Kaedah Analisis

Standard Kandungan

11.3 Kaedah Analisis
Standard Prestasi

TP1 Menerangkan sebab rekod perniagaan tidak lengkap


TP2 Menjelaskan implikasi Rekod Tak Lengkap ke atas Penyata Kewangan.


TP3 Mengklasifikasi maklumat untuk menentukan untung atau rugi perniagaan bagi Kaedah Perbandingan dan Kaedah Analisis.


TP4 Menganalisis aset dan liabiliti dan menyediakan Penyata Mengira Modal Awal dan Modal Akhir.


TP5 Mentaksir jumlah sebenar jualan, belian, belanja, hasil, peruntukan hutang ragu, susut nilai.


TP6 Menghasilkan Penyata Kewangan menggunakan Kaedah Analisis.

  1. Perabot dinilaikan sebanyak rm 2600
    Ape maksudnye?

  2. Ain,

    Maksudnya nilai baki akhir Perabot RM2600.
    Daripada maklumat tersebut.. kita boleh kira SN kaedah penilaian semula.
    SN = Baki awal – Baki akhir

  3. Invois pemiutang bernilai RM2 300 belum lagi diambil kira dalam jumlah
    pemiutang

    so tolak atau tambah pemiutang?

  4. Goh,

    Jika kes Kaedah Analisis.. ikut catatan bergu biasa.
    Dt Belian Kt Pemiutang/ABB
    Belian –> +
    ABB/pemiutang –> +

  5. cikgu,

    kadar bayaran prabayar .. aset atau liabiliti ?
    upah belum bayar aset atau liabiliti ?

  6. Fathin,

    Prabayar –> AS
    Belum Bayar –> LS

  7. Cikgu,
    Soalan ni diambil dari buku teks T5 yg terbaru m/s.68 (Soalan dari kolum CABARAN ABAD KE-21)

    Diberi:
    Pinjaman 1 Jan 2017 – 16500
    Pinjaman 31 Dis 2017 – 15000
    (pinjaman matang pada 31 Dis 2027)
    Ansuran pinjaman yg telah dibayar – 1500
    Faedah atas pinjaman – 8% setahun
    Faedah atas pinjaman yg telah dibayar – 650

    Soalan:
    1. Apa kesan ansuran pinjaman yg telah dibayar dalam penyata kedudukan kewangan?
    Adakah amaun 1500 itu diambil kira sbg aset semasa (belanja terdahulu)?
    2. Bagaimana pula dgn amaun pinjaman di bawah liabiliti bukan semasa? Adakah amaun yg perlu ditulis 16500 atau 15000?

    Saya telah cuba membuat penyata kedudukan kewangan tapi tidak mendapat jawapan yg sama dengan jawapan yg diberi dalam buku.
    Harap cikgu boleh menjelaskan kemusykilan ini.

    Terima kasih.

  8. Mika,

    1. RM1,500 telahpun diambilkira.. Baki awal RM16,500 —> baki akhir RM15,000 (Pembayaran RM1,500 telah dibuat dan direkodkan).

    2. Dalam PKK.. jumlah pinjaman masih RM15,000. Oleh kerana bayaran balik setahun RM1,500 –> maka RM1,500 daripada RM15,000 perlu dikelaskan sebagai LS.. manakala bakinya (15000-1500) = RM13,500 sebagai LBS.

    PKK:
    LS:
    Pinjaman RM1,500

    LBS:
    Pinjaman RM13,500

  9. Oh, maksudnya bayaran balik pinjaman tu tetap dianggap sebagai liabiliti semasa dan tiada kena mengena dengan tempoh matang? Saya agak keliru tentang kesan tempoh matang pinjaman terhadap PKK. Boleh Cikgu jelaskan?
    Satu lagi, adakah bayaran balik pinjaman itu diambil kira dalam akaun untung rugi sebagai belanja?

  10. Mika,

    1. Bayaran tahun semasa yang telah dibayar RM1500.. dan telahpun direkodkan –> maka tiada apa yang perlu diselaraskan lagi. Dan bayaran balik tersebut –> BUKAN belanja… ianya hanya mengurangkan jumlah Pinjaman.. dimana catatan bergunya Dt Pinjaman 1500 Kt Bank/Tunai 1500.

    2. Pada akhir tempoh perakaunan baki akhir Pinjaman tetap RM15,000. Cuma RM1500 daripada RM15,000 akan matang/mesti dijelaskan dalam tahun hadapan .. maka ianya perlu dilaporkan sebagai LS.. manakala RM13,500 yang matangnya lebih setahun –> LBS.

    Pengasingan ini hanya dalam pelaporan di PKK sahaja tidak melibat pelarasan/catatan bergu. Ianya hanya dicatat dalam Nota Kepada Akaun dalam laporan Penyata Kewangan. Ini bertujuan supaya PKK melaporkan kedudukan sebenar LS.

    Salah satu kesannya.. kita boleh lihat pada analisis Nisbah Semasa = AS / LS… jika sebahagian pinjaman RM1500 tidak dikelaskan sebagai LS –> maka Nisbah Semasa tidak akan mengambarkan keadaan sebenar.

  11. Cikgu,
    Saya ada 1 lagi soalan dari buku teks yg sama m/s67 soalan 7.

    Diberi baki2 pada 31 Dis 2016
    Kenderaan – 12200
    Perabot – 3000
    Inventori – 1840
    Ak Blm Terima – 6370
    Bank – 2850
    Modal – 20000
    Ak Blm Byr – 5860
    Kdr Bayaran Blm Byr – 400

    Maklumat drpd Ak Bank
    Dt:
    Jualan – 25450
    Ak Blm Terima – 5730
    Komisen diterima – 1000

    Kt:
    Ak Blm Byr – 8360
    Gaji – 2100
    Kdr Bayaran – 1300
    Ambilan – 220
    Belian – 10800

    Maklumat tambahan:
    1) Inventori akhir 2490
    2) Kadar susut nilai kenderaan 10% setahun atas kos
    3) Belian kredit 70% drpd jumlah belian tunai
    4) Baki Ak Blm Terima pd 31 Dis hendaklah dihapuskan sebagai hutang lapuk
    5) Pemilik telah mengambil barang niaga bernilai RM300
    6) Perabot pd 31 Dis dinilaikan sbyk RM2600
    7) Gaji belum bayar pd 31 Dis RM500

    Cikgu, tolong semak samada pelarasan saya berikut adalah betul atau salah
    *Susut nilai kenderaan = 1220
    *Susut nilai perabot = 400
    *Belian kredit = 70% x 10800 = 7560
    *Jumalah ambilan = 220 + 300 = 520
    *Gaji dlm Ak Untung Rugi = 2100 + 500 = 2600
    Soalan:
    Bagaimana mahu mengira hutang lapuk?

  12. Mika,

    Semua pengiraan sudah betul.
    HL –> Belanja
    ABT – HL
    # Sediakan ABT.. masukan Baki awal, Bank dan Baki akhir –> beza@ angka imbangan tersebut dihapuskan sebagai HL.

  13. Oh begitu. Terima kasih cikgu atas pertolongan yang diberikan!

  14. Bagaimana pula dgn hutang lapuk? Bagaimana hendak mengira baki h/b akaun kawalan belum bayar sedangkan hanya baki b/b diketahui dan amaun jualan kt tidak diketahui?

  15. Saya terlupa hendak beritahu baki2 31 Dis 2016 adalah baki2 awal. Baki akhir tidak dinyatakan.
    Baki awal ABT – 6370
    Penerimaan bank utk ABT – 5730
    Hanya ini shj maklumat yang ada

  16. Mika,

    Hanya guna Baki awal dan Bank sahaja… angka imbangan = baki akhir yang dihapuskan sebagai HL. (Secara mudahnya HL = Baki awal – Bank)

    Jualan kredit –> tiada, maksudnya tiada lagi urus niaga jualan kredit. Hutang adapun masih tak bayar… takkan nak bagi hutang lagi.

  17. Ok, baiklah. Saya faham, Cikgu. Terima kasih.

  18. Cikgu,
    Saya cuba buat Ak Perdagangan dan Untung Rugi utk soalan di atas tapi tak dapat nilai untung bersih yg sama dengan jawapan buku. Bolehkah Cikgu tolong semak jawapan saya dan tandakan mana yg silap. Saya buat menggunakan excel dan saya telah menghantar salinannya kpd alamat emel Cikgu.

    Terima kasih.

  19. Mika,

    Silapnya di BELIAN.

    Belian = Belian tunai + Belian kredit

  20. Saya dah ubah tapi masih tak dapat untung bersih yg sama dgn buku, jawapan saya kurang RM300.

  21. Mika,

    Ambilan barang niaga –> Belian (-) 300

  22. Oooh… patutlah. Terima kasih, Cikgu!

  23. Kadar bayaran =
    Kadar bayaran + kadar bayaran belum bayar (31 dis. 2017) – kadar bayaran belum bayar (1 januari 2017)
    Soalan:
    -knp nk carik jumlah kadar bayaran mesti tolak kadar bayaran belum bayar pada 1 januari?

  24. Ain,

    Kadar bayaran awal –> adalah kadar bayaran yang sepatutnya dibayar pada tahun lepas 2016… kita nak kira kadar bayaran tahun 2017.

  25. Assalamualaikum cg
    Sy ada soalan..jika baki awal aset bertambah pd baki akhir aset,mcmn kta nk ttpkn snt ye cg…tq cg

  26. Hazrul, waalaikumussalam..

    SN = baki awal + beli – baki akhir

  27. 1.Baki 1 JAN AKAUN BELUM TERIMA RM50000
    2.BAKI 1 JAN AKAUN BELUM BAYAR RM35000
    3.BAYARAN CEK KEPADA AKAUN BELUM BAYAR RM15000
    4.HUTANG YANG DIHAPUSKAN DRPD AKAUN BLM TERIMA RM5000
    5.PENERIMAAN CEK DRPD AKAUN BLM TERIMA RM10000
    6.DISKAUN DIBERI RM800
    7.DISKAUN DITERIMA RM500
    8.BAKI 31 DIS AKAUN BLM TERIMA RM9500
    10.BAKI 31 DIS AKAUN BELUM BAYAR RM 40000

    SEDIAKAN AKAUN KAWALAN BELUM TERIMA DAN BELUM BAYAR

    CIKGU TOLONG SAYA DENGAN SOALAN INI!

  28. Hafesz,

    Boleh rujuk format dan item2 dalam Ak Kawalan serta contoh dalam buku teks.

  29. Cikgu nak mintak tolong nie , asal cikgu xnak letak latihan akauns format baharu .

  30. Darsenee,

    Maaf.. sekarang Cg agak sibuk sedikit… nanti bila ada ruang masa Cg cuba sediakan soalan2 tersebut.
    Buat masa ini cuba jawab semua soalan dalam buku teks.

  31. Assalamualaikum cikgu, minta tolong cikgu,ini latihan Cabaran abad ke 21 dari buku teks (m/s 68)
    *Hasil – diskaun diterima 980
    Dekat Hasil Tiada kaitan dengan hutang ragu?

    *Belanja
    -susut nilai perabot 430
    -kadar Bayaran 1530
    -Belanja am 840
    -gaji 7000
    -insurans 1200
    -Alat tulis 400
    -faedah pinjaman 650
    Total Belanja =12050?
    Masih tidak dapat jawapan seperti yg dinyatakan

  32. Nur, waalaikumussalam

    Terdapat beberapa kesalahan.
    1. HR –> Belanja
    2. Alat tulis –> 400X –> 425
    3. SN perabot X –> 1025
    4. SN kenderaan

    Jum belanja = 18800

  33. Cg,
    inventori alat tulis awal dan inventori alat tulis akhir macam mane catat ?

  34. Jin.

    Daripada maklumat inventori alat tulis awal.. akhir dan belian alat tulis –> kita boleh tentukan belanja alat tulis sebenar untuk tempoh perakaunan tersebut.
    Belanja alat tulis = inv awal + belian alat tulis – inv akhir.
    Manakala inv akhir –> Aset Semasa.

  35. baik terima kasih cg.

  36. Cg,
    peruntukan hutang ragu tidak perlu diletak dalam akaun kawalan belum terima,tetapi adakah peruntukan hutang ragu akan mengurangkan nilai baki h/b dalam akaun kawalan hutang ragu?

  37. dan inventori alat tulis awal dan akhir kena tambah ke dalam inventori awal dan akhir x?

  38. Jin,

    1. Tak masuk dan tidak mengurangkan baki akaun..cuma ditunjukkan dalam AS :
    ABT
    (-) PHR

    2. Inventori alat tulis perlu asingkan dengan Inventori (barang niaga)
    AS:
    Inventori xxx
    Inventori alat tulis xxx

  39. Terima kasih cg.:-)

  40. assalamualaikum cikgu , kalau nak sediakan akaun perdagangan tapi inventori awal tidak diberi di buku tunai mahupun maklumat tambahan , perlukah kita tidak meletakkan inventori awal itu dlam akaun perdagangan atau ada cara lain untuk cari inventori awal tersebut?

  41. Iq,

    Maksudnya tiada inventori awal (= 0) kerana perniagaan baru mula.
    Boleh masuk Inventori sebagai 0 @ tidak masukkan terus Inventori awal.

  42. Cikgu, kalau xde bagitahu apa2?
    Maksudnya lbs la kan…

  43. Lin,

    Jika tiada apa2 maklumat.. kita ikut asas sesuatu pinjaman kebiasaan lebih 1 tahun –> LBS.

  44. Cikgu,
    Diberi maklumat berukut:
    Pinjaman – 10000
    Pinjaman bank berkadar faedah 6% dibuat pd 1 Feb 2016.
    (Tempoh perakaunan 1/11/15-31/10/16)

    Soalan:
    Faedah pinjaman = 6% x 10000 x 10/12 = 500
    Adakah betul pengiraan saya? Kerana jawapan skema ialah 450.

  45. Maaf Cikgu, saya tersilap kira.
    Feb-Oct: 9 bln
    Faedah pinjaman = 6% x 10000 x 9/12 = 450

  46. Cikgu ,
    untuk penyediaan ak belanja , sekiranya ada belanja belum bayar awal tahun, adakah cara catatan butir baki B/B di sebelah kredit akaun belanja diterima atau mesti tulis buitr sebagai belanja belum bayar di sebelah kredit ?

  47. Angie,

    Ikut buku teks.
    Sukatan baru KSSM tekankan asas perakaunan –> ikut sistem catatan bergu.

  48. Assalamualaikum cikgu,

    Soalan buku teks m/s 68.

    Sy dah baca komen2 soalan ini. Tp sy nak kepastian semula drpd cikgu :

    Pinjaman 1 Januari 2017 RM 16500
    Pinjaman 31 Disember 2017 RM 15000

    BUKU TUNAI(pembayaran) Faedah pinjaman RM650

    MAKLUMAT TAMBAHAN :

    Faedah pinjaman ialah 8 % setahun.

