TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4 2012 (SPM2013)

TEMPOH PELAKSANAAN : OGOS – SEPTEMBER 2012

[dm]204[/dm][dm]203[/dm][dm]205[/dm]

[dm]249[/dm][dm]220[/dm]

Posted on July 23, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 302 Comments.

  1. salam cikgu, saya ingin bertanya tentang diskaun tunai yang tidak dikira sebagai urus niaga..bolehkah sekiranya diskaun niaga tersebut tidak di tulis langsung dalam tugasan ini?

  2. Moon sense,

    Tiada sebarang syarat ditetapkan dalam soalan tugasan berkaitan dengan diskaun tunai atau diskaun niaga, maka ianya terserah kepada guru masing2.

    Walau bagaimanapun, pada pandangan saya adalah lebih baik pelajar mengaplikasikan penggunaan diskaun2 tersebut dalam kerja kursus ini supaya mereka lebih memahaminya. Jika tidak kepada semua pelajar, mungkin hanya kepada pelajar2 yang cemerlang sahaja.

  3. ok, tq cikgu..

  4. salam..macam mana nk buat ayat urusniaga yg diberi baki2 dlm soalan tu yer? saya salin semula jer. tp mslhnye dokumen apa yer yg kita leh tunjukkan sbb byk sgt akaun mula2 tu. atau abaikan je dokumen bagi baki2 tu.

  5. Cikgumyra,

    Pada pandangan saya,
    Berdasarkan arahan tugasan, Catatan Permulaan TIDAK dikelaskan sebagai urus niaga yang memerlukan Dokumen sokongan. Ini kerana baki2 tersebut telah sedia ada dalam lejar berkenaan… di mana pada akhir tahun lepas semua akaun2 tersebut telah diimbang…… Baki h/b dan Baki b/b. Maka tiada dokumenpun boleh.

    Walau bagaimanapun, bagi memudahkan kerani akaun (pelajar kita) menyediakan catatan permulaan dalam Jurnal Am pada 1 hb dokumen MEMO boleh juga dikeluarkan sebagai makluman….. Contohnya “Berikut adalah baki2 aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada 1 hb Ogos 2012 : Lengkapan RM15000, Stok RM10000, Banki RM74000, Tunai RM1000 dan Modal RM100000”

  6. Salam Cg Narzuki,

    1. Pada pendapat cikgu dokumen apa yang paling sesuai untuk angkutan masuk dan insurans atas belian ?
    2. Saya guna keratan cek. boleh tak ?

    tq
    CgKay

  7. CgKay,

    Situasi ANGKUTAN MASUK :
    1. NOTA DEBIT – di mana Pembekal / Pemiutang mengenakan caj angkutan masuk atas penghantaran barang niaga yang kita beli.
    2. Keretan cek, Resit Rasmi, Bil tunai, Invois – Sekirannya kita (peniaga) sendiri mendapatkan khidmat syarikat pengangkutan bagi membawa barang yang dibeli dari Kedai Pembekal ke Kedai Peniaga (kita).

    Maka pemilihan dokumen yang sesuai bergantung kepada situasi urus niaga tersebut.

    INSURANS ATAS BELIAN – dokumen Keratan cek / Resit rasmi juga sesuai digunakan.

  8. Cg Narzuki,

    1. So kita mesti guna nota debit jugalah utk angkutan
    masuk.
    2. Rekod dalam jurnal am(dt angkutan masuk dan kt syk
    pembekal)
    3. Jika kita masuk dlm Jurnal Belian ia teus tambah
    dalam belian dan tidak boleh tunjuk tambah angkutan
    masuk pd belian dlm penyata pendapatan. Jika tunjuk
    juga kira 2 kali.
    4. Apa pendapat cikgu ? Tq

    CgKay

  9. Cg Kay,

    1. YA BOLEH, Nota Debit yang dikeluarkan oleh Pembekal – bagi caj angkutan yang dikenakan (cuma pastikan dalam Invois asal TIADA syarat “Angkutan dibayar”… iaitu pembekal tidak akan menanggung kos angkutan).

    2. YA.. dalam JURNAL AM.

    3. YA… Jurnal Belian khas berkaitan dengan kos barang niaga sahaja. Manakala kos2 belian yang lain (spt: angkutan masuk, upah atas belian, insuran atas belian, duti import) sepatutnya diasingkan, kemudian dilaporkan dalam Kos Jualan di Penyata Pendapatan.

  10. cikgu,

    Saya nak bertanya berkaitan dengan bilangan urusniaga. Adakah kita perlu menyediakan ke semua elemen yang ada dalam ringkasan urus niaga? maksud saya dalam komponen kos jualan ada 5 jenis (belian kredit, belian tunai, pulangan belian, angkutan masuk dan insurans atas belian). Adakah setiap elemen tersebut perlu dibuat satu urus niaga? Atau boleh pilih yang mana elemen yang nak buat sahaja? Contoh: Belian kredit boleh buat dua urus niaga? tq.

  11. Nizasyarina,

    Pada pandangan saya, tidak semestinya semua elemen tersebut perlu diambil…… saya tetapkan kepada pelajar saya seperti berikut ::
    Belian kredit – 2
    Belian tunai – 1
    Pulangan belian – 1
    Angkutan masuk / Insuran atas belian – 1

  12. Assalamualaikum cg.Narzuki

    Saya ingin bertanya, untuk komponen penerimaan
    – mendapatkan Pinjaman, adakah sesuai digunakan dokumen memo? Cadangan cg. Narzuki?

    Selain SEWA DITERIMA Terdapat pelajar yang mencadangkan urusniaga bagi Penerimaan hasil ialah FAEDAH ATAS SIMPANAN, apakah dokumen utk menunjukkan penerimaan faedah Atas Simpanan?

    Terima Kasih. 🙂

  13. Nag, waalaikumussalam.

    MEMO biasanya digunakan untuk urus niaga yang melibatkan pemilik dan perniagaannya (tidak melibatkan pihak lain).. ianya sebagai dokumen dalaman sahaja.

    Sekiranya melibatkan PIHAK LUAR… dokumen daripada pihak tersebut lebih menyakinkan dijadikan sebagai BUKTI berlakunya urus niaga tersebut.

    Maka cadangan saya untuk urus niaga PINJAMAN dokumen MAKLUMAN KREDIT lebih sesuai digunakan.

    Begitu juga dengan FAEDAH ATAS SIMPANAN, dokumen MAKLUMAN KREDIT juga sesuai digunakan kerana ianya melibatkan pihak bank.

    Manakala PENYATA BANK adalah TIDAK sesuai kerana ianya tidak dikelaskan sebagai DOKUMEN SUMBER MAKLUMAT (untuk kerja-kerja perekodan dalam buku perakaunan).

  14. Laju betul pelajar dan guru sekarang…Walaupon tarikh permulaan adalah 1 Ogos 2012.
    Perbanyakkan pertanyaan untuk lebih kefahaman kemudian hari.. Tahniah kepada cikgu zuki..

  15. Cg Am, terima kasih.

    Ya, masing2 mengejar masa… maka, memanafaatkan MASA LAPANG sebelum datangnya MASA SIBUK.

    Tugasan tahun ini agak berbeza sedikit berbanding tahun lepas, di mana pelajar perlu menentukan terlebih dahulu KUANTITI dan HARGA setiap barang niaga supaya menyamai nilai STOK AWAL RM10,000.

    Maka saya cadangkan pelajar sediakan terlebih dahulu “SENARAI STOK AWAL” berikut :

    Dengan adanya senarai barang niaga tersebut akan memudahkan juga pelajar menyediakan perincian dalam dokumen nanti. Dan satu perkara yang perlu diberikan PERHATIAN ialah.. BAKI AWAL setiap barang niaga tersebut .. perlu dimasukkan sebagai BAKI AWAL dalam KAD STOK masing-masing.

  16. Salam cikgu,
    Saya ada soalan dan inginkan penjelasan dan pendapat cikgu…

    1. Adakah amaun modal diambil daripada baki awal perniagaan iaitu RM100 000 atau boleh diletakkan amaun lain?

    2. Di dalam soalan tugasan ada dinyatakan bahawa bilangan urus niaga untuk stok akhir ada 1 urus niaga. Bukankah ia ditunjukkan dalam kad stok sahaja dan tidak perlu ditulis urus niaganya di dalam Perancangan Urus niaga?

    Terima kasih atas maklum balas cikgu..

  17. Nea,

    Pada pandangan saya,

    1. Modal RM100,000 merupakan BAKI AWAL pada tempoh perakaunan semasa….. Oleh kerana perniagaan telah LAMA ditubuhkan, maka sudah tentu nilai MODAL PERMULAAN perniagaan boleh diberikan nilai yang lain.

    2. STOK AKHIR …. dikehendaki menyediakan KAD STOK dan seterusnya sediakan Senarai Stok Akhir untuk mendapatkan nilai bagi STOK AKHIR. Kemudian untuk dijadikan sebagai satu urus niaga, maka dokumen MEMO boleh dikeluarkan bagi memaklumkan kepada Kerani Akaun tentang nilai tersebut.

  18. Assalamualaikum……

    minta pandangan cg ttg persoalan berikut:

    1) Senarai nama dan alamat pembekal blh tak jika buat dari luar negara. cth dari negara China, Indonesia dan lain-lain?

    2) komponen kos jualan mesti ikut arahan soalan @ ada kelonggaran utk buat 5 urusniaga yg terdiri dr belian kredit (2), belian tunai (1), pulangan belian (1) dan angkutan masuk (1)..

    Terima kasih atas bantuan cg…

  19. Wan, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,

    1. Berdasarkan status perniagaan Milikan Tunggal dan nilai aset2 yang ada adalah kecil… .. rasanya tidak berapa RASIONAL menjalankan perniagaan secara import, yang mana kebiasaanya melibatkan kuantiti yang besar dan kedudukan kewangan yang kukuh serta perniagaan yang besar. Cadangan saya memadai dengan pembekal2 dari dalam negara sahaja.

    2. Pada saya senarai “Ringkasan urus niaga” dalam soalan adalah CADANGAN urus niaga yang boleh digunakan oleh pelajar dalam menyediakan perancangan urus niaga. Jadi bergantung kepada kreativiti pelajar merancang urus niaga apa yang hendak dilakukan. Contohnya dalam (g) CATATAN KONTRA telah dicadangkan dalam ringkasan urus niaga (1) Deposit tunai (2) Pengeluaran tunai untuk kegunaan perniagaan sedangkan bilangan Urus niaga yang dikehendaki hanya 1…. maka bergantung kepada perancangan pelajar urus niaga mana yang hendak digunakan.

  20. salam cg, boleh ke angkutan masuk dimasukkan sekali dalam jurnal belian. sbb sesetengah invoice pn ade termasuk sekali angkutan masuk kn?

  21. Al,

    Secara prinsipnya, kita kena asingkan 2 perkara tersebut (…antara Belian dan Angkutan Masuk) …… dan ianya akan dilaporkan dalam Penyata Pendapatan… itu lebih mengambarkan keadaan sebenar urus niaga yang dilakukan.

  22. pada pendapatan saya, faedah atas simpanan tetap tidak sesuai dalam khusus ini. Kerana tiada baki-baki untuk Simpanan Tetap

  23. Chia Hui Ling,

    Saya setuju bahawa FAEDAH ATAS SIMPANAN TETAP memang tidak sesuai kerana tidak wujudnya akaun SIMPANAN TETAP. Walau bagaimanapun perniagaan ada menyimpan di BANK, maka pada setiap bulan pihak akan memberikan faedah atas wang simpanan tersebut.. maka urus niaga FAEDAH ATAS SIMPANAN masih boleh dijadikan salah satu item KOMPONEN PENERIMAAN .

  24. cikgu,
    angkutan masuk perlu dicatat dalam jurnal am atau jurnal belian?tq.

  25. Nizasyarina,

    Saya cadangakan ianya direkodkan dalam JURNAL AM….. Jurnal Belian digunakan untuk merekod belian BARANG NIAGA secara kredit daripada pemiutang.

  26. salam…em bley x bg contoh pendhluan???

  27. Aisyah,

    Cadangan Cg, bagi menyediakan PENGENALAN PERNIAGAAN pastikan mengandungi 4 perkara berikut ::
    1. PENGENALAN tentang perniagaan – Nama pemilik, Nama perniagaan, Lokasi perniagaan, tarikh penubuhan, modal permulaan, jenis perniagaan, status perniagaan dan bilangan dan gaji pekerja.
    2. Menyatakan SEBAB2 kenapa anda memilih jenis perniagaan tersebut
    3. Menyatakan KELEBIHAN menjalankan perniagaan tersebut.
    4. Menyatakan RISIKO yang bakal perniagaan anda hadapi.

  28. Cikgu ,

    Ada soalan nak tanya ni :

    1.paling maksimum jenis barang barang kat dalam stok awal berapa boleh letak ?
    2 . kat dalam soalan ada tanya nak pilih kedai pakaian lelaki , kedai pakaian wanita, kedai serbaneka , kedai batik dan songket , kedai pakaian kanak , dan kedai tudung dan selendang. SAYA TAK TAHU NAK pilih yang MANA satu ?? Tapi saya dah ada senarai stok awal

    ini jenis barang dalam stok awal saya
    i . Bola Sepak
    ii. Takraw
    iii.Cawan
    iv. Pinggan
    v. Raked badminton
    vi .Tali Pinggang
    vii.Beg Sekolah
    viii.Meja
    ix.Kerusi
    x.karpet

    mengikut jenis jenis barang berikut kedai manakah yang sesuai untuk saya pilih ???

