Kaedah Perbandingan

Standard Kandungan

11.2 Kaedah Perbandingan
Standard Prestasi

TP1 Menerangkan sebab rekod perniagaan tidak lengkap


TP2 Menjelaskan implikasi Rekod Tak Lengkap ke atas Penyata Kewangan.


TP3 Mengklasifikasi maklumat untuk menentukan untung atau rugi perniagaan bagi Kaedah Perbandingan dan Kaedah Analisis.


TP4 Menganalisis aset dan liabiliti dan menyediakan Penyata Mengira Modal Awal dan Modal Akhir.


TP5 Mentaksir Modal Tambahan dan jumlah Ambilan untuk menyediakan Penyata Mengira Untung atau Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan.

  1. Pinjaman (matang pada 31 disember 2025)
    1/1/17 Rm13500
    31/12/17 Rm12000

    Maklumat tam:
    Faedah atas pinjaman dikenakan 8% setahun atas baki pinjaman dan nilai ini belum dijelaskan

    Macam mana kira?
    Terima kasih

  2. Goh,

    Faedah pinjaman = 8% x 13500

  3. apa yang dimaksudkan “seorang penghutang diisytiharkan muflis. hutangnya rm 310 dianggap lapuk?

  4. Zyqa,

    Baki penghutang tersebut.. dihapuskan sebagai Hutang Lapuk (hutang yang tidak akan dapat dikutip balik).

    Penghutang = A – 310

  5. assalamualaikum cikgu..mcmne nk kira modal tambahan ngn ambilan

  6. Fatiha, waalaikumussalam.

    Rujuk dalam maklumat tambahan.

  7. Goh | January 20, 2018 at 5:23 pm
    Pinjaman (matang pada 31 disember 2025)
    1/1/17 Rm13500
    31/12/17 Rm12000

    Maklumat tam:
    Faedah atas pinjaman dikenakan 8% setahun atas baki pinjaman dan nilai ini belum dijelaskan

    Macam ini pinjaman letak mana satu?
    Terima kasih

  8. Goh,

    Daripada baki pinjaman kita boleh kenal pasti BAYARAN BALIK setiap tahun = 13500 – 12000 = 1500.

    Baki akhir pinjaman pada 31/12/17 = 12000 –> 1500 dikelaskan sebagai LS (perlu dijelaskan dalam tempoh setahun) dan 10500 sebagai LBS

  9. cikgu,

    insurans prabayar aset semasa or liabiliti semasa ?

  10. lengkapan 11600

    maklumat tamb :
    lengkapan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah garis lurus .

    mcmc mana nk selesaikan ye cikgu. jawapan lengkapan slps 10% = 1160 atau 10440

    terima kasih 🙂

  11. modal awal 1 januari 2017 = RM25000

    pada 31 disember 2017 :

    tunai di bank 28000
    tunai di tangan 2600
    inventori akhir 18210
    akaun belum terima 4500
    akaun belum bayar 9860
    insurans prabayar 300

    maklumat tamb :
    i) peruntukan hutang ragu diwujudkan sebanyak 5%
    ii) pada 1 mac 2017, pemilik telah memasukkan tunai RM1500 ke dalam bankuntuk menambah modalnya
    iii) pada tahun 2017, pemilik telah mengambil tunai sebanyak RM450 untuk kegunaan anaknya

    cikgu mcm mne nk buat
    rujukan buku teks m/s 65

    terima kasih

  12. Fathin,

    1. Insurans prabayar –> AS
    2. Lengkapan 11600 (-) SN 1160 = 10440

    3. Kira Modal akhir dgn ambil kira maklumat tambahan (ada yg nilai baki akhir perlu diselaraskan) –> Aset – Liabiliti.
    Daripada maklumat tambahan –> Kenalpasti Modal Tambahan & Ambilan
    Kemudian sediakan Penyata Untung Rugi
    # sila rujuk dan fahami contoh2 yang ditunjukkan dalam buku teks.

  13. untuk soalan saya yg ke-3 tu saya tk reti nk buat .

  14. Fathin,

    Pelarasan PHR –> telah belajar sebelum ini –> ABT (-) PHR
    SN –> ABS (-) SNT

  15. maksudnya PHR = RM225 ?

  16. Fathin,

    PHR = 5% x ABT

  17. Puan Haryani memulakan perniagannya di Mersing, Johor pada 1 April 2006 dengan modal yang terdiri daripada:

    Kenderaan RM 20000
    Lekapan dan lengkapan RM 8900

    Puan Haryani menyimpan rekod perniagaannya tidak mengikut catatan bergu.Pada 31 Mac 2007, maklumat kedudukan aset dan liabiliti perniagaan diberikan seperti berikut:

    Akaun Belum Bayar RM 13900
    Tunai RM 900
    Akaun Belum Terima RM 4650
    Lekapan Dan lengkapan RM 8900
    Overdraf bank RM 7800
    Kenderaan (kos) RM 20000
    Belanja membaiki kenderaan terakru RM 1000
    Insurans prabayar RM 90
    Inventori pada 31 Mac 2007 RM 24570

    Maklumat tmbhn :-
    1. Sepanjang tahun kewangan Puan Haryani mengambil barang niaga berjumlah RM 1000 Dan Wang tunai RM 300 untuk kegunaan keluarganya
    2. Lengkapan RM 900 dibeli untuk kegunaan perniagaan dengan Wang peribadi Puan Haryani
    3. Baki akaun satu akaun belum terima RM 225 hendaklah dihapus kira sebagai hutang lapuk pada akhir tahun kewangan
    4. Kenderaan hendaklah disusutnilaikan 10% atas kos
    5. Pulangan belian kepada pembekal RM 600 belum dibuat pelarasan

    Cikgu apa maksud pulangan Belian
    kepada pembekal RM 600 belum dibuat pelarasan? Dan apa pula maksud baki akaun satu ABT RM 235 hendaklah dihapus kira sebagai hutang lapuk pada akhir tahun kewangan? Adalah saya kena tolak ABT dengan RM 235? Saya tidak berapa faham.Boleh cikgu tolong jelaskan secara terperinci? Saya harap Cikgu boleh juga tunjukkan jalan pengiraan/format untuk soalan ini..

    Anda dikehendaki
    1. Menyediakan penyata menghitung modal pada 31 Mac 2007
    2. Menyediakan penyata mengira untung rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2007..

    Terima kasih cikgu! Saya sudah selesai menyiapkannya cuma saya mahu semak kembali jawapannya dan tidak berapa pasti dengan penyelesaian saya untuk soalan ini.

  18. Sara,

    Pulangan belian diselaraskan lagi –> belum rekod lagi… maka kita selarasan Ak ABB (-) 600.

    Hutang Lapuk –> ABT (-)235

    Cg sarankan mengira Modal Akhir disediakan dalam bentuk penyata : ASET -LIABILITI # rujuk format dalam Buku Teks.

  19. Cikgu
    Cth pn hanna membawa masuk tunai rm3000
    Kita rekod sbg modal tambahan saja

    Tp kenapa jika bawa masuk perabot rm3000

    Kita tambah dlm aset semasa kira modal akhir ..dan juga rekod sbg modal tambahan…

    Knp tunai tidak ditambah dlm aset semasa mengira modal

  20. Hanna,

    Ada 3 item yang TIDAK PERLU ditambah @ tolak kerana perkara tersebut telahpun diambilkira.

    Nilai akhir item2 tersebut dikira/diperolehi secara kiraan fizikal bukannya daripada rekod sebelum ini… (untuk kes RTL).

    1. TUNAI –> nilainya diperolehi dengan cara mengira wang tunai yang ada dalam simpanan di kedai. Katakan ada RM500.–> maka itulah nilai pada akhir tempoh perakaunan tersebut : Tunai RN500. Sekiranya ada maklumat ada ambilan tunai sebelum ini RM200. –> nilai tersebut tidak perlu ditolak daripada RM500… kerana ambilan tersebut berlaku sebelum ini.. dan nilai RM500 adalah duit yang ada ditangan sekarang.

    2. BANK –> nilainya diperolehi dengan rujuk pihak bank untuk dapatkan nilai wang yang tinggal dalam akaun di bank… itulah nilai terakhir yang ada.. jika sebelum ini ada ambilan.. maka nilai baki akhir tersebut telahpun ambilkira perkara tersebut.

    3. INVENTORI –> nilainya diperolehi dengan menghitung nilai barang niaga yang ada dalam kedai pada masa tersebut.. maka sebarang ambilan SEBELUM ini.. telahpun diambilkira.

  21. Tq cikgu sgt bermanfaat

  22. cikgu, bagimana nak selesaikan soalan ini? saya kurang faham.

    Alatan pejabat disusutnilaikan sebanyak 10% setahun atas kos. Aset tersebut telah dibeli pada 1 januari 2017.

    Maklumat Encik Edward:
    1jan2017 30jun2017
    Alatan pejabat 6500 6500
    (kos)

    Adakah saya hanya perlu darabkan 6500 x 10% sahaja?

  23. Farah,

    10% –> untuk setahun.
    Tempoh perakaunan 1/1 – 30/6 = 6 bulan
    SN = 10% x 6500 x 6/12

  24. Maklumat Encik Edward:
    1jan2017 30 jun 2017

    kenderaan 22000 ?
    alatan pejabat 6500 6500
    inventori 3440 4210
    A.B.T. 1345 2665
    gaji prabyar 570 –
    K.B blum byr – 370
    A.B.B 970 1250
    bank 1500 ?