    _______________________________________

    Jawapan :

    Faedah pinjaman = 8% x RM15000 = RM 1200 ~~~ Belanja

    Faedah pinjaman Belum Bayar = RM 550 ~~~LS

    Pinjaman Jgka masa Pnjg RM13500 ~~ LBS

    Pinjaman Jgka masa Pendek RM1500 ~~ LS

  49. Betul ke cikgu?

  50. Midiha, waalaikumussalam.

    Faedah atas pinjaman = 8% x 16500 = 1320 –> Belanja
    Faedah pinjaman belum bayar = 1320 – 650 = 670 –> LS

    # pinjaman dah betul.

  51. SOALAN :

    Kenapa faedah pinjaman kena darab dengan pinjaman 1 Januari RM16500?

    Adakah faedah pinjaman mcm Susut nilai?

    SN : % x Aset Bukan Semasa(Kos)

    Faedah pinjmn : % x Pinjaman(Asal)

    TerimaKasih Cikgu

  52. Cikgu,
    Diberi maklumat berikut
    Pemiutang 1/7/16 – 6800
    Pemiutang 30/6/17- 5990
    Bayaran kpd pemiutang – 10200

    Maklumat tamb:
    Nota kt (asal) masih belum direkod – 960

    Soalan:
    Berdasarkan nota kt td,
    Pul. bel (kt)-960, PM (dt)-960
    Maksudnya pul. belian kena masukkan dlm Ak Kaw. Pemiutang.
    Tapi, adakah saya perlu menolakkan baki akhir PM dgn 960? (5990-960)?
    Boleh cikgu jelaskan sekali sebabnya?

  53. Mika,

    Rujuk kitaran perakaunan.
    –> Lejar (Ak Kawalan) –> ID –> Pelarasan –> ID Terselaras –>
    Jika BELUM REKOD, maksudnya TIADA dalam Ak Kawalan.
    Ianya jadi item PELARASAN Dt Pemiutang Kt Pulangan @ Pulangan Belian (+) & Pemitang (-) –> dalam Penyata Kewangan.

  54. Jadi, maksudnya dalam Ak. Kawalan Pemiutang, kita patut tulis begini?

    Dt Kt
    Bank 10200 Baki b/b 6800
    Pul belian 960 Belian 9390
    Baki h/b 5030 (5990-960)

  55. Mika,

    Pulangan –> TIDAK REKOD, macam mana boleh ada dalam Ak Kawalan. Ak Kawalan disediakan sebelum ini lagi… dah ada baki akhirpun… cuma baki tersebut perlu diselaraskan.. sebagai item PELARASAN.. Bukannya kita ubah balik Ak Kawalan yang sudah siap.

  56. Tapi, dlm kes ini peniaga tidak menyimpan rekod perniagaan yg lengkap dan kita disuruh utk menyediakan ak.kawalan pemiutang?

  57. Satu lg soalan, bolehkah sy anggap pelarasan bermaksud membetulkan baki ID berdasarkan maklumat tamb yg diberi (samada perlu ditambah atau ditolak) tanpa perlu mengubah lejar2 berkaitan?

  58. Mika,

    Dalam kes kaedah analisis… rekodnya bukan tidak lengkap sepenuhnya.
    Ianya perlu diselaraskan … Pulangan belian (+) Pemiutang (-) dlm Penyata Kewangan.

    Rujuk kitaran perakaunan.
    ID –> Pelarasan –> IDT

  59. Cikgu,
    Berikut petikan ID pd 30/4/17
    Penghutang 2000
    PHR 250
    Kenderaan 20000
    SNT Kend 1000
    Untung bersih 32020

    Maklumat tamb:
    -Cek yg diterima drpd penghutang 200 tidak dilayan oleh pihak bank dan hutang tersebut dihapuskan sebagai hutang lapuk.
    -PHR diselaraskan pd kadar 5% atas penghutang bersih
    -Kenderaan baru bernilai RM40000 dibeli pd 31/10/16 dan urusniaga ini belum direkodkan. Kenderaan disusutnilai 10% atas kos.

    Soalan:
    1) Adakah maklumat tentang hutang lapuk itu bermaksud ia telah diambil kira dlm penyediaan lejar (Ak Kaw Penghutang)? Adakah itu sebabnya mengapa skema jawapan mengira PHR tanpa menolakkan baki PH dgn HL? (PHR=5% x 2000)
    Bagaimana mahu membezakan samada HL itu telah atau belum dikira utk pengiraan PHR?

    2) Adakah maklumat tamb mengenai SN kend bermaksud SN perlu diselaraskan bg KEDUA_DUA jenis kend baru dan lama?

  60. Mika,

    1. HL –> kenalpasti ianya item PELARASAN atau hanya MAKLUMAN sahaja.
    Jika pelarasan –> perlu diselaraskan dengan baki akhir ABT (HL +, ABT -).. dan ianya TIDAK wujud dlm Ak Kawalan (kerana Ak Kawalan disediakan sebelum PELARASAN dalam kitaran perakaunan)
    Jika makluman –> masukkan dalam Ak Kawalan tanpa selaras baki akhir ABT.
    Cth maklunan :
    HL 300
    PJ 100

    2 Ya. Kedua2 perlu diselaraskan SN masing2.. kemudian baru jumlahkan.

  61. Cikgu, saya agak keliru dgn hutang lapuk.. Kalau soalan yang Ada hutang lapuk dlm maklumat tambahan perlu kita tolak nilai itu dgn nilai akhir ABT sebelum masukkan ke dalam akaun kawalan Kan?
    Cth. Baki akhir ialah RM3201
    Maklumat tambahan hutang lapuk RM200.
    Maka AK kawalan ABT baki akhir adakah 3201 stay 3001??

  62. Kalai,

    Cuba fahami komen2 saya sebelum ini.. berkaitan perkara tersebut.

  63. Cikgu, harap maaf
    Saya faham semua komen yang diberi oleh Cikgu.. Masalahnya kebanyakkan buku kerja menyediakan jawapan tanpa tolak hutang lapuk. Mereka Menggunakan nilai akhir yang sama tanpa mengubahsuai nilai akhir… Yang betul???

  64. Kalai,

    Jika HL sebagai item pelarasan.. maka sepatutnya nilai ABT akan berkurang.

  65. Cikgu, macam mana rekod maklumat tambahan ini dalam AK Kawalan Belum Bayar ? ( Rekod tak lengkap )

    – Satu invois bernilai RM2480 yang diterima daripada pembekal belum direkod dalam buku perakaunan.
    Kena letak di bahagian debit atau kredit ? Kenapa ?

    Terima kasih, cikgu.

  66. EnHong,

    Item pelarasan, diselaraskan kemudian.. tidak tercatat dalam Ak Kawalan.

  67. Assalam cikgu utk soalan buku teks ms 68
    Soalan penyata kedudukan kewangan..110 385
    Utk bahagia atas ..aset bukan semasa +modal kerja jawapan sama dengan buku teks…tp bahagian ekuiti pemilik salah…

    Modal awal 99485
    -rugi bersih 6800
    -ambilan 800

    LBS
    Pinjaman 15000

    Jawapan106885
    Tidak imbang

  68. Hanna, waalaikumussalam.

    Modal awal + 5000

    LBS
    Pinjaman (15000-1500)

  69. Ok tq cikgu

  70. Saya kurang faham kenapa 15000 mesti tolak dengan 1500….bkn ker itu baki akhir pinjaman..awal tahun pinjam 16500..hujung tahun tinggal 15000..jadi 1500 bayar dlm tempoh kurang setahun..so LS…yg 15000 jd LBS sbb lebih setahun…kenapa kena tolak 1500 sekali lg.

  71. Hanna,

    Bayaran balik tahun semasa 1500 telahpun dibayar.. itu sebabnya baki awal 16500 … baki akhir tinggal 15000.

    Daripada situ kita boleh kenalpasti bahawa 1500 daripada 15000 pada akhir tempoh tersebut mesti dijelaskan dalam tempoh 1 tahun pada tahun hadapan… itu yang perlu dikelaskan sebagai LS.. manakala bakinya 13500 perlu dijelaskan lebih daripada 1 tahun –> LBS.

    Jumlah pinjaman akhir tahun tetap sama RM15000.. cuma dari segi pelaporan dalam PKK dikelaskan ikut tempoh matang masing2.

    LS:
    Pinjaman 1500
    LBS
    Pinjaman 13500

    Ini supaya PKK melaporkan kedudukan nilai LS yang sebenarnya.

  72. Ohhh paham2..terima kasih cikgu

  73. Cikgu kalau ambilan barang niaga perlu atau tidak perlu tolak inventori awal??

  74. Lagi 1 soalan cikgu .Peruntukan hutang mau kira dalam pkk atau untung rugi tak ??

  75. Jun,

    1. Tidak perlu.
    2. Kedua2… HR -> AUR… PHR–> PKK

  76. Kalau soalan bagi terlupa rekod ambilan barang niaga .saya nak tolak inventori kah?

  77. Tapi ada beberapa soalan tulis ambil barang niaga soalan itu ada tolak inventori.

  78. Macam soalan dalam text book soalan struktur no.6 (v) ambil barang niaga mau tolak belian atau tak nak?

  79. Minta maaf cikgu saya sudah bagi soalan yang salah . Saya nak tanya ambil brg niaga nak tolak belian tak?

  80. Jun,

    Ya.. itu baru betul.. bila ambil barang niaga…
    Ambilan (+)
    Belian (-)

  81. Cikgu kalau kira itu faedah atas pinjaman mesti guna pinjaman awal atau akhir ?

  82. Jun,

    Kira atas Pinjaman Awal

  83. Cikgu, macam mana rekod maklumat ini dalam soalan AK Tak Lengkap ?

    -Pemilik mengeluarkan barang niaga bernilai RM400 untuk keguaan peribadi.

    Tiada maklumat tentang belian di mana-mana dokumen, cuma ada AK Belum Bayar.

  84. EnHong,

    Daripada ABB kita boleh tentukan Belian secara kredit.
    BELIAN = Belian tunai + Beluan kredit
    Jika tiada belian tunai –> BELIAN = Belian kredit.

    Ambilan +400
    Beluan -400

  85. Cikgu, yang mana satu kita harus letak di belanja / hasil akaun perdagangan jika maklumat tersebut berada di 1 jan 20×3 ,30 dis 20×3 dan penyata bank contohnya seperti

    1.gaji belum bayar 1jan 3000 , 30 dis 6800 dan di akaun bank iaitu gaji berjumlah 17200

    2. pinjaman (kadar faedah 8% setahun) , 1jan 15000 30 dis 15000 dan di akaun bank iaitu faedah atas pinjaman sebanyak 800

    3.perabot 1jan 22600 , 30 dis 20400 dan di akun bank perabot 900

    thx

  86. Iq40,

    1. Gaji = bank – Gaji BB awal + Gaji BB akhir
    2. Faedah pinjaman = 8% x 15000 –> Belanja
    Faedah pinjaman BB –> LS
    3. SN perabot = Bank + Baki awal – Baki akhir

  87. Cikgu kalau buku tunai ada keluar wang untuk beli perabot kena tambah perabot and ini sebagai modal tambahan atau bukan?

  88. Then cikgu kira susut nilai nak guna awal atau akhir kira ??

  89. Jun,

    Bukan..modal tambahan.
    Maklumat tersebut boleh digunakan unatuk cari SN perabot

    SN perabot = Bank + Baki awal – Baki akhir

  90. Ini soalan yang lain kalau buku tunai keluar wang untuk kenderaan mau kira modal tambahan dlm pkk tak??

  91. cikgu boleh terangkan tak kenapa gaji = bank – gaji bb awal + gaji bb akhir and susut nilai tu saya kurang faham

  92. Jun,
    Modal tambahan –> PEMILIK membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan (jadi hak milik perniagaan).
    Jika beli kenderaan menggunakan wang perniagaan –> beli aset.

    Iq40,
    Untuk kira Gaji sebenar = Gaji yang telah dibayar (Ak Bank) – Gaji belum bayar awal + Gaji belum bayar akhir.
    # untuk lebih jelas.. cuba buka Ak Gaji dan lihat camna nak dapatkan AUR.

  93. So guna wang perniagaan beli kenderaan ialah beli aset
    Guna wang sendiri beli kenderaan untuk syarikat ialah modal tambahan
    InI betul kah cikgu?

  94. Cikgu macam mana kira pelupusan dalam kaedah analisis

  95. Jun,

    1. Ya betul.
    2. Pelupusan ABS –> kira seperti biasa..
    ABS – SNT = Nilai Buku
    Untung/Rugi pelupusan = Nilai buku – Nilai Jual

  96. Salam Cikgu, saya tak brape faham kenapa kadang2 kalau ada pulangan belian/jualan dari mklumat tmbahan dlm soalan rekod x lengkap, kita kena tolak/tambah kt inventori. Tp kadang2 tak payah. Apa sebab nya ye?

  97. Saya tak pasti bila yg perlu kita kacau bahagian inventori & bila tak perlu. Sama juga mcm ambilan.. ada setengah soalan klu ada ambilan tunai kene ubah kt tunai tapi ada soalan tak payah. Confuse saya.

  98. Naimah,

    1. Kena lihat penyataan dalam soalan tersebut baru boleh Cg nystakan dengan tepat. Secara umum..
    # jika dinyatakan “pulangan jualan rm100” –> hanya makluman untuk penyediaan Ak Kawalan sahaja… tidak melibatkan pekarasan.
    # jika dinyatakan “pulangan jualan RM100 terlupa rekod dalam mana2 buku” –> melibatkan pelarasan

    2. Bagi penyataan yang melibatkan Tunai, Bank & Inventori –> nilai akhirnya tidak berubah kerana nilai2nya dikira secara fizikal.. kecuali dinyatakan perkara tersebut belum diambilkira semasa penilaian 3 item tersebut.

  99. Assalamualaikum cg.. Saya nak tanya tntg butiran di bwh ni :

    Pada 29 November 20X7, pulangan jualan RM230 telah diterima tetapi Nota Kredit hanya dikeluarkan pada 1 Disember 20X7. Pulangan ini belum direkodkan dlm mana2 buku & belum dikira dlm penilaian inventori. Brg niaga ini telah dijual pd harga kos + 100% tokokan

    Tarikh akhir perakaunan : 30 November 20X7
    Inventori akhir : 23000
    Pulangan Jualan : 2471

    Saya tak faham macam mana inv.akhir blh jadi 23115 & p.jualan jadi 2701 walaupun nota kredit tidak dikeluarkan dlm tempoh perakaunan

  100. Izzah, waalaikumussalam.

    Ada 2 perkara :
    1. Pelarasan ketinggalan catatan.
    Pulangan jualan (+)
    ABT (-)
    2. Penilaian inventori akhir pada nilai kos…. nilai jualan RM230
    Tokokan 100% –> untung 2X ganda –> nilai kos = 230/2 = 115
    Inventori = 23000 + 115

  101. Selamat pagi,

    Saya sedang cuba memahami Contoh 14 buku teks (m/s 54) rekod tak lengkap kaedah analisis.