  29. Eton,

    Pada pandangan Cg,

    1. Tiada sebarang bilangan maksimum jenis barang niaga yang ditetapkan…. Cadangan Cg, jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit…. antara 3 hingga 10 sahaja.. apa yang penting pelajar memahami konsep asas dalam penyediaan dokumen dan kad stok sahaja.

    2. Jenis barangan tersebut adalah TIDAK SESUAI sama sekali… kerana jenis perniagaan yang menjual PAKAIAN sahaja …. seperti yang telah disenaraikan.

  30. cikgu..angkutan masuk nota debit/makluman debit?

  31. Angkutan masuk = Nota Debit ………….. untuk maklumat lanjut, sila rujuk komen Cg sebelum ini.

  32. salam, cgu narzuki….soalan saya…kerja kursus ting 4 pada tahun ini, adakah pelajar dikehendaki juga membuat jurnal, lejar, Imbangan duga , penyata pendapatan dan kunci kira-kira seperti tahun lalu …kerana tiada arahan yang jelas di dalam kertas soalan tersebut…

  33. Sue,

    YASAMA seperti tahun lepas …. bermula daripada PENGENALAN PERNIAGAAN …. hingga … KKK dan akhirsekali RUMUSAN.. Dalam soalan tidak dinyatakan, tetapi dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek ada jelas dikemukakan.

    # Soalan tersebut perlu dibaca bersama-sama Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek yang telah disertakan bersama oleh LPM.

  34. terima kasih cg atas pandangan.

    berhubung dgn pengenalan perniagaan ~ 1) kalau modal perniagaan RM100 000, ok ke? atau kita kena buat nilai lain?

    ~ 2) Tarikh penubuhan boleh direka ke? cthnya kita buat telah ditubuhkan pada 01/08/2011 @ 01/08/2010 @ 01/08/2009

    TQ…..

  35. Hasliza,

    Pada pandangan saya,

    1. Sekiranya Profail Perniagaan ingin menunjukkan keadaan SEMASA…. maka MODAL SEMASA ialah RM100,000…. manakala sekiranya ingin menyatakan MODAL PERMULAAN, maka nilai adalah KURANG daripada RM100,000.

    2. Tarikh penubuhan .. bebas, asalkan tarikh AWAL tempoh perakaunan ….. Misalnya 1 OGOS ….. sekiranya tempoh perakauanan 1/8/x1 hingga 31/7/x2

  36. cikgu,bley terangkan ta,apa dia insurans atas belian..???dan apakah dokumen untuk penghutang dan pemiutang..??

  37. Lia,

    INSURANS ATAS BELIAN…. ialah belanja insurans yang dibeli ke atas BARANG NIAGA yang dibeli bagi menjaga / mendapatkan ganti rugi … jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap BARANG NIAGA tersebut disepanjang perjalanan bermula dari kedai pembekal … hinggalah sampai ke kedai pembeli. Jenis barang niaga yang biasanya terlibat dengan insuran atas belian.. ialah barang yang BERNILAI TINGGI serta BERISIKO TINGGI

    Pada pandangan Cg, barangan seperti kain dan pakaian.. adalah TIDAK SESUAI menggunakan Insurans atas Belian, kecuali pakaian tersebut dibeli dalam kuatiti yang BANYAK dari LUAR NEGARA.. misalnya menggunakan pengangkutan kapal…. di mana ada kemungkinan barangan tersebut akan ditimpa sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti hilang, kecurian dan sebagainya.

    Apa maksud “dokumen untuk penghutang dan pemiutang ? ”
    Adalah anda maksudkan KOMPONEN PENERIMAAN – PENGHUTANG dan KOMPONEN PEMBAYARAN – PENGHUTANG. ?

    Jika itu yang dimaksudkan, dokumen yang paling baik untuk dijadikan BUKTI sesuatu urus niaga pembayaran / penerimaan hutang ialah RESIT RASMI.

  38. ckgu saya masih xfaham mcm mana nak buat urutan dokumen tu .

  39. Eyra,

    Sila rujuk Buku Teks 3.2 Aliran Dokumen Antara Pembeli Dengan Penjual ….. m/s 97 dan 98 .. ataupun :

  40. okay ckgu , hmm lagi ckgu urutan dokumen dengan keperluan dokumen berdasarkan urus niaga sama ka ?

  41. Eyra,

    KEPERLUAN DOKUMEN – merujuk kepada DOKUMEN yang sesuai digunakan bagi setiap urus niaga tersebut.

    Manakala URUTAN DOKUMEN – merujuk kepada susunan dokumen mana dahulu, mana yang kemudian mengikut URUTAN URUS NIAGA.. contohnya :
    1. Invois belian – Belian secara kredit daripada Pembekal A
    2. Nota Kredit – Pulangan belian kepada Pembekal A
    3. Resit rasmi – Bayar hutang kepada Pembekal A

    Dan setiap URUS NIAGA tersebut tentukan TARIKHNYA, kemudian SUSUN semua urus niaga tersebut mengikut URUTAN TARIKH, maka akan lahirkan PERANCANGAN URUS NIAGA (Lampiran 4)

  42. bahagian hasil.. komisen diterima bolehkah digunakan dan adakah dokumen resit sesuai untuk digunakan..TQ;-)

  43. saya memilih kedai pakaian sebaneka dan adakah barang yang saya senaraikan ini sesuai dengan kedai yang dipilih
    1.pakaian lelaki
    2.pakaian wanita
    3.pakaina kanak-kanak
    4.pakaian bayi
    TQ

  44. Kepada ruhaida,
    Kedai sebaneka itu kedai yang menjual pelbagai jenis barangan tidak terhad kepada pakaian sahaja.. Baik awak pilih kedai pakaian sahaja cuma lebih tepat seperti kedai pakaian lelaki..

  45. Ruhaida,
    YA, Komisen diterima boleh digunakan.. sebagai Komponen penerimaan – Hasil
    Jenis barang niaga yang dipilih juga sesuai.

    Cg Am,
    Maaf, sedikit pembetulan dalam soalan dinyatakan dengan jelas “KEDAI PAKAIAN SERBANEKA” …… bukannya “KEDAI SERBANEKA”.

  46. oh , jadi kena buat urutan dokumen dulu lah baru keperluan dokumen ?

  47. Eyra,

    Apa yang dikehendaki ialah PERANCANGAN URUS NIAGA, di mana semua URUS NIAGA bersama-sama DOKUMEN yang terlibat disusun mengikut URUTAN TARIKH, seteruanya akan digunakan untuk tujuan penyediaan DOKUMEN.

    Sila baca bersama-sama Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek, supaya anda betul2 faham apa yang dikehendaki dan perlu disediakan serta apa yang diberi PENILAIAN dalam tugasan projek tersebut.

  48. adakah kad stok dikira sebagai catatan urus niaga dan bagaimana nak buat ringkasan urusniaga tersebut.tQ

  49. sesuai tak memo digunakan untuk menyatakan baki aset dan liabiiti yang dimilik oleh perniagaaan

  50. Ruhaida,

    Pada pandangan Cg,
    Komponen STOK AKHIR : sediakan KAD STOK, rekodkan keluar-masuk setiap barang niaga, seterusnya pada akhir bulan kira jumlah STOK AKHIR keseluruhannya. Dan sekiranya ingin dijadikan urus niaga… boleh keluarkan dokumen MEMO untuk memaklumkan kepada Kerani Akaun NILAI STOK AKHIR pada akhir bulan tersebut.

    MEMO juga sesuai digunakan untuk memaklumkan kepada Kerani Akaun tentang baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pada tarikh tersebut (Catatan Permulaan).

  51. salam….cg narzuki…
    adakah diskaun diberi dikira komponen pembayaran?begitu juga diskaun diterima’bolehkah dikira sebagai komponen penerimaan?tq

  52. Cikgu Zai,

    Telah dinyatakan dalam soalan bahawa DISKAUN TUNAI (Diskaun diberi dan Diskauan diterima) TIDAK dianggap sebagai urus niaga.

  53. bagaimana nk cukupkan stok awal menjadi RM10 000 sedangkan di situ ada diskaun niaga dan ada pemulangan barang… tolonglah… saya tak faham sangat ….

  54. Somisya,

    STOK AWAL berdasarkan Jumlah Harga Beli Seunit x KUANTITI .. bagi setiap jenis barang niaga. … Di mana belum berlaku sebarang urus niaga. Dan cadangann saya, untuk tujuan kerja kursus HARGA BELI SEUNIT menggunakan HARGA SENARAI .. iaitu tanpa tolak diskaun niaga.

  55. Cikgu,angkutan masuk dan insuran atas belian kalau tk nak buat nota debit pun tk apa kan.cth nk buat resit /keratan cek atau baucar tanda sudah dibayar.

  56. Yeoh,

    Jika belanja2 tersebut dibayar secara TUNAI / CEK, maka dokumen2 yang dinyatakan BOLEH digunakan.

    NOTA DEBIT digunakan sekiranya belanja2 tersebut dicajkan oleh Pembekal.

  57. Ckgu ,apa ya cth penerimaan hasil yg sesuai unt perniagaan pakaian ni.sewa tk sesuai sbb tk ada premis pun nk disewakn.fardah atas simpanan pun tk mendygkn hasil sgt kn sbb duit tu keluar masuk.Kalau komisen diterima blh tak tp komisen tu diterima sbb apa ya yg sesuai.

  58. Yeoh,

    Pada pandangan saya,
    FAEDAH ATAS SIMPANAN masih boleh dijadikan item hasil, walaupun duitnya keluar masuk pihak bank masih lagi memberi faedah atas simpanan tersebut dengan pengiraan tertentu (asas harian).
    KOMISEN DITERIMA.. biasanya diterima apabila PENIAGA LAIN mempamerkan barangan mereka di kaunter kedai kita , dan akan terima komisen sekiranya barang tersebut laku dijual. Misalnya dalam Kedai pakaian wanita – barangan aksesori pakaian wanita seperti kerongsang dll.

  59. Cg Narzuki,
    selamat berpuasa. nak tanya tentang pinjaman. saya rasa kebanyakan anggap pinjaman diterima dan dibankkan, betul? Sekiranya saya buat pinjaman untuk beli kenderaan, boleh tak? jika saya buat pinjaman RM10000, buat apa? dalam bank telah ada RM75000, mestilah pinjam untuk tujuan tertentu right? tapi ,jika saya pinjam untuk membeli kenderaan, dokumen apa yang sesuai? Di bahagian (f) , saya perlu lagi buat satu peroleh aset bukan semasa lagi la? Thank you.

  60. Cg Narzuki,
    Perlu / wajib tak menyediakan senarai pembekal dan pelanggan?

  61. Cg Narzuki,
    Sekiranya dalam Pengenalan Perniagaan, saya hanya sebut tarikh perniagaan dimulakan dan tidak sebut modal permulaan, boleh tak? Wajibkah untuk sebut modal permulaan?

  62. Cg Narzuki,
    Sorry to disturb again, stok akhir itu dianggap sebagai urusniaga ke? itu hanya merupakan catatan sahaja kan? bagaimana nak terangkan ini kepada murid sekiranya mereka tanya? saya cuma foresee this problem, mungkin tak berlaku. sebenarnya, tidak betullah untuk kategorikan itu sebagai urus niaga right? Thank you

  63. Cg Narzuki,
    Senarai Stok Awal itu letak di bahagian mana? Bahagian stok akhir? or Perancangan Urus Niaga?

  64. Foong,

    Pada pandangan saya,

    1. Merujuk kepada (e) Komponen Penerimaan – Pinjaman, urus niaga yang perlu pelajar sediakan ialah menerima sejumlah wang daripada pinjaman dan kebiasaanya wang tersebut akan dibankkan. Wang pinjaman tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.. .. seperti pengurusan dan pentadbiran perniagaan dan sebagainya. Dalam kes ini pinjaman untuk tujuan beli kenderaan adalah tidak sesuai … kerana ianya akan merujuk kepada (f) Perolehan aset bukan semasa. Sebaik-baiknya bagi urus niaga (f), pelajar sediakan urus niaga pemberlian ABS secara kredit .. yang tidak melibatkan pinjaman… seperti beli perabot secara kredit daripada Syarikat Perabot XXX. Sekiranya beli kenderaan dengan cara pinjaman …. itu TIDAK dikelaskan sebagai Perolehan ABS secara kredit.. kerana kenderaan tersebut TELAH dibayar sepenuhnya kepada Syarikat Kenderaan…seolah2 belian secara TUNAI…… cuma sumbernya daripada PINJAMAN.

    2. Senarai pembekal dan pelanggan disediakan bagi MEMUDAHKAN pelajar merancang URUS NIAGA serta menyediakan DOKUMEN nanti … disamping pelajar boleh belajar sesuatu, misalnya secara RASIONALNYA Pembekal mestilah terletak diluar kawasan perniagaan, manakala Pelanggan adalah daripada kawasan sekitar sahaja… di mana pelajar sepatutnya mengambarkan bahawa perniagaan mereka sebagai Perniaga BORONG dan RUNCIT.. di mana adanya jualan secara kredit dan jualan secara tunai kepada pelanggan.

    3. Sebaik-baiknya PENGENALAN PERNIAGAAN dinyatakan MAKLUMAT ASAS sesebuah perniagaan seperti – Nama Perniagaan, Nama pemilik, Tarikh Penubuhan, Modal Permulaan, Jenis Perniagaan yang dijalankan. …… dengan menyatakan perkara2 tersebut pelajar akan dapat BELAJAR SESUATU daripadanya….. seperti : apa kaitan Tarikh penubuhan dengan Tempoh perakaunan.. apa maksud Modal Permulaan dan baki Modal semasa, kenapa ianya bertambah ? dan sebagainya.