    Mak.Tambahan:
    i)Pemilik mengguankan wang sendiri untuk membeli motosikal berharga rm5000 pada 29 jun2017. Aset tersebut disusutnilaikan sebanyak 10% mengikut kaedah garis lurus.

    jawapan saya rm5000 x 10%=rm500.jadi baki untuk 30 jun 2017 bagi kenderaan(kos) ialah (22000+500=22500) betuk ke cikgu?

    ii) Pemilik telah membuat ambilan tunai rm200 dan barang niaga rm400 setiap bulan untuk kegunaan keluarganya.
    Bagaimana saya nak selesaikan soalan ini cikgu?

  25. Farah,

    (i) Kos betul…. SN salah.
    Motor baru 1 hari dibeli –> tidak dikenakan SN… hanya Kenderaan 2200 –> SN.

    (ii) Ambilan (200+400) x 6 bulan

  26. Cg,
    Saya nak tanya kalo soaln bagi”Pada 1julai 2010 beliau membeli alatan pejabt bernilai Rm500 menggunakn wang peribadi.” sebelum bagi aset dan liabiliti pada 31 disember 2010
    Kita rekod500 itu sebagai madal awal ke modal tambahan?

  27. Jin,

    Modal Tambahan.

  28. Terima kasih cikgu! Saya agak keliru dgn soalan ini cikgu. Bagaimana dengan maklumat tambahan ini cikgu?

    iii) Baki Akaun Bank pada 30 jun 2017 menunujukkan baki overdraf berjumlah RM358.

  29. Farah..

    Baki akhir Bank RM358 –> LS

  30. Terima kasih atas penjelasan Cikgu. Sekarang saya dah faham.

  31. Cikgu,
    Maaf saya ada banyak soalan. Soalan berikut diambil drpd Peperiksaan Percubaan Melaka 2016, soalan 2.

    Diberi:
    Baki pinjaman bank pd 1 Jan 2015 (tarikh matang tidak dinyatakan)- 10000
    Pinjaman bank yg telah dibayar – 2000

    Soalan:
    Mengapa bayaran balik 2000 itu tidak dimasukkan sebagai liabiliti semasa seperti soalan yg saya tanya sblm ini? Cth: lia sms:2000, lia bkn sms:6000

  32. Mika.

    Skema 2016 masih menggunakan sukatan lama.
    Sukatan baru KSSM 2017.. baru diperkenalkan perkara tersebut.

  33. Oh, sukatan baru, baiklah. Perubahan sukatan agak mengelirukan saya ^^”

  34. Perabot lama rm 8600
    Perabot baru dibeli pada 1 Julai
    Semua perabot disusutnilaikan sebanyak 10% setahun atas kos
    Nak kena tambah semua ke?

  35. Ain,

    Baki akhir Perabot perlu tambah.
    Cuma pengiraan SN kena kira berasingan kerana tempoh guna tidak sampai setahun –> kemudian baru jumlahkan.

  36. 1/1/2017 30/6/2017
    Kemderaan(kos) 22000 ?
    Alatan pejabat(kos) 6500 6500
    Inventori 3440 4210
    Akaun Belum Terima 1345 2665
    Gaji Prabayar 570 –
    Kadar Bayaran Belum – 370
    Bayar
    Akaun Belum Bayar – 1250
    Bank 1500 ?

    Maklumat Tambahan?
    i) Pemilik menggunakan wang sendiri untuk membeli motosikal berharga RM5000 pada 29/6/2017.Aset tersebut disusutnilaikan sebanyak 10% mengikut kaedah garis lurus.

    ii) Alatan pejabat disusutnilaikan sebanyak 10% setahun atas kos.Aset tersebut telah dibeli pada 1/1/2017.

    iii)Pemilik telah membuat ambilan tunai RM200 dan barang niaga RM400 setiap bulan untuk kegunaan keluarganya.

    iv)Baki Akaun Bank pada 30/6/2017 menunjukkan baki overdraf berjumlah RM358.

    Anda dikehendaki menyediakan?
    a)Penyata Mengira Modal pada 30/6/2017.
    b)Penyata Untung Rugi bagi setengah tahun berakhir pada 30/6/2017.

    Macam mana kira???

  37. saya tak tahu macam mana buat,cikgu boleh tolong saya kah??
    saya cuba buat banyak kali tapi tak dapat jawapan langsung.

    jawapan?
    a)RM36972
    b)RM1187

  38. Juan,

    Kenal pasti item pelarasan bagi setiap maklumat tambahan.. kemudian jawab seperti contoh2 yang ditunjukkan dalam buku teks. Serta rujuk kawan2… atau sebaik2nya dapatkan tunjukajar guru sekolah.

  39. Thanks 🙂

  40. salam Cikgu, bagaimanakah rekod perniagaan bleh di katakan tidak lengkap

  41. Tasya,

    Boleh rujuk dalam buku teks.

  42. Penyata mengira modal.
    .
    Inventori alat tulis patut letak dalam penyata mengira modal awal ke?
    .
    Letak jumlah pinjaman matang (16500) atau letak jumlah bayaran pinjaman (1500) dalam penyata mengira modal awal?

  43. Ain,

    Inventori alat tulis –> AS
    Modal = Aset – Liabiliti

    Modal awal = aset awal – liabiliti awal

  44. cikgu,

    faedah pinjaman ap ye cikgu

  45. Fathin,

    Pinjam 10K… kita kena bayar balik lebih (10k + faedah).
    –> Faedah pinjaman –> Belanja

  46. cikgu kalau ada modal dalam butiran rekod perniagaan tu maksudnya modal apa? dikira sebagai modal awal/akhir ke perlu dikira semula untuk mendapatkan jumlah sebenar modal sekali dengan aset dan liabiliti yang diberikan?

  47. Cg..mcmni baki awal lekapan 5000 n baki akhir 6200..so adakah 1200 tu dikira snt..dan di maklumat tambahan snilai dttpkn 5% atas kos…d pyata kedudukan kewangan nk amik 5000 atau 6200..terima kasih cg

  48. Abu,
    Bagi menentukan modal tersebut awal atau akhir –> kita rujuk kepada TARIKH diberikan jika pada 1hb –> Modal Awal.

    Hazrul,
    PKK disediakan pada akhir tempoh perakaunan –> maka guna baki akhir 6200.
    SN dikira atas nilai aset pada akhir tempoh.. ikut tempoh ianya diperoleh.
    Daripada 6200 :
    5000 cukup setahun –> SN = 5% x 5000
    1200 baru masuk –> tetukan betapa BULAN tempoh ianya dibeli –> SN = 5% x 1200 x BULAN/12
    Kemudian jumlahkan –> dapat jumlah SN

  49. cikgu faedah atas pinjaman ni kena campur dgn pinjaman tetap ke macam mana? kalau dia bagi pinjaman tetap rm1500 untuk awal bulan dan rm1400 untuk akhir bulan patu faedah yg dikenakan 5% setahun perlu ke tolak kedua2 pinjaman dan darabkan dengan 5% untuk dpt kan faedah atas pinjaman setahun? macam mana nak kira pinjaman untuk modal akhir

  50. Abu,

    Faedah pinjaman –> Belanja
    Pinjaman –> Liabiliti
    # 2 klasifikasi akaun yang berbeza.

    Faedah pinjaman = 5% x 1500
    Pinjaman = 1400

  51. modal awal=25000
    tunai di tangan=2600
    tunai di bank=28000
    lengkapan=11600
    inventories akhir=18210
    abt=4500
    abb=9860
    insurans prabaya=300

    maklumat tmbahan
    i)lengkapan disusutnilaikan pada kadar 10?setahun mengikut Kedah garish lurus.(saya dpt 10440)
    ii)peruntukan hutang ragu di wujudkan sebanyak 5%(4275)
    iii)pada 1 Mac 2017 pemilik telah memasukkan tuna I 1500 me dalam bank untk menambah modal
    iv)pada tahun 2017 pemilik telah mengambil tunai sebnyak RM 450 untk kegunana anaknya.

    solan:
    menyediakan penyata untung rugi BG tahu berakhir 31 disember 2017

    *saya dh cari penyata mengira modal akhir sàya dapat 54190.boleh Cikgu tolong semakkan adakah jwpan saya betul dan saya tidak tahu berapakah ambilan untuk saya buat penyata mengira untung rugi

  52. Tasya,

    Modal alhir RM53,965
    # cuba semak ABT dan PHR.

    Ambilan RM450

  53. Membuat pinjaman pada 1 oct. (RM 5000)
    Faedah atas pinjaman 6% setahun
    .
    Jadi kena kira mcam mana ye? Untuk baki akhir 31 dis.
    Patut kira 3 bulan atau 10 bulan? Saya masih kurang faham tentang faedah ats pinjaman.

  54. Cikgu , apa yg dimaksudkan dengan pinjaman berkadar 10% jangka pendek? Dan soalan beri nilai awl dan akhir tahun. Macamna nak letak dia penyata kedudukan kewangan

  55. Ain,
    1 Okt –> 31 Dis = 3 bulan
    Faedah = 6% x 5000 x 3/12

    Miraa,
    Berkadar 10% –> dalam tempoh setahun faedah dikenakan sebanyak 10%.
    Baki akhir pinjaman –> PKK.

  56. Macammana pula kalau diberi perabot (harga penilaian ) dan diaberi baki awal dan akhir tahun?macammana nak letak di pkk?