    Dalam maklumat tambahan soalan ini, terdapat pulangan2.

    Yang saya tak faham dalam Penyata Pendapatan, pulangan2 ditolak untuk mendapat jualan/belian bersih. Yang saya keliru ialah apabila Ak. Kawalan disediakan, pulangan2 telah pun diambil kira. Perlukah ianya ditolak sekali lagi!

    Dalam PKK pula, ABT & ABB masih sama dgn nilai asal (tidak ditolak dengan pulangan2)!

    Biasanya utk rekod lengkap, pulangan akan diselaras pada item2 pulangan & ABT/ABB. Tapi untuk rekod tak lengkap, saya keliru item pelarasan pulangan.

    Saya memerlukan nasihat cikgu supaya saya dapat lebih memahami perkara di atas.

    Thank you.

  102. Letchumanan,

    Ada 2 situasi :
    1. Pulangan belum direkodkan dlm mana2 buku –> perlu diselaraskan.

    2. Hanya dinyatakan adanya Pulangan –> tidak perlu diselaraskan… cuma kita tahu wujudnya pulangan tersebut.. dimana kedudukan pulangan tersebut dalam lejar ? :
    (i) dalam Ak ABT & Ak ABB –> Ak Kawalan (baki akhir ABT&ABB –> telah ambilkira pulangan tersebut)
    (ii) dalam Ak Pulangan itu sendiri –> maka Jualan/Belian – Pulangan

  103. oh… I faham. Thank you.

  104. Selamat petang,

    Saya sedang cuba Soalan Sebenar SPM 2014 (soalan no.2 – rekod tak lengkap)

    Antara info2 soalan:

    a. Mulakan perniagaan dengan tunai di bank, peralatan & premis.

    b. Urusniaga bank

    c. Urusniaga tunai (semua bayaran)

    d. Aset & Liabiliti pada tempoh akhir (antaranya terdapat tunai di tangan)

    e. Ada ambilan barang niaga & hutang lapuk

    Soalan meminta menyediakan Ak.Bank, Ak.Tunai, PP & PKK

    Soalan2 saya:

    1. Soalan tidak beri tunai di tangan semasa memulakan perniagaan! Adakah ini bermaksud pelajar kena cari tunai di tangan berdasarkan maklumat urusniaga tunai & baki di akhir tempoh?

    2. Soalan tidak minta menyediakan Ak2 kawalan tetapi kita perlu buat utk PP. Adakah soalan bermaksud pelajar perlu buat ak. kawalan dan markah diberi?

    Thank you.

  105. Lecthumanan,

    1. Tidak perlu cari Tunai ditangan awal kerana memang tiada –> apa tang perlu dicari ialah Jualan Tunai
    2. Apa yang perlu pelajar cari ialah jumlah JUALAN …iaitu Jualan tunai + Jualan kredit.
    # JUALAN KREDIT boleh dicari dengan menyediakan Ak Kawalan Belum Terima @ hanya menggunakan rumus –> terserah kepada pelajar.. biasanya ada markah untuk perkara tersebut.

  106. Belanja peguam 20000

    Bayaran peguam adalah pembelian premis. Belanja ini perlu dimodalkan

    Letak pkk?

  107. Hui,

    Ya… nilai tersebut dimasukkan ke Ak Premis…. sebagai kos premis

  108. Cikgu,
    Soalan percubaan rekod tak lengkap negeri sembilan dirujuk. Skema telah menunjukkan pinjaman di masukkan dalam liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa iaitu bayaran pinjaman dalam masa 12 bulan akan datang masuk liabiliti semasa, baki yg lain masa liabiliti bukan semasa.. perlukah pelajar buat begini dalam pepriksaan akan datang.?

  109. Fatimah,

    Ya.. ikut buku teks.

  110. cikgu , teks tu bagitau faedah atas pinjaman adalah RM900

    maklumat tambahan :
    faedah atas pinjaman 6% setahun

    so adakah belanja is RM54 dan faedah atas pinjaman perlu ditulis dalam liabiliti semasa ?

  111. Tea,

    Pengiraan anda salah.
    faedah pinjaman = 6% x pinjaman –> Belanja
    Kira faedah belum bayar –> LS

  112. Cikgu,

    Saya nk minta cikgu tolong semakkan jawapan.
    Saya x dpt nilai jumlah jualan spt dlm skema jawapan. Jualan kt saya dpt 9680 + jualan tunai 31300 = 40980 tp skema 46480.
    Di manakah silapnya?

  113. Mika,

    Jawapan anda yang betul.

  114. Terima kasih, Cikgu

  115. salam sejahtera, cikgu mohon penjelasan bg perkara berikut:

    a) soalan percubaan negeri sembilan 2018(kertas 2) soalan 3..dlm skema jwpn RM 2800(pinjaman) direkodkan under liabiliti semasa,kenapa? bukankah amaun ini telah dibyr melalui bank dan mengapa pula baki pinjaman yg direkod dlm LBS (RM 8400-RM2800) dan bukannya RM11200-RM8400??

    b) kenapa skema jwpn bg soalan 4b masih menggunakan kaedah pengiraan KBSM dan bukannya menggunakan kaedah pengiraan KSSM bg menghitung dividen interim?

    terima kasih cikgu

  116. Ricky,

    a) baki akhir pinjaman ialah RM8400.
    Daripada maklumat kita boleh kenal pasti BAYARAN BALIK SETIAP TAHUN iaitu RM2800.
    Maka 2800 daripada 8400 perlu dijelas pada tahun hadapan –> maka perlu dikelaskan sebagai LS… manakala sekebihnya (8400 – 2800) perlu dijelas tahun2 berikutnya –> LBS

    b) cara lama dan baru masing diamalkan oleh syarikat.. sekira telah diberi kadar % dividen interim… kita boleh terus kira… jika tidak diberi %… maka kita kira berdasarkan tempoh

  117. cikgu?soalan ini mengenai rekod tak lengkap

    baki 31 MEI 1999
    pemiutang-pemiutang lain =1400
    baki 31 MEI 2000
    pemiutang-pemiutang lain =1720

    saya hendak tanya butir-butir yang perlu tulis dlm akaun utg rugi ialah apa iaitu?RM1720-RM1400?

  118. Yoona,

    Hasil tolak tersebut ialah BELIAN secara kredit.

    Belian tunai + Belian kredit = BELIAN

  119. Cikgu,

    1) Diberi maklumat drpd ak.bank:
    Dt Jualan 20700
    Kt Penyelenggaraan kenderaan 3375

    Maklumat tamb:
    Jualan tunai 1100 tidak dibankkan tp digunakan utk pembayaran penyelenggaraan kenderaan.

    Pelarasan:
    Jualan = 20700 + 1100
    Penyelenggaraan kenderaan = 3375 + 1100
    Adakah ini betul?

    2) Diberi maklumat drpd ak.bank:
    Dt Jualan kenderaan lama 2850
    Kt Kenderaan baru 13000
    Baki kenderaan:
    Awal thn-3000, akhir thn-12000

    Pelarasan:
    SN Kenderaan = 3000 + 13000 – 2850 – 12000
    Adakah ini betul?

    3) Diberi ambilan tunai (drpd ak. bank) – 8180
    Maklumat tamb:
    Pemilik telah mengambil barang niaga utk kegunaan sdr pd harga kos 1150

    Pelarasan:
    Jum. ambilan = 8180 + 1150
    Adakah 1150 itu perlu ditolakkan drpd jum. belian?

    Terima kasih

  120. Mika,

    1. Betul
    2. Betul
    3. Ya

  121. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Soalan diatas dirujuk, bolehkah kita anggap kereta lama 3000 dijual dgn harga 2850 dan rugi pelupusan 150 masuk dalam belanja. Manakala mesin baru yg dibeli nilai tinggal 12000, jadi susutnilai 1000.

  122. Fatimah

    Ya…Jika jelas kenderaan lama 3000 itu yang dijual dengan harga 2850.. maka
    1. Rugi atas pelupusan = 150
    2. SN kenderaan = 13000 – 12000 = 1000

  123. Pinjaman dari bank islam (10% setahun) – 60000

    Maklumat tambahan :
    Faedah atas pinjaman dari bank islam untuk half a year masih belum dibayar.

    Cikgu, bagaimana saya hendak jawab soalan ni ?

  124. Tasha,

    Faedah pinjaman = 10% x 60000 = 6000 –> Bel
    Faedah pinjaman belum bayar = 3000 –> LS

  125. Assalam cikgu dlm soalan rekod x lengkap

    Maklumat tambahan..
    1. Ambilan Barang niaga bernilai rm 100 dibuat pada setiap bln utk kegunaan peribadi..

    2. Ambilan barang niga bernilai rm 100 dibuat pada setiap bln utk kegunaan peribadi belum direkodkan

    Jawapan
    1. Kita hanya rekod ambilan rm1200

    2. Belian – 1200….ambilan rm1200

  126. Ameera, waalaikumussalam.

    Ya.. saya setuju dengan jawapan tersrbut.

  127. Cikgu, saya masih keliru. Bila beli barang niaga akaun belanja atau aset yang direkod?

  128. Aqilah..

    Bila beli BARANG NIAGA…kita rekod di AK BELIAN
    Manakala bila jual BARANG NIAGA –> AK JUALAN

  129. Cikgu, di ID pinjaman rm14000 (31/12/2017).

    Maklumat tambahan
    Pinjaman perlu dijelaskan sepenuhnya pada 31/12/2018.

    Mcm mana nk buat n kira

  130. Iazzah,

    Tiada apa yang perlu dikira… hanya pinjaman tersebut dikelaskan sebagai LS dalam PKK nanti.
    Jika ada kadar faedah … baru kita buat pengiraan.

  131. Assalamualaikum Cikgu..Modul 2:Rekod tak lengkap..
    Kalau dalam maklumat tambahan diberitahu bahawa pemilik membuat ambilan inventori bernilai Rm 300 setiap hujung bulan..
    tahun berakhir pada 31 Dis 2017..
    Jadi Rm300 x 12=3600…
    Persoalannya,adakah 3600 tu perlu ditolak dalam inventori???

  132. Sue, waalaikumussalam.

    Tidak perlu ditolak dalam Inventori Akhir.. kerana nilai inventori akhir yang diberi telahpun mengambilkira perkara tetsebut.

  133. Cikgu, Buku teks F5 ms68
    Pinjaman(mantang pada 31 disember 2027)
    Baki bb-16500
    Baki hb-15000
    Ruangan bank berlaku pembayaran pinjaman sebanyak -1500
    Info tambahan
    faedah atas pinjaman ialah 8% setahun
    Soalan
    Jika faedah atas pinjaman 8% setahun…adakah pembayaran yg dibuat (1500-1200(8%))=300 prabayar?

  134. Cikgu, Buku teks F5 ms68
    Takpelah saya dh faham
    Thanks

  135. cg, inventori alat tulis pada 31 dis 20×1 bernilai rm80 apa maksud dia?

  136. Norhaniessa,

    Daripada maklumat berikut.. kita bokeh kenalpasti berapa belanja alat tulis.

    Cth: kita beli alat tulis RM100… lepas tu ada yang masih tidak digunakan (inventori akhir) RM20
    Maka berapakah sebenarnya belanja alat tulis untuk tempoh tersebut….. hanya RM80.

  137. Cikgu ni soalan m/s 68
    Pinjaman matang : baki b/b = 16500 baki h/b = 15000

    Pinjaman bt-kt = 1500
    Faedah pinjaman bt-kt = 650

    Maklumat tambahan: faedah atas pinjaman dikenakan ialah 8% setahun

    Boleh saya tahu cara nak selesaikan dan effect kepada apa?

  138. Sharifah,

    Ada 2 perkara yang perlu diberikan perhatian:

    1. Pinjaman –> LS & LBS
    Pinjaman RM15000… daripada maklumat kita boleh kenalpasti BAYARAN BALIK SETIAP TAHUN ialan RM1500… maka daripada RM15000….. RM1500 perlu dibayar pada tahun hadapan (1 tahun) –> LS
    Manakala bakinya (15000 – 1500) RM13500 perlu dijelaskan dalam masa > 2 tahun.
    PKK:
    LS:
    Pinjaman 1500
    LBS:
    Pinjaman 13500

    2. Faedah atas pinjaman –> faedah belum bayar.
    Faedah = 8% x 16500 = 1320 –> Belanja
    Faedah telah bayar 650 –> maka Faedah pinjaman belum bayar = 1320 – 650 = 670 –> LS

  139. antara kesilapan berikut, manakah yang menyebabkan ketidakseimbangan imbangan duga

    A) ambilan tunai rm100 oleh pihak pemilik tidak direkod dalam mana mana buku
    B) belian alat tulis telah didebitkan akaun alat pejabat dan dikredit akaun tunai
    C) bayaran gaji rm2000 telah didebit akaun gaji tetapi tertinggal rekod dalam akaun bank
    D) belian inventori secara kredit rm400 direkod dengan amaun rm4000 disebelah yang betul bagi akaun bank dan akaun belum bayar

    soalan saya, kenapa jawapan nya ..

  140. kenapa jawapannya c cikgu

  141. Hanis,

    Kesilapan KETARA –> ID tidak seimbang.
    Jika catat sebelah Debit sahaja… sudah tentu tidak seimbang.

  142. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Soalan spm 2018 rekod tak lengkap dirujuk. Pembekal memberi diskaun 1600 perlukah tolak ABB sebab soalan tidak nyatakan sudah direkod atau tidak?

  143. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Soalan sama spm 2018,Bagaimana dengan susutnilai kenderaan? Nak buat rugi atas pelupusan kenderaan 150 dan susutnilai 1000 atau semua masuk dalam susutnilai kenderaan 1150? Terima Kasih

  144. Fatimah,

    1. Tidak perlu.. kerana ianya telah direkod.. maka tunjukkan dalam Ak Kawalan BB nanti.

    2. Kedua2 cara memberi kesannya yang sama keatas UB … cuma saya syorkan guna Rugi pelupusan dan SN kenderaan kerana ianya mengambarkan apa yang sebenarkan berlaku.

  145. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam soalan rekod tak lengkap spm 2014, hutang lapuk perlu tolak baki akhir ABT utk sediakan Akaun kawalan tetapi soalan SPM 2018 diskaun diterima tidak perlu tolak ABB, bagaimana Kita nak tahu ia sudah direkod sedangkan kedua dua soalan tidak dinyatakan sudah direkod atau tidak?

