Perniagaan Perkongsian

Standard Kandungan

13.1 Perniagaan Perkongsian
13.2 Akaun Pengasingan Untung Rugi
13.3 Ekuiti Pemilik dan Penyata Kewangan Perkongsian
Standard Prestasi

TP1 Menerangkan tujuan perniagaan perkongsian ditubuhkan dan sebab berlaku pembubaran perkongsian.


TP2 Menjelaskan kepentingan memeterai Ikatan Perkongsian dan kandungan Seksyen 26 Akta Perkongsian 1961 berkaitan aspek perakaunan.


TP3 Melaksanakan pengiraan faedah atas modal, ambilan, pinjaman pekongsi, gaji/bonus/elaun dan kongsi untung atau kongsi rugi.


TP4 Menyediakan Akaun Pengasingan Untung Rugi dalam bentuk ’T’ dan format penyata


TP5 Menggunakan Kaedah Modal Berubah dan Kaedah Modal Tetap untuk menunjukkan tuntutan perkongsian terhadap pekongsi dan tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.


TP6 Menghasilkan Penyata Kewangan Perkongsian dalam bentuk ’T’ dan format penyata.

  1. apa beza ikatan perkongsian dgn akta perkongsian

  2. Khairy,

    Ikatan perjanjian… persetujuan bersama rakan kongsi semasa penubuhan perniagaan tersebut.

    Manakala Akta Petkongsian adalah ketetapan undang2 oleh kerajaan yang mesti dipatuhi oleh perniagaan jenis perkongsian.. Bagi perniagaan jenis Syarikat Berhad pula Akta Syarikat 2016 perlu dipatuhi.

  3. Cikgu,
    Diberi pinjaman dr pekongsi A – 30000
    Faedah pinjaman A – 1800

    Maklumat tamb:
    Kadar faedah atas pinjaman 8% setahun

    Soalan: Manakah yg benar ttg catatan bg FAP?
    A) Dt Ak U/Rugi 2400, kt Ak. Sms A 1800
    atau
    B) Dt Ak U/Rugi 2400, kt Ak. Sms A 600
    Saya pilih jawp B.
    Betulkah?

  4. Mika,

    Ya.. betul B

  5. cikgu,kalau soalan ada kelengkapan dan susutnilai kelengkapan kena rekod dalam penyata kewangan tak?

  6. Thor,

    Aset, Liabiliti & Ekuiti Pemilik –> PKK

  7. cikgu akaun semasa kan nak bawa ke pkk masuk komponen mana

  8. Zyra,

    Ak Semasa Pekongsi –> Ekuiti Pemilik

    Ekuiti Pemilik:
    Modal Pekongsi A
    Modal Pekongsi B

    Ak Semasa Pekongsi A
    Ak Semasa Pekongsi B

  9. Cikgu, kalau soalan bagi susut nilai terkumpul di imbangan duga nak buat apa dengan itu?
    Dan apa itu hutang lapuk terpulih? Dimana saya nak rekod?

  10. Daehwi,

    SNT –> masuk PKK
    Hutang Lapuk Terpulih –> HASIL : Ak UR

  11. Cikgu,
    Dalam imbangan duga(pd 31 Mac 2001) ada insurans rm960.
    Maklumat tambahannya adalah insurans yang dibayar adalah untuk setahun berakhir 30Jun 2001.
    Macam mana nak kiranya?

  12. Ana,

    Kira insurans prabayar –> April – Jun (3 bulan) = 960 x 3/12 = X –> AS
    Insurans = 960 – X –> Belanja

  13. Cikgu,

    Adakah formatnya masih sama seperti KBSM?

  14. Celine,

    Sedikit perubahan pada butir… rujuk buku teks.

  15. Cikgu, imbangan duga ada gadaian bank (rm10000) dan maklumat tambahannya bunga atas gadaian bank sebanyak 5% belum lagi dibayar. Macam mana saya nak kira ni?

  16. Cigu imbagan duga (31okt 2008) ada komisen rm 2360 .
    MT:Hasil komisen yg diterikma adalah tempoh 1nov2007 hingga 30jun2008.
    Camne nak kira ni

  17. Cikgu kalau imbangan duga ada PHR nilai rm380(kt) pastu maklumat tambahan “Peruntukkan hutang ragu hendaklah diselaraskan kpd 10% atas ABT. Saya nak masukkan yang mana dalam penyata pendapatan dengan penyata kedudukan kewangan?

  18. Ana,
    Faedah atas gadaian = 4% x 10000

    Jelly,
    1. Kira komisen untuk 1 bulan
    2. Kira komisen belum terima untuk Julai – Oktober

    Hazim,
    PHR akhir (yang dikira) –> PKK
    Beza PHR akhir dan PHR awal –> PP

  19. cikgu apa perbezaan phr akhir dan phr awal?