    4. STOK AKHIR …. BUKAN suatu urus niaga. Tapi bagi tujuan rekod perakaunan : Katakan pada pelajar pengurusan STOK, KAD STOK dilakukan oleh Unit Stok …. bukannya oleh Kerani Akaun, maka beliau tidak tahu berapakan nilai stok akhir perniagaan jika tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan … jadi macam mana beliau mahu menyediakan rekod perakaunan seperti menyediakan Penyata Pendapatan dan KKK. Maka pihak pengurusan perlulah mengeluarkan MEMO bagi memaklumkan kepada Kerani Akaun berapakan NILAI STOK AKHIR yang perlu direkodkan oleh beliau.

    5. SENARAI STOK AWAL,.. saya cadangkan letakkan bersama-sama KAD STOK, dimana Stok Awal tersebut .. merupakan BAKI AWAL bagi setiap barang niaga yang perlu dimasukkan dalam KAD STOK.

  65. Assalamualaikum cikgu Narzuki,

    Adakah baki stok awal RM10 000 perlu dimasukkan dalam pengiraan stok akhir sebelum pengiraan barangniaga jual beli dr dokumen sumber ke dalam stok akhir nanti?Jika ya,bagaimana caranya?saya kurang jelas.

  66. Ilhamy12, waalaikumussalam.

    Sudah semestinya pengiraan STOK AKHIR perlu mengambilkira STOK AWAL RM10 000.

    Caranya :

    1. Tentukan KUANTITI dan HARGA BELI setiap barang niaga … JUMLAHNYA RM10 000 (STOK AWAL)

    2. Ini bermaksud setaip barang niaga sudah mempunyai BAKI AWAL …. maka masukkan BAKI AWAL (kuantiti) tersebut kedalam setiap KAD STOK masing2.

    3. Kemudian, semua urus niaga yang melibatkan KELUAR – MASUK setiap barang niaga dicatatkan dalam KAD STOK masing2.

    4. Pada akhirnya…. JUMLAH BAKI AKHIR setiap barang niaga daripada KAD STOK masing2.. merupakan NILAI STOK AKHIR perniagaan.

  67. Salam cg,
    Pd pandangan cg dalam perancangan urusniaga cg buat detail ke nyatakan jumlah unit brg yang dibeli atau dijual ?
    spt th lepas.

    tq
    cgKay

  68. Cg Kay,

    Berdasarkan buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek Tingkatan 4 SPM2013, PERANCANGAN URUS NIAGA tidak perlu disediakan secara detail sepertimana arahan tugasan tahun lepas.

  69. Assalamualaikum cgu Narzuki,

    Tkasih saya faham dah.Tapi bagaimana dgn stok awal perlu juga ada catatan keluar masuk setiap barangniaga agar dpt akhir nilainya RM10, 000?

  70. Ilhamy 12, waalaikumussalam.

    STOK AWAL merujuk kepada STOK AKHIR tempoh perakaunan yang lepas.. di mana keluar-masuknya berlaku. Pelajar hanya perlu sediakan SENARAI STOK AWAL yang mengandungi Jenis barang niaga, Kuantiti, Harga beli seunit, Amaun dan JUMLAH keseluruhannya MESTI RM10,000.

  71. salam cikgu. nak tanya tempoh urusniaga ialah 1 bulan, iaitu 1–31 ogos 2012. tempoh perakaunan pula nak tulis macam mana? tq

  72. Limkalis,

    TEMPOH PERAKAUNAN merujuk kepada tempoh 1 tahun.. iaitu 1 Ogos 2012 – 31 Julai 2013.

  73. Assalam…..
    Nak tanya berkaitan pulangan jualan. Sekiranya berlaku pulangan jualan, stok yg d pulangkan perlu d rekod dalam kad stok @ tidak. TQ

  74. Sam, waalaikumussalam.

    Sebarang KELUAR-MASUK barang niaga perlu dicatatkan dalam KAD STOK, supaya kad stok tersebut mengambarkan kedudukan stok semasa.

  75. Assalamualaikum…

    Nk tnya utk pengiraan stok akhir perlukah harga ditolak dengan diskaun niaga?

  76. Faizythah, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, bagi tujuan kerja kursus T4 …. asasnya kita rujuk HARGA BELI SEUNIT, iaitu HARGA SENARAI tanpa ditolak apa2 diskaun niaga atau diskaun tunai.

  77. assalam cikgu saya cuma nak kepastian..adakah jika ada pulangan jualan barang kerana ROSAK tidak perlu dimasukkan dalam kad stok??alasannya barang yg sudah rosak tidak boleh dijual lagi ….tolong perbetulkan jika silap yer..terima kasih

  78. Nik,

    Pada pandangan saya, ada 2 kaedah yang boleh digunakan bagi barangan yang dipulangkan oleh pelanggan kerana rosak, iaitu :
    (1) Direkodkan dalam Kad Stok, kemudian semasa pengiraan STOK AKHIR nanti ianya akan dikeluarkan kembali dan dilupuskan bagi mendapatkan NILAI STOK AKHIR.
    (2) Terus TIDAK direkodkan dalam Kad Stok tetapi dicatatkan dalam buku khas berkaitan barangan rosak. Dengan itu KAD STOK hanya mengambarkan nilai2 stok semasa yang sedia untuk dijual. Dan jumlah baki-baki daripada kad Stok tersebut sudah mengambarkan NILAI STOK AKHIR perniagaan.

    Jadi bagi tujuan kerja kursus ini, di mana pelajar dikehendaki menyediakan pengiraan stok akhir berdasarkan Kad Stok, maka saya cadangkan pelajar guna kaedah (2)… di mana STOK yang ada adalah merujuk kepada barang niaga yang masih elok dan sedia untuk dijual.

  79. ok terima kasih cikgu

  80. salam,
    ckg untuk catatan kontra sebenarnya nak kna buat cm ner yer,x fahamlah..blh tlong tnjukkan cntoh ayat x??
    2-saya bce semua komen tu untuk semua baki yg dh diberi,kna sama jumlah dgan perancangan urus niaga yg dbuat ker??mcm mna nk pastikan semua jumlah tu sma??

  81. Akma,

    CATATAN KONTRA merujuk kepada 2 keadaan iaitu :
    1. Deposit tunai – simpan/masukkan wang TUNAI ke akaun BANK : Dokumen : SLIP BANK Cth : “Masukkan tunai RM1000 ke dalam akaun bank perniagaan.”
    2. Pengeluaran TUNAI daripada BANK untuk kegunaan perniagaan : Dokumen : KERATAN CEK Cth: “:Mengeluarkan wang RM2000 dari akaun bank untuk kegunaan perniagaan.”

    Baki yang diberi adalah BAKI AWAL, iaitu baki2 akaun SEBELUM perancangan yang dikehendaki oleh soalan. Hanya STOK AWAL RM10,000 pelajar diminta sediakan senarai barang niaga awal dengan menentukan KUANTITI dan HARGA BELI dan JUMLAH keseluruhannya mesti RM10,000. Kemudian baru disediakan PERANCANGAN URUS NIAGA bermula dengan STOK AWAL barang niaga tersebut………. Dalam KAD STOK nanti kita dapat lihat, bermula dengan BAKI AWAL barang niaga tersebut akan KELUAR (Jual) -MASUK (Beli) … akhirnya pada akhir bulan nanti kita akan dapat NILAI STOK AKHIR yang masih tinggal / belum dijual.

  82. Assalamualaikum..
    Cikgu nak tanya tentang harga barang-barang di kad stok..saya masih keliru sebab setahu saya sebelum ini (tahun-tahun sebelum) harga barang-barang di kad stok ialah harga selepas di tolak diskaun niaga. Jadi adakah harga barang-barang di dalam senarai pengiraan stok awal yang cikgu cadangkan tu sama harganya di kad stok? dan harga barang-barang di invois belian ialah sebelum diskaun?
    Contohnya…harga sehelai baju batik di borang pengiraan stok awal ialah RM9
    jadi di kad stok harganya juga RM9 tetapi di invois belian harganya RM10 (ada diskaun niaga 10%)
    terima kasih

  83. Norah, waalaikumussalam.

    Pada tahun2 sebelum ini juga terdapat 2 pendekatan yang digunakan :
    (1) Ikut Harga Senarai
    (2) Ikut Harga selepas diskaun niaga
    # ianya bergantung kepada penyelarasan yang dilakukan diperingkat negeri masing2.

    Pendekatan (1).. pelajar hanya perlu menetapkan Harga Beli Seunit dan Kuantiti bagi setiap barang niaga .. Jumlah keseluruhan RM10,000.
    Pendekatan (2) ..pelajar perlu tetapkan Harga Beli Seunit, Kuantiti dan Kadar diskaun niaga bagi setiap barang niaga … Jumlah tetap RM10,000.

    Dalam kes ini, terdapat guru2 telah mengambil jalan mudah dengan mengarahkan pelajar2 mereka supaya TIDAK mengenakan sebarang Diskaun Niaga dalam semua urus niaga yang disediakan… dengan alasan memudahkan dan mengelakkan kekeliruan dikalangan pelajar dalam penyediaan KAD STOK. Sedangkan pengiraan Diskaun niaga dan Diskaun tunai adalah termasuk dalam sukatan pelajaran yang perlu pelajar kuasai sebaik mungkin…. maka pada pandangan saya, sepatutnya kemahiran tersebut perlu diaplikasikan dalam penyediaan kerja kursus tingkatan 4. Manakala kemahiran ASAS penggunaan Kad Stok lebih kepada merekodkan semua urus niaga yang melibatkan KELUAR – MASUK setiap barang niaga bagi tujuan pengiraan STOK AKHIR nanti. Di mana pengiraan stok akhir secara lebih terperinci dengan pelbagai kaedah akan dipelajari diperingkat yang lebih tinggi nanti.

    Cadangan saya, gunalah mana2 pendekatan yang telah DISELARASKAN diperingkat negeri masing2 … asalkan jangan diabaikan kemahiran2 tertentu yang sepatutnya pelajar aplikasikan dalam penyediaan tugasan kerja kursus tersebut.

  84. cikgu.. boleh terangkan tak angkutan masuk dan insurans atas belian tu ape? dan boleh bagi contoh urusniaga.

  85. salam,cikgu..
    saya pilih kedai pakaian wanita.
    boleh cg bagi contoh satu brg untuk msukkn dlm kad stok??
    -mohon jwpan dr cg.-

  86. Madihah,

    Sila baca komen2 Cg sebelum ini (DIATAS) berkaitan Angkutan masuk dan Insurans atas belian.

    Cuma bayangkan sendiri apakah BARANG NIAGA yang ada dalam sebuah kedai pakaian wanita… boleh buat secara umum seperti : Baju Kurung, Baju …., Baju ….., Kain tudung dan sebagainya. Dan SETIAP barang niaga tersebut perlu mempunyai KAD STOK masing2.

  87. ok.terima kasih cg.

  88. salam..nak tanya..berkaitan dengan insurans atas belian..kita nak bayar kepada siapa? kalau takaful blh ke?

  89. Ani,

    YA, BOLEH, kerana Takaful ada menawarkan insurans berkaitan dengan perniagaan.

  90. salam

    cikgu..saya tak faham la kaitan kad stok dengan perancangan urus niaga..

  91. Ayuni,

    Fahamkan dahulu apa itu KAD STOK dan kegunaannya.. kemudian baru kaitkan dengan urus niaga yang dirancangkan.
    KAD STOK – untuk merekodkan setiap jenis barang niaga yang ada dalam kedai pada setiap masa… stok KELUAR, stok MASUK dan BAKI stok yang ada sekarang.

    Contohnya,

    Kad Stok – Baju kurung
    1/8/12 – Baki awal 50 pasang
    2/8/12 – MASUK 30 pasang ……..rujuk perancangan Urus niaga Belian barang niaga
    ….. BAKI semasa = 80 pasang …. maka perancangan u/niaga …. bagi JUALAN mesti KURANG daripada 80 pasang.. sebab stok yg ada hanya 80 pasang sahaja.
    5/8/12 – KELUAR 25 pasang ……. misalnya … u/niaga JUALAN 25 pasang.
    ……BAKI semasa = 55 pasang (iaitu 80-25)

    ….. begitulah seterusnya, asalkan melibatkan BARANG NIAGA tersebut, maka perlulah direkodkan dalam KAD STOK yang terlibat seperti.. antaranya : Pulangan Jualan/Belian barang niaga … kesannya STOK akan MASUK/ KELUAR…. Ambilan barang niaga .. STOK KELUAR.

  92. salam,
    cikgu dkat kad stok tu prkara paling atas skali kita nk tulis apa..??
    nk kna tulis bali stok dulu ker 10 000 lpas tu tulis bnda yg masuk n kluar??

  93. bagaimana dengan baki stok ? harga mana kena letak?

  94. salam..
    nak tnya..belian aset bukan semasa tu, nak guna memo atau invois? saya buat memo..boleh ke?

  95. Assalamualaikum..cikgu nak tanya pendapat cikgu iaitu tentang nama-nama bank atau syarikat takaful atau jenama baju, dan sebagainya..adakah lebih baik kita gunakan nama-nama yang telah ada contoh CIMB bank ,Takaful Ikhlas dan sebagainya atau kita cipta sendiri nama-nama lain yang tidak ada lagi.

    Terima kasih cikgu

  96. Akma,
    Cadangan Cg, bagi SETIAP KAD STOK tulis BAKI AWAL atau BAKI B/B.
    Stok Awal RM10,000 adalah terdiri daripada beberapa jenis barang niaga, maka BAKI AWAL setiap jenis barang niaga tersebut perliu dimasukkan dalam Kad Stok masing2. Kemudian baru direkodkan Keluar – MAsuk stok tersebut berdasarkan urus niaga yang berkaityan dengan jenis barang niaga tersebut.