  146. Fatimah,

    Bergantung kepada penyataan dalam soalan..

  147. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam kedua-dua penyataan tidak disebut rekod atau tidak rekod, bagaimana kita nak kenalpasti perlu atau tidak perlu tolak?

  148. Fatimah,

    Kena rujuk soalan baru saya boleh komen… asasnya adakah ianya item pelarasan (belum rekod) atau hanya makluman..
    Kadang2 soalan tidak nyatakan dengan jelas bahawa ianya belum rekod.. tapi dengan lihat keseluruhan soalan… olahan penyataan… makkumat tambahan.. baru boleh tentukan..

  149. Cikgu, sy cuba buat soalan dlm buku teks prinsip perakaunan t5 yg baru muka surat 68( cabaran abad ke-21). tp sy tk dpt imbang bahagian ats iaitu modal kerja+ aset bln semasa. Apa kesilapan saya?

  150. Dea,

    Kena semak setiap satu pelarasan yang dibuat..
    Cuba kira nilai perbezaannya.. kemudian cari nilai tersebut daripada item pelarasan yang telah dibuat… mungkin ada yang tertinggal catat..

  151. Cikgu,soalan saya:
    faedah ats pinjaman dikenakan ialah 8% setahun.

    pinjaman(matang pada 31 disember 2027) 16500( 1 januari 2017)
    15000(31 disember 2017)

    buku tunai bahagian kredit:
    pinjaman 1500
    faedah pinjaman 650

    Bagaimana nk selesaikan ini?

  152. Dea,

    Ada 2 perkara yang perlu diberi perhatian:
    1. Faedah pinjaman & Faedah pinjaman belum bayar
    2. Pinjaman 15000 perlu dilaporkan ikut tempoh bayar balik… LS & LBS dalam PKK.

  153. Cg Narzuki,
    Ini soalan RTL, kaedah analisis.Soalan SPM 2018.
    Soalan diberi maklumat tambahan,

    Maklumat tambahan:
    (i) Jualan tunai RM1100 tidak dbankkan. Wang berkenaan digunakan untuk pembayaran penyelenggaraan kenderaaan.
    (ii) Encik Muniandy telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri pada harga kos RM1150.

    Cikgu, bagaimana kita buat pelarasan terhadap maklumat (i) dan (ii)?

  154. Gigi,

    1. Jualan (+)… penyelengaraan kenderaan (+)
    2. Ambilan (+)…. Belian (-)

  155. Terima kasih cg Narzuki.

    Cikgu, saya nak confirm adakah kaedah perbandingan dan kaedah analisis ada perbezaan? Contohnya, bagi soalan yg saya kemukakan di atas : Encik Muniandy telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri pada harga kos RM 1150. Kalau soalan itu ialah RTL Kaedah Perbandingan, kita hanya buat pelarasan terhadap ambilan sahaja? Ambilan (+) tetapi Belian tidak perlu buat pelarasan, sebab kita hanya gunakan rumus/ penyata untung rugi untuk cari nilai UB, iaitu UB= Modal akhir + Ambilan – Modal awal – Modal tambahan.

    Sebaliknya, kalau soalan itu ialah soalah RTL Kaedah Analisis, kita perlu buat pelarasan terhadap ambilan dan juga belian, iaitu ambilan (+), Belian (-). Betulkah anggapan saya ini?

  156. Gigi,

    Ya.. jika kaedah analisis… catatan pelarasannya secara bergu… 2 akaun terlibat.

  157. Cg Narzuki,

    Ok. dah faham. Terima kasih cikgu.

  158. Cg,macam mana nak buat soalan seperti “pemilik lupa untuk merekod pulangan barang niaga yang bernilai rm600 dalam mana mana buku.”

  159. Hossek,

    Pulangan jualan (+)
    ABT (-)

  160. assalam cg, macam mana nak jawab soalan nie

    nov 12 – barang niaga yang masih ada dalam
    tangan pada akhir tempoh dengan kos
    RM 15, 000.00 dijual secara kredit
    pada harga RM 23, 000.00.

  161. Wardah,

    Ada yang tidak kena dengan soalan tersebut..
    Urus niaga pada 12 Nov….tapi dinyatakan nilai kos pada AKHIR TEMPOH … akhir tempoh biasanya pada 31 Disember..

    # cuba bagi soalan yang lengkap..

  162. Assalamualaikum cg
    Terima cek daripada jualan tunai barang niaga rm 1500. Harga kos barang tersebut ialah rm 1300

    ABT +1500
    1300 akaun ape cg
    Untung bersih + 200
    Tlg semak jawapn cg

  163. Lieya,

    Jika ikut persamaan.
    Jualan +1500
    Inventori -1300
    Untung +200

  164. Jualan tu akaun ape cg

  165. Pemilik membawa masuk tunai bernilai rm 10000 ke dalam perniagaan dan wang tersebut dibankkan

    Akaun apa bertambah
    Akaun apa brkrg

  166. Bank +10000
    Untung bersih +10000

    Semak jwpn

  167. Lieya,

    1. Jualan –> Ak Jualan
    # Cgu kena lihat soalan keseluruhan baru dapat tentukan apa kehendak soalan.

    2. BANK bertambah…. MODAL bertambah.

  168. Salam…cg…sy nk tnya..bila trikh ttup utk isi sijil lcci?

  169. Alia,

    Sehingga Oktober 2019.

  170. Ni soalan yg haritu

  171. Lieya,

    Saya tengok soalan yang lengkap…. bukan 1 maklumat sahaja… supaya saya dapat kenalpasti apa kehendak soalan… sanada RTL @ Persamaan Perakaunan.

  172. Inventori -1300
    Untung +200
    Satu lagi akaun ape cg +1500

  173. Menjual barang niaga 5500 secara kredit. Harga kos barang tersebut ialah 3750.

    Cg akaun apa yg terlibat

  174. Cikgu yuran peguam ke atas penghutang adalah kira sebagai hasil atau belanja?

  175. Ahmad,

    Asasnya… jika bayar –> BELANJA
    jika terima –> HASIL

  176. Cikgu, knp susut nilai dikategorikan sbg hasil?

  177. Nurahya,

    Siapa yang kata SN –> Hasil ?… SALAH
    SN = BELANJA

  178. Cikgu,
    Diberi:
    Inventori awal-77564
    Inventori akhir-79380

    Maklumat tambahan:
    Sekeping nota kredit berjumlah 420 dikirim kpd A. Margin untung kasar adalah 100% atas kos. Perkara ini belum diambil kira ketika pengiraan inventori akhir dan belum direkod dlm mana2 buku.

    Apakah kaitannya margin tersebut dengan pelarasan inventori? Boleh cikgu tolong jelaskan?

    Terima kasih

  179. Mika,

    Bergantung kepada kehendak soalan..
    Daripada inventori –> boleh kira Kos Jualan
    Daripada margin tersebut –> boleh cari UK

  180. Asalnya soalan ini ialah mengenai rekod tak lengkap. Soalan meminta penyediaan penyata perdagangan dan untung rugi serta penyediaan PKK. Maklumat di atas terkandung dlm soalan.

    Setelah saya lihat skema jawapan, saya dapati pulangan jualan 420 dan margin u.kasar tersebut ada kena-mengena dgn pelarasan inventori akhir, seperti berikut:

    Inventori akhir = 79380 + 210.

    Maka, teori saya:
    Oleh kerana margin u.kasar adalah 100%, bermaksud bg setiap rm1 kos jualan, untung kasarnya juga rm1, maka harga jual mjd rm2. Oleh itu, apb terdapat pulangan jualan 420, sebenarnya kos brg niaga sbnr yg telah dipulangkan adalah separuh, iaitu 210. Maka, inventori akhir yg sebenar ialah 79380 + 210 (inv. bertambah akibat pulangan pelanggan td).
    Adakah teori saya betul, Cikgu?

  181. Mika,

    Ya.. betul.
    Secara mudahnya.. RM420 harga jualan –> Pulangan jualan 420
    Inventori dinilai ikut harga kos RM210 –> inventori akhir (+) 210

  182. ismail bin hassan

    inventori alat tulis pada 31 disember 20X8 bernilai Rm80..apa dia punya pelarasan/pembetulan ye?

  183. Ismail..

    Pelarasan… cari belanja alat tulis –> Ak Untung Rugi.

    Katakan belian alat tulis RM200…
    Alat tulis tak habis guna (Inventori akhir) RM80
    Maka belanja alat tulis = 200 – 80 = 120

  184. sir , faedah atas pinjaman pekongsi dibayar direkod dlm belanja kah

  185. Bagaimana untuk cari inventori bagi (setengah) tahun Jim’s soalan hanya bagi inventori awal pada 1 jan dan inventori akhir pada 31 disember?(tolong jawab soalan saya secepat mungkin cikgu terima kasih )

  186. Johnny,
    Ya.. Faedah pinjaman –> Belanja
    Faedah pinjaman belum bayar –> Ak Semasa Pekongsi.

    Ying Hui,
    Jika tiada inventori awal, purata tidak perlu kira…. maka terus ambil inventori akhir.

  187. Tetapi…terus ambil inventori akhir yang soalan
    bagi itu, jawapannya adalah salah purata saya dah kira (inven. awal +akhir bahagi 2) pun salah
    Anyway tq

  188. Ying Hui,

    Maaf saya ingatkan nak kira Kadar Pusing Ganti Inventori untuk tugasan kerja kursus.

    Cuba bagi soalan lengkap… mungkin ada maklumat lain yang boleh digunakan untuk dapatkan nilai tersebut..

  189. Ya maaf terus tolak inventori yang soalan bagi tu,saya dah hilang satu pengiraan .sudah cari jawapan tk

  190. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam soalan RTL kaedah analisis, dalam pkk ekuiti pemlik, kita perlu tunjuk modal awal tambah modal tambahan ataupun modal tambahan tak perlu tunjuk dan terus tambah dekat modal awal. Terima kasih

  191. Fatimah,

    Bagi tujuan pentaksiran –> kedua2 cara diterima.
    Tetapi dalam perekodan perakaunan sebenar… tidak wujud “Ak Modak Tambahan”… pelarasan modal tambahan –> (+) di Ak Modal

  192. Aimi Hazwani Binti Shamsuddin

    akaun pada 31/12/17

    Pinjaman : 14000
    Faedah atas Pinjaman: 900

    pinjaman perlu dijelaskan sepenuhnya pada 31 desember 2018.

    macam mana nak kira tu ye cikgu? adakah pinjaman dan faedah atas pinjaman itu perlu tambah je?

  193. Aimi..

    Pinjaman (Liabiliti) & Faedah pinjaman (belanja) –> 2 perkara yang berbeza.
    1. Kira Faedah atas pinjaman –> Belabha
    2. Bandingkan dengan Faedah 900 –> boleh tentukan Faedah pinjaman belum bayar –> LS
    3. Pinjaman 14000 –> LS kerana tinggal setahun saja lagi.

  194. Perkongsian syasya dibubarkan pada 31 disember 2017 kerana matlamat penubuhan perkongsian tidak tercapai. Pekongsi syameem bersetuju mengambil alih kenderaan pada harga rm 50000

    Macam mna nk buat catatan jurnal am cikgu?

  195. Cikgu mana nk buat catatan jurnal am soalan ni?

  196. Celine,

    Sila kemukakan pertanyaan ikut topik/modul yang betul.
    Sepatutnya disini:
    https://cgnarzuki.com/modul-13-perakaunan-untuk-perkongsian/pembubaran-perkongsian/

    Dt Modal Syameam 50000
    Kt Realisasi 50000

  197. cikgu,
    soalan: mendapat RM50000 dari bank untuk pinjaman bagi tempoh dua tahun Nota belum bayar 12%
    apakah catatan jurnalnya

  198. Shu Pei,

    Dt Bank 50000
    Kt Nota Belum bayar 50000

  199. Cikgu,
    Dalam imbangan duga ada item:
    Bayaran peguam 350 (Dt)

    Dalam maklumat tambahan:
    Bayaran peguam ditanggung sepenuhnya oleh pemilik

    Soalan saya kenapa amaun 350 dimasukkan dalam ambilan Dan nilai belanja peguam dkt belanja tu dihapuskan? Saya kurang jelas. Harap cikgu dapat beri penjelasan. Terima kasih

  200. Izzati,

    Maksudnya.. bayaran peguam adalah belanja PERIBADI pemilik… bukannya belanja perniagaan.
    Pemilih TELAH keluarkan wang perniagaan untuk bayaran tersebut… maka sepatutnya direkodkan sebagai AMBILAN bukannya BAYARAN PEGUAM.. oleh itu catatan pembetulan perlu dibuat:
    Dt Ambilan 350 Kt Bayaran Peguam 350

  201. Ok cikgu saya faham terima kasih

  202. Salam,

    Cikgu saya nak tanya..Faedah atas pinjaman belum bayar letak di LS ka LBS

  203. Hasanah,

    SEMUA Belanja Belum Bayar –> LS

  204. Salam cg,

    Pinjaman bernilai RM30 000 telah dibuat pada 1 Julai 2018 dan tarikh matang pada 30 Jun 2024.

    dalam Imbangan Duga yg diberi
    2018 Dis 31 Pinjaman 5% 27500

    bagaimana nak buat ini di dalam PKK?
    LS & LBS nya.

  205. Kerris,

    Cuba kira berapa bayaran balik setiap tahun (30000/6)…. itulah nilai LS…. bakinya LBS = 27500 – LS

  206. Bayaran balik setahun 5000
    Pinjaman yg dia buat 30000 dan baki akhir pinjaman 27500.
    Maksudnya dh kurang 2500, so LS kena tulis 2500 atau masih 5000?

  207. Kerris,

    Cuba semak betulkah bayaran balik 5000 ?..
    Berapa lama tempoh perakaunan ? 6 bulan @ 1 tahun.

  208. Tempohnya setahun tak silap, dia bagi modal dan inventori awal pada 1 jan 2018

  209. Kerris,

    Bayaran balik setahun = 30000/6 = 5000
    Maka LS = 5000, LBS = 27500 – 5000
    # 2500 –> nilai untuk 6 bulan

  210. Saya nak tanya cikgu dia kasi inventori awal 5900 dan inventori akhir 7200.
    Dkr maklumat tambahan ade kata bahawa ade ambilan merchandise 340.
    Saya kena buat mcm ni ke cikgu
    Inventori awal – ambilan – inventori akhir ke cikgu.
    Lepastu dia ada kasi kereta 10000 dan dia dia suruh kira depreciation dia adekah kereta tu belanja?

  211. Cikgu kalau dia tak kasi nilai bank pada akhir tahun cane saya nak cri eh

  212. Aida,

    1. Ambilan 340 –> Ekuiti Pemilik.
    2. Kereta –> Aset Bukan Semasa..
    Susutnilai kereta –> Belanja
    3. Baki awal Bank + Penerimaan – Pembayaran = Baki akhir

  213. Cg,
    maklumat tambahan iv
    -kelengkapan yg bernilai RM 5000 telah dibeli pada 1 april 2018

    kelengkapan dlm imbangan duga 40000.

