikgu?

  565. semua baki nk ambek dr IDT ke cikgu?

  566. cikgu..angkutan masuk..duti import..insurans belian..upah atas belian..mmg xde ke cikgu?

  567. Qis,

    1. Ya.. Boleh.
    2. Ya daripada IDT.
    3. Rujuk IDT… jika tiada.. maka tiada dalam PP.

  568. Cikgu, aset bukan semasa nak tolak dengan susut nilai ke susut nilai terkumpul ?

  569. Cg apa he yg terlibat di pembayaran dan penerimaan belanjawan tunai contohnya

  570. Nasuhaa,
    ABS – SNT
    SN –> Belanja

    Ahmad,
    Komisen diterima
    Sewa dibayar
    Promosi …. dll.

  571. Cikgu, mahu sediakah perancangan perniagaan?

  572. Belanjawan tunai ambil nilai dri sblum pelarasan atau selepas

  573. Jasper,
    Ada 2 Perancangan meningkatkan prestasi perniagaan :
    1. 3 cadangan – Prestasi semasa (rujuk Penyata Kewangan & analisis nisbah)
    2. 2 cadangan – Prestasi jangka panjang (rujuk Penyata Kewangan & Belanjawan tunai)

    Ahmad,
    Rujuk nilai dalam Penyata Kewangan / IDT.

  574. cikgu Narzuki
    1. Lejar pelarasan yang ada baki sebelum ini, rekod FOLIO kena ada tak?
    2. Akaun Semasa ada LA tak?

  575. Saidi,

    1. Jika kita ambil baki akhir dalam lejar lama –> tidak perlu folio.
    2. Ak Semasa –> sudah ada LA (rujuk JA)

  576. assalammualaikum cikgu,
    saya tak tahu nak masukkan peruntukan hutang ragu dan hutang rugu kat kkk atau pp

  577. Cikgu phr kena darab 1/12 ke?

  578. 1.Baki b/b belanjawan tunai = baki tunai + baki bank kn?

    2.Polisi kredit 30 hari tu apa maksudnya?

    3.Bagi penerimaan dan pembayaran ambik semua dlm IDT ke apa? yg terdahulu dan terakru pun kena masukkan?

  579. dalam akaun semasa ,apakah folio bagi bakib/b?

    tarikh bakib/b letak 1 April atau 30 April?

  580. Salam.cikgu utk belanjawan tunai yg jualan tu kita ambl jualan bln April @ nilai jualan bersih?terima kasih

  581. Qila, waalaikumussalam.
    HR –> Belanja –> PP
    PHR —> AS (Phtg – PHR)
    # sila rujuk format dlm buku teks.

    Mira,
    1. PHR –> tidak perlu X 1/12
    2. Ya –> Tunai + Bank
    3. Jualan/Belian kredit bulan Mei –> bayar pada Jun…. Jun –> Julai.
    4. Secara asasnya.. rujuk hasil dan belanja

    Wendy,
    Dalam Lejar sebelum pelarasan 1hb Baki b/b (JA1)
    Dalam Lejar selepas pelarasan.. boleh guna 30hb Baki b/b ( ).
    # rujuk ketetapan cikgu sekolah.

    Zahra,
    –> JUALAN.. kemydian agihkan antara jualan tunai dan jualan kredit ikut % yang telah ditetapkan.

  582. Cikgu,ini berkaitan penyediaan belanjawan tunai situasinya begini, jumlah jualan bulan Mei 116007.40, jualan tunai ialah 81205.18 dan jualan kredit pula 34802.22 ,maka nah ambil jumlah besar atau jualan tunai saja yang mengira peningkatan jualan bulan seterusnya?

  583. Janice,

    Jumlah besar –> kira peningkatan setiap bulan
    Kemudian –> agihkan antara tunai dan kredit

  584. cikgu..susut nilai lengkapan,perabot,peralatan tuh semua masuk belanja kn?

  585. Cikgu, macamna nak tahu dia jualan/belian kredit?

  586. Qis,
    Ya.. SN –> Belanja

    Nasuha,
    Rujuk pada sumbernya.. jika JUALAN –> Jualan kredit… BELIAN –> Belian kredit

  587. cikgu akaun semasa tuh baki b/b nk ambek dr IDT ke..cth kalau baki dkt kredit so kena letak belah kredit jgk eh

  588. Qis,

    Ya.

  589. cikgu kt ak semasa kongsi untung tuh nk ambek nilai yg kite kire satu2 tuh ke atau terus ambek jumlah??

    sama jgk dgn gaji pekongsi pon..

  590. assalamualaikum,
    nak tanya hutang ragu letak mana

  591. Cikgu KK saya x seimbang…dalam akaun semasa..perlu ke catat faedah atas pinjaman?

  592. Perkeso dn kwsp kene ltk dalam pp bhg belanja ke cikgu?

  593. Maksud saya faedah atas pinjaman terakru

  594. Qis,
    Masuk nilai ke Ak Semasa pekongsi masing2.

    Sha, waalaikumussalam.
    Hutang ragu –> Belanja

    Jun,
    Feadah pinjaman –> Belanja
    Faedah pinjaman terakru –> LS

  595. Cg, mohon tanya berkenaan lampiran borang perkeso yang perlu diisi pelajar ,ada kolum caruman perkeso yang perlu diisi majikan ,adakah kita rekod jumlah caruman (caruman pekerja dan caruman majikan ) atau hanya caruman pekerja sahaja .

  596. Terima kasih cikgu…faedah atas modal n ambilan tk boleh letak lebih drpd 5 ke cikgu? Berapakah kadar yg sesuai? Kalau saya buat Faedah Atas Ambilan – 5%
    Faedah Atas Modal – 4%
    Kadar tu mempengaruhi keseimbangan kk ke?

  597. Kung,
    Jumlah caruman yang dibayar = Majikan + Pekerja.

    Jun,
    Boleh… kadar tidak memberi kepada keseimbangan. Catatan bergu yang betul menentukan keseimbangan.

  598. Cikgu, promosi dengan hutang ragu termasuk tak untuk pembayaran belanjawan tunai?

  599. Jualan/Belian untuk belanjawan tunai kena ambil jualan/belian bersih ke?

  600. Nurul,

    1. Promosi –> Ya, HR –> Tidak
    2. –> Jualan / Belian

  601. Terima kasih atas pertolongan dan bimbingan cikgu…akhirnya KK saya dh seimbang :DD cikgu pengenalan perniagaan tu sebab memilih, kelebihan dan risiko nak berapa isi? Minimum berapa

  602. ASSALAMUALAIKUM CG NARZUKI … terima kasih sudi kongsikan soalan dan panduan … saya ada soalan untuk cikgu … harap cikgu tak keberatan … saya nak tanya , bolehkah saya namakan perniagaan restoran saya *RESTORAN INSAF* ??? terima kasih kerana sudi jawab cikgu …

  603. Cikgu, jualan kredit dan belian kredit kira brg niaga ja kah?

  604. cg?. mcm mna nak buat kesilapan tidak ketara?

  605. Cikgu,ak belian dan ak jualan tak ada baki hb betulkah?harus saya pos ak-ak ke ak untung rugi?

  606. Jun,
    Sekurang2nya 1 setiap satu.

    Firdaus, waalaikumussalam.
    Boleh diterima.

    Syyy,
    Ya… nilainya boleh rujuk Jurnal Jualandan Jurnal Belian.

    Marykay,
    Boleh pilih mana2 jenis kesilapan tidak ketara… sila rujuk jenis2 tersebut dalam buku teks.

    Lai,
    Salah….
    Semua akaun perlu diimbangkan dengan Baki hb dan Baki bb… jangan tutup ke AUR.

  607. cikgu, macam mana nak buat cadangan prestasi perniagaan jangka pendek ?

  608. Salam cikgu,
    Dalam menyediakan belanjawan tunai,adakah gaji terakru pekongsi tidak termasuk sebagai item pembayaran? Jika ya, boleh cikgu berikan penjelasan mengapa tidak perlu?
    Terima kasih cikgu.

  609. Mimin,
    Rujuk Penyata Kewangan & Analisis Nisbah –> kemukakan 3 cadangan untuk tingkatkan prestasi semasa perniagaan..
    Cth : Tingkatkan lagi hasil jualan dengan …………… promosi / pelbagai jenis masakan / dan sebagainya. –> Huraikan setiap cadangan tersebut.

    Anonymous,
    Gaji terakru –> belum bayar.
    Terus ambil GAJI –> bayaran yang sepatutnya setiap bulan.

  610. cikgu, bagaimana nak mengira faedah atas ambilan dan faedah atas modal? untuk faedah atas ambilan dengan kadar 10% setahun utk pekongsi A seperti ini ke:

    10% × (jumlah ambilan, rm4250) × 1/12

    Untuk faedah atas modal pula jika kadarnya 10% setahun perlu × 1/12 ke?

  611. Amanda,

    Kedua2 perlu X 1/12…. kerana kadar dalam setahun .. kita rekod hanya untuk sebulan.
    Cuma faedah atas ambilan… jangan ambil nilai baki akhir.. kerana ada 2 kali ambilan… 1hb dan 30hb. Maka kita kenakan faedah atas nilai pada 1hb sahaja… kerana cukup sebulan.

  612. Assalamualaikum cikgu
    Jadi faedah atas ambilan ambil nilai RM1000 and RM1500 bukan RM4250 and RM3260 eh?

  613. Cikgu,
    Akaun pengasingan merupakand akaun penamat mengapakah faedah ambilan Dan faedah modal nilai perlu darab /12
    Contoh:
    Faedah modal=rm 80000×9%
    = 7200 sebulan /12sebulan
    = 600
    RM600 perlu letak di akaun pengasingan dan akaun semasa begitu sama dengan faedah ambilan dan gaji.

  614. Athirah, waalaikumussalam.
    Ya… nilai yang cukup sebulan.

    Adela,
    Kadar 9% untuk setahun… tempoh rekod kita hanya untuk bulan April (1 bulan).. maka kita kira untuk sebulan –> X 1/12.

  615. Cikgu
    Nilai % faedah atas pinjaman bank kena sama dengan ikatan perjanjian ke?

  616. Cikgu nisbah kecairan tu untuk apa cikgu?

  617. Nisbah keberuntungan..peratus di bundarkan satu atau dua titik perpuluhan?

  618. Selamat sejahtera, cikgu.

    Adakan baki penghutang dan pemiutang dalam IDT perlu dimasukkan ke Belanjawan Tunai (lajur bulan Mei) ?

    Terima kasih.

  619. Cikgu,
    Dalam akaun pengasingan faedah atas ambilan menggunakan~
    perkongsian a~ 1000x 5%x1/12
    Perkongsian b- 1500x 5%x 1/12
    Manakala
    Dalam akaun semasa;
    Faedah ambilan perkongsian a 1000×5%x1/12
    Perkongsian b 1500×5%x1/12
    Ambilan menggunakan nilai baki h/b ambilan iaitu 4250 bagi perkongsian a, 3260bagi perkongsian b

  620. Athirah,
    Tidak semestinya sama.

    Jun,
    1. Tujuan analisis tersebut.. boleh rujuk buku teks.
    2. Bundarkan 2 tempat perpuluhan.

    Wong, selamat sejahtera.
    Ya… baki April dibayar pada Mei.

    Adela,
    Ya..betul.

  621. asslamualaikum cikgu LA 25 ni ,nak buat macam mana sebab ade dua iaitu tunai dan penghutang nak kene pilh kee atau ambil kedua dua tersebut?

  622. Salam cikgu , promosi terdahulu sepatutnya ltk di debit atau kredit ? Lagi satu apa sebabnya kunci kira kira tak imbang sedangkan imbangan duga imbang ?

  623. Ibnu Hafizz, waalaikumussalam.
    Maaf..Cg tidak jelas.. soalan tersebut merujuk kepada apa.

    Adibapeter,
    Promosi terdahulu –> Aset Semasa –> Debit.
    KKK tidak seimbang, mungkin disebabkan :
    1. Silap komponen… cth: item aset –> masuk di belanja .. dan sebagainya.
    2. Silap operasi.
    3. Ada item yang tertinggal.
    4. Kesilapan di PPUR dan Ak Semasa….. dll.

  624. Cikgu, untuk belanjawan tunai penghutang dan pemiutang kena masukkan juga ke untuk bulan mei? Bulan seterusnya nilainya sama atau kosong?

  625. Lagi satu, kan kita kena asingkan jualan/ belian tunai dan kredit, jadi untuk belanjawan tunai ambil yang bahagian tunai je kan?

  626. Assalamualaikum, cikgu ada tak contoh rumusan yg boleh dijadikan panduan?

  627. Nurul,
    1. Penghutang & Pemiutang (April) –> dibayar pada Mei. Jualan kredit/penghutang (Mei) –> dibayar Jun… Jun –> Julai.
    2. Jualan tunai –> bayar pada bulan tersebut.. manakala Jualan kredit = Penghutang –> dibayar bulan berikutnya.

    Anonymous, waalaikumussalam.
    Rumusan –> kaitkan dengan prestasi dan prospek perniagaan masa hadapan.. data2 boleh rujuk analisis nisbah yang telah disediakan.

  628. cikgu..faedah atas ambilan & faedah atas modal perlu darab 1/12 tak?

  629. Assalamualaikum…

    Butiran KWSP dan Perkeso boleh tak dimasukkan dalam belanjawan tunai sebagai anggaran belanja

  630. Siti,
    Ya… untuk sebulan –> x 1/12

    Aniza, waalaikumussalam.
    Boleh.

  631. Jadi belanjawan tunai kena semua ada perpuluhan ke tak? Sebab apa?

  632. Salam.cikgu yg nisbah kckapan utk tmpoh kutipan hutang n tmpoh pbyran hutang kna drab dgn 30 harikn bkn 365 sbb utk tmpoh sbln.mcm ni..
    * tmpoh kutipan hutang
    10850/49600 x 30 hari=7 hari.
    * tmpoh pbyran hutang
    21152/66293 x 30 hari =10 hari
    Btul x cikgu?
    Pastu nilai jualan tunai April 51756
    Jualan kredit 49600
    Belian tunai April 1230
    Belian credit 66293

  633. Thj,
    Terserah.. nak buat perpuluhan / tidak.. tidak menjadi masalah… kerana Belanjawan adalah nilai ANGGARAN yang mungkin diterima/dibayar pada bulan2 akan datang.

    Zahra,
    1. Ya.. betul.. hanya untuk sebulan.
    2. Jumlah JUALAN/BELIAN (April) –> kira JUALAN Mei –> Jun –> Julai
    Daripada nilai2 tersebut.. kita agihkan :
    # Jualan/Belian TUNAI –> bulan semasa
    # Jualan/Belian KREDIT –> bulan berikutnya. (Butirnya Penghutang/Pemiutang)

  634. Cg mcm mana nak kira aset bukan semasa untuk peralatan dan perabot ?

  635. cikgu, kat kunci kira2 ade akaun semasa bhgn ekuiti pemilik. itu nak kena letak nilai lepas buat akaun semasa atau just ambik dari imbangan duga tu je

  636. itu yg dah lepas terselaras

  637. Atiqah,
    Maaf.. nak kira apa ? … lihat baki akaun.. dlm IDT.

    Izzati,
    Nilai selepas penyediaan Penyata Pengasingan Untung Rugi dan Ak Semasa –> bakinya –> EP.

  638. Untuk aset bukan semasa
    Contoh :
    Perabot (30 000 – 3250 ) yg 3250 tu susut nilai terkumpul + susut nilai .. Betul kee cikgu ?

  639. Soalan tu untuk jawab kunci kira kira

  640. Atiqah,

    Ikut format KKK.
    Aset Bukan Semasa:
    Perabot ………………….XXX (rujuk nilai dalam IDT)
    (-) SNT Perabot …………. XXX (rujuk nilai dalam IDT)

  641. Cikgu untk belanjawan mcm mana nk kira penghutang (jualan kredit) /pemiutang (belian kredit)? Adakah nilai dia akan meningkat setiap bulan? Tlg saya cikguu…

  642. Mcm mana nk isi bahagian folio. Saya tak faham lah cikgu. Tolong terangkan dkt saya. Tinggal bahagian folio itu sahaja saya belum siap

  643. Mira,
    Jumlah JUALAN/BELIAN (April) –> kira JUALAN Mei –> Jun –> Julai (ikut % kenaikan dalam soalan)
    Daripada nilai2 tersebut.. kita agihkan :
    # Jualan/Belian TUNAI –> bulan semasa
    # Jualan/Belian KREDIT –> bulan berikutnya. (Butirnya Penghutang/Pemiutang)

    Sara,
    Folio –> rujukan dari mana / piskan kemana.
    Dalam BCP –> folio ke Lejar, maka LAx
    Dalan Lejar –> sumber drp mana, maka JA1, JB1, JJ1….. (BCP)

  644. faedah atas modal tu belanja ke?

  645. Izzati,

    Urus niaga antara perniagaan dan pekongsi… kita masukkan dalam P. Pengasingan Untung Rugi dan Ak Semasa.

    Faedah atas modal –> bukan belanja.. tetapi tuntutan pekongsi keatas perkongsian/perniagaan.

  646. oh okk paham. sebab saya punya kkk x seimbang. taktau nak check kat mana

  647. Izzati,

    Jika IDT sudah seimbang… Cuba semak PPUR dan Ak Semasa.

  648. cikgu, macam mana nak buat rumusan folio cikgu?

  649. Pumpkin,

    Sila rujuk komen2 cgu sebelum ini.

  650. belanjawan tunai yg pasal pembayaran tu dia ada bagi 10 item cikgu.kita kena rujuk imbngan duga teraelaras then masukkan dlm belnjawan tunai tu tapi ada tiga bulan dan dia tk bagitahu pon untuk bulan ni naik atau turun ke so macam mana nak isi tempat tempat kosong tiga bulan tu untuk pembayaran.saya bingung la.takkan isi dekat bulan pertama ja kot.cikgu tolong jawab pleaseee

  651. Salam cikgu.utk blnjwan tunai bg nilai jualan tunai April kna drab dgn 70%.mcm ni 70% x 101356= 70949.20
    Jualan tunai April 70949.20.kiranya bkn 51756 sbb ini hya angggaran dr yg sbnar bln April 51756.jd nilai phutang (jualan credit) bln April dbyr bln mei sbyk 30406.80(101356- 70949.20).kiranya utk belian credit jgk kaedah yg sama jgk.btul x cikgu?hrp ckgu blh bg pnrgan klu sy silap.terima kasih..

  652. cikgu blh x bg kat sy link utk borang KWSP dan PERKESO?

    skali dgn jadual pengiraan gaji pekerja tuh

  653. Cikgu pada pengenalan perniagaan kena mention kadar faedah modal/ambilan/pinjaman ke? Kalau saya cuma isi tentang rakan kongsi, alamat jenis perniagaan, pekerja, gaji pekongsi serta jumlah modal yg disumbangkan sahaja boleh?

  654. Najwa,
    Untuk bulan2 berikutnya.. terserah kepada andaian kita sendiri… nak buat sama setiap bulan.. atau ada peningkatan setaip bulan.

    Zahra,
    Belanjawan kita mula bulan Mei.
    1. Kira Jumlah Jualan dahulu.
    Mei = April + 15% = A
    Jun = Mei + 20% = B
    Julai = Jun + 20% = C
    2. Kita agihkan antara jualan tunai dan kredit.
    Jualan tunai mei = 70% x A
    Jualan kredit mei = 30% x A –> penghutang pada bulan Jun.
    # seterusnya utk bulan Jun dan Julai.
    3. Baki penghutang April –> dibayar pada bulai Mei.