  20. Hazim.

    Akhir –> kita baru kira
    Awal –> baki sedia ada dalam ID

  21. Cikgu, pinjaman palan rm 20000 (31okt 2008)
    maklumat tam dia pinjaman palan diberi pd 1 jan 2008. macam mana nak kira ini ye

  22. Kuhjidah,

    Kira faedahnya untuk (1 Jan — 31 Okt) 10 bulan.

  23. Cikgu,
    Dalam Bab perkongsian, merujuk kpd buku teks, saya dapati butir spt faedah atas Ambilan dan faedah atas modal ini tidak ditulis dgn nama pekongsi.

    Boleh kah saya tulis nama seperti format lama….adakah ianya diterima…

    Tolong beri pencerahan Cikgu.
    Terima Kasih.

  24. Salina,

    Sebaik2nya rujuk buku teks..

  25. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Kalau buku teks baru akaun pengasingan bentuk penyata selepas dapat untung tolak akaun semasa pekongsi dapat kosong. Bagaimana pula kalau dapat rugi?
    Terima kasih

  26. Fatimah,

    Ada 2 cara…
    (i) seperti buku teks –> baki 0
    (ii) ada 2 jumlah.

    Bagi cara buku teks… jika dapat RUGI –> sama saja… jumlah akhir akan jadi 0. Kita TAMBAH
    Rugi + Ak Semasa Pekongsi = 0

  27. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    ada 2 Cara,jika rugi kita buat kurungan kemudian tambah aset semasa dapat kosong, ataupun rugi Kira buat kurungan kemudian tolak akaun semasa yg dibuat kurungan maka dapat kosong. Cikgu yg mana lebih tepat?

  28. Fatimah,

    RUGI………………………….(1000)
    (+) Ak Semasa A 500
    (+) AK Semasa B 500… 1000

  29. Cikgu, faedah atas pinjaman pekongsi masuk ke dalam Ak. Untung Rugi sebagai belanja manakala faedah atas pinjaman pekongsi belum bayar masuk ke dalam Ak. semasa pekongsi tersebut, betulkah?

  30. Tan,

    Ya.. betul

  31. Cikgu, format lama dlm penyata pengasingan untung rugi tulis kongsi untung@kongsi rugi

    Kongsi untung
    Pekongsi A
    Pekongsi B

    Buku teks baru tulis
    Akaun semasa A
    Akaun semasa B

    Adakah istilah kongsi untung dan kongsi rugi mmg tidak guna pakai lg dlm akaun pengasingan untung rugi

  32. Hanna,

    Tidak dibenarkan.. ikut asas catatan bergu… Ak Semasa Pekongsi.

  33. Ohhh ok cikgu

  34. Cikgu, kalau ahli kongsi bawa masuk sebuah kenderaan utk kegunaan perniagaan , maka kena tambah dekat aliran tunai bahagian penerimaan ye? Dan juga kena tambah kat akaun semasa tak? Tq

  35. Thines,

    Tunai –> tidak bertambah
    Kenderaan (+)
    Modal pekongsi (+)

  36. salam sejahtera cikgu
    Akaun modal Chin-RM25000
    Faedah atas modal Chin(10%)-RM2500
    Gaji perkongsi Chin-RM3000(dari soalan)
    untung bersih-RM9700(cikgu bagi tahu)

    soalan:Chin akan menerima gaji tahunan RM4000 dan sebagai tambahan komisen 10% berdasarkan untung selepas ditolak faedah ats modal dan gaji.

    Ckigu soalan ini macam mana nak buat??

  37. Lee,

    Ak Pengasingan UR
    UB
    + FAA
    – FAM
    – Gaji 4000
    – Komisen
    Kongsi Utg –> Ak Semasa

    Ak Semasa
    Gaji 4000 – 3000 = 1000

  38. Chong Pei Ying

    bolehkah kita menggunakan format yang lama pada soalan akaun pengasingan untung rugi? Format yang baharu telah jumlahkan itu faedah atas modal, tetapi kalau kita masih rekod dengan mengasingkannya, boleh diterima?

    terima kasih.

  39. Chong,

    Bergantung kepada ketetapan Ketua Pemeriksa.

  40. Cikgu..kan dalam pkk bwh ekuiti pemilik kan ade dibiayai oleh n akaun semasa kan..mcm mana nk cri akaun semasa tu yer..comfius jap..

  41. Humairah,

    Sebelum disediakan Ak Semasa.. perlu sediakan Ak Pengasingan Untubg Rugi terlebih dahulu.

    AP&UR –> Ak Pengasingan UR –> Ak Semasa –> PKK

  42. Cikgu, kalau maklumat tambahan (31okt 2018) dia tulis ambilan rita(30april 2018) = 1200
    Faedah atas ambilan 4%

    Macam mana saya nak kiranya?