    5000 itu termasuk dlm 40000 atau 5000 itu baru beli dan nilai kos dlm pkk akan jadi 45000

  214. Kerris,

    Lihat tarikhnya…
    40000 –> baki akhir pada 31 Disember 2018
    5000 –> dibeli pada 1 April 2018

    Cuba fikirkan dah termasuk @ belum ?

  215. kalau macam tu dia dah termasuklah

  216. Kerris,

    Ya.. betul

  217. Terima kasih cikgu,

    dari hari tu x seimbang sebab kelengkapan tu, ingatkan kiraan pinjaman saya yg salah.

  218. Salam sejahtera cikgu, nak minta bantuan cikgu

    31 Disember 2015 :
    pinjaman 65,200
    faedah pinjaman 10,600

    Maklumat tambahan: sebanyak 30% drpd pinjaman akan matang pada 30 September 2016.

    cikgu bagi soalan ni kalau saya rekod 30% pinjaman di LIABILITI BUKAN SEMASA betulkah? 70% maksud dia sudah bayar balik jadi x perlu rekod?

    dan faedah pinjaman ada perubahan tak?

  219. Soalan: dikehendaki sediakan PKK pd 31 Disember 2015

  220. Grace,

    Salah.
    LS : Pinjaman =30% x 65200 = …
    LBS : Pinjaman = 70% x 65200 = …

  221. Ok , terima kasih cikgu

  222. Salam cikgu,
    Katakan pinjaman RM20000 dibuat pada 1/1 /19 untuk tempoh selama 5 tahun.
    Bayaran balik setahun = 20000÷5=4000
    Tempoh Perakaunan 1/1/19-31/12/19
    Persoalan 1
    Pinjaman dalam Imbangan Duga RM16000
    LS 4000
    LBS 12000
    Betul tak cg?

    Persoalan 2
    Pinjaman dalam Imbangan Duga RM20000. Bayaran balik pinjaman belum dibuat.
    LS 4000? 8000?
    LBS 16000 12000?

  223. Sian,

    1.. Betul.

    2. Jika baki 31 Dis 2019 dlm ID.. masih 20000 –> maksudnya ada TUNGGAKAN bayaran balik RM4000.
    Maka LS = 4000 + 4000 = 8000
    LBS = 20000 – 8000 = 12000

  224. Salam cikgu,
    Merujuk kepada soalan Pinjaman yang dikemukakan oleh KerrisB pada September 21, 2019.
    Mengapa LS 5000? dan LBS 27500-5000?
    Bayaran balik pinjaman selama 6 bulan telah dibuat iaitu RM2500. Maka LS 2500.
    LBS 25000. Adakah ansuran pinjaman akan mempengaruhi nilai LS dan LBS? Ataupun tak kira apa situasi LS terus kira setahun? LBS terus tolak setahun?

  225. Sian,

    LS –> pinjaman yang perlu dibayar dalam tempoh SETAHUN AKAN DATANG.. dimana nilainya bersamaaan BAYARAN BALIK SETAHUN.

    Baki akhir pinjaman tetap 27500… daripada nilai tersebut kita perly laporkan dalam PKK :
    LS = 5000
    LBS = 27500 – 5000

  226. Salam cikgu,
    Kalau pinjaman dalam Imbangan Duga masih menunjukkan RM30000.
    Maka
    LS 10000? (termasuk tunggakan 5000)
    LBS 30000-10000=20000?

  227. Maaf cikgu, saya silap kira
    LS 2500+5000=7500?
    LBS 30000-7500=22500?

  228. Sian,

    Ya..
    LS = tunggakan + bayar balik
    LBS = baki selebihnya.

  229. Assalam cikgu, saya nak tanya. Dia bagi tahun berakhir 31 December 20×7. Dalam jadual dia bagi nilai inventori 1 Januari 20×7 RM40000. Dalam additional information, dia bagi inventori 31 December 20×6 RM32000. Jadi soalan saya, kenapa nilai 1 Januari 20×7 & 31 December 20×6 tak sama?

  230. Mimi, waalaikumussalam..

    Betulkan… 20×6 –> 20×7

  231. selamat sejahtera cikgu

    cikgu , dalam kaedah perbandingan:
    ambilan tunai/cek ~ tunai/bank tak perlu tolak
    ambilan barang niaga/inventori ~ inventori tak perlu tolak
    membawa masuk tunai/cek ~ tunai/bank tak perlu tambah
    membawa masuk ABS ~ ABS perlu tambah

    dalam kaedah analisis:
    ambilan tunai/cek ~ tunai/bank perlu tolak
    ambilan barang niaga/inventori ~ belian perlu tolak
    membawa masuk tunai/cek ~ tunai/bank perlu tambah
    membawa masuk ABS ~ ABS perlu tambah

    cikgu betul tak ??
    boleh tolong semak
    tq^^

  232. Siew Ling,

    Ya betul.

    Kaedah analisis..setiap pelarasan perlukan catatan bergu.. maka 2 akaun yang terlibat.

  233. cikgu?yang maklumat tambahan vi itu apa maksud ?

  234. untuk m/s buku teks pg67

  235. cikgu?kenapa baki akaun belum bayar di sebelah debit selepas saya buka format akaun belum bayar

  236. cikgu,yang akaun belum bayar saya kurang apa?kenapa boleh menjadi berbaki debit untuk soalan buku teks m/s 67 yang diminta untuk menyediakan akaun belum bayar

  237. Hassin,

    Cuba semak… mungkin BELIAN KREDIT tidak dimasukkan..

  238. cikgu?kenapa belian kredit nak masukkan

  239. Hassin..

    Kenapa wujudnya ABB…. adalah disebabkan adanya urus niaga BELIAN SECARA KREDIT..
    Jika tiada belian secara kredit(hutang)… maka tidak wujudnya ABB.

  240. Macam mana nak dapat abt bersih

  241. Soalan kata Pemilik bersetuju untuk mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak 8% daripada jumlah bersih akaun belum terima

    Abt di 1 jan 3000
    Abt di buku tunai 31 dis 27300
    Abt di maklumat tambahan 31 dis 2500

    Nak buat macam mana ni

  242. Sulwana,

    Rujuk Baki Akhir ABT –> untuk kira PHR

  243. nota kredit bernilai rm420 yang diterima daripada pembekal terlupa direkodkan di mana mana buku

  244. Monalisayi,,

    Pulangan belian (+)
    ABB (-)

  245. Assalamualaikum cikgu, saya tak faham tentang soalan yang cikgu saya berikan kepada saya. soalan ni dah bagi buku tunai dan baki-baki akaun. apa yang saya tak faham ialah baki awal akaun bank tapi dia tak bagi baki akhir akaun bank. saya taktahu macam mana nak selesaikan.

  246. Nazarudin,

    Biasanya.. jika diberi BAKI AWAL….akan ada maklumat PENERIMAAN & PEMBAYARAN…maka daripada maklumat tersebut.. kita dapat tentukan BAKI AKHIR.
    Caranya: samada sedikan AK BANK @ cara pengiraan Baki Awal + Penerimaan – Pembayaran = Baki Akhir

  247. cikgu?maklumat iv dan v kira sebagai maklumat tambahan tak?dan kenapa soalan ini akaun belum terima tidak perlu tolak dengan hutang lapuk

  248. Amir,

    Kedua2nya item pelarasan.. maka perlu dilakukan pelarasan terhadap akaun yang terlibat.

  249. Assalamualaikum cikgu, saya nak bertanya tentang soalan di buku teks muka surat 68. Betul tak pelarasan yang saya buat?

    Perabot: 8600+3300-(860+165)=10875
    Kenderaan: 70000-65000=5000
    ABT-PHR: 9200-460=8740
    Bank: 26420

    saya mendapat jawapan jumlah aset semasa-liabiliti semasa: 48840-12160=36680

    aset bukan semasa+modal kerja=angka imbangan: 70875+36680=107 665

    namun, jawapan di buku teks ialah 110385

    di manakah silap saya cikgu?

  250. Aezu, waalaikumussalam.

    1. Nilai buku kenderaan .. 65000
    2. Nilai LS… –> tidak masukan Pinjaman 1500… dan Faedah pinjaman belum bayar 670

  251. terima kasih cikgu!

  252. assalamualaikum cikgu, ini soalan untuk rtl kaedah analisis, jika dia berikan maklumat tambahan tentang alat tulis yang masih belum digunakan bernilai rm40, dimanakah saya perlu rekodkan maklumat tersebut?

  253. Siti, waalaikumussalam.

    Alat tulis belum guna –> Inventori Alat Tulis 40
    Alat tulis (-) 40

  254. Cikgu,
    i)Seorang pelanggan didapati muflis dan hutangnya sebanyak RM200 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
    ii)Seorang pelanggan tidak dapat dikesan dan baki hutangnya bernilai RM435 dihapuskan sebagai hutang lapuk
    Sy nak tanya ye kenapa maklumat (i) tidak perlu tolak ABT tapi maklumat (ii) kena tolak ABT?

  255. Jia,

    Kedua2nya adalah HUTANG LAPOK dan perlu ditolak daripada ABT

  256. Cikgu, apa mksd perabot disusut nilai 15% setahun atas kos?

  257. Sha,

    Maksudnya kira SN kaedah GARIS LURUS.
    SN = k% x KOS

    # KOS –> Nilai baki dalam senarai ID

  258. Assalam cikgu, sewa premis rm4800 pastu ada maklumat tambahan pemilik menggunakan 30% daripada jumlah keluasan premis perniagaan itu sebagai tempat kediamannya.

    Pelarasannya macam mana ya cikgu ?

  259. Sofi, waalaikumussalam.

    Selaraskan sebagai ambilan..
    Dt Ambilan 30%×4800
    Kt Sewa premis …

  260. Asalamualaikum cikgu ,jika dalam maklumat tambahan diberikan komisen belum terima ,di Mana saya perlu letakkan?dalam akaun perdagangan Dan untung rugi atau penyata kedudukan kewangan?

  261. Saffiah,

    Kena buat pelarasan
    1. Komisen di terima –> AUR
    2. Komisen belum terima –> PKK

  262. Alat tulis bernilai RM80 yang diambil oleh pemilik untuk kegunaan anaknya telah terlupa direkod dalam mana-mana buku.

  263. H,

    1. Kita kena pastikan adakah alat tulis terdebut BARANG NIAGA @ bukan ?
    Kemudian baru kita boleh tentukan akaun yang terlibat:
    Dt AMBILAN
    Kt BELIAN ….. jika barang niaga
    Kt Alat Tulis.. jika bukan barang niaga

  264. Cikgu, apa maksud dalam maklumat tambahan dia bg “Inventori alat tulis pd 31 Mac 2019 ialah rm 70” ? Dalam imbangan duga alat tulis sebanyak rm 350 . Apa maksud maklumat tambahan tu cikgu?

  265. Najwa,

    Inventori alat tulis 70 –> AS
    Alat tulis (350 – 70) –> BELANJA

  266. kaedah analisis
    alat tulis di Buku Tunai kredit

    maklumat tambahan:
    alat tulis bernilai RM40 masih belum habis digunakan.

    cikgu,saya tak tau mcm mana buat soalan ni,minta tolong

  267. Siah Yin,

    1. belanja Alat Tulis = nilai dlm BT – 40
    2. Inventori Alat Tulis = 40 –> AS

  268. assalamualaikum cikgu, pemilik membawa masuk kipas dinding bernilai RM 450 untuk kegunaan perniagaan lupa direkod, saya kena tambah Belian atau Ambilan?

  269. dan lagi satu cikgu apa formula untuk hutang lapuk dihapuskan.

    terima kasih cikgu

  270. Myra, waalaikumussalam.

    1. bawa masuk –> MODAL (+)
    2. tiada sebarang formula.. buasanya soalan akan nyatakan jumlah yang dihapuskan sebagai HL

  271. Cg ni soalan dri buku teks tingkatan 4. Inventori bagi alat tulis pd 31/12/16 berjumlah RM175
    Imbangan Duga: alat tulis RM850
    Inventori awal 45700
    Mcm mna nak bt pelarasan?

  272. Chry,

    Alat Tulis (850 – 175) —> Belanja
    Inventori Alat tulis 175 –> Aset Semasa

  273. Cg..kalau rekod tak lengap tu tkde inventori akhir nak buat mcm mna yer

  274. Asma,

    Kena rujuk maklumat dalam soalan tersebut.. baru boleh tentukan apa yang perlu dibuat.

  275. Assalam, kalau soalan takde bagi baki akhir macam mana ye ? Soalan hanya bagi baki awal perakaunan sahaja. Saya tak tahu macam mana nak cari jualan kredit dan belian kredit sebab soalan takde bagi baki akhir.

  276. Ainul, waalaikumussalam.

    Jika tiada baki akhir.. maka jualan kredit kita boleh rujuk sumber asalnya.. iaitu Jurnal Jualan..
    # bergantung kepada maklumat yang diberi dalam soalan.

  277. cikgu..semua pkk mesti ada modal awal kah?

  278. jasmine,

    Cuba.. fikir.. boleh tak mula perniagaan tanpa ada MODAL.

    Takda MODAL camna nak niaga.

  279. OK thank you

  280. Salam cikgu..bleh x nak thu macam mana kita nak trace lebihan wang syarikat jika sesebuah syarikat tidak buat penyata kewangan.. syarikat hanya membuat petty cash, bank reconciliation dan cash book sahaja..

  281. Ryan Imani,

    Jika rekod tersebut sahaja.. kita hanya boleh tahu baki tunai ditangan dan tunai di Bank sahaja… untuk dapat Untung/ Rugi/Lebihan/Kurangan… mesti sediakan penyata pendapatan.. kenalpasti item2 hasil dan belanja terlebih dahulu.

  282. okay.Faham cg dn trimaksih..

    satu lagi cg, bleh terangkan x mksud cash in transit dan bila cash in trnsit nih brlaku?

  283. cikgu, kalau maklumat tambahan
    -insurans dibayar bagi tempoh setahun bermula 1jun 2017

    nak buat mcm mana??

    *insurans dekt imbangan duga :960
    *imbangan duga pd 31 mac 2018

  284. hazwani,

    cari Insurans Prabayar..
    1 jun 2017 –> 31 mei 2018
    ID 31 Mac 2018..
    maka April & Mei –> Prabayar
    = 960 x 2/12 = A

    kemudian selaraskan Insurans
    = 960 – A

  285. cikgu , kalau soalan tanya premium insurans telah diperbaharui sebanyak rm 120 setahun mulai 1 april 2016 . dia duduk dalam insurans belum bayar atau prabayar .

