Modul 5 : Lejar
5.2 Sistem Catatan Bergu
5.3 Akaun Kawalan
Menyenaraikan item-item Akaun Kawalan Belum Terima dan Belum Bayar.
TP2 Menjelaskan tujuan penyediaan lejar dan Akaun Kawalan
Menerangkan format lejar dalam bentuk ‘T’ dan berlajur, peraturan merekod lejar dan maksud Sistem Catatan Bergu.
TP3 Mengelaskan akaun-akaun mengikut kumpulan akaun.
TP4 Membezakan antara Lejar Am dan Lejar Khas.
Mengenal pasti Buku Catatan Pertama sebagai sumber maklumat kepada penyediaan akaun kawalan dan akaun yang terlibat bagi sesuatu urus niaga.
TP5 Memindahkan catatan Buku Catatan Pertama ke akaun dalam Lejar Am dan Lejar Khas secara manual.
Merekod penyataan urus niaga mengikut Sistem Catatan Bergu dalam akaun-akaun berkatian dan
mengimbangkannya secara manual.
Menyediakan akaun-akaun kawalan dan mengimbangkannya secara manual dan memberikan sebab-sebab akaun kawalan boleh berbaki minoriti.
TP6 Menghasilkan Lejar Am dan Lejar Khas dengan memindahkan catatan Buku Catatan Pertama menggunakan aplikasi TMK.
Merekod penyataan urus niaga mengikut Sistem Catatan Bergu dalam akaun-akaun berkatian dan
mengimbangkannya dengan menggunakan aplikasi TMK.
Menyediakan akaun-akaun kawalan dan mengimbangkannya dengan menggunakan aplikasi TMK.
Merumus dan menerangkan kesan dan akibat sekiranya Sistem Catatan Bergu tidak digunakan dalam merekod urus niaga perniagaan.
Merumuskan beserta contoh situasi seorang penghutang juga merupakan seorang pemiutang, hubung kait dengan catatan kontra dan implikasi sekiranya akaun kawalan tidak disediakan.
Cikgu. Saya nak tanya. Pengposan ke lejar drp Jurnal am akaun bank kena buka atau tidak. Saya confius.
Fadzlina,
Jika tiada BT.. maka buka Ak Bank.
klau nak buat sistem catatan bergu memang kena tulis ‘akaun yang didebit dan dikredit’ dan ‘keterangan’ ke?
pastu baru bole buat Akaun?
perluke nak buat buku catatan pertama sekali?
Ain,
Jika ikut sistem perekodan…. –> BCP –> Lejar.
Manakala bagi menjawab sesuatu soalan ikut kehendak soalan.. jika minta sediakan lejar yang berkaitan.. maka tidak perlu sediakan BCP.
klau peniaga bayar sewa kedai dengan cek dan separuh daripadanya merupakan sewa kediaman,
saya nak kena buat buku tunai ke? jadi saya perlu tulis apa kat butir buku tunai?? patutke saya buat akaun ambilan?
Ain,
Ya.. BT –> kredit :
1. sewa kedai ….1/2
2. Ambilan…….1/2
Hi Cikgu, Selamat Hari Raya.
Nak pasal lejer. Perlu kah kita tulis Perkataan”Akaun Belum Terima” atau “Akaun Belum Bayar” dalam setiap nama lejer dan dalam butir….minta pencerahan… Terima Kasih
Amir, Selamat Hari Raya.
Tidak salah walaupun tidak tulis…. sebab setiap akaun2 tersebut kita sediakan dalam Lejar Jualan dan Lejar Belian masing2.
Lagipun kita juga boleh kenalpasti ianya ABB @ ABT melalui penyataan urusniaga yang diberi ataupun melalui baki akaun2 itu sendiri.
cg,
kenapa bank, hutang lapuk dan kontra di masukkan dalam akaun kawalan belum terima di bahagian kredit?
—
kontra memang kena letak dalam bahagian kredit sahaja atau kena letak di bahagian debit sekali? macam mana nk uruskan kontra dalam akaun kawalan?
—
memang semua dalam jurnal am kena diletakkan dalam akaun kawalan ke?
dalam akaun kawalan belum terima, menerima hutang lapuk terpulih patut diletakkn di bahagian debit atau kredit?