    Dophline,
    Sila rujuk komen DIATAS berkaitan Harga Beli yang perlu dicatatkan dalam KAD STOK.

    Ani,
    Belian / sebarang urus niaga dengan PIHAK LUAR sebaik2nya menggunakan dokumen yang dikeluarkan / diterima daripada pihak luar tersebut… supaya BUKTI urus niaga tersebut lebih menyakinkan. Maka cadangan Cg… menggunakan INVOIS adalah lebih sesuai berbanding MEMO.

    Norah, waalaikumussalam.
    Cadangan Cg, sediakan tugasan tersebut seolah2 perniagaan tersebut betul2 wujud… maka penggunaan NAMA SEBENAR adalah lebih baik.

  97. Assalamualaikum..terima kasih cikgu..ada lagi soalan saya..iaitu dalam lejar akan ada akaun stok kan..jadi tentu akan ada catatan baki b/b RM10,000… dan akan ada baki h/b iaitu nilainya nanti akan berdasarkan kepada nilai baki semua stok di kad stok..soalan saya ialah tentang butiran yang perlu dicatat untuk perbezaan antara stok b/b dengan baki h/b dalam akaun stok…

    satu lagi cikgu saya harap ada lagi berita2 terkini tentang bidang perakaunan dalam buletin perakaunan ya..

    terima kasih cikgu

  98. Norah, waalaikumussalam.

    Dalam AK Stok hanya rekodkan 1/8/12 BAKI B/B RM10,000 dan 31/8/12 BAKI H/B RM10,000 ….. seterusnya Baki tersebut dipindahkan ke IMBANGAN DUGA.
    Pengiraan STOK AKHIR akan diperolehi daripada jumlah baki akhir setiap Kad Stok…. dan dalam tempoh rekod tersebut Nilai Stok Akhir BELUM lagi dicatatkan dakan AKAUN STOK.

    Merekodkan Nilai Stok AKhir dalam AKAUN STOK dan mengeluarkan STOK AWAL daripada AKAUN STOK … hanya dilakukan semasa CATATAN PENUTUP, iaitu SELEPAS Penyata Kewangan disediakan (rujuk Kitaran Perakaunan) – untuk kerja kursus hanya disediakan sehingga PENYATA KEWANGAN sahaja.

    Pada peringlkat awal rekod perakaunan disediakan berasaskan Sistem Catatan Bergu sepenuhnya …. bermula dariapada Dokumen – BCP – Lejar – Pelarasan – Akaun Penamat (Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan KKK – bentuk Akaun) di mana semua Akaun HASIL dan BELANJA ditutup dan terus dipindahkan ke Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi … TIDAK menggunakan BAKI H/B dan BAKI B/B.

    Dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi.. sistem rekod perakaunan juga turut berkembang.. seperti yang disampaikan (dalam Buku Teks), di mana KITARAN PERAKAUNAN : Dokumen – BCP – Lejar – ID – Pelarasan – ID Terselaras – Penyata Kewangan – Catatan Penutup. Maka terdapat sedikit perbezaan dari segi sistem perekodannya.

    Terima kasih, Sekiranya Cg terjumpa apa2 berita berkaitan dengan bidang perakaunan terkini, InsyaAllah Cg akan masukkan.

  99. hampir sebulan tempoh pembuatan kerja kursus dijalankan … Selalunya pada masa ini sudah ada yang siap.. Adakah faktor Hari Rya penyebab kerja kursus ditangguhkan…

    Cg semua berharap beraya juga tetapi kerja kursus adalah penting untuk diberi keutamaan..

  100. ASSALAMUALAIKUM CIKGU,
    SY KELIRU..SEMASA MENYEDIAKAN PERANCANGAN URUSNIAGA, BAGAIMANA SAYA PERLU MEREKOD BAKI STOK AWAL DALAM PERANCANGAN…CIKGU BOLEH TAK TUNJUKKAN CONTOH AYAT..

    BAGI BAKI2 YG LAIN, XPERLU SEDIAKAN PERANCANGAN KAN CIKGU??

  101. Waalaikumussalam.

    Bagi CATATAN PERMULAAN boleh juga dikeluarkan MEMO bagi memaklumkan baki2 akaun yang ada pada 1 Ogos 2012 kepada kerani akaun…
    Perancangannya : Merekodkan catatan permulaan / baki2 aset dan modal pada tarikh 1 Ogos 2012.

    Baki2 tersebut merujuk kepada Lengkapan, Stok, Bank, Tunai dan Modal.

  102. Akum cikgu,
    Saya keliru dengan tempoh perakaunan dan tempoh rekod. Bolehkah saya buat tempoh perakaunan 1/1/2012 hingga 31/12/2012 dan tempoh rekod saya buat selain drpd bulan ogos cth bulan febuari. Tq.

  103. Nizasyarina,

    Pada pandangan saya,
    Tiada sebarang ketetapan dalam Solan bilakah TEMPOH PERAKAUNAN, maka terserah kepada pelajar menentukannya.. Manakala TEMPOH REKOD merujuk kepada SATU BULAN TAHUN SEMASA. … berdasarkan kenyataan tersebut, pelajar juga bebas tentukan bulan tersebut …. ASALKAN mengambarkan perniagan tersebut MENERUSKAN PERNIAGAAN sebelum ini.

  104. Cg Narzuki,
    Selamat Hari Raya. 1. Saya bagi Diskaun Niaga untuk Jualan dan Belian Kredit, cuma diskaun tunai tu, samada diskaun diberi atau diskaun diterima saya buat dalam bentuk ‘lump sum’ dan bukan berdasarkan syarat diskaun di bawah invois, boleh kan? cth: syarikat menjelaskan sebahagian hutang berjumlah RM2000 dan menerima diskaun RM100. Please comment. 2. Jualan Tunai beri diskaun niaga tak? How about diskaun tunai? Logically, jika jualan tunai , should be cheaper, right? Thank you

  105. Foong,

    Pada pandangan saya,
    1. DISKAUN TUNAI mesti berdasarkan SYARAT yang ditetapkan dalam INVOIS. Dan pemberian DISKAUN hanya apabila jumlah INVOIS (- Pulangan, jika ada) dijelaskan SEPENUHNYA dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam syarat pembayaran. Sekiranya hanya menjelaskan SEBAHAGIAN, maka diskaun tersebut TIDAK akan diberikan walaupun dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam syarat tersebut.

    2. Jualan tunai TIDAK diberikan DISKAUN TUNAI …….. sila rujuk apakah TUJUAN pemberian DISKAUN TUNAI ? Diskaun diberi bagi jualan tunai adalah merujuk kepada DISKAUN NIAGA…. di mana jualan tunai KADAR DISKAUN lebih tinggi berbanding jualan secara kredit.

  106. salam,
    cikgu dokumen ape yg sesuai utk urusniaga ni?
    -membeli lengkapan kedai drpd kdai perabot dengan cek rm1000

  107. Yuni,

    Dokumen yang sesuai dengan urus niaga tersebut ialah : Keratan cek, Bil Tunai, Resit rasmi.

    Walau bagaimanapun berdasarkan soalan : (f) Perolehan aset bukan semasa – SECARA KREDIT (tiada pilihan diberikan), maka urus niaga beli lengkapan kedai tersebut sepatutnya SECARA KREDIT… dan dokumen yang sessuai ialah INVOIS.

  108. CIKGU,
    saya nak tanya, kalau belian secara tunai dengan cek, dokumen apa yang paling sesuai kita guna? keratan cek atau resit rasmi atau bil tunai..sama jugak dengan jualan tunai, nak guna bil tunai atau resit rasmi? keliru la

  109. CIKGU,

    berkaitan dengan diskaun, kalau kita dah bayar sebahagian, dan bakinya kita bayar dalam tempoh diskaun juga..nak kira diskaun daripada baki hutang atau jumlah hutang sepenuhnya?

  110. Ani,

    Dokumen yang paling sesuai bagi urus niaga JUALAN / BELIAN secara tunai ialah BIL TUNAI. kerana maklumatnya lebih detail dari segi Kuantiti, Harga Seunit, Diskuan dll.
    Manakala KERATAN CEK dan RESIT RASMI lebih sesuai digunakan bagi urus niaga PEMBAYARAN / PENERIMAAN.

  111. Salam. Perancangan urusniaga yang lengkap? adakah perlu nama pembeli/penjual/kuantiti dan harga seunit?

  112. Ali,

    Pada pandangan saya,
    Tahun ini tidak perlu terlalu detail sepertimana tahun lepas.. sekadar menepati kehendak soalan / tugasan sahaja . Sila rujuk Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek Tingkatan 4 SPM 2013.

  113. Cikgu,
    Salam sejahtera. Mesin daftar tunai merupakan lengkapan atau alatan pejabat? Tq.

  114. Ana,

    Mesin daftar tunai lebih kepada ALATAN PEJABAT.

  115. Cikgu,Insurans atas belian rekod masuk Jurnal Am? macam mana rekod?

    Caj Angkutan&Insurans rekod masuk Jurnal apa?

  116. Lily,

    Kena rujuk keterangan urus niaga tersebut terlebih dahulu, baru boleh tentukan Buku Catatan Pertama yang mana perlu direkod. Misalnya Bayar insurans atas belian dengan cek.. maka ianya perlu dicatatkan dalam BUKU TUNAI. Begitu juga dengan kes Angkutan kena rujuk urus niaganya macam mana terlebih dahulu.

    Cuba fahami kegunaan setiap Buku Catatan Pertama (Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai), dan kenal pasti apakah urus niaga/dokumen yang perlu dicatat dalam setiap satunya.

  117. Cikgu, adakah setiap barang niaga mesti mempunyai baki b/b ????

  118. Jenny,

    TIDAK semestinya semua barang niaga ada baki awal….. boleh jadi barang niaga tersebut semuanya telah habis dijual pada bulan sebelumnya.. ataupun barang niaga tersebut baru dijual.

  119. Assalamualaikum Cikgu Narzuki,

    Utk kerja kursus ini saya hanya melibatkan belian, jualan secara tunai dan kredit DUA JENIS item sahaja.contoh baju kurung moden dan baju kurung pesak.Boleh tak atau kena lebih lagi item yg di beli dan jual?

    Satu lagi saya kurang jelas jumlah/unit item yang dijual beli untuk memastikan sesuai dan betul dengan baki2 aset dan liabiliti dalam soalan. Terima kasih

  120. Ilhamy 12, waalaikumussalam.

    Secara RASIONAL, bagi sebuah perniagaan pakaian yang telah LAMA berniaga…… 2 barang niaga adalah terlalu sedikit. Cadangan saya antara 4 – 10 jenis barang niaga.

    Apa yang perlu ditetapkan oleh pelajar hanyalah STOK AWAL RM10,000 sahaja. Iaitu sediakan senarai barang niaga, Kuantiti, Harga Beli dan Amaun dan JUMLAH keseluruhannya mesti RM10,000. Manakala jumlah / unit yang dijual / dibeli terserah kepada perancangan pelajar.

  121. macam mana kenal pasti dokumen

  122. Kerthika,

    Sila rujuk JENIS dan FUNGSI DOKUMEN PERNIAGAAN dalam Buku Teks m/s 99.

  123. salam. ckgu narzuki,
    sy student ckgu hamis smttj seremban

    1)sy nk tnye mcm mne nak buat pengenalan perniagaan. msksud elemen2 yg perlu diterapkandlm esei tersebut.

    2)tak berapa JELAS MCM MANA NAK BUAT KAD STOK..

  124. Nana sttj,

    1). Berkaitan dengan Elemen 1.1 : Pengenalan Perniagaan, sila nyatakan dengan jelas :
    # LATAR BELAKANG perniagaan seperti Nama Perniagaan, Lokasi, Nama Pemilik, Jenis perniagaan
    # SEBAB memilih jenis perniagaan tersebut.
    # KELEBIHAN menjalankan perniagaan tersebut.
    # RISIKO yang bakal dihadapi

    2) KAD STOK bertujuan untuk merekod KUANTITI stok semasa perniagaan, di mana semua yang melibatkan KELUAR- MASUK stok perlu direkodkan. Misalnya:
    ————————MASUK—————————-KELUAR————————BAKI
    Baki awal … 50 unit @ RM10=RM500……………………………………………..50 unit @ RM10 = RM500
    Belian ……….20 unit @ RM10=RM200……………………………………………..70 unit @ RM10 = RM700
    Pulangan ………………………………………………5 unit @ RM10=RM100….. 65 unit @ RM10=RM650
    Jualan………………………………………………….45unit @ RM10=RM450…… 20 unit @ RM10=RM200

  125. salam
    cikgu..saya nak tanya berkaitan dengan belian barang niaga..mengikut soalan, dalam komponen kos jualan urusniaga yang ditetapkan perlu ada lima komponen iaitu – Belian kredit
    – Belian tunai
    – Pulangan belian
    – Angkutan masuk
    – Insurans atas belian

    bilangan urusniaga juga perlu ada 5..maksudnya kita perlu buat 1 urusniaga bagi setiap komponen diatas la kan? maksudnya kita cuma 2 kali membeli barang niaga, 1 secara kredit dan 1 secara tunai..betul ke? maksudnya kita cuma ada 1 pemiutang la nanti kan? kalau kita x buat diskaun boleh tak? samada diskaun tunai atau diskaun niaga bagi kedua-dua jualan dan belian?
    terima kasih

  126. Ani,

    Ringkasan Urus niaga dalam soalan adalah sebagai PANDUAN urus naiga yang dikelaskan sebagai Komponen Kos Jualan…. pelajar sediakan 5 Urus niaga berdasarkan panduan yang diberikan.. seperti 2 – Belian Kredit, 1 – Belian tunai, 1 – Pulangan belian, 1 – angkutan masuk ………….asalkan CUKUP 5 urus niaga. Pada saya sebaik2nya BELIAN KREDIT lebih dari 1, supaya pelajar nampak penggunaan JURNAL BELIAN dan cara pengeposkannya ke LEJAR dengan lebih baik.

