Pengenalan Kepada Perakaunan

 

Tajuk-tajuk yang terkandung dalam Bab 1 Pengenalan kepada Perakaunan adalah seperti berikut :

1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan
1.2 Sejarah Perakaunan
1.3 Bentuk Organisasi
1.4 Perakaunan dan simpan kira
1.5 Persekitaran Perakaunan di Malaysia
1.6 Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan
1.7 Kitaran Perakaunan

KUIZ : Pengenalan

Congratulations - you have completed KUIZ : Pengenalan. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Apakah komponen Penyata Pendapatan ?
A
Aset dan Hasil
B
Aset dan Liabiliti
C
Hasil dan Belanja
D
Belanja dan Liabiliti
Question 2
Pengguna penyata kewangan terdiri daripada pengguna dalaman dan pengguna luaran. Antara berikut, manakah pengguna luaran ?
A
Pihak bank, Pemiutang, Pelabur
B
Pihak bank, Pemiutang, Pemilik perniagaan
C
Pihak bank, Pelabur, Pemilik perniagaan
D
Pemiutang, Pelabur, Pemilik Perniagaan
Question 3
Maklumat di bawah ini menerangkan ciri-ciri bagi sejenis milikan perniagaan:

- Bilangan ahli 2 hingga 20 orang

- Liabilitinya tidak terhad

- Modal perniagaan sederhana besar

- Penubuhannya di bawah Akta Perkongsian 1961
A
Putri Enterprise
B
Gigitron Teknologi Berhad
C
Syarikat Mila Sendirian Berhad
D
Firma Guaman AMir dan Alex
Question 4
Simpan kira ialah suatu proses .............
A
mentaksir maklumat kewangan.
B
menyediakan buku-buku rekod perakaunan.
C
merekodkan urus niaga perniagaan secara sistematik.
D
melaporkan prestasi kewangan bagi sesebuah perniagaan pada tahun semasa.
Question 5
Pemilik Butik Amalina telah mengeluarkan wang simpanannya dari bank untuk memperbesar rumah kediamannya. Beliau tidak merekodkan urus niaga ini dalam buku perakaunan perniagaan. Amalan ini mematuhi konsep ......
A
meterialiti.
B
ketekalan.
C
entiti berasingan.
D
usaha yang berterusan.
Question 6
Badan yang bertanggungjawab mengubal piawaian perakaunan di Malaysia ialah ...
A
MASB.
B
MIA.
C
MICPA.
D
CIMA.
Question 7
Pernyataan di bawah ini berkaitan dengan satu konsep perakaunan. "Sewa dibayar perlu diselaraskan dengan sewa terakru untuk sesuatu tempoh perakaunan sebelum dipindahkan ke Akaun Untung Rugi.
A
Kos sejarah
B
Tempoh perakaunan
C
Wang sebagai ukuran
D
Asas perakaunan akruan
Question 8
Prestasi kewangan sesebuah perniagaan yang dinilai dari semasa ke semasa bertepatan dengan konsep .....
A
meterialiti.
B
kos sejarah.
C
ketekalan.
D
tempoh perakaunan.
Question 9
Konsep Entiti Berasingan menerangkan....
A
Aset pemilik dan aset perniagaan diuruskan bersama.
B
Setiap entiti tidak boleh memiliki aset dan menanggung liabiliti.
C
Modal perniagaan terdiri daripada aset perniagaan dan aset peribadi pemilik.
D
Rekod perniagaan dengan rekod peribadi pemilik diuruskan secara berasingan.
Question 10
Susut nilai aset bukan semasa perlu dikira dari tarikh aset itu dibeli hingga akhir tempoh perakaunan setiap tahun. Apakah konsep yang terlibat dengan pernyataan di atas ?
A
Konsep Ketekalan
B
Konsep Materialiti
C
Konsep Pemadanan
D
Konsep Wang Sebagai Ukuran
Question 11
Apakah maksud liabiliti tidak terhad dalam perniagaan milikan tunggal ?
A
Pemiutang berhak menuntut aset peribadi pemilik bagi menjelaskan hutang perniagaan
B
Pemilik akan menanggung segala hutang peribadinya dengan wang perniagaan
C
Semua aset perniagaan dan aset peribadi adalah dimiliki oleh pemilik
D
Aset bukan semasa akan dijual untuk menjelaskan hutang perniagaan
Question 12
Perbezaan di antara perakaunan dan simpan kira ialah

I Perakaunan adalah lebih luas daripada simpan kira

II Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

III Perakaunan hanya digunakan di dalam perniagaan kecil-kecilan

IV Perakaunan melibatkan proses melapor dan mentafsir maklumat kewangan

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 13
Pada 6 April 2005, En.Shahruddin, pemilik Kedai Fotostat Shah telah membeli dua rim kertas pendua bernilai RM25.00 untuk kegunaan perniagaan dengan menggunakan wang peribadinya. Beliau telah merekodkan urus niaga tersebut di dua akaun yang berasingan dalam buku perniagaan.

Berdasarkan maklumat di atas, apakah konsep dan prinsip perakaunan yang terlibat?

I Materialiti

II Badan Berterusan

III Sistem Catatan Bergu

IV Wang Sebagai Ukuran
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 14
Pemilik Kedai Kain Jingga tidak merekodkan insurans nyawa isterinya dalam buku perniagaan.

Nyatakan konsep perakaunan yang dipatuhi oleh pemilik Kedai Kain Jingga.
A
Materialiti
B
Kos sejarah
C
Pemadanan
D
Entiti Berasingan
Question 15
Pernyataan di bawah menunjukkan ciri-ciri sebuah perniagaan.

Liabiliti pemilik terhad

Bilangan ahli 2 – 50 orang

Saham tidak disenaraikan di Bursa Saham

Penyata kewangan tidak perlu didedahkan kepada orang ramai

Manakah perniagaan yang menepati ciri-ciri di atas?
A
Manan Berhad
B
Manan Trading
C
Manan Sdn. Bhd.
D
Manan dan Co Trading
Question 16
Pernyataan di bawah berkaitan dengan satu konsep perakaunan.

Insurans perlu diselaraskan dengan insurans terdahulu untuk satu tempoh perakaunan sebelum dipindahkan ke Akaun Untung Rugi

Nyatakan konsep perakaunan tersebut.
A
Berterusan
B
Pemadanan
C
Kos sejarah
D
Tempoh perakaunan
Question 17
Berikut adalah dua jenis perniagaan.

Pasar Mini Jaya

Bengkel Motor Salim

Manakah yang benar bagi kedua-dua jenis perniagaan di atas?
A
Diuruskan oleh rakan kongsi
B
Dikawal oleh Lembaga Pengarah
C
Liabiliti perniagaan adalah terhad
D
Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
Question 18
Rajah berikut adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan.

Buku Catatan Pertama ---> X ----> Imbangan Duga

Apakah butiran X ?
A
Lejar
B
Pelarasan
C
Dokumen Sumber
D
Penyata Kewangan
Question 19
Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal ?  [SPM2011]
A
Liabiliti pemilik terhad
B
Modal disumbangkan oleh pemilik
C
Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
D
Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan
Question 20
Antara yang berikut, butir manakah terdapat dalam Penyata Pendapatan? [Trial Johor 2011]
A
Jualan, belian dan stok akhir
B
Hasil, belanja, stok alat tulis
C
Jualan, pulangan jualan dan sewa terakru
D
Belian, pulangan belian dan pemiutang
Question 21
Syarikat Perkasa Berhad telah menetapkan susut nilai 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan ke atas kenderaan perniagaannya. Tempoh perakaunannya berakhir 31 Disember setiap tahun.

Apakah prinsip perakaunan yang menerangkan pernyataan di atas? [Trial Johor 2011]

I Tempoh perakaunan

II Materialiti

III Konservatisme

IV Ketekalan

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
Ill dan IV
Question 22
Berikut adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan [Trial Johor 2011]

-----> Lejar ----> Q -----> Pelarasan

Apakah Q?

A
Jurnal
B
Dokumen
C
Buku tunai
D
Imbangan duga
Question 23
Menurut konsep ini, nilai atau angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaraskan semula pada nilai pasaran sekiranya nilai asal, iaitu kos sejarah tersebut tidak lagi memberi gambaran terkini.

Apakah konsep yang dimaksudkan di atas? [Trial Kedah 2011]

A
Relevan
B
Kebolehpercayaan
C
Asas Perakaunan Akruan
D
Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama
Question 24
Penyata kewangan mesti bebas daripada sebarang kesalahan nyata, fakta didedahkan dengan bukti, serta tidak berat sebelah.

Apakah ciri kualitatif yang dimaksudkan? [Trial Kedah 2011]

A
Relevan
B
Kebolehpercayaan
C
Kebolehbandingan
D
Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama
Question 25
Encik Ahmad ialah seorang pegawai akaun sebuah syarikat telah menyediakan penyata kewangan mengikut proses urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan.

Apakah proses tersebut? [Trial Kelantan 2011]

A
Konsep perakaunan
B
Kitaran perakaunan
C
Prinsip perakaunan
D
Sistem perakaunan
Question 26
Pemilik Kedai Farmasi Ayu telah membeli insurans nyawa isterinya dan merekod urus niaga tersebut ke dalam buku perniagaan.

Nyatakan konsep yang tidak dipatuhi oleh beliau. [Trial Melaka 2011]

A
Materialiti
B
Pemadanan
C
Konservatisme
D
Entiti Berasingan
Question 27
Pada 1 Januari 2009, Zuri Enterprise membeli sebuah van bernilai RM45 000. Harga pasaran mesin pada 31 Disember 2010 adalah RM37 000. Dalam buku perakaunan, mesin dicatat pada nilai RM45 000. Kadar susut nilai ditetapkan sebanyak 10% setahun mengikut garis lurus.

Apakah konsep perakaunan yang digunakan merujuk pernyataan di atas. [Trial Kelantan 2011]

I Ketekalan

II Kos sejarah

III Badan berterusan

IV Tempoh perakaunan

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 28

Simpan kira merupakan proses

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 19 - Soalan 1 SPM 2004]

A
merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
B
mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
C
merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu
D
menyediakan maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan
Question 29
Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri satu jenis perniagaan. pgnln1 Antara berikut, jenis perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri itu?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 18 - Soalan 2 SPM 2004]

A
Khalid Enterprise
B
Klinik Khalid dan Tan
C
Khalid Tan Sendirian Berhad
D
Khalid Tan Berhad
Question 30
Antara berikut, yang manakah bukan tujuan penubuhan Malaysian Accounting Standard Board (MASB)?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 24 - Soalan 3 SPM 2004]

A
Menentukan kod etika professional
B
Menentukan taraf kelayakan professional
C
Menyediakan amalan yang standard dalam pelaporan
D
Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan
Question 31
Pada 1 Januari 1996, Encik Samad telah membeli sebidang tanah pada harga RM15 000. Pada 31 Disember 2003, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM50 000. Catatan dalam buku perniagaan masih menunjukkan harga tanah sebagai RM15 000. Ini merujuk kepada prinsip

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 29 - Soalan 4 SPM 2004 ]

A
pemadanan
B
kos sejarah
C
tempoh perakaunan
D
wang sebagai ukuran
Question 32
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Ahmad.

Memulakan perniagaan menjual alat ganti kereta pada 1 Mac 2005. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan.

Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Encik Ahmad?
A
1 Mac 2005 hingga 1 Ogos 2005
B
1 Mac 2005 hingga 31 Ogos 2005
C
1 Mac 2005 hingga 1 September 2005
D
1 Mac 2005 hingga 30 September 2005
Question 33
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 33 - Soalan 2 SPM 2005]

A
Sistem perakaunan
B
Konsep perakaunan
C
Kitaran perakaunan
D
Prinsip perakaunan
Question 34
Sebidang tanah telah dibeli oleh Maju Enterprise pada 1 Julai 2002 dengan harga RM 35 000. Pada tahun 2005, nilai pasaran tanah menunjukkan peningkatan kepada RM 54 000 selepas penilaian dibuat. Berapakah nilai tanah yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2005?  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 29 - Soalan 3 SPM 2005]

A
RM19 000
B
RM35 000
C
RM54 000
D
RM89 000
Question 35

Syarikat Cendana Motors yang mempunyai aset bukan semasa sebanyak RM10 juta, menganggap bahawa belanja alat tulis RM20 tidak akan memberi kesan kepada perniagaan. Pernyataan di atas merujuk kepada konsep

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 27 - Soalan 1 SPM 2006]

A
ketekalan
B
berterusan
C
materialiti
D
entiti berasingan
Question 36

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Encik Johan.

‘Encik Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan.’

Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 26 - Soalan 2 SPM 2008]

A
Materialiti
B
Pemadanan / Akruan
C
Entiti berasingan
D
Wang sebagai ukuran
Question 37
Urus niaga yang berikut berlaku dalam perniagaan Aii Lee Book Store.

Pemilik telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri.

Urus niaga tersebut direkodkan sebagai ambilan dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 26 - Soalan 1 SPM 2007]

A
Materialiti
B
Ketekalan
C
Tempoh perakaunan
D
Entiti berasingan
Question 38
pgnln002  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 33 - Soalan 2 SPM 2007]

A
Lejar
B
Jurnal
C
Buku Tunai
D
Imbangan Duga
Question 39
pgnln003

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 18 - Soalan 1 SPM 2008]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 40
pgnln004

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 33 - Soalan 2 SPM 2009]

A
Pelarasan
B
Imbangan Duga
C
Penyata Kewangan
D
Imbangan Duga Terlaras
Question 41
Pada tahun kewangan 2009, Kedai Buku Ali masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 800. Apakah konsep perakaunan yang terlibat?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 29 - Soalan 1 SPM 2010]

A
Ketekalan
B
Kos sejarah
C
Tempoh perakaunan
D
Wang sebagai ukuran
Question 42
pgnln005

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 29 - Soalan 1 SPM 2011]

A
Berterusan
B
Pemadanan
C
Catatan bergu
D
Kos sejarah
Question 43
Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 18 - Soalan 2 SPM 2011]

A
Liabiliti pemilik terhad
B
Modal disumbangkan oleh pemilik
C
Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
D
Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan
Question 44
Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 4 - Soalan 1 SPM 2012]

A
Bank
B
Pemiutang
C
Pengurusan
D
Pesaing perniagaan
Question 45
Seorang peniaga telah merekodkan belian premis bernilai RM50 000 sebagai aset dalam penyata kewangan tetapi belian sekotak pensel bernilai RM5 tidak direkodkan sebagai aset dalam penyata tersebut.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi oleh peniaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 27 - Soalan 1 SPM 2013]

A
Ketekalan
B
Materialiti
C
Pemadanan
D
Kos sejarah
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 45 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
2122232425
2627282930
3132333435
3637383940
4142434445
End
Return

BAB 1 (1.1) – PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan
(a) Jenis-jenis Penyata Kewangan
– Terdiri daripada:
– Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira atau
– Akaun Perdaagangan dan Untung rugi
– Kunci Kira-kira
– (Rujuk Lampiran 1)

(b) Tujuan Penyediaan Penyata Kewangan
– Pemilik perniagaan – mengetahui prestasi perniagaan
– Pihak pengurusan – menganalisis, mengawal dan merancang aktiviti
Perniagaan
– Pihak luar – menilai kemampuan pelajar
– Pihak kerajaan – mentaksir cukai pendapatan dan prestasi kewangan perniagaan
– Penyata Pendapatan / Akaun Perdagangan dan Untung rugi
– untuk mengetahui keuntungan atau kerugian perniagan dalam satu tempoh perakaunan
– Kunci Kira-kira
– untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

(c) Tajuk Penyata Kewangan
– Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2010/
Akaun Perdagangan dan Untung rugi Bagi Tahun Berakhir
31 Desember 2010
– Kunci Kira-kira Pada 31 Disember 2010

(d) Komponen setiap jenis Penyata Kewangan
– Penyata Pendapatan / Akaun Perdagangan dan Untung rugi
– Untung Kasar dan Untung Bersih
– Untung Kasar = Jualan bersih – Kos Jualan (Harga jual – Harga beli)
Jualan bersih = Jualan – pulangan jualan
Kos jualan = Stok awal + Belian – Stok akhir
– Untung Bersih = Untung kasar + Hasil – Belanja
Komponen hasil – Komisen diterima, Diskaun diterima dsbnya
Komponen belanja – Gaji, Sewa, Insurans dsbnya.
– (Rujuk lampiran 1)

Kunci Kira-kira
– Aset, Liabiliti dan Ekuiti pemilik
i. Aset iaitu Aset semasa dan Aset bukan semasa
ii. Liabiliti iaitu Liabiliti semasa dan Liabiliti bukan semasa
iii. Ekuiti pemilik – modal – pertambahan modal dan pengurangan modal
-(Rujuk lampiran1)

(e) Pihak yang bertanggung jawab keatas penyediaan Penyata Kewangan
– pemilik perniagaan sendiri
– namun begitu penyediaan Penyata Kewangan tertakluk kepada saiz perniagaan:

i. Akauntan
– memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem
belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain.
– menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk
dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan
berkanun dan badan-badan lain.

ii. Pengurus Kewangan
– mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancar.
– menyediakan akaun bulanan dan penyediaan laporan kepada
pihak atasan.
– menyediakan akaun tahunan.

iii. Pengurus Akaun
– menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah
perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa dengan bimbingan
akauntan.
– mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan
pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain.
– menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu.
– menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej
perisian komputer yang standard.

(f) Pengguna Penyata Kewangan
– Pihak dalaman seperti pemilik, pengurus, pekerja dan pemengang saham
– Pihak luar seperti ejensi-ejensi kerajaan, bank dan pelabur-pelabur baru

(g) Kepentingan Penyata Kewangan
– menyampaikan maklumat kewangan perniagaan kepada pihak-pihak tertentu
– sebagai alat komunikasi kewangan
– membuat keputusan dalam perniagaan
– asas penilaian perniagaan oleh pihak dalaman dan pihak luar
– sebagai penilaian keatas prestasi pekerja-pekerja dalam sesebuah perniagaan

  1. Konsep dan prinsip perakaunan asas merupakan panduan dalam catatan perakaunan yang ditetapkan oleh badan perakaunan. Ia patut dipatuhi semasa proses perakaunan untuk memastikan penyata kewangan yang dihasilkan adalah saksama dan standard. Antara konsep perakaunan asas ialah:

    1) Wang sebagai Ukuran
    Wang merupakan unit ukuran dalam urus niaga perniagaan.Dengan merekodkan urus niaga dalam nilai mata wang, ia dapat memudahkan penghitungan nilai urus niaga.Setiap negara mempunyai unit mata wang sendiri, unit mata wang yang digunakan di negara kita ialah Ringgit Malaysia.
    Contoh: Beli 100 buah beg bernilai RM300 dicatatkan untuk belian.

    2) Prinsip Catatan Bergu
    Berdasarkan prinsip catatan bergu, setiap urus niaga harus direkodkan sekurang-kurangnya dua kali dalam akaun yang berasingan pada masa dan jumlah yang sama, iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan.Jumlah debit harus sama dengan jumlah kredit. Dengan itu, sistem catatan bergu dapat membolehkan kita menyemak ketepatan merekod.
    Contoh: jualan barang niaga dengan harga RM500 secara tunai. akaun jualan dikreditkan denga RM500 manakala akaun tunai didebitkan dengan RM500.