  57. Miraa,

    Oleh kerana diberikan baki akhir daripada Akaun Perabot tersebut.. boleh terus masukkan dalam PKK.

  58. Sewa tahunan = rm10600
    inventori alat tulis = rm50

    apa maksud sewa tahunan dngn inventori alat tulis

  59. Ainass,

    Sewa tahunan –> Sewa untuk setahun.–> Belanja
    Inventori alat tulis –> Aset Semasa

  60. Jualan perabot maksudnye jualan aset bukan semasa ke?
    Apa maksud harga penilaian?

  61. Ain,

    Harga pasaran semasa.

  62. cikgu saya dah buat soalan modul 2 buku teks subjektif soalan 6.
    untuk mengira modal akhir
    perabot 27000×10% = 2700
    perabot =27000-2700
    =24300
    kenderaan =20000+8000=28000
    abt=17500×5% =875
    abt=17500-875=16625
    bank=28500
    inventori=30130
    (aset)
    abb=9400
    pinjaman=12000
    (faedah atas pinjaman 8% pinjaman awal 13500 pinjaman akhir 12000)
    aset – liabiliti = 107655
    saya x dapat jumlah modal akhir yang sebenar iaiitu 105075
    di manakah kesilapan saya cikgu?

  63. Abu,

    Faedah atas pinjaman belum bayar = 8% x 13500 –> Liabiliti

  64. Cikgu, macamana Susut nilai perabot boleh dapat 1025?
    *belanja -susut nilai perabot (10% x 8600 x 6/12) = 430?

  65. Nur

    8600 –> cukup 1 tahun 10% x 8600
    3300 –> 6 bulan 10% x 3300 x 6/12

  66. cikgu kenapa pinjaman tetap tidak perlu dimasukkan sebagai liabiliti di penyata kedudukan kewangan?

  67. Abu,

    Pinjaman –> Liabiliti dlm PKK

  68. cikgu soalan buku teks nombor 6 modul 2 subjektif.. kenapa modal akhir dia 105075 tapi jawapan pkk dia 115575 sedangkan dia suruh sediakan format bentuk penyata cikgu? jawapan dia bukan sepatutnya sama ke?

  69. Abu,

    Modal akhir tidak semestinya sama dengan jumlah PKK kerana jumlah tersebut EP + LBS…. modal akhir hanya item EP sahaja.

  70. Kenderaan (kos) 1 January 22000
    Kenderaan 30 jun ???

    Maklumat tam:
    Pemilik mengunakan wang sendiri membeli motor rm5000 pada 29 jun. Aset tersebut disusut nilaikan 10% atas kaedah garis lurus.

    Macam mana ni cikgu. Mohon pertolongan.

  71. Sha,

    Kenderaan 30 jun = 22000 + 5000
    SN = 22000 x 10% x 6/12
    Kenderaan baru 1 hari dibeli –> tiada susut nilai lagi.

  72. Salam cikgu.. Kalau ade pinjaman dalam kaedah perbandingan.. perlu masuk ke dalam Liabiliti Semasa dalam PKK ke? Bukan pinjaman Liabiliti Bukan Semasa ke kalau suruh buat PKK?

  73. Assalam cikgu … soalan cabaran kbat buku teks f5 ( page 104 ) macam mana ?

  74. Lin,
    Pinjaman boleh jadi LS & LBS.. rujuk tempoh matang dan juga bayaran balik setahun.

    Nur, waalaikumissalam.
    Seperti contoh2 sebelumnya…

  75. assalamualaikum cikgu . boleh tlg sy tak?

    SOALAN BAGI

    kenderaan 1 jan 2017 rm22000
    kenderaan 30 jun 2017 dia tak bagi.

    mak.tambahan;

    pemilik menggunakan wang sendiri utk membeli motosikal berharga 5000 pada 29 jun 2017. aset tersebut disusutnilaikan sebanyak 10% mengikut kaedah garis lurus.

    macam mana nak kira ni cikgu? sy dh baca keterangan lps yg cikgu tulis tapi sy tak berapa faham. boleh cg terangkan lagi tak

  76. Nisha, waalaikumussalam.

    Kenderaan 22000:
    SN = 10% x 22000 x 6/12 = 1100
    Kenderaan 5000:
    Tiada SN kerana baru 1 hari dibeli.(29 jun – 30 jun 2017)

    Kenderaan pada 30 jun 2017
    = 22000 + 5000 = 27000

  77. Alatan pejabat kenapa tolak 5000?

  78. Goh,

    Alatan Pejabat 15000
    (-) SNT 5000 –> 10000

  79. Invois nak tambah atau tolak?

  80. Goh,

    Invois –> tambah jumlah Pemiutang/ABB & Belian

  81. Cikgu bolehkah saya tahu bila nak tambah aset (kenderaan)kalau ambil masuk? Saya ada sedikit confuse .

  82. Jun,

    Rujuk Baki Akhir…. jika masih sama baki awal –> maksudnya BELUM diambilkira.

  83. Salam cikgu, sye nk tnye soalan kaedah perbandingan dalam maklumat tambahan ni..
    Ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri bernilai RM900 belum direkod lagi.
    Kesannya adalah
    Ambilan = + RM 900
    Satu lagi kesan apa ya cikgu… Kalau belian kan xde dalam kaedah perbandingan..

  84. Omey,

    Ambilan +900

    Kaedah perbandingan hanya lihat kesan atas Aset, Liabiliti dan Ekuiti sahaja… tidak kepada catatan bergu kerana rekodnya sudah TAK LENGKAP.

  85. Alatan pejabat 1/1/17(6500) 30/6/17(6500)

    maklumat tambahan:

    alatan pejabat disusutnilaikan sebanyak 10% setahun atas kos.Aset tersebut telah dibeli pada 1 januari 2017.

    macam mana nk kira?

  86. SN = 10% x nilai kos x 6/12

    # untuk 6 bulan

  87. pinjaman(matang pada 31 disember 2025)

    1/1/17 13500
    31/12/17 12000

    maklumat tambahan:
    faedah atas pinjaman dikenakan 8% setahun atas baki pinjaman dan nilai ini belum dijelaskan

    betul tak jawapan yang saya kira

    8% x 12000=1080

    RM1080 faedah pinjaman belum bayar kan

    saya nk tanya kenapa 8% kena darab dengan baki b/b kenapa bukan baki h/b
    saya dok fahamlah

  88. Konsep pinjaman:
    Kita pinjam 1/1/17 RM13500
    –> bila kita kira dan patut bayar faedah 1/1/17 @ 31/12/17 ?

    Bayar 31/12/17.
    Berapa faedah kena bayar ?
    8% x 13500 @ 8% x 12000 ?

    # cuba fikir apa rasionalnya faedah 8% x 13500.
    Jika 8% x 12000 –> (13500 – 12000) 1500 –> TIDAK DIKENAKAN FAEDAH.

  89. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan RTL (kaedah perbandingan) maklumat tmbhn menyatakan pemilik memperolehi hadiah cabutan bertuah bernilai rm 10,000 dan telah menggunakannya utk pengubahsuaian kedai. jd nilai premis akn bertambah rm10,000 manakala modal tmbhn rm 10,000. am i right..? thankyou

  90. Ricky,

    Ya.. betul.

  91. salam sejahtera cikgu. mohon penjelasan ttg maksud ayat dibwh:

    soalan menyediakan baki ABT pada 31 dis 2017 ialah RM 5000

    a) seorang ABT telah muflis dan hutangnya RM 500 telah dihapuskan sebagai hutang lapuk.

    b) seorang ABT telah muflis dan hutangnya
    RM500 dihapuskan sebagai hutang lapuk.

    persoalannya adakah dua ayat di atas membawa maksud yg sama? kerana cikgu di sekolah menyatakan bhw dlm ayat A baki akhir ABT tidak perlu ditolak RM500 kerana nilai akhir ABT telah mengambil kira kerana wujudnya perkataan ‘telah’ manakala sekiranya ayat B baki akhir ABT perlu ditolak RM500 kerana tidak terdpt perkataan ‘telah’. maksudnya baki akhir blm tolak RM500 maka kita perlu buat pelarasan..

    minta bantuan cikgu..terima kasih

  92. Ricky, salam sejahtera.

    Sama maksud… kedua tolak di ABT.

  93. nadieratiqah

    salam cg,

    saya nk bertanya ttg susut nilai. saya rujuk soalan percubaan terengganu 2017.bhgn A soalan no2

    info di maklumat tambahan:
    alat pejabat telah dibeli pada 1 Oktober 2015 dengan kos RM5,000. Perniagaan memperuntukkan susut nilai 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. Tiada pelarasan susut nilai dibuat sejak tarikh pembelian aset tersebut.

    tempoh perakaunan berakhir 31 Mac 2017.

    Jalan kira:
    Susut Nilai:
    1. thn pertama (1okt15-31Mac16)-> 20% X 5,000 X 6/12 : RM500
    2. thn kedua (apr-31mac17) -> 20% x (5,000 – 500) : RM900

    dalam skema jawapan:
    susut nilai RM900 di belanja
    susut nilai terkumpul RM1,400 di PKK
    susut nilai RM500 dimasukkan dlm pengiraan modal awal.

    disebabkan soalan nh bawah bab rekod tak lengkap. susut nilai thn pertama dimasukkan dlm pengiraan modal awal.. saya tertanya kalau soalan yg sama ditanya bawah bab milikan tunggal. susut nilai thn pertama akan dimasukkan dimana ?

    terima kasih cg

  94. Nadieratiqah,

    Bukan SN 500 yang dimasukkan dalam pengiraan Modal Awal .. tetapi SNT 500.
    Nilai buku Alatan Pejabat pada awal tempoh tersebut:
    Alatan Pejabat 5000
    (-) SNT 500

    Jika soalan Milikan Tunggal biasa… nilai SNT 500 tersebut akan diberikan dalam soalan… kerana rekod perakaunannya lengkap.