    Azmil,
    Fungsinya sama.. tetapi 2 perkara yang berbeza. Jika kita sediakan JTT & JBT ..maka BT tidak lagi disediakan.. sebaliknya kita buka Ak Tunai dan Ak Bank dalam lejar nanti.
    Sekiranya kita sediakan BT.. maka JTT & JBT serta Ak Tnai dan Ak Bank –> tidak perly lagi disediakan.

    Qis,
    Maaf.. tiada. Borang2 tersebut boleh ambil daripada soalan (tulis tangan)… manakala jadual gaji boleh rujuk DISINI:
    https://mhdazlan.wordpress.com/2017/04/25/tugasan-projek-p-perakaunan-ting-5-spm-2017-perlaksanaan-april-mei-2017/

    Jun,
    Tidak masukkan pun boleh.. sebab kita telah nyatakan dalam Ikatan Perjanjian

  655. Terima kasih cikgu atas respon cikgu.Pengenalan saya dh siap cuma nak tanya skrg keputusan perniagaan tu kena campur cadangan jangka pendek + jangka panjang dengan rumusan dalam satu kertas ke cikgu? Pstu nk kne tulis laporan disediakan oleh?

  656. Lepastu nak kepilkan sekali dalam fail ke jurnal am, jurnal belian yg terdapat dalam soalan? Cikgu boleh listkan bahan2 yg perlu diletakkan dalam fail

  657. Jun,

    1. Pengenalan tu …pastikan ada sekurang2nya 1 sebab pilih jenis perniagaan tersebut… 1 kelebihan… dan 1 risiko.
    2. Cgu cadangkan.. asingkan cadangan semasa, jangka panjang dan rumusan.
    3. Dikulit hadapan sudah ada nama, no kp dan angka giliran.
    4. Laporan akhir bercetak –> bukukan, manakala draf manual dan semua bahan2 yang terlibat masukan dalam fail tersebut.

  658. cikgu, dekat kkk nak letak nilai peralatan ambik dari:

    1.soalan = RM7880
    atau
    2.peralatan-susut nilai terkumpul
    10000 – 4120 = 5880

    yg mana satu ye?
    sebab kalau ikut soalan dia dah buat penilaian semula.confuse yg mana betul sebenarnya

  659. Izzati,

    Cuba fahami Kitaran Perakaunan…
    Dokumen sumber –> BCP –> Lejar –> ID –> Pelarasan –> IDT –> Penyata Kewangan.
    Maksudnya penyediakan Penyata Kewangan adalah merujuk kepada nilai2 daripada IDT.

  660. Terima kasih cikgu…macam mana nak susun fail? Ikut susunan macam ni ya cikgu
    1. Borang Perakuan
    2. pengenalan perniagaan
    3. Profil Perniagaan
    4. Ikatan Perjanjian
    5. lejar am
    6. Imbangan duga
    7. Senarai pelarasan
    8. Jurnal am pelarasan
    9. Lejar pelarasan
    10. Akaun kawalan
    11. IDT terselaras
    12. Penyata Pendapatan
    13. Akaun Semasa pekongsi
    14. Kunci Kira Kira
    15. Pengiraan dan tafsiran nisbah
    16. Belanjawan Tunai
    17. Cadangan, rumusan
    Ade lagi nak tambah x

  661. Jun,

    No.5 –> Jurnal Pembayaran Tunai.
    Kemudian akhir sekali –> Lampiran : Jadual pengiraan gaji, Borang KWSP, Borang Perkeso, kertas soalan.

  662. Salam.cikgu blh tlg semak jwpn sy.

    Jmlh jualan April 101356
    Mei 116559.40
    Jun 139871.28
    Julai 167845.54
    Jualan tunai April 70949.20
    Mei 81591.58
    Jun 97909.89
    Julai 117491.88
    Phutang April (-)
    Mei 30406.80
    Jun 34967.82
    Julai 41961.39
    * nilai jualan tunai april
    70% x 101356= 70949.20
    Sy agak keliru sbb spatutnya nilai jualan tunai bln april 51756 n phutang 49600.tp cikgu sy ckp x btul.jd sy ambl nilai jualan april x dgn 70% jualan tunai.mohon ckgu btulkn klu sy tsilap.terima kasih

  663. Zahra.

    Untuk bulan April.. tidak perlu kira jualan tunai & jualan kredit.
    Hanya ambil baki penghutang April –> dibayar pada bulan Mei.

    # rujuk cikgu sekolah.. sebab beliau yang akan berikan markah berdasarkan apa yang beliau ajar.

  664. Salam.sy dh tanya cikgu sy.cikgu sy ckp dia hya ikut skema yg dberikn.jd sy ikut mcm yg diatas tu nilai jualan April x 70%.belian pn sama 20% x nilai belian april.kiranya phutang dbyr mei 30406.80.tp klu dr segi konsep sbnr utk pmahaman sy shj mksud cikgu nilai phutang April yg dbyr mei ialah RM 10850 n pmiutang RM 21152 bdasarkn baki dlm idt bg dua akaun tsbut.mcm tu ke cikgu sbb sy nk faham konsep sbnr utk pyediaan belanjawan tunai.terima kasih..

  665. Zahra;

    Untuk tujuan kerja kursus –> ikut cikgu sekolah.
    Bulan April sudah ada nilai SEBENAR penghutang.. maka tidak perlu dibuat anggaran jualan kredit/penghutang sepertimana bulan Mei dan seterusnya.

  666. Salam.terima kasih ats pnerangan cikgu.ya,mmg sy ikut apa yg cikgu sklh sy bgthu dlm myiapkn kerja khusus ni.xapa,sy tanya utk pmhaman sy aje sbb sy agak keliru psl tu.sy hrp sy dpt lbh mguasai topik ni.Terima kasih cikgu sbb byk tlg sy..

  667. Ckgu cdgn utk jgka msa pnjg tu mcm mana?

  668. cikgu,

    nilai sen nak kene bundarkan ke?

    lepastu faedah atas pinjaman bank perlu ke masukkan dlm akaun semasa?

  669. Aiman,
    Cadangan sekurang2nya 2 cadangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan jangka panjang..–> fikirkan bagaimana nak kembangkan lagi perniagaan di masa hadapan..

    Izzati,
    1. Jangan bundar…biarkan jawapan dalam sen.
    2. Tidak perlu –> tiada kaitan dengan pekongsi.

  670. Cikgu evidens berkomputer sepatutnya hantar bila? Hantar setelah cikgu skolah cek draf ya?

  671. Jun,

    Kena rujuk perancangan cikgu sekolah masing2.

  672. Modal masuk bahagian penerimaan ke tak ?

  673. Sara,

    Baki modal yang sedia ada –> tidak masuk Belanjawan.

  674. Ckgu utk lejar yg terselaras punye pun still kne ikut urutan folio ke?

  675. Aiman,

    Untuk lejar pelarasan… buat ikut pasangan masing2.

  676. Untuk permulaan nk kira jualan, ambik jualan bersih atau jualan awal?

  677. Sara,

    Jualan –> IDT

  678. Cikgu kalau kat profil perniagaaan bahagian alamat/lokasi disertakan dengan e-mel dan no.tel boleh ke?

  679. Mira,

    Boleh…

  680. Cikgu. Faedah atas pinjaman kan belanja terakru yang wajib buat. Catatan dalam jurnal am macam mana cikgu?

  681. cikgu, yang rumusan yang macam mana cikgu? cikgu kalau sen melebihi 4 angka, masih biarkan ke?

  682. Mira Alyssa,
    Dt Faedah atas pinjaman
    Kt Faedah pinjaman terakru

    Yoga,
    Rumusan –> rujuk komen cgu sebelum ini.
    SEN –> mesti 2 tempat perpuluhan sahaja.

  683. Salam cikgu..sy nk tanya utk phuraian bgmana nk gunakn lebihan yg diperoleh perlu dmsukkn dlm rumusan @ cdgn jgka pnjg.terima kasih..

  684. Zahra,

    Cuba fikirkan… bila kita ada banyak duit.. apa yang boleh dibuat untuk kembangkan/ majukan lagi perniagaan dimasa hadapan.

  685. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya dekat imbangan duga terselaras kena ada tak caruman kwsp dengan caruman perkeso ?

  686. Sya, waalaikumussalam.

    IDT –> rujuk kepada akaun2 dalam lejar & lejar pelarasan…. jika ada akaun dan ada baki, maka mesti ada dalam IDT.

  687. Cikgu kalau baki perkeso dan kwsp dah 0 dkt imbangan duga terselaras, boleh ke kita masukkan dkt belanjawan sbb kita byr tu setiap bulan kan?

  688. petang cikgu. kkk saya tak imbang cikgu. maaf menyusahkan tapi boleh tak tolong semak?

    ABS
    premis (170000)
    kenderaan (85000)
    lengkapan (25000)
    (-)SNT lengkapan (3803.13)
    perabot (30000)
    (-)SNT perabot (3125)
    peralatan (10000)
    (-)SNT peralatan (2120)

    AS
    stok akhir (5720)
    bank (68085.65)
    tunai (926)
    deposit sewa (1800)
    deposit kadar bayaran (2000)
    kadar bayaran terdahulu (250)
    komisen diterima terakru (500)
    penghutang (10850)
    (-)PHR (434)

    (-)LS
    faedah atas pinjaman terakru (400)
    sewa dibayar terakru (200)
    pemiutang (21152)

    Akau Modal
    pekongsi A (80000)
    pekongsi B (80000)

    Akaun Semasa
    pekongsi A (12832.30)
    pekongsi B (12565.22)

    LBS
    pinjaman bank (108000)
    pemiutang lain (85000)

    saya kurang rm500 tapi tak tau mana nak semak lagi.

    terima kasih cikgu.

  689. lagi satu cikgu. kalau nak buat belanjawan tunai, nak rujuk mana eh? thankyouu

  690. Ila,
    1. KKK tidak seimbang.. tidak semestinya silap di KKK… ada kemungkinan silap di Penyata Pendapatan… cgu cadangkan semak semua item dan nilai dalam IDT dengan PP dan KKK… mulai semak dengan item bernilai RM500.
    2. Rujuk PP dan KKK.

  691. cikgu sekiranya kesilapan ketinggalan catatan saya buat pulangan belian daripada pemiutang tidak direkodkan dalam mana2 buku.
    jadi, apakah catatan perlu direkodkan dalam jurnal am pelarasan?

  692. Cikgu jadual tugas kena letak di bahagian mana dalam fail

  693. Siti,
    Dt Pemiutang
    Kt Pulangan belian

    Jun,
    Lain2 yang berkaitan… boleh masukkan sebagai lampiran.

  694. Terima kasih cikgu..biasanya murid kena hantar eviden tulisan tangan dulu ya? Eviden berkomputer boleh hantar kemudian kan cikgu

  695. Jun,

    Ya. Hantar kemudian… tapi masih dalam tempoh pelaksanaan.

  696. Assalamualaikum cikgu, sy nk tnya dekat penyata pendapatan kan ada gaji dekat gaji tu terdapat sen..sy nk tnya sen tu perlu ambil sekali ke mcm mana ?

  697. Sya, waalaikumussalam.

    Ya..mana2 akaun yang melibatkan SEN…masukkan sen tersebut.

  698. selamat petang cikgu. kalau nak buat nisbah kecekapan untuk tempoh kutipan hutang dan pembayaran hutang, jualan kredit dan belian kredit nak ambil dari mana? thankyou.

  699. Salam.cikgu blh tlg semak susunan file sy.
    1)borang p,akuan
    2)pgenalan pniagaan
    3)profil pniagaan
    4)ikatan pjnjian
    5)lejer am
    6)id
    7)snarai plarasan
    8)jurnal am plarasan
    9)lejer plarasan
    10)akaun kwlan
    11)idt tslaras
    12) pyata pndptn
    13) akaun smasa pkongsi
    14)kkk
    15)pgiraan & tafsiran nisbah
    16) blanjawan tunai
    17) cdagn prestasi semasa
    18) cdgn jgka pnjg
    19)rumusan
    20)lampiran
    * -jurnal pbyran tynai
    -jadual pgiraan gaji
    -borang kwsp
    -borang perkeso
    -kertas soalan
    # hrp cikgu blh semak klu ada kurang kt mana2 sbb sy dh nk antr kt cikgu sy.
    #slmt hari guru utk cikgu.terima kasih sbb cikgu byk bantu sy utk tugasan kerja khusus ni.w/pn cikgu bkn cikgu sy,sy anggap cikgu sprt cikgu sy jga.smga cikgu diberikan ksihatan yg baik dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t selalu.aminn..

  700. Ila,
    Jualan kredit –> Jumlah dalam Jurnal Jualan
    Belian kredit –> Jurnal Belian.

    Zahra,
    Jurnal Pembayaran Tunai… sepatutnya sebelum Lejar… bagi memudahkan guru pentaksir menyemak ketepatan pindahkan JBT ke lejar… ikut urutan kitaran perakaunan.

  701. Cikgu cop majikan dalam borang kwsp tu nak isi jugak ke..kalau tkpayah isi boleh?

  702. Jun,

    Cop majikan.. tak mengapa.. jika tiada.

  703. Ckg kne ltk cadangan ke kt dlm rumusan? Bkn ke cadangan lain rumusan lain?

  704. Aiman,

    Cadangan jangka pendek dan jangka panjang.. mesti ada dan asingkan daripada rumusan. Manakala dalam rumusan kita boleh masukkan/kaitkan secara ringkas cadangan2 tersebut.

  705. Assalamualaikum ckgu.Cikgu yang maklumat tambahan tu kita kena reka ke item dengan amaun dia .Yang terakru,terdahulu,tersalah catat semua tu

  706. Amir, waalaikumussalam.

    Ya.. reka sendiri tetapi nilai mesti munasabah.

  707. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya peruntukan hutang ragu diwujudkan termasuk dalam penyata pendapatan untuk belanja ke ?
    Lagi satu cikgu kalau kesilapan tidak ketara saya buat belanja membaiki lengkapan akaun ape yang terlibat bank atau tunai ?

  708. Sya, waalaikumussalam.

    1. Ya.. kita guna “Hutang Ragu” –> Belanja
    2. Kena jelas penyataannya.. apakah kesilapannya ?
    Jika “belanja membaiki lengkapan” apakah kesilapannya ?
    Apabila kita tahu kesilapan.. baru boleh kita buat catatan pembetulan.
    # penyataan tersebut masih kabur..ianya perlu diubah.

  709. cikgu pelarasan perkongsian mesti dibuat selepas atau sebelum buat penyata pendapatan..

  710. Ct,

    Pelarasan berkaitan Pengasingan Untung Rugi.. hanya tunjukkan pengiraan sahaja.. sama ada DALAM Penyata itu sendiri atau sebagai NOTA dibawah.

  711. Cikgu apa yang boleh tulis untuk sebab memilih restoran makanan barat ?

  712. cikgu hi..mcm mne nk buat rumusn??

  713. cikgu dalam lejar ada akaun gaji pekongsi dan akaun semasa pekongsi.. perlu buka lagi ke akaun semasa selepas penyata pendapatan tu

  714. Cikgu nak tanya Susut nilai terkumpul kategori liabiliti ke? Kenapa bakinya belah kredit?

  715. 1.cikgu kalau kita beri gaji kepada pekongsi akaun apa yang terlibat. adakah sama dengan kita buka akaun gaji kepada pekerja tu..
    2. kalau saya kira faedah atas modal pulak..
    akaun apa yg terlibat.akaun semasa dan modal ke..
    3. kalau faedah atas ambilan pula bagaimana..
    saya tak faham bagaimana nak balancekan dalam imbangan duga tu.. sbb semua ni masak dalam akaun semasa pekongsi kan

  716. susut nilai tu belanja .. masuk dlm pp

  717. Cikgu macam MANA nak buat rumusan ngan cadangan sebab cikgu saya kata rumusan tu ada kaitan ngan cadangan

  718. Mira,
    Sebab2 tu.. boleh fikirkan sendiri @ bincang dengan kawan.

    Qis,
    Rumusan –> sila rujuk konen Cgu sebelum ini.

    Ct,
    1. Ak Semasa perlu dibuka.. yang ada sebelum ini –> Baki awal.
    2. Kita beri gaji pekongsi ikut perjanjian… tapi belum bayar. Maka tidak perlu buka apa2 akaun.. Apabila kita buat pengasingan untung rugi.. diperuntukkan sejumlah gaji pekongsi .. baru kita kreditkan ke Ak Semasa pekongsi tersebut.
    3. Faedah atas modal.. atas ambilan –> Pengasingan Untung Rugi dengan Ak Semasa.
    Mana2 yang terlibat dengan pengasingan untung rugi dan Ak Semasa tidak perlu masuk IDT… kerana perkara tersebut berlaku selepas IDT… (sila rujuk kitaran perakaunan).
    4. SN –> belanja.

    Wan.
    SNT –> akaun kontra kepada ABS..
    Aset –> debit.. Kontranya –> kredit.. itu sebab dalam kkk:
    ABS (-) SNT.

    Anum,
    Rumusan –> rujuk komen cgu sebelum ini.

  719. Ckgu tempoh pembayaran hutang kt nisbah tu kne darab 365 hari atau 30 hari? , lain lain anggaran penerimaan dan pembayaran dkt blnjawan tunai amik amaun dkt pp bhgian hasil gn blnja eh

  720. Aiman,

    X 30 hari.
    Tidak semua iten hasil dan belanja…konsepnya..
    item penerimaan –> duit tunai masuk (komisen diterima, pinjaman, modal tambahan, jual aset, dll).
    Item pembayaran –> duit keluar (kadar bayaran, insurans, gaji, bayar balik pinjaman dll),
    # belanja SN, hutang lapuk –> bukan item pembayaran kerana kita tidak keluarkan wang.

  721. susut nilai ABS nk buat mcm mana

  722. Qistina,

    SN –> belanja (PP)
    SNT –> ABS (KKK)

  723. cg,mcm mana nak buat rumusan dia..sma mcm thun lepas jgak ke???

  724. Wanny,

    Tidak sama.
    Rumusan
    –> tiada ketetapan khusus seperti tingkatan 4 dahulu.
    –> ianya seolah2 kesimpulan.. boleh juga masukkan secara ringkas cadangan2 peningkatan prestasi jangka pendek dan jangka panjang serta kaitkan dengan prospek perniagaan yang hendak dicapai di masa hadapan.
    # sebaik2nya rujuk apa yang ditetapkan oleh guru sekolah anda.

  725. Cikgu macam mana nak buat ayat untuk bagi tahu emel dan no.tel di pengenalan perniagaan?

  726. Cdgn jgka pndek & pnjg nk brp?

  727. saya cuma nak kepastian, dalam ID terselaras, ak kawalan penghutang & pemiutang butirnya akaun kawalan penghutang pemiutang atau penghutang & pemiutang sahaja?

  728. Anis,
    Jangka pendek –> sekurang2nya 3
    Jangka panjang –> sekurang2nya 2

    Ira,
    Penghutang & Pemiutang.

  729. Cikgu macam mana nak buat ayat untuk bagitahu emel dan no tel di pengenalan

  730. Mira,

    Perniagaan XXX boleh dihubungi melalui alamat email …….. ataupun melalui telefon bernombor ……..