  286. Damia,

    Insurans Prabayar
    # rujuk tempoh perakaunan berakhir bila.

  287. Macam mana kalau tak ada pulangan jualan untuk kira jualan bersih untuk akaun perdagangan?

  288. Clarrissa,

    Jika tiada Pulangan Jualan..
    maka JUALAN = JUALAN BERSIH

    Jualan ……. 10000
    (-) PJ …….. 1000
    Jualan bersih.. 9000

    Jualan …….. 10000
    Jualan bersih.. 10000

  289. cikgu , inventori alat tulis tu dikategori sebagai apa dalam APUR

  290. Jannah,

    Inventori alat tulis —> ASET SEMASA (PKK)

    Alat tulis = (Inv awal AT + Belian AT – Inv akhir AT) —> BELANJA (APUR)

  291. cikgu,
    inventori alat tulis pada 1 julai2019 ialah RM176. belian alat tulis ialah RM430. di maklumat tambahan, inventori alat tulis pad 30 jun 2020 ialah RM240. macam mana nak selesaikan?

  292. Afiqah,

    Alat Tulis = 176 + 430 – 240 –> Belanja

    Inventori AT 240 –> AS

  293. Cikgu,
    Dalam soalan rekod tak lengkap analisis, Dalam penyata Kedudukan Kewangan ekuiti pemilik, modal tambahan perlu ditambah terus dalam modal awal… Atau perlu tunjuk secara berasingan modal awal tambah modal tambahan dan tambah untung bersih?
    Terima Kasih

  294. Fatimah,

    Tidak wujud “Ak Modal Tambahan”..
    maka terus masuk dalam Modal Awal..

    Berbeza dengan kes Kaedah Perbandingan… kerana Penyata Untung Rugi yang disediakan.. lebih kepada penyata mengira Untung / Rugi… bukannya Penyata Kewangan dalam kes Kaedah Analisis – ikut catatan bergu.

  295. Cikgu,
    Jadi dalam Kaedah perbandingan, Penyata Kedudukan Kewangan boleh tunjuk kan modal tambahan?

  296. Fatimah,

    Dalam menjawab soalan.. penggunaan mesti konsisten… jika semasa sediakan Penyata Mengira Untung Rugi… guna butir Modal Tambahan… maka dalam PKK teruskan dengan Modal Tambahan..

  297. maklumat tambahan =)
    belanja promosi untk tempoh 6 bulan mula 1/12/2018

    dkt imbangan duga 31 Mac 2019
    promosi 2700

  298. Fa,

    Promosi Prabayar –> April & Mei –> 2 bulan –> 2700 X 2/6 = 900 –> AS

    Promosi = 2700 – 900 –> Belanja

  299. MAKLUMAT TAMBAHAN
    Inventori alat tulis pada 30 jun 2020 adalah rm240

    ID-
    *inventori alat tulis pada1 julai 2019
    Rm 176
    *Belian alat tulis Rm430

  300. Lisa,

    1. Tentukan Belanja Alat Tulis
    2. Inventori alat tulis akhir –> AS

  301. Cikgu,
    Mengapa soalan Pulau pinang rekod tak lengkap Kaedah analisis, maklumat tambahan hutang lapuk tak tolak ABT?

  302. Fatimah,

    Pada pandangan saya, maklumat tersebut merupakan item pelarasan .. maka perlu diselaraskan baki ABT.
    Kecuali soalan hanya menyatakan “Hutang Lapuk 600″… baru dianggap makluman sahaja.. yang hanya perlu dicatat dalam Ak Kawalan..

  303. Cikgu,
    Macam mana kita nak kenal pasti ayat rekod tak lengkap Kaedah analisis sudah buat Pelarasan atau belum, contoh soalan Penang ini soalan tak bagi tahu sudah buat Pelarasan atau belum?

  304. Fatimah,

    Pertama sekali kena faham situasi terlebih dahulu..

    Situasi 1 : Peniaga ada rekod perakaunan.. cuma tidak mengikuti sistem catatan bergu. Semua urus niaga tuna & bank ada direkodkan hanya dalam Buku Tunai.. manakala jualan kredit & belian kredit ada direkodkan dalam buku ABT & buku ABB.. aset2 ada direkodkan dalam buku aset.. cuma tidak mengikuti sistem catatan bergu. Oleh itu baki-baki yang diperolehi adalah berdasarkan rekod2 dalam buku2 tersebut.
    Maka jika ada maklumat tambahan perlulah dilakukan pelarasan seperti biasa.. –> RTL Kaedah Analisis.

    Situasi 2 : Rekod perakaunan sebahagian besarnya musnah / tiada… maka penilaian terhadap baki2 akaun dilakukan pada masa tersebut… aset2 dinilaikan ikut nilai semasa.. Tunai –> buka laci kira.. Bank –> rujuk baki di penyata bank. Inventori –> kira stok dalam kedai. ABT –> kenalpasti ABT semasa yg masih ada (yg dah jadi HL kita dah tidak kira).. begitu juga dgn ABB.. dengan maksud lain baki akhir yang diperoehi adalah baki bersih. –> Kaedah Perbandingan

    # Bersadarkan penerangan saya diatas.. cuba cgu tentukan penyelesaiannya.

  305. Cikgu,
    Masalah sekarang kebanyakkan soalan Percubaan negeri RTL Kaedah analisis maklumat tambahan tidak buat Pelarasan contoh Penang, PERLIS dan N9, soalan mereka hanya sebut urusniaga ini telah berlaku dan tidak nyatakan sudah rekod atau belum. Bagaimana kita nak tentukan dia sudah buat Pelarasan atau belum?

  306. Fatihah,

    Jika ianya BARU berlaku.. sudah tentu perlu dilakukan pelarasan.. kerana baki2 akhir yang diperolehi adalah daripada rekod perakaunan yang sedia ada.
    Ianya berbeza dengan kes RTL kaedah perbandingan.

  307. Salam sejahtera cikgu,

    Saya nak bertanya

    (i) Bagaimana nak cari komisen diterima yang sebenar untuk catat di akaun perdagangan dan untung rugi? Kalau soalan cuma beri komisen belum terperoleh awal tahun RM 1500 dan komisen belum terima akhir tahun RM 2500?

    (ii) Berdasarkan komisen di atas, mana satu amaun yang kita perlu catat di penyata kedudukan kewangan dan apa sebabnya?

  308. Vividly,

    (i) Buka Akaun Komisen Diterima.. masukkan Komisen Belum Terperoleh Awal dan Komisen Belum Terima Akhir …. Bank (jika ada maklumat dalam Buku Tunai : Penerimaan)… angka imbangan = Ak Untung Rugi

    (ii) PKK disediakan pada AKHIR tempoh perakaunan… maka BAKI AKHIR –> PKK

  309. Salam sejahtera cikgu

    Saya nak tanya

    1)Alat tulis Rm 80 masih belum digunakan
    Alat tulis = Rm 380

    Jadi belanja alat tulis ialah Rm 300, Rm 80 nak letak dekat mana cikgu

  310. Rosy, salam sejahtera.

    Alat tulis belum digunakan –> Inventori Alat Tulis –> Aset Semasa

  311. Salam sejahtera cikgu,

    Saya nak tanya,

    Apa maksud sediakan penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2013 dengan menjadikan modal akhir sebagai nilai pengimbang?

  312. Step, salam sejahtera.

    Jumlah ABS + Modal kerja = Jumlah Modal akhir….. tiada LBS

  313. Terima kasih cikgu.

    Saya masih ada pertanyaan lagi

    Bagi kaedah analisis, ambilan bagi tunai dan barang niaga, kena tolak di bahagian tunai dan belian? Atau ia tidak perlu diambil kira seperti di kaedah perbandingan?

  314. Step,

    Kaedah Analisis berbeza dengan

    Kaedah Perbandingan –> tidak perlu diambilkira KECUALI dinyatakan BELUM diambilkira.

  315. cikgu. macam mana nak catat kalau. dia buka akaun awal bulan april. tapi dia beli aset pada januari.

  316. Ema,

    Adakah ianya beekaitan dengan Susut Nilai.. ?

    Jika ya, maka pengiraan SN nanti perlu ambilkira tempoh Aset tersebut digunakan.
    jika tempoh perakaunan 1 April –> 31 Mac.
    Aset dibeli 1 Jan… maka 1 Jan –> 31 Mac = 3 bulan.
    maka SN = % x 3/12 x ….

  317. ambilan barang rm 320 oleh pemilik masih belum diambil kira? kalau pkk ambilan tambah tp lagi satu akaun nk kene tolak/tambah kt mn?

  318. Elly,

    Jika RTL Kaedah Analisis, item pelarasan.. ikut catatan bergu.
    Dt Ambilan…… (+)
    Kt Belian …….(-)

  319. Cikgu,
    Soalan rekod tak lengkap Kaedah analisis batu pahat… Hutang lapuk tidak di maklumkan sudah rekod atau belum, perlukah tolak ABT? Skema tak tolak.

  320. Fatimah,

    Maksudnya itu hanya makluman yang ianya telah direkod.. maka kita hanya tunjukkan sahaja dalam Ak Kawalan..
    # bukan item pelarasan.
    Jika BELUM REKOD –> baru dibuat pelarasan.

  321. Cikgu,
    Sebelum ini Cikgu kata Kaedah analisis perlu buat Pelarasan walaupun tidak kata belum direkod dan soalan spm 2014 soalan tidak kata belum direkod tetapi perlu buat Pelarasan. Jadi bagaimana nak tentukan rekod atau belum rekod dalam Kaedah analisis ini?

  322. Fatimah,

    Lihat pada penyataan dan gaya penyoalan… pada masa itu 2014.. item kbat tidak dipernalkan lagi… dimana semua item2 maklumat tambahan adalah merujuk kepada item pelarasan. Manakala sekarang gaya penyoalan dan penyataan mesti jelas.. supaya terarah kepada kemahiran berfikir.

  323. Cikgu apa maksud peruntukan hutang ragu dikekalkan 1% atas ABT

  324. 1.Belanjan penyelenggaraan bangunan RM 134600 termasuk mengubah suai bangunan RM 85 000
    2.pinjaman 12% dibuat pada 1 januari 2017 (matang 1 Januari 2037)

  325. Tahun berakhir 30 Jun 2017

  326. Izzati,

    1. Kira PHR 1%.. seperti biasa.. dan tentukan nilai Hitang Ragu.

    2. Bangunan +85000, Belanja pentelengaraan -85000

    3. Guna maklumat tempoh matang untuk tentukan LS & LBS serta kira Faedah atas pinjaman & Faedah pinjaman belum bayar

  327. Baik cikgu terima kasih

  328. hello
    saya sangat confuse maklumat tambahan ini
    dalam kaedah analisis
    1.hutang lapuk mahu tolak akaun belum terima h/b tak?
    2.hutang lapuk terlupa rejod mahu tolak akaun belum terima h/b tak?

  329. Bergantung kepada ianya item pelarasan atau hanya sekadar makluman.
    Jika BELUM DIREKODKAN… maka ianya adalah item pelarasan yang perlu diselaraskan pada baki ABT.

  330. kalau hanya tulis hutang lapuk kerana
    muflis tiada tulis belum direkodkan macam mana?

  331. Bukan item pelarasan, ianya telahpun direkodkan … hanya makluman sahaja..untuk dimasukkan item tersebut dalam Ak Kawalan Belum Terima.

  332. Alat tulis yang belum digunakan dikira sebagai apa cikgu

  333. MJ,

    Untuk kira belanja Alat Tulis & Inventori Alat Tulis

  334. cg macam mana nak cari nilai bank drpd akaun bank

  335. Nisa,

    Baki awal + Penerimman – Pembayaran = Baki akhir

    # masuk baki awal daripada PPK

  336. Cg,
    merujuk kepada MPSM Johor Modul 1 2020, Soalan 2.

    Bagaimanakah kita mengklasifikasi pinjaman < 1 tahun dan Liabiliti bukan semasa di PKK pada 30 June 2020

    Pinjaman 8% pada 30/6/2020 RM12400

  337. Chee,

    Pada asasnya PINJAMAN dikelaskan sebagai LBS… kecuali ada maklumat yang menyatakan Tempoh Matang @ kita boleh tentukan kadar bayaran balik untuk setahun.
    Jika tiada sebarang maklumat –> LBS

  338. Bagaimana kira baki h/b akaun belum terima

  339. Edith,

    Imbangkan dan tutup akaun seperti biasa.. Jumlahkan sebelah yang besar nilainya.. bezanya Baki h/b

  340. Salam sejahtera cikgu, berdasarkan perbincangan cikgu dgn pelajar fatimah dan janelpang blh tak sy simpulkan bhw mengikut syllabus kssm item2 dlm maklumat tmbhn spt hutang lapuk, disk diberi,disk diterima, p. Jualan, p. Belian dsbnya hanya merupakan makluman sahaja dan tdk perlu buat sbrg pelarasan..pelarasan hanya perlu dibuat sekiranya dinyatakan bhw urusniaga tersebut blm diambil kira atau blm direkodkan.. Am i right?

    Terima kasih cikgu..

  341. Ricky,

    Bagi tajuk RTL Kaedah Analisis… Ya betul.

  342. Terima kasih cikgu.. Tetapi sekiranya ia merupkan kes RTL (kaedah perbandingan) dan dlm maklumat tmbhn terdapat urusniaga yg berkaitan dgn hutang lapuk..maka kita perlu tolak baki akhir ABT dgn nilai hutang lapuk bg mendapat nilai ABT bersih walaupun soalan tdk menyatakan bhw urusniaga tersebut telah diambil kira @ telah direkod.. Adakah pemahaman sy betul?

  343. Ricky,

    Ya, saya setuju..

  344. Soalan saya :macam mana cari nilai bank di penyata kedudukan kewangan tetapi
    saya nampak cikgu jawap
    (Baki awal + Penerimman – Pembayaran = Baki akhir), saya masih tak faham boleh show working cikgu tak

    # masuk baki awal daripada PPK

  345. Cikgu, PG 67,soalan 7, macam mana cari NILAI BANK di PKK(soalan e)

  346. Lau,

    Baki awal –> drp PKK 2016
    (+) Penerimaan –> Debit Ak Bank
    (-) Pembayaran –> Kredit Ak Bank
    = Baki akhir

  347. baik cikgu?tapi jawapan takada tambah ABT ?why?

  348. lau,

    Ikut formula tersebut… ambil semua item sebelah debit (+)… dan semua item belah kredit (-).

    ataupun, satu cara lagi.. buka semula AK BANK tersebut dengan masuk BAKI AWAL drp PKK di sebelah debit… imbangkan cari BAKI HB.