    3) Entiti Berasingan
    Dalam perakaunan, pemilik perniagaan dan perniagaan dianggap sebagai entiti berasingan.Dengan itu, hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan sahaja direkodkan dalam buku perniagaan.Urus niaga peribadi pemilik tidak boleh direkodkan di dalam buku perniagaan.Contoh: Pemilik mengeluarkan wang tunai RM200 untuk membayar yuran peperiksaan anaknya dianggap sebagai ambilan dan tidak boleh dianggap sebagai belanja perniagaan.

    4) Tempoh Perakaunan
    Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi berterusan untuk jangka masa yang panjang.Walau bagaimanapun, untuk membolehkan laporan prestasi perniagaan dibuat dan dibandingkan, hayat perniagaan dibahagikan kepada jangka masa tertentu yang dikenali sebagai tempoh perakaunan.Tempoh perakaunan mungkin setahun, setengah tahun dan sebagainya.
    Contoh: jika tempoh perakaunan sesebuah perniagaan adalah setahun dan ia bermula dari 1 Januari, maka ia akan berakhir pada 31 Disember.

    5) Kos sejarah
    Menurut konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian atau kos belian.Amaun tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan walaupun berlaku turun naik harga dipasaran bagi barang tersebut.Kos belian merupakan satu nilai yang objektif kerana harga tersebut terbukti dalam dokumen perniagaan.
    Contoh: Sebuah perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan harga RM25 000 pada tahun 2003. Walaupun nilainya telah jatuh menjadi RM24 000 pada tahun 2004, ia masih dicatat sebagai RM25 000 dalam buku perakaunan. 

    6) Berterusan
    Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang.Konsep ini berkaitan dengan kos sejarah iaitu dengan andaian ini, semua aset perniagaan harus direkod pada harga belian atau kos sejarah. 

    7) Pemadanan 
    Mengikut prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh perakaunan harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan.Untung atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira berdasarkan penerimaan atau pembayaran dalam satu tempoh masa.Pendapatan bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang sepatutnya diterima bagi tempoh tersebut, sama ada sudah diterima atau belum diterima.Begitu juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan wang yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah dibayar atau belum dibayar.
    Contoh: Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun tetapi jumlah premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100 dibayar pada tahun berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung kasar ialah RM500 iaitu jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.

    8) Ketekalan
    Konsep ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus mengekalkan kaedah perakaunan yang telah ditetapkan untuk beberapa tempoh perakaunan yang berterusan.
    Contohnya, jika kaedah susut nilai aset tetap secara ansuran tetap digunakan untuk menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan secara berterusan untuk tahun-tahun seterusnya.Konsep ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan dibuat.

    9) Materialiti
    Menurut konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat memberi kesan kepada penyata kewangan akan direkodkan.Nilai kecil yang tidak memberi kesan kepada penyata kewangan dianggap tidak material dan tidak perlu dimasukkan ke dalam Kunci Kira-kira.Contoh: Sebuah buku panduan poskod dibeli dengan harga RM5.00 untuk kegunaan pejabat tidak direkodkan sebagai aset dalam Kunci Kira-kira kerana nilainya adalah kecil walaupun boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

    Pengenalan Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan (Sukatan 2011)
    1. Prinsip Catatan Bergu
    2. Usaha Berterusan
    3. Asas Perakaunan Akruan
    4. Ketekalan
    5. Materialiti
    6. Entiti Berasingan
    7. Wang Sebagai Ukuran
    8. Tempoh Perakaunan
    9. Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama (baru)
    10. Konservatisme (baru)

  2. Di mana boleh dapat nota konservatisme? sedangkan pelaporan berasakan nilai saksama adalah sama dengan kos sejarah dan asas perakaunan akruan adalah sama dengan pemandanan

  3. Saya juga berpandangan kedua2nya ada persamaan, cuma diberi nama lain bagi konsep pemadanan dan kos sejarah.

    Manakala secara ringkasnya Konsep KONSERVATISMA :

    1. Hasil & Untung perniagaan direkodkan jika ia benar-benar berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.

    2. Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata

    Contoh: Perniagaan AA telah berkontrak dengan syarikat dari Mexico. Hasil daripada kontrak ini perniagaannya dijangka akan memperolehi keuntungan RM 1 juta. Pengarah syarikat mengarahkan akauntannya melaporkan keuntungan tersebut dalam penyata kewangan tempoh berkenaan. Wajarkah akauntan melaporkan keuntungan tersebut?

    Penyelesaian: Akauntan tidak boleh melaporkan keuntungan tersebut kerana ianya belum berlaku dan hanya satu jangkaan. Tindakan ini menyalahi konsep konservatisma di mana keuntungan tidak boleh dilaporkan selagi tidak berlaku

  4. cg..
    btul ka spm thn nie p.akaun ada 3 paper…
    cra score dia pun brbh??
    dan ada bab bru dlm p.akaun form5 …

  5. Shera,

    Format SPM 2009 masih sama dengan SPM 2008, iaitu Kertas 1 dan Kertas 2 sahaja. Perlaksanaan format baru (3 kertas) telah ditangguhkan dan akan dilaksanakan kepada pelajar SPM 2011 nanti.

    Topik baru dimasukkan ialah PENGGAJIAN.

  6. ooo..
    jd 2 paper jak la…
    ermm..tp plajar kna buat jgk ka projek 2 cg..
    projek yg kna buat dokumen sendiri x krng dri 25-30..

  7. cg..
    brapa mrkh lls p.akaun dlm spm..

  8. Tugasan projek yang dimaksudkan itu adalah Kertas 3 yang akan dilaksanakan pada 2011 nanti.

    Markah lulus sebenar hanya diketahui oleh pihak LPM, biasanya lebih rendah daripada markah lulus yang ditetapkan disekolah.

  9. oo.
    ba thankz ya cg..
    beZz plak blog ckgu nie..
    trs rsa mcm ndak mau jak sub pa nie..

  10. Shera, sama-sama, kalau boleh gunakan tulisan biasa supaya isu yang diperbincangkan dapat jadi panduan kepada rakan2 yang lain. Kalau ringkas sangat nanti ada yang tak faham.

  11. Boleh saya tanya..
    adakah murid tingkatan 2 pada tahun 2011 baru akan menghadapi format baru akaun yg terbaru?
    tq ya~~

  12. sry..
    i type wrong..
    is adakah pelajar tingkatan 2 pada tahun 2009 akan menghadapi format p.perakaunan terbaru ?

  13. Pelajar Tingkatan 3 2009, akan menggunakan HSP baru pada 2010 semasa tingkatan 4 dan menduduki SPM 2011 dengan menggunakan Format Pentaksiran baru.

  14. akum, sekiranya cikgu narzuki mempunyai nota ringkas berkaitan bentuk oragnisasi perniagaan terutamanya koperasi. ini kerana segala bahan yang terdapat dalam buku teks belum lagi dikemaskini selaras dengan sukatan pelajaran baru 2009. saya harap cikgu narzuki dapat memberikan saya nota ringkas berkaitan dengan bentuk2 organisasi perniagaan.

  15. Huraian Sukatan Pelajaran Baru akan dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 4 tahun 2010 nanti. Di mana buku teks mengikut HSP baru dijangkakan akan diedarkan pada akhir tahun 2010 atau awal 2011 nanti.

    Bagi pelajar Tingkatan 4 tahun 2009, dan Tingkatan 5 tahun 2010 masih lagi menggunakan HSP lama. Surat pekeliling berhubung penangguhan perlaksanaan tersebut telah mula diedarkan ke sekolah2.

  16. a’kum saya pelajar eksekutif diploma operation & office management kat mcs college banting.blh tak nak join cikgu

  17. Salam, tidak menjadi masalah. Cuma blog ini disediakan khas untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan subjek prinsip perakaunan SPM.

  18. salam…cikgu sy nk btya..apa beza d’antara perakaunan asas tunai dan perakaunan asas akruan?

  19. Aen,

    Penerangan ini Cg petik daripada Blog Tuan Tulis, sila baca dengan teliti dan faham perbezaan antara kedua2nya.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    ASAS PERAKAUNAN

    Asas perakaunan bermaksud bagaimana pengiktirafan kepada urus niaga dibuat. Asas perakaunan bukan bermaksud cara urus niaga dilakukan iaitu sama ada urus niaga tunai atau urus niaga kredit, tetapi hanya bermaksud bagaimana pilihan dibuat ke atas urus niaga untuk dihitungkan prestasi dalam satu-satu tempoh. Pemilihan asas perakaunan memberi kesan secara langsung kepada jumlah untung atau rugi yang dihitung. Terdapat dua asas perakaunan iaitu asas tunai dan akruan.

    ASAS AKRUAN

    Sesebuah perniagaan perlu menyediakan penyata kewangan mengikut asas akruan kecuali maklumat aliran tunai.

    Mengikut perakaunan asas akruan, urus niaga dan peristiwa diiktiraf apabila ia berlaku (bukan bila tunai diterima atau dibayar) dan direkodkan dalam rekod perakaunan tempoh urus niaga tersebut berlaku. Seterusnya urus niaga tersebut dilaporkan dalam penyata kewangan dalam tempoh yang sama.

    Belanja diiktiraf dalam penyata pendapatan berdasarkan perkaitan langsung di antara kos yang dikenakan (incurred) dengan perolehan item tertentu pendapatan. Ini adalah untuk memastikan belanja dipadankan dengan pendapatan yang berkaitan. Semua kos berkaitan aktiviti penjanaan hasil dalam tempoh tersebut juga dilaporkan dalam tempoh yang sama walaupun bayaran ke atas perbelanjaan belum dibuat.

    Sebagai contoh, dalam bulan Januari 20X1 hasil jualan terdiri daripada RM10 ribu jualan secara tunai dan RM3 ribu secara kredit. Kutipan untuk jualan kredit bulan Januari diterima dalam bulan Februari 20X1. Berapakah jumlah jualan yang harus diiktiraf dalam bulan Januari? Mengikut perakaunan asas akruan, jualan dalam bulan Januari 20X1 ialah RM13 ribu walaupun RM10 ribu sahaja kutipan diterima dalam bulan Januari 20X1.

    ASAS TUNAI

    Peraturan perakaunan semasa tidak membenarkan perniagaan mengiktiraf hasil dan belanja mengikut asas tunai. Namun di sini diberikan sedikit penjelasan mengenai perakaunan asas tunai. Mengikut amalan perakaunan asas tunai, tumpuan harus diberi kepada aliran tunai masuk dan keluar dalam sesuatu tempoh BUKAN berdasarkan tempoh urus niaga berlaku. Untuk memudahkan perbandingan, kita gunakan contoh terdahulu di mana dalam bulan Januari 20X1, hasil jualan terdiri daripada RM10 ribu secara tunai dan RM3 ribu secara kredit serta kutipan jualan kredit hanya diperolehi dalam bulan Februari 20X1. Jika perakaunan tunai diamalkan, hasil yang dilaporkan dalam bulan Januari 20X1 ialah RM10 ribu sahaja bukan RM13 ribu seperti mana yang akan laporkan mengikut asas akruan.

  20. cg narzuki ~ i wan ask u 1 question about
    [Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama]
    what meaning of this?upside 1
    u can explain in bahasa melayu
    thank you ~

  21. Kenji,

    Apa yang saya faham, Pelaporan berasaskan nilai saksama / nilai buku bersih khusus kepada pelaporan bagi Aset Bukan Semasa, dimana setiap Aset Bukan Semasa perlu dilaporkan dalam KKK dengan menunjukkan nilai saksama/nilai buku bersih, contohnya :

    Kenderaan……..RM 50,000
    (-) PSN……………RM 5,000
    ……………………………………….. RM45,000 (Nilai saksama)

  22. thank you
    But i still not understand what you explain it
    sorry~
    teacher can you give me a notes ?

  23. Kenji,

    Rujuk sahaja mana-mana format KKK dan perhatikan cara pelaporan Aset Bukan Semasa, itulah maksudnya.

  24. oh.. thank you…study akaun
    Accountants,Lawyer this 2 i know ald..
    erhmm still can do what job ya?

  25. cg.. apakah maksud (Pelaporan Berasaskan nilai saksama)

  26. Basny & Kenji,

    Disini Cg petikkan Nota Konsep Asas Perakaunan daripada Blog Tuan Tulis berkaitan dengan KONSEP KOS SEJARAH. Kemudian Cg kaitkan dengan pelaporan berasaskan nilai saksama.

    KOS SEJARAH (HISTORICAL COST)

    Mengikut konvensyen ini, aset dilaporkan dalam kunci kira-kira pada kos sejarah (kos asal) atau pada nilai yang berasaskan kos sejarah. Nilai pasaran semasa aset diabaikan untuk tujuan pelaporan luar.

    Walaupun penggunaan kos sejarah akan meningkatkan lagi objektiviti penyata kewangan (dan seterusnya kebolehpercayaan/reliabiliti) tetapi ia mungkin dianggap kurang relevan bagi kebanyakan pengguna yang lebih inginkan nilai semasa. Perkembangan semasa pelaporan perakaunan memerlukan pelaporan yang berasaskan nilai saksama (fair value reporting). Dalam keadaan ini, kemungkinan nilai yang diterima pakai bukan berdasarkan kos sejarah. FRS 101 yang menggantikan MASB 1 memuatkan peraturan berkaitan falsafah pelaporan yang menitikberatkan kerelevanan maklumat kepada pengguna. Dasar berkaitan nilai terkini dibentangkan untuk mengatasi masalah kurang relevan maklumat yang disediakan berasaskan kos sejarah.

    Secara ringkasnya, Konsep Kos Sejarah menetapkan bahawa setiap ASET (terutamanya Aset Bukan Semasa) hendaklah dilaporkan NILAI ASAL dalam Kunci Kira-kira. Walaupun nilai pasaran sebenar telah berubah sama ada lebih tinggi / rendah. TETAPI ianya dianggap KURANG RELEVEN kerana tidak menunjukkan NILAI SEMASA aset2 tersebut.

    Oleh itu untuk pelaporan perakaunan menjadi lebih releven atau mengambarkan kedudukan sebenar nilai2 aset tersebut, maka PELAPORAN BERASASKAN NILAI SAKSAMA diperkenalkan. Di mana aset2 tersebut perlu dilaporkan juga mengikut NILAI BUKU SEMASA / NILAI SAKSAMA tanpa mengabaikan Konsep Kos Sejarah. Oleh sebab itu dalam Kunci Kira-kira, aset bukan semasanya dilaporkan seperti berikut :

    KENDERAAN …………………………….. RM50,000 (mengambarkan nilai kos / kos sejarah)
    (-) PERUNTUKAN SUSUTNILAI ……RM5,000 (jumlah terkumpul S/nilai)
    …………………………………………………….RM45,000 (menunjukkan NILAI SAKSAMA)

    Ataupun menggunakan format berikut :

    ………………………………………KOS ……………… PSN …………. N/Saksama
    KENDERAAN…………..RM50,000……….RM5,000………….RM45,000
    BANGUNAN ………….RM100,000……..RM10,000………….RM90,000

    Semoga penerangan diatas dapat membantu anda berdua.

  27. salam~.. cikgu, saya nak tahu lebih lanjut tentng apa itu kerangka konseptual.. dan bagaimana konsep ini di gunakan..

  28. Eila,

    Kerangka konseptual bukannya suatu konsep. Ianya boleh dikatakan sebagai skop cakupan / ruang lingkup sesuatu sistem perakaunan. Di mana semua prinsip2, konsep2, dasar2 perakaunan, standard /piawaian perakaunan dll yang diikuti dan dipatuhi akan membentukkan suatu kerangka konseptual sistem perakaunan tersebut.

  29. jadi, untuk pelajar T4 tahun ini, saya kena ajar mereka kos sejarah atau pelaporan pada nilai saksama? kena ajar konservertisme? cikgu ada naskhah sukatan baru (untuk SPM 2010) dalam blog ini untuk saya download?

  30. Cg Jun,

    Pelajar T4 pada Tahun 2010 baru mengunapakai HSP baru. HSP 2010 boleh dimuat turun daripada bahagian A-INFO PERAKAUNAN.

  31. cg, boleh x terangkan ape yang dimaksud dengan kebolehfahaman dalam ciri kualitatif?

  32. Jun,

    Secara ringkasnya, sesuatu laporan kewangan yang baik dan BERKUALITI, seharusnya memenuhi ciri2 berikut :

    1. Kebolehfahaman – maksudnya maklumat kewangan tersebut mudah difahami oleh pengamal2 perakaunan, pihak2 pengurusan dalaman atau pihak luar bagi membantu membuat sesuatu keputusan, perbandingan dan juga perancangan.

    2. Maklumat tersebut Releven dan boleh dipercayai,
    3. Kebolehbandingan.
    4. Laporan yang adil dan saksama.

    Itu saja secara ringkasnya daripada saya.

  33. cg, kenapa usia guna bagi aset tak ketara yg terhad perlu dilunaskan?
    mcm mn nk bezakan usiaguna aset tersebut terhad@ x terhad?

  34. Jun,

    Setelah membuat sedikit rujukan, saya dapati ianya menyamai konsep susut nilai dan peruntukan susut nilai bagi aset bukan semasa. Sebenarnya apa yang dilunaskan adalah ASET TAK KETARA tersebut (spt paten, had cipta, goodwill/muhibah dll) dan bukannya usiagunanya.

    Contoh, PATEN berkos RM100,000. Sekiranya syarikat menjangkakan usiaguna PATEN hanya 10 tahun, mungkin disebabkan perkembangan ICT, usang dll. Maka nilai PATEN tersebut perlulah dilunaskan sebagaimana Kenderaan disusutnilaikan pada setiap tahun. Salah satu kaedah yang digunakankan ialah KAEDAH GARIS LURUS, iaitu : NILAI KOS / USIAGUNA

    Pelunasan Paten = RM100,000 / 10 tahun = RM10,000 setahun.

    Pada pandangan saya, bagi menentukan sesuatu ASET TAK KETARA (ATK) itu mempunyai usiaguna yang TERHAD atau TIDAK TERHAD adalah bergantung kepada jenis Aset Tak Ketara tersebut. Sekiranya sesuatu ATK (seperti Paten, Muhibah) dapat dijangkakan nilainya akan berkurangan dalam suatu tempoh tertentu, maka ianya boleh dikelaskan sebagai TERHAD kepada tempoh tersebut.

    Manakala ATK yang tidak dapat dijangkakan penurunan nilai dalam tempoh2 tertentu, maka boleh dikelaskan sebagi TIDAK TERHAD. Iaitu menyamai konsep TANAH yang tidak ada susutnilai kerana nilainya tidak akan turun, malah sentiasa meningkat setiap tahun.

    Itu saja daripada saya, mungkin cikgu2 lain boleh membantu.

  35. salam CG.

    Cg de sebut bhw thn 2009 topik baru iaitu PENGGAJIAN utk ting 5. blei CG terangkan dgn lebih lanjut ttg topic ini…
    Saya prlukan penerangan dgn lebih detail ag….

    TQ

  36. Shah,

    Sila ikuti perkembangan terbaru DI SINI dan DI SINI.