  95. Cikgu, deposit kadar bayaran adalah aset atau liabiliti?

  96. Jum,

    Aset Semasa

  97. Apa maksud tempoh matang?

  98. Contoh Pinjaman matang pada 31 dis 2019…. maksudnya pinjaman tersebut telah habis dibayar pada tarikh tersebut… tiada baki/hutang lagi.

  99. Alatan pejabat (kos) rm26 000
    Peruntukan susut nilai alatan pejabat rm2000

    Maklumat tambahan

    1. Alatan pejabat disusutnilaikan pada 10% setahun atas kos. Alatan pejabat yang bernilai rm3600 dibeli pada 31 julai 20×2

    Salam cikgu.. nk tnya mcm mne nk selesaikan soalan ni ye? Jwpn yg diberikan rm2390 masuk dalam kunci kira kira.. pensyarah suruh cari mana dptnya rm2390 tu..

  100. Hariz,

    Untuk kira susut nilai kita kena tahu tempoh penggunaan aset tersebut… kena rujuk tempoh perakaunan berakhir bila..
    26000 terdiri daripada 3600 baru beli 31 julai x2…. kenalpasti tempoh guna berapa bulan utk kita kira susut nilainya.
    Manakala bakinya (26000 – 3600) telah beli lama.. maka kira SN untuk setahun.
    Kemudian jumlahkan kedua2 SN tersebut..
    Maka PSN = 2000 + SN

  101. Tempoh perakaunan dia berakhir pada 31 disember 20×2.. so dia guna selama 5 bulan la kan? Saya tak berapa faham jalan kerja dia..

  102. Hariz,

    SN1 = 3600 x 10% x 5/12 = 150
    SN2 = (26000-3600) x 10% = 2240
    SN = 150 + 2240 = 2390

  103. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Soalan 5 kelantan tahun 2017 dirujuk, soalan memulakan perniagaan tetapi dalam skema akaun modal mengapa dituliskan Baki b/b 101000, bukankah kena senaraikan semua aset yg dibawa masuk dalam akaun modal?

  104. Fatimah,

    Semua akaun telah ditutup pada 30 jun 2017. Baki pada tarikh tersebut kemudian diselaraskan…

    Jika nak bermula 1hb… masukkan semua item2 baki awal… markahnya tetap sama1 markah.

  105. Fatimah Binti Ahmad

    Terms kasih cikgu yang banyak membantu.

  106. assalamualaikum , ckgu , mcm mana nk kira faedah atas pinjaman?

  107. Huda,

    Faedah pinjaman = kadar faedah x pinjaman x tempoh (jika tidak cukup setahun)

  108. Assalam cikgu….

    Petikan drpd soalan

    Kenderaan dibeli pada 31 mac 2018 melalui pinjaman bank dengan tempoh pembiayaan adalah selama lima tahun.

    Harga kenderaan 50 000
    Tarikh akhir tempoh perakaunan adalah 31 mac 2018

    Soalan saya.berdasarkan pemahaman saya …kita akan merekod dalam pkk

    Liabiliti semasa 10 000
    Liabiliti bukan semasa 40 000

    Tetapi skema tulis
    LBS 50 000

  109. Ameera, waalaikumussalam.

    Skema tersebut ikut sukatan lama.
    # sila ikut sukatan baru KSSM.

  110. Salam cikgu,

    Perabot (kos)-
    1 Januari 2018: Rm7500
    31 Januari 2018: ?

    Susut Nilai Perabot-
    1 Januari 2018: Rm1500
    31 Januari 2018: ?

    Info Tambahan:
    Pemilik membawa masuk perabot peribadi RM2600 ke dlm perniagaan. kadar susut nilai perabot ditetapkan 10% setahun ke atas kos.

    Persoalannya, macam mana nak kira perabot bersih? kalau nak letak perabot dalam PKK pada 31 januari tu 2600 tolak dengan snt atau pun kena tambah dengan 7500 (1Januari2018) ?

  111. Waalaikumussalam.

    Dalam PKK
    Perabot (7500+2600) 10100
    (-) SNT (1500 + SN semasa)
    = Nilai Buku …. bukan “perabot bersih”

    SNT = SNT awal + SN tahun semasa

    Dalam kes ini.. SN tahun semasa kena kira untuk perabot asal 7500 (+) perabot baru 2600

    # cuba rujuk soalan bila tarikh perabot baru tersebut dibawa masuk… ambilkira tempohnya untuk kira SN.
    # cuba semak soalan… berakhir 31 januari @ 31 Disember ?

  112. perabot baru dimasuk pada 1 April 2018

  113. berakhir 31 Disember 2018

  114. Ok.. cuba kira SN.

    1. Perabot 7500 –> untuk setahun
    2. Perabot 2600 –> untuk 9 bulan
    Maka akan dapat SN untuk tahun tersebut.
    SNT = 1500 + SN

  115. modal awal 1 januari 2017 = RM25000

    pada 31 disember 2017 :
    lengkapan 11600
    tunai di bank 28000
    tunai di tangan 2600
    inventori akhir 18210
    akaun belum terima 4500
    akaun belum bayar 9860
    insurans prabayar 300

    maklumat tamb :
    i) lengkapan disusutnilaikan 10% kaedah garis lurus (sy dapat rm10440)
    ii) peruntukan hutang ragu diwujudkan sebanyak 5% (sy dapat rm4275)
    iii) pada 1 mac 2017, pemilik telah memasukkan tunai RM1500 ke dalam bankuntuk menambah modalnya
    iv) pada tahun 2017, pemilik telah mengambil tunai sebanyak RM450 untuk kegunaan anaknya

    cikgu sy dapat 49915 je knp eh. buku teks ms 65

  116. *penyata kedudukan kewangan

  117. Zakwan.

    Baki akhir Tunai & Bank –> TIDAK BERUBAH,,
    Cuba betulkan.. dapat tak jawapan seperti buku teks.

  118. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan berikut:

    a) kenderaan bernilai RM50000 dibeli pada 31 Mac 2017 melalui pinjaman bank dengan tempoh pembiayaan selama lima tahun. soalannya mengkehendaki kita menyediakan PKK pada 31 Mac 2017, jadi RM10000 drpd RM50000 diletak dibwh LS manakala baki selebihnya RM40000 diletak dibwh LBS. Am i right?

    terima kasih cikgu

  119. Ricky,

    Ya.. betul

  120. Hy Cikgu Saya Nak Minta Tolong

    macam mana nak kira sekiranya

    Peruntukan Susut Nilai Lengkapan = RM750
    Lengkapan = RM7500
    Lengkapan disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah garis lurus

    macam mana nak jawab?

  121. Marvin J,

    SN = 10% x 7500 = 750 —> Belanja
    PSN = 750 + 750 = 1500

  122. Cikgu , macam mana nak kira insurans prabayar

  123. Farisha,

    Bergantung kepada maklumat yang diberi dalam soalan

  124. Kenderaan (kos) rm48000

    Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun dengan nilai skrap rm1000 mengikut kaedah Ansuran Tetap

    Mcmne nak jawab?

  125. Humaira,

    SN = (kos – nilai skrap) x 10%

  126. Faedah simpanan tetap 150
    Simpanan tetap 6000

    Assalamualaikum cikgu..macam mana mahu jawab kalau faedah atas simpanan tetap 4% setahun?

  127. Kipah, waalaikumussalam.

    Faedah = 4% x 6000 = 240
    Faedah belum terima = 240 – 150 = ….

  128. Pinjaman yang diperolehi pada 1 julai 2017 dijangka matang pada tahun 2026 dikenakan faedah atas pinjaman pada kadar 10% setahun

    Pinjaman dlm jadual yg di beri RM10000

  129. Wawa,

    Isu berkaitan pinjaman ada 2 :
    1. Faedah atas pinjaman belum bayar
    2. Pengkelasan baki Pinjaman sebagai LS dan LBS.

  130. Cg narzuki

    Kiranya angka 10000×10%?

  131. Wawa,

    Kena lihat syarat faedah atas pinjaman…. 10% atas baki pinjaman @ atas nilai pokok pinjaman..

  132. Kenderaan disusutnilaikan 15% setahun mengikut kaedah garis lurus. Sebahagian kenderaan bernilai RM35000 dibeli pada 1 Januari 2012.

    ID pada 30 Jun 2012 – kenderaan – 68300
    Susut nilai terkumpul kenderaan- 9990

    Assalamualaikum cg. Betul ke jawapan saya
    Susut nilai kenderaan – 7620
    Susut nilai terkumpul kenderaan 17610

  133. Amirah,

    Ya.. tepat.

  134. Assalammualaikum,Cikgu. Cikgu boleh tolong saya tak soalan tu

    Soalan:Premium insurans telah diperbaharui sebanyak rm120 setahun mulai 1 april 2016.