  349. BUKU TEKS PG66?SOALAN6 kenapa pkk di liabiliti semasa butir pinjaman jawapan ialah RM1500

  350. soalan6?kenapa ada liabiliti bukan semasa -pinjamanRM10500

  351. lau,

    Daripada baki akhir Pinjaman.. kita perlu laporkan jumlah yang perlu dibayar dalam tempoh setahun sebagai LS.. manakala selebihnya sebagai LBS.

  352. Jika di Buku Tunai kredit side?AKAUN BELUM TERIMA CEK TAK LAKU?RM1200 kena catat di mana?

  353. mei,

    Catatan bergu bagi cek tak laku..
    Dt ABT Kt Bank

  354. Cikgu, maklumat tambahan kata inventori telah berkurangan sebanyak RM1210
    Inventori awl: RM 2980
    Inventori akhir: RM 2610

    Soalan, mengira modal akhir…
    Inventori dlm malumat tmbhn tu kena buat apa?

  355. Saya punya penyata mengira modal akhir mcm ni:

    Aset RM
    Kenderaan. 8500
    Alatan pejabat. 6520
    Inventori 2610
    Tunai. 350
    Bank. 1020
    ABT. 2950
    gaji prabayar. 650. 25940

    Liabiliti
    ABB. 3310
    Pinjaman bank 5000. (8310)
    17630

    Jwpn saya 17630
    Jwpn buku 18840

  356. Kiki,

    Cuba ganti nilai Inventori akhir kepada RM1210.

  357. salam cikgu gaji belum bayar aset atau liabiliti?

  358. Rekha,

    BELUM BAYAR –> Liabiliti
    BELUM TERIMA –> Aset

  359. Baki pada 1 Januari – kadar bayaran belum bayar 180
    Baki pada 31 Disember – kadar bayaran belum bayar 220
    Ringkasan akaun bank pada 31 Dis- kadar bayaran 475

    Kalau dekat Penyata Pendapatan dngn PKK, kadar bayaran dekat bahagian belanja dngn liabiliti semasa tu yg nk tulis macam mana?

    (Nk confirm jawapan sbb PKK tk seimbang)

  360. Nurul,

    Kadar bayaran (475 – 180 + 220) –> BELANJA

    Kadar bayaran belum bayar 220 –> LS

  361. Cikgu belian alat tulis dan inventori alat tulis boleh letak dalam akaun perdangangan dan untung rugi atau tak ?ke dalam pkk ?

  362. Alya,

    Daripada maklunat tersebut.. kita boleh kenalpasti Belanja Alat Tulis (belian – inventori akhir) –> APUR
    manakala Inventori Alat Tulis akhir –> AS (PKK)

  363. Wei,

    Maaf tiada jawapan. Daripada kehendah soalan.. jawab sampai Ak Modal seperti biasa.. kemudian rujuk Ak Modal Arman.. butir BANK sebelah Kredit.

  364. Assalamualaikum cikgu.kalau maklumat tambahan ” gaji telah dibayar kepada pekerja sebanyak rm 1200 dengan cek terlupa direkod dalam mana mana buku ”
    Ape pelarasan yg perku dibuat utk catat dlm apur dn pkk?

  365. Battt, waalaikumussalam.

    Gaji Pekerja (+)1200
    Bank (-)1200

  366. assalamualaikum cikgu, kalau belian alat tulis 120 belum direkodkan dimana manabuku, nak rekod kat mana?

  367. dhan, waalaikumussalam.

    Alat Tulis (+) 120
    Tunai (-) 120

  368. Assalamualaikum cikgu,kalau inventori alat tulis awal perlu ditambah dalam inventori awal manakala inventori alat tulis akhir tambah inventori akhir?

  369. que, waalailumussalam.

    Drp maklumat inventori alat tulis.. kita boleh cari belanja Alat Tulis.
    ALat tulis drp soalan + Inventori awal – Inventori akhir = Belanja Alat Tulis.

    dalam PKK
    Aset Semasa:
    Inventori … xxx
    Inventori alat tulis.. xx
    –> hanya nilai Inventori AKHIR

    Asingkan kedua2nya..

  370. Salam cikgu, mcm mana cari inventori awal/akhir jika maklumat hanya beri inventori purata. maklumat juga tak beri kos jualan & belian.

  371. Hafiz,

    Kena rujuk soalan penuh.. baru Cg nampak maklumat yang mungkin boleh digunakan untuk mencarinya.

  372. Cikgu, soalan ini saya tidak pasti.

    Membuat pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Bank Perdana dengan menerbitkan nota belum bayar bagi tempoh 60 hari dengan kadar faedah sebanyak 12% setahun.

    ini mau masuk dalam penerimaan atau pembayaran tunai? Tq

  373. lim,

    Apabila terima wang pinjaman.
    maka –> Ak Penerimaan dan Pembayaran.

  374. tapikan cikgu, tu nota belum bayar 60 hari Dan kadar faedah 12% itu telah mengalutkan I ><

  375. lim,

    Pinjaman tu dalam bentuk Nota Belum Bayar

  376. alrite cikgu, jadi masuk dlm pembayaran tunai kan?

  377. lim,

    Kita terima duit pinjaman tersebut… PENERIMAAN TUNAI

    Apabila bayaran balik dibuat… barulah jadi item PEMBAYARAN.

  378. cikgu, kalau hanye tulis menjual barang niaga bernilai rm×× perlu tak membuat dalam penerimaan tunai? kerana dia takde tulis secara tunai atau bank

  379. nur,

    soalan tersebut tidak nyatakan dengan jelas… maka kedua2 tunai dan bank boleh digunakan… biasanya sebagai panduan.. kita boleh rujuk kepada AMAUNnya.. jika nilainya BESAR…. kebiasannya kita menggunakan cek

  380. Salam cg. Saya nak tanya. Apa maksud inventori alat tulis rm 100 pada 31 ogos 2017. Sedangkan perniagaan tu tak ckp pun jual brg apa. Dan kenapa dia ditolak dkt belanja dan berasingan dgn inventori dkt pkk? Kenapa kena tulis inventori alat tulis under AS?

  381. Shasha,

    Syarikat/Perniagaan yang besar2… biasanya beli alat tulis dalam kuantiti yang banyak khas untuk setahun… pada akhir tahun.. didapati ada yang belum digunakan… maka ianya direkodkan sebagai Inventori Alat Tulis –> Aset Semasa (PKK). manakala alat tulis yang habis digunakan direkodkan sebagai Belanja Alat Tulis –> Ak Utg Rugi.

    Bagi inventori barang niaga.. kita hanya rekodkan sebagai INVENTORI sahaja..

    Aset Semasa:
    Inventori ………….. xx
    Inventori Alat Tulis … xxx

  382. cikgu , saya nak tanya tentang latihan bab 8 ms284 buku teks tingkatan 4 . kalau duti atas belian RM4300 termasuk caj angkutan yang dikenakan semasa menghantar barang niaga berjumlah RM300

    Jadi dekat mana yang kena tolak dan dekat mana yang kena tambah cikgu ?

  383. Aishah,

    Duti atas belian = – 300
    Angkutan masuk = + 300

  384. maaf bertanya lagi cikgu , macam mana boleh angkutan masuk ya ? bukanka dia kena caj angkutan semasa menghantar barang ? kenapa bukan angkutan keluar cikgu ? maaf cikgu , saya keliru angkutan masuk dan angkutan keluar

  385. Aishah,

    caj angkut barang hantar ke kedai kita.. sebab urusniaga bayar duti tersebut berlaku pada masa yang sama.. maka jumlah yang dibayar untuk angkutan masuk dan duti telah tersalah rekod sebagai duti sahaja.

    Jika angkutan keluar.. ianya berlaku pada masa yang berlainan.. maka tidak mungkin berlaku kesilapan merekod dalam akaun duti..

  386. Ouh macam tuu .. tadi waktu kelas kami ada bincang soalan tu dengan cikgu kelas. tapi cikgu cakap tu angkutan keluar. cikgu sekolah kata angkutan keluar bukannya angkutan masuk. jawapan buku teks ada ralat katanya.

  387. Aishah,

    Penyataan dalam buku teks itu.. yang kurang jelas.

  388. ouh okey baik cikgu , terimakasih ? seronokk pula tanya cikguu soalan akaun ?

  389. Aishah,

    Belajar akaun.. kena banyak bertanya guru.. kerana ilmu kemahiran hanya ada pada guru.. tiada dalam buku.

    Semakin kerap mendampingi guru.. maka semakin hampir dengan A+

  390. huhu cikgu qasa semangat tuu sampai sini ..

    Saya ada soalan lagi cikgu huhu.. kalau sebelum ni saya selalu dengar peruntukan hutang ragu disusutnilaikan . tapi saya terjumpa soalan :

    peruntukan hutang ragu dikekalkan pada kadar 2% atas akaun belum terima .

    jadi macam mana tu cikgu ?

  391. Aishah,

    Tidak wujud.. “PHR disusutnilaikan”.

    Yang ada.. PHR .. k% atas ABT

  392. ouh baik cikgu , terimakasih banyakk banyakk .. senang bertanya dgn cikgu

  393. cikgu , saya ada soalan huhu

    Bayaran kepada Pusat Kenderaan Rahman adalah untuk :
    • Kenderaab baharu dibeli pada 1 Julai 2018 dengan harga rm73700
    • Insurans tahunan untuk kenderaan baharu Rm1050
    • Cukai jalan tahunan kenderaan baharu Rm90

  394. Aisyah,

    Cuba rujuk nilai Pusat Kenderaan Rahman dalam ID.. berapa ?

  395. nilai pusat kenderaan rahman = 74840

  396. Aishah,

    Pelarasanya… nilai tersebut sepatutnya direkodkan sebagai:
    Kenderaan 73700
    Insurans 1050
    Cukai Jalan 90

    bukannya :
    Pusat Kenderaan Rahman 74840

    # berlaku kesilapan merekod, maka perlu pelarasan pembetulan kesilapan seperti diatas.

  397. ouhh begituuu , baik cikgu terimakasih banyak banyakkkk •?•

  398. cikgu, saya nak tanya.. kalau dalam maklumat tambahan bagitau pinjaman berkadar faedah 5% setahun akan matang pada 2024 kena letak kat mana?

    pinjaman = 12 000

  399. Husna,

    Tempoh matang > 1 tahun –> LBS

    # jika soalan ada menyatakan tarikh pinjaman @ kita boleh tentukan bayaran balik setiap tahun… maka 12000 itu perlu diagihkan antara LS & LBS.

  400. cikgu , saya nak tanya

    sewa diterima pada awal setiap suku tahun. sewa diterima termasuk rm900 yg diterima pada 1 disember 20×7

    perniagaan tamat – 31 disember 20×7
    sewa diterima – 3200

  401. Aishah,

    Suku tahun = 3 bulan
    Terima RM900 utk 3 bulan… maka sebulan sewa RM300.

    Terima 1 dis.. utk Bulan Dis, Jan & Feb
    maka Sewa belum terperoleh (terdahulu) jan & feb = 300 x 2 = RM600

    Item pelarasan:
    1. Sewa diterima = 3200 – 600 –> Hasil
    2. Sewa belum terperoleh = 600 –> LS

  402. cg nk tanya
    Kalau dekat imbangan duga dia tulis macam ni

    Dt. Kt.
    Pinjaman 9%(matang Jun 2020) 30000
    Faedah atas pinjaman 9% 1800

    APUR dan PKK berakhir 31 Julai 2019

    Macam mane nk buat pengiraan

  403. Wany,

    1. Pinjaman 9% –> LS
    2. pelarasan terhadap Faedah atas pinjaman.
    FAP = 9% x 30000 = 2700 –> Belanja
    FAP belum bayar = 2700 – 1800 –> LS

  404. Assalamualaikum cg, mcm mna analisis utk alat tulis dan inv alat tulis ?

  405. Syu, waalaikumussalam.

    Belanja Alat Tulis = Inventori Alat Tulis Awal + Belian Alat Tulis – Inventori Alat Tulis Akhir –> Ak Untung Rugi

    # Jika dalam ID hanya ada Alat Tulis sahaja
    Maka, Alat Tulis = nilai dalam ID – Inventori Alat Tulis akhir —> Ak Untung Rugi

    Inventori Alat Tulis Akhir —> Aset Semasa (PKK)

  406. Hi cikgu. Saya nak tanya kenapa pengiraan belian bagi soalan ini termasuklah ‘ambilan sebanyak Rm300 ‘

  407. Kerana saya jumpa satu komen yang cikgu tulis dan cikgu cakap item tunai bank dan inventori tidak perlu ditambah atau ditolak bagi kes rekod tak lengkap

  408. Evan,

    Belian kredit –> guna maklumat ABB
    Belian tunai –> rujuk Ak Bank
    maka jumlah Belian = belian kredit + belian tunai

    maklumat tambahan –> pelarasan terhadap Ak Ambilan & Ak Belian
    maka JUMLAH BELIAN perlu diselaraskan.

    Komen saya sebelum ini merujuk kepada Baki Akhir
    TUNAI, BANK & INVENTORI sahaja.. (RTL Kaedah Perbandingan)

    manakala soalan ini.. pelarasan terhadap Ambilan & Belian.. maka Ak Belian perlu diselaraskan.

  409. okay sangat terima kasih cikgu !!!

  410. CIkgu saya nak tanya buku teks ms66 soalan 6 maklumat tambahan (ii) (iii)(iv)bagaimana kira

  411. Yi Theng,

    1. kira AMBILAN = 300 X 12
    2. Kira PHR … kemudian ABT – PHR –> Aset
    3. kira Faedah belum bayar –> Liabiliti

  412. Cikgu saya nak tanya kenderaan pada 31 disember bagaimana buat pengiraan

  413. Yi Theng,

    Baki awal 8000 + 20000 –> baki akhir.

    20000 –> Modal tambahan

  414. kalau soalan untuk PKK xde inventori alat tulis tapi ade alat tulis perlu ke letak alat tulis tu dekat aset PKK tu?

  415. Elyas Lee,

    Alat Tulis.. sahaja –> Belanja

    Jika Inventori Alat Tulis –> Aset Semasa –> PKK

  416. cikgu untuk soalan ii) di maklumat tambahan, inventori kita tolak manakala butiran alat tulis(aset semasa) kita tambah?? betul ke cikgu???

  417. Alissa,

    Inventori alat tulis 110 –> Aset Semasa

    Alat Tulis (X – 110) –> Belanja

  418. Hai cikgu, dah tahun 2022, semoga cikgu sihat selalu..

    maaf gangu cikgu, saya nak tanya soalan.

    v) seorang pekerja telah menerima pendahuluan gaji bulan julai 2020 sebanyak rm2000 untuk membayar yuran pengajian anaknya tetapi perniagaan membuat keputusan untuk memberi sumbangan bagi menggalakkan anak-anak pekerja melanjutkan pelajaran ke universiti.

    kalau ikut kefahaman saya, gaji akan ditolak sebanyak rm2000. tapi lepastu saya cnfuse sama ada dia kacau dekat modal atau yg lain.

    maaf gangu cikgu..