  43. Anis,

    Ambilkira berapa bulan tempoh ambilan tersebut…. Mei –> Okt = 6 bulan
    FAA = 4% x 1200 x 6/12

  44. Cikgu, bolehkah bagi beberapa contoh atas kesan tidak termenterai Ikatan Perkongsian?

  45. Assalam cg, sewa diterima belum terperoleh masuk dlm penyata pelarasan ke atau pkk ?

  46. *penyata pelarasan untung bersih

  47. Waalaikumussalam.

    Masuk pelarasan UB dan PKk

  48. Salam

    Dalam akaun semasa pekongsi kenapa faedah atas pinjaman ddk belah kredit

    Betul ke faedah atas pinjaman kena tolak untung bersih? Kenapa?

  49. Faez,

    Faedah atas pinjaman.. dikelaskan sebagai belanja operasi perniagaan … sepertimana pinjaman bank. Maka direkodkan dalzm Ak UR.

    Manakala faedah pinjaman belum bayar…. akan dibayar kepada pekongsi tersebut.. ke Ak Semasa Pekongsi. (Catat disebelah kredit)

  50. Baki akaun belum terima dihapuskan, beerti hutang lapuk?

  51. Pkk berakhir 31 julai. 2018
    Sekiranya dia cakap
    Ambilan 1 ogos 2017 4000
    1 januari 2018 6000

    Faedah kira mengikut bulan digunakan. Ambilan ambil angka yang ditulis je ke? Jadi ambilan terus 10000? Cuma faedah kena kira mengikut bulan?

  52. Farah,

    1. Ya –> Hutang Lapuk
    2. Ya.. betul… Ambilab –> jumlah.. Faedah ambil kira bulan.

  53. Bagaimana cari untung bersih selepas pelarasan?
    Soalan percubaan spm 2018 s3 (bumigemilang) soalan 3a

  54. Jawapannya ini
    Tetapi sy tak faham
    So ialah tambah hasil tolak belanja atau tambah aset tolak liabiliti

  55. Xyxy,

    Itu bukan soalan Bumigemilang… soalan percubaan negeri..
    Rujuk item pelarasan.. mana2 yang melibatkan hasil dan belanja akan memberi kesan kepada UB..
    Cth: Sewa prabayar 750… belanja Sewa perlu (-)750… kesan kepada UB kena (+)750.
    Kerana Belanja & UB berkadar songsang.

  56. Cikgu,

    Diberi untung bersih 21000. Pkr2 berikut belum diambil kira sms pengiraan ub.
    -insurans prabayar RM420
    -Faedah blm byr:
    -faedah utk sebulan pinjaman bank 60000 (matang 1 Jan 2018) berkadar faedah 7% setahun
    -Faedah pinjaman pekongsi 2400 dikreditkan ke ak. sms
    -Baki abb 1800 dianggap hutang lapuk

    Pelarasan:
    ub + aset – liabiliti – belanja
    ub sbnr= 21000 + 420 – (60000 x 7% x 1/12) – 2400 -1800
    Betulkah pengiraan sebegini cikgu?

    Satu lagi, adakah pinjaman 7% itu dikategorikan sbg liabiliti sms kna tempoh matangnya kurang drpd sethn?

  57. Mika,

    Ya.. saya setuju dengan kedua2 jawapan tersebut.

  58. cikgu ,

    soalan 5b dalam spm sebenar kali ini
    soalan arahkan menyediakan akaun bagi ekuiti macam mana jawab soalan ini

    sediakan bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kedudukan kewangan atau akaun modal

    satu lagi ,gaji pekongsi prabayar nak masuk ke mana? biasanya gaji pekongsi belum bayar akan dikreditkan ke akaun semasa

    terima kasih ,cikgu

  59. Siew ling,

    Cadangan saya,
    1. Ak Modal –> baki awal, modal tambahan (jika ada), untung bersih dan ambilan.

    2. Debit Ak Semasa

  60. Cikgu,

    Dinyatakan gaji tahunan 35000 diperuntukkan kpd Hariz bermula 1 Apr 2017 (tempoh perakaunan shgga 30 Jun 2018)

    Adakah ayat di atas bermaksud
    gaji tahunan dlm PUR – 35000 x 3/12?

    Bolehkah kita menganggap gaji tersebut telah dibayar sepenuhnya jika tidak disebut dlm maklumat tambahan? (tiada maklumat menyatakan bhw gaji itu belum dibayar)

  61. *pembetulan: tempoh perakaunan shgga 30 Jun 2017

  62. Mika,

    Betul.. x 3/12
    Tiada disebut gaji telah bayar –> belum bayar –> Ak Semasa

  63. Cikgu,

    Jadi, adakah gaji pekongsi blm byr juga memberi kesan kpd untung bersih? Atau hya memberi kesan kpd Ak. Sms pekongsi shj?

    Bagaimana pula dgn ambilan pekongsi menggunakan cek? Selain pengiraan faedah atas ambilan, adakah ia memberi kesan kpd PKK?