Ain,
4 perkara yang tidak terlibat dengan Akaun Kawalan:
1. Jualan tunai
2. Belian tunai
3. Hutang lapuk terpulih
4. Peruntukan hitang ragu
Ak Kawalan Belum Terima –> ASET
Dt –> (+), Kt –> (-)
Bank (penerimaan), hutang lapuk, kontra –> (-) –> Kredit.
Kontra –> (-) ABT –> Kt.. ABB –> Dt.
JA –> hanya yang berkaitan dengan ABT & ABB sahaja –> masuk Ak Kawalan.
jadi tunai diterima drpd pelanggan juga tidak perlu masuk dalam akaun kawalan?
adakah tunai dibayar kepada pemiutang sama dengan belian tunai?
Ain,
1. Tunai diterima –> mengurangkan baki ABT –> Ak kawalan BT (Kt)
2. Tidak sama. Belian tunai –> beli dibayar terus.. tidak berhutang.
Bayar kepada pemiutang –> bayar baki hutang sedia ada. Ak Kawalan terlibat.
Catatan bergu
mengambil brg niaga Utk promosi
Dt promosi
Kt belian (kenapa tak boleh tulis stok)
Goh,
Ya.. betul.
Stok awal.. Belian … Stok akhir.. adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu BARANG NIAGA.
Stok awal & akhir –> tidak terlibat dengan catatan bergu, kerana nilainya diperolehi secara kiraan barang niaga itu sendiri secara fizikal (kad stok) kemudian dinilai pula ikut TAKAP pada awal/akhir tempoh perakaunan.
Manakala semua urus niaga yang melibatkan belian BARANG NIAGA kita akan rekod Ak BELIAN (iaitu merupakan STOK yang dibeli dalam tempoh perakaunan semasa)..
Maka apabila barang niaga tersebut diambil –> kita akan kurangkan Ak Belian dengan mengkreditkannya.
Dt Promosi
Kt Belian
Begitu juga dengan JUALAN barang niaga secara tunai.
Dt Tunai
Kt Jualan… (tidak guna Stok)
assalamualaikum cikgu!
macam mana nak kelaskan maklumat berikut
dalam akaun kawalan belum terima dan akaun kawalan belum bayar:
#saya cuma nak tahu bahagian kredit atau debit sahaja,apabila diletakkan dalam akaun kawalan belum terima dan akaun kawalan belum bayar???
ARAHAN:anda dikehendaki menyediakan:
a) akaun kawalan belum terima
b) akaun kawalan belum bayar
2016
jan 1
baki debit lejar jualan
baki kredit lejar jualan
baki debit lejar belian
baki kredit lejar belian
cikgu…
pulangan keluar?
dt atau kt
dalam akaun kawalan belum bayar & terima
Alya, waalaikumussalam.
Baki awal –> ikut penyataan jika Dt –> Dt.. jika Kt –> Kt
Pulangan Keluar = Pulangan Belian –> Dt di Ak Kawalan BB
Sila rujuk NOTA disini :
http://cgnarzuki.com/perakaunan/akaun-kawalan/
Assalamualaikum ckgu, sya nak tnya kalau belian tunai dan jualan tunai perlu diletakkan pda bhagian Dt atau Kt dlm bku tunai?
Najwa, waalaikumussalam.
Buku Tunai
Dt –> WANG MASUK/TERIMA WANG
Kt –> WANG KELUAR/BAYAR
Assalamualaikum,nk tnya mna stu debit dan kredit
1.Owner took clother rm200 for her daughter birthday present
2.owner took clother rm300 for business advertising purpose
3.withdrew business cast at bank rm1000 for office use
4.owner took rm100 cash from office to pay utility bills
5.owner brought in vehicle costing rm2500 as additional capital
6.owner brought in his computer rm2500 for office use
Syahril, waalaikumussalam.
Beri jawapan Syahril.. kemudian Cg komen betul atau salah dan jawapan yang sepatutnya.
assalamualaikum..boleh cikgu tolong jelaskan cara penulisan folio dlm lejar pelarasan. spt dlm akaun susut nilai terkumpul . Terima kasih
Noor Hayati, waalaikumussalam.