    Tiada ketetapan Diskaun Niaga atau Diskaun Tunai……. MESTI disediakan, maka TERSERAH kepada pelajar nak buat atau tidak, cuma saya sangat2 galakkan pelajar buat, supaya mereka BOLEH BELAJAR sesuatu berkaitan dengan pengiraan diskaun serta kelayakan menerima diskaun tunai berdasarkan syarat pembayaran yang ditetapkan dalam Invois.

  127. Assalamualaikum Cikgu Narzuki,

    Bagaimana nak buat 4 – 10 barang niaga jika dlm KOMPONEN KOS JUALAN bilangan uniaga 5 sedangkan ringkasan uniaga cukup2 5.bermakna hanya 1 invois belian dan 1 belian tunai. Adakah dalam satu invois belian dimasukkan 2 atau 3 jenis barangniaga(saya buat 1 invois belian1 barangniaga sahaja)?

    Maksud soalan ke 2 saya sebelum ini (#119) bagaimana cara menentukan jum/kt jual beli barangniaga dr Dok 1 hgg D25 yang sesuai dgn baki awal tunai RM1000 dan Bank RM74 000 yg ada dlm soalan.

    Adakah Dokumen ke 25 ialah MEMO menyatakan baki stok akhir yg diperolehi setelah di campur semua baki2 akhir barang niaga?

  128. Ilhamy 12, waalaikumussalam.

    Dalam setiap dokumen seperti INVOIS, Nota Kredit, Bil Tunai dll….. BOLEH mengandungi beberapa jenis barang niaga dalam satu urus niaga… sila rujuk contoh dokumen2 tersebut dalam Buku Teks m/s 73-91 sebagai panduan.

    STOK AWAL RM10,000 dan BANK RM74000 merupakan BAKI AWAL. Urus niaga yang hendak dibuat 1-25 tersebut .. KUANTITI atau JUMLAH terserah kepada pelajar menentukannya… semuanya SESUAI.

    MEMO boleh dikeluarkan bagi memaklumkan kepada kerani akaun berapakan NILAI STOK AKHIR bagi memudahkan beliau menyediakan Penyata Kewangan nanti.

  129. salam cikgu…
    saya nak tny utk buat kunci kira2, imbangan duga dan yg lain2 utk kerja kursus akaun perlu buat dlm bntk table atau blh buat dlm bntk t saja?

  130. cikgu…
    blh terngkan apa yg perlu ada utk rumusan

  131. Naz,

    Cadangan Cg, ID, PP dan KKK dibuat dalam bentuk PENYATA.

    Kriteria untuk layak dapat A Elemen RUMUSAN – Pelajar berkebolehan MENGHUBUNGKAITKAN TIGA konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang RELEVAN dengan amalan rekod perakaunan perniagaan anda dengan BETUL dan TEPAT. (boleh rujuk Buku Teks m/s 25)

  132. assalamualaikum cikgu…

    kalau itu semua dibuat dlm bntk t adakah mrkh akan ditolak?

    mcm mana kita nak tahu dokumen yg sesuai utk sesuatu urusniaga?

  133. Naz, waalaikumussalam.

    Jika disediakan dalam bentuk “T” juga TIDAK menjadi kesalahan, cuma format soalan SPM sekarang menggalakkan pelajar menggunakan bentuk PENYATA. … dan setengah2 keadaan akan HILANG MARKAH jika disediakan dalam bentuk “T”.

    Bagi menentukan dokumen mana yang sesuai dengan sesuatu urus niaga, anda perlu memahami FUNGI setiap dokumen tersebut… sila rujuk FUNGSI dan KEGUNAAN dokumen perniagaan dalam buku teks.

  134. salam…cikgu status meneruskan perniagaan tak sama dgn memulakan perniagaan kan?

  135. Fadzlina,

    YA .. tidak sama. MENERUSKAN PERNIAGAAN.. maksudnya perniagaan tersebut TELAH LAMA ditubuhkan dan rekod perakaunan yang hendak disediakan adalah sambungan kepada rekod2 perakaunan sebelum ini… itu sebab wujudnya BAKI-BAKI AWAL aset dan ekuiti pemilik dalam soalan.

    Manakala MEMULAKAN PERNIAGAAN .. bermaksud perniagaan tersebut BARU DITUBUHKAN dan rekod perakaunan masih belum ada….. tidak wujudnya baki-baki awal.

  136. Salam Cikgu Narzuki,

    Cikgu, Saya masih confuse dengan angkutan masuk dan insurans atas belian. Mengikut konsep yang telah dipelajari, kedua-duanya dikategori sebagai kos jualan. Dalam Kerja kursus ini, jika ditulis membayar angkutan masuk atau insurans atas belian,dan dokumen yang digunakan adalah resit rasmi / keratan cek, urus niaga ini dikatakan komponen pembayaran atau kos jualan?

  137. Cath,

    Pada pandangan saya,
    Angkutan masuk dan Insuran atas belian … TETAP dikelaskan sebagai Komponen KOS JUALAN walaupun bayaran dibuat secara tunai.
    Sama dengan BELIAN TUNAI, ianya masih dikelaskan sebagai Kos Jualan.. dan bukannya sebagai Komponen Pembayaran – BELANJA.

  138. Klu perolehan aset : membeli perabot secara kredit RM 800 dokumen sumber?

  139. Murnira,

    Jika urus niaga secara KREDIT, maka dokumen INVOIS paling sesuai digunakan.

  140. salam.cikgu.
    dokumen ape yg sesuai utk pulangan belian? bil tunai/ nota kredit?

  141. Yuni,

    Dokumen NOTA KREDIT perlu digunakan bagi urus niaga PULANGAN BELIAN / PULANGAN JUALAN.

  142. Akum cikgu…
    Stok awal dalam penyata pendapatan rm10000 ke? Dan stok akhir dalan penyata pendapatan ialah baki terakhir dalan kad stok ke?

  143. Nizasyarina,

    YA, Stok awal = RM10,000, manakala Stok AKhir bergantung kepada penilaian Stok Akhir daripada KAD STOK yang disediakan..

  144. As salam…nak tanya mengenai stok awal Rm 10,000 untuk setiap barang atau merangkumi keseluruhan barang?
    cth: saya buat 2 jenis barang, jumlah stok kedua2 barang mesti Rm 10,000 ke @ setiap barang stok awal Rm10,000?
    confius…

  145. Aida.

    STOK AWAL RM10 000 merujuk kepada JUMLAH KESELURUHAN barang niaga yang ada pada masa tersebut.

  146. salam cg,
    sy nak bertanya 2 soalan..
    1. nama pembekal kena ada sekurang-kurangnya berapa nama?
    2. untuk (g) catatan kontra. bil urusniaga 1 shj..so, adakah kena pilih diantara deposit tunai dgn pengeluaran tunai untuk kegunaan perniagaan.

    terima kasih atas keprihatinan cg pada soalan saya..
    tq.

  147. Amie,

    Pada pandangan Cg,
    1. Bilangan PEMBEKAL bergantung kepada perancangan urus niaga yang disediakan…… Urus niaga Belian Kredit dan Belian Tunai bagi barang niaga.

    2. CATATAN KONTRA …. boleh PILIH salah satu, …. nak buat kedua2 pun boleh. (Bilangan urus niaga nak buat LEBIH daripada kehendak soalan BOLEH, asalkan JANGAN KURANG)

  148. As salam…
    urusniaga mesti mengikut urutan dalam perancangan urusniaga yg di beri @ boleh buat mana2 dahulu asalkan mencukupi bilangan urusniaga yg di beri?
    cth: buat h) ambilan dahulu baru buat untuk komponen b) kos jualan…

  149. Aida,

    Perancangan urus niaga disusun ikut urutan TARIKH urus niaga… BUKAN mengikut susunan komponen yang dikemukakan dalam soalan… SYARATNYA bilangan urus niaganya mencukupi mengikut bilangan komponen yang diminta.
    Contohnya,
    1/8 – belian kredit
    2/8 – belian tunai
    3/8 – catatan konta mengeluarkan untuk kegunaan perniagaan
    4/8 – jualan kredit
    5/8 – ambilan

    dan seterusnya ….

  150. salam, cikgu saya nak tanya. yang lejar penghutng kita dengan pemiutang kita tu amik kat mana ?

  151. Mimi,

    Lejar Penghutang dan Lejar Pemiutang disediakan khas untuk merekod Akaun2 Penghutang dan Akaun2 Pemiutang…. formatnya sama dengan LEJAR AM… cuma disediakan dalam buku yang berasingan.

    Semua catatan dalam JURNAL JUALAN dan JURNAL PULANGAN JUALAN akan diposkan ke Akaun Penghutang yang berkaitan dalam LEJAR PENGHUTANG. Begitu juga dengan catatan dalam BUKU TUNAI dan JURNAL AM… yang mana terlibat dengan PENGHUTANG.. akan diposkan ke Akaun Penghutang berkenaan.. …. samalah juga dengan kes PEMIUTANG.

  152. cikgu tak apa ke kalau kita letakkan terlampau banyk nama syarikat. sbgi contoh setiap urus niaga kita menggunakan nama syarikat lain ?

  153. Eliyana,

    Jika setiap urus niaga melibatkan syarikat yang berlainan, maka sudah tentu SALAH. Ini kerana seorang PEMIUTANG sahaja sekurang2nya terlibat dengan 3 urus niaga. Misalnya :

    Urus niaga 1 – Belian secara kredit daripada SYARIKAT A
    Urus niaga 2 – Pulangan belian kepada SYARIKAT A
    Urus naiga 3 – Pembayaran kepada SYARIKAT A

    Adalah SALAH sekiranya :
    Urus niaga 1 – Belian secara kredit daripada SYARIKAT X
    Urus niaga 2 – Pulangan belian kepada SYARIKAT Y
    Urus naiga 3 – Pembayaran kepada SYARIKAT Z

    # Begitu juga dengan PENGHUTANG.

  154. slm, ckgu ..
    stok yg diberi 10000 2 mrupakan jumlah utk membeli brg niaga ke ?
    buku tunai terdiri drpd apa?

  155. Sya,

    BUKAN…. itu adalah STOK AWAL.… stok yang sedia ada dalam kedai SEBELUM urus niaga yang dirancang bermula lagi.

    BUKU TUNAI .. hanya catatkan 1hb BAKI B/B …. Tunai RM1000 dan …… Bank RM74000.

  156. cikgu, yang berkisahkan tentang kredit2 ni semua. macam jualan kredit, pulangan belian ni kena sama kan nama syarikatnya? kalau yang urus niaga melibatkan tunai atau selain itu boleh buat nama syarikat lain tak?

  157. Adriana,

    Jika BAYARAN kepada PENGHUTANG …. maka mestilah PENGHUTANG yang SEDIA ADA. Manakala PENERIMAAN daripada PENGHUTANG… maka mesti merujuk kepada PENGHUTANG sedia ada.

    Sekiran BAYAR SEWA …. BAYAR KADAR BAYARAN dan sebagainya ….. baru boleh guna SYARIKAT LAIN ……kerana tidak melibatkan PENBAYARAN HUTANG.

  158. slm..cg ,,

    dlm kad stok adkah perlu kta masukkan baki stok awl rm10000.

    boleh ke buat urusniaga belian kredit dan belian tunai shja ?

  159. Ctsofiey,

    Kad Stok perlu masukkan BAKI AWAL bagi setiap barang niaga yang ada.
    Bilangan urus niaga telah ditetapkan mengikut KOMPONEN yang dinyatakan dalam soalan.

  160. salam ckg ..

    dalam jurnal am kita buat ambilan debit , tunai kredit .

    lejar pulak kita buka akaun ambilan then yang tunai tu macam mana ckg ? kena buka akaun tunai ka ?

  161. Eyra,

    AMBILAN TUNAI …. perlu dicatatkan dalam BUKU TUNAI sebelah KREDIT(wang keluar) …. Jurnal Am TIDAK PERLU. Kemudian catatan tersebut diposkan ke LEJAR… iaitu buka AKAUN AMBILAN,… catat sebelah DEBIT dan butiranya ialan TUNAI.

  162. assalamualaikum..
    cgu..

    -jumlah barang niaga kita bln ni sbnarnya ambil dr baki awl stok 10000 atau boleh tukar hrga lain pula ??

    -cth jumlah brg niaga yg sy beli 15 000 , lps tu dkat kad stok nanti perlu ke tmbh baki awl stok 10 000 pula ?

  163. -walaupun aset semasa penghutang kta sdah jelas , perlu ke kta msukkan nilai penghutang dlm kunci kra2 nanti ?

  164. Umar07,

    HARGA BELI lebih baik TETAP cuma KUANTITI yang dibeli bergantung kepada peracangan yang dibuat. STOK AWAL RM10,000 adalah merujuk kepada jumlah SEMUA barang niaga.

    Semua akaun dalam LEJAR perlu diimbangkan.. cari Baki h/b dan Baki b/b…… kemudian BAKI2 tersebut akan disenaraikan dalam IMBANGAN DUGA…..seterusnya ITEM2 yang ada dalam ID sahaja akan dimasukkan dalam PP ataupun KKK. Sekiranya Penghutang A dijelaskan sepenuhnya, maka Ak Penghutang A .. TIADA BAKI lagi…. maka Penghutang A .. tidak perlu dimasukkan dalam ID, seterusnya TIADAlah dalam KKK.