  64. Mika,

    1. Gaji pekongsi –> Ak Pengasingan UR.. tidak memberi kesan ke atas Ak UR.
    2. Ianya hanya makluman nilai ambilan setiap pekongsi.. telahpun direkod sebelum ini.

  65. Cikgu,

    Terima kasih.
    Sy cuba menjawab soalan 2 perkongsian kertas spm tetapi gagal mengesan kesilapan yg mybbkan pkk tidak seimbang.
    Boleh cikgu tolong semakkan di manakah silap sy.

  66. Mika,

    Semua pelarasan dah ok… cuba semak soalan.. sediakan ID bagi nilai2 yang diberi sebelum pelarasan dibuat… tengok seimbang atau tidak.

  67. Cikgu,

    Saya dah buatkan ID spt yg cikgu cadangkan. Terdapat perbezaan yg sgt besar iaitu bhgn kt kurang sbyk 121,600.

  68. Mika..

    Masukkan juga UB 21000 sebelah kredit… beza 100,600

  69. Cikgu,

    Jadi, tak mengapakah kalau PKK tidak seimbang?

  70. Mika,

    Pelarasan dah betul… biasanya markah diperuntukkan pada item pelarasan dan sedikit format.. keseimbangan tiada markah.

  71. Salam

    Cikgu saya ingin tanya jika solan

    Imbangan duga pada 31 oktober 2013
    Akaun semasa pada 1 november 2012
    Ambilan pada 1 november 2012

    Macam mana nak buat akaun semasa
    Kena ke letak baki b/b pada 2012 tu
    N soalan x ada bagi faedah atas ambilan

  72. Nurul,

    Item2 dalam Ak Semasa…
    1. Baki awal
    2. Ambilan
    3. Faedah atas ambilan.
    4. Faedah atas modal
    5. Gaji pekongi belum bayar
    6. Faedah pinjaman pekongsi belum bayar
    7. Baki akhir.

    Dalam menjawab soalan… hanya masukkan item2 yang diberi dalam soalan sahaja.

  73. Salam

    Imbangan duga pada 31 oktober 2013

    Ambilan pada 1 november 2012
    Raju. 1236
    Fahmi. 7896

    Modal pada 1 november 2012
    Raju 7854
    Fahmi 12845

    Bagaimanakah nak buat akaun semasa cikgu sebab soalan bagi baki b/b pada 2012

  74. Nurul,

    Berdasarkan maklumat yang diberi…Masukkan
    1. Baki bb (baki awal)
    2. Ambilan
    3. Faedah atas ambilan
    4. Faedah atas modal

  75. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam akaun pengasingan utg rugi jika mendapat rugi setelah tolak gaji pekongsi, maka jawapan dalam kurungan, perlu kita tambah atau tolak akaun semasa?

  76. Fatimah,

    Tak kira untung / rugi… konsepnya kena agihkan kepada pekongsi.. mesti TOLAK.

    Cara penulisan:
    ……………………………….(5000)
    Tolak:
    Ak Semasa A…..(2500)
    Ak Semasa B…..(2500) (5000)
    ………………………………………0

  77. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam penyediaan penyata pengasingan, adalah lebih baik kita senarai nama setiap pekongsi bagi faedah modal dan faedah ambilan dalam penyata pengasingan, atau kita ikut buku teks baru hanya tulis jumlah faedah dan kemudian nama setiap pekongsi dalam nota berasingan?

  78. Fatimah,

    Kedua2 pendekatan tersebut boleh digunakan… nak pilih yang mana bergantung kepada… kaedah mana yang mudah bagi pelajar untuk memahani apa yang mereka buat.. seterusnya akan mudah untuk mereka ingati semasa menjawab SPM nanti.

  79. Fatimah Binti Ahmad

    Terima kasih cikgu, bagaimana pula dengan kongsi untung dan kongsi rugi,? rasa lebih senang pelajar memahami kongsi untung/rugi daripada tulis Akaun Semasa.

  80. Fatimah,

    Cadangan saya.. butir guna Ak Semasa.. supaya pelajar nampak catatan bergunya… cuma tambah tajuk (Kongsi Untung/Rugi)..

  81. Assalamualaikum, kita kena amik nilai akaun belum bayar dan belum terima berdasarkan akaun kawalan atau menggunakan nilai asal utk buat PKK nanti

  82. Raina, waalaikumussalan.

    ABT2 & ABB2 –> Ak Kawalan BT & BB –> PKK

  83. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    a) sekiranya dlm ID terdapat harga kos kenderaan (RM 20K)dan susutnilai terkumpul kenderaan (RM3.6K) tetapi dlm maklumat tmbhn tidak menyatakan kdr susutnilai mahupun kaedah susutnilai dan jg tarikh pembelian kenderaan. jd adakah kita perlu menghitung susutnilai kenderaan bg tempoh perakaunan semasa? jika ya,adakah kita menyusut nilaikan kenderaan pd kdr 20% (RM3600/RM20000 x100% = 18% bundarkan jd 20%) ?

    terima kasih cikgu

  84. Ricky,

    Jika tidak dinyatakan p
    Kaedah SN yang digunakan.. maka pengiraan SN tidak dapat dilakukan.