    Macam mana nak cari insurans tahunan(yang telah dibayar) dan insurans sepatutnya dibayar

  135. Miya, waalaikumussalam.

    Mulai 1 April 2016 –> 31 Mac 2017 (setahun)
    Rujuk tarikh berakhir bila ?.. katakan 31 Disember.
    Maka insurans yg sepatutnya (1 April 2016 –> 31 Dis 2016)..9 bulan –> 120 x 9/12
    Insurans prabayar (1 Jan 2017 –> 31 Mac 2017).. 3 bulan –> 120 x 3/12

  136. Cikgu..abt tu ape ye

  137. Nur

    ABT = Akaun Belum Terima = Penghutang …. orang yang beli barang secara kredit daripada kita.

  138. Kadar faedah tu bayaran muka ke

  139. Fad,

    Bukan

  140. Assalam cg mcm mn nk jawb maklumat tambahan simpanan tetap telah dibuat pada 1 mac 2018

  141. Yasmin, waalaikumussalam.

    Kena rujuk kepada soalan… jika diberi kadar faedah –> maka kena kira faedah atas dimpanan tetap tersebut.

  142. Cikgu,
    1 jan 2017 baki bb alatan pejabat RM 10000.
    1 julai 2017 belian al.pejabat baru RM5000.
    Tempoh perakaunan berakhir 31 Disember setiap tahun

    soalan:kira sn al.pejabat 10% mengikut kaedah kos tetap .

    adakah belian baru aset tu kena susut nilai? dan mcm mana pengiraannya .

    tq.

  143. Arfah pemilik kedai buku arfa yg mulakan perniagaannya pada 1 julai 2016.

    Imbangan duga pada 30 jun 2018
    kenderaan kos rm 8000
    Sn.terkumpul kenderaan rm1200

    Maklumat tambahn
    1.Arfah bawa masuk kenderaan rm 48000 utk kegunaan perniagaannya pada 1 jan 2018.Perkara ini blm direkodkan.

    Sn dikira 15% setahun atas kos.

    Soalan : adakah kenderaan yg baru bawa masuk tu perlu dikira susut nilainya ? dan jumlah susut nilai kenderaan ada berapa?

  144. Lin,

    1. Ya kena kira kedua2nya… cuma yang baru X tempoh ianya digunakan (1 julai – 31 disember)… kemudian jumlahkan kedua2.
    2. Kes soalan ke2.. sama dgn kes 1

  145. Salam, cikgu. Soalan spm 2017 no. 37.
    Saya totalkan Rm18000 + Rm35000 + Rm40000 = RM93000

    Tpi jawapannya, C.
    Mcm mana nk pengiraan sbnr ye?

  146. Iqa,

    Jawapan anda yang BETUL.

  147. SOALAN – Encik Wong telah memenangi peraduan “Teka & menang” yg berjumlah rm10,000. Beliau telah memasukkan semua wang kemenangannya ke dlm akaun bank perniagaan.

    soalan saya ialah bagi PKK, sebelah ASET SEMASA- BANK kenapa tidak perlu tambah rm10,000?

    Jawapan yg diberi hanya masuk ke EP-MODAL TAMBAHAN

    Minta bantuan cikgu, tq

  148. Grace,

    RTL : Kaedah perbandingan… dimana rekod perakaunan amat tidak lengkap (tiada rekod catatan bergu lagi)… di mana baki2 akhir Tunai.. Bank & Inventori dikira secara fizikal pada tarikh tersebut..
    1. Tunai –> buka laci.. kira berapa wang tunai yg ada.
    2. Bank –> pergi ke bank tanya/rujuk penyata bank.. berapa baki ada dibank.
    3. Inventori –> kira semua inventori yang ada dalam kedai pada tarikh tersebut.
    MAKA… segala urusniaga berkaitan Tunai, Bank & Inventori yang berlaku sebelum ini telahpun diambil kira.
    # baki akhir yang dikira pada tarikh tersebut adalah baki akhir yang sebenarnya ada.

    Dalam Kes soalan tersebut… Bank tidak perlu lagi ditambah… hanya rekod sebagai Modal Tambahan sahaja.

  149. Ohh.. ok..dah faham , terima kasih cikgu:)

  150. terima kasih cikgu

  151. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg pekara berikut:

    a) bg soalan RTL (kaedah perbandingan)- sekiranya dlm soalan menyatakan bhw brg niaga bernilai RM 500 dipulangkan oleh pelanggan tidak dicatat di mana-mana buku. maka kita hanya perlu menolak RM500 drpd ABT sahaja tanpa perlu membuat sbrg pelarasan thdp inventori. am i right? thank you…

  152. Ricky,

    Ya. Betul.

  153. Perabot (dibeli pada 1 Januari 2017) dijangka akan digunakan selama 5 tahun dgn berbaki rm3000 pd tahun ke5. Susutnilainya ditetapkan mengikut kaedah ansuran tetap.

    *Harga Kos Perabot pd 31/3/2017 ialah rm8600.

    Tolong ajar cara nk selesaikan…

  154. Afiq,

    SN setahun = (kos – nilai skrap) / usia guna = A

    Maka SN untuk 3 bulan —> A x 3/12

  155. Cikgu faedah atas pinjaman harus letak dibahagian mana..penyata pendapatan atau kunci kira kira?

  156. Naz,

    Faedah pinjaman –> BELANJA –> Penyata Pendapatan

  157. apakah maksud pinjaman matang ?

  158. Jad,

    Pinjaman matang –> pinjaman tersebut habis dibayar.

  159. cikgu?apakah butiran ini dan ini merupakan klasifikasi apa untuk (baki akaun bank menunjukkan baki overdraf berjumlah rm358) dan adakah ini kira sebagai akaun bank lagi?

  160. Hassin,

    Akaunnya tetap AKAUN BANK… cuma apabila berbaki kredit (overdraf).. ianya dikelaskan sebagai LS

  161. Cg, macam mana nak selesaikan kenderaan itu? Soalan (iv dan v)

  162. Zzi,

    Maaf… merujuk kepada soalan mana ?

  163. Pinjaman(matang pada 31 disember 2025)
    1/1/17 13500
    31/12/17 12000

    Soalan…
    Faedah atas pinjaman dikenakan 8% setahun atas baki pinjaman dan nilai ini belum dijelaskan.

    Cg saya nak tanya knpa 8%kena drb 13500…knpe x drb 12000

    Cg tolong trngkan lebih terperinci sbb saya x faham

  164. Soalan buku teks m/s 66

    Jwpn pkk 11575
    Tpi saya dapat sama dengan modal akhir 10575…

    Mcm mne nak betulkan cg

  165. Yaa,

    Pengiraan faedah atas pinjaman bermula dengan BAKI AWAL.
    Contoh mudah… katakan kita Pinjam RM10000 pada 1/1/20… maka faedah yang dikenakan untuk tahun ini ialah % x 10000.
    Katakan tahun ini bayar RM1000… maka baki 31/12/2020 = RM9000.
    Jika faedah dikira % x 9000 –> maka RM1000 tidak dikenakan faedah… bank yg rugi.

    Pinjaman 12000… perlu dilaporkan dlm PKK sebagai:
    LS:
    Pinjaman 1500

    LBS:
    Pinjaman (12000-1500) 10500

  166. Sust nilai kenderaan adalah sebanyak 10% setahun atas harga kos

    Kenderaaan(dibeli pada 1 jan 2018)

    1 jan 2019 31 dis 2019
    38500. 38500

    Jawapan:

    10%×38500=34650(1 jan2019)

    Macam mana nak kira utk 31 dis 2019?

  167. Hana,

    Oleh kerasa kaedah atas kos.. maka
    SN 18 & 19 = 10% x 38500 = 3850

    31/12/2018
    Kenderaan 38500
    (-) SNT 3850… 34650

    31/12/2019
    Kenderaan 38500
    (-) SNT (3850+3850) 7700 … 30800

  168. Cek yg dikeluarkan kepada akaun belum bayar Rm 612 tertinggal catat

    Bank akhir Rm2147
    Akaun belum bayar akhir Rm5612

    Ckgu,nilai mana yg berubah bank atau ABB?

  169. Alia,

    Hanya ABB

  170. assalamualaikum cikgu,

    PINJAMAN BANK => 10000

    MAKLUMAT TAMBAHAN :
    Faedah atas pinjaman 4% setahun belum dijelaskan

  171. Myra, waalaikumussalam..

    Kira Faedah belum bayar..

  172. Nak tanya,soalan pelarasan..

    Pinjaman bank matang pada 31 Mei 2019 dan faedah dikenakan pada kadar 4 peratus setahun.

    Maklumat :
    31 Mac 2017
    Pinjaman Bank RM 27000
    Faedah Pinjaman RM 800

    Nk kira mcm mna utk msuk blnja ?

  173. Ifah,

    Faedah pinjaman = 4% x 27000= 1080 —> Belanja
    Faedah belum bayar = 1080 – 800 –> LS

  174. cikgu, faedah atas pinjaman belum bayar ialah belanja ke?

  175. Chin Yin Ying

    imbangan duga pada 31 Mac 2018
    Pinjaman(kadar faedah 5%setahun)ialah RM24000.
    Dia bertanya pinjaman selama 5 tahun diperoleh oleh Agro bank pada 1 Mac 2018

  176. Chin Yin Ying

    apakah faedah atas pinjaman?

  177. Chin Yin Ying

    Ini soalan pelarasan
    Saya nak mengubah soalan yang saya tanya.
    Bagaimana saya mengira soalan yang saya tanya ini?