    HSP yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2009 telah ditangguhkan perlaksanaannya kepada pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2010. Seterusnya akan mengikuti Format Pentaksiran Baru pada SPM 2011 nanti.

    Dengan penangguhan tersebut, maka Buku Teks yang memenuhi HSP Baru akan dikeluarkan nanti.

  37. cg, saya nak tanya dalam perakaunan, apa yang dimaksudkan dengan corak manfaat ekonomi tersebut dapat dikenalpasti bagi aset tak zahir?

  38. Jun,

    ASET NYATA – adalah merujuk kepada aset2 yang boleh dilihat secara fizikal/zahir seperti Bangunan, Kenderaan, Perabot dll.

    Manakala ASET TAK NYATA/ZAHIR (seperti paten, had cipta, goodwill/muhibah, manfaat ekonomi) – adalah aset2 kepada syarikat tetapi tidak dapat dilihat secara zahir/fizikal.

    Di mana ciri-ciri Aset Tak Zahir/Nyata/Ketara, antaranya :
    1. Tidak boleh dilihat secara zahir.
    2. Tidak memiliki ciri fizikal.
    3. Tidak boleh dirasa dan dipindah secara zahir.
    4. Suatu kualiti yang abstrak dan sukar untuk meletakkan nilai ke atasnya.

    Jika sesuatu aset tersebut memenuhi ciri2 yang disebut di atas, maka ianya bolehlah dikelaskan sebagai Aset Tak Zahir/Nyata/Ketara. Ianya dianggap sebagai Aset kerana ianya boleh memberi keuntungan kepada perniagaan pada masa hadapan.

  39. b) Pelaporan berasaskan nilai saksama dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan kerelevanan maklumat perakaunan yang dilaporkan. Dengan merujuk kepada piawaian perakaunan yang khusus terangkan bagaimana amalan melaporkan berasaskan nilai saksama dioperasikan agar kerelevanan yang ingin ditingkatkan tidak menjejas ciri-ciri kebolehpercayaan maklumat yang dilaporkan

  40. Syahkila,

    Cg telah bincangkan perkara tersebut dalam komen diatas.

  41. sy nak tanye soalan…

    Salah satu dari ciri kualitatif maklumat berguna ialah kebolehbandingan. boleh x terangkan kepentingan ciri ini dan bagaimana ciri ini boleh diterapkan dalam pelaporan kewangan dengan menyertakan contoh yang bersesuaian.

  42. cikgu balas la…sy buntu…nk pandangan sbb selasa ni kene wat penulisan…

  43. Zulhelmi,

    Cg berikan sedikit nota sebagai panduan untuk anda menyiapkan tugasan tersebut dengan merujuk kepada MASB 1.

    Objektif piawaian MASB 1 adalah untuk menetapkan asas pembentangan penyata kewangan tujuan umum bagi memastikan kebolehbandingan dengan penyata kewangan terdahulu perusahaan itu sendiri dengan penyata kewangan perusahaan lain.

    Oleh itu, MASB 1 menggariskan pertimbangan keseluruhan pembentangan penyata kewangan, garis panduan bagi struktur penyata kewangan dan keperluan minimum kandungannya.

    Namun begitu, MASB 1 juga menggalakkan perusahaan untuk mendedahkan lebih banyak maklumat bagi membantu pengguna membuat keputusan ekonomi.

    Mematuhi semua keperluan yang dinyatakan dalam MASB 1 akan membawa kepada usaha untuk menerapkan amalan terbaik (best practice) dalam pelaporan kewangan syarikat.

    Antara aspek yang boleh diterapkan dalam pelaporan kewangan ialah dari segi penggunaan istilah perakaunan yang digunakan dalam laporan tahunan syarikat, penetapan tempoh usia aset tetap, kaedah penilaian inventori dan kaedah penilaian susut nilai bagi aset.

    Selain itu, dari segi susun atur pembentangan laporan kewangan syarikat seperti susun atur dalam pendedahan polisi perakaunan yang penting, susun atur aset, liabiliti dan ekuiti dalam kunci kira-kira dan susun atur pembentangan kunci kira-kira dan penyata pendapatan.

    Perbezaan dari segi penggunaan istilah dan susun atur tidak mendatangkan masalah yang besar dalam membuat perbandingan, namun penggunaan kaedah perakaunan yang berbeza memberi kesan yang ketara kepada keuntungan dan aset bersih yang dilaporkan dalam penyata kewangan. Ini merupakan antara isu utama yang perlu diberi perhatian oleh penggubal piawai untuk meningkatkan kebolehbandingan laporan kewangan syarikat.

    Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda.

  44. thanx cikgu….membantu sngt…baru ade idea nk wat penulisan…huhu…dh smggu buntu xtau nk hurai mcm mn lg pasal ciri tu…nk kene cr bnyk rujukan….thanx again…wslm

  45. Pelaporan berasaskan nilai saksama dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan kerelevanan maklumat perakaunan yang dilaporkan. Dengan merujuk kepada piawaian perakaunan yang khusus terangkan bagaimana amalan melaporkan berasaskan nilai saksama dioperasikan agar kerelevanan yang ingin ditingkatkan tidak menjejas ciri-ciri kebolehpercayaan maklumat yang dilaporkan.

    cikgu fhm x soalan ni…klu cikgu leh ringkaskn soalan ni…klu cikgu x bz la….nk try fhmkn soalan

  46. Zulhelmi,

    Sila rujuk komen Cg di ATAS berhubung dengan Pelaporan berasaskan nilai saksama.

  47. xpe la cikgu…soalan sy sm cam shahkila…dh dibincangkan kn…baru perasan…thanx cikgu…

  48. salam cg,boleh cg detailkan lagi maksud pemadanan hasil dan belanja ?

  49. Nur,

    Disini Cg petikkan Nota Konsep Asas Perakaunan daripada Blog Tuan Tulis.

    PEMADANAN (matching)
    Mengikut prinsip ini, untuk menentukan untung/rugi sesuatu tempoh, hasil yang diperolehi bagi satu tempoh mesti dipadankan dengan belanja yang dikenakan untuk memperolehi hasil bagi tempoh yang sama. Konsep ini adalah penting untuk mengukur prestasi sesebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh.

    Sebagai contoh, barang niaga sebanyak 10 unit telah dibeli di awal tempoh perakaunan dengan kos RM1.00 setiap satu. Dalam tempoh perakaunan tersebut, 7 unit telah dijual pada harga RM1.20 satu. Jika prestasi perniagaan diukur dalam tempoh ini, nilai jualan ialah RM8.40 dan kos barang niaga yang telah dijual ini ialah RM7.00 bukan RM10.00. Ini adalah kerana dalam menjanakan hasil sebanyak RM8.40, hanya 7 unit barang niaga dijual bukan 10. Sekiranya terdapat belanja lain bagi perkhidmatan atau perkara lain yang terpaksa ditanggung bagi menjanakan hasil RM8.40 itu, belanja-belanja ini juga perlu ditolak daripada RM8.40 sebagai mematuhi konsep pemadanan.

  50. Cikgu, saya nak tanya nama baru bagi konsep kos sejarah ialah pelaporan berasaskan nilai semasa @ pelaporan berasaskan nilai saksama? Hal ini kerana power point yang saya dowmload dari blog cikgu tertulis pelaporan berasaskan nilai semasa. Tetapi apabila melihat kembali blog cikgu, cikgu telah menukar kepada pelaporan berasaskan nilai saksama. Yang mana satu adalah betul?

  51. Zalia,

    Pelaporan berasaskan nilai saksama BUKANNYA nama baru bagi Kos Sejarah, tetapi merupakan salah satu Ciri Kualitatif Penyata Kewangan yang mula diperkenalkan kepada pelajar dalam Huraian Sukatan Pelajaran 2010 nanti. Di mana ciri pelaporan tersebut adalah mengambil kira Konsep Kos Sejarah yang digunakan.

    CG akui dalam bahan powerpoint tersebut menggunakan “pelaporan berasaskan nilai semasa”, tetapi setelah Cg buat semakan dalam HSP didapati “Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama” digunakan. Oleh itu Cg tukarnya supaya selaras dengan HSP yang akan digunapakai nanti supaya pelajar tidak keliru.

  52. saya nak tanya, apa itu muhibbah atau goodwill kepada sesebuah syarikat?

  53. Nazirah,

    Muhibah (goodwill) dikelaskan sebagai Aset Tak Nyata (seperti paten, had cipta, manfaat ekonomi) – Iaitu aset2 kepada syarikat tetapi tidak dapat dilihat secara zahir/fizikal. Ianya boleh dikatakan sebagai nama baik syarikat.

    Sebagai contoh, dua buah jam tangan yang sama buatan dan kualitinya tetapi mempunyai jenama yang berbeza, satu bejenama LASAK dan satu lagi berjenama RADO. Agaknya jam yang mana satu dapat dijual dengan harga yang lebih mahal ? Kenapa ? …. ini adalah disebabkan oleh muhibah.

  54. akum..
    sy ingin tahu maksud dan contoh PEMADANAN.
    sy dah cuba cari maksud pemadanan ni,tp semua jawapannya sama.
    kerana skrang sy sdg membuat kajian mengenai topik pemadanan.
    sy perlukn penerangan drpd tuan.

  55. Jasmin,

    Di atas telah dinyatakan maksud dan juga contoh bagi Konsep Pemadanan. Konsep ini juga boleh dikaitkan dengan pelarasan terhadap BELANJA TERAKRU/TERDAHULU serta HASIL TERAKRU/TERDAHULU. Pelarasan2 tersebut dilakaukan bagi memenuhi konsep pemadanan, di mana HASIL TAHUN SEMASA perlu dipadamkan dengan BELANJA TAHUN SEMASA bagi mendapatkan nilai UNTUNG TAHUN SEMASA.

  56. bagaimana pula dengan maksud keobjektifan?

  57. Jasmin,

    Disini Cg kemukakan sedikit maklumat daripada Nota Matrikulasi berhubung dengan Konsep Keobjektifan.

    KEOBJEKTIFAN (OBJECTIVITY)

    – Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong berlakunya urusniaga.
    – Tujuan – elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif dan tidak tepat.
    – Rekod boleh dipercayai benar dan tepat.

    Contoh: Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga kredit tiada sebarang dokumen diperlukan. Beri pendapat anda.

    Penyelesaian: Syarikat tidak mematuhi konsep keobjektifan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu samada urusniaga tunai atau kredit. Selain sebagai bukti ia juga dapat memudahkan perekodan dibuat.

  58. ada konsistensi dalam perakaunan? apa maksudnya?

  59. Ling,

    Konsistensi dalam perakaunan maksudnya semua dasar2, kaedah2 dll. yang digunapakai oleh syarikat/organisasi hendaklah sentiasa konsisten (berterusan). Dengan itu, tahap kebolehbandingan/kebolehpercayaan rekod2 perakaunan/kewangan adalah tinggi. Seterusnya penilaian terhadap prestasi dan pencapaian sesuatu syarikat/organisasi dapat dilakukan dengan tepat.

  60. salam cikgu…

    pra diploma blajar bljar mengenai ape ???

    tapi saya ader dapat ikm kos dploma teknologi seni bina….

    mane yang patut sy pergi pra diploma or ikm ????

    pra diploma tu sbb bi sy x crdt….

  61. pra diploma perdagangan

  62. Nurul Syaz,

    Program pra diploma biasanya ditawarkan kepada pelajar yang tidak kredit matematik dan bahasa inggeris. Tempoh pengajiannya 1 semester (6 bulan) di mana subjek utama yang diajar ialah mate dan bi. Pelajar yang lulus dalam program Pra-Diploma Perdagangan boleh diserapkan untuk mengikuti program Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan.

    Dalam menentukan pilihan, bergantung kepada MINAT dan HALA TUJU Nurul ke arah mana ? – Bidang Pengurusan Perniagaan atau Bidang Teknologi Seni Bina. Masing2 ada kelebihannya. Oleh itu Cg tidak dapat nyatakan mana yang patut dipilih. Nasihat Cg bawa berbincang dengan ahli keluarga dan buat keputusan bersama.

  63. salam..
    ckgu..sy time form4 sy amik BIO..tp..awl thn 2009 sy drop bio n amik P.A.ckgu..mslahnya skrg..sy xdpt nak pick up apa yg ckgu sy ajar kt skol..sy stay kat hostel..kt skol sy cme ada sorang je ckgu akaun..sy ssh ati cgku..msih byk lg yg sy x catch up..n sy xphm pap yg ckgu ajar..what should i di now??ckgu sy btol2 rse down..help me ckgu..sy xnk fail sbjek ni….i beg to you!!

  64. salam..
    skali lg ckgu sy nak tya..apakah step yg terawal utk blajar akaun??sy rse, sy nak start dr awal blek la..sy ble dgr je pktaan AKAUN..sy akn jd tkt..xtng..n so on..sy xtau apa yg xkna dgn sy nie..ckgu tlgla sy..ckgu bgla tips2 mcmn sy bleh fhm n tau nak jwb soalan akaun ni..bru2 ni sy exam mid yer..ckgu,sy xtau mcmn nk jwb soalan tu ats krts jwpan.. sy xpnh jwb pn sblum nie..argh!!sy sdeh sgt5….sy btol2 fed up..ptus asa..ckgu,,bleh x bgtau format exam akaun paper2??

  65. Tqah,

    Format Pentaksiaran Prinsip Perakaunan SPM 2009:
    1. Kertas 1 (Objektif) – 40 soalan (40 markah = 33.3 %)
    2. Kertas 2 (Subjektif) – Jawab 4 soalan Bahagian A dan pilih 1 Bahagian B (80 markah = 66.7%)
    Soalan 1 – Dokumen (28 markah = 23.3%)
    Soalan 2 – Akaun Penamat – milikan tunggal/ perkongsian/ kelab dan persatuan/ rekod tak lengkap/ Ak Kawalan. (20 markah = 16.7%)
    Soalan 3 – Perkongsian/ Kelab dan Persatuan/ Rekod tak Lengkap/ Akaun Kawalan.
    Soalan 4, 5 dan 6 – Lain2 topik.

    Jadi untuk LULUS cukup mudah, pastikan anda betul sekurang2nya 20/40 soalan Kertas 1 (16.7%) dan Soalan Dokumen (23.3%) dalam kertas 2. Jumlah markah 40% sudah LULUS, dan jika dapat jawab mana2 1 soalan lagi dalam kertas 2, maka kemungkinan besar akan dapat KREDIT (5C atau 6C).

    Cadangan Cg sebagai permulaan,
    1. buat latih tubi soalan kertas 1.
    2. kuasai soalan dokumen.
    3. kuasai topik2 ting 5 yang sedang diajar oleh guru.

    TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA – sentiasa BERTANYA kawan / guru jika tidak faham / ada apa2 masalah teknik / cara menyelesaikan sesuatu soalan. Jangan tanguh2, TERUS TANYA jika ada masalah, sentiasa berjumpa guru untuk dapatkan BIMBINGAN berterusan. Buat LATIHAN yang diberikan oleh guru dan perbanyakan latihan soalan tahun2 lepas. Gook Luck.

  66. cg.. bley x rekomen sket buku2 rujukan yg bgus & sesuai??

  67. Garey,

    Cg cadangkan buku sasbadi, walau bagaimanapun buku2 lain juga sesuai digunakan.

  68. SALAM..
    cg tima kseh byk3..ari ni sy dpt smagat baru utk bljar akaun..i’ALLAH cg..sy akn usaha..cg..doakan kjyaan sy ya.. smoga ALLAH sntiasa mgiringi lgkah cg dgn keredhaan dan kerahmatan……

  69. Tqah,

    Semangat beginilah yang Cg mahukan, dan tetapkan 1A sebagai target. Cuba kuasai setiap topik satu per satu. Semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir kepada 1A.

    Cg doakan kejayaaan yang cemerlang dalam SPM nanti, Amin.

  70. askm..

    nak tye kat mene bleh ambik sijil perakaunan yang ada skop pembelajaran UBS

  71. Seri,

    Maaf, Cg tak dapat jawab kat mana. Kalau tak silap ada setengah2 Pusat Komputer menganjurkan kelas/kursus penggunaan perisian perakaunan seperti UBS, MYOB dll. Cuba tinjau2 di sekitar kawasan anda.

  72. hihi…boleh tanya macam mana untuk huraikan prinsip pemadanan?

  73. hihi…boleh tanya lagi apa maksud pendedahan penuh dan contoh serta huraian kerana saya tdk dapat cari di mana2 buku.

  74. Elaine,

    Konsep Pemadanan telah Cg nyatakan di atas, walau bagaimanapun disini Cg ambil petikan daripada Nota Matrikulasi berhubung Konsep Pemadanan dan Pendedahan Penuh.

    PEMADANAN (MATCHING)
    # Belanja – direkod dalam tempoh perakaunan bagi perolehi hasil perniagaan.
    # Tujuan – ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu tempoh perakauanan

    Contoh: En AA mendapati perniagaannya akan mengalami kerugian. Maka beliau mengarahkan akauntan mengurangkan pelaporan perbelanjaan syarikat dengan mengurangkan pelaporan nilai belanja elektrik dan tidak melaporkan belanja susutnilai bagi tempoh tahun tersebut. Adakah akauntan perlu mematuhi arahannya, berikan pendapat anda.

    Penyelesaian: Tidak kerana bercanggah dengan konsep pemadanan. Pelaporan belanja elektrik dan belanja susutnilai adalah perbelanjaan yang berlaku dalam tahun kewangan tersebut dan ia berkaitan dengan hasil yang diperolehi dalam tempoh itu. Oleh itu perbelanjaan perlu dilaporkan bagi menunjukkan kedudukan kewangan sebenar syarikat.

    PENDEDAHAN PENUH (FULL DISCLOSURE)
    # Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi

    Contoh: Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan.

    Penyelesaian: Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata kewangan.

    Semoga dengan bantuan nota2 diatas dapat membantu Elaine membuat huraian bagi kedua2 konsep tersebut.

  75. apa itu kos sejarah dan pengukuran wang stabil?tolong terangkan

  76. Tangjieying,

    KOS SEJARAH telah dinyatakan di atas, manakala Pengukuran Wang Stabil secara ringkasnya seperti berikut :

    PENGUKURAN WANG STABIL (MONETARY UNIT)
    # Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan dalam buku perakaunan

    Contoh: Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetap nilainya dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntantperniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga tersebutsehingga nilai dalam wang dapat dipastikan

    Penyelesaian: Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporanurusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang yang tepat

  77. salam…cg..bole tak cg terangkn psl konsep entiti perniagaan berasingan dan konsep ringgit??t.q

  78. Suaida,

    ENTITI BERASINGAN (SEPARATE ENTITY)

    1. Sesebuah perniagaan itu wujud sebagai satu entiti atau unit yang berasingan daripada pemiliknya. Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza.
    2. Rekod perakaunan hanya merekod urusniaga perniagaan. Urusniaga peribadi pemiliknya tidak direkodkan kerana tiada kaitan dengan perniagaan.
    3. Tujuan memisahkan entiti perniagaan daripada pemiliknya adalah untuk membezakan urusniaga perniagaan daripada urusniaga peribadi.

    Contoh: En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekod perniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol untuk kereta tersebut turut direkod dalam buku perniagaannya.

    Penyelesaian: En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan. Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalah perbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku perniagaannya.