  165. assalamualaikum cg .
    sy nk thu mcm mne nk buat kad stok . mohon cg bg contoh .
    tq ,

  166. Kikilala, waalaikumussalam.

    Contoh penyediaan KAD STOK.

  167. slm,
    adkh perlu memasukkan nilai stok ke dalam kad stok ?

  168. Kikilala,

    Sememangnya PERLU, nili stok awal tersebut …. merupakan jumlah nilai stok (barang niaga) yang sedia ada pada 1 hb. Di mana nilai RM10,000 tersebut diperolehi daripada KAD STOK bulan sebelum ini.,.. BAKI AKHIR bulan SEBELUM ini, akan menjadi BAKI AWAL pada bulan BERIKUTNYA.. Maka dalam KAD STOK perlulah ditunjukkan baki awal stok / barang niaga tersebut…

  169. As Salam Cg Narzuki.

    Kita akan sediakan nota debit sekiranya angkutan di cajkan oleh pembekal. Nota dt ini kemudiannya direkodkan ke jernal belian. Bila kita sedia ID item angkutan masuk tidak wujud. Adakah ini bermakna komponen kos jualan kita hanya ada 4 saja?

  170. Juli, waalaikumussalam.

    Cadangan saya, NOTA DEBIT tersebut perlu dicatatkan dalam JURNAL AM, kerana JURNAL BELIAN disediakan khas untuk belian barang niaga sahaja. Sekiranya NOTA DEBIT dikeluarkan kerana TERKURANG CAJ dalam invois,.. barulah dicatatkan dalam JURNAL BELIAN.

    Kemudian JA tersebut akan diposkan ke AKAUN ANGKUTAN MASUK dan AKAUN PEMBEKAL… maka akan wujud item ANGKUTAN MASUK dalam PP nanti.

  171. slm cgu,,

    sy kurang paham ttg CATATAN PERMULAAN yg mgunakan dkumen MEMO diats,,
    cth ayat yg cgu bg di ats adlh utk dcatat dlm dkumen MEMO atau dlm prancangan urusniaga 1/2/12?

  172. Umar,

    Contoh yang diberi adalah untuk menulis catatan DALAM MEMO tersebut, manakala untuk PERANCANGAN URU NIAGA….. boleh ditulis sebagai “Memulakan perniagaan dengan baki2 berikut……….. “

  173. Salam..

    Cg narkuzi,kalau terdapat 2 jenis pemiutang..(1 pemiutang barangniaga,1 pemiutang belian aset) dalam imbgan duga kte nak label akaun tersebut bagaimana?

    Pemiutang:rm1000
    Pelbagai pemiutang-sykt perabot A:rm4000

    Boleh ke rekod mcm ni?

  174. Akaunsmksp,

    Pada pandangan saya,
    Dalam ID, kita ikut konsep asas penyediaan ID.. iaitu “senarai semua baki-baki akaun dalam LEJAR”…. maka cadangan saya masukkan terus nama2 akaun tersebut. Ianya berbeza dengan penyediaan KKK.

  175. salam ..

    dalam buku tunai ada komisen , adakah kita perlu buka akaun komisen ?

  176. Cg Narzuki, terima kasih atas pertolongan.

  177. Eyra,
    YA.

    Juli,
    Sama2..

  178. cikgu, kalau dkt belian kredit kita jual selendang. dekat belian tunai pon kita kena jual selendang ke? atau nak kena jual tudung lain?

  179. Adriana,

    Maaf… soalannya agak mengelirukan…. “belian tunai pon kita kena jual selendang ke?”… sila kemukan semula apa persoalan sebenarnya ?

  180. cikgu , apa contoh urus niaga insurans atas belian?

  181. Melia,

    Secara mudahnya : “Bayar insurans atas belian kepada Syarikat Insurans XXX secara tunai / dengan cek “

  182. Assalamualaikum

    Cikgu belian tunai dan belian kredit adalah urus niaga yang berlainan kan? mcm mana ingin membezakan mereka? contoh urus niaga belian kredit saya “membeli 200 helai baju yg berharha rm15 sehelai secara kredit daripda syarikat ah tong. bagaimana pula dengan urus niaga di belian tunai? adakah sama penerangannya?

  183. Melia,waalaikumussalam.

    SAMA saja, cuma maklumkan bahawa belian secara tunai / atau dibayar dengan cek… mengantikan “secara kredit”.

  184. salam. saya ingin tanya kkk. pemiutang barang dan pemiutang aset bukan semasa, bagaimana catat dalam liabiliti semasa. Senaraikan one by one atau campur semua?

    dalam lejar, akaun belanja dan hasil perlu tutup dengan baki h/b atau untung rugi? begitu juga dengan lain-lain seperti akaun belian, jualan, pulangan dan sebagainya.

    terima kasih.

  185. Kalis,

    Pada pandangan Cg,
    ASINGKAN antara pemiutang barang niaga dengan pemiutang ABS.

    Cadangan cikgu, SEMUA akaun diimbangkan dengan BAKI H/B dan BAKI B/B….kerana soalan mengkehendaki menyediakan IMBANGAN DUGA iaitu senarai semua baki2 akaun dalam lejar bagi menyemak ketepatan sistem catatan bergu yang dilakukan. …. buat ikut KITARAN PERAKAUNAN.

  186. cikguuuu ..
    imbagan duga saya xsama , macam mana ni . takkan nak kena buat semua blik ckg ?

  187. Eyra,

    TIDAK perlu buat semua balik… hanya SEMAK sistem catatan bergunya, pengiraan baki, pindahan baki ke ID disebelah yang betul. Cuba berikan berapa BEZA antara debit dan kredit ID anda… ataupun hantarkan kepada cikgu disekolah untuk disemak.

  188. Assalamualaikum cg.narzuki

    saya ingin bertanya, di samping maklumat2 (seperti tahun sebelum ini) yg kita masukkan dalam pengenalan perniagaan, perlukah dimasukkan baki2 yang dinyatakan dalam soalan?

    Perlukah direka tarikh penubuhan perniagaan?

    Jika buat begini

  189. Assalamualaikum, cg.Narzuki

    soalan saya:
    1-dalam pengenalan perniagaan perlu tak dinyatakan baki2 yg diberi dalam soalan? kalau dibuat begini…

    Saya… menubuhkan Butik… pada 1 Ogos 2010. Perniagaan saya adalah Milikan Tunggal yg menjual … bertempat

  190. Nae, waalaikumussalam.

    Tiada ketetapan khusus mengenainya.. maka nak masukkan / tidak masukkan baki2 tersebut terserah pada pelajar atau penyelarasan yang dibuat oleh cikgu sendiri. Manakala TARIKH PENUBUHAN, saya cadangkan pelajar reka satu tarikh dengan mengambilkira TEMPOH PERAKAUNAN bagi menunjukkan perniagaan TELAH LAMA dijalankan. Lagipun Tarikh Penubuhan merupakan maklumat asas bagi pengenalan sesebuah syarikat / perniagaan.

  191. Terima Kasih cg…

    maksudnya tidak masukkan jumlah modal semasa penubuhan boleh? Selepas nyatakan maklumat yg perlu,sebab, kelebihan dan risiko… kemudian saya nyatakan kini pada 1 Ogos 2012, Butik …. meneruskan perniagaan dengan baki2 aset dan ekuiti pemilik seperti berikut

    terima Kasih 🙂

  192. Nae,

    MODAL PENUBUHAN juga boleh dikatakan sebagai maklumat asas, jika tiada modal penubuhan.. boleh juga dimasukkan MODAL SEMASA yang terdiri daripada …… (ikut maklumat dalam soalan).

    TIDAK BUAT .. tidak menjadi kesalahan, kerana tiada syarat / ketetapan dalam soalan… …. cuma BUAT adalah LEBIH BAIK kerana lebih mengambarkan pengenalan perniagaan.

    Pada pandangan Cg, maklumat baki2 tersebut lebih sesuai dimasukkan dibahagian pengenalan perniagaan .. iaitu SEBELUM dikemukakan SEBAB, KELEBIHAN dan RISIKO… berbanding dinyatakan SELEPAS.

  193. assalamualaikum ckgu,
    sya keliru lah ckg..
    stok awal kna buat jgk ke? ckg sy ckp tak prlu.. hmm, baki stok awal tu kna isi jgk dlm kad stok akhir kan?

  194. Azyra, waalaikumussalam.

    Sila rujuk SOALAN :
    Maklumat 4.1 ….Baki… STOK RM10,000 …….
    **Jenis barang niaga dan kuantiti barang niaga hendaklah ditentukan oleh calon tetapi jumlah stok (RM) mestilah berdasarkan baki stok awal di atas.

    Jika TIDAK diisi STOAK AWAL dalam KAD STOK…. maka nilai STOK AKHIR yang diperolehi nanti adalah TIDAK TEPAT

  195. cg narzuki, terima kasih blog ini banyak membantu saya..selamat maju jaya..

  196. salam cikgu nazuki,
    saya keliru dengan Angkutan masuk…apa yang saya faham, kalau saya masukkan caj angkutan masuk dalam nota debit pembekal asal, saya akan catat dalam Jurnal Belian. Tapi bila saya baca komen2 di atas, cikgu nasihatkan buka Jurnal Am. Boleh tak cikgu jelaskan. dan berikan contoh Jurnalnya.

  197. kalau dalam Jurnal am, contoh : Dt; Insurans atas belian Kt: Bank
    ( Penerangannya nak tulis apa??)

  198. Zandin,

    Meujuk kepada FUNGSI Jurnal Belian : “merekodkan belian BARANG NIAGA secara kredit daripada pemiutang”… di mana ianya akan diposkan ke AK BELIAN. Jadi adakah sesuai ANGKUTAN MASUK direkodkan ke dalam AK BELIAN ? ….. tidak wujudnya Ak Angkutan Masuk.

    JURNAL AM
    Dt ANGKUTAN MASUK RMxxx
    Kt: NAMA PEMBEKAL RMxxx
    (Caj angkutan dikenakan oleh Pembekal)

    Dt INSURANS ATAS BELIAN
    Kt: BANK
    (…. Keterangan : asalkan menjelaskan urus niaga yang berlaku … Seperti : “Membayar Insurans atas belian dengan cek”)

  199. Cikgu,

    Kalau insurans atas belian ni? dokumen apa digunakan? Macam mana pula dengan pulangan jualan? apa dokumen yg digunakan?

  200. Melia,

    INSURANS ATAS BELIAN … jika urus niaga secara TUNAI : dokumen yang sesuai – RESIT RASMI, KERATAN CEK

    PULANGAN JUALAN …. dokumennya ialah NOTA KREDIT

  201. assalamualaikum, ckgu.
    em, prlu ltak ke pulangan belian@ pulangan jualan dlm kad stok?
    tq .

  202. Teacher, dekat bil tunai tu ada diskaun niaga ke? dekat buku teks punya contoh, tidak ada pon. di internet ada.

  203. cikgu di selangor trial spm 2012 prinsip perakaunan masuk apa?

  204. assalamualaikum…
    cikgu, lejar untuk stok kena buat jg ke?? macam mn nak buat??

  205. Kikilala, waalaikumussalam.
    Pulangan Jualan dan Pulangan Belian .. akan menyebabkan KUANTITI STOK dalam kedai BERTAMBAH dan BERKURANG…. maka perkara tersebut perlulah direkodkan dalam KAD STOK, supaya kita tahu berapakan KUANTITI STOK SEMASA dalam kedai kita.

    Cheng,
    DISKAUN NIAGA diberikan apabila pembelian BARANG NIAGA dalam KUANTITI BANYAK / secara PUKAL. Jika BIL TUNAI tersebut merujuk kepada pembelian barang niaga secara pukal, maka kebiasaanya akan ada DISKAUN NIAGA tersebut, tetapi jika BELI ALAT TULIS untuk kegunaan perniagaan.. maka BL TUNAI tersebut TIADA diskaun niaga.

    Iya,
    Itu Cg tidak tahu… kena tanya kena tanya guru-guru akaun di Selangor.

    Sadir, waalaikumussalam.
    YA…. baki awal STOK RM10,000 perlu diposkan ke Lejar dalam AK STOK …. 1hb butirannya BAKI B/B disebelah DEBIT.

  206. slm , ckgu
    no. rujukn di dlm invois 2 ikut suke ltak ke ?

  207. cikgu,

    dekat penghutang, pemiutang, hasil dan pinjaman apa dokumen yang digunakan?

  208. Kikilala,
    Bagi dokumen2 yang dikeluarkan oleh KITA.. (SALINAN)….. NO SIRI nya MESTI secara BERTUTUTAN, manakala dokumen yang dikeluarkan oleh PIHAK LAINNO SIRI tidak secara bertututan kerana dikeluarakan oleh pihak yang berlainan.

    Maira,
    Kena rujuk kepada URUS NIAGANYA terlebih dahulu ….. baru boleh tentukan apakah DOKUMEN yang sesuai digunakan.
    Conrohnya : “Membayar sebahagian hutang kepada PEMBEKAL A dengan cek” …. maka dokumen yang PALING SESUAI ialah RESIT RASMI .

  209. slm.
    ckgu , dokumen utk ‘menerima komisen’ resit rasmi @ baucar pmbyrn ?

  210. Kikilala,

    RESIT RASMI lebih sesuai … BAUCAR PEMBAYARAN hanya untuk belanja / pembayaran kepada pihak2 tertentu.

  211. Cikgu, insurans atas belian kan di bawah dokumen resit rasmi. resit rasmi asal atau resit rasmi salinan ye?

  212. Maira,

    Ok RESIT RASMI juga boleh digunakan. Bagi menentukan sebarang dokumen tersebut ASAL / SALINAN :
    1. ASAL – jika kita TERIMA DOKUMEN tersebut daripada pihak lain.
    2. SALINAN – jika kita yang MENGELUARKAN DOKUMEN tersebut kepada pihak lain.