Konsepnya mudah sahaja… folio dalam Lejar merujuk kepada BCP… dan folio dalam BCP nerujuk kepada Lejar.
Katakan jurnal pelarasan JA2… maka dalam Lejar :
SN —> JA2
SNT —> JA2
cikgu nak tnya
ambil tunai dari bank sebanyak rm1000 untuk kegunaan sendiri
dt tunai
cr bank
betul x cikgu?
lepastu
ambil barangan bernilai rm800 untuk kegunaan sendiri
dt ambilan
cr belian
Azmil,
1. Salah –> Dt Ambilan Kt Bank
2. Betul.
# asalkan ambil untuk “kegunaan sendiri” –> AMBILAN
Kalau overdraft bank, prlu kt bank atau buka account overdraft? Account yg terlibat ialah overdraft bank dan bank kan?
Hanisah,
Ak Bank –> Baki bb sebelah kredit.
cikgu, bagaimanakah saya menyediakan ak.perdagangan bagi sesuatu urus niaga?
Tan Yixin,
Ak Perdagangan tidak boleh disediakan berdasarkan hanya sesuatu urus niaga… cuba fahami kitaran perakaunan.
Urus niaga –> BCP –> Lejar –> ID –> Pelarasan –> IDT –> Ak Perdagangan ….
Cikgu, yuran peguam dikenakan kpd ak belum terima Kendal masuk ke dalam ak kawalan belum terima? Ape sebab tu?
Tee,
Kita kenakan caj guaman –> jumlah hutang akan bertambah –> Debit
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan berkaiatan buku tunai runcit
a) derma perlu dicatatkan dalam ruangan belanja am atau pelbagai? kerana contoh buku teks dicatatkan dlm ruangan pelbagai manakala contoh dlm buku rujukan catat dlm ruanagan belanja am? keliru…
b) apakah tujuan ruangan pelbagai disediakan?
c) sekiranya terdapat pekerja meminjam sejumlah wang pd awal bulan dan membayar blk pinjaman tersebut pada akhir bulan, adakah urusniaga ini perlu dicatatkan di sebelah kredit ak pinjaman(belanja)?
terima kasih cikgu..
Ricky,
a) Pelbagai.
b) untuk item2 yang ada akaunnya sendiri.
c) catat kedua2… kt –> masa bayar.. dan Dt –> masa terima bayaran balik.
cikgu boleh jelaskan tak soalan nie nak apa?
Post all of the entries in the books of the first entry above to the related ledgers. There is no need to balance off and close the accounts
yg saya faham, dia mintak general journal pos ke ledgers.
yg no need yo balance off and close the account tu saya kurang faham
boleh cikgu terangkan?
Azmil,
Soalan hanya minta daripada buku catatan pertama poskan ke lejar. Dan akaun2 dalam lejar tersebut TIDAK PERLU diimbang @ ditutup dengan baki hb dan baki bb.
cikgu,akauan mana yang perlu saya buka untuk soalan ini:-
1, membeli sebuah kereta yang digunakan RM 5000 secara tunai dan baki sebanyak RM24000 dengan nota yang perlu dibayar.
Wani,
Dt Kenderaan 29000
Kt Bank 5000
Kt Nota Belum Bayar 24000
Cikgu saya ada jumpa soalan, transaction dia mcm lebih kepada soalan untuk journal. Sebab ada transaction purchased dan ada less trade. Atau kena buat akaun diskaun ker cikgu?
Tapi dia mintak record transaction into relevant account and balanced off the account
Azmil,
Diskaun niaga.. kita tidak rekodkan.
Hanya diskaun tunai sahaja direkodkan.
Cikgu kalau return goods by aleya cookies rm150
Dt->return purchase
Ct->aleya cookies
Faris
Dt sales return
Kt aleya cookies
Assalamualaikum cikgu,dalam bab lejar,macam mane kita nak tau yg urus niaga ni letak dalam debit or kredit? Contoh mcm kita nak buka satu akaun,mcm mane kita nak tau urus niaga akaun ni perlu letak belah debit or kredit?
Nina, waalaikumussalam.
Asasnya :
Aset, Belanja –> Debit
Liabiliti, Ekuiti Pemilik. Hasil –> Kredit.