  731. Owwhh . Terima kasih cikgu

  732. Cikgu,
    Deposit sewa dan deposit kadar bayaran perlu masukkan kat mana dalam pp/3k?

  733. Salam cg,macam mana nk buat lejar susut nilai lengkapan,perabot,peralatan pelarasan?

  734. Lee,
    Deposit sewa dan Deposit kadar bayaran –> Aset Semasa (KKK)

    Nadhirah,
    Buka seperti akaun yang lain… oleh kerana akaun2 tersebut belum ada.. maka LAxx sambung daripada LA sedua ada.
    Untuk lejar pelarasan… tunjukkan secara berpasangan, bagi memudahkan pentaksir membuat semakan..
    Cth:
    Ak SN Kenderaan
    Ak SNT Kenderaan
    AK SN Perabot
    AK SNT Perabot

  735. Assalamualaikum cg,
    Kalau akaun kawalan penghutang dan pemiutang pelarasan macam mana nak buat apa butirnya dan butir tu dapat daripada mana? Selaras atau berbeza ikut perkongsian?

  736. Aina, waalaikumussalam.

    Rujuk kepada J/Am dan J/Khas.
    Cara2nya boleh rujuk buku teks.

  737. Fatihah husna

    Cg, mcm mana nk buat kesilapan tidak ketara?

  738. Macam mana nak tulis cadangan,cg?

  739. Fatihah husna,
    Boleh pilih salah satu daripada jenis kesilapan tidak ketara.

    Athirah,
    Tulis seperti karangan biasa… ada isi dan keterangan mengenai cadangan tersebut.

  740. assalamualaikum cg

    dlm kkk,deposit kadar bayaran dan deposit sewa perlu diletak di bahagian mana?

  741. Jo, waalaikumussalam.

    Aset semasa

  742. cikgu,saya nak tanya di imbangan duga nak rekod gaji bersih atau gaji kasar?

  743. Karpeng,

    ID hanya rujuk baki akhir akaun gaji dalam lejar.

  744. Kayatri Athavan

    Cikgu imbaga duga yang pertama says belu im ban lagi… Nilai say semua okay tap I tidal blh imbangankan kenapa cikgu?

  745. Cikgu , macam mana nak buat rumusan yaa?

  746. Kayatri,
    Ada kesilapan dimana2… boleh serahkan kepada cikgu sekolah untuk dusemak…. atau bandingkan dengan jawapan kawan.

    Nurul akma,
    Rujuk komen Cg sebelum ini.

  747. Cikgu gaji pekongsi nak tulis utk sebulan atau setahun?

  748. Wan,

    Gaji biasa ditetapkan untuk sebulan.
    Apa yang penting dinyatakan dengan jelas… RM3500 SEBULAN.

  749. asssalam cg…kalau nk isi jadual pengiraan gaji,cuma letak 5 org pekerja shj ataupun 5 org pkerja dgn seorang pekongsi aktif?

  750. Aleppo, waalaikumussalam.

    Pekongsi –> dikira majikan.
    Kita masukkan PEKERJA sahaja… untuk tujuan caruman kwsp & perkeso.

  751. junior mirhaj

    cikgu ada tak format imbangan duga kunci kira kira dan sebagainya untuk type

  752. assalamualaikum cg,

    untuk lejar akaun gaji ,
    diambil dri jurnal pembayaran tunai (gaji pekerja) ??

  753. cikgu, jadual pengiraan gaji, jurnal pembayaran tunai, borang kwsp & perkeso kena buat sendiri ke? atau boleh copy? saya x tau macam mana nk copy

  754. Junior mirhaj,
    Cuba dapatkan disin;
    https://mhdazlan.wordpress.com/2017/04/25/tugasan-projek-p-perakaunan-ting-5-spm-2017-perlaksanaan-april-mei-2017/

    Zehra, waalaikumussalam.
    1. Pembayaran gaji –> JBT1
    2. Potongan caruman kwsp & perkeso.
    # rujuk ketetapan guru sekolah.

    Hana,
    Borang2 tersebut boleh tulis tangan… jika nak bertaip boleh convert faip soalan pdf –> word.. secara online disini:
    https://www.pdftoword.com

  755. Cg. dlm JBT1
    -akaun.gaji dilejar ambik gaji bersih pekeja??
    -akaun caruman kwsp dan caruman perkeso?? ,ambil yg perkja ke???

  756. Ami,

    Gaji bersih
    Caruman Kwsp n perkeso –> Jumlah Majikan dan Pekerja

  757. Cikgu , nisbah kecairan itu aset semasa mau penghutang yang sudah tolak peruntukan hutang ragu atau perhutang sahaja ? kemudian,nisbah ujian mampu itu mau aset bukan semasa yang sudah tolak susut nilai terkumpul atau tak perlu?

  758. cg.
    brpe item dlm imbanagn duga sebelum pelarasan??

  759. Cg deposit kadar bayaran direkod dalam penyata atau kunci kira2?

  760. Syimir Waqor

    Cikgu, penilaian markah akan dinilai berdasarkan apa?

  761. Hui,
    Penghutang.
    Rujuk jumlah ABS dalam KKK.

    Zehra,
    Rujuk LA1-34,LJ1-2 dan LB1-3.

    Tarabas,
    Deposit k/b –> AS KKK

    Syimir,
    Rujuk Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Skor yang diedarkan bersama2 soalan tugasan.

  762. Salam. Cikgu rumusan buat sama mcm tingkatan 4 atau macam mana? Sebab cikgu saya cuma kasi point apa yang kena masuk tapi saya tidak faham jgk..

  763. Nuriah,

    Tidak sama.
    Sila rujuk guru sekolah… kerana beliau yang akan semak dan bagi markah ikut apa yang telah ditetapkan oleh beliau.

  764. Salam.cikgu apakah sebab-sebab saya punya imbangan duga tidak seimbang

  765. Mohd Danial,

    Banyak kemungkinan menyababkan ID tidak seimbang.. antaranya kesilapannya:
    1. Catatan bergu tidak tepat
    2. Pengiraan baki dalam lejar
    3. Pindahan lejar –> ID
    4. Kedudukan salah dalam ID
    5. Pengiraan jumlah dalam ID….

  766. cikgu..belanjawan tunai yang baki awal tu mahu rujuk di mana ye?? saya masih kurang faham..apa yang saya tahu kita kena rujuk buku tunai(x silap saya la)tapi format kali ini tidak ade buku tunai..jadi dimana mahu saya ambil baki awal??

  767. Cikgu, nak Kira faedah atas modal dgn faedah atas ambilan perlu didarab dgn 1/12 ke? Untuk masukkan dlm Akaun semasa Dan pengasingan untung rugi?

  768. Mardihah,
    Baki awal Mei = Baki akhir April (Tunai+Bank –> IDT)
    Buku Tunai = gabungan Ak Tunai dan Ak Bank.

    Zaty,
    Kadar faedah untuk SETAHUN…oleh kerana tempoh rekod kita hanya SEBULAN –> X 1/12.

  769. cikgu,nak tanya
    jualan april ialah 101356
    jualan kredit ialah 101356×30%=30406.80(Mei) butir:penghutang kan?

    jualan pada bulan mei ialah 101356+(101356×15%)=116559.40
    jualan tunai mei: 116559.40×70% manakala penghutang ialah 116559.40×30%(jun)

    Belian: april =62513
    pemiutang pada bulan mei letak 62513×80% macam ini ke?

  770. ataupun ambil akaun kawalan penghutang pada bulan april untuk dijadikan penghutang pada bulan mei.
    tapi sya punya belian kredit di akaun kawalan pemiutang lebih besar daripada belian di penyata pendapatan macam mane cikgu??

  771. cikguu , untuk rumusan apa saya patut tulis eh?

  772. cikgu , diskaun diberi , pulangan belian , pulangan jualan , dan diskaun diterima kena tulis kat penyata pendapatan ke ?

  773. Tong,
    Nilai dalam Belanjawan adalah nilai andaian.. berdasarkan peratus tertentu dalam soalan. Nilai bulan April adalah nilai sebenar.. maka tidak perlu diandaikan nilai penghutang/pemiutang..kerana nilai tepatnya telah ada… maka nilai tersebut dijelaskan pada bulai MEI.

    Iman putri,
    Secara umumnya Cg sudah nyatakan sebelum ini… detail adalah lebih baik rujuk ketetapan cikgu sekolah anda.

    MrFabby,
    Item Hasil dan Belanja –> PP

  774. Cikgu, adakah akaun kawalan & akuan semasa ialah lejar am?????

  775. cikgu imbangan duga saya seimbang
    tapi kunci kira – kira saya x seimbang
    macam mana cikgu ???

  776. cikgu,

    cadangan nk buat macamana ye?

  777. Xin Jie,
    Ya –> LA.

    Mr Fabby.
    Mungkin ada item dalam IDT tertinggal masukkan dalam PP @ KKK.

    Naddy,
    Seperti karangan biasa… 3 cadangan jangka pendek dan 2 cadangan jangka panjang.
    –> ISI –> huraian… bagi setiap satu.

  778. lepas dh buat imbangan duga terselaras lepas tu buat ape?

  779. kene buat dalam micrsoft word ke excel

  780. cikgu,
    Syarikat Faiba Sdn Bhd perlu diletakkan di bahagian mana?

  781. adakah di bahagian penyata pendapatan atau kunci kira kira?

  782. Ati,
    Ikut kitaran perakaunan…. IDT –> Penyata Kewangan.

    Man,
    Bebas… ikut kemahiran masing2.

    Dinana,
    Liabiliti –> KKK

  783. Tapikan cikgu, cikgu sekolah saya cakap faedah atas modal tak payah darab 1/12. Faedah atas ambilan je yg darab 1/12. So yg mane sebenarnya eh? saye confuse.

  784. Zaty,

    Cuba rujuk faedah atas modal yang ditetapkan…. biasa kadar % untuk setahun…maka untuk kira FAM untuk sebulan.. –> mesti X 1/2

  785. cikgu , nak tanya dalam maklumat penyediaan belanjawan tunai , apakah maksud polisi kredit 30 hari diamalkan oleh perniagaan , dan baki awal tunai termasuk baki bank ?

  786. Alas,

    1. Polisi tersebut berkaitan jualan kredit(penghutang) dan belian kredit(pemiutang) –> akan dibayar bulan berikutnya.
    2. Baki awal = Tunai + Bank

  787. Cikgu untuk kerja kursus ni belian dan jualan kredit ambil yang mana jumlah dia

  788. Nor Syuhada,

    Kira ikut % yang telah ditetapkan dalam soalan.

  789. Cikgu, belanjawan tunai perlu tunjukkan jalan kira ke?

  790. Aniqah,

    Ya.. tunjukkan jalan kerja di nota belanjawan.

  791. Cikgu yang nisbah kecekapan tempoh kutipan hutang darah berapa hari?

  792. Sia,

    30 hari –> untuk sebulan.

  793. Cikgu dalam tafsiran niabah (pulangan atas modal )punya modal awal tulis 160000 betul tak jumlah modal pekongsi

  794. Sia,

    Ya….Modal awal –> merujuk kepada jumlah modal awal pekongsi.

  795. Assalam.cikgu,macam mana ye nak buat rumusan kerja kursus?

  796. Nur Fazlina, waalaikumusalam.

    Sila rujuk ketetapan guru sekolah anda.

  797. salam cgu
    saya ingin bertanya dalam
    *id pelarasan tu stok kita ambik kat stok akhir or stok dulu.
    *pastu kenapa susut nilai lengkapan saya dapat sen ?
    25000-3625 x 10% = 2137.5

  798. CGU UNTUK FAEDAH ATAS PINJAMAN TU KENA MASUK KAT PP KE KK? INI ITEM BELANAJA KAN

  799. Cikgu , gaji di belanjawan tunai adalah rujuk ID terselaras / gaji kasar 5 org pekerja tu ??

  800. Rasyidah,
    1. Stok awal –> IDT
    2. SN untuk sebulan –> X 1/12 … buarkan jawapan dalam sen.
    3. Faedah atas pinjaman –> Belanja (PP)
    Faedah pinjaman terakru –> Liabiliti semasa (KKK)

    Das,
    Semua rujuk nilai IDT.

  801. Thank you

  802. Dalam akaun semasa, faedah atas ambilan dengan faedah atas modal ambil nilai yg darab dengan 1/12 ke ambil nilai untuk setahun?

  803. Dalam belanjawan tunai ada mengatakan 70% adalah jualan tunai.Apa yang perlu saya buat?

  804. Nadhene,
    Faedah atas modal.. faedah atas ambilan… kongsi untung dalam Pengasingan UR –> catatan bergunya dengan Ak Semasa.

    Aminah,
    Daripada jumlah Jualan Mei, Jun dan Julai..
    70 % –> Jualan tunai –> terima pada bulan sama.
    [70%Mei -> Mei, 70%Jun -> Jun, 70%Jul-> Jul]
    30% –> Jualan kredit (penghutang) –> terima pada bulan berikutnya. (Tempoh kredit 30 hari)
    [30%Mei -> Jun, 30%Jun -> Julai]

  805. cg mcm ne nk download borang perkeso and kwsp untuk buat copy dlm laptop

  806. Selamat sejahtera cikgu,
    nak tanya rumusan nak macam mana buat ?

  807. Fathullah,
    Download soalan (pdf) –> convert –> Word.

    Michael,
    Dah bagitau sebelum ini… selebihnya rujuk guru akaun sekolah.

  808. Assalamualaikum cikgu.dalam belanjawan tunai perlu tunjuk jalan kerja ke?

  809. Siti, waalaikumussalam.

    Ya.. sebaik2nya sediakan satu helaian untuk NOTA BELANJAWAN… kita senaraikan satu persatu.. seperti :
    1. Baki awal Mei … tunjukkan pengiraannya.
    2. Jualan (seperti dalam soalan)… tunjukkan pengiraannya.
    3. ……. dan seterusnya.

  810. CGU ini bermakna saya kena jadikan RM 178.125 kepada RM 178 sahaja ke ?
    selain itu jika faedah atas simpanan terakru saya jadikan dia benda baru its means that item ni takde memula iaitu faedah atas simpanan pastu saya buat pelarasan adakan dia. so kena masuk kat pp jugak ke or takyah?

  811. CGU
    selain itu jika faedah atas simpanan terakru saya jadikan dia benda baru its means that item ni takde memula iaitu faedah atas simpanan pastu saya buat pelarasan adakan dia. so kena masuk kat pp jugak ke or takyah?

  812. cikgu,
    dalam belanjawan tunai ada cakap ‘lain-lain anggaran penerimaan dan pembayaran yang signifikan berdasarkan rekod sedia ada.’
    Apa yang perlu saya lakukan?

  813. Assalamualaikum cikgu…

    Saya nak tanya dan nak tahu macam mana nak buat lejar dan jurnal am guna Excel?

  814. Rasyidah,
    1. RM178.13
    2. Hasil @ Belanja –> PP
    3. Aset, Liabiliti @ Ekuiti –> KKK

    Dinana,
    Rujuk PP dan KKK @ IDT… apajah item2 yang melibatkan Penerimaan (cth: komisen diterima..dll) & Pembayaran (cth: kadar bataran, sewa dibayar..dll) –> masuk Belanjawan Tunai.

    Anne, waalaikumussalam.
    Mesti pandai guna Ms Excel terlebih dahulu. Ataupun cuba download dari Blog Cikgu Azlan.. fail excel yang sudah siap formatnya.. cuma perlu taip isinya sahaja.

  815. Cikgu, jadi selepas buat nota belanjawan. Masukkan shj jumlah yang da dikira dalam belanjawan tunai ke?

  816. IDT kena masukkan sust nilai yang mana?

  817. Siti,
    Ya..

    Rasyidah,
    Rujuk baki akhir akaun tersebut.

  818. Assalamualaikum cikgu..boleh sye dapatkan contoh jawapan?

  819. Knp imbangan duga saya tk tally ye cikgu..yg sebelum diselaraskn tu

  820. cikgu adakah kerja kursus utk tingkatan 5 lebih mudah berbanding tingkatan 4

  821. Azie, waalaikumussalam.
    Maaf tiada contoh jawapan…. jawapan pelajar yang dibimbing oleh guru sekolah masing2 .. itulah jawapannya.
    ID tidak seimbang.. mungkin disebabkan poskan ke lejar silap, tertinggal catat, catat disebelah yang salah. –> sila semak dengan kawan yang sudah seimbang @ terus kepada guru sekolah.
    Sentiasa berhubung dengan guru sekolah.. kerana ada markah untuk KOMUNIKASI.

    Intan,
    Sama sahaja.

  822. cgu jadi macam mana dengan peraltan? dia kan pernilaian? ada item snt ke?

  823. Rasyidah,

    Pelarasan SN –> kaedah penilaian semula.
    Cara rekod sama..(Dt SN Kt SNT) yang berbeza cara kira SN.
    SN = (kos – SNT) – nilai semasa

  824. untuk IDT kena masukkan SNT ke SN ?

  825. Cikgu , gaji pekongsi kena buka lejar am dulu ke atau terus masukkan dalam penyata pendapatan pekongsi ?

  826. Rasyidah,
    Semua akaun dalam lejar Am –> IDT.

    Haziqah,
    Tidak diminta buka… –> terus sediakan Pengasingan UR dan Ak Semasa

  827. Cikgu, gaji pekongsi dkt ikatan perjanjian perkongsian tu boleh letak berapa2 ke? Utk sebulan atau setahun? Lepastu nak gaji tersebut letak dekat Penyata Pdptn yg gaji pekongsi dan akaun semasa ke?

  828. Salam.cikgu nk tnye.. dlm pp PERKESO ngn kwsp kne msokkan ke?

  829. Cikgu,Akaun pengasingan untung rugi kena buat ke? Kalau saya terus sambung dkt penyata pendapatan boleh tak? Di bwh untung bersih

  830. Ira,
    Jumlah gaji pekongsi bebas… biasanya gaji dinyatakan untuk sebulan.
    Gaji pekongsi –> Pengasingan UR & Aj Semasa.

    Asya,
    Hasil & Belanja –> PP
    Aset, Liabiliti & Ekuiti –> KKK

    Fatiha,
    Boleh sambung terus..

  831. Ckgu, dekat PP kan lepas untung bersih kne tambah FAA tolak FAM dan Gaji kan? Lepas da dpt jumlah tu kongsi untung sye dengan perkongsi sama rata jadi saya kene bahagi dua dengan jumlah yg FAA , FAM ngan gaji tu ea?

  832. Asya,

    Selepas UB –> dipanggil Penyata Pengasingan UR… cuma digabungkan dgn PP.
    UB
    + FAA
    – FAM
    – Gaji
    = X
    Kongsi Untung:
    Pekongsi A (1/2 × X)
    Pekongsi B (1/2 × X)

  833. Salam cikgu,

    Saya nak tanya jurnal am, jurnal belian, jurnal jualan, jurnal pembayaran dan penerimaan tunai serta lampiran pengiraan gaji dan borang perkeso & kwsp tu kena taip dekat komputer jugak ke? atau hanya kena tunjuk sebagai evidens je?

  834. lagi satu cikgu sn peralatan tak payah masukkan dlm jurnal am dan lejar kan cikgu?

  835. Ain,

    JBT1 –> bertaip.. masuk sebelum Lejar.
    Lain2 –> Lampiran : bertaip / tulis

    SN Peralatan –> sama SN yang lain : masuk jurnal & lejar pelarasan.

  836. Salam cikgu, dekat Akaun semasa ambilan ambil yang 4250 dan 3260 kan? Sye punya FAA 2%.. sye kene darabkan 2% tu dengan 4250 dan 3260 ??