  85. Jika soalan meminta kita membuat penyata untung bersih yang diselaraskan. Apakah jenis butiran yang kita perlu tambah dan tolak dalam penyata tersebut?

  86. Vividly,

    Rujuk kepada item pelarasan didiberi.. secara mudahnya :
    UB sebelum pelarasan
    (+) Hasil
    (+) Aset semasa (Hasil belum terima, Belanja prabayar)
    (-) Belanja
    (-) Liabiliti semasa (Hasil belum terperoleh, Belanja belum bayar
    = UB selepas pelarasan

  87. cikgu nak tanya , kalau dia minta penyata mengira untung bersih terselaras, ianya sama macam penyata untung rugi ke ?

  88. Farehee,

    Tidak sama.

    UB (sebelum pelarasan)
    (+) Hasil, item Aset Semasa
    (-) Belanja, item Liabiliti Semasa
    UB (selepas pelarasan)

  89. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    a) I.D pada 30 jun 2018 yg disediakan dlm soalan terdapat butir pinjaman drpd pekongsi bernilai RM 40,000 yg akan matang pada 30 jun 2018. antara kehendak soalan ialah menyediakan akaun semasa dan PKK pd 30 jun 2018

  90. minta maaf cikgu tertekan post comment,

    b) persoalannya, adakah pinjaman yang matang pada 30 jun 2018 perlu dijelaskan atau tdk?
    jika ya, adakah akaun pinjaman didebitkan dan akaun semasa pekongsi berkenaan dikreditkan? (baki bank tdk mencukupi utk menjelaskan pinjaman tersebut)

    terima kasih cikgu

  91. Ricky,

    Kita rekod apabila urusniaga betul2 berlaku..
    Jika baru tamat tempoh matang.. tetapi TIADA maklumat menyatakan bayaran balik TELAH dibuat dengan cek @ dikreditkan ke Ak Semasa… maksudnya urusniaga BELUM berlaku lagi.

  92. Maka,ia masih akn direkodkan sbg liabiliti semasa bg pkk pd 30 jun 2018? Terima kasih cikgu

  93. assalamualaikum cikgu, bagaimana untuk modal tambahan setiap pengarah ke dalam akaun syarikat. dimanakah tempat yang sesuai untuk direkodkan? adakah bersama-sama dengan modal awal pengarah?

  94. Damie, waalaikumussalam.

    Ya.. bersama Ak Modal…. cuma hati2 dengan pengiraan faedah atas modal nanti… rujuk tempoh modal tambahan tersebut.

  95. Assalamualaikum cg,
    Betul ke apa yg saya buat ni?
    Kalau dalam penyata mengira Untung Bersih selepas pelarasan

    Untung bersih

    (+)
    Insurans prabayar
    Gaji prabayar

    (-)
    Hutang ragu
    Hutang lapuk
    Sewa belum terima
    Faedah atas simpanan

    P/s : macam mana saya nak tahu sama ada kena tambah atau kena tolak?

  96. Nabilah, waalaikumussalam.

    Saya bagi formula yang lebih mudah:

    UB (sebelum pelarasan)
    (+) Hasil
    (+) Aset Semasa (Belanja Prabayar, Hasil Belum Terima)

    (-) Belanja
    (-) Liabiliti Semasa (Belanja Belum Bayar, Hasil Belum Terperoleh)
    UB (selepas pelarasan)

    # Hubungan Hasil Belanja & UB : (H-B=UB)
    1. Hasil berkasar terus dengan UB
    H (+) –> UB(+)
    H (-) –> UB(-)
    2. Belanja berkadar songsang dengan UB
    B (+) –> UB (-)
    B (-) –> UB (+)

    # rasional kenapa (+) BELANJA PRBAYAR.
    Pelarasannya –> Belanja kena (-).. maka kesan UB akan BERTAMBAH.

  97. Maaf cg,

    Saya dah cuba fahamkan
    Tapi saya masih tak jelas lagi

    Maksudnya,

    Ub

    (+)
    Belanja prabayar
    Hasih belum terima

    (-)
    Belaja belum bayar
    Hasil belum terperoleh

    Macam tu? Atau sebaliknya?

  98. Nabihah,

    Tertinggal (+) Hasil…& (-) Belanja.

    Cari mana2 soalan… cuba guna formula tersebut… untuk tentukan ianya perlu (+) @ (-).