    WANG SEBAGAI UKURAN (MONETARY UNIT)

    1. Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan dalam buku perakaunan.
    2. Jika perniagaan memiliki 1 Bangunan, apakah UNIT yang paling sesuai digunakan untuk mengambarkan NILAI ASET tersebut. Adakah ada SATU BANGUNAN ? … atau Perniagaan mempunyai Aset Bangunan bernilai RM100,000.
    3. Oleh itu semua nilai urus niaga perlu direkodkan dalam satu nilai UNIT tertentu, yang boleh diukur dan diterima umum. Dan Unit yang paling sesuai digunakan ialah unit MATA WANG / RINGGIT.

    Contoh: Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetapi nilainya dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntant perniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga tersebut sehingga nilai dalam wang dapat dipastikan.

    Penyelesaian: Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporan urusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang yang tepat.

  79. Konsep KONSERVATISMA

    Tambahan maklumat:
    Sekiranya sesuatu belum berlaku tetapi diramalkan akan berlaku dan kesanya mengurangkan kerugian perniagaan atau mengurangkan aset, ianya perlu dinyatakan dalam merekod.
    Contoh: Peruntukan hutang ragu/susut nilai atau nilai stok yang terendah antara pasaran dan kos belain.

  80. Terima kasih Cikgu Norman.

  81. salam cg,
    saya merupakan pelajar diploma perakaunan.di sini bolehkah saya bertanya cg tentang apa yang dikatakan dengan relevan perakaunan?saya dikehendaki membuat pembentangan utk subjek teori dan praktis perakaunan,so dalam topik saya ia berkaitan ciri-ciri dan informasi perakaunan.

  82. Wan Nur Atika,

    Ciri-ciri laporan yang baik dan contoh releven dalam perakaunan telah Cg perkatakan di ATAS, semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda.

  83. boleh tolong terangkan maksud muhibah?

  84. Faiz,

    Sila rujuk komen Cg di ATAS berhubung dengan :

    1. Aset Ketara dan Aset Tidak Ketara serta ciri-cirinya.

    2. Muhibah serta contohnya.

  85. cikgu xbls pown soalan sy

  86. Ireantihaira,

    Maaf, soalan yang mana satu ?

  87. contohnya ……

    Akaun Bil Elektrik
    ——————–
    kredit
    . 2008
    . Mac 1 Bank 210
    .
    .

    kalau kita tutup macam itu boleh tak…..tidak guna baki h/b…

  88. Zeewoon,

    Cg tidak galakkan berbuat demikian, kalau ditinggalkan begitu sahaja, tidak dinamakan tutup akaun. Sebaik2nya tunjukkan Baki h/b dan Baki b/b, walaupun tiada markah yang diperuntukkan.

  89. Salam sejahtera,

    Boleh Cikgu jelaskan perkara-perkara berikut:
    (a) Perubahan dalam polisi perakaunan
    (b) Perubahan dalam anggaran perakaunan
    (c) Butiran Luar Jangka
    (d) Akaun Gabungan
    (e) Kepentingan Minoriti
    (f) Pengecualian kepada syarikat induk tidak membentangkan akaun gabungan
    (g)Relevance
    (h) Reliability
    (i) Comparability

  90. Willy,

    Maaf, buat masa ini Cg tidak dapat nak tolong menjelaskan kesemua perkara2 tersebut, takut2 tersilap ataupun penerangan Cg tidak tepat. Oleh itu, Cg cadangkan cuba dapatkan mana2 buku Teori dan Amalan Perakaunan sebagai panduan dan rujukan.

  91. slm cg,

    sy pernah trbaca majalah pasal pengharmonian perakaunan, apakah maksudnya cg?

  92. Ajib,

    Pengharmonian perakaunan merupakan salah satu isu yang ditimbulkan pada peringkat perakaunan antaranbangsa. Di mana setiap negara mengamalkan standard2 perakaunan masing2, maka wujudnya beberapa masalah disebabkan perbezaan penggunaan standard2 perakaunan tersebut dalam hubungan perdagangan antarabangsa. Ekoran daripada itu ada pihak2/ badan2 tertentu cuba berusaha mewujudkan satu standard perakaunan antarabangsa yang mana ianya diterima dan akan digunapakai oleh semua. Dan usaha2 yang dilakukan tersebut dipanggil Pengharmonian Perakaunan. Itu saja pandangan daripada Cg.

  93. buleh saya dapatkan istilah dibawah dalam bahasa melayu

    1. Total Turnover per FTE Employee (RM)
    2. Profit before Tax per FTE Employee (RM)
    3. Percentage of Export Turnover (%)
    4. Net Profit Margin (%) margin untung bersih
    5. Staff Cost as Percentage of Sales (%)
    6. Net Profit Growth (%)
    7. Sales Growth (%)
    8. Staff Cost Growth (%)
    9. Fixed Costs as a Percentage of sales (%)
    10. Percentage of Total Turnover from New Products and/or Service (%)
    11. Customer Growth (%)
    12. Working Capital Turnover (number)
    13. Gross Gearing (%)
    14. Return on Capital Employed (%) (ROCE)
    15. Return on Net Assets (%) (RONA)
    16. Acid Test (ratio)
    17. Cash in Bank to Turnover (%)
    18. Interest Cover (ratio)
    19. Debtor Days (days)
    20. Directs to Indirect (number)
    21. FTE Employees per FTE Manager (number)
    22. Return on Total Assets (%) (ROTA)
    23. Current Ratio (ratio)
    24. Complaints per Customer (number)
    25. Complaints per Order (%)
    26. Percentage of Orders Rejected During Warranty Period (%)
    27. New Employees per FTE Employee (%)
    28. Total Leavers per FTE Employee (%)
    29. Early Leavers per FTE Employee (%)
    30. Absenteeism per FTE Employee (number)
    31. Accidents per FTE Employee (number)
    32. Percentage of Sub Standard Supplies (%)
    33. Percentage of Supplies Delivered on Time (%)
    34. Supplier Effectiveness (RM)
    35. Capital Investment to Turnover (%)
    36. R&D Expenditure to Turnover (%)
    37. Training Expenditure to Turnover (%)
    38. FTE Graduates per FTE Employee (%)
    39. Marketing Expenditure to Turnover (%)

  94. Nazahiah,

    Maaf Cg tiada Kamus Istilah Perakaunan, cuba dapatkan istilah2 tersebut daripada buku berikut :

    Author : Robb, Alan J.
    Title : Kamus istilah : perakaunan / Alan J. Robb, Roy W. Walls.
    Imprint Selangor : BIROTEKS UiTM, 1981
    ISBN : 9679580466

  95. Nazahiah,

    Cg telah mendapat maklum balas daripada En Muhammad Nor Hisyam Zakaria berhubung dengan Istilah2 Perakaunan dan Ekonomi dalam Bahasa Melayu. Iaitu menggunakan perkhidmatan percuma enjin carian keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) :

    Cara Mudah Menggunakan Carian PRPM @ DBP Malaysia:
    1. Layari https://prpm.dbp.gov.my/
    2. Taip istilah yang ingin dicari pada ruangan yang
    disediakan. Contoh: current ratio.
    3. Klik pada pilihan PRPM yang terletak di bawah ruangan
    berbentuk segi empat.
    4. Klik pada butang Cari.
    5. Tunggu sekejap sehingga output carian dipaparkan pada skrin komputer anda.

    Sekiranya istilah yang ingin dicari tiada dalam maklumat pangkalan data milik Carian PRPM @ DBP Malaysia, sila gunakan Khidmat Nasihat DBP (KND) dengan
    mengemukakan pertanyaan melalui laman sesawang https://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_login_pelanggan_web.aspx?id=1.
    1. Taip alamat e-mel anda pada ruangan yang disediakan.
    2. Kemudian, klik pada butang MASUK dan ikuti arahan seterusnya yang dipaparkan pada skrin komputer anda.

    # Terima kasih kepada En Muhammad Nor Hisyam Zakaria di atas maklumat dan panduan tersebut.

  96. cg narzuki, ada 3 pers0alan.. m0h0n bntuaan cg
    soalan 1: klu simpanan tetap merupakn aset semasa . Bgmana dgn pelaburan dalam syer ?
    soalan 2 : knp kunci kira2 dikaitkan dgn wang rezab. Apa itu wang rezab? bmksud wang Ahli?
    soalan 3: skiranya sebuah syarikat mnrima cek dividen atas faedah pelaburan bg thn 2007( RM 18,000 ) Pd 30-12-2007 tetapi amaun tsebut tlh dimsuk pada 2-1-2008 dlm penyata bank… bgaimana hendak mmsuki faedah tsebut ke tahun 2007 tanpa mgubah penyata bank & buku catatan?

  97. salam cg,
    sy ade soalan. perbelanjaan dan tanggungan terdpt di dlm Penyata Kewangan:
    1) Kerja dalam Kemajuan
    2)Muhibbah
    3)Tanggungan Kontigen

    1)bagaimana perbelanjaan & tanggungan tersebut boleh wujud?
    2)Di mana ia diambil kira dalam Penyata Kewangan

  98. hi cg,

    sy ade lg satu soalan..harap cikgu bleh tlg ya. ape maksud perbelanjaan tertunda & tanggungan tertunda

  99. Eila,

    1) Bagi mengklasifikasi Pelaburan dalam syer samada Aset Semasa atau Aset Bukan Semasa ianya bergantung kepada beberapa perkara seperti jenis/tujuan pelaburan tersebut serta dasar perakaunan sesebuah syarikat itu sendiri.

    2) Rizab boleh didefinisikan sebagai suatu jumlah yang telah diperuntukan khas untuk sesuatu tujuan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Selain modal, rizab merupakan sebahagian ekuiti syarikat. Rizab terdiri daripada dua jenis rizab modal dan rizab hasil.

    Rizab modal adalah sebahagian daripada rizab berkanun. Oleh itu ia tidak boleh diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen. Antara contoh rizab ialah premium saham, rizab tebusan modal, rizab penilaian semula aset tetap dan rezab penggantian aset tetap.

    Rizab hasil adalah pendapatan terkumpul syarikat yang belum lagi diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen. Contoh rizab hasil ialah pendapatan tertahan, rizab am dan rizab penyamaan dividen.

    3) Itu tujuan pelarasan dilakukan, Di mana pada 31 Disember 2007 pelarasan perlu dibuat dengan merekodkan Dt: Dividen Belum Terima / Terakru dan Kt: Dividen. Di mana kita telah mengiktirafkan penerimaan dividen tersebut bagi tahun kewangan 2007, iaitu mengikuti konsep pemadanan atau akruan. Dengan itu tiada apa2 yang sepatutnya diubah, cuma dilakukan pelarasan pada akhir tempoh perakaunan tersebut.

  100. Arwen,

    Maaf, soalan2 tersebut diluar skop SPM, jadi Cg takut penerangan Cg nanti tidak bertepatan dengan kehendak sukatan anda.

    Cg mencadangkan dapatkan maklumat lanjut dengan merujuk kepada Financial Reporting Standard (FRS) 139 Financial Instruments: Recognition and Measurement dan FRS 132 Financial Instruments: Disclosure and Presentation.

  101. owh ok tenkiu

  102. M0h0n Bantuan cg…
    i) Sbgai Cnt0h Pelaburan Dlm Syer yg sy ptanyakan hr 2…
    *Amanah Saham Mara ( Disebut Harga ) dan Pelaburan Syer **Bank Persatuan ( Tak Siar Harga ) Blh ke sy mengklasifikasi kedua2 Pelaburan itu sbg Aset Semasa?

    ii) Apa Yg dimaksud Dgn Akaun Pertaruhan? ia juga tg0l0ng Dlm Aset Semasa? Blh cg sertakan dgn Cnth?

    iii) Bagi S0alan 3 bkenaan Pelarasan yg cg perkatakan blh x sy Jurnal :
    Pd 31 Dis 2007
    Dt Bank RM 18,000
    Kt Faedah Atas Pelaburan RM 18,000
    (Accrued Dividen 0n Investment f0r Year 2007)

    Pd 2 Jan 2008
    Dt Faedah Atas Pelaburan RM 18,000
    Kt Bank 18,000
    (Being reversal 0f entry f0r Dividen On Investment F0r Year 2007)

  103. Elia,

    Soalan i dan ii, Cg kena study dulu, takut2 tersilap sampaikan maklumat.

    iii. Catatannya :

    Pd 31 Dis 2007
    Dt Faedah Atas Pelaburan Terakru/Belum Terima RM 18,000
    Kt Faedah Atas Pelaburan RM 18,000
    (Accrued Dividen 0n Investment f0r Year 2007)

    Pd 2 Jan 2008
    Dt Bank RM 18,000
    Kt Faedah Atas Pelaburan Terakru/Belum Terima RM 18,000

  104. salam….. ssaya dari degree perakaunan UMS… di sini saya ingin utarakan sedikit pertanyaan… dalam teori ada perkataan “kalkulatif & konstitutif”… boleh terangkan

    kemudian apakah yg dimaksudkan dengan peharmonian praktik perakaunan???

    dan apa kaitannya dengan amalan perakaunan….

    then apa kepentingannya,….??

    TQ

    lau le email saya di accountant_shah86@yahoo.com.my

  105. Azlan,

    Maaf, Cg tak dapat nak terangkan perkataan “kalkulatif & konstitutif”, sekiranya ada sedikit keterangan/kenyataan megenainya, insyaAllah Cg boleh tolong huraikan setakat yang termampu.

    Pengharmonian perakaunan merupakan salah satu isu yang ditimbulkan pada peringkat perakaunan antarabangsa. Di mana setiap negara mengamalkan standard2 perakaunan masing2, maka wujudnya beberapa masalah disebabkan perbezaan penggunaan standard2 perakaunan tersebut dalam hubungan perdagangan antarabangsa. Ekoran daripada itu ada pihak2/ badan2 tertentu cuba berusaha mewujudkan satu standard perakaunan antarabangsa yang mana ianya diterima dan akan digunapakai oleh semua. Dan usaha2 yang dilakukan tersebut dipanggil Pengharmonian Perakaunan.

    Daripada penerangan Cg diatas, cuba fikirkan apakah kaitan dan kepentingannya.

    Ok, Itu saja pandangan daripada Cg.

  106. ckgu,apa mksd angktn msuk n angktn kluar?
    debentur?

  107. Kedua 2 Angkutan tersebut merupakan BELANJA, cuma perbezaannya :

    1. ANGKUTAN MASUK – merupakan kos angkutan yang terlibat semasa beli barang niaga daripada pembekal, maka ianya perlu dicatat bersama2 KOS BELIAN yang lain. Iaitu :

    Belian (-) Pulangan Belian (+) Angkutan masuk (+) Duti atas belian (+) Upah atas belian (+) Insuran atas belian.

    2. ANGKUTAN KELUAR – merupakan kos angkutan yang terlibat semasa menghantar barang niaga kepada pelanggan. Maka ianya perlu dicatat bersama2 BELANJA2 LAIN.

    DEBENTUR

    Debentur atau bil perbendaharaan, cagaran adalah surat akuan yang dikeluarkan oleh syarikat atau agensi kerajaan yang memperakui penerimaan wang yang dipinjamkan kepadanya. Sebagai balasan pemegang debentur akan menerima kadar bunga yang tetap sehingga pinjaman itu dijelaskan.

  108. Ingin mbntu mjwb soalan eila, ( 30okt )
    Mksd Akaun Pertaruhan ialah wang pdahuluan bg mbeli Aset sbg cntoh skirannya syrikat eila ingin beli Bangunan- Kos bnilai RM 500,000.00.

    Pd 1 Jun Syrikt mbyar RM 300,000.00( Byrn Pdahuluan) jd RM 300,000.00 di pos ke Akaun Pertaruhan dl (BKN AKAUN BANGUNAN- KOS). Akaun Pertaruhan Mrupakan Aset Semasa.
    Dan Pd 1 Dis Syrikat mbyr 200,000.00 ( Baki Akhir ) jd RM 200,000.00 di pos ke Akaun Bangunan- Kos. ( Aset Tetap )

    Pd 31 Dis eila kena Jurnal Balik
    DT A. Bangunan – Kos RM 300,000.00
    KT A. Pertaruhan RM 300,000.00
    ( Bayaran Pdahuluan Didebitkan Ke Akaun Bangunan – Kos )
    _______________________________________________
    Akaun Bangunan – kos
    01 Dis PB 878787 RM 200,000.00 (dt)
    31 Dis J.Am RM 300,000.00 (dt)
    Balance = 500,000.00 (dt)
    _______________________________________________
    Akaun Pertaruhan
    01 Jun PB 010101 RM 300,000.00 (dt)
    31 Dis J.Am RM 300,000.00 (Kredit )
    Balance = 0.00
    _______________________________________________

    Kbiasaanya eila, Dlm mbeli Aset sprti Bangunan mmerlukan wg deposit bg Proses Pjanjian Jual /Belian tsbt & di pos ke Akaun Pertaruhan shgga baki dibyar pnh br blh pos ke Aset Tetap ( Bangunan ). Mjadi Kbiasaan jgk wg cengkeram Uliliti/ Air & Elektik akan ada. Jd ila kne buka
    A. Pertaruhan – Air & Elektik ,
    A. Pertaruhan – Caj Pkhdmtn &
    A. Pertaruhan – Telefon

    So, sy hrp pjelasan tsebut dpt mbantu eila…

  109. salam cg..
    bole x, cg mmbntu sy utk menerangkn komponen2 dlm pelaporan kwgn dlm mmthi konsep pemadanan dn perbelanjaan dlm perakaunan?? sy hrp cg dpt membantu sy

  110. Cg Noor,

    Terima kasih atas kesudian cikgu membantu memberi respon terhadap soalan Eila, semoga cikgu dapat sama2 memberikan respon terhadap mana2 soalan yang dikemukakan oleh pelajar terutamanya soalan2 sukatan STPM atau ke atas.

  111. T.ksh Cg N00r atas pjelasan A.Petaruhan..
    ila M0h0n Bantuan Cg N00r lg… Soalan ini mmg xfhm…
    Sbgai Cnt0h Pelaburan Dlm Syer *Amanah Saham Mara
    ( Disebut Harga ) dan Pelaburan Syer **Bank Persatuan
    ( Tak Siar Harga )
    Blh ke sy mengklasifikasi kedua2 Pelaburan itu sbg Aset Semasa?

    Hrp sgt2 cg N00r blh tlg!

  112. eila,
    Pelaburan disiar harga & tak disiar harga merupakan aset yg dijangka mberi pulangan yg tinggi berbanding deposit Bank walaupn ia merupakan pelaburan tetap syarikat akan tetapi ketidaktentuan harga saham yg sntiasa brubah maka ia diklasifikasikan sbg Aset Separa Tetap.

    1.Aset Tetap ( aset yang tahan lama dan kekal )
    2.Aset Semasa ( aset cair yg mudah ditukar kpd wg tunai )

    Format Kunci kira2
    JUMLAH ASET BERSIH = Aset Semasa – Liabiliti Semasa

    JUMLAH BESAR = Aset Tetap + Aset Separa Tetap + JUMLAH ASET BERSIH .

    sy hrp perjelasan td dpt dfhami eila..