  837. Cikgu sye punye X RM24065.47 kalau 1/2 darb dengan 24065.47 sye dpt 12032.735 mcm mne nak genapkan yg sen tu? Kalau saye genapkan jadi 74 sen nnty jadi 24065.48 .

  838. Asya,

    Ambilan A
    1hb tunai RM1000 –> dikenakan faedah
    30hb belian RM3250 –> X dikenakan
    Baki akhir RM4250

    Faedah atas ambilan 2% setahun –> untuk SEBULAN sahaja –> X 1/12
    Maka, FAA = 2% x 1000 x 1/12 = RM1.67

    Ak Semasa
    Ambilan A RM4250
    FAA A RM1.67

    Perbezaan 1sen –> tidak dikira salah.. kerana ianya disebabkan oleh pembundaran.

  839. Baik, tq cikgu

  840. Cikgu yg dlm belanjawan tunai tu bulan Mei modal kene masukkan ke? Kalau kne msokkan yg RM 160 000 tu ea?

  841. Ckgu.. PERKESO ngan KWSP kne msok dalam belanjawan tunai tak yg dekat bahagian pembayaran?

  842. Asya,

    Fahami konsep Belanjawan –> anggaran aliran wang masuk (penerimaan wang) dan wang keluar (pembayaran wang) pada sesuatu bulan.

    Asalkan bayar / terima wang –> masuk pada bulan wang tersebut dijangka masuk/keluar.

    Modal –> tidak masuk sebab RM160000 telah masuk beberapa tahun lepas… kecuali dijangka pekongsi A bawa masuk modal RM10000 pada bulan Mei/Jun/Julai baru masuk.

  843. Cikgu, belanjawan tunai anggaran penerimaan dan pembayaran signifikan kena letak nilai yang sama atau lebih kurang ?

  844. Adakah gaji pekongsi dicampurkan sekali dgn gaji pekerja??

  845. Umairah,
    Nila sama boleh…. ada pertambahan x% pun boleh… tapi nyatakan dalam nota belanjawan.

    Awie,
    Asingkan gaji pekerja dan gaji pekongsi.

  846. Ckgu,soalan ade ckp yg mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan prestasi jangka panjang ape mksdnye Ckgu ? Dia nak kite wat ape

  847. Lejar dan imbangan perlu mengikut nombor folio ka cikgu????

  848. Lejar dan imbangan perlu mengikut nombor folio ka cikgu????

  849. Cikgu kalau tak type tolak berapa markah ye?

  850. Assalamualaikum cg, imbangan duga ada folio ke?

  851. Asya,
    1. 3 Cadangan tingkatkan prestasi semasa: Cth- tingkatkan promosi jualan –> huraikan cadangan tersebut – promosi dalam pelvagai media spt FB, Akhbar, Risalah dll.
    2. 2 cadangan tingkatkan prestasi jangka panjang.

    Ryan,
    Folio lejar –> BCP : JA1, JB1, JJ1, JBT1, JTT1.
    Ruang folio ID –> LA1…. LAx
    Tujuan memudahkan semakan dan lebih bersistematik.

    Husna,
    Hanya hilang markah untuk penggunaan ICT sahaja. 1 daripada 21 aspek yang dinilai.

    Kirah, waalaikumussalam.
    Ruang folio ID/IDT –> LA1…. LAx
    Tujuan memudahkan semakan dan lebih bersistematik.

  852. Cikgu bole ke klau sye buat ala cafe..utk dessert..?atau pon fastfood

  853. cikgu apa kebaikan perkongsian? at least kena bagi berapa?

  854. Cikgu, apa itu stok purata?

  855. ASSALAMUALAIKUM , CIKGU

    caruman kwsp dan perkeso perlu dimasukkan dalam pp ka tidak?

  856. Ckgu, mcm mana nk isi borang kwsp dan perkeso?

  857. kalau gaji tu ada pelarasan kena buat mcm mana? hpuskan akaun perkeso dan kwsp ke? baki b/b untuk jurnal am selepas pelarasan bg akaun gaji ambil dekat mana?

  858. Azie,
    Boleh saja –> asalkan jenis pernuagaan restoran.

    Amm,
    Bukan kebaikan perkongsian –> kelebihan pilih jenis perniagaan restiran (sekurang2nya 1).

    Farisha,
    Stok purata = (Stok awal + Stok akhir) / 2

    Nina, waalaikumussalam.
    Hasil & Belanja –> PP

    Nrrn,
    Cara isi telah ditaklinatkan kepada guru2 sekolah …. sila rujuk guru sekolah.

    Nurul,
    Cikgu cadangkan gaji tukar kepada belanja lain… kerana banyak benda kena diselaraskan nanti… gaji –> kwsp –> perkeso.. dalam lejar… borang kwsp.. borang perkeso.

  859. Cikgu, apa yg perlu letak di pembayaran dlm belanjawan tunai? Kwsp dan perkeso perlu ke dalam belanjawan tunai?

  860. Alia Mawardah Alias

    Assalamualaikum cikgu..
    Saya nak tanya, caruman KWSP dan caruman PERKESO nak rekod dalam Penyata Pendapatan atau Kunci Kira-Kira ?

  861. Alia Mawardah Alias

    Kalau dalam penyata pendapatan, nak direkod di sebelah belanja atau hasil?

  862. Yus,
    Asalkan melibatkan WANG keluar / masuk –> Belanjawan Tunai.

    Alia, waalaikumussalam.
    Fahami konsepnya adalah penting.
    Rujuk baki akhir –> kedua2nya berbaki DEBIT.
    Asas akaun :
    Aset & Belanja –> Debit
    Liabiliti, Ekuiti & Hasil –> Kredit
    Maka daripada situ kita boleh tentukan ianya Hasil / Belanja.

  863. Cikgu, saya ada soalan
    1. Pada nisbah kecekapan, tempoh kutipan hutang & tempoh pembayaran hutang untuk tempohnya 365 hari atau 30 hari?
    2. Jualan di belanjawan tunai nak ambil jualan atau jualan bersih di Penyata Pendapatan?

  864. Farisha,

    1. 30 hari.
    2. Jualan

  865. cikgu, saya nak tanya.
    untuk gaji pekongsi berapa RM yg sptutnya kita tetapkan??

  866. Izz,

    Bebas… asalkan munasabah gaji untuk sebulan bagi sebuah restoran.

  867. Assalamualaikum ckgu, klau no kwsp tu reka boleh x? Klau boleh reka nk brp no?

  868. Cikgu nak tanya…
    Pinjaman bank tak de kaitan dengan akaun semasa kan…..
    Tapi dlm perjanjian perkongsian kena ada faedah atas pinjaman.. So nak ambil kat mana pinjaman perkongsi..kita kena maklumkan sendiri ke

  869. cikgu..apa mksud polisi kredit 30 hari diamalkan oleh perniagaan??utk buat dlm belanjawan tunai..harap cikgu boleh terangkan

  870. cikgu,untuk imbangan duga sebelum pelarasan kita perlu masukan gaji x? terima kasih.

  871. cikgu, rumusan kene tulis bagaimana ?

  872. Awnie, waalaikumussalam.
    Bebas … masukkan nombor 9 digit.

    Roslina,
    Tiada kaitan.
    Faedah pinjaman pekongsi hanya nyatakan sahaja dalam Ikatan Perjanjian.
    Pinjaman pekongsi –> Tiada. Tidak perlu sediakan.

    Aishah,
    Sudahpun diterangkan sebelum ini.
    Jualan/Belian KREDIT –> dijelaskan pada bulan berikutnya.

    SuXin,
    ID –> ambil SEMUA baki akhir akaun yang ada dalam lejar.

    Nurul,
    Rumusan –> rujuk ketetapan guru sekolah.

  873. assalam cikgu, jualan kredit tu amik dekat yg total jurnal jualan tu ke?

  874. cg, rumusan dn cdgn hendak dibuat dlm satu perenggan ataupun rumusan satu perenggan mnkalar cdgn satu perenggan.tq cg.

  875. cikgu, akaun faedah atas ambilan kena wujudkan kejar jugak ke?

  876. cikgu, akaun faedah atas ambilan kena wujudkan *lejar jugak ke?

  877. Cikgu belanjawan tunai kne start dengan bulan april atau mei?

  878. Ckgu, kalau sy bt cdgn itu dlm bentuk point boleh kn?
    Cth : •membuat promosi
    (Huraian)
    •(cdgan)
    (huraian)

  879. Cg,mcm mana nak cari jumlah jualan bagi bulan mei untuk belanjawan tunai?

  880. Pixiee, waalaikumussalam.
    1. Jualan kredit –> Jumlah Jurnal Jualan
    2. Ak Faedah atas Ambilan –> Tidak perlu.

    Aina,
    Cadangan Cg.. 1 cadangan & huraian –> 1 perenggan.
    Dalam bentuk karangan.

    Ruz,
    Belanjawan Mei –> Julai

    Puvendran,
    Rujuk soalan –> naik k% daripada jualan April.

  881. Ckgu..brmkna sye bole buat cafee dessert laa..ala2 kedai kek..tp restaurant..cmtu?

  882. tqq cikgu. semasa membuat menyediaan belanjawan tunai,

    1. Jualan kredit nak kena tulis penghutan ke tulis jualan kredit sahaja?
    2. Adakah Jualan kredit dan jualan tunai diasingkan
    3. Dan, brdasarkan maklumat yg diberi. apa maksud maklumat dlm b) -> 70%adalah jualan tunai….

    Thankyouu so much cikgu

  883. Azie,
    Boleh.

    Pixiee,
    1. Jualan kredit –> Penghutang
    2. Ya… Jualan tunai –> terima pada bulan tersebut.
    Jualan kredit (penghutang) –> bulan berikutnya.
    3. Daripada JUALAN MEI
    Jualan tunai = 70%xMEI –> terima MEI
    Penghutang = 30%xMEI –> terima JUN

  884. so first, jualan pada april akan dimasukkan dlm belanjawan pada bulan mei dan akan didarabkan 15% ?? then bila dah dapat, 70% × jualan yg sudah kira tadi.. then jumlah yg kita dpt tu, itulah yg aka n dimasukkan ke dlm jualan tunai bagi mei? betul ke cikgu?..

  885. Cikgu, untuk pembetulan kesilapan tidak ketara, saya buat belian lengkapan tidak direkodkan dalam mana2 rekod. Soalan saya,belian lengkapan ni adalah belanja atau belian?

  886. cikgu, adakah ini betul?..((belanjawan))

    Jualan tunai
    Mei – 89591.58
    Jun – 97909.90
    Julai – 117491.88

    Penghutang
    Mei -34967.82
    Jun – 41961.38
    Julai – 50353.66

  887. Cikgu dlm belanjawan tunai..penghutang dan pemiutang bulan mei ambil dari jualan dan belian kredit bulan april ke?

  888. Adakah semua belanja dan hasil dalam bulan april perlu ada dlm belanjawan tunai bulan mei jun julai atau tidak semestinya

  889. Pixiee,
    Ya.. BETUL,
    Cuma Jualan kredit (30%) Mei –> catat di JUN, JUN –> JUL

    Nurin,
    Bila beli LENGKAPAN –> ASET bertambah –> Ak Lengkapan terlibat… BUKAN belanja/Belian.

    Yush,
    1. Baki PENGHUTANG & PEMIUTANG bulan APRIL –> MEI
    Jualan & Belian kredit tidak perlu dikira kerana NILAI SEBENAR telah ada.. maka dijelaskan pada bulan MEI. Berbeza Penghutang & Pemiutang bulan MEI.. tiada nilai sebenar kita perlu anggarkan ikut % yang ditetapkan dalam soalan.
    2. Belanjawan Tunai –> mana2 item yang melibatkan WANG MASUK (penerimaan) & WANG KELUAR (pembayaran).

  890. Cikgu..untuk pengiraan gaji…di perkeso tu..tgok bhgian yg mne ye..contoh sye mengambil gaji RM2200..sye perlu tgok yg mne?? (APABILA GAJI MELEBIHI RM2100 TETAPI TIDAK MELEBIHI RM2200) ataupun (APABILA GAJI MELEBIHI RM2200 TETAPI TIDAK MELEBIHI RM2300)

  891. Cikgu.. dalam belanjawan tunai,guna yang mana satu ?

    -(jualan bersih)x15% atau (jualan)x15% ?

    -(belian bersih)x10% atau (belian)x10% ?

    Kemudian,modal pekongsi,promosi,gaji pekongsi kene masuk dalam belanjawan tunai ke ? Jika modal pekongsi masuk belanjawan adakah nilai modal ialah RM 160000 ?

  892. Azie
    2200 –> tidak melebihi 2200.

    Ajie,
    1. Jualan & Belian.
    2. Tidak perlu –> rujuk item2 dalam IDT.

  893. cikgu rumusan dengan cadangan mcm mana ya?

  894. cikgu jika kesilapan ketara saya buat mcm ni blh x?
    Sewa dibayar tersalah catat sebagai diskaun diberi sebanyak RM50.terimakasih cikgu

  895. Vv,
    Sila rujuk komen Cg sebelum ini.

    Suxin,
    Dari segi jenis kesalahan dah ok.. cuma dari segi rasionalnya tidak berapa ok… cadangan Cg tukarkan “Diskaun diberi” dengan belanja yang lain.

  896. Cikgu Akaun Semasa nak buat folio tak ?
    Faedah aras modal / gaji folio nak tulis ape?

  897. cikgu..dlm belanjawan kena ada brp item?atau semua yg ada dlm imbangan duga terselaras kena masukan ke belanjawan?

  898. Sia,
    Masukkan mana yang ada.. Cth: Baki b/b –> JA1

    Suxin,
    Tak tentu… asalkan melibatkan Wang Masuk dan Wang Keluar.

  899. cikgu, hutang ragu dalam IDT belah debit atau kredit?

  900. Cikgu nisbah jwp 3.9959271463
    Nak guna Rm4 atau Rm 3.99

  901. Cikgu nak jawapan blh

  902. Cikgu faedah atas pinjaman, kwsp,perkeso kena letak dekat pembayaran di belanjawan tunai ke?

  903. Pixiee,
    Rujuk baki akhir dalam Ak Hutang Ragu –> sepatutnya berbaki Debit.

    Sia,
    Dibundarkan –> RM4

    Ali,
    Cgu pun tiada jawapan –> jawapan masing2, sepatutnya tidak sama… cgu hanya semak ketepatan hasil kerja pelajar.

    Farisha,
    Asalkan melibatkan aliran keluar wang tunai –> boleh dijadikan Item Pembayaran

  904. Tp kenapa tak imbang ye ckgu? Sdgkn klau sye buat 2200-tidak melebihi 2300 baru imbng

  905. cg, gaji tidak dikira sebagai pelarasan kcuali digunakan sebagai gaji terdahulu atau terakru?

  906. Cg,apa tu polisi kredit selama 30 hari?dlm belanjawan tunai mcm mna nak gna polisi tersebut?

  907. selamat sejahtera cikgu. Cikgu saya nak tanya kalau aset semasa tu lebih kurang daripada liabiliti semasa. Akan tak cikgu terimanya ? Wajibkah saya tukar apa-apa sahaja yang berkaitan

  908. Assalammualaikum cikgu. Saya ingin minta izin untuk gunakan bahan cikgu ini dan saya ingin bertanya bolehkah font size untuk folio tidak ditukar dan gunakan font size yg sama seperti didalam bahan cikgu? adakah hasil kerja saya akan diterima?

  909. jualan tunai ambik dkt mana?

  910. Azie,
    Bukan itu sebabnya… ianya tidak seimbang disebabkan rekod nilainya tidak sama –> cuba semak balik jadual kira gaji –> JBT –> Lejar.

    Nurul,
    Lebih baik jangan guna gaji sebagai item pelarasan.. kerana jika guna gaji.. maka banyak perkara yang terlibat… kwsp.. perkeso .. terpaksa diselaraskan juga. Banyak lagi item belanja yang boleh dijadikan item pelarasan.

    Sylvia,
    Hutang bulan ini bayar bulan depan –> untuk jualan dan belian kredit.

    F5 Student,
    Syarikat Faiba sdn bhd –> LBS.

    Iman Nadira, waalaikumussalam.
    Borang2 tersebut tidak perlu tukar saiz font.–> diterima.

    Naddy,
    Jualan tunai –> rujuk JTT1.

  911. Sebab sy minta jwp … Cikgu sekolah sy x ajar tentang kerja kursus Tiba Tiba suruh hantar hari jumaat ini

  912. Ali,

    Jawapannya memang tiada… pelajar buat ikut kehendak soalan… masing2 buat item pelarasan dengan nilai sendiri … maka jawapan tidak sama antara satu sama lain… Cgu hanya semak sistem perekodannya betul.
    # sepatutnya guru sekolah bimbing setiap langkah pelaksanaan.

  913. Cg,untuk pelarasan belanja terdahulu dan hasil terakru kena masukkan jg ke jurnal am ke??

  914. Cikgu kalau perkongsian saya ialah restoran. apakah yang patut saya tulis bagi kolum jenis perniagaan dalam profil perniagaan tu ? Maafkan saya.

  915. Farah,
    Ya semua item pelarasan –> JA Pelarasan –> Lejar pelarasan.

    F5 Student,
    Jenis perniagaan : Perkongsian (Restoran)

  916. cg,kalau saya tulis menyewakan dewa mini,butir apa yang perlu tulis di jurnal am??

  917. Farah,

    Penyataannya urusniaganya tidak lengkap… maka tidak boleh tentukan akaun2 yang terlibat.

  918. cikgu, dalam rumusan kena ada apa yaa cikgu selain cadangan utk meningkatkan prestasi?

  919. Memey,

    3 Cadangan peningkatan prestasi semasa dan 2 jangka panjang (Kemukakan setiap cadangan dengan huraian pelaksanaan cadangan tersebut)… perlu diasingkan dengan Rumusan.
    Rumusan hanya sebut secara ringkas sahaja cadangan2 tersebut…tambah dengan prospek perniagaan masa hadapan.

  920. Cg,saya dewan mini disewakan pada RM 600 sehari selama 2 hri..bayaran tersebut belum diterima..

  921. cikgu,

    1) jualan di imbangan duga merupakan jualan tunai ke?

    2) penghutang pun di imbangan duga ke?

  922. Farah,
    Dt Sewa diterima terakru 1200
    Kt Sewa diterima 1200

    Naddy,
    1. Tidak. –> Jumlah Jualan (Tunai + Kredit)
    2. Penghutang –> IDT @ KKK

  923. Terima kasih cikgu

  924. Cikgu borang perkeso kod majikan , lembaran slip bayaran nak tulis apa ?

    Dan borang kwsp no rujukan borang a dan no rujukan majikan nak tulis apa ?

  925. Cikgu nk dan Status juga nak tulis apa

  926. cikgu,
    Dalam akaun semasa, cara nak mengira Faedah atas ambilan :

    4250(ambilanawalbulan+akhirbulan) x 8% x 1/12 =28.33
    atau
    1000(ambilanawalbulan)x8%x1/12 =6.67

  927. Sia,
    Nombor2 –> isi saja sebarang nombor ikut petak.
    Status –> tinggalkan kosong.
    # guru sekolah telah ditaklimat cara mengisi borang2 tersebut.

    Ajie,
    FAA –> Pengasingan UR –> Ak Semasa
    = 1000 x8%x1/12 = 6.67
    Ambilan 4520 –> Ak Semasa

  928. Cikgu macam mana nak kira peruntukan hutang ragu ?

  929. Cikgu,akaun kawalan penghutang untuk butir bank perlu diambil di jurnal penerimaan tunai kan??
    Adakah ia perlu ditolak dengan diskaun diterima??