    # dengan guna formula tersebut.. pelajar akan dapat jawab dengan tepat walaupun tidak berapa faham.

    # ilmu perakaunan… cuba faham melalui latihan. Jika hanya melalui pembacaan sahaja –> belum tentu kita betul2 faham.

  99. Apakah maksud pinjaman bank matang

  100. Fatin,

    Matang –> tempoh pinjaman tersebut habis dibayar.

  101. NAJIHAH BINTI MOHD ZAIDI

    Assalammualaikum cikgu. Maaf, saya peljar
    degree. Saya ada soalan berkenaan gaji dalam akaun perkongsian. Gaji selalunya diletakkan amaun yang penuh based on setahun dalam penyata pengasingan untung rugi tahun berakhir. Dalam soalan saya , diberi gaji setiap bulan sebanyak rm1000. Akaun perniagaan pula tamat pada setiap 30 June. Tetapi, soalan minta penyata pengasingan untung rugi bagi 31 disember 2019. Jadi, berapakah amaun sepatutnya gaji saya letak dalam penyata pengasingan untung rugi??? Adakah saya still perlu letak amaun penuh sebanyak 12000 (setahun) atau saya perlu letak amaun gaji sebanyak 6000( 6 bulan sehingga 31 disember). Mohon beri penjelasan cikgu. Terima kasih?

  102. Najihah, waalaikumussalam.

    Ini bermaksud penyediaan Ak Pengasingan Untung Rugi untuk tempoh 6 bulan… maka GAJI untuk 6 bulan sahaja perlu dilaporkan.

  103. NAJIHAH BINTI MOHD ZAIDI

    Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Semoga Allah memberkati usaha murni cikgu! 🙂

  104. tajuk perkongsian
    – gaji alia telah dibayar dalam tahun semasa dan telah didebitkan dalam akaun gaji tetapi tiada dalam id
    apa perlu yang dilakukan ?

  105. Diana,

    Maaf.. kena lihat soalan lengkap.. baru boleh tentukan apa yang perlu dilakukan.

  106. Lisa, Nisa Dan Risa adalah pekongsi-pekongsi Dalam Perkongsian LNR yang membahagikan untung atau rugi mengikut nisbah modal.

    Akaun Modal:
    Lisa 80000
    Nisa 80000
    Risa 20000

    saya perlu membahagikan modal kepada Lisa :Nisa:Risa dengan menggunakan nisbah 2:2:1 tetapi jawapan sebenar berdasarkan nisbah 4:4:1

    Boleh cikgu tolong jelaskan ?

  107. Cuba rujuk soalan.. ada tak Risa bawa masuk modal tambahan RM20000 ?

    # sila kemukakan soalan ikut topik yang berkaitan.

  108. selamat sejahtera cikgu,

    cikgu,

    dalam format Akaun Pengasingan Untung Rugi,

    Untung Bersih
    Tambah:Faedah atas Ambilan

    Tolak:Faedah atas Modal
    gaji/elaun/bonus

    Tolak:Akaun Semasa pekongsi A
    Akaun Semasa pekongsi B

    * Kalau kedua-dua Akaun Semasa
    pekongsi adalah negatif(kongsi rugi)
    Dalam format Akaun Pengasingan
    Untung Rugi,”tolak” nak tukar jadi
    “tambah” tak?

    sebab jawapan akhirnya mestilah jadi
    sifar

  109. Siew Ling,

    Tolak tetap tolak… secara matematiknya (-) nombor -ve…. sama +
    Cth:
    …………………..(2000)
    Tolak :
    Ak Samasa A (1000)
    Ak Semasa B (1000)…..(2000).. = 0

    (2000) – (2000) = 0

  110. terima kasih~ cikgu^^

  111. Salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    A) pinjaman kepada pekerja diklasifikasikan sbg belanja perniagaan atau aset semasa perniagaan?

    B) adakah pinjaman kepada pekerja perlu dibuat pelarasan pada akhir tempoh perakaunan? Jika ya adakah kita debit gaji pekerja dan kredit pinjaman kepada pekerja?

    Terima kasih cikgu

  112. Ricky, salam sejahtera.

    A) Aset Semasa
    B) bergantung kepada kes… samada pekerja mahu terus potong daripada gaji @ bayar balik pinjaman selepas terima duit gaji.

  113. assalamualikum cg,
    Sewa sebulan RM600 dibayar setiap suku tahun bermula 1 julai 2017.
    Macamana pengiraan die cg?

  114. nik, waalaikumussalam.

    RM600 untuk 3 bulan..
    maka sebulan sewa = RM200… maka kenal pasti berapa bulan belum bayar @ belum terima dengan merujuk tempoh perakaunan dalam soalan.

  115. assalamualaikum cikgu, kalau gaji setahun A ialah RM8,400, tapi dkt imbangan duga tunjuk Gaji A RM10,000(dt). Maksudnya dia terlebih bayar ke? dan dimana kesan dia?