  178. Najiyah,
    Faedah BELUM BAYAR –> LIABILITI SEMASA.
    Faedah atas pinjaman –> BELANJA

    Chin Yin Ying,
    Kita hanya kira faedah untuk tempoh 1 bulan (1 – 31 Mac) sahaja.
    Faedah atas pinjaman = 5% x 24000 x 1/12

  179. Sherilyn Rachel

    Cikgu , kalau imbangan duga cakap pinjaman 10 ( Matang Mei 22) tapi imbangan duga bertarikh 30 Jun2019 apa maksud dia cikgu untuk sediakan Akaun APUR dan PKK

  180. Sherilyn,

    Tujuan hanya untuk kelaskan pinjaman tersebut sebagai LS @ LBS.

  181. Cikgu ID tarikh 30 jun 2019 pinjaman bank 10 000, faedah pinjaman 415
    Soalan-
    Pinjaman bank telah dibuat pada 1 September 2018 dengan kadar faedah 6% setahun yang dikira berasaskan bulan

    Macam mana nak kira?

  182. Sofia,

    Faedah = jumlah pinjaman X kadar faedah setahun X tempoh pinjaman

    # Tempoh pinjaman = bulan / 12

  183. hi cikgu, if feel free can you answer my question ?

    insurans kedai ialah rm 3600 setahun. premium insurans dibayar pada setiap awal suku tahun

    how to solve this, thanks :))

  184. teyha,

    soalan minta kita tentukan berapakan Insurans Prabayar… jadi kena tentukan bila ianya dibayar dan berapa bulan yang terdahulu/prabayar..

  185. Cikgu saya ada soalan, perniagaan membuat pinjaman bernilai RM36000 dan dikenakan faedah 3% setahun bermula 1 Mac 2019. Bayaran pinjaman adalah secara ansuran selama 60 bulan. Dekat imbangan duga hanya ada pinjaman sebanyak RM33000 dan imbangan duga pada 31 Julai 2019. Saya tak faham soalan ini cikgu.

  186. Nur,

    Pinjaman 36,000 – 1 Mac
    bayar 5 bulan = 600 x 5 = 3000
    Baki Pinjaman 33000 – 31 Julai
    1. PINJAMAN .. agihkan 33000 untuk LS (kira bayar setahun) & LBS (baki selebihnya)

    2. FAEDAH PINJAMAN.. 3%… utk 1 mac – 31 julai

  187. faedah atas pinjaman 8% setahun

    pinjaman bank x 8% ke?

  188. Aina,

    Asasnya.. X 8% untuk setahun..
    walau bagaimanapun.. kena rujuk juga TARIKH PINJAMAN tersebut.. cukup setahun @ tidak… jika tidak… kena X 8% X bulan/12

  189. Susut nilai terkumpul nak letak dalam penyata mengira modal ke?

    Kalau letak dalam penyata mengira modal. Nak letak kat aset atau liabiliti?

  190. Zaihan,

    ikut format dalam PKK.
    Cth:
    Kenderaan 50000
    (-) SNT………5000.. 45000

  191. pinjaman berkadar faedah 4% akan tamat tempoh matangnya pada 30 jun 2019

    imbangan duga pada 30 jun 2017

    macam mana nk buat ye cikgu ?

  192. 1. kenalpasti Faedah Belum Bayar
    2. tempoh matang –> untuk tentukan pinjaman tersebut dikelaskan sebagsi LS @ LBS.

  193. Cikgu, apakah maksud pinjaman matang?

  194. Silncer Tk,

    Tempoh pinjaman tersebut perlu dijelaskan semua sekali..
    Cth : pinjaman kita buat utk tempoh 5 tahun… maka tempoh matangnya ialah 5 tahun kemudian.

  195. Macam mana nak kira soalan ni?
    (Tempoh perakaunan 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017)

    Faedah pinjaman =RM2400
    Pinjaman 12%(matang pada 1 Januari 2037)

    i)pinjaman 12% dibuat pada 1 Januari 2017)

  196. Hana,

    Ada 2 perkara yang perlu diselesaikan:
    1. Faedah Pinjaman & Faedah Belum Bayar.
    2. Baki Pinjaman .. perlu dilaporkan dalam PKK sebagai LS & LBS

  197. Cikgu macam mana nak kira soalan tu?

  198. Pinjaman 12% ( matang pada 1 januari 2037)= 80000

  199. Hana,

    selesaikan Faedah pinjaman & Faedah pinjaman Belum Bayar dahulu.
    1. kira Faedah pinjaman .. utk (1/1/17 — 30/6/17) : 6 bulan = 12% x Pinjaman x 6/12 = A

    2. kira FPBB = A – 2400

  200. Imbangan duga 31 dismember 2018

    Pinjaman Bank dengan kadar faedah 8% setahun PERLU dijelaskan sepenuhnya pada 31 dismember 2019

    Pinjaman 8% setahun 10000
    Faedah atas pinjaman 600

    Macam mana nak cari pinjaman Bank tu fan akaun apa terlibat?

  201. Mayahe,

    1. Faedah Pinjamnan = 8% x 10000 = 800 (Belanja)
    Faedah pinjaman belum bayar = 800 – 600 = 200 (LS)

    Pinjaman —> dilaporkan dlm PPK sebagai LS

  202. Cikgu mcm mna nk kira ni

    Imbgn duga pada 31 Mac 2017
    Pinjaman amanah ikhtiar – rm20000
    Faedah pinjaman amanah ikhtiar- rm250

    Mklumst tmbhn:
    Vii)pinjaman amanah ikhtiar telah dibuat pd 1 disember 2016 . Kadar faedah adalah 6% setahun dan bayaran balik secara ansuran bulanan selama 4 tahun

  203. Liani,

    Berdasarkan maklumat yang diberi.. ada 2 perkara yang perlu diselaraskan.
    1. Faedah pinjaman & Faedah pinjaman Belum Bayar
    2. Pinjaman tersebut perlu dilaporkan sebagai LS & LBS dalam PKK

  204. Nak buat macam mna ni cg

  205. Syalha,

    Buat pelarasan satu persatu terlebih dahulu… pastu baru sediakan apa yang diminta oleh soalan.

  206. Husna memulakan operasi perniagaannua pada 1 april 2017
    Imbangan duga 31 Mac 2018

    Kenderaan-rm48000
    SNT kendraan-rm6336

    Maklumat tmbhn:
    Perniagaan mempunyai 2 buah kenderaan,sebuah dibeli thun 2012 dan sbuah lg dibeli thun 2015. Semua kenderaan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan

    Mohon pencerahan cikgu

  207. Syalha,

    Pengiraan SN berdasar tempoh.. memandangkan kedua2 kenderaan tersebut dibeli pada 2012, 2015.. maka untuk tempoh perakaunan semasa.. masing2 genap setahun.. maka SN = 10% x (48000 – 6336)

  208. Cikgu nk tny lagi
    Husna memulakan operasi perniagaannua pada 1 april 2017
    Imbangan duga 31 Mac 2018

    Pinjaman(kadar faedah 5%setahun)-rm28000

    Maklumat tmbhn:
    Pinjaman selama 5 tahun diperoleh daripada BIMB pada 1 Mac 2018

  209. Syalha,

    Kira Faedah atas pinjaman untuk tempoh (1 mac – 31 mac) 1 bulan..
    Faedah = 5% X pinjaman X 1/12
    Faedah pinjaman belum bayar = …

  210. Cikgu,boleh tlg ajar

    Imbangan duga 31 Jualai 2018

    Inventori alat tulis pada 1 ogos 2017 -rm90
    Belian Alat tulis-rm300

    Mklumat tmbhn:-
    Inventori alat tulis pda 31 Julai 2018 bernilai rm70

  211. Liani,

    Daripada 3 maklumat tersebut kita boleh tentukan Belanja Alat Tulis.
    Caranya sama seperti kira Kos Jualan dalam Ak Perdagangan.

  212. cg boleh tlg ajar

    pelarasan:
    Pada 1 September 2020, Medina membuat pinjaman bagi tujuan perniagaan LM Studio bernilai RM 30,000. Tempoh matang pinjaman ialah 9 bulan, dengan kadar faedah 8%. urusniaga ini belum direkodkan dalam akaun perniagaan LM Studio.

  213. Rina,

    2 perkara yang perlu diberi perhatian :
    1. Pinjaman –> tentukan LS atay LBS
    2. Faedah atas pinjaman & Faedah pinjaman belum bayar

  214. cikgu,
    bagaimana hendak mengira faedah pinjaman sekiranya pinjaman sebanyak 30000 dibuat pada 1 september 2020. tempoh matang pinjaman adalah 9 bulan. dengan kadar faedah 8% setahun. rekod perniagaan berakhir setiap tahun pada 31 oktober 2020.
    boleh tak cikgu jelaskan tentang tempoh matang 9 bulan tu.
    terima kasih cikgu

  215. Tika,

    Ada 2 perkara yang perlu diverikan perhatian ;
    1. Faedah atas pinjaman –> kira untuk 2 bulan –> 8% x 2/12 × 30000, kemudian tentukan untuk Faedah pinjaman belum bayar (LS).

    2. Pinjaman –> LS @ LBS (dalam PKK nanti).. rujuk TEMPOH MATANG… oleh kerana KURANG 1 TAHUN –> maka Pinjaman –> LS.

  216. Salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    a) dlm maklumat tmbhn menyatakan bhw peniaga memberi diskaun sebyk RM 450 kepada ABT..persoalannya adakah nilai akhir ABT perlu ditolak dgn amaun tersebut.?

    b) menurut penjelasan cikgu di atas bhw kebiasaanya nilai tunai, bank dan inventori adalh nilai muktamad kerana ia dihitung secara fizikal dan semua ambilan sebelumnya telah diambil kira.. Tp bagaimana pula sekiranya dlm maklumat tmbhn menyatakan bhw pemilik mengambil brg niaga dan tunai tetapi perkara ini blm dicatat dlm mana-mana buku.. Jd adakah nilai akhir tunai dan nilai belian perlu ditolak dgn nilai ambilan tunai dan nilai ambilan brg niaga?