  930. nak dapat jualan tunai di mana?

  931. Eyfaa,
    PHR = k% x Penghutang

    Farah,
    Ya. –> JTT
    Ak Kawalan Penghutang
    TUNAI (42225-480) < -- bukan "BANK" DISKAUN DIBERI 480 Nandy,
    Jualan tunai –> JTT

  932. cikgu boleh terangkan tak kenapa hanya ambilan awal bulan yang dikenakan faedah … sebab cikgu sekolah saya kata kena tambah awal dan akhir lepastu baru darab dengan faedah atas ambilan ,,

  933. Ajie,

    FAA dikenakan atas ambilan yang cukup sebulan.. itu sebab perlu x 1/12.

    Ambilan 1hb –> cukup sebulan
    Ambilan 30hb–> tak sampai 1 hari (tidak dikenakan faedah)

    Cth mudah…. kita berhutang hari ini… kita terus bayar hari ini juga …adakah kena bayar faedah ?

  934. 51756 tu ke?

  935. Naddy,

    Ya..betul..
    nak buat apa dengan jualan tunai ?

  936. Cikgu macm mne nk kira faedah atas modal ye ckgu

  937. Cikgu, susut nilai dan susut nilai terkumpul termasuk ke dlm belanja yg perlu diletakkan ke dlm penyata pendapatan ?

  938. Dan faedah atas ambilan

  939. Azie,
    FAM = % x (modal) x 1/12
    FAA = % x (ambilan 1hb) x 1/12

    Danny,
    SN –> Belanja : PP
    SNT –> ABS (Aset – SNT) : KKK

  940. cikgu, kalau saya tak buat gaji untuk pekongsi ok kea?

  941. cg. mcm mana nak buat ak kawalan ??

  942. Cikgu mcm mane nak buat belanjawan tunai ikut kerja kursus ??

  943. untuk belanjawan tunai ( penerimaan )

    jualan kredit ambil di mana ye?

    komisen dan modal dalam bahagian penerimaan ke?

  944. Ft,
    Gaji pekongsi mesti ada… diminta dalam Ikatan Perjanjian.

    Zehra,
    Cara sediakan Ak Kawalan ada ditunjukkan contohnya dalam Buku Teks.

    Sharvin,
    Buat seperti jawab soalan latihan biasa… sebelum itu sediakan :
    1. Nota/Maklumat Belanjawan –> item2 yang terlibat (ikut soalan) serta tunjukkan pengiraannya.
    2. Belanjawan Tunai.

    Naddy,
    Rujuk soalan.. ada dinyatakan % agihannya.
    Dua langkah kena buat:
    1. Kira JUALAN setiap bulan.
    Mei –> (Jualan April + 15%)
    Jun –> (Jualan Mei + 20%)
    Julai –> (Jualan Jun + 20%)
    2. Agihkan antara Jualan tunai dan Jualan kredit untuk setiap bulan.
    Jualan tunai –> 70% x JUALAN
    Jualan kredit(penghutang) –> 30% x JUALAN

  945. 1) PHR : 5% × RM 10850
    : RM 542.5
    (Betul ke cikgu ? )

    2) cara nak buat catatan pelarasan dalam jurnal Am tu ambil semua maklumat dari senarai pelarasan pada tarikh imbangan duga kan ?

  946. cg. dalam imbangan duga terselaras,kan masukkan baki bb peghutang dn pemiutang.

    perlu ke kita masukkan pula diskaun diberi /diterima pulangan belian /belian/ jualan
    dalam imbngn duga terselaras??

  947. Cikgu dalam imbangan duga terselaras syarikat faiba tak termasuk dalam pemiutang kan ? Nanti ade butiran syarikat faiba belah kredit kan ?

  948. Eafaa,
    1. PHR = 542.50 –> Betul.
    2. Ya… setiap item pelarasan –> JA pelarasan –> Lejar pelarasan.
    3. Ya… Syarikat Faiba sdn bhd –> LBS.

    Zehra,
    IDT –> masukan semua akaun yang ada dalam Lejar Am (Lejar Khas –> tak perlu, sebab kita dah masukkan baki Ak Kawalan Penghutang & Pemiutang).
    1. Masukkan baki akaun2 dalam Lejar Pelarasan.
    2. Masukkan baki akaun2 lain yang tidak terlibat dengan pelarasan (boleh rujuk ID asal)

  949. cikgu,apa yang perlu diterangkan dalam rumusan?

  950. Cikgu gaji , caruman KWSP dan PERKESO kena jumlahkan dan masuk dalam IDT ke ? IDT saya imbang kalau tak masukkan gaji , KWSP dan PERKESO ?

  951. Cikgu perancangan perniagaan nak cadangan jangka pendek tak
    Nak berapa

  952. Cikgu slps buat semua lejar slps pelarasan , akaun kawalan perlu dilakukan . Adakah semua butiran perlu diambil dari imbangan duga yg belum terselaras dan semua lejar ?

  953. Cikgu , kenapa kunci Kira-kira saya tidak seimbang ?

  954. Tirahtalib,
    Cadangan cgu…Rumusan:
    1. Nyatakan prestasi semasa perniagaan (Rujuk analisis nisbah).
    2. Nytakan secara RINGKAS perancangan semasa dan jangka panjang / bagaimana guna lebihan kewangan.
    3. Harapan/prospek perniagaan dimasa hadapan.

    Eyfaa,
    Minta cikgu sekolah semak JBR1, Ak Gaji.. Ak Caruman Perkeso dan Ak Caruman KWSP… mungkin kesilapannya disitu.

    Jiaer,
    Cadangan peningkatan prestasi:
    3 jangka pendek/semasa
    2 jangka panjang

    Krisha,
    ID –> JA pelarasan –> Lejar pelarasan –> Ak Kawalan –> IDT –> PP –> PUR & Ak Semasa –> KKK.
    # IDT –> semua Lejar Am (terlibat dengan pelarasan & tidak terlibat dengan pelarasan)

    Meeryylim,
    Ada kesilapan dimana2.. cuba semak IDT –> PP –> PUR & Ak Semasa –> KKK.
    # minta guru sekolah semak.

  955. cikgu, nilai peralatan kat kkk letak RM7880 je? takyah tolak susut nilai terkumpul?

  956. cikgu nak cari jualan kredit dengan belian kredit macam mana ye?

  957. cg.
    contohkan, sy buat pelarasan
    DT Promosi terdahulu
    KT promosi

    so, sy untuk lejar pelarasan adakah sy perlu buka lejar promosi yg baru atau smbung lejar promosi yang seblum pelarasan?

  958. kalau pengiraan belanjawan tunai kena tunjuk, kena tulis tangan & type komputer jugak ke? and nak susun belah mana?

  959. Cikgu, Syarikat Faiba kenapa LBS? Kenapa bukan LS? Faedah atas pinjaman tak perlu letak di Akaun Semasa ke? Tapi kenapa gaji pekongsi letak dekat Akaun Semasa sbb bukan terakru..

  960. cikgu, kalau peruntukan hutang ragu diselaraskan 3% atas penghutang bersih sebanyak rm10850 jadi jawapannnya 3/100 x 10850 = rm325.50 kan? jadi kalau buat catatan jurnal am dt. peruntukan hutang ragu 325.50 , kt. penghutang 325.50?

    kalau betul, macam mana nak pindahkan ke lejar pula?

  961. Cikgu macam mana nak kira kongsi untung ?

  962. Zati,
    1. Peralatan 10,000 –> Rujuk nilai2 dalam IDT.
    (-) SNT
    2. Nota/Maklumat Belanjawan –> bertaip… boleh letak sebelum / selepas Belanjawan Tunai.

    Mashitah,
    Jualan kredit –> Jurnal jualan
    Belian kredit –> Jurnal belian

    Zehra,
    Dalam Lejar Pelarasan –> buka Ak Promosi & Ak Promosi Terdahulu.

    Farisha,
    Ya LBS… jumlah yang banyak (hampir dengan jumlah pinjaman bank).. sudah tentu akan dijelaskan dalam jangka masa lebih setahun.
    Faedah pinjaman BANK -> tidak melibatkan pekongsi.
    Gaji pekongsi masih lagi BELUM BAYAR –> Terakru –> Ak Semasa.

    Sarah,
    Dt Hutang Ragu
    Kt Peruntukan hutang ragu
    Poskan ke lejar seperti biasa.

    Eyfaa,
    Kira kongsi untung rugi berdasarkan nisbah dalam ikatan perjanjian.

  963. Salam ckgu , mcm mana nk buat rumusan ya ? boleh tk ckgu tolong tujukkan contoh ayat utk buat rumusan ?

  964. Atiqak,

    Sila baca komen2 sebelum ini sebelum bertanya. Sila rujuk disini :
    https://cgnarzuki.com/tugasan-kerja-kursus-tingkatan-5-spm-2017/#comment-155708

  965. cikgu, saya nak tanya baki b/b bulan april di belanjawan tunai nak dapat dari mana ye? lepas tu penghutang dan pemiutang di belanjawan tunai nak kira macam mana pada bulan apr hingga jun?

  966. Ain Saipul,

    1. Baki akhir April = Baki awal MEI = Baki Tunai + Baki Bank.

    2. Belanjawan –> Mei – Jun – Julai
    Jualan kredit(penghutang) & Belian kredit (pemiutang) –> ikut agihan % yang diberi.

    Dua langkah kena buat:
    1. Kira JUALAN setiap bulan.
    Mei –> (Jualan April + 15%)
    Jun –> (Jualan Mei + 20%)
    Julai –> (Jualan Jun + 20%)
    2. Agihkan antara Jualan tunai dan Jualan kredit untuk setiap bulan.
    Jualan tunai –> 70% x JUALAN
    Jualan kredit(penghutang) –> 30% x JUALAN

  967. Cg..mcm mne nk buat cadangan utk meningkatkn prestasi semasa dan prestasi jangka panjang??..

  968. Ara,

    3 Cadangan peningkatan prestasi semasa dan 2 jangka panjang
    –> Kemukakan setiap cadangan dengan huraian pelaksanaan cadangan tersebut

    Cth cadangan semasa :
    Tingkatkan promosi bagi menarik lebih ramai pelanggan –> dapat tingkatkan hasil jualan –> tingkatkan untung perniagaan
    Huraian :
    Aktiviti promosi akan dijalankan melalui pelbagai media –> media bercetak spt: akhbar, majalah dll. –> media elektronik spt: radio, tv. –> media sosial spt: FB, blog, Whatsapp dll.
    # tulis dalam bentuk karangan. 1 cadangan & huraian –> 1 perenggan.

  969. cikgu, hutang ragu masuk dalam belanjawan tunai ke?

  970. Cikgu , lejar terselaras perlu taip semula yang lama punya lejar dan baharu punya lejar?

  971. cg pengenalan perniagaan tu kalu saya buat restoran sebab memilih peniagaan ni mcm mn???? ..kelebihn yang kita dapat perniagaan ni mcm mn ???? risiko mcm mn ????

  972. Sarah,
    Hutang ragu, susut nilai, –> tidak melibatkan wang tunai keluar –> tidak masuk dalam Belanjawan Tunai,

    Hakim,
    Boleh taip sendiri… ataupun cuba cari di Blog Cikgu Azlan.

    Abc,
    Ya..

    Nur Hanani
    ,
    Masukkan latar belakang perniagaan boleh rujuk dalam soalan. Kemukakan 1 sebab kenapa anda pilih perniagaan restoran. 1 kelebihan jenis perniagaan tersebut… serta 1 risiko menjalankan perniagaan tersebut…buat seperti karangan biasa.

  973. Cikgu betul ke ?

    1) stok awal dalam penyata pendapatan ambil stok di jurnal am .
    2) peruntukan hutang ragu termasuk dalam hasil .
    3) faedah atas ambilan A (1000 × 3% × 1/12) ambilan B (1500 × 3% × 1/12)
    4) Faedah atas modal A dan B (80000 × 3% × 1/12)
    5) gaji setiap orang pekongsi reka sendiri kan ?

  974. cikgu, saya nak tanya tentang pengiraan nisbah yang tempoh kutipan hutang tu, penghutang ambil yang sebelum tolak phr ke selepas tolak phr?

  975. lagi satu baki awal bulan april di belanjawan tunai nak dapat dari mana ye cikgu?

  976. Fifi,
    Ya… semua betul.

    Ain Saipul,
    Jelas formulanya menyatakan “PENGHUTANG”
    Belanjawan bermula MEI – JUN – JULAI
    Baki akhir April –> Baki awal Mei

  977. Cikgu,akaun kawalan penghutang dan pemiutang masuk IDT juga ke??

  978. Farah,

    Ya, masuk
    –> ID –> Pelarasan –> JA pelarasan –> Lejar pelarasan & Ak Kawalan –> IDT –>

  979. cg, kerja menaip tu kena ada yg terselaras n tak terselaras kan? profil perniagaan kena? pengenalan? lagi apa ja yg kena ada?

  980. Keyfa,

    Semua bertaip : bermula Pengenalan —->hingga Rumusan

  981. Cikgu boleh tolong semak..
    JUALAN APRIL= RM 101356
    #Jumlah jualan
    mei= 101356×15%=116559.40
    jun= 116559.40×20%=139871.28
    Julai= 139871.28×20%= 167845.54

    #Jualan tunai
    mei=116559.40×70%=81591.58
    Jun=139871.28×70%=97909.90
    Julai=167845.54×70%=117491.88

    #jualan kredit
    mei=101356×30%=30406.80 (jualan april×30%)
    Jun=116559.40×30%=34967.82 (jualan mei×30%)
    Julai=139871.28×30%=41961.38 (jualan jun×30%)

    #tq.

  982. Cikgu , kalau nilai kongsi untung saya RM10047.845 tak apa ke ? sebab klau dibundarkan kepada 2 titik perpuluhan nilainya akan jadi lain.

  983. Yush,
    Jualan kredit –> butir dalam Belanjawan tunai guna PENGHUTANG.
    Semua betul kecuali Penghutang MEI.
    Penghutang APRIL –> tidak perlu anggar 30%… kerana kita telah ada nilai penghutang sebenar dlm IDT/KKK RM10,850 ..maka nilai tersebut dibayar pada bulan MEI.

    Ajie,
    Takpa.

  984. muneswari kanagaraj

    saya mahu pengenalan dan rumusan tentang prinsip perakaunan.tolong saya.saya tak faham.bagaimana buat pengenalan dan rumusan dan cadangan

  985. Muneswari,

    Sila baca komen2 diatas.. telah ada dibincangkan.

  986. cikgu,faedah atas pinjamna pekongsi kena buat tak?

  987. cikgu, diskaun diberi masuk sekali ke dalam pembayaran di belanjawan tunai?

  988. Ai chyi,
    Tidak perlu.. kerana tiada pinjaman pekongsi –> tiada FAP pekongsi.

    Nura,
    Diskaun –> tidak masuk.

  989. Cg,rumusan kena masukkan item yang mana

  990. Cikgu , mana cari akta perjanjian?

  991. cikgu,kongsi untung kena x1/12 tak?

  992. Farah,
    Rujuk komen Cg sebelum ini.

    123,
    Boleh muat turun di post utama (ATAS)
    https://cgnarzuki.com/tugasan-kerja-kursus-tingkatan-5-spm-2017/

    Ai Chyi,
    Tidak perlu.

  993. cikgu ni betul ke? (belanjawan)

    jualan tunai:
    mei: 81591
    jun: 97910
    julai: 117492

    penghutang:
    mei: 34968
    jun: 41961
    julai: 50354

  994. cikgu tolong semak yang ini:

    belian: 62913
    so 62913 + 10% = 69204

    belian tunai mei: 69204 x 20% = 13841

    belian kredit mei (pemiutang): 69204 x 80% = 55363

    seterusnya pun kira macam atas ni jugak ke cikgu?

  995. Nura,

    Pengiraannya sudah betul… cuma penghutang MEI –> masuk JUN dalam belanjawan… kerana tempoh kredit sebulan. –> hutang bulan Mei bayar bulan Jun.

  996. Cikgu, untuk nisbah, buat semua atau setiap kategori nisbah pilih satu?

  997. Ajie,

    Sekurang2nya 1 bagi setiap jenis nisbah.
    Tetapi Cg sarankan buat SEMUA nisbah tersebut… supaya lebih memahami topik tersebut sebagai persediaan SPM.

  998. yg belian yg saya kira tu betul cikgu?

  999. CIKGU, BRG KWSP DAN PERKESO DAN ISI MCM MANA?

  1000. Nura,
    Cara pengiraan sudah betul… nilai belian April.. bergantung pelarasan yang kamu buat.

    Suxin,
    Isi berdasar apa yang diminta… no rujukan reka sendiri… nilai2 berdasarkan jadual pengiraan gaji yang disediakan sebelum ini.

  1001. cikgu bagaimana menggunakan lebihan kewangan yang diperolehi

  1002. Assalamualaikum, cg. Rumusan tu berkaitan dgn apa? Prinsip, konsep dan andaian ke macam mana?

  1003. Rashdan,
    Rujuk Belanjawan tunai.

    Putri, waalaikumussalam.
    Tidak sama dengan Tugasan T4 tahun lepas. Rumusan –> rujuk komen sebelum ini.

  1004. Assalamualaikum cikgu,
    1. Nombor slip bayaran dalam borang Perkeso perlu diisi ke?
    2. Adakah Akta Perkongsian wajib dilampirkan?
    3. Dalam belanjawan tunai kalau gaji pekerja sudah termasuk caruman perkeso dan kwsp maka tak perlu untuk diasingkan item-item caruman tu kan cikgu?

    Terima kasih cikgu

  1005. Izzah Farhanah

    Assalamualaikum saya nak tanya, adakah boleh imbangan duga pelarasan, penyata pendapatan, kunci kira-kira buat 2 muka surat? ataupun kena sekalikan 1 muka surat?

  1006. Cg,tlg semak butir belanjawan tunai saya,

    Penerimaan:Jualan,penghutang,komisen diterima,modal kedua-dua pekongsi,sewa dewan mini dan pinjaman bank.

    Pembayaran:Belian,pemiutang,gaji,sewa kedai(utk menyimpan bahan mentah), promosi,insurans,kadar bayaran dan pinjaman pekongsi

  1007. Cikgu..adakah susut nilai terkumpul berbeza antara setiap pelajar

  1008. Untuk peralatan ada susut nilai terkumpul ke?

  1009. Assalamualaikum cikgu..

    1) Ikatan perjanjian perkongsian yg disenaraikan dalam catatan pelarasan, perlu catat di jurnal am dan lejar ke?

    2) Kalau stok akhir pula mcm mna ya?

  1010. cg,akaun plngan belian(LA24) nak isi nilai yg mana?? butiran apa??

  1011. Salam cikgu, dlm kkk lepas modal kerja kan EP kne tmbah dengan LBS.. tapi knape jumlah EP+LBS x sme dengan modal kerja sye?

  1012. Cikgu , rumusan macam mana tulis?

  1013. Anonymous, waalaikumussalam.
    1. Tidak perlu.
    2. Tidak wajib.
    3. Rujuk nilai2 dalam IDT @ PP.

    Izzah, waalaikumussalam.
    Boleh.