  116. Aleeya, waalaikumussalam.

    ya terlebih bayar.. maka pekongsi kena bayar balik..
    Maka kena Dt dalam Ak Semasa Pekongsi berkenaan..

  117. Salam ckgu, saya nak tanya. Jika baki h/b di sebelah kredit dalam akaun semasa pekongsi, bila kita pindahkan ke pkk di bwh ekuiti pemilik, kenapa jadi negatif?

  118. Mina,

    Bila sediakan Ak Semasa @ apa2 akaun sekali.. jangan berhenti di BAKI H/B… teruskan hingga BAKI B/B.

    Ak Semasa sama dengan Ak Modal –> berbaki KREDIT… dan diklasifikasikan sebagai Ekuiti Pemilik.
    maka apabila ada Ak Semasa yang berbaki DEBIT.. apabila dicatat di bahagian EP.. maka nilai -ve @ ( ).

    Sama juga konsepnya SNT… ianya berbaki KREDIT… maka apabila diletakkan di ABS.. maka nilai jadi -ve

  119. Salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    a) Bagaimana kita hendak mengenal pasti bhw untung bersih yg diberi dlm soalan tlh tolak faedah atas pinjaman atau blm sekiranya soalan mengkehendaki kita membuat pelarasan untung bersih..

  120. Ricky,

    Nilai UB yang diperolehi adalah selepas tolak FAP. kecuali ada maklumat tambahan yang menyatakan perkara tersebut belum diambilkira… baru perlu disekaraskan semula nilai UB.

  121. Contohnya faedah atas pinjaman pekongsi adalah 8% setahun dan pinjaman pekongsi adlh 10000. Maka faedah atas pinjaman pekongsi bg thn kewangan semasa adalah RM 800.. Dlm maklumat kewangan yg diberi dlm soalan menyatakan u.bersih adalah RM9150 dan faedah atas pinjaman pekongsi RM500.. Jd ini bermaksud perkongsian masih hutang pekongsi RM 300.. Persoalannya U.berish RM9150 yg diberikan dlm soalan diperolehi hasil tolak RM 800 atau RM500?..confused

    Terima kasih cikgu atas masa yg diluangkan..

  122. Rikcy,

    UB yg diberi telah ambilkira FAP tersebut..
    Apabila menyediakan AUR.. sudah semestinya
    UK + H – B(FAP) = UB
    Diberi FAP 500.. untuk makluman kita wujudnya FAP BB sebanyak 300 –> perlu catat di Ak SEMASA.

    KECUALI soalan maklumkan FAP BELUM ambil kira masa kira UB… baru kita buat pelarasan terhadap UB… (-) 800.

  123. Assalamualaikum cikgu..saye nk tanye kalau bonus pekongsi prabayar & Faedah atas pinjaman prabayar..mne nk letak dalam akaun semasa? Sebab kebiasaannye soalan ade yg belum bayar jee..sye keliru nih

    Terima kasih cikgu?

  124. Ann, waalaikumussalam.

    Jika Belum Bayar –> Kt Ak Semasa
    Jika Prabayar –> Dt Ak Semasa

  125. Salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    a) diberi dlm soalan bhw faedah atas modal 8% setahun. Manakala baki ak modal pd 1 Mac 20×6 ialah RM 30000. Thn kwgn berakhir pd 30jun 20×7. Jd utk menghitung faedah atas modal kita ambil RM30000 x 8% x 16/12 atau RM30000 x 8% x 12/12 ?

    b) bg soalan yg sama dlm maklumat tambahan menyatakan bhw gaji pekongsi dibyr RM 1000 sebulan.. Jd utk menghitung gaji yg dibyr kpd pekongsi kita darab 12 bln @ 16 bln?

    c) adakah mungkin terdpt typing error pd tarikh ak modal? Dimana sepatutnya 1jul x6 dan bkn nya 1 Mac x6?

    Terima kasih cikgu

  126. Ricky,

    Ya kemungkinan besar tarikh 1 Mac 2016.. tersilap.

    Rekod perakaunan mengikut tempoh perakaunan.. biasanya 1 TAHUN… maka pengiraan faedah @ gaji.. hanya untuk setahun dalam tempoh perakaunan tersebut.

  127. cikgu ,

    kalau tempoh perakaunan berakhir 31 disember 20X1

    dan ada gaji pekongsi diperuntukkan RM20000 pada 1 Oktober 20X1

    berapa gaji yg perlu kita rekod di akaun Pengasingan untung rugi ? mengapa ?

  128. Axehola,

    Sekiranya dinyatakan gaji pekongsi dibayar RM20000 SETAHUN.. dan tempoh perakaunan berakhir 31 Disembar… maka gaji pekongsi yang perlu dibayar hanya untuk 3 bulan ( Okt, Nov & Dis) sahaja bagi tempoh perakaunan tersebut… 3/12 X RM20000.