# jika pengurangan –> sebaliknya
Cth.1. jualan tunai
Tunai = aset (bertambah) –> debit
Jualan = Hasil –> Kredit
Cth.2. Belian tunai
Belian = Belanja –> Debit
Tunai = Aset (berkurang) –> Kredit
Sya dah faham. Trima ksih cikgu:)
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan berkaitan buku tunai runcit.
a) belian sampul surat dimasukkan dlm lajur alat tulis atau belanja pos?buku rujukan masukkan sampul surat dlm lajur belanja pos tetapi cikgu disekolah kata masuk dlm lajur alat tulis..keliru
terima kasih cikgu
Ricky,
Sampul surat –> Alat tulis
Sampul surat dan setem –> Pos
hi cikgu
apabila buku tunai tulis macam ini
kedai A dis 50 dbt 1500
kedai B dbt 520
Mimi dis 80 dbt1900
Jualan dbt 2200
Belian kdt 1300
Kedai D dis130 kdt 2510
Kedai F kdt 500
Kedai D kdt 440
Mimi kdt 1900
utk buka akaun kawalan penghutang
butir di sebelah kdt
Bank (1500+520+1900= 3920)
Diskaun diberi (50+80= 130)
betul x?
utk buka akaun kawalan pemiutang
butir di sebelah dbt
Bank (2510+500+440+1900 =5350)
Diskaun diterima (130)
betul x?
Sie,
Ya.. betul..
Cikgu, apa maksud menggunakan aplikasi TMK?
Min,
TMK = ICT… guna aplikasi komputer seperti Ms Excel.
hi,cikgu nak tanya ambilan inventori niaga untuk derma dalam lejar kena buka akaun apa?
Xinrui,
1. Derma
2. Belian
Cikgu, kalau tunai dan bank dah ada di buku tunai tak kena buka akaun utk diorang kan? tapi kalau ada overdraf bank di jurnal am dan dia pun ada di BT dah, dia dianggap spt bank ke? tak kena buka akaun utk overdraf bank lagi kan?
Iya,
Overdraf bank –> bukannya akaun khusus… ianya hanya mengambar Ak Bank betbaki KREDIT.
BUKU TUNAI –> merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang digabungkan –> maka tidak perlu lagi buka akaun2 tersebut.
Jika dalam JA ada overdraf bank –> dalam BT –> bakinya disebelah KREDIT.
Buku tunai runcit—
Utk surat khabar dan majalah ..belanja pejabat atau alat tulis
Hanna,
Belanja pejabat lebih sesuai.
Ok tq cikgu
Cikgu,Nak minta latihan lejar boleh x?
Kalau blh send kat my email thank you.
Kalau blh nak soalan yg cabar sikit.
Zhi Yu,
Cg cadangkan dapatkan buku latihan dipasaran.
kalau urusniaga berkaitan derma dngn ambilan barang niaga …akaun ape yg perlu dibuka dalam lejar ?
cikgu…
terima komisen drpd syarikat X
buka akaun lejar syarikat X dan akaun komisen ke?
Tay,
1. Dt Ambilan Kt Belian
2. Dt Tunai/bank Kt Komisen diterima
Cikgu,
Cuba tanya semasa soalan minta kita imbangkan lejar, untuk akaun hasil dan belanja mesti tulis “pindahkan ke akaun perdagangan” dan “pindah ke akaun untung rugi”?
0
Cikgu,
Mengapakah some of the buku rujukan tutupkan lejar untuk akaun hasil dan belanja dengan”baki h/b” ?
Mana satu betul?
Terima kasih.
Swee Kung,
1. “Imbangkan” –> guna Baki h/b & Baki b/b
2. Dua2 betul .. ikut kehendak soalan.. jika “tutup” akaun hasil @ belanja –> pindahkan Ak UR
Lejar ni semua urus niaga kena buka akaun?
Contohnya,Kalau baki b/b, iaitu hari pertama bulan tu , jurnal am dicatat dengan nilai mesin(dt), susut nilai mesin(kt).
Perlu x mencatat ke dalam lejar?
Mcm mane buka akaun?
Boleh x kalau saya buka akaun mesin , dt tulis harga mesin(baki b/b) bhg kt tulis susut nilai terkumpul ??