    Puvendran,
    Ada yang tidak betul… Belanjawan hanya melibatkan terimaan / bayaran pada bulan Mei.. Jun.. Julai Sahaja.
    Modal X –> sebab duit terima beberapa tahun yang lepas… begitu juga Pinjaman bank.

    Yush,
    1. Sepatutnya sama.
    2. Peralatan –> ada SN dan SNT

    Nazihah, waalaikumussalam.
    1. Ikatan Perjanjian –> masukkan selepas Profail Perniagaan.. bukan dalam catatan pelarasan. Dan tidak perlu JA dan Lejar pelarasan (tidak dianggap item pelarasan).
    2. Stok akhir –> terus dalam PP dan KKK (bukan item pelarasan, hanya nyatakan sahaja nilai stok akhir dalam Senarai pelarasan tersebut).

    Shima,
    Nilai –> Jumlah Jurnal Pulangan Belian –> butir : Pelbagai Pemiutang.

    Asya,
    Modal Kerja + Jumlah ABS = JUMLAH
    Ekuiti pemilik + LBS = JUMLAH

    Abc,
    Rumusan –> rujuk jawapan Cg sebelum ini.

  1014. Cikgu mana nak cari templete untuk akaun semasa ngan akaun untung rugi sbb saya ni tak mahir sangat dengan microsoft excel sbb tu saya tak reti nak buat jadual-jadual tu

  1015. Sorry salah type bukan akaun untung rugi tapi akaun kawalan

  1016. Cikgu . Saye tngok ade satu buku ni kan dia tmbah untung bersih kat dalam kkk bahagian ekuiti pemilik , betul ke?

  1017. Peralatan ada rugi atas penilaian semula ke

  1018. Hamba Allah,
    Cuba cari di Blog Cikgu Azlan.

    Sis,
    Betul bagi perniagaan Milik Tunggal… sekarang kita buat untuk perniagaan jenis perkongsian… ada sedikit perbezaan di EP.

    Yush,
    Itulah SN peralatan –> bukan “rugi” kerana kita tidak jual peralatan tersebut.

  1019. Cg utk belanjawan,caruman KWSP dan Perkeso kena tulis ke?

  1020. Faedah atas pinjaman x perlu nak tulis kat belanjawan kan?

  1021. Puvendran,

    Rujuk PP… sekiranya perkara2 tersebut dibayar setiap bulan… maka belanjawan pada bulan Mei Jun dan Julai pun mestilah ada.

  1022. Cikgu Rumusan perlu ada berapa perenggan dan apa yang perlu ditulis dalamnya?Dan juga pengenalan perniagaan berapa perenggan dan apa yang perlu ditulis dalamnya?

  1023. nur anis syafiqah binti shukri

    assalammualaikum cikgu,
    saya nak tanya berkenaan rumusan..bagaimana cara kita ak buat ye cikgu dan apakah perkara yang perlu saya tulis untuk rumusan kerja khusus prinsip akaun 2017 ini

  1024. Easwaren & Nur Anis,, waalaikumussalam.

    Bilangan perenggan bebas…Cg cadangkan –> 1 isi 1 perenggan.

    PENGENALAN
    1. Latar belakang dan aktiviti perniagaan (rujuk dalam soalan) (1 @ 2 perenggan)
    2. Sebab2 pilih perniagaan restoran
    3. Kelebihan menjalankan perniagaan
    4. Risiko yang mungkin dihadapi dimasa2 hadapan.

    CADANGAN PENINGKATAN PRESTASI;
    3 Cadangan peningkatan prestasi semasa dan 2 jangka panjang
    –> Asingkan dalam 2 helaian berasingan.
    –-> Kemukakan setiap cadangan dengan huraian pelaksanaan cadangan tersebut

    Cth cadangan semasa :
    Tingkatkan promosi bagi menarik lebih ramai pelanggan –> dapat tingkatkan hasil jualan –> tingkatkan untung perniagaan
    Huraian :
    Aktiviti promosi akan dijalankan melalui pelbagai media –> media bercetak spt: akhbar, majalah dll. –> media elektronik spt: radio, tv. –> media sosial spt: FB, blog, Whatsapp dll.
    # tulis dalam bentuk karangan. 1 cadangan & huraian –> 1 perenggan.

    RUMUSAN
    Cadangan cgu…Rumusan:
    1. Nyatakan prestasi semasa perniagaan (Rujuk analisis nisbah).
    2. Nytakan secara RINGKAS perancangan semasa dan jangka panjang yang akan diambil dengan mengunakan lebihan kewangan (Rujuk belanjawan)
    3. Nyatakan Harapan/prospek perniagaan dimasa hadapan.
    # 1 isi 1 perenggan.

  1025. assalamualaikum cg narzuki..
    mohon kepastian,
    dalam belanjawan tunai, gaji pekerja kita akan rekod berdasarkan gaji bersih (seperti yg telah dikira dlm jadual pengiraan gaji pekerja),kan?

  1026. Jonnex, waalaikumussalam..

    Rujuk nilai2 dalam PP @ IDT.. itu saja…. nilai tersebut yang dianggarkan dibayar setiap bulan.

  1027. cikgu..tafsiran kewangan tu mcm mne ye ckgu

  1028. Azie,

    Rujuk buku teks ms 535 – 536.

  1029. Assalamualaikum cikgu..nak tanya..modal,pinjaman bank perlu masukkan dalam belanjawan tunai penerimaan tak? cikgu saya ckp kena tapi sekolah lain x buat.hmm..

  1030. Cikgu..
    Hutang ragu kena masuk kunci kira kira tak??

  1031. Salam cikgu,
    Kalau begitu berdasarkan penjelasan cikgu,maksudnya kalau dlm IDT saya baki caruman kwsp dan perkeso ialah 0 maka dlm belanjawan tak perlu tulis lah kan item-item tersebut? Sebab caruman2 tu saya dah include dlm gaji pekerja

  1032. Cikgu, dekat soalan dia ada ckp polisi susut nilai peralatan-penilaian semula (RM7880 pada 30 april 2017) maksudnya apa?

  1033. Aishah, waalaikumussalam.
    Modal.. pinjaman.. terima duit bila ? Bulan Mei ? –> duit dah terima lama.. bukan bulan Mei –> tak masuk.

    Farah,
    Hutang ragu –> Belanja –> PP

    Anonymous,
    Jika IDT @ PP = 0… maka sudah tentu dalam Belanjawan pun 0 (ini kerana caruman2 tersebut telahpun dimasukan dalam Ak Gaji).
    Dan Gaji –> dah ada dalam Belanjawan tunai.

    Me,
    Kira SN kaedah penilaian semula… caranya kita bandingkan Nilai buku dengan nilai semasa.
    SN = (kos – SNT) – 7880.

  1034. Okay terima kasih banyak2 cikgu sbb sudi bantu dan beri tunjuk ajar. Alhamdulillah kerja kursus saya dah siap. Semoga cikgu sentiasa dimurahkan rezeki

  1035. Nur anis syafiqah shukri

    Alhamdulillah terima kasih cikgu?

  1036. Terima Kasih ,Cikgu .
    Cikgu ada tak format jurnal pembayaran tunai?

  1037. Anonymous & Nur Anis Syafiqah,
    Alhamdulillah… aamiin.
    Selepas ini tumpunkan sepenuhnya pada pelajaran..

    Lim Xin Ru,
    Cg sudah upload… rujuk post utama DIATAS.

  1038. assalam cikgu, dalam belanjawan tunai. Penghutang memang kosong ke pada bulan mei? ke 101356 × 30% = 30406.8?

  1039. Pixiee, waalaikumussalam.

    Penghutang APRIL (Rujuk nilai dalam KKK) –> dibayar pada bulan MEI.

  1040. Salam. Cikgu macam mana nak buat rumusan?

  1041. Amalia,

    Cg dah nyatakan sebelum ini… sila rujuk ATAS.

  1042. Cikgu, kena typekan dan tuliskan borang pengiraan gaji, perkeso dan kwsp sama seperti dalam kertas soalan ke?

  1043. Amanda,

    Sebaik2nya bertaip…
    Boleh download borang kwsp dan perkeso di post utama…. ATAS.

  1044. assalam ckgu, susut nilai peralatan kaedah penilaian semula mcm mana kira ya?

  1045. assalam cikggu, saya buat satu item kesilapan tidak ketara iaitu pemilik A memasukkan alatan pejabat ke dalam premiss berjumlah 2500. ini soalan bagi ‘Pembetulan Kesilapan’.iI bahagian pelarasan perkongsian pula (faedah atas modal), adakah modal awal sahaja(80000) untuk pemilik A atau dicampurkan dgn modal tambahan tersebut(82500)?

  1046. Textdotmy, waalaikumussalam.
    Cg sudah bagitau di ATAS.

    Haiqal, waalaikumussalam.
    Bergantung kepada tarikh ianya dibawa masuk… jika masuk 30 April –> tidak perlu kira faedah atas modal untuk RM2500.
    # sila nyatakan tarikh urus niaga tersebut dalam catatan pelarasan.

  1047. Cikgu betul tak ?

    Butir dalam akaun semasa :

    Belah debit – ambilan
    – faedah atas ambilan

    Belah kredit – faedah atas modal
    – kongsi untung

    (Ada yang tertinggal ke ? )

  1048. Eyfaa,

    Kt Gaji …. pekongsi.

  1049. oh kalau sebelum 30 aprifl bru cmpur ke? kan? heheheh

  1050. ok jadi kedua2 pemilik A&B faedah atas modal die rm80000 lah kan dkt pelarasan perkongsian tu?

  1051. Haiqal,

    Cg cadangkan buat tarikh 30 April.. supaya tidak banyak yang perlu diubah semula. Jika buat tarikh 1hb.. maka perkara tersebut terlibat sama.
    1. Faedah atas modal
    2. Pelarasan SN

    Ya.. jika 30 April –> FAM = % x 80000 x 1/12.

  1052. Cikgu amaun dlm penyata pendapatan perkongsian ambil amaun ID? Macam mana semak penyata pendapatan perkongsian buat betul atua salah?

  1053. cikgu macam mana nak buat rumusan ?

  1054. Cikgu, kwsp perkeso gaji nak masuk dlm pp sebagai belanja?dis.diberi diterima nak masuk dlm pp sebagai hasil dan belanja tak? Amaun Syarikat Faiba tambah dengan amaun penghutang sebagai item penghutang msk kkk?deposit adalah.aset? Terima kasih cikgu.

  1055. M,
    1. Kita buat ikut kitaran perakaunan:
    –> BCP –> L –> ID –> Pelarasan –> IDT –> PP –> PUR & Ak Semasa –> KKK.
    2. Nak tahu betul atau salah –> minta cikgu sekolah semak.
    3. Caruman perkeso –> Belanja.
    Diskaun diberi –> Jualan – Dis diberi.
    Penghutang –> Aset Semasa
    Sykt Faiba sdn bhd –> LBS

    Shi,
    Rujuk jawapan Cg sebelum ini.

  1056. Ok jadi .. Yg kerja kursus ni takyah tambah untung bersih and tolak ambilan dekat ekuiti pemilik eh cikgu .terus modal , akaun semasa and LBS

  1057. Cikgu tolong semakkan ,

    Kunci kira-kira :

    ASET BUKAN SEMASA
    lengkapan
    (-)SNT Lengkapan
    Perabot
    (-)SNT Perabot
    Peralatan
    (-)SNT Peralatan

    ASET SEMASA
    stok akhir
    Penghutang
    (-) PHR
    Tunai
    Bank
    Komisen terakru
    Insurans terdahulu

    (-)LIABILITI SEMASA
    pemiutang
    Sewa terakru
    Kadar bayaran terakru

    Dibiayai oleh :
    Akaun Modal : A
    B
    Akaun Semasa : A
    B

    LIABILITI BUKAN SEMASA
    syarikat faiba
    Pinjaman

  1058. Dekat ASET BUKAN SEMASA kena tambah premis dan kenderaan ke ? Kalau tambah nanti jumlah kos dan SNT diatas apabila sudah ditolak dapat kurang dari jumlah Kenderaan dan premis ? Jadi macam mana nak tolak ?

  1059. Cikgu betul ke
    SNT lengkapan RM5762.50
    SNT perabot RM4500
    SNT peralatan RM2120?
    Blh cikgu tunjuk cara kira SNT peralatan dgn amaun dia?

  1060. Sis,
    Ya.. betul.

    Eyfaa,
    Ya… ABS termasuk Premis dan Kenderaan.

    Yush,
    Nilai2nya salah… pengiraan pada lejar pelarasan SN & SNT.
    Kemungkinan silap di pengiraan SN… sepatut X 1/12… untuk sebulan.

  1061. Ohh..yg susut nilai peralatan tu boleh tak cikgu tunjuk cara kiranya dan mcm mna nak letak di jurnl am nnti

  1062. cikgu dlm nota belanjawan tunai penerimaan dan pembayaran nak tulis apa?

  1063. Cikgu mcm ni ke
    SNT LENGKAPAN 3803.13
    SNT PERALATAN 2120
    SNT PERABOT 3125

  1064. Yush,
    SN = (kos – SNT) – 7880
    Dt SN Kt SNT –> seperti SN yang lain.
    Ya. Pengiraannya dah betul.

    Jayasree,
    Ikut dalam soalan.. dan senaraikan item2 penerimaan dan pembayaran serta nilainya.

  1065. Cikgu,
    Boleh tlong terangkan bgaimna utk mncatat pmbetulan kesilapan d jurnal am yg berkaitan dgn promosi dan belian boleh cgu berikan contoh? Dan bgaimna membuat catatan kesilapan tersebut di dalam lejar?

  1066. Jasmine,

    Penyataan kesilapan tersebut perlu dinyatakan dengan jelas –> baru boleh dibuat catatan pembetulan…seperti :
    1. Terlupa catat
    2. Silap catat amaun
    3. Catat terbalik ..
    # apa jenis kesilapannya ?

  1067. So di jurnal am nnti mcm ni ye?
    SN PERALATAN 2120
    SNT PERALATAN 2120

  1068. cikgu, nilai pemiutang pada bulan mei dalam belanjwan pun ambik dari baki akhir KKK ke?

  1069. Yush,
    Salah… guna nilsi SN yang dikira.

    Pixiee,
    Pemiutang April (KKK) –> dibayar pada bulan MEI.

  1070. cikgu, boleh bagi contoh cadanga meningkatkan prestasi jangka panjang

  1071. Mar,

    Boleh fikir sendiri….. apa yang boleh kita buat untuk kembangkan lagi perniagaan restoran kita di masa hadapan.

  1072. macam mana cari penghutang bersih untuk peruntukan hutang ragu sebab tidak hutang lapuk pun.

  1073. Lalat,

    PHR = % x Penghutang –>(rujuk IDT)

  1074. Cikgu faedah atas pinjaman bank terakru nak msk ke akaun semasa? Pekongsi yg mana? Kkk nak msk tak?

  1075. Assalam cgu..

    Butir dlam akaun semasa
    Dt
    Ambilan – 1000(1hb) @ 4250(jumlah ambilan sebulan)

  1076. Cikgu deposit.sewa dan deposit kadar bayaran adalah abs ?

  1077. M,
    1. FAP terakru –> LS (tiada kaitan dengan Ak Semasa)
    2. Deposit –> AS

    Amy, waalaikumussalam.
    Rujuk baki akhir Ambilan dalam IDT. –> 4250.
    Cuma untuk kira FAA sahaja % x 1000 x 1/12

  1078. Jadi
    Ambilan 4250
    FAA rm5(1000×6%×1/12)

  1079. So mcm ni?
    SN PERALATAN 120
    SNT PERALATAN 120

  1080. Amy,
    Ya.. betul.

    Yush,
    Ya.. betul.

  1081. betul ke faedah atas pinjaman 54 sahaja?
    cara pengiraan 6%x10800x1/12 ?

  1082. Okay terima kasih cikgu>_<

  1083. Cikgu, boleh bagi contoh jalan pengiraan untuk kira bayaran ansuran pinjaman dalam kerja kursus

  1084. Cikgu..apa butir dlm kurungan yg perlu tulis dlm jurnal am bhgn sn & snt peraltan?

  1085. Yanoszz,
    Salah… RM540.

    Isah,
    Pinjaman = RM108,000
    Faedah = 6%
    Tempoh pinjaman = 5 tahun.
    Faedah pinjaman = 6%x108000x5 = 32400
    Jumlah bayar balik = 108000 + 32400 = 140400
    Bayar balik sebulan = 140400 / (5*12) =2340.

    Yush,
    (Merekod susut nilai peralatan)

  1086. macam mana nak buat rumusan yea?

  1087. Mia,

    Rujuk jawapan Cg dalam komen sebelum ini

  1088. cg,boleh tunjuk contoh rumusan tak?

  1089. Cikgu,kalau pelarasan tak buat gaji dlm akaun semasa ada gaji terakru tak?

  1090. Ali,
    Panduan tulis rumusan.. Cg sudah nyatakan sebelum ini.

    M,
    Gaji pekongsi –> memang belum dibayar lagi –> maauk Ak Semasa.

  1091. Assalamalaikum Cikgu faedah atas pinjaman tu untuk pinjaman bank ke?

  1092. Susut nilai peralatan= nilai ABS pada awal bulan – nilai ABS pda akihir bulan

    = 10000 – 7880
    = 2120

    Betul tak??

  1093. Cg,lampiran D dan E semua kena isi ke..??
    Untuk caruman PERKESO caruman tu perlu tambah caruman majikan dan pekerja ke??

  1094. ckgu yg untuk KKK . bahagian Liabiliti Bukan Semasa , butir die pinjaman bank je kan?

  1095. Iffazkha, waalaikumussalam.
    Ya.

    Amy,
    Salah… SN = (kos – snt) – 7880

    Farah,
    Ya.. jumlah caruman.

    Haiqal,
    Pinjaman & Sykt Faiba sdn bhd.

  1096. Cikgu macam mana buat pengiraan nisbah dan tafsiran nisbah?

  1097. M,

    Buat seperti dalam buku teks.. ms 535 – 536.

  1098. cikgu, analisis nisbah tu lebih baik buat dlm bentuk biasa atau dlm bentuk kolum? terima kasih

  1099. cikgu,semua jenis dlm buku teks 535-536 ke?

  1100. dlm senarai belanjawan tunai, dia tulis “lain2 anggaran penerimaan dan pembayaran yg signifikan berdasarkan rekod sedia ada”, maksudnya semua jumlah hasil dan belanja dikira tetap ke?

  1101. Nik & M,

    Cg sarankan buat semua analisis .. ikut seperti dalam buku teks.
    Cuma formula untuk tempoh kutipan dan bayaran tukarkan dari. 356 –> kepada 30 hari.

    Nik
    Ya.. kita guna nilai tetap. Cuma kena hati2 .. belanjawan tunai BUKAN berkaitan hasil dan belanja –tetapi penerimaan wang & pembayaran wang.
    Ctk: SN, diskaun tidak melibatkan wang keluar –> tidak masuk.
    Bayar balik pinjaman bank –> masuk.

  1102. Cikgu macam mana nak kira jualan tunai dan jualan kredit dalam belanjawan tunai tu ?

  1103. Eyfaa,

    Dalam soalan ada dinayatakan % agihan antara jualan tunai dan jualan kredit(penghutang).
    1. Kira JUALAN mei.. jun…julai ikut % kenaikkan.
    2. Agihkan antara jualan tunai & jualan kredit daripada JUALAN setiap bulan.
    3. Jualan kredit –> dibayar bulan berikutnya.