  129. hi cikgu. saya nak tanya jika soalan macam ini tidak beri peratus faedah atas ambilan , nak how ? tak perlu peduli ?

  130. evan,

    Jika tiada dalam perjanjian yang menetapkan kadar faedah atas ambilan… maka abaikan.

  131. hi cikgu ~ nak tanya pinjaman rosli itu kira liabiliti semasa atau liabiliti bukan semasa ?

  132. cikgu ini gambar soalan, saya nak tanya pinjaman rosli itu kira liabiliti semasa atau liabiliti bukan semasa?

  133. evan,

    Rujuk TEMPOH MATANG pinjaman tersebut… oleh kerana matang dalam tempoh SETAHUN –> Liabiliti Semasa.

  134. Assalamualaikum cikgu,
    Cikgu sya nak tanya, andai kata kita nak tahu jawapan kita betul atau tidak , bolehkan kita buka akaun bank sbb Kalau imbangan biasanya akan betul kan cikgu Kalau tak imbang salah kan cikgu?… Walaupun soalan itu tk suruh buka akaun bank cikgu

  135. Ammar, waalaikumussalam.

    Untuk latihan… boleh sahaja kita buka Ak Bank walaupun tak diminta.. sebagai salah satu cara nak semak jawapan.

  136. Assalamualaikum cikgu,
    Ooo..baik cikgu terima kasih cikgu… cikgu contoh macam soalan ini cikgu… boleh kan saya buka akaun bank untuk semak jawapan kan cikgu? Tapi dalam akaun bank ada apa cikgu item² Tu cikgu?

  137. Ammar, waalaikumussalam.

    Ini soalan pengasingan Untung Rugi.. sememangnya tidak mintapun sediakan Ak Bank..

    Pembubaran Perkongsian.. baru boleh buka Ak Bank untuk semakan keseimbamgan jika soalan tidak minta bukakan.

  138. cikgu, kenapa dalam apur untuk cari untung bersih, kita perlu tolak belanja prabayar, tetapi dalam penyata mengira untung bersih terselaras, kita perlu tambah belanja prabayar? ini dalam bab perkongsian
    terima kasih cikgu

  139. Dalam APUR.. kita nak selaraskan belanja prabayar tersebut.. cthnya SEWA PRABAYAR 100..
    maka SEWA perlu diselaraskan dgn (-) 100.

    Manakala dalam mrngira UB Terselaras… UB (H-B) telah dikira tetapi perlu diselaraskan.
    terlebih dahulu kita perlu fahami hubungan H & B terhadap UB
    Hasil –> berkadar terus
    (-) Belanja –> berkadar songsang
    = Utg Bersih

    maka Sewa Prabayar –> SEWA perlu (-)… maka UB perlu (+).
    sebab BELANJA telah TERLEBIH REKOD… bila kita KURANGKAN BELANJA… sudah tentu UNTUNG akan BERTAMBAH.

  140. Assalamualaikum cikgu

    Nak tanya betul ke kedudukan baki h/b ngan baki b/b saya

  141. Waalaikumussalam..

    Ya dah betul..

  142. Salam sejahtera cikgu..maaf menganggu..mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    A) apakah maksud perniagaan perkongsian? Adakah perniagaan perkongsian Dan perkongsian Dua entiti yg berbeza atau sebaliknya?adakah perkataan perkongsian itu merujuk pd perniagaan perkongsian?

    B)kenapa hanya item2 spt faedah atas modal,faedah atas ambilan Dan gaji sahaja diambil kira semasa menyediakan ak PUR? Dan kenapa faedah atas pinjaman pekongsi tidak diambil kira sdgkan ia jg merupakan tuntutan pekongsi thdp perkongsian?

    C) blh x sy simpulkan bhw hanya belanja Dan hasil yg ada kaitan dgn pekongsi sahaja direkodkan dlm ak PUR? Atau hanya item2 berkaitan dgn tuntutan pekongsi thdp perkongsian dan sebaliknya diambil kira dlm penyediaan ak PUR?

    D)kenapa pinjaman drpd pekongsi dianggap sbg belanja operasi perniagaan sdgkan ia diperolehi drpd pekongsi?

    Terima kasih cikgu..

  143. Salam sejahtera.

    A) Ya sama sahaja.
    B) PUR –> pengsingan UB/RB .. kepada rakan kongsi.
    Manakala Faedah atas pinjaman adalah PERBELANJAAN perniagaan.. seperti mana faedah atas pinjaman bank…. mesti diambilkira dalam mengira UB..
    C) Tuntutan pekongsi –> perkongsian dan sebaliknya.. kecuali Faedah atas pinjaman pekongsi –> BELANJA OPERASI yang mesti dibayar sepertimana belanja2 perniagaan yang lain.
    D) Pinjaman MESTI dibayar terlebih dahulu tidak kira dengan siapa kerana ianya dikelaskan sebagai LIABILITI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.