  419. Aishah,

    jika sebelum ini telah direkodkan sebagai Gaji Prabayar… maka catatan pelarassnnya
    dt Derma/Sumbangan 2000
    Kt Gaji Prabayar 2000

  420. ouhh faham, terimakasih cikgu..

    macam mana pula dengan soalan ni cikgu?

    i) Bayaran balik pinjaman secara ansurans bulanan sebanyak rm500. Faedah atas pinjaman dikira berdasarkan baki awal pinjaman.

  421. Aishah,

    Pengiraan Faedah k% x nilai pinjaman pada awal tempoh perakaunan..

  422. Cikgu,

    Soalan saya diambil drpd Percubaan 2021 Johor Bahru K2 soalan 2.
    Mengapakah dlm skemanya, baki pinjaman sbyk 19200 tidak diasingkan kpd liabiti sms sbyk 4800 & liabiliti bkn sms sbyk (19200-4800)?
    Adakah ini disebabkan soalan tidak memberitahu tarikh matang pinjaman tersebut?

  423. Lin,

    Ya saya setuju… memandangkan ada maklumat bayaran tahunan sebanyak RM4800.. maka kita boleh kelaskan sebagai :
    LS RM4800
    LBS RM(19200 – 4800)

  424. Cikgu,bagi soalan analysis hutang lapuk mesti ditolakkan dgn ABT akhir ke atau hanya direkodkan bila dia sebut urus niaga ini belum direkodkan? Saya agar keliru dgn maklumat tambahan ini ..Ada soalan ditolak ABT dan Ada soalan tanpa tolak ABT..pls advise

  425. Kalai,

    Kena rujuk penyataan dalam maklumat tambahan tersebut.
    Jika hanya dinyatakan hutang lapuk RM300… maka ianya hanya maklunan –> sebagai salah satu item dalam Ak Kawalan.
    Jika dinyatakan terdapat seorang penghutang diistiharkan muflis dan baki hutangnya RM300 dihapuskan sebagai hutang lapuk.. –> item pelarasan.

  426. Cikgu nak tanya,

    Maklumat yang berikut diperoleh daripada rekod perakaunan Perniagaan Kiki
    Jualan RM85400
    Belian RM52100
    Pulangan Masuk RM1200
    Pulangan Keluar RM1380
    Duti atas belian RM5300
    Inventori 1 april 2017 RM13900
    Inventori 31 mac 2018 RM13000
    Belanja operasi RM8400

    Maklumat tambahan:
    i.Nota kredit bernilai RM420 yang diterima daripada pembekal terlupa direkodkan dalam mana-mana buku.
    ii.Inventori pada 31 Mac 2018 terkurang nilai sebanyak 2500

    SEDIAKAN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI

    Saya agak keliru dengan maklumat tambahan dia,boleh tolong tak cikgu?

  427. Umar,

    i. Pulangan keluar +420 ABB -420
    ii. Inventori akhir +2500

  428. Assalamualaikum cikgu,
    Cikgu andaikata soalan tu letak tanda soal untk soalan bank yg baki b/b tu mcm mana nk cari ya cikgu?

  429. Yg 16400 cikgu… andaikata dia tak bgi mcm mana nk cari cikgu?

  430. Ammar, waalaikumussalam.

    Baki awal + Penerimaan – Pembayaran = Baki Akhir

  431. Cikgu, kalau soalan letak (-) tak perlu cari dah kan cikgu? Tapi kalau letak ( ? ) Kena cari kan cikgu?

  432. Ammar,

    Ya

  433. Assalamualaikum cikgu, maaf ganggu cikgu,
    Cikgu saya nak tanya, beli perabot dengan menggunakan wang peribadi.
    Cikgu saya cuma nak tanya, macam mana kita nak tahu Modal tambahan tu bertambah atau berkurang cikgu?…

  434. Sbb kalau ikut pemahaman saya bila guna wang peribadi tu maksudnya modal tambahan berkurang kan cikgu sbb dia guna/keluar

  435. Ammar, waalaikumussalam

    Namanya Modal Tambahan… maka sudah semestinya Modal akan bertambah..

    Guna wang peribadi untuk tujuan perniagaan… maksudnya dia ambil wang peribadi… masukkan kedalam kedai… Modal perniagaan akan bertambah… kemudian baru guna.

    Kita buat akaun untuk kedai.. bukan untuk pemilik.. jadi kita fikir duit kedai.

  436. Assalamualaikum cikgu,
    Maaf ganggu cikgu…
    Cikgu apa maksud pinjaman yg 10000… tiba2 jadi 8500 cikgu… saya tak faham

  437. Ammar. waalaikumussalam.

    Awal tahun 10000
    Akhir tahun 8500
    maksudnya dalam tahun tersebut telah bayar 1500 (ansuran pinjaman)

  438. Ooo.. Cikgu,
    Kalau macm utiliti belum bayar Tu awal 320 maksudnya kita tak bayar lagi sebanyak 320 … akhir 390 maksudnya hutang kita bertambah sebanyak 390.
    2. Contoh macm perabot awal 3000 … akhir 5000.. maksudnya kita beli baru perabot..jadi snt akan ada 2 .betul tak cikgu?

  439. Ammar,

    1. Ya
    2. Ya

  440. Assalamualaikum cikgu,
    Maaf ganggu cikgu
    Saya nak tanya kenapa Di penerimaan tu modal tu dianggap sebagai modal Tambahan cikgu?

  441. Ammar, waalaikumussalam.

    Asalkan pemilik BAWA MASUK @ guna wang peribadi utk kegunaannperniagaan … maka.. modal akan bertambah –> modal tambahan.

  442. Assalamualaikum Cikgu…
    Maaf ganggu cikgu,
    Saya nak tanya cikgu, Apa maksudnya selebihnya dimasukkan ke
    dlm Akaun semasa perniagaannnya tu cikgu?…saya tak faham cikgu … terima kasih cikgu

  443. Waalaikumussalam.

    20% –> kerani –> Ak Tunai
    selebihnya = 80% –> Ak Semasa

  444. Assalamualaikum cikgu,
    Akaun semasa tu maksudnya apa cikgu?…nk letak Debit atau kredit cikgu?… terima kasih cikgu

  445. Waalaikumussalam

    Akaun Semasa –> Ak Bank

    20% –> Tunai
    80% –> Bank

    # Jenis Akaun Bank :
    Akaun Simpanan
    Akaun Semasa –> guna cek
    Akaun Simpanan Tetap

  446. Assalamualaikum cikgu,
    Maaf ganggu cikgu,
    1.Akaun simpanan tetap tu apa kata Kunci dia cikgu ? Kalau soalan tu cakap 20% akaun semasa maksudnya akaun bank… kalau akaun simpanan tetap tu macam mana pula cikgu?
    2. Apa beza akaun semasa dan akaun simpanan tetap cikgu?

  447. Cikgu , akaun semasa dan simpanan tetap tu Sama ja kan Konsep dia .. maksudnya duit masuk -debit
    Duit keluar -kredit
    Kan cikgu?

  448. Waalaikumussalam.

    Ak Semasa / Simpanan .. kita guna Ak Bank

    Ak Simpanan Tetap .. kita guna Ak Simpanan Tetap…. ianya untuk tujuan pelaburan.. kita simpan untuk dapatkan faedah bila sampai tempohnya.

  449. Ooo… Betul tak cikgu yang saya kata debit kredit tu cikgu?

  450. Ya … Kedua2 ASET.. maka sifatnya sama.
    Dt –> +
    Kt –> –

  451. Cikgu,
    Soalan spm 2021 soalan 2 dirujuk, mengapa hutang lapuk tidak perlu tolak ABT tetapi ambilan perlu tolak belian sedangkan kedua dua ini tidak di sebut sudah direkod atau belum direkod?

  452. Hutang lapuk.. hanya sebagai makluman sahaja… salah satu item dalam ABT.

    Manakala.. Ambilan barang niaga.. jelas tiada sebarang catatan dibuat sebelum ini.. kerana tiada baki akhir Ambilan.

  453. salam cikgu…boleh cikgu tolong saya sediakan akaun kawalan belum terima…sebab saya dah cuba buat tapi lain sangat dengan skema jawapan…

  454. Hanya masukkan :
    1. Baki awal
    2. Bank … drp Buku Tunai
    3. Pulangan … drp maklumat tambahan
    4. Baki akhir
    5. Imbangkan cari Jualan & Belian

  455. Assalamualaikum cikgu, kalau di imbangan duga pada 30/9/20 :

    Faedah pinjaman bank = RM 1,450
    Pinjaman bank (matang 30/9/24) = RM 20,000

    Maklumat tambahan :
    Faedah pinjaman bank bagi ogos dan september masih belum dibayar.

    Macam mana saya nak tahu ilai faedah atas pinjaman untuk sebulan tu?
    macam mana nak kira?

  456. Faedah 1450.. bayaran utk 10 bulan… maka boleh kira untuk sebulan..

  457. Assalamualaikum cikgu kalau di imbangan duga 31/12/2018:

    Alat tulis – RM 800
    Maklumat tambahan: Alat tulis tidak habis diguna RM 60.

    Adakah saya perlu tolak saja?
    Dan apa butir yang perlu saya letak di PUR dan PKK. Adakah ia Bpb di PKK ??

    Tq

  458. Waalaikumussalam.

    Alat Tulis (800 – 60) –> AUR(Belanja)
    Inventori Alat Tulis 60 –> PKK (AS)

  459. Assalamualaikum cikgu

    Saya calon SPM 2017 dulu selalu rujuk website cikgu untuk tanya soalan akaun.. sekarang dah degree akaun. Masih rujuk buku akaun sekolah lama2 dulu untuk refresh memori balik hahaha. Terima kasih atas jasa cikgu menolong kami semua. Saya doakan cikgu sentiasa sihat dan panjang umur.

  460. Waalaikumussalam.

    Alhamdulillah.. Cg doakan semoga Ct terus berjaya dalam pelajaran dan kerjaya dimasa akan datang.

    Aamiin.. terima kasih.

  461. Salam cg,
    Kalau dkt imbangan duga
    Inventori alat tulis ialah 450 (dbt)

    Dn maklumat tambahannya ialah
    Inventori alat tulis pada 30 Jun 20xx rm 150

    Maksudnya sy kene tambah nilai dlm imbangan duga ke cg

  462. Cari Alat Tulis = Inventori awal + Belian alat tulis (jika ada) – Inventori akhir –> Belanja

    Inventori akhir –> AS

  463. Salam cg.
    Inventori alat tulis pasa 30September2020 ialah RM2500 pada harga kos dan RM3500 pada harga pasaran.
    Dekat imbangan duga ~ cetakan Dan alat tulis RM7934 dt
    Mcm mana ye cg

  464. waalaikumussalam..

    Cetakan & Alat tulis = 7934 – 2500 –> Belanja

    Inventori alat tulis 2500 –> AS

  465. Cikgu, deposit sewa yang diterima dari penyewa berjumlah rm1000 telah dikreditkan dalam akaun sewa. Soalan ini jawab macam mana cikgu?

  466. Deposit sewa tersebut dikelaskan sebagai LS… bukan sebagai HASIL.. maka catatan pembetulan perlu dilakukan..
    Dt Sewa Diterima 1000
    Kt Deposit Sewa 1000

  467. Cg ,
    Minta Tanya perlukah kita memgambil amaun ABT akhir sebagai RM9475(RM9840-RM365) apabila mengira Jualan kredit Dalam Ak Kawalan
    Atau RM9840

  468. Ya.. betul..
    1. Masukan Kt Hutang lapuk dlm Ak Kawalan
    2. Baki akhir perlu tolak HL tersebut.

  469. Hi cikgu, saya ada soalan.

    Rekod perniagaan A menyediakan:
    ABT Awal
    ABT Akhir
    Pulangan jualan
    Penerimaan daripada ABT
    Jualan tunai

    (Tiada maklumat tambahan)

    Soalan suruh cari jumlah jualan.

    Untuk mencari jualan kredit, perlukah saya merekod pulangan jualan dalam akaun kawalan belum terima? atau saya hanya perlu cari jualan kredit (tanpa PJ) + Jualan belian – pulangan jualan?

  470. Jualan kredit diperolehi dengan menyediakan Ak Kawalan Belum Terima.. masukkan semua item yg terlibat –> Baki awal.. Baki akhir .. Pulangan jualan… Bank.

    Jumlah jualan = Jualan kredit + Jualan tunai

  471. Assalam cikgu.

    Maklumat tambahan:
    Pulangan jualan yang dibuat oleh perniagaan A RM2000 belum diambil kira dalam penilaian inventori. Perniagaan A menambahkan 100% pada harga kos untuk mendapatkan harga jualan.

    Saya tdk berapa faham dengan soalan ni. Perlukah sy menambah 2000 itu dalam inv akhir/awal/jualan?

  472. Waalaikumussalam..

    Ya Nilai Inventori akhir juga perlu ditambah… tapi bukan pada nilai RM2000 tetapi pada nilai kosnya..RM1000.

  473. Cikgu, kalau soalan bagi Baki akhir akaun kawalan belum terima dan maklumat tambahan Ada Hutang lapuk..perlu tolak Abt atau tidak?

  474. bergantung kepada penyataan dalam soalan…
    1. jika dinyatakan belum diambilkira –> ianya item pelarasan.. perlu ditolak baki akhir ABT.
    2. hanya dimaklumkan hutang lapuk RM100 –> maka ianya hanya item dalam ak kawalan Belum Terima, baki akhir tidak perlu disaraskan.

  475. Pinjaman bank RM60 000 berkadar faedah 6% setahun yang matang pada 30 September 2027 telah dibuat pada 1 Oktober 2022.

    Pinjaman Bank – 55000
    Faedah atas pinjaman bank – 900

    Mintak tolong cg selesaikan?

  476. 2 perkara yg perlu diberi perhatian..
    1. Pinjaman 60000 … tempoh pinjaman 5 tahun (1/10/22 – 30/9/27).. maka bayaran balik setahun 60000/5 = 12000 –> Liabiliti Semasa:
    Pinjaman 12000
    Liabiliti Bukan Semasa:
    Pinjaman (55000 – 12000) = 43000

    2. Faedah pimjaman belum bayar.
    Faedah = 6% x 60000 x 5/12 = 1500
    maka Faedah Pinjaman Belum Bayar = 1500 – 900 = 600 (LS)
    Faedah pinjaman = 900 + 600 = 1500

  477. Percubaan 2023 tak ada ke cikgu

  478. Ada.. cuma tunggu sehingga semua pelajar telah menduduki peperiksaan masing2.. terutamanya pelajar2 yang tidah hadir semasa peperiksaan sebelum ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.