  1104. Jualan tunai
    Untuk bulan mei 100876×15% = 15131.40
    Jun 15131.40×20% = 3026.28
    Julai 3026.28×70% = 2118.40

    Macam ni ke ?

  1105. Efyaa,

    Salah.
    Bertambah 15% :
    Mei = April + 15%×April
    Ataupun
    Mei = April x 115%

    # cuba rujuk soalan.. 15% atas JUALAN @ 15% atas JUALAN BERSIH… bulan April.

  1106. Cikgu,dlm pengiraan nisbah penghutang ambil yg telah tolak phr ? modal awal 160000? Macam mana buat belanjawan tunai?

  1107. M,

    Formulanya PENGHUTANG –> rujuk nilai PENGHUTANG.
    Modal awal –> 160,000
    Belanjawan tunai –> seperti yang telah belajar sebelum ini.

  1108. cikgu ape format senarai pelarasan maksud saya dia punye bentuk untuk buat dalam microsoft word
    kene tunjuk jalan kerja ke?

  1109. cikgu ape format nisbah yeee

  1110. cikgu, ape cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan prestasi jangka panjang?

  1111. Eyrol,
    1. Ya. Nyatakan penyataan pelarasan… kemudian mana2 yang perlujan pengiraan –> tunjukkan pengiraan tersebut .. bagi memudahkan pihak pentaksir menyemak ketepatan pengiraan yang dibuat.
    2. Nisbah –> ikut buku teks ms 535 & 536.

    Ths,
    Kemukakan ISI dan huraikan bagaimana pelaksanaan cadangan tersebut.
    Rujuk contoh yang telah Cg kemukakan sebelum ini.

  1112. Cikgu..klau komisen terakru rm 600..komisen asal rm 500..maksudnya komisen baru rm1100 kan (600+500)

  1113. Eh maaf saya silap..komisen asal rm 350..komisen terakru rm 600..jadi komisen baru 350+600 kan

  1114. Dlam IDT
    Peralatan – RM 10000 @ RM 7880??

  1115. Slmt pgu cgu… klu rumusan mcm mna.. ada contoh rumusan kh

  1116. Knape kaedah penilaian semula perabOt perlu tolak SNT??

  1117. Cikgu dalm belanjawan bhgian pnerimaan butir pnghutng untuk bulan jun kosong ke?
    Sbb buln mei kn xprlu drb 30% ..

  1118. Cikgu macam mana tuli rumusan boleh bagi contoh ?

  1119. Yush,
    Ya.. betul.

    Bubu,
    Peralatan RM10,000 –> rujuk baki Ak Peralatan dalam Lejar.

    Amy,
    Kaedah penilaian semula untuk kira SN semasa –> kita banding NILAI BUKU dengan NILAI SEMASA.
    SN = NILAI BUKU – NILAI SEMASA
    Nilai Buku = Nilai Kos – SNT

    Iffazkha,
    Penghutang (jualan kredit) Mei –> dibayar pada JUN
    # bulan April yang tidak perlu x 30%.

    Elaine & Abc,
    Sila rujuk cadangan rumusan yang telah Cg kemukakan sebelum ini.

  1120. Assalamualaikum cikgu.. terima kasih atas bimbingan dan pertolongan cikgu….saya dpt A dlm prinsip perakaunan untuk peperiksaan ptghn tahun saya sgt gembira &bersyukur. 🙂

  1121. Cikgu boleh ajar saya tulis rumusan ?saya tak berapa faham cara untuk tulis rumusan.

  1122. Jun, waalaikumussalam.
    Alhamdulillah… teruskan kecemerlangan tersebut.. Cg doakan semoga SPM nanti dapat A+.

    Lim,
    Panduan apa yang perlu ditulis telahpun Cg nyatakan sebelum ini… sila rujuk komen terdahulu.

  1123. Cikgu,
    Gaji perkongsi kena ada dalam belanjawan tunai ke?

  1124. Hannah,

    Tidak perlu..

  1125. Cikgu, berterima kasih atas usaha membuat blog in bagi menjawab soalan yang kami tidak berapa faham.

  1126. I had paid the fees RM10 but no alert at my email

    ref:075977 (19/6/2017) around 1.32pm

  1127. Yhl,

    Terima kasih atas sokongan anda.
    Langkah 3 :
    Sila SEMAK username yang didaftar dalam senarai AHLI BARU BERDAFTAR…
    bagi menentukan nama anda TELAH didaftarkan ataupun BELUM. Jika
    BELUM, tunggu sehingga nama tersenarai.

    # nama telah ada –>
    Sudah boleh LOGIN ikut username & password yang didaftarkan.

  1128. Cikgu,gaji pekerja kena ada dalam belanjawan tunai ke?

  1129. Cikgu, faedah atas pinjaman ni nak letak di mana? Saya punya FAP : 108000 x 5% x 1/12 = 450… betul tak cikgu ?

  1130. Kerol,
    Gaji pekerja dibayar setiap bulan.. maka sudah tentu ada bayaran untuk bulan Mei Jun Julai.

    Farisha,
    Betul…
    FAP –> belanja (PP)
    FAP terakru –> LS (KKK)

  1131. Cikgu, FAP saya tak letak di PP dan FAP terakru saya tak letak di Kkk tak apa ke? Senarai pelarasan saya pada belanja terakru ialah kadar bayaran terakru & sewa terakru.

  1132. Cikgu,dalam pengenalan perniagaan kelebihan Dan risiko kena tulis kelebihan Dan risiko terhadap pemilik ke terhadap pengguna (pelanggan restoran)?

  1133. Caruman KWSP dan PERKESO pun kena ada dalam belanjawan tunai ke cikgu?

  1134. Faisha,
    Jika tiada pelarasan FAP –> maka tak wujud akaun tersebut.

    Yapchioyen,
    –> terdadap perniagaan itu sendiri.

    Kerol,
    Rujuk dalam PP.. jika ada bayaran untuk caruman tersebut –> maka bulan2 berikutnya juga sudah tentu ada.

  1135. Cikgu,apa maksud polisi kredit 30hari diamalkan oleh perniagaan? Lain-lain anggaran penerimaan dan pembayaran rujuk imbangan duga terselaras?

  1136. M,polish 30 hari maksudnya pembeli boleh berhutang 30hari selepas tu hari bayar.

  1137. Cikgu baki awal mei adalah tunai+bank?

  1138. Cikgu,journal am pelarasan rujuk kepada semua butir yang ada di pelarasan shj kan?tak ade yg tambah?

  1139. Cikgu,Akaun kawalan semua orang same ke?

  1140. Cikgu,dalam lejar folio tak ade Yang ditulis LA?Semua JA?

  1141. M,
    Ya.. Baki awal Mei = Baki Akhir April (Tunai + Bank)

    Yapchiaoyen,
    1. Senarai pelarasan –> JA pelarasan –> Lejar pelarasan.
    2. Ak Kawalan sama –> jika tiada item pelarasan yang melibatkan penghutang dan pemiutang.
    3.Folio –> rujukan silang : dalam BCP –> LA… dalam LA –> BCP

  1142. Dalam lejar pelarasan tarikh tulis a,b,c,d, out macam jurnal am pelarasan?

  1143. Apakah BCP? contohnya, Dalam susut nilai terkumpul perlatan apakah folio bagi butir blj s.n perlatan?

  1144. Yapchiaoyen,

    1. Rekod ikut cara sebenar…. bukan a, b, c, d.. –> dalam JA. Lejar MESTI TARIKH pelarasan tersebut dilakukan –> 30hb Aoril 2017.
    2. BCP –> JA, JJ, JB, JPB, JPJ, JBT, JTT.
    3. Dalam Lejar –> folio JA2 (dimana JA pelarasan yang dirujuk)

  1145. Terima kasih banyak cikgu kerana luangkan mass…

  1146. Apakah jum debit kredit same semua org?Di mana bezanya?

    Terima kasih…

  1147. Dalam imbangan duga*

  1148. Yapchioyen,

    ID, IDT dan KKK –> mesti SEIMBANG Debit & Kredit ….. cuma NILAINYA berbeza antara satu sama lain.

  1149. Cikgu,Jurnal penerimaan tunai hendak salin satu kali lagi dan dihantar kepada cikgu kalau saya sudah cari gaji,caruman kwsp dan perkeso

  1150. Cikgu, untuk mengira nisbah kecekapan bagi tempoh kutipan hutang. Bagaimanakah ingin menentukan jualan kredit?tengok dekat mana jualan kredit tu

  1151. Khor,
    JTT –> tidak perlu sebab sudah disebri dalam soalan
    Jurnal Pembayaran Tunai –> perlu disediakan dan masukkan sebelum Lejar.
    Jadual pengiraan –> sebagai LAMPIRAN bersama-sama Borang KWSP dan PERKESO serta soalan.

    Isah,
    Jualan Kredit -> boleh rujuk dalam Ak Kawalan Penghutang @ Jumlah Jurnal Jualan.

  1152. Comfy, hendak salin semua perkara dalam jurnal pembayaran tunai?

  1153. Khor,

    Saya sudah sediakan JBT…. download.. taip item gaji dan carunan kwsp & perkeso .. serta jumlahkan sahaja.
    # rujuk post utama.

  1154. cg,saya nak tanya faedah atas pinjaman terakru tu masuk ke kkk bahagian aset semasa ke liabiliti semasa?

  1155. Andy,

    FAP Terakru –> Liabiliti Semasa

  1156. Cikgu amaun caruman perkeso kena letak dalam imbangan duga terselaras..?

  1157. Salam cg yg belanjawan tunai pembayaran kena ambil semua belanja ke atau ambik yg mana kita suka ? Lepastu dekat nisbah belian dan jualan kredit ambil jumlah dekat mana

  1158. Cikgu,
    Kalau belian aset bukan semasa secara kredit (belian kenderaan secara kredit) kena catat dalam akaun kawalan pemiutang atau tidak?

  1159. Shini,
    Rujuk baki2 dalam ID (baki akaun2 yang tidak terlibat dgn pelarasan) dan baki dari Lejar pelarasan. Jika ada baki di Ak Caruman –> maka ada dalam IDT, jika tiada baki –> tiada dalam IDT.

    Not Syuhada,
    1. Ambil semua yang melibatkan pembayaran (wang tunai keluar).. SN, diskaun, HR –> tidak masuk.
    Dan tidak semestinya BELANJA sahaja… bayaran balik Pinjaman bank, bayar hutang Syrikat Faiba sdn bhd –> masuk Belanjawan tunai.
    2. Jualan ktedit –> Jumlah Jurnal Jualan
    Brlian kredit –> Jumlah Jurnal Belian

    Miya,
    Tidak.

  1160. Cikgu,
    Polisi kredit 30 hari diamalkan oleh perniagaan.
    Maksudnya, polisi kredit ini hanya untuk belian/jualan kredit, tidak termasuk belian aset semasa (kenderaan) secara kredit?

  1161. Miya,

    Ya –> jualan & belian barang niaga secara kredit sahaja.
    Belian Kenderaan dengan nilai yang besar.. biasa mengambil masa beberapa tahun untuk menjelaskannya. Itu sebab Syarikat Faiba Sdn Bhd –> LBS.

  1162. Bayar hutang syarikat faiba sdn bhd tu kira termasuk dalam pemiutang ke dia duduk sorang diri cg

  1163. Oh satu lagi boleh tak tolong bagi ayat nak reka untuk sewa dibayar belanjawan tunai cg

  1164. Lepastu ayat komisen diterima kita buat macam ni blh x ? (Komisen sebanyak rm450 dijangka akan diterima pada akhir bulan jun dan julai)

  1165. Nor Syuhada,

    1. Pemiutang bukan barang niaga –> akaun dia sendiri, tidak masuk Ak Kawalan Pemiutang. Sudah pasti hutangnya kita akan bayar secara ansuran setiap bulan.
    2. Dalam belanja sudah ada Sewa dibayar… tak perlu reka ayat –> @ nyatakan bayaran sama setiap bulan.
    3. Boleh

  1166. Assalamualaikum cg, nk tanye kunci kira – kira saya x sama kenape ye?

  1167. Fatimah,

    Ada banyak kemungkinan..(tertinggal, salah kira, salah komponen)
    1. Pastikan IDT seimbang.
    2. Pastikan SEMUA item dalam IDT telah dipindahkan ke PP, PUR, Ak Semasa & KKK dalam komponen yang betul.
    3. Semak pengiraan operasi betul.

  1168. ASSALAMUALAIKUM CIKGU, MACAM MANA NAK BUAT IMBANGAN DUGA TERSELARAS KENE SELARASKAN KAN KE CIKGU ATAU TAK PAYAH SELARASKAN.SELAIN ITU, BETUL TAK AKAUN KAWALAN PENHUTANG RM 10580 DAN AKAUN KAWALAN PEMIUTANG RM 21152.

  1169. Hafizz, waalaikumussalam.

    Ikut kitaran perakaunan:
    –> ID –> JA pelarasan –> Lejar pelarasan + Ak Kawalan –> IDT –>

    IDT –> Rujuk baki2 dalam ID (baki akaun2 yang tidak terlibat dgn pelarasan) dan baki dari Lejar pelarasan.

    ID — L/p — IDT
    A ————- A
    B —– B1 — B1
    C ————– C
    D —– D1 — D1
    ——— E —-E

    # Baki Ak Kawalan –> betul

  1170. cikgu, benlajawan pembayaran masuk tak gaji pekerja,KWSP, PERKESO ? bagi pinjaman hanya faedah ats pinjaman bank?

  1171. M,

    Belanjawan adalah anggaran yang AKAN berlaku di masa hadapan –> maka ada juga item2 yang tiada dalam PP tapi boleh dimasukkan.. contoh Pinjaman bank & Sykt Faiba sdn bhd…. walaupun tiada urus niaga bayar balik pinjaman pada bulan April… tetapi perkara tersebut mesti dibayar setiap bulan..

    Gaji pekerja –> mesti dibayar setiap bulan.. kwsp n perkeso rujuk dlm IDT @ PP n KKK.. jika ada baki.. maksudnya ada bayaran setiap bulan.

  1172. Penerimaan
    Jualan
    Komisen
    Penghutang

    Pembayaran
    Belian
    Pemiutang
    Gaji
    Sewa
    Faedah atas pinjaman
    Komisen
    Promosi
    Kadar bayaran

    Ada ape yang kene masuk bagi belanjawan tunai?Terima kasih 🙂

    Perkeso?KWSP?

  1173. Cikgu,adakah kekemasan tulisan mempengaruhi markah?

  1174. Yapchiaoyen,

    Item Belanjawan –> Rujuk komen Cg sebelum ini.
    Kekemasan tulisan boleh mempengaruhi pentaksir –> jika silap baca –> dianggap salah –> kesan kepada skor markah.

  1175. 69099 ditulis 69100 betul tak?(Dalam lejar)

  1176. Yapchiaoyen,

    Salah –> mesti tulis nilai tepat.

  1177. Kalau amaun jurnal jualan Dan baki Akaun kawalan penghutang tidak sama, manakah yang kena diambil sebagai jualan kredit?

  1178. Bayar balik pinjaman = faedah atas pinjaman?

  1179. Yang pemiutang bukan kendalian tu,bayaran ansuran tetap pada setup bulan?

  1180. Apa itu deposit kadar bayaran? kenapa ia ialah ABS?

  1181. Dalam ikatan perkongsian saya tulis faedah atas ambilan 5% setahun, jadi, masa buat penyata pengasingan hunting rugi dalam pengiraan f.a.ambilan kena darab lagi 1/12 selepas darab 5%?Kalau saya sudah siap belaka,Dan tidak mahu baiki bagi,boleh x tukar ayat dalam ikatan perkongsian–>setahun kepada sebulan?

  1182. Cikgu selamat hari raya :):):)

  1183. Yen,

    1. Jualan kredit –> Jumlah Jurnal Jualan. Penghutang –> mengambarkan baki hutang yang tinggal.
    2. Tidak sama. Bayaran balik pinjaman = bayar balik pokok + faedah.
    3. Biasanya tetap setiap bulan.
    4. Deposit kadar bayaran –> AS
    5. 5% SEBULAN –> adalah tidak rasional…terlalu tinggi.
    6. Terima kasih.

  1184. CIKGU,yang bljwan tunai,item gaji masuk gaji kasar atau gaji bersih

  1185. Teck,

    Rujuk nilai Gaji dalam IDT @ PP.

  1186. Dalam senarai pelarasan,colum KKK,contohnya

    RM450
    (Faedah atas pinjaman terakru)
    (Libiliti semasa)

    Apabila taip dalam komputer liabiliti semasa kena tulis?

  1187. Cikgu,

    1)kenapa kenderaan yang dibawa masuk dalam pelarasan pada tarikh–>30 April tak payah kira faedah atas modal?

    2)kenapa deposit bayaran ialah AS?Deposit maknanya simpanan…manakala deposit kadar bayaran?

    3)Debit-insurans terdahulu
    Kredit-belanja insurans
    penerangannya merekodkan insurans terdahulu ke insurans shj?

    4)Akaun Semasa pekongsi sebelum KKK dibuka ada folio tak?

    5)Adakah penggunaan komputer mempengaruhi markah?

    Terima kasih banyak cikgu 🙂

  1188. Yen,

    0. Ikut ketetapan cikgu sekolah.. tulis @ tidak perlu.
    1. Pada 30hb –> tidak cukup 1 hari pun.
    2. Bila simpanan –> kita boleh dapatkan balik wang tersebut dalam jangka masa pendek. Deposit kadarbayaran adalah wang cagaran –> jika kita berhenti guna perkhidmatan tersebut .. kita dapat balik wang tersebut.
    3. Insuran terdahulu
    4. Tiada –> sebab kita yidak sediakan catatan JA untuknya.
    5. Ada markah untuk penggunaan ICT.

  1189. untuk belanjawan tunai baki awal kita perlu ambil nilai jualn bersih atau jualan sahaja…. n belian bersih or belian sahaja…

  1190. Hana,

    Baki awal mei = Baki akhir April (Tunai + Bank)
    Jelas dalam soalan –> JUALAN… BELIAN

  1191. selamat hari raya cikgu
    adakah sewa dibayar sama dengan sewa diberi?

  1192. Lalat,

    Selamat hari raya.
    Sama.. tapi kita tidak panggil “Sewa diberi” –> yang setepatnya ialah “Sewa dibayar”

  1193. cikgu, selamat hari raya.
    itu belanjawan tunai ..ambilan tunai oleh rakan pekongsi ialah rm7510 setiap bulan ?

  1194. CIKGU,selamat hari raya
    1)tentang pengenalan…apakah aktiviti perniagaan
    2)Rumusan–nak macam mana tulis

  1195. Teck,

    Terima kasih.
    1. Nyatakan aktiviti perniagaan restoran bayangan anda sendiri.. berdasarkan kemudahan bangunan dan dewan yang ada.. (rujuk soalan).
    2. Rumusan –> rujuk cadangan Cg sebelum ini.

  1196. Petang cikgu,
    1. Boleh sya tnya apa makna Deposit Sewa sma Deposit Kadar Bayaran? Adakah ia merupakan BELANJA?

    2. Bolehkh sy bgi kadar 5% kpd FAA SETAHUN, 10% kpd FAM serta FAP utk SETAHUN?

    3. Apabila siap Lejar(sebelum pelarasan), perlukah isi semula Lejar(sebelum pelarasan) ke dlm Lejar(Pelarasan)? Ataupun masuk sekali Lejar sebelum pelarasan serta pelarasan?