Rujuk gmbr
Zhi yu,
Untuk catatan pembukaan 1 hb –> buka SEMUA AKAUN yang ada catatkan tarikh 1hb –> BAKI B/B –> nilai masing2 dan dt kt ikut dalam JA tersebut
# rujuk contoh2 dalam buku teks
Tapi mcm mane catatkan susut nilai terkumpul mesin dengan mesin? Kalau buka 2 akaun,mesin dt, susut nilai terkumpul mesin kredit,nilai keduaduanya x sama.
Boleh x kalau buka satu akaun mesin sahaja, bhg dt tulis nilai mesin bhg kredit tulis nilai susut nilai terkumpul bagi mesin?
Zhi yu,
Catat dalam akaun masing2 sebagai Baki b/b.
Keseimbangannya pada catatan pembukaan.. masukkan dalam semua akaun yang ada –> akan seimbang.
salam cikgu,nak tanya ak.belian dan ak.jualan ialah akaun apa,akaun hasil atau akaun belanja?
satu soalan lagi cikgu…kalau kita memberi dividen kpd orang lain ,bagaimana catat ?Terima kasih cikgu!
cikgu ,bila nak buat baki-baki,kenapa lejar yang dibuat dlm m/s155 tak ada buat?
Joanne,
1. Ya
2. Dt Dividen Kt Bank/Tunai
3. Jika nak IMBANGKAN –> Baki hb Baki bb… jika nak TUTUP –> Ak P @ Ak UR
Cikgu,
Cuba tanya:
1. Kalau soalan bagi hujung bulan(31/1/2017) untuk baki debit pemiutang RM100, so letak baki h/b di do sebelah debit, dan baki b/b di sebelah kredit?
2. Mengapakan satu soalan (akaun kawalan penghutang dan kawalan pemiutang) mungkin ada dua baki h/b?
Terima kasih
Cikgu,
Cuba tanya:
3. Soalan bagi “pada 31okt terdapat baki debit sebanyak RM120 dalam akaun seorang pembekal di Lejar Belian”
Mengapakah ini letak baki h/b di sebelah kredit dalam Akaun Kawalan Belum Bayar?
4. Mengapakah kalau hujung bulan baki kredit lejar jualan, h/b akan do sebelah debit?
Terima kasih.
Swee Kung,
1. BAKI –> Merujuk kepada BAKI B/B
Jika “baki debit” –> Baki h/b Kt Baku b/b Dt.
2. Ada 3 sebab kenapa Penghutang berbaki Kredit & Pemiutang berbaki debit –> rujuk buku teks.
3. Rujuk (1)
4. Rujuk (1)
Cikgu,
Cuba tanya kalau soalan perlu kita buka lejar khas, tajuk untuk lejar tulis apa?
“Nama perniagaan” atau “akaun belum bayar: nama perniagaan” ?
Terima kasih.
Cikgu,
Cuba tanya semasa kita buka lejar untuk akaun diskaun diberi, diterima, akaun pulangan belian dan jualan, butir adalah tulis “pelbagai akaun bukan terima” atau “pelbagai akaun belum bayar”.
Betul?
Terima kasih.
Swee Kung,
1. Kedua2 boleh guna.
2. Memadai Ak Belum Terima dan Ak Belum Bayar.
Cikgu,
Cuba tanya kita perlu buka semua lejar am dulu, baru buka lejar khas ke?
Ataupun kita boleh buka lejar ikut setiap urus niaga?
Terima kasih
Swee Kung,
Amalan sebenar perniagaan.. ada 3 buku lejar yang berbeza… 1 Lejar Am.. 1 Lejar Jualan.. 1 Lejar Belian.
Maka tidak timbul buka lejar mana dahulu kerana kita rekod ikut urutan tarikh urusniaga.
Cikgu,
Cuba tanya kalau debit komisen di dalam buku tunai, selepas itu semasa buka akaun komisen, tajuk boleh tulis “akaun komisen diterima” tak?
Terima kasih.
Cikgu,
Cuba tanya kalau soalan minta kita menyediakan akaun-akaun lejar sahaha, maka kita perlu imbangkan akaun tak?
Terima kasih.