    ** PERHATIAN :-
    Perjelasan diatas tiada dlm sukatan SPM

  113. Terima kasih atas respon Cg Noor, sayapun boleh tumpang belajar juga. Diharapkan Cg Noor akan terus memberikan respon2 di masa2 akan datang.

  114. Alhmdullah, akhir 2 perkara yg mblenggu eila tjwab juga…
    T. Kasih byk2 Cg N00r atas smua pjelasan cg…
    cg n00r, bgmna dgn s0alan ini?

    PERABOT & KELEKAPAN bmksd
    Lekapan – alatan yang “melekat” seperti : penghawa dingin, kipas dan lampu.
    LENGKAPAN /PERABOT: seperti kerusi meja, rak dan kabinet.

    PERKAKAS PEJABAT Bmksd
    Komputer, printer, mesin taip, mesin faks dan mesin fotostat.

    KOMPUTER & PERISIAN bermksd
    Install Perisian Sistem / Software

    Soalan Sy:
    Jika membeli Komputer dgn Perisian Sistem & Membeli Cheque Writer ( Cheque Printing Software ) ia tergolong dlm pekakas pjbt atau kmpter & perisian?

  115. Cg narzuki ,
    Insyallah sy ikhlas mbantu apa yg sy mmpu jwb jd cg xprlu btrma ksh dgn sy.. Kita sama2 mbantu…

    eila,
    Bdasarkn pgalaman sy mgaudit akaun…. Jika eila mpunyai 2 akaun tsebut ini bererti :
    Membeli Komputer dgn Perisian Sistem ATAU tanpa Perisian ia tergolong akaun KOMPUTER & PERISIAN..
    Dan
    Jika Membeli Cheque Writer ( Cheque Printing Software )
    bmaksd Cheque Writer ( Perkakas Pejabat )
    Printing Software ( Perisian )

    so, eila jgn keliru…
    Perkakas yg mpunyai perisian x kira la apa jenis perkakas, ia tetap tgolong dlm Perisian.. Jadi kdua2 item td tgolong dlm KOMPUTER & PERISIAN..
    Perkakas TANPA perisian scara langsungnya tgolong dlm Akaun Perkakas Pejabat…

    **INGAT
    Membeli Komputer HARUS dimasukkan ke dlm akaun
    KOMPUTER & PERISIAN! ( jika mpunyai akaun tsbut )

  116. salam cg..
    bole x, cg mmbntu sy utk menerangkn kerelavanan hubungan setiap jenis laporan dalam penyata kwgn dlm proses pembuatan keputusan?? sy hrp cg dpt membantu sy.

  117. Sedikit nota untuk eika,

    PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN

    1. Pengguna Dalaman:

    (a)Pihak Pengurusan
    – menilai keputusan pengurusan yang lepas.
    – membuat keputusan untuk masa depan.

    2. Pengguna Luaran:

    (a) Pelabur Sedia Ada
    – ketahui nilai modal yang dilaburkan.
    – jumlah dividen yang diterima
    – ketahui sumber kewangan perniagaan.

    (b) Pihak Bank / Pemiutang
    – nilai kebolehan perniagaan untuk bayar balik hutang serta faedah atas pinjaman.

    (c) Lembaga Hasil Dalam Negeri
    – untuk tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar ikut keuntungan perniagaan.

    (d) Bakal Pelabur
    – untuk lihat prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan.

    JENIS-JENIS PENYATA KEWANGAN

    1. Penyata Pendapatan
    – Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan.
    – Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.

    2. Penyata Ekuiti Pemilik
    – Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan.

    3. Kunci Kira-kira
    – Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh.
    – Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

    4. Penyata Aliran Tunai
    – Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.

  118. hi cikgu,
    saya akan mengajar beberapa pelajar tingkatan 4 mulai tahun hadapan .
    tetapi didapati syllabusnya akan tukar kepada baru!
    saya baru habis spm!

  119. salam…ap mksud teori perakaunan n blh huraikan..

  120. cg saya baru2 ni telah develop satu blog untuk saja2.saya nak minta komen cg ttg website tersebut.

    myw910i.co.cc

  121. bagaimanakah untuk mengetahui antara perbezaan dengan simpan kira dan perakaunan

  122. Untuk mengetahui perbezaan antara simpan kira dan perakaunan, kita boleh nyatakan perbezaanya secara perbandingan antara kedua2 dari segi :
    1. Takrifan
    2. Tujuan

  123. Cikgu, saya pelajar Tingkatan 4 tahun ini, mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan sebagai subjek tambahan, oleh itu, saya kena belajar sendiri mata pelajaran tersebut.

    Saya dapati dari blog cikgu, bahawa sukatan baru diperkenalkan untuk pelajar yang akan mengambil SPM pada 2011. Masalahnya, saya telah membeli Buku Teks Prinsip Perakaunan, tetapi, sukatannya merupakan sukatan lama. Bagaimanakah saya boleh dapat buku teks yang merupakan sukatan baru? Saya sudah download Huraian Sukatan baru dekat blog cikgu, ada beberapa subtopik yang tidak terdapat dalam sukatan lama…

  124. Cg cadangkan beli buku rujukan Longman terbitan 2010 kerana buku tersebut telah menggunakan HSP baru, walaupun ianya tidak lengkap sepenuhnya tetapi buat masa ini buku tersebut lebih terkini berbanding buku2 lain yang ada dipasaran.

  125. cikgu,sek sya tak dapat lagi modul yang terbaru untuk form 4.camna saya nak buat ye?subtopik 1.1 dh tukar ke pendedahan penyata kewangan..

  126. Berita gembira, apa yang ditunggu-tunggu telah tiba… Sila ke post BAHAN SUMBER PnP PRINSIP PERAKAUNAN 2010

  127. cikgu,

    spm tahun ni ade tajuk2 baru ke?

    tajuk2 akaun tetap sama mcm dulu kan?

    tak de bab2 baru kan untuk form 4 n 5?

  128. mksudnye. spm tahun ni tak de sukatan baru yang masuk ke cikgu?

    saya takut untuk subjek akaun masa spm nanti.

    takut keluar sukatan baru plak.

  129. Peperiksaan SPM yang pertama menggunakan HSP Baru ini akan bermula SPM 2011. Manakala SPM 2010 masih lagi menggunakan HSP Lama, cuma gaya penyoalan mungkin lain sedikit daripada tahun2 sebelumnya.

  130. thanks cikgu!

  131. macam mane dgn kerja kursus.. bile nak diconfirmkan

  132. Sama-sama kita tunggu surat siaran daripada Lembaga Peperiksaan apakah Format Pentaksiran Baru yang akan digunapakai untuk SPM 2011 nanti.

  133. Salam, untuk memahami konsep kos sejarah vs nilai saksama, sila rujuk modul untuk t4 yang di muat turun dalam blog ini. Harap semua mendapat manfaat.

  134. salam..leh x terangkan pd saya sistem perakaunan ubs??
    time kasih

  135. Cg tak pernah guna sistem ini, walau bagaimanapun Cg ada sedikit maklumat yang boleh dikongsikan bersama :

    SISTEM PERAKAUNAN UBS

    Sistem Perakaunan UBS merupakan satu perisian komputer yang direka khas bagi menyelesaikan semua masalah yang terdapat dalam perlaksanaan sistem perakaunan yang dilakukan secara manual. Keunikan sistem perakauan UBS ialah ia mampu melaksanakan semua tugasan perakaunan seperti menyimpan dan merekod laporan kewangan dengan lebih sistematik dan efisyen.

    Ia merupakan suatu program perakaunan yang komprehensif dan sesuai untuk digunakan oleh pelbagai jenis perniagaan dan boleh digunakan secara sendirian atau secara bersama dengan sistem perakaunan dan sistem pengurusan yang lain.

    Program sistem perakaunan UBS ini adalah sangat fleksible dan mesra pengguna kerana ia membenarkan anda untuk mecipta dan mengekalkan Lejer Am, Lejer Penghutang dan Pemiutang, melakukan transaksi dari dokumen sumber, mendapatkan senarai jurnal dan semua laporan kewangan. Ia merupakan sistem operasi yang menyeluruh dan mampu digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun hanya memiliki ilmu asas perakaunan dan pengetahuan asas komputer.

  136. salam, cg narzuki.

    sy plajar semester 1 di politeknik,kebetulan program yg sy ikuti ni ade subjek asas perakaunan (sy tiada background akaun sbb dulu teknik ambil kos vokasional). mahu minta tolong cigu terangkan dan berikan contoh utk konsep berikut:

    1-entiti pniagaan
    2-periodicity
    3- double entry
    4- objective evidence
    5-going concern

    dan juga, terangkan maksud, fungsi dan bila dokumen berikut dgunakan:

    enquiry letter
    respons letter
    order form
    invoice
    debit notes
    credit notes
    cheque
    official receipt
    cash voucher
    account statement

    jasa baik cigu adlh amat dihargai

  137. Salam, kalau Cg nak ceritakan disini banyak sangat, adalah lebih baik dapatkan buku rujukan, jika ada yang tak faham kemukakan disini. Akmal juga boleh muat turun nota matrikulasi sebagai rujukan di :

    B-MUAT TURUN BAHAN
    Nota Matrikulasi

  138. boleh berikan url web mana boleh muat turun nota matrikulasi sbg rujukan? =)

  139. Klik saja di “Nota Matrikulasi” untuk muat turun.

  140. Tentang konsep nilai saksama dan kos sejarah, mana satu adalah betul? mengikut FRS kita megamalkan nilai saksama, manakala cikgu di sekolah mengajar kos sejarah.

  141. Kedua-dua adalah betul dan digunakan bersama, cuba baca komen Cg berhubung perkara tersebut dalam komen DIATAS (klik)

  142. salam…cg..mcm mne nk bwt akaun perdagangan?

  143. Rujuk format akaun perdagangan dalam mana2 buku, kenal pasti item2 yang terlibat dengan akaun perdagangan iaitu jualan, pulangan jualan, stok awal, belian, pulangan belian, angkutan masuk, duti atas belian, insurans atas belian, stok akhir….. seterusnya dapatkan UNTUNG KASAR.

  144. hello sir…
    i am final year diploma in accounting student need ur help sir, can sir please explain to me about kritikan-kritikan terhadap penggunaan kos sejarah dalam membuat keputusan.

  145. salam…
    saya amat memerlukan bantuan cikgu dalam memahami maksud konsep penemuan.

  146. Salam, untuk lebih memahami Konsep Penemuan kita lihat secara perbandingan dengan Konsep Pendedahan. Untuk itu Cg kemukakan sedikit nota sebagai rujukan.

    KONSEP PENDEDAHAN VS KONSEP PENEMUAN (DISCLOSURE VS DISCOVERY)

    Bagi tatacara pelaporan maklumat perakaunan, KONSEP PENDEDAHAN menyatakan bahawa semua maklumat penting perlu didedahkan iaitu tidak ditinggal atau disembunyikan. Ianya berkait dengan kerelevanan dan kematerialan.

    Di samping itu, ia memerlukan kejujuran dalam pembentangan laporan perakaunan. Kesemua nilai yang dilaporkan dalam penyata kewangan sepatutnya merupakan nilai yang sememangnya sepatutnya dilaporkan. Pendedahan maklumat tambahan yang tidak dapat didedahkan pada permukaan penyata tetapi relevan kepada nilai perniagaan secara keseluruhan biasanya dibuat dalam nota kepada Penyata Kewangan (notes to the account). Antara perkara yang didedahkan dalam nota kepada Penyata Kewangan ialah kaedah-kaedah perakaunan yang digunakan bagi menilai inventori, mengira susut nilai dan mengiktiraf hasil.

    Perkara-perkara lain yang perlu didedahkan adalah perubahan dalam anggaran perakaunan, instrumen kewangan dan liabiliti luar jangka. Konsep ini bukan sahaja mengutamakan pendedahan segala maklumat penting, tetapi memerlukan juga maklumat atau data berkenaan disusun dengan teratur supaya senang dibaca dan difahami. Sehubungan dengan itu, pendedahan semua maklumat tentang syarikat akan membolehkan pengguna maklumat kewangan melihat semua perkara yang perlu dalam membuat keputusan dan perancangan berkaitan dengan firma itu.

    KONSEP PENEMUAN pula menyatakan maklumat hanya didedahkan sekiranya perkara itu dibangkitkan atau dipersoalkan oleh pihak lain atau pihak luar. Contohnya, dari segi hasil jualan, penjual sepatutnya mendedahkan keadaan sebenar barangan jualan dengan jujur supaya sebarang kekurangan didedahkan kepada pembeli. Tanggungjawab untuk “menemui” kekurangan tersebut tidak sepatutnya dipindahkan kepada pembeli. Namun mengikut peruntukan undangundang berasaskan “Caveat Emptor” (Buyers Beware), pihak penjual tidak bertanggung jawab sehinggalah kekurangan ditemui oleh pembeli. Oleh itu, konsep pendedahan seharusnya bermula dengan tatacara aktiviti perniagaan dilakukan dan bukan hanya mengenai tatacara maklumat didedahkan dalam penyata kewangan.

  147. macam mana nak kira depreciation,depletion dan amorsation untuk anual report dalam longterm asset>?contohnya report tahunan 2008 untuk karambunai corp.bhd…

  148. Maaf, tak dapat Cg nak membantu kerana diluar pengetahuan Cg.

  149. Kirakan untung bersih bagi COMMODO Electrical Services menggunakan perakaunan berasaskan tunai dan perakaunan berasaskan akruan. cg boleh tolong tak macam mana nak mulakan jwpn ini. cg boleh guna contoh lain yang sama dengan soalan sya ini.

  150. Maaf, Cg tak faham apa maksud soalan yang ditanya.

  151. cg prinsip akaun ni susah tak

  152. call bleh tak

  153. Bagi Cg subjek ini tidaklah susah sangat, asalkan rajin berTANYA, buat LATIHAN dan jangan PONTENG kelas.

  154. cg …apa beza antara catatan pelarasan, catatan penutup dan catatan pembalikan….dengan contoh sekali cg…

  155. Cg bagi nota yang lengkap berkaitan Catatan Pelarasan (m/s 57), Catatan Penutup (m/s 93) dan Catatan Pembalikan (m/s 97).

  156. salam, cg..sy baru form4 n ambil p.akaun..sy dah ada sedikit asas semasa lower form tp tetap blur bila belajar p.akaun..seolah2 xtahu apa2..homework x terbuat lagi sbb blur..sy xtahu nk rujuk kat mana..hrp cg boleh bg nsihat sedikit..

  157. Salam, tempat yang paling tepat untuk dirujuk ialah GURU ANDA, kerana beliau lebih mengenali dan mengetahui apakah pengetahuan sedia ada anda, apa yang telah diajar dan apa yang belum lagi diajar… Jadi, cadangan Cg sentiasalah BERTANYA beliau jika ada sebarang masalah.

  158. ok..terima kasih cg..sy rasa tu yg terbaik.. =)

  159. cg syllabus bru susah x????

  160. bez x blajaw akaun?

  161. sye x faham tntg kertas 2 soalan no 1

  162. saya nak tanya..saya pelajar tingkatan 4..mengambil jurusan science commerce..prinsip akaun yang saya belajar adalah format baru..so adakah peperiksaan spm 2011 masih mengikut format terkini..adakah masih lagi 2 kertas???

  163. Format baru akan bermula pada SPM 2011, iaitu ada kertas 1, kertas 2 dan kertas 3.

  164. so saya akan guna format baru untuk peperiksaan….kertas 3 macam mana???boleh terangkan??

  165. Kertas 3 adalah kerja kursus / tugasan projek, daripada maklumat yang Cg terima, ianya diberi tempoh 8 minggu untuk disiapkannya (Ogos-September) semasa di Tingkatan 4 lagi. Dan satu lagi tugasan projek semasa di Tingkatan 5 nanti (April-Mei).

  166. terima kasih cikgu..nanti saya akan tanya cikgu saya di sekolah nanti..terima kasih…

  167. cikgu nape saya buat akaun susah sangat nak imbang????

  168. 3 soalan untuk pandangan cikgu.
    1. adakah perakaunan pengurusan penting dalam ngo? why
    2. adakah akauntan pengurusan dianggap professional. why
    3. apakah kos langsung dan tidak langsung untuk f and b di hotel.
    tima kasih cikgu.

  169. cg cam mna asas perakruan dapat mekaitkan dengan prinsip memadanan?????

  170. salam..cg narzuki.sy bru stahun jagung ajar pa.nak tanya’nota2 di atas xbleh print ke?

  171. sy tertarik dgn komen2 yang cg bicarakan..bagus dan blh tmbahkan pengetahuan bermakna kpd sya..

  172. Salam dan terima kasih, nota2 tersebut boleh dicetak.

  173. salam cg saya pelajar dploma in busness mnagement sy nk tnya lbih lanjut lgi tntang mksud pendedahan penuh

  174. Misah, sedikit nota dari Cg,

    PENDEDAHAN PENUH (FULL DISCLOSURE)
    # Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi

    Contoh: Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan.

    Penyelesaian: Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata kewangan.

  175. blh cikgu tolong terangkan lebih lanjut tentang konsep perakaunan ? saya x faham bila nak guna tempoh perakaunan ,kos sejarah,pemadanan, berterusan dan lain-lain .

    soalan 2:
    eg:pada 31 disember 2001,macam mana nak kira kalau dia nak sampai bulan 6 2002 ?

  176. Konsep dan prinsip perakaunan merupakan garis panduan atau peraturan piawai yang diterima dan diakui umum dalam proses dan persembahan data perakaunan. Kesemua konsep dan prinsip tersebut sentiasa digunapakai, jika kita tidak mengikuti / mematuhi konsep dan prinsip tersebut, maka rekod perakaunan yang kita buat jadi tidak berguna atau tidak boleh dipakai … dengan kata lainnya … tidak ikut peraturan yang diterima umum.

    TEMPOH PERAKAUAN biasanya setahun, di mana setahun sekali kita akan tutup semua akaun seterusnya sediakan Penyata Pendapatan untuk mengetahui KEUNTUNGAN perniagaan pada tahun tersebut. Serta KKK bagi mengetahui kedudukan kewangan pada tarikh tersebut seperti Aset ada berapa, Liabiliti berapa… Ekuiti ada berapa. Contohnya jika perniagaan kita bermula pada 1 Januari 2010, maka akan berakhir pada 31 Disember 2010. Jika bermula 1 Julai 2009, maka akan berakhir 30 Jun 2010 (1 tahun).

    Manakala PELARASAN yang dilakukan dalam soalan Penyata Pendapatan dan KKK, yang melibatkan belanja/hasil terakru dan terdahulu pula adalah merujuk kepada KONSEP PEMADANAN. Cuba FAHAMI setiap konsep2 tersebut dan cuba kaitankan dengan rekod perakaunan yang disediakan, baru boleh nampak bila ianya digunakan dalam rekod perakaunan.

    Soalan 2 : 31/12/2001 hingga 30/06/2002 … maka kira bermula bulan Januari 2001 – Jun 2002 = 18 bulan.

  177. x faham,bukankah kena kira start 1/1/2002 sebab tarikh akhir yang sy bagi ialah 31/12/2001,kalau ikut cara cikgu tulis dan ajar,hanya 6 bulan sajala kalau start pada 1/1/2002. Betul tak?