  1197. Jasper,

    1. Deposit –> Wang cagaran yang dibayar pada awal kita mohon menggunakan perkhidmatan tersebut.
    Ianya dikelaskan sebagai Aset Semasa.. sebab kita boleh dapatkan kembali wang tersebut.
    2. Bergantung kepada persetujuan antara pekongsi semasa ikatan perjanjian dibuat.
    3. Lejar pelarasan hanya sediakan lejar yang berkaitan dengan pelarasan sahaja.. dan tunjukkan berdekatan secara berpasangan (memudahkan pentaksir menyemak ketepatan catatan bergu bagi pelarasan tersebut).

  1198. assalamualaikum cikgu
    untuk belanjawan tunai
    -penghutang / pemiutang tak perlu senarai dalam belanjawan tunai kah cikgu?

  1199. untuk belanjawan tunai
    penghutang dan pemiutang hanya untuk mei shj kah? atau jun julai pun mahu?

  1200. Cikgu,untuk pelarasan di Jurnal am,akaun komisen diterima dan akaun komisen(LA25) sama atau tidal.
    Says mahu tanya Akaun komisen diterima di jurnal am mahu tulis folio LA44 atau LA25

  1201. July, waalaikumussalam.
    Perlu masukkan Penghutang dan Pemiutang –> penghutang/pemiutang bulan April .. masuk pada bulan Mei. Mei –> Jun. Jun –> Julai.. sebab tempoh kredit 30 hari.

    Khor,
    Akaun yang sama –> LA25

  1202. assalam cikgu,

    cikgu yang nak buat belanjawan tunai tu kan perlu ambil baki akhir tunai april ke?

    lepastu tu penerimaan dan pembayaran kene ambil yang tunai je ke

    macam mana nak tahu kite byr pemiutang dan penghutang ?

  1203. cikgu saya nak tanya

    adakah gaji di masukkan dalam belanjawan tunai
    tapi nilainya besar?

    terima kasih cikgu

  1204. Nabilah, waalaikumussalam.

    1. Baki akhir April (Tunai + Bank) –> Baki awal Mei.
    2. Tempoh kredit 30 hari –> hutang dibayar pada bulan berikutnya.
    3. Asalkan melibatkan wang tunai masuk dan wang keluar –> masuk belanjawan tunai.

  1205. Cikgu ada tak folio LA33 ?

  1206. Cikgu nilai kontra dlm jurnal pmbyrn ngn penerimaan tunai kena kira jgk ker?? Caruman perkeso ngn kwsp kena msukkn dlm blnjawan tunai ker?

  1207. Kuganesh,
    Folio LA… mesti bertututan.

    Aishah,
    1. Tidak perlu.. terus poskan jumlahnya ke Ak Tunai @ Ak Bank.
    2. Rujuk dalam PP… jika ada, maksudkan ada bayaran dibuat –> masuk belanjawan tunai.

  1208. cikgu terima kasih untuk membantu saya.

  1209. Cikgu tarikh imbagan duga , pp dan kkk pada 30 may 2017 kan?

  1210. Amir,

    Rekod perakaunan untuk bulan April… maka berakhir pada 30 April 2017.

  1211. Cikgu nombor folio bagi hutang ragu dan peruntukkan hutang ragu buat sendiri ka cikgu

  1212. Hutang ragu –> tetapkan sendiri ikut urutan sedia ada.
    PHR –> guna LA yang sedia ada.

  1213. Cg pinjaman daripada pekongsi perlu ada?

  1214. Cikgu yang perancangan perniagaan dan rumusan bagaimana buat?
    Ketika type nak type yang lampiran hadapan sekali atau hanya mula dari isikandugan jer?

  1215. salam cikgu, kad stok nak buat macam mana ye untuk lampiran.

  1216. Sw,
    Tidak perlu.

    Kyx,
    Perancangan dan Rumusan –> rujuk komen Cg sebelum ini.
    Sebaik2 taip semua.

    Syahira,
    Kad stok –> tidak perlu.

  1217. Cikgu,isi kandungan dan penghargaan perlu buat ke? Boleh ke tak buat?

    Di catatan pelarasan adakah belanja terakru,belanja terdahulu,hasil terakru dan pembetulan kesilapan tidak ketara perlu ditunjukkan pengiraannya?

  1218. Cikgu, adakah di Jurnal Pembayaran Tunai jumlah gaji,kwsp dan perkeso letak di column Lain-lain juga selain column bank?

  1219. HelplessGirl

    Cikgu,saya masih ada masalah dengan imbangan duga penyelarasan saya masih tidak boleh imbang….cikgu boleh bagi email cikgu sama saya supaya cikgu boleh check saya punya imbangan duga selaras saya

  1220. Cikgu macam mana nak buat rumusan kerja kursus ada contoh tak ?

  1221. Farisha,
    1. Laporan yang lengkap.. sebaik2nya ada perkara tersebut.
    2. Perlu jika memerlukan pengiraan, jika dinyatakan dengan jelas.. contohnya belanja terakru RM100 –> tidak perlu tunjukkan pengiraan.

    Azlin,
    YA.

    HelplessGirl,
    Sila minta guru sekolah semak.. kerana ada markah untuk komunikasi antara pelajar dan guru.

    Nor Syuhada,
    Cg sudah kemukakan cadangan penulisan Rumusan sebelum ini.

  1222. Cikgu, mahukah letak Akaun Caruman KWSP, Akaun Caruman PERKESO dan Akaun Gaji ke Imbangan Duga?

  1223. Jasper,

    ID merujuk kepada baki2 daripada semua lejar –> jika Akaun ada baki akhir.. maka mesti masuk ID.
    Kes Ak Caruman KWSP dan Ak Caruman Perkeso kena rujuk guru sekolah.. kerana ada 2 pendekatan yg digunakan:
    1. Pindahkan SEMUA baki akaun tersebut ke Ak Gaji –> ID.
    2. Pindahkan hanya bahagian PEKERJA sahaja ke Ak Gaji.. maka baki Ak Gaji, Ak Caruman KWSP, Ak Caruman Perkeso — > ID.

  1224. Cg mengapa kkk saya ni x dapat seimbang

  1225. Cikgu, nak kira FAA ambil ambilan dekat ID kan.?
    Pekongsi A: 4250 x 6% x 1/12 = 21.25
    Pekongsi B: 3260 x 6% x 1/12 = 16.3
    Betul tak FAA saya? Lepastu pindah dekat akaun pengasingan untung rugi kan

  1226. Cikgu macam mana nak isi borang kwsp dan perkeso tu ?

  1227. Kadir,
    Kira beza yang tidak seimbang… daripada nilai tersebut.. cari item pelarasan mana yang terlibat. Jika tiada.. bahagi 2 nilai tersebut dan semak mana item pelarasan yang sama dengan nilai tersebut.. jika ada semak balik catatannya @ pelarasannya.
    # rujuk cikgu sekolah.. beliau dapat kesan dengan mudah.

    Alia,
    FAA kira untuk sebulan.. maka nilai 4250 dan 3260 adalah salah kerana urus niaga 30hb yidak cukup sebulan…. ambil nilai awal sahaja iaitu 1000 dan 1500. Kemudian –> APUR dan Ak Semasa.

    Nor Syuhada,
    Isi ikut item yang diminta dalam borang…

  1228. Cikgu imbangan duga terselaras saya tidak imbang …huhuhuhuhu…..siapa2 sini boelh share kah jawapan imbangan duga selaras kamu yg sudah imbang itu…hahaha…………Akaun Bank dan Akaun Sewa dlm IDT berapa cikgu???

  1229. Assalamualaikum..cikgu..contoh klau saya x bwt perniagaan rezqi Salikakt lejar..so dekat imbangan duga x yah bwt ke?

  1230. *perniagaan rezqi kat lejar

  1231. Helplessgirl,
    Jawapan IDT tidak sama –> bergantung kepada pelarasan masing2.
    Untuk semakan –> jumpa guru sekolah.

    Aini, waalaikumussalam.
    Akaun Perniagaan Rezki –> mesti wujud dalam Lejar Belian.

  1232. cikgu ,syarikat Faiba sdn.bhd mahu masuk dalam liabiliti semasa atau liabiliti bukan semasa?

  1233. Khor,

    LBS lebih sesuai.

  1234. Kwsp, Perkeso masuk dalam belanjawan tak?

  1235. Azreen,

    Rujuk PP… jika ada kwsp dan perkeso maka sudah tentu bulan2 berikutnya ada juga.

  1236. Assalamualaikum… Cikgu… Macam mana nak buat rumusan? apakah item yang perlu dimasukkan dalam rumusan?

  1237. Shahima, waalaikumussalam.

    Cadangan cgu…Rumusan:
    1. Nyatakan prestasi semasa perniagaan (Rujuk analisis nisbah).
    2. Nytakan secara RINGKAS perancangan semasa dan jangka panjang / bagaimana guna lebihan kewangan.
    3. Harapan/prospek perniagaan dimasa hadapan.

  1238. salam cg, bahagian penerimaan di belanjawn tunai saya masukkan item jualan betuk tak? ataupun saya letak jualan tunai?modal,faedah atas pinjaman kena letak di bahagian penerimaan tak?

    bahagian pembayaran kena letak caruman kwsp,caruman perkeso kan?semua item baki awal bulan Mei mesti guna nilai yang sebenar kan?

  1239. cg,belanjawan tunai perlu diambil kira berdasarkan arahan soalan kan?

  1240. cg,kalau baki.awal ada perpuluhan tu macam mana? tak perlu ambil perpuluhan ke?

  1241. Johnn,

    1. Jualan tunai.. penghutang..komisen –> kita terima wang setiap bulan –> masuk.
    Modal kita tidak terima setiap bulan –> hanya masa tubuh perniagaan dahulu..
    2. Mana2 item yang dibayar setiap bulan –> masuk.
    3. Baki awal Mei –> baki akhir April.
    4. Mesti ikut soalan.
    5. Terserah.. ada perpuluhan atau tiada –> kerana ianya hanya nilai anggaran sahaja.

  1242. cikgu, saya tidak faham belanjawan tunai. Harap cikgu dapat terangkan kepada saya. trima kasih.

    1)Apa maksud Jualan bulan Mei dijangka meningkat 15% daripada jualan bulan April,manakala jualan bulan seterusnya meningkat sebanyak 20% daripada bulan sebelumnya. 70? adalah jualan tunai.
    Macam mana ni???Jualan ambil dari ID terselaras???

    2) Belian bulan Mei dan bulan seterusnya meningkat sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya. 80? adalah adalah belian kredit.

    3)Polisi kredit 30 hari diamalkan oleh?perniagaan. APA itu polisi kredit??

    4) Lain-lain anggaran penerimaan dan pembayaran yang signifikan berdasarkan rekod.sedia ada.

    soalan di atas saya memang tak faham, macam mana buat ,cikgu?

  1243. soalan 2 ayat yang bawah.
    80% adalah belian kredit.

  1244. Lilyn,

    Cg cadangkan minta tunjuk ajar cikgu sekolah… kerana masih tidak menguasai topik Belanjawan Tunai.
    Dan semua soalan tersebut Cg sudah jawab sebelum ini.

  1245. Cikgu
    Untuk pelarasam perkongsian..ia tidak memerlukan catatan jurnal dan lejar…adakh perlu dicatat dlam IDT?

  1246. Sani..

    Tidak perlu… cuba perhatikan kitaran perakaunan.
    … BCP –> Lejar –> ID –> Pelarasan –> IDT –> PP –> PPUR & Ak Semasa –> KKK.

  1247. cg .

    adakah betul
    dalam belanjwan tunai ,dibahagian pembayaran
    promosi tidak perlu dimasukkan?
    adakah betul

  1248. Zehra,

    Kita rujuk rekod perakaunan April… jika ada, maksudnya setiap bulan perniagaan keluarkan wang untuk tujuan promosi.

  1249. cg. bukan ke amaun promosi tak sama untuk setiap bulan??

  1250. Zehra,

    Kebanyakan belanja & hasil tidak sama setiap.. cth kadar bayaran.. komisen.. upah dll.
    Belanjawan adalah anggaran penerimaan dan pembayaran yang bakal berkaku dinasa hadapan… oleh kerana kita tidak tahu nilai sebenar.. maka kita anggarankan sama ada kekal seperti bulan April ataupun kita anggarkan ada peningkatan /penurunan pada setiap bulan.

    Begitu juga dengan nilai jualan dan belian –> tidak sama setiap bulan, maka kita buat anggaran dengan andaian2 tertentu.

  1251. Cg saya tak tahu nak buat rumusan

  1252. Miraa,

    Rujuk cadangan Rumusan Cg sebelum ini.

  1253. Assalamualaikum…cikgu Narzuki..
    Nak tanya..
    Tip-tip @ cara nak buat rumusan perniagaan macam mana?

  1254. Cikgu ,deposit sewa perlu masuk ke dalan belanjawan tunai ?

  1255. Loki,
    Deposit tidak dibayar setiap bulan.. tidak perlu masuk Belanjawan.

    Muhammad, waalaikumussalam.
    Rujuk cadangan Rumusan Cg sebelum ini. (DIATAS)

  1256. Cikgu,

    1.Apa beza imbangan duga dan imbangan duga terselaras?

    2.Apa perlu isi dalam imbangan duga terselaras?

  1257. Jasper,

    Sila rujuk kitaran perakaunan.. kita akan nampak perbezaannya. Dan apa item2 yang perlu ada dalam IDT.

  1258. Cikgu, apa kesilapan tidak ketara yang perlu disediakan?

  1259. Jasper,

    Pilih salah satu daripada 5 jenis kesilapan tidak ketara yang ada dalam buku teks.

  1260. Assalamualaikum cg.
    Dlm KK,kenderaan dan syarikat Faiba sdn. bhd. ni mcm mna…??dlm JA1,membeli kenderaan secara kredit,nk msuk dlm item yg mna..??
    Tq

  1261. Ahida, waalaikumussalam.
    Kederaan –> ABS
    Sykt Faiba sdn bhd –> LBS
    Dt Kenderaan
    Kt Sykt Faiba sdn bhd

  1262. Cikgu ada guide untuk isikan borang KWSP dan PERKESO tak ?

  1263. Isi mana2 yang faham/boleh diisi.. nombor majikan dan sebagainya reka sendiri.

  1264. Cgu..untuk faedah atas pinjaman…adakah perlu dicatat dlam belnjawan tunai?

  1265. Zamri,

    Faedah tersebut dibayar secara ansuran bulanan.. maka sesuai sebagai item pembayaran.

  1266. Maksud saya faedah atas pinjaman pekongsi

  1267. Zamri,

    Dalam tugasan ini sepatutnya tiada FAP pekongsi.. kerana tiada pinjaman dripada pekongsi.
    FAA, FAM dan Gaji pekongsi dikreditkan terus ke Akaun Semasa Pekongsi –> tiada pembayaran tunai.

  1268. cikgu,faedah atas modal,faedah atas ambilan dan gaji pekongsi kena ada dalam senarai pelarasan ke?

  1269. Dinana,

    Tidak perlu… perkara tersebut bukan item pelarasan.

  1270. cikgu boleh tak bagi panduan macam mana nak buat cadangan dan rumusan

  1271. Ikmal,

    Panduan telahpun diberi … rujuk komen2 sebelum ini.

  1272. Cikgu,
    Baki awal belanjawan tunai untuk bulan Mei kena ambil di mana ?

  1273. Dinana,

    Baki akhir April(Tunai + Bank) –> Baki awal mei

  1274. Cikgu, bolehkh Jurnal Am (pelarasan) buat dalam kaedah2 dgn susut nilai bulanan dikreditkan ke Akaun Susut Nilai Terkumpul ABS dgn terus didebitkan ke Akaun Untung Rugi?

  1275. Jasper,

    Tidak boleh.
    Dt SN
    Kt SNT

  1276. cikgu, rumusan kaitkan dgn prestasi perniagaan masa depan maksudnya sama dgn cadangan utk meningkatkan prestasi jangka panjang kan?

  1277. Cikgu sekiranya kadar pusing ganti stok 11.38. Perlu bundar jadi 11 atau 12kali?

  1278. Cikgu mcm mana nak buat cadangan jangka panjang.

  1279. Cikgu perlu lampirkan sekali ke akta perkongsian 1961 dalam keeja kursus f5?

  1280. lkm,
    Kiatkan, maksudnya kita boleh sebut isi2 sahaja…. dalam cadangan kita bagi isi dan ulasan pelaksanaannya sekali.

    C,
    1. KPGS –> dalam bentuk perpulahan 11.38 kali adalah lebih tepat.
    2. Kemukakan cadangan serta berikan ulasan macam mana perlaksanaan cadangan tersebut dapat meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan.
    3. Jika ada boleh dilampirkan sekali.

  1281. Kalau di belanjawan tunai telah dimasukkan faedah atas pinjamann.bermakna ansuran pinjaman tidak include sekali faedah kan?..boleh tak saya buat asing2 dalam belanjawan utk faedah atas pinjaman dan ansuran pinjaman

  1282. C,

    Asingkan pun boleh…. jumlahkanpun boleh.

  1283. Cikgu syarikat faib liabiliti semasa atau liabiliti bukan.semasa

  1284. Lkm,

    LBS.

  1285. Cikgu, pengiraan jualan tunai pada Mei di belanjawan tunai ialah 101 356×115%×70% = RM81 592, betul kah?

  1286. Jaaper,

    Ya betul.

  1287. salam ckgu ,ada kaa rujukan untuk rumusan ?

  1288. Rhmdn,

    Cadangan penulisan Rumusan sudah Cg nyatakan sebelum ini.

  1289. Cikgu,kerja kursua saya telah siap. Tp saya tidak tutup akaun perkeso dan kwsp. Saya asingkan dengan gaji. Adakah salah?

  1290. C,

    Rujuk dengan guru sekolah… ikut apa yang beliau tetapkan.

  1291. Cikgu, item dalam belanjawan tunai perlu dibundarkan atau biarkan dalam sen?

  1292. Faris,

    Ikut arahan guru sekolah.sama ada perlu bundar atau tidak…. kerana beliau yang akan semak dan berikan markah untuk tugasan kerja kursus anda.

  1293. Cikgu,kerja kursus ni tingkatan 4+5=20 jadi, nak dapat berapa baru boleh A bagi kerja kursus? ?/20

  1294. Ycy,

    80% = 16/20 –> A

  1295. Hai cikgu,
    Jumlah Stok akhir dan bank dalam kunci kira kira , sendiri reka?

  1296. Woo Jin,

    Stok akhir –> rujuk Kad Stok
    Bank –> rujuk baki Bank dalam Buku Tunai

  1297. ROSHIAN NAIR SUTHAN

    good job..this is very useful for students when do accounts folio…tq so much my dear that who where upload this.Jumlah stok akhir dalam kunci kira-kira kita mesti buat sendiri reka…accounts is like waana die without any guides to do.tq so much and good luck that who where sit for SPM exam this year 2019.spm exam is around the corner and be prepare don’t do last minute revision guys…all the best and i love u all my buddies..

  1298. assalamualaikum cikgu.. saya ada nk tanye.. sy skrg nie tengah set up account utk company.. HQ sy d Sgpore nak sy set gov sbagai vendor sy bg byrn epf,socso,eis etc tapi memandangkan setiap byrn kpd gov tiada invois,hanya resit yg dterima slps byrn.. adakah boleh utk mjadikan gov sbagai vendor kite wlpn tiada invois?

  1299. Emma,

    Kenapa perlu set sebagai vendor…
    Cuba rujuk topik Perakaunan untuk pengajian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.