    Terima kasih cikgu

  217. Ricky, salam sejahtera.

    a) Diskaun diberi hanya wujud apabila ABT membuat pembayaran bagi menjelaskan baki hutang beliau.

    b) ya sekiranya dinyatakan dengan jelas BELUM DICATAT … maka perlu dibuat pelarasan terhadap bakinya.

  218. Jd baki akhir ABT Perlu ditolak dgn disk diberi bg menghitung nilai jualan kredit kerana soalan mengkehendaki kita menyediakan ak kawalan blm terima..am i right?.. Terima kasih cikgu

  219. Ricky,

    Ya.. sebab BELUM DICATAT lg..

    Kebiasaannya.. jika diminta Ak Kawalan.. ini merujuk kepada RTL Kaedah Analisis… bukannya Kaedah Perbandingan.

  220. pinjaman (matang pada 32 disember 2025)

    1 jan 2017 = RM13500
    31 dis 2017 = RM12000

    (iv) faedah atas pinjaman dikenakan 8% setahun atas baki pinjaman dan nilai ini belum dijelaskan.

    boleh bertanya , kenapa RM13500 x 8% ? kenapa bukan RM12000 x 8% ?

  221. Jimin,

    Faedah pinjaman dikira berdasarkan baki AWAL pinjaman.

    Katakan kita pinjaman hari ini RM100,000… maka faedah dikenakan atas RM100,000… bukannya atas baki pinjaman pada akhir tahun nanti… katakan RM90,000..

    Jika dikira atas baki akhir
    maka (100000-90000) = RM10,000 tidak dikenakan faedah.. bank yang rugi nanti.

  222. Cikgu,
    Pinjaman CIMB (matang 30 Jun 2018)
    Ape klasifikasi dye cgu

  223. Batrisya,

    Rujuk tempoh perakaunan berakhir bila… bandingkan dengan tempoh matang.
    Jika KURANG daripada 1 TAHUN –> LS
    Jika LEBIH daripada 1 TAHUN –> LBS

  224. Pemilik telah membuat ambilan tunai RM200 dan barang niaga RM300 setiap bulan .

    Cg, ambilan tunai 200*12+ 300*12

    atau
    ambilan tunai RM200+ RM300*12
    sahaja

  225. chee,

    Penyataan tersebut.. agak mengelirukan.
    Saya pilih cara kedua.

  226. 1Jan2017
    Kenderaan(kos) 22000
    Alatan pejabat(kos) 6500
    Inventori 3440
    Akaun belum terima 1345
    Gaji prabayar 570
    Kadar bayaran belum bayar –
    Akaun belum bayar 970
    Bank 1500

    30Jun2017
    Kenderaan(kos) 27000
    Alatan pejabat(kos) 6500
    Inventori 4210
    Akaun belum terima 2665
    Gaji prabayar –
    Kadar bayaran belum bayar 370
    Akaun belum bayar 1250
    Bank ?

    Soalan: Baki Akaun Bank pada 30 Jun 2017 menunjukkan baki overdraf berjumlah RM358.

    Cg, mcm mana nk buat soalan ni? saya tak berapa paham maksud soalan tu

  227. Nurul,

    Daripada soalan telah diberi baki Bank pada 30 Jun 2017 = (358) Kt

  228. salam cikgu,

    Peruncit R memulakan perniagaan Kedai Runcit R & R dengan modal sebanyak RM 36 000.
    Beliau tidak menyimpan rekod-rekod perniagaannya dengan lengkap. Berikut adalah aset dan
    liabilitinya pada 31 Disember 2017

    RM
    Alatan pejabat 4 700
    Perabot 660
    Kenderan 9 200
    Inventori 1 780
    Akaun belum terima 1 690
    Akaun belum bayar. 1 500
    Tunai di tangan 2 530
    Tunai di bank 7 940
    Kadar bayaran belum bayar. 80
    Pinjaman 3 000

    Maklumat tambahan :
    i. Insurans prabayar berjumlah RM 500
    ii. Dicadangkan semua aset disusunilaikan pada kadar 10% setahun
    iii. Pemilik telah membawa masuk sebuah meja dan kerusi berharga RM 660 ke
    dalam pejabat pada 2 hb Mac 2017
    iv. Sepanjang tahun 2017, Pemilik telah mengambil tunai berjumlah RM 2 700 untuk
    kegunaan sendiiri.
    v. Pemilik bercadang menghapuskan hutang Encik L sebanyak RM 190 sebagai
    hutang lapuk.
    Anda dikehendaki :
    a. Menghitungkan modal pada 31 Disember 2017
    b. Menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Dis 2017
    c. Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017

    boleh tak saya nak tau nilai modal akhir dan untung bersih dia T-T

  229. semua aset disusutnilaikan tu semua aset termasuk aset semasa ke cikgu?

  230. Nana,

    Maaf, sila rujuk skema jawapan.

    SUsut Nilai hanya ASET BUKAN SEMASA.

  231. SITI NURAISYAH BINTI NORDIN

    Assalamualikum cikgu,

    Anggaran belian berikut dimiliki oleh Perniagaan Wawasan.

    RM
    Januari 1 800
    Februari 2 000

    Maklumat tambahan:
    60% daripada belian adalah secara tunai dan bakinya dibayar pada bulan berikutnya.

    Berapakah bayaran pada bulan Februari?

    A. RM 2280 C. RM 1920
    B. RM 2000 D. RM 1200

    Saya nak tanya kenapa jawapan dia C. RM 1920.

  232. Siti,

    Bayaran Feb
    = Belian tunai Feb + Belian kredit Jan
    = 60% x 2000 + 40% x 1800

  233. Salam sejahtera cikgu..mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    a) bg kes RTL (kaedah perbandingan) -bagaimanakah baki akhir ABT Dan ABB dihitung?

    Terima kasih

  234. Ricky,

    Memandang rekod perakaunan.. telah tiada.. maka kita akan hubungi setiap ABT & ABB.. bagi mendapatkan baki hutang daripada rekod mereka.

  235. Kalau begitu kenapa baki akhir ABT perlu ditolak dgn hutang lapuk yg dinyatakan dlm maklumat tambahan..? Bkn kah nilai akhir ABT sudah mengambil kira nilai hutang lapuk yg dinyatakan dlm maklumat tambahan?

  236. Ricky,

    Baki ABT tidak semua kita dapatkan drp ABT (mungkin ada yang tak mengaku).. ada juga drp rekod2 yg mana ada..
    Manakala maklumat tambahan tersebut merupakan maklumat terbaru yang diperolehi… bagi kes kaedah perbandingan… berbeza dengan kes kaedah analisis.. ada maklumat yang perlu diselaraskan.. ada juga sebagai makluman sahaja bagi penyediaan Akaun Kawalan.

  237. selamat pagi cikgu , bolehkan saya tanya , kaedah perbandingan , belum rekod hendak dikira balik , manakala tiada tulis belum rekod, tak paya tulis balikkan?
    cth 1 : membawa masuk kenderaan belum rekod .
    cth 2 : membawa masuk .

    cth 1 – jwpn : + kenderaan , + modal tambahan
    cth 2 -jwpn : + modal tambahan shj?

  238. cute question 2

    lagi satu soalan , kalau
    31 disember 2020 ialah modal tambahan , manakala dia tulis membawa masuk kenderaan pada 1 julai tanpa tulis belum rekod , ini tak perlu tambah di kenderaan , right ?

  239. Kenderaan tersebut kita hanya rujuk maklumat Baki Awal dan Baki Akhir.. sudah boleh tentukan ianya telah diambilkira atau belum.

  240. Assalamualaikum cikgu, kalau maklumat tambahan cakap lengkapan disusutnilaikan 10% atas baki lengkapan awal, then dia ada cakap membawa masuk lengkapan baru (baru 6 Bulan), kiranya susut nilai terkumpul lengkapan=sudut nilai awal(lengkapan×10%)+sudut nilai lengkapan baru(lengkapan baru×10%×6/12) kan? Nanti dekat modal akhir tu jumlah lengkapan-susut nilai terkumpul ya

  241. Pemilik mengambil tunai 250 setiap Bulan dan inventori 1105
    maksudnya: ambilan=250×12 + 1105 kan cikgu

  242. Nelly, waalaikumussalam.

    1. Sudah jelas dimaklumkan bahawa SN hanya dikira atas BAKI AWAL .. maka aset yang baru dibawa masuk 6 bulan TIDAK perlu disusutnilaikan.
    2. Nilai Aset dibawa masuk –> Tambah di Modal.
    3. Ambilan –> Ya.

  243. Iqah, waalaikumussalam.

    Pelarasannya pada Faedah atas pinjaman. sepatutnya FAP = 8% x 24750 x 9/12 = 1485 –> Belanja (AUR)
    Faedah pinjaman belum bayar = 1485 – 750 = Xxx –> LS (PKK)

  244. Hi cikgu nak tanya maklumat tambahan ii dan iii
    Pemilik beli kenderaan pada 1 jun 2020, jika nak hitung susut nilai, saya perlu ambil kira tempohkah kerana saya tengok jawapan beri tidak ada

  245. Evan,

    Rujuk kepada soalan.. jelas dinyatakan SN dikira atas kos pada 31 Dis 2020.. maka abaikan tempoh tersebut.
    Jika tidak dinyatakan tarikh tersebut.. maka baru dikira ikut tempoh..

