Monthly Archives: July 2009

KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

TARIKH : 11 HINGGA 13 OGOS 2009
TEMPAT : HOTEL YT MIDTOWN, KUALA TERENGGANU

30, Jalan Tok Lam Kuala Terengganu, Terengganu 20100
09-6235288

YT MIDTOWN HOTEL
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang Sukatan Semak Semula Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM kepada semua guru Prinsip Perakaunan seluruh negeri Kelantan. Disamping itu, kursus ini juga akan diisi dengan satu Taklimat Pentaksiran yang akan disampaikan oleh Pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

~~~~~~~~~~~

11 OGOS 2009 (SELASA)

2.00 ptg – Pendaftaran

3.00 ptg – Taklimat Kursus

~ SELAMAT BERKURSUS ~

KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN UNTUK JURULATIH UTAMA

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan kursus tersebut seperti berikut :

Tarikh : 14 hingga 16 Julai 2009
Tempat : Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang Sukatan Semak Semula Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM kepada semua Jurulatih Utama seluruh negara.

Untuk makluman semua guru, bahawa SP dan HSP Semak Semula tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2010 (Pelajar Tingkatan 4). SP dan HSP yang rasmi (secara bercetak) akan dihantar ke sekolah2 pada akhir tahun 2009 nanti. Walau bagaimanapun, bahan2 tidak rasmi akan disampaikan / diedarkan terlebih dahulu kepada semua guru melalui Jurulatih Utama dan JPN negeri masing2 nanti.

Sebagai persediaan awal dan memastikan semua rakan guru memperolehinya, disini saya sediakan bahan2 tersebut untuk di muat turun :

1. Sukatan Pelajaran 2010
2. Huraian Sukatan Pelajaran 2010
3. Contoh  Item Anchor SPM 2009 dan 2010.
4. Contoh Jawapan Item Anchor.

MAKLUMAN :

1. Terdapat sedikit perubahan/penambahbaikan daripada SP dan HSP yang telah diedarkan sebelum ini.

2. Buku Teks mengikut SP & HSP baru masih tidak dapat disiapkan pada tahun 2010. Oleh itu guru dan pelajar diminta menggunakan Buku Teks sediada terlebih dahulu. Satu MODUL akan dibekalkan ke sekolah2 nanti bagi menampung topik2 baru yang terlibat bagi memenuhi keperluan SP dan HSP Semak Semula tersebut.

3. Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan yang akan digunapakai bagi calon SPM2011 nanti juga terdapat sedikit perubahan terutamanya bagi Kertas 2. Oleh itu Format Pertaksiran yang telah diedarkan sebelum ini dianggap terbatal. Dan Format Pentaksiran baru akan diedarkan kepada semua selepas ianya mendapat kelulusan daripada pihak2 tertentu.

4. Perisian AssetBase ver3 juga akan diedarkan ke sekolah2 yang telah menerima Perisian AssetBase ver2.

Sekian, harap maklum.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.