    Maka dalam kes ini, kita BAYAR kepada Syarikat Insurans, maka syarikat tersebut akan mengeluarkan RESIT RASMI – kita akan TERIMA RESIT yang ASAL….. manakala SALINAN RESIT tersebut disimpan oleh Syarikat Insurans.

  213. slm, ckgu ..
    fol. dkt buku tunai tu nk rjuk mne ye ?
    hrp dpt mmbntu ..

  214. Kikilala,

    FOLIO dalam BUKU TUNAI merujuk kepada LEJAR yang akan diposkan, iaitu AKAUN yang terlibat… misalnya LA1, LA2, .. LB1, LB2,… LJ1,LJ2

  215. cg…
    byr gaji pekerja hjung bulan ke?
    kalu bt pd tarikh 26 xpe ke ?

  216. Kikilala,

    Dalam soalan JELAS menyatakan gaji dibayar HUJUNG BULAN…. Adakah 26hb boleh dikatakan sebagai “Hujung Bulan” ??

  217. cgu, perlu ke buat senarai elemen kperluan dkumen bdasarkan urusniaga ?

  218. Redza,

    Senarai tersebut akan memudahkan guru menyemak BILANGAN urus niaga yang disediakan TEPAT bagi setiap KOMPONEN sebagaimana kehendak soalan.

  219. salam ckg. saya nak tanya. kalau beli aset secara kredit tu guna dokumen memo ke?

  220. Lala,

    Jika urus niaga secara KREDIT…. dokumen paling sesuai ialah INVOIS. Dokumen MEMO hanya untuk kegunaan/urusan dalaman sahaja…. apabila pengurus ingin memaklumkan sesuatu perkara kepada Kerani Akaun untuk direkodkan… seperti Pemilik mengambil barang niaga / tunai untuk kegunaan sendiri.. dll.

  221. salam ckg , klu baki akhir perlu ke dinyatakan dlm jurnal am ? stok debit , krdit pula ?

  222. Erya,

    Pada pandangan Cg,
    Oleh kerana sistem perakaunan disediakan mengikut KITARAN PERAKAUNAN.. bermula dari Dokumen — ID dan sediakan Penyata Pendapatan dan KKK berdasarkan baki2 daripada ID (iaitu Ak Perdagangan & Ak UR tidak disediakan) .. maka CATATAN PENUTUP dalam JURNAL AM bagi AKAUN STOK tidak perlu disediakan.

    Dengan kata lain, TIDAK PERLU sediakan catatan dalam Jurnal Am bagi STOK AKHIR tersebut.

  223. salam ckg. klau baki awal stok tu perlu ke masukkan kat lejar?

  224. Syifa,

    Semua baki2balki awal yang diberikan dalam soalan perlu dicatatkan dalam JURNAL AM sebagai CATATAN PERMULAAN, kemudian baki2 tersebut diposkan ke LEJAR masing2. Maka baki STOK RM10,000 perlu diposkan ke AKAUN STOK pada 1 HB, catat disebelah DEBIT, butirannya BAKI B/B.

  225. Cikgu kad stok ni hanya melibatkan belian kredit dan jualan kredit je ke? macam mana dengan urus niaga yg melibatkan tunai?

  226. Maira,

    BUKAN hanya melibat Jualan Kredit dan Belian Kredit. KAD STOK digunakan untuk merekodkan semua urus niaga yang melibatkan BARANG NIAGA (STOK) ..KELUAR dan MASUK bagi menentukan berapakah BAKI / KUANTITI barang niaga yang masih ada dalam kedai….. tidak kira urus niaga TUNAI ataupun KREDIT.

    Urus niaga yang melibatkan STOK / BARANG NIAGA :
    1. BERTAMBAH / MASUK ….. Belian tunai / kredit…… Pulangan Jualan
    2. BERKURANG / KELUAR ….. Jualan tunai / kredit….. Pulangan Belian…. Ambilan barang niaga

  227. cikgu..apa perbezaan nota kredit(asal) dengan nota kredit (salinan)?

  228. Yuni,

    NOTA KREDIT dikeluarkan disebabkan PULANGAN.
    1. ASAL – maksudnya kita TERIMA dokumen tersebut daripada PEMBEKAL, maka kita adalah PEMBELI… – PULANGAN BELIAN
    2. SALINAN – maksudnya kita KELUARKAN dokumen tersebut kepada PELANGGAN, maka kita adalah PENJUALPULANGAN JUALAN.

  229. ckg, kenapa insurans ats belian tu resit asal / keratan cek ye? bukan insurans tu buatkan hutang kita bertambah ke? macam caj angkutan masuk tu. kenapa tak guna nota debit asal? mohon jawapan.

  230. Zaid,

    Pemilihan DOKUMEN yang sesuai bergantung kepada jenis URUS NIAGA.
    Jika kita bayar INSURANS ATAS BELIAN secara TUNAI / dengan CEK… maka dokumen yang sesuai digunakan ialah RESIT RASMI / KERATAN CEK..

    ANGKUTAN MASUK juga kena rujuk kepada jenis URUS NIAGA.
    1. Jika Angkutan masuk tersebut kita bayar secara TUNAI / CEK ….. maka dokumen RESIT RASMI, KERATAN CEK, BIL TUNAI boleh digunakan.
    2. Jika Angkutan masuk dicajkan oleh PEMBEKAL …. maka pembekal akan menghantar NOTA DEBIT (ASAL) kepada kita, bagi menunjukkan kita telah TERHUTANG belanja Angkutan Masuk dengan PEMBEKAL.

  231. Cikgu, dalanm soalan kan disuruh buat 25 transaksi dan dokumen, kalau saya dah terbuat buat 32 dokumen, perlu kurangkan jadi tepat-tepat 25 je ke? TQ Cikgu

  232. Alanlim8,

    Jika TERLEBIH .. tidak menjadi masalah.. boleh teruskan… asalkan jangan KURANG daripada sepatutnya.

  233. cikgu nak tanya, saya cikgu juga. kerja kursus yg saya ajar kepada pelajar, beli aset secara kredit keluar invois. Lepas itu dalam bulan Ogos tiada pembayaran ke atas aset tersebut. Maka dalam KKK kena tnjukkan. Soalannya, ada pentaksir kata aset itu mesti dibayar penuh dalam bulan itu juga, kalau tidak kkk bahagian liabiliti semasa adalah pelik. Maka hanya akan diberi B untuk kerja kursus itu.
    So cikgu tolong saya selesaikan masalah ini. Bagi saya dalam dunia sebenar, mengapa libiliti aset mesti settle pada bulan itu juga. kalau tidak selesaikan, bagaimana tunjuk dalam kkk. TQ

  234. Min,

    Pada pandangan saya.
    TIDAK menjadi masalah jika penghutang aset bukan semasa tidak dijelaskan dalam bulan tersebut. Di mana dalam KKK nanti akan ada Pemiutang bukan dagangan dan Pemiutang dagangan (….asingkan). Tiada apa yang SALAH atau PELIK, jika sistem rekod perakaunan betul.. maka layak dapat A.

  235. terima kasih cikgu menyelesaikan maslah saya. Ada satu lagi cikgu, Pentaksir itu cakap panduan soalan ada meminta pembayaran kepada pemiutang mesti ada dua kali. Satu bayar kepada pemiutang dagangan, satu bayar pemiutang aset bukan semasa. Tapi saya rujuk panduan baru ada bilangan pembayaran kepada pemiutang dan belanja ada 5. Jadi pelajar i buat 4 belanja biasa, 1 pembayaran kepada pemiutang dagang.

  236. Min,

    Berdasarkan soalan, tiada sebarang keketapan yang dibuat… bergantung kepada perancangan pelajar itu sendiri.. asal ada 5 urus niaga daripada Komponen Pembayaran. Dari segi kesalahan … ianya TIDAK SALAH, masih mematuhi kehendak soalan.

    Cuma, setengah2 kawasan… Ketua Pentaksir Negeri menentapkan beberapa perkara supaya DISELARASKAN, mungkin untuk memudahkan pemantauan dan penyelarasan skor nanti. Dan PENYELARASAN yang dibuat disetiap kawasan mungkin BERBEZA antara satu sama lain.. bergantung kepada Ketua Pentaksir Negeri masing2… Maka, Cadangan saya. bagi memudahkan semua pihak yang terlibat … kita IKUT PENYELARASAN yang telah dibuat bagi dikawasan masing2.

  237. cg, maaf saya nak bertanya,
    kalau diskaun diterima dengan diskaun di beri takde. ape kah itu akan menjadikan imbngan duga tidak seimbang ? saya tengok kawan-kawan saya ada yang letak tapi cikgu saya kata tidak perlu. ?

  238. Ain,

    Ada atau tidak ada diskaun .. tidak menjadi masalah kepada kesimbangan dalm ID… yang penting SISTEM CATATAN BERGU betul….. ada catatan DEBIT dan KREDIT

  239. maaf sya nk tanya..nota debit jika pelajar buat untuk insurans ats belian dan angkutan masuk tu..kene rekod dalam jurnal am atau jurnal belian/jualan yer..konfius lak nk tanda ni..
    setahu saya nota debit ni belum bayar kan..kalau pelajar buat resit dll mungkin senang catat dlm buku tunai.

  240. Cikgu Myra.

    Pada pandangan saya,
    Kedua2 tersebut … tidak akan meningkatkan NILAI BELIAN…. ianya merupakkan CAJ TAMBAHAN… hutang kita memang BERTAMBAH, TETAPI bukan disebabkan nilai belian barang niaga bertambah…….. maka tidak sesuai dimasukkan dalam JURNAL BELIAN….. JURNAL AM adalah lebih sesuai.

    NOTA DEBIT dikeluarkan jika urus niaga tersebut melibatkan PEMBEKAL mengenakan caj tambahan (insurans atas belian / angkutan masuk)… iaiatu kita TERHUTANG belanja2 tersebut dengan PEMBEKAL.

    Jika urus niaga pelajar menyatakan belanja2 tersebut dibayar terus secara tunai / cek kepada pihak2 yang terlibat seperti syarikat pengangkutan / syarikat insurans.. maka RESIT RASMI, KERATAN CEK lebih sesuai digunakan. …………. semuanya bergantung kepeda URUS NIAGA yang dikemukakan oleh pelajar.

  241. Salam.. Cg memg. Byk mbntu.. Tqvm. Saya nak Tanya project da Smpai pyata pdtn. Tp dpt rugi bersih.. Macam xctik je.. Pe pdpt. Cg? Apa yg plu sya ubah. Bykkn jualan?kurangkn belian stok? Tlg bri cdgan.. Tqvm

  242. Has,

    HASIL – BELANJA = UNTUNG

    Maka, jika nak untung…
    (1) tingkatkan HASIL
    (2) kurangkan BELANJA (… kurangkan BELIAN tidak digalakkan kerana banyak kesannya)
    (3) kedua2 sekali… (1) + (2)

  243. cikgu, nak tanya diskaun diberi adalah belanja ke? ini format baru untuk SPM ke?

  244. Clover105,

    Mulai sukatan baru DISKAUN DIBERI.. diperkenalkan sebagai AKAUN KONTRA kepada JUALAN, di mana Jualan (-) Pulangan Jualan (-) Diskaun diberi.

  245. Assalamualaikum.
    Cikgu nak tanya ya…dokumen nota debit kita gunakan untuk merekod angkutan masuk dan kita akan rekod dalam jurnal am. soalan saya :
    1. boleh tak kalau kita gunakan nama lain (syarikat
    pengangkutan lain) bukan nama pembekal?
    2. cara merekod dalam KKK sekiranya kita masih lagi
    belum menjelaskan bayaran berkenaan . sebab kita
    akan ada 2 pihak pemiutang, iaitu pemiutang barang
    niaga dan pemiutang lain- Syrkt (angkutan masuk)

    Terima kasih cikgu.

  246. Norah, waalaikumussalam.

    1. Jika gunakan nama syarikat pengangkutan bermaksud kita berurusan terus dengan syarikat tersebut… maka Nota Debit TIDAK sesuai lagi digunakan. Urus niaga TUNAI – dokumen BIL TUNAI, RESIT, KERATAN CEK, manakala jika urus niaga KREDIT, maka dokumen INVOIS perlu digunakan.

    2. Jika kita masih terhutang, maka wujudkan pemiutang bukan barang niaga…. maka masukkan dalam LIABILITI SEMASA.. dengan butirannyn NAMA SYARIKAT pengangkutan tersebut.

  247. Salam cikgu, kenapa imbangan duga tak ballance?

  248. Gdah,

    Menunjukkan ada berlaku kesilapan sama ada dari segi sistem catatan bergu, kesilapan pengiraan, catatan disebelah yang salah.

  249. Assalamualaikum…sptmana yg sy baca komen cg narzuki sebelum ni, sy agak tidak berpuashati trhadp pentaksir daerah saya yg mana beliau mengatakan tak logik nak buh tarikh penubuhan perniagaan (brgntung kpd tempoh perakaunan la) sb kata beliau ‘TIADA PENGHUTANG’ sebaliknya bg cg sndri. Kreativiti pelajar disekat..tak ikut nanti tak dpt A…macamana nii??

    Satu lg boleh cg terangkan ttg stok akhir…di lejer stok kita akan catat baki b/b rm10000 bgmana dgn baki akhir stok berdasarkan kpd kad stok??? apa pelarasan yg perlu kita buat??

    terima kasih

  250. Cg Siti Rahmah, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,

    Tiada masalah dengan TARIKH PENUBUHAN, daripada situ pelajar boleh belajar sesuatu. Pertama, pelajar akan lebih jelas apakah yang dimaksudkan dengan TEMPOH PERAKAUNAN… Kedua, apa kaitan antara TARIKH PENUBUHAN dengan TEMPOH PERAKAUNAN…….