Swee Kung,
1. Sebaik2nya butir guna nama akaun yang digunakan.. BT –> “Komisen diterima”… Ak Komisen diterima
2. Imbangkan… lejar tidak lengkap jika tidak imbang.
Cikgu kalau kat jurnal am lengkapan pstu nk pindahkan dalam lejar jadi akaun lengakapan eh?
Aqill,
Ya
Cikgu,
Cuba tanya
1. “Memulangkan sebuah komputer kepada syarikat intech”
Dt Syarikat intech
Kt akaun alatan pejabat
Betul?
2. Cikgu, sekolah akan bagi pelajar band untuk setia, subject. Apa band ini untuk?
Akan affect spm result?
Terima kasih.
Cikgu,
Cuba tanya
3. “Pemilik membayar Zain dengan menggunakan wang sendiri”
Dt zain
Kt modal?
Terima kasih
Swee Kung,
1. Kena rujuk apakah BARANG NIAGA ? Jika komputer –> barang niaga.. maka salah catatan tersebut.
2. SPM –> kertas 1, kertas 2 & kertas 3 (kerja kursus)
3. Betul.
Cikgu,
So cikgu sekolah bagi band 1, 2, 3, atau 4, itu cuma untuk performance pelajar sahaja, betul?
Cikgu, kalau komputer ialah barang niaga, maka jawapan ialah:
Dt Sy Intech
Kt pulangan belian
Betul?
Swee Kung,
1. Ya
2. Ya
Cikgu,
Cuba tanya hutang lapuk dihapuskan mengapakah masuk dalam akaun kawalan belum Terima?
Ia bukan maksud hutang lapuk kena cancel?
Terima kasih
Swee Kung,
Hutang SIAPA yang dihapuskan ?.. bukankah hutang ABT ?
BUKAN hutang lapuk itu kena cancel… tetapi sebahagian daripada hutang ABT perlu dihapuskan sebagai hutang lapuk.
Cikgu,
cuba tanya kalau dalam soalan ada lengkapan dan lekapan, maka, kita perlu buka satu akaun untuk “akaun lengkapan dan lekapan” atau buka “akaun lekapan” dan “akaun lengkapan”masing masing?
terima kasih.
Cikgu,
contoh:
soalan (Syarikat ABC)
Syarikat Kinston membeli barang niaga berjumlah rm350 daripada Syarikat ABC secara tunai.
Dt Tunai,
kt Jualan.
betul?
terima kasih.
Sherine,
1. Buka satu –> Ak Lengkapan dan Lekapan.
2. Ya. Betul
Cg,
Dalam akaun kawalan belum bayar jika diberi maklumat “tunai dibayar kepada pembekal 47400″perlu masuk ke?
Jin,
Apa2 urus niaga yang melibatkan ABB –> masuk Ak Kawalan BB.
CIKGU , MENGELUARKAN WANG DI BANK UNTUK KEGUNAAN PERNIAGAAN , KENA CATAT DI Buku tunai , kan ? Nak kena tulis apa kolum butir tu ?
Khairul,
Catatan kontra dalam Buku Tunai
Dt Tunai
Kt Bank
# butir.. catatan bergunya
Cikgu macam mana nk kira jumlah jualan dan belian?
Najihah,
Jumlah Jualan = Jualan tunai + Jualan kredit
Jualan tunai –> rujuk Buku Tunai
Jualan kredit –> rujuk Ak Kawalan BT
# sama kes dengan Belian
Ckgu nak rekod dalam akaun lejar apa kalau urusniaga dia mcm ni ?
Pemilik membawa masuk perabot peribadi bernilai 9200 ke dalam perniagaan
Mira,
Dt perabot 9200
Kt Modal 9200
assalam cg… saya aiman
saya ada soalan
Dalam Akaun kawalan yg soalan ni DLM bahagian mana?
1- bayaran angkutan dikenakan ke atas Akaun belum terima
2- tunai diterima drpd pelanggan
3- tunai dibayar drpad Akaun belum bayar/pembekal
4- tunai dikembalikan kpada pelanggan
5- pindahan dri lejar jualan ke lejar belian
Yang INI sahaja… 🙂 🙂
Aiman, waalaikumussalam.