  178. Opp! maaf, Cg tersilap pandang.
    Januari 2002 – Jun 2002 …. iaitu 6 BULAN

  179. cg,saya nak bertanya,ank saya dapat 7a 1b dlm pmr tahun ini,jadi dia nak masuk bidang akauntan,tp saya nak dia masuk sains..apa yang patut saya buat,apakah saya perlu ikut kemahuannya saja?

  180. salam, cikgu narzuki,,

    cgo saya pelajar politeknik dan mgambil kos perniagaan..saya rasa kurang memahami tentang perakaunan awalan dalam subtopik kitaran perakaunan..bagaimna hendak memastikan saya benar faham tentang tajuk tetsebut

  181. assalamualaikum cg.maaf mengganggu.saya ni pelajar politeknik, semester akhir. saya kursus kesetiausahaan, so saya ada ambil modul asas perakaunan, saya blur sangat belajar akaun sebab SPM tak pernah ambil subjek PA. So, cikgu ada tak nota asas perakaunan? boleh tak minta tlg send kat email saya, mrs.ucop90@gmail.com

    maaf ye..nota yang lecturer saya bagi saya kurang faham.tq

  182. Nurhidayah,
    Waalaikumussalam, Cg cadangkan cuba fahamkan nota daripada lecturer anda terlebih dahulu, cuba berbincang dan bertanya rakan2 atau sebaik2nya lecturer itu sendiri… Ini kerana nota beliau lebih menepati sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh politeknik anda.

  183. cikgu : saya nak tanya tentang hayat perniagaan – Perkongsian adalah berterusan atau tidak berterusan ? sebab apa yang saya tahu ialah Perkongsian adalah tidak berterusan (ikut buku rujukan Logman & Pelangi), tetapi mengikut buku teks yang baru hayat perniagaan bagi Perkongsian adalah berterusan , so manakah satu yang betul ?

  184. Yee,
    Pada masa ini Cg masih berpegang kepada Hayat Perkongsian TIDAK BERTERUSAN, nanti Cg cuba dapatkan apakah rasionalnya kenapa Buku Teks menyatakan sebaliknya.

  185. salam Cg
    apakah yg dimaksud dgn pelaporan berasaskan nilai saksama?ingin bertanya bagaimana dgn pemberian markah untuk setiap soalan spm tahun ini?memandangkan soalan anchor item tak ada sudah…
    terima kasih

  186. Woo,
    Secara ringkas:
    Aset Bukan Semasa:
    Kenderaan ……50,000 ………..pelaporan berasaskan KOS SEJARAH, tidak mengambarkan nilai semasa.
    (-) PSN ………….5,000
    ………………………………45,000 ….. pelaporan berasaskan NILAI SAKSAMA, mengambarkan nilai semasa.

    Setahu saya, tiada Anchor Item, tiada markah 1/2, jalan kerja adalah penting dan perlu ditunjukkan serta penggunaan OF.

  187. em slm sejahtera ckgu…em kalo nak memohon sijil LCCI mau ikut lagi ke ujian tau trus boleh dpt sijil abis SPM???

  188. Billyjoe,
    Keputusan layak atau tidak layak mendapat Sijil LCCI akan dinyatakan dalam slip keputusan SPM nanti. Jika layak, baru anda boleh memohon untuk mendapatkan Sijil LCCI tersebut tampa perlu menduduki peperiksaan yang lain.

  189. emm masb ade guideline dia x?? lau ada mcm mana tu??

  190. Yana,
    Cuba baca dalam Buku Teks, apakah peranannya serta layari laman MASB (klik) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  191. jadi jalan kerja bagi setiap pengiraan perlu ditunjukkan?adakah ia akan mempengaruhi pemberian markah?terima kasih~~

  192. Woo,
    Jalan kerja adalah BUKTI kemahiran pelajar melakukan pengiraan/pelarasan, maka ianya PENTING dan perlu ditunjukkan.

  193. tp kn..x faham..semua english…huhu

  194. Askum..
    cikgu, apa jawapan untuk soalan berikut :

    Antara berikut, yang manakah benar tentang Prinsip Catatan Bergu ?
    i Jum yg didtkan mesti sama dengan yg diktkan
    ii Setiap urusniaga melibatkan satu catatan debit dan satu catatan kredit
    iii Bilangan catatan dt dan bilangan catatan kt boleh melebihi satu catatan
    iv Bilangan catatan di sebelah dt mestilah sama dengan bilangan di sebelah kt

    A i dan iii
    B i dan iv
    C ii dan iii
    D ii dan iv

    Jawapan ikut skema iaitu B. Betulkah jawapan ini ?

    Harap dibantu. Terima kasih….

  195. Ila,
    As Salam, cadangan jawapan Cg ialah A i dan iii.

  196. Cikgu.. bagaimana untuk memilih cara merekodkan urusniaga sama ada menggunakan Asas Tunai atau Asas Akrual.. Apa perbezaan kedua-duanya? Tq.

  197. Tan,
    Ilmu perakaunan berkembang mengikut peredaran masa, perkembangan teknologi serta keperluan semasa. Cuba baca dan fahami maksud dan perbezaan Perakaunan Asas Tunai dan Asas Akruan berdasarkan NOTA RINGKAS (klik) diatas.

  198. ok. saya dah faham. terima kasih cikgu.

  199. slm cikgu
    sy nak tnya apakah syarat2 utama Masb1?blhkah cikgu terangkan apakah implikasi-implikasi MASB 1 kepada sesebuah syarikat..t.kasih

  200. Seronok baca soal jawab kat sini…saya skrg auditor,dh 2 thn experience..tp kdg2 byk terlupa basic2 akaun yg kdgkala dianggap remeh tp mmbawa kesan bsr kpd prinsip accounting tu snd..kat sini sy blh refresh blk knwldge sy..smga kalian smua dpt mnghayati bidang accountancy yg bg sy sgt mncabar n mnyronokkan..bak kata lectuter sy..bidang akaun lg ssh dr bidang sains sbb sains berkenaan dgn fakta,pkaila mcm2 teori yg berbeza pun tp hasilnye ttp sama..bcoz of the rules dah ditentukan Tuhan.Tp akaun ni rule nya di cipta oleh manusia…mcm2 teori..n mcm2 cara accounting di seluruh dunia..smua ada asas masing2 n prcaya prinsip mereka yg lbh reliable.so rasenye pengharmonian akaun boleh berlaku tp penyatuan prinsip akaun seluruh dunia agak mustahil untuk dilakukan..ini hnye pndapat sy yg msih perl byk bljr..kalo ada ksilpan mta dibetulkan TQ

  201. Nor,
    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Cg Narzuki Online. Saya setuju untuk penyatuan akaun seluruh dunia agak mustahil, kerana ianya terbentuk dan berkembang dengan acuannya sendiri. Dan saya sangat2 berharap mendapat input, pandangan dan komen daripada orang yang terlibat secara langsung dalam amalan perakaunan sebenar diluar sana.

  202. salam cikgu…saya student akaun uum..boleh cikgu bantu saya apa itu pelaburan dalam syer siarharga dengan lanjut.kerana pada saya kita lantik 1 ejen contohnya OSK Security dan dia yg akan cdgkn pada sykt kita pelaburan mana ptut kita pilih..dan apabila harga saham telah meningkat..maka kita akan jual saham tersebut untuk dapat keuntungan.

  203. assalamualaikum.. nak tanya sesuatu kalau2 cg tau.. kalau pelajar lepasan matrikulasi jurusan perakaunan.. nak sambung ambik ijazah dekat universiti.. berapa tahun tempoh pengajian..??.. harap2 cg dapat membantu.. terima kasih.

  204. nk tny, klo ssbuah organisasi tu tidak mnjalankan prakaunan pa akn terjadi??

  205. apa beza financial accounting dengan cost accounting?

  206. Cik Na,
    Sila rujuk :
    1. Financial Accounting (klik)
    2. Cost Accounting (klik)

  207. salam cikgu..saya harap cikgu dapat membantu saya menerangkan apa itu pelaburan syer siarharga.terima kasih cikgu


  208. cg Noor:

    eila,
    Pelaburan disiar harga & tak disiar harga merupakan aset yg dijangka mberi pulangan yg tinggi berbanding deposit Bank walaupn ia merupakan pelaburan tetap syarikat akan tetapi ketidaktentuan harga saham yg sntiasa brubah maka ia diklasifikasikan sbg Aset Separa Tetap.
    1.Aset Tetap ( aset yang tahan lama dan kekal )
    2.Aset Semasa ( aset cair yg mudah ditukar kpd wg tunai )
    Format Kunci kira2
    JUMLAH ASET BERSIH = Aset Semasa – Liabiliti Semasa
    JUMLAH BESAR = Aset Tetap + Aset Separa Tetap + JUMLAH ASET BERSIH .
    sy hrp perjelasan td dpt dfhami eila..
    ** PERHATIAN :-
    Perjelasan diatas tiada dlm sukatan SPM

  209. assalamualaikum..sy baru sj hbs praktikal..dulu ms buat LI sy terpandang perkataan belanja kontigensi..apakah maksudnya cikgu.harap cikgu dapat membantu sy.

  210. Wanie, waalaikumussalam.
    Pada pandangan Cg, Belanja kontigensi merujuk kepada pelbagai belanja ataupun belanja2 luar jangka.

  211. salam cikgu narzuki, saya nak tanya:
    hasil tu kita iktiraf tak jikalau pelanggan dah bayar tetapi perkhidmatan kita bg bulan hadapan.. that means hasil tu diiktiraf atau pun tidak? dan satu lagi, belanja tidak diiktiraf ke kalau tunai dah dibaya dahulu?

  212. Sky123,

    Itulah yang dikenali sebagai HASIL TERDAHULU dan BELANJA TERDAHULU….. kita TIDAK IKTIRAF sebagai HASIL / BELANJA untuk BULAN SEMASA,… itu sebabnya dilakukan PELARASAN untuk MEMADANKAN Hasil bulan SEMASA dengan Belanja bulan SEMASA (konsep pemadanam) sahaja bagi memperolehi UNTUNG bulan SEMASA.

  213. CIKGU APA ITU CATATAN BERGU?

  214. Hema,

    CATATAN BERGU
    Mengikut konsep ini, semua urus niaga perniagaan mempunyai dua aspek atau kesan. Oleh yang demikian, bagi setiap urus niaga (pada peringkat yang paling terperinci), catatan akan dibuat sebanyak dua kali. Sebagai contoh, apabila perniagaan mendapat pinjaman daripada bank sebanyak RM10,000; kesan daripada urus niaga ini ialah, aset perniagaan bertambah sebanyak RM10,000 dan pada masa yang sama perniagaan ini mempunyai tanggungan sebanyak RM10,000. Setiap urus niaga akan mempengaruhi sekurang-kurangnya dua catatan. Satu catatan ialah di bahagian debit dan satu lagi di bahagian kredit.

  215. cikgu, kenapa dalam perakaunan..tanah tidak dikenakan susut nilai ?? harap cikgu boleh trangkan dgn trprinci..=)

  216. Fadhil,

    TANAH merupakan aset yang nilainya SENTIASA MENINGKAT dari masa ke semasa… tidak pernah turun harga. Pembangunan makin pesat, nilai tanah makin melambung.

  217. cikgu,boleh trangkan tak tntg pruntukan sistematik dan rasional utk susutnilai?

  218. Faros,

    Sila rujuk PENENTUAN SUSUT NILAI (klik)

  219. Cikgu, Boleh x terangkan lebih lanjut mengenai soalan di bawah.
    Saya agak keliru dengan soalan ke-2 dan cara menjawabnya.

    Jelaskan secara ringkas terma-terma berikut: CURRENT ASSETS; FIXED ASSETS; LIABILITIES; EQUITY; EXPENSES & REVENUE.
    Berikan definisi, contoh lejar berkaitan dan akaun penamat yang sesuai sama ada Kunci Kira-Kira atau Akaun Untung Rugi

    Terima kasih.

  220. Maznah,

    Pada pandangan saya, jelaskan satu persatu, contohnya:

    ASETSEMASA :.. dari segi:
    1. Definisinya – aset yang mudah ditukarkan kepada wang tunai, boleh dijual atau digunakan dalam tempoh setahun.
    2. Contoh lejar : Stok, Penghutang,Tunai, Bank….
    3. Ak Penamat : KKK

    # dalam bentuk ayat.

  221. Terima kasih Cikgu. 🙂

  222. salam cikgu..nak tanye..jika transaksi berbunyi seperti ini..pada 15.11.2010, menerima invois dari cahaya enterprise sebanyak RM825.00 kerana membaiki mesin. so untuk 1st time record creditor ni.., credit cahaya enterprise, debit nya??

  223. Rasha,

    Dt- Belanja membaiki….Kt-Cahaya Enterprise

  224. walaupun jumlah 825 tersebut belum dibayar..belanja membaiki sudah dikira ye cikgu?

  225. Rasha,

    Ya, itulah yang dimaksudkan dengan Perakaunan asas akruan dan juga Konsep Pemadanan.

  226. ok…kemudian, pada 16 november, membayar rm200 kepada cahaya enterprise secara tunai sebagai sebahagian daripada invois sekian2..transaksi nye,
    Dt-cahaya enterprise, Kt-tunai kan..
    ok, so belanja membaiki yg direkod pertama kali itu akan masuk dalam profit and loss sebagai belanja la cikgu?

  227. Rasha,

    YA.

  228. ok..terima kasih cikgu

  229. salam….cikgu…ada tak nota bab ni?perlu ambik ms lm ke untuk habiskan tajuk ni?pelajar cam boring bila diberi penerangan jer…

  230. Cikgu Zai,

    Maaf, saya hanya gunakan Buku Teks saja untuk bab tersebut. Manakala Agihan Peruntukan Waktu Mengajar bagi Bab 1 yang disarankan dalam HSP ialah 10 waktu sahaja. Bagi mengelakkan boring… saya cadangkan jalankan PnP dalam bentuk Aktiviti Kumpulan.

  231. assalamualaikum..
    cikgu bolh saya ketahui lebih lanjut tentang PERIODITY(TEMPOH PERAKAUNAN)???
    dan ada perubahan x konsep IPTA dgn student SMK???

  232. Syazwani,

    TEMPOH PERAKAUNAN
    – Tempoh perakaunan ialah jangka masa perakaunan atau jangka masa perniagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui prestasi perniagaan dari semasa ke semasa.
    – Tempoh perakaunan adalah sama dan tetap bagi sesebuah perniagaan iaitu boleh terdiri daripada 1 tahun, setengah tahun, suku tahun atau satu bulan.

    KONSEP ASAS adalah sama walaupun diperingkat mana anda belajar.

  233. Salam cg.
    Apakah perbezaan di antara Angkutan Keluar dan Angkutan Masuk ?

    =) mohon bantuan

  234. Nur,

    ANGKUTAN MASUK merujuk kepada belanja angkutan dari kedai PEMBEKAL ke kedai peniaga (kita).
    ANGKUTAN KELUAR pula merujuk kepada belanja angkutan untuk HANTAR barang niaga kepada PELANGGAN.

    Kedua-duanya adalah BELANJA… cuma Angkutan masuk dicatatkan dalam komponen KOS JUALAN, manakala Angkutan keluar dicatatkan dalam komponen BELANJA LAIN.

  235. terima kasih cikgu . =)

  236. cikgu, adakah konsep pemadanan sama dengan konsep asas perakaunan akruan?
    terima kasih

  237. Ying,

    YA… Ianya berkaitan perkara yang SAMA

  238. terima kasih cikgu…
    selamat hari raya… 🙂

  239. Blog cikgu penuh dengan informasi, saya suka, saya suka…

  240. salam,cg..
    thun ni memg wajib buat kerja kusus ke??
    kalau x de senang bleh fokus untk study je…

  241. Ayu,

    Kertas 1 = 20%
    Kertas 2 = 60%
    Kertas 3 = 20% (Kerja kursus)

    Jika disempurnakan Kerja kursus, maksudnya pelajar sudah ada markah 20% … sebelum menduduki peperiksaan bertulis nanti.

  242. APAKAH MAKSUD PEMADANAN?

  243. CK,

    PRINSIP PEMADANAN merupakan salah satu daripada Konsep/Prinsip Asas Perakaunan…. dan ianya menyamai ASAS PERAKAUNAN AKRUAN dalam buku teks m/s 28.

    Secara ringkasnya – memadankan HASIL tahun semasa dengan BELANJA tahun semasa bagi mengambarkan UNTUNG tahun semasa…. berdasarkan prinsip tersebut, PELARASAN terhadap Hasil terakru/terdahulu dan Belanja terakru/terdahulu perlu dilakukan.

  244. cikgu saya mahu tanya apa maksud boleh difahami dalam perakaunan dan boleh beserta dengan contoh-contoh yang sesuai?

  245. cikgu, saya nak tanya sikit.. apa maksud susun atur aset tetap ???? mohon di jelaskan kepada saya

  246. Imandanish,

    Setahu Cg, “susun atur aset tetap” tiada dalam istilah perakaunan. Ianya lebih kepada menyusun kedudukan aset-aset bukan semasa dalam kedai / pejabat.

  247. salam cikgu, boleh saya nak tahu lebih lanjut tentang apa itu konsisten dalam perakaunan .. tq

  248. Sha..

    Boleh rujuk Konsep Ketekalan.

  249. Cikgu, saya x paham soalan ni
    Modal 43460
    Perabot. 16400
    Bank. M
    Pemiutang 12100
    Penghutang 15860
    Pinjaman 10000
    Stok barang niaga 20480
    Tunai. 1620

    Camne nk cri M

  250. Lg 1 soalan

    Aset 25000
    Liabiliti. 8795

    Dia rugi 2975, bape modal die

  251. Affifah,

    Guna formula asas PERSAMAAN PERAKAUNAN: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik …. untuk cari nilai M.
    Manakala soalan 2: Ekuiti Pemilik = Modal – Rugi ….. untuk cari nilai Modal.

  252. Cg,
    apakah prisip yang digunakan untuk :

    1)penyediaan penyata kewangan gabungan
    2)tidak melaporkan aset pada harga pembubaran

  253. Assalamualaikum, boleh tak cikgu terangkan maksud, huraian dan contoh untuk matching of revenues and expenses.

  254. Aina, waalaikumussalam.

    Boleh rujuk DISINI (klik)

  255. salam . cikgu data nak Tanya beberapa soalan . Apa yang dimaksudkan dengan Konsep badan berterusan Dan saya mahukan contoh situasi juga . boleh Bantu saya ??

  256. Dynaz,

    Sila rujuk nota ringkas DiATAS.

  257. cikgu boleh tolong saya tak ?

  258. Salam cikgu saya nak tnye,
    situasinya begini:- Sebuah syarikat ini setiap tahun mencatatkan keuntungan dan dan setiap tahun diberikan imbuhan/bonus kepada pekerja. Dan tahun berikutnya laporan kewangan syarikat tersebut mengalami kerugian.
    Soalan saya, layakkah/perlukah syarikat tersebut memberikan bonus kepada pekerjanya

  259. Pejai,

    Pada pandangan saya, BONUS diberikan sebagai GALAKAN kepada pekerja untuk kerja lebih bersungguh2 dan juga sebagai PENGIKTIRAFAN atas usaha mereka sebelum ini. Sekiranya kewangan syarikat mengizinkan, saya cadangkan diberikan juga bonus tersebut tetapi dalam jumlah yang LEBIH KECIL berbanding semasa syarikat mendapat keuntungan.