    Pastikan pelajar FAHAM, bahawa pada Tarikh Penubuhan tersebutlah bermulanya TEMPOH PERAKAUNAN…m katakan perniagaan ditubuhkan pada 1 April 2010…. maka TEMPOH PERAKAUNAN yang pertama ialah 1 April 2010 – 31 Mac 2011….. seterusnya 1 April 2011 – 31 Mac 2012 dan seterusnya.

    Maka apabila pelajar tetapkan TEMPOH PERAKAUNAN… Contohnya 1 Ogos 2012 – 30 Julai 2013 ….. maka TARIKH PENUBUHANNYA mestilah pada 1 OGOS pada tahun sebelumnya… mungkin 1 Ogos 2011,…. 1 Ogos 2010 dan seterusnya… bagi menunjukkan perniagaan MENERUSKAN PERNIAGAAN.

    Pada akhir tempoh perakauanan, TIDAK SEMESTINYA ada baki PENGHUTANG….. jika semuanya menjelaskan hutang2 masing2 maka tiadalah baki penghutang dalam KKK.

    STOK AKHIR boleh dinilai dengan beberapa kaedah…. ikut NILAI KOS, ikut NILAI PASARAN… bagi tujuan kerja kursus, stok akhir dinilai menggunakan NILAI KOS, iaitu melalui penggunaan KAD STOK.
    Kita ajarkan kepada pelajar berkaitan KITARAN PERAKAUNAN…. bermula dari Dokumen hingga ID… AK STOK hanya merekodkan baki awal RM10,000… seterusnya baki tersebut dipindahkan ke ID…. (stok akhir tidak dimasukkan dalam ID) ….. berdasarkan BAKI-BAKI AKAUN dalam ID … pelajar sediakan PP dan KKK,… NILAI STOK AKHIR diambil daripada pengiraan melalui Kad Stok tersebut.

    Sekiranya kita minta pelajar sediakan CATATAN PENUTUPAN, bagi AK STOK …. iaitu keluarkan baki awal dan masukkan nilai stok akhir ke dalam AK Stok melalui JURNAL AM … seterusnya jika DIPOSKAN ke lejar.. maka BAKI AK STOK tersebut adalah merujuk kepada nilai STOK AKHIR…. dan sekiranya BAKI tersebut dipindahkan ke ID… maka perkara tersebut adalah SALAH.
    Oleh kerana CATATAN PENUTUPAN tiada dalam sukatan pelajaran SPM, maka pada pandangan saya, TIDAK PERLU diajarkan kepada pelajar buat masa ini… kerana banyak lagi akaun2 yang terlibat dengan catatan penutupan.. seperti Ak Modal, Ambilan, Untung Bersih,.. catatan pembalikan…. di mana ianya dilakukan SELEPAS penyediaan PENYATA KEWANGAN…. rujuk Kitaran Perakaunan.

  251. cikgu saya ada satu soalan…..apabila kita wujudkan kad stok……..haruskah saya masukkan baki stok awal perniagaan seperti (1 jan-memo-………)?cikgu tolong jawab persoalan saya…….

  252. Prabahvaty Vilayan,

    Cadangan Cg, sediakan MEMO pada 1HB… adalah untuk merekodkan catatan permulaan perniagaan ..iaitu semua baki2 akaun yang diberikan dalam soalan… termasuklah STOK RM10,000.

  253. assalam…
    sy ingin menyipkan tgsan projek pd minggu ini jga, tpi sy tdk thu mcmana nk bt rmsan sy tdk sempat tnya ckgu kat sklah
    tlg bantu sy dan trma ksh ats pertlgn cg…

  254. U-na, waalaikumussalam.

    Elemen 3.1 : RUMUSAN …. untuk melayakkan dapat A ~ pelajar berkebolehan menghubungkaitkan TIGA konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang relevan dengan betul dan tepat.

  255. salam cikgu.
    saya nak tanya mengenai angkutan masuk. sekiranya angkutan masuk itu dikenakan oleh pemiutang adakah urus niaga itu patut di catat di dalam dokumen Nota Debit dan direkodkan di jurnal am?

  256. Nattasha,

    Jawapannya YA.

  257. terima kasih ckgu…
    bagaimana dengan insurans atas belian. adakah ia perlu di catat di jurnal am?

  258. Nattasha,

    Kena rujuk kepada jenis URUS NIAGA terlebih dahulu , jika urus niaga TUNAI/CEK …. maka perlu dicatat dalam BUKU TUNAI, jika TIDAK, dicatatkan dalam JURNAL AM.

  259. salam,cikgu…
    maaf kalau saya menganggu…
    kalau pengiraan kad stok adakah ia perlu melibatkan diskaun niaga?

  260. Nattasha,

    Ada 2 pendekatan yang boleh digunakan :
    1. Ikut harga belian / harga senarai
    2. Ikut harga selepas diskaun niaga

    Walaubagaimanapun pemilihan pendekatan mana yang perlu digunakan, hendaklah rujuk kepada guru disekolah masing2.. supaya ianya SELARAS diperingkat sekolah.

  261. Terima kasih Cg Narzuki atas info.

  262. cikgu, saya nak tanya yang dekat kad stok tu bahagian baki, cam mana nak kira amaun ?tolong saya cikgu. ^^

  263. Irma,

    Cuba fahami contoh pengiraan BAKI dalam KAD STOK DIATAS (klik) :

  264. cikgu, bagaimana hendak merekodkan Caj Angkutan Masuk dan Insuran atas Belian yang terdapat dalam nota debit?
    adakah debitkan Akaun Angkutan Masuk dan juga Akaun Insurans atas Belian dan kreditkan Akaun Pemiutang? Lepas tu catat dalam Jurnal Am? terima kasih.

  265. Ying,

    1. Jika 2 Nota Debit yang berasingan.
    Jurnal Am
    Dt Angkutan masuk
    Kt Pemiutang berkenaan

    Dt Insuran atas belian
    Kt Pemiutang berkenaan

    2. Jika dalam 1 Nota Debit yang sama,
    Jurnal Am
    Dt Angkutan masuk
    Dt Insurans atas belian
    Kt Pemiutang berkenaan.

    Kemudian baru poskan ke Lejar masing2.

  266. salam, cikgu perlu ka nak masukkan stok akhir dalam kunci kira-kira? Stok akhir tu takda dalam imbangan duga saya.

  267. Gdah,

    STOK AKHIR diperolehi daripada KAD STOK yang telah disediakan ….. JUMLAH baki setiap Kad Stok merupakan NILAI STOK AKHIR perniagaan.

    Dan Stok Akhir tersebut perlu dicatatkan dalam Penyata Pendapatan dan juga KKK.

  268. salam cikgu,
    perlukah pulangan jualan barang niaga yang rosak direkodkan dalam kad stok (kuantiti dan nilainya) dan menambahkan kuantiti dan nilai stok sedia ada.

  269. Chewjojo,

    Pada pandangan saya, ada 2 pendekatan boleh digunakan … (1) masuk (2) tidak masuk… untuk tujuan kerja kursus saya cadangkan pelajar TIDAK PERLU masukan dalam Kad Stok (kerana telah ROSAK) supaya BAKI AKHIR daripada Kad Stok tersebut terus mengambarkan NILAI STOK AKHIR perniagaan.

  270. slm ckgu.dlm invois ad 6 kn dokumen
    setiap dokumen kena barang yg berlainan ke?
    n kuantiti blainan?

  271. Tidak semestinya…. semuanya bergantung kepada perancangan anda.

  272. salam.cg..

    ape sy prlu bwt supaya kte tdk dpt rugi?

  273. Ayuni,

    Kembali kepada ASASnya HASIL – BELANJA = UNTUNG,
    Jika nak UNTUNG…… Jumlah HASIL > Jumlah BELANJA.
    Maka… tingkatkan HASIL ataupun kurangkan BELANJA.

  274. salam,cikgu..

    ape yg prlu dibaiki utk elakkn dpt rugi dan mcm mne nk dptkn untg yg byk?

  275. Diyah,

    Salah satunya tingkatkan Harga Jualan…….. dan tingkatan jumlah HASIL.. serta kurangkan jumlah BELANJA.

  276. salam..cikgu…

    ble dh adjust harga jualan tu,stok akhir akn berkurang kan?
    stok akhir yg berkurng tu mmpengaruhi tak utk dpt untung yg tinggi?
    mohon jwpn..

  277. Diyah,

    STOK AKHIR dinilai berdasarkan NILAI KOS/HARGA BELI (rujuk KAD STOK)….. walaupun Harga Jualan dinaikkan…. Nilai Stok Akhir tetap sama, kerana ianya TIDAK dipengaruhi oleh HARGA JUAL tersebut.

  278. angkutan dibayar mksud nye pembeli mnanggung angktn atau penjualmnanggung angkutn?

  279. salam,cikgu
    kalau dlm perniagaan ad diskaun tunai, mcm mne nk kre diskaun tunai dan jumlah yg mne perlu di ltakkn dlm dokumen sumber/buku tunai?
    cth: jumlah dlm invois – rm1 2 800
    diskaun niaga 20%
    diskaun tunai 10%

    mohon jwpn dr cg…

  280. Yuni,

    Pada pandangan Cg,
    “Angkutan dibayar”… bermaksud kos angkutan tersebut akan ditanggung oleh PENJUAL.

    Jumlah Hutang yang akan direkodkan dalam JURNAL JUALAN/BELIAN ialah nilai sepelas tolak DISKAUN NIAGA.. RM12,800 – rm2560 = RM10,240

    Katakan syarat : diskaun tunai 10% 5 hari…. sekiranya dalam tempoh 5 hari dari tarikh belian, SEMUA HUTANG tersebut dibayar sepenuhnya, maka pembeli LAYAK menerima diskaun 10%.. bersamaan RM1024.. oleh itu junmlah yang perlu dibayar hanyalah RM10240-RM1024= RM9216. Maka cara rekod dalam BUKU TUNAI….. lajur diskaun RM1024… lajur Tunai/Bank RM9216. ………………. Tunai / Bank bergantung kepada jenis pembayran yang dibuat sama ada secara TUNAI atau dengan CEK.

    Sekiranya jumlah bayaran hanya SEBAHAGIAN daripada hutang tersebut, maka DISKAUN TUNAI tersebut TIDAK LAYAK diterima.

  281. terima kasih cikgu

  282. macam mana nk buat urus niaga dan invois?

  283. Danie,

    Urus niaga yang melibatkan dokumen INVOIS ialah urus niaga beli / jual SECARA KREDIT.

  284. cikgu macam mana nak buat komponen pinjaman dan catatan kontra yea? minta tunjuk ajar cikgu.tenkiu

  285. Hi cikgu, blh tanye,, di mana saya perlu letakkan ” (DT) ” atau ” KREDIT ” dalam JURNAL KHAS? dkat folio ke?

  286. Lou..

    Ya. Boleh ditulis diruangan folio… contohnya..
    Ogos 31 Akaun belian (dt) RM3800

  287. kad stok kene ada 3 jenis barang je ke?

  288. Salam,cikgu , mcm mna nk buat ringkasan urusniaga?

  289. Ummie,

    Sila rujuk komen2 DIATAS.

  290. Assalamualaikum,cg..
    Mcm mane nak masukkan insurans atas belian dalam nota debit asal?

  291. Fatin, waalaikumussalam.

    Apabila pihak pembekal (pemiutang) mengenakan caj insurans atas belian barang niaga keatas pembeli (peniaga). Maka pembekal akan mengeluarkan Nota Debit (asal) kepada pembeli.

  292. Salam Cg,boleh tk cg bg contoh cara mengisi dlm kad stok dan adkh smua jnis dokumen prlu dimsukkn.

  293. Pro QueeNia,

    Cuba fahami dahulu fungsi/kegunaan Kad Stok… baru mudah untuk anda sediakan. Sila rujuk komen2 berkaitan Kad Stok sebelum ini.

  294. Salam cikgu nak tnya la..komesin diterima kena msuk penyata pendapatan ke x ye..

  295. Akma,

    Semua Hasil dan Belanja… masuk Penyata Pendapatan.

  296. cg narzuki, saya ingin bertanya, untuk dokumen sumber bagi memo untuk catatan permulaan, perlukah ditulis aset bukan semasa dan aset semasa? seperti yang saya sedia maklum, modal wajib ditulis. bagaimana pula dengan AS dan ABS?

  297. Nurul Syahirah,

    Dalam catatan permulaan… semua item dalam KKK pada 1 Ogos perlu disenaraikan. Aset, Liabiliti dan Ekuiti.

  298. cg,bagaimana nak cari baki akhir dalam keratan cek?

  299. Anif,

    Baki akhir tersebut merujuk kepada baki yang ada dibank pada tarikh tersebut… kita boleh kira dengan merujuk Buku Tunai lajur Bank.. kira Baki awal + terima(dt) – bayar(kt).sehingga tarikh tersebut sahaja.

  300. Cg narzuki,
    Saya nak tanya kalau dalam soalan ada baki awal bulan yang diambil dari bulan lepas. Contohnya: tunai ditangan rm1000, bank rm5000. Semua ni nak kena catatkan dalam jurnal ke? Kalau kena catat, nak kena tulis sebagai apa?

  301. Hidayah,

    Pada 1hb… baki2 aset, liabiliti dan ekuiti (KKK Julai), dicatat dalam JURNAL AM sebagai CATATAN PERMULAAN… dan diposkan ke lejar masing2 sebagai BAKI B/B.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.