ABT (Aset)
Dt –> Tambah baki Hutang
Kt –> Kurang baki Hutang
ABB (Liabiliti)
Dt –> Kurang baki hutang
Kt –> Tambah baki hutang
# cuba tentukan sendiri Dt @ Kt … kemudian baru Cg semak.
okay..cg
bagi soalan saya dia dlm bhagian Akaun kawalan BT ataupun BB
Aiman,
Ak Kawalan & ABT dan ABB –> konsepnya SAMA sahaja.
ABB & ABT jika tiada nama pelanggan @ pembekal –> sebenarnya adalah Ak Kawalan BT & BB.
cg…ada website seperti telegram yg cg ada bersama dlm mata pelajaran Akaun
ada x
Aiman,
Disinilah website / blog khas untuk Prinsip Perskaunan SPM..
Sebarang permasalahan boleh terus kemukakan disini.
Aplikasi TMK tu apa ye?
Saidatul..
Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) = ICT
Cikgu ‘performed RM4.4k of services on account’ bermaksud memberi perkhidmatan berjumlah RM4.4k secara kredit kan? Jadi debit penghutang(debitor) kredit hasil perkhidmatan(service revenue) betul ke? Saje nak belajar term english sikit2
Wanda,
Ya.. betul.
Salam Cikgu. Saya tak faham kenapa kalau bawa aset bukan semasa ke dalam perniagaan modal bertambah? Apa beza aset dengan modal??
Siti,
Modal –> harta peribadi pemilik dijadikan harta/aset perniagaan.
Bila bawa masuk –> MODAL BERTAMBAH
& ABS dalam kedai juga BERTAMBAH
Dt ABS
Kt Modal
assalamualaikum cg…
dalam Akaun kawalan…. sekiranya Akaun belum terima kita berhutang dgan kita dan dia diisytiharkan bankrap…butir apa yg perlu kita letak?
-hutang lapuk ataupun bank cek Tak laku
Aiman, waalaikumussalam.
Hutang lapuk..
okk thanks cg…
Salam Cikgu.Apakah sebab akaun kawalan belum terima dan akaun belum bayar boleh berbaki minoriti?
Tan Khai Xuan,
boleh rujuk buku teks m/s 169 dan 170
Dalam Akaun modal, ada butir untung bersih dan ambilan ?
Ada… itu dipanggil catatan penutup bagi Ak Modal… dimana baki akhir nanti dipibdahkan sebagai Baki Awal Ak Modal untuk tempoh perakaunan berikutnya.
Cikgu , bagaimanakah menerangkan implikasi sekiranya akaun kawalan tidak disediakan.
Wilson,
Cuba rujuk apa TUJUAN ianya disediakan… daripada situ kita boleh nyatakan apakah implikasinya jika tidak sediakan akaun kawalan tersebut.
Cg,
adakah Angkutan keluar didebitkan ke A/k Kawalan Belum Diterima ?
Chee,
Tidak semestinya… kena rujuk penyataan dalam soalan.. jika caj angkutan dikenakan ke atas penghutang … baru dt ABT.
Jika bayar angkutan keluar secara tunai.. tidak melibatkan Ak Kawalan.
Cikgu,
1) Pemilik Kedai Pakaian Sri Wangi membuat catatan bergu spt berikut:
Dt-Promosi, Kt-Belian
Urus niaga mana yg ditunjukkan oleh catatan di atas?
A. Pemilik menaja pakaian seorang artis dlm AJL
B. Ambil sehelai baju utk dipakaikan pd patung di dpn kedai.
Jawapan saya B. Adakah betul?
2) Apakah jenis organisasi bg kelab dan persatuan? Adakah ia dipanggil pertubuhan?
Mika,
1. Ya.. B
2. AKTA PERTUBUHAN 1966. – Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
salam cg,
apakah cacatan bergu atau akaun yg pelu didebit dan kreditkan mengikut urus niaga
1.membeli barang secar kredit daripada kedai pok lee
2. pemilik membawa masuk komputer peribadi ke dalam peniagaan
Nurabiha,
Sila kemukakan jawapan anda.. kemudian cgu semak dan komen mana silapnya.
cg, narzuki,
1.
dt – belian
kt – kedai pok lee
2.
dt – alatan pejabat
kt – modal
betul ke cg?
Nurabiha,
Tahniah… semua betul.