  260. terima kasih cikgu kerana balas pertayaan saya.
    tetapi saya ada kemuskilan, jika syarikat tersbut mengalami kerugian bagaimana syrkt tersebut hendak membayar bonus kepada pekerjanya??
    saya bertanya kerana soalan ini ditnya kepada saya semasa temuduga, mungkin ini adalah satu cara bagaimana dia hendak menilai saya dari pemikiran.

  261. Pejai,

    Syarikat rugi… tidak semestinya tiada duit, begitu juga jika syarikat Untung… tidak semestinya ada duit dalam bank. Untung / Rugi adalah lebihan Hasil daripada Belanja….. (iaitu Hasil – Belanja).
    Lagipun Syarikat rugi bukan disebabkan oleh pekerja semata2, tetapi pihak pengurusan yang bertanggunjawab dalam mentadbir urus perjalanan perniagaan. Kebajikan pekerja juga perlu dijaga, mereka telah buat apa yang diarahkan oleh pihak pengurusan sebaik mungkin. Mereka juga harus dijaga, jika tidak mungkin ada pekerja2 yang berkebolehan akan meninggalkan syarikat… syarikat juga yang akan susah nanti.

  262. yeahhh penerangan yang terbaik cikgu..
    terima kasih bnyk2 sngt kerana membantu saya. cikgu terbaik.

  263. Alhamdulillah. Sumber rujukan yang bagus untuk saya ulang-kaji ilmu asas perakaunan.

    Terima kasih, Cikgu Narzuki.

  264. cikgu,, ada x nota lengkap sejarah perakaunan dahulu hingga sekarang??

  265. Anna,

    Maaf tiada.

  266. xpala.. tq cikgu.

  267. salam cg. narzuki…

    blh x cg. selesaikan 3 soalan sy…tq cg 🙂

    1- boleh x cg terangkan apa itu FRS 101?

    2-bgaimana ia dgunakan dlm annual report sesebuah co.?

    p/s : tqsm 🙂

  268. tq atas pertolongan cg.

    tp sy masih x fham bl tgk presentation tew..

    blh cg. terang x ape y perlu ade dlm FRS101 nie?

    maaf skali lg susahkn cg.

    tq…

  269. Humaira,

    Dalam artikel tersebut telah dinyatakan dengan jelas disertakan dengan contohnya sekali. Jika masih tidak jelas, cuba google “FRS101”.

  270. Cikgu, diberi aset RM50 000 dan liabiliti RM17 590. Soalan menanyakan MODAL AWAL sekiranya perniagaan rugi sebanyak RM5 950.

    Saya nak tahu sekiranya pengiraan saya ni terdapat kesilapan: RM50 000 + RM5 950 – RM17 590 = RM38 360.
    Terima kasih.

  271. Vun,

    Persamaannya dalam kes ini:
    Aset = liabiliti + modal – RB
    A + RB – L = M
    maka saya setuju dengan jawapan tersebut.

  272. Assalam cikgu, boleh bantu saya? Apa maksud “Nilai Mata Wang Stabil” dalam andaian perakaunan? Saya ialah pelajar PJJ. Terima kasih.

  273. Hafizah, waalaikumussalam.

    Sila rujuk DISINI (klik).

  274. 2konsep perakaunan yang digunakan untuk menentukan keuntungan dan prestasi bagi sesebuah perniagaan?

  275. Assalamualaikum cikgu..

    Amalan perakaunan apakah yang sesuai digunakan untuk situasi berikut.
    i)Arissa merancang untuk mengadakan Jualan Penghabisan Stok pada Mei, memandangkan beliau akan menutup perniagaan untuk percutian panjang pada Jun. Beliau merancang untuk membuka semula pada 1 Julai dan meneruskan operasi seperti biasa.

    ii) Arissa berpendapat bahawa kelengkapan pejabat adalah terkurang nilai. Beliau telah menambah RM10,000 untuk menjadikan lembaran imbangan nampak lebih baik.

    iii) Seorang pelanggan telah membayar RM 1500 untuk sebuah meja makan. Amaun tersebut telah direkodkan sebagai hasil jualan. Meja tersebut akan dihantar kepada pelanggan dalam masa tiga minggu daripada tarikh bayaran.

    iv) Arrisa menerima penghantaran perabot kayu dari Indonesia. Invois tersebut telah dinyatakan dalam Rupiah.

    Terima kasih.

  276. Juna, waalaikumussalam.

    Cuba berikan jawapan anda terlebih dahulu, kemudian baru kita bincangkan ketepatan jawapan tersebut.

  277. i)
    ii) konsep pendedahan penuh
    iii) konsep pemadanan/ catatan beregu
    iv) pengukuran wang stabil (monetary unit)

  278. Juna,

    Saya cadangan dapatkan jawapannya DISINI (klik), disamping dapat lebih memahami konsep2 asas yang lain.

  279. Assalamualaikum cikgu,

    saya nak minta bantuan drpd cikgu :

    1) terangkan secara ringkas proses kitaran perakaunan bersertakan ilustrasi(aliran).

    2) jelaskan perbezaan antara aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

    3) jelaskan perbezaan antara perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat berhad dari segi pendaftaran, modal, milikan, pengurusan dan kawalan, liabiliti, serta keuntungan atau kerugian

  280. Sailing, waalaikumussalam.

    Semua perkara tersebut boleh rujuk buku teks / buku rujukan SPM.
    Ataupun, rujuk disini :
    Kitaran perakaunan (klik)
    Aset, Libiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja (klik)
    Bentuk Organisasi (klik)

  281. Assalam cikgu,

    1) Jelaskan konsep dan teori perakaunan berserta contoh:
    – konsep entiti perniagaan berasingan
    – konsep badan berterusan
    – konsep tempoh perakaunan
    – konsep kos sejarah
    – konsep materialiti

    *Di harap cikgu tolong membantu saya ini

  282. Balqis,

    Sila rujuk disini:
    Pengenalan Perkaunan (klik)

  283. terima kasih cikgu ^_^

    saya nak minta bantuan lagi.

    1) Bagi setiap urus niaga yang diberi, nyatakan kesannya terhadap aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
    -menerima cek dari penghutang RM780
    -membeli alatan pejabat secara kredit RM2100
    -pemilik mengambil barang niaga bernialai RM750 untuk kegunaan keluarga
    -pemilik membawa masuk kenderaan RM15000 untuk kegunaan perniagaan
    -pemilik menjelaskan hutang perniagaan bernilai RM3100 menggunakan cek

  284. Cg,
    Minta tanya, bila kita harus gunakan Konsep pelarasan berasaskan nilai saksama.

    -jika nilai stok telah merosot dan rosak akibat bencana alam?

    bagi tanah dan premis, walaupun kos telah meningkat, kita masih mengikuti KOS Sejarah, ya Cg

  285. Cg, tolong jelaskan #285

  286. Laporan kewangan disediakan bagi urusniaga yang berlaku dari 1 April 2013 hingga 31 Mac2014
    cg,
    ini melibatkan konsep Tempoh Perakaunan?

  287. Chee,

    Cuba semak kembali.. “Konsep pelarasan berasaskan nilai saksama” atau “Konsep pelaporan berasaskan nilai saksama”.

    Berdasarkan Konsep Kos Sejarah, kita rekod berdasarkan nilai semasa ianya diperoleh.

    Ya, Konsep Tempoh Perakaunan.

  288. Nota ringkas Kitaran perakaunan untuk bisnes ??

  289. Yana,

    Kitaran perakaunan merupakan beberapa peringkat proses perakauan yang bermula daripada sumber dokumen sehingga catatan penutup.
    Jangka masa untuk satu kitaran perakaunan dilengkapkan dalam satu tempoh perakaunan.

    Peringkat 1: Dokumen sumber
    Merekod urusniaga perniagaan ke dalam dokumen perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.

    Peringkat 2: Buku Catatan Pertama
    Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal
    Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.

    Peringkat 3: Pengeposan ke Lejar
    Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam akaun dalam lejar.

    Peringkat 4: Penyediaan Imbangan Duga
    Mengimbangkan semua akaun-akaun dalam lejar dan kredit dalam Imbangan Duga.

    Peringkat 5: Pelarasan
    Membuat pelarasan pada akaun jika ada, selepas penyediaan Imbangan Duga.

    Peringkat 6: Imbangan Duga Terlaras
    Selepas pelarasan dibuat, Imbangan Duga disediakan semula.

    Peringkat 7: Penyediaan Penyata Kewangan
    Penyata kewangan disediakan selepas Imbangan Duga diselaraskan. Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

    Peringkat 8: Catatan Penutupan
    Catatan penutup dibuat dalam jurnal selepas penyediaan penyata kewangan.

  290. apabila tidak pasti nilai stok, adalah lebih baik menggunakan nilai yg rendah dlm pasaran sama ada pada harga pasaran atau kos. cikgu konsep ini ialah konsep apa ? jika saya kata nilai saksama betul tak?

  291. setiap perniagaan mempunyai kesan dual dalam tahun yang sama. cikgu yang ini ialah konsep apa? saya tidak tahu apa maksud kesan dual,harap cikgu boleh jelaskan.

  292. Boom,

    Dalam penilaian stok akhir… TAKAP digunakan… iaitu Terendah Antara Kos Atau Pasaran.

    Kesan dual… pada pandangan saya boleh dikaitkan dengan Konsep Catatan Bergu.

  293. #291 jika dikatakan sebagai konservatisme ?betul tak?
    #292 ok sudah faham, terima kasih,cikgu ^^

  294. Boom,

    Ya, boleh juga dikaitkan dengan konsep tersebut.

  295. terima kasih?cikgu^^
    cikgu,jika maklumat tambahan ada stok akhir,perlu buat pelarasan dlm jurnal tak?

  296. Boom,

    Maklumat tersebut tidak melibatkan catatan pelarasan.. hanya maklumat tentang nilai stok akhir bagi penyediaan Penyata Pendapatan & KKK sahaja.

  297. ok?sudah faham ~~terima kasih cikgu menolong saya^^

  298. cikgu,apakah perbezaan antara penyata kewangan dgn maklumat perakaunan?ia sama maksud tak?

  299. Boom,

    Penyata Kewangan merujuk kepada Penyata Pendapatan dan KKK, manakala maklumat perakaunan termasuk perkara2 lain yang berkaitan dengan rekod perakaunan tersebut.

  300. perkara2 lain termasuk lejar ?jurnal dan imbangan duga?

  301. saya nak tanya cikgu ada example yang mempunyai situasi untuk ciri-ciri kualitatif tak?sebab dlm buku test cuma ada maksud saja?tak ada contoh.

  302. boom,

    perkara2 lain merujuk perkara2 pengurusan seperti analisis… perancangan… maklumat2 dalam membantu pembuatan keputusan perniagaan.

    cuba fahami maksudnya.. maka contohnya boleh gambarkan sendiri.

  303. oh rupanya~~~

    saya faham maksud tetapi tak tau beri contoh.

  304. cikgu boleh tolong bagi satu example tak?saya mau rujuk dan buat contoh lain.

  305. Boom,

    KEBOLEHBANDINGAN – Penyata Kewangan mesti DAPAT DIBANDINGKAN mengikut jangka masa untuk mengenal pasti kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat. Maka sebagai contoh.. Penyata Kewangan yang disediakan untuk tempoh 6 bulan… tidak boleh dijadikan perbandingan dengan Penyata Kewangan untuk tempoh setahun, bagi menilai pencapaian/prestasi sesebuah syarikat.

    Begitu juga MAKLUMAT dalam Penyata Kewangan juga mesti dapat dibandingkan dengan penyata kewangan syarikat yang lain dari segi pencapaian dan kedudukan kewangan perniagaan…. Jika nak contoh, ambil Penyata Kewangan 2 buah syarikat….kemudian bandingkan… adakah boleh dibuat perbandingan atau tidak.

  306. salam cg..

    Boleh tak bagi contoh ciri-ciri kualitatif iaitu relevan

  307. Sue,

    Contohnya ialah Penyata Kewangan itu sendiri.. adakah item2/ perkara2 di dalam RELEVAN dengan maklumat / rekod perakaunan sesebuah syarikat dalam melihat kedudukan kewangan syarikat… ataupun ada item2 yang tidak berkenaan.

  308. terima kasih cikgu, jika kebolehfahaman macam mana katakan?

  309. Boom,

    Pengguna penyata tersebut boleh memahami apa yang disampaikan dalam penyata tersebut… di mana pelaporannya mengikuti piawaian perakaunan yang standard digunakan.

  310. cg,

    ada beberapa soalan yang saya masih tidak pasti..

    1. dlm merekod nilai aset bukan semasa, kita mengambil kira harga kos kan?

    2. untuk merekod stok awal/ stok akhir..nilai kos atau nilai semasa yang perlu direkodkan?

    3. soalan: sekeping cek bernilai RM 500 yang diterima dari seorang penghutang tidak dilayan oleh bank. Perkara ini belum dicatat dalam buku.
    – bagaimanakah saya perlu jawab soalan ini?
    – apakah akaun yg terlibat?
    – adakah melibatkan overdraf bank?

    terima kasih.

  311. Ema,

    1. Konsep kos sejarah.. kita rekod berdasarkan nilai semasa aset tersebut diperolehi.

    2. TAKAP – pilih yang Terendah Antara Kos Atau Pasaran.

    3. Dt Penghutang Kt Bank

  312. jika contoh situasi kebolehfahaman macam mana dicontohkan?

  313. cikgu mcm mane nk dapatkan nilai terawal/beginning value and nilai terakhir/ending value dalam balance sheet ..
    harap cikgu tolong saya..

  314. Sponge,

    Kena rujuk kepada maklumat2 yang ada/diberikan dalam soalan…. pada asasnya..penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK adalah merujuk kepada senarai akaun dalam Imbangan Duga.

  315. cikgu… sy xda asas akaun dan masuk untuk stpm… apa pendapat cikgu?

  316. Adam,

    Tiada madalah, asalkan belajar bersungguh2… selalu bertanya jika ada yang tidak faham.

  317. assalamualaikum cikgu ,boleh bagitahu contoh relevan tak ?

  318. Husna, waalaikumussalam.

    Maaf, soalan tak jelas.. ianya berkaitan dengan apa ?

  319. Cikgu Narzuki,

    Apakah perbezaan di antara Andaian Perakaunan Dan Prinsip Perakaunan? Apakah yang perlu saya nyatakan jika diminta untuk menyatakan dan menerangkan empat (4) Andaian Perakaunan..

  320. Wani,

    Pada pandangan Cg, sesuatu konsep atau prinsip.. bermula dengan andaian (hipotisis), setelah diuji dan diamalkan serta telah diterima umum, maka ianya menjadi prinsip ataupun konsep.

  321. Cg,
    adakah dividen diberikan kepada pemegang saham Syarikat Sdn Berhad?

  322. apa maksud dengan hayat perniagaan bagi milikan tunggal adalah “tidak berterusan” ?

  323. Jin,

    Jika pemiliknya meninggal, maka tiadalah pemilik kedai tersebut. Jika perniagaan tersebut diambilalih oleh ahli keluarganya, maka kedai tersebut akan didaftarkan atas nama pemilik baru.

  324. Cg,
    Adakah pemegang saham sendirian berhad diberikan dividen?

  325. chee,

    Pembahagian keuntungan kepada pelabur/pemegang saham adalah melalui pemberian Dividen.

  326. AHMAD BUKHORI BIN SALLEH

    AS SALAM cikgu

    SAYA nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan kebaikan dan kelemahan perakaunan nilai saksama (fair value accounting)

  327. Ahmad Bukhori, waalaikumussalam.

    Cuba rujuk DiSINI. (klik)

  328. cikgu,
    apakah konsep “caveat emptor”?

    Terima kasih

  329. Sherine,

    Ya, betul Stok – Berkurang, Tunai – Bertambanh

    Maksud “caveat emptor”… boleh klik DISINI

  330. boleh kerja ap ambik jurusan acc nii cgu..????????????? banyak x peluang kerjaya mcm boleh jadi kaya mcm dato’ vida ka.. syed albukhary ka.. mna nak tau.. boleh x cgu..???? klau kta pii keja kt luar negara ka

  331. Adli,

    Peluang Kerjaya Bidang Perakaunan (klik)
    Untuk jadi seperti mereka.. mesti menceburi bidang perniagaan.. dan ilmu / kemahiran yang paling penting dalam perniagaan ialah pengurusan kewangan… maka jurusan perakaunan adalah laluan yang paling sesuai.

  332. norasikinshaharuddin

    Assalamualaikum cikgu… ape keperluan teori perakaunan yee???

  333. Norasikin. waalaikumussalam.

    Sila rujuk DISINI. (klik)

  334. Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya bagaimana proses penetapan piawaian & arahan mematuhi piawaian dalam pembentukan standard perakaunan?

  335. Waalaikumussalam,

    Sila rujuk nota Pembentukan Teori dan Standard Perakaunan (klik)

  336. Pagi cikgu. Sya ada 1 soalan. Bg konsep tempoh perakaunan..ada 1 soalan dlm buku rujukan saya tidak dapat jawab..tarikh mula 26 april 2003 (tempoh perakaunan ialah 6 bulan)..tarikh berakhirnya ialah bila?

  337. Xmek,

    Cara mudah.. cuba guna Kalender untuk kira tempoh 6 bulan.
    Ataupun uji satu persatu pilihan jawapan yang diberi.

  338. Revenue Recognition Principle
    dalam bahasa melayu dia apa ye?konsep perakaunan yg mana satu. boleh tolong jelaskan?

  339. Zarr,

    Prinsip Pengiktirafan Hassil…. bersamaan juga Prinsip Pemadanan… Asas Perakaunan Akruan

  340. Cikgu,

    Cuba tanya konsep pemadanan sama Denman asas perakaunan akruan?

    Terima kasih

  341. Tan Swee Kung,

    YA, konsepnya sama.

  342. cikgu,boleh terangkan apakah maksud debit dan kredit?

  343. Ediara,

    Cuba terangkan terlebih dahulu apakah maksud KANAN dan KIRI.
    Kemudian baru Cg terangkan maksud Debit dan Kredit.

  344. Cikgu,

    cuba tanya,
    akaun penamat ialah akaun perdagangan dan akaun untung rugi. akaun penamat, another name is penyata pendapatan? sekarang, akaun penamar, nama ini ada guna lagi ke?

    terima kasih.

  345. Sherine,

    Semua masih digunakan… jika kita sediakan dalam bentuk “T”.. maka kita namakan Ak Perdagangan dan Untung Rugi.
    Jika sediakan dalam format penyata.. kita namakan Penyata Pendapatan.

  346. Cikgu,

    cuba tanya,

    untuk bentuk organisasi (milikan tunggal) ialah contoh Kedai Ahmad.

    kalau Ahmad Trading? Ali Enterprise juga dikenali sebagai milikan tunggal?

    terima kasih.

  347. Sherine,

    YA, masih milikan tunggal.

  348. Cikgu,

    ada perbezaan antara trading dan enterpise tak?

    terima kasih

  349. Sherine,

    Sama-sama milikan tunggal… beza pada nama sahaja.