  246. Okay terima kasih cikgu ?

  247. assalamualaikum cg, saya nak tanyaa macam mana nak selesaikan maklumat tambahan d tntang faedah atas pinjaman.apa yang perlu letak dalam akaun untung rugi dan penyata kedudukan kewangan.

  248. Hanisah, waalaikumussalam.

    Faedah (675-135) –> AUR
    Faedah prabayar 135 –> PKK

  249. cikgu,

    1 jan 31 dis
    lengkapan 6800 ?
    di buku tunai dt lengkapan 3500.
    mklumt tmbhn: lengkapan baharu dibeli pada 1 julai 2020. semua lengkapan disusutnilaikan 10% setahun atas kos. bagaimana lgkah nk selesaikan soalan begini, cikgu?

  250. Afiqah.

    1. Baki akhir Kenderaan = 6800 + 3500
    2. kira Susut nilai .. ikut tempoh digunakan bagi yg baru beli.
    SN = (10% x 6800) + (10% x 3500 x 6/12)

  251. 1 April 2020
    Pinjaman(matang 31 Mac 2023)-12000

    31 Mac 2021
    Pinjaman -8400

    Cikgu,nak tanya sama ada pinjaman yang direkodkan dlm LS ialah 3600 atau tidak?

    Terima kasih

  252. Sekiranya pinjaman RM12000 dibuat pada 1 April 2020.. untuk tempoh 3 tahun… maka bayaran balik setiap tahun ialah 12000/3 = 4000

    Tetapi baki pada 31 Mac 2021 8400… menunjukkan bayaran baru dijelaskan 3600 untuk tempoh tersebut..maka 400 masih lagi belum dijelaskan.

    Oleh itu.. LS = 400 + 4000 = 4400

  253. Terima Kasih cikgu!

  254. Assalamulaikum Cikgu, cikgu macam mana jawapan dia dapat A cikgu?… rekod minimum tu apa cikgu?

  255. Assalamulaikum Cikgu, cikgu kenapa jawapan dia B cikgu?

  256. Ammar, waalaikumussalam.

    21 Kaedah perbandingan.. asasnya Modal akhir – Modal awal = Untung Bersih.
    Modal akhir = Aset akhir – Liabiliti akhir
    Modal awal = Aset awal – Liabiliti awal

    23 Formula : Belum bayar/Belum terima – baki awal + baki akhir
    Faedah = 2400 – 500 + 300

  257. Assalamualaikum cikgu,
    Kenapa jawapan dia Susut nilai cikgu?

  258. Ammar, waalaikumussalam.

    Ya.. itu cara pengiraan SN kaedah penilaian semula.

  259. Saya nak tanya untuk soalan, Bab 2- Rekod tak lengkap ( Kaedah Perbandingan)

    Maklumat tambahan :
    Pada tahun itu, Encik Paul telah membawa masuk tunai RM 6000 dan sebuah komputer bernilai RM 4000 sebagai modal tambahan

    soalan : untuk mengira modal akhir, perlu ditambah pada aset tunai RM 6000 dan alatan pejabat RM 4000 betul? dan dimasukkan ketika sediakan Penyata Untung Rugi sebagai modal tambahan..atau hanya perlu dicatat pada modal tambahan sahaja..Maaf saya keliru part ini

  260. Tunai –> tidak perlu Tambah pada baki akhir.
    Alatan Pejabat –> rujuk baki awal & baki akhir… untuk tentukan ianya telah ditambah atau tidak.

    Penyata Untung Rugi –> modal tambahan 10000

  261. Assalamualaikum Cikgu,
    tunai kenapa tak perlu tambah pada baki akhir ya cikgu? sedangkan tunai ada pada maklumat tambahan yang memerlukan pelarasan…

    adakah untuk modal tambahan yang perlu ditambah pada baki akhir cuma apply dekat ABS?

  262. Waalaikumussalam.

    RTL Kaedah Perbandingan..
    Nilai baki akhir TUNAI, BANK & INVENTORI.. diperolehi melalui pengiraan secara fizikal pada tarikh akhir.
    Tunai –> kira duit yang ada dalam laci.
    Bank –> rujuk pihak bank tanya baki.
    Inventori –> kira barang niaga yang ada dalam kedai.
    Maka nilai2 baki akhir tersebut adalah nilai sebenar pada tarikh tersebut… dimana bawa masuk tunai / ambilan tunai yg berlaku sebelum ini (dlm maklumat tambahan).. telahpun diambilkira.. itu sebab tidak perlu tambah/tolak lagi.

  263. Ooo… baik cikgu terima kasih cikgu ..
    Cikgu, saya nak tanya,
    Macam mana nak cari alatan pejabat dan kenderaan tu cikgu.. sebab ada tanda soal yg akhir tu cikgu

  264. baki akhir Alatan Pejabat tidak diberi … maksudnya belum ambil kira yg modal tambahan… maka + 4000 … kemudian (-) Susut nilai.
    Kenderaan (-) Susut nilai

  265. Cg kalau perabot dkt imbangan duga bhgian debit dia letak 7900

    Maklumat tambahan .

    Perabot dibeli pada 1 Jan 2022 dan akan digunakan utk tempoh 5 tahun..

    Macam mana ya

  266. Kira Susut Nilai = 7900 / 5 tahun

  267. Assalamualaikum Cikgu, macam mana nak kira lekapan tu cikgu?

  268. Waalaikumussalam.

    Lekapan = 8000 + 4000
    pastu kira SN = 10% X 12000

    Lekapan = 12000
    (-) SNT = 1200…. 10800

  269. Cg, bagi soalan 2 Perak set 1 Trial 2022,

    (iv) pada 1 apr 2021 pemilik membawa masuk perabot Rm3500. perkara ini belum diekodkan .
    Cg, boleh kah saya aggap ini sebagai modal tambahan bagi tahun berakhir 21 Mac 2022 dan TIDAK masuk dalam pengiraan modal AWAL ?

  270. Bawa masuk –> Modal tambahan

    ya.. Tidak masuk Modal Awal.

  271. kenapa perabot perlu tambah dlm moadal akhir ? kenapa tidak boleh guna 12400 sbg modal akhir bg perabot ?

  272. jawapan like this ?

  273. Sebab telah dinyatakan dengan jelas “Perkara tersebut BELUM direkod dalam buku perniagaan”.
    Maksudnya baki akhir BELUM lagi mengambilkira perkara tersebut.

  274. cg,
    1 APRIL 31 MAC
    2017 2018

    BUTIRAN RM RM
    bgunn kdai 150000 145000
    kndraan 80000 80000
    prabot 17000 ?
    abt 12400 9620
    abb 9190 5200
    inventori 13280 11870
    kdar byrn blum byr 680 –
    komisen blum trperoleh – 1250
    sewa blum trima 300 750
    gji prabyr – 2460
    bank 15280 21600

    MAKTAM:
    d) pda 1 januari 2018, pniaga tlh mmbwa msuk almari dan rak brg dari kdiamn pnjbt perniagaan brnilai rm2000. perkara ini belum direkodkan lgi di mana-mana bku akaun perniagaan. susutnilai perabot 20% setahun atas kos.

    e)pniaga mnetapkan phr 3% atas akaun belum terima

    (ii) modal akhir [jwpn:268061]
    (iii) penyata untung rugi bgi thun brakhir 31 mac 2018
    [rugi bersih rm10529]

    cg boleh tlg saya mcm mna boleh dpt modal akhir dan rugi berish ? tq

  275. cg maaf saya comment blik bserta satu file tntg soaln akaun saya.. bole cg tlg saya untuk modal akhir dn pnyta untung rugi ? t.ksih

  276. 1. Modal Akhir = Aset akhir – Liabiliti akhir.
    # setelah ambilkira pelarasan yang ada.

    2. Sediakan Penyata Untung Rugi;
    Modal akhir
    (+) Ambilan

    (-) Modal Awal
    (-) Modal Tambahan
    = Untung/(Rugi) bersih

  277. Pemilik mengguna wang sendiri untuk membayar kontraktor bagi membaik pulih premis.

    ‘membaik pulih premis’ perlu tambah di Ak Premis atau dianggap sebagai belanja?

  278. Pada pandangan saya.
    Baik pulih… lebih kepada menambah baik premis tersebut.. maka nilainya akan bertambah.

    Jika membaiki –> Belanja.

  279. Assalamualaikum cikgu,

    Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat cikguuu. Cikgu banyak bantu saya dalam subjek akaun 🙂 walaupun saya hanya kenal cg melalui website ni, tapi cg banyak bantu saya terutamanya waktu pkp. Alhamdulillah cikgu, saya dapat A subjek akaun waktu spm. Nak dekat spm pun saya ada mintak tips dari cg, dan mmg saya follow ja smua tips dari cg, alhamdulillah terima kasih cikgu.

    Mohon cikgu doakan kejayaan sentiasa mengiringi saya cikgu 🙂

    Semoga cikgu dan keluarga sentiasa dalam jagaanNya 🙂

  280. Waalaikumussalam..

    Alhamdulullah.. Tahniah.
    Cg doakan semoga Aishah akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi di dunia dan juga di akhirat.. Aamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.