  350. cikgu
    jika soalan tulis “Qhaseh Hanna Bakery Enterprise”
    so jawapan ialah milikan tunggal atau perkongsian?
    saya tak pasti itu ialah nama satu orang atau dua orang.

  351. Stella,

    Milikan tunggal…. jika X dan Y Enterprise baru perkongsian.

  352. terima kasih cikgu

  353. cikgu,

    cuba tanya tentang satu soalan.

    kalau soalan Bagi kenderaan rm7200, susut nilai rm2500.
    so, semasa kita buka kunci kira-kira, kenderaan perlu tolak rm2500 tak?

    thank you.

  354. Kieng,

    Kenderaan 7500… ABS : KKK

    Susut nilai 2500 .. Belanja : PP

  355. cikgu, mengapa kenderaan tidak perlu tolak susut nilai ?

    is it have to deduct susut nilai terkumpul? bukan susut nilai?

    thank you.

  356. Kieng,

    KKK : ABS
    Kenderaan 7500
    (-) SNT 1200 .. 6300

    PP : Belanja
    Susut nilai 200

    # cuba fahami kaitan SN dan SNT

  357. cikgu,

    soalan 10 mengapakah jawapan adalah konsep pemadanan? bukan ketekalan?
    terima kasih

  358. Kieng,

    Soalan tersebut menyatakan kena kira belanja susut nilai setiap tahun, ini dikaitan dengan konsep pemadanan..kerana belanja akan dipadankan dengan hasil semasa untuk mendapat untung tahun semasa.

    Sekiranya soalan menyatakan berkaitan penggunaan kaedah garis lurus / baki berkurangan setiap tahun.. itu baru boleh dikaitkan konsep ketekalan.

  359. Cikgu,

    cuba tanya what is the Format pentaksiran prinsip perakaunan untuk tingakat 4 (final exam)?

    terima kasih.

  360. Sherine,

    Tiada sebarang ketetapan… bergantung kepada penyelarasan di peringkat negeri masing2.. samada :
    1. Ikut format SPM K1-20% K2-60% K3-20%
    2. Tanpa K3.. (K1 + K2)/140 × 100%

  361. Cikgu,

    kalau di peringkat negeri Perak?
    Ikut Yang pertama,kan?

    Terima kasih.

  362. Sherine,

    Saya tidak pasti, sila rujuk JU Negeri Perak.

  363. assalam cikgu,

    boleh tak saya tahu di mana hendak mendapatkan nota berkenaan MFRS101.atau pun buku mengenai garis panduan yang terdapat di dalamnya.atau cikgu mungkin ada link berkenaan. maaf cikgu bertanya d luar skop spm dan stpm.

  364. Mayang, waalaikumussalam.

    GOOGLE saja “MFRS101″… akan jumpa banyak link berkaitan dengannya… salah satunya DISINI (kilk)

  365. Ckgu di mana saya boleh dapat note lengkap untuk konsep perakaunan.. saya plajar diploma

  366. Sahini lim,

    Search saja di internet “konsep perakaunan”… akan jumpa nota mengenainya.

  367. Assalamualaikum cikgu,

    Boleh berikan saya idea serba sedikit bagaimana ingin menjawab soalan ini

    “Bagaimana setiap ciri asas kualitatif asas maklumat bergunaseperti yang digariskan dalam Conceptual Framework for Financial Reporting deterapkan dalam amalan perakaunan melalui tatacara pengiktirafan, pengukuran dan pendedahan”

    Terima kasih 🙂

  368. Nadia, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg,
    1. Nyatakan setiap satu ciri kualitatif tersebut.
    2. Nyatakan ketiga2 tatacara tersebut..
    3. Kaitkan kedua2nya..

  369. fatimah zahra

    assalamualaikum cikgu..sy nk tanye..apa beza kos dan belanja??

  370. fatimah zahra

    dan apa beza hasil dan pendapatan??

  371. Fatimah, waalaikumussalam.

    Saya bagi contoh mudah yang ada dalam Penyata Pendapatan.

    Belian 1000 … belanja
    Angkutan masuk 200 … belanja
    Duti atas belian 100 … belanja
    Upah atas belian 120 … belanja
    Insurans atas belian 80 … belanja
    KOS BELIAN 1500 … KOS

    Cuba hayati dan kenalpasti beza antara BELANJA dan KOS… begitu juga dengan Hasil dan Pendapatan.

  372. assalamualaikum cikgu, apakah maksud pengiktirafan hasil?

  373. Sabaria, waalaikumussalam.

    Sila rujuk DISINI (klik).. maksud dan cara2nya ada dinyatakan.

  374. Cg kenapa piawaian perakauan penting?

  375. Airin,

    Prinsip/piawaian ini memberi panduan bagaimana untuk membuat pengukuran, merekod aktiviti ekonomi dan cara melaporkannya. Ia merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan garis panduan perakaunan yang bertujuan untuk menyediakan satu rangka rujukan dalam praktis perakaunan. Berpandukan prinsip/piawaian ini, situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilaporkan dengan cara yang sama oleh semua akauntan.

    Prinsip/piawaian ini perlu supaya maklumat yang dilaporkan adalah lengkap, boleh dipercayai dan boleh difahami. Oleh itu perbandingan di antara penyata kewangan tahun semasa dengan penyata kewangan tahun sebelumnya dan juga perbandingan dengan syarikat lain bagi tahun yang sama dapat dilakukan.

  376. Cikgu,

    cuba tanya satu soalan:

    Sebidang tanah telah dibeli oleh Maju Enterprise pada 1 Julai 2002 dengan harga RM35000. Pada tahun 2005, nilai pasaran tanah menunjukkan peningkatan kepada RM54000 selepas penilaian dibuat. Berapakh nilai tanah yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2005?

    jawapan ialah RM35000 (guna kos sejarah).

    so, cikgu, saya nak tanya, bilakah kita akan guna nilai pasaran?

    terima kasih.

  377. Sherine,

    Apabila kita mahu melupuskannya kita guna nilai pasaran untuk menentukan kita dapat untung / rugi dari pelupusan tersebut.

  378. Slmt pagi cikgu..ble tak bantu saya dlm kajian kes berkaitan isu-isu dr perspektif teori dan praktis perakaunan?

  379. Erra,

    Maaf, saya kurang arif sangat dengan isu2 semasa.

  380. Salam , saya masih tidak paham istilah ini

    1) Konservatisme
    2) Pemadanan
    3) Ketekalan

    Bolehkah cg bg istilah yang mudah untuk saya lebih memahami. Tq

  381. Danish,

    Sila rujuk DISINI (klik)

  382. cikgu sy nak tanya mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi perlu dukenalpasti terlebih dahulu sebelum ia direkodkan ?

  383. Atikaq,

    Semua perkara kita mesti kenalpasti terlebih dahulu supaya tidak tersilap rekod.

  384. cg narzuki, saya nak tanya definisi akaun dan perakaunan secara terperinci. tQ

  385. Mohd Farid,

    Boleh google saja definisi terperinci.

  386. cikgu ,saya nak tanya tentang badan-badan profesional perakaunan.
    soalan ialah macam ini
    Apakah fungsi utama Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)?
    A. Mengendalikan peperiksaan bidang perakaunan
    B. Menyelia dan mengawal piawaian profesion perakaunan
    C. Memberikan pendedahan tentang peraturan serta undang-undang perakaunan
    D. Melahirkan akauntan profesional yang mahir mengurus dan mentadbirkan perniagaan
    apa jawapannya?

  387. Stella,

    Cuba rujuk DISINI (klik)

  388. cikgu,jadi jawapannya b betul tak?

  389. Stella,

    Ya.. B

  390. cikgu,saya sudah baca.tapi saya tak berapa faham,kalao jawapan a,b dan d ialah apa badan perakaunan?

  391. Stella,

    Untuk A B D…. boleh rujuk link tersebut juga… lihat fungsi badan2 perakaunan yang lain.

  392. cikgu ,saya sudah baca semua o, termasuk buku teks semua.tapi saya pun tak pasti o, cikgu boleh beritahu saya?terima kasih banyak banyak~

  393. Assalamualaikum cikgu.. Saye nak tanye. . Simpan kira tu apa sebenarnya? saya tak faham.. Dye bukan kunci kira-kira kan?

  394. Laila, waalaikumussalam.

    Beza simpan kira dan perakaunan (klik)

  395. Assalamualaikum cikgu, invois merupakan hutang secara kredit .. betul kan ? kenapa dia hutang secara kredit ye ?

  396. Laila, waalaikumussalam.

    Bukan hutang secara ktedit…

    Urus niaga boleh dikelaskan kepada 2:
    1. Urus niaga tunai…. terus bayar semasa beli… dokumennya bil tunai.
    2. Urus nuaga secara kredit… iaitu secara hutang, bayar kemudian… dokumennya Invois.

  397. Assalamualaikum cikgu.. apa beza angkutan keluar dan angkutan belian ?

  398. Laila, waalaikumussalam.

    Angkutan belian = Angkutan masuk .. kos pengangkutan semasa beli barang niaga dari kedai pembekal bawa kedai peniaga.

    Angkutan keluar… kos pengangkutan untuk hantar barang niaga ke tempat/kedai pelanggan.

  399. Cikgu ape maksud nilai buku?

  400. Ina,

    Aset Bukan Semasa
    (-) SNT
    = Nilai Buku

  401. Assalamualaikum cikgu..maknenya angkutan keluar ni di bawah belanja ke ?

  402. Laila, waalaikumussalam.

    Ya.. belanja.

  403. assalamualaikum cikgu..klau ayat dia…memasukkan RM 500 (tunai) ke dalam bank… maka di buku tunai .. belah debit butirnya tunai ..dan dimasukkan di bawah bank.. manakala belah kredit butirnya bank dan ditulis dibawah tunai…betul ke cikgu ?

  404. Laila, waalaikumussalam.

    Ya.. betul.

  405. Cikgu,
    Alatan kedai di mana???

  406. Ktham,

    Aset Bukan Semasa –> KKK.

  407. Assalammualaikum, sy nk tanya apakah konsep andaian International Financial Reporting Standards (IFRS)?

  408. Nur Syajidah, waalaikumussalam.

    Cuba rujuk laman IFRS (klik).

  409. cikgu ada soalan berbuyi begini, pd tahun berakhir 31 mac 2015,nilai buku bersih bagi tanah dan premis is rm100000,tetapi nilai pasaran semasa ialah rm250000. Nilai yg direkod in penyata kewangan was rm250000. ni pelaporan berasaskan nilai akruan ke? jika benar/ tidak benar,bolehkah cikgu bagi penjelasan?

  410. Han,

    Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama
    Ø Nilai dalam penyata kewangan perlu diselaraskan mengikut nilai pasaran jika nilai kos sejarah tidak menunjukkan nilai saksama.
    Ø Sebagai contoh nilai tanah yang tidak lagi disusutnilai kerana harganya yang semakin meningkat tahun ke tahun.

    Perkembangan semasa pelaporan perakaunan memerlukan pelaporan yang berasaskan nilai saksama (fair value reporting). Dalam keadaan ini, kemungkinan nilai yang diterima pakai bukan berdasarkan kos sejarah. FRS 101 yang menggantikan MASB 1 memuatkan peraturan berkaitan falsafah pelaporan yang menitikberatkan kerelevanan maklumat kepada pengguna. Dasar berkaitan nilai terkini dibentangkan untuk mengatasi masalah kurang relevan maklumat yang disediakan berasaskan kos sejarah.

  411. jd jwpan dia pelaporan berasakan nilai saksama?

  412. assalam cg saya nak tanya apa ciri2 kualitatif…?

  413. Adriana,

    1. Kebolehfahaman
    2. Relevan
    3. Kebolehpercayaan
    4. Kebolehbandingan
    5. Ketepatan masa

    # Berdasarkan buku teks lama… buku teks baru menggunakan istilah baru.. sila rujuk buku teks baru.

  414. Ckgu.. Apa kepentingan sistem maklumat perakaunan kepada entiti perniagaan?

  415. Hana,

    GOOGLE saja, insyaAllah akan jumpa kepentingannya.

  416. Cikgu,
    Membuat pelaporan mengikut piawaian MASB apa maksud, saya kurang faham

  417. Anisa,

    Pertama… kenalpasti dahulu peranan MASB, apakah piawaian2 yang dikeluarkannya..baru kita akan faham maksudnya.

  418. Cg,
    Apakah ertinya manfaat kos dalam bab 1?

  419. Chee,

    Kos Manfaat.. bukannya “manfaat kos”.. telah dijelaskan dalam buku teks berserta dengan contohnya sekali.

    Maklumat lanjut boleh rujuk DISINI (klik)

  420. Cikgu, boleh tak terangkan salah satu ciri kualitatif yang kebolehsahan dlm maksud, ciri2 dan segala berkaitan kebolehsahan. Terima kasih 🙂

  421. Hani,

    Keboleh Sahan

    Ciri kualititatif keboleh sahan bermaksud maklumat Penyata Kewangan yang disediakan mesti boleh disahkan oleh satu pihak lain yang bepengetahuan dan berkecuali.

    Contohnya, satu nilai aset yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan mestilah boleh disahkan atau dipersetujui oleh pihak ketiga lain yang mempunyai pengetahuan dan berkecuali.

    Hal ini memerlukan Penyata Kewangan turut melaporkan maklumat tentang kaedah, andaian, piawai dan peraturan yang digunapakai dalam menentukan nilai aset berkenaan.

  422. CG, boleh bagi soalan latihan bab 1 yang berkaitan dengan syllabus baru?

  423. Catherine,

    Maaf buat masa ini, belum siap lagi. Cadangan Cg.. cuba dapatkan buku latihan dipasaran.

  424. komisen diterima, dividen diterima, sewa diterima, faedah diterima dikelaskan sebagai hasil operasi atau hasil buka operasi. yang saya tahu, jualan dan hasil perkhidmatan dianggap sebagai hasil operasi. tapi dalam buku teks baru, komisen diterima dan dividen diterima dianggap sebagai hasil operasi juga.

  425. Jason tan,

    Ikut buku teks baru… OPERASI.. maksudnya aktiviti utama, biasa / dibawah kendalian sesebuah perniagaan.
    Manakala BUKAN OPERASI.. operasi diluar kawalan perniagaan.. seperti hutang lapuk terpulih.

    Konsepnya sama dengan maksud OPERASI bagi belanja.

  426. cg,,boleh cg buat nota ringkas prinsip perakaunan ting 4,,memandangkan buku teks prinsip perakaunan baru….harap cg boleh mmpertimbngkannya..

  427. MsyfzanAziz,

    Maaf, Buat masa ini…. tidak berkesempatan lagi kerana banyak perkara yang lebih utama perlu Cg lakukan terlebih dahulu.

  428. boleh terangkan maksud penyediaan nota kepada akaun?

  429. cikgu,

    apakah maksud ciri-ciri perwakilan benar mengikut prinsip perakauanan?

    tq.

  430. Siti Norbaya,

    Nota kepada akaun… boleh rujuk DISINI (klik)

    Perwakilan benar… rujuk DISINI (klik)

  431. cikgu semua nota cikgu yg mengikut bab ni xboleh diprint ke ATAU copy n paste ?

  432. Andi nurkumala

    cikgu mau tnya.. Klu beli aset scara krdit.. Dia msuk jga dlm akaun penhutang?? Klu tidak masuk, bole beritahu.. Kita mau rekod dia sbgai apa?

  433. Andi,

    Guna nama syarikat tersebut.

  434. CIKGU DEKAT MANA SAYA BOLEH DOWNLOAD NOTA CIKGU?

  435. Nur,

    Saya tidak sediakann nota… adalah lebih baik rujuk buku teks dan sediakan nota ringkas sendiri… cara tersebut lebih berkesan.

  436. “proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul,menyusun,menyimpan,merekod dan melapor rekod-rekod perakaunan.”
    Pernyataan di atas merujuk kepada…………

    Cikgu,soalan ini apa jawapan?

  437. Stella Lai,

    –> Simpan kira

  438. Blh cg terangkan lebih mendalam tentang pemadanan

  439. Mustapha,

    Pemadanan
    Mengikut prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh perakaunan harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan.

    Untung atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira berdasarkan penerimaan atau pembayaran dalam satu tempoh masa.

    Pendapatan bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang sepatutnya diterima bagi tempoh tersebut, sama ada sudah diterima atau belum diterima.

    Begitu juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan wang yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah dibayar atau belum dibayar.

    Contoh: Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun tetapi jumlah premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100 dibayar pada tahun berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung kasar ialah RM500 iaitu jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.

  440. Cikgu boleh bagi point2 yang senang ingat dan mudah untuk faham tentang konsep, prinsip dan andaian perakaunan?

  441. Farisha,

    FAHAMI setiap satunya.. baru mudah INGAT.

  442. Cikgu saya tak berapa faham apa itu asas perakaunan akruan dan pelaporan berasaskan nilai saksama dan ketekalan? Boleh beri kata kunci utk memahaminya?

  443. Shazlin,

    Untuk memahaminya.. kita perlu memahami maksudnya melalui contoh yang diberi.(rujuk buku teks).. Kata kunci tidak mengambarkan maksud sebenar… sekadar membantu kita ingat apa yang telah kita FAHAMI.

  444. Assalammualaikum…cikgu…saya pelajar akaun dan akn menghadapi peperiksaan percubaan tidak lambat lagi..sya ada msalah untuk memahami perakaunan dn ingat fakta akaun menyebabkn sya selalu mendapat markah lulus saja dn kadang kala gagal…sya ingin tahu mcam mna untuk memudahkn sya memahami akaun.. lagi satu sya x berapa minat akaun tpi menjadi harapn guru untk berjaya akaun..adakah sya layak untuk berjaya atau sya patut biarakn sya lulus saja…mohon pencerahan cikgu.. tlong sya cikgu..

  445. Syaz, waalaikumussalam.

    Semuanya bergantung kepada diri sendiri –> nak berjaya @ sekadar lulus sahaja.
    Jika nak berjaya.. peluang masih terbuka luas –> tingkatkan USAHA, buat LATIHAN yang diberi guru, banyakkan BERTANYA, ingat FORMAT, langkah2 menjawab serta kuasai PELARASAN yang mudah2 sahaja dahulu.

    Ramai pelajar Cg yang lepas2… ujian Mac, pertengahan tahun dan percubaan hanya mendapat D, E & F sahaja. Tetapi setelah mendapat suntikan semangat, buat apa yang Cg suruh –> akhirnya SPM ramai yang dapat A.

  446. cikgu apa maksud bagi
    utiliti
    paten
    royalti

  447. apakah dimaksudkandengan piawian perakaunan?

  448. Apakah implikasi jika tatacara penyediaan akaun tidak dipatuhi?

  449. Sj,

    1. Kita kena tahu dan faham apa tujuan penyata kewangan disediakan..
    2. Baru kita boleh kenal pasti apa akan jadi terhadap Penyata Kewangan jika tatacara penyediaan tidak dipatuhi.

  450. Mengklasifikasikan akaun kepada kumpulan akaun.
    Boleh terangkan dan beri contoh? ^^

  451. Nur Nazihah,

    Klasifikasi akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil & Belanja.
    Boleh rujuk Buku Teks… ada penerangan dan contoh2 sekali.
    # Tak faham baru tanya.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.